Fatwa No. 39168
Terdapat Mushaf Al-Quran Dalam Bilik Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Adakah boleh bersetubuh di dalam bilik yang ada mushaf Al-Quran atau
buku-buku Islam yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran atau bingkai yang bertuliskan
Ü Ìperkataan Allah dan Muhammad ?
Fatwa: Tidak ada larangan bersetubuh di dalam bilik yang mana di
dalamnya terdapat mushaf Al-Quran atau buku-buku Islam atau
ayat ayat Al-Quran yang tergantung dan sebagainya. Bilik
seperti ini sama dengan bilik-bilik yang lain.
Fatwa No. 41800
Hindarilah Tempat-Tempat Yang Meragukan Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum orang yang menyetubuhi isterinya di luar rumah?
Sebabnya adalah kedua-dua mereka masih tinggal di rumah keluarga mereka dan
belum mampu memiliki rumah sendiri. Oleh kerana itu, kedua-duanya bersetubuh
di tempat terpencil yang hanya didatangi oleh segelintir orang.
Fatwa: Sahnya akad nikah membolehkan seseorang mencari kenikmatan
dengan wanita tersebut. Namun dia harus mencari tempat yang tertutup ketika akan
menyetubuhi isterinya supaya tidak ada seorang pun yang melihat aurat kedua-duanya.
Dia juga harus menjauhi tempat-tempat yang meragukan supaya dirinya tidak menjadi
sasaran fitnah sebagai orang yang berperibadi buruk atau mendapat pertanyaan
daripada petugas khusus yang menjaga tempat di mana dia sedang bersetubuh dengan
isteri. Berdasarkan hal ini, tidak ada larangan untuk menyetubuhi isteri anda di tempat-
tempat yang telah disebutkan tadi jika tempat tersebut memang terhindar daripada
bahaya yang baru sahaja kami sebutkan.
36
Fatwa No. 57522
Hukum Membaca Doa Bersetubuh Ketika Kedua-duanya Sudah Telanjang
Pertanyaan: Adakah boleh membaca doa bersetubuh ketika kedua-dua suami isteri
sudah telanjang? Adakah doanya harus dibaca perlahan atau kuat supaya kedua-
duanya dapat mendengar?
Fatwa: Tidak ada larangan membacakan doa ini ketika
kedua-duanya sudah dalam keadaan telanjang. Untuk
bacaannya sekurang-kurangnya dengan suara yang
dapat didengar pembacanya sendiri. Jika kedua-
duanya membaca dengan suara yang kuat di
mana masing-masing memperdengarkan kepada
pasangannya, maka perbuatan itu juga dibolehkan.
Imam Ar-Ramali menganggap pembacaan doa
sebagai perbuatan yang dianjurkan dalam bersetubuh.
Beliau berkata dalam Nihayah Al-Muhtaj, “Jika belum
memperolehi anak sebagaimana yang dikehendaki
kedua-duanya, maka bolehlah membacakan doa
bersetubuh secara umum (kuat)”.
Fatwa No. 58691
Lupa Membaca Doa Sebelum Bersetubuh
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya menyetubuhi isteri tanpa membaca doa
sebelum bersetubuh?
Fatwa: Membaca doa ketika akan bersetubuh termasuk adab yang ditunjukkan syarak
kepada kita. Hukumnya mustahab (dianjurkan), bukan wajib. Dalam kitab Al-Mughni
Ibnu Qudamah berkata, “Bab adab bersetubuh, dianjurkan membaca doa sebelum
Übersetubuh berdasarkan firman Allah ,
37
“Dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu”.
(Al-Baqarah : 223)
äAthaa berkata, “Maksudnya adalah berdoa sebelum bersetubuh”. Ibnu Abbas
Ìmeriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian akan
mendatangi isterinya, hendaklah dia mengucapkan:
“Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan
jauhkanlah anak yang Engkau kurniakan kepada kami darinya juga”,
lalu melahirkan anak, maka anaknya tidak akan terkena bahaya disebabkan
oleh syaitan selama-lamanya”. (Riwayat Muttafaq alaihi)
Dalam Al-Majmuk, Imam An-Nawawi berkata, “Berdoa dianjurkan dalam
berwuduk, seluruh ibadah dan perbuatan yang lain hinggalah dalam masalah
bersetubuh. Demikianlah yang dijelaskan Abu Ath-Thayyib, Ibnu Ash-Shabagh, Syeikh
Nashr dan ulamak yang lain. Syeikh Nashr berkata, “Begitu juga ketika keluar rumah”.
Imam Bukhari mengarang satu bab dalam masalah ini dengan berkata, “Bab berdoa
di dalam segala keadaan dan ketika bersetubuh” dan dia berhujah dengan hadith Ibnu
äAbbas ”. Oleh kerana itu, sebaik mungkin doa ini dibaca, tetapi bagi orang yang tidak
mengucapkannya, maka dia tidak berdosa.
38
Fatwa No. 61069
Tidak Sepatutnya Mendengarkan Suara Suami Isteri Yang Sedang Bersetubuh
Pertanyaan: Saya masih bujang. Bilik saya berdekatan dengan saudara lelaki saya yang
sudah menikah. Ketika dia menyetubuhi isterinya, saya mendengar suara persetubuhan itu
meskipun ketika bersetubuh, dia membuka televisyen atau radio, namun suaranya tetap
didengari oleh saya. Adakah perkara ini termasuk dalam kategori perbuatan mengintip?
Adakah saya harus memberitahu kepadanya bahawa suaranya didengar oleh saya?
Dan adakah saya berdosa mendengarnya?
Fatwa: Para ahli feqah menetapkan bahawa di antara adab bersetubuh adalah
hendaklah jauh daripada penglihatan dan pendengaran orang lain. Ibnu Qudamah
berkata dalam Al-Mughni “Tidak boleh bersetubuh dalam keadaan kedua-duanya
melihat atau rengekan suaranya didengar oleh orang lain. Tidak boleh mencium dan
menggaulinya di hadapan orang”. Imam Ahmad berkata, “Aku tidak hairan kecuali jika
semua ini disembunyikan”. Tentang suami yang suaranya didengari oleh orang lain ketika
menyetubuhi isterinya, Al-Hasan berkata, “Mereka (para ulamak) membenci suara yang
mengerang”. Inilah etika yang harus dijaga oleh pasangan suami isteri.
Jadi, anda tidak boleh dengan sengaja mendengarkannya. Jika anda
mendengarkannya tanpa sengaja, maka cepat-cepatlah menghindari atau melakukan
perbuatan yang dapat mengalihkan anda daripada suara tersebut demi menutup jalan
bagi terjadinya fitnah. Anda harus berusaha sebaik mungkin menghalangi suara tersebut
didengari oleh anda, seperti dengan menutup tingkap tempat arah datangnya suara itu,
membuka radio atau bacaan Al-Quran sehingga dapat menghalangi anda daripada
mendengar suara itu. Jika semua itu sudah dilakukan, namun suara tersebut tetap
didengari oleh anda tanpa disengajakan, maka anda tidak berdosa.
39
Fatwa No. 68743
Jika Azan Berkumandang Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Ketika azan dikumandangkan (bukan pada bulan Ramadhan), saya
baru mula mencari kenikmatan bersama isteri dan berniat menyetubuhinya. Adakah
kami harus menghentikan persetubuhan ini untuk segera menunaikan solat berjemaah
ataupun boleh meneruskannya dengan risiko kami kehilangan pahala solat berjemaah?
Adakah boleh menjawab azan ketika sedang bersetubuh?
Fatwa: Orang yang telah memulakan persetubuhan, kemudian mendengar azan lebih
baik meneruskan persetubuhannya. Setelah itu, dia solat bersama isterinya. Sebab
jika persetubuhan dihentikan demi melakukan solat, maka boleh jadi solatnya akan
terganggu, di samping boleh menimbulkan bahaya pada dirinya atau isterinya. Adapun
tentang menjawab azan ketika sedang bersetubuh, perbuatan itu tidak disyariatkan.
Namun jika dilakukan dalam hati, hukumnya boleh.
40
Fatwa No. 15268
Doa Untuk Mempercepatkan Mendapat Zuriat
Pertanyaan: Apakah ada doa atau zikir untuk mempercepatkan mendapat keturunan?
Fatwa: Semoga anda mendapat keturunan yang soleh dan menjadi permata hati
anda di dunia dan akhirat. Ada beberapa doa yang boleh dibaca oleh orang yang ingin
×segera mendapat zuriat, di antaranya doa Nabi Zakaria
:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
(Ali Imran : 38)
Dalam surah Al-Anbiya dinyatakan berikut :-
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan
zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
(Al-Anbiya : 89)
×Juga doa Nabi Ibrahim yang berbunyi :-
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang-orang yang
soleh!
(Ash-Shaffat : 100)
41
Adapun doa yang bermanfaat dalam segala perkara dan untuk segala jenis permintaan
antara lain:
× Ì• Doa Nabi Yunus
Nabi bersabda, “Doa Nabi Yunus kepada Tuhannya
ketika berada di dalam perut ikan adalah:
“Tiada tuhan selain Engka,. Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku tergolong dalam
orang-orang yang zalim”
ܓTiada seorang Muslim pun yang membaca doa ini untuk sesuatu perkara kecuali Allah
pasti akan mengabulkan doanya”. (Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasaai, dan Al-Hakim.
Beliau berkata bahawa sanadnya sahih.)
Ü• Banyak beristighfar. Allah berfirman,
Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian),
Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan
memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia
akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Nuh : 10-12)
ÌNabi Übersabda, “Barangsiapa yang selalu beristighfar, maka Allah akan
memberikan kepadanya jalan keluar daripada segala kesempitan dan kelapangan
daripada segala kesusahan serta rezeki daripada jalan yang tidak diduga.” (Riwayat
Ahmad, Abu Dawud, dan Al-Hakim. Beliau berkata bahawa sanadnya sahih)
42
Fatwa No. 57965
Menceritakan Persetubuhan, Antara Makruh Dan Harus
Pertanyaan: Dalam penglibatan saya di dalam salah satu perkumpulan, saya dan isteri
saya ingin mendapatkan nasihat perubatan agar memperolehi anak lagi setelah kami
dikurniakan anak pertama tanpa mendapat nasihat perubatan. Ketika kehamilan
yang kedua ini terlewat dan sebelum kami memulakan proses rawatan, saya bertemu
dengan seorang miskin, lalu memberikan sedikit wang sebagai sedekah. Kemudian
pada malamnya saya menyetubuhi isteri saya dan alhamdulillah dia hamil. Inilah kisah
ringkasnya. Kemudian sebahagian sahabat mengkritik ucapan saya yang berbunyi (saya
menyetubuhi isteri saya) kerana kata-kata itu dianggap menyebarkan rahsia suami isteri.
Namun saya tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Akhirnya kami bersepakat untuk
mendapatkan pendapat syarak tentang masalah ini iaitu adakah kata-kata “Pada
ma¬lamnya saya menyetubuhi isteri saya” termasuk menyebarkan rahsia suami isteri? Jika
demikian, apa kafarahnya?
Fatwa: Perkataan tersebut bukan termasuk menyebarkan rahsia suami isteri, sebab
suami yang mendatangi isterinya bukanlah termasuk rahsia yang dilarang syarak
untuk disebarkan, namun makruh menceritakannya tanpa sesuatu keperluan. Ketika
menjelaskan hadith riwayat Muslim daripada Abu Said Al Khudri yang berkata bahawa
Ì ÜNabi
bersabda, “Manusia yang kedudukannya paling buruk di sisi Allah
pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isteri mendatangi
suaminya, lalu dia menyebarkan rahsianya”.
Imam An-Nawawi berkata, “Hadith ini mengandungi larangan bagi suami menyebarkan
masalah persetubuhan yang terjadi di antara dirinya dengan isterinya dan
menerangkannya secara terperinci perkataan atau perbuatan yang dilakukan isteri.
Manakala jika hanya menyebutkan kata ‘bersetubuh’ tanpa ada manfaat apa-apa dan
tidak ada sebarang keperluan, maka hukumnya makruh sebab bertentangan dengan
Ì Üsikap muruaah. Nabi
bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat, maka ucapkanlah perkataan yang baik-baik atau dia”. Jika perkara itu
memang diperlukan atau boleh memberi manfaat, seperti untuk menyangkal tuduhan
bahawa dia berpaling daripada isterinya atau mengalami kelemahan seksual ketika
bersetubuh dan yang seumpamanya, maka hukumnya boleh menyebutkan kata-kata
Ì Ì‘bersetubuh,’ sebagaimana sabda Nabi ,“Aku melakukannya dengan dia”. Nabi
juga pernah berkata kepada Abu Thalhah, “Tunggulah isterimu malam ini”.
43
Dalam kitab Faidh Al-Qadir, Al-Manawi berkata, “Secara zahir, hukum wanita sama
dengan lelaki. Haram baginya menyebarkan rahsia suami seperti berkata, ‘dia
cepat sekali keluar air mani’ atau ‘’barang’nya besar sekali’ dan perkataan lain yang
berkaitan dengan persetubuhan”. Jadi jelas di sini, apa yang dikatakan si penanya adalah
ibrah dan nasihat. Oleh kerana itu, menyebut kata “bersetubuh” dalam situasi seperti ini
hukumnya tidak makruh.
Fatwa No. 8431
Had Yang Dibolehkan Untuk Bersetubuh Dengan Isteri Yang Baru Bersalin
Pertanyaan: Apakah had yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan untuk bersetubuh
dengan isteri yang baru bersalin? Perlu diketahui bahawa ketika ini, isteri saya sedang
menyusu anak.
Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan dengan isterinya yang sedang haid atau nifas
(yang baru melahirkan) dengan cara apa sekalipun yang diinginkannya, asalkan dia
tidak memasukkan zakarnya ke dalam faraj atau dubur. (Untuk lebih jelas, baca fatwa
nombor 5999) (Muka surat: 4 Jilid 1)
Fatwa No. 20987
Dianjurkan Berdoa Sebelum Bersetubuh
Pertanyaan: Sebelum bersetubuh saya terlupa membaca bismillah (dengan menyebut
nama Allah) dan baru teringat setelah atau ketika sedang bersetubuh, apakah yang
harus saya lakukan?.
ÜFatwa: Berdoa sebelum bersetubuh hukumnya sunat, bukan wajib. Meskipun begitu, Allah
berfirman,
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan
kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
(Al-Baqarah : 286)
44
ÌNabi juga bersabda, “Diangkat daripada umatku (dosa) tersalah, lupa dan
apa yang dipaksakan kepadanya”. (Riwayat Abu Dawud dan yang lain)
Siapa sahaja yang lupa berdoa sebelum bersetubuh dan tetap tidak ingat kecuali
setelah selesai, maka tidak ada sebarang kewajipan baginya. Sedangkan jika dia ingat
Üketika sedang bersetubuh, maka sebutlah nama Allah pada ketika itu juga. Hal ini
Ìberdasarkan sabda Nabi , “Jika salah seorang daripada kalian, ketika sedang
mendatangi isterinya, mengatakan ....”
45
Memainkan,
MENGHISAP DAN
MEMASUKKAN ORGAN
TUBUH KE KEMALUAN
16 MEMAINKAN, MENGHISAP DAN
MEMASUKKAN ORGAN TUBUH KE KEMALUAN
Fatwa No. 27275
Hukum Memasukkan Jari Ke Dalam Faraj Isteri Untuk Membangkitkan Ghairahnya
Pertanyaan: Saya adalah seorang suami yang sudah menikah beberapa tahun lalu dan
sudah mempunyai beberapa orang anak. Sejak sekian lama, saya mengalami masalah
seksual, iaitu zakar saya tidak dapat menegang. Di samping itu saya juga mengalami
ejakulasi awal, sedangkan isteri saya memerlukan waktu yang cukup lama daripada saat
mulai mencari kenikmatan sehinggalah mencapai klimaks. Sebenarnya saya sudah mulai
menggunakan jari-jemari saya untuk mencari kenikmatan (membangkitkan ghairah) isteri
saya disertai dengan cerita-cerita seks yang berasal daripada khayalan saya sendiri.
Saya terus melakukannya hingga isteri saya berasa akan klimaks. Ketika itu, barulah
saya memasukkan zakar saya meskipun tidak dapat menegang supaya saya dapat
mencapai klimaks. Keadaan ini membuatkan saya menderita dan saya sendiri tidak tahu
bagaimanakah pandangan syarak tentang perbuatan saya ini. Lebih-lebih lagi saya tidak
dapat berjumpa doktor atau konsultan seks kerana keadaan saya yang tidak normal.
Fatwa:: Apa yang seharusnya anda lakukan adalah pergi berjumpa doktor pakar
untuk mengatasi kelemahan alat kelamin dan ejakulasi awal yang anda alami serta
menggunakan bahan-bahan yang berasal dari makanan dan minuman seperti madu
dan yang seumpamanya untuk dapat membangkitkan dan menguatkan ghairah seks
anda.
Adapun memasukkan jari-jemari ke dalam faraj diiringi dengan cerita-cerita seks yang
berasal daripada khayalan anda sehingga isteri anda mencapai klimaks, sebaik-baiknya
janganlah anda lakukan. Sampai bilakah anda mahu terus-menerus dalam keadaan
Üseperti ini? Kerana inilah anda harus meminta pertolongan kepada Allah , mendapatkan
nasihat doktor pakar dan makan makanan yang dapat membantu membangkitkan
syahwat anda.
48
Fatwa No. 31037
Dapat Diterima Oleh Akal Yang Sihat Jika Sesuai Dengan Perbuatan Yang Baik
Pertanyaan: Ketika sedang melakukan aktiviti pemanasan, kadangkala saya teringin
mencium dan menggigit faraj isteri saya. Bagi masalah ini, saya sudah membaca fatwa
daripada tuan, namun tidak menemukan jawapan yang pasti. Jadi, adakah perbuatan
ini boleh? Mohon jawapannya dengan “Ya” atau “Tidak”. Jika dilarang, adakah boleh
melakukannya dengan meletakkan plastik nipis di atas farajnya untuk mencegah
terjadinya sentuhan langsung antara mulut dan faraj sehingga saya dapat menggerakkan
lidah saya ke tempat-tempat sensitif disertai dengan ciuman dan gigitan tanpa terheret
dalam perbuatan yang dilarang, sebagaimana yang terdapat dalam jawapan tuan
tentang persentuhan mulut yang digunakan untuk membaca Al-Quran dengan najis?
Mohon jawapannya dengan “Ya” atau “Tidak”.
Fatwa: Tentang hukum mencari kenikmatan di antara suami dan isteri telah dijelaskan
di dalam jawapan fatwa nombor 2146 (Muka surat: 73 Jilid 1). Di situ dijelaskan bahawa
hukum asal bersetubuh adalah boleh kecuali jika ada nas yang melarangnya, seperti
bersetubuh ketika isteri sedang haid atau nifas dan mendatangi dubur isteri.
49
Manakala masalah yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, dan yang seumpama
dengannya, masuk dalam kaedah al-ibahah al-ammah (masalah yang secara umum
dibolehkan) kerana tidak wujudnya nas dalam masalah ini, selain hanya nas-nas
umum yang menganjurkan untuk berakhlak baik dan berpegang teguh pada nilai-nilai
Ì Üyang luhur, di antaranya yang terkandung dalam sabda Nabi , “Allah menyukai
perkara yang luhur dan mulia, dan membenci perkara yang hina”. (Riwayat At-Thabrani
dalam Al-Kabir dan Al-Awsath, dinilai sebagai sahih oleh Al-Albani dalam Al-Silsilah Ash-
Sahihah)
Hukum maksima yang ditunjukkan oleh hadith ini dan yang seumpama dengannya adalah
hanya sampai pada batas istihbab (dianjurkan), bukan wajib. Namun jika seseorang
tahu bahawa menyentuh tempat-tempat ini dengan mulut secara langsung dapat
menimbulkan penyakit atau kekotoran bagi pelakunya, maka pada ketika itu juga dia
harus menjauhkan diri daripada perbuatan itu dengan berdasarkan hadith, “Tidak boleh
membahayakan dan menimbulkan bahaya.” (Riwayat Ibnu Majah dan dinilai sebagai
sahih oleh Al-Albani)
Apatah lagi jika ada kemungkinan terjadinya persentuhan najis dengan mulut yang kita
sendiri diperintahkan untuk menjauhinya. Jika menggunakan penghalang seperti plastik,
kain dan sebagainya, maka risiko untuk terjadinya persentuhan langsung dengan najis
50
dan kemungkinan untuk dijangkiti penyakit lebih mudah. Namun meninggalkan semua
perbuatan ini adalah lebih baik. Sebab cara-cara yang sesuai dengan perbuatan yang
sihat dan fitrah asas manusia cukup untuk memuaskan keperluan batin manusia dan
dapat diterima oleh orang-orang yang berakal.
Fatwa. 7908
Hukum Memasukkan Jari Ke Dalam Dubur Isteri Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Ketika suami melakukan persetubuhan dengan isterinya, dia memasukkan
jari telunjuknya ke dalam dubur isteri sebagai sebahagian daripada pemanasan dan
isteri berasa sangat puas dengan tindakan itu. Jadi bagaimanakah hukumnya menurut
agama?
Fatwa: Setiap suami isteri boleh mencari kesenangan daripada seluruh bahagian
anggota tubuh pasangannya, baik dengan melihat hingga menyentuh kemaluan isteri.
Namun ada dua pengecualian di sini:
ÜPertama, tidak boleh memasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri yang sedang haid,
berdasarkan firman Allah ,
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka
sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah
kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.
(Al-Baqarah : 222)
51
Selain itu, menurut pendapat yang rajih (kuat), tidak boleh menggauli kawasan di antara
ßpusat hingga lutut. Perkara ini berdasarkan pada perkataan Saidatina Aisyah ,
̓Ketika salah seorang daripada kami sedang haid dan Nabi ingin menggaulinya,
baginda memerintahkannya untuk memakai kain secara ketat di kawasan haidnya,
kemudian barulah baginda menggaulinya. (Riwayat Bukhari)
Kedua, mendatangi duburnya yang menjadi “tempat kotoran” sebagaimana yang
tercatat dalam Al-Musnad Imam Ahmad, Sunan At-Tirmidzi dan Sunan Abi Dawud
Ìbahawa Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mendatangi isteri yang sedang haid,
atau mendatangi duburnya, atau mendatangi dukun dan dia mempercayainya,
Ìmaka dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan kepada Muhammad ”.
(Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Dawud)
Dalam Al-Musnad dan Sunan Abu Dawud serta kitab hadith yang lain disebutkan bahawa
ÌNabi
bersabda, “Terlaknatlah suami yang mendatangi dubur isterinya.” Dalam
ÜAl-Musnad juga disebutkan, “Sesungguhnya Allah
tidak melihat lelaki yang
mendatangi dubur isterinya.”
Alasan yang digunakan ulamak terhadap adanya larangan mewathi (memasukkan
zakar) dubur isteri adalah kerana bertemunya zakar dengan najis mughalazah (berat).
ÜMereka mengatakan bahawa dalam Al-Quran, Allah
mengharamkan wathi ke
dalam faraj wanita yang sedang haid kerana
adanya kotoran dalam faraj. Oleh
kerana itu, lebih-lebih lagi jika
wathi ke dalam dubur
yang merupakan
sarang kotoran yang
juga diharamkan.
Para ulamak telah
menetapkan
bahawa
menyentuh najis
tanpa sesuatu
keperluan hukumnya
dilarang.
52
Adapun kepada orang yang bertanya, kami ingin mengatakan bahawa ketika
memasukkan zakar ke dalam faraj demi untuk mendapatkan kenikmatan dan
menunaikan hasrat secara naluri maka dibolehkan syarak, manakala ke dalam dubur
pula dilarang, maka lebih patut lagi jika memasukkan benda lain, selain zakar, ke
dalam dubur juga dilarang kerana pada dasarnya tidak bermanfaat. Bahkan boleh jadi
memasukkannya ke dalam dubur boleh menimbulkan bahaya pada dubur itu sendiri.
Selain itu, perbuatan ini yang pada mulanya dilakukan oleh orang yang waras dan
memiliki kecenderungan yang lurus, adalah satu bentuk taklid buta kepada
orang-orang yang berperilaku buruk dan mempunyai kecenderungan yang buruk.
Semua perhatiannya hanya tertuju kepada untuk memuaskan hasrat binatangnya
tanpa menjaga etika, sopan santun dan kesucian. Saya melihat keinginan mereka
Ükelihatannya baik, sedangkan tidak sedemikian. Semoga Allah
memberikan
keselamatan kepada kita.
Ditambah pula jika perbuatan seperti ini terus dilakukan, maka dapat mengheret
pelakunya ke perbuatan yang lebih buruk lagi iaitu wathi di dubur, dan sebagaimana
maklumat yang kami terima, perkara itu benar-benar telah terjadi. Itulah kebiasaan
orang yang mengikuti hawa nafsunya dalam segala perkara yang berfungsi (atau
menganggapnya hanya) untuk menghiasi dan memperindahkan sahaja. Dengan
hiasan yang dianggap ringan itu, secara beransur-ansur dia akan jatuh ke dalam
masalah yang lebih besar lagi. Kemudian sedikit demi sedikit dia benar-benar melakukan
perkara besar hingga akhirnya yang besar itu membinasakan dirinya sendiri.
ÌSecara terang-terangan Nabi telah memberikan perumpamaan untuk keadaan
seperti ini di dalam sabdanya, “Seperti seorang penggembala yang mengembalakan
gembalaannya di sekitar tanah terlarang, dan dia nyaris jatuh ke dalamnya”. Apa
Üyang disyariatkan Allah berkaitan dengan hubungan suami isteri sudah cukup untuk
memuaskan kehendak biologi manusia dan memberikan manfaat yang diinginkan
daripada hubungan tersebut.
53
Fatwa No. 12896
Mencari Kenikmatan Dengan Gaya yang Sedemikian Mendapat Pahala
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum suami menghisap aurat isterinya dan sebaliknya?
Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan dengan menyentuh aurat isterinya. Sebaliknya
isteri juga harus menyentuh aurat suaminya. Bahkan kedua-duanya diberi pahala atas
perbuatan itu jika bertujuan memberikan kebahagiaan kepada pasangannya. Abu
Yusuf bertanya kepada Abu Hanifah, “Bagaimanakah pendapatmu tentang suami
yang menyentuh faraj isterinya dan sebaliknya untuk membangkitkan syahwat, apakah
perbuatan itu berbahaya?” Abu Hanifah menjawab, “Tidak, bahkan aku berharap dia
mendapat pahala besar.”
Suami harus tahu bahawa sebelum bersetubuh, seorang wanita memerlukan
pemanasan badan lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh lelaki. Oleh kerana
itu, suami harus memberikan haknya. Ibnu Qudamah berkata, “Dianjurkan bagi suami
untuk mencari kenikmatan bersama isterinya sebelum melakukan persetubuhan untuk
membangkitkan syahwat isteri sehingga dia memperolehi kenikmatan bersetubuh,
sebagaimana yang diperolehi oleh suaminya”.
Fatwa No. 17864
Boleh Mencari Kenikmatan Bersama Isteri Dengan Bermacam Cara, Tetapi Dengan
Bersyarat
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya mencari kenikmatan bersama isteri dengan
tangan berada di farajnya?
Fatwa: Jika yang dimaksudkan dengan mencari kenikmatan di sini adalah menyentuh
faraj isteri dari luar, maka hukumnya boleh. Manakala jika apa yang dimaksudkan adalah
memasukkan jari ke dalam faraj, juga tidak ada larangan syarak. Suami boleh mencari
kenikmatan bersama isterinya dengan cara apa sekalipun, selain menjauhi dubur dan
qubul ketika sedang haid atau nifas. Namun perbuatan ini iaitu memasukkan jari jemari
ke dalam faraj adalah bertentangan dengan akhlak mulia dan kebiasaan yang baik
54
kerana tidak sesuai dengan manusia yang bermartabat. Apa yang telah disyariatkan
ÜAllah , dan dianjurkanNya dalam urusan hubungan suami isteri, bagi orang yang
mempunyai tabiat yang lurus, tidak memerlukan cara sedemikian. Membiasakan wanita
untuk menerima perbuatan seperti ini akan membuatkannya terbiasa melakukan onani
dan itu akan merosakkan dirinya.
Fatwa No. 23510
Pernyataan Terperinci Tentang Hukum Menjilat Tubuh Wanita
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum menjilat tubuh wanita?
Fatwa: Ulamak sepakat bahawa lelaki yang menjilat tubuh wanita ajnabi (bukan
isterinya) hukumnya haram. Sedangkan jika yang dijilatinya adalah tubuh wanita yang
halal disetubuhinya, iaitu isteri dan hamba perempuannya, ulamak sepakat bahawa
hukumnya boleh, kecuali menjilat tempat-tempat bernajis yang ada pada tubuhnya.
Untuk hal ini sebaik-baiknya tidak dilakukan kerana jilatan tersebut dapat mengakibatkan
bercampurnya najis dengan air liurnya sehingga air liur itu haram untuk ditelan.
Manakala menjilat tubuh yang boleh dilihatnya kerana mahram, tanpa disertai syahwat
dan memang selamat daripada fitnah, sebaik-baiknya tidak dilakukan kerana tidak
diperlukan dan tidak memberikan sebarang manfaat. Di samping itu, perbuatan ini juga
dapat membangkitkan syahwat, mengheretnya jatuh ke dalam fitnah dan sebagainya.
Adapun menjilat tanpa ada rasa selamat dari fitnah hukumnya adalah haram.
55
Fatwa No. 28967
Hukum Isteri Yang Memainkan Kemaluannya Kerana Mentaati Suaminya
Pertanyaan: Apakah yang harus dilakukan oleh isteri yang diminta oleh suaminya
untuk memainkan kemaluannya sendiri supaya suami menikmatinya, dan suami juga
memainkan kemaluannya sendiri? Adakah perbuatan ini dibolehkan syarak? Apakah
yang harus dilakukan isteri jika suami mengharuskannya melakukan perbuatan seperti
itu? Apakah terdapat buku yang menjelaskan tentang sebarang perbuatan yang boleh
dilakukan kedua-dua suami isteri.
Fatwa: Permintaan suami yang seperti ini tidak boleh ditaati oleh isteri. Bahkan isteri
harus menentangnya meskipun harus berakhir dengan perceraian jika suami
tetap memaksakan kehendaknya yang memalukan ini. Hal ini berdasarkan pada
ä Ìhadith Riwayat At-Tirmidzi daripada Ibnu Umar
bahawa sabda Nabi ,
“Mendengar dan mentaati (perintah untuk melakukan sesuatu) adalah kewajipan
seorang Muslim meskipun dia menyukai ataupun membenci yang diperintahkan,
selama mana dia tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintahkan
melakukan maksiat, maka tidak ada lagi pendengaran mahupun ketaatan yang
diwajibkan kepadanya”.
ÌNabi juga bersabda, “Tidak wajib taat kepada makhluk untuk bermaksiat
kepada Khaliq”. (Riwayat Imam Ahmad dan dinilai sebagai sahih oleh Imam As-Suyuthi
Ìdan Al-Albani) Baginda
juga bersabda, “Tidak ada ketaatan untuk melakukan
maksiat. Apa yang ada hanyalah ketaatan untuk melakukan kebaikan”. (Riwayat Bukhari)
Tidak diragukan lagi bahawa orang yang memainkan alat kelaminnya sendiri
dengan tujuan untuk mendapatkan kenikmatan dan mencapai syahwat tidak
dibolehkan, sama ada perbuatan itu dilakukan oleh suami mahupun isteri. Sedangkan
jika yang memainkan kemaluan suami adalah isterinya dan sebaliknya, maka hukumnya
boleh. (Lihat fatwa nombor 13194, 12896 dan 3907) (Muka surat:196, 54 dan 194)
(Adapun tentang adab bersetubuh dan aturan yang harus ditaati oleh suami
isteri serta buku-buku yang berbicara tentang masalah ini, lihat fatwa nombor 3768 dan
1046) (Muka surat: 24 dan 22)
56
Fatwa No. 10090
Suami Boleh Meminta Isterinya Yang Sedang Hamil Untuk Memainkan Kemaluannya
Pertanyaan: Isteri saya sedang hamil sekitar tujuh minggu dan dia terus mengeluh
tentang kandungannya berasa sakit serta di dalam keadaan tertentu menitiskan darah.
Jadi, kami pergi berjumpa doktor dan diberikan ubat untuk menghentikan pendarahan,
dan doktor meminta saya untuk tidak mendekatinya selama satu minggu. Pada minggu
kedua, kami pergi berjumpa doktor lagi untuk pemeriksaan dan dia juga meminta
saya untuk tidak mendekatinya. Saya sendiri tidak mampu untuk menjauhinya lebih
daripada satu minggu kerana jujur saya katakan bahawa kami baru sahaja empat bulan
bernikah. Jadi adakah boleh saya meminta isteri saya untuk mencari kenikmatan dan
memainkan kemaluan saya sehingga saya mengalami ejakulasi dan berasa nikmat?
Adakah perbuatan ini hukumnya sama dengan onani?
Fatwa: Seorang isteri boleh memainkan kemaluan suaminya sehingga suami
mengalami ejakulasi meskipun suami dapat menyetubuhinya. (Lihat fatwa nombor 3907)
(Muka surat: 194)
57
Bagaimana
MEMPERLAKUKAN
PASANGAN
17
BAGAIMANA MEMPERLAKUKAN PASANGAN
Fatwa No. 71367
Suami Harus Bersikap Mesra Sehingga Isteri Menunaikan Hajatnya Sebagaimana Dirinya
ÌPertanyaan: (i) Saya mengalami ejakulasi awal dan tidak tahu jalan penyelesaiannya. (ii)
Dalam beberapa fatwa, tuan menyebutkan hadith Nabi , “Jika suami telah menunaikan
hajatnya, janganlah dia mencabutnya sehingga isteri dapat menunaikan hajatnya
pula”. Tetapi setelah ejakulasi, saya mengalami pengenduran dan kelemahan, maka
bagaimanakah saya mahu meneruskannya sehingga isteri dapat menunaikan hajatnya?
Fatwa: Untuk pertanyaan pertama, anda boleh mendapatkan nasihat doktor.
Menurut ulamak, bagi lelaki yang mengalami ejakulasi awal disunatkan untuk tidak
mempercepatkan aktivitinya sehingga isterinya juga mengalami klimaks.
Mereka berhujah dengan hadith riwayat Abdurrazaq dalam Al-Mushannaf dan
ÌAbu Yaala dalam Musnadnya bahawa Nabi
bersabda, “Jika salah seorang
daripada kalian mendatangi isterinya, maka bersedekahlah kepadanya.
Jika suami telah menunaikan hajatnya sedang isterinya belum, maka janganlah dia
mempercepatkannya”. Dalam Faidh Al-Qadir, Al-Manawi berkata, “Jika suami terlebih
dulu mencapai klimaks berbanding isteri, maka suami tidak boleh membebaninya
untuk cepat keluar sehingga boleh menyebabkannya tidak boleh mencapai klimaks.
Namun bermesralah dengannya sehingga isteri mencapai klimaks, seperti mana dirinya.
Tidak boleh meninggalkannya sehingga suami benar-benar tahu bahawa isteri sudah
mencapai klimaks. Inilah cara menggauli isteri dengan baik, penuh kasih sayang dan
melayaninya dengan akhlak yang mulia dan penuh kelembutan.
60
Dalam salah satu riwayat, sebagaimana yang tercatat dalam kitab Al-Wasyaah,
disebutkan adanya tambahan matan, “Disertai dengan menutupi, menghisap kedua-
dua bibir dan menggerakkan kedua-dua payudara”. Daripada riwayat ini dan yang
sebelumnya dapat diambil pemahaman bahawa jika seorang suami mengalami
ejakulasi awal sehingga tidak boleh bermesra dengan isterinya sehingga isteri
mencapai klimaks, maka disunatkan baginya berubat dengan ubat yang dapat
melambatkan ejakulasi. Inilah salah satu wasilah (perantaraan) menuju perkara yang
disunatkan. Oleh kerana itu hukum wasilah ini sama dengan maqasid (tujuan).
ÌNabi melanjutkan sabdaannya, “Jika salah seorang daripada kalian
menyetubuhi isterinya, maka bersedekahlah kepadanya”. Kemudian jika dia sudah
mencapai klimaks sebelum isteri menunaikan hajatnya, maka sunat baginya untuk tidak
menyudahi persetubuhan tersebut. Maksudnya, suami jangan menyarankan kepada
isteri untuk bangun darinya, tetapi suami harus terus bersamanya sehingga isteri
menunaikan hajatnya dengan keluarnya air mani dan mengendurnya nafsu berahinya.
Sebaik-baiknya, seorang suami, khususnya yang mengalami ejakulasi awal,
mencari kenikmatan bersama isterinya dahulu sebelum bersetubuh. Jangan terus
menyetubuhinya kecuali isteri sudah bersedia dan syahwatnya sudah mencapai puncak
sebagaimana syahwat suami, supaya suami tidak mendahului isteri dalam mencapai
klimaks. Ibnu Qudamah berkata dalam Al-Mughni, “Suami dianjurkan mencari kenikmatan
bersama isteri terlebih dahulu sebelum menyetubuhinya untuk membangkitkan
syahwatnya sehingga isteri mendapatkan kenikmatan bersetubuh sebagaimana yang
diperolehi oleh suami”.
61
ÌDiriwayatkan daripada Umar bin Abdul Aziz bahawa Nabi bersabda, “Janganlah
engkau menyetubuhinya kecuali syahwat yang datang kepadanya itu seperti yang
datang kepadamu, supaya engkau tidak mendahuluinya dalam mencapai klimaks”.
ÌAku bertanya, “Begitu juga denganku?”. Nabi
menjawab, “Ya. engkau dapat
menciumnya, merabanya dan membisiknya. Jika engkau melihat sesuatu telah datang
kepadanya seperti yang datang kepadamu, barulah engkau menyetubuhinya”. Jika
suami mencapai klimaks terlebih dahulu daripada isteri, makruh baginya menyudahi
persetubuhan sehingga isteri juga mengalami klimaks.
äPerkara ini berdasarkan pada riwayat Anas bin Malik yang mengatakan
Ìbahawa Nabi bersabda, “Jika seorang suami menyetubuhi isterinya, hendaklah dia
bersedekah kepada isterinya. Jika suami sudah menunaikan hajatnya, dia tidak boleh
menyudahinya sampai isteri juga menunaikan hajatnya”. Sebab perbuatan ini dapat
membahayakan diri isteri dan menghalanginya untuk menunaikan syahwatnya. Anda
juga dapat mengambil manfaat daripada beberapa kitab yang membicarakan masalah
persetubuhan suami isteri dan mengatasi masalah yang anda alami, seperti kitab Tuhfah
Al-Arus, Al-Liqak Baina Az-Zaujaini dan kitab Mutaah Al-Hayat Az-Zaujiyah.
Fatwa No. 41676
Syarak Memerintahkan Isteri Untuk Taat Kepada Suami Dalam Mencari Kenikmatan
Pertanyaan: Saya sudah menikah dan isteri saya bersikap dingin dalam hal bersetubuh.
Hal ini membuatkan saya sangat tertekan. Sedangkan saya sangat suka melakukan
persetubuhan. Jadi apakah yang harus saya lakukan? Dia juga tidak memberikan sesuatu
dan waktu yang saya inginkan juga.
Fatwa: Apa yang berkaitan dengan sikap dingin isteri anda dalam masalah seks, ada
baiknya anda mendapatkan nasihat doktor pakar dalam bidang ini. Sebab semua
penyakit ada ubatnya yang diketahui oleh orang yang mempelajarinya yang tidak
diketahui oleh orang yang jahil. Namun kami ingin mengatakan bahawa situasi ini
(dingin dengan seks) tidak boleh dianggap aib yang dapat memberikan hak memilih
kepada suami atas isterinya.
Manakala untuk masalah dia tidak memberikan kepada anda sesuatu dan waktu yang
anda inginkan, maka ini bukanlah haknya (untuk memberikannya atau tidak). Sebab
syarak telah memerintahkannya untuk taat kepada anda dalam mencari kenikmatan
62
dengan cara dan waktu yang anda inginkan kecuali dalam masalah yang dilarang,
seperti memasukkan zakar ke dalam dubur, menyetubuhinya ketika haid atau ketika
sedang berihram dan sebagainya. Kami telah menjelaskan hal ini dalam fatwa
Ünombor 9572 (Muka surat: 149) Kami anjurkan kepada anda untuk taat kepada Allah
, menyayangi dan bersikap baik kepada isteri anda serta tidak menyakitinya dengan
Üperkataan mahupun perbuatan. Di samping itu, anda mengajaknya mematuhi perintah
Allah dan mengingatkannya akan hak suami ke atas dirinya.
Fatwa. 6795
Ketika Isteri Menginginkan Persetubuhan, Adakah Suami Harus Memenuhinya Dan
Meninggalkan Ibadah-Ibadah Sunat?
Pertanyaan: Bagaimanakah caranya untuk seorang suami memperlakukan isterinya
dengan baik? Adakah suami wajib menggauli isterinya ketika isteri meminta untuk
berjimak, atau (perkara ini) bergantung kepada keadaan dan kesibukan suami?
(Dengan kata lain jika suami tidak sibuk dan dalam keadaan biasa, maka dia
harus melakukannya). Adakah mencari kenikmatan atau membelai isteri ketika
akan bersetubuh hukumnya sunat? Nasihat apakah yang tuan akan berikan kepada
suami yang lebih sibuk menuntut ilmu, bekerja atau aktiviti yang lain, dan tidak mahu
memenuhi hasrat isterinya kecuali jika dia sendiri yang menginginkannya, atau
kadangkala dia mendatangi isterinya setelah beberapa waktu tertentu,
sedangkan isterinya juga memerlukan dirinya? Mana
yang lebih utama, menunaikan hajatnya sendiri
atau berlaku baik kepada isterinya?
63
Fatwa: Pernikahan dalam Islam mempunyai pelbagai tujuan agung, di antaranya
yang terpenting adalah supaya kedua-dua suami isteri saling menyayangi.
Untuk mewujudkan perkara itu, seorang suami wajib memperlakukan isterinya dengan
baik termasuk dalam masalah bersetubuh. Paling tidak, suami menyetubuhi isterinya satu
kali dalam masa suci, jika dia mampu. Memperlakukan isteri dengan baik adalah wajib,
Überdasarkan firman Allah ,
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)
ÜAl-Jashash berkata, “Allah memerintahkan para suami untuk memperlakukan
isterinya dengan baik. Di antara kebaikan itu adalah dalam bentuk memenuhi hak isteri
yang berupa mahar, nafkah dan giliran, tidak melontarkan kata-kata yang menyakitkan,
tidak berpaling darinya, tidak cenderung kepada wanita lain (curang), tidak
membuatnya berasa jengkel dan bermuka masam tanpa berasa bersalah dan perkara
yang lain yang seumpama dengan itu”
ÜPerkara ini sama dengan maksud firman Allah ,
“Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik”.
(Al-Baqarah : 229)
Seorang suami yang mendatangi isterinya akan mendapat pahala meskipun dia
sendiri tidak mempunyai hasrat untuk bersetubuh. Ibnu Qudamah berkata, “Imam
Ahmad pernah ditanya, “Adakah seorang suami yang mendatangi isterinya mendapat
pahala meskipun dia tidak berhasrat?” Imam Ahmad menjawab, Demi Allah, dia akan
mendapatkan anak meskipun dia tidak menginginkannya”. Beliau berkata lagi, “Wanita
ini masih muda, jadi kenapa dia tidak harus mendapat pahala?’”
Suami juga harus menghiaskan diri untuk isterinya sesuai dengan sifat kelakiannya.
Sebab seseorang isteri mengagumi sesuatu yang ada pada diri suaminya, sebagaimana
äsuami berasa kagum pada sesuatu yang ada pada diri isterinya. Ketika Ibnu Abbas
Ümemahami perkara ini daripada firman Allah ,
64
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak”
(Al-Baqarah : 228)
beliau berkata, “Aku akan berhias untuk isteriku sebagaimana dia berhias untukku.”
Tentang ayat ini, Imam Al-Qurthubi berkata, “Maksud ayat ini adalah bahawa
hendaklah isteri mempunyai perhiasan (maksudnya suami) yang dapat membuatnya
gembira dan menjaganya dari lelaki lain”.
Ì ÌBagi kita, Nabi sentiasa
adalah contoh teladan terbaik. Baginda
memperlakukan para isterinya dengan baik, selalu gembira bersama mereka, bergurau
senda, bersikap lemah-lembut dan tertawa bersama mereka sehinggakan baginda
ßmahu berlumba lari dengan Saidatina Aisyah
demi untuk menunjukkan rasa kasih
sayang baginda kepadanya. Kadangkala, setiap kali keluar rumah untuk solat, baginda
selalu mencium salah seorang daripada mereka dan menganjurkan para sahabat untuk
Ìbergurau senda dengan para isteri mereka. Nabi
berkata kepada Jabir
(sebagaimana yang tercatat di dalam Ash-Sahihaini), “Ayuh, kamu nikahilah gadis,
bermainlah dengannya dan ajaklah dia bermain denganmu.”
ßImam An-Nasaai meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah , beliau berkata:
Ì ÌNabi
mengundangku untuk makan dan aku pun makan dengan baginda
Ìdalam keadaan haid. Lalu baginda mengambil al-irqu (tulang yang sebahagian
besar dagingnya sudah diambil dan hanya sedikit yang tersisa) dan menyuruhku untuk
memakannya terlebih dahulu, maka aku pun memakannya. Lalu aku meletakkannya
Ì Ìdan giliran baginda yang memakannya pula. Baginda meletakkan mulutnya
di bekas tempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut. Lalu baginda
mengajakku minum dan kembali menyuruhku untuk minum terlebih dahulu, maka aku pun
mengambil gelas lalu meminumnya. Kemudian aku meletakkannya dan giliran baginda
Ìpula yang minum. Baginda meletakkan mulutnya di bekas tempat aku meletakkan
mulutku di gelas itu”. (Riwayat An-Nasaai)
65
äImam Ahmad, At-Tirmidzi, dan An-Nasaai meriwayatkan daripada Abu Hurairah
Ìbahawa Nabi bersabda, “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah
mereka yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik di antara kalian adalah
orang yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”.
Seorang suami harus mengetahui bahawa sikap lembut, sayang dan gurauannya
kepada isterinya adalah perkara-perkara yang dapat membuat kehidupan
rumahtangga menjadi bahagia. Sebaliknya, jika semua itu tidak dilakukan, ianya
dapat menggagalkan lahirnya kebahagiaan dalam kehidupan rumahtangga.
Jika suami disibukkan dengan pekerjaannya, ibadah sunat atau menuntut ilmu
dan pelbagai perkara lain yang terpuji, maka dia harus menyeimbangkan kewajipan
yang harus dipenuhinya, di antaranya kewajipannya kepada isteri. Sebaliknya, isteri
juga tidak boleh menyibukkan diri dengan ibadah sunat, namun melalaikan hak
suaminya. Begitu pula dengan suami, dia tidak boleh melakukan perbuatan yang dapat
mengakibatkan dirinya tidak mampu memberikan hak isteri.
ÜAllah berfirman,
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak”
(Al-Baqarah : 228)
ßAbu Dawud dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah , beliau
berkata: Aku masuk menemui Khaulah binti Hakim bin Umayyah bin Haritsah yang
Ìmana pada ketika itu sedang berada di tempat Uthman bin Mazun. Aisyah
berkata lagi: Lalu Nabi melihat betapa kusut keadaan Khaulah. Maka baginda
berkata kepadaku, “Wahai Aisyah, betapa kusutnya Khaulah ini.” Aku pun berkata
kepadanya, “Ya Rasulullah, suaminya pada siang hari selalu puasa dan pada
malam hari selalu solat malam. Dia menjadi wanita yang seakan-akan tanpa
Ìsuami sehingga dia pun membiarkan dirinya seperti itu.” Lalu Nabi mengutuskan
Ìseseorang untuk memanggil Uthman bin Mazun. Ketika Uthman datang, Nabi
bertanya, “Wahai Uthman, apakah kamu membenci sunahku?” Uthman menjawab,
66
“Demi Allah tidak, wahai Rasulullah. Bahkan aku berusaha mendapatkan sunahmu”.
ÌNabi berkata, “Aku adalah orang yang tidur, solat, puasa, berbuka dan menikahi
Üwanita. Bertakwalah kepada Allah
wahai Uthman. Sesungguhnya isterimu
mempunyai hak ke atas dirimu, begitu pula dengan jiranmu dan dirimu sendiri. Jadi,
berpuasa dan berbukalah, serta solat dan tidurlah”.
Seorang suami harus menjaga hak-hak ini, tidak boleh berat sebelah dan bersikap
ego dalam menuntut haknya, namun tidak memperdulikan hak pihak lain. Apa
yang perlu diperhatikan suami adalah bahawa isteri akan memperlihatkan rasa
sayangnya kepada suami ketika dia melihat suaminya bersifat kasar dan tidak ramah
dalam pergaulan kerana besarnya hak suami terhadap isteri. Dengan rasa cinta ini,
seorang isteri dapat mempengaruhi suaminya melalui perkataan yang lembut,
menyejukkan dan gurauan yang halus serta berpenampilan yang dapat menarik hati
suami.
67
Semuanya disebabkan adanya rasa cinta dan sayangnya kepada suami.
Memang ada isteri yang sibuk melayani anak-anaknya, berpakaian seadanya, atau
banyak mengeluh, berasa bosan, gelisah dan tidak mampu mengungkapkan rasa
sayangnya kepada suami dengan baik sehingga tanpa sedar suaminya pun berpaling
darinya. Oleh kerana itu, syarak sendiri menganjurkan wanita berhias untuk suaminya
kerana pengaruhnya yang sangat besar dalam menumbuhkan rasa cinta antara
suami isteri.
Fatwa No. 3698
Isteri Adalah Amanah Bagi Anda, Jadi Berikanlah Haknya Secara Sempurna
Pertanyaan: Apakah hak isteri ke atas suami?
Fatwa: Secara garis besar, hak isteri ke atas suaminya adalah sebagai berikut:
Suami harus tahu bahawa isteri adalah amanah yang diberikan kepadanya, jadi dia
Üharus bertakwa kepada Allah dalam memikul amanah ini. Selain itu, mengajarinya
tentang masalah agama dan memberitahukan kepadanya pelbagai kewajipan
Ìyang harus dilakukannya. Nabi bersabda, “Setiap kalian adalah pemimpin dan
pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Suami adalah pemimpin bagi
keluarganya dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.” (Muttafak alaihi)
• Mempergauli dengan cara baik seperti memberi pakaian, makanan, melakukannya
dengan baik, memenuhi keperluan batinnya dan yang seumpama dengannya. Allah
Ü berfirman,
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik
(An-Nisa : 19)
68
• Bersabar atas penderitaannya dan mahu
memikul beban kesalahan yang berpunca
darinya sehingga dia mendapat pahala
Ü daripada Allah
Ì Nabi atas kesabarannya.
bersabda, “Janganlah seorang
Mukmin lelaki membenci seorang Mukmin
perempuan. Jika dia (lelaki) membenci
ciptaannya (bentuk tubuhnya), dia akan
rela (dengan kelebihan) daripada sisi yang
lain”. (Riwayat Ahmad, hadith ini dinilai sebagai
sahih)
• Menyebutkan perkara-perkara yang baik
kepadanya, memujinya di hadapan keluarga
suami mahupun keluarganya, tidak melukai
perasaannya dengan perkataan yang
buruk untuk menjatuhkan harga dirinya.
Ì Nabi bersabda, “Orang yang terbaik di
antara kalian adalah yang paling baik
terhadap keluarganya dan aku adalah
orang yang paling baik terhadap
keluargaku melebihi kalian.” (Riwayat
At-Tirmidzi, hadith ini dinilai sebagai
sahih)
Kemudian, pasangan suami isteri harus tahu bahawa kehidupan rumahtangga
itu tidak terlepas daripada beberapa gangguan. Oleh kerana itu, hanya dengan sikap
sabar, mahu menundukkan pandangan dan sama-sama bersedia memikul beban
Üpasangan sahajalah yang dapat menjayakan kehidupan berumahtangga. Sebagai
penutup, ingatlah firman Allah ,
“Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri”.
(Al-Baqarah : 237)
69
Fatwa No. 8794
Jangan Segera Mengakhiri Persetubuhan Sebelum Isteri Mencapai Klimaks
Pertanyaan: Saya seorang wanita yang agak cantik dan telah menikah sejak sepuluh
tahun lalu dengan lelaki yang berakhlak baik dan saya juga sangat mencintainya. Tetapi
masalah saya ialah dia tidak suka melakukan hubungan kelamin. Akhir-akhir ini sahaja,
kami hanya melakukannya sebanyak empat kali dalam sebulan atau kurang lagi. Selain
itu dia cepat sekali keluar air mani (ejakulasi awal) dan tidak peduli sama ada saya
mendapat kenikmatan dengannya ataupun tidak. Saya sudah berkali-kali menjelaskan
tekanan batin yang saya alami kepadanya akibat perbuatannya yang meninggalkan diri
saya begitu sahaja dalam keadaan syahwat (namun tidak mencapai klimaks). Namun
setiap kali itu juga dia hanya berkata, “Maafkan saya”. Sedangkan apa yang saya
inginkan adalah penjelasan darinya.
Oleh kerana itulah, setelah berhubungan intim saya melakukan onani sehingga saya
klimaks walaupun perbuatan ini tidak dilakukan setiap waktu. Adakah perbuatan ini
haram? Maaf, saya melakukannya kerana terpaksa, saya juga tahu tentang firman Allah
Ü,
“Dan mereka yang menjaga kemaluannya”.
(Al-Mukminun : 5)
Mohon berikan jawapannya kepada saya.
Fatwa: Anda harus menghindarkan diri daripada melakukan onani kerana perbuatan itu
Ütermasuk dalam kategori melampaui batas, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah
,
“Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah
orang-orang yang melampaui batas”.
(Al-Mukminun : 7)
70
ÜMohon ampunlah kepada Allah , bertaubatlah dan berlindunglah kepadaNya.
Suami anda harus tahu bahawa di antara perbuatan melayani isteri dengan baik adalah
Üdengan menunaikan kehendak batin isterinya. Allah berfirman,
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)”
(Al-Baqarah : 228)
ÌNabi telah memerintahkan para suami untuk memenuhi kehendak batin isteri
mereka dan tidak tergesa-gesa dalam menyelesaikan persetubuhan sebelum para isteri
ä Ìmencapai kepuasan. Daripada Anas bin Malik , Nabi bersabda, “Jika seorang
suami menyetubuhi isterinya, maka penuhilah kehendak batin isterinya. Jika dia telah
menunaikan hajatnya sedangkan isterinya belum, maka janganlah dia tergesa-gesa
(menyelesaikan hubungan kelamin itu.)” (Riwayat Abdurrazzaq)
Anda harus menunjukkan jawapan ini kepada suami anda. Sebagaimana anda
juga harus menempuh jalan yang sah yang dapat membantu anda mengatasi
masalah ini, seperti memberatkan penampilan, berhias di hadapan suami dan
berlebih-lebihan dalam menunjukkan rasa sayang dan cinta anda kepada
Üsuami anda. Semoga Allah memberkati anda.
71
Fatwa No. 16196
Jangan Mengakhiri Persetubuhan Sehingga Isteri Mencapai Klimaks
Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki yang sudah menikah dan mempunyai dua
orang anak perempuan. Ketika ini saya sedang menghadapi masalah iaitu ketika
saya akan menyetubuhi isteri saya, zakar saya akan cepat menegang (ereksi)
sehinggakan jika tidak cepat-cepat melakukan persetubuhan, dia akan mengendur
kembali. Keadan ini membuat isteri saya tidak berasa senang sebab dia memerlukan
masa, meskipun hanya sebentar untuk mencari kenikmatan, namun saya tidak
mampu melakukan sedemikian. Dan juga, ketika saya segera melakukan persetubuhan
sekalipun, zakar saya boleh jadi mengendur secara mendadak ketika sedang bersetubuh
dan terjadi ejakulasi awal. Kadangkala saya mencuba untuk mengulanginya lagi dan
mendapatkan hasil yang lebih baik dari yang pertama. Namun, saya memerlukan
masa agar zakar saya tegang semula dan ini sangat merugikan isteri saya sehingga
membuatnya dingin. Saya berharap tuan dapat memberikan cadangan kepada saya
secepat mungkin untuk masalah saya ini.
Fatwa: Sudah seharusnya anda mengeluarkan segala kemampuan dalam
Ümenggauli isteri anda secara makruf dan memenuhi keperluan batinnya kerana Allah
berfirman,
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);
(Al-Baqarah : 228)
ÌNabi memerintahkan para suami untuk bersedekah kepada para isteri mereka
dan tidak tergesa-gesa menyelesaikan persetubuhan sehingga para isteri mencapai
ä Ìklimaks. Abdurrazzaq meriwayatkan daripada Anas
bahawa Nabi bersabda,
72
“Jika seseorang suami menyetubuhi isterinya, maka bersedekahlah kepadanya.
Dan jika dia sudah klimaks sedangkan isterinya belum, maka janganlah dia
menyelesaikan dengan cepat hubungan itu”.
Anda harus mengambil inisiatif yang disyariatkan untuk mengatasi masalah
yang menimpa anda (seperti mendapatkan nasihat doktor pakar).
Fatwa No. 21034
Ada Berbagai-Bagai Sebab Tidak Merasakan Kenikmatan Bersetubuh
Pertanyaan: Saya membaca fatwa tuan-tuan yang dihormati tentang azl dan
pemasangan spiral. Namun saya terkejut ketika kalian menyebutkan bahawa azl
kadangkala dapat membuat isteri tidak merasakan kenikmatan sebagaimana yang
biasa. Kami melakukan azl dan saya sendiri menderita kerana masalah ini, iaitu tidak
merasai kenikmatan. Adakah hal ini disebabkan azl?
Fatwa: Azl adalah suami yang menyetubuhi isterinya dan ketika hampir dia
hampir klimaks dia mencabut zakarnya hingga air maninya keluar diluar faraj.
Hukumnya seperti hukum menggunakan alat pencegah kehamilan bagi lelaki (kondom)
atau bagi wanita (spiral). Semua alat seperti ini memberi kesan pada kenikmatan yang
dirasai oleh isteri ketika sedang bersetubuh di mana kesan ini berbeza antara satu wanita
dengan wanita yang lain. Boleh jadi juga ada sebab lain yang membuat wanita tidak
dapat merasai kenikmatan, sebagaimana yang diketahui dalam dunia perubatan.
Fatwa No. 24138
Adakah Isteri Berhak Meminta Talak Jika Tidak Mendapatkan Kepuasan?
Pertanyaan: Adakah isteri boleh meminta talak kepada suaminya kerana tidak
mendapatkan kepuasan bersetubuh? Dan adakah Islam juga meletakkan standard-
standard tertentu yang menunjukkan bahawa suami telah mengurangi hak-hak isteri
dalam memenuhi keperluan seks isterinya?
73
ÜFatwa: Dalam Al-Quran Allah berfirman,
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)
Dan di antara bentuk menggauli isteri dengan cara yang baik adalah dengan
menyayangi dan memenuhi keperluan batin isteri sehingga isteri tidak
memperhatikan hal-hal yang haram. Para ulamak berbeza pendapat tentang
kadar yang harus dipenuhi oleh suami kepada isterinya dalam masalah memuaskan
keperluan batinnya. Penulis kitab Fiqh As-Sunnah berkata: “Ibnu Hazm berpendapat
bahawa suami wajib menyetubuhi isterinya paling kurang sekali selama masa suci, jika
memang suami mampu melakukannya. Jika tidak melakukannya, maka dia termasuk
Üorang yang melakukan perbuatan maksiat, sebab Allah berfirman,
“Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu”.
(Al-Baqarah : 222)
Jumhur ulamak juga berpendapat sama dengan pendapat Ibnu Hazm yang
mewajibkan suami untuk mendatangi isterinya ketika mana dia tidak mempunyai
halangan.
Sedangkan Imam Syafie pula berpendapat bahawa suami tidak wajib
melakukannya sebab dia mempunyai hak untuk itu, sebagaimana hak-haknya yang lain.
ÜAdapun Imam Ahmad berpendapat bahawa masanya harus diperkirakan, iaitu selama
empat bulan. Sebab Allah telah menentukan masa ini untuk hamba. Begitu pula
dengan yang lain.
74
Imam Al-Ghazali berkata, “Sebaik-baiknya suami mendatangi isterinya setiap empat
hari sekali dan inilah yang paling adil. Sebab jumlah wanita (yang boleh dinikahi
adalah) empat orang. Oleh kerana itu boleh mengakhirkan hubungan ini sampai pada
batas-batas tertentu. Dan mungkin boleh bertambah atau berkurang sesuai dengan
keperluan isteri yang akan berasa tenang kerana mendapat perlindungan. Sebab suami
wajib menyetubuhi isterinya”.
Berdasarkan hal ini, suami wajib menyetubuhi isterinya agar isteri tidak melihat
perkara-perkara yang diharamkan, tanpa membatasinya dengan waktu tertentu
kerana adanya perbezaan pendapat ulamak dalam hal waktu dan juga perbezaan
sifat manusia antara satu sama lain.
Jika tujuannya tidak tercapai, iaitu mengecapi kenikmatan seksual dan isteri tidak dapat
Übersabar, maka dia berhak meminta firaq (perpisahan). Allah berfirman,
“Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik”.
(Al-Baqarah : 229)
75
Fatwa No. 25893
Dalam Bersetubuh, Isteri Mempunyai Hak Yang Sama Dengan Suami
Pertanyaan: Mengapakah saya mengalami ejakulasi pra-matang (awal) meskipun
usia saya baru menjangkau 47 tahun?
Fatwa : Sebagaimana diketahui bahawa ejakulasi pra-matang yang dialami suami dapat
menghilangkan peluang isteri untuk menunaikan hasratnya, dan ini bertentangan dengan
Ümaksud daripada mengaulinya dengan baik. Sebab isteri mempunyai hak yang sama
dengan suami berdasarkan pada firman Allah ,
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)”
(Al-Baqarah : 228)
ä ÌDalam hadith daripada Anas bersabda, “Jika suami
bahawa Nabi
mendatangi isterinya, maka bersedekahlah kepadanya. Jika suami sudah menunaikan
hajatnya sedangkan isteri belum, maka janganlah dia cepat-cepat menyudahinya.”
(Riwayat Abdurrazzaq)
Maksudnya: Suami harus menyayangi isterinya dan berusaha sedaya
upaya agar isteri merasai kenikmatan dalam
bersetubuh sebagaimana yang dia rasakan. Dan untuk
mengetahui penyebabnya, dia boleh mendapatkan
pemeriksaan diri pada doktor atau menggunakan perubatan
alternatif ataupun yang lain.
76
Fatwa No. 27370
Isteri Boleh Meminta Suami Untuk Memuaskan Nafsunya Ketika Melihat Perkara Yang
Mengghairahkan
Pertanyaan: Muhammad bin Basyar menceritakan daripada Abdul Ala, daripada
ÌHisyam bin Abdullah Ad-Dastuwa’i, daripada Abu Az-Zubair, daripada
Jabir bin Abdullah bahawa suatu hari Nabi melihat seorang wanita, lalu baginda
masuk ke dalam rumah Zainab dan menunaikan hajatnya. Setelah itu baginda
keluar dan berkata, “Jika seorang wanita datang, maka sesungguhnya dia datang
dengan penampilan yang menyerupai syaitan (dalam hal yang menimbulkan
perasaan was-was dan mendatangkan keburukan). Jika salah seorang daripada
kalian melihat seorang wanita dan berasa kagum kepadanya, maka datangilah isteri
kalian (menyetubuhi isteri). Sesungguhnya yang bersama isteri kalian (maksudnya
apa yang dimiliki isteri) itu seperti apa yang dimiliki wanita tersebut.” Abu Isa berkata,
ä“Dalam bab ini ada juga hadith seumpama yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud .”
Beliau juga berkata bahawa hadith Jabir darjatnya sahih hasan gharib, sedangkan
Hisyam Ad-Dastuwa’i di sini adalah Hisyam bin Sanbar.
Pertanyaannya adalah bagaimanakah jika wanita yang berasa kagum
(terangsang) ketika melihat seorang lelaki, adakah dia boleh mendatangi suaminya untuk
menunaikan hajatnya?
ÌFatwa: Hadith di atas juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, daripada
Jabir bin Abdullah bahawa suatu hari Nabi melihat seorang wanita. Maka baginda
pun mendatangi isterinya, Zainab yang mana ketika itu sedang menyamak kulit, untuk
menunaikan hajatnya. Kemudian baginda keluar menemui sahabatnya dan berkata,
“Sesungguhnya wanita datang dan pergi dalam penampilan (menyerupai) syaitan. Jika
salah seorang daripada kalian melihat seorang wanita, maka datangilah (setubuhilah)
isterinya. Perbuatan itu dapat menolak apa yang bergelora dalam dirinya”.
Jabir juga memiliki riwayat lain di dalam Sahih Muslim tetapi tanpa matan “dan pergi
dengan penampilan (menyerupai) syaitan”.
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi sebagaimana yang disebutkan dalam
pertanyaan, Abu Dawud, Imam Ahmad, dan Ad-Darimi.
77
Hadith ini berkaitan dengan hak kaum lelaki. Sedangkan untuk kaum wanita, maka boleh
diqiyaskan pada hak kaum lelaki. Sebab yang diinginkan wanita daripada lelaki, itu sama
dengan yang diinginkan lelaki daripada kaum wanita. Jadi ketika ghairah seorang wanita
muncul saat melihat seorang lelaki, maka ia boleh meminta kepada suaminya untuk
melunaskan syahwatnya (menyetubuhinya)
Fatwa No. 27852
Adakah Isteri Menjadi Haram Ketika Tidak Disetubuhi Dalam Jangka Waktu Yang Cukup
Lama?
Pertanyaan: Bagaimanakah pandangan syarak tentang suami yang tidak menyetubuhi
isterinya tanpa sebab selama empat bulan sepuluh hari? Adakah isterinya menjadi haram
baginya?
ÜFatwa: Apa yang wajib dilakukan suami adalah memperlakukan isterinya dengan makruf
(baik) berdasarkan firman Allah ,
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)
ßdan hadith riwayat Saidatina Aisyah yang berkata: Nabi
Ì bersabda, “Orang yang paling baik di antara kalian
adalah orang yang baik terhadap keluarganya
(isterinya) dan aku adalah orang yang paling baik
terhadap keluargaku.” (Riwayat At-Tirmidzi dan
beliau menilainya sebagai sahih)
ÌNabi juga bersabda, “Wasiatkan pada
diri kalian untuk berbuat baik kepada
kaum wanita”. (Riwayat Muttafaq alaihi)
78
ä ÌAbu Hurairah
meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Orang Mukmin
yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang Mukmin
yang paling baik adalah yang paling baik kepada isterinya”. (Riwayat Imam Ahmad,
At-Tirmidzi dan beliau menilainya sebagai sahih)
Tidak diragukan lagi bahawa persetubuhan itulah yang dimaksudkan pertama kali
dengan “Bergaullah dengan mereka secara baik” kerana persetubuhan adalah
jalan untuk menunjukkan rasa sayang pada isteri, memperbanyakkan keturunan,
memanjangkan rasa cinta kedua-dua pasangan dengan memuaskan naluri seksual
kedua-duanya. Sedangkan meninggalkan persetubuhan bererti mensia-siakan isteri,
memperlakukannya dengan buruk dan boleh saja mendorongnya untuk memikirkan hal-
hal yang haram atau bahkan melakukannya. Jika memang suami tidak ingin bersetubuh,
dia tidak boleh mengharamkannya ke atas isteri yang menginginkan persetubuhan. Apa
yang afdhal suami tidak meninggalkan persetubuhan lebih dari empat hari.
Tidak menyetubuhi isteri di dalam jangka waktu yang disebutkan dalam
pertanyaan tidak menjadikan isteri haram baginya. Namun jika suami bersumpah tidak
akan mendekati isterinya selama empat bulan lebih, dia dianggap telah melakukan
äilaa (bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya). Ibnu Abbas
berkata,
“Tidak ada ilaa kecuali dengan bersumpah”. Athaa berkata, “’Ilaa tidak berlaku
äkecuali dengan sumpah untuk tidak menyetubuhinya”. Abu Hurairah berkata: Aku
bertanya kepada Al-Hasan tentang seorang lelaki yang meninggalkan isterinya
selama tujuh bulan lamanya dan beliau pun menjawab, “Suami sudah terlalu lama
meninggalkannya.” Aku bertanya lagi, “Adakah perbuatannya termasuk dalam kategori
ilaa?” Al-Hasan bertanya semula, “Adakah dia bersumpah?” Aku menjawab, “Tidak.”
Al-Hasan pun berkata, “Tidak ada ilaa kecuali dengan bersumpah”.
Fatwa No. 29239
Dua Kali Ejakulasi
Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki yang sudah menikah dan mempunyai
seorang anak. Pertanyaan saya ialah ketika kami sudah selesai bersetubuh, saya ingin
melakukannya lagi. Namun saya berasa isteri saya enggan untuk melakukannya lagi. Dia
berasa sekali sahaja sudah cukup. Jadi apakah yang harus saya lakukan? Adakah saya
boleh melakukan onani atau adakah cara yang lain?
79
Fatwa: Jika setelah ejakulasi pertama anda ingin melakukannya lagi, maka
anda berhak menyetubuhinya mengikut kehendak anda selama mana tidak
membahayakan isteri anda. Dan dalam keadaannya yang menganggap sudah
cukup, tidak membahayakan dirinya. Bahkan kewajipan anda kepadanya adalah
anda menjadikan dirinya mampu untuk melakukannya sehingga anda menunaikan
Ìhajat anda, sebagaimana sabda Nabi , “Jika seorang suami mengajak isterinya
bersetubuh, maka isteri harus menerimanya meskipun dia sedang berada di atas unta.”
(Riwayat Al-Bazzar dan hadith ini sahih) Dalam riwayat Imam Ath-Thabrani di dalam
Al-Kabir dikatakan, “Seorang isteri tidak boleh mencegah suaminya meskipun sedang
berada di atas unta”.
Namun jika ejakulasi kedua dapat membahayakannya, anda boleh mencari
kenikmatan dengan seluruh bahagian tubuhnya yang lain kecuali dubur, sehingga
anda menunaikan hajat anda dan terhindar daripada perbuatan onani kerana onani
hukumnya haram. (Lihat juga fatwa nombor 3907) (Muka surat: 194)
Fatwa No. 29461
Kewajipan Isteri Mentaati Suaminya Terutama Dalam Masalah Hubungan Kelamin
Pertanyaan: Saya ingin bersetubuh dengan isteri saya namun dia tidak berasa ghairah.
Jadi apakah yang harus saya lakukan? Saya sangat mencintainya dan sangat suka
bersetubuh.
Fatwa: Seorang isteri harus mentaati suaminya dalam kebaikan, khususnya berkaitan
dengan masalah hubungan kelamin dengan segala keadaan. Dalam hadith dikatakan,
“Ketika suami mengajak isterinya untuk bersetubuh, maka isterinya harus memenuhinya
meskipun dia sedang berada di sisi tungku api (dapur)”. (Riwayat An Nasaai dan dinilai
sebagai hasan oleh Imam As Suyuthi)
Penulis Al-Ighna berkata, “Suami boleh menyetubuhi isterinya setiap waktu dengan
sebarang posisi, meskipun dari arah punggungnya, yang penting pada farajnya,
selama mana hal itu tidak membuatkannya meninggalkan kewajipan fardhu atau
membahayakan dirinya. Suami boleh melakukan apa sahaja meskipun isteri berada
di dapur atau berada di atas unta. Dalam Al Musnad daripada hadith Ibnu Abi Aufa
dinyatakan, “Walaupun ketika suami meminta dirinya dia sedang berada di atas tandu
unta, maka isteri harus memberikan dirinya kepada suaminya”.
80
Fatwa No. 33417
Buat Isteri Yang Jarang Sekali Disetubuhi Suaminya
Pertanyaan: Saya sudah menikah selama dua tahun dan mempunyai seorang anak
perempuan. Meskipun begitu, suami saya mengalami kelemahan seksual dan dia
tidak menyetubuhi saya kecuali hanya setiap 6 hingga 8 bulan. Jadi, apakah yang
harus saya lakukan? Saya sendiri takut berlaku fitnah, tetapi janganlah cadangkan saya
untuk bercerai kerana saya tidak mampu untuk menikah lagi. Mohon penerangan untuk
menyelesaikan masalah saya ini. Adakah saya melakukan kesalahan?
Fatwa: Kami cadangkan kepada anda, wahai saudari yang budiman untuk bertakwa
Ü Ükepada Allah dan bersabar. Jika anda dapat melakukannya, Allah pasti akan
Ümemberikan kelapangan dan jalan keluar kepada anda. Allah berfirman,
“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki daripada
jalan yang tidak terlintas di hatinya
(At-Talaq : 2-3)
Anda harus mengerahkan segala kemampuan untuk
mengubati suami anda. Sebab lemah syahwat
adalah penyakit yang masih boleh disembuhkan dan
kebanyakkannya disebabkan oleh masalah psikologi
seperti suami tidak mencintai isterinya, penampilan
isteri tidak menyebabkannya berasa takjub atau dia
melihat sesuatu yang tidak disukainya pada diri isteri dan
sebagainya. Jadi perbetulkan juga diri anda, barangkali anda
belum memperhiaskan diri dengan baik untuk suami anda dan
tidak berhias diri untuknya sebagaimana yang diwajibkan.
81
Cara rawatan yang lain ialah berterus-teranglah kepadanya tentang apa yang anda
alami dan itu dibolehkan. Isilah waktu kosong anda dengan hal-hal yang bermanfaat
bagi agama dan duniamu. Berpalinglah sama sekali daripada hal-hal yang merosakkan
seperti menonton televisyen dan mendengar muzik serta pelbagai kegiatan yang lain
yang dapat membangkitkan potensi jiwa yang terpendam. Jangan lupa berdoa agar
Ü ÜAllah
memperbaiki suami anda untuk anda. Semoga Allah selalu menjaga
agama dan harta anda serta menyembuhkan suami anda.
Fatwa No. 36709
Suami Seharusnya Mengambil Berat Keperluan Isterinya Dalam Bersetubuh
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya bagi suami yang terus berdiri setelah bersetubuh?
Fatwa: Suami seharusnya mengambil berat keperluan isterinya dalam
bersetubuh kerana perbuatan itu dapat menjadi pendorong untuk menyayanginya
dan menjadi cara yang lebih utama untuk mengekalkan kehidupan suami isteri dalam
Ìbentuk yang teratur. Kerana itulah Nabi
bersabda, “Jika suami mendatangi
isterinya, maka bersedekahlah kepadanya. Jika suami sudah menunaikan hajatnya
sedangkan isterinya belum, maka janganlah tergesa-gesa untuk menyudahinya”.
(Riwayat Abdurrazzaq)
ÌPerintah Nabi ini tidak lain adalah untuk menjaga perasaan isteri dan melindungi
haknya. Hal ini berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain, sebagaimana
juga berbeza antara seorang lelaki dengan lelaki yang lain, sehingga sukar
menetapkan batasan-batasan tertentu yang mudah diketahui semua orang tanpa
adanya cacat-cela di dalamnya. Jadi masalah ini bergantung pada kemampuan kedua-
dua suami isteri, sesuai dengan pengetahuan masing-masing ke atas pasangannya.
(Untuk mendapat lebih banyak manfaat, lihat fatwa nombor 8794 dan 16196)
(Muka surat: 70 dan 72)
82
Fatwa No. 38487
Suami Wajib Menyetubuhi Isterinya
Pertanyaan: Saya wanita yang sudah bernikah selama setahun dan suami saya “tidak
menghiasi saya” disebabkan oleh masalah psikologinya (ketakutan). Bagaimanakah
pandangan syarak tentang perkara ini?
Fatwa: Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan “tidak menghiasi saya”.
Jika apa yang dimaksudkan adalah suaminya tidak menyetubuhinya, maka jawabnya
adalah suami wajib menyetubuhi isterinya. Haram bagi suami tidak menyetubuhi isterinya
kerana perbuatan itu dapat membahayakan diri isteri. Menurut Imam Ahmad, suami wajib
menyetubuhi isterinya setiap empat bulan sekali.
Manakala menurut Ibnu Taimiyah, suami wajib menyetubuhi isterinya sesuai dengan
kemampuan isteri. Sedangkan jika suami mati pucuk dan mati pucuknya ini dapat
dibuktikan, maka isteri berhak memohon fasakh nikah (pembatalan pernikahan) di
Mahkamah Syariah (atas sebab mati pucuknya itu) setelah bersabar selama satu tahun
hijriyah.
Manakala jika suami disihir atau diguna-guna, maka kami cadangkan kepada isteri untuk
Übersabar, semoga Allah menyembuhkannya. Kami anjurkan pula pada suami untuk
mengeluarkan segala kemampuan demi mengubati sihir yang menimpa dirinya.
Fatwa No. 41448
Memuaskan Keperluan Batin Isteri Adalah Kewajipan Suami
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya menyetubuhi isteri dari belakang? Jika zakar yang
masuk hanya sedikit, adakah berdosa? Apakah kesan daripada perbuatan ini? Adakah
suami wajib memuaskan keperluan batin isteri?
ÜFatwa: Jika yang dimaksudkan adalah mendatangi faraj isteri dari arah belakang, maka
itu adalah harus dengan berdasarkan pada firman Allah ,
83
“Isteri-isteri anda adalah sebagai kebun tanaman anda, oleh itu datangilah kebun
tanaman anda menurut cara yang anda sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik)
untuk diri anda dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya anda akan
menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang beriman”.
(Al-Baqarah : 223)
Jika apa yang dimaksudkan adalah mendatangi dubur, maka perbuatan itu haram
Ìhukumnya dan pelakunya dilaknat berdasarkan sabda Nabi
“Terlaknatlah
orang yang mendatangi dubur isterinya”. (Riwayat Abu Dawud dan yang lain). Lafaz ini
bersifat umum, merangkumi semua bentuk perbuatan seperti ini, meskipun zakar yang
dimasukkan hanya sedikit sahaja.
Suami wajib memperlakukan isterinya dengan baik dan memuaskan keperluan
batinnya, di mana dia harus menyetubuhinya dalam tempoh waktu yang dapat
Ümenimbulkan bahaya pada isteri jika tidak bersetubuh. Allah berfirman,
“Dan bergaullah anda dengan mereka (isteri-isteri anda itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)
Dalam ayat lain ditulis seperti berikut :-,
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)
(Al-Baqarah : 228)
(Baca fatwa nombor 29158 dan 6795) (Muka surat: 120 dan 63)
84
Fatwa No. 42500
Tidak Mengapa Bersabar Demi Menjaga Perasaan Isteri
Pertanyaan: Rahim isteri saya telah dibuang akibat suatu penyakit yang tidak mungkin
lagi diubati sejak tujuh tahun lalu. Meskipun pembedahan ini memberi kesan negatif
pada hubungan seks dan psikologi antara saya dengan isteri saya, namun saya bersedia
berkorban demi jangka hayat rumahtangga kami. Pertanyaan saya ialah adakah saya
berdosa dengan pengorbanan ini? Untuk makluman, saya mampu untuk menikah
lagi, tetapi saya tidak mahu melakukannya demi menjaga perasaan isteri saya dan
perkara itu memberi kesan pada hubungan saya dengan anak-anak saya.
Fatwa: Insya Allah anda tidak salah dengan kesabaran anda menghadapi situasi ini
demi meraih kemaslahatan (manfaat) yang anda sebutkan tadi. Anda juga
mengatakan mampu untuk menikah lagi. Jika anda memang mampu untuk
melakukannya dan mampu bersikap adil pada kedua-dua orang isteri anda, maka
sebaik-baiknya anda menikah lagi kerana dalam pernikahan terdapat tujuan-tujuan
syarak yang agung, seperti menjaga kesucian diri anda dan kesucian sebahagian
wanita serta memperbanyakkan keturunan. Tidak selayaknya isteri ataupun pihak lain
menentang perkara ini, lebih-lebih lagi poligami itu dibolehkan oleh syarak ketika suami
boleh melaksanakan keadilan yang disyaratkan.
85