The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alrifaie.aa, 2021-01-21 07:20:05

MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4

Background Canvas
Warna latar belakang canvas ditetapkan dengan mengunakan fungsi
Background Color seperti berikut:

1. Klik pada petak hitam di sebelah Background.
2. Pada sub tetingkap Background Color, tetapkan warna yang sesuai.
3. Setelah memilih warna yang sesuai, tutup kembali tetingkap warna latar

belakang tersebut.

Border
Border digunakan untuk menghasilkan garis atau bingkai pada tepi halaman.
Terdapat tiga sub menu untuk mengatur tampilan bingkai. Border color
digunakan untuk mengatur warna garis bingkai.

90

Tool Box
Tool Box mempunyai pelbagai ikon untuk menghasilkan atau mengolah objek.
Rajah di bawah menunjukkan ikon-ikon yang terdapat pada panel Tool Box.

Rajah 3.10: Tool Box bagi Inkscape
Selector Tool and Transform Objects
Alat ini digunakan untuk memilih objek, memindahkan objek,
memperbesar/memperkecil objek, memutar objek, memberi warna objek.
Alat ini dapat diaktifkan dengan mengklik ikon Selector Tool atau menekan F1
pada papan kekunci.

91

Edit Paths by Nodes
Alat ini digunakan untuk mengubah sudut objek, memindahkan posisi titik
penghubung antara garis pada objek, dan mengubah garis lurus objek
menjadi garis lengkung.

Klik dan seret

Klik dan seret

Klik dan seret
Edit Path by Nodes dapat diaktifkan dengan menekan F2 pada papan
kekunci. Objek berupa kotak, lingkaran, dan objek banyak sisi dapat diubah
ke bentuk bebas menggunakan Edit path. Akan tetapi, sebelumnya objek
tersebut harus diubah ke bentuk path (object to path) melalui menu Path →
Object to Path atau menekan Shift + Ctrl + C pada papan kekunci. Setelah
langkah tersebut barulah objek tersebut dapat diubah seperti gambar di atas.
Rectangle Tool
Alat ini boleh digunakan untuk membuat objek segi empat atau segi empat
tepat. Untuk membuat satu segi empat, pada masa yang sama anda perlu
menekan kekunci CTRL pada papan kekunci.

92

Titik Mula Titik Mula + Klik
Arah klik dan seret
Arah klik dan seret

3D Boxes
3D Boxes berguna untuk membuat objek kotak tiga dimensi. Untuk
mengaktifkan melalui papan kekunci, tekan butang SHIFT + F4.

Arah klik dan seret

Circle, Ellipse, Arc
Alat ini boleh digunakan untuk membuat bulatan, bujur, separuh bulatan dan
lengkungan. Bulatan yang sempurna dapat dihasilkan dengan menekan tool
sambil menekan kekunci CTRL pada papan kekunci. Alat Edit Path boleh
digunakan untuk membuat objek separuh bulat atau lengkung.

Arah klik dan seret
Arah klik dan seret

93

Star dan Polygon
Alat ini digunakan untuk membuat objek berbentuk bintang atau poligon. Klik
pada ikon Star Tool untuk untuk mengaktifkan alat star dan poligon.



Spiral
Alat ini digunakan untuk membuat objek garis spiral atau gelombang. Alat ini
juga dapat diaktifkan melalui papan kekunci dengan menekan F9.

Menentukan bilangan Menetapkan Menetapkan titik
pusingan spiral dimensi lingkaran tengah spiral

Freehand Lines
Alat ini untuk membuat garis bebas seperti menggunakan pensil pada
sekeping kertas. Freehand lines dapat anda aktifkan melalui papan kekunci
dengan menekan butang F6.

94

Contoh hasil



Bezier Curves and Straight Lines

Alat ini digunakan untuk membuat objek dengan menentukan titik-titik antara
garis pada objek tersebut. Alat ini sangat bermanfaat untuk menggambarkan
lakaran yang dibuat di atas kertas dan dipindahkan ke komputer dengan
mengunakan pengimbas.

Klik satu kali untuk Klik satu kali untuk nod Klik satu kali untuk
nod pertama kedua nod ketiga

Klik satu kali untuk
aktifkan

Klik satu kali pada nod terakhir Perubahan setelah
untuk menghasilkan objek menggunakan Edit Path

95

Calligraphy Tool
Alat ini digunakan untuk menghasilkan kesan tulisan kaligrafi atau kesan
highlight. Tekan CTRL+F6 pada papan kekunci untuk mengaktifkan alat ini.

Bucket Fill Tool
Alat ini digunakan untuk mengisi warna pada kawasan tertentu. Alat ini boleh
diaktifkan menekan SHIFT+F7 pada papan kekunci.

Text Tool
Alat ini digunakan untuk memasukan teks. Alat ini boleh juga diaktifkan
dengan menekan F8 pada papan kekunci.

Jenis fon Saiz fon


96

Gradients
Alat Gradients digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang
berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau radius.
Langkah-langkah penggunaan alat Gradients adalah seperti berikut:
1. Klik alat Gradients.
2. Letakkan kursor di permulaan bahagian untuk menentukan sudut dan jarak

perubahan kecerunan warna. Kemudian, klik dan seret.

97

PENILAIAN

1. Gambar di bawah menunjukkan empat objek yang dihasilkan dengan
menggunakan perisian Inkscape.

Gambar A
1. Senaraikan alat yang digunakan untuk menghasilkan objek-objek di

dalam Gambar A.
(a) ____________________________________
(b) ____________________________________
(c) ____________________________________
(d) ____________________________________

98

Menghasilkan ilustrari objek
Langkah kerja
Menghasilkan bentuk hati dengan mengunakan perisian Inkscape. Berikut
adalah langkah-langkah untuk membuat bentuk hati

1. Lancarkan perisian aplikasi Inkscape.
2. Buat objek pertama garis lurus menggunakan bantuan dari alat

Freehand Lines.

3. Kemudian edit objek baris menggunakan alat Edit Path. Padam nod
yang tidak diperlukan dan biarkan nod pada hujung atas dan bawah
sehingga kelihatan seperti imej di bawah.

4. Tambah satu nod dengan mengklik dua kali pada kawasan yang
dikehendaki seperti ditunjukkan dalam gambar.

99

5. Kemudian Duplicate, pilih objek pertama dengan menekan CTRL + D
pada papan kekunci.

6. Pilih objek kedua, kemudian pilih menu Object > Flip Horizontal atau
terus menekan butang H pada papan kekunci. Ini untuk membalikkan
posisi objek kedua untuk saling berhadapan dengan objek pertama.

7. Kemudian pilih objek pertama dan kedua, pilih menu Path > Combine
atau menekan kekunci CTRL + K.

100

8. Selepas itu, aktifkan alat Edit Path. Klik kedua-dua nod hujung pada
objek satu dan objek dua dengan menekan kekunci SHIFT + klik pada
papan kekunci. Kemudian pilih alat Joint Selected Endnodes untuk
menggabungkan dua nod objek tersebut. Lakukan langkah yang sama
untuk menggabungkan kedua-dua nod akhir objek satu dan objek dua.
Klik nod hujung
pada objek satu
dan dua.

9. Setelah disambungkan, anda akan mendapat hasil seperti gambar
berikut.

101

10. Setelah imej hati dibentuk, salin imej jantung dengan menekan butang
CTRL + D sehingga seperti gambar berikut.

11. Kemudian warna imej hati mengikut warna yang sesuai dengan
menggunakan menu Palette.

Menghasilkan Teks
Langkah Kerja
Menghasilkan teks dengan mengunakan perisian Inkscape. Berikut adalah
langkah-langkah untuk membuat teks.

1. Lancarkan perisian aplikasi Inkscape.
2. Sediakan dokumen dengan ukuran B8 dengan orientasi Potrait. Klik

pada menu File > Document Properties.

3. Hasilkan teks Inkscape dan tukar jenis dan saiz fon dari menu Text.

102

4. Hasilkan teks VEKTOR dan ubah jenis dan ukuran dari menu Text.

5. Buat bentuk bulatan menggunakan alat Circles, Ellipses, Arc, seperti
gambar di bawah.

6. Pilih vektor bulatan, kemudian klik menu Text > Put on Path. Kemudian
putarkan bulatan supaya kelihatan seperti imej di bawah.

7. Klik kanan tetikus pada objek bulatan dan pilih Fill and Strokes.
103

8. Klik butang “X” (No Paint) pada Fill and Stroke (perhatikan gambar).

Menghasilkan ilustrasi objek dan teks
Menghasilkan satu logo ringkas yang mengandungi objek dan teks dengan
mengunakan perisian Inkscape. Berikut adalah langkah-langkah untuk
membuat logo ini.
LANGKAH KERJA

1. Buat objek menggunakan Bezier curve dan straight lines. kemudian
ubahnya dengan Edit Path seperti ditunjukkan di bawah.

104

2. Warnakan objek dan ubah ketebalan garis objek dengan cara klik
kanan tetikus, klik Fill dan Stroke. Kemudian klik tab Stroke Style dan ubah
width menjadi 7.

3. Buat objek kedua di atas objek pertama dengan menggunakan Bezier
curve dan Straight Lines. Warnakan puncak dengan warna putih.

Objek Kedua

4. Buat objek ketiga dengan menggunakan Bezier curve dan Straight Lines
dan guna Edit Path untuk membentuk objek tersebut.

Objek ketiga
5. Buat objek keempat dengan menggunakan Freehand Lines. Alihkan

objek ketiga dan keempat, kemudian klik menu Path > Difference.

105

Objek keempat
6. Susun semua kedudukan objek dan lukis kotak seperti gambar di

bawah.

106

PENILAIAN

Ciptakan illustrasi-illustrasi di bawah dengan mengunakan perisian Inkscape.
1.

2.

107

Menghasilkan objek menggunakan fitur gabungan

Fitur Gabungan Illustrasi Gambar sebelah menunjukkan pilihan sub
Pada Menu Path menu yang terdapat pada menu Path. Kita
mengunakan menu Path untuk menghasilkan
satu illustrasi yang mengunakan fitur
gabungan seperti:
(i) Persilangan (Intersection); Intersection
(ii) Penolakan (Subtract); Difference
(iii) Pembahagian (Divide); Division
(iv) Pencantuman (Union/Unite);
(v) Pemotongan (Crop); Cut

LANGKAH-LANGKAH

(a) Percantuman (Union / Unite )
1. Hasilkan dua objek yang berbeza dan pilih kedua-dua objek seperti di

bawah.

2. Percantuman (Union) kedua-dua objek dibuat dengan memilih menu
Path > Union. Hasil percantuman kedua-dua objek ini seperti di bawah.

108

Penggabungan kedua-dua objek dengan mengunakan menu Path untuk
fitur-fitur yang lain dibuat bermula dengan langkah (1).

Fitur Gabungan Objek-objek Asal Hasil Gabungan
(i) Persilangan
Menu Path > ...
(Intersection) Intersection

(ii) Penolakan (Subtract); Difference

(iii) Pembahagian (Divide); Division

iv) Pemotongan (Crop)
Dalam Inkscape, kaedah ini juga dikenali sebagai cropping/clipping. Kaedah
ini digunakan jika kita mempunyai lukisan kompleks dengan banyak bentuk
dan objek. Jadi, kaedah pemotongan ini adalah lebih sesuai. Langkah-
langkah untuk melakukan pemotongan ini ialah:

Cropping Objek Satukan
a) Satukan (Group) kesemua objek kesemua objek
mengunakan menu Object > Group.

109

b) Klik pada alat Rectangle dan lukiskan satu objek di atas objek yang
telah disatukan tadi.

Alat
Rectangle

Lukis satu
petak

c) Akhir, untuk menyempurnakan proses cropping, pilih kedua-dua objek
dan pilih menu Object > Clip > Set.

Pilih
kedua-dua

objek

Hasil Akhir

Cropping Teks
a) Menggunakan kaedah yang sama sepert kaedah cropping

menggunakan objek. Sebelum itu, kita boleh mengembalikan objek
yang dihasilkan kepada yang asal dengan mengunakan menu Object
> Clip > Release.

Pilih objek akhir yang
dihasilkan

Dan pilih menu Object
> Clip > Release.

110

b) Objek yang disatukan akan terlerai seperti kepada yang asal.

Hapuskan / delete objek
rectangle yang dihasilkan

c) Hasilkan satu objek teks di atas objek yang disatukan, kemudian pilih
menu Object > Clip > Set.

Sebelum Selepas

Latihan Kendiri:
Cuba hasilkan pelbagai bentuk yang berbeza dengan mengunakan objek
ellipse, bintang dan pentagon dengan mengunakan fitur cropping.

111

3.2.8 MEWARNA OBJEK MENGGUNAKAN ALAT DAN FITUR WARNA YANG SESUAI.
Terdapat beberapa pilihan yang berlainan untuk Fill (warna isi) dan Stroke
(garisan luar) objek. Contoh-contoh pilihan yang berbeza ditunjukkan di
bawah.

Fill

Stroke
Fitur Fill
Pilihan asas untuk Fill objek adalah seperti berikut.

Tiada Warna Linear Radial Corak Mono-
Warna Rata Gradient Gradient chrome

Fitur Stroke
Pilihan asas untuk Stroke adalah seperti berikut.

Tiada Warna Linear Radial Corak Unset
Warna Rata Gradient Gradient Color

112

Menghasilkan objek menggunakan fitur gabungan
Menghasilkan satu illustrasi baju t-shirt mengunakan beberapa fitur gabungan.

LANGKAH KERJA
1. Buat dua objek kotak menggunakan Rectangle tool. Kemudian rotate
objek lengan seperti ditunjukkan di bawah.

2. Buatkan satu lagi salinan lengan. Klik pada lengan dan pilih menu
Object > Flip Horizontal > Flip Selected Objects Horizontally icon.
Letakkan lengan baru tersebut di penjuru baju sebelah kiri.

3. Aktifkan semua objek yang dibina, klik menu Path> Union. Semua bentuk
akan disatukan.
113

4. Klik Ellipse tool dan buatkan satu objek bulat di atas objek baju.

5. Aktifkan semua objek dan klik menu Path> Difference.

6. Tukar nilai ketebalan garisan (stroke) kepada 4 di bahagian status bar
dan tukar warna stroke kepada biru.

7. Klik pada objek baju dan warnakannya merah.
114

8. Simpan hasil kerja yang telah dibina.
Nota : Cuba teroka pemilihan fitur Fill dan Stroke yang berlainan ke atas hasil kerja
yang telah dibina.

115

PENILAIAN

1. Dengan menggunakan perisian Inkscape. Lukiskan hasil akhir penggunaan
arahan menu Path > _________ .

Union

Subtract

Intersect

Crop

Divide

116

MODUL 3.2B

Standard 3.2 Ilustrasi Imej Vektor
kandungan:
3.2.9 Mencadangkan reka letak objek dan teks
Standard dengan
pembelajaran: mengaplikasikan fitur susun atur:

(i) Layer
(ii) Penjajaran (Alignment)
(iii) Penyusunan (Arrangement)
3.2.10 Menjana kesan khas objek dan teks mengikut
kesesuaian.
3.2.11 Menghasilkan karya illustrasi imej vektor bertema
dalam perisian ilustrasi grafik.

Objektif • Menganalisis kesesuaian reka letak objek dan
Pembelajaran teks dengan menggunakan fitur susun atur
dalam penghasilan ilustrasi.

• Menghasilkan ilustrasi grafik.
• Menjana kesan khas objek dan teks.
• Menghasilkan karya illustrasi imej vektor bertema.

Masa: 6 jam

117

NOTA RUJUKAN

Reka Letak Objek Dan Teks Dengan Mengaplikasikan Fitur Susun Atur

Reka letak merupakan satu kaedah yang penting dalam menghasilkan
illustrasi. Terdapat beberapa fitur susun atur dalam perisian Inkscape seperti
Layer, Penjajaran (Alignment) dan Penyusunan (Arrangement).

a) Layer
Layer merupakan lapisan yang mengandungi satu atau lebih objek. Imej
terakhir terdiri daripada semua Lapisan (kelihatan) disusun di atas satu sama
lain. Lapisan boleh dibuat kelihatan atau tidak kelihatan, diberi kelegapan,
bergerak naik atau turun berbanding Layer lain, dikunci, dipadam, dan
dinamakan. Lapisan juga boleh mengandungi sub layers. Lapisan boleh
dimanipulasi dengan menggunakan dialog Lapisan, melalui arahan dalam
menu Layers, atau melalui item dalam Bar Status.

Layers Dialog

Dialog Layers adalah cara paling
mudah untuk memanipulasi lapisan
Dialog lapisan (Dialog Layers) dengan
Layer lalai (Default layer).

Dialog akan menyenaraikan semua
lapisan dalam dokumen. Layer boleh
dipilih dengan mengklik objek yang dipilih.
Hanya satu Lapisan yang boleh dipilih
pada satu masa.

Di depan nama Layer terdapat dua ikon yang menunjukkan jika

‘Lapisan kelihatan’ ( ) atau tidak ( ) dan jika ‘Layer terkunci’ ( ) atau

tidak dikunci ( ). Klik pada salah satu ikon untuk mengubah keadaan ikon
tersebut. Objek dalam ‘Lapisan terkunci’ atau tidak dapat dilihat tidak boleh
dipilih atau diubah.

Klik kanan tetikus pada mana-mana nama Layer akan muncul menu
yang kecil dan anda boleh melakukan langkah duplicate, menambah fungsi
Layer dan sebagainya. Layer juga boleh dilihat dan disembunyikan dengan
mengklik pada Show / hide item lapisan lain. Layer boleh disusun
menggunakan butang arrow ke atas dan ke bawah.

118

Rajah 3.11: Sebelum pilihan Blend Mode dilakukan
Fungsi Blend Mode digunakan untuk menyunting imej supaya menjadi
lebih menarik. Melalui fungsi Drop Down menu pada Blend Mode, fungsi
Multiply, Color Dodge, Luminosity atau sebagainya boleh dipilih.

Rajah 3.12: Selepas pilihan Blend Mode: Color Dodge dilakukan
119

b) Penjajaran (Alignment)
Penjajaran (Alignment) membolehkan kedudukan sesuatu objek diselaraskan
dengan objek lain. Terdapat dua jenis penjajaran iaitu penjajaran berpusat
atau penjajaran sisi (kiri atau kanan). Dalam Inkscape, penjajaran illustrasi
pada canvas dibuat dengan mengunakan menu Align and Distribute.
Align and Distribute
Bagi perisian Inkscape, apabila “Treat selection
ditanda, ia akan dianggap sebagai group:” Ini
memudahkan untuk menggabungkan dan
meleraikan objek yang dipilih apabila anda ingin
menyelaraskannya ke halaman atau ke lukisan.

120

Penyusunan (Arrangement)
Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,
dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti
imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik.

Rajah 3.13: Susunan Objek
Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa
bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan
kerja grafik. Terdapat beberapa prinsip yang boleh digunakan untuk
menghasilkan karya grafik yang menarik seperti yang berikut.
a) Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu

dinyatakan.
b) Elakkan membuat titik tumpuan di tengah-tengah. Alihkan sedikit ke tepi

ruang paparan kerja.

c) Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan ke setiap penjuru
ruang paparan kerja.

d) Elakkan membuat komposisi dua objek yang diletak
secara bertentangan dan meninggalkan ruang
kosong di tengah-tengahnya.

121

e) Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja
menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan
menimbulkan kesan “levity’ dan ‘weightlessness’.

e) Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang
sama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak
dramatik atau menarik.

Imbangan Simetri Imbangan Bukan Simetri

3.2.10 Kesan Khas Objek Dan Teks Mengikut Kesesuaian.

Filter Effects—Preset
Kesan Penapis (Filter Effects) adalah ciri SVG (Scalable Vector Graphics) yang
membolehkan pemapar SVG mengubah persembahan sesuatu objek
dengan cara yang jelas seperti menambahkan tekstur ke objek, memberi
objek bayang kabur, atau mengubah warna objek. Inkscape menyokong
hampir semua penapis SVG primitives dan termasuk banyak penapis Preset
yang telah ditetapkan.

Penggunaan Penapis (Filter) Preset
Menu Filter digunakan untuk memberi kesan pada objek yang dipilih. Pilihan
boleh didapati dengan memilih dari sub menu yang terdapat pada menu
Filter.

122

3.2.11 KARYA ILLUSTRASI IMEJ VEKTOR BERTEMA
Hasilkan ilustrasi imej vektor pemandangan tepi pantai.

1. Tukarkan paparan dengan menekan Edit Properties
(Shift+Ctrl+D ) dan tukar layout kepada landscape.

Pada paparan, mulakan dengan membina segi empat tepat. Klik
Create Rectangles Tool.

3. Bina satu salinan segi empat tepat dengan menekan
Copy>Paste. Kecilkan saiz segiempat dan warnakan biru.

123

4. Pilih gradient. Bahagian atas garisan gradient ditukarkan kepada
warna oren (alat Dropper juga boleh digunakan untuk memilih warna
oren di atas).

5. Bina bentuk segi empat seperti rajah di atas. Klik Edit Paths by nodes
. Tekan butang Ctrl serta menggerakkan titik ke pusat bawah untuk
membentuk segi tiga pancaran matahari.

6. Klik Convert selected object to path (Shift+Ctrl+C) dan laras kedudukan
bucu kiri kanan bahagian bawah sehingga membentuk objek segitiga.
Tukar nilai Alfa kepada 47%.

124

Klik tanda (+) dan
seret ke hujung bucu
bawah pancaran

Nilai Alfa =47
7. Bina salinan dengan melakukan langkah Duplicate (Alt+D) dan tekan

Ctrl dan seret imej sebanyak enam pancaran ke kiri. Lakukan yang
sama untuk pancaran sebelah kanan.

125

8. Bina bentuk bukit seperti rajah di
sebelah menggunakan Draw Bezier
curves dan Straight Lines tool (Shift+F6).
Warnakan bukit dengan warna hitam.

9. Group kesemua pancaran. Klik Alt+D . Gerakkan kursor (+) di tengah

sebagai titik pusat. Klik Flip Vertical . Tukarkan nilai Opacity
kepada 25%.

Bagi menghilangkan sinar matahari yang berada di luar ruang kerja, bina
bentuk segi empat mengikut saiz ruang kerja. Kemudian pilih segi empat
tepat dan semua objek sinar matahari dengan menggunakan arahan
Object> Clip> Set.

126

10. Buat penyusunan pada sinar matahari dan bukit yang dibina dengan
meletakkan bukit di hadapan dengan mengklik rise selection to top
pada toolbar.

rise selection to top

11. Inilah gaya
matahari
terbenam
dengan
beberapa
lingkaran yang
diubah suai. Gaya
alpha gradient
boleh ditambah

untuk mewakili beberapa batu di dalam air.

127

Menambah butiran
Menambahkan beberapa pokok palma pada illustrasi.

1. Bina bentuk elipse.
2. Tukarkannya ke path dengan memilih

menu Path>Object to Path.
3. Tandakan semua nod dan klik pada
butang Insert New Nodes atau dwiklik
pada garisan elipse.

Insert New Nodes Button
Edit path by nodes

4. Dwiklik akan memberi kita nod yang mencukupi untuk mengubah
bentuk bulatan menjadi bentuk pulau yang bulat. Duplicate bentuk dan
gerakkan beberapa nod ke bawahdan ke dalam.

5. Bagi menghasilkan pokok palma
yang jauh, kita mula dengan
membina bintang sederhana, ditukar
ke path dan diubah suai untuk
membentuk daun bunga.
Anda boleh memanipulasi lengkung
dengan mengklik garisan antara nod
dan menyeretnya mereka.

128

6. Tambah segi empat untuk membina
batang.
Tukar kepada path (seperti cara di
atas), mod nod dan hasilkan
lengkung.
Tambah variasi untuk membuat scene
kelihatan lebih menarik.

Skalabiliti
Salah satu perkara yang menarik tentang penggunaan imej vektor adalah
skala. Objek boleh dibesarkan atau dikecilkan tanpa kehilangan kualiti. Ini
membolehkan penyuntingan dan pengubahsuaian ilustrasi dilakukan dengan
mudah. Dalam illustrasi ini, skala pokok sawit akan menentukan persepsi
penonton tentang jarak. Pokok sawit yang lebih kecil akan meletakkan pulau
itu jauh ke belakang sementara pokok-pokok besar akan memberi efek jarak
dekat.

Pokok-pokok
sawit kecil yang
bertaburan di
pulau
menjadikannya
kelihatan lebih
besar dan lebih
jauh.

129

Pokok yang
lebih besar
menjadikannya
sebuah pulau
yang lebih kecil
yang kelihatan
lebih dekat
dengan pantai.

Setakat ini kita hanya menggunakan dua bentuk sawit yang mudah untuk
paparan pemandangan tetapi sudah kelihatan seperti pantai pulau tropika.

Dengan menggunakan pokok palma yang sama di latar depan, kita
menetapkan tone yang lebih mudah dan lebih menarik. Mari cuba dan
tambahkan sedikit perincian kepada pokok yang dibina. Tambah variasi untuk
membuat scene anda kelihatan lebih menarik.

Sumber Rujukan: Beach scene
in Inkscape-Youtube

130

Kesimpulan
Terdapat pilihan yang tidak berkesudahan untuk pemandangan pantai.
Anda boleh mengubahnya ke masa yang berlainan, lebih fokus pada langit
atau air, tambah kehidupan marin atau orang di pantai. Ilustrasi yang benar-
benar menarik adalah split scene: separuh di bawah dan separuh lagi di atas
air. Disini ditunjukkan beberapa variasi pemandangan siang hari berdasarkan
unsur-unsur yang boleh dilakukan.

Kelebihan menggunakan grafik vektor
terletak pada kemudahan untuk
memanipulasi dan mengubah suai
objek.
Dengan mengambil unsur-unsur dari
tema matahari terbenam dan
pewarnaan berbeza untuk membuat
pemandangan pantai di siang hari.
Gradient hijau untuk daun pokok, hijau
kebiruan untuk pulau dan langit mengubah keseluruhan pemandangan.

Bergantung pada gaya seni yang anda ingin peroleh, ilustrasi vektor boleh
kelihatan terlalu bersih atau terlalu terang, atau hanya biasa atau terlalu
menarik.

131

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian Inkscape
2. Bahan Media Cetak / Elektronik

TUGASAN 1

Murid mewarnakan ilustrasi grafik yang dibuat serta
mengaplikasikan reka letak mengikut kesesuaian.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)

1. Murid menghasilkan ilustrasi grafik menggunakan perisian Inkscape.

2. Murid mewarnakan ilustrasi yang dihasilkan menggunakan teknik yang
telah dipelajari.

3. Murid mengaplikasikan reka letak objek dan teks mengikut kesesuaian
prinsip rekaan.

TUGASAN 2

Murid menghasilkan karya illustrasi imej vektor bertema
menggunakan perisian ilustrasi serta menjana kesan khas
objek dan teks mengikut kesesuaian.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 2)

1. Murid menghasilkan karya ilustrasi grafik menggunakan perisian
Inkscape.

2. Murid menjana kesan khas objek dan teks bagi ilustrasi yang dihasilkan
menggunakan teknik yang telah dipelajari.

132

PENILAIAN

1. Padankan jenis kesan khas filter yang terdapat dalam perisian Inkscape:

Filter Effect Filter Name

Copper and
O O chocolate

O O Color emboss

O O Thick paint

O O Bubbly Bumps

133

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: 3.2 Ilustrasi Imej Vektor
Standard 3.2.8 Mewarna objek menggunakan alat dan fitur warna
Kandungan: yang sesuai.
3.2.9 Mencadangkan reka letak objek dan teks dengan
mengaplikasikan fitur susun atur:
(i) Layer
(ii) Penjajaran (Alignment)
(iii) Penyusunan (Arrangement)
3.2.10 Menjana kesan khas objek dan teks mengikut
kesesuaian.
3.2.11 Menghasilkan karya illustrasi imej vektor bertema
dalam perisian ilustrasi grafik.

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Belum
Terampil Terampil

1 Menganalisis kesesuaian reka letak
objek dan teks.

2 Menghasilkan ilustrasi grafik.

3 Menjana kesan khas objek dan teks. (CAPAI / TIDAK CAPAI)

Menghasilkan karya illustrasi imej
4

vektor bertema.
KEPUTUSAN
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh

134

KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: 3.0 ELEMEN GRAFIK
Standard 3.2 Ilustrasi Imej Vektor
Kandungan:

Standard Prestasi Terampil
Ya Belum
Tahap Tafsiran
Penguasaan

1 Menyatakan mod warna, resolusi warna, saiz
imej dan format fail dalam penghasilan grafik.

Menerangkan langkah melakar imej vektor

2 menggunakan teknik surihan imej dengan

menggunakan alat dan fitur yang sesuai.

Menghasilkan ilustrasi objek dan teks

3 menggunakan alat dan fitur asas suntingan

yang sesuai.

Menganalisis kesesuaian reka letak objek dan

4 teks dengan menggunakan fitur susun atur

dalam penghasilan ilustrasi.

Memberi justifikasi kesesuaian kesan khas

5 objek dan teks dalam penghasilan ilustrasi

secara rasional.

Menghasilkan imej vektor dengan

mengaplikasikan penggunaan alat dan fitur

6 serta penyusunan reka letak objek dan teks
yang sesuai dalam perisian ilustrasi grafik

secara beretika, sistematik, bermakna dan

kreatif.

Keputusan Tahap

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

135

MODUL 3.3 A

Standard 3.3 Manipulasi Imej
kandungan:
3.3.1 Menerangkan keperluan suntingan imej dalam
Standard penyediaan bahan grafik.
pembelajaran:
3.3.2 Menjelaskan keperluan pengubahsuaian mod
Objektif warna, saiz dan resolusi imej.
Pembelajaran
1. Menyatakan keperluan suntingan imej dalam
penyediaan bahan grafik.

2. Membuat tetapan ruang kerja (workspace)
3. Membandingkan hasil tetapan pengubahsuaian

mod warna, saiz dan resolusi imej yang berbeza.

Masa: 6 jam

136

NOTA RUJUKAN

3.3.1 KEPERLUAN SUNTINGAN IMEJ.

Kebanyakan hasil karya perlu disunting, dimanipulasi, ditukar format, ditukar
warna dan sebagainya. Imej yang diperolehi dari pengimbas dan kamera
digital biasanya perlu diubah atau dipinda bagi membolehkan ia digunakan
dalam pembangunan projek multimedia atau rekaan grafik yang lain.

Suntingan imej dilaksanakan untuk:
• Menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan
• Menghasilkan karya yang lebih menarik dan kreatif.
• Memangkas imej yang tidak diperlukan.

3.3.2 KEPERLUAN PENGUBAHSUAIAN MOD WARNA, SAIZ DAN RESOLUSI IMEJ.

Dalam memproses imej, mod warna harus diberi perhatian kerana mod
warna yang berlainan digunakan untuk paparan skrin dan percetakan. Mod
warna RGB digunakana untuk memaparkan imej warna pada skrin. Mod
warna CMYK pula digunakan untuk percetakan. Jika berlaku perubahan
mod warna akan mengakibatkan sebahagian maklumat imej asal akan
hilang.

Resolusi imej diwakilkan oleh bilangan piksel per inci PPI (pixel per inch)
adalah bilangan titik per inci, iaitu bilangan mata yang boleh direkodkan
setiap inci peranti output seperti pencetak.

Saiz fail imej berkaitan secara langsung dengan resolusi. Saiz fail dikira
sebagai saiz fail = panjang (inci) x lebar (inci) x resolusi (ppi) x D / 8 x 1042 di
mana D ialah mod penyimpanan imej. D = 8 apabila imej adalah RGB dan D
= 24 apabila imej adalah CYMK.

Resolusi 72 ppi (pixel per inch) sesuai digunakan sekiranya anda ingin
memaparkan imej pada skrin monitor. Manakala resolusi 300 ppi (dot per inch)
sesuai digunakan bagi kerja percetakan seperti bunting, banner, backdrop
dan poster.

137

Contoh cetakan banner CMYK, 1024 X 256, 300 ppi
Contoh paparan skrin backdrop RGB, 1024 X 341 piksel, 72 ppi

Paparan skrin bunting, RGB, 500 X 1250 Cetakan poster saiz A4, CMYK, 1024 X
piksel, 72 ppi 1448 piksel, 300 ppi

Rajah 3.14: Perbandingan hasil cetakan imej menggunakan resolusi
berbeza.

138

Resolusi rendah Resolusi tinggi
fail dicetak menggunakan 72 ppi fail dicetak menggunakan 300 ppi

Rajah 3.15: Perbandingan kualiti cetakan imej

139


Click to View FlipBook Version