yKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYUNTING
MASITAH BINTI TAIB (PhD)
RAMESH RAO RAMANAIDU (PhD)
ALIJAH BINTI UJANG (PhD)
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Buku
Koleksi Penyelidikan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sidang Editor
Dr Masitah binti Taib
Dr Ramesh a/l Ramainaidu
Dr Alijah binti Ujang
Penyunting
Muhammad Amsyar bin Azman
Nur‟ain Faizah binti Rosli
Charlene Lisa Gabu Joihin @ Jim
Nadiah binti Samsul Bahri
Buku
Koleksi Penyelidikan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Terbitan:
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi
kandungan dalam prosiding ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan
dari Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.
Diatur huruf : Dr Ramesh Rao a/l Ramainaidu
Muka taip teks : Arial
ISBN :
Percetakan : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
PRAKATA
Pendidikan Khas adalah pendidikan yang khusus kepada Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas (MBPK). Kategori MBPK dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri
daripada i) ketidakupayaan penglihatan, ii) ketidakupayaan pendengaran, iii)
ketidakupayaan pertuturan, iv) ketidakupayaan fizikal, v) masalah pembelajaran, vi) atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan atau ketidakupayaan dan masalah pembelajaran.
Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang sangat penting mendidik MBPK. Tugas
guru pendidikan khas lebih mencabar kerana mereka berhadapan dengan murid yang
mempunyai ciri-ciri ketidakupayaan tertentu disamping pelbagai masalah lain.
Guru pendidikan khas perlu menerima latihan perguruan yang khusus. Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), merupakan salah satu IPG kampus yang telah dan
sedang melatih siswa guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan bidang Pendidikan
Khas Masalah Pendengaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pembelajaran. Selain
daripada pengetahuan dan kemahiran berkaitan pedagogi MBPK, siswa guru juga
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penyelidikan.
Siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pergurun (PISMP) memperoleh pengetahuan dan
kemahiran penyelidikan melalui kursus Asas Penyelidikan pada semester enam.
Seterusnya mereka perlu melengkapkan kursus Penyelidikan Dalam Pendidikan-Kertas
Projek pada semester lapan (akhir) bagi tujuan penganugerahan Ijazah. Kursus penyelidikan
pada semester akhir berfokus kepada penulisan laporan pelaksanaan penyelidikan,
penghasilan artikel penyelidikan, dan pembentangan hasil penyelidikan mengikut bidang
pengkhususan dalam pendidikan khas.
Hasil dari kursus penyelidikan itu, maka buku ini dihasilkan dengan memuatkan sebanyak
39 artikel penyelidikan dari siswa guru PISMP ambilan Jun 2017 dan sebuah dari dua orang
pensyarah. Artikel penyelidikan disusun mengikut lima tema iaitu i) Pendidikan Khas
Ketidakupayaan Pendengaran, ii) Pendidikan Khas Ketidakupayaan Penglihatan, iii)
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, iv) Pendidikan Inklusif dan v) umum.
Di harapkan buku ini menjadi pemangkin kepada penerbitan buku-buku berkaitan
Pendidikan Khas yang akan datang. Penerbitan buku-buku sebegini akan membantu dalam
memartabatkan Pendidikan Khas di Malaysia. Semoga Buku Koleksi Penyelidikan
Pendidikan Khas 2021 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua,
terutamanya yang berminat dengan pendidikan khas.
DR MASITAH BINTI TAIB
DR RAMESH RAO A/L RAMANAIDU
DR ALIJAH BINTI UJANG
Buku
Koleksi Penyelidikan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bil Tajuk Muka Surat
Tema: Pendidikan Khas – Masalah Pembelajaran
1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KVKV 1
DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER MENGGUNAKAN
INTEL BOOK.
NUR LIYANA BINTI AZMI
2 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR DALAM 9
KALANGAN MURID SLOW LEARNER TAHUN 4 MENGGUNAKAN
KIT ROUNDAHILLS.
MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN
3 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKU KATA 16
TERTUTUP DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER
TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN “SPAR”.
NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD ZAINUDIN
4 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELASKAN HAIWAN 23
MENGIKUT HABITAT MURID SINDROM DOWN TAHUN EMPAT
MENGGUNAKAN AR-KIT.
NUR' AIN FAIZAH BINTI ROSLI
5 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KONSONAN 32
DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER DENGAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN KAEDAH VAKT.
NUR NAZMI BIN NADZIMUDIN
6 MENINGKATKAN PENGUASAAN CORAK IRAMA 41
MENGGUNAKAN PERKUSI BADAN - ORFF DALAM KALANGAN
MURID MASALAH PEMBELAJARAN.
IMEZYENAL BIN ABDULRAHIM
i
7 MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP DARAB BAGI MURID 49
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 4
DENGAN MENGGUNAKAN CONGKAK KU-AH.
SITI SARAH BINTI MOHD SABERI
8 MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR DALAM KALANGAN 58
MURID SINDROM DOWN MENGGUNAKAN KAEDAH
PERMAINAN INTERAKTIF.
MOHD LUKMANUL HAKIM BIN MOHD KHAIRUDDIN
9 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU 64
PELATIH PRAKTIKUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PEMBELAJARAN SEMASA PANDEMIK COVID-19.
FATIN NABILAH BINTI JAINOL
10 PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD SEBAGAI BAHAN BANTU 70
MENGAJAR MURID MASALAH PEMBELAJARAN.
MUHAMAD IKHWAN BIN MOHD KHUSAIRI
11 PENGGUNAAN E-KOVKIT DALAM MENINGKATKAN 74
KEMAHIRAN MENGEJA DAN MENYEBUT PERKATAAN KVKV
BAGI MURID MASALAH LEMBAM TAHUN 2.
MUHAMMAD AMIROL BIN ABDULLAH
12 PERMAINAN IGE MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI 80
TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 MURID PENDIDIKAN KHAS 86
MASALAH PEMBELAJARAN.
MUHAMMAD SYABIL BIN SAAD
Tema: Pendidikan Khas – Ketidakupayaan Pendengaran
13 CABARAN GURU BAHASA MELAYU MURID KETIDAKUPAYAAN
PENDENGARAN MELAKSANAKAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL
BERMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
(PDPC).
SAMIEHA NAII‟MA BT SHAIMI
14 TINJAUAN TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL 93
SEKOLAH RENDAH KEPADA MBK PENDENGARAN. 103
ABDUL HAKAM IZZAT BIN ABD RAMAN
15 PERSEPSI GURU PELATIH PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN
KHAS MASALAH PENDENGARAN TERHADAP AMALAN
PLAGIARISME DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG).
AZRINUL RAMADHAN BIN ABDUL KARIM
ii
16 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL 112
MURID KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN TAHUN 3 119
MENGGUNAKAN KIPAS INTERAKTIF. 126
NUR SYAMIMILIYANA BINTI MD ARIFPIN 132
140
17 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA MURID 151
KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN TAHUN TIGA DENGAN
MENGGUNAKAN KOTAK IMBASAN BERWARNA.
NADIAH BINTI SAMSUL BAHRI
18 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN KATA DASAR
BAGI MURID KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN TAHUN TIGA
MENGGUNAKAN PERMAINAN "I-KOSIM".
MUHAMMAD IRHAM BIN MOKHTAR
19 PENGGUNAAN ALAT BANTU DENGAR DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MURID KETIDAKUPAYAAN
PENDENGARAN.
MADIHAH HUSNA BINTI NOH
20 PENGGUNAAN KAHOOT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID PENDIDIKAN KHAS
PENDENGARAN.
AHMAD HASYIR BIN AHMAD SHUKRI
21 TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRAN BAHASA ISYARAT DALAM
KALANGAN SISWA GURU OPSYEN PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PENDENGARAN.
MOHD FAKRU FAIZ SHAARI
Tema: Pendidikan Khas – Ketidakupayaan Penglihatan 160
22 CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
DALAM MENGUASAI KOD BRAILLE MATEMATIK.
NURUL NADIA BINTI ABDUL RAHMAN
23 MENINGKATKAN PENGUASAAAN KONSEP JARAK DALAM 166
MATEMATIK MENGGUNAKAN PEMBARIS AJAIB BAGI MURID
MASALAH PENGLIHATAN TAHUN TIGA.
MUHAMMAD FADHLI B HAMDAN
24 MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP FOTOSINTESIS 171
MURID MASALAH PENGLIHATAN MENGGUNAKAN LAGU
PARODI SAINS.
CHARLENE LISA GABU JOIHIN @ JIM
iii
25 MENINGKATKAN PENGUASAAN LITERASI KOD BRAILLE 179
UNTUK MURID MASALAH PENGLIHATAN TAHUN 3 DENGAN 186
MENGGUNAKAN PAPAN OTHELLO.
MOHAMAD HAIKAL HAKIMI BIN MUSA
26 PENGARUH REKA BENTUK BILIK DARJAH TERHADAP TAHAP
KESELESAAN PEMBELAJARAN MURID KETIDAKUPAYAAN
PENGLIHATAN.
AMIRAH ADILAH BINTI ABDUL KARIM
Tema: Pendidikan Khas – Pendidikan Inklusif 195
199
27 CABARAN GURU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM 206
PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) DI SEKOLAH RENDAH.
DELSIE ANAK DAWI
28 KEUPAYAAN MURID INKLUSIF MENGIKUTI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS ARUS PERDANA.
ANIS NUR NAZURAH BINTI MOHD ZAMZURI
29 TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH SEMESTER LAPAN
IPGKIK TERHADAP PENDIDIKAN INKLUSIF.
AMZANI BIN RAIDIN
Tema: Pendidikan Khas - Umum 212
216
30 PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 GURU PELATIH 221
PRAKTIKUM PENDIDIKAN KHAS TERHADAP MURID 229
BERKEPERLUAN KHAS (MBK).
SOFIA NAJIHA BINTI MOHD SUPI
31 PENGGUNAAN GAYA PENGAJARAN VAK OLEH GURU PELATIH
PENDIDIKAN KHAS SEMASA PRAKTIKUM.
LAILA KHALIDAH BINTI M ZA'BA
32 PENGGUNAAN MULTIMEDIA SEBAGAI BAHAN BANTU
MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH PENDIDIKAN
KHAS.
NURUL ASHIKIN BINTI ISHAK
33 PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN
GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS.
MILA A/P DEBOT
iv
34 PENGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN GURU PELATIH 236
PENDIDIKAN KHAS DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS 245
ILMU KHAS. 249
IBRAHIM AL ADHAM BIN HAMDANI 257
263
35 PERSEPSI GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS TERHADAP 270
BIMBINGAN GURU PEMBIMBING SEMASA MENJALANI
PRAKTIKUM.
MUHAMMAD ASHRAAF BIN MUSLIM
36 TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS DALAM
MENGAJAR SUBJEK BUKAN OPSYEN SEMASA PRAKTIKUM.
TEH EE FANG
37 TAHAP PENGETAHUAN SISWA GURU TERHADAP HAK-HAK
PENDIDIKAN SISWA GURU ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU.
MUHAMMAD HAKIM BIN AZHARI
38 TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH PRAKTIKUM OPSYEN
PENDIDIKAN KHAS TERHADAP PENGAJARAN SECARA DALAM
TALIAN.
FARAH SYAKIRAH BINTI AHMAD FAUZI
39 PENGGUNAAN MEDIA INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN
GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS.
MUHAMMAD ANAS BIN HUSSAIN
40 CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN 287
ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI SEBUAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
Masitah binti Taib1 (Phd) & Alijah binti Ujang2 (PhD)
v
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KVKV DALAM
KALANGAN MURID „SLOW LEARNER‟ TAHUN 4 MENGGUNAKAN INTELBOOK
Nur Liyana Binti Azmi* & Suzita Binti A. Baki
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca perkataan KVKV bagi murid Slow Learner Tahun 4. Penyelidikan
tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan Intel Book
dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan
murid Slow Learner. Model Kurt Lewin telah digunakan dalam penyelidikan
tindakan ini. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dipilih. Data awal dikumpulkan
melalui pemerhatian menggunakan senarai semak, dan temu bual. Ini dapat
membuktikan bahawa murid yang dipilih merupakan murid yang mempunyai
masalah kemahiran membaca. Pengumpulan data kajian pula diperoleh
melalui ujian pra pasca, analisis dokumen dan senarai semak. Hasil analisis
data mendapati bahawa ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan
markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan Intel Book berkesan dalam
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV.
Kata kunci: Intel Book, kemahiran membaca, perkataan KVKV, Program
Pendidikan Khas Integrasi, Slow Learner
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Kemahiran membaca perkataan KVKV merupakan salah satu topik mata pelajaran Bahasa
Melayu yang wajib dipelajari oleh semua murid di Malaysia termasuk Murid Berkeperluan
Khas (MBK) kategori Slow Learner. Berdasarkan pemerhatian pengkaji sendiri sewaktu
menjalani fasa praktikum pertama pada Tahun 2019, selama 3 bulan iaitu pada semester 5
yang lalu, pengkaji mendapati bahawa kemahiran membaca agak lemah dalam kalangan
murid Slow Learner. Pengkaji telah mengesan kelemahan peserta kajian melalui
pengumpulan data awal iaitu pemerhatian menggunakan senarai semak dan temu bual yang
telah dijalankan.
Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian
mempunyai masalah dalam kemahiran membaca perkataan KVKV. Bagi menyelesaikan
masalah yang dikesan, pengkaji telah menggunakan pendekatan bahan bantu mengajar
(BBM) yang diberi nama Intel Book yang dapat membantu peserta kajian dalam
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Kaedah pengajaran dan BBM Intel
Book yang dibina merupakan modul pengajaran yang berasaskan kepada Teori
Konstruktivisme. Menurut Noor Azizah Ahmad (2006), pembelajaran secara Konstruktivisme
adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Maka, pengkaji telah memilih Teori
Konstruktivisme ini unutk menjadi sandaran dalam kajian.
1
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang telah disenaraikan dan telah
digabungjalinkan kesemuanya dalam satu inovasi yang dibina atau lebih dikenali sebagai
Intel Book. Berdasarkan refleksi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), walaupun
pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Slow Learner
ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, namun pengkaji telah memfokuskan kajian ini
kepada masalah penguasaan membaca perkataan KVKV secara lisan. Selain itu, kajian ini
berperanan penting membantu peserta kajian menggabungkan dua suku kata KV untuk
membentuk perkataan KVKV.
Intel Book merupakan BBM yang telah dicipta khas sebagai bahan untuk membantu
dalam meningkatkan kemahiran murid berkeperluan khas dalam membaca perkataan
KVKV. Menurut Ahmad Zanzali (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan
hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam
proses PdPc, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses PdPc bagi
meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta kaedah
tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV
dalam kalangan murid Slow Learner Tahun 4 menggunakan Intel Book.
Objektif Khusus
1) Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV mengikut tema dalam kalangan
murid Slow Learner Tahun 4 dengan menggunakan Intel Book.
2) Meningkatkan kemahiran mengecam perkataan KVKV yang terdapat pada ayat
pendek dalam kalangan murid Slow Learner Tahun 4 dengan menggunakan Intel
Book.
Persoalan Kajian
1) Adakah penggunaan Intel Book dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan
KVKV mengikut tema dalam kalangan murid Slow Learner Tahun 4?
2) Adakah penggunaan Intel Book dapat meningkatkan kemahiran mengecam
perkataan KVKV yang terdapat pada ayat pendek dalam kalangan murid Slow
Learner Tahun 4?
PESERTA KAJIAN
Murid yang dipilih dalam kajian ini ialah 3 orang murid Tahun 4 kategori Slow Learner
daripada kelas tahun 4B di sebuah sekolah kebangsaan yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2016), kanak-kanak
lembam merujuk kanak-kanak yang lemah dari segi kemahiran membaca, menulis dan
mengira pada tahap umur tertentu. Peserta kajian yang dipilih ini juga tidak dapat
menumpukan perhatian dan lemah dalam kemahiran membaca suku kata dan perkataan
KVKV. Mereka tidak dapat mengeja atau membaca Bahasa Melayu dengan baik, malah di
tahap yang lemah. Skor markah murid dalam ujian bulanan dan ujian pertengahan awal
tahun adalah amat rendah. Rasional pemilihan subjek kajian tersebut adalah kerana kelas
tersebut mampu belajar dan boleh memahami arahan dan isyarat guru.
2
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji mengaplikasikan Principles of Triangulation yang diutarakan oleh Cohen, Manion
dan Morrison (2000) iaitu menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data. Ini
bertujuan untuk mendapatkan data yang mempunyai kesahan tinggi. Bagi tujuan
pengumpulan data, pengkaji telah mengemukakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian
pra dan pasca, pemerhatian menggunakan senarai semak dan analisis dokumen. Dalam
melaksanakan penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah merancang beberapa langkah
seperti yang terdapat dalam Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dalam Rosinah
Edinin (2012) iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pelaksanaan Model
yang dimaksudkan adalah seperti Rajah 1 di bawah.
Rajah 1
Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)
MERANCANG BERTINDAK
Mengenal pasti masalah, Intervensi dilaksanakan terhadap
mengukuhkan masalah yang dikesan peserta kajian bagi meningkatkan
kemahiran membaca perkataan
melalaui pengumpulan data awal,
merancang kaedah intervensi, ujian KVKV
pra dilakukan
MEREFLEK PEMERHATIAN
Ujian pasca dilaksanakan untuk Pemerhatian dilakukan setiap kali
melihat keberkesanan Intel Book intervensi dijalankan menggunakan
terhadap peserta kajian senarai semak dan analisis
dokumen
Pengkaji juga telah menjalankan tiga kali sesi intervensi menggunakan Intel Book
secara berperingkat dan ansur maju di mana pada pelaksanaan intervensi pertama,
pengkaji telah memilih tema benda bukan hidup. Apabila tema itu telah dikuasai, pengkaji
menukar kepada tema lain seperti benda hidup dan anggota badan. Pengkaji mengajar
langkah demi langkah supaya proses pengajaran dapat dijalankan secara berkesan. Jadual
1 di bawah adalah jadual ringkasan RPH dalam pelaksanaan proses PdPc yang lengkap
bagi pelaksanaan Intel Book sepanjang 60 minit.
Intervensi sebanyak tiga sesi bertujuan untuk menilai peningkatan kemahiran
membaca perkataan KVKV yang dipelajari secara berperingkat. Bagi pelaksanaan Intel
Book, pengkaji memulakan fasa peningkatan kemahiran membaca perkataan KVKV
mengikut tema dengan mengeja dan membatangkan suku kata KV. Kemudian, mengeja dan
membatangkan suku kata KV+KV. Seterusnya, Membaca perkataan KVKV tanpa perlu
mengeja dan membatangkan suku kata KV+KV.
3
Jadual 1
Ringkasan Rancangan Pengajaran Harian
Kaedah / Induktif/Berpusatkan murid
Teknik
Set Induksi (8 minit)
Pengkaji memulakan dengan mengimbas kod QR pada bahagian
“lagu kanak-kanak” sebagai set induksi menggunakan aplikasi QR
scanner yang telah di muat turun pada komputer riba.
Langkah 1 (15 minit)
Pengkaji menunjukkan grafik perkataan KVKV “batu”. Pengkaji
membatangkan suku kata “ba+tu” dan peserta kajian mengajuk
ejaan tersebut.
Cara Langkah 2 (15 minit)
Pelaksanaan
Pengkaji mengimbas kod QR pada bahagian “ayat pendek”.
Pengkaji membimbing peserta kajian membaca ayat pendek yang
mengandungi perkataan KVKV.
Langkah 3 (7 minit)
Peserta kajian dibimbing oleh pengkaji untuk mengimbas kod QR
pada bahagian “kuiz atau permainan”. Pengkaji menggunakan
pendekatan bermain sambil belajar pada fasa pengukuhan. Ini
secara tidak langsung akan membuatkan peserta semangat untuk
menunggu sesi PdPc yang seterusnya.
Pentaksiran (10 minit)
Peserta kajian menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan untuk
melihat tahap penguasaan topik pelajaran
Penutup (5 minit)
Pengkaji membuat kesimpulan hasil PdPc pada hari tersebut.
Bahan Bantu Intel Book – Intel Book, QR Scanner, aplikasi Wordwall, aplikasi
Mengajar Youtube, lembaran kerja
4
DAPATAN KAJIAN
Persoalan pertama:Adakah penggunaan Intel Book dapat meningkatkan kemahiran
membaca perkataan KVKV mengikut tema dalam kalangan murid Slow Learner Tahun
4?
Ujian Pra dan Pasca
Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca dapat dirumuskan pada Rajah 2 di
bawah:
Rajah 2
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca Subjek Kajian
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca Murid
Slow Learner Tahun 4 dalam Bahagian A
150%
100%
50%
0%
Ujian Pra Ujian Pasca
Murid A Murid B Murid C
Berdasarkan Rajah 2, peserta kajian Slow Learner Tahun 4 telah menunjukkan
peningkatan dalam kemahiran membaca perkataan KVKV mengikut tema dengan betul
secara lisan selepas menggunakan bahan bantu mengajar Intel Book yang telah dijalankan
sebanyak tiga kali. Berdasarkan keputusan yang telah dianalisis, ketiga-tiga subjek kajian
mendapat markah yang rendah pada ujian pra. Peserta kajian A, B dan C mendapat skor
20% (gred E). Pada ujian pasca pula, ketiga-tiga peserta kajian memperoleh markah penuh
100% (gred A). Hasil keputusan memaparkan peserta kajian A, B dan C pada ujian pasca
melonjak naik jika dibandingkan dengan ujian pra.
Pemerhatian : Aspek Tingkah Laku
Berdasarkan Rajah 3 tersebut, peserta kajian menunjukkan perkembangan yang positif dari
segi aspek tingkah laku yang ditunjukkan ketika disuruh untuk membaca perkataan KVKV
bertema secara lisan. Mereka menunjukkan pengurangan tingkah laku ketika disuruh untuk
membaca perkataan KVKV mengikut tema secara lisan.
Rajah 3
Rajah Kekerapan tingkah laku subjek kajian yang menunjukkan kesukaran ketika disuruh
untuk membaca perkataan KVKV bertema
Perbezaan Data Kekerapan Tingkah laku Murid Slow Learner Tahun 4 yang
ditunjukkan ketika disuruh untuk membaca perkataan KVKV bertema
20 Pemer5hatian 2 Pemerhatian 3
15
10
5
0
Pemerhatian 1
Murid A Murid B Murid C
Pemerhatian : Aspek Akademik
Rajah 4 menunjukkan analisis pemerhatian kesalahan kekerapan kesalahan mengeja suku
kata KV+KV dan membaca perkataan KVKV yang dilakukan oleh peserta kajian secara lisan
selama tiga sesi intervensi secara lisan bagi setiap intervensi.
Rajah 4
Perbezaan Analisis Pemerhatian Kekerapan Kesalahan Ejaan Suku Kata KV+KV dan
membaca Perkataan KVKV Secara Lisan Murid Slow Learner Tahun 4 Sepanjang Tiga Sesi
Intervensi
Analisis Jumlah Kekerapan Kesalahan Ejaan Suku Kata KV+KV dan membaca
Perkataan KVKV Secara Lisan Murid Slow Learner Tahun 4 Sepanjang Tiga Sesi
Intervensi
6
4
2
0
ABCABCABC
Mengenal dan membunyikan huruf A hingga Z
Mengeja dan membatangkan suku kata KV
Mengeja dan membatangkan suku kata KV+KV
Membaca perkataan KVKV tanpa perlu mengeja dan membatangkan suku kata KV+KV
Secara kesimpulannya, persoalan kajian pertama dapat dijawab dengan
menggunakan data yang diperoleh daripada pengumpulan instrumen data. Kajian ini telah
berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif kajian khusus yang pertama yang ditetapkan.
Murid Slow Learner Tahun 4 dapat mengeja perkataan KVKV mengikut tema dengan betul
secara lisan melalui penggunaan bahan bantu mengajar Intel Book.
Persoalan kedua: Adakah penggunaan Intel Book dapat meningkatkan kemahiran
mengecam perkataan KVKV yang terdapat pada ayat pendek dalam kalangan murid
Slow Learner Tahun 4?
Ujian Pra dan Pasca
Rajah 5
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca Murid Slow Learner Tahun 4 dalam
Bahagian B
6
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca Murid Slow Learner
Tahun 4 dalam Bahagian B
150%
100%
50%
0%
Ujian pra Ujian pasca
Murid A Murid B Murid C
Berdasarkan Rajah 5, perbezaan yang ketara adalah peratus peserta kajian tersebut
pada bahagian B dalam ujian pra dan pasca jelas menunjukkan keberkesanan bahan bantu
Intel Book dalam meningkatkan kemahiran mengecam perkataan KVKV peserta kajian
tersebut. Peserta kajian telah mencapai 100% pada bahagian B dalam ujian pasca setelah
bahan bantu mengajar tersebut digunakan sebanyak tiga kali sesi intervensi sepanjang sesi
PdPc.
Rajah 6
Perbezaan Analisis Jumlah Peratus dalam Kemahiran Mengecam Perkataan KVKV dalam
Ayat Pendek berdasarkan Lembaran Kerja yang Diberikan Sepanjang Tiga Sesi Intervensi
Analisis Jumlah Peratus dalam Kemahiran Mengecam Perkataan KVKV dalam
Ayat Pendek berdasarkan Lembaran Kerja yang Diberikan Sepanjang Tiga
Sesi Intervensi
150%
100%
50%
0%
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3
ABC
Hasil dapatan analisis dokumen ketiga-tiga lembaran kerja berikut telah dapat menjawab
persoalan yang kedua. Selain itu, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa kajian ini
telah mencapai objektif kajian yang kedua iaitu meningkatkan kemahiran mengecam
perkataan KVKV dalam ayat pendek dengan betul menggunakan Intel Book.
REFLEKSI
Secara keseluruhannya, pengkaji sangat berpuas hati dengan kajian yang telah dilakukan.
Berdasarkan dapatan kajian di atas, jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar Intel Book sebagai salah satu bahan mengajar perkataan KVKV yang lengkap
dengan grafik, lagu dan permainan bukan sahaja sesuai untuk menarik minat peserta kajian
mempelajari Bahasa Melayu bahkan dapat membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan KVKV dan mengecam perkataan KVKV dalam ayat pendek.
Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan yang diambil dari hasil kajian yang dibuat
oleh Faizah binti Ja‟ffar (2017) yang menyatakan bahawa penggunaan BBM dalam proses
PdPc adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan
7
dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh
pelajar dengan lebih baik.
Namun begitu, pengkaji juga mengenalpasti beberapa kelemahan dalam kajian ini
iaitu dari segi aspek bilangan murid kajian dan jumlah perkataan yang diuji dalam kajian ini.
Dari segi aspek bilangan murid kajian, pengkaji hanya menguji keberkesanan bahan bantu
mengajar Intel Book terhadap tiga orang murid tahun 4 sahaja. Keberkesanan Intel Book ini
dapat dinilai dengan lebih berkesan lagi dengan meningkatkan jumlah peserta kajian, atau
murid-murid daripada berlainan tahun. Tambahan lagi, pengkaji hanya menguji bahan ini
untuk subjek Bahasa Melayu sahaja sedangkan bahan ini juga boleh dimodifikasi untuk
subjek lain, sesuai dengan topik dan isi kandungan yang ingin diajar.
Kesimpulannya, kelemahan tersebut akan diatasi dalam kajian yang seterusnya bagi
meningkatkan keberkesanan bahan bantu mengajar Intel Book dalam membantu
penguasaan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid Slow Learner
Tahun 4. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan penguasaan Bahasa
Melayu dalam kalangan murid-murid Slow Learner Tahun 4.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji bercadang untuk melakukan kajian seterusnya dengan melihat tiga perkara utama
yang boleh diberi penambahbaikkan. Antaranya adalah bilangan murid kajian berlainan
tahun. Dengan menambah peserta kajian yang berlainan tahun, hasil kajian akan menjadi
lebih kukuh untuk membuktikan bahawa Intel Book boleh digunakan oleh murid pelbagai
tahap.
Selain itu, perkataan ejaan yang diuji. Jumlah perkataan boleh diperbanyakkan lagi supaya
membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka.
Pengkaji boleh memilih pelbagai perkataan seperti KVKVK, VKVKK dan sebagainya.
Pengkaji mempercayai bahawa jika perkataan ditambah maka lebih mudah bagi murid Slow
Learner untuk membina ayat pendek dan seterusnya membantu meningkat kemahiran
membaca mereka.
Akhirnya, mengaplikasi dalam mata pelajaran yang lain. Hal ini kerana bahan-bahan
di dalam Intel Book ini boleh diubahsuai mengikut kandungan mata pelajaran yang ingin
disampaikan. Tambahan pula, kejayaan BBM ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
membuktikan bahawa BBM ini boleh digunapakai dalam mata pelajaran lain untuk
kemahiran yang sama iaitu mengeja perkataan secara lisan.
RUJUKAN
Ahmad Zanzali. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih Yang
Mengajar Mata Pelajaran Matematik.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison K. (2000). Research methods in education (5 ed.).
Routledge Falmer.
Faizah binti Ja'ffar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian.
Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. Journal of Social Issues, 34-46.
Noor Azizah Ahmad. (2006). Pengaplikasian Teori Konstruktivisme dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta. Projek Sarjana Muda.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2016). Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan.
8
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR DALAM KALANGAN
MURID „SLOW LEARNER‟ TAHUN 4 MENGGUNAKAN KIT ROUNDAHILLS
Muhammad Amsyar Bin Azman* & Mohd Yusoff Bin Md Nor
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan Kit RoundaHILLS untuk
meningkatkan kemahiran membundar nombor dalam kalangan murid slow
learner. Subjek kajian yang dipilih adalah seramai tiga orang murid slow
learner tahun 4 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian
diagnostik, pemerhatian dan temu bual. Dapatan tinjauan mendapati bahawa
subjek kajian tersebut mempunyai masalah untuk membundar nombor tiga
digit. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji memperkenalkan satu inovasi Kit
RoundaHILLS kepada subjek kajian untuk menguasai kemahiran membundar
nombor. Pengumpulan data diperoleh melalui ujian, pemerhatian, dan analisis
dokumen. Hasil kajian mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan
skor semasa ujian pasca dijalankan iaitu sebanyak 100%. Dapatan kajian
yang diperoleh membuktikan bahawa Kit RoundaHILLS dapat membantu
subjek kajian untuk meningkatkan kemahiran membundar nombor.
Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji berminat untuk mengaplikasikan inovasi
ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
.
Kata kunci: kemahiran membundar, slow learner, Kit RoundaHILLS
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Kemahiran membundar merupakan salah satu topik mata pelajaran Matematik yang wajib
dipelajari oleh semua murid di Malaysia termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) kategori
slow learner. Semasa menjalani praktikum fasa II di sebuah sekolah yang mempunyai
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pengkaji mendapati bahawa subjek kajian slow
learner lemah dalam kemahiran membundar nombor. Pengkaji telah mengesan kelemahan
subjek kajian melalui pengumpulan data awal iaitu ujian diagnostik, pemerhatian dan temu
bual yang telah dijalankan.
Tinjauan awal mendapati, perbundaran nombor yang dilakukan oleh subjek kajian
menunjukkan kelemahan tentang konsep membundar nombor tiga digit. Lantaran itu,
pengkaji telah menyediakan satu inovasi yang dapat membantu subjek kajian dalam
meningkatkan kemahiran membundar nombor iaitu Kit RoundaHILLS. Penggunaan BBM ini
adalah satu pengajaran dan pembelajaran melibatkan pembinaan pengetahuan yang baharu
dalam mata pelajaran Matematik. Menurut Noriati A.Rashid, Boon Poon Ying, & Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad (2010), “konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan
berdasarkan pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru”. Oleh itu,
pengkaji telah mengenal pasti teori yang menjadi sandaran dalam kajian ini iaitu
konstruktivisme.
9
FOKUS KAJIAN
Kemahiran membundar adalah sangat penting dalam Matematik kerana melalui pengalaman
praktikum lalu, didapati nilai tempat puluh dan ratus telah mengelirukan subjek kajian untuk
membundarkan nombor tiga digit. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini memfokuskan
kepada meningkatkan kemahiran membundar nombor tiga digit menggunakan Kit
RoundaHILLS. Selain itu, kajian ini berperanan penting membantu subjek kajian mengenal
nilai tempat iaitu sa, puluh dan ratus serta mengenal nombor bundar yang perlu di +0 atau
+1. Kit RoundaHILLS yang berbentuk maujud dan bersaiz besar mudah diguna pakai oleh
subjek kajian secara individu atau berkumpulan. Bahan bantu belajar memainkan peranan
yang penting untuk menarik minat murid, bahkan untuk pelajar bagi meningkatkan dan
memahami sesuatu konsep dengan mudah dalam PdP mereka (Alshatri, Wakil, Jamal, &
Bakhtyar, 2019).
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Meningkatkan kemahiran membundar nombor tiga digit dalam kalangan murid-murid slow
learner tahun 4 menggunakan Kit RoundaHILLS.
Objektif Khusus
1) Murid dapat membundarkan nombor tiga digit dengan mengenal nilai tempat sesuatu
nombor menggunakan Kit RoundaHILLS.
2) Murid dapat membundarkan nombor tiga digit dengan membezakan nombor bundar
yang perlu di +0 atau +1 menggunakan Kit RoundaHILLS.
Persoalan Kajian
1) Adakah Kit RoundaHILLS dapat membantu murid slow learner membundarkan
nombor tiga digit dengan mengenal nilai tempat sesuatu nombor?
2) Adakah Kit RoundaHILLS dapat membantu murid slow learner membundarkan
nombor tiga digit dengan membezakan nombor bundar yang perlu di +0 atau +1?
PESERTA KAJIAN
Subjek kajian yang dipilih adalah tiga orang murid lelaki slow learner yang berbangsa
Melayu dari sebuah sekolah yang mempunyai PPKI. Subjek kajian A dan B adalah
berkefungsian sederhana, manakala subjek kajian C adalah berkefungsian rendah. Semua
subjek kajian tersebut tidak mempunyai masalah-masalah lain selain lemah dalam mata
pelajaran matematik bagi topik-topik tertentu iaitu salah satunya adalah topik perbundaran
nombor. Pendapat ini disokong oleh Shaidatul Nadira binti Shaharum & Roslinda binti Rosli
(2018), penguasaan matematik murid-murid berkeperluan khas adalah masih lemah yang
kebanyakannya disebabkan oleh asas matematik yang lemah. Rasional pemilihan subjek
kajian tersebut adalah kerana kelas tersebut mampu belajar dan boleh memahami arahan
dan isyarat guru. Mereka juga berupaya untuk mengikuti kelas secara segerak atas talian
walaupun perlu bimbingan ibu bapa.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan dengan satu kitaran
berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Beberapa instrumen seperti ujian, pemerhatian dan
analisis dokumen untuk menilai hasil tindakan yang telah dijalankan ke atas subjek kajian.
Pengkaji mengaplikasikan Principles of Triangulation yang diutarakan oleh Cohen, Manion
dan Morrison (2000) iaitu menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data. Ini
10
bertujuan untuk mendapatkan data yang mempunyai kesahan tinggi. Pengkaji juga telah
menjalankan tiga kali sesi intervensi menggunakan Kit RoundaHILLS secara berperingkat
dan ansur maju.
Rajah 1
Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)
PdP dijalankan secara berperingkat iaitu subjek kajian diperkenalkan Kit RoundaHILLS
untuk membundar nombor puluh terlebih dahulu sebelum nilai tempat ratus dan kedua-
duanya sekali.
11
Jadual 1
Ringkasan Rancangan Pengajaran Harian
Kaedah / Teknik Induktif/Berpusatkan murid
Cara Set Induksi (5 minit)
Pelaksanaan Subjek kajian ditayangkan video situasi Mak meminta Ali membeli
gula. Ali membeli gula menaiki basikal dan melalui jalan yang
Bahan Bantu berbukit untuk ke pasar.
Langkah 1 (5 minit)
Mengajar Subjek kajian diberikan penerangan situasi video tadi dengan bukit
bundar dalam kehidupan seharian. Bukit bundar dikaitkan dengan
nombor bundar yang perlu di +0 dan +1.
Langkah 2 (10 minit)
Subjek kajian ditunjukkan cara membundar nombor tiga digit
menggunakan Jadual Bundar dan Bukit Bundar. Subjek kajian
diberikan contoh membundar nombor puluh terlebih dahulu,
kemudian nilai tempat ratus.
Langkah 3 (10 minit)
Subjek kajian akan membundar nombor menggunakan Jadual
Bundar dan permainan bundar secara digital.
Pentaksiran (30 minit)
Subjek kajian akan diuji pemahaman dan ingatan mereka terhadap
kemahiran membundar nombor tiga digit melalui kuiz dan lembaran
kerja.
Kit RoundaHILLS – Bukit Bundar, Jadual Bundar, Kotak Bundar,
„whiteboard marker‟, lembaran kerja
DAPATAN KAJIAN
Keputusan ujian Pra dan Pasca
Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca dapat dirumuskan pada rajah 1 di
bawah:
Rajah 2
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca Subjek Kajian
Peratusan Markah 150%
100%
50%
0%
AB C
Ujian Pra Ujian Pasca
Berdasarkan keputusan yang telah dianalisis, Hasil keputusan memaparkan semua subjek
kajian mendapat keputusan yang amat baik pada ujian pasca jika dibandingkan dengan
ujian pra.
12
Pemerhatian : Aspek Akademik
Dalam kajian ini, pemerhatian berstruktur dianalisis dengan melihat jumlah kesalahan
membundar nombor yang dilakukan oleh subjek kajian sepanjang tiga sesi intervensi dari
empat item kesalahan. Jadual 2 menunjukkan perbezaan kekerapan kesalahan membundar
nombor yang dilakukan subjek kajian semakin berkurang.
Jadual 2
Data Pemerhatian Aspek Akademik
Kekerapan
Bil Item Kesalahan ABC
S1 S2 S3 S1 S2 S3 S1 S2 S3
1 tidak mengenal nilai tempat /// - - /// - - ///// - -
nombor
2 membundarkan nombor pada // / - // // - //// // -
nilai tempat yang salah
3 tidak mengenal nombor bundar // - - // / - /// / -
4 tidak dapat membezakan nombor //// - - //// / - ///// / /
bundar yang perlu di +0 dan +1
Pemerhatian : Aspek Tingkah Laku
Jadual 3 menunjukkan dapatan analisis data perubahan tingkah laku kesukaran membundar
nombor sepanjang intervensi semakin berkurang.
Jadual 3
Analisis Pemerhatian Aspek Tingkah Laku
Kekerapan
Bil Item Tingkah Laku Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
A B C A B C ABC
1 mengambil masa yang lama
untuk menjawab setiap satu // /// ///// / / /// - - /
soalan berkaitan perbundaran
2 menunjukkan riak wajah yang
mengelirukan ketika /// /// //// // / // - - -
menyelesaikan masalah
perbundaran
3 sikap asyik menggaru kepala
ketika menyelesaikan - / // - - / ---
masalah kemahiran
membundar
4 sikap asyik meminta bantuan
guru untuk menyelesaikan /// /// ///// / / /// - - /
kemahiran membundar
nombor 3 digit
Jumlah Kekerapan 8 9 16 4 3 9 0 0 2
13
Analisis Dokumen
Jadual 4 memaparkan dapatan analisis dokumen lembaran kerja sepanjang intervensi.
Dapatan menunjukkan semua subjek kajian dapat menguasai kesemua kemahiran
membundar nombor pada sesi akhir intervensi.
Jadual 4
Analisis Senarai Semak Kemahiran Membundar Nombor
BAH. OBJEKTIF ITEM KEMAHIRAN WAJARAN
KAJIAN A
B C
1231 2 3 123
A Membundark 1.1 Mengenal nilai x / / x / / x / /
an nombor 3 tempat sa
digit dengan 1.2 Mengenal nilai x / / x / / x / /
mengenal
tempat puluh
nilai tempat
1.3 Mengenal nilai x / / x / / x x /
sesuatu
tempat ratus
nombor.
1.4 Membundarkan x / / x / / x / /
nombor pada nilai
tempat puluh
1.5 Membundarkan / x / x x / x/ /
nombor pada nilai
tempat ratus
B Membundark 1.1 Membundarkan x x / / x / x x /
an nombor 3 satu nombor bundar 0-4
digit dengan dengan operasi +0
membezakan 1.2 Membundarkan / / / x / / xx/
nombor satu nombor 5-9 dengan
bundar yang operasi +1
perlu di +0
atau +1. 1.3 Membezakan x x / / / / x / /
nombor bundar yang
perlu di +0 atau +1
Secara keseluruhannya, hasil kesemua dapatan di atas membuktikan bahawa Kit
RoundaHILLS berjaya membantu subjek kajian dalam menguasai kemahiran membundar
nombor dan sekaligus menjawab kedua-dua persoalan kajian.
REFLEKSI
Kekuatan kajian ini adalah pengkaji telah dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pengkaji sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh subjek kajian dari
aspek perubahan tingkah laku yang positif semasa PdP. Keberkesanaan penggunaan bukit
bundar dan jadual bundar dalam Kit RoundaHILLS sebagai satu bahan bantu belajar sangat
membantu dalam meningkatkan kemahiran membundar nombor. Nor Salhana Mohd Arshad
(2015) telah mendapati bukit bundar dalam proses perbundaran nombor telah menarik
minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik.
14
Namun begitu, pengkaji juga mengenal pasti beberapa kelemahan dalam kajian ini
iaitu dari aspek bilangan subjek kajian. Dari aspek bilangan murid kajian, pengkaji hanya
menguji keberkesanan Kit RoundaHILLS terhadap tiga subjek kajian lelaki tahun 4 sahaja.
Di samping itu, Selain itu, Kit RoundaHILLS hanya melibatkan nombor tiga digit sahaja,
sedangkan dapat dimodifikasi kepada nombor yang lebih banyak seperti ribu, puluh ribu dan
ratus ribu.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Antara cadangan penambahbaikkan kajian seterusnya adalah menambah bilangan subjek
kajian yang disertai subjek kajian perempuan supaya hasil kajian akan lebih kukuh untuk
membuktikan bahawa Kit RoudaHILLS boleh digunakan oleh semua murid tidak mengira
jantina.
Selain itu, pengkaji akan menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan
maklumat yang menyeluruh tentang keberkesanan intervensi pengkaji daripada perspektif
pelbagai pihak. Pengkaji juga bercadang untuk menggunakan Kit RoundaHILLS bagi
kemahiran membundar pada nilai digit tempat yang lebih besar seperti ribu, puluh ribu atau
ratus ribu. Akhir sekali, penggunaan Kit RoundaHILLS ini juga akan diperkenalkan dan
diaplikasi kepada murid berkeperluan khas kategori lain seperti, autisme, disleksia, masalah
fizikal dan sebagainya.
RUJUKAN
Alshatri, S. H., Wakil, K., Jamal, K., & Bakhtyar, R. (2019). Teaching aids effectiveness in
learning mathematics. International Journal of Educational Research Review, 448-453.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison K. (2000). Research methods in education (5 ed.).
Routledge Falmer.
Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. Journal of Social Issues, 34-46.
Nor Salhana Mohd Arshad. (2015). Meningkatkan kemahiran membundar nombor dengan
kaedah jabal bukit. Jurnal Sains dan Matematik, 1-10.
Noriati A.Rashid, Boon Poon Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2010). Murid dan
alam belajar. Oxford Fajar.
Shaidatul Nadira binti Shaharum, & Roslinda binti Rosli. (2018). Tahap pengetahuan tiga
orang pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran (lembam) dalam penambahan
nombor bulat. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, 165-172.
15
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKU KATA TERTUTUP DALAM
KALANGAN MURID SLOW LEARNER TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN
KAEDAH PERMAINAN “SPAR”
Nurul Syafiqah Binti Mohd Zainuidn* & Sabrinordin Bin Mohd Yusoff
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengeja
suku kata tertutup menggunakan kaedah permainan „SPAR‟ dalam kalangan
murid pendidikan khas masalah pembelajaran slow learner Tahun 4. Analisis
data awal kajian telah menunjukkan murid lemah dalam kemahiran mengeja suku
kata tertutup. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid gagal mengeja dengan betul
di samping beberapa jenis kesalahan telah dikesan. Bagi mengatasi masalah ini,
permainan „SPAR‟ telah dicipta bagi meningkatkan kemahiran mengeja suku kata
tertutup. Kaedah belajar sambil bermain yang digunakan juga berupaya
meningkatkan fokus murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengumpulan data diperoleh melalui ujian, pemerhatian dan analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan „SPAR‟ ini dapat membantu
murid meningkatkan kemahiran mengeja suku kata tertutup di samping
meningkatkan fokus murid. Untuk kajian yang seterusnya, pengkaji
mencadangkan untuk melakukan penekanan terhadap kemahiran mengeja,
menambah elemen TMK dalam permainan „SPAR‟, mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dalam bahan bantu mengajar „SPAR‟ dan mempelbagaikan bahan
bantu mengajar dan menyediakan token dalam permainan „SPAR‟.
Kata kunci: murid pendidikan khas masalah pembelajaran, slow learner,
kemahiran mengeja, permainan „SPAR‟
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera merupakan visi Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu asuhan dan pendidikan yang sesuai dengan
minda kanak-kanak dapat dirangsang melalui sikap dan emosi positif yang dibina sesuai
dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan adalah bersifat holistik. Ahmad Subki Miskon (2010) menyatakan fokus utama
adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan
kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran konstektual dan berasaskan
projek.
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
mengeja suku kata tertutup bagi murid slow learner dengan menggunakan “SPAR”.
Penggunaan “SPAR” membolehkan peserta kajian menjawab soalan berkaitan suku kata
tertutup dengan mengaplikasikan setiap langkah yang disediakan manakala pengkaji adalah
sebagai pembimbing.
16
Saya merupakan seorang siswa guru pendidik yang menuntut di Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur yang mengikuti pengajian dalam Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2017 kursus Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran. Pengkaji ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 4
di kelas pendidikan khas. Pengkaji mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah yang
sama iaitu tidak dapat mengeja suku kata tertutup dengan baik.
Bahan yang digunakan merupakan bahan kegemaran murid. Murid masalah
pembelajaran sangat gemar memegang objek atau alat permainan semasa belajar. Bagi
membuat perbandingan pengkaji telah menggunakan lembaran kerja yang sama untuk
dijawab oleh murid sebelum dan selepas tindakan. Hasil daripada pemerhatian
menggunakan lembaran kerja, murid menunjukkan peningkatan tdalam mengeja suku kata
tertutup dengan menggunakan “SPAR”. Penggunaan kaedah permainan menggunakan
“SPAR” lebih memberikan keseronokan dan ingin tahu murid untuk mendapatkan maklumat
berbanding kaedah pengajaran yang kurang menyeronokkan.
Pengumpulan data awal menggunakan beberapa instrumen seperti ujian diagnostik,
pemerhatian dan analisis dokumen telah dijalankan. Bagi mengelakkan masalah ini terus
berlanjutan, pengkaji telah mencari kaedah yang bersesuaian, berkesan dan memudahkan
murid yang menghadapi masalah ini. Bahan bantu mengajar (BBM) yang dianggap sesuai
iaitu “SPAR” telah dihasilkan. BBM ini diharap dapat membantu murid untuk meningkatkan
kemahiran mengeja suku kata tertutup dengan lebih berkesan.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid dalam penguasaan kemahiran mengeja
suku kata tertutup bagi murid bermasalah pembelajaran slow learner. Dari segi
kebolehtadbiran, pengkaji telah memastikan kajian ini boleh ditadbir dalam tempoh masa
yang sesuai. Prosedur kajian dan pelaksanaan tindakan amat mencukupi. Dari segi
kepentingan, kajian ini akan untuk membantu murid masalah slow learner yang belum
menguasai keamhiran mengeja suku kata tertutup. Dari segi kebolehgunaan, penggunaan
“SPAR” memberi faedah kepada para guru yang lain untuk mengaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi kajian yang dijalankan dapat memberi kesan positif
kepada pihak sekolah kerana dapat meningkatkan kemahiran murid di sekolah tersebut
dalam kemahiran mengeja.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran mengeja dalam kalangan murid slow learner tahun 4
menggunakan permainan „SPAR‟.
Objektif Khusus
1) Meningkatkan kemahiran mengeja murid slow learner tahun 4 dalam suku kata
tertutup menggunakan permainan „SPAR‟
2) Meningkatkan fokus belajar murid slow learner tahun 4 dalam mempelajari suku kata
tertutup dengan menggunakan permainan „SPAR‟
Persoalan Kajian
1) Adakah murid slow learner tahun 4 dapat meningkatkan kemahiran mengeja suku
kata tertutup dengan lancar menggunakan permainan ‟SPAR‟?
17
2) Adakah kaedah „SPAR‟ dapat meningkatkan fokus murid slow learner tahun 4 dalam
pembelajaran?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang dipilih ini adalah murid PPKI di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kajian
ini difokuskan kepada seorang murid dalam Tahun 4. Peserta kajian berumur 10 tahun.
Peserta kajian ini merupakan seorang murid lelaki berbangsa Melayu. Peserta kajian
mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran mengeja suku kata tertutup dan
mempunyai masalah tingkah laku sepanjang berlangsunya sesi PdP di dalam bilik darjah.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi melaksanakan kajian ini, saya akan menggunakan model penyelidikan tindakan yang
dipelopori oleh Stephen Kemmis, 1983. Berdasarkan model Penyelidikan Tindakan Kemmis
dan Mc Taggart (1988), kajian tindakan yang dilakukan mempunyai empat langkah utama.
4. Refleksi 1..Merancang
- Menilai keberkesanan - Mengenalpasti masalah yang
tindakan yang dijalankan dihadapi oleh murid melalui
ujian diagnostik, pemerhatian
- Merancang pengubahsuaian dan analisis dokumen
tindakan (jika perlu)
- Membuat refleksi, mengumpul
maklumat dan mentukan fokus
kajian
PENYELIDIKAN
TINDAKAN
3. Pemerhatian 2. Tindakan
Instrumen kajian:
-Ujian Pra dan Ujian Pasca - Menjalankan ujian pra dan
-Borang semak pemerhatian. ujian pasca
-Analisis Dokumen
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan
jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan (Burnes, 2004). Satu
18
kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan hanya berakhir sekiranya
masalah selesai.
DAPATAN KAJIAN Ujian Pra Ujian Pasca
Ujian Pra dan Ujian Pasca 11/25 24/25
Jadual 1
Keputusan ujian pra dan pasca 44 96
Bil Perkara D A
1 Markah ujian
Lemah Cemerlang
2 Peratusan markah (%)
3 Gred
4 Tahap pencapaian
Rajah 1
Graf Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Graf Keputusan Ujian Pra dan Pasca
120
100
80
60
40
20
0 ujian pasca
ujian pra
19
Ujian Pencapaian
Rajah 2
Graf Keputusan ujian pencapaian
Graf Keputusan Ujian Pencapaian
100 Ujian 2 Ujian 3
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Ujian 1
Pemerhatian (Kemahiran Mengeja)
Jadual 2
Keputusan Ujian Diagnostik (Sebelum Intervensi)
Bahagian Perkara Markah Peratus
1 Murid mengeja suku kata KV 5/5 100
2 Murid mengeja suku kata KV+KV 5/5 100
3 Murid mengeja suku kata KVK 1/5 20
4 Murid mengeja suku kata KV+KVK 0/5 0
5 Murid mengeja suku kata KV+KV+KVK 0/5 0
Jadual 3:
Keputusan Ujian Diagnostik (Selepas Intervensi)
Bahagian Perkara Markah Peratus
1 Murid mengeja suku kata KV 5/5 100
2 Murid mengeja suku kata KV+KV 5/5 100
3 Murid mengeja suku kata KVK 5/5 100
4 Murid mengeja suku kata KV+KVK 5/5 100
5 Murid mengeja suku kata KV+KV+KVK 4/5 80
20
Pemerhatian (Tingkah Laku)
Jadual 4
Keputusan Pemerhatian Merekod Anakedot
Keputusan Pemerhatian Merekod Anekdot
Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
Bermain-main dengan alat tulis Tidak bermain lagi dengan alat tulis
Tidur di dalam kelas Sentiasa segar di dalam kelas
Melakukan kerja lain ketika sesi PdP Memberikan tumpuan ketika sesi PdP
sedang dijalankan sedang dijalankan
Tidak berminat dengan aktiviti yang Berminat dengan aktiviti yang guru
guru jalankan jalankan
Menggangu rakan sekelas Tidak menggangu rakan sekelas
Kesemua elemen yang difokuskan menunjukkan keputusan yang baik. Perkara ini
membuktikan penggunaan “SPAR” mampu menarik minat murid untuk fokus pada isi
pelajaran yang disampaikan oleh pengkaji. Ia mampu membantu peserta kajian untuk lebih
memahami konsep dan dapat menyelesaikan masalah dalam mengeja suku kata tertutup.
REFLEKSI
Penggunaan “SPAR” telah berjaya meningkatkan kemahiran mengeja suku kata tertutup
bagi murid slow learner. Dengan menggunakan “SPAR” peserta kajian lebih berminat
seterusnya meransang pembelajaran agar lebih berkesan. Terdapat beberapa kelemahan
yang perlu diperbaiki walaupun kajian yang dijalankan telah mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
Dengan menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji memperoleh pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang baharu. Selain itu, pengkaji juga mempelajari langkah-langkah dan
prosedur untuk menjalankan kajian tindakan serta memahami cara mengumpul data dan
menganalisis data. Seterusnya, pengkaji juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan
komunikasi melalui perkongsian pendapat dan pandangan daripada pensyarah, guru-guru
dan rakan-rakan lain berkenaan kajian tindakan.
Setelah memperoleh pengalaman menjalankan kajian, pengkaji menyedari bahawa
menjadi seorang guru pendidikan khas bukanlah suatu profesion yang mudah. Guru
pendidikan khas haruslah mengaplikasikan teknik PdP yang sesuai dan mampu menarik
minat murid dibantu dengan BBM yang membolehkan murid menguasai isi pelajaran dengan
lebih mudah. Penggunaan bahan maujud yang sesuai dapat memberikan impak positif
kepada perkembangan peserta kajian (Tengku Zawawi Tengku Zainal, 2009).
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah pengkaji boleh memberikan
penekanan terhadap kemahiran mengeja menggunakan “SPAR”. Kaedah ini membolehkan
guru memberikan penekanan terhadap kemahiran mengeja sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran meliputi semua kemahiran bahasa Melayu yang dipelajari. Sebagai
contoh, guru boleh meminta murid mengeja setiap suku kata tertutup yang dijumpai
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Murid juga boleh menulis
perkataan tersebut di dalam buku nota khas telah yang disediakan.
21
Di samping itu, pengkaji boleh menambah elemen TMK dalam BBM. Pengkaji boleh
menggabungkan permainan „SPAR‟ dengan penggunaan bahan interaktif bagi
meningkatkan keberkesanannya dalam kalangan murid seperti powerpoint, permainan
digital dan sebagainya agar murid dapat menyemak suku kata tertutup yang dibina daripada
permainan „SPAR‟ ini. Keputusan semakan murid akan diiringi dengan rangsangan positif
kepada murid murid seperti „Tahniah‟, „Wow! Anda Hebat‟ dan sebagainya.
Cadangan kajian yang seterusnya, pengkaji boleh mempelbagaikan BBM. Selain
daripada menggunakan kad suku kata tertutup, pengkaji boleh menambah aktiviti lain
dengan menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Sebagai contoh, pengkaji boleh
meminta murid untuk berlakon menjadi objek suku kata tersebut atau membina ayat ringkas
berdasarkan suku kata tersebut. Pengubahsuaian ini akan membantu murid untuk
memahami konsep mengeja suku kata tertutup dengan lebih baik.
Pengkaji juga boleh menggunakan kaedah token dalam aktiviti permainan „SPAR‟ ini.
Ini bermaksud suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, mata atau setem boleh
ditukarkan dengan pengukuhan lain yang disukai oleh murid misalnya bahan maujud yang
diingini seperti bekas pensil, buku warna dan lain-lain.
Kesimpulanya, kaedah yang telah dilaksanakan ini adalah satu kaedah yang dapat
memantapkan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu pembelajaran yang baru dan
diharapkan cadangan yang dinyatakan seperti di atas secara tidak langsung dapat
membantu guru mengatasi masalah pembelajaran terhadap kanak-kanak.
RUJUKAN
Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2010). Kemahiran belajar. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Jamila Mohamed. (2012). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Lewin, K. (1946) Action research and minority problems, in G.W. Lewin (Ed.) Resolving
Social Conflicts. New York: Harper & Row (1948).
Manisah Mohd Ali, Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)
(2016): 1-6.
Md Nasir Masran, Ain Hazwani. (2014). Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main dalam
meningkat Kemahiran Membaca Lisan dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah
Pembelajaran. Asian Education Action Research Journal (AEARJ), 79-95.
Noriati A. Rashid & Sharifah Syed Ahmad. (2012). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul
Ehsan: Oxfor Fajar Sdn Bhd.
22
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT
MURID SINDROM DOWN TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN AR-KIT
Nur‟ Ain Faizah Binti Rosli* & Lim Chin Yin (PhD)
ABSTRAK
Teknologi Realiti Luasan, Augmented Reality (AR) merupakan gabungan alam
maya dan realiti yang menggunakan teknik pemaparan dengan menampilkan
objek 3D, animasi, audio dan video. Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan
penggunaan Argumented Reality Kit (AR-Kit) untuk meningkatkan kemahiran
mengelaskan haiwan mengikut habitat pada murid Sindrom Down (SD) Tahun
4. Kajian ini berbentuk kajian tindakan. Peserta kajian adalah seorang murid SD
Tahun 4 di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tinjauan awal kajian
yang dilaksanakan mendapati bahawa peserta kajian mempunyai masalah
dalam menguasai kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat dan
mempunyai tingkah laku tidak fokus di bilik darjah. Pengkaji telah
mencadangkan penggunaan AR-Kit, sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pengumpulan
data menggunakan kaedah ujian, analisis dokumen dan pemerhatian. Data
dianalisis dengan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan
peningkatan sebanyak 100 peratus ujian pasca setelah intervensi AR-Kit
diperkenalkan. AR-Kit dicadangkan sebagai media pengajaran untuk mengajar
konsep Sains yang inovatif, menarik dan efektif pada masa hadapan bagi
golongan SD.
Kata kunci: Augmented Reality Kit(AR-Kit), kemahiran mengelaskan haiwan
mengikut habitat, murid Sindrom Down, Kajian Tindakan
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Sindrom Down (SD) merupakan salah satu kategori murid masalah pembelajaran. Hal ini
selaras dengan apa yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2020)
menyatakan enam kategori masalah pembelajaran iaitu lewat perkembangan global, SD,
kurang upaya intelektual, autism, Attetion Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) dan masalah
pembelajaran spesifik. Namun, murid SD ialah murid masalah pembelajaran yang mudah
dikenal pasti. Kanak-kanak ini mudah untuk dikesan seawal mereka bayi lagi berdasarkan
ciri-ciri fizikal mereka yang ketara. Menurut Maclennan (2019), SD merupakan kecacatan
kromosom bercirikan bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 sama ada
melibatkan keseluruhan kromosom ataupun sebahagian. Kromosom ini terbentuk akibat
kegagalan sepasang kromosom untuk saling memisah ketika proses pembelahan sel (Wise,
2016).
Neil dan Jones (2018) menunjukkan bahawa murid SD mempunyai tahap yang
rendah dalam memahami pembelajaran. Hal ini kerana IQ murid SD biasanya di bawah 50.
Kajian yang dijalankan oleh Roslinda Ramli et al. (2018) pula menunjukkan punca murid SD
sukar memahami sesuatu mata pelajaran yang diajar ialah kerana: i) mempunyai IQ yang
23
rendah, ii) tidak fokus dalam pembelajaran iii) kelewatan pertuturan iv) ingatan yang lemah
dan v) penguasaan kemahiran motor yang lemah.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Semasa menjalani proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah yang lalu,
pengkaji mendapati bahawa murid SD yang diajar mempunyai masalah i) mengelaskan
haiwan mengikut habitat dan, ii) memberikan fokus dalam mempelajari kemahiran
mengelaskan haiwan mengikut habitat. Kedua-dua masalah ini ditunjukkan menerusi
pengumpulan awal data kajian menggunakan ujian diagnostik, analisis dokumen dan
pemerhatian. Disamping itu, pengkaji telah mengenal pasti dua teori yang bersesuaian
dalam kajian ini.
Teori pertama ialah Teori Pemprosesan Maklumat yang diperkenalkan oleh Gagne
(1985). Menurut Teori Pemprosesan Maklumat yang diperkenalkan oleh Gagne (dalam
Bates, 2019), ransangan-ransangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem
saraf melalui deria-deria manusia dan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya pengerak tindak balas melalui sistem
saraf. Teori Pemprosesan Maklumat adalah selari dengan penggunaan AR-Kit yang
melibatkan ransangan pelbagai deria amat sesuai untuk pembelajaran murid SD Tahun 4.
AR-Kit ini dapat meransang murid SD dengan deria penglihatan dengan melihat animasi
dunia sebenar yang dipaparkan menggunakan aplikasi pada telefon pintar serta
merangsang pendengaran melalui audio yang terhasil daripada animasi tersebut. Bukan itu
sahaja, penggabungan deria penglihatan, sentuhan dan pendengaran dapat dilihat dengan
jelas ketika bermain papan permainan. Bukan itu sahaja, penggunaan ICT yang terdapat
pada AR-Kit juga melibatkan penggabungan deria membantu proses pengajaran yang
dijalankan.
Teori kedua digunakan ialah Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov
(Noriati Rashid et. al, 2017). Teori ini memberikan penekanan terhadap proses asas
pembelajaran iaitu pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.
Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala gerak
balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Menurut Ragbir (2018),
terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov iaitu setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas, pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak
balas dan yang ketiga pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua
rangsangan dinamakan pelaziman. Dalam konteks kajian ini, ransangan yang dimaksudkan
adalah AR-Kit, manakala tingkah laku fokus murid SD Tahun 4 terhadap proses
pembelajaran topik haiwan adalah gerak balas yang diperhatikan
Menerusi kajian ini, pengkaji memperkenalkan Argumented Reality Kit (AR-Kit). Hal
ini kerana, murid SD diiktiraf sebagai murid visual (Bentley et al., 2016). Kajian yang
dijalankan oleh McMahon et al., (2016), menyatakan bahawa elemen visual AR membantu
ingatan jangka masa panjang murid SD. Bukan itu sahaja, AR merupakan salah satu
teknologi yang berpotensi membantu menarik minat pelajar apabila ia diaplikasikan dalam
bidang pendidikan (Bentley et al., 2016).
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada kemahiran mengelaskan haiwan murid SD Tahun 4 dan
meningkatkan fokus dalam mempelajari kemahiran tersebut. Oleh itu, pengkaji
menggunakan BBM AR-Kit untuk membantu murid SD dalam proses PdPc. Menurut Dayana
Farzeeha Ali et al., (2020), penggunaan AR dalam pendidikan menjadikan proses
24
pembelajaran lebih mudah difahami dan menarik perhatian pelajar. BBM berbentuk audio-
visual ini dapat menangani masalah tahap IQ, gangguan, kurang perhatian, dan ingatan
jangka pendek yang dihadapi oleh SD (Gilmore dan Cuskelly, 2017). Justeru, penggunaan
AR-Kit dalam kajian ini merupakan tindakan yang tepat sebagai intervensi untuk membantu
murid SD Tahun 4 meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat dan
mampu meningkatkan fokus dalam kemahiran tersebut.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan dalam kalangan
murid Sindrom Down di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan menggunakan
AR-Kit.
Objektif khusus
Kajian ini bertujuan untuk:
1) Meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat dalam kalangan
murid Sindrom Down Tahun 4 PPKI dengan menggunakan AR-Kit.
2) Meningkatkan fokus murid Sindrom Down Tahun 4 PPKI dalam mengikuti proses
pengajaran kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat dengan menggunakan
AR-Kit.
Persoalan kajian
Persoalan kajian ini ialah:
1) Adakah penggunaan AR-Kit dapat meningkatkan kemahiran mengelaskah haiwan
mengikut habitat dengan betul dalam kalangan murid Sindrom Down Tahun 4?
2) Adakah penggunaan AR-Kit dapat meningkatkan fokus murid Sindrom Down Tahun
4 dalam mengikuti proses pengajaran kemahiran mengelaskan haiwan?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan seorang murid lelaki Sindrom Down (SD) Tahun 4 yang dipilih melalui
keputusan kaedah pengumpulan data awal iaitu ujian diagnostik, analisis dokumen serta
pemerhatian terhadap tingkah laku semasa mempelajari kemahiran mengelaskan haiwan
mengikut habitat.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan dengan satu kitaran
berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) dalam Mohamed Hossni (2019). Kurt Lewin (1946)
menyatakan bahawa penyelidikan tindakan mengandungi empat peringkat dalam lingkaran
iaitu bermula dengan perancangan dikuti tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kesemua
langkah ini dapat membantu pengkaji dalam menghasilkan kajian tindakan dengan baik
(Mohammad Ali Nasrollahi, 2016). Lingkaran kajian tindakan boleh berulang ke lingkaran
kedua, ketiga dan seterusnya sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
25
Rajah 1
Adaptasi Model Kajian Tindakan Kurt Lewin(1946)
Merancang
Penyelidikan tindakan bermula dengan menghasilkan idea umum iaitu masalah atau isu
yang dikenal pasti punca masalah berkenaan (Overby, 2021). Masalah dan isu yang dikenal
pasti membantu pengkaji untuk merancang intervensi yang sesuai diaplikasikan supaya
masalah dan isu dapat diatasi dengan baik. Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal
tentang masalah yang dihadapi oleh murid SD. Pengkaji merancang untuk menggunakan
intervensi AR-Kit bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh SD sebanyak tiga kali
intervensi di dalam bilik darjah formal.
Bertindak dan memerhati
Pelaksanaan intervensi AR-Kit dijalankan selama tiga sesi PdPc. Ujian pasca dijalankan
selepas tamat sesi aktiviti PdPc menggunakan AR-Kit dan ujian pencapaian diberikan setiap
kali selepas intervensi dijalankan. Pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian terhadap
tingkah laku fokus murid SD dengan menggunakan borang rekod kekerapan. Pemerhatian
direkodkan bagi setiap sesi aktiviti PdPc yang dijalankan. Rajah 2 menunjukkan tindakan
yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian tindakan ini.
26
Rajah 2
Tindakan yang dilaksanakan
1 •Murid SD menjawab ujian pra.
2 •Memperkenalkan AR-Kit kepada murid SD.
3 •Menjalankan intervensi 1 AR-Kit kepada murid SD.
•Membuat pemerhatian tingkah laku semasa intervensi 1.
4 •Murid menjawab ujian Pencapaian 1.
5 •Menjalankan intervensi 2 AR-Kit kepada murid SD.
•Membuat pemerhatian tingkah laku semasa intervensi 2.
6 •Murid menjawab ujian Pencapaian 2.
7 •Menjalankan itervensi 3 AR-Kit kepada murid SD.
•Membuat pemerhatian tingkah laku semasa intervensi 3.
8 •Murid menjawab ujian Pencapaian 3.
9 •Murid SD menjawab ujian pasca
Mereflek
Keputusan ujian pra, ujian pasca dan ujian pencapaian digunakan untuk menilai
keberkesanan AR-Kit terhadap penguasaan mengelaskan haiwan mengikut habitat
manakala data pemerhatian digunakan untuk menilai keberkesanan AR-Kit dalam
meningkatkan fokus murid SD.
DAPATAN KAJIAN
Adakah penggunaan AR-Kit dapat meningkatkan kemahiran mengelaskah haiwan
mengikut habitat dengan betul dalam kalangan murid Sindrom Down Tahun 4?
Berdasarkan peratusan markah pada Rajah 3, murid SD menunjukkan peningkatan yang
ketara. Di mana pada ujian pra murid SD hanya mencapai Gred E dengan peratusan
sebanyak 0% sahaja yang berada pada tahap lemah. Murid SD menunjukkan peningkatan
yang cemerlang pada ujian pasca apabila mendapat peratusan markah sebanyak 100%
dengan memperolehi Gred A. Hasil dapatan ujian pra pasca telah menunjukkan bahawa
penggunaan BBM AR-Kit telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran mengelaskan
haiwan mengikut habitat murid SD Tahun 4.
27
Rajah 3
Perbezaan dapatan ujian pra dan pasca Murid SD Tahun 4
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca murid SD
tahun 4
Peratusan Markah 100
100
0
0
Ujian Pra
Ujian Pasca
Ujian Pra dan Pasca
Peratusan Markah
Adakah penggunaan AR-Kit dapat meningkatkan kemahiran mengelaskah haiwan
mengikut habitat dengan betul dalam kalangan murid Sindrom Down Tahun 4?
Rajah 4 menunjukkan perbandingan keputusan ujian pencapaian 1, ujian pencapaian 2 dan
ujian pencapaian 3. Ketiga-tiga ujian tersebut menunjukkan peningkatan keputusan skor
markah murid SD dalam mempelajari kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat.
Pada Ujian pencapaian 1, murid SD memperoleh markah sebanyak 30 %, 60% markah
pada ujian pencapaian 2 dan memperoleh markah penuh ,100% pada ujian pencapaian 3.
Oleh itu, keputusan markah ujian pencapaian tersebut jelas menunjukkan bahawa murid
telah berjaya menguasai kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat dengan baik
dengan bantuan AR-Kit.
28
Rajah 4
Dapatan Keputusan Ujian Pencapaian Murid SD Tahun 4
Peratusan Markah (%) 120 60 100
Ujian 3
100 Ujian 2
Ujian pencapaian
80
60
40
20
30
0
Ujian 1
Adakah penggunaan AR-Kit dapat meningkatkan fokus murid Sindrom Down Tahun 4
dalam mengikuti proses pengajaran kemahiran mengelaskan haiwan?
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian menggunakan jadual rekod kekerapan untuk
mengkaji tingkah laku tidak fokus murid SD iaitu sebelum, semasa dan selepas intervensi.
Rajah 5 menunjukkan dapatan tingkah laku tidak fokus murid SD sebelum intervensi
dijalankan dengan selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan pemerhatian, murid SD
menunjukkan pengurangan tingkah laku tidak fokus dengan konsisten di mana pada pra
intervensi kekerapan sebanyak 14 dan selepas intervensi kedua kekerapan tingkah laku
tidak fokus adalah sifar. Ini menunjukkan bahawa BBM AR-Kit yang digunakan oleh
pengkaji telah berjaya membantu murid SD untuk fokus dalam menguasai kemahiran
mengelaskan haiwan mengikut habitat.
Rajah 5
Data kekerapan tingkah laku tidak fokus
Kekerapan tidak fokus
16 Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Selepas intervensi Selepas
14 1 intervensi2
12
10
8
6
4
2
0
Pra intervensi
Tidak fokus
29
REFLEKSI DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi daripada ujian, analisis dokumen dan
pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan AR-Kit dapat mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid SD iaitu i) mengelaskan haiwan mengikut habitat dan, ii) memberikan
fokus dalam mempelajari kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat.
Keberkesanaan penggunaan AR-Kit sebagai satu bahan bantu belajar yang bersifat
multisensori dalam meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat murid
SD Tahun 4. Ini turut disokong oleh Somaiyeh Vedadi et al., (2019), dimana penggunaan AR
dapat membantu meningkatkan pencapaian murid SD dalam proses pembelajaran. Ini selari
dengan Teori Pemprosesan Maklumat yang diperkenalkan oleh Gagne (dalam Noriati A.
Rashid et al., 2017), ransangan-ransangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam
sistem saraf melalui deria-deria manusia dan ditafsirkan dalam ingatan, kemudian dihantar
kepada ingatan jangka panjang dan akhirnya pengerak tindak balas melalui sistem saraf.
Kajian yang dijalankan oleh McMahon et al., (2016), menyatakan bahawa elemen visual AR
meransang deria dan membantu ingatan jangka masa panjang murid SD. Demonstrasi
visual, gambar dan ilustrasi juga berjaya digunakan untuk membantu memberikan
pengajaran yang berkesan kepada murid SD dalam bidang mata pelajaran Sains (Bentley et
al., 2016).
Pengkaji juga mendapati bahawa penggunaan AR-Kit juga dapat meningkatkan
fokus murid dalam mempelajari kemahiran mengelaskan haiwan. Menurut Dayana Farzeeha
Ali et al., (2020) menunjukkan bahawa penggunaan AR dalam proses PdPc dapat
meningkatkan fokus dan tumpuan murid SD. Apabila sesuatu mata pelajaran itu menarik,
pelajar akan lebih bersedia dan lebih fokus untuk belajar. Perkara ini selari dengan teori
pembelajaran behavioris yang dipelopori oleh Ivan Pavlov. Menurut Ivan Pavlov dalam
Noriati A. Rashid et al., (2017) menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam
pembelajaran iaitu setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas, pembelajaran berlaku
akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas dan yang ketiga pembelajaran yang
berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Dalam konteks
kajian ini ransangan yang diberikan iaitu penggunaan AR-Kit yang menerapkan unsur media
interaktif manakala gerak balas yang dapat dilihat ialah fokus diberikan oleh murid dalam
mempelajari kemahiran mengelaskan haiwan mengikut habitat dengan betul. Hal ini kerana,
pembelajaran murid SD juga memerlukan penggunaan media interaktif (Nazirah Kamal
Ruzaman & Abdul Rasid Abdul Razzaq, 2017). Aplikasi media pembelajaran interaktif
mampu menarik minat belajar kanak-kanak SD, lebih menarik dan membuatkan murid SD
tidak bosan dan dapat menarik perhatian mereka.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pelaksanaan AR-Kit perlu diteruskan pada masa akan datang dengan mengambil kira
beberapa penambahbaikan. Antaranya ialah i) kuantiti subjek kajian ditingkatkan supaya
dapat membuktikan kebolehgunaan AR-Kit kepada semua murid, ii) mengaplikasikan AR-Kit
dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif,
iii) menghasilkan replikasi AR-Kit dengan bahan yang lebih tahan lasak supaya boleh
digunakan dalam jangka masa panjang.
Penggunaan AR-Kit dalam proses PdPc amat berkesan kepada murid SD.
Kesimpulannya, cadangan penambahbaikan yang dinyatakan di atas dapat membantu
pengkaji akan datang untuk mengumpul data dengan lebih tepat dan berkesan. Selain itu,
kajian akan datang juga akan menunjukkan hasil yang lebih berkesan dengan penggantian
30
beberapa alternatif dan kaedah yang disenaraikan serta memberi impak yang lebih baik
kepada murid SD.
RUJUKAN
Bates, B. (2019). Learning theories simplified and how to apply them to teaching (1st ed.).
SAGE.
Dayana Farzeeha Ali, Siti Syazwani Yahya, & Marlissa Omar. (2020). Penggunaan aplikasi
augmented reality dalam topik litar asas elektronik. Innovative Teaching and
Learning Journal, 3(2), 1-7.
Gilmore, L., and Cuskelly, M. (2017). Mastery motivation in children with down syndrome:
Promoting and sustaining interest in learning. In Educating Learners with Down
Syndrome
MacLennan S. Down‟s syndrome. InnovAiT. 2020;13(1):47-52.
doi:10.1177/1755738019886612
McMahon, D. D., Cihak, D. F., Wright, R. E., & Bell, S. M. (2016). Augmented reality for
teaching science vocabulary to postsecondary education students with intellectual
disabilities and autism. Journal of Research on Technology in Education, 48(1), 38-
56.
Mohamed Hossni. (2019). Action Research in Education; Theory and Practice [PDF
document]. www.schoolofeducators.com.
Nazirah Kamal Ruzaman dan Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2017). Penggunaan Aplikasi
Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak
Sindrom Down. Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Sindrom Down, 2(1).
Neil, N., & Jones, E. (2018). Communication intervention for individuals with Down
syndrome: Systematic review and meta-analysis. Systematic review and meta-
analysis. Developmental Neurorehabilitation, 21(1), 1-12.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, dan Sharifah Fahriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
alam belajar (1st ed.). Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ragbir, K. J. S. (2018). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk kursus perguruan lepasan
ijazah (KPLI) sekolah rendah Dan menengah.
Roslinda Ramli, Fitri Nurul‟Ain Nordin, & Nor Effendy Ahmad Sokri. (2018). Augmented
Reality Technology: A Literature Review. e-Jurnal penyelidikan inovasi, 5(1), 17-27.
Somaiyeh Vedadi, Zaleha Abdullah, & Adrian D. C. (2019). The Effects of Multi-Sensory
Augmented Reality on Students‟ Motivation in English Language Learning. In 2019
IEEE Global Engineering Education Conference (EDUCON).
Wise, J. (2016). The end of Down‟s syndrome? British Medical Journal 3355: i5344.
https://doi.org/10.1136/bmj.i5344
31
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KONSONAN DALAM
KALANGAN MURID „SLOW LEARNER‟ DENGAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN KAEDAH VAKT
Nur Nazmi Bin Nadzimudin* & Saiful Azam Khoo bin Abdullah
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf
konsonan bagi murid „slow learner‟. Pengkaji telah memilih seorang murid „slow
learner‟ dari Sekolah Kebangsaan Desa Tasik sebagai subjek kajian. Pengkaji
telah mengguna pakai kaedah pelbagai deria iaitu VAKT sebagai intervensi di
dalam melaksanakan kajian ini. Pengkaji telah menjalankan dua kitaran
intervensi yang mana setiap satu kitaran mengandungi empat sesi intervensi
yang telah dilaksanakan. Setiap satu sesi berdurasi selama satu jam. Pengkaji
telah memilih untuk menggunakan instrumen ujian pra dan pasca, pemerhatian
melalui senarai semak dan analisis dokumen melalui lembaran kerja murid.
Data yang dikumpulkan telah membuktikan bahawa dengan penggunaan
kaedah VAKT ini, kemahiran menulis huruf konsonan subjek dapat ditingkatkan.
Oleh yang demikian, kaedah pelbagai deria VAKT ini sangat sesuai untuk
digunakan para guru dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan
terutama dalam kalangan murid „slow learner‟.
Kata kunci: Kemahiran menulis, „slow learner‟, kaedah VAKT
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Menulis adalah satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap individu. Menurut Maslinda
Malda (2014), kemahiran menulis adalah kemahiran penting yang merentasi setiap sukatan
pelajaran matapelajaran dalam kurikulum pelajaran Malaysia. Kegagalan menguasainya
akan menjejaskan pencapaian akademik seseorang pelajar. Tulisan juga adalah saluran
utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam matapelajaran
akademik yang lebih tinggi (Mahfuzah Zainol dan Rosadah Majid , 2018).
Semasa menjalani fasa praktikum, saya ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa
Melayu dan Pendidikan Jasmani. Sepanjang mengajar subjek Bahasa Melayu, saya
mendapati terdapat murid yang mempunyai masalah dalam menulis huruf-huruf konsonan.
Hal ini apabila saya memberi latihan menulis, terdapat huruf konsonan yang tidak ditulis
dengan tepat dan menjadikan tulisan mereka tidak dapat difahami. Hasil temu bual bersama
guru kelas itu juga menjelaskan bahawa murid tersebut memang mempunyai masalah
dalam menulis beberapa huruf konsonan.
Oleh yang demikian, saya telah bercadang untuk mengambil masalah ini bagi
penyelidikan tindakan saya. Saya merancang untuk menggunakan kaedah VAKT bagi
mengatasi masalah menulis tersebut. Menurut Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad
(2011), kaedah VAKT adalah kaedah yang menggabungkan deria penglihatan,
pendengaran, pergerakan tubuh badan dan sentuhan dalam meningkatkan kemahiran
menulis dan membaca seseorang murid.
32
Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa kaedah pengumpulan data awal
digunakan. Antaranya ialah dengan ujian diagnostik. Ujian ini dilaksanakan supaya masalah
yang dikesan daripada hasil ujian tersebut dapat diambil sebagai maklumat dan tindakan.
Selain itu, kaedah temu bual bersama guru yang mengajar subjek kajian. Hasil maklumat
yang diperoleh daripada temu bual itu dijadikan rujukan untuk menjalankan kajian.
Seterusnya, analisis dokumen juga digunakan untuk mengumpul data awal. Penyemakan
terhadap dokumen-dokumen serta lembaran kerja murid sebelum ini dilakukan bagi melihat
masalah yang sering dilakukan oleh murid dan dapat dijadikan maklumat untuk menjalankan
kajian.
FOKUS KAJIAN
Kemahiran menulis sangat penting untuk dikuasai oleh murid terutama dalam subjek
Bahasa Melayu. Berdasarkan pengalaman praktikum lalu, kemahiran menulis ini sukar
dikuasai oleh murid. Oleh hal demikian, kajian ini memfokuskan kepada meningkatkan
kemahiran menulis huruf konsonan menggunakan kaedah VAKT. Melalui kaedah ini,
penggunaan bahan bantu seperti kad huruf berlubang, aplikasi TMK, bahan maujud dan
tanah liat dapat membantu mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Bahan bantu belajar
memainkan peranan yang penting untuk menarik minat murid, bahkan untuk pelajar bagi
meningkatkan dan memahami sesuatu konsep dengan mudah dalam PdP mereka (Alshatri,
Wakil, Jamal, & Bakhtyar, 2019).
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini dilalaksanakan bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan
dalam kalangan murid masalah pembelajaran kategori „slow learner‟ dengan menggunakan
pendekatan kaedah VAKT. Hal ini bagi membolehkan murid lebih bersedia untuk mengikuti
pelajaran serta mampu meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Khusus
1) Meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan dalam kalangan murid „slow
learner‟ di program PPKI dengan menggunakan kaedah VAKT.
2) Meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran menulis huruf konsonan
dalam kalangan murid „slow learner‟ di program PPKI dengan menggunakan kaedah
VAKT.
Persoalan Kajian
1) Sejauhmanakah penggunaan kaedah VAKT dapat meningkatkan kemahiran menulis
huruf konsonan dengan betul dalam kalangan murid „slow learner‟ di program PPKI?
2) Sejauhmanakah penggunaan kaedah VAKT dapat meningkatkan minat murid dalam
menguasai kemahiran menulis huruf konsonan?
33
PESERTA KAJIAN
Jadual 1 Umur Tahap masalah Prestasi
Latar belakang subjek kajian 10 tahun
Subjek kajian Jantina
akademik
Murid A Lelaki Teruk Rendah
Subjek kajian yang dipilih ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu daripada kelas
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Tahun 2. Subjek kajian ini berumur 10 tahun
tetapi masih belajar di kelas PPKI Tahun 2. Subjek ini mempunyai tahap IQ yang tidak
setaraf dengan murid berumur 10 tahun yang lain yang mana hal ini ditunjukkan melalui
dapatan ujian yang telah dijalankan ke atas subjek oleh guru di sekolah tersebut. Dengan
ini, subjek tersebut telah diklasifikasikan sebagai masalah pembelajaran „slow learner‟.
Walau bagaimanapun, subjek terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum khususnya
sukan bola sepak di mana subjek telah dipilih mewakili sekolah dalam sukan tersebut.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan dengan 2 kitaran berdasarkan
model Kemmis & McTaggart (1988). Setiap satu kitaran mengandungi empat sesi intervensi
yang dilaksanakan secara ansur maju.
Kitaran pertama
Dalam kitaran ini, pengkaji merancang intervensi dengan merangka rancangan pengajaran
harian (RPH) yang melibatkan kemahiran menulis huruf konsonan menggunakan VAKT.
Setelah itu, tindakan dijalankan dengan menerangkan kepada subjek kajian tentang
intervensi yang akan dijalankan. Kad imbasan dan perisian TMK yang akan mengeluarkan
bunyi nama huruf dan cara membentuk huruf digunakan dalam memperkenalkan huruf
konsonan yang diajar. Nama huruf yang ditunjukkan akan diulangai sebutannya oleh subjek.
Cara membentuk huruf konsonan dilakukan oleh subjek di atas kad huruf berlubang dan
menggunakan tanah liat. Setelah itu, latih tubi iaitu latihan menulis huruf konsonan
dilaksanakan subjek. Setelah semua sesi intervensi dijalankan, pengkaji membuat refleksi
dan mendapati objektif kajian masih belum dapat dicapai.
Kitaran kedua
Dalam kitaran kedua ini, pengkaji menekankan pengajaran huruf konsonan yang masih
belum dikuasai subjek. Aktiviti intervensi yang sama masih digunakan cuma intervensi
ditambahbaik dengan menggunakan sistem turutan nombor semasa pembentukan dan
penulisan huruf konsonan. Latih tubi kemahiran menulis huruf konsonan juga diberikan
setelah setiap sesi intervensi dilaksanakan. Setelah semua sesi intervensi dijalankan,
didapati objektif kajian yang ditetapkan dapat dicapai dengan baik.
34
Rajah 1
Pelan Tindakan Kajian
DAPATAN KAJIAN
Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dan pasca kitaran pertama
Jadual 2
Dapatan Ujian Pra Kitaran Pertama
Ujian pra Bahagian A Bahagian B Jumlah
Markah 4/11 6/10 10/21
Peratus 47.6%
Dapatan ujian pra menunjukkan kelemahan subjek menulis huruf konsonan sebelum
intervensi dijalankan. Dalam bahagian A, huruf konsonan yang ditulis salah ialah „b‟, „d‟, „f‟,
35
„g‟, „j‟, „k‟, dan „m‟ yang mana terdapat kesalahan seperti huruf terbalik, comot dan tidak
dilaksanakan langsung oleh subjek. Dalam bahagian B pula, kesalahan subjek ialah ketika
menulis huruf „q‟, „s‟, „x‟, dan 'y‟.
Jadual 3
Dapatan Ujian Pasca Kitaran Pertama
Ujian pasca Bahagian A Bahagian B Jumlah
Markah 9/11 7/10
Peratus 16/21
76.1%
Ujian pasca dijalankan selepas intervensi kitaran pertama dijalankan. Dalam bahagian A,
terdapat peningkatan kemahiran menulis huruf konsonan subjek berbanding ujian pra, tetapi
masih terdapat kesalahan ketika menulis huruf „g‟ dan „k‟. dalam bahagian B pula, kesalahan
subjek ialah ketika menulis huruf „q‟, „x‟, dan „y‟.
Ujian pasca kitaran kedua
Jadual 4
Dapatan Ujian Pasca Kitaran Kedua
Ujian pasca Bahagian A Bahagian B Jumlah
Markah 11/11 10/10
Peratus 21/21
100%
Kitaran kedua intervensi dijalankan akibat objektif dan hasil ujian pasca selepas kitaran
pertama masih tidak memuaskan. Hasil ujian pasca kitaran kedua menunjukkan subjek telah
dapat menulis semua huruf konsonan dengan betul.
Rajah 2
Perbandingan hasil peratusan ujian kitaran pertama dan kedua
120.00%
100.00%
80.00% Kitaran 1
60.00% Kitaran 2
40.00%
20.00%
0.00%
Ujian pra Ujian pasca
36
Rajah di atas menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis huruf konsonan subjek
dari awal inetrvensi sehingga akhir intervensi dijalankan. Hal ini menunjukkan objektif
pertama kajian iaitu meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan dalam kalangan
murid „slow learner‟ di program PPKI dengan menggunakan kaedah VAKT dapat dicapai.
Pemerhatian
Rajah 3
Borang senarai semak kitaran pertama dan kedua
Rajah di atas menunjukkan borang senarai semak ke atas subjek sepanjang intervensi
kitaran pertama dan kedua dijalankan. Pemerhatian dilakukan bagi melihat tingkah laku
subjek yang bertepatan dengan objektif kajian iaitu meningkatkan minat murid menguasai
kemahiran menulis huruf konsonan.
Rajah 4
Peningkatan tingkah laku kemahiran menulis kitaran pertama dan kedua
8 Kitaran 2
7 Kitaran 1
6
5 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
4
3
2
1
0
Minggu 1
Berdasarkan rajah, jelas menunjukkan tingkah laku dan minat dalam membentuk kemahiran
menulis subjek meningkat sepanjang intervensi kitaran pertama dengan kitaran kedua
dijalankan. Hal ini menunjukkan objektif kedua kajian iaitu meningkatkan minat murid dalam
37
menguasai kemahiran menulis huruf konsonan dalam kalangan murid „slow learner‟ di
program PPKI dengan menggunakan kaedah VAKT dapat dicapai.
Analisis dokumen
Jadual 5
Markah dan Peratusan Lembaran Kerja Kitaran Pertama
Intervensi Bahagian A Bahagian B Markah Peratusan markah
keseluruhan
1 14/21 10/21 57.1%
2 15/21 11/21 24/42 61.9%
3 16/21 12/21 26/42 66.6%
4 18/21 15/21 28/42 78.5%
33/42
Jadual di atas menunjukkan markah dan peratusan yang diperoleh subjek berdasarkan
lembaran kerja yang telah diedarkan selepas kitaran pertama intervensi dijalankan. Selepas
intervensi keempat dilaksanakan dalam kitaran ini, markah yang diperoleh masih tidak
memuaskan.
Jadual 6
Markah dan Peratusan Lembaran Kerja Kitaran Kedua
Intervensi Bahagian A Bahagian B Markah Peratusan markah
keseluruhan
1 19/21 16/21 83.3%
2 20/21 17/21 35/42 88%
3 21/21 19/21 37/42 95.2%
4 21/21 21/21 40/42 100%
42/42
Jadual ini pula menunjukkan markah dan peratusan yang diperoleh subjek selepas kitaran
kedua intervensi dijalankan. Selepas sesi intervensi terakhir dilaksanakan dalam kitaran ini,
kemahiran menulis subjek telah meningkat kerana memperoleh markah penuh.
38
Rajah 5
Peningkatan kemahiran menulis subjek dalam lembaran kerja
120.00%
100.00%
80.00%
60.00% Kitaran 1
40.00% Kitaran 2
20.00%
0.00%
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervens 4
Berdasarkan rajah, jelas menunjukkan kemahiran menulis huruf konsonan subjek
berdasarkan lembaran kerja meningkat sepanjang intervensi kitaran pertama dengan kitaran
kedua dijalankan. Peningkatan tersebut membuktikan bahawa intervensi kaedah VAKT dan
sistem turutan nombor berjaya meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan subjek dan
seterusnya meningkatkan minat subjek dalam menguasai kemahiran menulis huruf
konsonan.
REFLEKSI
Berdasarkan analisis hasil dapatan yang diperolehi, penggunaan kaedah VAKT dapat
memastikan subjek menguasai kemahiran menulis huruf konsonan. Hal ini adalah
berdasarkan daripada peningkatan kemahiran menulis subjek yang dapat dilihat di dalam
rajah yang telah dibina di dalam analisis dapatan analisis dokumen subjek. Antara kekuatan
menerusi kajian ini ialah penggunaan bahan bantu menerusi kaedah VAKT yang mudah
bagi murid. Contohnya, penggunaan TMK di dalam bahagian visual dan audio dapat
menarik perhatian subjek untuk melaksanakan intervensi sekaligus dapat merangsang deria
subjek untuk mencapai objektif kajian ini. Menurut Himanshu Tripathi (2019), penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai
objektif pedagoginya, malah ia memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara
pembelajaran yang baru. Selain itu, penggunaan bahan bantu seperti tanah liat dan kad
huruf berlubang dalam pembentukan huruf konsonan dapat memberikan peluang kepada
subjek untuk merasa sendiri cara membentuk huruf tersebut.
Antara kelemahan melalui kajian ini pula ialah pelaksaaan aktiviti intervensi kajian ini
telah memakan masa yang agak lama. Hal ini kerana setiap aktiviti yang dilakukan
memerlukan ianya dijalankan secara berulang kali dan tiada had bilangan bagi
melaksanakan aktiviti intervensi tersebut. Hal ini akan menjadikan subjek berasa bosan
dengan intervensi tersebut dan pengkaji perlu kreatif dalam menarik semula perhatian
subjek. Selain itu, kelemahan lain yang dapat dikesan ialah penggunaan kaedah VAKT ini
hanya dapat memfokuskan kepada pembentukan huruf konsonan dengan baik tetapi tidak
dapat menjamin kekemasan dan kecantikan di dalam penulisan huruf itu. Bagi memastikan
39
subjek dapat menulis dengan lebih baik, aspek kekemasan dan kecantikan menulis juga
perlu diambil kira
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah melaksanakan penyelidikan ini, saya memikirkan beberapa cadangan tindakan
susulan untuk menambah baik penyelidikan akan datang. Antaranya ialah meningkatkan
kemahiran menulis murid dengan masa yang lebih singkat dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti
intervensi yang dijalankan dalam penyelidikan selepas ini perlu mempunyai had masa. Bagi
menggantikan masa yang disingkatkan, aktiviti yang dipelbagaikan boleh dilaksanakan bagi
mengelakkan subjek daripada berasa bosan. Selain itu, cadangan untuk penyelidikan akan
datang ialah meningkatkan kekemasan penulisan huruf murid. Penambahbaikan ini boleh
dijalankan dengan menggunakan buku garis tiga. Hal ini kerana menurut kajian oleh Anisah
Anuar (2010), penggunaan lembaran kerja garis tiga dapat memandu murid untuk
menghasilkan tulisan dengan saiz yang seragam dalam satu baris.
RUJUKAN
Alshatri, S. H., Wakil, K., Jamal, K., & Bakhtyar, R. (2019). Teaching aids effectiveness in
learning mathematics. International Journal of Educational Research Review, 448-453.
Anisah Anuar. (2010). Membetulkan Tulisan Huruf Kecil „K‟ Dan „S‟ Murid Tahun 3
Menggunakan Lembaran Kerja Garisan Berkembar Tiga Dibantu Oleh Carta Huruf
Dan Kaedah Ansur Maju. Journal of Education. 4. 25
Himanshu Tripathi. (2019). Educational Technology And Ict In Education. Red'shine
Publication.
Mahfuzah Zainol & Rosadah Abdul Majid. (2018). Intervensi Terapi Cara Kerja dalam
Pendidikan Khas. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maslinda Malda. (2014). Masalah Kemahiran Menulis Dan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Masalah Penguasaan Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Pelajar. Universiti Malaysia Sabah, Fakulti Psikologi dan Pendidikan.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-
kanak Berkeperluan Khas. Penerbitan USM.
40
MENINGKATKAN PENGUASAAN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN PERKUSI
BADAN - ORFF DALAM KALANGAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN
Imezyenal Bin Abdulrahim & Masitah Binti Taib (PhD)
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan penggunaan
perkusi badan-Orff bagi meningkatkan penguasaan corak irama dalam
kalangan murid masalah pembelajaran tahun 4. Pengumpulan data awal
mendapati beberapa murid tersebut sukar untuk melakukan corak irama
kerana tidak berminat dan kurang pengetahuan berkaitan corak irama.
Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan mengaplikasi model Kurt
Lewin dan Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky sebagai sandaran. Peserta
kajian ini terdiri daripada tiga orang murid kategori slow learner, autisme dan
sindrom down. Kaedah pengumpulan data adalah ujian pra dan pasca, ujian
pencapaian amali, dan pemerhatian. Data dianalisis secara deskriptif
berdasarkan skor ujian dan bilangan tingkah laku yang diperhati. Dapatan
kajian menunjukkan tingkah laku berminat murid meningkat selepas
intervensi. Pengetahuan murid terhadap corak irama juga meningkat
berdasarkan peningkatan skor markah pada ujian-ujian yang dilaksanakan.
Kajian ini memberi implikasi kepada kepentingan mengintegrasi elemen terapi
muzik dalam PdP.
Kata kunci: Corak irama, masalah pembelajaran, pendekatan Orff
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji merupakan siswa guru opsyen Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran yang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Pada ketika ini, pengkaji telah
melaksanakan dua fasa sesi praktikum iaitu selama 3 bulan bagi setiap fasa. Semasa sesi
praktikum fasa kedua, penempatan sekolah praktikum pengkaji berada di sekitar daerah
Cheras, Kuala Lumpur.
Sepanjang praktikum ini, pengkaji telah mengajarkan mata pelajaran Pendidikan
Muzik di aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Antara topik yang diketengahkan
dalam kurikulum Pendidikan Muzik adalah permainan alat perkusi. Salah satu masalah
utama yang berjaya dikenal pasti adalah murid tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut
corak irama. Masalah ini berlaku disebabkan murid tidak dapat melakukan corak irama
dengan baik. Dalam Pendidikan Muzik, antara objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Muzik Tahun 4 adalah bermain alat perkusi
mengikut detik lagu dan corak irama (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018). Muzik
merupakan salah satu aktiviti pengajaran berteraskan kreativiti dan estetika dan telah
disarankan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Hal ini menunjukkan
kepentingan penguasaan kemahiran muzik dalam mendorong perkembangan kreativiti
murid masalah pembelajaran. Dengan erti kata lain, penguasaan kemahiran memainkan alat
perkusi membantu dalam meningkatkan kreativiti murid dalam bidang muzik.
41