Ward, K.W., Marx C.G., Goshorn E., Turner C.G., Bell, K. (2015) A survey of K-12 educators
regarding awareness of hearing loss, devices and resources. Journal of Phonetics
and Audiology. https//doi:10.4172/ 24719455.1000103
142
PENGGUNAAN KAHOOT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU MURID PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN
Ahmad Hasyir Bin Ahmad Shukri* & Madinah Binti Mohd Yusof (PhD)
ABSTRAK
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggalakkan para guru
untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai
salah satu langkah untuk menerajui sistem pendidikan yang setaraf dengan
negara-negara maju. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal
pasti persepsi guru Murid Berkeperluan Khas (MBK) Pendengaran mengenai
keberkesanan penggunaan Kahoot dan tahap kesediaan MBK Pendengaran
terhadap penggunaan Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik
dan dianalisis dengan perisian Statistical Package of the Sosial Sciences
(SPSS) 25.0. Seramai 35 orang guru yang mengajar MBK Pendengaran
subjek Bahasa Melayu dari tiga buah sekolah rendah Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) sekitar Lembah Klang telah dipilih sebagai sampel
kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai 27 item dan
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu persepsi guru MBK Pendengaran
terhadap keberkesanan penggunaan Kahoot kepada MBK Pendengaran dan
tahap kesediaan MBK Pendengaran terhadap penggunaan Kahoot dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan
persepsi guru MBK Pendengaran terhadap keberkesanan penggunaan
Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berada pada
tahap yang tinggi (min=3.63) manakala persepsi guru MBK Pendengaran
mengenai tahap kesediaan MBK Pendengaran terhadap penggunaan Kahoot
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dari aspek kognitif,
afektif dan psikomotor berada pada tahap yang tinggi (min=3.38). Hal ini
menunjukkan MBK Pendengaran minat untuk menggunakan Kahoot dalam
subjek Bahasa Melayu. Penggunaan Kahoot amat penting dalam
meningkatkan minat dan potensi murid dalam subjek Bahasa Melayu agar
sistem pendidikan negara berkualiti selaras dengan perkembangan teknologi
pada era ini.
Kata kunci: aplikasi Kahoot, persepsi guru MBK Pendengaran,
keberkesanan Kahoot, tahap kesediaan MBK Pendengaran
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Penggunaan teknologi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
menarik minat serta merangsang pemikiran kreatif murid. Oleh itu, penggunaan aplikasi
Kahoot yang terdapat dalam Web 2.0 ialah satu aplikasi yang digunakan untuk mengadakan
143
kuiz atas talian dan mampu mewujudkan pembelajaran yang bersifat interaktif. Kahoot
sebagai salah satu aplikasi yang telah berjaya mengubah suasana pembelajaran lebih 20
juta pengguna kini (Giang, 2013). Aplikasi ini berupaya menggalakkan murid berinteraksi
secara bersemuka melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Perubahan di dalam
landskap pendidikan menuntut para pendidik untuk menyuntik elemen kreativiti dalam
pengajaran.
PERNYATAAN MASALAH
Kaedah pengajaran guru yang menggunakan pendekatan tradisional seperti chalk and
talk/sign mengurangkan minat MBK Pendengaran dalam mempelajari mata pelajaran
Bahasa Melayu. Menurut Shaharom dan Nur Faizah (2010), penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik mampu membantu murid menjana idea dengan lebih kreatif.
Justeru, penggunaan aplikasi Kahoot yang bersifat interaktif dan visual dilihat mampu
meningkatkan minat serta kebolehan MBK Pendengaran dalam menguasai mata pelajaran
Bahasa Melayu. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan
aplikasi Kahoot kepada MBK Pendengaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dan tahap kesediaan MBK Pendengaran terhadap penggunaan aplikasi Kahoot
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut persepsi guru MBK
Pendengaran.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Antara objektif kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti persepsi guru MBK Pendengaran mengenai keberkesanan
penggunaan aplikasi Kahoot kepada MBK Pendengaran dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
2. Mengenal pasti persepsi guru MBK Pendengaran mengenai tahap kesediaan MBK
Pendengaran terhadap penggunaan aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Dua persoalan kajian iaitu:
1. Apakah persepsi guru MBK Pendengaran mengenai keberkesanan penggunaan
aplikasi Kahoot kepada MBK Pendengaran dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah?
2. Apakah persepsi guru MBK Pendengaran mengenai tahap kesediaan MBK
Pendengaran terhadap penggunaan aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan sampel dalam kajian ini
dilaksanakan secara rawak berkelompok. Rawak berkelompok yang dimaksudkan di dalam
kajian ini adalah di mana sampel dipilih berdasarkan rumpunan populasi, seperti pilihan
rawak berdasarkan beberapa buah sekolah PPKI di sekitar Lembah Klang. Oleh itu, kajian
ini dijalankan berdasarkan jumlah guru MBK Pendengaran yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di tiga buah sekolah PPKI sekitar Lembah Klang. Justeru, seramai 35 orang
144
guru MBK Pendengaran yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di tiga buah sekolah
PPKI sekitar Lembah Klang telah dipilih sebagai sampel untuk menjawab soal selidik bagi
kajian ini.
Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian;
Bahagian A adalah maklumat demografi manakala Bahagian B dan C ialah berkaitan
dengan persepsi guru MBK Pendengaran mengenai penggunaan aplikasi Kahoot terhadap
MBK Pendengaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahagian B iaitu
persepsi guru MBK Pendengaran mengenai keberkesanan penggunaan Kahoot kepada
MBK Pendengaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada 12
item dan bahagian C iaitu persepsi guru MBK Pendengaran mengenai tahap kesediaan
MBK Pendengaran terhadap penggunaan Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu terdiri daripada 15 item merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Dalam aspek kesahan, pengkaji menggunakan kesahan kandungan ke atas
instrument soal selidik kajian ini. Kesahan kandungan kajian ini adalah hasil semakan
pensyarah penyelia yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan Khas
Pendengaran. Untuk mengesahkan kebolehpercayaan pula, pengkaji telah menjalankan
kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan terhadap item-item yang disenaraikan
dalam soal selidik. Data yang dikumpul daripada kajian rintis dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 25.0. Nilai Pekali Alpha Cronbach digunakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan item soal selidik. Hasil dapatan nilai Alpha Cronbach daripada kajian
rintis bagi soal selidik yang digunakan ialah 0.99. Nilai ini menunjukkan bahawa item yang
dibina adalah sesuai dan mampu menguji objektif kajian kerana mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan mengedar borang soal selidik yang
memerlukan responden untuk menandakan (/) pada skala Likert yang bermula dengan
“skala 1” iaitu sangat tidak setuju hinggalah “skala 4” iaitu sangat setuju berdasarkan item
soalan. Data kuantitatif ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dengan
aplikasi SPSS versi 25.0. Analisis deskriptif berfokus kepada kekerapan dan jumlah skor min
bagi setiap item dan fokus perbincangan adalah berdasarkan jumlah skor min dan
interprestasi skor min bagi setiap konstruk dalam soal selidik kajian.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Seramai 35 orang guru MBK Pendengaran yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
tiga buah sekolah PPKI sekitar Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian.
Bilangan responden guru MBK Pendengaran perempuan dalam kajian adalah seramai 22
orang yang telah menyumbang kepada 62.9% responden kajian. Manakala, selebihnya iaitu
37.1% merupakan responden guru MBK Pendengaran lelaki iaitu seramai 13 orang.
Selain itu, hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 74.3% adalah guru MBK
Pendengaran yang terdiri daripada bangsa Melayu iaitu bersamaan dengan 26 orang.
Manakala sebanyak 17.1% merupakan guru MBK Pendengaran yang terdiri daripada
bangsa Cina iaitu bersamaan dengan 6 orang. Kemudian, sebanyak 8.6% adalah terdiri
daripada guru MBK Pendengaran berbangsa India iaitu bersamaan dengan 3 orang.
145
Hasil dapatan kajian menunjukkan sebanyak 34.3% responden terdiri daripada guru
MBK Pendengaran opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran iaitu bersamaan 12
orang. Manakala, sebanyak 14.3% responden yang terdiri daripada guru MBK Pendengaran
opsyen Bahasa Inggeris iaitu seramai 5 orang. Bagi guru MBK Pendengaran opsyen
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, sebanyak 11.4% iaitu bersamaan dengan 4 orang.
Seterusnya, sebanyak 8.6% bersamaan dengan 3 orang terdiri daripada guru MBK
Pendengaran opsyen Sains. Bagi guru MBK Pendengaran yang terdiri daripada opsyen
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan
Reka Bentuk Dan Teknologi, masing-masing mencatatkan bilangan responden 2 orang iaitu
bersamaan dengan 5.7% daripada keseluruhan responden. Di samping itu juga, terdapat 1
orang sahaja responden yang terdiri daripada guru MBK Pendengaran opsyen Pendidikan
Jasmani iaitu bersamaan dengan 2.9%.
Sementelahan itu, sebanyak 77.1% bersamaan dengan 27 orang responden terdiri
daripada guru MBK Pendengaran yang mempunyai pengalaman mengajar dalam
lingkungan 0 – 10 tahun. Manakala, seramai 6 orang responden iaitu bersamaan dengan
17.1% merupakan guru MBK Pendengaran yang mempunyai pengalaman mengajar dalam
lingkungan 11 – 20 tahun. Kemudian, bagi guru MBK Pendengaran yang mempunyai
pengalaman mengajar dalam lingkungan 21 – 30 tahun dan 31 – 40 tahun, masing-masing
mencatatkan bilangan responden 1 orang iaitu bersamaan dengan 2.9% daripada
keseluruhan responden.
Tambahan lagi, berdasarkan Jadual 4.1, sebanyak 57.1% iaitu bersamaan dengan
20 orang responden terdiri daripada guru MBK Pendengaran yang mempunyai pengetahuan
tentang TMK pada tahap tinggi. Manakala, seramai 14 orang responden bersamaan dengan
40% merupakan guru MBK Pendengaran yang mempunyai pengetahuan tentang TMK pada
tahap sederhana. Seterusnya, hanya 1 orang sahaja responden bersamaan dengan 2.9%
merupakan guru MBK Pendengaran yang mempunyai pengetahuan tentang TMK pada
tahap rendah. Dapatan keseluruhan bagi maklumat profil kajian boleh dirujuk dalam jadual 1
di bawah.
Jadual 1
Profil Kajian
Profil Responden Kekerapan/N Peratusan (%)
Jantina
13 37.1
Lelaki 22 62.9
Perempuan
Bangsa 26 74.3
6 17.1
Melayu 3 8.6
Cina
India 12 34.3
5 14.3
Opsyen
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Bahasa Inggeris
146
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 4 11.4
Sains 3 8.6
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan 2 5.7
Bahasa Melayu 2 5.7
Pendidikan Islam 2 5.7
Matematik 2 5.7
Reka Bentuk Dan Teknologi 2 5.7
Pendidikan Jasmani 1 2.9
Pengalaman Mengajar 27 77.1
0 – 10 Tahun 6 17.1
11 – 20 Tahun 1 2.9
21 – 30 Tahun 1 2.9
31 – 40 Tahun
Pengetahuan Tentang TMK
Tahap Tinggi 20 57.1
Tahap Sederhana 14 40 Kebe
Tahap Rendah 1 2.9 rkesa
nan
Jumlah
35 100 Peng
guna
an Kahoot Kepada Mbk Pendengaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah
Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi 12 item ini ialah min = 3.63 iaitu
pada tahap yang tinggi. Item ke 4 iaitu responden yakin bahawa penggunaan Kahoot dapat
meningkatkan minat MBK Pendengaran dalam pembelajaran memperoleh skor min tertinggi
iaitu min = 3.77. Manakala item yang mendapat skor min terendah adalah item 5 dan item 9
iaitu responden yakin bahawa penggunaan Kahoot dapat memudahkan pemahaman MBK
Pendengaran dalam pembelajaran dan responden yakin bahawa penggunaan Kahoot
membolehkan mereka mengetahui tahap pencapaian MBK Pendengaran yang memperoleh
skor min = 3.46. Walau bagaimanapun, tahap skor min yang ditunjukkan pada kedua-dua
item ini masih berada pada tahap yang tinggi. Dapatan menunjukkan nilai min untuk item-
item soal selidik persepsi guru MBK terhadap keberkesanan penggunaan Kahoot kepada
MBK Pendengaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
adalah antara 3.46 hingga 3.77. Hasil dapatan kajian pada konstruk ini, disokong oleh Plum
dan LaRosa (2017) serta Whitton (2010), yang membuat kajian melibatkan MBK
Pendengaran di salah sebuah sekolah di luar negara menyatakan bahawa MBK
Pendengaran yang terlibat dalam pembelajaran menggunakan Kahoot ini mendapati
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, mudah, interaktif dan membantu mereka
memahami topik yang dipelajari dengan baik. Dapatan keseluruhan bagi persoalan ini boleh
rujuk dalam jadual 2 di bawah.
147
Jadual 2
Frekuensi, Nilai Min dan Interprestasi Skor Min bagi Item-Item Soal Selidik tentang Persepsi
Guru MBK Pendengaran terhadap Keberkesanan Kahoot
Bil. Item Skala Min Tahap
3.66 Tinggi
12 3 4 3.66 Tinggi
3.74 Tinggi
1. Membantu MBK Pendengaran fokus - 1 10 24 3.77 Tinggi
di dalam bilik darjah. 3.46 Tinggi
3.60 Tinggi
2. Memotivasikan MBK Pendengaran - 1 10 24
untuk belajar. 3.57 Tinggi
3.66 Tinggi
3. Menjadikan sesi pembelajaran lebih - 1 7 27 3.46 Tinggi
menyeronokkan.
3.63 Tinggi
4. Meningkatkan minat MBK - 1 6 28 3.66 Tinggi
Pendengaran dalam pembelajaran. 3.66 Tinggi
3.63 Tinggi
5. Memudahkan pemahaman MBK - 1 17 17
Pendengaran dalam pembelajaran.
6. Meningkatkan pemahaman MBK - 2 10 23
Pendengaran dalam sesuatu topik
pembelajaran.
7. Meningkatkan daya ingatan MBK - 2 11 22
Pendengaran tentang isi pelajaran.
8. Menjadikan MBK Pendengaran lebih - - 12 23
aktif di dalam bilik darjah.
9. Membolehkan saya mengetahui - 2 15 18
tahap pencapaian MBK
Pendengaran.
10 Menjadikan MBK Pendengaran tidak - 1 11 23
mengantuk di dalam bilik darjah.
11. Menggalakkan MBK Pendengaran - 1 10 24
untuk bersaing secara sihat dengan
rakan.
12. Menjadikan MBK Pendengaran lebih - 1 10 24
gemar mengikuti pembelajaran.
Min Keseluruhan
Tahap Kesediaan Mbk Pendengaran Terhadap Penggunaan Kahoot Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Secara keseluruhan, tahap min bagi tahap kesediaan dari aspek kognitif ialah berada pada
tahap yang tinggi iaitu min = 3.50. Nilai min bagi item-item soal selidik tahap kesediaan MBK
Pendengaran terhadap penggunaan Kahoot dari aspek kognitif adalah antara 3.46 hingga
3.60. Bagi item ke 3, responden yakin bahawa Kahoot membantu meningkatkan daya fikiran
MBK Pendengaran memperoleh skor min tertinggi iaitu min = 3.60. Manakala bagi item ke 2
dan ke 5, responden yakin bahawa Kahoot membantu MBK Pendengaran menyelesaikan
masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan MBK Pendengaran bersedia untuk
menggunakan Kahoot dalam pembelajaran Bahasa Melayu pada bila-bila masa
memperoleh skor min terendah iaitu min = 3.46. Hasil dapatan bagi konstruk ini disokong
148
oleh Nurul Ain et al. (2018), yang menyatakan bahawa Kahoot dapat membantu murid dari
aspek kognitif murid, iaitu dapat meningkatkan daya ingatan murid dengan min yang
diperoleh 3.81 dan Kahoot juga dilihat dapat menjadikan murid lebih fokus dalam
pembelajaran dengan min yang diperoleh, iaitu 3.60. Dapatan keseluruhan bagi persoalan
ini boleh rujuk dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3
Frekuensi, Nilai Min dan Interprestasi Skor Min bagi Item-Item Soal Selidik tentang
Kesediaan MBK Pendengaran terhadap Penggunaan Kahoot dari Aspek Kesediaan Kognitif
Bil. Item Skala Min Tahap
23 3.49 Tinggi
1 2 11 4
21 3.46 Tinggi
1. MBK Pendengaran memahami 1 3 13 3.60 Tinggi
setiap arahan yang terdapat dalam 19 3.49 Tinggi
Kahoot. 1 12 22 3.46 Tinggi
3 12 20
2. Kahoot membantu MBK 20 3.50 Tinggi
2 12
Pendengaran menyelesaikan 0
masalah dalam pembelajaran
Bahasa Melayu.
3. Kahoot membantu meningkatkan 0
daya fikiran MBK Pendengaran.
4. MBK Pendengaran bersedia untuk 0
menghadapi cabaran semasa
menggunakan Kahoot .
5. MBK Pendengaran bersedia untuk 1
menggunakan Kahoot dalam
pembelajaran Bahasa Melayu pada
bila-bila masa.
Min Keseluruhan
Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap min bagi tahap
kesediaan dari aspek afektif ialah berada pada tahap yang tinggi iaitu min = 3.53. Nilai min
bagi item-item soal selidik tahap kesediaan MBK Pendengaran terhadap penggunaan
Kahoot dari aspek afektif adalah antara 3.29 hingga 3.71. Bagi item ke 2, responden yakin
bahawa Kahoot menjadikan MBK Pendengaran lebih teruja untuk mengikuti kelas
memperoleh nilai skor min tertinggi iaitu min = 3.71. Manakala bagi item ke 4, responden
yakin bahawa MBK Pendengaran sedia berkongsi kebaikan Kahoot kepada rakan-rakan
memperoleh skor min terendah iaitu min = 3.29. Walau bagaimanapun, tahap skor min yang
ditunjukkan pada item ke 4 ini masih berada pada tahap yang tinggi. Oleh yang demikian,
pembelajaran menggunakan Kahoot menjadikan MBK Pendengaran lebih teruja, fokus dan
memberikan perhatian dalam pembelajaran. Pendapat yang sama juga dinyatakan oleh
Sherlock (2017) dan Premanand (2014), iaitu murid menjadi lebih fokus semasa sesi
pembelajaran untuk bersedia menjawab soalan dengan pantas dan betul apabila Kahoot
digunakan. Dapatan keseluruhan bagi persoalan ini boleh rujuk dalam jadual 4 di bawah.
149
Jadual 4
Frekuensi, Nilai Min dan Interprestasi Skor Min bagi Item-Item Soal Selidik tentang
Kesediaan MBK Pendengaran terhadap Penggunaan Kahoot dari Aspek Kesediaan Afektif
Bil. Item Skala Min Tahap
23 3.60 Tinggi
1 1 12 4 3.71 Tinggi
18 22 3.57 Tinggi
1. MBK Pendengaran menjadi lebih 0 26 3.29 Tinggi
aktif apabila menggunakan Kahoot. 2 11 3.49 Tinggi
22 3.53 Tinggi
2. Kahoot menjadikan MBK 0 3 16
15
Pendengaran lebih teruja untuk 3 12
20
mengikuti kelas.
3. Kahoot menggalakkan rasa ingin 0
tahu MBK Pendengaran untuk
mencuba sesuatu yang baharu.
4. MBK Pendengaran sedia berkongsi 1
kebaikan Kahoot kepada rakan-
rakan.
5. MBK Pendengaran menjadi lebih 0
fokus di dalam bilik darjah apabila
menggunakan Kahoot.
Min Keseluruhan
Secara keseluruhan, tahap min bagi tahap kesediaan dari aspek psikomotor ialah
berada pada tahap yang tinggi iaitu min = 3.12. Nilai min bagi item-item soal selidik tahap
kesediaan MBK Pendengaran terhadap penggunaan Kahoot dari aspek psikomotor adalah
antara 2.91 hingga 3.34. Bagi item nombor 1, responden yakin bahawa MBK Pendengaran
mahir menggunakan komputer memperoleh nilai skor min tertinggi iaitu min = 3.34.
Manakala bagi item ke 4 dan 5, responden yakin bahawa MBK Pendengaran boleh
menggunakan komputer untuk mengakses Kahoot pada bila-bila masa dan MBK
Pendengaran boleh menggunakan alat telekomunikasi untuk mengakses Kahoot pada bila-
bila masa memperoleh skor min terendah iaitu min = 2.91. Oleh itu, tahap skor min yang
ditunjukkan pada item ke 4 dan 5 ini berada pada tahap yang sederhana. Kekurangan ini
menyebabkan mereka menggunakan kemudahan komputer sama ada di sekolah, tempat
awam atau rumah rakan-rakan yang mempunyai komputer (Siti Kasma, 2005). Menurut Md
Nasim (2003), dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor kewangan merupakan halangan
utama bagi penduduk atau ahli keluarga mereka mendapatkan maklumat serta mengakses
internet pada bila-bila masa. Hasil dapatan ini disokong oleh kajian Rashidah et al. (2011)
tentang kesediaan murid terhadap penggunaan teknologi menunjukkan tahap kesediaan
murid berada pada tahap yang tinggi. Pengaruh latar belakang pendidikan dan faktor
kekerapan menggunakan internet mempengaruhi kemahiran seseorang murid untuk
menggunakan komputer (Masitah et al., 2009). Berdasarkan kajian mereka, murid pada hari
ini lebih mahir menggunakan komputer dengan bantuan daripada pelbagai pihak, khususnya
pihak kerajaan yang menggalakkan pembelajaran menggunakan TMK bagi menjana modal
insan kelas pertama sebagai persiapan menjadi negara maju. Dapatan keseluruhan bagi
persoalan ini boleh rujuk dalam jadual 5 di bawah.
150
Jadual 5
Frekuensi, Nilai Min dan Interprestasi Skor Min bagi Item-Item Soal Selidik tentang
Kesediaan MBK Pendengaran terhadap Penggunaan Kahoot dari Aspek Kesediaan
Psikomotor
Bil. Item Skala Min Tahap
12 3 4
1. MBK Pendengaran mahir 0 3 17 15 3.34 Tinggi S
menggunakan komputer. kor
2. MBK Pendengaran mahir 0 2 20 13 3.31 Tinggi min
bagi
menggunakan alat telekomunikasi. tahap
3. MBK Pendengaran dapat 2 5 15 13 3.11 Tinggi kesed
menggunakan Kahoot tanpa iaan
bantuan orang lain. MBK
4. MBK Pendengaran boleh 2 6 20 7 2.91 Sederhana Pend
menggunakan komputer untuk engar
mengakses Kahoot pada bila-bila an
masa.
terha
5. MBK Pendengaran boleh 2 6 20 7 2.91 Sederhana
dap
menggunakan alat telekomunikasi
untuk mengakses Kahoot pada bila- pengg
bila masa. unaan
Kaho
Min Keseluruhan 3.12 Tinggi
ot dari
aspek kognitif (m=3.50), afektif (m=3.53) dan psikomotor (m=3.12). Secara keseluruhannya,
skor min bagi kesediaan MBK Pendengaran terhadap penggunaan Kahoot ialah min = 3.38,
iaitu berada pada tahap yang tinggi. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa MBK
Pendengaran di tiga buah sekolah PPKI ini bersedia dari segi kognitif, afektif dan psikomotor
untuk menggunakan Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menurut
persepsi guru MBK Pendengaran. Hal ini demikian memberi gambaran yang positif oleh
disebabkan kajian Nurul Amirah dan Zaidatun (2008) mendapati pendekatan bermain sambil
belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif, afektif dan psikomotor iaitu keinginan untuk
meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus,
kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan
tertekan. Kajian daripada Roslina et al. (2011) mendapati murid menunjukkan sikap positif
terhadap perkembangan kognitif, berfikir secara kritis dan mencabar pemahaman mereka
dengan menggunakan permainan digital sebagai pendekatan pembelajaran.
Jadual 6
Skor Min bagi Tahap Kesediaan MBK Pendengaran terhadap Penggunaan Kahoot dari
Aspek Kognitif, Afektif dan Psikomotor
Aspek Min Tahap
Kognitif
Afektif 3.50 Tinggi
Psikomotor
Min Keseluruhan 3.53 Tinggi
3.12 Tinggi
3.38 Tinggi
151
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk kuantitatif ini dijalankan untuk meninjau
penggunaan Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
pendidikan khas pendengaran. Instrumen soal selidik telah diagihkan kepada 35 orang
sampel. Sampel tersebut ialah 35 orang guru MBK Pendengaran yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu dari tiga buah sekolah PPKI sekitar Lembah Klang. Mereka telah
dipilih sebagai responden untuk mencapai hasrat objektif kajian iaitu mengenal pasti
keberkesanan Kahoot kepada MBK Pendengaran dan tahap kesediaan MBK Pendengaran
terhadap penggunaan Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
mengikut persepsi guru MBK Pendengaran.
Cadangan bagi meningkatkan kualiti dan memberi gambaran yang lebih jelas untuk
kajian lanjutan ialah meluaskan saiz sampel dengan melibatkan semua sekolah PPKI yang
terdapat MBK Pendengaran di sekitar Lembah Klang. Selain itu, perbandingan mengenai
persepsi guru MBK Pendengaran boleh dibandingkan antara sekolah bandar dan luar
bandar dan boleh juga boleh dibandingkan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SKPK) dan
Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Seterusnya, pengkaji mencadangkan
untuk menjadikan MBK Pendengaran pula sebagai sampel kajian bagi mengenal pasti
sejauh mana keberkesanan dan tahap kesediaan mereka terhadap penggunaan Kahoot
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Bagi pengumpulan
data, kaedah temu bual yang bersifat kuantitatif dicadangkan untuk meningkatkan kualiti
data yang diperoleh.
Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai
rujukan dan panduan untuk menggalakkan guru MBK Pendengaran yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk menggunakan aplikasi seperti Kahoot dalam pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk merangka banyak kursus dan program untuk guru
MBK Pendengaran mengenai kepenggunaan media interaktif di dalam di dalam kelas.
Pengetahuan kandungan pedagogi abad ke-21 dalam kalangan guru MBK Pendengaran
secara tidak langsung dapat diterapkan. Akhir sekali, kajian ini penting supaya MBK
Pendengaran sentiasa bersedia untuk menggunakan teknologi dalam bilik darjah selaras
dengan hasrat sistem pendidikan negara yang menginginkan kemenjadian murid tipikal dan
murid berkeperluan khas dari setiap aspek serta memastikan mereka menguasai pelbagai
kemahiran, termasuk kemahiran teknologi untuk bekalan pada masa hadapan.
RUJUKAN
Giang, F. (2013). Gamification and learning: A review of issues and research. Journal of e
Learning and Knowledge Society, 1(1), 212-215.
Masitah Misdi, Baharom Mohamad, Ahmad Esa, & Siti Norsuraya Mohd Nor. (2009).
Penggunaan ICT dalam kalangan pelajar kejuruteraan elektrik Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah. [Tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Md Nasim Iqbal. (2003 October 21-22). Building a knowledge society: Information needs and
information problems in rural areas and urban informal settlements in Bangladesh
[Paper presentation]. National Conference on Information and Communication
Technology, International Islamic University Malaysia, Gombak, Selangor, Malaysia.
http://hdl.handle.net/20.500.11937/16032
152
Nurul Ain Azmi, Razatul Rashid, & Norazlina Jufri. (2018). Penggunaan aplikasi Kahoot
dalam pembelajaran model teori di Kolej Komuniti Ledang Johor. [Tesis sarjana
muda tidak diterbitkan]. Kolej Komuniti Ledang Johor.
Plump, C. M., & LaRosa, J. (2017). Using Kahoot! In the classroom to create engagement
and active learning: A game-based technology solution for elearning novices. Journal
of Management Teaching Review, 2(3), 1–8.
Premanand, E. M. (2014). Gamification in the classroom. International Journal of Innovative
Research in Computer Science & Technology, 2(5), 2347-5552.
Rashidah Rahmat, Parilah Mohd Shah & Sharifah Nor Puteh. (2011, Jun 26). Kesediaan
pelajar terhadap penggunaan teknologi telefon mudah alih [Slaid PowerPoint].
SlideShare. https://www.slideshare.net/Rashidah_Rahamat353/kesediaan-pelajar-
terhadap-penggunaan-teknologi-mpembelajaran-unri-2011
Shaharom Noordin & Nur Faizah Zainal Abiden. (2010). Tahap penggunaan bahan bantu
mengajar dalam kalangan bakal guru Fizik semasa latihan mengajar. [Tesis sarjana
tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Sherlock, A. L. (2017). “Go Kahoot!” Enriching classroom engagement, motivation and
learning experience with games. [Unpublished master‟s thesis]. University of Otago.
Siti Kasma Yaacob. (2005). The perception of SAR‟s student on Science and Technology: A
case study at Sekolah Agama Rakyat Al-Ihsan, Tanah Merah, Kelantan.
[Unpublished master‟s thesis]. University Islam Malaysia Colleague.
Whitton, N. (2010). Game engagement theory and adult learning. Sage Journals, 42(5),
596–609.
153
TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRAN BAHASA ISYARAT DALAM KALANGAN
SISWA GURU OPSYEN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
Mohamad Fakru Faiz Bin Shaari* & Anita Sapura Binti Shaari
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahasa isyarat
siswa guru opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Pada masa kini,
siswa guru dikatakan tidak mempunyai kompetensi dalam melaksanakan
tugas sebagai seorang guru terutamanya guru pendidikan khas yang
memerlukan kemahiran yang khusus untuk mengajar murid. Tumpuan kajian
adalah untuk melihat tahap penggunaan bahasa isyarat siswa guru opsyen
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan melalui soal selidik atas talian untuk mendapatkan data daripada
responden seramai 35 orang. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis
dalam bentuk statistik deskriptif iaitu penggunaan kaedah kekerapan,
peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek yang
dikaji berada pada tahap tinggi iaitu tahap penggunaan bahasa isyarat siswa
guru (min 4.34), pola penggunaan bahasa isyarat siswa guru (min 4.51) dan
minat siswa guru dalam mempelajari bahasa isyarat (min 4.60). Hasil analisis
kajian ini mendapati walaupun penggunaan bahasa isyarat siswa guru pada
tahap tinggi, siswa guru masih perlu menambah baik dan memperbaiki
beberapa perkara yang terdapat di dalam setiap aspek yang telah dikaji
supaya siswa guru dapat menguasai bahasa isyarat sepenuhnya
Kata kunci: penggunaan bahasa isyarat, bahasa isyarat, siswa guru
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Bahasa isyarat merupakan medium komunikasi utama kepada golongan pekak (Haung,
2012). Hal ini kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi komuniti pekak
dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan
sebagainya. Selain itu juga, penggunaan bahasa isyarat amat penting untuk golongan
masalah pendengaran. Menurut Asiah Hj. Ahmad (2012) masalah pendengaran merupakan
individu yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang menyebabkan ia
tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati pemikiran
serta budaya melalui bahasa. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa isyarat amat
penting kepada murid-murid yang mengalami masalah pendengaran.
Model yang digunakan dalam kajian tinjauan ini ialah menggunakan teori
pembelajaran sosial dan sosial kognitif. Untuk pengetahuan, teori ini dikembangkan oleh
Albert Bandura pada tahun 1986. Albert Bandura menyatakan manusia secara semula jadi
belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian di mana proses pembelajaran tersebut
melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain (Noriati A. Rashid, Boon
154
Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2015). Proses peniruan dan pemerhatian
dapat membantu murid pendengaran mempelajari pengetahuan yang baru. Proses ini akan
berlaku sekiranya siswa guru menggunakan kemahiran bahasa isyarat semasa PdP
berlangsung manakala murid pendengaran memerhati gerak geri yang dilakukan oleh siswa
guru.
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan bahasa isyarat berperanan besar dalam membantu murid pendengaran
mencapai objektif pengajaran terutamanya di sekolah. Menurut Yusoff (2018) menyatakan
bahawa murid pekak dilihat sebagai cacat kerana bermasalah dengan deria dan tidak
mampu bertutur. Dalam konteks kajian ini, penggunaan bahasa isyarat dititikberatkan
terhadap siswa guru opsyen Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
kerana dapat mempengaruhi sejauh mana penggunaan mereka terhadap bahasa isyarat
yang telah dipelajari selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas. Oleh yang
demikian, berdasarkan kajian ini ia memfokuskan untuk meninjau tahap penggunaan
bahasa isyarat dalam kalangan siswa guru di IPGKIK terutamanya siswa guru yang
mengambil opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran sebagai persediaan untuk
mengajar murid pendengaran di sekolah kelak.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian
ini. Objektif-objektif tersebut adalah:
1. Mengenal pasti tahap penggunaan kemahiran bahasa isyarat siswa guru opsyen
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di IPGKIK.
2. Mengenal pasti pola penggunaan bahasa isyarat siswa guru Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran di IPGKIK.
3. Mengenal pasti tahap minat terhadap kemahiran bahasa isyarat dalam kalangan
siswa guru Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di IPGKIK
Antara persoalan kajian ialah:
1. Apakah tahap penggunaan kemahiran bahasa isyarat siswa guru opsyen Pendidikan
Khas Masalah Pendengaran di IPGKIK?
2. Apakah pola penggunaan bahasa isyarat siswa guru Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran di IPGKIK?
3. Apakah tahap minat terhadap kemahiran bahasa isyarat dalam kalangan siswa guru
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di IPGKIK?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah kajian
tinjauan. Kaedah penganalisisan data yang telah digunakan adalah kaedah kuantitatif di
mana pengkaji telah memilih untuk menggunakan cara penganalisisan data deskriptif.
Sampel kajian ini terdiri daripada siswa guru Pendidikan Khas Opsyen Masalah
Pendengaran semester 8, semester 6 dan juga semester 4 di IPGKIK iaitu seramai 35
orang. Soal selidik ini telah dijalankan ke atas sampel kajian bagi mendapatkan data
155
berkenaan tahap penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan siswa guru opsyen
Pendidikan Khas. Soal selidik berkenaan terdapat empat bahagian. Dalam bahagian A, satu
soalan diberi untuk mendapatkan maklumat siswa guru. Manakala bahagian B pula
mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan tahap penggunaan bahasa isyarat siswa
guru. Dalam bahagian C pula terdapat 10 soalan yang berkaitan dengan pola penggunaan
bahasa isyarat dalam siswa guru. Dalam bahagian D, terdapat 10 soalan yang berkaitan
dengan minat siswa guru dalam penggunaan bahasa isyarat. Bahagian B, C dan D ini,
mempunyai lima peringkat pilihan berbentuk skala Likert iaitu 1.sangat tidak setuju, 2.tidak
setuju, 3.kurang setuju, 4.setuju dan 5.sangat setuju. Kesahan kajian dilakukan
menggunakan kaedah rujukan pakar.
Dalam menganalisis soal selidik ini, pengkaji menggunakan nilai Alpha Cronbach
bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Sebanyak 35 data yang dikumpulkan terdiri
daripada instrumen soal selidik. Dalam menganalisis soal selidik ini, pengkaji menggunakan
peratusan dan kekerapan dan min sebagai pengukuran bagi membolehkan data ini
dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2010 dan perisian „Statistical Packages for the
Social Science‟ (SPSS) bagi mendapatkan maklumat mengenai 35 sampel kajian yang telah
dipilih.
Jadual 1
Pengelasan Maklum Balas Sampel Berdasarkan Skor Min
Skala Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Profil Sampel Kajian
Analisis dapatan soal selidik yang dimuatkan dalam Jadual 2 menunjukkan 35 orang
responden yang terdiri daripada siswa guru kelas G8.2 (40%), siswa guru kelas G6.3 (34%)
dan siswa guru G4.3 (26%). Kajian ini melibatkan responden yang mengikuti program
pengajian yang sama iaitu opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.
Jadual 2
Demografi Sampel Kajian
Kelas N Peratusan (%)
G4.3 9 26%
G6.3 12 34%
G8.2 14 40%
156
Tahap Penggunaan Bahasa Isyarat Siswa Guru
Berdasarkan Jadual 3 tersebut menyatakan setiap kekerapan dan peratus bagi item-item
pada bahagian B. Pada item ketiga, responden menyatakan bahawa “saya berupaya
menggunakan bahasa isyarat secara ekspresif” adalah min yang paling tinggi iaitu sebanyak
4.34. Hal ini amat jelas apabila responden membuktikan bahawa 17 orang (48.6%) bersetuju
dan 15 orang (42.9%) sangat bersetuju.Bagi item „saya berupaya memahami maklumat
yang dikemukakan oleh murid pekak‟ .menunjukkan 18 responden (51.4%) telah memberi
respons „setuju‟. Item ini menunjukkan min berada pada tahap yang tinggi, iaitu 3.97.
Dapatan menunjukkan bahawa siswa guru juga mampu memahami maklumat yang
dikemukan oleh murid-murid pekak. Perkara ini mungkin disebabkan oleh siswa guru
mengambil kira tempoh masa untuk siswa guru menjawab soalan yang dikemukan oleh
murid-murid. Min paling tinggi yang diperoleh berkaitan penggunaan bahasa isyarat siswa
guru ini adalah 4.34. Justeru itu, jelaslah bahawa tahap penggunaan kemahiran bahasa
isyarat siswa guru berada pada tahap tinggi
Jadual 3
Analisis tahap penggunaan kemahiran bahasa isyarat siswa guru
Item Skala Min
12 3 4 5
Saya berupaya menggunakan 1 6 16 12 4.11
Kod Tangan Bahasa Melayu (2.9%) (17.1%) (45.7%) (34.3%)
(KTBM) dengan cekap. (Tinggi)
Saya berupaya menggunakan 7 20 8 4.03
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) (20%) (57.1%) (22.9%)
dengan cekap (Tinggi)
Saya berupaya menggunakan 3 17 15
bahasa isyarat secara ekspresif (8.6%) (48.6%) (42.9%) 4.34
(Tinggi)
Saya berupaya menggunakan 1 4 20 10 4.11
bahasa isyarat secara reseptif (2.9%) (11.4%) (57.1%) (28.6%) (Tinggi)
Saya boleh berkomunikasi 2 25 8 4.17
dengan golongan pekak (5.7%) (71.4%) (22.9%) (Tinggi)
menggunakan bahasa isyarat.
Bahasa isyarat yang saya 5 19 11 4.17
gunakan mudah difahami (14.3%) (54.3%) (31.4%) (Tinggi)
Saya berupaya mengenal pasti 1 9 14 11 4.00
(25.7%) (40%) (31.4%) (Tinggi)
kesalahan bahasa isyarat yang (2.9%)
4 19 11 4.11
dilakukan oleh murid pekak (11.4%) (54.3%) (31.4%) (Tinggi)
Saya berupaya menggunakan 1
bahasa isyarat semasa (2.9%)
berpraktikum di sekolah
157
Saya berupaya memberi 1 6 16 12 4.11
(17.1%) (45.7%) (34.3%) (Tinggi)
respons kepada guru terhadap (2.9%)
7 18 9 3.97
maklumat yang dikemukakan (20%) (51.4%) (25.7%) (Tinggi)
oleh murid pekak menggunakan
bahasa isyarat.
Saya berupaya memahami 1
maklumat yang dikemukakan (2.9%)
oleh murid masalah
pendengaran.
Pola Penggunaan Bahasa Isyarat Siswa Guru
Berdasarkan Jadual 4, nilai min bagi item-item soal selidik bagi pola penggunaan bahasa
isyarat siswa guru opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran adalah antara 3.60
hingga 4.51. Nilai min paling tinggi pola penggunaan bahasa isyarat siswa guru opsyen
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran berada pada tahap yang paling tinggi iaitu 4.51.
Item „penggunaan bahasa isyarat yang kerap mengukuhkan kemahiran bahasa isyarat saya‟
menunjukkan seramai 17 responden (48.6%) telah memberikan respons „setuju‟ manakala
18 responden (51.4%) memberikan respons „sangat setuju‟ bagi item ini. Dapatan ini
menunjukkan bahawa penggunaan bahasa isyarat yang kerap mampu mempengaruhi tahap
penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan siswa guru. Berdasarkan dapatan ini juga,
terdapat satu item yang mempunyai min sederhana iaitu item 1 (min 3.60) menunjukkan
seramai 11 orang (31,4%) responden sangat bersetuju bahawa mereka sering menawarkan
diri untuk menjadi jurubahasa isyarat di institut pengajian mereka dan 10 orang (28.6%)
yang lain turut bersetuju manakala lima orang (14.3%) kurang setuju dan hanya tiga orang
(8.6%) yang tidak bersetuju. Min paling tinggi yang diperoleh berkaitan penggunaan bahasa
isyarat siswa guru ini adalah 4.51 manakala min pada peringkat sederhana iaitu 3.90 pada
item satu iaitu „saya sering menawarkan diri untuk menjadi jurubahasa isyarat di institut
pengajian saya‟.
Jadual 4
Analisis pola penggunaan kemahiran bahasa isyarat siswa guru
Item Skala Min
12 3
4 5
Saya sering menawarkan diri 3 5 6 10 11 3.60
untuk menjadi jurubahasa (8.6%) (14.3%) (17.1%) (28.6%) (31.4%)
isyarat di institut pengajian
saya. 1 3 11 (Sederhana)
Bahasa isyarat membantu (2.9%) (8.6%) (31.4%)
saya untuk berinteraksi dengan 20 4.43
murid pekak 2 5 16 (57.1%) (Tinggi)
Saya kerap menggunakan (5.7%) (14.3%) (45.7%)
bahasa isyarat berbanding 12 4.09
bercakap dengan murid. 4 19 (34.3%) (Tinggi)
(11.4%) (54.3%)
Saya dapat meningkatkan 12 4.23
158 (34.3%) (Tinggi)
perbendaharaan bahasa
isyarat jika berkomunikasi
dengan murid pekak
Saya sentiasa mencari 2 2 20 11 4.09
peluang untuk berkomunikasi (5.7%) (5.7%) (57.1%) (31.4%) (Tinggi)
menggunakan bahasa isyarat
dengan rakan-rakan. 19 16 4.46
Penguasaan bahasa isyarat (54.3%) (45.7%) (Tinggi)
yang cekap menyakinkan saya
untuk mengajar 17 18 4.51
(48.6%) (51.4%) (Tinggi)
Penggunaan bahasa isyarat
yang kerap mengukuhkan
kemahiran bahasa isyarat saya
Penggunaan bahasa isyarat 21 14 4.40
membantu saya mengajar (60%) (40%) (Tinggi)
dengan lebih efektif
1 3 23 8 4.09
Saya berlatih bahasa isyarat (2.9%) (8.6%) (57%) (22.9%) (Tinggi)
mengikut tajuk yang ada di
dalam buku isyarat 2 5 18 10 4.03
(5.7%) (14.3%) (51.4%) (28.6%) (Tinggi)
Saya mempelajari bahasa
isyarat sekurang-kurangnya
dua kali seminggu
Tahap Minat Siswa Guru Dalam Mempelajari Bahasa Isyarat
Analisis dapatan soal selidik yang dimuatkan dalam Jadual 5 menunjukkan kebanyakan min
berada pada tahap tinggi. Antara item yang mempunyai nilai min tinggi ialah item 8 (min
4.60) di mana responden menyatakan mereka berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan
berkaitan bahasa isyarat. apabila 21 orang (60%) bersetuju dan 14 orang (40%) juga sangat
bersetuju. Pada item 4 (min 4.00) pula didapati responden menyatakan bahawa mereka
belajar bahasa isyarat di atas kehendak mereka sendiri apabila 19 orang (54.3%) bersetuju
dan 12 orang (34.3%) sangat bersetuju manakala 4 orang (11.4%) berada pada kedudukan
setuju dan kurang bersetuju. Berdasarkan dapatan ini juga, pada item 1 yang mempunyai
min (4.46) menunjukkan seramai 10 orang (28.6%) responden bersetuju bahawa mereka
mempelajari bahasa isyarat bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan kursus
pengajian sahaja dan sebelas orang (31.4%) yang lain turut sangat bersetuju manakala lima
orang (14.3%) yang kurang bersetuju serta tiga orang (3.6%) tidak bersetuju dengan item
tersebut. Oleh yang demikian, dapatan ini menunjukkan bahawa siswa guru berminat untuk
mendalami ilmu pengetahuan berkaitan bahasa isyarat mampu mempengaruhi tahap
penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan siswa guru opsyen pendidikan khas masalah
pendengaran . Perasaan teruja ini mungkin disebabkan oleh siswa guru didedahkan dengan
penggunaan bahasa isyarat di kampus.
159
Jadual 5
Analisis tahap minat siswa guru dalam mempelajari bahasa isyarat
Item Skala Min
1234 5
Saya mempelajari bahasa 5 6 10 11 4.46
isyarat bukan semata-mata 3 (14.3%) (17.1%) (28.6%) (31.4%) (Tinggi)
untuk memenuhi keperluan (8.6%)
kursus pengajian sahaja 1 3 11 20 4.46
Saya suka berkomunikasi (2.9%) (8.6%) (31.4%) (57.1%) (Tinggi)
dengan golongan pekak
2 5 16 12 4.43
Pembelajaran bahasa isyarat (5.7%) (14.3%) (45.7%) (34.3%) (Tinggi)
tidak membebankan saya
Saya belajar bahasa isyarat 4 19 12 4.00
di atas kehendak saya sendiri (11.4%) (54.3%) (34.3%) (Tinggi)
Saya suka mempelajari 2 2 20 11 4.46
(5.7%) (57.1%) (31.4%) (Tinggi)
bahasa isyarat. (5.7%)
19 16 4.46
Pembelajaran bahasa isyarat (54.3%) (45.7%) (Tinggi)
menarik minat saya untuk
meneroka budaya orang 17 18 4.51
pekak (48.6%) (51.4%) (Tinggi)
Saya suka menggunakan
bahasa isyarat dengan 21 14 4.60
komuniti pekak (60%) (40%) (Tinggi)
Saya berminat untuk
mendalami ilmu pengetahuan
berkaitan bahasa isyarat.
Saya bersedia mengikuti 16 19 4.54
program atau kursus untuk (45.7%) (54.3%) (Tinggi)
meningkatkan penguasaan
bahasa isyarat. 20 15 4.43
Saya sentiasa mengikuti (57.1%) (42.9%) (Tinggi)
perkembangan mengenai
penggunaan bahasa isyarat
dalam pendidikan
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan
siswa guru opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran secara keseluruhannya berada
pada tahap yang tinggi. Pemilihan mereka sebagai responden sangat menepati dan sesuai
160
dengan tujuan kajian ini kerana mereka telah berada pada tahun akhir iaitu semester 8
dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan akan ditempatkan di sekolah
tidak lama lagi. Selain itu, reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah
berbentuk kajian tinjauan. Berdasarkan hasil kajian secara keseluruhannya telah mendapati
penggunaan bahasa isyarat siswa guru memperoleh skor min yang tinggi iaitu (4.34%) bagi
kesemua konstruk terutamanya pada bahagian B iaitu bahagian yang menguji tahap
penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan siswa guru opsyen Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran.
Implikasi
Penggunaan bahasa isyarat siswa guru sangat perlu dititikberatkan kerana bahasa isyarat
merupakan bahasa utama orang pekak. Murid pendengaran akan berasa berminat untuk
mempelajari sesuatu sekiranya guru mereka menggunakan bahasa isyarat sebagai medium
komunikasi utama dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Siswa guru dapat
melihat dengan teliti aspek yang perlu diubah atau ditingkatkan bagi memastikan bahasa
isyarat dapat dikuasai sepenuhnya sejajar dengan keperluan murid pendengaran di sekolah
yang memerlukan guru yang cekap dalam menggunakan bahasa isyarat untuk mendidik
mereka menjadi insan yang berguna. Malahan, dalam kajian ini juga memberi peluang
kepada semua siswa guru untuk mengetahui sejauh mana keupayaan mereka dalam
menggunakan bahasa isyarat di sekolah atau di luar waktu persekolahan. Hal ini akan
mendorong kecekapan dan keyakinan siswa guru dalam meluaskan penggunaan bahasa
isyarat dalam kehidupan mereka. Malahan, siswa guru dan ibu bapa perlu sentiasa
menggalakan dan menyokong murid-murid masalah pendengaran untuk meningkatkan
pencapaian akademik serta meningkatkan pelbagai kemahiran. Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Shahrul Arba‟iah (2007) mengenai faktor yang menyumbang kepada
kecemerlangan akademi murid-murid masalah pendengaran bergantung kepada tiga faktor
penting iaitu ibu bapa, khidmat sokongan dan sikap murid-murid itu sendiri.
Cadangan
Sebagai cadangan kajian lanjutan, untuk memastikan penggunaan bahasa isyarat dapat
ditingkatkan, siswa guru itu sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mengubah tahap
penggunaan bahasa isyarat mereka supaya bahasa isyarat mereka lebih mahir dan
dipraktikan dengan sebaik mungkin di sekolah kelak. Siswa guru juga hendaklah sentiasa
mengikut pelbagai pembelajaran yang melibatkan bahasa isyarat sama ada dalam kampus
atau luar kampus kerana dengan pembelajaran tentang bahasa isyarat tersebut akan dapat
membantu mereka menggunakan bahasa isyarat terutamanya berkomunikasi dan
berhubung dengan murid-murid masalah pendengaran. Selain itu juga, kesediaan siswa
guru pendidikan khas masalah pendengaran untuk mengajar di sekolah perlu dititikberatkan
kerana siswa guru ini bakal menyertai dunia pendidikan dan perlu sekurang-kurangnya
mempunyai asas dalam bahasa isyarat. Menurut Abdul Rasid Jamian (2011) menunjukkan
komitmen guru merupakan antara salah satu faktor kegagalan murid menguasai kemahiran
bahasa isyarat terutamanya dalam berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain.
RUJUKAN
Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
161
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 1-12.
Haung, T. (2012). A review of sign language acquisition studies as the basis for informed
decisions for sign language test adaption. Sign Language & Linguistics, 213-239.
Noriati, A. R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. S. (2012). Murid dan pembelajaran. Oxford
Fajar.
Shahrul Arba'iah Othman. (2007). Faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan
akademik pelajar pekak: Kajian Kes Retrospektif. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yusoff. (2018). Kemahiran mendengar dalam kaunseling. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
162
CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN DALAM
PENGUASAAN KOD BRAILLE MATEMATIK
Nurul Nadia binti Abdul Rahman* & Arman bin Ab Sani
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran guru pendidikan khas
masalah penglihatan dalam menguasai kod Braille Matematik di sekolah.
Signifikan kajian ini adalah kerana penguasaan kod Braille Matematik oleh
guru memberi kesan kepada pendidikan Murid Berkeperluan Khas Masalah
Penglihatan dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Kajian ini ingin
mengetahui cabaran guru dalam menguasai kod Braille Matematik daripada
punca yang dialami serta kesan kepada cabaran tersebut. Kajian kes ini
menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dan pemerhatian
berstuktur yang melibatkan guru-guru yang mengajar matapelajaran
Matematik Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan.
Penganalisian data adalah secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa cabaran menguasai kod Braille Matematik adalah dari latar belakang
pendidikan guru, kurang pengetahuan dalam kod Braille Matematik dan juga
tahap keupayaan Murid Berkeperluan Khas. Hasil kajian ini dapat membantu
pihak pentadbir sekolah terutamanya guru besar agar memberi tumpuan
dalam memenuhi keperluan guru dan murid demi meningkatkan kualiti
pendidikan di sekolah.
Kata kunci: Cabaran guru pendidikan khas, Kod Braille Matematik. Murid
Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan.
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Matapelajaran Matematik merupakan satu subjek teras yang diwajibkan kepada semua
murid yang bersekolah di sekolah kebangsaan di Malaysia. Penguasaan subjek ini amat
penting bagi murid-murid kerana Matematik merupakan matapelajaran yang boleh
digunakan dalam kehidupan harian jika dapat memahami konsep matematik dengan baik.
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KSSR (2011), Matematik diajar secara
susunan yang merangkumi tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan perkaitan. Selain itu,
terdapat beberapa aspek sokongan lain yang terdiri daripada penyelesaian masalah,
penakulan serta pemikiran mantik, nilai-nilai sejagat dan sejarah matematik. Penguasaan
dalam matapelajaran Matematik ini tidak semestinya menekankan kepada murid-murid
tipikal sahaja, malahan ia juga penting untuk murid-murid berkeperluan khas seperti murid
berkeperluan khas (MBK) masalah penglihatan. Perkara ini dibuktikan bahawa program
Pendidikan Khas Penglihatan diwujudkan bagi memperakui hak pendidikan yang sama rata
tanpa mengira perbezaan individu (Norfazila Ghazali, 2015). Oleh itu, peranan guru dalam
menguasai Kod Braille Matematik dengan lebih baik sebelum mengajar harus
163
dipertingkatkan agar MBK masalah penglihatan mempunyai peluang yang sama dengan
murid lain.
PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan kod Braille Matematik oleh guru adalah perkara yang amat penting dalam
sistem pendidikan di negara kita pada masa kini kerana mereka mengajar kepada MBK
masalah penglihatan. Menurut Mohd Mokhtar dan Aliza (2004), secara amnya, isu dan
cabaran yang wujud dalam pengajaran guru Program Pendidikan Khas di Sekolah-sekolah
Pendidikan Khas terdiri daripada aspek kelayakan akademik dan ikhtisas guru-guru,
pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas pelajar dan kebolehan serta keyakinan guru
menyampaikan isi kandungan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas. Menurut kajian
yang dilakukan oleh Nor Jannah et al (2015), pengetahuan pedagogi guru masa kini lebih
kepada keperluan ketidakupayaan MBK Penglihatan dan bukannya dari segi subjek. Tahap
pengetahuan dan kemahiran guru terhadap isi kandungan subjek Matematik sangat lemah
di mana guru sukar menyampaikan sesuatu topik dengan berkesan kepada MBK masalah
penglihatan. Tanpa penguasaan kod Braille Matematik yang baik dalam kalangan guru akan
mendatangkan masalah kepada murid untuk memahami sesuatu isi pelajaran. Jelas
menunjukkan bahawa penguasaan kod braille oleh guru amat penting untuk dikaji bagi
melihat kualiti guru pendidikan khas masalah penglihatan. Maka, skop kajian ini hanya
terbatas kepada guru pendidikan khas yang mengajar kod Braille Matematik kepada murid
masalah penglihatan.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menguasai kod Braille
Matematik
2. Mengenalpasti punca berlakunya kesukaran dalam mengajar kod Braille Matematik
kepada murid berkeperluan khas masalah penglihatan.
3. Melihat kesan daripada cabaran yang dihadapi terhadap pembelajaran dan
pemudahcaraan.
Persoalan Kajian
1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menguasai kod Braille Matematik?
2. Apakah punca berlakunya kesukaran dalam mengajar kod Braille Matematik kepada
murid berkeperluan khas masalah penglihatan?
3. Apakah kesan daripada cabaran yang dihadapi terhadap pembelajaran dan
pemudahcaraan?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan reka bentuk kajian kes. Teknik persampelan telah digunakan dengan
melibatkan tiga orang guru yang mengajar matapelajaran Matematik terhadap murid-murid
pendidikan khas penglihatan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas A. Instrumen kajian
yang digunakan ialah temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur
164
menggunakan senarai semak. Protokol temu bual telah disediakan sebagai panduan kepada
pengkaji untuk menjalankan temu bual dengan baik. Borang pemerhatian senarai semak
juga telah disediakan bagi memudahkan pengkaji mencatat data pemerhatian dengan baik.
Bagi menganalisis data yang dikumpul, pengkaji menggunakan pengkajian kualitatif
deskriptif iaitu proses menganalisis data dan pengesanan tema transkrip daripada rakaman
temu bual secara manual. Melalui metodologi ini pengkaji berupaya mendapatkan data
secara sistematik dan berkesan di samping dapat memastikan data mudah diperolehi.
Kepelbagaian teknik pengumpulan data adalah satu cara untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian. Data-data yang diperolehi disemak menggunakan triangulasi
kaedah iaitu pengkaji mengumpul data menggunakan dua kaedah agar memastikan
kebolehpercayaan dan kesahan data yang tinggi.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis dapatan kajian, terdapat tiga tema bagi cabaran, tiga tema bagi punca
dan dua tema bagi kesan. Tema tersebut disandarkan dengan teori Slavin (1994) bahawa
empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran
(quality of instruction), kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif
(incentive) dan masa (time).
Tema cabaran adalah latar belakang peserta kajian, kurang pengetahuan dalam kod
Braille Matematik oleh peserta kajian dan tahap keupayaan murid pendidikan khas
penglihatan dalam menguasai kod Braille Matematik. Pengkaji mendapati bahawa kesemua
peserta kajian merupakan guru yang bukan opsyen pendidikan khas penglihatan. Perkara ini
telah menjadi satu cabaran untuk guru mengajar murid pendidikan khas. Rentetan daripada
kajian Shaffeei, Razalli dan Khalil, (2019) yang menunjukkan bahawa guru opsyen
pendidikan khas mempunyai pengetahuan, kemahiran dan latihan yang lebih tinggi
berbanding dengan guru bukan opsyen. Tema kedua adalah kurang pengetahuan guru
dalam kod Braille Matematik menjadi satu cabaran bagi mereka untuk menguasai kod
braille. Menurut Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011), isu dimana guru kurang
pengetahuan dalam pengajaran merupakan isu yang agak serius kerana ianya bukan sahaja
melibatkan organisasi sekolah malah juga memberi kesan kepada PdP dan terutama
pencapaian murid. Kualiti pengajaran yang disebut dari teori Slavin perlulah dikuasai oleh
guru untuk mecapai pengajaran yang berkesan. Akhir sekali, tema yang ketiga iaitu tahap
keupayaan murid pendidikan khas merupakan cabaran guru dalam menguasai kod Braille
Matematik. MBK masalah penglihatan mempunyai tahap keupayaan berbeza tetapi mereka
masih meggunakan kurikulum kebangsaan. Menurut Crystal Joan Peter (2012) yang
menyatakan kurikulum yang digunakan di SK Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan. Hal ini memberi cabaran kepada guru
pendidikan khas masalah penglihatan kerana tahap keupayaan mereka ada yang berbeza
telah menyukarkan pengajaran. Namun, cabaran ini dapat diatasi sekiranya guru berjaya
membuat modifikasi yang bersesuaian dengan tahap keupayaan MBK masalah penglihatan
mengikut teori Slavin dimana guru perlu kesesuaian aras pengajaran kepada murid.
Dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian mengenai cabaran guru dalam
menguasai kod Braille Matematik.
Tiga punca cabaran ini berlaku ialah kurang penggunaan kod Braille Matematik ketika
mengajar, kekurangan masa untuk meningkatkan kemahiran kod braille disebabkan
bebanan tugas dan sukar mendapatkan bahan rujukan kod Braille Matematik. Mereka yang
kurang mahir dan tidak menggunakan kod braille ketika mengajar Matematik boleh menjadi
165
punca guru tidak dapat menguasai kod Braille Matematik. Apabila kurang menggunakan kod
braille kepada murid, guru juga akan mudah terlupa terhadap kod braille yang akan
digunakan. Oleh sebab itu, guru akan menggunakan pendekatan masteri kerana
pendekatan ini dilihat lebih berkesan untuk murid memahami dan menghafal kod Braille
Matematik. Prinsip pendekatan pembelajaran masteri ialah murid boleh menguasai sesuatu
perkara yang diajar dengan syarat, murid mempunyai masa yang cukup untuk menguasai
sesuatu pembelajaran, serta murid menerima pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
(Kazu, Kazu & Ozdemir, 2005). Oleh itu, peserta kajian melakukan inisiatif lain dengan
menggunakan pendekatan ini sekiranya mereka sendiri sukar menghafal dan menguasai
kod Braille Matematik. Di samping itu, bebanan kerja yang diterima menyebabkan guru tidak
mempunyai masa untuk belajar sendiri kod braille. Kenyataan ini disokong dengan kajian
Razhiyah (2005), bahawa guru pendidikan khas dibebankan dengan tugas-tugas bukan
mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti
setiausaha sukan di sekolah. Selain itu, punca sukar mendapatkan bahan rujukan kod
Braille Matematik menjadi menjadi cabaran guru untuk menguasai kod braille. Rentetan itu,
guru mencari inisiatif lain dengan menyediakan Bahan Bantu Belajar (BBB) dan pada masa
yang sama dapat meningkatkan kemahiran pedagogi mengajar kod Braille Matematik.
Dapatan kajian ini juga telah menjawab persoalan kajian mengenai punca berlakunya
cabaran kepada guru dalam mengajar kod Braille Matematik.
Dua tema bagi kesan ialah daripada aspek pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dan sikap murid. Tema pertama ialah proses PdPc yang dijalankan tidak mencapai
objektif pembelajaran. Apabila guru sendiri tidak dapat menguasai kod Braille Matematik,
proses PdPc akan menjadi lambat dan mengambil masa yang lama untuk murid memahami
sesuatu topik. Pengajaran yang berkesan adalah merupakan perkara yang amat penting
diambil perhatian di dalam bidang perguruan (Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, 2012). Tema
kedua ialah kefahaman murid dalam sesuatu pengajaran akan terkesan sekiranya guru tidak
dapat menguasai kod Braille Matematik. Kesan terhadap cabaran ini memberi impak yang
eksplisit terhadap kefahaman murid dalam topik yang diajar. Menurut Shulman (1987),
seorang guru harus mempunyai teras pengetahuan mengajar yang bermaksud segala jenis
pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam
bidang pelajarannya di sekolah. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa cabaran yang berlaku
telah memberi kesan ke atas proses pelaksanaan PdPc dan hal ini haruslah diatasi dengan
sebaiknya.
KESIMPULAN, CADANGAN, DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, kebanyakan guru yang mengajar Matematik di sekolah-sekolah pendidikan
khas tidak mempunyai opsyen dalam subjek Matematik. Guru-guru ini terlatih khusus untuk
pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas secara umum sahaja (Nor Jannah
Hassan, 2015). Cabaran utama ialah latar belakang peserta kajian yang bukannya daripada
guru pendidikan khas masalah penglihatan yang tidak mempunyai pengetahuan tentang
penggunaan kod Braille Matematik. Rentetan dengan itu, mereka tidak pernah
menggunakan kod braille dan mempelajarinya sebelum menyandang gelaran guru di
sekolah tersebut. Menurut Noor Azlan (2010), selain minat yang menjadi faktor kepada
persediaan bakal guru untuk mengajar Matematik, faktor keyakinan diri juga diambil kira.
Akhir sekali, tahap keupayaan murid yang berbeza juga menjadi salah satu cabaran
kepadanya menguasai kod braille dan mengajar murid di dalam bilik darjah. Dengan tahap
keupayaan yang berbeza, guru kurang menggunakan kod Braille Matematik dan
166
menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Menurut Stronge et al (2008), pencapaian
akademik murid merupakan sumber yang penting dalam mendapatkan maklum balas
terhadap keberkesanan sekolah, pentadbir dan guru memandangkan pencapaian akademik
murid adalah hasil pengajaran guru. Justeru, pelbagai kaedah pengajaran dan penguasaan
kod braille yang lebih baik dapat meningkatkan pencapaian akademik murid.
Cadangan untuk kajian lanjutan adalah dapat diperluaskan kepada negeri-negeri lain
selain Kuala Lumpur supaya dapat melihat perbezaan dapatan antara negeri. Selain itu,
pengkaji juga mencadangkan kajian akan datang dijalankan temu bual dengan murid-murid
dan guru-guru terpilih supaya dapat mencungkil pandangan daripada kedua-dua belah
pihak. Pengkaji juga mencadangkan agar kaedah pengumpulan data ditambah
menggunakan kaedah-kaedah lain seperti analisis dokumen dan soal selidik. Bagi cadangan
daripada dapatan kajian adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu
menyediakan kursus atau bengkel bagi guru pendidikan khas masalah penglihatan
mempelajari kod Braille Matematik dengan lebih baik. Menurut Mohd Nur Adzam (2013),
pelaksanaan latihan, kursus dan kemahiran dalam memperkasa kod braille dari sudut
personaliti dan pengajaran yang berkesan perlu dijalankan dari semasa ke semasa
khususnya kepada guru yang tidak mempunyai latar belakang bidang Pendidikan Khas.
Kursus yang disediakan hendaklah selaras dengan keperluan pendidik untuk mempelajari
kod braille dan pembelajaran murid pada masa akan datang. Menurut Yoong & Noor Aini
Ahmad (2018) dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa kebanyakan guru bersetuju
bahawa kursus dan bengkel dilakukan secara langsung dalam membina IEP (Inclusive
Education Program) yang berkesan serta mampu meningkatkan kualiti proses PdPc.
Selain itu, kajian ini memberi implikasi kepada beberapa pihak seperti pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, guru-guru dan murid-murid. KPM
hendaklah menempatkan guru yang mempunyai pengkhususan masalah penglihatan di
sekolah pendidikan khas kerana mereka lebih mengetahui pedagogi pengajaran murid-
murid pendidikan khas penglihatan. Seterusnya, pihak sekolah harus memastikan dan
menerapkan penggunaan kod Braille Matematik dalam setiap pengajaran dan pembelajaran
guru Matematik. Pihak sekolah juga perlu mengatur program yang bersesuaian untuk
memberi dorongan dan motivasi kepada guru-guru dalam mengajar MBK masalah
penglihatan (Madungwe, 2013). Di samping itu, menurut Meryem Ucar Rasmussen & Arzu
Kis (2018), guru pendidikan khas perlu mempunyai kemahiran untuk memantau dan menilai
keberkesanan pengajaran dan perkembangan murid. Walaupun guru bukan
berlatarbelakangkan pendidikan khas, mereka haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal
dalam berhadapan dengan MBK masalah penglihatan. Mereka perlu menerima segala
cabaran yang diberikan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan berintegriti. Akhir
sekali, kurangnya penguasaan kod Braille Matematik dalam kalangan guru akan
menyebabkan murid-murid hilang keyakinan diri dan seterusnya mampu menjurus kepada
kurang minat terhadap matapelajaran tersebut. Hal ini akan memberi implikasi terhadap
pencapaian akademik mereka. Oleh itu, guru berperanan meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri murid dengan menguasai dahulu kod Braille Matematik dan membuat
persediaan sebelum PdPc dijalankan.
167
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
matematik tahun 4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Nor Jannah Hassan, Norshidah Salleh & Ryz Rezqin (2015). Cabaran pengajaran
matematik murid bermasalah penglihatan di malaysia. Persidangan Serantau
Siswazah Pendidikan.
Norfazila Ghazali. (2015). Pengurusan murid berkeperluan khas (MBK) Tahun 1 dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior Tanah Merah. Open
University Malaysia, 1-19.
Madungwe, L.S. (2013). Teaching mathematics to visually impaired students: case study of
margarettahugo schools for the blind: Zimbabwe. International Journal of Research in
Education Methodology. 2(3), 146-154
Mohd Mokhtar Tahar & Aliza Alias. (2004). Isu pengajaran dan pembelajaran pendidikan
islam pelajar berkeperluan khas. Wacana Pendidikan Islam (siri 3)
Noor Azlan. et.al (2010) Penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru pelatih UTM
yang mengajar matapelajaran matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia
Meryem Ucar Rasmussen & Arzu Kis. (2018). Qualification of subject teachers in special
education schools. Journal of Education And Training Studies, 6(4), 48.
Mohd Nur Adzam et.al (2013). Pengajaran al-quran braille: isu dan cabaran semasa.
International Journal On Quranic Research (IJQR). 3(4). 79-94.
Shulman, L.S. (1987), Knowledge and feelings : foundation of the reform. Howard
Educational Review. 15(2) 4-14
Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Hillsdale: NJ: Erlbaun.
Stronge, J. H., Ward, T. J., Tucker, P.D., & Hindman, J.L. (2008). What is the relationship
between teacher quality and student achievement? anexploratory study. Journal of
Personnel Evaluation in Education, 20, 165-184.
Yoong S. M & Noor Aini Ahmad. (2018). Challenges in preparing teachers for inclusive
education and its impact to students with learning disabilities. International Journal of
Academic Research in Progressive Education and Development, 7(3), 570-578
168
MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP JARAK DALAM MATEMATIK
MENGGUNAKAN PEMBARIS AJAIB BAGI MURID MASALAH PENGLIHATAN
TAHUN TIGA
Muhammad Fadhli B Hamdan*& Arman B Ab Sani
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengusaaan murid
masalah penglihatan Tahun Tiga dalam kemahiran mengukur jarak dan
melakukan pertukaran unit jarak sentimeter kepada meter serta meter
kepada sentimeter melalui intervensi Pembaris Ajaib. Seramai dua orang
murid telah dipilih sebagai peserta kajian yang dijalankan di sebuah sekolah
pendidikan khas. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sejauh manakah
keberkesanan Pembaris Ajaib dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
konsep jarak. Instrumen pengumpulan data awal adalah pemerhatian,
temubual dan ujian diagnostik. Instrumen bagi pengumpulan data kajian
terdiri daripada pemerhatian, analisis dokumen dan ujian pra dan pasca.
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan dan analisis data adalah
berbentuk deskriptif. Intervensi dilaksanakan sebanyak tiga sesi. Keputusan
ujian pasca, lembaran kerja menunjukkan peningkatan postif dan dapatan
pemerhatian menunjukkan keputusan positif serta murid tampil yakin untuk
menjawab soalan topik jarak. Cadangan bagi Pembaris Ajaib ini adalah
diperluaskan penggunaanya dalam pelbagai topik matematik bukan sahaja
untuk jarak tetapi juga mungkin boleh mengubahnya untuk mengira masa
dan waktu.
Kata kunci: Pembaris Ajaib, konsep jarak, murid masalah penglihatan
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Penguasaan Matematik merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan masa kini
dan ditekankan dalam perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Pelan Pembangunan Pendidikan bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta mutu
pendidikan Malaysia agar seiring dengan kehendak pendidikan global bagi melahirkan
sumber manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi di samping
berjaya menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Pencapaian murid pendidikan khas dalam Matematik adalah kurang memuaskan
terutamanya murid masalah penglihatan. Menurut Pratama (2018), murid masalah
penglihatan mempunyai kekurangan dari segi imaginatif dan kekurangan kognitif dalam
memahami perkara yang abstrak. Semasa sesi praktikum 2, pengkaji mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid iaitu mereka lemah dalam kemahiran mengukur jarak.
Pengkaji melakukan intervensi Pembaris Ajaib untuk membantu murid masalah penglihatan
meningkatkan kemahiran dalam mengukur jarak serta melakukan pertukaran unit sentimeter
ke meter dan meter ke sentimeter. Pengkaji menggunakan model kajian Kurt Lewin.
169
Menurut Faizah Abd Majid (2016), menghuraikan kajian tindakan berdasarkan model Kurt
Lewin iaitu kajian tindakan memperlihatkan satu kitaran langkah-langkah yang terdiri
daripada merancang, memerhati, bertindak dan mereflek. Pengkaji berharap intervensi
Pembaris Ajaib ini dapat meningkatkan penguasaan konsep jarak murid masalah
penglihatan. Pengumpulan data awal dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi murid tersebut dalam topik jarak Matematik. Instrumen yang digunakan bagi
pengumpulan data awal adalah pemerhatian, temubual dan ujian diagnostik. Pengkaji
mendapati peserta kajian mengalami masalah dalam penguasaan konsep jarak hasil
dapatan pengumpulan data awal tersebut.
FOKUS KAJIAN
Pada sesi Praktikum 2 dilaksanakan, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh murid iaitu mereka kurang penguasaan konsep jarak dalam Matematik iaitu murid sukar
menyatakan nilai sentimeter dan meter malah sukar melakukan pertukaran unit sentimeter
ke meter dan meter ke sentimeter. Contohnya ialah murid tidak dapat menyatakan panjang
sesuatu pensel apabila diukur menggunakan pembaris serta menukarkan 120 sentimeter
kepada meter.
Pengkaji telah memilih isu-isu ini sebagai fokus kajian ini. Kemahiran-kemahiran
Matematik ini sangat penting kerana jarak merupakan pengetahuan asas bagi menjalani
kehidupan. Pengkaji menyedari bahawa pendekatan dan strategi yang betul bagi tahap
kognitif murid yang berbeza adalah berkesan. Hal ini kerana terdapat pelbagai cara belajar
yang berbeza bagi murid iaitu secara audio, kinestetik dan visual (Azizi Yahaya, 2010).
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk memastikan murid-murid masalah penglihatan dapat
memahami kemahiran jarak dengan menggunakan Pembaris Ajaib.
1. Murid dapat menyatakan nilai sentimeter dan meter apabila menggunakan Pembaris
Ajaib dengan betul.
2. Murid dapat menyelesaikan pertukaran unit sentimeter kepada meter dengan
menggunakan Pembaris Ajaib dengan betul.
Persoalan kajian
1. Bagaimanakah Pembaris Ajaib dapat membantu murid masalah penglihatan
menyatakan nilai sentimeter dan meter?
2. Bagaimanakah Pembaris Ajaib dapat membantu murid masalah penglihatan
menyelesaikan pertukaran unit sentimeter kepada meter.
PESERTA KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah pendidikan khas di Seremban. Kelas yang
terlibat adalah Tahun 3 Sinar Pendidikan Khas masalah penglihatan. Kelas ini terdiri dari
dua orang murid. Murid tersebut adalah murid perempuan dan lelaki serta berbangsa
Melayu. Kedua-dua murid ini dinyatakan M1 dan M2. M1 mempunyai masalah penglihatan
170
iaitu buta sepenuhnya manakala M2 adalah rabun. Berdasarkan ujian diagnostik pra yang
telah dijalankan di sekolah tersebut pencapaian akademik M1 dan M2 boleh dilihat pada
Jadual 1
Jadual 1
Pencapaian akademik murid
Peserta Jantina Kaum Markah diagnostik pra
kajian
M1 Lelaki Melayu 20
M2 Perempuan Melayu 30
Berdasarkan jadual 1, pencapaian akademik dua murid ini adalah berbeza dan M1
adalah lemah berbanding M2. Hasil markah ujian diagnostik tersebut menunjukkan kedua-
dua peserta kajian lemah dalam Matematik kerana mendapat markah kurang dari 40
peratus.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji melakukan kajian ini mengikut model Kurt Lewin. Pertama sekali, pengkaji
merancang iaitu mengenal pasti masalah murid melalui pengumpulan data awal.
Seterusnya, pengkaji bertindak di mana intervensi ini dijalankan pada waktu pengajaran dan
pembelajaran. Intervensi ini dilakukan dalam tiga sesi. Pendekatan yang berbeza digunakan
dalam tiga sesi tersebut. Sesi pertama ialah aktiviti penggunaan Ajaib dan mengira
senggatan Pembaris Ajaib. Sesi kedua ialah aktiviti mengukur objek di sekeliling dan sesi
ketiga ialah aktiviti penukaran unit sentimeter kepada meter dan meter kepada
sentimeter.Pengkaji melakukan pengumpulan data dengan menggunakan instrumen analisis
dokumen, ujian dan pemerhatian.
Analisis Lembaran Kerja
Lembaran kerja diberikan kepada peserta kajian tahun tiga selepas tindakan dijalankan iaitu
sebanyak tiga sesi. Lembaran kerja bagi setiap sesi adalah sama untuk lebih mudah menilai
peningkatan atau penurunan pencapaian murid. Data dipersembahkan dalam bentuk graf
dan jadual.
Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan peratusan
setelah mengumpulkan markah pencapaian murid dalam ujian. Data dipersembahkan
dengan graf dan jadual untuk melihat peratusan peningkatan atau penurunan dengan lebih
jelas.
Pemerhatian
Untuk menganalisis data pemerhatian, tingkah laku peserta kajian dilihat dan dinilai
menggunakan senarai semak. Senarai semak pemerhatian dilaksanakan sebelum, semasa
171
dan selepas intervensi dilakukan. Pemerhatian juga dilakukan semasa ujian pra dan pasca
dilaksanakan dan melihat kepada kemahiran penguasaan murid berdasarkan soalan ujian
tersebut. Pengkaji menganalisis data dilakukan secara deskriptif bagi memberikan
gambaran yang jelas tentang dapatan pemerhatian.
DAPATAN KAJIAN
Lembaran Kerja
Dapatan daripada perlaksanaan lembaran kerja yang dilakukan pada akhir setiap sesi
intervensi boleh dilihat pada Jadual 2.
Jadual 2
Pemarkahan Murid dalam Lembaran Kerja
Peserta Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
Kajian Markah Peratus(%) Markah Peratus(%)
Markah Peratus(%)
M1 2/9 22 5/9 56
M2 2/9 22 3/9 33 7/9 78
4/9 44
Berdasarkan Jadual 2, selama tiga sesi lembaran kerja diberikan terdapat
peningkatan peratusan murid 1(M1) dan murid 2(M2) dalam menjawab lembaran kerja
tersebut. M1 dan M2 mendapat markah tertinggi pada lembaran kerja yang diberikan pada
sesi terakhir iaitu 56 peratus bagi M1 dan 78 peratus bagi M2.
Ujian pra dan pasca
Dapatan daripada perlaksanaan ujian pra dan pasca boleh dilihat pada Jadual 3.
Jadual 3
Perbandingan Pemarkahan Ujian Pra dan Pasca
Peserta Markah Ujian Perbezaan
Kajian Peratus
Ujian Pra Ujian Pasca
M1 +40%
M2 Markah Peratusan Markah Peratusan +50%
2/10 20 6/10 60
3/10 30 8/10 80
Berdasarkan Jadual 3, perbezaan peratusan ujian pra dan pasca adalah dalam trend
peningkatan sebanyak 40 peratus bagi M1 manakala 50 peratus bagi M2. Kedua-dua murid
dapat menjawab lebih banyak soalan pada ujian pasca berbanding ujian pra.
Pemerhatian
Pengkaji melakukan pemerhatian menggunakan senarai semak. Dapatan pemerhatian
menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif pada M1 dan M2 selepas intervensi
dilakukan. M1 dan M2 semakin minat belajar topik jarak dan yakin apabila menjawab soalan
ujian pasca. Murid juga dapat menjawab soalan berkaitan kemahiran mengukur dan
pertukaran unit jarak.
172
REFLEKSI
Pengkaji telah membuktikan keberkesanan Pembaris Ajaib dan boleh dilihat pada
peningkatan pencapaian murid melalu ujian pra dan pasca. Dapatan lembaran kerja juga
menunjukkan peningkatan bagi setiap sesi yang dilakukan dan pemerhatian juga
menunjukkan hasil yang positif. Keberkesanan Pembaris Ajaib terbukti dalam membantu
murid menguasai kemahiran mengukur dan melakukan pertukaran unit jarak. Kekuatan
kajian ini adalah pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data dan membentuk
triangulasi memastikan maklumat dan gambaran yang diperoleh secara menyeluruh.
Triangulasi bermaksud penggunaan pelbagai sumber data, penyelidik, kaedah pemungutan
data dan analisis (Bailey,2007). Ketiga-tiga kaedah saling membantu meningkatkan kesahan
dan kesahihan. Intervensi Pembaris Ajaib adalah intervensi menggunakan pendekatan
bahan bantu belajar dan bersifat maujud di mana murid masalah penglihatan
memaksimumkan penggunaan deria mereka yang lain. Kelemahan kajian ini adalah ia tidak
boleh dilakukan di atas talian kerana memerlukan murid menggunakan Pembaris Ajaib
dalam proses intervensi. Pengkaji juga melakukan kajian ini di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran kerana penularan Covid19 menyebabkan pengkaji kesuntukan masa untuk
melakukan intervensi di sekolah sahaja. Objektif kajian iaitu memastikan murid masalah
penglihatan dapat menguasai kemahiran mengukur dan menukarkan unit jarak serta
persoalan kajian iaitu bagaimana intervensi Pembaris Ajaib dapat membantu murid dalam
menguasai kemahiran jarak tercapai apabila dapatan kajian menunjukkan peningkatan dan
hasil yang positif.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji perlu mengubahsuaikan BBM untuk Pembaris Ajaib bagi membantu peserta kajian
dan mengurangkan kesilapan dalam mengira senggatan kerana tiada tulisan Braille pada
Pembaris Ajaib, pengkaji telah bercadang untuk mengubahsuai Pembaris Ajaib dengan
meletakkan nombor Braille pada setiap senggatan ke 10,20,30,40,50,60,70,80,90,100,110
dan 120. Perkara ini demikian supaya peserta kajian tidak keliru apabila terlupa bilangan
senggatan yang telah dikira. Penggunaan kaedah Pembaris Ajaib diperluaskan
penggunaanya dalam pelbagai topik matematik bukan sahaja untuk jarak tetapi juga
mungkin boleh mengubahnya untuk mengira masa dan waktu.
RUJUKAN
Bailey, C. A. (2007). A guide to qualitative Field research. Pine Forge
Press. http://dx.doi.org/10.4135/9781412983204.n1
Faizah Abd Majid. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di
Malaysia: Cabaran dan Strategi. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
2016, November, 1–17.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 3-21.
Nur Khairul, N. R., & Haris, A. W. (2013). Pencapaian Akademik Pelajar Kurang Upaya
Penglihatan Yang Mengikuti Program Pendidikan Khas. The Malaysia Journal of
Social Administiration, 9(1), 45–64.
173
Pratama, A. R., Saputro, D. R. S., & Riyadi, R. (2018). Problem solving of student with visual
impairment related to mathematical literacy problem. Journal of Physics: Conference
Series, 1008(1). https://doi.org/10.1088/1742-6596/1008/1/012068
Yahaya, A., & Razak, Syazwani Abdul (Fakulti Pendidikan, U. T. M. (1999). Teori berkaitan
gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran. January 2010.
174
MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP FOTOSINTESIS MURID MASALAH
PENGLIHATAN MENGGUNAKAN LAGU PARODI SAINS
Charlene Lisa Gabu Joihin @ Jim* & Suriani Binti Yusof
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Lagu Parodi
Sains dalam meningkatkan penguasaan konsep Fotosintesis dan penglibatan
dalam kalangan murid ketidakupayaan penglihatan Tahun Empat. Kajian
yang dijalankan adalah berbentuk kajian tindakan. Peserta kajian yang dipilih
adalah seorang murid ketidakupayaan penglihatan dalam kategori buta
sepenuhnya. Tinjauan awal kajian yang dilaksanakan mendapati bahawa
murid ini mempunyai masalah dalam menguasai konsep Fotosintesis dan
bersikap pasif di bilik darjah. Setelah ujian diagnostik dijalankan, pengkaji
mendapati peserta kajian sukar untuk menguasai konsep Fotosintesis yang
telah diajar dan menunjukkan sikap yang pasif dengan kurang melibatkan diri
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengatasi masalah ini,
pengkaji telah tampil dengan Lagu Parodi Sains, iaitu pembelajaran dan
pemudahcaraan berasaskan lagu untuk konsep Fotosintesis. Pengumpulan
data diperoleh melalui ujian, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.
Dapatan kajian mendapati peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam
penglibatan di dalam kelas serta dapat menjawab soalan-soalan berkaitan
konsep Fotosintesis. Dengan itu, peserta kajian berjaya menguasai konsep
Fotosintesis. Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji berminat untuk
mengaplikasikan Lagu Parodi Sains untuk konsep-konsep Sains yang lain
untuk dimanfaatkan kepada murid ketidakupayaan penglihatan dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan pada masa akan datang.
Kata Kunci: Lagu Parodi Sains, ketidakupayaan penglihatan, konsep
Fotosintesis, penglibatan murid
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Pengajaran Sains secara tradisional banyak bergantung kepada arahan visual. Ini
menjadikan murid ketidakupayaan penglihatan sukar untuk menguasai konsep-konsep
Sains kerana tidak mempunyai rangsangan visual. Mereka perlu belajar menggunakan deria
lain seperti menyentuh dan mendengar (Pullen et al. 2017). Berdasarkan praktikum lepas,
pengkaji mendapati murid buta sukar menguasai konsep Fotosintesis yang telah diajar.
Murid juga bersifat pasif dan tidak menjawab soalan perbincangan sekiranya tidak dipaksa.
Sifat ini secara langsung mempengaruhi kebolehannya menguasai konsep Fotosintesis.
Penyataan ini disokong oleh Aziz Nordin & Lin Hui Ling (2011) yang menyatakan, pelajar
yang bersikap negatif terhadap Sains, akan mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata
pelajaran ini. Kedua-dua masalah ini telah terbukti melalui pengumpulan awal data kajian
menggunakan ujian diagnostik, analisis dokumen dan pemerhatian.
175
Justeru itu, pengkaji telah merancang tindakan untuk mengatasi masalah ini
menggunakan kaedah Lagu Parodi Sains. Lagu Parodi Sains adalah satu kaedah dimana
lirik lagu melodi yang biasa didengar oleh murid ditukar kepada isi penting dalam suatu
konsep Sains. Penggunaan kaedah berasaskan lagu ini dipilih kerana Miller (2017)
menyatakan, individu buta mempunyai kepekaan deria dengar yang baik, Selain itu,
berdasarkan kajian tinjauan Governor et al. (2012), guru-guru dan murid-murid menyatakan
penggunaan lagu mempunyai tarikan istimewa untuk menyampaikan konsep Sains serta
meningkatkan penglibatan murid.
Penggunaan Lagu Parodi Sains dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) juga
memenuhi konsep Teori Konstruktivisme. Borich & Tombari (1997) menyatakan,
konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid
untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan
antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Lagu Parodi Sains ini dirancang sebagai
medium pengajaran konsep Sains yang memberi peluang kepada murid untuk membina
pemahaman mereka melalui pendekatan nyanyian. Dengan itu, murid dapat mewujudkan
hubungan dari lirik-lirik lagu dan isi-isi penting dalam pembelajaran konsep Fotosintesis.
Akhir sekali, pengkaji telah menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)
dimana satu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tindakan ini ialah, penglibatan aktif murid buta dan penguasaan konsep
Fotosintesis. Isu-isu tersebut dipilih kerana kaedah PdPc yang menarik mampu
mengalakkan penglibatan aktif murid sekaligus meningkatkan penguasaan murid terhadap
konsep Sains yang diajar. Maka Lagu Parodi Sains digunakan untuk menyelesaikan
masalah ini. Dengan itu, pengkaji berharap agar penggunaan Lagu Parodi Sains ini dapat
menolong murid terlibat aktif dalam kelas lantas meningkatkan penguasaan konsep
Fotosintesis.
176
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan konsep Fotosintesis murid
ketidakupayaan penglihatan Tahun Empat dengan menggunakan kaedah Lagu Parodi
Sains.
Objektif Khusus:
1. Meningkatkan penguasaan konsep Fotosintesis peserta kajian Tahun Empat dengan
menggunakan kaedah Lagu Parodi Sains.
2. Meningkatkan penglibatan diri peserta kajian tahun empat semasa sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Sains di kelas apabila guru
menggunakan Lagu Parodi Sains.
Soalan Kajian:
1. Adakah penggunaan Lagu Parodi Sains dapat membantu peserta kajian Tahun
Empat menjawab soalan berkaitan konsep Fotosintesis?
2. Adakah penggunaan Lagu Parodi Sains dapat meningkatkan penglibatan peserta
kajian semasa pembelajaran dan pemudahcaraan Sains?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan seorang murid Tahun Empat dari salah sebuah sekolah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Peserta kajian merupakan murid ketidakupayaan penglihatan
dalam kategori buta sepenuhnya. Ciri-ciri tingkah laku peserta kajian ialah pasif dan tidak
melibatkan diri dalam PdPc. Peserta kajian juga memperoleh kurang dari 40% dalam ujian
diagnostik. Oleh itu, peserta kajian tersebut perlu dibantu untuk melibatkan diri dengan aktif
di bilik darjah agar dapat meningkatkan penguasaan konsep Fotosintesis.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Jadual 1
Langkah-langkah tindakan yang dijalankan
Langkah Tindakan yang dijalankan
Langkah 1 Melaksanakan ujian pra untuk tajuk Fotosintesis
Langkah 2 Melaksanakan sesi PdPc bersama murid Tahun Empat termasuk
Sesi 1 peserta kajian:
Memperkenalkan Lagu Parodi Sains
Sesi 2 Aktiviti perbincangan
Sesi 3 Melaksanakan ujian lisan 1 kepada peserta kajian (Jawapan tidak
diperbetulkan)
Langkah 3 Mengumpul data menggunakan senarai semak dan rekod anekdot
Langkah 4 Melaksanakan sesi bersama peserta kajian sahaja.
Langkah 5 Peserta kajian menyanyikan Lagu Parodi Sains
Melaksanakan ujian lisan (Jawapan tidak diperbetulkan)
Mengumpul data menggunakan ujian lisan dan senarai semak
Melaksanakan ujian pasca untuk tajuk Fotosintesis
Melaksanakan temu bual separa berstruktur
Menganalisis data
Membuat refleksi
177
Semua tindakan ini dijalankan secara dalam talian menggunakan pelantar Google Meet atas
sebab Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di seluruh
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga tamat sesi praktikum.
Jadual 2 menunjukkan kaedah pengumpulan dan analisis data untuk menjawab
kedua-dua persoalan kajian.
Jadual 2
Kaedah pengumpulan dan analisis data berdasarkan persoalan kajian
Persoalan kajian Instrumen Cara analisis data
pengumpulan data
Adakah penggunaan Lagu Ujian Pra dan Pasca Perbandingan ujian
Parodi Sains dapat Analisis dokumen pra dan pasca
Pemerhatian (Senarai
membantu peserta kajian semak) Skor markah & peratus
menjawab soalan berkaitan Pemerhatian (Senarai Pemerhatian
Semak)
konsep Fotosintesis? Rekod Anekdot perubahan tingkah
Temu bual Separa laku peserta kajian
Berstruktur
semasa intervensi
Adakah penggunaan Lagu Perbandingan tingkah
Parodi Sains dapat laku sebelum, semasa
meningkatkan penglibatan & selepas intervensi
peserta kajian semasa Huraian kualitatif
pembelajaran dan berdasarkan aspek-
pemudahcaraan Sains? aspek dalam temu
bual
DAPATAN KAJIAN
Ujian Pra Dan Pasca
Ujian pra dan pasca digunakan untuk menentukan sama ada Lagu Parodi Sains dapat
membantu murid menjawab soalan berkaitan konsep Fotosintesis. Jadual 3 menunjukkan
perbandingan ujian pra dan pasca.
Jadual 3
Perbandingan Peratus Markah Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Persoalan Kajian
Pertama.
Jenis Ujian Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah
Peningkatan
Soalan Peratus Gred Peratus Gred
Objektif (%)
Soalan (%) Pencapaian (%) Pencapaian
Subjektif (+84)
16 E 100 A
20 E 90 A (+70)
Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan
pada ujian pasca untuk kedua-dua soalan objektif dan subjektif. Peratus jumlah peningkatan
untuk soalan objektif ialah 84 peratus dan jumlah peningkatan untuk soalan subjektif ialah
178
70 peratus. Ini menunjukkan bahawa Lagu Parodi Sains dapat membantu peserta kajian
menjawab soalan berkaitan konsep Fotosintesis.
Analisis Dokumen
Selain itu, analisis dokumen telah dilaksanakan pada ujian lisan pada 3 sesi. Data yang
diperoleh dipersembahkan dalam Rajah 1.
Rajah 1
Perbandingan bagi pencapaian ujian lisan
Berdasarkan Rajah 1, jelas menunjukkan peningkatan markah peserta kajian dimana
dia memperoleh markah sebanyak 50 peratus pada sesi pertama dan meningkat kepada 83
peratus pada sesi kedua dan terus meningkat ke 100 peratus pada sesi ke tiga. Hal ini
menunjukkan bahawa Lagu Parodi Sains membantu peserta kajian menguasai konsep
Fotosintesis.
Pemerhatian Senarai Semak
Pengkaji juga mengumpul data dengan menggunakan pemerhatian senarai semak. Hasil
senarai semak dipersembahkan dalam Jadual 4
Jadual 4
Data Senarai Semak Semasa Intervensi Dilaksanakan
Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3
Ya Tidak
Bil Aspek Ya Tidak Ya Tidak
1 Peserta kajian dapat menyatakan
konsep Fotosintesis menggunakan / //
//
ayat yang betul //
2 Peserta kajian dapat menyatakan 4 / //
/
keperluan Fotosintesis
3 Peserta kajian dapat menyatakan 2 /
hasil Fotosintesis
4 Peserta kajian dapat memberikan 2
contoh keperluan Fotosintesis
kepada hidupan lain
179
5 Peserta kajian menunjukkan minat
terhadap sesi PdPc dengan / / /
melibatkan diri dalam aktiviti
nyanyian
Petunjuk:
/ = bagi yang berkenaan
Berdasarkan jadual 4, didapati bahawa pada sesi ketiga, peserta kajian berjaya
mencapai keempat-empat aspek dalam senarai semak sekaligus mengimplikasikan bahawa
peserta kajian berjaya menghafal isi penting dalam Konsep Fotosintesis melalui Lagu Parodi
Sains.
Kesimpulannya, persoalan kajian pertama berjaya dijawab berdasarkan dapatan
kajian ini. Ternyata bahawa Lagu Parodi Sains dapat membantu peserta kajian Tahun
Empat menjawab soalan berkaitan konsep Fotosintesis.
Pemerhatian Senarai Semak
Bagi menjawab persoalan kajian kedua, pemerhatian senarai semak telah digunakan.
Jadual 5
Keputusan Pemerhatian Aspek Penglibatan Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Intervensi
Bil Perkara Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak
1 Melibatkan diri semasa aktiviti perbincangan
2 Mengikuti aktiviti yang dijalankan / /
3 Menjawab soalan apabila ditanya / /
4 Mengekalkan muka/kepala ke arah guru semasa / /
/ /
guru mengajar
/ = bagi yang berkenaan
Berdasarkan jadual 5, peserta kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku
yang signifikan. Secara keseluruhannya, peserta kajian telah menunjukkan semua tingkah
laku dalam senarai semak. Hal ini menunjukkan bahawa peserta kajian menunjukkan
penglibatan aktif selepas intervensi.
Rekod Anekdot
Selain itu, rekod anekdot juga digunakan untuk memperhatikan tingkah laku peserta kajian
semasa aktiviti perbincangan kumpulan. Berdasarkan rekod anekdot, dapat disimpulkan
bahawa selepas intervensi, peserta kajian menggunakan lirik lagu itu sendiri untuk
menjawab soalan perbincangan. Tingkah lakunya ketara berbeza sebelum intervensi
dimana peserta kajian hanya berdiam dan menunggu rakannya untuk menjawab soalan.
Justeru itu, penyampaian isi pembelajaran menggunakan Lagu Parodi Sains dapat
meningkatkan keyakinan peserta kajian untuk melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.
180
Temu Bual Separa Berstruktur
Pengkaji juga telah menjalankan temu bual separa berstruktur untuk menilai tiga aspek
dalam kaedah Lagu Parodi Sains iaitu, aspek minat, afektif dan keberkesanan intervensi.
Dapatan temu bual menyatakan bahawa murid memang suka menyanyi. Selain itu,
berdasarkan jawapan, dapat disimpulkan bahawa peserta kajian menunjukkan aspek afektif
yang positif. Peserta kajian menyatakan bahawa dia lebih suka belajar melalui lagu. Akhir
sekali, ialah aspek keberkesanan. Berdasarkan, temu bual, peserta kajian menyatakan
bahawa lebih mudah baginya untuk menghafal konsep Fotosintesis menggunakan Lagu
Parodi Sains. Kesimpulannya, persoalan kajian kedua berjaya dijawab berdasarkan dapatan
kajian ini. Lagu Parodi Sains terbukti dapat meningkatkan penglibatan peserta kajian
semasa pembelajaran dan pemudahcaraan Sains?
REFLEKSI
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh daripada ujian pra dan pasca, analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual, jelas dibuktikan bahawa penggunaan Lagu Parodi Sains dapat
mengatasi masalah peserta kajian iaitu i) penguasaan konsep Fotosintesis ii) penglibatan
aktif murid semasa PdPc. Dapatan ini juga menjawab kedua-dua persoalan kajian sekaligus,
objektif kajian tercapai.
Kekuataan utama Lagu Parodi Sains ialah, aktiviti ini sangat sesuai untuk peserta
kajian kerana Huber et al., (2019) menyatakan, individu buta mempunyai kepekaan deria
dengar yang lebih tinggi lantas mempengaruhi kebolehan muzikal mereka. Lagu Parodi
Sains juga terbukti membantu peserta kajian menghafal isi kandungan konsep Fotosintesis.
Bukan itu sahaja, penggunaan elemen muzik secara langsung mewujudkan situasi
pembelajaran yang lebih menarik. Dapatan ini disokong oleh Governor et al., (2012) yang
menyatakan muzik sangat berkesan untuk meningkatkan daya ingatan kerana otak akan
mentafsir pembelajaran dalam bentuk emosi lantas otak membina lebih banyak jaringan
neuron.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Terdapat beberapa cadangan tindakan susulan yang telah dikenal pasti. Pertama sekali,
untuk pengurusan masa yang lebih sistematik, pengkaji mencadangkan penggunaan Lagu
Parodi Sains digabungkan dengan peneguhan ekonomi token. Contohnya, sekiranya
peserta kajian dapat menguasai rangkap pertama dalam masa yang ditetapkan, guru akan
memberikan peserta kajian hadiah pelekat bergambar. Pada akhir sesi, peserta kajian
boleh menerima ganjaran yang lebih besar hasil pengumpulan pelekat bergambar tersebut.
Selain itu, pengkaji bercadang untuk membuat tinjauan awal lagu-lagu terbaru dan popular
dalam kalangan murid-murid sebelum mengubah suai Lagu Parodi Sains. Akhir sekali,
penggunaan Lagu Parodi Sains boleh diubahsuai untuk topik-topik Sains lain terutamanya
yang mempunyai banyak fakta yang perlu dihafal.
181
RUJUKAN
Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains
Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science
& Mathematics Educational, 89-101.
Borich, G. D., & Tombari, M. L. (1997). Educational Psychology: A contemporary approach
(2end ed.). Merrill Publisher.
Governor, D., Hall, J., & Jackson, D. (2012). Teaching and learning science through song:
Exploring experiences of students and teachers. International Journal of Science
Education, 1-24. https://doi.org/10.1080/09500693.2012.690542
Huber, E., Chang, K., Alvarez, I., Hundle, A., Bridge, H., & Fine, L. (2019). Early blindness
shapes cortical representations of auditory frequency within auditory cortex. Journal
of Neuroscience, 39(26), 5143-5152.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah rendah Sains Tahun
4. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. The Society for the Psychologial
Study of Social Issues.
Miller, S. G. (2017). Why other senses may be heightened in blind people. Livescience:
https://www.livescience.com/58373-blindness-heightened-senses.html
Pullen, C. P., Hallahan, D. P., Kauffman, J. M., & Badar, J. (2017) Exceptional learners.
Oxford University Press.
182
MENINGKATKAN PENGUASAAN LITERASI KOD BRAILLE UNTUK MURID
MASALAH PENGLIHATAN TAHUN 3 DENGAN MENGGUNAKAN PAPAN
OTHELLO
Mohamad Haikal Hakimi Bin Musa* & Arman Bin Ab Sani
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid masalah
penglihatan terhad Tahun 3 meningkatkan penguasaan kemahiran literasi
kod Braille dengan menggunakan Papan Othello. Kemahiran literasi kod
Braille ini melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran menulis dan
kemahiran membaca. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid masalah
penglihatan terhad dari salah sebuah sekolah kebangsaan Pendidikan Khas.
Tinjauan awal melalui ujian diagnostik mendapati penguasaan peserta kajian
dalam menulis dan membaca dalam Braille berada pada tahap yang lemah.
Peserta kajian telah diberikan tindakan sebanyak lima kali selama dua
minggu. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif
melalui ujian menulis dan ujian membaca (ujian pra dan ujian pos),
pemerhatian serta temu bual. Dapatan kajian menunjukkan kaedah
penggunaan Papan Othello dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian
dalam kemahiran menulis dan membaca kod Braille. Pengkaji berpendapat
bahawa tindakan yang diberikan berkesan dalam menyelesaikan masalah
penguasaan Kod Braille yang dihadapi oleh peserta kajian. Cadangan
tindakan susulan bagi menambahbaik keberkesanan tindakan ialah dengan
menerapkan penggunaan Papan Othello dalam kod Braille Bahasa Inggeris
dan juga kod Braille Matematik. Selain itu, Papan Othello boleh juga dijadikan
sebagai aktiviti selingan semasa proses PdPc mata pelajaran yang
melibatkan linguistik seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sekali gus meningkatkan
kemahiran literasi kod Braille mereka.
Kata kunci: Papan Othello, murid masalah penglihatan terhad, KAIMaL, kod
Braille
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Penguasaan kemahiran literasi kod Braille bagi murid ketidakupayaan penglihatan sangat
penting kerana pembangunan literasi membentuk asas pendidikan di mana kemahiran
literasi ini bersangkut paut dengan kebolehan seseorang untuk membaca dan menulis bagi
memenuhi keperluan seharian (Argyropoulos & Martos, 2006). Selain itu, kod Braille
merupakan medium utama bagi murid ketidakupayaan penglihatan iaitu buta atau
berpenglihatan terhad untuk melakukan aktiviti literasi iaitu membaca dan menulis. Hal ini
membolehkan mereka menerokai pelbagai maklumat di sekeliling mereka melalui
pembacaan dan penulisan.
183
Pengkaji telah melaksanakan praktikum fasa dua di sebuah Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (SKPK) selama tiga bulan. Semasa menjalani praktikum fasa dua, pengkaji
telah mengajar mata pelajaran Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan
(KAIMaL) bagi kelas Tahun 3. Hasil pengumpulan data awal menggunakan ujian diagnostik,
pemerhatian dan temu bual bersama guru mata pelajaran KAIMaL mendapati tahap
penguasaan murid penglihatan terhad dalam kemahiran menulis dan membaca kod Braille
semasa aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) topik Kod Braille dijalankan agak
lemah.
Rentetan itu, penyelidikan tindakan ini meliputi penerapan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) dan pendekatan didik hibur. Penggunaan BBM sangat penting kepada murid
ketidakupayaan penglihatan bagi meningkatkan tahap motivasi murid untuk belajar dan
mereka tidak hanya tertumpu kepada satu medium pembelajaran sahaja iaitu pembelajaran
secara auditori (Zakaria, 2007). Penggunaan Papan Othello yang bertindak sebagai bahan
pemudahcara kepada murid masalah penglihatan di samping menggunakan pendekatan
didik hibur diharap berupaya untuk meningkatkan kemahiran literasi kod Braille murid
penglihatan terhad sekali gus meningkatkan rasa minat murid dalam mata pelajaran KAIMaL
khususnya dalam topik Kod Braille. Hal ini selaras dengan penyataan daripada Ramlah Bt.
Jantan et al. (2016) yang menyatakan bahawa kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
literasi dengan baik sekiranya mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan
didik hibur.
Pada masa yang sama, pengkaji juga menerapkan teori kognitif Ausubel bagi
membentuk pembelajaran bermakna kepada peserta kajian. Menurut Ausubel dan Novak
(Burhanuddin, 1996), kebaikan berlakunya pembelajaran bermakna kepada murid ialah
setiap informasi baru yang telah dipelajari lebih lama diingat bahkan informasi baru tersebut
akan dikaitkan dengan konsep-konsep yang sebelumnya sehinggakan memudahkan proses
belajar murid.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini tertumpu kepada seorang murid penglihatan terhad
Tahun 3 di sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK). Pelaksanaan tindakan
ini hanya tertumpu untuk kepada kemahiran menulis dan kemahiran membaca kod Braille
dalam topik Kod Braille mata pelajaran KAIMaL.
Hal ini berikutan hasil dapatan awal yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan
terdapat kelemahan murid masalah penglihatan terhad dalam kemahiran menulis dan
membaca kod Braille dengan baik. Pada masa yang sama, strategi dan kaedah pengajaran
yang dilaksanakan oleh guru sebelum ini dilihat kurang berkesan dalam mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid. Hal ini selari dengan penyataan oleh Mohammad Aziz Shah Bin
Mohamed Arip, et al. (2014) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa kebanyakan guru
tidak menggunakan kaedah pengajaran yang menarik terutamanya guru senior yang gemar
menggunakan buku teks dan buku latihan sebagai BBM kepada murid.
Oleh itu, pengkaji memperkenalkan penggunaan Papan Othello yang berupaya untuk
menangani masalah kemahiran literasi murid tersebut melalui pendekatan didik hibur. Di
samping itu, Papan Othello yang bertindak sebagai BBM dilihat berupaya untuk menarik
184
minat murid untuk mempelajari kod Braille sekali gus membantu mereka menguasai kod
Braille dengan mudah dan berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
literasi kod Braille Bahasa Melayu bagi murid penglihatan terhad Tahun 3 dengan Papan
Othello berdasarkan pendekatan didik hibur. Objektif kajian secara khususnya adalah
seperti berikut:
1. Murid dapat menulis kod huruf Braille dengan lebih berkesan dengan menggunakan
Papan Othello.
2. Murid dapat membaca kod Braille dengan cepat dan lancar sekali gus meningkatkan
kemahiran membaca mereka dengan menggunakan Papan Othello.
Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian berikut:
1. Adakah Papan Othello ini boleh membantu murid penglihatan terhad lebih mengenali
kod huruf Braille dengan lebih berkesan?
2. Adakah penggunaan Papan Othello berupaya membantu murid penglihatan terhad
meningkatkan kemahiran membaca Braille mereka?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid Tahun 3 di salah sebuah Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas. Murid dipilih sebagai peserta kajian untuk melihat kesan sebelum dan
selepas PdPc menggunakan Papan Othello sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi
mata pelajaran KAIMaL di dalam kelas. Dalam aspek ini, peningkatan kemahiran membaca
dan menulis kod Braille dalam mata pelajaran KAIMaL yang dikaji merangkumi kebolehan
murid untuk mengenal pasti kod huruf Braille, kod Braille singkatan (awalan dan singkatan)
dengan tepat, dapat menterjemahkan perkataan ke dalam bentuk Braille dengan betul dan
dapat membaca petikan Braille dengan cepat, lancar dengan kurang kesalahan perkataan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin (1946) dalam melaksanakan kajian ini.
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan satu kitaran langkah-langkah. Satu
kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan merefleksi. Oleh itu, terdapat beberapa instrumen seperti ujian, pemerhatian turut serta
dan temu bual berstruktur digunakan untuk membantu mengenal pasti masalah yang
dihadapi dan menilai hasil tindakan yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Ketiga-tiga
instrumen yang berbeza dipilih bagi mendapat triangulasi data. Kepelbagaian instrumen
kajian berupaya memberi peluang kepada proses pengesahan dapatan yang lebih baik dan
boleh dipercayai (Zanaton, Salasiah, Tengku Intan , & Mohd Noor , 2016). Pengkaji juga
telah menjalankan tindakan sebanyak lima kali dalam proses PdPc mata pelajaran KAIMaL
topik Kod Braille. Selain itu, pengkaji telah menggunakan Papan Othello berdasarkan
pendekatan didik hibur untuk meningkatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca
kod Braille peserta kajian.
185
Rajah 1
Pelaksanaan tindakan berdasarkan model Kurt Lewin (1946)
Bagi menganalisis data hasil daripada ujian yang dijalankan, pengkaji memberikan
markah berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan membuat perbandingan keputusan
antara ujian pra dan ujian pos bagi setiap kemahiran bagi menilai pencapaian peserta kajian
dalam kemahiran menulis dan kemahiran membaca Kod Braille.
Bagi menganalisis data instrumen pemerhatian pula, pengkaji telah melakukan
pemerhatian dari dua aspek yang telah dikenal pasti iaitu aspek kognitif dan aspek afektif.
Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji mencatatkan skor bagi setiap aspek yang berjaya
diperhatikan berdasarkan tahap pencapaian iaitu lemah (1), memuaskan (2) dan baik (3).
Pemerhatian turut serta dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas tindakan
dengan menggunakan borang soal semak. Bagi menganalisis data yang diperoleh melalui
kaedah pemerhatian, pengkaji melakukan perbandingan pada pemerhatian ketika Papan
Othello mula diperkenalkan kepada peserta kajian dan ketika Papan Othello telah
diintegrasikan ke dalam proses PdPc selama lima kali.
Bagi menganalisis data bagi kaedah temu bual pula, pengkaji menjalankan temu
bual secara lisan bersama peserta kajian dengan menyediakan beberapa soalan kepada
peserta kajian. Terdapat enam soalan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu kemahiran
menulis dan kemahiran membaca di mana setiap kategori mempunyai tiga buah soalan.
Jawapan yang diperoleh hasil daripada temu bual direkod oleh pengkaji secara bertulis.
Kemudian, data temu bual tersebut diberikan kod mengikut aspek-aspek tertentu iaitu aspek
kognitif, aspek afektif dan aspek keberkesanan tindakan.
DAPATAN KAJIAN
Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk rajah dan
graf yang merangkumi dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos untuk kedua-dua
kemahiran, dua kali pemerhatian iaitu sebelum dan selepas serta temu bual bersama
peserta kajian.
186
Ujian
Rajah 2
Graf keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran menulis
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kemahiran
Menulis
Ujian Pra Ujian Pos
13
2
Ujian Pra Ujian Pos
Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos pada Rajah 2, peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan di mana pada ujian pra murid hanya memperolehi 2
markah sahaja tetapi peserta kajian berjaya menunjukkan peningkatan yang baik apabila
mendapat sebanyak 13 markah pada ujian pos. Kedua-dua ujian ini telah membuktikan
bahawa penggunaan Papan Othello telah berjaya membantu peserta kajian meningkatkan
kemahiran menulis Kod Braille dalam topik Kod Braille bagi mata pelajaran KAIMaL Tahun
3.
Rajah 3
Graf keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran membaca
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kemahiran
Membaca
Ujian Pra Ujian Pos
62
46
10
4
Jumlah Perkataan yang Betul (patah Tempoh Masa Bacaan (minit)
perkataan)
Melalui graf yang ditunjukkan pada Rajah 3, hasil ujian pra menunjukkan peserta
kajian mempunyai kemahiran menulis yang lemah di mana peserta kajian memerlukan masa
187
selama 10 minit untuk menghabiskan bacaan petikan teks Braille dengan 46 patah
perkataan yang diujarkan dengan betul. Namun, perubahan yang baik dapat dilihat pada
ujian pos apabila peserta kajian dapat membaca petikan teks Braille selama 4 minit sahaja
dengan 62 patah perkataan diujarkan dengan betul. Oleh itu, jelaslah bahawa hasil dapatan
daripada kedua-dua ujian ini membuktikan keberkesanan penggunaan Papan Othello telah
membantu meningkatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca kod Braille murid
penglihatan terhad Tahun 3.
Pemerhatian turut serta
Berdasarkan hasil analisis soal semak yang telah dijalankan, pengkaji mendapati kedua-dua
persoalan kajian telah berjaya dijawab apabila terdapatnya peningkatan yang positif dari
segi kognitif dan afektif dalam kedua-dua kemahiran selepas tindakan dilaksanakan. Hal ini
menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan oleh pengkaji telah berjaya membantu
peserta kajian untuk menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca kod Braille
bagi topik Kod Braille dalam mata pelajaran KAIMaL dalam kalangan murid penglihatan
terhad.
Temu bual berstruktur
Ketiga-tiga aspek yang ingin dikaji iaitu aspek kognitif, afektif dan tahap keberkesanan
tindakan disentuh oleh peserta kajian semasa sesi temu bual dijalankan. Pada masa yang
sama, peserta kajian juga memberikan maklum balas yang positif dalam penguasaan
kemahiran menulis dan membaca kod Braille. Jelaslah bahawa penggunaan Papan Othello
berupaya memberikan impak yang positif dari segi kognitif dan afektif terutamanya dalam
membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan dalam kemahiran menulis dan
membaca kod Braille.
REFLEKSI
Objektif kajian yang ditetapkan iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran literasi kod
Braille Bahasa Melayu bagi murid penglihatan terhad Tahun 3 dengan Papan Othello
berdasarkan pendekatan didik hibur telah berjaya dicapai. Persoalan kajian juga dapat
dijawab sepenuhnya oleh pengkaji berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh melalui
pelaksanaan tindakan kepada peserta kajian. Pengkaji berasa bangga dan berpuas hati
dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh peserta kajian dalam penguasaan kemahiran
menulis dan kemahiran membaca kod Braille yang sangat baik berbanding sebelum ini.
Keberkesanan penggunaan Papan Othello yang bertindak sebagai Bahan Bantu Mengajar
sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis dan membaca kod Braille. Hal
ini dikukuhkan lagi dengan penyataan oleh Norma Hassan (2004) yang menyatakan bahawa
penggunaan BBM yang sesuai akan mendorong minat murid melalui proses pembelajaran
yang menyeronokkan bahkan membantu murid mencapai objektif pembelajaran seperti yang
telah dirancang oleh guru.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan keputusan hasil kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang telah dikenal pasti untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat
188
dalam penggunaan Papan Othello ini sekali gus dapat membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran literasi kod Braille murid masalah penglihatan terhad Tahun 3 dalam
topik Kod Braille. Antaranya adalah dengan menerapkan penggunaan Papan Othello ke
dalam tajuk Kod Braille yang lain seperti Kod Braille Bahasa Inggeris dan juga Kod Braille
Matematik. Selain itu, Papan Othello juga boleh digunakan sebagai satu bentuk permainan
atau aktiviti selingan semasa proses PdPc dijalankan dalam mata pelajaran berkaitan
linguistik seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
RUJUKAN
Argyropoulos, V. S., & Martos, A. C. (2006). Braille literacy skills: An analysis of the concept
of spelling. Journal of Visual Impairment & Blindness, 100(11), 676-686.
Burhanuddin, Nur Wahyuni, & Esa. (2010). Teori Belajar dan Pembelajaran. Ar-Ruzz Media.
Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. Journal of Social Issues, 2(4), 34-
46.
Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip, Fauziah Binti Mohd Sa‟ad, Norhidayah Binti
Jaapar, Khairiyah Binti Mohd Ali, Najwa Hananie Binti Athdzar, & Wan Norhasniah
Binti Wan Abd Rashid. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan
Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian
Kualitatif. In International Counseling Conference and Work, (13-15).
Norma Hassan. (2004). Hubungan antara penggunaan BBM dengan minat pelajar Tahun
Lima di Sekolah Kebangsaan Kem. Pengkalan Chepa, Kelantan.
Ramlah Bt. Jantan, Nor Afni Bt. Resad, Siti Fatimah Az-Zahra, & Mohd. Fauzi. (2016).
Aktiviti Didik Hibur dalam Kalangan Guru Prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5(1), 19-29.
Zakaria, S. (2007). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) Media Elektronik Di
Kalangan Pensyarah Pendidikan Khas Di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Zanaton Hj. Iksan, Alasiah Hanin Hamjah, & Tengku Intan Zarina Tengku Puji. (2016). Kualiti
Ilmu Berasaskan Kesahan dan Kebolehpercayaan Data dalam Penyebaran Ilmu
Islam: Perbincangan Berasaskan Kajian Kualitatif. Jurnal Hadhari, 8(1), 13-30.
189
PENGARUH REKA BENTUK BILIK DARJAH TERHADAP TAHAP KESELESAAN
PEMBELAJARAN MURID KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN
Amirah Adilah binti Abdul Karim* & Puan Suriani binti Yusof
ABSTRAK
Persekitaran bilik darjah penting dalam membentuk suasana pembelajaran
yang kondusif. Keselesaan pembelajaran terutamanya untuk murid
ketidakupayaan penglihatan akan lebih baik sekiranya persekitaran
pembelajaran mengikut tahap keupayaannya. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti pengaruh antara reka bentuk bilik darjah terhadap tahap
keselesaan pembelajaran murid ketidakupayaan penglihatan. Kajian ini
melibatkan 52 orang responden daripada program PISMP pengkhususan
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di IPGKIK. Instrumen kajian ialah
borang soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan
kaedah frekuensi, peratusan dan min. Manakala, data statistik inferensi diuji
menggunakan korelasi P earson untuk menentukan pengaruh reka
bentuk bilik darjah terhadap tahap keselesaan pembelajaran murid
ketidakupayaan penglihatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kesesuaian elemen-elemen reka bentuk bilik darjah murid ketidakupayaan
penglihatan iaitu elemen ruang dan susun atur dan elemen pencahayaan
pada tahap tinggi (min=3.56). Selain itu, tahap keselesaan pembelajaran
murid ketidakupayaan penglihatan dari aspek kognitif, sosioemosi serta
orientasi dan mobiliti juga pada tahap tinggi (min=3.93). Hasil analisis
dapatan menunjukkan terdapat hubungan signifikan reka bentuk bilik darjah
terhadap tahap keselesaan pembelajaran murid ketidakupayaan penglihatan
(N=52, r=0.415, p=0.01). Justeru, reka bentuk bilik darjah murid
ketidakupayaan penglihatan perlu dirancang dengan teliti kerana
persekitaran yang bersesuaian dapat mempengaruhi kepuasan suasana
pembelajaran dan tingkah laku murid.
Kata Kunci: reka bentuk bilik darjah, keselesaan pembelajaran, murid
ketidakupayaan penglihatan
*emel: [email protected]
PENGENALAN
Kemudahan fizikal seperti bilik darjah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi
menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua murid. Reka bentuk sesebuah
bilik darjah di program Pendidikan Khas berbeza dengan bilik darjah arus perdana. Pelbagai
aspek perlu diambil kira sebelum sesebuah bilik darjah dibina atau diubah suai. Menurut
Mohd Hanafi Mohd Yasin et al. (2013) bilik darjah pendidikan khas sepatutnya dibina secara
terancang serta memenuhi ciri-ciri sebuah ruang pembelajaran mengikut keperluan dan
kesesuaian kategori murid pendidikan khas. Hal ini kerana terdapat kajian menunjukkan
hubungan positif antara persekitaran pembelajaran dengan hasil pembelajaran murid di
190
dalam bilik darjah dari segi prestasi, kepuasan atau kejayaan murid (Marinah Awang et al.,
2018). Namun, kajian mengenai reka bentuk dalaman bilik darjah untuk murid
ketidakupayaan penglihatan tidak banyak dijalankan sedangkan murid ketidakupayaan
penglihatan mempunyai sensori yang sensitif terhadap persekitarannya. Pengubahsuaian
bilik darjah yang mengikut kefungsian murid dapat menyumbang kepada suasana yang
positif serta mendorong kepada peningkatan kemajuan dan pencapaian prestasi murid
ketidakupayaan penglihatan.
Menurut Che Nidzam Awang et al. (2017) bilik darjah yang selesa, ruang yang luas
dan interaksi guru dengan pelajar atau sesama pelajar yang menyeronokkan pasti akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal. Model Gaya Pembelajaran Dunn
dan Dunn menyatakan murid dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran
mereka. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn mengemukakan lima stimuli yang
mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang iaitu, i) persekitaran, ii) emosi, iii) sosiologi, iv)
fisiologi dan v) psikologi.
Gaya pembelajaran yang sesuai akan merangsang individu bertindak balas terhadap
dunia sekitarnya. Kajian ini memfokuskan gaya pembelajaran individu daripada stimuli
persekitaran. Dunn & Dunn (1984) juga mengatakan bahawa manusia bertindak balas
kepada rangsangan persekitaran dan juga bergerak aktif terhadap persekitarannya dengan
memberi rangsangan-rangsangan baru. Faktor semula jadi dan persekitaran mempunyai
kesan yang berbeza kepada perkembangan kognitif yang bergantung pada kesan budaya
dan sejarah di mana individu itu dibesarkan. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, perlu peka
pada suasana persekitaran bilik darjah. Guru haruslah memeriksa keadaan persekitaran
sebelum memulakan kelas (Ang, 2014). Perkara ini adalah perlu agar pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lebih kondusif.
PERNYATAAN MASALAH
Bilik darjah merupakan tempat utama dalam proses pembelajaran di sekolah, maka setiap
faktor pembinaan reka bentuk bilik darjah yang diambil kira haruslah mementingkan
keperluan murid. Terdapat kajian menunjukkan aspek fizikal dalam persekitaran
pembelajaran murid pendidikan khas di sekolah nampaknya masih dalam tahap sederhana
dan kurang memenuhi keperluan guru dan pelajar (Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., 2013).
Keselesaan pembelajaran bagi murid ketidakupayaan penglihatan juga akan lebih baik
sekiranya persekitaran pembelajarannya berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Hal
ini kerana terdapat kajian mendapati tingkah laku sosial murid ketidakupayaan penglihatan
masih pasif dengan persekitaran pembelajaran yang sedia ada (Manisah Mohd Ali &
Noorfaziha Hassan, 2014). Kekangan visual dan keselesaan pembelajaran yang murid
ketidakupayaan penglihatan hadapi mempengaruhi keterlibatan mereka dalam
pembelajarannya. Sehubungan itu, perkembangan tingkah laku murid ketidakupayaan
penglihatan yang lemah akan menimbulkan jurang dalam perkembangan sosial dengan
murid tipikal serta menghadkan potensi mereka dalam aktiviti pembelajaran (Bardin & Lewis,
2008).
Meskipun telah terdapat sokongan yang menunjukkan persekitaran fizikal
sememangnya mempengaruhi pembelajaran, namun tidak banyak kajian yang dijalankan
terhadap pengaruh reka bentuk fizikal bilik darjah khusus untuk murid ketidakupayaan
191