Nik Hassan bin Seman, Kamarulzaman bin Ideris & Abdullah Yusoff. (2016). Analisis
permasalahan pelajar pekak dalam pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. 1(2).
65-79. http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/12016/7.pdf
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran Abad ke-21. In International Conference on Islamic Civilization and
Technology Management (87-105). Research Institute for Islamic Product and Malay
Civilization (INSPIRE). http://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-
09.pdf
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2013). Belajar melalui bermain: Prinsip utama kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd
V. Ravindran M. Veloo & Adenan Ayob . (2020). Learning the 21st century: The implication
of attitude, motivation, and performance in Malay language for secondary school
students. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 5(37), 331-
349. https://doi:10.35631/ijepc.5370027
92
TINJAUAN TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH
RENDAH KEPADA MBK PENDENGARAN
Abdul Hakam Izzat Bin Abd Raman* & Madinah Bt Mohd Yusof (PhD)
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru kepada pengajaran dan
pembelajaran pendidikan moral kepada MBK pendengaran. Reka bentuk
kajian ini adalah secara tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai
35 reponden dalam kalangan guru-guru pendidikan khas telah mengambil
bahagian dalam kajian ini dengan menjawab soal selidik. Soal selidik ini
terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A terdiri daripada profil responden,
bahagian B terdiri daripada 14 item. Bahagian C terdiri daripada 1 item iaitu
soalan terbuka. Soal selidik dan data kuantitatif dianalisis menggunakan
perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS versi 26.0) untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min manakala data soalan terbuka
di analisis secara manual untuk mendapatkan tema yang konsisten. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kepentingan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral kepada MBK pendengaran mengikut persepsi guru-guru
adalah pada tahap yang tinggi dengan min keseluruhannya sebanyak 4.50.
Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan kualiti pengajaran
pendidikan moral kepada MBK pendengaran seperti memperkasakan kualiti
pengajaran pendidikan moral dengan menekankan aspek visual,
pengaplikasian situasi sebenar dan lain-lain.
Kata kunci: MBK pendengaran, pendidikan moral, kekerapan, guru-guru
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Pendidikan Moral menjadi suatu perkara yang penting dalam kalangan masyarakat global
ekoran daripada tercetusnya pelbagai masalah seperti perkauman, penyalahgunaan dadah,
keganasan rumah tangga, perompakan dan jenayah seks (Brooks, J., Bock, T., Narvaez, D.
2013). Masalah sosial yang melibatkan murid sekolah seperti pembuangan bayi, merogol,
pembunuhan, gengsterisme, membuli serta pecah rumah kian meningkat secara mendadak
(Chinnery, A. 2015) Fenomena ini menyebabkan pihak berwajib dan ibu bapa telah meminta
pihak sekolah untuk mengkaji semula keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral (Ibrahim, 2012).
Di Malaysia pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai
usaha untuk mencapai hasrat bagi menurunkan masalah tingkah laku moral dalam kalangan
perlajar dan remaja. Mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan sebagai satu usaha
dan diikuti oleh penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum merupakan satu langkah
yang baik bagi melahirkan insan yang sempurna (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015).
Nilai-nilai pendidikan yang diterapkan dalam sesuatu mata pelajaran akan berjaya
93
dilaksanakan dengan sempurna sekiranya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dengan baik.
Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan
pendidikan pelajar dengan keperluan khas (Jamila Mohd Kutty, 2009). Pendidikan ini
dirancang serta dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi
membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari yang tinggi serta
kejayaan hidup yang memuaskan. Pelajar pendidikan khas yang dimaksudkan adalah MBK
pendengaran.
PERNYATAAN MASALAH
Individu Ketidakupayaan Pendengaran memiliki minat dan kecenderungan yang sama
dengan orang normal (Abdul Munir, 2009). Individu Ketidakupayaan Pendengaran juga
bersosial dan berhibur seperti orang normal. Tahap kognitif Individu Ketidakupayaan
Pendengaran dikatakan sama seperti orang normal. Namun begitu, disebabkan
pemerolehan bahasa yang kurang menyebabkan mereka sedikit ketinggalan daripada orang
normal.
Mohd Salleh Lebar (2007) mendapati kebanyakan MBK pendengaran mempunyai
tingkah laku negatif dan kurang menggalakkan dari segi pertumbuhan mental dan sosial.
Tingkah laku tersebut secara tidak langsung boleh memberi masalah dan cabaran kepada
pihak guru besar, guru-guru keperluan khas, guru kelas dan juga ibu bapa.
Selain itu, menurut Fakhryyah Ismail (2014), terdapat MBK pendengaran yang
memanggil guru dengan panggilan nama sahaja tanpa menggunakan gelaran yang
sepatutnya. Persoalannya, apakah faktor pelajar bermasalah pendengaran ini berkelakuan
begini? Adakah kerana guru tidak pandai mengajar atau pelajar sendiri tidak memahami apa
yang diajar oleh guru. MBK pendengaran berkomunikasi dengan guru dan masyarakat
persekitarannya melalui bahasa isyarat. Namun begitu tidak semua guru dan masyarakat
belajar bahasa isyarat dan dapat menggunakan bahasa isyarat dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, menerusi kajian ini kita akan dapat melihat keperluan
pengajaran Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaaan Pendidikan Khas. Nazri Mahmud
(2004) mengatakan remaja ketidakupayaan pendengaran yang mengikuti kelas agama
secara berterusan boleh berubah menjadi baik. Mereka dapat membezakan antara dosa,
pahala, patuh kepada arahan ibu bapa dan guru, menghargai masa, berbudi mulia,
bersopan santun, bekerjasama, saling membantu, tidak menipu, tidak mencuri dan tidak
melepak di pusat membeli belah.
Pengajaran Pendidikan Moral di sekolah sering kali tidak dipandang serius oleh guru-
guru. Sikap pihak pentadbiran sekolah beranggapan mata pelajaran Pendidikan Moral tidak
penting menyebabkan guru yang mengajar Pendidikan Moral berbeza bagi setiap tahun.
Guru-guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral sekadar memenuhi waktu mengajar.
Menurut Abdul 2 Rahman Aroff (1986), sekiranya guru tidak tahu pengertian moral, maka
dia tidak dapat mengajar Pendidikan Moral. Hal ini juga berlaku kepada pengajaran
Pendidikan Moral kepada MBK pendengaran lebih-lebih lagi guru-guru beranggapan
bahawa mengajar subjek teras itu lebih penting bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam
peperiksaan UPSR.
94
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian
ini. Antara objektif tersebut ialah:
1. Meninjau persepsi guru-guru terhadap pengajaran pendidikan moral sekolah
rendah kepada MBK pendengaran.
2. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral kepada MBK Pendengaran.
Sebanyak dua soalan kajian bagi meninjau persepsi guru-guru terhadap pengajaran
pendidikan moral di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
1. Apakah persepsi guru pendidikan khas terhadap pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral kepada MBK Pendengaran?
2. Apakah cadangan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral kepada MBK Pendengaran?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan reka bentuk kuantitatif
melalui kajian tinjauan. Menurut Beins, B. C. (2009), kajian tinjauan ialah reka bentuk kajian
di mana pengkaji menggunakan soal selidik (berskala likert lima kategori) untuk
mendapatkan data daripada responden. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian
tinjauan. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kuantitatif dengan melakukan
soal selidik kepada guru MBK Pendengaran SKPK sekitar Lembah Klang.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih reka bentuk tinjauan kerana pengkaji ingin
mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral kepada MBK Pendengaran dan mengenal pasti cadangan penambahbaiikan yang
boleh diiaplikasikan kepada pengajaran Pendidikan Moral kepada MBK Pendengaran.
Pengkaji memilih reka bentuk kajian tinjauan kerana rasionalnya pengkaji telah memilih
sampel daripada populasi yang dikenalpasti dan boleh dianalisa untuk menjawab persoalan
kajian serta boleh digunakan untuk mengukur pemboleh ubah.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini melibatkan 35 responden, iaitu 33 (94.3%) guru opsyen Pendidikan Khas dan 2
(5.7%) terdiri daripada guru opsyen bukan Pendidikan Khas. Manakala dari aspek
pengalaman responden, dapatan kajian menunjukkan 23 (65.7%) guru mempunyai
pengalaman mengajar < 5 tahun, 6 (17.1%) guru mempunyai pengalaman <10 tahun,
3(8.6%) mempunyai pengalaman mengajar masing-masing <15 tahun dan <20 tahun.
Seterusnya, dari aspek matapelajaran pula, mata pelajaran diajar oleh guru bagi
bahasa Inggeris dan bahasa Isyarat komunikasi seramai 2 orang (5.7%), bahasa Melayu
seramai 19 orang (54.3%), Matematik seramai 1 orang (2.9%), Pendidikan Moral 8 orang
(22.9%), dan Sains seramai 3 orang (8.6%). dan subjek sains seramai 2 (7%), Hal ini
diringkaskan seperti dalam jadual 1 berikut.
95
Jadual 1
Profil Responden
Profil Responden Kekerapan Peratus (%)
Opsyen Pendidikan Khas 33 94.3
Bukan Pendidikan Khas 2 5.7
Pengalaman 35 100.0
mengajar Jumlah 65.7
<5 23
Guru mata 17.1
pelajaran <10 6 8.6
<15 3 8.6
<20 3 100.0
Jumlah 35 5.7
Bahasa Inggeris
2 5.7
Bahasa Isyarat
Komunikasi 2 54.3
2.9
Bahasa Melayu 19 22.9
Matematik 1 8.6
8 100.0
Pendidikan Moral 3
Sains 35
Jumlah
Persepsi Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral Sekolah
Rendah Kepada Mbk Pendengaran
Dalam bahagian ini, pengkaji menggunakan skor min bagi menjawab persoalan pertama
iaitu. Dapatan menunjukkan keperluan pengajaran Pendidikan Moral kepada MBK
pendengaran mengikut persepsi guru-guru adalah tinggi. Keputusan daripada kajian yang
telah dijalankan ke atas 35 orang guru MBK Pendengaran yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di tiga buah sekolah PPKI sekitar Lembah Klang dapat dilihat dalam Jadual
5. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap keperluan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral kepada MBK pendengaran adalah pada
tahap yang tinggi. Hal ini dapat dilihat pada nilai min keseluruhannya yang rata-rata
menunjukkan atas daripada 4.00.
Pernyataan item 1 iaitu “Pembelajaran pendidikan moral penting di SKPK”
menunjukkan hampir kesemua responden setuju dengan item ini. Jumlah responden item 1
ialah 25(71.43%) orang yang sangat setuju, 7(20%) orang setuju, 2(5.7%) tidak pasti dan
1(2.86%) orang sangat tidak setuju dengan min keseluruhan 4.57. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral adalah
tinggi mengikut persepsi guru-guru.
Manakala pernyataan item 2 iaitu “MBK pendengaran sering mempunyai masalah
moral” menunjukkan 11(31.4%) orang sangat setuju, setuju serta tidak pasti dengan item ini
manakala 2(5.7%) orang tidak setuju dengan item ini dengan min keseluruhan sebanyak
3.89. Hasil dapatan item ini menunjukkan bahawa persepsi guru kepada MBK pendengaran
sering mempunyai masalah moral menunjukkan pada tahap tinggi iaitu sebanyak 63%.
96
Pernyataan item 4 iaitu “Kesukaran memahami perkara abstrak menyebabkan MBK
Pendengaran mengalami kekeliruan terhadap nilai yang perlu ditonjolkan dalam situasi yang
tertentu” menunjukkan 19(54.3%) orang sangat setuju, 13 (37.1%) setuju dan 3 (8.6%)
orang tidak pasti dengan item ini dengan min keseluruhannya sebanyak 4.46.
Manakala pernyataan item 10 iaitu “Penerapan nilai murni perlu diterapkan oleh
semua guru tidak kira mata pelajaran” menunjukkan 24(68.6%) orang sangat setuju, dan
11(31.4%) setuju dengan item ini dengan min keseluruhannya sebanyak 4.69. Hasil dapatan
item ini menunjukkan bahawa guru-guru beranggapan bahawa pengajaran pendidikan moral
dan pemupukan nilai murni perlu diteruskan oleh ibu bapa di rumah.
Jadual 2
Persepsi guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah
kepada MBK Pendengaran
No Items Skor Min Min Tahap
Tahap SS
STS 25 4.57 Tinggi
TS TP S 11 3.89 Tinggi
Pembelajaran 27 27 4.71 Tinggi
1 pendidikan moral 1 2 11 11 19 4.46 Tinggi
26
penting di SKPK 20 4.51 Tinggi
3 13 25 4.66 Tinggi
MBK Pendengaran 22 4.57 Tinggi
2 13
2 sering mempunyai
28
masalah moral
2 11
MBK Pendengaran 97
3 sukar memahami
perkara abstrak
Kesukaran
memahami perkara
abstrak
menyebabkan MBK
Pendengaran
4 mengalami
kekeliruan terhadap
nilai yang perlu
ditonjolkan dalam
situasi yang
tertentu.
Pendidikan moral
5 membantu dalam
membetulkan akhlak
MBK pendengaran
Pendidikan moral
mengajar MBK
6 Pendengaran untuk
sentiasa berakhlak
mulia
Pendidikan Moral
7 mampu membentuk
akhlak peribadi
murid
Pendidikan Moral
mampu mengatasi
8 masalah keruntuhan 4 12 19 4.43 Tinggi
akhlak dalam
kalangan MBK
Pendengaran
Pendidikan moral
9 perlu merentas 5 9 21 4.46 Tinggi
kurikulum.
Penerapan nilai
murni perlu
10 diterapkan oleh 11 24 4.69 Tinggi
semua guru tidak
kira mata pelajaran
MBK Pendengaran
memanggil nama
guru-guru
11 menggunakan nama 1 1 10 10 13 3.94 Tinggi
tanpa panggilan
guru/cikgu
dihadapan
MBK pendengaran
perlu bimbingan
12 keluarga bagi 2 7 26 4.69 Tinggi
membantu mereka
mengatasi masalah
moral
Pendidikan moral
13 mampu melahirkan 2 11 22 4.57 Tinggi
murid yang
disayangi guru.
Pendidikan moral
dan penerapan nilai
14 murni hendaklah 1 5 29 4.80 Tinggi
diteruskan di rumah
oleh ibu bapa
Min Keseluruhan 4.50 Tinggi
Cadangan Penambahbaikan Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Moral Kepada Mbk Pendengaran
Jadual 3 menunjukkan dapatan soal selidik bagi persoalan cadangan penambahbaikan
terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral kepada MBK pendengaran yang
telah dijawab oleh responden. Pengkaji telah menganalisis bilangan kekerapan dan
peratusan berdasarkan soalan terbuka. Pengkaji juga telah menyenaraikan beberapa
cadangan daripada guru yang hampir sama maksud untuk dianalisis. Sebanyak 34 daripada
35 orang guru telah menjawab soalan terbuka yang telah dikemukakan.
Hasil daripada analisis persoalan kedua, item yang pertama, 13(37.1%) guru telah
mencadangkan agar pengajaran Pendidikan Moral ditambah baik dengan menggunakan
98
teknik simulasi atau perbanyakkan aktiviti pengaplikasian situasi sebenar. Pengkaji dapat
menyimpulkan beberapa jawapan yang menarik daripada guru untuk menambah baik
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Guru-guru telah memberikan
cadangan untuk menggunakan teknik simulasi atau perbanyakkan aktiviti pengaplikasian
situasi sebenar kepada MBK pendengaran agar kefahaman murid tentang nilai-nilai moral
akan lebih mendalam. Hal ini juga dipersetujui Vishalache (2007) mendapati penggunaan
dilema kehidupan sebenar dalam pengajaran Pendidikan Moral menggalakkan
perkembangan moral pelajar. Pelajar akan berfikir secara matang sebelum memberi
pendapat kerana isu atau topik yang dibincangkan adalah sebahagian dari kehidupan
mereka. Penggunaan dilema kehidupan sebenar menggalakkan pelajar mengambil
bahagian secara aktif dalam perbincangan kumpulan dengan memberi pendapat dengan
lebih yakin dan berani. Guru juga harus mengaitkan nilai dengan masalah yang
dibincangkan supaya pelajar mempelajari mata pelajaran ini dengan lebih minat dan sensitif.
Manakala, cadangan penambah baikan yang kedua iaitu pemantapan pelbagai
kaedah pengajaran dan isi kandungan pembelajaran kepada MBK pendengaran telah
dicadangkan oleh 9(25.7%) guru. Pelbagai kaedah pengajaran mampu untuk meningkatkan
kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Penggunaan kaedah dan teknik
yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang
untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran
tanpa merasa jemu dan bosan. Isi pelajaran yang dipilih juga haruslah isi pelajaran yang
terbaik lebih-lebih lagi kepada MBK pendengaran. Hal ini kerana MBK pendengaran
bergantung sepenuhnya pada visual. Oleh itu, guru seharusnya memilih isi kandungan yang
sesuai dengan kekurangan yang dihadapi oleh murid.
Bagi cadangan penambahbaikan yang ketiga, guru-guru telah mencadangkan agar
penggunaan BBM yang menarik dan interaktif (lebihkan visual) telah dicadangkan oleh
9(25.7%) guru untuk digunakan bagi mengajar MBK pendengaran. Hal ini amat bertepatan
dnegan situasi yang dialami oleh MBK pendengaran kerana murid-murid ini amat
bergantung kepada visual bagi mempelajari sesuatu perkara kerana mereka hilang
keupayaan untuk mendengar. Satiah (2009), bersetuju bahawa bagi meningkatkan
pembelajaran dan pengajaran murid masalah pendengaran, keperluan dalam menggunakan
alat bantu mengajar seperti fotografi, grafik, gambar rajah dan lain-lain amat diperlukan bagi
meningkatkan keupayaan pembelajaran dan juga untuk memotivasikan mereka ke arah
pembelajaran yang positif.
Seterusnya, cadangan penambahbaikan keempat iaitu “lantikan guru daripada
opsyen Pendidikan Moral” telah dicadangkan oleh 2(5.7%) orang guru. Keberkesanan PdP
bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman guru. Pendidikan Moral di sekolah,
kebanyakannya diajar oleh guru bukan opsyen. Guru tidak menguasai penyampaian
pengajaran juga menjadi masalah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
terutamanya dalam kalangan guru bukan opsyen Moral. Mahadir dan Noor Banu (2008)
menyatakan persediaan guru Pendidikan Moral tidak memuaskan. Sesetengah guru hanya
melihat dan membaca kandungan dalam buku teks. Terdapat juga guru yang tidak mengajar
langsung Pendidikan Moral dan menggunakan waktu itu untuk mengajar subjek lain.
Seterusnya, cadangan penambahbaikan kelima iaitu “menjadikan pendidikan moral
sebagai subjek wajib” telah dicadangkan oleh 2(5.7%) orang guru. Pengkaji berpendapat
pendidikan moral dijadikan subjek wajib ini adalah menjadikan pendidikan moral seperti
subjek bahasa melayu yang diadakan peperiksaan. Keberkesanan PdP bergantung kepada
99
pengetahuan dan kefahaman guru. Pendidikan Moral di sekolah, kebanyakannya diajar oleh
guru bukan opsyen. Sikap pihak pentadbiran sekolah beranggapan mata pelajaran
Pendidikan Moral tidak penting menyebabkan guru yang mengajar Pendidikan Moral
berbeza bagi setiap tahun. Guru-guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral sekadar
memenuhi waktu mengajar. Menurut Abdul Rahman Aroff (1986), sekiranya guru tidak tahu
pengertian moral, maka dia tidak dapat mengajar Pendidikan Moral.
Seterusnya, terdapat 1(2.9%) guru yang tidak mencadangkan cadangan
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Jadual 3
Cadangan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
No Cadangan Kekerapan Peratus (%)
Penambahbaikan
13 37.1
Menggunakan teknik
9 25.7
1 simulasi/perbanyak aktiviti
9 25.7
pengaplikasian situasi 2 5.7
2 5.7
sebenar 1 2.9
35 100
Pemantapan pelbagai
2 kaedah pengajaran/isi
kandungan pembelajaran
kepada MBK
Penggunaan BBM yang
3 menarik/interaktif (lebihkan
visual)
4 Lantikan guru daripada
opsyen pendidikan moral
5 Menjadikan pendidikan
moral sebagai subjek wajib
6 Tiada
Jumlah Kekerapan
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral kepada MBK
pendengaran penting dan perlu diperkasakan oleh guru-guru dan semua pihak seperti ibu
bapa, pihak KPM dan IPGM dan sebagainya kerana ianya akan dapat memberikan kesan
yang positif pada jangka masa yang panjang kepada perilaku dan akhlak dalam kalangan
MBK pendengaran ini. Hal ini disokong oleh, Nazri Mahmud (2004) mengatakan remaja
pekak yang mengikuti kelas agama secara berterusan boleh berubah menjadi baik. Mereka
dapat membezakan antara dosa, pahala, patuh kepada arahan ibu bapa dan guru,
menghargai masa, berbudi mulia, bersopan santun, bekerjasama, saling membantu, tidak
menipu, tidak mencuri dan tidak melepak di pusat membeli belah.
100
Implikasi Kepada Guru
Pengkaji beranggapan dengan kajian ini ia akan memberikan idea kepada guru bagi
memperkasakan pengajaran mereka terutamanya dalam subjek pendidikan moral kepada
MBK pendengaran seperti penggunaan bahan visual yang lebih menarik, pengaplikasian
situasi sebenar di dalam pengajaran dan lain-lain. Hal ini disokong oleh Cavanaugh (2006)
iaitu menekankan penggunaan imej dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai
manfaat untuk menyokong kefahaman pelajar, penyimpanan, dan aplikasi.
Implikasi Kepada MBK Pendengaran
Dengan adanya kajian ini, kesedaran nilai moral MBK pendengaran dapat dipertingkatkan
dan mereka mampu untuk mengaplikasikan nilai moral dengan lebih baik di masa akan
datang. Hal ini kerana pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral dapat diterapkan di
dalam diri MBK pendengaran secara menyeluruh tidak kira di sekolah mahupun di rumah.
Selain itu, MBK pendengaran juga dapat membina keyakinan untuk berhadapan dengan
masyarakat.
Implikasi Kepada Ibu Bapa
Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dapat meningkatkan kesedaran, lebih-lebih lagi
kepada ibu bapa yang mempunyai anak kehilangan pendengaran. Ibu bapa akan sedar
bahawa pengajaran nilai moral ini penting untuk diterapkan di rumah kerana anak mereka
juga akan berinteraksi dengan masyarakat pada masa akan datang. Ibu bapa juga tidak
perlu untuk terlalu memanjakan anak mereka sehinggakan pembelajaran mereka terabai.
Implikasi Kepada NGO & Masyarakat
Kajian ini mampu meningkatkan pengetahuan dan membuka minda ahli-ahli NGO serta
masyarakat mengenai kepentingan pengajaran pendidikan Moral. NGO yang berkaitan dan
masyarakat juga boleh membantu dalam penerapan nilai moral kepada MBK pendengaran
dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada anggota masyarakat bahawa MBK
pendengaran ini juga mempunyai kognitif ataupun pemikiran yang sama seperti manusia
normal kerana mereka juga mampu untuk berfikir seperti manusia normal.
Implikasi Kepada Cadangan
Pengkaji telah menyenaraikan beberapa cadangan yang dirasakan sesuai untuk
dilaksanakan pada masa akan datang dan diharapkan akan terdapat kajian yang lebih
terperinci berkaitan pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral kepada MBK
pendengaran seperti melakukan satu kajian tentang kefahaman MBK pendengaran terhadap
nilai-nilai moral yang diajarkan di sekolah.
Selain itu, pengkaji juga memberi cadangan tentang kajian ini dapat dijalankan
dengan lebih mendalam seperti kaedah untuk meningkatkan kualiti pengajaran pendidikan
moral agar MBK pendengaran mudah untuk memahami nilai-nilai moral pada masa akan
datang. Oleh itu, guru-guru juga akan dapat mempelajari kaedah-kaedah dan strategi
pengajaran yang lebih sistematik bagi membantu mereka untuk mengajar pendidikan moral
di sekolah.
101
Pengkaji seterusnya juga boleh melihat usaha-usaha yang lebih terancang yang
diperlukan terutamanya oleh bahagian atau unit di sekolah atau institusi bagi mencari
pendekatan yang sangat sesuai untuk memberi pendedahan kepada tenaga pengajar
tentang peranannya yang amat penting dalam meningkatkan tahap kefahaman nilai-nilai
moral kepada MBK pendengaran.
Pengkaji seterusnya juga ingin mencadangkan kajian ini akan dijalankan dengan
lebih meluas dengan menggunakan responden dari pihak MBK pendengaran pula. Hal ini
semestinya akan dapat membantu MBK pendengaran serta guru-guru bagi memberikan
kefahaman yang mendalam tentang nilai-nilai yang terdapat dan diajar dalam subjek
Pendidikan Moral.
RUJUKAN
Abdul Munir Haji Ismail. (2009). Dakwah kepada orang pekak di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. [Disertasi tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Beins, B. C (2009) research method: A tool for life. Boston: Pearson Education.
Brooks, J., Bock, T., Narvaez, D. (2013). Moral motivation, moral judgement and antisocial
behavior. Journal of Research in Character Education Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik (4), 27-33
Cavanaugh, T. (2006). Images in education. Retrieved October 6, 2014, from
http://drscavanaugh.org/digitalcamera/images-in-education.html
Chinnery, A. (2015). On moral luck and nonideal moral education. Educational Theory.
Fakhryyah Ismail (2014) Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Pendidikan
Khas. [Disertasi tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Ibrahim. (2012, June 8). The renaissance of national ideologies-Pancasila and Rukun
Negara: Nurturing just and civilised humanity. New Straits Times, p. 16.
Jamila Mohd Kutty. (2009) Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS Professional
Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum bersepadu sekolah menengah huraian
sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan satu. St. Simon Educational.
https://www.stsimon.edu.my/mn/wpcontent/uploads/2015/05/hsp_moral_f1.pdf
Mohd Salleh Lebar. (2007) Masalah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
berkeperluan khas dalam pendengaran. Universiti Putra Malaysia
Nazri Mahmud (2004) Pekak dan bisu menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Satiah Abdullah. (2009). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid pekak.
Universiti Malaya
Syed Ismail Syed Musapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam
pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.
Vishalache, B. (2002). Penggunaan dilema real-life dalam pengajaran Pendidikan Moral
[Disertasi tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Malaya
Vishalache, B. (2010). The development of moral education in Malaysia. Asia Pacific:
Journal of Educators and Education, 25, 89–101.
Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak remaja di Felda Ulu Belitong. [Disertasi tesis
sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
102
PERSEPSI GURU PELATIH PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PENDENGARAN TERHADAP AMALAN PLAGIARISME DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU (IPG)
Azrinul Ramadhan Bin Abdul Karim* & Madinah Binti Mohd Yusof (PhD)
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang kesedaran amalan plagiat
dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas masalah pendengaran. Kajian
ini melibatkan sebanyak 30 responden yang terdiri daripada guru pelatih
pendidikan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan
Jun 2017 daripada opsyen masalah pendengaran di Institut Pendidikan Guru
(IPG) di Kuala Lumpur. Tujuan utama kajian ini ialah untuk menyelidik
kesedaran guru pelatih pendidikan khas daripada opsyen masalah
pendengaran di sebuah IPG. Satu set soal selidik mengandungi 10 item yang
terbahagi kepada tiga bahagian diedarkan bagi mendapatkan jawapan
kepada kajian. Bahagian A dijawab berdasarkan kesesuaian, manakala
bahagian B pula dijawab menggunakan Skala Likert. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan SPSS 26.0 (Statistical Package For The Social
Science) dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, peratusan dan min.
Bahagian C pula merupakan soalan respon terbuka untuk guru pelatih
memberikan pendapat mereka. Hasil daripada kajian ini mendapati perkara
yang menyumbang kepada aktiviti plagiat oleh guru pelatih adalah
melakukan tugasan apabila tarikh menghantar tugasan semakin hampir
dengan min sebanyak 4.03. Kajian mendapati bilangan responden yang
mempunyai tahap kekerapan yang tinggi iaitu sangat setuju dalam
mengambil petikan tanpa memberikan sebarang rujukan adalah sebanyak 4
orang (11.8%). Manakala bilangan responden yang tidak bersetuju dalam
mengambil petikan tanpa menyatakan sumber rujukan adalah seramai 6
(17.6%). Di samping itu, tujuan amalan plagiat sering dilakukan kerana sering
menangguh kerja dan melakukan tugasan pada saat akhir dengan min
keseluruhan sebanyak 4.03.
Kata kunci: Plagiat, Institut Pendidikan Guru, Guru pelatih pengkhususan
pendidikan khas masalah pendengaran
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Pada masa kini, kemudahan teknologi yang telah muncul memberi kemudahan kepada
setiap individu untuk mendapatkan maklumat dengan pantas terutama kepada golongan
muda. Perkara ini memberikan kelebihan kepada setiap orang untuk menyelesaikan tugasan
harian. Perkembangan arus kemodenan teknologi juga telah melahirkan ramai golongan
muda yang semakin bijak dalam mencari maklumat untuk menyelesaikan tugasan terutama
golongan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kemudahan seperti perpustakaan di
103
setiap institusi dan perpustakaan awam juga disediakan kepada orang awam supaya
memudahkan mahasiswa membuat rujukan melalui kajian yang lepas untuk mendapatkan
maklumat. Namun, perkara ini disalahgunakan oleh sebahagian mahasiswa di IPT kerana
mereka menggunakan kajian lampau tersebut sebagai hasil kajian mereka tanpa
memberikan sumber rujukan. Malahan ada yang berani mengambil hasil kerja rakan mereka
sendiri demi menyelesaikan tugasan yang diberikan tanpa memikirkan kesan terhadap
tindakan mereka.
Kajian ini memberi fokus kepada kesedaran guru pelatih pengkhususan pendidikan
khas masalah pendengaran terhadap amalan plagiarisme di sebuah Institut Pendidikan
Guru (IPG). Kajian ini dilakukan di IPG kerana pensyarah sering menekankan keaslian hasil
kerja, pencegahan sebarang tindakan plagiat dan kesan amalan plagisrisme jika didapati
bersalah. Namun, perbuatan plagiat dalam kalangan guru pelatih di IPG terutama dalam
tugasan penulisan akademik masih berleluasa kerana beberapa faktor yang dikaji dalam
kajian ini. Sebuah kajian Arieff Salleh Rosman et al (2008), menyatakan tiada signifikan
perbezaan antara pelaku plagiat lelaki dan perempuan iaitu min bagi pelajar lelaki ialah 2.32
dan min bagi pelajar perempuan ialah 2.06 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Berpandukan dapatan kajian pengkaji tersebut, kekerapan pelajar di UTM melakukan
kelakuan plagiat adalah rendah tetapi tanggapan mereka terhadap amalan plagiarisme
adalah tidak jelas.
Seterusnya, perbuatan plagiat merupakan perbuatan salah laku jenayah terutama
dalam kalangan ahli akademik. Perbuatan plagiat akan menjejaskan kredibiliti pemilik asal
karya dan penerbit. Sikap jujur dan bertanggungjawab setiap individu adalah penting dalam
menghasilkan karya mereka tersendiri tanpa memanupilasikan karya milik orang lain dan
mengubah karya tersebut supaya menjadi lebih asli. Perbuatan plagiat bukanlah perkara
yang baru tetapi perkara tersebut semakin bertambah kerana kemudahan teknologi pada
masa kini memudahkan perkara tersebut berlaku serta sikap mahasiswa yang tidak jujur
dalam melakukan tugasan dalam penulisan akademik dan kajian penyelidikan. Kajian ini
menjelaskan pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif, metodologi kajian, dapatan dan
perbincangan serta cadangan dan implikasi terhadap kajian ini.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian berkaitan plagiarisme adalah amat penting dalam dunia akademik untuk mengukur
tahap intergriti sesebuah institusi pengajian tinggi. Ahli akademik sesebuah institusi
pengajian tinggi sama ada pelajar atau pensyarah mempunyai kebarangkalian terlibat dalam
plagiarisme kerana perkara tersebut boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.
Plagiarisme adalah termasuk dalam kesalahan menipu dan mencuri di samping
bertentangan dengan asas etika dan undang-undang (Brandt, 2002) Menurut Christopher
Ricks dalam British Academy Lecturet, plagiarisme adalah perbuatan yang dianggap tidak
bermoral semenjak berkurun lamanya (Goldgar, 2001). Masalah ketidakjujuran akademik
sama ada penipuan atau plagiat dalam kalangan para pelajar adalah kebimbangan utama
yang melanda institusi pengajian tinggi. Perkara ini akan menyebabkan reputasi pemilik asal
karya terjejas kerana ciptaan dan idea telah dicuri dan orang lain mengagumi individu yang
melakukan plagiat tersebut kerana menganggap individu tersebut adalah pencipta karya
tersebut.
104
Daripada kajian Ashworth dan Bannister (1997), para pelajar institusi pengajian tinggi
didapati tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang tingkah laku yang dianggap
sebagai plagiarisme. Ini menyebabkan gejala plagiat berleluasa di kalangan para pelajar di
institusi pengajian tinggi. Daripada dapatan kajian yang dilakukan sejumlah 40 hingga 70
peratus para pelajar pengajian tinggi di Amerika Syarikat telah melakukan aktiviti
ketidakjujuran akademik dalam bentuk yang pelbagai (McCabe & Bowers, 1994). Kajian
yang lain pula mendapati hampir 30% daripada para pelajar kolej dan universiti di Amerika
Syarikat telah melakukan kesalahan plagiat dalam menyediakan tugasan mereka. Amalan
plagiat ini sukar untuk dikesan kerana isu ni berlaku terlalu kerap dan sukar untuk ahli
akademik iaitu pensyarah mengesan kegiatan ini kerana karya-karya yang diambil pelajar
akan diubah suai sehingga karya tersebut seolah-olah milik pelajar tersebut.
Di Malaysia, hak moral seseorang pencipta diberi perlindungan undang-undang
berdasarkan seksyen 25(2) Hak Cipta 1987. Seksyen tersebut melindungi pencipta asal
pada sesebuah karya dan tiada pihak yang boleh menggunakan karya tersebut tanpa
keizinan pencipta, menukar nama hak milik pencipta, mengubah suai secara jelas, atau
memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta. Oleh itu, kajian berkaitan persepsi siswa
guru terhadap plagiarisme di IPG adalah penting untuk meninjau kefahaman mereka
terhadap tingkah laku yang dikatakan sebagai plagiat.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian
ini. Antara objektif tersebut ialah:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan khas masalah
pendengaran terhadap amalan plagiarisme.
2. Menentukan tahap kesedaran guru pelatih pendidikan khas masalah
pendengaran terhadap perlakuan plagiat.
Sebanyak dua soalan kajian bagi meninjau guru pelatih dalam bidang pengkhususan
pendidikan khas masalah pendengaran terhadap amalan plagiarisme di IPG.
1. Apakah tahap kesedaran guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah
pendengaran terhadap amalan plagiarisme?
2. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas
masalah pendengaran terhadap perlakuan plagiat?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Pengkaji memilih reka bentuk kajian tinjauan kerana
pengkaji mahu menentukan tahap kesedaran dan pengetahuan guru pelatih terhadap
plagiarisme di IPG. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif.
Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini kerana dapat mengumpulkan data dalam
bentuk numerik untuk menjelaskan suatu fenomena seperti tahap kesedaran. (Neuman,
2011). Pengkaji menyediakan soal selidik menggunakan perisian “google form” yang
terbahagi kepada 2 bahagian. Pengkaji mengedarkan soal selidik tersebut melalui aplikasi di
dalam telefon pintar yang digunakan untuk berkomunikasi iaitu aplikasi “whatsapp”.
105
Pengkaji menerima maklum balas daripada responden secara serta merta apabila
responden selesai menjawab soal selidik tersebut. Pengkaji memilih reka bentuk kajian
tinjauan kerana rasionalnya pengkaji telah memilih sampel daripada populasi yang
dikenalpasti dan boleh dianalisa untuk menjawab persoalan kajian serta boleh digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah. Penggunaan kaedah tinjauan juga memudahkan
penyelidik memperolehi kerjasama daripada responden, senang ditadbir, data mudah dikutip
dan dianalisis.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Profil responden
Kajian ini melibatkan 30 responden iaitu 10 (33.3%) ambilan Jun 2017, 11 (36.7%) ambilan
Jun 2018 dan 9 (30%) ambilan Jun 2019. Guru pelatih terdiri daripada kelas G8.2 seramai
10 orang (33.3%), G6.3 seramai 11 orang (36.7%) dan G4.3 seramai 9 orang (30%). Jantina
terdiri daripada 15 (50%) lelaki dan 15 (50%) perempuan. Umur linkungan 21-22 seramai 20
(66.7%) orang dan 23-25 seramai 10 (33.3%) orang.
Jadual 1
Profil responden
Profil Responden Kekerapan Peratus (%)
Kelas G8.2 10 33.3
G6.3 11 36.7
Jantina G4.3 9 30.0
Umur 30 100.0
Jumlah 15 15.0
Lelaki 15 15.0
Perempuan 30 100.0
Jumlah 0 0
18-20 20 66.7
21-22 10 33.3
23-25 30 100.0
Jumlah
Persoalan kajian 1: tahap pengetahuan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas
masalah pendengaran terhadap amalan plagiat.
Item 1 hingga 6 menunjukkan dapatan soal selidik bagi persoalan tahap pengetahuan guru
pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran terhadap amalan plagiat.
yang telah dijawab oleh responden. Pengkaji telah menganalisis bilangan kekerapan dan
peratusan berdasarkan skor likert, skor min bagi setiap item. Pengkaji juga menentukan
tahap pengetahuan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran
terhadap amalan plagiat berdasarkan item 1 hingga 6.
Dapatan kajian bagi persoalan ini menunjukkan guru pelatih mempunyai tahap
pengetahuan terhadap perbuatan amalan plagiat. Antara tingkah laku yang telah dinyatakan
dalam soalan kajian merupakan amalan plagiat dan kebanyakan responden tidak melakukan
perkara tersebut. Nilai min bagi keseluruhan item bagi persoalan kajian 1 adalah 2.74 iaitu
pada tahap yang rendah. Perkara ini mungkin disebabkan sebahagian guru pelatih
mempunyai sifat integriti dan jujur dalam melakukan tugasan sepanjang menjalankan
106
pengajian di IPG. Pengalaman dan kemahiran guru pelatih sentiasa akan meningkat kerana
pengaruh persekitaran dan pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara. Berdasarkan
teori ekologi Bronfenbrenner (1979), seseorang individu akan mempengeruhi persekitaran
dan akan berubah berdasarkan persekitaran mereka. Oleh itu, faktor pengaruh rakan
sebaya, bimbingan pensyarah dan tindakan terhadap amalan plagiat oleh institusi pengajian
tinggi masing-masing akan mempengaruhi guru pelatih untuk tidak melakukan atau
melakukan tingkah laku plagiat. Dapatan ini disokong oleh Arieff Salleh Rosman (2008)
mendapati bahawa kekerapan pelajar UTM melakukan plagiat adalah rendah dan terdapat
kepelbagaian persepsi terhadap integriti tingkah laku yang dikemukakan.
Skor min tertinggi adalah pada item 5 iaitu 4.03. Pernyataan 5 iaitu “ saya sering
melakukan tugasan ketika tarikh menghantar tugas hampir tamat” membuktikan guru pelatih
pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran bersetuju dengan pernyataan
tersebut kerana seramai 13 (43.3%) orang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai
2 (6.7%) tidak bersetuju, 5 (16.7%) tidak pasti dan 10 (33.3%) orang memilih sangat setuju
dengan pernyataan tersebut. Nilai min bagi pernyataan tersebut ialah 4.03. Nilai min adalah
berada di tahap yang tinggi dan hasil dapatan kajian ini menunjukkan guru pelatih
pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran sering melakukan tugasan pada saat
akhir dan perkara ini menyebabkan kualiti pada hasil tugasan adalah kurang memuaskan
serta berlaku tingkah laku plagiat kerana meminta pertolongan rakan untuk menjadikan
bahan rujukan dan menyalin serta mengubah suai hasil kerja rakan-rakan malah ada yang
menyalin terus dari laman sesawang. Perkara ini juga boleh menyebabkan tingkah laku
plagiat berlaku kerana demi menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat. Item ini
membuktikan masih ramai guru pelatih sering menangguhkan tugasan yang diberikan
pensyarah. Hasil penulisan akademik yang dilakukan guru pelatih adalah tidak asli
sebahagiannya atau tidak kemas apabila melakukan tugasan tersebut pada saat akhir.
Perkara ini juga boleh menjejaskan markah dalam pencapaian akademik sekaligus
menjejaskan purata nilai gred (PNG) pada semester yang terlibat. Baharin Abu et al (2007)
menyatakan terdapat perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek
perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar
mempunyai kepelbagaian dan kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar
yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini mempunyai
gaya pembelajaran yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya belajar yang
berbeza disesuaikan mengikut persekitaran. Kajian tersebut menjelaskan bahawa setiap
individu mempunyai kelebihan yang berbeza dan tidak semua individu mampu
menghasilkan karya yang berkualiti di saat akhir. Guru pelatih perlu merancang untuk
menyelesaikan tugasan secara sistematik dan tidak menangguh tugasan yang diberikan
sama ada tugasan akademik atau bukan akademik. Perbuatan menangguh kerja juga akan
menjejaskan kepercayaan orang lain terhadap individu tersebut.
Skor min terendah adalah pada item 3 iaitu 1.40. Pernyataan 3 iaitu “saya sering
menyalin semula tugasan rakan tanpa meminta kebenaran dan tidak mengubah kandungan
hasil kerja mereka” menunjukkan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah
pendengaran tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Sebanyak 22 ( 73.3%) orang
sangat tidak bersetuju, 4 (13.3%) orang tidak setuju dan 4 (13.3%) memilih tidak pasti. Nilai
min bagi pernyataan tersebut adalah 1.40 iaitu sangat rendah. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran
tahu bahawa perbuatan tersebut merupakan amalan yang salah kerana mempunyai unsur
plagiat yang jelas. Perbuatan mengambil hasil kerja rakan tanpa meminta keizinan juga
merupakan perbuatan mencuri dan menciplak. Jika pihak atasan mengesan perbuatan
107
tersebut, tindakan akan dikenakan kepada kedua-dua pelajar yang terlibat kerana memberi
rakan peluang untuk menyalin hasil kerja walaupun tanpa pengetahuan rakan tersebut.
Perbuatan tingkah laku plagiat bukan sahaja menjejaskan individu yang melakukan perkara
tersebut malah menjejaskan imej pemilik karya asal. Wan Hanna Melini Wan Mohtar (2018),
menyatakan seorang penulis terkenal berhadapan dengan tuduhan mahkamah apabila
beliau dituduh memplagiat 100 halaman daripada 258 halaman buku Along With Youth :
Heminway, The Early Karya penulis Peter Grifin. Buku yang dijadualkan untuk terbit pada
awalnya terpaksa ditangguhkan kerana perkara ini. Syarikat penerbitan juga menanggung
kesalahan ke atas kes ini. Institusi pengajian tinggi di negara ini selalu menekankan perkara
plagiat supaya dilakukan oleh pelajar-pelajar di universiti supaya karya yang dihasilkan asli
dan berkualiti.
Persoalan kajian 2: tahap kesedaran guru pelatih pengkhususan pendidikan khas
masalah pendengaran terhadap perlakuan plagiat.
Item 7 hingga 10 menunjukkan dapatan soal selidik bagi persoalan tahap kesedaran guru
pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran terhadap perlakuan plagiat
yang telah dijawab oleh responden. Pengkaji telah menganalisis bilangan kekerapan dan
peratusan berdasarkan skor likert, skor min bagi setiap item. Pengkaji juga menentukan
tahap kesedaran guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran
terhadap perlakuan plagiat berdasarkan item 7 hingga 10. Min bagi keseluruhan item
persoalan kajian 2 ialah 2.87 iaitu pada tahap yang rendah.
Min skor terendah ialah item 8 iaitu 1.83. Pernyataan 8 iaitu “Saya tidak tahu mencari
bahan rujukan” menunjukkan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah
pendengaran sangat tidak setuju terhadap pernyataan tersebut. Seramai 12 (40.0%) orang
sangat tidak setuju dan 12 (40.0%) orang tidak setuju terhadap pernyataan berikut.
Selebihnya ialah 5 (16.7%) tidak pasti dan 1 (3.3%) bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Nilai min bagi pernyataan tersebut ialah 1.83 iaitu sangat rendah. Hasil dapatan kajian
menunjukkan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran tahu cara
untuk mencari sumber rujukan dengan baik. Perkara ini menunjukkan guru pelatih mampu
menyelesaikan sesuatu tugasan berdasarkan sumber yang dipercayai. Item ini menunjukkan
guru pelatih mempunyai kesedaran terhadap perbuatan plagiat kerana mereka mampu
mencari sumber rujukan apabila melakukan tugasan. Namum masih terdapat sebilangan
yang kecil daripada guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran
masih tidak menguasai kemahiran mencari maklumat untuk melakukan tugasan. Mereka
menggunakan hasil tugasan rakan atau mencari sumber yang kurang sahih seperti laman
“blogspot” atau “Wikipedia” iaitu maklumat yang kurang sahih kerana maklumat di laman
sesawang tersebut adalah tidak sahih, bukan kajian serta boleh berubah mengikut kehendak
penulis. Penulis pula terdiri daripada sesiapa sahaja yang sukarela dan tiada penarafan
akademik. Sikap kurang membaca menyebabkan mahasiswa kurang berpengetahuan
seterusnya mengakibatkan mereka tidak berani dan gagal memberikan idea yang baik
ketika sesi perbincangan dalam kelas (Anas Roshad, 2016). Guru pelatih perlu menguasai
kemahiran komunikasi supaya boleh meminta bantuan atau bertanyakan soalan kepada
rakan-rakan atau pensyarah. Bantuan yang perlu diberikan adalah dalam bentuk bimbingan
dan bukan hasil kerja rakan kerana perkara ini juga cenderung berlaku tingkah laku plagiat.
Guru pelatih yang sedar akan kesalahan plagiat akan menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai seorang mahasiswa dengan meminta bimbingan, berusaha menguasai ilmu serta
tidak memberikan hasil kerja mereka kepada rakan yang lain.
108
Min skor tertinggi ialah item 7 iaitu 3.93. Pernyataan 7 iaitu “Saya suka menangguh
tugasan yang diberikan oleh pensyarah.” Menunjukkan guru pelatih pengkhususan
pendidikan khas masalah pendengaran bersetuju terhadap pernyataan tersebut kerana
seramai 16 (53.3%) orang memilih setuju. Selebihnya ialah 1 (3.3%) orang sangat tidak
setuju, 2 (6.7%) orang tidak setuju, 3 (10.0%) orang tidak pasti dan 8 (26.7%) orang sangat
setuju terhadap pernyataan tersebut. Nilai min bagi pernyataan tersebut adalah 3.93. hasil
dapatan kajian menunjukkan guru pelatih pengkhususan pendidikan khas masalah
pendengaran sering menangguh tugasan yang diberikan oleh pensyarah sehingga berlaku
keadaan tergesa-gesa dalam menyiapkan tugasan pada saat akhir. Perkara ini juga
menyebabkan kualiti hasil kerja guru pelatih akan berkurangan dan keaslian penulisan
meragukan. Perbuatan menangguh kerja akan menyebabkan guru pelatih bertindak
melakukan plagiat dengan menyalin hasil kerja orang lain daripada rakan-rakan dan laman
sesawang kerana melakukan kerja sehingga waktu menghantar tugasan hampir tamat.
Perkara ini cenderung menghasilkan banyak kualiti kerja dan guru yang tidak memenuhi ciri-
ciri yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan IPGM. Guru yang
mempunyai ciri-ciri abad ke 21 haruslah bertanggungjawab dan berdisiplin dalam
menggalas tugasan mereka sebagai seorang guru. Jelas bahawa terdapat sebilangan guru
pelatih masih mempunyai kesedaran terhadap perlakuan plagiat pada tahap yang rendah
kerana melakukan perkara yang cenderung melakukan perkara plagiat iaitu menangguh
tugasan sehingga saat akhir. Perkara tersebut juga memberikan impak yang negatif dalam
kehidupan seharian kerana menjejaskan kepercayaan masyarakat dan rakan terhadap
individu tersebut.
Jadual 2
Frekuensi, Kekerapan, nilai min dan interprestasi skor Min Bagi Item-item Soal Selidik
Tentang Pengetahuan dan Kesedaran Guru Pelatih Pengkhususan Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran Terhadap Amalan Plagiarisme.
No Pernyataan Skala Min Tahap
SS
Soalan STS TS TP S 0 2.30 Rendah
Saya selalu mengambil 1 2.20 Rendah
petikan orang lain tanpa 0 1.40 Rendah
1 membuat sebarang 6 13 7 4 5 3.03 Tinggi
perubahan kandungan untuk
menyiapkan tugasan saya.
Saya selalu mengambil
2 petikan tanpa menyatakan 10 11 3 5
sumber rujukan yang sebenar.
Saya sering menyalin semula
tugasan rakan tanpa
3 kebenaran dan tidak 22 4 4 0
mengubah kandungan hasil
kerja mereka.
Masa yang diberikan untuk
4 menyiapkan tugasan tidak 1 11 9 4
mencukupi.
Saya sering melakukan 2 5 13 10 4.03 Tinggi
5 tugasan ketika tarikh 0
menghantar tugasan hampir
109
tamat.
Saya tidak dapat
6 membahagikan masa dengan 1 76 8 8 3.50 Tinggi
baik untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Saya suka menangguh
7 tugasan yang diberikan oleh 1 2 3 16 8 3.93 TInggi
pensyarah.
8 Saya tidak tahu mencari 12 12 5 1 0 1.83 Rendah
bahan rujukan.
9 Saya suka mencari jalan 0 3 7 10 10 3.90 Tinggi
penyelesaian yang mudah.
10 Saya sering meniru hasil kerja 16 7 3 4 0 1.83 Rendah
rakan sejak dari sekolah.
Min keseluruhan 2.80 Rendah
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Berdasarkan keputusan kajian yang dijalankan ke atas 30 orang guru pelatih, jelas
menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan terhadap amalan plagiarisme
dan kesedaran terhadap terhadap perbuatan plagiat dalam kalangan guru pelatih
pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran di IPG adalah tidak signifikan. Data
yang diperoleh diberikan dalam bentuk peratusan dan nilai min untuk meningkatkan nilai
kebolehpercayaan data tersebut. Hasil dapat kajian menunjukkan guru pelatih mempunyai
pengetahuan yang baik terhadap amalan plagiat namun kesedaran terhadap perbuatan
plagiat masih rendah kerana masih terdapat guru pelatih yang menggunakan cara plagiat
untuk menyiapkan tugasan kerana faktor-faktor yang tertentu dan sudah terjawab pada
soalan kajian yang telah diedarkan. Keseluruhan nilai min bagi kajian ini ialah 2.80 iaitu
berada di tahap yang rendah. Perkara ini membuktikan guru pelatih pengkhususan
pendidikan khas masalah pendengaran yang melakukan amalan plagiat adalah dalam
bilangan yang kecil kerana pengetahuan dan kesedaran terhadap perbuatan plagiat adalah
tinggi.
Namun, dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih pengkhususan pendidikan
khas masalah pendengaran ini mempunyai kesedaran yang rendah terhadap perlakuan
plagiat kerana sikap yang menjurus ke arah perbuatan plagiat dan mereka sedar perbuatan
tersebut adalah plagiat tetapi tetap melakukan perkara tersebut kerana sebab-sebab yang
tertentu seperti masa yang diberikan tidak mencukupi, sering menangguh segala tugasan
yang diberikan, sering melakukan kerja pada saat akhir, tiada kemahiran pengurusan masa
dan lain-lain. Guru pelatih pengkhususan pendidikan khas juga mencadangkan beberapa
cara untuk mengurangkan amalan plagiat dalam kalangan guru pelatih di IPG supaya
penulisan akademik lebih berkualiti dan lebih asli.
Implikasi
Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan beberapa perkara dan peranan pihak institut
pengajian tinggi dalam membantu mengurangkan amalan plagiarisme yang sedang
110
berleluasa hingga tahap yang kritikal. khususnya dalam institusi pendidikan sendiri,
contohnya pentadbiran tertinggi sesebuah universiti yang terdiri dari pensyarah-pensyarah
sendiri seharusnya memberikan panduan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar mereka.
Berdasarkan kenyataan Anas Roshad (2015), selepas sesuatu tugasan diberikan, mereka
sewajarnya memberikan arahan yang jelas dan terperinci serta menegaskan bahawa apa-
apa perbuatan dan perlakuan yang mempunyai unsur plagiat adalah dilarang sama sekali.
Mereka perlu menegaskan lagi dengan menyatakan perkara tersebut adalah satu bentuk
rompakan dan pencerobohan dalam dunia penulisan akademik jadi hal itu perlu dipandang
serius oleh pensyarah akademik. Pelajar perlu menerapkan rasa hormat terhadap penulisan
orang lain dengan menceritakan tentang penulisan tersebut. Pensyarah memainkan
peranan yang sama penting dalam mempengaruhi gerak kerja pelajar mereka. Jika
pensyarah itu sendiri bersifat tidak mengambil peduli, berkemungkinan besar pelajar mereka
akan melakukan plagiat secara sengaja dan perkara ini akan menambahkan lagi perbuatan
tersebut dalam kalangan pelajar lain. Selain itu, pensyarah juga boleh memberikan sedikit
penghargaan kepada pelajar mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarisme
sepanjang sesi kuliah. Perkara ini boleh meningkatkan kepercayaan mereka terhadap diri
sendiri sehingga memberi kesan kepada penulisan mereka. Penulisan akan lebih berkualiti
dan asli kerana hasil daripada idea pelajar sendiri. Perkara ini penting untuk diterapkan
kepada mana-mana institusi pengajian tinggi supaya dapat melahirkan lebih ramai pemimpin
yang berintegriti dan amanah dalam melakukan pekerjaan.
Cadangan
Kajian ini hanya menumpukan kepada tahap pengetahuan dan kesedaran guru pelatih
pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran. Kajian pada masa akan datang
boleh diperbaik dengan mengadakan temu bual untuk mencari maklumat cara-cara murid
melakuakan perbuatan plagiat sehingga tidak dikesan seperti mengambil petikan dari
sumber-sumber yang berbeza dan mengolahkan petikan tersebut dengan menggabungkan
petikan lain atau mengubah susunan ayat sahaja dan tidak memberikan rujukan sumber.
Pengkaji juga boleh menggunakan aplikasi yang boleh mengesan unsur plagiat di dalam
kerja kursus guru pelatih untuk meningkatkan lagi kepercayaan dan maklumat yang
diperolehi dalam kajian.
RUJUKAN
Abdul Rashid Moten. (2014). Academic Dishonesty and Misconduct Curbing Plagiarism in
The Muslim World. Intellectual Discourse, IIUM Press. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Anas Roshad. (2016). Langkah-langkah Menangani Plagiarisme Tugasan dan Etika
Profesional. Dimuat turun pada 8/2/2021 di
https://anasandthelighthouse.wordpress.com/2015/06/06/langkah-langkah-
menangani-plagiarisme-tugasan-etika-dan-profesional/
Arieff Salleh Rosman, Ahmad Mahyuddin, Azmi Shah, Mohd Nasir & Nurazmallail (2008).
Persepsi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Ashworth, P. dan P. Bannister. (1997). Guilty in whose Eyes? University Students‟
Perceptions of Cheating and Plagiarism in Academic Work and Assessment. Studies
in Higher Education.
111
Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar. (2007).
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. VOT 71881.
Brandt,D.S. (2002) Copyright‟s (not so) Little Cousin, Plagiarism. Computers in Libraries.
22(5): 39-41.
Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and
design. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Goldgar, B. A. (2001) Imitation and Plagiarism: The Lauder Affair and its Critical Aftermath.
Studies in the Literary Imagination. 34(1): 1-16.
McCabe, D. dan W. Bowers. (1994). Academic Dishonesty Among Males in college: A Thirty
Year Perspective. Journal of College Student Development. 35(1): 5-10.
Neuman, W.L. (2011) Social Research Methods:Qualitative and Quantitative Approaches.
7th Edition, Pearson, Boston.
112
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL MURID
KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN TAHUN 3 MENGGUNAKAN KIPAS
INTERAKTIF
Nur Syamimiliyana binti Md Arifpin* & Hajarul Bahti binti Zakaria (PhD)
ABSTRAK
Kajian ini memfokuskan kemahiran membina ayat tunggal murid
ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga di sebuah sekolah yang
mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Hasil daripada
tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian tidak menguasai kemahiran
membina ayat kerana penguasaan dalam sistem bahasa yang sangat lemah
menyebabkan kekeliruan dalam penyusunan subjek dan predikat. Bahasa
komunikasi amat mudah digunakan tetapi bahasa penulisan banyak
melibatkan rumus tertentu dan perlu dipatuhi. Kajian ini dijalankan adalah
untuk melihat peningkatan kemahiran peserta kajian dalam aspek menyusun
perkataan membentuk struktur ayat tunggal serta kemahiran membina dan
menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan menggunakan Kipas
Interaktif. Peserta kajian perlu memilih perkataan yang sesuai berdasarkan
gambar mewakili subjek dan predikat pada bilah Kipas Interaktif yang
mempunyai warna bahagian yang berbeza dalam tiga sesi intervensi. Data
dikumpul melalui ujian, analisis dokumen dan juga temu bual serta dianalisis
secara deskriptif. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peserta
kajian dapat meningkatkan kemahiran menyusun perkataan serta membina
dan menulis ayat tunggal dengan menggunakan Kipas Interaktif bermula dari
sesi 1, sesi 2 dan sesi 3. Keputusan akhir kajian ini mendapati bahawa
kemahiran membina dan menulis ayat tunggal peserta kajian dapat
ditingkatkan. Kajian ini penting dalam membantu para guru mempelbagaikan
kaedah dalam meningkatkan kemahiran membina ayat bagi murid
ketidakupayaan pendengaran.
Kata kunci: kemahiran membina ayat, penyusunan subjek dan predikat,
murid ketidakupayaan pendengaran
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran penting yang terkandung dalam
pembelajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai selari dengan penguasaan kemahiran
membaca (Abdul Rasid Jamian, 2011). Menurut Tuah Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir
(2012), menulis merupakan satu proses memindahkan lambang bunyi yang tersusun dan
melahirkan bunyi yang bermakna serta dijadikan sebagai alat komunikasi. Namun,
berdasarkan pengalaman sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), timbul
permasalahan dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran apabila mereka tidak
dapat berkomunikasi dengan menggunakan struktur ayat yang betul kerana terbiasa dengan
113
bahasa mudah yang digunakan ketika berisyarat. Hal ini lantas menatijahkan kepada
penguasaan kemahiran membina ayat yang lemah dalam penulisan kerana kekeliruan dari
segi penyusunan subjek dan predikat dalam membentuk dan membina ayat.
Oleh sebab itu, pengkaji memperkenalkan Kipas Interaktif untuk membantu murid
ketidakupayaan pendengaran meningkatkan penguasaan dalam bidang bahasa
terutamanya dalam konteks pembinaan ayat. Penggunaan Kipas Interaktif ini menerapkan
teori Lev Vygotsky yang mana dengan adanya bantuan dan bimbingan daripada bahan
sokongan, perkembangan konsep murid dalam memahami struktur pembentukan ayat dapat
ditingkatkan secara logikal dan rasional. Kajian ini juga dijalankan dalam satu kitaran sahaja
berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart yang bermula dengan tinjauan awal,
perancangan, tindakan dan pemerhatian serta refleksi. Penggunaan Kipas Interaktif yang
bertindak sebagai bahan pemudahcara kepada murid ketidakupayaan pendengaran diharap
berupaya untuk meningkatkan kemahiran membina dan membentuk ayat tunggal sekali gus
meningkatkan rasa minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji memperkenalkan penggunaan Kipas Interaktif yang berupaya untuk menangani
masalah kesukaran membina ayat tunggal dalam kalangan peserta kajian. Pengkaji memilih
untuk meningkatkan kemahiran membina ayat jenis ayat tunggal kerana ayat jenis tunggal
ini merupakan asas dalam penulisan yang hanya melibatkan struktur yang ringkas iaitu satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat (Nik Safiah Karim et al., 2015). Dalam
pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran membina ayat juga merupakan antara komponen
penting yang perlu dikuasai pada peringkat awal. Jika murid tidak dapat menguasai
kemahiran membina ayat tunggal pastinya sukar bagi murid untuk menghasilkan penulisan
yang lebih gramatis. Peserta kajian juga menunjukkan kesukaran dalam menyusun
perkataan dalam sesi PdPc kerana tidak memahami fungsi subjek dan predikat untuk
membentuk struktur ayat tunggal.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga menggunakan
Kipas Interaktif. Objektif khusus adalah seperti berikut:
1. Murid dapat menyusun perkataan untuk membentuk struktur ayat tunggal dengan
menggunakan Kipas Interaktif.
2. Murid dapat membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan
menggunakan Kipas Interaktif
Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian berikut:
1. Adakah murid dapat menyusun perkataan untuk membentuk struktur ayat tunggal
dengan menggunakan Kipas Interaktif?
2. Adakah murid dapat membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar
dengan menggunakan Kipas Interaktif?
114
PESERTA KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan ke atas seorang murid ketidakupayaan pendengaran di salah
sebuah sekolah kebangsaan yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI). Peserta kajian dipilih bagi melihat kesan sebelum dan selepas penggunaan Kipas
Interaktif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam aspek membina ayat tunggal. Peserta
kajian ini mempunyai ketidakupayaan pendengaran pada kedua-dua belah telinganya yang
dikategorikan sebagai tahap teruk iaitu 80db pada telinga kanan dan 70db telinga kiri.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Rajah 1
Pelaksanaan tindakan kajian
Ujian Sesi Intervensi 1 Sesi Intervensi Sesi Intervensi 3 Ujian
Pra (Ujian (Ujian Pasca
(Ujian
Pencapaian 1) Pencapaian 2) Pencapaian 3)
Rajah 1 menunjukkan pelaksanaan tindakan kajian yang dijalankan secara atas talian
menggunakan medium Google Meet dengan peruntukan waktu dalam lingkungan 30 hingga
60 minit bagi setiap sesi. Ujian pencapaian juga dilaksanakan setelah selesai setiap sesi
intervensi bagi melihat kadar peningkatan peserta kajian. Sewaktu sesi intervensi 1
dijalankan, pengkaji memperkenalkan terlebih dahulu ayat jenis tunggal dan cara
penggunaan Kipas Interaktif. Berikut merupakan langkah pelaksanaan bagi setiap sesi
intervensi:
Jadual 1
Langkah Pelaksanaan Setiap Sesi Intervensi Menggunakan Kipas Interaktif
Langkah pertama Peserta kajian ditayangkan satu gambar perbuatan dalam slaid
Menyusun Pengkaji bertanyakan soalan pertama kepada peserta kajian iaitu
perkataan „siapakah yang berada di dalam gambar tersebut?
membentuk
struktur ayat Peserta kajian dikehendaki memilih warna bilah yang mewakili
tunggal
subjek (siapa) pada Kipas Interaktif.
Peserta kajian dikehendaki mencari perkataan yang sesuai dengan
gambar pada warna bilah yang dipilih dan menulis jawapan
tersebut dalam satu kertas.
Langkah diteruskan dengan soalan kedua dan ketiga iaitu „buat
apa dan apa‟.
115
Peserta kajian ditayangkan satu gambar situasi seperti situasi
„Gotong-Royong di Luar Rumah‟ dalam slaid.
Peserta kajian dikehendaki membina lima ayat tunggal
Langkah kedua berdasarkan gambar situasi tersebut dengan menggunakan Kipas
Interaktif.
Membina dan Pengkaji bertanyakan tiga soalan seperti yang dinyatakan dalam
menulis ayat langkah pertama iaitu „siapakah yang berada dalam gambar?‟ dan
berdasarkan
gambar situasi kemudian peserta kajian perlu memilih warna bilah yang mewakili
subjek serta jawapan bersesuaian berdasarkan gambar.
Kemudian, pengkaji bertanyakan soalan seterusnya bagi
melengkapkan ayat tunggal iaitu „buat apa dan apa‟. Langkah
diteruskan sehingga lima ayat tunggal dibina.
Kaedah PengumpulaUnjiaDnatpaeDncaanpCaiarnadMitaednbgiar nsaetleislaish selesai sesi intervensi.
Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data sepanjang kajian dijalankan iaitu
kaedah ujian (ujian pra, ujian pencapaian dan ujian pasca), analisis dokumen (latihan
peserta kajian) dan juga temu bual berstruktur bagi mendapatkan data yang terperinci dan
menyeluruh. Penganalisisan data bagi kaedah ujian dilakukan secara deskriptif melalui
perbandingan skor markah yang dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Bagi analisis
dokumen pula, pengkaji membanding bezakan latihan peserta kajian yang diberikan oleh
guru sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Bagi temu bual berstruktur pula, temu
bual ditranskripsikan dan dikodkan dalam bentuk jadual.
DAPATAN KAJIAN
Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk rajah dan
jadual yang merangkumi ujian, analisis dokumen dan juga temu bual terhadap guru Bahasa
Melayu peserta kajian sebagai responden. Melalui perbincangan ini, kedua-dua persoalan
kajian dapat dijawab.
Ujian
Rajah 2
Perbandingan skor ujian bagi aspek menyusun perkataan membentuk struktur ayat tunggal
dan juga membina ayat tunggal berdasarkan gambar.
Skor Ujian Pra, Ujian Pencapaian
dan Ujian Pasca
6 4 5
3 4
5
33
4
22
32
21
1
0
Ujian Pra Ujian Pencapaian Ujian Pencapaian Ujian Pencapaian Ujian Pasca
123
Menyusun perkataan membentuk struktur ayat tunggal yang betul
Membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar
116
Berdasarkan data yang dimuatkan dalam Rajah 2 di atas, peserta kajian menunjukkan
peningkatan dalam kedua-dua aspek iaitu menyusun perkataan membentuk struktur ayat
tunggal serta membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar. Dalam aspek
menyusun perkataan, prestasi peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pencapaian pertama
hanyalah dua daripada lima skor markah. Namun, peserta kajian menunjukkan peningkatan
bermula pada sesi intervensi kedua sehinggalah ujian pasca ditadbir setelah selesai sesi
intervensi. Hal ini membuktikan terdapat peningkatan dalam kemahiran peserta kajian dalam
aspek menyusun perkataan. Manakala dalam aspek membina dan menulis ayat tunggal,
prestasi peserta kajian dalam ujian pra hanya satu skor markah dan peningkatan
ditunjukkan dalam ujian pencapaian pertama dan kedua. Peningkatan seterusnya dapat
dilihat dalam ujian pasca dengan memperoleh sebanyak empat daripada lima skor markah.
Hal ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan dalam kemahiran peserta kajian dalam
aspek membina dan menulis ayat tunggal. Justeru, hal ini membuktikan kemahiran
menyusun perkataan membentuk struktur ayat tunggal serta membina dan menulis ayat
tunggal dapat ditingkatkan melalui penggunaan Kipas Interaktif.
Analisis Dokumen
Jadual 2
Analisis Dokumen Latihan Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Intervensi
Sebelum intervensi Selepas intervensi
Latihan Contoh ayat Jumlah Contoh ayat Jumlah
ayat ayat
tunggal tunggal
yang yang
dibina dibina
dengan dengan
betul betul
Menulas Azib Adik lari
Buku baca Siti
Ibu menyiram pokok
Masak ibu
Latihan Diri kakak 1 Abang kejar 3
1 Adik makan Ayah mencabut
rumput
Ibu memasak sayur
Latihan Bermain Azib 1 Mencuci pinggan 4
2 kereta mangkuk
Menyusun buku Kakak menyiang
kaka ikan
Gigi memberus Ibu menggoreng
Menyapu sayur
sampah siti
Adik mengupas
Ayah mencuci bawang
Abang mengelap
meja
Jadual 2 menunjukkan bahawa peserta kajian dapat menyusun kedudukan subjek dan
predikat dengan betul dalam membina ayat setelah sesi intervensi dijalankan. Hal ini dapat
117
dibuktikan melalui perbandingan contoh ayat yang dibina berdasarkan latihan-latihan
tersebut. Jumlah ayat tunggal yang dibina dengan betul juga meningkat daripada hanya satu
kepada tiga hingga empat ayat. Hal ini menjustifikasikan bahawa peserta kajian dapat
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar dengan menggunakan
Kipas Interaktif.
Temu bual Berstruktur
Hasil temu bual bersama guru Bahasa Melayu mendapati bahawa terdapat maklum balas
yang positif mengenai penggunaan Kipas Interaktif terhadap kemahiran menulis ayat
tunggal peserta kajian. Dalam aspek menyusun perkataan, guru Bahasa Melayu
menjelaskan bahawa Kipas Interaktif membantu peserta kajian untuk memahami kedudukan
perkataan dengan betul kerana Kipas Interaktif ini mengandungi bahagian warna yang
berbeza mewakili subjek dan predikat. Selain itu, penguasaan kemahiran membina ayat
tunggal peserta kajian juga dapat dilihat melalui prestasi semasa proses PdPR. Responden
menyatakan bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran
menstrukturkan ayat dengan betul dalam latihan yang diberikan.
Dalam aspek membina ayat pula, responden menjelaskan bahawa Kipas Interaktif
sangat membantu memudahkan peserta kajian memahami cara membina ayat berdasarkan
gambar pada setiap bilah. Responden juga menyatakan bahawa peserta kajian berupaya
membina ayat dengan baik dalam latihan yang diberikan sewaktu PdPR berlangsung
walaupun hanya ayat yang ringkas. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan Kipas
Interaktif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal kepada peserta kajian
REFLEKSI
Objektif kajian yang ditetapkan iaitu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal murid
ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga menggunakan Kipas Interaktif telah berjaya
dicapai. Persoalan kajian juga berjaya dijawab sepenuhnya oleh pengkaji berdasarkan hasil
dapatan yang diperoleh melalui pelaksanaan tindakan kepada peserta kajian. Berdasarkan
analisis dapatan yang diperoleh melalui ujian, analisis dokumen dan temu bual berstruktur,
terbukti bahawa kemahiran peserta kajian dalam aspek menyusun perkataan membentuk
struktur ayat tunggal serta membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Kipas Interaktif. Hal ini selari dengan kajian oleh Aidah
Alias et al. pada tahun 2016 yang menjelaskan bahawa murid ketidakupayaan pendengaran
memerlukan imej visual interaktif dan imej visual pegun dalam proses PdPc bagi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja, pencapaian peserta
kajian dalam kemahiran membina ayat tunggal dalam latihan yang diberikan juga telah
menjustifikasikan bahawa penggunaan Kipas Interaktif membantu peserta kajian mengingati
kaedah dan teknik membina ayat kerana reka bentuk BBB yang menarik iaitu segi warna,
bentuk serta visual dan mudah difahami oleh peserta kajian. Dapatan ini juga selari dengan
kajian Nik Hassan Seman et.al (2016) yang menjelaskan bahawa penggunaan BBB yang
sesuai dengan kemampuan murid ketidakupayaan pendengaran dapat membantu murid
untuk menerima, memahami dan mengingati kandungan pelajaran dalam jangka masa yang
lama.
Dalam pelaksanaan kajian ini, antara kekuatan yang turut mempengaruhi
keberhasilan tindakan intervensi adalah melalui penerapan imej visual yang terdapat pada
hujung bilahan Kipas Interaktif. Gambar yang mewakili perkataan pada setiap bilahan amat
118
membantu peserta kajian untuk memahami maksud perkataan tersebut. Manakala, antara
kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan tindakan kajian ini ialah saiz bilahan
Kipas Interaktif. Kipas Interaktif yang digunakan dalam sesi intervensi secara atas talian
agak sukar untuk dilihat dengan jelas. Peserta kajian tidak dapat melihat dengan jelas dan
memerlukan pengkaji mengulangi dan mempamerkan dalam keadaan yang sangat dekat.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Bagi menambahbaik mutu pelaksanaan kajian pada masa akan datang, terdapat beberapa
cadangan yang berjaya dikenal pasti oleh pengkaji. Antaranya adalah dengan penggunaan
bilah kipas yang lebih besar bagi membantu peserta kajian melihat dengan lebih jelas di
samping menarik minat mereka untuk menggunakannya Selain itu, penambahan bilah
perkataan pada ketiga-tiga bahagian Kipas Interaktif juga berupaya untuk membantu
peserta kajian mempelbagaikan penggunaan kosa kata dalam pembinaan ayat. Seterusnya,
Kipas Interaktif ini juga dapat ditambahbaik melalui penambahan kata bantu dan juga kata
hubung pada bilah Kipas Interaktif. Hal ini dapat meningkatkan fungsi Kipas Interaktif dan
pengkaji dapat menggunakannya untuk membantu peserta kajian bukan sahaja dalam
konteks ayat tunggal malah boleh digunakan untuk membina ayat majmuk.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (1), 1-12
Aidah Alias, Nadzri Mohd Sharif, Nor Fariza Baharuddin. (2016). Penerokaan kesan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan visual imej dalam kalangan pelajar
cacat pendengaran. Jurnal Komunikasi, 335-350.
Nik Hassan Seman, Mustafa Che Omar, Abdullah Yusoff dan Mohd Yusof Abdullah.(2016).
Analisis permasalahan pelajar cacat pendengaran dalam pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal Ilmi, 105-124
Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim Musa et.al. (2015). Tatabahasa dewan edisi ketiga.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuah Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pengajaran kemahiran bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
119
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA MURID KETIDAKUPAYAAN
PENDENGARAN TAHUN TIGA MENGGUNAKAN KOTAK IMBASAN
BERWARNA
Nadiah Binti Samsul Bahri* & Hajarul Bahti Bin Zakaria (PhD)
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini memfokuskan terhadap kemahiran mengeja suku
kata KV+KV murid ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga. Tinjauan awal
mendapati bahawa peserta kajian tidak dapat menguasai kemahiran mengeja
suku kata yang paling mudah iaitu suku kata KV+KV kerana kekeliruan
terhadap bunyi suku kata dan bentuk huruf. Kemahiran mengeja merupakan
asas kepada proses membaca mahupun menulis dalam bahasa Melayu.
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengeja suku kata
KV+KV murid ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga menggunakan Kotak
Imbasan Berwarna. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) yang dipilih melalui keputusan ujian
diagnostik serta analisis dokumen. Pengkaji menggunakan Kotak Imbasan
Berwarna dalam tiga sesi intervensi untuk membantu meningkatkan
kemahiran mengeja suku kata KV+KV dengan memusingkan kotak yang
mempunyai suku kata akhiran KV lalu dipadankan dengan kotak yang
mempunyai suku kata awalan KV dan gambar visual. Setelah sesi intervensi
dilaksanakan, data dikumpulkan melalui ujian pencapaian dan temu bual.
Hasil analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan kemahiran
mengeja peserta kajian dari aspek membatangkan suku kata dan mengeja
secara berisyarat dari sesi 1, sesi 2, sesi 3 dan ujian pencapaian akhir.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kotak Imbasan
Berwarna dapat meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KV+KV peserta
kajian. Kajian ini penting bagi membantu guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi meningkatkan kemahiran mengeja murid ketidakupayaan
pendengaran Tahun Tiga.
Kata kunci: Kotak Imbasan Berwarna, mengeja, suku kata, ketidakupayaan
pendengaran
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Kemahiran membaca yang merupakan asas dalam memulakan pembelajaran merangkumi
aspek mengeja secara berperingkat. Masalah melibatkan kemahiran mengeja timbul
disebabkan kekangan untuk membunyikan sesuatu huruf melalui cara mengeja pada setiap
huruf memandangkan murid ketidakupayaan pendengaran menghafal ejaan melalui deria
penglihatan. Berdasarkan praktikum lepas, murid ketidakupayaan pendengaran ini
mempunyai masalah ejaan apabila murid sering melakukan kesalahan ejaan ketika
menjawab soalan dan mengambil masa yang lama untuk mengeja ejaan. Murid boleh
120
mengisyaratkan “bola” tetapi mengejanya sebagai “belo”. Keputusan ujian diagnostik dan
analisis dokumen jelas menunjukkan permasalahan dalam kemahiran mengeja suku kata
KV+KV.
Pengkaji telah membina satu bahan bantu belajar (BBB) yang cenderung ke arah
visual iaitu Kotak Imbasan Berwarna. Ini selari dengan kenyataan Aidah Alias et al. (2013)
iaitu murid ketidakupayaan pendengaran lebih mudah mempelajari sesuatu perkara melalui
visual. Penggunaan BBB Kotak Imbasan Berwarna ini merupakan scaffolding iaitu
bimbingan dan sokongan berdasarkan Teori Lev Vygotsky dalam meningkatkan kemahiran
mengeja suku kata KV+KV menggunakan Kotak Imbasan Berwarna. Perancangan dan
pelaksanaan tindakan yang telah pengkaji jalankan ialah berdasarkan empat peringkat
dalam kitaran model kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu tinjauan awal, merancang
tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan mereflek dengan satu kitaran sahaja.
Pemilihan intervensi yang sesuai melalui penggunaan Kotak Imbasan Berwarna dalam
kajian ini diharap dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran mengeja suku kata
KV+KV.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji memilih untuk meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KV+KV murid
ketidakupayaan pendengaran memandangkan ejaan merupakan asas kepada proses
membaca mahupun menulis dalam bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan
kepada dua perkara iaitu membatangkan suku kata dan mengeja secara secara berisyarat.
Tindakan ini diharap dapat membantu murid dalam penguasaan kemahiran mengeja
seterusnya membaca ayat yang mudah serta menulis dengan betul. Penguasaan dalam
kemahiran mengeja yang turut meningkatkan kemahiran membaca membantu murid untuk
memahami konsep yang dipelajari dalam subjek lain (Mohd Hanafi bin Mohd Yasin et al.,
2013).
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran mengeja bagi murid ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga
melalui penggunaan Kotak Imbasan Berwarna
Objektif Khusus
1. Murid dapat membatangkan suku kata menggunakan Kotak Imbasan Berwarna
2. Murid dapat meningkatkan kemahiran mengeja secara berisyarat menggunakan
Kotak Imbasan Berwarna
Persoalan Kajian
1. Adakah murid dapat membatangkan suku kata menggunakan Kotak Imbasan
Berwarna?
2. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengeja secara berisyarat
menggunakan Kotak Imbasan Berwarna?
121
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan seorang murid lelaki ketidakupayaan pendengaran Tahun Tiga yang
bersekolah di salah sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di Selangor. Peserta
kajian ini merupakan seorang murid biasa di sekolah tersebut dari kelas Tiga Merah.
Peserta kajian ini mengalami ketidakupayaan pendengaran pada kedua-dua belah
telinganya iaitu 85 dB bagi telinga sebelah kanan dan 79 dB bagi telinga sebelah kiri yang
merupakan kategori masalah pendengaran pada tahap teruk. Peserta kajian ini dipilih
melalui keputusan ujian diagnostik dan analisis dokumen.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian ini menggunakan Kotak Imbasan Berwarna ketika sesi intervensi dalam
meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KV+KV. Intervensi ini menfokuskan kepada
dua belas perkataan iaitu bola, keju, kayu, raga, guli, topi, batu, meja, mata, buku, pipi dan
jari. Terdapat tiga sesi intervensi yang dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google
Meet dalam masa seminggu disebabkan kekangan pandemik COVID-19. Setiap sesi
intervensi hanya mengambil masa sebanyak 30 minit. Ujian pencapaian yang dijalankan
pada akhir setiap sesi intervensi dan akhir keseluruhan sesi intervensi hanya menguji dua
perkara iaitu membatangkan suku kata menggunakan Kotak Imbasan Berwarna dan
mengeja secara berisyarat. Langkah-langkah tindakan mengikut sesi intervensi adalah
seperti yang tertera dalam Rajah 1 manakala kaedah A dijelaskan dalam Rajah 2 dibawah:
Rajah 1
Carta aliran langkah-langkah tindakan
Sesi 1 • Pengenalan kepada Kotak Imbasan Berwarna
(Hari 1) • Pengenalan empat perkataan suku kata KV+KV
Sesi 2 • Kaedah A
(Hari 2)
• Pengenalan empat perkataan suku kata KV+KV
Sesi 3 • Kaedah A
(Hari 3)
• Pengenalan empat perkataan suku kata KV+KV
• Kaedah A
• Ujian pencapaian akhir
Rajah 2
Ringkasan langkah-langkah dalam kaedah A
Kaedah A
1. Paparan gambar pada slaid
2. Paparan isyarat ejaan
3. Membatangkan perk1a2ta2an dengan Kotak Imbasan
Berwarna
4. Bimbingan isyarat ejaan
5. Penilaian kemahiran mengeja (Ujian Pencapaian Sesi).
Kaedah pengumpulan data dan cara menganalisis data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pencapaian dan
temu bual dalam memperoleh data yang terperinci. Ujian pencapaian pada akhir setiap sesi
intervensi dan akhir keseluruhan sesi intervensi yang dianalisis secara deksriptif
menggunakan skor markah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta bar berdasarkan
kedua-dua persoalan kajian ini iaitu membatangkan suku kata KV+KV menggunakan Kotak
Imbasan Berwarna dan mengeja secara berisyarat. Temu bual berstruktur pula dianalisis
secara kualitatif mengikut tema dan dipersembahkan dalam jadual berdasarkan kedua-dua
persoalan kajian ini. Temu bual dijalankan terhadap guru peserta kajian bagi melihat
keberkesanan penggunaan Kotak Imbasan Berwarna selepas intervensi serta
perkembangan peserta kajian yang terbaharu terhadap kemahiran mengeja perkataan suku
kata KV+KV.
DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada dapatan telah mendapati bahawa pengumpulan data melalui ujian
pencapaian dan temu bual dapat menjawab kedua-dua persoalan. Oleh itu, dapatan kajian
untuk ujian pencapaian dan temu bual diterangkan seperti yang berikut.
Ujian Pencapaian
Rajah 3
Carta bar keputusan ujian pencapaian bagi membatangkan suku kata
Keputusan Ujian Pencapaian
(Membatangkan Suku Kata)
14 Sesi 2 Sesi 3 Ujian Akhir
12
10
8
6
4
2
0
Sesi 1
Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Ujian Akhir
Berdasarkan Rajah 3, skor markah ujian pencapaian bagi membatangkan suku kata
menunjukkan peningkatan dari sesi 1 hingga ujian pencapaian akhir. Skor markah penuh
bagi sesi 1 hingga sesi 3 adalah empat markah manakala bagi ujian pencapaian akhir
adalah sebanyak 12 markah. Bagi aspek membatangkan suku kata, pada sesi 1, peserta
kajian memperoleh skor markah sebanyak tiga per empat markah. Terdapat peningkatan
kemahiran mengeja suku kata KV+KV apabila peserta kajian berjaya memperoleh empat
per empat markah pada sesi 2 dan sesi 3. Peningkatan markah semakin jelas apabila
peserta kajian berjaya memperoleh 12 per 12 markah yang merupakan markah penuh.
123
Rajah 4
Carta bar keputusan ujian pencapaian bagi mengeja secara berisyarat
Keputusan Ujian Pencapaian
(Mengeja secara berisyarat)
14 Sesi 2 Sesi 3 Ujian Akhir
12
10
8
6
4
2
0
Sesi 1
Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Ujian Akhir
Berdasarkan Rajah 4, skor markah ujian pencapaian bagi mengeja secara berisyarat
menunjukkan peningkatan dari sesi 1 hingga ujian pencapaian akhir. Bagi aspek mengeja
secara berisyarat, terdapat peningkatan dalam skor markah apabila peserta kajian berjaya
memperoleh tiga per empat markah dan konsisten dengan pencapaian tersebut pada sesi 2.
Peningkatan berlaku apabila berjaya memperoleh markah penuh dalam sesi 3 iaitu empat
per empat markah. Peserta kajian konsisten dengan markah penuh tetapi skor yang
diperoleh adalah sebanyak 12 per 12 markah.
Temu bual
Pengkaji telah mengekodkan temu bual tersebut kepada tiga kategori iaitu aspek
penguasaan, keberkesanan dan afektif. Bagi aspek membatangkan suku kata, dapatan
temu bual mendapati bahawa tahap penguasaan peserta kajian semakin meningkat kerana
dapat membatangkan suku kata dengan lebih baik dalam masa yang singkat dan dapat
mengingat suku kata dengan lebih lama. Selain itu, BBB ini berkesan membantu
meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata kerana berunsurkan permainan serta
mempunyai suku kata berwarna dan gambar visual. Ini sekaligus memudahkan peserta
kajian mengingat ejaan. BBB ini turut memberikan kesan afektif yang sangat baik kerana
mampu menarik minat peserta kajian untuk belajar ejaan dan berasa ejaan mudah dipelajari
dengan menggunakan Kotak Imbasan Berwarna ini.
Selain itu, bagi aspek mengeja secara berisyarat, hasil temu bual mendapati bahawa
tahap penguasaan peserta kajian juga meningkat apabila peserta kajian dapat mengeja
dengan lebih baik dan banyak berbanding sebelum ini. Malah, keputusan ujian pencapaian
juga semakin meningkat dari sesi 1 hingga ujian akhir di samping mampu mengeja secara
berisyarat dengan lebih pantas dan mengingat ejaan dengan lebih lama. Selain itu,
keberkesanan BBB ini juga jelas dilihat membantu mengeja secara berisyarat
memandangkan reka bentuk dan cara penggunaan BBB yang menarik. Peserta kajian juga
boleh mengingat suku kata demi suku kata disamping boleh melakukan latihan
124
menggunakan Kotak Imbasan Berwarna ini kerana BBB ini menjadi penolak untuk
menghafal ejaan. Akhir sekali, BBB ini sememangnya memberikan kesan afektif dalam
meningkatkan kemahiran mengeja secara berisyarat kerana dapat melibatkan diri secara
aktif dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar. Malah, peserta kajian seronok
belajar dari jauh di samping memberikan tumpuan yang baik. Ini sekaligus memberikan
perkembangan emosi yang positif dalam mengeja secara berisyarat.
REFLEKSI
Dapatan kajian yang diperoleh daripada ujian pencapaian serta temu bual membuktikan
bahawa murid ketidakupayaan pendengaran dapat meningkatkan kemahiran mengeja suku
kata KV+KV dengan menggunakan Kotak Imbasan Berwarna. Perkara ini dapat dilihat
melalui peningkatan dalam ujian pencapaian sesi 1, sesi 2, sesi 3 dan ujian pencapaian
akhir. Hasil temu bual turut mendapati mengenai peningkatan kemahiran mengeja melalui
penggunaan BBB Kotak Imbasan Berwarna. Ini selari dengan kajian oleh Rashidah Elias
dan Senana Sulaiman (2016). Berdasarkan kajian ini, mereka berjaya meningkatkan
kemahiran membatangkan suku kata tertutup KVK sekaligus meningkatkan kemahiran
mengeja perkataan bagi murid bermasalah pembelajaran kategori slow learner dengan
menggunakan Inst Card. Konsep yang hampir sama digunakan melalui penggunaan BBB
dalam kajian tersebut berkonsepkan kad suku kata bergambar jelas sekali relevan dengan
kajian pengkaji yang turut mengaplikasikan kad suku kata bergambar pada Kotak Imbasan
Berwarna yang diinovasikan. Kajian Nur Amirah Syahirah binti Nazumuddin (2019) turut
menyokong penggunaan BBB berkonsepkan kad dapat meningkatkan kemahiran mengeja
murid ketidakupayaan pendengaran. Malah, Kotak Imbasan Berwarna ini turut
menggunakan kaedah permainan selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Anis
Syafiqah binti Mohamed Noor (2014) untuk meningkatkan kemahiran murid ketidakupayaan
pendengaran Tahun Tiga Kasih dalam mengeja kata kerja KVKVK dengan penggunaan
kaedah permainan „Dam Abjad.
Terdapat beberapa kekuatan dalam kajian ini iaitu penggunaan BBB berkonsepkan
gambar visual dan kad suku kata berwarna pada Kotak Imbasan Berwarna membantu
pemahaman dan merangsang peserta kajian terhadap suku kata yang dipelajari. Kotak
Imbasan Berwarna mempunyai reka bentuk yang menarik serta seronok untuk dimainkan
walaupun dari jauh. Penggunaan kaedah permainan pada Kotak Imbasan Berwarna juga
mempengaruhi perlakuan sosioemosi positif peserta kajian untuk terus belajar malah turut
memberikan latihan kemahiran mengeja kepada peserta kajian. Kaedah permainan ini juga
jelas sekali mampu menarik minat murid untuk aktif menyertai sesi PdPc termasuklah murid
yang pasif (Faridah binti Nazir & Tuan Jah binti Tuan Yusof, 2013).
Kelemahan yang dikenalpasti oleh pengkaji ialah perkataan yang agak sedikit bagi
setiap sesi. Justeru, peserta kajian agak mudah untuk mengingat ejaan pada setiap sesi
yang dijalankan malah kurang melatihnya untuk mendiskriminasikan lebih banyak perkataan
pada sesuatu masa. Selain itu, tempoh masa yang agak pendek untuk setiap sesi intervensi.
Hal ini memandangkan peserta kajian hanya memperoleh masa sebanyak 30 minit untuk
mempelajari ejaan serta melaksanakan latihan membatangkan suku kata sebelum mengeja
secara berisyarat. Justeru, masa peserta kajian agak terhad bagi melaksanakan latihan
untuk menguasai kemahiran membatangkan suku kata dan mengeja secara berisyarat
sepenuhnya.
125
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh ditambahbaik bagi kajian yang
seterusnya untuk meningkatkan mutu pelaksanaan kajian. Antara cadangan yang boleh
diberi perhatian ialah meningkatkan jumlah perkataan suku kata KV+KV yang dipelajari
supaya dapat melatih peserta kajian mahir untuk mengingat pelbagai suku kata KV+KV.
Selain itu, tempoh masa yang lebih lama bagi setiap sesi intervensi dari 30 minit kepada 60
minit. Perkara ini adalah bagi memberikan masa yang secukupnya untuk peserta kajian
berlatih membatangkan suku kata dan mengeja secara berisyarat sebelum dinilai. Akhir
sekali, menggunakan Kotak Imbasan Berwarna bagi meningkatkan penguasaan suku kata
KV+KVK dan suku kata KVK+KVK. Ini bererti Kotak Imbasan Berwarna ini boleh
diperluaskan untuk meningkatkan kemahiran mengeja bagi suku kata yang lebih sukar.
RUJUKAN
Aidah Alias, Mustaffa Halabi Azahari & Adzrool Idzwan Ismail. (2013). Enhancing learning
ability among deaf students by using photographic images [Pembentangan Kertas].
The Asian Conference on Arts & Humanities 2013 Official Conference Proceedings,
Osaka, Japan. http://papers.iafor.org/wp-
content/uploads/papers/acah2013/ACAH2013_0374.pdf
Anis Syafiqah binti Mohamed Noor. (2014). Meningkatkan kemahiran mengeja kata kerja
KVKVK murid bermasalah pendengaran Tahun Tiga Kasih dengan menggunakan
kaedah permainan „Dam Abjad‟ [Laporan sarjana muda tidak diterbitkan]. Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Faridah binti Nazir & Tuan Jah binti Tuan Yusof. (2013). Pengajian sukatan pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah. Penerbitan Multimedia.
Mohd Hanafi bin Mohd Yasin, M. Sarani Bari & Nur Ain bte Mat Hassan (2013). Pencapaian
bahasa melayu murid bermasalah pendengaran yang berkomunikasi menggunakan
pertuturan kiu. Seminar Internasional Serantau UNRI-UKM Siri 6, 9.
Nur Amirah Syahirah binti Nazumuddin. (2019). Penggunaan permainan kad isyarat percik
dalam meningkatkan kemahiran mengisyarat dan mengeja perkataan murid
ketidakupayaan pendengaran Tahun Lima. Prosiding Seminar IPGKIK 2019, 26-29.
Rashidah Elias & Senana Sulaiman. (2016). Penggunaan inst card untuk meningkatkan
kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup KVK bagi murid
bermasalah pembelajaran. Asian Education Action Research Journal, 27-29.
126
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN KATA DASAR BAGI MURID
KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN TAHUN TIGA MENGGUNAKAN
PERMAINAN "I-KOSIM"
Muhammad Irham Bin Mokhtar* & Siti Muhibah Binti Haji Nor
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkakan kemahiran penggunaan
kata dasar murid ketidakupayaan pendengaran menggunakan kaedah
simulasi dengan bantuan bahan I-KOSIM. Kajian ini melibatkan seorang
murid perempuan Tahun 3 sebagai peserta kajian. Tinjauan awal mendapati
murid menghadapi masalah yang ketara dalam aspek penulisan terutamanya
dari segi pembinaan ayat. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk
menilai sejauh manakah penggunaan kaedah simulasi dapat membantu
murid meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan kata dasar. I-
KOSIM adalah bahan bantu belajar iaitu terdapat perkataan kata dasar dan
juga contoh gambar kartun bagi setiap perkataan kata dasar tersebut serta
bahasa isyarat bagi setiap perkataan. Kaedah pengumpulan data yang
digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian melalui
soal selidik dan temu bual. Analisis dapatan kajian menunjukkan pencapaian
murid dalam ujian pasca telah meningkat jika dibandingkan dengan ujian pra.
Analisis dapatan melalui temu bual dan pemerhatian dari soal selidik juga
menunjukkan murid dapat menguasai kemahiran penguasaan kata dasar
dengan lebih baik selepas menjalani intervensi sebanyak tiga sesi. Justeru,
saya mencadangkan supaya kajian ini diperluaskan lagi dengan
menggunakan bahan yang lebih berkualiti, memfokuskan kepada
penguasaan pembinaan ayat serta menambah bilangan perkataan yang
perlu dikuasai oleh peserta kajian bagi setiap sesi yang dijalankan.
Kata kunci: Murid ketidakupayaan pendengaran, kata dasar, I-KOSIM
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Program Pendidikan Khas untuk murid ketidakupayaan pendengaran telah bermula sejak
tahun 1954 di Malaysia dengan pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Persekutuan (Rendah
dan Menengah) di Pulau Pinang dan usaha ini telah dikembangkan dan diteruskan sehingga
hari ini. Oleh yang demikian, individu yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran
bermaksud individu yang mempunyai tahap pendengaran yang melebihi 25 decibels (dB)
(American Speech Language Hearing Association, 2015). Subjek Bahasa Malaysia adalah
subjek yang diberi penekanan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat dalam
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memperkenalkan dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MMBMMMBI) pada tahun 2012.
Dasar ini bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia untuk murid
melalui transformasi kurikulum Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
127
Kementerian Pendidikan Malaysia turut mewajibkan setiap pelajar untuk lulus dalam subjek
Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh
yang demikian, bagi meningkatkan penggunaan kata dasar murid, teknik simulasi
berdasarkan bahan bantu belajar I-KOSIM telah dijalankan. Teknik simulasi yang telah
dijalankan adalah berdasarkan teori pemodelan Albert Bandura. Albert Bandura menyatakan
bahawa proses pembelajaran berlaku melalui pemerhatian atau peniruan individu (Boon
Pong Ying, Noriati A. Rashid & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2015). Berdasarkan teori ini,
teknik simulasi telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu pemerhatian, mengingat,
reproduksi dan peneguhan. Model Kurt Lewin juga dipilih sebagai kerangka utama kajian
tindakan ini kerana model ini memberi gambaran yang jelas tentang proses kajian tindakan
yang telah dilakukan oleh pengkaji. Penggunaan I-KOSIM yang bertindak sebagai bahan
pemudahcara kepada murid ketidakupayaan pendengaran diharap berupaya untuk
meningkatkan kemahiran penggunaan kata dasar sekali gus meningkatkan rasa minat murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
FOKUS KAJIAN
Kata dasar diberi fokus dalam kajian yang dilakukan kerana kata dasar adalah salah satu
komponen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa
murid. Murid yang ketidakupayaan pendengaran yang mempunyai kelemahan dalam
penggunaan kata dasar telah mempunyai masalah dalam penghasilan ayat yang gramatis
disebabkan perbendaharaan kata mereka yang jauh ketinggalan berbanding murid tipikal.
Selain itu, kelemahan penggunaan kata dasar telah menyukarkan murid untuk
mengekspresi tindakan mereka kepada orang lain. Teknik simulasi yang telah dijalankan
adalah berdasarkan teori pemodelan Albert Bandura. Albert Bandura menyatakan bahawa
proses pembelajaran berlaku melalui pemerhatian atau peniruan individu (Boon Pong Ying,
Noriati A. Rashid & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2015). Berdasarkan teori ini, teknik
simulasi telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan. Model Kurt Lewin juga dipilih sebagai kerangka utama kajian tindakan ini
kerana model ini memberi gambaran yang jelas tentang proses kajian tindakan yang telah
dilakukan oleh pengkaji. Penggunaan I-KOSIM yang bertindak sebagai bahan pemudahcara
kepada murid ketidakupayaan pendengaran diharap berupaya untuk meningkatkan
kemahiran penggunaan kata dasar sekali gus meningkatkan rasa minat murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, kemahiran penggunaan kata dasar perlu diberi perhatian
supaya perkembangan bahasa bagi murid ketidakupayaan pendengaran dapat
dipertingkatkan.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran penggunaan kata dasar bagi murid ketidakupayaan pendengaran
Tahun 3 menggunakan teknik simulasi.
Objektif Khusus
1. Murid dapat mengisyaratkan kata dasar yang betul dengan menggunakan I-
KOSIM.
128
2. Murid dapat memilih kata dasar yang betul dengan menggunakan I-KOSIM.
Persoalan Kajian
1. Adakah murid dapat mengisyaratkan kata dasar yang betul dengan
menggunakan bahan I-KOSIM?
2. Adakah murid dapat memilih kata dasar yang betul dengan menggunakan I-
KOSIM?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang dipilih adalah seorang murid Tahun 3 yang berumur 9 tahun (Murid A).
Murid A ialah seorang murid perempuan berbangsa India yang mempunyai masalah
pendengaran pada tahap 90dB iaitu tahap yang sangat teruk. Murid A mempunyai bantuan
alat pendengaran seperti Alat Bantu Dengar (ABD), medium komunikasinya ialah berbahasa
isyarat dan kurang menggunakan percakapan sebagai medium utama komunikasinya.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bahan interaktif I-KOSIM merupakan satu bahan bantu belajar yang mempunyai pelbagai
jenis perkataan kata dasar, bahasa isyarat bagi setiap perkataan tersebut dan gambar bagi
perkataan kata dasar. Bahan interaktif I-KOSIM akan digunakan oleh pengkaji dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Setiap sesi akan dijalankan menggunakan langkah yang sama
dengan menggunakan kata dasar yang berbeza berdasarkan tema yang dirujuk di Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) subjek Bahasa Malaysia Tahun 3.
Pelaksanaan intervensi ini akan mengambil masa selama tiga minggu dan akan dijalankan
sebanyak tiga sesi serta setiap sesi akan dijalankan selama 60 minit. Ujian pencapaian yang
dijalankan pada akhir setiap sesi intervensi dan akhir keseluruhan sesi intervensi. Langkah
pelaksanaan tindakan kajian adalah seperti yang tertera dalam Rajah 1, manakala langkah
pelaksanaan bagi setiap sesi pada Rajah 2.
Rajah 1
Langkah pelaksanaan tindakan kajian
Ujian Pra Sesi Intervensi Sesi Intervensi Sesi Intervensi Ujian Pasca
1 2 3
(Ujian (Ujian (Ujian
Pencapaian 1) Pencapaian 2) Pencapaian 3)
Rajah 2
Langkah pelaksanaan bagi setiap sesi
1. Memperkenalkan perkataan kata dasar melalui video
2. Paparan isyarat ejaan
3. Bimbingan isyarat perkataan.
4. Menggunakan BBB I-KOSIM.
5. Melakukan simulasi bagi perkataan yang dipilih
129
6. Ujian Pencapaian setelah intervensi
Kaedah Pengumpulan Data Dan Cara Menganalisis Data
Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data sepanjang kajian dijalankan iaitu
kaedah ujian (ujian pra, ujian pencapaian dan ujian pasca), pemerhatian (senarai semak)
dan temu bual bagi mendapatkan data yang terperinci dan menyeluruh. Penganalisian data
bagi kaedah ujian dilakukan secara deskriptif melalui perbandingan skor markah yang
dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Pemerhatian melalui senarai semak akan turut
dianalisis untuk menilai tahap pencapaian peserta kajian mengenai kemahiran penggunaan
kata dasar mereka semasa intervensi dengan menjumlahkan bilangan soalan yang betul
bagi setiap subjek kajian. Bagi temu bual berstruktur pula, temu bual ditranskripsikan dan
dikodkan dalam bentuk jadual.
DAPATAN KAJIAN
Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk rajah dan
jadual yang merangkumi ujian, pemerhatian (senarai semak) dan juga temu bual terhadap
guru Bahasa Melayu peserta kajian sebagai responden. Melalui perbincangan ini, kedua-
dua persoalan kajian dapat dijawab.
Ujian
Rajah 3
Perbandingan skor ujian bagi aspek memadankan gambar dengan kata dasar dan
mengisi tempat kosong dengan kata dasar.
Skor Ujian Pra, Ujian Intervensi
dan Ujian Pasca
6 44 5
4 4
2 11
33
2
1
0
Ujian Pra Ujian Intervensi Ujian Intervensi Ujian Intervensi Ujian Pasca
123
Memadankan gambar dengan kata dasar
Mengisi tempat kosong dengan kata dasar
Berdasarkan data yang dimuatkan dalam Rajah 3 di atas, peserta kajian menunjukkan
peningkatan dalam kedua-dua aspek iaitu memadankan gambar dengan kata dasar dan
mengisi tempat kosong dengan kata dasar. Dalam aspek memadankan gambar dengan kata
dasar, prestasi peserta kajian dapat dilihat meningkat melalui perbandingan skor daripada
ujian intervensi 1 dan ujian intervensi 2 sebanyak 2 skor markah. Dan pada ujian pasca
pula, peserta kajian berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Manakala, dari segi
aspek mengisi tempat kosong dengan kata dasar pula, peserta kajian juga menunjukkan
130
peningkatan skor pada ujian beliau. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan sebanyak 1
skor markah pada setiap ujian intervensi dijalankan pada setiap sesi. Oleh itu, secara
keseluruhannya hal ini dapat membuktikan keberkesanan penggunaan BBB I-KOSIM dalam
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran penguasaan kata dasar.
Pemerhatian
Jadual 1
Keputusan pemerhatian soal selidik bagi setiap sesi intervensi dijalankan
Peserta Kajian Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3
Murid A / / /
1 - / /
2 / / /
3 - / /
4 - - /
5
Jadual 1 menunjukkan keputusan peserta kajian dalam mengisyaratkan Bahasa isyarat bagi
perkataan kata dasar. Hasil yang ditunjukkan bagi peserta kajian meningkat bagi setiap sesi
intervensi dijalankan. Kesimpulannya, peserta kajian berjaya menunjukkan hasil yang
semakin meningkat bagi setiap sesi intervensi dijalankan dan betapa minatnya peserta
kajian dengan bahan I-KOSIM ini. Hal ini menunjukkan keberkesanan yang baik seperti
keputusan pemerhatian yang dilaksanakan oleh pengkaji.
Temu bual
Berdasarkan dapatan daripada temu bual yang dijalankan ini, pengkaji telah menyimpulkan
bahawa penggunaan I-KOSIM berjaya meningkatkan penguasaan kata dasar peserta kajian.
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu peserta kajian mendapati
kemahiran perkembangan peserta kajian dalam kata dasar semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Peserta kajian juga dapat mengingati langkah dan cara membina ayat dengan
struktur yang betul. Dari aspek kategori kelebihan temu bual ini yang telah dijalankan,
responden menyatakan bahawa kelebihan utama kaedah I-KOSIM ini adalah dapat menarik
minat peserta kajian. Selain itu, responden juga bersetuju bahawa kaedah I-KOSIM yang
dijalankan semasa intervensi ialah menggunakan teknik didik hibur iaitu belajar sambil
bermain. Hal ini secara tidak langsung telah membuat peserta kajian belajar dan lebih
meneroka. Di samping itu juga, berdasarkan pemerhatian resonden sendiri, responden
mendapati bahawa peserta kajian lebih fokus dan memberi tumpuan yang baik sepanjang
intervensi dijalankan.
REFLEKSI
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh daripada ujian pra dan pasca, pemerhatian
melalui senarai semak serta temu bual, dapat dibuktikan bahawa penggunaan kaedah I-
KOSIM telah dapat membantu murid ketidakupayaan pendengaran untuk menguasai
penggunaan kata dasar dengan betul. BBB ini turut mempunyai kekuatan tersendiri kerana
bahannya yang berwarna warni dan memudahkan peserta kajian untuk memahami cara
penggunaan bahan ini. Hal ini memandangkan gaya pembelajaran murid ketidakupayaan
131
pendengaran lebih cenderung ke arah visual (Nik Hassan Seman & Mustafa Che Omar,
2016). Peserta kajian turut merekodkan pencapaian yang positif dalam lembaran kerja yang
disediakan pada setiap kali sesi intervensi yang telah dijalankan. Hal ini dapat dikaitkan
dengan kaedah yang digunakan dalam menjalankan intervensi iaitu ansur maju serta latih
tubi secara berperingkat. Pengkaji memperkenalkan perkataan-perkataan yang berlainan
sepanjang intervensi dijalankan bagi meningkatkan lagi kamus bahasa peserta kajian.
Perkara ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Raffi Ismail (2009) yang mendapati
bahawa penggunaan kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran membaca murid.
Dalam pelaksanaan kajian ini, antara kekuatan yang turut mempengaruhi keberhasilan
tindakan intervensi adalah penggunaan kaedah I-KOSIM yang menarik minat murid kerana
terdiri daripada kata dasar dan contoh gambar bagi perkataan tersebut ialah kartun-kartun
yang menarik minat murid sesuai dengan umurnya. Manakala, antara kelemahan yang
dikenal pasti dalam pelaksanaan tindakan kajian ini ialah skop perkataan yang tidak
tertumpu pada tema yang tertentu. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam kajian ini
telah dipilih secara rawak tanpa mengambil kira tema-tema yang terkandung dalam buku
teks mahupun standard kurikulum pembelajaran peserta kajian.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh ditambahbaik bagi kajian yang
seterusnya. Antara cadangan yang boleh diberi perhatian ialah penggunaan bahan yang
lebih berkualiti. Bahan yang digunakan seharusnya lebih berkualiti untuk meningkatkan mutu
penggunaan bahan bantu belajar. Seterusnya, cadangan tindakan susulan yang boleh
dilakukan adalah dengan memfokuskan kepada penguasaan pembinaan ayat. Kajian ini
kurang menintikberatkan tentang penguasaan dalam pembinaan ayat dalam menggunakan
kata dasar. Oleh itu, dalam kajian yang akan datang, kepelbagaian kaedah dan juga
penambahan permainan dalam pengajaran hendaklah dilaksanakan bagi menerapkan
penguasaan terhadap pembinaan ayat dan juga pemahaman kata dasar. Akhir sekali,
cadangan tindakan yang boleh dilakukan ialah dengan meningkatkan jumlah pengunaan
kata dasar yang diperkenalkan oleh peserta kajian. Semakin banyak perkataan yang
diperkenalkan kepada peserta kajian, nescaya peserta kajian akan lebih banyak
pengetahuan dalam pengunaan kata dasar dan boleh meningkatkan pembinaan ayat dalam
subjek Bahasa Melayu mereka.
RUJUKAN
American Speech Language Hearing Association. (2015). Type, Degree, and configuration
of hearing loss. Retrieved from American Speech Language Hearing
Association: http://www.asha.org/uploadedFiles/AIS-Hearing- Loss- Types-
Degree-Configuration.pdf
Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan
Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). MBMMBI. Retrieved from
KementerianPendidikan Malaysia:
http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/mbmmbi
Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, 34-46.
132
Nik Hassan Seman & Mustafa Che Omar. (2016). Analisis Permasalahan Pelajar Cacat
Pendengaran Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Di Malaysia.
Jurnal Ilmi, 114.
Pagliaro, C. (2001). Addressing Deaf Culture in the Classroom. Kappa Delta Pi Record, 173-
178.
Raffi Ismail (2009). Kaedah latih tubi meningkatkan kemahiran membaca murid. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26(1),125-14
Woolfok, A. (2005). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon.
133
PENGGUNAAN ALAT BANTU DENGAR DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MURID KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN
Madihah Husna Binti Noh* & Anita Sapura Binti Shaari
ABSTRAK
Keberkesanan penggunaan alat bantu dengar (ABD) masih kurang diberi
perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dalam kalangan murid
ketidakupayaan pendengaran, walaupun telah ada kajian yang menyatakan
bahawa murid tersebut berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri
dengan penggunaan ABD. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji
penggunaan ABD dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid
ketidakupayaan pendengaran melalui penglibatan guru pendidikan khas
ketidakupayaan pendengaran. Antara aspek yang dinilai dalam kajian ini
ialah pengetahuan ABD, peranan dan cabaran guru dalam meningkatkan
keberkesanan ABD. Metodologi yang digunakan adalah kajian tinjauan
melalui soal selidik atas talian sebagai instrumen kajian. Seramai 36 orang
guru pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran yang mengajar murid
ketidakupayaan pendengaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) sekitar negeri Selangor
dipilih sebagai sampel kajian. Data kuantitatif dianalisis secara statistik
deskriptif dengan mengira nilai min menggunakan Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 26. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek
iaitu tahap pengetahuan, peranan dan cabaran terhadap keberkesanan
penggunaan ABD melalui sampel kajian berada pada tahap tinggi iaitu antara
min 4.00-5.00. Implikasi kajian ini memberi cadangan mengenai peranan
guru, ibu bapa dan murid dalam membantu meningkatkan kemahiran
mendengar, berkomunikasi dan tahap pencapaian kognitif murid
ketidakupayaan pendengaran yang menggunakan ABD.
Kata kunci: alat bantu dengar, pengajaran dan pembelajaran, murid
ketidakupayaan pendengaran
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Pengalaman praktikum di sekolah sewaktu pengkaji baharu sahaja menceburkan diri dalam
bidang pendidikan khas telah memberikan sedikit pengalaman mengenai murid
ketidakupayaan pendengaran terhadap gaya pembelajaran mereka. Apa yang paling ketara
ialah masalah komunikasi murid yang sangat ringkas berbanding ayat penuh yang
digunakan oleh orang normal. Setelah melakukan beberapa pembacaan, masalah-masalah
yang melibatkan komunikasi amat sinonim dalam kehidupan seharian kanak-kanak
ketidakupayaan pendengaran yang turut mempengaruhi akademik mereka. Secara
ringkasnya, apabila tidak mendengar, komunikasi menjadi sukar dan kognitif menjadi lemah
134
berbanding murid tipikal kerana penguasaan konteks bahasa yang lambat (Bashiroh Omar,
2016). Ada dapatan kajian menyatakan berlaku peningkatan pendengaran dengan
penggunaan alat bantu dengar (ABD) dan keadaan ini mempengaruhi peningkatan
perkembangan bahasa dan pertuturan mereka (Tomblin et al., 2014). Maka, kecekapan
penyelenggaraan ABD amat penting dilakukan bagi memastikan fungsi ABD dalam keadaan
optimum yang selalunya dilakukan oleh orang yang lebih dewasa seperti guru untuk murid
sekolah rendah. Mereka seharusnya ada pendedahan mengenai jenis-jenis kehilangan
pendengaran, cara menjalankan ujian audiogram, jenis dan fungsi setiap bahagian ABD
serta mengaplikasikan perkara tersebut sepanjang berkhidmat di sekolah.
Teori yang digunakan di dalam kajian ini ialah Teori Humanistik yang dikemukakan
oleh tokoh terkenal iaitu Abraham Maslow. Menurut Maslow, manusia termotivasi untuk
memenuhi keperluan hidupnya (Arbayah, 2013). Belajar adalah satu keperluan hidup, jadi
penting untuk murid tahu keperluan dirinya dalam meneruskan kehidupan yang berkualiti.
Berdasarkan teori tersebut ada lima tahap yang dikemukakan iaitu, i) tahap keperluan
fisiologi, ii) tahap keperluan keselamatan, iii) tahap keperluan kasih sayang, iv) tahap
keperluan penghargaan sehingga mencapai tahap kelima iaitu tahap keperluan
kesempurnaan kendiri. Perkaitan guru atau pihak sekolah adalah dalam membantu
melengkapkan hierarki keperluan murid tersebut ketika di sekolah. Jika keperluan psikologi
tidak dipenuhi oleh individu, maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak
tenteram (Maslow, 1970).
PERNYATAAN MASALAH
Keberkesanan penggunaan ABD masih kurang diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang
berkenaan dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran, walaupun telah ada kajian
yang menyatakan bahawa murid ketidakupayaan pendengaran berpeluang untuk
memperkembangkan kebolehan berkomunikasi dengan penggunaan ABD. Kajian lepas oleh
Ward et al. (2015) ada menyatakan dalam artikelnya bahawa sebilangan besar guru
terutamanya guru yang mengajar murid ketidakupayaan pendengaran masih ada yang
kurang menguasai pengetahuan dan kemahiran secukupnya mengenai ABD. Sedangkan,
guru memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak ketidakupayaan
pendengaran. Hal ini turut dipersetujui Coombe (2018) bahawa pengetahuan guru dalam
alat amplifikasi, jenis dan tahap ketidakupayaan pendengaran serta strategi komunikasi
amat penting supaya kaedah pembelajaran yang sesuai terhadap murid ketidakupayaan
pendengaran di dalam kelas.
Kajian ini hanya terbatas kepada guru yang mengajar di sekolah rendah yang terlibat
dalam pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran di Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) sekitar negeri Selangor. Kajian
ini menggunakan pautan soal selidik atas talian iaitu aplikasi Google Form, memudahkan
pengedaran soal selidik dalam situasi yang berlaku sekarang iaitu pandemik Covid-19 yang
memerlukan semua mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
135
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga objektif kajian:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pendidikan khas yang
mengajar murid ketidakupayaan pendengaran terhadap
penggunaan ABD.
2. Mengetahui peranan guru pendidikan khas yang mengajar murid
ketidakupayaan pendengaran terhadap penggunaan ABD dalam
kalangan murid di sekolah.
3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas
mengajar murid ketidakupayaan pendengaran bagi membantu
keberkesanan penggunaan ABD.
Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan kajian berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan guru pendidikan khas yang mengajar murid
ketidakupayaan pendengaran terhadap penggunaan ABD?
2. Apakah peranan guru pendidikan khas yang mengajar murid ketidakupayaan
pendengaran terhadap penggunaan ABD dalam kalangan murid di sekolah?
3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas yang mengajar murid
ketidakupayaan pendengaran bagi menjalankan peranan mereka dalam
keberkesanan penggunaan ABD?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian tinjauan digunakan untuk mengumpul data berkenaan penggunaan ABD
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid ketidakupayaan pendengaran melibatkan
guru PPKI dan SKPK di sekitar Selangor. Namun, daripada 40 orang sampel yang
menerima soalan soal selidik, hanya 36 orang yang memberikan maklum balas soal selidik
untuk dianalisis. Jenis data yang dikumpulkan ialah data kuantitatif melalui penggunaan
Skala Likert lima mata. Pengkaji mengedarkan soal selidik kepada sampel menggunakan
pautan atas talian Google Form. Instrumen kajian merupakan soal selidik bertajuk
“Penggunaan Alat Bantu Dengar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid
Ketidakupayaan Pendengaran”.
Soal selidik ini mempunyai empat bahagian iaitu:
Bahagian A – Maklumat Diri
Bahagian B – Pengetahuan Guru Terhadap Alat Bantu Dengar
Bahagian C – Peranan Guru Terhadap Alat Bantu Dengar
Bahagian D – Cabaran Guru dalam Membantu Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu
Dengar
Pengkaji telah merujuk kepada pensyarah penyelia terhadap instrumen yang dibina
bagi menjamin kesahan kandungan serta menggunakan kaedah ketekalan dalaman bagi
menentukan pekali kebolepercayaan iaitu mencari Alpha Cronbach (α) bagi setiap konstruk
melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Kebolehpercayaan
dalam kajian ini boleh dilihat daripada keputusan kajian rintis iaitu α = 0.728 terhadap 10
orang guru pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran di sebuah PPKI yang
berpengalaman mengajar murid ketidakupayaan pendengaran dan tidak dijadikan sampel.
Hasil keputusan kajian mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima.
136
Fokus perbincangan adalah dapatan skor min tertinggi dan skor min terendah bagi
setiap item menggunakan analisis deskriptif. Ketiga-tiga aspek soalan iaitu tahap terhadap
pengetahuan ABD, peranan dan cabaran yang dihadapi tersebut dianalisis purata jumlah
min bagi kesemua item yang akan dinilai. Setiap aspek mengandungi tujuh item dan
keseluruhan adalah 21 item yang dinilai. Penentuan tahap untuk penilaian keseluruhan bagi
setiap aspek adalah seperti yang dicadangkan oleh ketetapan dalam jadual 1 (Hadiyanto et
al., 2013).
Jadual 1
Pengelasan Maklum Balas Sampel Berdasarkan Skor Min
Skala Tahap
1.00 – 2.5 Rendah
2.6 – 3.99 Sederhana
4.00 – 5.00 Tinggi
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Profil Sampel Kajian
Taburan sampel kajian melibatkan keseluruhan 36 orang guru, iaitu 15 guru (41.7%)
daripada PPKI dan 21 guru (58.3%) daripada SKPK yang mengajar murid ketidakupayaan
pendengaran di sekolah. Maklumat lanjut berkaitan demografi sampel kajian boleh dirujuk
dalam jadual 2.
Jadual 2 Frekuensi Peratus (%)
Demografi Sampel Kajian 15 41.7
21 58.3
Demografi Sampel Kajian 36 100
Jenis Sekolah 9 25.0
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 27 75.0
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) 36 100
Jumlah
11 30.6
Jantina 8 22.2
Lelaki 6 16.7
Perempuan 6 16.7
Jumlah 5 13.9
36 100
Tahun perkhidmatan
1 – 5 tahun 34 94.4
6 – 10 tahun 1 2.8
11 – 15 tahun 1 2.8
16 – 20 tahun 0 0
21 tahun dan ke atas 36 100
Jumlah
Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Jumlah
137
Pengetahuan Guru terhadap Alat Bantu Dengar
Berdasarkan jadual 3, item 5 iaitu “tangan hendaklah sentiasa kering dan bersih ketika
menyelenggara ABD” mencatatkan nilai min paling tertinggi sebanyak 4.78. Aspek
pengetahuan yang paling rendah ialah item 1 iaitu “kehilangan pendengaran secara berkala
boleh berlaku jika memakai ABD yang tidak berfungsi” dengan min 3.56. Min keseluruhan
item bagi aspek ini ialah 4.21 pada tahap tinggi. Salah satu cara mengendalikan ABD
dengan baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering
sebelum mengendalikan ABD seperti dalam item 5 (Nahazatul Islia, 2017). Hal ini
menunjukkan guru yang mengajar murid ketidakupayaan pendengaran mengetahui salah
satu cara yang tepat dan betul untuk mengendalikan ABD. Sebaliknya bagi item 1, National
Deaf Chilren‟s Society (2021) menyatakan bahawa seseorang boleh mengalami kehilangan
pendengaran apabila tidak mendapat stimulasi pendengaran yang secukupnya. Maklumat
lanjut berkaitan pengetahuan guru terhadap ABD boleh dirujuk dalam jadual 3.
Jadual 3
Pengetahuan Guru Terhadap Alat Bantu Dengar
Bil. Perkara Min
3.56
1 Kehilangan pendengaran secara berkala boleh berlaku jika 4.14
memakai ABD yang tidak berfungsi. 4.39
4.00
2 Terdapat tiga komponen utama ABD iaitu mikrofon, amplifier 4.78
dan speaker. 4.19
4.44
3 Sisa pendengaran boleh digunakan secara optimum melalui 4.21
penggunaan ABD.
4 Bunyi dikeluarkan oleh ABD terlalu perlahan, mungkin
disebabkan oleh bateri lemah dan perlu diganti.
5 Tangan hendaklah sentiasa kering dan bersih ketika
menyelenggara ABD.
6 Air Syringe digunakan untuk menghilangkan wap atau cecair
yang terdapat di dalam salur acuan telinga.
7 Suis ABD perlu ditutup sebelum ditanggalkan daripada telinga
bagi mengelakkan bunyi siulan.
Purata jumlah min
Peranan Guru terhadap Alat Bantu Dengar
Jadual 4
Peranan Guru Terhadap Alat Bantu Dengar
Bil. Perkara Min
4.33
1 Saya memastikan ABD murid berfungsi sebelum PdP. 3.42
2 Saya perlu berada 2 – 3 meter dari murid ketika menjalankan
3.11
aktiviti PdP. 4.64
4.00
3 Saya sentiasa berhubung dengan audiologis mengenai
keberkesanan ABD murid. 4.33
4 Saya memastikan kelas kondusif sebelum PdP. 4.58
4.06
5 Saya akan memaklumkan pihak sekolah mengenai kerosakan
ABD murid.
6 Saya memberi pendedahan kepada murid tentang penjagaan
ABD.
7 Saya menggalakkan murid memberikan respons secara bertutur.
Purata jumlah min
138
Berdasarkan jadual 4, semua item mencatatkan skor min tinggi melebihi 4.00 kecuali dua
item iaitu item 2 dan 3. Item 4 mempunyai skor min tertinggi iaitu 4.64 “saya memastikan
kelas kondusif sebelum PdP”, manakala item 3 dengan skor min terendah iaitu 3.11 “saya
sentiasa berhubung dengan audiologis mengenai keberkesanan ABD murid”. Secara purata
aspek ini ialah min 4.06 yang menunjukkan peranan guru terhadap ABD adalah tinggi.
Perkara dalam item 4 penting untuk pembelajaran murid kerana keadaan kelas
mempengaruhi keberkesanan ABD yang dipakai oleh murid di dalam kelas (Syed Ismail et
al., 2018). Min terendah iaitu item 3 pula berkemungkinan kerana kekangan masa guru dan
audiologis untuk berjumpa atau berhubung antara mereka bagi berbincang mengenai
keberkesanan penggunaan ABD murid di sekolah. Maklumat lanjut berkaitan peranan guru
terhadap ABD boleh dirujuk dalam jadual 4.
Cabaran Guru dalam Membantu Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Dengar
Jadual 5
Cabaran Guru dalam Membantu Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Dengar
Bil. Perkara Min
1 Pemeriksaan ABD murid agak mencabar jika tiada 4.28
kelengkapan alat pemeriksaan ABD.
2 Kekurangan masa sebelum PdP untuk membuat 3.92
pemeriksaan ABD.
3 Perhatian terhadap murid boleh berkurang jika ada bebanan 4.36
tugasan lain yang banyak.
4 Murid lebih selesa tidak memakai ABD. 3.78
5 Pemeriksaan harian tidak dapat bantu keberkesanan ABD 4.19
jika ABD telah lama tidak diselenggara.
6 Keadaan kelas yang kurang kondusif seperti pencemaran 4.25
bunyi dari luar kelas.
7 Tiada kemahiran untuk memeriksa ABD. 3.56
Purata jumlah min 4.05
Berdasarkan jadual 5, item 3 iaitu “perhatian terhadap murid boleh berkurang jika ada
bebanan tugasan lain yang banyak” mempunyai min tertinggi dengan skor 4.36. Item yang
menunjukkan skor min terendah ialah item 7 dengan kenyataan “tiada kemahiran untuk
memeriksa ABD” iaitu dengan skor min 3.56. Keseluruhannya, purata nilai min adalah 4.05
iaitu pada tahap tinggi. Melihat kepada item 3, perkara ini mungkin menyebabkan
pengendalian ABD murid bukan lagi berada dalam senarai keutamaan tugas guru kerana
ada tugas lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti melengkapkan data, kerja
pengekeranian, keluarga dan sebagai orang berkepentingan dalam komuniti luar. Item 7
dianggap kurang mencabar berbanding pernyataan lain dalam memastikan keberkesanan
penggunaan ABD murid, menandakan guru sudah agak mahir mengendalikan ABD.
Tambahan pula, menurut Mwangi (2013) penyelenggaraan yang sempurna dan
pembersihan ABD dapat memastikan ABD berfungsi pada tahap optimum, seterusnya
membantu murid menerima maklumat pembelajaran dengan baik.
139
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata skor min bagi aspek cabaran yang dihadapi
oleh guru pendidikan khas bagi menjalankan peranan mereka dalam keberkesanan
penggunaan ABD masih agak tinggi, walaupun tahap pengetahuan dan kesedaran peranan
mereka terhadap penggunaan ABD dalam PdP murid ketidakupayaan pendengaran dengan
purata skor min adalah tinggi. Jika cabaran yang ada masih berlaku tanpa diambil tindakan
lain yang sewajarnya, kemungkinan hubungan antara guru dan murid sukar dibentuk. Tiada
dorongan orang dewasa seperti guru dan ibu bapa boleh menyebabkan murid berasa lemah
atau ragu-ragu untuk menerokai kemampuan diri. Sedangkan hubungan dua hala antara
guru dan murid amat penting dalam mencapai objektif pembelajaran (Noriati et al., 2017).
Implikasi
Implikasi dapatan kajian ini akan mencadangkan beberapa perkara tentang peranan guru
dan ibu bapa dalam membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid ketidakupayaan
pendengaran yang menggunakan ABD. Sebagai contoh, guru melengkapkan diri dengan
pengetahuan mengendalikan dan menyelenggara ABD, selain perlu bersikap inovatif apabila
berhadapan pelbagai cabaran. Ibu bapa pula perlu mempelajari teknik penjagaan ABD,
sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak serta berkolaboratif dengan lebih kerap
bersama-sama pihak pakar seperti audiologis supaya ABD sentiasa bermanfaat dalam
kehidupan anak mereka. Selain itu, diri murid perlu rasa bertanggungjawab dengan
memastikan ABD adalah satu keperluan untuk dijaga dan digunakan sebaik mungkin.
Setelah murid dapat mengendalikan ABD secara kendiri, murid berasa lebih yakin dan
bermotivasi untuk belajar dengan baik kerana ABD membantu murid menerima maklumat
dengan lebih tepat terutamanya dalam pembelajaran bahasa. Menurut Ibtisam Abdullah dan
Zamri Ahmad (2012), kemahiran mendengar adalah asas dalam proses mempelajari bahasa
yang diwajibkan ke atas pelajar. Oleh itu, penggunaan ABD amat penting bagi murid yang
mempunyai baki pendengaran supaya mereka berupaya mendengar bunyi-bunyi bahasa
dengan lebih jelas dan mudah.
Cadangan
Walau bagaimanapun, kajian ini merupakan kajian di peringkat awal dan terdapat beberapa
batasan kajian dan aspek yang tidak diberi perhatian dengan terperinci. Hasil daripada
kajian ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki untuk
penambahbaikan bagi kajian seterusnya. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan adalah
melibatkan guru-guru Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran di PPKI dan SKPK
seluruh Malaysia bagi mendapatkan data kajian yang lebih banyak dan meluas. Hal ini
kerana wujudnya kepelbagaian sosioekonomi daripada pelbagai latar belakang guru.
Contohnya, rangkaian kemudahan atau pendedahan guru dan murid mengenai kepentingan
ABD di setiap negeri mungkin berlainan seperti mereka yang tinggal di bandar lebih mudah
untuk melakukan pemeriksaan ABD berkala dengan pakar berbanding yang tinggal di luar
bandar.
Di samping itu, beberapa cadangan juga dinyatakan untuk usaha pihak yang
berkaitan sebagai khidmat sokongan seperti Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) dan
140
badan bukan kerajaan seperti Malaysian Federation of The Deaf (MFD) bagi meningkatkan
keberkesanan penggunaan ABD murid ketidakupayaan pendengaran dalam dunia
pendidikan. 3PK bersama-sama BP Khas boleh mengadakan seminar bagi guru dan
pengurus pembantu murid untuk mengetahui cara-cara mengendali ABD yang betul secara
berkala di sekolah sebagai latihan. Latihan penting untuk memahirkan ajaran yang diterima
(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013) bagi melatih kemahiran kerja yang lebih mantap dan
peningkatan pengetahuan kerja yang luas. Seterusnya, Bulan Santuni OKU pula boleh
diadakan di setiap sekolah rendah mahupun menengah dan dimasukkan dalam acara
tahunan sekolah, juga wajar dipertimbangkan kerana walaupun murid normal yang lain
kurang terdedah dengan golongan OKU di sekolah, mereka akan tetap berhadapan dengan
golongan ini dalam komuniti luar sekolah, jadi mereka harus tahu tentang apa tindakan atau
pertolongan yang dapat disumbangkan sebagai menyantuni OKU.
RUJUKAN
Arbayah. (2013). Model pembelajaran humanistik. Dinamika Ilmu Vol 13. No. 2, 204-220.
Bashiroh Omar. (2016). Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid
bermasalah pendengaran. [Tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Coombe, S. (2018). New Zealand primary school teachers‟ knowledge of hearing impairment
and deafness [Unpublished master thesis]. University of Canterbury.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hadiyanto, Amirul Mukminin, Makmur, Marzul Hidayat, Failasofah. (2013). Teaching in a
digital era: english lecturers‟ readiness toward the internet use in teaching and
learning at selected higher education institutions in Indonesia. Asia-Pacific
Collaborative education Journal Vol. 9, No. 2,113124.
Ibtisam Abdullah & Zamri Ahmad. (2012). Pengajaran kemahiran mendengar bahasa arab
sebagai bahasa kedua. [Pembentangan kertas kerja] Persidangan Kebangsaan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (pp. 75 - 81). Universiti
Kebangsaan Malaysia
Maslow, A. H. (1970). Motivation and personality. Harper & Row.
Mwangi, J. (2013). Effective use of hearing devices: A guide for geronoms and caregivers in
supporting elderly with dementia in an institutional setting. [Laporan penyelidikan
sarjana muda tidak diterbitkan]. Finnish Federation of Swedish Speaking.
Nahazatul Islia. (2017, April 11). Hearing aid care tips for your child. Portal Rasmi MYHealth:
http://www.myhealth.gov.my/en/hearing-aid-care-tips-child/
National Deaf Children's Society. (2021). Why are hearing aids so important? National Deaf
Children's Society: https://www.ndcs.org.uk/information-andsupport/childhood-
deafness/hearing-aids/why-are-hearing-aids
soimportant/#:~:text=Early%20and%20consistent%20use%20of,levels%20to%20thei
r%20hearing%20peers.&text=Babies%20and%20young%20 children%
20need,to%20develop%
Noriati, Pong Ying. B. & Sharifah Fakhriah. (2017). Murid dan pembelajaran. Oxford Fajar.
Syed Ismail, Mei Kong.C, Ahmad Subki & Noor Fitriyati. (2018). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Sasbadi.
Tomblin, B., Oleson , J., Ambrose, S., Walker, E., & Moeller, M. (1 May, 2014). The
influence of hearing aids on the speech and language development of children with
hearing loss. JAMA Otolaryngol Head Neck Surgery, 140(5), pp. 403-409.
141