The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai sura, 2021-06-29 22:57:47

MODUL PEMBELAJARAN ASAS TANAMAN TINGKATAN 1

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Tanda-tanda serangan oleh kulat
Serangga perosak tanaman

Kumbang Kutu terip Siput dan Lintah bulan

243

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Sekiranya serangan tidak berleluasa, memadai bahagian yang diserang
dibuang dan sekiranya serangan telah merebak penggunaan racun
serangga hendaklah digunakan.
Terdapat beberapa cara pengawalan serangan perosak dan penyakit iaitu:
(i) Secara biologi iaitu menggunakan musuh semulajadi serangga

perosak.
(ii) Menggunakan racun serangga Carbaryl, Decis, Malathion dan

sebagainya.
(iii) Menggunakan racun kulat bagi mengawal serangan kulat.
(iv) Menggunakan umpan beracun seperti Metadex, Siputox bagi

mengawal perosak seperti siput babi dan lintah bulan.
(v) Menjaga kebersihan kawasan.

Pengawalan Perosak dan Penyakit menggunakan semburan racun

244

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Racun serangga seperti Malathion, Cabaryl, Decis dan sebagainya
2. Racun kulat seperti Thiram, Zineb dan sebagainya
3. Umpan beracun seperti Siputox, Metadex dan sebagainya
4. Gambar jenis-jenis serangga perosak
5. Pam racun
6. Sarung tangan getah
7. Sekatur
TUGASAN
1. Mengenal pasti jenis-jenis racun serangga, racun kulat dan umpan beracun.
2. Mengenal pasti jenis-jenis serangga perosak.
3. Membuang bahagian pokok yang diserang dan menjaga kebersihan bekas

tanaman.
*Perhatian: Akta Racun Makhluk perosak tidak membenarkan warga negara di
bawah 18 tahun menggunakan racun.
*Cadangan: Aktiviti ini dijalankan menggunakan bahan simulasi sahaja.

245

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LANGKAH KERJA
1. Memakai sarung tangan getah.
2. Meneliti dan membaca label yang terdapat pada bekas racun serangga,

racun kulat dan umpan beracun.

Contoh label tatacara penggunaan racun
3. Memerhatikan bentuk fizikal racun serangga, racun kulat dan umpan

beracun. Sekiranya racun terkena anggota badan basuh dengan air lalu yang
banyak.
4. Memerhatikan gambar serangga perosak yang dibekalkan.

Jenis serangga
5. Memeriksa tanaman hiasan sekiranya terdapat tanda serangan perosak dan

penyakit.

246

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
6. Mengutil daun pokok yang diserang atau memotong bahagian yang diserang

menggunakan sekatur.

Contoh cara mengutil daun pokok
7. Berhati-hati ketika memangkas. Elakkan daripada tercedera
8. Memastikan bekas tanaman dan tapak semaian sentiasa bersih dengan

membuang rumpai dan bahan-bahan yang tidak diperlukan.
9. Membasuh tangan dan membersihkan alat yang telah digunakan.
10. Menyimpan alat di tempat yang telah disediakan.

247

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Namakan tiga jenis serangga perosak yang menyerang tanaman hiasan
(i) ...........................................................................................................
(ii) ...........................................................................................................
(iii) ...........................................................................................................

2. Berikan dua jenis racun serangga.
(i) ...........................................................................................................
(ii) ...........................................................................................................

3. Nyatakan tiga cara mengawal serangan perosak dan penyakit.
(i) ............................................................................................................
(ii) ............................................................................................................
(iii) ............................................................................................................

248

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/ FAKTA
4. Mengawal rumpai dan menggemburkan tanah.

Kawasan tanaman hendaklah sentiasa dibersihkan daripada kekotoran dan
rumpai. Pembuangan rumpai akan memastikan nutrien dapat diserap
sepenuhnya oleh tanaman dan mengurangkan perumah bagi serangga
perosak. Antara rumpai yang selalu didapati seperti lalang, rumput halia hitam
dan sebagainya.
Bagi tanaman hiasan di dalam bekas, kerja-kerja merumpai boleh dijalankan
secara manual dengan mencabut dan menggemburkan tanah. Kerja merumpai
dan menggemburkan tanah dilakukan dua minggu sekali.

Merumpai di sekeliling pangkal pokok dengan tangan

249

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Sarung tangan kain
2. Serampang tangan
TUGASAN
1. Merumpai di tapak semaian atau dalam bekas tanaman.
LANGKAH KERJA
1. Memakai sarung tangan kain.

2. Mencabut rumpai yang terdapat di dalam tapak semaian atau di dalam
bekas tanaman.

3. Menggembur medium dengan menggunakan serampang tangan.
4. Berhati-hati ketika menggunakan alat agar tidak tercedera.
5. Berhati-hati supaya tidak merosakkan akar pokok.
6. Meratakan semula permukaan medium.
7. Membersihkan tempat kerja dan membasuh alat yang digunakan.
8. Menyimpan semula alat ditempat yang telah disediakan.

250

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Namakan dua jenis rumpai.
(i) ..............................................................................................
(ii) ..............................................................................................

2. Nyatakan dua kaedah merumpai di dalam bekas tanaman
(i) ..............................................................................................
(ii) ..............................................................................................

3. Pembuangan rumpai akan memastikan .................................................... dapat
diserap sepenuhnya oleh tanaman dan mengurangkan .........................................
bagi serangga perosak.

251

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/FAKTA
5. Memangkas

Pemangkasan ialah aktiviti membuang daun, ranting atau dahan tanaman
dengan cara yang teratur supaya pokok boleh tumbuh sebagaimana yang
dikehendaki. Pemangkasan bertujuan mengawal saiz tumbuhan, menggalakkan
pertumbuhan tunas-tunas baru, menggalakkan pengeluaran bunga, mengawal
serangan perosak dan penyakit serta membuang dahan atau ranting yang
rosak atau mati.
Pemangkasan dilakukan dengan menggunakan peralatan yang sesuai. Bagi
tanaman hiasan dalam bekas, alat yang sesuai digunakan untuk memangkas
adalah sekatur yang tajam. Pemangkasan dibuat di atas mata tunas baru,
condong ke bawah berlawanan aras mata tunas.

252

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Sekatur.
2. Pungkis / kereta sorong
3. Sarung tangan kain

TUGASAN
1. Memangkas daun, ranting atau dahan tanaman bagi tujuan pengawalan

perosak dan penyakit, pengawalan saiz dan membuang ranting rosak dan
mati.

LANGKAH KERJA
1. Memakai sarung tangan .
2. Mengenal pasti daun, ranting atau dahan yang hendak dipangkas.
3. Memangkas daun, ranting atau dahan yang dikenalpasti dengan

menggunakan sekatur yang tajam.
4. Ranting atau dahan yang dipangkas hendaklah condong ke bawah dan

berlawanan aras mata tunas.
5. Memangkas dengan berhati-hati dan elakkan daripada berlaku kecederaan.
6. Membersih ruang kerja dan alatan yang digunakan.
7. Menyimpan alat di tempat yang disediakan.

253

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Nyatakan tiga tujuan pemangkasan tanaman hiasan.
(i) ..............................................................................................
(ii) ..............................................................................................
(iii) ..............................................................................................

254

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA

6. Program penjagaan tanaman hiasan.

Penyenggaraan tanaman perlu dijalankan secara teratur bagi menentukan
tanaman berada dalam keadaan sempurna, indah dan menarik. Program
penyenggaraan tanaman secara teratur dan berterusan disediakan dalam
bentuk jadual dengan menyenaraikan semua jenis penyenggaraan dan
kekerapan pelaksaannya dalam tempoh tertentu.

Aktiviti-aktiviti penyenggaraan yang perlu disenaraikan ke dalam jadual
penyenggaraan adalah:

i. Menyiram
ii. Membaja
iii. Memangkas
iv. Menggembur
v. Merumpai
vi. Mengawal perosak dan penyakit

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Alat tulis
2. Jadual penyenggaraan.

TUGASAN
1. Melengkapkan jadual penyenggaraan tanaman hiasan.

LANGKAH KERJA
1. Menyediakan alatulis.
2. Mengisi lajur-lajur dalam jadual penyenggaraan yang diberikan dengan butir-

butir berikut:

i. Menyiram
ii. Membaja
iii. Memangkas
iv. Menggembur
v. Merumpai
vi. Mengawal perosak dan penyakit

255

LATIH

Jadual Penjagaan T

Aktiviti Jan Feb Mac Apr Mei
Penjagaan 12 34 12341 2341234 12341

Menyiram

Membaja

Memangkas

Merumpai dan
Menggembur
tanah
Mengawal
perosak dan
penyakit

25

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

HAN

Tanaman Hiasan

Bulan (Minggu)

Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis

1234123412341234123412341234

56

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyiram tanaman hiasan mengikut keperluan.

2. Membaja tanaman hiasan dengan cara yang
betul.

3. Mengawal perosak dan penyakit mengikut
keperluan.

4. Mengawal rumpai dan mengemburkan tanah.

5. Memangkas daun yang rosak atau tidak
diperlukan.

6. Melengkapkan jadual penyenggaraan tanaman
hiasan.

7. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

KEPUTUSAN Tidak
Trampil Trampil

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

257

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.12 Mengira kos pengeluaran.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.12.1 Mengenal pasti kos bahan, kos upah dan kos overhed.
4.12.2 Menghitung kos pengeluaran tanaman hiasan iaitu kos bahan, kos upah

dan kos overhed.
4.12.3 Mengamalkan sikap jujur dan amanah semasa mengira kos.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Belanjawan ladang perlu disedikan dengan teliti untuk memastikan kos yang
digunakan dalam sesuatu bidang usaha mencukupi. Pengiraan kos pengeluaran
dilakukan untuk mengenal pasti kos sesuatu projek yang dilaksanakan.
Pengamalan nilai-nilai murni di kalangan murid perlu titik beratkan semasa mengira
kos pengeluaran bagi melahirkan sifat jujur dan amanah dalam diri murid. Segala
maklumat mengenai pengiraan kos pengeluaran boleh diperolehi melalui beberapa
saluran:

Media elektronik :
 Internet
 Radio
 Televisyen

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur/risalah
 Jurnal

258

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

 Manual yang berkaitan

259

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/ FAKTA
Kos bahan, kos upah dan kos overhed.
Kos adalah amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan
perkhidmatan. Kos pengeluaran ialah kos yang terlibat dalam proses pengeluaran
merangkumi kos bahan, kos upah dan kos overhed.
Kos bahan merupakan kos bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam
proses pengeluaran. Antara contoh kos bahan mentah seperti bekas tanaman ( beg
politena, pasu), bahan tanaman, medium tanaman, baja dan racun.
Kos upah bermaksud upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung
dalam proses pengeluaran. Kos upah boleh dikira mengikut jam, hari, minggu, bulan
atau diberi secara pukal (lum sum) mengikut kerja yang diselesaikan.
Kos overhed ialah kos yang terlibat secara tidak langsung dalam proses
pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu hasil dari projek yang
dijalankan. Contoh kos overhed dalam tanaman hiasan ialah bil air dan bil elektrik.
Pengiraan kos hendaklah dijalankan secara jujur dan berhati-hati kerana kesilapan
dalam pengiraan amaun boleh menyebabkan kerugian sesuatu bidang usaha yang
dilaksanakan.

260

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Alat tulis
TUGASAN
1. Mengira kos pengeluaran 100 pokok tanaman hiasan.

LANGKAH KERJA
1. Menentukan projek pembiakan tanaman hiasan yang diusahakan samada

kaedah keratan batang, keratan daun, cantuman, tut, pembahagian rumpun
dan organ tumbuhan.
2. Menyenaraikan butir-butir dalam kos bahan mentah:
i. Bahan tanaman
ii. Bekas tanaman polibeg/ pasu
iii. Medium
iv. Baja
v. Racun
vi. Hormon penggalak akar

3. Kos upah :
Jumlah jam bekerja x kadar upah yang ditetapkan

4. Kos overhed:
Anggaran kos penggunaan elektrik dan air bagi menjayakan tanaman hiasan.

5. Mengira harga bagi setiap butir dalam kos bahan mentah, kos upah dan kos
overhed.

6. Mengira kos pengeluaran dengan menjumlahkan kesemua kos bahan
mentah, kos upah dan kos overhed.
Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed

261

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Mengira kos bahan mentah.
Kos Bahan Mentah

Bil Butir-butir Kuantiti Harga seunit Jumlah

2. Mengira kos upah
Jumlah jam bekerja x kadar upah yang ditetapkan
................................. x RM .................................
Jumlah Kos upah : RM ..........................................

3. Mengira kos overhed : RM ...................................
i. Anggaran kos penggunaan elektrik : RM ...................................
ii. Anggaran Kos penggunaan air

4. Mengira Kos pengeluaran 100 pokok tanaman hiasan.

i. Kos Bahan Mentah : RM ..................................

ii. Kos Upah : RM ..................................

iii. Kos Overhed : RM ..................................

Jumlah : RM ..................................

Jumlah kos Pengeluaran 100 pokok tanaman hiasan : RM ...........................

262

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Mengenali kos bahan, kos upah dan kos
overhed.

2. Menghitung kos pengeluaran tanaman hiasan
iaitu kos bahan, kos upah dan kos overhed.

3. Mengamalkan sikap jujur dan amanah
semasa mengira kos.

KEPUTUSAN Trampil Tidak
Trampil

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

263


Click to View FlipBook Version