The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menghadirkan kumpulan pengetahuan, wawasan, dan pengalaman dari para pendidik
yang berpengalaman dalam bidang sains/STEM. Dalam setiap halaman, kami berharap anda
dapat merasai dedikasi dan semangat mereka yang tidak kenal lelah, dan semangat mereka
untuk membawa perubahan melalui IBSE. Kami mengundang anda untuk membenamkan diri
dalam pengetahuan yang mereka bagi, mengeksplorasi ide-ide baharu, dan menggali inspirasi
dari hasil nukilan mereka. Kami memahami bahwa setiap anak memiliki potensi yang luar
biasa untuk bertumbuh dan berkembang, dan kami percaya bahawa IBSE adalah alternatif yang
boleh membantu mereka untuk mengeksplorasi, mencipta, dan mengembangkan kekuatan
mereka tanpa batasan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Chiam Sun May, 2024-03-06 22:18:50

Siri Pendidikan Guru: INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION

Buku ini menghadirkan kumpulan pengetahuan, wawasan, dan pengalaman dari para pendidik
yang berpengalaman dalam bidang sains/STEM. Dalam setiap halaman, kami berharap anda
dapat merasai dedikasi dan semangat mereka yang tidak kenal lelah, dan semangat mereka
untuk membawa perubahan melalui IBSE. Kami mengundang anda untuk membenamkan diri
dalam pengetahuan yang mereka bagi, mengeksplorasi ide-ide baharu, dan menggali inspirasi
dari hasil nukilan mereka. Kami memahami bahwa setiap anak memiliki potensi yang luar
biasa untuk bertumbuh dan berkembang, dan kami percaya bahawa IBSE adalah alternatif yang
boleh membantu mereka untuk mengeksplorasi, mencipta, dan mengembangkan kekuatan
mereka tanpa batasan.

Keywords: IBSE

203 Persediaan sebelum melaksanakan PdP 1. Kenal pasti kawasan/tempat yang boleh dijadikan lokasi PdP. 2. Kenal pasti dua buah pasu pokok bunga / pokok di persekitaran. Sebuah pasu dengan daun hijau (cukup air) manakala sebuah lagi dengan daun kuning/ layu (tidak cukup air). Guru boleh sengaja tidak menyiram air pada salah satu pasu pokok / pokok beberapa minggu sebelum aktiviti bermula (supaya daun bertukar menjadi kuning dan layu) 3. Cambahkan biji benih kangkung (dalam kapas/tanah) menjadi anak pokok sebelum aktiviti sains dilaksanakan (1-2 minggu sebelum aktiviti). 4. Ambil tanah satu atau dua minggu sebelum aktiviti sains dimulakan dan biarkannya menjadi kering. 5. Sediakan keratan buluh yang mencukupi untuk aktiviti penyiasatan. Rujukan Ayla, C. (2016). Student motivation in constructivist learning environment. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 12(2), 233-247. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2012). Laporan kajian penilaian Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah murid Orang Asli dan Penan (KAP) 2011. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bamhardt, R., Kawagley, A.O., & Hill, F. (2000). Cultural standards and test scores. Sharing Our Pathways, 5(4), 1-4. Canadian Council on Learning (CCL). (2007). The cultural divide in science education for Aboriginal learners. Retrieved from http://www.ccl-cca.ca/pdfs/LessonslnLearning/ Lilia Halim. (2013). Pendidikan sains dan pembangunan masyarakat berliterasi sains. Bangi: Penerbit UKM. Ma’rof, R., & Sarjit, S. (2008). Orang Asli: Isu, transformasi dan cabaran. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Meyer, X., & Crawford, B.A. (2011). Teaching science as a cultural way of knowing: merging authentic inquiry, nature of science, and multicultural strategies. Cultural Studies of Science Education, 6(3), 525-547. Needham, R. (1987). CLIS in the classroom: teaching strategies for developing understanding in science. Leeds: University of Leeds. Nur Bahiyah Abdul Wahab, Maryati Mohamed, Azman Hassan, & Mohd. Najib Haron. (2013). Penerapan eleman sekolah rimba Malaysia dalam kalangan murid orang asli. Proceeding of 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013) (pp. 424-432). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Smith, G., & Sobel, D. (2010). Place- and community-based education in school. New York, NY: Routledge. Subahan, T. Mohd Meerah, Lilia Halim, Saemah Abd. Rahman, Halimah Harun, & Rozlina Tan Abdullah. (2011). Teaching marginalized children at primary schools: teachers’ professional development through collaborative action research. Cypriot Journal of Educational Sciences, 2, 49-60. Pengenalan dan Penghargaan kepada Penulis: 1. Dr. Cindy Wong Chyee Chen: IPGK Rajang


Lembaran Kerja 1: Jadual Kerja Aktiviti PenyArahan: Isikan nama murid yang bertugas menyiraTumbuhan Keratan Buluh Air Nama Hari 1 Hari 2 Biji benih A B Anak pokok C D


iasatan Air am air setiap hari. murid yang bertugas (menyiram air) Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 6 Lampiran S17-1


Lembaran Kerja 2: Jadual Ramalan KeputusanSelepas beberapa hari, apakah akan berlaku? (I) Tumbuhan Keratan Buluh Biji benih kangkung A B (II) Tumbuhan Keratan Buluh Anak pokok kangkung C D


n Penyiasatan Ramalan keadaan biji benih ( Bulatkan jawapan yang betul ) Cambah Tidak cambah Cambah Tidak cambah Ramalan keadaan daun ( Bulatkan jawapan yang betul ) Sihat dan hijau Layu dan kuning Sihat dan hijau Layu dan kuning


Lembaran Kerja 3: Rekod Pemerhatian PenyiaArahan: Bulatkan jawapan mengikut apa yangHari BiKeratan Buluh A 1 Cambah Tidak camb2 Cambah Tidak camb3 Cambah Tidak camb4 Cambah Tidak camb5 Cambah Tidak camb6 Cambah Tidak camb


asatan g kamu lihat. iji Benih Kangkung Keratan Buluh B bah Cambah Tidak cambah bah Cambah Tidak cambah bah Cambah Tidak cambah bah Cambah Tidak cambah bah Cambah Tidak cambah bah Cambah Tidak cambah


Lembaran Kerja 3: Rekod Pemerhatian Penyia Arahan: Bulatkan jawapan mengikut apa yangHari AnKeratan Buluh C 1 Sihat dan hijau Layu dan ku2 Sihat dan hijau Layu dan ku3 Sihat dan hijau Layu dan ku4 Sihat dan hijau Layu dan ku5 Sihat dan hijau Layu dan ku6 Sihat dan hijau Layu dan ku


asatan (sambungan)g kamu lihat. nak Pokok Kangkung Keratan Buluh D ning Sihat dan hijau Layu dan kuning ning Sihat dan hijau Layu dan kuning ning Sihat dan hijau Layu dan kuning ning Sihat dan hijau Layu dan kuning ning Sihat dan hijau Layu dan kuning ning Sihat dan hijau Layu dan kuning


Lembaran Kerja 4: Rekod Pemerhatian Akhir Arahan: Lukis dan warnakan pemerhatian akhir kamKeratan Buluh A (air )


Penyiasatan mu dalam ruang kosong di bawah. Keratan Buluh B (air )


Lembaran Kerja 4: Rekod Pemerhatian Akhir Arahan: Lukis dan warnakan pemerhatian akhir kamKeratan Buluh C (air )


Penyiasatan (sambungan) mu dalam ruang kosong di bawah. Keratan Buluh D (air )


Lembaran Kerja 5: Latihan Arahan: Jawab semua soalan di bawah. 1) Apakah yang berlaku kepada pokok ini? a) Layu b) Sihat c) Subur 2) Mengapakah pokok ini menjadi begini? a) Kurang air b) Kurang tanah c) Kurang cahaya matahari


3) Apakah yang boleh dilakukan untuk menghalang pa) Siram air b) Beri lebih tanah c) Beri cahaya matahari 4) Tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti _____________ ( layu, sihat ).


perkara ini daripada berlaku? ________ ( air, batu ) untuk hidup dengan


Lampiran S17-2 NOTA 1: AIR Apakah keperluan tumbuhan untuk hidup dengan sihat? Tumbuhan memerlukan beberapa keperluan asas untuk hidup dengan sihat. Air adalah salah satu dari keperluan asas tumbuhan. Air turun dari langit sebagai hujan dan mengalir melalui tanah ke kolam, sungai dan laut. Seperti manusia dan haiwan, tumbuhan memerlukan air untuk hidup. Air sangat penting kepada tumbuhan di mana ia membolehkan proses tumbesaran berlaku. Fungsi air kepada tumbuhan ialah: a) membantu mengangkut nutrien dari tanah ke bahagian daun dan batang. b) membekalkan kelembapan kepada tanah dan persekitaran tumbuhan. c) memberi sokongan/fleksibiliti terutamanya kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berair. d) membantu dalam proses membuat makanan (fotosintesis) Apabila menanam tumbuhan, perlu beri perhatian kepada kekerapan hujan dan kelembapan tanah. Jika hujan tidak turun dan keadaan tanah menjadi kering, tumbuhan perlu disiram dengan air. Tetapi jika hujan kerap turun dan keadaan tanah menjadi lembap, tumbuhan tidak perlu disiram air. Walau bagaimanapun, kebanyakan tumbuhan tidak sesuai ditanam di tanah yang dipenuhi dengan air. Akar tumbuhan akan cepat reput jika terendam di dalam air dan tumbuhan akan mati jika air tidak dialir keluar dari tanah tersebut. Oleh itu, adalah penting untuk mengawal kandungan air dalam tanah agar tumbuhan dapat tumbesar dengan sihat dan subur. Sumber: http://about-living-things.blogspot.com/p/water-food-to-grow.html Sumber gambar: www.osawaterworks.com


204 Bahan Sumber IBSE Lee Chuo Hiong, Muyang Anak Jami dan Koay Suan See Pengenalan Peserta-peserta perlu memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan tentang Inquiry-Based Science Education (IBSE) yang diperoleh daripada Bengkel IBSE melalui banyak pembacaan dan pencarian maklumat tambahan secara sendiri. Dengan itu, adalah perlu memberi pendedahan kepada para peserta tentang beberapa petua penting untuk memperoleh maklumat tambahan IBSE. Terdapat banyak bahan sumber IBSE yang dapat dicapai sama ada dalam bentuk bercetak dan tidak bercetak atau luar talian (offline) dan dalam talian (online). Namun begitu, bahan sumber IBSE yang sedia ada perlulah digunakan secara bijak supaya dapat dimanfaatkan secara maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pengalaman, bukan semua bahan sumber IBSE yang diperoleh atas talian dapat digunakan terus dalam kelas. Antara masalah yang paling kerap dihadapi ialah bahasa yang digunakan, kesukaran mencapai bahan / alat yang sama, kekangan masa, dan perbezaan kurikulum. Selalunya guru perlu mengubah suai bahan sumber IBSE yang sedia ada ini supaya bersesuaian dengan konteks pengajaran dan pembelajaran kelas mereka. Jika kerja ini dilakukan secara bersendirian, ia semestinya amat membebankan dan mengambil masa yang lama. Keadaan akan menjadi berbeza, jika guru-guru dapat berkongsi dan menyebarluaskan amalan IBSE terbaik masing-masing. Dengan adanya usaha yang berkekalan seperti ini, sudah tentu koleksi bahan sumber IBSE yang bersifat “tempatan” dapat diperkayakan. Justeru, masalah kekurangan sumber rujukan yang sesuai dapat diminimumkan. Ringkasan aktiviti Peserta bengkel diberi pendedahan tentang bahan-bahan sumber IBSE yang boleh diakses oleh mereka sendiri sebagai panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran IBSE. Bahan sumber yang akan diperkenalkan kepada peserta boleh dikategorikan kepada (i) organisasi (dalam talian), (ii) buku (dalam talian / bercetak), (iii) artikel jurnal (dalam talian), (iv) video (dalam talian). Peserta juga dikehendaki menyediakan tapak dalam Google Drive untuk berkongsi bahan sumber IBSE dalam kalangan guru mengikut negeri / PPD. Objektif Di akhir slot ini, peserta dapat: 1. Memahirkan guru-guru mencari bahan sumber IBSE. 2. Membudayakan perkongsian dan menyebarluaskan bahan sumber IBSE secara berkolaborasi. Alat dan bahan: Komputer riba, telefon pintar dan talian internet Masa: 2 jam


205 Prosedur 1. Pautan laman sesawang dalam bentuk softcopy perlu diberikan kepada peserta bagi memudahkan mereka menyalinnya dan mengaksesnya terus ke laman sesawang berkenaan. 2. Fasilitator boleh mendemonstrasikan kepada peserta contoh-contoh yang disediakan. 3. Jika ada masa yang mencukupi, boleh memberi peluang kepada peserta untuk melayari setiap kategori sumber tersebut. Organisasi (dalam talian) I. Fondation La main à la pâte Pautan: https://www.fondation-lamap.org/en/international-resources Antara peranan yayasan ini adalah seperti berikut: bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran sains dan teknologi di sekolah rendah dan menengah. memberi perkembangan professional kepada guru-guru dengan memudahcarakan guruguru dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri. menghasilkan dan menyebarluaskan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. membangunkan kerjasama antarabangsa dalam pengajaran sains. Contoh-contoh booklet yang boleh dimuat turun secara percuma dari laman sesawang Fondation La main à la pâte: i. Inquiry in Science Education ii. Tools for Enhancing Inquiry in Science Education iii. Handbook for setting up and developing a centre for Inquiry-Based Science Education (IBSE) at elementary and middle schools iv. Designing and Implementing Inquiry-Based Science Units for Primary Education v. Teaching Science in School: La main à la pâte resource materials for the primary classroom vi. The Discoveries in Islamic Countries vii. Integrating Science Inquiry across the Curriculum viii. Implementing Inquiry in Mathematics Education ix. Implementing Inquiry beyond the School


206 II. Next Generation Science Standard @ National Science Teaching Association (NGSS@NSTA) Pautan: https://ngss.nsta.org/Default.aspx membekalkan pelbagai contoh bahan sumber IBSE untuk bidang-bidang Sains Hidup, Sains Bumi dan Angkasa, Sains Fizikal, Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Gunaan untuk pelbagai peringkat persekolahan.


207 III. STEM Curriculum for K-12 - TeachEngineering Pautan: https://www.teachengineering.org/ mengandungi pelbagai contoh aktiviti pengintegrasian elemen kejuruteraan ke dalam pengajaran dan pembelajaran STEM dengan memberi penekanan kepada Engineering Design Process. Buku (dalam talian) I. The National Academies Press Pautan: https://www.nap.edu/ Boleh dapatkan buku dalam bentuk PDF secara percuma. Contohnya, buku berjudul Inquiry and the National Science Education Standards: A Guide for Teaching and Learning (2000) boleh dimuat turun teks penuhnya dari laman sesawang tersebut.


208 Boleh Download As A Guest dengan klik pada “Yes, I accept the terms of use” dan memberi maklumat emel anda yang sah. Buku (bercetak) Boleh mencari dan membeli buku-buku yang berkaitan dengan IBSE atas talian, contohnya melalui Amazon.com.


209 Artikel Jurnal (dalam talian) Menggunakan Google Scholar untuk mencari artikel jurnal teks penuh yang boleh dimuat turun secara percuma i. Taip Google Scholar dalam Google Search Engine. ii. Cuba taip “Inquiry Based Science Education” dalam Google Scholar search bar dan kemudiannya tekan pada search.


210 iii. Semua artikel / jurnal / buku yang berkaitan dengan IBSE yang diterbitkan pada bila-bila masa (Any time) akan dipaparkan seperti berikut: iv. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan Advanced Search supaya pencarian anda adalah lebih tepat.


211 v. Key in maklumat pada kotak-kotak yang berkaitan untuk mengehadkan pencarian, contohnya: vi. Berikut menunjukkan hasil carian berdasarkan Advanced search dalam Langkah v.


212 vii. Hanya artikel / jurnal yang ada sediakan pautan seperti [PDF], [HTML] dan [DOC] di hujung tajuknya mempunyai teks penuh yang boleh dimuat turun secara percuma. Contohnya, Video (dalam talian) Youtube merupakan satu tapak yang mudah diakses untuk contoh-contoh aktiviti IBSE. Contohnya,


213 Video dalam Youtube dapat dimuat turun dengan senang (jika perlu) secara dalam talian dengan menggunakan online Youtube Downloader seperti y2mate.com. i. Salin pautan video dari Youtube. ii. Paste pautan tersebut pada y2mate.com dan tekan pada start. Anda juga boleh pilih jenis kualiti video yang ingin dimuat turun.


214 Aktiviti lanjutan 1. Fasilitator menunjukkan contoh perkongsian bahan sumber melalui pautan Google Drive: http://bit.ly/NYAS_STEM_Resources 2. Jika perlu, fasilitator menunjukkan langkah-langkah seperti berikut untuk menyediakan tapak perkongsian bahan sumber IBSE dalam Google Drive. i. Perlu menggunakan akaun Google (gmail / Google Classroom). ii. Masuk ke paparan Google search engine dan seterusnya klik pada Google apps seperti ditunjuk dalam rajah berikut. iii. Klik pada Drive.


215 iv. Klik pada Go to Google Drive. v. Sign in dengan menggunakan akaun gmail. vi. Klik pada New, kemudian klik pada Folder untuk wujudkan folder baharu.


216 vii. Contoh, taip nama Folder sebagai “IBSE Negeri Sarawak” dan kemudiannya klik pada create. viii. Cari Folder “IBSE Negeri Sarawak” dalam senarai fail dan kemudiannya double klik untuk masuk ke folder tersebut. ix. Di dalam Folder “IBSE Negeri Sarawak”, anda masih boleh guna butang New untuk create Folder di dalamnya. Contohnya, folder “Sekolah Rendah”, “Sekolah Menengah” dan sebagainya.


217 x. Dapatkan shareable link dengan mengikuti langkah-langkah berikut: xi. Tukar restricted kepada Anyone with the link. Seterusnya, klik pada copy link untuk menyalin pautan tersebut dan seterusnya boleh disebarluaskan.


218 3. Peserta membincangkan cara pengurusan Google Drive. Contohnya, i. Pengurus (Administrator) ii. Pengurusan folder iii. Penamaan fail iv. Cara mengelakkan Google Drive penuh (had maksimum 15G): Contoh, bahan Guru A disimpan dalam Google Drive sendiri dan hanya kongsi pautan URL dalam Google Drive Negeri/ Daerah v. Cara perkongsian bahan bantu mengajar dalam bentuk fizikal seperti buku bercetak, kit pembelajaran, model fizikal dan sebagainya. vi. Cara menjamin kualiti bahan sumber vii. Lain-lain Catatan: Antara bahan sumber IBSE yang boleh dikongsikan melalui Google Drive adalah termasuk Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran, Modul Pengajaran dan Pembelajaran, Kit Pembelajaran, Alat / Bahan Bantu Mengajar, Video, Eksperimen dan mana-mana yang relevan. Contoh cara menjamin kualiti bahan sumber: - Perlu diwasit (review) oleh pakar / SME bagi mengelakkan salah maklumat / konsep - Guna Lampiran S18-1: Check List for the Evaluation of an IBSE Resource untuk membuat penilaian sebelum dikemukakan kepada pakar / SME. 4. Peserta berbincang tentang cara berkolaborasi untuk menghasilkan bahan sumber IBSE bagi topik / unit yang sukar. Lampiran Lampiran S18-1: Check List for the Evaluation of an IBSE Resource Pengenalan dan Penghargaan kepada Penulis: 1. Dr. Lee Chuo Hiong: IPGK Batu Lintang 2. En. Muyang Anak Jami: IPGK Tun Abdul Razak 3. Dr.Koay Suan See: Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin


Click to View FlipBook Version