The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 2).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2021-12-27 23:12:21

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 2).

Kecuali jika dapat diketahui daripada doktor Muslim yang boleh dipercayai bahawa
persetubuhan itu dipastikan dapat membahayakan suami anda. Jika ini yang
terjadi, anda dapat melarangnya dengan berdasarkan pada saranan doktor
tersebut. Selain itu, penolakan anda ke atas permintaannya dianggap suatu maksiat
di mana anda harus bertaubat darinya. Hukum isteri yang menolak permintaan
suaminya juga sudah dijelaskan dalam fatwa nombor 9572 (Muka surat: 149)

Fatwa No. 72919

Adakah Isteri Boleh Menolak Permintaan Suami Yang Menonton Filem Lucah

Pertanyaan: Saya telah menikah sejak lima tahun yang lalu. Suami saya menunaikan
solat dan kadangkala bersifat warak. Namun saya selalu terseksa dengan
perbuatannya yang suka menonton televisyen, khususnya filem-filem Arab moden yang
adegannya benar-benar lucah. Saya sudah berusaha berkali-kali untuk membuatkan
dirinya meninggalkan tabiat buruk ini. Adakah saya boleh mencegah diri saya
darinya sehingga dia berpaling meninggalkan tabiat yang buruk ini?

Fatwa: Tidak boleh menonton filem-filem seperti ini kerana mengandungi

Üadegan-adegan yang bertentangan dengan ajaran agama. Semoga Allah

memberi balasan kebaikan kepada anda atas semangat dan usaha keras
anda memperbaiki amalan agama suami anda. Kami sarankan anda untuk

Überlaku mesra kepada suami anda dan menasihatinya untuk bertakwa kepada Allah

atas kenikmatan mata yang dikurniakanNya kepada suami anda, maka janganlah ianya
digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkanNya.

Namun anda tidak berhak mencegah diri anda darinya kerana perbuatan itu
haram dilakukan, lihat fatwa nombor 30639 (Muka surat: 153). Selain itu,
memberi pelajaran dan hukuman tidak boleh dilakukan dengan
menggunakan sesuatu yang haram. Di samping itu, cara
seperti ini bahkan boleh menjadikan masalah semakin
bertambah, bukannya menyelesaikannya.
Sebab jika suami anda dilarang
memuaskan syahwatnya dengan
jalan yang halal, boleh
jadi dia akan
memuaskannya

186

dengan menempuh jalan yang haram. Apatah lagi disertai dengan menonton

adegan-adegan yang dapat membangkitkan syahwat dan mengobarkan

nafsunya. Oleh kerana itu, sebaik-baiknya anda menyerahkan diri anda

kepadanya ketika diminta dan berhias diri untuknya dengan sesuatu yang dapat

Ümemalingkannya daripada kegiatan menonton televisyen. Semoga Allah melindungi

kita, dia dan seluruh kaum Muslim daripada keburukannya.

Fatwa No. 74409

Isteri Menolak Untuk Bersetubuh Kerana Tidak Berasa Ghairah

Pertanyaan: Adakah isteri boleh menolak ajakan untuk bersetubuh daripada
suaminya disebabkan dia tidak berasa ghairah atau tidak memerlukannya pada ketika
itu?

Fatwa: Imam Bukhari dan Muslim serta perawi yang lain meriwayatkan daripada Abu
ä ÌHurairah , bahawa Nabi
bersabda, “Jika isteri tidur dengan meninggalkan

katil suaminya, maka malaikat akan melaknatnya sehingga dia kembali

(ke katil suaminya)”. Dalam satu riwayat menggunakan matan, “Sampai pagi.”

ÌDalam Al-Musnad dan yang lain daripada hadith Abdullah bin Abi Aufa, Nabi

bersabda, “Demi jiwa Muhammad yang berada di tanganNya, seorang isteri

(tidak dianggap) telah menunaikan hak Tuhannya sehingga dia menunaikan

semua hak suaminya. Walaupun ketika suami meminta dirinya dia sedang berada

di dalam tandu unta,dia tidak boleh menolaknya”. Asy-Syaukani berkata, “Sanad

hadith ini soleh (baik)”.

ä ÌDaripada Thalq bin Ali , Nabi bersabda, “Jika suami memanggil isterinya

untuk menunaikan hajatnya, maka hendaklah isteri mendatanginya meskipun dia

sedang berada di tungku api”. (Riwayat An-Nasaai dan At-Tirmidzi). Beliau

berkata, “Darjatnya hasan sahih”. Hadith ini juga dinilai sebagai sahih oleh Ibnu Hibban.

Daripada nas-nas ini diketahui bahawa isteri tidak boleh menolak ajakan bersetubuh

suaminya, meskipun sedang bekerja, kecuali jika isteri mempunyai halangan.

ÌDalam Tuhfah Al-Ahwadzi Syarah Jamii At-Tirmidzi, ketika menjelaskan matan sabda
Nabi “Meskipun dia sedang berada di tungku api”, Al-Mubarakfuri

berkata, “Maksudnya adalah meskipun isteri sedang membakar roti di dapur

sementara suami tidak boleh menyelesaikan perkara lain kecuali setelah menunaikan

hajatnya”.

187

Semua ini boleh dilakukan jika isteri tidak mempunyai halangan. Jika isteri

mempunyai halangan syarie, dia boleh menolaknya. Dalam kitab Faidh Al-Qadir,
Ìketika menjelaskan sabda Nabi
“Jika suami memanggil isterinya untuk ke

katilnya, maka isteri wajib menerimanya”, Al-Manawi berkata, “Maksudnya adalah

isteri harus segera membalasnya ketika tidak ada halangan”. (Lihat fatwa nombor 14121)

(Muka surat: 151). Apa yang disebutkan dalam pertanyaan tidak tergolong dalam

halangan syarie kerana isteri tersebut mampu menerimanya, dan selagi mampu bererti

dia tidak mempunyai halangan.

Fatwa No. 75274

Isteri Menolak Ketika Diajak Bersetubuh Kerana Marah Kepada Suaminya

Pertanyaan: Suami mengajak isterinya yang sedang marah kepadanya untuk
bersetubuh kerana suatu masalah sehingga menyebabkan dia menolaknya,
adakah perbuatan ini haram? Sebab apa yang diinginkan isterinya adalah suaminya
berdamai dengannya terlebih dahulu.

Fatwa: Di antara hak suami ke atas isterinya adalah dia boleh menyetubuhi
isterinya ketika dia memintanya, kecuali jika isteri mempunyai halangan kerana sakit,
haid dan sebagainya. Hak ini ditetapkan ketika suami menyerahkan maharnya
secara tunai kepada isterinya. Penulis kitab Bariqah Mahmudiyyah, salah satu
kitab mazhab Hanafi, berkata, “(Ketahuilah bahawa isteri wajib mentaati suaminya
dalam bersetubuh) sebab isteri menyerahkan ‘barangnya’ sebagai ganti
daripada mahar yang diberikan suami dengan akad yang sah secara syarie
(ketika suami menginginkannya, kecuali jika isteri sedang haid)”.

Isteri juga boleh meminta suami menyetubuhinya sebagai ganti daripada nafkah
yang diberikannya. Penulis kitab Badaai Ash-Shanaai berkata, “Isteri wajib mentaati
suaminya ketika suami mengajaknya ke ranjang, kerana Allah berfirman,

188

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);

(Al-Baqarah : 228)

Ada yang berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan haknya adalah
mahar dan nafkah. Oleh kerana itu, isteri harus mentaati suami yang menginginkan
dirinya”.

Isteri tidak boleh menolak tanpa adanya uzur dan marah tidak boleh dijadikan
keuzuran untuk menolak ajakan suami, sebagaimana suami juga tidak boleh
menolak memberikan nafkah kerana marah kepada isterinya. Isteri tidak boleh
menolak jika diajak bersetubuh oleh suaminya. Hak bersetubuh suami sebanding
dengan hak isteri mendapat nafkah. Namun sebaik-baiknya suami menjaga
perasaan isterinya, tidak keras kepadanya dan bersikap kasar ketika mengambil
haknya daripada isterinya. Sikap lemah lembut, mesra, penuh belas kasih sayang
dan mengatasi masalah dengan bijak adalah jalan yang ditempuhi oleh orang-orang
yang berakal dan memiliki keutamaan.

189

Onani
DAN MELANCAP



21
ONANI DAN MELANCAP

Fatwa No. 106

Cara Membebaskan Diri Daripada Melancap Atau Onani

Pertanyaan: Apakah jalan keluar untuk membebaskan diri daripada perbuatan
melancap atau onani?

ÌFatwa: Nabi telah menunjukkan bentuk ubat yang mampu untuk mengatasi

syahwat manusia dalam sabdanya,

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk menikah,
maka menikahlah kerana ianya dapat menundukkan pandangan dan menjaga
kemaluan. Sedangkan barangsiapa yang tidak mampu untuk menikah, maka
berpuasalah kerana puasa dapat menjagamu daripada penzinaan.”

Jadi, cara untuk menjaga kemaluan daripada keburukan adalah dengan bernikah.

Jika belum mampu, maka perbanyakkanlah berpuasa sehingga syahwatnya

berkurangan. Anda juga harus memperbanyakkan lagi aktiviti ibadah dengan

Ümelakukan pelbagai jenis solat sunat dan ibadah-ibadah yang lain,
memperbanyakkan zikir kepada Allah dan menundukkan pandangannya serta

Ümenjauhi segala hal yang dapat membangkitkan syahwat. Kami memohon kepada

Allah agar selalu menjaga anak-anak muda yang beriman.

Fatwa No. 2392

Onani Diharamkan Dengan Cara Apa Sekalipun

Pertanyaan: Saya tahu bahawa beronani dengan tangan hukumnya haram. Tetapi
bagaimanakah jika menggunakan air yang hangat atau air yang mengalir deras?

192

Fatwa: Ketahuilah bahawa mengeluarkan air mani dan mengalirkannya dengan cara
yang tidak disyariatkan, iaitu dengan isteri atau hamba wanita yang terikat sumpah,

Ühukumnya haram meskipun dengan cara apa sekalipun. Perbuatan ini termasuklah dalam

melanggar perkara yang dihalalkan Allah dan menyalahi firmanNya,

Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

(Al-Mukminun : 5-7)

193

Fatwa No. 3907

Bolehkah Beronani Dengan Menggunakan Tangan Isteri?

Pertanyaan: Kami tahu bahawa onani itu diharamkan, baik untuk orang yang masih
bujang ataupun orang yang sudah menikah. Tetapi adakah boleh ataupun tidak
untuk beronani dengan menggunakan tangan isteri, sama ada isteri dalam keadaan
nifas ataupun tidak? Jadi, apakah cara yang diharamkan atau dimakruhkan dalam
persetubuhan?

Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya dengan cara apa
sekalipun yang diinginkannya, kecuali dalam salah satu daripada dua keadaan yang
dilarang:

Pertama, mendatangi dubur isteri, bukan farajnya. Ini adalah perbuatan buruk yang
Ìpelakunya dilaknat oleh Nabi . Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan satu
ä Ìhadith sahih daripada Abu Hurairah
bahawa Nabi bersabda, “Terlaknatlah

suami yang mendatangi dubur isterinya.”

Kedua, mendatangi faraj isteri yang sedang haid atau nifas, perbuatan ini juga

Üdiharamkan. Allah berfirman,

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh
dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri
mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah
bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada
kamu.

(Al-Baqarah : 222)

194

Oleh itu, suami boleh mencari kenikmatan daripada seluruh tubuh isterinya
dengan menjauhi kedua-dua keadaan di atas. Jika dia menginginkan isterinya,
maka harus menjauhi faraj dan dubur. Dubur diharamkan dalam segala keadaan,
sedangkan faraj diharamkan pada saat isteri sedang haid atau nifas sahaja. Selain
daripada kedua-duanya, anggota badan lainnya dibolehkan dalam semua keadaan.
Jika mencari kenikmatan ini sampai mengakibatkan keluarnya mani melalui tangan
atau organ tubuh isterinya yang lain, hukumnya juga telah ditetapkan ulamak. Penulis
kitab berkata, “Suami berhak mencari kenikmatan daripada isterinya setiap waktu
dengan cara apa sekalipun, yang penting zakar dimasukkan ke dalam faraj. Dia juga
boleh beronani dengan tangan isterinya.”

Isteri tidak berhak menolak permintaan suami yang mencari kenikmatan dan

menggauli seluruh tubuhnya, selain mendatangi dubur atau qubulnya saat dia

sedang nifas atau haid. Isteri tidak boleh menolak ajakan suami yang mengajaknya

Ìke tempat tidur. Daripada Thalaq bin Ali, Nabi bersabda, “Jika seorang suami

mengajak isterinya untuk menunaikan hajatnya, maka hendaklah isteri

menyambutnya meskipun dia sedang berada di tungku api.” (Riwayat

At-Tabrani, Baihaqi, dan At-Tirmidzi, beliau menilai hadith ini

sebagai hasan) An-Nasaai dan Al-Bazzar juga meriwayatkan

ähadith yang seumpama daripada Zaid bin Arqam

dan dinilai sebagai hasan oleh Imam As-Suyuthi)

ÌNabi sendiri bergaul dengan isteri-

isterinya tanpa menyetubuhi mereka yang

sedang haid. Imam Bukhari, Muslim, Abu

Dawud dan ulamak yang lain meriwayatkan
ßhadith Saidatina Aisyah
Ìberkata, “Jika Nabi yang

ingin

menggauli salah seorang

daripada kami yang

Ìsedang haid, baginda

akan memerintahkan

isterinya yang

sedang haid untuk

memakai kain sarung,

Ìlalu baginda

menggaulinya.”

195

Fatwa No. 13194

Menunaikan Syahwat Isteri Dengan Onani

Pertanyaan: Apakah hukum onani yang dilakukan terhadap isteri setelah
bersetubuh kerana suami tidak dapat bersabar sehingga isteri mencapai klimaks atau
kerana suami mengalami ejakulasi awal? Perlu ditegaskan di sini bahawa perbuatan
itu dilakukan bukan untuk mencapai syahwat (klimaks), namun hanya sekadar
mengeluarkan air mani saja.

Fatwa: Apa yang harus dilakukan oleh suami isteri adalah kedua-dua belah pihak
harus berusaha untuk melindungi, menjaga kesucian dan memberikan kebahagiaan

Ìkepada pasangan dengan tetap di dalam ruang adab dalam agama dan sunah

Nabi . Jika semua itu dilakukan dengan baik akan lebih dapat mempertahankan
hubungan yang baik dan menyempurnakan kasih sayang di antara kedua-duanya.
Jika ada kekurangan daripada salah satu pihak pada sisi ini iaitu masalah
persetubuhan, maka pihak lain tidak boleh menggunakan cara-cara yang haram
untuk menunaikan syahwatnya dan mendapatkan kenikmatan.

Oleh kerana itu, si penanya tidak boleh menggunakan tangannya sendiri untuk
menunaikan syahwatnya kerana perbuatan seperti ini diharamkan oleh seluruh
ulamak. Manakala jika itu dilakukan dengan menggunakan tangan suami, maka
hukumnya boleh. (Untuk selanjutnya, baca pula fatwa nombor 3768 (Muka surat: 24 )
yang berkaitan dengan penjelasan tentang etika bersetubuh.)

Fatwa No. 15585

Pengganti Bagi Wanita Yang Memainkan Farajnya Ketika Bersetubuh

Pertanyaan: Saya adalah seorang wanita yang sudah menikah. Sejak kecil saya
melakukan onani sehingga akhirnya berasa ketagihan. Setelah menikah saya tidak
mampu berhenti daripada kebiasaan itu kerana saya tidak boleh mencapai klimaks
ketika bersetubuh sehingga saya terpaksa menggunakan jari-jari tangan saya untuk
memainkan kelentit saya, sedangkan zakar suami saya berada di dalam faraj.
Saya melakukan kebiasaan itu ketika bersetubuh dengan tujuan agar saya dapat
mencapai klimaks. Bolehkah perbuatan ini dilakukan?

196

Fatwa: Onani hukumnya adalah haram, dan barangkali apa yang anda keluhkan
sekarang adalah salah satu pengaruh dosa yang sudah biasa anda lakukan
sejak daripada kecil. Sebab hukuman bagi suatu maksiat di antaranya adalah
melakukan maksiat, setelah maksiat yang pertama.

ÜApa yang harus anda lakukan sekarang adalah bertaubat kepada Allah dan

meninggalkan kebiasaan buruk ini. Mintalah kepadaNya untuk memalingkan anda

daripada keburukan dan menganugerahi anda penjagaan dan kesucian, serta

tunaikanlah nasihat-nasihat yang diberikan kepada anda.

Ketahuilah bahawa suami boleh mencari kenikmatan dengan isterinya dengan cara
apa sekalipun yang diinginkannya, kecuali menyetubuhinya ketika haid atau
memasukkan zakar ke dalam dubur. Jika suami anda yang melakukan apa yang
dilakukan oleh anda untuk membangkitkan syahwat, maka perbuatan itu dibolehkan.
Bahkan inilah yang seharusnya dilakukannya.

Waspadalah agar syaitan tidak menghiasi perbuatan anda dan menipu anda
dengan memberi pemahaman bahawa mencari kenikmatan tidak boleh dilakukan
kecuali hanya dengan cara yang diharamkan ini.

197

Fatwa No. 20496

Hukum Mencari Kenikmatan Dengan Menggunakan Tangan Isteri Ataupun Anggota
Yang Lain

Pertanyaan: Suatu hari isteri saya didatangi haid dan saya memasukkan zakar saya
di antara kedua-dua belah pehanya. Namun tanpa sengaja zakar saya masuk
ke dalam dubur. Adakah perbuatan ini haram dan apa yang harus saya lakukan?
Untuk makluman, saya tidak dapat menahan diri daripada isteri saya, jadi apakah
yang harus saya lakukan? Suatu hari sahabat saya pernah mendengar seorang
ustaz mengatakan bahawa menghisap zakar itu tidak haram, adakah pendapat ini
benar? Adakah melakukan onani dengan menggunakan tangan isteri itu dibolehkan?

Fatwa: Memasukkan zakar ke dalam dubur tanpa sengaja, hukumnya telah
dijelaskan dalam fatwa nombor 239, 4128 dan 2620 (Muka surat: 47 Jilid 1, 172 Jilid 1 dan
75 Jilid 1)

Manakala melakukan onani dengan menggunakan tangan isteri atau anggota
tubuhnya yang lain, menurut kebanyakan fuqaha hukumnya boleh selama mana
tidak ada penghalang. Sebab isteri adalah tempat bagi suami mencari kenikmatan.
Sebahagian ulamak Hanafiyah dan Syafiiyah menghukumkannya makruh kerana
menyerupai azl (mengeluarkan air mani di luar faraj), dan azl sendiri hukumnya makruh.
Manakala pendapat yang rajih (kuat atau kukuh) adalah boleh, baik azl ataupun
onani dengan menggunakan anggota tubuh isteri seperti dengan tangannya.

Manakala hukum menghisap zakar atau mencium faraj sebahagian ulamak
membolehkannya. Seorang ulamak mazhab Malik yang bernama Al-Hathabi berkata,
“Telah diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa beliau berkata, “Boleh melihat faraj
isteri ketika sedang bersetubuh”. Dalam riwayat tersebut ada tambahan ayat, “Dan
menjilatinya dengan lidah”. Namun ini sangat berlebihan kerana secara zahir tidak
sedemikian”.

Di dalam kitab Kasyaf Al-Qina daripada mazhab Hanbali disebutkan: Al-Qadhi
berkata, “Boleh mencium faraj wanita sebelum bersetubuh, tetapi makruh
menciumnya setelah bersetubuh.”

Sedangkan Al-Fanani daripada mazhab Syafie berkata, “Suami boleh mencari
kenikmatan dengan seluruh bahagian tubuh isteri selain daripada menjilati duburnya”.

198

Fatwa. 5524

Tanda-Tanda Dan Hukum Melakukan Lancapan Atau Onani

Pertanyaan: Saya seorang mahasiswi yang baligh ketika berusia 19 tahun dan tidak
lama lagi saya akan menginjak ke usia 23 tahun, namun saya belum menikah. Masalah
saya bermula dengan melakukan onani. Saya mengetahui salah satu fatwa tuan-tuan
yang menyatakan bahawa onani hukumnya haram. Namun pada salah satu kitab saya
menemukan bahawa ulamak Hanabilah membolehkan onani ketika seseorang itu tidak
mampu untuk menikah, sedangkan ulamak Syafiiyah mengharamkannya disertai dengan
pelaknatan.

Saya sendiri tidak akan menikah kecuali setelah menunggu dalam masa yang amat
panjang. Namun selepas itu, kemungkinan besar tidak ada yang datang meminang
saya. Bagaimanakah pendapat imam-imam yang lain dan apakah yang harus saya
lakukan dalam keadaan seperti ini? Saya tidak mampu untuk berjumpa dengan orang
tua saya dan meminta untuk menikah kerana saya masih mempunyai ramai adik-beradik
yang belum menikah dan mereka lebih tua daripada saya.

199

ÌFatwa: Nabi tidak memberi petunjuk kepada pemuda untuk melakukan
Ìpelancapan atau onani. Seandainya perbuatan itu baik, tentu baginda
akan

menganjurkannya. Apa yang dianjurkan oleh baginda adalah menikah atau

Ìberpuasa. Baginda bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian

yang mampu untuk menikah, maka menikahlah kerana perkara itu dapat

menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sedangkan barangsiapa

yang tidak mampu untuk menikah, maka berpuasalah kerana puasa itu dapat

menjaga dirimu dari perzinaan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para doktor telah menetapkan bahawa melancap atau onani dapat
menyebabkan bahaya pada tubuh dan jiwa. Perbuatan itu dapat mengurangkan
kekuatan tubuh, mengakibatkan kesedihan, menjadikan pelakunya banyak
menjamah makanan dan dapat mengheretnya kepada perbuatan yang keji.
Kebanyakan lelaki mengalami kemandulan kerana melakukan onani dan perkara itu
akan kelihatan jelas ketika menikah. Bahkan kebanyakkan orang yang melakukan
perkara ini, pernikahannya tidak akan bahagia hingga akhirnya berlaku perceraian.

Sebahagian kaum lelaki yang terus melakukan perbuatan ini, setelah menikah dan
mempunyai anak, akan terus mencari cara untuk mencapai kepuasan (klimaks).
Sedangkan bagi para gadis, keperawanannya akan hilang disebabkan perbuatan

200

ini, sebagaimana yang dikatakan oleh para doktor. Jika dia melakukan onani secara
berterusan dalam waktu yang lama serta hidup dalam alam khayalannya, maka
kemampuannya untuk melakukan persetubuhan setelah menikah mungkin akan
terpengaruh.

Boleh jadi dia tidak merasakan apa yang dirasakan oleh para gadis yang lain yang
tidak melakukan onani dan tidak merasai kenikmatannya. Bahkan boleh jadi dia
ketagihan untuk terus melakukan onani dan ini merupakan keadaan yang paling
membahayakan. Syeikh Musthafa Az-Zarqa berkata, “Sesuatu yang dilihat daripada
ilmu perubatan sebagai sesuatu yang membahayakan, maka dalam pandangan
syarak ianya dilarang. Dan perkara ini telah menjadi kesepakatan ulamak.”

Betapa indahnya fatwa yang diberikan oleh Syeikh Hasanain Mahkluf, bekas mufti Mesir,
di mana beliau berkata, “Di sini nampak jelas bahawa jumhur ulamak mengharamkan
perbuatan onani atau melancap dengan tangan. Hal ini dikuatkan dengan adanya
bahaya pada urat saraf, kekuatan tubuh dan akal yang diakibatkan oleh perbuatan
onani atau melancap”.

Ada beberapa cara yang dapat membantu seseorang untuk bebas daripada
perbuatan seperti ini di antaranya:

• Segera menikah ketika mampu meskipun diraikan secara sederhana dan tidak

menyusahkan diri.

• Makan dan minum dengan jumlah yang seimbang supaya tidak membangkitkan
Ì syahwat. Dalam hal ini Nabi
memberi pesanan untuk berpuasa,

sebagaimana yang tersirat dalam hadith sahih.

• Menjauhi segala perkara yang dapat membangkitkan syahwat, seperti

mendengarkan lagu-lagu yang tidak bermoral dan melihat gambar-gambar

lucah yang biasanya banyak terdapat di dalam filem-filem.

• Memalingkan minat ke dalam majalah-majalah yang dibolehkan seperti majalah

panduan melukis bunga dan melihat gambar-gambar semulajadi yang

tidak membangkitkan syahwat.

• Memilih sahabat-sahabat yang secara umum menempuh jalan yang lurus

dan menyibukkan diri dengan kegiatan ibadah serta tidak bergelumang dengan

fikiran-fikiran yang kotor.

• Berkumpul bersama dengan masyarakat untuk mengerjakan perbuatan yang

dapat memalingkannya daripada fikiran-fikiran tentang syahwat.

201

• Tidak berasa senang dengan pakaian-pakaian yang mahal dan
wangi-wangian khusus yang dibuat supaya dapat mendorong dan
membangkitkan syahwat jantina yang berlawanan dengannya.
• Jangan tidur di atas tilam yang empuk yang dapat mengingatkannya
pada persetubuhan.
• Menjauhkan diri daripada perkumpulan yang mencampurkan lelaki dan
perempuan yang dapat menimbulkan pelbagai fitnah dan tidak menjaga
batasan-batasan adab dan moral.

Dengan cara seperti ini, nafsu syahwat dapat dikendalikan dan tidak perlu
melakukan kegiatan buruk ini yang dapat membahayakan tubuh dan akal serta
mengheretnya kepada keburukan. (Lihat majalah al-Azhar edisi ketiga halaman 91 bulan
Muharram 1391 H)

Berdasarkan perkara ini, kami anjurkan kepada yang bertanya untuk tidak
berpaling kepada pendapat-pendapat yang lemah atau marjuh (tidak kuat) yang
membolehkan onani atau melancap, sedangkan secara khusus jumhur ulamak
mengharamkannya. Ulamak Malikiyah dan Syafiiyah mengharamkan perbuatan
tersebut, sebagaimana yang dipaparkan oleh Muhammad Al-Amin Asy-Syinqiti
dalam kitab Adwak al-Bayan: 5/525 saat menafsirkan ayat 5 hingga 7 dalam surah
Al-Mukminun. Sedangkan tentang pendapat ulamak Hanafiyah, Al-Allamah
az-Zarqak ketika menjelaskan tentang mazhab mereka berkata,
“Ulamak Hanafiyah mengatakan bahawa pada dasarnya perbuatan tersebut
dilarang (haram), namun dibolehkan dengan tiga syarat:

i) Hendaklah lelaki itu tidak menikah,
ii) Dia takut melakukan penzinaan yang sebenarnya jika dia tidak melakukannya,
iii) Ketika melakukannya, tidak dengan tujuan untuk mendapatkan kenikmatan,
tetapi hanya untuk menghancurkan nafsu yang besar yang tidak dapat dikendalikan.

Oleh yang demikian, kaedah umum dalam syariat Islam menunjukkan bahawa onani
atau melancap ini dilarang kerana perbuatan ini bukanlah cara yang betul
untuk menunaikan syahwat. Bahkan perbuatan ini termasuk di dalam kategori
penyimpangan dan keadaan ini cukup untuk melarang dan memakruhkannya
meskipun tidak termasuk dalam batasan yang diharamkan secara pasti, seperti zina.

202

Namun perbuatan ini dihukumi dengan kaedah al-idhthirar (darurat) yang ada
dalam kaedah-kaedah syariah. Jika dia takut jatuh dalam perbuatan haram yang
lebih besar, seperti zina atau kekacauan jiwa yang membahayakan, maka perbuatan
tersebut dibolehkan dengan batasan-batasan untuk menolak bahaya yang lebih besar
itu sahaja dengan dasar bahawa keadaan darurat yang dibolehkan.

Berdasarkan penjelasan ini, dapat dikatakan bahawa ulamak Hanafiyah sebenarnya
tidak membolehkan kebiasaan buruk tersebut. Perbuatan ini dibolehkan hanya
dalam keadaan darurat sahaja di mana dia benar-benar takut jatuh dalam
perbuatan zina yang sebenarnya. Ketika situasi ini muncul, maka dia boleh
melakukan salah satu daripada dua perbuatan darurat yang paling ringan. Jika
tujuan daripada pelakunya adalah untuk mendapatkan kenikmatan, maka tidak
diragukan lagi bahawa dia telah melakukan perbuatan yang haram, dan barangkali
kebanyakkan orang yang melaku-kan onani atau melancap hanyalah bertujuan untuk
mendapatkan kenikmatan semata-mata. Dengan demikian, sebenarnya mereka
tidak berada dalam situasi darurat untuk melakukannya.

Sedangkan mazhab Hanabilah telah menetapkan bahawa melancap atau onani
hukumnya haram dan pelakunya harus ditakzir. Perbuatan ini tidak dibolehkan selain
di dalam keadaan darurat yang batasan-batasannya telah dijelaskan sebelum ini.

203

Sekarang kami ingin mengatakan kepada saudari si penanya bahawa melancap

memberikan perasaan yang menipu dan dapat mengheretnya jatuh dalam angan-

angan dan khayalan. Disebabkan itu, anda harus dapat melawan gelora nafsu

dan mengalahkan godaan yang menyesatkan. Kami anjurkan anda untuk benar-
Übenar bertaubat kepada Allah
, meminta pertolongan kepadaNya untuk

membebaskan diri anda daripada perbuatan yang buruk ini.

ÜPerbanyakkan membaca Al-Quran dan berpuasa serta melakukan ibadah-ibadah
yang lain dan berjanji kepada Allah untuk selalu mentaatinya disertai dengan

sikap istiqamah untuk selalu mengerjakan sembilan nasihat yang telah disebutkan sebelum

ini.

Kami tidak sepakat dengan pernyataan anda yang mengatakan bahawa “anda

tidak akan menikah kecuali setelah menunggu dalam masa yang amat panjang”.

ÜSebab tidak ada yang mengetahui perkara ghaib selain Allah . Anda tidak

tahu barang-kali dalam waktu terdekat anda dapat menikah dengan orang yang

anda redhai yang tidak anda sangka-sangka sebelum ini. Apa yang penting, anda
Üharus selalu berusaha dengan tekun untuk bertakwa kepada Allah
Ümengerjakan amal soleh. Sebab Allah berfirman, dan

“..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki daripada jalan
yang tidak terlintas di hatinya..”

(At-Talaq : 2-3)

Ü ÜJika tetap juga belum dilamar, maka bersabarlah dan raihlah pahalamu di sisi
Allah sebab Allah tidak pernah mensia-siakan pahala orang-orang

yang bersabar,

204

Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Yusuf : 90)

Dengan adanya adik-beradik anda yang belum berkahwin bukan bererti anda

Ütidak boleh menikah sebelum mereka, kerana semuanya berada di tangan Allah ,

jadi janganlah berputus asa daripada rahmatNya. Jika anda tidak dapat memohon

kepada ayah anda untuk menikah, mungkin anda boleh memberitahukan keinginan

anda kepada ibu anda agar ibu anda yang menyampaikannya kepada ayah anda.

Sebab permohonan ini adalah salah satu hak anda yang dalam pandangan
syarak bukanlah suatu perbuatan dosa. Anda juga harus tahu bahawa masa
belajar bukanlah menjadi penghalang untuk melangsungkan pernikahan. Kami
ingatkan kepada anda, janganlah anda jadikan masa belajar sebagai penghalang
(untuk menikah), atau mendengarkan orang-orang yang berpegang teguh pada
pemikiran-pemikiran yang dapat menjadikan para gadis harus membayar harga yang
sangat mahal.

Bahkan kadangkala para gadis mahu menukar kehidupan dan kebahagiaan

mereka dengan harga yang sangat murah untuk satu angan-angan yang

dilontarkan oleh sebahagian syaitan dalam bentuk manusia. Menikahlah terlebih

dahulu, bersama-sama dengan itu anda dapat melanjutkan kuliah sambil menikah,

sebagaimana yang banyak dilakukan

oleh gadis-gadis yang lain dan ternyata

mereka berada dalam keadaan yang

benar-benar penuh rahmat dan sangat
Übahagia. Semoga Allah
memudahkan

kebaikan bagi diri anda.

205

Fatwa No. 1968

Menikah Adalah Jalan Terbaik Untuk Membebaskan Diri Daripada Perbuatan Onani

Pertanyaan: Saya seorang pemuda berusia sekitar dua puluh tahun dan sering
melakukan onani. Saya ingin menikah dan telah memohon kepada kedua orang tua
saya, namun mereka menolaknya dengan alasan pernikahan dapat membuatkan
seorang pelajar terkandas pengajiannya. Bagaimanakah pandangan syarak tentang
onani ini? Perlu diketahui bahawa saya sering meluangkan waktu saya di kelab sukan
untuk berlatih, tetapi ianya tetap tidak memberi kesan. Saya melakukan onani ini hampir
setiap hari, jadi saya mohon untuk berikan jalan keluar darinya dan apakah hukum
melakukan onani.

Fatwa: Orang tua anda telah melakukan kesalahan besar kerana menolak

Ìpermintaan anda untuk menikah. Mereka telah melanggar perintah Nabi yang

bersabda, “Wahai kaum muda, barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk
menikah, maka menikahlah kerana perkara itu dapat menundukkan pandangan dan
menjaga faraj. Sedangkan barangsiapa yang tidak mampu untuk menikah, maka
berpuasalah kerana puasa dapat menjagamu daripada penzinaan.”

Alasan orang tua anda yang menyatakan bahawa pernikahan dapat
membuatkan seseorang pelajar itu terkandas pengajiannya, menunjukkan bahawa
mereka lebih mendahulukan pelajaran dengan mengenepikan masalah ini dan
membiarkan penderitaan yang anda alami. Sedangkan onani itu hukumnya haram.
Kami katakan bahawa menggabungkan dua keadaan antara menikah dengan
belajar adalah satu perkara yang sangat boleh dilakukan. Bahkan pernikahan
kadangkala dapat membantu kejayaan pemuda dalam pengajiannya. Ini disebabkan
pernikahan dapat membuatkan jiwanya berasa tenang dan tenteram, fikirannya jernih
dan memutuskan perkara yang dapat menyebabkan kegelisahan dalam masalah seks,
ianya suatu kesan positif jka dibandingkan dengan yang tidak menikah.

Onani diharamkan dan cara membebaskan diri daripadanya adalah dengan menikah

Ìbagi orang yang telah mampu atau dengan berpuasa, sebagaimana yang ditunjukkan

oleh Nabi dalam sabdanya di atas.

206

Fatwa No. 31390

Bagaimanakah Suami Ingin Menunaikan Hasratnya Ketika Isteri Sedang Haid

Pertanyaan: Jika isteri saya sedang haid dan saya ingin memuaskan nafsu saya,
adakah saya boleh melempiaskannya dengan tangan saya dan mengeluarkan
air mani?. Untuk makluman, saya melakukan perbuatan ini ketika sedang mencari
kenikmatan bersama isteri saya. Adakah perbuatan ini dianggap sebagai
onani jika dilakukan di hadapannya?

Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya dengan cara apa pun
yang diinginkannya. Namun haram baginya mendatangi isterinya yang sedang
haid, nifas atau mendatangi dubur isterinya. Suami dan isteri juga tidak boleh
memainkan alat kelamin masing-masing, sama ada perbuatan ini dilakukan secara
bersendirian ataupun berdua-duaan. Sebab perbuatan ini termasuk di dalam kategori
mencari kenikmatan yang diharamkan, yang lebih dikenali sebagai onani, iaitu
menunaikan syahwat dengan tangan dan yang seumpama dengannya. Sedangkan
jika perkara tersebut dilakukan dengan menggunakan tangan isteri atau disebabkan
oleh mencari kenikmatan, maka itu dibolehkan. Begitu juga dengan ucapan isteri yang
dikatakan kepada suaminya. (Lihat fatwa nombor 28967) (Muka surat: 56)

207

Perlu diketahui bahawa suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya yang
sedang haid, namun terbatas pada kawasan daripada pusat ke atas dan daripada
lutut ke bawah, dengan sebarang cara yang diinginkannya selain bersetubuh dengan
mendatangi dubur atau qubulnya.
Fatwa No. 31923
Hanya Suami Yang Mencapai Klimaks
Pertanyaan: Adakah suami berdosa jika banyak melakukan onani dengan
menggunakan tangan isterinya atau dengan anggota tubuhnya yang lain selain faraj,
sedangkan isteri tidak mencapai klimaks kecuali jika disetubuhi pada farajnya?
Fatwa: Suami berhak bersenang-senang atau mencari kenikmatan daripada
isterinya sesuai dengan keinginannya. Namun dia harus menjauhi dua perkara iaitu
pertama, mendatangi duburnya. Kedua, mendatangi faraj isteri yang sedang haid
atau nifas. Masalah ini sudah dijelaskan dalam fatwa nombor 3907 (Muka surat:
194) dan berdasarkan fatwa ini, Insya Allah boleh melakukan onani dengan
menggunakan tangan isteri atau anggota tubuhnya yang lain. Tidak mengapa
jika isteri tidak merasai kenikmatan selama mana dia rela dengan keadaan tersebut.
Sedangkan jika isteri tidak rela, maka hukumnya tidak boleh kerana bertentangan

Üdengan hukum yang me-merintahkan untuk memperlakukannya dengan baik.

Allah berfirman,

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

208

Fatwa No. 32420
Hukum Onani Dengan Menggunakan Tangan Suami
Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki yang sudah menikah dan tahu bahawa
onani atau melancap hukumnya haram. Masalahnya adalah isteri saya memaksa
saya untuk melancapkan dirinya dengan alasan dia tidak mencapai kenikmatan
kerana saya mengalami ejakulasi awal. Adakah perbuatan yang saya lakukan itu
haram?
Fatwa: Suami dan isteri semuanya boleh mencari kenikmatan daripada
pasangannya masing-masing dengan pelbagai cara, sama ada dengan cara
meminta dilancapkan ataupun yang lain. Namun dengan syarat suami menjauhi dubur
dan faraj isteri yang sedang haid ataupun nifas. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
hal ini, lihat fatwa nombor 3907) (Muka surat: 194)
Fatwa No. 51672
Suami Melakukan Onani Kerana Isterinya Menghidap Penyakit Rahim, Tetapi Dia Tidak
Mahu Menceraikannya
Pertanyaan: Apakah hukumnya suami yang melakukan onani kerana isterinya
menghidap penyakit rahim, dan kerana sangat mencintainya, dia tidak ingin
membuat isterinya berasa gelisah?
Fatwa: Onani hukumnya haram. Ini adalah perbuatan melampaui batas daripada

Ü Üapa yang dihalalkan Allah . Allah berfirman,

209

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”.

(Al Mukminun : 5-7)

Jika ketika ini isteri anda tidak bersedia untuk bersetubuh sedangkan anda sangat
mencintainya sehingga tidak ingin membuatnya berasa gelisah, maka anda boleh
melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut :

i) Anda menikah lagi dengan wanita yang dapat menjaga kemaluan anda.
Ü Allah
telah menghalalkan poligami bagi suami yang dapat berlaku
Ü adil kepada para isterinya dan memenuhi segala hak mereka. Allah berfirman,

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-
perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan
berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki”.

(An-Nisa : 3)

Ìii) Jika anda tidak ingin melakukannya, anda harus berpuasa sebagaimana yang
diperintahkan Nabi dalam sabdanya, “Wahai para pemuda, barangsiapa

di antara kalian yang mampu untuk menikah, maka menikahlah. Ini kerana ianya

dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sedangkan barangsiapa

yang belum mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana puasa itu dapat

menjaganya daripada jatuh ke dalam kesalahan (penzinaan)”.

iii) Jika anda lebih mendahulukan onani daripada kedua perkara di atas, maka
anda boleh melakukannya, namun dengan syarat menggunakan tangan isteri
anda, bukan dengan tangan anda sendiri. (Lihat fatwa nombor 3907) (Muka surat:
194)

210

Fatwa No. 62581
Tahap Keharusan Beronani Dengan Mendengarkan Suara Isteri
Pertanyaan: Seorang pemuda melamar seorang gadis, dan ketika ini dia
hidup di negara barat yang jauh daripada isterinya. Pertanyaannya ialah
adakah dia boleh beronani dengan isterinya melalui telefon? Ini kerana dia tidak
dapat melakukannya sendiri, jadi harus mendengarkan suara isterinya kerana dia
tidak melihat perkara yang diharamkan. Dalam situasi seperti ini, kata-kata isteri dapat
membuatkannya tenang dan dia boleh mencapai klimaks. Bagaimanakah hukum
perbuatan seperti ini? Adakah bagi wanita tersebut berlaku suatu hukum? Jika wanita
tersebut tidak mampu menahan syahwatnya, adakah dia boleh beronani? Sebab
bagi pemuda tersebut (sebagaimana yang saya faham) boleh beronani jika
takut ditimpa suatu penyakit, lalu bagaimana pula hukumnya untuk wanita tersebut?

211

Fatwa: Jika telah terjadi akad nikah yang sah di mana semua rukun dan
syaratnya dipenuhi, maka wanita tersebut halal bagi lelaki itu, demikian juga
sebaliknya. Seterusnya, satu pihak boleh mencari kenikmatan daripada pihak yang
lain. Beronani dengan cara mendengarkan suara isteri hukumnya sama dengan
menggunakan tangan atau bahagian tubuh isteri yang lain. Kebanyakan ahli fiqh
membolehkan beronani dengan salah satu anggota tubuh isteri selama mana
tidak ada perkara yang menghalanginya, sebab tubuh isteri adalah tempat untuknya
mencari kenikmatan. Sebahagian ulamak menghukumkan makruh dengan alasan
onani sama dengan azl (mengeluarkan air mani di luar faraj) dan hukum azl
adalah makruh. Namun pendapat yang rajih (kukuh) adalah yang
membolehkannya tanpa memak-ruhkannya, sama ada dalam azl mahupun onani
dengan sebahagian anggota tubuh isteri atau suaranya.

Berdasarkan perkara ini, tidak ada dosa bagi suami isteri untuk mencari
kenikmatan dengan pasangannya melalui telefon atau yang lain, tetapi dengan
syarat dia tidak menggunakan tangannya sendiri atau anggota tubuhnya yang
lain untuk melakukan perkara itu. Cukup baginya mendengarkan suara
pasangannya. Dia juga harus memastikan bahawa suara tersebut adalah
benar-benar suara isteri atau suaminya. Dalam hal ini tidak ada perbezaan
antara lelaki dan perempuan.

Fatwa No. 21423

Hukum Lelaki Yang Memainkan Alat Kelaminnya

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya saya membayangkan isteri saya di dalam
posisi tertentu, lalu saya memainkan zakar saya tanpa melakukan ejakulasi?

Fatwa: Suami boleh membayangkan isterinya dalam posisi tertentu meskipun
sebaik-baiknya dia menyibukkan hati dan fikirannya dengan sesuatu yang bermanfaat
bagi agama dan dunianya. Sedangkan hukum memegang zakar tanpa melakukan
onani, maka perbuatan ini tidak lepas daripada tindakan membuka aurat sehingga
menurut jumhur ulamak tidak boleh kerana kita diperintahkan untuk menutup aurat
ketika sedang bersendirian.

Imam At-Tirmidzi dan perawi yang lain meriwayatkan daripada Bahz bin Hakim,
daripada ayahnya, daripada datuknya, dia bertanya, “Wahai Rasulullah, aurat

212

Ìbahagian mana yang harus kami tutup dan yang tidak harus?” Nabi menjawab,

“Jaga auratmu kecuali kepada isterimu atau orang yang kamu miliki perjanjian

Ìdengannya (hamba)”. Datuk Bahz kembali bertanya, “Bagaimana jika lelaki
dengan lelaki?” Nabi menjawab, “Jika kamu boleh untuk tidak dilihat oleh

sesiapapun, maka lakukanlah”. Datuk Bahz bin Hakim bertanya lagi, “Bagaimanakah
Ìjika lelaki itu bersendirian?” Nabi
menjawab, “Tutupilah kerana taat kepada
ÜAllah dan mengharapkan sesuatu yang Dia cintai dan redhai daripada dirimu”.

Jika saat memegang alat kelamin, tidak membuka aurat, maka pelakunya tidak
berdosa. Namun lebih baik dia meninggalkan perbuatan itu sehingga tidak
terheret kepada tindakan onani yang diharamkan.

213

Mengkhayalkan
PERSETUBUHAN



22
MENGKHAYALKAN PERSETUBUHAN

Fatwa No. 106

Haram Mengatakan Kepada Isteri Dan Mengkhayalkan Mengenai Pasangan Lain Yang
Sedang Melakukan Persetubuhan

Pertanyaan: Ketika saya sedang melakukan persetubuhan dengan isteri, saya
mengatakan kepadanya bahawa terdapat lelaki dan wanita lain yang juga sedang
melakukan persetubuhan sama waktu dengan kami. Bagaimanakah kami ingin
membebaskan diri daripada kebiasaan ini dan bagaimanakah hukumnya menurut
syarak?

Fatwa: Sudah jelas bahawa apa yang anda sebutkan itu adalah termasuk
di dalam perbuatan yang buruk, yang bertentangan dengan sifat cemburu lelaki.
Sesuatu yang jika benar-benar terjadi tidak disukai manusia kerana menjijikkan
dan keharamannya tidak patut untuk dikhayalkan, lebih-lebih lagi jika terjadi pada
isterinya. Oleh kerana itu, anda telah menempuh jalan yang benar ketika berfikir
untuk meninggalkan perbuatan yang menjijikkan seperti ini. Ketika perkara seperti ini
muncul kembali dalam diri anda dan anda merasakan adanya pengawasan daripada
Allah ketika sedang bersetubuh dengan isteri anda, merasakan adanya keinginan yang
besar untuk menjauhkan isteri anda dan menjaganya daripada memikirkan orang lain
selain anda, maka semua itu dapat membantu anda untuk meninggalkan kebiasaan
yang buruk ini.

Selain itu, sebaik-baiknya anda selalulah membaca wirid-wirid atau doa-doa
umum yang biasa dibaca pada pagi dan petang, di samping memperhatikan
beberapa etika ketika bersetubuh seperti membaca doa sebelum bersetubuh
dan memakai wangi-wangian serta pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan
persetubuhan.

216

Fatwa No. 8993

Mendapat Ketenangan Dengan Berkhayal Melakukan Persetubuhan Dengan Wanita
Lain Adalah Jalan Menuju Kepada Perbuatan Yang Keji

Pertanyaan: Ketika saya membayangkan sedang bersetubuh dengan wanita lain
dan menikmatinya, keluar daripada kemaluan saya cecair yang putih dan kental.
Adakah cecair ini mewajibkan saya mandi? Adakah ketika cecair itu melekat di
badan atau pakaian dapat menyebabkan keduanya-dua bernajis? Apakah nama
cecair itu dan apakah cara terbaik untuk menghindarkan diri daripada memikirkan
perkara-perkara seumpama itu?

Fatwa: Anda tidak boleh menyerah pada fikiran dan perasaan was-was yang
tidak ada manfaatnya, kecuali hanya membangkitkan nafsu syahwat belaka yang
dapat menjadi pemacu kepada terjadinya perbuatan keji dan jatuh di dalam
perangkap syaitan. Memikirkan hal yang diharamkan dapat menyebabkan
keadaan menjadi semakin buruk. Sebab melepaskan diri daripada beban dengan cara
memikirkan perkara-perkara yang diharamkan, yang dapat meletakkan seseorang
pada situasi mengharapkan terjadinya sesuatu yang difikirkannya itu adalah termasuk
dalam kategori perbuatan zina.

217

ÌIni berdasarkan sabda Nabi “Telah ditetapkan atas manusia takdir yang tidak

dapat dihindarinya sebagai orang yang melakukan (pendahuluan) perbuatan

zina. Zina kedua-dua mata adalah dengan melihat, zina kedua-dua telinga adalah

dengan mendengar, zina lisan adalah dengan berbicara, zina tangan adalah

dengan memukul tanpa didasari dengan kebenaran, zina kaki adalah dengan

melangkah, zina hati dengan mengharapkan. Zina boleh terjadi pada faraj ataupun

pada (anggota-anggota) yang lain” (Muttafaq alaihi)

Apa yang pasti, anda harus menyibukkan diri dengan kegiatan agama dan dunia

yang bermanfaat bagi diri anda, memanfaatkan kenikmatan akal serta
Ükemampuan yang anda miliki untuk memikirkan sesuatu yang diredhai Allah
Ü Ükerana Allah
akan mempersoalkan nikmat itu kepada anda nanti. Allah

berfirman,

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu
tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

(Al-Israk : 36)

Adapun yang berkaitan dengan cecair yang keluar daripada kemaluan,
kemungkinan besar itu adalah air mazi. Sebab cecair itulah yang biasanya keluar
dalam keadaan seperti ini, iaitu ketika seseorang memikirkan dan mengkhayalkan
perkara-perkara yang dapat menjerumuskannya kepada perbuatan keji. Namun boleh
jadi juga cecair itu adalah air mani.

218

Fatwa No. 13473

Berkhayal Bersetubuh Dengan Isteri Hanya Membuang Masa

Pertanyaan: Saya seorang pemuda yang sudah mengikat tali pernikahan, namun
belum melakukan persetubuhan. Ketika bersendirian, saya sering membayangkan
sedang menyentuh, mencari kenikmatan dan bersetubuh dengan isteri saya hingga
terkadang mendorong saya untuk beronani. Bagaimanakah hukumnya menurut syariat
Islam?

Fatwa: Ketika seorang lelaki melakukan akad nikah atas seorang wanita

dengan akad yang sah, maka wanita itu sudah sah menjadi isterinya dan

keduanya boleh melakukan apa pun yang biasa dilakukan pasangan suami isteri.

Adapun mengkhayalkan persetubuhan dan mencari kenikmatan yang dilakukan

suami isteri sebaiknya tidak dilakukan kerana hanya membuang waktu sahaja

Üdan tidak ada manfaatnya. Ini kerana ia menjurus kepada perbuatan yang
diharamkan Allah . Jika telah terjebak kepada situasi itu, sebagaimana

Ükeadaan si penanya, maka hukumnya haram. Jadi kami anjurkan agar bertakwalah
kepada Allah mendekatkan diri kepadaNya dan menjauhkan diri daripada

perbuatan yang dapat menjerumuskan kamu ke lembah maksiat. Anda harus
Ücepat mendukhul (menyetubuhi) isteri anda. Semoga Allah
memberkati anda

untuk mendapatkan salah satu tujuan pernikahan yang agung, iaitu kesucian jiwa.

219

Fatwa No. 15558

Hukum Membayangkan Tubuh Orang Lain Ketika Bersetubuh Dengan Pasangan

Pertanyaan: Saya mengalami sikap dingin (tidak berminat untuk bersetubuh).
Penyebab utamanya adalah wujudnya perselisihan yang berlarutan antara saya

Üdengan suami sehingga saya tidak mampu lagi merasakan sentuhannya. Ketakutan

saya kepada Allah membuatkan saya tetap menerima ajakannya setiap kali dia
mengajak saya bersama, dan saya menangis ketika terjadinya persetubuhan antara
saya dengannya. Kemudian saya menemui jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah ini, iaitu dengan membayangkan tubuh orang lain yang tidak wujud
sehingga saya lupa bahawa saya sedang bersetubuh dengan suami saya sendiri,
dan ternyata cara ini berkesan kerana sehingga saat ini suami saya tidak merasakan
apa-apa. Apakah pendapat syarak tentang perbuatan saya ini? Perlu diketahui
bahawa saya melakukannya demi menjaga keutuhan keluarga dan rumahtangga saya.

Fatwa: Para ulamak berbeza pendapat mengenai lelaki atau wanita yang mana
ketika sedang bersetubuh dengan pasangannya, dia membayangkan orang lain:

Majoriti ulamak berpendapat ianya haram. Pendapat ini dipegang oleh mazhab
Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebahagian ulamak Syafiiyyah. Bahkan sebahagian
mereka menganggap perbuatan seperti ini dalam penzinaan. Ibnu Al-Haj Al-Maliki
berkata, “Seseorang itu diharuskan menjaga dirinya dengan perbuatan dan menjaga
orang lain dengan ucapan daripada situasi buruk yang biasanya menjadi musibah
umum. Situasi buruk itu adalah ketika seorang lelaki melihat wanita yang
membuatnya kagum, lalu ketika dia mendatangi isterinya, bayangan wanita yang
dilihatnya itu muncul di hadapannya.

Perbuatan ini termasuk dalam kategori zina. Inilah hukum yang ditetapkan oleh ulamak
kami dengan mengqiyaskannya pada seseorang yang membawa sebaldi air, lalu
di hadapannya air itu dilihat sebagai arak sehingga dia pun meminumnya. Menurut
ulamak kami, hukum air itu menjadi haram baginya. Inilah salah satu bahaya umum
yang menimpa manusia, sehingga seseorang yang dapat dipercayai berkata
kepada saya, “Aku meminta fatwa tentang masalah itu kepada seorang ulamak
dan dia menjawab: Siapa yang melakukannya mendapat pahala. Alasannya, jika

220

dia melakukannya, bererti telah menjaga agamanya”. Innaa lillahi wa innaa ilaihi
Üraajiuun (sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepadaNya jualah
Ükami kembali), aku berlindung kepada Allah daripada kebodohan seperti ini.

Hukum haram ini tidak hanya berlaku ke atas lelaki sahaja, tetapi juga bagi wanita.
Bahkan bagi kaum wanita pengharamannya lebih berat kerana pada zaman yang
serba terbuka ini sebahagian daripada mereka, ketika melihat lelaki yang membuatkan
mereka kagum, hati mereka akan terus terpikat. Ketika dia bersetubuh dengan
pasangannya, bayangan orang yang dilihatnya akan (terasa) muncul di hadapannya
jika ini yang terjadi, maka masing-masing dianggap telah melakukan penzinaan.
Kami memohon keampunan-Nya”. Ini yang dimaksudkan oleh Ibnu Al-Haj dalam
kitabnya Al-Madkhal (1/195).

Ibnu Muflih Al-Hanbali berkata, “Ibnu Aqil telah menyebutkan dan menegaskan
dalam kitab Ar-Riayah Al-Kurba, “Jika seorang lelaki membayangkan wanita lain ketika
sedang bersetubuh dengan isterinya, maka dia berdosa.’” (Lihat Al-Adab [1/98]).

Setelah menyebutkan pernyataan Ibnu Hajar Al-Haithami Asy-Syafiie, Ibnu Abidin
Al-Hanafi berkata, “Di sisi kami mazhab Hanafi, tidak ada yang menentang
masalah ini. Hanya sahaja penulis Ad-Durar berkata, “Jika ada orang minum air atau
bahan cecair yang lain yang dibolehkan dengan diiringi oleh hiburan dan nyanyian-
nyanyian maksiat, maka minuman itu hukumnya haram. Berdasarkan kaedah
mazhab kami, pendapat yang paling dekat dengan kebenaran tentang lelaki

221

yang membayangkan wanita lain ketika bersetubuh adalah tidak boleh. Sebab
membayangkan wanita lain sedang berada di depannya, lalu menyetubuhinya, itu
sama halnya dengan membayangkan diri sedang melakukan perbuatan maksiat itu
secara langsung, sama seperti dengan masalah minum air tadi. Aku melihat ulamak
kami yang menjelaskan keharaman ini memetik pernyataan Ibnu Al-Hajj dan
menguatkannya”. (Hasyiyah Ibnu Abidin 6/372)

Sedangkan pendapat yang muktamad (dijadikan pegangan) di dalam mazhab
Syafie adalah bahawa perkara itu dibolehkan. Ibnu Hajar Al-Haithami dalam Tuhfah
Al-Muhtaj (7/205) berkata, “Adakah perbuatan memikirkan kecantikan wanita
yang lain dan membayangkan diri sedang menyetubuhinya ketika dia sendiri sedang
menyetubuhi isterinya adalah haram? Segolongan ulamak mutaakhirin, setelah mereka
menyatakan bahawa masalah ini tidak ditulis jawapannya daripada imam mazhab,
berbeza pendapat tentang perkara ini. Sebahagian muhaqqiq mazhab seperti Ibnu
Al-Farkah, Ibnu Al-Bazari, Ar-Radaad (pensyarah kitab Ar-Rasyad), As-Suyuthi dan
ulamak yang lain berpendapat bahawa perkara itu boleh (halal).

Kenyataan At-Taqi As-Subki dalam kitab Qaidah Sadd Az Zaraii juga menunjukkan

Üperkara yang sama. Mereka berhujah dengan hadith, “Allah memaafkan umatku

daripada apa yang terlintas dalam hatinya (namun tidak dilakukannya) ....’ Sebagai
bantahannya dikatakan bahawa hadith ini bukan untuk menunjukkan kebolehan
perbuatan seperti itu, tetapi untuk menunjukkan adanya kecenderungan yang
terlintas dalam hati (seperti) sama ada dia akan melakukan maksiat seperti zina dan
pendahuluannya ataupun tidak. Jadi dia tidak dihukum kerana perkara itu kecuali
jika dia sudah memutuskan untuk melakukannya.

Berbeza halnya dengan wajis (sesuatu yang mengganggu fikiran), hajis (bisikan),
kata-kata hati dan azm (ketetapan hati), masalah yang sedang kita bicarakan ini
tidak termasuk dalam kategori salah satu daripada empat perkara di atas.
Sebab ketika dia memikirkan dan membayangkan wanita lain, dalam hatinya
tidak terlintas untuk melakukan zina atau permulaannya, lebih-lebih lagi berazam.
Kejadian yang sebenarnya saat itu adalah munculnya khayalan yang sebenarnya
buruk, namun dengan gambaran yang bagus dengan berusaha melupakan
keadaan yang nyata dan mengingati keadaan yang hanya ilusi belaka.

Jika anda berkata, “Daripada khayalannya dapatlah dipastikan bahawa dia
berimaginasi sedang bersetubuh dengan wanita lain. Ini menunjukkan bahawa dia
menetapkan hati (azam) untuk berzina dengannya”, maka kami katakan bahawa

222

tidak boleh dipastikan seperti itu, sebagaimana yang telah dijelaskan. Apa yang
boleh dipastikan di sini hanyalah dia beranggapan sedang bersetubuh dengan
wanita cantik yang jika dia benar-benar bertemu dengannya, dia tidak berdosa
kecuali jika sudah memutuskan untuk melakukan persetubuhan secara sedar (bukan
hanya khayalan belaka).

Disini jelas bahawa berfikir dan berkhayal tidak masuk dalam kategori salah satu
daripada empat perkara di atas. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa dia
tidak berdosa kecuali jika sudah memutuskan untuk melakukan maksiat yang
dikhayalkannya itu jika memang ketika berada di luar (rumah) dia benar-benar bertemu
wanita tersebut.

Manakala Ibnu Al-Bazari berkata, “(Ada yang mengatakan bahawa) sebaiknya
perbuatan seperti ini dimakruhkan. Namun pendapat ini dibantah dengan alasan
bahawa untuk menetapkan makruh perlu ada hukum khusus. Ibnu Al-Hajj memetik
daripada sebahagian ulamak bahawa perkara itu hukumnya mubah(harus), dan
yang melakukannya mendapat pahala kerana dia menjaga agamanya. Pendapat
ini dikuatkan oleh sebahagian mutakhirin daripada mazhab kami.

Mereka berkata, “Jika maksud melakukan perkara ini adalah dibenarkan, iaitu

kerana takut hatinya terpikat oleh wanita tersebut dan dia mendengarkan hadith

sahih yang berbunyi, “Barangsiapa melihat wanita yang membuatnya kagum, lalu dia

mendatangi isterinya untuk menyetubuhinya....” Namun pendapat ini perlu dikaji kembali.

Sebab ketagihan dengan khayalan itu akan membuatnya terus tergantung pada

bayangan itu dan keadaan ini akan

menjadi pendorong bagi dirinya untuk

tetap tergantung pada wanita tersebut, malah bukan

untuk memutuskan kebergantungannya itu. Namun

pendapat Ibnu Al-Hajj di atas dibantah oleh

sebahagian ulamak mutaakhirin. Mereka

mengatakan bahawa pendapat Ibnu

Al-Hajj sangat jauh daripada kebenaran

dan tidak berasas sama sekali. Apa yang

dijadikan dasar olehnya hanyalah kaedah

mazhab di dalam sadd adz-zaraii,

sedangkan para sahabat kami (ulamak

kami) tidak berpegang pada kaedah

tersebut.

223

Saya sudah memberitahu pendapat daripada empat mazhab dalam bentuk
fatwa. Saya juga sudah menjelaskan bahawa kaedah mazhabnya (mazhab Hanafi)
tidak menunjukkan atau menguatkan apa yang dikatakannya tentang wanita.
Selain itu, saya juga sudah membezakan antara membayangkan wanita dengan
membayangkan air sebagai arak dengan pembezaan yang sangat jelas, jadi rujuklah
kepada itu semua kerana ini sangatlah penting”. Demikianlah kenyataan Ibnu Hajar
Al-Haithami.

Namun sebahagian ulamak Syafiiyyah ada juga yang mengharamkannya. Al-Iraqi
dalam Tharhu At-Tathrib juz 2/19 mengatakan, “Jika ada suami yang sedang
bersetubuh dengan isterinya, lalu ditengah-tengah persetubuhan, di dalam otaknya
muncul khayalan bahawa dia sedang bersetubuh dengan wanita lain, maka hal itu
diharamkan baginya kerana menyerupai persetubuhan dengan cara yang haram.”

ÜSecara umum anda harus meninggalkan kebiasaan ini, mohonlah ampun kepada

Allah atas apa yang telah terjadi dan bersikap waspada agar tidak kembali lagi
melakukannya kerana boleh mengakibatkan keburukan.

Masalah yang terjadi antara anda dan suami anda mungkin dapat diselesaikan

dengan duduk bersama saling berbincang

secara terus-terang, atau melalui

perantaraan yang mana kata-katanya diambil

peduli oleh suami anda. Anda juga harus

berusaha untuk mendapatkan suami

anda, memperolehi cinta dan kasih

sayangnya dengan bersikap baik, taat,

berhias untuknya, tersenyum kepadanya

Üdan sebagainya. Semoga Allah

mendamaikan anda bersama suami anda,

menjauhkan keburukan daripada anda dan

memberi taufiq kepada anda agar dapat

mencapai keredhaanNya.

224

Fatwa No. 15699

Hukum Berkhayal Mencari Kenikmatan Bersama Wanita Lain Ketika Bersetubuh

Pertanyaan: Saya adalah seorang wanita yang sudah menikah sejak 13 tahun
lalu. Alhamdulillah saya dan suami memiliki pemahaman agama yang baik. Namun
serentak dengan berjalannya masa pernikahan yang cukup lama, muncul perasaan
bosan di antara kami pada gaya bersetubuh yang sama, yang dilakukan secara rutin
dan berulang-ulang. Jadi, adakah ketika bersetubuh boleh membicarakan sesuatu
dengan tujuan untuk membangkitkan ghairah, seperti suami mengatakan kepada
isterinya bahawa saat itu dia ingin bersama seorang wanita cantik dengan tubuh
dan wajah begini dan begitu, lalu dia mencari kenikmatan dengan tubuhnya dan
berharap agar wanita tersebut melakukan hal yang sama kepadanya, sebagaimana
yang dia lakukan kepada wanita tersebut. Sudah tentu ini adalah perbualan seks yang
bersifat umum tanpa menyebutkan peribadi wanita tertentu. Pertanyaannya, adakah
perbualan seperti ini dibolehkan ketika sedang bersetubuh?

Fatwa: Saranan yang disyariatkan untuk memberikan rasa bahagia kepada suami
isteri dan membangkitkan ghairah sebelum bersetubuh itu banyak sekali. Hal ini
tidak memerlukan saranan yang dapat mengheret seseorang jatuh pada sesuatu
yang dilarang. (Masalah ini dan tentang adab bersetubuh telah dikupas sebelum ini dalam
fatwa nombor 3768 (Muka surat: 24), maka anda dapat merujuknya)

Jawapan bagi pertanyaan anda: Sebaiknya suami anda meninggalkan cara
seperti itu, meskipun kami tidak mengharamkannya secara mutlak (pasti). Para
ulamak sudah membahaskan masalah suami yang mana ketika menyetubuhi
isterinya, memikirkan keindahan tubuh wanita yang lain hingga dia berkhayal sedang
menyetubuhinya. Mereka menyoal, adakah memikirkan dan mengkhayalkannya haram
ataupun tidak?

Dalam hal ini, lbnu Hajar Al-Haithami menjawab dalam fatwanya, “Abu Al-Qasim
Al-Bazari memfatwakan haram, sedangkan Ibnu As-Subki dalam kitab
Thabaqatnya membawa pendapat yang mengatakan boleh dengan berdasarkan
pada hadith, “Allah memaafkan umatku daripada apa yang dibicarakan (terlintas)
hatinya selama mana dia tidak mengungkapkannya atau melakukannya” Hukum
haram ini dikuatkan lagi oleh kenyataan Qadhi Husein dalam ulasannya tentang puasa,
“Apa yang tidak halal untuk dilihat olehnya (maksudnya orang yang berpuasa),

Ümaka haram pula untuk difikirkan”. Hal ini berdasarkan pada firman Allah :-

225

“Dan janganlah anda sengaja memilih yang buruk daripadanya”.

(Al-Baqarah : 267)

ÜDisini Allah melarang memilih sesuatu yang tidak halal, sebagaimana Dia

juga melarang untuk melihat sesuatu yang tidak halal”. (Lihat Al Fatawa Al Fiqhiyyah Al

Kubra 4/88)

Manakala Ibnu Al-Hajj Al-Maliki berkata, “Haram bagi seseorang yang melihat
wanita yang mengagumkan lalu menyetubuhi isterinya dengan menjadikan
bayangan wanita tersebut ada di fikirannya. Perbuatan seumpama ini termasuk
di dalam kategori penzinaan, dengan diqiyaskan kepada orang yang mengambil
segelas air untuk diminum, sebagaimana yang dikatakan ulamak kami, lalu ketika
mahu meminumnya, dia membayangkan air sebagai arak. Ketika itu, hukum air
itu pun menjadi haram baginya”.

Ibnu Abidin Al-Hanafi dalam kitab Radd Al-Mukhtar berkata, “Pendapat yang
paling dekat dengan kaedah mazhab kami adalah perbuatan itu haram,
kerana membayangkan sedang menyetubuhi wanita tersebut, sama dengan
membayangkan sedang melakukan bentuk maksiat yang dibayangkan itu secara
langsung. Masalah ini sama dengan masalah membayangkan minuman sebagai arak”.

(Kami telah menjelaskan masalah ini secara terperinci dalam fatwa nombor 15558)
(Muka surat: 220)

Jika kami menetapkan bahawa masalah ini diperselisihkan hukumnya oleh para
ulamak iaitu antara halal dan haram, maka lebih baik anda menjauhinya dan
menggunakan saranan yang lain.

226

Fatwa No. 32898

Hukum Membayangkan Isteri Kedua Ketika Bersetubuh Dengan Isteri Pertama

Pertanyaan: Adakah boleh membayangkan isteri kedua ketika sedang bersetubuh
dengan isteri pertama? Atau adakah boleh membayangkan segala sesuatu yang
berkaitan dengan seks ketika sedang bersetubuh, seperti membayangkan kejadian
masa lalu? Adakah seseorang yang membayangkan kejadian masa lalu akan diminta
dipertanggungjawabkan setelah dia bertaubat daripada perbuatan tersebut, dan
adakah membayangkan sesuatu yang mustahil dibolehkan, seperti meneroka
kisah-kisah yang berasal daripada khayalan?

Fatwa: Tentang hukum menyetubuhi isteri sambil membayangkan wanita lain
telah dijelaskan dalam fatwa nombor 15558 (Muka surat: 220) yang mana isi
kandungannya menyatakan tidak boleh. Manakala jika yang dibayangkan itu adalah
isterinya, itu boleh. Tentang pertanyaan anda bahawa adakah seseorang akan
diminta dipertanggungjawabkan setelah bertaubat? Maka jawabnya adalah
bahawa dia tidak akan diminta dipertanggunggjawabkan setelah dia bertaubat,
sebab taubat itu menghapuskan dosa sebelumnya. Sedangkan membayangkan
sesuatu yang mustahil adalah tindakan yang sia-sia dan membuang masa yang boleh
membuatkan manusia berasa was-was dan terheret ke dalam perbuatan haram. Oleh
kerana itu, kami anjurkan kepada anda untuk menjauhinya.

Fatwa No. 35373

Memikirkan Masalah Seks....Penyakit Dan Ubatnya

Pertanyaan: Adakah memikirkan masalah tentang seks hukumnya haram? Jika
saya membayangkan diri saya sedang bersama lelaki yang saya cintai dalam satu
hubungan percintaan, di mana saya membayangkan bertemu dengannya, lalu
hidup bersamanya dalam satu kisah percintaan, adakah perbuatan ini haram?

ÜDi sisi lain saya menunaikan solat dan tahu tentang Allah . Sehingga saat ini,

saya belum lagi menikah dan selalu berasa bahawa saya memerlukan lawan sejenis.

Fatwa: Apa yang anda rasakan itu boleh jadi disebabkan beberapa hal berikut ini:

Ü• Lalai daripada mengingati Allah . Hati yang lalai dapat dikuasai syaitan

dengan mudah dan syaitan itulah yang akan menjadi pembimbingnya.

Ü Allah berfirman,

227

“Dan barangsiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan
oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut
dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang
daripadanya”.

(Az-Zukhruf : 36)

Ü• Banyak waktu kosong. Orang yang tidak menyibukkan diri dengan taat kepada
Allah akan disibukkan oleh pelbagai maksiat dan akhirnya menjadi

sasaran syaitan untuk menyusupkan rasa was-was dan fikiran

yang kotor. Oleh kerana itu, seharusnya anda menyibukkan diri

dengan pelbagai kegiatan yang bermanfaat seperti menghafal

Al-Quran misalnya lima ayat sehari, menghafal satu atau dua hadith atau

bahkan lebih lagi, sesuai dengan kemampuan anda.

Selain itu, ada baiknya anda melakukan beberapa hal berikut:

Pertama, memperbanyakkan doa, khususnya pada waktu-waktu yang dianggap
mustajab seperti waktu sahur dan ketika sedang sujud.

Kedua, mencari teman-teman yang istiqamah terhadap pengamalan ajaran
agama Islam di mana anda boleh saling bantu membantu bersama mereka dalam
kebaikan.

ÌKetiga, menundukkan pandangan. Perbuatan ini dapat menjadi penyebab
tertutupnya pintu fitnah. Nabi bersabda, “Pandangan adalah salah satu

panah beracun iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada
Ü ÜAllah
maka Allah akan membalasnya dengan keimanan yang manisnya

dapat dia rasakan dalam hati”. (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan
ÌAth-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir) Nabi
äThalib berwasiat kepada Ali bin Abi

dengan berkata, “Janganlah kamu ikuti satu pandangan

dengan pandangan yang lain. Bagimu (halal) hanyalah pandangan

yang pertama (yang tidak disengajakan), sedangkan yang seterusnya tidak (haram)”.

(Riwayat Ahmad dalam Al-Musnad)

228

ÜKeempat, bertakwa kepada Allah secara istiqamah. Barangsiapa yang
Übertakwa kepadaNya, maka Allah
akan memberikan kelapangan atas segala

kesempitan yang menimpa anda dan memberikan jalan keluar bagi segala kesulitan

Üanda. Sebagaimana firman Allah ,

“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki daripada
jalan yang tidak terlintas di hatinya.

(At-Talaq : 2-3)

229

Fatwa No. 36728

Hukum Berkhayal Menyetubuhi Wanita

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya wanita berkhayal sedang bersetubuh?
Adakah wajib mandi ketika keluar cecair akibat berkhayal?

Fatwa: Wanita boleh berkhayal sedang bersetubuh dengan suaminya, namun lebih
baik perbuatan seperti ini ditinggalkan kerana dapat mengheretnya melakukan
perbuatan haram seperti melancap. Haram pula baginya berkhayal bersetubuh
bukan dengan suaminya dan mengharapkan hal itu terjadi. Demikian pula
sebaliknya, haram bagi lelaki melakukan hal itu. Anda boleh merujuk fatwa nombor
15558 (Muka surat: 220). Manakala cecair yang keluar akibat berkhayal bersetubuh,
maka kemungkinan besar itu adalah air mazi. Dia tidak wajib mandi, tetapi cukup
hanya membasuh faraj dan berwuduk sahaja.

Fatwa No. 38882

Cara Menghilangkan Fikiran Yang Tidak Dibolehkan Ketika Bersetubuh

Pertanyaan: Bagaimanakah caranya menghilangkan kebiasaan buruk yang
seumpama ini. Misalnya ketika bersetubuh angan-angan saya melayang. Saya
membayangkan suami saya memperkosa anak perempuan saya atau anak jiran.
Hal ini supaya saya dapat membangkitkan ghairah saya menghadapi suami saya.
Adakah perbuatan ini haram dan bagaimanakah menghilangkannya?

Fatwa: Cara anda menghilangkan kebiasaan buruk ini adalah anda tidak boleh
memikirkan dan mengkhayalkannya secara sengaja dan menimbulkan keburukan,
kejelekan dan kekejian perbuatan ini dalam diri anda seakan-akan perbuatan itu
benar-benar terjadi.

ÜKetika Allah menginginkan kaum Mukmin membenci ghibah (mengumpat),

Dia memberi bayangan ghibah kepada mereka dalam bentuk yang dapat

Ümembuat diri mereka berasa faham dengan gambaran tersebut. Allah berfirman,

230

“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh
itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani”.

(Al-Hujraat : 12)

ÜDi sini Allah menyamakan ghibah dengan memakan daging manusia yang

sudah meninggal dunia. Hal ini dapat membuatkan manusia menjauhkan diri dan

berhati-hati daripada melakukan ghibah. Kami ingin bertanya kepada anda, “Apakah

Üanda suka jika ini benar-benar terjadi?” Bertakwalah kepada Allah dan hilangkan

segala fikiran yang ada dalam diri anda. Kemudian gantikan dengan sesuatu yang

dibolehkan, yang mana jumlahnya banyak sekali jika

anda mahu mencarinya.

231

Fatwa No. 39609

Bagaimanakah Untuk Membebaskan Diri Daripada Memikirkan Masalah Seks?

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya seorang gadis yang memikirkan
persetubuhan di antara suami isteri sehingga khayalannya ini menyebabkannya
merasakan apa yang dialami wanita yang sedang bersetubuh, lalu dia berasa sedih

Üdan kadangkala menangis kerana perbuatannya itu? Untuk makluman, dia selalu

berusaha untuk mengingati Allah , setiap waktu tidak meninggalkan solat fardhu
dan tidak lupa membaca Al-Quran. Namun di dalam dirinya muncul perasaan perlu
memikirkan masalah ini (usianya tidak lebih dari sembilan belas tahun). Apakah
penyelesaian bagi masalah ini?

Fatwa: Penyelesaiannya adalah gadis ini perlu meminta pertolongan kepada
ÜAllah
untuk dipalingkan fikirannya daripada perkara-perkara yang buruk

kepada perkara-perkara yang bermanfaat bagi agama dan dunianya serta

menyibukkan diri dengan pekerjaan yang bermanfaat. Jiwa yang tidak

disibukkan dengan kebenaran dan kesungguhan akan disibukkan oleh kebatilan

dan kemalasan. Jiwa ini diciptakan untuk bekerja, bukan untuk diam. Jika

bayangan-bayangan ini muncul, palingkanlah hati untuk memikirkan sesuatu

yang lainnya. Jika dia mengeluarkan air mani disebabkan memikirkan masalah

persetubuhan, dia tidak berdosa tetapi dia wajib mandi.

232

Fatwa No. 47520

Menghuraikan Khayalan Yang Membangkitkan Ghairah Dapat Mengheret Seseorang
Melakukan Perbuatan Terlarang

Pertanyaan: Saya adalah seorang gadis berusia sekitar 19 tahun. Saya seringkali
membayangkan adegan-adegan lucah, iaitu membayangkan mencari
kenikmatan dan persetubuhan di antara lelaki dan wanita. Saya sudah berusaha
untuk tidak menonton filem, drama dan sampai pada tahap tertentu, cara ini
berhasil. Hobi saya ialah melukis gambar orang, tetapi Alhamdulillah saya boleh
meninggalkannya sedikit demi sedikit kerana saya berasa bahawa hobi ini salah
satu faktor pendorong diri saya membayangkan gambar-gambar lucah. Walaupun
begitu, gambar-gambar itu terus menghantui saya. Saya berasa perbuatan saya
adalah satu dosa. Namun apa yang saya lakukan sama seperti khayalan
bersetubuh antara suami isteri yang halal. Pertanyaan saya ialah adakah apa
yang saya lakukan adalah haram? Apa dalil naqli dan aqlinya? Apakah perbezaan
antara khayalan saya dengan apa yang terjadi antara suami isteri? Ketika ini saya belum
lagi menikah.

Fatwa: Keinginan yang berasal daripada bisikan hati atau khayalan yang dialami
manusia tidak menghasilkan dosa selama mana bentuknya tidak berubah. Namun
tidak sepatutnya manusia menyibukkan diri dengan menghuraikan dan mencari
kenikmatan daripada bisikan hati dan khayalan kerana dapat mengheretnya
untuk berada di dalam pengaruh dan was-was syaitan. Selain itu, perkara ini dapat
menjadi pendorong untuk melakukan tindakan haram dan selanjutnya menjadi
perantara menuju yang haram. Perkara ini dinyatakan oleh hadith Riwayat Bukhari

Ìbahawa Nabi bersabda, “Janganlah seorang wanita melihat wanita lain secara

langsung, lalu dia menyebutkan sifat-sifat wanita yang dilihatnya kepada suaminya
(sehingga) seakan-akan suaminya benar-benar melihatnya”.

Apa yang paling baik dilakukan oleh seorang wanita Muslimah adalah mengisi
waktu kosong dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat bagi agama dan
dunianya, dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan dirinya. Dia
bertanggungjawab atas waktu yang hilang darinya dan untuk apa ianya digunakan?
Lihat fatwa nombor 8993 (Muka surat: 217).

233

Anda perlu tahu bahawa menghuraikan khayalan-khayalan ini dapat membuatkan
anda ketagihan dan akhirnya anda tertawan oleh khayalan tersebut. Anda telah
mengambil langkah yang tepat dengan tidak lagi menonton filem dan drama.
Kami anjurkan agar anda mengisi waktu anda dengan kegiatan yang bermanfaat bagi
anda. (Lihat fatwa nombor 35373) (Muka surat: 227)

Khayalan anda tentang gambar lucah lelaki dan wanita tidak boleh dibandingkan
dengan khayalan suami isteri dalam masalah persetubuhan. Sebab pernikahan
adalah akad antara lelaki dan wanita berdasarkan sunatullah dan rasulNya, yang
mengakibatkan pihak masing-masing dapat mencari kenikmatan daripada pihak
lain dan melihat auratnya, apatah lagi dengan mengkhayalkan sedang melakukan
persetubuhan bersama suami.

234

Fatwa No. 50910

Bahayanya Membayangkan Tentang Seks

Pertanyaan: Ayah saya adalah seorang tentera yang bertugas di unit perisikan.
Sebagaimana biasanya, tugas ini membuatkannya harus menguasai pelbagai
pengetahuan dan kemampuan, khususnya dalam masalah seks. Sekarang dia
sudah bertaubat sejak sekian lama dan melaksanakan kewajian-kewajipan Islam
secara konsisten. Namun keinginan seksualnya masih sahaja boleh terbangkit ketika
dia mendengar suara atau isyarat adanya seorang wanita meskipun suara itu berasal
daripada suara haiwan (seperti kucing). Usianya ketika ini lebih dari tujuh puluh tahun.

Masalah saya ialah sejak kecil saya menyaksikan segala perbuatan yang
dilakukan ayah saya, khususnya dengan ibu ataupun dengan wanita yang lain.
Hal ini mendorong munculnya ghairah seks pada diri saya sejak di awal usia saya.
Saya masih ingat ketika saya berusia sekitar lima atau enam tahun, saya mencuba
melakukan persetubuhan dengan adik perempuan saya yang usianya lebih
muda tiga tahun daripada saya dan dia juga terpengaruh oleh keadaan ini.
Dan kerana ayah saya sangat garang, ibu kami menyayangi kami. Namun dia
tidak tahu apa yang terjadi di antara saya dengan adik saya sehingga perbuatan
ini terus berlaku.

Saya juga mengulanginya dengan adik perempuan saya yang masih kecil,
tetapi Alhamdulillah saya tidak sampai menyakiti mereka kerana ketika itu usia saya
yang masih kecil, masih malu, kadangkala kerana adik saya menolak dan juga
kerana saya tidak mampu melakukannya. Walaupun demikian, keadaan ini
terus berlaku hingga satu tahun sebelum pernikahan saya. Ketika ini kedua-dua adik
perempuan saya telah menikah dan mempunyai anak. Saya juga sudah menikah dan
pada masa awal pernikahan saya mengalami beberapa masalah, namun saya tidak
pergi berjumpa doktor. Dan saat itu masalah tersebut boleh saya atasi.

Apa yang menyeksa saya ketika ini adalah saya tidak dapat membuang sama
sekali fikiran-fikiran itu sampai sekarang dan juga kerana isteri saya begitu dingin
dalam bersetubuh. Saya selalu tidak dapat melakukan persetubuhan dengan isteri
saya sampai selesai kecuali jika saya membayangkan sedang bersetubuh dengan adik
perempuan saya, saudara perempuan isteri saya, pelacur yang saya lihat di tepi-tepi
jalan, salah seorang kerabat perempuan dan juga teman wanita sekerja. Saya seorang
arkitek berusia 36 tahun.

235


Click to View FlipBook Version