5. Setelah membuat suntingan, klik Render. Animated Title yang telah
dirender akan dipamerkan pada tetingkap Project Files.
Info tambahan :
Bagi memastikan Animated Title dapat diguna pakai, anda perlu memasang
(install) perisian Blender pada komputer. Perisian ini boleh diperolehi di laman
sesawang https://www.blender.org/
Setelah anda memasang perisian Blender, Anda perlu membuat penetapan
setting dengan cara:
1. Klik Edit > Preferences.
2. Tetingkap Preferences akan dipaparkan.
3. Klik butang Browse dan pilih lokasi perisian Blender yang telah anda
masukkan tadi.
4. Kemudian, klik butang Close.
340
5.3.5 MENYISIP TRANSISI JUJUKAN ANTARA KLIP VIDEO
Transisi jujukan merupakan efek yang ditetapkan semasa perubahan paparan
satu klip video ke satu klip video yang lain untuk menghasilkan paparan video
yang lebih menarik. Penetapan efek transisi jujukan pada klip video boleh
dilakukan dengan 2 cara:
a) Menindan satu klip video ke atas sebahagian klip video lain
(Menindan klip video 1 ke atas sebahagian klip video 2).
Anda perlu menyeret atau melebarkan transisi jujukan tersebut sesuai dengan
yang anda inginkan lalu jalankan video tersebut maka efek transisi jujukan
sudah terbentuk. Kaedah ini membolehkan efek transisi jujukan berlaku secara
automatik membentuk fade transition. Fade Transition adalah transisi
berwarna gelap sahaja dan ia mungkin kurang menarik.
Rajah 4.8: Klip video yang ditindan untuk menghasilkan transisi
Langkah-langkah menghasilkan transisi
1. Klik File > Import Files
2. Import fail video yang dikehendaki ke Project Files.
3. Klik dan seret fail video pertama ke dalam trek 1.
4. Klik dan seret fail video kedua masuk ke dalam trek 1 dan tindan di
bahagian hujung klip video pertama.
341
b) Tetapan pada Properties
Penghasilan transisi jujukan adalah mudah, tetapi jika dilakukan secara ringkas
transisi akan kelihatan tidak menarik kerana terjadi perubahan yang ketara
antara klip secara tiba-tiba dari terang kepada gelap. Untuk itu terdapat
teknik untuk menghasilkan transisi jujukan yang lebih menarik dengan
membuat tetapan pada Properties.
Langkah-langkah menghasilkan transisi
1. Letakkan Slider pada klip yang ingin dilakukan transisi.
2. Pada klip tersebut, klik kanan pilih menu Properties.
3. Ubah Property Alpha contohnya dari 1 menjadi 0.95.
4. Untuk mengubah nilai Alpha, klik pada hujung nilai Alpha dan seret tetikus
ke arah yang dingini (ke kiri untuk nilai yang lebih kecil dan ke kanan
untuk nilai yang lebih besar).
5. Ulang langkah 3 dan 4 pada kedudukan lain klip yang sama sehingga
property alpha menjadi 0 atau mendekati 0.
6. Setiap perubahan yang dilakukan pada property, satu tanda berwarna
hijau kecil di bahagian bawah klip tersebut akan muncul.
7. Klik Preview untuk melihat hasil transisi jujukan yang telah dilakukan.
342
5.3.6 KESAN KHAS VIDEO
Dalam perisian OpenShot terdapat pelbagai ciri-ciri tambahan dalam klip
video yang boleh diubahsuai dan diselaraskan. Anda juga boleh
memasukkan kesan khas terus ke klip video.
Setiap kesan khas diwakili dengan ikon yang menggambarkan bentuk
kesan khas. Setelah klik ikon kesan khas anda boleh melakukan perubahan
pada tetingkap properties.
Anda akan memasukkan kesan khas pada klip video Amalan Terbaik di
Kantin.mp4.
Langkah-langkah memasukkan kesan khas.
1. Import klip video Amalan Terbaik Murid di Kantin.mp4 ke dalam Project
Files dan seret klip video ke dalam timeline.
2. Aktifkan tab Effect.
Terdapat pelbagai kesan khas yang boleh anda masukkan ke dalam klip
video. Contohnya Bars, Blur, Crop dan Color Shift.
343
3. Seret dan lepas kesan khas ke dalam timeline dan kesan khas akan
dipaparkan pada bahagian atas klip video.
4. Klik butang Play untuk melihat hasil suntingan.
5. Klik File > Export Video untuk simpan hasil kerja.
5.3.7 MEMBUAT KESELARASAN (SYNCHRONIATION) KLIP VIDEO DAN AUDIO
Keselarasan klip video dan audio amat penting untuk memaparkan video
yang berkualiti dan difahami penonton. Keselarasan itu boleh merujuk kepada
keselarasan video dan muzik latar di mana tempoh klip audio (muzik latar)
dan klip video adalah sama panjang. Selain itu keselarasan video dan audio
juga merujuk kepada audio suara yang dimainkan adalah sepadan dengan
video yang dipaparkan.
Keselarasan klip video dan audio (kesepadanan video dan audio)
dilakukan menggunakan langkah-langkah berikut:
Langkah-langkah untuk membuat keselarasan.
1. Klik File > Import Files.
2. Pilih fail video yang hendak diimport.
3. Klik Open. Fail video yang diimport akan terpapar pada ruang Project
Files.
4. Klik klip video tersebut dan seret masuk ke dalam trek 5.
5. Klik File > Import Files
6. Pilih fail audio yang hendak diimport (Fail audio suara latar)
7. Klik Open. Fail audio yang diimport terpapar pada ruang Project Files.
8. Klik fail audio tersebut dan seret masuk ke dalam trek 4
344
9. Klik kanan klip video pada trek, pilih Volume > Entire Clip > Level 0%.
Ini dilakuakan untuk nyah bunyi (mute)audio dalam video.
Volume > Entire Clip > Level 0% Display > Show Waveform
10. Klik kanan klip video pada trek, pilih Display > Show Waveform. Klip video
akan dipaparkan dalam bentuk gelombang.
11. Klik kanan klip audio pada trek, pilih Display > Show Waveform. Klip video
akan dipaparkan dalam bentuk gelombang.
345
Hasil klip video dan audio selepas diubah paparan kepada bentuk
gelombang.
12. Gerakkan slider kenal pasti ketidaksepadanan gelombang audio dan
video. Perhatikan gelombang audio dan video yang selari dengan
garisan merah Slider.
13. Letakkan slider pada kedudukan gelombang audio atau video yang
ingin dihapuskan bagi menghasilkan keselarasan audio dan video.
14. Klik kanan pada trek audio atau video yang ingin dihapuskan. Pilih Slice
> Keep Right Side.
15. Periksa kesepadanan gelombang audio dan video selepas proses
pemotongan (slice) dilakukan.
Gelombang audio dan video menjadi selaras selepas proses
pemotongan gelombang (Slice) audio.
16. Klik File > Save Project as. Namakan fail dan klik Save.
346
PENILAIAN
1. Nyatakan 3 jenis transisi jujukan yang boleh dilakukan dalam
penghasilan klip video yang menarik.
i- ____________________________________________
ii- ____________________________________________
iii- ____________________________________________
Rajah 1
2. Apakah tujuan pelarasan (synchronization) dilakukan dalam
penghasilan klip video? Terangkan langkah-langkah pelarasan klip
video berdasarkan Rajah 1.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
347
3. Rancang dan hasilkan satu klip video ringkas bertemakan kemerdekaan
‘Hidup Bersatu Negara Sejahtera’. Klip video tersebut perlu diaplikasikan
dengan menggunakan teknik rakaman yang sesuai, penetapan transisi
dan kesan khas, kaedah penyuntingan yang sesuai serta keselarasan
kandungan.
348
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Elemen Video
Standard 5.4 Penyuntingan video
Kandungan:
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Menyatakan fungsi alat dan fitur
asas yang digunakan.
2 Menyatakan langkah mengimport
klip video.
3 Menyatakan langkah memotong
klip video.
4 Menyisip title.
5 Menentukan kesan khas video.
6 Menghasilkan keselarasan klip
video dan audio.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh
349
KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Elemen Video
Standard 5.1 Pengenalan Kepada Video
Kandungan: 5.2 Rakaman Video
5.3 Penyuntingan Video
Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan Tafsiran Ya Belum
1 Menyatakan jenis dan format fail video
2
3 Menerangkan skrip dan papan cerita
4 berdasarkan keperluan video dalam produk
5 multimedia
6 Membuat rakaman klip video dengan
mengaplikasi jenis syot, sudut padangan dan
teknik pergerakan kamera berdasarkan skrip
dan papan cerita yang dihasilkan
Menganalisis kesesuaian jenis syot, sudut
pandangan dan teknik pergerakan kamera
dalam rakaman video berpandukan skrip dan
papan cerita
Memberi justifikasi kesesuaian susunan klip
dengan membuat penyelarasan
(synchronization)klip audio dan video secara
rasional
Menghasilkan video bertema dengan
mengaplikasikan teknik rakaman dan
suntingan menggunakan fitur trim atau crop
dan menyisip title dan transisi jujukan,
meletakkan kesan khas video serta membuat
penyelarasan (synchronization) audio dan
video secara beretika, sistematik, bermakna
dan kreatif
Keputusan Tahap
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh
350
RUJUKAN
RUJUKAN BUKU:
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000) Pengenalan kepada Multimedia, Venton
Publishing: Ampang
Muhamad Ali (2008) Kerjaya dalam Bidang ICT. PTS Professional: Kuala Lumpur
McGloughlin, Stephen (2000). Multimedia: Concept and Practise, New Jersey: Prentice
Hall.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005) Animasi: Dari Helaian Kertas Ke Skrin DIgital.
Venton Publishing: Batu Caves
Rozinah Jamalludin (2005) Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications: Kuala
Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2006) Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital. Venton
Publishing: Batu Caves
Sharkawi Bin Che Din & Majdan Bin Yahya (2007) Animasi & Reka Bentuk Penerbitan
Tingkatan 4 & 5. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Zailani Yaacob & Azimah A. Samah (2010) Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM
Tingkatan 4 & 5. Oxford Fajar: Shah Alam
Ahmad Basri Hashim & Mohd. Nazri Md. Saad (2007) Penerbitan Multimedia Kreatif
Tingkatan 4 & 5. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Hashimoto, A. & Clayton, M. (2009) Visual Design Fundamentals A Digital Approach Third
Edition, Course Technology: USA
RUJUKAN LAMAN SESAWANG:
Understanding the difference between Analog and Digital Audio (2019)
URL: http://www.centerpointaudio.com/Analog-VS-Digital.aspx
Blender 2.80 Manual URL: https://docs.blender.org/
RUJUKAN PERISIAN SUMBER TERBUKA:
Irfan Skiljan, Perisian IrfanView (1996)
Nathan Hurst, Ted Gould, MenTaLguY & Bryce Harrington, Perisian Inkscape (2003)
K Desktop Environment, Perisian Krita (2005)
The Blender Foundation, Perisian Blender (1998)
The Audacity Team, Perisian Audacity (2000)
OpenShot Studios, Perisian OpenShot (2008)
351
PANEL PENULIS DAN PENGHARGAAN
Panel Penulis
Suraya Binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum
Siti Zulikha Binti Zelkepli Bahagian Pembangunan Kurikulum
Prof Madya Dr. Lili Nurliyana Binti Abdullah Universiti Putra Malaysia
Dr. Ahmad Nizam Bin Othman Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr Mas Rina Binti Mustaffa Universiti Putra Malaysia
Yap Thin Peng Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
En. Muhammad Sharraf Bin Muhamad Yasin SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, KL
En. Abang Abdul Rahman Bin Abg Abdul Hamid SMK Trusan Lawas, Sarawak
En. Mohd Hamudi Bin Ismail SMK Dengkil, Selangor
Pn. Nurul Huda Binti Azizi SMK Menjalara, KL
En. Mohd Nasrun Bin Abdul Karim SMK Lubuk Cina, Melaka
Pn. Siti Hajar Binti Mohd Ghazali SMK Darul Ehsan, Selangor
Pn. Siti Noraishah Binti Mueedin SMK Ayer Keroh, Melaka
Pn.Roziyana Binti Ismail SMK Tengku Ibrahim, Terengganu
Siti Asiah Binti Mohamad Jarami SMK Bandar Baru Sg. Buloh
En. Rosiadi Bin Tajudin SMK Gadong Beaufort, Sabah
Pn. Norazurai Binti Sari SMK Bandar Kerayong, Pahang
Pn. Nithiananthini A/P Kumarawel SMK Dato’Onn, KL
Pn. Farah Wahida Binti Mohd Khalil SMK Seri Pagi, Negeri Sembilan
Pn.Afzan Binti Mustafa SMK Bandar Rinching, Selangor
Pn. Noremy Binti Md Sidek SMK Taman Tun Dr. Ismail, KL
Cik Jah Binti Juhaini SMK Bukit Garam, Sabah
Mohd Hambali Bin Ismail SMK Dato’Onn, KL
En Ahmad Fauzi Bin Mohamed SMK Sultan Ahmad Shah, Pahang
En. Muhammad Hafiz Bin Hassan SMK Kangkong, Kelantan
Pn. Zurina Binti Saroni SMK Saujana Utama, Selangor
Pn. Rohaiza Binti Tahir SMK Abi, Perlis
En. Shamsul Bahri Bin Zainal Abidin SMK Chiku 2, Kelantan
En. Sharwan Bin Shari SMK Cherang Ruku, Kelantan
En. Ahmad Jafni Bin Mat Yunus SMK Perantau Damai, Pahang
Pn. Roslin Binti Hajis SMK Dang Melaka, Melaka
Cik Nor Masitah Saila Binti Daud SMK Binjai, Terengganu
352
353