Nama Murid: KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
Tahun:
Kelas 4.0 Elemen Audio
4.1 Konsep Audio
Modul: 4.2 Rakaman dan Suntingan Audio
Standard
Kandungan :
Standard Prestasi Terampil
Tahap Tafsiran Ya Belum
Penguasaan
1 Menyatakan jenis dan format fail audio
2 Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kualiti
audio
Menghasilkan klip rakaman suara dan kesan
3 bunyi berdasarkan fungsi audio
Menganalisis kesesuaian gabungan klip
4 rakaman suara, kesan bunyi, muzik latar dalam
penghasilan audio bertema
Menilai kesan khas audio berdasarkan fungsi
5 dan keperluannya dengan menggunakan fitur
yang sesuai secara rasional.
Menghasilkan audio bertema yang
menggabungkan klip rakaman suara, kesan
6 bunyi dan muzik latar serta kesan khas dengan
menggunakan perisian rakaman dan suntingan
audio secara beretika, sistematik, bermakna
290
Standard Prestasi Terampil
Ya Belum
Tahap Tafsiran
Penguasaan
dan kreatif.
Keputusan Tahap
Nama Guru:
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh &
Tandatangan
Tarikh
291
MODUL
5
ELEMEN VIDEO
292
293
MODUL 5.1
Standard 5.1. Pengenalan Kepada Video
kandungan:
Standard 5.1.1 Menerangkan konsep video
pembelajaran: 5.1.2 Menjelaskan jenis video :
Objektif (i) Analog
pembelajaran (ii) Digital
5.1.3 Menjelaskan keperluan video dalam produk
Masa: multimedia
5.1.4 Memberi justifikasi keperluan perkakasan dan
perisian untuk rakaman dan penyuntingan video
5.1.5 Menentukan kesesuaian penetapan resolusi dan
format fail video berdasarkan mod atau
platform paparan.
Murid boleh:
1. Menerangkan tentang konsep video dengan
betul
2. Menyatakan ciri ciri bagi video analog dan video
digital
3. Menerangkan keperluan video dalam produk
multimedia
4. Menyatakan justifikasi keperluan perkakasan dan
perisianuntuk rakaman dan penyuntingan video
5. Menyatakan kesesuaian penetapan resolusi dan
format fail video berdasarkan mod atau platform
paparan
8 jam
294
NOTA RUJUKAN
5.1.1 MENERANGKAN KONSEP VIDEO
Video merupakan gabungan pelbagai media seperti visual, audio, grafik, teks
dan sebagainya dalam satu medium. Penggunaan video dalam proses
penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang
terhadap proses penerimaan maklumat.
Video juga mampu memberikan keadaan realistik dan suasana
sebenar kepada para pengguna dan secara tidak langsung akan
mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya. Melalui
penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah, berbeza dengan
media yang lain.
5.1.2 MENJELASKAN JENIS VIDEO
Terdapat 2 jenis video iaitu video analog dan video digital.
(i) Video Analog
Video analog ialah maklumat yang disimpan menggunakan isyarat video
pada televisyen, filem, pita video dan sumber-sumber media yang bukan dari
komputer. Video analog adalah penting kerana ia menjadi sumber untuk
video digital.
Terdapat beberapa format isyarat komposit atau isyarat video analog
untuk siaran televisyen;
§ NTSC (National Television Standards Committee) – Format yang
digunakan di Amerika Syarikat dan Jepun. NTSC mempunyai 525
garisan horizontal bagi setiap kerangka. Kadar kerangka
bersamaan 30 fps dan frekuensi warna bersamaan 3.58 Mhz.
§ PAL (Phase Alternate Line) – Format yang digunakan di UK, Eropah,
Australia dan Afrika Selatan. PAL terdiri daripada 625 garisan
horizontal bagi setiap kerangka. Kadar kerangka bersamaan 25 fps
dan frekuensi warna bersamaan 4.43 Mhz.
§ SECAM (Sequential Colour with Memory) – Format yang digunakan
di Perancis. SECAM terdiri daripada 625 garisan horizontal bagi
295
setiap kerangka. Kadar kerangka bersamaan 25 fps dan frekuensi
warna menggunakan signal FM.
§ HDTV yang berasaskan 1125 garisan horizontal bagi setiap
kerangka. Kadar kerangka bersamaan sehingga 60 fps.
(ii) Video Digital
Video digital merupakan persembahan elektronik imej-imej visual bergerak
(video) dalam bentuk data digital yang dikodkan. Ini berbeza dari video
analog yang merupakan persembahan siri imej bergerak dengan isyarat
analog. Manakala video digital pula terdiri daripada satu siri imej digital yang
dipaparkan dalam pergerakan yang sempurna.
Ciri-Ciri Video Digital
• Kadar Frame – bilangan imej yang dipaparkan pada suatu tempoh
waktu untuk menayangkan pergerakan. Kadar frame biasanya
dinyatakan dalam unit “frames per second” (fps).
• Saiz Frame – ketinggian dan kelebaran setiap frame atau imej.
• Kedalaman Warna (Bit depth) – jumlah warna setiap piksel di dalam
frame atau imej.
• Resolusi – jumlah piksel yang terdapat dalam frame atau imej.
Enkoding Video (Codecs)
Kebanyakan komputer tidak berupaya memaparkan frame imej penuh pada
1/30 saat jika frame tersebut tidak dimampatkan. Oleh itu terdapat pemacu
(driver) yang dipanggil codecs. Pemacu ini akan memampatkan fail video
kepada saiz yang kecil tanpa mengubah saiz skrin dan kualiti.
Berikut adalah ringkasan codecs yang boleh digunakan untuk menjana
video:
• Microsoft Video 1. Format pemampat AVI yang berasal dari
Microsoft. Codecs memampatkan fail dengan cepat tetapi
mengalami lossy (kualiti imej/video terjejas). Sesuai untuk previu
sebelum menjana video akhir.
• Microsoft RLE (Run Length Encoding). Sesuai untuk memampatkan
imej yang dijanakan dengan komputer. Hanya dapat menjana fail
AVI.
296
• Cinepak. Codec untuk format AVI dan QuickTime yang
menawarkan kadar pemampatan yang tinggi.
• Indeo. Codec Intel Indeo untuk format AVI dan QuickTime.
Mengambil masa yang panjang untuk dimampatkan.
• Sorensen. Hanya untuk format QuickTime versi 3 ke atas.
Menawarkan kualiti mampatan yang baik dan mengekalkan imej
video.
• Web-specific. Sesetengah codec seperti RealVideo, Viva dan
Extreme hanya untuk tujuan internet.
5.1.3 KEPERLUAN VIDEO DALAM PRODUK MULTIMEDIA
• Menjelaskan situasi sebenar bagi sesuatu proses, fenomena, atau
kejadian
• Sebahagian daripada integrasi dengan media lain seperti teks
atau gambar. Video dapat mempelbagaikan penjelasan /
persembahan
• Pengguna dapat memainkan semula (replay) secara keseluruhan
atau pada bahagian tertentu untuk melihat gambaran yang lebih
jelas.
• Sangat sesuai untuk mengajarkan kandungan yang melibatkan
pergerakan atau psikomotor dan menunjukkan dengan jelas suatu
langkah prosedur
• Kombinasi video dan audio adalah lebih efektif dan lebih cepat
menyampaikan maklumat dibandingkan media lain.
297
5.1.4 KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN UNTUK RAKAMAN DAN
PENYUNTINGAN VIDEO
(i) Perkakasan
Kamera Video
Kamera video ialah sejenis kamera yang digunakan untuk merakam imej
bergerak secara elektronik. Ia bermula dari industri penyiaran namun
sekarang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang lain. Terdapat
beberapa jenis kamera video, seperti:
• Professional Video Camera - Digunakan untuk rakaman program
televisyen dan pembuatan filem.
• Camcorder - Digunakan oleh kebanyakan jurugambar amatur.
• Kamera Video DSLR
• CCTV
• Webcam - Disambung ke komputer untuk tele sidang (video
conferencing).
• Telefon pintar
Rajah 4.1: Antara contoh jenis kamera video
298
(ii) Perisian
Perisian Video Digital berasaskan kepada dua pendekatan;
• Setiap perisian yang bergantung kepada video digital
bertanggungjawab terhadap aspek mengawal perkakasan video
capture, pemadatan dan memainkan klip.
• Perisian drivers dalam sistem operasi mengawal video capture,
pemadatan dan memainkan klip. Drivers ini dapat dicapai oleh
pelbagai perisian untuk membantu membuat atau mencapai
data video.
Perisian video digital boleh didapati dalam bentuk:
• Perisian Menyunting Video
• Perisian Pemain Video.
Perisian Menyunting Video
Perisian pengedit video digunakan untuk menghasilkan produk video digital
yang siap. Perisian penyunting video berkemampuan untuk;
§ Pemadatan data video digital mentah kepada saiz yang kecil
§ Menyalin, memotong, memindah(paste), dan memadam frame
video dari fail video.
§ Mencantum dua atau lebih frame sumber data video.
§ Mengubah saiz frame atau kadar frame segmen data video.
§ Mengedit audio dengan menyalin, mengeluarkan atau
menambah audio.
§ Menambah kesan khas pada klip video seperti tajuk atau transisi
pada segmen video.
Perisian Pemain Video
Pemain video bergantung kepada keupayaan sesuatu perisian
menayangkan video digital pada sesuatu aplikasi yang lain. Kemampuan
yang paling asas ialah memainkan klip video pada sesuatu tetingkap atau
skrin penuh dengan fungsi play, stop, rewind, fast forward, pause, next dan
previous. Satu kelebihan video digital ialah pengguna dapat melompat pada
mana-mana bahagian klip dengan menggerakkan pointer.
299
5.1.5 RESOLUSI DAN FORMAT FAIL VIDEO BERDASARKAN MOD ATAU
PLATFORM PAPARAN
(i) Resolusi Video
Resolusi merujuk kepada jumlah bilangan piksel bagi setiap dimensi yang
boleh dipaparkan. Resolusi video biasanya dikira berdasarkan kelebaran dan
ketinggian (width × height), dalam unit ukuran piksel (pixels). Sebagai contoh,
saiz video 1024 × 768 menunjukkan video ini mempunyai ketinggian 768 piksel
dan kelebaran 1024 piksel.
Rajah 4.2: Ukuran resolusi video 1024 piksel x 768 piksel
Beberapa jenis resolusi video yang biasa digunakan seperti:
• 4320p : 7680 x 4320
7680 x 4320 piksel dikenali sebagai 8K atau 4320p. 4320p
mengandungi jumlah piksel 16 kali ganda lebih tinggi berbanding
1080p FHD atau resolusi Full HD.
• 2160p : 3840 x 2160
2160p, dikenali sebagai 4K atau resolusi UHD (Ultra-High Definition).
2160p mengandungi jumlah piksel 4 kali ganda resolusi 1080p.
Resolusi 4K biasanya terdapat pada televisyen digital dan industri
cinematografi.
• 1440p: 2560x1440
1440p dikenali sebagai resolusi QHD atau Quad HD. Secara
khususnya, 1440p dapat dilihat pada gaming monitors dan telefon
pintar berspesifikasi tinggi (high-end smartphones). 1440p
mengandungi jumlah piksel 4 kali ganda resolusi 720p HD atau HD
ready.
300
• 1080p: 1920x1080
1080p dikenali sebagai resolusi FHD atau Full HD. 1080p sesuai untuk
video beresolusi tinggi pada HDTV dengan nisbah keluasan skrin
16:9.
• 720p: 1280x720
720p dikenali sebagai resolusi HD atau HD Ready. Kebanyakan
rangkaian siaran televisyen menggunakan 720p sebagai resolusi
penyiaran mereka. 1080p terbina berasaskan 720p.
• Standard Definition (SD)
Resolusi yang paling popular adalah 640 x 360 dan 640 x 480 untuk
video manakala 720 x 480 dan 720 x 576 untuk DVD.
(ii) Format Fail dan Platform Video
Pengetahuan berkaitan dengan format fail video sangat penting bagi
memastikan format fail sesuai dengan platform yang dipilih. Sebagai contoh,
untuk menghasikan video laman sesawang, format fail yang digunakan
berbeza dengan format fail video media sosial. Terdapat beberapa format fail
yang biasa digunakan;
• AVI
AVI bermaksud Audio Video Interleave. AVI telah dibangunkan
oleh Microsoft pada tahun 90an. Format ini sangat sesuai untuk
semua platform sistem komputer tetapi mempunyai saiz fail yang
besar.
• FLV
FLV bermaksud Format Video Flash. FLV seiring dengan SWF iaitu
format lain untuk video flash. Namun, FLV tidak disokong oleh
peranti iOS, menyebabkanya tidak dapat dimainkan pada iPhone
dan iPad.
• MPG
MPG atau lebih dikenali sebagai MPEG adalah format yang
digunakan dalam VCD, DVD dan Blue-Ray.
301
• MKV
MKV, atau matroska, adalah format bebas dan sumber terbuka
(open-source). MKV pada mulanya dicipta sebagai format video
standard untuk fail multimedia yang biasa, seperti pertunjukan dan
filem. Satu fail boleh mengandungi banyak gambar, audio, dan
trek sarikata.
• MOV
MOV ialah format filem QuickTime Apple. Format ini dibuat untuk
filem, dan MOV membolehkan juruvideo (videografer)
membahagikan fail ke dalam pelbagai trek bagi menyimpan
pelbagai jenis data berbeza. Satu variasi MOV digunakan pada
kamera Canon DSLR.
• MP4
MP4 adalah satu lagi ciptaan Apple. Format video ini dibangunkan
untuk mampatan jalur lebar rendah. Ini bermakna kualiti imej jauh
lebih rendah daripada jenis fail lain. MP4 dipopularkan oleh iTunes
kerana keserasiannya dengan kedua-dua peranti Apple dan lain-
lain, seperti Xbox360. Youtube antara laman sesawang yang
menggunakan format ini secara meluas.
• WEBM
WEBM dicipta untuk digunakan di laman sesawang. Format ini
menghasilkan ukuran video yang sangat kecil bersama dengan
HTML5. WEBM dapat distrim dengan mudah dan cepat.
Popularitinya telah merosot sejak kebelakangan ini disebabkan
peningkatan prestasi dan had platform dalam talian.
• WMV
WMV bermaksud Windows Media Video. WMV telah dibangunkan
oleh Microsoft dalam usaha untuk menguasai bidang penstriman
dalam talian. Ia adalah saiz video terkecil yang ada dan
menjadikannya hebat untuk perkongsian e-mel. Kelemahannya
adalah kualiti video dikurangkan dengan ketara semasa dan
selepas pemampatan.
302
Berikut adalah tiga kegunaan video yang biasa digunakan dan pilihan
format fail yang sesuai:
• Media sosial: MP4 disokong oleh Facebook, Twitter, Instagram,
IGTV, dan YouTube. Facebook juga menyokong MOV, sementara
YouTube menerima format video yang paling banyak.
• Televisyen dan komputer: AVI, MOV, dan MKV menawarkan imej
berkualiti tinggi yang menjadikan mereka pilihan hebat untuk
streaming skrin besar.
• Laman sesawang: Format fail video yang biasa dan paling sesuai
digunakan untuk laman web ialah WEBM dan HTML5.
303
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Talian internet
2. Perisian MS Power Point
TUGASAN 1
Murid membentuk kumpulan dan melakukan eksplorasi video di
saluran Youtube mengikut arahan guru
LANGKAH KERJA
1. Murid membuat eksplorasi video mengikut tajuk yang diberi oleh guru.
2. Membuat perbandingan kualiti video mengikut resolusi yang dipilih.
3. Murid melakukan tangkap layar (screenshot) video mengikut kualiti
resolusi yang dipilih.
4. Murid menampal imej tangkap layar (screenshot) pada perisian MS
Power Point dan melabel resolusi dengan betul
5. Guru membuat penilaian hasil kerja pelajar.
TUGASAN 2
Murid membentuk kumpulan dan mencari maklumat berkaitan
dengan perbezaan antara video analog dan video digital
LANGKAH KERJA
1. Murid membuat ekplorasi ciri-ciri video analog dan vieo digital melalui
enjin carian.
2. Membuat perbandingan antara ciri-ciri video analog dan video digital.
3. Murid menyediakan persembahan menggunakan perisian MS Power
Point bagi menerangkan perbezaan antara kedua-dua jenis video
berkenaan.
4. Murid membuat persembahan hasil kerja kumpulan masing-masing.
304
PENILAIAN
1. Senaraikan 2 jenis video
a) ...............................................................
b) ...............................................................
2. Nyatakan 3 ciri video digital
a) .....................................................................
b) .....................................................................
c).....................................................................
3. Terangkan 2 keperluan video dalam produk multimedia
a) ..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
b) ..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
4. Namakan perkakasan video berikut
5. Apakah 3 bentuk perisian video digital ?
a) .....................................................................
b) .....................................................................
c) .....................................................................
305
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid: 5.0 Elemen Video
Tahun: 5.1 Pengenalan kepada video
Kelas
Modul:
Standard
Kandungan:
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
1 Menerangkan konsep video Terampi Belum
2 Menyenaraikan 2 jenis video l Terampil
3 Menyatakan 3 keperluan video
(CAPAI / TIDAK CAPAI)
dalam produk multimedia
4 Menyatakan 2 justifikasi keperluan
perkakasan dan perisian untuk
rakaman dan penyuntingan video
5 Menyenaraikan 2 jenis resolusi dan
2 jenis format fail video
berdasarkan mod atau platform
paparan
KEPUTUSAN
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh
306
MODUL 5.2
Standard 5.2 Rakaman video
kandungan:
Standard 5.2.1 Menghasilkan skrip dan papan cerita rakaman
pembelajaran: video
Objektif 5.2.2 Menyesuaikan babak dalam papan cerita
pembelajaran dengan jenis syot kamera video :
I) Close-up
Masa: II) Medium Close-up
III) Long Shot
IV) Medium Long Shot
V) Wide Shot
5.2.3 Menilai kesesuaian kedudukan sudut pandangan
kamera video :
I) Low Angle II) Eye Level
III) High Angle
5.2.4 Memberi justifikasi kesesuaian penggunaan teknik
pergerakan kamera video:
I) Zoom (in/out) II) Pan (left/right)
II) Tilt (up/down) IV) Dolly (in/out)
5.2.5 Menghasilkan rakaman video berdasarkan skrip
dan papan cerita dengan mengaplikasikan teknik
rakaman yang dipelajari
Murid boleh:
1. Menjelaskan tentang skrip dan papan cerita
2. Menyatakan keperluan skrip dan papan cerita
3. Menerangkan elemen yang tedapat pada papan
cerita
4. Menyatakan jenis sudut pandangan kamera
5. Menghasilkan syot bagi setiap jenis sudut
pandangan kamera
6. Memberi justifikasi penggunaan sudut pandangan
kamera bagi syot yang dirakam
7. Menyatakan teknik rakaman
8. Menghasilkan syot bagi setiap teknik rakaman
9. Memberi justifikasi penggunaan teknik rakaman
yang dirakam
10. Menterjemahkan papan cerita ke dalam bentuk
rakaman video
11. Membuat rakaman video dengan mengaplikasikan
pengetahuan jenis syot, sudut pandangan kamera
dan teknik rakaman
8 jam
307
NOTA RUJUKAN
5.2.1 MENGHASILKAN SKRIP DAN PAPAN CERITA RAKAMAN VIDEO
SKRIP
Dalam penghasilan video, skrip disediakan berpandukan kepada sinopsis dan
perjalanan sesuatu cerita yang merupakan olahan cerita. Sinopsis merupakan
maklumat ringkas yang padat dan jelas.
‘SIAPA PUNYA KERJA??’ Mengisahkan sekumpulan murid yang tidak
bertanggungjawab terhadap pengurusan bahan dan peralaan setelah
melakukan kerja-kerja keceriaan di kelas. Video pendek ini
menekankan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam kalangan
murid sekolah.
Rajah 4.3: Contoh sinopsis
Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan. Skrip
berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis
media. Skrip dihasilkan oleh penulis skrip. Penulisan sesebuah skrip berlaku
berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan. Biasanya penerbit akan
membeli terus skrip seperti dari penulis buku dan akan mengubah bahagian
tertentu jika perlu.
Babak 2
Watak : Amir, Siti & Yusof
Latar Belakang : Kelas
Props : Meja & Kerusi Pelajar, Penyapu, Penyodok Sampah
Muzik Latar : ‘Pay day –Jason Farnham’
Cerita : Sekumpulan murid sedang menghias kelas
Dialog :
Amir: Eh, Sekarang dah rehat lah!
Siti: Jom cepat kita pergi ke kantin.
Yusof: Eh, Takkan nak tinggalkan alatan & barang-barang kelas macam ni
je
Amir: Ah, Biar je lah! Nanti makcik tukang sapu datang dia akan tolong
kemaskan.
Siti: Haah.. Jom, jom kita pergi makan.
Rajah 4.4: Contoh Skrip
308
Apabila skrip telah ditulis untuk sesebuah penerbitan, langkah yang
seterusnya ialah memindahkannya ke dalam bentuk papan cerita. Papan
cerita akan menjelaskan cerita secara visual seperti sebuah komik.
PAPAN CERITA
Papan cerita ialah persembahan grafik tentang bagaimana video
diterjemahkan mengikut syot demi syot. Papan cerita terdiri daripada susun
atur grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipaparkan dalam urutan
dengan catatan dan maklumat tentang apa yang berlaku dalam babak
(scene) untuk tujuan pra-gambaran pergerakan gambar, animasi, grafik atau
interaktif urutan media.
Rajah 4.5: Contoh papan cerita
Selepas menghasilkan papan cerita, analisis perlu dibuat ke atas papan
cerita tersebut. Analisis dibuat dengan memperincikan setiap babak yang
terdapat dalam papan cerita tersebut bagi memastikan proses rakaman
berjalan lancar.
309
AKTIVITI 1
BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisan Microsoft Word
TUGASAN
Murid membuat eksplorasi penggunaan skrip dan papan cerita
dalam bidang multimedia.
Guru menayangkan iklan video dan murid membuat analisis
jalan cerita berpandukan iklan tersebut.
LANGKAH KERJA
1. Murid membuat ekplorasi penggunaan skrip dan papan cerita dan
menjelaskan kandungan skrip dan papan cerita.
2. Murid menyatakan keperluan skrip dan papan cerita dalam
menghasilkan sesuatu rakaman video.
3. Murid menyediakan sinopsis ringkas berdasarkan video iklan yang
ditayangkan oleh guru.
4. Murid menghasilkan lakaran papan cerita berdasarkan video iklan
tersebut.
PENILAIAN
1. Apa yang dimaksudkan dengan skrip dalam penggambaran video.
…………….………….………….………….………….………….………….………….
…………….………….………….………….………….………….………….………….
…………….………….………….………….………….………….………….………….
2. Nyatakan keperluan papan cerita dalam penggambaran video.
…………….………….………….………….………….………….………….………….
…………….………….………….………….………….………….………….………….
…………….………….………….………….………….………….………….………….
310
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: 5.2 Rakaman video
Standard 5.2.1 Menyediakan skrip dan lakaran papan cerita
Kandungan: rakaman video.
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Menjelaskan tentang skrip dan
papan cerita
Menyatakan keperluan skrip dan
2 papan cerita.
2 Menerangkan elemen yang
tedapat pada papan cerita
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh
311
5.2.2 JENIS-JENIS SYOT KAMERA VIDEO
Syot adalah teknik pengambilan gambar dengan memperhatikan sudut
pandangan kamera atau rakaman video. Saiz syot dan sudut kamera
memainkan peranan untuk menjadikan sesuatu video kelihatan lebih menarik
kepada penonton. Syot terdiri daripada ‘Single Take’, yang boleh dalam
jangka masa beberapa saat atau beberapa minit. Manakala Scene terdiri
daripada beberapa shot dan Sequence pula terdiri daripada beberapa
scene.
Jadual 4.1: Jenis-jenis syot kamera
Rajah Penerangan
Close Up
Syot ini memberi fokus kepada subjek utama yang
memperlihatkan ekspresi dan emosi pada aktor,
dengan latar yang sedikit. Untuk objek manusia
biasanya syot dilakukan dari bahu hingga atas
kepala.
Medium Close Up
Syot jarak sederhana dekat dan untuk objek manusia
biasanya syot dilakukan dari atas kepala sampai
dada atau pinggang.
Extreme Close Up
Berada dalam lingkungan Close-Up dengan fokus
kepada satu ciri utama.
Medium Shot
Syot yang hanya menampilkan sebahagian badan
dari pinggang sampai atas kepala, memperlihatkan
latar belakang persekitaran dan pergerakan watak
kepada penonton.
Long Shot/ Wide shot
Syot ini berjarak jauh yang menampilkan keseluruhan
aktor dan mempunyai pandangan yang luas, teknik
ini biasanya untuk menunjukkan objek dengan latar
belakangnya.
Extreme Long Shoot
Pengambilan gambar melebihi Long Shot yang
menampilkan lingkungan subjek secara penuh.
Fungsinya menunjukkan bahawa objek tersebut
sebahagian dari lingkungannya.
312
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kamera Video / DSLR Kamera
2. Skrip
3. Papan cerita
4. Perisian utiliti grafik dan video
TUGASAN
Sekolah akan menganjurkan bulan kemerdekaan. Sempena
dengan program tersebut, hasilkan satu video berdurasi 5
minit dengan tema “Saya anak merdeka”
LANGKAH KERJA
1. Murid diminta menghasilkan skrip dan papan cerita bertemakan “Saya
anak Merdeka” secara individu.
2. Papan cerita mestilah memaparkan maklumat jenis syot kamera yang
bersesuaian dengan babak.
3. Murid membentangkan skrip dan papan cerita dalam aktviti
berkumpulan.
4. Idea terbaik akan digunakan untuk projek rakaman penuh secara
berkumpulan.
313
PENILAIAN
1. Lakarkan semula watak berikut berdasarkan jenis syot kamera:
Close Up Long shot
Medium shot Medium Close Up
Medium Long shot Extreme Close Up
Watak
314
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: 5.3 Rakaman video
Standard 1.2.2 Menyesuaikan babak dalam papan cerita dengan
Kandungan:
jenis syot kamera video
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
1 Menjelaskan jenis syot Terampil
2 Menghasilkan syot bagi satu (CAPAI / TIDAK CAPAI)
scene untuk setiap jenis syot.
KEPUTUSAN Tandatangan &
TARIKH Tarikh
Tandatangan &
Nama Guru: Tarikh
Disahkan oleh:
315
5.2.3 SUDUT PANDANGAN KAMERA VIDEO
Komposisi kamera atau sudut kamera adalah suatu sudut pandang dalam
mengambil gambar sesuatu objek, pemandangan, ataupun sebuah adegan.
Dengan sudut tertentu kita dapat menghasilkan suatu syot yang menarik,
dengan perspektif yang unik dan menciptakan kesan visual tertentu pada
gambar.
Rajah 4.6: Antara sudut pandangan kamera
Jadual 4.2: Sudut pandangan kamera video dan contoh syot
Sudut Pandangan Kamera Contoh syot
Low Angle/Frog Eyes
Teknik pengambilan gambar ini dilakukan
dengan mengambil gambar dari posisi bawah.
Kesan penggunaan teknik ini menghasilkan
bahagian bawah objek kelihatan lebih besar
manakala bahagian atas objek kelihatan lebih
kecil.
Eye Level
Pengambilan gambar dari sudut ini memberi
kesan yang sama dengan cara mata kita
melihat sesuatu objek. Posisi dan arah lensa
kamera difokus sejajar dengan objek yang
hendak digambar. Pengambilan sudut eye
level biasanya digunakan untuk mengambil
foto potret manusia.
316
High Angle
Teknik pengambilan foto ini dilakukan tepat di
atas objek dengan lensa kamera difokus ke
bawah. Ini menjadikan objek dapat dilihat
secara menyeluruh dan mudah dipotret. Hasil
penggunaan teknik ini juga menyebabkan
objek kelihatan lebih fokus di bahagian atas
dan lebih dramatik.
Bottom Angle/ Worms Eye View
Teknik ini dilakukan dengan menempatkan
kamera dalam tanah dan didongak ke atas
sesuai dengan komposisi yang dikehendaki. Ini
menjadikan objek kelihatan sangat besar dan
memberikan kesan kemewahan atau kekuatan
kepada objek.
Bird Eye View
Pengambilan gambar dilakukan dari posisi
ketinggian tertentu sehingga memperlihatkan
persekitaran sangat luas dengan objek-objek
lain di bawah kelihatan begitu kecil. Teknik ini
menghasilkan gambar yang lebih terperinci
serta mampu memberi kesan yang luas dan
melebar.
317
5.2.4 TEKNIK PERGERAKAN KAMERA VIDEO
Gerakan Kamera (Camera Movement) adalah teknik pengambilan video
dengan menggerakkan kamera dengan tujuan memberi kesan dan maksud
tersendiri. Berikut adalah teknik Pergerakan Kamera (Camera Movement):
Rajah 4.3: Teknik pergerakan kamera video
Teknik Pergerakan Kamera Contoh syot
Pan atau Panning adalah teknik menggerakan
kamera secara mendatar (horizontal) dari kanan ke
kiri atau sebaliknya.
• Pan right: Gerakan kamera ke kanan
• Pan left: Gerakan kamera ke kiri
Tilt atau Tilting adalah teknik menggerakkan kamera
secara mendongak dari bawah ke atas (vertical)
atau sebaliknya.
• Tilt up : kamera mendongak dari bawah ke atas
• Tilt down : kamera mendongak dari atas ke
bawah
Dolly atau Track (Tracking) ialah teknik
menggerakkan kamera untuk mendekati atau
menjauhi subjek.
• Dolly in : kamera mendekati subjek
• Dolly out : kamera menjauhi subjek
Zoom adalah teknik gerakan lensa zoom yang
mendekati atau menjauhi subjek secara optik. Dalam
Zooming ini yang bergerak bukan kamera tetapi lensa
kamera yang bergerak maju atau mundur.
• Zoom in : Lensa bergerak ke hadapan atau
pandangan mendekati subjek
• Zoom out : Lensa bergerak ke belakang atau
pandangan menjauhi subjek
Follow
Pengambilan gambar dilakukan dengan mengikuti
subjek dengan bergerak selari atau seiring dengan
subjek.
Crane Shoot
Merupakan gerakan kamera yang dipasang pada
alat bantu mesin beroda dan bergerak sendiri
bersama jurukamera, sama ada mendekati ataupun
menjauhi subjek.
318
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kamera Video / DSLR Kamera
2. Skrip
3. Papan cerita
4. Perisian utiliti grafik dan video
TUGASAN
Murid diminta untuk menyediakan slaid pembentangan yang
mengandungi rakaman video yang mengaplikasikan jenis
syot, sudut pandangan kamera dan teknik rakaman bagi
satu scene yang berfokuskan satu subjek.
LANGKAH KERJA
1. Murid mengenal pasti subjek dan scene rakaman.
2. Murid membuat rakaman video dengan mengaplikasikan jenis syot,
sudut pandangan kamera dan teknik rakaman.
3. Murid membentangkan rakaman video tersebut dan memberikan
justifikasi jenis syot, sudut pandangan kamera dan teknik rakaman yang
digunakan dalam scene tersebut.
319
PENILAIAN
1. Lukiskan kamera dan nyatakan sudut pandangan kamera serta
terangkan teknik rakaman yang akan digunakan.
320
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: 5.2 Rakaman Video
Standard
Kandungan: 5.2.3 Memeriksa kedudukan sudut pandangan kamera
5.2.4 Menilai kesesuaian penggunaan teknik rakaman
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Menyatakan jenis sudut Terampil Belum
1 pandangan kamera Terampil
Menghasilkan syot bagi setiap jenis
2 sudut pandangan kamera
Memberi justifikasi penggunaan
3 sudut pandangan kamera bagi
syot yang dirakam
Menyatakan teknik rakaman
4 Menghasilkan syot bagi setiap
teknik rakaman
Memberi justifikasi penggunaan
5 teknik rakaman yang dirakam
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan
Disahkan oleh: & Tarikh
Tandatangan
& Tarikh
321
5.2.5 MENGHASILKAN RAKAMAN VIDEO BERDASARKAN VIDEO
BERDASARKANSKRIP DAN PAPAN CERITA
Rakaman video dibuat setelah skrip dan papan cerita dipersetujui. Untuk
memulakan rakaman, terlebih dahulu skrip dan papan cerita difahami agar
dapat diterjemahkan ke dalam bentuk rakaman video dengan baik dan
lancar.
322
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kamera Video / DSLR Kamera
2. Skrip
3. Papan cerita
4. Perisian utiliti grafik dan video
TUGASAN
Sekolah akan menganjurkan bulan kemerdekaan. Sempena
dengan program tersebut, hasilkan satu video berdurasi 5 minit
dengan tema “Saya Anak Merdeka”
LANGKAH KERJA
1. Murid diminta untuk mengolah papan cerita dengan membuat
penambahbaikan syot agak dapat menghasilkan jalan cerita yang lebih
dramatik dengan mengaplikasikan kesesuaian sudut pandangan
kamera dan teknik rakaman.
2. Membentangkan semula skrip dan papan cerita kepada guru untuk
mendapatkan kelulusan rakaman.
3. Setelah mendapat kelulusan, murid dikehendaki untuk menyiapkan
rakaman klip video tersebut berpandukan papan cerita dan skrip yang
telah diluluskan.
4. Murid diminta untuk membuat pembentangan video yang telah
dirakam.
323
PENILAIAN (PROJEK)
1. Murid membuat rakaman projek bagi tugasan “Saya Anak Merdeka”
dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
324
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: 5.2 Rakaman Video
Standard 5.2.5
Kandungan: Menghasilkan rakaman video berdasarkan skrip
dan papan cerita dengan mengaplikaskan teknik
rakaman yang dipelajari
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
1 Memahami skrip dan papan cerita Terampil Belum
2 Menterjemahkan papan cerita ke Terampil
dalam bentuk rakaman video (CAPAI / TIDAK CAPAI)
3 Menghasilkan rakaman video
berdasarkan skrip dan papan
cerita dengan mengaplikaskan
teknik rakaman yang dipelajari
KEPUTUSAN
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh
325
MODUL 5.3
Standard 5.3 Penyuntingan Video
kandungan:
Standard 5.3.1 Mengenal pasti fungsi alat dan fitur asas yang
pembelajaran: digunakan dalam perisian penyuntingan video.
Objektif 5.3.2 Memilih dan mengimport klip video dan bahan
pembelajaran produksi ke dalam perisian penyuntingan video.
Masa: 5.3.3 Memotong klip video menggunakan fitur trim
atau crop.
5.3.4 Menyisip title mengikut kesesuaian.
5.3.5 Menyisip transisi jujukan antara klip video
mengikut kesesuaian.
5.3.6 Mencadangkan kesan khas video mengikut
kesesuaian.
5.3.7 Membuat keselarasan (synchronization) klip
video dan audio.
Murid boleh:
1. Menyatakan fungsi alat dan fitur asas yang
digunakan dalam perisian penyuntingan video.
2. Menyatakan langkah memilih dan mengimport
klip video dan bahan produksi ke dalam perisian
penyuntingan video.
3. Menyatakan langkah memotong klip video
menggunakan fitur trim atau crop.
4. Menyatakan langkah menyisip title mengikut
kesesuaian.
5. Menentukan kesan khas video mengikut
kesesuaian.
6. Menyatakan langkah menghasilkan keselarasan
(synchronization) klip video dan audio.
14 jam
326
NOTA RUJUKAN
5.3.1 MENGENAL PASTI FUNGSI ALAT DAN FITUR ASAS YANG DIGUNAKAN
DALAM PERISIAN PENYUNTINGAN VIDEO OPENSHOT VIDEO EDITOR
New Save Redo Choose Full Screen
Project Project Undo Profile Export Video
Open Import
Files
Project
Add Track Add Next Marker
Marker
Snapping Previous Zoom In
Enabled Razor Tool Marker
Rajah 4.7: Antara muka utama perisian Openshot
327
FUNGSI ALAT DAN FITUR ASAS
Jadual 4.4: Fungsi alat dan fitur asas
Bil Alat/ Fitur Fungsi
1. Project Files Memulakan projek dengan menambah fail-fail
video, audio dan imej
2. New Project Mewujudkan satu projek baru
3. Open Project Membuka projek yang dihasil
4. Save Project Menyimpan projek yang dihasil
5. Undo Membatalkan arahan yang telah dilakukan
6. Redo Melakukan semula arahan yang telah dilakukan
7. Import Files Import fail audio dari sumber lain
9. Choose Profiles Pilihan saiz video
10. Full Screen Membuat paparan penuh
Diguna untuk mengeksport timeline (bagi video
11. Export Video yang telah siap) sebagai satu fail video yang
lengkap
12. Add Track Menambah trek baru
13. Snapping Enabled Membenar pengasingan klip video
14. Add Marker Untuk menandakan sesuatu tindakan semasa
proses penyuntingan video
15. Zoom In Mengubah skala masa timeline
16. Show All Memaparkan fail-fail yang ada di dalam ruang fail
projek
17. Video Memuat masuk fail video yang diimport
18. Audio Memuat masuk fail muzik yang diimport
19. Image Memuat masuk fail imej yang diimport
20. Project Files Ruang sumber fail projek
21. Transitions Menghasilkan satu perubahan dari satu klip video
ke klip video yang lain
Mengubah brightness, contrast, saturation, special
22. Effects effects. Seret dan letakkan efek diatas timeline
pada posisi atas klip (atau trek)
Memaparkan pratonton video yang dihasilkan.
23. Video Preview Guna butang play, remind, fast-forward untuk
mengawal paparan video
24. Project File Box Menempatkan fail-fail yang diimport
(Ruang Fail Projek)
Ruang untuk meletakkan klip-klip video atau imej.
25. Timeline Tindanan klip-klip akan menghasilkan transisi
secara automatik.
328
5.3.2 MEMILIH DAN MENGIMPORT KLIP VIDEO DAN BAHAN PRODUKSI KE
DALAM PERISIAN PENYUNTINGAN VIDEO
Memilih Sumber Bahan
Video, audio dan klip imej yang digunakan dalam Openshot boleh didapati
dari pelbagai sumber. Anda boleh capture DV video dan audio terus dari
Camcoder DV atau capture video analog dengan mengunakan peranti
video capture card. Anda juga boleh mengimport imej dari aplikasi-aplikasi
seperti Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator, audio dari CD atau lain-lain
sumber.
Mengimport Klip dan Projek Ke Dalam Ruang Fail Projek (Project File Box)
Terdapat beberapa kaedah berbeza yang anda boleh gunakan untuk
mengimport klip dan projek ke dalam ruang fail projek.
1. Pilih menu File > Import File
2. Buka Folder Openshot, kemudian buka folder Fail Sumber.
329
3. Pilih klip Amalan Terbaik Murid Di Kantin.mp4i dan klik butang Open.
4. Seterusnya paparan video akan dipaparkan pada tetingkap Project Files
Info tambahan: Anda juga boleh mengimport video dengan dua cara lain
yang lebih ringkas
1. Klik pada ikon pada tentingkap Project Files atau dwiklik pada ruang
kosong pada tetingkap Project Files. Kemudian, lakukan langkah-
langkah memilih folder fan fail video seperti tadi.
2. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan Ctrl + F.
330
5.3.3 MEMOTONG KLIP VIDEO MENGGUNAKAN FITUR TRIM ATAU CROP
Adakalanya anda perlu memotong bahagian klip yang tidak diperlukan.
Memotong klip video boleh dilakukan dalam tetingkap Video Preview.
Anda akan mengedit video pendek Amalan Terbaik Murid di Kantin.mp4
1. Pastikan Timeline dan Video Preview dapat dilihat dan tidak bertindih.
2. Seret video daripada tetingkap Project Files ke dalam timeline.
3. Aktifkan video di timeline.
4. Seret slider ke bahagian yang ingin dipotong (trim).
5. Kemudian klik Razor Tool.
6. Setelah klik ikon Razor Tool paparan di bawah akan terhasil. Contoh
video di bawah telah menjalani proses trim sebanyak 2 kali.
7. Klik kanan tetikus pada bahagian video yang ingin dipadam dan pilih
Remove.
331
8. Klik butang Play untuk melihat hasil suntingan.
MENYIMPAN VIDEO
1. Klik File > Export Video.
2. Pada tetingkap Export Video, klik butang Browse dan pilih lokasi untuk
fail video di simpan. Kemudian, buat tetapan seperti target, video
profile dan quality.
3. Klik butang Export Video.
4. Projek telah selesai dieksport dan disimpan.
332
CROP VIDEO
Kegunaan crop tool adalah untuk mengubah dimensi dan kelebaran video
mengikut nilai yang diinginkan. Dengan menggunakan perisian Openshot,
anda boleh crop video dengan mudah dan pantas.
1. Import fail video Amalan Terbaik Murid Di Kantin.mp4 ke Project Files
2. Klik dan seret video Amalan Terbaik Murid Di Kantin.mp4 daripada
tetingkap Project Fileske timeline.
3. Klik kanan tetikus dan pilih Properties
333
4. Tetingkap Properties akan muncul di sebelah kiri paparan Openshot
5. Tukarkan nilai Scale X dan Scale nilai Y yang terdapat pada bahagian
Properties. Nilai yang diberi adalah sebanyak 1.00. Lagi besar nilai yang
anda letakkan pada nilai Scale X dan Scale Y, lagi besar dimensi dan
kelebaran video yang anda akan perolehi.
Paparan video sebelum diubah nilai Scale X (1.00) dan Scale Y (1.00)
Paparan video selepas diubah nilai Scale X (3.00) dan Scale Y (3.00)
334
5.3.4 MENYISIP TITLE
Anda boleh menambah title dan grafik ke dalam persembahan Openshot.
Title boleh terdiri daripada garisan, bentuk, dan pergerakan. Openshot
menyediakan dua bentuk title yang boleh digunakan iaitu title biasa dan
animated title.
Title Biasa
Title biasa mengandungi beberapa template yang disediakan secara
percuma. Anda boleh memilih dan menyunting template tersebut untuk
menjadikan persembahan video anda lebih dramatik dan menarik.
Langkah-langkah menghasilkan title:
1. Klik menu Title > Title .
2. Tetingkap Titles akan dipaparkan.
3. Pilih satu template yang sesuai. Senarai template yang disediakan secara
percuma oleh Openshot terletak di sebelah kiri tetingkap title.
4. Template yang dipilih akan ditayangkan di sebelah kanan atas tetingkap
title. Di bahagian bawah paparan tersebut, terdapat beberapa item
yang boleh diubah seperti File Name, Line 1, Line 2, Font, Text,
Background dan Advanced.
335
5. Pilih template Cloud 1.
Mengubah Tulisan
Anda boleh mengubah jenis tulisan, saiz tulisan, bentuk tulisan, kesan ke atas
tulisan dengan cara klik pada Change Font. Setelah anda klik Change Font,
tetingkap Change Font akan dipaparkan. Anda boleh memilih jenis tulisan,
bentuk tulisan dan kesan ke atas tulisan mengikut kesesuaian. Setelah
suntingan di buat, klik OK.
336
Mengubah Warna Tulisan
Anda boleh menukar warna tulisan dengan cara klik pada Text Color. Setelah
anda klik Text Color, tetingkap Text Color akan dipaparkan. Anda boleh
menukar warna tulisan mengikut kesesuaian. Setelah suntingan di buat, klik
OK.
Mengubah Warna Latar Belakang
Anda boleh menukar warna latar belakang dengan cara klik pada
Background Color. Setelah anda klik Background Color, tetingkap
Background Color akan dipaparkan. Anda boleh menukar warna latar
belakang mengikut kesesuaian. Setelah suntingan di buat, klik OK.
337
Menyimpan Title
Setelah suntingan sudah dilaksanakan, klik Save. Title yang sudah disunting
akan dipaparkan pada tetingkap Project Files.
Menyunting Semula Title
Untuk menyunting semula title yang telah dihasilkan, klik kanan tetikus pada
fail title di tetingkap Project Files dan pilih Edit Title.
Tetingkap Title akan dipaparkan. Anda boleh menyunting title mengikut
kesesuaian. Setelah selesai klik Save
338
Animated Title
Openshot juga ada menyediakan beberapa animasi untuk title yang dikenali
sebagai Animated Title. Animated Title mengandungi lebih kurang 24 pilihan
animasi yang boleh dipilih untuk menjadikan persembahan title pada video
anda lebih menarik
Langkah-langkah menghasilkan animated title:
1. Klik Title > Animated Title
2. Tetingkap Animated Title akan dipaparkan. Terdapat lebih kurang 24
pilihan template percuma yang disediakan.
3. Pilih satu template yang sesuai dengan video dan template tersebut
akan dipaparkan di bahagian kanan atas tetingkap Animated Title.
4. Di bahagian kanan bawah paparan tetingkap Animated Title terdapat
ruangan suntingan untuk Animated Ttile yang dipilih. Anda boleh
membuat suntingan pada ruangan tersebut mengikut kesesuaian.
339