The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agmohdfirdausbinagaji, 2022-04-18 22:57:27

Koleksi Ceritera Bitara

IMPIAN

Sang suria bersinar cerah. “Kring-kring !” Ajang yang masih enak
berselimut bangun lalu mencapai tualanya. Setelah selesai memakai
pakaian seragam sekolah, Ajang menikmati sarapan yang
disediakan oleh ibunya. Ajang adalah seorang anak tunggal.
Ayahnya bekerja sebagai polis, manakala ibunya pula seorang suri
rumah.
“Ajang pergi dulu, mak, bapa.” ucapnya sambil menuju ke arah
basikalnya. Rumah Ajang terletak tidak jauh dari sekolah. Ajang
mengayuh basikalnya dengan laju kerana hari itu merupakan hari
pertamanya menyertai latihan kumpulan muzik tradisional di
sekolahnya. Dia berasa sangat teruja. Ajang merupakan murid
baharu di sekolah tersebut. Ajang juga membawa “sape’ mininya.
Sape’ merupakan alat muzik tradisional orang ulu yang bentuknya
hampir sama dengan gitar. Ajang mahir bermain sape’ atas tunjuk
ajar datuknya.
“Ingat Ajang, pelihara kebudayaan dan kesenian kita. Jangan
biarkan ianya hilang ditelan zaman,” pesan datuknya yang sentiasa
Ajang ingat sehingga kini.

“Selamat pagi, Ajang,” kata pengawal keselamatan di
sekolahnya. “Selamat pagi, pak cik.” balas Ajang dengan senyuman.

Walaupun baru sebulan di sekolah tersebut, Ajang sangat
terkenal dengan keramahannya. Ajang sentiasa ingat akan pesan
ayahnya iaitu sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Maka,
Ajang sangat menghormati orang lain tidak kira siapa pun.
Ajang pandai bermain sape’. Dia juga berminat mempelajari
alat muzik tradisional yang lain seperti gendang dan seruling. Ahli
kumpulan muzik tradisional di sekolah Ajang terdiri daripada
pelbagai kaum. Rakan-rakanya gembira dengan kehadiran Ajang.
Mereka juga sangat teruja dengan alat muzik tradisional yang
dibawa oleh Ajang iaitu Sape’. Oleh kerana sekolah ini terletak di
kawasan bandar, mereka jarang melihat alat muzik Sape’ ini.

“Cantiknya, bolehkah kamu ajar saya , Ajang.” Kata Ahmad
kepada Ajang. “Boleh, tidak ada masalah.” balas Ajang. Ajang
berasa sangat seronok pada latihan pertamanya bersama rakan-
rakan yang lain.

’Selamat pagi murid-murid. Cikgu ada berita gembira’’. Ucap
Cikgu Malik, guru muzik di sekolah itu. “Wah, apakah berita gembira
itu cikgu?” tanya Ah Seng.
“Tidak lama lagi ada pertandingan muzik tradisional antara
sekolah. Cikgu mahu kita mula berlatih.” kata cikgu Malik.


169

Semua ahli kumpulan muzik berasa tidak sabar dan mula
merancang jadual latihan. Mereka semua sangat bersemangat.
Latihan dijalankan selama dua minggu. Namun, salah seorang ahli
kumpulan muzik ini, iaitu Raimi selalu tidak hadir latihan.
Selesai sahaja latihan, Ajang dan Ah seng berbasikal ke rumah
Raimi. Raimi sudah tiga hari tidak hadir latihan muzik di sekolah.
“Selamat petang, mak cik. Raimi ada?” tanya Ah seng kepada
ibu Raimi yang sedang menyiram pokok bunga. “Raimi tidak ada di
rumah. Dia keluar bermain bola” jawab ibu Raimi.

Keesokan harinya, Ajang dan Ah Seng menasihati Raimi untuk
turun latihan muzik kerana hari pertandingan hampir tiba. Raimi
meminta maaf dan berjanji untuk turun latihan.
Seminggu telah pun berlalu. Ajang sedang bersiap sedia untuk
ke latihan pertandingan alat muzik tradisonal di sekolah.
“Ajang, bawalah nasi lemak ini untuk kawan-kawan kamu,” kata
ibu Ajang. “Wah, terima kasih, mak!” ucap Ajang.

Sebelum memulakan latihan pada hari tersebut, rakan-
rakannya makan nasi lemak yang dibawa oleh Ajang. “Sedapnya,
pandai ibu awak masak”, kata salah seorang rakannya. Rakan-
rakannya juga mengucapkan terima kasih kepada Ajang.

Hari yang dinantikan pun tiba. Kumpulan muzik tradisonal
sekolahnya akan berangkat ke tempat pertandingan diadakan iaitu
di Dewan Besar Bandar. Ajang telah bersiap sedia untuk turun ke
sekolah. Pada hari itu, ibunya yang menghantar Ajang ke sekolah.

Setelah memastikan semua murid-muridnya hadir, Cikgu Malik
pun menyuruh murid memasuki bas. Ajang dan rakan-rakannya
beratur menaiki bas. Tiba-tiba, sebelum bas bertolak, Cikgu Malik
memanggil Ajang.

“Kenapa cikgu?” tanya Ajang. “Bapa kamu dibawa ke hospital.
Dia terlibat dalam kemalangan. Ibumu menyuruh kamu pulang
sekarang” Kata Cikgu Malik.
Ajang sangat terkejut. Rakan-rakan Ajang menyuruhnya pulang
dan tidak perlu risau akan pertandingan muzik tradisional ini. “Maaf
kawan-kawan”, kata Ajang. “Tidak mengapa, kami faham.” balas
rakan-rakannya. Ajang pun terus pulang dan membatalkan
hasratnya menyertai pertandingan muzik tradisional tersebut.
Ajang sangat bersyukur kerana kecederaan ayahnya tidak
terlalu serius. Ayahnya dibenarkan pulang setelah beberapa hari
ditahan di hospital.




170

“Ajang ! kami datang,” kata Ah seng dan Raimi. Mereka datang
membawa buah tangan untuk melawat ayah Ajang. Mereka juga
membawa khabar gembira iaitu sekolah mereka memenangi
pertandingan muzik tradisional itu.
Ajang gembira dan memasang impian agar dapat menyertai
pertandingan itu di masa akan datang. Ajang akan terus berlatih
dengan baik sehingga impiannya tercapai kelak.

CEARRINNA KELI




























































171

SESAL

Andre mengerling ke arah jam yang bergantung di dinding
kelas. Pada masa itu, jam menunjukkan 10 minit lagi sebelum masa
rehat tiba. Lantas, Andre mencuit tangan Sanju yang sedang ralit
menulis nota di sebelahnya “ Sanju, jum kita keluar. Dah cukup masa
ni”, ajak Andre. Sanju menghentikan pergerakkannya lantas
mengerling ke arah jam juga. “ Ada 10 minit lagi ini, tak awal sangat
ke nak keluar sekarang?”, tanya Sanju kepada Andre kerana dia
merasakan terlalu awal untuk mereka keluar ke koperasi pada waktu
itu. Andre dan Sanju merupakan sahabat baik yang bertugas
menjaga koperasi di sekolah. “ Mana ada awal. Jum lah turun
sekarang. Dah lah kelas kita ni jauh dari koperasi. Nanti tak pasal-
pasal lambat. Kau tu dah lah lambat jalan”, jawab Andre penuh
beralasan. Sanju menjeling Andre saat dia mendengar ayat yang
terakhir yang diucapkkannya itu. “ Yalah, jum. Kau ni tak sah kalau
tak hina aku”, jawab Sanju dengan jelingan tajam. Andre tertawa
kecil melihat telatah Sanju lantas bangun meminta kebenaran
kepada Cikgu Ramzah untuk keluar ke koperasi.
Sewaktu mereka berdua sampai di koperasi, keadaan di dalam
bilik koperasi masih agak gelap. Sepertinya mereka berdua adalah
petugas yang terawal masuk ke koperasi. Andre berjalan ke
hadapan dan kemudian menjenguk bilik guru penjaga koperasi. Di
dalam bilik itu dia melihat Cikgu Amninah sedang ralit menghadap
komputer seperti sedang sibuk mengerjakan sesuatu perkara. Sanju
pula menghampiri suis elektrik untuk membuka lampu kerana
suasana di bilik koperasi itu agak gelap. Namun begitu, Andre
datang dari arah belakang dan menghalang Sanju daripada
membuka suis. Sanju mengerutkan dahinya lantas berkata,
“ Kenapa dengan kau ni ? Aku nak buka lampu lah.” ujar Sanju.
“ Jangan .. jangan buka dulu. Biar saja gelap macam ni”, kata
Andre separuh berbisik. Sanju kehairanan mendengar kata-kata
Andre itu lantas bertanya lagi , “ Kau nak buat apa ?”, kata Sanju
dalam nada yang separuh berbisik juga. Andre meninggalkan Sanju
yang kehairanan di situ lalu menuju ke arah kaunter pembayaran.
Andre mengambil duit RM50 yang berada di kaunter itu dan cepat-
cepat memasukkannya ke dalam kocek. Melihat perbuatan Andre
itu, Sanju berasa terkejut lalu menjerit dalam nada separuh berbisik,
“ Andre ! Apa kau buat ini ?”, ujar Sanju marah dengan perbuatan
Andre. Andre segera berlalu daripada bahagian kaunter
pembayaran tersebut. “ Jangan beritahu cikgu. Kau nak tak ? Kita
boleh bahagi dua ni”, kata Andre sambil menghampiri Sanju. Sanju
menolak tubuh Andre. Tidak sempat Sanju mengeluarkan kata-
katanya, mereka berdua mendengar bunyi pintu dibuka. Petugas-
petugas yang lain telah tiba. “ Hai Sanju, Andre”, tegur Sharifah.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, mereka berdua kelihatan



172

tenang sahaja. “ Hai Ifah”, jawab Andre penuh mesra. Sanju yang
berada di tepi Andre hanya mampu tersenyum kerana di dalam
hatinya dia masih berasa sangat marah dan tidak menyangka
Andre berani berpelakuan seperti itu di depan matanya. Mereka
meneruskan tugas seperti biasa pada waktu rehat itu. Namun Sanju
tidak lagi melayan dan bercakap dengan Andre seperti biasa.
“ Kenapa kau diam saja ? Aku ada buat salah ke ?”, soal Andre
kepada Sanju tanpa rasa bersalah. Sanju memandang Andre lalu
berkata, “ Kau tanya aku ke sama ada kau ada buat salah ke tak ?
Kau curi duit koperasi tadi depan mata aku. Kau rasa itu bukan
perbuatan yang salah ke ?”, soal Sanju bertubi-tubi kepada Andre.
“ Koperasi tu banyak duit lah. Setakat aku curi RM50 tak akan jatuh
miskin punya”, jawab Andre selamba. “ Kau dah hilang akal ke
Andre ? Ini bukan soal koperasi kaya ataupun tidak. Ini adalah soal
kau curi duit tu. Kau mencuri. Kau tahu tak mencuri ni satu
perbuatan yang salah. Kau tak jujur dan amanah dengan
tanggungjawab yang kau pikul”, jelas Sanju. Sanju berasa sangat
kecewa dengan perbuatan Andre itu. “ Alaaa, bukannya cikgu tu
tau pun aku mencuri. Melainkan kau yang bagitau !”, tegas Andre
masih lagi dengan pendiriannya yang salah. Sanju hanya mampu
menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan
perbuatan Andre yang salah itu. “ Sepandai-pandai tupai
melompat akan jatuh ke tanah juga. Aku harap kau sedar dengan
perbuatan kau ni sebelum nasi jadi bubur”, kata Sanju penuh
bermakna lantas berlalu meninggalkan Andre sendirian di taman itu.
“ Cikgu tidak sangka kamu rupa-rupanya yang mencuri duit di
koperasi. Kamu tahu tak ini adalah satu perbuatan yang salah,
Andre. Kamu tidak memikul amanah yang cikgu berikan dengan
jujur dan baik.”, kata Cikgu Aminah dengan rasa kecewa. Cikgu
Aminah tidak menyangka bahawa murid yang dipercayainya
selama ini, telah memecah amanah sekaligus meruntuhkan
kepercayaannya. Andre hanya mampu menangis sahaja. Pada
waktu itu, terngiang-ngiang kata-kata Sanju kepadanya dahulu.
Perkara itu membuatkan airmata Andre mengalir dengan lebih
deras. Penyesalan dahulu dapatan, penyesalan kemudian tidak
berguna lagi. Andre dikenakan hukuman gantung sekolah selama
dua minggu kerana perbuatanya itu telah melanggar undang-
undang sekolah iaitu pecah amanah dan tidak jujur.
CONNYLIA PADA












173

BALASAN

Shasha merupakan seorang yang sangat suka berkebun
seperti ibu bapanya. Shasha merupakan anak seorang petani yang
rajin dan tinggal di Kampung Berangin, Baram. Setiap kali cuti
sekolah dan jika ada masa terluang Shasha akan pergi menolong
ibu dan bapanya di kebun sayur milik mereka sekeluarga. Selain itu,
Shasha juga telah menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kebun
itu dengan sendirinya. Di samping itu, Shasha dan keluarganya
mempunyai haiwan ternakan seperti kambing, lembu, itik, ayam,
angsa serta banyak lagi. Semua haiwan ternakan ini ditempatkan
berhampiran dengan kebun mereka. Setiap petang Shasha akan
pergi menyiram sayur-sayuran yang ada di batas yang telah dibuat
olehnya serta memberi makan kepada haiwan ternakan mereka itu.

Pada suatu hari di kebun milik Shasha sekeluarga, Shasha
memberitahu ibunya, katanya “ Ibu, tengoklah pokok sayur Shasha
ni! Daunnya subur dan cantik. Pokok sayur saya pun sihat ibu! Dan
tidak dimakan oleh ulat dan serangga perosak lain.” Dia sangat
gembira dan seronok melihat hasil tanamannya sendiri. Shasha suka
berbakti kepada tanah dan mengutip hasil tanamannya.

“ Ya Shasha, sayur itu sangat cantik dan menarik. Sayur
Shasha haruslah dijaga dan dibaja supaya kekal cantik dan subur.”
ujar ibunya.
Pada sebelah petangnya pula ayah Shasha berjumpa dengannya
dan memberi biji benih untuk ditanam kepada Shasha.

“Ini benih sayur apa ayah ? “ Shasha bertanya kepada
ayahnya, sebab ingin tahu tentang biji benih tersebut.

Namun begitu, bapanya hanya membalas Shasha dengan
kata-kata begini “ Cuba tanam dahulu Shasha.” Kata bapanya.

Shasha kemudian menanam biji benih tersebut dan
menggembur tanah di sekeliling benih tersebut. Setiap hari, dia
menyiram biji benih itu. Akhirnya, biji benih itu bertunas. Tidak lama
kemudian, pokok itu bertumbuh dan melilit pagar. Semakin hari
semakin panjang pokok itu menjalar di atas pagar kebun
kepunyaan ibunya.

“ Ayah apakah jenis sayur ini?” ujar Shasha kepada ayahnya
sekali lagi.

“Tunggu sehingga pokok itu berbuah.” Balas bapanya balik.
Lama-kelamaan, pokok itu mengeluarkan banyak bunga. Shasha
berasa sangat hairan. Dia belum pernah melihat sayur yang
berbunga seperti itu, sebelum ini.




174

“ Ayah, kenapa pokok bunga itu tidak cantik dan tak pernah Shasha
lihat. Bunganya banyak tetapi tidak berbau.” Ujar Shasha
memberitahu bapanya.
Bapanya ketawa. Sebab shasha mengatakan tentang pokok
itu.Hal ini demikian kerana, pokok tersebut bukanlah pokok
bunga.Dia menjerit-jerit memanggil bapa dan ibunya.
“Ayah, pokok ini bukanlah pokok bunga! Pokok ini ialah
pokok kacang panjang.” Ujar Shasha kepada ayahnya. Shasha
sangat gembira dan ibu dan bapaknya tersenyum ke arahnya.

“Yeah!!...Nanti kita bolah makan sayur kacang panjang.”
Kata Shasha kepada ibubapanya. Bapa dan ibunya tertawa
mendengar kata-kata Shasha.
Oleh itu,kita haruslah rajin berbakti kepada tanah agar kita
mendapat hasilnya pada kemudian hari. Hal ini demikian, usaha
orang rajin takkan pernah sia-sia. Maka dengan itu, kita haruslah
seperti Shasha yang rajin berkebun, kerana orang malas tidak dapat
menikmati apa-apa pun.
CREESSIDA SIMON










































175

PETANI YANG BAIK

Di sebuah kampung tinggal seorang petani bersama dengan
isterinya. Kehidupan mereka sangat miskin, pakaian mereka sangat
lusuh dan rumah mereka hanya diperbuat daripada daun nipah
sahaja. Walaupun mereka hidup penuh dengan kekurangan dan
kemiskinan namun petani itu sangat bersyukur dengan apa yang
mereka miliki. Kehidupan mereka juga sangat sunyi kerana mereka
tidak mempunyai cahaya mata dan tidak mempunyai saudara
mara. Setiap hari, petani itu akan pergi sawah untuk menjenguk hasil
tanamannya. Manakala isterinya rajin menanam sayur di tepi rumah
untuk dijadikan lauk setiap hari. Mereka hanya mampu menikmati
hasil tanaman sendiri kerana tidak mampu untuk membeli daging
ayam di pasar.

Pada suatu hari, petani itu turun ke sawah seperti biasa. Ketika
sedang membersihkan rumput-rumput di sawah, petani terdengar
suara seseorang meminta tolong.
“Tolong! Tolong! Tolong!”

Petani itu berhenti membuat kerjanya berbicara dalam hatinya.
“Macam suara orang minta tolong.” Petani itu diam sejenak. “Eh,
tidaklah mana ada suara siapa-siapa, baik aku sambung kerja aku.”
Sekali lagi ada suara lebih keras.

“Tolong! Tolong! Ada sesiapa yang mendengar suara ku? Tolong
aku!” Setelah mendengar suara itu untuk kedua kalinya petani terus
meninggalkan cangkul dan kerja dan berbisik dalam hatinya.

“Eh suara orang betul-betul minta tolong ni, baik aku cari dari
mana arah suara ini.” Petani itu terus berlalu pergi dengan segera ke
arah suara itu datang kerana suara itu tidak jauh petani itu.

Rupa-rupanya disebalik semak dalam hutan itu seorang lelaki
muda sedang meraung kesakitan kerana kakinya tersepit oleh
sebatang pohon yang besar sehingga lelai muda itu tidak dapat
bergerak. Dengan segera petani itu pun berlari kearah pemuda itu
untuk membantunya.

“Anak muda aku akan menolong kamu dengan mengalihkan
pohon ini, kamu bertahan ya”. Petani itu pun berusaha mengalihkan
pohon itu dengan menolak batang itu sekuat hatinya. Akhirnya
pohon itu pun berjaya dialihkan oleh petani itu dan anak muda itu
pun terlepas.
Walau bagaimanapun, luka pada kaki lelaki muda itu sangat
parah sehingga sukar untuknya berjalan. Petani sangat kasian
melihat keadaan lelaki muda itu.



176

“Anak muda, aku akan membawa mu pulang ke rumahku dan
akan merawat mu. Setelah kakimu sembuh baru lah kamu pulang ke
tempatmu”.
Kemudian anak muda itu menolok. “Tidak mengapa pak cik,
aku boleh berjalan pulang sendiri”. Tidak lebih daripada tiga
langkah anak muda itu terjatuh pengsan. Kemudian, dengan hati
yang penuh kerisauan petani itupun membawanya pulang ke
rumah untuk merawatnya.
Sesampainya di rumah, si isteri petani sangat terkejut.

“Abang siapa lelaki muda ini? Apa yang telah berlaku
kepadanya?” Petani itu pun menjawab isterinya, “tolong rawat anak
muda ini, tadi ketika abang sedang membersihkan sawah abang
terdengar suaranya meminta tolong kerana kakinya tersepit dengan
sebatang pohon. Sekarang kita perlu tolong dia.” Isteri petani itu
menjawab,

“Baiklah abang. Saya ada simpan daun ubat luka yang sangat
berbisa yang saya gunakan untuk merawat luka abang dua minggu
lepas. Saya yakin ubat ini pasti dapat menyembuhkan luka anak
muda ini.”

Isteri petani itu segera mencuci luka kaki anak muda itu dan
meletakan daun ubat itu pada lukanya. Tidak lama kemudian anak
muda itu pun tersedar. Ketika anak muda itu sedar, isteri petani itu
segera memanggil suaminya. Petani itu terus mengajukan soalan
kepada anak muda itu, “apakah kamu sudah baik-baik sahaja?”

Anak muda itupun menjawab, “aku baik-baik sahaja pak cik.
Sekarang aku ingin pulang.” Petani itu bertanya.

“Di mana tempat tinggalmu? Pak cik akan menghantar kamu”.
Tidak usah pak cik, aku mampu pulang sendiri. Sebelum aku pergi,
aku ingin memberikan biji benih ini kepada pak cik. Pak cik tanam
dan jagalah pohon biji benih ini.

Setelah anak muda itu berlalu pergi, petani itu dan isterinya terus
menanam biji benih itu di tepi rumahnya. Keesokkan harinya,
mereka sangat terkejut apabila melihat biji benih yang ditanam
semalam sudah tumbuh besar dan berbuah, kerana terlalu gembira
petani itu terus mengambil sebiji buah itu lalu membukanya.
Alangkah terkejutnya petani itu apabila melihat isi buah tersebut
ialah emas-emas yang sangat berharga dan sangat banyak. Sejak
peristiwa itu, kehidupan petani dan isterinya menjadi kaya raya.
Walaubagaimanapun, mereka tidak sombong. Petani itu dan
isterinya suka memberi bantuan kepada orang miskin dan
memberikan duit kepada orang yang mengalami kesusahan.



177

Akhirnya, petani itu dan isterinya sangat dihormati dan disegani oleh
orang kampung. Mereka sangat berterima kasih kepada anak
muda yang telah memberikan biji benih ajaib itu kepada mereka.
ERNA NASTAZSA SAMMY




































































178

PAK MAN


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya Pak Man
seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Ada pun
kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok
yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya
isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak Si
Julia.


Pergilah Pak Aiman tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok
untuk dibuatkayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini Si Julia tidak
dapat menemani Pak Man kerana sakit. Maka ke hutanlah Pak Man
seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untukmencari kayu api.
Seharianlah Pak Man menebang pokok dengan kapak besinya
yangtelah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia
berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak
kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.
Menangis sayulah Pak Man kerana kehilangan kapak yang menjadi
punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap
lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si
tuatersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua...
kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar,
maka tahulah dia Si paripari telah turun kebumi menyapakan....lalu
diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan ku bantu mencari
kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta
terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit
timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu
dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab Pak Man "…bukan..ini
bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak
emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi Si pari-pari ke dalam sungai dan timbul
kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku Pak Man kerana
itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu
membawa pula kapak gangsa. Tidak juga Pak Man itu
menerimanya sehinggalah Si pari-pari membawakannya kapak
besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya
kerana itulahkapak miliknya. Lalu Si pari-pari menyerahkan kapak



179

tersebut kepada Pak Man. Sebagai balasan kejujuranya kapak
emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Si Julia menunggu kepulangan Pak Man yang belum datang
“dimanakah suami ku ini” hati Si Julia mula rasa gelisah menunggu
kepulangan suami tersayang. Satu jam kemudian terdengar bunyi
kaki menaiki tangga, Si Julia keluar melihat suaminya telah sampai
di di rumah. Pak Man pulang dengan hati yang gembira. Setibanya
di rumah lalu menceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si
Julia turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itu pun sihat...

JULIA BA’UN INONG






















































180

MONYET YANG SOMBONG

Di dalam sebuah hutan, tinggalah sekeluarga monyet iaitu ibu
monyet dan dua ekor anaknya si Kelabu dan si Hitam. Si kelabu
adalah abang manakala si Hitam adalah adik. Kehidupan keluarga
monyet ini sangat sederhana. Suatu hari, ibu monyet dan si Kelabu
keluar ke hutan mencari buah-buahan. Adik monyet iaitu si Hitam
tinggal di rumah sendirian kerana kakinya yang sakit.
Setibanya di Hutan Buah, ibu monyet dan si Kelabu mulai
mencari buah-buahan dan mereka mendapat begitu banyak hasil
buah-buahan. Hari pula semakin panas terik, ibu monyet dan
anaknya si Kelabu berehat sebentar di bawah pokok yang rending.
Ibu monyet dan si Kelabu mengisi perut dengan memakan buah-
buahan yang mereka dapat dengan lahap sekali kerana mereka
sangat lapar.
Selesai makan, ibu monyet menyuruh si Kelabu pulang ke
rumah terlebih dahulu agar adiknya si Hitam dapat memakan buah-
buahan itu. Ibu monyet juga berpesan kepada Si Kelabu agar terus
pulang ke rumah dan menjaga adiknya yang sedang sakit. Si Ibu
juga memberi kepercayaan kepada anaknya untuk membawa hasil
buah-buahan yang mereka kutip sebentar tadi. Setelah si Kelabu
berlalu pulang, ibu monyet terus mencari buah dan makanan lain
untuk bekalan makanan selama beberapa hari akan datang.
Dalam perjalanan pulang, si Kelabu terserempak dengan
kawan-kawanya Si Musang yang sedang bermain. Tiga ekor musang
yang menyedari kehadiran si Kelabu lalu bertanya “Kamu dari mana
Kelabu?”. Si Kelabu pun menjawab “Saya baru pulang dari Hutan
Buah untuk mencari makanan.” Lalu si Musang membalas “kamu ke
hutan mencari makanan sendirian?”. Si Kelabu kemudian menjawab
dengan sombong “Ya! Saya ke hutan sendirian kerana saya berani.
Lihatlah buah yang saya dapat ini, banyak sekali.” Sambil memakan
sebiji buah yang dipesan oleh ibunya supaya diberi kepada adiknya
si Hitam yang sedang sakit. Si Musang saling berpandangan dan
tanpa disedari oleh si Kelabu mereka menyimpan niat jahat untuk
mencuri buah-buahan itu dari si Kelabu. Seekor musang mula
mengalih perhatian si Kelabu dengan mengajaknya bermain. Si
Kelabu yang naif itu pun meletakkan buah-buahannya dibawah
sebatang pokok yang berhampiran. Leka bermain dengan musang,
si kelabu tidak menyedari bahawa seekor musang lagi
menghampirinya dari arah belakang lalu menolaknya ke dalam
perangkap lubang tanah. Melihat keadaan si Kelabu yang sudah
terjatuh ke dalam lubang tanah itu, Musang-musang yang nakal itu
terus mengambil buah-buahan si Kelabu dan berlalu pergi.






181

Dengan rasa takut dan sangat sedih si Kelabu mulai
menangis dan menjerit meminta tolong. “Tolong! Tolong! Ibu tolong..!
Tolong! Tolong!”. Tidak lama kemudian, ibu monyet lalu di kawasan
itu dan terdengar suara yang biasa didengar olehnya. Ibu monyet
lalu berkata, “suara ini seperti suara anakku si Kelabu.” Ibu monyet
mulai resah dan mencari arah datangnya suara itu. Ibu monyet
berasa curiga setelah melihat lubang tanah di hadapannya kerana
suara itu datang daripada lubang tanah tersebut. Setelah melihat
anaknya si Kelabu yang terjatuh di dalam lubang itu, ibu monyet
pergi mengambil kayu yang panjang untuk membantu si kelabu
keluar daripada perangkap itu.

Si kelabu memeluk ibunya dengan erat sekali kerana rasa
takut dan sedih. Si kelabu berkata “Maafkan Kelabu ibu. Kelabu
tidak dengar pesan ibu. Kelabu bersikap sombong dan berlagak di
depan musang hingga memakan buah yang ibu pesan untuk beri
kepada si Hitam”. Dalam tangisan yang teresak-esak, kelabu
berkata lagi “Kelabu menyesal kerana tidak mendengar pesan ibu,
kerana sikap sombong Kelabu tadi, si Musang sudah mencuri semua
buah yang kita kutip tadi. Maafkan Kelabu ibu”. Setelah mendengar
penjelasan si Kelabu, ibu monyet menasihati si Kelabu agar tidak
bersikap sombong dan memikul tanggungjawab yang diberi
dengan baik pada hari akan datang. Sikap sombong akan
membawa pada kepada diri sendiri dan orang lain akan menjauhi
kita. Hari pun semakin petang, ibu monyet dan Kelabu pulang ke
rumah dan membawa buah-buahan yang dikutip oleh ibu monyet
untuk dimakan oleh mereka sekeluarga pada esok harinya.

MONICA USUN LAING































182

PERSAHABATAN

Pagi itu, suasana kelas 5 Cemerlang sangat riuh. Beberapa pelajar
perempuan sedang sibuk bergosip. Aisya meletakkan beg
sekolahnya di atas kerusi kemudian terus menuju ke tempat mereka.

"Selamat pagi semua ! Ada gosip baru ke? " Aisya menerjah secara
tiba-tiba.

"Ya Sya, saya dengar ada orang yang nak pindah masuk ke sekolah
ni, masuk kelas kita lagi !" jawab Damia panjang lebar.

"perempuan ke lelaki?" Aisya bertanya lagi.
"entahlah, harap-harap perempuan " jawab Damia .

Kemudian, Puan Anis masuk ke kelas. Seorang demi seorang pelajar
bersurai ke tempat duduk masing-masing.

" Assalamualaikum dan selamat pagi " kata Puan Anis . Kelas Mata
pelajaran Matematik pun bermula. Mata pelajaran yang cukup
membosankan bagi Aisya dan sesetengah pelajar kerana ada
pelajar yang sibuk menguap malah hampir tertidur. Kelas Matematik
selama sejam itu terasa bagaikan setahun.

Kriiing !!! Kriiing !!! Kriiing !!!, loceng rehat berbunyi. Masa untuk
mengisi perut setelah setahun terasa berkurung di dalam kelas. Aisya
berjalan sendiri ke kantin. Sementara menunggu makanan , Aisya
tanpa sedar mengelamun.

Aisya membayangkan, “Kalaulah aku ada kawan untuk ke kantin
bersama, duduk bersebelahan, bergurau dan bercerita . Semua
bersama. Mesti seronok !, fikir Aisya.
"Eeh, Aisya, jangan mengelamun siang-siang, ni makanannya" kata
Makcik Sari, memecahkan lamunan Aisya.
"Ya, saya minta maaf makcik," kata Aisya terkejut.

"Ya, tidak mengapa. Makan cepat , waktu rehat ada 10 minit lagi ,
"kata Makcik Sari
"Terima kasih makcik," jawab Aisya ringkas.

Selepas makan, Aisya kembali ke kelas dan pembelajaran bermula
sehingga habis waktu sekolah. Semasa Aisya pulang, Aisya
memikirkan pelajar yang akan berpindah ke kelasnya. “Adakah dia
lelaki? Atau perempuan? Haa sudahlah ,kenapa aku asyik
memikirkannya?.” soal Aisya.
Keesokan harinya, pelajar baru akan datang. Ada yang
mengatakan bahawa dia kaya. Ada juga yang mengatakan


183

bahawa dia orang Cina atau orang India. Aisya semakin ingin tahu
kerana jarang kaum lain ingin bersekolah disitu kerana kebanyakan
pelajar adalah orang Melayu.
Pagi itu, Aisya terlambat ke sekolah kerana lambat bangun. Cik Lina,
seorang guru bahasa Melayu dan juga guru kelas kami, memasuki
kelas. Seorang kanak-kanak berkulit putih berjalan di belakangnya.
“Nampaknya dia adalah pelajar baru tu dan dia rupanya orang
cina”, fikir Aisya.
“Nama saya Lee WeiWei. Panggil saja saya Weiwei. Semoga
perbezaan kita tidak menjadi halangan untuk berkawan, ”katanya.
"Terima kasih Weiwei. Kamu boleh duduk di sana, "kata Cik Lina.

Secara kebetulan, kerusi di sebelah Aisya kosong. Jadi, Weiwei
duduk di sana. Dia tersenyum kepada Aisya.

"Hai! Nama saya Aisya Kamila, panggil saja saya Aisya, "kata Aisya
sambil mengulurkan tangan.

"Owh, hai!" jawabnya sambil menjabat tangan Aisya.

Apabila tiba masa rehat . Aisya bergegas ke kantin. Langkah Aisya
terhenti apabila melihat Weiwei tidak tahu hendak ke mana kerana
belum ada yang berkawan dengannya. Aisya merasa kasihan,
kemudian Aisya memanggil dan membawanya ke kantin bersama.
Aisya dapat merasakan aura persahabatan antara dia dan Weiwei
walaupun Aisya tidak pernah berkawan dengan kaum lain selain
kaum Melayu. Sejak itu, Aisya dan Weiwei kelihatan selalu bersama
bagaikan belangkas. Tanpa perlu memberitahu antara satu sama
lain, mereka dapat merasakan mereka sudah menjadi kawan baik .
Setelah beberapa bulan, Aisya dan Weiwei semakin rapat . Aisya
sering bermain di rumah Weiwei, begitu juga dengan Weiwei, dia
juga sering bermain di rumah Aisya. Ibu bapa mereka juga saling
mengenali.
Ayah Aisya rupanya adalah rakan sekerja papa Weiwei, jadi
mereka menjadi sangat rapat bagaikan adik-beradik. Aisya sangat
gembira kerana mempunyai kawan yang sangat baik walaupun
kaum yang berbeza.
Berbeza kaum,agama dan budaya tidak menjadi penghalang
persahabatan. Dari situlah Aisya dapat belajar mengenai
perpaduan yang sepatutnya dipupuk dari awal di samping
menghormati orang lain, dan saling melengkapi.


NUR ARIFAH AWANIS BINTI SHAARI



184

PUTUS TALI

“Geramnya aku dengan anak Cina itu”, kata Johan. Hatinya
sakit mengenangkan peristiwa petang tadi. Dia dirotan oleh guru
besar kerana membuli pelajar lain. Perkara itu telah dilaporkan oleh
Mei Mei, Pengawas sekolah tersebut. Johan bukan sahaja dirotan
malah digantung sekolah selama satu minggu.

Johan anak tunggal Encik Rizal, seorang usahawan. Johan
dimanjakan oleh Encik Rizal setelah kematian ibunya. Sungguhpun
Johan dilimpahi dengan kemewahan, dia tidak pernah merasa
belaian seorang insan yang bergelar ibu. Hanya Mak Timah,
pembantu rumahnya yang banyak mencurahkan kasih sayang
kepadanya.

“Saya kasihanlah dengan Johan”, Intan meluahkan
pendapatnya.
“Saya pun simpati dengan dia. Tapi sudah memang tugas
saya membetulkan perkara yang salah”, kata Mei Mei.
“Johan itu memang kepala batu. Tiada sesiapa yang boleh
menolongnya kecuali dia sendiri yang tergerak hati untuk berubah.
Sudahlah. Kita ke sini bukan untuk bersembang pasal Johan, tapi
mahu belajar”, Devi yang sejak tadi membisu mencelah.
Mei Mei, Intan dan Devi ialah kawan karib sejak tadika lagi.
Walaupun berlainan bangsa, Namun persahabatan mereka tetap
utuh. Tahun ini mereka akan mengambil peperiksaan UPSR. Lantaran
itu, mereka kerap mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

Setelah seminggu berlalu, Johan kembali ke sekolah. Johan cuba
menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Dia tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Dalam pada itu, dia masih menyimpan dendam
terhadap Mei Mei.

Pada suatu petang, Johan keluar mengambil angin di
sebuah lorong. Malang nasibnya dia disergah sesuatu suara yang
mencabar dirinya.
Oleh kerana cetek dalam ilmu silat, Johan membuka langkah
seribu. Selaju-lajunya Johan berlari, laju lagi larian samseng-samseng
tersebut. Akhirnya Johan dibelasah tanpa mengetahui maksud
sebenar dia dibelasah.
Mei Mei, Intan, Devi dan lima rakannya baru pulang dari
kelas Taekwando dan kebetulan mereka lalu lorong kejadian Johan
dibelasah.

“Eh, Johan itu ! Maria dan Lina, kamu ke balai. Biar kami
berenam pergi membantu”, arah Mei Mei. Mereka berenam telah


185

memperolehi tali pinggang hitam. Maka ilmu yang dipelajari tidak
disia-siakan.

Sepuluh minit kemudian, polis tiba. Samseng-samseng
tersebut dibawa ke balai. Mei Mei dan rakan-rakannya diminta ke
balai untuk memberi keterangan lanjut. Manakala Johan dibawa ke
hospital.
Berita Johan dimasukkan wad merisaukan ayahnya. Doktor
memenangkan ayah Johan dan memberitahunnya bahawa Johan
tidak luka parah. Dia akan keluar wad tiga hari lagi.

Keesokkan paginya, Mei Mei datang melawat Johan. Intan
dan Devi tidak dapat bersama kerana ada kelas tambahan.
Kedatangan Mei Mei disambut dengan senyuman.
“Bagaimana dengan keadaan awak sekarang?” aju Mei Mei.

“Nampaknya beransur pulih. Terima kasih Mei Mei walaupun
selama ini kita berputus tali, namun awak tetap bantu saya. Saya
minta maaf Mei Mei.” Johan menghulurkan tangannya dan
disambut oleh Mei Mei.

Mei Mei mengangguk. “Putus tali kita sambung,” katanya.

Rentetan daripada peristiwa tersebut Johan menjadi kawan
karib kepada Mei Mei, Intan dan Devi. Mereka tidak lagi
bermusuhan seperti dahulu.
Kini, mereka bersama-sama mengulang kaji pelajaran.
Harapan mereka hanya satu iaitu mendapat kejayaan dalam UPSR.
Mereka tidak mahu gagal dalam peperiksaan kerana ingin
membuatkan ibu bapa bangga dengan kejayaan mereka.
“Apabila saya sudah besar, saya mahu menjadi seorang
doktor. Bolehlah saya merawat dan membantu orang lain”, kata
Intan.

“Saya pula ingin mengikuti jejak langkah ayah saya iaitu
seorang usahawan yang berjaya, bagaimana pula dengan kamu
Mei Mei?”, tanya Johan.

“Cita-cita Mei Mei pula ialah seorang guru. Saya ingin
mendidik pelajar supaya mereka menjadi generasi yang berilmu dan
disanjung tinggi”. Mereka pun ketawa ketika bersembang mengenai
cita-cita mereka.

Johan sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan
yang baik dan prihatin seperti Mei Mei, Intan dan Devi. Johan juga
berjanji untuk menjadi individu yang lebih baik daripada sebelumnya.




186

Demikianlah kisah mereka walaupun berbeza kaum namun mereka
mempunyai hubungan yang akrab.




NUR AFIQAH ZAFIRAH BT ROSLEY


































































187

LELAKI TUA

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki tua dan lelaki muda tinggal
di sebuah kampung. Lelaki tua seorang yang sangat kuat bekerja.
Kehidupannya dilengkapi dengan kemewahan. Manakala, seorang
lelaki muda pula malas bekerja. Kehidupannya melarat dan sangat
susah akibat daripada sikapnya sendiri. Setiap kali lelaki tua
memasak, lelaki muda akan tercium bau masakannya
menyebabkan lelaki muda itu berasa lapar tetapi malas mencari
makanan.

Pada suatu malam, lelaki tua memanggil semua kenalan bagi
mengadakan jamuan secara besar-besaran.

"Inilah masanya aku nak menjadi kaya, " kata lelaki muda itu.
Ramai jemputan datang ke majlis itu. Semasa majlis jamuannya
berlangsung, lelaki tua leka melayan tetamunya makan di ruang
kediamannya.

Semasa majlis jamuan berlangsung, lelaki muda itu pun
datang tanpa diundang oleh lelaki tua. Dia menghendap masuk ke
dalam kawasan rumah iaitu melalui belakang rumah lelaki tua. Dia
terus memasuki bilik lelaki tua itu secara senyap dan tanpa
mendapat keizinan lelaki tua. Dalam bilik lelaki tua, ada ketulan
emas dan duit yang banyak di situ. Setelah melihat harta tersebut,
dengan pantasnya lelaki muda itu mengambilnya lalu
membawanya pulang kerana mahu menjadi seorang yang kaya
tanpa mahu bekerja.
Setelah selesai jamuan di rumahnya, lelaki tua pun masuk ke
dalam biliknya. Alangkah terkejutnya dia mendapati emas dan
duitnya semua sudah hilang!. Lelaki tua berasa sangat sedih dan
terkejut atas perkara yang berlaku tersebit.

"Siapakah yang sanggup mencuri harta bendaku?" tanya lelaki tua.
Namun, pada hari yang lain, lelaki muda mengadakan
jamuan secara besar-besaran. Malah, lelaki muda turut menjemput
lelaki tua datang ke majlisnya. Dia sengaja hendak menunjuk-nunjuk
tentang kekayaan yang dimilikinya pada ketika itu.
"Aku juga boleh kaya seperti kamu. Tengoklah, ramai jemputan yang
akan datang," kata lelaki muda.
Lelaki muda melayan tetamu yang datang. Ketika itu,
datang seorang lelaki ke tempatnya sambil menutup mukanya.
Lelaki muda menjemput lelaki itu duduk sehidangan dengannya.

"Silakan makan," pelawa lelaki muda tanpa rasa malu.



188

"Memang aku datang hendak makan. Ah, betapa nikmatnya aku
dapat merasai harta sendiri, tapi dijamu di rumah orang lain," kata
lelaki itu. Lelaki muda sangat terkejut.
"Siapa tuan hamba sebenarnya?" tanya lelaki muda.

"Tidakkah kamu kenal? Akulah orang yang kamu curi hartanya," kata
lelaki tua. Lelaki muda sangat terkejut. Semua hadirin terkejut
mendengar pengakuan lelaki tua itu. Lelaki tua pun menceritakan
tentang perangai dan kejadian yang berlaku kepada jemputan.
"Saya tak berdendam dengan jiran saya ini. Dia sudah berusaha
menjadi kaya. Tetapi dengan cara yang salah. Kita patut
menghukumnya," kata lelaki tua itu.

"Kita mesti hukum kesalahannya mencuri," kata seorang hadirin.
"Saya mahu dia gantikan kesemua harta yang diambilnya," kata
lelaki tua.
Lelaki muda sangat terkejut setelah mendapati lelaki tua
tersebut tahu bahawa dia yang mencuri harta-harta lelaki tua itu.
Namun, semua harta sudah dibelanjakannya. Lelaki muda buntu
dengan apa lagi hendak digantikan. Lelaki muda sangat menyesal
atas tindakannya itu.

"Saya berjanji akan gantikan. Mulai esok saya akan bekerja. Saya
akan gantikan semua harta yang saya curi itu," kata lelaki muda
kepada lelaki tua.

Sejak hari itu lelaki muda mula bekerja dengan rajin. Akhirnya setelah
beberapa tahun, harta lelaki tua selesai diganti.

"Saya kagumi kerajinan kamu. Simpanlah sebahagian harta ini. Saya
sedekahkan untuk kamu," kata lelaki tua.

Lelaki muda sangat gembira mendengar kata-kata lelaki tua
itu. Dia bersyukur lelaki tua merupakan seorang yang sangat baik
dan tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Sejak itu
lelaki muda menguatkan usaha mencari harta. Lelaki tua telah
menyedarkannya dan langsung tidak menyimpan dendam malah
berbaik dengan lelaki muda itu.



NUR FARAHANIM BINTI ROSDI











189

AKU ANAK MISKIN

Suasana malam yang sunyi bertemankan cahaya lilin
memenuhi ruang tamu di sebuah rumah terpencil. Deruan angin
membisik kedinginan dan menyentuh dedaunan muda yang
tampak rapuh. Saat itu juga hujan mula turun membasahi bumi.
Adam meletakkan pensil warna yang digunakan sambil
tersenyum puas melihat lukisan doktor yang dihasilkannya.
Kemudian, Adam mengambil dan menampalkan lukisan tersebut di
dinding rumahnya yang telah usang.
“Besar nanti aku akan jadi doktor. Aku akan banggakan
emak dan adik kecilku” bisik Adam dalam hati sambil memejamkan
matanya yang belum lagi mahu terlelap. Adik perempuannya iaitu
Alya dan emaknya sudah lama dibuai mimpi yang menghanyutkan
mereka dalam kepekatan malam. Angin malam sesekali mendesah
di jendela kamarnya. Tiba-tiba Adam teringat perbualannya
bersama ayah dan ibunya seminggu yang lalu. “Adam, esok
pergi sekolah ye nak. Tak payahlah kamu pergi merayau-rayau di
kampung sebelah. Kacau orang-orang kampung sana. Mak selalu
terima aduan yang kamu suka cari gaduh dengan anak-anak
mereka” kata Mak Leha memecahkan kesunyian malam.
“Malas la mak! Adam malu pergi sekolah. Semua ejek Adam
budak miskin. Kalau kita kaya kan bagus. Mesti ramai yang nak
kawan dengan Adam. Ni semua salah mak dan ayah lah!” jerit
Adam dari luar rumah sambil bermain-main dengan kucing
kesayangannya.

“Adam, kamu jangan kurang ajar dengan mak kamu tu!
Disebabkan kita miskinlah kamu kena belajar bersungguh-sungguh.
Ubah nasib keluarga kita jadi lebih baik. Banggakan nama keluarga
kita” tegur ayah dengan nada yang lembut tetapi tegas.
Ayah diam seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya.

“Itulah harapan ayah sebelum ayah pergi nanti Adam. Ayah
makin uzur dam. Kamu sajalah harapan kami. Maafkan ayah kerana
tidak mampu memberikan kehidupan yang mewah kepada kamu
semua sehingga keluarga kita dihina, dicaci, dan dipulau oleh orang
kampung” pesan Pak Majid.
Tanpa sedar air mata Adam mengalir deras di pipi yang
menyedarkan dia dari lamunannya. Rupa-rupanya itulah perbualan
dan pesanan terakhir ayah sebelum dia pergi meninggalkan mereka
sekeluarga buat selama-lamanya.
Keluarga Adam memang sentiasa dipandang rendah dan
dihina oleh orang kampung serta rakan-rakannya di sekolah kerana


190

kehidupan mereka yang terlalu daif. Bagai jatuh ditimpa tangga
apabila mereka perlu menerima hakikat dengan kehilangan
ayahnya iaitu Pak Majid yang meninggal dunia akibat sakit jantung.
Justeru itu, ibunya Mak Leha terpaksa membanting tulang bagi
menampung perbelanjaan mereka dengan menoreh getah dan
bercucuk tanam di belakang rumah. Keadaan mereka ibarat kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Selepas kepergian ayahnya yang tercinta, Adam mula insaf.
Sikap Adam yang dahulunya nakal telah berubah menjadi lebih baik.
Adam sering membantu ibunya menjual tanaman mereka di pasar
minggu dan kadang-kadang Mak Leha juga mengambil upah kerja-
kerja kampung apabila musim tengkujuh sebagai sumber
pendapatan lain untuk menyara keluarga. Adam juga tidak lagi
ponteng sekolah kerana dia ingin mengabulkan permintaan terakhir
arwah ayah yang mahu dia berjaya dalam pelajaran. Oleh itu,
Adam bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengubah
kehidupan mereka yang miskin menjadi lebih baik.

Pada tahun ini, Adam akan menduduki peperiksaan UPSR
jadi dia sering menghabiskan waktu rehatnya di perpustakaan
dengan mengulang kaji pelajaran. Tambahan pula, dia tidak
mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin jadi Adam
sudah biasa ikat perut. Dia berazam untuk memperoleh keputusan
yang cemerlang dan masuk ke sekolah berasrama penuh serta
menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Di sekolah, Adam sentiasa keseorangan kerana dirinya yang
serba kekurangan menyebabkan tidak ada yang mahu berteman
rapat dengan Adam. Walaubagaimanpun, sekiranya rakan-rakan
memerlukan bantuannya dalam pembelajaran, Adam pasti sedia
membantu. Dia juga sering menjadi bahan ejekan di dalam kelas
terutama Murad yang selalu mengejek Adam dengan gelaran
“budak miskin”. Kalau dulu Adam malu dengan latar belakang
keluarganya yang susah tetapi kini kata-kata sindiran yang
dilemparkan kepadanya malah menjadi pembakar semangat untuk
dia terus belajar dan membuktikan bahawa orang miskin juga
mampu berjaya. Oleh itu, Adam hanya mendiamkan diri dan
bersabar kerana dia sudah lali dengan kata-kata cacian yang
diucapkan oleh Murad dan kawan-kawannya. Tiada sedikit pun api
dendam untuk mereka yang menghinanya.
Beberapa bulan telah pun berlalu dan peperiksaan UPSR
berbaki dua hari lagi. Seperti kebiasaannya Adam meghabiskan
waktu rehatnya untuk belajar di perpustakaan. Apabila loceng
berbunyi Adam bergegas kembali ke kelas sebelum terlambat. Tiba
sahaja di tempat duduknya, Adam terus bersandar pada kerusi dan
dia tidak perasan bahawa kerusinya dipenuhi dengan cat berwarna



191

hitam. Namun begitu, tidak ada sesiapapun yang memaklumkan
kepadanya bahawa bajunya telah kotor dengan cat tersebut.

Apabila pulang daripada sekolah Adam terkejut melihat
belakang baju sekolahnya yang berwarna putih dipenuhi dengan
cat hitam. Air matanya hampir mengalir kerana sedih memikirkan
bagaimana mahu menduduki peperiksaan jika itulah satu-satunya
baju sekolah yang dia ada. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
pedihnya hati dia apabila ada di antara rakannya yang sanggup
berbuat khianat kepadanya. Mak Leha yang melihat keadaan itu
segara menghampiri Adam dan memujuknya perlahan-perlahan.
“Janganlah sedih nanti emak cuba usahakan. Mak masih
ada duit simpanan untuk beli baju sekolah baharu. Nanti mak
kerahkan tulang empat kerat mak bagi menampung keperluan hari-
hari yang mendatang. Jangan risau” kata mak perlahan. Sayu hati
seorang ibu melihat kekecewaan yang jelas terpancar di raut wajah
anaknya. Selepas mendengar kata-kata ibunya, air mata Adam
mengalir dengan laju. Adam terus memeluk ibunya.
“Hina sangat ke orang miskin ni mak? Kenapa mereka
tergamak buat Adam macam ni” luah Adam sebak.
“Bersabarlah nak. Mungkin di sebalik dugaan ini ada hikmah
yang tersembunyi. Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu
mengajar kita erti tabah dalam mengecapi sesebuah kejayaan”
jawab Mak Leha dengan tenang.
“Maafkan Adam mak. Maafkan Adam sebab menyusahkan
mak. Adam janji Adam akan buat yang terbaik. Adam akan
banggakan mak. Adam akan buktikan orang miskin pun boleh
berjaya” jawab Adam teresak-esak. Kedua-duanya berpelukan
dalam suasana yang sungguh menghibakan.

Hari ini hari yang dinanti-nantikan olehnya telah pun tiba.
Adam ke sekolah lebih awal daripada biasa. Sebelum datang ke
sekolah, dia bersalaman dengan ibunya dan memohon maaf serta
meminta Mak Leha mendoakan kejayaannya. Selepas itu, dia
masuk ke dewan sambil berzikir dan berselawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. Sebelum menjawab kertas
peperiksaan, Adam tidak lupa untuk berdoa kepada Tuhan agar
dipermudahkan segala soalan yang dikemukakan. Tiga hari
berjuang di dalam dewan peperiksaan Adam dapat menjawab
soalan dengan tenang dan yakin. Adam juga selalu melakukan solat
hajat supaya Tuhan melembutkan hati pemeriksa yang menanda
kertas jawapannya untuk memberikan markah yang tinggi.
Selepas 2 bulan UPSR tamat, hari keputusan UPSR telah pun
berkunjung tiba. Adam berdebar-debar melangkah ke dewan untuk
mendengar keputusan yang bakal diterimanya. Memang sudah


192

tertulis segala doa dan usaha pasti akan terbalas. Berkat doa Adam
dan ibunya yang tidak putus meminta akhirnya dimakbulkan. Hampir
luruh jantungnya apabila dia diumumkan sebagai satu-satunya
murid yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan
dinobatkan sebagai tokoh akademik sekolah serta menjadi pelajar
terbaik seluruh Malaysia. Kejayaan itulah yang menjadi titik
permulaan yang membawa perubahan dalam keluarganya.

Kini, cita-cita Adam untuk menjadi seorang doktor akhirnya
tercapai. Dia merupakan antara doktor terbaik dunia. Begitu juga
adiknya Alya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti. Mak Leha juga sempat melihat kejayaan mereka adik-
beradik sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. Adam
berasa sungguh gembira dan bersyukur atas kejayaan yang
dianugerahkan oleh Tuhan. Walaupun sudah terkenal dan disegani
ramai orang, namun Adam tidak malu untuk bercerita tentang
kehidupan dia yang miskin kerana dia mahu memberi inspirasi
kepada golongan yang kurang berada untuk berusaha bersungguh-
sungguh dan keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Jika kita berasal dari keluarga sederhana atau miskin, maka
jangan pernah berlagak menjadi orang kaya dan malu untuk
mengakui tentang siapa kita sebenarnya, berasal dari mana atau
orang tua bekerja apa. Tanam cita-cita setinggi langit walaupun kita
bukan orang senang. Fikirkan kalau orang lain dapat berjaya
kenapa saya tidak boleh? Jadi berusahalah sedaya upaya dan
buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang kepada sesebuah
kejayaan.” – Doktor Adam.



NURUL HIDAYAH BT MOHD SAUFI




























193

SI APIN KELINCI YANG NAKAL

Pada suatu hari, ada empat arnab kecil yang dikenali sebagai
Didi, Lala, Jojo dan Apin. Mereka merupakan adik-beradik dan
tinggal bersama ibu mereka di tebing pasir di bawah akar pohon
cemara yang sangat besar. “Sekarang, sayangku," kata Puan Arnab
tua pada suatu pagi, "kamu semua boleh pergi ke ladang atau
bawah lorong, tetapi jangan pergi ke kebun Encik Samad, bapa
kamu mengalami kemalangan di sana dan dia telah diletakkan ke
dalam pai oleh isteri Encik Samad”.

"Sekarang berlari dan ingat pesan ibu. Ibu nak keluar ni."
Kemudian Puan Arnab tua itu membawa bakul dan payungnya ke
kedai roti. Dia membeli sebuku roti coklat dan lima roti kismis. Didi,
Lala dan Jojo yang merupakan kelinci kecil yang baik turun ke
lorong untuk mengumpulkan beri hitam. Namun, Apin yang sangat
nakal berlari terus ke taman Encik Samad dan masuk di bawah pintu
pagar.
Semasa berada di taman Encik Samad, Apin telah makan
sebilangan lada serta beberapa kacang hijau, dan kemudian dia
makan sebiji lobak. Tetapi ketika sampai di hujung bingkai timun, dia
telah terserempak dengan Encik Samad! Encik Samad pada masa
itu sedang menanam kubis muda, tetapi secara tiba-tiba Encik
Samad melompat dan berlari mengejar Apin setelah ternampak
bayangan si Apin di kawasan tamannya. Encik Samad mengejar si
Apin sambil melambai penyapu dan berkata, "Berhenti pencuri!"
Apin sangat ketakutan. Dia bergegas ke seluruh kebun kerana dia
sudah lupa jalan kembali ke pintu pagar. Dia kehilangan salah satu
kasutnya di antara kubis dan kasut yang lain di antara kentang.

Setelah kehilangan kedua-dua kasutnya, dia berlari dengan
empat kaki dan melangkah dengan lebih cepat sehinggalah dia
terperangkap ke dalam jaring yang dipasang oleh Encik Samad
bersama dengan jaket yang digunakannya. Apin menyerah diri
kerana baginya tiada lagi peluang untuk selamatkan diri dan dia
telah menitiskan air mata. Namun tangisannya didengari oleh
beberapa ekor burung pipit yang ramah melalui kawasan tersebut
dan terbang ke arah Apin. Mereka memberitahu Apin supaya
jangan berputus asa dan berusaha untuk melepaskan diri. Apin
berasa sangat gembira kerana masih ada yang mengambilberat
terhadap dirinya ketika itu.

Encik Samad muncul dengan membawa penyapu dan semakin
menghampiri Apin, tetapi Apin menggeliat tepat pada waktunya
dan akhirnya dapat melepaskan diri dengan meninggalkan
jaketnya sahaja di dalam jaring tersebut. Kemudiannya Apin
bergegas ke rak peralatan dan melompat ke dalam tin untuk



194

menyembunyikan dirinya. Encik Samad cukup yakin bahawa Apin
sedang bersembunyi di tempat peralatan, dan mungkin
bersembunyi di bawah pasu bunga. Encik Samad mula memerhati
sekeliling sambil membalikkan semua pasu dengan berhati-hati.
Pada masa ini, Apin tiba-tiba bersin, "Kertyschoo!" Encik Samad
mengejarnya dalam masa yang singkat dan cuba meletakkan
kakinya terhadap Apin, tetapi Apin bertindak dengan cepat
dengan melompat keluar dari tingkap hingga merosakkan tanaman
Encik Samad. Tingkap terlalu kecil untuk Encik Samad bagi
meneruskan misinya untuk menangkap Si Apin dan akhirnya dia
bosan mengejar Apin. Dia kembali ke tempat kerjanya. Apin duduk
berehat seketika di dalam sebuah tin setelah dia tidak melihat
kelibat Encik Samad mengejarnya. Pada ketika itu, dia kehabisan
nafas, gementar ketakutan, dan dia sama sekali tidak tahu arah tuju.
Setelah sekian lama berehat dia mulai berkeliaran dan bergerak
secara perlahan-lahan dan tidak terlalu cepat sambil melihat
sekeliling. Dia menjumpai pintu di dinding tetapi berkunci, dan tidak
ada ruang untuk seekor arnab kecil yang gemuk menyelinap di
bawahnya. Seekor tikus tua masuk dan keluar di depan pintu batu
membawa kacang peas. Apin bertanya kepadanya jalan ke pintu
pagar, tetapi dia mempunyai sebiji kacang besar di mulutnya
sehingga dia tidak dapat menjawab. Dia hanya menggeleng
kepala kepadanya. Apin mula menangis. Kemudian, Apin berusaha
mencari jalan tepat di seberang kebun, tetapi dia semakin bingung.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk kembali ke stor
peralatan. Secara tiba-tiba, dia mendengar suara cangkul
berhampiran. Apin mengintai di bawah semak. Tetapi pada masa ini,
kerana tidak ada sesuatu yang terjadi, dia terus keluar dan naik
kereta sorong dan mengintip. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
Encik Samad mencangkul bawang. Punggungnya dipusingkan ke
arah Apin, dan di luarnya ada pintu pagar! Apin turun dengan
tenang dari kereta sorong dan mula berlari secepat yang dia boleh
sepanjang berada di jalan lurus di belakang beberapa semak kismis.

Encik Samad melihatnya di sudut, tetapi Apin tidak peduli. Apin
meneruskan lariannya sehingga dia tergelincir di bawah pintu pagar,
dan akhirnya selamat pada kayu di luar kebun. Encik Samad
menggantungkan jaket kecil dan kasut untuk menakutkan burung
gagak. Apin tidak pernah berhenti berlari atau melihat ke
belakangnya sehingga dia pulang ke rumah pohon cemara yang
besar. Dia sangat letih sehingga dia jatuh di atas pasir lembut di atas
lantai lubang arnab, dan menutup matanya. Ibunya sibuk memasak
dan tertanya-tanya apa yang telah dilakukan oleh Apin dengan
pakaiannya. Ini adalah jaket kecil kedua dan sepasang kasut yang
hilang oleh Apin dalam masa dua minggu! Akhirnya, Apin berasa
menyesal dan takut untuk melakukan kesilapan yang sama. Jadi dia


195

berjanji kepada diri sendiri untuk menjadi anak yang lebih baik dan
mendengar nasihat ibunya.




NURAFIRA BINTI ARSAD


































































196

MELIHAT KEMBALI

“Aida, kenapa kau tidak mahu melanjutkan pelajaran di luar negara?
Bukankah kau sudah memperoleh semua A+ dalam Sijil Pelajaran
Malaysia? soal Irdina, kawan sekampung Aida sejak mereka kecil
lagi.
“Bukan aku tidak mahu, Irdina. Aku cuma tidak gemar dengan cara
hidup yang diamalkan di sana. Tidak ramai rakyat yang beragama
Islam seperti kita di Dublin itu. Aku cuma rasa berat hati untuk
meninggalkan keluargaku dan kampung ini”, jawab Aida yang
mengharapkan pengertian Irdina.
“Kau ini memang menolak rezeki, Aida. Tawaran yang datang
kepada kau ini hanya sekali sahaja. Masalah cara hidup mereka di
sana tidak akan merunsingkan fikiran kau selagi iman kau cukup
kuat untuk melawannya. Janganlah kau sia-siakan peluang ini,
Aida”, Irdina seperti sudah tidak kenal dengan sahabatnya yang
seorang ini.
“Sudahlah Irdina. Biar aku fikir masak-masak dahulu tentang hal ini.
Jom kita ke pekan! Aku teringin makan nasi kandar. Aku rasa seperti
orang mengidam pula”, kata Aida untuk meredakan suasana yang
tegang sebentar tadi.
“Ish, kau ini Aida. Pandai benar kau menukar topik perbualan kita.
Jomlah, aku pun teringin juga”, Irdina ketawa. Basikal mereka
dikayuh laju sehingga mereka tiba di depan kedai nasi kandar yang
sudah semestinya sentiasa penuh dengan orang kampung. Bagi
anak-anak muda seperti Aida dan Irdina, mereka merupakan
pelanggan tetap kerana telah terpikat dengan nasi kandar yang
enak di kedai itu.

Setelah menikmati nasi kandar di pekan, mereka pun pulang ke
rumah
masing-masing….

“Aida, kenapa kau tidak mahu pergi ke sana? Bukankah ini impian
kau sewaktu kau berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di
dalam Sijil Pelajaran Malaysia dahulu? Ibu cuma tidak mahu kau
menyesal, nak”, tanya Mak Jah, ibu Aida dengan lembut.

“Ibu, hanya tinggal kita berdua sahaja di rumah usang harta
peninggalan arwah ayah ini. Siapa yang hendak menjaga ibu
apabila Aida tiada nanti? Ibu sudah tua jadi Aida perlu sentiasa ada
bersama ibu untuk menjaga segala keperluan ibu”, kata Aida dalam
nada yang sebak.
“Ibu ini sudah dewasa. Pandai-pandailah ibu menjaga diri sendiri.
Masa depan ibu ada di kampung yang aman ini. Masa depan kau


197

pula masih jauh. Pergilah jika kau mahu. Janganlah fikirkan pasal ibu.
Fikirkan tentang masa depan kamu”, Mak Jah sudah tidak dapat
menahan air matanya lagi. Sebenarnya, dia juga berat hati untuk
merelakan anak tunggalnya itu pergi jauh daripadanya. Namun
dalam hal ini, dia tidak boleh mementingkan diri.

“Kak Aida, kak Aida!”, terjerit-jerit Nurul memanggil nama Aida. “Ish,
kau ni Nurul. Terkejut aku dibuatnya. Lain kali berilah salam dahulu”,
Aida menegur kesalahan Nurul sewaktu memanggilnya tadi. Aida
faham benar dengan personaliti Nurul yang kelam-kabut itu. “Maaf
kak Aida. Ini ada surat untuk kak Aida”, kata Nurul kepada Aida.
“Ibu, Aida ditawarkan ke universiti tempatan. Aida berminat untuk
melanjutkan pelajaran di sana”, kata Aida kepada ibunya dengan
gembira. “Alhamdulillah, nak. Berkat usaha kau, rezeki Allah datang
bergolek kepada kau. Jadi, benar kau tidak mahu ke luar negara?
Ibu bukannya mahu bermegah-megah di depan orang kampung
nanti. Tapi, bukankah menyambung pelajaran di luar negara lebih
menguntungkan buat kau?”, Mak Jah bertanya.
“Ibu, tidak kira di mana sahaja kita berada, jika kita lakukan dengan
sehabis baik, sudah pasti akan membuahkan hasil. Belajar di luar
negara tidak akan mendatangkan manfaat jika kita tidak pandai
menyesuaikan diri di sana. Di Malaysia, terdapat banyak peluang
dan kesenangan yang dapat Aida nikmati kerana di negara inilah
Aida dibesarkan. Tidak perlu diagungkan sangat tentang negara-
negara luar”, Aida berkata untuk memujuk ibunya yang ternyata
kecewa apabila dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran di
Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Jika itu yang kau mahukan, ibu akan sentiasa menyokong kau.
Nanti bolehlah kau selalu menjenguk ibu di kampung. Tidak dapat
ibu merasa naik burung besi terbang itu”, Mak jah ketawa
mendengar kata-katanya sendiri. Aida turut ketawa.

“Bukan burung besi terbanglah, ibu. Itu kapal terbang. Kalau di
Sarawak, mereka panggil belon“, Aida berkongsi ilmunya bersama
Mak Jah.

Selepas enam tahun berlalu….
“Ibu, ibu! Aida dah sampai”, Aida terjerit-jerit memanggil nama
ibunya.
“Aida, anakku. Mengapa kau memakai jubah dan topi ini? Hari ini
hari apa Aida?”, tanya Mak Jah pelik melihat cara pemakaian
anaknya itu.

“Ibu, hari ini Aida ada graduasi. Aida telah berjaya di universiti.
Bukankah Aida sudah ceritakan kepada ibu semalam? Jom, ibu. Kita



198

sudah lewat. Nanti jalan sesak pula. Nanti ibu duduk sahaja di dalam
dewan itu. Apabila tiba giliran Aida dipanggil, ibu pasti bangga”,
Aida berkata sambil memimpin tangan ibunya masuk ke dalam
kereta Honda Jazz miliknya. Rupa-rupanya, Aida telah berusaha
mengumpul duit dengan melakukan kerja sambilan di sebuah
restoran berhampiran universitinya sehingga akhirnya dia berjaya
membeli sebuah kereta. Kereta milik Aida meluncur laju
meninggalkan kampung itu.
Aida berbangga dengan dirinya. Keputusannya untuk
melanjutkan pelajaran di universiti tempatan adalah keputusan
yang terbaik untuk dirinya. Dia tahu lebih banyak peluang yang
terbuka di Malaysia ini berbanding di luar negara, bak kata pepatah,
“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
di negeri sendiri”.



NURUL IZZAH BT ABD RAHIM















































199

M16

Arghhhhh……….. arghhh………. Kedengaran Tok Kalam
sepertinya sedang mengerang kesakitan. Lantas cucunya Mimi
berlari ke arah bilik tidur datuknya untuk melihat apa yang sedang
terjadi. Alangkah terkejutnya Mimi apabila mendapati datuknya
sedang meracau-racau tidak tentu arah seperti orang kerasukan
dengan matanya tertutup.

Mimi dengan lekas mengejutkan datuknya daripada igauan
ngerinya. Mimi menenangkan datuknya yang sudah dalam
keadaan duduk di atas katil setelah dikejutkan. Mimi memberitahu
bahawa itu hanya igauan datuknya. Igauan itu sering dialami oleh
datuknya yang mana pada zaman memerangi komunis, dia
merupakan seorang anggota tentera yang ditugaskan untuk
membersihkan kawasan yang dipercayai menjadi markas kepada
kumpulan pengganas komunis yang digelar bintang tiga.
Pada waktu itu, Tok Kalam hanya seorang anggota tentera
yang berpangkat koperal. Dia dan pasukannya amat terkenal di
beberapa kompeni tentera sehingga diberikan julukan sebagai
pasukan tanpa bayangan. Julukan ini diberikan kerana kesemua
misi yang dijalankan dengan jayanya tanpa pengetahuan musuh
mereka sudah menyelinap masuk dan menumpaskan mereka tanpa
seorangpun anggota mereka yang terkorban. Mereka sering pulang
dalam keadaan yang selamat sihat walafiat.

Namun, semuanya tidak kekal buat selamanya apabila
pasukannya terlibat dalam satu insiden berdarah dimana mereka
berbalas tembakan dengan musuh. Kejadian ini berlaku pada suatu
pagi yang hening di tebingan sungai melinau disaat mereka sedang
melakukan rondaan harian bagi memastikan perimeter dalam
keadaan selamat daripada pencerobohan oleh pihak musuh. Tiba-
tiba, boommm!!!!!!!!.... kedengaran bunyi satu letupan bom.
Arghhhh!!!!!!! Kaki aku….. Aduh!!!!!! Sakitnya……..!!!!! seorang
anggota pasukan mereka mengerang kesakitan akibat terpijak bom
periuk api yang telah diletakkan oleh pihak musuh. Tanpa
membuang masa, pihak musuh terus menghujani pasukan mereka
dengan hujan peluru yang tak terbayang banyaknya. Tok Kalam
yang terkejut dengan serangan hendak oleh musuh pun segera
berlari mendapatkan ketua platunnya bagi mengatur strategi
serangan balas.

Terbeliak biji mata Tok Kalam melihat keadaan ketua
platunnya yang sudah tidak bernyawa tinggal bahagian atas
anggota badan sahaja akibat ledakan bom tangan yang dibaling
oleh pihak musuh. Tidakkkkkkkkk!!!!!!!! Jerit Tok Kalam sekuat hatinya.
Tanpa sesaat yang terbuang, Tok Kalam menggapai selaras M16


200

yang ada pada rakannya itu lalu berbalas tembakan dengan
musuh. 5

Keadaan berlarutan selama dua jam lebih sebelum kapten
pihak musuh meminta mereka menyerah kalah jika ingin hidup.
“Woiiiii!!!!!, letakan senjata kamu dan keluarlah menyerah jika kamu
ingin hidup”, katanya. “Tidakkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!, kami takkan menyerah
sama sekali, biarlah kami gugur menyembah bumi ini demi
kedaulatan negara ini daripada mengkhianatinya”, kata Tok Kalam
membalas pekikan pihak musuh itu. Dengan sedikit waktu yang
diulurkan, Tok Kalam mengarahkan seorang anggotanya yang
berpangkat prebet untuk menyelinap keluar daripada medan
tempur unruk mendapatkan bala bantuan.

Pihak musuh yang berang tadi mengarahkan anak buahnya
untuk menghujani pasukan Tok Kalam dengan peluru. Mereka
terpaksa berundur dan berselindung di balik pokok-pokok besar bagi
mengelakkan terkena tembakan musuh. Berbalas tembakan
berlarutan sehingga Tok Kalam dan pasukannya menemui jalan
buntu kerana kehabisan peluru. Sekali lagi pihak musuh meminta
mereka untuk meletakkan senjata dan menyerah. “Woiiiii!!!!!, letakan
senjata kamu dan keluarlah menyerah jika kamu ingin hidup. Kami
tahu bahawa kamu semua sudah kehabisan peluru. Tiada gunanya
lagi kamu melawan”, katanya. Tok Kalam dengan beraninya
menjawab. “Kami tidak akan mudah menyerah diri kami. Kami rela
mati dimuncung senapang namun, takkan kami gadai maruah kami
demi kedaulatan negara ini”, katanya.

Nasib mereka agak baik kerana bala bantuan sudah tiba di
medan tempur dan menggasak segenap musuh yang ada. Musuh-
musuh pun melarikan diri jauh ke dalam hutan menyelamatkan diri
masing-masing. Hanya Tok Kalam dan tiga yang lainnya tersisa
daripada pasukannya. Setelah negara aman daripada ancaman
komunis, Tok Kalam dinaikkan pangkat. Akhirnya platun mereka
dibubarkan. Namun, peristiwa itulah yang sering menjadi igauan
ngeri Tok Kalam.


ROSEMIYANTY PAYA LAGEH
















201

ANAK TIRI


Pada suatu hari, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di
kawasan yang jauh dari bandar. Si suami yang dikenali sebagai Pak
Azad memiliki seorang putri hasil dari perkahwinan pertamanya dan
si isteri yang dikenali sebagai Mak Leha juga mempunyai seorang
anak gadis hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Mak Leha sangat menyayangi putri kandungnya yang
bernama Daisy. Mak Leha sangat memanjakan Daisy. Dia selalu
memberikan pakaian dan barang-barang baru kepada putrinya.
Daisy tidak pernah melakukan kerja di rumah. Dia hanya duduk di
dalam bilik tidurnya dan mempercantikkan dirinya.

Sebaliknya, Mak Leha bersikap berat sebelah jika dengan
anak perempuan tirinya yang merupakan anak gadis dari pihak
suaminya. Anak gadis dari pihak suaminya itu bernama Ayo. putri
Pak Azad seorang yang sangat rajin. Ayo selalu diarah oleh mak
Leha untuk membersihkan seluruh kawasan rumah serta
menyediakan makanan untuk mereka sekeluarga. Walau
bagaimanapun, Ayo tidak tidak mudah mengeluh bila diperlakukan
sedemikian oleh Mak Leha. Dia akur dengan setiap arahan yang
diberikan oleh ibu tirinya.

Pada suatu hari, Pak Azad sakit dan tidak dapat untuk
bekerja. Disebabkan rasa kasihan terhadap ayahnya, Ayo
menyatakan hasratnya kepada ayahnya untuk menggantikan
tempat ayahnya untuk mencari nafkah bagi mereka sekeluarga
sementara ayahnya sakit. Mak Leha mendengar perbualan dua
beranak tersebut tanpa pengetahuan Pak Azad dan Ayo.

“ saya sangat setuju dengan hasrat Ayo tadi. Dia harus bekerja
menggantikan ayahnya yang sakit dan tidak dapat menghasilkan
wang itu. Jika dia tidak bekerja siapa lagi yang akan mencari nafkah
untuk aku dan puteri ku.” Katanya pada dirinya sendiri.

Lalu Mak Leha pun pergi menghampiri suami dan puteri
tirinya dan menyatakan persetujuannya atas keinginan anak tirinya
tadi.

Mendengar persetujuan yang dibuat oleh isterinya itu, Pak
Azad menjadi sangat marah kepada isterinya.


“ Mengapa kau tidak menyuruh puterimu juga untuk bekerja?”
teriaknya dengan perasaan yang sangat marah.





202

“ aku tidak akan membenarkan puteriku bekerja! Aku sangat
menyayanginya. Lagipun dia sangat cantik. Kalau dia bekerja, kuku
dan kaki yang cantik akan menjadi buruk dan tidak cantik.
Sedangkan anakmu itu tidak terlalu cantik”. kata isterinya.

“ Cukup Leha! Saya tak nak anak saya dibandingkan! Pak Azad
tidak terima anaknya dibandingkan dengan puteri tirinya Daisy.

Namun Ayo menenangkan amarah ayahnya agar tidak
memarahi ibu tirinya itu lagi.

“ Tidak mengapa ayah. Saya akan mencari pekerjaan di bandar
dan akan bekerja di bandar untuk beberapa bulan” kata lembut.

Pak Azad menghormati keputusannya anaknya itu dan tidak
melarangnya untuk pergi ke bandar.

Keesokan harinya ayo telah berangkat ke bandar. Alangkah
Malangnya nasibnya, ibu tirinya tidak memberikan bekal sebagai
alas perut sepanjang perjalanannya ke bandar. Sebelum berangkat
ke bandar Pak Azad memberikan pesan kepada putri
kesayangannya.

“ Nak, jika engkau bekerja nanti, laksanakanlah pekerjaanmu
dengan sepenuh hati. Berilah bantuan sekiranya orang meminta
bantuan daripadamu, jangan pernah engkau menolak permintaan
mereka. Bekerjalah dengan rajin dan jujurlah dalam setiap
pekerjaanmu”.

Demikianlah pesan yang diberikan sang ayah kepada Ayo.

Sepanjang perjalanan, tiba-tiba Ayo bertemu dengan
seorang nenek yang sedang duduk berhat sambil memegang
cangkul. Nenek tersebut nampak sangat letih. Lalu tersebut meminta
bantuan daripada Ayo.

“ Nak bolehkah engkau membantu nenek mencangkul tanah yang
belum di cangkul ini, tangan nenek sangat sakit. Jika engkau
membantuku, aku berjanji akan membalas kebaikanmu” kata nenek
tersebut kepada Ayo.

“ Baiklah nenek, aku akan membantumu” . Jawab si Ayo

Ayo mengambil cangkul kemudian mencangkul tanah yang
belum dicangkul oleh nenek tersebut. Setelah selesai mencangkul
tanah, Ayo mengembalikan cangkul tersebut kepada nenek tua itu.




203

“ Terima kasih nak kerana telah membatu nenek. Nenek minta maaf,
disebabkan kau membantuku tanganmu menjadi kotor” kata
nenek.

Gadis baik hati itu menggelengkan kepala dan tersenyum.

“ Tidak mengapa nenek, aku sangat senang dapat membantumu.”

Kemudian Ayo meneruskan perjalanannya lagi. Setelah
berjalan beberapa jam dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang
sedang memotong dahan-dahan kering pada poko buah
rambutannya. lelaki tua itu meminta bantuan kepada Ayo.

“ Nak bolehkah kau membantuku memotong dahan-dahan kering
ini?” katanya.


“ Sudah tentu aku boleh membantumu.”jawab Ayo kepada lelaki
tua itu.
Ayo memotong dahan-dahan kering tersebut. Dia membantu lelaki
tua itu dengan ikhlas dan senang hati.

“ Terima kasih nak kerana sudi membantu ku. Aku berjanji akan
membalas kebaikkanmu” kata lelaki tua itu.

Ayo tersenyum dan meminta diri untuk meneruskan
perjalanannya. Selang beberapa jam kemudian dia bertemu
dengan seorang nenek lagi. Dia melihat raut muka nenek tersebut
sedih. Lalu dia pun bertanya kepada nenek tersebut.

“ Nenek mengapa engkau kelihatan sedih?” soalnya kepada nenek
itu.
“ Saya ingin memasak roti. Tetapi kayu api nenek sudah habis.
Bolehkah kau menolongku mengumpul kayu api yang tidak jauh dari
kawasan rumah ku ini? Katanya.

“ Tentu saja aku boleh membantumu.” Jawab Ayo kepada nenek itu.
Lalu ayo pun pergi ke tempat yang dikatakan oleh nenek tersebut
untuk mengumpul kayu api dan membawanya ke rumah nenek itu.
Setelah mengumpul kayu api. Ayo pun pulang membawa kayu api
ke rumah nenek tersebut. Nenek tersebut mengucapkan terima
kasih dan berjanji akan membalas kebaikannya. Ayo tersenyum
kemudian meneruskan perjalanannya.

Hari semakin gelap dan Ayo merasa sangat letih. Dia ingin
berehat kerana terlalu letih. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia
melihat sebuah rumah yang sangat mewah. Dia pun mengahampiri




204

rumah tersebut. Dia mengetuk pintu rumah tersebut. Kemudia pintu
ru ah tersebut dibuka oleh seorang wanita sebaya ibu tirinya.


“ Bolehkah aku menumpang rumahmu satu malam ini?” soal ayo
kepada wanita itu.

“Tentu saja boleh. Mari masuk.” Wanita itu mempelawa Ayo masuk
ke rumahnya.

“ jika boleh tahu, kau mahu kemana sebenarnya? Soal wanita itu.
“ Aku sedang mencari pekerjaan, makcik.”
“ Bagaimana kalau kau bekerja disini saja” tawar wanita itu
“ Benarkah?” Ayo sangat teruja kerana sudah mendapatkan
pekerjaan.
“ Tetapi dengan satu syarat, kau dilarang untuk membesihkan bilik
nombor tujuh. Ruangan rumah yang lain boleh kau bersihkan “ jelas
wanita itu.
Ayo mengangguk tanda bersetuju dengan syarat tersebut.

Keesokan harinya Ayo memulakan kerjanya. Dia merupakan
seorang anak yang sangat rajin dan bekerja dengan sepenuh hati.
Dia membersihkan sertiap ruang yang ada didalam rumah tersebut
kecuali bilik nombor tujuh.

Setelah setahun bekerja diapun mendapat upah dari
majikannya. Majikannya itu memberikan uang kepada Ayo. namun,
wanita itu berasa hairan, mengapa Ayo tidak membersihkan bilik
nombr tujuh.

“ kau bekerja dengan sangat rajin nak. Tapi aku ada satu soalan.
Mengapa kau tidak membuka bilik nombor tujuh? “

“ kerana itu adalah salah satu syarat yang telah kau berikan
kepadaku sepanjang bekerja disini, aku harus mematuhi perintahmu.
Ayahku pernah berpesan padaku, bekerjalah dengan sepenuh hati
dan patuhilah semua tugas yang diberikan” jawabnya.

Wanita yang merupakan majikannya itu tersenyum puas.

“ sekarang kau boleh masuk ke bilik itu” kata majikannya.
Ayo masuk ke bilik nombor tujuh. Dia sangat terkejut kerana
mendapati banyak emas di dalam bilik itu. Majikannya
memerintahkannya untuk mengambil sebanyak mana yang dia
mahukan. Maka Ayo mengambil emas sebanyak mana yang dia
mahu.
Setelah itu dia pun pulang.




205

Dalam perjalanan pulang dia bertemu dengan nenek yang
telah ditolongnya dulu. Nenek itu menawarkan kuih yang telah
dimasaknya kepada Ayo. Ayo memakannya dan teringat akan
ayahnya di rumah. Dia mengatakan hasratnya kepada nenek
tersebut.

“ apakah saya boleh membawa beberapa kuih ini untuk ayahku?”
“ tentu saja boleh nak, ambillah sebanyak mana yang kau
mahukan.” Kata nenek itu.

Kemudian, Ayo meneruskan perjalanannya, beberapa jam
kemudian dia bertemu dengan lelaki dua yang telah ditolongnya
dulu. Lelaki tua itu sedang memetic buah rambutan. Dia pun
menawarkan buah rambutan kepada Ayo. Ayo berasa sangat
gembira. Dia menerima semua buah yang diberikan lelaki tua itu.
Lalu dia pun meneruskan perjalanannya.

Setelah berjalan cukup jauh gadis itu berjumpa dengan
nenek yang dulu pernah dia tolong. Nenek itu sedang memetik
buah-buahan dan menawarkan beberapa minuman segar kepada
Ayo.pada ketika itu, Ayo yang memang sedang haus itu pun
menerima minuman yang ditawarkan nenek itu dan memakan
beberapa buah-buahan segar yang ada. Nenek itu memberikan
beberapa buah-buahan dua dipetiknya. Gadis itu melomat senang
dan berfikir ayahnya pasti sangat senang jika dia pulang membawa
banyak makanan seperti itu.


Setibanya dirumah dia disambut oleh ayahnya yang sudah
merindukan putri kesayangannya. Ayahnya sudah sehat. Berbeza
dengan ibu tirinya, ibu tiri gadis itu menatap iri pada Ayo. Ibu tirinya
ingin merampas wang hasil dari kerja kerasnya selama setahun itu,
kerana ibu tirinya berfikir, jika dia tidak merampas wang itu dari Ayo.
Maka dia dan putrinya tidak mempunyai wang untuk membeli
barang-barang baru.


“ tindakanmu sangat keterlaluan terhadap puteriku!” teriak Pak
Azad kepada isterinya. “oleh sebab engkau bersikap seperti ini
terhadap Putriku, aku akan mengusir kau dan putrimu dari rumah ini!.
Kata Pak Azad.


Mendengar suaminya berkata demikian, Mak Leha menjadi
sangat takut. Dia berfikir jika suaminya mengusirnya dari rumah ini,
dimana lagi dia dan putrinya akan tinggal.






206

“ Bang, aku minta maaf atas perlakuanku yang terlalu kasar
terhadap puterimu, aku janji tidak akan bersikap berat sebelah
terhadap putri, dan akan melayannya seperti putri kandungku
sendiri.” Rayu Mak Leha kepada suaminya.


“ayah biarkan saja mereka tinggal di sini. Aku sudah memaafkan ibu
atas perlakuannya itu.” Kata Ayo kepada Ayahnya.


Pak Azad akur dengan permintaan putrinya itu. Dia tidak mengusir
Mak Leha dan putrinya. Pak Azad telah memafkan isterinya dan
anak tirinya itu. Setelah itu mereka pun hidup menjadi satu keluarga
yang sangat harmoni dan bahagia.


SHALIZA EILLEN SAPU


















































207

DAKAPAN HANGAT

“Suatu hari emak membawa anak-anaknya Sera dan Zera bersiar-siar
di taman permainan. Setelah penat berjalan, mereka berehat
seketika di sebuah bangku yang telah disediakan. Sambil berehat,
mereka menikmati makanan bekal yang dibawa dari rumah. Tiba-
tiba Sera bersuara. “mak, kenapa kucing itu bergaduh?” emak
tersenyum lalu menjawab, “Mereka bukan bergaduh. Mereka
sedang bermain.” “Mak, mereka saling sayang menyayangi tak?”
tanya Sera lagi. “Mestilah. Haiwan pun tahu menyayangi adiknya.
Kita mesti saling sayang menyayangi tidak kira sesiapa pun. Lebih-
lebih lagi keluarga dan saudara mara kita.” balas emak. Sera
menganggukkan kepala tanda faham apa yang diperkatakan oleh
emaknya. Mereka sambung bermain di taman dan berseronok.
Menjelang petang, mereka bersiap-siap untuk pulang. Di waktu
malam, Sera mencium kedua-dua pipi adiknya yang sedang tidur
sambil berkata, “Zera, kakak terlalu sayangkan adik. Kakak akan
sentiasa menyayangi adik sampai bila-bila.” Emak yang sedang
melihat gelagat anaknya tersenyum dan terus memeluk Sera dan
Zera sambil berkata, “mak pun sayangkan Sera dan Zera.” Setelah
beberapa tahun Sera dan Zera meningkat umur 9 tahun mereka
menceburi dunia hiburan sebagai penyanyi kumpulan, tetapi Sera
dan Zera berada dalam kumpulan yang berbeza tetapi merak
sentiasa saling menolong jika antara mereka menghadapi masalah.
Walaupun kadang-kadang mereka bersaing antara kumpulan
masingmasing suatu hari Sera buat gurauan pada Zera dengan
meletakkan serbuk cili pada pudding kesukaan Zera tetapi ayah dan
emak marah pada sera dan menghukum sera dengan melarang
sera keluar ke taman haiwan bersama keluarga sejak kejadian itu
sera rasa tidak menentu banyak perasaan yang dirasa,


Sera berdiam dan …
Bersambung…

SYLVIA USUN MUSIT





















208

BIJAK

Di pinggir sebuah kampung, tinggallah seorang petani yang
bernama Pak Akup. Pak Akup hanya tinggal sebatang kara di
sebuah pondok yang usang. Tempat tinggal Pak Akup berhampiran
dengan sungai dan sawah. Oleh itu, tiadalah sebarang masalah
bagi Pak Akup untuk mencari makanan.

Pada suatu hari, ketika Pak Akup sedang membajak di
sawahnya, datanglah seekor beruang hitam yang sangat besar dan
berkuku tajam.
“Hei, petani! Aku akan melahapmu!” kata si Beruang.

“Tunggu! Jangan lakukan kekerasan disini,” pujuk Pak Akup. Aku
akan mengadakan perjanjian denganmu. Sekarang ini, aku sedang
menabur benih di ladangku. Di saat benih-benih ini sudah masak,
aku akan memberikan semua hasilnya untukmu kecuali bahagian
akarnya.”

Beruang berfikir sejenak, bahawa mendapat makanan satu ladang
penuh, tentu lebih menguntungkan dibandingkan dirinya hanya
melahap satu manusia. Setelah berfikir demikian maka beruang pun
bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Pak Akup.

Beruang pun akhirnya membiarkan Pak Akup melakukan
pekerjaannya dengan tenang. Setiap hari, Pak Akup menyirami
tanaman ubi keledek. Ketika ubi keledek sudah matang dan boleh
dipetik, Pak Akup memberikan akar-akar yang tumbuh di atas tanah
kepada beruang manakala hasil ubi keledek yang telah dikumpul
atau dipetik akan dijual oleh Pak Akup ke pasar tani.

Beruang berasa agak kesal kerana Pak Akup mendapat banyak
wang hasil menjual ubi keledeknya di pasar tani.

“Kau sudah menipuku! Aku akan memakanmu sekarang juga!”
kata si Beruang.
“Jangan lakukan itu, Beruang!” kata Pak Akup. “Aku baru saja
menanam benih jagung. Pada saat tanaman ini siap dipetik, kamu
boleh mengambil akar-akarnya. Biar aku mendapat bahagian
daunnya.”
Beruang pun bersetuju. Tak lama kemudian, tanaman jagung itu
tumbuh. Pak Akup pun mulai memetiknya dan menjual jagung-
jagung itu di pasar dan mendapat banyak wang. Terakhir, baru Pak
Akup menyuruh beruang untuk mengambil akar-akarnya.
Sekali lagi beruang sedar, Pak Akup telah mendapat
keuntungan yang lebih banyak dari dirinya. Dengan sangat marah,
ia berkata, “Kali ini, aku benar-benar akan memakanmu!”


209

Pak Akup menatap beruang dengan pasrah. “Jika kau ingin
memakan aku, terserah saja. Tapi biarkan aku menebar benih
gandum dulu”. kata Pak Akup.
Beruang itu setuju, dan kembali ke hutan untuk berehat.

Di saat itu seekor rubah melewati ladang Pak Akup.

“Mengapa kamu sangat sedih, Pak Akup?” tanya rubah.
Pak Akup terkejut melihat rubah sudah ada di dekatnya. Pak
Akup tahu, walau rubah agak ramah, namun dia selalu licik dan
bersikap tidak ikhlas dalam hal membantu. Setelah berfikir sejenak,
Pak Akup berkata,
“Tentu saja aku sedih, Rubah. Beruang sedang menunggu aku di
hutan. Setelah aku selesai menebar benih, dia akan langsung
memakanku. Siapa yang akan merawat ayam-ayamku kalau aku
mati,” kata Pak Akup.
Mendengar kata ‘ayam’ rubah semakin senyum ramah.

“Tenang saja Pak Akup. Aku akan menyelamatkanmu dari si
Beruang. Tapi, balasan apa yang akan kau berikan padaku?”kata
rubah.
“Aku akan memberikanmu dua ekor ayam,” janji Pak Akup.

“Setuju! Sekarang, serahkan beruang itu ke tanganku!” kata
rubah sambil segera pergi dari situ.
Pak Akup lalu melanjutkan pekerjaannya. Tiba-tiba saja, beruang
datang dan mendorong Pak Akup hingga terjatuh. Ia lalu siap
menerajang Pak Akup. Namun pada saat itu, muncullah rubah yang
meraung meniru suara singa. Ia lalu berteriak dari kejauhan,
“Pak Akup…aku sedang mencari seekor beruang atau seekor
serigala! Apakah kau melihat seekor di antara mereka? Aku sangat
lapar!” kata rubah.

Beruang sangat ketakutan kerana mengira singa yang datang.
Ia bersembunyi di dalam kereta kayu Pak Akup, lalu berbisik
memohon, “Katakan kepada singa, kau tidak melihat apapun!”.

Pak Akup segera mengatakan hal yang sama. Namun rubah
bertanya lagi,

“Lalu, apa yang ada di dalam kereta kayumu?
“Katakan, itu adalah batang pokok!” bisik beruang lagi
memohon.




210

Pak Akup mengatakan demikian. Namun, Rubah kembali
berpura-pura bertanya sambil mengaum seram,

“Kalau itu batang pokok, engkau pasti mengikatnya pada
kereta kayu. Aku akan melihatnya dari dekat. Grauummm…”

“Cepat ikat aku di kereta kayumu, sebelum singa mendekat!”
mohon beruang. Ia lalu meniarap di dalam kereta kayu Pak Akup.
Pak Akup pun mengikatnya.

Rubah lalu datang. Ia menggoncang kepala beruang dari
belakang.

“Hmm, batang pokok yang besar dan aneh. Jika ini memang
batang pokok asli, pastilah tidak akan bergerak bila aku geletek.”

Rubah mengambil sebatang ranting berdaun, lalu menggeletek
ketiak beruang. Beruang kegelian tetapi berusaha untuk tidak
bergerak. Rubah terburu-buru menolak kereta kayu yang berisi
beruang yang masih meniarap dan tidak bergerak itu ke tengah
hutan.

Ketika rubah pulang, rubah terus menagih janji Pak Akup.
“Pak Akup, sekarang berikan aku dua ekor ayam, seperti yang
telah kau janjikan. Dan tambahkan lapan ekor ayam sebagai bonus,
kerana aku sudah membawa beruang ke tengah hutan. Kalau tidak,
akan kubawa si beruang kembali ke sini!”
Rubah ini mulai serakah. Tadi minta dua, sekarang sepuluh ekor
ayam, fikir Pak Akup kesal. Setelah berfikir sejenak, ia berkata,
“Baiklah, mari ikut aku ke reban ayamku!” kata Pak Akup.

Setibanya mereka di reban, Pak Akup membuka pintu rebannya.
Seketika itu seekor anjing yang sangat besar melompat ke arah
rubah. Rubah itu berlari sepantasnya untuk menyelamatkan diri.
Pak Akup pun ketawa terbahak-bahak hingga menitiskan air
mata. Berkat kecerdikannya, ia selamat dari beruang dan rubah.
Sementara itu beruang dan rubah sangat gembira kerana mereka
selamat dan baik-baik sahaja walaupun telah ditipu oleh Pak Akup.

Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah kita
janganlah bersikap tamak seperti beruang dan rubah nanti diri
sendiri yang akan rugi, tetapi kita mestilah bersikap rajin seperti Pak
Akup iaitu rajin bercucuk tanam kerana ini akan menguntungkan
kita hasil daripada kebun sayur.
WEBSTER BRITZASCA DAWAT






211

AYAH

Pada 17 tahun yang lalu, Tina hanya tinggal bersama ayahku.
Ibunya sudah meninggalkan mereka dan ayahnya pula kurang
upaya. Namun begitu, Tina amat menyayanginya sepenuh hati.
Ayahnya, Joseph bersifat seperti seorang budak namun dia tahu
tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada Tina. Dia
sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagian Tina. Bermula
pada pagi yang indah, ayahnya pergi bekerja dan Tina tidak
bersekolah. “Ayah, ini bekalmu.” “Sebentar, saya ikat tali kasut ayah”
kata tina. Tina amat pandai menjaga ayahnya. “Ayah, jangan lupa
makan ya”, kata Tina. “Tina pun jangan lupa makan nanti, ayah
pergi kerja dulu” kata ayahnya. Tina menghitung “satu.. dua.. tiga..”
dan ayahnya pun menoleh ke belakang dan membuat aksi comel
mereka. “Jumpa nanti ayah!” kata Tina sambil melambai-lambai.

Joseph sedang menikmati bekal makanan yang dibawanya
tadi dan mengira gajinya. Seorang budak perempuan menyapanya
dan bertanya “Pakcik sudah membeli beg kegemaran anak pakcik?”
Joseph sangat ingin membeli beg tersebut untuk Tina. Budak
perempuan itu membawanya ke kedai beg tersebut. Joseph pun
mengikuti budak itu. Budak itu sudah hilang dari pandangannya.
Tiba-tiba, Joseph melihat budak itu terbaring di atas jalan. Dia pun
bergegas pergi kepada budak perempuan itu. Namun, seorang
wanita telah lalu di situ dan menimbulkan salah faham terhadap
Joseph.
Tina amat risau kerana ayahnya tidak pulang walaupun
sudah pagi. Rupanya, Joseph telah ditangkap kerana disyaki
membunuh budak itu. Joseph sangat bingung kenapa dia dibawa
ke balai polis dan berkata “Saya harus pulang, anak saya sudah
menunggu di rumah. Saya risau nanti dia ketakutan.” Joseph
berusaha untuk lari kerana dia rasa bingung dengan keadaan. Tina
memutuskan untuk mencari ayahnya. Tina berasa hairan begitu
ramai orang berkumpul di satu tempat dan Tina pergi ke situ untuk
melihat. Rupanya ayahnya telah dibawa oleh polis untuk melakukan
semula apa yang ayahnya lakukan kepada budak itu. Namun,
tindakan ayahnya itu menyebabkan semua orang salah faham
dengannya.

Seorang polis memaksanya untuk membuka zip seluar
dengan memberi harapan Joseph akan dapat pulang untuk
bertemu dengan anaknya. Joseph seorang yang kurang upaya
mempercayai sahaja dan melakukannya. Dengan itu, Joseph
didapati bersalah atas demo yang dia lakukan. Ayah mangsa berlari
dan bertindak menumbuk Joseph kerana terlalu marah dengan
demo tersebut. Akhirnya, Tina dapat mengecam itu ayahnya dan


212

memanggil ayahnya. Pergelutan berlaku dan polis membawa
Joseph masuk ke dalam van polis. Joseph tidak mampu berbuat
apa-apa dan Tina menangis berlari ke arahnya.

Joseph dianggap sebagai pesalah dan akan menjalani
hukuman gantung sampai mati. Di penjara itu, Joseph tinggal
bersama 4 orang lagi banduan. Mereka pada mulanya tidak suka
pada Joseph atas kes yang dilakukan. Namun, setelah melihat
keadaaan Joseph yang kurang upaya, mereka percaya Joseph
tidak bersalah. Joseph selalu bercerita tentang Tina kepada mereka.
Joseph amat merindui Tina. Pada malam persembahan di penjara,
Tina telah menyertai satu persembahan. Rakan-rakan banduan
Joseph membantu untuk menyembunyikan Tina agar dapat
bertemu dengan Joseph. Mereka berjaya membawa Tina masuk ke
dalam sel mereka. Joseph dan Tina saling berpelukan kerana terlalu
merindu manakala rakan-rakan banduan menangis melihat mereka
berpelukan.
Namun, Tina tak mahu pulang dan ingin tinggal di situ.
Rakan-rakan banduan pada mulanya tidak setuju, tetapi oleh
kerana risiko dan kasihan pada Tina, mereka merancang untuk
menyembunyikan Tina. Namun, nasib tidak selalu menyebelahi
mereka. Polis mengetahui bahawa mereka menyembunyikan Tina
dan akhirnya Joseph dipindahkan ke sel lain. Joseph merayu
kepada ketua polis untuk tidak membiarkan Tina bersendirian
namun mereka tidak mengendahkannya dan menghina terhadap
Joseph atas kesalahan membunuhnya itu. Semua orang
memandang hina terhadap Joseph sedangkan Joseph tidak
membunuhnya. Namun, Joseph tidak mampu berbuat apa-apa
untuk membuktikan dirinya tidak bersalah kerana tiada bukti yang
dapat membuktikan dia bersalah. Hukumannya juga berat kepada
budak perempuan itu merupakan anak menteri. Joseph seorang
manusia biasa tidak mampu untuk mengalahkan kuasa besar seperti
itu.

Rakan-rakan banduan Joseph mempercayai Joseph tidak
membunuhnya kerana mereka melihat sifat baik Joseph. Joseph
juga menceritakan apa yang terjadi pada masa itu. Mereka
bersimpati dengan Joseph. Mereka juga menyayangi Joseph seperti
keluarga mereka sendiri. Oleh itu, mereka sanggup berkorban untuk
membebaskan tuduhan ke atas Joseph dan menyatukan Joseph
dengan anaknya. Joseph mempunyai peguam bela namun
peguam bela tersebut tidak membantunya dalam membuktikannya
tidak bersalah. Peguam itu berkata “Kamu tahu bahawa budak itu
anak menteri? Sudah pasti saya tidak dapat membantu kamu untuk
bebas dari tuduhan.”




213

Tiba masanya pembicaraan berlangsung. Joseph sudahpun
menghafal kenyataan yang akan dia katanya pada waktu
pembicaraan untuk membela dirinya tidak bersalah. Namun,
sebelum pembicaraan, ayah mangsa bertemu dengan Joseph dan
mengancamnya. “Aku akan membiarkan anakmu menderita jika
kau mengaku tidak bersalah.” Kata-kata ini telah menyebabkan
Joseph bingung dan akhirnya Joseph melupakan semua
kenyataannya dan terpaksa mengaku dirinya bersalah demi
keselamatan anaknya. Joseph berfikir bahawa keputusan ini terbaik
untuk anaknya. Tina amat kecewa dengan ayahnya kerana tidak
menyangka ayahnya tidak memberi penerangan yang sepatutnya.
Tina tahu bahawa ada sesuatu yang mengganggu pemikiran
ayahnya pada waktu itu. Ketua polis penjara juga terkejut
mendengar kenyataan Joseph. Akhirnya, Joseph dijatuhkan
hukuman gantung sampai mati. Joseph tidak henti-henti
mengatakan “Saya minta maaf. Saya minta maaf. Tolong
selamatkan Tina kesayanganku.”
Sebelum saat hukuman dijalankan, Joseph dibenarkan untuk
bertemu dengan Tina. Tina berkemas dengan sangat cantik. Tina
tidak tahu bahawa ayahnya akan meninggalkannya selamanya.
Joseph mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya dan
tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada mereka. Rakan-
rakannya amat sedih melihat Joseph pergi. Kelibat senyum mata
Joseph masih jua terukir walaupun waktunya hamper tamat. Joseph
berasa sedih kerana harus meninggalkan segalanya terutama
anaknya di dunia yang penuh cabaran ini. Dia berfikir bagaimana
nanti kehidupan anaknya setelah dia tiada. Joseph menggendong
Tina semasa pergi ke bilik hukuman gantung. Tiba di hadapan bilik
tersebut, Joseph berkata pada Tina “Tina boleh sendiri tanpa ayah
kan?”. Tina berkata “Ayah boleh sendiri tanpa Tina kan? Tina akan
dapat markah yang cemerlang dan tunjuk kepada ayah nanti.
Kalau ayah pergi ke tempat yang lebih baik, ayah jangan risaukan
Tina. Ayah! Selamat Hari Krismas! ” kata Tina.

Pintu bilik dibuka memecahkan keheningan dan
menandakan waktu bersama Tina sudah habis. Laluan menuju
ruangan hukuman bagaikan sebuah sungai duka bagi Joseph.
Joseph memeluk erat anaknya buat kali terakhir dan menangis.
“Jaga diri, Tina! Ayah sayang Tina.” kata Joseph kepada Tina.
Sebelum memasuki bilik hukuman, Joseph akhirnya menyedari
bahawa dia sepatutnya membela dirinya. Joseph rebah. Joseph
merayu dan menangis serta tidak henti meminta maaf. Tangisan
Joseph menjadikan suasana di penjara sayu. Tina risau akan
ayahnya dan menangis. Namun, sudah terlambat. Joseph tetap
harus menjalankan hukuman tersebut.




214

Selepas 17 tahun, Tina bangkit untuk membersihkan nama
ayahnya. Sewaktu pembicaraan kes ayah Tina, Tina membongkar
semua rahsia di sebalik kes ayahnya. “Aku di sini untuk terdakwa
Joseph ayahku insan murni yang sangat aku sayangi. Dia
merupakan malaikatku. Atas nama keadilan, aku minta maafkan
kesalahan ayahku.” Tina menyatakan penyataan yang dilakukan
ayahnya pada pembicaraan kes 17 tahun yang lalu dibuat dalam
tekanan pihak polis. Punca kematian mangsa juga tidak
didedahkan iaitu bukan disebabkan oleh dipukul menggunakan
batu bata namun cedera akibat terjatuh dan terkena batu bata.
Hasil autopsi juga tidak didedahkan pada 17 tahun yang lalu.
Akhirnya, Tina dapat membersihkan nama ayahnya walaupun kes ini
sudah 17 tahun.

TYNNIE ANAK STEPHEN




















































215

PENGENALAN SKRIP DRAMA



Skrip drama merupakan penulisan dialog bagi sesebuah
drama. Berbeza dengan cerpen, novel dan cerita, dialog
merupakan medium utama yang digunakan untuk menyampaikan
mesej dan pemikiran pengarang bagi setiap skrip drama. Pembaca
akan memahami latar bagi situasi yang ingin disampaikan melalui
pembacaan dialog dan bukannya melalui bacaan teks. Mesej
pengarang akan disampaiakn melalui dialog pelakon yang
berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah skrip drama yang baik
dapat memberikan gambaran jelas berkaitan mesej tersurat dan
tersirat pengarang melalui olahan dan perancangan plot yang
dramatik dan menarik. Pembangunan konflik dan emosi seperti
perasaan marah, gembira, lucu, sedih, keliru dan seumpamanya
merupakan satu contoh skrip drama yang baik. Skrip drama
selalunya akan dipentaskan dalam bentuk drama dan lakonan.
Setiap interpretasi yang dibuat dalam bentuk drama dan lakonan
akan menunjukkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang
dalam bentuk yang lebih jelas dan nyata. Namun, interpretasi skrip
drama ini juga boleh berubah-ubah mengikut olahan dan kreativiti
pengarah pementasan drama.








































216

Jejak 66
(Sebuah catatan perjalanan sejarah Ipgkbl)

Sinopsis


Jejak 66 merupakan sebuah drama teater semi absurd yang
mengungkap perjalanan sejarah IPG Kampus Batu Lintang
dari awal penubuhannya sehinggalah menjadi sebuah Institut
Latihan Guru yang tersohor. Perjalanan sejarah IPG Kampus
Batu Lintang ini digarapi melalui kisah percintaan antara
Sepawi dan Dayang Salhah. Perbezaan antara dua darjat
telah memisahkan cinta mereka. Demi kesungguhan sebuah
cinta, Sepawi telah membuktikan kesucian cintanya dengan
terus menjejaki Dayang Salhah selama enam dekat. Dalam
waktu yang sama beliau menaruh keyakian bahawa pada
suatu suatu masa nanti kekasihnya pasti akan ditemui. Demi
berpegang kepada keyakinan itulah yang membuatkan
beliau terus menjejaki kekasihnya. Namun begitu gadis yang
mirip Dayang Salhah itu tetap menafikan dirinya itu adalah
kekasihnya. Dalam tempoh yang sama, mereka telah
mengharungi pelbagai kisah suka duka dan pahit getir
perjalanan sejarah PGKBL sehingga ke akhirnya.





































217

BABAK 1



MASA : Pagi
TEMPAT : Dewan TAZA, IPGKBL
MUZIK : Instrumental Lagu IPGKBL
(Lampu disorot pada suasana gembira kejayaan sekumpulan
pelajar yang baru sahaja bergraduasi di depan Dewan TAZA)
Persembahan PENTOMIN menggambarkan keriangan suasana
konvokessyen tersebut

Lampu disorot pada watak Sepawi yang teringat kepada cabaran
Dato Mokhris kepadanya.

1. MONOLOG : Sekarang aku sudah berjaya menjadi seorang guru.
Guru yang dihormati masyarakat. Inilah syarat Dato Mukhris jika
aku ingin bersama Salhah anaknya. Sekarang aku sudah
memenuhi syarat itu.
2. SUARA LATAR DATO MOKHRIS : Cuba kau cermin diri tu dulu.
Sekarang cakap pada aku. Orang macam kau layakkah jadi
menantu kami?
3. SUARA LATAR DAYANG SAEDAH : Kau pun tahu Salhah satu-
satunya anak perempuan kami. Kami tahu apa yang terbaik
untuk masa depannya. Apa jaminan yang kau boleh beri
padanya!
4. SUARA LATAR DAYANG SAEDAH : Kami pun sudah ada
perancangan untuk masa depan anak kami. Kami nak
jodohkan dia dengan anak anak Dato Sufian! Baru sesuai.
Macam pinang dibelah dua!
5. SUARA LATAR DATO MOKHRIS: Tapi tak apalah. Aku boleh beri kau
satu peluang. Kalau kau betul-betul mahu Salhah, tak kaya
pun tak apa tapi aku nak sekurang-kurangnya kau orang yang
dihormati masyarakat!
6. SUARA LATAR DAYANG SAEDAH : Eh! Abang! Apa pulak bersyarat-
syarat ni! Mana boleh!
7. SUARA LATAR DATO MOKHRIS: Jangan risaulah sayang! Dia tidak
akan mampu!
8. SEPAWI : (Tegaslah) Baiklah Dato. Saya sahut cabaran ini! (Sepawi
sedar dari lamunannya)
9. SEPAWI : Ya! Sekaranglah waktunya aku akan menuntut janji
orang kaya Dato Mokhris.

(Lampu dimalapkan)









218


Click to View FlipBook Version