The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai sura, 2021-06-29 22:57:47

MODUL PEMBELAJARAN ASAS TANAMAN TINGKATAN 1

MODUL ASAS TANAMAN KSSMPK TINGKATAN 1
Tujuan : PDP sahaja

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Menyenaraikan jenis organ tumbuhan.
Tidak
KEPUTUSAN Trampil Trampil
TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

193

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.5 Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan rizom.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.5.1 Menyediakan rizom untuk penanaman.
4.5.2 Menyemai rizom ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
4.5.3 Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
4.5.4 Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Rizom – batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga
tasbih, iris, rumput, kunyit, heliconia dan lain-lain lagi
Media elektronik :

 Internet
Media cetak :

 Surat khabar
 Majalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

194

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan tanaman rizom seperti Heliconia sp, halia (Zingiber sp), Lempoyang

dan beberapa jenis pokok buluh (Bambusa sp).
2. Sekatur, sudip tangan, pisau, sarung tangan plastik.
3. Racun kulat seperti Thiram.
TUGASAN
1. Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan rizom.

195

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LANGKAH KERJA
Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan rizom
1.

Sediakan peralatan dan bahan

 Sekateur, pisau,sudip tangan,bekas
Semaian/beg politena

 organ pembiakan

2.
Sediakan medium semain

 medium dengan nisbah 2:1:1
 Tutup lubang saliran dengan

serpihan pasu atau batu
 Masukkan medium ke dalam

bekas semaian dan ratakan

3.
Semai rizom
 Rawat rizom dengan racun kulat
 Korek lubang
 Tanam rizom sedalam 0.5 cm
 Padat dipangkal
 Siram dan letak bawah teduhan.
 Menggunakan alatan dengan cara
yang betul dan selamat
 Membersihkan tempat
kerja selepas aktiviti.

196

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Soalan objektif

1. Rizom dirawat dengan racun kulat bertujuan untuk
A. Supaya rizom kelihatan cantik
B. Mengelakkan terdedah kepada matahari
C. Mengelakkan serangan bekteria
D. Mengelakkan serangan kulat.

2. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup
A. Supaya air bertakung
B. Supaya udara tidak masuk dari bawah
C. Mengelakkan medium semaian keluar
D. Supaya air sentiasa mencukupi

Soalan struktur

1. Senarai peralatan dan bahan untuk membiak tumbuhan secara organ
tumbuhan

a. Peralatan b. Bahan

2. Senaraikan langkah-langkah menanam rizom

i.
ii.
iii.
iv.

197

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
YA TIDAK
BIL PERKARA YANG DINILAI
Trampil Tidak
1. Menyediakan rizom untuk penanaman. Trampil
2 Menyemai rizom ke dalam bekas semaian

mengikut prosedur
3. Menggunakan alatan dengan cara yang betul

dan selamat.
4. Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti

KEPUTUSAN

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

198

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.6 Mengenal pasti jenis-jenis pembiakan secara keratan daun.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.6.1 Menyenaraikan jenis-jenis keratan daun iaitu keratan lai daun, urat daun,

tunas daun, lai dan tangkai daun.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pembiakan tumbuhan hiasan secara keratan daun boleh menggunakan tumbuhan
yang mempunyai daun berlendair kerana ia banyak menyimpan makanan di
dalamnya. Daun ini akan disemai pada medium pengakaran. Pembiakan kaedah ini
boleh dilakukan melalui:-

a) keratan lai daun
b) keratan urat daun
c) keratan tangkai daun
d) keratan helaian daun

Media elektronik :
 Internet

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

199

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/FAKTA
1. Keratan lai daun

Kaedah sesuai pada tumbuhan yang daunnya panjang seperti Contoh
(Sanseviera trifasciata).Terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang
mengeluarkan anak pokok daripada lai daunnya seperti Setawar (Bryophyllum
Spp.). Lai daun tumbuhan ini diletakkan di atas medium pengakaran untuk
mendapatkan anak pokok.

Daun yang sudah membiak

200

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
2. Keratan urat daun

Kaedah ini lakukan dengan meletakkan daun di atas medium dan urat daun
dipotong sepanjang satu sentimeter. Contoh tanaman seperti Begonia sp.

Contoh keratan urat daun Begonia sp
3. Keratan tunas daun

Keratan tunas daun terdiri daripada daun serta tunas ketiak dan sebahagian
batang. Contoh tanaman seperti Honeysuckle (Lornicera sp).

Contoh gambar keratan tunas daun

201

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
4. Keratan lai an tangkai daun

Keratan lai daun dan tangkai daun terdiri daripada sekeping daun bersama
daunnya sekali. Contoh tanaman ialah Violet Afrika (Saintpaulia spp) dan
Gloxina spp.

Contoh keratan lai dan tangkai daun

202

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Soalan objektif
Jawab semua soalan.

1. Manakah di antara berikut merupakan kaedah pembiakan hiasan secara
Keratan daun?
i. keratan lai daun
ii. keratan urat daun
iii. keratan pucuk daun
iv. keratan tunas daun
A. i,ii dan iii
B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. ii,iii dan iv

2. Tumbuhan seperti violet afrika(Saintpaulia spp.)dibiak dengan cara
A. Keratan lai daun
B. Keratan tunas daun
C. Keratan urat daun
D. Keratan tangkai daun

3. Manakah antara tumbuhan hiasan yang dibiak dengan cara keratan lai
Daun.
A. Sanseviera trifosciata
B. Lornicera sp
C. Begonia sp
D. Gloxina sp

Soalan struktur

1. Nayatakan empat jenis pembiakan tumbuhan hiasan secara keratan daun.

2. Senaraikan dua bahan dan peralatan yang digunakan untuk melakukan
kaedah pembiakan daun secara keratan.

a) Bahan :

203

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

b) Peralatan :

2. Nyatakan satu contoh tumbuhan untuk kaedah dibawah

KAEDAH PEMBIAKAN CONTOH TUMBUHAN
1. Keratan lai daun
2. Keratan urat daun
3. Keratan tunas daun
4. Keratan lai dan tangkai daun

204

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT TRAMPIL CATATAN
TAJUK PROJEK
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Menyenaraikan jenis-jenis keratan daun.
Trampil Tidak
KEPUTUSAN Trampil
TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

205

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.7 Menyemai bahan tanaman hiasan menggunakan keratan lai daun.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.7.1 Menyediakan keratan lai daun untuk penyemaian.
4.7.2 Menyemai keratan lai daun ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
4.7.3 Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
4.7.4 Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Kebanyakkan tumbuhan jenis lendair boleh dibiakkan secara keratan daun, tetapi
bagi pembiakan kaedah keratan lai daun sesuai digunakan untuk membiak
sanseveiria. Daun yang sihat dan bebas penyakit dipilih untuk dibuat pembiakan.
Daun yang dipilih perlu dipotong kepada kepingan kecil dan disemai dengan
menyelitkan bahagian pangkalnya ke dalam medium sedalam 1/3 bahagian keratan
itu (rujuk langkah kerja). Hasil pembiakan ini tidak akan menghasilkan anak baru
yang akan menyerupai ciri-ciri induknya.
Media elektronik :

 Internet

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

206

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan tanaman lai daun seperti Sanseviera trifasciata (lidah jin)
2. Sekatur, sudip tangan, pisau, sarung tangan plastik

TUGASAN
Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan keratan lai daun.

PENCAPAIAN STANDARD
1. Menyediakan lai daun untuk penanaman.
2. Menyemai lai daun ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
3. Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
4. Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

LANGKAH KERJA
Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan keratan lai daun.

1. Sediakan sekateur, sudip tangan,
bekas semaian dan bahan tanaman

2. Masukkan dan ratakan campuran
medium semaian 2:1:1 (tanah loam,
pasir dan bahan organik) ke dalam
bekas semaian yang telah
disediakan.

207

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
3. Lai daun dipotong sepanjang 3 cm

atau 4 cm dengan menggunakan
pisau.
4. Semai secara menegak atau
mendatar dalam medium semaian.
5. Siram secukupnya.

208

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab semua soalan yang diberikan.
1. Namakan tiga alatan yang perlu digunakan untuk menyemai tanaman secara
keratan lai daun.
a. .......................................................................................................................
b. .......................................................................................................................
c. .......................................................................................................................

2. Nyatakan panjang keratan yang perlu dibuat pada daun yang hendak
disemai.
............................................................................................................................
Kemukakan tiga bahan yang digunakan bagi membentuk medium semaian.
a. .......................................................................................................................
b. .......................................................................................................................
c. .......................................................................................................................

3. Terangkan langkah kerja untuk menyemai tanaman hiasan menggunakan
kaedah keratan lai daun.
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
.......................................................................................................................................

209

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyediakan keratan lai daun untuk
penyemaian.

2. Menyemai keratan lai daun ke dalam bekas
semaian mengikut prosedur.

3. Menggunakan alatan dengan cara yang betul
dan selamat.

4. Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

Trampil Tidak
Trampil
KEPUTUSAN

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

210

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.8 Mengenal pasti jenis tanaman yang sesuai dibiak menggunakan

pembahagian rumpun.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.8.1 Menyenaraikan contoh tanaman yang dibiak menggunakan pembahagian

rumpun.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pembiakan dengan kaedah pembahagian rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang
hidup berumpun. Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu
induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam,
antara tanaman yang boleh dibiakkan dengan kaedah ini ialah Pinang Raja
(Cyrtostachys lakka), Rapis Besar (Raphis excels), Pandan hiasan (Pandanus
pygmaeus), Buddha‘s belly (Bambusa ventricosa) dan Cekur (Kaempferia galanga)

Media elektronik :
 Internet

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

211

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA
Contoh tanaman hiasan yang boleh dibiakkan secara rumpun

Pinang merah Buluh
Cyrtostachys lakka Bambusa vulgaris

Raphis Palma
Raphis excelsa Chamaedorea Cataractarum

Fishtail palm
Caryota mitis

212

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan: Bahan-bahan bercetak (foto, majalah, akhbar dan lain-lain) yang

mempunyai gambar tanaman yang tumbuh berumpun, manila kad dan
gam/double sided tape.
2. Alatan: Gunting/Pisau, marker pen, pembaris
TUGASAN
Menghasilkan kolaj pada manila kad, dengan menampal dan menamakan tanaman
hiasan yang boleh dibiak secara pembahagian rumpun.

PENCAPAIAN STANDARD
1. Memilih tanaman hiasan yang boleh dibiak secara pembahagian rumpun melalui

gambar yang diberi.
2. Menamakan tanaman yang telah dipilih.

LANGKAH KERJA
1. Menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan.
2. Memilih dan mengenal pasti tanaman hiasan yang boleh dibiak secara

pembahagian rumpun melalui foto/keratan akhbar/majalah yang diberikan.
3. Mengemukakan dan menampal foto/gambar tanaman yang dipilih pada manila

kad.
4. Melabelkan nama tanaman yang telah di tampal pada manila kad.
5. Membentuk kolaj yang menarik dan kreatif.

213

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab semua soalan yang diberikan.
Pilih dan tandakan ( ) pada pada jawapan yang betul di ruang jawapan yang telah
disediakan.

TANAMAN BOLEH DIBIAK SECARA PEMBAHAGIAN RUMPUN
YA TIDAK

214

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyenaraikan jenis tanaman yang dibiak
menggunakan pembahagian rumpun.

Trampil Tidak
Trampil
KEPUTUSAN

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

215

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.9 Menyemai bahan tanaman menggunakan pembahagian rumpun.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.9.1 Menyediakan bahan tanaman untuk penyemaian.
4.9.2 Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
4.9.3 Menyemai rumpun ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
4.9.4 Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pembiakan secara pembahagian rumpun digunakan khususnya untuk
memperbanyakkan spesis tanaman yang tumbuh secara berumpun. Setelah
tumbuhan jenis berumpun bertumbuh biak dan membesar, ia perlu dipecahkan
dengan cara membelahnya kepada beberapa bahagian untuk dibiakkan semula.
Tumbuhan boleh dipecah dengan menggunakan tangan atau dibelah
menggunakan pisau, parang atau apa-apa alat yang sesuai untuk disemai. Jenis-
jenis tanaman yang tumbuh secara berumpun ini sila rujuk unit 4.8.

Media elektronik :
 Internet

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

216

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA
1. Menyedia rumpun untuk penanaman

a. Pilih pokok induk yang sihat dan matang

Chrysalidocarpus lutescens Rhapis exelsa (Rhapis)
(Palma Kuning)

2. Menyemai rumpun ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
a. Belahan rumpun bersama akar dan daunnya dipisahkan dari pokok induk.
b. Tanam dalam bekas tanaman.
c. Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
d. Pelajar dikehendaki berhati-hati semasa menggunakan alatan.
e. Semua lebihan tumbuhan dan medium dibersihkan selepas melakukan amali

217

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

3. Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
Antara alatan yang digunakan, ialah :

Parang Pisau

Cangkul mini Sarung tangan

Serampang tangan Sudip tangan

4. Menyemai rumpun ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
a. Belahan rumpun bersama akar dan daunnya dipisahkan dari pokok induk.

b. Pelajar dikehendaki berhati-hati semasa menggunakan alatan.

218

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

c. Tanam dalam bekas tanaman.

d. Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
e. Semua lebihan tumbuhan dan medium dibersihkan selepas melakukan amali

219

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bahan tanaman rumpun seperti Rhapis exelsa (Rhapis)
2. Sekateur, sudip tangan, pisau, sarung tangan plastik
TUGASAN
Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan belahan rumpun.
PENCAPAIAN STANDARD
1. Menyediakan belahan rumpun untuk penanaman.
2. Menyemai belahan rumpun ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
3. Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat.
4. Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

220

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LANGKAH KERJA
Menyemai tumbuhan hiasan menggunakan belahan rumpun.

1. Sediakan sekateur, sudip tangan,
bekas semaian dan bahan
tanaman

2. Rumpun pokok dikeluarkan
daripada bekas tanaman

3. Potong akar yang berlebihan
menggunakan alat yang sesuai
seperti parang dan sekateur.

4. Anak rumpun bersama akar dan
daunnya dipisahkan dari pokok
induk

221

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
5. Tanam rumpun di dalam bekas

tanaman/pasu yang sesuai
6. Siram, label dan letak di tempat

yang sesuai.

222

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab semua soalan yang diberikan.
1. Namakan tiga alatan yang boleh digunakan untuk melakukan pembiakan
secara pembahagian rumpun.
a. .......................................................................................................................
b. .......................................................................................................................
c. .......................................................................................................................
2. Isikan jawapan berkaitan langkah kerja pembiakan secara pembahagian
rumpun dalam petak yang disediakan dalam jadual di bawah.
Sediakan sekateur, sudip tangan, bekas semaian dan bahan tanaman

Potong akar yang berlebihan menggunakan alat yang sesuai seperti
parang dan sekateur.

Siram, label dan letak di tempat yang sesuai.

223

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK

1. Menyediakan bahan tanaman untuk
penyemaian.

2. Menggunakan alatan dengan cara yang betul
dan selamat.

3. Menyemai rumpun ke dalam bekas semaian
mengikut prosedur.

4. Membersihkan tempat kerja selepas aktiviti.

Trampil Tidak
Trampil
KEPUTUSAN

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

224

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:
4.10 Menanam tanaman ke dalam bekas penanaman.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.10.1 Mengenal pasti jenis-jenis bekas tanaman iaitu pasu tanah liat, pasu

plastik, pasu seramik, beg politena dan lain-lain.
4.10.2 Memilih bekas penanaman yang sesuai iaitu saiz yang sesuai, ringan,

mudah dibersihkan, cantik dan lain-lain.
4.10.3 Menyediakan bekas penanaman mengikut prosedur.
4.10.4 Menanam tanaman hiasan mengikut prosedur.
4.10.5 Menggunakan alat dengan cara yang betul dan selamat.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Bekas tanaman ialah bekas yang boleh digunakan untuk menanam tumbuh-
tumbuhan terutamanya tanaman hiasan. Penanaman dalam bekas biasanya
dilakukan untuk beberapa tujuan seperti memudahkan pengalihan, memudahkan
penjagaan dan lain-lain. Bekas tanaman dihasilkan daripada bahan seperti tanah
liat, logam, plastik dan kayu. Bekas tanaman juga terdapat dalam pelbagai saiz
dan bentuk.

Media elektronik.
 Internet
 Powerpoint

Media cetak.
 Buku

225

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA
1. Ciri-ciri bekas tanaman.

a. Mempunyai lubang saliran.
b. Tidak mudah pecah.
c. Ringan untuk diangkut.
d. Mudah dicuci.
e. Kemas dan menarik.
f. Mudah diperolehi.
2. Jenis-jenis bekas penanaman.
a. Pasu tanah liat.

Pasu jenis ini biasanya mempunyai dinding yang poros dan memudahkan
resapan air, udara dan gas. Warna dan bentuk pasu ini juga nampak lebih
semulajadi, ianya juga tidak mudah menyimpan haba dan pasu tanah liat
ini banyak terdapat di pasaran serta murah.

Contoh pasu tanah liat.
b. Pasu seramik.

Pasu seramik juga dihasilkan dari tanah liat, tetapi dindingnya dibuat
supaya licin dan berkilat. Pasu ini mudah dibersihkan dan sering digunakan
untuk tanaman hiasan dalam bangunan. Harganya agak mahal berbanding
pasu jenis lain.

Contoh pasu seramik

226

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
c. Pasu plastik.

Pasu plastik juga mempunyai berbagai dan bentuk dan saiz seperti pasu
tanah liat tetapi ia lebih ringan. Pasu plastik tidak tahan lama dan warnanya
juga cepat pudar.

Contoh pasu plastik
d. Beg politena.

Beg politena biasanya digunakan sebagai bekas penanaman sementara,
sama ada di tapak semaian atau untuk dijual. Beg politena terdapat dalam
pelbagai saiz dan ketebalan plastiknya.

Contoh beg politena

227

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

e. Bekas-bekas lain.
Selain daripada bekas-bekas yang dinyatakan di atas terdapat juga bahan-
bahan lain yang sering digunakan sebagai bekas penanaman bagi
menambahkan kecantikan dan keunikan penanaman tanaman hiasan.
Antara bekas-bekas lain yang biasa digunakan ialah tayar terpakai, bekas
kaca, buluh, tin kosong, tempurung dan lain-lain.

Tayar Konkrit Kaca

Kayu Tin aluminium Buluh

228

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Peralatan.
a. Cangkul .
b. Sekup mata rata.
c. Sudip tangan.
d. Serampang tangan.
e. Tong penyiram

2. Bahan.
a. Medium penanaman ( 7:3:2 atau 3:2:1 ).
b. Anak pokok .
c. Bekas penanaman.

TUGASAN

1. Menyediakan alatan dan bahan untuk penanaman.
2. Menyediakan bekas penanaman.
3. Menanam tanaman hiasan ke dalam bekas mengikut prosedur.

LANGKAH KERJA

Penanaman tanaman hiasan di dalam pasu baru.

1. Menyediakan alatan dan bahan.
2. Memilih pasu yang mempunyai lubang saliran di bahagian bawahnya.
3. Merendam pasu ke dalam air selama beberapa jam, kecuali pasu plastik.
4. Menutup lubang saliran dengan kerikil atau serpihan pasu atau jejaring hijau.
5. Masukkan medium ke dalam pasu sehingga separuh penuh.
6. Letakkan anak pokok pada bahagian tengah pasu.
7. Tambahkan medium sehingga 2 cm dari bahagian atas pasu.
8. Padatkan medium dengan menekannya dengan tangan.
9. Siramkan pokok yang baru ditanam dengan cermat.
10. Letakkan pasu yang baru ditanam di tempat teduh selama beberapa hari.

229

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Penanaman tanaman hiasan di dalam pasu terpakai.
1. Menyediakan alatan dan bahan.
2. Membersihkan pasu dari kesan lumut, kesan baja dan lain-lain kotoran.
3. Mensterilkan pasu dengan menyiram air panas atau merendam ke dalam

larutan formalin.
4. Menutup lubang saliran dengan kerikil atau serpihan pasu atau jejaring hijau.
5. Masukkan medium ke dalam pasu sehingga separuh penuh.
6. Letakkan anak pokok pada bahagian tengah pasu.
7. Tambahkan medium sehingga 2 cm dari bahagian atas pasu.
8. Padatkan medium dengan menekannya dengan tangan.
9. Siramkan pokok yang baru ditanam dengan cermat.
10. Letakkan pasu yang baru ditanam di tempat teduh selama beberapa hari.

Penanaman tanaman hiasan di dalam beg politena.
1. Menyediakan alatan dan bahan.
2. Memilih saiz polibeg yang sesuai dengan bebola akar anak pokok.
3. Pastikan juga polibeg mempunyai lubang saliran di bahagian tepinya.
4. Masukkan medium sehingga 1/3 ketinggian polibeg dan selitkan bucu

bawahnya masuk kedalam supaya tapaknya rata dan stabil.
5. Masukkan anak pokok pada bahagian tengah polibeg dan penuhkan medium

sehingga sama paras dengan bebola akar supaya pangkal anak pokok tidak
tertanam terlalu dalam.
6. Padatkan medium supaya bersentuh dengan akar anak pokok.
7. Siram anak pokok yang baru ditanam dengan secukupnya.
8. Letakkan anak pokok di tempat teduh.

230

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

Jawab semua soalan yang diberikan.
1. Nyatakan empat ciri-ciri bekas tanaman yang sesuai digunakan untuk
tanaman hiasan.

a. ....................................................................................................................

b. ....................................................................................................................

c. ....................................................................................................................

d. ....................................................................................................................

2. Kemukakan ciri-ciri pasu berikut, pada ruang jawapan yang disediakan
dalam jadual di bawah.

Jenis pasu Ciri-ciri pasu

231

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID TAHUN
NO. KAD
PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

N0. MODUL / UNIT
TAJUK PROJEK

TRAMPIL CATATAN

BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Mengenali jenis-jenis bekas tanaman. Tidak
2. Memilih bekas penanaman yang sesuai Trampil Trampil

Menyediakan bekas penanaman mengikut
3. prosedur.

Menanam tanaman hiasan mengikut
4. prosedur.

Menggunakan alat dengan cara yang betul
dan selamat.

KEPUTUSAN

TARIKH

NAMA GURU T/Tangan &Tarikh
T/Tangan & Tarikh
DISAHKAN
OLEH

232

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

UNIT 4 : MENANAM TANAMAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN:

4.11 Menjaga tanaman hiasan

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir modul ini pelajar berkebolehan:
4.11.1 Menyiram tanaman hiasan mengikut keperluan.
4.11.2 Membaja tanaman hiasan dengan cara yang betul.
4.11.3 Mengawal perosak dan penyakit mengikut keperluan.
4.11.4 Mengawal rumpai dan mengemburkan tanah.
4.11.5 Memangkas daun yang rosak atau tidak diperlukan.
4.11.6 Melengkapkan jadual penyenggaraan tanaman hiasan.
4.11.7 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Penjagaan tanaman hiasan adalah sangat penting dan perlu dijadualkan dengan
sempurna bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Secara umumnya
aktiviti penjagaan tanaman hiasan merangkumi penyiraman, pembajaan,
pengawalan perosak dan penyakit, pengawalan rumpai dan pemangkasan. Segala
maklumat mengenai aktiviti penjagaan tanaman hiasan boleh diperolehi melalui
beberapa saluran:

Media elektronik :
 Internet
 Radio
 Televisyen

Media cetak :
 Surat khabar
 Majalah
 Brosur / Risalah
 Jurnal
 Manual yang berkaitan

233

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/FAKTA

1. Menyiram tanaman hiasan

Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat.
Fungsi utama penyiraman adalah untuk memastikan air yang cukup diserap oleh
tumbuhan. Kadar air yang mencukupi ketika menyiram adalah tanah di sekeliling
pokok basah.

Aktiviti penyiraman hendaklah dilakukan sebaik sahaja anak pokok mula disemai,
dipindahkan ke dalam bekas tanaman atau ditanam ke tanah. Kekerapan
penyiraman adalah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Kurangkan
kekerapan menyiram pada musim hujan dan jangan menyiram pada waktu
tengahari untuk mengelakkan kelecuran daun.

Terdapat beberapa kaedah penyiraman tanaman hiasan di tapak semaian atau
di dalam bekas iaitu:

(a) Kaedah Manual
Kaedah menyiram pokok menggunakan bekas penyiram ataupun hos getah.

Menyiram menggunakan hos getah Menyiram menggunakan bekas
penyiram

234

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
(b) Kaedah Percikan atau Renjisan

Air disalur ke kepala percikan (sprinkler) dengan bantuan pam. Sistem
ini mampu menyebarkan air ke kawasan yang lebih luas.

Menyiram menggunakan sistem percikan atau renjisan
(c) Kaedah Titisan

Air di salurkan ke kepala titisan dengan bantuan graviti atau pam
tekanan rendah. Antara kelebihan sistem ini iaitu air sampai terus ke
pangkal pokok, pembajaan boleh dilakukan serentak dan
mengurangkan pembaziran air.

Menyiram menggunakan sistem titisan

235

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Bekas penyiram
2. Hos getah
3. Kepala percikan (sprinkler)
4. Bekas takungan air
5. Bekas semaian
6. Air/ sumber air
7. Pam
TUGASAN
1. Menyiram tanaman di tapak semaian dan di dalam bekas tanaman.
LANGKAH KERJA
1. Isikan bekas penyiram dengan air sehingga penuh.
2. Siram tananam terus ke permukaan daun untuk memastikan debu pada daun

dapat dibersihkan.

Contoh penyiraman
3. Pastikan tanah di sekeliling tanaman basah.
4. Lakukan penyiraman pada waktu pagi dan petang.
5. Pastikan sistem renjisan atau pengairan sedia ada beroperasi dengan baik.

Sekiranya tersumbat, bersihkan menggunakan air yang bersih.
6. Membersihkan semua peralatan dan ruang kerja selepas melaklukan aktiviti.

236

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

1. Senaraikan tiga kaedah menyiram tanaman hiasan di dalam bekas.
i. ...............................................................................................
ii. ..............................................................................................
iii. ..............................................................................................

2. Nyatakan dua waktu yang sesuai untuk menyiram tanaman hiasan
i. .............................................................................................
ii. .............................................................................................

3. Penyiraman tidak boleh dijalankan pada waktu ............................................
untuk mengelakkan daun menjadi ..............................................

237

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

KANDUNGAN/ FAKTA
2. Membaja tanaman hiasan

Pembajaan sebenarnya adalah untuk memulihkan kandungan nutrien dalam
tanah yang telah diserap oleh tanaman. Tanaman akan menjadi subur
sekiranya aktiviti membaja dilakukan mengikut jenis, cara dan masa pembajaan
yang betul. Unsur nutrien utama yang diperlukan oleh pokok seperti nitrogen
(N), fosforus (P) dan kalium (K). Kekurangan nutrien boleh menyebabkan
tanaman mudah patah, tumbesaran terbantut dan daun menjadi kuning.
Secara umumnya, terdapat dua jenis baja iaitu:

i. Baja Organik
Baja asli yang didapati hasil daripada najis haiwan dan sisa tumbuhan
yang telah reput. Baja ini digunakan bertujuan untuk meninggikan
kesuburan tanah dan memperbaiki tekstur tanah.

Baja organik
ii. Baja Kimia

Baja yang telah diproses kepada bentuk butir-butir kecil, cecair dan
debu.

Baja Kimia

238

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

Aktiviti pembajaan hendaklah dijalankan selepas kerja-kerja merumput.
Penyiraman dilakukan selepas pembajaan untuk memudahkan nutrien
diserap ke dalam medium. Penggemburan tanah selepas pembajaan
juga digalakkan kerana boleh mengurangkan kadar mengewap unsur
baja ke udara.

Semasa kerja menabur baja jenis butiran, elakkan daripada baja
terkena daun kerana boleh menyebabkan daun melecur. Baja kimia
yang biasa digunakan ialah NPK, CIRP, Super fosfat dan Urea.

Kadar Pembajaan Tanaman Hiasan

Jenis Pokok Tempat Jenis Baja Kuantiti Kekerapan

Dalam pasu NPK Hijau ½ sudu 2 minggu
Beg Politena (15:15:15) makan sekali

Hiasan daun

Complehumus ½ sudu 2 minggu
sekali
(8:8:8:3) makan

Hiasan Dalam pasu NPK Merah ½ sudu 2 minggu
Berbunga (13:13:21) makan sekali
Atau
Complehumus ½ sudu 2 minggu
(8:8:8:3) makan sekali

239

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

LATIHAN

BAHAN DAN PERALATAN
1. Baja organik (Tahi lembu/ tahi ayam/ kompos dan sebagainya).
2. Baja Kimia (NPK Merah, NPK Hijau, Complehumus dan sebagainya).
3. Baldi, kereta sorong atau lain-lain bekas yang sesuai untuk meletak

baja.
4. Sudip tangan.
5. Sarung tangan.
6. Serampang tangan.
TUGASAN
1. Membaja tanaman hiasan menggunakan baja organik dan baja kimia.
LANGKAH KERJA
1. Pakai sarung tangan.
2. Baca arahan pada label yang terdapat pada bekas baja sebelum digunakan
3. Masukkan baja ke dalam bekas yang sesuai seperti baldi menggunakan sekup

atau sudip tangan.
4. Buang rumput menggunakan tangan atau alat yang sesuai.
5. Gemburkan tanah di sekeliling pangkal pokok menggunakan serampang

tangan.
6. Tabur baja di sekeliling pangkal pokok mengikut sukatan yang disyorkan

menggunakan sudip tangan. Sekiranya menggunakan baja kimia butiran
elakkan terkena daun tanaman hiasan.
7. Sekiranya menggunakan baja cecair siram atau sembur baja pada daun dan
batang pokok.
8. Lakukan penyiraman selepas membaja.
9. Bersihkan tempat kerja dan peralatan yang telah digunakan.
10. Susun semua peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

240

Modul Pembelajaran Asas Tanaman

PANDUAN KERJA

1. Senaraikan dua jenis baja yang digunakan untuk tanaman hiasan.
(i) ........................................................................................................
(ii) ........................................................................................................

2. Namakan dua contoh baja kimia yang digunakan untuk membaja tanaman
hiasan.
(i) ......................................................................................................
(ii) ......................................................................................................

3. Tanah di sekeliling pokok digembur menggunakan .........................................
..................................... untuk memperbaiki sistem pengudaraan tanah.

241

Modul Pembelajaran Asas Tanaman
KANDUNGAN/FAKTA
3. Mengawal perosak dan penyakit.

Serangan perosak dan penyakit akan menyebabkan tanaman menjadi rosak
dan berkemungkinan mati. Pemeriksaan dan kawalan yang dilakukan secara
teratur akan menghasilkan tanaman segar dan menarik. Pemeriksaan gejala
serangan perosak dan penyakit dijalankan secara rutin seminggu sekali.
Tanda-tanda serangan perosak dan penyakit seperti daun menjadi layu,
berlubang pada batang atau terdapat serangga atau ulat pada daun. Antara
serangga yang sering menyerang tanaman hiasan adalah siput, ulat bulu, ulat
pengorek, kutu daun, kumbang, belalang, kutu putih dan lalat putih.

Tanda-tanda Serangan oleh serangga perosak

242


Click to View FlipBook Version