The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fauziah Gee, 2020-12-06 06:31:24

MALAYSIA 2014

Hbec_2303publication

Demonstrasi Bot Penggalang Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia di LIMA’12

Desa RKTB, Lipis melibatkan penyertaan 71 buah keluarga yang dipilih kerajaan
negeri dari senarai eKasih dan golongan asnaf daripada senarai Majlis Agama
dan Adat Resam Melayu Pahang. Projek inspirasi Perdana Menteri sendiri
ini merupakan kerjasama kerajaan Persekutuan di bawah pengelolaan Unit
Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), kerajaan Negeri dan pihak swasta.

Sistem ‘e-Halal’ diiktiraf inovatif
Sistem ‘e-Halal’ JAKIM telah memenangi Anugerah Inovasi Jabatan Perdana
Menteri 2013 bagi kategori ICT dalam Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana
Menteri 2013. Dalam pertandingan yang sama, JAKIM turut memenangi dua
anugerah yang lain dalam majlis yang telah diadakan pada 1 Oktober 2013
di Hotel Marriott, Putrajaya. ‘e-Halal’ adalah applikasi yang dibangunkan bagi
membolehkan pengusaha membuat permohonan Pensijilan Halal Malaysia
secara atas talian.

Operasi APMM menyumbang kepada penurunan kadar jenayah
• Melakukan lebih 27,400 pemeriksaan diikuti 688 tangkapan.

Penguatkuasaan undang-undang maritim menyumbang kepada kadar
pematuhan undang-undang sebanyak 97.5 peratus dalam kalangan
komuniti maritim seperti sasaran KPI 2013. Ia sekaligus menyumbangkan
kepada penurunan kadar jenayah secara keseluruhan.
• Jenayah lanun di Selat Melaka berjaya dihapuskan sejak 2009 (2004: 38
kes; 2005:12 kes; 2009 – 2013:0)
• Menyelesaikan 3 kes rompakan yang melibatkan vesel nelayan tempatan
dari Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak hasil kerjasama dengan pihak
Polisi Perairan (POLAIR) Indonesia.
• Sepanjang 2013 sebanyak 636 buah bot nelayan asing dan 4,929 PATI
berjaya ditahan.
• Mengumpul lebih RM258.9 juta hasil kutipan menerusi kompaun, lelongan,
denda dan pelupusan serta menyelamatkan lebih 1.2 juta liter diesel/petrol
yang bernilai lebih RM2.4 juta daripada diseludup.
• Menyelamatkan 460 nyawa dan nilai harta sebanyak RM600 ribu yang
terlibat dengan insiden di laut.

Malaysia 2014 139

Pemerhatian dan Permodenan GMDSS
Simposium GMDSS yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga
21 November 2013 di Tokyo, Jepun membincangkan mengenai pemodenan
sistem Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS) seperti Automatic
Identification System (AIS) dan COSPAS-SARSAT. Objektif simposium ialah
untuk berkongsi maklumat berhubung pemerhatian dan pemodenan sistem
GMDSS dan menganalisa laporan lapan buah negara termasuk Malaysia
(diwakili APMM) mengenai fungsi dan tugas mencari dan menyelamat serta
pemodenan sistem GMDSS sedia ada.

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) diamanah urus Terminal
Bersepadu Selatan (TBS)
TBS, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur telah beroperasi secara rasmi pada
1 Januari 2011. Ia adalah manifestasi komitmen Kerajaan untuk menaik taraf
perkhidmatan pengangkutan awam darat. TBS yang bernilai RM570 juta
ini berfungsi dalam mengendalikan perkhidmatan pengangkutan bas dan
teksi dari sektor selatan ke Kuala Lumpur. TBS dilengkapi fasiliti moden dan
memudahkan pengguna untuk akses kepada perkhidmatan komuter dan
pengangkutan transit ringan yang lain. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH),
Jabatan Perdana Menteri telah diberi mandat untuk menguruskan TBS oleh
kerajaan Malaysia. Majlis Perasmian TBS telah diadakan pada 15 April 2013
oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat
pengiktirafan antarabangsa
• Pada tahun 2012, seramai 503 peserta telah menyertai program

antarabangsa yang dikendalikan oleh Akademi Pencegah Rasuah Malaysia
(MACA) berbanding 287 pada tahun 2011, 228 (2010); 154 (2009), 136
(2008) dan 98 (2007).
• Seramai 19 pegawai daripada Palestin mengikuti program kendalian MACA)
pada 3-17 Disember 2013. Program yang merangkumi aspek penyiasatan
dan pendakwaan dibiayai oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun
(JICA). Program ini merupakan kerjasama julung kali antara JICA, MACA
dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
• Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Hj.
Abu Kassim Mohamed telah dilantik sebagai Naib Presiden International
Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) pada persidangan
tahunan ke-7 yang telah diadakan di Panama City, Panama dari 22 hingga
24 November 2013.
• MACA merupakan akademi pencegahan rasuah yang pertama di dunia
yang telah terpilih sebagai pusat pembelajaran dan diberi kepercayaan
untuk mengendalikan Modul 6 bagi program sarjana dalam pengajian

140 Malaysia 2014

antirasuah “Master of Corruption Studies (MACS)” anjuran Akademi
Pencegahan Rasuah Antarabangsa (sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf
universiti) sebuah entiti dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) berpengkalan di Vienna, Austria. Ia merupakan pengajian
sarjana yang menggabungkan tujuh modul yang berbeza.
• Pihak Interpol telah memohon SPRM untuk menempatkan pegawainya di
unit pencegahan rasuah di INTERPOL. Antara tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan adalah untuk membantu dalam perkara-perkara
berkaitan dengan pembangunan kapasiti di antara negara-negara Asia dan
menjalinkan kerjasama yang erat dalam usaha pencegahan rasuah antara
Kesatuan Negara-Negara Eropah. Pegawai dari Malaysia merupakan salah
seorang daripada empat pegawai yang telah dipilih dari kalangan beberapa
buah negara untuk ditempatkan di INTERPOL.

Prestasi Badan Kehakiman meningkat
• Pencapaian penting badan kehakiman pada 2013 ialah penubuhan

Mahkamah Pembinaan bagi membicarakan pertikaian berkaitan industri
pembinaan yang dikendalikan hakim terlatih dan mahir dalam industri
berkenaan. Penubuhan mahkamah ini merupakan tambahan kepada
mahkamah khas sedia ada.
• Pembukaan Kompleks Mahkamah di Kuantan yang mempunyai 23 bilik
perbicaraan serta dilengkapi kemudahan sokongan seperti ruang pejabat,
perpustakaan, bilik fail dan bilik mesyuarat.
• Menguatkuasakan langkah pencegahan untuk membendung amalan
rasuah daripada merebak ke dalam sistem penghakiman. Hakim dan
pesuruhjaya kehakiman yang bakal dilantik diwajibkan menjalani prosedur
antirasuah, manakala rekod peribadi mereka ditapis Polis Diraja Malaysia,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
dan Jabatan Insolvensi.
• Mengenakan hukuman lebih keras terhadap pesalah jenayah jalanan
seperti peragut dan rasuah.

Biro Pengaduan Awam (BPA) berjaya selesai 8,907 kes pada 2013
BPA berjaya menyelesaikan 91.4 peratus aduan iaitu 8,907 kes daripada
9,713 aduan yang diterima sepanjang tahun 2013. Selebihnya masih lagi
dalam tindakan BPA. Aduan mengenai kelewatan ataupun tiada tindakan
yang diambil antara yang mencatat jumlah tertinggi iaitu 50 peratus, kualiti
perkhidmatan tidak memuaskan 12.6 peratus, kegagalan penguatkuasaan
(9 peratus), kekurangan kemudahan awam (8.8 peratus) dan aduan ke atas
tindakan tidak adil (6.7 peratus), manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada
lain-lain aduan. Berdasarkan keseluruhan aduan, 6,080 aduan ataupun 63
peratus terhadap kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan
3,633 aduan ataupun 37 peratus terhadap kerajaan negeri.

Malaysia 2014 141

JABATAN DAN AGENSI DI BAWAH JPM

SURUHANJAYA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999 (Akta 597). Antara fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan
dalam Seksyen 4(1) adalah memupuk kesedaran dan menyediakan
pendidikan berhubung hak asasi manusia; menasihati dan membantu
kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan serta tatacara pentadbiran
dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; menyiasat aduan
berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Aras 11, Menara TH Perdana, Jalan
Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2612 5600. Faks: 03-2612 5620. Laman
web: www.suhakam.org.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Fungsi SPRM antaranya ialah menerima dan
menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini
dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh
Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu; dan mendidik orang ramai untuk
menentang rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ibu Pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya. Tel: 03-8886 7000. Faks: 03-8888
9562. Laman web: www.sprm.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
SPA berperanan meliputi perkara-perkara melantik, mengesahkan dalam
perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat,
menukar serta menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai yang berada
dalam perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Tel: 03-8885 6000 Faks: 03-8888 5036. Laman
web: www.spa.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
SPP ditubuhkan untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa melantik (PBM)
dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara
144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Ianya meliputi pelantikan, pengesahan
dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen serta beberapa
lagi fungsi di bawah bidang kuasanya.

142 Malaysia 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Aras 1 - 3, Blok B3, Kompleks Jabatan
Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62526 Putrajaya.
Tel: 03-8871 7300. Faks: 03-8871 7499. Laman web: www.spp.gov.my.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
SPR ialah sebuah badan berperlembagaan yang dipertanggungjawabkan
mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Suruhanjaya ini
ditubuhkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Selain
menjalankan pilihanraya, fungsi utama SPR adalah menjalankan urusan
persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, mengendalikan
urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih sepanjang tahun.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. Tel: 03-8885 6500
Faks: 03-8888 9117 Laman web: www.spr.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
SPKP adalah agensi yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana
termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik,
mengesahkan dalam jawatan, memasukkan ke dalam perjawatan berpencen,
menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
anggota-anggota bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.

Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dan Perundangan, Bangunan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Tel : 03-8885 6335 Faks: 03-8888 5037
Laman web: www.spkp.gov.my

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
SPK ditubuhkan dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman 2009 (Akta 695) pada 2 Februari 2009 melalui penggubalan
Akta Parlimen. Tujuan ia ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan,
pelantikan dan kenaikan pangkat hakim mahkamah atasan adalah lebih telus
dan seterusnya memperkukuh dan meningkatkan integriti sistem kehakiman.
Hakim-hakim mahkamah atasan yang terlibat adalah Ketua Hakim Negara,
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan
Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan
Hakim Mahkamah Tinggi.

Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62506 Putrajaya.Tel: 03-8880
3545/46. Faks: 03-8880 3549. Laman web: www.jac.gov.my

Malaysia 2014 143

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
EAIC telah ditubuhkan pada 1 April 2011 selaras dengan kuat kuasa Akta
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. EAIC adalah
sebuah badan berkanun persekutuan yang bertanggungjawab memantau
dan menjalankan siasatan terhadap aduan orang ramai mengenai salah laku
pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang disenaraikan
dalam Akta 700. Agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC adalah
Agensi Dadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan
Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penerbangan
Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perhubungan Perusahaan,
Jabatan Perikanan, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Tenaga
Kerja, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Unit Penguatkuasa
Pelesenan Kementerian Pelancongan, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Pelesenan dan Kenderaan
Perdagangan (Sabah dan Sarawak) dan Polis Diraja Malaysia. Penubuhan EAIC
adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan
integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan
serta memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Aras 5, Blok Menara, Bangunan
Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel (Aduan): 03 8888 6618 / 6509 / 2184 (Am): 03 8888 1904 (Faks): 03 8888 6526
Emel: [email protected] Laman web: www.eaic.gov.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
SPAD adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010, pada 3 Jun 2010 dan mula beroperasi secara
rasmi pada 31 Januari 2011. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan
membuat polisi serta mengawal selia pengangkutan awam darat seperti kereta
api, bus dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya
atau rel kereta api. Misi SPAD ialah untuk memastikan pengangkutan awam
darat yang selamat, boleh diharapkan, efisien, responsif, mudah diperolehi,
terancang, bersepadu dan mapan mencukupi, disamping memastikan
khidmat pengangkutan penumpang dengan kos yang berpatutan dan khidmat
pengangkutan barangan yang kompetitif.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala
Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur Tel: 03-2268 5782 Faks: 03-2272 3744
Talian Bebas Tol: 1800-889-600 MySMS – ADUAN SPAD (hantar ke 15888) Laman
web: www.spad.gov.my Emel: [email protected], [email protected]

144 Malaysia 2014

AGENSI PUSAT

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
JPA telah diamanahkan sebagai peneraju pengurusan sumber manusia sektor
awam. Ia telah diberi kuasa untuk menggubal dan melaksana dasar-dasar
Pengurusan Sumber Manusia sektor awam. Dengan dua peranan utama iaitu
membangunkan keupayaan institusi dan memastikan sektor awam ditadbir
urus dengan baik. Selaras dengan tugas baharu yang dipimpin sejak tahun
2013 untuk menerajui Transformasi Perkhidmatan Awam, peranan JPA lebih
penting dalam memastikan seluruh perkhidmatan awam kini akan bergerak
ke arah perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, berintegriti dan berjiwa
rakyat.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. Tel: 03-8885 3000/4000. Faks: 03-8889 1968.
Laman web: www.jpa.gov.my

Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU)
ICU ditubuhkan pada tahun 1971. Unit ini berperanan untuk menyelaras,
memantau, menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan
Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT); bertindak sebagai urus setia kepada
Majlis Tindakan Negara, Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara dan beberapa
jawatankuasa Kabinet yang lain; membangun, mengurus dan memastikan
fungsi sistem Pemantauan Projek SPP II berfungsi dengan baik; mengurus
dan menyelaras peruntukan program/projek Khas Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri, Senator dan Ahli Parlimen; juga menyelaras,
memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.

Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana
Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 8000
Faks: 03-8888 3528 Laman web: www.icu.gov.my

Unit Perancang Ekonomi (UPE)
UPE merupakan agensi perancang utama kerajaan yang bertanggungjawab
untuk menyediakan perancangan pembangunan untuk negara. Setelah lebih 40
tahun penubuhannya, terdapat penambahan fungsi Unit Perancangan Ekonomi
oleh sebab perubahan yang dititikberatkan dalam polisi pembangunan.

Unit Perancang Ekonomi, Blok B5 & Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 3333. Faks: 03-8888 3755. Laman web: www.epu.gov.my

Malaysia 2014 145

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)
Pada awal penubuhannya, MAMPU dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Tenaga Manusia Malaysia. Pada tahun 1986, fungsi
perancangan tenaga manusia telah dipindahkan kepada beberapa agensi
lain dan selanjutnya fungsi MAMPU tertumpu khusus kepada pemodenan
tadbiran dan perunding cara pengurusan bagi Perkhidmatan Awam. Nama
rasminya pula ditukarkan kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia.

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 3000.
Faks: 03-8888 3721. Laman web: www.mampu.gov.my

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
UKAS telah ditubuhkan pada 22 April 2009 untuk terus menerajui agenda
pembangunan nasional dalam menggalakkan penglibatan dan pelaburan
sektor swasta melalui kerjasama awam swasta. UKAS merupakan sebuah
agensi pusat yang bertanggungjawab untuk merancang, menilai, menyelaras,
merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek Kerjasama Awam Swasta
(Public Private Partnership - PPP). UKAS turut mengurus dan menilai projek-
projek yang memerlukan pembiayaan daripada Dana Mudahcara, sebuah
dana yang diwujudkan khusus untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta
dan merapatkan jurang daya maju projek yang mempunyai impak strategik.
Bagi menggalakkan lagi transformasi ekonomi melalui kerjasama awam
swasta yang strategik, UKAS juga merupakan penyelaras bagi Projek-projek
Pembangunan Koridor di lima (5) wilayah iaitu: Wilayah Pembangunan Iskandar
Malaysia (IM), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER), Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Koridor
Pembangunan Sabah (SDC).

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Seksyen Khidmat
Korporat, Aras 2-4,6,8-10 &14, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2,
62652 Putrajaya. Tel:03-8880 5800 Faks: 03-8880 5810 Laman web: www.ukas.gov.my

JABATAN/AGENSI

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Peranan APMM adalah berdasarkan Akta 633, di dalam Zon Maritim Malaysia
bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan,
kesejahteraan dan keselamatan, mencegah jenayah, menangkap dan
mendakwa pesalah-pesalah dan mengumpul risikan keselamatan. Zon Maritim

146 Malaysia 2014

Malaysia merangkumi perairan pedalaman (internal waters), laut wilayah,
pelantar benua, Zon Ekonomi Eksklusif dan perairan perikanan Malaysia serta
ruang udara di atas zon itu. Maritim Malaysia mengambil alih tugas Penyelaras
Mencari dan Menyelamat Maritim daripada Jabatan Laut Malaysia pada 6 Jun
2006.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tingkat 4-11, One IOI Square,
IOI Resort, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8995 7000 Faks: 03-8947 3601. Laman web:
www.mmea.gov.my

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
BHEUU berperanan menyelia pentadbiran jabatan-jabatan di bawahnya dan
merancang pembangunan mahkamah serta mengkaji dan mencetus inisiatif
baru ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran keadilan negara dengan
cekap, tepat dan berkesan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Aras
4-7, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8885 1048/8885 1051.
Laman web: www.bheuu.gov.my

Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
Jabatan Bantuan Guaman yang ditukar namanya daripada Biro Bantuan
Guaman berkuat kuasa pada 16 Januari 2010 berperanan memberi nasihat
secara lisan dalam semua perkara undang-undang, mewakili atau memberi
bantuan guaman dalam semua prosiding mahkamah di Malaysia sebagaimana
yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua (bidang kuasa jenayah) dan Jadual
Ketiga (bidang kuasa sivil dan Syariah) Akta Bantuan Guaman 1971 kepada
golongan yang kurang berkemampuan. Jabatan ini turut menyediakan
khidmat pengantaraan bagi penyelesaian kes secara damai serta memberi
kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di sisi
undang-undang. JBG telah memberi peluang kepada golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapat akses kepada keadilan dengan sama rata
di sisi undang-undang selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Bantuan Guaman, Aras 1, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Presint
3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000.
Faks: 03-8885 1829/1830/1831. Laman web: www.jbg.gov.my

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
MdI merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir
hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap. MdI juga
mentadbir syarikat yang telah digulungkan dan pertubuhan dan kesatuan
sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya. Aktiviti teras MdI melibatkan
pengzahiran dan penghasilan harta si bankrap, menentusahkan tuntutan yang

Malaysia 2014 147

difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh
kepada pemiutang.

Jabatan Insolvensi Malaysia, Aras 2 & 3, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8885 1303. Laman web:
www.insolvensi.gov.my

Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Bahagian ini berperanan untuk menerajui, menasihati dan menguruskan hal
ehwal istiadat protokol negara, pengurniaan darjah dan bintang kebesaran
negara, lawatan pembesar-pembesar luar negara dan pembesar-pembesar
dalam Negara dan persidangan antarabangsa dan pengurusan Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana
Menteri, Blok B3, Aras 5-6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502
Putrajaya. Tel: 03-8872 7201. Faks: 03-8890 2429. Laman web: www.istiadat.gov.my

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan
(BKPP)
BKPP merupakan antara bahagian yang terawal wujud dalam JPM. Antara
fungsi utama bahagian ini ialah menguruskan Mesyuarat Jemaah Menteri,
urusan mesyuarat-mesyuarat tertinggi kerajaan dan urusan pelantikan di
bawah Perlembagaan Persekutuan dan urusan Parlimen.

Bahagian Kabinet Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP), Aras 4
Timur,Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502
Putrajaya.Tel: 03-8888 1957. Faks: 03-8889 3090. Laman web: www.kabinet.gov.my

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1957 dan ketika itu ia dikenali sebagai
Pejabat Perumahan Kerajaan. Bidang tugas utama bahagian ini ialah
menguruskan kuarters, rumah peranginan, ruang pejabat dan promosi
gelanggang dan dewan.

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Blok B3, Aras
4&7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. Tel: 03-8880 0000.
Faks: 03-8888 3032. Laman web: www.bph.gov.my

Biro Pengaduan Awam (BPA)
BPA menjadi pusat tumpuan pengaduan awam dan bertanggungjawab bagi
melaksanakan sistem pengendalian pengaduan awam dengan fungsi-fungsi
seperti menerima aduan awam mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap
sebarang tindakan pentadbiran kerajaan dan menyiasat aduan awam yang
mempunyai asas. Sesuatu pertikaian akan diselesaikan secara sukarela, cepat,
sulit dan tanpa perlu kepada perbicaraan.

148 Malaysia 2014

Biro Pengaduan Awam, Aras 6, Blok B1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 5777. Faks: 03-8888 7778/3748. Laman web:
www.pcb.gov.my

Biro Tatanegara (BTN)
BTN berperanan untuk memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam jiwa
rakyat Malaysia. Selaras dengan Program Transformasi Negara, penganjuran
kursus, seminar dan aktiviti latihan anjuran BTN memberi fokus kepada
perubahan sikap peserta. BTN ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program
Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan di Wisma Keramat, Kuala Lumpur. Selaras dengan keputusan
kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme
dan cinta akan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat termasuk
belia, pelajar, penjawat awam dan sektor swasta. Aktiviti BTN diperjelas dan
diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya
mereka mendokong usaha-usaha pembangunan dalam bidang seperti agama,
sosial, politik, ekonomi dan pendidikan. Sehingga kini BTN mempunyai 14
buah cawangan negeri dan 17 buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi
iaitu Akademi Kenegaraan.

Biro Tatanegara (BTN), Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4600.
Faks: 03-8888 3458. Laman web: www.btn.gov.my

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
ILKAP berperanan meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti
perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak
berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan, serta
penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil,
cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.

Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Lot 5, Persiaran Universiti,
Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8924 3400.
Faks: 03-8926 1231 Laman web: www.ilkap.gov.my

Jabatan Audit Negara
Jabatan ini berperanan melakukan pemeriksaan, analisa dan penilaian yang
berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan
pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan sama ada prinsip-prinsip am
perakaunan, polisi-polisi pengurusan dan prosedur dipatuhi.

Jabatan Audit Negara, No 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, 62518 Putrajaya.
Tel: 03-8889 9000. Faks: 03-8888 9703. Laman web: www.audit.gov.my

Malaysia 2014 149

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Antara peranan JKSM ialah menggubal dasar dan strategi untuk
mempertingkatkan penyelarasan prestasi organisasi Mahkamah Syariah di
negeri-negeri; menyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman
syariah bagi diterima pakai oleh negeri-negeri; dan mengawal dan menilai
program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima
Skim Perkhidmatan Guna Sama Pegawai Syariah dan Skim Perkhidmatan
Guna Sama Kakitangan Mahkamah Syariah.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62677 Putrajaya. Tel: 03-8886 4800.
Faks: 03-8889 1627. Laman web: www.esyariah.gov.my

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)
MSWP komited untuk memberi perkhidmatan dalam bidang pengurusan kes
mal, jenayah dan faraid yang berkualiti serta berusaha secara berterusan untuk
meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6205 7000 Faks: 03-6205 7200. Laman web: www.mswp.gov.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sejak diwujudkan empat dekad yang lalu, JAKIM telah terlibat secara langsung
dalam pembangunan dan penyelarasan pengurusan hal ehwal Islam di
Malaysia. JAKIM telah berperanan penting dalam konteks perkembangan
dakwah Islamiah di Malaysia meliputi pembangunan dalam bidang dakwah,
pendidikan Islam, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, dakwah melalui media
penyiaran, dakwah melalui sambutan hari kebesaran Islam, dakwah media
cetak, dakwah bil hal, dakwah melalui teknologi maklumat dan komunikasi
serta dakwah melalui kesenian. JAKIM bekerjasama rapat dengan Jabatan
Agama Islam Negeri-negeri dalam hal ehwal penyeragaman dan penggubalan
undang-undang Syariah, penyelarasan penguatkuasaan undang-undang,
pembangunan pendidikan Islam, program tahfiz Al-Quran, pembangunan
fatwa, pemantapan aqidah ummah, pembangunan keluarga dan sosial,
pembangunan muamalat, pengurusan saudara Muslim, pengukuhan institusi
masjid, pembangunan halal dan pemerkasaan pentadbiran hal ehwal Islam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 4-9 Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62519 Putrajaya. Tel: 03-8886 4000. Laman web: www.islam.gov.my

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Antara peranan JAWI ialah memberi pendidikan serta menyediakan keperluan
guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya
di Wilayah Persekutuan; pengurusan kariah masjid yang lebih teratur;

150 Malaysia 2014

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom melancarkan buku
“Mengenal Hakikat Syiah” terbitan JAKIM dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada
18 September 2013

menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan; pengurusan saudara baru yang
lebih konsisten; pengurusan zakat, wakaf dan Baitulmal; dan penguatkuasaan
dan pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri
bermasalah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Jalan
Perdana, 50519 Kuala Lumpur. Tel: 03-2274 9333. Faks: 03-2273 1575. Laman web:
www.jawi.gov.my

Parlimen Malaysia
Parlimen adalah lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan
aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Sebagai badan perundangan
tertinggi persekutuan, Parlimen terdiri daripada tiga komponen penting iaitu
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Fungsi Parlimen
adalah menggubal, melulus dan meminda undang-undang persekutuan yang
boleh dikuatkuasakan di seluruh negara; memeriksa dasar-dasar kerajaan;
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai
perkara-perkara nasional. Parlimen ditadbir oleh badan Sekretariat yang
diterajui oleh seorang penjawat awam yang digelar Ketua Pentadbir Parlimen
Malaysia.

Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur. Tel: 03-2072 1955. Faks:
03 2070 4676. Laman web: www.parlimen.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia
Fungsi utama jabatan ini adalah mengumpul, mentafsirkan dan menyebar
perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi
keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian dan lain-lain.

Malaysia 2014 151

Jabatan Perangkaan Malaysia, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62514 Putrajaya. Tel: 03-8885 7000. Faks: 03-8888 9248. Laman web:
www.statistics.gov.my

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan ini berperanan untuk memupuk kesefahaman dan toleransi melalui
jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang
bersatu padu dan beridentiti nasional.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri), Aras
7-10, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
Tel: 03 8883 7000 Faks: 03 8888 8584 Laman web: www.jpnin.gov.my

Jabatan Peguam Negara
Antara fungsi jabatan ini ialah memberi khidmat nasihat kepada kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai semua perkara perundangan;
mengendalikan pendakwaan dan memberi nasihat serta arahan pendakwaan
kepada semua agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan; dan
memberi khidmat nasihat dan mewakili Kerajaan Persekutuan dalam semua
prosiding sivil.

Jabatan Peguam Negara, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Tel: 03-8872 2000. Faks: 03-8890 5609. Laman web: www.agc.gov.my

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Penubuhan jabatan ini bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta
wakaf, zakat dan urusan haji/umrah di seluruh negara lebih tersusun, sistematik
dan berkesan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Aras 7 Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8883 7400. Faks: 03-8883 7406. Laman
Web: www.jawhar.gov.my

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah
LPKP Sabah ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Akta LPKP 1987 (Akta 334)
yang bertanggungjawab untuk melaksana dan menguatkuasa Akta LPKP
1987 (Akta 334) dan kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya.
Sebelum ini LPKP Sabah dikenali sebagai Lembaga Pelesenan Pengangkutan
Jalan (LPPJ) Sabah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 105(1A) Ordinan
Lalulintas 1958. Mulai 1987 LPPJ Sabah mula dikenali sebagai Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah. Sejak 2004, LPKP Sabah
diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
dan selepas rombakan Kabinet pada 9 April 2009, LPKP kemudian diletakkan
dibawah Jabatan Perdana Menteri.

152 Malaysia 2014

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Tingkat 4, Blok C & D,
Kompleks KWSP, 49 Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-236244
Faks: 088-238144 Laman web: www.lpkpsabah.gov.my

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan di
bawah Seksyen 3, Akta LPKP 1987 (Akta 334) dan bertanggungjawab untuk
melaksana dan menguatkuasakan Akta LPKP 1987 (Akta 334) dan kaedah-
kaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya. Sebelum ini, LPKP Sarawak
dikenali sebagai Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan (LPPJ) Sarawak yang
ditubuhkan di bawah Seksyen 105, Ordinan Lalulintas 1958. Pada tahun 1984,
LPPJ Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Awam dan
mula dikenali sebagai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak
mulai tahun 1987. LPKP Sarawak mempunyai 2 pejabat cawangan iaitu Zon
Utara di Miri dan Zon Tengah di Sibu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Lot 421-422, Jalan
Nanas, 93400 Kuching Sarawak. No. Tel: 082-412 033 No. Faks: 082-256 757 Laman
web: www.lpkpsarawak.gov.my

Majlis Keselamatan Negara
Agensi ini bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan
dasar-dasar berkaitan keselamatan negara termasuk ancaman keganasan,
pendatang tanpa izin, pelarian, keselamatan maritim, pelanunan, ketenteraman
awam dan pengurusan bencana. Selain isu ancaman keselamatan tradisional,
isu ancaman bukan tradisional juga menjadi antara fokus utama agensi
ini berikutan perkembangan semasa global yang melibatkan keselamatan
makanan, tenaga dan siber.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Aras LG & G, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
Tel: 03-88726817. Faks: 03-88883021. Laman web: www.mkn.gov.my

Pejabat Perdana Menteri
Pejabat ini berperanan menjalankan “staff functions” dan tugas-tugas mengenai
bidang-bidang tertentu yang diarahkan oleh Perdana Menteri; menguruskan
rancangan kerja dan pengurusan pejabat; menyedia dan menyelaras penyediaan
ucapan, kata-kata aluan dan lain-lain bentuk penyataan oleh Perdana Menteri
dan menjamin liputan media massa yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti Perdana
Menteri.

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 8000. Faks: 03-8888 3444.
Laman web: www.pmo.gov.my

Malaysia 2014 153

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Fungsi utama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan ialah menyedia
dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan; memberi khidmat
nasihat keselamatan perlindungan daripada aspek fizikal, dokumen, personel,
dan keselamatan ICT; dan menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan
Jabatan-jabatan Kerajaan.

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Aras 1 dan 2, Blok B7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 6000.
Faks: 03-8888 3258. Laman web: www.cgso.gov.my

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat ini berperanan antaranya sebagai penasihat D.Y.M.M. Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan dalam perkara-perkara
berkaitan Islam yang meliputi semua aspek termasuk akidah, syariah, ibadah,
sosial, ekonomi, kewangan dan isu-isu semasa; menjadi pusat maklumat yang
sistematik berkaitan kefatwaan di Wilayah Persekutuan; dan mengeluarkan
panduan-panduan kefatwaan untuk masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan
terutamanya berkaitan dengan masalah semasa yang sangat memerlukan
panduan yang lengkap dan jelas.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Tkt.10, Menara Pusat
Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur. Tel: 03-2272 3137. Faks: 03-2272 3126.
Laman Web: www.muftiwp.gov.my

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Pejabat ini berperanan memastikan khidmat sokongan perundangan adalah
cekap dan berkesan untuk membolehkan mahkamah menyelesaikan kes
dengan lancar dan memastikan mahkamah mempunyai sumber manusia,
kewangan, kemudahan fizikal, peralatan dan perkhidmatan teknologi maklumat
yang mencukupi serta sesuai untuk melaksanakan fungsi dan tugasnya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506
Putrajaya. Tel: 03-8880 3500. Faks: 03-8880 3886. Laman web: www.kehakiman.gov.my

Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am,
JPM telah disusun semula menjadi sembilan bahagian iaitu Bahagian Inovasi
& Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan (B.Kew),
Bahagian Pembangunan (B.Pemb), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat
Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam, Unit Komunikasi Korporat (UKK),
Bahagian Pengurusan Acara & Pejabat Penasihat Undang-Undang. Kesemua
sembilan bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan
Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Setiausaha
iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Timbalan Ketua Setiausaha
Kewangan dan Pembangunan.

154 Malaysia 2014

Jabatan Perdana Menteri, Blok B8, Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8000 8000 Faks : 03-8888 3904. Laman web:
www.jpm.gov.my

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PPMBR)
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah Urus Setia kepada Majlis
Raja-Raja. Ia diwujudkan pada tahun 1948 menurut kehendak Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Kini PPMBR
ditadbir urus oleh 13 orang anggota yang terdiri daripada dua anggota
pengurusan terdiri daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang dilantik
menurut Jadual V Perlembagaan Persekutuan selaku Ketua Jabatan dan dibantu
oleh seorang Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja serta sebelas pegawai lain
yang dilantik oleh Kerajaan. Antara fungsi PPMBR ialah menyelaras Mesyuarat
Majlis Raja-Raja dan mengurus hal-hal perlantikan seperti yang termaktub
dalam Pelembagaan Persekutuan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia, Majlis Raja-Raja, 482, Jalan Bukit Petaling, 50682 Kuala Lumpur. Tel: 03-2141
7270 / 03-2142 4947 Faks: 03 - 2142 2080 Laman web: www.majlisraja-raja.gov.my

Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri
Pejabat ini menjadi rujukan utama bagi mendapatkan segala maklumat
mengenai bekas-bekas Perdana Menteri selain merupakan pusat utama bagi
penyelidikan kepimpinan di Malaysia.

Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya. Tel:
03-8885 8900 Faks : 03-8889 1166 Laman web: www.perdana.org.my

Pejabat Seranta FELDA
Pejabat Seranta FELDA telah ditubuhkan pada Mei 1981. Seranta bermaksud
pegawai yang tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik
antara organisasi/institusi yang dianggotainya dengan orang ramai serta
meningkatkan imej organisasi/institusi yang berkenaan. Seranta berperanan
memantau, menyampai, melapor dan menggerak program bagi menyalur
maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan. Antara bidang tugas unit ini ialah
memantau sosiopolitik warga FELDA yang keseluruhannya berjumlah hampir
1.35 juta orang.

Pejabat Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok Barat, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4444/4434 Faks:
03-8888 6632 Laman web: www.serantajpm.gov.my

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Persekutuan Sabah ditumpukan
kepada dua aspek utama iaitu untuk bertindak sebagai saluran antara kerajaan
negeri dan kerajaan persekutuan serta sebagai pemudah cara pelaksanaan
projek-projek pembangunan persekutuan.

Malaysia 2014 155

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 488881/488887 Faks: 088-488889. Laman Web: www.
psupsabah.gov.my

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah
mengukuhkan perhubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta
pemudahcara bagi pelaksanaan projek pembangunan persekutuan serta
mengurus Bangunan dan Kuarters Gunasama Persekutuan.

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Tingkat
17, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak Tel: 082-
417733 Faks: 082-419452 Laman web: www.supsrwk.gov.my

Bahagian PERMATA
Bahagian PERMATA melaksanakan program-program PERMATA yang
berfokuskan kepada pelaksanaan program pembangunan aspek pendidikan
awal kanak-kanak, pendidikan pelajar pintar, cerdas dan berbakat, pendidikan
intervensi kanak-kanak autisme dan pembangunan keupayaan kendiri remaja.
Program PERMATA bersifat complementary dan supplementary kepada sistem
pendidikan sedia ada.

Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri, W101, Tingkat 1, Blok 3440, Enterprise
Building 1, Jalan Teknokrat 3. 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8319
4000. Faks: 03-8319 4001. Laman web: www.permata.jpm.my

Unit Kawal Selia FELDA
Pada 30 Jun 2004, Unit Kawal Selia FELDA ditubuhkan dan diletakkan di
bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri. Unit Kawal Selia FELDA
berperanan menyediakan khidmat kawal selia yang berkualiti dan penuh
kebertanggungjawaban kepada Perdana Menteri untuk beliau melaksanakan
tanggungjawab perundangan dan membuat keputusan dasar yang berhemah
bagi manfaat warga FELDA. Antara tanggungjawab Unit Kawal Selia FELDA
adalah menyediakan dan mengemukakan kepada Perdana Menteri nota
mengenai pembangunan sosioekonomi warga FELDA. Dalam tahun 2013,
sebanyak 45 nota mengenai pembangunan sosioekonomi warga FELDA telah
disediakan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri.

Unit Kawal Selia FELDA, Blok B3, Aras 4,Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan,62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4806. Faks: 03-8888 0734.
Laman web: www.uksf.gov.my.

Unit Perlaksanaan dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU)
PEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bertujuan untuk menyelia
pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara, menyokong penyampaian

156 Malaysia 2014

dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program
Transformasi Ekonomi (ETP). PEMANDU diberi mandat untuk menjadi
pemangkin perubahan yang berani dalam penyampaian sektor awam dan sektor
swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan, penyampaian
dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan
kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri, Aras
3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62502
Putrajaya Tel: 03-88727237 Faks: 03 8888 7107 Laman web: www.pemandu.gov.my

Bahagian Perlindungan (BPJPM)
BPJPM mula beroperasi sejak 15 April 2010 dan ditubuhkan selaras dengan
Akta Perlindungan Saksi 2009 yang telah diluluskan di Parlimen pada 30
April 2009. Akta ini disasarkan kepada saksi yang terancam dan memohon
menyertai Program Perlindungan Saksi yang diwujudkan di bawah akta ini.
BPJPM berperanan mengatur atau memberi perlindungan keselamatan dan
kebajikan serta memastikan keselamatan semua dokumen dan maklumat
berkaitan saksi terjamin dan dilindungi sewajarnya. Visi BPJPM adalah untuk
menjadi agensi ulung yang menyumbang kepada keutuhan sistem pentadbiran
keadilan jenayah negara manakala misinya untuk menguruskan program
perlindungan saksi secara komited berdasarkan kepada kehendak undang-
undang, masyarakat dan negara.

Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, Karung Berkunci No.204, Pusat Pos
Laju Bandar Baru Bangi,Pos Malaysia Berhad,No.24, Jalan P10/16, Taman Industri
Selaman, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Tel: 03-8947 7800 Faks: 03-8948 3323
Laman web: www.ups.gov.my

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP)
PPTGWP yang pada awalnya dikenali sebagai Pejabat Pengarah Tanah Dan
Galian Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) mengambil alih tanggungjawab
sepenuhnya pentadbiran tanah Wilayah Persekutuan pada 1975 apabila
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Februari 1974.
PPTGWP sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan
dan Kesejahteraan Bandar bermula 2007. Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah
Persekutuan Labuan juga diletakkan di bawah pentadbiran PPTGWP berikutan
penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 April 1984. Pejabat Tanah
Dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya pula diletakkan di bawah PPTGWP
bermula 27 November 2008.

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan, Aras G-4, Rumah
Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, 50678 Kuala Lumpur. Tel: 03-2610 3300.
Faks: 03-2610 3499. Laman Web: www.ptgwp.gov.my

Malaysia 2014 157

BADAN BERKANUN

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada
1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Antara fungsi FELDA
yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah menjalankan
dan melaksanakan projek pembangunan tanah; memaju, memudah dan
melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,
pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan
yang lain di kawasan FELDA; dan melaksanakan kegiatan yang dapat
membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan FELDA.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Wisma FELDA, Jalan Perumahan
Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2693 5066. Faks: 03-2692 0087. Laman web:
www.felda.net.my

Lembaga Tabung Haji (TH)
Sejarah penubuhan TH bermula dengan penubuhan Perbadanan Wang
Simpanan Bakal-bakal Haji pada November 1962, dan beroperasi pada 30
September 1963. Tabung Haji beroperasi berlandaskan kepada tiga aktiviti
utama iaitu tabungan, pelaburan dan operasi Haji. Kini TH telah menjadi antara
Institusi Kewangan Islam terunggul yang menguruskan Dana Islam terbesar
negara melebihi RM41billion. Visi dan misi TH adalah untuk terus berusaha
memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana
dan sumber sedia ada.

Lembaga Tabung Haji, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Jalan
SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ihsan. Tel: 03 7874 1033.
Faks: 03-7877 1414. Laman web: www.tabunghaji.gov.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
PERDA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan
Wilayah Pulau Pinang, Akta 282. Penubuhannya bermula dengan satu
cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan
Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982 dan Kertas Kerja tersebut
dibentangkan pada 1 Disember 1982 kepada Jemaah Menteri. Kini, PERDA
berperanan memajukan, menggalakkan, membantu dan mengusahakan
pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan tempat tinggal, pertanian
dan perindustrian dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), No. 1, Lorong Kampung Gajah
2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth, Pulau Pinang. Tel: 04-3141 100. Faks:
04-310 3178.Laman web: www.perda.gov.my

158 Malaysia 2014

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
MAIWP ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal
Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di
bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-
duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April
1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan
di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. Bidang kuasa MAIWP
adalah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan
semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah-
Wilayah Persekutuan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat) Aras 1,7,9-11, Bangunan
PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur Tel : 03- 4047 9444 Faks : 03- 4044
9444 Laman web: www.maiwp.gov.my

Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
AIM adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan menerusi
Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010 yang diwujudkan bagi memulai penjanaan
kekayaan menerusi pengetahuan, teknologi dan inovasi, serta merangsang
dan membangunkan ekosistem inovasi di Malaysia dalam menuju Wawasan
2020.

Agensi Inovasi Malaysia, 3501, Aras 3, Bangunan Quill 3, Jalan Teknokrat 5, 63000
Cyberjaya Tel: 03-83193116 Faks: 03-83193499 Laman web: www.innovation.my

AGENSI DI BAWAH AKTA SYARIKAT

Institut Integriti Malaysia (IIM)
IIM ditubuhkan bagi menggerak, menyelaras dan memantau pelaksanaan
agenda Integriti Nasional melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Penubuhan IIM diumumkan secara rasmi pada 23 April 2004 oleh Perdana
Menteri Malaysia yang kelima YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah; mengendalikan penyelidikan
berkaitan dengan integriti; menganjurkan persidangan, seminar, forum dan
latihan; menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak; melaksanakan
program-program latihan dan pendidikan; dan mengemukakan perakuan-
perakuan dasar bagi meningkatkan integriti dan etika.

Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara Integriti, Persiaran Tunku Syed Sirajuddin off
Jalan Tunku Abdul Rahman 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-6209 2000 Faks: 03-6203
1005. Laman web: www.iim.com.my

Malaysia 2014 159

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)
MIGHT telah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi yang bebas, yang
dipacu oleh industri dan bukan keuntungan pada tahun 1993 dan secara
rasmi ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan pada 15 Oktober
1994. Antara tahun 2004 dan 2010 MIGHT diletakkan di bawah bidang
kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, tetapi pada tahun 2011 ia
telah dipindahkan di bawah tanggungjawab Penasihat Sains kepada Perdana
Menteri. Di bawah naungan YAB Perdana Menteri Malaysia, MIGHT ditadbir oleh
Lembaga Pengarah, diterajui melalui pengerusian bersama antara personaliti
terkemuka sektor swasta dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri. Fungsi
teras MIGHT kekal sebagai pembina konsensus melalui platform ‘think-tank’
untuk memanfaatkan teknologi tinggi untuk aplikasi perniagaan dan komersial.

Malaysian Industry-Government Group for High Technology, 3517, Jalan Teknokrat
5, 63000 Cyberjaya, Selangor Tel: 03-8315 7888 Faks: 03-8312 0300 Laman web:
www.might.org.my

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
TalentCorp Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2011 di
bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membentuk dan memudahkan inisiatif
dalam usaha menangani ketersediaan tenaga kerja mahir sejajar dengan
keperluan transformasi ekonomi negara. TalentCorp menjalankan kerjasama
erat dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dan majikan dalam sektor
keutamaan ekonomi. Selain itu, TalentCorp Malaysia turut membangunkan
inisiatif yang didorong oleh permintaan untuk meningkatkan kebolehpasaran
graduan, menggalakkan kepelbagaian modal insan, mengadakan pembabitan
rakyat Malaysia di luar negara dan memudahcarakan urusan modal insan asing.

Talent Corporation Malaysia Berhad, Aras 6, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara
Damansara, 47810 Petaling Jaya. Cawangan: Business Suite 6 & 7, Aras 1, Galeria
PJH, Lot 29, Jalan P4W, Presint 4, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8892
3800 Faks: 03-8892 3801 Laman web: www.talentcorp.com.my

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
TERAJU ditubuhkan sebagai satu unit strategik di Jabatan Perdana Menteri
bertujuan meneraju, memacu dan menyelaras Agenda Bumiputera sebagai
sebahagian Pelan Transformasi Negara. TERAJU melapor terus kepada
YAB Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-
menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Misi utama TERAJU
yang ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan dilancarkan secara rasmi pada 8
Februari 2011 ialah untuk memastikan Bumiputera diwakili secara seimbang
dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan syarikat besar dan dalam
sektor-sektor pertumbuhan tinggi ekonomi menjelang 2020. Pada 26

160 Malaysia 2014

November 2011, “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” dilancarkan
dan ia menjadi asas transformasi ekonomi Bumiputera.
Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Aras 5, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810 Selangor Darul Ehsan Tel: 03 7839 8000 Faks: 03 7839
8100 Laman web: www.teraju.gov.my
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
IKIM didaftarkan sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan di bawah Akta
Syarikat 1965 pada 14 Sya‘ban 1412H bersamaan 18 Februari 1992 dan
pelancarannya disempurnakan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Penubuhan IKIM bertujuan untuk
membetulkan imej Islam yang dikaitkan dengan ciri-ciri keganasan, kemunduran,
kemiskinan dan konservatisme serta meningkatkan kefahaman kepada umum
bahawa Islam mendukung kebenaran, dinamik dan muhibah. Selaras dengan
itu, sebagai institusi penyelidikan dan pemikir, IKIM melaksanakan kegiatan-
kegiatan seperti penyelidikan dan perundingan, menganjurkan persidangan,
seminar, forum, dan dialog, menerbitkan buku dan jurnal serta menyebarkan
kefahaman Islam melalui radio IKIMfm, internet TV IKIM (www.tvikim.my) dan
penulisan artikel di akhbar-akhbar.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2 Langgak Tunku, off Jalan Duta, 50480 Kuala
Lumpur. Tel: 03-62046 200 Faks:03-6201 4189 Laman web: www.ikim.gov.my

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan tiket bas yang dibeli selepas
merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 15 April 2013

Malaysia 2014 161

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Sebelum Pembentangan Bajet 2014, Putrajaya

Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 WP Putrajaya

Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 9099
Laman Web : www.treasury.gov.my

162 Malaysia 2014

MENTERI

YAB Dato’ Sri Mohd YB Dato’ Seri Haji
Najib Bin Tun Haji Ahmad Husni Bin
Abdul Razak Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Haji Ahmad YB Datuk Chua
Bin Maslan Tee Yong

Kita tahu dalam dunia yang berubah ini, kita bukan sahaja
melihat perubahan dunia secara holistik, sebaliknya
juga dari segi akauntabiliti kita kepada tugas dan
tanggungjawab perlu tinggi, kerana kita mahu keupayaan
sektor kerajaan dipertingkat dan diperkukuhkan”

Dato’ Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan II

Malaysia 2014 163

PENGENALAN
Kementerian Kewangan bertanggungjawab memastikan dasar kewangan dan
bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mapan. Ia
berfungsi merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk
menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber
kewangan kerajaan, di samping merumus dan mengawal dasar-dasar berkaitan
perkhidmatan kontrak dan bekalan serta pinjaman perumahan kerajaan. Selain
itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan yang meliputi segala aspek
operasi, prosedur dan prinsip-prinsip perakaunan bagi agensi kerajaan.

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013

Pengurusan dan Prospek Ekonomi

Operasi Fiskal
Kerajaan terus komited untuk mengukuhkan lagi kewangan sektor awam,
walaupun berhadapan dengan ketidakpastian dan cabaran persekitaran
luar. Sumber fiskal akan digunakan secara berhemat untuk mengekalkan
momentum pertumbuhan dan menyokong usaha bersepadu dalam
mempercepatkan transformasi ekonomi jangka panjang. Walaupun terdapat
komitmen perbelanjaan tambahan pada 2013, terutamanya subsidi bahan
api dan peluasan pemberian tunai, defisit fiskal dijangka berkurangan kepada
4.0% daripada KDNK (2012: -4.5%) dengan nisbah hutang kepada KDNK
pada 54.8%. Defisit ini akan dibiayai melalui sumber domestik memandangkan
terdapat mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan. Jumlah
perbelanjaan kerajaan dijangka lebih tinggi sebanyak 3.5% kepada RM261.3
bilion, disokong oleh peningkatan prestasi hasil dan pengurusan perbelanjaan
yang lebih baik. Kecergasan aktiviti pelaburan yang mampan, penggunaan
swasta yang berdaya tahan dan harga komoditi yang stabil dijangka
meningkatkan hasil kerajaan persekutuan sebanyak 6% kepada RM220.4
bilion, justeru mengukuhkan lagi kedudukan fiskal.

Beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan untuk memperkukuh kewangan
sektor awam serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan
makroekonomi jangka panjang negara. Penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal
(FPC) telah diumumkan pada pertengahan 2013 untuk menyediakan panduan
yang lebih menyeluruh serta menetapkan hala tuju pengurusan fiskal negara.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh
beberapa menteri kabinet dan ketua agensi pusat utama. Sejak ditubuhkan,
FPC telah bermesyuarat beberapa kali bagi membincangkan cadangan untuk
memastikan dan mengambil langkah yang berhemat bagi menangani cabaran
fiskal dalam tempoh terdekat dan jangka panjang. Memandangkan kepentingan

164 Malaysia 2014

ini, FPC telah menegaskan sekali lagi komitmen kerajaan untuk mencapai
defisit fiskal hampir 3% daripada KDNK pada 2015 dan bajet berimbang pada
2020. Urusan FPC disokong oleh Pejabat Dasar Fiskal (FPO) di Kementerian
Kewangan sebagai sekretariat teknikal. FPO juga berperanan dalam membuat
analisis berkaitan penggubalan polisi dan strategi fiskal; rangka kerja fiskal
jangka sederhana; penilaian risiko fiskal dan pengurusan hutang.

Perkembangan Monetari dan Kewangan
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2013, dasar monetari memberi tumpuan
untuk menyokong pertumbuhan dalam persekitaran ekonomi global yang
terus lemah dan tidak menentu. Dengan kadar inflasi yang terus rendah, kadar
Dasar Semalaman dikekalkan pada 3.00% dan keperluan rizab Berkanun pada
4.00%.

Walaupun ekonomi domestik terjejas disebabkan oleh persekitaran luar
yang berterusan lemah, pembiayaan melalui institusi kewangan dan pasaran
modal terus berkembang tetapi pada kadar sederhana untuk menyokong
pengembangan aktiviti ekonomi bagi tempoh tujuh bulan pertama 2013.

Seterusnya, pasaran kewangan global mengalami peningkatan volatiliti pada
suku kedua 2013 disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pelarasan dasar
monetari di negara maju. Walau bagaimanapun, ketika volatiliti dalam pasaran
kewangan global dan domestik meningkat, sistem kewangan domestik kekal
berdaya tahan dengan institusi kewangan yang teguh serta mempunyai
permodalan kukuh dan pengantaraan kewangan terus berfungsi secara
berkesan untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik. Pada akhir Ogos 2013,
sistem perbankan mencatatkan tahap nisbah modal ekuiti biasa kumpulan 1
pada 12%, nisbah modal kumpulan 1 pada 12.8% dan nisbah jumlah modal
pada 14.1%. Tahap ini adalah jauh melebihi tahap minimum kawal selia di
bawah rangka kerja kecukupan modal Basel III yang telah dilaksanakan mulai
1 Januari 2013.

Pencapaian Strategik Bajet 2013
Penggubalan Bajet 2013 dengan tema “Memakmur Negara, Mensejahtera
Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” menunjukkan keazaman kerajaan untuk menjana
kekayaan negara, serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat
dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pelaksanaan
perbelanjaan berhemat bagi mengurangkan defisit fiskal. Lima bidang
fokus telah dikenal pasti dalam Bajet ini iaitu merangsang aktiviti pelaburan;
memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi dan meningkat
produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan
awam; serta mensejahterakan rakyat.

Malaysia 2014 165

Pembentangan Bajet 2014
Bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak,
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertemakan ”Memperteguh Ketahanan
Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” telah memberikan
lima fokus utama iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal,
mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
serta mensejahtera kehidupan rakyat. Ia telah melibatkan peruntukan berjumlah
RM264.2 billion meliputi RM217.7 billion untuk perbelanjaan mengurus dan
RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan.

Majlis Pelancaran Global Entrepreneurship Summit (GES) 2013
Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Global
Entrepreneurship Summit (GES) 2013 yang keempat pada 11-12 Oktober 2013
bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selepas yang pertama
diadakan di Washingon DC, Amerika Syarikat (26-27 April 2010), Istanbul,
Turki (3-6 Disember 2011) dan Emiriah Arab Bersatu (11-12 Disember 2011).
Agenda utama persidangan GES ini diadakan adalah untuk mempromosikan
kepentingan keusahawanan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi dalam
memacu inovasi.

JABATAN/AGENSI

Perbendaharaan Malaysia
Perbendaharaan Malaysia berfungsi menggubal dan melaksanakan dasar
fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat pengagihan serta
pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Ia juga menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tata cara sistem
pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua
Jabatan/Agensi Kerajaan. Selain itu, Perbendaharaan Malaysia menyediakan
belanjawan tahunan, memantau pelaksanaan belanjawan tahunan,
mendapatkan pinjaman bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada
agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan
kakitangan Kerajaan, menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik
Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Perbendaharaan Malaysia juga
turut memantau syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri
Kewangan Diperbadankan agar diurus dengan berkesan serta menggubal dan
mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan Kerajaan. Ia
juga berperanan memberi kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar
nilainya dan menyertai dalam proses perolehan di agensi-agensi Kerajaan
lain. Selain itu, Perbendaharaan Malaysia turut menggubal dasar-dasar
dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan sektor awam dan
menerima, memantau aduan-aduan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
Perbendaharaan dan menyelesaikannya.

166 Malaysia 2014

Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5 Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62592 WP Putrajaya, Tel: 03-8000
8000, Fax: 03-88829099. Laman web: www.treasury.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
JANM diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan. JANM sebagai pemberi perkhidmatan perakaunan dan
kewangan Sektor Awam sentiasa konsisten untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik dan memuaskan kepada pelanggan selaras dengan tagline
Excellent Accounting @ Your Service.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran
Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya. Tel: 03-8882 1000 Faks: 03-8889 5821 Laman
web: www.anm.gov.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jabatan ini berperanan sebagai pemungut hasil negara yang utama tanpa
menjejaskan prestasi perindustrian negara. Pada masa yang sama, tugas
pencegahan, terutama menghalang kemasukan anasir-anasir negatif yang
boleh mengancam keselamatan negara ataupun meruntuhkan moral rakyat,
dilaksanakan secara berterusan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Aras 7 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan,
No.3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya. Tel: 03-8882 2300/500
Faks: 03-8889 5884 Laman web: www.customs.gov.my

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
JPPH bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada
1 Jun 1957. Visi JPPH untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam
memberi perkhidmatan penilaian harta tanah dan maklumat harta tanah
menjelang tahun 2015. Bagi mencapai visi dan misi Jabatan, JPPH telah
mengenal pasti objektif-objektif seperti memberi perkhidmatan penilaian,
informasi dan penyelidikan yang berkualiti secara berterusan, memperluaskan
perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta di agensi-agensi kerajaan,
menjadikan JPPH bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kerajaan dan
mewujudkan Pusat Kajian Lanjutan Harta Tanah yang diiktiraf.

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia, Aras 9,
Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, 62592 Putrajaya. Tel: 03-8886
9000 Faks: 03-8886 9001 Laman web: www.jpph.gov.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
LHDNM adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan
yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan

Malaysia 2014 167

dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia
diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia (LHDNM). Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan
pentadbiran cukai langsung di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta
Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah
1976, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949 dan Akta Cukai
Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Tingkat 18, Menara Hasil, Persiaran Rimba
Permai, 63000 Cyberjaya, Selangor. Tel: 03-83138888. Faks: 03-83137801/83137806
Laman web: www.hasil.org.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
KWSP adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang
menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited
dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik
pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi
panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi
yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap
dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP akan terus
memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi
negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka
di Malaysia.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350
Kuala Lumpur Tel: 03-8922 6000 Faks: 03-89226222 Laman web: www.kwsp.gov.my

Khazanah Nasional Berhad
Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegang pelaburan milik Kerajaan
yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan di dalam industri dan
pasaran baru. Sebagai pemegang amanah aset komersil negara, matlamat
utama Khazanah adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
menjalankan pelaburan strategik bagi pihak kerajaan yang kemudiannya
akan menyumbang kepada pembangunan negara. Khazanah Nasional
dipertanggungjawab membangunkan industri strategik terpilih di Malaysia
serta menyokong perkembangannya dengan objektif memajukan kepentingan
ekonomi jangka panjang negara. Khazanah Nasional memiliki pelaburan dalam
lebih 50 syarikat besar daripada pelbagai industri, baik di Malaysia mahu pun
di luar negara. Khazanah juga diamanahkan untuk menerajui pembentukan
nilai pemegang saham, pemerolehan keefisienan dan mempertingkatkan
penguasaan korporat bagi syarikat kawalan kerajaan yang juga dikenali sebagai
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

168 Malaysia 2014

Khazanah Nasional Berhad, Aras 33, Menara 2, Menara Berkembar Petronas, Kuala
Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. Tel: 03-2034 0000. Faks: 03-2034 0300.
Laman web: www.khazanah.com.my

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
LADA ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancang dan
menggalakkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi. LADA
dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Mac 1990 di bawah Akta Lembaga
Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah Kementerian
Kewangan.

Kompleks LADA, Peti Surat 60, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Darul Aman. Tel: 04-9667 186/87. Faks: 04-966 2879. Laman web: www.lada.gov.my

Yayasan Tun Razak
Yayasan Tun Razak telah dilancarkan pada 20 Feb 1976 oleh YBM Tengku
Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan ketika itu yang berperanan untuk
memperbaiki taraf pendidikan dalam semua lapangan dan meninggikan
taraf kehidupan rakyat di samping untuk menggalakkan keamanan dan
persefahaman antara bangsa-bangsa dan juga untuk mengekalkan nama baik
Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak.

Yayasan Tun Razak, Memorial Tun Razak, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26949287 Faks: 03-26949320 Laman Web: www.yayasantunrazak.org.my

Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)
Pada 14 Mac 1991, Kementerian Kewangan Malaysia telah memutuskan LTM
tidak lagi terlibat secara langsung dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda tetapi
sebaliknya berfungsi sebagai Agensi Pengawal sahaja.

Lembaga Totalisator Malaysia, L07–03 & L17-03A, Tingkat 17, PJX-H.M. Shah Tower,
No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7931 5386/7931 5487
Faks: 03-7931 4879

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) atau Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta
2007 (Akta 662) Kumpulan Wang Persaraan menggantikan Akta Kumpulan
Wang Amanah 1991 (Akta 454) Pencen dimansuhkan. Akta Kumpulan Wang
Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal untuk membantu Kerajaan
Persekutuan dalam membiayai liabiliti pencen. Dengan enakmen Akta ini,
Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan
geran pelancaran sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Kumpulan Wang Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah
Pencen dengan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap
pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Malaysia 2014 169

Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti
Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih secara keseluruhannya oleh
KWAP.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Aras 4,5 & 6, Menara Yayasan
Tun Razak, 200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 603-21748000. Faks:
603-21631860. Laman Web: www.kwap.gov.my

Bank Negara Malaysia (BNM)
BNM adalah bank pusat bagi Malaysia yang berperanan mengeluarkan mata
wang dan melindungi simpanan nilai mata wang; bertindak sebagai penasihat
kewangan dan pemilik bank kepada kerajaan; memupuk kestabilan kewangan
dan struktur kewangan yang kukuh serta mempengaruhi situasi kredit demi
kepentingan negara. BNM ditubuhkan pada 26 Januari 1959, di bawah Ordinan
Bank Pusat Malaya 1958.

Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2698 8044/2691 0242/2692 5373 Faks: 03-2694 2909 Laman web:
www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti (SC)
SC ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.
SC yang merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan
dan penguatkuasaan melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya
dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi
pengawal seliaan termasuklah antaranya meluluskan terbitan bon; mengawal
selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga
hadapan; mengawal selia pengambil alihan dan percantuman syarikat-syarikat;
mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen; menggalakkan
kawal selia sendiri; dan memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi
pasaran dan individu berlesen. Ia merupakan satu tanggungjawab besar SC
dalam melaksanakan semua fungsi ini bagi melindungi pelabur. Selain itu, SC
juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan
mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti, Corporate & International Affairs Department, Securities
Commission 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-6204
8777 Faks: 603-6201 5078 Laman web: www.sc.com.my

Bursa Malaysia Berhad (BMB)
BMB berperanan mengendalikan tukaran bersepadu sepenuhnya dengan
menawarkan perkhidmatan berkaitan pertukaran sepenuhnya, termasuk
perkhidmatan perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan depositori. BMB
juga turut memberikan perkhidmatan penerangan berkaitan dengan sekuriti
Malaysia dan pasaran terbitan.

170 Malaysia 2014

Bursa Saham Kuala Lumpur, Aras Bawah, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2732 0067 Faks: 03-2732 5258 Laman web: www.klse.com.my

Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank ini ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Akta Parlimen 146 –
Undang-undang Malaysia 1974 dan dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember
1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua.
Misi BSN adalah untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan kualiti
hidup rakyat Malaysia dengan menggalakkan penyimpanan, pelaburan dan
amalan pengurusan kewangan yang bijak yang dilakukan secara aktif serta
mengadakan kemudahan tersedia untuk tujuan ini.
Bank Simpanan Nasional (BSN), Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2162 3222. Faks: 03-2710 7252. Laman web: www.bsn.com.my

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)
Labuan FSA yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) ditubuhkan pada 15 Februari 1996 di
bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996. Labuan FSA
ialah badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan
pentadbiran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan
IBFC). Dalam visi kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat kewangan
yang progresif dan berintegrasi bagi pasaran Asia-Pasifik, aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh Labuan FSA adalah berpandukan kepada objektif untuk
mempromosikan dan membangunkan Labuan sebagai pusat antarabangsa
bagi perniagaan dan perkhidmatan kewangan; untuk membangunkan
objektif, dasar dan keutamaan negara untuk pertumbuhan dan pentadbiran
yang teratur akan perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan
di Labuan; dan untuk bertindak sebagai pihak berkuasa pengawal seliaan,
penyeliaan dan penguatkuasaan pusat bagi industri perniagaan antarabangsa
dan perkhidmatan kewangan di Labuan.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Tingkat 17, Menara Pejabat Utama, Ujana
Kewangan, Jalan Merdeka, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel: 087-591200/300
Faks: 087-413328/453442 Laman web: www.labuanfsa.gov.my

Perdana Menteri menandatangani laporan
Bajet 2014 yang telah siap disediakan pada
malam 24 Oktober 2014

Malaysia 2014 171

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelancaran Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia

Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8000 8001
Laman Web : www.moe.gov.my

172 Malaysia 2014

MENTERI

YAB Tan Sri Dato’ Haji YB Dato’ Seri Idris Bin
Muhyiddin Bin Yassin Jusoh

TIMBALAN MENTERI

YB Tuan P. YB Datuk Mary Yap
Kamalanathan A/L Kain Ching

P.Panchanathan

Sekiranya pelan ini begitu komited untuk menyediakan
anak-anak dengan kemahiran dalam enam aspirasi
murid, adalah lebih baik dan molek jika dapat disambut
dengan baik, dengan penuh rasa tanggungjawab, agar
perencanaan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan
menghasilkan kejayaan yang dicita-citakan”

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

Malaysia 2014 173

PENGENALAN
Penstrukturan semula Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 15 Mei
2013 memperlihatkan penggabungan kembali Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan menggunakan nama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Penggabungan ini adalah selaras dengan matlamat
untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara dan untuk melahirkan
rakyat Malaysia sebagai modal insan yang berkualiti. KPM yang berperanan
memastikan semua rakyat berpeluang mendapat pendidikan berkualiti
bermula daripada pendidikan awal sekolah hinggalah ke peringkat pengajian
tinggi menanam matlamat menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan yang
setanding negara-negara maju.

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri
Dato’ Haji Muhyiddin Yassin telah melancarkan PPPM 2013-2025 pada
6 September 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. PPPM 2013-2025
adalah manifestasi transformasi Kerajaan untuk membentuk modal insan
yang tinggi rohani, jasmani serta inteleknya bagi memacu kemajuan Negara
ke arah yang diidam-idamkan. Intipati PPPM adalah selaras dengan Akta
Pendidikan 1996 dengan tidak meminggirkan aliran persekolahan yang wujud,
malah akan terus memastikan setiap murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Pelan yang
merangkumi tempoh 13 tahun dimuatkan dalam dokumen lengkap setebal
300 muka surat menyatakan dengan terperinci lima aspirasi sistem dan enam
ciri murid yang akan dicapai. Ia turut memberi tumpuan kepada keberhasilan
murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat
prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah. Laporan awal PPPM telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada
11 September 2012. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan
Kedua Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan Datuk
Mary Yap Kain Cheng dan P. Kamalanathan serta Ketua Pengarah Pelajaran
Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Enam inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 berjaya dicapai dalam tempoh 100 hari pelaksanaan
PPPM 2013-2025 telah melakar kejayaan bermakna hanya dalam tempoh 100
hari pertama pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri
Pendidikan mengumumkan demikian semasa majlis Pencapaian 100 Hari
Pertama PPPM 2013-2025 di Sekolah Menengah Jalan 4, Bandar Baru Bangi,
Selangor pada 4 April 2013. Enam daripada 25 inisiatif yang disasarkan pada
tahun 2013 menunjukkan kejayaan membanggakan.

174 Malaysia 2014

Inisiatif tersebut merangkumi pelancaran 1Agenda KPM, penubuhan Unit
Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation,
pelancaran dan pengagihan sarana ibu bapa, pengujian guru bahasa Inggeris
dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT), pelaksanaan Program Rintis
Program Transformasi Daerah dan penerbitan video e-guru.

Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak
Pada tahun 2013 sebanyak 14 sekolah di pedalaman Sabah dan enam buah
sekolah di pedalaman Sarawak dinaik taraf mengikut keperluan menerusi
program Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak.
Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin di Beluran, Sabah pada 18 April
2013. Pelaksanaan program tersebut melibatkan beberapa fasa bermula 2013
hingga 2015. Teras transformasi tersebut iaitu:
Teras pertama - meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemahiran mengurus
di semua peringkat, terutama di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah.
Teras kedua - tumpuan terhadap bidang berkaitan kurikulum, penyusunan
pengajaran dan penilaian pengajaran, bagi memastikan murid di pedalaman
dapat mencapai prestasi cemerlang setanding murid di kawasan bandar.
Teras ketiga - meningkatkan pembangunan infrastruktur fizikal, akses Internet
dan persekitaran pembelajaran maya.
Teras keempat - meningkatkan kualiti murid dan prasekolah dengan harapan
semua murid mampu meningkatkan diri sendiri untuk belajar.
Teras kelima - memastikan kualiti dan kebajikan guru terjamin termasuk
menaik taraf rumah guru sedia ada atau ditambah.
Teras keenam - meningkatkan kemudahan asrama murid yang kondusif
di sekolah terpilih, pembinaan rumah transit atau bilik tamu untuk ibu bapa
bermalam dan memudahkan mereka berurusan dengan anak masing-masing.
Teras ketujuh - ekosistem pembelajaran akan dibentuk untuk membina
jaringan yang harmoni bagi meningkatkan usahasama antara masyarakat
setempat dengan sekolah.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-42 tahun 2013 bertemakan
‘Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda’ telah diadakan di Stadium Tertutup
Nilai, Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Mei 2013. Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan dalam ucapan perasmiannya menyatakan
bahawa pemilihan tema tersebut merupakan cerminan harapan rakyat dalam
melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini. Beliau turut
menyeru kepada seluruh warga pendidik agar memahami hasrat dan kehendak
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan berusaha memberi pendidikan

Malaysia 2014 175

berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan pelajar. Sempena sambutan tersebut
beberapa orang tokoh pendidik yang telah berjasa diberi penganugerahan.
Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2013 diberi kepada
Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, manakala tiga tokoh menerima Anugerah
Tokoh Guru Kebangsaan 2013 iaitu Puan Rabiah Johari, Encik Wan Hamzah
Wan Daud dan Encik Jacob a/l P.C Mathews. Anugerah Tokoh Guru Sekolah
Swasta Kebangsaan 2013 pula diterima Datuk Freida Mohd Pilus.

Kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing
Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan menerima beberapa siri lawatan
dan kunjungan hormat daripada pemimpin dan delegasi asing sepanjang
2013. Antaranya ialah kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Kemahiran dan
Pekerjaan New Zealand, Steven Joyce pada 11 Mac 2013 ke atas Menteri
Pengajian Tinggi ketika itu Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau dalam
rangka lawatan untuk menghadiri pameran mengenai peluang pendidikan
dan perdagangan di New Zealand, yang diadakan sempena Minggu New
Zealand di Malaysia. Berikutan itu satu perjanjian kerjasama pendidikan di
tandatangani di samping kedua-dua negara berpeluang berbincang mengenai
usaha serta inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan ke arah merapatkan
lagi hubungan baik dan kerjasama, khususnya berkaitan pendidikan dan
perdagangan antarabangsa. Pada 11 Jun 2013, Menteri Pendidikan menerima
kunjungan hormat Presiden Universiti Tsinghua, Haidian, Beijing, China, Prof
Dr. Chen Jining bersama 10 orang delegasi yang berminat untuk menjalin
kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan. Universiti Tsinghua
merupakan antara universiti terbaik di China dan mendapat penarafan antara
enam universiti terbaik di Asia. Sementara itu, pada 28 Jun 2013, Profesor
Richard H.K. Vietor dan Prof. Madya Diego Comin daripada Fakulti Pengurusan
Peniagaan, Harvard Business School melakukan kunjungan hormat ke atas
Menteri Pendidikan semasa mereka dalam rangka lawatan ke Malaysia untuk
membentangkan kertas kerja di seminar di Universiti Teknologi Malaysia.

Program Pembudayaan Bahasa dan Sastera Kebangsaan
Sepuluh persatuan penulis masing-masing menerima peruntukan berjumlah
RM10,000 daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyiddin
Yassin di bawah program Pembudayaan Bahasa dan Sastera Kebangsaan
pada 30 Julai 2013. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada RM2 juta
yang diumumkan kerajaan bagi membantu para penulis menggiatkan usaha
menghasilkan karya bermutu, di bawah Peruntukan Khas bagi Membudayakan
Bahasa dan Sastera Kebangsaan 2013. Penerima ialah Persatuan Peradaban
Melayu Malaysia Kelantan, Persatuan Sasterawan Numera Malaysia, Persatuan
Penulis Nasional Malaysia (PENA), Persatuan Penulis Budiman Malaysia
(Budiman), Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Persatuan Penulis Negeri Sembilan

176 Malaysia 2014

(PEN), Persatuan Penulis Johor, Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif
Malaysia, Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur dan Persatuan Siam
Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Federation of International Robot-Soccer Association Roboworld Cup
and Congress 2013 (FIRA 2013)
Malaysia menjadi tuan rumah FIRA 2013 dan ia dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Kejuruteraan dan
Teknologi Malaysia (MySET). Acara yang bermula pada 24 hingga 29 Ogos 2013
telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin
pada 26 Ogos 2013. Acara ini disertai oleh negara-negara seperti Singapura,
Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico,
Kanada, Rusia, Jerman dan juga Malaysia. Antara kategori pertandingan ialah
‘Humonoid Robot World Cup Soccer Tournament (HuroCup)’ dan ‘Micro Robot
World Cup Soccer Tournament (Mirosot)’. Serentak dengan itu satu kongres
turut dianjurkan sebagai platform untuk menyebar luas maklumat terkini
tentang sistem dan teknologi robot seperti robot dalam perubatan, navigasi
serta interaksi robot dan alam sekitar. Ia juga memberi peluang kepada pemain
industri dan ahli perniagaan untuk meninjau peluang bagi digarapkan dalam
bidang masing-masing.

Memorandum Persefahaman dalam Pendidikan antara Malaysia dan
Vietnam
Pada 17 Oktober 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara
Malaysia dan Vietnam bagi kerjasama dalam pengajian tinggi termasuk
pertukaran staf akademik, pakar dan penuntut institusi pengajian tinggi. Menteri
Pelajaran dan Latihan Prof. Pham Vu Luan mewakili Vietnam menandatangani
MoU tersebut yang disaksikan Timbalan Perdana Menteri Vietnam Nguyen
Thein Nhan. Antara objektif MoU ialah menambah bilangan pelajar Vietnam di
institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia yang kini berjumlah lebih 500 orang
kepada kira-kira 5,000 orang dengan kos yang lebih murah. Sebagai timbal
balas pelajar Malaysia pula boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang yang
Vietnam lebih maju seperti pertanian.

Majlis Anugerah Hari Kecemerlangan SBP ke-40
Menteri Pendidikan Kedua Dato’ Seri Idris Jusoh merasmikan Majlis Anugerah
Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-40 di Pusat
Konvensyen CIDB pada 27 Mei 2013. Pada majlis tersebut Kolej Tunku
Khursiah, Seremban menerima Anugerah SBP terbaik keseluruhan 2012
dan turut merangkul Anugerah Sistem Rumah Terbilang SBP 2012. Sekolah
Menengah Seri Puteri di Cyberjaya, Selangor pula merangkul anugerah Sijil

Malaysia 2014 177

Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik keseluruhan SBP bagi 2012. Sekolah
Menengah Sains Hulu Selangor menggondol anugerah Penilaian Menengah
Rendah (PMR) Terbaik Keseluruhan SBP 2012, Sekolah Datuk Abdul Razak di
Seremban menerima Anugerah Kokurikulum Terbilang SBP 2012 dan Sekolah
Menengah Sains Miri di Sarawak menerima Anugerah Asrama Terbilang
keseluruhan 2012.

Program Latihan Guru Prasekolah Swasta
Seramai 240 orang guru prasekolah swasta yang mengikuti sesi Program
Latihan Guru anjuran Unit Pendidikan Swasta dan Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya menamatkan latihan mereka. Majlis
penganugerahan sijil program yang diadakan pada 19 Mei 2013 bertujuan
untuk meningkatkan kaedah penyampaian guru dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Pengusaha baharu yang berkelayakan turut diberi geran permulaan
sebanyak RM20,000 bagi membolehkan mereka membuka lebih banyak
prasekolah terutamanya di kawasan miskin bandar dan luar bandar.

Festival Hari Guru 2013
Bagi memeriahkan sambutan Hari Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Bank Simpanan Nasional (BSN)
mengadakan Festival Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi,
Negeri Sembilan bermula 16 hingga 19 Mei 2013. Pelbagai aktiviti menarik
diadakan antaranya Konsert ‘Apo Kono Eh Jang’ yang menampilkan artis
terkemuka tempatan, Forum Perdana menampilkan Ustaz Kazim Elias, go-kart,
pertandingan mewarna, pertandingan akhir Bintang Suara BSN dan pelbagai
aktiviti lain telah berjaya mencapai sasaran lebih 20,000 pengunjung sepanjang
empat hari penganjuran.

Sekolah Dalam Hospital diperluas
Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan pada 2011 di bawah projek Hati
Nurani Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
dan Kementerian Kesihatan. Sehingga 2013, projek bermakna ini telah
memberi manfaat kepada lebih 19,240 orang murid yang tidak bernasib baik
dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih
baik melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani
rawatan di hospital kerajaan. Program ini pada mulanya diadakan di tiga buah
hospital perintis iaitu Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang
dan Hospital Serdang, Selangor. Fasa kedua dan ketiga program ini melibatkan
Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan; Hospital Sultan
Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang; Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Cheras; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; Hospital Pakar

178 Malaysia 2014

Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
pada 6 September 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Sultanah Fatimah, Muar, Johor; Hospital Selayang, Kuala Lumpur dan Pusat
Perubatan Universiti Malaya. Fasa keempat akan dibina pada 2014 melibatkan
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas,
Sabah serta Hospital Umum Sarawak.

Pencapaian Cemerlang Politeknik Malaysia 2013
Jabatan Pengajian Politeknik menerusi institusi Politeknik seluruh negara
menempa kejayaan cemerlang sepanjang 2013. Antaranya:
• Keusahawanan dan produk

- memperkenalkan serbuk ice blended, cup cake dan cheese tart
di bawah jenama Poly Cuisine, produk salad butterhead, salad red
coral dan salad green coral serta produk madu kelulut dan baja
organik di bawah jenama Poly Agro. Hasilnya produk tersebut berjaya
dikomersialkan secara online dan di pasar tani di seluruh negara.

- mempromosikan menu baharu Nasi Goreng Melayu dan Mi Goreng
Malaysia di bawah penjenamaan Poly Cuisine dan dikomersialkan oleh
Restoran Sua Rasa Umi dan Four Season di Kota Bharu, Kelantan.

- pelancaran media baharu politeknik iaitu “Facebook MPEC Cyber
Entrepreneurship” sebagai penanda aras dalam bidang keusahawanan.

- pelaksanaan program inkubator keusahawanan perkhidmatan
kenderaan bermotor di bawah jenama Poly Service.

• Penganjuran program dan acara
- Program Tahun Keusahawanan Politeknik Malaysia 2013 dan Karnival
Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia (K3PM).
- Mengadakan anugerah Raja Zarith Sofiah Awards (RZSA) menerusi
pertandingan reka bentuk dan inovasi produk.

Malaysia 2014 179

- Pertama kali Program The Biggest Entrepreneurship Race (TBER)
dianjurkan dan berjaya menarik penyertaan 32 pasukan yang terdiri
daripada 22 politeknik, enam kolej komuniti dan IPT lain.

• Anugerah/Pingat Pertandingan Inovasi
- Memasuki peringkat akhir pertandingan Ministry of Education
Entreprenuerial Awards (MEA) 2013 bagi kategori Best Student
Enterprise anjuran Kementerian Pendidikan.
- Memenangi satu pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa di
pertandingan The 12th Malaysia Invention dan Innovation Awards 2013
@ Malaysia Technology Expo (MTE).
- Memenangi dua pingat emas dan satu perak dalam pertandingan
The 41st International Exhibition Of Inventions Of Geneva, Switzerland
2013.
- Merangkul tiga emas, tiga perak dan empat gangsa dalam kejohanan
International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-Envex
2013). Projek rekaan Politeknik Merlimau yang dinamakan ‘Bending
& Cutting Link Hand Tool’ merangkul Anugerah Emas sekali gus
mengekalkan kejuaraan i-Envex Best Award Classed D (Building,
Construction & Materials) yang diperoleh pada tahun 2012.
- Merangkul 11 pingat emas, 11 perak dan 2 gangsa dalam International
Invention, Innovation And Technology Exhibition 2013 (ITEX 2013).
- Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau memenangi anugerah
khas dalam program The International Conference and Exposition on
Invention of Institutions of Higher Learning 2013 (PECIPTA 13 ).
- Meraih satu anugerah khas, dua pingat emas, satu pingat perak dan
satu pingat gangsa dalam Seoul International Invention Fair 2013 (SIIF
2013).

• Anugerah dan pencapaian lain
- Politeknik Melaka menghasilkan satu produk Kit Pembuka Tayar
Motosikal dan telah mendapat paten Rekaan Industri daripada
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ia turut berjaya merangkul
Anugerah Emas bagi kategori terbuka, dalam Ekspo Pameran dan
Pertandingan Produk Penyelidikan dan Inovasi UTeM (UTeMEX 2013).
- Tenaga Pengajar Politeknik Ungku Omar, Mohd Adil Mat Ti mendapat
Pingat Perak dalam Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013.
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah menjuarai pertandingan “Malaysia
International Robot Competitions 2013 (MIROC 2013)” yang dianjurkan
oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
- Politeknik Merlimau memenangi Anugerah Industri KeTTHA (KIA) 2013
bagi kategori Energy Efficiency Management Excellence Award.
- Pensyarah Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah, Mohd
Yusof Yaakob berjaya merangkul dua pingat perak dalam kejohanan

180 Malaysia 2014

International Culinary Cup 2013 yang dianjurkan oleh Persatuan Chef
Thailand dan diiktiraf oleh Persatuan Chef Dunia (World Association of
Chefs Societies (WACS).
- Politeknik Ungku Omar muncul juara keseluruhan EIMArace 2013 bagi
kategori 250cc anjuran Universiti Teknologi Malaysia.
- Politeknik Merlimau memenangi kategori emas dalam Konvensyen
Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC) selama lima tahun berturut-turut.

IPTA hasilkan 1,316 kajian penyelidikan sejak 2011
Sebanyak 1,316 kajian penyelidikan dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu
dari 2011 hingga 2013. Bidang kajian merangkumi lapan kluster utama iaitu
sains tulen, sains gunaan, sains kesihatan dan klinikal, sains tabii dan warisan
negara, teknologi dan kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi,
sains sosial serta sastera dan sastera ikhtisas. Dua hasil penyelidikan yang
berpotensi tinggi ialah pembangunan vaksin halal oleh Universiti Sains
Malaysia (USM) dengan kerjasama Institut Finlay dari Cuba dan ciptaan ‘BioPro
Diesel’ oleh Universiti Malaya (UM).Hasil dan impak program penyelidikan
di bawah Kementerian Pendidikan juga meliputi penghasilan modal insan
berpengetahuan tinggi, penerbitan dalam jurnal-jurnal di peringkat nasional
dan antarabangsa, penghasilan harta intelek, produk untuk dikomersialkan
serta jaringan kolaborasi dengan industri tempatan dan luar negara. Sehingga
Ogos 2013, sebanyak 1,647 modal insan telah dihasilkan. Bagi penerbitan
penyelidikan berimpak tinggi pula, sebanyak 3,084 penerbitan telah dihasilkan
oleh pensyarah manakala sebanyak 210 harta intelek telah dihasilkan dari
geran-geran yang telah diluluskan di bawah RMK-10.

Anugerah Tokoh Siswa diperkenal
Anugerah Tokoh Siswa 2013 adalah satu pengiktirafan baharu yang berprestij
diperkenalkan Kementerian Pendidikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) awam yang menunjukkan tahap pencapaian cemerlang di luar kebiasaan
dalam bidang kokurikulum di samping akademik. Majlis penganugerahan telah
diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 3 Mac 2014.
Seramai 400 tokoh siswa cemerlang dalam pelbagai bidang bersaing bagi 19
anugerah yang dipertandingkan. Pelajar jurusan perakaunan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Fikri Ahmad muncul sebagai
pemenang Anugerah Menteri Pendidikan 2013 manakala Tokoh Pemimpin
Siswa pula disandang oleh pelajar jurusan Sains Bioteknologi Pertanian dari
Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), Ju Ariana Ibrahim.

Malaysia 2014 181

JABATAN/AGENSI

SEKTOR PELAJARAN

Lembaga Peperiksaan (LP)
LP bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap,
licin dan selamat. Selain itu LP turut bertanggungjawab dalam perkara-
perkara berikut; penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikan
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum;
penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan,
kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat
pengukuran; dan penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah
pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.

Lembaga Peperiksaan, Aras 2, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 03-8000 8000, Faks: 03-8884 3783. Laman web:
www.moe.gov.my/lp

Institut Aminuddin Baki (IAB)
Matlamat penubuhan IAB ialah untuk membina dan membangunkan
profesionalisme dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan
membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.
Selaku sayap latihan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, IAB menerajui
kecemerlangan dalam memberikan latihan yang bercorak pengurusan dan
kepimpinan khususnya kepada para pengurus dan pemimpin pendidikan di
seluruh negara. Justeru, selaras dengan perubahan-perubahan terkini dunia
pendidikan dan dasar-dasar terkini negara, IAB juga berusaha menggabungkan
amalan terbaik kepimpinan bagi memperkaya tubuh ilmunya. Perubahan
persekitaran seperti ini menuntut agar semua pemimpin pendidikan menguasai
ilmu dan kemahiran secara interaktif dan komprehensif.

Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.
Tel: 03-6105 6100, Faks: 03-6105 6299. Laman web: www.iab.edu.my

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
JNJK adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan
Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956. JNJK diamanahkan
untuk memerhati, mengawasi, dan menasihati guru supaya mutu pengajian
dan pembelajaran serta pengelolaan pentadbiran di sekolah terpelihara dan
seterusnya dapat diperbaiki. Tanggungjawab sebagai institusi pengawal
mutu pendidikan negara, selari dengan perkembangan peranan, fungsi dan
tanggungjawab yang ditentukan oleh Akta Pelajaran.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E, Pusat
Pentadbiran Putrajaya, 62604 Putrajaya. Tel:03-88844161 Faks:03-88886867
Laman web: www.moe.gov.my/jnjk

182 Malaysia 2014

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
MBKM ditubuhkan pada tahun 1968 berdasarkan kepada perakuan UNESCO
yang menyarankan penubuhan sebuah badan khas yang bertanggungjawab
untuk mengembangkan minat membaca dan memajukan perusahaan buku
dalam kalangan negara-negara membangun. Penubuhan MBKM yang
pada awalnya dikenali sebagai Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK)
adalah berperanan sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku
di peringkat kebangsaan. Ahli-ahli Majlis dianggotai oleh wakil-wakil daripada
beberapa kementerian dan agensi kerajaan, persatuan-persatuan industri dan
badan-badan bukan kerajaan yang ada hubungan dengan perusahaan dan
kemajuan buku serta tiga orang ahli individu yang berkebolehan untuk memberi
sumbangan terhadap peranan dan fungsi MBKM. Dasar Buku Negara adalah
dasar yang dijadikan panduan dan hala tuju oleh MBKM untuk mengembangkan
kegiatannya dalam bidang perbukuan dan pembacaan di negara ini.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Aras 1, No. 2251, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya,
Selangor Tel: 03-83217010 Faks: 03-83217012 Laman web: www.moe.gov.my/mbkm

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Institut Terjemahan Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 14 September
1993 diberi mandat baru sebagai penerbit buku pada 16 Disember 2011
dan dikenali sebagai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Sebagai sebuah
syarikat berkaitan Kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh
Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditadbir urus oleh Kementerian
Pendidikan. ITBM ditubuhkan bertujuan untuk mengangkat industri terjemahan
dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan
pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa.
ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan
karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara.

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-4145 1800. Faks: 03-4149 1535. Laman
web: www.itbm.com.my

Malaysia 2014 183

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama asalnya ‘Balai Pustaka’.
Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP
bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun. DBP berperanan membina
dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi; mengembang bakat sastera, khususnya dalam percetakan
atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam
bahasa kebangsaan dan bahasa lain; membakukan ejaan dan sebutan, dan
membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas
bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa; dan DBP
mendukung perluasan fungsi utama iaitu Bahasa, Sastera dan Penerbitan.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2147 9000/9002/9003/9004/9006/9007. Faks: 03-2147 9619, Laman web:
www.dbp.gov.my

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
MPM ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta 225, Akta Majlis Peperiksaan
1980. Pada awal penubuhannya MPM berperanan untuk mengendalikan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula 1982 bagi
mengantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi
Persekolahan (STP). Mulai 1999, peranan MPM diperluas sebagai pengendali
peperiksaan Malaysian University English Test (MUET). Sejak itu, MPM terus
diberi tanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dan perkhidmatan
berkaitan peperiksaan antaranya peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan bagi
anggota perkhidmatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (dimansuhkan
pada 2011), Malaysian Information Technology Examination (MITPE) bagi
pihak Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR),
Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) bagi pihak Kementerian
Pengajian Tinggi (kini Kementerian Pendidikan), Malaysian University Selection
Yearly Inventory (MUnSYI) bagi pihak Universiti Sains Malaysia, Shariah
Registered Financial Planner, Shariah Registered Financial Planner Capstone,
dan Shariah Registered Financial Planner Ad-hoc, dan Registered Financial
Planner Capstone bagi pihak Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6136 9663. Faks: 03-6136 1488.
Laman web: www.mpm.edu.my

184 Malaysia 2014

Jabatan Pelajaran Negeri
Terdapat 16 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. JPN berfungsi dan bertindak melaksanakan dasar-dasar dan inisiatif
yang telah diputuskan di peringkat kementerian untuk dilaksanakan di peringkat
negeri.

SEKTOR PENGAJIAN TINGGI

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)
JPT berperanan untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia menjelang 2020. Antara
fungsi utama jabatan ini ialah menggubal, melaksana, memantau dan menilai
dasar-dasar, program dan aktiviti IPT ke arah kecemerlangan pengajian tinggi;
membangun sistem pengurusan IPT yang cekap dan inovatif; merancang
dan memastikan penubuhan IPT dan keperluan prasarana pengajian tinggi
yang kondusif serta berkualiti setanding dengan amalan terbaik di peringkat
antarabangsa.
Jabatan Pengajian Tinggi, Aras 9, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200
Putrajaya Tel: 03-8870 4090 Faks: 03-8870 6843. Laman web: http://jpt.mohe.gov.my

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
Pada 16 September 2009, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
telah distrukturkan semula menjadi dua jabatan iaitu Jabatan Pengajian
Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Pemisahan
ini adalah bertujuan untuk penjenamaan semula dan transformasi kedua-
dua institusi berkenaan ke arah melahirkan modal insan yang berinovasi
serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. JPP berperanan dalam
menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat sijil, diploma, dan
diploma lanjutan selaras dengan keperluan industri semasa dan menyediakan
peluang-peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat mengikut syarat dan kriteria
yang ditetapkan.
Jabatan Pengajian Politeknik, Aras 3-5, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8891 9000. Faks: 03-8891 9300. Laman web:
www.politeknik.gov.my

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
Kolej Komuniti berperanan dalam melatih dan memberi kemahiran kepada
semua peringkat masyarakat khususnya kepada lepasan menengah sebelum
ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Malaysia 2014 185

Para Pemenang program PECIPTA 2013 bergambar kenangan
bersama-sama dengan anugerah dan hadiah masing-masing

Di peringkat pusat, JPKK telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia
pengurusan semua Kolej Komuniti. Penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk
merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam sistem pendidikan
negara amnya dan pengajian tinggi khasnya. Sehingga Disember 2009,
sejumlah 42 buah Kolej Komuniti Induk dan 23 buah Kolej Komuniti Cawangan
sedang beroperasi dengan menawarkan pelbagai program bergantung kepada
keperluan dan kehendak setempat.
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8888 2683/2789 Faks: 03-8888 7211 Laman web:
www.jpkk.edu.my

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi
PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan bagi tujuan pendidikan tinggi
dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman. Di samping itu, PTPTN juga
menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan
tinggi serta melaksanakan sebarang fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN
oleh mana-mana undang-undang bertulis.

186 Malaysia 2014

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2080 4455 Faks: 03-2092 1590 Laman web: www.ptptn.gov.my

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
YTAR ditubuhkan bagi tujuan menguruskan pemberian biasiswa kepada
pelajar-pelajar IPT yang cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum yang
mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan keperibadian Al-Marhum Y.T.M Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Penubuhan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
bertujuan untuk memperingati jasa Almarhum sebagai Bapa Kemerdekaan dan
Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Yayasan Tunku Abdul Rahman, A-10-12, Menara UOA Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2283 6063/6073 Faks: 03-2283 6052 Laman web: www.yayasantar.org.my

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Pada 21 Disember 2005, kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan
Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian
Pengajian Tinggi menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke
atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
ditubuhkan pada 1 November 2007. Peranan utama MQA adalah untuk
melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan
titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan.
Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS, 17 Jalan Yong Shook Lin, 46050
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7968 7002 Laman web: www.mqa.gov.my

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)
AKEPT ditubuhkan pada Ogos 2007 dan beroperasi secara rasmi mulai
Januari 2008. AKEPT berperanan membawa transformasi dalam pengajian
tinggi di Malaysia selaras dengan objektif Pelan Tindakan Pengajian Tinggi
Negara. Fungsi AKEPT adalah menjalankan latihan kepimpinan, pembelajaran
dan pengajaran dan penyelidikan dan inovasi kepada pegawai dan pensyarah
di institusi pengajian tinggi negara. AKEPT juga turut menyumbang peranan
dalam menjayakan objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara khasnya
dalam membawa transformasi terhadap pembangunan modal insan.
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Lebuh Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri
Sembilan Tel: 06-7997 474 Faks: 06-7997 440

Malaysia 2014 187

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Perdana Menteri menyempurnakan
majlis pecah tanah di Kompleks
KTMB, Batu Gajah, Perak

Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 Putrajaya

Telefon : 03-8886 6000/03-8000 8000

Faks : 03-8889 1569

Laman web : www.mot.gov.my

188 Malaysia 2014


Click to View FlipBook Version