memulakan perniagaan lebih murah dengan mengurangkan yuran pendaftaran
syarikat, manakala ketika berurusan dengan permit pembinaan, penubuhan
pusat sehenti telah memudahkan proses pembinaan. Malaysia menyambut baik
laporan Bank Dunia itu. Ia merupakan bukti kepada usaha yang dijalankan oleh
sektor awam dan swasta untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi. Pasukan Petugas Khas untuk Memudahkan Perniagaan
(PEMUDAH) telah terbukti menjadi platform di mana sektor awam dan swasta
bekerjasama untuk mewujudkan tindakan segera dalam menambah baik
penyediaan perkhidmatan kerajaan, meningkatkan daya saing Malaysia serta
memastikan perniagaan dapat dipermudahkan dengan cekap. Sejak dimulakan
pada 2007, prestasi Malaysia dalam laporan Mudah Menjalankan Perniagaan
Bank Dunia telah meningkat daripada tempat ke-25 ke tangga keenam. Tahun
ini merupakan lonjakan terbesar negara dalam tangga rangking daya saing,
memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan
pelaburan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.
INTRADE 2013
INTRADE Malaysia 2013 telah diadakan pada 26-28 November 2013 bertempat
di MATRADE. Majlis perasmian telah berlangsung pada 26 November 2013
oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri. Pada tahun 2012, pameran INTRADE Malaysia mencatatkan jualan
RM815 juta termasuk RM583 juta daripada IBM.Pameran yang dianjurkan
oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
itu menyediakan 442 gerai pameran daripada 385 syarikat tempatan dan
antarabangsa dari 18 negara.Antara negara yang menyertai pameran itu ialah
India, Jepun, Arab Saudi, Turki, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. Pameran
tersebut mempamerkan empat kluster yang akan merangsang pertumbuhan
ekonomi -- bahan binaan, elektrik dan elektronik dan ICT, sokongan pembuatan
dan gaya hidup.Pempamer daripada empat kluster akan mempamerkan
produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang sedia untuk dipasarkan ke
pasaran global dan mempunyai potensi amat besar untuk melangkah lebih jauh
dalam bidang masing-masing. Selain IBM, Intrade juga mengadakan dua acara
lain serentak -- Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur dan FTA@
Intrade -- semasa pameran itu.Acara-acara itu akan mengumpulkan bersama-
sama pakar industri untuk membincangkan isu dan tema yang memberi
kesan kepada perdagangan antarabangsa dan mendidik ahli perniagaan
tentang manfaat perjanjian perdagangan bebas. Pameran itu yang bertemakan
“Revitalising Export Growth” (Mencergaskan Pertumbuhan Eksport), dijangka
mengumpulkan 1,400 peserta industri, pempamer dan pembeli dari 64 negara.
Pameran perdagangan antarabangsa itu menyediakan platform bagi syarikat
Malaysia untuk berhubung dengan pembeli berpotensi seluruh dunia, membina
rangkaian, meningkatkan jualan dan mendapat pemahaman lebih mendalam
dengan bertemu pembekal, pembeli, pakar industri dan pakar perdagangan.
Malaysia 2014 239
Showcase Satu Daerah Satu Industri 2013
Majlis perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 oleh Dato’
Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
telah diadakan pada 29 November 2013. Lebih 500 pempamer tempatan dan
luar negara menyertai Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat
nasional 2013 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka
bermula 29 November hingga 1 Disember 2013. Program anjuran Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini disasarkan akan dikunjungi lebih
200,000 pengunjung dapat mengumpul nilai jualan kira-kira RM6 juta sepanjang
ia berlangsung. Showcase SDSI mula diperkenalkan pada 2006 dan menjadi
pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan
SDSI unik dari seluruh Malaysia. Ia satu daripada usaha untuk memasar dan
mempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa.
Penerbitan Laporan Tahunan Miti Dalam Versi ‘Braille’
MITI adalah kementerian pertama di Malaysia yang menerbitkan laporan tahunan
dalam bentuk ‘braille’.Objektif utama Laporan Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia 2012 dalam versi ‘braille’ adalah untuk berkongsi
maklumat perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia dengan golongan
orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Inisiatif ini diilhamkan oleh Bahagian
Perancangan Strategik, MITI dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta
Malaysia (MAB) adalah selaras dengan konsep di bawah Rancangan Malaysia
Kesepuluh (2011-2015) iaitu ‘Membina Masyarakat Yang Lebih Progresif dan
Inklusif’, di mana tiada mana-mana golongan yang akan diketepikan daripada
arus pembangunan dan kemajuan negara. Seramai empat (4) orang dari MAB
telah diambil untuk bertugas di MITI selama enam (6) bulan semenjak Jun
2013 sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) MITI. Mereka
ialah Saudari Anas Izati Mohd Nor, Saudari Norzira Othman, Saudara Mohd.
Shahrizal Abdul Rahman dan Saudara Khairul Azwan Wahab yang turut terlibat
dalam penghasilan laporan ini, di samping menjalankan kerja-kerja utama di
bahagian masing-masing. Sebanyak 50 unit laporan versi ‘braille’ dalam Bahasa
Malaysia dan 50 unit dalam Bahasa Inggeris telah dicetak untuk diedarkan
ke perpustakaan Persatuan Orang Buta Malaysia, Perpustakaan Negara dan
sekolah-sekolah menengah yang akan dikenalpasti. Malah laporan ini akan
diterima oleh institusi-institusi pengajian tinggi yang terpilih di dalam dan di luar
negara.Laporan ini dapat membantu OKU penglihatan sebagai bahan rujukan
penting untuk membantu pengajian di peringkat lebih tinggi, terutamanya
di dalam jurusan perdagangan dan pelaburan. MITI akan berganding bahu
bersama agensi-agensi seperti MATRADE, MIDA, SME CORP. dan MPC untuk
menerbitkan laporan tahunan dalam versi ‘braille’.
240 Malaysia 2014
AGENSI/JABATAN
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
MIDA ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah Akta Lembaga Kemajuan
Perindustrian Persekutuan 1965, sebagai sebuah badan berkanun di bawah
penyeliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MIDA
adalah pusat rujukan utama kerajaan bagi penggalakan dan penyelarasan
pembangunan sektor perkilangan dan perkhidmatan (kecuali perkhidmatan
utiliti dan kewangan). MIDA berfungsi sebagai penasihat kerajaan mengenai
pemberian lesen pengilangan, insentif, jawatan asing dan kemudahan lain yang
berkaitan dengan penggalakan, pembangunan dan penyelarasan industri.
Beribu pejabat di ibu negara Kuala Lumpur, MIDA telah menubuhkan rangkaian
global pejabat-pejabat seberang laut yang meliputi Amerika Utara, Eropah
dan Asia-Pasifik bagi membantu para pelabur yang berminat menempatkan
pengkalan perkilangan mereka di Malaysia. Bagi meningkatkan lagi peranan
MIDA dalam memberi bantuan kepada para pelabur, wakil-wakil kanan daripada
agensi-agensi utama ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk
memberi nasihat kepada para pelabur mengenai dasar dan prosedur kerajaan.
Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Ibu Pejabat, Blok 4, Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2267 3633.
Faks: 03-2274 7970. Laman web: www.mida.gov.my
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
MATRADE adalah sebuah badan berkanun yang berperanan mempromosi
produk perkilangan dan separa perkilangan serta perkhidmatan Malaysia ke
luar negara. MATRADE yang ditubuhkan pada Mac 1993 bertanggungjawab
membantu syarikat-syarikat Malaysia berjaya dalam pasaran antarabangsa.
Selain mengadakan aktiviti promosi produk dan perkhidmatan Malaysia
di luar negara, MATRADE turut menjalankan penyelidikan pasaran dan
mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif ke arah memajukan
perdagangan/eksport produk Malaysia. MATRADE juga bertanggungjawab
menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran
pengeksport berkaitan pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu
dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan
perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Ibu Pejabat,
Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6207 7077. Faks: 03-6203 7037/7033. Laman web: www.matrade.gov.my
Malaysia 2014 241
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
MPC ditubuhkan pada tahun 1962 dan merupakan badan berkanun
persekutuan yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Daya Pengeluaran
Negara. Selaras dengan perkembangan peranannya, Majlis ini ditukar
namanya menjadi Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) berkuat kuasa pada
1 Disember 1991 selepas pindaan kepada Akta Majlis Daya Pengeluaran
Negara (Memperbadankan) Akta A801. Seterusnya, Akta Perbadanan
Produktiviti Negara (Memperbadankan) 2008 yang dipinda, dikuatkuasakan
pada 21 Februari 2008 menukar nama NPC kepada MPC bertujuan untuk
memperkukuhkan peranan dan fungsi perbadanan ini selaras dengan keperluan
semasa. MPC berperanan menyediakan maklumat mengenai produktiviti,
kualiti, daya saing dan amalan-amalan terbaik melalui aktiviti penyelidikan
dan pembangunan pangkalan data. Ia turut membangunkan modal insan dan
kecemerlangan organisasi bagi membentuk masyarakat yang berasaskan
pengetahuan melalui latihan, pembangunan sistem dan amalan-amalan terbaik
serta memupuk daya kreatif dan inovatif melalui program-program promosi
Produktiviti dan Kualiti (P&Q) dan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan
swasta.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ibu Pejabat, P.O.Box 64, Jalan Sultan,
46904 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7955 7266. Faks: 03-7957 8068. Laman web:
www.mpc.gov.my
Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.)
SME Corp. adalah penjenamaan semula Perbadanan Pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) secara rasmi pada 2 Oktober 2009.
Perubahan nama ini bertujuan memantapkan lagi fungsi perbadanan ini dalam
membangunkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar mampu
bersaing dan terus kukuh dalam menghadapi persaingan global. Penubuhan
SMIDEC pada 2 Mei 1996 adalah sebagai sebuah agensi kerajaan yang khusus
untuk menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan
menawarkan khidmat nasihat, bantuan kewangan dan fiskal, infrastruktur,
pasaran serta lain-lain program pembangunan. SME Corp. adalah ‘pusat
rujukan sehenti’ untuk PKS mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat
berkaitan program-program pembangunan IKS yang ditawarkan oleh 60
agensi kerajaan di bawah 14 kementerian yang berkaitan.
Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.), Aras 6, SME 1, Blok B, Lot E, Jalan
Stesen Sentral 3, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Tel : 03-2775 6000
Faks: 03-2775 6001 Info Line : 1-300-30-6000. Laman web: www.smecorp.gov.my
242 Malaysia 2014
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
MIDF telah ditubuhkan pada 30 Mac 1960 dengan objektif untuk menggalakkan
pertumbuhan industri di Malaysia dengan menawarkan kemudahan pembiayaan
untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terlibat dalam sektor pembuatan
dan perkilangan. MIDF kini merupakan sebuah kumpulan kewangan yang
kian berkembang dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan.
Berikutan penggabungan MIDF dan Amanah Capital Partners Berhad pada
tahun 2003, pembelian Utama Merchant Bank Berhad (UMBB) pada 2004 dan
pembentukan MIDF Amanah Investment Bank Berhad menjadikan Kumpulan
MIDF kini muncul sebagai sebuah organisasi kewangan yang lebih teguh
dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk Perbankan
Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset. MIDF merupakan
anak syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Aras 19, Menara MIDF, 82
Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2173 8888 Faks: 03-2173 8877
Laman web: www.midf.com.my
Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
SME Bank mula beroperasi pada 3 Oktober 2005 sebagai sebuah institusi
kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan
kecil dan sederhana (PKS). Sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat
memenuhi permintaan bantuan kewangan dan pembiayaaan perniagaan
PKS di Malaysia, bank ini melengkapkan lagi produk dan perkhidmatan sedia
ada yang ditawarkan oleh bank-bank komersil melalui gabungan khidmat
perniagaan yang sistematik dan komprehensif. Peranan utama bank ini adalah
untuk menyumbang ke arah komuniti usahawan yang lebih berdaya saing di
Malaysia. SME Bank beroperasi melalui ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan 19
cawangannya di seluruh negeri.
Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad, Ibu Pejabat, Menara SME
Bank, Jalan Sultan Ismail, Peti Surat 12352, 50774 Kuala Lumpur. Tel: 03-2615
2020/03-2615 2828. Faks: 03-2698 1748. Laman web:www.smebank.com.my
Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)
Ke arah merealisasikan Malaysia sebagai Halal Hub dunia, Perbadanan
Pembangunan Industri Halal (HDC) ditubuhkan pada 18 September 2006.
Ia merupakan sebuah badan khas untuk menyelaras secara keseluruhan
pembangunan industri Halal di Malaysia. Fokus utamanya adalah dalam
pembangunan piawaian Halal, audit dan pensijilan termasuk pembangunan
kapasiti untuk produk dan perkhidmatan Halal. HDC turut berperanan
menggalak peningkatan penglibatan penggiat industri dalam pasaran Halal
global.
Halal Industry Development Corporation (HDC), 5.02, Aras 5, KPMG Tower, First
Avenue, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7965 5555
Faks: 03-7965 5500 Laman web: www.hdcglobal.com
Malaysia 2014 243
KEMENTERIAN TENAGA,
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Lawatan kerja ke Loji Jana Kuasa Geoterma
Wayang Windu Bandung, Indonesia
Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya
Telefon : 03-8883 6200
Faks : 03-8889 3712
Laman Web : www.kettha.gov.my
244 Malaysia 2014
MENTERI
YB Datuk Seri
Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Sri Mahdzir
Bin Khalid
Aktiviti promosi terbesar Kementerian adalah
penganjuran International GreenTech & Eco-products
Exhibition & Conference Malaysia atau singkatannya
IGEM...Inisiatif ini berupaya memperkenalkan kepada
masyarakat mengenai aplikasi teknologi hijau selain
berupaya menjana sumber pendapatan baru dan
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara
yang mampan selaras dengan Program Transformasi
Ekonomi (ETP) yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan”
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Malaysia 2014 245
PENGENALAN
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ditubuhkan pada 9
April 2009 berikutan daripada rombakan Kabinet dan penstrukturan semula
kementerian. Sebelum ini, KeTTHA dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 melalui penstrukturan
semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Berikutan rombakan
Kabinet 2009 tersebut, fungsian Teknologi Hijau telah dimasukkan ke dalam
kementerian. Kemasukan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani
isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon,
pemanasan global dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Projek naik taraf Sistem Agihan Air Terawat dari Logi Rawatan Air
Bernam River Headworks ke Daerah Sabak Bernam
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Mahdzir Khalid
telah merasmikan projek menaiktaraf sistem agihan air terawat dari Loji
Rawatan (LRA) Bernam River Headworks (BRH) dari kapasiti sedia ada iaitu 40
juta liter sehari (JLH) kepada 65 JLH pada 29 Ogos 2013 bertempat di Rumah
Pam Bernam River Headworks, Sabak Bernam. Kapasiti yang dipertingkatkan
ini akan diagih-agihkan iaitu 50 JLH daripadanya akan dibekalkan kepada
seluruh Wilayah Sabak Bernam, 13 JLH ke Wilayah Kuala Selangor, manakala
2 JLH lagi kepada Wilayah Hulu Selangor. Kerja menaiktaraf sistem agihan
air dijalankan dengan tujuan untuk menggunakan kapasiti loji air terawat yang
boleh dimanfaatkan dari LRA BRH yang telah dinaiktaraf sebelum ini.
Pelancaran Green Building Index Residential New Construction Version
3 Tool
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili pada 11 Julai 2013 telah merasmikan dan melancarkan Green
Building Index Residential New Construction Version 3 Tool serta pencapaian
60 juta kaki persegi penarafan bangunan hijau melalui sistem penarafan ini.
Green Building Index (GBI) atau Indeks Bangunan Hijau ditubuhkan oleh
Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan Association of Consulting Engineers
Malaysia (ACEM) pada tahun 2009 untuk menyokong wawasan kerajaan
dalam mewujudkan persekitaran yang mesra alam dan pembangunan hijau.
Kerangkaan ini telah dikembangkan kepada versi 3 bagi memastikan ia seiring
dengan kemajuan teknologi, memenuhi permintaan industri yang sentiasa
berkembang dan menampung kepelbagaian jenis perumahan yang terdapat
di Malaysia.
246 Malaysia 2014
Dialog Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)
KETTHA buat julung kalinya menganjurkan Dialog Industri bertempat di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 Ogos 2013. Ia dihadiri
oleh Pengurusan Tertinggi KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), Malaysian Green Technology Corporation
(MGTC), Wakil-wakil industri seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water
Konsortium (IWK), FMM, Syabas, Associated Chinese Chamber of Commerce
and Industry (ACCCIM), Malaysian Energy Professionals Association (MEPA),
Malaysian Energy Services Companies Association (MAESCO) dan lain-
lain. Dialog yang berbentuk konsultasi ini menjadi platform penghubung dan
interaksi antara pembuat dasar dan industri berbincang serta menyampaikan
idea ke arah melestarikan industri berkaitan tenaga, teknologi hijau dan air
demi kesejahteraan hidup.
Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN ke-31 (AMEM-31)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengetuai delegasi Malaysia ke
AMEM-31 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitannya di Bali, Indonesia pada 24
hingga 26 September 2013. Mesyuarat yang bertemakan ‘Kelestarian Tenaga
ke arah Kesejahteraan ASEAN’ turut memeterai dua perjanjian penting iaitu
Memorandum Persefahaman untuk melanjutkan Projek Saluran Paip Gas
Rentas ASEAN dan protokol untuk meminda ‘Agreement of the Establishment
of the ASEAN Centre of Energy (ACE)’. Semasa AMEM-31 juga majlis
penyampaian Anugerah Tenaga ASEAN diadakan dan Malaysia memenangi
7 daripada 17 kategori yang dipertandingkan. Malaysia turut mengambil
kesempatan mengadakan pertemuan dua hala dalam bidang tenaga bersama-
sama Menteri Tenaga Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Jepun dan Amerika
Syarikat.
Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia
(IGEM 2013) ke-4
IGEM 2013 merupakan penganjuran keempat Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air dan ia diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2013 di Pusat
Persidangan Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Advancing Green Growth and
Global Entrepreneurship’, IGEM 2013 dilaksanakan secara lebih komprehensif
sebagai pemangkin memajukan keusahawanan dan industri berkaitan
teknologi hijau. Sebanyak 469 pempamer terlibat dalam pameran IGEM
2013 antaranya daripada Kesatuan Eropah, German, Taiwan, Korea Selatan,
Jepun, Singapura dan tuan rumah Malaysia. Dalam pada itu juga, beberapa
Memorandum Persefahaman ditandatangani antara GreenTech Malaysia
dengan SIRIM Berhad (SIRIM), Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission),
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (National Water Services Commission),
Malaysia 2014 247
Malaysia Debt Venture Berhad (MDV) and Bridgit Sdn. Bhd (Bridgit). IGEM
2013 dijangka dikunjungi seramai 60,000 pengunjung dan melibatkan potensi
jualan sebanyak RM1.2 bilion.
Pelancaran Direktori MyHijau
Malaysian Geen Technology Corporation (GreenTech Malaysia) telah menerbitkan
Direktori MyHijau iaitu sebuah terbitan yang mengandungi maklumat lengkap
mengenai perkhidmatan dan produk hijau yang terdapat di Malaysia. Usaha ini
adalah selaras dengan agenda hijau kerajaan bagi meningkatkan kesedaran
mengenai penjagaan alam sekitar dan penggunaan produk mesra alam. Majlis
pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi HIjau dan Air
sempena Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia
(IGEM 2013) ke-4 pada 10 Oktober 2013. Maklumat yang disusun secara
sistematik bagi memudahkan rujukan, memuatkan maklumat pelbagai jenis
industri daripada pembuatan, pembungkusan dan pengedaran, pertanian,
perkebunan, hinggalah kepada bidang kitar semula dan pengurusan sisa.
Direktori ini boleh digunakan oleh pengguna mahupun pihak industri.
Anugerah Industri KETTHA 2013 (KIA 2013)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama
agensi-agensi dibawahnya buat julung kali menganjurkan Anugerah Industri
KeTTHA 2013 (KIA 2013). Majlis penganugerahan diadakan pada 21 November
2013 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis yang disempurnakan oleh
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili mempunyai 25 kategori
anugerah keseluruhan meliputi 13 anugerah-kategori tenaga, 8 anugerah-
kategori air dan 4 anugerah-kategori teknologi hijau. Senarai pemenang seperti
berikut:
Kategori Tenaga
Anugerah Pemenang
Energy Efficiency Management Intel Technology Sdn. Bhd.
Excellence Award (Category: Industry)
Energy Efficiency Management Politeknik Merlimau Melaka (PMM)
Excellence Award (Category: Building)
Training Institution Excellence Award
(Category: Electrical) Institut Kemahiran MARA Lumut,
Perak
Contractor Excellence Award Infrakomas Sdn. Bhd.
(Category: Electrical)
248 Malaysia 2014
Contractor Excellence Award Misi Setia Oil & Gas Sdn. Bhd.
(Category: Gas)
Power Producer Excellence Award
(Category: Combined Cycle Power Teknologi Tenaga Perlis Consortium
Plant) Sdn. Bhd.
Power Producer Excellence Award Port Dickson Power Berhad
(Category: Open Cycle Power Plant)
Power Producer Excellence Award Sarawak Energy Berhad (SEB)
(Category: Coal Power Plant)
National Renewable Energy Award Petronas Berhad
(Category: Best On-grid Project)
National Renewable Energy Award UTAI Engineering & Electrical (EM)
(Category: Best Off-grid Project) Sdn. Bhd.
National Renewable Energy Award Solar Energy Research Institute
(Category: RE Innovation Special (SERI)
Submission)
Energy Leadership Award YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui
Kategori Air
Anugerah Pemenang
Efficiency Award Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
(PBAPP)
Technical Award Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Social Award Lembaga Air Perak (LAP)
Consumer Award Lembaga Air Sibu (LAS)
Water Services Operator of the Year Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
(PBAPP)
Most Promising Water Services Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Operator of the Year
Technological Innovation Award Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)
Water Leadership Award Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik
Malaysia 2014 249
Kategori Teknologi Hijau Pemenang
Anugerah Avialite Sdn Bhd
GreenTech Industry Award Itramas Manufacturing Sdn Bhd
Builder Biomass Sdn Bhd
Nets Printworks Sdn Bhd
Lawatan Kerja ke Loji Jana Kuasa Geoterma Wayang Windu Bandung,
Indonesia
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengetuai delegasi lawatan kerja
ke Loji Jana Kuasa Geoterma Wayang Windu Bandung, Indonesia pada 23
Ogos 2013. Loji Jana Kuasa Geoterma Wayang Windu adalah loji jana kuasa
geoterma terbesar di Indonesia dan antara yang terbesar di dunia. Lawatan
tersebut telah memberi peluang kepada delegasi Malaysia untuk melihat sendiri
operasi jana kuasa tersebut serta mempelajari daripada pengalaman Indonesia
dalam menangani isu-isu dan cabaran pembangunan loji tersebut. Malaysia kini
sedang membangunkan loji jana kuasa geoterma pertama di Tawau, Sabah.
Turut serta dalam delegasi tersebut ialah wakil daripada Suruhanjaya Tenaga,
Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Perkhidmatan Tenaga
TNB, Jabatan Hutan Sabah, dan Jabatan Taman Sabah.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Mahdzir Khalid melawat kawasan
sekitar Loji Rawatan Bernam River Headworks selepas majlis pelancaran projek menaik taraf
sistem agihan air terawat pada 29 Ogos 2013
250 Malaysia 2014
Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke-8
Mesyuarat MSAN kelapan telah berlangsung pada 8 Oktober 2013 dan
dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin.
Menerusi mesyuarat tersebut semua negeri bersetuju untuk menubuhkan Majlis
Sumber Air Negeri (MSANg) bagi menyelaras dan memantau keputusan MSAN
di negeri masing-masing. MSANg akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk
berbincang dan melaksanakan semua keputusan MSAN. Mesyuarat tersebut
juga mengambil keputusan mengguna pakai Garis Panduan Kawalan Pantai
Negara dalam pembangunan kawasan pantai negara bagi memelihara pantai
daripada hakisan. Di samping itu, mesyuarat MSAN turut membincangkan lapan
perkara lain, termasuk panduan pengkalisan banjir bagi bangunan di kawasan
dataran banjir; pelaksanaan sistem pemintas di rizab sungai untuk mengatasi
masalah pencemaran sungai; pemakaian garis panduan pengambilan pasir
sungai; penyediaan maklumat geospatial punca pencemaran di lembangan
sungai; kajian impak kenaikan aras laut di Sandakan dan penggunaan air bawah
tanah untuk pencegahan kebakaran tanah gambut. Mesyuarat itu turut dihadiri
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel; Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, tujuh
menteri Kabinet, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Bekalan Air (JBA)
Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek
pembangunan bekalan air di seluruh negara. Fungsi JBA adalah untuk
mewujudkan sistem perbekalan air yang mencukupi dan sempurna di seluruh
negara yang diurus dengan cekap, selamat dan teratur dalam memenuhi
keperluan negara serta kepuasan rakyat.
Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Aras 1&4, Blok E4/5,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya. Tel: 03-8883
6000. Faks: 03-8889 3071. Laman web: www.jba.gov.my
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
JPP berfungsi untuk menggalakkan kelancaran perlaksanaan sistem
pembetungan yang bersesuaian dan moden di seluruh negara mengikut
piawaian yang ditetapkan. JPP juga berfungsi untuk melindungi kepentingan
pengguna dengan memastikan perkhidmatan yang terbaik pada kos
yang berpatutan serta membantu pembangunan ekonomi negara melalui
pembangunan sektor pembetungan yang moden dengan melindungi sumber
air dan alam sekitar.
Malaysia 2014 251
Ibu Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Tingkat 5-7, Blok B (Atas), Pusat
Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2080 9400. Faks: 03-2096 2609.
Laman web: http://www.jpp.gov.my
Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga merupakan badan kawal selia industri pembekalan tenaga,
bertanggungjawab memastikan pembekalan elektrik dan pembekalan gas
melalui talian paip adalah mencukupi, selamat dan berdaya harap pada harga
yang berpatutan di samping menggalakkan kecekapan tenaga. Suruhanjaya
Tenaga berperanan melaksanakan akta berkaitan industri tenaga berdasarkan
kepada kuasa yang diberikan dalam Akta Suruhanjaya Tenaga (2001) serta
akta-akta dan peraturan industri seperti berikut:
• Akta Bekalan Elektrik 1990
• Akta Bekalan Gas 1993
• Peraturan Bekalan Elektrik (Kompaun Kesalahan) 2001
• Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006
• Peraturan Bekalan Elektrik 1997
• Peraturan Elektrik 1994
• Peraturan Pemegang Lesen 1990
• Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008
Suruhanjaya Tenaga, No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8870
8500. Faks: 03-8888 8637. Laman web: www.st.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
SPAN yang ditubuhkan dibawah (Akta 654) berfungsi sebagai sebuah badan
kawal selia industri perkhidmatan air berasaskan kepada prinsip bebas,
berkecuali, telus dan profesional. Secara ringkasnya, fungsi utama SPAN
mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) antara lain adalah
untuk melaksana dan menguatkuasakan undang-undang bagi perkhidmatan
bekalan air dan pembetungan. Selain itu, SPAN juga berperanan memastikan
industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan lebih mapan
dan berdaya saing serta memantau pengendali untuk mematuhi standard
perkhidmatan obligasi kontrak dan undang-undang yang ditetapkan, dan garis
panduan yang berkaitan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tingkat Bawah dan Tingkat 1, Prime
Avenue 7, Blok 3510, Jalan Teknorat 6, 63000 Cyberjaya. Tel: 03-8317 9333/334/335.
Faks: 03-8317 9336 / 9339. Laman web: www.span.gov.my
252 Malaysia 2014
Malaysia Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia)
Malaysia Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) dahulu dikenali
sebagai Pusat Tenaga Malaysia adalah sebuah organisasi bebas dan tidak
berasaskan keuntungan. GreenTech Malaysia telah ditubuhkan pada Mei 1998
sebagai memenuhi keperluan sebuah pusat penyelidikan dan kajian tenaga di
Malaysia.
Aktiviti-aktiviti utamanya termasuklah membuat perancangan dan penyelidikan
tenaga, kecekapan tenaga serta membuat kajian berkaitan teknologi,
pembangunan mahupun demonstrasi. Ia juga bertanggungjawab mengumpul
segala data berkaitan. GreenTech Malaysia juga berfungsi sebagai sebuah
agensi tenaga sehenti bagi menghubungkan universiti-universiti, institusi-
institusi penyelidikan, pelbagai industri juga organisasi-organisasi tenaga
tempatan mahupun antarabangsa.
Malaysia Green Technology Corporation, No 2 Jalan 9/10, Persiaran Usahawan,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel : 03-8921 0800. Faks: 03-8921
0800. Laman Web: www.greentechmalaysia.my
Perdana Menteri semasa melawat tapak pameran di Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko
Malaysia (IGEM) 2013 yang berlangsung pada 10 -13 Oktober 2013 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur
Malaysia 2014 253
KEMENTERIAN PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI
Pameran dan Persidangan Antarabangsa
Komoditi Malaysia (MICCOS) 2013
No.15, Aras 6-13,
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 Putrajaya
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8880 3441
Laman Web : www.mpic.gov.my
254 Malaysia 2014
MENTERI
YB Datuk Amar
Douglas Uggah
Embas
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Noriah Binti
Kasnon
Dasar Komoditi Negara 2011-2020 merupakan iltizam
Kerajaan untuk memajukan industri komoditi ke tahap
yang lebih berdaya saing, mampan dan seimbang
seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub komoditi
dunia menjelang tahun 2020... bagi mencapai hasrat
ini, penggiat industri, termasuk pekebun kecil, pemilik
estet, penyelidik dan usahawan hendaklah lebih
kreatif, inovatif dan produktif dalam menghasil dan
memasarkan produk-produk bernilai tambah tinggi”
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Malaysia 2014 255
PENGENALAN
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan
untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada peringkat awal penubuhannya,
KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama
ketika itu iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah
dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko,
perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati
turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Pada tahun 2004, KPU
telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi (KPPK). Berikutan itu, Jemaah Pemasaran Lada
Hitam dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala
tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 2012, KPPK telah
menggunapakai akronim ‘MPIC’ bagi semua urusan rasminya. MPIC kini
mengorak langkah menerokai pembangunan sumber pertumbuhan baru
seperti sago, jatropha dan biobahan api yang berpotensi memberi sumbangan
kepada ekonomi negara.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Eksport komoditi
Pada tahun 2013, nilai eksport komoditi utama negara yang terdiri daripada
sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf dan tembakau adalah sebanyak
RM114,518.49 juta.
Konsultasi Industri Komoditi (KIK)
Pada 2 hingga 3 September 2013, MPIC telah mengadakan sesi KIK kali ke-2
bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Konsultasi ini merupakan
inisiatif MPIC bagi memperkukuhkan lagi kemajuan industri komoditi dan antara
lain adalah untuk menyediakan platform bagi pihak Kementerian mendapatkan
maklum balas dan membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh pihak industri
komoditi. KIK 2013 telah berjaya mencapai hasrat dan objektif pelaksanaannya
dalam meningkatkan kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan dengan pihak
industri. Seramai 127 orang wakil terdiri daripada persatuan industri berkaitan
komoditi dan juga turut melibatkan seramai 152 orang wakil Kementerian,
agensi dan jabatan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri telah hadir pada
program ini.
Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS)
MICCOS merupakan acara dwi-tahunan pameran komoditi yang mempamerkan
pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara merangkumi
sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf dan tembakau. MICCOS 2013
yang merupakan penganjuran kali ke-5 telah diadakan dari 24 - 27 Oktober
256 Malaysia 2014
2013 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Ia telah
dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi dengan dihadiri kira-kira 4,900 orang tetamu.
Program Jawatankuasa Kerjasama Dua Hala Bersama Malaysia-
Indonesia (MALINDO)
MALINDO ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan kemajuan kerjasama
dua hala dalam bidang komoditi yang melibatkan minyak sawit, koko, lada
dan jatropha. Mesyuarat tahunan tersebut dianjurkan secara bergilir-gilir oleh
kedua-dua negara. Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 2013, mesyuarat kali ke-8
MALINDO telah dihoskan oleh Malaysia di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini merangkumi enam Mesyuarat Kumpulan Kerja, satu Mesyuarat
Peringkat Pegawai Kanan dan diakhiri dengan Mesyuarat Peringkat Menteri.
Forest Law Enforcement, Governance and Trade (FLEGT)
FLEGT adalah merupakan pelan tindakan yang dilancarkan oleh Kesatuan
Eropah (EU) bertujuan untuk memastikan eksport kayu-kayan yang dipasarkan
ke pasaran EU adalah dari sumber yang sah dari segi perundangan. Ianya
melibatkan perjanjian dengan negara pengeksport untuk memastikan
kewujudan sistem pelesenan bagi menyekat kemasukan kayu tidak sah ke
pasaran EU. Malaysia telah mengadakan rundingan dengan EU semenjak 2007
dan sedang memasuki fasa rundingan akhir dalam memuktamadkan perjanjian
tersebut. Sementara perjanjian FLEGT VPA dapat dimuktamadkan dan
dimetrai secara rasmi, Malaysia Timber Legality Assurance System (MYTLAS)
telah digunakan oleh Malaysia bagi membolehkan produk perkayuan Malaysia
memasuki pasaran EU dengan lancar selaras dengan penguatkuasaan EU
Timber Regulation di EU mulai Mac 2013.
Pembangunan Modal Insan Sektor Komoditi
Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) telah ditubuhkan pada 4
November 2010 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada
dan baru dengan menawarkan kursus dan latihan yang bersesuaian. IMPAC
bertindak sebagai institusi induk untuk merancang dan melaksanakan latihan
berkaitan industri komoditi oleh sektor sawit, getah, perkayuan, koko, lada dan
kenaf. Pada tahun 2013, IMPAC telah melatih 7,827 orang peserta menerusi
149 kursus.
Kongres Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC 2013)
PIPOC 2013 yang bertemakan ‘Green Opportunities from the Golden Crop’
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada
19-21 November 2013. Turut diadakan lima persidangan berkaitan dengan
pengeluaran mampan, kebolehupayaan penggunaan sektor makanan dan
bukan makanan serta nilai tambah industri makanan hiliran, oleokimia dan
sektor tenaga. Kongres ini dihadiri lebih 2,000 orang peserta dari lebih 50
negara.
Malaysia 2014 257
Lembaga Getah Malaysia perkenal teknologi selesai masalah pekebun
kecil getah
1. Teknologi I-klon mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh
pekebun kecil getah semasa proses penanaman baru dan penanaman
semula getah. I-klon merupakan satu aplikasi berasaskan android yang
berintegrasi dengan teknologi kamera smartphone untuk pengecaman atau
mengenalpasti klon getah. Pengecaman akan dibuat untuk mengenalpasti
klon-klon getah melalui perbezaan bentuk dan ciri daun bahan tanaman
getah itu sendiri.
2. RITeS (Rubber Information Traceability System) merupakan satu sistem
yang menjana satu tag QR Code yang unik yang mengandungi maklumat
lengkap seperti klon, nama pengusaha tapak semaian, tarikh klon
dikeluarkan dan lain-lain maklumat dalam pembekalan bahan tanaman
kepada pekebun kecil atau pihak industri.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dilantik sebagai Agensi
Pembangunan Standard
Jabatan Standard Malaysia melantik Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
sebagai Agensi Pembangunan Standard (standard development agency)
bagi industri kayu dan industri berkaitan. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1
September 2013 hingga 30 Ogos 2015.
Pencapaian memberangsangkan Lembaga Lada Malaysia
• Membantu 6,759 orang pekebun lada meliputi kawasan seluas 1,038
hektar menerusi Skim Pembangunan Industri Lada (PIL) dan Skim Bantuan
Tanaman Baru Lada.
• Peningkatan keluasan tanaman lada seluas 15,130 hektar dalam tahun
2013 berbanding 14,791 hektar pada tahun 2012.
• Peningkatan eksport lada sebanyak 12,105 metrik tan dengan nilai eksport
sebanyak RM245 juta pada tahun 2013 berbanding 10,588 metrik tan
pada tahun 2012 dengan nilai eksport sejumlah RM273 juta .
• Membangunkan seramai 45 orang usahawan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) bumiputera peringkat huluan.
Majlis Minyak Sawit Malaysia anjur Palm Oil Nutrition Week (PINC 2013)
Program ini merupakan seminar teknikal yang diadakan pada 20 - 21 Mei 2013
sebagai satu platform interaksi kepada mereka yang berkepentingan di dalam
industri nutraseutikal dan kosmetik. Lebih 20 kertas kerja telah dibentangkan
dalam 5 modul meliputi topik-topik berkaitan tokotrienol, karotenoid dan
fenolik. PINC 2013 telah dihadiri lebih 270 orang peserta termasuk 50 orang
perwakilan antarabangsa dari bidang perubatan dan bioperubatan.
258 Malaysia 2014
AGENSI/MAJLIS
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
MPOB adalah sebuah agensi di bawah MPIC yang bertanggungjawab menerajui
dan membangunkan industri sawit negara. Aktiviti teras MPOB merangkumi
penyelidikan dan pembangunan mengenai pengeluaran huluan hingga
pemprosesan produk hiliran sawit. MPOB juga menyediakan khidmat nasihat
teknikal untuk menyokong kemajuan industri sawit melalui kemudahan loji
rintis, makmal, kajian saintifik, khidmat nasihat teknikal, perundingan teknikal,
penerbitan saintifik, latihan teknikal, persidangan dan seminar, pemindahan
teknologi dan khidmat pengembangan.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), No 6. Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang Selangor, P.O. Box 10620, 50720 Kuala Lumpur Tel: 03-8769 4400 Faks:
03-8925 9446 Laman web: www.mpob.gov.my
Lembaga Getah Malaysia (LGM)
LGM bertanggungjawab terhadap kemajuan industri getah di negara ini.
LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan
Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia
(MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan
usaha memajukan serta membangunkan industri getah. Kemajuan penyelidikan
dan pembangunan dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM telah
memberi impak terhadap industri NR Malaysia dan negara pemprosesan NR
yang lain. Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan
pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek bermula daripada
penanaman pokok getah, pengeluaran, pemprosesan getah mentah,
pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Lembaga Getah Malaysia (LGM), Bangunan Getah Asli (Menara), Tingkat 17 & 18,
Bangunan Getah Asli, 148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-9206 2000
Faks: 03-2163 4492 Laman web: www.lgm.gov.my
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
MTIB ditubuhkan pada Jun 1973 di bawah Akta Parlimen dan diletakkan di
bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC). MTIB
adalah sebuah agensi utama yang bertanggungjawab mempertingkatkan
kemajuan perusahaan berasaskan kayu negara. Aktiviti MTIB adalah
meliputi penggalakan dan pemasaran hasil keluaran kayu- kayan di samping
menyumbang input teknologi kepada industri bagi memperkukuhkan tahap
daya majunya.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Aras 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan
Pudu Ulu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur Tel: 03-9200 3769 Faks: 03-9285 1477/1744
Laman web: www.mtib.gov.my
Malaysia 2014 259
Lembaga Koko Malaysia (LKM)
LKM ditubuhkan melalui Akta 343, Akta Lembaga Koko Malaysia
(Pemerbadanan), 1988. LKM yang beroperasi pada 18 Julai 1989
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan
di dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran dan penggunaan koko
negara. Ia juga bertanggungjawab mengawal selia dan menyelaras aktiviti yang
berkaitan dengan koko seperti pemprosesan, penstoran, pengawalseliaan dan
pemasaran.
Lembaga Koko Malaysia (LKM), Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO, Beg Berkunci 211,
88999 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 6088-234477 Faks: 6088-239575 Laman web:
www.koko.gov.my
Lembaga Lada Malaysia (MPB)
MPB adalah sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Lada
Malaysia 2006 dan ditubuhkan pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan
Jemaah Pemasaran Lada Hitam. Di antara matlamat penubuhannya ialah
untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan
pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia. Di samping itu, ia juga
menjalankan penyelidikan dan pembangunan industri lada.
Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, P.O.Box 1653,
93916 Kuching, Sarawak. Tel: 6082-331811 Faks: 6082-336877/6082-342690 Laman
web: www.mpb.gov.my
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)
Pada 1 April 2010 LKTN telah ditubuhkan bagi mengambil alih fungsi Lembaga
Tembakau Negara (LTN) yang telah dibubarkan ekoran dari pengenalan Akta
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692). LKTN bertanggungjawab
untuk membangunkan tanaman kenaf sebagai tanaman komoditi baharu dan
juga sebagai tanaman alternatif kepada penanam tembakau selaras dengan
hasrat kerajaan untuk membangunkan tanaman kenaf sebagai tanaman
sumber pertumbuhan baru di Malaysia.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Ibu Pejabat, Kubang Kerian, Peti Surat 198,
15720 Kota Baharu, Kelantan. Tel: 09-766 8000/8008 Faks: 09-766 8071 Laman web:
www.lktn.gov.my
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)
MPOC telah ditubuhkan pada 25 Januari 1990 untuk mengambil alih
tanggungjawab dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang sebelumnya dilaksanakan
oleh Jawatankuasa Dana Promosi Minyak Sawit. Ia telah diamanahkan untuk
menerajui aktiviti-aktiviti mempromosi dan memasarkan minyak sawit Malaysia
dalam usaha untuk menjadikan ia berdaya saing di pasaran minyak dan lelemak
dunia.
260 Malaysia 2014
Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Aras 2, Wisma Sawit, Lot 6, SS6, Jalan
Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-7806 4097 Faks:
03-7806 2272 Laman web: www.mpoc.org.my
Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)
MTC telah ditubuhkan pada Januari 1992 untuk mempromosikan pembangunan
industri berasaskan kayu kayan dan memasarkan produk kayu. Ia telah
ditubuhkan sebagai sebuah syarikat terhad dengan diselia di bawah Akta
Syarikat 1965. Majlis ini dikawal selia oleh Lembaga Amanah di mana setiap
ahlinya dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Malaysian Timber Council (MTC), Aras 18, Menara PGRM, 8 Jalan Pudu Ulu Cheras,
56100 Kuala Lumpur Tel: 03-92811999 Faks: 03-92828999 Laman web: www.mtc.com.my
Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC)
MTCC adalah badan bebas yang ditubuhkan untuk membangun dan
mengendalikan Skim Persijilan Kayu Malaysia secara sukarela di Malaysia
dalam rangka memberikan penilaian bebas kepada amalan-amalan pengurusan
hutan serta untuk memenuhi permintaan terhadap produk kayu bersijil.
Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC), C-08-05, Blok C, Megan Avenue II, No.12,
Jalan Yap Kwan Seng, 50450, Kuala Lumpur Tel: 03-21612298 Faks: 03-21612293
Laman web: www.mtcc.com.my
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC)
MREPC ditubuhkan pada bulan April 2000 untuk mempromosikan pasaran
getah dan produk getah. Ia adalah selari dengan kedudukan Malaysia sebagai
pembekal terbesar dunia sarung tangan getah asli, nitrile, kateter dan kondom.
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), Blok 2A, Aras 13A-1 Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur Tel: 03-27805888 Faks: 03-27805088
Laman web: www.mrepc.com
Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC)
MFPC ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai sebuah badan korporat yang
diselia di bawah akta Syarikat 1965. Ia bertanggungjawab untuk mempromosi
dan mengembangkan industri perabot Malaysia ke peringkat global.
Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC), Aras 5, Bangunan Getah Asli (Menara), 148
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-21711133 Faks: 03-21711166 Laman
web: www.mfpc.com.my
Malaysia 2014 261
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Majlis perasmian penjara
Seberang Perai, Pulau Pinan
Majlis perasmian penjara Seberang Perai, Pulau Pinang
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Telefon : 03-8886 8000/3000
Faks : 03-8889 1610/1613
Laman Web : www.moha.gov.my
262 Malaysia 2014
MENTERI
YB Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid Bin
Hamidi
TIMBALAN MENTERI
YB Datuk Dr. Wan
Junaidi Bin Tuanku
Jaafar
Inisiatif Perkongsian Pintar antara KDN (Bahagian
NKRA), PDRM dan Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan berkaitan
Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) telah
menerima Geospatial Excellence Award (Kategori
Sector Public Safety) di Geospartial World Forum 2014
di Geneva Switzerland pada 8 Mei 2014... sistem ini
merupakan inovasi kaedah cerapan 14 jenis jenayah
yang sistematik dan real time yang pertama di dunia
digunakan oleh 1300 polis dari 413 Balai Polis dan 218
kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan”
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri
Malaysia 2014 263
PENGENALAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditubuhkan pada 18 Mac 2008 berikutan
rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Ia merupakan gabungan
dua buah kementerian sebelumnya iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
(KKDN) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Perkhidmatan
KDN merangkumi pelaksanaan fungsi operasi dan perkhidmatan sokongan.
Fungsi KDN dirumuskan kepada 10 bidang utama, iaitu Keselamatan dan
Ketenteraman Awam, Hal Ehwal Pendaftaran, Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja
Asing, Pengurusan Pertubuhan, Pertahanan Awam, Anti Dadah, Kawalan
Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kawalan Filem, Pengurusan Sukarelawan serta
Pemulihan dan Pelaksanaan Hukuman. Dalam menjalankan tadbir urus tentang
keselamatan negara dan ketenteraman awam, KDN pada asasnya memberi
penekanan kepada tiga aspek penting, iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan
pemulihan. Pelanggan dan kumpulan sasar KDN bukan sahaja warga negara
tetapi juga bukan warga negara, sama ada yang mendapat taraf pemastautin
tetap, pas atau permit untuk bekerja atau pelancong. Malah, Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI) juga merupakan kumpulan sasaran KDN. Matlamat utama
KDN ialah untuk memelihara dan menjamin keselamatan, keamanan dan
kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Program United Against Crime through Eyes in the Sky
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar melancarkan program United
Against Crime through Eyes in the Sky pada 13 Disember 2013 bertempat di
Perkarangan IPD Shah Alam, Selangor. Program keselamatan ini melibatkan
pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan strategik
yang berisiko berlakunya kejadian jenayah. Inisiatif ini adalah atas kerjasama
Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan
Kesejahteraan Bandar dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).
Melalui program ini sebanyak 500 hingga 1,000 unit CCTV akan dipasang
di seluruh negara. Sebelum ini sebanyak 666 unit CCTV telah dipasang di
kawasan-kawasan berisiko jenayah di Selangor dan ia telah berjaya mencegah
dan mengawal jenayah di negeri itu.
Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah - Sekolah Agama Pertama
dalam Penjara
Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah merupakan sekolah agama pertama
dibuka di penjara. Projek perintis di Penjara Kluang, Johor ini adalah inisiatif
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara untuk membimbing
banduan mendapatkan pendidikan Agama dengan sempurna sebelum
dibebaskan. Menjadi hasrat KDN, dengan pembinaan sekolah ini banduan
264 Malaysia 2014
yang dahulunya masuk ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama kelak
mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi. Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan sekolah tersebut
pada 28 November 2013 dengan diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar
Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.
OPS Cantas Khas
Operasi Cantas atau Ops Cantas dilancarkan Polis Diraja Malaysia pada 17
Ogos 2013 rentetan daripada penghapusan undang-undang Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (OE) pada 2012 yang menyaksikan
peningkatan jenayah kekerasan menggunakan senjata api. Hingga November
2013 sebanyak 66 kes direkodkan di seluruh negara dengan 35 kes daripadanya
menyebabkan sasaran atau mangsa tembakan mati di tempat kejadian. Dalam
tempoh 96 hari Ops Cantas dijalankan ia telah berjaya menurunkan hampir
23 peratus jenayah kekerasan daripada 187 kes kepada 144 kes. Sehingga
November 2013 juga, Polis telah berjaya menahan 36,316 orang dan merampas
951 senjata api. Sebanyak lebih sejuta orang dan 800,000 buah kenderaan
telah diperiksa. Ops Cantas Khas Narkotik selama sebulan yang berakhir 20
Disember 2013 menyaksikan kejayaan polis menangkap lebih 14,000 orang
daripada 14,138 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM30.82 juta dan
membongkar empat makmal haram memproses dadah dengan menangkap
16 orang. Ops Cantas turut berjaya mengurangkan indek jenayah bagi tempoh
Januari hingga Disember 2013 sebanyak 4.3 peratus kepada 147,073 kes
berbanding 153,669 kes pada tahun 2012.
Sambutan Hari Polis ke-206
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Polis ke-206 disambut
dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik. Suasana hening menyelubungi
apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan
pengganas di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota
berkenaan daripada Perdana Menteri. Kelapan-lapan pegawai dan anggota
yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous. Acara
sambutan yang diadakan di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
pada 25 Mac 2013 dimulai dengan perbarisan lintas hormat. Bertemakan
‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ telah mengetengahkan revolusi kepolisan
negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan
keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia. Buat pertama
kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena
sambutan Hari Polis.
Malaysia 2014 265
Latihan menyelamat dan tindakan kecemasan sentiasa
dilakukan bagi meningkatkan kecekapan para anggota JPAM
JPAM terus diperkasa
Usaha menaik taraf perjawatan dan menambah perjawatan baharu adalah
antara langkah yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) dalam usaha memperkasakan jabatan berkenaan. JPAM turut
menambah aset operasi dan logistik, memasang sistem amaran awam, menaik
taraf pejabat operasi daerah, membina menara penyelamat pantai dan membuka
pejabat operasi baharu ke arah menambah kecekapan perkhidmatannya.
Antara projek yang sedang dijalankan ialah pembinaan ibu pejabat Pertahanan
Awam di Sungai Merab, Selangor yang bernilai RM50 juta dan Pusat Latihan
Pertahanan Awam fasa 2 di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta.
Program 6P dihentikan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa
Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin
Yassin bersetuju untuk tidak melanjutkan proses Pemutihan di bawah
Program 6P pada mesyuarat yang diadakan pada 9 Oktober 2013. Program
6P yang bermula pada Oktober 2011 dan tamat pada 10 September 2013
adalah program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing
tanpa izin di Malaysia. Bermula Januari hingga Ogos 2013 sebanyak 27,956
pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam operasi penguatkuasaan.
Sebanyak 12 Depot Tahanan Imigresen ditubuhkan di seluruh negara bagi
menempatkan PATI yang ditahan. Depot-depot tersebut adalah terletak di
Bukit Jalil, Selangor; Juru, Pulau Pinang; Langkap, Perak; Semenyih, Selangor;
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor;
266 Malaysia 2014
Lenggeng, Negeri Sembilan; Machap Umboo, Melaka; Pekan Nanas, Johor;
Ajil, Terengganu; Tanah Merah, Kelantan serta Semuja dan Bekenu di Sarawak.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
JPN bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu
seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan
perceraian. JPN juga bertanggungjawab menentukan taraf kewarganegaraan
dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu iaitu kad pengenalan
berteknologi tinggi atau ‘Smart Card’ untuk memenuhi keperluan keselamatan
dan pembangunan negara.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,
Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, 62551 Putrajaya. Tel: 03-8880
7000. Faks: 03-8880 7059. Laman web: www.jpn.gov.my
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
JPPM bertanggungjawab dalam segala urusan pendaftaran dan pengawasan
bagi semua pertubuhan berdaftar di seluruh negara. Fungsi utama Jabatan
ini adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966,
Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan;
mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan
keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak
negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran
berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), No. 2, Aras 2&3, Blok B, Bangunan
Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, 62542 Putrajaya. Tel: 03-8890
5776/8/9 Faks: 03-8889 3706/3667. Laman web: www.ros.gov.my
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
JIM bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara
Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.
JIM berfungsi mengeluarkan Pasport atau dokumen perjalanan kepada
Warganegara dan Penduduk Tetap, mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada
Warganegara Asing yang memasuki Malaysia, mengawal selia keluar masuk
Warganegara dan Warganegara Asing serta menguatkuasakan Akta Imigresen
1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1996.
Jabatan Imigresen Malaysia, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, (Kementerian
Dalam Negeri), Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550
Putrajaya. Tel: 03-8880 1000. Faks: 03-8880 1200. Laman web: www.imi.gov.my
Malaysia 2014 267
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
PDRM ialah sebuah pasukan keselamatan utama negara yang beribu pejabat di
Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. PDRM bertanggungjawab dari tugas
am kepolisan kepada perisikan, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang
menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan
Pendatang Asing Tanpa Izin. Dasar utama PDRM adalah:
• Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman
• Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia
• Mencegah dan Mengesan Penjenayah
• Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan
• Mengumpul Risikan Keselamatan.
PDRM turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri daripada Polis
Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan
awam dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.
Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2262 6222. Faks: 03-2273 9602. Laman web: www.rmp.gov.my
Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia bertanggungjawab sebagai institusi penahanan
dan pemulihan bagi kumpulan manusia yang bergelar “banduan/tahanan/
juvana”. Penjara adalah tempat pesalah disabitkan hukuman oleh pihak
mahkamah. Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal selia dengan penuh
perasaan perikemanusiaan dan membantu tahanan menjalani kehidupan
yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan
selepas dibebaskan.
Jabatan Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel:
03-8732 8000. Faks: 03-8739 9205. Laman web: www.prison.gov.my
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
AADK merupakan agensi utama yang bertanggungjawab merancang dan
menggerakkan jentera penyelarasan pelaksanaan membanteras gejala dadah
di seluruh negara. Melalui Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004, AADK
bertanggungjawab menentukan usaha-usaha memerangi ancaman dadah
secara terancang, bersepadu dan terarah. AADK juga berusaha keras untuk
mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih
dadah, mencegah penagihan semula, membanteras bekalan, pengedaran dan
penyalahgunaan dadah.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang,
Selangor Tel: 03-89112200 Faks: 03-89262055 Laman web: www.adk.gov.my
268 Malaysia 2014
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
JPAM ialah agensi pertahanan awam yang dahulunya dikenali sebagai JPA3
atau Rescue 991. JPAM berperanan menggubal dasar-dasar yang sesuai
mengenai Pertahanan Awam. JPAM juga mengelola dan menyelenggarakan
Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang
memadai. Di samping itu, JPAM melatih dan mendidik orang ramai mengenai
Pertahanan Awam. JPAM turut mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang
bersesuaian mengikut keadaan semasa. Khidmat Bantuan Kecemasan dan
Talian 999 di seluruh negara disediakan bagi melakukan tugasan menyelamat
dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh negara.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kementerian Dalam Negeri, Jalan Padang
Tembak, 50556 Kuala Lumpur. Tel: 03-26871300. Faks: 03-26923626. Laman web:
www.civildefence.gov.my
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Pasukan Sukarelawan Malaysia telah dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan
dengan menggunakan nama Jabatan Sukarelawan Malaysia bermula Ogos
2013. Sebagai sebuah pasukan sukarela yang membantu memelihara dan
mengekalkan keamanan Negara, RELA dinaikkan taraf bagi memberi peluang
kenaikan pangkat dan menggalakkan penglibatan anggota RELA yang separa
aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti. Rela yang kini dianggotai 2.87
juta ahli di seluruh negara telah melalui era transformasi yang membanggakan
semenjak 2009.
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Aras 7, 8 & 9, Blok D9, 26, Kompleks D, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya. Tel: 03-8870 3760/3770 Faks:
03-8890 5540 Laman web: www.rela.gov.my
Komando VAT69 yang terlibat dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah diberi penghormatan
semasa Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2013
Malaysia 2014 269
KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Majlis Anugerah Persatuan Profesional Pekerja
Filem Malaysia (PROFIMA) 2013
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon : 03-8000 8000
Laman web : www.kkmm.gov.my
270 Malaysia 2014
MENTERI
YB Dato’ Sri Ahmad
Shabery Bin Cheek
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Jailani Bin
Johari
Bagi saya, kita boleh berbangga berbanding negara lain
kerana Malaysia mempunyai cerita kejayaan tersendiri,
terutama dalam menghubungkan rakyatnya melalui
jalur lebar, Internet dan sebagainya yang mana kadar
penembusan kita dari segi mudah alih misalnya, melebihi
jumlah rakyat itu sendiri”
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysia 2014 271
PENGENALAN
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kini dikenali sebagai
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) selaras dengan
penstrukturan semula Kabinet pada 15 Mei 2013 selepas Pilihan Raya Umum
ke-13. Perubahan nama dan portfolio ini menunjukkan keseriusan Kerajaan
dalam memajukan industri kreatif dan multimedia serta mempertingkatkan
infrastruktur komunikasi selaras dengan keperluan kini. Sebanyak sembilan
agensi di bawah sektor kebudayaan dipisahkan dan digabungkan dengan
Kementerian Pelancongan dan dua agensi di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi diletakkan di bawah KKMM.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pameran Ekspo Gaya Hidup Digital (DLE)
DLE 2013 adalah pameran mengenai gaya hidup digital pertama seumpamanya
dianjurkan di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Commtechasia Sdn.
Bhd. Pameran yang berlangsung pada 23 - 25 Ogos 2013 di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Penganjuran DLE bertujuan mempromosi gaya hidup digital
bagi mengadaptasikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Turut
diadakan Anugerah Usahawan Jalur Lebar Cemerlang kepada sekumpulan
usahawan kecil yang berjaya membangun dan melakukan transformasi
terhadap perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan dalam talian
dengan memanfaatkan inisiatif jalur lebar kebangsaan. Penerima anugerah
ialah Kabilah Hassan, Zaidi Awang, Mohd Saiful, Maryanne Low, Zamri Wahid,
Hirai Doshi, Rapeah Hassan dan Noraishah Ariffin.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek melawat Pusat Perkhidmatan
Panggilan Kecemasan (MERS 999) di Menara Telekom Malaysia pada 30 November 2013
272 Malaysia 2014
Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N.)
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan P.K.N.
kepada 227 orang pengamal media massa tempatan yang terlibat membuat
liputan mengenai pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Majlis
penganugerahan telah diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Media pada
2 Ogos 2013 di Seri Perdana, Putrajaya. Pengamal media yang menerima
anugerah ini telah berdaftar dengan Pusat Media Jabatan Penerangan Malaysia
semasa membuat liputan berita sepanjang tempoh krisis dan Operasi Daulat.
Penganugerahan pingat berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap
sumbangan dan bakti pengamal media dalam membantu menyampaikan
maklumat yang telus, tepat dan terkini kepada orang ramai semasa kejadian
pencerobohan tersebut.
ASEAN Senior Officials Meeting Responsible for Information (Mesyuarat
Khas SOMRI-Special SOMRI)
Mesyuarat Khas ASEAN Senior Officials Meeting Responsible for Information
(Mesyuarat Khas SOMRI-Special SOMRI) telah diadakan di Hotel Inter
Continental, Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Ogos 2013. Mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini telah dihadiri oleh 46 orang delegasi
yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dalam bidang media dan
penerangan dari semua negara ASEAN. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Ministers Responsible for Information (AMRI) telah diberi tanggungjawab untuk
menganjurkan Mesyuarat Khas SOMRI buat julung kalinya bagi membincangkan
mengenai penstrukturan semula dan penambahbaikan kepada rangka
kerjasama yang sedia ada bagi AMRI dan SOMRI. Persidangan telah berjaya
mengenalpasti isu, permasalahan dan cabaran dalam bidang penerangan dan
media dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Lawatan ke Silicon Valley
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
mengiringi Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melakukan
lawatan ke wilayah teknologi maklumat, Silicon Valley San Francisco, Amerika
Syarikat pada 23 – 24 September 2013. Lawatan kerja ini bertujuan untuk
merapatkan jurang digital di antara kedua negara dan MDeC selaku peneraju
dalam inisiatif pembangunan ekosistem teknologi dan digital di Malaysia
memainkan peranan penting dalam merancang program-program sepanjang
kunjungan tersebut. Perdana Menteri telah mengumumkan 3 syarikat yang
berstatus MSC Malaysia yang telah berjaya mewujudkan kerjasama dengan
syarikat antarabangsa di bawah program MSC Malaysia Global Footprints.
Kunjungan diteruskan dengan lawatan ke ibu pejabat korporat Twitter. Lawatan
itu juga menyaksikan pertemuan Perdana Menteri bersama ikon teknologi
Malaysia 2014 273
terkenal dunia, Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook. Pertemuan itu
sebahagian dari siri perbincangan peringkat tinggi yang berkisar terhadap
usaha mendekatkan kemudahan internet serta peluang-peluang digital yang
ada untuk rakyat.
Setem peringatan sambutan Hari Malaysia ke-50
Pos Malaysia telah melancarkan Setem Peringatan Sambutan Hari Malaysia ke-
50 yang menggambarkan peta Malaysia berlatar belakangkan bendera Malaysia
serta imej potret Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj pada 16 September 2013. Majlis pelancaran setem berkenaan
disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad
Shabery Cheek pada 18 September 2013 di Kuala Lumpur. Selain setem,
Sampul Surat Hari Pertama sempena menyambut ulang tahun pembentukan
Malaysia ke-50 turut dikeluarkan. Setem ini boleh didapati dalam satu reka
bentuk, berukuran 50mm x 30mm berharga denominasi 60 sen dan dijual pada
harga RM12 setiap helaian mengandungi 20 setem, sementara, sampul Surat
Hari Pertama menampilkan gambar bersejarah majlis pengisytiharan Malaysia
dijual dengan harga 50 sen setiap satu.
SaveME999
Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Telekom Malaysia
Berhad (TM) telah mereka khas aplikasi telefon pintar SaveME999 untuk
kegunaan hampir setengah juta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar
di negara ini terutamanya mereka yang mengalami masalah pendengaran dan
pertuturan bagi membantu mendapatkan perkhidmatan keselamatan. Pada 9
September 2013, aplikasi SaveME999 telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi
dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir Dato’ Azizah
Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
dan Dato’ Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM. Penggunaan aplikasi tersebut
membolehkan golongan OKU berhubung dengan Pusat Panggilan Kecemasan
(PPK) 999 secara terus setelah mereka menyentuh ikon aplikasi SaveMe999
di telefon pintar masing-masing. Sistem PPK akan merakam nama, nombor
telefon, lokasi pemanggil secara automatik dan maklumat akan dihantar ke
agensi bantuan kecemasan melalui sistem bagi menghantar bantuan dengan
segera. Aplikasi ini berupaya mengesan kedudukan lokasi dengan lebih tepat
menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS). Aplikasi percuma ini boleh
dimuat turun secara percuma daripada laman web www.999.gov.my dan boleh
digunakan di seluruh negara serta tidak terhad kepada satu negeri sahaja.
Pelancaran Gabungan Pusat Data Malaysia (MDCA)
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
melancarkan Gabungan Pusat Data Malaysia (MDCA) yang pertama pada
274 Malaysia 2014
28 Oktober 2013 di Kuala Lumpur. Perbadanan Pembangunan Multimedia
(MDeC) berperanan menyelia dan memantau MDCA agar matlamat gabungan
ini tercapai. Pelancaran MDCA adalah selaras dengan matlamat negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab data serantau yang akan menjadi pilihan
utama kepada para pelabur dan usahawan di dalam dan luar negara. Ianya
juga akan meningkatkan penjanaan pendapatan negara di samping memberi
kesan yang positif kepada pembangunan ekonomi dan inovasi di negara ini.
Pemberian insentif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN)
Seramai 11 pengkarya industri kreatif yang aktif menghasilkan program
untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima insentif berjumlah
RM200,235 sebagai insentif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara. Majlis
penyampaian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Dato’ Jailani Johari pada 19 Disember 2013 di Angkasapuri.
Pemilihan individu atau penggiat seni untuk menerima insentif bagi projek yang
dilaksanakan Jabatan Penyiaran dibuat berdasarkan kriteria tertentu yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu
Projek DIKN.
Perhimpunan ‘blogrrr: Blogger Most Wanted’
Pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my, MYNIC Berhad
telah mengadakan perhimpunan besar-besaran dikenali ‘blogrrr: Blogger Most
Wanted’ di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC),
Kuala Lumpur pada 14 Disember 2013. Dianggarkan lebih 1,000 penulis
blog mengambil bahagian dalam program yang julung kali dianjurkan ini.
Penganjuran acara menekankan cara blog yang betul, meningkatkan kredibiliti
penulis blog, keselamatan dalam mengendalikan media sosial dan membentuk
generasi perniagaan melalui blog. Sebanyak 130 blogshop turut mengambil
bahagian dalam program ini dengan menampilkan produk masing-masing
kepada pengunjung. Penganjuran program ini selaras dengan hasrat MYNIC
untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam talian dengan menyediakan
platform untuk mereka membina jaringan perniagaan.
Forumuzik 2013
Forum tahunan berkaitan industri muzik, Forumuzik anjuran Persatuan Industri
Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan
Multimedia diadakan selam dua hari bermula 9 Disember 2013. Forum ini
bertujuan untuk mengetengahkan perkara-perkara penting berhubung industri
muzik tempatan dalam pasaran yang kompetitif, trend semasa dalam teknologi,
penjenamaan dan kandungan media. Forum tersebut diharapkan menjadi satu
platform bagi pemain dalam industri muzik untuk bertukar pendapat supaya
pembangunan industri muzik di negara ini lebih terarah dengan adanya
Malaysia 2014 275
Dasar Industri Muzik yang sedang dirangka oleh kementerian. Forum dua
hari tersebut dihadiri kira-kira 300 peserta terdiri daripada penuntut institusi
pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil daripada agensi pengiklanan,
syarikat telekomunikasi dan beberapa artis tempatan.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Penyiaran Malaysia
Jabatan Penyiaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai Radio Televisyen
Malaysia (RTM) secara rasminya ditubuhkan pada 1946 adalah badan
penyiar rasmi Kerajaan. RTM membangun dan berkembang selaras dengan
perkembangan pesat dalam bidang penyiaran dan peningkatan permintaan
maklumat terutamanya menerusi media baru. Hingga kini RTM yang mempunyai
34 stesen radio dan 4 stesen TV boleh didengar dan ditonton menerusi web
streaming dan mobile streaming.
Jabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri, 50614, Kuala Lumpur Tel: 03-2282 5333
Faks: 03-2282 5103. Laman web: www.rtm.gov.my
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia bertanggungjawab menterjemah dan
memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan
dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan. Tanggungjawab
Jabatan Penerangan mengendalikan kempen-kempen penerangan bermula
sejak penubuhannya pada 24 September 1945. Tanggungjawab terkini
jabatan ini ialah menjayakan Gagasan 1Malaysia dan membina negara bangsa
berteraskan Rukun Negara.
Jabatan Penerangan Malaysia, Tingkat 5, 9-16 & 18, Kompleks KKMM, Lot 4G9,
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8911 3440 Faks: 03-8911 4957
Laman web: www.penerangan.gov.my
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
JASA berperanan dalam mengatur rancangan dan melaksanakan strategi,
program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin
negara. Selain itu, jabatan ini turut dipertanggungjawabkan menangkis dakyah,
fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstremis agama dalam kalangan
rakyat selain menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi
gelombang globalisasi dan teknologi maklumat. Jabatan ini juga turut membuat
analisa pola dan sikap pengundi sebelum, semasa dan selepas pilihan raya
di samping menjalankan penyelidikan dan menyediakan isu-isu sosio politik
dan agama. Tidak ketinggalan, jabatan ini akan mengenal pasti dan memantau
setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.
276 Malaysia 2014
Jabatan Hal Ehwal Khas, Tingkat 3-6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit
Perdana, Jalan Dato’ Onn, 50610, Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 7152/7160/7164/7166
Laman web: www.jasa.gov.my
Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
IPPTAR berperanan untuk merancang dan menyediakan program latihan
untuk warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah KKMM selaras dengan
keperluan semasa. Selain itu, IPPTAR turut menjalankan penilaian program
latihan bagi mengukur dan meningkatkan kualiti latihan dengan bekerjasama
dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara dalam bidang latihan penyiaran,
perfileman dan komunikasi korporat. Ia juga menyediakan infrastruktur dan
khidmat sokongan selaras dengan keperluan latihan.
Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Peti Surat 1199, Jalan
Pantai Baharu, 59700, Kuala Lumpur. Tel: 03-2295 7555 Faks: 03-2295 7575/03-2282
4796 Laman web: www.ipptar.gov.my
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia ditubuhkan pada 16 Mei 2011.
Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawal selia pemprosesan
data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna
data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak-pihak yang
berkepentingan. Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi
mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau
pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara
transaksi komersial adalah termaktub di bawah Akta Perlindungan Data
Peribadi (APDP) ini.
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia, Aras 6, Kompleks KKMM, Lot 4G9,
Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan, 62100 Putrajaya Tel:
03-8911 5000 Faks: 03-8911 7959 Laman web: www.pdp.gov.my
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Bagi menjana perkembangan dan memperkasakan industri filem dan industri
kreatif tempatan, FINAS dan Filem Negara Malaysia digabungkan selaraskan
dengan pengubalan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan) 2012. Akta yang diwartakan pada 2013 adalah bagi mewujudkan
satu perbadanan perfileman yang tunggal agar pengendalian urusan perfileman
dan pengisian industri kreatif Negara dapat dilaksanakan secara strategik,
bermanfaat dan produktif selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Hulu Kelang, 68000, Ampang, Selangor. Tel: 03-4104 1300 Faks: 03-4107 5216
Laman web: www.finas.gov.my
Malaysia 2014 277
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
BERNAMA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967, berfungsi mencari dan
melaporkan berita-berita terkini yang benar dan saksama. Ia berperanan
sebagai sumber yang membekalkan berita-berita terkini dan boleh dipercayai
untuk akhbar, stesen-stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan internet.
Selain itu, BERNAMA turut menyediakan pelbagai produk perkhidmatan berita
dan maklumat kewangan tepat-masa menerusi pelbagai platform sejajar
dengan perkembangan teknologi serta menyalurkan perkhidmatan berita dan
maklumatnya secara terus kepada orang ramai seperti di laman web, radio,
televisyen dan telefon bimbit.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Wisma BERNAMA, No. 28, Jalan
1/65A Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur. Tel: 03-26939933 Faks: 03-2698
1102/03-26913972 Laman web: www.bernama.com
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan
mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi
dan multimedia. Antara fungsi SKMM termasuk pengeluaran lesen, mengawal
selia perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen, memantau taraf
perkhidmatan dan standard kemudahan rangkaian, mempromosi persaingan,
mendorong perluasan khidmat pos dan mengawal selia kadar pos, dan
memantau dan penyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan dalam bidang
tandatangan digital.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, Selangor Tel: 03-8688 8000 Faks: 03-8688 1000 Laman web:
www.skmm.gov.my
Telekom Malaysia
Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terbesar dan
terunggul di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Operasinya dikawalselia oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC) ini memainkan peranan penting membangunkan infrastruktur komunikasi
negara di samping menawarkan perkhidmatan terasnya iaitu talian tetap dan
talian mudah alih bagi telefon dan juga internet yang terbaik.
Telekom Malaysia Berhad, Aras 51, Bahagian Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu,
50672 Kuala Lumpur Tel: 03-2240 1221 Faks: 03-2283 2415. Laman web: www.
tm.com.my
Pos Malaysia Berhad
Pos Malaysia Berhad pernah dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos
adalah organisasi yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
278 Malaysia 2014
Multimedia Malaysia. Pos Malaysia kini mengorak langkah daripada penyedia
perkhidmatan pos ke arah menjadi pembekal komunikasi yang dinamik,
perkhidmatan kewangan dan penyelesaian rantaian bekalan. Ia melangkah
ke hadapan, untuk terus mengubah dan memperbaharui kemampuannya
untuk mengekalkan kerelevanannya dan daya saing serta meneruskan
kemampuannya untuk menghubungkan rakyat Malaysia ke serata dunia.
Pos Malaysia Berhad, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2274 1122. Faks: 03-2274 5951. Laman web: www.pos.com.my
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC)
Penstrukturan Kabinet 2013 telah meletakkan MDeC di bawah Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam usaha memantapkan pembangunan
industri multimedia dan ICT negara. MDeC berperanan menasihatkan Kerajaan
Malaysia berhubung perundangan dan polisi ICT, membangunkan MSC
Malaysia sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan menetapkan piawaian
penemuan baru bagi ICT dan operasi multimedia. MDeC turut mempromosi
MSC Malaysia di peringkat tempatan dan global, selain menyokong syarikat
yang berada dalam lingkungan lokasi MSC Malaysia. MDeC bekerja rapat
dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan bagi memastikan MSC Malaysia
menawarkan persekitaran bersesuaian bagi syarikat untuk meneroka potensi
ICT dan teknologi multimedia secara optimum.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), MSC Malaysia Headquarters, 2360
Persiapan APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8315 3000
Fax: 03-8318 8518 Laman web: www.mdec.com.my
MYNIC Berhad (MYNIC)
MYNIC yang sebelum ini dikenali sebagai .my DOMAIN REGISTRY adalah
agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kemudian
diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
selepas pembentukan Kabinet baharu pada 15 Mei 2013. MYNIC memberi
perkhidmatan pendaftaran nama unik domain kepada individu dan organisasi
mengikut kategori .my, .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .edu.my, .mil.
my, dan .name.my. MYNIC bertanggungjawab dalam membangunkan dasar
domain peringkat tertinggi dan sentiasa di barisan hadapan dalam teknologi
nama domain serta menjalankan projek-projek penyelidikan berkaitan dengan
bidangnya.
MYNIC, Aras 3, Blok C, Mines Waterfront Business Park, No.3, Jalan Tasik, Mines
Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8991 7272. Faks:
03-8991 7277. Laman web: www.mynic.my
Malaysia 2014 279
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013
Blok E1, E3, E6, E7 dan E10 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8888 6187
Laman Web : www.moh.gov.my
280 Malaysia 2014
MENTERI
YB Datuk Seri Dr.
S.Subramaniam
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Seri Dr. Hilmi
Bin Haji Yahaya
Bagi mempermudahkan komuniti dalam melaksanakan
aktiviti pengurangan tempat pembiakan Aedes dan
pencegahan denggi, KKM akan mengusahakan supaya
bahan Temephos dan repellent mudah diperolehi oleh
komuniti melalui jualan di stesen minyak, pasaraya dan
kedai runcit 24 jam. Temephos merupakan produk
untuk membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes di
takungan air yang kekal dan tidak boleh dimusnahkan
manakala repellent pula merupakan produk pelindung
diri untuk mencegah dari gigitan nyamuk”
Dato’ Seri Dr. S. Subramaniam
Menteri Kesihatan Malaysia
Malaysia 2014 281
PENGENALAN
Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat bagi merangsang serta memudahkan rakyat untuk
mencapai sepenuhnya kemampuan mereka dalam kesihatan, menghargai
kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil sikap positif bagi
meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan untuk menikmati kualiti
hidup yang lebih bermutu.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah diadakan
pada 29 Ogos 2013. Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin
Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan
kompleks tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
S. Subramaniam.
Anugerah Media Kesihatan 2013
Majlis Anugerah Media Kesihatan telah diadakan pada 30 Ogos 2013 di
Damansara Utama, Selangor. Sebanyak lima kategori dipertandingan dan
disertai oleh pelbagai agensi media. Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik
bagi kategori akhbar Inggeris, Tamil dan Cina dimenangi wartawan Selvayoga
M. Selvaratnam (The Star), M. S. Malaiyandi (Malaysia Nanban) dan Thong Siew
Li serta Chong Lee Choo (Guang Ming Daily). Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah,
wartawan Utusan Karya Sdn. Bhd. memenangi kategori akhbar bahasa Melayu.
Sementara itu, wartawan BERNAMA Radio 24, Norindah Khairi memenangi
Anugerah Program Kesihatan Terbaik kategori radio manakala wartawan TV3,
Nurulhuda Abd. Aziz pula memenangi Anugerah Kewartawanan Kesihatan
Terbaik bagi kategori televisyen. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri
Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya. Turut hadir, Ketua Setiausaha
Kementerian, Datuk Farida Mohd. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk
Chamil Wariya merangkap Ketua Juri. Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Hilmi
Haji Yahaya juga turut melancarkan Buku Garis Panduan Tempat Kerja Bebas
Asap Rokok.
Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013
Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013 diadakan pada 5 Oktober 2013
di Laman 1Malaysia, Presint 2 Putrajaya. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
senamrobik, walkathon bermesej, fun hunt, pameran pendermaan organ,
pendermaan darah dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan untuk menarik
minat orang ramai mendapat kesedaran tentang pentingnya pendermaan organ.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian
282 Malaysia 2014
Antara peserta yang menyertai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013 di Putrajaya
pada 5 Oktober 2013
Kesihatan Malaysia. Turut hadir pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran
Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye dan ikon-
ikon Pendermaan Organ.
Forum Serantau Menteri Mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan Ketiga
Forum ini telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Menteri dan Timbalan
Menteri yang memegang portfolio kesihatan dan alam sekitar dari Brunei,
Cambodia, China, Indonesia, Jepun, Laos, Mongolia, Myanmar, Filipina, Korea
Selatan, Singapura, Thailand dan Vietnam merupakan ahli kepada forum yang
diadakan selama 3 hari bermula 9 - 11 September 2013. Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya menyatakan langkah-
langkah yang boleh diambil bagi memelihara kesihatan alam sekitar dalam
perancangan pembangunan iaitu menganalisis hubungan antara kesihatan
alam sekitar dan pembangunan; mengutamakan isu kesihatan alam sekitar
dalam objektif pembangunan yang lebih besar dan menilai mandat institusi,
kapasiti, peraturan, belanjawan dan penguatkuasaan berhubung kesihatan
dan alam sekitar.
Sambutan Hari AIDS Sedunia 2013
Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan telah disambut pada
2 Disember 2013 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak,
Terengganu. Sambutan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor selaku Penaung Yayasan AIDS Malaysia.
Malaysia 2014 283
Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian
Kementerian Kesihatan setelah dianugerahkan United Nation Malaysia Award
2013 atas usahanya menurunkan kadar jangkitan HIV di negara ini. Anugerah
yang merupakan satu pengiktirafan antarabangsa diterima pada 24 Oktober
2013, berdasarkan kejayaan kementerian mencapai Matlamat Pembangunan
Milennium Kelima dan juga Keenam. Matlamat Pembangunan Milennium Kelima
adalah berkaitan kematian ibu manakala Matlamat Keenam mempunyai kaitan
dengan penyakit berjangkit terutama HIV/AIDS dan Malaria. Turut hadir, isteri
Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Speaker Dewan
Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr. Hilmi Yahaya; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Farida Mohd. Ali
dan Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Anwa Sulaiman.
Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Yayasan AIDS Malaysia
menyempurnakan Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan
yang disambut pada 2 Disember 2013 di Stadium Tertutup Kompleks
Sukan Negeri di Gong Badak, Terengganu
284 Malaysia 2014
Hari Penglihatan Sedunia 2013
Hari Penglihatan Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Alor
Setar, Kedah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat menyempurnakan sambutan
tersebut. Hadir sama adalah Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri
Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul
Urus Mat Zain. Hari Penglihatan Sedunia disambut pada hari Khamis kedua
dalam bulan Oktober setiap tahun sejak 1999. Ia bagi meningkatkan kesedaran
dan menumpukan perhatian tentang masalah kebutaan dan kecacatan
penglihatan di seluruh dunia. Sambutan tahun ini bertemakan ‘Kesihatan Mata
Menyeluruh’.
Klinik Kesihatan
• Pada akhir 2012, Kementerian Kesihatan mempunyai 1,025 klinik kesihatan
dan 1,831 klinik desa yang menyediakan perkhidmatan kesihatan primer
yang komprehensif meliputi perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan
rehabilitatif dengan sebanyak 40 juta kedatangan setahun.
• Setakat 30 September 2013, secara kumulatif 238 Klinik 1Malaysia telah
beroperasi dengan kedatangan kumulatif sebanyak 9 juta (semenjak 2010).
Untuk tahun 2013 sahaja, kedatangan pesakit ialah sebanyak 3 juta orang.
• Meningkatkan penempatan pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia yang
sibuk dan mempunyai kedatangan melebihi 100 pesakit sehari. Setakat
30 September 2013, terdapat 22 Klinik 1Malaysia yang telah ditempatkan
doktor.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Kesihatan Negeri
Setiap negeri di Malaysia kecuali di Putrajaya mempunyai Jabatan Kesihatan
Negeri masing-masing termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
Pusat Darah Negara
Pusat Darah Negara bertindak sebagai badan penasihat kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam menggariskan polisi dan garis panduan berkaitan
dengan Perkhidmatan Transfusi Darah Kebangsaan.
Institut Kesihatan Umum
Institut Kesihatan Umum merupakan sebuah institut latihan dan penyelidikan
kesihatan yang cemerlang dan penting. Institut ini ditubuhkan pada tahun 1966
bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan negara.
Malaysia 2014 285
Bahagian-Bahagian
• Pengurusan
• Kewangan
• Kesihatan Awam
• Kesihatan Pergigian
• Perubatan
• Penyelidikan & Sokongan Teknikal
• Perkhidmatan Farmasi
• Keselamatan dan kualiti makanan
Hospital
• Hospital Kerajaan
• Hospital dan Klinik Swasta
Institusi
• Pusat Kawalan Kusta Negara
• Institut Kesihatan Umum
• Institut Penyelidikan Perubatan
• Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan
• Institut Pengurusan Kesihatan
• Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
• Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan
• Institut Kebangsaan Produk Asli dan Vaksinologi (IKPAV)
• Pusat Darah Negara
• Institut Perubatan Respiratori
Pejabat Kesihatan Daerah
Kolej
• Kolej Kejururawatan
• Kolej Jururawat Masyarakat
• Kolej Latihan Pergigian Pulau Pinang
• Kolej Jurupulih Anggota (Fisioterapi)
• Kolej Pembantu Farmasi
• Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
• Kolej Radiografi dan Radioterapi
• Kolej Kesihatan Awam
• Kolej Pembantu Perubatan
Klinik
• Klinik Kesihatan Kerajaan
• Klinik Pergigian Kerajaan
286 Malaysia 2014
• Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak
• Klinik 1Malaysia
• Klinik Bergerak 1Malaysia
• Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia
• Bot Klinik Bergerak
Makmal
• Makmal Kesihatan Awam (MKA)
Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed
Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
berkenan berangkat merasmikan Kompleks Jabatan
Kesihatan Negeri Perlis pada 29 Ogos 2013
Malaysia 2014 287
KEMENTERIAN PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI
Pelancaran Pasar Bergerak 1 Malaysia,
27 Februari 2013
Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 Putrajaya
Telefon : 03-8870 1200/1400
Faks : 03-8888 6906
Laman Web : www.moa.gov.my
288 Malaysia 2014