The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alrifaie.aa, 2021-01-21 07:20:05

MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian Blender 2.8
2. Komputer

TUGASAN

Murid membuat rendering dan menyimpan fail dalam format
grafik (*.jpeg) secara individu dengan menggunakan
perisian Blender 2.8.

LANGKAH KERJA (TUGASAN)
1. Masukkan objek 3D ke dalam viewport.
2. Masukkan komposisi lengkap ke atas objek 3D tersebut.
3. Laksanakan proses rendering dan simpan output ke dalam format grafik
(*.jpeg).

4. Simpan hasil kerja anda.

240

LATIHAN

1. Huraikan maksud Rendering.

……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

2. Nyatakan format fail yang dihasilkan melalui proses rendering untuk
jenis-jenis fail output di bawah.

Output Imej Pegun Output Animasi / Video

(a) ___________________________ (a) ___________________________

(b) ___________________________ (b) ___________________________

(c) ___________________________ (c) ___________________________

241

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun :
Kelas

Standard 3.4 Pemodelan 3D
Kandungan:
Standard 3.4.8 Menghasilkan grafik persekitaran 3D dengan
Pembelajaran: membuat penetapan proses rendering dengan
menggunakan perisian permodelan 3D.

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan

Terampil Belum
Terampil

1 Memahami konsep rendering
dalam aplikasi 3D.

Menghasilkan satu fail imej pegun

2 dengan mengunakan proses

rendering.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh

242

KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: 3.0 ELEMEN GRAFIK
3.4 Pemodelan 3D
Standard
Kandungan:

Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan Tafsiran Ya Belum

1 Menyatakan konsep grafik 3D.

Menganalisis kesesuaian penggunaan fitur
2 pengubahsuaian pada objek 3D yang

dihasilkan dalam pembinaan model 3D.

3 Membina objek 3D dengan menggunakan
4 kaedah pemodelan Polygon, Shape dan
5 Spline dalam pembinaan model 3D.

6 Menganalisis kesesuaian penggunaan fitur
Keputusan pengubahsuaian pada objek 3D yang
dihasilkan dalam pembinaan model 3D.
Memberi justifikasi kesesuaian tekstur,
penetapan cahaya dan sudut pandangan
kamera dalam persekitaran grafik 3D secara
rasional.
Menghasilkan grafik persekitaran 3D yang
menggabungkan kaedah pemodelan dan
pengubahsuaian model 3D serta penetapan
tekstur, cahaya dan sudut kamera melalui
proses rendering dengan menggunakan
perisian pemodelan 3D secara sistematik,
bermakna dan kreatif.

Tahap

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

243

MODUL

4

ELEMEN AUDIO

244

245

MODUL 4.1

Standard 4.1 Konsep Audio.
kandungan:
Standard 4.1.1 Menerangkan konsep audio.
pembelajaran: 4.1.2 Menjelaskan jenis audio:

Objektif (i) Analog.
Pembelajaran (ii) Digital.
4.1.3 Menentukan keperluan audio dalam produk
Masa: multimedia berdasarkan fungsi sebagai:
(i) Muzik latar.
(ii) Kesan bunyi.
(iii) Suara latar.
4.1.4 Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kualiti
audio berdasarkan:
(i) Kadar sample (sample rate).
(ii) Saiz sample (sample size).
(iii) Saluran (channel).
4.1.5 Membezakan format fail audio berdasarkan
kesesuaian penggunaannya.
4.1.6 Memberikan justifikasi keperluan peralatan dan
perisian untuk rakaman dan suntingan audio.

1. Menjelaskan konsep audio.
2. Menyatakan kegunaan audio dalam multimedia.
3. Membezakan audio analog dan digital.
4. Menjelaskan tiga faktor yang mempengaruhi

penggunaannya.
5. Mengenal kualiti audio.
6. Membezakan format fail audio dan kesesuaian
7. Peralatan dan perisian dalam menghasilkan

rakaman dan suntingan audio.
6 jam

246

NOTA RUJUKAN

4.1.1 KONSEP AUDIO

Audio adalah satu istilah untuk menerangkan sebarang bunyi atau hingar
dalam julat yang mana manusia mampu dengar. Audio diukur dalam unit hertz.
Isyarat audio yang boleh didengari manusia adalah dalam lingkungan 20
hingga 20000Hz. Isyarat audio pada komputer dijana menggunakan kad bunyi
dan didengar melalui speaker atau fon kepala.

Rajah 4.1: Proses penghasilan bunyi

Audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia.
Audio dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik
mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu
menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah
persembahan multimedia.

247

4.1.2 JENIS AUDIO

Audio Analog

Audio analog merupakan bunyi yang wujud di
sekeliling kita. Bunyi yang dirakam dengan pita
rakaman akan disimpan dalam bentuk analog.

Rajah 4.2: Gelombang
audio analog

Audio Digital

Audio digital ialah isyarat bunyi yang telah
ditukar kepada nombor perduaan (0 dan 1) dan
disimpan dalam bentuk pola-pola bit.

Rajah 4.3: Gelombang
audio digital

248

4.1.3 KEPERLUAN AUDIO DALAM PRODUK MULTIMEDIA
Dalam produk multimedia, audio digunakan dengan pelbagai cara.

Fungsi utama penggunaan audio dalam produk multimedia adalah sebagai:
i) muzik latar belakang (background music)
 merujuk kepada muzik yang tidak bertujuan menjadi tumpuan
utama.
 dipilih mengikut kesesuaian emosi manusia seperti tumpuan,
keseronokan atau gangguan.
ii) kesan bunyi (sound effect)
 memberi penekanan kesan dalam sesuatu babak.
 dibina secara buatan untuk menekankan kesan dalam kandungan
filem, permainan video atau media lain.
iii) suara latar (voiceover)
 ulasan, penceritaan atau penerangan dalam sebuah filem, siaran
televisyen atau radio oleh seorang penutur yang tidak kelihatan.

249

4.1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI AUDIO
Proses Pendigitan (Digitization)

Sistem komputer hanya menggunakan gelombang audio digital.
Penukaran gelombang analog kepada gelombang digital dikenali sebagai
proses Pendigitan (Digitization). Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kualiti
audio digital iaitu kadar sampel (sample rate), saiz sampel (sample size) dan
saluran (channel).
i) Kadar sampel

 Kadar sampel merujuk kepada kekerapan sampel diambil dalam
setiap saat.

 Semakin tinggi kadar sampel, semakin tinggi kualiti audio tersebut.
 Kadar sampel diukur dalam unit Hertz.

Rajah 4.4: Kadar sampel bagi audio 4 Hz dan 8Hz

250

ii) Saiz Sampel

 Saiz sampel mewakili jumlah data audio dalam sampel tersebut.

 Saiz sampel juga merujuk kepada kedalaman bit (bit depth) yang
mewakili aras rakaman setiap sampel audio.

 Dua jenis kedalaman bit yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.

 Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin
tinggi saiz sampel semakin tinggi kualiti audio.

Rajah 4.5: Kedalaman bit dan kualiti audio digital

iii) Saluran

 Terdapat dua pilihan saluran yang sering digunakan sama ada stereo
(dua saluran) atau mono (satu saluran).

 Audio jenis stereo lebih berkualiti berbanding audio jenis mono kerana
audio menggunakan dua jenis sampel bagi setiap masa (saluran
sebelah kiri dan juga saluran sebelah kanan).

Rajah 4.6: Perbandingan saluran audio mono dan audio stereo

251

4.1.5 FORMAT FAIL AUDIO

Format fail audio ialah format fail yang digunakan bagi menyimpan data
audio dalam bentuk digital. Fail audio boleh dimampatkan untuk
mengurangkan saiz fail. Berikut merupakan beberapa contoh format fail audio.

Jadual 4.1: Format fail audio

BIL NAMA FAIL KETERANGAN

1. Waveform Audio File Format  Paling meluas digunakan dan
(WAV)

disokong sepenuhnya oleh sistem

pengoperasian Windows.

 Format fail audio ini telah

dibangunkan oleh Microsoft

Corporation dan IBM.

 Data audio dalam bentuk tidak

mampat (uncompressed),

seterusnya menjadikan saiz fail

wav lebih cenderung menjadi

besar.

2. Audio Interchange File Format  Fail audio format ini telah
(AIFF dan AIF)
dibangunkan oleh Apple

Computer dan biasa digunakan

bersama-sama komputer Apple.

 Seperti fail WAV, saiz fail AIFF

adalah besar berbanding dengan

format yang lain kerana data

audio dalam bentuk tidak

mampat.

3. MPEG Layer 3 (MP3)  Format ini telah dibangunkan oleh
Moving Picture Experts Group
(MPEG)

 Format MP3 memampatkan data
audio dengan membuang
maklumat audio yang dianggap
tidak kritikal untuk pendengaran.

252

 Fail MP3 bersaiz lebih kecil dengan
kualiti audio yang lebih rendah
berbanding fail format WAV.

 Saiz yang kecil menyebabkan
MP3 popular digunakan di Internet
dan di peranti mudah alih.

4. Advanced Audio Coding (AAC)  AAC ialah format piawai yang

5. Musical Instrument Digital digunakan bersama dengan
Interface (MIDI)
video MPEG4 (mp4).

 AAC direkabentuk untuk

menggantikan MP3 dan secara

umumnya mempunyai kualiti

bunyi yang lebih baik.

 Seperti format MP3, AAC juga

memampatkan data audio

dengan membuang maklumat

audio yang tidak kritikal untuk

pendengaran.

 MIDI ialah format merekod dan
mengawal nota muzik bagi setiap
peralatan muzik.

 Format MIDI tidak menyimpan bunyi
dalam pola-pola bit seperti format fail
yang lain, maka fail MIDI adalah
sangat kecil, jauh lebih kecil
daripada fail MP3.

 Kualiti audio MIDI pula adalah tinggi,
malahan lebih tinggi daripada WAV
jika set arahan audio adalah
lengkap.

 Format audio seperti WAV dan MP3
sukar ditukar kepada format MIDI,
sebaliknya format MIDI boleh ditukar
kepada format fail audio yang lain
dengan menggunakan aplikasi
penyunting audio yang biasa.

253

4.1.6 KEPERLUAN PERALATAN DAN PERISIAN UNTUK RAKAMAN DAN SUNTINGAN
AUDIO

Proses rakaman dan suntingan audio adalah penting bagi mendapatkan
audio seperti yang diperlukan. Proses ini boleh dilaksanakan menggunakan
peralatan yang canggih ataupun sekadar menggunakan peralatan asas
sebuah sistem komputer. Berikut disenaraikan peralatan yang biasa digunakan
semasa rakaman dan suntingan audio.
i) Mikrofon

 Peranti input yang paling utama untuk merakam bunyi.
 Terdapat beberapa jenis mikrofon mengikut jenis kegunaan serta

teknologi yang digunakan antaranya, Mikrofon dinamik dan mikrofon
kondenser.

Rajah 4.7 : Jenis mikrofon
ii) Instrumen Muzik

 Gitar elektrik, papan kekunci MIDI, bass dan mesin dram merupakan
contoh-contoh instrumen atau alat muzik yang boleh juga digunakan
sebagai peranti input bagi mendapatkan kesan bunyi atau muzik
yang diperlukan.

 Kebanyakan instrument muzik ini boleh disambung terus kepada
sistem audio menerusi antara muka audio yang digunakan.

Rajah 4.8: Papan kekunci MIDI

254

iii) Pembesar Suara (speaker)
 Alat untuk mempersembahkan audio yang telah dirakam atau
disunting.

iv) Fon Kepala (Headphone)
 Alat untuk mempersembahkan audio untuk kegunaan peribadi tanpa
mengganggu orang lain.

255

Perisian Rakaman dan Suntingan Audio

Terdapat pelbagai jenis perisian rakaman dan suntingan audio di
pasaran. Beberapa perisian canggih yang menawarkan pelbagai kesan khas
bunyi boleh menelan belanja yang tinggi tetapi ada juga perisian percuma
yang masih dapat memenuhi kehendak pengguna. Berikut disenaraikan
beberapa perisian suntingan audio yang popular pada masa ini.

i) Adobe Audition
ii) Live Pro X
iii) Audacity
iv) Ocenaudio

Jadual 4.2 : Perisian Suntingan Audio

Live Pro X Audacity Ocenaudio

Perisian

Adobe Audition

O/S

Fitur Pelbagai fitur Lengkap Fitur agak Kesan bunyi
agak terhad
dengan fitur terhad
Agak mudah
Pengguna Terlalu Agak berat Mudah
Baru kompleks dipelajari Percuma

Kos Kos yang tinggi Kos yang tinggi Percuma Antara muka
yang jelas.
Kelebihan Sesuai untuk Banyak sumber Open source /
lain kerja-kerja plugins. Komuniti
suntingan suara
pengguna yang
latar. besar.

256

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Perisian MS Powerpoint
2. Capaian Internet
3. Bahan Media Cetak / Elektronik

TUGASAN

Murid meneroka perisian-perisian audio dalam pasaran. Murid
membuat huraian pendek mengenai perkara-perkara berikut.

i. Kegunaan perisian
ii. Harga pasaran
iii. Kelebihan dan kekurangan perisian

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)

1. Murid mencari maklumat berkaitan dengan perisian audio di dalam buku,
laman web dan sebagainya.

2. Murid membuat persembahan power point bagi menerangkan
pengunaan kelebihan dan kekurangan perisian audio berkenaan.

257

PENILAIAN

1. Berikan definisi bagi audio.
………………………………..……………………………….……………………………
…..…………………………………………………………………………………………
……...………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………….……………………………………………………..

2. Nyatakan perbezaan audio analog berbanding audio digital.
Audio analog

Audio digital

258

3. Apakah kelebihan fail audio digital?

………………………………..……………………………….……………………………
…..…………………………………………………………………………………………
……...………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….…………………….

4. Apakah yang dimaksudkan dengan mampatan fail audio.
………………………………..……………………………….……………………………
..…………………………………………………………………………………………….
..……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….……………………..

5. Nyatakan maksud Bit kedalaman (bit depth)
………………………………..………..……………………….…………………………..
…………..………………………….………………………………………………………
……………...………………………………………………………………………………
……………………………………..………………………………………….……………
………………………………………………………………………………………….…..

6. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti audio?
………………………………..……………………………….……………………………
…..…………………………………………………………………………………………
……...………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………….……………………..…
……………………………………………….……………………………………………..

259

MODUL 4.2 (A)

Standard 4.2 Rakaman dan Suntingan Audio
kandungan:
Standard 4.2.1 Mengenal pasti fungsi alat dan fitur asas yang
pembelajaran: digunakan dalam perisian rakaman dan suntingan
audio.
Objektif
Pembelajaran 4.2.2 Membuat rakaman audio bagi suara latar dan kesan
bunyi.
Masa:
4.2.3 Memberi justifikasi keperluan pensampelan semula
(resampling) audio menggunakan fitur :
(i) cut, copy, paste, audio.

4.2.4 Menyunting klip delete
(ii) trim/crop
(iii) crossfade
(iv) mix

1. Menjelaskan fungsi alat dan fitur asas yang digunakan
dalam perisian rakaman dan suntingan audio.
2. Menghasilkan rakaman audio suara latar
menggunakan perisian yang sesuai.
3. Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perisian yang
sesuai.
4. Menyatakan justifikasi keperluan pensampelan semula
(resampling) audio.
5. Menyunting klip audio menggunakan fitur :

i - cut, copy, paste, delete
ii - trim/crop
iii - crossfade
iv – mix

12 Jam

260

NOTA RUJUKAN

4.2.1 FITUR ASAS DAN FUNGSI ALAT PERISIAN RAKAMAN DAN SUNTINGAN AUDIO
Penggunaan perisian sumber terbuka (open source) Audacity. Audacity

ialah perisian suntingan audio yang dibangunkan oleh WxWidgets.

Mengenal antara muka Audacity

Control bar Edit bar

Menu Tool bar
Bar

Meter &
Mixer bar

Audio Track Status
Rajah 4.9: Antara muka Audacity

261

Jadual 4.3: Senarai tools dalam edit bar

Tools Penerangan

Memotong keluar data audio yang dipilih pada trek
Cut

Copy Menyalin data audio pada bahagian yang dipilih ke
Paste papan klip tanpa membuang bahagian data audio
Trim tersebut.
Silence
Undo Memasukkan semula bahagian data audio yang
telah disalin atau dipotong pada trek yang telah
Zoom dipilih.

Memilih bahagian data audio yang dikehendaki
dan bahagian yang tidak dipilih akan dibuang.

Menyembunyikan bahagian data audio yang
dipilih. Audio akan senyap pada bahagian tersebut.

Kembali kepada operasi penyuntingan sebelumnya.

Melihat bahagian trek yang dipilih dengan lebih
jelas.

Tools Jadual 4.4: Senarai tools dalam toolbar
Penerangan

Selection Memilih bahagian data audio.

Envelope Mengubah volume suara

Time Shift Mengubah posisi isyarat suara dalam trek audio ke kiri
atau ke kanan.

262

Zoom Alat untuk melihat lebih jelas bahagian-bahagian
Draw tertentu data audio.

Mengubah suai volume suara pada satu titik.

Tools Jadual 4.5: Senarai tools dalam control bar.
Penerangan

Pause Menghentikan rakaman sementara waktu.

Play Memainkan audio yang telah dirakam.

Menghentikan rakaman audio atau menghentikan audio
Stop yang sedang dimainkan.
Rewind Kembali semula ke permulaan trek.

End Mengarahkan kursor ke hujung trek.

Record Memulakan rakaman projek audio.

Rajah 4.10: Trek audio – kawasan sampel audio yang dipaparkan dalam bentuk
gelombang

263

4.2.2 MEMBUAT RAKAMAN AUDIO BAGI SUARA LATAR DAN KESAN BUNYI
Sebelum merakam, sediakan mikrofon dan pilih Microphone pada

tetingkap Recording Control.

Langkah-langkah
1. Klik Butang Record atau tekan kekunci (R)
2. Mulakan proses rakam suara atau kesan bunyi. Contoh kesan bunyi
seperti bunyi duit syiling jatuh atau bunyi ketukan pintu.

Rajah 4.11: Hasil gelombang bunyi yang telah direkod
4. Klik butang Play untuk mendengar hasil rakaman
5. Klik File > Save Project As
6. Namakan fail hasil rakaman pada File Name

Contoh: Rakam.au
7. Klik OK untuk menyimpan fail.
8. Untuk menyimpan fail kepada format lain contohnya format mp3. Klik File

> Export > Export as MP3.
9. Namakan fail pada ruangan File Name dan Klik Save.

264

4. 2.3 MEMBERI JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENSAMPELAN SEMULA (RESAMPLING)
AUDIO

Proses pensampelan semula (resampling) audio ialah prosedur untuk
mengubah saiz fail audio tersebut. Biasanya proses ini perlu dilakukan atas
beberapa faktor, antaranya:

 Keperluan alatan atau perkakasan (contoh CD analog berfungsi
secara eksklusif dengan frekuensi persampelan yang sepadan dengan
44 110 Hz) yang memerlukan frekuensi audio yang sepadan.

 Memainkan audio secara streaming masa nyata (real time)
 Keperluan storan audio atas talian.
Persampelan semula (resampling) dilakukan untuk:
 Membesarkan atau mengecilkan saiz fail audio.
 Meninggikan atau mengurangkan kualiti audio.

265

4.2.4 MENYUNTING KLIP AUDIO MENGGUNAKAN FITUR
(i) Cut, Copy, Paste, Delete
Langkah memasukan fail ke Audacity:

1. Buka perisian Audacity
2. Buat rakaman audio yang baru atau buka file audio yang telah

dihasilkan pada SP 4.2.2 (Klik File > open)
Cut
Memotong bahagian data audio.
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh dilakukan :

1. Klik Selection tools, pilih bahagian yang ingin dipotong.

Bahagian yang
ingin dipotong

2. Klik Edit > Cut atau (Ctrl + X) atau pada Edit Bar klik ikon Cut.
Copy
Membuat salinan data audio.
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh dilakukan:

1. Buka file audio yang ingin di salin.
2. Klik Selection tools, pilih data audio yang ingin disalin.
3. Klik Edit > Copy atau (Ctrl+C) atau pada Edit Bar klik ikon Copy.

266

Paste
Memindahkan data audio yang telah disalin atau dipotong.
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh dilakukan :

1. Klik kursor pada bahagian yang dikehendaki pada track audio.
2. Klik Edit > Paste atau (Ctrl+V) pada Edit Bar klik ikon Paste.
Delete
Memadam data audio yang tidak dikehendaki.
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh dilakukan :
1. Klik Selection tools, pilih bahagian data audio.
2. Tekan kekunci Delete.

Bahagian yang
ingin dipadam

3. kekunci delete tidak berfungsi sekiranya audio dimainkan semasa
menjalankan suntingan ini.

(ii) Trim/Crop
Bahagian audio yang dipilih akan dikekalkan dan bahagian audio yang tidak
dipilih akan dibuang. Berikut ialah langkah-langkah yang boleh dilakukan:

1. Klik Selection tools, pilih area yang ingin ditrim
2. Klik ikon Trim/Crop pada Edit Bar atau klik Edit > Remove Special > Trim

Audio.
267

(iii) Crossfade
Fitur Crossfade membolehkan level volume permulaan dan level volume
pengakhiran audio bagi data sumber dan data destinasi dapat dikawal
(semakin perlahan atau semakin kuat)

1. Pilih tool Edit
2. Klik dan seret data sumber (rakaman suara) yang ingin digabungkan.
3. Pilih menu Edit > Copy.
4. Letak cursor pada bahagian yang ingin digabungkan pada data

destinasi (muzik latar).
5. Pilih menu Edit > Paste.
6. Pilih (drag) kawasan (pada track) penghujung audio asal dan

permulaan audio baru yang hendak digabungkan
7. Pada tetingkap Effect, pilih Crossfade Clips.

(iv) Mix
Fitur Mix digunakan untuk menggabungkan data sumber dengan data
destinasi bagi audio yang dipilih. Sebagai contoh, data sumber adalah suara
yang dirakam, manakala data destinasi adalah muzik latar (background music)

1. Klik dan seret data sumber dan data destinasi yang ingin digabungkan
2. Pilih bahagian data audio data sumber
3. Pilih menu Edit > Copy
4. Letak cursor pada bahagian yang ingin digabungkan pada data

destinasi (muzik latar).
5. Pilih menu Edit > Paste
6. Pada menu Tracks, pilih Mix > Mix and Render.

268

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Perisian suntingan audio (audacity)
2. Headset (microphone & earphone)
3. Capaian Internet
4. Komputer Multimedia

TUGASAN

1. Murid meneroka perisian-perisian audio dalam pasaran.
Murid membuat huraian pendek mengenai perkara-perkara
berikut.

(i) Kegunaan perisian
(ii) Penggunaan alat dan fitur
(iii) Kelebihan dan kekurangan perisian
2. Murid membuat suntingan audio menggunakan fitur

crossfade.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)

1. Murid mencari maklumat berkaitan dengan perisian audio di dalam buku,
laman web dan sebagainya.

2. Murid membuat persembahan power point bagi menerangkan pengunaan
kelebihan dan kekurangan perisian audio berkenaan

LANGKAH KERJA (TUGASAN 2)

1. Murid membuka perisian penyuntingan audio.
2. Murid membuka fail rakaman audio yang telah dihasilkan atau dua lagu

yang
berlainan.
3. Murid melakukan penyuntingan audio menggunakan fitur crossfade yang
terdapat pada perisian.

269

PENILAIAN

1. Nyatakan fungsi alat perisian rakaman dan suntingan audio
………………………………..……………………………….…………………………
…..…..……………………………………………………………………………………
………...…………………………………………………………………………………

2. Labelkan fitur-fitur pada antaramuka perisian audacity di bawah:

270

3. Namakan butang- butang yang terdapat pada editing toolbar di
bawah:

A B C DE F

A. ………………………………..……………………………….………………………
B. …………………………………………………………………………………………
C. …………………………………………………………………………………………
D. …………………………………….…………………………………………………..
E. .………………………………………………………………………………………..
F. …………………………………………………………………………………………

4. Nyatakan fungsi pada fitur Control Toolbar di bawah:

AB C D E F

A. ………………………………..……………………………….………………………
B. …………………………………………………………………………………………
C. …………………………………………………………………………………………
D. …………………………………….……………………………………………………
E. .…………………………………………………………………………………………
F. ………………………………………………………………………………………….

5. Berikan tujuan persampelan semula (resampling) dilakukan .

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

271

6. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi saiz dan kualiti sesuatu
audio:
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

272

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:

Tahun:

Kelas

Standard 4.2 Rakaman dan Suntingan Audio
Kandungan:

Standard 4.2.1 Mengenal pasti fungsi alat dan fitur
Pembelajaran: 4.2.2 Membuat rakaman audio bagi suara latar dan kesan

bunyi
4.2.3 Memberi justifikasi keperluan pensampelan semula

(resampling) audio
4.2.4 Menyunting klip audio menggunakan fitur:

(i) cut, copy, paste, delete
(ii) trim/crop
(iii) crossfade
(iv) mix

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum
Terampil

Mengenal pasti fungsi alat dan fitur
1 asas yang digunakan dalam perisian

rakaman dan suntingan audio

2 Membuat rakaman audio bagi suata
latar dan kesan bunyi

3 Memberi justifikasi keperluan
pensampelan semula

(resampling)audio

273

4. Menyunting klip audio menggunakan (CAPAI / TIDAK CAPAI)
fitur

KEPUTUSAN

TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

274

Standard MODUL 4.2B
kandungan:
4.2 Rakaman Dan Suntingan Audio
Standard
pembelajaran: 4.2.5 Menyunting klip audio dengan memasukkan kesan
khas audio yang sesuai.

4.2.6 Menggabungkan klip audio yang telah disunting
mengikut kesesuaian.

4.2.7 Menghasilkan audio yang menggabungkan suara
latar, kesan bunyi dan muzik latar yang telah
dimasukkan kesan khas dengan menggunakan
perisian penyuntingan audio.

Objektif 1. Memasukkan kesan khas pada klip audio.
Pembelajaran
2. Menggabungkan dua klip audio yang berlainan.

3. Menghasilkan satu audio kombinasi suara latar, kesan
bunyi dan muzik latar yang telah dimasukkan kesan
khas.

Masa : 12 Jam

275

4.2.5 MENYUNTING KLIP AUDIO DENGAN MEMASUKKAN KESAN KHAS AUDIO
YANG SESUAI.
Memberi Kesan Khas Audio Echo (Kesan Gema)

1. Klik File > Open
2. Buka fail suara dengan format Audacity (.au)
3. Pilih kawasan gelombang suara yang akan diberi kesan khas Echo.

Kawasan gelombang yang dipilih akan berwarna lebih cerah.
4. Pilih menu Effect >Echo

5. Pada tetingkap Echo tetapkan Delay Time (Seconds): 1, Decay factor:
0.5.

276

6. Klik butang Preview untuk mendengar hasil kesan khas audio. Terdapat
gema pada audio yang dimainkan. Klik butang OK apabila telah selesai.

7. Klik butang Play untuk mendengar semula hasil rakaman
8. Klik File > Save Project As
9. Namakan fail hasil rakaman pada File Name

Contoh: Sunting1.au (format audacity)
10. Klik OK untuk menyimpan fail.
Memberi Kesan Khas Audio Reverse (Kesan Penyongsangan Bunyi)
1. Klik File > Open
2. Buka fail suara dengan format Audacity (.au)
3. Pilih kawasan gelombang suara yang akan diberi kesan khas Reverse.

Kawasan gelombang yang dipilih akan berwarna lebih cerah

4. Pilih menu Effect > Reverse

277

5. Perubahan gelombang audio selepas kesan khas Reverse dilakukan.
Audio bahagian belakang pada kawasan yang dipilih akan dimainkan
dahulu.

6. Klik butang Play untuk mendengar semula hasil rakaman
7. Klik File > Save Project As
8. Namakan fail hasil rakaman pada File Name.
9. Contoh: Sunting2.au (format audacity)
10. Klik OK untuk menyimpan fail.

Memberi Kesan Khas Audio Fade In / Fade Out

1. Klik File > Open
2. Buka fail suara dengan format Audacity (.au)
3. Pilih kawasan gelombang suara yang akan diberi kesan khas Fade In /

Fade Out

4. Kawasan gelombang yang dipilih akan berwarna lebih cerah

278

5. Klik Effect > Fade In atau Effect > Fade Out

6. Saiz gelombang audio yang dilakukan kesan khas Fade Out akan
meruncing dan mengecil di Kawasan akhir data audio. Manakala, saiz
gelombang audio yang diletakkan kesan khas Fade In akan meruncing
dan mengecil di Kawasan awal data audio.

279

7. Klik butang Play untuk mendengar semula hasil rakaman
8. Klik File > Save Project As
9. Namakan fail hasil rakaman pada File Name

Contoh: Sunting3.au (format Audacity)
10. Klik OK untuk menyimpan fail.
4.2.6 MENGGABUNGKAN KLIP AUDIO YANG TELAH DISUNTING MENGIKUT
KESESUAIAN
1. Klik File > Open, buka file Audio1.au
2. Pilih kawasan gelombang audio1 yang hendak disunting (Copy)

3. Klik File > New untuk hasilkan fail audio yang baru.
4. Klik File > Save Project As
5. Namakan fail pada File Name

Contoh: Gabungaudio.au (format audacity)
6. Tampal (Paste) gelombang audio1 yang telah disalin dalam fail yang

baru.

280

7. Klik OK untuk menyimpan fail.

8. Klik File > Open, buka file Audio2.au
9. Pilih kawasan gelombang audio2 yang hendak disunting (Copy)

281

10. Tampal (Paste) gelombang audio-audio yang telah disalin dalam fail
Gabungaudio.au di bahagian belakang.

11. Klik butang Play untuk mendengar hasil gabungan audio.
12. Klik File > Save Project

Menghasilkan Audio yang menggabungkan suara latar, kesan bunyi dan
muzik latar yang telah dimasukkan kesan khas dengan menggunakan perisian
penyuntingan audio.

1. Sediakan tiga jenis fail audio seperti berikut:
 Fail audio suara latar
 Fail audio kesan bunyi
 Fail audio muzik latar bersama kesan khas

Fail audio suara latar Faul audio kesan bunyi

Fail audio muzik latar yang telah dimasukkan kesan khas Fade Out
282

2. Klik Track > Add New > Stereo Track untuk hasilkan track stereo yang
kosong

3. Aktifkan fail suara latar, pilih semua kawasan audio dan klik ikon Copy
untuk menyalin.

4. Tampal (Paste) pada track stereo yang dibina tadi.
5. Pada fail audio yang sama, Klik Track > Add New > Stereo Track untuk

menghasilkan track stereo kosong yang baru
6. Aktifkan fail kesan bunyi, pilih semua kawasan audio dan klik ikon Copy

untuk menyalin.
7. Tampal (Paste) pada track stereo yang dibina tadi.
8. Pada fail audio yang sama, Klik Track > Add New > Stereo Track untuk

menghasilkan track stereo kosong baru yang ketiga
9. Aktifkan fail muzik latar yang mengandungi kesan khas, pilih semua

kawasan audio dan klik ikon Copy untuk menyalin.
10. Tampal (Paste) pada track stereo yang dibina tadi.

283

Muzik latar bersama
kesan khas
Kesan bunyi
Rakaman
Suara
Tiga jenis audio klip daripada tiga jenis sumber fail audio yang telah dimasukkan
ke dalam satu fail
11. Untuk menggabungkan ketiga-tiga track stereo tadi, pilih kesemua klip
audio dan klik Track > Mix > Mix and Render.

284

12. Satu Mix track baru akan terhasil

Gelombang audio Mix Track yang terhasil
13. Klik butang play untuk mendengar hasil gabungan audio (Mix track)
14. Klik File > Save Project As
15. Namakan fail pada File Name

Contoh: Gabungtigaaudio.au (format audacity)
16. Klik OK untuk menyimpan fail.

285

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Perisian Audio
2. Komputer Multimedia
3. Sumber Audio
4. Speaker
5. Headset

TUGASAN

1.Hasilkan satu rakaman ucapan bertemakan perayaan
dengan memasukkan muzik latar, kesan khas dan kesan
bunyi yang bersesuaian.

LANGKAH KERJA

1. Murid dalam kumpulan memilih jenis perayaan dan merangka ucapan
2. Murid memilih muzik latar yang sesuai
3. Murid membuat rakaman ucapan
4. Murid menyunting audio dengan memasukkan muzik latar, kesan khas

dan kesan bunyi.

* Guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah PdPc abad 21.

286

PENILAIAN

1. Berdasarkan rajah di bawah huraikan langkah memasukkan kesan khas
Effect > Change Speed ke dalam klip audio.

……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

2. Terangkan perubahan yang berlaku pada klip audio apabila kesan khas
Change Speed dimasukkan.

………………………………………………………………………………………………….
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

3. Berikan cadangan jenis audio yang sesuai dimasukkan kesan khas
Change Speed beserta contoh.

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

287

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 4.2 Rakaman dan Suntingan Audio
Kandungan:

Standard 4.2.5 Menyunting klip audio dengan memasukkan kesan

Pembelajaran: khas audio yang sesuai.

4.2.6 Menggabungkan klip audio yang telah disunting

mengikut kesesuaian.

4.2.7 Menghasilkan audio yang menggabungkan suara

latar, kesan bunyi dan muzik latar yang telah

dimasukkan kesan khas dengan menggunakan

perisian penyuntingan audio

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Belum
Terampil Terampil

Memasukkan kesan khas pada klip
1

audio.

Menggabungkan dua klip audio yang
2

berlainan.

288

Menghasilkan satu audio kombinasi
3 suara latar, kesan bunyi dan muzik latar

yang telah dimasukkan kesan khas.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh &

Tandatangan
Tarikh

289


Click to View FlipBook Version