Nombor dan Operasi: Tahun 4 135 Lembaran Kerja 1 Nama: __________________________ Kelas: _______________ 1. Dalam suatu ujian, markah Melia ialah 85%. Terdapat 40 soalan dalam ujian tersebut. Berapakah soalan yang dijawabnya adalah salah? 2. 25% daripada jumlah murid dalam satu kelas ialah lelaki. Diberi jumlah murid dalam kelas itu ialah 44 orang. Hitung bilangan murid perempuan dalam kelas tersebut. 3. Dalam sebuah kotak, terdapat 150 biji guli. 26% daripadanya berwarna kuning dan selebihnya adalah merah. Cari bilangan guli merah di dalam kotak itu
Nombor dan Operasi: Tahun 4 136 Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. 2.4 Penyelesaian masalah 2.4.1 Menyelesaikan masalah pecahan, perpuluhan dan peratus. Aktiviti 1: a. Guru menyediakan beberapa ayat matematik melibatkan pecahan, perpuluhan dan peratus dan diagihkan secara rawak kepada setiap kumpulan murid. b. Murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk membina satu cerita berkaitan dengan ayat matematik yang diberikan seperti berikut. c. Soal jawab antara guru dan murid. Aktiviti 2: a. Guru memberi soalan yang berlainan kepada setiap kumpulan b. Murid diberi masa selama 3 minit untuk menyelesaikan masalah tersebut. c. Guru dan murid berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan kaedah Model Polya. i. Maklumat ii. Kehendak soalan iii. Operasi yang diperlukan iv. Penyelesaian masalah v. Semak semula Aktiviti 3: a. Guru memberi lembaran kerja berbentuk situasi harian melibatkan pecahan, perpuluhan dan peratus. b. Berdasarkan soalan situasi yang diberikan, guru meminta murid melakonkan semula situasi berkenaan untuk mendapatkan maklumat seperti berikut: i. Apa yang diberi? ii. Apa yang diminta? iii. Apakah operasi yang terlibat? iv. Penyelesaian v. Semak semula Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 5 3 250 = 150 0∙85 + 3∙7 = 4∙55 45% 80 = 36
Nombor dan Operasi: Tahun 4 137 Aktiviti 4: a. Guru mempamerkan beberapa soalan situasi harian yang melibatkan pecahan, perpuluhan dan peratus. b. Murid secara berkumpulan berbincang dan menyelesaikan soalan tersebut. c. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas d. Guru membuat penilaian dan rumusan. Aktiviti 5: a. Guru mengedarkan Lembaran Kerja kepada murid. Pentaksiran: Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja. Nilai dan Sikap: Terapkan nilai dan sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 138 Lembaran Kerja 1 Nama: __________________________ Kelas: _______________ 1. Terdapat 10 15 1 kg durian, 9 4 kg pisang dan 3 2 kg betik di dalam sebuah bakul. Berapakah jumlah berat buah-buahan yang terdapat di dalam bakul itu? 2. Panjang seutas tali ialah 7 m. Ali memotong 0.45 m untuk membungkus hadiah. Berapakah panjang tali dalam m yang belum digunakan ? 3. Pak Jusoh ada 2 500 ekor ikan. 80% daripada ikan itu adalah ikan siakap dan selebihnya ikan haruan. Berapakah bilangan ikan siakap yang Pak Jusoh ada? 4. Hanafi ada 800 biji cempedak. 30% daripada jumlah cempedak itu telah dijual dan selebihnya ada dalam kedainya. Berapakah bilangan cempedak yang belum dijual? 5. Nurul memberi 7 3 daripada buah rambutannya kepada Sufiah. Baki buah rambutannya Nurul ialah 168 biji. Hitungkan bilangan asal buah rambutan Nurul.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 139 Wang 3.1 Operasi asas wang 3.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga nilai wang dan hasil tambahnya hingga RM100 000 3.1.2 Menyelesaikan ayat matematik tolak hingga dua nilai wang dari satu nilai wang dalam lingkungan RM100 000 Aktiviti 1: a. Tunjukkan beberapa keping kad gambar wang kertas RM100, RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1. Minta murid memerhatikan kad gambar wang tersebut. Contoh: b. Murid diminta menyebut nilai setiap wang kertas tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada dan lepas. c. Nyatakan keseluruhan nilai wang kertas tersebut. d. Aktiviti diteruskan dengan nilai wang yang lain. Aktiviti 2: a. Tunjukkan beberapa keping wang syiling dan wang kertas di hadapan kelas. Murid b. Nyatakan jumlah wang yang ditunjukkan. c. Aktiviti diteruskan dengan beberapa gabungan wang yang lain. d. Aktiviti boleh diteruskan dengan menggabungkan beberapa nilai wang pada Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 140 Aktiviti 3: a. Bentukkan kumpulan yang tidak melebihi 3 orang murid dan tandakan dengan murid A, B dan C. b. Guru menampal label harga pada katalog kelengkapan rumah yang ditampalkan di papan hitam. Contoh katalog adalah seperti berikut. RM64 971.00 RM29 526.00 RM16 538.00 RM42 738.00 RM32 387.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 141 c. Guru telah menyediakan kad soalan yang mempunyai gabungan 3 belian barang. Cadangan seperti berikut dan ditandakan dengan label A, B dan C. Tugasan ini akan diselesaikan oleh murid yang telah ditanda dengan A, B dan C. d. Tugasan yang perlu diselesaikan adalah murid menulis semula dalam bentuk ayat matematik yang betul gabungan hasil tiga barang pada kad tugasan yang diberikan secara berkumpulan. e. Murid membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas. Aktiviti 4: a. Murid digandingkan secara berpasangan. b. Guru telah menyediakan satu lembaran hasil kerja sebagai cadangan sebuah buku skrap. Cadangan Hasil Buku Skrap c. Edarkan katalog barang (Contoh: Giant, Tesco, CS, Maidin), beberapa keping kertas A4, gam dan gunting kepada setiap pasangan. d. Pilih tiga barang, gunting dan tampalkan pada kertas A4 yang disediakan. e. Bina ayat matematik dan dapatkan jumlah harga bagi ketiga-tiga barang tersebut. f. Murid membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas. g. Ulang aktiviti b hingga e dengan pilihan barang yang lain. Makanan Kegemaran Item 1 Item 2 Item 3 Ayat Matematik _____ + _____ + ____ = ______ Keperluan Sekolah Item 1 Item 2 Item 3 Ayat Matematik _____ + _____ + ____ = ______ [A] Set bilik tidur Set sofa Meja belajar [B] Set televisyen Meja belajar Meja makan [C] Set kabinet dapur Set televisyen Meja Belajar
Nombor dan Operasi: Tahun 4 142 Aktiviti 5: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. b. Lengkapkan Lembaran Kerja 1 dan bincang hasil jawapan murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1,murid dapat menjawab sekurang-kurangnya lima daripada enam soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 143 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Diberi lapan nilai perbelanjaan barangan seperti berikut: Kemudian, isikan nilai-nilai perbelanjaan di atas ke dalam rajah yang berikut supaya hasil tambah setiap tiga nilai perbelanjaan pada setiap baris ialah RM 77 953.00. Gunakan setiap nilai perbelanjaan tersebut sekali sahaja. . RM45 119.00 RM31 413.00 RM25 207.00 RM39 000.00 RM17 161.00 RM21 333.00 RM23 142.00 RM35 821.00 RM15 673.00 RM77 953.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 144 Aktiviti 6: a. Paparkan kad gambar beserta tanda harga. b. Minta murid membeli buah-buahan menggunakan wang yang diberi. Contoh: c. Nyatakan baki wang yang diterima. d. Ulang aktiviti b dan c dengan menggunakan sejumlah wang yang lain. Aktiviti 7: a. Paparkan kad nombor. Contoh: b. Murid diminta memilih dua kad nombor. c. Bina ayat matematik dan dapatkan bezanya. Catatan: Tegaskan pada murid bahawa proses penolakan perlu mengikut nilai wang iaitu ringgit dengan ringgit dan sen dengan sen. d. Ulang aktiviti b dan c dengan nilai wang yang lain. RM32 647.50 RM94 120.00 RM62 136.75 RM7 532.99 RM349.00 RM566.30 RM279.65
Nombor dan Operasi: Tahun 4 145 Aktiviti 8: a. Secara berkumpulan, edarkan sejumlah wang contoh yang telah ditentukan nilainya bagi setiap kumpulan, katalog barangan (Giant, Tesco), kertas A4, gam dan gunting. b. Pilih tiga barang, gunting dan tampal pada kertas A4 yang disediakan. c. Cari baki wang tersebut. d. Bentang hasil dapatan di hadapan kelas. e. Ulang aktiviti b hingga d menggunakan sejumlah wang yang lain. Aktiviti 9: a. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan 3 kepada setiap murid. b. Lengkapkan Lembaran Kerja 2 dan 3 serta bincang hasil jawapan murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 2 dan 3, murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 10 daripada 12 soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 146 Lembaran Kerja 2 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Tolak dan padankan jawapan. l. RM55 600.00 RM14 760.002 RM31 825.00 2. RM39 000.00 RM22 390.00 RM63 433.00 3. RM71 888.00 RM46 063.00 RM40 840.00 4. RM86 388.00 RM22 955.00 RM16 610.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 147 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Jawab semua soalan. l. RM97 000 RMl8 300 RM4 000 2. RM58 800 RM29 260 RMl0 l40 3. RM76 460 RMl3 000 RM27 089 4. 80 000 sen 3l 765 sen 28 950 sen 5. RM63 369.70 RM49 900.95 RM1 200.90 6. RM6l 260.90 RM45 000.30 RMl2 789.70 7. RM87 789.40 RM35 l76 RM4l 636.40 8. RMl00 000 RM34 009 RM5l 899
Nombor dan Operasi: Tahun 4 148 Wang 3.1 Operasi asas wang 3.1.3 Menyelesaikan ayat matematik darab melibatkan nilai wang dengan nombor hingga dua digit, hasil darabnya hingga RM100 000. Aktiviti 1: a. Seramai 4 orang wakil murid diminta keluar ke hadapan kelas. b. Setiap orang murid diberi tiga keping wang kertas RM100. Contoh: Ada empat orang murid. Setiap murid memegang tiga keping wang kertas bernilai RM300. c. Tulis ayat matematik tambah berulang. Contoh: RM300 RM300 RM300 RM300 RM1 200 d. Tulis ayat matematik darab. Contoh: 4 RM300 RM1200 e. Ulang aktiviti a hingga d menggunakan contoh nilai wang yang lain. Aktiviti 2: a. Paparkan ayat matematik. b. Tunjukkan penyelesaian menggunakan garis nombor. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit Murid A Murid B Murid D RM650 RM1300 RM1950 RM2600 RM650 RM650 RM650 5 RM650 Murid C RM650 RM3250
Nombor dan Operasi: Tahun 4 149 c. Berdasarkan penyelesaian di atas, tukarkan dalam bentuk lazim. Jawapan RM3 250 d. Ulang aktiviti a hingga c menggunakan ayat matematik darab yang lain. Aktiviti 3: a. Paparkan ayat matematik. b. Tunjukkan penyelesaian menggunakan kaedah Lattice. Jawapan RM30 016 c. Berdasarkan penyelesaian di atas, tukarkan dalam bentuk lazim. Jawapan RM30 016 d. Ulang aktiviti a hingga c menggunakan ayat matematik darab yang lain. 5 6 5 0 3 2 5 0 3 7 4 5 1 8 0 0 l 2 6 8 RM3 752 2 1 5 1 4 4 6 0 3 7 5 8 l 3 0 0 2 1 6 6 3 6
Nombor dan Operasi: Tahun 4 150 Aktiviti 4: a. Paparkan ayat matematik. b. Murid dibimbing mencari penyelesaian menggunakan nilai tempat. Jawapan RM43 704 c. Berdasarkan penyelesaian di atas, tukarkan dalam bentuk lazim. d. Ulang aktiviti a hingga c menggunakan ayat matematik darab yang lain. Pentaksiran: Kebolehan murid mendarab nilai wang dengan betul bermakna murid telah dapat menguasai kemahiran tersebut. Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke standard pembelajaran berikutnya. Nilai dan Sikap: Mendengar arahan, berani mencuba dan semangat keusahawanan. 6 RM7 284 1 2 6 4 3 7 0 Ribu Ratus Puluh 8 42 24 Sa 7 2 4 6 43 7 12 0 48 4 1 +5 2 20 4 4 7 8 5 2
Nombor dan Operasi: Tahun 4 151 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ A. Selesaikan. Ayat matematik: Pengiraan: Ayat matematik: Pengiraan: Ayat matematik: Pengiraan:
Nombor dan Operasi: Tahun 4 152 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Teliti gambar dan lengkapkan jadual yang diberi. Barang Kuantiti Harga Pengiraan 9 RM1 265.00 7 RM2 188.00 2 RM33 500.00 14 RM5 548.05 RM5 548.05 RM1 265.00 RM2 188.00 RM33 500.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 153 Wang 3.1 Operasi asas wang 3.1.4 Menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkan nilai wang dalam lingkungan RM100 000 dengan nombor hingga dua digit Aktiviti 1: a. Sediakan 20 keping wang RM100 dan lima bekas. b. Panggil seorang murid untuk masukkan wang RM100 satu per satu ke dalam setiap bekas. c. Contoh: d. Tulis ayat matematik bahagi. Contoh: RM2 000 ÷ 5 RM400 Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 154 e. Ulang aktiviti a hingga d menggunakan contoh nilai wang yang lain. Nota: Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam kumpulan kecil Aktiviti 2: a. Murid diminta untuk berada di dalam kumpulan (bilangan ahli mengikut kesesuaian). b. Setiap kumpulan dibekalkan 18 keping duit RM100 c. Guru membacakan satu situasi. d. Minta murid mengagihkan sama rata duit tersebut. e. Tulis ayat matematik bahagi. Contoh: RM1 800 ÷ 6 RM300 Aktiviti 3: a. Sediakan gambar 12 buah basikal berserta harganya. Sekumpulan enam orang murid telah memenangi wang tunai berjumlah RM1 800 dalam Pertandingan Robotik. Mereka membuat keputusan untuk mengagihkan sama rata untuk simpanan masing-masing. RM36 000
Nombor dan Operasi: Tahun 4 155 3 b. Minta murid bahagikan jumlah harga kepada 12 buah basikal tersebut. RM36 000 ÷ 12 = RM3 000 c. Minta murid jelaskan apa yang mereka perhatikan. d. Gunakan kaedah pemansuhan untuk menyelesaikan ayat matematik. Contoh; RM36 000 = RM3 000 e. Ulang aktiviti di atas dengan menggunakan contoh nilai wang yang lain. f. Bahagi yang melibatkan nilai ringgit dan sen juga perlu diajar kepada murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja, murid boleh membahagi nilai wang dengan nombor dua digit melibatkan nilai wang dalam lingkungan RM100 000. Nilai dan Sikap: Semangat keusahawanan, berjimat cermat dan bekerjasama. 12
Nombor dan Operasi: Tahun 4 156 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Padankan. RM 81 486 ÷ 18 RM4 527 RM8 492 RM 67 936 ÷ 8 RM 16 984 ÷ 2 RM 27 162 ÷ 6 RM 2 303 ÷ 7 RM 987 ÷ 3 RM329
Nombor dan Operasi: Tahun 4 157 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Teliti gambar dan lengkapkan jadual yang diberi. Barang Harga Pengiraan Harga Seunit RM18 000 RM2 250 RM28 000 RM7 500
Nombor dan Operasi: Tahun 4 158 Wang 3.2 Operasi bergabung wang 3.2.1 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak dalam lingkungan RM100 000 Aktiviti 1: a. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan situasi yang diberi berpandukan menu yang telah disediakan. Contoh situasi: Contoh menu: Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit 1. Anda menerima wang berjumlah RM200.00 2. Berdasarkan menu yang diberikan, pilih satu item daripada setiap menu dan lengkapkan kad pesanan: i. Item dan harga ii. Kirakan jumlah harga iii. Kirakan baki wang
Nombor dan Operasi: Tahun 4 159 b. Murid diminta untuk memilih tiga menu dan mencatat harga serta jumlah di atas borang pesanan yang disediakan. Contoh borang pesanan: c. Murid diminta menjumlahkan harga yang perlu dibayar. Berapakah baki wang mereka? d. Murid menyemak borang pesanan bersama rakan Aktiviti 2: a. Murid diminta untuk duduk di dalam kumpulan 5 orang (bilangan ikut kesesuaian). b. Guru membacakan satu situasi. Contoh borang pesanan: Bil. Item Harga 1 2 3 JUMLAH Bil Item Kuantiti Harga seunit (RM) Harga (RM) 1 2 3 4 5 6 JUMLAH Sekumpulan lima orang murid telah memenangi wang tunai berjumlah RM5 000 dalam Pertandingan Reka Cipta Inovasi . Mereka meraikan kejayaan dengan mengadakan jamuan makan. Mereka membuat keputusan, jika terdapat lebihan wang, bakinya akan diagihkan sama rata untuk simpanan masing-masing.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 160 c. Menggunakan menu yang sama, setiap murid di dalam kumpulan diminta untuk memilih dua item yang digemari. d. Ketua kumpulan mengumpul semua pesanan ahli dan mencatatkan di dalam borang pesanan (item dan harga). e. Kira jumlah perbelanjaan dan kira baki lebihan wang mereka. f. Setiap kumpulan membentang hasil tugasan. Pentaksiran: Kebolehan murid menambah dan menolak nilai wang dengan betul bermakna murid telah dapat menguasai kemahiran tersebut. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 161 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Sebuah taman tema air sedang mengadakan promosi sempena cuti persekolahan seperti jadual di bawah. Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan-soalan berikut: 1. SK Taman Segar menganjurkan lawatan ke taman tema air. Seramai 100 orang murid Tahun 5 dan Tahun 4 menyertai lawatan tersebut. Lawatan diketuai oleh Encik Arman dan disertai 4 orang guru. a. Berapakah harga yang perlu dibayar oleh Encik Arman untuk membawa murid-murid dan guru-guru SK Taman Segar memasuki taman tema air tersebut? b. Encik Arman telah membayar dengan menggunakan 16 keping wang kertas RM100, 3 keping wang kertas RM50.00 dan 6 keping wang kertas RM10.00. Kira baki wangnya? c. Berapakah wang yang harus dibayar oleh Encik Arman jika beliau perlu membayar mengikut kadar normal? HARGA PROMOSI DEWASA KANAK-KANAK (12 tahun ke bawah) *Ketinggian kanak-kanak kurang daripada 90 cm adalah percuma. Promosi
Nombor dan Operasi: Tahun 4 162 Wang 3.3 Pengurusan kewangan 3.3.1 Merancang bajet harian, mingguan dan bulanan bagi mencapai matlamat kewangan jangka pendek. Aktiviti 1: Situasi merancang membeli sesuatu yang digemari oleh murid. a. Setiap murid dibekalkan dengan sekeping kertas yang mempunyai maklumat seperti di bawah: b. Murid akan melengkapkan maklumat yang dikehendaki. c. Guru akan meminta beberapa orang murid untuk berkongsi maklumat tersebut di dalam kelas. d. Ambil beberapa contoh yang berkaitan maklumat perbelanjaan melebihi daripada wang yang ada. e. Murid-murid lain diminta untuk memberikan idea berdasarkan maklumat yang ada pada Aktiviti d. f. Guru menyenaraikan semua idea yang diperolehi di papan putih. g. Guru dan murid berbincang semula senarai idea yang telah dicatat. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit WISH LIST 1._____________________ 2. _____________________ 3.______________________
Nombor dan Operasi: Tahun 4 163 h. Murid diminta untuk menyatakan kebaikan dan keburukan dengan merancang dan tidak merancang perbelanjaan dahulu. i. Jadual di bawah adalah contoh perancangan perbelanjaan. Contoh: Bajet Mingguan Tarikh: …………………… Nota: Sekiranya Perbelanjaan Sebenar melebihi Perbelanjaan Anggaran, guru perlu meletakkan tanda kurungan ( ), dan menerangkan kepada murid maksud kurungan tersebut. j. Guru boleh mendapatkan idea nilai-nilai murni daripada jadual di atas: 1. Galakan amalan menabung bagi menambah simpanan mereka jika perbelanjaan anggaran lebih daripada perbelanjaan sebenar. 2. Guru juga boleh menyatakan bahawa lebihan wang adalah bonus bagi murid itu kerana berjaya berbelanja dengan bijak. Penerangan: Pendapatan 1. Lajur Pendapatan Anggaran ialah anggaran duit belanja yang diperolehi oleh murid setiap minggu atau bulan tersebut. 2. Lajur Pendapatan sebenar ialah jumlah wang diperolehi pada minggu atau bulan tersebut. 3. Lajur Perbezaan ialah pendapatan sebenar tolak pendapatan anggaran. Perbezaan ini penting supaya murid dapat mengetahui lebih atau kurang bajet murid pada minggu atau bulan tersebut. Jika perbezaan menunjukkan kurangan, maka murid boleh merancang untuk menambah tabungan bagi bajet mingguan atau bulanan berikutnya. Kategori Bajet Bulanan Jumlah Sebenar Perbezaan (RM) Pendapatan Pendapatan Anggaran (RM) Pendapatan Sebenar (RM) Wang Saku, Hadiah, Upah 65.00 65.00 0 Perbelanjaan Perbelanjaan Anggaran (RM) Perbelanjaan Sebenar (RM) Perbezaan (RM) Simpanan 15.00 15.00 0 Makan tengah hari 40.00 43.00 (3.00) Alat tulis 10.00 7.00 3.00 Baki (Pendapatan TOLAK Perbelanjaan)
Nombor dan Operasi: Tahun 4 164 Perbelanjaan 1. Lajur Perbelanjaan ialah penggunaan wang oleh murid. Butiran simpanan hendaklah berada di bawah lajur perbelanjaan. 2. Lajur Perbelanjaan Anggaran ialah anggaran wang yang dibelanjakan oleh murid pada minggu atau bulan tersebut. 3. Lajur Perbelanjaan Sebenar ialah jumlah wang yang dibelanjakan oleh murid pada minggu atau bulan tersebut. 4. Lajur Perbezaan ialah perbelanjaan sebenar tolak perbelanjaan anggaran. Perbezaan ini penting supaya murid dapat mengubah suai perbelanjaan mereka agar bajet mereka mencukupi. Aktiviti 2: (Aktiviti berpasangan) a. Murid dibahagikan secara berpasangan. b. Setiap pasangan diberikan satu katalog barangan seperti katalog Tesco, Giant, IKEA dan sebagainya. c. Pasangan dikehendaki memilih satu barangan dan merancang pendapatan dan perbelanjaan mereka untuk mendapatkan barang tersebut. d. Murid perlu membina satu jadual belanjawan atau bajet berdasarkan contoh yang diberi. Aktiviti 3: (Aktiviti berkumpulan) a. Secara berkumpulan (3 hingga 4 orang), murid dikehendaki merancang bajet secara berhemat dengan mengenal pasti keperluan dan kehendak. b. Guru membimbing dalam membuat perancangan yang baik. c. Setelah selesai membuat tugasan yang diberi, setiap kumpulan akan membentang belanjawan mereka dan membuat perbincangan dalam kelas. Aktiviti 4: (Project-Based Learning) a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (3 hingga 4 murid dalam satu kumpulan). b. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu folio ringkas bertajuk “Perancangan Kewangan Masa Hadapan Saya” (guru boleh mengadakan aktiviti lain selain daripada contoh yang diberi). c. Di dalam folio tersebut dikehendaki menyenaraikan keinginan yang mahu dicapai pada masa hadapan. Mereka dikehendaki menyediakan perancangan kewangan (bajet) menjurus pada tajuk di atas. 1) Guru memberi tempoh selama 1 hari untuk menyiapkan folio tersebut (tempoh masa yang diberikan mengikut budi bicara guru).
Nombor dan Operasi: Tahun 4 165 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Lengkapkan bajet mingguan berikut supaya diakhirnya berbaki RM0.00 PENDAPATAN: Wang Saku RM100.00 Wang Hari Jadi dari Atuk RM 20.00 Ganjaran Kemas Rumah RM 5.00 JUMLAH PENDAPATAN ............... PERBELANJAAN : Simpanan -............... Makan tengah hari RM 20.00 Perbelanjaan -.............. Sumbangan -.............. BAKI(PENDAPATAN PERBELANJAAN) ...............
Nombor dan Operasi: Tahun 4 166 Lembaran Kerja 2 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Di ruangan garis di bawah, cuba beli gabungan barang yang berlainan bagi menentukan betapa bijak kita menggunakan RM50. Jumlahkan harga barang pada setiap ruangan di bawah juga. RM8.00 RM4.50 RM5.95 RM2.75 RM35.00 RM15.99 RM22.50 RM42.00 RM6.50 RM10.00 RM7.99 RM8.50 RM0.75 RM0.99 RM1.50 RM4.00 JUMLAH: Sekarang saya ada sedikit wang dan ingin membeli belah di sebuah pasaraya. Saya bercadang untuk bercuti di tepi pantai dan ada wang simpanan sebanyak RM50 untuk membeli beberapa barang keperluan perkelahan. Ahh! Saya sukakan tempat ini. Saya boleh dapatkan semua yang saya mahu, tetapi saya kena berhati-hati. Saya mudah terpengaruh dengan barang yang saya nampak berbanding dengan barang yang sepatutnya saya beli. Bolehkah anda membantu saya dalam berbelanja? Kita mesti ingat saya perlu membeli barang keperluan dahulu dan lihat berapa baki wang yang tinggal bagi memenuhi kehendak saya.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 167 Wang 3.3 Pengurusan kewangan 3.3.2 Merekodkan simpanan dan perbelanjaan bagi mencapai matlamat kewangan 3.3.3 Menjelaskan keperluan menyimpan rekod simpanan dan perbelanjaan Penerangan ringkas: 1. Merancang simpanan dan perbelanjaan : Satu aktiviti mencatat secara bersistem berkaitan perkembangan kemajuan dalam simpanan dan pengurangan wang daripada aktiviti berbelanja. 2. Faedah merekod 3. Keburukan tidak merekod Aktiviti 1: (Merekod simpanan) a. Murid diberikan sebuah barang impian yang ingin dimiliki beserta dengan harga. b. Murid ditugaskan untuk membuat catatan simpanan dan perbelanjaan yang digunakan bagi merancang pembelian barang idaman yang ingin dimiliki. c. Murid diminta untuk menyediakan satu catatan ringkas berkaitan rekod simpanan dan perbelanjaan mereka. d. Murid diminta untuk membentangkan catatan mereka sebagai satu hasil perkongsian. e. Guru memberitahu ciri-ciri yang perlu ada pada catatan murid adalah seperti berikut: i. Tarikh simpanan dan jumlah simpanan ii. Tarikh perbelanjaan dan jumlah perbelanjaan iii. Tarikh untuk membeli barang impian f. Guru menyediakan satu templat catatan sebagai cadangan penambahbaikan hasil daripada catatan murid (telah disediakan lebih awal oleh guru). Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 168 Beli pada 4.11.2018 (RM100.00) TARIKH DUIT DARI AYAH DAN EMAK SIMPANAN BELANJA CATATAN 4.9.2018 RM10 RM5 RM5 Bayar duit kelas 6.9.2018 RM10 RM6 RM4 Belanja sekolah Aktiviti 2: (Merancang simpanan) 1) Murid diberikan satu situasi seperti yang telah disediakan oleh guru seperti di bawah: 2) Secara individu dengan menggunakan peta bulatan (Lembaran Kerja 2), senaraikan sumber kewangan yang boleh diperolehi. 3) Daripada peta bulatan tersebut, catatkan semua maklumat seperti dalam jadual di bawah. Tarikh Sumber kewangan Jumlah diterima Simpanan untuk membeli kasut bola 4.9.2018 Wang saku RM30 sebulan RM5 5.9.2018 Upah menolong bapa RM8 sebulan RM8 4.9.2018 Upah menolong ibu RM10 sebulan RM10 Ogos 2018 Duit raya RM100 RM100 Jumlah simpanan RM123 Contoh jawapan bewarna merah. Hairi memerlukan sepasang kasut bola yang berharga RM120 untuk digunakan dalam pertandingan bola sepak. Rancang pembelian kasut bola untuk Hairi dan catatan untuknya seperti pada jadual cadangan yang telah disediakan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 169 Hairi mampu membeli kasut bola tersebut dalam tempoh masa kurang daripada 1 bulan. Bimbing murid untuk membuat perancangan simpanan wang saku. 4) Murid diminta untuk mengenal pasti pula sama ada kasut bola tersebut adalah merupakan keperluan ataupun kehendak. Contoh soalan: “Adakah kasut bola yang ingin dibeli oleh Hairi ini adalah keperluan atau kehendak?” Aktiviti 3: (Aktiviti berpasangan) 1) Situasi Sumber Kewangan Jumlah wang Simpanan untuk beli basikal 2) Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh Farhana untuk membeli basikal tersebut? 3) Murid diminta untuk mengenal pasti sama ada basikal tersebut merupakan keperluan ataupun kehendak. Contoh soalan: “Adakah basikal yang ingin dibeli oleh Farhana ini adalah keperluan atau kehendak?” Contoh: Daripada RM30 sebulan murid mungkin menyimpan RM5 sebulan dari wang sakunya dengan mengambil kira perbelanjaan harian murid di sekolah. (Guru menerima sebarang jawapan murid yang dianggap bersesuaian) Farhana berminat untuk membeli sebuah basikal yang berharga RM350. Rancang pembelian basikal tersebut.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 170 Aktiviti 5: (Kerja Projek-Individu) 1. Sediakan sebuah folio yang menunjukkan perancangan simpanan wang dengan menggunakan perisian Microsoft Office (Microsoft Words, Microsoft Power Point). Hasil folio tersebut hendaklah dihantar melalui emel kepada guru menggunakan ID VLE murid atas nama ‘FOLIO PENGURUSAN KEWANGAN’. 2. Setiap murid diberi sejumlah wang contoh. 3. Rancang simpanan dan perbelanjaan. 4. Cari gambar barang beserta harga menggunakan internet dan ‘copy & paste’ gambar tersebut di dalam fail FOLIO PENGURUSAN KEWANGAN. 5. Berdasarkan folio kamu, nyatakan: a. Jumlah simpanan b. Jangka masa simpanan Contoh folio: Wang boleh belanja Simpanan Tampalkan gambar barang yang ingin dibeli di ruang ini. RM45.00 Jumlah Perbelanjaan: RM45.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 171 Rubrik Kerja Projek Matematik – Folio Tempoh Masa: 1 minggu Bilangan: Individu Bahan: Komputer dan Rangkaian Internet Markah: Perisian, isi, kekemasan, persembahan dan ketepatan jawapan. Syarat Pemarkahan: 1. Menggunakan perisian Microsoft Office (5 markah) 2. Setiap item direkod dengan tepat (10 markah) 3. Pastikan gambar disusun dengan teratur dan mudah dibaca. (10 markah) 4. Markah tambahan untuk kreativiti dan dekorasi. (5 markah) 5. Tulis profil murid di muka surat pertama. 6. Emel kepada guru menggunakan ID VLE. Catatan: Ini merupakan cadangan. Guru boleh mengubah suai mengikut kesesuaian.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 172 Lembaran Kerja 2 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Sampul l: Sampul 2: Sampul 3: Sampul 4: Sampul 5: Sampul 6:
Nombor dan Operasi: Tahun 4 173 Lembaran Kerja 2 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ l. Peta Bulatan
Nombor dan Operasi: Tahun 4 174 Wang 3.3 Pengurusan kewangan 3.3.3 Menjelaskan keperluan menyimpan rekod simpanan dan perbelanjaan. Aktiviti 1: a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil, tidak melebihi 4 orang ahli. Setiap ahli kumpulan telah diberikan pengenalan diri dengan A, B, C dan D. b. Berdasarkan jadual di bawah, minta murid untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan pada kertas mahjong yang disediakan. Catatan rekod kewangan Encik Aziz Berdasarkan rekod catatan di atas, murid diminta untuk membantu Encik Aziz menyediakan beberapa laporan ringkas berkaitan rekod kewangannya. i. Berapa orang yang memberi derma bagi baik pulih bilik darjah? ii. Nyatakan bayaran yang dilakukan oleh Encik Aziz. iii. Kirakan semua derma yang diterima oleh Encik Aziz. iv. Kirakan bayaran untuk bil sahaja. v. Nyatakan duit yang ada dalam akaun pada 7 Januari. c. Wakil murid daripada setiap kumpulan akan membentangkan jawapan mereka. Murid A akan menjawab item i, manakala murid ii menjawab item B dan seterusnya bagi item iii, iv dan v. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 175 d. Pentaksiran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan berdasarkan hasil jawapan bagi setiap kumpulan. Aktiviti 2: a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil, tidak melebihi 4 orang ahli. Setiap ahli kumpulan telah diberikan pengenalan diri dengan A, B, C dan D. b. Berdasarkan Aktiviti 1, minta murid untuk menyenaraikan sebanyak 4 kebaikan merekod semua urusan kewangan pada kertas mahjong yang disediakan. c. Wakil murid daripada setiap kumpulan akan membuat perkongsian idea di hadapan kelas. d. Guru sebagai pembimbing dan pentaksir boleh terus menjalankan pentaksiran dan membuat perkongsian rumusan akhir. f. Antara perkongsian idea yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut: i. Masa sesuatu rekod berlaku (tarikh). ii. Perkara yang berlaku. iii. Jumlah wang yang terlibat. iv. Dokumen yang terlibat berkaitan dengan rekod simpanan dan perbelanjaan seperti resit pembelian, invois dan lain-lain). v. Baki wang yang ada dapat diketahui sama ada telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pentaksiran: Guru boleh mentaksir murid mengikut hasil perkongsian idea hasil kolaboratif dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 176 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Jawab semua solan. Berdasarkan rekod catatan di atas, murid diminta untuk membantu Puan Azizah menyediakan beberapa laporan ringkas berkaitan rekod kewangannya. a. Jadual menunjukkan rekod perbelanjaan Puan Azizah pada bulan ______________ b. Berapa kali Puan Azizah membeli Minyak WSY? ____________ c. Nyatakan tarikh-tarikh Puan Azizah membeli Minyak WSY? d. Nyatakan jumlah perbelanjaan Puan Azizah sehingga pembelian telur ayam? e. Nyatakan jumlah pendapatan Puan Azizah bagi bulan ini? f. Nyatakan duit baki yang masih ada dalam akaun pada bulan tersebut.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 177 Wang 3.4 Tanggungjawab dalam membuat keputusan berkaitan kewangan. 3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan kewangan yang dibuat Aktiviti 1 a. Murid diminta menyenaraikan 3 contoh keperluan dalam kehidupan sebagai seorang murid. b. Daripada beberapa contoh yang diperoleh, guru meminta murid menyenaraikan cara untuk mendapatkan keperluan tersebut selain bantuan daripada ibu bapa. c. Guru menerima semua jawapan murid yang bersesuaian dengan objektif. d. Penegasan kepentingan menyimpan wang terlebih dahulu sebelum berbelanja sebagai amalan yang MESTI dilakukan. e. Guru boleh mengaitkan dengan konsep yang murid telah pelajari seperti perbelanjaan berhemat dan berjimat cermat. f. Bincangkan setiap tindakan murid dengan kata kunci berhemat di mana murid mengutamakan rasional perbelanjaan. Aktiviti 2 a. Secara berpasangan, murid menjawab Lembaran Kerja 1. b. Murid akan membaca petikan yang diberikan dan mengisi maklumat mengikut pengetahuan sedia ada ke dalam ruangan disediakan berdasarkan maklumat yang diberikan. c. Guru bersoal jawab tentang kewajaran jumlah peruntukan untuk penyimpanan yang murid hasilkan. d. Murid menyatakan kewajaran jumlah wang yang diperuntukan dan guru membantu menerapkan konsep perbelanjaan berhemat dan penyimpanan berdasarkan jawapan murid. Tiada jawapan betul atau salah untuk Lembaran Kerja 1. Aktiviti 3: a. Daripada pasangan tadi, murid bergabung menjadi 1 kumpulan (4 orang) dan setiap kumpulan akan mendapat sampul maklumat yang berbeza. Contoh: Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit Aisyah Wang saku RM4.00 Tabungan RM2.00 Perbelanjaan makan dan minum RM2.00 Dewi Wang saku RM5 Tabungan RM2.50 Perbelanjaan makan dan minum RM2.50 Norini Wang saku RM6 Tabungan RM2 Perbelanjaan makan dan minum RM4 Siti Wang saku RM5.00 Tabungan RM1 Perbelanjaan makan dan minum RM4
Nombor dan Operasi: Tahun 4 178 b. Paparkan soalan di papan tulis. Contoh soalan: Berdasarkan petikan diberi, berapakah simpanan murid itu selepas 4 minggu sekiranya mereka bersekolah 5 hari seminggu? c. Murid diberi masa untuk membincangkan di dalam kumpulan. d. Setiap jawapan kumpulan akan dilekatkan di papan dan murid dari kumpulan lain akan memberi maklum balas. Daripada maklumat yang telah dibentangkan, guru boleh mengemukakan soalan seperti i. Siapakan di antara mereka yang menyimpan duit lebih banyak? ii. Bagaimanakah murid yang paling sedikit simpanannya dapat mengubah cara perbelanjaannya? iii. Di manakah wang yang dikumpulkan patut disimpan? Mengapa? iv.Berdasarkan aktiviti ini, murid berbincang untuk menyenaraikan kepentingan menguruskan kewangan secara berjimat-cermat untuk masa hadapan. Pentaksiran: Guru boleh mentaksir murid mengikut tahap penguasaan yang sesuai
Nombor dan Operasi: Tahun 4 179 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Pada awal bulan Februari, pihak sekolah memaklumkan akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands pada bulan November. Setiap murid yang ingin menyertai perlu membayar sebanyak RM120 sebagai perbelanjaan diri termasuklah makan, minum dan tiket lawatan. Murid perlu membayar wang lawatan tersebut sebelum bulan Oktober. Amir berasa sangat teruja untuk menyertai lawatan tersebut dan telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya. Ibu bapanya memberi kebenaran dengan syarat, sekiranya dia ingin mengikuti lawatan tersebut dia perlu menggunakan wang simpanan sendiri. Soalan 1. Apakah yang perlu Amir buat agar dia dapat menyertai rombongan lawatan tersebut. (A) Jumlah yang dikehendaki (B) Jumlah tabungan yang sedia ada (C) Jumlah tabungan yang diperlukan (A-B) (D) Jumlah yang disimpan dalam sebulan (E) Tempoh masa yang ingin dicapai (F) Cara mendapat lebih banyak wang 2. Cadangkan apa yang Amir boleh buat dengan duit lebihan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 180 Wang 3.4 Tanggungjawab dalam Membuat keputusan berkaitan kewangan. 3.4.2 Membuat keputusan kewangan berdasarkan keutamaan keperluan dan kehendak. Penerangan ringkas: (Matlamat kewangan) Matlamat kewangan – matlamat yang ingin kita capai dengan wang yang kita ada dalam jangka masa tertentu. Apa jangka pendek? Jangka pendek dicadangkan 1-3 bulan. Apa itu keperluan? Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya. Contoh keperluan asas seperti makanan. Apa itu kehendak? Kehendak adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Contoh, komik. Aktiviti 1: a. Paparkan tayangan video yang sesuai. Contoh: Kids & Cash dan tetapkan matlamat S.M.A.R.T https://www.youtube.com/watch?v=BhB9cCXtAZc b. Soal jawab berkaitan video yang ditonton. *Contoh soalan: Apa yang kamu faham tentang video itu tadi? c. Murid dijelaskan tentang Konsep SMART. Aktiviti 2 a. Murid ditanya sama ada mereka mempunyai matlamat kewangan. b. Tegaskan kepada murid hendaklah berpandukan konsep SMART dalam menetapkan matlamat kewangan iaitu: Specific (Spesifik) - Catatan dengan tepat apa yang anda ingin capai dengan wang anda. Measurable (Boleh diukur) - Tulis jumlah sebenar wang yang diperlukan Attainable (Boleh dicapai) - Sediakan perancangan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat anda Realistic (Realistik) - Kaji matlamat anda dengan teliti termasuk kos melepas dan buat analisis apakah kesan matlamat tersebut bagi memastikan ia dapat dicapai. Time-bound (Jangka masa ditetapkan) - Nyatakan secara spesifik bilakah matlamat tersebut ingin anda capai. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 181 c. Meminta beberapa orang murid bercerita tentang matlamat kewangan masing-masing menggunakan konsep SMART. Contoh: Adli hendak membeli jam tangan digital jenama Casio yang berharga RM120 sempena hari lahirnya pada bulan Julai. Untuk memastikan Adli boleh membeli jam tangan tersebut, Adli akan menabung RM1.00 setiap hari dengan mengurangkan jumlah belanja harian dari wang sakunya sebanyak RM5.00 kepada RM4.00 sehari dalam tempoh 6 bulan bermula Januari hingga Jun. d. Terima sebarang jawapan yang diberikan oleh murid. Aktiviti 3: Aktiviti Individu a. Murid diingatkan bahawa matlamat kewangan membantu kita dalam membuat perancangan kewangan dengan bijak. b. Perancangan kewangan boleh disediakan dalam bentuk jadual. c. Murid dibimbing melengkapkan jadual perancangan kewangan. Contoh situasi seperti berikut: Ali hendak menyimpan RM250 untuk membeli kasut sukan jenama Nike untuk dipakai semasa perkhemahan pada hujung tahun. Jumlah duit tabungan yang sedia ada adalah sebanyak RM50. Jadi dia perlukan RM200 lagi. Untuk mencapai jumlah tabungan yang dikehendaki, beliau perlu membuat tabungan selama 1 tahun. Namun begitu beliau boleh menggunakan cara lain untuk mendapatkan lebih banyak wang. Contoh: (A) Jumlah yang dikehendaki (B) Jumlah tabungan yang sedia ada (C) Jumlah tabungan yang diperlukan (A) – (B) (D) Jumlah yang disimpan dalam sebulan (E) Tempoh masa yang ingin dicapai (F) Cara mendapat lebih banyak wang RM250 RM50 RM200 RM20 1 tahun (12 bulan) a. Jual surat khabar lama. b.Tolong ayah cuci kereta. c. Jual kuih d. Murid-murid di minta melengkapkan Lampiran 1. e. Beberapa murid dipilih untuk membentangakan hasil kerja mereka. Catatan: Bahagian (F) sebagai tambahan cara murid-murid yang ingin mendapat lebih banyak wang. Terima sebarang jawapan yang bersesuaian. Aktiviti 4: Aktiviti Kumpulan
Nombor dan Operasi: Tahun 4 182 a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. b. Murid diminta menyenaraikan keperluan dan kehendak seperti dalam Lampiran 2. c. Murid diminta menerangkan keutamaan keperluan dan kehendak yang telah disenaraikan mengikut keperluan. d. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di papan putih dan ketua dari setiap kumpulan akan menerangkan. Pentaksiran: Guru boleh mentaksir murid mengikut tahap penguasaan yang sesuai.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 183 Lampiran 1 (A) Jumlah yang dikehendaki (B) Jumlah tabungan yang sedia ada (C) Jumlah tabungan yang diperlukan (A)-(B) (D) Jumlah yang boleh disimpan dalam sebulan (E) Tempoh masa yang ingin dicapai (F) Cara mendapat lebih banyak wang
Nombor dan Operasi: Tahun 4 184 Lampiran 2 Senaraikan keperluan dan kehendak mengikut keperluan Bil Jenis Keperluan Sebab Makanan (*Bergantung kepada budaya, tempat tinggal dan situasi) Anda perlu makan untuk hidup dan tanpanya anda mungkin tidak boleh hidup lama. 1. 2. 3. 4. 5. Catatan: Keperluan dan kehendak bergantaung kepada individu. Terima sebarang jawapan yang bersesuaian Bil Jenis Kehendak Sebab Komik Untuk mengisi masa lapang dengan membaca 1. 2. 3. 4. 5.