Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 335 Lembaran Kerja 1 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ 1. Apakah nisbah: a. Burung kepada rama-rama? b. Itik kepada ayam? c. Angsa kepada ikan? d. Rama-rama kepada burung? e. Ayam kepada itik? f. Ikan kepada angsa? 2. Apakah nisbah: a. Burung kepada keseluruhan? b. Itik kepada keseluruhan? c. Angsa kepada keseluruhan? d. Rama-rama kepada keseluruhan? e. Ayam kepada keseluruhan? 3. Apakah nisbah: a. Keseluruhan kepada burung? b. Keseluruhan kepada itik? c. Keseluruhan kepada angsa? d. Keseluruhan kepada rama-rama? e. Keseluruhan kepada ayam?
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 336 Koordinat, Nisbah dan Kadaran 7.3 Kadaran 7.3.1 Menentukan suatu nilai yang tidak diketahui menggunakan kaedah unitari. Aktiviti 1: a. Murid memerhati kad gambar. Kad Gambar 1 b. Sesi soal jawab bersama guru berkenaa dengan kad gambar 1? Contoh: 1. Berapa biji epal semuanya? 2. Berapa orang kanak-kanak yang terdapat dalam gambar 1? 3. Berapa biji epal seorang murid dapat? Aktiviti 2: a. Murid menyelesaikan masalah dalam kad gambar 2. Kad Gambar 2 Contoh: Siapa yang boleh tunjukkan bagaimana caranya untuk mendapatkan jawapan bagi masalah dalam kad gambar 2? Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 337 Contoh penyelesaian: b. Secara pengiraan: Jumlah = 15 = = 9 c. Murid menyelesaikan satu soalan yang dipaparkan di papan tulis dengan menggunakan gambar rajah. Harga bagi 3 batang pensel ialah RM1.20. Berapakah harga bagi 7 batang pensel yang sama? d. Beberapa orang murid dipilih untuk membentangkan jawapan. Aktiviti 3: a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. b. Setiap kumpulan diberikan nama kumpulan berdasarkan warna yang telah disediakan. c. Semua kumpulan berdiri di stesen-stesen yang telah disediakan dan mula menjawab soalan yang terdapat di dalam sampul berdasarkan warna kumpulan masing-masing. d. Tiga minit diberikan untuk menyelesaikan masalah di setiap stesen. Kumpulan yang selesai di stesen pertama akan bergerak ke stesen seterusnya. e. Kumpulan pertama yang selesai menjawab semua soalan dalam sampul akan berdiri di depan kelas dan diberikan 5 markah tambahan. f. Setiap kumpulan akan membentangkan jawapan dan memberikan pandangan tentang jawapan masing-masing. Tanya Beri 3 5 45 5
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 338 Contoh soalan dalam sampul: 1. Bobby, Ah Meng, Ali, Dean dan Raju mempunyai bilangan guli yang sama dan kesemuanya berjumlah 20 biji. Berapakah jumlah guli Ah Meng, Ali dan Dean? Jawapan: _____________________ Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid. c. Beberapa orang murid dipilih untuk membentangkan jawapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja. Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Ketelitian dan kesungguhan.
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 339 Lembaran Kerja 1 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Jawab semua soalan di bawah. Lukiskan gambar rajah yang sesuai. 1. Minah mengambil masa 12 jam untuk menjahit 4 pasang baju kurung. Berapakah masa yang Minah perlukan untuk menjahit 6 pasang baju kurung yang sama? 2. Pak Abu menanam 36 batang pokok pisang dalam 6 baris. Berapakah batang pokok pisang yang dapat Pak Abu tanam dalam 3 barisan? 3. Harga bagi 7 biji epal ialah RM35.00. Berapakah harga bagi 11 biji epal? 4. Mary, Mei Ling, Suraya dan Kamala mempunyai bilangan setem yang sama dan jumlah kesemua setem mereka ialah 36 keping. Berapakah jumlah setem Mary dan Kamala?
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 340 Koordinat, Nisbah dan Kadaran 7.4 Penyelesaian Masalah 7.4.1 Menyelesaikan masalah melibatkan koordinat, nisbah dan kadaran dalam situasi harian. Aktiviti 1: Permainan Mencari Koordinat Murid ditunjukkan dengan petak-petak segi empat sama di papantulis hitam. Beberapa orang murid dipanggil dan diminta meletakkan gambar-gambar/huruf/titik di petak tersebut. Murid lain diminta menyatakan koordinat bagi gambar/huruf/titik tersebut. Aktiviti 2: a. Paparkan soalan dipapan putih. Contoh: Nisbah bilangan murid lelaki kepada murid perempuan ialah 3:4. Bilangan murid lelaki ialah 12 orang. Berapakah bilangan murid perempuan? b. Cungkil idea berdasarkan situasi. Langkah penyelesaian masalah: Baca dan faham Tulis maklumat penting/ kata kunci Selesaikan Semak jawapan Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 341 c. Murid boleh menggunakan teknik gambar rajah atau kaedah pengiraan. d. Pilih beberapa orang murid dan bentangkan jawapan mereka di papan putih. e. Bincangkan jawapan yang telah diberikan oleh murid. f. Ulang dengan soalan yang lain. Aktiviti 3 a. 6 Stesen disediakan. 4 stesen berdasarkan nisbah dan kadaran, 2 stesen untuk kooordinat. Murid diberikan kepada 6 kumpulan. b. Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk menyelesaikan masalah di setiap stesen. Contoh Soalan: Tandakan kedudukan 1. Ah Ming (1,1) 2. Ahmad (1,5) 3. Alex (6,5) 4. Muthu (6,1) Apakah bentuk poligon yang terhasil dengan kedudukan mereka? Pak Mail membeli 5 ekor ayam, 2 ekor ayam diberikan kepada Abu dan selebihnya diberikan kepada Siti? i. Apakah nisbah ayam Abu kepada ayam Siti? ii. Apakah nisbah ayam Siti kepada ayam Abu? Aktiviti 4: a. Edarkan Lembara Kerja 1 kepada setiap murid. b. Minta murid menjawab setiap soalan yang dikemukakan dan bincangkan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja. Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Ketelitian dan kesungguhan.
Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 342 Lembaran Kerja 1 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Jawab soalan berikut. 1. Najwa mempunyai 5 orang adik-beradik, 3 daripadanya adalah lelaki dan selebihnya perempuan. i) Apakah nisbah adik lelaki kepada adik perempuan? _____________________________________________ ii) Apakah nisbah adik beradik perempuan kepada keseluruhan? _____________________________________________ 2. Muhaizi mempunyai 4 batang pensel dan 3 batang pen. i) Apakah nisbah pensel kepada pen? _____________________________________________ ii) Apakah nisbah pensel kepada keseluruhan? _____________________________________________ iii) Apakah nisbah keseluruhan kepada pen? _____________________________________________ 3. Umar berada di petak parkir kereta. Terdapat beberapa buah kereta yang diletakkan di situ. Umar meletakkan keretanya di koordinat (6, 5) dan Anish pula di koordinat (3, 2). i. Lukiskan paksi-x dan paksi-y pada petak tersebut. Letak juga asalan (O). ii. Letakkan nombor 1 hingga penghujung paksi yang dilukis bermula selepas asalan (O). iii. Lukiskan gambar kereta Umar dan Anish di koordinat yang dinyatakan di atas. iv. Nyatakan dengan cara k reatif dan inovatif jarak antara kereta Umar dengan kereta Anish dengan mengabaikan bentuk koordinat (murid menggunakan ayat sendiri untuk menjelaskan jarak kedudukan antara kereta Umar dengan kereta Anish).
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 343 Statistik dan Kebarangkalian 8.1 Piktograf dan carta palang 8.1.1 Membina piktograf dan carta palang bagi data tak terkumpul Aktiviti 1: a. Murid melihat slaid yang ditunjukkan. b. Murid menyatakan jenis carta yang ditunjukkan. Minta murid menyatakan bagaimana piktograf dan carta palang dihasilkan. Aktiviti 2: a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli b. Guru memberi penerangan apa yang murid perlu lakukan dalam setiap kumpulan. c. Murid mencatatkan maklumat yang dicari di dalam jadual. Kumpulan Tugasan 1 dan 2 Warna beg sekolah 3 dan 4 Cara murid datang ke sekolah Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 344 Contoh jadual: Aktiviti 3: a. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, kumpulan murid tersebut dibahagikan untuk membina piktograf dan carta palang. Kumpulan 1 dan kumpulan 3 akan membina piktograf. Kumpulan 2 dan kumpulan 4 membina carta palang. Perkara yang perlu dinyatakan dalam piktograf yang lengkap. i. Tajuk ii. Petunjuk iii. Gambar yang sesuai iv. Jadual Perkara yang perlu dinyatakan dalam carta palang yang lengkap. i. Tentukan jenis data yg diwakili oleh setiap paksi. ii. Tentukan skala bagi setiap paksi. iii. Lukis palang. iv. Tulis tajuk untuk carta palang. c. Setiap kumpulan diberi masa untuk menyiapkan piktograf dan carta palang. d. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan masing-masing. e. Murid membuat perbandingan antara piktograf dan carta palang. Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid. d. Beberapa orang murid dipilih untuk membentangkan jawapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Mendengar arahan dan menerapkan amalan sikap kerjasama. Warna Beg Gundalan Bilangan Biru Merah Hitam Ungu
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 345 Lembaran Kerja 1 Nama: ____________________________________ Kelas: _______________ Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan gambar yang diberi. Berpandukan jadual yang telah dilengkapkan, bina piktograf dan carta palang pada ruang yang diberikan. Piktograf Carta palang Warna Gundalan Bilangan Warna Bilangan Biru Merah Hitam Ungu
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 346 Statistik dan Kebarangkalian 8.1 Piktograf dan carta palang 8.1.2 Mentafsir piktograf dan carta palang yang dibina. Aktiviti 1: a. Murid melihat slaid yang ditunjukkan. b. Murid menyatakan jenis carta dan maklumat pada carta tersebut. Aktiviti 2: a. Murid memerhati jadual yang dipaparkan. Jadual di bawah menunjukkan bilangan kereta yang dijual di dalam bulan Januari, Februari, Mac dan April. mewakili 10 biji kereta b. Daripada jadual tersebut, murid menyatakan apa yang mereka faham daripada jadual tersebut. Guru membimbing soalan seperti 1. Apakah perbezaan jualan kereta pada bulan Januari dan Februari? 2. Pada bulan apakah, jualan kereta terbanyak? 3. Berapakah jumlah jualan kereta untuk 4 bulan tersebut? Januari Februari Mac April Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 347 c. Murid memerhati jadual 2 yang dipaparkan. Carta palang menunjukkan bilangan buku yang dibaca oleh Dania, Fatin, Afiq Zikry dan Daniel pada tahun 2018. c. Daripada jadual tersebut, murid menyatakan apa yang mereka faham daripada jadual tersebut. Guru membimbing soalan seperti: 1. Berapakah beza bilangan buku yang dibaca paling banyak dan paling sedikit? 2. Siapakah membaca buku paling banyak? 3. Berapakah jumlah buku yang dibaca oleh 4 murid tersebut? Aktiviti 3: a. Murid dibahagikan kepada kumpulan. b. Guru menyediakan beberapa carta palang dan piktograf bersama soalan. Aktiviti stesen boleh dilakukan. c. Jawapan setiap kumpulan dibincangkan. Aktiviti 4: a. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid. d. Beberapa orang murid dipilih untuk membentangkan jawapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Mendengar arahan dan menerapkan amalaan sikap kerjasama.
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 348 Lembaran Kerja 1 Nama: ____________________________________ Kelas: _______________ Jawab semua soalan di bawah. 1. Apakah permainan yang paling digemari oleh murid kelas 5 Tanjung? _______________________________________________________. 2. Apakah permainan yang paling kurang digemari oleh murid kelas 5 Tanjung? _______________________________________________________. 3. Apakah perbezaan bilangan murid yang gemar permainan badminton dan sepak takraw? _______________________________________________________. 4. Berapakah jumlah bilangan murid kelas 5 Tanjung? _______________________________________________________. 5. Berapakah murid yang gemar bermain tenis? _______________________________________________________. 6. Nyatakan dalam turutan menaik mengikut permainan kegemaran murid kelas 5 Tanjung. _______________________________________________________. Bola sepak Badminton Sepak takraw Tenis Ping Pong
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 349 Pengurusan Data 8.2 Penyelesaian masalah 8.2.1 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data dalam situasi harian. Aktiviti 1: a. Murid melihat piktograf yang ditunjukkan. Makanan Kegemaran Murid Tahun 4 SK Bidara Pada Waktu Rehat Mewakili 10 orang murid b. Soal jawab antara guru dan murid berdasarkan maklumat pada piktograf di atas. Aktiviti 2: a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. b. Edarkan kepada setiap kumpulan: i. Satu set tugasan yang mengandungi data mentah dan soalan berdasarkan data itu (contoh: data mentah ialah bilangan haiwan peliharaan sekumpulan murid dan soalan hendaklah berkaitan dengan data bilangan haiwan peliharaan tersebut). ii. Kertas A4 atau kertas mahjung, c. Murid dalam setiap kumpulan membina piktograf atau carta palang berdasarkan data yang diterima. d. Murid menyelesaikan semua soalan yang diberikan bersama data mentah tadi berpandukan piktograf atau carta palang yang telah mereka bina. e. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Nasi lemak Nasi goreng Bubur nasi Mi goreng Roti keju Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 350 Aktiviti 3: a. Wujudkan 4 stesen dan beberapa kumpulan murid. b. Setiap stesen mempunyai kad gambar piktograf atau carta palang dengan data berbeza. Contoh Stesen 1. 1. Apakah tajuk carta palang ini? 2. Pada bulan berapakah jualan kek paling banyak? 3. Kira peratus jualan kek pada bulan Jun. 4. Berapakah beza jualan kek antara bulan Julai dan September? c. Setiap kumpulan murid perlu bergerak ke setiap stesen mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. d. Kumpulan yang dapat menyelesaikan semua tugasan di setiap stesen dengan betul dikira sebagai pemenang. Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Mendengar arahan dan menerapkan amalan sikap kerjasama. 100 300 200 150 0 50 100 150 200 250 300 350 Jun Julai Ogos September Bilangan kek dijual Jun Julai Ogos September
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 351 Lembaran Kerja 1 Nama: ________________________________ Kelas: _______________ Selesaikan semua soalan di bawah. 1. Rujuk carta palang di atas. Jawab soalan-soalan berikut. a. Nyatakan jumlah murid kelas 4 Arif. b. Bilangan bangsa manakah yang mempunyai bilangan murid yang sama banyak? c. Kirakan peratus lain-lain bangsa. d. Cari beza antara jumlah murid yang berbangsa Cina, India dan lain-lain dengan murid Melayu. Bilangan murid mengikut bangsa Tahun 4 Arif
Statistik dan Kebarangkalian: Tahun 4 352 2. Piktograf di bawah menunjukkan jualan komputer riba bagi syarikat A, B, C dan D pada bulan Januari. A B C D Mewakili 8 komputer riba a. Berapakah jualan komputer riba Syarikat B pada bulan Januari? b. Cari beza jualan komputer riba Syarikat A dengan Syarikat C. c. Jualan komputer riba bagi empat syarikat itu pada bulan Februari meningkat sebanyak 25% daripada jumlah jualan bulan Januari. Nyatakan jumlah jualan komputer riba ke empat-empat syarikat itu pada bulan Februari. Nyatakan berapakah beza antara jumlah jualan syarikat-syarikat itu pada bulan Januari dengan Februari.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E 62604 Putrajaya Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 bpk.moe.gov.my