The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-03-16 10:46:17

Peradaban Dan Jati Diri Melayu

Peradaban Dan Jati Diri Melayu

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 143 Dalam buku Nation Building and Being Chinese in a Southeast Asian State: Malaysia, Tan Chee Beng (1988) cuba mengaitkan pembentukan identiti orang Cina dengan pembinaan bangsa (nation building) kerajaan Malaysia. Hubungan antara identiti orang Cina dengan pembinaan bangsa dilihat daripada tiga isu besar: bahasa dalam pendidikan, polisi sosioekonomi dan budaya kebangsaan. Dalam kajian itu, Tan mencadangkan tiga komponen utama identiti etnik: label, identifikasi objektif (seperti bahasa dan adat resam) dan identifikasi subjektif. Baginya, komponen yang terakhir itu meliputi persepsi atas diri dan juga makna menjadi orang Cina dari segi sosial dan psikologi. Terdapat juga sarjana lain yang telah mengkaji identiti orang Cina dalam konteks politik. Loh Kok Wah (2000), misalnya telah menjalankan kajian lapangan di Kinta, Perak dari 1977 hingga 1978 selain menjalankan kajian kes di kampong baru Cina. Beliau mengaitkan kesedaran politik orang Cina kampung baru dengan keperluan sosioekonomi tempatan dan pengalihan sokongannya daripada seorang pemimpin parti politik kepada seorang pemimpin yang lain. Identiti politik orang Cina beralih daripada menyokong Malaysian Chinese Association (MCA) kepada parti pembangkang seperti People Progressive Party (PPP) waktu itu. Proses interaksi penduduk dengan parti politik turut membangkitkan kesedaran mereka dan membentuk identiti lain seperti kesedaran kelas dan identiti etnik. Di sini, kesedaran kelas boleh dibangkitkan melalui sosialisasi dalam kempen politik parti, umpamanya PPP cuba menyemai ideologi haluan kiri melalui program kebajian sosialnya pada tahun 1960-an. Penglibatan penduduk Cina dalam aktiviti politik juga membuka peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan lebih kerap dengan bukan Cina, seterusnya meningkatkan kesedaran etnik Cina. Chui Kwei-chiang (1990) telah membincangkan perubahan identiti orang Cina Semenanjung Malaysia dan Singapura dalam tempoh 15 tahun selepas Perang Dunia II dengan melihat perubahan identiti nasional sebagai reaksi institusi politik. Institusi politik, terutamanya persatuan politik diandaikan oleh Chui sebagai wakil orang Cina di Tanah Melayu masa itu. Beliau menyimpulkan orang Cina di Singapura dan Semenanjung Malaysia dalam jangka masa 1945-1959 itu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: imigran dari China (termasuk keturunan mereka) dan juga orang Cina Negeri-negeri Selat (Straits Chinese) atau Cina peranakan. Kedua-dua kumpulan itu


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 144 mempunyai perbezaan ketara dari aspek latar belakang pendidikan, kepercayaan dan sistem agama, identiti nasional dan sistem nilai sosial. Dalam konteks politik, sama ada identiti orang Cina kekal atau berubah adalah bergantung kepada keperluan semasa orang Cina, aktiviti parti politik tempatan dan perubahan sikap taat setia setelah orang Cina membuat keputusan untuk memilih Tanah Melayu sebagai kampung halaman mereka yang baru. Sarjana Malaysia yang juga mengkaji pembentukan identiti orang Cina di Malaysia adalah Hou Kok Chong (2002). Beliau melihat identiti dan budaya orang Cina di Malaysia sebagai realiti sosial yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan dalam interaksi etnik dan perkembangan politik semasa di Malaysia. Secara epistemologi, Hou menetapkan beberapa fasa untuk melihat hubungan antara identiti dengan pemboleh ubah seperti budaya, pendidikan dan politik. Dari segi metodologi, Hou telah menjalankan penyelidikan berpandukan andaiannya bahawa identiti orang Cina adalah hasil perubahan pemboleh ubah dalam bentuk struktur dan institusi sosial. Seperti yang disimpulkannya (Hou, 2002:242), identiti dan budaya orang Cina di Malaysia adalah hasil perubahan politik perkauman dan orang Cina sebagai pelaku sosial tidak mampu menentukan jenis identiti yang dikehendaki. Kajian Ku Hung-ting (2003) dijalankan tentang pembentukan identiti orang Cina dalam konteks pendidikan sekolah menengah Cina di Malaysia. Beliau mendapati budaya Cina hanya boleh dikekalkan dan dikembangkan dengan bahasa Cina memandangkan orang Cina di Tanah Melayu, bukan sahaja terpisah dari China, tetapi juga rakyat dalam kerajaan British dan juga kerajaan Malaysia yang didominasi orang Melayu. Sehubungan itu, sekolah Cina perlu kekal agar orang Cina dapat mempelajari bahasa dan budaya Cina untuk terus mengekalkan identiti mereka. Ku juga mendapati perkembangan pendidikan orang Cina adalah selari dengan dasar pemerintah yang ada. Pendidikan Cina memainkan peranan penting dalam menyalurkan nilai tradisional Cina kepada generasi baharu, sambil menyuntik semangat kebangsaan dan kesedaran politik kepada mereka. Untuk memahami pembentukan identiti harian orang Cina Malaysia, Lee Yok Fee (2011) lebih memfokuskan ‘orang Cina biasa’ yang merujuk kepada rakyat biasa atau yang tidak menyandang jawatan penting atau autoriti dalam politik dan akademik. Dua


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 145 belas orang subjek kajian dalam jaringan sosial telah dicari melalui metode snowballing dalam kajian Lee. Dua belas orang subjek Cina yang dipilih itu berasal dari latar belakang yang berlainan dari segi jantina, umur (dari umur dua puluh dua hingga tujuh puluh sembilan tahun), peringkat pendidikan (daripada yang tidak berpendidikan kepada pemegang ijazah sarjana), pekerjaan (pelajar, suri rumahtangga, kolar putih dan biru) dan bahasa (berbahasa Inggeris dan bukan-Inggeris) telah ditemu bual. Hasil temubual menunjukkan orang Cina bersifat ‘rajin’ mencari nafkah hidup sejak zaman nenek moyang lagi. Selain itu, mereka juga telah membangunkan ciri lain, termasuk pasif, pendiam, bersabar dan fleksibel kerana keadaan ekonomi dan politik negara ini. Terdapat subjek kajian menganggap diri sebagai rakyat “kelas dua”. Perkara ini sensitif kerana melibatkan layanan dan hak istimewa kaum Bumiputera yang tidak dinikmati oleh orang Cina, menyebabkan mereka berpendapat kaum sendiri dianaktirikan. Bagaimana subjek mendefinisikan identiti Cinanya juga telah dipengaruhi konteks yang bersifat umum dan khusus. Konteks umum itu merujuk kepada norma sosial yang dikongsi bersama oleh semua informan. Sementara itu, informan juga mungkin mempunyai pandangan yang berlainan disebabkan perbezaan nilai kerana berada dalam institusi yang berlainan dan latar belakang kebudayaan yang berbeza-beza, seperti pendidikan, agama, famili, peringkat kehidupan dan keupayaan linguistik. Perbezaan itu merupakan konteks khusus yang dihadapi oleh subjek kajian. Maka, pengetahuan tentang identiti dan jati diri orang Cina dan pembentukannya masih cenderung kepada pemikiran structuralist dan essentialist di Malaysia. Ini bermakna identiti orang Cina dan pembentukannya adalah berdasarkan skop kajian penyelidik, lebih-lebih lagi interpretasi mereka terhadap bahan pilihan (Lee Yok Fee, 2009:181-182). Dalam pada itu, jati diri bangsa tidak dapat dipisahkan daripada jati diri individu. Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dibicarakan serentak. Aspek yang dilihat kelakuan individu bagi menentukan jati dirinya, dan jati diri individu kemudian membentuk jati diri masyarakatnya. Dengan melihat jati diri individu, kita dapat memahami jati diri masyarakat dan dengan melihat jati diri masyarakat, kita dapat memahami jati diri individu (Abdullah Hassan, 2009:61). Justeru kajian Lee Yok Fee (2011) telah membekalkan kita dengan infomasi yang bernilai tentang jati diri individu Cina yang seterusnya membentuk jati diri masyarakat Cina secara keseluruhannya dengan lebih mendalam dan terperinci.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 146 Justeru di Malaysia, pengenalan etnik Cina adalah subjektif sifatnya; misalnya, selagi kaum Baba menganggap dirinya sebagai orang Cina, maka dia merupakan orang Cina. Menjadi orang Cina tidak boleh secara objektif ditakrifkan semata-mata dari segi ciri-ciri statik budaya tertentu. Sebaik sahaja etnisiti dikenalpasti, ciri-ciri budaya menjadi relevan untuk menerangkan jenis identiti tertentu seseorang itu, seperti sama ada seseorang adalah orang Baba atau tidak. Memang terdapat kategori yang berbeza untuk kecinaan yang akan menekankan ciri-ciri budaya yang berbeza sebagai ciri-ciri penting bagi identiti etnik Cina. Kaum ‘Cina tulen’ contohnya menentukan kecinaan dalam jangka literasi dalam bahasa Cina, dan kaum Cina yang tidak boleh bertutur bahasa Mandarin dianggap tidak cukup (atau tidak sebenarnya) sebagai seorang Cina di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis identiti kaum Cina, tetapi kesemua mereka adalah orang Cina dan orang Malaysia pada masa yang sama, malah kaum Cina di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Pengalaman menjadi orang Cina dan menjadi rakyat Malaysia adalah saling berkaitan (Tan Chee Beng, 2000: 66). Kaum Cina Malaysia secara umumnya, akan terus menjadi etnik Cina, tetapi identiti mereka akan berubah mengikut peredaran masa. Identiti mereka sebagai orang Cina dan rakyat Malaysia adalah terikat dan terbatas (bounded and unbounded). Identiti mereka terbatas sebagai orang Cina (Huaren) adalah bukti yang paling kukuh dalam konteks transnasional atau apabila mereka migrasi untuk bermastautin di negara lain. Namun sebagai rakyat Malaysia, mereka mengemukakan identiti batasan sempadan (territorially bounded) menerusi penglibatan mereka sebagai warganegara dan identifikasi dengan negara Malaysia (Tan Chee Beng, 2004:110). Daripada konsep identiti Cina Malaysia tersebut, maka boleh dikatakan bahawa identiti Cina Malaysia adalah rumit, kompleks, sentiasa berubah mengikut perubahan sejarah dan politik, serta kebudayaan masyarakat Cina. Selain itu, identiti individu berbeza daripada identiti bangsa mengikut pengalaman hidup dan latar belakang sosial masing-masing, menjadikan jati diri bangsa Cina semakin sukar dikenal pasti dengan tepat dan jelas dalam bentuk satu identiti yang umum seperti kaum Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan bahawa mesti beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan serta adat resam Melayu.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 147 Memandangkan identiti orang Cina itu adalah rumit dan tertakluk kepada keadaan yang tidak homogen, maka adalah penting bagi penggubal dasar negara mengambil kira realiti itu dalam proses dan usaha pembinaan Bangsa Malaysia. Kepelbagaian wajah dan ciri-ciri yang terdapat pada orang Cina Malaysia adalah keunikan mereka yang tidak terdapat di mana-mana negara lain termasuk China, Taiwan, mahupun Hong Kong. Lantaran itulah, jati diri Cina Malaysia yang istimewa itu haruslah diterima dengan baik dan diterap dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang berdedikasi, berinovasi dan berwawasan untuk menghadapi era globalisasi ini. Bidang politik Malaysia mementingkan integrasi nasional dan ideal demokrasi keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Maka kebudayaan Cina Malaysia yang berasaskan humanisme dan moralisme didapati memenuhi ciriciri tersebut, sesuai diterapkan dalam pembentukan wajah politik Malaysia yang bersepadu. Dalam bidang sosial, apa yang diidamkan oleh orang Cina ialah sebuah masyarakat bermoral, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, mengutamakan kebaika hati serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Maka cita-cita ini memberi sumbangan kepada pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, bukannya untuk dunia semata-mata. Bentuk-bentuk pemikiran sedemikian adalah relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi masyarakat Malaysia yang sihat (Cheng Gek Nai, 2001:353-354). Dalam bidang ekonomi, nilai-nilai moral yang ditekankan oleh masyarakat Cina termasuklah keadilan dan sikap berpatutan selain sifat kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai positif sebagai keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin diri, semangat bekerjasama dan sebagainya memberi implikasi yang positif kepada pengurusan dan perkembangan perniagaan di Malaysia.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 148 Dalam bidang pendidikan, terdapat beberapa warisan Cina Malaysia yang boleh diintegrasikan ke dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, antaranya termasuklah kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau kelompok, pendidikan sentiasa diutamakan, kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik, pembentukan keperibadian atau ajaran moral diberi keutamaan, dan guru diberi penghormatan yang tinggi. Kesemua warisan ini adalah berasal daripada humanisme, persoanalisme, intelektualisem dan moralisme dalam kebudayaan Cina yang unik dan boleh menyumbang kepada pembentukan bangsa Malaysia yang berdedikasi, berdisiplin dan berwawasan. Kesimpulan Masyarakat kaum Cina Malaysia didapati tidak mempunyai satu identiti yang tetap atau bersifat umum. Bagaimana orang Cina memandang diri mereka berkait rapat dengan pengetahuan mereka tentang budaya, geopolitik dan sejarah. Walau bagaimanapun, mereka disatukan oleh pengaruh agama orang Cina (Chinese religion) yang bersifat sinkretisme antara Konfusianisme, Taoisme dan Buddha meskipun ada antara mereka yang menganut agama lain. Pengamalan kebudayaan tradisi oleh masyarakat kaum Cina Malaysia akan diteruskan dan dipupuk bagi mengekalkan kesinambungan kehidupan orang Cina selain membentuk jati diri individu dan jati diri masyarakat kaum Cina. Oleh sebab itu, kaum Cina Malaysia berusaha untuk menghayati nilai-nilai positif di dalam agama orang Cina masing-masing dalam usaha menjamin kesinambungan kehidupan mereka sebagai kaum Cina Malaysia. Justeru kerajaan Malaysia perlu mengambil kira keunikan jati diri kaum Cina dalam pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 149 Bibliografi Abdullah Hassan, 2009. Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan Globalisasi dalam Kemanusiaan, Vol 16. hlm. 59-81. Cheng Gek Nai, 2001. “Tamadun Cina: Interaksi dengan Tamadun Lain dan Relevansinya di Malaysia dan Dunia.” dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 333-3356 Chui Kwei-chiang, 1990. Perubahan Identiti Orang Cina Singapura dan Malaya 1945-1959. Singapore: Nanyang Xuehui. Creel, H.G., 1975. Chinese Thought from Confucius to Mao Tse-tung. Chicago: University of Chicago Press. Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail, 2006. “Penghayatan Nilai-nilai Murni dalam Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia.” Kertas Kerja Seminar Pengajian Umum, dibentangkan pada 13-14 Jun, Universiti Teknologi Malaysia. Hou Kok Chung, 2002. Malaysian Chinese: Identity, Culture and Ethnic Conflict. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Study. Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ku Hung Ting, 2003. 1945-2000. Education and Identity: a Study on Chinese Secondary Education in Malaysia: 1945-2000. Xiamen: Xiamen University Press. Lee Kam Hing & Tan Chee Beng (pgng), 2000. The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Lee Yok Fee, 2004. “Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia.” dalam Sari, 22. Hlm. 167-181. Lee Yok Fee, 2007. “Kajian tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari segi Epistemologi: Ulasan.” Sari, 27. Hlm. 167-183. Lee Yok Fee, 2008. “Perubahan Sosial dan Kebudayaan Cina Malaysia”, dlm. Sarjit S. Gill & Lee Yok Fee (pngr.). Masyarakat dan Kepelbagaian Sosial di Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hlm 79-95. Lee Yok Fee, 2011. Identiti Harian dalam Subjektiviti Cina Malaysia. Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu, 2. Hlm. 68-87. Liang Liji, 1996. Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Loh Kok Wah, Francis, 2000. Chinese New Villages: Ethnic Identity and Politics. In Lee, Kam Hing & Tan, Chee-Beng (ed.). The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 150 Lok Chong Hoe, 2000. Tamadun Cina: Corak Pemikiran, Sains dan Kesusasteraan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Matthews, B.M., 2000. “The Chinese Value Survey: An Interpretation of Value Scales and Consideration of Some Preliminary Results”, International Education Journal, Vol 1(2). Hlm. 117-126. “Penduduk Malaysia kini 28.3 juta,” dlm Berita Harian. 15 September, 2012. Soo Khin Wah. 2001. “Tamadun Cina: Asal-Usul, Unsur-unsur Asas dan Orientasi Sistem Nilai,” Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 301-312. Tan Chee Beng, 1988. “Nation-building and being Chinese in a Southeast Asian state: Malaysia.” dlm. Cushman, J. W. & Wang Gungwu (pnyt.). Changing identities of the Southeast Asian Chinese since World War II. Hong Kong: Hong Kong Unviersity Press. Hlm. 139-164 Tan Chee Beng, 2000. “Socio-cultural Diversities and Identities,” dlm Lee Kam Heng & Tan Chee Beng (pngr.). The Chinese in Malaysia. Shah Alam: Oxford University Press. Hlm 37-70. Tan Chee Beng, 2004. Chinese Oversea: Comperative Cultural Issues. Hong Kong: Hong Kong University Press. Tu Wei-Ming (pngr.), 1994. The Living Tree: the Changing Meaning of Being Chinese Today. Stanford: Standford University Press. Waley, A, 1989. The Analects of Confucius: Translated and Annoted. New York: Vintage Books. Wang Gungwu. 1988. “The Study of Chinese Identities in Southeast Asia,” dlm. Cushman, Jennifer W. & Gungwu, Wang (pngr.). Changing Identities of the Southeast Asian Chinese Since World War IL. Hong Kong: Hong Kong University Press. Yam Kah Kean, 2010. “Filial Piety in Chinese Tradition,” dlm Suzalie Mohamad (pngr.). Multicultural Understanding of Filial Piety. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM. Hlm 11-24. Yen Ching-Hwang, 2000. “Historical Background,” dlm. Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng (pnyt.). The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm 1-36. Yow Yit Seng, 2006. Chinese Dimensions: Their Roots, Mindset and Psyche. Subang Jaya: Pelanduk Publications.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India M. Rajantheran* Manimaran Subramaniam* Universiti Malaya * Profesor Dr. M. Rajantheran adalah Profesor di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan Dr. Manimaran Subramaniam di fakulti yang sama


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 152 Pengenalan Perkataan jati diri terbentuk daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘jati’ dan ‘diri’. Perkataan ‘jati’ berasal daripada bahasa Sanskrit. Jati juga dikenali dengan perkataan kulam dalam bahasa Tamil. Tamil Lexicon mendefinisikan Jati sebagai keluarga, kaum, kumpulan, kasta, kelahiran, sifat umum sesuatu kelas, ciri-ciri tersendiri yang tinggi. Seorang sarjana bernama J. Gonda dalam bukunya berjudul, Sanskrit in Indonesia menerangkan maksud kata jati dari sudut pandangan perkataan sejati yang bermaksud asli, murni, tulen, tidak bercampuran, benar dan bersifat tinggi. Beliau juga mengertikan jati sebagai ‘nature’ iaitu menandakan sifat asas ataupun sifat semulajadi. Sebagai rumusannya boleh dikatakan bahawa perkataan jati menandakan sesuatu yang mempunyai nilai keaslian, ketulenan, kemurnian dan tiada campuran serta memiliki sifat-sifat semulajadi, memiliki ciri-ciri yang berkualiti tinggi. Perbincangan turut menunjukkan bahawa perkataan jati juga digunakan untuk menandakan sistem kasta. Dalam konteks artikel ini perkataan jati digunakan untuk menandakan nilai-nilai yang tersenarai di atas dan bukannya kasta. Diri pula menandakan orang perseorangan. Oleh itu istilah jati diri boleh didefinasikan sebagai, menandakan ketulenan, keaslian, kemurnian, sifat-sifat semulajadi, ciri-ciri yang berkualiti tinggi yang diwarisi turuntemurun yang wujud dalam diri seseorang, kumpulan masyarakat, komuniti, kaum ataupun bangsa. Warisan jati diri sesuatu masyarakat itulah menjadi teras kepada nilai-nilai murni, iaitu ciri-ciri terpuji pada diri seperti sifat kasih sayang, kedermawanan, baik hati, kejujuran, kesopanan dan kesederhanaan dan sebagainya. Orang yang menjiwai serta menghayati nilai-nilai ini dikatakan sebagai manusia yang bermoral, berperibadi mulia, beretika dan sebagainya. Nilai-nilai ini harus memiliki tahap pencapaian moral yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang bertenaga yang dapat menghasilkan hubungan matang sesama manusia, kumpulan masyarakat, komuniti, kaum dan bangsa. Perbincangan jati diri ini turut membawa kepada dua aliran fikiran; pertamanya jati diri dipersepsikan sebagai peraturan yang kekal abadi serta bersifat kerohanian; keduanya pula menegaskan bahawa peraturan-peraturan tadi adalah dicipta oleh manusia dan bersifat dinamik. Apabila diteliti nilai-nilai jati diri orang India, aspek


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 153 kerohanian tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama proses dinamik itu tetap berlaku. Penulisan artikel ini melibatkan kaedah kajian lapangan bersifat soal selidik tidak berstruktur. Metod ini membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat tentang nilai-nilai jati diri yang masih dipegang oleh masyarakat India Malaysia. Metod kajian perpustakaan pula digunakan untuk pembuktian nilai-nilai tadi sebagai nilai jati diri yang dipercayai serta diwarisi turun temurun. Hanya nilai-nilai jati diri yang utama dan masih ketara dibicarakan dalam tulisan ini. Jati Diri Masyarakat Malaysia Nilai-nilai jati diri yang menjadi alat hubungan yang matang ini amat relevan dihayati dalam konteks meneguhkan lagi perpaduan masyarakat Malaysia yang sedia terjalin selama ini. Kepelbagaian kumpulan etnik, keturunan, budaya dan agama bukan hanya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu masyarakat yang unik, tetapi agak mencabarkan apabila soal kesinambungan perpaduan kaum diperhatikan. Hal sedemIkian ini kerana warisan jati diri kaum masing-masing begitu kuat mempengaruhi diri mereka dan dipertahankan sebagai identiti yang ingin dikekalkan selama-lamanya. Dalam konteks ini, Malaysia boleh disifatkan sebagai telah berjaya membina perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Ini dapat dilakukan kerana adanya usaha dari pelbagai pihak yang sentiasa mempastikan adanya ruang untuk kaum yang pelbagai ini mengenali satu sama lain. Penghayatan jati diri kaum-kaum lain, sebenarnya adalah sesuatu yang amat penting kerana ianya akan mendedahkan seseorang kepada fakta bahawa kebanyakan nilai yang ada pada kaum lain. Cuma cara nilai itu dipraktikkan ataupun diamalkan itu (mungkin) berbeza. Oleh itu, nilai-nilai jati diri yang dikongsi bersama perlu dipupuk sebagai asas ataupun landasan bagi menjaminkan keharmonian dan keutuhan perpaduan masyarakat Malaysia.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 154 Jati Diri Dari Perspektif Masyarakat India Malaysia Barangkali ada baiknya jika dikupaskan sedikit akan konsep ‘masyarakat India Malaysia’. Kupasan ini dapat memberikan gambaran fokus serta skop perbincangan yang sebenar. Hal ini kerana masyarakat India Malaysia itu terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berlainan. Nenek moyang masyarakat India Malaysia adalah berasal dari India. Mereka ini telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pihak British pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, untuk menampung tenaga kerja di Tanah Melayu. Tetapi hubungan kebudayaan di antara India dan Tanah Melayu mempunyai sejarah yang panjang terjalin sekurang-kurangnya sejak awal abad-abad masihi lagi. Masyarakat India Malaysia dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu, masyarakat India Selatan yang tergolong dalam rumpun bangsa Dravida. Rumpun ini terdiri daripada orang Tamil, Telugu dan Malayalam. Dalam pada ini orang Tamil menjadi kumpulan subetnik yang paling besar. Mereka ini membentuk lebih kurang 80% daripada keseluruhan masyarakat India Malaysia. Kategori kedua ialah masyarakat India Utara yang tergolong dalam rumpun bangsa Indo-Arya. Rumpun ini pula merangkumi orang Punjabi, Gujarati, Sindhi, Gurka, Benggoli dan sebagainya. Tulisan ini member tumpuan kepada kumpulan etnik majoriti dalam masyarakat India Malaysia iaitu orang Tamil. Kebanyakan nilai-nilai jati diri orang Tamil, Telugu dan Malayalam yang berasal dari rumpun bangsa Dravida, memiliki nilai-nilai jati diri yang hampir sama. Penghormatan Kepada Kaum Wanita (IBU) Tradisi masyarakat Tamil meletakkan penghormatan yang tertinggi terhadap kaum wanita, sehinggakan tuhan dikatakan bersifat keibuan. Itulah sebabnya wujud konsep ‘Dewi Ibu’ (Mother Goddes) yang dikenali sebagai amman dalam sistem kepercayaan masyarakat Tamil. Kata dasar bagi perkataan ini adalah ammaa bererti emak/ibu. Oleh


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 155 itu orang Tamil sentiasa menegaskan kepada anak-anak mereka akan kepentingan menghormati ibu masing-masing. Anak yang tidak menghormati ibu serta menyakitkan hati ibu dikatakan tidak akan berjaya dalam hidup kebendaan mahupun kerohanian. Restu ibubapa dianggap sebagai tonggak yang dapat membawa kejayaan dan kebesaran kepada seseorang. Itulah sebabnya dalam tradisi India, anak-anak dikehendaki sujud pada kaki ibubapa untuk mendapatkan restu. Sekurang-kurangnya pada hari-hari kebesaran dan perayaan amalan ini masih dipertahankan oleh orang India Malaysia. Mendapatkan restu ibubapa merupakan suatu upacara yang penting, masih diamalkan oleh orang India Malaysia dalam perkahwinan orang Tamil. Kaki kanan kedua ibubapa akan dibersihkan oleh anak mereka yang akan berkahwin. Air dan susu dicurahkan pada kaki mereka dan kemudiannya ditaburkan bunga sebagai menghargai jasa mereka serta mendapatkan restu mereka sebelum upacara perkahwinan yang seterusnya dijalankan. Tradisi Tamil turut berpegang kepada konsep (annaiyum tantaiyum munnari teivam) ibubapa adalah umpama tuhan yang diketahui ada bersama kita secara fizikal. Itulah asas mengapa orang Tamil berpendapat bahawa walau sekuat mana seseorang itu sembahyang, sekiranya orang itu tidak menghormati ibubapanya, maka sembahyangnya tidak akan membawa sebarang makna. Hormat dan Harga Diri Kaum Wanita Salah satu nilai jati diri yang penting bagi kaum wanita India ialah menjaga harga diri dan maruah mereka serta keluarga. Ini dicapai melalui dua konsep yang ada pada orang Tamil. Yang pertamanya ialah konsep ‘kannittanmai’ (menjaga kedaraan virginity seseorang anak gadis dan keduanya ialan konsep ‘karppu’ kesetiaan terhadap suami). Kannittanmai ataupun kedaraan seseorang gadis menjadi seperkara yang amat penting dalam sesuatu keluarga. Sekiranya anak perempuan mereka kehilangan daranya sebelum perkahwinan, maka itu dianggap sebagai satu penghinaan yang tragis terhadap keluarga tersebut. Oleh itu ibubapa dan ahli keluarga turut bertanggungjawab terhadap kedaraan seseorang gadis.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 156 Karpu pula merujuk kepada kesetiaan terhadap suaminya. Orang Tamil turut menegaskan bahawa suami adalah tuhan di atas bumi bagi seseorang isteri (kanavane kan kanda teivam). Oleh itu isteri yang terpuji dalam tradisi Tamil ialah isteri yang setia kepada suaminya. Besar sanjungan orang Tamil terhadap isteri yang setia sehinggakan ianya menjadi satu nilai yang amat dipentingkan sehingga sekarang. Watak Sita dalam karya Ramayana dan watak Kannagi dalam karya Silappadhikaramkerapkali dinyatakan sebagai isteri ideal untuk dicontohi oleh wanita-wanita Tamil. Kaum Wanita Harus Dilindungi Kaum wanita sentiasa diumpamakan kepada bunga dalam tradisi Tamil. Ini bukan sahaja kerana kecantikan mereka malahan nilai keibuan yang suci serta kelembutan yang ada pada mereka. Seseorang anak perempuan harus dilindungi oleh bapanya, apabila berkahwin suami harus mengambil tanggungjawab itu, sewaktu usia tua, wanita itu harus dilindungi dan dikasihi oleh anak-anaknya. Ini bukannya bererti kaum wanita itu lemah dan oleh itu mereka harus dilindungi sepanjang hayat, tetapi ini merupakan salah satu cara kaum lelaki menunjukkan penghargaan mereka terhadap kaum wanita. Kajian lapangan membuktikan bahawa majoriti orang Tamil Malaysia tetap menghormati nilai jati diri ini walau pelbagai perubahan kemodenan sudah melanda hidup mereka. Pantang Meminati Suami Orang Meminati suami orang adalah satu nilai buruk yang dianggap amat berat. Pada zaman awal wanita yang meminati suami orang dikenakan hukuman dikerat hidung. Watak Shurpanakha dalam karya Ramayana digambarkan sebagai hidungnya dikerat kerana menaruh minat terhadap Sri Rama, iaitu suami Sita. Hukuman ini amat berat kerana wanita itu terpaksa hidup menaggung penghinaan tersebut sehingga akhir hayatnya. Hukuman yang sebegitu berat dikenakan kerana masih ada orang yang berani melanggar nilai dan peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Nilai jati diri ini masih


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 157 menjadi pegangan orang Tamil Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa masyarakat Tamil Malaysia memberikan tekanan yang amat besar terhadap nilai ini kerana ianya dapat elakkan pelbagai masalah yang berkaitan. Berkahwin Sekali Sahaja Sebutan, Oruvanukku Orutti membawa maksud perkahwinan hanyalah sekali bagi seseorang itu. Majoriti orang Tamil Malaysia tetap berpegang teguh kepada nilai ini sehingga ke hari ini. Nilai ini dipertahankan berdasarkan kepada keadilan kepada kaum wanita. Apabila berkahwin seseorang wanita kehilangan dara (viginity) yang menjadi simbol kesucian diri yang dipertahankan selama itu. Oleh itu si suami dikehendaki menghargai pengorbanan isterinya itu dan bertanggungjawab terhadap isterinya itu sehingga akhir hayat. Amalan berkahwin sekali turut menunjukkan penghargaan serta hormat kaum lelaki terhadap nilai kewanitaan. Salah satu perkara yang penting dalam perkahwinan orang Tamil dan orang India secara keseluruhannya ialah nilai kedaraan bakal pengantin perempuan. Sekiranya bakal pengantin perempuan diketahui tidak dara, kemungkinan besar perkahwinan itu akan dibatalkan. Ini merupakan satu nilai yang amat sensitif dalam masyarakat India. Oleh itu perempuan yang sudah berkahwin boleh dikatakan hilang kelayakan untuk berkahwin semula. Kajian menunjukkan bahawa bagi masyarakat Tamil Malaysia berkahwin dua adalah suatu penganiayaan terhadap kaum wanita. Mereka juga berpandangan bahawa lelaki yang berkahwin lebih daripada satu adalah orang yang menghina nilai kewanitaan dan nilai keibuan. Dalam tradisi orang Tamil, orang yang berkahwin dua atau lebih, dianggap sudah tidak mempunyai harga diri. Orang seperti itu dianggap lebih mementingkan nafsu diri berbanding dengan nilai kewanitaan. Lebih-lebih lagi jika orang tua berkahwin semula, maka orang itu dianggap tidak mencapai sebarang kesedaran dan kematangan dalam hidupnya. Orang seperti itu kerapkali disifatkan sebagai sampah masyarakat. Kajian menunjukkan, bahawa masyarakat Tamil Malaysia tetap berpendirian sedemikian.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 158 Bagi orang Tamil, manusia hendaklah membebaskan diri dari nafsu dan ikatan duniawi sedikit demi sedikit mengikut aliran usia dan menambahkan kesedaran kerohanian, menjadi manusia yang arif lagi bijaksana. Orang tua diharapkan menjadi orang yang lebih terhormat dan menjaga nilai-nilai hidup yang terpuji dan menjadi warga emas yang mempertahankan nilai-nilai jati diri. Inilah antara apa yang diperkatakan oleh ungkapan Melayu yang berbunyi, ‘sepadan tua dengan kerenah’. Perkembangan peribadi sedemikian beserta denga sembahyang dan amalan agama yang betul dikatakan akan menjaminkan suatu kedudukan terpuji bagi seseorang manusia. Keperwiraan Kaum lelaki pula diharapkan dapat mempastikan beberapa nilai diri yang diwarisi turun-temurun dipertahankan untuk menjaga maruah kaum lelaki. Dalam pada itu nilai keperwiraan amat dipentingkan. Kaum lelaki diharapkan tampil kehadapan secara sukarela untuk mempertahankan tanah air. Jika dalam usaha ini seseorang itu terkorban maka orang itu dipuji lagi dihormati sebagai wira yang harus dijadikan contoh teladan. Keluarga perwira yang mempertahankan egara sentiasa mendapat penghargaan dan sanjungan masyarakat Tamil. Pengorbanan mereka sebenarnya menjadi asas kehidupan yang aman damai lagi bahagia keseluruhan rakyat. Sejarah orang Tamil menunjukkan bahawa beberapa dewa minor yang turut dihormati dalam pemujaan sebenarnya adalah watak-watak sebenar yang telah terkorban ataupun berjaya mempertahankan maruah kaum, agama, bangsa dan bahasa. Para ibu Tamil dikatakan akan berbangga jika anak mereka turut terlibat dalam usaha mempertahankan martabat dan kemerdekaan negara, bangsa, bahasa dan agama. Lagu dodoi Tamil turut menegaskan nilai mempertahankan martabat negara. Catatan kesusasteraan Tamil Klasik (Kesusasteraan Sangam) menunjukkan bahawa seorang ibu tua telah berasa bahagia kerana anak lelakinya terkorban di medan peperangan sebagai seorang perwira yang berani. Sifat takut dan pengecut dianggap sebagai satu penghinaan kepada seseorang lelaki. Raja-raja Tamil sejak zaman sebelum masihi lagi berasa cukup bangga dengan parut-parut cedera di dada mereka akibat peperangan yang diketuai mereka dalam mempertahankan negara.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 159 Walaupun penglibatan masyarakat Tamil Malaysia dalam tentera mahupun polis adalah terhad. Tetapi kajian menunjukkan bahawa nilai-nilai jati diri di atas tetap dipersetujui mulia oleh mereka. Menurut sebahagian besar responden, jasa kepada negara boleh disumbangkan dalam pelbagai cara yang lain. Setiap sumbangan positif seseorang perlu dilihat sebagai satu perbuatan keperwiraan. Tanggungjawab Suami Dalam sistem masyarakat India hal-ehwal dalaman keluarga lebih dijaga oleh isteri manakala suami bertanggungjawab mencari nafkah dan menjaga keselamatan keluarga serta lain-lain aspek luaran keluarga. Oleh itu lelaki yang tidak mampu untuk menyara bakal isteri dan anak-anaknya adalah dianggap tidak layak untuk berkahwin. Sebagai membuktikan kehebatannya sebagai seorang lelaki, hendaklah dia melangsungkan perkahwinan dengan wang ringgit hasil usahanya sendiri (halal). Orang lelaki yang tidak dapat menjaga kebajikan, kebahagiaan dan ketenteraman keluarga dianggap sebagai orang yang tidak lagi layak dipanggil lelaki. Mendidik anak dan mencari serta mengusahakan dan menyediakan peluang pendidikan terbaik kepada anak-anak merupakan sifat terpuji kaum lelaki. Dari segi kepimpinan, orang lelaki yang gagal menjaga keluarga dianggap tidak sesuai untuk dijadikan pemimpin rakyat pada sebarang tahap kepimpinan, orang Tamil pegang kepada nilai bahawa kepimpinan itu bermula dari keluarga. Kajian menunjukkan nilai ini dipersetujui oleh masyarakat Tamil Malaysia. Tetapi adalah menjadi pengetahuan umum bahawa bebanan keluarga pada zaman moden ini dikongsi bersama suami dan isteri. Tetapi bagi masyarakat Tamil Malaysia, suami hendaklah tetap menerajui keluarga. Pantang Meminati Isteri Orang Tidak meminati isteri orang merupakan satu nilai yang cukup penting dalam sistem nilai utama masyarakat Tamil. Dalam tradisi orang Tamil, lelaki yang meminati isteri orang


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 160 dianggap sebagai kurang nilai kelelakiannya. Nilai jati diri ini begitu penting sehinggakan sebuah karya agung India iaitu Ramayana diabdikan antara lain untuk menyampaikan ajaran: pantang orang India meminati isteri orang. Orang Tamil turut percaya bahawa orang yang meminati isteri orang akan dilanda bala walau besar mana kedudukan dan kekuatan diri orang itu. Ini jelas digambarkan dengan watak Ravana dalam karya Ramayana. Kajian lapangan membuktikan bahawa masyarakat Tamil Malaysia tetap berpegang pada nilai tidak meminati isteri orang. Kajian juga menunjukkan bahawa kaum lelaki Tamil Malaysia, merasakan perbuatan meminati isteri orang adalah perbuatan yang amat tidak bermoral dan memalukan. Setia Nilai setia terhadap suami, isteri, negara, bangsa dan bahasa dan sebagainya dihormati oleh orang Tamil. Persahabatan yang setia mendapat perhatian orang Tamil. Persahabatan yang sebenar banyak dibincangkan dalam karya agung Tamil, berjudul Thirukkural. Seseorang harus berfikir semasak mungkin sebelum memilih kawan. Setelah pilih jangan lagi disangsikan kesetiaan rakan tersebut. Rakan pula hendaklah orang yang dapat memahami serta tampil membantu secara sukarela. Nilai kesetiaan terhadap orang yang pernah membantu adalah suatu nilai amat dipentingkan oleh masyarakat Tamil. Kesetiaan terhadap majikan juga ditekankan kerana tanpa pendapatan yang halal keluarga tidak dapat disara. Kesetiaan juga merupakan salah satu nilai yang harus diutamakan dalam politik dan sebarang organisasi sosial mahupun agama. Orang yang melanggar nilai ini dikatakan akan tetap menerima padah dan perbuatan ini dipandang amat berat dari segi agama Hindu. Kajian lapangan menunjukkan bahawa hampir setiap responden yang ditemubual bersetuju dengan konsep ini. Tetapi mereka tetap menyuarakan kebimbangan bahawa nilai-nilai ini sedang menghadapi cabaran yang agak besar daripada perkembangan nilai yang secara keterlaluan mementingkan kebendaan.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 161 Kesabaran Nilai kesabaran serta bertenang menghadapi karenah manusia adalah satu nilai terpuji yang dihormati orang Tamil. Ini kerana perbuatan tidak sabar akan membuatkan kita tergopoh-gapah dan mengkaburkan minda. Pepatah Tamil, poruttar bumi alvaar, ponggiyavar kaadalval menjadi pegangan masyarakat Tamil. Pepatah ini membawa maksud, kesabaran akan membolehkan kehidupan yang bahagia manakala ketidaksabaran akan membuatkan seseorang berehat dalam liang lahat di tanah perkuburan. Selain itu, orang Tamil juga berpandangan bahawa kerja yang dilaksanakan secara sabar (tidak bergegas) tidak akan membawa kegagalan. Nilai ini amat dipentingkan oleh orang Tamil kerana ianya dilihat sebagai salah satu alat yang dapat menghasilkan kematangan hubungan sesama manusia. Masyarakat Tamil turut percaya dan yakin bahawa tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui perbincangan. Nilai ini juga dikatakan dapat mengelakkan pertelingkahan dan pergaduhan yang boleh memudaratkan perpaduan sesama kaum dan juga dengan kaum lain. Nilai kesabaran ini amat perlu bagi mereka yang sedang memikul tugas sebarang bidang kerana ianya akan menjaminkan keharmonian sesuatu masyarakat. Mengelakkan Nilai-Nilai Negatif Dalam Pelbagai Keadaan Poi sonna vaaikkup bojanam kidaikaatu, ertinya rezeki pembohong akan terputus. Ini merupakan satu perkara yang sentiasa diingatkan oleh ibubapa Tamil kepada anakanak mereka. Pembohongan adalah satu perkara yang boleh membawa kesan negatif kepada pihak-pihak yang tidak bersalah atau berdosa. Dengan ini orang yang berbohong dianggap tidak berlaku adil. Fitnah merupakan suatu lagi perkara yang amat ditakuti oleh orang Tamil. Fitnah ini akan menidakkan kebenaran. Kebenaran (righteousness) adalah satu unsur yang amat dipentingkan dalam masyarakat Tamil. Kebenaran disifatkan sebagai satu kuasa suci yang akan membawa padah pada orang yang tidak menurutinya. Karya epik Tamil yang amat disanjungi, Silappathikaram antara lain mendokong nilai jati diri ini.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 162 Penn paavam pollaatathu, perbuatan dosa terhadap kaum wanita adalah amat berbahaya. Orang yang membuat perbuatan dosa terhadap kaum wanita khususnya memikat serta menipu kaum wanita, membuat fitnah terhadap mereka, melibatkan mereka dalam perbuatan terkutuk, menghina kaum wanita dan sebagainya akan menanggung dosa yang besar. Dosa ini akan turut ditanggung oleh orang yang bersubahat menjahati kaum wanita. Oleh itu orang Tamil tetap menasihatkan supaya jangan sama sekali menjahati kaum wanita. Bersuhabat merupakan suatu lagi nilai negatif yang ditegur keras dalam tradisi orang Tamil. Ada pepatah yang berbunyi, thushdanaik kandaal thora vilagu, maksudnya jauhilah penjahat. Seseorang itu tidak seharusnya mempunyai sebarang jenis hubungan peribadi dengan orang jahat, jika tidak berdaya menentang kejahatan, tidak besar salahnya daripada menyokong aktiviti orang jahat. Menurut kepercayaan orang Tamil, kemarahan bukan sahaja akan membawa padah pada diri malah kepada mereka yang ada bersama kita. Kemarahan akan melumpuhkan nilai waras dan rasional yang ada pada manusia, dengan itu manusia yang dilanda kemarahan berpotensi untuk melakukan perbuatan yang amat berbahaya pada diri dan orang lain. Itulah sebabnya orang Tamil menyatakan bahawa, aattirak kaaranukkup butti maddu bermaksud akal pemarah adalah pendek. Menaruh minat terhadap harta benda orang lain merupakan satu lagi nilai negatif yang harus dielakkan. Sikap ini jika menebal maka orang yang terlibat akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan nilai kebaikan malah pada ekstremnya mungkin juga akan merompak dan membunuh demi memiliki kekayaan orang. Orang Tamil berpandangan bahawa adalah lebih baik hidup bersedekah daripada merompak dan mencuri. Pelacuran serta orang yang menjadi alku (pimp) adalah disifatkan sebagai sampah masyarakat. Orang yang menjadi alku dilihat sebagai manusia yang paling terkutuk. Pendapatan daripada pelacuran adalah haram. Pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur juga disifatkan sebagai manusia yang tidak bermaruah dan tidak mempunyai harga diri. Mereka ini dikatakan berdosa kerana menjadi sebab utama bagi aktiviti tersebut berterusan. Tiada wanita yang secara sukarela ingin menjadi pelacur, tetapi selalunya mereka ditipu, dikhianati serta dipaksa. Oleh itu tradisi Tamil


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 163 berpendirian bahawa orang yang terlibat dalam perbuatan terkutuk ini dikategorikan sebagai berdosa terhadap kaum wanita dan kesannya adalah amat berat. Pantang melarang atau menghalang kerja kebajikan. Menurut nilai orang Tamil, kerja kebajikan serta membantu orang miskin, berbesar hati menderma adalah amalan terpuji. Jika tidak mampu atau keberatan melakukannya pun tidak mengapa asalkan jangan menghalang orang daripada berbuat kebajikan. Ini disifatkan sebagai salah satu dosa besar (perumpaavam) oleh orang Tamil. Mengelakkan Nilai-Nilai Negatif (Pantang Derhaka) Perbuatan derhaka kepada egara adalah suatu nilai yang amat dibenci oleh masyarakat Tamil. Konsep di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung memang terdapat dalam kalangan masyarakat Tamil. Orang yang derhaka kepada negara tidak boleh dimaafkan dan dosanya tidak dapat ditebus. Sehingga ke hari ini watak-watak penderhaka negara dan bangsa seringkali diingati dengan perasaan yang cukup benci dan ahli keluarga dinasihatkan supaya jangan sama sekali terlibat dalam sebarang kegiatan yang menjurus kepada penderhakaan kepada negara, bangsa, agama dan bahasa. Misalnya watak Ettappan yang telah menderhaka Wira Kattabomman melalui kerjasamanya dengan pihak British sewaktu pemerintahan British di India, diingati oleh orang Tamil sehingga ke hari ini sebagai satu contoh penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan. Derhaka kepada suami adalah juga disifatkan salah sebuah perbuatan dosa yang tidak dapat dimaafkan. Wanita seperti ini dikatakan menjadi racun dalam keluarga dan masyarakat. Perbuatan ini turut mencerminkan martabat keluarga wanita terlibat. Ibubapa kepada wanita seperti itu akan dipersalahkan dan ada kalanya dihina. Mereka terpaksa menanggung penghinaan seperti itu kerana mereka dikatakan gagal menyampaikan nilai-nilai terpuji yang harus dimiliki kaum wanita. Derhaka kepada guru sama ada guru yang menyampaikan pendidikan ataupun guru kerohanian dan mana-mana orang yang memainkan peranan sebagai pendidik dalam pelbagai aspek kehidupan, adalah salah satu perbuatan yang dikategorikan


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 164 sebagai perbuatan yang terkutuk dan tidak boleh dimaafkan. Guru dalam istilah bahasa Sanskrit dan aasiriyar mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Tamil, bererti orang yang dapat menghapuskan kejahilan. Oleh itu jasa guru adalah besar terhadap kita. Ada sebutan dalam bahasa Tamil yang berbunyi, maatha, pitha, guru, teivam bererti ibu, bapa, guru dan tuhan. Dengan itu ilmu yang diperolehi daripada guru akhirnya hendaklah membolehkan seseorang itu memperolehi kesedaran kerohanian. Menurut kepercayaan orang Tamil, ilmu orang yang menderhaka pada guru, akan menjadi tidak berguna sewaktu ianya sangat-sangat diperlukan (dalam bahasa Tamil disebutkan sebagai kattra kalvi uttra kaalattil utavaathu). Selain daripada itu, ada kategori orang derhaka terhadap agama, bahasa dan bangsa. Kategori ini juga dianggap sebagai manusia terkutuk. Menderhaka orang yang menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap kita juga dianggap sebagai perbuatan terkutuk. Derhaka kepada keluarga di mana seseorang pernah member makan dan minum juga disamakan dengan konsep derhaka seperti di atas. Kajian lapangan menunjukkan bahawa masyarakat Tamil Malaysia menganggap perkara di atas adalah penting dan masih perlu diberi perhatian yang serius supaya yang buruk itu dijadikan sempadan. Kerjasama dan Saling Membantu Hidup bersatu padu merupakan suatu lagi nilai orang Tamil. Setiap insan dinasihatkan supaya bekerjasama dalam kumpulan manusia di persekitarannya. Urodu otthu vaal, pepatah Tamil ini menasihatkan supaya hidup bekerjasama dengan orang di persekitaran kita, orang kampung, negeri dan negara. Selain itu orang Tamil turut menyatakan kepenting hidup bersama ini dengan suatu lagi pepatah yang berbunyi, kuudi vaalnthal kodi nanmai, bermaksud besar manfaat jika hidup bersatu padu. Orang Tamil dinasihatkan supaya tidak berpecah belah kerana ini akan membolehkan orang lain mengambil kesempatan terhadap mereka. Ada sebutan Tamil yang menyatakan perkara di atas seperti berikut: Uru irandu patta, kuutthadikkuk kondattam (jika kampung berpecah dua, akan menguntungkan kumpulan seni


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 165 persembahan). Maksudnya orang kampung terpaksa menganjurkan seni pementasan sebanyak dua kali untuk penduduk yang sama kerana mereka tidak dapat bersama. Pepatah tersebut juga mengingatkan orang Tamil bahawa jika tidak bersatu padu, bukan sahaja orang luar akan mengambil kesempatan malah mereka akan membawa keburukan yang lebih besar. Hidup saling membantu serta menjalankan kerja-kerja kebajikan adalah amalan yang terpuji. Hidup mementingkan diri dan keluarganya disifatkan hidup yang hina manakala hidup demi negara dan bangsa disifatkan sebagai hidup mulia. Oleh itu nilai berjasa kepada umat manusia diberikan kepentingan. Malah agama Hindu menegaskan bahawa khidmat kepada manusia adalah khidmat kepada tuhan (makkal tonde Mahesan tondu). Mengenang Budi Mengenang budi orang merupakan suatu nilai yang dihormati dan dipuji oleh masyarakat Tamil. Melupakan budi adalah perbuatan terkutuk, tetapi melupakan (memaafkan) kejahatan orang adalah perbuatan mulia. Orang Tamil sentiasa berwaspada supaya diri mereka tidak digolongkan dalam golongan manusia yang melupakan budi orang. Malah hidup orang yang melupakan budi disifatkan sebagai hidup yang tidak bererti. Pemikir agung dalam tradisi Tamil, Thiruvalluvar dalam karyanya Thirukkural menegaskan nilai ini lalu berkata orang yang tahu menghargai budi orang akan menjunjung budi orang walau nilainya sekecil mana. Orang Tamil amat mementingkan aspek mengenang budi dalam konteks makan minum. Uppittavarai ullalavum ninai, maksudnya budi serta jasa baik orang yang memberikan makan harus diingati dan hargai sehingga akhir hayat. Selain itu orang Tamil juga diingatkan supaya jangan sama sekali derhaka atau buat jahat kepada keluarga yang pernah memberi makan kepada kita. Oleh itu sistem nilai jati diri tradisional masyarakat Tamil sama sekali melarang perbuatan melupakan budi orang yang pernah beri makan.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 166 Kebersihan Nilai kebersihan meliputi kebersihan dalaman dan luaran. Setiap kali seseorang itu membersihkan badannya, hendaklah dia mengingati akan perlu jiwanya turut dibersihkan. Pepatah Tamil menyebut, ‘kanthal aanaalum kasakkik kaddu’, bermaksud, walaupun pakaian itu lama dan tidak elok, ianya hendaklah bersih (dicuci). Yang pentingnya ialah kebersihan dan bukannya kualiti kain atau pakaian tersebut. Amalan makan makanan vegetarian dikaitkan dengan etika tidak mengakibatkan penyeksaan kepada sebarang kehidupan. Masyarakat Tamil Malaysia, mengamalkan amalan ini sekurang-kurangnya dalam upacara-upacara keagamaan. Makanan daging dan kehidupan laut dianggap tidak bersih. Nilai kebersihan ini (vegetarianism) dipandang tinggi dan orang yang mengamalkan nilai ini turut dihormati. Hidup Bermaruah dan Kenal Malu Hidup bermaruah adalah salah satu nilai yang asas dalam kehidupan masyarakat Tamil. Bagi mereka kematian akan menjadi pilihan yang terhormat daripada hidup tercemar maruah. Nilai ini turut ditegaskan dalam karya agung Tamil, Thirukkural. Perlunya menjaga harga diri dan maruah sering diajarkan serta bersebati dalam diri masyarakat Tamil. Derhaka kepada negara dan bangsa serta bahasa, derhaka kepada agama dan kepercayaan, berlaku tidak adil, berbohong sehingga kepentingan dan kebajikan orang terjejas, menerima pendapatan yang tidak halal (rasuah), menyalahgunakan harta awam, terlibat dalam perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk adalah antara beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan nilai ini. Orang Tamil berpandangan bahawa lebih baik hidup bersedekah daripada hidup mewah hasil pendapatan hina, juga ditegaskan bahawa seluruh keturunan orang yang salah gunakan harta kuil akan rosak binasa. Setiap individu dikehendaki mempertahankan maruah diri dengan menyara hidupnya sendiri dan tidak menampung hidup pada kekayaan ataupun wang ringgit orang lain.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 167 Berlaku Adil Berlaku tidak adil adalah salah satu nilai jati diri buruk yang dibenci oleh masyarakat Tamil. Ia bertentangan dengan sifat dan fitrah alam semulajadi serta hidup bermasyarakat. Cahaya matahari dan bulan, angin badai, hujan dan elemen alam semulajadi yang lain tidak pernah pilih kasih terhadap sebarang manusia. Walau berapa besar atau tinggi martabat seseorang, air hujan tetap akan membasahkannya, cahaya matahari tidak pernah merendahkan keterikkan panasnya terhadap orang tertentu. Inilah iktibar yang diambil oleh orang Tamil daripada alam semulajadi. Bagi orang Tamil antara sifat terpuji tuhan adalah Yang Maha Adil. Pemerintah pula dilihat sebagai pembayang tuhan di atas bumi dan oleh itu pemerintah adalah bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan. Orang Tamil berpegang teguh nilai adil; jika diabaikan tuhan akan menjadi murka dan ketidakadilan itu akan tetap diatasi akhirnya. Oleh itu nilai keadilan itu dianggap suci, jika kesucian itu dicemari maka orang yang terlibat akan menerima padahnya. Hormat Menghormati Saling menghormati antara satu sama lain merupakan satu lagi nilai yang penting. Hormat kepada ibubapa dan sanak-saudara menurut pertalian masing-masing sentiasa dijaga. Dalam pada ini hormat pada orang tua adalah penting. Pada asalnya cara untuk menghormati ialah sujud pada kaki mereka untuk mendapatkan restu. Ini kerana restu orang tua dikatakan akan membawa kebaikan kepada orang muda. Tetapi amalan ini di Malaysia sudah berkurangan. Kini hanya orang suci seperti guru agama dan orangorang yang terhormat dalam masyarakat sahaja mendapat penghormatan seperti ini selain ibubapa. Orang muda harus menanti orang tua duduk sebelum dirinya duduk. Duduk menyilang kaki (cross one’s legs) di hadapan orang yang lebih tua adalah tidak dibenarkan, ini termasuklah ibubapa, orang tua (tidak kira sama ada dikenali atau tidak) guru dan lain-lain. Apabila makan bersama juga orang tua harus diutamakan.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 168 Dalam upacara sembahyang dan upacara-upacara yang lain juga orang muda harus mendahulukan orang tua, sama ada dalam susunan tempat duduk ataupun mengambil bahagian dalam upacara tersebut. Kaum lelaki sama ada tua ataupun muda dikehendaki menggunakan bahasa yang sesuai sewaktu berbicara dengan sebarang orang, khususnya kepada kaum wanita. Penggunaan sebarang kata-kata yang bersifat kurang sopan harus dielakkan sama sekali. Berbudi Bahasa Dalam keluarga cakap orang tua harus dihormati. Orang muda tidak dibenarkan menegur kesilapan orang tua di khalayak ramai. Orang muda juga tidak sepatutnya meninggikan suara kepada orang tua. Sekiranya bapa membicarakan sesuatu dengan orang luar, anak tidak dibenarkan mencelah perbualan mereka secara tiba-tiba. Sekiranya ada perkara penting yang harus disampaikan maka ianya hendaklah dibisik kepada bapa atau membawanya masuk seketika untuk maklumkan perkara tersebut. Ini merupakan nilai hormat yang diberikan kepada bapa selaku ketua keluarga. Amalan meminum minuman keras, merokok, berjudi dan sebagainya adalah perbuatan larangan (haram) bagi orang Tamil. Namun demikian masih ada yang tanpa rasa malu melakukannya secara sembunyi atau terang-terangan. Dalam masyarakat Tamil, amalan buruk ini ditegah daripada dilakukan di hadapan orang tua. Orang muda sama sekali tidak dibenarkan memanggil orang tua dengan menggunakan nama mereka. Ini dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Perlu diambil perhatian bahawa orang Tamil menegaskan bahawa seseorang harus memiliki budi pekerti tinggi dan menghormati semua tidak kira muda atau tua.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 169 Mengunjung Rumah Orang Membawa buah tangan adalah salah satu adab mengunjung yang diwajibkan dalam tradisi orang Tamil. Buah tangan menandakan kasih serta kesudian kita berkongsi kegembiraan dengan tuan rumah. Buah tangan ini tidak semestinya sesuatu yang mahal. Melangkah masuk kaki kanan merupakan suatu lagi adab yang penting. Apabila masuk ke dalam rumah, kaki kanan harus didahulukan. Amalan ini lebih dipentingkan sewaktu perkahwinan dan perayaan-perayaan utama. Kaki kanan menandakan kekuatan serta kejayaan, dan juga menandakan keakuran serta hormat kita kepada nilai-nilai asas manusia atau tuan rumah yang dilawati. Ucapan vanakkam adalah penting. Perkataan vanakkam bukan sahaja digunakan bagi menggantikan ucapan selamat pagi, petang dan sebagainya. Lebih daripada itu vanakkam bagi orang Tamil membawa erti berikut, “saya menghormati sifat ketuhanan yang ada pada tuan/puan”. Menurut falsafah kepercayaan orang Tamil (Saiva Sidthanta) tuhan berada di dalam, bersama dan di luar seseorang. Ini bersesuaian dengan pegangan asas orang Hindu, tuhan berada di mana-mana sahaja. Seseorang itu diwajibkan rasa makanan di rumah yang dikunjungi. Ini menandakan kesediaan kita untuk menerima layanan mereka serta menandakan kepercayaan kita terhadap mereka. Jika tolak makanan, maka ianya akan dianggap sebagai suatu penghinaan kepada tuan rumah. Oleh itu sekurang-kurangnya seseorang tetamu diharapkan dapat minum air biasa yang diberikan oleh tuan rumah. Sebagai tanda menamatkan kunjungan, tetamu hendaklah mohon diri diikuti dengan persetujuan tuan rumah. Melayan Tetamu Tetamu hendaklah dilayan dengan penuh mesra. Apabila dihidangkan makanan tetamu diberikan keutamaan. Jika menggunakan daun pisang untuk menghidang makanan, adalah lebih baik tetamu diberikan talai vaalai Ilai iaitu bahagian hujung daun pisang.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 170 Bahagian hujung daun pisang secara simbolik menandakan keutamaan. Ini merupakan usaha murni tuan rumah untuk menjaga hati tetamu. Setelah makan, daun pisang harus dilipat ke arah kita. Ini secara simbolik menandakan kita terima dan suka akan makanan yang dihidangkan. Walau musuh, sekiranya datang ke rumah, adalah menjadi kewajipan tuan rumah untuk menjemputnya masuk lalu memberikan layanan yang baik. Amalan ini perlu untuk membuka jalan bagi pihak yang bertentangan mencari penyelesaian. Sekiranya musuh datang ke rumah, maksudnya ialah orang itu datang dengan misi menamatkan permusuhan. Jika musuh itu sudi makan di rumah kita maka selesailah permusuhan itu. Mencari Kekayaan Orang Tamil selalunya dikatakan tidak mementingkan kehidupan duniawi dan lebih mementingkan hal-hal kerohanian. Ada yang berpendapat bahawa mengumpulkan harta benda adalah bertentangan dengan nilai hidup masyarakat Tamil. Tetapi tradisi Tamil tidak pernah melarang pencarian serta pengumpulan harta, asalkan cara mencari harta itu adalah halal dan harta yang dikumpulkan itu digunakan untuk kebaikan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Itulah sebabnya tradisi Tamil menyeru manusia mencari harta walau terpaksa merentangi lautan bergelora yang luas terbentang (tirai kadal odiyum tiraviyam tedu). Kesimpulan “Kalau tak kenal maka cinta tidak berputik”, begitulah rupanya nilai saling hormat menghormati antara kaum tidak akan terjalin secara berkesan, tanpa mengenali jati diri kaum lain yang hidup bersama. Apabila nilai agama, budaya, moral dan estetika kaum lain diperjelaskan oleh mereka sendiri, pelbagai tafsiran dan salah tanggapan dapat diatasi. Hal ini akan membolehkan seseorang itu memahami jati diri masyarakat yang lain. Pemahaman ini akan membuka ruang persahabatan antara kaum yang lebih matang lagi bermakna. Pemahaman dan persahabatan ini akan menjadi salah suatu asas perpaduan yang bertenaga bagi masyarakat Malaysia buat selama-lamanya.


Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India 171 Bibliografi Andre Beteille, 1969. Social Inequality: Selected Readings. Baltimore: Penguin Books. Arasaratnam, S., 1969. Indian Festivals in Malaya. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya. Bailey, Kenneth, P.,1984. Kaedah Penyelidikan Sosial. Diterjemah oleh Hasim Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Basham,A.L, 2002. The Wonder that was India: A Survey of the History and Culture of the Indian Sub-continent Before the Coming of the Muslims. New Delhi: Rupa & Co., Edisi ke-38. Baskaran Suppiah, 1991. Pola Perkahwinan di Kalangan Masyarakat India Beragama Hindu, Satu Kajian Perbandingan di antara Kawasan Luar Bandar dan Bandar. Latihan ilmiah, Jab. Antropologi dan Sosiologi U.K.M. Gonda, J. (Jan), 1973. Sanskrit in Indonesia. New Delhi: International Academy of Indian Culture, Edisi ke-2. Kalai Kalanciyam, 1956. Madras: Tamil Valarccik Kalakam, Jilid 4. Kamus Dewan, Edisi ke-4 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kiruttinan, A., 2000. Tamil Culture: (Religion, Culture and Literature). Delhi: Bharatiya Kala Prakashan. “Languages by number of speakers according to 1991 census”. Central Institute of Indian Languages. http://www.ciil.org/Main/Languages/map4.htm. Rujuk pada 24.03.2009 Lee, Raymond, 1987. Sanskritization and Tamilzation: Competing Paradigms in Malaysian Hindu Identity. Kuala Lumpur. Loganathan, K.,1986 Hindu View of National Culture. Kertas Kerja Seminar on National Culture pada 22 hingga 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur. Mardzelah binti Makhsin, 2006. Sains Pemikiran dan Etika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publication. Parrinder,Geoffrey, 1961. Worship in the World’s Religions. London: Faber and Faber Ltd. Rabindra, Daniel, J, 1992. Indian Christians in Peninsula Malaysia. Kuala Lumpur: Tamil Annual Conference (TAC), Methodist Church, Malaysia. Radhakrishnan, S. dan Charles A. Moore (ed.), 1957. A Source Book in Indian Philosophy. Princeton: Princeton University Press. Radhakrishnan, S., 1966. Religion and Society. London: G. Allen and Unwin. Radhakrishnan, S., 1977. Indian Philosophy. Jilid 2. London: George Allen & Unwin Ltd., Edisi ke-10 yang disemak.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 172 Rajakrisnan, R. dan Rajantheran, M., 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Rajantheran .M dan Manimaran. S., 2006. “The Indian: Clasification, Origin and Social Organization.” The Encyclopedia of Malaysia: Peoples and Tradiditions. Singapore: Editions Didier Millet. Rajantheran, M., 1994. Kepercayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Bhd. Rajantheran, M.& Manimaran, S., 1994. Adat dan Pantang Larang Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Bhd. Rajantheran, M.& Manimaran, S., Perayaan Orang India, Fajar Bakti Bhd.,Kuala Lumpur, 1994. Rajoo, R., 1975. “Urbanization and Hinduism in Malaysia”. Kertas Kerja Forum Kali ke-2 pada November 1992. Rajoo, R., 1975. Patterns of Hindu Religious Beliefs and Practices Among the People of Tamil Origin in West Malaysia. Disertasi Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rajoo, R., “Tamil sub-ethnicity and culture in West Malaysia,”. Kertas kerja 6th International Conference Seminar of Tamil Studies pada 15 hingga 19 November 1987 di Kuala Lumpur Sandhu,K., 1969. Indian in Malaya: Some Aspects of their Immigration and Settlement (1780- 1957). London: Cambridge University Press. Satguru Sivaya Subramuniyaswami, 1993. Dancing with Siva: Hinduism’s Contemporary Catechism. Concord: Himalayan Academy. Edisi ke-4. Singaravelu. S., 1966. Sosial Life of the Tamils: The Classical Period. Kuala Lumpur: Department of India Studies, University of Malaya. Sohbana a/p M.K. Nambiar, 1990. Ritus Perkahwinan di Kalangan Orang-Orang Tamil dan Malayalee. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Srinivas, M.N., 1965. Religion and Society Among the Coorgs of South India. New Delhi: Asia Publishing House. Srinivasa Iyengar, P. T., 1995. Pre-Aryan Tamil Culture. New Delhi: Asian Educational Services. 1982. Tamil Lexicon. Madras: University of Madras. Thani Nayagam, Xavier S. (Xavier Sranilas), 1997. Tamil Culture and Civilization; Readings: The Classical Period. Chennai: International Institute of Tamil Studies. Walker, Benjamin, 1968. Hindu World: An Encyclopedic Survey of Hinduism. London: George Allen & Unwin Ltd. Jilid 1.


Jati Diri Dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global Mohd Yusof Hasan* Universiti Pendidikan Sultan Idris * Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Hasan adalah felo Penyelidik, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 174 Pengenalan Dalam dunia globalisasi yang hebat membangun dengan kemajuan sains serta teknologi dan unsur-unsur kebendaan yang melanda kehidupan manusia, ternyata unsur-unsur nilai-nilai murni yang membentuk jati diri dan patriotisme manusia semakin terhakis. Nilainilai murni yang terdapat pada aspek etika, moral dan akhlak perlu disedari, difahami, dimiliki, dihayati dan diamalkan secara global supaya manusia tidak terjerumus dalam kancah kemunduran dan kehinaan dalam menghadapi era gelombang globalisasi. Tun Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam ucapannya bertajuk “Globalisation and its Impact on Developing Economics” pada 10th World economic Development Congress di Kuala Lumpur pada 27 Jun 2011 menganggap globalisasi sebagai satu “new economic religion” – agama ekonomi baru. Katanya: “The sacred truths of the new economic religion called “globalisation” or the “market system” or “neoliberalism” are very simple and completely clear. The penalty for any developing-country leader who does not get up every morning to declaim these sacred truths, are altogether well known”. Secara sinisnya, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa ia tidak bertaksub dengan “agama baru” ini: “I am not a wide-eyed believer in this new religion – a religion which so insistently demands complete, unquestioning belief and complete, unquestioning obedience – especially from the poor and the weak, especially when they are in great and urgent need of money”. Bagi menghadapi gelombang globalisasi ini, Tun Dr. Mahathir menjelaskan lima cabaran yang perlu ditangani iaitu: cabaran pemikiran, cabaran kebenaran, cabaran kesaksamaan dan keadilan, cabaran keuntungan bersama, dan cabaran mewujudkan dunia yang lebih prihatin dan penyayang – iaitu “a world where the winner does not take all and the loser not lose all, where much success must go to the strong and competitions, without the weak and the uncompetitive having to desced to the depths


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 175 of hell”. Ia menjelaskan bahawa terdapat dua prinsip globalisasi iaitu keberkesanan ekonomi dan pesaingan ekonomi. Bagi menangani gejala globalisasi ini, Tun Dr. Mahathir menggariskan lima prinsip strategi: “the principle of rationality”, “the principle of readiness”, “the principle of representation”, “the principle of responsibility”, and “the principle of self-determination”. Tun Dr. Mahathir juga menganggap globalisasi sebagai “Penjajah besar zaman kedua” – “the Second Great Age of Colonialism” yang melanda hidup kita. Untuk kita di Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyatakan cukuplah sudah penjajahan selama 450 tahun. “Malaysia must be free. We must be free to decide our future for ourselves”. Globalisasi juga mempunyai hubungkait dengan keadaan “dunia tanpa sempadan” dan “dunia sebagai kampung kabilah”. Bila dunia tanpa sempadan dan dunia menjadi kecil, kuasa-kuasa besar dapat bermaharajalela. Mereka mampu membeli negara kecil dan mampu membeli ahli-ahli politiknya. Katanya: “Certainly they can buy our politicians…. They are truly powerful and very influential. Their governments have to do their bidding and so must other governments. Reducing investments, currencies, pressuring governments to change and to legislate in their favour and a host of other things can be done by these giants which will be good for the country in which they operate or in a world at large”. Globalisasi kata Mahathir menyebabkan negara-negara maju menakluki negaranegara yang mundur: “A globalised, borderless, deregulated world is what the advocates of globalization are pushing for. How would we know when we are invaded if we have no borders? Invasion need not take the form of armies marching into our countries. We can be invaded by businessmen, by banks, by corporations, by ideas and values and moral codes which are alien to us. The effect is the same as a military invasion. In fact, it is worse than that. Every aspect of our lives will be invaded. Our minds will be invaded. Even our religion will be invaded”.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 176 Dalam buku Globalisation and the New Realities (2002), Tun Dr. Mahathir Mohamad membicarakan banyak tentang isu-isu globalisasi, cabaran, impaknya terhadap negaranegara dan strategi menghadapi globalisasi. Sebagai pemimpin sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, Tun Dr. Mahathir banyak bercakap tentang kebimbangannya terhadap masalah-masalah yang dibawa oleh gelombang globalisasi. Beliau amat bimbang tentang pengaruh-pengaruh negatif terhadap kebudayaan, ekonomi, kuasa militari, proses demokrasi dan penjajahan semula di negara-negara kecil. Misalnya, pengaruh media dan teknologi yang datang bersama globalisasi terhadap para belia. Katanya: “Today’s youth already wear the same uniforms the jeans. They keep their hair long and as untidy as possible. They only care for the pleasures of life. They have little regard for traditional values, for age and the family and institution such as marriage and family”. Tun Dr. Mahathir banyak bercakap tentang “New World Order”, “Planet Earth”, “Information Age”, “Big Brother” dan “Utopia” bagi menghadapi gelombang globalisasi yang melanda masyarakat dunia. Tun Dr. Mahathir, dalam dua nada: pesimes dan optimis berkata: “Of course, globalisation may bring about Utopia, a paradise on earth, a world of plenty in which everyone can have everything. But nothing that has happened so far seems to justify this Utopia dream. Just as the ending of the Cold War has brought about death unrestricted. In return, or rather by right the rich will have access to the markets of the poor. This sounds absolutely fair. The playing field will be level, not titled to favour anyone. It will be a borderless world. It will be just one world. The whole planet Earth will be as one nation, and everyone will be earthlings, not subjects of countries or nations. Only then will globalizations be achieved”.


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 177 Tun Dr. Mahathir juga berbicara tentang nilai-nilai “ethics and morality”, “caring and compassionate” dan “kinder dan gentler” yang amat kurang dalam proses globalisasi yang dirancangkan oleh kuasa-kuasa besar dunia, terutama sekali pihak Barat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengelak daripada gelombang globalisasi. Katanya; “The fact that globalization has come does not mean we should just sit and watch as the predators destroy us”. Dengan keadaan demikian, Tun Dr. Mahathir menyeru kepada rakyat Malaysia dan umat Islam agar tidak berpeluk tubuh tetapi bersiap sedia menghadapi dan menangani globalisasi dengan seruannya yang amat jelas sekali. Katanya: “We the moderates and the rational must try to understand globalization, the technology that is driving it and the inevitability of globalization in some form or another. Understanding this we must prepare ourselves not only to fend off the developed countries in both information technology and industrial capacity. We must not miss this opportunity if we want it preserve our independence and the essence of our religion and values. Whether the impact of globalization on us will be beneficial or not depends upon us. Blaming others will get us nowhere. Remember the Quranic injunction that Allah will not change the fate of those who do not try to improve their fate themselves. Remember also that all that is bad is due to our own doing, all that is good comes from Allah”. Begitulah kemelut yang dibawa oleh badai globalisasi yang penuh pancaroba kepada umat manusia. Ternyata konsep baru ciptaan kuasa besar dunia ini mencampakkan diri kita dalam kekalutan dan krisis yang berpanjangan. Ciri-ciri globalisasi seperti berunsur materialisme dalam ekonomi, keuntungan dalam pemasaran, pengeksploitan dalam teknologi, kurang keperikemanusiaan, lemah dalam spiritual, “siapa kuat siapa selamat”, penindasan, ketidakadilan, penjajahan semula dan ketidak terbukaan dalam kalangan negara kaya dan negara miskin membawa kepada kemudaratan jati diri dan patriotisme manusia.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 178 Jati diri dalam istilah Inggerisnya ialah identity. Mengikut Dictionary of Contemporary English, Fifth Edition (2009): Identity bermaksud - the qualities and attitudes that a person or group of people have , that make them different from other people, - national/ cultural/social etc identity (=a strong feeling of belonging to a particular group,race etc), identity crisis/ crisis identity (= a feeling of uncertainty about who you really are and what your purpose is).” Perkataan patriotisme pula bermaksud satu fahaman apabila “someone who loves their country and is willing to defend it – used to show a approval; patriotic having or expressing a great love of your country. Jati diri atau identity yang bermaksud sifat dan sikap peribadi dan patriotisme yang bermaksud cinta dan kasihkan tanah air itu boleh dipupuk melalui nilai-nilai global yang terdiri daripada akhlak addinul Islam, prinsip-prinsip kenegaraan Malaysia, kepercayaan dan keagamaan, etika sekular Barat, hak asasi manusia, nilai-nilai etika pengurusan dan karya-karya tentang nilai-nilai murni antarabangsa. Akhlak Addinul Islam Addinul Islam mempunyai tiga aspek utama yang jelas iaitu: akidah, syariah dan akhlak. Akidah ialah aspek ketauhidan dan keimanan yang berteraskan kepada enam Rukun Iman. Syariah ialah perjalanan ibadah dan amalan kehidupan seharian yang merangkumi aspek-aspek lima Rukun Islam, muamalat, munakahat dan jenayat iaitu meliputi aspekaspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi dan sebagainya. Aspek akhlak ialah merupakan nilai-nilai murni yang terdapat pada empat prinsip hubungan manusia iaitu: manusia dengan Khaliqnya, manusia dengan dirinya, manusia dengan manusia lain dan manusia dengan alam sekitarnya. Bagi membincangkan tentang akhlak manusia, kita rujuk kepada buku yang bertajuk: The Ideal Muslim: The True Islamic Personality as Defined in the Quran and Sunnah (1997) oleh Muhamad Ali al-Hashimi. Buku tersebut terbahagi kepada sembilan bab yang menerangkan sifat-sifat manusia dalam hubungan sebagai hamba Allah dan khalifah sesama manusia. Bab 1: The Muslim and his Lord menjelaskan bagaimana seseorang Muslim berhubung dengan Tuhannya dengan mentaati suruhan-Nya dan menerima kudrat


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 179 iradat daripada Allah, serta mencari keredaan Allah. Bab 2: The Muslim and his own self menjelaskan bahawa seorang Muslim perlu menitikberatkan aspek-aspek jasmani, minda dan rohaninya. Bab 3: The Muslim and his Parents iaitu hubungan kasih sayang dengan kedua ibu bapanya. Bab 4 ialah perbincangan tentang perhubungannya dengan isterinya dan Bab 5 hubungan dengan anak-anaknya. Bab 6 adalah The Muslim and his Relatives iaitu dengan adik-beradiknya dan bab 7 ialah tentang hubungannya dengan jiran tetangganya. Bab 8 adalah tentang The Muslim and his friends and brothers in faith. Bab 9 yang agak panjang menerangkan peranan The Muslim and his Community/ Society – dalam masyarakatnya. Buku ini mengandungi bab-bab tentang akhlak manusia dalam hubungannya dengan manusia di sekelilingnya sebagai khalifah sesama manusia dan gerak laku manusia dalam hubungannya dengan Allah SWT iaitu masing-masing sebagai khalifah dan hamba. Dalam bahagian etika, kita membicarakan tentang konsep gerak laku dalam Islam. Etika dalam sistem masyarakat sekular Barat mementingkan kebaikan dan kesejahteraan hidup. Akhlak Islam ini amat penting dalam pengurusan kehidupan dalam pembinaan paradigma pemikiran bangsa Malaysia dan global. Nilai-Nilai Murni Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sangat mementingkan nilai murni untuk disedari, difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyatnya. Aspek ini terdapat prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Tonggak 12 Jabatan Perkhidmatan Awam dan Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang menjadi amalan rakyat Malaysia iaitu: 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan Undang-Undang 5. Kesopanan dan Kesusilaan


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 180 Pada tahun 1998, pihak kerajaan mengadakan Falsafah Pendidikan Negara sebagai teras dasar pendidikan dan pada tahun 1996. Falsafah berkenaan diubah dan diganti dengan memasukkan unsur-unsur keluarga, masyarakat dan negara seperti berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Pihak Jabatan Perkhidmatan Negara (JPA) Malaysia juga amat sangat-sangat mementingkan etika dalam perkhidmatan kerajaan untuk menambahkan produktiviti dan bersikap bersih, cekap dan amanah. Etika yang dikenali sebagai “Tonggak 12” ini adalah untuk kepentingan rakyat dalam pembangunan negara. Etika ini juga adalah bertujuan memperbaiki hubungan antara kerajaan dengan rakyat dan hubungan kementerian dan jabatan kerajaan. “Tonggak 12” – itu merangkumi aspek-aspek berikut: 1. Menghargai Masa 2. Ketekunan Membawa Kejayaan 3. Keseronokan Bekerja 4. Kemuliaan Kesederhanaan 5. Ketinggian Peribadi 6. Kekuatan Sifat Baik Hati 7. Pengaruh Teladan 8. Kewajipan Menjalankan Tugas 9. Kebijaksanaan Berhemat 10. Keutamaan Kesabaran 11. Peningkatan Bakat 12. Nikmat Mencipta


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 181 Kedua-dua belas tonggak itu menjadi faktor unsur-unsur kemanusiaan dalam pengurusan dan pentadbiran awam. Dalam Wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran: 1. Mewujudkan bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. 2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. 3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. 4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. 5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. 7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. 9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 182 Nilai Kepercayaan dan Keagamaan Global. Dalam bahagian ini, dibincangkan beberapa nilai yang universal sebagai hanya satu pemahaman dan satu bandingan sahaja kepada usaha-usaha pembinaan paradigma pemikiran Melayu. Nilai-nilai universal itu diambil dari kepercayaan agama Hinduisme, kepercayaan Buddhisme, agama Kristianiti dan falsafah Konfucionisme, hak-hak asasi manusia dan ciri-ciri etika dan falsafah Barat. Pemikiran universal atau sejagat ini sesuai dengan perkembangan dunia hari ini dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Pembinaan paradigma pemikiran tamadun atau peradaban Melayu yang terangkum dalam pemikiran luhur, lahir, logik, lateral secara bersepadu itu dapat dibanding dengan nilai-nilai universal. Perbandingan ini dapat memperkukuhkan dan memantapkan paradigma pemikiran Melayu yang menuju ke arah satu pembinaan tamadun atau paradigma yang sejagat di peringkat antarabangsa. Nilai-nilai sejagat yang diambil dari beberapa kepercayaan yang berikut ini meliputi perkara-perkara yang disuruh dan dilarang dalam konteks individu, keluarga dan masyarakat. Untuk menjamin keselamatan individu, kepercayaan agama melarang seseorang itu dari meminum arak, kegiatan berjudi, berzina dan bersifat zalim. Kesemua ajaran Hinduisme, Buddhisme dan Kristianiti melarang perbuatan-perbuatan tersebut. Perbuatan berjudi merosakkan ekonomi rumahtangga, perbuatan minuman arak yang memabukkan boleh merosakkan pemikiran, perbuatan berzina merosakkan zuriat dan hubungan kekeluargaan, dan perbuatan zalim boleh menyebabkan kerosakan kemanusiaan dan tali sillaturrahim. Dalam ajaran Hinduisme, terdapat ajaran yang dipanggil “Yamas” yang mengandungi lima konsep “satya” tidak menipu dan amanah; “ahimasa”- sikap terpuji dan pemikiran yang baik, “aparigraha”- tidak tamak dan haloba, “bramacharia” sikap terpuji dari segi fizikal dan rohani; dan “asteya”- tidak mencuri dan menghasut. Satu lagi konsep ialah “Niyamas” yang mengandungi lima prinsip, iaitu: “saucha”- suci gerak laku; “tepaha”- sabar dan bantu-membantu orang lain; “santhosa”- kepuasan hati dan menghormati orang lain; “saudhaya”- disiplin dan meluaskan ilmu; dan


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 183 “iswariaparanidha”- memberi derma tanpa harapan balasan. Kedua-dua prinsip itu ternyata memperlihatkan peranan individu dan hubungannya dengan orang lain. Dalam kepercayaan Buddhisme terdapat konsep-konsep dan nilai-nilai baik dalam peraturan-peraturan Pancasila, Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia Lapan Berlapis. Dalam Pancasila terdapat lima larangan iaitu menghindari diri dari mengambil barang yang tidak diberikan, menghindari diri dari perbuatan zina, menghindari diri dari berdusta dan menghindari diri dari minuman keras yang dapat melemahkan kesedaran. Kepercayaan Buddhisme berteraskan empat kebenaran mulia iaitu: kebenaran tentang dukkha atau kesengsaraan, kebenaran tentang sebab musabab kesengsaraan, kebenaran tentang penghapusan kesengsaraan dan kebenaran tentang cara menghapuskan kesengsaraan. “Jalan mulia lapan lapis” adalah mencerapkan caracara menghapuskan kesengsaraan iaitu: pandangan yang betul, pemikiran yang betul, pertuturan yang betul, perbuatan yang betul, pekerjaan yang betul, kesedaran yang betul, tumpuan yang betul dan pemahaman dan usaha yang betul. Selain dari itu, kepercayaan Buddhisme menitikberatkan hubungan di antara seseorang dengan seorang yang lain yang dipanggil mengikut enam arah: iaitu hubungan suami isteri, hubungan ibu bapa dan anak, hubungan majikan dan pekerja, hubungan guru dan murid, hubungan sami dan pengikut serta hubungan pemimpin dengan yang dipimpin. Dengan cara-cara itu, ajaran Buddhisme meletakkan empat prinsip kepercayaan iaitu: melakukan kebaikan, mencari kebenaran, menyucikan pemikiran dan mengelakkan kejahatan. Bagi kepercayaan Kristianiti pula, terdapat unsur kesejahteraan kehidupan dan kasih sayang melalui kepentingan etika, pengajaran, harapan dan kasih sayang. Di antara rukun-rukun kehidupan individu dan keluarga yang terdapat suruhan dan larangan dalam Ten Commandments ialah: hormatilah kedua ibu bapa, jangan membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan berdusta dan jangan mengingini hak jiran tetangga. Terdapat lagi anjuran kebaikan seperti sifat dan sikap rajin berusaha, berbuat baik, mengawal nafsu, tekun bekerja, memberi kemaafan dan pemikiran yang baik. Dalam New Testament terdapat ajaran-ajaran mementingkan etika, menghormati orang lain, tidak menipu, bersifat rendah diri, mengasihi jiran tetangga, tidak tamak,


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 184 bercakap benar, tidak sombong, tidak berbohong, tidak membunuh, tidak merancang maksiat dan kejahatan, tidak mengingini perbuatan jahat, tidak mengadakan saksi palsu dan tidak mencambahkan kebencian sesama manusia. Pengajaran Confucianisme yang diasaskan oleh ahli falsafah China, Confucius mementingkan nilai-nilai baik dalam diri individu dan hubungannya dengan manusia lain. Ajaran ini berteraskan kepada dua sistem iaitu lima kebaikan dan lima hubungan. Lima kebaikan ialah untuk individu dan lima hubungan ialah sifat-sifat hubungan dengan manusia lain. Lima kebaikan ialah dipanggil melalui konsep-konsep ren, li, yi zhi dan sin. Dalam konsep ren itu sendiri merangkumi sifat-sifat individu iaitu bersopan santun, hati terbuka, kebolehpercayaan, rajin berusaha dan bersifat lemah lembut. Sifat-sifat individu dalam ren menjadi asas kemanusiaan yang membawa kebaikan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat. Ren merangkumi nilai seperti berani, bitara, cemerlang, berperikemanusiaan dan bermoral tinggi. Terdapat lagi sifat-sifat dalam prinsip li yang merangkumi prinsip hidup, politik, peraturan, upacara, norma sosial dan sebagainya. Dalam prinsip yi, terdapat sifatsifat yang mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan yang tercetus dari dalam diri manusia itu sendiri tanpa dipaksa-paksa. Prinsip zhi ada terangkum dalam sifat-sifat kebijaksanaan dan kualiti diri manusia yang boleh menjadi pemimpin kepada orang lain. Prinsip sin adalah merangkumi sifat-sifat bijaksana dan berhemah tinggi dalam hubungan dengan orang lain. Selain dari itu, pengikut aliran ini juga dikehendaki mempunyai sifat-sifat zhong dan shu yang bermaksud dedikasi, kasih sayang, toleransi dan sifat simpati kepada orang lain, manakala xiao pula adalah sifat menghormati dan mematuhi kedua-dua ibu bapa. Sifat-sifat yang disebut ini menjadi manusia itu penuh dengan budiman dan berhati mulia. Selain dari lima kebaikan dan tambahan-tambahannya itu terdapat pula lima hubungan dalam etika sosial masyarakat yang dianjurkan oleh Konfucius; iaitu hubungan pemerintah dengan menteri pemerintahan negara; hubungan bapa dengan anak dalam keluarga; serta hubungan abang dengan adik; hubungan suami dengan isteri dan hubungan di antara kawan-kawan. Hubungan yang harmoni di antara pihakpihak tersebut menjamin kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya.


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 185 Demikian kita melihat betapa terdapat pemikiran universal yang dicetuskan dari ajaran agama Hinduisme dan Kristianiti dan kepercayaan Buddhisme dan Konfucianisme. Ternyata keempat-empat pengajaran itu mementingkan sifat-sifat individu menjadi asas pemikiran yang membawa kesejahteraan ummah seluruhnya. Di bahagian-bahagian berikut ini pula, dibincangkan sifat-sifat dan ciri-ciri yang terdapat dalam Hak-hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan etika sekular Barat yang dianjurkan oleh ahli-ahli falsafah Barat yang mementingkan nilai murni dalam sistem moralitinya. Etika Sekular Barat Fahaman sekular Barat ini menganggap etika sebagai sesuatu perbuatan yang baik, sebagai tugas dan tanggungjawab yang menuju ke arah keadilan sosial dan kebahagiaan hidup. Fahaman ini lebih bersifat duniawi semata-mata. Matlamat etika jenis ini ialah untuk dua aspek sahaja iaitu sama ada perbuatan itu baik atau jahat, memberi manfaat atau mudarat yang membawa kepada pain atau pleasure seseorang manusia. Terdapat kaedah-kaedah besar bagi menentukan etika manusia. Kaedah ini juga boleh dianggap sebagai pendekatan atau teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh etika sekular Barat. Josephson Institute for the Advancement of Ethics adalah sebuah institut yang memperhebatkan kualiti etika dalam perilaku golongan profesional dengan kepercayaan bahawa tidak terdapat satu jawapan yang pasti dalam etika Barat. Institut ini mempunyai tiga kaedah iaitu: Behavioural Psychology yang merangkumi sistem nilai yang berterusan dan seruan kepada pemimpin masyarakat. Teori pendidikan pula merangkumi ubah sikap dan sifat, pengajaran, perbincangan, dan kurikulum bersepadu, manakala falsafah moral merangkumi nilai-nilai murni sejagat, prinsip-prinsip moral, dan keutamaan dalam kehidupan. Dalam etika sekular Barat terdapat dua kaedah iaitu Deontologikal dan Teleologikal. Thomas White dalam bukunya Right and Wrong: A Brief Guide to Understanding Ethics telah menulis secara terperinci kaedah-kaedah tersebut. Pada awalnya, ia memberi definisi bahawa etika adalah satu kayu ukur untuk menilai perbuatan dan gerak laku


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 186 manusia. Etika adalah sesuatu yang tidak boleh dipegang, tetapi boleh diukur dan ditimbang melalui tingkah laku manusia melalui perbincangan secara intelektual dan rasional. Berdasarkan hakikat bahawa etika boleh ditimbang dan diukur, maka lahirlah dua pendekatan untuk mengambil keputusan etika sama ada baik atau jahat. Kaedah itu dipanggil kaedah Deontologikal yang mengukur perbuatan manusia semasa kejadian dan kaedah Teleologikal yang menimbang gerak laku manusia selepas sesuatu peristiwa. Kaedah Deontologikal mementingkan tindakan semasa dan bukan selepas akibatnya. Hal ini dipanggil “act-oriented” atau “non-consequentiallist”. Kaedah Teleologikal mementingkan keputusan atau kesan akibat perbuatan yang masingmasing dipanggil “result-oriented” atau “consequenlialist”. Thomas Write menjelaskan bahawa:- Deontological: An ethical approach which evaluates actions according to their intrinsic value, without reference to their results; act-oriented; from “dentos”, the Greek word for “duty”. Teleologikal: An ethical approach which evaluates actions according to their consequences or how much good or harm results; results-oriented; from “telos”, the Greek word for “end”. Tokoh-tokoh etika yang mempelopori kaedah Deontologikal ialah seperti Immanuel Kant, Lawrence Kohlberg, Carol Gilligan dan Abraham Maslow. Kant membawa konsep “categorical imperative” yang mementingkan kebebasan dan pilihan gerak laku manusia, moraliti dan kebijaksanaan, penaakulan dan prinsip hidup, dan keadilan, simpati, kasih sayang dan naluri cinta sesama manusia. Kohlberg mementingkan ethics of justiceetika keadilan dan morality of rights - moraliti hak manusia. Ia membahagikan tiga peringkat penaakulan etika iaitu: pre-conventional, conventional dan post-convensional. Gilingan pula, mementingkan ethics of care – etika penyayang dan morality of responsibility – moraliti penanggungjawaban. Ia juga mementingkan tiga aspek etika iaitu: sayang pada diri sendiri, penyayang dan prinsip etika yang mengutuk eksploitasi. Maslow yang sangat dikenali dengan Heirarchy of Needs membentangkan lima peringkat kehidupan manusia iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang,


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 187 harga diri dan penonjolan diri. Pada peringkat yang akhir itu, terdapat unsur moraliti dan kepentingan sahsiah manusia sebagai kaedah Deontologikal. Di peringkat ini, manusia menjadi bebas, sihat, bersepadu, berwibawa, selesa, taat, pemikiran luas dan penuh kemanusiaan. Ia mempunyai sifat-sifat unggul dan mantap, memahami masalah kehidupan, terlibat dalam kerja-kerja sosial dan lebih kreatif dalam tindak tanduknya. Tokoh-tokoh kaedah Teleologikal pula adalah terdiri dari Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Bentham mempercayai bahawa gerak laku manusia mengakibatkan manfaat dan mudarat. Ia memperkenalkan teori Utilitarianisme - teori kemanfaatan yang mementingkan kebahagiaan, kesejahteraan dan kegembiraan. Kata Bentham: “Nature has placed mankid under the governance of two sovereign master; pain and pleasure.” Dengan itu, ia membentuk kaedah pengukuran etika yang dipanggil sebagai hedonistic calculus yang cuba menghurai dan mengukur manfaat dan mudarat melalui skala 1 hingga 10 terhadap tujuh ciri perasaan manusia iaitu: intensity, duration, certainty, propinquity, fecundity, purity dan extent. Mill juga mementingkan kesejahteraan manusia. Ia membuat pengukuran etika sama ada tinggi atau rendah, baik atau buruk, objektif atau subjektif, dan baru atau lama. Kata Mill, You need to use your imagination to figure out all of the possible consequences of an action. If you have a variety of option, you have to speculate about what pleasures and pains will follow from each action. Hak Asasi Manusia Untuk mencapai kehidupan yang bahagia, manusia sejagat mementingkan kebebasan dan hak asasinya. Dengan itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Rights) pada 10 Disember 1948. Tujuan diadakan deklarasi tersebut ialah untuk mempertahankan maruah dan martabat manusia; tanpa hak-hak tersebut, kezaliman akan berleluasa di kalangan manusia, tanpa hak-hak untuk melindungi hak-hak manusia; dan deklarasi adalah untuk


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 188 diperkembangkan dan promosi supaya manusia sedar tanggungjawab mempertahankan haknya. Hak asasi manusia adalah untuk kemajuan sosial dan peningkatan taraf hidup manusia itu sendiri. Hak asasi manusia adalah sebagai satu penghormatan dan pemahaman tentang digniti manusia sejagat. Terdapat 30 artikel yang jelas tentang hak-hak dan kepentingan manusia dalam Deklarasi Universal Hak Manusia seperti berikut: 1. Right to Freedom and Equality−hak kebebasan dan kesamaan 2. Freedom from Discrimination−bebas dari diskriminasi 3. Basic Rights−hak-hak asas 4. Freedom from Slavery−bebas dari perhambaan 5. Freedom from Degrading Treatment−bebas dari layanan menghina 6. Right of the Individual−hak individu 7. Right to Equal Consideration−hak mendapat pertimbangan yang sama 8. Right to Legal Remedy−hak mendapat bantuan guaman 9. Detention of Persons−penahanan manusia 10. Right to a Fair Trial−hak mendapat perbicaraan adil 11. Innocent Until proven guilty−tidak bersalah hingga didapati bersalah 12. Right to Privacy−hak kerahsiaan peribadi 13. Personal Movement−pergerakan peribadi 14. Right to Asylum−hak mendapat perlindungan 15. Nationality−kebangsaan 16. Marriage and family−perkahwinan dan keluarga 17. Personal Property−hak milik peribadi 18. Freedom of Belief and Religion−hak kepercayaan dan agama 19. Opinion and Expressions−pendapat dan ekspresi 20. Peaceful Assembly−perhimpunan aman 21. Government and Public Service−kerajaan dan perkhidmatan awam 22. Right to Social Security−hak keselamatan sosial 23. Right to Work and Fair Pay−hak bekerja dan gaji yang adil 24. Rest and Relaxation−rehat dan santaian


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 189 25. Adequate Standard of Living−taraf kehidupan yang secukupnya 26. Education−pendidikan 27. Cultural Life−kehidupan budaya 28. Social Order for Human Rights−peraturan sosial untuk hak-hak manusia 29. Responsibility to the Community−tanggungjawab kepada komuniti 30. Freedom from Inteference−bebas dari campurtangan Falsafah Barat Falsafah Barat adalah bidang ilmu yang mengandungi unsur-unsur kebijaksanaan yang memperlihatkan kecintaan kepada keilmuan dan kemanusiaan. Dalam usaha-usaha pembinaan jati diri dan patriotisme, kita perlu juga merujuk kepada bidang-bidang falsafah dari Barat. Dalam buku Philosophy: Theory and Practice, pengarang Jacques Thiroux menjelaskan bahawa falsafah adalah ilmu segala ilmu, ilmu kebijaksanaan, ilmu menyelesaikan masalah manusia dan mementingkan sifat-sifat timbang rasa dan toleransi. Ilmu-ilmu yang terangkum dalam falsafah ialah seperti metafizik, logik, epistemologi, etika dan lain-lain lagi. Ilmu metafizik ialah yang melepasi alam semulajadi iaitu beyond nature yang membincangkan hal-hal ghaib. Ilmu logik ialah tentang ilmu kepastian, ilmu estetika adalah tentang seni dan keindahan manakala ilmu epistemologi adalah “ilmu tentang ilmu”. Ilmu etika adalah tentang gerak laku manusia, tentang “moral behaviour”, “value judgement”, dan “knowledge and wisdom”. Ilmu falsafah mempunyai peranan berfikir tentang kesejahteraan hidup manusia, bertimbang rasa, berprihatin dan bersifat penyayang, bersifat bijaksana dan berhemah tinggi, bermatlamat agar kehidupan manusia menjadi aman tenteram dan konsisten, dan berusaha menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan manusia. Pembahagian ilmu falsafah Barat adalah Metaphysics (Metafizik) iaitu tentang kebendaan, idealisme, keghaiban, dan ketuhanan. Manakala Ethics (Etika) ialah tentang ilmu tentang moraliti, kelakuan/gerak laku/tindak tanduk, kebaikan dan keburukan, kesejahteraan dan kebaikan dan betul atau salah. Ilmu epistemology (Epistemologi)


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 190 merangkumi teori-teori ilmu, sumber ilmu, tujuan ilmu, tokoh-tokoh ilmu, dan matlamat ilmu kebenaran dan kebatilan. Ilmu Philosophy of Religion (Falsafah Agama) adalah tentang ketuhanan, dan sumber-sumber kepercayaan. Lain-lain ilmu ialah sains, sastera, perubatan, IT, ekonomi, pengurusan dan lain-lain lagi. Pengurusan Beretika Dalam era globalisasi ini, bidang pengurusan (management) menjadi disiplin atau bidang ilmu yang penting. Ciri atau teras yang penting dalam pengurusan ialah etika. Kenneth Blanchard dan Norman Vincent Peele menghasilkan buku yang membicarakan kuasa dalam pengurusan yang beretika bertajuk The Power of Ethical Management. Terdapat lima aspek dalam pengurusan yang beretika iaitu: purpose−tujuan, perspective− perspektif, persistence- kemantapan, pride−kebanggaan, dan patience−kesabaran. Kelima-lima aspek itu pula hendaklah diamalkan oleh individu-individu dan organisasiorganisasi itu sendiri. Etika juga amat penting dalam bidang bisnes, perniagaan, perdagangan dan sebagainya. William Shaw telah menulis buku berjudul Business Ethics yang membicarakan beberapa aspek moral dalam bidang bisnes seperti: falsafah moral dan perniagaan, aspek-aspek moraliti, teori-teori normatif dalam etika, organisasi dan manusia di dalamnya, tempat kerja, pilihan-pilihan etika dalam kalangan pekerja, para pengguna dan alam sekitar dalam pengurusan awam, pengurusan organisasi dan pengurusan bisnes. Pengurusan perniagaan yang melibatkan anasir-anasir jual beli, kepentingan wang dan untung rugi, perlulah juga mementingkan unsur-unsur kemanusiaan. Dalam era globalisasi ini, bidang pengurusan menjadi faktor utama dalam pembinaan sesuatu tamadun. Terdapat banyak perkara yang berhubungkait dengan pengurusan ini seperti teori-teori pengurusan dan sifat-sifat serta sikap-sikap seseorang pengurus. Teori-teori pengurusan ialah pengurusan klasikal, pengurusan saintifik, pengurusan kerja dan pembahagian tenaga dan pengurusan pentadbiran. Terdapat beberapa ciri dalam teori pengurusan tingkah laku seperti kajian hubungan manusia, teori X dan teori Y, teori Z, teori pengurusan sains iaitu pengurusan kuantitatif, pengurusan operasi dan pengurusan TQM, teori organisasi persekitaran merangkumi, sistem terbuka, teori kontigensi, struktur mekanistik,dan struktur organik.


Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global 191 Bagi membicarakan tajuk ini, buku-buku tentang pengurusan seperti: Management: A Total Quality Perspective (1995) oleh Gregory M. Bounds, et.al, Management (1996) oleh Don Hellrigel dan John W. Slocum, dan Management: Leading People and Organisation in the 21st Century (1998) oleh Gary Dessler adalah dirujuk. Bagi bidang gelagat organisasi pula, dirujuk kepada buku-buku seperti: Organizational Behavior: Managing People and Organisations (1995) oleh Gregory Moorhead dan Ricky W. Griffin, Organizational Behavior: Concepts, Controversies, Applications (1996) oleh Stephen P. Robbins, dan Contemporary Management (1998) oleh Gareth R.Jones et.al. Fungsi-fungsi pengurus yang baik dan beretika merupakan pemangkin yang menjanakan pengurusan yang cekap, yang meliputi daya menggerakkan organisasi, dan menentukan kecekapan penggunaan sumber. Sebenarnya, pengurusan adalah merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal penggunaan sumber. Cabaran pengurus iaitu menggerakkan organisasi ke satu arah dan matlamat, bekerja melalui orang lain, sebagai saluran komunikasi, bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan, menentukan keutamaan, menyerahkan tugas kepada orang lain yang sesuai, berfikir secara analitik dan konseptual dan sebagai orang tengah, ahli politik, diplomat, simbol, pembuat keputusan dan penyelesaian masalah dan lain-lain lagi. Terdapat sepuluh kualiti pengurusan mengikut kajian Harbridge House iaitu: mempunyai hala tuju yang jelas, menggalakkan komunikasi terbuka, memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada pekerja, mengadakan pengiktirafan objektif, membentuk kawalan berterusan, memilih pekerja yang betul sebagai staf organisasi, memahami implikasi kewangan terhadap keputusan, menggalakkan inovasi dan idea baru, memberi keputusan dan arahan yang jelas, dan menunjukkan integriti yang tinggi secara konsisten. Untuk pengurusan yang berkesan, pengurus mestilah mempunyai tiga kemahiran penting iaitu kemahiran teknikal, kemahiran manusia dan kemahiran konseptual. Terdapat juga peranan pengurus sebagai ketua dan pemimpin dalam hubungan kemanusiaan; penyebar maklumat sebagai pemantau, penyebar dan jurucakap; dan pembuat keputusan. Bagi pengurus sumber manusia pula, ia berusaha untuk menarik, membentuk dan mengekalkan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi. Di antara


Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 192 peranan pengurus sumber manusia ialah perancangan sumber manusia, pengekrutan dan pemilihan, orientasi, latihan dan pembangunan, pengurusan pampasan dan faedah, penilaian prestasi, pertukaran dan pemberhentian, perhubungan industri, dan keselamatan dan kesihatan pekerja; Aspek-aspek pengurusan yang lain iaitu gelagat organisasi, pengurusan sistem dan teknologi maklumat, pengurusan global dan antarabangsa, dan pengurusan dan komunikasi. Bagi melicinkan pengurusan organisasi, terdapat pula aspek komunikasi pengurusan yang merangkumi aspek-aspek komunikasi lisan, persuratan, visual dan isyarat. Komunikasi dapat diterapkan melalui penuturan dan penulisan yang baik di sebelah pihak. Di sebelah pihak yang lain perlu kepada pandangan dan pembacaan yang baik. Terdapat pula aspek komunikasi yang bukan lisan, non-verbal atau komunikasi perutusan tersirat yang meliputi penampilan fizikal, perawakan dan pergerakan badan, wajah dan gerak hati, ruang dan wilayah, sentuhan persekitaran fizikal, masa dan rupa paras dan hiasan diri. Bidang komunikasi ini juga melibatkan aspek-aspek moden seperti teknologi maklumat terkini dan multimedia. Prinsip-Prinsip Pengurusan Seorang tokoh terkenal dalam bidang pengurusan, Henri Fayol, telah mengenalpasti 14 prinsip ke arah peningkatan kecekapan proses pengurusan. Walaupun prinsip-prinsip itu diasaskan pada awal abad ke-20 yang lalu, tetapi ianya masih relevan dengan pengurusan moden abad ke-21 ini. Empat belas prinsip yang dibentangkannya ialah seperti: pembahagian tenaga, autoriti dan tanggungjawab, kesatuan arahan, susunan autoriti, pemusatan, kesamaan hala tuju, ekuiti, susunan, inisiatif, disiplin, ganjaran personal, jaminan perkhidmatan personal, fokus kepada kepentingan bersama, dan semangat kekitaan. Aspek-aspek penting dalam buku Management: Leading People and Organisation in the 21st Century (1998) oleh Gary Desseler ialah seperti pengurusan dalam suasana global, pengurusan etika, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dan pengurusan perubahan dalam era teknologi maklumat.


Click to View FlipBook Version