MENTERI
YB Dato’ Sri Ismail
Sabri Bin Yaakob
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Sri Haji
Tajuddin Bin Abdul
Rahman
Kaji selidik yang dilakukan kementerian menerusi
Facebook mendapati golongan belia mempunyai
minat dalam bidang pertanian antaranya pelancongan
agro, bakeri, akuakultur, perdagangan, pemprosesan
makanan, penternakan, tanaman, ternakan burung
walit dan banyak lagi”
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia 2014 289
PENGENALAN
Pada awal penubuhan Kementerian Pertanian pada tahun 1955 telah
mewujudkan tiga portfolio di bawah Kementerian iaitu Pertanian, Perhutanan
dan Perkhidmatan Haiwan. Seterusnya, Kementerian ini banyak bertukar nama
dan portfolio sebelum tahun 2004. Namun, selepas pembentukan Kabinet pada
27 Mac 2004, Kementerian telah ditukar nama kepada Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (MOA). Tiga misi kementerian iaitu mentransformasikan
sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif;
menjadikan Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia
dan pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara,
dilihat mampu merealisasikan visi kementerian sebagai peneraju transformasi
pertanian. Bagi mencapai matlamat tersebut, lima fungsi utama Kementerian
dirangka merangkumi menggubal, merancang dasar dan melaksanakan
dasar, strategi dan program pembangunan pertanian; menilai, menyelaras
dan memastikan pelaksanaan projek atau program pembangunan pertanian
agro-makanan; menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan
inovasi untuk meningkatkan produktiviti, daya saing sektor agro-makanan;
menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam sektor agro-makanan;
serta merangka dan melaksanakan rantaian pemasaran agro-makanan yang
cekap dan berkesan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pinjaman makrokredit kepada peserta AZAM Tani yang berjaya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membantu seramai 16,380
keluarga miskin dan miskin tegar eKasih bermula tahun 2010 hingga 2013 melalui
program AZAM Tani. Daripada jumlah itu, seramai 5,321 keluarga telah berjaya
keluar daripada kemiskinan serta berupaya menjana pendapatan tambahan
dengan purata pendapatan di antara RM200 hingga RM2,000 sebulan.
Berikutan itu, mereka yang berjaya diberi tawaran pinjaman mikrokredit TEKUN
dan skim pinjaman PPRT Agrobank untuk memajukan projek atau perniagaan
kecil-kecilan yang diusahakan. Skim pinjaman khas PPRT Agrobank merupakan
dana khas bagi membantu rakyat termiskin membuat pinjaman tanpa faedah
bagi membiayai perniagaan kecil-kecilan mengikut keperluan projek dengan
nilai maksima pinjaman sebanyak RM10,000. Program Penerangan kepada
peserta yang berjaya telah diadakan seluruh negara bermula di Kelantan pada
24 Februari 2014.
Malaysia Terima Kelulusan untuk Eksport Sarang Burung Walit Mentah
Bersih Ke China
Kerajaan China mengeluarkan surat kelulusan untuk Malaysia mengeksport
sarang burung walit mentah bersih ke China pada Januari 2014.
290 Malaysia 2014
Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima surat kelulusan yang
membolehkan pengusaha sarang burung walit mentah kembali mengeksport
produk tersebut setelah dua tahun disekat. Sebanyak lapan syarikat
memproses sarang burung walit akan memulakan pengeksportan itu selepas
lulus prosedur Pentadbiran Pensijilan dan Akreditasi (CNCA) dan Pentadbiran
Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ). Isu sekatan eksport
sarang burung walit dari Malaysia ke China timbul apabila terdapat laporan
negatif media negara itu mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport
dari Malaysia.
MoU untuk tingkatkan pendapatan petani melalui penggunaan
bioteknologi
Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dan Pertubuhan Peladang
Kebangsaan (Nafas) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU)
untuk bekerjasama meningkatkan pendapatan petani melalui penggunaan
bioteknologi secara meluas dalam rantaian nilai pertanian Nafas. Bidang
utama kerjasama yang digariskan dalam MoU ini termasuk memaksimumkan
pengeluaran hasil pertanian melalui bioteknologi pertanian, penggunaan tanah
terbiar dan mewujudkan peluang pertanian secara kontrak. MoU ini juga
bertujuan mewujudkan hubungan antara petani dan syarikat berstatus BioNexus
berkaitan teknologi, produk dan perkhidmatan. Majlis menandatangani MoU
telah diadakan pada 16 Disember 2013.
Persidangan Padi 2013
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menganjurkan
Persidangan Padi Kebangsaan 2013 (PADI 2013) di Sunway Carnival Convention
Centre, Seberang Perai, Pulau Pinang bermula 10 hingga 12 Disember 2013.
Persidangan ini bertujuan untuk memberikan maklumat terkini perkembangan
teknologi dan inovasi serta status industri padi negara kepada kumpulan sasar.
Sebanyak 25 kertas kerja membabitkan pelbagai aspek diadakan sepanjang
rantaian nilai industri padi dibentangkan. Turut diadakan pameran poster
dan gerai pameran daripada agensi kerajaan dan swasta selain gerai buku
menjual beraneka bahan ilmiah berkaitan teknologi dan inovasi terbitan MARDI.
Persidangan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA), Jabatan Pertanian Malaysia, Felcra Bhd dan
Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (MOMA).
Malaysia dan Nigeria perluas kerjasama dalam pertanian
Malaysia dan Nigeria bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa dalam usaha
memperluas jalinan kerjasama dalam bidang pertanian pada 27 November 2013.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Malaysia 2014 291
persetujuan itu dicapai bersama Gabenor Ogun State di Nigeria, Senator
Ibikunle Amosun yang mengunjungi beliau di Lembaga Pertubuhan Peladang,
Kuala Lumpur. Ogun State adalah sebuah negeri di bahagian barat Nigeria
dengan keluasan 16,762 kilometer persegi dan kaya dengan hasil pertanian
seperti padi, nenas dan pisang. Menerusi kerjasama itu, kedua-dua negara
boleh memajukan sektor pertanian masing-masing. Pihak Kementerian turut
melakukan lawatan ke Ogun State bagi meninjau peluang kerjasama tersebut
pada Disember 2013.
Laman sosial Facebook, Twitter Agropreneur Muda Dilancar
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan media
sosial Facebook dan Twitter rasmi unit Agropreneur Muda pada 10 Oktober
2013 bagi memudahkan golongan belia mendapatkan maklumat lengkap
mengenai peluang menceburi bidang pertanian. Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri
Yaakob, kementerian mempelawa belia di seluruh negara menceburi bidang
pertanian supaya dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani berjaya pada
masa depan. Majlis pelancaran tersebut diadakan selepas Mesyuarat Pertama
Majlis Perundingan Agropreneur Muda (MPAM) di Putrajaya. Alamat Facebook
Agropreneur Muda ialah ‘Unit Agropreneur Muda UAM’ manakala Twitter
ialah ‘@agropreneurmuda’. Skim Agropreneur Muda terbuka kepada semua
golongan belia berumur 40 tahun ke bawah dengan bantuan pembiayaan
kewangan menerusi Tekun Nasional dan Agro Bank.
JABATAN/AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1905 yang berperanan
untuk untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh
kerajaan pada masa tersebut. Kini, Jabatan Pertanian berperanan untuk
mempercepatkan tranformasi pertanian yang moden, dinamik dan komersial;
membangunkan industri tanaman makanan dan bunga-bungaan; memberi
khidmat perundingan dan sokongan teknikal ; melindungi industri pertanian
negara; menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar; bergiat dalam
forum-forum, hubungan dua hala, dan kerjasama teknikal antarabangsa serta
mempertingkatkan pembangunan sumber manusia
Aras 7-17, Blok Menara 4G2, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 3000. Faks: 03-8888 5069
E-mel: [email protected] Laman web: www.doa.gov.my
292 Malaysia 2014
Jabatan Perikanan Malaysia
Jabatan Perikanan Malaysia ditubuhkan apabila kerajaan British menubuhkan
Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat
Setiausaha Rendah Bagi Negeri-negeri Selat. Jabatan ini bukan sahaja
bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sektor perikanan
negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing malah memastikan sumber
perikanan negara berada pada tahap yang memenuhi kehendak pasaran
semasa dan pasaran akan datang. Dengan visi sebagai Peneraju Transformasi
Perikanan Mampan dan Berdaya Saing, Jabatan Perikanan akan terus
membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui
pendekatan kreatif dan inovatif; menguruskan sumber perikanan negara secara
efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus
yang rapi serta melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan
yang berkemahiran, berpengetahuan dan professional.
Aras 1-6, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628
Putrajaya. Tel: 03-8870 4000 Faks: 03-8889 2460 E-mel: [email protected] Laman
web: www.dof.gov.my
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mula diwujudkan seawal tahun 1888
dengan nama Jabatan Veterinar dan sehingga kini, Jabatan telah memainkan
peranan yang amat besar dalam bidang penternakan. Sejak 2008, Jabatan ini
dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan visi sebagai pihak
berkuasa veterinar yang kompeten untuk industri haiwan demi kesejahteraan
manusia. Selaras dengan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 Perintah Menteri-
Menteri Kerajaan Persekutuan (No 2) 2004 serti Warta Kerajaan Jilid 48, no.13
bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan
Haiwan untuk mengawal, mencegah dan menghapuskan penyakit haiwan
dan zoonotik; pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan;
pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji
pemprosesan hasilan haiwan; pengawalan import dan eksport ternakan dan
hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin; latihan bagi industri ternakan dan
haiwan peliharaan; pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan
haiwan serta kesihatan awam veterinary; penyelidikan penyakit haiwan, dan
sumber genetik haiwan serta mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan
bahan genetik haiwan.
Aras 1-4, Blok Podium Lot 4G1, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62630 Putrajaya. Tel: 03-8870 2000. Faks: 03-8888 6021. E-mel : pro@
dvs.gov.my Laman web: www.dvs.gov.my
Malaysia 2014 293
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
ditubuhkan sebagai sebuah badan tunggal perkhidmatan kuarantin dan
pemeriksaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin
melalui Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 Akta
728] yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012. MAQIS berfungsi untuk
menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan untuk
memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian,
tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke
luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan
dan keselamatan makanan di samping membantu pengeksport dalam segala
isu berkaitan dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara
pengimport melalui perkhidmatan yang bersepadu.
Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani, No 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 1618/ 1619. Faks: 03-8888 4855.
E-mel : [email protected] Laman web: www.maqis.gov.my
Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Institut Pertanian dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan
pada 28 Oktober 1969 dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi
teknologi baru, wajar dan efisien untuk kemajuan industri makanan, pertanian
dan industri asas tani. Kini MARDI semakin menyerlah dalam bidang penyelidikan
makanan dan pertanian sehingga ke peringkat antarabangsa selaras dengan
misi untuk menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi
dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan
mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang
inovatif, komersil dan berdaya saing. Sehingga kini, MARDI terus berperanan
menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi pembangunan
industri makanan dan pertanian, menawarkan khidmat perundingan dan
teknikal bagi menyokong pembangunan industri makanan dan pertanian
serta menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan dalam
pengkormersialan hasil penyelidikan.
Stesen Ibu Pejabat MARDI Serdang, Persiaran MARDI-UPM, Ibu pejabat MARDI, 43400
Serdang, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8943 7111 Faks: 03-8948 3664 Laman web:
www.mardi.gov.my
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai
FAMA ditubuhkan pada 30 September 1965 bertujuan menyelia, menyelaras,
mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia,
termasuk pengimportan dan pengeksportan. Sebagai agensi pemasaran,
294 Malaysia 2014
FAMA mengatur strategi iaitu meluaskan saiz pasaran dengan aktiviti-aktiviti
seperti galakan pasaran di dalam dan luar negeri, aktiviti urusniaga Barangan
Segar dan Barangan Proses, penglibatan petani dalam pemasaran seperti
pasar tani dan memasar serta memproses produk-produk IKS petani dengan
jenama Agromas. Dalam memperbaiki sistem dan amalan pemasaran,
aktiviti-aktiviti diatur seperti penggredan dan penentuan kualiti, penubuhan
infrastruktur pasaran, pengawalan pemasaran dan mengadakan aktiviti
pengembangan pasaran. Dengan teknologi penyebaran terkini, strategi FAMA
untuk mempertingkatkan maklumat pasaran akan lebih berkesan supaya
maklumat bekalan, maklumat permintaan dan harga barangan pertanian dapat
digunakan oleh mereka yang ingin membuat keputusan dalam pengeluaran
dan pemasaran hasil pertanian.
Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6126 2020 Faks: 03-6138 3650 Laman
web: www.fama.gov.my
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan
menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini
berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di
Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995 yang bertujuan
untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan. Tumpuan diberi kepada
usaha meningkatkan pendapatan, memperkembangkan dan memajukan
perusahaan perikanan negara berdasarkan kepada program-program utama
iaitu Pembangunan Masyarakat Nelayan, Pembangunan Industri Nelayan,
Pemasaran dan Infrastruktur.
Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. Tel.: 03-8064
9000 Faks: 03-8060 3726 (Pejabat Ketua Pengarah) E-mel: [email protected] Laman
web: www.lkim.gov.my
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973
melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan
Peladang yang bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu
mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang
berperanan khusus. Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal
khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi
yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang
dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang manakala
koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa
ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan
peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar Bandar.
Malaysia 2014 295
Menara LPP, No. 20, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur Tel.: 03-2610 9600
Faks: 03-2697 0987 E-mel: [email protected] Laman web: www.lpp.gov.my
Agrobank
Agrobank ditubuhkan pada 1 September 1969 dan memulakan operasinya
pada awal tahun 1970. Penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk
menyediakan perkhidmatan perbankan bagi menggalakkan pembangunan
sektor pertanian di Malaysia. Agrobank adalah sebuah bank milik kerajaan
(GLC) di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Dasar Pembiayaan
bagi sektor pertanian adalah berpandukan polisi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara objektif penubuhannya
ialah menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian di Malaysia
atau mana-mana bahagian, menyelaras dan menyediakan bantuan kredit
daripada kumpulan wang awam untuk maksud-maksud pertanian dan
menyelenggarakan wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.
Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. Tel: 03-2731 1600. Faks:
03-2691 4908 Laman web: www.agrobank.com.my
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan pada 30 Jun 1970
di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pihak Berkuasa
Kemajuan Pertanian Muda. MADA telah diamanahkan untuk mendukung
tugas-tugas seperti memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan
pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda dan merancang
serta mengusahakan kemajuan pertanian Kawasan Muda sebagai mana yang
diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan
negeri Perlis.
Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, 05990 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel: 04-772 8255
Faks: 04-772 2667. Laman web: www.mada.gov.my
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
KADA ditubuhkan pada 30 Mac 1972 dengan fungsinya untuk mengeluarkan
padi dan beras bagi menampung keperluan beras negara; mengeluarkan
bahan makanan lain untuk menampung keperluan tempatan dan eksport;
meningkatkan pendapatan perkapita keluarga tani selaras dengan pendapatan
perkapita negara; menggalak dan memajukan industri hiliran berasaskan
pertanian; serta membangun dan memperteguh institusi peladang untuk
menaungi keluarga tani.
Peti Surat 127, 15710 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7447 088 Faks: 09-7441 053
E-mel: [email protected] Laman web: www.kada.gov.my
296 Malaysia 2014
Lembaga Industri Nanas Malaysia (LPNM)
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dahulunya dikenali
sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu telah ditubuhkan pada
tahun 1957. Ia berperanan untuk membiayai program-program penyelidik
agronomi dan program penyelidikan pemprosesan yang berkaitan dengan
industri nanas. Selain itu, LPNM juga memberi bantuan kewangan sama ada
dalam bentuk subsidi atau geran kepada pekebun kecil secara keseluruhan
atau sebahagian.
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru,
Johor. Tel: 07-236 1211/1012/07-235 1337/1587. Faks: 07-236 5694. Laman web:
www.mpib.gov.my
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)
TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional
adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
ditubuhkan pada 9 November 1998. Pada April 2009, TEKUN Nasional telah
diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan
pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula
dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional
telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan
semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan
usahawan yang strategik. TEKUN Nasional turut menyediakan peluang-peluang
perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal
perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
No.2, Jalan 4/146 Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9058 8550/8999. Faks: 03-9059 5777. Laman web: www.tekun.gov.my
Padi adalah salah satu daripada tanaman bijirin penting dan meliputi hampir 10 peratus
daripada jumlah kawasan penanaman di Malaysia. Kebanyakan kawasan penanaman
komoditi ini boleh dilihat sekitar kawasan Utara Semenanjung, khususnya Kedah
Malaysia 2014 297
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Majlis penyerahan bantuan
No. 1, Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya
Telefon : 03-800 8000
Faks : 03-8889 1717 / 8889 2816
Laman Web : www.kln.gov.my
298 Malaysia 2014
MENTERI
YB Dato’ Sri Anifah
Bin Haji Aman
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Hamzah Bin
Zainuddin
Wisma Putra perlu melihat cara terbaik mempengaruhi
ASEAN, PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
dan hubungan Komanwel dan bekerjasama dengan
negara-negara sehaluan bagi mendapatkan sokongan
terhadap inisiatif Malaysia seperti Pergerakan
Kesederhanaan Global (GMM)”
Dato’ Sri Anifah Haji Aman
Menteri Luar Negeri
Malaysia 2014 299
PENGENALAN
Kementerian Luar Negeri atau dikenali sebagai Wisma Putra merupakan nadi
kepada perhubungan antarabangsa dan dasar luar negara. Kementerian ini
bertanggungjawab menjaga kepentingan Malaysia di samping menyumbang
kepada masyarakat antarabangsa dengan adil dan saksama melalui diplomasi
yang proaktif. Kementerian ini turut bertanggungjawab menjamin keselamatan
dan kepentingan Malaysia di luar negara, menyediakan perkhidmatan yang baik
dan berkesan kepada stakeholders kementerian di dalam dan di luar negara,
bekerjasama secara kolektif dengan negara-negara lain bagi mewujudkan
persekitaran yang baik demi pembangunan nasional, bergiat aktif sebagai ahli
badan-badan dan pertubuhan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam
menggalakkan perbincangan dan persidangan berkenaan isu-isu antarabangsa.
Malaysia hari ini mempunyai rangkaian sebanyak 105 perwakilan diplomatik di
83 negara serata dunia. Ini mencerminkan kecemerlangan Wisma Putra dalam
hubungan antarabangsa yang telah melangkah maju melangkau seluruh dunia.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Lawatan kerja pererat hubungan diplomatik
Sepanjang tahun 2013, Menteri Luar Negeri telah melakukan lawatan kerja
ke beberapa negara asing bagi memperkukuh hubungan diplomatik. Antara
lawatan kerja yang dilakukan adalah:
• Lawatan kerja Dato’ Sri Anifah Aman ke negara-negara Eropah iaitu
Perancis pada 10–12 Disember, Monaco pada 13-15 Disember dan
Geneva, Switzerland pada 14-16 Disember 2013.
• Dato’ Sri Anifah Aman telah melakukan lawatan rasmi ke Persekutuan
Rusia pada 9 - 11 Julai 2013.
Mewakili Malaysia dalam Forum dan Persidangan Antarabangsa
Menteri dan Timbalan Menteri Luar Negeri mewakili Malaysia dalam Mesyuarat,
Forum dan Persidangan Antarabangsa.
• Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC)
Malaysia-Indonesia ke-13 pada 2 Disember 2013 di Jakarta, Indonesia.
Dalam mesyuarat tersebut kedua-dua negara sepakat untuk menyegerakan
perundingan masalah sempadan darat dan maritim Malaysia-Indonesia.
• Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CFM)
Kali ke-40 di Conakry, Republik Guinea pada 9-11 Disember 2013 yang
membincangkan mengenai pembangunan ummah.
• 12th Asia Cooperation Dialogue Ministerial Meeting dan 3rd ASEAN-Gulf
Cooperation Council Joint Ministerial Meeting di Manama, Bahrain pada
25-26 November 2013.
• Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN-Rusia (SOM) Ke-10 di
300 Malaysia 2014
Langkawi, Kedah pada 21-22 November 2013. Malaysia adalah penyelaras
hubungan dialog ini bagi tempoh 2012-2015.
• Mesyuarat Menteri-menteri Luar Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM FMM) Ke-
11 di New Delhi, India pada 11-12 November 2013. ASEM FMM Ke-11
bertemakan “ASEM: Bridge to Partnership for Growth and Development”.
• Mesyuarat ke-19 Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN-China pada 1-2 April
2013 di Beijing, China membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan
kerjasama ASEAN-China.
• Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) Ke-46, Mesyuarat
Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Campur Tiga dan Mesyuarat Menteri-
menteri Luar Negeri ASEAN-China semasa Sidang Kemuncak ASEAN di
Brunei Darussalam pada Jun 2013. AMM Ke-46, membincangkan isu-isu
berkaitan pembinaan Komuniti ASEAN termasuk tindakan susulan bagi
keputusan-keputusan yang dicapai semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Ke-22, arkitektur serantau dan hala tuju ASEAN. Mesyuarat turut bertukar-
tukar pendapat mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa seperti
isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan masalah jerebu rentas
sempadan.
• Mesyuarat Menteri-menteri Luar Forum Kerjasama Asia-Latin Amerika
(FEALAC) Ke-6 di Bali, Indonesia pada 13-14 Jun 2013.
• Persidangan Antarabangsa Tokyo Dalam Pembangunan Africa (TICAD)
Ke-5 di Yokohama, Jepun pada 1-3 Jun 2013.
• Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama United Nations Regional
Centre for Peace and Disarmament in Asia and the Pacific (UNRCPD)
yang beribu pejabat di Kathmandu, Nepal menganjurkan “Asia Regional
Meeting to Facilitate Dialogue on the Arms Trade Treaty”, bertempat di
Hotel InterContinental, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Februari 2013.
• Malaysia dan New Zealand mengadakan Konsultasi Dua Hala Kelima,
Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Luar di Wellington, New Zealand
pada 14 Februari 2013. Pertemuan ini adalah sampingan kepada Dialog
ASEAN-New Zealand Ke-20 yang diadakan pada 14-15 Februari 2013
dengan New Zealand sebagai tuan rumah.
Membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina
Kerajaan Malaysia pada 12 November 2013 telah memutuskan untuk
menyalurkan bantuan tunai kira-kira RM3.2 juta (AS$1 juta) kepada Filipina bagi
membantu mangsa Taufan Haiyan di negara itu. Malaysia turut menyumbang
bantuan keperluan seperti ubat-ubatan dan makanan bernilai RM1 juta. Pada
13 November 2013 bantuan pertama menerusi dua pesawat Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Tacloban, Filipina bagi membawa
pelbagai bantuan perubatan dan makanan. Misi bantuan selama lima hari
turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri, Kementerian
Malaysia 2014 301
Kesihatan, sukarelawan Majlis Keselamatan Negara, Kelab Putra 1Malaysia,
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, anggota tentera dan media. Pasukan
Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dianggotai 20 orang akan
ke ‘ground zero’ bagi mengenal pasti bentuk bantuan lanjut yang diperlukan
mangsa Taufan Haiyan. Malaysia menawarkan bantuan kemanusiaan kepada
kerajaan Filipina berikutan kemusnahan dialami negara itu akibat taufan Haiyan
yang melanda Filipina pada 8 November 2013 dan menyebabkan lebih 10,000
orang dilapor terbunuh.
Pelantikan Ketua Perwakilan Malaysia
Sepanjang tahun 2013, seramai 11 orang Ketua Perwakilan Malaysia yang
baharu telah menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana
Negara. Ketua-ketua Perwakilan tersebut adalah:
• Dato’ Husni Zai bin Yaacob sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Singapura.
• Dato’ Selwyn Vijayarajan Das sebagai Duta Besar Malaysia ke Austria.
• Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari sebagai Duta Besar Malaysia ke Mesir.
• Datin Seri Blanche Olbery sebagai Duta Besar Malaysia ke Finland.
• Dato’ Zainal Abidin bin Ahmad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Australia.
• Dato’ Salman bin Ahmad sebagai Dutar Besar Malaysia ke Jerman.
• Datuk Naimun Ashakli bin Mohammad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke India.
• Dato’ Zainal Abidin Ahmad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Australia.
• Dato’ Rohana Ramli sebagai Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan.
• Encik Raszlan Abdul Rashid sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
• Encik Jilid Kuminding sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New
Guinea.
Sumbangan untuk Menyokong Usaha Pembangunan Negara Palestin
Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak AS$ 1 juta masing-masing
kepada Pelan Pembangunan Strategik Al Quds dan Jaringan Keselamatan
Kewangan Islam untuk menyokong usaha pembangunan Negara Palestin.
Pengumuman telah dibuat oleh Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri
pada Persidangan Penderma bagi Membiayai Pelan Strategik Pembangunan
Sektor Penting di Kota Al Quds dan Persidangan Mewujudkan Jaringan
Keselamatan Kewangan Islam untuk menyokong Negeri Palestin, yang telah
diadakan di Baku, Azerbaijan pada 11 Jun 2013.
302 Malaysia 2014
Keakraban pemimpin tertinggi antara Malaysia dan Brunei Darussalam
adalah manifestasi hubungan erat kedua-dua negara
JABATAN/AGENSI
Jabatan Hubungan Dua Hala
Jabatan ini terdiri daripada lapan bahagian yang diklasifikasikan mengikut
kelompok geografi dan keutamaan berdasarkan kepentingan negara berkenaan
dalam hubungan kerjasama dua-hala. Bahagian-bahagian berkenaan
bertindak sebagai satu entiti yang menyelaras dan seterusnya merangka
serta melaksanakan pelbagai usaha bagi menjaga serta mempertahankan
kepentingan negara dalam pelbagai bidang khusus secara komprehensif
meliputi kerjasama ekonomi dan perdagangan, pendidikan dan pembangunan
modal insan, pelancongan, sains dan teknologi, pertahanan, sosial dan
kebudayaan. Di samping itu, jabatan ini juga giat dalam mempertingkatkan
kerjasama dan hubungan dalam sektor baharu seperti inovasi, teknologi
tinggi dan teknologi hijau selaras dengan dasar kerajaan di bawah Program
Transformasi Ekonomi.
Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala
Objektif utama jabatan ini adalah untuk mempertahankan dan memperjuangkan
kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Jabatan ini ditugaskan untuk
meningkatkan kerjasama ekonomi dan politik pelbagai hala dengan negara lain
dan juga dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Ia bertanggungjawab
Malaysia 2014 303
mempertahankan imej dan reputasi negara daripada gambaran yang kurang
tepat oleh pihak lain dalam pelbagai mesyuarat dan forum antarabangsa.
Jabatan ini turut memainkan peranan utama untuk melobi dan mempromosikan
keahlian dan pencalonan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.
Ia juga bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan lain bagi
memastikan penyelarasan yang cekap dan berkesan dalam menguruskan
isu-isu antarabangsa dalam usaha mempromosi dan mempertahankan
kepentingan Malaysia.
Jabatan Khidmat Pengurusan
Objektif jabatan ini adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan
yang berkaitan dengan pembangunan kakitangan dan organisasi. Jabatan
ini mempunyai enam bahagian yang mempunyai fungsi yang pelbagai iaitu
Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan, Bahagian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT), Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Inspektorat.
Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik
Jabatan ini berperanan membantu Jabatan lain di Kementerian di dalam
merancang dan merangka strategi yang berkaitan dengan isu-isu hal ehwal
antarabangsa dan kesannya ke atas kepentingan negara. Jabatan ini juga
memantau perkembangan politik dan ekonomi antarabangsa serta isu
antarabangsa yang lain berkaitan dengan hubungan luar Malaysia. Jabatan ini
juga merangka dan menyusun Pelan Strategi Kementerian selaras dengan visi
dan misi Kementerian dan hala tuju dasar luar negara. Di samping itu, Jabatan
ini juga bertanggungjawab merancang dan mengurus program-program
bantuan teknikal Malaysia untuk 139 negara membangun di bawah Program
Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). MTCP merupakan instrumen dasar
luar negara yang bertujuan meningkatkan kerjasama teknikal dan program
bina-upaya dengan negara-negara membangun yang lain di bawah rangka
Kerjasama Selatan-Selatan.
Jabatan Penyelarasan dan Pelaksanaan
Jabatan ini berperanan untuk membangun, menyelaras, melaksana, memantau,
menilai serta memberi khidmat panduan serta nasihat mengenai peningkatan
prestasi kerja di Kementarian Luar Negeri untuk mencapai objektif Kementerian
selaras dengan KPI (Key Performance Indicator) yang telah ditetapkan. Ia
juga menyelaras pengumpulan dan penyebaran maklumat serta memantau
pelaksanaan sasaran-sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs) bagi
membolehkan usaha promosi dilaksanakan oleh Kementerian sebagai agensi
pemboleh dan fasilitator di luar negara.
304 Malaysia 2014
Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia
Fungsi utama sekretariat ini secara khusus adalah untuk menyelaras pendirian
Malaysia tentang isu berkaitan dengan kerjasama serantau di peringkat ASEAN,
bertindak sebagai tuan rumah persidangan, mesyuarat dan seminar berkaitan
secara bergilir, mewakili Malaysia dalam mesyuarat pada peringkat ketua-ketua
kerajaan, Menteri dan pegawai dalam forum ASEAN dan rakan dialog ASEAN.
Jabatan Hal Ehwal Maritim (JHEM)
JHEM bertanggungjawab merancang, menggubal dan menyelaras dasar dan
pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa berhubung isu-isu berikut:
• Pembatasan sempadan maritim antara Malaysia dengan negara-negara
jiran
• Hal ehwal berhubung Laut China Selatan
• Hal ehwal berhubung Selat Melaka
• Pelaksanaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Tribunal
Antarabangsa berhubung Undang-undang Laut Antarabangsa
• Keselamatan maritim
• Pelantar benua Malaysia di bawah Konvensyen Undang-undang Laut
Antarabangsa (UNCLOS) 1982
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan
watikah pelantikan kepada tiga Duta Besar dan dua Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara di Istana
Negara pada 24 Julai 2013
Malaysia 2014 305
JHEM juga menyelaras pendirian Malaysia berhubung isu-isu maritim dan
penglibatan Malaysia dalam mesyuarat-mesyuarat ASEAN, forum ASEAN
berhubung isu-isu maritim termasuk ASEAN Maritime Forum dan Expanded
ASEAN Maritime Forum, East Asia Summit serta States Parties Meeting to the
United Nations Convention on the Law of the Sea (SPLOS).
Jabatan Protokol
Fungsi utama jabatan ini adalah memastikan hubungan Malaysia dan negara
lain dijalankan menurut protokol antarabangsa dengan mengambil kira
budaya negara ini. Selain itu, jabatan ini turut berfungsi memastikan kedutaan
asing, Pejabat Konsular dan Pertubuhan Antarabangsa di Malaysia diberikan
keistimewaan dan imuniti yang tertakluk di bawah Konvensyen Vienna.
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR)
IDFR menyediakan latihan asas untuk bakal diplomat Malaysia dan diplomat
dari negara membangun yang menyertai Program Kerjasama Teknikal Malaysia
(MTCP). Ia juga menjalankan latihan kemahiran professional susulan bagi
pegawai yang telah pun berada dalam perkhidmatan diplomatik. Dengan
kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut ini juga menawarkan
program Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Strategi dan Diplomasi.
Selain itu, syarahan umum dan perbincangan meja bulat tentang pelbagai
dasar luar dan isu global dianjurkan oleh IDFR, dengan menjemput tokoh
kenamaan tempatan dan asing termasuk mantan ketua negara/kerajaan dan
diplomat serta pakar antarabangsa sebagai penceramah.
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)
ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada November 2002 di bawah bidang
kuasa Kementerian Luar Negeri berfungsi sebagai pusat mencegah keganasan
serantau yang memberikan tumpuan utama kepada program latihan,
pembinaan keupayaan dan kesedaran awam. Di antara aktiviti yang dijalankan
SEARCCT termasuklah menganjurkan program pembinaan keupayaan dan
kesedaran awam, menghasilkan ringkasan dan laporan situasi di samping
menjalankan penyelidikan dan menggalakkan perkongsian maklumat dan
penjalinan rangkaian.
Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK)
PBKKSK ialah Pihak Berkuasa Kebangsaan yang ditubuhkan dengan kelulusan
Kabinet Malaysia dan melantik Kementerian Luar Negeri sebagai wakil Malaysia
bagi mengganggotai pertubuhan yang mengawal selia Konvensyen Senjata
Kimia iaitu Organisation of Phohibition of Chemical Weopons (OPCW). Malaysia
telah menandatangani Konvensyen Senjata Kimia pada 13 Januari 1993 dan
306 Malaysia 2014
meratifikasikannya pada 20 April 2000. Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005
mula berkuat kuasa pada 1 September 2006 dan Peraturan Konvensyen
Senjata Kimia 2007 telah diwartakan pada 1 November 2007. Fungsi dan
kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan adalah untuk memastikan Akta Senjata
Kimia dilaksanakan dengan berkesan, memudahkan dan menerima lawatan
Pemeriksa Antarabangsa, mengumpul data yang perlu dilaporkan dalam
pengisytiharan tahunan Pertubuhan bagi Pengharaman Senjata Kimia (OPCW)
di The Hague, Belanda dan mengeluarkan surat kebenaran berkaitan dengan
aktiviti melibatkan bahan kimia toksik yang disenaraikan di bawah Jadual 1
CWC.
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Objektif utama Jabatan ini adalah meningkatkan kefahaman yang lebih
mendalam tentang Malaysia, serta institusi dan dasarnya. Menyedari bahawa
perubahan pesat dan situasi tidak menentu di pentas global boleh menjejaskan
imej negara, maka jabatan ini diberi tanggungjawab untuk mengemas kini dan
menyediakan maklumat yang betul tentang pendirian kerajaan berhubung
dengan isu antarabangsa dan memberikan gambaran tepat tentang negara
ini. Fungsi utama jabatan ini termasuklah dalam perhubungan media, promosi,
maklum balas media, diplomasi awam, penyelidikan dan dokumentasi serta
laman web dan pangkalan data.
Bahagian Undang-undang
Bahagian ini diberi tanggungjawab untuk membantu kementerian dan perwakilan
Malaysia di luar negara dengan memberikan nasihat undang-undang tentang
sebarang perkara berkaitan dengan kementerian dalam interaksinya bukan
sahaja dengan pelbagai negara asing, kerajaan, pertubuhan antarabangsa dan
pertubuhan bukan kerajaan, bahkan juga antara agensi di negara ini.
Bantuan pertama menerusi dua buah pesawat Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Tacloban, Filipina
pada 13 November 2013 bagi membawa pelbagai bantuan
perubatan dan makanan
Malaysia 2014 307
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA
KELUARGA DAN MASYARAKAT
Sambutan Hari Wanita 2013, ‘Respek Wanita’
No. 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8323 2000
Laman Web : www.kpwkm.gov.my
308 Malaysia 2014
MENTERI
YB Dato’ Sri Hajah
Rohani Binti Haji
Abdul Karim
TIMBALAN MENTERI
YB Datuk Hajah YB Datin Paduka
Azizah Binti Datuk Seri Chew Mei Fun
Panglima Mohd. Dun (Senator)
Golongan wanita berdepan dengan pelbagai
cabaran sepanjang mengharungi landasan kerjaya
mereka, antaranya ‘sindrom siling kaca’ atau ‘glass
ceiling’, ‘invisible women’ dan keperluan untuk
menyeimbangkan antara kehendak kerjaya dengan
kehidupan keluarga...wanita di Malaysia sentiasa
mempunyai pemikiran positif dan kecekalan diri yang
tinggi untuk menghadapi segala cabaran mengikut
acuan sendiri”
Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Malaysia 2014 309
PENGENALAN
Pada 15 Februari 2001, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
(KPWK) telah ditukar nama daripada Kementerian Hal Ehwal Wanita.
Rombakan Kabinet pada 27 Mac 2004, sekali lagi kementerian ini bertukar
nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) setelah fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat diserapkan ke dalam KPWK. Objektif KPWKM ialah untuk
meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat
sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara; memelihara
hak-hak dan kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil
dan saksama tanpa ada unsur diskriminasi; memperluaskan peluang yang
saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan
politik; memantapkan institusi keluarga; memastikan sistem penyampaian dan
sokongan yang cekap dan berkesan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Sidang Kemuncak Wanita Global 2013
Malaysia buat pertama kalinya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak
Global Wanita 2013 bermula 6 hingga 8 Jun 2013 di Kuala Lumpur. Sidang
Kemuncak yang memilih tema “Wanita: Mencipta Ekonomi Baharu” sebagai
platform bagi meneroka strategi praktikal dan amalan terbaik dalam memajukan
peluang ekonomi wanita di seluruh dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 6 Jun 2013. Hadir sama ialah isteri
beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Kosovo, Atifete Jahjaga; Naib
Presiden Vietnam, Nguyen Thi Doan dan Presiden Sidang Kemuncak Global,
Irene Natividad. Sidang Kemuncak Global Wanita kali ini disertai 1,100 peserta
daripada 72 negara membincangkan peranan dan hala tuju memperkasakan
wanita dalam arena antarabangsa. Sidang Kemuncak ini turut menarik lebih 80
penceramah dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam
pelbagai tajuk berkaitan wanita dalam perniagaan.
Sidang Kemuncak Wanita Kebangsaan 2013
Sidang Kemuncak Wanita 2013 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di
Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2013. Acara
yang merupakan program pembuka tirai kepada Hari Wanita Kebangsaan
yang disambut pada 25 Ogos setiap tahun ini memasuki tahun ke-11 sejak
mula diadakan pada 2003. Majlis yang bertemakan ‘Forging Your Own Path’
disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin
Yassin. Buat julung kalinya Kementerian memperkenalkan anugerah khas
iaitu ‘Life at Work Award’ bagi mengiktiraf wanita. Penerima anugerah adalah
dalam kalangan majikan yang komited dalam memastikan tempat kerja yang
310 Malaysia 2014
mesra wanita dan keluarga, inklusif, diversiti dan menyokong dasar kerajaan
berhubung penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam
organisasi mereka. Kira-kira 1,200 peserta terdiri daripada ketua-ketua pegawai
eksekutif, wakil syarikat korporat dan wakil badan bukan kerajaan menghadiri
Sidang Kemuncak Wanita kali ini.
Sambutan Hari Wanita 2013
‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’ adalah tema Sambutan Hari Wanita
2013 Peringkat Kebangsaan diadakan pada 25 Ogos 2013 di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur. Pemilihan tema ini bagi meningkatkan kesedaran
terhadap segenap lapisan masyarakat termasuk lelaki mengenai perkongsian
hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan sebuah masyarakat progresif.
Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak yang turut melancarkan logo ‘Respek Wanita’ sebagai simbolik
tema Sambutan Hari Wanita pada tahun berkenaan. Perdana Menteri dalam
ucapannya menyatakan bahawa bagi memenuhi sasaran kerajaan yang mahu
55 peratus wanita melibatkan diri dalam dunia pekerjaan pada tahun 2015,
semua majikan perlu memainkan peranan agar apa yang dicita-citakan itu
tercapai. Sambutan yang dihadiri lebih 5,000 wanita dari pelbagai sektor dan
latar belakang itu adalah acara tahunan bagi mengiktiraf sumbangan wanita,
bukan sahaja melahirkan generasi yang akan mewarisi negara malah turut sama
membantu dalam perkembangan ekonomi. Antara yang hadir pada majlis itu
ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim dan Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Perhimpunan 1 juta wanita
Perhimpunan 1 juta wanita atau ‘1 Million Women Purple Walk’ dianjurkan buat
pertama kali sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun 2013 secara
serentak seluruh negara. Program merupakan satu inisiatif bagi melambangkan
solidariti wanita Malaysia dan meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang.
Selain menyemarakkan gaya hidup sihat, ia juga bertujuan memberi sokongan
dan penghargaan terhadap segala usaha kerajaan dalam memartabat dan
memperkasa kaum Hawa. Sambutan utama diadakan di Putrajaya pada
17 Mac 2013. Acara dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri berserta isteri masing-masing, Menteri-menteri
Kabinet, wakil-wakil kedutaan asing, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan
bukan kerajaan, badan beruniform dan pelajar institusi pengajian tinggi.
Penglibatan peserta dalam program ini di negeri-negeri adalah: Terengganu
30,000 peserta, Perlis lebih 2,000 wanita, Sarawak kira-kira 57,000 peserta,
Selangor lebih 2,000 peserta, Kelantan 60,000 peserta, Melaka 10,000
peserta, Sabah lebih 15,000 wanita, Pulau Pinang 30,000 wanita dan ribuan
lagi di Perak.
Malaysia 2014 311
Kejayaan Program 1AZAM
Seramai 132,511 golongan miskin dan miskin tegar mendapat manfaat
daripada program 1Azam sejak 2010 hingga Ogos 2013 seluruh negara dan
54 peratus daripada peserta program berkenaan datang dari luar bandar.
Manakala, bagi Januari hingga Disember 2012 seramai 11,694 peserta 1Azam
telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hingga melepasi paras garis
kemiskinan dengan 7,936 peserta berjaya menjana pendapatan tambahan
lebih RM200 sebulan. Sementara itu, bagi tahun 2013 sehingga Ogos seramai
8,991 berjaya menjana pendapatan tambahan keluarga lebih RM300 sebulan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Azizah Mohd Dun menyatakan demikian semasa menjawab soalan di Dewan
Rakyat pada 3 Disember 2013.
Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2013
UPM menjadi tuan rumah sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan tahun
2013 pada 3 Disember 2013. Sambutan bertemakan ‘Hapuskan Halangan,
Berikan Peluang: Ke Arah Kesaksamaan Dalam Masyarakat’. Di majlis ini juga,
satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Universiti Teknologi Malaysia bagi pelaksanaan Projek Sistem
Al-Quran Braille Elektronik kepada OKU masalah penglihatan mempelajari Al-
Quran. Acara turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada lapan orang
pelajar cemerlang OKU kategori akademik, tiga Pihak Berkuasa Tempatan
dalam kategori Penghargaan Kemudahan Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina
serta tiga syarikat bagi kategori Penghargaan Majikan Prihatin.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan diadakan
di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 11 November 2013.
Penganjuran sambutan kali ke-55 ini buat pertama kali diadakan di luar
Semenanjung Malaysia. Sempena majlis tersebut Kementerian memperkenalkan
kembali Anugerah Tunas Jaya kepada kanak-kanak yang cemerlang dalam
bidang akademik dan juga kokurikulum. Kali terakhir anugerah ini pernah
diberikan kepada kanak-kanak adalah pada tahun 2007. Penganugerahan
yang diperkenalkan kembali pada tahun 2013 adalah selaras dengan tema
sambutan kali ini iaitu “Kar1sma Kanak-Kanak: Masa Depan Mereka Di Tangan
Kita”. Sebanyak tiga kategori diperkenalkan iaitu kategori akademik, orang
kurang upaya (OKU) dan juga seni budaya. Seramai enam orang kanak-
kanak penerima Anugerah Tunas Jaya menerima sijil penghargaan, wang tunai
berjumlah RM3,000 dan plak.
312 Malaysia 2014
Talian Nur 15999
Sebanyak 90 peratus daripada keseluruhan 520,723 panggilan ke talian
Nur 15999 berjaya diselesaikan sejak diperkenalkan pada tahun 2007.
Kebanyakan aduan tersebut berkaitan kanak-kanak iaitu 81,843 kes dengan
12,890 daripadanya merupakan aduan kes kecemasan seperti penderaan dan
penganiayaan. Kes aduan terbanyak juga berkaitan dengan sosioekonomi dan
bantuan iaitu 61,010 kes diikuti 26,740 bagi warga tua dan keluarga manakala
19,954 bagi kaunseling dan psikologi. Talian Nur turut merekodkan 100,400
panggilan palsu yang dibuat oleh orang ramai.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
JKM yang ditubuhkan pada tahun 1946 adalah tonggak pembangunan
sosial Negara dalam membentuk masyarakat penyayang dan sejahtera. JKM
telah mengorak pelbagai perubahan fungsi selaras dengan keperluan sosial
masyarakat dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pencegahan dan
pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat berbanding
hanya menangani masalah sosial yang timbul. Objektif JKM adalah untuk
memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar, membangunkan
masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk
berdikari, mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang, meningkatkan
kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan
sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-83232045 Laman web: www.jkm.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Pada tahun 1975, kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan
Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) sebagai jentera
bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Pada tahun 1983,
Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan
bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID. Pada 26 Ogos 1985,
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan
dengan menaikkan tarafnya kepada bahagian. Pada 27 Oktober 1990,
Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri
ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Pada 29
Januari 1997, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal
Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah jabatan. Pada 1 Julai 1997, HAWA
beroperasi sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat. Pada 18 Disember 1999, selepas Pilihanraya
Malaysia 2014 313
Umum 1999 dan rombakan Kabinet, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah diletakkan
semula di Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita
distrukturkan semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita
(JPW). JPW berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan
aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM.
Jabatan Pembangunan Wanita, Aras 23-25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-8323 2034 Laman web: www.jpw.gov.my
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
LPPKN berperanan dalam mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan
keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah
melahirkan penduduk yang berkualiti. LPPKN membantu para penggubal
dasar mengambil kira faktor-faktor kependudukan dan kekeluargaan dalam
penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara. LPPKN juga membantu
para perancang dan pengurus-pengurus program mengintegrasikan faktor-
faktor kependudukan dan kekeluargaan dalam perancangan program-program
sektoral. Agensi-agensi pelaksana program kependudukan, pembangunan
keluarga dan kesihatan reproduktif menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan
keibubapaan berasaskan modul-modul yang seragam dan sistematik
berdasarkan bantuan daripada pihak LPPKN. Selain itu LPPKN turut berperanan
untuk mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni
kekeluargaan dalam kalangan pemimpin masyarakat, ibu bapa, bakal ibu bapa
dan remaja selain mempertingkatkan taraf kesihatan reproduktif wanita dan
lelaki.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan
Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-2693 7555. Faks: 03 2693 7250 Laman web:
www.lppkn.gov.my
Institut Sosial Malaysia (ISM)
ISM ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan latihan ikhtisas dan separa
ikhtisas dalam bidang latihan dan penyelidikan serta pendidikan sosial kepada
semua pekerja sosial daripada pelbagai peringkat dan kumpulan dari dalam dan
luar negara termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). ISM akan
menggunakan konsep pendidikan sepanjang hayat yang membuka peluang
kepada pengamal sosial yang berminat meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan profesionalisme dalam bidang perkhidmatan dan pembangunan sosial. ISM
yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat sebelum ini adalah Institut Latihan Kebajikan Kuala Kubu Bharu,
Selangor yang beroperasi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
314 Malaysia 2014
Institut Sosial Malaysia, Lot PT 13856, KM 6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,
Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7985 3333 Faks: 03-7985 3300 Laman
web: www.ism.gov.my
Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NIEW)
NIEW ditubuhkan pada 17 Mei 2006 susulan cadangan Kerajaan Malaysia
dalam Mesyuarat Pertama Peringkat Menteri-menteri NAM mengenai kemajuan
wanita yang diadakan di Putrajaya pada 7 hingga 10 Mei 2005. NIEW adalah
sebuah institusi antarabangsa yang didedikasikan dalam usaha memperkasa
dan membangunkan wanita. Visinya ialah menjadi sebuah pusat latihan dan
penyelidikan untuk negara-negara anggota NAM bagi mencapai kesaksamaan
gender dan hak kaum wanita. Menerusi kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan institut ini berhasrat untuk meningkatkan pengetahuan
mengenai gender, menyokong usaha-usaha kerajaan dalam mengukuhkan
lagi kesaksamaan hak wanita dan membina kesedaran global bagi merubah
persepsi masyarakat terhadap peranan dan hubungan gender.
Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW),
Aras 28, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8323 1109 Faks: 03-8323
2120 Laman web: www.niew.gov.my
Antara delegasi yang menyertai Sidang Kemuncak Wanita
Dunia 2013 yang berlangsung pada 6 – 8 Jun 2013
Malaysia 2014 315
KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
Majlis Perasmian Jambatan Persahabatan
Malaysia-Brunei Darussalam
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-2711 1101
Laman Web : www.kkr.gov.my
316 Malaysia 2014
MENTERI
YB Datuk Haji Fadillah
bin Haji Yusof
TIMBALAN MENTERI
YB Datuk Rosnah
binti Abdul Rashid
Shirlin
Sektor pembinaan dilihat sebagai salah satu sektor
yang mampu memberikan sumbangan signifikan dalam
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyokong
pertumbuhan ekonomi negara seperti yang tertera
di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Program
Transformasi Nasional”
Datuk Fadillah Yusof
Menteri Kerja Raya
Malaysia 2014 317
PENGENALAN
Kementerian Kerja Raya (KKR) ditubuhkan sebagai kementerian utama
di Malaysia yang bertanggungjawab sepenuhnya di dalam perancangan,
pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur jalan dan bangunan.
Secara tidak langsung, KKR juga bertanggungjawab dalam memastikan
pembangunan industri pembinaan dan kejuruteraan serta sumber manusia
dapat menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi negara. Setelah
hampir 60 tahun ditubuhkan, KKR telah berjaya membina dan menyenggara
infrastruktur dan bangunan-bangunan utama negara serta membangunkan
kepakaran teknikal di dalam industri binaan dan kejuruteraan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Anugerah
• Portal KKR telah diiktiraf sebagai Portal 5 bintang pada tahun 2013 oleh
MDeC sempena Malaysia Government Portals and Websites Assessment
(MGPWA).
• Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti
(AI) Tahun 2012 memperolehi 4 bintang pada 6 Januari 2014.
• Pensijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi tahun
2013.
Perasmian Jambatan Sungai Pandaruan
Perasmian jambatan yang menghubungkan bahagian Limbang, Sarawak
dengan Daerah Temburong, Brunei Darussalam telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri Malaysia dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Projek
jambatan pre-cast concrete ini adalah sepanjang 189 meter dan mempunyai
lebar 14 meter iaitu dua lorong-dua hala ini telah dibahagikan kepada tiga pakej
iaitu pembinaan jambatan di mana kos pembinaannya dikongsi bersama oleh
Malaysia dan Brunei. Manakala kos pembinaan jalan tuju di sebelah Malaysia
dan di sebelah Brunei ditanggung oleh Negara masing-masing. Projek ini telah
mengambil masa selama 17 bulan untuk disiapkan.
Pembukaan Institut Kanser Negara
Institut Kanser Negara (IKN) yang berperanan sebagai pusat rujukan berprestij
untuk rawatan, latihan, penyelidikan dan pencegahan penyakit barah mula
beroperasi dalam tahun 2013. Pusat rawatan dengan kapasiti 252 katil itu telah
disiapkan pada 16 Ogos 2013 dan mempunyai sembilan wad, unit rawatan rapi,
empat dewan bedah, unit rawatan harian onkologi dan klinik pesakit luar yang
merangkumi klinik onkologi, klinik perubatan nuklear dan klinik multi disiplin.
Pembinaan IKN melibatkan bangunan utama pusat rawatan selain penyediaan
318 Malaysia 2014
komponen klinikal utama yang terdiri daripada perkhidmatan radioterapi dan
onkologi, perubatan nuklear, penjagaan paliatif serta pembedahan onkologi.
Pembukaan Seksyen 3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Mulai 1 Oktober 2013 secara rasminya seksyen 3 Lebuhraya Klang Selatan
(SKVE) dari Teluk Panglima Garang, menyusuri Pulau Carey dan merentasi Selat
Lumut hingga ke Pulau Indah dibuka kepada lalu lintas. Dengan pembukaan
lebuhraya ini, pengguna mampu menjimatkan masa perjalanan antara
Putrajaya ke Pelabuhan Barat dari 1 jam 30 minit kepada 45 minit. Projek
pembinaan Seksyen 3 SKVE membabitkan laluan sepanjang 18.9 kilometer
ini melengkapkan keseluruhan jajaran SKVE yang menghubungkan Pusat
Pentadbiran Kerajaan Putrajaya ke Pulau Indah dan kawasan perindustrian
Pelabuhan Barat. Pembinaan lebuhraya ini turut melibatkan pembinaan sebuah
jambatan sepanjang 1.67 km bagi menghubungkan kedua-dua pulau tersebut.
Jambatan ini dibina dengan ketinggian 25 meter yang mampu menampung
laluan pelayaran serta pembangunan industri perkapalan dan maritim di
sekitarnya.
MoU Pembanterasan Rasuah KKR – SPRM
Menyedari akan kepentingan pencegahan rasuah dan kepentingan integriti
dalam organisasi, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil inisiatif
dengan menjalin kerjasama melalui Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman ke Arah Pembanterasan Rasuah dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis menandatangani MOU dimeterai
antara Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Himmat Singh
dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Majlis menandatangani MoU tersebut telah berlangsung pada 1 Julai 2013.
Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa
iaitu International Sustainable Infrastructure and Built Environment 2013
sempena dengan penganjuran pameran antarabangsa Ecobuild Southeast
Asia 2013. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji
Fadillah Haji Yusof di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 September
2013. Persidangan ini bertemakan “Driving Sustainability And Resiliency In
Infrastructure and Urban Cities Development” memberi penekanan kepada
pembangunan infrastruktur mampan, selain daripada membincangkan isu-
isu yang berkaitan dengan kesan pembangunan ke atas alam sekitar di
peringkat global. Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013 yang berlangsung
selama tiga hari ini adalah gabungan tiga pameran utama, iaitu Greenbuild
Asia 2013, Solarasia Expo 2013 dan Ecolight Asia 2013 yang bertujuan
Malaysia 2014 319
untuk menggalakkan penggiat industri mengguna pakai teknologi baru serta
mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pembinaan mampan di
rantau ini.
Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013
Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013 (Rail Business Asia 2013)
merupakan acara industri rel bersepadu bertaraf antarabangsa yang dianjurkan
dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan MiGHT. Persidangan
yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 10 September 2013. Sebanyak 30
pempamer dari dalam dan luar negara seperti Perancis, Jerman, Sepanyol
dan Republik Korea terlibat berkongsi ilmu industri rel dan 16 kertas kerja
dibentangkan oleh pakar-pakar dalam bidang rel dari dalam dan luar Negara.
PIECE 2013
Persidangan Lebuhraya dan Pameran Antarabangsa PSKLM (PIECE 2013) telah
menghimpunkan pakar-pakar industri lebuh raya dari seluruh dunia di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru bermula 9 September
hingga 11 September 2013. Persidangan antarabangsa ini merupakan anjuran
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan turut mendapat
sokongan Kementerian Kerja Raya Malaysia serta Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM). Persidangan yang bertemakan ‘21st Century Expressways:
Driving the Future’ ini menjadi pentas membincangkan pelbagai isu dan idea.
Ianya disertai kira-kira 500 delegasi dari serata dunia dan empat fokus utama
pada PIECE 2013 adalah Polisi dan Pembiayaan, Pengurusan Aset, Teknologi
Hijau dan Alam Sekitar dan Keselamatan Jalan Raya.
Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013
Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013 telah dirasmikan oleh Timbalan
Menteri Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (ketika itu) bertempat di Dewan
Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mac 2013. Program
anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya, Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berlangsung selama tiga hari
dengan bertemakan Transformasi. ICW 2013 merupakan pentas bagi para
pemain industri binaan tempatan dan luar negara bertemu serta berkongsi
maklumat, dan menjadi medan percambahan ilmu bagi amalan terbaik di
dalam pembinaan. Antara acara yang akan diadakan adalah seperti Pameran
dan Persidangan Road Engineering Association of Asia & Australasia ke-14,
Second Malaysia Eco-Building and Design, Malaysian Construction Summit
kelima, Construction Research Achievement International Conference dan
Construction Project Managers National Symposium 2013.
320 Malaysia 2014
JABATAN/AGENSI
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
JKR adalah agensi teknikal yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan
pembinaan projek-projek pembangunan infrastruktur kerajaan. Ia juga
berperanan dalam merancang, mereka bentuk dan membina projek-projek
pembangunan prasarana negara. JKR juga telah menyusun sektor-sektor
awam dan disokong oleh sektor pakar untuk melaksanakan fungsi dan
tanggungjawabnya kepada negara. Kepakaran JKR dibahagikan kepada tiga
sektor iaitu Sektor Pakar, Sektor Bisnes dan Sektor Pengurusan.
Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan
Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur Tel: 03-26108888 Faks: 03-2698 8187
Laman web: www.jkr.gov.my
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
LLM adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober
1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah
untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan,
pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan
dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan
berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Lembaga Lebuhraya Malaysia, Wisma Lebuhraya, KM 6 Jalan Serdang - Kajang 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8737 3000/87383000 Faks: 03-8737 3555.
Laman web: www.llm.gov.my
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
CIDB adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya
Malaysia yang diasaskan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (Akta 520) untuk membangun, menyelaras, dan mengawal
selia sektor pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan
memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti hidup seterusnya menyumbang ke arah
mempertingkatkan daya saing industri. CIDB juga memainkan pelbagai peranan
strategik untuk mempromosi dan merangsang pembangunan, pembaikan dan
pengembangan industri pembinaan. Matlamat CIDB adalah membangunkan
industri pembinaan Malaysia sebagai industri bertaraf dunia yang inovatif dan
peka kepada keperluan negara.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Tingkat 10, Menara Dato’
Onn, Putra World Trade Centre (PWTC), No. 45, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala
Lumpur Tel: 03-4047 7000 Faks: 03-4047 7070 Laman web: www.cidb.gov.my
Malaysia 2014 321
Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)
LJM adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya yang ditubuhkan
pada 23 Ogos 1972 bagi menguat kuasa Akta Pendaftaran Jurutera 1967
dan melaksanakan fungsi-fungsi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(1).
Antara fungsi LJM adalah mendaftar dan menyelenggara daftar Jurutera
Profesional, Jurutera Siswazah, Jurutera Sementara, Amalan Kejuruteraan
Perunding dan Pemeriksa Bertauliah; menentukan dan mengawal selia tata
kelakuan serta etika profesion kejuruteraan; menilai dan mengakreditasi
program-program kejuruteraan yang dijalankan oleh institusi-institusi pengajian
tinggi; menjalankan Peperiksaan Penilaian Profesional; menjalankan Program
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk Jurutera Profesional
dan Program Pembangunan Profesional (PDP) untuk Jurutera Siswazah;
menetapkan skala yuran perkhidmatan kejuruteraan professional dan bertindak
sebagai stakeholder dalam kontrak perkhidmatan kejuruteraan profesional.
Lembaga Jurutera Malaysia, Tingkat 17 Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur. Tel: 03-26912090/269107095/26980590 Faks: 03-26925017
Laman web: www.bem.org.my
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
LJBM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Juruukur Bahan
1967. LJBM bertanggungjawab menguatkuasakan Akta tersebut dan
melaksanakan fungsinya seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4 Akta
itu, antaranya memproses permohonan pendaftaran dan mengemaskini senarai
Daftar Juruukur Bahan dan Firma Juruukur Bahan Perunding; mengakreditasi
program-program ukur bahan yang dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi
tempatan dan luar negara; penubuhan Majlis peperiksaan LJBM untuk
mengendalikan peperiksaan bagi tujuan memasuki Profession Ukur Bahan
di negara ini; mengawal tatalaku dan etika profesion Juruukur Bahan serta
memutuskan perselisihan berkaitan dengan salahlaku profesional Juruukur
Bahan; menetapkan dari masa ke masa jadual skala yuran untuk bayaran
perkhidmatan Juruukur Bahan Perunding; bertindak sebagai ‘stakeholder’ di
dalam kontrak bagi perkhidmatan Juruukur Bahan Perunding; mengadakan
program pembangunan profesional bagi Juruukur Bahan berdaftar dan memberi
kemudahan lain bagi membangunkan dan mempromosikan pembelajaran dan
pendidikan berhubung dengan ukur bahan.
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, Tingkat 17, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan
Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur Tel: 03-26967999 Faks: 03-26925680 Laman web:
www.bqsm.gov.my
322 Malaysia 2014
Majlis Penyerahan Institut Kanser Negara kepada
Kementerian Kesihatan pada 18 September 2013
Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
LAM ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR)
yang menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Arkitek 1967. LAM
bertanggungjawab menjalankan pendaftaran Arkitek Profesional, Arkitek
Graduan, Pereka bentuk Dalaman dan Pelukis Pelan Bangunan. Di samping
itu LAM juga mendaftar praktis perunding arkitek dan praktis perunding
rekabentuk dalaman yang terdiri daripada firma perseorangan, perkongsian,
perbadanan dan praktis pelbagai disiplin. LAM juga berperanan dalam
menetapkan dan mengawalselia kod tatakelakuan dan etika profesion Arkitek,
Pelukis Pelan Bangunan dan Perekabentuk Dalaman. LAM turut menetapkan
skala fi profesional yang boleh dikenakan oleh para praktis perunding arkitek
dan rekabentuk dalaman. LAM juga telah mewujudkan Majlis Akreditasi dan
Pengajian Senibina Malaysia (MAPSM) yang bertanggungjawab ke atas
perkara-perkara berkaitan dengan pengajian kesenibinaan dan rekabentuk
dalaman, dan Majlis Peperiksaan Senibina Malaysia (MPSM) yang berperanan
mengendalikan semua peperiksaan profesional bagi memasuki bidang senibina
dan rekabentuk dalaman.
Lembaga Arkitek Malaysia, Tingkat 17, Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur Tel: 03-26982878 Faks: 03-26936881 Laman web: www.lam.gov.my
Malaysia 2014 323
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Menteri KPDNKK Turun Padang
pada 9 September 2013
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2
62623 Putrajaya
Telefon : 03-8882 5500
: 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5762
Laman Web : www.kpdnkk.gov.my
324 Malaysia 2014
MENTERI
YB Dato’ Sri Hasan
Bin Malek
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Paduka Ahmad
Bashah Bin Md. Hanipah
(Senator)
Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan
harga dan berbelanja mengikut keperluan”
Dato’ Sri Hasan Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Malaysia 2014 325
PENGENALAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kementerian ini ditubuhkan pada 27
Oktober 1990. Matlamat penubuhan kementerian adalah untuk menggalak
pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi
kepentingan pengguna. Antara peranan yang dimainkan oleh KPDNKK ialah
menggubal dan mengkaji dasar dan strategi berkaitan dengan pembangunan
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan, menentukan dan memantau
harga barang-barang perlu, dan melesenkan penjualan dan pengedaran
barang-barang perlu. KPDNKK mempunyai misi untuk mewujudkan suasana
pasaran yang kondusif bagi memenuhi permintaan komuniti perdagangan
dalam negeri yang pelbagai dan berbeza serta memacu negara ke arah
mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai
pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Kumpulan Kerja ASEAN ke-42 bagi Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC)
AWGIPC telah berlangsung selama lima hari bermula 18 November 2013
di Langkawi, Kedah. Mesyuarat anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO) itu disertai oleh kira-kira 50 perwakilan dari negara anggota ASEAN
dan rakan dialog ASEAN. Mesyuarat menilai pencapaian pelaksanaan inisiatif
di bawah Pelan Tindakan Hak Harta Intelek ASEAN (IPR) 2011-2015 yang
dibincang dalam AWGIPC ke-41 di Chiangmai, Thailand pada 2012. AWGIPC
adalah kumpulan pakar membantu memacu pembangunan suatu eko-sistem
harta intelek mesra perniagaan di bawah wawasan Komuniti Ekonomi ASEAN
(AEC) 2015. Kumpulan kerja ini sedang meningkatkan hubungan dengan
peniaga, pencipta alat baru, pereka dan pengamal dalam ASEAN untuk
membantu meningkatkan inovasi di rantau ini.
Peningkatan kesedaran mengenai Harta Intelek
Bagi tempoh 2008 hingga Oktober 2013, sebanyak 211,612 permohonan harta
intelek diterima oleh MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia). Daripada
jumlah tersebut sejumlah 154,571 telah didaftarkan dengan membabitkan
permohonan pendaftaran cap dagangan, paten dan pembaharuan utiliti, reka
bentuk perindustrian dan petunjuk geografi. Kenyataan tersebut dikeluarkan
oleh MyIPO semasa berlangsungnya Kumpulan Kerja ASEAN ke-42 bagi
Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) di Langkawi pada 18 November 2013.
326 Malaysia 2014
Ops Harga 2013
Pelaksanaan penguatkuasaan dikenali sebagai Ops Harga 2013 bagi tempoh
6 Julai hingga 29 Oktober 2013 mencatatkan sebanyak 3,059 kes bagi
penguatkuasaan di seluruh negara. Penguatkuasa KPDNKK telah menjalankan
pemeriksaan di 419,032 premis dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan
sebanyak RM921,426 serta jumlah keseluruhan nilai kompaun berjumlah
RM265,280. Sementara itu sebanyak 223 notis Seksyen 21 Akta Kawalan
Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan.
Kumpulan Perintis Penilai Harta Intelek dilahirkan
Seramai tujuh peserta daripada 23 peserta dalam Kumpulan perintis
Penilai Harta Intelek (IP) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berjaya
menamatkan program dan menjadi penilai IP tempatan. Peserta itu berjaya
selepas mengikuti kursus selama empat bulan mulai Februari 2013. Majlis
penyampaian sijil kompetensi disampaikan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Hassan Malek pada
10 September 2013. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang
mengikuti latihan penilaian IP kumpulan kedua bermula September 2013.
Sambutan Hari Koperasi Negara Ke-12
Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) berlangsung pada 23 hingga 25
Ogos 2013 di Jitra, Kedah. Sambutan kali ke-12 ini memilih tema “Koperasi
Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat” bagi meningkatkan kesedaran umum
mengenai koperasi dan sumbangannya kepada sosio-ekonomi negara. HKN
merupakan antara saluran untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai tentang usaha kerajaan mentransformasikan koperasi kepada satu entiti
perniagaan yang lebih cekap dan mampu bersaing. Dianggarkan seramai
30,000 anggota koperasi membanjiri HKN 2013 yang menjadi platform kepada
koperasi untuk memasarkan produk dalam jumlah yang banyak. Acara tahunan
ini turut melibatkan para koperasi dari negara ASEAN iaitu Thailand, Indonesia,
Brunei Darussalam dan Singapura.
BAHAGIAN
Unit Komunikasi Korporat
Unit komunikasi korporat telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Mac 2009
bagi menggantikan Bahagian Hal Ehwal Korporat yang telah wujud sebelum
ini. Peranan utama unit ini adalah sebagai pusat tumpuan utama kementerian
di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat
kementerian, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan
khidmat pelanggan.
Aras G (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8882 5562
Faks : 03-8882 5569
Malaysia 2014 327
Bahagian Audit Dalaman (UAD)
Unit Audit Dalaman bertanggungjawab bagi menjalankan pengauditan
pengurusan kewangan dan pengauditan prestasi. Audit Pengurusan Kewangan
adalah untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan
mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Pengauditan Prestasi pula adalah untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti
dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Aras 5 (podium 1) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5828
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN)
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN) terlibat dalam mengkaji dasar
dan strategi berkaitan dengan pembangunan perdagangan pengedaran
dalam negara. Bahagian ini juga berperanan untuk meningkatkan amalan etika
perniagaan yang kompetitif dan sihat demi menjaga kepentingan pengguna.
Di antara peranan utama bahagian ini ialah mengawal selia penyertaan asing
dalam sektor perdagangan pengedaran selaras dengan ketetapan dalam
“Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Perdagangan Pengedaran”. Selain
itu, antara fungsi lain yang dimainkan oleh bahagian ini ialah mengurus
permohonan lesen jualan langsung selaras dengan peruntukan di bawah Akta
Jualan Langsung 1993, mengawal selia harga barang-barang perlu selaras
dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan mengawal selia
bekalan barang-barang kawalan selaras dengan peruntukan di bawah Akta
Kawalan Bekalan 1961 di samping mengawalselia aktiviti pemasaran dan
pengedaran produk petroleum di sektor hiliran melalui pengeluaran lesen PDA
selaras dengan keperluan Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 Faks:
03-8882 5981/5858
Bahagian Pengurusan Maklumat
Bahagian ini berperanan untuk merancang, membangun dan menyenggara
sistem aplikasi, multimedia dan portal KPDNKK berlandaskan Pelan Strategik
Pengurusan Maklumat, menyediakan kemudahan infrastruktur yang boleh
dipercayai dan selamat, melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT,
dan menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT.
Aras 7 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5669
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bertanggungjawab dari segi
perancangan dan pembangunan sumber manusia, pembangunan organisasi
328 Malaysia 2014
serta pengurusan perkhidmatan anggota Kementerian. Pembangunan modal
insan menjadi keutamaan Bahagian ini dalam melahirkan warga kerja yang
berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang
positif. Ianya akan dapat dicapai melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
Aras 6 (Podium 1&2) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03- 8000
8000 Faks : 03-8882 5764
Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik
Bahagian ini memastikan pembangunan perdagangan dalam negeri dan
program perlindungan pengguna adalah selaras dengan keperluan semasa
dan dilaksanakan selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal. Selain
itu bahagian ini turut memantau pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan
dengan dasar dan undang-undang pembangunan koperasi, menyelaras
dan mengawal selia pelaksanaan pentadbiran dan pembangunan koperasi,
dan memantau dan menyelaras program dan aktiviti koperasi serta agensi
lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi
Malaysia (MKM) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia(MYCC).
Aras 5 (Podium 2) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5615
Bahagian Penguatkuasa
Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan untuk menjalankan fungsinya sebagai
penguatkuasaan undang-undang perdagangan dalam negeri dan melindungi
pengguna. Bahagian ini juga memberi perlindungan ke atas Hak Harta Intelek.
Selain itu fungsi lain bahagian ini ialah menguatkuasakan dan membanteras
penyelewengan barang-barang bersubsidi dan menguatkuasakan dan
mengawal selia bekalan dan harga barang.
Aras 2&3, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 Faks :
03-8882 6171
Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Dan Kewangan
Bahagian ini menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan
cekap, teratur dan berintegriti dalam aspek pentadbiran, kewangan, perolehan,
penyelenggaraan, kerurusetiaan dan keselamatan selaras dengan objektif
kementerian.
Aras 6 (Menara) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5762/5763
Malaysia 2014 329
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Bahagian Pembangunan Perniagaan berfungsi untuk merangka, merancang
dan melaksanakan program-program bagi meningkat dan memantapkan
penyertaan bumiputera dalam sektor perdagangan pengedaran, menyedia
data-data dan profil industri berkaitan dalam perdagangan pengedaran,
mewujudkan kerjasama dan jalinan perniagaan dengan sektor swasta dan
agensi-agensi kerajaan, memastikan penglibatan dan penyertaan secara aktif
usahawan dalam sektor perdagangan dan membuat analisa dan penilaian ke
atas keberkesanan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan.
Aras 5 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8882 6203
Faks: 03-8882 5826
Bahagian Gerakan Kepenggunaan
Bahagian Kepenggunaan adalah merupakan bahagian teras di Kementerian
yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat dan melaksanakan aktiviti
kesedaran kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Tugas dan
tanggungjawab -tersebut dilaksanakan oleh enam unit iaitu, Unit Pembangunan
Gerakan Kepenggunaan (Unit G), Unit Sumber dan Maklumat Kepenggunaan
(Unit M), Unit Pendidikan dan Latihan (Unit L), Unit Pembangunan Standard
(Unit S), Unit Penyelidikan (Unit P), dan Unit Khidmat Pengurusan dan Aduan
(Unit A).
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5983
Bahagian Penyelidikan Dan Dasar Kepenggunaan
Bahagian Penyelidikan Dan Dasar Kepenggunaan merupakan salah satu
bahagian teras di bawah sayap utama Kementerian iaitu Kepenggunaan dan
Pengurusan. Ianya mempunyai 2 unit iaitu Unit Penyelidikan (P) dan Unit Sumber
dan Maklumat (M). Bahagian ini bertanggungjawab menggubal, melaksana
dan menyelaras dasar dan perundangan berkaitan kepenggunaan serta
menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat.
Ianya adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perlindungan
yang terbaik kepada hak dan kepentingan pengguna.
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5983
Bahagian Standard Kepenggunaan
Unit Pembangunan Standard telah ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah
Bahagian Hal Ehwal Pengguna. Unit ini telah dinaiktaraf pada 10 Januari
2010 sebagai Bahagian Standard Kepenggunaan (SK) yang merupakan salah
satu bahagian teras di bawah sayap utama Kementerian iaitu Francais &
Kepenggunaan (F&K). Bahagian ini bertanggungjawab mengkaji, merangka,
330 Malaysia 2014
dan melaksana perundangan berkaitan standard keselamatan barang
pengguna. Selain itu, Bahagian ini berperanan dalam menjalankan advokasi
berkaitan standard dan keselamatan barang pengguna kepada setiap lapisan
masyarakat selaras dengan Dasar Pengguna Negara (DPN).
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5983
Bahagian Undang-Undang
Bahagian Undang-undang berperanan dalam memberi nasihat perundangan
kepada KPDNKK selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang lain di bawah bidang kuasa KPDNKK. Bahagian ini juga
menggubal dan menyemak Rang Undang-Undang atau peraturan subsidiari
di bawah bidang kuasa KPDNKK. Selain itu Bahagian ini turut memainkan
peranan menjalankan tugas-tugas pendakwaan.
Aras 5 (Menara) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5824
Bahagian Industri Perkhidmatan
Bahagian ini berperanan untuk merangka dasar dan garis panduan, merancang,
melaksana, menyelaras dan memantau sektor perkhidmatan yang tidak
dikawalselia.
Aras 9(Blok Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000 Faks: 8882 6490
Bahagian Pembangunan Francais
Bahagian ini berperanan untuk merangka dasar, merancang, melaksana,
menyelaras dan memantau Program Pembangunan Francais, Mendaftarkan
perniagaan francais mengikut Akta Francais 1998, dan Menguatkuasakan Akta
Francais 1998.
Aras 1 (Blok menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-8882 5583
Tribunal Tuntutan Pengguna
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk
mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah
Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau
kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut ganti rugi dan
pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah,
murah dan cepat.
Aras 5 (podium 2), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5831
Malaysia 2014 331
Majlis Rundingan Tahunan: Isu mengenai
Harta Intelek pada 3 September 2013
Tribunal Rayuan Persaingan
Tribunal ini adalah sebuah badan kehakiman bebas yang dibentuk pada
1 Januari 2012 bagi memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat
dalam kes kendalian Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Sebarang keputusan
yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia boleh dibawa ke
pendengaran Tribunal ini untuk rayuan.
Aras 9 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Delivery Management Office (DMO)
Delivery Management Office(DMO) telah ditubuhkan pada tahun 2011
bertujuan merancang, melaksanakan dan memantau 13 Entry Point Project
(EPPs) di bawah National Key Economic Areas (NKEA) Sektor Pemborongan
dan Peruncitan dan 6 program di bawah National Key Result Area (NKRA)
Mengurangkan Kos Sara Hidup yang telah dipertanggungjawab untuk
dilaksanakan oleh KPDNKK. Bahagian ini berperana memastikan pelaksanaan
program NKEA dan NKRA di bawah KPDNKK adalah selaras dengan keperluan
semasa, selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal dan mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.
Aras 5 (Podium 1), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
332 Malaysia 2014
Sekretariat Majlis Harga Barang Negara
Sekretariat ini ditubuhkan pada 9 Januari 2008 berikutan isu kenaikan harga
dan masalah bekalan barangan perlu yang menjejaskan kehidupan rakyat,
khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Sekretariat ini berperanan
melindungi kepentingan rakyat daripada kenaikan harga barangan yang tidak
munasabah, memastikan bekalan barangan yang mencukupi dan membendung
kenaikan kadar inflasi bagi pembangunan ekonomi yang optimum.
Sekretariat Majlis Harga Barang Negara, Aras 4 (Menara), No. 13, Persiaran
Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya. Tel: 03-8882 5852 Faks: 03-88826274
Email: [email protected]
AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Perbadanan Harta Intelek Malaysia ditubuhkan pada 3 Mac 2003 di bawah
Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002. Perbadanan ini berperanan
untuk memantau pelaksanaan segala perkara serta undang-undang berkaitan
harta intelek ditadbir dan diuruskan dengan berkesan, menggalak dan
mempertingkatkan latihan serta penyebaran maklumat berkaitan harta intelek,
menjalin hubungan kerjasama dalam dan luar negara, menjaga kepentingan
negara dalam apa-apa perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang
Malaysia menjadi ahli, memberi khidmat nasihat kepada kerajaan tentang isu
semasa harta intelek serta perkara berkaitan di peringkat antarabangsa dan
menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan harta intelek.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Unit 1-7, Aras Bawah, Menara UOA
Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur Tel: 03-2299 8400 Faks:
03-2299 8989 Laman web: www.myipo.gov.my
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
PNS dulunya dikenali sebagai PERNAS telah diperbadankan pada 29
November 1969. Pada bulan September 1996, PERNAS telah diswastakan
melalui Management Buyout. Aset-aset terpilihnya telah diambil oleh Pernas
International Holdings Berhad. Peranan utama yang dimainkan oleh PNS
melibatkan pembangunan sektor francais Malaysia. Pelaksanaan yang
dijalankan oleh PNS melibatkan pelaburan francais, aktiviti promosi, kewangan,
latihan, pembangunan francais, rangkaian dan penyelidikan.
Perbadanan Nasional Berhad, Level 2, Menara Dato’ Onn, PWTC, 45 Jalan Tun
Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 7800. Fax: 03- 2698 7080 Laman
web: www.pns.com.my
Malaysia 2014 333
Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
Maktab Kerjasama Malaysia telah dijenamakan semula sebagai Maktab
Koperasi Malaysia selaras dengan pindaan Akta Maktab Kerjasama Malaysia
(Perbadanan) (Pindaan 2011) telah diwartakan sebagai Akta A1398 pada
Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 1 September 2011. Ia merupakan satu-
satunya institusi pendidikan koperasi di negara ini. MKM bertanggungjawab
menyediakan latihan dan pendidikan koperasi untuk gerakan koperasi di
negara ini.
Maktab Koperasi Malaysia, Cawangan Petaling Jaya, 103 Jalan Templer, 46700, Petaling
Jaya, Selangor Tel: 603-79649000 / 603-79570434 Laman web: www.mkm.edu.my
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Bank Rakyat merupakan sebuah bank koperasi yang unggul di Malaysia
dengan memberi komitmen dan sokongan kepada para usahawan PKS
untuk berkembang. Bank Rakyat menjadi daya pemacu untuk memperbaiki
dan meningkatkan prospek perniagaan dan merubah gaya hidup anggota-
anggotanya di bandar dan luar bandar. Bank Rakyat berperanan untuk
meninggikan taraf ekonomi anggotanya dengan cara memberi pinjaman atau
pembiayaan bagi kegunaan pertanian, pengeluaran, pemasaran, perusahaan,
perniagaan dan usaha-usaha lain yang bersesuaian bagi anggotanya dan
menggalakkan simpanan.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan
Travers, 50470 Kuala Lumpur Tel: 03-26129600 Laman Web: www.bankrakyat.com.
my
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
SSM merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan
perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan
berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar
Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.
SSM memainkan peranan utama sebagai agensi pemerbadanan syarikat
dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat
dan perniagaan kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan
tahap tadbirurus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawal selia
pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti
penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan
perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, No 7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur.Tel: 03-2299 4400. Faks: 03-2299 4411.
Hotline: 03-22995500 Laman web: http://www.ssm.com.my
334 Malaysia 2014
Pihak Kementerian menerusi platform Majlis
Rundingan Tahunan sentiasa melakukan rundingan
dengan pemain-pemain industri mengenai isu-isu
berkaitan perdagangan dan kepenggunaan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPMK)
telah ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). SKM
berperanan memperkukuhkan sektor koperasi sebagai jentera pembangunan
sosioekonomi negara. Koperasi diperkenalkan di negara ini bermula pada tahun
1922 bertujuan untuk membasmi kemiskinan, mengatasi masalah penindasan
orang tengah dan juga menangani masalah keberhutangan dalam kalangan
petani dan juga penjawat awam.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat
Semantan, off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2083
4000 Faks: 03-2083 4100 Laman web: www.skm.gov.my
Suruhanjaya Persaingan Malaysia( MYCC)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah badan bebas ditubuhkan di bawah
Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. Ia berperanan menguatkuasakan
Akta Persaingan 2010 iaitu untuk mengawal syarikat monopoli daripada
menyalahguna kuasa serta mengawal syarikat besar daripada mengadakan
pakatan untuk mengawal harga sesuatu barangan (kartel). Antara lain ia
berfungsi untuk melindungi proses persaingan untuk kepentingan perniagaan,
pengguna dan ekonomi.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Aras 15, Menara SSM@Sentral, No.7 Jalan
Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur Tel: 03-2273 2277
Faks: 03 - 2272 2293 / 03-2272 1692 Laman web: www.mycc.gov.my
Malaysia 2014 335
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Majlis Menyambut Kontinjen Negara dalam
Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013
Aras 6-9, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
Telefon : 03-8886 5000/5200
Faks : 03-8889 2381
Laman Web : www.mohr.gov.my
336 Malaysia 2014
MENTERI
YB Dato’ Sri Richard
Riot Anak Jaem
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Sri Haji Ismail
bin Haji Abd. Muttalib
Pada tahun 2013 Negara mempunyai 28% pekerja
mahir atau 3.7 juta daripada jumlah 13 juta guna
tenaga Negara.. kita memikul tugas berat untuk
mencapai sasaran 33% pekerja mahir atau 4.5 juta
orang daripada 13.7 juta guna tenaga menjelang tahun
2015. Jika kita komited untuk mencapai sasaran ini,
tidak mustahil untuk kita mencapai hasrat seterusnya
iaitu untuk mempunyai 50% pekerja mahir atau 7.4 juta
pekerja mahir daripada 14.8 juta guna tenaga Negara
menjelang tahun 2020 kelak”
Dato’ Sri Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia
Malaysia 2014 337
PENGENALAN
Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk membangunkan sumber
tenaga kerja yang kompetitif dan keadilan sosial dalam kalangan pekerja di
Malaysia. Kementerian ini memastikan dasar-dasar sumber tenaga manusia
yang digubal berkualiti dan praktikal untuk dilaksanakan selain memastikan
hubungan dan kerjasama antara jabatan-jabatan/agensi di bawah kementerian,
majikan dan pihak pekerja sentiasa kukuh dan harmoni. Di samping itu,
kementerian ini juga bertanggungjawab memastikan perkhidmatan sokongan
seperti keperluan perjawatan, kewangan dan kelengkapan peralatan
pengurusan dan pentadbiran mencukupi, dalam keadaan boleh guna dan
tersedia pada setiap masa untuk digunakan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pelancaran Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh
(ILMIA)
Majlis Pelancaran Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh
(ILMIA) telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia pada 12 Disember
2013 bertempat di Auditorium, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU. Pada masa ini, Malaysia
mempunyai kira-kira 12.7 juta orang pekerja dan kira-kira 645,136 Perusahaan
Kecil dan Sederhana (SME) menyediakan pekerjaan bagi pekerja-pekerja ini.
Bagaimana seseorang pekerja mendapat pekerjaan dan jumlah gaji yang
diperolehi adalah ditentukan oleh pasaran buruh. Salah satu inisiatif utama di
bawah reformasi pasaran buruh yang dinyatakan di bawah Rancangan Malaysia
Ke-10 ialah penubuhan ILMIA yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul
dan menyediakan data pasaran buruh serta menjalankan penyelidikan,
menganalisis dan menyebarkan dapatan kajian. Melalui portal rasmi ILMIA ini,
data-data tersebut kini boleh diakses oleh pengguna secara atas talian.
Pelancaran Portal Gaji Minimum
Majlis Pelancaran Portal Gaji Minimum disempurnakan oleh Menteri Sumber
Manusia pada 3 Disember 2013 bertempat di Hotel Premiera, Medan
MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Portal Gaji Minimum
diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman dan
melicinkan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum. Objektif membangunkan portal
ini adalah untuk memudahkan para pekerja, majikan dan semua pihak yang
berkepentingan dalam dasar ini memahami aspirasi Dasar Gaji Minimum Negara
terutamanya dari aspek pelaksanaannya dengan lebih tepat, berkesan dan
menyeluruh. Melalui portal tersebut orang awam boleh memuat-turun undang-
undang perburuhan yang berkaitan termasuk perintah-perintah penundaan di
338 Malaysia 2014