Saya sudah melaksanakan solat dan mengerjakan kewajipan-kewajipan agama
untuk membebaskan diri dari keadaan ini, di samping untuk mendekatkan diri
Ükepada Allah . Saya tidak boleh memiliki zuriat di mana ilmu perubatan
belum mampu mengetahui apa yang terjadi pada diri saya sebenarnya, tetapi
Üharapan dan kepercayaan saya kepada Allah sangat kuat. Namun kerana saya
bekerja di bidang ketenteraan dan keadaan pekerjaan saya yang sangat sukar,
(kadangkala) saya tidak melaksanakan solat dan kewajipan agama yang lain.
Mohon pandangan bagaimana caranya saya dapat membebaskan diri daripada
masalah seksual yang saya alami dan bahaya serta kesannya untuk timbangan
amalan saya pada hari kiamat nanti.
ÜFatwa: Semoga Allah , mengampuni ayah anda atas apa yang telah
dilakukannya kerana mempunyai nafsu seks yang sangat besar, juga membebaskan
anda daripada dilema dan penderitaan jiwa yang anda alami. Hal pertama yang
ingin kami anjurkan kepada anda adalah bertaubat daripada dosa-dosa ini dan
Üikhlas dalam kembali ke jalan Allah dengan menjauhi segala yang anda sebutkan
tadi, menyesalinya dan bertekad untuk tidak mengulanginya. Bermaksiat kepada
ÜAllah
dan berpaling daripada mengingatiNya adalah dua penyebab daripada
Ükesulitan dan penderitaan jiwa yang anda alami. Allah berfirman,
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat
dalam keadaan buta”.
(Taha : 124)
(Lihat permasalahan membayangkan wanita lain ketika bersetubuh dengan
isteri dalam fatwa nombor 15558 (Muka surat: 220), dan perkara ini akan semakin
tercela jika berhubungan dengan adik beradik perempuan, pelacur atau wanita-wanita
yang ada di pinggir jalan).
236
Anda mengatakan bahawa ketika bekerja di dunia tentera dan bidang pekerjaan
anda sangat sukar sehingga anda tidak menunaikan solat dan kewajipan
agama yang lain, jika apa yang anda maksudkan dengan pernyataan ini
adalah untuk menunjukkan keadaan yang sebenarnya, maka anda telah
melakukan dosa yang lebih besar lagi. Sebab, bagaimana mungkin anda ingin
Üsekali Allah memberikan keberhasilan dalam pekerjaan anda, tetapi anda sendiri
bermaksiat kepadaNya. Menurut segolongan ulamak, meninggalkan solat adalah
kufur dan salah satu dosa besar. Sedangkan menurut jumhur ulamak, penguasa boleh
membunuh pelakunya.
Manakala jika apa yang anda maksudkan hanyalah bahawa sebelum itu
anda banyak melakukan solat sunat dan ibadah-ibadah yang lain demi untuk
membebaskan diri daripada kesusahan anda, dan kini anda meninggalkannya
kerana kesibukan anda mengikuti kewajipan bidang ketenteraan, maka kami
katakan bahawa sebaik-baiknya anda tidak meninggalkan ibadah-ibadah ini,
tetapi khususkanlah satu waktu tertentu untuk melaksanakannya dengan niat
Üikhlas hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah
dan menggapai
keredhaanNya, bukan demi untuk menyelesaikan masalah duniawi sahaja, dan
usaha anda untuk melaksanakan ibadah yang wajib juga harus lebih keras lagi.
237
ÜJika anda sudah boleh melaksanakannya disertai dengan keikhlasan, maka
setelah itu Allah akan redha kepada anda, mencukupkan nikmatNya dan
memudahkan segala urusan anda. Dalam hadith Qudsi dinyatakan, “Tidak ada
sesuatu pun yang digunakan hambaKu untuk mendekatkan diri kepadaKu,
yang lebih Aku sukai melebihi apa yang Aku wajibkan kepadanya. HambaKu
terus mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah-ibadah sunat sehingga (akhirnya)
Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Aku akan menjadi
pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya
yang digunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang digunakan untuk memukul
dan menjadi kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaKu
pasti Aku kabulkan, jika dia memohon perlindungan kepadaKu, pasti Aku akan
ämelindunginya”. (Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah )
Tentang bahaya dan kesannya, masalah seksual anda sangat memberi kesan
pada timbangan amalan kebaikan anda jika anda tidak segera bertaubat sebelum
ajal menjemput anda. Walau bagaimanapun, meninggalkan solat tetap menjadi
masalah yang paling berbahaya buat diri anda.
Fatwa No. 62113
Cara Menyingkirkan Fikiran-Fikiran Yang Hina Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki yang berusia 26 tahun. Sejak baligh saya
menyedari bahawa kecenderungan saya terhadap wanita begitu aneh sekali.
Ketika mata saya melihat kasut setiap gadis, syahwat saya terus bangkit bergelora
dan saya membayangkan dapat sujud di bawah kakinya dan menikmatinya.
Saya membayangkan dapat mencium kasut semua gadis yang terlintas di minda saya.
Saya berharap setiap gadis menguasai saya, berusaha menindas saya, menyuruh
saya sujud dan mencium kasut. Ketika melakukan onani saya selalu membayangkan
khayalan seperti ini. Kemudian saya menekan kawasan antara perut dan zakar
sambil membayangkan ada seorang gadis memijak saya dengan kasutnya. Dengan
cara itu saya pun merasakan suatu kenikmatan yang besar.
Sebenarnya saya telah menikah sejak enam bulan lalu, tetapi bercerai sejak
dua minggu lalu kerana adanya masalah seksual yang menghantui fikiran saya
sejak saya baligh, iaitu sebagaimana yang dijelaskan tadi. Lalu ketika menikah, saya
meminta isteri saya untuk memakai kasutnya ketika bersetubuh dan
238
memerintahkan saya untuk mencium kasut dan kakinya, kerana hanya dengan
cara itulah ghairah seksual saya bangkit dan zakar saya dapat menegang secara
sempurna. Kemudian saya memintanya untuk meletakkan kaki dan kasutnya di wajah
saya. Inilah yang menyebabkan terjadinya perceraian. Oleh kerana itu, saya memohon
bantuan tuan untuk menyelesaikan masalah ini dengan rawatan psikologi dan Al-Quran.
ÜFatwa: Perkara pertama yang ingin kami sarankan kepada anda adalah bertakwa
kepada Allah dengan mengerjakan seluruh kewajipan dan menjauhi segala
yang diharamkan. Ini adalah cara terbaik untuk membantu menenangkan jiwa
dan hati anda. Setelah itu, kerjakanlah perbuatan yang baik yang boleh dilakukan
semampu anda seperti bersedekah, mengerjakan solat sunat, berzikir, membaca
Ìdoa yang ma’thur (daripada Nabi ) di waktu pagi dan petang secara berterusan,
Ümemperbanyakkan berdoa kepada Allah
agar menyembuhkan penyakit
anda dengan melakukannya secara berterusan, terutama pada waktu-waktu
mustajab, menyertai orang yang baik (ulamak), mengisi waktu kosong anda dengan
239
Üpekerjaan yang bermanfaat bagi dunia dan akhirat anda dan berlindung
kepada Allah dengan memperbanyakkan doa dan istighfar.
ÜIni kerana Allah berfirman,
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa
kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti
(umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?”
(An-Naml : 62)
Dia juga berfirman,
“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan
baginya segala urusannya”.
(At-Talaq : 4)
Dalam ayat lain dinyatakan,
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”.
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Ar-Ra’d : 28)
Onani tidak dibolehkan syarak kerana dapat membahayakan rohani dan alat
kelamin, sebagaimana dijelaskan oleh para ilmuwan. Oleh kerana itu, anda
Üharus menjauhinya sama sekali dan segera bertaubat kepada Allah
daripada
perbuatan tersebut dan yang lain. Tinggikan hati dan fikiran anda daripada
fikiran-fikiran yang hina yang tidak bermanfaat dan tidak berharga sama sekali.
Seorang Muslim harus mempunyai jiwa yang luhur, memperhatikan perkara-perkara
240
yang terpuji dan menjauhi perkara-perkara yang hina. Kami sarankan agar anda
meruqyah diri anda sendiri dengan bacaan Al-Quran dan meminta orang lain
untuk meruqyah anda dengan ruqyah syariyyah, lalu mendapatkan pemeriksaan
Üdaripada doktor psikologi. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anda
dengan segera.
Fatwa No. 66140
Berkhayal Melakukan Persetubuhan
Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi orang yang otaknya dipenuhi dengan
fikiran-fikiran yang dapat membangkitkan syahwat, seperti berkhayal sedang
menyetubuhi dan mencium wanita, di mana perkara ini terjadi dalam keadaan
sedar? Dia sedar tentang apa yang terjadi namun fikiran ini terus menguasai dirinya.
Setiap kali dia cuba untuk membuangnya, fikiran itu kembali lagi dengan
dorongan yang lebih kuat, khususnya ketika sedang bersendiri. Untuk makluman,
ketika fikiran itu muncul dia tidak melakukan sebarang perbuatan yang haram, jadi
dia hanya berkhayal sahaja sehingga mengeluarkan air mani. Adakah dia wajib
mandi? Adakah ini mimpi? Adakah perbuatan ini haram dan bagaimanakah cara
membebaskan diri daripadanya sehingga benar-benar hilang? Apakah kesan yang
terjadi akibat bangkitnya syahwat seseorang yang belum menikah, yang disebabkan
oleh khayalannya itu haram? Adakah perkara ini menjadi tanda lemahnya keimanan
seseorang?
Fatwa: Jumhur ulamak menyatakan bahawa haram hukumnya berkhayal sedang
melakukan persetubuhan dengan orang yang tidak halal baginya, sebab dapat
mendorongnya melakukan perbuatan yang hina. Perbuatan ini juga menunjukkan
lemahnya keimanan dan istiqamah pelakunya. Hal yang paling mungkin dilakukannya
adalah memalingkan diri daripada kekeliruan dan perkara yang sia-sia yang tiada pada
Üdiri orang beriman di mana ketika memuji mereka, Allah berfirman,
241
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan
yang sia-sia”.
(Al-Mukminun : 1-3)
Siapa sahaja yang selalu memikirkan dan membayangkannya sehingga keluar
air mani, maka dia wajib mandi. (Lihat lebih jelasnya dalam fatwa nombor 32898)
(Muka surat: 227). Bagi yang mengalami hal ini, kami sarankan agar mengisi waktu
kosongnya dengan membaca dan mendengarkan bacaan Al-Quran, mendalami
Ìbuku-buku hadith dan sirah Nabi , melakukan kegiatan yang bermanfaat
bagi kehidupan dunianya atau bagi kaum Muslim, bersukan dan sebagainya.
Fatwa No. 20463
Adakah Tercela Jika Memikirkan Sesuatu Hingga Keluar Air Mazi?
Pertanyaan: Saya seorang lelaki yang suka memikirkan sesuatu yang sudah berlaku
sehingga keluar air mazi. Adakah perbuatan ini haram? Jika hal ini terjadi setiap hari,
adakah berbahaya?
Fatwa: Jika apa yang anda fikirkan dan bayangkan adalah isteri anda yang
sudah anda dukhul (jimak) atau diikat dengan akad nikah dan ketika itu dia
masih menjadi isteri anda, maka hukumnya boleh, sama ada ketika itu keluar sesuatu
daripada diri anda ataupun tidak. Ketika anda boleh menyetubuhinya, maka
memikirkannya pun lebih dibolehkan lagi. Meskipun demikian, lebih baik perkara seperti
ini ditinggalkan kerana ianya membuang masa, di samping boleh mengheret manusia
kepada perbuatan yang haram, seperti menggunakan tangan atau yang lain untuk
mencapai klimaks.
Jika anda berfikir sedang menyetubuhi wanita yang bukan isteri anda,
maka hukumnya haram, baik tindakan itu membuatkan diri anda melakukan
onani ataupun tidak, kerana sikap seperti ini bererti tunduk kepada nafsu syaitan.
Selain itu, tindakan ini juga boleh menjadi pencetus untuk melakukan
perbuatan-perbuatan yang diharamkan dan memberi tindak balas ke atas
dorongan nafsu binatang. Suatu tindakan yang menjadi alat menuju kepada
perbuatan haram, hukumnya juga haram. Hal ini berdasarkan kepada kaedah,
“Sesuatu yang menjadi matlamat, hukumnya sama dengan yang menjadi tujuan”.
242
(Manakala untuk mengetahui bagaimana caranya mengatasi tabiat buruk tersebut, lihat
fatwa nombor 1968) (Muka surat: 206)
Fatwa No. 38385
Hukum Berkhayal Menyetubuhi Wanita Lain
Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi orang yang ketika menyetubuhi isterinya,
berkhayal menyetubuhi ibu mertuanya?
Fatwa: Orang yang berkhayal menyetubuhi wanita lain ketika sedang
menyetubuhi isterinya hukumnya haram, apatah lagi mengkhayalkan ibu mertuanya,
maka ianya lebih haram lagi. Sebab ibu mertua diharamkan baginya kerana adanya
mushaharah (hubungan kekeluargaan melalui pernikahan). Apakah berkhayal
menyetubuhi mertuanya itu sama dengan berkhayal menyetubuhi adik beradik
perempuan atau ibu saudaranya?
Ibnu Al-Hajj Al-Maliki berkata, “Lelaki harus menjaga dirinya dengan perbuatan dan
perkataan daripada keadaan buruk berikut yang secara umum telah menimpa
kebanyakkan orang iaitu ketika seorang lelaki melihat wanita dan dia berasa kagum
kepadanya, lalu dia mendatangi isterinya namun apa yang muncul adalah bayangan
wanita yang dilihatnya. Perbuatan seperti ini termasuk dalam kategori zina.”
Ibnu Muflih Al-Hanbali berkata, “Ibnu Aqil menyebutkan (dan dia
mengesahkannya dalam kitab Ar-Riayah Al-Kubra) bahawa ketika seorang lelaki
mendatangi isterinya, lalu dia menghadirkan bayangan wanita lain yang hukumnya
haram, maka dia berdosa”.
Jika hukum ini berlaku terhadap wanita ajnabi (bukan mahram), apalagi terhadap wanita
yang masih mempunyai hubungan kerabat, tentu dosanya lebih berat lagi.
243
Masalah
KEPERAWANAN
23
MASALAH KEPERAWANAN
Fatwa No. 14777
Hukum Menghilangkan Dara Dengan Jari
Pertanyaan: Saya adalah seorang wanita yang sudah menikah sejak setahun lalu,
namun sampai sekarang masih dara. Saya takut sekali dengan apa yang dinamakan
sebagai hilang perawan kerana dalam keyakinan saya perkara itu pasti akan
menyebabkan saya begitu sakit, sedangkan suami saya bersabar sekali menghadapi
sikap saya. Lalu saya meminta saranan doktor wanita dan dia menyarankan agar saya
memasukkan jari saya, tetapi saya tidak mampu melakukannya kerana perbuatan itu
bertentangan dengan agama dan saya tidak percaya sepenuhnya dengan saranan
doktor itu kerana dia bukan seorang Muslim. Jadi bagaimanakah untuk menghadapi
perkara ini?
ÜFatwa: Saranan kami semoga Allah menjaga anda, janganlah anda takut
dan khuatir dengan masalah khusus ini kerana sebahagian besar kaum wanita tidak
merasai sakit yang teramat sangat, seperti yang anda yakini. Bahkan ramai daripada
mereka yang tidak merasai sakit langsung. Sebahagian lagi ada yang merasakan
sakit yang sedikit sahaja, namun tidak perlu dikhuatirkan. Ketika hilangnya dara, faraj
sebahagian wanita hanya mengeluarkan sedikit darah, hanya satu atau dua titis,
sebahagian lagi tidak mengeluarkan darah sama sekali.
Namun selain itu, anda harus berhati-hati jangan sampai menggunakan bahan
pembius (penghilang rasa sakit) sedangkan suami anda sendiri masih dapat
menghilangkan dara anda. Ataupun anda dapat melakukannya sendiri
dengan persetujuan dan pengawasan suami anda. Secara syarak, anda boleh
melakukannya. Kami anjurkan anda untuk tidak menundakan perkara ini demi
Ümenjaga hak suami yang telah bersabar menghadapi sikap anda. Semoga
Allah sentiasa memberikan taufiqNya kepada kalian berdua.
246
Fatwa No. 19128
Hukum Menghilangkan Dara Dengan Jari
Pertanyaan: Di negeri kami, khususnya di perkampungan, ada adat yang banyak
diliputi dengan kesalahan iaitu menghilangkan dara wanita pada malam pertama
dengan jari pada keadaan tertentu dan kerana sebab-sebab khusus, bahkan
kadangkala tanpa sebarang sebab. Orang ramai berbeza pendapat berkenaan
perkara ini, sama ada haram ataupun tidak. Namun tidak ada seorang pun yang
mempunyai dalil yang pasti. Jadi bagaimanakah pendapat tuan tentang masalah ini?
Fatwa: Menghilangkan dara dengan menggunakan jari merupakan tindakan
penganiayaan dan jenayah terhadap hak-hak perempuan. Melakukan perbuatan
ini secara sengaja bukan oleh suaminya dilarang syarak kerana pelakunya bererti
melihat dan menyentuh wanita tersebut, apatah lagi tindakan ini juga termasuk
kategori jenayah, sebagaimana yang telah kami sebutkan.
ÌNabi bersabda, “Sesungguhnya darah, harta dan barang kalian itu haram,
seperti mana haramnya hari kalian ini di bulan dan di negeri kalian ini”.
(Riwayat Muttafaq alaihi)
247
Orang yang melakukannya harus membayar ganti rugi kepada wanita yang
daranya dihilangkan. Jika perbuatan ini dilakukan oleh wanita itu sendiri, maka
hukuman qisas (kesalahan yang dikenakan hukuman balas) berlaku padanya
sebagai satu bentuk amalan daripada firman Allah,
“Dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang)”.
(Al-Maidah : 45)
Adapun jika yang melakukannya itu adalah suaminya sendiri, maka itu tidak mengapa.
Penulis kitab Asna Al-Mathalib (mazhab Syafie) berkata, “Jika yang menghilangkan
dara itu adalah orang lain tanpa melalui persetubuhan, maka perbuatan ini
mengandungi hukuman. Jika yang menghilangkannya adalah wanita itu sendiri,
maka dia harus diqisas. Jika yang menghilangkannya adalah suaminya, maka
suami itu tidak dikenakan sebarang hukuman meskipun dia melakukannya dengan
menggunakan kayu. Sebab suamilah yang berhak menghilangkannya meskipun dia
melakukan kesalahan dalam cara tindakan yang diambilnya.
Manakala penulis kitab Mawahib Al-Falil (mazhab Maliki) saat membicarakan
masalah ini dengan berdasarkan pada kenyataan Ibnu Rusyd, berkata,
“Jika menghilangkan dara dengan jari dilakukan bukan pada isterinya, maka semua
sepakat bahawa dia harus menanggung apa yang diderita oleh wanita tersebut.
Sedangkan jika dilakukan kepada isterinya, Ibnu Rusyd menyatakan boleh dan
suami tidak dipertanggungjawabkan. Pada ulasan yang terakhir, Ibnu Rusyd
menyebutkan tentang perselisihan yang terjadi di antara para fuqaha mazhab Maliki
tentang sama ada wajib atau tidak membayar mahar secara penuh oleh suami dengan
hilangnya dara dengan jari jemari”.
Apa yang jelas, perbuatan ini tidak boleh dilakukan secara mutlak oleh orang lain.
Jika dia yang melakukannya, maka harus membayar ganti rugi atas kehilangan
dara akibat perbuatannya.
248
Fatwa No. 20929
Apakah Yang Harus Dilakukan Ketika Terkoyaknya Selaput Dara?
Pertanyaan: Apakah kewajipan yang ditanggung oleh lelaki (bukan suami)
yang telah menghilangkan keperawanan seorang gadis dan apakah tanda-tandanya
selaput dara telah hilang?
Fatwa: Jika seorang lelaki telah menghilangkan dara seorang wanita yang
tidak halal baginya, maka hal itu terjadi melalui salah satu dari dua keadaan berikut ini:
Pertama, dia menghilangkan dara dengan zakarnya iaitu berzina dengannya.
Dalam situasi ini, ada dua kemungkinan:
Kemungkinan pertama, dilakukan dengan suka sama suka. Jika ini yang terjadi, maka
wanita tersebut tidak berhak mendapatkan apa-apa. Namun kedua-duanya harus
bertaubat dari dosa besar ini.
249
Kemungkinan kedua, dilakukan bukan atas dasar suka sama suka. Jika ini yang
terjadi, maka wanita tersebut berhak mendapatkan mahar mithil (mahar yang
sepadan) dengan mahar yang diperolehi janda disertai dengan ganti rugi atas
hilangnya dara. Sebahagian ulamak menyatakan bahawa dia wajib mendapat
mahar mithil dengan mahar yang diperolehi seorang gadis, namun tanpa disertai
dengan ganti rugi atas hilangnya dara.
Kedua, dia menghilangkan dara si gadis bukan dengan zakar, tetapi dengan objek
yang lain, seperti dengan jari, kayu atau sepertinya. Hukum untuk masalah ini kami
akan jelaskan dalam fatwa nombor 20931 (Muka surat: 251) yang berikut ini.
Fatwa No. 21138
Menunjukkan Kesan Pecahnya Dara Kepada Orang Lain Selain Suami Adalah
Perbuatan Yang Tercela
Pertanyaan: Di dalam sebahagian keluarga ada satu kebiasaan iaitu ketika
malam pertama setelah terkoyaknya selaput dara dan keluarnya darah, si isteri
akan menunjukkan pakaian tersebut kepada ibunya atau ibu mertuanya
sebagai bukti bahawa dia masih perawan. Adakah tindakan ini boleh
Ìatau haram? Adakah perbuatan ini termasuk di dalam rangkuman hadith Nabi
tentang larangan menyebarkan rahsia yang terjadi di antara suami isteri
kepada orang lain?
Fatwa: Apa yang ditetapkan syarak adalah suami mahupun isteri dilarang
menyebarkan tentang masalah persetubuhan yang terjadi di antara mereka
berdua dan menggambarkannya secara terperinci kepada orang lain.
Imam Muslim dalam kitab Sahihnya meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri
Ìbahawa Nabi
ÜAllah bersabda, “Manusia yang kedudukannya paling buruk di sisi
pada hari kiamat nanti adalah suami yang mendatangi isterinya dan isteri
mendatangi suaminya, kemudian dia menyebarkan rahsianya.”
Jika ini telah ditetapkan, maka perbuatan di atas adalah kebiasaan buruk
Ìyang tidak boleh dilakukan dan termasuk dalam rangkuman hadith Nabi yang
disebutkan tadi.
250
Fatwa No. 20931
Hukuman Bagi Kesalahan Menghilangkan Dara
Pertanyaan: Seorang lelaki menghilangkan dara seorang wanita lain dengan jarinya.
Dia tidak tahu sama ada wanita itu masih perawan dan juga tidak tahu sama ada
menghilangkannya boleh mengakibatkan kepada suatu hukum. Namun setelah
beberapa waktu berlalu, baru dia tahu bahawa wanita itu masih perawan. Jadi,
adakah dia terpikul dengan suatu kewajipan seperti membayar diyat?
Fatwa: Perbuatan anda yang hanya menyentuh perempuan lain sahaja sudah
Ütermasuk haram dan melanggar batas-batas yang sudah ditetapkan Allah .
Jadi, kenapa anda mempermainkan auratnya yang ternyata terlarang
hingga terjadi tindakan jenayah iaitu menghilangkan daranya? Sesungguhnya,
perbuatan ini adalah tindakan keji yang tidak dapat diterima oleh diri anda sendiri
jika hal ini menimpa saudara perempuan anda, anak perempuan anda ataupun
Ìsalah seorang daripada mahram anda. Nabi bersabda, “Salah seorang daripada
kalian tidak dianggap beriman sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana
ädia mencintai dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari daripada Anas ). Apa yang harus
Üanda lakukan sekarang adalah segera bertaubat kepada Allah
dan jauhkan diri
daripada perbuatan seperti ini, menyesalinya dan bertekad untuk tidak melakukannya
lagi.
251
Sedangkan yang berkaitan dengan hilangnya dara, ada dua perkara yang harus
diperhatikan:
Pertama, jika anda menghilangkannya bukan atas kehendak perempuan tersebut, sama
ada perempuan itu sudah baligh ataupun belum, maka anda harus memberikan ganti
rugi atas kehilangan daranya dengan keputusan perbicaraan mahkamah yang adil
di mana jumlahnya berbeza-beza antara satu keadaan dengan keadaan yang
lain dan antara satu persekitaran dengan persekitaran yang lain. Sebab ini adalah
perbuatan menghilangkan sebahagian anggota tubuh yang jumlah ganti ruginya
tidak ditentukan oleh syarak sehingga diyatnya dikembalikan kepada keputusan hakim
seperti juga halnya dalam masalah lain yang kadarnya tidak ditentukan.
Kedua, jika anda menghilangkannya atas kehendak perempuan tersebut dan
dia sudah baligh, maka anda tidak menanggung ganti rugi sebab dia redha dengan
perbuatan itu. Namun anda tetap berdosa atas pelanggaran yang anda lakukan.
Sedangkan jika perempuan itu belum baligh, maka keredhaannya tidak dikira dan
anda tetap harus membayar ganti rugi, sama halnya jika dia tidak redha. (Lihat fatwa
nombor 19128 dan 14777) (Muka surat: 247 dan 246)
Fatwa No. 37410
Menghilangkan Dara Lalu Menyesal
Pertanyaan: Apakah yang harus dilakukan seseorang yang telah menghilangkan dara
seorang gadis dan menyesali perbuatannya itu, namun dia tidak dapat menikahinya
kerana ibu bapanya tidak bersetuju dan dia berasal daripada daerah lain? Adakah dia
harus mengungkap masalah ini atau adakah dia patut menikah dengan wanita lain?
Selama dua tahun dia sudah mengajukan lamaran kepadanya lebih daripada lima
atau enam kali, namun dia melihat wanita tersebut sangat tidak mempedulikan masalah
pernikahan. Kadangkala daripada wajahnya kelihatan rasa putus asa menghadapi
masalah ini.
252
Fatwa: Jika hilangnya dara ini disebabkan oleh penzinaan, bererti anda telah
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Anda harus cepat-cepat bertaubat dengan
sebenar-benar taubat dan memperbanyakkan amalan yang soleh. Anda juga
harus menutup dosa besar yang dilakukan itu. Jika penzinaan ini dilakukan dengan
persetujuan wanita tersebut dan dia sedar tentang perkara itu, anda tidak dikenakan
sebarang kewajipan terhadap wanita ini.
Jika hilangnya dara bukan diakibatkan penzinaan, maka itu adalah perbuatan
maksiat dan untuk mengetahui kesannya, diharapkan anda dapat membaca fatwa
nombor 20931 (Muka surat: 25). Anda juga tidak wajib menikahinya, tetapi hal ini
boleh dilakukan jika dia kelihatan telah bertaubat dan menjalankan perintah
agama. Bagi diri anda, lebih baik anda mencari orang yang layak buat diri
Ìanda di mana kriterianya berdasarkan pada akhlak dan agama, sesuai dengan sabda
Nabi , “Carilah isteri yang mempunyai pengetahuan agama, maka anda akan
beruntung”. (Muttafaq alaihi)
253
Fatwa No. 38094
Jika Seorang Wanita Mengaku Daranya Sudah Hilang Akibat Disetubuhi
Pertanyaan: Dara saya telah hilang akibat perbuatan saya bersama tunang saya
dengan cara yang tidak disyariatkan. Setelah itu, dia mengingkarinya dengan
alasan bahawa dia tidak melihat sebarang darah, namun dia melihat potongan kulit
daripada selaput darah. Jadi, apakah yang harus saya lakukan terhadap dirinya
meskipun dia mengaku perbuatan ini di hadapan semua orang?
Fatwa: Tentang pernyataan anda bahawa dara anda telah hilang dengan cara
yang tidak disyariatkan itu mengandungi beberapa kemungkinan di mana boleh
jadi sebelum akad, setelah akad, dengan cara bersetubuh ataupun dengan
cara yang lain. Jika tunang anda ini belum mengikat anda dengan suatu
akad nikah, lalu selaput dara anda hilang dengan cara berzina atau dengan
memasukkan jari, maka kalian berdua telah melakukan dosa besar. Oleh kerana itu,
Ükalian berdua harus bertaubat. Barangsiapa yang bertaubat, maka Allah
akan menerima taubatnya. Dan tidak ada mahar bagi anda selama mana anda
tidak dipaksa untuk berzina.
Jika tunang anda ini telah mengikat anda dengan suatu akad nikah, lalu selaput
dara anda hilang dengan cara bersetubuh ataupun dengan menggunakan jari,
kemudian anda mengaku tidak perawan lagi, sedangkan dia tidak melihat adanya
darah yang keluar, maka pengakuannya tertolak. Walaupun ketika akad nikah
disyaratkan anda harus memiliki dara. Sebab dalam masalah keperawanan tidak
disyaratkan adanya darah yang keluar. Bagaimana dirinya mengaku belum
menghilangkan keperawanan anda sedangkan dia telah melihat potongan kulit
selaput dara anda yang boleh menjadi bukti kuat bahawa anda memang masih
seorang dara.
Jika dia berhujah bahawa dara anda telah hilang sebelum itu akibat melompat,
cedera atau yang seumpama dengannya, sedangkan dia telah mensyaratkan
bagi diri anda supaya mesti ada dara, maka dia tetap tidak mempunyai pilihan untuk
membatalkan pernikahan. Sebab hilangnya dara dengan cara seperti ini sangat
sukar diketahui oleh wali perempuan, bahkan oleh perempuan itu sendiri. Jadi dia
tidak mempunyai pilihan untuk membatalkan pernikahan kecuali jika selaput dara itu
telah hilang terlebih dahulu dengan persetubuhan yang dilakukan sebelum itu
(sebelum diikat oleh satu akad nikah).
254
Dalam keadaan seperti ini di mana dia telah mensyaratkan bagi diri
anda supaya mesti ada dara, lalu dia mengaku
diri anda sudah tidak ada dara lagi, sedangkan
anda mengaku masih dara, maka apa yang menjadi pegangan
adalah kata-kata anda dengan disertai oleh sumpah.
Penulis kitab Asna Al-Mathalib berkata,
“Jika disyaratkan wanita harus seorang
perawan, lalu wanita tersebut mendapati
dirinya tidak lagi seorang perawan
dan dia mengaku bahawa keperawanannya
hilang oleh seorang lelaki, namun lelaki tersebut
mengingkarinya, maka yang apa dibenarkan
adalah perkataan wanita tersebut dengan disertai
sumpahnya. Hal ini dilakukan demi untuk mencegah
terjadinya pembatalan pernikahan”.
Sedangkan jika pihak lelaki tidak mensyaratkan supaya anda mesti seorang dara,
maka dia tidak mempunyai pilihan untuk membatalkan pernikahan dan anda
juga tidak dikenakan beban untuk bersumpah.
Fatwa No. 66492
Hamil Tetapi Masih Tetap Perawan
Pertanyaan: Saya menikah sebulan yang lepas dan sehingga sekarang masih
belum lagi disetubuhi atas alasan psikologi. Saya sudah mendapatkan nasihat
doktor beberapa kali namun tiada hasilnya. Anehnya, sekarang saya hamil,
sedangkan saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Adakah mungkin saya hamil
sedangkan saya masih lagi dara sehingga saat ini? Apakah yang harus saya
lakukan? Adakah saya harus menghilangkan selaput dara saya dengan cara
pembedahan? Adakah perkara ini akan membahayakan anak saya? Adakah boleh
anak saya lahir tanpa perlu dilakukan pembedahan caeser? Saya tidak tahu apakah
yang harus dilakukan kerana saya benar-benar buntu.
255
Fatwa: Wanita boleh hamil walaupun selaput daranya belum terkoyak. Misalnya
pada selaput dara ada lubang kecil yang memungkinkan air mani masuk
ke dalamnya, sebagaimana yang dinyatakan para doktor. Tentang masalah
sama ada kewujudan selaput dara memberi
kesan pada kelahiran dan janin yang ada
di dalamnya, itu boleh ditanyakan pada
doktor. Jika memang membahayakan,
maka selaput dara tersebut boleh
dihilangkan dengan pengetahuan suami.
Namun lebih baik ianya dihilangkan oleh
suami sendiri. Jadi tidak ada alasan
bagi anda untuk berasa takut
menghadapi masalah ini. (Lihat fatwa
nombor 14777) (Muka surat: 246)
256
Pertanyaan
KHAS
24
PERTANYAAN KHAS
Ternyata Isteri Saya Sudah Tiada Dara
(Dijawab oleh Dr. Muhammad bin Abdurrahman As-Saawi, tenaga pengajar universiti
Al-Qusaim)
Pertanyaan: Saya menikah pada usia dua puluhan dan mempunyai beberapa orang
anak. Dari sini masalahnya bermula, iaitu ketika saya menikah dan menyetubuhi isteri
saya pada malam pertama, saya mendapati isteri saya ternyata sudah tidak perawan
lagi. Saya pun bertekad untuk menyimpan rahsia ini. Namun saya mengalami kejutan
besar dan diliputi dengan kebimbangan. Saya berasa hidup dalam pengasingan, diliputi
oleh kesedihan dan tekanan. Setiap kali saya ingat mimpi-mimpi dan cita-cita saya yang
hancur berkecai, saya pun menjadi tidak menghormati dan menghargainya. Jarang sekali
saya berbicara dengannya dan akhirnya tidak ada lagi cinta di antara kami. Apakah
penyelesaian bagi masalah saya ini setelah sekian lama menikah?
Fatwa: Saya ingin menjelaskan terlebih dahulu situasi yang lebih bersifat umum
daripada apa yang anda dan isteri anda alami serta menempatkan masalah yang
anda temui pada malam pertama pernikahan sesuai dengan kedudukannya. Namun
sebelum itu, saya ingin bertanya, adakah isteri anda tahu tentang hal ini atau adakah
hanya anda sendiri yang mengetahuinya, sedangkan dia tidak mempunyai latar
belakang (untuk melakukan sebagaimana yang anda dakwa)? Saya juga ingin tahu
keadaan anda dengan jelas. Adakah kesedihan, kesusahan, dan perasaan marah yang
ada sudah muncul sekian lama dalam kehidupan rumahtangga anda, ataupun muncul
baru-baru ini sahaja?
Masalah pertama, anda seharusnya tahu bahawa masalah keperawanan itu
berbeza-beza antara seorang wanita dengan wanita lain. Ada sebahagian wanita
yang selaput daranya nipis sekali hingga boleh sahaja koyak ketika wanita itu terjatuh
daripada tangga misalnya, atau kerana meloncat-loncat berulangkali, ataupun kerana
peristiwa ringan yang lain yang kita sendiri tidak menyangka jika peristiwa tersebut
dapat memberi kesan pada koyaknya selaput dara. Sebaliknya, sebahagian wanita
260
mempunyai selaput dara yang kuat sekali sehingga memerlukan campur tangan
doktor untuk terkoyak dengan melakukan pembedahan. Hal-hal seperti ini mungkin sekali
terjadi pada isteri anda. Jadi jangan terburu-buru menuduhnya telah berzina sebelum
anda memastikannya.
Masalah kedua, sekarang anda sudah mempunyai anak daripada isteri yang
tidak mengeluh tentang keadaannya kepada anda, tidak derhaka dan selalu
memperlakukan anda dengan baik. Anak-anak itu adalah belahan jiwa anda dan mereka
berhak mendapatkan pengorbanan anda. Jadi jangan biarkan syaitan menjadikan
anda sebagai tanah yang subur untuk menebarkan was-wasnya dalam diri anda
dan menjadikan anda sebagai sumber air yang luas untuk menumbuhkan kesedihan
dan rasa sakit hati dalam diri anda.
ÜMasalah ketiga, Allah telah memberi petunjuk dengan berfirman,
“Dan bergaullah anda dengan mereka (isteri-isteri anda itu) dengan cara yang baik.
Kemudian jika anda (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya,
janganlah anda terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi anda bencikan
sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang anda benci itu kebaikan yang
banyak (untuk anda)”.
(An-Nisa : 19)
Para ahli tafsir mengatakan bahawa boleh jadi anak-anak soleh yang
Ümembahagiakan itulah kebaikan yang banyak yang dijanjikan Allah
bagi
orang yang bersabar menghadapi isteri yang dibencinya, ditambah lagi dengan
pahala yang besar bagi orang yang memperlakukan isterinya dengan baik
sedangkan dia tidak menyukainya.
Masalah keempat, sekarang anda telah menjalani pernikahan ini selama
beberapa tahun. Pertanyaan yang penting adalah bagaimanakah keadaan
pernikahan anda? Adakah tercipta sikap saling memahami antara anda dan isteri
anda? Seberapa banyak masalah yang terjadi di rumah antara anda dan isteri anda?
261
Apakah cara yang ditempuh isteri anda untuk berusaha membahagiakan anda
dan memberikan rasa tenang dalam diri anda? Bagaimanakah dia melayani
anda dan selalu berusaha untuk tidak membuatkan anda marah?
Inilah pertanyaan-pertanyaan yang harus anda pertimbangkan dengan akal
yang sihat, jauh daripada pengaruh syaitan yang selalu berusaha sedaya upaya
Üuntuk memisahkan pasangan suami isteri kaum Muslimin. Semoga Allah
memberi taufiq dan kebahagiaan kepada anda.
Wathi Pada Dubur Dengan Kerelaan Isteri
Sumber: Fatawa az-Zuhaili
Pertanyaan: Jika kedua-dua suami isteri ingin melakukan persetubuhan dengan
memasukkan zakar ke dalam dubur dan kedua-duanya sama-sama rela, adakah perkara
ini dibolehkan? Jika pengharamannya disebabkan oleh sifat kotor pada lubang dubur
(di mana lubang dubur adalah laluan untuk membuang najis kotoran), maka kami boleh
memakai kondom sehingga tidak kotor. Mohon penjelasannya.
Fatwa: Menyetubuhi wanita pada duburnya adalah haram dan pelakunya dilaknat,
sama ada wanita tersebut adalah isterinya ataupun bukan. Kedua-dua belah pihak
iaitu suami dan isteri juga tidak boleh meredhai perbuatan ini kerana ianya tergolong
sebagai salah satu dosa besar dan menimbulkan pelbagai bahaya. Bahkan sebahagian
mengatakan bahawa yang melakukannya bererti telah kufur kerana pelanggaran
dengan nas Al-Quran yang sudah jelas mengharamkannya iaitu seperti berikut :-
“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah
kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun
daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”
(Al-A’raf : 80)
262
Barangsiapa yang memfatwakan bahawa perbuatan ini halal jika dilakukan pada
isteri, maka sesungguhnya dia telah sesat dan menyesatkan serta telah melakukan
kesalahan besar. Perbuatan atau fatwanya itu bererti telah membantu terjadinya tindakan
dosa besar.
Tidak ada perbezaan hukum antara menggunakan kondom ataupun tidak.
Sebab perbuatan itu sendiri dapat mengakibatkan terputusnya bahagian-bahagian
(otot) dubur dan suatu hari dapat mengakibatkan penyakit buasir
(tidak dapat menahan najis yang besar).
Oleh kerana itu kaum Muslim yang ada di seluruh dunia harus melarang
perbuatan yang menjijikkan, memalukan dan diharamkan dalam Islam sebagai
Üsyariat Allah
Yang Maha Bijaksana tanpa berusaha menggunakan pelbagai
tipu muslihat dan cara seperti mengaku perbuatan ini dilakukan suka sama suka,
menggunakan kondom dan sebagainya untuk membolehkan perbuatan yang kotor ini.
263