Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 93 melambangkan nafsu al-mutma’innah yang teguh tenang serta aktif dalam kebaikan yang berterusan. Kita memerlukan susuk peribadi seperti ini dalam suasana masa kini. Ia seumpama angin puting beliung yang dilihat dari segi positif, dengan titik tengahnya tenang tak bergerak, dengan tafakur dan zikir, tetap dengan bahagian luarnya bergelora tangkas dengan kerjanya; kalbu Melayu tradisional tenang tetap dengan zikir dan fikir, serta firasat, dalam keimanan, tawakal dan redha, badannya cergas ligat dalam bakti yang berterusan. Nilai-nilai ini saya bicarakan dalam memahami pandangan tradisional Melayu berhubung ketaqwaan dan iman, budaya ilmu dan menjaga kehidupan yang baik dan bermaruah, menjaga alam sekitar dan hubungan baik antara sesama manusia, juga tugas menjaga negeri dengan baik dan berkesan. Ia gugusan prinsip-prinsip dan nilai yang menjamin kejayaan hakiki dunia dan akhirat serta menjadi asas-asas pembentukan peradaban yang dikehendaki bagi menjadikan ianya alam di mana kalam Ilahi dan nama-Nya dimuliakan setinggi-tingginya. Kalau konsep hikmah kebijaksanaan Melayu melukiskan jati dirinya dengan prinsipprinsip hidup dan nilai-nilainya, maka cintanya kepada tanah air memberi gambaran tentang tautannya dengan peradaban dan bangsanya. Ia tidak boleh disamakan dengan sifat rasis dan nasionalis sekular sebagaimana yang cuba diketengahkan oleh setengah dalam kalangan mereka yang tidak begitu berhati-hati dalam memberi ungkapan tentang idea-idea yang diketengahkan; akibatnya ia membawa kebencanaan. Soal kebangsaan Melayu yang bukan ‘asabiyyah yang terlarang dan bukan nasionalisme sekular ala Barat itu saya sudah kemukakan sebelum ini dalam ceramah saya di UPSI tidak lama sebelum ini. Saya menyatakan bahawa nasionalisme Melayu dan sifat kasih kepada bangsa atau patriotisme itu adalah prinsip yang selari dengan ajaran Islam. Patriotisme Melayu membawa kepada munculnya gerakan kebangsaan Melayu, yang akhirnya, dengan izin Tuhan, tercapailah kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Patriotisme ini juga membawa kepada terselamatnya Malaysia, dahulunya Malaya, daripada terbelenggu di bawah rancangan MacMichael; semangat patriotisme ini juga membawa kepada berjayanya perjuangan menentang gerakan Komunis; semangat ini juga, dengan dokongan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam membawa kepada keamanan dan kemakmuran yang mengubah Malaysia daripada ekonomi yang hampir seratus peratus pertanian, menjadi ekonomi sangat tinggi
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 94 kadar pencapaian tahapnya kepada ekonomi berdasarkan pengetahuan dan industri. Kejayaan itu berterusan hingga sekarang, dinikmati kesan baiknya oleh generasi sekarang. Dan ini mewajibkan Muslimin bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan ini dan wajib juga bersyukur kepada para pejuang dan pemimpin yang menyebabkan ini semua berlaku. Ini hasil daripada patriotisme yang ada dalam sejarah Malaysia. Dan patriotisme ini bukan ‘secular nationalism’ sebagaimana yang cuba diketengahkan oleh setengah pihak yang tidak setia kepada kebenaran ilmu dan sejarah serta perjuangan Melayu dengan kerjasama mereka dari kaum-kaum lain yang setia dengan perjuangan kemerdekaan dan seterusnya. Kebangsaan Melayu bukan asabiyyah yang dilarang oleh Islam, saya menyatakan antaranya bahawa apa yang dicapkan oleh setengah pihak sebagai ‘asabiyyah yang dilarang oleh Islam, sehingga difahami dan dilabelkan oleh setengah pihak sebagai ‘asabiyyah yang dilarang oleh Nabi salla’Llahu alaihi wa sallam dalam hadith yang selalu disebut-sebut; Tidak termasuk di kalangan kami orang yang menyeru kepada faham kebangsaan (‘asabiyyah) itu tidak tepat mengikut hakikat yang sebenarnya. Bagi melihat permasalahan ini elok diberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti di bawah ini. Pertamanya hadith tentang asabiyyah itu. Hadith itu ialah: Hadith: Wahai Rasulullah apa itu ‘asabiyyah? Jawab baginda: [Asabiyyah yang dilarang itu] ialah engkau menolong kaum engkau dalam melakukan kezaliman [kepada orang lain atau kepada kaum lain.]
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 95 Dalam syarah Sunan Abi Daud dinyatakan bahawa hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasa’I, dan ibn Majah.Pengarang Sharah Abu Daud menyatakan tentang ‘menolong kaum engkau melakukan kezaliman’ ertinya seseorang itu taksub dengan kaumnya walhal mereka itu zalim, maka jadilah ia membantu mereka [dalam kezaliman seperti menindas kaum lain], termasuk juga orang yang membantu kaumnya atas perkara yang bukan hak. Prinsip asalnya ialah orang yang terkena zalim itu hendak diberi pertolongan dan bantuan, orang yang melakukan kezaliman itu hendak disekat daripada melakukan kezaliman (melalui islamweb.net). Hadith yang bermaksud ‘Tidak termasuk di kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah’ itu diulas agak panjang oleh al-Munawi dalam al-Faid al-Qadir (islamweb.net jilid 5 hlm. 492) maksudnya tidak terlepas daripada apa yang diterangkan itu. Huraian yang panjang yang memberi penerangan yang nyata tentang aspek positif asabiyyah ini boleh didapati dalam penerangan Mulla ‘Ali al-Qari berkenaan dengan hadith itu dalam ‘Mirqat al-Fawatih syarah ‘Mishkat al-Masabih’ (almashkat.net, 14: 184- 185). Beliau menyatakan riwayat dari Wathilah bin al-Asqa’ rd katanya: Dari Wathilah bin Al-Asqa’ rd katanya: “Aku berkata: Wahai Rasulullah apakah itu ‘asabiyyah, yakni asabiyyah Jahiliyyah?” Sabda baginda: “Bahawa anda menolong kaum anda /sanak saudara anda atas perkara yang zalim, yakni wajib atas anda mengikut yang hak tanpa melihat kepada ‘mulahazah al-hak’”; kerana itu maka kata Ali mengikut apa yang dirawayatkan oleh Darimi dan ibn ‘Asakir dari Jabir, marfu’, ‘hendaklah anda menolong saudara anda baik ia zalim atau terkena zalim, kalau ia zalim maka tolak ia dari perbuatan zalimnya, kalau ia terkena zalim maka tolonglah ia [untuk menyelesaikan kezaliman atas dirinya itu]; Diriwayatkan oleh Abu Daud dan demikian pula [oleh] ibn Majah dari Suraqah bin Malik.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 96 Baginda Rasulullah berkhutbah kepada kami sabda baginda ‘Orang yang baik sekali di kalangan kamu ialah orang yang mempertahankan keluarga-yakni keluarga yang dekat yang ia hidup bersama dengan mereka selama mana ia tidak melakukan perbuatan zalim atas pihak yang ditolak kezalimannya itu (daripada keluarganya); maka dengan itu ia menghimpunkan (dua perbuatan baik) antara menolong pihak yang terkena zalim dan menghubungkan hubungan kekerabatan. Kemudian ketahuilah bahawa kalau ia berupaya untuk menolak pihak yang melakukan kezaliman itu daripada kaumnya dengan percakapan (atau perkataan, kalau sekarang mungkin dengan tulisan atau emel) maka tidak harus ia memukul (orang yang melakukan kezaliman itu), kalau ia mampu memukul tidak harus membunuh , kerana (perbuatan ini) termasuk daripada bab amar ma’ruf dan nahi munkar; maka wajib ia menjaga tertib [dalam perbuatan ini] (diikuti dengan ayat 125, surah al-Nakhl berkenaan dengan hikmah dalam seruan manusia kepada jalan agama, kemudian dengan nasihat yang baik, kemudian dengan perbahasan yang cantik, sampai kepada ayat yang bermaksud ‘kalau mereka melakukan perbuatan buruk, maka balaslah seperti apa yang dilakukan atas kamu itu); kemudian Abu Daud meriwayat hadith dari Jubair bin Mut’aim yang bermaksud : bahawa Rasulullah salla’Llahu alaihi wa sallam bersabda: (maksudnya): Tidak termasuk dalam kalangan kami, yakni perjalananan agama kami atau sahabat yang mengikut perjalanan kami, orang yang menyeru manusia kepada asabiyyah yakni kepada berhimpun dalam asabiyyah dalam menolong orang yang melakukan perbuatan zalim (jilid 14 hlm.185) Dan seterusnya…
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 97 Ada riwayat dari ‘Ubadah bin Kathir al-Shami …Tentang Abu Fasilah bertanya kepada nabi salla’Llahu alaihi wa sallam: Wahai Rasulullah adakah termasuk ke dalam asabiyyah (yang tuan hamba larang itu) sifat seseorang lelaki itu sayang amat sangat kepada kaumnya, sabda baginda: Tidak; tetapi asabiyyah [yang aku larang itu] ialah seseorang itu menolong kaumnya atas kezaliman, atau atas kezaliman mereka, atau secara kezaliman ) Diriwayat oleh Ahmad dan Ibn Majah. Tambahan lagi kita boleh sebut lagi sokongan Sa’id Nursi terhadap konsep asabiyyah yang positif ini. Ini terkandung dalam huraian-huraiannya tentang hal ini. Dalam kalangan orang Melayu soal identiti antara bangsa dan agama merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan; dan ini faktor kekuatan yang sangat besar nilainya. Ini membawa kepada renungan tentang kedudukan masyarakat Timur seperti Melayu-Islam dengan masyarakat barat. Pada Melayu asas identitinya berada pada agamanya. Dengan itu kebangsaannya tidak berpisah dengan agamanya. Ini nyata daripada pengarang-pengarang yang menulis dalam memperjuangkan kemerdekaan, yang mereka sebutkan demi alif, ba, ta, yakni demi agama, bangsa dan tanah air. Tok Kenali di Kelantan pun menggunakan kata-kata itu dalam menulis dalam majalah Pengasuh yang hingga sekarang masih diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 98 Berkenaan dengan pentingnya identiti yang tidak terpisah antara kebangsaan dan agama, Sa’id Nursi menyatakan: The unity between religion and nationality necessitates the Islamic identity having the highest position in the identity hierarchy. This is also the most significant difference between Western societies, which have as their basis a nationalist identity, and Eastern societies, whose religion and nationalities form an inseparable whole. The reply of the Old Said to a question about religious zeal and national zeal asked him during Sultan Reshad’s Rumelia tour, summarizes very succinctly his attitude to the matter: “Pada kita Muslimin agama dan kebangsaan (nationhood) menjadi bersatu, walaupun ada terdapat perbezaan dari segi teori yang kelihatan pada lahiriah dan bersifat berkebetulan antara keduanya. Sesungguhnya agama adalah hayat dan roh bagi bangsa. Bila keduanya dilihat berlainan dan berpisah satu dari yang satu lagi itu, semangat keagamaan merangkumi orang awam dan dan orang kelas atasannya, manakala semangat kebangsaan dirasai oleh seorang dalam seratus orang, yakni, orang yang bersedia untuk mengorbankan kepentingan-kepentingan dirinya demi untuk bangsanya. Maka bila demikian halnya, semangat keagamaan mesti menjadi asas berhubungan dengan hak-hak semua orang, manakala semangat kebangsaan menjadi pihak yang memberi khidmat kepadanya dan menjadi benteng baginya.” Menurut Said Nursi: “Ini terutamanya kerana kita orang Timur ini tidak seperti mereka di Barat: hati kita dipandu oleh kesedaran kita tentang agama. Hakikatnya di Asia lah takdir Ilahi menentukan yang kebanyakan para rasul diutus di sana, dan itu menandakan bahawa hanya
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 99 kesedaran agama yang boleh membangkitkan orang Timur dan memberangsangkannya ke arah kemajuan. Satu hujah yang meyakinkan untuk ini ialah bahawa zaman nabi Muhammad salla’Llahu alaihi wa sallam dan mereka yang mengikut semangat Baginda. Semangat keagamaan dan semangat kebangsaan menjadi bercantum di kalangan Orang Turki dan Orang Arab, dan sekarang tidak mungkin berpisah. Semangat Islam berupa seperti rantai yang bercahaya gemilang dan teguh yang bukan datang dari alam dunia ini.Ia berupa dokongan yang teguh dan tentu, serta tidak akan gagal. Ia kota teguh yang tidak boleh dirobohkan. Kemudian kita boleh perhatikan lagi pandangannya tentang kebangsaan itu yang disebutnya sebagai positif dan negatif. Katanya: “Tambahan lagi, dalam semangat kebangsaan (nationalisme) terdapat satu perasaan dan semangat gembira dalam jiwa, satu kesukaan yang sangat kuat, satu kuasa yang ada unsur tidak baiknya. Kerana itu mereka yang terlibat dalam kehidupan kemasyarakatan zaman ini tidak boleh disuruh supaya meninggalkan konsep kebangsaan ini. Bagaimanapun semangat kebangsaan ada dua jenis. Satu yang negatif, tidak baik, dan berbahaya; ia menjadi semarak dengan menelan pihak lain, ia kekal melalui perseteruan dengan pihak lain, dan ia tahu apa yang sedang dilakukannya. Nasionalisme yang positif timbul daripada keperluan dalaman dalam hidup kemasyarakatan dan ia menjadi Sebab bagi berlakunya sikap tolong menolong dan persatuan; ia memastikan adanya kekuatan yang mendatangkan faedah; ia adalah alat untuk menguatkan lagi persaudaraan Islam. Konsep tentang nasionalisme yang positif ini mesti berkhidmat untuk Islam, ia mesti menjadi kota perlindungannya dan perisai baginya; ia mesti tidak mengambil tempat Islam itu sendiri”.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 100 “This distinction, which Bediuzzaman expressed in the tongue of the Old Said in later periods, is also to be seen in the political approach and practice of the Old Said: “The awakening of nationalism is either positive, in which case it is aroused through compassion for one’s fellow men, and is the cause of mutual recognition and assistance; or it is negative, in which case, being aroused by racialist ambitions, it is the cause of antipathy and mutual hostility. And this Islam rejects.” Kenyataan tentang dua jenis nasionalisme itu disebut lagi olehnya demikian: “Kesedaran dan bangkitnya nasionalisme itu sama ada positif, dalam hal ini ia bangun melalui rasa kasih sayang kepada kaum bangsa seseorang, dan ia sebab bagi kenal mengenali antara satu dengan lain serta perbuatan tolong-menolong antara sesama mereka; atau ia negatif, bila ia ditimbulkan oleh semangat rasis, dan menjadi sebab kebencian dan permusuhan antara satu dengan lain. Dan ini ditolak oleh Islam. (Mektûbat, 308-9 / Letters, 380, 381-2. 1. Sünûhat, 13. Dinukil dalam ibid). Kita tidak boleh meninggalkan tajuk ini dengan melupakan Ibn Khaldun. Beliaulah yang memberi huraian yang memberi keabsahan bagi asabiyyah yang positif itu, yang dipanggil oleh Said Nursi sebagai nasionalisme yang positif. Ibn Khaldun meletakkan asas kejayaan dengan kenyataan yang dibuatnya iaitu bahawa bila semangat keagamaan yang sebenar bergabung dengan asabiyyah, itu akan menjadi kekuatan yang tidak boleh dialahkan. Dan beliau mendasarkan huraian ini berdasarkan hadith;
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 101 ertinya: Tuhan tidak membangkitkan nabi melainkan ia berada dalam dokongan kekuatan kaumnya. Katanya kalaulah nabi yang ada mukjizat itu dibangkit oleh Tuhan dalam jagaan kaumnya, maka apa lagi kita orang biasa yang tidak ada mukjizat ini lebih-lebih lagi memerlukan dokongan kekuatan kaum kita (dalam erti positif sebagaimana yang disebut dalam syarah hadith di atas tadi).(alMuqaddimah: 1960 I:280). Beliau menyatakan bahawa syarat khalifah itu ia berketurunan Quraisy maksudnya ialah kerana Quraisy paling baik asabiyyahnya yang membawa kepada kejayaan kepemimpinan; maka dengan itu pada zaman bila ada golongan lain yang bagus asabiyyahnya, maka ia boleh menjadi pemimpin (katakan zaman Othmaniah Turki). Dan kalau dipasangkan ini kepada suasana kita maka sepatutnya asabiyyah positif kita di sinilah yang layak mendapat tugas kepemimpinan itu. Dalam negara ini jelas bahawa perjuangan kebangsaan dan semangat kebangsaan membawa kepada kemerdekaan, perpaduan, dan kemajuan, walaupun banyak lagi ruang-ruang yang perlu dipenuhkan untuk menyempurnakan lagi keadaan dari segi ajaran agama dan kemajuan duniawi yang baik. Ertinya tidak timbul keperluan untuk menolak asabiyyah yang sedemikian; perbuatan menolak asabiyyah yang positif adalah menyalahi perjalanan para rasul alaihimussalatu wassalam Sebagai kesimpulan jelas boleh dilihat bahawa jati diri Melayu itu sesuatu yang real yang paling bermakna, bahkan ia jati diri yang paling tinggi kedudukannya dari segi penelitian tentang atau paras jati diri umat manusia; juga jelas bahawa gerakan kebangsaan atau patriotisme yang berlaku itu yang menimbulkan gerakan membawa kepada kemerdekaan dan yang memajukan negara ini hingga ia menjadi sebutan di kalangan negara-negara OIC. Nilai kebangsaan yang positif perlu dipertahankan keabsahannya dari segi Islam. Ia juga bukan bersifat sekular atau membawa kepada
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 102 sekularisasi Islam sebagaimana yang dituduh oleh setengah pihak yang tidak cermat dalam ulasan ilmunya. Ia juga bukan bersifat rasis, bahkan ia terlalu toleran hingga haknya sendiri banyak yang terhakis sebagaimana yang biasa dibicarakan. Tentang pihak lain menyuarakan tidak puas hati itu adalah kerana pihak orang Melayu tidak bersatu dan menunjukkan sifat-sifat positif dalam asabiyyah yang baik antara sesama mereka untuk menjadi contoh keunggulan yang diharap-harapkan. Perpecahan di kalangan mereka nampaknya kerana kekeliruan satu pihak untuk memahami hakikat yang sebenar berhubungan dengan sekularisme dan nasionalisme, yang selalu disebutsebut dan di satu pihak lagi tidak begitu kelihatan atau muncul huraian-huraian yang meyakinkan pihak yang lain, dan ditambah dengan faktor-faktor pihak yang menangguk di air keruh, dan konflik kepartaian yang diwarnai dengan semangat dan psikologi massa, itu semua memainkan peranan dalam memecah-belahkan umat. Penyakit itu ada ubatntya kecuali pihak yang berkenaan memilih untuk menjemput maut datang kepadanya. Jalan ke hadapan kita ialah jalan memupuk dan menguatkan jati diri ini dengan semangat Islam dan ketaatan kepadanya serta patriotisme yang kental, dalam rangka persaudaraan yang luas, disertai dengan memahami dengan serius ‘tanda-tanda zaman’ dan respon kepadanya secara positif dan tepat, dalam perpaduan.Insya’ Allah kita teruskan kejayaan kita dan memperbaikkan lagi ketaatan kita kepada agama dan tugas kita dalam Ahli Sunnah wal-Jamaah, seperti ’Hang Tuah abad ke-21’ sesuai dengan keadaan dan budaya sekarang. Kejayaan kita secara nisbi, seperti ‘Andalusia in the making’, kita bersyukur, jangan kufur nikmat, jangan berpecah, itu jalan penuh berkat. Bagi membuktikan bahawa nasionalisme di Malaysia, yang membawa kepada kemerdekaan dan seterusnya, berlainan daripada Turki dengan falsafah Kemalismenya diperturunkan di bawah ini lampiran tentang falsafah di negara itu yang terbina atas enam prinsip.
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 103 Republicanism The Kemalist reforms represent a political revolution; a change from the multinational Ottoman Empire to the establishment of the nation state of Turkey and the realisation of national identity of modern Turkey. Kemalism only recognises a Republican regime for Turkey. Kemalism believes that it is only the republican regime which can best represent the wishes of the people. Populism The Kemalist revolution was also a social revolution in term of its content and goals. This was a revolution led by an elite with an orientation towards the people in general. The Kemalist reforms brought about a revolutionary change in the status of women through the adoption of Western codes of law in Turkey, in particular the Swiss Civil Code. Moreover, women received the right to vote in 1934. Atatürk stated on a number of occasions that the true rulers of Turkey were the peasants. This was actually a goal rather than a reality in Turkey. In fact, in the official explanation given to the principle of populism it was stated that Kemalism was against class privileges and class distinctions and it recognized no individual, no family, no class and no organization as being above others. Kemalist ideology was, in fact, based on supreme value of Turkish citizenship. A sense of pride associated with this citizenship would give the needed psychological spur to the people to make them work harder and to achieve a sense of unity and national identity.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 104 Secularism Kemalist secularism did not merely mean separation of state and religion, but also the separation of religion from educational, cultural and legal affairs. It meant independence of thought and independence of institutions from the dominance of religious thinking and religious institutions. Thus, the Kemalist revolution was also a secularist revolution. Many Kemalist reforms were made to bring about secularism, and others were realised because secularism had been achieved. The Kemalist principle of secularism did not advocate atheism. It was not an anti-God principle. It was a rationalist, anti-clerical secularism. The Kemalist principle of secularism was not against an enlightened Islam, but against an Islam which was opposed to modernisation. \ Reformism: One of the most important principles that Atatürk formulated was the principle of reformism or revolutionism. This principle meant that Turkey made reforms and that the country replaced traditional institutions with modern institutions. It meant that traditional concepts were eliminated and modern concepts were adopted. The principle of reformism went beyond the recognition of the reforms which were made. Nationalism The Kemalist revolution was also a nationalist revolution. Kemalist nationalism was not racist. It was meant to preserve the independence of the Republic of Turkey and also to help the Republic’s political development. It was a nationalism which respected the right to independence of all other nations. It was a nationalism with a social content. It was not only anti-imperialist, but it was also against the rule of a dynasty or of any particular social class over Turkish society. Kemalist nationalism believes in the principle that the Turkish state is an indivisible whole comprising its territory and people.
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 105 Statism Kemal Atatürk made clear in his statements and policies that Turkey’s complete modernisation was very much dependent on economic and technological development. The principle of statism was interpreted to mean that the state was to regulate the country’s general economic activity and the state was to engage in areas where private enterprise was not willing to do so, or where private enterprise had proved to be inadequate, or if national interest required it. In the application of the principle of statism, however, the state emerged not only as the principle source of economic activity but also as the owner of the major industries of the country. Di sini Lebai Nusantara bermadah: Rakan, aku lebai nusantara di sini Ingin mengajak rakan melihat kembali Sejarah dan adat sejati bangsa dan pertiwi Dalam suluhan hati nurani murni Tanpa keladak khayalan palsu masa kini Rakan, mari kita ingatkan Pasai dan Melaka Kemudian Aceh, Inderagiri, Brunei, Petani pesaka Berterusan dengan pegangan Melayu jati nyata Nilai dan asas kehidupan puas bahagia Dengan kebenaran keadilan kesetiakawanan bangsa Rakan kita semarakkan nilai tradisi kita Hidup bersendikan adat adat bersendikan syarak nyata Syarak bersendikan firman dan sabda Membina peribadi penuh sejati setia Dengan kebenaran agama dan tradisi bangsa Rakan kita membina kesetiakawanan sejati Bersama mereka hidup kita sampai sebati Mempertahankan kedaulatan bangsa raja mandiri Lembaga bangsa menguatkan agama dan diri Kita bangsa dan watan teguh selamat terdiri
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 106 Kita pegangkan iman dan taqwa yang teguh Keyakinan dengan ajaran dan nilai sungguh Bermuafakat teguh berpecah kita roboh Mendepani suasana budaya keruh dan riuh Zaman ancaman memastikan kita berteguh Kita perteguhkan hidup Melayu Islam beraja Nilai Melayu sejati bersama Islam mulia Lembaga beraja adat teguh tersedia dahulu kala Kesebatian tunjuk ajar membawa kita berjaya Tepiskan ajaran nilai menyanggah maruah bangsa Quran mengajarkan Yahud Nasara tidak tenang Bila teguh kita dalam pegangan menang Mereka mahu kita tersilap kemuliaan melayang Nilai kaedah hidup habis terkena serang Pemikiran menjadi nisbi semua dasar terbang Kita menjadi hamba baru persejagatan Kononnya demi kejayaan dan kebahagiaan Ekonomi kuat selesa jaya dalam kehidupan Sebenarnya menjadi papa tanpa kebebasan Kaya bunyi hakikat sebenar khayalan Kita bangsa agama menjadi melarat Tamadun sengsara umat mencapai sakrat Tidak ada lagi yang mulia boleh dibuat Kepada Allah kita mesti memohon rahmat Agar tidak ditipu mereka yang sesat barat
Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam 107 Bibliografi Abu Bakar Hamzah. 1981. Al-Imam Its Role in Malay Society 1906-1908. Ahmad Davudoglu, ‘Badiuzzaman and the Politics of the Islamic World of the Twentieth Century’, dlm. http://www.nur.org./en/islam/nurlibrary/. Akses 12-12-11. Shams al-Haqq al-‘Azim Abadi, Abu Tayyib. Aunul-Ma’bud Sharah Hadith Abu Daud. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. “Catholic Encyclopedia on line, ‘secularism’” dlm. http://www.newadvent.org/cathen/13676a.htm. Akses 20-12-11. Cheah Boon Kheng, 2002. Malaysis: The Making of a Nation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. “Fathul Bari sharah al-Bukhari” dlm. raqamiya.org. Akses 23-12-11. George Jacob Holyoake; 1871. The Principles of Secularism (Edisi Ketiga). London: Book Store. Leo Suryadinata. (ed.). Nationalism and Globalization; Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Mulla Ali al-Qari. “Mirqatul Fawatih Sharah Mishkat al-Masabih”. Jilid 14 dlm. almeshkat.com. Akses 23-12-11. 2003, New Catholic Encyclopedia, Vol.12, 2nd Edition. Washington: Catholic University of America. 1970, Oxford Dictionary of the English Language. Jilid IX c.p.. London: OUP. Ozay Mehmet; 1990. Islamic Identity and Development-Studies of the Islamic Periphery. LondonNew York: Routledge. Perlembagaan UMNO Dipersetujui Dalam Perhimpunan Khas 1991. Perlembagaan PAS (Pindaan 1993). Sukran Vahide; 1996. The Damascus Sermon. Terj. Sukran Vahide. Tenas Effendy; 1994. Tunjuk Ajar Melayu, Riau, Indonesia: Dewan Kesenian Riau, Percetakan Yayasan KBMR. Terence Chong; 2009. “Nationalism in Southeast Asia: Revisiting Kahin, Roff, and Anderson”: SOJOURN dlm Journal of Social Issues in Southeast Asia. Volume: 24. Issue: 1, Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS). Abdul Basir Alias; 2002. Ancaman Nasionalis Sekular Ekstremi di Malaysia Satu Kajian Ilmiah; Selangor: Asy-Syabab Media, Bandar Baru Bangi.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 108
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia A. AZIZ DERAMAN* Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) *A. Aziz Deraman ialah mantan Ketua Pengarah DBP, mantan Ketua Pengarah Kebudayaan dan Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia serta AJK GAPENA.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 110 Pendahuluan Kebijakan dan kebijaksanaan (hikmah) budaya merupakan wahana dan wacana suatu perbendaharaan pemikiran dan falsafah yang halus sekali. Warisan budaya itu berkaitan dengan keilmuan budaya yang terhasil serta boleh dianggap sebagai suatu perbendaharaan atau khazanah yang besar, luas dan mendalam. Status sesuatu perbendaharaan itu sebagaimana Hamzah Fansuri sebut dalam Asrar al-Ariffin yang berbunyi: “Adapun misal perbendaharaan itu seperti pohon kayu, sepohon dalam bijinya. Biji itu perbendaharaan, pohon kayu yang di dalamnya itu isi perbendaharaan, tersembunyi dengan lengkapnya; akarnya dan batangnya, dengan cabangnya, dengan dahannya, dengan rantingnya, dengan daunnya, dengan bunganya, dengan buahnya – sekalian lengkap di dalam biji sebiji itu”. Analogi sepohon dalam bijinya itu ada pada peradaban Melayu. Salah satunya adalah warisan budaya Melayu dan sudut paling besar dari warisan budaya bangsa serumpunnya. Corak geografi Malaysia yang dipisahkan Laut China Selatan membentuk tiga wilayah penting berasaskan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dengan demografinya yang unik. Kepelbagaian warisan budayanya lahir dari etnik dan suku bangsa yang berbeza. Suku bangsa di bawah kategori keserumpunan rakyat asalnya itu terdiri dari puluhan jenis, mewarisi asas-asas budaya keserumpunan, manakala rakyat Malaysia keturunan Cina dan India masih mewarisi sifat-sifat asal budaya mereka sejak zaman kolonial. Perubahan mungkin ada tetapi tidak terbentuk suatu citra pola tempatan yang lengkap. Kepelbagaian di Malaysia itu juga dapat dilihat dalam perbezaan agama, kesenian, bahasa, dialek, adat resam dan nilai hidup. Sungguhpun begitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang digubal pada tahun 1971 telah memberikan konsep dan prinsip-prinsip pembentukan sebuah budaya bangsa dengan panduan yang jelas antara citra kebudayaan kebangsaan dengan kebudayaan kesukuan. Dasar ini telah digubal hasil perakuan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Konsepnya amat jelas disimpulkan oleh Allahyarham Tun Abd. Razak Hussein,
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 111 Perdana Menteri Malaysia Kedua, sewaktu merasmikan Kongres tersebut dengan menyebut bahawa: “... nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mutunya. Maka, sudah sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsur kebudayaan yang datang ke rantau ini dan membawa pengaruh ke atasnya sejak beberapa lama supaya pengaruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayaan Malaysia bagi masa hadapan. Namun, haruslah diingat, dalam mencari bentuk dan menentukan corak kebudayaan, kita tidak melupakan hakikat masyarakat yang berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada citacita membentuk sebuah negara dengan rakyatnya daripada berbagaibagai kaum dan golongan dijalin dalam satu ikatan yang padu. Saya percaya selagi kita sedar dan insaf akan hakikat ini, kita tidak akan melencong daripada matlamat untuk mendirikan bangsa yang bersatu”. Dalam hal yang demikian tidak timbul lagi persoalan bahawa jati diri Malaysia boleh dilakukan secara caca marba, berasaskan kepada kesamarataan semua bidang, termasuk ke arah kewujudan budaya bangsanya, tetapi sebaliknya akan mendukung matlamat ke arah menegakkan perpaduan dan kesatuan bangsa, membina keperibadian dan memupuk kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dalam konteks pembangunan negara. Keunikan situasi ini jarang kedapatan di negara-negara lain [A. Aziz Deraman:2005] .
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 112 Latar Belakang Persepsi Di Malaysia isu dan masalah kebudayaan timbul lazimnya disebabkan persepsi dan perspektifnya yang diletakkan dalam kerangka yang begitu sempit dan terhad. Tafsiran luasnya tidak dirujuk dan ada kedangkalan faham sehingga disamakan dengan seni semata-mata, hatta istilah kesenian yang sudah luas cakupan bidangnya pun digunakan sebagai merujuk kepada seni tari, seni muzik, seni teater atau persembahan seni. Kedangkalan ilmu sedemikian mungkin sahaja terjadi merentasi generasi disebabkan tidak ada celik budaya dan buta sejarah. Jadi dalam persepsi umum persoalan wawasan, gagasan, dasar dan program negara gagal dihayati kenapa kesemuanya dibangun dan dibina berpedomankan laluan sejarah, realiti semasa dan jaminan masa depan kemakmuran negara demi perpaduan bangsa, keharmonian dan keamanan negara. Bak seruan Allahyarham Tun Abd. Razak “Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk sebuah negara dengan rakyatnya daripada berbagai-bagai kaum dan golongan dijalin dalam satu ikatan yang padu”. Dalam hal yang demikian, konsep Gagasan 1Malaysia itu dicetuskan demi ‘kesatuan’ dan bukan tendensi yang difahami sebagai kesamarataan yang menolak hak dan keadilan, menolak faktor sejarah tanpa suatu kesinambungan silam yang mendukung tujuan kelahiran bangsa Malaysia dan menolak prinsip-prinsip tertentu. Apabila istilah kebudayaan digunakan dalam kekeliruan konsep dan bertindih maknanya, maka jarang benar dapat kita lihat pembinaan aspek-aspek nilai warisan budaya dihubungkaitkan dengan pembinaan bangsa secara menyeluruh. Warisan budaya bolehlah diumpamakan sebagai harta atau pusaka kehidupan masyarakat dan bangsa yang diwarisi turun-menurun dalam bentuk kebendaan (material culture) atau bukan kebendaaan (non-material culture). Kadangkala dalam persepsi biasa, peninggalan bangsa itu pun dipersempitkan atau dikekalkan kepada warisan seni sahaja dalam konteks seni etnik atau seni klasik yang berbentuk muzik, tari dan teater seperti Mak Yong dan Wayang Kulit di Kelantan, Ketoprak dan Kuda Kepang di Johor, Talempong dan Randai di Negeri Sembilan, Sumazau di Sabah, Ngajat di Sarawak, seni Opera Cina, Tarian Singa, Bharata Natyam atau seni persembahan yang lain. Di kalangan masyarakat Malaysia ada terdapat kesenian rakyat yang bersifat penyertaan
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 113 (participatory) dirujuk kepada Tarian Inang, Joget dan Zapin atau seni mempertahankan diri seperti silat, kungfu, kalampayat atau unsur seni baharu yang dipelajari dari warisan budaya Korea, Jepun dan China seperti Tae Kwando, Judo, Karate, Kungfu, Wushu. Warisan budaya dalam bentuk kesenian di Malaysia terdapat dalam pelbagai jenisnya, misalnya seni silat yang kian kurang mendapat tempat untuk berkembang maju di institusi pendidikan dari peringkat persekolahan rendah hingga ke pusat-pusat pengajian tinggi. Kalau ada pun mungkin sedikit pilihan secara berkelompok, berbanding dengan seni asing seperti Tae Kwando dan Judo tadi yang mudah mendapat tempat sejak kanak-kanak memasuki tadika. Sikap dan tabiat orang Malaysia kelihatan lebih senang memilih begitu, pengaruh penjajahan minda ‘sesuatu yang asing lebih baik dari milik sendiri’. Sesuai dengan istilah keluasan takrifnya, masyarakat tidak melihat kebudayaan itu dengan makna hakikinya atau menggunakan istilahnya kepada suatu keseluruhan cara hidup yang meliputi segala aspek sama ada berbentuk kebendaan atau bukan kebendaan, benda budaya dan budaya spiritual. Kedua-keduanya memang ada dalam warisan budaya sesuatu bangsa, masyarakat atau etnik. Di Malaysia masih ada tendensi mengekalkan pengertian sempitnya itu termasuk di kalangan institusi dan para perancang pembangunan kebudayaan, walhal apa yang kelihatan di mata itu, tidak lebih dari cebisan warisan yang maha luas. Pengamal atau penggerak budaya menjadi lebih tidak beretika lagi apabila kata ‘kebudayaan’ itu digunakan untuk menamakan sesuatu seni persembahan (performing arts) atas nama ‘Persembahan Kebudayaan’, sedangkan ia merujuk kepada hanya satu kegiatan memperagakan fesyen atau persembahan nyanyian. Maka warisan budaya itu pun diaplikasikan kepada seni pentas dan apa-apa benda budaya yang berkaitan dengannya termasuk alat muzik, busana atau peralatan lain. Masyarakat kita masih gagal melihat keluasan isi empat bidang utamanya yakni falsafah dan pemikiran, kebendaan, kesenian dan aspek nilai dan norma yang boleh dipecahkan lagi jenisnya. Sesungguhnya kalau persepsi dan perspektif ‘kebudayaan’ dimengertikan, maka Malaysia memiliki kekayaan warisan budaya yang sangat hebat. Hasil-hasilnya tercerna dari kekuatan pemikiran kepada penciptaan dan pemilikan yang luar biasa, dari warisan berbentuk pemikiran melalui bahasa dan sastera kepada warisan fizikal berbentuk
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 114 bangunan dan peralatan hidup yang lain. Itulah maknanya takrif ilmu kebudayaan yang merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi minda (akal budi atau fikiran) serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi, kemasyarakatan, serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani. Tetapi apakah kemajuannya telah tercerna dalam sistem kehidupan bangsa Malaysia? Hal demikian, membolehkan kita bertanya apakah warisan budaya itu sudah dapat dilihat dalam sifat kebudayaannya daripada segala hasil pemikiran atau sesuatu yang berbentuk bukan kebendaan atau rohaniah (spiritual) dan segala hasil ciptaan manusia atau perkara yang berbentuk kebendaan (fizikal). Jika bidang kebudayaan itu dilihat melalui aspek falsafah dan fikiran atau idea akan termasuk ke dalamnya ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, mitos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan, dan tradisi atau cerita lisan; kebendaan akan merujuk kepada seni bina, bangunan, peralatan, pakaian, makanan, ubat-ubatan, dan perabot]; kesenian boleh dilihat dari dua bidang kemahiran, iaitu seni lakon (tarian, teater, muzik, dan nyanyian) dan seni tampak (ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, tekatan, dan anyaman); dan aspek nilai dan norma yang meliputi hal-hal seperti peraturan, undang-undang, budi bahasa, adat resam, gaya, perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai keagamaan. Keempat-empat aspek bidang kebudayaan itu diperturunkan masyarakatnya dari satu ke satu generasi sebagai warisan budaya. Warisan budaya itu bukan sahaja memperlihatkan hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan, tetapi juga yang bercorak kebendaan dalam hubungan spiritual dan fizikalnya. Misalnya, pertalian antara apa yang difikir dengan apa yang dilakukan dan apa yang dimiliki, dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan daripada perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran menjadi hasil warisan budaya. Di sisinya ada ungkapan falsafah yang sangat mendalam maknanya: Tumbuh berpunca Punca penuh rahsia Tumbuh tidak menunjak kawan Tumbuh tidak memaut lawan Tetapi melengkar penuh mesra.
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 115 Segala kerja seni atau warisan budaya memiliki potensinya tersendiri, boleh dibangunkan sebagai industri budaya (cultural industries), misalnya pembikinan perahu, kapal layar, songket, batik, emas, perak, ukiran kayu, jika diupayakan kreativiti dan inovasinya akan mengembangkan perusahaan berasaskan warisan budaya. Sumber kepakaran atau keahlian dan kemahiran tempatan yang sedia ada dibangunkan dan tenaga pelapis generasi muda akan lahir sebagai usahawan di pelbagai lokasi wilayah budaya di Malaysia, di wilayah timur Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak. Warisan budaya itu berkait dengan penciptaan atau proses kreatif dan inovatif manusia pendukungnya yang menggambarkan ketinggian akal budi (minda) dan keupayaan modal insannya. Di dalam kebudayaan, banyak yang boleh dipelajari dari tradisi falsafah, kesenian dan aspek-aspek kebendaannya. Misalnya seperti yang dibayangkan tadi, sebuah seni ukir Melayu mendukung falsafahnya tersendiri, kerja-kerja pertukangan, pembikinan perahu atau kapal layar, tukang rumah, pandai emas, perak dan besi, songket dan batik, kerajinan tangan seperti kehalusan ciptaan kelarai dan tekatan, permainan tradisi dengan wau, gasing dan congkak, seni mempertahankan diri seperti silat; semuanya membawa mesej dan nilai-nilai pembangunan modal insan yang khusus. Kita jarang melihat potensi budaya dalam pengukuhan sumber daya manusia atau modal insan. Ada banyak himpunan aspek nilai dan norma seperti terpancar melalui bahasa dan sastera yang boleh membangunkan jiwa politik dan kepemimpinan, patriotisme, budi bahasa, kesetiaan, kerajinan, kesedaran, ketekunan, kesabaran dan banyak nilai-nilai terpuji yang terselit, tetapi selagi kita tidak tahu memberikan makna dan menghayatinya secara mendalam, maka manfaatnya tidak digunakan bagi membangunkan seseorang insan itu lebih cemerlang. Malahan di dalam bahasa dan kesusasteraan itu sebagai salah satu bidang warisan budaya, ada amat banyak unsur-unsur pendidikan dan nilai pembangunan modal insan cemerlang. Cuba kaji ungkapan Melayu tentang pemimpin. Kaji juga karangan berangkap berbentuk pantun, syair, bait, nazam, gurindam, seloka dan sajak serta dalam peribahasa, bahasa kiasan dan berbagai ragaman bahasa lagi (Za’ba:1934, 2002). Rahsia kecemerlangan pembangunan sumber daya manusia melalui warisan budaya dan sastera itu menuntut suatu macam transformasi khusus.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 116 Gagasan 1Malaysia dan Pembinaan Negara Bangsa Pembinaan negara bangsa (nation state) Malaysia dipercayai akan menjadi lebih kukuh apabila diperkenalkan konsep dan gagasan 1Malaysia, dengan syarat prinsip-prinsip dan ciri-ciri khususnya serta nilai-nilai budayanya dihayati dan diamalkan. Gagasan Satu Malaysia atau 1Malaysia dicetuskan ideanya sebagai satu gagasan baru, diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib, Perdana Menteri (PM) ke-6 sewaktu mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009. Beliau menganggapkannya sebagai aspirasi demi satu transformasi besar buat negara dengan semangat slogan ‘Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Hasrat beliau untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara disebutkannya sebagai “lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan” ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak, PM Ke-2. Dalam beberapa hal dijangka mungkin beliau akan mengambil pendekatan dan strategi baru dalam menegakkan perpaduan dan kesatuan bangsa. Formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan terasteras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi. Teras-Teras Perpaduan: • Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia. • Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. • Keadilan sosial. Nilai-Nilai Aspirasi Merangkumi: • Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab. • Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan. • Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru. • Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 117 • Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara. • Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi. Ciri-ciri khusus 1Malaysia itu jika mahu diperhatikan sememangnya menuntut penerimaan terhadap kepelbagaian dan realiti kemajmukan rakyat sebagai sumber kekuatan. Jika realiti difahami, dan nilai aspirasinya yang diterima, maka laluan masa hadapan Malaysia akan lebih cerah. Rakyat hanya perlu memahami bahawa ada perbezaan antara tuntutan negara sebagai hak kenegaraan dengan tuntutan kaum sebagai hak-hak kaum yang sudah dijelaskan konsep dan falsafahnya. Tanggapan dan penerimaan tidak menjadi mudah, jika rakyat menolak hakikat sejarah dan kesejarahan. Malaysia itu terbentuk oleh suatu proses sejarah yang panjang, paling kurang sudah lebih 2,000 yakni sejak awal Masihi yang boleh diukur dari tamatnya zaman prasejarah. Pengalaman-pengalaman sejarah, warisan budaya dalam sistem pemerintahan tradisional, kegiatan ekonomi dan struktur sosialnya banyak menentukan sifat-sifat yang kita miliki pada hari ini. Jadi penerimaan kita tidak boleh lari dari undang-undang tertinggi negara yakni Perlembagaan Persekutuan. Keutuhan sesebuah negara bangsa ditunjangi ikatan-ikatan persamaan yang dikongsi secara sedar dan insaf misalnya perkongsian nilai-nilai utama 1Malaysia tadi. Aspek nilai lahir dari warisan budaya atau nilai-nilai baru. Warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab, tidak terlalu taksub terhadap tuntutan hak sehingga melupakan tanggungjawab sebagai warganegara. Seluruh lapisan rakyat mesti memahami tonggak-tonggak kenegaraan dan penghayatan yang mendalam terhadap aspirasi Perlembagaan. Rakyat hendaklah sedar dan insaf dengan memahami maksud penerimaan tentang kepelbagaian yang ada dan matlamat kesatuan dalam konteks ikatan kenegaraan tadi yang merupakan warisan budaya yang utama. Perkara-perkara pokok seperti Institusi Yang Di Pertuan Agong dan institusi kesultanan atau RajaRaja Melayu (konsep ketua negara atau ketua negeri), Islam sebagai agama negara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yakni bahasa negara, kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera serta kebebasan asasi. Negara akan bertambah mantap jika falsafah Rukun Negara, dasar-dasar nasional di
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 118 bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan, sosial dan sebagainya itu didukung bersama dan tidak dijadikan agenda politik perkauman atau kepentingan kepartian puak sematamata. Konsep 1Malaysia itu tetap sama, yakni untuk rakyat dan negara; suatu penerusan matlamat ke arah mencapai perpaduan negara dan melahirkan bangsa Malaysia yang teguh bersatu padu. Perlembagaan Persekutuan itu merupakan Perlembagaan kemerdekaan yang mengkanunkan tonggak-tonggak pokok kenegaraan dan sebahagiannya merupakan warisan budaya yang utama. Faktor sejarah dan kebudayaan menjadi induk yang mengikat falsafah federalisme atau konsep persekutuan, selain dari pembahagian kuasa legislative, judiciary dan executive. Manakala Rukun Negara atas sifatnya mendukung idealogi negara meletakkan lima prinsip utamanya selain Kepercayaan Kepada Tuhan adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, serta Kesopanan dan Kesusilaan. Kelimalima prinsip tersebut adalah suatu rumusan daripada laluan sejarah dan budaya Malaysia zaman berzaman. Masyarakat Malaysia sejak mula sudah ada sistem kepercayaan dan kehidupan beragama, ada sistem pemerintahan berasaskan hukum dan peraturan, mewarisi tradisi kesultanan dan sistem beraja, dan berpegang kepada nilai-nilai budaya positif. Rukun Negara menjadi suatu imbangan dan pembetulan dalam kaedah baharu persepsi rakyatnya. Jadi jelas bahawa 1Malaysia tidak sama dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’, suatu gagasan kepentingan politik perkauman. Kini kita sendiri tahu betapa tohornya fahaman rakyat akibat Rukun Negara diabaikan begitu lama. Orang sudah lama lupa akan Rukun Negara. Kerap pula prinsip-prinsip itu hanya dihafal tetapi tidak difahami konsep dan falsafahnya, sebab musabab diadakannya dan tidak diberikan latar belakang yang tepat. Sepatutnya mana-mana parti politik atau kumpulan etnik dan kaum sekalipun berpegang kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Orang yang meneliti aspirasi Perlembagaan akan mendapati bahawa tonggaktonggak kenegaraan yang disepakati dalam ‘kontrak sosial’ itu sebenar-benar dijelmakan dari warisan budaya negara dan warisan serantau. Perlembagaan tidak memisahkan hak-hak kaum dalam batas-batas tertentu, maknanya ada kebebasan dan hak asasi. Kedudukan institusi Raja-Raja Melayu telah mewariskan kita ‘demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan’. Kedudukan bahasa Melayu sebagai status
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 119 bahasa negara, terhasil dari sebab akibat ribuan tahun perkembangannya di rantau dunia Melayu ini yang berjaya menjadi bahasa pemersatu serantau. Dalam konteks kini sebagai bahasa ilmu, bahasa lingua franca lebih dari 500 tahun dan bahasa perpaduan Malaysia. Bangsa Malaysia tidak akan mungkin mencapai perpaduan melalui bahasa asing disebabkan perbezaan geografi dan geobudaya dunia. Demikian juga status Islam sebagai agama negara, ada natijah dari kekuatannya dalam budaya umat, panduan nilai kehidupan berbangsa dan bernegara kerana itulah agama yang dominan asal bertapak di Semenanjung dan tersebar ke wilayah-wilayah kesultanan di Sabah dan Sarawak di Borneo serta ke serata Kepulauan Melayu. Pembangunan ekonomi dan apa juga dasar atau program negara akan melihat kepada prinsip keadilan sosial tanpa mengira kaum demi kesejahteraan untuk semua. Apabila kedudukan istimewa ditentukan untuk Melayu dan Bumiputera dikanunkan, sebenarnya tiada konsep warganegara kelas kedua dan setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan. Peruntukan itu bertujuan membetulkan keadaan secara adil dan saksama kerana kolonial tidak pernah memberi ruang dan peluang bagi kemajuan pribumi. Kolonial memerintah kira-kira 500 tahun dan hak-hak Melayu dan bumiputera dinafikan, maka pembangunan semula bukan dapat dilakukan dalam tempoh yang pendek. Malahan kemakmuran Malaysia semenjak merdeka pun, tidak perlu dipertikaikan banyak sekali dinikmati bukan bumiputera, termasuk semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990. Rakyat pribumi terus tertinggal dan berada dalam kedaifan dalam hampir semua bidang terutama ekonomi, kerjaya dan pendidikan. Untuk itu program transformasi dalam gagasan 1Malaysia menjadi sangat penting. Jika kita memahami bahawa penekanan pembangunan bukan semata-mata bermaksud kepada pembangunan ekonomi bagi tujuan kesejahteraan hidup (material dan fizikal sebagai aspek luaran kehidupan manusia), maka pembinaan negara bangsa akan lebih banyak melibatkan pemupukan nilai spiritual yakni budaya. Faktor nilai sangat penting diberi penekanan ke arah membina jiwa dan semangat yang tidak kosong, termasuk semangat kenegaraan, kesatuan, patriotisme dsb; maka pembangunan kebudayaan itu adalah untuk mengisi kekosongan jiwa dengan memenuhi keperluan pembinaan negara (nation building) dengan penyuburan nilai budaya positif. Ada banyak nilai-nilai warisan budaya yang akan mendorongkan Gagasan 1Malaysia
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 120 melangkah ke hadapan. Perkongsian nilai yang sama dalam kehidupan berbangsa seperti lapan nilai yang diharap dapat dijadikan amalan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan bagi merealisasikan 1Malaysia, seumpama budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti; sesungguhnya ada puluhan nilai-nilai postif yang lain lagi yang boleh diketengahkan sebagai perkongsian tambahan. Itulah yang merupakan sebahagian nilai dari warisan budaya atau berasal dari nilai universal Islam yang menjadi nilai budaya yang akan mengimbangi pembangunan ekonomi dari sudut kemanusiaan dan kebanggaan akan perpaduan dan kesatuan kehidupan sosial bangsa Malaysia. Teras-teras perpaduan seperti yang dinyatakan dalam 1Malaysia adalah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia akan kepelbagaian kita, prinsip-prisnsip kenegaraan yang berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara dan keadilan sosial. Warisan budaya memiliki banyak faktor yang berupaya melahirkan modal insan cemerlang, selain daripada sistem dan dasar pendidikan moden, tujuan pendidikan sepanjang hayat (life long education), formal dan tidak formal. Pembangunan modal insan sebenarnya boleh ikut dicapai sekalipun melalui bidang kesenian yang tercerna dalam bermacam bentuknya seperti kesenian etnik atau klasik, kesenian rakyat atau tradisional dan kesenian sezaman termasuk seni bina, muzik, teater, seni lukis, seni kraftangan, kegiatan bahasa, sastera, bengkel keilmuan dan sebagainya. Jadi peranan kebudayaan dan warisan budaya dalam pembinaan negara bangsa sangat penting. Peranan itulah yang dijadikan amalan negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan beberapa negara Barat seperti Rusia, Jerman, Perancis dan Itali. Konsep negara bangsa (nation-state) bermakna “A single nation in a single state”, tetapi pengisiannya mungkin berbeza dengan Barat. Kepelbagaian di Malaysia menuntut ‘Kesatuan Dalam Kepelbagaian’, ada hak-hak yang teras seperti tuntutan Perlembagaan yang mesti direalisasikan dan ada hak-hak kaum yang boleh diamalkan atau diraikan dalam konteks tertentu, ada tafsiran sesuatu yang rasmi dengan bukan rasmi misalnya status Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Pengisian konsep negara bangsa itu akan menyentuh banyak perkara. Sesebuah negara tidak boleh terlepas bebas daripada aspek pembangunan kebudayaan yang di dalamnya terangkum aneka macam warisan seperti bahasa, sastera atau persuratan, pemikiran, falsafah, kesenian, aspek kebendaan, nilai dan
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 121 norma yang menjadi unsur-unsur penting dalam usaha membina peradaban. Sebarang pembaharuan atau transformasi tidak akan bermakna sekiranya diwujudkan dasar berat sebelah kepada pembangunan ekonomi tanpa kesepaduan dengan budaya dalam kehidupan bernegara dan berbangsa. Di Malaysia, ikatan kenegaraan dan kebangsaan telah dikanunkan di dalam Perlembagaan sebagai tonggak-tonggak bangsa. Sebagaimana disebut di atas tadi ada kedaulatan institusi kesultanan dan rajaRaja Melayu dengan konsep ketua negara atau ketua negeri, Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa rasmi negara, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, kewarganegaraan, hak asasi, dan dasar-dasar nasional dalam sistem pendidikan, kebudayaan, sosial. Warisan Budaya Dalam Pembinaan Bangsa Konsep ‘satu bangsa satu negara’ adalah merujuk kepada kelahiran sebuah negara bangsa, walaupun rakyat negara itu terdiri dari pelbagai etnik, suku bangsa, masyarakat dan komuniti. Bangsa itu pula diikat oleh suatu ikatan perpaduan yang kukuh ditandai dengan adanya tonggak-tonggak negara yang dijunjungi bersama. Jadi ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ menjadi matlamat utama dan perpaduan bangsanya akan dicapai atau kekal bertahan melalui program yang bukan dibuat-buat. Perhimpunan kelompok manusia sekali-sekala berkumpul atau dikumpulkan tidak akan ke mana. Acara-acara begitu mungkin sesuai untuk kenal biasa tetapi tiada ketahanan berbanding dengan penghayatan terhadap nilai yang ditanam subur melalui pendidikan. Kumpulan ekstremis atau mana-mana golongan yang ingin merosakkan keharmonian hidup rakyat tidak akan berjaya melakukannya jika wujudnya perpaduan yang kukuh. Untuk itu anak-anak Malaysia seharusnya diberi pengetahuan tentang kenegaraan khususnya ilmu sejarah, ilmu bahasa sastera, hubungan kaum, mengenali sosio budaya, latar belakang kaum dan suku kaum, adat resam, raja dan kerajaan, hak-hak negara berbanding dengan hak-hak kaum dan sebagainya semasa mereka berusia muda lagi.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 122 Kehidupan berbangsa dan bernegara itu ditunjuki sifat-sifat persamaan lambang, institusi nasional, perundangan; keperibadian bangsa dan kejati dirian negara; nilai kebangsaan yang dikongsi bersama; kesetiaan politik (political loyalty); rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa; nilai akhlak, moral, etika yang kukuh; demokratis; liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan; adil dan saksama yang bermakna tidak semesti kesamarataan; progresif dan makmur; serta daya saing, daya tahan, tangkas, dinamis (psikologikal). Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu sudah diikat ke dalam Perlembagaan Negara yang keluhurannya menjadi undang-undang teringgi negara. Maka sebab itulah secara langsung 1Malaysia itu dikatakan bersandarkan Perlembagaan dan Rukun Negara. Jadi aspek nilai dan norma dalam konteks warisan budaya akan memancarkan amalan prinsip kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) sebagai keluarga besar dalam konteks realiti kemajmukan kaum dan agama di Malaysia yang kesemuanya itu menjadi warisan budaya dalam zaman baru, tetapi kekal kesinambungannya. Tun Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1988 menegaskan; bahawa; “Masyarakat yang mempunyai satu negara, satu bahasa yang sama atau ‘common language’, dan satu kebudayaan tidak dapat tidak akan mempunyai identiti yang sama yang akan diiktirafkan sebagai satu bangsa. Di mana juga kita pergi, pengiktirafan ini akan menjadi nyata. Kita tidak akan dikelirukan dengan bangsabangsa lain, khususnya bangsa daripada negara asal kita. Jika kita pula berbangga dengan pengiktirafan ini, maka ketika itu wujudlah bangsa Malaysia yang sebenar”. Selain bahasa ada banyak aspek lain warisan budaya yang akan mengikat kita sebagai satu bangsa. Dalam upacara istiadat dan acara rasmi negara umpamanya unsur kebangsaan Malaysia sahaja yang seharusnya diketengahkan seperti pakaian kebangsaan, hidangan atau jamuan yang tidak bertentangan dengan nilai kebudayaan kebangsaan dan persembahan kesenian yang bercorak kebangsaan. Nilai positif yang
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 123 diwarisi bersama (common shared values system) semua lapisan rakyat Malaysia harus dipupuk dan dibina bagi pembangunan negara, misalnya, budaya ketepatan, disiplin, etika kerja yang baik, bersih, cekap, amanah, budaya kerja, budaya ilmu, berdikari, budi bahasa, hormat-menghormati, gotong-royong, kerjasama, muafakat, budaya penyayang, dan sebagainya. Penerapan nilai-nilai universal ini termasuk nilai-nilai Islam yang boleh dikongsi bersama seharusnya diteruskan berdasarkan progam kempen dan gerakan sejak awal 1980-an dahulu oleh Kerajaan sendiri. Sejarah memperlihatkan bahawa kekuatan sesuatu peradaban terletak pada keupayaan bahasa peradaban tersebut. Demikian kekuatan sejarah kebudayaan Malaysia terpancar pada perkembangan bahasa Melayu melalui perkembangan ilmu, penggarapannya idea dan hasil pemikiran bangsa dalam kesusasteraan dan persuratannya. Sesudah kemerdekaan Malaysia, bahasa Melayu kini menjadi salah satu bahasa moden dunia dalam tempoh relatifnya singkat berbanding dengan bahasabahasa lain termasuk bahasa Inggeris. Kedudukannya sudah setanding dengan bahasa-bahasa dunia yang lain. Bahasa Melayu sudah berjaya diangkatkan menjadi bahasa ilmu dan bahasa komunikasi rakyat sebagai alat pemersatu bangsa di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam atau satu bahasa penting di Asia Tenggara bahkan menjadi warisan budaya yang paling penting lagi utama (A. Aziz Deraman: 2000). Di Malaysia, kaum keturunan Cina dan India mempunyai ciri kebudayaan masingmasing. Sebahagian unsur warisan budaya mereka telah diterima dan diserapkan sebagai kebudayaan nasional yang tidak lagi membawa identiti negara asing misalnya di bidang bahasa, pakaian, perhiasan, makanan dan kesenian. Di luar konteks itu apa yang diamalkan secara kaum dan sukuan, tetap ada pada peringkat masingmasing yang suatu waktu dalam prosesnya akan mengambil tempat baharu apabila timbulnya penyesuaian. Katakan seni persembahan ghazal, ada antara alat muziknya seperti tabla dan akordian adalah warisan budaya luar, bukan milik asal kebudayaan Melayu, tetapi diadun dalam irama dan lagu dengan pantun sebagai liriknya tidak lagi berwajah Arab atau Asia Tengah. Ghazal sudah menjadi seni muzik kebangsaan. Hal ini bermakna warisan budaya itu sudah bersifat kebangsaan dan supra, merentasi kaum dan suku. Sifat supra itu penting bagi menempatkan lambang kebangsaan yang dapat menimbulkan emosi dan rasa sepunya seperti simbol negara, melalui bendera negara Jalur Gemilang, bahasa Kebangsaan, lagu Negaraku, dan sebagainya.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 124 Warisan budaya etnik dan kaum dalam konteks ‘kebudayaan kesukuan’ masih tetap diamalkan masing-masing etnik dan kaum, tetapi mana-mana unsur yang yang sesuai dan wajar daripada kebudayaan kaum atau suku itu, atau unsur asing, akan mengalir masuk dalam aliran arus perdana kebudayaan kebangsaan. Katakan seni persembahan muzik sape atau tenunan ‘pua kumbu’ di Sarawak secara automatik merupakan warisan seni budaya bangsa Malaysia yang bersumberkan seni warisan rakyat asal Malaysia atau rantau ini. Beberapa alat muzik Cina dan India yang digabungkan adunannya sewaktu sambutan perayaan Hari Kebangsaan beberapa tahun yang lalu adalah suatu proses eksperimentasi dan kreatif yang baik, sebab jati diri Malaysia melalui persembahan lagu-lagunya tidak rosak di situ. Pendekatan begini sesuai dan dapat mengisi kepada konsep 1Malaysia, berbanding dengan sesuatu persembahan totok yang membawa citra kebangsaan selain dari Malaysia. Dalam hal sedemikian sifatnya akan kekal sebagai warisan budaya kaum dan etnik. Ibarat sebatang sungai besar akan ada pertemuan alirannya (confluence of rivers), beza anak sungai dengan sungai induk yang arusnya sehingga ke muara. Di situ analogi konsep 1Malaysia dengan sistem pemerintahan yang satu dan dipayungi Perlembagaan yang satu. Budaya konsumerisme telah meledakkan budaya baharu kepada generasi muda, mengubah cara hidup baru ala Barat. Kecenderungan generasi muda terhadap menerima pakai apa-apa sahaja produk Barat kian ketara. Pendek kata “segalanya bermula dari Barat” mulai jelas dan nyata di minda mereka. Imperialisme budaya bentuk baharu datang melalui kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) membawa pengaruh budaya yang bukan sedikit. Kita bimbang suatu waktu generasi muda boleh meminggirkan warisan budaya sendiri, mengagung-agungkan produk Barat dengan kebanggaan yang berlebihan terhadap jenama Barat. Mereka akan jelik dengan pakaian kebangsaan sendiri sebagai warisan budaya. Begitu juga halnya, dengan gaya pemakanan anak muda dengan membanjiri restoran makanan segera dan kelab-kelab hiburan. Pengaruh ini tidak semestinya ditolak sepenuhnya, tetapi kesedaran perlu dipupuk melalui pendidikan budaya, agar mereka tahu mengimbangi keperluan. Imperialisme budaya bentuk baru ini sudah pun menjalar ke bidang seni. Ada gejolak nafsu berhibur, berseronok, dan bergembira sebanyak mungkin menerusi pelbagai program kesenian popular atau disebut juga kebudayaan rendah ‘low culture’.
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 125 Hidangan seni Barat itu, terutamanya dari Amerika dan sekutunya sifat hedonisme atau keseronokan, sehingga hasil kesenian kita boleh kehilangan khalayak dan tempat dalam media elektronik. Justeru, kita wajar menyaring pengaruh asing terutamanya Barat yang tidak terkawal dan tidak sesuai yang mungkin membawa unsur imperialisme budaya khususnya seni ini. Jika difikirkan munasabah, maka dasar tertentu patut digubal, ada peraturan tambahan baharu penapisan, peraturan penayangan atau kemasukan filem asing di kaca televisyen dan pawagam atau penyebaran bahan dalam media cetak. Begitu juga halnya pengaruh internet dan blog. Sekiranya pengaruh imperialisme ini tidak dibendung, kita akan melihat kejayaan besar penjajahan bentuk baharu Barat dan warisan budaya sendiri akan lupus. Natijahnya, kesenian kita tidak lagi menjadi warisan budaya bangsa sendiri, tetapi generasi muda akan leka dengan hiburan hedonisme yang tidak bertunjangkan pemikiran dan jati diri bangsa. Perancangan Kebudayaan dan Program Strategik Pembangunan kebudayaan dan perancangan program strategiknya menjadi sangat penting bagi sesebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, seperti Malaysia. Malaysia memerlukan sebuah citra budaya bangsa selaras dengan konsep bangsa Malaysia. Perancangan kebudayaan juga akan menentukan sifat yang terbaik, mulia dan menjadi tapak bagi pembinaan bangsa. Sebuah negara-bangsa hanya muncul dan tegak atas landasan kebudayaan kebangsaan masing-masing. Perpaduan negara melalui kebudayaan dalam perspektifnya yang luas sememangnya memerlukan pelaksanaan rancangan yang “integrated” oleh semua agensi sesuai dengan bidangnya yang meliputi segala aspek. Perpaduan akan lebih dirasakan apabila keharmonian hidup rakyat terjalin melalui ikatan kejiwaan kebangsaan, kesayangan kepada negara, ketaatsetiaan dan sebagainya. Warisan budaya dalam aspek nilai perlu dimasukkan dalam perancangan sebagaimana dilakukan melalui Kempen Budi Bahasa dan kegiatan-kegiatan yang serupa bagi mengembangkan nilai-nilai umum budaya seperti pelbagai nilai yang disebut dalam Gagasan 1Malaysia itu. Jadi garis panduan dalam
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 126 membina budaya dan mewujudkan satu bangsa (nation) atau nusa yang bersatu padu itu perlu ada. Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan transformasi ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dinaungi Gagasan 1Malaysia itu akan menjadi sempurna dengan keseimbangan pembangunan fizikal dengan spiritual. Faktor nilai menjadi sangat penting bagi mengekalkan identiti negara, meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang dikongsi bersama merentasi kaum dan mendukung persamaan bukannya perbezaan. Cita-cita ini juga disebut dalam salah satu cabaran strategik Wawasan 2020 negara. Warisan budaya boleh dilihat dalam pelbagai bidang. Tinggal lagi apakah dan bagaimanakah pendekatan boleh dicari bagi mengembang dan meningkatkan penghayatannya. Lihat sahaja bidang-bidang non-material seperti filsafat (estetika, etika, logika, metafizik, epistemologi atau filsafat khusus mengenai hukum, sejarah dan sebagainya), ilmu pengetahuan (sains sosial, ilmu kemanusiaan dan sebagainya), kesenian (seni muzik, seni tari, seni drama, teater, sastera dan sebagainya), adat istiadat (kaedah yang berhubung dengan budaya seperti kesusilaan, kebiasaan masyarakat, istiadat, upacara negara dan sebagainya), bahasa (termasuk lisan dan tulisan), kepercayaan (termasuk ideologi), teknologi, kegiatan ekonomi, politik, dan pendidikan (baik formal atau informal). Dalam kebudayaan material, antaranya warisan peralatan hidup (pakaian, perumahan, peralatan rumah tangga, senjata dan sebagainya), alat perhubungan, alatan muzik dan sebagainya yang perlu di pelihara. Semuanya ini terdapat dan diwarisi masyarakat dan suku kaum peribumi di negara kita seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Murut, Bajau, Kadazan, Dusun, Melanau dan dalam kalangan kaum Cina dan India. Perancangan program strategik perlu diterjemahkan ke dalam tindakan bagi menumbuhkan nilai-nilai umum yang nyata dan ketara dalam kepelbagaian bidang itu serta dinamik dalam konteks masa dan ruangnya. Antara usaha pemupukan dan pengembangannya boleh dilakukan melalui latihan, memperbanyakkan bahan kebudayaan dan usaha-usaha kretaif dan inovatif secara eksperimentasi bagi meninggikan mutunya. Strategi pembangunan dan penterjemahan kegiatan kebudayaan boleh sahaja dilakukan menerusi galakan dan latihan tetapi memerlukan suatu penelitian terhadap bidang-bidang yang lahir dari warisan budaya yang mendukung sifat etnik atau tradisional, sifat kebudayaan rakyat (folk culture) dan pengutaraan yang berbentuk
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 127 sifat sezaman (contemporary). Pembahagian ketiga-tiga bidang ini mungkin dapat diperincikan lagi dalam suatu perancangan strategik supaya sesuai dengan kehendak pentadbiran. Dalam pada itu, usaha-usaha perlu diserentakkan ke arah memelihara kekayaan warisan kesenian wilayah yang banyak terdapat di seluruh negara. Di sinilah peranan konsep pengwilayahan budaya itu dibuat. Kalau diperhatikan di Malaysia, wilayah budayanya boleh dilihat berasaskan utara, selatan dan timur di Semenanjung serta wilayah Sabah dan Sarawak. Masing-masingnya mempunyai tradisi kebudayaan dan kesenian tersendiri berkongsi sifat-sifat komuniti, bahasa dan dialek, warisan seni, pengalaman sejarah yang sama dan sebagainya. Program kebudayaan secara vertikal mungkin sahaja dapat dilaksanakan di peringkat wilayah mahupun negeri berdasarkan aspek-aspek pemulihan, pemeliharaan, galakan, dan proses pembudayaan. Banyak caranya perkembangan kesenian wilayah itu boleh dilakukan termasuklah kerja-kerja kajian dan mengetengahkan hasil-hasil kajian itu bagi kepentingan umum. Perancangan program dan kegiatan ini dapat dilihat dari atas ke bawah atau sebaliknya atau berlaku pada peringkat masing-masing yakni di peringkat yang menjelmakannya. Jika kita mengambil contoh kesenian (kerana ia boleh nyata dari segi perancangan dan pentadbiran) kita mempunyai kesenian etnik dan tradisional seperti makyung, wayang kulit (sudah ada versi baru wayang kulit DBP di Kelantan sebagai alternatif kepada wayang epik Ramayana), randai, bangsawan atau kesenian rakyat yang dapat kita golongkan dalam bentuk dikir, bermukun, boria, ghazal, tarian rakyat, permainan tradisional (wau, gasing) dan sebagainya, malahan pula usaha-usaha dapat ditumpukan ke arah perkembangan kesenian sezaman melalui percubaan-percubaan yang dapat dilakukan oleh badan-badan tertentu bagi memupuk kegiatan drama (seni teater) dan tarian kanak-kanak, seni tampak atau sebagainya. Kegiatan juga dapat dilakukan dalam bentuk khidmat sosiobudaya terutamanya bidang-bidang keilmuan, wacana dan pemikiran kebudayaan, penggunaan prasarana seperti dewan, auditorium dan Taman Seni Budaya atau memanfaatkan kehadiran tokoh-tokoh dan pertubuhan atau badanbadan budaya yang dapat disatukan bagi tujuan ini (A. Aziz Deraman: 2010). Selama ini terjadi penglibatan kaum yang tidak seimbang dalam suatu bidang tertentu, umpamanya kesenian sezaman akan memungkinkan penglibatan yang lebih berbanding dengan kesenian tradisional atau kesenian rakyat. Meskipun begitu, hal ini bukanlah bermakna bahawa kita mesti mendapatkan setiap golongan mempraktikkan
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 128 kesenian tradisional itu. Ada pada tempatnya beberapa kesenian itu akan hanya menjadi penghayatan (apresiasi manifestasi) budaya atau sekurang-kurangnya menjadi identiti kepada warisan budaya negara. Bagaimanapun, proses-proses perancangan akan memungkinkan penerimaan yang lebih baik melalui galakan yang dilakukan. Dua faktor yang berhubung dengan perkembangan kebudayaan dalam masyarakat ialah hubungan dan sikap anggota masyarakat terhadap kegiatan dan pengaruh komunikasi dari segi pendedahan pelbagai bidang budaya tadi terutamanya peranan media massa, media cetak atau media elektronik seperti pengaruh televisyen dan filem. Satu masalah besar perpaduan dalam bidang kebudayaan ialah kekurangan “response” dalam kalangan bukan bumiputera terhadap kebudayaan atau kesenian kebangsaan. Ini menunjukkan masih adanya batas budaya dalam hubungan perbezaan budaya tadi. Rakyat masih terikat dan mempunyai nilai-nilai dan norma yang berbeza, lebih-lebih lagi corak demografi (kependudukan) yang sedemikian rupa. Polarisasi budaya berasaskan kaum atau suku bangsa jelas wujud. Masyarakat Melayu dan suku bangsa peribumi lain di kawasan luar bandar mengamalkan tradisi kebudayaan induk bangsa, berbeza dengan keturunan Cina dengan budaya kotanya dan kesibukan perdagangan, kaum India di estet-estet yang meregangkan lagi jalinan antara kaum. Dasar penyusunan semula masyarakat akan memungkinkan hubungan baru yang lebih terbuka, jika benar-benar dijayakan bersama. Kesefahaman dan perasaan yang sama dapat dirasai oleh semua kaum, manakala nilai-nilai umum kejiwaan dapat membuktikan hasrat perpaduan antara kaum itu dijalin. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, digalakkan melahirkan kesusasteraan kebangsaan, iaitu sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu. Sastera yang dihasilkan dalam bahasa lain selain bahasa Melayu, sekalipun berlatar kehidupan Malaysia, jelas tidak dapat diterima sebagai kesusasteraan kebangsaan Malaysia, cuma mungkin bersifat sastera Malaysia. Hal ini demikian sifatnya kalau kita sentiasa berpegang kepada Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kesusasteraan kebangsaan itu tidak harus terus dibiarkan berada dalam kepompong Malaysia sahaja tanpa digerakkan perancangan untuk memperkenalkan karya besar dan sasterawan tanah air ke peringkat dunia melalui usaha penterjemahan dan program promosi sastera kebangsaan Malaysia itu ke peringkat antarabangsa.
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 129 Penglibatan boleh diperoleh secara meletakkan khalayak mengikut bidang kecenderungan kelompok masing-masing, misalnya tradisi keilmuan, persuratan, kegiatan bahasa dan sastera atau seni tampak dalam mana setiap warga negara mempunyai kepentingan yang sama. Dalam perancangan, mungkin bidang kesenian sezaman dan khidmat khas sosiobudaya boleh menarik dan melibatkan warganegara dengan lebih berkesan. Rasa perpaduan dapat disuburkan dan masalah monopoli oleh sesuatu kaum tidak akan timbul apabila sasaran dan penglibatan dirancang dengan sempurna. Dengan sifat fleksibel dan dinamik, kita perlu mengisi prinsip “unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar” selagi mana tidak bertentangan dengan nilainilai kebangsaan, misalnya, tidak menghilangkan identiti atau menukar pandangan keluar yakni daripada keperibadian Malaysia kepada keperibadian asing. Gabungan unsur kesenian masyarakat Cina atau India di Malaysia dan peribumi harus didasarkan pada pencapaian mutu yang tinggi dan bukan semata-mata mencampuradukkan dengan tidak mungkin memberikan sebarang identiti. Kita juga perlu berusaha mengubahsuai dan melakukan eksperimen ke atas unsur-unsur kebudayaan yang ada dengan teliti. Misalnya pembaharuan, penggunaan kemahiran pertukangan (emas, perak, kayu) dalam konteks baru dan sebagainya atau usaha mengidentifikasikan unsur-unsur lain untuk diserapkan dan diubah suai melalui pergabungan dalam muzik dan tarian (gendang Keling, tarian selendang China), nilai-nilai sosioekonomi yang umum melalui kajian dan perbandingan dan bidang eksperimen terhadap pengutaraan sezaman (contemporary expression) dalam masyarakat yang sedang berubah itu. Usaha menganjurkan persembahan Dikir Seribu (2001) atau Gendang Seribu (2002) oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan di Kota Bharu tidak lama dahulu memberi keyakinan, kesenian teras dapat membina sebuah orkestra bercitra nasional, sehingga beberapa kali dijadikan contoh acara sambutan Hari Kebangsaan. Rentak irama dan lagunya bercirikan kebangsaan Malaysia, meskipun peralatan dan penyertaannya daripada keturunan yang berbeza. Tidak siapa menyangka puluhan ribu orang datang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan satu eksperimentasi seni budaya yang sangat berjaya. Berbanding dengan usaha ini, memiliki sebuah Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pun tidak akan memberi apa-apa erti sekiranya sumber tempatan tidak dirujuk dan dicari warisan
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 130 budaya sendiri untuk diketengahkan. Di samping menonton kehebatan persembahan hasil karya Mozart dan Beethoven, kita juga mahu mendengar kemerduan lagu-lagu P. Ramlee dan warisan muzik etnik atau tradisional yang digubah ke orkestra simfoni. Warisan budaya akan mendapat tempat di semua peringkat masyarakat apabila beberapa pertimbangan dapat diberikan. Antaranya dengan usaha memperbanyak dan mempromosikan bahan-bahan warisan budaya melalui kajian, penyelidikan serta penyebaran berkesan ke tengah-tengah masyarakat. Berbagai-bagai maklumat dalam warisan sejarah, sastera, ilmu agama, seni dan sebagainya perlu dipaparkan dengan baik, tersusun dan menarik. Pengembangan, pendidikan dan pengkajian akan menjadi lebih bermakna apabila eksperimentasi dan penyesuaian terhadap sesuatu yang baru dan wajar dilakukan secara kreatif dan inovatif. Kebetulan sekarang bidang komunikasi negara dan kebudayaan digabungkan di bawah satu kementerian, maka alat sebaran am patut digunapakai sebagai saluran penting penyampaian, pendedahan dan susul balas perkembangan budaya. Susul balas program akan memberikan gambaran ukuran sebenar pencapaian dan penerimaan rancangan yang dijalankan. Dengan itu penglibatan masyarakat dapat diukur dari sudut ‘rakyat didahulukan’ dalam usaha mewujudkan komunikasi dan penyebaran maklumat yang berkesan. Di sana sini sudah tersedia kemudahan infrastruktur misalnya Taman Budaya Negeri dan sebagainya yang boleh digunakan bagi khidmat khas sosio budaya misalnya diadakan wacana intelektual, syarahan, penerbitan, pementasan, pesta, pameran dan sebagainya. Faedah besar akan dapat diperoleh apabila sesuatu perancangan ikut menimbangkan peringkat penyertaan dan latar belakang kecenderungan khalayak itu sendiri. Malaysia memerlukan pembangunan modal insan secara holistik dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelek, keusahawanan, pengetahuan sains dan teknologi. Pendidikan dalam erti formal dan tidak formal patut digandingkan sehingga pendidikan seumur hidup atau sepanjang hayat terus menjadi amalan. Persepsi rakyat dan generasi muda terkeliru disebabkan pendidikan lebih menekankan pencapaian akademik dan keperluan industri semata-mata. Mereka cetek kefahaman sejarah, budaya, bahasa, sastera agama, ketatanegaraan, nilai-nilai positif sebagaimana terpancar dari aspek-aspek penting warisan budaya atau sebagainya. Maka kurikulum dan kokurikulum pendidikan formal dan tidak formal patut menangani isu ini. Jika dalam pembangunan negara bagi mencapai matlamat kemakmuran, kemajuan ekonomi dan
Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia 131 kesejahteraan sosial dengan ciri khususnya yang memastikan tiada rakyat Malaysia terpinggir, maka hal yang sama patut dilakukan terhadap warisan budaya yang memerlukan kesaksamaan perhatian kerajaan. Kesimpulan Kebudayaan ada peranannya sendiri dalam proses mengukuhkan perpaduan bangsa. Pendidikan kebudayaan berupaya membentuk suatu tradisi Malaysia melalui tindak kerja asuhan, pendidikan, sebaran am dan produksi seni bermutu tinggi. Proses pemasyarakatan dan pembudayaan terhadap warisan budaya sendiri hanya boleh berlaku dalam keadaan kita sedar akan keperluannya, disamping bertindak menyaringi kemasukan unsur luar yang negatif. Budaya bangsa Malaysia hendaklah dipupuk dan usaha berkesan dilakukan bagi membatasi unsur-unsur imperialisme budaya. Pendidikan kebudayaan bukan bermakna ‘mendidik’ dan ‘memasyarakatkan’ atau menimbulkan penghayatan terhadap seni semata-mata, tetapi ialah pendidikan jiwa rohani bagi kecintaan negara, patriotisme dan semangat kebangsaan Malaysia di semua peringkat dan lapisan warga yang akhirnya akan juga menjadi warisan budaya yang penting. Rakyat dapat bersatu-padu apabila berlakuknya perkongsian nilai yang sama, berganding bahu mempragakan jati diri negara sendiri dan mengangkat warisan budaya bangsa sebagai lambang kemegahan bersama. Secara psikologi warisan budaya itu tersirat rasa kekitaan dan kebersamaan yang dapat membangkitkan emosi, rasa kepunyaan, kesedaran kebangsaan, jiwa kenegaraan, serta rasa bangga dan cintakan negara, bukannya kebanggaan terhadap kaum sendiri sahaja. Apa yang perlu bahawa setiap etnik dan kaum memahami beza antara kebudayaan kesukuan yang terus dipelihara tetapi warisan budaya bangsa Malaysia jauh diberikan lebih keutamaan, menuntut usaha bersama, sama seperti kita memartabatkan hak negara dengan hak kaum. Sesuai dengan Gagasan 1Malaysia, kita hanya ada satu negara, maka citra negara sepatutnya akan memberikan kita kekuatan jati diri kenegaraan sendiri yang akhirnya negara kita itu boleh ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ bersaing dengan negara bangsa yang sebagai suatu budaya.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 132 Bibliografi A.Aziz Deraman, 1975. Edisi Baru 2005. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: DBP. A.Aziz Deraman, 2010. Wacana Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP. A.Aziz Deraman, 2009. “Kebudayaan: Suatu Perspektif Ke Arah Melahirkan Modal Insan Cemerlang”, Kertas Bicara Eksekutif anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, pada 2 Julai 2009, di Auditorium Taman Budaya, Kuantan. Hassan Ahmad 1997. “Dasar kebudayaan kebangsaan Menghadapi Cabaran Baru”. dlm Dewan Budaya, Januari: Kuala Lumpur: DBP. hlm. 20-21. Mohd. Affandi Hassan (ed); 1973. Asas Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Mohd Najib Tun Abd Razak, Dato’ Sri, 2009. Ucapan di Dewan Rakyat 15 Jun 2009. Shamsuddin Moner El-Askary, Dr., 2009. Satu Malaysia: Transformasi 40 Hari Pertama PM, Dato’ Sri Najib Razak. Bangi: Al Hadhari Training Consultants. 1MALAYSIA: “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, (booklet), 2009. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia. S. Othman Kelantan; 1998. “Cabaran Pembangunan Kebudayaan Abad ke-21”. dlm Dewan Budaya, Kuala Lumpur: DBP. Mac: hlm.6-8. Za’ba, 1934. 2002 (Ed. Kedua). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.1malaysia.com.my http://www.penerangan.gov.my
Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina Chew Fong Peng* Universiti Malaya * Dr. Chow Fong Peng adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, merangkap Setiausaha PERPEKTIF
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 134 Pendahuluan Di Semenanjung Malaysia, rekod dalam catatan sejarah China menunjukkan bahawa terdapat pedagang Cina dan rombongan diplomatik datang melawat Empayar Melaka pada awal abad ke-15, namun tiada catatan yang menunjukkan wujudnya penempatan orang Cina di sini (Liang Liji, 1996). Semasa penjajahan Portugis (1511-1641) di Melaka, barulah ditemui rekod tentang pemastautinan komuniti Cina. Selepas itu, perkembangan penempatan orang Cina Semenanjung Malaysia adalah lambat sehingga selepas penjajahan British di Tanah Melayu, kemasukan orang Cina mula berkembang dengan pesat. Orang-orang Cina zaman itu adalah pekerja yang diimpot oleh British untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah, dan majoritinya berasal dari bahagian selatan China, terutama wilayah Fujian, Guangzhou dan Pulau Hainan ke Lautan Selatan secara besar-besaran pada abad ke-18 (Yen Ching-Hwang, 2000). Majoriti orang Cina yang datang pada peringkat awal merupakan golongan bawahan dan miskin, terdiri daripada buruh kasar dan petani yang tidak berpendidikan tinggi. Pada waktu itu, tafsiran mereka tentang Tanah Melayu sebagai tempat persinggahan sementara, menyebabkan mereka berpegang kuat kepada lambang yang penting untuk mengekalkan ciri kecinaan mereka, terutamanya dari segi identiti kebudayaan. (Lee Yok Fee, 2004:167). Oleh itu, mereka menubuhkan persatuan sosial, seperti persatuan persaudaraan, persatuan dialek, persatuan mengikut tempat asal China, atau kongsi gelap untuk menyediakan asas yang kukuh untuk mengekalkan kebudayaan mereka (Yen Ching-Hwang, 2000:10). Seterusnya orang Cina menubuhkan sekolah-sekolah dan memulakan percetakan surat khabar Cina untuk mengembangkan kebudayaan mereka.
Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 135 Jati Diri dan Identiti Masyarakat Cina Malaysia Apa maksud jati diri? Kamus Dewan (2005) memberi pentaksiran sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama. Jati diri menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri itu akan menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa. Keperluan utama dalam mendefinisikan sesebuah bangsa ialah ciri yang sama yang dikongsi bersama. Ciri yang sama inilah yang menyebabkan wujudnya keseragaman atau kehomogenan. Sebahagian ciri ini hendaklah pula dapat membezakan bangsa berkenaan daripada bangsa-bangsa lain yang berdekatan. Antara ciri-ciri yang bersatu dalam bangsa ialah mempunyai leluhur yang sama, menuturkan bahasa yang sama, mengamalkan kebudayaan yang sama, berpegang kepada agama yang satu, dan bermastautin di daerah geografi yang sama (Abdullah Hassan, 2009:63-65). Perbincangan ini menumpukan perihal jati diri orang Cina Malaysia dengan memfokus kepada aspek identiti. Untuk memahami jati diri dan identiti orang Cina Malaysia, maka aspek kebudayaan mereka perlu diterokai terlebih dahulu untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang pemikiran orang Cina Malaysia. Kebudayaan Masyarakat Cina Jumlah penduduk Cina di Malaysia membentuk sebanyak 24.6% daripada 28.3 juta penduduk Malaysia (Berita Harian, 15.09.2012). Orang Cina Malaysia boleh dibahagikan mengikut kumpulan dialek (fangyanqun), seperti Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan, Hokchiu, Kwongsi dan Henghua (Lee Kam Hing & Tan Chee Beng, 2000). Bilangan penduduk mengikut pecahan sub-etnik itu ialah orang Hokkien sebanyak 1,848,211 orang (34.66%), Hakka sejumlah 1,679,027 orang (23.47%), Kantonis sebanyak 1,355,541 orang (18.27%), Teochew sejumlah 974,573 orang (11.31%), Hainan 380,781 orang (3.65%), Foochew sebanyak 249,413 orang (4.93%), Kwangxi (1.5%), Henghua (0.57%), Hokchia (0.21%) dan lain-lain (1.44%) (Jabatan Statistik,
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 136 2011). Ini bererti sub-etnik Hokkien adalah kumpulan yang terbesar, diikuti dengan Hakka, Kantonis, Teochew dan lain-lain yang merupakan identifikasi sub-etnik. Dalam amalan, orang Cina Malaysia adalah kategori meta-etnik yang digunakan sebagai prinsip yang menggerakkan kepentingan Cina berhubung dengan kumpulan etnik yang lain. Sehingga kini, tidak ada persaingan antara kumpulan dialek, yang sebenarnya merupakan kategori pengenalan subethnik (Tan Chee Beng, 2000:44). Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit). Konsep tian sebagai makhluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang, juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta prinsip tertinggi dalam alam semula jadi, serta dalam konteks etika Konfusianisme. Dalam kitab Taoisme, iaitu Daodejing, tian disamakan dengan Tao. Konsep Tao bermaksud jalan (the way). Tao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat selain menjadi primordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Konsep Ying dan Yang yang ditemui dari kitab Yijing (The Book of Change) juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua unsur tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub itu menghasilkan lima unsur yang menjadi asas kewujudan semua benda. Manifestasi kuasa Ying dan Yang serta lima unsur tersebut berpusing tanpa hujungnya, lalu membentuk pergerakan Tao (Soo Khin Wah, 2001:306). Menyebut agama dan kepercayaan orang Cina Malaysia, Tan Chee Beng (2000:42) menggunakan istilah “Chinese Religion” untuk merujuk kepada satu set kepercayaan dan amalan yang kompleks yang diwarisi daripada tradisi keagamaan di China, bercampur dengan inovasi tempatan dan kepercayaan serta praktis keagamaan tempatan dalam sistem keagamaannya. Istilah ini sesuai kerana orang Cina Malaysia telah menggunakan agama orang Cina (huaren zongjiao) sebagai suatu kontras kepada tradisi keagamaan lain. Selain itu, agama orang Cina di Malaysia menggabungkan agama rakyat dengan elemen tradisi Tao dan Buddha, serta etika Konfusianisme. Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekaspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius
Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 137 (551SM-479SM). Ajaran Konfusius menjadi arus perdana pemikiran dalam kebudayaan Cina. Dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu, manusia berpotensi untuk mencapai tiga jenis sifat yang baik iaitu: i. Perikemanusiaan (ren) ii. Kewajaran (yi) iii. Kesusilaan (li) Konsep ren (perikemanusiaan) merujuk kepada sikap penyayang terhadap manusia lain atau kemurahan hati. Maksud ini meliputi perasaan simpati dan kasihan terhadap orang yang menderita, yang kemudiannya diperkembangkan dalam tabiat kita sehingga membentuk sikap penyayang atau berperikemanusiaan. Dalam konteks luas, ren bermaksud kebaikan (Waley, 1989: 27), dan kebaikan akan meliputi sifat-sifat seperti sikap penyayang, sikap altruisme, kesediaan membuat kebajikan, dan lain-lain. Konsep yi (kewajaran) ditakrifkan sebagai kewajaran atau keadilan. Sesuatu perbuatan itu hanya bersifat yi jika ia dilakukan hanya untuk nilainya. Perbuatan yang bersifat yi ini mesti dilakukan hanya untuk nilai intrinsiknya. Jika kita melakukan sesuatu perbuatan itu untuk keuntungan diri sendiri, atau untuk keuntungan seorang yang lain, atau untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu, maka perbuatan kita bukan perbuatan yang bersifat yi. Sesuatu perbuatan moral, sama ada ren atau yi, tidak mempunyai syarat, dan tidak mempunyai sasaran mencapai tujuan tertentu, terutamanya tujuan untuk mencapai keuntungan (Lok Chong Hoe, 2000:41). Konsep li (kesusilaan) menunjukkan semua perbuatan yang mengikut adat, dan semua perbuatan yang melibatkan tingkah laku yang berbudi bahasa, terutamanya peraturan-peraturan yang diperkenalkan untuk mengatur atau mengawal tingkah laku pemerintah dan ahli-ahli istana (Creel, 1975:30). Oleh demikian, konsep li selalunya merujuk kepada pelaksanaan upacara secara betul, kesopanan, dan semua tingkah laku mengikut adat. Hal ini melibatkan kegiatan-kegiatan seperti menjalankan upacara penyembahan dan penghormatan kepada nenek moyang yang sudah meninggal dunia, mengucapkan kata-kata hormat dengan cara yang betul, menyambut ketibaan tetamu
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 138 dengan cara yang betul, menunjukkan penghormatan kepada orang lain dan semua perbuatan lain yang selaras dengan adat istiadat. Selain daripada itu, ketaatan kepada ibu bapa (xiao) juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Hal ini melibatkan kegiatan menunjukkan hormat kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia (seperti menjalankan upacara penyembahan nenek moyang dan ibu bapa yang sudah meninggal dunia); dan ia juga melibatkan mematuhi serta menghormati keinginan ibu bapa yang masih hidup (seperti memberi wang pencarian kepada ibu bapa) (Matthews, 2000:120). Selain cara fizikal, setiap orang harus menunjukkan xiao dari segi kejiwaan. Seorang anak mesti menunjukkan bahawa dia masih mengingati dan menghormati orang tua melalui penyembahan nenek moyang dan ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Penyembahan itu berfungsi sebagai tanda penghormatan kepada nenek moyang yang sudah meninggal dunia dan tidak berkaitan dengan kepercayaan tentang roh dan hantu (Lok Chong Hoe, 2000:31). Di samping itu, ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu: i. Raja dengan menteri ii. Ayah dengan anak iii. Suami dengan isteri iv. Abang dengan adik iv. Kawan dengan kawan Tekanan ajaran Konfusius adalah terhadap pembinaan suatu masyarakat yang aman dan harmoni. Jikalau setiap orang mematuhi ibu bapa dan abang, maka sebuah keluarga yang harmoni akan terbina; dan jikalau setiap ahli masyarakat mematuhi pemerintahnya, maka suasana harmoni akan lahir dalam sesuatu negara. Konsep di atas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya adalah penderitaan berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan
Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 139 akar kepada pelbagai masalah manusia. Penderitaan itu dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Justeru keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesama manusia. Daripada ajaran tersebut, maka lahirlah masyarakat Cina Malaysia yang mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilainilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah (Soo Khin Wah, 2001: 310-311): i. Moral sebagai ideologi ii. Hubungan manusia dengan alam semesta. iii. Mementingkan institusi keluarga iv. Pendidikan diberi keutamaan. v. Keharmoniaan merupakan nilai utama. Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular, iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak mempunyai perasaan takut akan kuasa yang Maha Agung atau Tian. Walaupun orang Cina menganggap bahawa prinsip-prinsip moral serta nilai-nilai murni (Tao) berasal daripada Maha Agung (Tian), tetapi manusia sendiri mampu menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesucian, iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar setiap individu yang dikenali sebagai transendensi dalaman (Soo Khin Wah, 2001:311). Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Dalam proses pembinaan diri ini, antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai batin atau dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Maka apa yang mencirikan minda orang Cina Malaysia ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau individualisme yang agresif.
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 140 Sistem etika Konfusianisme berasaskan keluarga merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun China. Negara merupakan lanjutan daripada keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga. Akibat pengaruh sistem kekeluargaan Konfusianisme, maka lahirlah ciri-ciri masyarakat Cina di Malaysia bahawa waris sebelah bapa dan pemerintah yang berpusatkan bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagung-agungkan zaman silam (Soo Khin Wah, 2001:310). Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh terhadap humanisme, personalisme dan moralisme, maka pendidikan yang bertradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi. Masyarakat Cina di Malaysia kuat berpegang kepada ajaran Konfusius bahawa “kita tidak patut membahagikan manusia kepada kelas-kelas berlainan”; setiap manusia boleh dan patut mendapat pendidikan atau ajaran yang bermoral tinggi, dan yang bertindak secara moral. Hal ini bererti prinsip moral mempunyai dimensi sejagat; setiap manusia harus mendapat latihan dan ajaran moral, dan oleh itu, setiap manusia harus mematuhi dan mengaplikasi prinsip-prinsip moral (Lok Chong Hoe, 2000:20). Pendidikan merupakan parameter yang menyediakan laluan kepada pekerjaan, kemasyhuran dan kekayaan; tiada usaha lain menyediakan harapan, aspirasi dan peluang. Justeru orang Cina mempunyai rasa penghormatan yang tinggi kepada golongan sarjana. Kepentingan pendidikan dalam jiwa masyarakat Cina adalah tersangat tinggi. Adalah lazim bagi ibu bapa untuk menjual atau harta benda, meminjam daripada sahabat atau saudara mara, untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Keadaan ini sangat ketara untuk melanjutkan pengajian tinggi khususnya pendidikan di luar negara. Kini, pendidikan masih menjadi laluan untuk mobiliti sosial, khususnya untuk masyarakat imigrasi di negara baru yang beranggapan bahawa pendidikan yang relevan menyediakan akses kepada dan penerimaan oleh masyarakat tempatan (Yow Yit Seng, 2006:230). Secara umumnya, masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.
Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina 141 Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyarakat Cina, kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi itu tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat (Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail, 2006). Identiti dan Etnik Menyebut tentang identiti masyarakat Cina di Malaysia, sarjana tersohor yang mempelopori kajian berkenaan ialah Wang Gungwu. Bagi Wang Gungwu (1988), konsep identiti orang Cina adalah konstruksi akademik dalam wacana ahli sains sosial yang mengkaji komuniti Cina. Padanya, orang Cina dalam kehidupan seharian tidak memperkatakan isu identiti mereka seperti apa yang dilakukan ahli akademik, kendatipun mereka jarang menyebut perkataan identiti dalam hidup seharian. Mereka lebih menyedari dan menekankan “being Chinese” dan “becoming un-Chinese” atau apa yang disebut Wang sebagai kecinaan. Tahap kecinaan itu berbeza dari individu ke individu yang lain, kerana ada sesetengah orang Cina boleh dianggap “lebih Chinese”, tetapi yang lain pula “kurang Chinese”. Wang menambah, konsep identiti orang Cina itu sudah dihasilkan dalam wacana ahli akademik, kemudian dipopularkan ahli sains sosial yang mengkaji komuniti Cina sejak tahun 1950. Dalam konteks ini, kecinaan adalah konsep yang lebih merujuk kepada bagaimana orang Cina memandang diri mereka dan berkait rapat dengan pengetahuan mereka tentang budaya, geopolitik dan sejarah (Tu Wei-Ming, 1994).
Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 142 Dalam kajian sejarah tentang kehidupan orang Cina di Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua, Wang Gungwu (1988) mengklasifikasikan orang Cina kepada tiga kategori: A, B dan C bergantung kepada sikap mereka terhadap negara China dan Malaysia. Kategori A adalah mereka yang berorentasikan negara China dan menjadi warganegara sama ada tanah besar China atau Taiwan. Kategori B adalah Cina yang rendah profail dan terlibat dalam politik secara tidak langsung menerusi persatuan perdagangan dan perkauman; umumnya mereka masih setia kepada negara asal mereka, dan kurang komitmen terhadap cita-cita dan aspirasi negara baru. Kategori C adalah gabungan ahli kumpulan Cina yang mengalami “pemodenan” dengan “tulen” termasuklah golongan Baba, Cina Negeri-negeri Selat zaman British dan golongan nasionalis Tanah Melayu dan “lazimnya lebih berkomited dan setia akan Tanah Melayu”. Jikalau golongan Cina di Malaysia sebelum kemerdekaan dikelompokkan mengikut klasifikasi ini, maka kebanyakan orang kategori A dan B terdiri daripada mereka yang berpendidikan Cina dan mereka yang tidak mendapat pendidikan formal, manakala kebanyakan kategori C ialah golongan berpendidikan Inggeris. Klasifikasi Wang Gungwu (1988) amat bermanfaat untuk menganalisis orang Cina dan politik di Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan sehingga selepas era rusuhan 1969. Selepas dekad 1970, tiga pembahagian yang dibuat oleh Tan Chee Beng (1988) didapati sesuai diaplikasi untuk menganalisis identiti Cina Malaysia sehingga mutakhir. Tiga kategori Cina itu merupakan golongan berpendidikan Cina, berpendidikan Melayu dan penutur bahasa Inggeris. Golongan berpendidikan Cina membentuk kelompok jenis 1 dan jenis 3. Golongan berpendidikan Cina terdiri daripada mereka yang menerima pendidikan Cina sekolah rendah sahaja, atau pendidikan sekolah rendah dan menengah persendirian Cina serta melanjutkan pendidikan tinggi di Taiwan. Kelompok 2 golongan berpendidikan Cina dan golongan berpendidikan Inggeris beransur-ansur akan hilang akibat sekolah aliran Inggeris yang beralih bahasa pengantar kepada bahasa Melayu. Bagaimanapun, mereka akan terus menjadi kategori “penutur bahasa Inggeris” yang membesar di dalam keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Kategori golongan berpendidikan Melayu akan menjadi semakin penting. Bagaimanapun, berlawanan dengan golongan berpendidikan Cina, golongan berpendidikan Melayu berkongsi ciriciri perwatakan yang sama dengan golongan berpendidikan Inggeris dengan memiliki sedikit pendedahan kepada tradisi besar (great tradition) Cina sahaja (Tan, 1988:152).