The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai sura, 2021-06-29 22:57:47

MODUL PEMBELAJARAN ASAS TANAMAN TINGKATAN 1

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Modul Sejarah PAV Tingkatan 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN KHAS

ASAS KEMAHIRAN VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 1

ASAS
TANAMAN

2015

MODUL SEJARAH PAV TINGKATAN 2

1

ii

MODUL PEMBELAJARAN

ASAS TANAMAN

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright © 2015 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2015
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.

iv
iv

KANDUNGAN vi

1. RUKUN NEGARA vii

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1
2
3. PENDAHULUAN
a. Objektif Modul 3
b. Kandungan Modul 26
60
4. MODUL PEMBELAJARAN 156

UNIT 1 : MENGENALI BIDANG PERTANIAN
UNIT 2 : MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS
UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN
UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

v
v

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi
vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

MODUL
1 ASAS TANAMAN

PENDAHULUAN

Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan kemahiran
asas mengenai aspek penanaman daripada segi perkembangan teknologi, prospek
kerjaya, kepentingan amalan keselamatan, budaya kerja dan amalan
keusahawanan dalam bidang pertanian. Semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan
sifat positif yang diperolehi murid melalui modul ini adalah bertujuan meningkatkan
kualiti hidup diri sendiri, keluarga dan komuniti.

OBJEKTIF MODUL
Modul ini membolehkan murid:
1. Mengenali kepentingan bidang pertanian di Malaysia
2. Mengenal pasti kaedah pembiakan tumbuhan
3. Melaksanakan penyemaian tumbuhan secara seks dan aseks
4. Mengenal pasti jenis sayuran dan tanaman hiasan.
5. Mengenal pasti alatan dan bahan untuk menanam sayuran dan tanaman

hiasan.
6. Menyediakan batas untuk tanaman sayuran.
7. Menyediakan bekas semaian untuk tanaman hiasan.
8. Menyemai sayuran di batas tanaman.
9. Menjalankan kerja-kerja pengurusan tanaman sayuran.
10. Mengurus hasil tanaman sayuran.
11. Mengenal pasti kumpulan tanaman hiasan dan kegunaannya.
12. Menyemai tanaman hiasan secara aseks.
13. Menanam tanaman hiasan ke dalam bekas.
14. Menjalankan kerja-kerja pengurusan tanaman hiasan.
15. Menghitung kos pengeluaran.
16. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti.
17. Mengamalkan teknologi hijau.
18. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam keusahawanan.

1

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN MODUL
Modul ini mengandungi 4 unit pembelajaran.
KANDUNGAN MODUL
Modul ini mengandungi 4 unit pembelajaran.
UNIT 1 : MENGENALI BIDANG PERTANIAN
Dalam Unit 1.0 ini, murid mengenali bidang pertanian seperti mengenalpasti
kepentingan pertanian di Malaysia, bidang yang terdapat dalam pertanian, peluang
kerjaya, jenis-jenis tanaman dan jenis-jenis ternakan.

UNIT 2 : MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS
Dalam Unit 2.0 ini, murid mempelajari membiak tanaman secara seks dan aseks,
dengan mengenalpasti jenis pembiakan tanaman, cara penyemaian seks dan aseks.
UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN
Dalam unit 3.0 ini, murid diajar mengenal pasti jenis sayuran, alatan dan bahan
untukmenyediakan batas tanaman, menyemai biji benih sayuran, menjaga
tanaman,menuai, memasarkan hasil tuaian dan mengira kos pengeluaran.

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN
Dalam unit 4.0 ini, murid diajar mengenal pasti kumpulan tanaman hiasan, kaedah
pembiakan, menyediakan alatan serta bahan untuk menyemai. Murid juga diajar
membiak tanaman hiasan secara aseks, menjaga dan mengira kos pengeluaran.

2

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 1: MENGENALI BIDANG PERTANIAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1. Mengenal pasti kepentingan pertanian di Malaysia.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.1.1 Menyatakan kepentingan pertanian di Malaysia iaitu menghasilkan bahan

makanan, membekalkan bahan mentah, menyediakan peluang pekerjaan
dan menyumbang kepada pendapatan negara.

3

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pertanian bermaksud perihal bertani (tanam-menanam); perusahaan bercucuk
tanam (Kamus Dewan, dbp, 1994). Bidang pertanian secara umumnya terbahagi
kepada tanaman dan ternakan.
Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, bahan
mentah, tanaman hiasan dan lain-lain. Perkembangan teknologi dalam bidang
pertanian begitu pantas berkembang. Industri pertanian akan menjadi lebih baik dan
berkesan, jika murid lebih prihatin dengan situasi yang berkembang ini. Segala
maklumat perkembangan ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran seperti
media elektronik dan media cetak.

Contoh Tanaman

Tanaman Padi Tanaman Sayuran Tanaman Kelapa Sawit

Contoh Tanaman Hiasan

Perusahaan Tanaman Perusahan Bunga Kekwa Perusahaan Bunga Okid
Hiasan

4

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Contoh Ternakan

Ternakan Kambing Ternakan Lembu Ternakan Ayam
Contoh Akuakultur

Ternakan ikan dalam Ternakan ikan hiasan Ternakan udang
sangkar

Media elektronik :

 Internet
 Radio
 Television

Media cetak :

 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

5

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA
Kepentingan pertanian di Malaysia terbahagi kepada 4:
1. Pengeluaran Bahan Makanan

Bahan makanan dikeluarkan di negara ini untuk:
a. memenuhi keperluan bekalan bahan makanan penduduk.
b. mengurangkan kos mengimport bahan makanan.
c. memenuhi keperluan keselamatan negara.

Contoh Bahan Makanan dari hasil pertanian

Padi Buah Kelapa Sawit Buah Nenas

2. Pengeluaran Bahan Mentah

Bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor pertanian akan diproses oleh
industri lain. Contohnya:

JENIS HASIL BAHAN MENTAH HASIL AKHIR
Padi Beras, tepung dan vermiseli

Tanaman Getah Tayar, sarung tangan, kasut dan
Kelapa sawit perabot

Minyak masak, marjerin dan
lelemak

6

Ternakan Ikan Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Daging
Keropok, bebola ikan, ikan kering
dan ikan salai.

Burger, sosej, bebola daging dan
daging salai.

3. Pendapatan Eksport
Eksport hasil pertanian merupakan sumber penting pendapatan negara. Contohnya
jualan hasil getah, kelapa sawit, koko serta hasil-hasil pertanian lain kepada
negara-negara luar membolehkan negara kita meningkatkan aliran masuk wang
asing.

4. Peluang Pekerjaan
Dalam Rancangan Malaysia ke – 10, terdapat perubahan dalam bidang pertanian
negara dari segi pengeluaran bahan makanan di mana peranan sektor swasta
berskala besar disarankan akan mengeluarkan banyak sayur-sayuaran dan
buah-buahan untuk dieksport. Oleh itu bidang pertanian akan memerlukan bilangan
tenaga kerja yang besar dalam memenuhi peluang kerjaya. Terdapat tiga
kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran,
perkhidmatan dan pembuatan.

MAKSUD PERKATAAN

a. Landskap bermaksud pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka
bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan.

b. Eksport bermaksud penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar
negari untuk tujuan perdagangan.

c. Import bermaksud pemasukan barang-barang dari luar negara.

d. Mata wang asing bermaksud mata wang negara lain selain mata wang negara
sendiri.

7

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan bacaan pertanian, CD maklumat pertanian
2. Alat bantu mengajar – LCD, Komputer riba dan penyambung plag tiga pin
TUGASAN
1. Membuat tugasan Folio atau Buku Skrap
LANGKAH KERJA
1. Mengumpul maklumat tentang kepentingan pertanian dari pusat sumber /

majalah / surat khabar / bahan tayangan.Menyiapkan Folio atau Buku Skrap.
2. Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat Folio atau Buku
3. Skrap mengikut format yang sesuai.

8

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Arahan : Sila jawab soalan di bawah.
1. Namakan SATU bidang pertanian.
2. Berikan SATU contoh bidang pertanian yang anda nyatakan di atas.
3. Namakan contoh hasil akhir pertanian yang anda ketahui.
4. Nyatakan kepentingan EMPAT bidang pertanian.

i.
ii.
iii.
iv.
5. Nyatakan kesan terhadap negara sekiranya pertanian diabaikan.

6. Namakan contoh tanaman yang banyak ditanam di seluruh Malaysia

9

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
7. Padankan contoh hasil akhir di bawah dari bahan mentah yang diberikan.

TAYAR
KEROPOK
BURGER

BERAS
MINYAK MASAK

10

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 1: MENGENALI BIDANG PERTANIAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
1.2 Mengenal pasti bidang yang terdapat dalam pertanian.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid berkebolehan:

1.2.1 Menyatakan bidang yang terdapat dalam pertanian iaitu tanaman dan
ternakan.
1.2.2 Menyenaraikan contoh-contoh jenis tanaman
1.2.3 Menyenaraikan contoh-contoh jenis ternakan

.

11

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pertanian merupakan kegiatan pengusahaan sesuatu kawasan untuk mendapatkan
hasil tanaman dan ternakan secara maksimum. Pertanian juga merangkumi pelbagai
bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dan
penternakan haiwan.

KANDUNGAN/FAKTA
Bidang pertanian terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu tanaman dan ternakan.

1. TANAMAN
Tanaman boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan iaitu:-
i. Tanaman komoditi atau tanaman perladangan,
ii. Tanaman sayur-sayuran,
iii. Tanaman buah-buahan,
iv. Tanaman hiasan.

1. Tanaman komoditi atau tanaman perladangan merupakan tanaman yang
diusahakan pada skala besar untuk diperdagangkan secara mentah.
Contohnya tanaman getah, kelapa sawit, koko, kelapa dan lain-lain.

Ladang Getah Ladang Kelapa Sawit

12

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Ladang koko Ladang Kelapa

2. Tanaman sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu
sayuran jenis daun, buah, akar dan kekacang.

a) Jenis sayuran daun - bahagian yang dimakan adalah bahagian daun
contohnya bayam, kangkong, sawi dan lain-lain.

Bayam Kangkong Sawi

b) Sayuran buah – bahagian yang dimakan adalah bahagian buah
contohnya terung, cili api, labu dan dan lain-lain.

Terung Cili Labu
13

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

c) Sayuran akar – bahagian yang dimakan adalah bahagian ubi seperti
ubi kayu, lobak, halia dan lain-lain.

Ubi Kayu Lobak Merah Halia

d) Sayuran kekacang seperti kacang panjang, kacang pis,
kelor(Ramunggai) dan lain-lain.

Kacang Panjang Kacang Pis Kelor(Ramunggai)

14

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

3. Tanaman buah-buahan merupakan tanaman yang ditanam untuk
mendapatkan hasil buahnya seperti durian, rambutan, mangga, dokong
dan lain-lain. Tanaman buah-buahan terbahagi kepada dua iaitu:

a) Buah-buahan yang bermusim.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau 2 kali setahun.
Musim buah-buahan utama pada pertengahan bulan jun hingga
pertengahan bulan ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya dalam
bulan disember hingga febuari dan pengeluaran hasilnya berkurangan.
Buah-buahan yang bermusim ialah durian, rambutan, duku, langsat
dan lain-lain.

Durian Rambutan Langsat

b) Buah-buahan yang tak bermusim.

Buah-buahan yang tak bermusim boleh diperolehi sepanjang tahun.
Walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran
yang berlebihan dari masa-masa lain. Buah-buahan yang tidak bermusim
ialah pisang, betik, tembikai, belimbing dan lain-lain.

Pisang Belimbing Tembikai

15

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

4. Tanaman hiasan dikenali sebagai florikultur. Tanaman ini diusahakan
untuk menghasilkan bunga, biji benih dan anak benih bunga hiasan.
Contohnya pengeluaran orkid, bunga kekwa, bunga mawar dan lain-lain.

Ladang Okid Ladang buga kekwa Penjualan bunga mawar

2. TERNAKAN

Di Malaysia industri ternakan dijalankan untuk pengeluaran daging, susu dan
telur. Antara ternakan yang diusahakan dalam skala besar seperti ayam, lembu,
kambing, akuakultur dan lain-lain. Ternakan boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan iaitu ternakan ruminan, ternakan bukan ruminan dan akuakultur.

i. Ternakan ruminan ialah ternakan yang mempunyai 4 bahagian perut yang
akan meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk
dikunyah berulangkali.

Gambarajah perut ternakan ruminan
16

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Haiwan Ruminan mempunyai sistem penceranaan yang terdiri daripada
Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan perut yang
mempunyai empat bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan
Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan
ruminan "monogestrik".

Lembu Kambing Kerbau

Contoh ternakan ruminan ialah lembu, kerbau dan kambing

Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis pencernaan, iaitu
pertama penceranaan olah mikroorganisma yang berlaku didalam rumen dan
retikulum, dan kedua pula pencernaan oleh enzim yang berlaku didalam
abomasum dan usus kecil.

ii. Ternakan bukan ruminan terdiri mempunyai organ pencernaan seperti paruh,
esofagus, tembolok, proventrikulus, hempedal, duodenum, usus sekum dan
kloaka. Contoh ternakan bukan ruminan ialah seperti ayam, itik, angsa dan
khinzir.

Ayam Itik Angsa

17

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

iii. Akuakultur pula ialah proses pengawasan, penjagaan, pembiakan haiwan-
haiwaan akuatik dan tumbuhan akuatik sehingga ke suatu tahap yang
dikehendaki. Contohnya ternakan ikan air tawar, ikan hiasan, ternakan udang
dan lain-lain.

Ikan Talapia Ikan Pelaga Udang Galah

Media elektronik :

 Internet
 Radio
 Television

Media cetak :

 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

18

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan bacaan pertanian, CD maklumat pertanian
2. Alat bantu mengajar – LCD, Komputer riba dan penyambung plag tiga pin
TUGASAN
Membuat tugasan Folio atau Buku Skrap.
LANGKAH KERJA
1. Mengumpul maklumat tentang kepentingan pertanian dari pusat sumber /

majalah / surat khabar / bahan tayangan.
2. Menyiapkan Folio atau Buku Skrap

Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat Folio atau Buku.
Skrap mengikut format yang sesuai.

19

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Lengkapkan jadual di bawah.
Pertanian

Sayuran Buahan

Contoh: Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:

Contoh: Contoh:
Contoh: Contoh:
Contoh:
Contoh:

2. Nyatakan perbezaan haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan.
i. Haiwan Ruminan :

ii. Haiwan Bukan Ruminan :

3. Nyatakan perbezaan buah-buahan yang bermusim dan buah-buahan yang tidak
bermusim.

i. Buahan yang bermusim :

ii. Buahan yang tidak bermusim :

20

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 1: MENGENALI BIDANG PERTANIAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
1.3 Mengenal pasti peluang kerjaya dalam bidang pertanian.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.3.1 Menyenaraikan peluang kerjaya dalam bidang pertanian iaitu usahawan,

petani, penternak, peladang, pekerja mahir dan separa mahir.

21

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Peluang kerjaya dalam bidang pertanian telah mengurangkan kebergantungan
negara terhadap bahan import di samping meluaskan peluang pekerjaan rakyat
negara. Dengan kemajuan bidang pertanian menggunaakan teknologi terkini, hasil
tanaman dapat dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah moden seperti
aeroponik, hidroponik dan seumpamanya. Sebagai contoh, Cameron Highlands
adalah tempat pengeluaran hasil pertanian negara seperti sayur-sayuran dan buah-
buahan. Buah strawberry dapat dihasilkan menggunakan kaedah hidroponik. Maka
peningkatan hasil dalam bidang pertanian berupaya memenuhi keperluan dalam
negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan.
Kemajuan dalam bidang penternakan juga telah memenuhi keperluan rakyat
terhadap sumber makanan dan merangsang perusahaan yang berteraskan
penternakan contohnya kaedah akuakultur di Johor telah menjana hasil yang amat
lumayan hanya dengan penternakan ikan sahaja. Bidang akuakultur juga menjana
perkembangan industri ikan hiasan yang digemari oleh rakyat tempatan.

Pertanian yang dijalankan menggunakan teknologi terkini

Media elektronik :
 Internet
 Radio
 Television

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

22

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA

Sektor pertanian melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar. Sejumlah 1.7 juta
orang atau 18.4 peratus daripada jumlah guna tenaga negara terlibat secara
langsung dalam aktiviti pertanian (sumber rujukan: Buku teks Sains Pertanian
Tingkatan 4, 2002)

Tiga kumpulan pekerjaan utama yang penting dalam pertanian.

KUMPULAN PERANAN CONTOH PEKERJAAN

Pengeluaran Terlibat secara langsung dalam Pengusaha tanaman, pengurus
pengeluaran hasil pertanian. ladang, penternak haiwan dan
Mereka menghasilkan bahan eksekutif pemasaran.
makanan atau bahan mentah.

Memberi segala perkhidmatan Pegawai pertanian, pegawai

kepada pengeluar supaya mereka penyelidik, pegawai perubatan
Perkhidmatan dapat mengeluarkan hasil yang veterinar, jururunding, guru dan

maksimum. arkitek landskap.

Memproses hasil pertanian Pengilang padi dan pekerja

Pembuatan kepada barangan lain yang kilang pemprosesan minyak

berguna. sawit atau getah.

(sumber rujukan: Buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4, 2002)

Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian melibatkan ramai tenaga kerja mahir,
khasnya yang terlatih dalam aspek penyelidikan dan pembangunan(P&P).
Kesimpulannya peluang kerjaya dalam bidang pertanian terbuka luas kepada
sesiapa yang ingin menceburinya.

Penyelidik Peladang Peladang

23

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Doktor Veterinar Pensyarah Pelukis Pelan Landskap

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan bacaan pertanian, CD maklumat pertanian
2. Alat bantu mengajar – LCD, Komputer riba dan penyambung plag tiga pin

TUGASAN
Menyediakan Folio atau Buku Skrap

LANGKAH KERJA
1. Mengumpul maklumat tentang kepentingan pertanian dari pusat sumber /

majalah / surat khabar / bahan tayangan.
2. Menyiapkan Folio atau Buku Skrap.
3. Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat Folio atau Buku
4. Skrap mengikut format yang sesuai.

24

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Lengkapkan jadual berikut dengan membuat perbandingan tiga kumpulan
utama yang penting dalam bidang pertanian.

Kumpulan penting dalam pertaniaan

Pengeluaran Perkhidmatan Contoh: Pengilang Padi
Contoh: Contoh: Peranan:

Peranan: Peranan:

2. Nyatakan secara ringkas, kaedah penanaman berikut:
i. Aeroponik :

ii. Hidroponik:

3. Namakan DUA tempat pengeluaran sayur-sayuaran dan buah –buahan di
Malaysia.

4. Namakan DUA tempat pengeluaran hasil ternakan di Malaysia.

25

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 2: MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1 Mengenal pasti jenis pembiakan tanaman.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.1.1 Menyatakan maksud pembiakan tanaman secara seks.
2.1.2 Menyatakan maksud pembiakan secara aseks.
2.1.3 Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara seks.
2.1.4 Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara aseks.

26

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pembiakan tanaman merupakan proses memanjangkan kewujudan,
mempelbagaikan spesis dan dan memperbanyakkan kuantiti tanaman. Terdapat dua
jenis pembiakan tanaman iaitu pembiakan tanaman secara seks dan pembiakan
tanaman secara aseks.
Segala maklumat pembiakan tanaman ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran
seperti media elektronik dan media cetak.

Media elektronik :
 Internet
 Radio
 Television

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

27

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/ FAKTA

1. Pembiakan Tanaman Secara Seks.
Pembiakan tanaman secara seks adalah pembiakan yang melibatkan
persenyawaan gamet jantan dan gamet betina menghasilkan zigot. Zigot yang
terbentuk akan menjadi biji benih.

Biji benih boleh didapati daripada pokok-pokok yang matang atau dengan cara
membeli di pasaran. Terdapat dua jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji
benih kasar.
a. Kelebihan pembiakan seks

i. Biji benih mudah diperolehi.
ii. Boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak.
iii. Pokok mempunyai akar tunjang.

b. Kekurangan pembiakan seks
i. Tidak semua tanaman mengeluarkan biji benih.
ii. Ciri-ciri pokok induk tidak diwarisi sepenuhnya.
iii. Pertumbuhan tidak sekata.
iv. Lambat mencapai tahap matang.

Biji benih halus Biji benih kasar

2. Pembiakan Tanaman Secara Aseks.
Pembiakan tanaman secara aseks adalah pembiakan individu baru dari satu
induk tanpa melibatkan penggabungan gamet. Pembiakan aseks juga dikenali
sebagai pembiakan vegetatif yang menggunakan bahagian tumbuhan seperti:
a) Keratan batang.
b) Keratan Daun.
c) Tut.
d) Cantuman
e) Pembahagian Organ Tanaman.
f) Kultur tisu.

28

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

a. Keratan Batang.
Kaedah ini menggunakan bahagian tanaman seperti batang, ranting dan
dahan tanaman. Keratan batang boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. Keratan Kayu Lembut
Keratan diambil dari bahagian yang termuda sekali atau masih hijau.
Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu
lembut adalah pokok ati-ati (Coleus sp), ros jepun (Portulaca
grandiflora) dan bayam merah Iresine sp.).
ii. Keratan Kayu Sederhana
Keratan diambil daripada dahan atau ranting yang baru matang. Contoh
tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakkan keratan kayu
sederhana adalah seperti bunga raya (Hibiscus sp.), puding (Codiaeum
sp.) dan bunga loceng (Allamanda sp.).
iii. Keratan Kayu Keras
Keratan diambil dari bahagian batang atau dahan yang telah matang.
Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu
keras ialah Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida.

Keratan Batang

29

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

b. Keratan Daun
Pembiakan secara keratan daun boleh dilakukan pada pokok yang
mempunyai daun yang berlendair kerana daun jenis ini banyak makanan
yang tersimpan di dalamnya. Terdapat empat cara menyediakan keratan
daun iaitu:
i. Keratan Lai Daun.
Cara keratan lai daun sesuai pada tanaman yang mempunyai lai
daun yang panjang seperti pokok lidah jin (Sansevieria trifasciata).
Lai daun yang diambil dan dipotong sepanjang 3cm atau 4cm.

ii. Keratan Urat Daun.
Daun tanaman seperti resam batu (Begonia spp.) dibiakkan dengan
meletakkan lai daunnya di atas medium pengakaran dan uratnya
dikerat-kerat. Setiap urat daun yang dikerat akan mengeluarkan anak
pokok yang baru.

30

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
iii. Keratan Tunas Daun.

Keratan tunas daun terdiri daripada daun serta tunas ketiak dan
sebahagian batang. Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan
keratan tunas daun ialah seperti Honeysucle (Lornicera spp.)

iv. Keratan Lai Daun Dan Tangkai Daun.
Keratan lai daun dan tangkai daun terdiri daripada sekeping daun
bersama tangkai daunnya sekali. Contoh tanaman yang boleh
dibiakkan dengan kaedah ini ialah Violet Africa (Saintpaulia spp.) dan
Gloxina sp.

31

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

c. Tut
Kaedah pembiakan secara tut, merupakan satu teknik pembiakan yang
dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk.
Oleh itu bahagian yang terlibat masih mendapat makanan dan air dari pokok
induk. Apabila tut telah berjaya ia boleh dipisahkan daripada pokok induk.

Kelebihan Tut
i. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya.
ii. Tanaman baru lebih cepat matang.
Kekurangan Tut
i. Pembiakan secara tut tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada

sesuatu pokok induk.
ii. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang.
iii. Pembiakan secara tut memerlukan kemahiran membuat tut.

32

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
d. Cantuman.

Pembiakan cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan
untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Proses pembiakan
secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu pokok penanti
dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digunakan di
dalam cantuman ini. Sementara sion pula ialah bahagian pokok seperti mata
tunas atau ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti. Terdapat
beberapa cara cantuman yang boleh dilakukan pada tanaman hiasan
seperti:
i. Cantuman Baji

ii. Cantuman Mata Tunas

33

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

iii. Cantuman Sandingan

Contoh Cantuman Sandingan

34

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
e. Pembahagian Organ Tanaman

Setengah tanaman hiasan mempunyai organ atau pun bahagian khas yang
boleh digunakan untuk pembiakan seperti bebawang, ubi, stolon, rizom dan
rumpun.
i. Pembiakan Menggunakan Ubi.

Ubi ialah bahagian batang yang dugunakan untuk menyimpan makanan
dan tanaman di dalam tanah. Ubi mempunyai tunas dorman yang
terdapat pada badannya. Tunas dorman ini akan mengeluarkan pucuk
dan akar baru sekiranya disemai. Contoh tanaman berubi ialah keledek,
sengkuang dan bunga sarang tebuan (Dahlia pinnata).

ii. Pembiakan Menggunakan Rizom
Rizom ialah batang tanaman yang tumbuh di bawah permukaan tanah.
Contoh tanaman yang mempunyai rizom ialah halia (Zingiber sp),
lengkuas dan Heliconia sp.

35

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
iii. Pembiakan Menggunakan Stolon

Stolon ialah batang tanaman yang tumbuh melata di atas permukaan
tanah. Contoh tanaman yang mempunyai stolon ialah pegaga dan
rumput taiwan (Zoysia sp.)

iv. Pembiakan Melalui Pembahagian Rumpun.
Pembahagian rumpun dilakukan ke atas tanaman yang berumpun.
Contoh tanaman yang dibiakkan melalui pembahagian rumpun ialah
serai, buluh dan pinang merah (Cyrtostachys lacca).

36

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
v. Bebawang.

Bebawang adalah batang tanaman yang mempunyai ruas yang
sangat pendek dan juga daun berlendair yang keluar dari bahagian
buku. Contoh tanaman hiasan yang dibiakkan melalui bebawang
ialah bawang merah, bawang putih dan spider lily (Hymenocallis
cariebeae).

f. Pembiakan Kultur Tisu
Kultur tisu ialah pembiakan mikro yang menggunakan sekelompok tisu yang
membiak di dalam medium khas membentuk anak pokok baru.

37

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN MENGAJAR
1. Media cetak
2. Media elektronik, LCD, internet dan lain-lain
TUGASAN
1. Murid mengumpul maklumat pokok-pokok yang boleh dibiakkan secara

aseks.
2. Murid membuat pembentangan hasil maklumat pokok hiasan.
3. Murid menghasilkan buku skrap / folio / lain-lain yang berkaitan.

38

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab semua soalan di bawah.
1. Nyatakan dua kelebihan pembiakan seks.
a) ....................................................................................
b) ....................................................................................
2. Nyatakan dua kekurangan pembiakan seks.
a) ....................................................................................
b) ....................................................................................
3) Nyatakan tiga jenis pembiakan secara keratan batang berserta contohnya
a) ..................................................................................................................
Contoh : .........................................................................................................
b) ...................................................................................................................
Contoh : .........................................................................................................
c)....................................................................................................................
Contoh : .........................................................................................................
4) Nyatakan dua kelebihan pembiakan secara tut.
a) ..............................................................................................................
b) ..............................................................................................................
5) Nyatakan dua kekurangan pembiakan secara tut.
a) ..............................................................................................................
b) ..............................................................................................................
6) Namakan dua tanaman yang boleh dibiakkan menggunakan rizom.
a) .............................................................................................................
b) .............................................................................................................

39

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 2: MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.2 Menyemai tanaman secara seks.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid berkebolehan:

2.2.1 Menyatakan jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar.
2.2.2 Menyediakan biji benih untuk disemai.
2.2.3 Menyediakan medium semaian.
2.2.4 Menyemai biji benih di bekas semaian atau tapak semaian.
2.2.5 Menyiram dan memberi teduhan.
2.2.6 Membersihkan kawasan kerja.

40

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENGENALAN MAKLUMAT RUJUKAN

Kaedah pembiakkan tanaman secara seks adalah pembiakan yang melibatkan
persenyawaan gamet jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot. Melalui
kaedah ini biji benih digunakan untuk mendapatkan pokok yang baru.

Segala maklumat pembiakan biji benih ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran
seperti media elektronik dan media cetak.

Media elektronik :

 Internet
 Radio
 Television

Media cetak :

 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

41

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/ FAKTA
1. Pembiakan Secara Seks.

Pembiakan secara seks adalah pembiakan menggunakan biji benih. Terdapat
dua jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar.

Biji benih halus Biji benih kasar

Biji benih untuk disemai dipilih berdasarkan ciri-ciri seperti:
a. matang atau cukup tua.
b. sihat dari serangan penyakit dan perosak.
c. saiz yang sekata
d. tidak melebihi tarikh luput.

2. Medium Semaian.
Bahan medium semaian terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir.
Medium semaian yang baik adalah campuran medium yang mampu
memberikan sokongan kepada akar, membekalkan nutien, air dan udara
kepada pokok serta bersaliran baik.

42

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

3. Menyemai Biji Benih.
Menyemai biji benih boleh dilakukan di dalam bekas semaian atau di tapak
semaian.

1 cm
Biji benih palma

medium

2 cm

Biji benih kasar

Biji benih halus dalam bekas semaian
43


Click to View FlipBook Version