The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menghadirkan kumpulan pengetahuan, wawasan, dan pengalaman dari para pendidik
yang berpengalaman dalam bidang sains/STEM. Dalam setiap halaman, kami berharap anda
dapat merasai dedikasi dan semangat mereka yang tidak kenal lelah, dan semangat mereka
untuk membawa perubahan melalui IBSE. Kami mengundang anda untuk membenamkan diri
dalam pengetahuan yang mereka bagi, mengeksplorasi ide-ide baharu, dan menggali inspirasi
dari hasil nukilan mereka. Kami memahami bahwa setiap anak memiliki potensi yang luar
biasa untuk bertumbuh dan berkembang, dan kami percaya bahawa IBSE adalah alternatif yang
boleh membantu mereka untuk mengeksplorasi, mencipta, dan mengembangkan kekuatan
mereka tanpa batasan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Chiam Sun May, 2024-03-06 22:18:50

Siri Pendidikan Guru: INQUIRY-BASED SCIENCE EDUCATION

Buku ini menghadirkan kumpulan pengetahuan, wawasan, dan pengalaman dari para pendidik
yang berpengalaman dalam bidang sains/STEM. Dalam setiap halaman, kami berharap anda
dapat merasai dedikasi dan semangat mereka yang tidak kenal lelah, dan semangat mereka
untuk membawa perubahan melalui IBSE. Kami mengundang anda untuk membenamkan diri
dalam pengetahuan yang mereka bagi, mengeksplorasi ide-ide baharu, dan menggali inspirasi
dari hasil nukilan mereka. Kami memahami bahwa setiap anak memiliki potensi yang luar
biasa untuk bertumbuh dan berkembang, dan kami percaya bahawa IBSE adalah alternatif yang
boleh membantu mereka untuk mengeksplorasi, mencipta, dan mengembangkan kekuatan
mereka tanpa batasan.

Keywords: IBSE

PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence) Performance Task 1. Penyiasatan #1: Murid membina dua model untuk membandingkan kadar kenaikan suhu dan kadar penurunan suhu dengan kehadiran gas karbon dioksida (dihasilkan melalui tindak balas kimia) pada balang yang pertama dan balang yang kedua tanpa kehadiran gas karbon dioksida. 2. Penyiasatan #2: Murid membina dua model untuk membandingkan penurunan suhu dan kenaikan suhu dengan satu balang diisikan dengan air panas dan pembungkus plastik sebagai gas karbon dioksida. Balang yang kedua diisi dengan air panas tetapi tidak ditutup dengan pembungkus plastik. 3. Penyiasatan #3: Murid membina dua model untuk membandingkan kenaikan suhu dan penurunan suhu dengan satu balang diisi dengan air sejuk dan ditutup dengan pembungkus plastik. Balang yang kedua diisi dengan air sejuk tetapi tidak ditutup dengan pembungkus plastik. 4. Penyiasatan #4: Murid membina dua model untuk membandingkan kenaikan suhu dan penurunan suhu di Bumi. Tanah digunakan untuk mewakili Bumi dalam kedua-dua balang yang digunakan. Hanya satu balang yang akan ditutup dengan pembungkus plastik. Pencapaian murid dinilai berdasarkan Kriteria Pentaksiran di Lampiran ML3-5. Evidence i. Pengetahuan: Mengenal pasti miskonsepsi atau idea awal murid melalui ramalan yang dicatatkan dalam Lampiran ML-3-3 iaitu bahagian ramalan. ii. Proses: a. Memerhatikan kemahiran-kemahiran proses sains seperti berikut: • Mengukur dan menggunakan nombor • Meramal • Menggunakan ruang dan masa semasa menjalankan penyiasatan b. Memerhatikan kemahiran menggunakan paparan data seperti jadual dan graf untuk mengenal pasti hubungan ruang dan masa. iii. Produk: Menilai graf yang diplot oleh murid dan esei lima baris bagi memerihalkan pemanasan global dan peranan pokok dalam mengawal fenomena pemanasan global.


PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences) Penglibatan (Engage) Guru menunjukkan tayangan Video 1 dari YouTube terhadap fenomena kenaikan paras air laut di seluruh dunia. Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=boKd_Pb2HUA Guru: Dari manakah datangnya gas-gas rumah hijau dan bagaimanakah gas-gas ini mempengaruhi atmosfera? Murid menjelaskan fenomena tersebut. (Catatan: Terima semua penerangan murid dan elakkan menghakimi penerangan oleh murid.) Penerokaan (Explore) Guru menjelaskan bahawa tujuan penyiasatan adalah membangunkan model untuk mewakili kesan rumah hijau dan menyiasat peranan gas rumah hijau dalam pemanasan global. Muridmurid perlu memplotkan graf yang akan menunjukkan kenaikan suhu di bawah cahaya matahari dan penurunan suhu di kawasan teduh. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan tiga orang dan setiap penyiasatan mestilah dilakukan sekurang-kurangnya oleh dua kumpulan. Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, murid membuat ramalan akan apa yang akan berlaku semasa penyiasatan dan mencatatkannya pada Lampiran ML3-3. Aktiviti akan berjalan semasa 40 minit di mana balang-balang mereka akan diletakkan di bawah cahaya matahari selama 20 minit dan 20 minit lagi diletakkan di kawasan teduh. Semasa penyiasatan, murid merekodkan data ke dalam jadual dalam Lampiran ML3-3. Selepas masa 40 minit tamat, murid diberikan masa untuk melengkapkan dan membuat analisis data menggunakan graf. Analisis data dibuat berdasarkan arahan dalam Lampiran ML3-2. Penerangan (Explain) Murid menjelaskan graf mereka di hadapan kelas. Selepas pembentangan, murid menjalankan perbincangan dalam kumpulan untuk menjawab semua soalan dalam Lampiran ML3-4. Guru: Pada pendapat anda, model yang manakah terbaik untuk mewakili kesan rumah hijau? Pemanasan global? Bagaimanakah model yang anda bina dapat ditambah baik? Pengembangan (Elaborate) Guru menunjukkan Video 2 yang lain dari YouTube terhadap kepentingan pokok dalam mengawal pemanasan global. Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=h6os97Oh_Cw


Setiap murid diminta menulis esei dengan lima baris sahaja untuk memerihalkan pemanasan global dan peranan pokok dalam mengawal fenomena tersebut. Selepas itu, kumpulan akan memutuskan esei yang terbaik dalam kumpulan tersebut untuk mewakili kumpulan mereka lalu menulis esei yang terpilih dalam kertas mahjong. Kertas mahjong dilekatkan di dinding kelas untuk sesi gallery walk . Setiap kumpulan akan menilai esei dari kumpulan-kumpulan lain dan memberikan bintang berdasarkan ketepatan isi esei tersebut. Penilaian (Evaluate) Pra Aktiviti Murid perlu mencatat ramalan mereka akan apa yang akan berlaku semasa penyiasatan dalam Lampiran ML3-3. Semasa Aktiviti Murid melengkapkan jadual data, memplotkan graf, menganalisis dan mentafsir graf. Selepas itu, murid perlu membentangkan dapatan dan graf yang dibina berdasarkan bahagian analisis dalam Lampiran ML3-2 dan menjawab soalan perbincangan dalam Lampiran ML3-4. Pasca Aktiviti Murid menulis esei dalam lima baris sahaja untuk memerihalkan pemanasan global dan peranan pokok dalam mengawal fenomena tersebut selepas menonton Video 2. Nota: Semua lembaran perlu dilengkapkan oleh murid secara individu walaupun penyiasatan dilakukan secara berkumpulan. Lampiran Lampiran ML3-1: Panduan untuk guru Lampiran ML3-2: Panduan penyiasatan untuk murid Lampiran ML3-3: Ramalan dan data penyiasatan Lampiran ML3-4: Soalan perbincangan Lampiran ML3-5: Kriteria pentaksiran Video Video 1: https://www.youtube.com/watch?v=boKd_Pb2HUA Video 2: https://www.youtube.com/watch?v=h6os97Oh_Cw Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sains Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Engineering University of Colorado Boulder. (n.d.). Hands-on Activity: Greenhouse Effect Models: Hot Stuff! Retrieved from https://www.teachengineering.org/activities/view/cub_air_lesson07_activity1 The Daily Conversation. (2015, July 30). Future Sea Level Rise: Top 10 Countries in Danger. https://www.youtube.com/watch?v=boKd_Pb2HUA The Universal Archives. (2017, March 13). How Trees Can Reduce Global Warming? https://www.youtube.com/watch?v=h6os97Oh_Cw


Lampiran ML3-1 Panduan untuk guru Investigation 1 CO2 is released in the reaction (just like in the demos). This models an increase in greenhouse gas. While the jars heat up at about the same rate, the one with CO2 cools down much more slowly. Investigation 2 This models how CO2 and water vapor in the atmosphere affect the rate at which the Earth loses heat (the plastic wrap acts as the CO2 and water vapor during the experiment). Investigation 3 This is similar to Investigation #2. This models how CO2 and water vapor in the atmosphere affect the rate at which the Earth gains and loses heat (the plastic wrap acts as the CO2 and water vapor during the experiment). Investigation 4 This models how the temperature of the actual Earth changes (as opposed to water in investigations #2 and #3). The plastic wrap acts as the greenhouse gases.


Lampiran ML3-2 Panduan penyiasatan untuk murid Investigation 1 Materials List ● 2 identical, large plastic jars with lids ● 2 outdoor thermometers (must fit in jar with lid on) ● 25g baking soda ● 1 cup vinegar ● Plastic wrap (2 large squares to fit over jar openings) ● 2 rubber bands ● Masking tape Procedure 1. Using the masking tape, label one jar “vinegar” and the other “vinegar + baking soda.” 2. Place a thermometer in each jar. 3. Place ½ cup of vinegar in each jar. 4. Securely seal the “vinegar” jar with plastic wrap and a rubber band. 5. Put 25g of baking soda in the “vinegar + baking soda” jar and securely seal it with plastic wrap and a rubber band. 6. Put the jars in bright sunlight and record the temperatures every minute for about 20 minutes. 7. Place the jars in the shade (out of direct sunlight) and continue to record the temperature every minute for about 20 more minutes. Analysis Prepare the following items for a class presentation. 1. Make a graph showing the temperature in each jar during the entire observation period. Be sure to indicate on the graph when you moved the jars from the sun to the shade. On the graph, remember to label each axis, and provide a key and title. 2. Describe how your experiment modeled how air pollution affects global warming. Was there a greenhouse gas present? How fast did the jars heat up? How fast did they cool down? Think about the other class demonstrations you have seen, and incorporate what you learned from them.


Investigation 2 Materials List ● 2 identical, large jars ● 2 outdoor thermometers (must fit in jar, below rim) ● Hot water ● Hot mitt ● Plastic wrap (1 large square to fit over jar opening) ● 1 rubber band ● Masking tape Procedure 1. Using the masking tape, label one jar “open” and the other “covered.” 2. Place a thermometer in each jar. 3. Fill both jars 2/3 full of hot water. 4. Cover the jar labeled “covered” with plastic wrap and secure it tightly with a rubber band. 5. Record the temperatures in both jars every minute for about 20 minutes in the class. 6. Put the jars in bright sunlight and record the temperatures every minute for about 20 more minutes. Analysis Prepare the following items for a class presentation. 1. Make a graph showing the temperature in each jar during the entire observation period. Be sure to indicate on the graph when you moved the jars into the sun. On the graph, remember to label each axis, and provide a key and title. 2. Describe how your experiment modeled how atmospheric components affect global warming. Was there a greenhouse gas present? How fast did the jars cool down? Did one cool down faster than the other? Did placing them in the sun seem to have an effect? Think about the other class demonstrations you have seen, and incorporate what you learned from them.


Investigation 3 Material List ● 2 identical, large jars ● 2 outdoor thermometers (must fit in jar, below rim) ● Cold water, chilled with ice cubes • ● Plastic wrap (1 large square to fit over jar opening) • ● 1 rubber band ● Masking tape and pen Procedure 1. Using the masking tape, label one jar “open” and the other “covered.” 2. Place a thermometer in each jar. 3. Fill both jars 2/3 full of cold water. Make sure not to have any ice cubes in the jars. 4. Cover the jar labeled “covered” with plastic wrap and secure it tightly with a rubber band. 5. Put the jars in bright sunlight and record the temperatures every minute for about 20 minutes. 6. Place the jars in the shade (out of direct sunlight) and continue to record the temperature every minute for about 20 more minutes. Analysis Prepare the following items for your presentation to your class. 1. Make a graph showing the temperature in each jar during the entire observation period. Be sure to indicate on the graph when you moved the jars from the sun to the shade. On the graph, remember to label each axis, and provide a key and title. 2. Describe how your experiment modeled how air pollution affects global warming. Was there a greenhouse gas present? How fast did the jars cool down? Heat up? Cool down again? Think about the other class demonstrations you have seen, and incorporate what you learned from them.


Investigation 4 Material List ● 2 identical, large jars ● 2 outdoor thermometers (must fit in jar, below rim) ● 2 cups of garden soil ● Plastic wrap (1 large square to fit over jar opening) ● 1 rubber band ● Masking tape Procedure 1. Using the masking tape, label one jar “open” and the other “covered.” 2. Place 1 cup of soil in each jar. 3. Place a thermometer in each jar. 4. Cover the jar labeled “covered” with plastic wrap and secure it tightly with a rubber band. 5. Put the jars in bright sunlight and record the temperatures every minute for about 20 minutes. 6. Place the jars in the shade (out of direct sunlight) and continue to record the temperature every minute for about 20 more minutes. Analysis Prepare the following items for your presentation to your class. 1. Make a graph showing the temperature in each jar during the entire observation period. Be sure to indicate on the graph when you moved the jars from the sun to the shade. On the graph, remember to label each axis, and provide a key and title. 2. Describe how your experiment modeled how air pollution affects global warming. Was there a greenhouse gas present? How fast did the jars heat up? Cool down? Did one jar heat up or cool down faster than the other? Think about the other class demonstrations you have seen, and incorporate what you learned from them.


Lampiran ML3-3 Ramalan dan data penyiasatan TEAM NAME: _______________________________________________________ Investigations # _______ Predictions Jar 1 Jar 2 DATA Conditions Time (minute) Temperature (℃) Jar 1 Jar 2 Under the sunlight


Shady area


Lampiran ML3-4 Soalan perbincangan 1. Dari manakah datangnya gas-gas rumah hijau? Bagaimanakah gas-gas ini mempengaruhi atmosfera? 2. Apakah yang diwakili oleh a. Balang? b. Pembungkus plastik? c. Air panas? d. Air berais? 3. Apakah yang dihasilkan daripada tindak balas antara cuka dan serbuk penaik? 4. Berdasarkan penyiasatan pada hari ini, nyatakan dua gas rumah hijau yang berperanan sebagai pencemar. 5. Bandingkan kadar penurunan suhu antara Penyiasatan #2 dan Penyiasatan #4. Jelaskan perbezaan tersebut. 6. Pada pendapat anda model yang manakah paling sesuai mewakili kesan rumah hijau? 7. Model yang manakah yang anda fikir paling sesuai untuk mewakili pemanasan global? 8. Bagaimanakah model anda dapat ditambah baik supaya sesuai untuk mewakili pemanasan global?


Lampiran ML3-5 Kriteria pentaksiran TP Kriteria 1 Mengingat kembali punca rumah hijau . Dapat menyatakan jenis-jenis gas rumah hijau 2 Menyatakan kaitan kesan rumah hijau dan pemanasan global 3 Mengaplikasikan pengetahuan tentang kesan rumah hijau: ● Dapat meramal apa yang akan berlaku dalam model mereka ● Menjalankan penyiasatan dan menggunakan ruang dan masa secara sistematik. 4 Menganalisis data dengan membina graf untuk menunjukkan kaitan kehadiran gas rumah hijau dengan kadar kenaikan dan penurunan suhu Bumi 5 Membuat perbandingan pada kadar kenaikan dan penurunan suhu antara penyiasatan kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai hanya satu gas rumah hijau dengan model yang mempunyai lebih dari satu gas rumah hijau. Memilih model yang paling sesuai untuk mewakili kesan rumah hijau di Bumi. 6 Menghasilkan esei lima baris bagi memerihalkan pemanasan global dan peranan pokok dalam mengawal fenomena pemanasan global. Menjelaskan bagaimana penyiasatan dan model dapat ditambah baik.


Contoh 5: “Insulate Me” Kuit Vui Ket, Nadia Richard dan Zulhariszan Abd Manan Tahun/ Tingkatan: Tingkatan 2 Standard kandungan (Sains) 9.2 Pengaliran haba dan keseimbangan haba 9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba Standard pembelajaran (Sains) 9.2.3 Berkomunikasi mengenai konduktor haba dan penebat haba serta kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian 9.4.1 Menunjuk cara bagaimana objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat 9.4.3 Mengkonsepsikan dan mereka bentuk menggunakan konsep haba dalam kehidupan harian Amalan sains Membangunkan dan menggunakan model; Merancang dan menjalankan penyiasatan; Mereka bentuk penyelesaian Kemahiran abad ke-21/ nilai/ sikap saintifik Kreatif, Kritis, Komunikasi, Kolaborasi Ringkasan aktiviti Murid mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan untuk mereka bentuk model termos (atau cawan) yang dapat menyimpan haba dengan lebih lama. Murid menjustifikasikan lakaran model yang dihasilkan dengan konsep sains dalam topik haba dalam membuat pelaporan. Selepas itu, murid akan menilai dan mencadangkan penambahbaikan model jika perlu. Selain itu, murid akan melaksanakan aktiviti untuk mereka cipta model rumah kucing terbiar dengan menggunakan pengetahuan mengenai haba dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial, ekonomi atau budaya masyarakat. Dalam proses pembelajaran ini, murid akan memperoleh pengalaman amalan sains seperti membangunkan dan menggunakan model, merancang dan menjalankan penyiasatan serta mereka bentuk penyelesaian. Alat dan bahan Kertas A4 berwarna-warni , Kotak Terpakai, Gunting, Gam, Kain tebal, peralatan Alat Tulis dan bahan-bahan lain (bergantung kepada rancangan murid dan dikumpul oleh murid) Masa: 200 Minit


Perancangan pengajaran dan pembelajaran PERINGKAT 1: HASIL DIHARAPKAN (Identify Desired Results) Hasil Pembelajaran Sains (Tingkatan 2) Standard Kandungan: 9.2 Pengaliran haba dan keseimbangan haba 9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba Standard Pembelajaran: 9.2.3 Berkomunikasi mengenai konduktor haba dan penebat haba serta kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian 9.4.1 Menunjuk cara bagaimana objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat 9.4.3 Mengkonsepsikan dan mereka bentuk menggunakan konsep haba dalam kehidupan harian Reka Bentuk dan Teknologi (Tingkatan 3) Standard Kandungan: 2.1 Penghasilan produk Standard Pembelajaran: 2.1.4 Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat 2.1.7 Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian Big Idea / Enduring Understanding 1. Jumlah kuantiti tenaga jirim dalam sistem tertutup sentiasa kekal sama. 2. Tenaga boleh wujud dalam keadaan yang berbeza (Sebagai contoh: Tenaga kinetik, tenaga keupayaan, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi, tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga nuklear dan tenaga mekanikal) 3. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi tenaga boleh berubah dari suatu bentuk ke bentuk yang lain. Essential Question 1. Bagaimanakah pengaliran tenaga haba boleh dimanipulasikan untuk diaplikasikan sebagai kegunaan dalam kehidupan seharian? 2. Sekiranya kopi yang sama isipadunya dituangkan ke dalam tiga bekas yang berlainan iaitu termos, cawan “stainless steel” dan teko seramik dan dibiarkan selama 30 minit, susunkan ketiga-tiga bekas tersebut dari suhu kopi yang paling tinggi kepada yang paling rendah. 3. Bagaimanakah penduduk yang tinggal di kawasan beriklim sejuk menyimpan air panas? 4. Mengapakah anda memilih bahan penebat anda? Sekiranya anda memasukkan air panas ke dalam cawan atau termos anda. Air tersebut akan menyejuk. Ke manakah haba itu mengalir?


Pengetahuan 1. Mengetahui bahawa pengaliran haba boleh berlaku dalam tiga cara berbeza, iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. 2. Mengetahui bahawa dua objek yang berada dalam sentuhan terma dapat memindahkan tenaga haba antara dua objek itu sehingga pemindahan haba antara dua objek adalah sifar iaitu keseimbangan haba tercapai. 3. Mengetahui bahawa jenis (kusam atau berkilat) dan warna permukaan (gelap atau putih) objek mempengaruhi jumlah haba yang diserap atau dipancarkan oleh sesuatu objek. 4. Memahami bahawa permukaan gelap dan kusam adalah penyerap haba yang baik. 5. Memahami bahawa permukaan putih dan berkilat adalah pemantul haba yang baik. Kemahiran 1. Menjustifikasikan lakaran model yang dihasilkan dengan konsep sains dalam topik haba dalam membuat pelaporan. 2. Menilai dan mencadangkan penambahbaikan model termos atau cawan kepada kaedah penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu. 3. Membincangkan lakaran model yang dihasilkan semasa aktiviti penerokaan semasa Fasa 3. 4. Mereka cipta model rumah kucing terbiar dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai haba dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial, ekonomi atau budaya masyarakat. 5. Merumuskan bahawa pengaliran tenaga haba boleh dimanipulasikan untuk menangani masalah bekas menyimpan air panas yang tidak dapat menyimpan haba dalam tempoh yang lama dan membincang dan menganalisis implikasi sains untuk menyelesaikan masalah tersebut. 6. Sentiasa menggunakan laras sains untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat dan mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap sepanjang aktiviti mereka cipta model termos atau cawan tersebut. PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence) Performance Task Tugasan: 1. Perbincangan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian persekitaran tentang pengaliran haba serta kegunaan konduktor haba dan penebat haba dalam kehidupan harian. 2. Perbincangan untuk melakar dan menghasilkan satu model termos dan rumah haiwan dalam kumpulan menggunakan proses reka bentuk kejuruteraan. Bukti Pengumpulan bukti: ● Pengetahuan: Melalui keputusan kuiz dan pembentangan hasil dapatan ● Proses: Pemerhatian terhadap proses murid melakarkan model, pemilihan bahan dan kolaboratif kumpulan, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulasi (pembinaan workability model)


3. Perbincangan dan proses mereka bentuk model termos dan rumah haiwan dilakukan dalam kumpulan. 4. Pembentangan hasil reka bentuk perbincangan. Perbincangan ke atas penambahbaikan dan jusifikasi dilakukan. 5. Perbincangan untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan harian dan konsep tenaga hijau. Kriteria Pentaksiran • Penilaian terhadap hasil kerja murid, hasil lakaran dan model termos atau rumah haiwan yang dibina dan hasil produk yang berfungsi atau berfungsi sebahagian (Rujuk Lampiran ML5-1) • Penilaian terhadap pembentangan dan perbincangan untuk mentaksir kemahiran berkomunikasi dan kebolehan mempersembahkan idea / penjelasan tentang model menggunakan laras sains dan idea saintifik. (Penilaian boleh disesuaikan dengan Standard Prestasi dalam DSKP Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi serta rubrik Claim, Evidence dan Reasoning yang telah disertakan dalam Lampiran ML5-2 dan Lampiran ML5-3) ● Produk: Penilaian terhadap lakaran dan Model yang dibina berasaskan idea saintifik untuk menyelesaikan masalah. ● Refleksi murid tentang pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences) Aktiviti Pembelajaran Berdasarkan Model Instruksi 5E Engage (Penglibatan) (Masa: 20 minit) 1. Guru mendorong murid membuat refleksi terhadap hasil perkongsian secara flipped classroom yang telah dilaksanakan oleh murid tentang topik yang akan dipelajari iaitu kaedah pengaliran haba dan penyerapan dan pembebasan haba di dalam Collage, Photogrid dan dikongsi dalam aplikasi WhatApps. (Semasa Flipped Classroom murid melihat dan mempelajari proses dan cara haba dikekalkan oleh orang terdahulu bagi mengekalkan haba bagi air yang mereka simpan bagi membolehkan mereka membina model Thermos mereka) *Pautan internet: https://bit.ly/356Q1A0 https://bit.ly/35eMobp 2. Murid membuat refleksi dengan menghubungkaitkan jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba.


3. Guru mendorong perbincangan tersebut untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid dengan memberi masalah baharu untuk diselesaikan bersama dengan menanyakan soalan berikut: • Mengapakah kita perlu air kekal panas? Apakah kegunaan air panas? Berikan contoh. • Bagaimanakah cara untuk kita kekalkan air panas dalam tempoh waktu yang lama seperti orang dahulu kala? Explore (Penerokaan) (Masa: 40 minit) 1. Define/Ask: • Murid menerangkan kegunaan air panas dalam kehidupan seharian dan cara-cara untuk mengekalkan suhu air panas tersebut. • Murid juga dibimbing oleh guru untuk membincangkan masalah yang ingin dikaji iaitu menghasilkan termos yang dapat menyimpan haba bagi air panas dalam tempoh yang lama. 2. Research: Murid mencari maklumat tentang ; • Apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyimpan air panas? • Apakah yang diperlukan supaya air panas dapat disimpan dalam tempoh yang lama? • Adakah permukaan alatan yang dicipta berdasarkan objek gelap dan kusam membebaskan haba dengan baik? • Alatan gelap dan kusam atau alatan putih dan berkilat yang menyerap haba dengan baik? 3. Imagine: • Murid diberikan kertas A4 pelbagai warna (6 warna x bilangan pelajar) untuk melakarkan idea bagi menghasilkan termos yang dapat menyimpan haba bagi air panas dalam tempoh yang lama (secara individu). • Kemudian murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna kertas A4 yang telah diberikan. Murid diminta membanding lakaran mereka dengan rakan lain. 4. Plan: • Murid mengenal pasti lakaran yang terbaik untuk dihasilkan sesuai dengan konsep pengaliran, penyerapan dan pembebasan haba. • Murid merancang model dan alatan menyimpan air panas yang lebih baik. 5. Guru membimbing murid untuk membincangkan: • Bentuk model termos sebagai penebat haba yang boleh dibina. • Penggunaan bahan sedia ada dalam kehidupan harian bagi menghasilkan termos yang dapat mengekalkan suhu air panas dalam tempoh yang lama. • Pemilihan bahan yang paling sesuai digunakan sebagai permukaan luar dan permukaan dalam termos penebat haba. • Pemilihan warna apa yang paling sesuai untuk permukaan luar dan permukaan dalam sebagai penebat haba yang baik. Explain (Penerangan) (Masa: 20 minit) 1. Share: Murid membentangkan hasil lakaran model termos mereka. 2. Reflect: Murid membanding hasil lakaran model termos mereka dengan kumpulan yang lain. 3. Improve: Murid membincangkan penambahbaikan yang harus dilakukan berdasarkan justifikasi yang didapati.


4. Murid membuat kesimpulan tentang fungsi termos. Contoh soalan : • Mengapakah termos perlu dibina dengan bentuk tersebut? • Apakah yang mempengaruhi fungsi termos? • Apakah yang perlu diubah? • Bagaimanakah pengaliran haba berlaku di dalam produk anda? • Bahan manakah yang merupakan konduktor haba yang lebih baik? Terangkan jawapan anda. • Mengapakah anda menggunakan bahan tersebut dalam produk anda? • Mengapakah anda memilih bentuk tersebut bagi produk anda? • Bagaimanakah pengaliran tenaga haba boleh dimanipulasikan untuk menangani masalah bekas menyimpan air panas yang tidak dapat menyimpan haba dalam tempoh yang lama? Elaborate (Pengolahan) (Masa: 110 minit) 1. Murid diminta mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman mereka semasa aktiviti penghasilan model termos yang dicadangkan untuk melakarkan model rumah kucing terbiar menggunakan kotak kertas terpakai. Lakaran idea dan perbincangan mesti dikaitkan dengan aplikasi konsep haba termasuk jenis bahan konduktor dan penebat haba dan warna permukaan objek. Murid diminta untuk menghujahkan kekuatan yang terdapat dalam lakaran tersebut. Murid diminta menyelesaikan tugasan ini berdasarkan proses reka bentuk kejuruteraan: Define problem: Ask to identify the need & constraints Research the problem: This includes talking to people from many different backgrounds and specialties to assist with researching what products or solutions already exist, or what technologies might be adaptable to your needs. Imagine: Develop Possible Solutions Plan: Select a Promising Solution Create, Test and Evaluate prototype 2. Share: Murid mempersembahkan hasil perbincangan mereka.


3. Reflect and Improve: Murid kumpulan lain diminta memberi cadangan penambahbaikan untuk model tersebut dalam mengekalkan suhu yang sesuai untuk kucing terbiar terutamanya pada waktu malam yang sejuk atau ketika hujan. 4. Murid juga membincangkan apa yang mereka dapat dan pengalaman dari aktiviti ini. Contoh-contoh soalan yang dikemukakan oleh guru: a. Mengapakah bahan ini dipilih untuk menghasilkan model rumah kucing terbiar ini? b. Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti ini? c. Apakah pengalaman yang anda pelajari sepanjang aktiviti ini? d. Wajarkan reka bentuk yang telah dihasilkan dengan memberikan justifikasi dari aspek kreativiti, replicability, effeciency, dan impak kepada nilai dalam masyarakat. e. Bagaimanakah pengetahuan sains yang dipelajari dalam aktiviti ini dapat memberi sumbangan kepada bidang kejuruteraan khususnya dalam reka bentuk binaan? Evaluate (Penilaian) (Masa: 10 minit) Activity embedded assessment Sains – Memerhati, Berkomunikasi (SP 9.2.3), menunjuk cara dan mengkonsepsikan pengetahuan sains yang digunakan berdasarkan lakaran model “cawan atau termos” (SP 9.4.1), serta hasil lakaran dan reka bentuk model (SP 9.4.3) RBT – Menjana idea untuk menghasilkan lakaran model dan membina model yang berfungsi atau berfungsi sebahagian (SP 2.1.4 dan 2.1.7) menggunakan pengetahuan sains yang sesuai. Post-activity assessment Pentaksiran secara bertulis: Lima soalan kuiz untuk menilai kefahaman murid 1. Apakah proses yang berlaku di dalam termos? 2. Bagaimanakah pengaliran haba berlaku di dalam termos? 3. Nyatakan 1 contoh bahan penebat haba. 4. Nyatakan 1 contoh bahan konduktor haba. 5. Berikan 1 contoh kegunaan haba dalam kehidupan seharian selain memasak? Lampiran Lampiran ML5-1: Tafsiran Standard Prestasi untuk Bab 9 Haba mengikut tahap penguasaan 1 hingga 6 Lampiran ML5-2: Tafsiran Standard Prestasi untuk Bab 2 Pembangunan Produk mengikut tahap penguasaan 1 hingga 6 Lampiran ML5-3: Rubrik Claim, Evidence dan Reasoning Panduan untuk guru 1. Questioning - Sesi penyoalan sehingga murid dapat berfikir dan memberikan jawapan yang bernas 2. Communicating - Guru membenarkan murid berkomunikasi dan berbincang sesama rakanrakan supaya hasil yang terbaik dapat diketahui 3. Murid mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan untuk menghasilkan model. Proses reka bentuk kejuruteraan perlu diajar secara eksplisit supaya murid menyedarinya. Adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan dalam aktiviti mereka bentuk dan akhirnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.


Rujukan Andal, J. (2014). The physics of a thermos & all about heat transfer. Retrieved from https://futurism.com/physics-thermos-heat-transfer Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). KSSM Sains: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). KSSM Reka Bentuk dan Teknologi: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. McNeill, K. L., & Krajcik, J. (2012). Supporting grade 5–8 students in constructing explanations in science: The claim, evidence and reasoning framework for talk and writing. New York, NY, USA: Pearson Allyn & Bacon. Olly Wedgewood. (2018). The design features of the Thermos Flask. Retrieved from https://gcsephysicsninja.com/lessons/thermal-physics/thermos-flask-design/ Shawyer, M. & Medina Pizzali, A.F. (2003). The use of ice on small fishing vessels. Retrieved from http://www.fao.org/3/y5013e/y5013e08.htm Silin, Y. (2017). Heat transfer: Vacuum flask heat transfer. Retrieved from http://heattransferkarikuse.blogspot.com/2017/09/vacuum-flask-heat-transfer.html TeachEngineering. (2020). Engineering design process. Retrieved from https://www.teachengineering.org/k12engineering/designprocess


Lampiran ML5-1 Tafsiran Standard Prestasi untuk Bab 9 Haba mengikut tahap penguasaan 1 hingga 6 Sumber: DSKP KSSM Sains Tingkatan 2


Lampiran ML5-2 Tafsiran Standard Prestasi untuk Bab 2 Pembangunan Produk mengikut tahap penguasaan 1 hingga 6 Sumber: DSKP KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3


Lampiran ML5-3 Rubrik Claim, Evidence dan Reasoning Sumber: McNeill, K. L., & Krajcik, J. (2012). Supporting grade 5–8 students in constructing explanations in science: The claim, evidence and reasoning framework for talk and writing. New York, NY, USA: Pearson Allyn & Bacon.


Contoh 7: The Power over Lives Chiam Sun May Tahun/ Tingkatan: Tahun 4 Standard kandungan (Sains) 7.2 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Sumber Tenaga Tidak Boleh Dibaharui Standard pembelajaran (Sains) 7.2.1 Menjelaskan dengan contoh sumber tenaga boleh dibaharui dan tenaga tidak boleh dibaharui melalui pemerhatian menerusi pelbagai media 7.2.2 Menjana idea kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah 7.2.3 Menjelaskan pemerhatian tentang sumber tenaga boleh dibaharui dan sumber tenaga tidak boleh dibaharui melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif Amalan sains Membangunkan dan menggunakan model; Merancang dan menjalankan penyiasatan, mendapatkan dan menilai maklumat, serta berkomunikasikan maklumat Kemahiran abad ke-21/ nilai/ sikap saintifik Pemikiran kreatif, pemikiran kritis, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berkolaboratif Ringkasan aktiviti Aktiviti bermula dengan pengelasan tenaga yang boleh dibaharui/tidak boleh dibaharui secara individu (Rujuk Lampiran ML7-1: Lembaran kerja). Seterusnya, murid-murid diberi tugasan individu untuk membentuk model dan mengenal pasti lakaran model yang paling sesuai dalam kumpulan. Tugasan berkumpulan diteruskan dan dengan bimbingan guru, murid-murid membuat pembentangan, menyampaikan maklumat yang penting, membuat kesimpulan tentang tenaga yang boleh dibaharui/tidak boleh dibaharui, menaakul kepentingan langkah penjimatan penggunaan tenaga untuk kelestarian sumber tenaga dan kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah. Untuk memberi pengalaman autentik kepada murid-murid, mereka diminta menyiasat operasi syarikat-syarikat pengusaha sumber tenaga tempatan, meneroka perkara-perkara seperti impak/kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Mereka mempersembahkan hasil siasatan, membincangkan pengalaman hasil pembelajaran daripada aktiviti ini, berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang inovasi dalam penggunaan sumber tenaga pada masa depan, serta mencadangkan cara-cara/langkah-langkah penyelesaian masalah. Guru membetulkan miskonsepsi (jika ada) dan membimbing murid membuat kesimpulan tentang tenaga yang boleh dibaharui/tidak boleh dibaharui, dan kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah. Rancangan pembelajaran diakhiri dengan pentaksiran yang merujuk kepada standard prestasi DSKP atau bentuk pentaksiran lain yang mengamalkan prinsip-prinsip asas pentaksiran. Alat dan bahan: Lembaran kerja, Contoh rubrik penilaian


Masa: 240 minit Perancangan pengajaran dan pembelajaran PERINGKAT 1: HASIL DIHARAPKAN (Identify Desired Results) Hasil Pembelajaran Sains (Tahun 4) Standard Kandungan: 7.2 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Sumber Tenaga Tidak Boleh Dibaharui Standard Pembelajaran: 7.2.1 Menjelaskan dengan contoh sumber tenaga boleh dibaharui dan tenaga tidak boleh dibaharui melalui pemerhatian menerusi pelbagai media 7.2.2 Menjana idea kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah 7.2.3 Menjelaskan pemerhatian tentang sumber tenaga boleh dibaharui dan sumber tenaga tidak boleh dibaharui melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif Sains (Tahun 5) Standard Kandungan: 5.2 Tenaga boleh dibaharui dan tenaga tidak boleh dibaharui Standard Pembelajaran: 5.2.5 Menaakul kepentingan penggunaan secara berhemah untuk sumber tenaga tidak boleh dibaharui 5.2.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan Pemahaman Students will understand that… 1. Jumlah tenaga di alam semesta selalu sama, ia dapat dipindahkan dari satu bentuk tenaga kepada bentuk yang lain semasa sesuatu peristiwa berlangsung. (The total amount of energy in the Universe is always the same but can be transferred from one energy store to another during an event.) 2. Sains mempunyai implikasi terhadap etika, sosial, ekonomi dan politik. (Science have ethical, social, economic and political implications.) Essential Question 1. Adakah kita perlu bimbang dengan bekalan tenaga yang tidak boleh dibaharui memandangkan kita ada sumber-sumber tenaga yang boleh dibaharui? 2. Antara tenaga hidro dan tenaga angin, manakah tenaga yang lebih penting? Pengetahuan Students will know… 1. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan. Kemahiran Students will be able to… 1. Mencari pelbagai maklumat berkenaan melalui: i. temu bual dengan pakar/ ketua kampung/ penduduk tempatan


2. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui adalah terhad dan tidak boleh dijana semula. 3. Tenaga yang boleh dibaharui berpotensi sebagai tenaga masa depan. 4. Kepentingan penjimatan penggunaan tenaga untuk kelestarian sumber tenaga seperti teknologi hijau. ii. rakan sebaya iii. laman web iv. surat khabar dalam talian/ buku 2. Kebolehan mengenalpasti maklumat yang sahih 3. Memiliki kompetensi daripada segi literasi media dan etika media 4. Melakar model untuk menerangkan tenaga suria/ tenaga hidro loji air/ tenaga angin/ perlombongan batu arang/ carigali petroleum/ tenaga nuklear 5. Menerangkan bagaimana tenaga dikumpul dari sumber bekalan tenaga PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence) Performance Task 1. Melakarkan model: i. tenaga suria ii. tenaga hidro iii. tenaga angin iv. perlombongan batu arang v. carigali petroleum vi. tenaga nuklear untuk menjelaskan bagaimana manusia menggunakan sumber tenaga tersebut. Catatan: Lukis satu model sahaja untuk tugasan yang diterima (rujuk penerangan di fasa Explore.) 2. Membentang hasil kerja. 3. Menerangkan hasil dapatan sampingan (contoh impak kepada ekosistem dan penduduk tempatan/ pengetahuan dan kefahaman baharu melalui aktiviti ini). 4. Mencadangkan langkah penjimatan penggunaan tenaga/ penyelesaian masalah untuk kelestarian sumber tenaga. 5. Membincangkan/ mencadangkan inovasi dalam penggunaan sumber tenaga pada masa depan. Evidence Pengumpulan bukti: 1. Pengetahuan: Cadangan: keputusan kuiz, pembentangan hasil dapatan, ujian, lisan, pemerhatian guru 2. Pemerhatian: Proses murid melakarkan model, kolaboratif kumpulan dan kemahiran saintifik. (Rujuk DSKP Sains KSSR, Kerangka Kurikulum Sains) 3. Produk: Cadangan: Penilaian terhadap lakaran model berasaskan idea saintifik, refleksi murid tentang pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, catatan dalam science notebook, penilaian kendiri dan peer review. PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences) Engage (30 minit) 1. Guru memulakan sesi PdP dengan beberapa soalan: Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan: i. Apakah yang anda faham dengan maksud tenaga? ii. Apakah yang boleh kita lakukan dengan tenaga? iii. Berapa banyakkah tenaga yang kita gunakan setiap hari?


2. Seterusnya, guru memberi kerja individu merujuk kepada Lembaran Aktiviti diberikan (rujuk Lampiran ML7-1: Lembaran kerja). Selepas itu, mereka duduk dalam kumpulan 4 orang dan dibimbing oleh guru untuk membincang hasil kerja dalam kumpulan. Guru membuat ulasan selepas sesi perbincangan murid. Mereka dikehendaki menyimpan hasil kerja/ mencatat hasil pembelajaran dalam Science Notebook. Explore (60 minit) 1. Murid-murid dikehendaki menghasilkan lakaran model secara individu. Mereka dibimbing membuat imaginasi dan menjelaskan penggunan sumber tenaga suria dalam bentuk model. Model ini perlu dilengkapi dengan penjelasan bagaimana tenaga suria digunakan oleh manusia. Selepas itu, mereka diminta membanding lakaran model dengan murid-murid lain, dan mengenalpasti lakaran model yang paling sesuai. Guru memberi cadangan sumber-sumber maklumat yang boleh dirujuk dan membimbing murid-murid untuk menentukan maklumat yang perlu dicari. Gambarajah 1: Contoh Lakaran Model Sumber: https://www.researchgate.net/ Nota: Models include diagrams, physical replicas, mathematical representations, analogies, and computer simulations. Models are used to represent a system (or parts of a system) under study, to aid in the development of questions and explanations, to generate data that can be used to make predictions, and to communicate ideas to others (NGSS, 2013). Contoh lakaran model murid adalah seperti dalam Gambarajah 1. Mereka dikehendaki: i. menjelaskan bagaimana manusia menggunakan tenaga, ii. menaakul kepentingan langkah penjimatan penggunaan tenaga (contoh cadangan penyelesaian masalah pembaziran tenaga), iii. menaakul kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah. 2. Murid-murid membentukkan lima kumpulan. Kumpulan 1: Tenaga hidro Kumpulan 2: Tenaga angin Kumpulan 3: Perlombongan batu arang Kumpulan 4: Carigali petroleum Kumpulan 5: Tenaga nuklear


Setiap kumpulan dikehendaki memberi penjelasan bagaimana tenaga digunakan oleh manusia melalui lakaran model (Lakaran seperti Gambarajah 1). Setiap kumpulan memberi penjelasan untuk tugasan yang diterima sahaja. Guru membimbing murid-murid untuk menentukan maklumat yang perlu dicari. Contohcontoh maklumat yang perlu dicari: i. Maksud tenaga yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui ii. Kelebihan dan kekurangan tenaga/ suria/ hidro/ angin/ bahan api/ nuklear iii. Bagaimana sumber-sumber tenaga tersebut digunakan sebagai sumber yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui iv. Bagaimana manusia menggunakan sumber tenaga tersebut v. Bagaimana mengurangkan masalah penyimpanan tenaga suria vi. Bagaimana mengaplikasikan tenaga hijau di pusat bandar Explain (60 minit) 1. Murid membentangkan lakaran model dan memberi penjelasan hasil kerja mereka. 2. Murid membuat perbandingan lakaran model mereka dengan kumpulan lain. 3. Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang penting dan membetulkan miskonsepsi (jika ada). 4. Murid membuat kesimpulan maksud tenaga yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui, dan kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah. Elaborate (60 minit) Untuk memberi pengalaman autentik kepada murid-murid, mereka diminta untuk menyiasat operasi syarikat-syarikat pengusaha sumber tenaga tempatan (Contoh: Projek Upper Padas/ Empangan Air Babagon/ Tenom Pangi Dam/ Hydro Plant Sabah Electricity Sdn. Bhd./ Large Scale Suria (LSS) Sabah Electricity Sdn. Bhd./ Kimanis Power Plant dan lain-lain contoh yang sesuai). 1. Murid-murid membentukkan kumpulan. 2. Guru mencadang sumber-sumber maklumat seperti: i. laman web yang sesuai ii. temu bual dengan pakar/ ketua kampung/ penduduk tempatan iii. surat khabar tempatan/ dalam talian 3. Murid-murid dikehendaki menyiasat perkara-perkara seperti impak/kesan daripada aktiviti-aktiviti syarikat pengusaha sumber tenaga tersebut (contoh: kesan kepada ekosistem, isu-isu pencemaran, kesan kepada penduduk tempatan). 4. Murid-murid mempersembahkan hasil siasatan mereka, membincangkan pengalaman dan hasil pembelajaran daripada aktiviti ini. Mereka dibimbing berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang inovasi dalam penggunaan sumber tenaga pada masa depan, serta mencadangkan cara-cara/ langkah-langkah penyelesaian masalah. Guru membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang penting dan membetulkan miskonsepsi (jika ada). Guru membimbing murid membuat kesimpulan tentang tenaga yang boleh dibaharui/ tidak boleh dibaharui, kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah dan menaakul kepentingan penggunaan secara berhemah untuk sumber tenaga tidak boleh dibaharui


Evaluate (30 minit) 1. Penilaian berterusan dilakukan sepanjang proses pembelajaran berdasarkan: i. Standard preatasi untuk standard pembelajaran Sains Tahun 4: 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3 (rujuk DSKP Sains Tahun 4) ii. Standard prestasi untuk standard pembelajaran Sains Tahun 5: 5.2.5, 5.2.6 (rujuk DSKP Sains Tahun 5) 2. Bentuk pentaksiran lain berdasarkan Rubrik Penilaian yang bersesuaian dengan konteks. Cadangan pentaksiran: • Lisan • Kuiz • Ujian • Catatan dalam Science Notebook • Penulisan refleksi kendiri murid • Laporan peer review • Pemerhatian guru • Penilaian kendiri murid Lampiran Lampiran ML7-1: Lembaran Kerja Lampiran ML7-2: Contoh Rubrik Penilaian Lakaran Model Lampiran ML7-3: Contoh Item Kuiz (dicadangkan mengaplikasikan TMK seperti Google Form Kahoot Quizizz, Plickers mengikut kesesuaian dan konteks) Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sains: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sains: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Lampiran ML7-1 Lembaran Kerja a. Gambar-gambar berikut adalah sumber-sumber tenaga yang digunakan oleh manusia. b. Gunting gambar-gambar berikut dan susun gambar-gambar ini dalam Carta T. c. Bandingkan Carta T anda dengan Carta T ahli kumpulaan. Anda boleh susun semula gambar-gambar tersebut selepas berbincang dengan ahli kumpulan anda. d. Selepas perbincangan dengan guru, lekat gambar-gambar dalam Carta T anda dan simpan Carta T dalam Science Notebook anda. Gas Asli Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/ Batu Arang Sumber: https://www.jmg.gov.my/ Tenaga Suria Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/


Tenaga Angin Sumber: https://www.theborneopost.com/ Petroleum Sumber: https://www.theborneopost.com/ Tenaga Hidro Sumber: https://www.alamy.com/kiulu Tenaga Nuklear Sumber: https://www.dailysabah.com/


Nama: __________________________ CARTA T Sumber tenaga yang boleh dibaharui Sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui


Lampiran ML7-2 Contoh Rubrik Penilaian Lakaran Model Kriteria Aspek Markah dan Catatan Proses 40% 1. Rujukan yang releven (10 markah) 2. Pemilihan komponen yang sesuai (contoh: Adakah kereta merupakan komponen yang sesuai dalam Gambarajah 1?) (10 markah) 3. Langkah/prosedur (10 markah) 4. Reka bentuk lakaran model (sketch of design) (10 markah) Aplikasi 30% 1. Kemahiran menyelesai masalah (10 markah) 2. Kemahiran proses sains (5 markah) 3. Kemahiran manipulatif (5 markah) 4. Kemahiran berkomunikasi(5 markah) 5. Pemikiran kritis dan kreatif (5 markah) Rujuk Kerangka Kurikulum Sains seperti tertera dalam DSKP Sains KSSR. Pengetahuan 20% 1. Fakta dan konsep yang betul (10 markah) 2. Berupaya menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu (10 markah) Pembentangan 10% 1. Aliran dan organisasi idea (5 markah) 2. Kreativiti dan kolaboratif (5 markah) Jumlah Markah


Lampiran ML7-3 Contoh Item Kuiz Nama: ______________________ Arahan: Tanda jawapan/ jawapan-jawapan yang betul. Jawab semua soalan. Masa menjawab adalah 5 minit. 1. Berikut adalah penerangan untuk tenaga yang boleh dibaharui KECUALI: (Standard Kandungan 5.2 Tahun 5, Standard Prestasi Tahap Penguasaan 1: Menyatakan maksud tenaga yang boleh dibaharui dan tenaga yang tidak boleh dibaharui) A. Sering disebut sebagai tenaga bersih B. Berasal dari sumber semula jadi C. Sumber yang boleh dijana secara berterusan D. Didapati di mana-mana saja Jawapan: D Cadangan: Kuiz dalam talian seperti Kahoot, Google Form atau kuiz offline seperti Plickers. 2. Berikut adalah contoh-contoh tenaga yang boleh diperbaharui KECUALI: (Standard Kandungan 5.2 Tahun 5, Standard Prestasi Tahap Penguasaan 2: Memberi contoh sumber tenaga boleh dibaharui dan tenaga yang tidak boleh dibaharui) A. B. C. D. Jawapan: D Cadangan: Kuiz dalam talian seperti Kahoot, Google Form atau kuiz offline seperti Plickers.


3. Sekolah perlu mengamalkan penggunaan sumber tenaga secara berhemah. Cadangkan SATU cara mengurangkan pembaziran tenaga di sekolah. Hujahkan kepentingan mengurangkan pembaziran tenaga di sekolah. (Standard Kandungan 5.2 Tahun 5, Standard Prestasi Tahap Penguasaan 4: Menaakul kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah) Contoh jawapan: Memasang label peringatan untuk memadamkan suis lampu/kipas. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemah dapat mengurangkan pembaziran tenaga dan mengurangkan kos penyelenggaraan sekolah. Cadangan: Kuiz dalam talian yang menerima jawapan pendek seperti Google Form. 4. Rajah 1 menunjukkan salah satu sumber tenaga tidak boleh dibaharui yang biasa digunakan di Malaysia. Rajah 1 a. Cadangkan SATU langkah penjimatan penggunaan sumber tenaga ini. b. Apakah kepentingan langkah penjimatan yang anda cadangkan? c. Mengapakah kita harus mengelak penggunaan sumber tenaga ini? (Standard Kandungan 7.2 Tahun 4, Standard Prestasi Tahap Penguasaan 4: Menaakul kepentingan langkah penjimatan penggunaan tenaga untuk kelestarian sumber tenaga) Contoh Jawapan: Kurangkan membeli/mengguna bahan-bahan plastik. Bahan-bahan plastik diperbuat daripada pecahan petroleum/gas asli. Ia merupakan sember tenaga yang tidak dapat diperbaharui. Sumber tenaga ini adalah terhad dan tidak boleh dijana semula. Penjimatan penggunaan tenaga ini dapat menjamin kelestarian sumber tenaga. Cadangan: Kuiz dalam talian yang menerima jawapan pendek seperti Google Form.


5. Arang batu merupakan sejenis sumber tenaga yang tidak dapat diperbaharui. b. Berikan SATU contoh perubahan bentuk tenaga dalam arang batu kepada bentuk tenaga lain. c. Mengapakah contoh perubahan bentuk tenaga yang anda berikan penting dalam kehidupan harian kita? (Standard Kandungan 5.1 Tahun 5, Standard Prestasi Tahap Penguasaan 5: Menaakul kepentingan perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam kehidupan seharian) Contoh Jawapan: a. Tenaga kimia dalam arang batu boleh ditukar kepada tenaga haba dan membekal tenaga elektrik kepada kita. b. Contoh: menyalakan lampu, kipas dan peralatan rumah tangga yang memberi keselesaan hidup kepada kita. Cadangan: Kuiz dalam talian yang menerima jawapan pendek seperti Google Form.


191 Pendidikan Sains dan Murid Peribumi Cindy Wong Chyee Chen Pengenalan Pendidikan sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat di mana ia berupaya mempengaruhi pembangunan diri, meningkatkan taraf hidup, mencorakkan masa hadapan dan juga membangunkan modal insan. Pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia telah membuka peluang kepada proses modenisasi dan juga akses kepada pendidikan, khasnya kepada golongan peribumi di pedalaman. Namun, jika dibandingkan dengan murid arus perdana, murid-murid peribumi di pedalaman ini masih dianggap jauh ketinggalan di belakang dalam aspek pendidikan. Masyarakat peribumi di kawasan pedalaman seringkali dikaitkan dengan mempunyai prestasi akademik yang rendah. Ini termasuk juga prestasi dalam bidang sains (Bamhardt et al., 2000; CCL, 2007; Meyer & Crawford, 2011). Pendidikan sains sentiasa diberi keutamaan dalam kurikulum persekolahan Malaysia iaitu semua murid diwajibkan untuk mempelajari sains mulai peringkat prasekolah (Lilia, 2013). Walaupun pendedahan seawal prasekolah, prestasi pendidikan sains dalam kalangan murid peribumi di pedalaman masih rendah jika dibandingkan dengan murid di sekolah bandar. Sebahagian isu-isu pendidikan yang timbul ialah tahap keciciran yang tinggi, tiada motivasi dalam pembelajaran, tahap keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak yang rendah dan pendekatan pedagogi yang tidak sesuai (BPK, 2012). Di Malaysia, murid-murid peribumi di kawasan pedalaman cenderung menganggap pendidikan sains sebagai tidak penting dan tidak relevan dengan kehidupan seharian mereka. Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar sains (Nur Bahiyah, Maryati, Azman & Mohd. Najib, 2013; Subahan et al., 2011). Ketidakhadiran yang tinggi dan ketidaklibatan yang aktif dalam proses pembelajaran menyebabkan murid-murid peribumi ini mengalami ‘kerugian’ dari aspek pengetahuan dan juga kemahiran. Sehubungan itu, penekanan harus diberikan terhadap bagaimana murid-murid peribumi belajar dan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai perlu dikaji dan dikenal pasti untuk meningkatkan peluang dalam pembelajaran sains. Ini secara langsung menyumbang kepada proses pembelajaran yang lebih bermakna. Bagaimanakah murid peribumi belajar? Apakah strategi yang sesuai untuk membolehkan pembelajaran bermakna dalam kalangan murid peribumi? Menurut Ma’rof dan Sarjit (2008), murid peribumi yang berada di kawasan pedalaman ini mempunyai perasaan yang mendalam terhadap alam sekitar. Justeru, aktiviti pembelajaran yang melibatkan alam sekitar akan menarik minat mereka. Ini disebabkan hutan dan alam sekitar merupakan elemen yang penting dan relevan dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini dikatakan akan memberi impak positif ke atas proses PdP mereka. Selain itu, Smith dan Sobel (2010) menyatakan pendekatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) akan dapat membina pengetahuan yang dinamik dan seterusnya dapat meneroka kemahiran dan kemampuan murid-murid. Menurut Ayla (2016), murid-murid akan lebih mahu mempelajari topik saintifik sekiranya mereka mendapati pengetahuan sains yang dipelajari adalah penting secara sosial dan juga akademik. Kerelevenan pengetahuan dan kemahiran


192 saintifik yang dipelajari dengan kehidupan seharian ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar sains dan seterusnya membawa impak positif ke atas pembelajaran murid. Untuk menyokong sepenuhnya pembelajaran sains murid-murid peribumi di kawasan pedalaman ini, pendekatan PLBD yang melibatkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bermakna perlu dirancang secara khusus. Satu modul yang dikenali sebagai Modul Kayeu (bermaksud ‘Tumbuhan’ dalam bahasa Penan) telah dibangunkan dengan berdasarkan pembelajaran kontekstual PLBD. Pendekatan ini dirasakan sesuai untuk dilaksanakan semasa sesi PdP topik ‘Tumbuhan’ terhadap murid-murid peribumi di kawasan pedalaman. Mengapakah pendekatan Pembelajaran di Luar Bilik Darjah ini digunakan dalam PdP? Dalam pendekatan ini, guru dikehendaki membawa murid-murid keluar dari bilik darjah dan berada dekat dengan persekitaran hutan untuk proses PdP sains. Ini berupaya memberi murid suatu perasaan yang lebih selesa dan dekat dengan alam sekitar. Pendekatan ini membawa kelainan dan juga alternatif kepada proses PdP yang dilaksanakan secara konvensional (berada dalam bilik darjah) di sekolah rendah. Ia dipercayai dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Persekitaran dijadikan sebagai lokasi pembelajaran di samping bahan pengajaran yang dikenali oleh murid dan senang diperoleh dari sekitar digunakan. Ini dapat menyedarkan murid-murid pedalaman tentang wujudnya hubungan dan kerelevanan pendidikan sains yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Dalam modul Kayeu yang berpandukan pendekatan ini, aktiviti-aktiviti yang direka khas dan dilaksanakan memberi peluang kepada murid-murid peribumi untuk melibatkan diri secara aktif melalui aktiviti hands-on dan juga intelektual yang akan membawa kepada pembelajaran yang efektif dan memberi kesan yang bermakna. Di samping itu, kemahiran kolaborasi dan kemahiran komunikasi antara ahli kumpulan juga dapat dipupuk dan ditingkatkan. Diharap dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh oleh murid-murid pedalaman melalui pendidikan sains, mereka berupaya memahami dan menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling mereka secara saintifik dan bukan lagi berasaskan pengalaman dan kepercayaan yang diturunkan daripada generasi lepas. Murid-murid peribumi ini juga tidak boleh ketinggalan dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kemahiran abad ke-21 dalam pendidikan sains agar boleh bersama-sama menyumbangkan kepada pembangunan dan pembentukan negara yang maju dan moden. Mereka perlu mengadaptasi dan menyesuaikan kehidupan asal mereka yang dikelilingi oleh alam sekitar atau hutan kepada kehidupan dalam abad ke-21 yang penuh dengan cabaran dan perkara yang baharu bagi mereka. Pelaksanaan Modul Kayeu Model pengajaran yang digunakan ialah Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987). Berikut disertakan contoh turutan persembahan maklumat semasa proses PdP mengikut Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) yang melibatkan fasa-fasa seperti orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi.


193 Fasa Tujuan Contoh Aktiviti Orientasi • Menarik perhatian dan menimbulkan minat murid • Eksperimen, video, demonstrasi, penyelesaian masalah, lagu, peta minda Pencetusan Idea • Meninjau semula dan menyedari idea asal murid • Eksperimen, perbincangan kumpulan kecil, peta konsep, persembahan Penstrukturan Semula Idea • Penerangan dan penukaran idea • Pendedahan kepada idea yang konflik • Pembentukan idea baharu • Penilaian • Kesedaran tentang kewujudan idea alternatif, idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. • Mengenalpasti idea alternatif dan menilai idea asal secara kritikal • Menguji kesahan idea-idea sedia ada • Mengubahsuai, mengembang atau menukar idea dengan idea baharu • Menguji kesahan idea-idea baharu • Perbincangan kumpulan kecil, persembahan • Perbincangan, input guru • Eksperimen, projek, demonstrasi Aplikasi Idea • Mengaplikasi idea-idea baharu yang telah dibina dalam situasi baharu • Eksperimen, projek, penulisan laporan Refleksi • Menyedari tentang perubahan idea asal kepada idea saintifik baharu • Penulisan laporan, perbincangan kumpulan, nota Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) Pendekatan PLBD diintegrasikan dalam fasa penstrukturan semula idea dan fasa aplikasi idea. Dengan menggunakan pendekatan PLDB ini, tahap kerelevanan pembelajaran akan meningkat dalam kalangan murid-murid peribumi ini. Justeru, ia akan memberi makna yang lebih kepada murid-murid peribumi di kawasan pedalaman apabila melalui proses PdP sains. Contoh aktiviti dalam Modul Kayeu adalah seperti berikut: Tahun: Dua Standard Kandungan (Sains) 5.1 Tumbesaran Tumbuhan Standard Pembelajaran (Sains) 5.1.5 Membuat kesimpulan keperluan asas untuk tumbesaran tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan Amalan sains Merancang dan menjalankan penyiasatan; Menganalisis dan menginterpretasi data Kemahiran dan nilai a. Kemahiran Proses Sains 1. Memerhati 2. Meramal 3. Berkomunikasi 4. Membuat inferens


194 b. Kemahiran Berfikir 1. Menciri 2. Membanding dan membeza 3. Menganalisis 4. Membuat kesimpulan 5. Meramal c. Nilai 1. Bekerjasama semasa melaksanakan aktiviti kumpulan. Ringkasan Aktiviti Berikut merupakan ringkasan kepada rancangan PdP yang menggunakan strategi dalam Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham. a. Fasa orientasi Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian murid terhadap apa yang hendak disampaikan. Selain itu, ia juga membantu dalam menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai bagi memulakan proses PdP. • Guru memaklumkan kepada murid mengenai pembelajaran topik baharu dan persediaan untuk mengadakan sesi PdP di luar bilik darjah. • Guru nyatakan peraturan dan langkah keselamatan kepada murid-murid. Guru boleh tambahkan senarai tersebut jika perlu. • Murid beratur dan menuju ke padang rumput/ pondok. • Guru memastikan semua murid telah bersedia untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya. b. Fasa pencetusan idea Fasa pencetusan idea ini merupakan fasa yang merangsang murid untuk meninjau semula dan menyedari idea asal mereka. • Guru kaitkan keperluan asas (air) manusia dan haiwan (yang telah dipelajari) dengan tumbuhan (yang akan dipelajari). • Aktiviti 1.1: Memerhati dan membeza c. Fasa Penstrukturan Semula Idea Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru akan mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Selain itu, murid juga akan menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubah suai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik jika didapati idea sedia ada adalah tidak sesuai. • Guru memberi penerangan mengenai fungsi air dan kepentingan air kepada tumbuhan. • Aktiviti 1.2: Permainan: “Siapa betul, dia menang” • Aktiviti 1.3: Penyiasatan: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup


195 d. Fasa Aplikasi idea Fasa aplikasi idea pula melibatkan keadaan di mana pengukuhan idea saintifik yang baharu dibina dan diaplikasikannya dalam keadaan atau situasi yang lain. • Aktiviti 1.4: Projek Individu: Menanam biji benih jagung (atau biji benih yang lain) e. Fasa Refleksi Fasa refleksi adalah keadaan di mana murid menyedari tentang perubahan dari idea asal kepada idea baharu yang dibina semasa proses PdP. Selain itu, fasa ini juga membolehkan murid membandingkan idea asal dengan idea baharu. Alat dan bahan: 1. Biji benih kangkung (4 – 6) 2. Anak pokok kangkung (4 – 6) 3. Keratan buluh (4 buah) 4. Tanah 5. Air 6. Pensel berwarna (1 kotak) 7. Nota 1 (Lampiran S17-2) 8. Lembaran kerja 1, 2, 3, 4 & 5 (Lampiran S17-1) Masa: 2 minggu Perancangan pengajaran dan pembelajaran (berdasarkan Model Lima Fasa Needham) FASA AKTIVITI CATATAN Orientasi (10 minit) Guru memaklumkan kepada murid mengenai pembelajaran topik baharu dan persediaan untuk mengadakan sesi PdP di luar bilik darjah. G: Selamat pagi murid-murid. M: Selamat pagi cikgu. G: Mulai hari ini kita akan belajar topik baharu iaitu tumbuhan. Kamu semua akan menanam beberapa jenis tumbuhan dan melihat apa akan terjadi kepada tumbuhan tersebut semasa ia membesar dalam beberapa minggu ini. G: Hari ini cikgu akan membawa kamu semua belajar di luar bilik darjah ini. Kita akan pergi ke padang rumput / pondok untuk belajar sains. G: Kalau kita keluar, mesti ada peraturan dan langkah keselamatannya. Kamu semua mesti mematuhi peraturan dan langkah G : Guru M : Murid Tempat lain di luar kelas yang dirasakan sesuai boleh juga dipilih.


196 keselamatan. Boleh tak? M: Boleh, cikgu. Guru nyatakan peraturan dan langkah keselamatan kepada murid-murid. Guru boleh tambahkan senarai tersebut jika perlu. 1. Sentiasa mendengar arahan guru. 2. Berjalan dalam kumpulan. 3. Jangan merayau ke tempat/kawasan lain. 4. Tumpukan perhatian semasa guru memberi penerangan atau menanya soalan. 5. Jangan bercakap atau membuat bising. 6. Angkat tangan sebelum menjawab soalan guru. Murid beratur dan menuju ke padang rumput/ pondok. Guru memastikan semua murid telah bersedia untuk sesi PdP seterusnya. * Kontekstual Guru memastikan murid-murid berdisiplin. Pencetusan Idea (20 minit) Guru cuba kaitkan keperluan asas (air) manusia dan haiwan (yang telah dipelajari) dengan tumbuhan (yang akan dipelajari) dengan bertanya soalan: G: Apakah topik yang telah kamu belajar dalam sains sebelum ini? M: Manusia dan Haiwan. G: Kamu semua masih ingat apa yang dipelajari dalam tajuk “Manusia”? M: Keperluan asas manusia, cikgu. G: Baik. Ini menunjukkan kamu memberi perhatian semasa cikgu mengajar. M: Terima kasih, cikgu. G: Siapa boleh beritahu cikgu apakah keperluan asas manusia? M: Makanan, air, tempat perlindungan dan udara. G: Baik. Tahniah. Berikan tepukan kepada kamu sendiri. M: Murid-murid tepuk tangan dan ketawa. G: Siapa boleh beritahu cikgu apakah keperluan asas haiwan? Sebelum guru bertanya soalan, ingatkan murid untuk mengangkat tangan sebelum menjawab soalan. Pujian dan motivasi.


197 M: Makanan, air, tempat perlindungan dan udara. G: Baik. Tahniah. Berikan tepukan kepada kamu sendiri. M: Murid-murid tepuk tangan dan ketawa. G: Bagaimana pula dengan keperluan asas tumbuhan? M: Makanan, air, tempat perlindungan dan Udara / tidak tahu. G: Baik. Ingat jawapan kamu semua. Kita akan melihat semula jawapan kamu apabila kita belajar keperluan asas untuk tumbuhan dalam beberapa minggu ini. M: Baik, cikgu. Aktiviti 1.1 Memerhati dan membeza Guru menunjuk ke arah dua buah pasu pokok bunga / pokok di persekitaran. (Sebuah pasu pokok dengan daun warna hijau / sihat, sebuah pasu pokok lagi dengan daun warna kuning / tidak sihat). Guru bertanya soalan: G: Cuba kamu melihat dua pasu pokok bunga/ pokok itu? M: Murid melihat ke arah yang ditunjukkan oleh guru. G: Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat antara pokok A dan pokok B tersebut? M: Daun pokok A berwarna kuning/layu manakala daun pokok B berwarna hijau/ sihat. G: Mengapa kedua-dua pokok A dan pokok B sebegitu rupa? M: Tidak cukup air / Tidak tahu G: Mengapa daun pokok A berwarna kuning/ layu? M: Tidak ada air / kering G: Mengapa daun pokok B berwarna hijau/ tidak layu? M: Ada air / tidak kering / sihat Pujian dan motivasi. Guru menerima semua cadangan jawapan murid. Tiada pembetulan pada jawapan yang salah (sekiranya ada) dilakukan oleh guru pada masa ini. * Kontekstual Persediaan awal guru: • Kenal pasti dua pasu pokok bunga / pokok yang berlainan sebelum kelas. • Guru boleh sengaja tidak menyiram air pada salah satu pasu pokok / pokok beberapa minggu sebelum aktiviti bermula. Guru boleh menamakan pokok layu sebagai “Pokok A” dan pokok sihat sebagai “Pokok B” atau sebaliknya.


198 Penstrukturan Semula Idea (30 minit + 1 minggu pemerhatian) Peringatan: Guru dan murid telah berada di luar bilik darjah, tiada papan putih atau LCD untuk bantu penerangan guru. Guru menunjukkan poster dan memberi penerangan atau melalui sesi soal-jawab tentang kepentingan air kepada kehidupan: G: Siapa boleh beritahu cikgu apa kepentingan air dalam kehidupan harian kamu? M: Minum/mandi/sihat/segar/bersihkan rumah/siram pokok/ dan jawapan lain G: Baiklah, sekarang cikgu akan terangkan kepentingan dan fungsi air untuk tumbuhan pula. Aktiviti 1.2 Permainan: “Siapa betul, dia menang” Guru minta semua murid berdiri dan berkumpul serta jarakkan diri di hadapan guru. Guru memberitahu murid cara bermain dan peraturan permainan: a. Apabila cikgu menyebut “cukup air”, kamu semua perlu berlakon keadaan pokok yang mempunyai cukup air / sihat. b. Apabila cikgu menyebut “tiada air”, kamu semua perlu berlakon keadaan pokok yang tidak mempunyai cukup air / layu. c. Cikgu akan bagi arahan dan murid perlu berlakon. d. Arahan akan diberikan pada kadar yang semakin cepat. e. Siapa yang tidak dapat/sempat membuat lakonan tersebut akan dianggap kalah. f. Murid yang kalah akan keluar dan berdiri di tepi cikgu. g. Murid yang dapat bertahan paling lama dianggap menang. G: Kamu semua faham peraturan ini? M: Faham, cikgu. Permainan dimulakan apabila guru dan murid telah bersedia. Rujuk Nota 1 di Lampiran S17-2. (sebagai panduan) Permainan melakon pokok yang cukup air dan pokok yang tidak cukup air. * Kontekstual


199 Permainan boleh diteruskan sehingga hanya beberapa orang murid yang berjaya (bergantung kepada budi bicara guru). Aktiviti 1.3 Aktiviti hands-on: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka akan menjalankan suatu penyiasatan tentang keperluan asas tumbuhan yang akan melibatkan air. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang cara penanaman tumbuhan. G: Siapa boleh beritahu cikgu bagaimana hendak menanam tumbuhan/pokok dengan betul? M: Ambil biji benih/tumbuhan dan masukkannya ke dalam tanah. Kemudian siram air. G: Selepas masukkan biji benih ke dalam tanah, apa perlu kita buat? M: Siram air. G: Kenapa kita perlu siram air? M: Supaya benih bercambah / supaya benih tidak kering / supaya benih tidak mati (guru perlu membetulkan idea murid di dalam fasa ini). Guru biarkan murid menerangkan proses penanaman tersebut. Jika didapati tidak betul, guru boleh menunjukkan proses yang sepatutnya. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (4 orang atau mengikut budi bicara guru). Setiap kumpulan melantik seorang ketua kumpulan. Guru menunjukkan kepada murid bahan/peralatan yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan bagi setiap kumpulan: • 4 – 6 biji benih kangkung Tepukan diberikan kepada murid yang berjaya. Galakan dan motivasi. Persediaan awal guru: • Biji benih kangkung perlu dicambahkan dahulu menjadi anak pokok (1-2 minggu sebelum aktiviti). • Keringkan tanah beberapa minggu lebih awal. • Tanah kering boleh diletak dalam bekas untuk memudahkan murid mengambilnya. * Kontekstual Tujuan menggunakan biji benih dan anak


200 • 4 – 6 anak pokok kangkung • 4 keratan buluh (yang dipotong setengah untuk dijadikan tapak - menggantikan piring petri atau polibeg) • Tanah kering • Air • Kad/Pelekat berlabel “A”, “B”, “C” dan “D”. Murid memulakan aktiviti penyiasatan: 1. Ketua kumpulan mengambil bahan/ peralatan yang diperlukan daripada guru. 2. Tanah diletak dalam keempat-empat keratan buluh. 3. 2-3 biji benih kangkung ditanam dalam keduadua keratan buluh. 4. Labelkan sebagai “A” dan “B”. 5. 2-3 anak pokok kangkung ditanam dalam kedua-dua keratan buluh yang lain. 6. Labelkan dengan “C” dan “D”. 7. Siram biji benih dalam keratan buluh A dan anak pokok dalam keratan buluh C dengan air yang secukupnya. 8. Keratan buluh B dan D dibiarkan dengan tanah kering (tidak disiram dengan air). 9. Letakkan keratan buluh A, B, C dan D di tepi tingkap atau tempat yang dikenal pasti sesuai oleh guru selama beberapa hari (4-6 hari). 10.Murid membuat pemerhatian setiap hari pada hasil tanaman mereka. Guru meminta murid membuat ramalan apa yang akan berlaku kepada biji benih dalam keratan buluh A, B dan anak pokok dalam keratan buluh C dan D. G: Cuba kamu ramal/teka apa akan terjadi kepada biji benih yang kamu tanam pada keratan buluh A dan B? M: Cambah / tidak cambah / mati / dimakan semut G: Cuba kamu ramal/teka apa akan terjadi kepada anak pokok kangkung pada keratan buluh C dan D? M: Mati / layu / terus membesar G: Bulatkan jawapan ramalan kamu dalam Lembaran kerja 2. pokok ialah untuk menunjukkan kesan air terhadap tumbuhan pada peringkat tumbesaran yang berlainan. Boleh dilakukan apabila balik ke kelas. Guru boleh mengatur masa pada sebelah petang (budi bicara guru) Guru menerima semua cadangan jawapan


201 M: Baik, cikgu. G: Apabila penyiasatan ini selesai, kamu akan melihat dan membandingkan hasil penyiasatan dengan ramalan yang kamu buat hari ini. M: Baik, cikgu. Peringatan kepada murid: 1. Sediakan jadual tugas kumpulan dalam Lembaran kerja 1. 2. Siram air yang secukupnya pada keratan buluh A dan C setiap hari (atau mana yang sesuai). 3. Jangan siram terlalu banyak air. 4. Rekod pemerhatian akhir dalam Lembaran kerja 3. 5. Lukis/lakar rupa bentuk dan warnakan hasil penyiasatan dalam Lembaran kerja 4. Guru meminta murid menyiapkan latihan/soalan dalam Lembaran kerja 5. murid. Tiada pembetulan pada jawapan yang salah (sekiranya ada) dilakukan oleh guru pada masa ini. Lampiran S17-1 (Lembaran Kerja) Lampiran S17-1 (Lembaran Kerja) Sekiranya masa tidak mencukupi, guru boleh mengatur masa pada sebelah petang untuk melengkapkan lembaran kerja murid (mengikut budi bicara). * PBS Aplikasi Idea (2 minggu) Aktiviti 1.4 Projek Individu: Riwayat hidup pokok kesayangan saya Guru memaklumkan kepada murid-murid bahawa mereka perlu membuat satu projek individu iaitu menanam biji benih jagung (atau biji benih yang lain) di tepi atau belakang rumah. 1. Setiap murid dikehendaki memilih satu jenis biji benih tumbuhan yang paling dia suka. 2. Tanam biji benih tersebut di tepi atau belakang rumah anda. 3. Jaga biji benih tersebut sehingga menjadi sebatang tumbuhan yang sihat. 4. Lukiskan riwayat hidup biji benih tersebut pada sekeping kertas putih dan tampal di dalam kelas. Refleksi (30 minit) Guru berbincang jawapan dengan murid berkaitan Lembaran kerja 5 (sekiranya murid sudah selesai). * PBS Lampiran S17-1 (Lembaran Kerja)


202 Guru bertanya soalan kepada murid: G: Apakah yang kamu pelajari hari ini? M: Menanam biji benih dan anak pokok kangkung untuk menjalankan penyiasatan. G: Apakah kelebihan / kepentingan air kepada tumbuhan? M: Tumbuhan menjadi sihat. G: Nyatakan satu keperluan asas bagi tumbuhan yang kita pelajari pada hari ini? M: Air Guru membimbing murid merumuskan pelajaran hari ini. Guru mengingatkan murid tentang tugas dan tanggungjawab murid untuk menjaga biji benih dan anak pokok yang baharu ditanam (siram air dan merekod pemerhatian). Guru memaklumkan kepada murid bahawa hasil daripada penyiasatan akan dibincang pada minggu hadapan. Guru meminta murid mengemas/membersihkan tempat penyiasatan sebelum balik ke kelas. Murid beratur balik ke kelas dalam kumpulan sambil membawa bersama keratan buluh A, B, C dan D. * PBS Rujuk jadual tugas kumpulan dalam Lembaran kerja 1 (Lampiran S17-1) Lampiran Lampiran S17-1 : Lembaran Kerja 1 - 5 Lampiran S17-2 : Nota 1 Panduan untuk guru • Peringatan bahawa kemungkinan tahap kognitif dalam kalangan murid ada berbeza dengan murid arus perdana. • Bahan-bahan yang digunakan semasa PdP perlu merupakan bahan yang biasa dilihat / digunakan oleh murid di sekolah pedalaman. • Guru perlu menggunakan kemahiran sendiri untuk menentukan kelancaran proses PdP. • Guru perlu mempunyai sifat fleksibel dalam melaksanakan PdP agar ia membawa kepada pembelajaran yang bermakna.


Click to View FlipBook Version