The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai sura, 2021-06-29 22:57:47

MODUL PEMBELAJARAN ASAS TANAMAN TINGKATAN 1

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

4. Menyiram dan Memberi teduhan.

Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk hidup terutama pada
peringkat awal pernanaman. Aktiviti penyiraman perlu dilakukan sekurang-
kurangnya dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk menyiram adalah pada
waktu pagi dan waktu petang. Selepas menyemai tanaman perlulah diberikan
teduhan sama ada di rumah tumbuhan ataupun di bawah pokok.

Sistem Penyiraman Titisan Sistem Penyiraman Renjisan

Sistem Penyiraman Kapilari Semaian di bawah rumah tumbuhan

Hos penyiram Tong penyiram

44

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
5. Membersihkan Kawasan Kerja.

Selepas selesai menjalankan semaian biji benih kerja-kerja pembersihan
kawasan perlu dilakukan seperti:
a. Membuang sampah
b. Mengumpul sisa tanaman untuk dijadikan kompos.
c. Membersihkan dan menyimpan alatan.
d. Membersihkan sekitar ruang kerja.

Aktiviti pembersihan kawasan selepas menjalankan amali.

45

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1) Media cetak dan media elektronik
2) LCD
TUGASAN
1) Menyebut biji benih berdasarkan pengetahuan sedia ada (kiuz).
2) Menyediakan medium (menapis,menyukat, menggaul dan menyimpan).
3) Menyemai biji benih mengikut prosedur.

LANGKAH KERJA
Menyemai Biji Benih Halus
1. Sediakan bahan dan peralatan seperti sudip tangan, bekas semaian, biji

benih halus seperti Celosia sp, Tegates sp. dan Gomphrena globusa.
2. Sediakan medium semaian 2 : 1 : 1(tanah loam : bahan organik: pasir) dan

masukkan ke dalam bekas semaian. Ratakan permukaan medium.
3. Buat alur sedalam 1 cm pada medium semaian.
4. Gaulkan biji benih halus dengan pasir (1 bahagian biji benih : 5 bahagian

pasir).
5. Semai biji benih halus secara alur atau tabur terus. Kemudian menimbus

dengan lapisan tanah yang nipis.
6. Siram dan letak bawah teduhan.
7. Label tarikh menyemai, nama tumbuhan dan nama murid.
8. Rekodkan tarikh bercambah, bilangan anak benih hidup dan mati.
9. Pindahkan anak benih ke bekas lain setelah mempunyai 4 hingga 5 helai

daun.

46

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Menyemai Biji Benih Kasar
1. Sediakan bahan dan peralatan seperti sudip tangan, bekas semaian, biji benih

kasar seperti Vietchia merilli, Cassia biflora dan Helianthus sp.
2. Sediakan medium semaian 2:1:1 (tanah loam : bahan organik : pasir) dan

masukkan ke dalam bekas semaian. Ratakan permukaan medium.
3. Buat lubang kecil atau alur di atas medium yang telah disediakan.
4. Tanam biji benih sedalam 2-3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih.

Jarak antara biji benih ialah 3 cm.
5. Tutup lubang dengan lapisan medium.
6. Siram dan letak di bawah teduhan.
7. Label tarikh menyemai, nama tumbuhan dan nama murid.
8. Rekodkan perkara-perkara berikut :

a. Tarikh bercambah
b. Bilangan biji benih bercambah/minggu
c. Tinggi anak benih/minggu
d. Bilangan daun/minggu.
9. Anak benih dipindahkan ke bekas lain setelah mempunyai 4-5 helai daun
sebenar.

47

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab soalan di bawah.
1) Namakan dua tanaman hiasan yang dibiakkan menggunakan biji benih
halus.
a) ...................................................................................
b) ...................................................................................
2) Namakan dua tanaman hiasan yang dibiakkan menggunakan biji benih
kasar.
a) .......................................................................................
b) .......................................................................................
3) Nyatakan ciri-ciri medium semaian yang baik.
a) .......................................................................................
b) .......................................................................................
c) .......................................................................................
d) .......................................................................................

48

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

Tajuk Projek Borang markah kerja amali
Menyemai Biji Benih Halus
Markah

BIL NAMA CALON Penyediaan
medium (20M)
Menyemai (20M)
Menyiram (20M)
Membersih (20M)
Melabel/ Merekod
(20M)
Jumlah (100M)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

49

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Tajuk Projek Borang markah kerja amali
Menyemai Biji Benih Kasar
Markah

BIL NAMA CALON Penyediaan
medium (20M)
Menyemai (20M)
Menyiram (20M)
Membersih (20M)
Melabel/ Merekod
(20M)
Jumlah (100M)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

50

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 2.0 : MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN
ASEKS

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.3 Menyemai tanaman secara aseks.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.3.1 Menyenaraikan pembiakan secara aseks iaitu keratan, cantuman, tut dan

organ tanaman.
2.3.2 Menyediakan keratan batang untuk disemai.
2.3.3 Menyediakan medium semaian.
2.3.4 Menyemai keratan batang.
2.3.5 Menyiram dan memberi teduhan.
2.3.6 Membersihkan kawasan kerja.

51

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pembiakan aseks adalah pembiakan individu baru dari satu induk tanpa melibatkan
penggabungan gamet.
Segala maklumat pembiakan secara aseks ini boleh diperolehi melalui beberapa
saluran seperti media elektronik dan media cetak.
Media elektronik :

 Internet
 Radio
 Television
Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

52

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/ FAKTA

1. Pembiakan secara aseks
Pembiakan aseks juga dikenali sebagai pembiakan vegetatif yang menggunakan
bahagian tanaman seperti:
i. Keratan Batang
ii. Keratan Daun.
iii. Tut.
iv. Cantuman
v. Pembahagian Organ Tanaman.
vi. Kultur tisu.

i. Menyediakan Keratan Batang Untuk Disemai

Keratan batang merupakan kaedah yang paling mudah dibuat terhadap
tanaman hiasan dan sayuran. Dahan atau ranting yang dipilih mestilah sihat
dan tiada serangan perosak. Bahagian keratan batang boleh dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu:

a. Keratan Kayu Lembut
Keratan diambil dari bahagian yang termuda sekali atau masih hijau.
Panjang keratan 10-15cm beserta 2-3 helai daun. Bahagian pangkal
keratan di potong serong supaya memudahkan pertumbuhan akar.
Keratan kayu lembut mudah kering dan persekitaran hendaklah sentiasa
lembab. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan
keratan kayu lembut adalah pokok ati-ati (Coleus sp.), rose jepun
(Portulaca grandiflora) dan bayam merah (Iresine sp.).

b. Keratan Kayu Sederhana
Keratan diambil daripada dahan atau ranting yang baru matang. Panjang
keratan 10-20 cm beserta beberapa helai daun setiap keratan kayu
sederhana. Bahagian pangkal dan atas keratan dipotong serong supaya
memudahkan pertumbuhan akar serta mengelakkan bahagian atas
keratan rosak. Setiap keratan kayu sederhana biasanya mempunyai
sistem akar yang lebih baik berbanding keratan kayu lembut. Contoh
tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakkan keratan kayu
sederhana adalah seperti bunga raya (Hibiscus sp.), puding (Codieum
sp.) dan bunga loceng (Alamanda sp.)

53

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

c. Keratan Kayu Keras
Keratan diambil dari bahagian batang atau dahan yang telah matang.
Bagi keratan kayu keras, semua daun hendaklah dibuang. Bahagian
pangkal dan atas keratan dipotong serong supaya memudahkan
pertumbuhan akar serta mengelakkan bahagian atas keratan rosak.
Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu
keras ialah Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida.

ii. Menyediakan Medium Semaian
Medium semaian yang digunakan hendaklah mempunyai saliran yang baik,
gembur, tidak mengandungi biji benih rumpai dan agen penyakit serta
serangga. Medium penyemaian yang boleh digunakan ialah pasir dan bahan
organik dengan nisbah campuran tanah untuk medium semaian 1:1 (satu
bahagian pasir: satu bahagian bahan organik). Jika tiada bahan organik,
sabut kelapa yang telah dihancurkan boleh digunakan.

iii. Menyemai Keratan Batang
Sebelum disemai celupkan bahagian bawah keratan dengan hormon
penggalak akar untuk membantu menggalakkan pengeluaran dan
pertumbuhan akar. Kemudian disemaikan ke dalam lubang atau alur yang
telah disediakan dan padatkan medium di sekeliling batang.

54

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
iv. Menyiram dan Memberi teduhan

Penyiraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Waktu
yang sesuai untuk menyiram adalah pada waktu pagi dan waktu petang.
Selepas menyemai tanaman perlulah diberikan teduhan sama ada di rumah
tumbuhan ataupun di bawah pokok.
v. Membersihkan Kawasan Kerja
Selepas selesai menjalankan semaian biji benih kerja-kerja pembersihan
kawasan perlu dilakukan seperti:
a. membuang sampah
b. mengumpul sisa tanaman untuk dijadikan kompos.
c. membersihkan dan menyimpan alatan.
d. membersihkan sekitar ruang kerja.

55

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
BAHAN
1. Bahan tanaman keratan kayu lembut adalah pokok ati-ati (Coleus sp.), ros

jepun (Portulaca grandiflora) dan bayam merah ( Iresine sp. ).
2. Bahan tanaman keratan kayu sederhana adalah seperti bunga raya (Hibiscus

sp.), puding ( Codieum sp.) dan bunga loceng ( alamanda sp. )
3. Bahan tanaman keratan kayu keras ialah Pterocarpus indicus, Tecomaria

capensis dan Baphia nitida.
4. Medium semaian 1:1 (satu bahagian pasir: satu bahagian bahan organik).
5. Hormon penggalak akar

ALATAN
1. Alatan sekateur
2. Bekas semaian / beg politena / pasu
3. Tong penyiram
4. Sudip tangan

TUGASAN
1. Menyebut jenis pembiakan aseks berdasarkan pengetahuan sedia ada (kuiz).
2. Menyediakan medium (menapis,menyukat, menggaul dan menyimpan).
3. Menyemai keratan batang secara amali.
4. Membersihkan ruang kerja.

56

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LANGKAH KERJA
1. Menyediakan bahan dan peralatan seperti keratan batang lembut, sederhana

dan keras, hormon penggalak akar, medium semaian (1 bahagian pasir : 1
bahagian bahan organik ), sekateur, bekas semaian, sudip tangan dan tong
penyiram.
2. Masukkan medium semaian (1:1) ke dalam bekas semaian dan ratakan.
3. Menyediakan keratan batang ( keras, sederhana dan lembut ).
4. Buat lubang kecil di atas medium yang telah disediakan.
5. Semai keratan batang ke dalam lubang yang telah tersedia. Padatkan medium
disekeliling batang.
6. Siram dan letakkan di bawah teduhan.
7. Labelkan tarikh menyemai dan namakan pokok.
8. Membersihkan kawasan kerja dan peralatan yang telah digunakan untuk
membuat semaian.

57

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab soalan di bawah.
1. Nyatakan tiga jenis keratan batang.

a.
b.
e.

A
B

C
Rajah 1
2. Berdasarkan rajah 1 , nyatakan panjang keratan tersebut.
a. Keratan A :
b. Keratan B :
c. Keratan C :

3. Senaraikan tiga peralatan yang digunakan untuk menyediakan pembiakan
tumbuhan hiasan secara keratan batang.
a. .................................................................................
b. .................................................................................
c. .................................................................................

58

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN

Tajuk Projek Borang markah kerja amali
Menyemai Keratan Batang
Markah

BIL NAMA CALON Penyediaan
medium (20M)
Menyemai (20M)
Menyiram (20M)
Membersih (20M)
Melabel/ Merekod
(20M)
Jumlah (100M)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

59

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1 Mengenal pasti jenis sayur-sayuran.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:

3.1.1 Menyatakan jenis-jenis sayuran iaitu sayuran jenis daun, buah, kekacang
3.1.2 dan umbisi.
Menyatakan contoh-contoh sayuran mengikut jenis daun, buah, kekacang
dan umbisi.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu jenis daun, jenis buah, jenis
kekacang dan jenis umbisi. Sayur-sayuran kaya dengan kandungan nutrien seperti
vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Aktiviti penanaman sayuran
memberi beberapa faedah seperti memaksimakan penggunaan tanah, menyihatkan
badan, membekalkan sayuran yang segar dan bersih serta menjimatkan belanja.

Media elektronik :
 Internet
 Radio
 Televisyen

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

60

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA

1. Sayuran Jenis Daun
(i) Contoh: Sawi bunga, sawi putih, bayam, kangkung, kubis, cekur manis
dan yang lainnya membekalkan unsur mineral seperti besi dan kalsium.
(ii) Sayuran ini juga membekalkan vitamin A dan vitamin C.
(iii) Sayuran jenis daun hijau seperti kangkung, sawi hijau dan kailan juga
berfungsi sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit.

Kangkung Sawi

2. Sayuran Jenis Buah
(i) Contoh: Cili, terung, tomato, timun, peria, bendi dan petola.
(ii) Buah yang berwarna merah, kuning atau oren akan membekalkan vitamin
A. Semua sayuran dalam kumpulan ini akan membekalkan unsur minerall
dan vitamin yang berfungsi menyedapkan makanan.

Tomato Cili merah

3. Sayuran Jenis Kekacang
(i) Contoh kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis,
kacang pis.
(ii) Sayuran ini mengandungi protein yang tinggi dan vitamin.

61

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
(iii) Penting untuk dimakan terutamanya jika sumber protein yang lain seperti

ikan, daging, dan telur berkurangan dalam hidangan sehari.
(iv) Sayuran ini mampu mengantikan sumber protein yang terdapat dalam

ikan, daging dan telur sekiranya menu tersebut tiada dalam hidangan

Kacang kelisa/kacang botor

Kacang panjang

Kacang pis

62

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
4. Sayuran Jenis Umbisi

(i) Contoh: keledek, keladi, ubi kayu, lobak putih, lobak merah dan
sengkuang.

(ii) Ubi yang berwarna putih membekalkan karbohidrat dan mineral.
(iii) Ubi yang berwarna kuning seperti karot membekalkan vitamin A.

Lobak merah

Keladi
5. Kepentingan Sayuran

i. Menjimatkan perbelanjaan keluarga.
ii. Sumber makanan dan nutrien yang penting seperti Vitamin, garam mineral,

protein, karbohidrat, serat dan lemak.
iii. Kepentingan Komersial.
iv. Sumber ekonomi negara.
v. Menyediakan peluang pekerjaan.
vi. Mengurangkan sumber import makanan.

63

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Gambar sayur-sayuran
2. Kertas Lukisan
3. Gunting
4. Gam kertas
5. Pen marker

TUGASAN
1. Mencari gambar sayur-sayuran mengikut jenis.

LANGKAH KERJA
1. Mengkategori gambar sayuran mengikut jenis.
2. Menampal gambar sayuran yang telah dikategorikan di atas kertas lukisan.
3. Melabel mengikut jenis sayuran dengan betul.

64

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Kenal pasti gambar di bawah dengan jenis sayuran yang sesuai.

GAMBAR JENIS SAYURAN

65

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Menyatakan jenis-jenis sayuran Trampil Tidak
2. Menyatakan contoh-contoh sayuran Trampil

KEPUTUSAN
TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

66

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN

STANDARD PEMBELAJARAN:

3.2 Mengenal pasti alatan dan bahan untuk menyediakan batas tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
3.2.1 Menyenaraikan alatan untuk menyediakan batas tanaman iaitu alatan tangan,

pongkes, kereta sorong dan alatan penyiram.
3.2.2 Menyenaraikan bahan untuk menyediakan batas tanaman iaitu bahan

organik dan kapur.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

1. Peralatan Tangan
Peralatan tangan adalah penting untuk menjalankan kerja-kerja membina
batas tanaman dengan sempurna dan cepat. Antara alatan yang biasa
digunakan ialah cangkul, sekop, sudip tangan, pungkis, pencakar, penyiram
dan kereta sorong.

2. Bahan Organik
Bahan organik ialah sisa tumbuhan dan haiwan yang telah reput. Ia
berfungsi menambah kesuburan tanah dan membaiki struktur tanah. Contoh
bahan organik ialah kompos, tinja haiwan dan sisa tumbuhan yang telah
reput.

3. Kapur
Kapur digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah dan membantu
pembiakan hidupan seni.

4. Pengapuran
Ialah proses menabur kapur pada tanah yang berasid.
Tujuan :
i. Mengurangkan keasidan tanah.
ii. Membantu meninggikan aktiviti mikro organisma.
Contoh bahan pengapuran: Dolomite, kapur mati, lime stone, CIRP

67

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Media elektronik :

 Internet
Media cetak :

 Surat khabar
 Majalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan
KANDUNGAN/FAKTA
1. Cangkul

Digunakan untuk menggali, mengeluar tanah, membina batas, menimbun
tanah dan merumput.

2. Cangkul Serampang
Digunakan untuk memecah tanah keras dan meratakan tanah.

68

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
3. Sekop

Digunakan untuk menyodok, menggali dan memotong tanah.

4. Sudip tangan
Digunakan untuk menggembur tanah dalam kawasan yang kecil dan
mengubah anak benih dan keratan berakar.

5. Pencakar
Digunakan untuk megumpul daun-daun, menimbun, merata batas dan
membuang batu-batu kecil.

69

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
6. Alat penyiram

Digunakan untuk kerja penyiraman tanaman di batas.

7. Kereta sorong
Digunakan untuk membawa hasil tanaman, bahan medium dan
sebagainya.

70

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Namakan alatan dan bahan perkebunan di bawah:

ALATAN BAHAN

1. Cangkul 1.

2. 2.

3. 3. Baja Fosfat (Kapur)
71

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyenaraikan alatan untuk menyediakan
batas tanaman

Menyenaraikan bahan untuk menyediakan
2. batas tanaman

KEPUTUSAN Trampil Tidak
Trampil

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

72

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.3 Menyediakan batas tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
3.3.1 Membersihkan kawasan dengan menggunakan alatan yang betul.
3.3.2 Mengukur menggunakan pita ukur dan menanda kawasan dengan kayu

pancang.
3.3.3 Menggembur tanah dengan alatan yang betul.
3.3.4 Membina batas tanaman berukuran antara 15 cm - 20 cm tinggi, 60 cm - 90

cm lebar dan sekurang-kurangnya 180 cm panjang.
3.3.5 Menggaul tanah dengan bahan organik dan kapur hingga sekata.
3.3.6 Meratakan permukaan batas tanaman.
3.3.7 Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Tanaman sayuran memerlukan batas supaya air tidak bertakung, memperbaiki
saliran, pengudaraan dan memudahkan pengurusan.

Media elektronik :
 Internet

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

73

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA
1. Pemilihan tapak

a) Faktor yang mempengaruhi tapak pertanian ialah:
b) Kawasan yang luas, lapang dan rata.
c) Mempunyai tanah loam yang tinggi.
d) Berhampiran dengan sumber air.
e) Mempunyai kemudahan infrastruktur.
f) Berhampiran dengan kawasan penduduk.

2. Menyediakan batas semaian tapak tanaman
a) Aktiviti pembersihan dengan membuang anak pokok, batuan dan sampah
sarap.
b) Membajak dan menggembur tanah menggunakan cangkul atau cangkul
serampang.

3. Menyediakan
a) Mengukur menggunakan pita ukur dan menanda kawasan menggunakan
kayu pancang.
b) Membina batas tanaman berukuran antara 15 cm-20 cm tinggi, 60 cm-90
cm lebar dan sekurang-kurangnya 180 cm panjang.
c) Menabur baja organik dan kapur di permukaan batas dan menggaul
menggunakan cangkul.

74

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan

i. Kapur
ii. Bahan organik
iii. Tali
iv. Kayu pancang
2. Alatan
i. Cangkul
ii. Sekop
iii. Pungkis
iv. Pita pengukur
v. Kereta sorong
vi. Cangkul serampang
TUGASAN
1. Membina batas tanaman sayuran

75

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LANGKAH KERJA

1. Membersihkan kawasan dengan 2. Menggembur tanah dengan alatan
menggunakan alatan yang betul. yang betul.

3. Mengukur menggunakan pita ukur 4. Membina batas tanaman mengikut
dan menanda kawasan dengan kayu ukuran yang betul dan menggaul tanah
pancang. dengan bahan organik dan kapur
dengan sekata.

5. Contoh batas yang telah siap untuk 6. Batas yang siap disungkup dengan

penanaman sayuran. plastik “hitam perak” (Silver Shine)

76

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab semua soalan.
1. Di bawah merupakan 5 antara langkah penyediaan batas. Berdasarkan

pengalaman anda menyediakan batas, susunkan langkah tersebut mengikut
urutan.

Mengukur menggunakan pita ukur dan menanda kawasan dengan kayu
pancang.
Batas yang siap disungkup dengan plastik “hitam perak” (Silver Shine).
1 Membersihkan kawasan dengan menggunakan alatan yang betul.
Membina batas tanaman mengikut ukuran yang betul dan menggaul
tanah dengan bahan organik dan kapur dengan sekata.
Menggembur tanah dengan alatan yang betul.

2. Senaraikan TIGA bahan yang digunakan untuk membina batas.
i. .........................................................
ii. .........................................................
iii. .........................................................

3. Tuliskan LIMA peralatan yang digunakan untuk membina batas.

i. .........................................................
ii. .........................................................
iii. .........................................................
iv. .........................................................
v. .........................................................

77

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Membersihkan tapak tanaman.
2. Menggemburkan tanah menggunakan alatan

tangan.
3. Mengukur dan menanda kawasan.

4. Membina batas mengikut ukuran disyorkan

5. Menabur dan menggaul baja organik serta
kapur di permukaan batas.

KEPUTUSAN Tidak
Trampil Trampil

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

78

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.4 Mengenal pasti alatan dan bahan untuk menyemai biji benih.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
3.4.1 Menyenaraikan alatan untuk menyemai iaitu tray semaian, sudip tangan dan

penyiram.
3.4.2 Menyenaraikan bahan untuk semaian iaitu pasir sungai, biji benih dan

hormon penggalak percambahan.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pemilihan alatan yang betul adalah penting untuk menjalankan kerja-kerja
menyemai biji benih supaya dengan ia dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
cepat. Antara alatan yang biasa digunakan untuk menyemai biji benih ialah tray
semaian (seedling trays), sudip tangan, dan penyiram. Manakala bahan semaian
digunakan untuk menyemai biji benih sayuran agar biji benih boleh hidup dengan
subur dan sempurna. Antara bahan yang biasa digunakan adalah pasir sungai, biji
benih dan hormon penggalak percambahan.

Media elektronik
 Internet
 Radio
 TV

Media cetak
 Surat khabar
 Jurnal
 Majalah

79

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN / FAKTA
1. Tray Semaian

Mempunyai pelbagai saiz dan warna. Jumlah lubang pada tray semaian
berbeza mengikut saiz tray tersebut. Tray semaian digunakan untuk
menyemai biji benih.

2. Sudip tangan
Digunakan untuk menggembur tanah dalam kawasan yang kecil dan
mengubah anak benih dan keratan berakar.

3. Penyiram
Mempunyai perbagai bentuk, saiz dan warna. Digunakan untuk menyiram biji
benih yang telah disemai dan juga tanaman.

80

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

4. Biji Benih
Lazimnya terdapat dua jenis biji benih iaitu biji benih besar dan biji benih
halus.Biji benih besar berukuran melebihi 5 mm garis pusat seperti biji benih
kekacang, bendi dan sebagainya. Manakala biji benih halus berukuran kurang
5 mm garis pusat seperti biji benih sawi, bayam dan sebagainya.

Biji Benih Besar Biji Benih Halus

5. Hormon Penggalak Percambahan

Digunakan untuk meningkatkan peratus percambahan biji benih (Auksin,
Sitokinin dan Giberellin)

81

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Namakan alatan di bawah.
.............................................................

.............................................................
..............................................................

82

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
2. Nyatakan dua jenis biji benih sayuran.

i. ...................................................................
ii. ...................................................................
3. Apakah kegunaan bahan di bawah?

i. ......................................................................................................

83

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyenaraikan alatan untuk menyemai biji
benih

Menyenaraikan bahan untuk menyemai biji
2. benih

KEPUTUSAN Trampil Tidak
Trampil

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

84

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.5 Menyemai biji benih sayuran.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
3.5.1 Menyemai biji benih mengikut prosedur.
3.5.2 Melabel pada batas tanaman dengan menulis nama tanaman dan tarikh

menyemai.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Aktiviti penyemaian biji benih sayuran boleh disemai terus ke batas atau disemai di
petak semaian. Ianya bergantung kepada saiz dan jenis biji benih tersebut. Bagi biji
benih yang bersaiz halus ia perlu disemai terus ke batas manakala biji benih bersaiz
kasar disemai di petak semaian.

Media elektronik
 Internet
 Radio
 TV

Media cetak
 Surat khabar
 Jurnal
 Majalah

85

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN / FAKTA
1. Menyemai biji benih sayur-sayuran.

1.1 Kategori biji benih.
Biji benih sayur-sayuran dibahagikan kepada dua kategori, iaitu biji benih
bersaiz kasar dan biji bersaiz halus.
Contoh biji benih bersaiz kasar

Biji Benih Kacang Panjang Biji Benih Bendi

Biji Benih Timun Biji Benih Cili

86

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Contoh biji benih bersaiz halus

Biji Benih Sawi Biji Benih Bayam

Biji Benih Kailan Biji Benih Salad

1.2 Memilih biji benih.
Biji benih yang dipilih untuk disemai mempunyai ciri-ciri berikut :
i. Bernas, iaitu mempunyai isi yang penuh.
ii. Cukup matang, bagi memastikan kadar percambahan yang tinggi.
iii. Bebas dari jangkitan penyakit dan perosak.

1.3 Kaedah menyemai
i. Menyemai biji benih sayuran bersaiz kasar
Biji benih sayuran bersaiz kasar boleh disemai terus ke ladang
menggunakan kotak semaian atau menggunakan dulang semaian (seed
tray)

87

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

ii. Menyemai biji benih sayuran bersaiz halus
Biji benih sayuran bersaiz halus disemai terus ke batas menggunakan
kaedah tabur terus atau kaedah alur. Biji benih tersebut perlu dicampur
dengan pasir halus pada kadar 1:5 (1 bahagian biji benih : 5 bahagian
pasir halus). Sungkupan dibuat menggunakan rumput kering, pelepah
kelapa atau sisa tumbuhan untuk mengelak biji benih dihanyut oleh air
siraman atau hujan.

1.4 Melabel
Melabel pada batas tanaman dengan menulis nama tanaman dan tarikh
menyemai.
Setelah semua aktiviti menyemai dilakukan, setiap tapak semaian atau bekas
semaian yang digunakan perlu dilabel dengan menyatakan nama tanaman
seperti sawi, kangkung, bendi, kacang panjang dan sebagainya. Kemudian
dalam label tersebut juga perlu dinyatakan tarikh perlaksanaan semaian
tersebut dilakukan.

Contoh label pada batas

88

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan

a. Biji benih
b. Medium semaian (tanah loam, bahan organik dan pasir)
c. Tag tanaman (Label nama tanaman dan tarikh perlaksanaan)

2. Peralatan
a. Cangkul
b. Sudip tangan
c. Serampang tangan
d. Kotak semaian
e. Beg politena
f. Pencakar

TUGASAN

1. Menyemai sayuran berbiji benih besar mengikut prosedur.
2. Menyemai sayuran berbiji benih kecil mengikut prosedur.
3. Melabel tanaman yang disemai menggunakan tag tanaman.

LANGKAH KERJA

1. Menyemai sayuran berbiji benih besar
a. Menyediakan batas penanaman.
b. Menyediakan lubang penanaman.
c. Menanam dua atau tiga biji benih dalam satu lubang.
d. Menutup biji benih dengan selapisan tanah yang nipis.
e. Membuat sungkupan dengan bahan yang sesuai.
f. Menyiram.

2. Menyemai sayuran berbiji benih kecil.
a. Semaian secara tabur terus.
i. Menyediakan batas penanaman.
ii. Menggaul biji benih dengan pasir mengikut nisbah 1:5.
iii. Menabur biji benih tersebut ke batas tetap.
iv. Timbuskan biji benih dengan selapisan tanah yang nipis.
v. Membuat sungkupan menggunakan bahan yang sesuai.
vi. Menyiram.

89

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

b. Semaian secara alur.
i. Menyediakan batas tanaman.
ii. Menggaul biji benih dengan pasir mengikut nisbah 1:5.
iii. Membuat alur di batas tetap mengikut jarak yang sesuai antara
barisan.
iv. Menabur biji benih tersebut kedalam alur.
v. Timbuskan biji benih dengan selapisan tanah yang nipis.
vi. Membuat sungkupan menggunakan bahan yang sesuai.
vii. Menyiram.

LATIHAN

1. Pernyataan di bawah menunjukkan langkah-langkah menyemai biji benih
sayuran di atas batas.

Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul mengikut kaedah menyemai biji benih

Kaedah Menyemai

Langkah Menyemai Biji Benih Biji Benih Halus
Besar
a. Menyediakan lubang penanaman Secara Secara Secara
b. Menggaul biji benih dengan pasir Tanam Alur Tabur
Terus Terus
pada nisbah 1;5
c. Menanam 2 atau 3 biji benih dalam

lubang
d. Menabur biji benih di permukaan

batas
e. Menabur biji benih ke dalam alur
f. Menimbus dengan selapisan tanah

yang nipis
g. Menyiram

90

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyemai biji benih besar secara tanam
terus

2. Menyemai biji benih halus secara tabur terus

3. Menyemai biji benih halus secara alur

4. Melabel batas tanaman/semaian

KEPUTUSAN Tidak
Trampil Trampil

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

91

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.6 Mengenal pasti alatan dan bahan untuk menjaga tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:

3.6.1 Menyenaraikan alatan untuk menjaga tanaman iaitu alatan penyiraman dan
alatan kawalan perosak.

3.6.2 Menyenaraikan bahan untuk menjaga tanaman iaitu bahan sungkupan dan
racun makhluk perosak

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Proses menjaga selepas menanam adalah amat penting bagi memastikan
tanaman hidup dengan subur dan mengeluarkan hasil yang tinggi. Antara
peralatan yang digunakan semasa proses penjagaan ialah alatan untuk menyiram,
membaja, menggembur tanah, merumpai, dan alatan bagi mengawal perosak serta
penyakit. Manakala bahan yang digunakan semasa menjaga tanaman adalah
sungkupan, bahan organik/ baja dan racun makhluk perosak.

Media elektronik
 Internet
 Radio
 TV

Media cetak
 Surat khabar
 Jurnal
 Majalah

92

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN / FAKTA
1. Perlatan untuk menjaga tanaman.

1.1 Peralatan untuk menyiram.

Bekas penyiram Penyiraman titisan

Percikan/ Sprinkler Hos getah
1.2 Peralatan untuk Membaja.

Sudip tangan Serampang tangan

93


Click to View FlipBook Version