The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fauziah Gee, 2020-12-06 06:31:24

MALAYSIA 2014

Hbec_2303publication

MENTERI

YB Dato’ Sri Liow
Tiong Lai

(Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
memangku sehingga Jun 2014)

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Ab. Aziz bin
Kaprawi

Sejak tahun 2009, MOT bertanggungjawab menerajui
‘Bidang Keberhasilan Utama Negara’ (NKRA) bagi
‘Pengangkutan Awam Bandar’. Sehingga Oktober
2013, kita berjaya melepasi sasaran dengan
merekodkan hampir 430,000 orang warga Lembah
Klang menggunakan pengangkutan awam pada waktu
puncak setiap hari. Jumlah ini merupakan peningkatan
sebanyak 81.7% berbanding hanya seramai 236,412
orang pada tahun 2010”

Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan (sehingga Jun 2014)

Malaysia 2014 189

PENGENALAN
Kementerian Pengangkutan ditubuhkan pada 1956 dan kemudiannya dikenali
sebagai Kementerian Perhubungan pada 1972. Setelah melalui beberapa
penggabungan, pada 1978 Kementerian ini dinamakan semula sebagai
Kementerian Pengangkutan hingga kini. Kementerian ini bertanggungjawab
dalam menggubal, merancang dan melaksanakan dasar, strategi dan program
dalam sektor pengangkutan darat, maritim dan udara. Ia juga berperanan
menyediakan prasarana pengangkutan dan menyelaras integrasi antara mod
pengangkutan bagi membentuk rangkaian pengangkutan yang lancar.

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Malaysia mengekalkan keahlian dalam Majlis ICAO
Malaysia telah berjaya mengekalkan keahlian dalam Majlis Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization -
ICAO) bagi penggal 2013 - 2016. ICAO merupakan sebuah agensi di bawah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berperanan menetapkan piawaian serta
peraturan penerbangan awam antarabangsa dan berfungsi sebagai forum
kerjasama di antara 191 Negara Pejanjinya. Malaysia telah menjadi ahli ICAO
sejak 7 Mei 1958 dan telah berjaya menjadi ahli Majlis ICAO semenjak tahun
2007. Pelantikan Malaysia sebagai ahli badan eksekutif ini membolehkan
Negara menyumbang kepada penerbangan awam antarabangsa dan memberi
akses untuk menyuarakan secara terus perkara yang melibatkan kepentingan
nasional. Ia turut meningkatkan imej dan profil Negara di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz
Kaprawi (tiga dari kanan) mewakili Malaysia dalam Majlis
International Maritime Organisation (IMO)

190 Malaysia 2014

Kejayaan mengekalkan kerusi International Maritime Organisation (IMO)
IMO dianggotai oleh 170 buah negara di mana Majlis IMO merupakan organ yang
menjalankan fungsi IMO bagi tempoh biennium. Majlis tersebut dianggotai oleh
40 buah negara yang diundi oleh negara-negara anggota. Malaysia merupakan
ahli Majlis IMO sejak penggal 2006-2007 dan telah berjaya mempertahankan
kerusi Majlis IMO selama 5 penggal berturut-turut. Pada sesi pemilihan ahli
majlis di Persidangan IMO pada 2013, Malaysia telah dipilih sekali lagi selaku ahli
Majlis IMO bagi penggal 2014-2015. IMO adalah agensi di bawah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab terhadap hal pelayaran
dan pengoperasian kapal serta pencegahan pencemaran alam persekitaran
marin. Kejayaan ini merupakan pengiktirafan oleh negara-negara anggota IMO
terhadap penglibatan, sumbangan dan kepentingan Malaysia di dalam industri
maritim antarabangsa khususnya peranan di dalam IMO itu sendiri.

Peranan Malaysia dalam Road and Rail Safety Sub-Group (LEG-SAF)
Malaysia merupakan Pengerusi bagi Road and Rail Safety Sub-Group (LEG-
SAF) sebuah badan dibawah Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Mesyuarat
Kumpulan Kerja Pengangkutan sejak tahun 2010 sehingga kini. Mesyuarat ini
diadakan bagi membincang, merancang dan bekerjasama secara aktif dalam
pelaksanaan program dan agenda keselamatan jalan raya dalam kalangan
negara-negara anggota APEC. Mesyuarat dua kali setahun APEC LEG-SAF
yang diterajui oleh JKJR telah diadakan di Vietnam pada 8 – 12 April 2013 dan
pada 1 – 5 Julai 2013 di Bali, Indonesia.

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dikembangkan ke Sekolah Menengah
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia telah dilaksanakan di sekolah rendah kebangsaan Tahun 1 hingga
6 secara berperingkat mulai 2007. Ia seterusnya dikembangkan ke sekolah
menengah Tingkatan 1 mulai 2012 kemudian Tingkatan 2 pada 2013. Kajian
oleh pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
pada tahun 2012 mendapati hasil yang positif terhadap penerapan aspek-
aspek keselamatan termasuk peningkatan dalam penggunaan tali pinggang
keledar dan topi keledar dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 yang menerima
intervensi PKJR.

Majlis pecah tanah projek The Development of Advance Railway
Engineering and Technology in Malaysia
Majlis Pecah Tanah ini telah diadakan pada 9 April 2013 bertempat di Kompleks
KTMB Batu Gajah, Perak dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Projek untuk membangunkan kemudahan
membina keretapi dan lokomotif dengan pelaburan bernilai RM400 juta di
atas tanah milik Perbadanan Aset Keretapi. Kilang dibangunkan oleh sebuah

Malaysia 2014 191

syarikat dari China, CSR Group di atas tanah seluas 16.5 hektar itu dijangka
akan menyediakan 800 peluang pekerjaan kemahiran dan separa kemahiran.
Pelaburan besar ini bakal menjadikan Batu Gajah sebagai Hub Teknologi
Lokomotif serantau pada masa akan datang.

Siasatan Kes Kemalangan Bas di Jalan Genting – Kuala Lumpur
MIROS telah melakukan siasatan ke atas tragedi bas terjunam di Genting
Highlands melibatkan sebuah bas dengan muatan 53 orang penumpang pada
21 Ogos 2013. Tragedi yang telah mengorbankan 37 nyawa dan 16 yang
lain cedera merupakan kemalangan jalan raya paling buruk pernah berlaku
di Malaysia. Hasil siasatan berkenaan telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 4 September 2013. Sebuah Jawatankuasa Bebas
diketuai Tan Sri Lee Lam Thye turut ditubuhkan untuk mengkaji cadangan
penambahbaikan bagi mengelak risiko kemalangan sama berulang. Initiatif
dan penambahbaikan yang diperkenalkan di Genting Highlands ini akan turut
diperluaskan kepada semua kawasan berisiko tinggi yang lain di seluruh
negara. Laporan akhir Panel telah diserahkan kepada Menteri Pengangkutan
pada 28 Januari 2014.

Makmal Ujian Pelanggaran Berskala Penuh dicatat dalam The Malaysia
Book of Records
Makmal Pelanggaran Berskala Penuh untuk Makmal Ujian Pelanggaran iaitu
Makmal MIROS PC3 terletak di Ayer Molek, Melaka telah dicatat dalam
The Malaysia Book of Records pada 31 Januari 2013. Makmal MIROS PC3
merupakan makmal pelanggaraan yang pertama di Asia Tenggara yang
memberi impak terhadap keselamatan jalan raya. Melalui program ASEAN New
Car Assessment Programme (ASEAN NCAP) yang dijalankan di Makmal ini,
maklumat yang telus dan tepat berkenaan dengan tahap keselamatan sesuatu
kenderaan dapat dibekalkan kepada pengguna bagi membantu mereka
dalam membuat keputusan pembelian dengan mempertimbangkan aspek
keselamatan kenderaan tersebut.

Perasmian Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh yang telah dinaik taraf bermula tahun
2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2012 telah dirasmikan
oleh Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin pada 21 Mei 2013. Projek menaik taraf
berjumlah RM42 juta tersebut melibatkan pelebaran ruang Balai Pelepasan
dan Balai Ketibaan, penyediaan tempat duduk baharu, pemasangan sistem
pendingin hawa, pelebaran kawasan letak kenderaan serta pemanjangan
landasan daripada 1,798 meter kepada 2,000 meter.

192 Malaysia 2014

JABATAN/AGENSI

Jabatan Laut Malaysia (JLM)
Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada
3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut
Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan
yang berbeza. Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan
dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir
urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia
seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan.

Jabatan Laut Malaysia, Peti Surat 12, Jalan Limbungan, 42007 Pelabuhan Klang.
Tel: 03-3346 7777. Faks: 03-3168 5289. Laman web: www.marine.gov.my

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
DCA merupakan agensi yang bertanggungjawab mengawalselia setiap aspek
teknikal pengangkutan udara di Malaysia. Tanggungjawab utamanya ialah bagi
menggalakkan pembangunan sektor pengangkutan udara yang selamat (safe
and secure) sepanjang masa di samping memastikan ruang udara Negara
yang selamat (safe) kepada operasi penerbangan.

Jabatan Penerbangan Awam, No. 27, Persiaran Perdana, Aras 1- 4, Blok Podium, Presint
4, 62618 Putrajaya Tel: 03-8871 4000 Faks: 03-8890 1640 Laman web: www.dca.gov.my

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
JPJ telah ditubuhkan pada 1 April 1946 bertujuan untuk menyelaras segala
aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Pelbagai akta berkaitan
Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958
dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selaras dengan itu, JPJ bertanggungjawab
dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan
pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk
memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain
itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta
pengangkutan secara telus dan berkesan.

Jabatan Pengangkutan Jalan, Aras 1-5 , Blok D4 , Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62620, Putrajaya. Tel: 03-88866400 Faks: 03-88889645 Laman
web: www.jpj.gov.my

Malaysia 2014 193

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
JKJR berperanan untuk merancang, menggubal, melaksana dan menyelaras
dasar/pelan/peraturan berkaitan keselamatan jalan raya. Jabatan ini turut
berperanan menyelaras program-program keselamatan jalan raya yang
melibatkan kerjasama pelbagai agensi di samping melaksanakan kempen-
kempen keselamatan jalan raya untuk mendidik pengguna-pengguna jalan
raya.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Galeria PjH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100, Putrajaya Tel: 03-8323 8008 Faks: 03-8888 8807 Laman web:
www.jkjr.gov.my

Jabatan Kereta Api Malaysia
Jabatan Kereta Api Malaysia berperanan untuk mengawal selia kendalian
kereta api dan perkhidmatan kereta api, menetapkan piawaian keselamatan
minimum bagi kendalian kereta api dan menentukan supaya pengendali kereta
api mempunyai kelayakan yang sesuai. Jabatan ini juga bertanggungjawab
menjaga kepentingan awam dari segi kadar, piawai atau kualiti perkhidmatan
dan kemudahan. Ia turut bertanggungjawab memajukan dan menggalakkan
pengembangan dan pembaikan sistem kereta api negara. Peranan dan fungsi
jabatan ini akan diambil alih oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan
akan dibubarkan selepas 31 Januari 2011.

Jabatan Keretapi Malaysia, Aras 13 Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin 50050
Kuala Lumpur. Tel: 03-2278 1222. Faks : 03-227 21900. Laman web: www.dor.gov.my

Perbadanan Aset Keretapi (PAK)
PAK merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan Kementerian
Pengangkutan yang diwujudkan di bawah Akta Kereta Api 1991 (Akta 463).
PAK mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 1992 serentak dengan
program pengkorporatan Kereta api Tanah Melayu (KTM), sebuah entiti
awam yang telah wujud sejak tahun 1894, menjadi Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB). Tanggungjawab PAK adalah meletakkan pengurusan aset,
hak dan liabiliti pentadbiran KTM sebelum 1 Ogos 1992 dan segala harta
yang terletakhak pada Persuruhjaya Tanah Persekutuan kepada PAK;
melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur
keretapi; dan membiayai pembangunan infrastruktur keretapi yang telah
dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi dari aktiviti-
aktiviti penyewaan, pajakan dan peruntukan Kerajaan.

Perbadanan Aset Keretapi, No. 29G, Blok B, Jalan TKS 1, Kajang Sentral Business
Park, 43000 Kajang, Selangor Tel : 03-8733 2020 Faks: 03-8733 2222/6018 Laman
web: www.rac.gov.my

194 Malaysia 2014

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan di sekolah rendah kebangsaan
sejak 2007 telah dikembangkan ke sekolah menengah kebangsaan mulai 2012

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS)
MIROS telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang berfungsi sebagai repositori
pusat pengetahuan dan maklumat berkaitan keselamatan jalan raya. Hasil
kajian yang diperolehi daripada program-program penyelidikan dan intervansi
berasaskan bukti menjadi asas bagi pembentukan strategi baru, undang-
undang, dasar-dasar dan langkah-langkah penguatkuasaan dan memantau
keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Lot 125-135, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-89249200 Faks 03-87332005
Laman web: www.miros.gov.my

Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airports)
Malaysia Airports mengurus dan mengendali 39 buah lapangan terbang iaitu 5
lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 Short
Take-Off and Landing Ports (STOL Ports/padang terbang). Pada 30 November
1999, Malaysia Airports menjadi syarikat lapangan terbang pertama yang
disenaraikan di Asia. Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), lapangan
terbang utamanya, telah dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik (kategori 15-
25 juta penumpang setahun) selama tiga tahun berturut-turut dalam anugerah
anugerah AETRA 2005, anugerah ACI-ASQ tahun 2006 dan 2007, sementara
terminal penerbangan tambang murah LCCT-KLIA dipilih sebagai CAPA Low
Cost Airport of the Year di CAPA Aviation Awards for Excellence 2006. KLIA
juga telah melancarkan konsep “Next Generation Hub”, satu inisiatif yang akan
mengetengahkan KLIA sebagai hab pelbagai fungsi. Malaysia Airports juga telah
menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam bidang kecemerlangan
perkhidmatan, tanggungjawab sosial dan kecemerlangan organisasi.

Malaysia Airports Holding Berhad, Pejabat Korporat Malaysia Airports, Persiaran
Korporat KLIA, 64000 KLIA Sepang, Selangor Tel: 03-87777000 Faks: 03-87777778
Laman web: www.malaysiaairports.com.my

Malaysia 2014 195

KEMENTERIAN SUMBER ASLI
DAN ALAM SEKITAR

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Ke-8

Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4
62574 Putrajaya

Telefon : 03-8886 1111/ 03-8000 8000
Faks : 03-8889 2672
Laman Web : www.nre.gov.my

196 Malaysia 2014

MENTERI

YB Datuk Seri G.
Palanivel

TIMBALAN MENTERI

YB Dato’ Dr. James
Dawos Mamit

Peranan NRE dalam aspek pengurusan sumber asli
dan pemuliharaan alam sekitar sememangnya adalah
amat besar dan memerlukan penglibatan setiap lapisan
masyarakat bagi memastikan khazanah sumber asli
dan alam sekitar sentiasa terpelihara. Saya percaya
dengan sinergi 1NRE, kita mampu melaksanakan
segala tanggungjawab kita dalam menerajui pengurusan
sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara
berkekalan”

Datuk Seri G. Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Malaysia 2014 197

PENGENALAN
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan
pembentukan Kabinet pada 27 Mac 2004. Bidang tanggungjawab NRE
adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada empat kementerian
iaitu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Perusahaan Utama dan Kementerian
Pertanian. Visi kementerian ini ialah menerajui pengurusan sumber asli dan
pemuliharaan alam sekitar secara lestari ke arah pencapaian wawasan
negara manakala misinya ialah menyediakan perkhidmatan yang cemerlang
dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan
wawasan negara melalui perancangan bersepadu program dan aktiviti semua
jabatan dan agensi; penggemblengan secara optimum guna tenaga, teknologi
terkini dan sumber kewangan; pembangunan sumber asli secara optimum
untuk menyokong aktiviti nilai tambah; peningkatan dan pengukuhan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan; penyebaran dan perkongsian input teknikal
dan pengurusan pangkalan data yang berkesan; kerjasama berkesan dengan
semua peringkat sektor awam, swasta dan antarabangsa; dan peningkatan
kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik dan berkesan.

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013
Sambutan Hari Antarabangsa bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan
Masyarakat” (Forest for Community Livelihood) disambut pada 21 Mac 2013
yang merupakan kesinambungan sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-42
bertempat di Universiti Pahang Malaysia (UMP), Kampus Pekan, Pahang adalah
simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan
hutan. Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun
2013 dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan
dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji
Yaakob. Antara acara menarik adalah aktiviti menanam 1000 pokok pelbagai
spesies nadir, Karnival Bersama Pelanggan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia, pameran daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang
berjaya menarik kehadiran lebih daripada 1500 pengunjung.

Majlis Menandatangani Perjanjian The Giant Panda Protection and
Research Programme antara NRE dan Malaysian Zoological Society
(MZS)
Pada 22 Jun 2013, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah

198 Malaysia 2014

memeterai perjanjian bersama Malaysian Zoological Society (MZS) mengenai
Giant Panda Protection and Research Programme. Perjanjian itu disaksikan
oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel. Perjanjian
ini adalah bertujuan dalam pemeliharaan dan melaksanakan penyelidikan
mengenai beruang gergasi Panda di Zoo Negara dan menggariskan keperluan
negara dalam memenuhi tanggungjawab terhadap perjanjian yang telah
ditandatangani bersama pihak China Wildlife Conservation Association (CWCA)
pada 15 Jun 2012. Perjanjian ini menggariskan keperluan negara dalam
memenuhi tanggungjawab terhadap perjanjian di mana keselamatan dan
kebajikan beruang gergasi panda yang dipinjamkan kepada Malaysia selama
10 tahun hendaklah sentiasa terjamin. Pasangan panda yang tiba awal tahun
2014 dan ditempatkan di Zoo Negara dengan kemudahan menyamai habitat
asal pasangan haiwan berkenaan.

Technical Working Group dan Sub-Regional Ministerial Steering
Committee (MSC)
Mesyuarat Technical Working Group dan Sub-Regional Ministerial Steering
Committee (MCS) ke-15 telah diadakan pada 17 Julai 2013 bertempat di Hotel
Royal Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel bersama rakan sejawat
dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei membincangkan mengenai
tanggungjawab kerjasama serantau dalam menangani isu jerebu yang menjadi
masalah rentas sempadan. Antara kejayaan yang dicapai sejak pembentukan
MSC pada 2006 ialah pelaksanaan Pelan Tindakan (POA) Indonesia dalam
mengurangkan kawasan titik panas di daerah yang berkecenderungan berlaku
kebakaran seperti di Sumatera dan Kalimantan, kerjasama dua hala dalam
mencegah kebakaran hutan dan tanah antara Malaysia dan Riau serta antara
Singapura dan Jambi, usaha Thailand di sub rantau Mekong, kajian semula
program dan aktiviti MSC sejak tahun 2010 bagi mempertingkatkan mekanisme
dalam menangani isu jerebu rentas sempadan.

Majlis Sumber Air Negara (MSAN)
Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Ke-8 telah diadakan pada
7 Oktober 2013 bertempat di Dewan Persidangan, Unit Penyelarasan
Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang dipengerusikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin yang turut
dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel,
Menteri-menteri Persekutuan, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
Mesyuarat tersebut menyentuh mengenai Penubuhan Majlis Sumber Air Negeri
(MSANg) sebagai penghubung setempat (OSC) untuk membincangkan dan
melaksanakan perkara-perkara yang diputuskan oleh MSAN dan isu-isu air di
peringkat negeri dengan penglibatan jabatan dan agensi yang berkepentingan.

Malaysia 2014 199

Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
merasmikan Sambutan Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan
2013 di Tanah Rata, Cameron Highlands pada 21 Oktober 2013

MSAN ditubuhkan bagi memastikan koordinasi keputusan yang diputuskan
dalam MSAN dapat diselaras dan dipantau di peringkat negeri, menguruskan
sumber air di negeri secara mampan dan bersepadu dengan mengambil kira
input dari pelbagai agensi dan jabatan serta memantau sebarang pelanggaran
syarat-syarat serta pencemaran yang dilakukan terhadap sumber air.

Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013
Pada 21 Oktober 2013, Jabatan Alam Sekitar menganjurkan majlis Sambutan
Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan di Tanah Rata,
Cameron Highlands yang bertemakan “Perkongsian Pintar ke Arah Kelestarian
Alam Sekitar”. Sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat
Malaysia yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung
dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Majlis perasmian
Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan telah
disempurnakan oleh Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar. Sambutan MASM telah dihadiri oleh lebih 5,000 orang dari segenap
lapisan masyarakat yang menyertai pelbagai program dan aktiviti.

Majlis Biodiversiti Negara (MBN)
Pada 22 Oktober 2013, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Biodiversiti Negara (MBN)
bertempat di Bilik Jawatankuasa 1 dan 2, Bangunan Utama Parlimen, Kuala
Lumpur. Mesyuarat pertama ini telah dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketua-
ketua Menteri/wakil dan Menteri-menteri yang bidang kuasa dan tugasnya
adalah berkaitan dengan pengurusan biodiversiti. Antara isu yang dibincangkan

200 Malaysia 2014

adalah mempertimbangkan 4 kertas pertimbangan iaitu Cadangan Projek
Restorasi Karang di pulau-pulau di seluruh Negara; Modaliti Penubuhan Pusat
Biodiversiti Kebangsaan; Cadangan Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan
Spesies Asing Berbahaya (Invasive Alien Species) untuk Menghalang
Kemasukan, Membendung, Mengawal dan Menghapus IAS bagi Melindungi
Biodiversiti Negara; dan Langkah Menyelamat Tumbuhan Terancam. Cadangan
projek restorasi terumbu karang untuk dilaksanakan di negeri-negeri dengan
perairan yang mempunyai terumbu karang telah dipersetujui di mana projek ini
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui smart partnership dengan Jabatan
Taman Laut Malaysia (JTLM), pihak berkepakaran serta universiti-universiti,
badan bukan kerajaan serta pihak korporat.

JABATAN/AGENSI

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
JKPTG ditubuhkan bertujuan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan dan
perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar
Pembangunan Negara yang merangkumi pengurusan tanah persekutuan,
penyelesaian pembahagian pusaka, pengambilan tanah dan penguatkuasaan.
Selaras dengan hasrat berkenaan, JKPTG mempertingkatkan peranannya
dalam mengkaji segala undang-undang, dasar dan garis panduan yang
berkaitan supaya wujud keseragaman dan penyelarasan dalam melaksanakan
dan mentadbirkan undang-undang, dasar dan garis panduan berkenaan di
seluruh Semenanjung Malaysia. Penyeragaman dan penyelarasan ini adalah
penting memandangkan hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Aras 3, Podium 1, No. 25
Persiaran Perdana Presint 4, 62574 Putrajaya. Tel: 03-8171 2600 Faks: 03-8881 0796
Laman web: www.kptg.gov.my

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
JUPEM bertanggungjawab menjalankan aktiviti ukur kawalan mendatar
dan menegak untuk kegunaan pihak awam dan juga swasta bagi
tujuan pembangunan, keselamatan dan pertahanan negara. Jabatan ini
bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja ukuran geodetik dan
pemetaan topografi bagi seluruh Malaysia dan ukuran kadaster untuk negeri-
negeri di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578
Kuala Lumpur. Tel: 03-2617 0800 Faks: 03-2693 3618 Laman web: www.jupem.gov.my.

Malaysia 2014 201

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
JMG merupakan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam eksplorasi
mineral, perlombongan kuari, serta penyiasatan pelbagai bidang geosains
secara bersistem di samping menyediakan perkhidmatan analisis geokimia dan
ujian fizikal bahan batuan dan mineral. Jabatan ini juga turut bertindak sebagai
bank data nasional bagi semua maklumat yang berkaitan dengan geosains dan
sumber mineral.

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Tingkat 19-22 Bangunan Tabung Haji, Jalan
Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur Tel: 03-2161 1033 Faks: 03-2161 1036 Laman web:
www.jmg.gov.my

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1932 dengan nama Jabatan Parit dan
Taliair. Peranan utama adalah untuk memajukan tanah pertanian yang baru dan
ia dengan sekali gus memikul tanggungjawab pengairan dan saliran. Jabatan
ini yang sebelumnya bernaung di bawah Kementerian Pertanian, menerima
tanggungjawab baru yang lebih luas. Tugas-tugas tersebut adalah pengairan,
kejuruteraan sungai, tebatan banjir, kejuruteraan pantai dan hidrologi. Pada
tahun 1989, jabatan ini dengan rasminya telah ditukarkan nama kepada
Jabatan Pengairan dan Saliran seiring dengan tanggungjawab yang kian
meluas. Pada 27 Mac 2004, berikutan rombakan kabinet, Jabatan Pengairan
dan Saliran diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Fungsi pengairan telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani manakala fungsi-fungsi lain termasuk saliran bandar diletakkan di
bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. JPS bertanggungjawab
dalam bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan
banjir serta saliran bandar.

Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur
Tel: 03-2697 2828 Faks: 03-2698 7973 Laman web: www.water.gov.my

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua.
Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah
diwujudkan. Dalam tahun 1902, rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab
Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan
satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan
spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En.
T.R.Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang,
sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya. Antara tahun 1972
dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan kerajaan-
kerajaan negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua

202 Malaysia 2014

Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan
Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan
sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya
Jabatan PERHILITAN. Jabatan ini diberi mandat untuk menguatkuasakan Akta
Perlindungan Hidupan Liar serta berfungsi menjaga, mengurus dan memelihara
hidupan liar dan taman negara termasuk rezab, santuari hidupan liar disamping
menjalankan penyelidikan terhadap spesies hidupan liar dan habitat, program
penyelidikan dan pendidikan di zoo dan pemeliharaan pusat pembiakan haiwan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), KM 10. Jalan
Cheras, 56100 Kuala Lumpur Tel: 03-9086 6800 Faks: 03-9075 2873. Laman web:
www.wildlife.gov.my

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
JPSM bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan
dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan
Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara. Ibu Pejabat Perhutanan
Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar
perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan
Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan,
industri hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan
pembangunan sumber manusia.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung
Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur Tel: 03-26164488 Faks: 03-2692
5657 Laman web: www.forestry.gov.my

Institut Tanah Negara (INSTUN)
INSTUN telah ditubuhkan pada 1 Mei 1998 dan merupakan institut latihan yang
bertanggungjawab untuk mengadakan latihan dalam bidang perundangan
tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. Di samping
itu, INSTUN menjalankan kajian penyelidikan pengurusan latihan dalam bidang
tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan serta
membekalkan bahan-bahan rujukan dan maklumat dalam bidang tersebut
melalui perpustakaan INSTUN.

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Behrang Stesen, Perak. Tel: 05-454
2825 Faks: 05-454 2837 Laman web: www.instun.gov.my

Jabatan Alam Sekitar (JAS)
JAS pada mulanya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar telah ditubuhkan
pada 1975. Fungsi utama JAS ialah untuk mencegah, menghapus, mengawal
dan membaiki alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan-peraturan di bawahnya.

Malaysia 2014 203

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Aras 1-4,
podium 2&3, Lot 4G3 Presint 4, No.25, Persiaran Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62574 Putrajaya. Tel: 03-8871 2000 Faks: 03-8889 1973 Laman web:
www.doe.gov.my

Jabatan Taman Laut Malaysia
Jabatan ini berperanan untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian
biologi komuniti marin dan habitatnya yang telah terjejas serta membiakkan
spesies marin yang terancam. Selain itu, jabatan ini juga berperanan untuk
menggalakkan kajian saintifik dan memantau flora dan fauna marin yang
terdapat di kawasan perlindungan. Jabatan ini turut terlibat dalam usaha untuk
meningkatkan pendidikan, pengetahuan dan kesedaran dan sokongan orang
ramai mengenai kepentingan serta keperluan pemuliharaan hidupan biodiversiti
marin dan habitatnya.

Jabatan Taman Laut Malaysia, Aras 11, Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran
Perdana, 62574 Putrajaya Tel: 03-8886 1111 Faks: 03-8888 0489 Laman web:
www.dmpm.nre.gov.my

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
FRIM adalah sebuah badan berkanun yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan
dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 1985, Institut ini dijadikan badan
berkanun dan dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan
Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia. Mulai
2004, FRIM berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia (NRE) dan merupakan institut penyelidikan yang bertanggungjawab
dalam penyelidikan dan pembangunan, perundingan, pemindahan teknologi
dan perkhidmatan ujian dan tumbuhan ubatan.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-6279 7000 Faks: 03-6273 1314 Laman web: www.frim.gov.my

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM)
NAHRIM ditubuhkan pada September 1995 dan diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian. Mulai April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. NAHRIM bertanggungjawab
menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta perundingan dalam bidang
perkhidmatan hidraulik sumber air merangkumi kejuruteraan sumber air atau
sungai dan pantai. NAHRIM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi

204 Malaysia 2014

‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ adalah tema sambutan Hari
Hutan Antarabangsa 2013 yang disambut pada 21 Mac 2013

pusat kecemerlangan kebangsaan yang menyelaras aktiviti penyelidikan dalam
bidang hidraulik sumber air bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan
Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8948 3033
Faks: 03-8948 3044 Laman web: www.nahrim.gov.my

JABATAN BIOKESELAMATAN (JBK)
Jabatan Biokeselamatan ditubuhkan pada 20 Mei 2010 dan bertindak sebagai
One Stop Centre untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan biokeselamatan.
Antara fungsi JBK ialah melaksana dan menguatkuasakan Akta Biokeselamatan;
menjadi sekretariat dan operational arm kepada Lembaga Biokeselamatan
Kebangsaan (LBK); menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Penasihat
Pengubahsuaian Genetik (GMAC) serta jawatankuasa/jawatankuasa kecil yang
ditubuhkan di bawah LBK dan GMAC; memantau aktiviti yang berhubungan
dengan organisma diubahsuai yang hidup (LMO) dan hasilan organisma
sedemikian; menyediakan pelantaran (platform) untuk konsultasi dengan
pelbagai pihak dalam usaha memformulasikan dan mengemas kini dasar,
undang-undang dan garis panduan berkaitan biokeselamatan; membina
kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan di dalam dan di luar negara
dalam bidang biokeselamatan; dan membantu kerajaan memformulasikan
pendirian negara tentang isu-isu biokeselamatan di forum-forum antarabangsa;
dan meningkatkan kesedaran awam terhadap biokeselamatan.

Jabatan Biokeselamatan (JBK), Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli, No.25 Persiaran
Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya Tel: 03-8886 1111 Faks: 03-8890 4935.Laman
web: www.nre.gov.my

Malaysia 2014 205

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN
KEBUDAYAAN MALAYSIA

Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014

No. 2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Telefon : 03-8891 7000/03-8000 8000

Faks : 03-8891 7100

Laman Web : www.motac.gov.my

206 Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato’ Seri
Mohamed Nazri Bin

Abdul Aziz

Sektor pelancongan adalah penyumbang keenam
terbesar kepada ekonomi Malaysia dan pendapatan
tukaran asing kedua terbesar selepas barangan
perkilangan. Pencapaian industri itu melebihi sasaran
tahun lalu dengan terima hasil pelancongan bernilai
RM65.44 bilion berbanding sasaran RM65 bilion...
walaupun melalui tahun yang mencabar, kedatangan
pelancong pada 2013 meningkat 2.7 peratus kepada
25.7 juta orang berbanding 25.0 juta pada 2012”

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Malaysia 2014 207

PENGENALAN
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibentuk menerusi penstrukturan
Kabinet pada 15 Mei 2013 selepas Pilihanraya Umum ke-13. Melalui
penggabungan ini sektor pelancongan dicantumkan kembali dengan sektor
kebudayaan selepas diasingkan semasa pembentukan Kabinet 2004. Kini
kementerian ini lebih mantap dalam membangunkan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan bertaraf dunia. Antara fungsi kementerian ialah menggubal
dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian
selain melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan
pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan.

AKTIVITI 2013
Pada 19 Januari 2013, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah melancarkan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2013. Kempen
yang telah diangkat sebagai Misi Nasional ini berlangsung sepanjang tahun
2013 ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan industri pelancongan
serta keterlibatan rakyat dalam agenda negara tersebut.

Melalui tema Celebrating 1Malaysia, Truly Asia, semua rakyat diseru untuk
bersama-sama berganding bahu dan memberikan layanan mesra dan berbudi
bahasa bagi memastikan sasaran kedatangan seramai 28 juta orang pelancong
asing dapat dicapai untuk tahun 2014.

Antara acara mega anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang
diadakan sepanjang tahun ini ialah :
a. 1Malaysia International Shoe Festival – 28 Mac – 31 Mac, PWTC, Kuala

Lumpur
b. Colours of 1Malaysia – 25 Mei, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
c. Magic of the Night – 22 Jun – 30 Jun, Putrajaya
d. Majlis Rumah Terbuka Malaysia

● Tadau Kaamatan – 30 Jun, Kota Kinabalu, Sabah
● Deepavali – 9 November, Johor Bahru, Johor
● Hari Raya Aidilfitri Raya Merdeka – 30 September, Melaka
● Krismas – 25 Disember, Padang Kota Lama, Pulau Pinang
e. World Tourism Conference 2013 – 21 Oktober – 23 Oktober, Melaka
f. Malaysian Cultural Week 2013 – 19 September – 23 September, London
g. Fabulous Food 1Malaysia – Oktober – Disember
● Tiga makanan pilihan :

i. Nasi Goreng – mewakili kaum Cina
ii. Popia – mewakili kaum India
iii. Sup Tulang – mewakili kaum Melayu

208 Malaysia 2014

PENCAPAIAN 2013
United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) menyenaraikan Malaysia
sebagai negara ke-10 yang paling kerap dilawati bagi tahun 2013 di dunia.
Sepanjang tahun 2013, Malaysia turut menerima beberapa pengiktirafan di
peringkat global. Antaranya :
a. Kuala Lumpur sekali lagi menduduki tempat ke-4 dalam senarai 10

bandaraya membeli-belah terbaik di dunia oleh CNN Travel, yang
meletakkan Kuala Lumpur dalam kumpulan sama dengan New York, Tokyo
dan London.
b. CNN Travel juga meletakkan tiga pantai di Malaysia dalam senarai 50
pantai terbaik di dunia iaitu Tanjung Rhu di Langkawi, Kedah (tangga
ke-49), Juara Beach di Pulau Tioman, Pahang (tangga ke-21) dan Pulau
Perhentian Kecil, Terengganu (tangga ke-13).
c. Malaysia juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 destinasi
terbaik dunia yang mesti dilawati bagi tahun 2014 oleh Lonely Planet dan
menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya Negara Asia yang termasuk
dalam senarai tersebut.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Pelan
Pelancongan Integrasi Genting dan Taman Tema Twentieth Century Fox
World di Genting Highland pada 17 Disember 2013

Malaysia 2014 209

JABATAN/AGENSI

SEKTOR PELANCONGAN

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourist Information Centre (MaTiC)
terletak persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail dan bangunan
ini adalah bangunan yang bersejarah kerana Persidangan Parlimen Pertama
berlangsung di sini. Selain berperanan sebagai pusat sehenti (one-stop centre)
bagi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada para pelancong, pusat
ini juga memberi pelancong kesempatan untuk melihat dan menikmati segala
tarikan Malaysia melalui persembahan tradisional, pementasan, demonstrasi
serta pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.

Pusat Pelancongan Malaysia, 109, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-9235
4848/9235 4800. Faks: 03-2162 1149. Laman web: www.matic.gov.my

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)
LPPM ditubuhkan pada tahun 1992 dan merupakan sebuah agensi
yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan destinasi-destinasi
pelancongan seluruh Malaysia serta pelbagai pakej pelancongan melalui 44
pejabat yang beroperasi di luar negara.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tingkat 9, No. 2, Menara 1, Jalan
P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya Tel: 03-8891 8000 Info-line: 1-300-88-5050 E-mel:
[email protected] Laman web: www.tourismmalaysia.gov.my

SEKTOR KEBUDAYAAN

Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia sebagai pusat arkib dan penyelidikan negara berperanan
sebagai agensi utama pengurusan rekod kerajaan bagi memantapkan tadbir
urus serta penyampaian perkhidmatan yang baik di sektor awam. Jabatan ini
juga menjadi pusat setempat pengumpulan, penyimpanan serta penyebaran
sumber maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah warisan
negara kepada orang awam bagi merapatkan jurang ilmu menerusi media
terkini. Selain dari itu, Arkib Negara Malaysia juga berperanan melaksanakan
program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan melengkapkan
maklumat dan memantapkan koleksi sejarah tanah air demi memartabatkan
kedaulatan negara.

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tel: 03-6201 0688. Faks :
03-6201 5679. Laman web: www.arkib.gov.my

210 Malaysia 2014

Jabatan Perpustakaan Negara
Jabatan Perpustakaan Negara bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan
pinjaman, perkhidmatan digital, perkhidmatan keahlian, perkhidmatan bilik
karel, fotokopi dan gerakan literasi maklumat kepada orang awam. Sementara
bagi penerbit, Jabatan ini berfungsi menyediakan perkhidmatan permohonan
International Standard Book Number (ISBN), permohonan International
Standard Serial Number (ISSN) serta pengkatalogan dalam penerbitan.
Bagi perpustakaan pula, jabatan ini berperanan dalam menyediakan sistem
pembekalan penerbitan, perkhidmatan pemuliharaan dan menyediakan
khidmat nasihat dan perundingan.

Jabatan Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun
Razak, 50572, Kuala Lumpur. Tel: 03-2687 1700. Faks: 03-2692 7502. Laman web:
www.pnm.gov.my

Jabatan Muzium Malaysia
Jabatan Muzium Malaysia diberi tanggungjawab menyelidik, mengumpul,
memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara serta
mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi
khidmat kepakaran di samping memberi khidmat nasihat kepada muzium-
muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta. Selain itu, jabatan ini juga akan
mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan serta
memberikan khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran,
ceramah, bengkel, seminar, forum, persidangan dan lawatan berpandu ke
balai-balai pameran.

Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel: 03-2267
1000/2282 6255. Faks: 03-2282 5044. Laman web: www.jmm.gov.my

Jabatan Warisan Negara
Jabatan Warisan Negara berperanan dalam memulihara, memelihara dan
melindungi warisan semula jadi melalui penyelidikan, pendokumentasian, dan
menggalakkan kesedaran terhadap warisan.

Jabatan Warisan Negara, Tingkat 1, 2 dan 10, Menara Chulan, Jalan Conlay, 50450, Kuala
Lumpur. Tel: 03-2167 5100. Faks: 03-2171 6028. Laman web: www.warisan.gov.my

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bertanggungjawab dalam
melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pengembangan dan promosi seni budaya
untuk mengekalkan penghayatan dalam kalangan masyarakat. Selain itu,
jabatan ini akan memperbanyakkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian yang
melibatkan pelbagai kaum selain menyediakan prasarana seni dan budaya yang

Malaysia 2014 211

kondusif kepada pengguna. Di samping itu, jabatan ini juga turut berperanan
dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk-produk seni
budaya yang baru.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tingkat 21-34, Bangunan MAS, Jalan
Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2052 3600. Faks: 03-2163 4031. Laman
web: www.jkkn.gov.my

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
ASWARA berperanan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung
dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan
dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni,
budaya dan warisan.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), 464, Jalan Tun
Ismail, 50480, Kuala Lumpur. Tel: 03-2697 1777. Faks: 03-2697 5452. Laman
web: www.aswara.edu.my

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia berperanan memaju, menggiat
dan memulihkan kemahiran serta ketukangan tradisional melalui penggunaan
cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran bagi memperbaiki
kualiti keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Sekyen 63,
Jalan Conlay, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-2162 7459. Faks: 03- 2161 2622. Laman
web: www.kraftangan.gov.my

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724) yang
berkuatkuasa pada 27 Ogos 2011 menggantikan Akta Balai Seni Lukis Negara
1959 telah membawa kepada penukaran nama Balai Seni Lukis Negara
kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Penukaran ini
sekaligus telah mengembangkan fungsi LPSVN bukan hanya sebagai sebuah
galeri tetapi juga sebagai pemangkin kepada pembangunan industri seni visual
tanahair melalui program-program pembangunan dan bantuan-bantuan lain
yang perlu. Sebagai peneraju pembangunan seni visual, LPSVN bertekad
untuk mewujudkan suasana di mana kreativiti, pembelajaran serta jalinan
persefahaman dapat diakses melalui koleksi, pameran dan aktiviti penghayatan
seni.

212 Malaysia 2014

Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Deepavali 2013 pada 9 November 2013

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, 2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,
53200, Kuala Lumpur. Tel: 03-4025 4990/4026 7000. Faks: 03-4025 4987. Laman
web: www.artgallery.gov.my
Istana Budaya
Istana Budaya memainkan peranan utama menyediakan persembahan seni
pentas yang berkualiti serta mampu untuk ditonton oleh semua golongan
masyarakat Malaysia dan luar negara. Istana Budaya menyediakan khidmat
nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.
Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur. Tel: 03-4026 5555. Faks:
03-4025 5975. Laman web: http://www.istanabudaya.gov.my

Malaysia 2014 213

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10
Briged PARA 8 Rejimen Renjer DiRaja, Kem Terendak, Melaka

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2059 8400

Faks : 03-2691 4163

Laman Web : www.mod.gov.my

214 Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato’ Seri Hishamuddin
Bin Tun Hussein

TIMBALAN MENTERI

YB Dato’ Abdul Rahim
Bin Bakri

Soal keselamatan negara tidak boleh dikompromi...
jika sektor keselamatan terjejas seperti yang berlaku
di Lahad Datu, ia akan menjejaskan sektor lain seperti
perladangan, pelancongan, pengeluaran, pendidikan
dan pentadbiran. Ancaman daripada mereka di luar
dan dalam dunia tanpa sempadan ini merupakan satu
ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa”

Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Malaysia 2014 215

PENGENALAN
Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan
operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road
(sekarang Jalan Dato’ Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan
pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul
Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22
September 1970. Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah
dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan
telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac
1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan
pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia
dari ketiga-tiga perkhidmatan. Kementerian Pertahanan diterajui oleh
Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi
Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu
Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN 2013

Pelancaran Wang Syiling Peringatan Sempena Hari ATM ke-80
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd
Zin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Wang Syiling Peringatan
Sempena Hari ATM Ke-80 bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur
pada 20 Disember 2013. Duit Syiling Peringatan yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) adalah ilham Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bagi
memperingati perjuangan, jasa dan pengorbanan ATM selama lapan dekad
dan telah berkembang menjadi sebuah Angkatan Tentera yang serba lengkap
dan canggih kini.

Kementerian Pertahanan Menang Anugerah Konvensyen KIK
Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Flash One daripada 95 Rejimen Semboyan
DiRaja, Kem Sungai Besi dengan tajuk projeknya Protection SOTAS (PROTAS)
yang mewakili Kementerian Pertahanan dalam Kategori Teknikal telah
memenangi Anugerah 1 Inovasi (Kategori Kementerian). Mereka membawa
pulang wang tunai sebanyak RM1,500.00, piala pusingan dan sijil atas
kemenangan yang diberikan atas projek inovasi yang berimpak tinggi dan
mempunyai nilai komersil. Majlis Konvensyen kali ke-30 tersebut telah diadakan
di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 1 hingga 3 Disember
2013.

216 Malaysia 2014

ATM Bina Jambatan Taktikal di Kemaman
Pada 10 Disember 2013, ATM telah berjaya menyiapkan sepenuhnya sebuah
jambatan taktikal di Sungai Limbung yang menghubungkan jalan utama
Bandar Chukai, Kemaman. Jambatan sepanjang 20 meter itu boleh dilalui oleh
semua jenis kenderaan. Pembinaan ini berjaya menghubungkan kembali laluan
yang telah rosak akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung
pada awal Disember 2013. Seramai 41 orang anggota Tentera Darat Malaysia
dari 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja Kota Bharu Kelantan dan 11
Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja Temerloh, Pahang terlibat dalam
pembinaan ini. Mereka diketuai oleh Mejar Nik Amir bin Nik Yaacob, Pegawai
Pemerintah 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Temerloh, Pahang.
Jambatan tersebut boleh digunakan oleh orang ramai sehingga jambatan baru
dibina oleh Jabatan Kerja Raya, Pahang.

OP Murni Bantu Mangsa Banjir
Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia tidak ketinggalan
melaksanakan tanggungjawab sosial serta turut bersama-sama agensi
keselamatan yang lain memberikan bantuan menyelamat mangsa banjir dalam
operasi khas yang diberi nama OP MURNI. Penglibatan Trup dan Aset adalah
seperti berikut:
Trup dari Tentera Darat di bawah Kawasan Tanggungjawab 3 Divisyen:
1. Pahang – daerah yang terlibat ialah Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan

Jerantut. Trup terlibat – 12 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanise,
1 Kor Armor DiRaja (KAD) dengan kekuatan 12 Pegawai dan 178 anggota
Lain-Lain Pangkat (LLP), Trup dari Gerup Gerak Khas (GGK) - 2 Pegawai
dan 33 LLP dan aset yang terlibat ialah 16 buah bot, 16 buah kenderaan 3
ton, 4 buah kenderaan Land Rover dan Kenderaan TATRA 7 ton sebanyak
6 buah di Pahang dan 2 di Terengganu.
2. Johor – daerah terlibat ialah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang,
Segamat, Mersing. Trup terlibat adalah di Daerah Mersing – 1 Rejimen
Renjer DiRaja (RRD) dengan kekuatan 1 Pegawai dan 31 LLP dan aset
terlibat ialah 2 buah bot, 2 kenderaan 3 ton dan Kenderaan TATRA 7 ton
sebanyak 2 di Johor.
3. Aset TUDM - Pengkalan Udara Kuantan, telah dipertanggungjawabkan
membantu Majlis Keselamatan Negara memantau 7 Pusat Pemindahan
Banjir sejak 2 Disember 2013 iaitu SMK Paya Besar, Balai Raya Sg. Soi,
SMK Bukit Rangin dan SMK Gudang Rasau. Pesawat Nuri dari Skuadron
SAR (Search and Rescue) telah membuat penerbangan menyelamat di
Kawasan Paya Besar dan telah menyelamatkan empat orang mangsa
banjir yang seterusnya dipindahkan ke Pusat Penempatan Banjir di SMK
Paya Besar. Sebuah pesawat Nuri telah digunakan untuk tujuan bantuan
udara dalam OP Murni.

Malaysia 2014 217

4. ATM sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan
Johor serta turut memantau perkembangan di Pantai Timur. ATM turut
menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan logistik untuk bantuan
banjir dan semua trup dalam keadaan bersiap sedia untuk bergerak jika
perlu.

Pelancaran Buku OP FAJAR: The Malaysian Success Story In The Gulf
Of Aden
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah
menyempurnakan Majlis Pelancaran buku OP FAJAR: The Malaysian Success
Story In The Gulf of Aden bertempat di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan
pada 19 November 2013. Buku berkonsepkan buku mewah ini adalah sebuah
dokumentasi perjalanan operasi OP FAJAR di Perairan Teluk Aden, Somalia.
Terbitan adalah hasil usaha sama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan MISC
Berhad. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Panglima-panglima Perkhidmatan
serta pegawai-pegawai kanan tentera Kementerian Pertahanan Malaysia.

Lawatan Kerja Ke Vietnam
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan
Lawatan Kerja ke Vietnam bermula 2 November 2013. Ia merupakan lawatan
sulung beliau ke Vietnam setelah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia
pada Mei 2013. Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan
pertahanan dua hala antara Malaysia dan Vietnam serta mengeratkan lagi
hubungan diplomatik yang terjalin sejak tahun 1973. Turut diadakan mesyuarat
tahunan dua hala peringkat kerja.

Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia 850-1 ke
Lubnan
Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran
Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (MALLBATT) 850-1 ke Lubnan telah
diadakan di Pengkalan Udara TUDM, Subang pada 22 Oktober 2013. Menteri
Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan majlis
penghormatan tersebut kepada MALBATT 850-1 yang telah bersedia untuk
diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 5 yang menamatkan
misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) pada 26 Oktober
2013 setelah berkhidmat 12 bulan (mulai 22 Oktober 2012). Keanggotaan
keseluruhan MALBATT 850-1 berjumlah 540 orang anggota terdiri daripada
54 pegawai dan 486 anggota lain-lain pangkat (LLP). Ia termasuk dua orang
pegawai dan 14 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta
seorang pegawai awam (kewangan) dari Kementerian Pertahanan. MALBATT
850-1 ini diaturgerakkan ke Lubnan dalam dua peringkat penghantaran.

218 Malaysia 2014

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein melancarkan buku ‘OP FAJAR: The Malaysian
Success Story In The Gulf of Aden’ di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada 19 November 2013

Karnival Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Negara (Karnival
4KN)
Karnival 4KN dianjurkan dengan kerjasama antara Kementerian Pertahanan,
Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertujuan memberi penjelasan dan
penerangan kepada masyarakat mengenai isu-isu berhubung pertahanan
dan keselamatan negara. Program antara lain bertujuan untuk mewujudkan
hubungan positif antara kerajaan dan rakyat serta meningkatkan kesedaran
rakyat khususnya terhadap konsep pertahanan dan keselamatan secara
menyeluruh. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri
Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 11 Oktober 2013
bertempat di RTC Kota Bharu, Kelantan.

Karnival 1MinDef 2013
Karnival 1MinDef adalah acara tahunan Kementerian Pertahanan bertujuan
untuk memberi pendedahan secara dekat dan efektif kepada masyarakat
tentang peranan, fungsi dan tanggungjawab Kementerian Pertahanan amnya
dan Angkatan Tentera Malaysia khususnya terhadap keselamatan, keamanan
dan kemajuan Negara. Karnival 1MinDef 2013 telah diadakan di Dataran
Persiaran Dato’ Haji Ismail bin Hassan, Kluang, Johor bermula pada 4 hingga
6 Oktober 2013 dan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan.

Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia (1MV AP)
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah
menyempurnakan Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia (1MV
AP) bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Seberang Prai, Pulau Pinang
pada 3 Oktober 2013. Penubuhan 1MV AP adalah satu daripada tujuh inisiatif
di bawah “Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia”. 1MV AP adalah pusat
sehenti yang berfungsi sebagai satu jaringan sosial serta pusat maklumat di
antara Veteran ATM dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang
mana sebelum ini ia dilaksanakan oleh sembilan buah Pejabat Cawangan
JHEV di seluruh negara.

Malaysia 2014 219

Sambutan Hari ATM ke-80
Perbarisan Hari ATM Ke-80 telah diadakan di Dataran PTD, Kem Perdana
Sungai Besi pada 19 September 2013. Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin hadir bagi menerima tabik hormat
perbarisan daripada 29 orang pegawai dan 448 orang anggota lain-lain pangkat
terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Dalam majlis itu juga diadakan
upacara penyampaian Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada pegawai dan
anggota yang terlibat dalam OP Daulat, Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada
bekas tentera, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada anggota yang masih
berkhidmat dan Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada penjawat
awam yang telah berkhidmat dengan ATM dengan cemerlang. Sementara itu
Perarakan Raksasa Angkatan Tentera Malaysia Sempena Hari ATM Ke-80
serta Pameran Kerjaya dan Aset ATM diadakan pada 21 September 2013
bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan hadir memeriahkan acara. Pada
27 September 2013, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis
Santapan Beradat Sempena Hari ATM Ke-80 bertempat di Wisma Perwira,
Kem KEMENTAH.

JABATAN/AGENSI

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
STRIDE merupakan sebuah agensi di Kementerian Pertahanan yang
melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi bantuan
teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan
Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Sokongan sains dan
teknologi diaplikasikan dalam bidang pertahanan secara meluas dalam pelbagai
sektor dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang.

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan, No.17 & 19, Jalan Seksyen 3/6,
Taman Kajang Utama, Kajang, 43000 Selangor. Tel: 03-8733 7133. Faks: 03-8733
5979. Laman web: www.stride.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)
JHEV ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan
Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. Jabatan ini dibahagikan kepada
beberapa bahagian utama antaranya ialah Bahagian Khidmat Pengurusan,
Bahagian Latihan Dan Penempatan serta Bahagian Pembangunan Usahawan
dan Sosioekonomi. Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengurus dan
membayar faedah persaraan serta bayaran bantuan kebajikan dan perubatan
pesara ATM. JHEV juga bertindak sebagai perancang dan penyelaras dalam
pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan, memberi ‘tambah nilai’

220 Malaysia 2014

kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan
pasaran guna tenaga negara.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan, 301 Medan Tuanku, Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur. Tel: 03-2050 8000.
Faks: 03-2691 7564. Laman web: www.jhev.gov.my

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah
dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji
keperluan pelaksanaan kerahan tenaga. Jawatankuasa ini dipengerusikan
oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh orang Menteri, seorang
Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan Menteri.
Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, JKMKT telah menerima
istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan
empat Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa
Kecil Kurikulum, Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Jawatankuasa Kecil
Logistik bagi membantu Jawatankuasa Induk menyediakan perancangan dan
menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara. Jemaah
Menteri pada 28 Mei 2003 telah meluluskan Pelaksanaan Program Khidmat
Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan
Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003.
Manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai
2003.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan Program Latihan Khidmat
Negara ini (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ditubuhkan di
bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi sebagai agensi pelaksana.
Fungsi utama JLKN ialah menggubal dasar dan peraturan-peraturan serta
menyediakan PLKN secara terancang ke arah mencapai matlamat Dasar
Latihan Khidmat Negara. JLKN juga bertanggungjawab menguruskan
penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), pelantikan, kemudahan
dan faedah untuk Ahli MLKN seperti mana yang ditetapkan dalam Akta Khidmat
Negara serta merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur,
keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan
untuk pelaksanaan PLKN dan memastikan objektif JLKN untuk membentuk
perwatakan positif kepada remaja melalui nilai-nilai murni tercapai.

Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan, Aras 2-5 Bangunan
Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-4027
4747. Faks: 03-4027 4111. Laman web: www.khidmatnegara.gov.my

Malaysia 2014 221

Malaysian Institute Of Defence and Security (MiDAS)
MiDAS ditubuhkan pada tahun 2010 dengan tujuan melaksanakan penyelidikan
dan menganalisis isu-isu yang penting dan signifikan terhadap pertahanan dan
keselamatan. Ia menjadi agensi utama bagi Malaysia yang berperanan sebagai
badan yang melaksanakan penyelidikan dan seterusnya memainkan peranan
aktif di dalam membantu kementerian dalam mencadang, menggubal dan
menambah baik strategi pertahanan dan keselamatan negara. Sebagai institusi
di bawah saluran Track 2 ASEAN, ia juga berperanan sebagai institusi strategik
yang memberi cadangan dan hasil kajian yang bebas, tanpa melibatkan
pendirian mana-mana agensi atau badan kerajaan. MiDAS telah mewujudkan
dua pusat kajian khusus kepada penyelidikan dan pembangunan strategi:
Pusat Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Komprehensif (CDSRC)
dan Pusat Strategi Laut Biru MiDAS (MBOSC). Kedua-dua pusat pusat kajian
tersebut dibantu oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPK) dalam melaksana

Ops Murni 2013 di Kuantan, Pahang

222 Malaysia 2014

dan mengkoordinasi latihan, publikasi, pentadbiran, sumber manusia dan hal
kewangan MiDAS.

Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) Aras Bawah, Blok A MinDef 2@
ZETRO Jalan 9/27, Section 5, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tel: 03-4027 4547
Faks: 03-4027 4081 Laman web: midas.mod.gov.my Email: [email protected]

Jabatan Ketua Hakim Peguam
Jabatan Ketua Hakim Peguam diwujudkan dengan satu fungsi utama, iaitu
menasihati Majlis Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera
mengenai kesahan keputusan dan hukuman Mahkamah Tentera, hal-hal
perundangan yang lain serta melantik hakim peguam di Mahkamah Tentera.

Jabatan Ketua Hakim Peguam, Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Tingkat
5, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Tel: 03-2071 5093. Faks: 03-2694
1702. Laman web: www.mod.gov.my/pda/hakimpeguam

Ops Murni 2013 di Kemaman, Terengganu

Ops Murni 2013 di Rompin, Pahang

Malaysia 2014 223

KEMENTERIAN KEMAJUAN
LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013
Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013

No.47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Telefon : 03-8000 8000

Faks : 03-8888 2367

Laman Web : www.rurallink.gov.my

224 Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato’ Seri Hj.
Mohd Shafie Hj. Apdal

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Alexander
Nanta Linggi

Sekarang ini, kita mempunyai 4.2 juta isi rumah
Bumiputera. Kalaulah kita dapat melaksanakan dasar
ini (The Entrepreneurial Nation) maka kita mampu untuk
mengubah lanskap sosio-ekonomi dan pemikiran
Bumiputera daripada hanya bercita-cita menjadi pekerja
(job seekers) kepada pencipta peluang pekerjaan
(job creators) atau usahawan yang mampu mencipta
kekayaan untuk dirinya, masyarakat dan bangsa”

Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Malaysia 2014 225

PENGENALAN
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memainkan peranan
memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni,
daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara. Pembangunan
luar bandar adalah agenda Kerajaan untuk menangani kemiskinan dan
kemunduran luar bandar dengan slogan ‘membandarkan’ kawasan luar
bandar. Pada awal penubuhan KKLW pada 17 November 1959, ia dikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Pada
27 Mac 2004, KPNLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW).

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013
KUD 2013 merupakan karnival dwi tahunan diadakan pada 25 – 29 September
2013. Acara kali kelima diadakan ini sejak 2006 telah dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin pada 26 September 2013
bertempat di Laman 1Malaysia, Putrajaya. Seramai 1 juta orang dijangka telah
menghadiri karnival ini dan menyasarkan sebanyak RM5 juta hasil jualan.

Program Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC)
RBC (Rural Business Challenge) yang mula diperkenalkan pada 2012 telah
memberikan geran perniagaan bernilai RM26.15 juta kepada 31 pemenang
pertandingan itu dalam tempoh dua tahun. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal semasa memberi penjelasan kepada
Dewan Rakyat berkata daripada jumlah tersebut, enam pemenang dari Perak
memenangi geran perniagaan berjumlah RM6.8 juta, tiga pemenang masing-
masing (Selangor, RM3.5 juta) dan (Pahang, RM3.05 juta) serta tujuh (Sabah,
RM2.9 juta). Manakala tiga (Kedah, RM2.5 juta), dua (Terengganu, RM2.5
juta), dua (Kelantan, RM2.3 juta), tiga (Johor, RM1.55 juta) dan masing-masing
seorang pemenang (Melaka, RM750,000) dan (Pulau Pinang, RM300,000).
Pertandingan RBC ini berjaya menarik minat sejumlah 769 penyertaan
daripada golongan belia seluruh negara sejak 2012 hingga 2013. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 52 penyertaan dari Sabah dan tujuh orang berjaya
memenangi geran perniagaan berjumlah RM2.9 juta.

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Sebanyak enam RTC telah dibina di enam buah negeri iaitu Perak, Melaka,
Johor, Kelantan , Pahang dan Kedah. Aliran tunai yang dicatat di enam RTC
tersebut sejak Januari 2013 hingga Mei 2014 adalah sebanyak RM491.16 juta
dan telah dikunjungi oleh 7.2 juta orang pengunjung dengan RTC Perak dan
Kelantan paling mendapat tumpuan.

226 Malaysia 2014

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
melancarkan RTC Pahang di Pekan, Pahang pada 1 Mac 2013

JABATAN/AGENSI

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah
badan berkanun hasil daripada Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera
Pertama 1965. Matlamat utama penubuhan MARA adalah untuk menangani
kelemahan sosioekonomi Bumiputera, khususnya dalam bidang perniagaan
dan perindustrian. Misi korporat MARA adalah untuk menjadi badan amanah
yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa
menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tingkat 3-26, Ibu Pejabat MARA, Bangunan Medan
MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2691 5111. Faks: 03-2691 3620
Laman web: www.mara.gov.my

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dalam kalangan khalayak
umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang
telah ditubuhkan pada 1961, melalui Kertas Kabinet Bil.385/25/60 dengan
memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS
berperanan mengubah sikap dan menyemai nilai murni dalam kalangan
masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju, berdaya saing dan
berdikari. Selain itu, KEMAS turut memainkan peranan dalam mewujudkan
inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam
pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Antara peranan KEMAS juga ialah
menggalakkan penyertaan rakyat secara aktif dalam menjayakan matlamat
Kerajaan dan Negara.

Malaysia 2014 227

Pada masa yang sama KEMAS berperanan mengeratkan hubungan Kerajaan
dan rakyat di samping mendapatkan sokongan rakyat terhadap usaha-usaha
pembangunan Negara. Selepas mencatatkan kejayaan cemerlang dalam
Program Transformasi Kerajaan (GTP 1.0), program ini terus mengorak langkah
lebih jauh dan pantas dalam melunaskan janji untuk melaksanakan perubahan.
Fasa kedua GTP yang bermula tahun 2013 – 2015 ini telah menyaksikan
beberapa inisiatif baru yang diperkenalkan. Antaranya peningkatan enrolmen
kanak-kanak ke Pra Sekolah iaitu 92% daripada kanak-kanak yang berumur
5 dan 6 tahun; Program Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Masyarakat
menerusi Program Kemajuan Kerjaya (PLKK).

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Aras 5-9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya Tel: 03-88912000 Faks: 03-88892296 Laman web: www.kemas.gov.my

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
JAKOA berperanan membangunkan taraf sosioekonomi dan keupayaan
masyarakat Orang Asli untuk melibatkan diri secara aktif seiring serta setanding
dengan masyarakat umum. Pada masa yang sama, JAKOA membantu
mengekalkan identiti serta nilai-nilai positif budaya masyarakat Orang Asli. Visi
JAKOA adalah untuk menjadi sebuah organisasi terunggul dalam kelasnya
dalam pembangunan sosioekonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli.

Jabatan Kemajuan Orang Asli, Tingkat 10,20 & 20 M, Blok Barat, Wisma Selangor
Dredging, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur Tel: 03-2161 0577 Faks: 03-2162 1470
Laman web: www.jakoa.gov.my

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada 1
Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 Tahun 1972),
Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Objektif RISDA adalah memastikan pekebun kecil memperoleh pendapatan
sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010.
Objektif ini telah dicapai apabila pendapatan pekebun kecil melepasi RM2000
sebulan sekeluarga pada tahun 2010 berikutan harga getah yang amat
memberangsangkan dan juga peningkatan produktiviti. Harga getah purata
SMR 20 tahun 2010 adalah RM10.58 sekilogram dan telah mencapai paras
tertinggi RM14.89/kg dan dengan ini seorang pekebun yang memiliki dua
hektar getah dengan produktiviti 1,481 kg sehektar setahun memperoleh
pendapatan sejumlah RM2,381 hingga RM3,294 sebulan.

228 Malaysia 2014

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),Ibu Pejabat RISDA, Karung
Berkunci 11067, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur. Tel: 03- 42564022. Faks:
03-4257 6726. Laman web: www.risda.gov.my

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan
sektor luar bandar dengan membantu penduduk menyertai aktiviti ekonomi
dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1
September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada
FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah badan berkanun
kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran entiti korporat
ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru
selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. FELCRA Berhad beroperasi
berasaskan pendekatan berimbang di antara Program Tanggungjawab Sosial
Korporat dengan Program Perniagaan berasaskan keuntungan.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Wisma FELCRA,
Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur Tel:
03-4143 3646 Faks: 03-4142 8162 Laman web: www.felcra.com.my

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
KEJORA adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah KKLW yang
berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri
Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16 peratus kawasan Negeri Johor
dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ia terbahagi kepada dua wilayah
kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar).
Keluasan ini melibatkan dua daerah iaitu Kota Tinggi (75 peratus) dan Kluang
(25 peratus). KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen
75 (Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara), Enakmen Bil.7/1972 (Enakmen
KEJORA), (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor 197). Misi KEJORA adalah
untuk menerajui pembangunan Wilayah Johor Tenggara melalui pemerkasaan
modal insan dan pemapanan ekonomi secara strategik dan berkesan.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan
Dato’ Haji Hassan Yunos, 81930 Bandar Penawar, Johor. Tel: 07-8221 601. Faks: 07-
8221 600. Laman web: www.kejora.gov.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Parlimen 249 (Akta
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981) dengan tujuan untuk membantu dan
mempercepatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada
keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah

Malaysia 2014 229

KKLW, KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan
meliputi bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur dan
kemudahan awam, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat
termiskin, pembangunan industri desa dan keusahawanan, latihan kemahiran
dan pembangunan modal insan.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Bangunan Tunku, Jalan Ibrahim, Peti Surat
195, 05720 Alor Setar, Kedah. Tel: 04-720 5300. Faks: 04-731 3966. Laman web:
www.keda.gov.my
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
KESEDAR adalah sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada
2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta
203). Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di
antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan

Seramai 335 graduan Program Latihan dan Kemahiran menerima sijil masing-masing pada Majlis Graduasi
sesi 2012/2013 pada 30 Oktober 2013 di Putrajaya

230 Malaysia 2014

menyusun semula masyarakat. Misi KESEDAR adalah memacu dan menjana
pembangunan wilayah Kelantan Selatan serta merancang dan melaksana
program pembangunan fizikal yang berkualiti. Selain itu, misi KESEDAR ialah
melaksanakan program pembangunan sosioekonomi dengan mengeksploitasi
sumber-sumber tempatan dan membangunkan modal insan yang boleh
membantu mencapai pembangunan Kelantan Selatan.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).Ibu Pejabat, Bandar Baru Gua
Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan Tel: 09-9132 200 Faks: 09-9121 211 Laman
web: www.kesedar.gov.my

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
KETENGAH merupakan kawasan pembangunan wilayah di bawah KKLW
mengikut Dasar Ekonomi Baru Malaysia. KETENGAH telah diperbadankan
pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk
menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876
hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
KETENGAH beriltizam untuk memastikan kesejahteraan penduduk melalui
peningkatan pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup menerusi program-
program strategik.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Karung Berkunci No. 3, Bandar
Al-Muktafi Billah Shah, 23409 Dungun, Terengganu Tel: 09-8223 100 Faks: 09-8223
104/105 Laman web: www.ketengah.gov.my

Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Institut Kemajuan Desa atau INFRA (Institute For Rural Advancement) ialah
institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa. Fokus INFRA ialah
melatih pemimpin pada peringkat akar umbi dan melaksanakan kajian berkaitan
isu-isu luar bandar dalam usaha penambahbaikan kaedah dan pendekatan
pengurusan desa. Dalam hubungan ini, INFRA bukan sahaja bekerjasama
dengan pakar-pakar tempatan malah turut terbabit pada peringkat antarabangsa
menerusi penganjuran bersama latihan penyelidikan. Sasaran utama INFRA
ialah masyarakat luar bandar. Selain pengurusan pembangunan desa, bidang
latihan dan penyelidikan INFRA turut mencakupi isu-isu kemiskinan dan
pendidikan non-formal. Visi INFRA adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan
dalam bidang latihan dan penyelidikan luar bandar menjelang tahun 2020.

Institut Kemajuan Desa (INFRA), Lot 2A, Persiaran Institusi, 43000, Kajang, Selangor
Darul Ehsan. Tel: 03-8735 2400. Faks: 03-8926 5901. Laman web: www.infra.gov.my

Malaysia 2014 231

KEMENTERIAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China

Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur

Telefon : 03-8000 8000

Faks : 03-6201 2337

Laman Web : www.miti.gov.my

232 Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato’ Sri Mustapa
Bin Mohamed

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Ir. Haji YB Dato’ Lee Chee
Hamim Bin Samuri Leong (Senator)

Kita akan terus mengukuhkan daya saing negara di
peringkat global, menerusi usaha yang lebih bersasar
dalam meningkatkan persekitaran pelaburan Malaysia
dan mempromosi dasar yang akan meningkatkan
perdagangan, memupuk bakat untuk mencapai
pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi, meningkatkan
usaha untuk mengurangkan beban kawal aturan serta
memperkukuh keupayaan teknologi negara”

Dato’ Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Malaysia 2014 233

PENGENALAN
Kementerian Perdagangan dan Industri telah ditubuhkan pada April 1956 dan
beribu pejabat di Pejabat Kerajaan, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pada Februari
1972, kementerian ini ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian. Kemudian, pada 27 Oktober 1990, kementerian ini dipecahkan
pula kepada dua Kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013

Malaysia-Tatarstan tingkat kerjasama, perkukuh hubungan
Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan (MIDA) dan Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan lebih
banyak syarikat tempatan menerokai pasaran Tatarstan pada tahun 2013.
Presiden Republik Tatarstan dalam Persekutuan Rusia, Rustam N. Minnikhanov
dan delegasinya telah mengadakan lawatan tiga hari bermula 8 Januari 2013.
Tujuan lawatan adalah untuk merintis jalan buat Tatarstan dan Malaysia bagi
menggalak dan membangunkan kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang
serta mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah negara.Pelaburan
Tatarstan pada 2011 adalah sebanyak AS$950,000 (RM2.89 juta) dan untuk
Sembilan bulan pertama 2012 adalah sebanyak AS$568,000 (RM1.72 juta)
berjaya direkodkan.

WEF Platform terbaik pasarkan Malaysia
Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah berlangsung di Davos, Switzerland pada
23-26 Januari 2013. Malaysia mensasarkan untuk meningkatkan komuniti
antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan,
pendidikan dan pelancongan pilihan di Asia. Menerusi forum yang
menghimpunkan tokoh politik dan ekonomi dunia itu,Malaysia memasarkan
penjenamaan Malaysia berdasarkan kejayaan Program Transformasi Ekonomi
(ETP) sejak pelancarannya pada Oktober 2010. Forum ini juga meliputi
pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, dan Ketua Pengarah
Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pascal Lamy.

World Halal Week 2013 (WHW 2013)
Minggu Halal Sedunia 2013 (WHW 2013) telah berlangsung pada 3-6 April
2013, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara Industri
halal terbesar dunia kali keempat tersebut turut mengekalkan sasaran potensi
urus niaga sekitar RM500 juta seperti dicatatkan tahun 2012. Minggu acara
industri halal dunia itu dimulakan dengan persidangan WHW 2013 bertemakan
‘Ekonomi Halal’ pada 3 dan 4 April, yang mana peserta industri boleh berbincang

234 Malaysia 2014

berkenaan penemuan baru, trend, isu serta cabaran industri halal global. Acara
tersebut telah menyediakan platform kepada delegasi dagangan antarabangsa
untuk menerokai peluang pasaran halal dunia bernilai AS$2.3 trilion (RM7.11
trilion). Penyepaduan ketiga-tiga acara industri halal terkemuka dunia tersebut,
membabitkan World Halal Research, MIHAS dan World Halal Forum adalah
salah satu daripada strategi kerajaan dalam memaparkan industri halal dunia.

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2013 (MIHAS)
Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjur
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2013) dari 3 hingga 6 April
2013 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara tersebut
disertai lebih daripada 518 pempamer dengan ruang pameran seluas 9,710
kaki persegi. MIHAS 2013 terus menjadi platform penting untuk mendapatkan
produk halal dan merupakan pameran perdagangan halal yang penting untuk
rantau Asia serta antarabangsa. Bilangan terbesar penyertaan asing pada
MIHAS 2013 ialah dari China, Indonesia, Taiwan, Belgium, Filipina, Iran dan
Singapura. MIHAS bukan sahaja mendapat penyertaan daripada sektor
makanan tetapi turut mendapat penyertaan daripada sektor-sektor perbankan
dan kewangan Islam, takaful, logistik, piawaian, kosmetik, farmaseutikal, herba,
penjagaan diri, pembungkusan makanan, mesin dan sebagainya.

Laporan Tahunan Daya Saing Dunia 2013 (WCY 2013)
Laporan Bank Dunia Edisi 2013 meletakkan Malaysia di tangga ke-15 paling
berdaya saing bagi perniagaan dalam senarai membabitkan 60 negara.
Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Australia
(ke-16), Ireland (ke-17), United Kingdom (ke-18), Israel (ke-19) dan Finland (ke-
20). Malaysia juga mencatat markah yang tinggi dalam kadar pengangguran
yang rendah dan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang
memberangsangkan. Malaysia mencatatkan peningkatan yang ketara dalam
prestasi ekonomi dengan meningkat ke kedudukan ketujuh berbanding tempat
ke-10 sebelum ini. Adalah sesuatu yang menggalakkan bahawa Malaysia telah
meningkat dalam tiga daripada faktor, iaitu Prestasi Ekonomi (ke-7), Kecekapan
Perniagaan (ke-4), dan Infrastruktur (ke-25).

Pelancaran Laporan Tahunan MITI 2012
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melancarkan
Laporan Tahunan MITI 2012 pada 24 Jun 2013. Persekitaran ekonomi suram
yang masih belum diselesaikan di Amerika Syarikat dan Eropah, serta harga
komoditi yang lebih rendah, akan menjadi cabaran utama di masa depan.Pada
tahun 2012, jumlah dagangan Malaysia naik tiga peratus untuk mencatatkan
RM1.31 trilion, berbanding RM1.27 trilion pada 2011.Eksport meningkat 0.6
peratus kepada RM702.2 bilion, sementara import naik 5.9 peratus kepada

Malaysia 2014 235

RM607.4 bilion, berbanding 2011. Bagi suku pertama tahun ini, jumlah
dagangan naik 1.5 peratus kepada RM322.4 bilion berbanding tempoh yang
sama tahun lepas. Lebihan dagangan dicatatkan pada RM16.55 bilion bagi tiga
bulan yang dinilai. Manakala unjuran peningkatan keluaran dalam negara kasar
(KDNK) Malaysia antara lima hingga enam peratus, dijangka terus didorong
permintaan domestik. Pada tahun 2013, MITI menumpukan kepada pasaran
Afrika, menerusi penciptaan permintaan dan mengukuhkan produk dan
perkhidmatan Malaysia menerusi aktiviti seperti Projek Afrika, misi pemasaran
khusus dan misi pembelian.

Minggu PKS 2013
SME Corp Malaysia melancarkan Minggu PKS 2013 yang menyediakan 123
program serta aktiviti pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di
seluruh negara bermula 24 Jun – 30 Jun 2013. Ia dirasmikan oleh YB Datuk
Ir Hamim Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
dan Datuk Hafsah Hashim, Ketua EKSEKUTIF SME Corp.Program yang masuk
tahun kedua penganjuran itu disertai 400 syarikat sebahagian besarnya adalah
pasar raya besar dan institusi kewangan. Ia bertujuan memberi pendedahan
kepada awam mengenai pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan dan
agensinya selain sektor swasta bagi membantu PKS tempatan.

Ecuardor Mahu Tingkat Hubungan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memeterai
memorandum persefahaman (MOU) dengan Menteri Hal Ehwal Luar dan
Mobiliti Insan Ecuador, Ricardo Patino, pada 26 Jun 2013. Antara bidang yang
berpotensi untuk kerjasama dua hala termasuk penggalakan perdagangan
dan pelaburan bersama, pembinaan perusahaan kecil dan sederhana dan
perkhidmatan kejuruteraan, tenaga dan bioteknologi. Susulan dari itu, satu
kumpulan kerja terdiri daripada pegawai kanan sektor awam dan swasta
dibentuk untuk melaksanakan MOU tersebut yang disasarkan dalam menjalin
hubungan ekonomi lebih rapat antara kedua-dua negara. Ecuador merupakan
rakan dagangan ke-11 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Amerika Latin
selepas Brazil, Mexico, Costa Rica, Argentina, Chile, Columbia, Venezuela,
Panama, Peru dan Haiti. Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ecuador
berkembang lebih daripada 10 kali ganda kepada RM220.72 juta pada 2012
daripada RM30.64 juta yang dicatatkan pada 2011. Eksport ke Ecuador naik
25.3 peratus kepada AS$30.64 juta pada tahun lepas berbanding AS$24.69
juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Bagi suku pertama tahun ini,
jumlah perdagangan antara Malaysia dan Ecuador meningkat dua kali ganda
mencecah AS$33.35 juta berbanding AS$12.85 juta yang dicatatkan pada
tempoh yang sama pada 2012.

236 Malaysia 2014

World Investment Report (WIR) 2013
Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-16 pada Senarai Ekonomi
Yang dijangka berkembang pesat bagi tempoh 2013 hingga 2015, dengan
peningkatan tiga kedudukan, demikian menurut Laporan Pelaburan Dunia
2013 yang diumumkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). Kedudukan itu berasaskan
peratusan dari responden yang memilih sesuatu ekonomi sebagai “ekonomi
terbaik.” Laporan yang bertajuk “Global Value Chains: Investment and Trade
for Development” itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Dato’ Sri Mustapa Mohamed. Pada 2011, Malaysia ditempatkan pada
kedudukan ke-11 di kalangan 20 ekonomi teratas yang mencatatkan kadar
pulangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) tertinggi atau keuntungan FDI 17
peratus, yang membuktikan Malaysia sebagai lokasi menguntungkan untuk
melakukan perniagaan. Malaysia turut mengekalkan kedudukannya sebagai
penerima FDI ketiga terbesar di ASEAN, berdasarkan laporan yang menyatakan
bahawa aliran masuk bersih FDI negara ini pada tahun lepas menyaksikan
penurunan pelaburan 17.4 peratus kepada AS$10.1 bilion berbanding AS$12.2
bilion pada 2011.

Sebahagian besar aliran masuk FDI Malaysia dicatatkan di dalam sektor
perkilangan, yang tidak sama di negara-negara Asean yang lain di mana
pelaburan dicatatkan di dalam sektor infrastruktur, perkhidmatan dan utama.
Sektor perkilangan di Malaysia kini mengalami satu tempoh transformasi
dan penstrukturan semula, di mana pemain industri dijangka mengurangkan
pelaburan pada sektor bernilai rendah dan meningkatkan aktiviti di dalam
industri penyelidikan dan pembangunan, berpengetahuan tinggi, bernilai
tambah tinggi dan berteknologi tinggi. Pada peringkat global, laporan itu
menyatakan aliran masuk FDI global turun 18 peratus kepada AS$1.35 trilion
pada 2012 berbanding AS$1.6 trilion pada 2011. UNCTAD mengunjurkan
aliran masuk FDI global tahun ini kekal pada paras 2012, dengan maksimum
AS$1.45 trilion dan mengunjurkan aliran masuk FDI 2013 dan 2014 meningkat
secara sederhana, masing-masing kepada AS$1.6 trilion dan AS$1.8 trilion.

Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia – China
Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia – China telah berlangsung pada 4 Oktober
2013, bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan
pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Sri Mustapa Mohamed dengan Menteri
Perdagangan China, Gao Hucheng mengenai program kerjasama ekonomi
dan perdagangan antara kerajaan China dan Malaysia pada Sidang Kemuncak
Ekonomi Malaysia-China. Malaysia berhasrat menarik pelaburan bernilai AS$25

Malaysia 2014 237

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan
Presiden China Xi Jinping berucap semasa Sidang Kemuncak
Ekonomi Malaysia-China pada 4 Oktober 2013

bilion dari China dalam masa lima tahun akan datang dengan memanfaatkan
perkongsian ekonomi dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara. Sasaran
berkenaan hanya lima peratus daripada jumlah pelaburan yang diunjur dari
China dalam masa lima tahun akan datang. China menjadi sumber penting
pelaburan di dunia berbanding Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan
Timur Tengah.

Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan yang dikeluarkan Bank Dunia
Malaysia melonjak ke tempat keenam daripada tangga ke-12 dalam kalangan
189 ekonomi dari segi mudah menjalankan perniagaan, demikian menurut
edisi terkini Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014.
Tempat keenam itu daripada tangga ke-12 sebelumnya juga merupakan
bukti kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dan kejayaan program transformasi ekonomi dan kerajaan beliau. Pada
tangga ke-6, Malaysia berada setaraf dengan Singapura, Hong Kong, New
Zealand, Amerika Syarikat dan Denmark.Ranking ini juga menempatkan
Malaysia mendahului ekonomi-ekonomi seperti Korea Selatan, Norway, United
Kingdom, Australia dan Finland. Malaysia juga meraih tempat pertama dari
segi mendapatkan kredit dan keempat dari segi melindungi pelabur enam
tahun berturut-turut. Dalam bahagian dagangan rentas sempadan, Malaysia
mencatatkan kejayaan di tempat kelima, dan peningkatan ketara dicatatkan
dalam bahagian memulakan perniagaan, berurusan dengan permit pembinaan,
menguatkuasakan kontrak, menyelesaikan ketakmampuan bayar dan
mendapatkan bekalan kuasa elektrik. Malaysia telah menjadikan langkah untuk

238 Malaysia 2014


Click to View FlipBook Version