The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAHAP PEMIKIRAN GEOMETRI DAN KEMAHIRAN VISUAL SPATIAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohani.abdwahab, 2019-02-02 20:45:29

thesis

TAHAP PEMIKIRAN GEOMETRI DAN KEMAHIRAN VISUAL SPATIAL

Keywords: GEOMETRI,VISUAL SPATIAL

189

Jadual 4.12: Kesahan bagi Kandungan Matematik

Bil Kandungan Matematik Pakar Pakar Pakar Median
1 2 3

1 Pengenalan kepada SSPD-SUM jelas. 555 5

2 Panduan pengenalan kepada SketchUp Make 5 5 5 5

jelas.

3 Objektif pembelajaran dalam SPPD-SUM 555 5

dinyatakan dengan jelas.

4 Objektif pembelajaran dalam SPPD-SUM 544 4

relevan dengan peringkat pembelajaran pelajar.

5 Kandungan SPPD-SUM bersesuaian dengan 5 4 5 5

kurikulum yang digubal oleh Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

6 Kandungan SPPD-SUM berkaitan dengan 545 5

pengetahuan sedia ada pelajar.

7 Kandungan SPPD-SUM bersesuaian dengan 5 5 5 5

kepelbagaian kebolehan pelajar.

8 Kandungan SPPD-SUM bersesuaian dengan 5 5 4 5

tahap umur pelajar.

9 Kandungan SPPD-SUM bersesuaian 554 5

peringkat pembelajaran pelajar.

10 Fakta dan konsep pembelajaran dalam 555 5

kandungan SPPD-SUM sesuai dan terkini.

11 Susunan kandungan SPPD-SUM 555 5

berkesinambungan.

12 Susunan kandungan SPPD-SUM tidak 555 5

mengelirukan.

13 Aktiviti dalam SPPD-SUM membantu 555 5

memperkukuhkan pemahaman konsep pelajar.

14 Aktiviti SPPD-SUM menarik minat pelajar. 555 5

15 Aktiviti SPPD-SUM menggalakkan 555 5

pembelajaran hands on dan mind on.

16 Aktiviti SPPD-SUM menggalakkan 555 5

pembelajaran kendiri.

17 Aktiviti SPPD-SUM menggalakkan kemahiran 5 5 5 5

berfikir aras tinggi.

18 SPPD-SUM menyediakan maklum balas yang 5 5 5 5

memastikan pelajar belajar dari kesalahan.

19 SPPD-SUM menyediakan peluang mengulang 5 5 5 5

semula latihan.

Jadual 4.13: Kesahan bagi KVS

Bil KVS Pakar 1 Pakar 2 Median
4 4.5
1 Gabungan KVS pada fasa pembelajaran van 5 3 3.5
Hiele bersesuaian 4 4 4
4 3 3.5
2 Gabungan keupayaan KVS pada setiap TPG 4
bersesuaian

3 Susunan KVS dalam aktiviti pada TPG
bersesuaian

4 Penggunaan aplikasi pada SketchUp Make
dengan KVS bersesuaian

190

Jadual 4.14: Kesahan bagi TPG

Bil TPG Pakar Pakar Median
12 4.5
1 Kandungan pembelajaran Pelan dan Dongakan pada 45 4.5
45 5
setiap TPG bersesuaian.
55 4.5
2 Kandungan pembelajaran yang disampaikan dalam fasa 4.5
54 4
pembelajaran van Hiele bersesuaian. 5
45 4.5
3 Kandungan pembelajaran pada fasa pembelajaran 44 4.5

Orientasi Bebas van Hiele memberi peluang pelajar 55

menyelesaikan masalah dengan menggunakan idea 45
45
tersendiri.

4 Kandungan pembelajaran pada fasa pembelajaran

Orientasi Bebas van Hiele memberi peluang pelajar

menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi

tersendiri.

5 Aktiviti pembelajaran Pelan dan Dongakan yang dibina

dalam setiap TPG bersesuaian.

6 Aktiviti melalui SketchUp Make pada fasa

pembelajaran van Hiele bersesuaian.

7 Aktiviti fasa pembelajaran Penjelasan van Hiele

memberi peluang pelajar berbincang antara pelajar

menggunakan bahasa mereka sendiri tentang apa yang

dipelajari.

8 Susunan aktiviti dalam fasa pembelajaran van Hiele pada

setiap TPG bersesuaian.

9 Item pada fasa pembelajaran Integrasi van Hiele dalam

aktiviti dapat menilai pemikiran Geometri pelajar pada

TPG tersebut.

Seterusnya, komen dan cadangan bagi penambahbaikan SPPD-SUM yang
diberikan oleh pakar dari soalan open-ended telah dipaparkan dalam Jadual 4.15.
Segala komen bagi penambahbaikkan SPPD-SUM telah diatasi sebagaimana
dijelaskan pada ruangan Tindakan.

191

Jadual 4.15 : Komen dan Cadangan Pakar serta Tindakan Penambahbaikkan

Pakar Komen Cadangan Tindakan
Pakar 1 -
Pakar 2 Kandungan Matematik
-
Pakar 3 Satu inovasi baru pengajaran Amat membantu guru dan
Pengkaji telah merujuk
Geometri 3D untuk Pelan pelajar di sekolah. rancangan mingguan
yang digariskan oleh
dan Dongakan. Sangat Sepatutnya diperkenalkan KPM iaitu masa yang
diperuntukkan adalah 3
mudah difahami dan diikuti kepada semua guru minggu. Rancangan
pembelajaran harian
oleh pelajar-pelajar. Matematik dan telah dibangunkan dan
aktiviti dijalankan
Memenuhi misi dan visi diaplikasikan. mengikut masa yang
ditetapkan.
pengajaran dan pembelajaran

abad 21

Konsep pengajaran Saya mencadangkan teknik

berasaskan SketchUp Make ini diperkenalkan dalam

ini merupakan satu buku teks atau sukatan agar

pendekatan yang baru dan pelajar didedahkan untuk

saya mendapati ia boleh memahami konsep ini

membantu pemahaman dengan lebih luas dan

pelajar dalam tajuk Pelan dan menarik

Dongakan. Latihan dan

strategi yang disediakan

dapat membantu dalam

bidang kerjaya pilihan

mereka untuk masa hadapan.

Satu strategi pembelajaran Sediakan jadual yang

yang menarik, inovatif dan memberikan anggaran masa

sistematik. Faktor masa perlu untuk setiap

diambil kira untuk strategi/aktiviti.

memastikan pelajar

mempunyai masa untuk

belajar topik lain.

192

Jadual 4.15. (Sambungan)

Pakar Komen Cadangan Tindakan
Pakar 1 TPG
Pakar 2 Kandungan dan aktiviti -
pembelajaran Pelan dan -
Pakar 1 Dongakan adalah bersesuaian Modul ini dibangunkan
dan dibangunkan dengan khas untuk membantu
Pakar 2 baik. pelajar cemerlang
Modul bagus dan sesuai matematik
untuk pelajar. Objektif meningkatkan KVS dan
Pembelajaran 3 mempunyai TPG mereka. Pelajar
tahap yang tinggi, takut masa potensi sederhana dan
tidak mencukupi untuk rendah juga boleh
pelajar potensi sederhana dan menggunakan modul ini
rendah. tetapi perlu dibimbing
oleh guru.

KVS

Semak laras ayat pada fasa 3 Perlu definisi bagi KVS Definisi keupayaan
agar lebih jelas. dan arahan pada fasa visual telah dibuat
kelima –integrasi perlu penambahbaikkan,
lebih jelas. manakala laras ayat dan
ejaan SPPD-SUM pula
telah dibuat pembetulan
dan disemak oleh guru
cemerlang dan
pensyarah cemerlang
bahasa Melayu.

Stategi pembelajaran yang Pengkaji boleh Perisian SketchUp
digunakan bersesuaian memperbanyak objek dan Make merupakan
dengan tahap pelajar dalam bahan yang disediakan perisian yang user
mengembangkan KVS. supaya pelajar terdedah friendly, memudahkan
Guru/Pengkaji perlu dengan pelbagai bentuk dan proses pendedahan
memastikan bahawa ramai objek 3D. Hal ini dapat kepada ramai pelajar
pelajar benar-benar membantu pelajar sebelum kajian
menguasai kemahiran mengusai kemahiran dijalankan. Selain itu,
menggunakan aplikasi visualisasi dengan lebih Objek 3D dalam setiap
SketchUp Make supaya sesi baik. aktiviti telah dibuat
pengajaran dan pembelajaran penambahbaikkan
tidak terganggu dan objektif bersama penyelia.
pengajaran dan pembelajaran
tercapai.

193

4.6.2 Dapatan dan Analisis Penilaian SPPD-SUM oleh Pelajar

Dalam aspek penilaian pelajar seperti dipaparkan dalam jadual 4.16, dapat
dikatakan bahawa pelajar berpandangan SPPD-SUM adalah baik di mana susun atur
muka surat, saiz tulisan, gambar, carta, jadual, dan teks kandungan serta arahan ayat
adalah bersesuaian. Pelajar juga berpendapat bahawa aktiviti dalam SPPD-SUM
dapat diikuti dengan baik di mana pelajar dapat mengikuti arahan langkah demi
langkah, menjalani aktiviti, memberi penilaian dengan baik dan memudahkan
pemahaman konsep Pelan dan Dongakan serta menarik minat mereka. Perkara ini
dapat diperhatikan ketika pembelajaran dijalankan, pelajar berbincang dan
menunjukkan sikap yang positif ketika pembelajaran. Hal ini kemungkinan
disebabkan oleh perisian dinamik SketchUp Make yang user friendly dan menarik
minat pelajar.

Jadual 4.16: Penilaian P

Bil Item

1 Susun atur muka surat adalah menarik.
2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan ka
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difaham
6 Teks kandungan disusun dengan cara yang mudah difahami.
7 Ayat berbentuk arahan langkah demi langkah dipamerkan dengan j
8 Arahan yang diberikan adalah jelas
9 Saya dapat memahami objektif aktiviti ini dengan jelas.
10 Saya dapat memahami isi kandungan pembelajaran yang disampai
11 Cara persembahan idea dalam Fasa Informasi adalah menarik.
12 Arahan langkah demi langkah pada Fasa Orientasi yang diberik

difahami.
13 Saya dapat melaksanakan semua arahan langkah demi langkah dala

14 Maklum balas pada Fasa Uraian dalam aktiviti ini boleh membant
saya.

15 Soalan Fasa Orientasi Bebas dalam aktiviti ini adalah mudah dijaw
16 Saya dapat menjawab soalan Fasa Integrasi pada aktiviti ini.
17 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.
18 Gaya penulisan menarik.
19 Saya dapat mengikuti aktiviti ini dengan mudah.
20 Aktiviti ini memudahkan saya mempelajari dan memahami topik P
21 Penggunaan aktiviti ini menarik minat saya.

194

Pelajar bagi SPPD-SUM

andungan 3 Skala 5
mi. n% 4 n%
jelas. -- 7 58.3
-- n% 7 58.3
ikan dalam Fasa Informasi -- 5 41.7 8 66.7
kan pada aktiviti ini mudah 5 41.7 4 33.3
am Fasa Orientasi. -- 4 33.3 6 50.0
1 8.3
8 66.7 5 41.7
-- 5 41.7 4 33.3
2 16.7 4 33.3
1 8.3 7 58.3 5 41.7
1 8.3 6 50.0 3 25.0
-- 7 58.3 6 50.0
1 8.3 6 50.0 4 33.3
2 16.7 9 75.0
5 41.7 5 41.7
1 8.3 6 50.0

6 50.0

tu mengenal pasti kesilapan 1 8.3 9 75.0 2 16.7

wab. 1 8.3 8 66.7 3 25.0
Pelan dan Dongakan. - - 9 75.0 3 25.0
1 8.3 7 58.3 4 33.3
2 16.7 3 25.0 7 58.3
- - 4 33.3 8 66.7
- - 5 41.7 7 58.3
- - 3 25 9 75.0

194

195

4.6.3 Ujian Pra Dan Pos

Berdasarkan dapatan secara keseluruhan ujian pra-pos bagi KVS pelajar
meningkat selepas intervensi sebagaimana diilustrasikan dalam Jadual 4.17. Di
samping itu, dapatan secara pemerhatian memaparkan impak positif di mana ketika
ujian pos dijalankan, pelajar tampak yakin dan masa yang diambil untuk menyiapkan
soalan adalah lebih cepat serta dapat diperhatikan pelajar melakukan memutar, view,
mentransformasi, dan memotong secara mental berdasarkan gerakan tangan seolah-
olah pelajar sedang berhadapan dengan objek tersebut.

Jadual 4.17: Dapatan dan Analisis Ujian Pra-Pos bagi KVS

Keupayaan Memutar Secara Mental

120 Berdasarkan graf, semua pelajar
100 didapati berjaya mempertingkatkan
keupayaan memutar secara mental.
80 Dapatan menunjukkan terdapat tiga
60 orang pelajar berjaya mendapat
40 Pos markah penuh dan sembilan orang
20 pelajar meningkat markah lebih
dari 30 markah.
0 Pra
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12

Keupayaan View Secara Mental

100

80 Berdasarkan graf, keupayaan view

pelajar menunjukkan kesan positif,
60 di mana tiga orang pelajar

40 Pos mencapai tahap cemerlang, lima
orang pelajar mencapai tahap baik

20 dan empat orang mencapai tahap
Pra sederhana.

0

S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10S11S12

196

Sambungan Jadual 4.17.
Keupayaan Transformasi Secara Mental

100

80 Berdasarkan graf, kesemua pelajar
60
40 meningkat keupayaan transformasi
20
secara mental. Dua orang pelajar
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 Pos mencapai markah penuh, tiga orang
mencapai tahap cemerlang dan

enam orang pelajar mencapai tahap

Pra baik.

Keupayaan Memotong Secara Mental

100 Graf memaparkan peningkatan
80
60 yang sangat positif di mana asalnya
40
20 hanya dua orang sahaja pelajar
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 berada pada tahap sederhana,

Pos selepas pembelajaran tiada
pembelajaran pada tahap lemah.

Seorang pelajar mencapai tahap

Pra tinggi dan selebihnya berada pada
tahap sederhana.

Selain itu, secara kesimpulan boleh dijelaskan bahawa SPPD-SUM juga
dikatakan berjaya mempertingkatkan TPG pelajar sebagaimana diilustrasikan pada
Jadual 4.18. Keadaan ini berlaku kerana ketika aktiviti pembelajaran pelajar dapat
meneroka pepejal secara maya dan setiap ciri Geometri pepejal dapat dilihat dengan
jelas dengan bantuan SketchUp Make.

197

Jadual 4.18: Dapatan dan Analisis Ujian Pra-Pos bagi TPG
TPG

3.5 Berdasarkan graf memaparkan
3 bahawa kesemua pelajar meningkat
TPG. Enam orang pelajar meningkat
2.5 secara melompat dari L1 ke L3, tiga
2 Pos orang meningkat dari L1 ke L2 dan
tiga orang pelajar meningkat dari L2
1.5 ke L3.
1 Pra

0.5
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12

SPPD-SUM telah dibina sebagai bahan pembelajaran Geometri tiga dimensi
yang digunakan dalam kelas Matematik. Analisis yang diperoleh memaparkan
SPPD-SUM dibina dengan baik di mana gabungan KVS dan TPG yang ditetapkan
dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini dibuktikan dengan penilaian kesahan
dan nilai pekali kebolehpercayaan yang baik oleh pakar-pakar yang dipilih berserta
dengan cadangan dan komen yang positif. Pakar-pakar secara keseluruhannya
bersetuju bahawa SPPD-SUM ini sesuai digunakan di dalam kelas pembelajaran
Matematik. Hal ini dibuktikan lagi dengan penilaian pelajar terhadap aktiviti yang
telah dijalankan. Tambahan lagi, dapatan ujian pra dan pos juga menunjukkan
bahawa SPPD-SUM berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mempertingkatkan
KVS dan TPG pelajar. Selain itu, pemahaman konsep Pelan dan Dongakan dapat
diperkukuh dan minat pelajar mempelajari tajuk Geometri secara umumnya
ditingkatkan. Di samping itu, sepanjang proses intervensi dijalankan, pelajar tampak
selesa dan yakin dengan perisian baru yang diperkenalkan. Dengan keadaan ini,
secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa SPPD-SUM yang telah dibina ini
mendapat kesahan pakar yang positif serta berjaya mencapai objektif utamanya,
maka ia boleh digunakan untuk diuji keberkesanannya secara lebih meluas kepada
sampel yang lebih ramai dengan prosedur yang ditetapkan.

198

4.7 Penutup

Bab ini telah menghuraikan secara terperinci aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang telah dipecahkan kepada tiga objektif pembelajaran berlandaskan komponen
KVS, TPG, dan perisian dinamik permodelan 3D SketchUp Make. Dengan
berpaksikan kepada fasa-fasa dalam model reka bentuk ADDIE, prosedur kerja
mereka bentuk strategi pembelajaran menerusi SketchUp Make dapat dijayakan
dengan lebih teratur dan sistematik. Secara ringkasnya, SPPD-SUM ini mengandungi
tiga strategi pembelajaran dan setiap satunya melibatkan empat aktiviti
pembelajaran. SPPD-SUM yang dilaksanakan menggambarkan penerapan komponen
KVS ke dalam TPGvH. Komponen KVS yang di fokuskan dalam kajian ini tidak
ada hubungan antara satunya iaitu kemahiran memutar secara mental, kemahiran
pandangan secara mental, kemahiran transformasi secara mental, dan kemahiran
memotong secara mental. TPGvH pula adalah secara berhieraki dimulakan dengan
tahap Visualisasi sehingga tahap keempat iaitu tahap Deduksi Formal. Kesan SPPD-
SUM terhadap mempertingkatkan KVS adalah menerusi ujian Kebolehan Spatial,
manakala kesannya terhadap TPG pelajar adalah menerusi ujian vHGT telah diukur
pada kajian yang sebenar. Sehubungan itu, perubahan akan diukur melalui hasil
ujian pra, dan ujian pos serta bagaimana proses perubahan yang berlaku bagi setiap
individu akan diperhalusi.

199

BAB 5

KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA

5.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan hasil analisis kajian Peringkat II daripada data
yang diperoleh merujuk persoalan kajian yang telah dijelaskan pada Bab 1.
Perbincangan analisis data yang diperoleh berfokuskan kepada dua jenis data utama
iaitu KVS dan TPG pelajar. Data bagi KVS bagi setiap pelajar diperoleh dari
empat ujian komponen KVS iaitu PSVT:R bagi keupayaan memutar secara mental,
PSVT:V bagi keupayaan view secara mental, T3D2DT bagi keupayaan
mentransformasi secara mental, dan MCT bagi kemahiran memotong secara mental.
Data diambil secara pengukuran berulangan melalui ujian Pra, Pos1, Pos2 dan Pos
merujuk objektif pembelajaran yang mengandungi tiga bahagian iaitu OP1, OP2 dan
OP3, di mana setiap objektif pembelajaran mengandungi empat aktiviti.

Ujian Pra diberikan selepas pelajar mengikuti pembelajaran secara tradisional
dan ujian Pos1, Pos2 dan Pos diberikan selepas sahaja menjalani intervensi OP1, OP2
dan OP3. Namun analisis utama hanya melibatkan data dari ujian Pra dan Pos sahaja,
data dari ujian Pos1, Pos2 digunakan sebagai data sokongan untuk perbincangan
mendalami hasil dapatan yang diperoleh. Bagi kutipan data TPG pelajar pula
diambil melalui ujian Pra dan Pos bagi ujian vHGT. Begitu juga, helaian kerja di
aktiviti SPPD-SUM terutamanya Fasa kedua (Orientasi Berarah), Fasa keempat
(Orientasi Bebas), dan Fasa kelima (Integrasi) dibincangkan oleh pengkaji bagi
menilai kefahaman pelajar dalam kohot TPG tersebut digunakan sebagai data

200

sokongan untuk perbincangan mendalami hasil dapatan TPG yang diperoleh. Rangka
perbincangan bab ini diilustrasikan dalam Rajah 5.1.

Pendahuluan
[5.1]

Ringkasan Metodologi Analisis
Data dan Pembentangan Hasil
Dapatan
[5.2]

Keputusan Analisis Perbezaan
Min Peratus Skor KVS Pelajar
Sebelum dan Selepas Intervensi
[5.3]

Keputusan Analisis Perbezaan Analisis Peratus Skor
Min Peratus Skor bagi Setiap
Komponen KVS Pelajar PSVT:R [5.4.1]
Sebelum dan selepas intervensi
BAB 5 [5.4] Analisis Peratus Skor

Analisis Skor vHGT secara PSVT:V [5.4.2]
menyeluruh
[5.5] Analisis Peratus Skor

Analisis TPG Pelajar Secara PSVT:V [5.4.3]
Menyeluruh
[5.6] Analisis Peratus Skor MCT
[5.4.4]
Penutup
[5.7]

Rajah 5.1: Rangka Perbincangan Keputusan dan Analisis Data

5.2 Ringkasan Metodologi Analisis Data dan Pembentangan Hasil Dapatan

Tujuan utama bab ini adalah untuk membincangkan penilaian kesan
intervensi iaitu pembelajaran SPPD-SUM yang dibangunkan bagi

201

mempertingkatkan KVS pelajar dan tahap pemikiran Geometri mereka melalui
penerapan KVS ke dalam empat tahap pertama TPG yang disusun secara sistematik
dalam fasa pembelajaran van Hiele bagi topik Geometri tiga dimensi Pelan dan
Dongakan. Untuk melaksanakan kajian analisis sebagaimana yang dirancang, data
kajian daripada 34 orang pelajar diambil dan dianalisis berdasarkan objektif kajian
kedua seperti berikut:

ii. Mengkaji kesan SPPD-SUM yang dibangunkan dalam membantu pelajar
mempertingkatkan Kemahiran Visual Spatial (KVS) dan Tahap Pemikiran
Geometri (TPG).

Seterusnya menjawab persoalan kajian keenam dan ketujuh seperti berikut:

vi. Apakah kesan SPPD-SUM dalam membantu pelajar mempertingkatkan

i. KVS?
ii. Komponen KVS?

vii. Apakah kesan SPPD-SUM dalam membantu mempertingkatkan TPG?

Bagi mencapai objektif dan persoalan kajian sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini, prosedur penilaian kesan intervensi iaitu pembelajaran SPPD-SUM
terhadap KVS dan TPG pelajar adalah seperti dipaparkan dalam Rajah 5.2.

202

SPPD-SUM

Kesan

Kemahiran Visual Perbezaan Sebelum dan
Spatial (PK6) Selepas Intervensi

Tahap Pemikiran Geometri
(PK7)

Peratus Skor Peratus Skor setiap Skor vHGT TPGvH
Keseluruhan Komponen [5.5] [5.6]
[5.4]
[5.3] Wilcoxon Wilcoxon
Rank Rank
Ujian-t Ujian MANOVA
Berpasangan Pengukuran Berulang

 PSVT:R
 PSVT: V
 T3D2DT
 MCT

Ujian ANOVA Satu Hala
Pengukuran Berulang

*PK-Persoalan Kajian

Rajah 5.2: Prosedur Penilaian Kesan Intervensi

Analisis dijalankan kepada dua konstruk utama kajian iaitu kesan intervensi
pembelajaran SPPD-SUM terhadap KVS dan TPG pelajar. Analisis bagi KVS
merujuk dua data, iaitu berdasarkan peratus skor keseluruhan KVS dan keduanya
ialah peratus skor setiap komponen KVS. Bagi analisis TPG pula terbahagi kepada
dua iaitu berdasarkan skor vHGT dan TPG pelajar. Analisis bagi keduanya
melibatkan analisis secara kuantitatif iaitu diskriptif dan inferensi. Sebelum analisis
inferensi bagi data dijalankan, penetapan penggunaan penilaian statistik ditentukan
terlebih dahulu. Pendekatan statistik inferensi parametrik dan bukan parametrik
digunakan dalam analisis data bergantung kepada kesesuaian dan kriteria data yang
perlu dipenuhi. Dengan itu, data dari ujian vHGT dianalisis secara bukan
parametrik kerana data dalam kajian merupakan data berbentuk ordinal (rujuk
LAMPIRAN I).

203

Data dari ujian komponen KVS pula dianalisis menggunakan parametrik
statistik kerana data merupakan data sela (rujuk LAMPIRAN H) dan berdasarkan
hasil ujian keseragaman menggunakan graf histogram memaparkan Z-Skewness dan
Z-Kurtosis dalam julat -1.96 dan +1.96, dikatakan bertaburan secara normal seperti
di LAMPIRAN J. Namun, sebelum ujian inferensi MANOVA atau ANOVA satu
hala bagi pengukuran berulangan dijalankan terdapat andaian yang lain perlu
dipatuhi iaitu kesamaan varian (Homogeneity of variance) dan kesamaan kovarian
(Homogeneity of Covariance). Ujian kesamaan varian (Homogeneity of variance),
menggunakan ujian Levene menunjukkan keputusan ujian Levene menerusi perisisan
SPSS yang tidak signifikan (p > 0.05) menunjukkan bahawa data kajian memenuhi
andaian ini seperti LAMPIRAN K. Sementara itu, bagi kesamaan kovarian
(Homogeneity of Covariance) andaian Sphericity diuji menggunakan ujian Maunchly,
ujian Greenhouse-Geisser, dan/atau ujian Huynh-Feldt. Apabila Sphericity tidak
dipatuhi, hasil multivariat atau nilai epsilons digunakan untuk menyesuaikan
pengangka dan penyebut dfs. Lazimnya, apabila nilai epsilons < 0.75, nilai epsilon
Greenhouse-Geisser digunakan, tetapi Huynh-Feldt pula digunakan jika epsilon >
0.75 dibincangkan bersama dengan hasil dapatan.

5.3 Keputusan Analisis Perbezaan Min Peratus Skor Kemahiran Visual
Spatial Pelajar Sebelum dan Selepas Intervensi

Bahagian ini menunjukkan dapatan analisis bagi KVS pelajar sebelum dan
selepas intervensi iaitu pembelajaran SPPD-SUM. Peratus skor bagi ujian komponen
KVS ini diperoleh daripada setiap satu item yang dijawab betul diberikan satu
markah. Seterusnya markah yang diperoleh ditukarkan kepada bentuk peratusan bagi
tujuan analisis. Selepas itu Jadual Tahap Kebolehan Spatial akan dirujuk bagi
menentukan tahap berdasarkan peratus skor yang diperoleh oleh pelajar yang
diadaptasi dari Sorby (2006) seperti Jadual 3.4 dalam Bab 3 dan dipaparkan semula
pada Jadual 5.5 dengan lebih terperinci.

204

Penilaian bagi KVS secara menyeluruh adalah berdasarkan purata peratus
skor daripada empat komponen KVS iaitu keupayaan memutar secara mental,
keupayaaan view secara mental, keupayaan transformasi secara mental dan
keupayaan memotong secara mental seperti penetapan berikut:

VS = PSVT:R + PSVT:V+ T3D2DT + MCT
4

Bagi melihat perbandingan dapatan ujian Pra dan Pos dengan lebih jelas dan
memudahkan analisis dijalankan, data dikumpulkan dalam selang kelas seperti
dipaparkan pada Jadual 5.1. Dapat dilihat, taburan frekuensi ujian pra tertabur pada
selang kelas di bawah selang kelas 61-70 dan ke bawah manakala taburan frekuensi
ujian pos tertabur pada selang kelas 61-70 dan ke atas. Begitu juga, ditaksirkan
bahawa kelas mod ujian Pra adalah pada selang kelas 31-40, manakala kelas mod
ujian Pos melonjak kepada selang kelas 71-80 dengan bilangan frekuensi mod juga
bertambah dari 14 kepada 17. Seterusnya, perubahan bagi taburan peratus skor yang
ujian Pra-Pos dipersembahkan dengan lebih jelas melalui graf Frekuensi Poligon
seperti dipaparkan pada Rajah 5.3.

Jadual 5.1: Taburan Frekuensi Peratus Skor bagi KVS Sebelum dan Selepas
Intervensi

Peratus Skor Frekuensi Pra Frekuensi Pos
21-30 4 0
31-40 14 0
41-50 6 0
51-60 7 0
61-70 1 6
71-80 0 17
81-90 0 8
91-100 0 3

Frekuensi 205

20
15
10

Pra
5 Pos
0

5.5 15.5 25.5 35.5 45.5 55.5 65.5 75.5 85.5 95.5 105.5
Titik Tengah Selang Kelas Peratus Skor

Rajah 5.3: Taburan Peratus Skor bagi KVS Sebelum dan Selepas Intervensi

Peningkatan yang jelas dapat diperhatikan pada ujian Pos, di mana taburan
peratus skor pelajar selepas intervensi berada antara interval 65.5 hingga 95.5
walhal sebelumnya taburan peratus skor pelajar berada antara interval 15.5 hingga
65.5. Dapat juga dilihat terdapat pertindanan skor pada ujian Pra dan Pos iaitu skor
65.5, maka ada kemungkinan terdapat pelajar yang sama berada pada skor yang sama
atau dengan kata lain tiada peningkatan atau mungkin juga berlaku penurunan
peratus skor. Penjelasan kepada kemungkinan ini akan dibincangkan pada perbezaan
peratus skor sebelum dan selepas menggunakan SPPD-SUM secara individu.
Seterusnya, keputusan analisis ini diperjelaskan lagi dengan Jadual 5.2 yang mana
memaparkan statistik deskriptif KVS sebelum dan selepas intervensi. Didapati
KVS selepas intervensi memperoleh min=78.4 berbeza dengan sebelum intervensi
iaitu min=39.8. Selain itu, perbezaan nilai sisihan piawai selepas intervensi
memaparkan nilai yang lebih kecil berbanding dengan sebelum intervensi. Dengan
kata lain, skor ramai pelajar selepas intervensi adalah lebih menghampiri peratus
skor purata berbanding dengan sebelumnya.

Jadual 5.2: Statistik Deskriptif KVS Sebelum dan Selepas Intervensi

KVS Min Sisihan Piawai Std. Error Min
Pra
Pos 39.8 12.0 2.1

78.4 8.8 1.5

206

Perbezaan nilai min ini diperjelaskan lagi dengan ujian analisis inferensi
ujian-t sampel berpasangan (Paired Sample t-test). Sebelum itu, ujian normaliti perlu
dijalankan. Merujuk LAMPIRAN J, memaparkan nilai -1.96 < Z-Skewness Pra =
0.5 dan Z-Skewness Pos = 1.62< +1.96, maka kecondongan data adalah simetri atau
berdistribusi normal. Seterusnya, pengiraan memperoleh nilai-1.96 < Z-Kurtosis Pra
= -0.35 dan Z-Kurtosis Pos = 0.25 < +1.96, menunjukkan data adalah mesokurtik
atau berdistribusi normal. Oleh itu, normaliti dipenuhi. Rentetan dari hasil dapatan
itu, Ujian-t sampel berpasangan dijalankan bagi mengesahkan terdapat berbezaan
yang signifikan antara sebelum dan selepas intervensi. Merujuk Jadual 5.3, hasil
dapatan analisis memaparkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor min
KVS sebelum dan selepas intervensi (t= 35.47; p< 0.05).

Jadual 5.3: Ujian-t Sampel Berpasangan bagi KVS Sebelum dan Selepas Itervensi

Paired Differences

95% Confidence Sig.
(2-tailed)
KVS Mean Std. Std. Error Interval of the t df
Pos - Pra 38.5
Deviation Mean Difference

Lower Upper

6.3 1.1 40.8 36.3 35.5 33 .000

Kemudian untuk menentukan sejauh mana perbezaan min sebelum dan
selepas intervensi, maka ujian effect size melalui formula d Cohen dijalankan.
Merujuk nilai d=3.7 > 0.8 yang diperoleh, dapat dikatakan bahawa perbezaan min
peratus skor sebelum dan selepas intervensi dalam kategori besar. Secara
kesimpulannya, keputusan hasil dapatan mencadangkan bahawa intervensi boleh
mempertingkatkan peratus skor KVS pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Di
samping itu, dapatan kajian juga menjelaskan min peratus skor sebelum dan selepas
intervensi secara signifikan berbeza dengan size effect yang sangat besar.

Analisis seterusnya menjelaskan analisis peningkatan peratus skor KVS.
Jadual 5.4 memaparkan perubahan peningkatan skor KVS pelajar sebelum dan
selepas intervensi. Selanjutnya, Jadual peningkatan peratus skor bagi setiap pelajar
boleh dirujuk pada LAMPIRAN H.

207

Jadual 5.4 : Peningkatan Peratus Skor KVS Sebelum dan Selepas Intervensi

Peratus skor KVS

Pra Pos Peningkatan

% Skor % Skor Skor

Minimum 15.0 64.0 26.3
Maksimum
66.5 100 56.3
Min
Julat 39.8 78.4 38.5

51.5 36.0 30.0

Jadual 5.4 memperlihatkan peratus skor peningkatan markah terendah iaitu
dengan peratus skor peningkatan 26.3 kepada yang tertinggi iaitu dengan skor
peningkatan 56.3. Begitu juga, didapati nilai minimum dan maksimum peratus skor
KVS sebelum intervensi ialah 15.0 dan 66.5, kemudian meningkat selepas intervensi
dengan nilai peratus skor minimum dan maksimum kepada 64.0 dan 100. Selain itu,
julat peratus skor KVS antara sebelum dan selepas intervensi menunjukkan susutan
nilai peratus skor 15.5 di mana julat antara pelajar berkurangan daripada 51.5
sebelumnya kepada 36.0. Dapatan ini memaparkan bahawa jurang perbezaan antara
individu bagi KVS responden adalah semakin kecil selepas intervensi. Dapat juga
diperhatikan bahawa nilai minimum peratus skor pada ujian Pos adalah berada di
bawah nilai maksimum pada ujian Pra. Maka menjadi persoalan adakah terdapat
kemungkinan ada pelajar yang tidak berubah peratus skor atau kemungkinan peratus
skor berkurangan selepas intervensi?, sebagaimana persoalan di 5.3. Persoalan ini
dijawab dengan hasil dapatan yang menunjukkan min skor peningkatan bagi
perubahan peningkatan peratus skor ialah 38.5 di mana nilai paling sedikit
perubahan peningkatan peratus skor sebanyak 26.3 manakala perubahan paling
banyak peningkatan peratus skor sebanyak 56.3 atau dengan kata lain tiada
penurunan skor berlaku.

Perbincangan seterusnya menjelaskan perubahan tahap yang berlaku kepada
pelajar sebelum dan selepas intervensi. Untuk tujuan ini, tahap KVS pelajar
dikelaskan mengikut konvensyen empat kategori merujuk tafsiran skor bagi tahap
penguasaan KVS oleh Sorby (2006) seperti dipaparkan pada Jadual 5.5 berdasarkan
pencapaian di ujian Pra. Sehubungan itu, merujuk Jadual 5.6 dapat dilihat tiada lagi
bilangan pelajar yang berada pada tahap rendah selepas intervensi dan bilangan
pelajar pada tahap sederhana 13 orang berkurangan kepada 2 orang sahaja.

208

Jadual 5.5: Konvensyen Empat Kategori Tahap KVS Pelajar

Skor Markah Aras Skor Tahap Kohot
(peratus)
80-100 Atas skor purata Cemerlang Kohot Cemerlang
60-79 Skor purata Baik Kohot Baik
40-59
0-39 Sedikit di bawah skor purata Sederhana Kohot Sederhana
Bawah skor purata Rendah Kohot Rendah

Peningkatan yang positif ini dijelaskan lagi dengan 11 orang pelajar pada
tahap cemerlang walhal tiada seorang pun pelajar pada tahap ini pada mulanya.
Selari dengan dapatan ini, dapat diperhatikan juga min peratus skor diperoleh oleh
pelajar bagi setiap tahap meningkat secara keseluruhannya terutamanya skor tahap
sederhana 50.6 menjadi 79. 3 dan tahap baik 66.5 menjadi 72.9.

Jadual 5.6: Statistik Deskriptif Peratus Skor Berdasarkan Tahap KVS Sebelum dan
Selepas Intervensi.

Tahap N Min Pra N Min Pos Maksimum
KVS % Skor Minimum Maksimum % Skor Minimum % Skor
0 0
Rendah 20 31.3 % Skor % Skor 2 0 % Skor 79.3
Sederhana 13 50.6 15.0 38.3 21 79.3 0 78.5
Baik 1 66.5 40.8 58.5 11 72.9 100
Cemerlang 0 66.5 66.5 34 88.7 79.3 100
Keseluruhan 34 0 00 78.4 64.0
15.0 66.5 39.8 81.8
64.0

Bagi melihat kesan positif intervensi ini terhadap semua responden terlibat,
perbincangan diteruskan dengan paparan graf peningkatan KVS pada Rajah 5.4.
Dalam hal ini, pelajar telah dikategorikan dalam tiga kohot tahap iaitu kohot rendah,
sederhana, dan baik merujuk tahap KVS pelajar di ujian Pra berdasarkan Jadual 5.5.

% 209
Skor
Min Pra
100

Cemerlang Min Pos

80

Baik

60

Sederhana

40

Rendah 20 Pos
Pra

Pelajar

0
P33
P20
P9
P2
P28
P10
P25
P18
P23
P34
P26
P31
P24
P32
P1
P8
P7
P19
P22
P30
P21
P16
P27
P12
P17
P5
P11
P15
P14
P4
P3
P13
P29
P6

Kohot Rendah Kohot Sederhana Kohot
Baik

*Kohot Rendah, Kohot Sederhana dan Kohort Baik adalah berdasarkan tahap KVS pada ujian Pra

Rajah 5.4 : Peningkatan Peratus Skor KVS Individu Pelajar Sebelum dan Selepas
Intervensi

Dapat dilihat susunan peningkatan peratus skor KVS berlandaskan peratus
skor terendah yang diperoleh oleh pelajar ketika ujian Pra iaitu 15.0 yang diperoleh
oleh P33 kepada peratus skor ujian Pra tertinggi yang dicapai oleh P6 iaitu 66.5.
Dapat diperhatikan juga dengan jelas, peningkatan yang positif selepas intervensi

210

apabila kebanyakan pelajar memperoleh lebih dari 60.0 peratus skor pada ujian Pos.
Tambahan lagi, dapat dilihat taburan data ujian Pos menghampiri min Pos
berbanding dengan data taburan ujian Pra dengan min Pra. Di samping itu,
diperhatikan bahawa tiga orang pelajar iaitu P33, P20 dan P6 (lebih 20 peratus skor)
menjauhi garisan min Pra berbanding dengan hanya seorang pelajar iaitu P6 pada
data Ujian Pos. Dengan kata lain, intervensi dapat mengecilkan jurang antara
individu terutama dalam kalangan kohot rendah.

Kenyataan ini disokong oleh kecerunan yang berkurangan di garisan linear
yang terbentuk pada ujian Pos bagi kohot rendah. Selain itu, dapat juga diperhatikan
bahawa pelajar yang memperoleh peratus skor rendah pada ujian Pra iaitu P3 dan
juga P20 berjaya menyaingi pelajar lain pada ujian Pos dengan peratus skor melebihi
50 peratus skor peningkatan dan menghampiri min peratus skor ujian Pos.
Seterusnya, dapat diperhatikan juga bahawa pelajar P6 berjaya memperoleh peratus
skor penuh 100 pada ujian Pos. Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam
tentang peningkatan ini, pencapaian pada ujian Pos1 dan Pos2 bagi beberapa orang
pelajar dipaparkan pada Jadual 5.7. Dapat diperhatikan bahawa peningkatan pelajar
adalah secara berperingkat merentas ujian yang dijalankan.

Jadual 5.7: Peningkatan Peratus Skor KVS Pelajar dalam Ujian Pra-Pos1-Pos2-Pos

Pelajar Pra Peningkatan Pos2 Peningkatan Pos Peningkatan
Pos1 % Skor
P33 15.0 37.8 22.8 53.3 % Skor % Skor
P1 35.3 58.5 23.3 74.3
P6 66.5 89.5 23.0 97.3 15.5 66.0 12.8
P13 58.3 76.5 18.3 84.3
16.8 82.0 7.8

7.8 100 2.8

8.0 97.3 12.8

Kesinambungan daripada dapatan di atas, perbincangan diperjelaskan lagi
dengan analisis kualitatif. Hasil pemerhatian pengkaji terhadap keseluruhan
responden sepanjang pembelajaran menunjukkan kesungguhan sepanjang proses
pembelajaran terutama pada Fasa Orientasi Bebas. Perlakuan yang positif ini
dipaparkan dalam LAMPIRAN N, di mana dapat dilihat responden menggunakan

211

sepenuhnya keistimewaan ciri-ciri dinamik yang ada pada perisian SketchUp Make
sepanjang proses pembelajaran menyelesaikan aktiviti di dalam SPPD-SUM. Di
samping itu, diperhatikan pelajar membuat perbincangan ketika Fasa Orientasi
Bebas dan pengkongsian ilmu berlaku. Selain itu, dapat diperhatikan ketika ujian
Pos1, Pos2 dan Pos dijalankan, pelajar seolah-olah menggerakkan objek
menggunakan perlakuan tangan dalam menggambarkan objek 3D tersebut dan masa
yang diambil untuk menyelesaikan soalan yang diberikan semakin cepat merentas
ujian yang diberikan.

Secara kesimpulannya hasil daripada analisis deskriptif dan inferensi seperti
yang dibincangkan di atas, boleh dicadangkan bahawa pembelajaran menggunakan
SPPD-SUM boleh mempertingkatkan KVS pelajar yang terlibat. Perbincangan
seterusnya, menjelaskan kesan intervensi bagi setiap komponen KVS.

5.4 Keputusan Analisis Perbezaan Min Peratus Skor bagi Setiap Komponen
Kemahiran Visual Spatial Pelajar Sebelum dan Selepas Intervensi

Komponen KVS dalam kajian ini adalah merujuk keupayaan memutar, view,
mentransformasi dan memotong secara mental. Selanjutnya, dibincangkan pula
kesan intervensi terhadap setiap komponen KVS. Sebagaimana yang telah
dikatakan sebelum ini, perbincangan ini melibat peningkatan yang berlaku pada
setiap komponen KVS melibatkan ujian Pra dan ujian Pos sahaja. Rajah 5.5
memaparkan perbezaan min peratus skor bagi setiap komponen KVS sebelum dan
selepas intervensi. Paparan menunjukkan bahawa intervensi telah berjaya
mempertingkatkan min peratus skor kesemua komponen KVS dengan perbezaan
tertinggi di peroleh oleh keupayaan memotong secara mental di mana min peratus
skor ujian Pra=24.9 pada asalnya meningkat kepada ujian Pos=68.5 dengan peratus
peningkatan skor sebanyak 43.6. Dapat juga diperhatikan bahawa intervensi telah
mempertingkatkan tahap memotong secara mental kepada tahap baik walhal pada
asalnya min peratus skor pada asalnya berada pada tahap rendah manakala
keupayaan memutar, view dan tansformasi secara mental meningkat ke tahap

212

cemerlang daripada tahap sederhana pada awalnya.

Skor % Pra Pos

Cemerlang 100 81.5 82.1 68.5
90
81.5

Baik 80
70

Sederhana 60 45.6
50 42.4
46.5

40

Rendah 30 25.0
20

10

0

PSTV:R PSTV:V

T3D2DT MCT

*PSVT: R- Purdue Spatial Visualization for Rotation Test Ujian
*PSVT: V- Purdue Spatial Visualization Test for View
*T3D2DT - Transformation for 3D to 2D test
*MCT - Mental Cutting Test

Rajah 5.5 : Perbezaan Min Peratus Skor Setiap Komponen KVS Sebelum dan
Selepas Intervensi

Selanjutnya, analisis inferensi ujian MANOVA untuk pengukuran berulangan
dijalankan untuk mengenal pasti kesan intervensi terhadap setiap komponen KVS.
Dengan itu, ujian normaliti dan ujian Levene dijalankan terlebih dahulu. Merujuk
LAMPIRAN J, dapat dilihat bahawa bagi data Pra-Pos bagi PSVT:R nilai (-1.96 <
Z-Skewness Pra = -0.45 dan Z-Skewness Pos = -0.76 < +1.96), PSVT:V nilai (-1.96
< Z-Skewness Pra = 0.01 dan Z-Skewness Pos = -0.11< +1.96), T3D2DT nilai (-
1.96 < Z-Skewness Pra = 0.086 dan Z-Skewness Pos = -0.41 < +1.96) dan MCT
nilai (-1.96 < Z-Skewness Pra = -0.00 dan Z-Skewness Pos = 0.21 < +1.96), maka
kecondongan data Pra-Pos bagi PSVT:R, PSVT:V, T3D2DT dan MCT adalah
simetri atau berdistribusi normal. Seterusnya, pengiraan bagi data Pra-Pos bagi

213

PSVT:R, PSVT:V, T3D2DT dan MCT, memperoleh nilai-1.96 < Z-Kurtosis Pra =
0.46 dan Z-Kurtosis Pos = -0.76 < +1.96, -1.96 < Z-Kurtosis Pra = -0.76 dan Z-
Kurtosis Pos = -0.95 < +1.96, -1.96 < Z-Kurtosis Pra = -0.721 dan Z-Kurtosis Pos = -
0.595 < +1.96 dan -1.96 < Z-Kurtosis Pra = - 0.36 dan Z-Kurtosis Pos = 0.09 <
+1.96, menunjukkan data Pra-Pos bagi PSVT:R, PSVT:V, T3D2DT dan MCT
adalah mesokurtik atau berdistribusi normal. Selain itu, keputusan ujian Levene
(LAMPIRAN K) yang tidak signifikan bagi PSVT:R [Pra(p=0.11, Pos(p=0.38)],
PSVT:V [Pra(p=0.61, Pos(p=0.38)], T3D2DT [Pra(p=0.60, Pos(p=0.22)] dan MCT
[Pra(p=0.73, Pos(p=0.07)] menunjukkan bahawa nilai varians adalah sama bagi
setiap ujian pra dan pos merentas setiap komponen KVS. Maka data kajian adalah
memenuhi syarat untuk ujian MANOVA pengukuran berulangan dijalankan.

Jadual 5.8: Ujian Multivariate Pillai’s Trace Ujian MANOVA untuk Pengukuran
Berulangan

Effect Value F Hypothesis Error Sig.
df df
Between Intercept Pillai's Trace 1.0 302.2 4 30 .000
Subjects Wilks' Lambda 0.0 302.2 4 30 .000
Hotelling's Trace 40.3 302.2 4 30 .000
Within Pra-Pos Roy's Largest Root 40.3 302.2 4 30 .000
Subjects Pillai's Trace 1.0 332.5 4 30 .000
Wilks' Lambda 00.0 332.5 4 30 .000
Hotelling's Trace 44.3 332.5 4 30 .000
Roy's Largest Root 44.3 332.5 4 30 .000

Selanjutnya, ujian Multivariate Pillai’s Trace sebagaimana dipaparkan pada
Jadual 5.8 menunjukkan bahawa terdapat kesan utama variable Pra-Pos yang
signifikan [F(4,30)=332.5, p<0.05]. Hal ini bererti bahawa secara keseluruhannya
ada perbezaan yang signifikan antara data ujian pra dan ujian pos bagi setiap
komponen KVS. Setelah itu, ujian Univariate seperti yang dipaparkan pada
LAMPIRAN L selanjutnya menunjukkan bahawa terdapat kesan Pra-Pos yang
signifikan terhadap keempat-empat komponen KVS iaitu PSVT:R [F(1,33)=359.0,
p<0.05], PSVT:V [F(1,33)=347.0, p<0.05], T3D2DT [F(1,33)=357, p<0.05] dan
MCT [F(1,33)=590.5, p<0.05]. Merujuk keputusan ini, boleh dikatakan intervensi
secara signifikan berkesan terhadap keupayaan memutar (min: Pra=45.6, Pos=81.5),

214
view (min: Pra=42.4, Pos=82.1), mentransformasi (min: Pra=46.5, Pos=81.5) dan
memotong (min: Pra=24.9, Pos=68.5) secara mental. Di samping itu, bentuk graf
garisan PSVT:R, PSVT:V, T3D2DT dan MCT yang tinggi di sebelah ujian Pos
(kanan) pada Rajah 5.6 jelas menunjukkan bahawa intervensi mempertingkatkan
keupayaan memutar, view, mentransform, dan memotong secara mental responden
kajian.

Rajah 5.6 : Graf Garisan bagi PSVT:R, PSVT:V, T3D2DT dan MCT

Berdasarkan keputusan analisis yang dibincangkan di atas, dicadangkan
bahawa intervensi berkesan mempertingkatkan keupayaan memutar, view,
mentransformasi dan memotong secara mental bagi pelajar yang terlibat. Seterusnya
dibincangkan analisis dapatan bagi peningkatan peratus skor bagi keupayaan
memutar secara mental.

5.4.1 Analisis Peratus Skor PSVT:R
Berdasarkan dapatan keupayaan memutar secara mental yang diperoleh pada

Jadual 5.9, didapati nilai minimum dan maksimum peratus skor adalah 10.0 dan 70.0

215

sebelum intervensi, kemudian selepas intervensi nilai peratus skor minimum dan
maksimum meningkat kepada 60.00 dan 100. Selain itu, julat peratus skor KVS
menunjukkan perubahan positif di mana julat antara pelajar berkurangan dari 60.0
sebelumnya kepada 40.0. Dapat juga diperhatikan bahawa nilai maksimum pada
ujian Pra berada di aras nilai minimum peratus skor pada ujian Pos. Maka ada
kemungkinan terdapat pelajar yang tiada perubahan atau mungkin peratus skornya
semakin menurun selepas intervensi. Kemungkinan ini disangkal dengan nilai positif
peratus skor peningkatan peratus pelajar yang diperoleh dengan min perubahan
peningkatan peratus skor adalah 35.9 di mana paling sedikit perubahan peningkatan
peratus skor sebanyak 20% manakala perubahan paling banyak peningkatan peratus
skor sebanyak 70 %.

Jadual 5.9: Peningkatan Peratus Skor Ujian PSVT:R Sebelum dan Selepas
Intervensi

Minimum Pra Ujian PSVT:R
Maksimum % Skor Pos Skor

Min 10.0 % skor peningkatan
Julat 70.0 60.0 20.0
45.6 100 70.0
60.0 81.5 35.9
40.0 50.0

Seterusnya, merujuk Jadual 5.10, analisis deskriptif menunjukkan bahawa
keupayaan memutar secara mental selepas intervensi memperoleh min=81.5 adalah
berbeza dengan sebelum intervensi iaitu min=45.6. Selain itu, perbezaan nilai
sisihan piawai selepas intervensi memaparkan nilai yang lebih kecil berbanding
dengan min peratus skor sebelumnya, dengan kata lain boleh dikatakan bahawa
peratus skor ramai pelajar adalah lebih menghampiri peratus skor min berbanding
dengan sebelum intervensi.

216

Jadual 5.10 : Statistik Deskriptif PSVT:R Sebelum dan Selepas Intervensi

PSVT:R N Mean Std. Devision Mean r
Std. Error 0.7
Pos 34 81.5 10.5
Pra 34 45.6 15.8 1.8
2.7

Jadual 5.11: Statistik Deskriptif Peratus Skor PSVT:R Berdasarkan Tahap Sebelum
dan Selepas Intervensi

Pra Pos

Tahap N Mean Minimum Maksimum N Mean Minimum Maksimum
(%) % % Skor % Skor (%) % % Skor % Skor
Rendah
Sederhana 9 Skor Skor
(26.5)
Baik 25.6 10.0 30.0 0 - - -
Cemerlang 14
(41.2) 44.3 40.0 50.0 0 - - -
63.6 60.0 70.0
11 70.0 10 69.0 60.0 100
(32.4) -- (29.4)

0 - 24 86.7 80.0
(0) (70.6)

Seterusnya merujuk empat kategori konvensyen bagi tahap penguasaan KVS
oleh Sorby. (2006) pada Jadual 5.5, tahap pelajar dikelaskan mengikut tafsiran skor
diperoleh. Analisis di Jadual 5.11 menjelaskan bahawa tiada lagi bilangan pelajar
yang berada pada tahap rendah dan sederhana selepas intervensi. Peningkatan yang
positif ini dijelaskan lagi dengan bilangan pelajar pada tahap cemerlang meningkat
kepada 24 orang walhal tiada pelajar pada tahap ini selepas intervensi. Selari dengan
dapatan ini, dapat diperhatikan juga min peratus skor diperoleh oleh pelajar bagi
setiap tahap meningkat secara keseluruhannya terutamanya peratus skor tahap baik
63.6 menjadi 69.0. Namun begitu, dapat dilihat bilangan pelajar pada tahap baik
adalah menurun dari 11 kepada 10 orang. Perkara ini berlaku disebabkan kesemua
pelajar pada tahap ini pada asalnya telah meningkat ke tahap cemerlang.

217

Skor % Min Pra

100

Cemerlang

Min Pos
80

Baik

60

Sederhana

40

Rendah

20

Pos

Pra

0
P20
P33
P9
P8
P10
P17
P21
P28
P34
P12
P2
P23
P26
P22
P1
P25
P32
P5
P18
P11
P24
P31
P30
P14
P7
P15
P19
P27
P29
P16
P3
P4
P6
P13

Kohot Rendah Kohot Sederhana Kohot Baik Pelajar

*Kohot Rendah, Kohot Sederhana dan Kohot Baik adalah berdasarkan tahap PSVT:R pelajar pada
ujian Pra

Rajah 5.7: Peningkatan Peratus Skor PSVT:R Pelajar Sebelum dan Selepas
Intervensi

Peningkatan keupayaan memutar secara mental diperjelaskan lagi dengan
graf peningkatan setiap pelajar pada Rajah 5.7. Sebelum itu, pelajar telah

218

dikelaskan kepada 3 kohot berdasarkan pencapaian di ujian Pra dengan merujuk
Jadual 5.5. Dapat ditafsirkan bahawa terdapat peningkatan keupayaan memutar
secara mental selepas intervensi di mana kesemua pelajar memperoleh nilai peratus
skor lebih daripada 60 pada ujian Pos. Begitu juga dapat dilihat taburan data pelajar
pada ujian Pos menghampiri min peratus skor Pos berbanding dengan data taburan
ujian Pra dengan min Pra.

Di samping itu, diperhatikan bahawa 3 pelajar (lebih 20 peratus skor)
menjauhi garisan min Pra berbanding dengan hanya seorang pelajar pada data Ujian
Pos. Dengan kata lain, intervensi dapat mengecilkan jurang keupayaan memutar
secara mental antara individu terutama daripada kohot rendah. Kenyataan ini
diperjelaskan berdasarkan kecerunan garisan linear yang terbentuk di ujian Pos
bagi kohot sederhana dan baik adalah dalam pola yang hampir sama manakala
kecerunan graf bagi kohot rendah adalah kurang curam ketika ujian Pos. Selain itu,
dapat juga diperhatikan bahawa pelajar yang memperoleh peratus skor paling rendah
pada ujian Pra telah berjaya menyaingi pelajar lain dengan peratus skor lebih
menghampiri min peratus skor dan empat orang pelajar memperoleh peratus skor
penuh iaitu 100. Selain itu, perubahan peratus skor lebih jelas dalam kalangan
pelajar tahap rendah. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kecerunan garisan linear
yang terbina daripada taburan data yang merujuk tahap kumpulan yang terbentuk
dari ujian Pra memaparkan peningkatan skor berlaku lebih jelas dalam kalangan
kumpulan tahap rendah.

Bagi menyokong dapatan di atas, analisis diteruskan dengan melihat lebih
mendalam peningkatan yang berlaku sepanjang intervensi pembelajaran di OP1,
OP2, dan OP3. Ujian analisis inferensi ANOVA Sehala dijalankan bagi melihat
perbezaan yang signifikan berlaku sepanjang intervensi dalam pembelajaran SPPD-
SUM. Sebelum itu, ujian normaliti ditafsirkan. Berdasarkan Ujian Keseragaman
menggunakan Graf Histogram bagi keupayaan memutar secara mental seperti di
LAMPIRAN J dapat dilihat nilai -1.96 < Z-Skewness Pra = -0.45 dan Z-Skewness
Pos1=0.78 , Z-Skewness Pos2=0.19 , Z-Skewness Pos = -0.76 < +1.96, maka
kecondongan data adalah simetri atau berdistribusi normal. Seterusnya, pengiraan
memperoleh nilai-1.96 < Z-Kurtosis Pra = 0.46, Z-Kurtosis Pos1=-0.46, Z-Kurtosis
Pos2=-0.17, dan Z-Kurtosis Pos = -0.76 < +1.96, menunjukkan data adalah

219

mesokurtik atau berdistribusi normal. Di samping itu, keputusan ujian Levene yang
tidak signifikan [Pra (p=0.11), Pos1 (p=0.06), Pos2 (p=0.11) dan Pos (p=0.38)]
menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan nilai varians bagi setiap ujian PSVT:R.
Oleh itu, data kajian memenuhi syarat asas untuk ujian ANOVA Sehala dijalankan.

Setelah itu, keputusan ujian Maunchly’s Test of Sphericity di LAMPIRAN M
dirujuk dan didapati julat lingkungan adalah bertentangan (assumption of spericity
had been violated) iaitu nilai p<0.05 adalah signifikan. Oleh itu, nilai epsilon (F)
perlu dilihat bagi memodifikasikan niai F (degree of freedom) dan dalam situasi ini
nilai Huynh-Feldt dirujuk.

Jadual 5.12 : Analisa Tests Of Within-Subjects Contrasts Melalui Ujian ANOVA
Sehala bagi PSVT:R

Type III

Source Rotation SketchUp Mean F Sig. Partial
Rotation Make of df Eta
Error(Rotation) Pra-Pos1 65.3 .000
Pos1-Pos2 Square 264.5 .000 Squared
Pos2-Pos 259.1 .000 .664
Pra-Pos1 Squares .889
Pos1-Pos2 .887
Pos2-Pos 6776.5 1 6776.5

12047.1 1 12047.1

17287.6 1 17287.6

3423.5 33 103.7

1502.9 33 45.5

2201.3 33 66.7

Sehubungan itu, pengkaji mendapati bahawa terdapat perbezaan peratus skor
PSVT:R yang signifikan F(2.637, 87.018)=184.369, p<0.050, eta2=0.848 secara
keseluruhan dengan merujuk nilai Huynh-Feldt. Keputusan ujian perbandingan
dalam subjek (Test of Within-Subject Contrast) pada Jadual 5.12 menunjukkan
bahawa perbandingan antara intervensi yang telah dijalankan iaitu Pra-Pos1
[F(1,33)=65.3, p<0.05, eta2=0.664], Pos1-Pos2 [F(1,33)=264.5, p<0.05, eta2=0.889]
dan Pos2-Pos [F(1,33)=259.2, p<0.05, eta2=0.887] adalah signifikan. Keputusan ini
dapat dilihat dengan lebih jelas lagi melalui peningkatan nilai skor min pada Pos1

220
(59.7), Pos2 (71.5) dan Pos (81.5) mengatasi nilai min Pra iaitu 45.6. Keputusan ini
juga ditunjukkan oleh Jadual Perbandingan Pasangan (Pairwise Comparisons)
seperti dipaparkan di LAMPIRAN M yang menunjukkan perbezaan yang signifikan
bagi setiap setiap pasangan setelah ralat Jenis I dikawal menggunakan kaedah
Bonferroni.

Rajah 5.8 : Plot Profil bagi PSVT:R
Selain itu, bentuk graf Profil pada Rajah 5.8, menunjukkan bahawa setiap
intervensi iaitu OP1, OP2, dan OP3 yang dijalankan sepanjang intervensi berkesan
bagi mempertingkatkan keupayaan memutar secara mental. Boleh juga dikatakan
semakin lama tempoh pembelajaran menggunakan SPPD-SUM menerusi SketchUp
Make memberikan kesan yang signifikan kepada peningkatan peratus skor PSVT:R
atau dengan kata lain mempertingkatkan keupayaan memutar secara mental pelajar
yang terlibat. Analisis diteruskan dengan analisis bagi keupayaan view secara mental.

5.4.2 Analisis Peratus Skor PSVT:V

Berdasarkan Jadual 5.13 dapat dikatakan bahawa nilai minimum dan
maksimum peratus skor keupayaan view secara mental sebelum intervensi ialah 10.0

221

dan 80.0, kemudian selepas intervensi nilai peratus skor minimum dan maksimum
meningkat kepada 60.0 dan 100. Selain itu, julat peratus skor KVS menunjukkan
perubahan positif di mana julat antara pelajar berkurangan dari 70.0 sebelumnya
kepada 40.0. Namun dapat diperhatikan bahawa nilai minimum peratus skor bagi
ujian Pos adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan nilai maksimum peratus skor
bagi ujian Pra. Sehubungan itu, adakah kemungkinan terdapat pelajar yang tiada
peningkatan peratus skor atau mungkin tidak berubah peratus skor ujian PSVT:V
selepas intervensi? Persoalan ini terjawab dengan nilai minimum dan maksimum
skor peningkatan ialah sebanyak 10% dan 70 % serta min skor peningkatan ialah
39.7.

Jadual 5.13: Peningkatan Peratus Skor Ujian PSVT:V Sebelum dan Selepas
Intervensi

Ujian PSVT:V

Pra Pos Skor
% Skor
% skor Peningkatan
10.0
Minimum 80.0 60.0 10.0
Maksimum 42.4
70.0 100.0 70.0
Min
Julat 82.1 39.7

40.0 60.0

Kemudian, Jadual 5.14 memaparkan min peratus skor bagi keupayaan view
secara mental selepas pembelajaran mengguna SPPD-SUM ialah 82.1 adalah berbeza
dengan min peratus skor sebelum intervensi, 42.4. Selain itu, nilai sisihan piawai
selepas intervensi ialah 11.5 lebih kecil berbanding dengan sebelumnya. Nilai ini
menunjukkan bahawa peratus skor ramai pelajar adalah tertabur lebih menghampiri
peratus skor purata berbanding dengan sebelum intervensi.

Jadual 5.14: Statistik Deskriptif PSVT:V Sebelum dan Selepas Intervensi

PSVT:V N Mean Std. Devision Mean Std. Error r
Pos 34 82.1 11.5 2.0 0.8
Pra 34 42.4 19.7 3.4

222

Tahap pelajar seterusnya dikelaskan mengikut konvensyen empat kategori
merujuk Jadual 5.5. Dapat diperhatikan pada Jadual 5.15, tiada lagi bilangan
pelajar yang berada pada tahap rendah dan sederhana selepas intervensi.
Peningkatan yang positif ini dijelaskan lagi dengan bilangan pelajar pada tahap
cemerlang meningkat kepada 24 orang selepas intervensi walhal sebelumnya hanya
seorang pelajar sahaja pada tahap ini. Selari dengan dapatan ini, dapat diperhatikan
juga min peratus skor diperoleh oleh pelajar bagi setiap tahap meningkat secara
keseluruhan terutamanya peratus skor tahap baik 64.4 menjadi 68.0 dan tahap
cemerlang 80.0 menjadi 87.9.

Jadual 5.15: Statistik Deskriptif Peratus Skor bagi PSVT:V Berdasarkan Tahap
Sebelum dan Selepas intervensi

Tahap Pra Pos
visual
spatial N Mean Minimum Maksimum N Mean Minimum Maksimum
(%) % % Skor % Skor (%) % % Skor % Skor
Rendah
Skor Skor
Sederhana
13 21.5 10.0 30.0 0 -- -
Baik (38.2) (0)

Cemerlang 11 45.5 40.0 50.0 0 -- -
(32.4) (0) 68.0 60.0 70.0

9 64.4 60.0 70.0 10
(26.5) (29.4)

1 80.0 80.0 80.0 24 87.9 80.0 100
( 2.9) (70.6)

Peningkatan keupayaan view secara mental diperjelaskan lagi dengan graf
peningkatan setiap pelajar pada Rajah 5.9. Untuk tujuan ini, pelajar dikumpulkan
dalam tiga kohot tahap iaitu kohot rendah, sederhana dan baik mengikut tahap KVS
dalam ujian Pra dengan merujuk Jadual 5.5. Jelas dapat diperhatikan bahawa
terdapat peningkatan kesemua pelajar dengan nilai peratus skor PSVT:V diperoleh
pelajar lebih daripada 60 pada ujian Pos selepas intervensi. Begitu juga, dapat dilihat
taburan peratus skor pelajar pada ujian Pos adalah tertabur menghampiri min peratus
skor ujian Pos keseluruhan berbanding dengan ujian Pos.

Skor 100 223
%
Min Pra
Cemerlang

Min Pos

80

Baik

60

Sederhana

40

Rendah 20

Pos

Pra

0
P20
P33
P25
P9
P28
P8
P23
P7
P34
P2
P26
P32
P27
P10
P22
P24
P31
P30
P1
P18
P19
P16
P15
P14
P21
P17
P12
P29
P4
P5
P11
P3
P6
P13

Kohot Rendah Kohot Sederhana Kohot BaikPelajar

*Kohot Rendah, Kohot Sederhana dan Kohot Baik adalah berdasarkan tahap PSVT:V pelajar pada
ujian Pra

Rajah 5.9 : Peningkatan Peratus Skor PSVT:V Pelajar Sebelum dan Selepas
Intervensi

Tambahan lagi, jurang antara pelajar terendah dan tertinggi bagi ujian Pra
sangat besar manakala perbezaan skor tertinggi dan terendah bagi ujian Pos adalah
lebih kecil. Kenyataan ini mentafsirkan bahawa jurang antara individu dalam
kalangan pelajar kajian dapat dikurangkan. Kenyataan ini disokong berdasarkan

224

kecerunan garisan linear (mewakili pola taburan) yang terbentuk pada setiap kohot
pada ujian Pos di mana dapat dilihat dengan jelas kecerunan berkurangan bagi
semua kohot terutama kohot rendah Di samping itu, diperhatikan bahawa lapan
pelajar (lebih 20 peratus skor) menjauhi garisan min Pra berbanding dengan hanya
dua orang pelajar pada data Ujian Pos. Begitu juga, diperhatikan bahawa pelajar
yang memperoleh peratus skor paling rendah pada ujian Pra iaitu P20 telah berjaya
menyaingi pelajar lain dengan peratus skor lebih menghampiri min peratus skor dan
yang lebih menariknya intervensi ini telah membantu lima orang pelajar memperoleh
akor 100 iaitu peratus skor penuh.

Perbincangan analisis diteruskan lagi dengan melihat dengan lebih mendalam
peningkatan yang berlaku sepanjang proses pembelajaran berlaku di OP1, OP2, OP3
melalui pembelajaran SPPD-SUM. Namun sebelum itu, syarat untuk menjalankan
Ujian ANOVA perlu dipatuhi. Maka keputusan ujian Normaliti dan ujian Levene
pada LAMPIRAN J dan LAMPIRAN K dirujuk. Sehubungan itu, nilai -1.96 < Z-
Skewness Pra = 0.01, Z-Skewness Pos1 = -0.30, Z-Skewness Pos2 = -0.10 dan Z-
Skewness Pos = -0.11< +1.96, maka kecondongan data adalah simetri atau
berdistribusi normal. Selanjutnya, pengiraan memperoleh nilai-1.96 < Z-Kurtosis
Pra = -0.76, Z-Kurtosis Pos1 = -1.21 , Z-Kurtosis Pos2 = -0.49 dan Z-Kurtosis Pos = -
0.95 < +1.96, menunjukkan data adalah mesokurtik atau berdistribusi normal.
Tambahan lagi, keputusan ujian Levene bagi Pra (p=0.61), Pos1(p=0.67), Pos2
(p=0.33) dan Pos (p=0.60) yang tidak signifikan menunjukkan bahawa nilai varians
adalah sama bagi semua ujian PSVT:V dalam populasi kajian. Oleh itu, data kajian
memenuhi syarat asas ujian ANOVA Sehala pungutan berulangan.

Seterusnya, merujuk keputusan ujian Maunchly’s Test of Sphericity
sebagaimana dipaparkan pada LAMPIRAN M didapati julat lingkungan adalah
bertentangan (assumption of spericity had been violated) iaitu nilai p<0.05 dalam
jadual iaitu adalah signifikan. Sehubungan itu, nilai epsilon (F) iaitu nilai Huynh-
Feldt perlu dirujuk bagi memodifikasikan nilai F (degree of freedom). Selanjutnya,
dapat dikatakan bahawa wujud perbezaan peratus skor PSVT:V secara keseluruhan
yang signifikan berdasarkan daripada hasil analisis ANOVA juga pada LAMPIRAN
M memaparkan nilai F(2.27, 74.56)= 190.42, p<0.05 dengan saiz kesan eta2=0.85
yang besar.

225

Jadual 5.16 : Analisa Tests Of Within-Subjects Contrasts Melalui Ujian ANOVA
Sehala bagi Penilaian PSVT:V

Type III Partial Eta
Squared
Source View SketchUp df Mean
Make of Square F Sig.

Squares 6776.47
4944.12
Pra-Pos1 6776.5 1 6223.53 110.51 .000 .77
Pos1-Pos2 120.33 .000 .79
View Pos2-Pos 4944.1 1 61.32 64.66 .000 .66
Error(View) Pra-Pos1 41.09
Pos1-Pos2 6223.5 1 96.23
Pos2-Pos
2023.5 33

1355.9 33

3176.5 33

Keputusan ujian perbandingan dalam subjek (Test of Within-Subject Contrast)
pada Jadual 5.16, menunjukkan bahawa perbandingan antara intervensi yang telah
dijalankan iaitu Pra-Pos1 F(1,33)=110.51, p<0.05, eta2=0.77, Pos1-Pos2
F(1,33)=120.33, p<0.05, eta2=0.79) dan Pos2-Pos F(1,33)=64.66, p<0.05, eta2=0.66)
adalah signifikan. Dapatan ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi melalui
peningkatan nilai skor min Pra iaitu 42.4 kepada min pada Pos1 (56.5), Pos2 (68.5)
dan Pos (82.1). Perkara ini menunjukkan bahawa intervensi berkesan
mempertingkatkan peratus skor PSVT:R dengan kata lain mempertingkatkan
keupayaan memutar secara mental pelajar terlibat. Keputusan ini juga ditunjukkan
oleh jadual Perbandingan Pasangan (Pairwise Comparisons) yang menunjukkan
perbezaan yang signifikan bagi setiap pasangan setelah ralat Jenis I dikawal
menggunakan kaedah Bonferroni.

226

Rajah 5.10 : Plot Profil bagi PSVT:V

Di samping itu, bentuk graf profil pada Rajah 5.10 menunjukkan bahawa setiap
intervensi iaitu OP1, OP2, dan OP3 yang dijalankan dalam intervensi berkesan bagi
mempertingkatkan keupayaan view secara mental. Boleh juga dikatakan semakin
lama tempoh pembelajaran menggunakan SPPD-SUM menerusi SketchUp Make
memberikan kesan yang signifikan kepada peningkatan peratus skor PSVT:V atau
dengan kata lain mempertingkatkan keupayaan view secara mental pelajar yang
terlibat. Analisis diteruskan dengan analisis bagi keupayaan mentransformasi secara
mental.

Berdasarkan dapatan di atas, menjelaskan bahawa setiap intervensi OP1, OP2
dan OP3 melalui intervensi dapat membantu mempertingkatkan keupayaan view
secara mental pelajar. Selanjutnya, dijalankan analisis bagi data peratus skor
keupayaan mentransformasi secara mental.

5.4.3 Analisis Peratus Skor T3D2DT
Merujuk Jadual 5.17, dapat ditafsirkan bahawa peratus skor keupayaan

mentansformasi secara mental sebelum intervensi memperoleh nilai minimum ialah

227

20.0 dan maksimum ialah 70.0, manakala selepas intervensi nilai peratus skor
minimum dan maksimum meningkat kepada 60.0 dan 100. Di samping itu, julat
peratus skor menunjukkan perubahan positif di mana julat antara pelajar
berkurangan daripada 50.0 sebelumnya kepada 40.0. Dapat juga diperhatikan bahawa
semua peratus skor pelajar berlaku peningkatan dengan min perubahan peningkatan
peratus skor ialah 35.0 di mana nilai minimum perubahan peningkatan peratus skor
sebanyak 20% manakala perubahan maksimum peningkatan peratus skor sebanyak
60%. Selari dengan dapatan ini, jelaslah peratus skor keupayaan mentransformasi
secara mental pelajar dapat ditingkatkan dan mengurangkan perbezaan individu
antara pelajar selepas pembelajaran menggunakan PPD-SUM.

Tambahan lagi, merujuk Jadual 5.17 dapat dikatakan bahawa min peratus
skor keupayaan mentransformasi secara mental selepas intervensi adalah berbeza
dengan sebelumnya dengan nilai 81.5 berbanding dengan asalnya 46.5. Selain itu,
taburan peratus skor pelajar selepas intervensi adalah menghampiri min peratus skor.
Kenyataan ini disokong dengan nilai sisihan piawai yang diperoleh selepas
intervensi adalah 11.3 lebih kecil berbanding dengan sebelumnya iaitu 13.9.

Jadual 5.17 : Peningkatan Peratus Skor Ujian T3D2DT Sebelum dan Selepas

Intervensi

Minimum Pra T3D2DT Skor
Maksimum % Skor Pos peningkatan

Min 20.0 % skor 20.0
Julat 70.0 60.0 60.0
46.5 100.0 35.0
50.0 81.5 40.0
40.0

Jadual 5.18: Statistik Deskriptif bagi T3D2DT Sebelum dan Selepas Intervensi

T3D2DT N Mean Std. Devision Mean r
Std. Error .65
Pos 34 81.5 11.3
Pra 34 46.5 13.9 1.9
2.4

228

Seterusnya, berdasarkan analisis di Jadual 5.19 didapati bahawa tiada lagi
bilangan pelajar yang berada pada tahap rendah dan sederhana selepas intervensi
dengan merujuk Jadual 5.5. Dapatan ini menjelaskan bahawa intervensi dengan
jayanya telah mempertingkatkan tahap keupayaan mentransformasi secara mental.
Peningkatan yang positif ini dijelaskan lagi dengan bilangan pelajar pada tahap
cemerlang meningkat kepada 25 orang pada hal tiada pelajar pada tahap ini selepas
intervensi. Selari dengan dapatan ini, dapat diperhatikan juga min peratus skor
diperoleh oleh pelajar bagi setiap tahap meningkat secara keseluruhannya
terutamanya skor tahap baik 64.4 menjadi 66.7. Namun begitu, dapat diperhatikan
bilangan pelajar pada tahap baik adalah sama sebelum dan selepas intervensi.
Keadaan ini berlaku disebabkan kesemua pelajar pada ujian Pra pada tahap ini telah
meningkat ke tahap cemerlang pada ujian Pos. Kenyataan ini dijelaskan lebih lanjut
pada penerangan selepas ini.

Jadual 5.19: Statistik Deskriptif Peratus Skor T3D2DT Berdasarkan Tahap Sebelum
dan Selepas Intervensi

Pra Pos

Tahap N Mean Minimum Maksimum N Mean Minimum Maksimum
(%) % % Skor % Skor (%) % % Skor % Skor
Skor
Skor

Rendah 7 27.1 20.0 30.0 0 - -
( 20.6) (0) -

Sederhana 18 45.0 40.0 50.0 0 - -
(52.9) (0) -

Baik 9 64.4 60.0 70.0 9 66.7 60.0 70.0
(26.5) (26.5)

Cemerlang 0 -- - 25 86.8 80.0 100.0
(0) (73.5 )

Peningkatan keupayaan memtransformasi secara mental diperjelaskan lagi
dengan graf peningkatan setiap pelajar pada Rajah 5.11. Sekali lagi Jadual 5.5
dirujuk bagi penentuan kohot pelajar berdasarkan peratus skor T3D2DT di ujian Pra.
Secara umumnya, dapat ditafsirkan bahawa terdapat peningkatan positif bagi
keupayaan mentransformasi secara mental selepas intervensi di mana kesemua

229

pelajar memperoleh nilai peratus skor lebih daripada 60 pada ujian Pos. Dapat
diperhatikan bahawa 3 orang pelajar (lebih 20 peratus skor) menjauhi garisan min
Pra berbanding dengan hanya seorang pelajar pada data Ujian Pos.

% Min Pra
Skor 100
Cemerlang

Min Pos
80

Baik

60

Sederhana

40

Rendah

20

Pos

0 Pra
Pelajar
Kohot Rendah
Kohot Baik
P20
P10
P33
P26
P30
P18
P19
P9
P7
P2
P24
P31
P1
P21
P12
P5
P25
P28
P23
P34
P22
P16
P15
P17
P13
P32
P27
P4
P11
P3
P8
P14
P29
P6

Kohot Sederhana

*Kohot Rendah, Kohot Sederhana dan Kohot Baik adalah berdasarkan tahap T3D2DT pelajar pada
ujian Pra

Rajah 5.11 : Peningkatan Peratus Skor T3D2DT Pelajar Sebelum dan Selepas
Intervensi

230

Tambahan lagi, jurang antara pelajar peratus skor terendah dan tertinggi bagi
ujian Pos adalah lebih kecil berbanding dengan jurang antara peratus skor terendah
dan tertinggi bagi ujian Pra. Dengan kata lain, intervensi boleh mengecilkan jurang
keupayaan mentransformasi antara pelajar. Kenyataan ini diperjelaskan lagi dengan
pola taburan bagi pelajar pada kohot sederhana dan kohot baik adalah sama di ujian
Pra dan Pos tetapi tidak bagi kohot rendah di mana kecerunannya semakin
meningkat. Keadaan ini membawa maksud terdapat beberapa orang pelajar pada
kohot rendah telah melonjak keupayaannya berbanding dengan pelajar lain. Dapat
dilihat dengan jelas P19 pelajar daripada kohot rendah asalnya dapat berada di atas
min dalam ujian Pos. Lebih menarik lagi, selepas intervensi ini, empat orang pelajar
memperoleh peratus skor penuh iaitu 100.

Selanjutnya, bagi mendalami dapatan yang diperoleh di atas, analisis
diteruskan dengan analisis inferensi menggunakan ujian ANOVA Sehala bagi
meninjau perbezaan yang signifikan berlaku merentas intervensi OP1, OP2 dan OP
3D alam pembelajaran SPPD-SUM. Sebelum itu, syarat asas ujian ANOVA sehala
perlu dipatuhi. Merujuk LAMPIRAN J, data kajian memenuhi syarat asas ujian
ANOVA Sehala pungutan berulangan. Dapat dilihat bahawa nilai -1.96 < Z-Skewness
Pra = 0.09, Z-Skewness Pos1 = -0.30, Z-Skewness Pos2 = -0.56 dan Z-Skewness Pos
= -0.41< +1.96, maka kecondongan data adalah simetri atau berdistribusi normal.
Seterusnya, pengiraan memperoleh nilai-1.96 < Z-Kurtosis Pra = -0.72, Z-Kurtosis
Pos1 = -0.39, Z-Kurtosis Pos2 = -0.22 dan Z-Kurtosis Pos = -0.60< +1.96,
menunjukkan data adalah mesokurtik atau berdistribusi normal. Selain itu,
LAMPIRAN K menunjukkan keputusan ujian Levene bagi Pra (p=0.60),
Pos1(p=0.25), Pos2 (p=0.92) dan Pos (p=0.22) yang tidak signifikan menunjukkan
bahawa nilai varians adalah sama bagi semua ujian T3D2DT dalam populasi kajian.

Selepas itu, keputusan ujian Maunchly’s Test of Sphericity pada LAMPIRAN
M dirujuk. Didapati nilai p<0.05 adalah signifikan, maka julat lingkungan
bertentangan (assumption of spericity had been violated). Sehubungan itu, nilai
epsilon (F) iaitu nilai Greenhouse-Geisser perlu dirujuk bagi memodifikasikan niai F
(degree of freedom). Selanjutnya, dapat dikatakan bahawa terdapat perbezaan peratus
skor T3D2DT secara keseluruhan yang signifikan berdasarkan dari hasil analisis
ANOVA juga di LAMPIRAN M memaparkan nilai F(1.92, 63.22)= 175.7, p=0.000

231

dengan saiz kesan eta2=0.84 yang besar.

Kemudian merujuk keputusan ujian perbandingan dalam subjek (Test of
Within-Subject Contrast) pada Jadual 5.20, didapati perbandingan yang signifikan
antara intervensi yang telah dijalankan di mana Pra-Pos1 F(1,33)=83.6, p<0.05,
eta2=0.72, Pos1-Pos2 F(1,33)=55.7, p<0.05, eta2=0.63) dan Pos2-Pos F(1,33)=91.7,
p<0.05, eta2=0.74 diperoleh. Dapatan ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi melalui
peningkatan nilai skor min Pra iaitu 46.5 kepada min pada Pos1 (63.5), Pos2 (72.7)
dan Pos (81.5) menunjukkan bahawa intervensi berkesan mempertingkatkan peratus
skor PSVT:R dengan kata lain mempertingkatkan keupayaan memutar secara mental
pelajar terlibat. Keputusan ini juga dipaparkan pada Jadual Perbandingan Pasangan
(Pairwise Comparisons) yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi setiap
pasangan setelah ralat Jenis I dikawal menggunakan kaedah Bonferroni.

Jadual 5.20: Tests Of Within-Subjects Contrasts melalui Ujian ANOVA Sehala bagi
T3D2DT

Source T3D2DT Type III Sum df Mean F Sig. Partial Eta
of Squares Square Squared
1
T3D2DT Pra-Pos1 9894.1 1 9894.1 83.6 .000 0.72
2826.5 1 2826.5
Pos1-Pos2 2647.1 33 2647.1 55.7 .000 0.63
3905.9 33
Pos2-Pos 1673.5 33 118.4 91.7 .000 0.74
Error(T3D2DT) Pra-Pos1 50.7
952.9 28.9
Pos1-Pos2

Pos2-Pos

Di samping itu, dapat diperhatikan pada bentuk graf profil pada Rajah 5.12,
intervensi berkesan bagi mempertingkatkan keupayaan mentransformasi secara
mental merentas setiap intervensi iaitu OP1,OP2 dan OP3 yang dijalankan. Dapatan
ini mencadangkan bahawa semakin lama tempoh pembelajaran menggunakan
SPPD-SUM menerusi SketchUp Make memberikan kesan yang signifikan kepada
peningkatan peratus skor T3D2DT atau membawa maksud mempertingkatkan

232
keupayaan mentransformasi secara mental pelajar. Analisis diteruskan dengan
analisis bagi keupayaan memotong secara mental.

Rajah 5.12: Plot Profil bagi T3D2DT

5.4.4 Analisis Peratus Skor MCT
Jadual 5.21 memaparkan nilai minimum dan maksimum peratus skor

keupayaan memotong secara mental sebelum intervensi adalah 0 dan 56 kemudian
selepas intervensi nilai peratus skor minimum dan maksimum meningkat kepada 44
dan 100. Namun begitu, julat peratus skor keupayaan memutar secara mental tidak
menunjukkan sebarang perubahan di mana julat antara pelajar adalah sama iaitu 56.
Dapat juga dilihat bahawa semua peratus skor pelajar berlaku peningkatan dengan
min perubahan peningkatan peratus skor ialah 43.6 di mana paling sedikit perubahan
peningkatan peratus skor sebanyak 23% manakala perubahan paling banyak
peningkatan peratus skor sebanyak 67 %.

233

Jadual 5.21: Peningkatan Peratus Skor Ujian MCT Sebelum dan Selepas Intervensi

Minimum Pra MCT Skor
Maksimum % Skor Pos peningkatan
% skor
Min 0.0 44.0 23.0
Julat 56.0 100 67.0
24.9 68.5 43.6
56.0 56.0 44.0

Kemudian, Jadual 5.22 memaparkan min peratus skor bagi keupayaan
memotong secara mental selepas intervensi ialah 68.5 adalah berbeza dengan nilai
min peratus skor sebelumnya iaitu 24.9. Selain itu, nilai sisihan piawai selepas
intervensi ialah 13.2 adalah kurang sedikit berbanding dengan nilai sebelumnya iaitu
13.7. Nilai ini menunjukkan bahawa peratus skor ramai pelajar adalah tertabur
hampir sama menghampiri peratus skor purata bagi sebelum dan selepas intervensi.

Jadual 5.22: Statistik Deskriptif bagi MCT Sebelum dan Selepas Intervensi

MCT N Mean Std. Devision Mean r
Std. Error

Pos 34 68.5 13.2 2.3 .70
Pra 34 24.9 13.7 2.4

Seterusnya, analisis pada Jadual 5.23 menjelaskan bahawa intervensi berjaya
mempertingkatkan tahap keupayaan memotong secara mental dengan merujuk Jadual
5.5. Kenyataan ini dapat diperhatikan apabila tiada lagi bilangan pelajar yang berada
pada tahap rendah dan sederhana selepas intervensi. Peningkatan yang positif ini
dijelaskan lagi dengan bilangan pelajar pada tahap baik dan cemerlang meningkat
kepada 21 dan 4 orang walhal tiada pelajar pada tahap ini sebelum intervensi. Selari
dengan dapatan ini, dapat diperhatikan juga min peratus skor diperoleh oleh pelajar
bagi setiap tahap meningkat secara keseluruhannya terutamanya skor tahap
sederhana 46.4 menjadi 52.0.

234

Jadual 5.23: Statistik Deskriptif Peratus Skor MCT Berdasarkan Tahap Sebelum dan
Selepas Intervensi

Pra Pos

Tahap N Mean Minimum Maksimum N Mean Minimum Maksimum

Rendah (%) % Skor % Skor % Skor (%) % Skor % Skor % Skor
Sederhana
29 21.2 0 33 0 - -
Baik ( 85.3) (0) -
Cemerlang
5 46.4 44 56 9 52.0 44 56
(14.7) (26.5)

0 - - 21 71.2 67 78
(0) - ( 61.8)

0 - - 4 91.8 89 100
(0) - (11.8 )

Peningkatan keupayaan memotong secara mental diperjelaskan lagi dengan
graf peningkatan setiap pelajar pada Rajah 5.13. Pelajar telah dikelaskan kepada
kohot rendah dan kohot sederhana berdasarkan pencapaian ujian Pra dengan merujuk
Jadual 5.5. Secara keseluruhannya, dapat ditafsirkan bahawa terdapat peningkatan
keupayaan memotong secara mental selepas intervensi di mana lebih separuh
pelajar memperoleh nilai peratus skor lebih daripada 60 pada ujian Pos. Dapat
dilihat dengan jelas berdasarkan kecerunan garisan linear yang mewakili pola
taburan peratus skor pelajar menunjukkan bahawa taburan peningkatan peratus skor
pelajar dalam ujian Pos adalah hampir sama dengan taburan skor peratus pada ujian
Pra bagi kohot rendah tetapi tidak pada kohot sederhana. Terdapat beberapa pelajar
pada kohot sederhana yang melonjak lebih baik daripada pelajar lain. Begitu juga,
dapat ditafsirkan bahawa terdapat sekumpulan pelajar pada tahap yang sama
mengalami peningkatan yang sama. Selain itu, dapat juga diperhatikan bahawa
pelajar yang memperoleh peratus skor paling rendah dalam ujian Pra iaitu P18 telah
berjaya menyaingi pelajar lain dengan peratus skor lebih menghampiri min peratus
skor dan seorang pelajar memperoleh peratus skor penuh iaitu 100 walhal pada
asalnya pelajar ini berada pada tahap sederhana.

235

Skor %

100

Cemerlang

80

Baik Min Pos

60

Sederhana

40

Min Pra

Rendah

20

Pos

Pra

0
P33
P18
P2
P19
P24
P31
P1
P28
P32
P10
P9
P7
P25
P23
P34
P22
P16
P11
P8
P20
P26
P30
P21
P5
P13
P27
P4
P3
P14
P12
P15
P17
P29
P6

Kohot Rendah Kohot Pelajar
Sederhana
*Kohot Rendah, Kohot Sederhana adalah berdasarkan tahap MCT pelajar pada ujian Pra

Rajah 5.13: Peningkatan Peratus Skor MCT Pelajar Sebelum dan Selepas Intervensi

Bagi menyokong dapatan di atas, analisis diteruskan dengan melihat lebih
mendalam peningkatan yang berlaku sepanjang intervensi pembelajaran di OP1,
OP2, OP3. Ujian analisis inferensi ANOVA satu hala dijalankan bagi melihat
perbezaan yang signifikan berlaku sepanjang intervensi melalui intervensi. Sebelum
itu, ujian normaliti ditaksirkan. Berdasarkan ujian Normaliti seperti di LAMPIRAN

236

J dapat dilihat nilai -1.96 < Z-Skewness Pra= 0.00, Z-Skewness Pos1= 0.30, Z-
Skewness Pos2= -0.28, dan Z-Skewness Pos=0.21 < +1.96, maka kecondongan data
adalah simetri atau berdistribusi normal. Selanjutnya, pengiraan memperoleh nilai -
1.96< Z-Kurtosis Pra=-0.36, Z-Kurtosis Pos1= -0.98, Z-Kurtosis Pos2=-0.24, dan Z-
Kurtosis Pos=0.09 <+1.96, menunjukkan data adalah mesokurtik atau berdistribusi
normal. Di samping itu, keputusan ujian Levene yang tidak signifikan [Pra (p=0.73),
Pos1 (p=0.31), Pos2(p=0.05) dan Pos(p=0.07)] pada LAMPIRAN K menjelaskan
bahawa tidak terdapat perbezaan nilai varians bagi setiap ujian MCT. Oleh itu, data
kajian memenuhi syarat asas untuk ujian ANOVA Sehala pengukuran berulangan
dijalankan.

Setelah itu, merujuk keputusan ujian Maunchly’s Test of Sphericity
sebagaimana dipaparkan pada LAMPIRAN M didapati julat lingkungan adalah
bertentangan (assumption of spericity had been violated) iaitu nilai p<0.05 adalah
signifikan. Sehubungan itu, nilai epsilon (F) iaitu nilai Huynh-Feldt perlu dirujuk
bagi memodifikasikan niai F (degree of freedom). Sehubungan itu, dapat dikatakan
bahawa terdapat perbezaan peratus skor MCT secara keseluruhan yang signifikan
berdasarkan daripada hasil analisis ANOVA pada LAMPIRAN M memaparkan nilai
F(2.48, 81.67)= 278.2, p<0.05 dengan saiz kesan eta2=0.89 yang besar.

Kemudian, keputusan ujian perbandingan dalam subjek (Test of Within-
Subject Contrast) pada Jadual 5.24 menjelaskan bahawa perbandingan antara
intervensi yang telah dijalankan iaitu Pra-Pos1 F(1,33)= 65.7, p=0.00, eta2=0.67,
Pos1-Pos2 F(1,33)=110.4, p=0.00, eta2=0.77) dan Pos2-Pos F(1,33)=222.0, p=0.00,
eta2=0.87) adalah signifikan. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan
peningkatan nilai skor min Pra iaitu 24.9 kepada min pada Pos1 (40.8), Pos2 (55.7)
dan Pos (68.5). Dapatan ini mencadangkan bahawa intervensi berkesan
mempertingkatkan peratus skor MCT atau dengan kata lain mempertingkatkan
keupayaan memotong secara mental pelajar terlibat. Keputusan ini juga disokong
oleh Jadual Perbandingan Pasangan (Pairwise Comparisons) yang menunjukkan
perbezaan yang signifikan bagi setiap setiap pasangan setelah ralat Jenis I dikawal
menggunakan kaedah Bonferroni.

237

Jadual 5.24: Test Of Within-Subjects Contrasts Melalui Ujian ANOVA Sehala bagi
MCT

Source MCT Type III SketchUp df Mean F Sig. Partial Eta
Make of Squares Square Squared

MCT Pra-Pos1 8513.1 1 8513.1 65.7 .000 .67

Pos1-Pos2 7590.1 1 7590.1 110.4 .000 .77

Pos2-Pos 5591.1 1 5591.1 222.0 .000 .87

Error(MCT) Pra-Pos1 4278.9 33 129.7

Pos1-Pos2 2269.9 33 68.8

Pos2-Pos 830.9 33 25.2

Begitu juga, bentuk graf Profil pada Rajah 5.14 memaparkan bahawa setiap
intervensi iaitu OP1, OP2, dan OP3 yang dijalankan dalam intervensi berkesan bagi
mempertingkatkan keupayaan memotong secara mental. Sehubungan itu, dapat
dikatakan bahawa semakin lama tempoh pembelajaran menggunakan SPPD-SUM
menerusi SketchUp Make memberikan kesan yang signifikan kepada peningkatan
peratus skor MCT atau dengan kata lain mempertingkatkan keupayaan memotong
secara mental pelajar yang terlibat. Sehubungan itu, merujuk hasil dapatan yang
dibincangkan menjelaskan bahawa setiap intervensi OP1, OP2, dan OP3 dalam
pembelajaran SPPD-SUM dapat membantu mempertingkatkan keupayaan
memotong secara mental pelajar. Perbincangan seterusnya akan mengulas tentang
hasil dapatan kajian konstruk yang kedua dalam kajian ini iaitu TPG pelajar sebelum
dan selepas intervensi.

Rajah 5.14 : Plot Profil bagi MCT


Click to View FlipBook Version