Gagasan 1Malaysia 243 • Rakyat yang tertinggal mesti dibantu. • Perlembagaan adalah Undang-Undang Tertinggi yang mengariskan hak-hak Rakyat. • Malaysia sebuah negara yang memiliki Masyarakat Majmuk. JUS SOLI Jus Soli (Undang-undang tempat lahir) Orang yang dilahirkan antara hari merdeka dengan bulan September 1962 terus menjadi warganegara dengan tidak mengambil kira kewarganegaraan ibu atau bapanya. Selepas bulan September 1965, orang itu hanyalah menjadi warganegara sekiranya salah satu daripada syarat di bawah dipenuhi. • Ketika kelahirannya salah seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara. • Ketika kelahirannya salah seorang daripada ibu bapanya adalah orang yang tinggal kekal bermastautin di negara ini. • Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-mana negara. Ini bermakna bahawa Jus Soli di negara kita disyaratkan dengan Jus Sanguinis. Jus Sanguinis (Undang-undang keturunan darah) Jus Sanguinis juga dipakai dalam Perlembagaan Malaysia sebagai salah satu faktor yang mustahak untuk menghubungkan seseorang dengan Malaysia. Mengikut undang-undang, Jus Sanguinis, seseorang yang berketurunan warganegara akan tetap menjadi warganegara, walaupun dia diperanakkan di luar negara kerana kewarganegaraan bapanya dipusakai olehnya. Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia hanyalah boleh menjadi warganegara. Jika bapanya warganegara dan salah satu daripada syarat berikut ini dipenuhi: • Bapa sendiri diperanakkan di Malaysia. • Bapanya memegang jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan atau negeri. • Kelahirannya didaftarkan di Pejabat Konsul Malaysia ataupun dengan kerajaan Malaysia dalam tempoh satu tahun selepas kelahirannya, ataupun dalam tempuh yang lebih lanjut sekiranya mendapat kebenaran kerajaan.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 244 KENEGARAAN • Prinsip-prinsip kenegaraan 1Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. • Kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 152, 153 dan Bahagian 3 dan 4 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3(1) yang menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Perkara 152(1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. Bahagian 3 – Kewarganegaraan Bahagian 4 – Ketua Utama Negara KEADILAN SOSIAL Dalam Sejarah Melayu, golongan pemerintah diwakili Sang Sapurba, manakala golongan rakyat diwakili Demang Lebar Daun. Antara mereka tentang kontrak social yang bermula dengan persetujuan dengan maksud seperti yang dibayangkan dalam petikan dialog antara mereka: Maka sembah Demang Lebar Daun “adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang diPertuan, hendaklah diperbaiki oleh anak cucu Duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar
Gagasan 1Malaysia 245 dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.” Maka titah Sang Sapurba: “Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba pinta satu janji pada bapa hamba.” Maka sembah Demang Lebar Daun: “Janji yang mana satu itu Tuanku?” Maka titah Sang Sapurba: “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.” Maka sembah Demang Lebar Daun: “Baiklah, Tuanku. Tetapi, jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.” Maka titah Sang Sapurba: “Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu” 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah: • PERTAMA = Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). • KEDUA = Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. • KETIGA = Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan REJIMAN ASKAR MELAYU selain untuk membanters kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar negara. • KEEMPAT = Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. • KELIMA = Kami isytiharkan ISLAM adalah agama Persekutuan. • KEENAM= Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU. • KETUJUH= Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada rajaraja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 246 7 Wasiat Yang Diterjemahkan Dalam Perlembagaan Persekutuan – Secara Ringkas 1. Malaysia – Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan) Nama asal Malaysia ialah Malaya iaitu singkatan Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Persekutuan dinamakan Malaysia sebelum sahaja Hari Malaysia-16 September 1963. 2. Tanah Simpanan Melayu – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu) Mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen. 3. Rejimen Askar Melayu – Seksyen16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972. Seksyen tersebut menyatakan “Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”. Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua. Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara,darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan negara. 4. Raja-Raja Melayu- Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan Permaisurinya) Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang Di-pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja
Gagasan 1Malaysia 247 Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun. 5. Islam – Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan) Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri iaitu Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 6. Bahasa Melayu – Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja. 7. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain – Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagai Untuk Orang Melayu) Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggngjawab kepada yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orangb Melayu dan Bumiputera manamana negeri di Berneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 248 KEADILAN SOSIAL • Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. • Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. • Dasar-dasar kerajaan dan peruntukan–peruntukan Perlembagaan yang memberi pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. • Jadi keadilan sosial ini bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan. Hormat-Menghormati • Adat resam serta budaya kaum lain. • Tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain. • Tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. “Memberi penghormatan kepada bangsa sendiri, memberi keyakinan kepada bangsa sendiri, memberi kesanggupan bagi berdikari adalah mutlak bagi tiap-tiap bangsa di sudut dunia dan di bawah langit mana pun” - Soekarno Rendah Hati 1. Sifat yang dihargai oleh masyarakat dan agama Islam. 2. Berkelakuan yang boleh masyarakat selesa menerima kita. 3. Jangan memandang rendah atau bersikap hina kepada orang lain. 4. Rendah hati adakalanya disifatkan lemah, amalkan secara bijaksana. Ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya – Peribahasa
Gagasan 1Malaysia 249 Kesederhanaan • Menghadapi apa jua isu yang berbangkit dengan pendekatan sederhana. • Menjauhi tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem. • Sifat sederhana boleh membawa kepada kemantapan dan kestabilan sosial. Kesederhanaan adalah dasar dari segala moral dan kebajikan. Tanpa kesederhanaan, manusia tidak ada bezanya dari binatang buas - Napoleon Bonaparte Budi Bahasa • Tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan semasa berinteraksi. • Dapat menjana kerjasama dan permaufakatan yang lebih erat. • Didiklah budi pekerti anak-anakmu, mereka berlainan dari zamanmu sekarang, kerana mereka diciptakan Tuhan bagi zamannya sendiri, dan bukan bagi zamanmu – Umar bin Khattab Budaya Prestasi Tinggi − Pencapaian tahap terbaik − Tiada sikap sambil lewa − Tiada sikap “acuh tak acuh” − Ada matlamat khusus − Prestasi boleh diukur Budaya Ketepatan − Pengurusan Masa − Kualiti − Keyakinan − Kecekapan − Jadual Penyampaian
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 250 Masyarakat 1Malaysia − Menggayakan kehidupan melalui usaha mendapatkan & menggunakan pengetahuan secara positif. − Memberi tumpuan kepada Pendidikan & Pengetahuan yang holistic & bersepadu dengan nilai. − Menempatkan pendidikan di mercu segala yang lain. Menjamin Kewujudan Malaysia Kengkangan 1. Aliran pendidikan yang berbeza dalam Negara 2. Kita tidak mempunyai aliran kebangsaan 3. Kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui saluran pendidikan dari segi fizikal. Peluang 1. Kurikulum dan menekan kepada nilai yang sama. Harapan 1. Bertemu di satu titik yang sama dari segi fizikalnya 2. Kita akan menghargai antara satu sama lain • Berani berubah untuk kebaikan • Berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah • Sentiasa bersedia untuk menjadi printis dalam setiap bidang yang diterokai INTEGRITI Janji ditepati Prinsip didukung Asas Kepercayaan yang kukuh
Gagasan 1Malaysia 251 “Bangsa yang tertib dan berpasukan kukuh, bangsa yang tidak berebut-rebut ketika mendaki dan semasa di puncak, bangsa yang mulia budayanya, akan menjadi bangsa yang agong, bertamadun tinggi, dihormati dan disengani.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad “Sifat tamak boleh membutakan kita dari kebenaran dan juga hak orang lain.” - Tun Tan Cheng Lock (2 Mei 1957) Mendapat Asas Kepercayaan yang kukuh Janji ditepati Berlaku Jujur Bercakap Benar Tepati Janji Berani menyatakan kebenaran Berusaha membetulkan kesilapan Sentiasa dekat dengan rakyat Tidak memandang rendah kepada rakyat Dihargai Dipercayai Diyakini
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 252 Ketabahan 1. Menerima kehidupan sebagai satu siri naik turun. 2. Berupaya mengharungi rintangan dan meletakkan diri dipangkal jalan. 3. Menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Ketabahan hati dapat menenangkan segala-galanya Kebahagian tidak mungkin wujud tanpa dukungan ketabahan - Fornier Alain Kesetiaan • Asas kepada pembinaan kepercayaan. • Kesetiaan jangan keterlaluan ia menjurus kepada ketaksuban. • Kesetiaan tidak bermaksud tidak boleh mengkritik tetapi mengkritik biarlah secara berhemah. • Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan. Kebijasanaan • Menghadapi masalah dengan penuh berhemah dan teliti. • Menyelesaikan masalah dengan tidak menyinggung hati dan perasaan orang lain. “Kebijaksanaan lambang maruah insan yang mempunyai akal fikiran. Tanpa kebijaksanaan dunia ketandusan ilmuan” - Adimurni Budaya Inovasi • Kesediaan untuk mencuba benda-benda baru • Dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masingmasing • Berani berubah untuk kebaikan. • Berani mencari penyelesaian baru dan menangani masalah. • Sentiasa bersedia untuk menjadi printis dalam setiap bidang yang diterokai.
Pohon Malaysia Rukun Negara Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan BAJA: Akal Sihat Sejahtera Bangsa AIR: Kesederhanaan Beragama (Wasatiyyah) Kebijaksanaan Budaya Ilmu Penerimaan Keadilan Sosial Perlembagaan Persekutuan Hormat-Menghormati Rendah Hati Budaya Inovasi Budaya Berprestasi Tinggi Budaya Ketepatan Integriti Ketabahan Kesetiaan Berbudi Bahasa Kesederhanaan