The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 2).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2021-12-27 23:12:21

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 2).

Fatwa No. 46356

Hukum Melakukan Hubungan Seks Di Antara Suami Isteri Melalui Internet

Pertanyaan: Adakah saya boleh melakukan hubungan seks dengan isteri saya
melalui internet? Sebab dia tinggal di sebuah negara dan saya pula tinggal di sebuah
negara yang lain.

Fatwa: Tidak boleh melakukan hubungan seks di antara suami isteri melalui internet
kerana hubungan seperti ini seharusnya dilakukan di tempat yang tertutup dan
selamat. Syarat inilah yang tidak boleh dipenuhi dalam hubungan seks melalui
internet. Sebab boleh sahaja orang lain mendengar dan merakamnya, bahkan jika
menggunakan media bergambar ianya juga boleh dirakam. Di samping itu, hubungan
seks dengan cara seperti ini termasuk perbuatan al-adah as-sirriyah (perbuatan adat
yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi) yang diharamkan.

Fatwa No. 53359

Hukum Saling Bertukar Email Dan Kata-Kata Mesra Setelah Akad Nikah Dan Sebelum Jimak

Pertanyaan: Beberapa masa lalu telah dilangsungkan akad nikah, namun kenduri
kahwin belum dilangsungkan lagi. Kemudian suami saya pergi ke negara lain untuk
bekerja dan kami berhubung melalui perantaraan internet. Pertanyaannya ialah adakah
kami boleh saling bertukar kata laluan yang ada di laman sesawang yang membawa
maksud kemaluan? Adakah kami boleh saling bertukar kata-kata mesra?

Fatwa: Jika akad nikah sudah sempurna, maka semuanya halal bagi mereka berdua,
sama ada dalam bentuk kata-kata mesra, email ataupun yang lain. Ini adalah
ketetapan hukum asal. Namun dalam masalah ini, kata-kata mesra yang diungkapkan
melalui telefon atau internet dapat membangkitkan ghairah pasangan yang dapat
menyebabkannya melakukan perbuatan yang tidak halal. Oleh kerana itu, alangkah
lebih baik jika emailnya mengandungi kata-kata yang biasa (normal) sehingga kalian
bertemu. (Masalah seperti ini telah kami jelaskan dalam fatwa nombor 7875) (Muka surat:
132).

136

Fatwa No. 66096

Boleh Mencari Kenikmatan Dengan Suara Dan Gambar Isteri

Pertanyaan: Dalam fatwa nombor 62581(Muka surat: 211), tuan telah menyebutkan
bahawa suami boleh beronani dengan menggunakan suara isterinya, maka adakah
dia boleh beronani dengan cara melihat gambar isterinya sahaja, tanpa menggunakan
tangan ataupun anggota tubuhnya yang lain? Adakah isterinya juga boleh melakukan
perkara tersebut? Perkara ini dilakukan kerana suami berada di negara lain untuk
belajar dan tidak boleh pulang ke negaranya kecuali setelah setahun, sedangkan dia
ingin menjaga dirinya?

Fatwa: Secara umum, suami isteri boleh mencari kenikmatan daripada tubuh,
suara, gambar atau bahagian anggota tubuh yang lain daripada pasangannya,
kecuali mewathi (memasukkan zakar) di dubur, ketika sedang haid, nifas, dan ketika
memakai pakaian ihram untuk mengerjakan haji atau umrah. Perkara ini boleh dilakukan
secara langsung atau melalui perantaraan lain dengan syarat selamat daripada
penghayatan dan penglihatan orang lain.

Al-Allamah Khalil

Al-Maliki berkata dalam

Al-Mukhtasar, “Halal

bagi kedua-duanya

hingga melihat faraj”. Ibnu

Al-Qasim memetik daripada

Al-Qasim bin Muhammad yang

berkata, “Jika kalian berdua-duaan,

maka lakukanlah apa yang kalian

inginkan”. Maksudnya bagi orang

yang sudah menikah, sebagaimana

tertera dalam kitab At-Taaj Wal Iklil karya

Al-Muwaq Al-Maliki.

Sebaik-baiknya tidak melakukan penghuraian
pada masalah yang ditanya supaya tidak terheret
melakukan onani yang diharamkan, khususnya
bagi suami yang jauh daripada isterinya. Sebaik-baiknya dia menggunakan
waktunya untuk sesuatu yang bermanfaat seperti memperbanyakkan berpuasa dan

Überzikir kepada Allah .

137

Fatwa No. 66122

Penampilan Isteri Yang Boleh Dilihat Melalui Internet

Pertanyaan: Saya tinggal di luar negeri dan berhubung dengan isteri saya melalui
internet. Dan disini kami saling berbual dan melihat. Suatu ketika isteri saya menunjukkan
beberapa perhiasannya kepada saya. Saya sendiri tidak tahu sama ada seseorang
boleh memasuki ke pautan (di internet) kami atau tidak. Sebab apa yang saya tahu tidak
ada seorang pun yang dapat melakukan perkara itu. Mohon nasihat dan hukum atas
perbuatan saya ini.

Fatwa: Jika anda yakin tidak ada sesiapa pun yang melihat isteri anda dalam keadaan
seperti itu, maka tidak ada dosa bagi kalian berdua. Kerana syarak membolehkan anda
melihatnya, bahkan lebih daripada itu. Namun kami sarankan agar anda meninggalkan
perbuatan tersebut disebabkan dua perkara:

Pertama, sebagai langkah berhati-hati. Sebab tidak boleh dipastikan bahawa
tiada sesiapa pun yang masuk ke pautan kalian berdua, jadi melihat bahagian tubuh
isteri anda yang tidak halal dilihatnya.

Kedua, perbuatan isteri anda menunjukkan perhiasannya kadangkala dapat
membangkitkan syahwat yang terpendam dalam diri anda, sedangkan anda tidak
boleh menyalurkannya dengan cara yang dibolehkan sehingga boleh mengheret anda
melakukan sesuatu yang diharamkan.

Fatwa No. 67380

Hukum Menceritakan Masalah Persetubuhan Di Dalam Perbincangan Berkumpulan Di
Internet

Pertanyaan: Adakah boleh menceritakan perkara-perkara tentang seks dalam
perbincangan berkumpulan di internet dengan alasan untuk pendidikan seks, di mana
mereka menjelaskan masalah ini kepada para suami dan isteri dengan sangat jelas?

138

Fatwa: Persetubuhan suami isteri adalah salah satu masalah terpenting. Oleh kerana

itu, ramai ulamak membincangkannya, bahkan di antara mereka ada yang menulis
Übuku khusus untuk masalah ini. Allah
sendiri menyebutkan masalah ini dengan

berfirman,

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian
bagi mereka”.

(Al-Baqarah : 187)

dan Dia juga berfirman,

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.

(Al-Baqarah : 223)

Mengetahui hukum dan adab bersetubuh adalah wajib bagi suami isteri,
seperti mengetahui bahagian mana yang halal disetubuhi dan yang tidak daripada
isteri, mengetahui waktu yang boleh untuk bersetubuh dan yang tidak boleh, serta
pelbagai hukum dan adab yang lain yang telah dijelaskan di dalam fatwa nombor 3768
(Muka surat: 24) tentang adab bersetubuh.

Mengetahui gaya dan seni bersetubuh serta cara memuaskan pasangan adalah
perkara yang dharuri (penting) yang selalu menjadi faktor kunci kebahagian
kehidupan berumahtangga. Membicarakan tema-tema ini dibolehkan, namun harus
sesuai dengan aturan syarak, bersih daripada istilah-istilah yang menjijikkan, kata-kata
lucah dan gambar-gambar yang diharamkan. Sedangkan perbincangan yang terjadi
pada pautan dan laman internet tidak sesuai dengan adab Islam kerana bertujuan
membangkitkan ghairah dan hanya hiburan semata-mata. Oleh kerana itu, hukumnya
tidak boleh.

139

Fatwa No. 71193

Perbualan Melalui Telefon Di Antara Suami Isteri Yang Membangkitkan Ghairah

Pertanyaan: Saya pergi ke Australia untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.
Saya telah bernikah dan Alhamdulillah isteri saya sangat menyayangi saya, tetapi dia
tidak dapat pergi bersama saya ke sana. Ketika saya tinggal di Australia, kami saling
berkirim surat dan melakukan perbualan melalui telefon. Dalam sebahagian suratnya,
dia mengatakan ghairah seksnya sedang bangkit dan tidak ada seorang pun yang
dapat memenuhinya kecuali saya. Saya berusaha mengabaikan surat-surat ini kerana
saya sendiri bingung dengan masalah saya. Sebab bagaimana saya boleh memenuhi
keinginannya sedangkan saya berada jauh daripada dirinya. Ketika kami berbual
melalui telefon, dia membangkitkan ghairah saya. Dia berkata, “Saya ingin melakukan
hubungan seks melalui telefon”. Dengan melakukan hubungan seks melalui telefon
dia merasai kenikmatan dengan menekan kedua-dua pahanya sementara saya
merasakan kenikmatan dengan melakukan onani. Kami saling bertukar bunyi
mengerang dan rengekan melalui telefon. Sebenarnya saya sendiri bingung
dengan masalah ini, maka saya katakan kepadanya, “Kita harus menghentikan
perbuatan seperti ini sehingga kita menanyakannya kepada ulamak”. Dia
berkata kepada saya, “Saya adalah isteri awak, tidak ada seorang pun yang
berhak mencegah saya daripada awak. Saya mencintai awak. Jadi saya memohon
jangan halangi saya untuk mendapatkan kenikmatan ini”.

Fatwa: Apa yang diminta isteri anda kepada anda adalah onani yang diharamkan,
sebagaimana dijelaskan dalam fatwa nombor 5524 (Muka surat:199). Saling bertukar
kata-kata cinta antara suami isteri melalui telefon tidak dilarang. Namun kami
sarankan untuk tidak mengucapkan kata-kata yang dapat membakar syahwat
dan membangkitkan ghairah. Sebab boleh jadi pasangan suami isteri tidak dapat
mewujudkan keinginan mereka berdua dengan hubungan melalui telefon ini sehingga
dapat mengheret mereka melakukan perbuatan yang diharamkan dalam menunaikan
syahwatnya. Manakala jika pelunasan syahwat antara suami isteri boleh dilakukan
dengan mendengarkan suara pasangan masing-masing yang mengucapkan kata-kata
yang mengghairahkan, maka perbuatan itu boleh dilakukan, sebagaimana dijelaskan
dalam fatwa nombor 62581(Muka surat: 211).

140

Fatwa No. 74800

Hukum Mencari Kenikmatan Di Antara Dua Ajnabi (Bukan Mahram) Melalui Telefon

Pertanyaan: Saya mempunyai teman lelaki di luar negeri. Dia berjanji akan menikahi
saya, sementara itu keluarga saya dan keluarganya sudah tahu tentang hubungan
kami. Namun dia meminta saya untuk menidurinya melalui telefon supaya dia tidak
berzina kerana menganggap saya adalah isterinya dengan alasan keluarga kami sudah
mengetahuinya. Saya ingin mengetahui hukumnya. Adakah saya boleh menikah
dengannya setelah permintaannya itu?

Fatwa: Anda harus tahu bahawa pemuda ini masih tergolong orang lain bagi anda.

Maka antara anda dan dia tidak boleh ada hubungan kekasih. Adapun yang

berkaitan dengan permintaannya, perkara itu tidak boleh dilakukan kecuali untuk
Üsuami. Allah
sendiri telah melarang kaum wanita berbicara dengan kaum lelaki
Ü(bukan mahram) meskipun hanya dengan menundukkan pandangan. Allah

berfirman,

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang
lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut
manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan
keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu)
dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”.

(Al-Ahzab : 32)

ÜIbnu Kathir berkata dalam tafsirnya, “Tentang firman Allah , “Oleh itu janganlah

kamu berkata-kata dengan lembut manja”, As-Sadi dan ulamak yang lain berkata,
“Maksudnya adalah melembutkan kata-kata ketika berbicara dengan lelaki”.

141

ÜSementara itu Ibnu Al-Jauzi berkata dalam Zaad Al-Masir, “Firman Allah , “Oleh

itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja”, maksudnya adalah
janganlah engkau melembutkan perkataan sehingga dapat menimbulkan keinginan
orang yang berfikiran maksiat dan lucah. Ertinya, janganlah anda mengucapkan
perkataan yang dapat dijadikan jalan oleh orang munafik atau orang yang berfikiran
maksiat untuk membuatkan anda menerimanya. Jika berbicara kepada orang lain,
wanita dianjurkan bersuara keras dan tegas kerana perkara itu sudah pasti boleh
menjauhkannya daripada keinginan kaum lelaki. Ucapkanlah kata-kata yang benar,
yang dapat menjaga kesucian dirinya daripada keinginan orang yang berfikiran maksiat”.

ÜAl-Alusi berkata dalam Ruh Al-Maani, “Firman Allah “Oleh itu janganlah

kamu berkata-kata dengan lembut manja”, maksudnya adalah janganlah anda

menjawab dengan suara yang lembut dan mirip perempuan seperti perkataan wanita-

wanita yang meragukan dan para wanita yang jalang. Kesimpulannya, janganlah

anda melembutkan dan melunakkan kata-kata. Perkara ini dilakukan ketika

berbicara kepada selain suami dan seumpamanya, seperti berbicara kepada

Ìpara ajnabi, meskipun dia (wanita) diharamkan bagi mereka secara berkekalan.
Diriwayatkan bahawa sebahagian isteri Nabi meletakkan tangannya di mulut

ketika berbicara dengan ajnabi supaya suaranya berubah kerana khuatir mereka

mendengar suara yang merdu dan lembut. Mengeraskan dan mengasarkan suara

kepada selain suami termasuk dalam kategori tabiat yang baik, sama ada pada masa

142

jahiliah mahupun Islam. Manakala kebakhilannya terhadap harta, kelemahan hatinya
dan pelbagai gelaran lain yang sering dilantunkan dalam syair, seperti syair yang
mengandungi pujian kekasih kerana suara lembutnya dan tatacara bicaranya yang baik
dan lembut, sudah pasti adalah suatu kejahilan.

Diriwayatkan daripada Al-Hasan bahawa makna, “Janganlah anda (wanita) berbicara
dengan perkataan yang kotor” adalah supaya kaum lelaki yang dalam hatinya ada
fikiran maksiat dan kotor tidak menginginkan dirinya, sebagaimana yang ditafsirkan

äoleh Ibnu Abbas . Lalu Al-Hasan melantunkan syair yang diucapkan oleh Al-Aasiy:

“Orang yang menjaga faraj adalah orang yang redha dan bertakwa, bukan orang
yang ada penyakit dalam hatinya”

Maksudnya orang yang mempunyai niat atau syahwat untuk melakukan maksiat dan

äzina. Qatadah menafsirkannya dengan orang munafik. Ibnu Al-Mundzir dan Ibnu Abi
Hatim meriwayatkan daripada Zaid bin Ali yang berkata, “Penyakit itu ada dua

iaitu penyakit munafik dan penyakit zina.”

Secara ringkas, apa yang diminta oleh lelaki itu daripada anda tidak boleh anda
dan dia lakukan, walaupun dengan sebarang alasan. Tunang masih termasuk ajnabi
(bukan mahram) sehingga berlakunya akad nikah. Tetapi anda boleh menikah
dengannya dan kami sarankan kepadanya untuk bertaubat daripada perbuatan dosa
ini.

143



Menolak
AJAKAN
BERSETUBUH

20
MENOLAK AJAKAN BERSETUBUH

Fatwa No. 8935

Enggan Menyetubuhi Isteri Termasuk Di Dalam Perbuatan Melayani Pasangan Dengan
Baik

ÌPertanyaan: Nabi pernah memberitahu bahawa hukum isteri yang tidur, sementara

suaminya tidak redha kepadanya. Jadi, bagaimanakah hukumnya bagi seorang suami

yang tidur dalam situasi dia tidak mahu menyetubuhi isterinya tanpa alasan yang dapat

dibenarkan syarak?

ÜFatwa: Suami wajib melayani isterinya dengan baik. Allah berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-
perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan
menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian
daripada apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)
dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan
tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu
kebaikan yang banyak (untuk kamu)”.

(An-Nisa : 19)

146

ÜAllah juga berfirman,

“Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali suci. Tidak
boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam
masa menanti itu jika mereka (para suami) itu menginginkan ishlah (pendamaian). Dan
para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang
makruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkat kelebihan daripada isterinya.
Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Al-Baqarah : 228)

ÌNabi berkata kepada Abdullah bin Amr bin Al-Ash yang mengisi waktu

malamnya dengan solat dan waktu siangnya dengan puasa, “Berpuasa dan

berbukalah, tidur dan bangunlah dan puasalah tiga hari selama sebulan. Sesungguhnya

satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang sepadan. Sesungguhnya jiwamu,

isterimu dan tetamumu mempunyai hak ke atas dirimu, maka berilah masing-masing

sesuai dengan haknya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara bentuk menggauli isteri dengan baik adalah tidur bersama isteri dan
memberikan haknya. Suami tidak boleh meninggalkannya kecuali ada halangan atau
uzur syarie. Ulamak berbeza pendapat tentang waktu yang diwajibkan pada suami
untuk menyetubuhi isterinya, adakah setiap 4 hari sekali ataukah 4 bulan sekali atau
bergantung pada keperluan isteri dan kemampuan suaminya? Ketika Ibnu Taimiyah
ditanya tentang adakah suami yang tidak menyetubuhi isterinya selama satu atau
dua bulan itu berdosa, beliau menjawab, “Suami wajib menyetubuhi isterinya
dengan makruf kerana ini adalah hak terbesar isteri ke atas suami, bahkan lebih besar
daripada haknya mendapat nafkah. Tentang waktu yang diwajibkan, ada yang

147

berpendapat setiap 4 bulan sekali dan ada pula yang berpendapat sesuai dengan
keperluan isteri dan kemampuan suami, dan inilah pendapat yang paling kuat.” (Lihat
Majmuk al-Fatawa [32/271].

Sebagaimana diketahui bahawa dalam masalah seks, sifat lelaki berbeza dengan
wanita. Disini ulamak menetapkan bahawa isteri wajib melayani suaminya pada
bila-bila masa sahaja setiap kali suami menginginkannya meskipun dia sedang
bekerja dan dalam keadaan apa sekalipun, selama persetubuhan itu tidak akan
membahayakan dirinya dan menghalanginya daripada mengerjakan ibadah wajib.

Sedangkan suami tidak boleh meninggalkan isterinya dalam waktu yang cukup lama
yang dapat membahayakan isterinya. Ulamak menyatakan bahawa waktu paling lama
isteri untuk dapat bersabar daripada suaminya adalah 4 bulan, dan ini bukan dalam
keadaan yang biasa. Sebab mengurangi suatu kewajipan tidak dianggap sebagai
memperlakukan pasangan dengan baik dan bukan merupakan bentuk kasih sayang
kepada isteri sebagaimana yang seharusnya dilakukan dan yang diharapkan oleh isteri.

Namun ini adalah had waktu minimum dan perkara paling kecil yang mungkin dapat
dilakukan suami. Disini mereka mewajibkan suami untuk menyetubuhi isterinya setiap
3 tahun sekali. Kami ingatkan pula kepada para isteri untuk memperhatikan dirinya
dan penampilannya, selalu bersedia untuk melayani suami. Sebab boleh jadi seorang
suami menjauhi isterinya disebabkan isteri meremehkannya atau tidak mahu berhias
untuknya. Kami mengingatkan pula kepada anda bahawa kedua-dua belah pihak wajib
melayani pasangannya dengan baik.

148

Fatwa No. 9572

Adakah Isteri Harus Memenuhi Permintaan Suami Untuk Bersetubuh Ketika Suami
Menginginkannya?

Pertanyaan: Saya sudah menikah dan berasa bahagia bersama suami saya.
Namun suami saya terlalu berlebihan dalam tuntutannya untuk bersetubuh. Adakah jika
saya menolak memenuhi tuntutannya dianggap sebagai perbuatan mengurangkan
kewajipan saya terhadap suami saya?

Fatwa: Isteri wajib memenuhi keinginan suaminya untuk mencari kenikmatan dengannya

Üketika suami menginginkannya sesuai dengan cara yang dihalalkan Allah . Jika dia

tidak mahu memenuhinya tanpa ada alasan atau bahaya yang menimpanya, maka dia

dianggap nasyiz (orang yang derhaka) kepada Tuhannya. Dalam Ash-Sahihain dan yang
Ìlain menyebutkan bahawa Nabi
bersabda, “Jika isteri tidur dengan menjauhi katil

suaminya, maka malaikat akan melaknatnya hingga dia kembali (kepada suaminya)”.

ÌDalam Al-Musnad, Sunan Ibnu Majah, dan Al-Mustadrak dikatakan bahawa Nabi

bersabda, “Seandainya aku dapat memerintah seseorang untuk sujud kepada orang

Ülain, maka akan aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya. Seorang wanita dianggap

tidak menunaikan hak Allah sehingga dia memberikan hak suaminya ke atas dirinya

meskipun ketika suaminya memintanya, dia sedang berada di atas tandu unta, maka dia

harus memberikan dirinya kepada suaminya”.

Oleh kerana itulah, maka seorang isteri tidak boleh melakukan puasa sunat ketika suami

ada di rumah kecuali dengan izinnya supaya puasa sunatnya itu tidak menghalangi

suaminya untuk mencari kenikmatan dengannya. Dalam Shahih Al-Bukhari dan yang

Ìlain disebutkan bahawa Nabi bersabda, “Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa

sedangkan suaminya hadir (di rumah) kecuali dengan izinnya.” Dalam Al-Musnad

menggunakan matan, “Kecuali ketika puasa Ramadhan”.

Berdasarkan hal ini, anda harus memenuhi keinginan suami anda untuk mencari

kenikmatan selama mana ianya dilakukan dengan cara yang dengan sesuai syarak.

ÜAnda harus meniatkan perbuatan anda itu hanya untuk mencari keredhaan Allah

dan menunjukkan rasa sayang sehingga suami tidak berpaling daripada anda ketika

keperluan batinnya tidak dipenuhi. Jika terlalu banyak melakukan persetubuhan atau

melakukan gaya-gaya tertentu dapat menimbulkan bahaya bagi diri anda, maka anda

harus menjelaskan kepada suami anda supaya suami anda lebih berhati-hati.

149

Fatwa No. 11124

Menolak Gaya Bersetubuh Seumpama Itu Tidak Termasuk Derhaka Kepada Suami

Pertanyaan: Suami saya menyuruh saya untuk menghisap kemaluannya dan
meletakkannya di dalam mulut saya, namun saya berasa bersalah melakukannya.
Adakah secara syarak saya boleh melakukannya? Adakah jika saya menolaknya saya
boleh dianggap derhaka kepada suami saya?

Fatwa: Masalah yang ditanyakan ini bertentangan dengan adab yang luhur dan
akhlak yang baik. Perbuatan seperti ini dapat mengakibatkan tertelannya najis dan
bercampur dengan air liur. Oleh kerana itu, penolakan anda untuk melakukan perbuatan
seperti ini tidak dianggap sebagai perbuatan derhaka kepada suami.

Fatwa No. 12856

Permintaan Seumpama Ini Bertentangan Dengan Etika Islam

Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki berusia 37 tahun, sudah menikah dan
mempunyai empat orang anak. Masalah saya adalah saya suka mencium dan
menghisap faraj isteri saya dengan penuh syahwat dan saya meminta kepada isteri
saya untuk mencium dan menghisap kemaluan saya juga, namun dia
menolaknya. Adakah saya bersalah meminta seperti itu? Apakah masalah kesihatan
yang akan timbul dengan perbuatan seperti itu?

Fatwa: Anda tidak boleh memaksa isteri anda melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan fitrahnya meskipun anda berpendapat perbuatan itu
(meminta isteri melakukannya) boleh dilakukan, selama mana tidak mencapai tahap
wajib. Perbuatan menghisap kemaluan suami meskipun kami tidak mengatakan
perbuatan itu adalah haram, namun perilaku seperti itu ditolak atau tidak sesuai
dengan etika Islam dan akhlak yang mulia. Apatah lagi jika perbuatan seperti itu
dapat menimbulkan penyakit pada diri anda dan isteri anda. Dalam hal ini anda
boleh mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kerana merekalah yang paling arif
perkara ini. (Lihat pula fatwa nombor 2146) (Muka surat: 73 Jilid 1)

150

Fatwa No. 14121

Isteri Tidak Memenuhi Keinginan Suaminya Disebabkan Sesuatu Alasan (Uzur)

Pertanyaan: Jika isteri berasa penat, lelah atau sedang sakit, lalu suami
mengajaknya bersetubuh, adakah malaikat akan tetap melaknat isteri jika dia tidak
memenuhi keinginan suaminya?

Fatwa: Seboleh yang mungkin, isteri harus berusaha mencari redha suaminya

Üdalam perkara yang tidak dimurkai Allah , di antaranya memenuhi ajakan
Ìbersetubuh suami. Nabi , bersabda, “Jika seorang wanita tidur dengan

menjauhkan diri daripada katil suaminya, maka malaikat akan terus melaknatnya
sehingga waktu pagi”. Hadith Muttafaq alahi daripada Riwayat Abu Hurairah,
matan ini berasal daripada Sahih Muslim. Imam Nawawi berkata, “Hadith ini menjadi
dalil bahawa isteri tidak boleh menjauhkan diri dari katil suaminya selama mana
tidak ada alasan syarie”.

Secara syarie jika isteri mempunyai halangan, seperti sakit sehingga tidak dapat
bersetubuh misalnya, maka dia boleh untuk tidak memenuhi ajakan suami.
Bahkan boleh jadi haram baginya memenuhi ajakan suami, seperti ketika dia sedang
haid atau berpuasa wajib.

Namun harus diperhatikan pula oleh si penanya dan para wanita yang lain
bahawa ajakan suami tidak selalu untuk bersetubuh. Jadi dia harus memenuhi ajakan
suami untuk mencari kenikmatan sahaja, tanpa melakukan persetubuhan, di kawasan
pusat ke atas dan lutut ke bawah ketika dia sedang haid, atau ketika dia sedang sakit
namun mampu melakukannya.

151

Fatwa No. 22364

Larangan Bersetubuh, Antara Berdosa Dan Tidak Berdosa

Pertanyaan: Saya ingin menikah lagi kerana isteri saya tidak mampu untuk bersetubuh
dengan saya. Tetapi saya tidak dapat melaksanakannya kerana keadaan saya. Jadi,
adakah isteri saya berdosa ketika dia menolak untuk bersetubuh dengan saya?

Fatwa: Menurut hukum asal, seorang isteri wajib melayani suami yang ingin mencari

Ükenikmatan bersamanya dengan cara yang dibolehkan oleh Allah . Isteri berdosa

jika enggan melayaninya.

Ketentuan ini berlaku jika persetubuhan itu tidak mengakibatkan wujudnya

bahaya yang besar kepada isteri. Jika memang menimbulkan bahaya besar yang tidak

dapat ditanggungnya, maka isteri tidak berdosa jika menolaknya kerana memang
Ükeluar daripada batas kemampuannya. Sebab Allah
tidak membebani

seseorang di luar kemampuannya.

Dalam masalah seperti ini seharusnya wujud sikap saling memahami antara
suami isteri demi mencapai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti ini
tanpa menimbulkan bahaya ke atas salah satu pihak dari kedua-duanya.

ÜSuami juga boleh berusaha untuk menikahi wanita lain. Semoga Allah

memberi kemudahan padanya hingga dia mendapatkan wanita yang rela
dinikahi dengan biaya yang seminimum mungkin dan nafkah yang paling murah,
atau semoga sahaja ada orang yang bersedia membantunya mengatasi masalah ini.

152

Fatwa No. 30639

Isteri Tidak Mahu Bersetubuh Tanpa Sebab Adalah Berdosa Besar

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya isteri yang kadangkala menolak ajakan
bersetubuh suaminya, namun melakukan onani tanpa pengetahuan suami?

Fatwa: Pernikahan dibina atas dasar saling memahami, mencintai dan mengasihi.
Oleh yang demikian, seharusnya kedua-dua suami isteri menjadi penutup dan pakaian

Übagi pasangannya untuk mencegahnya daripada melihat perkara-perkara yang

diharamkan Allah .

Enggan diajak bersetubuh tanpa alasan syarie adalah salah satu dosa besar.

ÌDalam Ash-Sahihaini disebutkan bahawa Nabi bersabda, “Jika suami mengajak

isterinya untuk bersetubuh, tapi dia menolak, maka dia akan tetap dalam keadaan

dilaknati malaikat sampai tiba waktu pagi”.

ÌManakala suami harus berusaha membantu isteri agar taat dan berlaku baik

kepadanya. Nabi bersabda, “Orang yang paling baik di antara kalian adalah

Ìorang yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang paling baik
kepada isteriku di antara kalian.” Nabi juga bersabda, “Orang Mukmin yang

paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang

paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik kepada isterinya”. (Riwayat

At Tirmidzi)

Adapun jatuh dalam lembah kekejian onani adalah suatu bencana. Kerana onani
hukumnya haram dan pengharamannya semakin kuat ketika yang melakukannya
sudah bersuami.

Kami nasihatkan kepada wanita ini untuk menjauhkan diri daripada perbuatan
onani yang diharamkan kerana dapat menimbulkan bahaya pada agama, tubuh
ataupun jiwa. Hendaklah dia menyandarkan diri kepada suaminya dan jangan
mengganti kebaikan dengan keburukan.

153

Fatwa No. 31459

Pengabaian Salah Satu Pihak Tidak Boleh Dibalas Dengan Perbuatan Yang Sama
Oleh Pihak Lain

Pertanyaan: Suami saya tidak bekerja kerana setiap kali dia bekerja di suatu tempat,
dia akan dipecat kerana tidak komited dengan pekerjaannya. Kemudian dia berusaha
mencari pekerjaan yang lain, tetapi tidak bersungguh-sungguh sehingga tidak
membuahkan sebarang hasil. Oleh kerana itu saya terpaksa bekerja dan pekerjaan
saya ini sangat berat kerana saya harus memenuhi keperluan rumahtangga, anak-
anak dan juga dirinya. Pertanyaan saya adalah adakah jika saya mengurangi
membatasi) persetubuhan dengannya supaya dia sedar bahawa saya tidak suka
yang dia tidak bekerja, saya menjadi berdosa? Adakah saya wajib memberikan semua
haknya sementara dia tidak memberikan nafkah yang menjadi hak saya?

Fatwa: Kehidupan suami isteri dibina atas dasar saling mengasihi, menyayangi

dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Seharusnya masing-masing

berusaha membahagiakan pasangannya. Berdasarkan hal ini, agama Islam telah

Ümenetapkan hak dan kewajipan masing-masing. Dalam surah Al-Baqarah ayat 237,
setelah Allah menjelaskan tentang kewajipan mahar yang harus diberikan suami

kepada isterinya yang diceraikan namun belum disetubuhi, Dia berfirman,

Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada
takwa dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

(Al-Baqarah : 237)

Jika salah satu pihak mengabaikan hak pihak yang lain, maka dia harus
menanggung dosanya. Namun tidak selayaknya bagi pihak yang diabaikan haknya,

Ümembalas dengan mengabaikan hak pihak yang lain yang telah diwajibkan Allah

untuk dipenuhi. Jika hal ini tetap dilakukan, maka dia pun berdosa.

154

Oleh kerana itu, anda tidak boleh mengurangi hak-hak suami anda selama mana

anda berasa redha dengan keadaannya meskipun dia telah mensia-siakan kewajipan
Üyang dibebankan oleh Allah
kepadanya. Mengurangi hak salah satu pihak

di dalam masalah hubungan suami isteri itu kadangkala memberikan kesan negatif

yang tidak diduga sebelum itu di mana hal itu dapat mendorong suami lebih

cenderung kepada hal-hal haram. (Untuk mengetahui hak-hak isteri, baca juga fatwa

nombor 3698) (Muka surat: 24) Kami anjurkan pula kepada anda untuk selalu bersabar
Üatas dugaan ini. Ketahuilah bahawa Allah
tidak akan mengabaikan pahala

orang yang berbuat baik. Allah berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala
mereka dengan tidak terkira”.

(Az-Zumar : 10)

Fatwa No. 32102

Anda Tidak Boleh Menolak Ajakan Suami Anda Dengan Alasan Yang Tidak Jelas

Pertanyaan: Saya menikah sekitar tujuh bulan yang lalu dan sehingga saat ini
suami saya belum menyetubuhi saya. Alasannya kerana saya tidak mencintainya,
tetapi juga tidak membencinya. Dalam waktu yang sama, saya dapat hidup bersama
dengannya. Namun masalahnya adalah saya tidak dapat menjadi isteri yang dapat
disetubuhi oleh suami kerana takut pada persetubuhan kali pertama, takut pada
kehamilan dan takut untuk bersalin.

Mungkin ini adalah faktor masalah jiwa yang menakutkan, tetapi saya tidak
mampu mengatasinya. Apa yang lebih menyeksakan saya lagi adalah saya menganggap

Üdiri saya sebagai isteri yang tidak taat disebabkan ketakutan kepada Allah .

Untuk makluman, tempat suami saya jauh dari bandar dan saya sudah pergi ke sana
untuk menemuinya, namun gagal. Bulan depan saya akan pergi untuk menemuinya lagi
tetapi saya takut gagal lagi. Apakah pendapat Islam tentang sikap saya ini?

155

Fatwa: Anda tidak berhak menolak ajakan persetubuhan daripada suami anda
dengan alasan yang tidak jelas dan tidak dapat dipertanggungjawabkan secara
syarak mahupun kebiasaan yang berlaku. Semua wanita berhasil membina
kehidupan rumahtangga yang normal dan membentuk keluarga mulia yang
penuh kebahagiaan bersama suami mereka, tanpa peduli pada kekhuatiran dan
kebimbangan seperti ini yang mana menjadi penghalang kepada kejayaan anda dalam
mencapai kehidupan rumahtangga dengan cara yang wajar.

Untuk mengatasinya, kami anjurkan agar anda mendapatkan nasihat daripada
pakar psikologi. Semoga dengan bertemu dan berbicara langsung kepadanya dapat lebih
bermanfaat dan berguna buat diri anda untuk menghancurkan pelbagai kebimbangan
dan alasan yang menjadi hujah anda serta menunjukkan kepada anda jalan yang
benar sehingga dapat membawa anda mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
(Pertanyaan seumpama ini juga sudah dijawab dalam fatwa nombor 14777)
(Muka surat: 246)

156

Fatwa No. 33054

Jika Hanya Sementara, Anda Boleh Menolaknya Sehingga Anda Sembuh

Pertanyaan: Seorang isteri amat suka melakukan persetubuhan sehingga terjadi sesuatu
yang membahayakan suami. Adakah suami yang ingin meninggalkan kegiatan
persetubuhan untuk sementara waktu sehingga dia sembuh boleh memarahi isterinya?

Fatwa: Di antara hak isteri yang paling asas atas suaminya adalah disetubuhi secara
baik. Para ulamak berbeza pendapat tentang persetubuhan yang wajib. Ada yang
berpendapat, suami wajib menyetubuhi isterinya setiap empat bulan sekali. Ada pula
yang berpendapat hal itu bergantung pada keperluan isteri dan kemampuan suami,
seperti halnya suami yang memberi makan kepada isterinya di mana hal ini bergantung
pada keperluan isteri dan kemampuan suami, dan inilah pendapat yang paling
sahih seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Taimiyah. Maksudnya, dalam memenuhi
keperluan batin isteri hendaklah disesuaikan dengan kemampuan suami dan tanpa
mengakibatkan bahaya pada dirinya sendiri. Jika suami menolaknya untuk sementara
waktu sehingga dia sembuh, maka perbuatan itu dibolehkan.

Fatwa No. 34857

Jangan Menolak Untuk Bersetubuh Kecuali Dengan Alasan Yang Dibenarkan Syarak

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya jika isteri tidak mahu disetubuhi suaminya
kerana terdapat suatu masalah? Di sisi lain saya tahu bahawa wanita yang derhaka
kepada suaminya akan dilaknat oleh malaikat? Jadi, di manakah hak wanita?

Fatwa: Selama mana anda sudah tahu bahawa isteri tidak boleh menolak ajakan

bersetubuh suaminya dan dia akan dilaknat malaikat ketika suami marah kepadanya,
Ümaka tidak ada jalan lain bagi anda selain melaksanakan perintah Allah
dan

menjauhi sesuatu yang boleh menyebabkan suami marah kepada anda. Tujuan ilmu

pengetahuan bukanlah untuk diketahui semata-mata, tetapi juga diamalkan. Jika

tidak, maka ilmu tersebut akan menjadi hujah yang merugikan pemiliknya. Namun

di sini kami juga ingin mengingatkan bahawa kewajipan taat kepada suami ada

batasannya iaitu selama mana suami tidak memerintahkan perbuatan maksiat atau

tidak baik. Oleh kerana itu, jika isteri menolak bersetubuh kerana adanya alasan syarie

seperti sedang haid, puasa wajib atau sedang sakit di mana persetubuhan akan

157

menyebabkan penyakitnya semakin parah serta pelbagai alasan syarie yang lain, maka
dalam situasi seperti ini dia tidak berdosa.
Fatwa No. 36645
Isteri Menolak Ajakan Suami Untuk Bersetubuh Kerana Takut
Pertanyaan: Saya sudah menikah selama empat tahun tetapi tidak boleh
menyetubuhi isteri saya kerana dia takut. Kami juga sudah mendapatkan nasihat doktor
namun tiada sebarang hasil. Apakah yang harus saya lakukan?
Fatwa: Isteri wajib membiarkan suaminya mendekati dirinya jika syarat dan rukun
akad nikah telah dipenuhi kecuali jika ada sebahagian mahar yang belum dibayar.
Jika ini yang terjadi, isteri berhak menolak ajakan bersetubuh suaminya sehingga suami
menyerahkan baki mahar. Jika yang terjadi bukan kerana ini, maka isteri tidak berhak
menolak suaminya untuk mendekatinya.
Jika penolakan ini disebabkan isteri membenci suaminya, maka isteri wajib
berpaling daripada apa yang dilakukannya dan patuh pada perintah dan permintaan
suami selama mana apa yang diminta adalah perkara yang mubah (diharuskan). Jika
isteri tetap sahaja tidak dapat hidup bersama suaminya, maka dia boleh meminta
cerai atau khuluk demi menghindarkan diri daripada terjerumus dalam perbuatan yang
diharamkan iaitu membangkang suaminya dengan tidak memberikan salah satu haknya
yang wajib.

158

Manakala jika penolakan isteri bukan berdasarkan pada kebenciannya pada
suami, tetapi hanya kerana enggan, maka ini adalah petanda wujudnya suatu penyakit
yang menimpa dirinya dan semua penyakit pasti ada ubatnya. Jika penyakit itu
berupa rasa takut, maka suami harus menggunakan strategi untuk menghilangkan
rasa takut ini. Jika ternyata isteri terkena sihir atau guna-guna, maka suami
boleh mengatasinya dengan meminta bantuan kepada orang yang mengamalkan
rawatan dengan Al-Quran (ruqyah). Semoga anda dapat mengatasinya.

Fatwa No. 37042

Hukum Isteri Yang Menolak Untuk Bersetubuh Kerana Berasa Kesakitan

Pertanyaan: Ketika isteri berasa kesakitan ketika bersetubuh, lalu dia
memberitahukannya kepada suami, namun suami tidak berusaha mengubatinya
sehingga isteri menolak untuk bersetubuh, bagaimanakah pendapat agama tentang
masalah ini?

Fatwa: Jika rasa sakit ini adalah rasa sakit biasa, maka isteri tidak boleh menolak
ketika diajak bersetubuh oleh suaminya. Jika menolak, maka ancaman berat

Ìyang telah dijelaskan Nabi . Jika rasa sakit ini bukan sakit yang biasa di mana

dia tidak dapat menanggungnya, maka dia boleh menolak ajakan suami untuk
bersetubuh. Tapi dia tidak boleh menolak suami yang mencari kenikmatan daripada
tubuhnya, sebab yang dimaksudkan mencari kenikmatan dengan isteri itu lebih bersifat
umum berbanding daripada hanya melakukan persetubuhan semata-mata, jadi harus
dibezakan. (Lihat fatwa nombor 14121) (Muka surat: 151)

159

Fatwa No. 48178

Haram Bagi Isteri Menolak Bersetubuh Tanpa Uzur Syarie

Pertanyaan: Ayah dan ibu saya menikah sejak 30 tahun yang lalu. Namun kira-kira
4 tahun kebelakangan ini, muncul berbagai-bagai perselisihan faham di antara
mereka berdua. Setelah diselidiki, saya tahu bahawa masalah asasnya (sebagaimana
yang diisyaratkan ibu kepada saya) adalah ibu tidak mampu lagi bersetubuh
dengan ayah kerana ibu sudah tidak lagi merasai kenikmatan bersetubuh dengan
ayah. Ibu telah mengalami menopause. Namun ayah tidak boleh menerima
keadaan ini. Dia tetap ingin tidur bersama ibu (bersetubuh) setiap hari, sedangkan ibu
sudah tidak boleh melakukannya. Akhirnya muncul pelbagai permasalahan di antara
kedua-duanya. Ayah mengeluarkan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh
adik beradik perempuan saya dan juga saya sendiri sebagai lelaki. Dalam banyak hal,
ibu saya tidak mahu mendengarkan kata-kata ayah dan ketika ini ibu saya berada
di rumah keluarganya. Maka apakah penyelesaiannya bagi masalah ini?

Fatwa: Sudah jelas bahawa isteri yang menolak permintaan suami untuk bersetubuh

bererti telah melakukan maksiat yang sangat berbahaya yang harus dijauhi. Hal ini
äberdasarkan pada hadith Riwayat Ash-Sahihain daripada Abu Hurairah
ÌNabi bahawa

bersabda, “Jika suami memangggil isterinya ke atas katil, tetapi isterinya

menolak, maka jika sepanjang malam itu suami berasa marah kepadanya maka

malaikat pun akan melaknat si isteri sampai pagi”.

Ini berlaku jika wanita tidak mempunyai uzur syarie, seperti puasa wajib, sedang
sakit dan yang seumpama dengannya. Dalam mensyarah hadith ini, Imam
An-Nawawi berkata, “Hadith ini menjadi dalil bahawa isteri tidak boleh menolak
ajakan suaminya untuk bersetubuh tanpa adanya uzur syarie dan haid tidak boleh
menjadi uzur syarie yang boleh dijadikan alasan bagi isteri untuk menolak ajakan suami,
sebab suami masih berhak mencari kenikmatan daripada isterinya dengan menutup
terlebih dahulu kawasan antara lutut dan pusat isteri dengan kain sarung secara ketat”.

Berdasarkan hal ini, anda harus menasihati ibu anda dan memberitahu kepadanya
bahawa dia harus menerima ajakan bersetubuh suaminya. Jika tidak, dia dihukumi telah
melakukan maksiat. Adapun yang berkaitan dengan masalah dia tidak mempunyai
hasrat lagi untuk bersetubuh, maka situasi ini tidak dianggap sebagai hujjah syariiyyah.
Tindakannya yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya juga dianggap sebagai
perbuatan maksiat lain yang mengharuskannya bertaubat.

160

Fatwa No. 49564
Haid Bukan Halangan Untuk Mencari Kenikmatan, Tetapi.....
Pertanyaan: Saya sudah menikah dan ketika ini isteri saya sedang haid. Dia tidak
membenarkan saya mendekatinya dan jika saya mendekatinya, dia ketakutan dan ini
menyebabkan saya marah. Untuk makluman, dia sangat mencintai saya, namun dia
tidak rela dirinya didekati ketika waktu ini. Jadi apakah yang harus saya lakukan agar
saya boleh menyedarkannya?
Fatwa: Isteri wajib mentaati suaminya ketika suami ingin mencari kenikmatan
dengannya selama mana perkara itu dilakukan bukan pada dua tempat iaitu pada

Ìdubur secara umum dan pada faraj ketika isteri sedang haid atau nifas. Perkara ini

berdasarkan pada sabda Nabi , “Ketika suami mengajak isterinya ke atas katil
(bersetubuh), namun isteri menolak, lalu malam itu suami marah kepadanya, maka
malaikat pun akan melaknatnya sampai pagi”. (Muttafaq alaihi)
Dalam menjelaskan hadith ini Imam An-Nawawi berkata, “Hadith ini menjadi dalil
bahawa isteri tidak boleh menolak ajakan suaminya tanpa ada alasan syarie dan
haid tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ajakan tersebut kerana suami
mempunyai hak untuk mencari kenikmatan daripada isterinya dengan menutupi terlebih
dahulu kawasan antara pusat dan lutut isteri dengan kain sarung secara ketat.”

161

ÌKeharusan ini juga berdasarkan pada hadith Riwayat Muslim daripada Maimunah,

dia berkata, “Nabi menggauli isteri-isterinya di atas penutup kain sarung ketika
mereka sedang haid”. Dengan dalil ini, maka hukum syarak dalam masalah ini sudah
jelas. Anda harus menyedarkan isteri anda dan mengingatkannya bahawa
penolakannya terhadap ajakan anda adalah perbuatan dosa besar yang mana dia
harus berhati-hati terhadapnya.

Anda juga harus menjaga keadaan isteri anda, jangan sampai anda menyakitinya,

Ìseperti mengajaknya bersetubuh ketika dia belum bersedia akibat wujudnya

perselisihan faham antara suami isteri sebelum itu. Nabi menyuruh para sahabatnya

untuk tidak menyetubuhi isteri mereka ketika isteri berkemungkinan dalam keadaan
älupa dan belum bersedia. Dalam Ash-Sahihain daripada hadith Jabir
ÌNabi bahawa

bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian pulang pada waktu

malam, janganlah mendatangi isterinya secara tiba-tiba sehingga dia mencukur bulu

kemaluannya dan merapikan rambutnya terlebih dahulu”.

Fatwa No. 49747

Isteri Tidak Boleh Bersumpah Untuk Tidak Disentuh Oleh Suaminya

Pertanyaan: Adakah isteri boleh bersumpah ke atas suaminya untuk tidak menyentuhnya?

Fatwa: Isteri tidak boleh mencegah suaminya untuk menyentuhnya, sebab Allah

Ü menghalalkan suami mencari kenikmatan dengan isterinya pada setiap waktu,

selain wathi (memasukkan zakar) pada faraj ketika sedang haid atau nifas, atau

Ümendatangi dubur isteri. Ini berdasarkan pada firman Allah ,

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.

(Al-Baqarah : 223)

162

ÌIsteri harus mentaati suaminya ketika diajak ke ranjang dan mencari kenikmatan

yang dibolehkan dengan berdasarkan sabda Nabi , “Ketika suami mengajak
isterinya ke atas katil (bersetubuh), tetapi isteri menolak, lalu malam itu suami
marah kepadanya, maka malaikat pun akan melaknatnya sampai pagi”. (Muttafaq alaihi)

Dalam menjelaskan hadith ini Imam An-Nawawi berkata, “Hadith ini menjadi dalil
bahawa isteri tidak boleh menolak ajakan suaminya tanpa ada alasan syarie dan haid
tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ajakan tersebut kerana suami mempunyai
hak untuk mencari kesenangan daripada isterinya dengan menutupi terlebih dahulu
kawasan antara pusat dan lutut isteri dengan kain sarung secara ketat.”

Berdasarkan hal ini, jika isteri bersumpah agar suaminya tidak menyentuhnya,

maka dia bersumpah atas perbuatan maksiat. Isteri harus mampu menguasai
Ìdirinya dan membayar kafarah atas sumpahnya itu kerana Nabi
bersabda,

“Jika salah seorang daripada kalian bersumpah, lalu melihat sesuatu yang

lain lebih baik daripada yang disumpahinya itu, maka bayarlah sumpah itu dengan

kafarah dan kerjakanlah yang lebih baik itu”. (Muttafaq alaihi)

Fatwa No. 55755

Meninggal Dunianya Saudara Tidak Boleh Dijadikan Alasan Untuk Menolak Bersetubuh

Pertanyaan: Berapa lamakah had waktu tidak boleh menyetubuhi isteri yang
mengalami kematian saudara lelakinya yang berusia 40 tahun?

Fatwa: Suami boleh menyetubuhi isterinya pada bila-bila masa selama mana
bukan pada waktu yang dilarang syarak, seperti ketika haid, nifas atau pada waktu
siang bulan Ramadhan di mana salah seorang atau kedua-duanya berpuasa,
atau ketika memakai pakaian ihram untuk haji atau umrah.

Selain waktu-waktu ini, tidak ada lagi penghalang bagi suami isteri untuk
bersetubuh, seperti waktu meninggal dunianya orang tua, saudara ataupun
kerabat. Berdasarkan hal ini, seorang isteri berdosa jika menolak diajak bersetubuh
oleh suaminya dengan alasan orang tua atau saudaranya baru meninggal dunia.

163

Fatwa No. 55874

Hukum Isteri Yang Menolak Bersetubuh Kerana Sakit

Pertanyaan: Usia saya ialah 26 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan.
Saya terkena penyakit kanser rahim hingga terpaksa dibedah. Masalah saya sekarang
adalah saya mempunyai tumor di bahagian kanan ovari dan pada bahagian kiri
pundi kencing, serta paru-paru berair sehingga ketika bersetubuh saya berasa sangat
sakit. Namun ketika diperiksa tidak ditemui punca rasa sakit ini. Saya sendiri sudah tidak
mempunyai keinginan untuk bersetubuh, sedangkan suami saya seorang pemuda yang
ingin menjalani hidupnya secara normal. Bagaimanakah pendapat agama tentang
perkara ini?

ÜFatwa: Semoga Allah segera menyembuhkan penyakit anda dan

menjadikannya sebagai penghapus dosa anda dan pengangkat darjat anda.

Pendapat kami adalah seperti berikut:-

Pertama, suami anda harus memahami situasi ini dan berusaha bersama anda
mencari ubatnya, sebab setiap penyakit ada ubatnya.

Kedua, jika rasa sakit ini tidak boleh anda tahan atau persetubuhan ini

menimbulkan bahaya pada diri anda, maka daripada sudut

pandangan syarak anda boleh menolak ajakan bersetubuh.
ÜSebab Allah
tidak membebani seseorang

kecuali sesuai dengan kemampuannya, dan

tidak boleh ada perbuatan bahaya dan

membahayakan.

Ketiga, daripada kenyataan anda, kami
melihat bahawa anda memahami
keadaan suami. Dia perlu
menjalani kehidupannya secara
normal, apatah lagi dia
masih muda.

164

Perasaan anda ini dapat membantu kestabilan dan keberlangsungan
hidup berumahtangga. Jika anda melihat suami anda ingin menikah lagi, jangan
dilarang. Jadikanlah diri anda sebagai pembantunya di dalam menjaga kemaluannya.
Boleh jadi ketika dia berasa kekurangan sesuatu ketika bersama anda, dia
akan pergi ke tempat lain untuk menunaikan hajatnya dengan cara yang haram,
kecuali jika dia mempunyai agama yang kuat yang boleh mencegahnya
melakukan hal seperti itu. Dia boleh sahaja menceraikan anda untuk menikah dengan
wanita lain. Oleh kerana itu, kehidupan anda bersama kewujudan madu anda itu
lebih baik daripada kehidupan anda tanpa suami.

Fatwa No. 57304

Isteri Tidak Boleh Mengelak Ketika Berasa Bahawa Suaminya Menginginkan Dirinya

Pertanyaan: Kadangkala saya berasa suami saya ingin menyetubuhi saya, boleh
jadi perasaan saya ini salah dan boleh jadi juga benar. Pertanyaannya ialah jika saya
menghindarkan diri darinya, adakah perbuatan itu haram? Ada pelbagai masalah
rumahtangga di antara kami, apakah doa yang boleh meringankan masalah-masalah
tersebut?

Fatwa: Haram bagi isteri menolak ajakan bersetubuh ketika suami menginginkannya.

Dia juga tidak boleh menghindari atau meninggalkan tempat tidurnya. Sebab

malaikat akan terus melaknatnya hingga dia kembali lagi pada suaminya
Ìsebagaimana yang dipetik di dalam Ash-Sahihain bahawa Nabi
bersabda,

“Jika isteri terus-menerus meninggalkan katil suaminya, maka malaikat akan terus

melaknatnya hingga dia kembali”. Adanya laknat di sini kerana perbuatan tersebut

termasuk dosa besar. Maklum balas isteri yang memenuhi ajakan bersetubuh

suaminya adalah hak terbesar suami atas dirinya. Seorang isteri belum
Üdianggap telah memenuhi semua hak Allah
kecuali jika dia telah memenuhi
Ìhak suaminya, sebagaimana sabda Nabi , “Seorang wanita tidak dianggap telah
Ümemenuhi hak Allah atas dirinya hingga dia memenuhi hak suaminya atas dirinya.

Meskipun ketika suami mengajak dirinya, dia sedang berada di atas unta, dia wajib

memberikan dirinya kepada suaminya”. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

165

Kami nasihatkan kepada anda untuk taat kepada suami dan menerima ajakannya
ketika dia ingin menyetubuhi anda atau ketika anda berasa bahawa dia memerlukan
anda. Mungkin ini boleh menjadi kunci penyelesaian masalah yang terjadi di antara
kalian. Sebab banyak sekali masalah keluarga yang timbul oleh kerana tidak wujudnya
rasa senang kedua-dua belah pihak atau salah seorang daripadanya dalam masalah
kasih sayang dan seks.

Tidak ada doa khusus yang dapat meringankan masalah keluarga. Namun
Üseorang Muslim wajib meminta perlindungan kepada Allah
pada setiap waktu

dan situasi, berdoa kepada-Nya dengan doa yang disesuaikan dengan masalah

yang menimpa anda. Dengan berdoa kepadaNya, anda harus memohon agar

didamaikan dengan suami anda dan diberi kekuatan untuk dapat memikul beban

dan masalah hidup sambil mencurahkan segala kemampuan untuk menyelesaikan

masalah keluarga yang ada dengan sikap saling memahami, berbincang dengan

fikiran yang tenang, kedua-dua belah pihak rela melepaskan sebahagian haknya,

bertoleransi dan jangan berkonfrontasi. Sebelum melakukan semua perkara-perkara

itu, taat dan bertakwalah kepadaNya kerana Dia berjanji memberikan kehidupan

Üyang baik kepada kaum lelaki dan wanita yang beramal soleh. Allah berfirman,

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan
sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih
daripada apa yang mereka telah kerjakan”.

(An-Nahl : 97)

166

Fatwa No. 58042

Pandangan Syarak Tentang Isteri Yang Menolak Ajakan Suami Untuk Bersetubuh

Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki yang berusia 35 tahun dan sudah menikah
sejak 10 tahun lalu. Saya berpendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Kejuruteraan Elektronik dan bekerja sebagai juruteknik alat-alat perubatan yang juga
sejak 10 tahun yang lalu. Saya dididik di dalam persekitaran keluarga yang taat
beragama. Saya masih ingat, diri saya sudah mula menunaikan solat sejak dari sekolah
rendah dan tidak meninggalkan bulan Ramadhan tanpa berpuasa, tetapi ketika
ini saya tidak melaksanakan solat. Dalam hidup saya, saya tidak pernah menjalinkan
hubungan dengan wanita, sama ada ketika di sekolah menengah atau di universiti
sekalipun, sehinggakan ketika waktu kuliah saya tidak pernah menyapa pelajar
perempuan dengan ucapan “Selamat pagi”.

Ini disebabkan saya berkeyakinan ucapan itu dan yang seumpama dengannya
adalah kunci awal daripada segala perbualan yang boleh berlanjutan kepada suatu
hubungan, dan saya sangat takut pada hal seperti itu. Apatah lagi ayah saya selalu
berpesan kepada saya, “Lelaki yang merendahkan wanita suatu saat nanti akan
direndahkan. Dan kamu, wahai anakku, suatu saat akan menikah dan mempunyai anak
perempuan. Orang akan memperlakukan anak perempuanmu seperti apa yang telah
kamu lakukan pada anak perempuan orang”. Sebenarnya ketika zaman belajar, saya
tertarik pada perempuan dan melakukan onani, tetapi tidak selalu kerana saya tidak suka
berada dalam keadaan junub, sedangkan saya harus segera bersolat.

Dengan latar belakang seperti ini, maka ketika saya lulus daripada universiti,
saya minta ayah saya untuk menikahkan saya, jika tidak, maka saya akan melakukan
perbuatan yang menyimpang. Oleh kerana keluarga saya kaya, poket saya selalu
penuh dengan duit dan saya memakai kereta keluaran terbaru. Oleh kerana itu juga
saya takut melakukan perbuatan yang menyimpang. Dan ternyata, sebagaimana
biasanya, ayah saya terus memenuhi permintaan saya. Ibu saya mula mencari jodoh
untuk saya daripada kalangan kaum kerabat dan akhirnya saya menikah dengan gadis
yang lebih muda 10 tahun daripada saya.

Ketika itu, usia saya ialah 26 dan dia berusia 16 tahun. Kami pun menikah dan
dari sinilah masalah saya bermula. Saya tidak dapat menyetubuhinya kecuali setelah
empat hari mengalami penderitaan. Saya bertarung dengan masalah yang mana
sehingga saat ini masih saya alaminya, iaitu isteri saya membenci persetubuhan

167

sehingga pada tahap yang tidak boleh dipercayai, dan pada seusia ini saya
masih melakukan onani sedangkan sudah menikah sejak 10 tahun lalu. Dapatkah
tuan membayangkan keadaan yang saya alami ini? Saya tidak boleh bersetubuh
dengannya kecuali hanya sekali dalam sebulan, iaitu langsung setelah haidnya berakhir
kerana takut kami akan mempunyai anak, sebagaimana yang dikemukakannya.

Sedangkan dia tidak menyukai hubungan ini, bahkan membencinya. Sebab dia
mengatakan kepada saya bahawa dia berasa dirinya kotor dan sudah tentu berasa
jijik sekali setelah melakukan persetubuhan sehingga terus ke bilik mandi untuk
mandi dan membersihkan kesan-kesannya.

Hari demi hari saya pun menjadi benci melakukan persetubuhan bersama
dengannya dan sedikit demi sedikit saya mula mendengarkan lagu-lagu barat,
menonton filem dan melayari laman-laman lucah di internet demi untuk melakukan
onani. Dan akhir-nya saya melakukan onani hampir setiap hari dan meninggalkan
solat sejak kira-kira 5 tahun lalu. Sejak masa awal pernikahan kami, saya sudah berfikir
untuk menceraikannya, tetapi saya tidak melakukannya kerana takut pada keluarga
saya, status sosial saya dan dapat memberikan keaiban kepadanya, sedangkan dia
gadis yang sangat ramah, cantik, berakhlak baik dan taat beragama. Pokoknya, segala
sifat yang baik ada padanya.

Sejak beberapa waktu lalu saya mengenali seorang gadis di tempat kerja yang
sejak daripada awal saya berasa tertarik kepadanya. Dari situ saya pun mencintainya
dan saya beranikan diri untuk mengatakan hal itu kepadanya. Ternyata gayung
bersambut, dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan saya. Keadaan
pun terus berubah dengan cepat. Hidup saya diisi dengan rasa cinta, rindu dan
sebagainya. Tentu sahaja isteri saya tidak tahu tentang hal ini.

168

ÜSejak 10 tahun lalu saya memohon kepada
Allah agar mengambilnya

(isteri saya) ke sisiNya dan membiarkan

diri saya dapat hidup dengan tenang

darinya. Untuk makluman, saya

mempunyai tiga orang anak

daripada isteri saya dan

dia menyayangi saya. Tetapi

Üsebenarnya saya meminta
agar
kepada Allah

boleh bebas daripada

dirinya kerana saya sangat

ingin melakukan persetubuhan

dengan cara yang wajar sehingga saya

dapat kembali lagi pada kehidupan normal

saya dan kembali melaksanakan solat,

Insya Allah, dan tidak hanyut lebih dalam

lagi oleh arus ini kerana

dapat mengheret saya ke dunia maksiat yang tentu sahaja
sangat mudah sekali.

Saya tidak mempunyai keberanian untuk menceraikannya kerana bimbang pada
kemaslahatan (manfaat) anak-anak saya di samping kedudukan keluarga saya dan
keluarganya di mata masyarakat. Sebab keluarga kami bersahabat rapat sehingga
saya dan adik beradik lelakinya pun berkerja bersama-sama. Keadaan ini
membuatkan diri saya tidak boleh untuk menikah lagi dengan orang lain.

Pernah juga syaitan membisikkan pada diri saya untuk membunuhnya, namun saya
Ümemohon perlindungan kepada Allah
daripada perbuatan itu. Ketika ini saya

berharap supaya dia meninggal dunia agar saya boleh hidup tenang atau saya yang

mati, kerana inilah cara saya boleh membebaskan diri darinya. Saya menyibukkan

diri dengan pekerjaan sepanjang hari sehingga saya tidak boleh merasakan hidup

sebagai pasangan suami isteri dengannya. Sebab setiap kali saya ingin hidup seperti

selayaknya kehidupan pasangan suami-isteri bersama dengannya, setiap kali itu

juga saya tidak boleh melakukan sesuatu sesuai dengan keinginan saya. Ketika saya

menghulurkan tangan ke tubuhnya, dia menolaknya dan mengangkat tangannya dari

saya.

169

Penolakannya ini membuatkan saya sangat emosi, manakala dia berkata
kepada saya, “Awak tidak boleh membiarkan kita duduk bersama tanpa
menghulurkan tangan awak. Tidak cukupkah dengan ciuman sahaja?” Namun saya
sering tidak boleh melakukannya, apatah lagi dia begitu cantik. Oleh kerana itulah
saya menjadi emosi dan saya berasa rendah diri kerana perbuatan yang sejak
awal lagi saya sudah tahu risikonya sehingga lebih baik saya tidak melakukannya
(tapi kadangkala saya tidak boleh menghindarinya). Sebab berdasarkan pengalaman,
saya tahu apa yang akan dia lakukan dan bagaimana dia menolak saya.
Saya memohon bantuan. Terima kasih.

Fatwa: Pertama, kami ingin mengatakan bahawa anda harus mengajari isteri
dan memberikan penerangan agama kepadanya tentang kewajipan isteri
memenuhi ajakan suami untuk bersetubuh dan pengharaman menolak ajakan
tersebut. Kedua, suami seharusnya berupaya mengubah imej isterinya yang salah
tentang persetubuhan suami isteri. Persetubuhan antara suami isteri bukanlah sesuatu
perbuatan kotor dan tercela. Para nabi sekali pun yang menjadi makhluk paling suci dan

Ümulia juga mempunyai isteri dan anak, sebagaimana difirmankan Allah ,

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu dan Kami
jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan”.

(Ar-Ra’d : 38)

Imam Al-Qurthubi berkata, “Maksudnya, ‘”Kami jadikan mereka sebagai manusia

Üyang dapat menunaikan syahwat dunia yang dihalalkan Allah . Jadi yang bersifat

khusus adalah hanya dalam wahyu sahaja. Inilah sunah para nabi, sebagaimana

Ìdifirmankan dalam ayat ini. Sedangkan dalam hadith, sunah ini diisyaratkan
secara maknawi. Nabi bersabda, “Menikahlah, sesungguhnya aku merasa

bangga dengan jumlah kalian yang ramai”. (Al-Hadith)

ÌDalam tafsir surah Ali Imran sebelum itu disebutkan bahawa Nabi

bersabda, “Barangsiapa yang menikah, maka dia telah menyempurnakan setengah

Üagamanya dan untuk yang setengahnya lagi, bertakwalah pada Allah . Ini

170

ertinya pernikahan dapat menjaga kesucian diri seseorang daripada penzinaan, dan
Ìkesucian diri adalah salah satu dari dua keadaan yang dijamin Nabi akan masuk
Üsyurga. Baginda bersabda, “Barangsiapa yang dijaga Allah
daripada salah satu

daripada dua keburukan, maka dia akan masuk syurga. Iaitu daripada keburukan

lisan dan farajnya”. (Riwayat Malik dalam Al-Muwatha dan yang lain)

äDalam Sahih Bukhari daripada Anas , beliau berkata, “Ada tiga orang
Ìmendatangi para isteri Nabi
untuk menanyakan tentang ibadah baginda.

Ketika diberitahu, seakan-akan mereka menganggap ibadahnya sedikit. Mereka
Ì Überkata, “Mana boleh kita dibandingkan dengan Nabi . Allah
telah

mengampuni dosanya yang telah lalu dan yang akan datang”. Salah seorang daripada

mereka berkata, “Sesungguhnya, aku akan solat sepanjang malam untuk selama-

lamanya”. Seorang yang lain berkata, “Aku akan puasa dahr (puasa sepanjang

tahun) dan tidak berbuka”. Seorang lagi berkata, “Aku akan menghindari
Ìdaripada wanita dan tidak akan menikah”. Lalu Nabi
mendatangi mereka
Üsambil bertanya, “Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu? Demi Allah ,
Üaku adalah orang yang paling takut dan bertakwa kepada Allah
dibandingkan

kalian, tetapi aku juga puasa, berbuka, solat, tidur dan menikahi wanita. Barangsiapa

yang membenci sunahku, maka dia bukan umatku”.

ÌDalam Sahih Bukhari daripada Sahl bin Saad daripada Nabi , baginda

bersabda, “Barangsiapa yang memberi jaminan kepadaku dapat menjaga lidah

dan kemaluannya, maka aku akan memberi jaminan syurga baginya”.

171

ÜKeinginan bersetubuh adalah fitrah yang diciptakan Allah kepada sebahagian

besar manusia, bahkan kepada binatang sekalipun, untuk menjaga keturunan dan

jenisnya masing-masing. Siapa sahaja yang menolak dan meninggalkannya, mungkin

sahaja sedang sakit. Kerana itu, anda harus berusaha mencarikan ubat dan mengubati

Üisteri anda. Sebab setiap penyakit ada ubatnya. Allah tidak menurunkan penyakit

kecuali Dia juga menurunkan ubatnya.

Boleh jadi juga punca dia mengelak adalah faktor yang ada pada diri anda atau
kerana cara anda dalam bersetubuh. Maka seharusnya kalian berdua saling
berterus-terang untuk mencari punca mengapa dia tidak mempunyai hasrat untuk
bersetubuh. Kami sarankan anda untuk mempelajari seni bersetubuh dan membangkitkan
ghairah wanita. Kaedah ini ada beberapa cara yang dapat anda temui dalam
sebahagian buku atau laman sesawang yang bermanfaat.

Seterusnya, ketika anda meninggalkan solat bererti anda telah membantu syaitan
untuk menguasai diri anda dan menjauhkan anda daripada jalan kebahagiaan

Üdan kehidupan yang baik. Anda telah memutuskan hubungan anda dengan

Allah yang hanya di tanganNya lah nasib anda berada dan di tanganNya pula
tergantung kebaikan anda dan kebaikan isteri anda. Jadi salahkanlah diri anda sendiri.

ÜSegera tunaikan solat dan bertaubat kepada Allah atas solat yang anda

tinggalkan. Sebab meninggalkan solat adalah masalah yang sangat berbahaya.

Bertaubatlah daripada melihat gambar-gambar wanita dalam filem dan laman-

laman lucah, sebab perbuatan ini dilarang. Anda juga harus memutuskan

hubungan anda dengan wanita ajnabi (bukan isterinya) kerana hubungan

seperti ini tidak halal. Jika anda menginginkannya dengan cara yang dihalalkan

ÜAllah iaitu pernikahan, sementara dia mempunyai agama dan akhlak yang baik,
Ümaka nikahilah dia. Allah telah menghalalkan seorang lelaki menikahi dua, tiga atau

empat orang wanita. Jika anda takut terheret dalam fitnah sedangkan anda mampu

untuk menikah lagi, maka jangan ragu-ragu untuk menikah buat kali kedua. Inilah

penyelesaian syariiyah yang diperuntukkan bagi orang-orang seperti diri anda.

172

Janganlah anda berbincang tentang masalah ini kepada sesiapa pun. Hati-

hatilah dengan godaan syaitan yang dapat merosakkan agama dan dunia anda.

Daripada kata-kata anda bahawa “syaitan membisikkan kepada saya untuk

membunuhnya” kami telah mengenal pasti bahawa diri anda telah dipengaruhi

oleh syaitan. Waspadalah terhadap bisikannya dan ikutilah jalan yang dihalalkan
ÜAllah
bagi diri anda kerana yang halal itu pun sudah cukup. Kami memohon
Ükepada Allah
agar mengembalikan anda pada agama dan mengerjakan solat,

memberikan kebaikan pada anda dan isteri anda dan mencukupkan anda dengan

rezeki yang halal. Dialah Zat yang Maha Mendengar dan Maha Dekat.

Fatwa No. 61183

Isteri Meninggalkan Katil Suami Kerana Keletihan

Pertanyaan: Suami saya marah kepada saya selama tiga hari kerana saya
menolak permintaannya untuk bersetubuh. Saya sudah katakan kepadanya bahawa
pada malam hari saya berasa letih, dan kami dapat melakukannya pada pagi hari.
Apakah yang harus saya lakukan? Perlu diketahui bahawa dia masih berbicara kepada
saya namun menolak melakukan hubungan meskipun hanya disentuh.

Fatwa: Di antara hak suami yang paling besar ke atas isterinya adalah isteri
mentaatinya ketika dia mengajak bersetubuh. Jika isteri menolak, dia berdosa. (Lihat
penjelasannya pada fatwa nombor 9572) (Muka surat:149). Tetapi jika isteri sakit atau
dalam keadaan kesulitan sehingga tidak boleh memenuhi permintaan suaminya, dia
tidak berdosa. Dalam situasi seperti ini, suami harus memahami dan menerimanya.

173

Jadi jika anda mampu memenuhi permintaannya tetapi tidak menerimanya,
anda berdosa. Anda harus bertaubat dan beristighfar. Secara umum, berusahalah
meminta maaf dan redhanya. Suami juga harus tahu bahawa dalam kehidupan suami
isteri ada kesalahan dan kekhilafan yang harus dihadapi dengan penuh kesabaran.
Dia harus membandingkan jika keadaan ini terjadi pada dirinya. Sudah jelas bahawa
kadangkala ada ketikanya di mana seseorang itu tidak mempunyai keinginan untuk
bersetubuh kerana sakit atau sebab yang lain.

Fatwa No. 61722

Hukum Isteri Yang Enggan Bersetubuh Sepanjang Tempoh Pengambilan Keputusan
Antara Cerai Atau Tidak

Pertanyaan: Saya seorang wanita yang sudah menikah sejak 5 tahun lalu dan
selalu berselisih dengan suami saya sehingga akhirnya saya berfikir untuk bercerai.
Sehingga saya mengambil keputusan ini, hubungan saya dengan suami terhenti sama
sekali selama sebulan ini walaupun kami masih tinggal sebumbung kerana kami berada
jauh dari negeri kami. Pertanyaan saya ialah adakah solat saya tidak diterima sehingga
suami redha kepada saya? Untuk makluman, kami selalu berselisih faham.

Fatwa: Sepatutnya anda harus tahu bahawa kehidupan berrumahtangga
kebanyakkannya tidak sunyi daripada masalah. Kerana inilah, ketika timbulnya
masalah, seharusnya kedua-dua belah pihak berusaha menyelesaikannya
dengan berbincang secara tenang, jauh daripada sikap saling mencela dan
mempertahankan pendapat masing-masing tanpa mahu mengalah sedikit pun. Bahkan
alangkah lebih baik lagi jika masing-masing mahu melihat hak pasangannya untuk

Üditunaikan dengan baik. Allah berfirman,

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

174

Dia juga berfirman,

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak).

(Al-Baqarah : 228)

Jika pasangan suami isteri menghayati perkara ini dan menerapkannya, maka
perselisihan faham antara kedua-duanya sudah pasti akan berkurangan dan berakhir.
Sedangkan jika kedua-duanya tidak mampu memahaminya, maka perselisihan
di antara mereka akan tetap ada, bahkan boleh menjadi semakin meruncing hingga
pada tahap yang tidak diinginkan, iaitu terjadinya perceraian.

Di sini, kami meminta anda untuk mengeluarkan segala kemampuan demi

berdamai dengan suami anda dan mendapatkan kasih sayangnya. Anda juga harus

tahu bahawa wanita yang meminta cerai dengan alasan yang tidak diizinkan syarak
Ü Ìbererti telah bermaksiat kepada Allah
kerana Nabi bersabda, “Isteri

yang minta cerai pada suaminya dengan tanpa alasan yang kuat, haram baginya

bau syurga”. (Riwayat At-Tirmidzi dan dinilai sebagai sahih oleh Al-Albani). Sedangkan

jika permintaan cerainya berdasarkan pada alasan yang dibolehkan syarak, seperti

suami tidak memberikan nafkah kepadanya, maka dia boleh meminta cerai.

Dengan ini, anda tahu bahawa pemutusan hubungan yang anda lakukan pada
suami anda selama ini, jika bukan disebabkan oleh faktor yang dibolehkan syarak
seperti sakit atau larangan syarie, bererti berlawanan dengan syarak. Kerana itu anda
harus bertaubat. Bahkan solat anda juga tergadai oleh redha suami anda, khususnya
redha di dalam masalah bersetubuh. Hal ini berdasarkan pada hadith Riwayat

ÌAt-Tirmidzi yang dinilai sebagai hasan oleh Al-Albani bahawa Nabi bersabda :

ܓAda tiga golongan yang mana solat mereka tidak diterima oleh Allah iaitu hamba

yang melarikan diri sehingga dia kembali pada tuannya, isteri yang tidur sedangkan
suaminya marah kepadanya, dan pemimpin suatu kaum sedangkan kaumnya itu sendiri
benci kepadanya”.

175

Ketika mensyarah hadith ini, penulis kitab Tuhfah Al-Ahwadzi berkata, “Perkataan

adalah bentuk jamak daripada (telinga yang

terluka) yang maksudnya adalah tidak diterima secara sempurna atau tidak
Üdiangkat kepada Allah
sebagaimana diangkatnya amal soleh. Imam As-Suyuthi

berkata, “Maksudnya, tidak terangkat ke langit sebagaimana yang ditulis di dalam
ähadith Ibnu Abbas
pada Riwayat Ibnu Majah, “Solat mereka tidak

terangkat sejengkal pun di atas kepala mereka”. Ini adalah kiasan

bagi tidak diterimanya solat, sebagaimana tercatat dalam hadith

ä ÜIbnu Abbas pada Riwayat Ath-Thabrani, “Allah tidak menerima solat mereka”.

Fatwa No. 63694

Adakah Isteri Boleh Menolak Ajakan Bersetubuh Suami Yang Sedang Menonton Filem
Lucah?

Pertanyaan: Jika suatu hari isteri mendapat tahu bahawa suaminya menonton
filem lucah atau melihat gambar wanita telanjang, adakah dia harus menerima
ajakan bersetubuh suami, ataupun adakah dia dihukumkan berzina dengannya
kerana mengetahui apa yang dilakukan suami, yang mana boleh jadi suaminya itu
membayangkan wanita lain yang disaksikannya dalam filem tersebut?

Fatwa: Apa yang dilakukan oleh suami adalah perbuatan maksiat dan dosa.
ÜDia harus bertaubat kepada Allah
dan takut kepadaNya. Oleh kerana itu, isteri

harus menasihatinya dengan bahasa yang baik, tidak mencela, mencemuh ataupun

melukai perasaannya. Dia juga harus menerima ajakan bersetubuh suaminya dan tidak

boleh menolaknya dengan alasan perbuatan maksiat yang dilakukannya.

Adapun kenyataan bahawa “boleh jadi suami membayangkan wanita lain

yang disaksikannya dalam filem tersebut “ tidak boleh dijadikan asas bahawa

perkara tersebut benar-benar terjadi. Si isteri juga tidak dihukumkan berzina. Jadi

secara kesimpulannya, suami harus bertakwa kepada Allah, berhenti menyaksikan

gambar dan filem lucah, menjauhkan diri daripada perbuatan tersebut
Ü(barangsiapa yang menjauhkan diri daripada sesuatu, maka Allah
akan

Ümenjauhkannya) dan berasa cukup dengan apa yang halal (barangsiapa yang berasa
cukup, maka Allah akan mencukupkannya), sebagaimana yang terkandung

dalam hadith.

176

Sementara itu, si isteri harus membantu usaha suaminya dengan memuaskan

ghairah seksnya sehingga dia tidak berpaling kepada wanita lain atau melakukan
Üperbuatan haram. Semoga Allah
memberi rahmat kepada manusia dengan

sesuatu yang disukai dan diredhaiNya.

Fatwa No. 67742

Isteri Saya Enggan Jika Diajak Bersetubuh

Pertanyaan: Saya menikah sejak empat tahun lalu tetapi isteri saya tidak suka
bersetubuh sejak mula kami menikah. Setelah hamil dan melahirkan, dia menolak
jika saya ingin memasukkan zakar saya ke dalam kemaluannya dengan pelbagai
alasan yang membuatkan saya tidak ingin bersetubuh dengannya. Sebagaimana
dia tidak peduli dengan hal ini, saya pun tidak merasakan kenikmatan bersetubuh
dengannya. Saya sudah berfikir untuk menikah lagi, tetapi keadaan kewangan saya
tidak kukuh. Jadi bagaimanakah jalan penyelesaiannya bagi masalah ini dan adakah
kami boleh dianggap sudah bercerai kerana sudah tidak melakukan hubungan intim
lebih dari dua tahun?

177

Fatwa: Bersetubuh adalah salah satu tujuan asas pernikahan. Dengan bersetubuh,
maka terhasillah zuriat, kenikmatan dan rasa tenang pada kedua-dua pasangan.
Namun dengan tidak dilakukannya persetubuhan tidak mempengaruhi status
pernikahan dan tidak menjadikan kedua-duanya dalam status telah bercerai. Ini
kerana bersetubuh adalah hak pasangan suami isteri masing-masing, maka jika isteri
menolak tanpa adanya alasan syarie, dia dianggap derhaka. Oleh kerana itu, isteri
tidak boleh menolak ketika diajak bersetubuh oleh suami. Dalam hal ini, ada ancaman
serius bagi pihak yang tidak mahu untuk bersetubuh apabila diajak, sebagaimana
telah dijelaskan dalam fatwa nombor 48178 (Muka surat: 160) (haram bagi isteri
menolak bersetubuh tanpa uzur syarie).

Suami harus menyelidiki punca kenapa isterinya tidak suka bersetubuh. Jika ternyata
disebabkan oleh dirinya, maka dia harus menghilangkan puncanya itu. Punca ini dapat
diketahui dengan cara kedua-duanya saling berterus-terang. Jika ternyata jasmani
atau rohani isteri yang terganggu, maka suami harus mencari ubatnya dengan cara
mendapatkan nasihat doktor pakar penyakit yang dideritai isteri.

Fatwa No. 68777

Enggan Bersetubuh Dengan Alasan Yang Tidak Dibenarkan

Pertanyaan: Pertanyaan ini berkaitan dengan masalah persetubuhan di antara
suami isteri yang menimbulkan perselisihan terus menerus di antara kami. Sering
kali ketika saya sangat ingin menyetubuhinya, dia menjauhkan diri dan menolaknya
yang mungkin disebabkan oleh rasa letih, tidak ghairah ataupun sebab-sebab lain
yang dianggapnya sebagai penghalang, sedangkan saya tidak sedemikian. Adakah
syarak menetapkan batasan dan ketentuan yang boleh dijadikan pegangan bagi
pasangan suami isteri dalam masalah yang sensitif seperti ini sehingga masing-
masing mengetahui kewajipan dan haknya, ataupun perkara ini tergantung pada
kesepakatan antara kedua-dua belah pihak? Jadi, bagaimanakah hukumnya jika kedua-
duanya berselisih faham di dalam masalah dalaman rumahtangga yang tidak patut
dibocorkan kepada pihak lain untuk diminta pendapat ketika terjadinya perselisihan
di antara kedua-duanya, kerana ini adalah masalah peribadi dan rahsia?

178

Fatwa: Isteri tidak boleh menghalangi atau menolak ajakan bersetubuh suami

tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan
ä Ìdaripada Abu Hurairah
bahawa Nabi bersabda, “Jika ketika suami

mengajak isterinya ke atas katil, tetapi isteri tidak membalasnya sehingga pada malam

itu suami marah kepada isterinya, maka malaikat akan melaknat isterinya
Ìsampai pagi”. Thalq bin Ali juga meriwayatkan bahawa Nabi
bersabda,

“Jika suami memanggil isterinya kerana suatu keperluan, maka hendaklah isteri

menjawabnya meskipun sedang berada di atas tandu unta”. (Riwayat At-Tirmidzi,

An-Nasaai dan dia menilainya sebagai sahih, Ibnu Hibban dan Al-Albani)

Pada bila-bila masa sahaja suami memanggil isterinya ke atas katil, sama ada

pada waktu malam ataupun waktu siang, maka isteri harus mentaati dan bergegas

memenuhinya meskipun dia sendiri tidak berhasrat untuk melakukannya, selagi

tidak ada uzur yang diakui syarak pada dirinya, seperti sedang sakit dan
äseumpamanya. Asy-Syaikhani mengeluarkan daripada Abu Hurairah
bahawa
ÌNabi bersabda, “Demi jiwaku yang berada di tanganNya, tidak ada suami yang

memanggil isterinya untuk ke atas katil namun isterinya menolak, melainkan

penghuni langit akan murka kepada si isteri sehingga suami meredhainya”.

179

Al-Manawi dalam kitab Faidh Al-Qadir berkata, “Jika suami mengajak isterinya
bersetubuh, maka jika tidak ada uzur isterinya harus segera memenuhinya meskipun
dia sedang berada di tepi tungku api pemanggang roti supaya suaminya dapat
segera menunaikan apa yang ada dalam fikirannya sehingga dia tidak disibukkan
oleh gelora nafsunya dan hatinya menjadi bersih. Batasannya adalah wujudnya
keinginan dan keperluan suami, serta kemampuan isteri untuk memenuhinya.

Walaupun demikian, perlu diingat bahawa masalah suami isteri harus dihadapi
dengan penuh kesabaran, tanggungjawab dan bersedia meminta maaf ketika
wujudnya halangan. Semua ini termasuk di dalam kategori melayani pasangan
dengan baik. Suami seharusnya juga boleh membandingkan keadaan isteri dengan
keadaan dirinya atau ketika dia berada dalam posisi isterinya di mana kadangkala dia
mengalami rasa penat, letih dan kadangkala tidak ada keinginan untuk bersetubuh.
(Lihat fatwa nombor 61183) (Muka surat: 173)

Fatwa No. 69553

Isteri Menghindari Persetubuhan Kerana Pembedahan Membuang Rahim

Pertanyaan: Setelah melakukan pembedahan membuang rahim, doktor berpesan
kepada saya untuk tidak melayani suami saya dan sekarang saya menghindarinya
jika diajak bersetubuh sedangkan suami saya terus mendesak saya
(untuk bersetubuh). Apakah hukumnya bagi perbuatan saya yang menolak ajakan
bersetubuh daripada suami?

Fatwa: Suami mahupun isteri tidak boleh melakukan perbuatan yang
mengakibatkan terputusnya keturunan (kemandulan) secara berkekalan,
sama ada kedua-duanya bersetuju dengan perkara tersebut ataupun (salah satu
pihak) tidak bersetuju. Manakala jika kedua-duanya bersepakat untuk menunda
kehamilan dalam jangka waktu tertentu demi menjaga kesihatan si ibu, atau sedang
menyusukan anak dan putus susu, maka perbuatan itu dibolehkan.

Ketentuan hukum ini berlaku jika kemandulan itu berdasarkan pada
kemahuannya sendiri. Sedangkan jika kerana terpaksa sehingga mengakibatkan
terputusnya keturunan secara berkekalan atau hanya sementara sahaja, maka

Ühukumnya boleh dengan berasaskan firman Allah ,

180

“Maka barangsiapa yang terpaksa sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak pula
melampaui batas maka tidaklah dia berdosa.

(Al-Baqarah : 173)

sama ada dengan persetujuan salah satu atau kedua-dua belah pihak.

Berdasarkan perkara ini, jika isteri tidak berada dalam keadaan terpaksa
melakukan pembedahan membuang rahim yang mengakibatkan terputusnya
keturunan, maka dia berdosa kerana telah melanggar ketentuan syarak dan hak
suami untuk mendapatkan keturunan yang menjadi salah satu tujuan asas pernikahan.
Dalam situasi seperti ini dia harus bertaubat secara bersungguh-sungguh. Sedangkan
jika dia terpaksa melakukannya dia tidak berdosa di mana kadar keterpaksaan ini
ditentukan oleh doktor pakar yang boleh dipercayai.

Apa yang jelas anda tidak boleh menolak ajakan bersetubuh kecuali jika
mengakibatkan bahaya yang mengancam diri anda. Dalam situasi seperti ini
anda harus memberitahu keadaan yang sebenarnya kepada suami anda
supaya dia memahami keadaan anda sehingga tidak terjadi pertengkaran dan
perselisihan di antara kalian berdua. Jika tidak menimbulkan bahaya, maka anda harus
mentaati suami yang meminta haknya.

181

Fatwa No. 69931
Menolak Untuk Bersetubuh Agar Dapat Mengerjakan Solat Subuh
Pertanyaan: Saya menolak ajakan bersetubuh oleh suami supaya boleh
menunaikan solat subuh, sebab ketika itu sudah lewat malam. Saya katakan
kepadanya, “Sebaik-baiknya kita tidur supaya boleh bangun untuk menunaikan
solat subuh”. Jika saya tidak menolaknya, kami tidak dapat mengerjakan solat subuh
tepat pada waktunya, seperti yang terjadi sebelum ini. Namun ketika saya menolaknya,
dia marah kepada saya. Apakah yang harus saya lakukan? Saya menolaknya supaya
kami boleh menunaikan solat subuh tepat pada waktunya. Adakah saya berdosa? Jika
perkara ini berdosa, maka bagaimanakah jalan penyelesaiannya?
Fatwa: Isteri tidak boleh menolak ajakan bersetubuh suami kecuali jika sedang haid,
sakit dan seumpama dengannya. Menolak ajakan bersetubuh suami tanpa alasan
yarie adalah dosa besar. Apa yang anda sebutkan tadi bukanlah alasan (uzur)
untuk menolak ajakan bersetubuh suami, sebab waktu solat subuh belum masuk
sehingga belum diwajibkan. Sedangkan mengabulkan permintaan bersetubuh suami
adalah wajib. Jadi anda tidak boleh mendahulukan sesuatu yang belum diwajibkan atas
sesuatu yang sudah diwajibkan.

182

Anda boleh menggunakan jam loceng untuk membangunkan kalian berdua

atau berpesan kepada orang yang boleh membangunkan kalian agar mengerjakan

solat subuh. Jika kalian tidak boleh bangun tepat pada waktunya, maka kalian

tidak berdosa, kerana tidur termasuk uzur dan catatan diangkat (pencatatan amalan

tidak berlaku) daripada orang yang tidur hingga dia terbangun. Apa yang jelas anda

Üharus bertaubat kepada Allah kerana menolak untuk memberikan hak suami. Ada

baiknya jika anda meminta maaf kepadanya atas apa yang telah terjadi. Semoga Allah

Ü memberikan taufiq dengan sesuatu yang Dia sukai dan redhai kepada kalian berdua.

Fatwa No. 70004

Menolak Ajakan Untuk Bersetubuh Kerana Tidak Dicintai Suami

Pertanyaan: Saya tidak akan menceritakan kisah saya secara terperinci, tetapi
sebaik mungkin saya akan sebutkan fakta-fakta yang penting. Saya sudah menikah
dengan suami saya sejak lapan tahun yang lalu dan kami dikurniakan dua orang anak,
seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berusia dua tahun. Saya
menduduki jawatan yang paling tinggi di tempat kerja saya, manakala suami saya
adalah lelaki yang dihormati. Namun saya terkejut, sebab sejak sepuluh bulan lalu dia
menikah dengan janda yang lima tahun lebih tua darinya. Janda itu bekerja bersama
suami saya di tempat kerja yang baru. Ketika saya menanyakan puncanya, dia
menjawab, “Awak telah mengabaikan saya selama beberapa tahun ini dan saya tidak
berasa bahagia hidup dengan awak”. Tatkala saya bertanya, “Kenapa awak tidak
memberitahu saya?” Dia menjawab, “Saya sudah memberi isyarat kepada awak dan
awak harus memahaminya”.

Dipendekkan cerita, dia meninggalkannya setelah empat bulan dan kembali

semula ke rumah kelamin kami. Saya sudah melakukan semua permintaannya

dan dia mengakui tentang perkara itu. Segala masalah antara saya dengannya

sudah boleh dikawal dengan baik. Sebelum ini dia tidak solat dengan teratur,
Ünamun Allah
telah memberi hidayah kepadanya pada bulan Ramadhan.

Suatu ketika, dia mengatakan bahawa dia telah menzalimi janda tersebut

kerana telah menikahinya secara sirri (nikah secara rahsia), kerana itu dia harus

menikahinya secara rasmi. Namun saya menolak keputusannya. Dan akhirnya saya

tahu bahawa selama enam bulan ini dia berhubung dengannya melalui telefon dan

sesekali mereka bertemu, namun tanpa melakukan persetubuhan kerana dia telah

menceraikannya dan saya pun sudah menemuinya sambil berkata, “Maafkan suami

saya” dan dia menjawab, “Saya sudah memaafkannya.”

183

Saya juga berkata kepada suami saya, “Jika awak masih tetap ingin menikahinya,
saya tidak mahu bercerai demi anak-anak. Saya mahu hidup serumah dengan
awak seperti biasa, melakukan semua yang awak minta daripada saya sebagai isteri,
dan bersedia menjadi pembantu untuk awak dan anak-anak kita. Namun kita tidak
melakukan persetubuhan kerana ini adalah hak saya. Jiwa saya sudah sangat
terseksa ketika awak berkata tidak lagi mencintai saya, tetapi awak mencintainya”.
Maka terjadilah kesepakatan ini. Setelah kami sepakat untuk bercerai, saya kembali
ke rumah, namun dia minta bersetubuh dengan saya sambil berkata, “Tidak ada
wanita lain selain diri awak”. Tetapi melalui telefon bimbitnya saya mendapat tahu
bahawa dia bercakap dengan wanita itu lebih daripada 10 kali setiap hari. Ketika saya
mengirimkan surat cinta miliknya, dia tidak mahu mengaku. Dia berkata, “Saya hanya
berbual dengannya di tempat kerja sementara ketika itu saya berpuasa supaya saya
boleh melawan (nafsu terhadapnya).”

Pertanyaan saya ialah jika saya menolak ajakannya untuk bersetubuh, adakah
perbuatan ini haram? Sedangkan saya tahu bahawa suami saya tidak lagi mencintai
saya dan bahkan meneruskan hubungan lamanya. Saya tidak ingin menghancurkan
rumahtangga saya sehingga saya harus bersabar. Pada waktu yang sama, adakah
halal hubungannya dengan wanita lain yang berdasarkan rasa cinta sahaja tanpa
melakukan hubungan intim? Sedangkan dia berpuasa dan melakukan solat setiap
hari selama satu jam sebelum tiba waktu solat subuh? Adakah perbuatan ini termasuk
pengkhianatan terhadap saya atau tidak? Apakah yang harus saya lakukan?

Mohon jawapannya secepat mungkin. Dia sudah mula menolak untuk berbual
dengan wanita itu melalui telefon di hadapan saya, sedangkan wanita itu sudah
mengetahui semua selok-belok kehidupan kami setiap hari. Dengan pengetahuan
agama yang dimilikinya, adakah boleh melakukan hubungan persahabatan dengan
wanita lain?

Fatwa: Apa yang harus anda lakukan adalah anda menunaikan segala haknya

dan mengabulkan permintaannya. Sebab dia masih tetap suami anda

meskipun dia melakukan pelbagai kesalahan. Anda tidak boleh menolak jika diajak

bersetubuh dengan alasan dia tidak mencintai anda. Untuk suami anda pula,
Ükami berpesan kepadanya untuk bertakwa kepada Allah
dan waspada

daripada pujuk rayu syaitan. Dia telah melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Jika

hubungannya dengan wanita tersebut dibina di atas pernikahan yang sah di mana

ada wali, dua saksi dan ijab qabul, maka dia telah sah menjadi isterinya. Namun jika

184

ada salah satu rukun akad nikah yang tidak dipenuhi, maka dia wajib menjauhinya.
Sebab bagi suami anda, wanita tersebut adalah orang lain yang tidak boleh dicampuri
dan diajak bicara. Khususnya berkaitan dengan apa yang disebutkan sebagai
rindu dan sebagainya.

Fatwa No. 71666

Isteri Menolak Untuk Bersetubuh Kerana Bimbangkan Kesihatan Suaminya

Pertanyaan: Saya telah menikah sejak lima tahun lalu dan sekarang suami saya
berasa sakit pada urat sarafnya. Masalahnya dia ingin melakukan persetubuhan
setiap hari, sedangkan dia tidak berada dalam keadaan yang baik. Adakah jika tidak

Ümemenuhi permintaannya bererti saya telah bermaksiat kepada Allah ?

ÜFatwa: Semoga Allah segera menyembuhkan penyakit suami anda.

Kami ingin katakan bahawa anda wajib mentaati suami anda dan memenuhi

keperluannya, kecuali jika anda ditimpa bahaya disebabkan terlalu banyak

bersetubuh atau anda sedang mempunyai halangan. Sedang kebimbangan anda

tentang kesihatannya tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak permintaannya.

185


Click to View FlipBook Version