The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 2).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2021-12-27 23:12:21

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 2).

Fatwa No. 45077

Isteri Harus Sedaya Upaya Membantu Suami Dalam Menunaikan Hasratnya

Pertanyaan: Suami saya adalah orang yang berusaha menghidupkan ajaran
agama dalam rumahtangga. Walaupun sibuk, dia berusaha untuk membaca

ÌAl-Quran dan hadith, dia juga bercerita pernah bermimpi bertemu dengan Nabi

sebelum itu. Namun saya perhatikan setiap malam dan setelah bangun tidur, dia
meletakkan cadar di antara kedua-dua belah kakinya. Saya tidak tahu apa yang dia
lakukan, tetapi yang jelas dia menggeliat-geliat seakan-akan memperolehi kenikmatan.
Sedangkan setiap malam dia menyetubuhi saya satu hingga dua kali selama sejam.
Ketika saya memperhatikan kelakuannya, saya berusaha membantunya dengan
memberikan kepuasan kepadanya, tetapi sia-sia. Saya sendiri tidak memberitahu
apa yang saya ketahui kepadanya. Masalah ini membuatkan saya berasa tertekan.
Di samping itu, dia tidak boleh bersabar ketika saya didatangi haid sehingga dia meminta
saya untuk menggigit kemaluannya. Masalah apakah ini?

Fatwa: Kelihatannya suami anda mempunyai nafsu seks yang sangat besar, melebihi
kebanyakan orang. Anda dianjurkan untuk membantunya menunaikan hasratnya
semampu yang anda boleh selama mana dalam menjalankannya, ia tidak melakukan

Üperbuatan yang diharamkan Allah seperti mendatangi dubur atau faraj anda ketika

anda sedang haid.

Jika dia menunaikan hasratnya dengan meletakkan cadar di antara kedua-dua kakinya

Üatau dengan cara yang lain, maka hukumnya tidak boleh. Allah berfirman,

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”.

(Al-Mukminun : 5-7)

86

ÜAnda harus menasihatinya untuk menjauhi perbuatan dosa kerana Allah telah

menganugerahkannya dengan orang yang halal. Barangsiapa yang melihat

kemungkaran, dia harus mencegahnya sesuai dengan kemampuannya. Imam

ÌMuslim meriwayatkan hadith daripada Abu Said secara marfuk bahawa Rasulullah

bersabda, “Sesiapa sahaja daripada kalian yang melihat kemungkaran, maka cegahlah

dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lidahnya. Jika dia

masih tidak mampu, maka cegahlah dengan hatinya. Itulah darjat keimanan yang paling

lemah”.

Perkara lain yang dapat membantu anda melakukan perkara ini adalah usaha
suami anda yang sedang berusaha menghidupkan ajaran agama di rumah. Adapun
permintaannya agar anda menggigit kemaluannya, sebaik-baiknya tidak dilakukan
walaupun kami tidak menemui dalil yang mengharamkannya.

Fatwa No. 49310

Berkasih Sayang Adalah Tujuan Paling Utama Di Dalam Perkahwinan

Pertanyaan: Saya adalah seorang wanita yang sudah menikah sejak dua tahun lalu.
Suami saya bekerja pada waktu malam. Saya sudah memintanya untuk mengubah
jadual kerjanya menjadi waktu pagi, namun dia menolak. Akhirnya dia tidak menyetubuhi
saya lebih dari enam bulan. Tentu sahaja keadaan ini sangat memberi kesan pada diri
saya. Saya sudah meminta cerai kepadanya, adakah saya berdosa melakukannya? Saya
meninggalkannya di rumah, sedangkan saya sendiri berada di rumah keluarga saya,
adakah saya juga berdosa melakukan perbuatan ini? Jika saya keluar bersama keluarga
saya dalam keadaan belum diceraikan, adakah saya berdosa?

Fatwa: Kami cadangkan kepada anda untuk tidak terburu-buru meminta cerai dan
kembalilah ke rumah suami anda. Pengabaian suami dalam masalah hubungan kelamin
tidak mengharuskan isteri juga mengabaikan hak suaminya.

Boleh jadi keengganan suami disebabkan oleh adanya kekurangan daripada pihak
isteri. Maka kami anjurkan kepada isteri untuk bersikap mesra kepada suaminya dengan
memakai perhiasan dan menuturkan bahasa yang baik. Dengan begitu, barangkali
suami akan kembali memperlakukan isterinya dengan baik dan memberikan nafkah batin
isterinya.

87

Jika setelah itu suami tetap menghindarkan diri daripada isterinya dan tidak
memberikan nafkah batin yang menjadi hak isteri, maka barulah isteri boleh meminta

Ücerai. Allah berfirman,

“Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik”.

(Al-Baqarah : 229)

Para ulamak berbeza pendapat tentang batasan waktu yang diwajibkan pada suami
untuk menyetubuhi isterinya. Ada yang berpendapat paling kurang adalah setiap
empat bulan sekali, ada yang berpendapat setiap kali masa suci dan ada pula yang
berpendapat sesuai dengan keperluan isteri dan kemampuan suami. Apa yang jelas,
suami tidak boleh meninggalkan isterinya di dalam waktu yang cukup lama yang boleh
membahayakan isteri.

Jika suami tidak melakukannya, dia berdosa dan isteri berhak meminta cerai kerana kasih
sayang adalah salah satu tujuan paling utama di dalam pernikahan dan jika sudah tidak
ada lagi kasih sayang, maka pernikahan itu tidak bererti. Isteri juga tidak boleh keluar
dari rumah tanpa keizinan suaminya selama mana dia masih dalam penjagaan suami,
meskipun dengan keluarganya, kecuali memang diperlukan atau dalam keadaan
terdesak.

88

Fatwa No. 51695

Boleh Mengucapkan Kata-Kata Yang Dapat Menumbuhkan Rasa Cinta Di Antara Suami
Dan Isteri

Pertanyaan: Suami saya menjalankan perintah agama sejak beberapa waktu lalu
dan ini menjadi pertanda yang baik. Namun sejak beriltizam, dia mulai jarang
mengeluarkan kata-kata manis dan pujuk rayu, sedangkan sebelum ini dia begitu baik
di dalam melakukan perbuatan-perbuatan tersebut. Dia telah berubah menjadi tidak
romantik. Saya sudah berusaha menarik perhatiannya dan memberikan kaset-kaset
ceramah agama dalam masalah ini. Apakah yang harus saya lakukan bersamanya
sedangkan saya sudah mulai enggan untuk berbicara kepadanya?

Fatwa: Jika kalian berdua telah menikah, maka tidak ada larangan saling pujuk

rayu untuk menunjukkan rasa cinta dan apa yang terpendam dalam dada. Bahkan

perbuatan itu baik jika dapat melembutkan hati dan menambahkan kasih sayang.

Menanamkan kasih sayang dan menumbuhkannya antara suami isteri adalah perkara
Üyang dianjurkan syarak. Sebab Allah
membolehkan perbuatan dusta yang

diharamkan demi untuk merealisasikan kasih sayang di antara kedua-duanya,

sebagaimana yang tersirat di dalam hadith sahih.

Seharusnya sifat beragama suami dapat mendorongnya untuk berlaku baik dan
lembut kepada isteri, bukan sebaliknya. Adapun jika dia belum menikahi anda
maksudnya anda baru dilamar, maka dia tidak boleh melakukannya kerana anda masih
tergolong orang lain baginya.

89

Fatwa No. 9226

Rasa Cinta Dan Melayani Pasangan Dengan Baik Dapat Mewujudkan Kehidupan Suami
Isteri Yang Bahagia

Pertanyaan: Adakah perasan cinta itu cukup untuk mewujudkan kehidupan suami isteri
yang bahagia?

Fatwa: Cinta sahaja tidak cukup untuk mewujudkan kehidupan suami isteri yang
bahagia. Masih ada unsur-unsur lain yang harus dipenuhi. Apakah ertinya cinta
yang disertai dengan peribadi yang tidak sesuai dan tidak wujudnya sikap saling
memahami? Apakah manfaat cinta jika tidak disertai dengan perilaku menjaga syariat

ÜAllah dalam kehidupan berumahtangga?

Memang kadangkala cinta itu dapat memberikan manfaat untuk memanjangkan

kehidupan berumahtangga, namun perkara itu tidak berlaku dalam setiap rumahtangga

dan keluarga. Dikisahkan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada isterinya,

ä“Adakah kamu membenciku?” Lalu isterinya menjawab, “Ya.” Lalu Umar bin Al-Khathab
bertanya kepada si isteri, “Apa yang membuatkan engkau berkata seperti itu

kepada suamimu?” Si isteri menjawab, “Dia memintaku untuk bersumpah, maka aku pun
ätidak suka untuk berbohong.” Umar bin Al-Khathab
berkata, “Benar, namun lebih

baik salah seorang daripada kalian berdusta dan sambil lewa. Tidak semua rumahtangga

dibina atas dasar cinta, tetapi (harus dibina atas dasar) perlakuan yang baik dan Islam”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir sebagaimana yang terdapat dalam kitab Kanzul Ummal

karya Al-Muttaqi Al-Hindi.

Setelah sebelum daripadanya itu tidak wujud, mungkin perasaaan cinta dan sayang
antara suami isteri akan muncul disebabkan oleh perlakuan yang baik dan makruf, masing-
masing saling berkorban demi memenuhi keinginan pasangan dan berasa bahagia
dengan perkataan dan perbuatan pasangan. Apa yang jelas, suami dituntut melayani
isterinya dengan makruf, sama ada dia mencintai mahupun membencinya. Isterinya juga
dituntut melakukan perkara yang sama.

90

Fatwa No. 54034
Hukum Melarang Isteri Tidur Dengan Suami Kerana Suami Membencinya
Pertanyaan: Sejak beberapa waktu lalu ayah saya (berusia 61 tahun) menyatakan
tidak mahu lagi hidup dengan ibu saya (berusia 57 tahun). Berkali-kali dia mengatakan
bahawa dia akan menikah lagi dengan wanita lain. Lalu dia membina rumah baru
dan melarang ibu untuk menginjakkan kakinya di sana. Ayah saya mengatakan
bahawa dia tidak ingin mati bersamanya sehingga menyakiti perasaan ibu. Saya akui
jika kedua-duanya melakukan kesalahan di dalam masalah memberikan sebahagian
hak kepada pasangan, namun ibu saya sudah siap sedia untuk meneruskan kehidupan
bersama ayah dengan penuh kedamaian. Namun setelah ayah mengatakan seperti
di atas di hadapan keluarga ibu, maka dia terkena serangan jantung dua kali berturut-
turut, dan ibu berada di sampingnya setiap saat demi untuk merawatnya kerana Allah

Ü.

Sekarang ayah meminta ibu untuk tidur dengannya sambil terus mengatakan
kepadanya bahawa dia akan meninggalkan rumah dan tidak akan datang kecuali
setiap 10 hari sekali hanya untuk menidurinya, meskipun ayah tidak menginginkan
diri ibu dan tidak ingin hidup bersamanya. Sebagaimana halnya ayah benci kepada ibu,
ibu juga menolak untuk tidur dengannya. Pertanyaan saya ialah adakah perbuatan ibu
yang enggan tidur dengan ayah adalah haram meskipun ayah membencinya dan tidak
ingin hidup atau mati bersamanya?

91

ÜFatwa: Pertama, semoga Allah menyembuhkan penyakit ayah anda segera. Anda

harus berusaha mendamaikan kedua-duanya sehingga hilang rasa benci di antara

mereka berdua. Dalam situasi seperti ini, hal terbaik yang dapat anda lakukan

adalah memujuk dan meminta ayah untuk tidak lagi menyakiti isterinya dan menjaga

perasaannya. Sebab perbuatan seperti ini bertentangan dengan makna muaasyarah

(pergaulan) yang dituntut syarak. Katakan pada ayah untuk tidak berbicara

Üdi hadapan ibu kecuali apa yang disukainya. Allah berfirman,

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

ÌIngatkan pada ayah anda tentang sabda Nabi “Janganlah seorang

lelaki Mukmin membenci seorang wanita Mukmin. Jika dia membenci salah satu akhlaknya,

dia akan menyukai akhlaknya yang lain”. (Riwayat Muslim dalam Sahihnya daripada

äAbu Hurairah ) Anda juga harus memujuk ibu anda. Katakan kepadanya

bahawa syarak mengizinkan suaminya untuk menikahi wanita lain jika dia memang

mampu berlaku adil, memberi nafkah dan yang seumpamanya.

92

Adapun yang berkaitan khusus dengan masalah penolakan ibu anda untuk tidur
bersama suaminya, itu adalah perbuatan maksiat besar yang mengharuskan laknat
malaikat menimpa dirinya, sebagaimana yang dihuraikan di dalam fatwa nombor 14121
dan 34857 (Muka surat: 151 dn 157)

Fatwa No. 14291

Rasa Cinta Dan Berkata Jujur Adalah Separuh Daripada Penyelesaian Masalah

Pertanyaan: Saya menikah sejak lapan tahun yang lalu, tetapi tidak berasa seperti
sudah menikah kerana suami saya tidak melayani saya seperti seorang isteri dan
tidak ada perasaan antara saya dengannya. Sehingga ketika bersetubuh sekalipun,
saya berasa dirinya seperti kayu yang tidak bergerak. Saya selalu melakukan apa yang
dimintanya, tetapi maaf, ketika dia ingin mengakhiri persetubuhan, dia terus tidur begitu
sahaja. Saya sendiri tidak merasakan rangsangan seks atau syahwat sekalipun. Setelah dia
tertidur, saya melakukan onani, lalu bangun dan mandi. Bolehkah perbuatan ini dilakukan
ataupun tidak? Apakah yang harus saya lakukan untuk mengubah gaya bersetubuhnya?

ÜFatwa: Allah mensyariatkan pernikahan supaya masing-masing berasa senang dengan

pasangannya dan menjadikan sikap saling mencintai dan menyayangi sebagai rukun

Ühubungan ini. Allah berfirman,

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa
Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.

(Ar-Rum : 21)

93

ÜAllah memerintahkan kaum lelaki untuk berbuat baik kepada kaum wanita dalam

firmanNya,

“Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik”.

(Al-Baqarah : 229)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

ÌNabi telah memberitahu kepada kita bahawa orang yang paling baik adalah
Ìorang yang paling baik akhlaknya kepada keluarganya. Baginda
bersabda,

“Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya.”.

(Riwayat At-Tirmidzi)

ÌDi dalam Haji Wada, Nabi juga berwasiat agar kaum wanita diperlakukan secara
Ìbaik. Baginda bersabda, “Aku wasiatkan kepada kalian untuk berlaku baik kepada

wanita. Sesungguhnya mereka dapat menenangkan diri kalian”. (Riwayat At-Tirmidzi)

Di antara bentuk perlakuan yang baik adalah melayaninya dengan baik ketika

bersetubuh dengan mencari kenikmatan dan menunggu sehingga dia mencapai
Ìklimaks. Nabi
bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian menyetubuhi

isterinya, maka bersedekahlah kepadanya. Jika suami telah menunaikan hajatnya

terlebih dahulu, sedangkan isteri belum, maka suami tidak boleh tergesa-gesa

menyudahinya sehingga isteri menunaikan hajatnya, sebagaimana suami senang jika

dapat menunaikan hajatnya.” (Riwayat Ibnu Adiy dan Abu Yakla)

Adapun yang berkaitan dengan masalah suami anda, tunjukkanlah kepadanya ayat-
ayat dan hadith yang sudah kami sebutkan dan berikan kepadanya buku-buku dan
kaset yang berbicara tentang memperlakukan isteri dengan baik. Berusahalah untuk
bersolek, memakai wangi-wangian dan memperhiaskan diri untuknya. Gunakanlah
kata-kata yang dia sukai daripada anda seperti kata-kata cinta dan rindu.

94

Anda juga boleh duduk secara santai dengannya dan memberitahu kepadanya
bahawa di antara hak anda ke atas dirinya adalah dia memperlambatkan ejakulasi
sehingga anda klimaks dan anda diperlakukan dengan baik olehnya. (Manakala onani
bukanlah jalan penyelesaian kerana perbuatan ini hukumnya haram.

Fatwa No. 55728

Memenuhi Keperluan Wanita Ketika Bersetubuh

Pertanyaan: Apakah pendapat Islam tentang suami yang tidak boleh
memuaskan ghairah seks isteri dan membawanya mencapai puncak kenikmatan, serta
tidak berusaha mencari jalan keluar bagi masalah ini? Sedangkan dia tahu isterinya tidak
berasa puas. Adakah isteri boleh berusaha sendiri untuk mencapai kenikmatan demi
memuaskan kehendaknya?

Saya sering mendengar kisah wanita yang tidak boleh mencapai klimaks dalam
kehidupan rumahtangga mereka. Mengapa Islam tidak mengambil berat tentang
keperluan seks wanita, sebagaimana halnya pada kaum lelaki? Saya selalu
tertanya-tanya mengapa bidadari syurga tetap dalam keadaan perawan, sedangkan
proses terpecahnya dara adalah proses yang menyakitkan pada wanita?

Banyak pertanyaan masalah seks dalam Islam muncul di minda saya, namun saya
tidak dapat menemui rujukan yang boleh digunakan untuk menjawab masalah ini,
mengapa?

Fatwa: Islam telah berpesan kepada kaum lelaki untuk mengambil berat terhadap kaum
wanita. Tidak ada agama di atas bumi ini yang memberikan hak, penghormatan dan
perhatian yang besar kepada kaum wanita sebagaimana yang dilakukan oleh agama

ÜIslam. Inilah agama Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Berkaitan dengan masalah anda, agama Islam juga telah memberi perhatian. Dalam
ä Ìhadith riwayat Anas , Nabi
bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian

menyetubuhi isterinya, maka bersedekahlah kepadanya. Jika dia telah menunaikan

hajatnya sedangkan isterinya belum, maka janganlah tergesa-gesa untuk mengakhirinya

sampai isterinya menunaikan hajatnya”. Dalam Majmak Az-Zawaaid, Al-Haithami

berkata, “Hadith ini diriwayatkan Abu Yaala. Dalam sanadnya ada perawi yang tidak

disebutkan. Adapun perawi lainnya thiqah.

95

Kami anjurkan kepada para suami untuk boleh membuatkan isteri mereka mencapai
klimaks. Jika dia mengalami ejakulasi awal, carilah jalan penyelesaiannya. Di antara
hal yang dapat membantu suami menunaikan tugasnya adalah dengan mencari
kenikmatan bersama isteri sebelum bersetubuh supaya ghairahnya bangkit.
Tentang masalah terpecahnya dara di dalam syurga, perlu diingat bahawa rasa sakit
itu hanya terjadi di dunia. Sebab syurga adalah darussalam (tempat yang sejahtera)
dan bukan darul alam (tempat yang menyakitkan). Syurga adalah tempat yang penuh
dengan kenikmatan dan ketenangan.

Fatwa No. 56769

Suami Harus Menyetubuhi Isteri Sesuai Dengan Kemampuan Dan Keperluan Isteri

Pertanyaan: Ketika suami mengajak bersetubuh, tetapi isterinya menolak, isteri akan
dihukum berdosa. Jadi, bagaimanakah ketika isteri mengajak bersetubuh, tetapi suami
menolak? Adakah suami juga berdosa dan mengapa?

Fatwa: Apa yang dikehendaki oleh syarak daripada lelaki dan perempuan adalah
kedua-duanya saling mencintai dan menyayangi. Inilah tujuan pernikahan yang paling

Ìutama, sebagaimana disabdakan oleh Nabi , “Sesungguhnya pernikahan dapat

menundukkan pandangan dan menjaga faraj”. (Riwayat Muttafaq alaihi)

Ulamak menetapkan bahawa isteri wajib memenuhi permintaan bersetubuh suami
pada bila-bila masa ketika dia menginginkannya, meskipun isteri sedang sibuk dan
dalam sebarang keadaan, selama mana hal itu tidak membahayakan diri isteri
atau membuatnya lalai dari mengerjakan perkara fardhu. Jika dia tidak memenuhi
ajakannya, sedangkan dia mampu, maka dia berdosa.

Manakala suami tidak boleh meninggalkan katil isteri dalam waktu yang cukup lama
yang dapat menimbulkan bahaya pada isteri. Para ulamak berbeza pendapat tentang
batasan waktu yang diwajibkan bagi suami untuk menyetubuhi isterinya, sama ada
setiap empat hari sekali atau empat bulan sekali ataupun bergantung pada keperluan
isteri dan kemampuan suami? Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang seorang lelaki
yang tidak menyetubuhi isterinya dalam waktu satu hingga dua bulan, adakah lelaki itu
berdosa? Ibnu Taimiyyah menjawab, “Suami wajib menyetubuhi isteri dengan cara yang

96

baik, inilah hak terbesar kaum wanita ke atas suaminya, melebihi haknya dalam nafkah.
Wathi (memasukkan zakar ke dalam faraj) itu hukumnya wajib. Ada yang mengatakan
kewajipannya setiap empat bulan sekali, ada yang berpendapat sesuai dengan
keperluan isteri dan kemampuan suami dan inilah pendapat yang paling rajih (kukuh).”
(Majmak Fatawa Ibnu Taimiyyah [32/271]). Perbezaan dua keadaan ini adalah kerana
daripada segi sifat seksual antara lelaki dan wanita berbeza. Lelaki kadangkala tidak
boleh bersetubuh pada setiap waktu.
Fatwa No. 57438
Mengabaikan Hak Kebendaan, Batin Dan Moral Isteri Adalah Suatu Kezaliman
Pertanyaan: Saya adalah seorang wanita yang menikah sepuluh tahun lalu. Sejak malam
pertama, saya sudah merasakan ada masalah yang mengganggu pernikahan kami.
Namun kerana pengalaman saya yang sedikit, saya tidak mengendahkannya. Sejak
malam pertama saya merasakan suami saya mengalami kesulitan ketika bersetubuh,
namun saya tidak mempedulikannya. Ditambah lagi dengan masalah-masalah lain
yang saya hadapi akibat sikap jahil dan ketidakpedulian suami saya. Sejak pernikahan
kami, dia tidak peduli dengan pekerjaan. Dia tidak mempunyai apa-apa walaupun
hanya untuk perbelanjaan kereta. Untungnya, kami hidup bersama keluarganya. Setelah
saya mendesaknya terus dan mengalami penderitaan yang panjang serta mengalirnya
bantuan kebendaan mahupun sokongan moral kepadanya, barulah suami saya mahu
bekerja, itu pun dengan cara yang tidak wajar.

97

ÜDi selang-selang waktu itu, Allah menganugerahkan anak kepada saya sehingga

hidup saya pun dibantu dan saya dapat melupakan ketidakpedulian suami saya
yang tidak saya ketahui sebab musababnya. Seiring berjalannya waktu, suami saya
berubah. Perhatian utamanya adalah bekerja dan bekerja, baik pagi, siang, petang
mahupun tengah malam. Apa yang dia fikirkan hanyalah pekerjaannya sehinggakan
saya tidak boleh bermimpikannya lagi. Ketika saya menegurnya, dia menjawab
bahawa dia bekerja demi kami. Dan memang keadaan suami saya berubah daripada
orang yang tidak mempunyai apa-apa menjadi orang kaya yang memiliki hartanah
dan harta melimpah ruah. Pada mulanya, saya membantunya dengan segala yang
saya miliki, sama ada daripada segi wang jaminan ataupun daripada segi keperluan
rumahtangga dan anak, meskipun saya tidak mengambil sedikit pun wang darinya
dengan alasan itu adalah miliknya.

Namun di antara waktu-waktu itu, timbul masalah baru, iaitu masalah persetubuhan.
Setelah tiga tahun menikah, masalah yang tidak saya perhatikan sejak masa awal
pernikahan kami mulai jelas kelihatan, iaitu suami saya tidak mampu untuk menyetubuhi
saya. Beberapa hari berlalu, saya memberikan alasan dan meminta maaf kepada
suami saya kerana keadaan ini mungkin disebabkan terlalu letih bekerja atau kerana
keadaan psikologinya yang tidak stabil, apatah lagi selama ini banyak masalah yang
timbul di antara kami yang mana penyebab utamanya adalah ketidakpeduliannya
dan menyerahkan semua urusan rumah dan anak kepada saya. Namun seiring
berjalannya waktu, saya memutuskan untuk tidak menjadikan masalah kebendaan
menjadi penghancur kehidupan kami.

98

Saya telah memutuskan untuk tetap menguruskan anak dan diri saya sendiri tanpa
meminta bantuan darinya hingga saya dapat menjaga kehidupan rumahtangga saya,
sedangkan keadaan kewangan suami saya berkembang pesat. Situasi seperti ini terus
berlaku dan segala usaha untuk melakukan persetubuhan berakhir dengan kegagalan
kerana suami saya tidak kuat (lemah syahwat). Setiap kali setelah berusaha melakukan
persetubuhan saya menangis, tetapi saya menyembunyikan tangisan saya darinya
supaya saya tidak membuatkannya berasa gagal dan kecewa. Dia sendiri akhirnya
menghindarkan diri daripada saya dengan pelbagai cara. Kadangkala dengan cara
pulang ke rumah setelah saya tidur, atau ketika masuk rumah dia terus berkata, “Saya
sangat letih hari ini dan harus tidur cepat”.

Masalah ini semakin serius ketika kami pindah ke rumah baru, sebab dia mulai tidur
di bilik peribadinya. Ketika saya memintanya untuk tidur dengan saya, dia
meminta maaf dengan alasan dia ingin tidur bersendirian dengan nyenyak dan pelbagai
alasan yang lain. Dari situ saya yakin suami saya menderita masalah seksual. Namun
bersamaan dengan itu, sebahagian besar perhatiannya dicurahkan untuk bekerja dan
mencari wang, lalu pulang ke rumah dan masuk ke bilik peribadinya sambil terus menutup
pintunya. Dalam bilik kadangkala dia tidur, atau berbual di telefon atau melayari internet.
Saya sering berusaha mendekatinya dan saya tahu dia menyembunyikan daripada
saya banyak perkara yang tidak saya ketahui, tetapi kecintaan saya pada keutuhan
rumahtangga dan anak saya menjadi penghalang bagi saya untuk membuat masalah
baru, di samping saya takut melukai perasaannya seandainya saya mengungkit-ungkit
masalah persetubuhan.

Kadangkala saya berusaha membicarakan tentang masalah ini kepadanya, tetapi dia
selalu mengelak atau malah mencela saya kerana dia mengatakan ini adalah masalah
yang remeh-temeh dan tidak boleh diterima. Misalnya dia berkata, “Sejak menikah tubuh
awak berubah”. Sedangkan hal ini tidak benar, sebab sebelum menikah lagi dia sudah
tahu bahawa tubuh saya memang gemuk dan ketika dia meminang saya keadaan
tubuh saya sama seperti saat ini. Kadangkala dia berkata, “Masalah di antara kitalah
yang menjadi penyebabnya”. Kadangkala pula dia berkata, “Saya tidak menginginkan
diri awak”, dan pelbagai alasan yang lain yang sama sekali tidak boleh diterima. Keadaan
seperti ini terus berlangsung di antara kami dan dia tidak menyetubuhi saya sama sekali
selama tujuh tahun, sedangkan kami tinggal serumah.

99

Akhirnya, perhatian utama saya tertumpu pada anak dan berusaha untuk tidak melukakan
perasaan suami saya meskipun hati saya terluka setiap hari ketika keluarga saya atau
keluarganya bertanya kepada saya kenapa tidak mempunyai anak lagi. Setelah tujuh
tahun berlalu, saya mengalami kejutan yang bukan kepalang. Suami saya memberitahu
saya bahawa dia akan menikah lagi! Kenapa saya tidak tahu?

ÜSaya menunggu tujuh tahun lamanya dengan harapan semoga Allah menyelesaikan

masalah saya bersamanya yang sama sekali tidak peduli kepada saya dan saya sangat

Üyakin jika dia menderitai masalah seksual. Dan Maha Suci Allah, Allah menginginkan

diri saya mengetahui bahawa dia benar-benar menderita dengan pelbagai masalah,
termasuk masalah seks. Pada waktu petang, saya melihat keratan akhbar yang isinya
tentang hospital untuk mengubati masalah lemah syahwat dan kelakian. Saya melihatnya
di bakul sampah di dalam bilik peribadi suami saya. Saya juga melihat peket kosong
pelbagai jenis ubat. Ketika saya mencari maklumat tentang ubat apakah itu, sama ada
daripada internet mahupun farmasi, saya mendapat maklumat bahawa itu adalah peket
ubat penimbul ghairah seks seperti viagra dan sebagainya.

Semua ini menjadi bukti bahawa suami saya lemah syahwat. Namun saya tidak mengadu
dan menegurnya. Saya biarkan masalah ini dan mengalihkan perhatian saya pada
urusan rumahtangga dan anak hingga keluarga saya sendiri tidak mengetahui masalah
ini. Masalah ini menjadi tertutup dan rahsia suami saya tidak mungkin saya buka. Sebab
hubungan suami saya dengan keluarga saya sangat baik. Namun setelah semua yang
berlaku ini, saya terkejut ketika mendengar suami saya akan menikah lagi. Jadi, ke
mana hilangnya tahun-tahun yang saya habiskan untuk bersabar? Tujuh tahun dia tidak
peduli dan tidak mahu melihat penderitaan saya, namun saya tetap bersabar dan terus

Ümenunggu semoga Allah memberikan kesembuhan padanya.

Selama tujuh tahun dia tidak berfikir untuk berubat dan sekarang, ketika dia berfikir untuk
menikah lagi, dia mulai berubat. Tiba-tiba sahaja dia ingin mempunyai anak lagi seakan-
akan masalah tidak mendapatkan anak yang ada selama ini disebabkan oleh diri saya.
Saya juga terkejut ketika dia mengatakan kepada keluarganya bahawa penyebab
tidak memiliki anak lagi adalah kerana diri saya dan saya telah berubat, namun sia-sia
sahaja kerana barangkali puncanya adalah kerana saya tidak patut menikah seperti
yang dikatakan kepada orang yang gemuk, sedangkan saya ini sihat dan Alhamdulillah
tidak seperti yang dikatakannya. Dan setiap kali ada orang yang bertanya kepada saya

100

Ütentang anak, saya selalu diam atau menjawabnya dengan berkata, “Allah belum

mentakdirkan diri saya memiliki anak lagi sampai saat ini”, tanpa menimpakan aib kepada
suami saya.

Sekarang saya mohon kepada tuan untuk memberikan saranan kepada saya kerana
ketika ini saya berada dalam keadaan yang sangat lemah. Tujuh tahun lamanya dalam
penantian, tetapi sia-sia dan saya berasa tahun-tahun yang saya lalui dengan bersabar

Ükepada Allah kerana keyakinan saya bahawa suami saya berhak mendapatkan

kesabaran seperti ini daripada saya. Namun maaf, dia tidak berhak merasakan tahun-
tahun yang menyeksakan yang saya alami dan meninggalkan diri saya. Sampai saat ini
saya tidak tahu adakah dia akan mampu menikah dan adakah rawatannya benar-benar
berhasil atau tidak? Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah saya boleh meminta
talak? Ataupun adakah harus terus hidup berdampinganan dengan lelaki pengkhianat
yang tidak mampu menghargai kesabaran saya dan tidak mampu menjaga rahsianya?

Fatwa: Hak wanita yang bersabar seperti ini seperti mana penanya yang telah
bersabar selama ini daripada ketidakmampuan suami di dalam bersetubuh dan
ketidakpeduliannya pada hak-hak kewangan isteri dan anak, yang telah menjaga
rahsia suami dengan tidak membukanya kepada sesiapa pun dan berusaha menjaga
perasaannya agar tidak terluka, dan yang mahu menanggung derita dengan

Üpenuh kesabaran atas apa yang telah difitrahkan Allah kepadanya dan kepada
Üseluruh manusia berupa kehendak seksual, dengan harapan diberikan kelapangan

oleh Allah adalah dihormati bukan dihinakan, dijaga bukan dibiarkan dan dihargai
kedudukannya, kesabarannya dan pengorbanannya.

101

Kami ingin berkata kepada anda, tidak mengapa dan jangan bersedih, sebaliknya
bergembiralah. Kesabaran anda selama beberapa tahun ini insyaAllah tidak akan sia-

Üsia. Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan. Dia akan

memberikan balasan kepada anda atas semua itu dan balasan Zat pencipta yang Maha
Mulia itu lebih baik daripada balasan makhluk yang bakhil,

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala
mereka dengan tidak terkira”.

(Az-Zumar : 10)

Suami tidak boleh mengabaikan penderitaan isterinya. Dia harus mencari penawarnya,
harus menghormati isterinya, memuliakannya, memperlakukannya dengan baik,
menghargai perbuatannya dan tidak lalai kepadanya. Memperolehi isteri seperti ini
sangatlah sukar dan barangkali suaminya baru akan tahu nilai dan kelebihannya setelah
menikah lagi dengan calon isteri yang kedua. Ketika seorang wanita mahu bersabar
selama tempoh waktu yang panjang ini (sepuluh tahun) dan mahu mengorbankan
segala-galanya, maka suaminya tidak boleh berbohong dan malah mencelanya
dengan menyatakan bahawa punca tidak mempunyai anak lagi adalah isterinya,
sedangkan dia sendirilah penyebab utamanya. Itu semua adalah akhlak tercela yang

Üdibenci Allah .

Tentang perbuatan anda terhadap suami anda, kami ingin katakan bahawa apa yang
telah anda lakukan selama ini iaitu mulai daripada bersabar atas ketidakmampuan suami
melakukan persetubuhan, berdikari sendiri dalam menjaga diri anda dan anak anda,

Üadalah suatu keistimewaan dan kebaikan yang balasannya akan diberikan Allah

kepada anda.

Anda tidak wajib menafkahi diri dan anak anda, sebab nafkah anak dan isteri adalah

Ükewajipan suami. Seorang isteri tidak wajib menafkahi dirinya sendiri meskipun dia kaya.

Allah berfiman,

102

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya”.
(At-Talaq : 7)

ÜTentang dia ingin menikah lagi, anda tidak berhak melarang atau menghalanginya

kerana Allah menghalalkannya untuk menikah lagi. Namun anda boleh menuntutnya
untuk memberikan hak-hak anda secara sempurna, seperti rumah untuk anda sendiri,
bersikap adil dalam giliran, nafkah, pakaian dan sebagainya. Kami tidak menyarankan
anda meminta cerai jika tetap bersamanya tidak menimbulkan bahaya kepada diri anda.
Fatwa No. 59566
Isteri Meninggalkan Katil Ketika Mengetahui Suami Tidak Ingin Menyetubuhinya
Pertanyaan: Jika isteri tidur di dalam bilik lain dalam keadaan marah kerana tahu
suaminya tidak menginginkannya pada malam itu, adakah dia termasuk dalam hadith,
“Jika isteri tidur dengan meninggalkan katil suaminya, maka malaikat akan melaknatnya
sampai pagi?”

103

Fatwa: Isteri tidak boleh tidur dengan meninggalkan katil suaminya tanpa alasan
sehingga membuatkan suami marah kepadanya, meskipun tidak berniat menunaikan
syahwatnya. Ketika menjelaskan hadith ini, Al-Manawi dalam Faidh Al-Qadir berkata,
“Maksudnya adalah jika isteri masuk ke dalam biliknya sendiri pada malam hari untuk
tidur kerana meninggalkan katil suaminya. Celaan ini ditujukan kepada isteri yang terlebih
dahulu meninggalkan katil suami tanpa sebab sehingga suami marah kepadanya.
Berbeza halnya jika suami yang terlebih dahulu meninggalkannya kerana berlaku
zalim kepadanya sehingga dia pun meninggalkan katil suami, maka malaikat hafazah
(penjaga arasy) atau yang diberikan tugas yang sama, akan melaknatnya. Jadi
pelaknatan di sini bergantung pada kemarahan suami kepada isterinya, kecuali jika
suami meninggalkan haknya (atau suami tidak marah kepada isterinya). Pada malam itu,

Ümalaikat akan terus melaknatnya hingga pagi kerana isteri menentang perintah Allah

untuk menyenangkan suaminya.

Kenapa dikhususkan pada malam hari? Kerana pada malam harilah kebanyakan
terjadinya persetubuhan. Jika perkara ini terjadi pada siang hari, maka malaikat akan

Ìmelaknatnya hingga petang hari dengan berdasarkan sabda Nabi , “Sehingga dia

kembali”. Dengan demikian, jika suami yang meninggalkan katil terlebih dahulu atau dia
tidak mencegah isterinya untuk tidur di bilik lain bersendirian, maka situasi seperti ini si isteri
tidak berdosa.

Fatwa No. 61429

Isteri Saya Tidak Tertarik Dengan Persetubuhan Tetapi Saya Tidak Mampu Menikah Lagi
Dengan Wanita Lain

Pertanyaan: Saya mengalami masalah emosi dengan isteri saya, khususnya dalam
masalah bersetubuh di mana dia sangat tidak peduli dengan perkara ini. Akibatnya saya
terfikir untuk menikah lagi, tetapi daripada segi kewangan saya tidak mampu. Saya takut
terheret dalam perbuatan yang haram. Jadi, apakah yang harus saya lakukan?

104

Fatwa: Sebahagian ulamak menetapkan bahawa isteri harus sedaya upaya
memberikan reaksi terhadap sentuhan suaminya dalam bersetubuh sehingga dia
memperolehi kenikmatan yang sempurna, seperti mengangkat kedua-dua paha ketika
bersetubuh. Jika apa yang anda rasakan adalah isteri anda tidak peduli dalam masalah
bersetubuh, ini ertinya dia tidak berusaha untuk memuaskan kehendak anda dan
memberikan kenikmatan yang maksima kepada anda. Beritahulah kepadanya tentang
hukum syarak dalam masalah ini, kerana itu adalah hak anda ke atas dirinya. Kami
berharap dia akan menerimanya. Jika perkara ini terjadi bukan disengajakan olehnya,
bererti puncanya adalah penyakit kedinginan dalam seks pada dirinya dan dia tidak
berdosa. Namun jika boleh diubati, maka lakukanlah. (Lihat fatwa nombor 710 dan 41676)
(Muka surat: 124 dan 62)

Jika rawatan yang dilakukan tetap sahaja tidak bermanfaat untuk menyelesaikan

Ümasalah ini, maka anda harus bersabar menghadapi isteri anda sehingga Allah

memberi kemampuan kepada anda untuk menikah lagi sambil tetap berlaku adil
kepada kedua-duanya. Anda harus tahu bahawa sifat manusia adalah senang melihat
sesuatu yang tidak ada pada diri pasangannya. Inilah yang disebutkan oleh banyak
ilmuwan dan pengkaji. Dalam kitab Shaid Al Khatir, Ibnu Al-Jauzi berkata, “Jiwa itu tidak
condong pada sesuatu yang sesuai baginya, dia lebih suka mencari sesuatu yang
tidak diketahui dan membayangkan akan menemui sesuatu yang diinginkannya pada
sesuatu yang baru. Jika dia tetap tidak menemui apa yang diinginkannya, dia akan terus
mencarinya pada yang lain”.

105

Kami sarankan kepada anda untuk tidak peduli dengan aib yang ada pada isteri anda.
Sebab anda tidak akan dapat menemui wanita yang sempurna. Tetapi jika anda takut
jatuh dalam penzinaan, maka anda dapat menikah lagi dan berdamai dengan isteri
pertama anda ini dengan menggugurkan sebahagian haknya atau menceraikannya.

Fatwa No. 65422

Nasihat Bagi Suami Yang Menyetubuhi Isterinya

Pertanyaan: Teman saya menceritakan masalahnya dengan suaminya kepada
saya. Kedua-dua pasangan itu saling mencintai dan hampir sepakat dalam segala
perkara, kecuali dalam masalah persetubuhan yang mana sangat malang buat si isteri.
Sebab suaminya begitu cepat mencapai klimaks tanpa ada sebarang pemanasan,
suatu keadaan yang sangat menyakitkan hatinya. Namun suami tidak mempedulikan
masalah yang dihadapi isterinya. Si isteri sudah menjelaskan beberapa kali supaya
suami memahami situasi tersebut, namun keadaannya tetap sahaja sama sejak
beberapa tahun daripada awal pernikahan. Di tambah lagi aktiviti persetubuhan yang
dilakukan sedikit sekali, sedangkan suami tidak penat bekerja.

Disebabkan itu, dia berasa sangat kehilangan. Ketika ini dia menganggap dirinya
di dalam bahaya kerana terheret di dalam perasaan was-was dan membayangkan
teman-teman rapatnya. Apa yang lebih bahaya lagi dia berasa dirinya hina di hadapan
suaminya. Jadi apakah yang harus dilakukan?

Fatwa: Disetubuhi adalah salah satu hak isteri ke atas suaminya. Dalam Majmuk Al-
Fatawa, Ibnu Taimiyah berkata, “Suami wajib menyetubuhi isterinya dengan cara yang
baik dan ini adalah hak terpenting isteri daripada suaminya, lebih besar daripada hak-
nya untuk mendapatkan makanan”. Tentang seberapa banyak kewajipan suami harus
menyetubuhi isterinya, para ulamak berbeza pendapat. Ibnu Taimiyah berkata, “Ada
yang berpendapat, suami wajib menyetubuhinya setiap empat bulan sekali. Ada pula
yang berpendapat sesuai dengan keperluan isteri dan kemampuan suami dan inilah
pendapat yang paling sahih”.

Dalam bersetubuh ada adab yang harus diperhatikan oleh suami yang telah
dijelaskan secara terperinci dalam fatwa nombor 3768 (Muka surat:24) dan di antara
adab ini adalah mencari kenikmatan bersama isteri sebelum bersetubuh untuk
membangkitkan ghairah seksnya sehingga dia memperolehi kenikmatan seperti yang

106

diperolehi suami. Suami wajib menyayangi isterinya dan menyetubuhinya setiap kali dia
memerlukan dan sesuai dengan kemampuan suami.

Di samping itu juga suami perlu menjaga adab bersetubuh, yang mana penjelasannya
telah dipaparkan sebelum ini. Jangan terlalu cepat menunaikan hajatnya sebelum isteri
mencapai klimaks. Jika dia mengalami ejakulasi awal, dia harus mencari ubatnya atau
mempelajari gaya yang dapat memperlambatkan ejakulasi. Dalam masalah ini, kedua-
dua pasangan juga harus saling memahami, berterus-terang dan menempuh cara yang
diredhai kedua-dua belah pihak. Isteri harus memberitahu kepada suaminya gaya dan
cara bersetubuh yang disukai dan yang sesuai dengannya.

Isteri harus membatasi anggota tubuhnya hanya untuk suaminya, memalingkan hatinya
daripada orang lain, tidak mengikuti langkah syaitan, menjauhi segala perkara yang
dapat membangkitkan syahwatnya daripada pandangan, pendengaran atau fikiran
yang diharamkan dan berhati-hati dengan godaan syaitan yang dapat mengheretnya
jatuh dalam perbuatan yang berakibat buruk sehingga agama dan dunianya menjadi
rosak.

Tentang kenyataannya bahawa dirinya berasa hina di hadapan suaminya, kami
tidak tahu sama ada dia yang menghinakan suaminya ataupun suaminya yang
memandangnya hina. Tetapi yang jelas, tidak boleh menghina atau melecehkan
seseorang Muslim. Dalam hadith dinyatakan, “Muslim yang buruk adalah yang menghina
saudaranya yang sesama Muslim”. (Riwayat At-Tirmidzi)

107

Fatwa No. 65583

Hak Isteri Yang Paling Besar Ke Atas Suaminya Adalah Disetubuhi

Pertanyaan: Bagaimanakah pendapat tuan tentang seorang isteri yang
keperluan batinnya jarang sekali diperhatikan oleh suaminya. Jadi, secara kebetulan
dia mendapati suaminya melakukan onani ketika menonton filem lucah. Setelah itu

Üdia berasa sangat terseksa dan selalu berdoa kepada Allah agar dapat bersabar

dan kuat menghadapi suaminya yang tidak memberikan cinta dan kasih sayang
kepadanya. Dia sangat khuatir dan bimbang dengan kehidupan rumahtangga dan
anak-anaknya daripada segala bentuk keputusan.

Fatwa: Isteri mempunyai hak ke atas suaminya untuk disetubuhi dan dipenuhi
keperluan batinnya. Hak jenis ini harus didahulukan daripada hak-hak isteri yang lain.
Ibnu Taimiyah berkata, “Suami wajib menyetubuhi isterinya dengan cara yang baik
dan ini adalah hak terbesar isteri ke atas suaminya, lebih besar daripada haknya
mendapatkan makanan. Menurut pendapat yang sahih, kadar kewajipan ini
bergantung pada keperluan isteri dan kemampuan suami. Ada pula yang berpendapat
setiap empat bulan sekali isteri harus disetubuhi” (Majmuk Al-fatawa [271/32])

Melakukan onani hukumnya haram dan pengharaman ini semakin besar tatkala yang
melakukannya adalah orang yang sudah menikah kerana dia mengganti perkara yang
baik dengan yang buruk. Hukum perbuatan ini telah dijelaskan secara terperinci di dalam

Üfatwa nombor 5524 (Muka surat:199) Dalam masalah di atas, suami wajib memenuhi hak

isterinya dan bertaubat kepada Allah daripada perbuatan maksiat ini serta daripada
faktor yang mendorongnya menonton filem lucah. Hukum menonton filem seperti ini
telah dijelaskan dalam fatwa nombor 3605 (Muka surat: 173 Jilid 1) Si isteri juga harus
menasihati suaminya, berterus-terang padanya tentang keperluannya untuk disetubuhi
dan melakukan segala perkara yang dapat membuatkan suaminya tertarik kepadanya
seperti dengan berhias dan sebagainya.

108

Fatwa No. 65668
Menjaga Hak Isteri Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Saya telah menikah dengan seorang lelaki yang hanya peduli pada
dirinya sendiri ketika bersetubuh sehingga membuatkan saya melakukan onani.
Ketika dia mengetahui tentang perbuatan saya itu, dia berkata, “Jika awak melakukannya
sekali lagi saya akan mengembalikan awak pada orang tua awak”. Bersama dengan
ancamannya itu, dia mengambil peduli keperluan saya, tetapi hanya pada ketika itu
sahaja. Setelah itu, dia pun kembali seperti sediakala, hanya mementingkan dirinya sendiri.
Bagaimanakah hukumnya dalam masalah ini?
Fatwa: Isteri mempunyai hak untuk disetubuhi dan dipenuhi segala keperluan
batinnya oleh suami dan hak ini didahulukan ke atas segala hak isteri yang lain. Dalam
bersetubuh ada adab yang harus dijaga dan diperhatikan oleh suami, sebagaimana
yang telah dijelaskan secara terperinci dalam fatwa nombor 3768 (Muka surat: 24)
yang mana di antaranya adalah mencari kenikmatan bersama isteri sebelum bersetubuh
untuk membangkitkan ghairah isteri sehingga dia memperoleh apa yang diperolehi oleh

Ìsuami. Hal ini berdasarkan pada Riwayat Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus bahawa

Nabi bersabda, “Janganlah kalian menyetubuhi isteri kalian seperti menyetubuhi
binatang. Hendaklah di antara kedua-duanya ada pendahuluan (pemanasan)”. Ada
yang bertanya, “Apakah pendahuluannya, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,
“Ciuman dan pujuk rayu”.

109

Suami wajib menjaga kesucian isterinya, sebaik-baiknya memperhatikan adab
bersetubuh yang sudah dijelaskan sebelum ini dan tidak cepat menunaikan hajatnya
sebelum isteri menunaikan hajatnya. Jika dia mengalami ejakulasi awal, dia harus
mencari cara atau ubat yang dapat melambatkan ejakulasi. Kedua-duanya harus saling
memahami dan berterus-terang dalam masalah ini serta mencari cara yang diredhai
kedua-dua belah pihak. Isteri juga boleh memberitahu suami tentang gaya yang sesuai
dan disukainya.

Melancap atau melakukan onani hukumnya haram dan pengharaman ini semakin
berat jika yang melakukannya adalah orang yang sudah menikah kerana bererti
dia mengganti perkara yang baik dengan yang buruk. Tentang perkataannya kepada
anda, “Saya akan mengembalikan awak kepada keluarga awak jika
melakukan onani lagi” tidak memberi kesan pada sahnya pernikahan, sebab itu hanya
sekadar ancaman (janji) untuk mengembalikan anda kepada keluarga anda walaupun
apa yang dia maksudkan dalam perkataannya ini adalah cerai, kerana ancaman untuk
menceraikan bukanlah penceraian yang sebenarnya.

Fatwa No. 67528

Suami Wajib Memberikan Hak Isterinya

Pertanyaan: Adakah saya harus menahan diri daripada suami saya jika dia telah
meninggalkan saya lebih dari tiga tahun tanpa memberi nafkah?

Fatwa: Syarak mewajibkan suami menunaikan hak isteri, seperti memberi nafkah,
menyetubuhi, dan lain sebagainya. Jika ia lalai melakukan salah satu daripada kewajipan
itu tanpa alasan, maka isteri berhak membawa masalah ini kepada hakim untuk memaksa
suami menunaikan hak isteri yang dibebankan kepadanya atau isteri dapat meminta
cerai jika memang dia menginginkannya.

Namun sebaiknya kedua-dua belah pihak berusaha untuk berdamai kerana
berdamai lebih baik daripada bercerai. Sebab perceraian dapat menimbulkan kesan

Üburuk seperti anak akan terbiar dan sebagainya. Allah berfirman,

110

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya “nusyuz”
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri)
membuat perdamaian di “Antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)”.

(An-Nisa : 128)

Jika isteri membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah, maka Mahkamah lah
yang akan melihat dan meneliti masalah ini, lalu memberikan keputusan yang sesuai,
sama ada cerai atau tidak.

Fatwa No. 68437

Isteri Harus Membuang Semua Perkara Yang Tidak Disukai Suami Dan Yang Menghalang
Terjadinya Persetubuhan Secara Sempurna

Pertanyaan: Isteri saya tidak mempedulikan hak saya dan tidak mahu mengambil
berat tentang kebersihan dirinya. Dia selalu tidak peduli dengan masalah
mencukur bulu kemaluan dan ketiak. Dia juga selalu menjadikan anak-anak sebagai
pemisah antara saya dengannya ketika berada di atas katil sehinggakan saya
membencinya. Beberapa kali saya melafazkan cerai kepadanya tetapi hanya dalam
hati sahaja. Apakah pendapat syarak tentang hal ini?

Fatwa: Di antara kewajipan isteri adalah mentaati suaminya dalam masalah seks,
seperti mandi, menjaga kebersihan diri dan sebagainya. Ibnu Hajar Al-Haithami
menyebutkan beberapa keadaan yang membolehkan suami memaksa isterinya,
di antaranya memaksanya untuk menghilangkan kekotoran, bulu ketiak dan kemaluan,
memotong kuku dan segala perkara yang dapat menjadi penghalang terjadinya
persetubuhan secara sempurna, serta memaksanya untuk tidak memakai pakaian yang
bernajis atau yang baunya tidak enak”.

111

Fatwa No. 70965

Melepaskan Hak Persetubuhan Dalam Hubungan Suami Isteri Tidak Memberikan
Sebarang Kesan

Pertanyaan: Saya menikah sudah lapan tahun dan sejak awal pernikahan,
kami menghadapi pelbagai masalah yang seandainya tidak ada pertolongan

ÜAllah , maka kami tidak akan selamat daripada masalah tersebut. Perlu diketahui

bahawa kami menempatkan masalah secara profesional dengan saling membantu
dan tanpa campur tangan pihak lain. Kami telah dikurniakan seorang anak perempuan
dan seorang anak lelaki. Ketika ini kami menghadapi masalah yang serius, tetapi
kami tidak menginginkan ada seorang pun daripada kedua-dua keluarga ikut
campur tangan menyelesaikan masalah ini. Daripada sudut pandang saya, saya
melihat hubungan normal suami isteri mustahil diwujudkan kembali. Walaupun dengan
cara apa sekalipun saya menjelaskannya, saya tidak akan dapat memenuhi haknya
dan hubungan kami tidak dapat kembali seperti dulu. Oleh kerana itu, saya mencari
alternatif terbaik di dalam segala hal dan terjadilah perselisihan ini yang menurut saya
akar masalahnya adalah kami berdua tidak ingin menceritakan rahsia rumahtangga.

Maka adakah menurut syarak kami boleh berdamai atau melakukan kesepakatan untuk
tetap hidup dalam satu rumah tanpa adanya perceraian dan menunaikan hak suami
isteri (keperluan batin) demi menjaga masa depan anak. Kami berdua telah bersetuju
tentang batasan-batasan dalam berselisih faham. Apatah lagi saya tidak melarangnya
untuk menikah lagi dan tidak menolak bantuan dan pelakuannya kepada saya ketika
saya bekerja. Jika perkara seperti ini boleh, adakah secara syarak saya diharamkan untuk
bermusafir atau menunaikan ibadah haji? Ataupun menurut hukum, kedudukan suami
saya itu seperti kedudukan orang lain? Apakah batasan hijab yang diwajibkan ke atas
saya?

Fatwa: Kedua-dua suami isteri boleh membuat kesepakatan dalam masalah
hubungan kelamin sesuai dengan ketentuan yang mana menurut mereka sesuai
bagi mereka berdua, jika perkara ini dilatari dengan sikap saling meredhai dan
bermusyawarah. Kedua-duanya boleh sepakat untuk tidak bersetubuh jika kedua-
duanya menginginkan perkara itu. Menggugurkan hak bersetubuh tidak menzalimi
kedua-dua pasangan kerana masing-masing melepaskan haknya. Namun dengan
pelepasan hak ini, bukan bererti hak bersetubuh itu gugur. Sebab kedua-duanya
boleh meminta haknya kembali pada setiap waktu. Persetujuan seperti ini tidak
mempengaruhi ikatan perkahwinan. Secara syarak kedua-duanya masih tetap sebagai

112

suami isteri. Oleh kerana itu, isteri tidak boleh menutup diri daripada suaminya, dan sah
hukumnya jika suami menjadi mahramnya untuk menunaikan ibadah haji dan yang lain.

ÜSemoga Allah membantu kalian menyelesaikan masalah ini dan menjadikan kalian

dapat melalui ujian ini seperti sebelumnya. Kemudian mengembalikan hubungan kalian
berdua seperti sedia kala dan bahkan lebih baik lagi daripada sebelumnya.

Fatwa No. 71145

Maklum Balas Suami Terhadap Permintaan Untuk Bersetubuh Daripada Isteri

Pertanyaan: Adakah suami dilaknat malaikat sehingga pagi ketika isterinya tidur
dalam keadaan sedih disebabkan penolakan suami yang enggan menerima ajakan
untuk bersetubuh, atau apakah hukum ini hanya berlaku bagi kaum wanita sahaja?
Apakah hikmah di sebalik semua ini?

Fatwa: Pada fatwa nombor 8935 (Muka surat: 146) telah dijelaskan bahawa dalam masalah
seks, lelaki berbeza dengan wanita. Ketika wanita dapat memberi kesenangan kepada
suami dan membuatkannya dapat menunaikan keperluan batinnya pada bila-bila masa
sahaja, kaum lelaki tidak boleh melakukan perkara tersebut kecuali ketika dia sedang
ghairah dan berada dalam keadaan sihat. Inilah salah satu hikmah kenapa ancaman
dalam hadith hanya ditujukan kepada wanita, bukan pada lelaki. Daripada sudut yang
lain pula, suami mempunyai hak yang lebih banyak ke atas isterinya dibandingkan hak
isteri ke atas suaminya. Dalam masalah hak, kedua-duanya tidak sama.

Dalam kitab Ahkam Al-Quran, Al-Jashash berkata dalam bab hak suami ke atas

Üisteri dan hak isteri ke atas suami, Allah berfirman,

“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);
dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan
atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana”.

(Al-Baqarah : 228)

113

ÜAbu Bakar Rahimahullah berkata, “Dalam ayat ini, Allah memaklumkan

bahawa suami isteri masing-masing mempunyai hak ke atas pasangannya. Namun

suami mempunyai hak khusus ke atas isteri, yang tidak dipunyai isteri ke atas suaminya

berdasarkan firmanNya, “dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai

satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya)”. Di antara kewajipan

suami ialah menjaga kesucian isteri dan menerima ajakannya untuk bersetubuh ketika

isteri memerlukannya. Suami tidak boleh mengabaikannya kecuali ada uzur syarie.

Tentang kadar kewajipannya, para ulamak berbeza pendapat. Pendapat

yang rajih(kukuh) adalah suami wajib memenuhi ajakan bersetubuh isteri sesuai

keperluan isteri dan kemampuan suami.

Fatwa No. 70931

Melayani Isteri Dengan Buruk

Pertanyaan: Sejak kecil kami mendengar bahawa wanita yang tidur dalam
keadaan suaminya sedang marah kepadanya akan dilaknat malaikat sehingga pagi.
Jadi, adakah ketetapan ini berlaku juga pada suami yang tidur, sedangkan isterinya
berasa marah kepadanya? Kadangkala kesedihan menyelubungi hati saya dan air mata
terus mengalir disebabkan caci makinya terhadap saya tanpa sebarang sebab dan
kerana dia tidak mahu mengakui kesalahannya. Dia seakan-akan merendahkan wanita
dan dia merasakan bahawa kejantanannya semakin bertambah apabila dia enggan
mendengar kehendak dan kesukaan wanita. Sehinggakan dalam keadaan terbaik pun
dia tidak suka mengucapkan kata-kata yang dapat membuatkan saya berasa dihargai
di sisinya. Adakah perkara ini menjadi sebahagian daripada ajaran agama?

Fatwa: Suami wajib melayani isterinya dengan baik, jika melanggar ketetapan ini dia

Ü Ìberdosa sehingga harus bertaubat kepada Allah . Nabi bersabda, “Orang yang

paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah
orang yang paling baik kepada isteriku daripada kalian.” Baginda juga bersabda, “Aku
berpesan kepada kalian untuk melayani wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka
diciptakan daripada tulang rusuk. Bahagian tulang rusuk yang paling bengkok adalah
di bahagian atasnya. Jika kalian ingin membiarkannya tetap dalam keadaan bengkok,
maka dia akan semakin bengkok. Jika kalian meninggalkannya, dia akan terus bengkok.
Maka aku berpesan untuk berbuat baik kepada wanita” (Riwayat Muttafaq alaihi)

114

Jadi, adakah malaikat akan melaknat suami yang membiarkan isterinya tidur
bersendirian ataupun tidak? Untuk pertanyaan ini kami ingin katakan bahawa hadith yang
menunjukkan malaikat akan terus melaknat wanita yang meninggalkan katil suaminya
sampai pagi, itu khusus bagi wanita yang meninggalkan katil suaminya ketika suaminya
ingin menyetubuhinya. Oleh kerana itulah Imam Bukhari menempatkannya dalam bab:
idza batat al-mar’ah muhajirata firasyi zaujiha (jika isteri tidur dengan menjauhi katil
suaminya). Hukum ini berlaku khusus bagi isteri kerana besarnya hak suami terhadapnya.
Namun suami juga berdosa jika memperlakukan isterinya dengan buruk, menzalimi,

Ümenganiaya dan mengabaikan hak-haknya kerana dia menyalahi firman Allah ,

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

Perbuatan suami yang seperti ini, secara umum juga termasuk dalam kategori menyakiti
orang Mukmin.

ÜAllah berfirman,

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman
dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang
tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka
telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”.

(Al-Ahzab : 58)

Tentang kewajipan suami menyetubuhi isterinya, para ulamak berbeza pendapat:

Ulamak Hanafiyah berpendapat bahawa secara qadhaai (kehakiman) suami wajib
menyetubuhi isterinya sekali sahaja. Sedangkan secara diyani (ibadat dalam agama)

Üantara dirinya dengan Allah , dia wajib menyetubuhi isterinya tidak boleh lebih dari

empat bulan jika isteri boleh ditimpa bahaya ketika tidak disetubuhi. Al Allamah Ibnu
Abidin dalam kitab Radd Al Muhtar berkata, “Tentang penyataan “Hak isteri gugur hanya

115

dengan sekali persetubuhan”, penulis berkata dalam Al Fath, “Ketahuilah bahawa haram
bagi suami untuk tidak menyetubuhinya sama sekali. Para sahabat kami menjelaskan
bahawa menyetubuhinya sekali sekala, secara diyani adalah wajib. Namun hukum ini
tidak termasuk dalam naungan ketetapan qadhaai dan ilzam (wajib) kecuali pada
persetubuhan yang pertama, tetapi mereka tidak menetapkan masanya. Suami wajib
menyembunyikan masa ilaa (bersumpah tidak akan menggauli isterinya) kecuali dengan
keredhaan dan baiknya keadaan jiwa isteri”.

Sedangkan ulamak Malikiyah berpendapat bahawa suami tidak boleh meninggalkan
isterinya selama beberapa waktu yang dapat membahayakan diri isteri. Al-Allamah
ad-Ardiri berkata dalam Asy-Syarh Al-Kabir, “Atau tidak menyetubuhinya sehingga
menimbulkan bahaya”. Tentang seberapa lama waktunya, ditentukan dengan ijtihad
(proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh), jika suami
bermukim (berada di rumah). Sedangkan jika suami tidak ada (sedang bermusafir),
maka kenyataannya tentang bahaya yang boleh menimpa isteri tidak boleh difahami.
Namun jika isteri tertimpa bahaya akibat tidak disetubuhi, maka suami boleh diminta
menceraikannya dengan bersungguh-sungguh meskipun dia tidak bermaksud untuk
membahayakan isterinya”.

Dalam ulasannya terhadap kenyataan di atas, Ad-Dasuqi berkata, “Maksud bersungguh-
sungguh dalam menceraikannya adalah suami berusaha menceraikannya secepat
mungkin tanpa memberikan tempoh waktu panjang kepadanya. Dia harus berusaha
sedaya upayanya tanpa mengundurkan waktu ilaa (sumpah tidak menggauli isteri),

116

atau menghitungkannya, ataupun lebih banyak daripada yang dihitungnya. Jika dia
mengetahui pertengkaran dan bahaya yang disebabkan dirinya, maka dia boleh segera
menceraikannya. Semua ini berlaku jika si isteri meminta cerai. Namun apabila isteri
bersedia tinggal bersama suaminya tanpa disetubuhi, maka suami tidak perlu
menceraikannya”.

Sedangkan pendapat yang arjah (paling kuat) di kalangan ulamak Syafiiyyah
mengatakan bahawa suami tidak wajib menyetubuhi isterinya. Salah satu qaul
(pendapat) mewajibkannya sekali seumur hidup. Namun suami wajib menyetubuhi
isterinya jika dia tahu isterinya akan jatuh dalam penzinaan jika tidak disetubuhi. Ibnu
Hajar Al-Haithami di dalam Tuhfah Al-Muhtaj berkata, “Suami tidak wajib menyetubuhi
isterinya kerana persetubuhan adalah haknya. Ada pula yang berpendapat dia wajib
menyetubuhinya sekali untuk menunaikan syahwat isteri dan menetapkan pemilikan
maharnya”.

Manakala Al-Allamah Asy-Syibramalisi Asy-Syafiie dalam kitab Hasyiyah Ala An-Nihayah
berkata, “Jika suami tahu isterinya akan berzina jika dia tidak disetubuhi, maka dengan
berdasarkan qiyas dia wajib menyetubuhinya demi menolak kerosakan ini (penzinaan
isteri), bukan kerana persetubuhan itu adalah hak isteri”.

Ulamak Hanabilah berpendapat bahawa suami wajib menyetubuhi isterinya paling
kurang setiap empat bulan sekali dan ini adalah pendapat mazhab. Ada yang
berpendapat penentuan waktunya dikembalikan pada uruf (adat). Ada pula yang
berpendapat bergantung pada keperluan isteri. Ada pula yang berpendapat suami
tidak wajib menyetubuhi isterinya. Inilah empat pendapat dalam mazhab Hanbali yang
semuanya disebutkan oleh Al-Mardawi di dalam Al-Inshaf. Dia berkata, “Suami wajib
menyetubuhi isterinya setiap empat bulan sekali jika memang tidak ada halangan.
Dipastikan, ini adalah pendapat mazhab dan sebahagian besar penganut mazhab.
Ada yang berpendapat masalah waktu dikembalikan pada uruf. Syeikh Taqiyuddin
memilih pendapat yang menyatakan suami wajib menyetubuhinya sesuai
dengan keperluan isteri selagi tidak merosakkan badannya, atau mengganggu
pekerjaannya tanpa boleh ditentukan waktu yang diperlukannya (untuk bersetubuh). Ini
termasuk dalam pendapat individu. Daripada pernyataan beliau ada yang menunjukkan
bahawa suami tidak wajib menyetubuhi isterinya jika saat meninggalkannya tidak
bermaksud menimpakan bahaya kepada isteri. Pendapat inilah yang dipilih oleh
Al-Qadhi”.

117

Fatwa No. 72055

Ketentuan Penerimaan Isteri Ke Atas Ajakan Bersetubuh Suami

Pertanyaan: Saya baru menikah sebulan setengah yang lalu. Kehidupan kami berjalan
normal, masing-masing mengetahui hak dan kewajipannya dalam masalah bersetubuh.
Namun salah seorang teman memberitahu saya bahawa apa yang saya lakukan
iaitu selalu menerima keinginannya bersetubuh setiap kali suami meminta adalah
suatu kesalahan, kerana seiring dengan berjalannya waktu, perbuatan tersebut dapat
menghilangkan kehendaknya untuk bersetubuh. Perkara ini dapat membuatkan diri
saya berasa berbolak-balik untuk memintanya bersetubuh dan berharap dia memenuhi
keinginan saya. Kerana inilah, setiap kali saya menolaknya, dia tidur dengan perasaan
marah kerana saya menolak keinginannya untuk bersetubuh. Apakah pendapat tuan
tentang kenyataan ini?

Fatwa: Ini adalah kenyataan yang salah, oleh kerana itu anda tidak boleh mengikutinya.

Bahkan anda harus mentaati suamimu dan memenuhi keperluannya setiap kali dia

meminta selagi permintaannya itu tidak menimbulkan bahaya yang dikira di sisi syarak.

(Lihat fatwa nombor 57304) (Muka surat:165) Kenyataan teman anda ini dapat
Ümengakibatkan perpecahan antara suami isteri, dan Allah
sangat melarangnya.
ÌDalam hadith Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban dikatakan bahawa Nabi

bersabda, “Bukan termasuk golongan kami isteri yang menipu suaminya”.

118

Fatwa No. 52011

ÌSunah Nabi : Memberikan Hak Masing-Masing Pada Setiap Pihak

Pertanyaan: Saya adalah seorang ibu yang mempunyai dua orang anak. Anak yang
besar berusia 3 tahun dan yang kecil berusia 4 bulan. Kerana mereka, saya tidak mampu
solat dengan khusyuk kerana takut anak yang kecil itu diganggu oleh abangnya yang
berasa cemburu. Oleh kerana itu, saya meninggalkan ibadah-ibadah sunat. Sedangkan
sebelum bersalin, saya selalu menunaikannya dengan tekun. Saya juga meninggalkan
solat malam demi untuk menidurkan anak kecil supaya dia benar-benar tertidur, sehingga
kadangkala saya turut tertidur pula bersamanya, sedangkan saya tahu suami saya
berhajat kepada diri saya. Saya ingin mengetahui hukum tentang semua perkara ini.

Fatwa: Kewajipan seorang Muslim adalah menyeimbangkan hak yang dipikulkan
ke atasnya. Dia harus memberikan hak kepada pihak masing-masing dengan adil, tanpa
mengurangi atau melebihkannya. Anak-anak mempunyai hak dalam pendidikan dan
penjagaan. Apa yang mereka perlukan adalah perhatian dan belaian kasih sayang.

Suami juga mempunyai hak untuk dilayani dan bersetubuh, ditaati, dibahagiakan
serta dibantu di dalam mengatur rumahtangganya. Manusia juga mempunyai hak
atas dirinya sendiri untuk dapat beristirehat, tidur, berasa tenang dan mempunyai sedikit
waktu menikmati hidup. Bersamaan dengan semua hak ini, di sana masih ada hak yang

Ü Üharus didahulukan atas yang lain, iaitu hak Allah . Hak Allah adalah disembah,

benar-benar ikhlas saat beribadah kepadaNya sebagai tanda syukur atas segala
nikmatNya yang melimpah, memenuhi janji dan amanah yang kerana kedua-dua hal ini
manusia diciptakan.

Orang yang cerdas dan bijaksana adalah orang yang dapat menggabungkan semua
hak ini dan menyeimbangkannya. Dalam Ash-Sahihain daripada hadith Abdullah bin

ä ÌUmar , bahawa Nabi bersabda, “Tuhanmu, tubuhmu, keluargamu dan tetamumu

mempunyai hak ke atas dirimu, maka tunaikanlah hak atas pihak masing-masing
bersesuaian dengan bahagiannya”

Berdasarkan perkara ini, maka perkara mengurus anak tidak boleh menyebabkan
anda mengabaikan hak-hak pihak lain, khususnya yang berkaitan dengan kekhusyukan
dalam hal solat dan juga hak suami anda. Tentang amalan sunat yang dulunya biasa
anda lakukan, seperti solat malam, tidak menjadi wajib seperti wajibnya amalan fardhu.

119

ÜNamun ianya menjadi penyebab timbulnya cinta Allah , sebagaimana yang terdapat

dalam hadith Qudsi, “Hamba-Ku terus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunat
sehingga Aku pun mencintainya.....” (Riwayat Bukhari). Bagi orang yang berakal, tidak

Üsepatutnya meninggalkan sesuatu yang dapat menarik rasa cinta Allah kepadanya.

Fatwa No. 29158

Salah Satu Cara Melayani Isteri Dengan Baik Adalah Dengan Memuaskan Kehendak
Batinnya

Pertanyaan: Adakah salah satu bentuk ketaatan anak kepada ibunya adalah dia
menuruti kemahuan ibu yang melarangnya menyetubuhi isterinya? Dalam keadaan
suami taat kepada ibunya, adakah isteri boleh meminta talak?

Fatwa: Di antara hak isteri ke atas suaminya adalah suami tidak boleh mengelak
untuk menyetubuhinya dalam tempoh waktu yang dapat membahayakan diri isteri.
Jika suami mengelak, bererti dia telah berbuat dosa. Sebab menyetubuhi isteri adalah

Üsalah satu bentuk memperlakukan isteri dengan baik yang diperintahkan Allah dalam

firmanNya,

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

Sudah jelas bahawa salah satu bentuk menggauli isteri dengan baik adalah menyayangi
isteri dan memuaskan keperluan batinnya sehingga isteri tidak terheret dalam sesuatu
yang haram. Imam Ibnu Hazm berkata, “Suami wajib menyetubuhi isterinya, paling tidak
sekali dalam masa satu kali suci jika suami memang mampu melakukanya. Jika dia

Ümampu tapi tidak melakukannya, maka dia berdosa kerana Allah berfirman,

“Maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu”.
(Al-Baqarah : 222)

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Suami wajib menyetubuhi isterinya sesuai
dengan keperluan isteri, selama mana tubuh suami tidak berasa penat atau kegiatan

120

bersetubuh itu mengganggu pekerjaannya mencari rezeki. Persetubuhan ini tidak
ditentukan jumlahnya harus berapa kali, apa yang penting selama dalam tempoh waktu
empat bulan”.
Oleh kerana itu, suami tidak boleh mentaati ibunya yang menyuruhnya meninggalkan
kewajipan ini. Sebab tidak boleh taat kepada makhluk untuk bermaksiat kepada Khaliq,

Ìsebagaimana yang disabdakan Nabi , “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam

perkara yang baik”. (Hadith Riwayat Muttafaq alaihi)
Jika suami tidak mahu menyetubuhi isterinya, maka isteri boleh meminta cerai dan dia
tidak berdosa melakukan perkara ini, kerana disetubuhi adalah haknya dan salah satu
tujuan utama pernikahan. Jika kerana tidak disetubuhi dapat menimbulkan bahaya
kepada isteri, maka isteri boleh meminta cerai dan suami mempunyai dua pilihan: antara
menyayanginya (dengan menyetubuhinya) ataupun menceraikannya.

121

Frigiditas



18
FRIGIDITAS

Fatwa No. 710

Berkelakuan Dingin Dengan Pasangan, Harus Diubati Dengan Cara-Cara Yang Telah
Ditetapkan Oleh Syarak

Pertanyaan: (Isteri berusia 32 tahun mengaku melayani suaminya yang berusia 29 tahun
(tiga tahun lebih muda) dengan baik kecuali ketika bersetubuh. Namun, kadangkala isteri
tidak berhasrat melakukan persetubuhan. Disebabkan itu, suami menunjukkan sikap dingin
terhadap isterinya. Si isteri berusaha membenci dirinya sendiri, namun gagal. Manakala
suami menyedari keadaan ini.

Apakah isteri berdosa meskipun dia tidak berniat untuk menyakiti suaminya?
Apakah sebab dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah kedinginan mengikut Islam?

ÌApakah ada doa-doa yang ma’thur ( daripada Nabi ) untuk mengatasi masalah ini?

Fatwa: Pertama, isteri yang melakukan perkara tersebut tidak berdosa. Kedua, dalam

Ümengatasi masalah ini, ada beberapa cara di antaranya: Bertakwa kepada Allah
Üdengan ketetapan hati untuk taat kepadaNya dan menundukkan pandangan daripada

perkara-perkara yang diharamkanNya. Allah telah memberi jaminan kepada orang-
orang yang taat dengan kebahagiaan, ketenteraman dan rezeki yang luas.

ÜAllah berfirman,

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(daripada segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki daripada
jalan yang tidak terlintas di hatinya.

(At-Talaq : 2-3)

124

Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya
segala urusannya.

(At-Talaq : 4)

ÜDalam ayat lain Allah berfirman,

Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.

(An-Nahl : 97)

Cara penyembuhannya dapat diperolehi dengan membaca buku khusus yang

mengupas tentang masalah ini. Untuk masalah doa, kami tidak mengetahui adanya

Ìdoa ma’thur daripada Nabi yang dikhususkan untuk mengatasi masalah seperti ini.

Namun perbanyakkanlah beristighfar dan zikir
Ükepada Allah
kerana ÌNabi

bersabda, “Barangsiapa yang

beristighfar secara berterusan, maka
ÜAllah
akan memberikan jalan

keluar baginya daripada setiap

kesulitan dan membebaskan dirinya

daripada segala kesedihan.”

125

Fatwa No. 16981

Hilangnya Keinginan Untuk Bersetubuh... Punca Dan Penyelesaiannya

Pertanyaan: Saya mempunyai masalah seks dengan suami saya yang sudah terjadi

selama beberapa bulan sehingga membuatkan saya berasa letih. Saya kehilangan selera

sama sekali untuk bersetubuh dengan suami saya. Sedangkan (perlu diketahui) kami tidak

mempunyai sebarang masalah dan saya sendiri memakai hijab. Ketika ini kami sudah

mempunyai dua orang anak perempuan. Jadi bantulah saya dalam menyelesaikan
Ümasalah ini. Saya takut pada hukuman Allah
dan takut hal ini akan mengubah

perjalanan rumahtangga kami.

Fatwa: Keinginan bersetubuh di dalam diri lelaki dan wanita adalah fitrah asas
yang ada dalam diri kedua-duanya dan hilangnya keinginan ini boleh jadi
disebabkan oleh faktor yang normal seperti penyakit, lemah syahwat atau yang
seumpama dengannya. Dan boleh jadi juga disebabkan oleh faktor yang tidak normal
seperti terkena sihir atau Al-Ain (sihir mata). Jika disebabkan oleh perkara pertama iaitu

Üfaktor yang normal maka rawatannya adalah dengan cara anda melakukan pemeriksaan

diri dengan doktor pakar. Insya Allah akan bermanfaat.

Sedangkan jika disebabkan oleh perkara kedua iaitu faktor tidak normal maka
rawatannya adalah dengan cara anda melakukan apa yang dilakukan oleh lelaki yang
terkena sihir sehingga tidak dapat menyetubuhi isterinya.

ÜJika Allah mentakdirkan diri anda tidak sembuh dan tidak mampu

melakukan hubungan dengan suami anda sebagaimana yang anda diinginkannya,

maka satu-satunya jalan penyelesaian adalah suami anda menikah dengan wanita lain,

Üsebab Allah berfirman,

126

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan daripada perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman”.

(An-Nisa : 3)

ÜInilah salah satu rahmat Allah dan penyebab yang dianggap ulamak sebagai

hikmah disebalik diperbolehkan berpoligami.

Fatwa No. 27649

Kehamilan Boleh Menjadi Penyebab Isteri Menjauhi Suami Buat Sementara Waktu

Pertanyaan: Saya sudah setahun menikah. Masalah saya adalah secara tiba-tiba
dalam beberapa hari ini isteri saya kelihatan tidak mampu menghadapi saya, takut
kepada saya dan tidak mahu disentuh oleh saya. Untuk makluman situasi ini bermula
ketika kami masuk bilik tidur. Dan kadangkala keadaan ini membuat kedua-dua tangan
dan lengannya tidak boleh bergerak. Tolonglah saya, apa yang harus saya lakukan? Perlu
diketahui juga bahawa kami selalu menjaga solat kami dan seluruh rukun agama, dan
saat ini isteri saya sedang hamil.

Fatwa: Boleh jadi yang menimpa isteri anda adalah salah satu daripada dua
kemungkinan berikut :-

Pertama, disebabkan oleh kehamilannya dan kesan yang dihasilkan daripada
kehamilan itu biasanya diketahui oleh para wanita. Dalam keadaan seperti ini, mungkin
anda dapat menyelesaikan masalah ini dengan membawanya berjumpa doktor pakar
untuk dilakukan pemeriksaan bagi meringankan keadaan ini dengan ubat-ubatan yang
sesuai.

Kedua, boleh jadi perkara ini disebabkan oleh sihir, hasad atau tekanan jiwa yang
diakibatkan oleh perbuatan orang lain. Untuk mengatasinya adalah dengan melakukan

Üruqyah syariyyah secara berterusan sehingga dia sembuh daripada penyakitnya dengan

izin Allah (Tentang ruqyah ini, kami telah jelaskan dalam fatwa nombor 4310) (Muka
surat: 231 Jilid 1)

127

Kami berpesan bahawa hendaklah anda bersabar atas semua keadaan yang
dialami oleh isteri anda, sebab kehidupan berumahtangga kebanyakkannya
mengalami masalah seperti ini. Jika seseorang ingin hidup bahagia, maka dia harus
menyeimbangkan antara keistimewaan dan aib. Boleh jadi satu keistimewaan
yang ada pada diri isteri setanding dengan segala aib yang ada pada dirinya, dan

Übahkan boleh jadi melebihinya. Kami memohon semoga Allah meringankan apa

yang menimpa diri anda dan isteri anda, dan menghilangkan apa yang ditimpakan
kepada kalian berdua.

Fatwa No. 61028

Meninggalkan Tempat Tidur Kerana Suami Bersikap Dingin

Pertanyaan: Ada seorang isteri yang baru mengetahui bahawa suaminya bersikap
dingin setelah seminggu menikah. Oleh kerana itu, dia pun meninggalkan bilik tidur
suami dan tidur di bilik yang lain. Ketika tengah malam, ketika dia pergi ke bilik mandi,
suami berkata kepadanya, “Saya tidak akan memaafkan awak”.
Demi kehormatannya, suami tidak meminta isterinya bersetubuh kecuali jika isteri
memintanya. Ketika si isteri mula merasai sifat kejantanan suaminya di rumah, si suami
mengherdiknya sehingga si isteri meminta cerai. Pertanyaannya ialah apakah yang harus
dilakukan oleh si isteri?

Fatwa: Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan bersikap dingin di sini,
adakah ianya tidak boleh melakukan persetubuhan secara keseluruhan kerana mati
pucuk dan seumpama dengannya, atau hanya sekadar mengalami kelemahan seksual
tetapi masih boleh melakukannya?

Jika yang terjadi adalah sebab yang pertama, maka ini dianggap sebagai aib yang
memberikan hak kepada isteri untuk memilih, sama ada untuk tetap bersama suami
dalam keadaan seperti ini ataupun meminta dibatalkan pernikahan. Apa yang menjadi
punca pertentangan di sini adalah bahawa dia tidak mengetahui hal tersebut ketika
akad nikah ataupun setelahnya dan dia menyetujuinya.

128

Jika yang terjadi adalah sebab yang kedua, iaitu suami mengalami kelemahan

seksual sehingga tidak boleh menyetubuhi isteri kecuali hanya sekali dalam seminggu

atau yang seumpamanya. Keadaan ini tidak boleh dianggap sebagai aib yang

memberikan hak kepada isteri untuk memilih. Dalam keadaan seperti ini isteri tidak

boleh meninggalkan katil suaminya. Barangsiapa yang melakukannya, maka dia akan

dilaknat malaikat sampai pagi, sebagaimana yang disebutkan dalam nas hadith.
ÜMaka apa yang harus dilakukan oleh isteri adalah bertaubat kepada Allah
dan

mentaati suaminya selama mana tidak ada pilihan baginya untuk membatalkan

pernikahan. Daripada kedua-dua kemungkinan di atas, tidak ada dosa bagi isteri untuk

meminta cerai jika memang keadaan suaminya membahayakan dirinya.

129



Seks
VIA GAMBAR, TELEFON
ATAU INTERNET

19 SEKS VIA GAMBAR, TELEFON
ATAU INTERNET

Fatwa. 7875

As-Sitr Boleh Dimaksudkan Tidak Boleh Melakukan Perbualan Seks Di antara Suami Isteri
Melalui Telefon

Pertanyaan: (Adakah suami isteri dibolehkan melakukan perbualan seks melalui telefon?

Fatwa: Tidak selayaknya suami membicarakan masalah seks dengan isterinya melalui
telefon. Disebabkan perbualan seperti ini seharusnya termasuk dalam kategori khalwat
(berdua-duaan) dengan isteri, di mana tidak seorang pun mengetahui apa yang
dibicarakan oleh kedua-duanya.

Namun telefon adalah medium yang tidak selamat. Disebabkan perbualan tersebut dapat
diakses, bahkan mungkin dirakam dengan sangat mudah. Oleh kerana itu, sebaiknya
manusia menjauhkan diri daripada melakukan perbualan seperti ini melalui.

ÜSebahagian ulamak menafsirkan kata ‘libas’ pada firman Allah ,

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian
bagi mereka”.

(Al-Baqarah : 187)

dengan as-sitr (penutup). Al-Qurtubi berkata, “Pada mulanya perkataan ‘libas’
digunakan untuk menunjukkan erti ‘at-thiyab’ (pakaian). Kemudian komitmen atau
hubungan suami isteri dinamakan libas kerana bersatunya tubuh kedua-duanya, sama
seperti pakaian. Ada pula yang mengatakan bahawa kerana kedua-duanyanya saling
menutupi antara satu sama lain ketika bersetubuh daripada pandangan manusia
sehingga dinamakan ‘libas’.” (Lihat Tafsir al-Qurthubi, 2/309)

Di antara motif adanya penutup (sitr) adalah supaya suami tidak berjalan sendiri dan
menampakkan apa yang terjadi antara dirinya dengan isterinya sehingga diketahui oleh
orang lain.

132

Fatwa No. 30552

Tidak Sepatutnya Membicarakan Masalah Seks Melalui Internet

Pertanyaan: Calon suami saya pergi ke luar negeri untuk bekerja dan tidak dapat
pulang kecuali selepas enam bulan. Secara hukum syarak kami telah diikat dengan
akad tali pernikahan, dengan kata lain dia adalah suami saya yang sebenar. Ketika
kami berhubung melalui internet, dia meminta saya untuk meraba tubuh saya dengan
tangan, termasuk meraba faraj saya dari luar. Dia juga melafazkan kata-kata seks
dan merasai kenikmatan tatkala mendengar suara saya melakukannya. Saya sendiri
sebenarnya berfikir tidak perlu melakukan perbuatan ini melainkan hanya semata-mata
untuk mendapatkan keredhaannya sahaja. Untuk makluman, dia seorang lelaki yang
taat beragama. Saya mohon pendapat kerana masalah ini sangat mengganggu saya
dan saya takut padanya terkandung dosa.

Fatwa: Perbuatan yang anda lakukan dengan meraba tubuh dan faraj anda demi
untuk mencapai klimaks adalah diharamkan oleh kerana ianya termasuk dalam
kategori onani. Tambahan pula perbuatan ini kemungkinan besar dapat mengheret
suami anda untuk melakukan onani juga. (Lihat hukum onani dan melancap
secara terperinci dalam fatwa nombor 5524.) (Muka surat: 199)

133

Berbicara masalah seks dengan suami anda melalui internet sebaik-baiknya tidak
dilakukan. Sebab masalah seks seharusnya dibicarakan di tempat tersembunyi
di mana tidak ada seorang pun yang memperhatikan apa yang kalian berdua lakukan.
Sedangkan jika melalui internet, akan mudah bagi orang lain mendengarkannya,
bahkan merakamkannya. Oleh kerana itu sebaiknya berhati-hati.

Fatwa No. 30637

Melakukan Hubungan Seks Melalui Internet Adalah Maksiat Besar

Pertanyaan: Suami melakukan persetubuhan melalui internet dengan para gadis dan
wanita daripada pelbagai negara dengan menggunakan suara dan gambar. Adakah
perbuatan ini boleh dianggap zina? Sebab suami saya tidak berpendapat sedemikian.

Fatwa: Apa yang dilakukan suami anda termasuk perbuatan maksiat yang besar.
ÌNabi
bersabda, “Kedua-dua mata zinanya dengan melihat, kedua-dua telinga

zinanya dengan mendengar, lidah zinanya dengan bicara, tangan zinanya dengan

memukul, kaki zinanya dengan melangkah dan zinanya hati dengan bersyahwat dan

berangan-angan. Dan kemaluan itulah yang membenarkan atau mendustakan apa

yang terjadi”. (Riwayat Muslim)

Perbuatan yang dilakukan suami anda termasuk dalam kategori penzinaan, namun

penzinaan dalam lafaz majazi (kiasan). Kami anjurkan kepada anda berusaha sedaya

upaya untuk menasihatinya, menjelaskan hal yang sebenar kepadanya, memohon
Üpertolongan kepada Allah atas usaha anda dan kepada orang-orang yang berilmu.
ÜKepada suami seperti ini kami ingin mengatakan: Takutlah kepada Allah
kerana

ketika berada di hadapanNya nanti anda akan ditanya tentang bagaimana anda

menggunakan anggota tubuh anda, adakah untuk taat kepadaNya atau pun bermaksiat

ÜkepadaNya. Allah berfirman,

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

(Al-Israk : 36)

134

Ketahuilah bahawa semua anggota tubuh ini akan bersaksi atas anda pada hari

Ükiamat nanti. Allah berfirman,

“Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri
mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan”.

(An Nur : 24)
Dalam firmanNya yang lain, dinyatakan seperti berikut :-

“Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan
serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang
mereka telah kerjakan”.

(Fussilat : 20)
Jadi tunggulah apa yang akan dialami oleh pelaku maksiat ini pada hari kiamat nanti.

135


Click to View FlipBook Version