Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM • 2012 Sidang Pengarang Abdul Latiff Abu Bakar (Penyelenggara) Mohd Yusof Hasan (Penilai Dalaman) Wan Zaidah Wan Yusof (Penyunting Luar) Asiah Abdul Rahman (Penyunting Dalam) Cetakan Pertama / First Printing, 2012 © Universiti Pendidikan Sultan Idris Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Peradaban Melayu terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Institute of Malay Civilization. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Tel: 05-4506000, Fax: 05-4583603 Laman Web / Website: www.upsi.edu.my Emel: [email protected] Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by The Colors Solution Grafik dan Susun Atur / Graphic & Typesetting Yusof Hermanes Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkalatogan-dalam-Penerbitan
Isi Kandungan Pengenalan v Jati diri Dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan Abdul Latiff Abu Bakar 1 Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia Zainal Kling 35 Peradaban dan Jati Diri Melayu Zainal Abidin Borhan 61 Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kacamata Islam Muhammad Uthman El-Muhammady 81 Warisan Budaya dalam Konteks 1Malaysia A. Aziz Deraman 109 Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina Chew Fong Peng 133 Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India Rajantheran A/L Muniandy dan Manimaran Subramaniam 151 Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global Mohd. Yusof Hasan 173 Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional) Teo Kok Seong 199 Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia Awang Sariyan 217 Gagasan 1Malaysia Sekretariat 1Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia 233
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia iv
Buku ini adalah diterbitkan oleh Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak di bawah Siri Penyelidikan dan Penerbitan. Bagi menghasilkan buku ini, IPM mendapat kerjasama dengan memberi idea dan sokongan serta tajaan dari Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Memandangkan pemahaman dan penghayatan mengenai jati diri dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kukuh, GAPENA terpanggil mengadakan program menghayati jati diri dan semangat patriotisme cinta kepada raja, pemimpin dan negara dengan mengadakan pelbagai program seperti Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Pewaris Budaya (di Melaka pada 16-19 Oktober 2012), Meja Bulat Penulis 1Malaysia: Sastera Kebangsaan 1Malaysia (di Kuala Lumpur pada 20-21 Oktober 2012), Konvensyen Memartabatkan Kesusasteraan Melayu (pada 9-10 November 2012), Perkampungan Penulis GAPENA 1Malaysia (September-Oktober 2012), Sayembara dan Pertemuan Juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan (20 Oktober 2012) dan Kembara Penulis dari GAPENA Kepulauan Pangkor pada 15-18 Disember 2012. Pengenalan
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia vi Bagi memahami dan menghayati kekuatan jati diri dan semangat patriotisme dalam memartabatkan peradaban Malaysia, GAPENA bekerjasama dengan IPM, UPSI menjalankan penyelidikan dan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan sebelas penulis dan penyelidik yang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan jati diri dan patriotisme di Malaysia. Selaras dengan matlamat IPM, UPSI dan kerajaan bagi melahirkan pewaris Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat patriotisme berdasar Gagasan 1Malaysia, maka buku Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia diterbitkan sebagai buku ilmiah di tanah air kita ini. Ini bersesuaian dan menyokong usaha Gagasan 1Malaysia bagi mewujudkan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di bawah satu bumbung dan menjadi teras dalam peradaban Malaysia. Buku ini berhasrat menjadi panduan mengenai konsep jati diri dan patriotisme di Malaysia berdasarkan sejarah, perkembangan dan dasar kerajaan yang perlu dihayati setiap warga Malaysia dalam usaha membina negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu serta memartabatkan Peradaban Malaysia yang berteraskan Peradaban Melayu. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah perjuangan kebangsaan (nasionalisme), semangat patriotisme cintakan tanah air atau negara dan raja atau ketua menjadi teras penting dan di tanamkan dalam jiwa setiap warga negara Malaysia. Semangat patriotisme ini pula digandingkan dengan kekuatan jati diri kebangsaan (Malaysia) bagi melahirkan warga negara yang cinta kepada negara dan bersama membina Negara Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu. Ini selaras dengan kehendak perlembagaan dan rukun negara. Bagi memulakan buku ini, Abdul Latiff Abu Bakar melalui artikelnya bertajuk, “Jati Diri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan dan Dasar Kerajaan”, memberi penjelasan tentang patriotisme dan pengamalan gagasan jati diri di Malaysia berdasarkan perlembagaan dan dilaksanakan melalui dasar dan gagasan kerajaan yang memerintah di negara ini. Seterusnya Zainal Kling pula menerangkan tentang konsep dan pengertian jati diri Melayu dalam peradaban dunia melalui artikelnya bertajuk, “Jati diri Melayu dan Peradaban Dunia”. Begitu juga Zainal Abidin Borhan menganalisis jati diri Melayu
Pengenalan vii mengikut warisan budaya Melayu. Memandangkan orang Melayu beragama Islam, maka ajaran Islam menjadi teras kepada jati diri Melayu seperti dijelaskan oleh Muhammad Uthman El-Muhammady dalam artikelnya bertajuk, “Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kacamata Islam”. Sebagai negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku bangsa, maka buku ini turut memaparkan jati diri dalam kalangan orang bukan Melayu seperti orang Cina yang ditulis oleh Chew Fong Peng dalam artikel bertajuk, “Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina” dan “Budaya Masyarakat India” yang ditulis oleh Rajantheran A/L Muniandy dan Manimaran Subramaniam bertajuk “Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India.” Dalam konteks masyarakat global, Mohd Yusof Hasan pula menulis artikel berjudul, “Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global.” Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan mampu membina jati diri kebangsaan dijelaskan oleh Teo Kok Seong dalam artikelnya bertajuk, “Penghayatan Bahasa Melayu dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)”. Awang Sariyan pula menulis tentang, “Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia”. Gagasan kerajaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, berteraskan kekuatan jati diri rakyat Malaysia dipaparkan dalam artikel gagasan 1Malaysia yang disediakan oleh Sekretariat 1Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Adalah menjadi harapan kita agar buku ini dijadikan panduan kepada semua pihak yang ingin memahami dan menghayati konsep dan pengertian jati diri dan patriotisme sebagai teras peradaban Malaysia, terutama kepada warganegara Malaysia berusaha membina negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan penerbitan buku ini, terutama penulis artikel, GAPENA, UPSI, Biro Tatanegara, Jabatan Penerangan Malaysia dan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia yang menaja penerbitan buku ini. Abdul Latiff Abu Bakar Penyelenggara
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia viii
Jati diri Dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan Abdul Latiff Bin Abu Bakar* Universiti Pendidikan Sultan Idris * Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar adalah Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap Ketua Satu GAPENA
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 2 Nasionalisme dan Patriotisme Perasaan patriotisme yang menunjukkan kesetiaan rakyat kepada negara dan Raja atau pucuk pimpinan sesuatu negeri, negara dan wilayah menjadi unsur penting dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme. Gerakan nasionalisme dalam bentuk moden meresapi dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara di abad ke-20 menentang Impralisme Barat terutama British di Burma, Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Perancis di Indoncina, Sepanyol dan Amerika di Filipina, Belanda di Indonesia (James P.Ongkili, “Perkembangan Nasionalisme, Jebat, bil.1971/72,hal. 24-41). Menjelang abad ke-20, bersemaraknya semangat patriotisme mempertahankan kedaulatan Raja dan negeri adalah melalui media seperti akhbar, majalah, buku serta persatuan-persatuan Melayu yang berunsur politik. Semangat patriotisme dalam kalangan orang Melayu ini lebih kuat dan bersatu di bawah gagasan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menuntut kemerdekaan sebagai pewaris yang setia dan mempunyai kekuatan jati diri bangsa. Patriotisme yang menjadi teras nasionalisme merupakan perasaan dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah yang tertentu. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu seperti sempadan dan ibu kota bagi menentukan taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain. Patriotisme pula merupakan perasaan kesetiaan kepada negara dan menjadi unsur penting nasionalisme. Secara nyata, nasionalisme adalah satu gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan tertinggal dalam lapangan ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Pada awal abad ke-20, nasionalisme menjadi soal yang menonjol di Asia Tenggara. Pendidikan Barat telah memberikan makna baru pada hak asasi manusia, persamaan, kebebasan dan kemerdekaan.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 3 Di Tanah Melayu, orang-orang Melayu telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan nasib bangsanya pada zaman penjajahan Inggeris. Pengertian ‘kebangsaan’ dihayati oleh orang-orang Melayu kerana ia dikaitkan dengan perjuangan menegakkan maruah bangsa dan negara dalam menentang penjajah. (Lihat Abdul Latiff Abu Bakar, Ishak Hj. Muhammad, Penerbit Universiti Malaya, 1977, hal. 37-41) Pada umumnya, pengkaji-pengkaji sejarah membahagikan tahap perkembangan gerakan kebangsaan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan kepada empat peringkat: (i) 1906-1941 - Gerakan Awal Zaman Inggeris (ii) 1942-1945 - Gerakan Zaman Jepun (iii) 1946-1957 - Gerakan Menjelang Kemerdekaan (iv) 1957-2012 - Gerakan Pengisian Kemerdekaan Pengkaji-pengkaji sejarah seperti Radin Soenarno dan William R. Roff meletakkan 1906 sebagai tahun bermulanya gerakan kebangsaan. Peringkat awal gerakan ini adalah melalui pengaruh agama. Pengaruh dari Timur Tengah telah mendorong kemunculan gerakan pembaharuan Islam di Tanah Melayu yang dipimpin oleh Syeikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi. Mereka bergerak melalui majalah Al-Imam (1906), Tunas Melayu (1913), Al-Ikhwan (1926), mengeluarkan risalah-risalah, syarahan-syarahan agama dan mewujudkan madrasahmadrasah. Sebelum Perang Dunia II, tanggapan orang Melayu terhadap politik berlainan daripada apa yang muncul mulai 1945. Ogos Melayu waktu sebelum perang lebih mengenali ‘watan’ daripada ‘negara’ dan ‘siasat/siasah’ daripada ‘politik’. Cita-cita politik mereka seluruhnya agak terbatas – mereka mahu mengekalkan pemerintahan di bawah naungan British dan taat setia yang diberikan kepada seorang raja lebih kuat daripada perasaan ‘kebangsaan’ (dalam konteks yang lebih luas iaitu tertumpu kepada Tanah Melayu sebagai satu entiti politik). Walaupun dalam tahun-tahun 1920-an dan 1930- an telah muncul golongan yang bersikap radikal, iaitu menentang establishment dan membayangkan kemungkinan bercantum dengan Indonesia, bilangan aktivis radikal ini tidaklah besar.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 4 Dengan munculnya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada 1926, orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu turut menyokong penubuhannya dan bercita-cita pula mewujudkan persatuan (persekutuan) yang berunsur politik. Setelah diwujudkan persatuan-persatuan Melayu di beberapa negeri Melayu, mereka mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu (diwakili oleh persatuan-persatuan negeri-negeri Melayu) dan seterusnya mewujudkan Persekutuan Melayu iaitu gabungan persatuanpersatuan negeri-negeri Melayu yang berpusat di Kuala Lumpur. Banyak juga persatuan Melayu lahir di sekitar tahun 1937-1941. Walau bagaimanapun, mereka hanya berjaya mengadakan Kongres Melayu yang pertama pada 6 Ogos 1938 di Kuala Lumpur dan Kongres Melayu yang kedua pada 25 dan 26 Disember 1940 di Singapura. Cita-cita mereka untuk mewujudkan gabungan persatuan-persatuan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu masih menemui jalan buntu. Pendek kata, orang Melayu, sehingga tahun 1941, masih belum berjaya lagi mewujudkan satu persatuan yang merangkumi semua persatuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) diasaskan. KMS ialah pergerakan separuh politik Melayu yang pertama dan dipimpin oleh Mohd. Yunus Abdullah. Antara tujuan penting KMS ialah menggalakkan ahli-ahlinya bergerak aktif dalam urusan-urusan dan pentadbiran, memperjuangkan kemajuan dan kepentingan orang Melayu dalam lapangan politik dan pelajaran, membuat permohonan kepada pihak Inggeris berhubung dengan hak dan kebebasan orang Melayu dan mengambil berat tentang pelajaran tinggi serta teknik dalam kalangan orang Melayu. KMS yang aktif di Singapura itu telah mendapat perhatian penduduk-penduduk di Tanah Melayu. Kewartawanan Melayu memainkan peranan penting dengan memberi kesedaran kepada pembaca-pembaca tentang perlunya diwujudkan persatuan politik di negeri-negeri Melayu seperti KMS. Wartawan dan penulis ini tidaklah bertujuan mencabar pemerintahan Inggeris, mereka ingin menjadikan persatuan-persatuan tersebut sebagai salah satu saluran bagi membela nasib orang Melayu dalam hubungan dengan pihak Inggeris. Persatuan-persatuan tersebut hendaklah menyusun satu perlembagaan mengikut undang-undang negeri serta mentaati kerajaan Inggeris dan raja-raja Melayu. Pada tahun 1927, pentadbiran Inggeris telah melantik empat orang wakil Melayu di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi mewakili orang Melayu di dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Peluang yang diberikan oleh pihak Inggeris ini
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 5 telah mendapat perhatian gologan wartawan dan cerdik pandai Melayu ketika itu bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menubuhkan persatuan-perasatuan yang bercorak politik. Melalui persatuan Melayu yang dicadangkan ini, orang Melayu dapatlah menyampaikan hasrat mereka kepada pihak Inggeris di samping saluran wakil-wakil Melayu di dalam majlis Mesyuarat Persekutuan seperti Raja Chulan, Undang Rembau dan lain-lain. Kemasukan orang asing ke Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang perlunya diwujudkan persatuan politik. Bilangan orang asing yang bertambah ramai di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menimbulkan kerisauan orang Melayu, lebih-lebih lagi orang asing terutama Cina dan India, telah menguasai lapangan perniagaan serta bekerja di lombong, ladang getah malah di pejabat-pejabat kerajaan. Wakil-wakil asing di dalam Majlis Mesyuarat, terutama di Majlis Perundangan Negeri Selat, Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Mesyuarat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sering membela kepentingan orang asing di Tanah Melayu. Jika dibandingkan dengan wakil-wakil Melayu (raja-raja dan pembesar-pembesar), wakil orang asing ini lebih lantang bersuara. Antara wakil-wakil Cina yang aktif di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah Choo Kia Peng (1920-1927), Cheah Cheang Lim (1927-1934), San Ah Wing (1931) dan Lai Tet Loke. Wakil India, iaitu Subbiah Naidu Veerasamy buat pertama kalinya dilantik ke Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi mewakili orang India di Tanah Melayu pada bulan Februari 1928. Di Negeri-negeri Selat, Tan Cheng lock dan Lim Ching Yan adalah di antara wakil Cina yang aktif di dalam Majlis Perundangan pada tahun 1930-an. Di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, Choo Kia Peng pernah menentang perlaksanaan dasar desentralisasi, menggesa pihak Inggeris mengambil berat tentang nasib buruh Cina yang tidak bekerja, soal kerakyatan dan sebagainya. Pada tahun 1931, San Ah Wing telah menggesa pihak Inggeris memberi tanah dan bantuan kepada buruh Cina yang tidak berkerja supaya mereka dapat menjalankan pertanian secara kecil-kecilan. Di dalam Majlis Perundangan, Tan Cheng Lock turut membuat pembelaan terhadap kepentingan orang Cina dan beliau tidak bersetuju bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan digunakan oleh penduduk-penduduk dari bangsa asing di Negeri-Negeri Selat.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 6 Bagi mendapat sokongan daripada pihak Inggeris, biasanya wakil-wakil Cina ini mengagung-agungkan sikap dan membesar-besarkan bangsa Cina yang turut memajukan Tanah Melayu. Ketika pihak Inggeris hendak melaksanakan Alien Bill (iaitu peraturan bagi mengawal orang asing datang ke Tanah Melayu), wakil Cina di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan iaitu, San Ah Wing telah mensifatkan Alien Bill sebagai suatu peraturan diskriminasi terhadap orang Cina di Tanah Melayu. Bagi beliau, pentadbiran Inggeris tidak patut berbuat demikian kerana orang Cina merupakan tulang belakang yang membangunkan Tanah Melayu. Dasar desentralisasi (yang lebih menguntungkan orang Melayu) telah mula dijalankan semasa Sir Lawrence Guillemard menjadi Pesuruhjaya Tinggi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1920-1927). Pada tahun 1924, pihak Inggeris telah mula melaksanakan dasar desentralisasi (secara beransur-ansur) bagi menambahkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri. Belanjawan di tiap-tiap negeri telah dikemukakan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan tidak lagi di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan. Pada tahun 1927, Raja Melayu tidak lagi menghadiri mesyuarat di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan. Sebagai gantinya, empat wakil Melayu telah dilantik menjadi wakil yang tidak rasmi di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, iaitu Datuk Setia Raja Abdullah bin Haji Dahan (Undang Rembau) dan Raja Musa Udin bin Sultan Alaidin Sulaiman Syah (Raja Muda Selangor), Raja Chulan (Raja di Hilir Perak) dan Tengku Sulaiman (Tengku Besar Pahang). Di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, Undang Rembau dan Raja Chulan sahaja yang selalu membuat pertanyaan dan mengemukakan cadangan yang berhubung dengan kepentingan orang Melayu seperti pelajaran, ekonomi, tanah simpanan, penglibatan orang Melayu dalam jentera pentadbiran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Raja-Raja Melayu menjadi simbol perpaduan bagi orang Melayu di samping menjadi ketua hal ehwal adat resam Melayu dan agama Islam. Ketaatan orang Melayu kepada raja-raja mereka tetap kekal. Para intelek Melayu sedar akan hakikat bahawa pihak Inggeris adalah bertanggungjawab tentang pemerintahan di Tanah Melayu – Raja-Raja Melayu hanya menjadi ‘lambang kekuasaan’ dan wakil Melayu yang dilantik di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dijadikan sebagai ‘alat’ untuk mewakili suara orang Melayu. Memandangkan persatuan-persatuan Melayu yang telah wujud bercorak kenegerian, Ibrahim Hj. Yaakob, (lepasan Maktab Perguruan
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 7 Sultan Idris, Tanjung Malim) telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938. KMM telah ditubuhkan secara ‘bawah tanah’ (berpusat di Kuala Lumpur) dan memperjuangkan nasib orang-orang Melayu pada keseluruhannya. Pada tahun 1941, Ibrahim Hj. Yaakob telah memesatkan penubuhan KMM di peringkat negeri dan membeli syarikat akhbar Warta Malay dengan mendapat bantuan kewangan daripada Jepun. Umumnya, ahli-ahli KMM telah menggunakan akhbar sebagai pentas perjuangan nasib bangsa Melayu. Semasa pendudukan Jepun (1941 hingga 1945), semangat kebangsaan orangorang Melayu tetap bergerak tetapi dalam nada yang berbeza. Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob bergerak sehingga tahun 1942. KMM telah memainkan peranan menyatukan orang-orang Melayu dan bekerjasama dengan pemerintah Jepun dalam menghadapi cabaran-cabaran ketika itu. Pemimpin-pemimpin KMM seperti Ibrahim Hj. Yaakob, Mustapa Husein, Hassan Manan dan Karim Rashid mempunyai perhubungan yang rapat dan bekerja dengan Jepun. Kebanyakan daripada mereka telah dilantik menjadi pegawai-pegawai kanan dalam angkatan Gui-Gun (tentera pembela tanah air) pada tahun 1943. Apabila Jepun mulai merasa tidak dapat bertahan lama di Tanah Melayu (1944), pemerintah Jepun telah memberi kerjasama dan sokongan moral kepada pemimpinpemimpin KMM untuk bergerak cergas dalam politik Tanah Melayu. Pemerintah Jepun memberi sokongan kepada Ibrahim Hj. Yaakob untuk mewujudkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin kebangsaan Indonesia. Pada bulan Julai 1945, Ibrahim Hj. Yaakob telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) bagi menggantikan KMM. Pertubuhan ini telah mendorongkan satu pertemuan antara Sukarno-Hatta dengan Ibrahim Hj. Yaakob di Taiping pada 12 Ogos 1945. Pertemuan ini telah menjanjikan satu persetujuan untuk mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia bersama-sama Tanah Melayu. Gerakan kebangsaan di zaman pendudukan Jepun tidak bergerak bebas. Pemimpin-pemimpin KMM dan wartawan-wartawan, serta pegawai-pegawai Jepun sentiasa diawasi, sebaliknya mereka dikehendaki patuh pada pemerintahan Jepun dan menjalankan propaganda untuk kepentingan Jepun. Di antaranya ialah propaganda yang berkaitan dengan pemerintahan Jepun yang sentiasa bertanggungjawab terhadap nasib bangsa kaum bumiputera. Ini memberi peluang kepada pejuang-pejuang kebangsaan
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 8 mengambil inisiatif menaikkan semangat rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu agar bekerja keras dan mempunyai semangat waja dalam menghadapi segala cabaran. Pada masa inilah, pejuang-pejuang kebangsaan mengambil kesempatan mengkritik penjajah Inggeris dengan lebih berterus terang. Namun, Indonesia telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, tanpa Tanah Melayu. Pemimpinpemimpin KMM/KRIS iaitu Ibrahim Hj. Yaakob, Hassan Hj. Manan dan A.Karim Rashid telah terbang ke Indonesia untuk meneruskan perjuangan mereka di sana. Setelah Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, Parti Komunis Malaya (yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang Cina) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Pemerintah Inggeris mula menguasai dan menduduki semula Tanah Melayu di bawah pentadbiran ketenteraan British. Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha bagi Tanah Jajahan telah membuat pengumuman tentang rancangan Inggeris untuk mewujudkan pemerintahan Malayan Union yang bertaraf tanah jajahan. Umumnya, masyarakat Melayu membantah rancangan Malayan Union kerana meletakkan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Inggeris dan Raja-Raja Melayu tidak mempunyai kuasa seperti sebelum 1941. Walaupun Sir Harold Mac Michael telah mendapat tandatangan daripada Raja-Raja Melayu secara paksa, orang-orang Melayu tetap membantah keras perlaksanaan Malayan Union. Pada 18 Oktober 1945, pejuang-pejuang kebangsaan yang anti penjajah Inggeris telah bersatu menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Moktaruddin Laso, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Dahari Ali, Ahmad Boestamam dan lain-lain. PKMM memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia yang membawa slogan “Indonesia-Malaya Satu”. Walaupun PKMM merupakan parti politik Melayu yang pertama selepas penduduk Jepun, tetapi ia tidak berjaya menyatupadukan masyarakat Melayu menentang penjajah Inggeris. Sebaliknya, perjuangan PKMM yang inginkan kemerdekaan Tanah Melayu telah tidak disokong dan disenangi oleh Inggeris. Pembentukan Malayan Union pada 1 April 1946 telah menyemarakkan lagi semangat orang-orang Melayu bersatu di bawah satu payung perjuangan. Pada 11 Mei 1946, orang-orang Melayu telah membentuk payung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 9 Perjuangan UMNO adalah semata-mata menentang pentadbiran Malayan Union yang merugikan kuasa politik dan masa depan orang-orang Melayu. Walaupun UMNO wujud, Inggeris sanggup berunding dan bekerjasama dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh UMNO. Ini berbeza sekali dengan penubuhan PKMM di mana Inggeris tidak bekerjasama dan melayan permintaan parti ini yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Ini mendorongkan PKMM membesarkan sayapnya, dengan mewujudkan PUTERA (yang terdiri daripada API, AWAS dan PKMM) dan bergabung dengan persatuan-persatuan politik bukan Melayu yang dikenali sebagai AMCJA. Pada 1 Februari 1948, Inggeris telah melayan permintaan UMNO untuk membatalkan pemerintahan Malayan Union dan digantikan kepada pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu. Mulai 1951, UMNO telah menjadi tulang belakang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Kali ini UMNO telah bergabung dengan MCA dan MIC mewujudkan PERIKATAN dan akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Dalam era pengisian kemerdekaan (1957 hingga sekarang) Kerajaan Barisan Nasional (dahulunya PERIKATAN) telah memainkan peranan penting mengisi kemerdekaan (bersama Sabah dan Sarawak setelah menyertai Malaysia pada 1963) dengan melaksanakan pembangunan negara Malaysia dengan pelbagai gagasan dan dasar bagi melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dalam membina negara bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kesetiaan Kepada Raja Semangat patriotisme adalah semangat cinta dan taat setia rakyat kepada Raja atau pemimpin negeri, agama dan bangsa di sesuatu wilayah atau negeri. Rakyat akan mempertahankan kedaulatan dan taat setia Raja atau pemimpin dengan menentang musuh atau pengaruh dari luar yang ingin mengancam dan menjajah negeri atau sesuatu kawasan pentadbiran ketua mereka. Semangat patriotisme cintakan kedaulatan tanah air dan mempertahankan kekuasaan Raja atau pemimpin telah lahir sejak kepimpinan Raja-Raja Melayu seperti Raja Merong Mahawangsa (Kedah) dan diikuti zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 10 Pahlawan-pahlawan Melayu bangkit menentang pencerobohan orang asing atau musuh demi mempertahankan kedaulatan di sesuatu negeri atau kawasan seperti semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang Tuah berjuang mempertahankan kepimpinan Raja atau pemimpin Melayu. Begitu juga di abad ke-19 dan 20, penentangan orang Melayu seperti Dato’ Bahaman , Mat Kilau (Pahang), Dato’ Maharajalela (Perak), Tok Janggut (Kelantan), Roslee Dobi (Sabah) dalam gerakan patriotisme pahlawan Melayu menentang musuh dan Inggeris bagi membela Raja atau pemimpin mereka demi mempertahankan kedaulatan negeri-negeri dan Raja Melayu. Setiap rakyat dan warganegara Malaysia wajib dan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah diwujudkan pada 1957 dan Akta-Akta serta undangundang yang diwujudkan sehingga sekarang. Ia menjadi panduan dan asas yang kuat sebagai panduan rakyat dan warga Malaysia yang dikatakan sebagai bangsa Malaysia atau Malaysian untuk menghayatinya; iaitu, memahami, melaksanakan dan memperkembangkan selagi Perlembagaan Persekutuan sah dari segi undang-undang dan menjadi rakyat dan warganegara Malaysia. Konsep dan gagasan kebangsaan hendaklah dijiwai dan ditanamkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Semangat patriotisme yang menjadi teras kebangsaan hendaklah dilihat dari segi semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita berada di sebuah negara yang diiktiraf oleh dunia, khususnya Bangsa-Bangsa Bersatu, mempunyai Ketua Negara dan negeri serta mengiktiraf Institusi Raja-Raja Melayu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sistem pemerintahan Demokrasi berdasarkan Raja Berpelembagaan adalah teras pemerintahan dan pentadbiran negara dan negeri, di samping diwujudkan Enakmen dan Undang-Undang Tubuh di setiap negeri di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang berdaulat pula, Malaysia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Agama Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan manakala bahasa, agama dan kebudayaan bukan Melayu tetap diiktiraf dan bebas mengamalkannya. Manakala orang Melayu dan Bumiputera pula diiktiraf dalam Perlembagaan (Perkara 160) diberikan hak keistimewaan (Perkara 153) di samping rakyat Malaysia juga diberi hak kebebasan beragama, berbudaya dan menjamin hak asasi setiap warga negara Malaysia yang berdasarkan Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 11 Semuanya ini wajib dihormati dan ia menjadi panduan dan asas kepada jati diri bangsa dan suku bangsa serta jati diri kebangsaan Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara terdiri dari gabungan dan kesatuan wilayah dari Negeri-Negeri Melayu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sabah dan Sarawak. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan (Perkara 1) meletakkan Malaysia adalah satu Persekutuan yang terdiri dari Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Di samping itu diwujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (di bawah Akta Perlembagaan – Pindaan No. 2, 1973 – sebahagian dari Selangor) dan Wilayah Persekutuan Labuan (di bawah Akta Perlembagaan – pindaan No. 2, 1984). Ini bermakna, Kuala Lumpur (termasuk Putrajaya dan Labuan) menjadi sebagai sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Wilayah Persekutuan. Perkara 2 pula memperuntukkan bahawa Parlimen dengan undang-undang membolehkan (a) memasukkan negeri-negeri lain dalam Persekutuan (b) mengubah sempadan mana-mana negeri. Perkara ini pula menetapkan bahawa sempadan negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan negeri itu dari Badan Perundangan Negeri dan Majlis Raja-Raja (Perlembagaan Persekutuan, hal. 1) Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan sejarah dan warisan Institusi RajaRaja Melayu yang wujud di Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15 dan kewujudan negeri-negeri Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka sejak abad ke-17. Waris pemerintahan kerajaan Melayu yang berasaskan Institusi Raja-Raja Melayu diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan institusi ini tetap memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan negara Malaysia dan negeri-negeri Melayu di Malaysia. Kita perlu melihat sistem pemerintahan demokrasi Malaysia bukan berdasarkan konsep demokrasi ala barat yang umumnya menolak kepimpinan warisan yang berdasarkan keturunan dalam memilih Ketua/Raja yang lebih dikenali sebagai negara Republik seperti Indonesia dan China. Sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat, Malaysia tetap kekal dan mengiktiraf Raja Melayu sebagai Raja yang berdaulat dan menjadi Ketua Negara Malaysia dan negeri-negeri Melayu. Ini berbeza dengan negara Indonesia, China, Singapura dan India kekal sebagai Republik yang tidak menerima institusi raja dalam sistem pemerintahannya. Walaupun pemerintahan asal mereka berdasarkan dan
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 12 dipengaruhi kekuatan institusi raja, namun selepas merdeka, negara-negara tersebut memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi yang bercorak Republik yang memilih Ketua Negara dari kalangan rakyat biasa dan bukan dari institusi raja yang pernah memainkan peranan penting sebelum mereka dijajah atau dipengaruhi oleh kuasa penjajah atau barat. Ini bermakna warisan kepimpinan institusi raja-raja yang wujud dan melambangkan imej serta kebesaran kepimpinan tradisional telah di tolak. Namun institusi ini masih wujud sekarang dan dikenali sebagai warisan negara dan bukan sebagai ‘raja’ yang berdaulat. Bagi melahirkan semangat jati diri kebangsaan kita wajar menghormati institusi Raja yang mempunyai warisan budaya. Institusi diraja sebagai asas kekuatan jati diri kita. Ini berbeza dengan negara yang tidak mendaulatkan institusi diraja. Walaupun warisan ini masih wujud, namun ia “bukan sebagai Raja yang berdaulat” seperti di Malaysia yang tetap meletakkan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai “Raja Yang Berdaulat”. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan mempunyai kekuatan jati diri kebangsaan yang menjadi teras kepada warisan peradaban atau tamadun Melayu yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu (sebelum itu wujud di Kedah, Perak dan Singapura). Sebagai warganegara yang setia, kita wajar menghormati peranan Institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan Malaysia. Ini bermakna dalam konteks Peradaban Malaysia sekarang, setiap rakyat dan warganegara Malaysia wajib menghormati dan menghayati warisan Institusi Raja Melayu sebagai kesinambungan kepimpinan dan Negara. Institusi Raja Melayu bukan hak untuk orang Melayu sahaja, tetapi ia adalah hak setiap rakyat dan warganegara Malaysia yang setia dan cinta kepada negara Malaysia. Institusi ini dianggap ‘feudal’ mengikut kacamata Barat, tetapi ia adalah warisan kepimpinan yang wajar dihormati bagi melahirkan warganegara yang setia dan berterima kasih kepada Malaysia yang masih mengekalkan Institusi Raja Melayu. Ia menjadi kekuatan dan teras kepada rakyat dan warganegara Malaysia yang patriotik dan kekuatan jati diri sebagai kesinambungan warisan peradaban Melayu yang menjadi teras kepada Peradaban Malaysia. Institusi Raja-Raja Melayu ini diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan apabila Ketua Negara dan negeri-negeri serta menjadi
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 13 Ketua Agama dan Adat Melayu di Malaysia adalah hak dari warisan dan Institusi RajaRaja Melayu berdasarkan Undang-Undang tubuh dan hak Institusi Raja-Raja Melayu sebagai Raja yang berdaulat. Raja-Raja Melayu hendaklah mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan di atas bidang kuasa dan hak yang diperuntukkan agar baginda tidak bermaharajalela dan bebas bertindak. Baginda dan warisan Institusi Raja-Raja Melayu sewajarnya menjaga dengan baik agar rakyat tetap sayang dan hormat Ketua Negara dan negeri serta Institusi Raja-Raja Melayu sebagai Warisan Negara yang wajib dihormati dan menjadi panduan kepada amalan dan kekuatan jati diri rakyat Malaysia. Umpama tatacara dan kesopanan rakyat berpakaian dan bertemu dengan Raja atau Sultan hendaklah mengikut peratusan adat Institusi Raja Melayu. Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat iaitu; (1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. (1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undangundang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 14 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu – (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen; (c) meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang sematamata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini. (3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang lain daripada Jemaah Menteri. (a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya; (b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain. (Buku Majlis Raja-Raja, hal.25-26)
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 15 Jati Diri dan Dasar Kerajaan Rakyat sesuatu bangsa di dunia ini pasti mempunyai warisan budaya, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya. Ini jelas apabila Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat (Surah ke-49) bahawa ia menjadikan manusia berbangsa-bangsa, bersuku-suku dan sudah pasti mempunyai warisan budaya dan bahasa yang berbeza “Wahai manusia ! Sungguh, kami telah menciptakan kami dan seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kaum berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali….” (Al-Quran & Terjemahan, CV Penerbit Diponogoro – Departmen Agama Republik Indonesia, hal. 411-413). Sebagai umat Allah s.w.t, kita hendaklah hormat-menghormati antara satu sama lain dan saling mengenali antara satu sama lain. Berdasarkan hakikat ini, setiap bangsa mempunyai warisan tersendiri dan setiap rakyat sudah pasti mengamalkan kehidupan hariannya berdasarkan lingkungan keluarga dan kemasyarakatan. Suasana ini menggambarkan citra sesuatu bangsa di sebuah negara atau tanah airnya. Manakala orang-orang asing yang datang ke suatu tempat baru atau di luar wilayahnya, wajar kenal mengenali serta menyesuaikan diri dan menghormati kemasyarakatan setempat. Biasanya orang asing ini akan membawa bersama warisan bahasa dan budaya dan mereka terpaksa menyesuaikan diri dan menghormati negeri baru ini serta menerima hakikat di masa akan datang mereka akan duduk menetap dan menjadi warganegara. Kehadiran orang asing ini (di sesuatu wilayah atau negeri baru ini) sudah pasti mengekal dan mengamalkan warisan budayanya, di samping mereka menyesuaikan diri menghormati dan warisan budaya setempat. Warisan dan keturunan golongan asing tetap mempunyai kekuatan jati diri bangsa asalnya dan mula menghayati dan menyesuaikan warisan dan budaya setempat bagi menjadi warganegara atau rakyat yang mempunyai jati diri kebangsaan di negara baru. Proses asimilasi dan menyesuaikan diri dengan warisan setempat penting bagi melahirkan satu bangsa, masyarakat dan warganegara yang bersatu padu dan setia kepada Raja (melalui institusi Raja yang
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 16 dipilih pemimpin melalui proses demokrasi) serta negara Malaysia. Apabila diiktiraf sebagai warganegara, mereka tetap warganegara Malaysia yang wajar patuh kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum sewajarnya mempunyai warisan bahasa, agama dan kebudayaan dalam kehidupan sendiri. Berdasarkan warisan ini setiap bangsa dan suku mempunyai harga diri yang menggambarkan watak peribadi yang dikenali sebagai jati diri. Asas jati diri adalah kekuatan dalaman (jiwa dan perasaan) ketekalan, ketabahan dan segala yang membawa maksud teguh yang berpasak kukuh dalam diri sehingga tidak dapat diganggu – gugat. (Abdul Latiff Abu Bakar, Menghayati Fungsi, Komunikasi Puisi Melayu Dalam Pembinaan Jati Diri Warga Malaysia, hal.14). Sehubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja berpelembagaan wajar mempunyai rakyat yang menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia dan menghormati kepimpinan negara berlandaskan kebenaran sejarah, Perlembagaan, Akta, Enakmen, Undang-undang, Rukun Negara dan dasar-dasar serta gagasan pemerintahan demi kepentingan warganegara Malaysia. Bagi melahirkan warganegara yang setia dan bersatu padu, kita perlulah mempunyai warganegara yang mempunyai kekuatan Jati diri setiap bangsa dan suku kaum dan jati diri Kebangsaan Malaysia. Ini selaras dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan permerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berperlembagaan yang berdaulat dan mempunyai kekuatan jati diri yang diiktiraf oleh dunia dan BangsaBangsa Bersatu. Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu-padu dan mempunyai kekuatan jati diri, kerajaan telah mengwujudkan beberapa dasar berteraskan kepada sejarah, Perlembagaan dan Rukun Negara dengan mengadakan pelbagai gerakan dan gagasan seperti Dasar Bahasa Kebangsaan (berdasarkan Perlembagaan Perkara 152), Dasar Pendidikan Kebangsaan (berteraskan Akta Pendidikan 1996) serta Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), gagasan Budi Bahasa, Budaya Kita (2005) dan Gagasan 1Malaysia (2009) berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan (1957).
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 17 Jati diri Kebangsaan (Malaysia) ini wajib kepada setiap warganegara di samping mereka menghayati dan mempunyai kekuatan jati diri bangsa atau suku masing-masing. Warganegara Malaysia hendaklah bersungguh menghayati dan menghormati jati diri kebangsaan dan merasa malu, sekiranya tidak memiliki warisan jati diri kebangsaan. Bagi melahirkan warganegara yang mempunyai kekuatan jati diri kebangsaan yang kukuh, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mestilah mempunyai dasar kebangsaan yang mantap dan tegas melaksanakannya. Dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dasar pendidikan terjamin dalam Perlembagaan dalam bentuk akta dan dasar kerajaan. Sewajarnyalah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) dihayati oleh setiap warga Malaysia dan ia dijadikan panduan dan asas penting bagi kita memartabatkan warisan seni budaya rumpun Melayu dan menghormati warisan seni budaya rumpun Melayu dan menghormati warisan seni budaya pelbagai etnik di Malaysia. Bagi saya, adalah perlu bagi kita memahami dan menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, iaitu: 1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berdasarkan kebudayaan asli rakyat rantau ini; 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan; 3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1971 telah memutuskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum wajib mempunyai kebudayaan kebangsaannya dengan dasarnya yang tegas bagi mencapai matlamat-matlamat berikut: 1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan; 2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan; dan
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 18 3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Ini bermakna setiap warga Malaysia sewajarnyalah mempunyai keperibadian kebangsaan atau jati diri kebangsaan yang berpandukan kebudayaan kebangsaan. Salah satu warisan seni yang boleh ditakrifkan sebagai elemen penting jati diri kebudayaan Malaysia ialah Kesusasteraan Melayu. Bagi memantapkan jati diri kebangsaan (setiap warga Malaysia), sewajarnya menghayati Kesusasteraan Melayu. Ini telah diajar di dalam sistem pendidikan kita sejak sekolah rendah dan menengah. Bagi merealisasikan dan melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melancarkan program Budi Bahasa, Budaya Kita pada tahun 2005 sebagai gagasan negara yang ingin melahirkan warga Malaysia yang mempunyai budi pekerti yang mulia berdasarkan ajaran Islam, warisan budaya Melayu dan nilai – nilai murni yang lain. (Budi Bahasa, Budaya Kita, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2005) Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan sebagainya. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kedua konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 19 Umumnya nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara nilai-nilai murni yang universal tersebut adalah seperti berikut: Amanah - Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. - Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas. - Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja. Tanggungjawab - Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan. - Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur. - Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan. - Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/awam dalam menjalankan tugas. - Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Ikhlas - Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia. - Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya. - Mengikis sebarang unsur “kepentingan diri” dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 20 Benar - Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab. - Bercakap benar, menepati janji, bertindak berasaskan profesionalisme. - Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan. - Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan sanggup menerima teguran dan nasihat. Sederhana - Menjamin keseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan serta bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku. Tekun - Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan. - Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk memperbaiki taraf hidup. - Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang. Bersih - Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian. - Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup. - Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas. - Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan. - Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. Berdisiplin - Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting. - Menilai tinggi masa dan janji.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 21 - Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang. - Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Bekerjasama - Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja. - Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama. - Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama - Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara. Berperibadi Mulia - Bermanis muka sepanjang masa, bertimbang rasa dan bertolak ansur. - Menghormati sesama insan. - Sentiasa memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong. Bersyukur - Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat. - Berkhidmat sebagai ibadah dan tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat. - Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia. Bermuafakat - ‘Muafakat Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya amalan muafakat sesama manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 22 Bertoleransi - Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Bertimbang Rasa - Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. Bersatu Padu - Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Beretika - Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. Tidak Mementingkan Diri Sendiri - Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri. Tiada Perasaan Curiga/ Syak Wasangka - Perasaan curiga/syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni. Amalan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam:
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 23 • Institusi Kekeluargaan • Institusi Kemasyarakatan • Institusi Pembelajaran • Institusi Perkhidmatan Institusi Kekeluargaan Antara Ibu Bapa-Anak –Ibu Bapa Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya: • Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka. • Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. • Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan. • Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran. Antara Adik Beradik Hubungan antara adik beradik adalah disusun oleh aturan kelahiran: dari sulung kepada tengah dan bongsu. Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazimnya terdapat dalam masyarakat. Antaranya ialah: • Gelaran ‘abang long’, ‘abang ngah’, ‘kak cik’ atau sebagainya. • Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah dengan sopan dan santun. • Rasa hormat dan menghormati setiakawan dan saling membantu. Antara Saudara Mara Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara mara sebelah ibu dan bapa, mertua dan ipar dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat, sopan dan santun melalui tegur sapa dan panggilan pangkat mereka. • Komunikasi dan pergaulan antara saudara mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun. • Kunjung mengunjung antara saudara mara adalah amat baik dan dapat merapatkan hubungan sillaturahim.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 24 Institusi Kemasyarakatan dan Masyarakat Umum Hubungan antara yang tua dengan yang muda sentiasa berada dalam suasana hormat menghormati, sayang menyayangi dan bertatasusila. Antaranya ialah: • Mendahulukan yang tua. • Bertegur sapa dengan panggilan ‘pakcik’ atau ‘makcik’; ‘abang’ atau ‘kakak’ atau ‘adik’ jika lebih muda. • Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara yang lembut, bersopan dan rendah diri. • Tidak berjenaka sesuka hati, memerli atau memandang rendah, membantah dan bermegah-megah. • Yang muda diberi peluang untuk member pendapat atau pandangan. Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, perangai yang elok dan berpekerti yang mulia. Antaranya ialah: • Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin. • Menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa saja rancangan dan tindakan untuk kebajikan bersama. • Bekerja bersama-sama, bermuafakat dan berunding. • Semangat gotong-royong. • Pemimpin yang murah hati dan sikap sentiasa membimbing dan membantu. Masyarakat Umum Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam kelakuan buruk yang tidak disetujui oleh masyarakat. Antara sifat terpuji ialah: • Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanakkanak. • Sentiasa beratur di kaunter bayaran dan mendapatkan perkhidmatan atau menaiki bas dan sebagainya.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 25 • Bertimbang rasa, sabar dan baik hati. • Mengelak dari melakukan kekotoran dan membuang sampah. Institusi Pembelajaran Antara Guru – Pelajar – Guru Guru mendidik murid-murid termasuklah budi bahasa dan akhlak untuk berkelakuan baik, teratur dan sejahtera. Antaranya ialah: • Berdisiplin. • Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun. Membiasakan diri mengucapkan “Selamat Pagi”, “Assalamualaikum”, “terima kasih” dan sebagainya. • Berani mengakui kesalahan yang dilakukan serta sentiasa bersedia untuk memohon maaf. • Menggunakan bahasa (kata) yang sopan dan beradab. • Mentaati jadual sekolah dengan mengikuti waktu persekolahan dan tidak ponteng. • Menjaga kesihatan dan kebersihan. Antara Pelajar – Pelajar – Rakan Sebaya Saling menghormati sesama rakan. Antaranya ialah: • Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat. • Menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masingmasing. Institusi Perkhidmatan Antara Ketua – Anggota Yang Dipimpin – Ketua Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi. Antaranya ialah:- • Sikap murah hati, menunjuk ajar dan teladan yang baik. • Berhemah dan member teguran secara tertib. • Adil dan saksama.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 26 • Mematuhi undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan. • Sentiasa menepati masa. Antara Rakan Sekerja Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi. Antaranya ialah: • Saling hormat menghormati, setiakawan yang kukuh dan bersopan santun. • Bantu membanti dan bermuafakat. • Nasihat menasihati, member teguran dan tunjuk ajar. • Mematuhi arahan, peraturan dan undang–undang. Antara Organisasi dan Pelanggan Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada keseluruhan organisasi yang diwakilinya. Pelanggan akan merasa senang apabila menerima perkhidmatan seperti berikut: • Penuh beradap dengan tutur kata yang sopan, lembut, terang dan jelas, mesra dan sentiasa ingin membantu. • Adil dan saksama. • Sentiasa memberi ucapan salam atau selamat dan berterima kasih serta memohon maaf. • Jangan membiarkan pelanggan menunggu lama, berbaris panjang dan tidak menjawab panggilan telefon lebih daripada 30 saat. • Bersedia membantu tanpa diminta. Peranan Pelanggan Seseorang pelanggan yang ingin berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan dengan pihak kerajaan atau swasta hendaklah mempuntai etika dan adab seperti berikut:
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 27 • Berpakaian kemas, menghormati peraturan dan tanda-tanda larangan. • Memberi salam atau ucapan selamat sebelum menjalankan sebarang urusan. • Bertutur dengan bahasa yang baik dan sopan santun. Gagasan 1Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pula memperkenalkan Gagasan 1Malaysia pada tahun 2009 sebagai satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia sebagai kesinambungan bagi melahirkan warga Malaysia yang mempunyai gagasan dan kekuatan jati diri Kebangsaan. (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan – Edisi ke-2). Terbitan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Dua asas utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk menyuburkan perpaduan dan membina negara maju. 1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu agenda baru negara yang terpisah daripada agenda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih mampan bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain, 1Malaysia merupakan satu formula yang akan mempercepatkan lagi proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepertimana yang dihasratkan melalui Wawasan 2020. Pengertian ini berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang disasarkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 28 Perpaduan yang dikehendaki dalam Gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, iaiu apabila identiti etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan satu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar semua rakyat dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati dalam sebuah negara. Asas perpaduan ialah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan. Dalam konteks ini, keadilan mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Gagasan 1Malaysia ialah penerusan agenda membina negara. Pra-syarat untuk membina negara ialah perpaduan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Ertinya pendidikan dapat dimajukan, ekonomi dapat dipacu, kebajikan rakyat dapat dipenuhi dan hasilnya terciptalah sebuah negara yang kuat dan maju. Tagline 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” Ini ialah komitmen atau janji kerajaan kepada rakyat bahawa dalam pelaksanaan program dan projek-projek di bawah Gagasan 1Malaysia, rakyat harus didahulukan. Rakyat didahulukan bermakna suara mereka didengari, kebajikan mereka dititikberatkan, rakyat mendapat khidmat terbaik serta diberi layanan mesra, dan natijahnya ialah rakyat berasa mudah, selesa, dihargai, dihormati, terjamin, selamat, mendapat keadilan dan seterusnya bangga serta bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Bagi memastikan kejayaan objektif tersebut, maka semua pihak harus bekerja kuat berasaskan strategi pencapaian diutamakan.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 29 ‘Pencapaian Diutamakan’ bermaksud perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan dan semua pihak kepada rakyat hendaklah berada pada tahap kualiti yang optimum dan terbaik. Oleh itu, agensi pelaksana hendaklah memastikan hasil kerja memberi manfaat kepada rakyat, mengutamakan outcome berbanding output, sentiasa berfikir yang terbaik untuk rakyat dan berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan rakyat mendapat kepuasan. Aspek-Aspek Utama 1Malaysia Dua aspek utama yang akan menjayakan Gagasan 1Malaysia ialah: • Aspek Pertama, Penerapan Teras-Teras Perpaduan Menerapkan teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini ialah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukungi oleh empat nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. • Aspek Kedua, Pengalaman Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi yang digagaskan dalam Gagasan 1Malaysia ialah budaya dan nilai yang perlu ada dalam masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Budaya progresif dan nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam usaha mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global, dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Budaya progresif yang dimaksudkan ialah Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketetapan, Budaya Inovasi dan Budaya Ilmu. Sementara nilai-nilai aspirasi yang dimaksudkan ialah kebijaksanaan, kesetiaan, ketabahan dan integriti.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 30 Teras-Teras Perpaduan 1. Penerimaan 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara. Ia ialah peningkatan ketara daripada sikap toleransi sematamata. 2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan: a. Perlembagaan Persekutuan b. Rukun Negara 3. Keadilan Sosial Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Pengalaman Nilai-Nilai yang Menyokong Teras Perpaduan Ketiga-tiga teras perpaduan ini pula didukungi oleh nilai-nilai berikut: • Hormat-menghormati: Hormat-menghormati antara kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 31 • Rendah hati (tawaduk): Rasa rendah hati atau tawaduk ialah perasaan insaf bahawa kita semua ialah rakyat dalam sebuah negara yang sama dan kita perlu hidup bersama-sama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi memperkukuhkan masyarakat dan negara. • Kesederhanaan: Pendekatan sederhana dalam apa-apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh menimbulkan masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah. • Berbudi bahasa: Budi bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat. Pengalaman Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi 1. Budaya Berprestasi Tinggi: Amalan memastikan setiap perkara dan tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Secara lebih khusus, ia bermaksud setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan mestilah bertaraf dunia dan mempunyai nilai tambah. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. 2. Budaya Ketepatan: Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya ketepatan. Antara aspek ketepatan yang perlu diberi perhatian ialah aspek ukuran, janji, masa dan membuat keputusan. 3. Budaya Inovasi: Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 32 bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai. 4. Budaya Ilmu: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. 5. Kebijaksanaan: Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak. 6. Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta. 7. Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang medatangkan. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mundah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. 8. Integriti: rakyat Malaysia perlu memiliki integritI yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tigas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Adalah menjadi harapan kita agar setiap warga negara Malaysia mempunyai perasaan cinta kepada negara dan taat kepada pemimpin serta menjadi warga Malaysia yang mempunyai kekuatan Jati diri yang saling hormat menghormati, dinamik, amanah mengikut ajaran Islam atau nilai-nilai murni. Raja dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat pula hendaklah menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat dan membina sebuah negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu.
Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan 33 Bibliografi Abdul Latiff Abu Bakar, 1977. Penulis dan Ahli Politik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. _____________, 1977. Wartawan dan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _____________, 2003. Menghayati Fungsi Komunikasi Puisi Melayu Dalam Pembinaan Jati Diri Warga Malaysia. James P. Ongkili, Perkembangan Nasionalisme,’ JEBAT bil 1, 1971/72 hal. 24-41. Perlembagaan Persekutuan. 1998. Terbitan MDC, Penerbit Pencetak Sdn. Bhd. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jabatan Penerangan Malaysia dan Biro Tata Negara. Bahasa Budaya Kita. 2005. Kementerian Penerangan, Komunikadi dan Kebudayaan Malaysia. Al-Quran & Terjemahan, CV Penerbit Diponogoro, Department Agama Islam Republik Indonesia.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 34
Jati Diri Melayu Dan Peradaban Dunia Zainal Kling* Universiti Pendidikan Sultan Idris * Prof. Datuk Dr. Zainal Kling adalah profesor di Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, merangkap Ahli Jawatankuasa GAPENA
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 36 Persoalan Semasa Semenjak jatuhnya regim komunis-sosialis di Russia dan Eropah pada hujung tahun 1980-an telah muncul gagasan dan aliran fikiran yang disebut ‘pascamoden’. Aliran ini dimulakan oleh Lyotard dalam laporannya yang terkenal sebagai Report on the Status of Knowledge. Penegasan penting gerakan ini ialah menafikan segala bentuk keilmuan yang mengongkong kebebasan individu atau kelompok kecil yang dinamakan sebagai grand narratives kerana segala macam ilmu adalah berbentuk relatif atau nisbi serta tidak mutlak dalam ruang masa dan tempat. Dengan demikian setiap individu atau kelompok boleh membangun dan menentukan budaya serta identiti sendiri seperti yang ditanggapinya secara subjektif. Gagasan itu bermakna juga budaya dan identiti setiap individu atau kelompok adalah amat dinamik dan sentiasa berubah bergantung kepada konteks dan suasana di mana mereka berada. Tidak ada yang essensi atau asasi kepada kewujudan sesuatu tetapi segalanya adalah daya cipta manusia bagi memenuhi segala macam keinginan. Dengan itu telah muncul pelbagai kajian yang meneliti gagasan dan realiti sesuatu budaya serta identiti terutama dalam gerakan ilmu yang dikenali sebagai cultural studies dalam kalangan ilmuwan kesusasteraan moden; yang kemudian diterjemah ke dalam penelitian kebudayaan Melayu-Indonesia moden sebagai ‘jati diri’. Gerakan ini amat berkait rapat dengan bidang ilmu kesusasteran moden yang terkenal sebagai postcolonial studies sebagai gerakan menghurai dan mendedahkan pelbagai motif yang terdapat di sebalik sekian banyak penulisan sasterawan kolonial dalam karya-karya dan kritikan sastera di zaman kolonial itu. Perhatian yang meluas dan mendalam telah berkembang bukan sekadar terhadap motif dan gelagat sastera kolonial bahkan juga pelbagai bentuk sub-budaya yang muncul di kalangan pelbagai kelompok manusia terutama golongan kecil yang disebut sebagai ‘orang bawahan’ atau subaltern dan juga pop culture atau budaya popular dalam penelitian culture studies. Maka penentuan terhadap kehadiran dan kekuasaan golongan bawahan itu ditandakan oleh wujudnya sub-budaya mereka yang memberi kesatuan serta identiti atau pengenalan kepada mereka sebagai kelompok yang wajar diiktiraf serta berada di tengah masyarakat, dan yang mengucapkan kehendak serta keinginan mereka sendiri tanpa tindasan dan pengaburan apalagi pembenaman ke
Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia 37 dalam budaya dominan yang paling berkuasa di dalam masyarakat awam. Justeru itulah penelitian identiti atau jati diri menjadi amat penting sebagai pengiktirafan terhadap hak sesuatu kelompok untuk wujud dan bertindak seperlunya di mana saja mereka berada. Perkembangan penelitian ini kemudiannya telah melahirkan pelbagai bidang ilmu lain: sosial dan fizikal, serta pengertian dan kefahaman terhadap gagasan identiti sehingga membawa kepada penerapan yang lebih luas dan besar meliputi kajian peribadi individu dan juga kebudayaan dan masyarakat yang lebih luas. Demikian itu penelitian ini diterapkan kepada kajian terhadap ciri kebudayaan yang dikenali sebagai jati diri kebudayaan sesebuah masyarakat. Apa yang mahu dilakukan dalam kertas ini ialah meneliti sedikit akan pengertian ‘identiti’ atau jati diri itu sebagai sebuah konsep dan meneliti pula fungsi serta peranan jati diri Melayu dalam konteks yang lebih luas dalam peradaban dunia moden. Sebahagian dari penelitian konsep itu telah dilakukan dalam sebuah makalah terawal bertajuk ‘Jati diri Johor’ dan akan dikutip dengan agak meluas bagi memberi takrifan gagasan jati diri yang terdapat dalam kertas ini. Jati Diri dan ‘Identiti’ – Kekaburan Makna Keseronokan menimang gagasan baru di tangan yang kurang mahir sering kali amat mengaburkan maksud. Konsep ‘jati diri’ merupakan satu daripada gagasan baru yang demikian indah dan megah untuk digarap dan digunakan dalam pelbagai perbincangan. Pengucapan yang berlaku seakan melemaskan penggunanya sehingga tidak pasti apa yang diwacanakan. Hal ini bukanlah satu kesalahan, lebih-lebih lagi bukan kekurangan kerana pakar psikologi terulung yang menumpukan bahagian besar tenaga penelitiannya terhadap ‘identiti’ yang kini sudah menjadi alih bahasa sebagai ‘jati diri’, yakni, Erik Erikson pun terpaksa mengakui bahawa persoalan identiti ini, “as unfathomable as its is all-pervasive. One can only explore it by establishing its indispensibility in various contexts”. (dlm H.R. Isaacs, 1989:29)
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 38 Terjemahan terkini gagasan ini kepada ‘jati diri’ kelihatan tidak memenuhi keperluan ilmiah yang perlukan ketepatan konsep dan tidak terlalu banyak ketaksaan (ambiguiti) yang boleh melenyapkan pengertian umum. Jika terdahulu ‘identiti’ itu difahami sebagai ‘pengenalan’ dan amat luas digunakan kepada ‘kad pengenalan’ (identity card) namun konsep pengenalan juga kelihatan kurang menarik. Maka saranan penggunaan beralih kepada jati diri dalam tempoh kira-kira satu dekad terakhir ini. Terdapat dua masalah berhubung konsep ‘jati diri’. Pertama kosa kata ‘jati’ itu membawa dua maksud yang amat berbeza ditinjau dari akar umbi maknanya. Pada satu pihak ‘jati’ bermaksud ‘tulen’ atau ‘asli’ seperti dalam penggunaan ‘Melayu jati’, atau ‘anak jati’. Pengertian ini merupakan bahagian terdekat kepada maksud identiti, yakni sifat essensi kepada manusia. Yang asli, tulen dan jati kepada seseorang ialah perilakunya, peribadinya yang terpancar melalui pandangan nilai dan norma dan juga ciri-ciri pengenalan lain seperti warna kulit, nama serta pelbagai ciri budaya yang dibawanya. Satu lagi maksud ‘jati’ berasal dari akar umbi bahasa Sanskrit yang bermakna ‘kasta’ seseorang atau kumpulan kasta tertentu. Kasta dalam kalangan masyarakat India amatlah banyak. Maka setiap satu kasta yang bernama itu adalah ‘jati’ kepada pendokongnya. Justeru itu, jati bermakna kelompok kasta dalam kalangan masyarakat beragama Hindu. Mungkin maksud ini tidak terlalu relevan untuk diperbincang dengan luas maka cukup sekadar mengetahui akan adanya kerana mungkin boleh menimbulkan kecelaruan maksud dan pengertian jika segolongan peneliti tidak membezakan konteks penggunaan kosakata ini. Kembali kepada makna jati sebagai intisari sifat dan ciri asli, maka kata gabungan dengan ‘jati-diri’ mungkin membataskannya kepada corak keperibadian seseorang individu. Peribadi itu mengenai sifat mental dan psike ‘seseorang’. Demikian itu ia menjadi agak kurang selesa sebagai pencirian ‘keperibadian’ kelompok. Konsep ‘group identity’ atau ‘jati diri kelompok’ adalah gabungan dari keperibadian perseorangan hingga muncul ‘pribadi umum’ yang tidak lagi menggambarkan sifat dan bentuk psikologi seseorang tetapi adalah suatu bentuk umum yang membayangkan ciri sebuah kelompok besar sebagai gabungan kejiwaan keseluruhan tanpa kaitan khusus dengan seseorang. Maka itu, mungkin ia lebih baik dinamakan jati-kelompok sebagai ciri pengelompokan.
Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia 39 Namun kelihatan tidak menarik atau sesuai. Maka untuk sementara kita gunakan juga konsep ‘jati diri kelompok’ sebagai gambaran kepada esensi dan sifat asli serta tulen bagi sebuah kelompok seperti terpancar kepada bebarapa ciri kemasyarakatan dan kebudayaan yang sejagat seperti bentuk fizikal, nama, bahasa, sejarah, agama/ kepercayaan dan bangsa. Dengan fahaman umum sedemikian tentang adanya jati diri kelompok maka dapat kita takrifkan identiti atau ‘jati diri’ kelompok mengikuti saranan Isaacs (1975:38). To begin with, then, basic group identity consists of the ready-made set of endowments and identifications that every individual shares with others from the moment of birth by the chance of the family into which he is born at that given time in the given place. Terdapat suatu ulasan yang harus diberikan kepada saranan Isaacs ini. Bahawa “keluarga” di mana seseorang itu dilahirkan mungkin berbeza dari keluarga yang menjadi lingkungan kehidupannya. Kemudian, melalui proses pertukaran keanggotaan kelompok keluarga seperti ‘angkat’ ataupun ‘perkahwinan’ keluar dari keluarga asalnya. Perpindahan ini akan mengubah jati dirinya yang asal kepada yang baru seperti perubahan ‘nationaliti’ (bangsa), agama, bahasa ataupun nama ketika berlaku perpindahan keanggotaan seseorang ke dalam kelompok ‘bangsa’ atau ‘kenegaraan’ yang lain. Segala perubahan ini akan sekali gus memberi jati diri baru kepadanya. Maka keluarga tempat kelahirannya atau keluarga ‘orientation’ tidak menjadi sumber mutlak kepada identiti seseorangn hingga akhir hayatnya. Demikian juga proses kerakyatan dan kebangsaan dapat menukar keanggotaan seseorang hingga merubah jati diri kelompok bangsanya. Justeru demikian, jati diri mempunyai dua dimensi yang amat penting. Pertama ia adalah segugusan ciri kelompok yang seakan asal dan kekal bagi setiap anggotanya di sepanjang masa. Namun seringkali juga gugusan ciri itu mengalami perubahan kepada bentuk dan ciri baru yang diperoleh melalui perkembangan sejarah, masa dan suasana kehidupan terutama ketika berhubung dalam kelompok atau kebudayaan asing. Jati diri kelompok itu dapat ditanggapi sebagai suatu gugusan ciri kelompok yang dinamik,
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 40 berayun (oscillate) dari satu set kepada set yang lain melalui ruang masa dan sejarah serta ruang tempat atau spatial. Pada suatu tahap amat mungkin satu gugusan ciri kelompok itu menandai kewujudan kelompok itu, pada satu-satu zaman. Pada tahap ‘zaman’ yang kemudian, satu set atau gugusan ciri kelompok lain menandainya selaras dengan desakan dan tuntutan masa dan lingkungan sosiobudayanya. Kemungkinan perubahan ini membayangkan pula suatu lagi sifat jati diri manusia. Bahawa jati diri itu bukan suatu ciri atau himpunan ciri yang mutlak, kekal dan tidak berubah tetapi adalah sentiasa mengalami perubahan seperti nama, pengenalan ataupun sejarah seringkali mengalami perubahan yang pesat hingga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap jati diri seseorang atau kelompok itu. Bahasa Melayu sebagai jati diri Melayu sudah berubah kepada ‘bahasa Malaysia’ meskipun bahasa Melayu tetap digunakan oleh kelompok-kelompok yang lebih luas. Namun di Malaysia jati diri asal itu akan terpelihara melalui masa dengan penggunaan yang kekal. Demikian juga hal yang berkait sejarah. Meskipun kita dapat bercakap tentang ‘sejarah Melayu’ atau sejarah orang Melayu, namun fakta sejarah adalah sentiasa terbuka kepada tafsiran dan penambahan baharu. Dengan demikian sejarah boleh berubah dan jati diri berlandaskan sejarah itu turut berubah. Manusia Melayu yang disebut oleh golongan imperialis sebagai ‘lanun’ kini menjadi ‘pahlawan’ dalam tafsiran baru. Sebaliknya pelbagai golongan kolonialis sudah menjadi ’pembelot’ atau ‘penyeleweng’ dalam sejarah Melayu moden. Pentadbir serta sarjana kolonial seperti R.O. Winsteadt, misalnya apabila ditafsir kembali semua tulisannya dan kegiatannya terhadap sastera dan pendidikan bangsa Melayu, ternyata Winsteadt adalah seorang ‘colonialist’ yang amat buruk, sematamata menjadi penindas jahat kepada bangsa Melayu dengan membataskan pendidikan Melayu hanya setakat darjah tiga rendah. Segala tulisannya mengenai sastera Melayu semata-mata bermotifkan ‘penindasan’ dan penaklukan minda Melayu dan meyakinkan orang bahawa bangsa dan tamadun Melayu amat kecil, terbatas, cetek dan tiruan atau ambilan dari kebudayaan asing, tanpa sebarang kreativiti asli atau pencapaian mendalam yang dapat dibanggakan. Penilaian beliau terhadap sastera tradisional Melayu misalnya, dari ayat pertama lagi, dalam preface (prakata) karya terkenal beliau, A History of Classical Malay Literature (Suatu Sejarah Sastera Klasik Melayu) beliau sudah menggunakan banyak superlative yang sengaja mengeji, menghina dan meremehkan bangsa Melayu:
Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia 41 Anyone who surveys the field of Malay literature will be struck by the amazing abundance of its foreign flora and the rarity of indigenous growths. Malay folklore, even, is borrowed, most of it, from the vast store-house of Indian legend, an early crop garnered in the Hindu period, and later in the Islamic. (Dlm Y. A. Talib (e.d), 1996:ix) (Sesiapa sahaja yang meninjau bidang kesusasteraan Melayu akan terpegun dengan kekayaan bungaan asing dan kejarangan amat akan tumbuhan tempatan. Sastera rakyat, sekalipun, adalah pinjaman, sebilangan besarnya, dari himpunan luas dongeng India, ambilan dari zaman Hindu dahulu, dan kemudian dari Islam.) Perhatikan sikap Winsteadt menyorokkan kejian dan penghinaannya dengan metafora bahasa yang amat kononnya halus namun amat kasar terhadap pencapaian kesusasteraan bangsa Melayu dan sengaja menjatuhkan air muka serta ‘jati diri’ bangsa Melayu. Inilah ‘anjing’ kolonialis yang disanjung sebagai pembela peradaban Melayu tetapi tidak pernah disanggah untuk mendedahkan penghinaan serta penindasannya terhadap bangsa Melayu. Malah ramai yang menyanjung tinggi, termasuk penerbitan kembali semua karyanya untuk menegaskan kembali sikap dan penaklukan minda Melayu di zaman pergolakan kebudayaan dan jati diri zaman kolonial itu. Winsteadt yang hidup berlegar di kalangan raja serta bangsawan Melayu pada awal abad ke-20 sudah pasti memandang hina akan mereka itu sehingga beliau menganggap dirinya dengan jati diri panggilan ‘beta’ dalam tulisannya. Penilaian kembali dalam suasana pasca-kolonial pasti saja merubah gagasan jati diri yang muncul itu. Namun masih ada golongan yang tidak melihat essensi jati diri akan mengalami perubahan. Golongan ini terkenal sebagai ‘essentialist’ yang mempertahankan intisari jati diri sebagai kekal dan mutlak. Terdapat pula golongan penentang yang bercanggah serta melihat jati diri sentiasa mengalami perubahan mengikut konteks, suasana dan keadaan. Pada sebarang masa dan konteks, jati diri akan sentiasa berinteraksi dengan sekitarannya untuk menyesuaikan diri pada bentuk dan isi agar terus berfungsi dan releven di zamannya.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 42 Essensi dan Nisbi Justeru demikian, penelitian terkini terhadap konsep dan tanggapan jati diri atau identiti berlegar di sekitar dua pola atau paksi berlandaskan pegangan para pengkaji. Sebilangan pengkaji memahami jati diri sebagai ‘essensi’ atau intisari dan teras kekal serta mutlak tentang binaan dan tumbuhnya ciri-ciri peribadi dari sejak kelahiran seorang individu dalam keluarga dan masyarakatnya. Bagi golongan essentialist jati diri itu adalah percikan dan serpihan dari ciri-ciri masyarakat dan budaya yang menjadi lingkungan pembinaan peribadi atau karektor diri seseorang individu sebagai anggota masyarakat. Seorang anak yang lahir membawa bersamanya potensi untuk diwarnai dan dibina peribadinya melalui pembelaan atau sosialisasi yang berlaku oleh pelbagai agen pendewasaan itu – keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan masyarakat umum serta media massa yang kemudian mempengaruhinya. Ciri-ciri peribadi itu kekal dan bakal diturunkan pula kepada keturunannya yang nanti akan diwariskan kepada generasi mendatang. Maka satu ciri peribadi itu berlarutan menjadi ciri masyarakat melalui interaksi antara anggota yang kemudian melahirkan ketulenan dari ciri itu sebagai ciri umum dalam masyarakat. Inilah yang menjadi asas tribalism yang berakar umbi dari reaksi manusia terhadap alam dan suasana kewujudan serta survivalnya dari ancaman dan cabaran alam dan diturun serta diwariskan kepada masyarakat melalui sosialisasinya. Isaacs (1975:26) menulis, “... that his essential tribalism is so deeply rooted in the condition of his existence that it will keep cropping out of whatever is laid over it, like trees forcing their way through rocks on mountain sides a mile away”. Ikatan dengan masyarakat inilah yang memberi makna kepada kehidupan dan kewujudan seseorang. Dalam ‘kurungan’ ikatan masyarakat itu dia menemukan keselamatan dan ketenteraman. Di situ dia menerima pelbagai titisan nilai, norma, perilaku yang membeku sebagai ciri-ciri keperibadian diri dan masyarakatnya. Maka dia adalah pancaran jati diri masyarakatnya. Inilah yang katakan oleh E. Shils dan C. Geertz (dlm Isaacs, 1975:35) sebagai primordial affinities atau attachments. Geertz menjelaskan bahawa affinities itu merupakan: ‘immediate continuity and kin connection, mainly, but beyond them the