Nombor dan Operasi: Tahun 4 185 Wang 3.4 Tanggungjawab dalam membuat keputusan berkaitan kewangan. 3.4.3 Membuat keputusan kewangan dengan menganalisis maklumat kewangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Membuat keputusan kewangan Matlamat yang ingin dimiliki daripada wang yang ada setelah membuat pertimbangan dan mengenal pasti faedah daripada pemilikan. Menganalisi maklumat kewangan Mengambil kira faktor simpanan yang ada, perbelanjaan yang akan dilakukan dalam tempoh untuk mencapai matlamat dan mengenal pasti sumber kewangan lain untuk menampung matlamat kewangan yang ditetapkan. Sumber Kewangan Mengetahui maksud sumber kewangan iaitu punca dari mana wang tersebut diperolehi secara sah. Contoh, tabungan duit saku, hadiah, duit raya, upah membantu ayah mencuci kereta, menjual barangan terpakai atau kitar semula dan lain-lain yang berkaitan. Aktiviti 1: a. Murid diminta menyenaraikan 3 contoh senarai keperluan dan kehendak mereka berdasarkan borang yang disediakan. b. Daripada senarai keperluan dan kehendak, sekali lagi murid diminta untuk menentukan salah satu daripadanya sebagai satu keutamaan yang mesti dimiliki atau dicapai. Sebagai contoh, lawatan sambil belajar ke Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sekolah. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit “MY WISH LIST OF SEPTEMBER” KEPERLUAN SAYA KEHENDAK SAYA 1. ________________ 2. ________________ 3. ________________ 1. ________________ 2. ________________ 3. ________________ KEUTAMAAN SAYA IALAH MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA PADA BULAN 22 OKTOBER 2018
Nombor dan Operasi: Tahun 4 186 c. Daripada keutamaan yang telah ditetapkan, murid diminta untuk menyatakan sebab pemilihan tersebut. d. Penegasan kepentingan menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja sebagai amalan yang MESTI dilakukan. e. Guru boleh mengaitkan dengan konsep yang telah murid pelajari daripada kemahiran sebelum ini. Aktiviti 2: a. Secara berpasangan, daripada Aktiviti 1, murid akan merancang kewangan mereka bagi memenuhi matlamat utama tadi. b. Murid akan melengkapkan satu jadual yang mempunyai maklumat kewangan sedia ada dan mengenal pasti kewangan daripada sumber lain semasa tempoh pengurusan kewangan bagi tujuan memenuhi matlamat. (A) Jumlah yang dikehendaki (B) Jumlah tabungan yang sedia ada (C) Jumlah tabungan yang diperlukan (A) – (B) (D) Jumlah yang disimpan dalam sebulan (E) Tempoh masa yang ingin dicapai (F) Cara mendapat lebih banyak wang RM150 RM50 RM100 RM20 30 hari a. Jual surat khabar lama. b. Tolong ayah cuci kereta. c. Tolong mama membersih kawasan rumah c. Aktiviti di atas dilengkapkan bagi tujuan perkongsian idea di dalam kelas. d. Pasangan murid lain boleh memberikan pandangan dan cadangan kepada pasangan murid yang membuat perkongsian. e. Murid menyatakan kewajaran jumlah wang yang diperuntukan dan guru membantu menerapkan konsep pembelanjaan berhemat dan penyimpanan berdasarkan jawapan murid. Tiada jawapan betul atau salah untuk aktiviti ini.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 187 Aktiviti 3: a. Secara berpasangan, daripada Aktiviti 2, murid akan merancang kewangan mereka bagi memenuhi matlamat utama tadi dengan lebih terperinci. b. Murid akan melengkapkan satu jadual yang mempunyai maklumat kewangan . Catatan: Guru boleh mencetak jadual mengikut keperluan tempoh yang ditetapkan dan boleh diubah suai. c. Aktiviti di atas dilengkapkan bagi tujuan perkongsian idea di dalam kelas. d. Pasangan murid lain boleh memberikan pandangan dan cadangan kepada pasangan murid yang membuat perkongsian. e. Guru sebagai pembimbing bersama-sama murid untuk melengkapkan catatan rekod kewangan berdasarkan jadual di atas. Pentaksiran: Guru boleh mentaksir murid mengikut hasil perkongsian idea. Tarikh Pendapatan/Sumber Kewangan (Duit Masuk - A) Perbelanjaan (Duit Keluar - B) Baki (A tolak B) Catatan RM Catatan RM 2.9.2018 Duit sendiri 50.00 Tiada 0.00 50.00 4.9.2018 Baki 2.9.2018 50.00 Beli pensel 2.00 48.00 4.9.2018 Baki 4.9.2018 48.00 Tiada 0.00 48.00 4.9.2018 Upah tolong mama 20.00 Tiada 0.00 68.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 188 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Jawab semua solan. Afiq hendak menyimpan RM250 untuk membeli kasut sukan jenama Nike untuk dipakai semasa perkhemahan sekolah pada hujung tahun. Jumlah duit tabungan yang sedia ada adalah sebanyak RM120. Jadi dia perlukan RM200 lagi. Untuk mencapai jumlah tabungan yang dikehendaki, beliau perlu membuat tabungan dalam tempoh 2 bulan dari hari ini. Namun begitu, beliau perlu memikirkan untuk memperolehi sumber simpanan daripada pelbagai cara. Anda diminta untuk membantu Afiq membuat semua rekod kewangan menggunakan jadual di bawah sehingga dapat mengumpulkan sebanyak RM130.00 lagi. Tarikh Pendapatan/Sumber Kewangan (Duit Masuk - A) Perbelanjaan (Duit Keluar - B) Baki (A tolak B) Catatan RM Catatan RM 1.9.2018 Duti yang ada 120.00
Nombor dan Operasi: Tahun 4 189 Wang 3.5 Mata wang asing 3.5.1 Mengenal mata wang negara utama dunia. Aktiviti 1: a. Paparkan gambar wang kertas negara utama dunia. Contoh: Jepun, China, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom. b. Minta murid nyatakan nama negara bagi setiap gambar wang kertas tersebut. c. Minta murid nyatakan nama wang kertas yang digunakan oleh negara itu. Aktiviti 2: a. Tunjukkan wang kertas Malaysia. b. Minta murid menyatakan dan mencatat nama mata wang tersebut dengan bimbingan guru. c. Catatkan pada jadual yang disediakan. NEGARA NAMA MATA WANG Amerika Dollar Aktiviti 3: a. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. b. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran Kerja 1. c. Murid menyelesaikan tugasan yang diberi. d. Bincang hasil kerja murid. e. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan betul semua dikira sebagai pemenang. f. Pemenang diberikan ganjaran. Aktiviti 4: Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 190 a. Edarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid. b. Bincang hasil kerja dengan murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kepada kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 191 Lembaran Kerja 1 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ SIAPA CEPAT, DIA DAPAT. P P G R M L S E N E O X Q T J A C Y E N U A W O N Y F P V Y N B S H I I U H H W D O L L A R L U M P A. Jawab soalan di bawah, kemudian cari dan warnakan jawapannya pada teka silang kata di atas. 1. Apakah mata wang bagi negara India? 2. Yen adalah mata wang negara ________________. 3. Aida hendak melancong ke Korea, mata wang apakah yang akan beliau gunakan? 4. Airis akan melanjutkan pengajiannya ke Arab Saudi. Dia akan menggunakan mata wang _________________. 5. Adli adalah seorang peniaga daging lembu. Beliau telah kehabisan stok dan memerlukan bekalan dari negara Australia. Apakah mata wang yang akan beliau gunakan ketika berurus niaga di sana?
Nombor dan Operasi: Tahun 4 192 Lembaran Kerja 2 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Tuliskan nama mata wang dan negara bagi wang kertas berikut. a) Nama mata wang: ____________ b) Negara: ______________________ a) Nama mata wang: ____________ b) Negara: ______________________ a) Nama mata wang: ____________ b) Negara: ______________________ a) Nama mata wang: ____________ b) Negara: ______________________ a) Nama mata wang: ____________ b) Negara: ______________________ a) Nama mata wang: ____________ b) Negara: ______________________
Nombor dan Operasi: Tahun 4 193 Wang 3.5 Mata wang asing 3.5.2 Menyatakan nilai wang RM1 dengan nilai mata wang semasa negara lain. Aktiviti 1: a. Dua orang murid dipilih (murid A dan B) dan maing-masing diberi RM1 dan 1 Dollar Singapura. b. Murid dikehendaki melakonkan aktiviti membeli buku. c. Murid A dengan RM1 mendapat sebuah buku dan murid B dengan 1 Singapura Dollar mendapat tiga buah buku. d. Murid dibimbing mengenali perbezaan nilai mata wang antara negara. Aktiviti 2: a. Minta murid menyatakan nilai mata wang negara lain berbanding dengan RM1. b. Paparkan jadual nilai mata wang negara lain berbanding dengan RM1. Negara Nilai mata wang negara lain berbanding dengan RM1 India 16.9023 Arab Saudi 0.93226 Australia 0.33771 Jepun 27.8413 Hong Kong 1.9927 New Zealand 0.36162 Kadar tukaran di atas adalah pada 3/5/2018. Kadar tukaran boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa. Aktiviti 3: a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. b. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran Kerja 3. c. Murid menyelesaikan tugasan yang diberi. d. Bincang hasil kerja murid. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 194 Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 4 kepada setiap murid. b. Bincang hasil kerja dengan murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 3 dan Lembaran Kerja 4, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kepada kemahiran berikutnya. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 195 Lembaran Kerja 3 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Isikan jadual di bawah berdasarkan maklumat yang kamu perolehi melalui capaian internet. Negara Tukaran nilai mata wang negara lain berbanding RM1 Thailand Brunei Singapura Indonesia Vietnam Laos Australia United Kingdom
Nombor dan Operasi: Tahun 4 196 Lembaran Kerja 4 Nama: _____________________________ Kelas: ___________ Jawab soalan di bawah berdasarkan maklumat yang telah diperolehi di lampiran. 1. Berapakah nilai mata wang Australia berbanding RM1? ___________________________________________________________________ 2. Di antara tukaran wang yang diberi, negara manakah yang mempunyai nilai tukaran yang tertinggi? Jelaskan. ___________________________________________________________________ 3. Negara mana pula mempunyai nilai tukaran yang terendah? ___________________________________________________________________ 4. Sekiranya anda ingin pergi melancong ke luar negara, negara manakah yang anda akan pilih? Mengapa? ___________________________________________________________________ _______________ 5. Susunkan nama negara mengikut nilai mata wang secara urutan menaik.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 197 Wang 3.6 Instrumen Pembayaran 3.6.1 Mengenal pelbagai instrument pembayaran. 3.6.2 Menjelaskan penggunaan pelbagai instrumen pembayaran dalam transaksi barangan dan perkhidmatan Aktiviti 1: a. Guru menayangkan video di laman web berikut: http://www.youtube.com/watch?v=Sh9ZXAzkzWw b. Murid diminta menyatakan maklumat yang terdapat pada video. c. Guru menerangkan bahawa kad kredit merupakan salah satu instrumen pembayaran dan menjelaskan apa itu instrumen pembayaran. d. Persediaan murid: Murid telah diminta untuk mencari maklumat berkaitan instrumen pembayaran sehari sebelum PdP ini diajar. Aktiviti 2: a. Secara berpasangan, murid diminta membincangkan maklumat yang dikumpul tentang Instrumen Pembayaran yang diketahui. b. Guru membimbing murid mengenal pasti beberapa instrumen pembayaran dan menjelaskan kelebihan dan kelemahan penggunaan instrumen tersebut. Contoh: Mata wang Mata wang digunakan sebagai instrumen pembayaran tunai. Contoh: Ali membeli tiga buah buku tulis dan dua batang pensel dengan harga RM3.60. Dia membayar dengan menggunakan sekeping wang kertas RM5.00. Kelebihan: Mengelakkan berhutang. Kelemahan: Berisiko (hilang, kecurian) Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Nombor dan Operasi: Tahun 4 198 Kad Prabayar Kad pra bayar digunakan untuk membuat bayaran mengikut amaun yang telah dibayar terlebih dahulu. Contoh: Kamal memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Dia menggunakan kad pra bayar untuk membayar tol. Kelebihan: Memudahkan urusan (Kad ‘Touch n Go”) Mendisiplinkan pengguna (Kad praBayar) Kelemahan: Penggunaannya terhad berdasarkan amaun kad tersebut. Kad kredit dan Kad debit Nota: Kad Kredit Instrumen pembayaran yang membolehkan pemegang kad untuk berbelanja terlebih dahulu dengan sejumlah amaun yang telah ditetapkan tanpa perlu membayar serta merta. Contoh: Encik Aliff Rahman berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak keretanya. Beliau bercadang untuk mengisi minyak sebanyak RM50, tetapi beliau cuma ada RM10. Maka beliau mengambil keputusan untuk membuat pembayaran menggunakan kad Kredit.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 199 Kelebihan: Mudah dan cekap Kelemahan: Perbelanjaan yang tidak terkawal bagi pengguna yang tidak berdisiplin. Kad Debit Instrumen pembayaran yang membolehkan pemegang kad membuat pembelian atau pengeluaran wang tunai yang akan ditolak secara langsung dari akaun pemegang kad. Contoh: Haniah membeli beberapa helai pakaian dan sepasang kasut di pusat membeli-belah. Beliau tidak membawa wang tunai yang banyak kerana berasa selamat membuat bayaran menggunakan kad debit. Kelebihan: Mudah Kelemahan: Perkhidmatan tidak meluas. Nota: Guru boleh memaparkan gambar-gambar mesin transaksi penggunaan instrumen pembayaran. Aktiviti 3: a. Permainan “Peminjam Yang Bijak”. b. Murid melengkapkan tugasan yang diberi secara berkumpulan (4 orang). (Rujuk Lampiran 5) c. Setiap kumpulan akan bergerak ke kiosk yang seterusnya mengikut arah jam setelah wisel dibunyikan. d. Arahan permainan: i Murid melengkapkan borang berdasarkan maklumat di setiap kiosk. Lampiran 6 ii Setiap kumpulan menulis hasil dapatan pada jadual (kertas mahjong) yang disediakan di papan tulis. iii Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan. e. Bincangkan hasil dapatan keseluruhan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 200 Aktiviti 4: a. Hasilkan satu Instrumen Pembayaran (contoh: Kad) yang sesuai mengikut kreativiti murid. b. Murid diminta menghasilkan “Buku Skrap” tentang instrumen pembayaran. c. Bincang hasil kerja dengan murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.
Nombor dan Operasi: Tahun 4 201 Wang 3.7 Penyelesaian masalah 3.7.1 Menyelesaikan masalah wang dalam lingkungan RM100 000 melibatkan operasi asas dan operasi bergabung dalam situasi harian. Aktiviti 1: a. Murid dibahagikan kepada kumpulan yang tidak melebihi daripada 3 orang setiap kumpulan. b. Sediakan dua jenis barang berserta tanda harga dan kad perkataan. c. Murid diminta untuk mereka cerita berdasarkan semua kad seperti yang ditunjukkan di atas. Contoh cadangan jawapan yang telah disediakan oleh guru : d. Murid membentangkan hasil cerita mereka di hadapan kelas. Aktiviti 2: a. Berdasarkan Aktiviti 1, murid-murid diminta untuk mengenal pasti semula kaedah untuk menyelesaikan masalah harian. b. Guru membimbing murid menggunakan Kaedah Polya bagi menyelesaikan masalah mengikut kaedah di bawah: Memahami masalah Merancang strategi penyelesaian Melaksanakan strategi Menyemak jawapan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit RM29 888.00 beli bayar Sempena ulang tahun kelahiran ibu saya. Ayah saya telah menghadiahi ibu saya dengan sebentuk cincin berlian berharga RM4 433.90 dan seutas rantai emas bertatahkan batu delima yang berharga RM29 888.00. Ayah saya telah membelanjakan wangnya sejumlah RM34 321.90 untuk hadiah-hadiah tersebut. RM4 433.90 RM34 321.90
Nombor dan Operasi: Tahun 4 202 c. Ulangi aktiviti di atas dengan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan tambah, darab dan bahagi. Pentaksiran: Berdasarkan hasil kerja murid menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak dalam situasi harian. Nilai dan Sikap: Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan. Encik Johan menyimpan sebanyak RM1000 sebulan. Berapakah wang yang disimpan selama setahun? Chew membayar RM850 untuk membeli 5 pasang kasut sukan. Berapakah harga sepasang kasut sukan itu? Ibu ada simpanan berjumlah RM3350. Ayah pula ada simpanan berjumlah RM5050. Cari jumlah simpanan mereka. Sempena ulang tahun kelahiran ibu saya. Ayah telah menghadiahi ibu dengan sebentuk cincin berlian berharga RM4 433.90 dan seutas rantai emas bertatahkan batu delima yang berharga RM29 888.00. Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh ayah untuk membeli hadiah-hadiah tersebut? Memahami masalah Merancang strategi penyelesaian Melaksanakan strategi dengan menambah 2 nilai wang RM4 433.90 + RM29 888.00 = Menyemak jawapan dengan merujuk semula Aktiviti 1 RM4 433.90 + RM29 888.00 = RM34 321.90
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 203 Masa dan Waktu 4.1 Sistem 12 jam dan 24 jam. 4.1.1 Mengetahui perkaitan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam. Aktiviti 1: a. Murid membuat pemerhatian terhadap jam dinding yang diagihkan kepada setiap kumpulan. Contoh: b. Jelaskan kepada murid: 24 jam = 1 hari c. Teruskan aktiviti dengan membincangkan pusingan jarum jam sebanyak tiga kali, empat kali dan seterusnya dan minta murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan. d. Murid membuat pemerhatian terhadap kalendar bulan Februari yang diagihkan kepada setiap kumpulan. e. Minta murid menyebut hari-hari yang terdapat pada kalendar. Jelaskan kepada murid bahawa: 7 hari = 1 minggu Minta murid menyatakan berapa minggu ada dalam kalendar bulan Februari tersebut dan bincangkan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 204 f. Murid membuat pemerhatian terhadap kalendar Tahun 2012 yang diagihkan kepada setiap kumpulan. g. Murid diminta menyebut bulan-bulan yang terdapat dalam kalender. i. Jelaskan kepada murid bahawa: 1 tahun = 12 bulan Aktiviti 2: a. Agihkan murid kepada tiga kumpulan dengan setiap kumpulan diberi kad formula seperti berikut: Kumpulan 1: Kumpulan 2: minggu sifir hari 1 7 7 2 14 14 3 21 21 4 28 28 5 35 35 6 42 42 7 49 49 8 56 56 9 63 63 hari Sifir jam 1 2 4 24 2 4 8 48 3 6 12 72 4 8 16 96 5 10 20 120 6 12 24 144 7 14 28 168 8 16 32 192 9 18 36 216
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 205 Kumpulan 3: tahun Sifir bulan 1 1 2 12 2 2 4 24 3 3 6 36 4 4 8 48 5 5 10 60 6 6 12 72 7 7 14 84 8 8 16 96 9 9 18 108 b. Minta murid berbincang dalam kumpulan bahan yang diedarkan dan kaitkan dengan dua tempoh masa yang diberi. c. Ulang aktiviti sehingga setiap kumpulan berbincang ke semua bahan yang diberi. Aktiviti 3: a. Tunjukkan kad imbasan kepada murid dan minta murid menjawab. Contoh: b. Ulang aktiviti a dengan menggunakan kad imbasan lain. 12 bulan, 24 jam, 3 hari, 2 minggu, 2 tahun. c. Perkukuhkan aktiviti dengan menunjukkan kad imbasan ini. d. Tunjukkan proses mencari jawapan dalam minggu dan hari menggunakan kad formula seperti berikut: minggu sifir hari 1 7 7 2 14 14 3 21 21 4 28 28 5 35 35 6 42 42 7 49 49 8 56 56 9 63 63 7 hari 9 hari 9 hari lebih daripada 7 hari tetapi kurang daripada 14 oleh itu kita tolakkan 9 – 7 sama dengan 1 minggu 2 hari
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 206 e. Kukuhkan aktiviti dengan kad imbasan ini bagi mencari tempoh masa dalam jam bagi 2 hari 2 jam. hari Sifir jam 1 2 4 24 2 4 8 48 3 6 12 72 4 8 16 96 5 10 20 120 6 12 24 144 7 14 28 168 8 16 32 192 9 18 36 216 f. Perkukuhkan kefahaman murid bagi menghubungkaitkan tempoh masa bagi hari dan jam, minggu dan hari serta tahun dan bulan dengan memberi aktiviti tambahan dan gunakan kad formula bagi mengukuhkan kefahaman. Aktiviti 4: a. Bagi melihat penguasaan murid edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid dan lakukan pembetulan serta merta sekiranya murid melakukan kesilapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 yang diberi. Murid perlu menjawab dengan betul. Murid dibimbing mendapatkan jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. Nilai dan Sikap: Murid perlu diterapkan dengan semangat bekerjasama, menepati masa serta tidak membazirkan masa semasa aktiviti dalam kumpulan. Dalam kad formula 2 hari menunjukkan 48 jam, kemudian tambahkan 48 + 2 sama dengan 50 jam, oleh itu 2 hari 2 jam sama dengan 50 jam.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 207 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan. a. 3 hari = _____ jam b. 2 hari 7 jam = ____ jam c. 3 hari 10 jam = ____ jam d. 24 jam = ____ hari e. 52 jam = ___ hari ___ jam f. 76 jam = ___ hari ___ jam g. 1 minggu = ___ hari h. 2 minggu 2 hari = ___ hari h. 3 minggu 5 hari = ___ hari i. 14 hari = ___ minggu j. 18 minggu = ___ minggu ___ hari k. 23 hari = ___ minggu ___ hari
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 208 Masa dan Waktu 4.1 Sistem 12 jam dan 24 jam 4.1.1 Mengetahui perkaitan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam. Aktiviti 1: a. Pamerkan muka jam dan nyatakan waktu yang ditunjukkan. b. Bincangkan masa yang ditunjukkan. Pukul 3:00 pagi dan pukul 3:00 petang Pukul 10:10 pagi dan pukul 10:10 malam c. Menerangkan sistem 12 jam dengan sistem 24 jam. a.m. p.m. Ante Meridiem Bahasa Latin untuk sebelum tengah hari Post Meridiem Bahasa Latin untuk sebelum tengah malam Selepas tengah malam ke sebelum tengah hari Selepas tengah hari ke sebelum tengah malam Jam 0001 ke jam 1159 Jam 1201 ke jam 2359 Pukul 12:01 ke Pukul 11:59 Pukul 12:01 ke Pukul 11:59 Tengah hari Tengah malam Pukul 12.00 tengah hari Pukul 12.00 tengah malam Jam 1200 Jam 2400 Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 209 d. Bimbing murid memberi jawapan dalam sistem 24 jam berdasarkan muka jam yang ditunjukkan sebelum ini. Aktiviti 2: a. Tunjukkan jadual sistem 24 jam dan 12 jam. Contoh 1: Sistem 24 jam Sistem 12 jam 0100 1:00 a.m. 0200 2:00 a.m. 0300 3:00 a.m. 0400 4:00 a.m. 0500 5:00 a.m. 0600 6:00 a.m. 0700 7:00 a.m. 0800 8:00 a.m. 0900 9:00 a.m. 1000 10:00 a.m. 1100 11:00 a.m. 1200 12:00 tengah hari 1300 1:00 p.m. 1400 2:00 p.m. 1500 3:00 p.m. 1600 4:00 p.m. 1700 5:00 p.m. 1800 6:00 p.m. 1900 7:00 p.m. 2000 8:00 p.m. 2100 91:00 p.m. 2200 10:00 p.m. 2300 1:00 p.m. 2400 12:00 tengah malam
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 210 b. Berdasarkan contoh, murid sebutkan waktu yang berpadanan dengan sistem 12 jam dan sistem 24 jam. Aktiviti 3: a. Edarkan kad waktu kepada setiap murid. b. Murid mencari pasangan kad waktu yang sama antara masa dalam sistem 12 jam dengan sistem 24 jam. c. Pasangan yang pertama yang dapat mencari pasangan masa dikira pemenang. Contoh kad waktu d. Ulang aktiviti a dan b. e. Latih murid melakukan aktiviti melalui perbincangan , teratur dan berdisiplin. Aktiviti 4: a. Bagi melihat penguasaan murid, edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid dan lakukan pembetulan serta merta sekiranya murid melakukan kesilapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam aktiviti yang dijalankan dan lembaran kerja yang diberi. Murid perlu menjawab dengan betul. Nilai dan Sikap: Teliti, bekerjasama dan saling membantu dalam aktiviti kumpulan.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 211 Lembaran Kerja 2 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Suaikan. Jam 0005 Jam 1325 Jam 2040 Jam 1945 Jam 0000 Jam 0535 Jam 1205 Jam 1159 Pukul 7:45 p.m Pukul 1:25 p.m Pukul 8:40 p.m Pukul 12:05 a.m. Pukul 12:05 p.m. Pukul 12:00 tengah malam Pukul 5:35 a.m. Pukul 11:59 a.m.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 212 Lembaran Kerja 3 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Lengkapkan jadual. Sistem 12 jam Sistem 24 jam Pukul 2:40 a.m. Jam 0325 Pukul 11:20 a.m. Pukul 8:30 p.m. Pukul 12:05 a.m. Jam 2245 Jam 0945 Jam 2325 Pukul 11:59 p.m.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 213 Masa dan Waktu 4.2 Tempoh Masa 4.2.1 Menentukan tempoh masa melibatkan unit jam dan minit dalam tempoh 24 jam. Aktiviti 1: a. Guru tunjukkan suasana di kaunter tiket bas dan contoh tiket bas. b. Minta murid menyatakan maklumat yang terdapat pada tiket dan paparan di kaunter tiket. c. Berikut maklumat pada jadual perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Masa bertolak: jam 1430 (pukul 2:30) Masa tiba: jam 1745 (pukul 5:45) Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 214 d. Murid tunjukkan masa bertolak dan masa tiba pada muka jam yang diberi. e. Murid putarkan jarum jam dan minit mengikut masa dan menyatakan tempoh perjalanan tersebut. f. Bimbing murid untuk mencari tempoh masa perjalanan melalui pengiraan. Contoh 1: jam 1745 – jam 1430 = 3 jam 15 minit Contoh 2: pukul 5:45 p.m. – pukul 2:30 p.m. = 3 jam 15 minit g. Mencari masa tiba Contoh Pukul 2:30 p.m. + 3 jam 15 minit Masa tiba = Pukul 5:45 p.m. h. Mencari masa bertolak Pukul 5:45 – 3 jam 15 minit Masa Bertolak = Pukul 2:30 p.m. Masa tiba – Masa bertolak Masa bertolak + Tempoh Masa Masa tiba – Tempoh Masa
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 215 Aktiviti 2: a. Paparkan slaid penerbangan perjalanan. b. Edarkan kad jadual kepada setiap kumpulan. Contoh: c. Berpandukan slaid yang ditayangkan, murid diminta melengkapkan kad jadual yang diedarkan, d. Setiap kumpulan akan memaparkan langkah pengiraan yang berkaitan dan semak bersama-sama guru. Aktiviti 3: a. Bagi melihat penguasaan murid edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid dan lakukan pembetulan serta merta sekiranya murid melakukan kesilapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 2 yang diberi. Murid perlu menjawab dengan betul. Murid dibimbing mendapatkan jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. Nilai dan Sikap: Murid perlu diterapkan dengan semangat bekerjasama ,menepati masa serta tidak membazirkan masa semasa aktiviti dalam kumpulan. Destinasi Masa Bertolak Masa Tiba Tempoh Masa Kelantan 6:35 a.m. 45 minit Johor Bharu 11: 45 p.m. Sabah 3:30 p.m. 2 jam 15 minit Langkawi Jam 1330 35 minit Indonesia Jam 2215 2 jam Singapura Jam 1630 1 jam 30 minit
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 216 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan 1. Jam 0510 – Jam 0345 = ___________ 2. Jam 2235 – = 25 minit 3. Jam 1525 – = 1 jam 10 minit 4. Pukul 12:45 p.m. – Pukul 3:50 p.m. = 5. Pukul 10:15 a.m. – = 4 jam 15 minit
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 217 Lembaran Kerja 2 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Lengkapkan jadual berikut. 5 orang murid diminta menyiapkan sebuah poster bertajuk ‘SAYANGI MALAYSIAKU ‘ untuk dipamerkan di kelas masing-masing. Kirakan tempoh masa yang diambil oleh setiap murid untuk menyiapkan poster tersebut. Jawab soalan berikut. 1. Murid yang mengambil masa paling singkat untuk menyiapkan poster ialah ________________________ 2. Murid yang mengambil masa paling panjang untuk menyiapkan poster ialah ________________________ Murid Masa mula Masa tamat Tempoh Masa A Pukul 8:30 pagi Pukul 10:00 pagi B Pukul 9:00 pagi Pukul 12:30 tengah hari C Pukul 10:45 pagi Pukul 2:15 petang D Pukul 3:20 petang Pukul 5:00 petang E Pukul 8:00 malam Pukul 11:15 malam
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 218 Masa dan Waktu 4.3 Anggaran Masa 4.3.1 Memberi anggaran masa melibatkan jam dan minit berdasarkan set rujukan yang diberi dalam situasi harian. Aktiviti 1: a. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang dilakukan seharian. b. Tunjukkan gambar aktiviti . Minta murid menyatakan anggaran masa aktiviti tersebut dilakukan. Contoh: Aktiviti Aktiviti Tidur Menyiram pokok bunga Bermain bola sepak Anggaran Masa 8 jam 20 minit 3 jam 15 minit c. Galakkan murid untuk memberi anggaran masa dan justifikasi yang bersesuaian. d. Teruskan dengan meminta murid memberikan contoh aktiviti bersama anggaran masa yang relevan. Aktiviti 2: a. Guru paparkan kad situasi kepada murid. Contoh: Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit Ali mengambil masa 15 minit untuk menyusun 100 buah buku di atas sebuah rak. Berapakah anggaran masa yang diperlukan oleh Ali untuk menyusun 250 buah buku di atas rak?
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 219 b. Murid memilih kad anggaran masa yang sesuai. Galakkan murid memberikan justifikasi bagi setiap pilihan jawapan yang diberi. Contoh: Jarak perjalanan dari Ipoh ke Jitra = 452 km – 205 km = 247 km Anggaran masa = 3 jam Justifikasi: Jarak perjalanan dari Ipoh ke Jitra adalah lebih jauh berbanding jarak dari Kuala Lumpur ke Jitra. Maka Encik Fairuz perlukan sekurang-kurangnya 30 minit tambahan iaitu hampir 3 jam tempoh pemanduan. c. Jelaskan bahawa setiap anggaran masa yang relevan boleh diterima. Minta murid memberikan justifikasi bagi masa yang dinyatakan. Aktiviti 3: a. Paparkan jadual aktiviti yang dilakukan oleh Siti dan masa yang diambil olehnya sebagai set rujukan. Jenis aktiviti Masa yang diambil Membasuh sebuah kereta. 40 minit Membungkus sekotak hadiah 15 minit Berjoging satu pusingan taman berjarak 4 km 1 jam 10 minit Membaca sebuah novel dengan 326 muka surat 2 jam 25 minit 2 jam 40 minit Encik Fairuz memandu dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah sejauh 452 km. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang berjarak 205 km mengambil masa 2 jam 30 minit. Berapakah anggaran masa yang diperlukan bagi perjalanan dari Ipoh ke Jitra?
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 220 b. Berdasarkan jadual di atas, setiap kumpulan diminta melengkapkan jadual aktiviti Siti dan mengisi anggaran masa yang sesuai. c. Murid juga diminta untuk memberikan justifikasi yang relevan. d. Bincangkan hasil dapatan setiap kumpulan . Galakkan murid berkongsi pendapat dalam kumpulan yang berbeza. e. Teruskan aktiviti dengan memberikan set rujukan yang pelbagai untuk menggalakkan murid membuat anggaran masa dan memberi justifikasi yang bersesuaian. Aktiviti 4: a. Edarkan Lembaran Kerja 1. b. Murid dibimbing untuk menentukan tempoh anggaran masa berdasarkan situasi serta memberikan justifikasi. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menganggar tempoh masa setiap aktiviti dengan justifikasi yang relevan. Nilai dan Sikap: Murid perlu diterapkan dengan sikap menghargai masa dan berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan. Jenis aktiviti Anggaran Masa Justifikasi Membasuh 3 buah kereta. Membungkus 10 kotak hadiah Berjoging 5 pusingan taman Membaca sebuah novel dengan 950 muka surat
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 221 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Situasi 1: 1. Berikan anggaran masa jika terdapat 70 buah pasu yang perlu disusun oleh Aisyah. 2. Berikan justifikasi bagi anggaran masa yang telah anda berikan. Situasi 2: 1. Berikan anggaran masa jika Zaquan perlu menyelesaikan 15 soalan matematik. 2. Berikan justifikasi bagi anggaran masa yang telah anda berikan. Situasi 3: 1. Jika dia meneruskan perjalanan sejauh 240 km lagi, berapakah anggaran masa pemanduan nya. 2. Berikan justifikasi bagi anggaran masa yang telah anda berikan. Aisyah mengambil masa 40 minit untuk menyusun 20 buah pasu bunga di sekeliling taman. Zaquan memerlukan 3 minit untuk menyelesaikan satu soalan matematik yang diberi. Encik Fadhil memandu dari Taiping ke Manjung sejauh 80 km selama 1 jam 18 minit.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 222 Masa dan Waktu 4.4 Perkaitan dalam masa 4.4.1 Menyatakan perkaitan antara alaf , abad , dekad dan tahun. Aktiviti 1: a. Murid membuat pemerhatian terhadap gambar bangunan bersejarah yang diberikan. b. Murid perhatikan tarikh binaan yang ditunjukkan. Menara Condong, Teluk Intan Jambatan Pulau Pinang,1985 Bangunan Sultan Abdul 1885 Samad , 1897 c. Murid nyatakan usia bangunan- bangunan tersebut pada masa kini. d. Guru jelaskan perkaitan antara masa yang diberi seperti berikut. e. Tunjukkan contoh perkaitan masa antara tahun, dekad dan abad. Contoh 1 Beza usia antara Jambatan Pulau Pinang dengan Menara Condong = 1985 – 1885 = 100 tahun = (100 ÷ 100) abad = 1 abad Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit Hukum Perkaitan Masa 1 dekad = 10 tahun 1 abad = 100 tahun 1 alaf = 1000 tahun
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 223 Contoh 2 Beza usia antara Bangunan Sultan Abdul Samad dengan Jambatan Pulau Pinang 1985 – 1897 = 88 tahun = 80 tahun + 8 tahun = (80 ÷ 10) dekad + 8 tahun = 8 dekad 8 tahun. Contoh 3 Usia Menara Condong pada tahun 2018 2018 – 1885 = 133 tahun = 100 tahun + 33 tahun (100 tahun = 1 abad) = 1 abad 33 tahun Aktiviti 2: a. Edarkan kad-kad gambar 5 mercu tanda negara dan bangunan bersejarah kepada setiap kumpulan. b. Murid akan susun gambar-gambar tersebut mengikut tarikh ia dibina. c. Murid melengkapkan jadual berikut: Contoh: Bil. Nama Bangunan Tahun dibina Usia Terkini (2018) 1 Fort Cornwallis 1810 2018 – 1810 = 208 tahun = (200 ÷ 100) abad + 8 tahun = abad tahun 2 Kellie’s Castle 1915 3 Menara Kuala Lumpur 1984 4 Kota A Famosa 1511 5 Menara Berkembar Kuala Lumpur 1993 d. Murid paparkan hasil kerja kumpulan.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 224 Aktiviti 3: c. Edarkan 10 kad unit masa kepada setiap kumpulan. d. Murid akan menyusun kad–kad tersebut pada peta titi mengikut padanan unit masa dekad dan tahun yang betul. e. Setiap kumpulan diminta membina peta titi yang memaparkan 10 padanan unit masa yang melibatkan abad dan tahun. f. Murid akan bergerak ke setiap kumpulan dan semak hasil kerja kumpulan lain. (Gallery Walk) Aktiviti 4: a. Guru edarkan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 2 yang diberi. Murid perlu menjawab dengan betul. Murid dibimbing mendapatkan jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. Nilai dan Sikap: Murid perlu diterapkan dengan semangat bekerjasama ,menghayati sejarah negara serta tidak membazirkan masa semasa aktiviti dalam kumpulan. 50 tahun 30 tahun 25 tahun 60 tahun 18 tahun 5 dekad 3 dekad 2 dekad 5 tahun 6 dekad 1 dekad dan 8 tahun
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 225 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ A. Tukarkan unit masa yang berikut. 1. 9 dekad = ____ tahun 2. 60 tahun = ____ dekad 3. 24 dekad 6 tahun = ____ tahun 4. 52 tahun = ____ dekad ____ tahun B. Nyatakan setiap yang berikut dalm unit masa yang diberikan. 1. 7 abad = _____ tahun 2. 800 tahun = _____ abad 3. 3 abad 12 tahun = _____ tahun 4. 971 tahun = ____ abad ____ tahun Contoh a. 7 dekad = _____ tahun b. 45 tahun = _____ dekad _____ tahun = 7 10 tahun 45 tahun = (40 ÷10 ) dekad + 5 tahun = 70 tahun = 4 dekad 5 tahun Contoh: a. 5 abad = ____ tahun b. 467 tahun = ____ abad ____ tahun = 5 100 tahun = (400 ÷ 100 ) abad + 67 tahun = 500 tahun = 4 abad 67 tahun
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 226 Lembaran Kerja 2 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Pilih jawapan yang betul. 1. 3 dekad 7 tahun = A. 37 tahun C. 370 tahun B. 307 tahun D. 3 700 tahun 2. Antara berikut, yang manakah tidak betul ? A. 5 abad = 50 tahun C 12 dekad = 120 tahun B. 8 abad = 800 tahun D. 30 dekad = 300 tahun 3. dekad 6 tahun = 506 tahun Apakah nombor yang mesti ditulis dalam itu? C. 5 C. 500 D. 50 D. 5000 4. 8 abad tahun = 820 tahun E. 2 tahun C. 200 tahum F. 20 tahun D. 2000 tahun 5. Malaysia menyambut kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun apakah negara kita menyambut kemerdekaan selepas 6 dekad ? G. 1963 C. 2017 H. 2007 D. 2028 6. Rajah di bawah menunjukkan umur bersara Encik Ahmad. Umur mula bekerja Umur bersara Tempoh bekerja 2 dekad 8 tahun Pada umur berapakah Encik Ahmad mula bekerja? A. 28 tahun C. 32 tahun B. 30 tahun D. 38 tahun 60 tahun
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 227 Masa dan Waktu 4.4 Perkaitan dalam masa 4.4.2 Menukar unit masa melibatkan: i) jam dan hari ii) hari dan minggu iii) bulan dan tahun iv) tahun, dekad dan abad j Aktiviti 1: a. Murid membuat pemerhatian terhadap jam dinding yang diagihkan kepada setiap kumpulan. Contoh: b. Jelaskan kepada murid. c. Teruskan aktiviti dengan membincangkan pusingan jarum jam sebanyak tiga kali, empat kali dan seterusnya dan minta murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan. d. Murid membuat pemerhatian terhadap kalendar bulan Februari yang diagihkan kepada setiap kumpulan. e. Minta murid menyebut hari-hari yang terdapat pada kalendar. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 60 minit 24 jam = 1 hari
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 228 f. Jelaskan kepada murid bahawa: Minta murid menyatakan berapa minggu ada dalam kalendar bulan Februari tersebut dan bincangkan. g. Murid membuat pemerhatian terhadap kalendar Tahun 2012 yang diagihkan kepada setiap kumpulan. h. Murid diminta menyebut bulan-bulan yang terdapat dalam kalendar. i. Jelaskan kepada murid bahawa: Aktiviti 2: a. Agihkan murid kepada tiga kumpulan dengan setiap kumpulan diberi kad formula seperti berikut: Kumpulan 1: hari Sifir jam 1 2 4 24 2 4 8 48 3 6 12 72 4 8 16 96 5 10 20 120 6 12 24 144 7 14 28 168 8 16 32 192 9 18 36 216 7 hari = 1 minggu 1 tahun = 12 bulan
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 229 Kumpulan 2: minggu sifir hari 1 7 7 2 14 14 3 21 21 4 28 28 5 35 35 6 42 42 7 49 49 8 56 56 9 63 63 Kumpulan 3: tahun Sifir bulan 1 1 2 12 2 2 4 24 3 3 6 36 4 4 8 48 5 5 10 60 6 6 12 72 7 7 14 84 8 8 16 96 9 9 18 108 b. Minta murid berbincang dalam kumpulan bahan yang diedarkan dan kaitkan dengan dua tempoh masa yang diberi. c. Ulang aktiviti sehingga setiap kumpulan berbincang ke semua bahan yang diberi. Aktiviti 3: a. Tunjukkan kad imbasan kepada murid dan minta murid menjawab. Contoh: b. Ulang aktiviti a dengan menggunakan kad imbasan lain. 12 bulan, 24 jam, 3 hari, 2 minggu, 2 tahun. c. Perkukuhkan aktiviti dengan menunjukkan kad imbasan ini. 7 hari 9 hari
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 230 d. Tunjukkan proses mencari jawapan dalam minggu dan hari menggunakan kad formula seperti berikut: e. Kukuhkan aktiviti dengan kad imbasan ini bagi mencari tempoh masa dalam jam bagi 2 hari 2 jam. hari Sifir jam 1 2 4 24 2 4 8 48 3 6 12 72 4 8 16 96 5 10 20 120 6 12 24 144 7 14 28 168 8 16 32 192 9 18 36 216 f. Perkukuhkan kefahaman murid bagi menghubungkaitkan tempoh masa bagi hari dan jam, minggu dan hari serta tahun dan bulan dengan memberi aktiviti tambahan dan gunakan kad formula bagi mengukuhkan kefahaman. Aktiviti 4: a. Bagi melihat penguasaan murid edarkan Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3 kepada setiap murid. b. Bincangkan hasil kerja murid dan lakukan pembetulan serta merta sekiranya murid melakukan kesilapan. Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3 yang diberi. Murid perlu menjawab dengan betul. Murid dibimbing mendapatkan jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. Nilai dan Sikap: Murid perlu diterapkan dengan semangat bekerjasama ,menepati masa serta tidak membazirkan masa semasa aktiviti dalam kumpulan. minggu sifir hari 1 7 7 2 14 14 3 21 21 4 28 28 5 35 35 6 42 42 7 49 49 8 56 56 9 63 63 9 hari lebih daripada 7 hari tetapi kurang daripada 14 hari oleh itu kita tolakkan 9 – 7 sama dengan 1 minggu 2 hari Dalam kad formula 2 hari menunjukkan 48 jam, kemudian tambahkan 48 + 2 sama dengan 50 jam, oleh itu 2 hari 2 jam sama dengan 50 jam.
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 231 Lembaran Kerja 1 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan. a. 3 hari = _________ jam b. 2 hari 7 jam = ______ jam c. 3 hari 10 jam = _______ jam d. 24 jam = _______ hari e. 52 jam = ______ hari _____ jam f. 76 jam = _____ hari ____ jam
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 232 Lembaran Kerja 2 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan: a. 1 minggu = _____ hari b. 2 minggu 2 hari = _____ hari c. 3 minggu 5 hari = _____ hari d. 14 hari = ______ minggu e. 18 hari = ____ minggu ___ hari f. 23 hari = ____ minggu ___ hari
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 233 Lembaran Kerja 3 Nama:_______________________________ Kelas: _____________ Selesaikan: 1. 2 tahun = _______ bulan 2. 1 tahun 3 bulan = ____ bulan 3. 2 tahun 5 bulan = ____ bulan 4. 12 bulan = _____ tahun 5. 23 bulan = ___ tahun ___ bulan 6. 39 bulan = ___ tahun __ bulan
Sukatan Dan Geometri : Tahun 4 234 Masa dan Waktu 4.5 Operasi asas masa. 4.5.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah dan tolak hingga tiga nilai masa melibatkan : (i) jam dan hari, (ii) hari dan minggu, (iii) bulan dan tahun, (iv) tahun, dekad dan abad. Aktiviti 1: a. Paparkan kad seperti contoh di bawah: Paparkan sekeping kad lagi b. Minta murid jumlahkan kedua-dua tempoh masa tersebut. c. Ulang aktiviti a dan b melibatkan minggu dan hari serta tahun dan bulan. d. Teruskan aktiviti melibatkan penukaran unit. Contoh: hari jam 3 12 + 2 15 5 27 + 1 – 24 6 3 3 hari 12 jam + 2 hari 15 jam 27 jam + 1 hari –24 jam 6 hari 3 jam Jelaskan bagaimana hasilnya 6 hari 3 jam terbentuk. hari jam 2 13 + 5 6 7 19 Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2 hari 13 jam 5 hari 6 jam 1