Anda Bertanya
Dr. Abdullah Al-Faqih SUWAMMAI IISJLTEIIRBKI I
Lajnah Syar’iyyah Mutakhasisah
Lembaga Fatwa
Kementerian Waqaf Qatar
Cetakan Pertama 2016
© Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis dari penerbit buku ini
Ketua Projek
Wan Mohd Rashidi bin Wan Ab Rashid
Penterjemah
Kumpulan Terjemahan Cintai Publication
Editor Bahasa & Syariah
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Idea dan Konsep
Wan Mohd Rashidi bin Wan Ab Rashid
Pemasaran
Illusion Network Solution
Diterbitkan oleh:
Cintai Publication
No. 2301, Tingkat 1 Jalan SJ10/1,
Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 019-729 0132
Dicetak oleh:
Times Offset (M) Sdn Bhd
Bangunan Times Publishing,
Lot 46 Subang Hi-Tech Industrial Park,
Batu Tiga, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
KATA ALUAN PENERBIT iv
KATA ALUAN PENYUSUN v
KATA ALUAN LAJNAH FATWA SYAR’IYYAH MUTAKHASISAH ix
Bab 13 2
PENZINAAN KANAK-KANAK
Bab 14 10
MENGGUNAKAN PERANTARAAN UNTUK
MEMBANGKITKAN SYAHWAT
Bab 15 22
ETIKA BERSETUBUH
Bab 16 48
MEMAINKAN, MENGHISAP, DAN MEMASUKKAN ORGAN
TUBUH KE KEMALUAN
Bab 17 60
BAGAIMANA MEMPERLAKUKAN PASANGAN
KANDUNGANBab 18
FRIGIDITAS 124
Bab 19 132
SEKS VIA GAMBAR, TELEFON ATAU INTERNET
Bab 20 146
MENOLAK AJAKAN BERSETUBUH
Bab 21 192
ONANI DAN MELANCAP
Bab 22 216
MENGKHAYALKAN PERSETUBUHAN
Bab 23 246
MASALAH KEPERAWANAN
Bab 24 260
PERTANYAAN KHAS
iii
Kata Aluan
PENERBIT
Cintai Publication selaku pihak penerbit memanjatkan rasa syukur di atas
penerbitan buku “Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan”. Tujuan buku
ini diterbitkan ialah untuk membantu pasangan-pasangan yang telah berumahtangga
yang menghadapi 1001 persoalan tentang persetubuhan.
Dewasa ini, banyak penceraian dalam kehidupan berumahtangga terjadi
disebabkan kurang faham tentang hukum-hukum dalam persetubuhan. Sebagai
contoh, ada di kalangan suami yang melakukan seks melalui dubur isterinya ketika
isterinya sedang haid. Perbuatan seperti ini boleh membawa kepada perceraian dalam
rumahtangga.
Selain itu, pihak penerbit juga berasa terpanggil untuk menerbitkan buku ini kerana
ketokohan ulama yang mengeluarkan fatwa-fatwa berkaitan persetubuhan di dalam
buku ini. Apa yang menariknya, banyak persoalan yang berkaitan dengan keadaan
hari ini seperti persetubuhan dengan menggunakan peralatan teknologi telah dijawab
dengan begitu komprehensif.
Akhir kata, pihak penerbit mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan penerbitan buku ini.
Semoga setiap usaha dan penat lelah yang telah disumbangkan diberi ganjaran
Üoleh Allah . Pihak penerbit juga berharap agar buku ini benar-benar dapat
memberi manfaat kepada para pembaca dengan meningkatnya kefahaman terhadap
hukum-hukum dalam agama.
Sekian
Cintai Publication
iv
Kata Aluan
PENYUSUN
ÜAllah berfirman,
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik)
untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang beriman”.
(Al-Baqarah : 223)
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kami tujukan bagi
penghulu para utusan, Muhammad, kepada seluruh keluarga, sahabat dan orang yang
Ü Ìmengikutinya dengan baik hingga hari kiamat.
Allah berfirman kepada Nabi ,
“Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi
peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah
diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya”.
(An-Nahl : 44)
v
ÌNabi telah menjelaskan apa yang diperlukan manusia dalam kehidupan
dunia dan akhirat mereka. Begitu juga dengan sahabatnya dan para imam mujtahid
sepanjang sejarah Islam. Para fuqaha telah membincangkan adab hubungan kelamin
suami isteri, sama ada dalam kitab-kitab tafsir, hadith mahupun fiqh. Mereka juga
sudah memaparkan banyak perkara yang berkaitan dengan masalah seksualiti.
Setelah dunia Islam diceroboh, baik secara pemikiran, ketenteraan dan kebudayaan
oleh bukan Islam, muncul pelbagai permasalahan di kalangan hal ehwal dalaman
kaum Muslim disebabkan oleh pencerobohan ini yang di antaranya adalah masalah
Üperilaku seks bebas, menyimpang dan kaedah melakukan persetubuhan yang tidak
sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah .
Perkara ini terjadi kerana ketika dunia Barat terbebas dari belenggu nilai-nilai agama,
tidak ada lagi penghalang ataupun panduan yang tersisa untuk menjadi pedoman
dalam kehidupan mereka, semuanya dikikis sampai habis. Akibatnya perilaku
menonjolkan diri dan telanjang di hadapan orang lain tersebar di seluruh masyarakat
dan menjadi suatu perkara yang biasa sehingga persetubuhan pun boleh dilakukan
di tengah jalan. Namun keadaan ini mengakibatkan munculnya pelbagai jenis
penyakit dan vrigiditi (bersikap dingin dalam bersetubuh). Lantas sekumpulan
masyarakat berusaha mencari kaedah lain untuk memuaskan dahaga dan nafsu
syahwat dunia mereka dalam berhubungan intim sehingga akhirnya mereka pun
menggunakan pelbagai macam gaya dan kaedah demi untuk memuaskan nafsu
mereka.
Perilaku dan gaya seperti ini secara umum tidak layak untuk disebarkan dan
dilakukan di antara kaum Muslim, kecuali hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka
yang biasa pergi ke dunia barat ataupun melakukan hal seperti ini. Namun setelah
adanya kemudahan media moden, baik elektronik mahupun cetak, khususnya yang
berkaitan dengan adanya satelit, komputer dan sebagainya, penyakit-penyakit
ini terus tersebar dengan cepat dan membuatkan semuanya tercengang. Inilah
salah satu bentuk penjajahan kaum bukan Islam terhadap umat Islam di dalam
rumahnya sendiri. Keadaan inilah yang mengharuskan para ulama menjelaskan
hukum syarak dalam masalah-masalah baru seperti ini setelah sebelumnya menjadi
suatu realiti yang menngejutkan di hadapan kaum Muslim. Namun para ulama
sendiri sejak awal sudah mengambil sikap yang tegas dalam memberi hukum
tentang masalah-masalah seperti ini. Sebahagian ada yang menutup mata dan pintu
sama sekali dengan berkata, “Semua yang datang dari negara barat atau timur
adalah sesat dan menyesatkan. Semua yang dihasilkan darinya adalah haram dan kotor.
vi
Oleh kerana itu, tidak boleh mendekatinya”.
Sebahagian ada yang terpesona dengan peradaban barat dan memerintahkan
kaum Muslim untuk mengikutinya dalam segala perkara tanpa harus menilai dan
memilih mana yang racun dan yang bukan racun. Sebahagian lagi mengemukakan
pendapatnya secara berhati-hati dalam menyingkap masalah ini. Banyak di antara
mereka yang melakukan kajian secara individu dan sebahagian lagi melakukannya
secara berkelompok melalui Al-Majami’ Al-Fiqhiyyah (Lembaga Kajian Fiqh).
Orang yang pertama sekali mengemukakan masalah yang penting ini
(persetubuhan suami isteri) adalah Syeikh Mahmud Mahdi Al-Istanbuli dalam
kitabnya Tuhfah Al-’Arus. Setelah beliau, muncullah ulama-ulama lain yang juga
membincangkannya seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya Fatawa Mu’ashirah,
Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi dan sebagainya hingga akhirnya masalah
ini dibincangkan secara meluas dalam pelbagai laman internet yang berkaitan
dengan Islam. Di antara laman sesawang terbaik dalam persoalan yang penting ini
adalah laman: www.Islamweb.com yang di dalamnya terdapat badan fatwa untuk
segala permasalahan.
Saya sendiri sudah mengumpulkan fatwa-fatwa ini selama kira-kira enam tahun
sehingga menjadi sangat tebal, namun ianya juga sangat penting. Lembaga fatwa
laman sesawang ini sendiri diketuai oleh Dr Abdullah Al-Faqih, di bawah perlindungan
Kementerian Wakaf kerajaan Qatar. Setelah dikumpulkan, saya meneliti kembali,
lalu menjadikan fatwa kontemporari yang berkaitan dengan kehidupan suami-
isteri (khususnya dalam masalah persetubuhan) menjadi satu bahagian tersendiri
dan ternyata hasilnya tebal sekali, namun Insya Allah cukup memuaskan pembaca,
sebab semua pertanyaan ada jawabannya dan bersentuhan langsung dengan inti
masalah yang dulu dan sekarang kita hadapi dan memerlukannya. Saya membiarkan
ulasan di dalam sebagaimana adanya sesuai dengan turutan fatwa. Selain itu, saya juga
telah memberikan judul, daftar isi dan mengeditnya kembali. Saya memohon kepada
ÜAllah
agar memberikan manfaat kepada penyusun, pembaca dan penerbitnya.
vii
ÜAmin. berfirman,
Allah
“Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan
airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian
banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di
dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul
buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang
benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang,
manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan”.
(Ar Ra’d : 17)
5 Zulkaedah 1427 H/ 25 - 12- 2006 M
Penyusun : Ali bin Nayf Asy Syuhudi
Pengkaji dalam bidang Al-Quran dan Sunnah
viii
Kata Aluan
LAJNAH FATWA SYAR’IYYAH
MUTAKHASISAH
Ü ÌSegala puji bagi Allah . Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi .
ÜFatwa termasuk kategori masalah besar dan terkemuka yang mempunyai
kedudukan agung dalam agama. Allah berfirman,
“Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan
kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: Allah akan memberi keterangan
(fatwa) kepada kamu mengenai mereka......”.
(An-Nisa’ :127)
Dalam ayat lain dinyatakan,
“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad
mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam
perkara Kalaalah itu”.
(An-Nisa’: 176)
Nabi sendiri menangani fatwa dalam hidupnya sesuai dengan tuntutan risalahnya.
Ü ÌAllah
telah memberikan tanggungjawab tentang perkara itu kepada Nabi
dalam firmanNya,
ix
“Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi
peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah
diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya”.
(An-Nahl : 44)
ÌMufti (pemberi fatwa) adalah khalifah (pengganti) Nabi dalam melaksanakan
Üpekerjaan memberikan keterangan kepada manusia, kami memohon kepada Allah
pertolongan dan pengampunan dari kekeliruan. Mufti adalah laksana perantara dari
ÜAllah. Ibnu Al-Munkadir berkata, “Ulama (laksana) perantara antara Allah dengan
hamba-Nya. Maka lihatlah bagaimana dia masuk terlibat di antara mereka”.
Apa yang dilakukan oleh perantara dalam hal ini adalah memberi fatwa sesuai
dengan Al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas ulama. Jika di situ ada pertentangan atau
perbezaan, kami tidak rnenyelesaikannya dengan cara undian, namun dengan
menonjolkan masalah yang paling kuat dalilnya. Kami tidak melakukan undian
kerana dengan undian kami dapat mengambil apa yang kami inginkan dan
meninggalkan apa yang tidak kami inginkan.
Imam An-Nawawi berkata, “Ketika seorang mufti dan amil mendapati ada dua
qaul (pendapat) dalam satu masalah, dia tidak boleh mengamalkan pendapat
sesuai dengan apa yang diinginkannya tanpa dilakukan penelitian terlebih dahulu.
Tetapi dia harus mengamalkan pendapat yang paling kuat di antara dua
pendapat yang ada”. Sudah jelas bahawa fatwa antara satu mufti dengan
mufti yang lain kadangkala berbeza, sesuai dengan tahap keilmuan dan kefahaman
mufti tersebut terhadap masalah tersebut. Walaupun demikian, kami sebagai mufti
tidak mengikuti rukhsah (keringanan) yang dikemukakan oleh pelbagai mazhab dan
mengggugurkan pendapat ulama, di mana sebahagian ulama seperti Abu Ishaq
Al-Maruzi dan Ibnu Qayyim menganggap orang yang melakukan perkara seperti ini
sebagai orang fasiq.
x
Ulama (mufti) yang menempuh jalan ini, iaitu mengikuti rukhsah dan
menggugurkan pendapat ulama bererti telah menempuh jalan yang keliru, sebab
pendapat yang kuat dalam pandangan seorang mufti adalah sangkaannya
Üpada hukum Allah . Orang yang meninggalkan satu pendapat dan mengambil
pendapat yang lain yang berdasarkan pada andaian bahawa pendapat
itulah yang mudah dan senang adalah termasuk dalam perbuatan merendahkan
agama. Sedangkan bagi mustafti (orang yang meminta fatwa), dia dapat
mengajukan pertanyaan kepada orang yang dia percayai keilmuan dan
kewarakannya. Jika memperolehi dua jawaban yang berbeza, dia tidak diperkenankan
untuk memilih salah satu dari kedua-duanya sesuai dengan keinginannya. Tetapi
dia harus melakukan seumpama tarjih (menguatkan salah satu pendapat), iaitu dengan
melihat keilmuan, kewarakan dan ketakwaan mufti tersebut.
Asy-Syatibi berkata, “Seseorang tidak boleh memilih salah satu dari dua
pendapat (diberi kebebasan untuk memilih salah satu dari dua pendapat) kerana
memberikan pilihan bererti mengugurkan taklif (tanggungjawab). Ketika kita memberikan
pilihan pada muqallid (orang yang mengikuti, dalam hal ini adalah si penanya)
untuk mengikuti (salah satu) dari pelbagai pendapat ulama, maka tidak ada rujukan
bagi mereka kecuali mengikuti syahwat dan hawa nafsu mereka sendiri. Dan kerana
Üsyariat dibina di atas satu qaul, iaitu hukum Allah
dalam suatu masalah, maka
ijmak menetapkan bahawa, dengan diqiyaskan kepada mufti, seorang penanya
tidak boleh mengambil salah satu dari dua pendapat yang berbeza tanpa melakukan
tarjih (saringan untuk menilai kekuatan dalil) terlebih dahulu. Kaedah pentarjihannya
pun dilakukan sebagaimana yang dilakukan mufti. Sebahagian ulama berpendapat
bahawa pentarjihan di sini dapat dilakukan dengan mengambil pendapat yang paling
berat sebagai ihtiyat (langkah berhati-hati).
Peminta fatwa harus mengetahui bahawa fatwa seorang mufti tidak boleh
Übenar-benar dapat membebaskan diri si peminta fatwa dari Allah
jika
si peminta fatwa mengetahui bahawa apa yang ada dalam hati mufti tersebut
berbeza dengan apa yang difatwakannya, sebagaimana keputusan hakim
tidak bermanfaat baginya jika dia mengetahui bahawa apa yang diputuskan itu
berbeza dengan isi hati nurani hakim tersebut. Hal ini berdasarkan pada hadith
ÌUmmu Salamah yang berkata: “Nabi
bersabda, “Kalian mengajukan
masalah kalian kepadaku. Boleh jadi hujah salah seorang dari kalian lebih kuat
daripada yang lain. Barangsiapa yang aku putuskan mendapat sesuatu dengan
xi
berdasarkan hujahnya, sedangkan sesuatu tersebut sebenarnya adalah hak
saudaranya, maka bererti aku telah memberikan kepadanya sepotong api neraka. Oleh
kerana itu, janganlah diambil”. (Riwayat Bukhari)
Perbezaan ijtihad dalam masalah fiqh memang benar-benar terjadi. Namun peminta
fatwa tidak boleh menganggap bahawa fatwa dari seorang mufti terus boleh dijadikan
justifikasi baginya untuk membolehkan sesuatu yang ditanyakannya, sama ada
dia masih meragukan fatwa itu mahupun fatwa tersebut memang meresap dalam
hatinya (kerana memang sesuai dengan keadaan hatinya) atau kerana dia
meragukan kebolehan mufti tersebut dalam berfatwa, tidak mengetahui kemampuan
mufti tersebut, mengetahui kebodohan mufti tersebut, menyukai fatwa-fatwa mufti
tersebut, atau kerana mufti tersebut dikenali sebagai orang yang sering melakukan helah
(tipu daya) dan mengambil rukhsah yang bertentangan dengan sunnah, serta pelbagai
perkara yang lain yang dapat menjadi sebab penghalang tidak thiqahnya fatwa mufti
tersebut dan tidak dapat membuat hati merasa tenang dengan fatwa tersebut. Oleh
Ükerana itu, peminta fatwa juga harus bertakwa (takut) kepada Allah .
Ini disebabkan perbezaan dalam masalah fiqh ada yang dapat diterima (dibolehkan)
dan ada yang tidak. Untuk perbezaan yang dibolehkan, maka masyarakat bebas
menentukannya. Namun untuk yang tidak diperbolehkan, maka tidak seorang
pun dapat diberi keluasan untuk melakukannya. Perlu juga diketahui oleh saudara-
saudara kami yang tercinta bahawa dalam penyusunan, pengeditan, persetujuan dan
penerbitan fatwa dalam laman sesawang ini menggunakan mekanisme yang
teratur. Pertama diawali dengan pengajuan surat pertanyaan atau naskah oleh salah
seorang syeikh dalam lajnah fatwa yang anggotanya merupakan orang-orang
yang pakar dalam bidangnya masing-masing sesuai dengan pengkhususan ilmu yang.
mereka miliki. Kemudian naskah diserahkan kepada ketua lajnah untuk diulang kaji.
Ketika pandangan kedua-duanya sama iaitu antara anggota dan ketua lajnah,
maka naskah itu dicetak, lalu diserahkan kepada peneliti yang bertugas mengkaji kembali
untuk kedua kalinya.
Setelah itu, diserahkan kepada bahagian permit yang memiliki kuasa untuk
menerbitkannya, di samping bertugas sebagai pengkaji terakhir dalam dua bahagian
sekaligus iaitu dalam masalah berkaitan keputusan hukum syarie dan gaya bahasanya.
Setelah itu, barulah fatwa tersebut diterbitkan di laman sesawang. Ketika terjadinya
perbezaan pandangan dalam satu masalah tertentu yang telah diperselisihkan
xii
sebelumnya oleh para ulama, maka anggota lajnah berkumpul dan membincangkan
masalah tersebut sampai menghasilkan keputusan tentang pendapat mana yang
dipegang, setelah sebelumnya mmbincangkan terlebih dahulu pelbagai dalil dan
pendapat para ulama. Lajnah fatwa ini adalah badan bebas yang anggotanya terdiri
dari pelbagai kalangan ilmuwan yang berkelayakan, berpengalaman memberikan fatwa
dan melakukan penelitian dengan diketuai oleh Dr. Abdullah Al-Faqih.
Dalam mengkaji suatu masalah dan mengemukakan hujah, lajnah ini berserta semua
anggotanya berpegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mankala ketika
berinteraksi dengan pandangan-pandangan yang bertentangann, lajnah ini tidak
menonjolkan sikap taksub mazhab, negara ataupun golongan. Dengan demikian, fatwa
yang dihasilkannya, Insya Allah tepat, kuat, jitu dan sempurna kerana bukan fatwa
individu. Kami berusaha sedaya upaya untuk sampai pada satu kebenaran, sesuai
dengan kemampuan kami, dengan tetap menjaga penggunaan dalil-dalil yang tepat,
menyingkap keadaan sebenarnya yang masih samar dan memperhatikan perubahan
keadaan.
ÜKami tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun. Hanya kepadaNya
kami mohon diberikan kurnia kepada kami dan kepada segenap kaum Muslim
Üsebagai petunjuk bagi semua masalah kami dan semoga Allah
membantu kami
dalam segala urusan agama dan dunia, serta mengampuni dan memaafkan segala
kesalahan kami. Wallahu Taala A’lam.
Ketua Lajnah Syar’iyyah Mutakhasisah:
Dr. Abdullah Al-Faqih
xiii
Penzinaan
KANAK-KANAK
13
PENZINAAN KANAK-KANAK
Fatwa. 5074
Anak Yang Belum Baligh Tidak Berdosa
ÜPertanyaan: Adakah kanak-kanak berdosa ketika melakukan perbuatan jenayah
dan maksiat? Pada usia berapakah Allah mula mencatat amal kebaikan dan
kejahatannya?
Fatwa: Perbuatan dosa yang dilakukan kanak-kanak yang belum baligh tidak dicatat
Ìkerana pencatatan amalan belum berlaku ke atasnya. Nabi
bersabda, “Tidak
dicatatkan amalan (dosa) ke atas tiga golongan iaitu orang yang tidur sehingga dia
bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh dan orang gila sehingga dia waras”.
(Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
Kanak-kanak tidak dibebani untuk melakukan berbagai-bagai kewajipan dan
menjauhi perbuatan yang diharamkan, namun keluarga atau walinya berkewajipan
mencegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut dan menjadikannya berasa
benci dan menjauhi perbuatan tersebut.
Keluarga dianjurkan untuk mewajibkannya melakukan berbagai kewajipan kerana
ÌNabi bersabda, “Perintahkanlah anak-anak kalian melakukan solat ketika usia tujuh
tahun dan pukullah (dengan pukulan yang mendidik) ketika berusia sepuluh tahun
(jika dia tidak melakukannya). Kemudian pisahkanlah tempat tidur mereka”.
(Riwayat Abu Dawud).
Selain itu, berdasarkan kisah seorang wanita yang membawa anak kecil kepada
ÌNabi
dalam haji wadak sambil beliau bertanya, “Adakah anak ini boleh
Ìmenunaikan haji?” Nabi menjawab, “Ya dan bagimu pahalanya.”
(Riwayat Muslim)
2
äUmar bin al-Khathab berkata, “Kebaikan kanak-kanak dicatat baginya, tetapi tidak
dengan keburukannya,” dan inilah pendapat yang sahih di kalangan ulamak. Jika anak
sudah baligh, maka segala amalnya dicatat, sama seperti tercatatnya amalan orang
yang sudah dewasa.
Fatwa No. 12330
Jika Kanak-Kanak Melakukan Perbuatan Yang Mewajibkan Had (Hudud), Bagaimanakah
Hukumannya?
Pertanyaan: Adakah kanak-kanak berdosa ketika melakukan perbuatan yang
diharamkan seperti berzina atau minum arak, sedang dia tidak tahu tentang hukum
masalah ini, apa yang dia tahu hanyalah perbuatan ini tercela dan dia tidak
boleh melakukannya? Dengan kata lain, berapa had usia terendah manusia yang
perbuatannya tidak dihisab?
Fatwa: Sesiapa sahaja yang berzina, minum arak atau melakukan perbuatan lain-lain
Üyang diharamkan, sedangkan dia masih kecil dan belum baligh, maka dia tidak dihukum
oleh Allah .
3
ÌPerkara ini berdasarkan sabda Nabi “Pencatatan amalan tidak berlaku terhadap
tiga golongan iaitu orang yang tidur sehingga dia terbangun, kanak-kanak sehingga
dia baligh dan orang gila sehingga dia waras”. (Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
Manusia dihukum atas perbuatannya jika sudah baligh dan seorang kanak-kanak
dianggap sudah baligh jika telah mengalami satu daripada tiga keadaan berikut:
Pertama, bermimpi, iaitu keluarnya air mani bagi lelaki atau perempuan, sama ada
Üdalam keadaan sedar ataupun tidur, pada usia yang memungkinkannya terjadi perkara
tersebut, iaitu saat genap berusia sembilan tahun. Allah berfirman,
“Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka
meminta izin”.
(An-Nur : 59)
ÌJuga berdasarkan sabda Nabi , “Ambillah satu dinar daripada setiap anak yang
sudah bermimpi,” iaitu sebagai jizyah. (Riwayat At-Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Hakim dan
dipersetujui oleh Az-Dzahabi)
Kedua, tumbuhnya bulu pada kemaluan, berdasarkan katat-kata daripada Athiyyah
Al-Qurazi, beliau berkata, “Aku bersama mereka pada perang Quraizah, lalu mereka
diperintahkan untuk melihatku, adakah bulu kemaluanku sudah tumbuh atau belum?
Mereka pun memeriksanya dan ternyata belum tumbuh. Maka mereka menjadikanku
sebagai tawanan”. (Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi, beliau berkata, “Darjat hadith
ini sahih”.)
äKetiga, apabila mencapai usia lima belas tahun. Perkara ini berdasarkan pada
Riwayat Bukhari daripada Ibnu Umar yang berkata, “Aku mengajukan diri kepada
ÌNabi (untuk menjadi tentera) Perang Uhud, ketika itu usiaku empat belas tahun. Namun
Nabi tidak mengizinkanku berperang dan menganggap diriku belum baligh.
Ketika perang Khandak, aku kembali mengajukan diri kepada baginda dan baginda
mengizinkanku kerana aku sudah baligh. Ketika itu usiaku lima belas tahun.”
4
ÌImam Syafiie berkata, “Nabi menolak 17 orang sahabat (untuk menyertai
peperangan) kerana mereka belum baligh, ketika itu usia mereka baru empat belas
Ìtahun. Lalu mereka mengajukan diri lagi ketika berusia lima belas tahun dan Nabi
mengizinkannya. Di antara mereka yang mendapat keizinan adalah Zaid bin Thabit, Rafi
bin Khadij dan Ibnu Umar.
Bagi wanita ada dua perkara tambahan, iaitu:
Ì ÜPertama, mengalami haid. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi , Allah
tidak
menerima solat orang yang telah haid kecuali dengan tudung.” Maksudnya jika dia telah
mengalami haid, bukan dia solat ketika dalam keadaan haid. (Riwayat Abu Dawud,
disahikan oleh Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az Dzahabi).
ÜKedua, hamil. Ini disebabkan Allah telah membuat sebuah ketetapan bahawa
Üanak itu tercipta daripada sperma lelaki dan wanita. Allah berfirman,
“(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Daripada
apa yang dia diciptakan. Dia diciptakan daripada air (mani) yang memancut (ke dalam
rahim); Yang keluar daripada “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan”.
(At-Tariq : 5-7)
5
Fatwa No. 23392
Hukum Penzinaan Kanak-kanak
Pertanyaan : Apakah hukumnya penzinaan yang dilakukan oleh kanak-kanak?
Fatwa: Kanak-kanak yang belum baligh tidak terkena taklif melakukan kewajipan dan
meninggalkan apa yang diharamkan. Perbuatan haram yang dilakukannya, seperti
Ìberzina, mencuri dan sebagainya, tidak dicatat. Ini berdasarkan sabdaan Nabi ,
“Catatan (dosa) diangkat daripada tiga golongan iaitu daripada orang yang tidur
sehingga dia terbangun, daripada kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orang
gila sehingga dia waras”. (Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
Inilah yang disepakati oleh para ulamak. Namun, ini tidak bererti kedua-dua ibu bapa
boleh membiarkannya, bahkan mereka wajib melarangnya melakukan perbuatan yang
diharamkan, harus membuatkannya biasa melakukan ketaatan dan mencintainya.
Fatwa No. 37005
Hukum Kanak-Kanak Yang Berzina Sebelum Baligh
Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi seorang gadis yang berusia lapan tahun yang
berzina dengan saudara lelakinya, tetapi dia tidak tahu apa yang diminta oleh
saudaranya itu darinya? Atau bagaimanakah menurut hukum Islam tentang perbuatan
yang dilakukannya, di mana ketika dia tahu apa yang dilakukannya itu salah, dia
Überhenti? Adakah hukuman zina dilaksanakan ke atasnya? Adakah Allah menerima
taubatnya?
Fatwa: Gadis ini tidak berdosa daripada apa yang telah dilakukannya kerana
Ìperbuatan yang dilakukannya sebelum dia baligh tidak dicatat. Nabi bersabda,
“Catatan (amalan) diangkat daripada tiga golongan antaranya ialah daripada kanak-
kanak sehingga dia bermimpi (baligh)”. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan perawi yang
lain). Oleh kerana itu, dia tidak terkena hukuman zina dan tidak wajib bertaubat.
6
Namun kami anjurkan, sebaik-baiknya dia mengingatkan saudara lelakinya untuk
bertaubat jika ketika itu dia sudah baligh. Jika gadis tersebut tidak mampu melakukannya
secara langsung, dia boleh memberikan kaset atau buku yang membicarakan tentang
masalah tersebut. Kami ingatkan pada kedua-duanya untuk tidak berkhalwat kerana
syaitan dapat mengingatkan kedua-duanya kepada peristiwa yang telah terjadi dan
mendorong kedua-dua pihak untuk melakukannya kembali. Ingat, tidak ada sesuatu pun
yang nilainya setanding dengan selamat daripada perbuatan ini.
7
Menggunakan
PERANTARAAN
UNTUK MEMBANGKITKAN
SYAHWAT
14 MENGGUNAKAN PERANTARAAN UNTUK
MEMBANGKITKAN SYAHWAT
Fatwa No. 64342
Hukum Menggunakan Patung (Mainan) Seks Untuk Mencari Kenikmatan
Pertanyaan: Di negara barat terdapat sebahagian kedai yang menjual patung atau
mainan seks. Bentuk patung ini ada yang begitu mirip dengan wanita asli, sama ada
daripada segi saiz, berat, rambut, mata dan semua lekuk tubuh serta sifat yang berkaitan
dengan kenikmatan seksual. Pertanyaannya ialah bolehkah bagi orang yang tidak
mampu menikah membeli patung ini (dengan mengqiyaskannya pada pembelian
hamba pada zaman awal Islam) demi untuk meredakan syahwatnya, atau bagi orang
yang ditinggalkan isterinya, atau orang yang isterinya tidak mahu memenuhi keperluan
batinnya sedangkan dia sendiri tidak mampu untuk menikah lagi? Jika boleh, kenapa
perkara ini tidak dijustifikasikan (disahkan) sebagai pilihan bagi pemuda yang tidak
mampu menikah dan terjerumus ke dalam jurang kerosakan, sama ada di negara Muslim
atupun di negara barat?
Fatwa: Segala bentuk kegiatan mencari kenikmatan seksual yang dilakukan bukan
dengan isteri atau hamba wanita yang terikat dengan sumpah, dalam pandangan
syarak hukumnya haram walaupun dilakukan dengan pelbagai perantaraan. Perbuatan
Ü Üini termasuk melanggar batas yang telah dihalalkan Allah . Sebab Allah
berfirman,
10
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang
mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang
melampaui batas.
(Al-Mukminun : 5-7)
Oleh kerana itu, patung yang bentuknya sangat mengghairahkan dan hampir
menyerupai wanita yang sebenar dalam bentuk saiz, berat, rambut, mata dan semua
lekuk tubuh serta sifat yang berkaitan dengan kenikmatan seksual tidak boleh digunakan
oleh sesiapa pun, sama ada yang mampu menikah atau tidak, untuk melampiaskan
kehendak batinnya. Pembelian patung ini juga tidak boleh diqiyaskan dengan pembelian
hamba wanita pada zaman permulaan Islam ataupun zaman sesudahnya kerana qiyas
di sini adalah qiyas maal fariq (perbandingan yang disertai perbezaan), sebab hamba
adalah benar-benar manusia. Dia mempunyai tubuh, darah, roh, akal, emosi dan segala
sifat manusia. Sedangkan patung ini adalah hanya tubuh plastik yang kenyal. Jelas ada
perbezaan yang besar antara patung dengan manusia asli.
Fatwa No. 70955
Hukum Mencari Kenikmatan Dengan Faraj Palsu
Pertanyaan: Saya adalah lelaki berusia 35 tahun dan belum menikah. Ketika ini saya
diutuskan ke negara lain untuk belajar dan saya tidak mempunyai kemampuan kewangan
untuk menikah. Pertanyaan saya ialah apakah hukumnya menggunakan faraj buatan
(palsu)? Adakah dianggap melakukan penzinaan ataupun tidak?
Fatwa: Haram menggunakan faraj buatan. Perbuatan ini termasuk dalam ketegori
Ümelampaui batas yang telah ditentukan kerana Allah berfirman,
11
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang
mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang
melampaui batas.
(Al-Mukminun : 5-7)
Mencari kenikmatan dengan menggunakan faraj buatan termasuk perbuatan
melampaui batas yang disebutkan dalam ayat di atas kerana perbuatan ini terangkum
dalam ayat “selain daripada yang demikian”.
Keadaan tidak mampu menikah tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan
perbuatan haram. Seorang Muslim harus menjauhi perbuatan yang diharamkan Allah
Ü dan memutuskan jalan yang menuju kepadanya serta (sebelum dan sesudahnya)
Üharus memohon pertolongan dan hidayahNya. Jika dia benar-benar jujur, Allah
Ìakan memberikan taufiq dan hidayahNya. Manusia dapat mengurangi syahwatnya
dengan cara berpuasa, sebab Nabi menasihati orang yang tidak mampu
menikah dengan perbuatan itu, sebagaimana yang disabdakannya, “Wahai
para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk menikah, maka
menikahlah. Ini kerana ianya dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.
Sedangkan barangsiapa yang belum mampu melakukannya, maka berpuasalah
kerana puasa itu dapat menjaganya daripada jatuh ke dalam kesalahan (penzinaan)”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim) (Untuk maklumat tambahan, lihat fatwa nombor 2392)
(Muka surat: 192)
Tentang pertanyaan anda “Apakah perbuatan tersebut termasuk kategori
penzinaan atau bukan”, jawapannya adalah bahawa perbuatan ini tidak termasuk
dalam kategori penzinaan yang diwajibkan had ke atasnya. Namun ketiadaan
kewajipan had tidak boleh menghapuskan daripada pengharaman perbuatan itu
Ì Üsendiri. Sebab Nabi bersabda, “Allah
telah menetapkan, manusia melakukan
penzinaan yang tidak dapat dihindarinya. Zinanya mata dengan melihat, zinanya lidah
dengan berbicara dan zinanya hati dengan berangan-angan dan bersyahwat. Dan
kemaluan itulah yang membenarkan atau mendustakan apa yang terjadi”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
12
Fatwa No. 36692
Hukum Menggunakan “Minyak Pelincir” Dan Peralatan Seks
Pertanyaan: Adakah boleh menggunakan “minyak pelincir” dan peralatan seks yang
tidak menyakitkan seperti zakar buatan untuk menambahkan kenikmatan pada kedua-
dua suami isteri?
Fatwa: Suami tidak boleh memasukkan zakar buatan ke dalam faraj isterinya dan
isterinya juga tidak boleh melakukan hal yang sama kerana perbuatan ini dapat
menyebabkannya melakukan perbuatan menyimpang di samping dapat
mendorongnya kepada perbuatan melampaui batas yang diharamkan. Sebagaimana
Üyang disebutkan dalam firman Allah ,
“Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak
tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka
merekalah orang-orang yang melampaui batas”.
(Al-Mukminun : 6-7)
13
(Lihat fatwa nombor 13909 dan 29221) (Muka surat: 179 Jilid 1 dan 18)
Tidak ada larangan untuk menggunakan “minyak pelincir” jika perbuatan itu
menyebabkan suami lebih perkasa ketika menyetubuhi isterinya namun dengan syarat
bahawa bahan itu bersih serta tidak akan membahayakan.
Fatwa No. 29009
Hukum Memuaskan Isteri Dengan Zakar Palsu
Pertanyaan: Adakah suami yang mengalami mati pucuk boleh memasukkan sesuatu
benda yang menyerupai zakar ke dalam faraj isterinya kerana takut berlakunya fitnah
pada isterinya (berlaku curang) dan demi untuk mendapatkan keredhaannya?
Fatwa: Adalah hak isteri mendapatkan keperluan batin yang cukup daripada suaminya
dan sesuai dengan kemampuan suaminya. Syeikh Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Suami
wajib menyetubuhi isterinya dengan cara yang baik, dan ini menjadi hak isteri yang paling
penting ke atas suaminya, lebih besar daripada haknya untuk mendapatkan makanan.
Persetubuhan itu hukumnya wajib. Ada yang berpendapat bahawa hal itu wajib setiap
empat bulan sekali. Ada pula yang berpendapat bahawa kewajipan itu sesuai dengan
keperluan isteri dan kemampuan suami, sebagaimana kewajipan suami memberikan
makanan sesuai dengan keperluan isteri dan kemampuan suami, dan inilah pendapat
yang paling sahih”.
14
Jika suami tidak mampu menunaikan kewajipan ini kerana menderita suatu penyakit
dan yang seumpama dengannya, maka menurut pendapat yang rajih(kukuh), isteri
diberi kebebasan untuk memilih antara tetap bersama suami sambil bersabar dan
menanggung beban, atau berpisah dengannya untuk menikah dengan orang lain.
Isteri mahupun suami tidak boleh mencari kenikmatan dengan cara yang disebutkan
dalam pertanyaan di atas, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam fatwa nombor
15794 (Muka surat: 180 Jilid 1)
Bagi suami, dia harus berjumpa dengan doktor pakar. Jika masih juga tidak sembuh
dan isteri khuatir dirinya melakukan penzinaan atau jatuh dalam perbuatan haram,
maka isteri harus meminta cerai demi untuk menjaga dirinya dengan suami yang lain.
Fatwa No. 54723
Hukum Menggunakan Zakar Buatan Bagi Isteri Yang Takut Jatuh Dalam Penzinaan
Pertanyaan: Adakah seorang isteri boleh menggunakan zakar buatan ketika suaminya
tiada kerana takut melakukan penzinaan? Atau bagi anak perempuan yang belum
menikah dan ghairu multazim (tidak konsisten pada ajaran agama), adakah lebih baik
menggunakan alat ini sebagai ganti daripada melakukan penzinaan?
Fatwa: Menggunakan zakar buatan diharamkan. Perbuatan ini termasuk di dalam
Ü Ükategori melanggar batas-batas yang telah ditetapkan Allah . Allah berfirman,
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(Al-Mukminun : 5-7)
15
Alasan takut terjatuh dalam penzinaan tidak dapat dijadikan alasan untuk
membenarkan perbuatan yang diharamkan seperti ini. Seorang Muslim harus menjauhi
Üsemua hal yang diharamkan Allah , memutus jalan dan menutup ruang yang dapat
membawanya kepada yang haram dan selalu memohon pertolongan dan hidayahNya
sebelum dan sesudah menjauhkan diri daripada yang haram tersebut.
Maka dia akan mendapat pertolongan dan hidayahNya jika dia memang
benar-benar jujur. Manusia dapat meringankan gelora syahwatnya dengan cara
Ìberpuasa. Nabi
telah memberi petunjuk kepada orang yang belum dapat
menemui jalan untuk menikah dengan berpuasa. Baginda bersabda, “Wahai
para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk menikah, maka
menikahlah. Ini kerana ianya dapat menundukkan pandangan dan menjaga faraj.
Sedangkan barangsiapa yang belum mampu melakukannya, maka berpuasalah
kerana puasa itu dapat menjaganya daripada jatuh ke dalam kesalahan (penzinaan).”
(Riwayat Muttafaq alaihi)
Jika isteri tidak dapat berpuasa dan anda tahu bahawa dia pasti akan jatuh dalam
penzinaan jika tidak menggunakan alat zakar buatan, maka kami tidak akan
mengatakan kepada anda bahawa menggunakan alat tersebut dalam keadaan
seperti ini dibolehkan. Namun apa yang ingin kami katakan adalah bahawa perbuatan
ini termasuk dalam kategori akhaf adh-dhararaini (perbuatan yang daruratnya paling
ringan di antara dua perkara darurat) jika dibandingkan dengan zina. Dalam kaedah
syariiyyah dinyatakan bahawa boleh melakukan perbuatan yang risikonya paling ringan
daripada dua jenis perbuatan yang dilarang, jika tidak mungkin menjauhi kedua-duanya
sekaligus.
ÜManakala bagi kaum wanita yang belum menikah hendaklah dia memikirkan pahala
yang berlimpah yang diberikan Allah kepada orang yang mengerjakan perintah dan
menjauhi laranganNya serta berhati-hati terhadap seksaan yang teramat pedih bagi
orang yang melanggar arahanNya. Memikirkan hal ini secara mendalam dan penuh
penghayatan dapat menjadikannya untuk menjauhi segala perkara yang diharamkan.
16
Fatwa No. 25812
Bantuan Untuk Mempercepatkan Bangkitnya Ghairah Isteri Ketika Menghadapi Suami
Pertanyaan: Saya adalah seorang gadis yang sudah dinikahi beberapa masa lalu, namun
belum terjadi persetubuhan di antara kami. Pertanyaan saya ialah ketika sedang mencari
kenikmatan (pemanasan), suami saya kelihatan ghairah dan menikmati kenikmatan yang
luar biasa, berbeza keadaannya dengan diri saya. Kadangkala saya tidak berasa apa-
apa pun. Jika saya merasakannya, itu sebenarnya tidak ada apa-apa jika dibandingkan
dengan apa yang dirasakan oleh suami saya. Apa yang membuatkan saya khuatir dan
was-was adalah jika keadaan ini masih terjadi sehingga setelah terjadinya persetubuhan.
Fatwa: Masalah syahwat antara suami isteri bersifat relatif. Kadangkala ghairah
suami lebih besar dibandingkan isteri dan kadangkala pula sebaliknya. Inilah rezeki yang
Üdikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya di mana Dia memberikan kelebihan
kepada sebahagian orang atas sebahagian yang lain, sama halnya dengan masalah
kecantikan, kesihatan dan kecerdikan. Dan ini seharusnya disedari oleh anda.
Bersamaan dengan itu, ada hal-hal yang dapat membantu wanita untuk lebih cepat
Überasa ghairah, di antaranya yang terpenting adalah berdoa kepada Allah , lalu
beradab dengan adab Islam yang telah disyariatkan, yang mana secara garis besar
telah disebutkan Ibnu Quddamah dalam Al-Mughni dari Umar bin Abdul Aziz bahawa
ÌNabi
bersabda, “Janganlah kamu menyetubuhinya kecuali jika dia
telah berasa ghairah seperti ghairah yang muncul dalam dirimu supaya kamu tidak
mendahuluinya dalam keadaan hampa” Aku bertanya, “Begitu juga denganku?”.
ÌNabi
menjawab, “Ya, kamu dapat menciumnya, membelainya dan berbisik
kepadanya. Jika kamu melihat dirinya sudah seperti dirimu, barulah kamu
menyetubuhinya”.
Kami berpesan kepada anda bahawa dalam masalah ini boleh diminta bantuan
kepada doktor pakar jika memang anda menganggap perkara ini sebagai masalah
yang dharuri (yang penting).
17
Fatwa No. 30675
Tidak Boleh Menggunakan Zakar Palsu
Pertanyaan: Adakah seorang isteri boleh menggunakan zakar buatan daripada kulit
ketika suaminya sedang bermusafir dalam tempoh yang cukup lama atau ketika suami
berada di rumah?
Fatwa: Tidak boleh melakukan perbuatan ini, sama ada ketika suami sedang bermusafir
atau berada di rumah. Jika anda takut melakukan penzinaan atau terheret dalam
perbuatan haram, maka anda harus meminta suami anda pulang untuk menjaga diri
anda. Ini adalah hak anda yang paling asas atas dirinya. Jika dia tidak dapat datang,
maka anda dapat memilih antara tetap bersamanya dengan terus bersabar, dan
berpisah dengannya kemudian menikah dengan lelaki lain. (Lihat fatwa nombor 29221
dan 29026) (Muka surat: 18 dan 129 Jilid 1)
Fatwa No. 29221
Mencari Kenikmatan Dengan Zakar Buatan
Pertanyaan: Adakah saya boleh menggunakan zakar buatan untuk isteri saya kerana
saya tidak dapat memuaskannya. Sebab saya begitu cepat mengalami ejakulasi dan
persetubuhan pun hanya berlangsung selama beberapa minit sahaja. Oleh kerana
itu saya memerlukan zakar buatan untuk menaikkan ghairahnya sehingga ketika dia
hampir klimaks, barulah saya segera menyetubuhinya. Dia sendiri tidak menggunakan
alat tersebut kecuali dengan keizinan saya ketika saya berada di luar negeri, atau saya
mencari kenikmatan dengan alat tersebut sebelum bersetubuh sebagaimana yang saya
sebutkan tadi. Mohon petunjuk bagaimanakah hukumnya perbuatan ini?
Fatwa: Seorang isteri tidak boleh menggunakan alat zakar buatan atau yang sejenis
dengannya, sama ada dengan keizinan suami ataupun tidak, dan suami pun tidak boleh
mengizinkannya. Bahkan dia harus melarang isterinya melakukan perbuatan tersebut,
sebagaimana yang dijelaskan dalam fatwa nombor 13909. (Muka surat: 179 Jilid 1)
Suami boleh mencari kenikmatan bersama isterinya dengan cara-cara yang dibolehkan
sehingga syahwat isteri berkobar-kobar, setelah itu barulah dia menyetubuhinya, tanpa
menggunakan peralatan yang buruk dan menjijikkan.
18
Etika
BERSETUBUH
15
ETIKA BERSETUBUH
Fatwa No. 1046
Pelajarilah Masalah Perkahwinan Sebelum Menuju Ke Jinjang Pelamin
Pertanyaan: Saya pemuda yang Insya Allah akan menuju ke jinjang pelamin.
Namun, apa yang menyedihkan bagi diri saya adalah kerana saya tidak mengetahui
sama sekali apa yang harus dilakukan pada malam pertama bersama isteri saya. Lebih-
lebih lagi saya belum pernah membaca buku yang mengandungi maklumat tentang
bagaimanakah untuk melakukan persetubuhan. Saya juga tidak mengetahui syarat-
syarat dan tatacaranya.
Memang saya melihat teman-teman saya sudah membaca buku-buku seperti itu,
namun saya malu untuk membeli dan membacanya. Oleh kerana itu, adakah tuan
sudi memberikan maklumat melalui email tentang bagaimanakah cara untuk saya
melakukan persetubuhan. Mohon dijawab dengan terperinci dan panjang lebar serta
merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti persetubuhan.
ÜFatwa: Semoga Allah memberkati anda, menyatukan kalian berdua di dalam
kebaikan dan menjadikan pernikahan ini penuh berkat, berjaya, bahagia dan sesuai
Üdengan kitabullah dan sunah rasulNya. Ketahuilah, semoga Allah
melimpahkan
kurniaanNya kepada anda, bahawa pernikahan adalah suatu kenikmatan besar dan
kurniaan yang agung yang dianjurkan oleh syarak Yang Maha Bijaksana.
ÜAllah berfirman,
22
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa
Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum : 21)
ÌNabi juga menganjurkan pernikahan dalam sabdanya, “Wahai para pemuda,
barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk menikah, maka menikahlah. Kerana
menikah dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Manakala
barangsiapa yang belum mampu melakukannya hendaknya berpuasa kerana puasa
dapat menjaganya daripada terjerumus ke dalam kesalahan (penzinaan).” (Muttafak
alaihi).
ÌNabi juga bersabda, “Nikahilah wanita yang perawan yang boleh
melahirkan ramai anak. Sesungguhnya aku berbangga di hadapan umat yang lain
disebabkan jumlah kalian yang ramai.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud,
An-Nasaai dan disahihkan oleh Al Hafiz Al Iraqi dan Al Albani)
Ketahuilah bahawa anda mempunyai hak dan juga kewajipan kepada isteri anda.
Oleh kerana itu, tunaikanlah kewajipan anda terhadapnya, lalu mintalah hak yang
Üdiperuntukkan bagi diri anda. Allah berfirman,
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);
(Al-Baqarah : 228)
Adapun tentang pertanyaan anda, kami anjurkan anda untuk membaca buku-buku
berikut : (i) Tuhfah al Arus karya Mahmud Mandi Istanbuli, (ii) Tuhfah al-Arus fi al-Islam
karya Muhammad Ali Qutub, (iii) Ahkam Az-Zawaj fi Syariah al-Islamiyyah karya Ahmad
Farah Husain, (iv) Al Hub Wa Al Fins Min Mandzhuri Islami karya Muhammad Ali Qutub,
(v) Muqawwamaat As Saadah Az-Zaujiyah karya Nasir Sulaiman Al Umri, (vi) Risalah Ila Al
Arusaini karya Said Musfir Al Qahtani dan Al-Liqa Baina Az-Zaujaini.
23
Fatwa No. 3768
Adab Bersetubuh
Pertanyaan: Saya ingin mengetahui tentang adab bersetubuh dalam Islam dan
bagaimanakah caranya untuk seorang suami Muslim melepaskan nafsu seks kepada
Üisterinya yang sesuai dengan firman Allah ,
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al-Baqarah : 223)
Fatwa: Dalam bersetubuh, terdapat adab yang dianjurkan Islam untuk dipatuhi
demi mencapai suatu perbuatan mulia yang sesuai dengan kemanusiaan dan
merealisasikan tujuan-tujuan yang diharapkan daripada suatu pernikahan. Di antara
adab ini adalah seperti berikut:
• Memakai wangi-wangian sebelum bersetubuh. Dalam Ash Sahihain (Bukhari
ß dan Muslim), Saidatina Aisyah
berkata: “Aku memakaikan wangi-wangian
Ì kepada Nabi lalu baginda mendatangi isteri-isterinya. Kemudian pada pagi
harinya baginda mengenakan pakaian ihram yang dibasahi dengan wangi-wangian.
• Mencari kenikmatan bersama isteri sebelum bersetubuh untuk membangkitkan
ghairah isteri sehingga isteri mendapatkan apa yang dihajatinya.
ä Ì• Berdoa ketika hendak bersetubuh. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan
daripada Ibnu Abbas , Nabi bersabda, “Jika salah seorang
daripada kalian akan mendatangi isterinya, maka ucapkanlah:
24
“Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan
jauhkanlah anak yang Kamu kurniakan kepada kami darinya juga”.
Jika kedua-duanya ditakdirkan mempunyai anak, maka dengan doa ini anaknya tidak
akan terkena bahaya yang dilakukan oleh syaitan selama-lamanya.”
• Bagaimanakah melakukan persetubuhan yang dibolehkan? Dalam persetubuhan,
yang boleh dilakukan adalah memasukkan zakar ke dalam faraj isteri yang
menjadi tempat bercucuk tanam untuk menghasilkan anak, sama ada
perbuatan ini dilakukan melalui arah depan mahupun belakang. Imam Bukhari
ä dan Muslim meriwayatkan daripada Jabir
bahawasanya ketika ada seorang
wanita Yahudi yang berkata, “Jika suami mendatangi faraj isterinya dari arah
belakang, maka anaknya akan lahir dalam keadaan matanya juling,” maka turunlah
ayat,
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al-Baqarah : 223)
25
• Jika suami sudah menunaikan hasratnya (sudah klimaks), maka hendaklah
dia tidak mencabut kemaluannya sampai isteri juga mengalami klimaks.
• Haram menyetubuhi isteri yang sedang haid. Imam At-Tirmidzi dan Abu Dawud
ä Ì meriwayatkan daripada Abu Hurairah
bahawa Nabi bersabda,
“Barangsiapa yang mendatangi isterinya yang sedang haid, mendatangi duburnya
atau mendatangi dukun, maka dia telah mendustakan apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad”.
• Haram memasukkan zakar ke dubur isteri. Abu Dawud meriwayatkan daripada
ä Ì Abu Hurairah
bahawasanya Nabi bersabda, “Terlaknatlah suami yang
mendatangi dubur isterinya.”
• Haram menyebarkan rahsia cara-cara melakukan persetubuhan antara suami
isteri. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawasanya
Ì Ü Nabi bersabda, “Orang yang paling buruk keadaannya di sisi Allah pada
hari kiamat nanti adalah seorang suami yang mendatangi isterinya dan isteri yang
mendatangi suaminya, kemudian menyebarkan rahsianya”.
• Wajib mandi setelah bersetubuh meskipun tidak keluar air mani. Imam Muslim
ä Ì meriwayatkan daripada Abu Hurairah
bahawasanya Nabi bersabda,
“Jika seorang lelaki duduk di antara kedua-dua peha dan betis isterinya, lalu
menyetubuhinya, maka dia wajib mandi meskipun tidak keluar air mani.” Dalam Sahih
Muslim di bahagian lain dikatakan, “Jika seorang lelaki duduk di antara kedua
kaki dan pehanya, lalu kedua alat kelamin bersentuhan, maka dia telah wajib mandi.”
Manakala di dalam riwayat At-Tirmidzi dinyatakan, “Jika dua alat kelamin (zakar dan
faraj) bertemu, maka sudah wajib mandi”.
• Menggunakan penutup atau selimut ketika sedang bersetubuh. Terdapat hadith
yang menganjurkan perbuatan ini, tapi darjatnya dhaif (lemah). Oleh kerana itu,
tidak mengapa jika tidak memakai selimut. Hadith yang dimaksudkan di sini adalah
Ì yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Nabi
bersabda,
“Jika salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, maka pakailah selimut.
Jangan biarkan kedua-duanya telanjang”.
26
Jika manusia menuruti adab ini dan menundukkan pandangannya daripada perkara-
Üperkara yang haram, merasakan nikmat Allah
yang memudahkan terjadinya
pernikahan baginya, dan menghadirkan niat untuk menyayangi dan melindungi
keluarganya daripada perkara-perkara yang haram, maka bererti dia dapat mewujudkan
keinginannya dalam menyalurkan hasrat batin baginya dan bagi pasangannya.
Dibolehkan juga mengambil maklumat daripada beberapa buah buku yang bermanfaat,
yang berkaitan dengan masalah hubungan suami isteri dan mengatasi masalah yang
dihadapi oleh kedua-duanya seperti buku Tuhfah al-Arus, al-Liqaa Baina Zaujaini dan
Mut’ah al-Hayat az-Zaujiyah.
Fatwa. 7347
Dianjurkan Berwuduk Bagi Orang Yang Ingin Mengulangi Persetubuhan
Pertanyaan: Adakah saya boleh bersetubuh semula dengan isteri saya tanpa perlu mandi
terlebih dahulu daripada persetubuhan yang pertama?
Fatwa: Seorang Muslim boleh bersetubuh semula setelah melakukan persetubuhan
yang pertama tanpa perlu mandi atau berwuduk terlebih dahulu. Daripada Anas bin
ä ÌMalik , diriwayatkan bahawa Nabi berkeliling kepada isteri-isterinya dengan satu
kali mandi. (Riwayat Al-Jamaah selain Bukhari)
Dalam riwayat Imam Ahmad dan An-Nasaai menggunakan matan, “Dalam satu
malam dengan satu kali mandi.” Hadith ini menunjukkan tentang keperluannya. Namun
alangkah baiknya dia berwuduk terlebih dahulu jika ingin kembali bersetubuh, dengan
Ìberdasarkan kepada riwayat Abu Said al-Khudri, beliau berkata: Nabi
bersabda,
“Jika salah seorang daripada kalian telah mendatangi isterinya, lalu ingin mengulanginya
lagi, maka selangilah kedua-dua jimak itu dengan wuduk.” (Riwayat Muslim)
27
Fatwa No. 19909
Tidak Berdoa Ketika Bersetubuh Boleh Menyebabkan Anak Kelak Berada Di Dalam
Pengaruh Syaitan
Pertanyaan: Saya mempunyai lima orang anak. Ketika melakukan persetubuhan
dan melahirkan anak yang ketiga, saya dan suami tidak berdoa ketika memulakan
persetubuhan. Usia anak yang ketiga ketika ini ialah lapan belas tahun dan
tindakannya itu terus menimbulkan masalah yang luar biasa. Adakah terdapat
cara untuk memperbaiki keadaan ini kerana kami berasa bahawa anak ini tidak seperti
anak yang lain? Perlu diketahui bahawa ketika ini kami masih membawanya pergi
berjumpa doktor sakit jiwa untuk diubati.
Fatwa: Berdoa ketika mula bersetubuh adalah salah satu adab yang diajarkan syarak
Ìkepada kita melalui lisan Rasulullah . Dalam As Sahihain (Bukhari dan Muslim), Ibnu
ä ÌAbbas berkata : Nabi bersabda, “Andai sahaja salah seorang daripada kamu
ketika akan mendatangi isterinya, mengucapkan :-
“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak
yang dikurniakan kepada kami”,
Ülalu Allah mentakdirkan perkara itu kepada kedua-duanya atau mentakdirkan
kelahiran anak bagi kedua-duanya, maka anak tersebut tidak akan ditimpa bahaya oleh
syaitan selama-lamanya.” Kadangkala jika tidak berdoa ketika akan bersetubuh juga
menjadi penyebab anaknya dikuasai syaitan, seperti terkena penyakit sawan dan lain-
lain.
Berdasarkan hal ini, kalian juga harus melakukan pengubatan ruqyah syariyyah
seperti dengan memperbanyakkan berzikir, juga membaca Al-Quran dan mendoakannya
Üsebab doa kedua orang tua kepada anaknya (dengan izin Allah ) itu mujarab,
disamping melakukan pemeriksaan dengan doktor pakar yang mana peribadi
keagamaannya dapat dipercayai. Kalian boleh juga membawanya kepada orang yang
istiqamah dan tekun dalam beribadah untuk minta didoakan kerana perbuatan seperti
ini juga baik.
28
Fatwa No. 20685
Jagalah Cara Mencari Kenikmatan Yang Dibolehkan Sesuai Dengan Etika Syarak
Pertanyaan: Jika isteri ingin menghisap zakar suaminya dan suami menyetujui,
namun sang isteri tidak ingin suaminya menghisap farajnya, bagaimanakah hukumnya?
Fatwa: Suami isteri boleh mencari kenikmatan daripada tubuh pasangannya
dengan cara apa pun yang diinginkannya, selain cara yang diharamkan syarak, iaitu
mendatangi dubur isteri atau menyetubuhinya pada saat sedang haid atau nifas.
Namun dalam mencari kenikmatan yang dibolehkan, caranya hendaklah disesuaikan
dengan etika syarak dan akhlak Islam yang mulia. Berkaitan dengan masalah yang
ditanyakan, meskipun menurut hukum asal boleh menghisap kemaluan pasangan
kerana tidak ada nas yang melarangnya, namun perbuatan itu bertentangan dengan
sifat jantan dan akhlak yang mulia. Ditambah lagi dengan kemungkinan adanya najis
mughaladzah (berat) di tempat tersebut yang tanpa diperlukan dapat tersentuh, lalu
akhirnya tertelan dan duduk di tempat yang tidak seharusnya.
Alangkah baiknya jika penanya mencari kenikmatan dengan cara yang tidak menjijikkan
dan tidak bertentangan dengan fitrah yang baik demi menjaga etika umum, kejantanan
dan kewibawaannya.
Fatwa No. 21746
Hukum Mencium Isteri Di Hadapan Anak-anak
Pertanyaan: Adakah dibenarkan memeluk atau mencium seorang isteri di hadapan anak
yang umurnya belum mencapai lima tahun?
Fatwa: Tidak selayaknya suami mencium atau memeluk isteri untuk mencari kenikmatan
dan mendapatkan kenikmatan di hadapan anak-anaknya jika mereka sudah
mumayyiz (boleh membezakan yang baik dan yang buruk). Oleh kerana itulah Allah
Ü memerintahkan anak-anak yang sudah mumayyiz untuk tidak masuk ke bilik
29
orang tuanya pada waktu-waktu tertentu kecuali dengan meminta izin terlebih dahulu.
Manakala jika mereka tidak dapat mengetahui makna perbuatan tersebut (belum
mumayyiz), maka tidak mengapa melakukannya di hadapan mereka.
Fatwa No. 31371
Terdapat Pelbagai Cara Bersetubuh Dan Adab Yang Seharusnya Dijaga
Pertanyaan: Adakah mencari kenikmatan bersama isteri sebelum bersetubuh itu wajib
jika isteri berasa kesakitan atau tidak dapat mencapai klimaks tanpa pemanasan seperti
ini?
Fatwa: Perbuatan suami yang langsung menyetubuhi isterinya untuk mencapai
klimaks tanpa melakukan pemanasan terlebih dahulu dan tanpa mengambil peduli
perasaan isteri sebagaimana yang dilakukan oleh haiwan bukanlah berasal daripada
adab Islam dan peribadi yang luhur serta sifat kelakian sebagai seorang lelaki.
Oleh kerana itulah, dalam masalah persetubuhan, ulamak menganjurkan melakukan
pemanasan yang dapat membangkitkan ghairah isteri dan membuat isteri berasa
berhasrat kepada suaminya sehingga hubungan ini tidak menjadi seperti pelempias nafsu
binatang semata-semata.
30
ÌHal ini berdasarkan pada riwayat Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus bahawa
Nabi bersabda, “Janganlah salah seorang daripada kalian menyetubuhi
isterinya seperti persetubuhan binatang. Wujudkanlah perantara antara kedua-
Ì Ìduanya.” Baginda ditanya, “Apakah perantaranya itu, ya Rasulullah?” Baginda
menjawab, “Ciuman dan perbualan”. Ulamak berkata, “Meskipun hadith ini dhaif,
namun maknanya tinggi dan sesuai dengan fitrah asas yang sihat.”
Jika seorang suami sudah menunaikan hajatnya, hendaklah dia menunggu terlebih
dahulu sehingga isterinya pun dapat menunaikan hajatnya. Ini disebabkan kadangkala
isteri lambat mencapai klimaks, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebahagian ilmuwan.
Di antara sunah dan adab yang dianjurkan dalam bersetubuh adalah memulakannya
dengan Bismillah (dengan menyebut nama Allah) dan mengucapkan doa yang makthur
Ìsebagaimana yang terdapat dalam Ash-Sahihaini bahawa Nabi
bersabda, “Jika
salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, maka ucapkanlah:
“Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan
jauhkanlah anak yang Engkau kurniakan kepada kami darinya juga”.
Jika mereka mendapatkan anak, maka syaitan tidak akan dapat membahayakannya
sama sekali”. Jadi jika seseorang ingin mendatangi isterinya hendaklah menghiasi diri
dengan adab ini dan yang seumpama dengannya supaya persetubuhannya berbeza
dengan persetubuhan binatang dan dia mencapai darjat yang layak sebagaimana
layaknya manusia yang mulia. Inilah adab syariyyah dalam bersetubuh. Seorang Muslim
akan mendapatkan pahala jika ketika mendatangi isterinya diniatkan sebagai suatu
bentuk ketaatan dan bukan kewajipan syarie. Kecuali jika meninggalkannya akan
mengakibatkan hilangnya hak isteri mendapat kenikmatan, maka dalam keadaan seperti
ini hukumnya wajib.
31
Fatwa No. 31385
Jangan Meninggalkan Kesan-Kesan Persetubuhan
Pertanyaan: Saya baru sahaja menikah kurang dari sebulan dan belum tinggal di rumah
sendiri. Ketika ini saya tinggal bersama adik beradik perempuan saya dan suaminya yang
juga anak lelaki pakcik saya. Dalam beberapa hari selama satu minggu, suami saya
datang ke rumah adik beradik saya dan memaksa melakukan persetubuhan di rumah adik
beradik saya itu, kemudian meninggalkan kesan-kesannya di atas katil. Pertanyaannya
ialah bagaimanakah jika saya tidak menunaikan permintaannya sehingga kami memiliki
rumah sendiri?
Fatwa: Kewajipan isteri adalah memenuhi keinginan suaminya ketika dia
Ìmenginginkannya, kecuali jika mengakibatkan bahaya kepada isteri. Sebab Nabi
bersabda, “Jika suami mengajak isterinya bersetubuh, namun isteri menolak. Kemudian
pada malam itu suami marah kepadanya, maka malaikat akan melaknat isteri sampai
pagi”. (Riwayat Bukhari)
Mencari kenikmatan dengan isteri adalah hak suami. Sebab ini adalah kesan daripada
sebuah akad nikah. Suami tidak wajib memberi nafkah kepada isteri yang tidak mahu
menyerahkan hak suami dalam mencari kenikmatan dan dia dianggap nusyuz (derhaka)
sama ada ketika suami meminta, isteri sedang berada di rumahnya sendiri ataupun di
tempat lain selama mana permintaan itu tidak disertai dengan tindakan haram seperti
menyetubuhi isteri yang sedang haid, mendatangi dubur atau bersetubuh di hadapan
orang lain yang dapat melihat aurat mereka berdua.
Tentang kesan-kesan persetubuhan, dianjurkan agar kesan-kesan tersebut
dihilangkan dan dibersihkan sesuai dengan adab umum yang berlaku. Dalam Sunan
ßBaihaqi diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata, “Bagi wanita yang berakal,
ketika sudah disetubuhi suaminya hendaklah mengambil kain lap, lalu dia mengusap
suaminya dan suaminya mengusap dirinya. Kemudian kedua-duanya solat dengan
pakaian masing-masing, selama pakaian itu tidak terkena najis”.
32
Suami harus menjaga adab seperti ini ketika bersetubuh. Dia juga harus menjaga
perasaan isterinya meskipun dalam perkara yang dibolehkan. Kami nasihatkan kepada
isteri untuk bersikap lembut kepada suaminya, memperlakukannya dengan baik,
memenuhi permintaan hak suami sambil berjaga-jaga agar pemilik rumah tidak melihat
kalian berdua. Ketika menghadapi suami adik beradik anda (ipar), anda juga harus
sentiasa memakai tudung dengan lengkap, tidak berdua-duaan dengannya, tidak
memakai perhiasan dan menampakkannya selain kepada suami anda. (Ingin tahu lebih
mendalam, sila baca fatwa nombor 9572) (Muka surat:149)
Fatwa No. 32301
Jika Menyetubuhi Isteri, “Bersedekahlah” Kepadanya
Pertanyaan: Kami tahu bahawa seorang isteri mestilah membalas panggilan suaminya
yang mengajaknya bersetubuh, tetapi adakah suami berhak memaksanya jika dia
menolak tanpa sebab? Adakah suami boleh memaksanya ketika dia sedang letih, sakit
atau berasa sakit ketika bersetubuh seperti kerana kemaluan suami yang sangat besar,
atau suami mempunyai bau tubuh yang tidak enak, ataupun suami menindihnya terus
seperti binatang tanpa didahului dengan mencari kenikmatan dan pemanasan terlebih
dahulu?
Fatwa: Suami harus memperlakukan isterinya dengan baik dan memahami keperluan
asas dan juga keperluan rohaninya. Di antara keperluan asas itu adalah seperti yang
ädiisyaratkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dan Anas bahawa
ÌNabi
bersabda, “Jika seseorang mendatangi isterinya, maka bersedekahlah
kepadanya. Jika dia sudah menunaikan hajatnya sedangkan isteri belum, maka janganlah
tergesa-gesa untuk mengakhirinya”.
Penulis kitab Al-Inshaf berkata, “Jika suami sudah selesai sedangkan isterinya belum, maka
jangan dicabut (zakar) sehingga isteri mencapai klimaks. Ini bererti suami dianjurkan
untuk melakukan hal ini, makruh baginya jika tidak mahu melakukannya”.
Suami juga dianjurkan untuk membersihkan diri dan berdandan untuk isterinya, mencari
Ìkenikmatan dan membelainya. Semua ini adalah hak isteri atas suaminya. Allah
berfirman,
33
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)
(Al-Baqarah : 228)
Jika suami mempunyai kekurangan daripada segi ini, maka hal itu tidak boleh dijadikan
alasan oleh isteri untuk tidak mentaati permintaan suaminya. Penolakan isteri dibenarkan
hanya dalam keadaan isteri sedang mempunyai halangan seperti sedang sakit, tidak
mampu bersetubuh kerana masih kecil, ditimpa bahaya kerana terlalu sering bersetubuh
atau kerana kemaluan suami yang sangat besar dan pelbagai alasan lain yang
seumpama dengannya. Namun suami boleh memaksa isteri untuk melakukan pelbagai
bentuk bersenang-senang (mencari kenikmatan) yang dibolehkan.
Cara mengatasi masalah ini adalah dengan berbincang secara terus-terang,
membina komunikasi agar saling memahami, lebih mengutamakan pasangan dan
menahan gelora hati demi pasangannya.
Fatwa No. 35202
Hukum Solat Dua Rakaat Sebelum Bersetubuh
Pertanyaan: Saya mengerjakan solat dua rakaat bersama isteri saya sebelum
bersetubuh kerana mengharapkan keberkatan dan untuk mencegah kesulitan pada
masa haid serta pelbagai masalah yang lain. Perbuatan ini membuatkan kami berasa
bahagia. Pertanyaannya ialah adakah dalam masalah ini bererti saya telah melakukan
bidaah? Adakah adat yang berlaku dapat menjadi penyebab kami melaksanakan solat
dua rakaat pada waktu-waktu yang dimakruhkan?
34
ÌFatwa: Nabi telah mengajarkan satu doa kepada kita tentang doa yang
dibaca setiap kali bersetubuh. Baginda bersabda, “Jika salah satu daripada kalian akan
mendatangi isterinya, maka ucapkanlah:
“Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan
jauhkanlah anak yang Engkau kurniakan kepada kami darinya juga”. Jika kedua-duanya
ditakdirkan mempunyai anak, maka dengan doa ini anaknya tidak akan terkena bahaya
yang dilakukan oleh syaitan selama-lamanya”. (Riwayat Bukhari, Muslim, dan perawi yang
lain)
ÌSebaik-baik petunjuk adalah petunjuk daripada Nabi . Telah dibenarkan bahawa Nabi
Ì bersabda, “Tidak ada nabi sebelumku kecuali semuanya wajib memberi petunjuk
kepada umatnya tentang hal terbaik dan memperingatkan tentang hal terburuk yang
dia beritahukan kepada mereka”. (Riwayat Muslim)
ÌApa yang dianggap cukup oleh Nabi dan para sahabatnya, maka itu sudah
cukup bagi kita. Tidak ada satu pun riwayat yang sampai kepada kita yang menunjukkan
bahawa setiap kali akan bersetubuh mereka melakukan solat dua rakaat bersama isteri
mereka. Namun jika hal itu dilakukan oleh suami isteri hanya kadang-kadang sahaja,
maka hukumnya tidak mengapa. (Kami telah menjelaskan adab bersetubuh ini dalam
fatwa nombor 10267) (Muka surat: 121 Jilid 1)
35