The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irzan8002, 2024-01-29 01:28:53

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 285 Stesen C Panjang sehelai reben ialah 2 m 1 cm. Reben itu dipotong kepada 3 keratan yang sama panjang. Berapakah panjang, dalam cm, setiap keratan reben itu? 2 m 1 cm ÷ 3 = 201 cm ÷ 3 = 67 cm Stesen D Sempena Hari Kebangsaan, larian Jalur Gemilang akan diadakan sejauh 10 km 500 m. 4 orang pelari perlu berlari membawa jalur gemilang dengan jarak larian yang sama. Berapakah jarak, m, yang dilalui oleh seorang pelari. 10 km 500 m ÷ 4 = 2 km 625 m Stesen E Maya menghadiri kelas tambahan sebanyak 4 hari dalam seminggu . Dia berulang alik dari rumah ke sekolah. Jumlah jarak yang dilaluinya dalam tempoh seminggu ialah 16 km 560 m. Berapakah jarak, dalam m, rumah Maya ke sekolah? 16 km 560 m ÷ 8 = 2 km 70 m


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 286 Aktiviti 3 a. Murid diedarkan dengan Lembaran kerja 1. b. Murid diberi tempoh masa untuk menyiapkan lembaran tersebut. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1. Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 287 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Penyelesaian masalah melibatkan ukuran panjang. 1. Panjang sehelai reben ialah 2 m 1 cm. Reben itu dipotong kepada 3 keratan yang sama panjang. Berapakah panjang setiap reben, dalam cm? 2. Seutas tali berukuran 54 cm 5 mm, perlu dipotong kepada 5 bahagian yang sama panjang. Berapakah panjang, dalam mm, bagi satu bahagian tali?


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 288 Ukuran dan Sukatan 5.1 Jisim 5.2.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak jisim melibatkan unit gram dan kilogram. Aktiviti 1: a. Guru menunjukkan gambar yang di mana situasinya berada di sebuah pasar. Guru bercerita tentang aktiviti yang dilakukan di pasar antara seorang peniaga dan pelanggan. Azim telah membeli 3 kg kerepek bawang. Kemudian dia ingin membeli bijirin jagung, Pak Cik Kamal telah menimbang bijirin jagung sebanyak 800 g tetapi Azim meminta untuk mengurangkan bijirin sebanyak 150 g. Berapa jumlah jisim barang yang dibeli Azim? b. Guru meminta murid untuk menyelesaikan pernyataan masalah tersebut. c. Murid cuba menyelesaikan pernyataan masalah tersebut dengan menggunakan ayat matematik. 3 kg + 800 g – 150 g = 3 kg 650 g Aktiviti 2: a. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Guru menyediakan peralatan seperti kad jisim, kad nombor sampul surat. b. Guru menyediakan beberapa kad nombor, kad jisim dan kad simbol. Contoh: c. Isikan 1 set kad-kad tersebut dalam 1 sampul surat. d. Guru memberikan sampul surat berisi kad yang sama kepada setiap kumpulan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2 kg 370 g – 10 kg 80 g 3 kg 450 g + = 9 kg 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 289 e. Murid menyusun kad menjadi ayat matematik yang betul dan lengkap. f. Kumpulan yang membentuk ayat matermatik yang betul dalam tempoh yang paling singkat diberi 5 markah. Kumpulan yang lain diberi 3 markah. g. Ulang langkah aktiviti 2 untuk set kad seterusnya. h. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi ialah pemenang. Aktiviti 3 a. Murid diberi Kerja Lembaran 1 dan diberikan tempoh masa untuk disiapkan. b. Guru dan murid berbincang soalan bersama-sama. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan. Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 290 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Penyelesaian masalah melibatkan tambah dan tolak. 1. Jisim seguni rambutan ialah 54 kg 672 g manakala jisim seguni langsat ialah 72 kg 650 g. Sebanyak 60 kg 129 g buah telah dijual. Berapakah jisim, dalam g, baki buah yang tinggal? 2. Rajah menunjukkan jisim seketul keju. Rina menggunakan 175 g keju itu. Kemudian, dia membeli lagi 2 kg 780 g keju. Berapakah jisim, dalam kg dan g, keju yang ada? 3. Cindy membeli 50 kg beras. Selepas sebulan jisim beras itu berkurangan sebanyak 13 kg 500 g. Kemudian, Cindy membeli lagi 20 400 g beras. Hitung jumlah jisim, dalam kg dan g, beras yang Cindy ada?


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 291 Ukuran dan Sukatan 5.2 Jisim 5.2.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung darab dan bahagi jisim melibatkan unit gram dan kilogram. Aktiviti 1: a. Guru menunjukkan satu situasi kepada murid. Cikgu Suraya membeli 2 kotak kismis seperti dalam gambar di bawah. Cikgu Suraya memberi kismis itu sama banyak kepada 12 orang murid. Berapa jisim kismis bagi dalam gram? b. Berdasarkan soalan situasi yang diberikan, guru meminta murid untuk mendapatkan maklumat seperti berikut: Apa yang diberi? Apa yang diminta? Apakah operasi yang terlibat? Penyelesaian? Semak semula Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 600 g 600 g 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 292 c. Kemudian,murid cuba memyelesaikan masalah soalan tersebut. 1 0 0 g 6 0 0 g 12 1 2 0 0 g 2 1 2 1 2 0 0 g 0 0 0 0 0 0 0 Aktiviti 2: a. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. b. Guru menyediakan beberapa kad nombor, kad jisim dan kad simbol. c. Guru mengisikan satu set kad tersebut di dalam sampul surat. Contoh: d. Setiap kumpulan mendapat satu sampul surat yang berisi set kad yang sama. e. Kemudian, murid menyusun kad menjadi ayat matematik yang betul dan lengkap. f. Kumpulan yang membentuk ayat matematik yang betul dalam masa yang ditetapkan akan diberi 5 markah dan kumpulan lain diberi 3 markah. Aktiviti 3: a. Murid diberi Lembaran Kerja 1 dan diberikan tempoh masa untuk disiapkan. b. Guru dan murid berbincang soalan bersama-sama. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1. Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. 5 1 kg 500 g ÷ 8 2 kg 400 g


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 293 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ 1 388 g 1. Rajah di sebelah menunjukkan jisim segugus anggur. Hassan membeli 6 gugus anggur yang sama saiz. Dia membahagikan anggur itu sama banyak kepada 8 orang rakannya. Berapakah jisim anggur, dalam g yang diterima oleh setiap rakannya? 2. Kumar membeli 4 peket garam yang setiap peket berjisim 3 kg 420 g. Dia membungkuskan semua garam itu kepada 9 peket kecil secara sama banyak. Hitung jisim, dalam g, garam dalam setiap peket kecil itu. 3. Maya membeli 3 peket gula itu. Dia mengisi gula itu sama banyak ke dalam 5 buah bekas. Hitung jisim, dalam g, gula di dalam setiap bekas itu. 4. Nabila membawa 4 peket kacang hijau untuk membuat eksperimen. Jisim setiap peket ialah 250 g. Kemudian, guru sains membahagikan sama banyak kacang hijau itu kepada 10 orang murid. Berapakah jisim kacang hijau bagi setiap murid ada? 1 kg 250 g


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 294 Ukuran dan Sukatan 5.3 Isi padu cecair 5.3.1 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak isi padu cecair melibatkan unit mililiter dan liter. Aktiviti 1: a. Guru menunjukkan simulasi kepada murid. b. Semua murid diminta memberi fokus ketika guru menunjukkan simulasi tersebut. c. Guru menunjukkan sebuah jag air sirap yang mengandungi isi padu sebanyak 3 ℓ 250 mℓ isi padu air sirap. d. Kemudian, guru menambah air sirap lagi ke dalam jag yang sama sebanyak 1ℓ 750 mℓ. e. Seterusnya, guru menuangkan air sirap ke dalam gelas dan meminta murid untuk minum air sirap tersebut. f. Baki isi padu air sirap yang tinggal adalah sebanyak 1ℓ 220 mℓ. g. Guru meminta murid menyukat isi padu air sirap yang telah diminum oleh murid. Aktiviti 2 a. Guru menampal beberapa kad ayat matematik kepada murid . Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 3 ℓ 250 mℓ 1 ℓ 750 mℓ Isi padu air sirap yang telah diminum 1 ℓ 220 mℓ Baki 3 ℓ 510 mℓ 2ℓ 325 mℓ 1 ℓ 680 mℓ + ‒ = 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 295 b. Murid dibahagikan beberapa kumpulan, setiap kumpulan guru meminta murid membina sebuah pernyataan masalah daripada perkataan yang diberikan. c. Apabila murid menyiapkan pernyataan masalah tersebut, murid perlu menyelesaikan pernyataan masalah tersebut. Risya dan Zanaria masing-masing mengisi 3 ℓ 510 mℓ dan 2ℓ 325 mℓ air soya ke dalam sebuah bekas. Sebanyak 1 ℓ 680 mℓ air soya itu dihidangkan kepada tetamu. Berapakah baki, dalam ℓ dan mℓ, isi padu air soya? 3 ℓ 510 mℓ + 2ℓ 325 mℓ - 1 ℓ 680 mℓ = 4ℓ 155 mℓ d. Murid yang dapat membina pernyataan masalah dan menyelesaikan masalah dengan betul akan diberi sebanyak 5 markah. Aktiviti 3 a. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 yang diberikan. b. Guru berbincang hasil kerja murid. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1. Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 296 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ 1. Sebuah tangki mengandungi 45 ℓ air. 18ℓ 745 mℓ air itu telah digunakan. Kemudian, 9 ℓ 900 mℓ air ditambahkan lagi ke dalam tangki itu. Hitung isi padu, dalam ℓ dan mℓ, air yang ada di dalam tangki itu. 2. Restoran WKK ada 18 ℓ 50 mℓ minyak zaitun. Sebanyak 16 ℓ 180 mℓ minyak zaiton telah digunakan, stok minyak itu ditambah lagi sebanyak 12 ℓ. Berapakah isi padu minyak zaitun, dalam ℓ dan mℓ, yang ada di restoran itu? 3. Isi padu kordial di dalam dua bekas ialah 3 ℓ 600 mℓ dan 5 ℓ 745 mℓ. Meena membancuh air dengan menggunakan 4 235 mℓ kordial. Hitung isi padu, dalam ℓ dan mℓ, kordial yang tinggal. 4. Dua buah baldi masing-masing mengandungi 28 ℓ 50 mℓ air. Darwin menggunakan 32 450 mℓ air untuk menyiram pokok bunga. Berapakah isi padu, dalam mℓ, air yang masih tinggal? 5. Sebuah bekas mengandungi 6 ℓ 250 mℓ cat putih dan 2 890 mℓ cat hijau. Aish menggunakan sebanyak 4 ℓ 100 mℓ cat untuk mengecat ruang tamu. Berapakah isi padu, dalam mℓ, cat yang tinggal?


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 297 Ukuran dan Sukatan 5.3 Isi padu cecair 5.3.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung darab dan bahagi isi padu cecair melibatkan unit milimeter dan liter. Aktiviti 1: a. Guru menunjukkan satu simulasi di hadapan murid. b. Guru menyediakan 2 botol jus oren. Satu botol jus oren mengandungi 1200 mℓ. c. Guru menyediakan 12 buah gelas di hadapan murid. Kemudian guru menuangkan sama rata jus oren ke dalam gelas tersebut. d. Guru bertanya kepada murid, berapakah isi padu jus oren bagi satu gelas. e. Secara individu, murid mengira isi padu bagi satu gelas jus oren dalam mℓ. 1 200 mℓ 1 200 mℓ 1 200 mℓ 2 ÷ 12 = 200 mℓ Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 298 Aktiviti 2: a. Guru memberikan satu pernyataan masalah menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak isi padu cecair melibatkan unit milimeter dan liter. b. Secara individu murid diberi dua pilihan jawapan. Murid perlu menanda jawapan manakah yang betul berdasarkan pernyataan masalah. Pihak restoran menyediakan 4 ℓ 720 mℓ minyak masak untuk pertandingan memasak. Minyak itu diberikan kepada 8 kumpulan yang bertanding. Kira isi padu minyak masak yang diterima oleh 5 kumpulan. Pilih ayat matematik yang betul dan selesaikan. 4 ℓ 720 mℓ ÷ 5 × 8 = 5 × 4 ℓ 720 mℓ ÷ 8 = Aktiviti 3: a. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid. b. Murid menyiapkan lembaran yang diberikan oleh guru. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan. Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 299 Ukuran dan Sukatan 5.4 Penyelesaian masalah 5.4.1 Menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dan sukatan dalam situasi harian. Aktiviti 1: a. Murid diminta membina satu cerita berkaitan dengan ayat matematik yang diberikan seperti berikut. b. Soal jawab antara guru dan murid. Aktiviti 2: a. Bentukkan kumpulan murid tiga-tiga. b. Sediakan beberapa sampul surat yang berbeza warna yang mengandungi tiga kad situasi yang melibatkan panjang, jisim dan isi padu dan kertas mahjong. c. Minta setiap kumpulan memilih satu sampul surat sahaja dan satu kertas mahjong. Contoh: Sampul surat biru. d. Minta murid menyelesaikan soalan yang terdapat di dalam sampul surat yang dipilih dengan menuliskan proses yang digunakan untuk mencari jawapan di atas kertas mahjong yang disediakan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 56 cm + 70 cm – 5 cm = 121 cm Ammar berlari sejauh 2 km 300 m. Azim berlari sejauh 1 km 800 m manakala Amirah pula berlari sejauh 800 m. Berapakah jumlah jarak larian ketigatiga mereka? Nyatakan beza jarak larian yang paling jauh dengan jarak larian yang paling dekat. Aina dan Nini masing-masing mengisi 2 ℓ 500 mℓ dan 4ℓ 325 mℓ air jagung ke dalam sebuah bekas. Sebanyak 3 ℓ 680 mℓ air jagung itu dihidangkan kepada tetamu. Berapakah baki, dalam ℓ dan mℓ, isipadu air jagung? Mei Lin membeli 8 peket kacang soya yang setiap peket berjisim 2 kg 450 g. Dia membungkuskan semua kacang soya itu kepada 5 peket kecil secara sama banyak. Hitung jisim, dalam g, kacang soya dalam setiap peket kecil itu. 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 300 e. Setelah semua kumpulan selesai, minta murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing dan bersoal jawab antara murid dan guru. f. Kumpulan yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul akan diberi ganjaran. Aktiviti 3: a. Guru mengagihkan Lembaran Kerja 1 dan 2 kepada murid. b. Murid menyiapkan lembaran yang diberikan oleh guru. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja. Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 301 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan masalah di bawah. 1. Ahmad Gopal Ah Seng Rajah di atas menunjukkan tinggi dua orang murid, Ahmad dan Ah Seng. Tinggi Gopal tidak ditunjukkan. Gopal adalah 32 cm lebih tinggi daripada Ahmad. Cari jumlah ketinggian Ahmad dan Gopal, seterusnya cari beza jumlah tinggi mereka berdua dengan Ah Seng. 2. Segulung reben berukuran 12 m 750 cm perlu dipotong kepada 5 bahagian yang sama panjang. Berapakah panjang dalam cm, bagi satu bahagian reben itu? 3. Sebuah tangki mengandungi 56 ℓ air. 23 ℓ 475 mℓ air itu telah digunakan. Kemudian, 11 ℓ 900 mℓ air ditambahkan lagi ke dalam tangki itu. Hitung isi padu dalam ℓ dan mℓ, air di dalam tangki itu. 4. Sempena Hari Kebangsaan, larian Jalur Gemilang akan diadakan sejauh 8 km 500 m. 5 orang pelajar perlu berlari dengan membawa Jalur Gemilang dengan jarak larian tersebut. Berapakah jarak dalam m yang perlu dilalui oleh seorang pelari? 124 cm 116 cm Ahmad Gopal Ah Seng


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 302 Ruang 6.1 Sudut 6.1.1 Mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus dan sudut cakah pada bentuk segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga. Aktiviti 1: a. Guru menampal gambar segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga. b. Murid mendengar penerangan guru tentang sudut. c. Murid menyatakan bilangan sudut pada segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga. d. Murid membentuk kumpulan. e. Guru mengedarkan bahan untuk setiap kumpulan i. Kad perkataan sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah. ii. Gambar sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah. iii. Penerangan mengenai sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah. iv. Gambar bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga v. Kertas manila vi. Gam f. Setiap kumpulan menampal nama sudut, gambar sudut dan penerangan mengenai Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Sudut Tirus Sudut Tegak Sudut Cakah 90˚ Lebih kecil daripada sudut tegak dan sudut cakah Kurang daripada 90˚ Lebih besar daripada sudut tirus dan sudut tegak Lebih daripada 90˚ Sudut terdapat pada setiap bucu. Bucu terbentuk apabila dua sisi bertemu. 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 303 f. Setiap kumpulan menampal nama sudut, gambar sudut dan penerangan mengenai sudut. g. Wakil kumpulan menampal hasil kerja kumpulan di papan putih. h. Guru membimbing murid membincangkan hasil dapatan dan memberi penerangan. i. Bengkokkan lengan dan tunjukkan sudut menggunakan tangan. Aktiviti 2: a. Guru menampal beberapa gambar segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga di papan putih. b. Murid datang ke depan dan menulis nama setiap sudut sama ada sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah pada bentuk segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga. c. Guru berbincang hasil jawapan diperoleh. Aktiviti 3: a. Guru mengedarkan kertas berbentuk segi empat tepat kepada setiap orang murid. b. Murid melukis sudut tegak dan labelkan. c. Murid melipat kertas A4 dari salah satu bucu dan melukis garisan. Sudut tegak


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 304 d. Murid tandakan sudut tirus dan sudut cakah dan labelkan. e. Murid menampal hasil kerja di dalam buku latihan. Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid menyiapkan lembaran kerja. c. Murid dan guru membincangkan jawapan. Pentaksiran: Murid perlu betul 6 daripada 8 soalan yang diberi. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, kepimpinan dan menumpukan perhatian. Sudut cakah Sudut tirus Sudut tegak


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 305 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Namakan sudut-sudut yang berikut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. a b a b a b a.__________________________ b. __________________________ a b a.__________________________ b. __________________________ a b a.__________________________ b. __________________________ a b a.__________________________ b. __________________________ a.__________________________ b. __________________________ a b a.__________________________ b. __________________________ a b a.__________________________ b. __________________________ a.__________________________ b. __________________________


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 306 Ruang 6.2 Garis selari dan garis serenjang 6.2.1 Mengenal dan menamakan garis selari dan garis serenjang. 6.2.2 Melukis garis selari dan garis serenjang. Aktiviti 1: a. Guru membawa murid ke padang sekolah. b. Murid membuat pemerhatian terhadap lorong larian 100 m. c. Murid menerangkan ciri-ciri lorong larian tersebut. i. Keluasan lorong pertama sama dengan lorong kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. ii. Jarak larian sama setiap lorong juga sama. d. Murid melukis gambar lorong larian pada kertas dan menceritakan tentang lorong larian tersebut sambil dibimbing oleh guru. Aktiviti 2: a. Murid melihat sisi papan putih. b. Murid bercerita tentang sisi papan putih. c. Murid mendengar penerangan guru. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Garis selari adalah Bertentangan antara satu sama lain Dua garis yang dilukis sama arah Jarak antara garis adalah sama Garis-garis tidak bertemu Jarak yang sama Sisi a dan sisi b bertentangan. Jarak antara sisi a dengan sisi b adalah sama. Kedua-dua garis sisi a dan sisi b adalah garis selari. 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 307 d. Guru menunjukkan beberapa objek lain seperti almari kelas, bingkai tingkap bilik darjah, pintu bilik darjah atau meja murid. e. Murid bercerita mengenai garis selari berdasarkan objek yang ditunjukkan oleh guru dan memberi contoh-contoh lain yang wujud di sekeliling. f. Murid melukis garis selari di atas kertas. g. Murid menyemak hasil kerja rakan di sebelah. Aktiviti 3: a. Guru membawa murid ke gelanggang badminton / bola jaring / bola tampar. b. Murid menceritakan tentang garisan yang terdapat pada gelanggang tersebut. c. Guru memberi penerangan mengenai garis serenjang. d. Murid melakar gelanggang pada kertas kosong. e. Murid melukis garis serenjang pada lakaran. f. Murid dan guru membincangkan hasil kerja. Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid menyiapkan lembaran kerja. c. Murid dan guru membincangkan jawapan. Pentaksiran: Murid perlu betul 6 daripada 8 soalan yang diberi. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, berani mencuba dan menumpukan perhatian. Garis serenjang adalah Dua garis lurus yang bersilang pada sudut tegak.


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 308 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ A. Nyatakan jenis garis yang berikut: 1. 2. 3. 4. B. Kira bilangan garis serenjang pada bentuk-bentuk yang berikut 1. 2. C. Lukiskan garis selari dan garis serenjang. 1. Garis selari 2. Garis serenjang a b Garis a dan garis b: __________________________________ __ m n Garis m dan garis n: __________________________________ __ r Garis r dan garis s: ___________________________ _________ Garis p dan garis q: __________________________________ __ p q


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 309 Ruang 6.3 Perimeter dan Luas 6.3.1 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon sehingga lapan sisi. Aktiviti 1: a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. b. Guru menyediakan beberapa stesen i. Stesen 1: Buku teks (Ukur kulit buku teks) ii. Stesen 2: Kertas A4 iii. Stesen 3: Permukaan meja murid iv. Stesen 4: Kertas lukisan v. Stesen 5: Papan dam vi. Stesen 6: Buku tulis (Ukur kulit buku tulis) c. Setiap kumpulan perlu bergerak mengikut stesen yang ditetapkan dan mengukur objek yang disediakan oleh guru. d. Wakil kumpulan membentangkan hasil ukuran setiap objek. e. Guru memperkenalkan konsep perimeter. Aktiviti 2: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid menyiapkan lembaran kerja. c. Murid dan guru membincangkan jawapan. Pentaksiran: Murid perlu betul 5 daripada 6 soalan yang diberi. Nilai dan Sikap: Bekerjasama dan kepimpinan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Perimeter ialah jumlah ukur keliling bagi suatu bentuk. 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 310 Lembaran Kerja 32 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Hitung perimeter bagi setiap rajah di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 3 cm 3 cm 3 cm 3 cm 6 cm 6 cm 2 cm 2 cm 4 cm 10 cm 5 cm 15 cm 3 cm Panjang setiap sisi 4 cm


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 311 Ruang 6.3 Perimeter dan Luas 6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi empat sama 1 unit persegi dan rumus. Aktiviti 1: a. Murid duduk secara berpasangan. b. Guru mengedarkan lembaran kerja (kertas grid). c. Murid mengira dan mencatat bilangan segi empat sama yang terdapat dalam setiap bentuk a, b c, d dan e. d. Murid cuba mencari cara pantas untuk mendapatkan bilangan segi empat sama yang terdapat dalam setiap bentuk dengan bimbingan guru (panjang lebar) e. Guru memperkenalkan konsep luas dan formula luas segi empat sama dan segi empat tepat. a. b. c. d. e. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh bentuk itu. Luas segi empat sama dan segi empat tepat = panjang lebar 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 312 Aktiviti 2: a. Guru menunjukkan bentuk segi empat dan menyatakan luas segi empat tersebut. b. Guru melipat bentuk segi empat tersebut dan menghasilkan segi tiga. c. Guru memperkenalkan formula luas segi tiga dan memberikan beberapa contoh. Aktiviti 3: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid menyiapkan lembaran kerja. c. Murid dan guru membincangkan jawapan. Pentaksiran: Murid perlu betul 5 daripada 6 soalan yang diberi. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, menumpukan perhatian dan berani mencuba. 4 cm Luas = panjang lebar = 4 cm 4 cm = 14 cm² Luas segi tiga sebenarnya ialah luas segi empat yang telah dibahagi dua. 4 cm Luas segi empat = panjang lebar Luas segi tiga = panjang lebar 2 = 1 2 panjang lebar atau 1 2 tapak tinggi


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 313 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Kira luas setiap rajah di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 5 cm 5 cm 9 cm 3 cm 16 cm 2 cm 10 cm 3 cm 14 cm 4 cm 10 cm 6 cm


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 314 24 unit kubus dapat memenuhi kotak kosong. Jadi, isi padu kotak tersebut ialah 24 unit³ Ruang 6.4 Isi padu pepejal 6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus. Aktiviti 1: a. Guru menunjukkan gambar sebuah kotak kosong. b. Guru bertanya kepada murid bagaimana hendak mencari ruangan yang memenuhi kotak kosong itu. c. Murid memberikan idea masing-masing dan dibimbing oleh guru. d. Guru menunjukkan kubus kecil dan mengisi kotak kosong dengan kubus tersebut. e. Murid menyatakan bilangan kubus yang digunakan untuk mengisi kotak kosong tersebut. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 315 f. Murid cuba mencari cara pantas selain daripada mengira bilangan kubus (panjang lebar tinggi) untuk mendapatkan jumlah kubus yang terdapat dalam kotak tersebut dengan bimbingan guru. g. Guru memperkenalkan konsep isi padu dan formula isi padu kubus dan kuboid. h. Guru menunjukkan beberapa contoh kepada murid. Aktiviti 2: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid menyiapkan lembaran kerja. c. Murid dan guru membincangkan jawapan. Pentaksiran: Murid perlu betul 4 daripada 5 soalan yang diberi. Nilai dan Sikap: Menumpukan perhatian dan berani mencuba. Isi padu ialah ruang yang dipenuhi oleh suatu objek tiga matra. Isi padu kubus dan kuboid = panjang lebar tinggi


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 316 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Hitung isi padu kubus dan kuboid. 1. kubus unit. Isi padu = unit³ 2. kubus unit. Isi padu = unit³ 3. 4. 5. Kira jumlah isi pada kubus dan kuboid di bawah. 6 cm 6 cm 6 cm 18 cm 3 cm 6 cm 5 cm 5 cm 5 cm 16 cm 2 cm 4 cm


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 317 Ruang 6.5 Penyelesaian masalah 6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang. Aktiviti 1: a. Guru memberikan satu contoh soalan penyelesaian masalah. b. Murid mendengar penerangan guru tentang langkah-langkah penyelesaian masalah. Aktiviti 2: a. Murid berada dalam kumpulan. b. Guru menyediakan soalan penyelesaian masalah di dalam sampul. c. Setiap kumpulan akan mendapat satu sampul. d. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan soalan di dalam sampul dan menunjukkan jalan penyelesaian di atas kertas A4 yang diberikan. e. Masa diberikan selama 3 minit. Wisel dibunyikan apabila masa tamat. f. Selepas wisel dibunyikan, sampul soalan akan diberikan pada kumpulan di sebelah. g. Masa diberikan 3 minit lagi untuk soalan ke dua. Aktiviti e, f dan g perlu diulang sehingga semua kumpulan dapat menjawab soalan di dalam semua sampul. h. Setelah tamat, soalan dan jawapan akan di tampal di papan putih. i. Murid dan guru akan membincangkan jawapan. Aktiviti 3: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid menyiapkan lembaran kerja. c. Murid dan guru membincangkan jawapan. Pentaksiran: Murid perlu betul 5 daripada 7 soalan yang diberi. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, menumpukan perhatian dan berani mencuba. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit


Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 318 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan masalah berikut. 1. Namakan sudut antara dinding rumah dan lantai rumah anda. 2. Jam dinding menunjukkan tepat pukul 5:00 petang. Namakan sudut antara jarum jam dan jarum minit. 3. Ibu menggunakan 16 cm renda untuk melilit sarung bantal berbentuk segi empat sama. Berapakah panjang renda untuk satu sisi sarung bantal itu? 4. Panjang sebuah bilik ialah 7 m dan lebarnya ialah 5 m. Berapakah luas bilik tersebut? 5. Panjang dan lebar sebuah kotak masing-masing ialah 16 cm dan 10 cm. Cari isi padu kotak itu, jika panjang kotak itu ialah setengah daripada tinggi kotak itu. 6. Jika luas sebuah segi empat sama ialah 144 cm², cari perimeter segi empat tersebut. 7. Amin membeli sekeping poster gambar berbentuk segi empat tepat yang luasnya 72 cm². Cari panjang poster itu jika lebarnya ialah 8 cm.


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 319 Koordinat, Nisbah dan Kadaran 7.1 Koordinat pada sukuan pertama. 7.1.1 Mengenal paksi-x, paksi-y dan asalan (O). Aktiviti 1: a. Minta murid nyatakan kedudukan objek yang menegak dan mendatar yang terdapat di sekeliling mereka b. Minta murid namakan objek-objek pada kedudukan menegak seperti tiang, pokok dan pagar. c. Minta murid namakan objek-objek pada kedudukan mendatar seperti bangku, lantai dan papan tulis.. d. Nyatakan objek-objek yang mempunyai bentuk ‘L seperti huruf L, sesiku L dan sudut dalam bilik darjah. Aktiviti 2: a. Perkukuhkan pengetahuan murid dengan simulasi pergerakan kad abjad bermagnet b. Guru menggerakkan kad P ke kanan. c. Murid nyatakan kedudukan kad P dan nyatakan cara menentukan kedudukan P. d. Lukis satu garisan lurus mendatar ke kanan dan namakan garisan itu (garisan mengufuk) Namakan garisan itu; paksi- x dan nomborkan garis lurus itu. 1 2 3 4 5 6 7 8 nombor 3 e. Tanya murid kedudukan P dan guru memberi penjelasan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran P Q R S T x P


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 320 f. Lukis satu garisan menegak dan namakan garisan itu. (garisan mencancang) g. Namakan garisan itu paksi- y dan nomborkan garisan itu y 7 6 5 4 3 2 1 h. Minta murid gerakkan kad P ke atas (menegak). i. Tanya murid kedudukan P dan guru memberi penjelasan. j. Cantumkan paksi-x dan paksi-y dalam suku pertama (bentuk L) k. Guru menerangkan bahawa pertemuan paksi-x dan paksi-y ialah asalan (O). P


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 321 Aktiviti 3: a. Letakkan kad abjad P, Q, R, S, dan T. 1 2 3 4 5 6 7 b. Bincangkan dan nyatakan kedudukan abjad P dengan betul. c. Minta murid membaca kedudukan abjad dengan betul. d. Ulang aktiviti dengan menggunakan kad abjad yang lain. Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Ketelitian dan kesungguhan Titik Paksi x Paksi y Contoh P 3 unit ke kanan 5 unit ke atas Q R S T 2 4 3 5 7 9 8 P Q R S T y 6 x 1


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 322 Lembaran Kerja 1 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Lengkapkan jadual di bawah berpandukan rajah yang diberi. Titik Paksi-x Paksi-y A B C D E F 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 A B C D F E x y


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 323 Tuliskan abjad pada titik yang terdapat dalam petak berdasarkan jadual di bawah. Titik Paksi-x Paksi-y H 5 4 J 3 2 K 6 1 L 1 5 M 0 2 N 7 0 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 y x O


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 324 Koordinat 7.1 Koordinat pada sukuan pertama. 7.1.2 Menentukan koordinat bagi sesuatu titik pada sukuan pertama dan juga sebaliknya. Aktiviti 1: a. Pamerkan satah Cartes sukuan pertama kepada murid. Contoh: y O b. Adakan soal jawab dengan murid tentang nama paksi mendatar dan paksi menegak. Contoh: i. Apakah nama paksi yang melintang? (paksi mengufuk) ii. Apakah nama paksi yang menegak? (paksi mencancang) Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran x


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 325 Aktiviti 2: a. Pamerkan satah Cartes kepada murid yang mempunyai titik asalan (O). Contoh: b. Minta murid menyatakan apakah kegunaan titik asalan O? Contoh respon: Titik asalan adalah pertemuan di antara paksi-x dan paksi-y. Koordinat setiap paksi bermula dari titik asalan. b. Minta murid menyatakan kedudukan titik koordinat pada paksi x dan paksi y. Contoh: c. Bimbing murid menyatakan koordinat. i. Pada paksi-x 2 ii. Pada paksi-y 3 iii. Cara menyebut: Koordinat (2, 3) d. Ulang c seperti contoh di bawah Paksi-x Paksi-y Koordinat 2 3 (2, 3) Paksi- x Paksi- y Koordinat 4 1 (4,1) Titik Asalan y O x y 1 2 1 3 5 . 4 2 1 3 1 1 x O 4 5 O 1 2 1 3 4 5 1 2 1 3 4 5 . x y


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 326 c. Permainan Satah Koordinat. Minta murid melempar gelang getah ke atas papan koordinat sukuan pertama. d. Guru boleh juga lukis garisan dan angka di atas permukaan simen atau jalan tar. Gantikan paku tekan dengan skital kecil. Gantikan gelang getah dengan gelung pelastik. e. Lempar gelang getah ke atas papan yang mengandungi paku tekan mengikut kumpulan. Getah yang melingkari paku tekan akan dicatat koordinatnya. f. Kumpulan yang memberi jawapan yang betul, dikira sebagai pemenang. Aktiviti 3: a. Plot titik-titik pada satah Cartesan dan nyatakan koordinat bagi titik-titik yang berikut: Paksi-x Paksi-y Koordinat 4 3 (4, 3) b. Bimbing murid membilang dari titik asalan secara mendatar hingga 4 dan menggaris secara menegak. 1 3 4 6 7 1 2 3 4 5 6 7 2 Lekatkan dengan paku tekan jika pada papan polisterin. 0 5


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 327 c. Bimbing murid membilang dari titik asalan secara menegak hingga 3 dan menggaris secara melintang. d. Titik pada pertemuan garisan paksi-x dan paksi-y dinamakan koordinat (4, 3) Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 5 kepada setiap murid. b. Bincang hasil kerja dengan murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja. Murid perlu menguasai kesemua soalan yang diberi. Jika berlaku kesilapan kerana kurang faham atau cuai, guru perlu mengulang semula pembelajaran ini. Nilai dan Sikap: Murid perlu membaca koordinat dengan betul, tepat dan berintegriti kerana pembelajaran koordinat ini sangat perlu dalam ilmu penerbangan kapal terbang dan pelayaran kapal.


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 328 Lembaran Kerja 1 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Nyatakan paksi-x dan paksi-y bagi koordinat yang berikut. Soalan Koordinat Paksi-x Paksi-y 1 (3, 4) 3 4 2 (1, 5) 3 (5, 3) 4 (2, 1) 5 (4, 2) 6 (6, 4) 7 (3, 9) 8 (4, 1) 9 (1, 2) 10 (7, 4)


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 329 Lembaran Kerja 2 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Nyatakan koordinat bagi paksi-x dan paksi-y yang berikut. Soalan Paksi-x Paksi-y Koordinat 1 2 3 (2, 3) 2 4 5 3 3 1 4 2 6 5 6 3 6 5 4 7 7 1 8 3 6 9 4 2 10 1 5


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 330 Lembaran Kerja 3 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Tandakan titik pada satah Cartesan dan nyatakan koordinat bagi titik berikut. Titik Jarak dari paksi- x Jarak dari paksi- y Koordinat A 1 6 (1, 6) B 2 5 C 6 1 D 3 8 E 6 2 F 7 3 G 8 6 H 1 4 I 4 3 J 7 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 10 y 1 2 3 4 5 6 7 9 8 .A x


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 331 Lembaran Kerja 4 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Tandakan titik pada satah Cartesan dan nyatakan jarak setiap titik dari paksi-x dan paksi-y. Titik Koordinat Jarak dari paksi-x Jarak dari paksi- y A (2, 4) 2 4 B (3, 9) C (6, 1) D (7, 3) E (5, 2) F (4, 1) G (3, 8) H (5, 4) I (4, 8) J (1, 9) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 9 10 8 .A y x


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 332 Lembaran Kerja 5 Nama: _______________________________ Kelas: ________________ Nyatakan koordinat dalam jadual berdasarkan titik-titik pada satah Cartesan. Titik Koordinat A (2, 3) B C D E F G H I J y O 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 9 10 8 .A x .C .I .G .H .B .D .F .E .J


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 333 Koordinat, Nisbah dan Kadaran 7.2 Nisbah 7.2.1 Mewakilkan hubungan antara dua kuantiti dalam nisbah 1:1 hingga 1:10, 1:100 dan 1:1000. Aktiviti 1: a. Tunjukkan dua jenis bola. b. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan jenis bola. Contoh: 1. Berapaan bilangan bola sepak? 2. Berapakah bilangan bola jaring? 3. Berapakah bilangan bola yang ada? Aktiviti 2: a. Satu bola sepak dan satu bola jaring ditunjukkan. Berdasarkan bola tersebut, beberapa soalan dikemukakan. Contoh: 1. Apakah nisbah bola sepak kepada bola jaring? 1:1 atau 1 1 2. Apakah nisbah bola jaring kepada bola sepak? 1:1 atau 1 1 b. Ulangi aktiviti 2 dengan menggunakan bilangan bola yang berbeza. Penggunaan kad petak seratus dan kad blok asas boleh digunakan. Aktiviti 3: a. Sehelai kertas diberikan kepada setiap kumpulan. b. Satu slaid bergambar ditunjukkan. Murid menyatakan nisbah bilangan yang mereka dapati berdasarkan slaid yang diberi. c. Jawapan setiap kumpulan dibentangkan di hadapan dan bincangkan jawapan mereka. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran


Perkaitan dan Algebra: Tahun 4 334 Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid b. Minta murid menjawab setiap soalan yang dikemukakan dan bincangkan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Ketelitian dan kesungguhan.


Click to View FlipBook Version