The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Miftahul Malayu : Perjalanan Islam Ke Alam Melayu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmanarief.alami, 2021-12-07 02:36:17

Ebook Miftahul Malayu.

Miftahul Malayu : Perjalanan Islam Ke Alam Melayu.

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

negara, jumlah hari yang boleh dihitung menggunakan kaedah
kalendar Julian adalah seperti berikut:-

Jadual 8 : Perhitungan Jumlah Hari

Kalendar Kalendar Taqwim Hari
Julian Gregorian Hijri Juliah

24 Ogos 1511 3 September 29 Jamadil 2, 273, 186
1511 Awal 917

18 Ogos 1597 31 Ogos 1957 6 Safar 1377 2, 436, 082

Beza Hari 162, 896 Syeikh Abdullah Fahim bersama anak-anak muridnya. Turut kelihatan sebuah
glob bumi.
Berdasarkan perhitungan hari menurut Jadual 8 mendapati Sumber : Dr Nor Azam bin Mat Noor
terdapat perbezaan 162,896 hari semenjak Melaka dijajah oleh
kuasa Portugis. Apabila nilai ini dipecahkan kepada jumlah saat. Barangkali tarikh yang dihitung oleh Syeikh Abdullah telah
tahunan, kita memperoleh jawapan 445 tahun 363 hari 5 jam 24 pun dimulai dari hari Jumaat, 22 Ogos 1511 Masihi Julian kerana
minit 01.48 saat. Persoalannya kenapa nilai ini tidak genap 446 bulan pada ketika itu sedang berada pada fasa tua atau akhir, iaitu
tahun memandangkan masih terdapat baki 2 hari 0 jam 24 minit 27 Jamadil Awal 917 Hijrah dan ini sesuai dengan ‘keadaan Melaka
43.82 saat? Setahun suria adalah 365 hari 5 jam 48 minit 45.30 yang sedang mengalami fasa akhir kejatuhan’. Apabila tarikh 22
Ogos 1511 Masihi Julian dihitung harinya hingga 31 Ogos 1957

Masihi Gregorian akan genaplah jumlah
tahun tanpa sebarang baki berjumlah 446
tahun. Ini merupakan satu perhitungan
yang sungguh bijak.”

Sumber : Nor Azam Mat Nor. 2006. Warisan
Falak. Dlm Zulkiple Abd Ghani et al. (penyt).
Syeikh Abdullah Fahim Ulama Melayu
Progresif. Hlm 90

Syeikh Abdullah Fahim dengan glob bumi bergambar bersama para pelajar Madrasah Daeratul Ma’arif Al 335
Wathaniah, Pulau Pinang.
Sumber : Dr. Nor Azam bin Mat Noor

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Peranan Ulama Dalam Bidang
Perubatan

Ilmu perubatan Melayu telah pun wujud ribuan tahun
dahulu iaitu sebelum kedatangan Hindu-Buddha lagi.
Alam Melayu yang sangat subur, memiliki jutaan khazanah
tumbuhan dan herba yang mujarab dijadikan ubat-ubatan
bagi pelbagai jenis penyakit. Setelah kedatangan Islam,
ilmu perubatan Melayu telah digabungkan dengan ilmu-
ilmu perubatan Islam. Oleh itu, para ulama di Alam
Melayu tidak ketinggalan dalam membahaskan tentang
ilmu-ilmu perubatan.

Salah satu kitab perubatan Alam Melayu yang sangat Manuskrip perubatan Melayu tahun 1813 dari Pontianak, Kalimantan Barat.
bermutu telah ditulis oleh seorang ulama Aceh abad Sumber : British Library
ke-19, iaitu Syeikh Abbas bin Muhammad atau Tengku
Chik Kuta Karang. Kitab tersebut berjudul ar-Rahmah
fi al-Tibb wa al-Hikmah. Di dalam kitab perubatan ini,
Tengku Chik Kuta Karang telah membahagikannya
kepada lima bab di mana bab yang pertama
membahaskan tentang ilmu tabi’ah iaitu unsur-unsur pada
badan manusia. Bab ini terbahagi lagi kepada tujuh
fasal. Bab kedua pula membahaskan tentang bahan-
bahan makanan dan ubat-ubatan. Bab yang kedua
ini mengandungi sebelas fasal. Dalam bab ketiga pula
dibahaskan tentang faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
keadaan kesihatan seseorang dan tatacara menguruskan faktor-

336

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

faktor itu. Ubat-ubatan untuk beberapa penyakit yang terpilih
telah diperincikan dalam bab yang keempat. Manakala dalam
bab yang kelima, telah dinyatakan tentang ubat-ubatan untuk
penyakit-penyakit umum.56

Seorang lagi ulama Alam Melayu yang menulis kitab perubatan
ialah Syeikh Ahmad al-Fathani. Kitab perubatan yang ditulis
oleh pemikir agung Alam Melayu itu berjudul Tayyib al-Ihsan fi
Tibb al-Insan. Kepakaran Syeikh Ahmad al-Fathani dalam ilmu
perubatan dapat dibuktikan bila mana beberapa orang doktor
di Mesir telah mengirim surat kepada beliau meminta agar
Syeikh Ahmad al-Fathani bekerjasama dengan doktor-doktor
Mesir itu untuk membuat penelitian ke atas pelbagai jenis ubat

yang baru diperkenalkan pada ketika itu.

Di samping itu, Syeikh Ahmad al-Fathani turut membuat
catatan tentang ilmu perubatan pada beberapa halaman
dalam kitab Hadiqah al-Azhar dan Luqthah al-‘Ajlan. Syeikh

Ahmad al-Fathani juga telah melakukan eksperimen
terhadap pelbagai jenis tumbuhan dan spesis binatang yang
boleh digunakan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.
Eksperiman-eksperimen yang dilakukan Syeikh Ahmad

Salah satu naskah koleksi peribadi Syeikh Tahir Jalaluddin. Naskah ini 56 Tengku Chik Kuta Karang. 2017. ar-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah.
memaparkan analisis dan nasihat tentang penjagaan tubuh badan dari Diperkenalkan dan Dirumikan oleh Mohd Affendi Mohd Shafri
sudut rohani dan jasmani. Ia juga membekalkan maklumat tentang & Hermansyah Muhammad Yahya. Hlm 25
amalan-amalan yang patut dilakukan bagi menguatkan kesihatan
luaran dan dalaman.
Sumber : Archives Exclusive Heritage

337

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

al-Fathani ini telah ditemui dalam lembaran-lembaran catatan beberapa jenis kayu, tumbuh-tumbuhan dan lainnya daripada
beliau. Catatan tersebut juga membuktikan bahawa Syeikh barang yang ada pada bumi Melayu dan memeriksakan pada
Ahmad al-Fathani cuba menggabungkan hasil pelajaran dengan demikian itu. Maka disuratkan beberapa faedahnya, khasiatnya,
penelitiannya sendiri yang bersumberkan pangkat segala tabiatnya dan kaifiyat isti’malnya (memakai).
khazanah dunia Melayu.
Seperti memperbuatkan demikian itu oleh
Syeikh Ahmad al-Fathani juga telah hukama’ Yunani pada masa dahulu dengan
menukilkan beberapa catatan tentang beribu-ribu tahun. Kemudian mengambil
pemikirannya untuk daripada mereka itu oleh hukama’
memajukan bidang
perubatan Alam Melayu.
Beliau mencatatkan
seperti berikut :-

“Dan kami harap
bahawa Allah
membuka akan
hati seseorang
akan hemah yang tinggi,
maka bersungguh-
sungguh ia mencubakan

Bekas bangunan Gedung Tabib (hospital) milik
Tabib Diraja Riau pada abad ke-19 iaitu Raja
Daud bin Raja Ahmad (adik Raja Ali Haji) di
Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

338

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

Arab dengan hemah raja-raja anak Harun ar-Rasyid. Maka Singapura dan Johor kerana kemujarabannya dalam mengubati
berkekalan menta’lif (mengarang) mereka itu beberapa karangan, beberapa jenis penyakit seperti sakit jantung, sakit tulang, sakit
maka tercawang daripada demikian itu hingga sekarang ini thib kuning dan lain-lain. Syarbat Zanjabil ialah sejenis ubat berupa
(perubatan) segala thabib (doktor) Farsi (Iran) dan Hindi (India). cairan yang dibuat daripada bahan rempah ratus dan berbau agak
Kemudian beratus-ratus tahun, kemudian daripada itu oleh harum. Selain Syarbat Zanjabil, Raja Ahmad Thabib juga mahir
segala thabib Afranji (Eropah), maka menambah dan meringkah membuat dua jenis minyak ubatan iaitu Minyak Mengkasar
(mencipta) mereka itu beberapa banyak ringkahan (ciptaan) yang dan Minyak Bau. Kedua-dua jenis minyak ini berfungsi untuk
ajaib. merawat penyakit-penyakit luar badan seperti kembung perut,
disengat binatang berbisa, kekejangan dan lain-lain. Formula
Padahal jenis Melayu aula (lebih utama) dengan demikian itu, pembuatan minyak-minyak ini beliau warisi secara turun
dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada negeri dan bumi temurun.58
kita.” 57
Selain daripada Syeikh Abbas Kuta Karang, Syeikh Ahmad al-
Seorang lagi ulama yang diangkat menjadi Tabib Diraja (Doktor Fathani dan Raja Ahmad Thabib, ramai lagi di kalangan para
Kerajaan) dalam Kerajaan Riau ialah Raja Ahmad Thabib bin ulama lain yang mahir dengan ilmu perubatan sehinggakan
Raja Hasan. Beliau juga adalah cucu kepada Raja Ali Haji bin masyarakat setempat pergi berubat dengan mereka. Terdapat
Raja Ahmad, ulama dan pemikir agung Alam Melayu. Manakala banyak juga manuskrip-manuskrip perubatan di Alam Melayu
datuk saudaranya iaitu Raja Daud bin Raja Ahmad pula pernah yang mana pengarangnya tidak diketahui. Boleh jadi manuskrip-
dilantik menjadi Tabib Kerajaan Riau. Raja Ahmad Thabib sangat manuskrip tersebut dikarang oleh para ulama kerana sebahagian
mahir dengan ilmu perubatan dan antara karyanya ialah Risalah para ulama di Alam Melayu cenderung untuk tidak meletakkan
Rumah Ubat Raja Haji Ahmad Pulau Penyengat Riau. Raja nama pada karya-karya mereka disebabkan sifat tawaduk mereka.
Ahmad Thabib dilantik menjadi Tabib Diraja pada tahun 1901
Masihi iaitu ketika beliau berusia 36 tahun.

Raja Ahmad Thabib juga telah mencipta beberapa jenis ubat. 57 Wan Mohd Shaghir. 2005. Syeikh Ahmad al-Fathani : Pemikir Agung Melayu
Antara ubat yang dicipta oleh beliau ialah sejenis ubat yang dan Islam (Jilid 2). Hlm 178-180
dinamakan Syarbat Zanjabil. Ubat ini sangat masyhur di Riau, 58 Wan Mohd Shaghir. 2005. Raja Ahmad Doktor Kerajaan Riau. Dalam Ruang
Bicara Agama. Utusan Malaysia bertarikh 17 Oktober 2005

339

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

PerananUlamaDalamBidang Syeikh Abu Bakar al-Baqir di hadapan Maahad Al-Ihya' Asy-
Ekonomi dan Perniagaan Syarif, Gunong Semanggol, Perak.
Sumber : Galeri Pusaka Moyang

Ulama di Alam Melayu telah lama terlibat atau pula, Tuan Hussain Kedah telah membeli tanah
terjun dalam bidang perniagaan. Kedatangan seluas 40 relung untuk dibina pondok di situ.
Islam di Alam Melayu juga dibawa oleh para Sekitar tahun 1929, Tuan Hussain Kedah telah
ulama melalui aktiviti perdagangan. Selain dari membeli tanah seluas 10 ekar dari seorang
pada sumber menyara hidup, aktiviti perdagangan berbangsa Cina untuk mendirikan Madrasah al-
juga menjadi jambatan usaha dakwah yang sangat Khairiyah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kepala
berkesan bagi para ulama di Alam Melayu. Ulama- Batas, Pulau Pinang. Bukan sahaja membeli tanah,
ulama juga telah membangunkan pondok-pondok malah kos membina pondok juga dikeluarkan oleh
dengan kegiatan ekonomi. Mereka seboleh- Tuan Hussain. Ini membuktikan kebijaksanaan
bolehnya tidak mahu mengharap belas ihsan dari beliau dalam menjana pendapatan melalui aktiviti
sumbangan dan bantuan orang lain. Dengan itu, ekonomi. 59
kegiatan ekonomi atau perniagaan dijalankan
bagi menampung perbelanjaan menguruskan Seorang ulama yang bernama Sayyid Ahmad bin
pondok-pondok pengajian. Ini membuktikan Sayyid Hassan al-Attas merupakan saudagar yang
sikap mereka yang berdikari dan mandiri serta disegani di Pahang. Beliau berperanan besar dalam membangun
dan mengembangkan ekonomi Negeri Pahang.60
pergantungan yang mutlak kepada Allah .

Tuan Hussain Kedah adalah ulama yang paling banyak membuka Di Melaka pula, seorang ulama besar dan usahawan yang
pondok di zamannya. Semua pondok yang dibangunkan oleh terkenal ialah Syeikh Haji Abdul Lathif bin Haji Muhammad
beliau dijana melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan sendiri
oleh beliau. Tuan Hussain Kedah telah membeli 20 relung tanah 59 Ahmad Yumni Abu Bakar et al. 2016. Tuan Hussain Kedah : Penggiat Sistem
sawah dan kebun buah-buahan untuk membuka pondok di Pengajian Pondok di Malaysia. Hlm 167 - 174
Bohor. Beliau juga telah membeli tanah seluas 160 relung untuk 60 Auni bin Haji Abdullah. 2001. Islam dan Perdagangan dalam Sejarah
membina pondok di Pantai Merdeka. Manakala di Selengkoh Alam Melayu. Hlm 135

340

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

Para guru dan pelajar Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyah di Pokok Sena, telah menubuhkan dan
Kepala Batas bergambar bersama Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussain mengetuai satu pertubuhan
Kedah. ekonomi iaitu Persatuan al-
Sumber : Galeri Pusaka Moyang Ehya al-Syarif. Persatuan
ini mengusahakan tiga
Nuruddin (Haji Tambi) atau lebih masyhur dengan panggilan jenis projek perniagaan
Syeikh Abdul Lathif Tambi. Beliau yang dikenali sebagai seorang iaitu kilang padi, stesen
ulama hartawan yang dermawan memiliki perniagaan kain dan pam minyak dan stesen
perniagaan mesin cetak iaitu Lathifiyah Press di Singapura. jana kuasa elektrik.
Syeikh Abdul Lathif Tambi juga memiliki syarikat penerbitan di Setesen jana kuasa elektrik
Melaka yang bernama Mathba'ah al-Lathifiyah al-Malakawiyah. yang dibina pada tahun
Beliau memiliki rangkaian perniagaan di Singapura, Melaka, 1956 itu telah berupaya
Pulau Pinang, Medan, Tanjung Pinang, Surabaya dan Bandung.61 menyediakan kemudahan
elektrik kepada penduduk
di sekitar Kerian, Perak iaitu di Gunung Semanggol, Bukit
Putus, Bukit Gunung Semanggol dan Kubu Gajah dengan kadar
bayaran yang murah iaitu sebanyak RM 1.00 sebulan. Penubuhan
Persatuan al-Ehya al-Syarif itu telah membuktikan bahawa
orang-orang Melayu boleh maju dalam perniagaan walaupun
tanpa bantuan penjajah British.62

Dalam usaha memperkukuhkan ekonomi umat Islam di Tanah 61 Wan Mohd Shaghir. 2004. Syeikh Abdul Lathif Tambi - Ulama, Gigih,
Melayu ketika era penjajahan Inggeris, Syeikh Abu Bakar al- Dermawan. Dalam Ruang Bicara Agama. Utusan Malaysia bertarikh 1 Mac
Baqir, ulama pejuang kemerdekaan di Gunung Semanggol, Perak 2004
62 Tajuddin Saman & Abd Manaf Ahmad. 2016. Tokoh-Tokoh Agama &
Kemerdekaan Di Alam Melayu. Hlm 37

341

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

PONDOK DAN MADRASAH : selaku wakil Syeikh Haji. Apa yang diusahakan oleh guru pondok
INSTITUSI YANG MELAHIRKAN PARA ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya
USAHAWAN MELAYU ISLAM mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok
yang berjaya. Sikap mandiri ini kemudiannya telah mula berubah
Mohd Kamil Haji Ab. Majid dalam makalahnya yang bertajuk apabila pihak British memperkenalkan sistem pendidikan barat
Idea Besar Ulama Kelantan Satu Abad, telah menyatakan dengan di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji dalam
jelas bahawa institusi pondok dan madrasah suatu ketika dulu kalangan masyarakat Melayu.
berperanan sangat besar dalam melahirkan para usahawan
Melayu dan Islam. Beliau menulis seperti berikut:- Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini bertentangan
sama sekali dengan budaya keusahawanan dan hidup berdikari
Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, yang diterapkan dalam sistem pondok, berpaksikan kepada
pelajar pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada prinsip tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki
pengalaman budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru makhluk tanpa perlu bergantung harap kepada makhluk) dan
pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki
usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat
Melayu pada masa itu, seperti mana hanya mubaligh awal yang melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta (bebas)
mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah.
daripada saudagar besar. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak
secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang
Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih tepat lagi,
yang mendorong proses penyebaran Islam dapat berjalan dengan ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen
lancar dan tanpa menumpahkan darah. Guru pondok terlibat perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan
dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan proaktif dengan isu semasa yang timbul dalam masyarakat.
(lembu, kambing dan ikan), pertanian (padi, tanaman kontan,
getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak, Sumber : Mohd Kamil Haji Ab. Majid. 2018. Idea Besar Ulama Kelantan
kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta Satu Abad. Dlm A. Aziz Deraman dan Baharin Ilias (penyt). Kelantan :
Sejarah, Adat dan Warisan. Hlm 622-623

342

PESANAN ULAMA TANAH BAB 6
MELAYU KEPADA UMAT ISLAM
AGAR MENCEBURI BIDANG ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU
PERNIAGAAN DAN MENGUASAI Kitab Suluh Kemajuan
EKONOMI karangan Syeikh Abdul
Karim as-Sarawaki.
Sumber : Khazanah
Fathaniyah

Ketika British yang menguasai Tanah Melayu Sarawaki menulis
membawa masuk ramai penduduk dari Tanah Besar dalam bukunya
China untuk bekerja di lombong, British juga yang berjudul Suluh
memberikan tapak ekonomi pada mereka dengan Kemajuan (tahun
melakukan dasar pecah dan perintah. Orang- 1948) seperti berikut:-
orang Cina ditempatkan di bandar-bandar yang
menyebabkan deretan kedai-kedai di bandar “Maka kita umat Melayu
dikuasai orang-orang cina. sangat berhajatkan kepada
perusahaan yang besar-
Orang-orang Melayu pula terus dikekalkan besar kepunyaan bangsa
untuk tinggal di kampung-kampung dan kita, umpama kilang-kilang
melakukan aktiviti pertanian. Manakala yang membuat kain-kain,
Melayu yang cerdik pandai dianjurkan bersekolah benang, gula dan pinggan
Inggeris, menerima pendidikan acuan Inggeris dan kemudiannya mangkuk, cawan, dan lain-
diambil bekerja sebagai penjawat awam di bawah pentadbiran lainnya. Dan juga kilang- kilang yang membuat basikal,
Inggeris. kereta-kereta dan enjin-enjin. Begitu juga berhajatkan kepada
perniagaan yang besar-besar. Umpama syarikat-syarikat yang
Keadaan ini membimbangkan para ulama Tanah Melayu. besar-besar, dan enjin-enjin yang besar, dan sebagainya, supaya
Musibah bagi sebuah negara majoriti umat Islam jika ekonominya umat Melayu dapat mencapai kemerdekaan iktisad (ekonomi).
dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Syeikh Abdul Karim as- Dan pula lepas daripada kehinaan yang bergantung kepada
bangsa-bangsa dagang.”

343

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Tuan Hussain Kedah pula menggalakkan umat Islam untuk terjun Dengan berkonsepkan ‘bantu diri sendiri’, PEPERMAS
dalam dunia perniagaan dan membuka kompleks-kompleks diketuai oleh Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Para peniaga dan
perniagaan di kawasan yang strategik. Beliau menulis dalam profesional Melayu turut dijemput menganggotai PEPERMAS
kitab Tanbih al-Ikhwan (1936 Masihi) seperti berikut:- yang kemudiannya menyaksikan ramai penyertaan golongan
usahawan dan profesional seperti Pak Sako, Ir. Arifin Alias,
“Maka sayugialah bagi segala bersetujuan dengan segala kira- Tengku Osman, Haji Abdul Raof, Tuan Burhanuddin Ganjil dan
kira ini (perniagaan) memilih dan periksa cari tempat yang boleh lain-lain dalam PEPERMAS.
dibangunkan padanya dukkan (kedai), tempat perniagaan yang
tetap; iaitu seperti dilihat jua ada pada tempat itu 10 buah rumah PEPERMAS giat menubuhkan dan mengembangkan perniagaan
tempat kediaman orang maka iaitu patut didiri padanya sebuah orang-orang Melayu. Ramai orang-orang Melayu mula
kedai yang tetap orang berjual beli padanya, dan pada tempat itu menceburkan diri dalam perniagaan. Malah hasil usaha dan
seratus buah rumah kediaman orang, maka patut juga dijadikan dokongan PEPERMAS, seorang usahawan Melayu berjaya
pada tempat itu lima rumah kedai yang tetap orang berjual beli menubuhkan Bank Kebangsaan Melayu pada bulan Julai 1947.
padanya, dan jika ada pada tempat itu seribu rumah tempat Malangnya darurat yang diisytiharkan Inggeris pada tahun 1948
kediaman orang padanya, maka dijadi padanya satu dukkan yang menyebabkan ramai pemimpin dan penggerak PEPERMAS
besar untuk lima puluh rumah kedai atau lebih yang jadi tetap ditangkap dan diburu kerana kebanyakan mereka adalah
orang berjual beli padanya.” pemimpin berhaluan kiri dari Hizbul Muslimin dan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Ini termasuk Syeikh Abu
Kerisauan para ulama ini terzahir apabila sebuah pertubuhan Bakar al-Baqir. Akibatnya PEPERMAS turut terkubur.
ulama Tanah Melayu yang dinamakan Majlis Tinggi Agama
(MATA) yang dianggotai oleh ulama-ulama besar Tanah Melayu Sumber :Wan Mohd Shaghir. 2015. Ensiklopedia Naskhah Klasik
seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin Helmi, Nusantara. Hlm 187
Syeikh Abdullah Fahim telah menubuhkan Pusat Perekonomian
Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) pada bulan Mac 1947. Tujuan Ahmad Yumni Abu Bakar et al. 2016. Tuan Hussain Kedah : Penggiat
penubuhan PEPERMAS meningkatkan ekonomi orang Melayu Sistem Pengajian Pondok di Malaysia. Hlm 103
yang ditinggalkan jauh oleh Inggeris.

344

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

Kedai koperasi yang dinamakan Syarikat Kedai Bekerja Sama-sama oleh para peladang di kawasan Pembangunan Tanah Sungai Tiang, Kedah pada tahun 1960.
Sumber : Malaysia A Pictorial History 1400-2004

345

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

TUAN HUSSAIN KEDAH : ULAMA perniagaan yang beliau jalankan. Antara sekolah pondok yang
HARTAWAN YANG DERMAWAN, diasaskan oleh beliau ialah di Alor Ganu, Bohor, Pantai Merdeka,
MEMBANGUNKAN UMAT DENGAN Selengkoh, Padang Lumat dan Kepala Batas.
KEKAYAANNYA
Kekayaan yang dimiliki beliau digunakan untuk membuka
Tuan Hussain Kedah atau nama sebenarnya Hussain bin Nasir sekolah-sekolah pondok. Di samping itu, para pelajar dapat
al-Banjari merupakan salah seorang ulama yang ulung di Tanah belajar secara percuma. Usaha ini ternyata mencambahkan dan
Melayu. Beliau merupakan keturunan Syeikh Arsyad al-Banjari. menggiatkan budaya ilmu dalam masyarakat Melayu di utara
Moyangnya iaitu Syeikh Mas'ud bin Qadhi Hj Abu Su'ud pula Semenanjung. Dalam bidang penulisan pula, Tuan Hussain telah
adalah panglima Kedah yang syahid ketika berperang dengan menulis sekitar 19 buah kitab dalam pelbagai bidang. Antara
Siam. yang masyhur ialah Hidayatus Sibyan, Hidayatul Mutafakkirin,
Hidayatul Athfal, Majmu' al-Lail dan lain-lain.
Tuan Hussain Kedah yang dimakamkan
di Titi Gajah Kedah boleh dianggap Ulama sebegini memang sukar dicari.
sebagai seorang reformis dalam bidang Berusaha mencari kekayaan dunia
pendidikan di Tanah Melayu. Beliau dan menggunakan kekayaan itu untuk
adalah ulama yang banyak mendirikan membangun pendidikan di kalangan
sekolah-sekolah pondok dan banyak masyarakat. Di samping itu gigih
menghasilkan penulisan kitab-kitab menghasilkan penulisan dengan ilmu-
dalam pelbagai bidang terutamanya ilmunya dan mengajar di lapangan. Jadi
berkaitan pendidikan kanak-kanak. masyarakat mendapat manfaat dari ilmu
dan hartanya.
Apa yang menarik, beliau membuka
sekolah-sekolah pondok tersebut Tuan Hussain Kedah.
dengan menggunakan harta kekayaan Sumber : Kedah Dulu-dulu
beliau sendiri berkat dari usaha tani dan

346

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

SYEIKH ZAKARIA : ULAMA SUFI, lada hitam, kopi dan gambir. Beliau juga menjadi ejen haji dan
MUFTI DAN USAHAWAN BERJAYA menubuhkan commission agency di Lumut Lane, Pulau Pinang.
Di samping itu, Syeikh Zakaria turut menjalankan perniagaan
Syeikh Zakaria bin Syeikh Umar merupakan seorang ulama import eksport dengan beberapa buah negara di Arab, India, Sri
dan usahawan Islam yang berjaya pada awal abad ke-20. Beliau Lanka dan Indonesia.
dilahirkan pada tahun 1855 di Pulau Pinang. Beliau mewarisi
keilmuan dalam bidang agama dan bakat dalam bidang Dalam bidang khidmat masyarakat, Syeikh Zakaria telah dilantik
perniagaan dari bapanya iaitu Syeikh Umar bin Bashir. Syeikh menjadi imam Masjid Lebuh Aceh dan guru agama di sana.
Zakaria lebih dikenali dengan nama Syeikh Zakaria Bashir iaitu Beliau juga mengambil alih tugas bapanya sebagai pemimpin
dinisbahkan kepada nama datuknya, Bashir. masyarakat Islam di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Oleh kerana
ketinggian ilmunya dalam bidang agama, Syeikh Zakaria telah
Pada pertengahan abad ke-19, Syeikh Umar bin Bashir yang dilantik menjadi Mufti Pulau Pinang yang pertama.
pernah mendapat pendidikan agama di Mekah telah diangkat
menjadi salah seorang pemimpin masyarakat Melayu di Pulau Dalam bidang tasawuf pula, Syeikh Zakaria bin Syeikh Umar
Pinang disebabkan ketokohan, kealiman dan kekayaan yang merupakan guru mursyid tarekat Naqsyabandiah sepertimana
dimilikinya. Dengan ekonomi yang kukuh, Syeikh Umar bin ayahnya, Syeikh Umar bin Bashir. Syeikh Zakaria bin Syeikh
Bashir banyak membantu orang-orang yang susah. Umar meninggal dunia pada tahun 1926 di Pulau Pinang.

Beliau menjadi tempat orang mengadu kesusahan dan menjadi Sumber : Mahani Musa. 1964. Melayu-muslim Dalam Sejarah George
tempat orang mendapatkan hutang. Beliau juga membantu para Town. Hlm 104-110
Jemaah haji yang mengalami kesempitan wang di Mekah dengan
memberikan mereka hutang. Syeikh Umar bin Bashir meninggal
dunia pada tahun 1881.

Syeikh Zakaria bin Syeikh Umar turut mewarisi kepakaran
Syeikh Umar bin Bashir dalam bidang perniagaan. Pada tahun
1920-an, Syeikh Zakaria memiliki perniagaan getah, kelapa,

347

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Syeikh Zakaria Bashir yang duduk di tengah-tengah, bergambar bersama
ketua-ketua masyarakat Melayu di Pulau Pinang.
Sumber : Melayu Muslim Dalam Sejarah George Town

348

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

Firma Syeikh Zakaria Bashir di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Gambar
bertarikh 27 Mei 1923.
Sumber : Melayu Muslim Dalam Sejarah George Town

349

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Peranan Ulama Dalam Bidang Sastera indah dalam karya-karya ilmiah beliau. Antara karyanya yang
dan Kesenian berbentuk puisi ialah Kanz al-Ula (Peri Hidup Rasulullah), Sirah
al-Nabawiyah (Sejarah Nabi), Jawahir al-Sanniyah, al-Durrah al-
Tidak syak lagi bahawa ramai dari kalangan para ulama di Alam Fakhirat dan Tahiyat al-Wildan.64
Melayu yang terlibat dalam bidang kesenian dan sastera. Mereka
telah menjadikan kesenian dan sastera sebagai medium yang Di samping itu, Tok Ku Tuan Besar telah menghasilkan ‘Nabam’
penting dalam menyampaikan dakwah Islam sejak dari awal iaitu sejenis puisi atau nyanyian yang disampaikan dalam berbagai
permulaan dakwah Islam di Alam Melayu. Wali Songo di Jawa bentuk dan irama. Antaranya Rentak Rebana, Rentak Berzanji,
seperti Sunan Bonang dan Sunan Kalijaga telah menggunakan Ya Sollu alaih dan tabor Bayam yang diiringi selawat. ‘Nabam’
persembahan gamelan dan wayang kulit sebagai medium biasanya dibaca
menyampaikan dakwah Islam. Di samping itu, elemen-elemen dalam majlis
kepercayaan Hindu-Buddha juga telah dibuang dalam kesenian perkahwinan,
tersebut dan digantikan dengan elemen-elemen ketauhidan berkhatan,
dalam Islam. menaiki
rumah
Ramai dari kalangan para ulama di Alam Melayu memiliki bakat baru,
yang luar biasa dalam bidang penukilan syair, nazam (puisi), upacara
sajak, gurindam dan pantun. Syeikh Hamzah al-Fansuri telah
menyampaikan ilmu tauhid dan tasawuf dalam bentuk syair- Syair Perahu oleh Syeikh Hamzah Fansuri yang disalin dan ditulis
syair. Antara syair karangannya ialah Syair Burung Pingai, Syair dengan tulisan rencong.
Burung Nuri, Syair Ikan Tunggal, Syair Perahu, Bahr al-Nisa’ dan Sumber : British Library
Syair Dagang.63

Ulama besar Terengganu iaitu Tok Ku Tuan Besar atau nama 63 Teuku Iskandar. 1996. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad.
sebenarnya, Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin (1795- Hlm 350- 366
1878) pula mendapat gelaran sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu 64 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Berhanundin Abdullah & Rohaizan Baru.
Terengganu. Beliau telah menghasilkan nazam (puisi) yang 2015. Peranan Ulama Dalam Kesultanan Terengganu. Hlm 99

350

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

bercukur dan menuai padi. Di kalangan masyarakat nelayan tasawuf, feqah dan hadith yang dikarang olehnya. Beliau juga
terutamanya, ia dibaca ketika bulan purnama sewaktu perayaan telah mengarang puisi khusus untuk Sultan
pantai. Banyak kumpulan ‘Nabam’ telah ditubuhkan di daerah Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III.66

Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu terutama di Manakala Raja Ali Haji pula sangat terkenal
Kampung Chabang Tiga, Pulau Ketam dengan Gurindam Dua Belas yang dikarang
dan Seberang Takir. olehnya. Selain daripada itu, karya-karya

Bacaan Nabam puisi Raja Ali Haji yang lain ialah
ini bertujuan mengganti Inilah Ikat-ikatan Dua Belas Puji,
atau menghapuskan amalan jampi serapah dan puja pantai.65 Syair Abdul Muluk, Syair Hukum
Faraid, Syair Suluh Pegawai dan
Syair Siti Sianah. Beliau juga
telah memuatkan syair-syair
yang indah dalam penulisan-
penulisannya yang lain seperti
Tuhfat al-Nafis, Salasilah
Melayu dan Bugis, Thamarat
al-Muhimmah dan Kitab
Pengetahuan Bahasa.67

Dua orang ulama yang diiktiraf sebagai tokoh pemikir agung 65 Ibid. Hlm 113
Melayu iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani dan Raja Ali Haji 66 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2007. Puisi-puisi Syeikh Ahmad al-Fathani.
sememangnya sudah masyhur dengan penghasilan puisi-puisi Hlm 49
dan gurindam yang sangat indah. Syeikh Ahmad al-Fathani telah 67 Abu Hassan Sham. 2015. Pemikiran Raja Ali Haji Melalui Karya-karya Puisi.
memuatkan puisi-puisi sangat indah dalam kitab-kitab tauhid, Dlm Arba’iyah Mohd Noor & Mohd Hanafi Ibrahim (penyt). Raja Ali Haji :
Pemikir Ulung Alam Melayu Abad Ke-19. Hlm 126

351

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

GURINDAM DUA BELAS RAJA ALI HAJI

GURINDAM SATU GURINDAM TIGA

Ini gurindam fasal yang pertama Ini gurindam fasal yang ketiga:
Barang siapa tiada memegang agama, Apabila terpelihara mata,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. sedikitlah cita-cita.
Barang siapa mengenal yang empat, Apabila terpelihara kuping,
maka ia itulah orang ma’rifat khabar yang jahat tiadalah damping.
Barang siapa mengenal Allah, Apabila terpelihara lidah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. nescaya dapat daripadanya faedah.
Barang siapa mengenal diri, Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari. daripada segala berat dan ringan.
Barang siapa mengenal dunia, Apabila perut terlalu penuh,
tahulah ia barang yang terpedaya. keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Barang siapa mengenal akhirat, Anggota tengah hendaklah ingat,
tahulah ia dunia mudarat. di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
GURINDAM DUA daripada berjalan yang membawa rugi.

Ini gurindam fasal yang kedua
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

352

GURINDAM EMPAT BAB 6

Ini gurindam fasal yang keempat: ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh. GURINDAM LIMA
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah. Ini gurindam fasal yang kelima:
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, Jika hendak mengenal orang berbangsa,
di situlah banyak orang yang tergelincir. lihat kepada budi dan bahasa,
Pekerjaan marah jangan dibela, Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
nanti hilang akal di kepala. sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika sedikitpun berbuat bohong, Jika hendak mengenal orang mulia,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong. lihatlah kepada kelakuan dia.
Tanda orang yang amat celaka, Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
aib dirinya tiada ia sangka. bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Bakhil jangan diberi singgah, Jika hendak mengenal orang yang berakal,
itulah perompak yang amat gagah. di dalam dunia mengambil bekal.
Barangsiapa yang sudah besar, Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
janganlah kelakuannya membuat kasar. lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Barangsiapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur. GURINDAM ENAM
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi. Ini gurindam fasal yang keenam:
Cari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat.
Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,

353

MIFTAHUL MALAYU GURINDAM LAPAN

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU Ini gurindam fasal yang kedelapan:
Barang siapa khianat akan dirinya,
GURINDAM TUJUH apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
Ini gurindam fasal yang ketujuh: orang itu jangan engkau percaya.
Apabila banyak berkata-kata, Lidah yang suka membenarkan dirinya,
di situlah jalan masuk dusta. daripada yang lain dapat kesalahannya.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka, Daripada memuji diri hendaklah sabar,
itulah tanda hampir duka. biar pada orang datangnya khabar.
Apabila kita kurang siasat, Orang yang suka menampakkan jasa,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat. setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Apabila anak tidak dilatih, Kejahatan diri sembunyikan,
jika besar bapanya letih. kebaikan diri diamkan.
Apabila banyak mencela orang, Keaiban orang jangan dibuka,
itulah tanda dirinya kurang. keaiban diri hendaklah sangka.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur. GURINDAM SEMBILAN
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar. Ini gurindam fasal yang kesembilan:
Apabila mendengar akan aduan, Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan. bukannya manusia iaitulah syaitan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut, Kejahatan seorang perempuan tua,
lekaslah segala orang mengikut. itulah iblis punya penggawa.
Apabila perkataan yang amat kasar, Kepada segala hamba-hamba raja,
lekaslah orang sekalian gusar. di situlah syaitan tempatnya manja.
Apabila pekerjaan yang amat benar, Kebanyakan orang yang muda-muda,
tidak boleh orang berbuat onar. di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
354 di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

GURINDAM SEPULUH BAB 6

Ini gurindam fasal yang kesepuluh: ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU
Dengan bapak jangan durhaka
supaya Allah tidak murka. GURINDAM DUA BELAS
Dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat. Ini gurindam fasal yang kedua belas:
Dengan anak janganlah lalai Raja mufakat dengan menteri,
supaya dapat naik ke tengah balai. seperti kebun berpagarkan duri.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa Betul hati kepada raja,
supaya kemaluan jangan menerpa. tanda jadi sebarang kerja.
Dengan kawan hendaklah adil Hukum adil atas rakyat,
supaya tangannya jadi kapil. tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
GURINDAM SEBELAS tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Ini gurindam fasal yang kesebelas: tanda mengenal kasa dan cindai.
Hendaklah berjasa, Ingatkan dirinya mati,
kepada yang sebangsa. itulah asal berbuat bakti.
Hendaklah jadi kepala, Akhirat itu terlalu nyata,
buang perangai yang cela. Kepada hati yang tidak buta.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat. Gurindam ini selesai ditulis di Pulau Penyenat pada 23 Rajab Tahun
Hendak marah, 1263 Hijriah (1846 Masehi).
dahulukan hujjah.
Hendak dimalui, 355
jangan memalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

KOD RAHSIA ULAMA ALAM MELAYU termasuk Syeikh Abdus Samad bergegas pulang untuk membantu

angkatan perang Kedah-Pattani.

Ulama-ulama dari Nusantara yang berada di Mekah telah menjadi

perancang utama (mastermind) dalam merangka strategi-strategi Namun, dalam beberapa keadaan, musuh mudah menyelinap

membebaskan wilayah-wilayah di Alam Melayu dari cengkaman melalui pengkhianat-pengkhianat. Beberapa surat-surat sulit

Belanda, British dan Siam. Sebab itu sebahagian dari mereka dari para ulama dapat dipintas oleh musuh. Sebagai contoh,

seperti Syeikh Abdus Samad al-Falimbani dan Syeikh Daud surat Syeikh Abdus Samad kepada Sultan Mataram pernah jatuh

al-Fathani sering berhijrah dari satu wilayah ke wilayah yang ke tangan Belanda.

lain di Alam Melayu. Selain daripada menyebarkan ilmu, mereka

membangkitkan semangat menentang musuh-musuh Islam. Bagi menangani masalah ini, salah seorang perancang yang

genius, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani telah mencipta

Dalam merancang strategi- kod-kod rahsia sebagai tulisan dalam persuratan. Pada

strategi tersebut, zaman itu, dikatakan hanya sekitar 36 orang sahaja

perhubungan melalui yang memahami tulisan ini. Antaranya Menteri Besar

surat giat dijalankan bagi Kelantan iaitu Datuk Paduka Nik Mahmud, anak

menyampaikan mesej- murid kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Maka

mesej sulit. Sebagai contoh, surat-surat sulit ditulis menggunakan tulisan ini.

Syeikh Wan Abd Qadir (Mufti Sekiranya ia jatuh ke tangan musuh, maka mereka

Kedah) telah mengutuskan tidak akan memahami sebarang kandungan yang

surat kepada Syeikh Abdus terdapat pada surat itu.

Samad al-Falimbani di Mekah Sumber : Muzium Islam Negeri Kelantan
bagi menyampaikan maklumat Khazanah Fathaniyah
bahawa Kedah dan Pattani sedang

berperang dengan Siam. Oleh itu,

beberapa orang ulama di Mekah Abjad-abjad rahsia yang dicipta oleh Syeikh Ahmad al-Fathani.
Sumber : Muzium Islam Negeri Kelantan/ Khazanah Fathaniyah

356

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

Peranan Ulama Dalam Bidang membuktikan kepintaran Maulana Hafiz Sab dan ulama-ulama
Senibina Kedah yang lain dalam bidang senibina.69

Masjid-masjid tua di Alam Melayu yang rata-ratanya memiliki Di samping itu, seorang ulama Alam Melayu yang menghasilkan
kesenian yang tinggi banyak yang dibina oleh para ulama. Contoh manuskrip berkaitan ilmu senibinaan ialah Syeikh Abdul Wahab
yang paling jelas ialah masjid-masjid di Jawa, Banten, Sumatera bin Haji Abdur Rahman. Selain menulis sebuah kitab bertajuk
Barat dan Aceh. Setiap para Wali Songo ada membina masjid Ilmu Tauhid, Syeikh Abdul Wahab bin Haji Abdur Rahman juga
masing-masing sebagai pusat kegiatan mereka menjalankan menulis sebuah kitab yang berkaitan ilmu senibina atau ‘Ilmu
usaha dakwah. Antara pembinaan yang hebat ialah pembinaan Binaan’. Dalam kitab ini terkandung teknik-teknik atau cara-cara
menara Masjid Kudus oleh Sunan Kudus pada tahun 1549 membuat rumah yang lengkap dengan jenis-jenis atau nama
Masihi. Pembinaan menara masjid yang indah itu dibuat dengan ukuran yang digunakan.70
unsur-unsur senibina tempatan yang telah diwarisi sejak sebelum
kedatangan Islam. Di samping memiliki ilmu senibinaan, Sunan
Kudus juga mahir dengan ilmu pertukangan emas, besi dan
keris.68

Pembinaan Kubu Kota Kuala Bahang atau lebih masyhur dengan Pintu gerbang Kota Kuala Kedah. Pembinaan Kota Kuala Kedah dipelopori
nama Kota Kuala Kedah telah dipelopori oleh ulama-ulama yang oleh ulama-ulama Kedah atas arahan Sultan Muhammad Jiwa II.
penting dalam Kesultanan Kedah iaitu Dato’ Maharaja Kadi yang Sumber : Kedah Dulu-dulu
bernama Maulana Hafiz Sab, Mufti Diraja iaitu Syeikh Abdul Jalil
al-Mahdani al-Yamani dan anak saudara Maulana Hafiz Sab yang 68 Agus Sonyoto. 2012. Atlas Wali Songo. Hlm 280-300
bernama Maulana Ibrahim Sab. Ulama-ulama ini menjadi arkitek 69 Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. at-Tarikh Salasilah Negeri
dan perancang utama kepada pembinaan Kota Kuala Kedah Kedah. Mohd Zahid Shah (penyt). Hlm 129
yang merupakan benteng atau kubu pertahanan yang tertua yang 70 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2004. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia
masih ada di utara Semenanjung Malaysia. Pembinaan kubu Tenggara (Jilid 6). Hlm 70
yang berjasa kepada Kedah dari serangan musuh-musuh itu

357

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

KEPINTARAN TEKNIK
MENYEJUKKAN UDARA DI ALAM
MELAYU

Masjid adalah tempat berkumpulnya orang ramai terutama
ketika solat Jumaat. Nusantara pula beriklim panas sepanjang
tahun. Sesuatu ruangan itu boleh menjadi panas disebabkan
haba dari tubuh orang ramai, apatah lagi ditambah dengan cuaca
yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan
pada orang ramai yang boleh menyebabkan pitam dan pengsan.
Namun, dengan kepintaran ahli senibina Alam Melayu zaman
dahulu, masalah ini dapat diselesaikan. Walaupun hidup dalam
wilayah yang beriklim panas, masyarakat Alam Melayu bijak
memanfaatkan angin. Kepintaran ini terserlah dalam seni binaan
masjid.

Bumbung Masjid Agung Cirebon atau Masjid Sang Cipta Rasa yang dibina Masjid-masjid tua di Nusantara kebiasaannya berdinding
oleg Sunan Gunung Jati dan Sunan Kalijaga. rendah tetapi berbumbung tinggi. Bumbung pula dibina dengan
Sumber : Kajian Lapangan Penulis bentuk piramid. Senibina seperti ini bukan sengaja dilakukan
melainkan memiliki fungsi-fungsinya yang tersendiri seperti
menyejukkan udara. Bumbung dibina dengan begitu tinggi
untuk memerangkap angin. Bumbung juga dibina dengan tiga
atau lima lapis di mana setiap ruang antara lapisan bumbung
menjadi tempat laluan angin masuk. Reka bentuk piramid atau
segi tiga itu pula menyebabkan tekanan aliran udara di atas
bergerak ke bawah.

358

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

Peranan Ulama Dalam Bidang
Percetakan dan Penerbitan

Selain daripada menghasilkan penulisan atau manuskrip, ulama-
ulama Alam Melayu juga telah menubuhkan badan percetakan
dan penerbitan. Penubuhan badan percetakan dan penerbitan
ini dilakukan bagi menyemarakkan budaya penulisan dan
pengkajian ilmu di Alam Melayu. Antara ulama yang menjadi
pelopor kepada penubuhan bidang percetakan dan penerbitan
ialah Syeikh Ahmad al-Fathani.

Syeikh Ahmad al-Fathani telah memulakan operasi mencetak Mathba'ah (Syarikat Percetakan) al-Ahmadiyah di Singapura yang dimiliki
kiatb-kitab karangan ulama Alam Melayu apabila beliau oleh Raja Ali bin Raja Haji Muhammad Riau.
mendapat modal dari Al-Amjad al-Kashmiri Fida Muhammad Sumber : Wikipedia
dan anaknya Abdul Ghani di Mesir. Maka dengan itu, beliau
telah mencetak kitab Hidayah as-Salikin karangan Syeikh Abdus percetakan kerajaan. Syeikh Ahmad al-Fathani juga telah
Samad al-Falimbani di percetakan Syeikh Hasan at-Tukhi yang mengembara ke beberapa buah tempat di Timur Tengah dan
terletak berhampiran dengan Masjid Jamik al-Azhar. Kitab ini Eropah bagi mempelajari pelbagai teknologi terkini termasuk
menjadi kitab Melayu yang pertama sekali dicetak di Mesir. teknologi percetakan.

Syeikh Ahmad al-Fathani kemudiannya menghubungi Dengan modal yang diterima dari Kerajaan Turki Uthmaniyah,
Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Daulah Uthmaniyah lalu Syeikh Ahmad al-Fathani telah mencetak kitab-kitab Melayu/
mengutarakan cadangannya untuk membuat percetakan dan Jawi secara besar-besaran dan disebarkan ke seluruh dunia
penerbitan ke atas kitab-kitab karangan ulama Alam Melayu. Islam. Keadaan ini menyebabkan Syeikh Uthman Syihabuddin
Maka Sultan Abdul Hamid II pun bersetuju dengan cadangan al-Funtiani, ulama yang hidup sezaman dengan Syeikh Ahmad
yang diutarakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani lalu Sultan al-Fathani mengarang sebuah nazam (puisi) khas buat Sultan
Abdul Hamid II melantik Syeikh Ahmad al-Fathani mengetuai Abdul Hamid II sebagai tanda penghargaan atas bantuan baginda

359

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

ke atas percetakan dan penerbitan kitab-kitab karangan ulama melantik Raja Ali Kelana untuk memimpin badan percetakan
Alam Melayu. Bait-bait awal dalam nazam tersebut memuji-muji dan penerbitan di Pulau Penyengat, Riau.
Sultan Abdul Hamid II. Antara bait-bait dalam nazam tersebut
adalah seperti berikut:- Terdapat dua buah badan percetakan dan penerbitan di Pulau
Penyengat iaitu Mathba’ah al-Ahmadiyah dan Mathba’ah
“Memperbuat cap kitab bersangat bagus itu Riauwiyah. Nama Mathba’ah al-Ahmadiyah diberikan oleh
Jadilah banyak kitab Melayu diterjemah itu, golongan intelektual Riau sebagai mengenang jasa guru mereka
Banyak suka orang menterjemah akan iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Manakala Mathba’ah Riauwiyah
ditanya, mendapat nama sempena nama Yamtuan Muda Riau pada ketika
Bersungguh-sungguh kerana banyak faedah di itu iaitu Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi.71
atasnya,
Satu kitab sepuluh ribu jadi naskahnya, Selain Syeikh Ahmad al-Fathani, seorang ulama besar
Sentiasa panjang pahala dan amalnya. Melaka yang masyhur iaitu Syeikh Abdul Lathif
Tambi juga telah menubuhkan dua buah
Bagi menyemarakkan aktiviti percetakan syarikat percetakan dan penerbitan.
dan penerbitan, Syeikh Ahmad al-Fathani Syarikat yang pertama ialah
telah melantik kader-kadernya yang juga Lathifiyah Press yang terletak
merupakan anak-anak muridnya bagi di No. 768, North Bird Road,
menubuhkan badan-badan percetakan Singapura. Manakala syarikat
dan penerbitan di Alam Melayu. Dengan percetakan dan penerbitan yang kedua
itu, Syeikh Ahmad al-Fathani telah melantik
pembantunya dalam bidang pentashihan kitab iaitu Alat pencetak kitab abad ke-19 di Patani.
Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani untuk memimpin Mathba’ah Sumber : Galeri Warisan MAR
al-Miriyah al-Kalantaniyah, badan percetakan dan penerbitan
di Kota Bharu, Kelantan. Syeikh Ahmad al-Fathani juga telah

71 Wan Mohd Shaghir. 2005. Syeikh Ahmad al-Fathani : Pemikir Agung Melayu
dan Islam (jilid 2). Hlm 97

360

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

ialah Mathba’ah al-Lathifiyah al-Malakawiyah yang terletak di Suhaimi dalam usaha mengedit terbitan berkala yang diterbitkan

Tengkera, Melaka.72 oleh pelajar-pelajar Melayu di Kaherah. 73

Seorang lagi ulama Alam Melayu yang telah menubuhkan badan 72 Wan Mohd Shaghir. 2004. Syeikh Abdul Lathif Tambi - Ulama, Gigih,
percetakan ialah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi. Ulama Dermawan. Dalam Ruang Bicara Agama. Utusan Malaysia bertarikh
kelahiran Lubuk Merbau, Perak ini telah menubuhkan Matbaah 1 Mac 2004
al-Marbawiyah di Mesir pada tahun 1920-an. Syeikh Muhammad 73 Md. Sidin Ahmad Ishak. 1998. Penerbitan & Percetakan Buku Melayu 1807-
Idris al-Marbawi telah dibantu oleh Syeikh Muhammad Fadhullah 1960. Hlm 115

Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi yang berjubah hitam dan berserban bersama dengan
Prof. Dr. Zulkifli Muhammad yang bertali leher semasa berada di Mesir.
Sumber : Zulkifli Muhammad : Pelopor Angkatan Islam Di Malaysia

361

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

ULAMA PEMIKIR AGUNG ALAM MELAYU

SYEIKH AHMAD AL-FATHANI

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dilahirkan pada 10 April 1856 Masihi bersamaan 5 Syaaban 1272 Hijrah di Kampung
Jambu, Jerim, Patani. Beliau telah menuntut ilmu di Mekah sejak dari kecil lagi. Beliau juga belajar ilmu agama dan ilmu perubatan
di Baitul Muqaddis. Kemudian, Syeikh Ahmad al-Fathani pergi menuntut ilmu di Jami’ al-Azhar, Mesir. Syeikh Ahmad al-Fathani
juga seorang ulama pengamal tarekat Syattariyah. Syeikh Ahmad al-Fathani menguasai sekurang-kurangnya 47 cabang ilmu dalam
pelbagai bidang seperti ilmu tauhid, feqah, tasawuf, sastera, persuratan, sejarah, perubatan, sains politik ilmu hisab, kimia, astronomi,
ekonomi dan banyak lagi. Di samping itu, Syeikh Ahmad al-Fathani sangat rapat dengan Khalifah Uthmaniyah iaitu Sultan Abdul
Hamid II. Beliau menjadi perancang utama bagi membebaskan negeri-negeri Melayu dari penjajahan barat dan Siam dan seterusnya
bernaung di bawah Khalifah Uthmaniyah. Syeikh Ahmad al-Fathani juga melantik kader-kader politiknya yang terdiri dari kalangan
para ulama dan pembesar negeri-negeri Melayu. Beliau juga membentangkan laporan kepada Sultan Abdul Hamid II tentang keadaan
politik umat Islam di Alam Melayu. Atas usaha dan jasa Syeikh Ahmad al-Fathani, banyak kitab-kitab tulisan para ulama Alam
Melayu ditashihkan, diterbitkan dan dicetak oleh badan pencetakan Uthmaniyah di Istanbul. Syeikh Ahmad al-Fathani juga telah
menulis sekurang-kurangnya 160 buah kitab. Masih banyak lagi karya penulisannya yang tidak ditemui. Syeikh Ahmad al-Fathani
meninggal dunia pada 11 Zulhijjah 1325 Hijrah bersamaan 14 Januari 1908 dan dimakamkan di perkuburan Ma’la, Mekah.

Masjid Sultan Muzaffar Shah yang dibina pada tahun 1514 Masihi di Kerisik, Patani
Darussalam.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

362

BAB 6

ULAMA SEBAGAI TONGGAK KEKUATAN UMAT DI ALAM MELAYU

RAJA ALI HAJI

Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dilahirkan di Selangor pada tahun 1808 Masihi. Beliau kemudiannya membesar dan mendapat
pendidikan awalnya di Pulau Penyengat, Riau. Kemudian beliau menyambung pengajiannya dalam bidang ilmu falak dengan Sayyid
Abdul Rahman al-Masri di Betawi dan seterusnya menyambung pengajiannya di Mekah. Di Mekah, beliau berguru dengan ramai
ulama termasuk Syeikh Daud al-Fathani. Raja Ali Haji seorang ulama pengamal tarekat Naqsyabandiah al-Khalidiyah. Beliau mahir
dalam pelbagai lapangan ilmu seperti ilmu tauhid, feqah, tasawuf, perundangan, sejarah, sains politik, sastera dan banyak lagi.
Di samping itu, Raja Ali Haji turut mendapat gelaran ‘Bapa Persuratan Dunia Melayu’. Di Pulau Penyengat, Raja Ali Haji telah
dilantik menjadi penasihat utama Yang Dipertuan Muda Riau iaitu Raja Ali. Raja Ali Haji juga perintis tertubuhnya Pulau Penyengat
sebagai pusat ilmuwan di Alam Melayu. Beliau telah menjemput para ulama ke Pulau Penyengat dan menjadikan Pulau Penyengat
sebagai destinasi keilmuan bagi masyarakat awam di Alam Melayu. Raja Ali Haji juga banyak menghasilkan kitab-kitab yang masyhur
dan menjadi rujukan zaman berzaman. Antaranya Tuhfat an-Nafis yang berkaitan ilmu sejarah dan Thamarat al-Muhimmah yang
berkaitan ilmu ketatanegaraan. Raja Ali Haji meninggal dunia di Pulau Penyengat pada tahun 1873 Masihi.

Masjid Raya Sultan Riau di Pulau Penyengat. Masjid ini dibina pada tahun 1761 dan
diubahsuai sepertimana binaannya pada hari ini pada tahun 1832 oleh Yang Dipertuan
Muda Riau, Raja Abdul Rahman.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

363

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Guru-guru Sekolah Melayu Sanglang, Kedah pada tahun 1913.
Sumber : Kedah Dulu-dulu

364

BAB
7

ADAT
BERSENDI
SYARAK

Adat dan budaya sesuatu kaum itu adalah fitrah yang dikurniakan Allah .
Setiap kaum memiliki adat dan budaya yang tersendiri dan berbeza di antara
satu dengan yang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi kewujudan adat dan
budaya seperti faktor geografi dan cara berfikir. Dengan sebab itu, Islam meraikan
dan mengiktiraf adat dan budaya sesuatu kaum selagi adat dan budaya tersebut
tidak bercanggah dengan syarak. Hal ini membuktikan bahawa Islam itu agama
yang sesuai untuk semua kaum di dunia ini dan bersifat alami (universal).

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Malah kedatangan Islam mencantikkan dan memperkukuhkan Dari Abu Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Rukanah dari
adat dan budaya sesuatu kaum. Maka penganut agama Islam bapanya, bahawa beliau berkata, “Rukanah pernah beradu
itu bukan hanya terdiri daripada bangsa Arab sahaja. Agama kekuatan dengan Nabi ‫ﷺ‬, lalu Nabi ‫ ﷺ‬berjaya menjatuhkan
Islam dianuti oleh bangsa-bangsa lain di dunia di mana bangsa- Rukanah.”
bangsa selain Arab yang menganut agama Islam ini tetap terus
mengamalkan adat dan budaya masing-masing. (Sunan Abu Dawud. Hadith No. 4078)

Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Adat Budaya

Terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa Rasulullah
‫ ﷺ‬menghargai dan mengiktiraf adat dan budaya.

1 Seni Mempertahankan Diri 2 Busana atau Pakaian Tradisional

Dari Ibnu Abbas, beliau berkata bahawa Nabi ‫ ﷺ‬berpesan Dari Urwah bin Al Mughirah, dari bapanya meriwayatkan
kepada sekumpulan orang yang sedang memanah. Baginda bahawa Nabi ‫ ﷺ‬pernah memakai jubah Rom yang mana
bersabda, “Memanah (adalah budaya) bani Ismail. Sesungguhnya kedua-dua lengannya sempit.”
ayah (datuk moyang) kalian adalah seorang pemanah.”
(Musnad Ahmad. Hadith No. 17529)
(Sunan Ibnu Majah. Hadith No. 2815)

366

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

3 Seni Tarian Dari Jabir, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda
kepada Aisyah, “Apakah engkau menghadiahkan seorang jariyah

ke rumahnya? Aisyah menjawab, “Ya.” Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda

lagi, "Apakah engkau tidak mengutuskan kepada mereka orang

yang menyanyi untuk mereka dengan lirik, “Kami telah datang

kepada kalian, kami telah datang kepada kalian, sambutlah

kami maka kami akan menyambut kalian”? Maka sesungguhnya

orang-orang Ansar adalah kaum yang terdapat padanya budaya

menyanyi.”

Dari Aisyah, beliau berkata, “Telah datang orang Habsyah menari (Musnad Ahmad. Hadith No. 14674)

pada hari raya di masjid. Lalu Nabi ‫ ﷺ‬memanggilku dan aku 5 Syair dan Puisi
meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton

tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada

mereka."

(Sahih Muslim. Hadith No. 893)

4 Nyanyian

Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan bahawa Nabi ‫ﷺ‬
bersabda, “Syair yang paling benar yang pernah diucapkan oleh
penyair adalah syair, “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah itu
pasti binasa” sehinggakan lantunan syair itu hampir membuatkan
Umayyah bin Abu Shalt masuk Islam.”

(Sahih Muslim. Hadith No. 2256)

367

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Dua lelaki sedang
mempersembahkan satu tarian
Melayu pada tahun 1915.
Sumber : Malaysia A Pictorial
History 1400-2004

Dengan itu, para pendakwah Islam yang datang ke Alam memasukkan amalan-amalan Islam seperti zikir, selawat, bacaan
Melayu atau Nusantara tidak mengharamkan budaya dan adat Al-Quran, doa dan tazkirah dalam pengamalan adat budaya di
masyarakat setempat kecuali yang jelas bertentang dengan Alam Melayu.
syarak seperti adat menyabung ayam kerana adat ini melibatkan
perjudian dan penyeksaan binatang. Adapun adat-adat yang Pemerintahan masyarakat Melayu tradisional yang mula
lain seperti persilatan, wayang kulit, gamelan, kenduri-kendara diperkenalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah
sempena peristiwa tertentu seperti memasuki rumah baru, berteraskan dua sendi iaitu Hukum Adat dan Hukum Syariat.
membersihkan kaki sebelum memasuki rumah dan lain-lain Hukum Adat meliputi Kanun (peraturan turun temurun oleh
tidak dicegah atau diharamkan oleh para pendakwah. Malah pemerintah), Resam (kelaziman), Faham (‘common sense’) dan
para ulama dan pendakwah menggunakan adat dan budaya Adat Istiadat. Hukum Syariat pula meliputi segala ajaran Agama
sebagai medium untuk berdakwah. Di samping itu juga, mereka Islam.

368

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Sebahagian daripada Adat Melayu telah dipusakai dari raja-raja Hakikatnya, Hukum Adat dan Syariat menjadi undang-undang
Melayu yang lampau. Yang lain pula ditokok tambah oleh petinggi teratas dan tertinggi dalam masyarakat Melayu semenjak kurun
adat setempat mengikut perubahan serta keperluan masa dan berkurun. Malangnya kedatangan penjajah British mulai akhir
citarasa masyarakat tempatan yang dinamik. Dengan kedatangan abad ke-18 Masihi yang kemudiannya berjaya menjadi penjajah
Islam, undang-undang adat telah membuat penyesuaian di dalam mutlak telah menyelinapkan berbagai-bagai sistem barat
suasana dan persekitaran Islam secara berperingkat-peringkat dalam pemerintahan Tanah Melayu termasuk dalam bidang
sehingga adat Melayu dan aturan Islam menjadi seperti saudara perundangan dan pendidikan. Ianya telah dapat menjadikan
kembar dalam lanskap pemerintahan umat Melayu mengikut undang-undang dan perlembagaan barat sebagai lebih mulia,
perbilangan adat yang berbunyi : aula dan paling tinggi serta teratas daripada perlembagaan
serta undang-undang tradisi Bangsa Melayu termasuklah
‘Adat bersendikan syarak, perundangan syariat.
Syarak bersendikan kitab Allah,
Syarak mengata, adat memakai, Sifat Adat Melayu
Cermin yang tidak kabur,
Pelita yang tidak padam.’ Adat Melayu terbahagi kepada sifat-sifat berikut :-

Sekumpulan pemuda Minang sedang berlatih silat. 1) Adat Melayu sebelum kedatangan Islam yang
Sumber : Pinterest bercanggah dengan Islam
Adat-adat ini lahir dan diamalkan sejak dari sebelum
kedatangan Islam sama ada pada zaman Hindu-Buddha atau
sebelum kedatangan Hindu-Buddha. Kebanyakan adat
Melayu yang wujud sebelum kedatangan Islam ini berasaskan
kepada kepercayaan Hindu-Buddha. Sebagai contoh adat
memuja pantai, menyabung ayam, melaga lembu, upacara-
upacara menghapus kesialan dan lain-lain. Namun begitu,
adat-adat ini telah dihapuskan secara beransur-ansur dan

369

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

berperingkat dari usaha para pendakwah dan ulama di Alam Teras Adat Melayu

Melayu.

2) Adat Melayu sebelum kedatangan Islam yang tidak Teras bagi adat Melayu pula terbahagi seperti berikut:-
bercanggah dengan Islam
Banyak adat-adat Melayu yang telah wujud sebelum 1 Agama Islam

kedatangan Islam tetapi tidak bercanggah dengan Islam. Adat- Kepercayaan atau akidah Islam menjadi teras utama dalam adat
adat ini dikekalkan dan dimurnikan dengan amalan-amalan dan budaya Melayu. Para ulama Alam Melayu berusaha sebaik
Islam. Sebagai contoh, orang-orang Melayu suka menjamu mungkin untuk memastikan adat Melayu didasari, selari dan
makan atau membuat kenduri disebabkan peristiwa-peristiwa tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.
yang dianggap penting dan menggembirakan seperti masuk

rumah baru, memulakan tanam padi dan lain-lain. Maka 2 Pemikiran dan Pengucapan
amalan menjamu makan atau membuat kenduri itu dikekalkan

dan dimurnikan dengan amalan-amalan Islam seperti zikir, Adat Melayu adalah berteraskan pemikiran falsafah dan ilmu

selawat dan doa kesyukuran. pengetahuan yang dijelmakan dan dilaksanakan dalam berbagai

3) Adat Melayu yang lahir dari kedatangan Islam bentuk pengucapan dan amalan sama ada bertulis ataupun secara
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mewujudkan adat- lisan.

adat yang baru bagi masyarakat Alam Melayu. Adat-adat ini 3 Kuasa dan Kerajaan
kemudiannya bertapak kukuh dalam masyarakat. Adat-

adat ini juga diamalkan berasaskan dalil-dalil syarak seperti Adat yang juga termasuk undang-undang dan hukum
menyambut maulid Nabi, berkhatan, membaca Al-Quran merupakan sumber kuasa yang mendasari pemerintahan
di kuburan, melaksanakan kenduri arwah, melaksanakan dan kerajaan di Alam Melayu dari dahulu hingga sekarang.
kenduri akikah dan lain-lain. Perlaksanaan adat juga tertakluk kepada kewajipan atau galakan

yang dilaksanakan oleh kuasa pemerintah.

370

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Jenis Adat Melayu dan interaksi sesama mereka berjalan dengan lancar. Oleh itu,
perlembagaan, undang-undang, hukum dan peraturan termasuk
Pengertian adat dalam masyarakat Melayu bukan bermaksud dalam kategori adat yang diadatkan. Maka dari pengamalan
budaya dan resam kehidupan seharian semata-mata. Maksud adat yang diadatkan iaitu pengamalan undang-undang, lahirlah
adat sangat luas. Ianya turut merangkumi perlaksanaan undang- beberapa pepatah seperti berikut:-
undang. Masyarakat Melayu telah membahagikan adat kepada
lima kategori iaitu:- a) ‘Biar mati anak jangan mati adat’

1 Adat Yang Sebenar Adat b) ‘Negeri bertumbuh dengan adatnya
Adat bertumbuh dengan masyarakatnya
Adat yang sebenar adat bermaksud sifat semulajadi segala unsur Tatkala kecil bernama muafakat
alam yang wujud. Ianya juga bermaksud ‘Sunnatullah’ atau Sudah besar bernama adat
perkara tabie. Sebagai contoh, adat bagi orang yang makan akan Si Raja adat kepada muafakat’
merasa kenyang atau adat bagi pelita itu adalah menerangkan
keadaan gelap. Dengan sebab itu, lahirlah beberapa ungkapan
dalam bahasa Melayu seperti berikut:-

‘adat api membakar
adat air membasah
adat angin menyejukkan
adat tajam memutuskan’.

2 Adat Yang Diadatkan Kenduri doa selamat atau selamatan yang diadakan di anjung sebuah masjid di
Cibodas, Jawa Barat pada tahun 1907.
Adat yang diadatkan ialah satu rangka ketetapan atau perintah Sumber : Tropenmuseum
bagi mengatur dan mengawal sesebuah masyarakat agar hubungan

371

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

3 Adat Yang Teradat 5 Adat Resam

Adat yang teradat ialah tatacara pemilihan pemimpin. Dalam Adat resam ialah tertib atau tatacara dalam aktiviti kehidupan

tradisi masyarakat Alam Melayu, terdapatnya sistem seharian yang dijadikan satu kelaziman. Maka adat resam

memilih pemimpin. Jika dalam sistem monarki, itu merangkumi adat atau tertib ketika makan,

para sultan akan menimbang ciri-ciri atau Apabila menghias diri, berpakaian, bertegur sapa, adat
perwatakan penggantinya yang selalunya dari seseorang hendak dalam berhubung dengan orang yang lebih
kalangan anak-anaknya. Para sultan juga akan masuk ke rumah tua dan sebagainya. Sebagai contoh, adat bagi
mendapat nasihat para penasihatnya yang orang Melayu apabila pergi ke masjid, mesti
selalunya terdiri dari kalangan ulama dalam maka dia akan memakai songkok atau kopiah atau serban
membasuh kaki
terlebih dahulu.

memilih penggantinya. berserta dengan baju Melayu dan kain sarung.

Selain itu, pada zaman dahulu, sudah menjadi adat

Manakala dalam sistem adat pepatih, pemimpin akan resam apabila seseorang hendak masuk ke rumah maka dia

dipilih berdasarkan konsep mesyuarat. Ini sangat bertepatan akan membasuh kaki terlebih dahulu.1

dengan kaedah syura dalam Islam. Pemimpin biasanya dipilih

dari berasaskan kebijaksanaan, budi bahasa, sifat fizikal yang SALAH FAHAM TERHADAP PEPATAH “BIAR MATI ANAK,

baik, berpendidikan, berpengalaman dan sebagainya. JANGAN MATI ADAT”

4 Adat Istiadat Berdasarkan pepatah di atas, ramai dari kalangan kita pada hari
ini menyangka bahawa nenek moyang kita dahulu sanggup
Adat istiadat ialah satu upacara atau tatacara yang khas bagi menggadaikan nyawa anak mereka demi mempertahankan adat
sesuatu peristiwa atau keadaan yang khusus. Sebagai contoh, resam.
adat dalam menyambut kelahiran, adat ketika pertunangan dan
pernikahan, adat ketika menyambut bulan Ramadan, adat ketika Kesalahfahaman ini adalah berpunca dari kegagalan memahami
menyambut Hari Raya, adat ketika mengadap raja, adat ketika maksud adat dan sejarah munculnya pepatah tersebut.
perlantikan raja atau sultan dan sebagainya.
1 Mohd Koharuddin Mohd Balwi. 2005. Peradaban Melayu. Hlm 70

372

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Zaman pra-penjajahan, adat itu maksudnya luas. Adat tidak hanya
terbatas kepada adat resam semata-mata. Ianya merangkumi
perlaksanaan undang-undang termasuk hukum Islam.

Pepatah “Biar mati anak, jangan mati adat” yang sangat masyhur “Walaupun sekiranya Fatimah binti Muhammad telah mencuri,
di Nusantara ini berasal dari pepatah Aceh “Mate aneuk meupat maka aku akan potong tangannya.”
jeurat, gadohadat pat tamita”. Manakala pepatah Aceh itu lahir
dari kisah perlaksanaan hukum Islam tanpa mengira darjat oleh (Sahih Bukhari. Hadith No. 3288)
Sultan Iskandar Muda (1590-1636).

Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Aceh, putera
mahkota baginda yang bakal menggantikannya iaitu Meurah
Pupok telah dituduh melakukan perbuatan zina. Maka Meurah
Pupok pun dibawa ke pengadilan dan dijatuhkan bersalah.
Dengan itu, beliau telah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati
oleh Sultan Iskandar Muda.

Dari kisah ini, maka lahirlah pepatah Aceh “Mate aneuk meupat
jeurat, gadoh adat pat tamita” yang bermaksud “Mati anak ada
kuburnya, hilang adat di mana hendak digantikan”. Dari sini
pula, lahirlah pepatah “Biar hilang anak, jangan hilang adat”.

Maka pepatah ini sebenarnya lambang perlaksanaan undang-
undang Islam yang adil. Ini selaras dengan Hadith Nabi ‫ ﷺ‬:-

Makam Meurah Pupok di Banda Aceh.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

373

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

PUSAKA TINGGI DALAM ADAT PEPATIH

Dalam adat pepatih yang diamalkan oleh masyarakat Minang, terdapat amalan berkaitan harta pusaka yang dinamakan Harta Pusaka
Tinggi di mana harta tersebut merupakan warisan turun temurun dari harta sebelah ibu (perempuan). Sesuatu harta yang dimiliki
oleh ibu dari nenek dari moyang perempuan dan ke atas, akan turun kepada anak perempuan kepada cucu perempuan dan ke bawah.
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para ulama Minang berkaitan adat Harta Pusaka Tinggi.
Sebahagian ulama Minang menentang amalan ini manakala sebahagian yang lain menerimanya. Antara ulama yang menolak keras
amalan Harta Pusaka Tinggi ini ialah Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi. Beliau berpendapat bahawa amalan pusaka begini
adalah haram kerana bercanggah dengan hukum faraidh dalam Islam.
Manakala antara ulama yang mengharuskan pengamalan Harta Pusaka Tinggi ini ialah Syeikh Abdul Karim Amrullah. Beliau
berpendapat bahawa Harta Pusaka Tinggi ini bukanlah termasuk dalam hukum faraidh tetapi ianya termasuk dalam hukum wakaf.
Beliau berhujah bahawa antara ciri adat Harta Pusaka Tinggi yang menyebabkan ianya termasuk dalam hukum wakaf bukan hukum
faraidh ialah harta tersebut tiada pemilikan mutlak perseorangan di mana harta tersebut tidak boleh dijual atau digadai. Pemilik baru
hanya dibolehkan mengambil manfaat dari harta tersebut sahaja. Sifat ini berbeza dengan harta faraidh yang mengharuskan pemilik
baru menjual atau menggadaikan harta yang diwarisi kerana memiliki pemilikan mutlak ke atas harta tersebut.

374

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Maka amalan menurunkan manfaat harta dari sebelah pihak ibu kepada anak perempuan adalah merupakan Wakaf Ahli (Wakaf
Keluarga) yang bertujuan melindungi kepentingan dan kebajikan pihak isteri memandangkan sudah menjadi adat bagi suku Minang
bahawa suami sering bermusafir atau merantau keluar untuk mencari rezeki.
Di samping itu, terdapat satu lagi jenis harta dalam adat pepatih iaitu Harta Pencarian yang bermaksud harta yang diperolehi selain
dari Harta Pusaka Tinggi. Ulama Minang bersepakat bahawa harta ini wajib diwariskan berdasarkan hukum faraidh. Maka dalam
adat pepatih, Harta Pusaka Tinggi diturunkan kepada pihak perempuan berdasarkan hukum wakaf dan Harta Pencarian diwariskan
menurut hukum faraidh. Sebab itulah ramai ulama Minang berpendapat bahawa adat Harta Pusaka Tinggi ini masih terpayung
di bawah pepatah "Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah"
Sumber : Prof. Dr. Hamka. 2006. Islam dan Adat Minangkabau. Pustaka Dini Sdn Bhd. Shah Alam. Hlm 125-127.

Sebuah rumah tradisional
Minangkabau yang terletak di
Seremban pada tahun 1930.
Sumber : Malaya 500 Early Postcards

375

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Adat Melayu Cerminan Adat Khalifah Adat memuliakan ahlul-bait Rasulullah ‫ﷺ‬7
Uthmaniyah Adat Hari Asyura: Menyediakan bubur Asyura8

Satu perkara yang jarang diketengahkan oleh ahli-ahli akademik Adat jenazah: Talkin, menziarah kubur,9 memuliakan makam-
moden, apatah lagi oleh golongan Orientalis ialah hakikat bahawa makam wali10
banyak juga dari adat Melayu merupakan cermin kepada adat
pusat khalifah Uthmaniyah di Turki. Ini berikutan hubungan Memuliakan hari kebesaran Islam:
akrab kesultanan-kesultanan Melayu, khususnya Kesultanan
Melayu Melaka yang bertindak sebagai pusat intelektual, Ditandakan dengan tembakan meriam dan pukulan gendang11
peradaban dan tamadun Melayu-Islam yang terunggul di rantau
ini pada suatu masa dahulu, dengan khalifah-khalifah dari Bertadarrus beramai-ramai di bulan Ramadhan12
Dinasti Uthmaniyah.

Antara adat Dinasti Uthmaniyah yang menjadi ikutan bangsa Adat menghormati orang tua-tua: Tidak makan bersama-sama
Melayu ialah seperti berikut:- dengan bapa kecuali dengan izin,13 mencium tangan orang tua-
tua.14

Adat berkhatan: Berarak, Tok Mudim, Kenduri2 2 Raphaela Lewis. 1971. Everyday Life in Ottoman Turkey. Hlm 99
Adat merisik: Wanita-wanita tua dari pihak lelaki3 3 Ibid. Hlm 100
Adat berkahwin: Bunga manggar, pulut kuning4 4 Ibid. Hlm 101-102
Adat mengaji: Sekolah agama rakyat dan pondok5 5 Ibid. Hlm 95-97
6 Ibid. Hlm 109
Adat rumah: Tetamu lelaki dan perempuan diasingkan, atau 7 Ibid. Hlm 121
anjung dan dapur6 8 Ibid. Hlm 121
9 Ibid. Hlm 106
10 Ibid. Hlm 95,105
11 Ibid. Hlm 131, 133
12 Ibid. Hlm 124
13 Ibid. Hlm 117
14 Ibid. Hlm 119

376

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Fungsi Adat Melayu Dalam Lanskap mempunyai adat unik dan terkhusus, iaitu keseragaman nilai
Tamadun Tradisi Bangsa dan norma yang menjadi sebahagian dari perilaku dan identiti
diri mereka sebagai satu bangsa di antara banyak bangsa-bangsa
Di dalam konteks hukum adat, individu-individu dalam umat Islam. Contoh nilai yang menjadi pegangan bersama Bangsa
masyarakat dapat digabungkan di bawah satu sistem norma dan Melayu ialah konsep beriman, muafakat, gotong-royong, budi
nilai-nilai yang seragam. Adat bukan sahaja dapat menghapuskan pekerti, adab, sabar, santun, setia, hormat, takzim dan banyak
bibit-bibit konflik di antara ahli-ahli masyarakat yang berbagai lagi.
darjat, cita rasa dan karenah itu, malahan ianya juga berfungsi
dalam membentuk peribadi dan jati diri sesuatu bangsa, Dalam konteks sejarah Bangsa Melayu, gabungan amalan adat
contohnya Bangsa Melayu. dan syariah terbukti telah dapat membentuk satu bangsa yang
beriman, luhur, beradat, beradab, berseni dan bermaruah. Kesan
Dalam hal ini, walau di mana pun kedapatan mereka, orang darinya lahirlah kekuatan, ketinggian, kemuliaan, kebesaran,
Melayu dapat dibezakan dengan bangsa lain kerana mereka kehalusan, keunggulan dan kedaulatan bangsa.

Rumah kediaman Dato' Klana Sungai Ujong di Negeri Sembilan pada
tahun 1874.
Sumber : Malaysia A Pictorial History 1400-2004

377

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

FALSAFAH ISLAM DALAM BUDAYA MELAYU
Falsafah Islam Pada Masjid

1

2
3

Lukisan Masjid Kampung Laut, Kelantan.
Sumber : Rupa Indah

Tiga lapis bumbung masjid melambangkan:
1 Akidah atau Iman
2 Syariat atau Islam
3 Tasawuf atau Ihsan

378

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Falsafah Islam Pada Baju Melayu

Illustrasi pakaian tradisional Melayu.
Sumber : Mohd Nor Faezin

Lima butang baju – melambangkan lima rukun Islam.

Tiga saku baju – melambangkan Akidah, Syariat dan
Tasawuf atau Iman, Islam dan Ihsan.

Sampin – melambangkan kesungguhan
menjaga nafsu syahwat, aurat dan maruah.

379

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Falsafah Islam Pada Rumah Tradisional Melayu

TEMPAT MASUK TETAMU LELAKI TEMPAT MASUK TETAMU PEREMPUAN

Falsafah : Rumah tradisional Melayu mengasingkan tetamu lelaki dan perempuan. Maka
pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi dapat dihadkan.

TEMPAT MEMBASUH KAKI
Falsafah : Sebelum masuk rumah,
kita bukan sekadar membasuh
kaki, tetapi membasuh hati.

380

TIANG SERI BAB 7
Falsafah : Tiang seri asas kekuatan
rumah sebagai gambaran bagi akidah ADAT BERSENDI SYARAK
tauhid yang merupakan asas bagi
kekuatan agama. BENDUL
Falsafah : Setiap ruang dalam rumah
memiliki fungsi yang tersendiri dan
ianya dibataskan dengan bendul. Maka
falsafah bendul ialah setiap orang
hendaklah menjaga batasan-batasan
yang ditetapkan oleh syarak.

Illustrasi rumah tradisional Melayu.
Sumber : Faizal Rahmat

381

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Falsafah Islam Pada Perahu

Falsafah : Layar perahu berbentuk tulisan ' ' yang bermaksud kerana Allah. Ini

bermakna sesuatu pelayaran itu hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Perahu Pinisi.
Sumber: Kajian Lapangan Penulis

382

BAB 7

ADAT BERSENDI SYARAK

Falsafah Islam Pada Juadah

BENTUK SEGI EMPAT
Melambangkan Kaabah sebagai kiblat umat Islam (Tauhid).

ANYAMAN DAUN
Melambangkan silaturrahim di kalangan umat Islam (Feqah).

BERAS YANG DIBUNGKUS
Melambangkan nafsu duniawi yang harus dibendung
(Tasawwuf ).

Illustrasi ketupat.
Sumber : Wikipedia

383

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU
Sejumlah orang merayakan Hari Raya
Aidil Fitri dengan menabuh rebana di
Muara Manderas Jambi sekitar tahun
1912.
Sumber : Tropenmuseum

384


Click to View FlipBook Version