The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fauziah Gee, 2020-12-06 06:31:24

MALAYSIA 2014

Hbec_2303publication

JENTERA PENTADBIRAN DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN

Sebelum penyusunan semula kerajaan tempatan, wujud enam jenis penguasa
tempatan di Malaysia iaitu:
1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2) Majlis Perbandaran
3) Majlis Bandaran
4) Lembaga Bandaran
5) Majlis Tempatan
6) Majlis Luar Bandar

Empat jenis pihak berkuasa tempatan diwujudkan selepas penyusunan semula
iaitu:

1) Dewan Bandaraya bagi bandar-bandar besar;
2) Majlis Perbandaran bagi bandar-bandar sederhana;
3) Majlis Tempatan bagi pekan-pekan dan kampung-kampung baru; dan
4) Majlis Daerah bagi kawasan luar bandar.

Kerajaan tempatan dibentuk untuk memberi peluang kepada penduduk
tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang
mereka diami. Peranannya melibatkan perancangan bandar, kerja raya,
kemudahan-kemudahan awam, kesihatan awam dan perumahan awam.
Kuasa utama yang terpenting bagi kerajaan tempatan ialah :
1) Kuasa untuk mengadakan undang-undang kecil;
2) Mengutip cukai, kadar sewa dan lain-lain;
3) Kuasa untuk mengadakan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan

yang terletak dalam kawalannya sendiri.

Malaysia 2014 89

90 Malaysia 2014

Bab 4

PENCAPAIAN
DAN

PERISTIWA
PENTING
NEGARA

Pelancaran Pusat Inovasi dan Kreativiti
Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya

pada 27 April 2014

Malaysia 2014 91

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV TUANKU
ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tahun 2013
Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke-86 disambut pada
1 Jun 2013. Acara sambutan dimulai dengan Majlis Tahlil dan doa selamat
di Masjid Negara pada 30 Mei 2013 diikuti persembahan 25 biji kek khas
daripada pelbagai pihak termasuk hotel-hotel terkemuka negara. Upacara
rasmi sambutan iaitu Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah
Kebesaran Persekutuan telah memperlihatkan seramai 1,640 orang penerima
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2013. Istiadat
Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dataran Merdeka
pada 8 Jun 2013 sebagai istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

Perasmian Pembukaan Sidang Parlimen ke-13
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat bagi penggal pertama
Parlimen ke-13 pada 25 Jun 2013. Berikutan kejadian jerebu upacara
pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran
Parlimen digantikan dengan sembah ‘Hormat Diraja’ yang diadakan di
Banquet. Seri Paduka Baginda bertitah dalam ucapan perasmiannya menyeru
kepada semua Ahli Dewan yang telah mendapat mandat daripada rakyat agar
berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara. Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri,
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, menteri-
menteri Kabinet serta perwakilan asing. Perasmian pembukaan sidang Dewan
Rakyat bagi penggal kedua Parlimen ke-13 pula adalah pada 10 Mac 2014.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat menghadiri ketiga-
tiga Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tahun 2013. Mesyuarat Majlis Raja-Raja
ke-231 berlangsung pada 27 – 28 Februari 2013 dan ia dipengerusikan oleh
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Mesyuarat bagi kali ke-232 berlangsung
pada 26 – 27 Jun 2013 dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail. Manakala, Mesyuarat bagi kali ke-233 pula berlangsung
pada 30 – 31 Oktober 2013 dan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah. Kesemua Mesyuarat dihadiri oleh semua Raja Melayu
atau wakil masing-masing dan kesemua Yang Dipertua Negeri.

92 Malaysia 2014

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Hajah Haminah tersentuh hati melihat persembahan
pantomin khas bertajuk ‘Lahad Datu Berdarah’
sempena sambutan Hari Pahlawan 2013

Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2013
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli hadir ke istiadat
Hari Pahlawan pada 31 Julai 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Persembahan pentomen khas ‘Lahad Datu Berdarah’ gabungan PDRM dan
ATM yang mengisahkan insiden pencerobohan berdarah pengganas Sulu di
Lahad Datu, Sabah antara pengisian acara sambutan yang menambat hati
penonton di samping persembahan bacaan sajak dan perbarisan. Sebelum
itu, Yang di-Pertuan Agong berangkat ke majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan doa
selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara pada 30 Julai 2013.

Kunjungan Hormat Pembesar Negara Asing
Sepanjang 2013, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong menerima kunjungan hormat pemimpin-
pemimpin negara asing dalam meningkatkan hubungan dua hala. Antaranya
ialah kunjungan hormat daripada Presiden Singapura Dr. Tony Tan Keng Yam
dan isteri, Mary Chee Bee Kiang di Istana Negara pada 18 September 2013.
Semasa jamuan negara bagi meraikan Presiden Singapura yang dalam rangka
lawatan ke Malaysia bermula 17 hingga 19 September 2013, baginda bertitah
agar kedua-dua negara terus mendalamkan kerjasama dalam pelbagai aspek
demi faedah bersama dan serantau.

Malaysia 2014 93

Sementara itu, pada 4 Oktober 2013, Presiden China, Xi Jinping bersama
isteri, Peng Liyuan telah diberi sambutan rasmi di Parlimen Malaysia sempena
lawatan rasmi beliau yang pertama ke Malaysia selepas dilantik sebagai
Presiden China pada Mac 2013. Ketibaan Presiden China itu disambut Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta
pemimpin tertinggi negara. Seri Paduka Baginda turut menerima mengadap
Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa yang juga
merupakan Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain semasa baginda
melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada 22-24 Mac 2013. Antara pemimpin
lain yang melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong adalah
Raja Swaziland, Raja Mswati III semasa dalam lawatan kerja ke Malaysia pada
2 – 6 Julai 2013 dan Presiden Filipina, Presiden Benigno S.Aquino III pada 28
Februari 2014.
Lawatan ke Luar Negara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong berangkat melakukan lawatan negara selama tiga hari ke
Thailand bermula 2 hingga 5 September 2013.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong menerima kunjungan hormat daripada
Presiden Singapura Dr. Tony Tan Keng Yam dan isteri, Mary
Chee Bee Kiang di Istana Negara pada 18 September 2013

94 Malaysia 2014

Ini merupakan lawatan kali ketiga baginda ke negara anggota ASEAN selepas
Indonesia dan Brunei pada 2012, sejak ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong
buat kali kedua. Semasa lawatan tersebut, Raja Thailand, Raja Bhumibol
Adulyadej mengurniakan darjah kebesaran ’The Knight of the Most Ilustrious
Order of the Royal House of Chakri (Thailand)’ kepada Seri Paduka Baginda
manakala darjah kebesaran ’Knight Grand Cross (First Class) of the Most
Ilustrious Order of the Chula Chom Klao (Thailand)’ kepada Raja Permaisuri
Agong.

Selepas Thailand, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat
ke Vietnam pada 5 September 2013 bagi memulakan lawatan Negara selama
empat hari. Ini merupakan lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke Vietnam
selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Lawatan ini
bagi meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur-
Hanoi yang terjalin bermula pada 30 Mac 1973. Seri Paduka Baginda berdua
turut melakukan lawatan balas ke Singapura pada 29 April – 2 Mei 2014 atas
jemputan Presiden H.E. Dr. Tony Tan Keng Yam. Lawatan tersebut dilihat
menambah keakraban hubungan kedua-dua negara.

ACARA-ACARA PERINGKAT NASIONAL

Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56
Acara Perbarisan dan Perarakan yang berlangsung di Dataran Merdeka bermula
seawal pukul 7.00 pagi adalah acara kemuncak Sambutan Ulang Tahun Hari
Kemerdekaan ke-56. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat
untuk memeriahkan acara bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin
tertinggi negara. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, persembahan kali
ini banyak menekankan unsur-unsur patriotisme dan semangat juang selaras
dengan tema sambutan ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’.
Persembahan dibahagi kepada empat segmen iaitu Malaysia Tanah Airku,
Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan
Bersama dan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Sambutan
kali ini turut memberi penghormatan kepada 400 anggota pelbagai pangkat
daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam Ops Daulat di
Lahad Datu Sabah. Waris dan ahli keluarga anggota yang terkorban dalam
operasi berkenaan iaitu seramai 20 orang juga diberi penghormatan sebagai
tetamu kenamaan.

Malaysia 2014 95

Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56 dengan tema
‘Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku’

Seramai 15,280 peserta dari 56 kontinjen menyertai persembahan termasuk
300 aset kesiap siaga negara dipertontonkan bagi membuktikan kepada rakyat
bahawa keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Perayaan Hari Malaysia ke-50
Padang Merdeka, Kuching, Sarawak menjadi saksi kepada sambutan Jubli
Emas Perayaan Hari Malaysia yang ke-50 pada pagi 16 September 2013.
Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Malaysia
Ke-50 Peringkat Kebangsaan diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Sebanyak
65 kontinjen, 12 pancaragam dan 11 jenis kumpulan pelbagai kenderaan
udara dan darat terlibat dalam persembahan dan perbarisan. Persembahan
kebudayaan turut melibatkan 1,500 peserta. Buat pertama kalinya Sambutan
Hari Malaysia diraikan pada hari yang sama antara Sabah dan Sarawak. Sabah
yang meraikan sambutan yang dikenali sebagai ‘Perayaan 50 Tahun Sabah
Maju Jaya Dalam Malaysia’ dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak pada malam 16 September 2013. Seramai 1,500
peserta memeriahkan majlis dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan.

96 Malaysia 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 24 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M
Seramai 13,000 peserta mewakili pelbagai agensi menyertai perarakan
sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2013 yang bermula
di Presint 2 dan berakhir di Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Januari 2013.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli hadir merasmikan majlis yang
bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Seramai sembilan orang
tokoh telah dipilih untuk menerima anugerah sempena sambutan tahun ini.
Dato’ Sri Haji Anis bin Haji Abot, Mantan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak
dan Mantan Mufti Negeri Sarawak merupakan Penerima Anugerah Perdana
Maulidur Rasul 2013. Penerima-penerima lain adalah Dato’ Haji Nooh bin
Gadut, Tan Sri Mohd. Zaman Khan@Hassan bin Rahim Khan, Prof. Emeritus
Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, Tuan Haji Mohd. Bakir bin Haji
Mansor, Tuan Haji Che Wan Alias bin Che Wan Abdullah, Prof. Madya Dr.
Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah, Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah dan
Khairunnisaq binti Khairuddin.

Sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Kebangsaan
telah diadakan pada 5 November 2013 bertempat di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Malaysia 2014 97

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan
berangkat merasmikan majlis sambutan. Turut hadir dalam majlis tersebut
adalah Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isteri,
Menteri-menteri Kabinet, dif-dif Jemputan serta Duta dan perwakilan negara
luar. ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ sekali lagi dipilih sebagai tema
sambutan bagi menggambarkan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat
pelbagai kepercayaan di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang
unggul selaras dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian kaum, bangsa
dan kepercayaan. Brigadier Jeneral, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Hj.
Zainal Abidin (B), mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dinobatkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan manakala Dr. Zakir Abdul
Karim Naik dari India dinobatkan sebagai tokoh Peringkat Antarabangsa tahun
1435H/2013M.

Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Buat julung-julung kalinya sejak lebih 20 tahun, Kelantan dipilih menjadi tuan
rumah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 yang berlangsung
pada 10 – 14 Jun 2013. Seramai 14 orang qari dan 15 orang qariah mengambil
bahagian dalam pertandingan yang dimenangi oleh Anuar bin Hasin dari
Perak dan Hanimzah binti Hj. Jalaluddin dari Pahang. Kedua-dua pemenang
kemudiannya mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa ke-
55 yang berlangsung pada 29 Jun hingga 6 Julai 2013 di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang. Qari dari
Indonesia, Dasrizal bin Marah Nainin dan qariah dari Maghribi, Hajar Boussaq
menjadi johan pertandingan dan membawa pulang kepingan emas dengan nilai
anggaran RM70,000.00 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPEIM) di samping wang tunai RM40,000.00, sebuah piala iringan,
cenderamata dan sijil. Qari dan Qariah Malaysia masing-masing menduduki
tempat ketiga dan kedua.

Anugerah Sukan Negara 2013
Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dan ratu skuasy Datuk Nicol Ann
David dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2013 pada
Majlis Anugerah Sukan Negara yang berlangsung pada 19 Mei 2014 di Stadium
Juara, Bukit Kiara. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin. Penganugerahan kepada Sazali berdasarkan
pencapaian cemerlang sepanjang 2013 dengan mempertahankan gelaran Mr
Universe buat kali kelima berturut-turut dan kali kesembilan bagi dirinya. Datuk
Nicol pula mengungguli penganugerahan ini buat kali kesembilan atas kejayaan
pada 2013 dengan meraih tujuh kejuaraan daripada sepuluh kejohanan,

98 Malaysia 2014

termasuk dua gelaran naib juara dan satu aksi separuh akhir iaitu pada Terbuka
Kuala Lumpur.

Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2013:

• Olahragawan Kebangsaan - Sazali Samad (Bina Badan)
• Olahragawati Kebangsaan - Datuk Nicol Ann David (Skuasy)
• Pasukan Lelaki Kebangsaan - Hoki

• Pasukan Wanita Kebangsaan - Renang (Pandelela Rinong/
Leong Mun Yee)

• Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Muhammad Ziyad Zolkefli
(Olahraga)

• Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hemala Devi Enikutty (Olahraga)

• Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Muhammada Dharma Raj
Abdullah (Hoki)

• Anugerah Kepimpinan Sukan - Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor –
Golf

• Anugerah Khas - Allahyarham Mohd Nazar Abdul
Rahim, Moe Chin Kiat (Olahraga,

Badminton)

TRANSFORMASI PENTADBIRAN NEGARA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Pelan strategik PPPM 2013-2025 yang bersifat komprehensif dan holistik telah
dirangka bagi melonjak sistem pendidikan Negara bagi tempoh 13 tahun akan
datang. Ia bermatlamat melahirkan pelajar yang mampu bersaing di negara
sendiri malah berdiri selesa di peringkat antarabangsa. Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin telah
melancarkan pelan tersebut pada 6 September 2013 di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (KLCC). PPPM bersandarkan kepada tiga aspek penting
iaitu aspirasi sistem, aspirasi murid dan 11 anjakan yang dirangka khusus.
Pelaksanaannya mengikut sistem gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015),
Gelombang 2 (2016-2020) dan Gelombang 3 (2021-2025). Setiap gelombang
mempunyai inisiatif serta matlamat khusus yang perlu dicapai namun ia bersifat
fleksibel bagi memenuhi keperluan yang mendesak pada sesuatu masa.

Intipati PPPM 2013-2025
• Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam

kalangan kanak-kanak daripada peringkat prasekolah hingga ke peringat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

Malaysia 2014 99

• Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik
dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.

• Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar,
tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus
menjelang 2020.

• Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh
lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

• Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
• Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan

perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan
perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
• Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun
bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan
yang disasarkan.
• Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi
mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran
kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.
• Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa
memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.
• Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk
pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus
daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
• Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan
dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu
pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan
yang ditawarkan.
• Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid
kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang
mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
• Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib
lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
• Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan
supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.

100 Malaysia 2014

• Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi
memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar,
selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol,
Perancis dan Jepun.

• Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri
dalam kalangan graduan 30 peratus teratas.

• Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran
supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi
teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan
kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang
khusus di peringkat sekolah.

• Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula
dengan Sabah dan Sarawak.

• Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025
dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO)
yang berpotensi sebagai penaja.

• Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang
perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.

• Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang
pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan
2025.

Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013
Tahun 2013 adalah tahun pertama fasa kedua Program Transformasi Kerajaan
atau GTP 2.0 (2013-2015). Walaupun berdepan cabaran dan jangkaan yang
lebih besar, GTP 2.0 telah berjaya mencapai 104 peratus berbanding sasaran
keseluruhan pada 2013 dengan keberhasilan ketara dalam pengupayaan
ekonomi rakyat. Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
semasa membentangkan laporan tahunan GTP pada 12 Mei 2014, menyatakan
bahawa piawaian yang tinggi telah diletakkan dalam GTP 2.0 berbanding
GTP 1.0. Peletakan sasaran di luar kelaziman ini membolehkan kerajaan
terus mencipta kejayaan, di samping mengekalkan momentum transformasi
terutama dalam ketujuh-tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

• NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat
Pada tahun 2013, Kerajaan terus memberi pelbagai bantuan kepada rakyat

bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup terutamanya kepada golongan
mudah terjejas. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan kepada isi
rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dengan bantuan
tunai sebanyak RM500. Bantuan ini diperluaskan kepada individu bujang
berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan kurang RM2 ribu
sebulan dengan pemberian bantuan tunai RM250. Peruntukan keseluruhan

Malaysia 2014 101

sebanyak RM2.9 bilion dinikmati lebih 4.8 juta isi rumah dan 2 juta individu
bujang pada 2013. Pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100
kepada 5.2 juta murid sekolah rendah dan menengah turut diteruskan pada
2013. Manakala, nilai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah ditingkatkan
daripada RM200 kepada RM250 telah memberi manfaat kepada 1.2 juta
pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi terus membantu
meringankan beban perbelanjaan isi rumah, Kedai Rakyat 1Malaysia
(KR1M) yang menawarkan pelbagai produk dengan harga yang lebih rendah
berbanding pasaran, ditambah sebanyak 40 buah pada 2013 menjadi 125
buah KR1M keseluruhannya. Malah harga barangan KR1M adalah sama
antara Semenanjung and Malaysia Timur. Sejumlah 70 Klinik 1Malaysia
(K1M) telah dibuka dan beroperasi pada 2013 dan menjadikan jumlah
keseluruhan sebanyak 238 buah sejak tahun 2010. K1M telah memberikan
rawatan kepada 9.2 juta pesakit sejak pelaksanaannya. Program Menu
Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang turut menerima sambutan, mendapat
penambahan sebanyak 1,110 pengendali makanan pada 2013 menjadikan
jumlah keseluruhan peserta MR1M seluruh negara adalah sebanyak 4 ribu
kedai.

• NKRA Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar
NKRA yang dahulunya dikenali sebagai NKRA Meningkatkan Infrastruktur

Asas Luar Bandar ternyata telah berjaya memperkukuhkan kedudukan
kewangan terutamanya dan mempertingkatkan kehidupan penduduk luar
bandar secara keseluruhan. NKRA Pembangunan Luar Bandar yang beralih
daripada memfokus kepada penyediaan infrastruktur asas dalam GTP 1.0

102 Malaysia 2014

kepada program Kampung Abad ke-21 dalam GTP 2.0, telah mencapai
120 peratus sasaran pelaksanaan infrastruktur pada tahun 2013. Halangan
kekurangan peruntukan, kontraktor yang tidak cekap, kekurangan bekalan
bahan binaan dan isu-isu logistik berjaya ditangani secara berkesan.
Pencapaian NKRA - sebanyak 11,021 buah rumah luar bandar dibina dan
dibaik pulih; 31,004 isi rumah luar bandar disambungkan dengan bekalan
air bersih; 19,996 isi rumah luar bandar disambungkan dengan bekalan
elektrik; 1,241km jalan raya luar bandar diselenggarakan; Memajukan dan
menyelenggara ladang moden bersama kerajaan negeri di bawah Program
Rimbunan Kasih serta memperluaskan aktiviti ekonomi koperasi kampung
melibatkan 25 buah kampung; dan menggalakkan penyertaan lebih ramai
belia menerusi Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar.

• NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar
Pada 2013 jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam

telah meningkat kepada 21 peratus pada waktu puncak pagi berbanding
17 peratus pada 2010. Usaha meningkatkan infrastruktur pengangkutan
dan menambahbaik perkhidmatan serta rangkaian pengangkutan awam
di bandar-bandar utama terutamanya di Lembah Klang telah mendorong
kejayaan tersebut. Pencapaian NKRA - peningkatan selang waktu
perjalanan bagi KTM Komuter daripada setiap 30-45 minit kepada 15
minit pada waktu puncak pagi; 58 buah perhentian bas utama di Lembah
Klang dilengkapi Paparan Maklumat Penumpang (PID) elektronik; Laluan
Aliran Deras (BRT) yang terpanjang menghubungkan Kuala Lumpur ke
Klang; Hentian Akhir Bandar (HAB) bas baharu di Pasar Seni Munshi
Abdullah untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar Kuala Lumpur;
Pelancaran Park ‘n’ Ride di stesen Sg. Besi dan Bandar Tasik Selatan;
dan menyediakan perkhidmatan percuma GO-KL setiap hari - (18,000
penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut).

• NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan
Rendah (NKRA LIH)

Pencapaian NKRA LIH pada 2013 turut mencatat pencapaian melebihi
sasaran iaitu pada kadar 111 peratus. NKRA LIH dalam GTP 2.0 memberi
tumpuan untuk mengupaya ekonomi golongan miskin dan merangsang
faktor pemangkin ekonomi mereka. Program Akhiri Zaman Miskin atau
1AZAM yang menjadi inisiatif utama NKRA LIH terus diperkasa. Ke arah
itu, kerjasama dengan pihak korporat dan pertubuhan bukan kerajaan
dipergiat bagi mempercepat dan memperluas usaha membantu golongan
yang memerlukan. Tumpuan turut diberikan dalam menangani kemiskinan

Malaysia 2014 103

luar bandar di Sabah dan Sarawak termasuk Semenanjung Malaysia serta
kemiskinan bandar. Pencapaian dan inisiatif NKRA - Pelaksanaan Program
Bakul Makanan bagi masyarakat Penan; Menyediakan perkhidmatan
komuniti untuk 128 buah keluarga di Pitas; Peningkatan penyertaan baharu
dalam Program 1AZAM melibatkan 38,663 orang; Peserta 1AZAM sedia
ada yang berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak RM300 bagi mana-
mana tiga bulan seramai 18,249 orang; Melengkapkan pembangunan
wanita 1,000 orang usahawan wanita; Pembinaan rumah dan tempat tinggal
kepada golongan kurang berkemampuan menerusi kerjasama NGO dan
rakan-rakan korporat; dan meningkatkan peranan NGO dan rakan kongsi
korporat dalam mengurangkan kemiskinan dengan mempercepatkan
penyampaian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui
penglibatan 34 NGO.

• NKRA Memastikan Pendidikan Berkualiti
Inisiatif NKRA Pendidikan di bawah GTP 2.0 melibatkan transformasi

seluruh rantaian sistem pendidikan. Perubahan secara menyeluruh ini telah
membawa pencapaian bermakna dalam meningkatkan sistem pendidikan
negara. Sehingga 2013, NKRA ini telah menempa kejayaan cemerlang
antaranya: 115 buah sekolah rendah dan menengah telah dianugerahkan
status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sejumlah 16,102 (99.2%) murid
prasekolah awam telah melengkapkan penilaian kendiri Standard Kualiti
Prasekolah Kebangsaan menjelang Disember 2013. Antara pelaksanaan
inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah dengan memperluas
capaian kepada pelajar Pendidikan Khas; Membangunkan kriteria baharu
untuk penganugerahan Tawaran Baharu bagi ganjaran pengetua dan guru
besar; dan merintis instrumen penilaian Piagam Baharu Guru kepada
410,000 orang guru di seluruh negara.

• NKRA Mengurangkan Jenayah
Dalam GTP 2.0, NKRA Mengurangkan Jenayah mencatat pencapaian

cemerlang pada tahun 2013 dengan memberi fokus kepada jenayah pecah
rumah dan letusan keganasan senjata api di samping terus melaksanakan
inisiatif pencegahan jenayah teras demi mewujudkan negara Malaysia
yang lebih selamat. Inisiatif untuk mendapatkan lebih banyak sokongan
daripada orang ramai turut diteruskan seiring dengan usaha meningkatkan
kehadiran pegawai polis di jalanan menerusi program Omnipresence.
NKRA mengurangkan jenayah melibatkan inisiatif antaranya Pelancaran
Operasi Cantas Khas PDRM bagi menangani letusan jenayah senjata api;
Menubuhkan Unit Perhubungan Antarabangsa (ILU) di Ibu Pejabat Kuala
Lumpur; Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM bagi menangani

104 Malaysia 2014

masalah jenayah di kawasan perumahan; Membuat pindaan terhadap
Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk memberi kuasa yang lebih luas
kepada polis dalam menangani jenayah terancang, tegar dan ganas; dan
memperluaskan program pemulihan dengan membina 14 buah Rumah
Perantaraan bagi bekas banduan dan penagih dadah untuk mengurangkan
risiko ulang laku jenayah.

• NKRA Membanteras Rasuh
Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam skor Indeks Persepsi Rasuah

Transparency International pada tahun 2013 iaitu di kedudukan ke-53
berbanding kedudukan ke-54 pada 2012. Kejayaan NKRA Membanteras
Rasuah dalam tahun pertama GTP 2.0 ini meletakkan tekad untuk terus
mempertingkatkan integriti operasi perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Pencapaian NKRA membanteras rasuah - memberi latihan integriti kepada
Ahli-ahli Parlimen; pembentukan 27 sekretariat pencegahan rasuah
di Maktab Perguruan; Sebanyak 50 kontrak rundingan terus kerajaan
dipaparkan secara talian dalam portal MyProcurement dan mempercepatkan
akses kepada Laporan Prestasi Ketua Audit Negara untuk meningkatkan
pengawasan dalam perbelanjaan kerajaan.

Transformasi Perkhidmatan Awam
Agenda Transformasi Nasional yang merangkumi Program Transformasi
Kerajaan, Ekonomi, Politik dan Sosial telah mencapai pelbagai kejayaan
cemerlang. Sehubungan itu, bagi mengekalkan daya saing, ketahanan dan
kemajuan Negara serta memberi kesejahteraan kepada rakyat, Perkhidmatan
Awam turut ditambah baik agar selari dengan perubahan dan mampu
mendepani cabaran mendatang. Transformasi Perkhidmatan Awam ke arah
pengukuhan infrastruktur sumber manusia telah diumumkan oleh Perdana
Menteri pada 11 Mac 2013. Pencapaian pada 2013 adalah:
• Gred perkhidmatan pegawai ATM dan PDRM disetarakan dengan

Perkhidmatan Awam Am yang telah dapat dimanfaatkan oleh seramai
233,192 pegawai.
• Seramai 1.4 juta penjawat awam mendapat faedah kenaikan gaji pada Julai
2013.
• Seramai 182,434 penjawat awam di gaji maksimum telah menikmati faedah
tiga tambahan kenaikan gaji tahunan.
• Pengurangan 507 perjawatan dengan penjimatan kos emolumen sebanyak
RM12.8 juta.
• Penambahbaikan 81 skim perkhidmatan yang telah dapat dinikmati oleh
613,743 penjawat awam dari segi kenaikan gaji dan kemajuan karier bagi
memastikan kadar gaji minimum dan elaun penjawat awam selaras dengan
kos sara hidup semasa.

Malaysia 2014 105

• Pemansuhan 38,051 perjawatan untuk keseluruhan sektor awam dengan
penjimatan emolumen sebanyak RM195 juta setahun melalui kaedah tukar
ganti (trade-off), redeployment dan melalui kerjasama strategik ke arah sektor
awam yang lebih kejat.

• Sebanyak 66 agensi telah disusun dan distruktur semula bagi membolehkan
pendekatan kerja secara matriks.

• Penggunaan kaedah lebih mesra pelanggan (advisory dan hand holding)
dalam urusan penstrukturan semula agensi sektor awam yang telah
memendekkan proses pertimbangan dan kelulusan permohonan perjawatan
daripada 120 hari kepada 30 hari.

• Pengklasifikasian Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan (SPP) kepada 50 PP dan 6 SPP mengikut 12 kluster seperti
elaun, gaji dan skim perkhidmatan bagi memudah cara urusan penjawat
awam.

• Pewujudan talian hotline mengenai pertukaran dan penempatan penjawat
awam membolehkan pertanyaan dilayan dengan segera.

• Pewujudan kolaborasi strategik peringkat antarabangsa menerusi 17 program
yang melibatkan 12 agensi tempatan/antarabangsa dan 611 peserta dari
lebih 15 negara.

• Penubuhan Unit Integriti di lapan kementerian.

Transformasi Undang-undang
Transformasi undang-undang secara signifikan termasuk meminda undang-
undang sedia ada dan mendraf undang-undang baharu demi keselamatan
awam telah dilaksanakan bermula 2012 rentetan pemansuhan beberapa akta.
Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 adalah pindaan
kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959. Pindaan ini membenarkan
penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan
awam atau pencegahan jenayah khususnya ketika jenayah berat semakin
berleluasa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat
dimansuhkan. Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang ini pada 10
Oktober 2013 dan Akta ini berkuat kuasa mulai April 2014.

HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN PENGIKTIRAFAN GLOBAL

Pengiktirafan global kepada Malaysia
Sejak lima tahun yang lalu, Malaysia terus-menerus memperbaiki kedudukannya
dalam indeks dan ranking dunia yang dikeluarkan oleh badan-badan
bertauliah peringkat tempatan, Asia mahupun antarabangsa. Kedudukan dan
pengiktirafan yang diperoleh mencerminkan kejayaan program transformasi
negara yang telah meyakinkan pihak pelabur.
• Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam kalangan 20 Negara Paling Mesra

106 Malaysia 2014

Perniagaan di Dunia dalam Business Environment Ranking and Index 2014
yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit.
• Malaysia menduduki tangga ke-12 sebagai Negara Paling Berdaya Saing di
Dunia dalam World Competitiveness Ranking 2014 yang dikeluarkan oleh
IMD World Competitiveness Centre, Switzerland.
• Malaysia turut termasuk dalam lima negara ASEAN yang mengalami
pertumbuhan paling pesat pada 2014 berdasarkan laporan RHB Research
Institute.
• Malaysia menduduki tempat ke-2 dalam kalangan 26 Negara Sumber dan
Ekonomi Berdaya Maju di Dunia dengan mengekalkan penguasaan berada
di dalam kelompok tiga negara terbaik. Laporan berdasarkan Connectivity
Scorecard 2013 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
• Malaysia menduduki tangga ke-2 sebagai Negara yang Paling Dinamik di
ASEAN dengan skor 59.5 selepas Singapura (skor 61.9) berdasarkan Grant
Thornton Global Dynamism Index (GDI) 2013.
• Malaysia menduduki tangga ke-4 sebagai destinasi pelaburan dalam
kalangan 18 negara di Asia berdasarkan Asia Business Outlook Survey 2013
yang dikeluarkan oleh Economist Corporate Network.
• Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada kedudukan ke-12 (2013)
kepada kedudukan ke-6 dalam Ease of Doing Business Report 2014 yang
dikeluarkan oleh Bank Dunia.
• Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dalam Indeks Keyakinan Pelaburan
Langsung Asing (FDICI) 2014 dikeluarkan oleh A.T. Kearney, Amerika
Syarikat, naik 10 anak tangga berbanding tempat ke-25 pada 2013.

Kunjungan rasmi pemimpin asing
Negara-negara asing terus menjalin hubungan erat dengan Malaysia melalui
kunjungan rasmi pemimpin dan ketua negaranya. Antara lawatan bersejarah
yang membawa kepada pengukuhan hubungan dua hala adalah lawatan rasmi
Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun pada 25-26 Julai 2013. Selain meraikan
sambutan ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-Jepun, lawatan Abe turut
bertujuan memperbaharui Dasar Pandang Ke Timur Malaysia di samping
mendalamkan hubungan dua hala demi kepentingan bersama. Pada 28-29
Julai 2013 pula, Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault melakukan
lawatan rasmi bagi menjalinkan kembali hubungan Malaysia-Perancis yang kali
terakhir dilawati secara rasmi oleh Perdana Menterinya pada 1982.

Sementara itu, Presiden Afrika Selatan Jacob Gedleyihlekisa Zuma bersama
isteri, Nompumelelo Ntuli-Zuma mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia
selama tiga hari bermula 26 Ogos 2013. Ia merupakan lawatan pertama
setelah beliau dilantik sebagai Presiden. Dalam rangka lawatan tersebut, selain
bertujuan mempertingkat hubungan dua hala, Presiden Zuma turut diberi

Malaysia 2014 107

anugerah Doktor Kehormat Kepimpinan Kemanusiaan daripada Universiti
LimKokWing. Di samping itu, beliau menerima ‘Lifetime Campaigner for Global
Peace Award’ bagi pihak bekas Presiden Nelson Mandela daripada Yayasan
Keamanan Global Mahathir.

Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada 26-28 April 2014
merupakan lawatan Presiden Amerika Syarikat yang pertama dalam tempoh 48
tahun selepas kunjungan terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
Lawatan ini bukan hanya membuka lembaran hubungan yang lebih akrab malah
ia mencerminkan pengiktirafan negara besar kepada Malaysia sebagai sebuah
negara Islam yang maju di dokong pendekatan pentadbiran yang progresif dan
demokratik. Antara pemimpin dan ketua negara lain yang melawat Malaysia
termasuklah Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra pada 28 Februari
2013; Raja Muda dan juga Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman
bin Hamad Al-Khalifa pada 22 – 24 Mac 2013; Presiden Filipina, Benigno S.
Aquino III pada 27 - 28 Februari 2014; Perdana Menteri Republik Demokratik
Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao pada 31 Mac - 2 April 2014; Perdana
Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 7 April 2014 dan Presiden Tajikistan,
Emomali Sharipovich Rahmon pada 22 – 25 Jun 2014.

Lawatan rasmi dan lawatan kerja ke luar negara
Para pemimpin negara melakukan lawatan rasmi dan lawatan kerja keluar
negara bagi terus mengerat dan mengembangkan hubungan di peringkat
antarabangsa. Antara lawatan yang bersejarah bagi tahun 2014 adalah lawatan
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Republik Rakyat
China bagi meraikan hubungan 40 tahun kedua-dua Negara. Mengetuai
delegasi terbesar dari Malaysia iaitu seramai 300 pegawai, Perdana Menteri
memilih tarikh 31 Mei 2014 untuk bertemu dengan para pemimpin China di
Great Hall of the People iaitu tempat di mana bapanya (Tun Abdul Razak)
berada 40 tahun lalu.

Kerajaan China telah meminjamkan sepasang beruang panda ke Malaysia
sebagai simbolik meraikan hubungan ke-40 tahun kedua-dua negara. Dalam
lawatan tersebut Perdana Menteri turut menyampaikan duit syiling peringatan
bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-
40 keluaran Bank Negara Malaysia kepada rakan sejawatnya TYT Li Keqiang,
Perdana Menteri China.

Perdana Menteri turut melakukan lawatan kerja ke Perth, Australia pada
2-3 April 2014 bagi melawat Pusat Koordinasi Kerjasama Agensi (JACC) di
Pangkalan Tentera Udara Pearce. Perdana Menteri mendapat perkembangan
terkini mengenai operasi pencarian antarabangsa ke atas kehilangan pesawat

108 Malaysia 2014

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
melakukan kenyataan bersama selepas rundingan dua hala pada 27 April 2014 di Putrajaya

Penerbangan Malaysia MH370 di Lautan Hindi. Beliau turut menyampaikan
penghargaan secara peribadi kepada Kerajaan Australia yang mengetuai
operasi tersebut dan semua anggota yang terlibat termasuk dari Malaysia.

Sehingga Jun 2014, Perdana Menteri turut melakukan lawatan kerja dan
lawatan rasmi antaranya ke Filipina pada 27 Mac 2014, Viet Nam pada 3-5
April 2014, Republik Turki pada 16-17 April 2014, Emiriah Arab Bersatu pada
17-19 Mei 2014 dan Turkmenistan pada 9-10 Jun 2014.

Sidang Kemuncak/Persidangan/Forum

Sidang Kemuncak Ketiga Mengenai Keselamatan Nuklear
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi
Malaysia ke persidangan yang diadakan pada 24-25 Mac 2014 di The Hague,
Belanda. Di persidangan ini, Malaysia terus menyatakan komitmen berterusan
dalam usaha mencegah keganasan nuklear serta mempertingkat langkah-
langkah keselamatan nuklear.

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun ke-40
Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN berhimpun di Geihinkan State Guest
House, Akasaka Palace, Jepun pada 14 Disember 2013 bagi menghadiri
sidang kemuncak bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan Dialog
ASEAN-Jepun.

Malaysia 2014 109

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai delegasi
terdiri daripada para Menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Dalam
siri lawatan bermula 12 hingga 15 Disember 2013 itu, Perdana Menteri
turut merasmikan Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-
Jepun (MAJECA) – Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) Ke-32.
Bersempena itu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan berasingan
dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tujuh syarikat Jepun yang melabur di
Malaysia iaitu Nikkei Inc, Sumitomo Corp, Sekisui Chemical, Mitsui Co. Limited,
Kawasaki Heavy Industry Limited, Toshiba Corp dan Tokuyama Group semasa
siri lawatan tersebut.

Dialog Perkongsian Pintar Global
Dar Es Salaam, Republik Bersatu Tanzania menjadi tuan rumah kepada
dialog yang bertemakan ‘Memanfaatkan Teknologi Untuk Mentransformasi
Sosioekonomi Afrika’ pada 28 Jun hingga 1 Julai 2013. Dialog ini merupakan
platform perkongsian pintar berkaitan sains, teknologi dan inovasi pelbagai
pihak termasuk ketua-ketua Kerajaan, syarikat, ahli akademik dan juga pelajar
untuk membawa transformasi di Afrika. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak mengetuai lebih 100 anggota delegasi Malaysia, termasuk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ke dialog tersebut.

Forum Ekonomi Dunia
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) berlangsung pada
23-26 Januari 2013 di Davos, Switzerland. Penyertaan Malaysia secara besar-
besaran pada tahun tersebut berjaya memasarkan Malaysia di mata pemain
industri utama dunia. Malam Malaysia, iaitu kemuncak penyertaan negara di
WEF telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih
1,000 orang, melebihi jangkaan 400 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri
Turki, Ali Babacan; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand,
Kittiratt Na-Ranong; dan beberapa ketua-ketua eksekutif, dan penggubal
keputusan di organisasi masing-masing. Perdana Menteri mengetuai delegasi
Malaysia disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri
Mustapa Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan, Dato’ Sri Idris Jala; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (ketika itu).

Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 Mengenai Masa Depan Asia
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberi pengiktirafan
memberi ucaptama dalam persidangan peringkat antarabangsa yang berprestij

110 Malaysia 2014

ini pada 22 Mei 2014 di Tokyo, Jepun. Persidangan yang berlangsung selama
dua hari bertemakan ‘Kebangkitan Asia, Mesej-mesej untuk 20 Tahun Akan
Datang’. Sebelum itu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala
dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bagi
memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan komitmen kedua-dua buah
negara terutama dalam bidang ekonomi dan pelaburan yang telah terjalin
sekian lama.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-22 dan ke-23
Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2013 dan menjadi
tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-22 dan ke-23. Tema ‘Rakyat
Kita, Masa Depan Kita Bersama’ dipilih untuk menekankan pentingnya peranan
awam dalam merealisasikan aspirasi Komuniti ASEAN 2015. Sidang Kemuncak
ASEAN ke-22 berlangsung pada 24-25 April 2013. Delegasi Malaysia diketuai
oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang sebagai Wakil
Khas Perdana Menteri kerana Malaysia di ambang Pilihan Raya Umum ke-13
ketika itu. Sementara itu, Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 yang berlangsung
pada 8-10 Oktober 2013 di Bandar Seri Begawan, telah dihadiri oleh Perdana
Menteri mengetuai delegasi Malaysia. Para Pemimpin ASEAN memperakukan
beberapa dokumen penting semasa Sidang Kemuncak tersebut termasuk
kenyataan Bandar Seri Begawan Mengenai Wawasan ASEAN Pasca 2015
yang merupakan inisiatif Malaysia. Dokumen ini merupakan langkah pertama
ke arah usaha untuk merealisasikan Wawasan Pasca 2015. Presiden Barack
Obama tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat
seperti yang dijadualkan dan Amerika Syarikat diwakili oleh Setiausaha Negara
John Kerry.

Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013
APEC 2013 berlangsung di Nusa Dua, Bali, Indonesia pada 1-8 Oktober
2013. Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai
delegasi Malaysia ke sidang kemuncak yang turut dihadiri beberapa pemimpin
negara anggota APEC seperti Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri
Kanada, Stephen Harper. Amerika Syarikat pula diwakili Setiausaha Negara
Amerika Syarikat, John Kerry yang mewakili Presiden Barack Obama yang
terpaksa membatalkan kehadirannya berikutan krisis operasi pentadbiran
negara. APEC 2013 berakhir dengan para pemimpin bersetuju terhadap tujuh
perkara strategik, termasuk meningkatkan perdagangan antara anggota APEC
atau sesama rantau melalui kemudahan perdagangan, pembinaan kapasiti dan
adanya sistem perdagangan pelbagai hala.

Malaysia 2014 111

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
Pilihan Raya Kecil
Beberapa siri pilihan raya kecil telah diadakan melibatkan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum
ke-13 pada Mei 2013.

Calon Barisan Nasional, Dato’ Mah Siew Keong diberi ucapan tahniah setelah memenangi
Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak yang diadakan pada 31 Mei 2014

• Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Terengganu telah diadakan pada 24
Julai 2013 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Allahyarham
Dr. Haji A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013. Keputusan memihak
kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan dengan mendapat 8,288
undian berbanding calon PAS, Che Long dengan 5,696 undian.

• Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Kedah diadakan pada 4 November
2013 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Allahyarham Tan
Sri Azizan Abd. Razak (bekas Menteri Besar Kedah) pada 26 September
2013. Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengekalkan kerusi PAS
dengan 12,069 undian, manakala pesaingnya, Dr. Haji Sohaimi Lazim,
calon BN mendapat 10,985 undian.

• Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Selangor diadakan pada 23 Mac 2014
berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri, Lee Chin Cheh.
Calon PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi DUN Kajang
dengan mendapat 16,741 undian, manakala calon Barisan Nasional, Datin
Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undian.

• Pilihan Raya Kecil DUN Balingian, Sarawak diadakan pada 29 Mac 2014

112 Malaysia 2014

kerana pengosongan kerusi DUN Balingian oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak) pada 28 Februari 2014. Keputusan
memihak kepada calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo dengan 8,194
undian, manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang mendapat 1,283 undian.
• Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang diadakan pada 25
Mei 2014 berikutan kematian Ahli Parlimen, mendiang Karpal Singh pada
17 April 2014. Pertandingan empat penjuru dimenangi oleh calon DAP,
Ramkarpal Singh dengan 41,242 undian. Calon PCM, Huan Cheng Guan
mendapat 3,583 undian, manakala calon bebas, Mohamed Nabi mendapat
799 undian dan Abu Backer Sidek mendapat 225 undian.
• Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak diadakan pada 31 Mei 2014
berikutan kematian Ahli Parlimen, mendiang Seah Leong Peng pada 1 Mei
2014. Pertandingan sengit ini dimenangi calon Barisan Nasional, Dato’ Mah
Siew Keong dengan 20,157 undian manakala, calon DAP, Dyana Sofya
Mohd Daud mendapat 19,919 undian.

Kemangkatan Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff
Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah mangkat pada 28 Mei 2014 pada usia 86
tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum Sultan
Azlan disemayamkan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk
penghormatan terakhir sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar
keesokannya. Baginda yang memerintah Perak selama 30 tahun dan seorang
Sultan yang dihormati, meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun
serta seorang putera dan tiga orang puteri. Negeri Perak berkabung selama
100 hari bermula hari kemangkatan baginda dan bendera negeri dikibarkan
separuh tiang sepanjang tempoh tersebut manakala bendera Malaysia pula
dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.

Istiadat Pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014 di Balairong Seri Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar berikutan kemangkatan ayahanda baginda,
Almarhum Sultan Azlan Shah

Malaysia 2014 113

Istiadat Pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak ke-35
Istiadat Pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai
Sultan Perak ke-35 berlangsung pada 29 Mei 2014 di Balairong Seri Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar berikutan kemangkatan ayahanda baginda pada
hari sebelumnya. Istiadat yang masih diselubungi kesedihan diadakan sebelum
istiadat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah. Keputusan melantik Sultan
Nazrin sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan
Negara Perak yang berlangsung pada 28 Mei 2014 dan dipengerusikan oleh
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin.
Sultan Nazrin, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ditabal sebagai Raja
Muda Perak pada 19 April 1987.

Pelantikan Yang Di-pertua Negeri Sarawak Ketujuh
Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menerima
watikah pelantikan Yang Di-pertua Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada 28 Februari 2014 di Istana Negara,
Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Yang Di-pertua Sarawak
Ketujuh mengantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Upacara Mengangkat Sumpah telah diadakan pada 1 Mac 2014 di hadapan
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum di Dewan Lapau,
Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tun Pehin telah memegang jawatan sebagai
Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.

Perasmian Kompleks Konservasi Panda dan Ketibaan Panda Gergasi
Majlis Perasmian Kompleks Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara diadakan
pada 25 Jun 2014. Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak menamakan pasangan panda gergasi iaitu Fu Wa
(jantan) dan Feng Yi (betina) yang menjadi ikon hubungan ulang tahun ke-40
antara Malaysia dengan China sebagai Xing Xing dan Liang Liang.

Perdana Menteri menyempurnakan Majlis
Perasmian Kompleks Konservasi Panda
Gergasi di Zoo Negara pada 25 Jun 2014

114 Malaysia 2014

Kedua-dua nama tersebut dipilih daripada lebih 2,000 nama yang dicadangkan
hasil Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda anjuran Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar. Malaysia adalah antara 14 negara bertuah
di dunia yang dipinjamkan panda gergasi selama 10 tahun dari China.
Projek Konservasi Panda Gergasi China memberi peluang kepada Malaysia
menjalankan penyelidikan mengenai konservasi Panda Gergasi dan
meningkatkan kepakaran tempatan melalui ‘technology transfer’ terutamanya
dalam pembiakan artifical insemination, kajian genetik dan kajian perilaku
Panda Gergasi. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran orang awam
mengenai usaha konservasi spesies yang terancam serta menanam perasaan
menghargai biodiversiti negara. Pasangan Panda Gergasi yang tiba di Malaysia
pada 21 Mei 2014 kini menjadi daya tarikan baharu di Zoo Negara.

Tragedi kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
MH370
Tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 masih menjadi ‘misteri’ sejak ia
didapati hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014, sejam setelah
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41
tengah malam. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
dalam penerbangan ke Beijing, China sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30
pagi hari yang sama. Gerakan mencari yang membabitkan pelbagai negara
dikerah untuk menjejaki pesawat Boeing 777-200 itu, pada mulanya di Laut
China Selatan dan kemudian beralih ke Selatan Lautan Hindi apabila maklumat
setelit menunjukkan MH370 telah melencong dari laluan asal. Perdana Menteri,
Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pada 24 Mac 2014
bahawa Penerbangan MH370 dipercayai telah “berakhir di selatan Lautan
Hindi”. Sehingga 9 April 2014, sebanyak 26 negara terlibat dalam operasi
mencari MH370 terdiri daripada 82 pesawat dan 84 kapal laut diketuai oleh
Australia.

Antara Sidang Media mengenai tragedi
kehilangan pesawat MAS MH370

Malaysia 2014 115

116 Malaysia 2014

Bab 5

EKONOMI
MALAYSIA

Pembentangan Laporan
GTP dan ETP 2013

Malaysia 2014 117

BAJET 2014

Bajet 2014 memberi tumpuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus
berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat
keseluruhannya untuk memakmurkan negara dan menyejahterakan rakyat.
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan Malaysia membentangkan bajet yang bertema “Memperteguh
Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” pada 25
Oktober 2013 di Dewan Rakyat. Peruntukan keseluruhan Bajet 2014 sebanyak
RM264.2 bilion dengan pembahagian perbelanjaan mengurus sebanyak
RM217.7 bilion manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Teras Pertama: Merancak aktiviti ekonomi
Pelaburan awam yang dianggar mencecah RM106 bilion dan pelaburan
swasta dianggar sebanyak RM189 bilion dijangka akan mempergiatkan aktiviti
ekonomi. Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang mesra dan
kondusif kepada perniagaan untuk melonjakkan lagi pelaburan domestik dan
asing.
• Koridor Ekonomi - Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi

pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
• Logistik – Kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia memperuntukkan

RM3 bilion sebagai Dana Pembangunan Maritim secara pinjaman mudah
untuk menggalakkan pengembangan industri perkapalan dan industri
berkaitan maritim.
• Industri Penerbangan – RM700 juta diperuntukkan untuk membina pusat
pengurusan trafik udara baharu di KLIA. RM312 juta untuk menaik taraf
lapangan terbang Kota Kinabalu, Sandakan, Sibu, Miri, Mukah, Langkawi
dan Kuantan.
• Pelancongan – RM1.2 bilion untuk aktiviti promosi dan pengiklanan
sepanjang 2013 dan 2014.
• Akses Internet – RM1.6 bilion meningkatkan kelajuan dan liputan Internet
di seluruh negara. RM1.5 bilion untuk menambah seribu pemancar di luar
bandar seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.
• Menggalakkan skim persaraan – Sumbangan Kerajaan ditingkatkan
daripada 5 peratus (RM60) kepada 10 peratus (RM120) setahun untuk
setiap pencarum.
• Rantaian pertanian – RM6 bilion diperuntukkan untuk program pertanian
bernilai tinggi. Peruntukan subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4
bilion diteruskan.
• Pembangunan usahawan – Menubuhkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global
Malaysia dengan peruntukan operasi awalan sebanyak RM50 juta. Tabung
Usahawan Siswazah sebanyak RM50 juta dalam bentuk pinjaman mudah
kepada siswazah yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

118 Malaysia 2014

• Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) – Peruntukan RM120 juta untuk
meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS. Kemudahan pinjaman mudah
sehingga RM30 ribu kepada peniaga pasar malam menambah modal
melalui Bank Simpanan Nasional.

Teras Kedua: Mengukuh Pengurusan Fiskal
Pengurusan fiskal negara melibatkan langkah mempercekap penyampaian
perkhidmatan awam menerusi Transformasi Perkhidmatan Awam.
• Mengambil tindakan tegas ke atas ketidakpatuhan prosedur kewangan

seperti Laporan Ketua Audit Negara 2012.
• Pengurusan Belanjawan ditambah baik – Peruntukan berdasarkan

‘outcome’.
• Jawatankuasa Dasar Fiskal Negara ditubuh – Berperanan untuk

mengurangkan kadar fiskal negara secara berperingkat sehingga mencapai
belanjawan berimbang pada 2020.
• Rasionalisasi subsidi – Pengurangan subsidi secara berperingkat dan
pemberian subsidi bersasar akan dilakukan.
• Cukai Barang dan Perkhidmatan – Sistem percukaian yang lebih sistematik
dan telus ini akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015 bagi menggantikan
cukai jualan dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

Teras Ketiga: Mengunggul Modal Insan
Kerajaan sentiasa memberi penekanan untuk membangun dan mempersiapkan
modal insan yang holistik iaitu berintelek tinggi, berkemahiran, sentiasa berdaya
kreatif dan inovatif, mempunyai rohani yang murni dan jasmani yang mantap.
• Meningkat kecemerlangan pendidikan – Sektor pendidikan mendapat

peruntukan terbesar iaitu RM54.6 bilion, antaranya untuk menambah 93
lagi prasekolah; memperkasa guru; memperluas akses Internet ke sekolah;
membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah usang.
• Pengajian tinggi – Memperkasa universiti bertaraf penyelidikan ke tahap yang
lebih tinggi dengan menggalakkan penulisan ilmiah bertaraf dunia. Geran
RM600 juta untuk menggalakkan penyelidikan dan program MyBrain15
diteruskan sebagai galakkan kepada eksekutif muda sektor swasta untuk
mendapat pendidikan tertinggi.
• Latihan kemahiran – Peruntukan RM400 juta kepada syarikat berdaftar
memberi latihan upskilling dan reskilling dan melatih pekerja baru.
• Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah dan Baucar Buku
1Malaysia sebanyak RM250 kepada penuntut IPT awam dan swasta terus
diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan pendidikan.

Malaysia 2014 119

Teras Keempat: Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
Pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar bukan sahaja dapat
memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk malah sebagai
pemangkin mempergiatkan aktiviti ekonomi.
• Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) - Sebanyak 56 inisiatif NBOS telah

dilaksanakan. Peruntukan RM278 juta untuk menambah lima lagi Pusat
Transformasi Bandar (UTC), tiga lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
serta menambah bilangan bas untuk Mobile CTC iaitu Pusat Transformasi
Komuniti Bergerak.
• Menambah baik jaringan pengangkutan awam dan mempercekap
perkhidmatan pengangkutan merangkumi perkhidmatan kereta api, bas,
teksi, komuter dan kapal terbang.
• Kesejahteraan bandar – Peruntukan RM1.2 bilion menaik taraf empangan
serta loji rawatan air agar kadar liputan pembekalan air terawat mencapai
100 peratus di Lembah Kelang.
• Pembangunan luar bandar – RM4.1 bilion untuk program pembangunan
luar bandar dan pembangunan infrastruktur terutamanya di Sabah dan
Sarawak. Pembangunan meliputi meluaskan kemudahan elektrik, jaringan
lebuh raya, bekalan air bersih, pembinaan rumah mampu milik dan program
kemajuan Orang Asli.

Teras Kelima: Mensejahtera Kehidupan Rakyat
Kehidupan rakyat yang berkualiti, aman dan sejahtera mencerminkan
kemakmuran sesebuah negara. Berteraskan prinsip ini penekanan diberikan
dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam pelbagai segi.
• Keselamatan awam ditingkatkan dan pertahanan negara dikukuhkan

dengan peruntukan RM8.8 bilion kepada Polis dan RM13.2 bilion kepada
tentera.
• Memberi tumpuan memulihara alam sekitar dan pengurusan sumber melalui
galakan menggunakan peralatan kemudahan yang mesra alam terutama
oleh agensi kerajaan.
• Meningkatkan perkhidmatan kesihatan - Sebanyak 50 buah Klinik 1Malaysia
(K1M) akan ditambah menjadikan semuanya 234 K1M di seluruh negara.
Kualiti rawatan ditingkatkan dengan tambahan jururawat sebanyak 6,800
serta RM3.3 bilion untuk bekalan ubat dan alatan rawatan.
• Memperkasa peranan wanita, golongan kurang upaya serta karyawan
melalui pelbagai program pembangunan dan bantuan.
• Bidang sukan turut mendapat perhatian dengan peruntukan RM150 juta
kepada Kumpulan Wang Amanah Sukan untuk memajukan pencapaian
sukan negara dan menjaga kebajikan atlet.
• Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan bagi
meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera agar kekayaan negara
dapat dinikmati mengikut kaum secara seimbang.

120 Malaysia 2014

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak dan

Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Dato’

Muhyiddin Yassin
menunjukkan laporan

Bajet 2014 selepas
pembentangannya di
Dewan Rakyat pada 25

Oktober 2013

• Memperbanyakkan rumah selesa dan mampu milik serta meningkatkan
keupayaan membeli rumah pertama di bandar dan luar bandar.

• Program penyeragaman harga barangan bagi mengurangkan kos sara
hidup akibat kenaikan harga barang.

• Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan dan nilai bantuan
dipertingkatkan. Isi rumah berpendapatan RM3 ribu ke bawah mendapat
bantuan tunai RM650 dan RM50 sijil insurans berkelompok Takaful
(i-BR1M). Bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM3 –
RM4 ribu sebanyak RM450 tunai dan i-BR1M sebanyak RM50. Golongan
bujang berumur 21 ke atas berpendapatan tidak lebih RM2 ribu sebulan
mendapat bantuan tunai sebanyak RM300.

• Penjawat awam menikmati setengah bulan bonus dengan bayaran minimum
RM500, manakala pesara kerajaan mendapat bayaran khas RM250.

AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah suatu inisiatif bagi
membolehkan kekayaan negara diagih dan dinikmati secara seimbang oleh
semua kaum. Ia juga bermatlamat untuk merapatkan jurang pendapatan yang
berbeza mengikut kaum di negara ini. Perdana Menteri semasa melancarkan
agenda tersebut menyatakan bahawa Bumiputera yang membentuk 60 peratus
daripada komposisi penduduk negara masih ketinggalan dari segi penguasaan
ekonomi walaupun terdapat peningkatan ketara dalam pendapatan isi rumah
dan penurunan kadar kemiskinan bumiputera sejak lima dekad lalu. Majlis
pelancarannya diadakan pada 14 September 2013 di Universiti Teknologi
MARA, Shah Alam, Selangor.

Fokus pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera
• Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran.
• Mempergiatkan program latihan semula (reskilling).
• Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan

dan Program Peneraju Skil.
• Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan

Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

Malaysia 2014 121

• Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera (YPPB).

Fokus kedua: Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera dalam Sektor
Korporat
• Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan

pelaburan 10 bilion unit saham.
• Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui

Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus ketiga: Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan
Bumiputera
• Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.
• Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan

Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan
Nasional Bhd bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan
industri.
• Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera
melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat
Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri.
• Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
• Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan
hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera.

Fokus keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan
Bumiputera
• Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera

seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
• Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak

RM300 juta.
• Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak

RM700 juta.
• Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program

Pembangunan Vendor (VDP).
• Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan

tempoh bayar balik pinjaman bank.
• Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB),

Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).
• Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera

sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
• Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk

bumiputera.
• GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha

122 Malaysia 2014

mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian
pembekalan.
• Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara
terpilih.
• Memperluaskan dasar ‘carve-out’ untuk projek-projek besar di bawah
kementerian, GLC dan GLIC. (Dasar ‘carve-out’ berjaya dilakukan dalam
projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan
kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi).
• Membina satu komuniti baru ‘entrepreneur’ bumiputera.
• Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan
• Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap,

komprehensif dan konstruktif.
• Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
• Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada

250,000 menjelang 2020.
• Menubuhkan beberapa buah kampus baru UiTM.
• Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
• Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
• Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di

bawah TERAJU.
• Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis

Tindakan Agenda Bumiputera.

Malaysia 2014 123

LAPORAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) 2013

Berdasarkan pembentangan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
bagi tahun 2013 menggambarkan bahawa Malaysia akan mencapai status
negara maju lebih awal daripada tahun 2020. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan laporan ETP/GTP pada 12
Mei 2014 di Angkasapuri, Kuala Lumpur berkata bahawa kepesatan dalam
sektor swasta berjaya melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita
kepada AS$10,060 (RM32,544.91) pada tahun 2013 daripada AS$7,059
(RM22,800.57) pada 2009. Lonjakan dalam PNK ini hasil keberkesanan
inisiatif-inisiatif ETP iaitu 12 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) dan
enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

10 petunjuk kejayaan ETP

1. NKEA dan SRI kekal fokus
Sejak ETP dilancarkan pada 2010, NKEA telah menarik sebanyak 196

projek dengan jumlah pelaburan bernilai RM219.3 bilion. Diunjurkan jumlah
ini menyumbang RM144 bilion kepada PNK dan mewujudkan 437,816
peluang pekerjaan baharu. Sepanjang 2010-2013, faktor-faktor dalam
NKEA telah menghasilkan sejumlah 1.3 juta peluang pekerjaan tambahan.

2. Pertumbuhan berterusan dalam PNK
PNK per kapita semakin meningkat daripada AS$7,059 pada tahun 2009

kepada AS$10,060 pada tahun 2013, iaitu pertumbuhan 42.5 peratus
dalam tempoh tiga tahun.

3. KDNK berkembang pada kadar kukuh
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan KDNK negara meningkat

4.7 peratus pada tahun 2013 sekalipun dalam ketidaktentuan ekonomi
global. Ia dipacu terutamanya oleh aktiviti sektor swasta.

4. Perolehan Kerajaan kian meningkat
Sejak tahun 2010, perolehan Kerajaan telah meningkat 38.1 peratus

kepada RM220.4 bilion. Peningkatan ini bagi melaksanakan prakarsa yang
besar untuk beralih kepada struktur perolehan yang bersesuaian dengan
ekonomi berpendapatan tinggi.

5. Defisit fiskal kian berkurangan
Seiring dengan peningkatan perolehan Kerajaan, defisit fiskal turut

mencatat pengurangan yang memberangsangkan. Kadar peratusan
fiskal berkurangan kepada 4 peratus pada tahun 2013 berbanding 6.6

124 Malaysia 2014

peratus pada 2009. Situasi ini membolehkan negara mencapai sasaran
pengurangan defisit fiskal kepada 3 peratus pada 2015 dan mencapai
bajet seimbang menjelang tahun 2020.
6. Penggunaan awam yang utuh
Peningkatan keyakinan pengguna terhadap dasar pembaharuan negara
telah membawa kepada kenaikan sebanyak 7.6 peratus dalam penggunaan
swasta pada 2013 berbanding 6.9 peratus pada 2010. Ia menjadikan
penggunaan swasta dalam negeri kini mencakupi 51.2 peratus KDNK.
7. Aktiviti pasaran modal yang berdaya maju
FTSE-KLCI mencatat paras tertinggi dalam sejarah sebanyak 66 kali sejak
tiga tahun lalu, sekali gus membuktikan kedinamikan aktiviti pasaran
modal negara dan keyakinan pelabur yang kukuh dalam pasaran saham
Malaysia. Pada tahun 2013, pasaran saham mencapai paras tertinggi
pada 1,873 mata.
8. Pertumbuhan pelaburan yang kukuh
Pelaburan swasta pada 2013 mencecah RM161.12 bilion telah melebihi
8.6 peratus daripada sasaran awal iaitu sebanyak RM148.4 bilion. Ia
melibatkan kenaikan kukuh pelaburan swasta sebanyak tiga kali ganda
kepada 15.3 peratus bagi tempoh antara 2010 dan 2013, berbanding
dengan 4.7 peratus antara 2008 dan 2010.
9. Pengiktirafan global
Malaysia terus memperoleh pengiktirafan daripada agensi-agensi bebas
global. Pengiktirafan berada di kedudukan ke-6 (2014) dan ke-8 (2013)
dalam Indeks “Mudah Menjalankan Perniagaan” Bank Dunia menunjukkan
bagaimana landskap perniagaan ditambah baik dengan hebatnya sejak
ETP dilaksanakan. Malaysia menduduki tangga ke-18 pada 2012, tangga
ke-21 pada 2011 dan tangga ke-23 pada 2010.
10. Keberhasilan KPI yang memberangsangkan
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ETP bagi 2013 secara keseluruhan
bagi NKEA menepati sasaran dengan purata pencapaian 102 peratus
sementara SRI mencatat pencapaian KPI 95 peratus.

Malaysia 2014 125

LAPORAN TAHUNAN BANK NEGARA MALAYSIA 2013

Pada tahun 2013, ekonomi global berkembang pada kadar sederhana dalam
keadaan pertumbuhan yang tidak sekata merentas ekonomi. Dalam ekonomi
maju, pertumbuhan bertambah baik secara beransur-ansur.Walau bagaimanapun,
kadar pemulihan adalah agak sederhana dengan ketidakpastian dasar dan
halangan struktur yang terus menjejaskan permintaanm secara keseluruhan.
Pertumbuhan dalam ekonomi sedang pesat membangun menjadi sederhana
memandangkan permintaan dalam negeri terjejas oleh kelemahan permintaan Iuar
negeri yang berpanjangan, dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun,
pertumbuhan juga menerima kesan daripada langkah dasar yang diperkenalkan
untuk mengurus kelemahan dalam negeri. Selain itu, perubahan dalam jangkaan
pasaran terhadap pengurangan tahap akomodasi dasar monetari Amerika Syarikat
(AS) menjelang separuh kedua tahun 2013 telah menyebabkan aliran modal
bertukar arah (reversals) dalam jumlah yang besar daripada ekonomi sedang pesat
membangun. Berlatarkan perkembangan ini, inflasi global menurun, mencerminkan
keadaan permintaan yang sederhana dalam kebanyakan ekonomi dan harga
komoditi bukan tenaga yang lebih rendah. Meskipun persekitaran luaran adalah
lebih lemah, ekonomi Malaysia terus berkembang pada tahun 2013, didorong
oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang kukuh. Laporan Tahunan 2013
ini memberikan analisis perkembangan ekonomi Malaysia dan dasar-dasar yang
dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (Bank) pada tahun 2013. Laporan ini
juga mengandungi penilaian mengenai prospek ekonomi Malaysia berlatarkan
perkembangan ekonomi dan kewangan global masa kini serta cabaran utama
pada masa hadapan.

Ekonomi Malaysia pada Tahun 2013
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.7% pada tahun 2013 (2012: 5.6%),
didorong oleh pertumbuhan dalam negeri yang terus kukuh. Meskipun persekitaran
luaran Iebih lemah pada separuh pertama tahun 2013, permintaan dalam negeri
terus berdaya tahan sepanjang tahun 2013, didorong oleh aktiviti sektor swasta
yang teguh. Penggunaan swasta disokong terutamanya oleh keadaan guna tenaga
dan kenaikan pendapatan yang menggalakkan. Pelaburan swasta disokong oleh
perbelanjaan modal dalam sektor perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan.
Prestasi pertumbuhan yang Iebih sederhana pada tahun 2013 sebahagian
besarnya disebabkan oleh perkembangan dalam sektor luaran. Permintaan
daripada ekonomi maju dan serantau yang Iebih perlahan pada separuh pertama
tahun 2013 menyumbang kepada kemerosotan keseluruhan eksport benar pada
tahun tersebut. Ini diburukkan oleh import benar yang terus meningkat sepanjang
tahun 2013 berikutan pertumbuhan mampan dalam pelaburan dan penggunaan
dalam negeri, yang seterusnya menyebabkan penguncupan dalam eksport bersih.

Penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.6% pada tahun 2013, disokong
terutamanya oleh keadaan guna tenaga dan kenaikan pendapatan yang
menggalakkan. Penggunaan swasta juga disokong oleh bantuan Kerajaan kepada

126 Malaysia 2014

isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta akses kepada pembiayaan
yang berterusan untuk peminjam yang mempunyai rekod kredit yang baik.
Penggunaan awam mencatat pertumbuhan Iebih tinggi pada 6.3% pada tahun
2013 disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan untuk bekalan dan perkhidmatan
yang Iebih tinggi.

Meskipunaktivitipelaburanmenjadisederhanaberbanding dengan pertumbuhannya
yang sangat kukuh pada tahun 2012, ia terus disokong oleh perbelanjaan modal
sektor swasta. Pelaburan swasta terus mencatat kadar pertumbuhan dua angka
sebanyak 13.6% didorong oleh perbelanjaan modal pelabur domestik dan pelabur
asing dalam sektor perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan. Pelaburan awam
mencatat pertumbuhan positif yang keoil sebanyak 0.7%, berikutan perbelanjaan
pembangunan Kerajaan Persekutuan yang menurun. Walau bagaimanapun, ia
diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan modal oleh perusahaan awam, yang
disalurkan terutamanya kepada sektor minyak dan gas, serta pengangkutan dan
tenaga.

Dari perspektif penawaran, peningkatan permintaan dalam negeri yang terus
kukuh menyumbang kepada pengembangan aktiviti berkaitan dalam negeri bagi
sektor perkhidmatan dan perkilangan pada tahun 2013. Industri berorientasikan
eksport dalam sektor perkilangan mendapat manfaat daripada keadaan luaran
yang bertambah baik pada separuh kedua tahun 2013. Aktiviti yang mantap dalam
subsektor kediaman dan kejuruteraan awam menyumbang kepada pertumbuhan
sektor pembinaan yang terus kukuh.

Keadaan pasaran pekerja kekal menggalakkan pada tahun 2013 apabila
pengembangan aktiviti ekonomi merentas semua sektor telah menyokong
permintaan terhadap pekerja. Guna tenaga mencatat pertumbuhan kukuh 4.8%,
manakala jumlah pemberhentian pekerja pula menurun, menyarankan bahawa
kebanyakan syarikat berupaya untuk membuat penyesuaian terhadap dasar gaji
minimum. Pada tahun 2013, kadar pengangguran kekal rendah pada 3.1%. Inflasi
keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga
Pengguna (IHP), kekal sederhana pada 2.1% pada tahun 2013 (2012: 1.6%).
Inflasi purata adalah rendah pada 1.7% pada lapan bulan pertama tahun 2013
sebelum meningkat kepada 2.9% pada empat bulan terakhir tahun itu.

Inflasi yang Iebih tinggi pada tempoh tersebut didorong oleh faktor kos dan
bekalan dalam negeri, disebabkan pelarasan menaik terhadap harga ditadbir dan
kekurangan bekalan dalam negeri akibat faktor berkaitan cuaca Meskipun terdapat
pertumbuhan penggunaan swasta yang kukuh dan peningkatan gaji yang mampan
pada tahun itu.Kapasiti produktif yang mencukupi dalam ekonomi telah membantu
membendung tekanan permintaan. Oleh itu, inflasi teras, iaitu penunjuk tekanan
harga berasaskan permintaan, menjadi sederhana kepada 1.8% pada tahun 2013.

Sektor Iuar negeri Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2013 dalam
persekitaran ekonomi dan kewangan global yang mencabar. Imbangan

Malaysia 2014 127

pembayaran keseluruhan terus kukuh, disebabkan oleh lebihan akaun semasa yang
Iebih daripada mengimbangi aliran keluar bersih dalam akaun kewangan. Pada
separuh pertama tahun 2013, akaun semasa mencatat lebihan yang Iebih kecil
sebanyak RM11.2 bilion, disebabkan oleh lebihan perdagangan yang Iebih kecil
walaupun defisit akaun perkhidmatan dan pendapatan Iebih rendah. Kelemahan
ekonomi negara maju yang berterusan, pertumbuhan ekonomi serantau yang
Iebih perlahan daripada jangkaan serta harga komoditi utama Malaysia yang Iebih
rendah telah menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam eksport negara.
Selain itu, defisit akaun perkhidmatan dan pendapatan Iebih kecil disebabkan
oleh penerimaan perjalanan bersih yang Iebih tinggi berikutan pelancongan dalam
rantau yang bertambah kukuh, dan pembayaran pendapatan utama bersih yang
Iebih rendah, mencerminkan keuntungan Iebih tinggi syarikat Malaysia yang
melabur di Iuar negeri. Pada separuh kedua tahun 2013, lebihan akaun semasa
meningkat kepada RM26.1 bilion apabila pertumbuhan eksport kembali positif,
didorong oleh permintaan Iebih tinggi terhadap produk perkilangan dan komoditi.
Ini terus diperkukuh oleh harga minyak sawit mentah (CPO) dan gas asli cecair
(LNG) yang Iebih menggalakkan berbanding dengan separuh pertama tahun 2013.
Pertumbuhan import kekal kukuh sepanjang tahun 2013, berikutan permintaan
dalam negeri yang teguh. Bagi keseluruhan tahun 2013, akaun semasa mencatat
lebihan sebanyak RM37.3 bilion (2012: RM57.3 bilion).

Akaun kewangan terus mengalami aliran dua hala yang mampan, melibatkan urus
niaga kewangan merentas sempadan oleh pemastautin dan bukan pemastautin.
Prestasi ekonomi dan prospek pertumbuhan terus menyokong keyakinan pelabur
antarabangsa, lantas menyebabkan aliran pelaburan langsung masuk yang nyata
Iebih tinggi. Aliran masuk pelaburan langsung asing Foreign Direct Investment
(FDI), agak meluas merentas sektor, dengan aliran masuk yang ketara ke dalam
sektor perkilangan dan perlombongan. Walau bagaimanapun, pelaburan langsung
keluar menjadi sederhana selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi
serantau yang Iebih sederhana. Pasaran modal Malaysia yang mendalam dan
prospek pertumbuhan yang secara relatif menggalakkan, kekal menarik bagi
pelabur portfolio asing. Walau bagaimanapun, aliran portfolio mengalami turun
naik yang ketara pada tahun 2013. Aliran masuk bersih pelaburan portfolio bukan
pemastautin adalah kukuh pada awal tahun 2013, tetapi berikutan penunjuk yang
diberikan oleh Federal Reserve (Fed) bahawa pengecilan skala program pembelian
asetnya mungkin berlaku pada bulan Mei, telah mengakibatkan aliran keluar
portfolio yang ketara antara bulan Mei hingga Ogos. Bagi tahun 2013, pelaburan
portfolio bukan pemastautin mencatat aliran masuk bersih yang Iebih kecil. Secara
keseluruhan, akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM15 bilion
pada tahun 2013.

Hutang Iuar negeri Malaysia berjumlah RM318.1 bilion (USD95.8 bilion) pada
akhir tahun 2013 (2012: RM252.8 bilion), bersamaan dengan 33.5% daripada
Pendapatan Negara Kasar atau PNK (2012: 27.9% daripada PNK). Hutang
Iuar negeri jangka sederhana dan panjang yang Iebih tinggi pada tahun 2013

128 Malaysia 2014

sebahagian besarnya mencerminkan pengeluaran bersih peminjaman Iuar negeri
oleh perusahaan awam dan sektor swasta bukan bank. Kerajaan Persekutuan
terus mencatat pembayaran balik bersih hutang Iuar negeri. Sementara itu, hutang
Iuar negeri jangka pendek yang Iebih tinggi pada tahun 2013 sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pengeluaran bersih peminjaman antara bank, terutamanya
untuk pengurusan kedudukan mudah tunai pertukaran asing. Penambahan nilai
beberapa mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada tahun
2013 juga menyumbang kepada hutang Iuar negeri yang Iebih tinggi dalam nilai
ringgit. Secara keseluruhan, hutang Iuar negeri Malaysia kekal terurus.

Profil hutang terus tertumpu pada struktur matang yang Iebih panjang, dengan
hutang jangka sederhana dan jangka panjang mencakupi 59.7% daripada jumlah
hutang Iuar negeri. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak
RM146 bilion kepada RM441.9 bilion pada akhir tahun 2013 (akhir tahun 2012:
RM427.2 bilion). Pada 28 Februari 2014, paras rizab berjumlah RM427.6 bilion
(bersamaan dengan USD1306 bilion), memadai untuk membiayai 9 bulan import
tertangguh dan ialah 3.3 kali hutang Iuar negeri jangka pendek. Rizab antarabangsa
Bank kekal boleh digunakan dan tiada halangan untuk menggunakannya.

Pengurusan Ekonomi dan Monetari pada Tahun 2013
Dasar monetari pada tahun 2013 tertumpu pada usaha untuk mengimbangi risiko
antara prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi. Berlatarkan ketidakpastian
yang meningkat dalam imbangan risiko prospek pertumbuhan dan inflasi,
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) mengekalkan
Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00% pada tahun
2013. Walaupun risiko kepada pertumbuhan dalam negeri dan inflasi pada amnya
dinilai sebagai seimbang pada awal tahun 2013, namun ketidakpastian berhubung
dengan imbangan risiko meningkat menjelang separuh kedua tahun 2013.

Meskipun momentum pertumbuhan dijangka bertambah baik pada separuh
kedua tahun 2013 hingga ke tahun 2014, ketidakpastian mengenai kekukuhan
pemulihan global dan sejauh mana konsolidasi fiskal dan rasionalisasi subsidi
akan menjejaskan permintaan dalam negeri, kekal sebagai risiko utama kepada
pertumbuhan menjadi Iebih perlahan. Berikutan pelarasan menaik terhadap harga
ditadbir pada akhir tahun, dinamik inflasi beralih dan inflasi dijangka meningkat
pada bulan-bulan seterusnya pada tahun 2013 hingga ke tahun 2014.

Berdasarkan penilaiannya terhadap kemungkinan risiko pertumbuhan yang
Iebih rendah dan risiko inflasi menjadi tinggi, MPC berpendapat bahawa dengan
mengekalkan paras OPR, akan memberikan hasil terbaik untuk mencapai
matlamat dasar monetari. MPC juga memutuskan bahawa memandangkan risiko
ketidakseimbangan kewangan hanya wujud dalam segmen tertentu ekonomi
sahaja, instrumen lain adalah Iebih sesuai untuk menangani risiko-risiko tersebut.
Oleh itu, langkah kehematan makro diperkenalkan pada bulan Julai untuk mengurus
risiko ketidakseimbangan kewangan melalui pelaksanaan secara bersasaran.

Malaysia 2014 129

Perkembangan utama pada separuh kedua tahun 2013 ialah aliran modal yang
bertukar arah dan keluar daripada ekonomi pasaran sedang pesat membangun
berikutan penunjuk daripada Fed mengenai kemungkinan berlakunya pengeoilan
skala program pembelian asetnya. Meskipun saiz dan turun naik dalam aliran keluar
modal telah meningkat sejak bulan Mei 2013, pelarasan mata wang domestik
dan pasaran kewangan adalah teratur. Sistem kadar pertukaran apungan terurus
memberikan fleksibiliti kepada kadar pertukaran ringgit untuk memudahkan
pelarasan. Kedalaman sistem kewangan juga memastikan bahawa pengurusan
bagi aliran yang tidak menentu ini tidak menyebabkan gangguan terhadap aktiviti
ekonomi. Permintaan yang semakin bertambah daripada pelabur institusi dalam
negeri memberi sokongan asas kepada pasaran bon dan membendung kenaikan
kos peminjaman yang ditanda aras kepada kadar hasil bon. Oleh itu, Iimpahan
terhadap ekonomi adalah minimum.

Prestasi ringgit pada tahun 2013 dipengaruhi terutamanya oleh aliran portfolio dan
perdagangan dua hala, mencerminkan perkembangan antarabangsa dan dalam
negeri. Pada empat bulan pertama tahun 2013, ringgit secara relatifnya stabil.
Selepas itu, terdapat penunjuk mengenai kemungkinan pengecilan skala program
pembelian aset oleh Fed, lantas mengubah jangkaan pasaran dan mendorong
aliran portfolio bertukar arah dan keluar daripada kebanyakan pasaran serantau,
sekali gus menyebabkan penyusutan nilai dalam kebanyakan mata wang serantau,
termasuk ringgit. Bagi tahun 2013 secara keseluruhan, ringgit telah menyusut nilai
sebanyak 6.8% kepada RM3.2815 berbanding dengan dolar AS pada akhir tahun
2013.

Pada tahun 2013, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government
Securities, MGS) didorong terutamanya oleh faktor luaran. Sementara penunjuk
yang diberikan oleh Fed mengenai kemungkinan pengecilan skala program
pembelian asetnya telah menyebabkan aliran keluar portfolio yang ketara daripada
pasaran bon, kenaikan kadar hasil MGS pada amnya Iebih kecil berbanding dengan
pasaran di seluruh rantau ini. Ini berikutan sokongan institusi domestik terhadap
pasaran MGS. Dalam pasaran sekuriti hutang swasta (Private debt securities, PDS),
kos pembiayaan sekuriti hutang swasta meningkat tetapi kekal menyokong aktiviti
pemerolehan dana. Indeks komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM
KLCI) meningkat sebanyak 10.5% (2012: 10.3%) untuk ditutup pada 1867.0 mata.
Prestasi asas pasaran yang kukuh itu disokong oleh keyakinan pelabur terhadap
prospek ekonomi yang positif bagi Malaysia.

Keadaan mudah tunai kekal stabil sepanjang tahun 2013, walaupun terdapat
turun naik yang ketara dalam pasaran kewangan global dan aliran keluar modal.
Meskipun terdapat pengeluaran bersih mudah tunai yang disebabkan oleh aliran
keluar asing bersih pada tahun 2013, lebihan mudah tunai keseluruhan yang
disimpan di Bank Negara Malaysia kekal tinggi. Mudah tunai sektor swasta, seperti
yang diukur oleh wang secara luas atau M3, terus berkembang, tetapi pada kadar
yang Iebih sederhana sebanyak 8.1% pada tahun tersebut (2012: 9.0%).

130 Malaysia 2014

Pembiayaan terus menyokong aktiviti ekonomi dalam negeri. Walaupun
pertumbuhan pembiayaan bersih menjadi sederhana, paras pinjaman yang
dikeluarkan dan dana yang diperoleh dalam pasaran modal kekal menggalakkan.
Permintaan keseluruhan terhadap pembiayaan kasar oleh perniagaan kekal
mampan berikutan aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta yang terus kukuh.
Permintaan untuk pinjaman oleh isi rumah juga mampan, disokong oleh keadaan
guna tenaga dan peningkatan gaji yang menggalakkan. Yang penting, kadar
pertumbuhan pinjaman terkumpul untukmkegunaan peribadi menjadi sederhana
kepada 4.6% pada tahun 2013 (2012: 9.1%), sebahagiannya disebabkan oleh
langkah awalan yang diperkenalkan oleh Bank pada bulan Julai 2013 untuk
memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab. Bagi tahun
2013, pembiayaan bersih kepada sektor swasta melalui sistem perbankan dan
pasaran PDS meningkat pada kadar tahunan 9.8% (2012: 12.4%).

Prospek Ekonomi Malaysia pada Tahun 2014
Ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil
pada tahun 2014, dan diunjurkan berkembang sebanyak 4.5%-5.5%. Permintaan
dalam negeri dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, walaupun pada
kadar yang Iebih sederhana. Pelaburan swasta dijangka mencatat pertumbuhan
yang teguh untuk tahun kelima berturut-turut, didorong oleh projek jangka panjang
yang sedang dilaksanakan serta permintaan Iuar negeri yang bertambah baik.
Pelaburan awam dijangka menoatat pertumbuhan yang Iebih tinggi, disokong
perbelanjaan modal oleh Kerajaan dan perusahaan awam. Penggunaan swasta
akan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang kukuh dan peningkatan
pendapatan yang mampan. Penggunaan awam dijangka menoatat pertumbuhan
Iebih rendah disebabkan konsolidasi fiskal yang sedang dilaksanakan.

Selaras dengan peningkatan permintaan Iuar negeri, prestasi eksport Malaysia
dalam kebanyakan kategori produk dijangka meningkat pada tahun 2014. Eksport
dijangka terus disokong pertumbuhan positif yang keoil dalam eksport komoditi
dan eksport perkhidmatan yang Iebih kukuh, disokong oleh Tahun Melawat
Malaysia 2014. Pada masa yang sama, import kasar dijangka meningkat pada
kadar yang Iebih cepat, didorong terutamanya oleh import barangan pengantara
yang Iebih tinggi. Dengan pertumbuhan import yang terus teguh, lebihan akaun
semasa dijangka Iebih kecil pada tahun 2014.

Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan
positif pada tahun 2014. Sektor perkhidmatan dan perkilangan akan menjadi
pendorong utama pertumbuhan keseluruhan, kerana mendapat manfaat daripada
persekitaran ekonomi global yang bertambah baik. Sektor pembinaan dijangka
terus mencatat pertumbuhan yang tinggi, walaupun pada kadar yang Iebih
sederhana, berikutan siapnya beberapa projek kejuruteraan awam yang besar
yang akan Iebih daripada mengimbangi kemajuan projek-projek sedia ada dalam
sektor pengangkutan, utiliti, serta minyak dan gas. Pertumbuhan sektor pertanian
dijangka bertambah baik berikutan pengeluaran minyak sawit yang Iebih tinggi

Malaysia 2014 131

disebabkan kadar hasil dan bilangan pokok kelapa sawit matang yang meningkat.
Dalam sektor perlombongan, prestasi yang Iebih baik diunjurkan hasil daripada
pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang Iebih tinggi daripada medan Iaut
dalam dan marginal; serta pertambahan minyak daripada medan yang sedia ada.

Inflasi diunjurkan pada purata 3%-4% pada tahun 2014, disebabkan terutamanya
oleh faktor kos dalam negeri. Ini termasuk pelarasan harga baru-baru ini berikutan
rasionalisasi subsidi dan kesan Iimpahan daripada pelarasan terhadap harga
barangan dan perkhidmatan lain. Tekanan kos yang Iebih tinggi, bagaimanapun, akan
dibendung sebahagiannya oleh tekanan harga Iuaran yang rendah, pengembangan
berterusan dalam kapasiti dalam negeri serta permintaan dalam negeri yang Iebih
sederhana. Walaupun permintaan dalam negeri menjadi sederhana, asas-asas
ekonomi Malaysia terus kukuh. Pertumbuhan dijangka didorong oleh sektor swasta
merentas aktiviti ekonomi yang pe-lbagai. Yang penting, guna tenaga kekal kukuh
dan pendapatan se-makin meningkat. Sistem kewangan berdaya tahan dengan
pengantaraan kewangan dijangka memberikan sokongan yang berterusan kepada
aktiviti pelaburan dan penggunaan. Kekukuhan kedudukan Iuaran Malaysia juga
kekal menggalakkan, dengan paras rizab antarabangsa yang tinggi dan hutang
Iuar negeri yang berada pada tahap yang berhemat.

Walau bagaimanapun, risiko pertumbuhan global menjadi Iebih perlahan dijangka
boleh memberikan kesan kepada prestasi ekonomi dalam negeri pada tahun 2014.
Ekonomi maju dijangka terus mengalami lebihan kapasiti dalam pasaran pekerja
dan produk, sementara ketidaktentuan fiskal boleh menjejaskan kadar pemulihan.
Dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun, permintaan dalam negeri
mungkin menjadi Iebih perlahan daripada jangkaan ekoran langkah-langkah dasar
yang dilaksanakan untuk menangani risiko yang berpunca daripada pertumbuhan
yang tinggi dalam kredit dan harga aset. Di samping itu, turun naik dalam pasaran
kewangan global boleh menyumbang kepada aliran modal yang besar dan tidak
menentu. Walaupun persekitaran terus menoabar, ekonomi negara juga boleh
mencatat prestasi pertumbuhan yang Iebih kukuh jika kadar pemulihan global
melebihi jangkaan.

Pengurusan Ekonomi dan Kewangan pada Tahun 2014
Dasar Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan tertumpu pada usaha menyokong
pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan, di samping mengurangkan
risiko yang timbul daripada persekitaran global, inflasi dan pembentukan
ketidakseimbangan kewangan. Matlamat dasar monetari pada tahun 2014 adalah
untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan di samping
mengurangkan kelemahan yang mungkin timbul daripada inflasi dan pembentukan
ketidakseimbangan kewangan. Walaupun tekanan harga dijangka Iebih tinggi,
sumber inflasi berpunca terutamanya daripada dorongan faktor kos. Pengawasan
monetari, bagaimanapun, akan terus tertumpu pada usaha mengenal pasti tanda-
tanda yang menunjukkan inflasi akan menjadi Iebih meluas dan berpanjangan.
Dalam keadaan ini, tindak balas dasar monetari adalah wajar. Yang penting,

132 Malaysia 2014

Illustrasi Tun Razak Exchange Kuala Lumpur

keadaan kadar faedah antarabangsa dan domestik yang agak rendah untuk
tempoh yang berpanjangan boleh menggalakkan amalan pengambilan risiko yang
berlebihan. Seandainya ini berlaku dalam segmen ekonomi tertentu, instrumen
dasar bersasaran yang lain, seperti langkah-langkah kehematan makro, akan
digunakan untuk menangani risiko tersebut. Walau bagaimanapun, langkah-
langkah tersebut merupakan pelengkap dan bukan pengganti kepada dasar kadar
faedah. Memandangkan terdapatnya jangkaan perubahan yang besar dalam
mudah tunai dan aliran modal global, adalah penting bagi memastikan keadaan
monetari dan pembiayaan tidak mengakibatkan sebarang ketidakstabilan malah
terus memberikan sokongan kepada ekonomi. Matlamat dasar fiskal pada tahun
2014 adalah untuk memperkukuh dan melaksanakan konsolidasi kedudukan
fiskal, di samping memastikan sokongan yang berterusan kepada pertumbuhan
dalam negeri dan usaha memelihara kesejahteraan rakyat. Pembaharuan fiskal
akan dilaksanakan secara beransur-ansur supaya tidak menjejaskan pertumbuhan.
Serentak dengan itu, sumber fiskal akan ditumpukan ke arah sektor ekonomi
utama untuk mempercepat peralihan kepada ekonomi bernilai tambah tinggi dan
berpendapatan tinggi. Pada bulan Jun 2013, Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal
Policy Committee, FPC) telah ditubuhkan untuk berperanan sebagai jawatankuasa
penggubal dasar pusat untuk merumuskan dan melaksanakan strategi fiskal serta
memberikan pertimbangan sewajarnya kepada kesan strategi tersebut ke atas
makroekonomi secara keseluruhan.

Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia yang Diaudit bagi Tahun 2013
Kedudukan kewangan Bank Negara Malaysia, yang telah diaudit dan disahkan
oleh Ketua Audit Negara, kekal kukuh pada tahun 2013. Aset Bank Negara
Malaysia berjumlah RM474.2 bilion, dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.5
bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Bank Negara Malaysia
mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM1.5 bilion kepada Kerajaan bagi
tahun 2013.

Bank Negara Malaysia
19 Mac 2014

Malaysia 2014 133

134 Malaysia 2014

Bab 6

RINGKASAN
LAPORAN

KEMENTERIAN-
KEMENTERIAN

• Jabatan Perdana Menteri
• Kementerian Kewangan Malaysia
• Kementerian Pendidikan Malaysia
• Kementerian Pengangkutan Malaysia
• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
• Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia
• Kementerian Pertahanan Malaysia
• Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
• Kementerian Perusahaan Perladangan dan

Komoditi Malaysia
• Kementerian Dalam Negeri Malaysia
• Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
• Kementerian Kesihatan Malaysia
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia
• Kementerian Luar Negeri Malaysia
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat
• Kementerian Kerja Raya Malaysia
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi

dan Kepenggunaan
• Kementerian Sumber Manusia
• Kementerian Wilayah Persekutuan
• Kementerian Belia dan Sukan
• Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan

dan Kerajaan Tempatan
• Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

Malaysia 2014 135

JABATAN PERDANA MENTERI

Perhimpunan Bulanan
Jabatan Perdana Menteri

Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Telefon : 03-8888 8000

Faks : 03-8888 3444

Laman Web : www.jpm.gov.my

136 Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato’ Mah Siew YB Mejar Jeneral YB Senator Dato’ Sri YB Tan Sri Datuk Seri YB Datuk Joseph
Keong Dato’ Seri Jamil Khir Idris Jala Panglima Joseph Entulu Anak Belaun
Kurup
Bin Baharom (B)

YB Dato’ Seri Dr. YB Senator Datuk Paul YB Puan Hajah Nancy YB Senator Dato’ Sri YB Datuk Ir. Dr. Wee
Shahidan Bin Kassim Low Seng Kuan Binti Haji Shukri Abdul Wahid Bin Omar Ka Siong

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Razali YB Senator Tuan Waytha
Bin Ibrahim Moorthy Ponnusamy

(sehingga Februari 2014)

Kita tidak mampu untuk membuangkan masa untuk
terlibat dalam proses yang saya sifatkan sebagai
‘excessive politicking’. Kita menumpukan pandangan
kepada usaha perkasa yang lebih serius dan lebih
besar lagi, yakni untuk menunaikan amanah yang telah
diberikan oleh rakyat untuk menentukan kesejahteraan
rakyat dan negara kita ini membangun dengan lebih
pesat”

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Malaysia 2014 137

Pengenalan
Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan pada bulan Julai 1957 iaitu sebulan
sebelum pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. JPM merupakan sebuah
Kementerian terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan
sebagai agensi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar
utama Kerajaan.

Skop fungsi JPM boleh dirumuskan kepada tujuh bidang utama iaitu:
• Perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosioekonomi;
• Perancangan dan pengurusan sumber manusia sektor awam;
• Pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam;
• Pengurusan keselamatan negara;
• Pengurusan hal ehwal perundangan dan kehakiman;
• Hal ehwal perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
• Pelaksanaan fungsi-fungsi khas.

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013

Pemberian Sijil Pelepasan Bankrap melepasi sasaran
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah berjaya melepasi sasaran sebanyak
109% bagi memberi pelepasan kepada 16,394 individu yang bankrap melalui
Sijil Pelepasan berbanding jumlah sasaran 15,000 orang. Bagi pelepasan
individu yang bankrap dalam kategori penjamin sosial, seramai 2,184 individu
telah dilepaskan berbanding sasaran 2,000 orang. Majlis Penyampaian Sijil
Pelepasan Kebankrapan telah diadakan pada 31 Oktober 2013 disempurnakan
oleh Puan Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seramai 33 orang bankrap telah hadir menerima sijil pelepasan kebankrapan
masing-masing. Selain daripada kejayaan berterusan MdI menyelesaikan
masalah kebankrapan, Mdi juga telah memberi sumbangan kepada
pencapaian kedudukan Malaysia bagi kategori menyelesaikan insolvensi
(resolving insolvency) daripada kedudukan 49 kepada kedudukan 42 dalam
Doing Business 2014, Laporan Bank Dunia.

Pelancaran Program Rimbunan Kaseh (RK)
Program Rimbunan Kaseh Tanjung Besar (RKTB), Lipis, Pahang merupakan
projek perintis untuk membawa kemodenan dan kemajuan ke luar bandar.
Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 23 Mac 2013. Pogram RK bertujuan
untuk membangunkan sesuatu kawasan secara mapan dan pada masa yang
sama berkemampuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkatkan
kualiti kehidupan para peserta yang terdiri daripada golongan berpendapatan
sederhana dan rendah serta masyarakat di kawasan berkenaan.

138 Malaysia 2014


Click to View FlipBook Version