Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kereta sorong
2. Pungkis
3. Bakul
4. Penimbang
5. Plastik pembungkus
6. Kertas surat khabar
7. Plastik selofan
8. Piring polisterin
9. Pisau
10. Plastik
11. Peti penyimpanan suhu rendah
12. Peti penyimpanan sejuk beku
13. Sealer
14. Berus
15. Pam bertekanan tinggi
16. Penyapu
TUGASAN
1. Mengumpul hasil tuaian di tempat yang sesuai.
2. Membasuh hasil tuaian dengan air yang bersih.
3. Menggred hasil tuaian dengan cara menimbang dan menyisih mengikut saiz
warna dan bentuk.
4. Membungkus hasil tuaian dengan menggunakan bahan pembungkus yang
sesuai
5. Menyimpan hasil tuaian di tempat yang sesuai.
143
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LANGKAH KERJA
1. Mengumpul hasil tuaian
i. Menyediakan alat yang diperlukan untuk pengumpulan hasil tuaian.
Bakul Kereta sorong
Pungkis
ii. Mengumpulkan hasil tuaian di dalam bekas.
144
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
iii. Menghantar hasil tuaian ke tempat pembersihan.
2. Membersih hasil tuaian
i. Menyediakan alat dan bahan untuk membasuh hasil tuaian.
ii. Membuang segala kekotoran yang terdapat pada hasil tuaian.
iii. Membasuh hasil tuaian menggunakan air yang bersih.
iv. Mengetos air selepas mencuci hasil tuaian.
v. Membersihkan tempat kerja.
vi. Menghantar ke tempat penggredan.
3. Menggred hasil tuaian.
i. Menyediakan alat penimbang.
ii. Menggred hasil tuaian dengan cara menimbang atau menyisih mengikut
saiz, warna dan bentuk.
Menimbang Saiz
145
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
4. Membungkus hasil tuaian.
i. Menyediakan alat dan bahan.
ii. Membungkus hasil tuaian dengan menggunakan kertas surat khabar
atau selefon atau polisterin atau beg plastik atau sebarang bahan yang
sesuai.
iii. Menghantar ke tempat penyimpanan.
Membungkus dengan kotak Membungkus dengan plastik selofan
Membungkus dengan plastik
5. Menyimpan hasil tuaian.
Meletakkan hasil tuaian ke dalam peti penyimpanan bersuhu rendah atau peti
simpanan bersuhu tinggi.
6. Membersihkan semua peralatan yang telah digunakan dan ruang kerja
selepas melakukan aktiviti.
146
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LATIHAN
1. Senaraikan tiga alatan yang digunakan untuk mengumpul hasil tuaian
i. .....................................................................................................
ii. .....................................................................................................
iii. .....................................................................................................
2. Isikan tempat kosong di bawah dengan menggunakan pilihan jawapan
yang disediakan dalam jadual berikut.
Bentuk Saiz Warna
Hasil tuaian digredkan mengikut:
a. ................................................ b. ..............................................
c. .....................................................
147
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH TAHUN
TINGKATAN
N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Mengumpul hasil tuaian Trampil Tidak
2. Membersih hasil tuaian Trampil
3. Menggred hasil tuaian
4. Membungkus dan menyimpan hasil tuain
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH
148
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
3.12 Memasarkan hasil tuaian.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
3.12.1 Menjual hasil mengikut harga pasaran.
3.12.2 Mengamalkan komunikasi berkesan dan jujur semasa berurus niaga
dengan pelanggan.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Pemasaran ialah aktiviti menjual hasil tuaian setelah semua proses pengurusan
lepas tuai dilakukan. Memasarkan hasil tuaian memerlukan kemahiran
berkomunikasi di kalangan murid di samping mengamalkan nilai-nilai murni bagi
mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan. Aktiviti ini juga memupuk semangat
jati diri dalam diri murid. Segala maklumat mengenai pemasaran hasil tuaian ini
boleh diperolehi melalui beberapa saluran:
Media elektronik :
Internet
Radio
Televisyen
Media cetak :
Surat khabar
Majalah
Brosur/ risalah
Jurnal
Manual yang berkaitan
149
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/ FAKTA
1. Menjual hasil
Menjual hasil ialah aktiviti memasarkan hasil tuaian dipasaran. Harga jualan
bergantung kepada kadar permintaan dan harga pasaran semasa.
2. Mengamalkan Komunikasi berkesan dan mengamalkan nilai murni.
Komunikasi berkesan ialah satu proses penyampaian maklumat daripada
penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan
tindakbalas seperti yang diharapkan. Nilai murni bermaksud sifat baik yang
perlu diamlkan seperti bersikap jujur semasa melakukan proses jual beli.
150
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Hasil tuaian yang telah dibungkus
TUGASAN
1. Memasarkan hasil tuaian kepada pelanggan
LANGKAH KERJA
1. Menjual hasil tuaian secara terus kepada pelanggan.
2. Mengamalkan sikap bersopan santun dan hormat menghormati semasa
berkomunikasi dengan pelanggan.
3. Malakukan akad jual beli diakhir urusniaga.
151
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LATIHAN
1. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi harga jualan.
i. ..........................................................................................
ii...........................................................................................
2. Nyatakan tiga nilai murni yang perlu diamalkan semasa proses jual beli.
i...........................................................................................
ii..........................................................................................
iii..........................................................................................
152
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Memasarkan hasil tuaian
Trampil Tidak
KEPUTUSAN Trampil
TARIKH
NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH
153
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
UNIT 3 : MENANAM SAYUR-SAYURAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
3.13 Mengira kos pengeluaran.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
3.13.1 Mengenal pasti kos bahan, kos upah dan kos overhed.
3.13.2 Menghitung kos pengeluaran tanaman sayuran iaitu kos bahan , kos
upah dan kos overhed.
3.13.3 Mengamalkan sikap jujur dan amanah semasa mengira kos.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Belanjawan ladang perlu disediakan dengan teliti untuk memastikan kos yang
digunakan dalam sesuatu bidang usaha mencukupi. Pengiraan kos
pengeluaran dilakukan untuk mengenal pasti kos sesuatu projek yang
dilaksanakan. Pengamalan nilai-nilai murni di kalangan murid perlu titik beratkan
semasa mengira kos pengeluaran bagi melahirkan sifat jujur dan amanah dalam
diri murid. Segala maklumat mengenai pengiraan kos pengeluaran boleh
diperolehi melalui beberapa saluran:
Media elektronik
:
Internet
Radio
Televisyen
Media cetak :
Surat khabar
Majalah
Brosur/ risalah
Jurnal
Manual yang berkaitan
154
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/ FAKTA
Kos Bahan, Kos Upah Dan Kos Overhed.
Kos adalah amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan
perkhidmatan. Kos pengeluaran ialah kos yang terlibat dalam proses pengeluaran
merangkumi kos bahan, kos upah dan kos overhed.
Kos bahan merupakan kos bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam
proses pengeluaran. Antara contoh kos bahan mentah seperti bekas tanaman ( beg
politena, pasu), bahan tanaman, medium tanaman, baja dan racun.
Kos upah bermaksud upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung
dalam proses pengeluaran. Kos upah boleh dikira mengikut jam, hari, minggu, bulan
atau diberi secara pukal (lum sum) mengikut kerja yang diselesaikan.
Kos overhed ialah kos yang terlibat secara tidak langsung dalam proses
pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu hasil daripada projek
yang dijalankan. Contoh kos overhed dalam tanaman hiasan iaitu air dan bil elektrik.
Pengiraan kos hendaklah dijalankan secara jujur dan berhati-hati kerana
kesilapan dalam pengiraan amaun boleh menyebabkan kerugian sesuatu bidang
usaha yang dilaksanakan
155
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Alat tulis
TUGASAN
1. Mengira kos pengeluaran satu batas tanaman sayuran yang diusahakan.
LANGKAH KERJA
1. Menentukan projek tanaman sayuran yang diusahakan sama ada daripada
jenis daun, buah, kekacang dan ubi.
2. Menyenaraikan butir-butir dalam kos bahan mentah:
i. Biji benih
ii. Baja
iii. Racun
3. kos upah :
Jumlah jam bekerja x kadar upah yang ditetapkan
4. Kos overhed:
Anggaran kos penggunaan elektrik dan air bagi menjayakan tanaman
sayuran.
5. Mengira harga bagi setiap butir dalam kos bahan mentah, kos upah dan kos
overhed.
6. Mengira kos pengeluaran dengan menjumlahkan kesemua kos bahan
mentah, kos upah dan kos overhed.
Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed
156
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LATIHAN
1. Mengira kos bahan mentah. Jumlah
Kos Bahan Mentah
Bil Butir-butir Kuantiti Harga seunit
2. Mengira kos upah
Jumlah jam bekerja x kadar upah yang ditetapkan
................................. x RM .................................
Jumlah Kos upah : RM ..........................................
3. Mengira kos overhed
i.Anggaran kos penggunaan elektrik : RM ...................................
ii. Anggaran Kos penggunaan air : RM ...................................
4. Mengira Kos pengeluaran satu batas tanaman sayuran.
i. Kos Bahan Mentah : RM .............................
ii. Kos Upah : RM .............................
iii. Kos Overhed : RM .............................
Jumlah : RM ................................
Jumlah kos Pengeluaran bagi satu batas tanaman sayuran : RM ...........................
157
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Mengira kos upah Tidak
2. Mengira kos bahan Trampil Trampil
3. Mengira kos overhed
4. Mengira kos pengeluaran
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH
158
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.1 Mengenal pasti tanaman hiasan mengikut kumpulan.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
1. Menyenaraikan tanaman hiasan mengikut kumpulan tumbuhan iaitu pokok
naungan, palma, renek, penutup bumi, turf, semusim, orkid, akuatik, menjalar
dan memanjat, lendair dan kaktus.
2. Menyatakan contoh tanaman hiasan mengikut kumpulan tumbuhan.
3. Menyatakan kegunaan tanaman hiasan.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Tumbuhan hiasan dikenali sebagai tumbuhan yang mampu memberi keceriaan
dan keindahan di sesuatu kawasan. Ciri-ciri menarik tumbuhan hiasan seperti
bunga, warna, bentuk daun dan batang memberikan nilai estetika pada tumbuhan
hiasan tersebut.
Media elektronik.
Internet.
Powerpoint.
Media cetak.
Buku
Majalah.
159
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/FAKTA.
1. Kumpulan tanaman hiasan.
a. Pokok naungan.
Pokok naungan merupakan tumbuhan yang bersilara padat dan kanopinya
lebar, sangat sesuai sebagai teduhan. Pokok naungan merupakan
kumpulan tumbuhan saka yang mampu hidup dalam tempoh yang lama
sehingga berpuluh tahun. Keadaan pertumbuhannya yang berbatang lurus
dari pangkal dan hanya mengeluarkan dahan dan ranting di sebelah atas
sahaja. Dari segi ketinggian pokok naungan boleh dikelaskan kepada tiga
kategori iaitu :
Kategori tinggi : Lebih dari 15 meter.
Kategori sederhana : 10 meter – 15 meter.
Kategori rendah: 4 meter – 10 meter.
Hujan-hujan (Samanea saman) Tapak unta (Bauhinia blakeana)
160
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
b. Pokok renek.
Tanaman ini ialah kumpulan tumbuhan berkayu yang berukuran rendah.
Secara fizikalnya pokok renek mempunyai banyak dahan yang tumbuh
bermula dari pangkal pokok serta merimbun. Pokok renek boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu renek berdaun, renek
berbunga dan pokok pagaran.
Renek berdaun pada kebiasaannya mempunya daun yang menarik dari segi
bentuk atau warnanya seperti pokok puding (Codiaeum sp) dan akalipa
kuning (Acalypha wilkesiana).
Renek berbunga merupakan kumpulan tanaman yang banyak
mengeluarkan bunga dan memberikan kesan menarik dari segi bentuk
bunga, warna bunga dan bau yang harum, seperti pokok bunga kertas
(Bougainvillea sp), bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan kemuning
(Murraya exotica)
Dari segi ketinggian, pokok renek dikategorikan kepada tiga iaitu :
Kategori tinggi : 1.5 meter – 4 meter.
Kategori sederhana : 1.0 meter – 1.5 meter.
Kategori rendah : 0.5 meter – 1.0 meter.
Bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) Bunga kertas (Bougainvillea sp)
161
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
c. Tumbuhan penutup bumi.
Secara umumnya tumbuhan penutup bumi ialah semua jenis tumbuhan
yang tumbuh secara menjalar atas permukaan bumi dengan ketinggiannya
hanya mencapai tidak melebihi 0.5 meter. Antara tanaman hiasan yang
termasuk dalam kumpulan ini ialah ros jepun (Portulaca grandiflora), pandan
duri (pandanus spp), arachis (Arachis pintoi) dan rheo (Rheo discolor).
Arachis (Arachis pintoi) Rheo discolor Pandan duri
(Pandanus)
d. Turf.
Turf ini merupakan jenis rumput dari famili Graminae yang sering digunakan
sebagai rumput halaman, padang permainan dan pinggiran jalan. Turf perlu
diberi penjagaan yang rapi seperti pembajaan, saliran yang baik dan
pemotongan dari semasa ke semasa bagi memastikan pertumbuhan yang
baik serta tidak diserang penyakit. Contoh rumput turf yang banyak ditanam
ialah rumput tikar (Axonopus compressus), rumput bermuda (Cynodon
dactylon), rumput zoysia (Zoysia matrella) dan rumput serangoon (Digitaria
didactyla).
Rumput tikar Rumput bermuda
Axonopus compressus Cynodon dactylon
162
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Rumput Serangon Rumput Zoysia
Digitaria didactyla Zoysia japonica
e. Pokok Palma
Pokok palma adalah dari famili Palmae. Ciri fizikal yang ketara tentang
tumbuhan ini ialah ianya berbatang tunggal serta mempunyai sejambak
daun pada bahagian paling atas. Keseluruhannya kumpulan palma ini boleh
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
i. Berbatang tunggal.
Contohnya : Palma Diraja (Roystonea regia), Kelapa (Cocos nucifera)
dan Palma ekor musang (Wodyetia bifurca).
Palma Diraja Kelapa
163
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
ii. Berumpun.
Contohnya : Pinang merah (Cyrtostachys lakka), Pinang kuning
(Chrysalidocarpus lutescens) dan Macarthur palm (Ptychosperma
macarthurii).
Pinang merah Macarthur palm Pinang kuning
Cyrtostachys lakka Ptychosperma macarthurii Chrysalidocarpus lutescens
f. Tanaman semusim.
Kumpulan tanaman ini mempunyai jangka hayat yang pendek, biasanya
kurang dari setahun. Ia di kenali sebagai tanaman semusim kerana tempoh
kitaran hidupnya hanya untuk sekali pengeluaran bunga sahaja, kemudian
ianya akan mati. Terdapat juga tanaman semusim yang boleh hidup lebih
lama jika diberikan penjagaan yang rapi. Setiap bunga yang matang pada
tanaman semusim boleh diambil biji benihnya untuk dibiakkan semula.
Kumpulan tanaman semusim ini sangat di minati ramai kerana ianya
menghasilkan bunga-bunga yang menarik dan berwarna-warni. Antara
tanaman dalam kumpulan ini ialah keembong (Impatiens balsamina),
marigold (Tagetes erecta), kemunting cina (Catharanthus roseus) dan lain-
lain.
Keembung Marigold Kemunting cina
Impatiens balsamina Tagetes erecta Catharanthus roseus
164
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
g. Tumbuhan Orkid.
Orkid tergolong dalam famili Orchidaceae yang popular dan sangat digemari
ramai. Tumbuhan ini mempunyai kecantikan dari segi bentuk dan warnanya.
Orkid boleh dibiak menggunakan biji benih tetapi perlu bantuan manusia,
melalui kultur tisu dan menggunakan keratan. Orkid ditanam sebagai
tanaman hiasan di dalam pasu atau di batas. Di Malaysia terdapat beberapa
genus orkid seperti Aerides, Arachnis, Ascocentrum, Cattleya, Dendrobium,
Doritis, Oncidium, Phalaenopsis, Renanthera, Rhynchostylis, Vanda dan
Vandopsis.
1. Aerides 2. Arachnis 3i. Ascocentrum
4. Cattleya 5. Phalaenopsis 6. Oncidium
7. Doritis 8. Dendrobium 9. Vanda
165
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
h. Tumbuhan memanjat dan menjalar.
Kumpulan tanaman ini merupakan tumbuhan yang tidak tumbuh yang
tumbuh secara memanjat dan melilit atas tumbuhan dan bahan lain atau
menjalar di permukaan tanah. Tumbuhan hiasan memanjat mempunyai alat
khas untuk membantunya memanjat dan melilit seperti tendril, duri, sulur
paut, akar melekap. Antara tumbuhan yang termasuk dalam kumpulan ini
ialah nyonya makan sireh (Clerodendron thomsonae), Morning glory
(Ipomea sp.), hemigrapis (Hemigraphis colorata) dan ros jepun (Portulaca
grandiflora). Selain itu terdapat juga tumbuhan yang tumbuh secara
menegak tetapi boleh memanjat sekiranya diberi sokongan iaitu tumbuhan
ranjat (Scandent shrubs) seperti pokok bunga kertas (Bougainvillea sp).
Ros jepun Nyonya makan sireh Hemigrapis
Portulaca grandiflora Clerodendron thomsonae Hemigraphis colorata
Morning glory Garlic vine Creeping Fig
Ipomea sp. Mansoa alliacea Ficus pumila
166
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
i. Tumbuhan akuatik.
Jenis tumbuhan ini merujuk kepada kumpulan tumbuhan yang tumbuh di
dalam air atau di kawasan berhampiran dengan gigi air. Kegunaannya
sebagai tanaman hiasan adalah untuk menghidupkan suasana semulajadi
sesuatu konsep landskap, seperti “Balinese garden“ atau “Thai garden
design“. Selain itu tanaman akuatik ini juga ditanam untuk tujuan simbol
keagamaan serta kepercayaan sesuatu masyarakat. Tumbuhan-tumbuhan
yang termasuk dalam kumpulan ini ialah Teratai (Nelumbo sp), pokok
Kiambang (Pistia sp), Water cover (Marsilea drummondi) dan Arum lily
(Zantedeschia aethiopica).
Teratai / lotus Kiambang Arum lily
Nelumbo nucifera Pistia sp Zantedeschia aethiopica
167
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
j. Pokok lendair.
Tumbuhan dalam kumpulan ini tumbuh dengan tidak mempunyai bahagian
berkayu, sebahagian besar tisu-tisunya mengandungi kandungan air yang
tinggi. Tumbuhan jenis lendair ini tidak tahan lama jika terdedah pada
pancaran terik matahari, kebanyakkannya sesuai ditanam di dalam
bangunan (indoor plant). Selain itu, ia juga memerlukan penjagaan yang rapi
kerana ia tidak boleh terlalu kering atau terlalu lembap kerana mudah
terkena kepada jangkitan serangan kulat. Antara tumbuhan lendair yang
banyak ditanam ialah Setawar (Bryophyllum pinnatum), Resam batu
(Begonia sempervirens), Lidan jin (Sanseviera trifasciata) dan Pilea (Pilea
microphylla).
Resam batu Lidah jin
Begonia sempervirens Sanseviera trifasciata
Lidah buaya Setawar
Aloe vera Bryophyllum pinnatum
168
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
k. Kaktus.
Tanaman kaktus merupakan tumbuhan yang mengandungi banyak air
dalam batang dan daunnya. Ciri utama yang membezakan antara kaktus
dengan pokok lendair ialah terdapatnya liang roma yang dipanggil areoles
yang berfungsi mengurangkan kehilangan air yang banyak ke udara, melalui
liang ini juga duri dan tunasnya tumbuh untuk digunakan bagi pembiakan. Di
sebabkan fizikalnya yang mengandungi banyak air maka tanaman kaktus ini
tidak memerlukan siraman yang banyak dan kerap. Contoh kaktus yang
sering ditanam ialah Espostoa lanata, Cereus peruvianus, Opuntia
microdasys dan Zygocactus truncatus.
Opuntia microdasys Astrophytum
Mammillaria
169
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
2. Kegunaan tanaman hiasan.
Dari segi kegunaan, tanaman hiasan boleh dibahagikan kepada dua fungsi
yang utama, iaitu :
a. Fungsi estetik.
i. Membentuk ruang.
ii. Merangka pemandangan.
iii. Melembutkan pemandangan.
iv. Mengikat sesuatu struktur binaan dengan bumi.
v. Menyatukan pelbagai elemen dalam sesuatu kawasan.
b. Fungsi fizikal.
i. Mengawal hakisan.
ii. Meredakan iklim.
iii. Membentuk tabir.
iv. Memberi teduhan.
v. Mengarah pergerakan.
vi. Melindungi hidupan liar.
170
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LATIHAN
Jawab semua soalan di bawah.
Namakan tumbuhan hiasan dan nyatakan kumpulan tumbuhan hiasan di bawah.
Nama tumbuhan :.......................................
Kumpulan tumbuhan:.................................
Nama tumbuhan :.......................................
Kumpulan tumbuhan:.................................
Nama tumbuhan :.......................................
Kumpulan tumbuhan:.................................
171
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Nama tumbuhan
:....................................... Kumpulan
tumbuhan:.................................
Nama tumbuhan
:....................................... Kumpulan
tumbuhan:.................................
Nama tumbuhan
:....................................... Kumpulan
tumbuhan:.................................
172
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK
TRAMPIL CATATAN
BIL PERKARA YANG DINILAI
YA TIDAK
1. Menyenaraikan tanaman hiasan mengikut
kumpulan tumbuhan.
2. Menyatakan contoh tanaman hiasan
mengikut kumpulan tumbuhan.
3. Menyatakan kegunaan tanaman hiasan.
KEPUTUSAN Trampil Tidak
Trampil
TARIKH
NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH
173
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.2 Mengenal pasti kaedah pembiakan tanaman hiasan.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.2.1 Menyenaraikan kaedah pembiakan tanaman hiasan iaitu keratan batang,
keratan daun, cantuman, tut, pembahagian rumpun dan organ tanaman.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Pembiakan tumbuhan merupakan satu proses untuk memperbanyakkan serta
memanjangkan kewujudan spesis tanaman. Kaedah pembiakan tumbuhan boleh
dilakukan dengan dua cara iaitu kaedah seks dan aseks. Bagi tanaman hiasan
kaedah yang paling banyak digunakan ialah kaedah aseks yang dilakukan secara
keratan batang, keratan daun, cantuman, tut dan pembahagian organ tanaman.
Dalam tajuk ini kita akan menumpukan pada kaedah pembiakan tersebut.
Media elektronik.
Internet.
Powerpoint
Media cetak.
Buku.
Majalah.
Artikel.
174
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN / FAKTA.
1. Keratan batang.
Kaedah ini merupakan suatu cara yang banyak digunakan untuk membiak
tanaman hiasan, kerana ia mudah dilakukan dan bahannya juga mudah di
perolehi. Prosedur kerja untuk pembiakan ini adalah mudah dan dapat
memperolehi anak pokok dengan cepat.
Kaedah ini memerlukan kepada kemahiran menyediakan bahan serta
perlaksanaannya. Pembiakan secara keratan batang ini boleh dibahagikan
kepada tiga jenis, berdasarkan ciri batang, dahan atau ranting yang digunakan.
Jenis-jenis keratan tersebut ialah :
a. Keratan kayu keras.
Bougainvillea sp Hibiscus rosa sinensis
b. Keratan kayu sederhana.
Duranta gold Acalypha wilkesiana
175
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
c. Keratan kayu lembut.
Portulaca grandiflora Coleus blumei
2. Keratan daun.
Terdapat juga sebahagian tanaman hiasan yang boleh dibiakkan dengan
menggunakan bahagian daun, terutamanya daun jenis lendair. Terdapat empat
kaedah pembiakan tanaman hiasan menggunakan keratan daun, iaitu :
a. Keratan lai daun. b. Keratan urat daun.
176
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
c. Keratan tunas daun d. Keratan lai dan tangkai daun.
3. Cantuman.
Kaedah pembiakan secara cantuman yang sering digunakan untuk tumbuhan,
ialah cantuman mata tunas, cantuman sandingan dan cantuman baji. Bagi
aktiviti pembiakan tanaman hiasan, cantuman yang sesuai dan banyak
digunakan ialah cantuman baji.
Contoh kaedah cantuman baji
177
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
4. Tut.
Kaedah tut juga sering digunakan untuk membiak tanaman hiasan, kaedah ini
biasanya dilakukan pada tanaman hiasan jenis berkayu. Teknik pembiakan tut
ini dilakukan pada bahagian dahan atau ranting tanaman bersaiz lebih kurang
sebesar batang pensil, bahagian dahan atau ranting yang dipilih mestilah sihat
dan tiada serangan penyakit.
Contoh kaedah tut
5. Organ tanaman.
Pembiakan tanaman hiasan bagi tumbuhan yang tidak berkayu dan tidak
mempunyai biji yang sesuai untuk bercambah, kaedah pembiakan yang sesuai
digunakan ialah dengan menggunakan organ pertumbuhan tanaman. Antara
organ tumbuhan yang boleh digunakan untuk pembiakan ialah rizom, stolon,
bebawang, ubi dan umbisi.
Bebawang Rizom
178
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Ubi Umbisi
LATIHAN
Namakan kaedah pembiakan gambar di bawah.
a. .......................................................... b. ...........................................................
c. .......................................................... d. ...........................................................
179
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK
TRAMPIL CATATAN
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Menyenaraikan kaedah pembiakan tanaman
Trampil Tidak
hiasan. Trampil
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH
180
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.3 Menyediakan alatan dan bahan untuk menyemai.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.3.1 Menamakan alatan dan bahan yang sesuai.
4.3.2 Menyediakan medium semaian mengikut nisbah yang disyorkan.
4.3.3 Menyediakan bekas semaian yang sesuai.
4.3.4 Mengisi medium semaian ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
4.3.5 Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Aktiviti menyemai tanaman hiasan perlu dilakukan dengan teliti, bagi memastikan
proses perlaksanaan dan hasil yang baik. Persediaan awal adalah penting untuk
memperolehi hasil yang memuaskan. Antara perkara-perkara penting yang perlu
dilakukan sebelum proses menyemai dilakukan ialah :
Media elektronik.
Internet
Powerpoint
Media cetak.
Buku
181
Kandungan / Fakta. Modul Pembelajaran Asas Tanaman
1. Menyediakan alatan dan bahan. Nama alatan
Sudip tangan
a. Alatan.
Contoh alatan
Serampang tangan
Sekatur
Cangkul
Sekop mata rata
182
Contoh alatan Modul Pembelajaran Asas Tanaman
Nama alatan
Sarung tangan
Tong penyiram
b. Bahan.
i. Benih tanaman hiasan.
ii. Kotak semaian.
iii. Bahan medium ( tanah loam, bahan organik dan pasir sungai )
iv. Racun kulat dan racun serangga. ( untuk semaian biji benih )
v. Hormon pengakaran ( untuk keratan batang )
2. Medium.
Medium semaian ialah 1:1 ( 1 bahagian tanah loam dan 1 bahagian pasir )
atau pasir sahaja.
3. Bekas semaian.
Bekas semaian boleh dibuat daripada kotak kayu atau plastik. Sebelum
disemai bekas semaian perlu dibuat lubang saliran.
183
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Peralatan.
a. Cangkul .
b. Sekup mata rata.
c. Sudip tangan.
d. Serampang tangan.
e. Tong penyiram
2. Bahan.
a. Tanah loam.
b. Pasir sungai.
c. Kotak semaian.
TUGASAN
1. Menyediakan medium semaian mengikut nisbah yang betul.
2. Menyediakan bekas semaian yang sesuai.
3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas mengikut prosedur.
LANGKAH KERJA
1. Menyediakan alatan dan bahan.
2. Membentuk medium semaian dengan mencampurkan tanah loam dan pasir
sungai dengan nisbah 2:1.
3. Membuat lubang saliran pada bekas semaian, dengan menebuk pada
bahagian bawah bekas.
4. Menutup lubang saliran dengan menggunakan kerikil atau serpigan pasu
atau jejaring nyamuk.
5. Masukkan medium kedalam bekas sehingga memenuhi 2/3 bekas.
6. Meratakan medium di dalam bekas.
184
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LATIHAN Nama Alatan
Suaikan alatan di bawah dengan nama alatan sesuai.
Alatan
Cangkul
Sekop mata rata
Sekatur
Serampang tangan
Tong penyiram
185
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH TAHUN
TINGKATAN
N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
YA TIDAK
BIL PERKARA YANG DINILAI
Tidak
1. Menamakan alatan dan bahan yang sesuai. Trampil Trampil
Menyediakan medium semaian mengikut nisbah
yang disyorkan.
Menyediakan bekas semaian yang sesuai.
Mengisi medium semaian ke dalam bekas
semaian mengikut prosedur.
Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan
selamat.
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH
186
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.4 Mengenal pasti bahan pembiakan menggunakan organ tumbuhan.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.4.1 Menyenaraikan jenis organ tumbuhan untuk dibiakkan iaitu rizom, stolon,
bebawang dan ubi.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Sesetangah tumbuhan hiasan mempunyai organ atau bahagian khas seperti rizom,
stolon, bebawang dan ubi yang boleh dijadikan bahan pembiakan
Media elektronik :
Internet
Media cetak :
Surat khabar
Majalah
Brosur
Jurnal
Manual yang berkaitan
187
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/FAKTA
Kaedah pembiakan menggunakan organ tumbuhan
1. Rizom
Rizom ialah batang tumbuhan yang tumbuh dibawah permukaan tanah.
Pembiakannya menggunakan rizom dilakukan dengan cara memotong menjadi
beberapa keratan kecil dan setiap potongan sebaiknya mempunyai mata
tunas.Contoh tumbuhan hiasan yang dibiak dengan rizom ialah halia (Zingiber
sp), Heliconia sp, Lempoyang dan beberapa jenis pokok buluh (Bambusa sp).
Contoh rizom(Heliconia sp)
Lempoyang Heliconia sp.
Halia (Zingiber sp.) Costus sp.
188
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
2. Stolon (Rayapan)
Stolon ialah batang tumbuhan yang melata di atas permukaan tanah. Anak
pokok boleh dipisahkan daripada pokok induknya dengan cara memotong dan
menanamnya dikotak semaian, beg politena atau pasu. Contoh tanaman hiasan
yang dibiak dengan stolon seperti rumput bermuda (Cydodon sp.), Zoysia sp,
Axonopus compresus, Episcia dan chlorophythum.
Zoysia sp Chlorophythum
Axonopus compresus Episcia
189
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
3. Bebawang
Bebawang adalah batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat
pendek dan berlendair yang keluar dari bahagian buku. Bebawang yang
matang boleh mengeluar anak bebawang daripada bahagian pangkalnya. Anak
bebawang dipisahkan daripada bebawang induk dan ditanam di tapak semaian
atau beg politena. Contohnya bebawang hiasan (Zyphyranthes rosea),
Amaryllis sp, Hymenocallis sp.
Zyphyranthes rosea Amaryllis
Hymenocallis sp
190
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
4. Ubi.
Ubi ialah bahagian batang yang digunakan untuk menyimpan makanan dan
tumbuh di dalam tanah. Ubi mempunyai tunas dorman. Tunas dorman akan
mengeluarkan pucuk dan akar baru sekiranya disemai. Ubi akan dipotong
mengikut beberapa bilangan mata tunas. Bahagian yang dipotong hendaklah
sekurang-kurangnya mempunyai satu mata tunas. Contoh tumbuhan berubi
ialah bunga sarang tebuan (Dahlia pinatta) dan keledek hiasan (Ipomea sp).
keledek hiasan (Ipomea sp) Bunga sarang tebuan (Dahlia
pinatta)
191
Modul Pembelajaran Asas Tanaman
LATIHAN
Soalan struktur
1. Tuliskan contoh tumbuhan bagi kaedah pembiakan berikut:-
KAEDAH PEMBIAKAN CONTOH TUMBUHAN
1. Pembiakan kaedah rizom
2. Pembiakan kaedah stolon
3. Pembiakan kaedah bebawang
4. Pembiakan kaedah ubi
192