The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Artikel Pelajar PISMP ambilan 2017 JPK, IPGKIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitah, 2021-08-22 08:06:13

Buku Koleksi Penyelidikan Pendidikan Khas

Artikel Pelajar PISMP ambilan 2017 JPK, IPGKIK

Keywords: Penyelidikan Pendidikan Khas

Rentetan itu, satu kajian telah dilaksanakan menggunakan pendekatan perkusi
badan - Orff. Penguasaan terhadap kemahiran memainkan corak irama ditekankan dalam
kajian ini. Seramai 3 orang murid masalah pembelajaran terlibat dalam kajian ini. Murid yang
terlibat merupakan murid slow learner, autisme, dan sindrom down. Sepanjang pelaksanaan
pendekatan perkusi badan - Orff ini, pengkaji telah memberikan bimbingan bersandarkan
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky yang disebutkan sebagai scaffolding. Scaffolding
membawa maksud suatu kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu (Wong
Kiet Wah et. al, 2016). Penerapan kaedah pembelajaran scaffolding pada Pengunaan
elemen didik hibur diterapkan semasa proses pelaksanaan aktiviti dalam penyelidikan
tindakan. Pengumpulan data awal kajian dikumpul menggunakan pemerhatian, ujian
diagnostik secara amali, dan temu bual berstruktur

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini merupakan tumpuan penyelidikan yang dijalankan hasil daripada refleksi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan (Rosinah Edinin, 2012). Dalam konteks kajian
ini, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan corak irama dalam kalangan
murid masalah pembelajaran menggunakan pendekatan perkusi badan - Orff. Perkara ini
adalah dengan mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian berkaitan dengan
pengalaman pengkaji dan relevan dengan keperluan murid. Didapati bahawa kelemahan
murid adalah tidak menguasai kemahiran memainkan corak irama dengan betul.
Penggunaan pendekatan perkusi badan - Orff ini adalah sejajar dengan prinsip yang
ditekankan dalam pendekatan Orff iaitu penguasaan konsep irama. Pendekatan perkusi
badan - Orff ini adalah untuk membantu murid mewujudkan minat dan membina
pengetahuan mengenai corak irama.

Bagi aspek kebolehtadbiran, penggunaan pendekatan perkusi badan - Orff ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah kerana tidak menganggu pembelajaran bagi mata
pelajaran lain serta pendekatan ini mudah ditadbir kerana hanya memerlukan tubuh badan
peserta kajian dan sesuai diadakan di mana-mana sama ada di dalam bilik darjah mahupun
di luar bilik darjah. Bagi aspek kepentingan pula, kajian ini penting dalam membantu murid
memantapkan konsep muzik seperti irama dan kemahiran memainkan alat perkusi serta
dapat dijadikan sebagai elemen terapi muzik dalam PdP. Manakala, bagi aspek
kebolehgunaan, penggunaan perkusi badan - Orff ini adalah menyeronokkan dan sesuai
untuk dilakukan di pelbagai tempat dan pada bila-bila masa serta peserta kajian dapat
melibatkan diri secara aktif. Persiapan yang rumit tidak diperlukan dalam aktiviti perkusi
badan ini. Dari aspek kawalan pula, bilangan peserta kajian hanya 3 orang sahaja ini dapat
memberi ruang kepada pengkaji untuk menumpukan fokus dan penyediaan yang rapi
terhadap kajian serta pengkaji memiliki kemahiran dalam pendidikan muzik kerana
merupakan elektif teras selama empat semester berada di institut pengajian. Bagi aspek
kolaborasi pula, pengkaji telah menjalinkan kolaborasi dengan pihak sekolah semasa
menjalankan kajian ini. Kebenaran dan keizinan dipohon daripada Guru Besar terlebih
dahulu bagi menjalankan beberapa aktiviti melibatkan pengumpulan data kajian. Di samping
itu, kolaborasi juga diadakan bersama guru-guru di sekolah berkenaan terutama sekali guru
Pendidikan Muzik di aliran perdana dan aliran pendidikan khas bagi mengetahui tahap dan
kesediaan kognitif murid sebelum dan semasa menjalankan aktiviti yang dirancangkan.
Selanjutnya, kolaborasi turut dilakukan bersama ibu bapa murid. Hal ini adalah bagi
mengetahui latar belakang murid dengan lebih mendalam bagi memastikan kajian ini
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi murid tersebut.

42

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan corak irama di kalangan murid masalah pembelajaran
menggunakan pendekatan Orff – perkusi badan.

Objektif Khusus

1) Murid dapat meningkatkan minat melakukan corak irama menggunakan perkusi
badan-Orff.

2) Murid dapat meningkatkan pengetahuan tentang corak irama menggunakan perkusi
badan-Orff.

Persoalan Kajian
1) Adakah penggunaan perkusi badan-Orff dapat meningkatkan minat murid dalam
melakukan corak irama?
2) Adakah penggunaan perkusi badan-Orff dapat meningkatkan pengetahuan murid
tentang corak irama?

PESERTA KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid sindrom down, seorang murid slow learner,
dan seorang murid autistik daripada kelas tahun 4 Harapan yang terdiri daripada 2 orang
lelaki dan seorang perempuan. Kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian
terhadap minat dan pengetahuan yang agak kurang memuaskan semasa sesi Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Muzik serta ujian diagnostik dalam bentuk amali
kerana didapati tahap pencapaian yang rendah. Tambahan pula, peserta kajian berada di
dalam kelas yang sama memudahkan pengkaji melaksanakan kajian. Pemilihan ini adalah
bagi memastikan pelaksanaan intervensi berjalan dengan lancar.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Sepanjang kajian ini dilakukan, pendekatan perkusi badan–Orff digunakan bagi
meningkatkan tahap penguasaan corak irama dalam kalangan murid masalah
pembelajaran. Pelaksanaan intervensi ini telah mengambil masa selama empat minggu
berturut-turut disesuaikan dengan satu sesi setiap minggu. Setiap sesi mengambil masa
selama 30 minit sahaja. Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan
model kajian tindakan Kurt Lewin (1946) sebagai panduan dalam membuat perancangan
Dalam model Kurt Lewin ini terdapat empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan mereflek. Model ini dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang
dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya (Rosinah Edini, 2012). Tindakan aktiviti telah
dilakukan sebanyak empat sesi seperti dalam Jadual 1. Kesemua sesi dilakukan secara
dalam talian.

43

Jadual 1
Tindakan Aktiviti

Sesi Aktiviti
Sesi pertama
Sesi kedua Murid diperkenalkan dengan notasi muzik, dan konsep asas muzik seperti detik,
Sesi ketiga tempo serta diperkenalkan dengan perkusi badan. Murid juga diperdengarkan
corak irama ringkas. Ujian pencapaian amali dilakukan. Bimbingan penuh
Sesi keempat diberikan.
Murid diperdengarkan corak irama yang sama seperti sesi pertama. Murid
diperkenalkan semula dengan perkusi badan. Murid turut diperkenalkan dengan
corak irama baru. Ujian pencapaian amali dilakukan. Bimbingan penuh masih
diberikan.
Murid diperdengarkan corak irama berdasarkan lagu “Lompat Si Katak Lompat”.
Murid membuat latihan corak irama lagu tersebut dengan menggunakan
kaedah perkusi badan. Corak irama yang diperkenalkan semasa sesi 1 dan 2
merupakan keratan corak irama lagu “Lompat Si Katak Lompat”. Ujian
pencapaian amali dilakukan. Bimbingan mula dikurangkan.
Murid memainkan corak irama lagu “Lompat Si Katak Lompat” dengan
menggunakan kaedah perkusi badan. Ujian pencapaian amali dilakukan. Tiada
bimbingan diberikan.

Bagi pengumpulan data, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data untuk
menilai keberkesanan penggunaan perkusi badan - Orff dalam membantu meningkatkan
penguasaan corak irama dalam kalangan murid masalah pembelajaran iaitu ujian pra dan
pasca, ujian pencapaian amali, dan pemerhatian menggunakan senarai semak.

Ujian pra dan pasca digunakan dalam mengumpul data iaitu ujian pra dilaksanakan
sebelum peserta kajian menjalani intervensi dan ujian pasca dilaksanakan selepas peserta
kajian menjalani intervensi. Ujian pra dan pasca ini dilakukan untuk melihat perkembangan
peserta kajian sebelum dan selepas intervensi. Skor bagi ujian pra dan pasca ini dikira
menggunakan rumus seperti dalam rajah 1.

Manakala, ujian pencapaian amali dilakukan setiap kali sesi intervensi berlangsung.
Ujian pencapaian amali ini dilaksanakan untuk menjejak perkembangan peserta kajian bagi
setiap sesi pembelajaran. Skor bagi ujian pencapaian amali ini dikira menggunakan rumus
seperti dalam rajah 1.

Selanjutnya, pemerhatian menggunakan senarai semak dilakukan terhadap peserta
kajian sebelum intervensi dan selepas intervensi dilaksanakan. Pemerhatian ini dilakukan
untuk melihat tingkah laku peserta kajian terhadap pembelajaran muzik sebelum dan
selepas intervensi.

Rajah 1
Rumus Skor Ujian

44

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan mengenai dapat kajian yang dijalankan untuk menjawab
persoalan kajian berdasarkan data yang diperoleh.

Jadual 2
Keputusan Pemerhatian Aspek Minat Terhadap Pembelajaran Muzik Sebelum dan Selepas
Intervensi

Sebelum Selepas

Bil Perkara Murid Intervensi Intervensi
(Peserta
1. Memberikan perhatian kajian) YA TIDAK YA TIDAK
PdPc berlangsung. A
semasa B //
C //
//
2. Berasa seronok semasa sesi A
//
memainkan corak irama. B
//
C
//
3. Sanggup meluangkan masa untuk A //
//
melibatkan diri dalam aktiviti B //
pembelajaran. //
C //
//
4. Melibatkan diri secara aktif. A
B
C

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama dan kedua, pengkaji menggunakan kaedah
pemerhatian. Berdasarkan keputusan pemerhatian dalam jadual 2, dapat dibuktikan bahawa
peserta kajian menunjukkan perkembangan positif iaitu daripada tidak meminati
pembelajaran muzik khususnya corak irama kepada tingkah laku berminat terhadap
pembelajaran muzik.

Rajah 2
Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

KEPUTUSAN UJIAN

80

PERATUS (%) 60

40 Ujian
Ujian
20

0 B C
A MURID

Selain itu, bagi menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji menggunakan ujian pra dan
pasca. Berdasarkan graf keputusan ujian pra dan ujian pasca dalam rajah 1, dapat

45

PERATUS SKOR (%)dibuktikan bahawa semua peserta kajian menunjukkan perkembangan dan peningkatan
yang ketara. Sebelum menggunakan perkusi badan - Orff, peserta kajian menunjukkan
prestasi yang kurang memuaskan. Namun, selepas menggunakan perkusi badan - Orff,
peserta kajian menunjukkan perkembangan prestasi yang memberangsangkan.

Rajah 3
Graf Keputusan Ujian Pencapaian Amali

KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN AMALI

90
80
70
60
50 SESI 1
40 SESI 2
30
20 SESI 3
10 SESI 4

0
ABC
MURID

Selanjutnya, bagi menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji juga menggunakan ujian
pencapaian amali. Berdasarkan graf keputusan ujian pencapaian amali dalam rajah 2,
didapati bahawa kesemua peserta kajian menunjukkan perkembangan dan peningkatan
positif pada setiap sesi intervensi dijalankan. Dapat dilihat setiap kali pengkaji melaksanakan
intervensi, peserta kajian mula menunjukkan minat dan kefahaman dalam melakukan corak
irama. Menurut, Vygotsky (1967), beliau berpendapat bahawa bermain dapat membantu
perkembangan bahasa dan juga pemikiran murid. Dengan penerapan pendekatan perkusi
badan - Orff dalam pembelajaran mengenai corak irama, struktur kognitif akan membantu
pembelajaran baru melalui pendekatan tersebut agar lebih mudah memahami dan berasa
seronok.

Kesimpulannya, pendekatan perkusi badan - Orff terbukti mampu untuk
meningkatkan minat dan pengetahuan tentang corak irama dengan berkesan. Pada
pendapat pengkaji, apa-apa pendekatan yang menerapkan terapi muzik dalam PdP akan
memberikan impak positif terhadap pembelajaran dan pencapaian murid.

REFLEKSI

Dalam kajian ini, antara kekuatan yang berjaya dikesan pengkaji ialah pengkaji berpeluang
untuk menyelesaikan isu yang telah dikenal pasti. Hal ini menimbulkan kepuasaan dan
mendorong untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi apabila di alam persekolahan
nanti. Selain itu, pengkaji juga menerima kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir,
guru, ibu bapa murid, dan murid. Mereka sangat membantu dalam menyempurnakan kajian
ini dengan memberikan ruang dan peluang kepada pengkaji untuk menjalankan kajian.
Tambahan pula, kajian ini dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan hasil bantuan
dan bimbingan daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing serta rakan-rakan
seperjuangan. Pengkaji juga dapat menimba ilmu dan pengalaman baharu berkaitan kajian
tindakan. Hal ini kerana dalam konteks kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji ini
bertindak sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan isu dan masalah yang berlaku dalam

46

kalangan murid masalah pembelajaran di sekolah. Selanjutnya, penggunaan perkusi badan
- Orff ini juga menunjukkan kepentingan terapi muzik dalam PdP. Pembelajaran berasaskan
muzik dilihat menjadi antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang murid untuk
belajar. Perkara ini kerana kaedah ini dianggap sesuai dengan persekitaran dan rutin harian
kanak-kanak seperti menyanyi, menghasilkan bunyi-bunyian, bermain alat muzik dan menari
(Azli, 2018). Malah, apabila muzik dimainkan, kanak-kanak dilihat gemar memberi tindak
balas yang positif, mendengar dan melibatkan diri (Mawuse, 2015). Oleh itu, kaedah
pengajaran berasaskan aktiviti muzik mampu memberi kesan yang positif terhadap
perkembangan murid.

Manakala, kelemahan yang berjaya dikenal pasti dalam kajian ini ialah pengurusan
masa. Semasa menyempurnakan kajian ini didapati bahawa pengurusan masa pengkaji
agak tidak teratur mengakibatkan pengkaji untuk berkerja keras menyiapkan kajian ini.
Selain itu, penggunaan medium pengajaran dalam talian seperti Google Meet dan Google
Classroom membuatkan pengkaji memerlukan masa yang lama untuk menguasai
penggunaan agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Tambahan pula, sesi diperuntukkan
untuk intervensi hanya beberapa kali dan boleh membuatkan murid mudah lupa. Murid
mungkin mampu mencapai keputusan 100% sekiranya intervensi dijalankan lagi beberapa
kali.

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran bagi topik memainkan alat perkusi dengan menguasai kemahiran melakukan
corak irama terlebih dahulu dengan menggunakan perkusi badan-Orff.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Sebagai cadangan tindakan susulan, pengkaji mencadangkan penambahbaikan dari segi
penggunaan BBM. Hal ini didapati semasa mengajarkan notasi muzik kepada peserta
kajian. Notasi muzik itu boleh ditukarkan kepada kad buah agar murid lebih mudah
memahaminya. Penggunaan kad buah tempatan adalah lebih digalakkkan. Sebagai contoh,
kad buah durian digunakan bagi melambangkan notasi semibrif kerana nilainya yang besar
dan kad buah rambutan digunakan bagi melambangkan notasi krocet kerana nilainya yang
lebih kecil.
Selain itu, pengkaji mencadangkan penggunaan perkusi badan-Orff ini untuk kajian
berkaitan dengan topik kemahiran memainkan alat perkusi. Hal ini kerana pengkaji percaya
dengan penggunaan perkusi badan-Orff ini digunakan secara meluas, pemahaman
menyeluruh mengenai corak irama dan sekaligus kemahiran memainkan alat perkusi dapat
dipertingkatkan.

Selanjutnya, pengkaji mencadangkan penggunaan perkusi badan-Orff ini dilakukan
untuk menguasai corak-corak irama tradisional di Malaysia. Perkara ini kerana terdapat
pelbagai corak irama atau rentak tradisional yang terdapat di negara ini seperti rentak
tradisional inang dan zapin. Dengan penerokaan yang lebih mendalam ini, murid masalah
pembelajaran juga tidak ketinggalan untuk menceburi bidang seni tradisional, mewarisi
budaya Malaysia serta berkemungkinan membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Konklusinya, penggunaan perkusi badan-Orff ini adalah berdasarkan pendekatan
Orff yang mengutamakan penggunaan perkusi badan dalam pembelajaran khususnya corak
irama dan alat perkusi. Penggunaan perkusi badan-Orff sebagai intervensi ini juga telah
terbukti secara kualitatif dan kuantitatif melalui dapatan kajian dapat meningkatkan
penguasaan corak irama dalam kalangan murid masalah pembelajaran tahun 4.

47

RUJUKAN
Azli Ariffin. (2018). Reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak Melayu

tradisional untuk peningkatan imaginasi kreatif prasekolah. University of Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lewin, K. (1946). Practical Research: Planning and Design. (6th ed.). Prentice Hall.
Mawuse, A. (2015). Folk song in early childhood music education: A study in some selected

schools in Afadjato-South District. University Of Education.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan penulisan (Edisi kedua).

Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Vygotsky, L. S. (1967). Play and Its Role in the Mental Development of the Child. Journal of

Russian and European pscyhcology. 5 (3), 6-18.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak.

Selangor: Oxford Fajar.

48

MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP DARAB BAGI MURID PENDIDIKAN
KHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN
CONGKAK KU-AH

Siti Sarah Binti Mohd Saberi* & Mohd Sabrinordin Bin Mohd Yusoff

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan konsep darab bagi Murid
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 4 dengan menggunakan
Congkak KU-AH. Seorang murid Tahun 4 yang mempunyai masalah slow learner
telah dipilih sebagai peserta kajian. Pengumpulan data awal mendapati peserta
kajian sangat lemah dalam memahami konsep darab. Justeru itu, fokus utama
kajian ini adalah untuk menentukan sama ada penggunaan Congkak KU-AH
dapat membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan konsep darab dan
sifir 2. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan Congkak KU-AH dapat membantu meningkatkan penguasaan
konsep darab dan mengaplikasikan di dalam sifir 2. Akhir sekali, antara
cadangan yang diberikan untuk tindakan susulan ialah dengan mendigitalkan
Congkak KU-AH agar lebih sejajar dengan kaedah pembelajaran normal baharu
iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah (PdPR) kerana masalah Covid-19
yang melanda dunia.

Kata kunci: slow learner, Congkak KU-AH, konsep darab, sifir , kumpulan dan
ahli

*emel:[email protected]

PENGENALAN

Kemahiran Matematik merupakan kemahiran asas yang akan digunakan sepanjang hayat.
Justeru itu, Matematik merupakan mata pelajaran teras yang perlu dikuasai oleh Murid
Berkeperluan Khas (MBK). Sehubungan dengan itu, tajuk darab merupakan topik yang
sukar dikuasai oleh Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran terutama sekali murid
slow leaner kerana memerlukan tahap kefahaman yang tinggi.

Oleh yang demikian, kajian ini telah memberi tumpuan terhadap masalah yang
dihadapi oleh peserta kajian iaitu penguasaan konsep mendarab dan kemahiran mendarab
dalam sifir 2 dengan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu Congkak KU-AH.
Menurut Mohd Rino Mohd Johari (2019), proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan dengan BBM yang sesuai dan menarik bagi memenuhi keperluan setiap murid
mempunyai tahap penguasaan yang berbeza-beza. Tambahan lagi, BBM yang digunakan
mempunyai elemen belajar sambil bermain yang dapat menarik perhatian peserta kajian
untuk mengatasi masalah yang dihadapi terutama sekali dalam konsep mendarab yang
melibatkan kumpulan dan ahli. Apabila konsep mendarab sudah dikuasai, sudah pasti
kemahiran mendarab seperti sifir dapat dipraktikan dengan baik.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengaplikasikan teknik Scaffoldiing yang
terdapat dalam Teori Konstruktisime Sosial Lev Vygotsky dimana dengan bimbingan guru
dapat membantu meningkatkan lagi kefahaman murid dalam memahami sesuatu yang

49

baharu. Akhir sekali, kajian ini telah dijalankan secara atas talian disebabkan oleh norma
baharu kaedah pembelajaran sebagai mencegahan daripada wabak virus Covid-19.

FOKUS KAJIAN

Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan konsep
mendarab dan kemahiran mendarab dalam sifir 2 bagi murid slow leaner dengan
menggunakan Congkak KU-AH. Pengkaji telah menggunakan intrumen ujian diagnostik,
pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian dilakukan secara berstruktur iaitu menggunakan
senarai semak. Berdasarkan dapatan awal, peserta kajian tidak dapat memahami konsep
mendarab seperti tidak dapat membezakan antara kumpulan dan ahli berdasarkan ujian
diagnostik. Selain itu, peserta kajian juga lemah dalam kemahiran mendarab seperti sifir 2.
Hal ini kerana, kaedah pengajaran yang digunakan kurang sesuai sehingga peserta kajian
perlu mengambil masa lama untuk memahami konsep mendarab tersebut.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Meningkatkan konsep mendarab bagi Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Tahun 4 dengan menggunakan Congkak KU-AH.

Objektif Khusus

1) Meningkatkan penguasaan konsep mendarab bagi Murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Tahun 4 dengan menggunakan Congkak KU-AH.

2) Meningkatkan kemahiran mendarab dalam sifir 2 bagi Murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran Tahun 4 dengan menggunakan Congkak KU-AH.

Persoalan Kajian

1) Adakah penggunaan Congkak KU-AH dapat meningkatkan penguasaan konsep
mendarab bagi Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 4?

2) Adakah penggunaan Congkak KU-AH dapat meningkatkan kemahiran mendarab
dalam sifir 2 bagi Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 4?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian adalah seorang Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 4 yang
berumur 10 tahun. Peserta kajian ialah seorang murid perempuan yang mempunyai
masalah pembelajaran dalam kategori slow learner. Menurut Mohd Zuri Ghani dan Aznan
Che Ahmad (2013), murid yang mengalami kerencatan mental boleh dikategorikan sebagai
murid yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam
pembelajaran. Peserta kajian dipilih berdasarkan kelemahan dalam penguasaan konsep
mendarab dan kemahiran mendarab dalam sifir 2 yang paling ketara berbanding dengan
rakan-rakanya yang lain.

50

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan model Kurt Lewin sebagai
panduan untuk melaksanakan intervensi ini. Pengkaji telah membuat tindakan bermula
dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan akhir sekali refleksi.

Langkah-langkah Tindakan

Langkah 1 – Melaksanakan Ujian Pra
Peserta kajian perlu menjawab Ujian Pra sebelum memulakan intervensi menggunakan
Congkak KU-AH.

Langkah 2 – Penerangan dan demostrasi penggunaan Congkak KU-AH
Pengkaji menjelaskan bahagian dan cara penggunaan Congkak KU-AH dengan
menggunakan analisis tugasan.

Langkah 3 – Membuat latihan dengan bimbingan
Peserta kajian membuat beberapa latihan dengan menggunakan Congkak KU-AH dengan
dibimbing oleh pengkaji.

Langkah 4- Menjawab ujian
Peserta kajian perlu menjawab ujian pencapaian setiap kali habis sesi intervensi.

Langkah 5 - Mengumpul data
Peserta kajian menjawab Ujian Pasca setelah kesemua intervensi selesai dilaksanakan.

Langkah 6 – Menganalisis Data
Pengkaji menganalisis berdasarkan dapatan daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Seterusnya, membuat penilaian berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan senarai
semak. Akhir sekali, pengkaji menganalisis dokumen berdasarkan Ujian Pencapai.

Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen dalam pengumpulan data iaitu ujian
(Ujian Pra dan Ujian Pasca), pemerhatian (senarai semak) dan analisis dokumen (Ujian
Pencapaian). Ketiga-tiga kaedah ini digunakan bagi mengaplikasikan kaedah triangulasi
data bagi mendapatkan kesahan serta kebolehpercayaan bagi data yang telah dikumpulkan.

Ujian

Ujian Pra telah dijalankan bagi memperoleh data sebelum intervensi dilaksanakan dengan
menggunakan Congkak U-AH terhadap peserta kajian. Ujian Pasca pula digunakan bagi
memperoleh data setelah kesemua sesi intervensi dijalankan bagi melihat perbandingan
keberkesanan penggunaan Congkak KU-AH tersebut. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
adalah sama dan mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A Konsep Mendarab dan
Bahagian B Kemahiran Mendarab dalam sifir 2.

Analisis Dokumen

Pengkaji telah menggunakan ujian pencapaian sebagai dokumen untuk dianalisiskan. Ujian
pencapaian ini dilaksanakan setiap kali habis sesi intervensi dijalankan. Setelah itu, pengkaji
akan menganalisis tahap penguasaannya dari sesi pertama intervensi sehinggalah sesi
terakhir berdasarkan dapatan ujian pencapaian.

51

Pemerhatian

Pemerhatian menggunakan senarai semak dilakukan sebelum dan selepas intervensi
dilaksanakan bagi melihat perbezaan tahap penguasaan. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat
melihat sendiri proses pengajaran peserta kajian dalam penguasaan konsep mendarab dan
kemahiran mendarab dalam sifir 2. Menurut Palaniappan (2007), senarai semak biasanya
terdiri daripada item-item yang dibina oleh penyelidik sendiri.

Kaedah Menganalisis Data

Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Pengkaji menganalisis data bagi ujian pra dan ujian pasca secara deskriptif dengan
menggunakan jumlah skor markah dan peratus seperti yang tertera pada Jadual 1.

Jadual 1
Analisis pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca

Jenis Ujian Ujian Pra Ujian Pasca

Bahagian A: Konsep mendarab /5 /5
Bahagian B: Sifir 2 /10 /10

Seterusnya, pengkaji menukarkan jumlah jawapan yang betul dalam bentuk peratus (%)
seperti Rajah 1 dan menukarkanya dalam bentuk gred pencapaian seperti Jadual 2.

Rajah 1
Formula Pengiraan Peratus Markah

Jadual 2
Skala Gred Pencapaian (%)

Gred Peratus Markah Tahap Pencapaian
A 80 – 100 Cemerlang
B 60 – 79 Baik
C 40 – 59 Sederhana
D 20 – 39 Lemah
E Sangat Lemah
0 - 19

Seterusnya, pengkaji akan menggunakan carta bar bagi menganalisis dan membuat
perbandingan antara kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca.

Analisis Dokumen (Ujian Pencapaian)

Berdasarkan markah ujian pencapaian bagi keempat-empat ujian dalam sesi intervensi akan
dijumlahkan dan ditukarkan kepada bentuk peratus mengikut format mengiraan peratus
seperti yang ditunjukan pada Rajah 1. Oleh itu, pengkaji akan menganalisis data yang
dikumpul dengan menentukan gred pencapaian seperti dalam Jadual 2. Justeru itu, data

52

yang akan diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk carta bar untuk memudahkan
pengkaji untuk membuat pembandingan bagi setiap sesi intervensi yang telah dilaksanakan.
Pemerhatian (Senarai Semak)
Pemerhatian dinilai dari dua aspek iaitu berdasarkan kedua-dua objektif kajian. Pemerhatian
ini dilaksanakan sebelum dan selepas pengkaji melaksanakan sesi intervensi dengan
menggunakan borang senarai semak. Pengkaji menandakan (/) pada ruangan yang
disediakan jika aspek itu tercapai oleh peserta kajian. Justeru itu, pengkaji dapat membuat
perbandingkan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi melihat adakah kedua-dua
objektif kajian dapat dicapai atau sebaliknya.
DAPATAN KAJIAN
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Rajah 2
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 2 menunjukan prestasi peserta kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Keputusan
Ujian Pra menunjukan peserta kajian masih tidak menguasai konsep mendarab dan
kemahiran mendarab dalam sifir 2. Namun, keputusan Ujian Pasca telah menunjukan
peningkatan yang ketara bagi kedua-dua bahagian iaitu Bahagia A Konsep Mendarab dari
20% ke 80%. Manakala, Bahagian B Kemahiran Mendarab dalam Sifir 2 dari 10% ke 100%.
Hal ini disebabkan keberkesanan penggunaan Congkak KU-AH sepanjang sesi intervensi
dilaksanakan.

53

Analisis Dokumen
Rajah 3
Keputusan Ujian Pencapaian

Rajah 3, jelas menunjukan peningkatan peserta kajian sepanjang sesi intervensi dijalankan
berdasarkan Ujian 1 hingga Ujian 4. Pada Ujian 1 menunjukkan permulaan yang baik,
dimana peserta kajian dapat menjawab dua dari lima soalan yang dengan betul bagi
Bahagian A. Manakala, bagi Bahagian B, peserta kajian berjaya menjawab tiga daripada
lima soalan dengan betul. Keputusan bagi Ujian 4 pula menunjukkan peningkat yang sangat
ketara kerana peserta kajian berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Hal ini
menunjukkan bahawa Congkak KU-AH dapat membantu peserta kajian dalam menguasai
konsep mendarab dan kemahiran mendarab dalam sifir 2.

54

Pemerhatian

Instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak. Hasil senarai semak
dipersembahkan dalam Jadual 3

Jadual 3
Senarai semak

BAH. OBJEKTIF KAJIAN ITEM SEBELUM SELEPAS
A X /
1.0 1.1 Mengenali wakil ahli pada X /
B Penguasaan konsep Congkak KU-AH X /
mendarab dengan 1.2 Mengenali wakil kumpulan X /
menggunakan pada Congkak KU-AH X /
Congkak KU-AH 1.3 Mengenali wakil jumlah X /
pada Congkak KU-AH
2.0 1.4 Mengira dan menulis ahli X /
Penguasaan dengan tepat
kemahiran mendarab 1.5 Mengira dan menulis X /
dalam sifir 2 dengan kumpulan dengan tepat X /
menggunakan 1.6 Mengira dan menulis X /
Congkak KU-AH jumlah ahli dengan tepat
1.7 Meletakan guli (ahli) X /
dengan jumlah yang tepat
pada lubang kecil (kumpulan) X /
yang betul berdasarkan soalan
yang diberikan
2.1 Mengira dan menulis ahli
dengan tepat
2.2 Mengira dan menulis
kumpulan dengan tepat
2.3 Mengira dan menulis
jumlah ahli dengan tepat
2.4 Meletakan guli (ahli)
dengan jumlah yang tepat
pada lubang kecil (kumpulan)
yang betul berdasarkan soalan
yang diberikan
2.5 Mentafsirkan ahli,
kumpulan dan jumlah
berdasarkan soalan dengan
sifir 2

Jadual 3 menunjukkan dapatan analisis pemerhatian yang dicatat dengan menggunakan
instrumen senarai semak. Pemerhatian yang dijalankan sebelum melaksanakan intervensi
mendapati peserta kajian langsung tidak dapat menguasai konsep mendarab dan kemahiran
mendarab dalam sifir 2. Namun, selepas keempat-empat sesi intervensi menggunakan
Congka KU-AH dijalankan. Peserta kajian berjaya menguasai konsep mendarab dengan
dapat membezakan kumpulan dan ahli dengan jayanya. Hasil kajian juga mendapati peserta
sudah menguasai kemahiran mendarab dalam sifir 2 dengan mengaplikasi penggunaan
Congkak KU-AH dengan baik. Dapatan daripada Ujian Pasca juga menyokong dan selaras
dengan dapatan pemerhatian ini.

55

REFLEKSI

Penggunaan Congkak KU-AH sebagai BBM amat membantu dalam kajian ini. Tambahan
lagi, kaedah belajar sambil bermain sebagai daya tarikan telah menarik minat peserta kajian
untuk menggunakan Congkak KU-AH tersebut. Hal ini selari dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Rosnee Ahad et al. (2015) kerana kaedah bermain yang digunakan lebih
mudah difahmi berbanding dengan kaedah tradisional. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan
dapatan pemerhatian peserta kajian berjaya menguasai konsep mendarab dengan dapat
membezakan kumpulan dan ahli apabila dia penggunakan Congkak KU-AH. Tambahan lagi,
pernyataan tersebut juga membuktikan persoalan kajian yang pertama sudah terjawab
dengan jayanya iaitu penggunaan Congkak KU-AH dapat meningkatkan penguasaan
konsep mendarab bagi Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 4.

Persoalan kedua, penggunaan Congkak KU-AH dapat meningkatkan kemahiran
mendarab dalam sifir 2 bagi Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 4 dapat
dibuktikan melalui analisis data dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hal ini kerana dapatan
menunjukan meningkatkan yang sangat ketara iaitu sebanyak 90% setelah intervensi
penggunaan Congkak KU-AH diaplikasikan. Hal ini kerana penggunaan teknik scaffolding
yang telah diterapkan oleh pengkaji untuk membimbing peserta kajian dalam peningkatkan
kemahiran mendarab dalam sifir 2 telah menunjukan kesan yang positif. Perkara ini
diperkukuhkan lagi bahawa teknik scaffolding dapat meningkatkan sesuatu kemahiran yang
baharu bagi peserta kajian (Najah Kurama Ahmad Zuhdi dan Roslinda Rosli, 2018). Justeru
itu, dengan bimbingan yang betul daripada pengkaji sangat membantu peserta kajian mahir
dalam sifir 2.

Namun, kajian ini juga mempunyai beberapa kelemahan terutama sekali dalam
bahan yang digunakan seperti reka bentuk Congkak KU-AH yang agak besar akan
menyukarkan peserta kajian untuk membawa kemana-mana. Tambahan lagi, penggunaan
guli akan memberi kesan terhadap keselamatan peserta kajian seperti terpijak mahupun
tertelan. Akhir sekali, intervensi secara maya dengan menggunakan Google Meet memberi
masalah terhadap peserta kajian terutama sekali terhadap rangkaian internet yang perlahan.
Justeru itu, ia memberi kesan terhadap tingkah laku peserta kajian seperti mula menunjukan
rasa bosan dengan membaling guli di merata-rata tempat.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ialah mendigitilkan Congkak
KU-AH dengan memberi nama baru iaitu E-Congkak KU-AH dan ia akan direka dalam
bentuk aplikasi. Aplikasi ini boleh dimuat naik di dalam komputer riba mahupun di telefon
pintar. Tambahan lagi, aplikasi akan menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Aplikasi ini juga boleh digunakan bagi murid arus perdana kerana konsep
mendarab dipelajari oleh semua murid. E Congkak KU-AH bukan sahaja dalam sifir 2,
malahan boleh digunakan sehingga sifir 12 sejajar dengan penggunaan sifir di Malaysia
kerana ciri Congkak KU-AH yang mempunyai 12 lubang kecil. Akhir sekali, aplikasi ini akan
dimasukan di dalam buku teks Matematik bagi tajuk Darab dan ia akan berbentuk Kod QR
dimana guru dan murid hanya perlu mengibas dengan menggunakan telefon pintar untuk
mengaksesnya.

56

RUJUKAN
Mohd Rino Mohd Johari. (2019). Keberkesanan penggunaan I-KOAM dalam Matematik dan

impak terhadap tingkahlaku introvert murid pendidikan khas.
Mohd Zuri Ghani, & Aznan Che Ahmad. (2013). Pengantar pendidikan khas (2nd ed.). Siri

Kecetakan Akademik.
Najah Kurama Ahmad Zuhdi, & Roslinda Rosli. (2018). Pembelajaran Matematik di

Kalangan Kanak-Kanak Autisme. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan.
Palaniappan, A. K. (2007). SPPS untuk penyelidikan pendidikan. Selangor: Scholar Press.
Rosnee Ahad, Mohamad Zaid Mustafa, Salina Supiyan, & Abdul Rasid Abdul Razzaq.

(2018). Penyelisikan Multidisiplin dalam Pendidikan. Keberkesanan penggunaan petak
sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam matematik tahun 2.
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4813

57

MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR DALAM KALANGAN MURID
SINDROM DOWN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN INTERAKTIF

Mohd Lukmanul Hakim Bin Mohd Khairuddin* & Ramesh Rao a/l Ramanaidu (PhD)

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk menilai sejauhmanakah pendekatan permainan
interaktif dapat membantu meningkatkan penguasaan angka 1 hingga 5 bagi
murid Sindrom Down. Subjek kajian merupakan murid di sebuah sekolah yang
terletak di kawasan dalam daerah Cheras, Kuala Lumpur. Tinjauan awal
mendapati, subjek kajian sudah berusia 9 tahun, namun masih belum boleh
mengecam angka 1 hingga 5. Bagi mengukuhkan dapatan tinjauan awal, ujian
diagnostik dijalankan bagi mengenalpasti masalah. Dengan menggunakan
beberapa instrumen seperti analisis dokumen, senarai semak, temubual dan
juga ujian pra dan pos, data – data yang diperlukan dikumpul dan dianalisis.
Kajian dijalankan dalam dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai bilangan
interaksi yang berbeza mengikut keperluan subjek kajian. Setiap interaksi
dijalankan selama 30 minit. Objektif kajian ini adalah subjek kajian boleh
menjawab soalan berkaitan angka 1 hingga 5 tanpa bantuan guru. Hasil
daripada kajian yang dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi yang positif.
Perbandingan hasil dapatan kajian menunjukkan lebih daripada 50%
menjelaskan bahawa kaedah permainan interaktif dapat membantu
meningkatkan penguasaan angka 1 hingga 5 dengan baik.

Kata Kunci: Permainan interaktif, sindrom down, penyelidikan tindakan

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Semasa menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, pengkaji mendapati
kebanyakan murid menghadapi dengan satu masalah yang sama iaitu masalah tidak
mengenal angka. Masalah ini dikenalpasti apabila terdapat beberapa murid tidak dapat
mengecam malah menyebut nombor dari 1 hingga 10 dengan tepat. Kegagalan mereka
telah menyebabkan pengkaji membuat kajian tindakan ini dan menggunakan teknik yang
dipilih dalam mengatasi masalah ini. Pengkaji telah mengesan kelemahan subjek kajian
melalui pengumpulan data awal iaitu ujian diagnostik yang telah dijalankan. Pengkaji telah
mengadakan satu ujian bertulis yang melibatkan kriteria angka bulat 1 hingga 10. Setelah
membuat ujian diagnostik ini, pengkaji dapati, terdapat seorang murid yang gagal menjawab
semua soalan tersebut. Oleh itu, pengkaji menjalankan satu ujian iaitu ujian pra kepada
subjek kajian yang dipilih. Dalam kajian ini pengkaji telah memberi penekanan terhadap
penguasaan nombor dari angka 1 hingga 5 murid berdasarkan tinjauan ujian diagnostik
yang telah dijalankan. Tinjauan awal mendapati, terdapat seorang murid sindrom down yang
sangat lemah dalam menguasai topik ini dengan baik. Oleh itu, penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) berbentuk permainan interaktif digunakan untuk proses pelaksanaan aktiviti
dalam penyelidikan tindakan untuk membantu meningkatkan tahap kognitif mereka.

58

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini memfokuskan kepada meningkatkan kemahiran menguasai angka 1
hingga 5 terhadap seorang murid sindrom down. Hasil kajian ini akan dapat membantu
murid Sindrom Down ini meningkatkan kualiti hidup mereka. Selain dari itu, hasil dari kajian
ini dapat membuatkan murid ini membuat perkiraan mudah yang melibatkan angka.
Pengkaji mendapati pendekatan permainan interaktif dapat dilaksanakan dengan berkesan
pada sesi PdP matapelajaran Matematik kepada subjek kajian sindrom down ini.
Penggunaan kaedah permainan sesuai untuk diaplikasikan kepada murid Sindrom Down
kerana fitrah kanak kanak yang sukakan keseronokan (Shaidatul Nadira binti Shaharum &
Roslinda binti Rosli, 2018). Selain bagi mengukuhkan penguasaan kemahiran Matematik
dalam kalangan murid-murid, kaedah ini juga dapat menimbulkan minat disamping mengikis
persepsi negatif murid-murid terhadap subjek Matematik.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh pengkaji melalui penyelidikan yang
dijalankan. Berdasarkan isu yang telah dikenal pasti, objektif dibina setelah melakukan
tinjauan awal. Menurut Robinson & Lai (2006), setiap objektif kajian yang disasarkan
hendaklah boleh diukur dengan alat kajian yang bersesuaian.

Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan angka 1 hingga 5 dalam kalangan murid Sindrom Down dengan
menggunakan kaedah permainan interaktif

Objektif Khusus

1) Murid Sindrom Down dapat menunjuk nombor dari angka satu hingga lima melalui
kaedah permainan

2) Murid Sindrom Down dapat menyebut angka satu hingga lima melalui kaedah
permainan

Persoalan Kajian
1) Sejauh manakah murid Sindrom Down dapat mengecam angka dengan menunjuk
nombor dari angka satu hingga lima melalui kaedah permainan?
2) Sejauh manakah murid Sindrom Down dapat menyebut angka satu hingga lima
melalui kaedah permainan?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini mensasarkan seorang murid kategori Sindrom Down di sebuah sekolah di Cheras,
Kuala Lumpur. Subjek kajian berumur sembilan tahun. Pemilihan subjek kajian adalah
berdasarkan hasil analisis daripada pemerhatian yang dibuat serta ujian diagnostik yang
dijalankan. Rasional pemilihan subjek kajian tersebut adalah kerana subjek mendapat skor
terendah dalam ujian tersebut dan dipilih menjadi sampel terhadap kajian pengkaji.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji membuat perancangan yang rapi dan tersusun bagi memastikan kajian tindakan
yang dijalankan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengkaji telah menggunakan

59

reka bentuk penyelidikan tindakan dengan dua kitaran berdasarkan model Kemmis &
McTaggart (1988). Kanak – kanak lebih mudah untuk belajar sekiranya diberikan peluang
untuk berinteraksi dengan persekitaran dan bahan – bahan manipulatif yang dibekalkan.
Pengkaji juga telah menjalankan lima kali sesi intervensi pada kitaran pertama dan empat
kali sesi bagi kitaran kedua. Langkah-langkah yang dilaksanakan adalah secara ansur maju
bagi mengikut ketetapan dengan hukum latihan oleh Thorndike (1898), bagi memastikan
murid dapat menguasai sesebuah kemahiran dengan jayanya.Beberapa instrumen seperti
ujian, pemerhatian soal selidik, temubual dan analisis dokumen untuk menilai hasil tindakan
yang telah dijalankan ke atas subjek kajian.

Rajah 1
Kitaran asas Model Kemmis dan McTaggart (1988)

DAPATAN KAJIAN

Keputusan ujian Pra dan Pasca
Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca dapat dirumuskan pada rajah 2 di
bawah:

Jadual 1
Keputusan Ujian Pra dan Pos

SKOR UJIAN Peratusan (%) GRED Tahap Murid
Pra Pos
MASA Bahagian A Bahagian B 11 100 Pra Pos Pra Pos
UJIAN Pra Pos
0/5 5/5 Pra Pos 60
9:30 pagi -
10:00 pagi 6/50 50/5 E A Sangat Baik
0 lemah

Rajah 2
Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca Subjek Kajian

Perbandingan Ujian Pra
dan Ujian Pos

PERATUSAN (%) 150 100
100

50 11

0 Pos
Pra

UJIAN

Berdasarkan keputusan yang telah dianalisis, jelas menunjukkan peningkatan peratusan
yang diperoleh oleh subjek kajian meningkat melebihi 50% dan merupakan satu
perkembangan yang amat positif dalam kajian pengkaji. Subjek kajian memperoleh skor
sebanyak 100% berbanding semasa sebelum intervensi dijalankan iaitu hanya 11%. Subjek
kajian menunjukkan peningkatan skor yang ketara iaitu sebanyak 89%. Data yang diperolehi
dan dianalisis ini jelas menunjukkan perubahan terhadap subjek kajian dan keberkesanan
kaedah permainan dalam meningkatkan penguasaan angka 1 hingga 5 dalam kalangan
murid Sindrom Down.

Pemerhatian: Senarai semak

Dalam kajian ini, pemerhatian berstruktur dianalisis dengan melihat tingkah laku serta
respon subjek kajian. Jadual 2 menunjukkan dapatan senarai semak penguasaan angka 1
hingga 5 berdasarkan pemerhatian respon subjek kajian.

Jadual 2
Dapatan Senarai Semak Penguasaan Angka 1 hingga 5

BI PERKARA KITARAN 1 KITARAN 2
L YA TIDAK

YA TIDAK √

1. Subjek kajian menyebut angka yang √
ditunjukkan dengan bantuan daripada √

guru. √ √
2. Subjek kajian kajian menyebut nilai angka

yang ditunjukkan tanpa bantuan daripada

guru. √
3. Subjek kajian boleh menunjukkan angka

berdasarkan kad nilai yang ditunjukkan

tanpa bantuan daripada guru.

4 Subjek kajian boleh menyuai padan nilai √
dengan angka tanpa bantuan daripada

guru

5. Subjek kajian boleh menulis angka dengan √
betul tanpa bantuan daripada guru.

61

Berdasarkan jadual keputusan senarai semak untuk kedua dua kitaran, pengkaji telah
membuat perbandingan tahap subjek kajian menguasai angka 1 hingga 5 bagi kitaran dan
kitaran 2. Setelah menjalani intervensi berterusan, subjek kajian menunjukkan peningkatan
sebanyak 80% apabila berjaya menguasai daripada satu item kepada 5 item yang diuji.
Pada akhir kitaran 2 ini, subjek kajian telah berjaya menguasai kelima – lima item yang diuji
oleh pengkaji.

Analisis Dokumen

Jadual 3
Perbandingan Dapatan Senarai Semak Bagi Kitaran 1 dan Kitaran 2

Subjek Kajian Kitaran 1 (%) Kitaran 2 (%) Peratusan
A 30 100 Peningkatan (%)

70

Jadual 3 menunjukkan peningkatan markah yang diperolehi subjek kajian semasa
melaksanakan kajian ini. Subjek kajian memperolehi markah maksimum iaitu sebanyak
100% di akhir kitaran 2 menunjukkan bahawa kaedah permainan berkesan dalam
meningkatkan penguasaan angka 1 hingga 5 dan pencapaian murid dalam subjek
Matematik secara amnya.

Temubual

Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur sepanjang intervensi dijalankan.
Sebanyak lima soalan telah ditanya kepada subjek kajian dan guru yang berkaitan tentang
keberkesanan pendekatan kajian pengkaji. Pengkaji telah membuat generalisasi bahawa
responden menunjukkan respon yang positif terhadap strategi pembelajaran menggunakan
pendakatan permainan interaktif. Murid bersetuju bahawa kaedah ini membantu mereka
dalam mehami topik penguasaan angka 1 hingga 5 dengan mudah dan mereka lebih selesa
dengan kaedah pembelajaran ini.

REFLEKSI

Pengkaji berpendapat bahawa pencapaian murid yang tinggi dalam ujian pasca adalah
disebabkan oleh keberkesanan kaedah perlaksanaan permainan interaktif itu sendiri.
Kekuatan kajian ini adalah pengkaji telah dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pengkaji sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh subjek kajian dari
aspek perubahan tingkah laku yang positif semasa PdP. Pencapaian objektif penyelidikan ini
juga adalah satu kejayaan yang besar. Setelah pengkaji mereflek tentang aktiviti yang telah
dirancang bagi penyelidikan tindakan ini, ia telah dijalankan secara ansur maju. Pengkaji
yakin aktiviti yang telah dirancang secara teliti dan ansur maju ini merupakan salah satu
kekuatan kajian ini. Menurut Kanchi Shah (2013), ansur maju merupakan salah satu cara
untuk murid mempelajari sesuatu kemahiran bermula daripada langkah yang paling asas
sehinggalah kepada aras yang lebih sukar. Selain itu, pengkaji juga berbangga dengan
kejayaan murid dalam penguasaan kemahiran yang sangat baik berbanding sebelum ini.

Seterusnya, antara kekuatan yang ada sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini
adalah pengkaji mendapat kerjasama yang baik dengan guru – guru di sekolah tempat
pengkaji menjalankan kajian. Kolaborasi yang dijalankan antara pengkaji dan guru
memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat dan sebarang bahan yang diperlukan dalam
mengumpul data untuk kajian ini. Pengkaji juga turut berasa bersemangat untuk

62

menjalankan sesi intervensi bersama murid kerana sikap murid yang mudah mengikut
arahan pengkaji ketika melaksanakan proses intervensi ini. Semangat ini datangnya
daripada kepuasan melihat prestasi pembelajaran subjek kajian yang semakin meningkat.
Malah, subjek juga turut memberikan kerjasama kepada pengkaji ketika mengajar melalui
kesediaannya menjalani intervensi. Hal ini dibuktikan apabila pengkaji masuk ke kelas,
subjek kajian kelihatan sudah bersedia untuk melaksanakan intervensi.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pengkaji bercadang untuk melakukan kajian seterusnya dengan menambahbaik aspek
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh pengkaji sepanjang
menjalankan intervensi. Pengkaji telah menggunakan kad angka dan kad nilai semasa
menjalankan intervensi. Pengkaji mencadangkan agar menggunakan permainan sebenar
seperti lacing lace angka serta puzzle mat dalam permainan susun angka.

Selain itu, aspek lain yang pengkaji fikirkan boleh ditambahbaik adalah dari aspek
penggunaan permainan Bingo. Pengkaji mencadangkan untuk menggunakan kotak bergrid
Bingo yang maujud dan meminta murid untuk memasukkan angka kedalam kotak angka
tersebut. Selain itu, pengkaji juga boleh menyediakan kotak bergrid yang sudah lengkap
diisikan angka di dalamnya dan meminta murid mengeluarkan angka yang disebut oleh guru
dari kotak. Tuntasnya, pengkaji berharap agar cadangan yang telah pengkaji berikan dapat
dilaksanakan seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada
mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.

RUJUKAN

Kanchi Shah. (2013). How different are students and their learning styles? International
Journal of Research in Medical Sciences, 1(3).

Kemmis, S. and McTaggart, R. (1988) The Action Research Planner. Deakin University.
Robinson, V. M. J., & Lai, M. K. (2006). Practitioner research for educators: A guide to

improving classrooms and schools. Corwin Press.
Shaidatul Nadira binti Shaharum , & Roslinda binti Rosli. (2018). Tahap pengetahuan tiga

orang pelajar sindrom down dalam penambahan nombor bulat. Prosiding Seminar
Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, 166, 66 - 69
Thorndike, E. L. (1898). Animal intelligence: An experimental study of the associative
processes in animals. Psychological Monographs: General and Applied, 2(4), i-109.

63

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH
PRAKTIKUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

SEMASA PANDEMIK COVID-19

Fatin Nabilah Binti Jainol* & Masitah Binti Taib (PhD)

ABSTRAK

Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya semua guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdPR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19. Guru-guru pelatih
Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menjalani praktikum juga tertakluk kepada
arahan tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti
strategi, cabaran dan langkah cabaran semasa PdPR dalam kalangan guru
pelatih IPG. Kajian kes ini melibatkan tiga orang guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) opsyen Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran yang memperoleh gred cemerlang praktikum semasa PdPR.
Kaedah pengumpulan data adalah temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen, dan seterusnya dianalisis secara kualititatif untuk menghasilkan tema-
tema. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menggunakan strategi PdPR
berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan belajar melalui bermain. Cabaran
yang dihadapi adalah kurang kemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK).
Pendekatan kolaborasi dan fleksibel merupakan langkah diambil untuk
mengurangkan cabaran semasa PdPR. Implikasi kajian adalah penyelarasan
pelaksanaan praktikum semasa PdPR dalam bentuk garis panduan atau modul
yang khusus kepada guru-guru pelatih IPG.

Kata kunci : Guru pelatih praktikum, pendidikan khas masalah pembelajaran,
PdPR

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya semua guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdPR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu daripada kaedah
PdP secara langsung di sekolah kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bagi mewujudkan proses PdPR yang berkesan, guru bertanggungjawab dalam merancang,
menyedia dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan medium komunikasi dan
aplikasi yang sesuai kepada murid yang berada di rumah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2020). Pelaksanaan PdPR memberi cabaran kepada semua pihak yang terlibat
khususnya guru pendidikan khas. Hal yang demikian kerana murid berkeperluan khas
mempunyai ciri-ciri ketidakupayaan yang pelbagai kategori dan pelbagai tahap. Maka, faktor
tersebut memerlukan guru pendidikan khas memilih secara rasional strategi, kaedah dan
teknik yang boleh memberi kesan PdPR yang bermakna kepada murid berkeperluan khas.

64

PERNYATAAN MASALAH

Perubahan PdP secara bersemuka dengan murid di sekolah kepada PdP secara maya di
rumah memberi cabaran kepada guru pelatih praktikum untuk menyesuaikan diri. Guru
pelatih praktikum merancang dan melaksanakan PdPR berpandukan kepada Manual PdPR
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu, tahap keupayaan
murid keperluan khas berbeza berbanding murid arus perdana menyebabkan guru pelatih
praktikum mengubah suai strategi pelaksanaan PdPR mengikut gaya pembelajaran murid.
Seterusnya, dalam kajian Ratna Setyowati Putri et al. (2020) menyatakan terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa, guru dan murid sepanjang pelaksanaan PdP secara
dalam talian. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pengalaman guru pelatih
praktikum program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran melaksanakan PdPR dengan
mengenal pasti strategi PdPR dan cabaran serta langkah mengatasi cabaran PdPR yang
dialami.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini menetapkan tiga objektif kajian iaitu:

1) Mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru pelatih melaksanakan PdP dalam
tempoh PKP.

2) Mengenal pasti cabaran yang dialami oleh guru pelatih melaksanakan PdP dalam
tempoh PKP.

3) Mengenal pasti cara guru pelatih mengatasi cabaran yang dihadapi ketika
melaksanakan PdP dalam tempoh PKP.

Kajian ini menetapkan dua persoalan seperti berikut:

1) Bagaimanakah guru pelatih melaksanakan PdP dalam tempoh PKP?
2) Apakah cabaran yang dialami oleh guru pelatih melaksanakan PdP dalam tempoh

PKP?
3) Bagaimanakah guru pelatih mengatasi cabaran yang dihadapi ketika melaksanakan

PdP dalam tempoh PKP?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengkaji menggunakan pendekatan
kualitatif untuk meneroka pengalaman pelaksanaan PdPR guru pelatih praktikum dengan
lebih mendalam. Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Masalah Pembelajaran ambilan Jun 2017. Persampelan bertujuan
dilakukan kerana peserta kajian mempunyai pengalaman melaksanakan praktikum semasa
PdPR pada bulan Ogos hingga September 2020 dan telah berjaya memperoleh gred
cemerlang dalam praktikum. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji ialah
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah temu bual berstruktur dijalankan
secara dalam talian menerusi aplikasi whatsapp setelah mendapat persetujuan daripada
peserta kajian. Kaedah temu bual dianalisis dengan cara menghasilkan transkripsi temu
bual dan mengenal pasti tema yang terdapat dalam transkripsi. Kaedah pemerhatian
dilaksanakan dengan cara pengkaji membuat pemerhatian terhadap rakaman video
pengajaran peserta kajian dan membuat catatan menggunakan borang pemerhatian yang
telah disediakan. Pengkaji menganalisis dokumen meliputi rancangan pengajaran harian,
lembaran kerja dan dokumen folio yang dihantar untuk pencalonan praktikum cemerlang

65

oleh peserta kajian. Pengkaji menggunakan triangulasi kaedah dan jejak audit untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian

Tiga tema berkaitan persoalan kajian 1 iaitu;

Tema 1 : Strategi berpusatkan murid yang pelbagai
Tema pertama ialah strategi berpusatkan murid. Hasil temu bual mendapati GP 1 dan GP 3
menggunakan strategi berpusatkan murid dalam melaksanakan PdPR. Strategi ini
menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif ketika proses PdPR berlangsung.

“...saya memberikan lembaran kerja secara bermodul kepada murid dan murid sendiri
menjawab lembaran kerja iaitu semasa kelas secara segerak, Google Meet.” (GP 1)
“Selalunya strategi ini saya gunakan masa aktiviti yang melibatkan kemahiran”
(GP 3)

Bagi dapatan pemerhatian pula mendapati GP 1 dan GP 2 menggunakan GM sebagai
medium untuk melaksanakan strategi berpusatkan murid. Menurut Abdull Shukor Shaari et
al. (2016), guru berperanan untuk mendorong murid melibatkan diri dengan aktif sepanjang
aktiviti pengajaran berpusatkan murid.

Tema 2 : Strategi berpusatkan bahan pengajaran guru
Tema kedua ialah strategi berpusatkan bahan pengajaran guru. Dapatan temu bual
mendapati kesemua peserta kajian telah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
dan menarik untuk mencapai objektif yang ditetapkan semasa proses PdPR. Dapatan
pemerhatian menunjukkan bahawa peserta kajian telah menyediakan rakaman video
sebagai bahan bantu mengajar dan menggunakan aplikasi dalam talian untuk membina
bahan bantu mengajar yang interaktif. Konklusinya, guru menggunakan aplikasi dalam talian
untuk menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar sepanjang proses PdPR.

Tema 3 : Strategi belajar sambil bermain
Tema ketiga ialah strategi belajar sambil bermain. Dapatan temu bual mendapati GP 2 telah
menyediakan pelbagai jenis permainan secara dalam talian sepanjang proses PdPR.
“Saya menghasilkan pelbagai games sebagai motivasi kepada mereka untuk menjalani
pembelajaran secara atas talian.” (GP 2)
Konklusinya, pelaksanaan strategi ini membantu meningkatkan motivasi dalam diri murid
untuk menjalani proses pembelajaran secara dalam talian.

Tiga tema berkaitan persoalan kajian 2 iaitu;

Tema 1 : Kurang penglibatan murid
Tema pertama ialah penglibatan murid yang mempunyai satu sub tema kurang aktif.
Dapatan temu bual menunjukkan kurang penyertaan murid berkeperluan khas dalam proses
PdPR yang dilaksanakan.

“...murid tidak ramai yang masuk kelas...” (GP 1)
“...ada murid-murid yang tidak memberikan sebarang respon...” (GP 3)

66

Analisis dokumen mendapati jumlah bilangan murid yang menyertai PdPR yang dijalankan
adalah kurang daripada dua. Konklusinya, kurang penglibatan murid ketika PdPR
merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh peserta kajian.

Tema 2 : Kurang kemahiran TMK
Tema kedua ialah tahap penguasaan TMK yang mempunyai satu sub tema kurang
menguasai TMK. Dapatan temu bual mendapati peserta kajian mengalami kesukaran dalam
membuat penilaian terhadap kefahaman murid berkeperluan khas secara dalam talian.

“... cabaran membuat penilaian kepada tugasan-tugasan murid...” (GP 1)
“...kurangnya pengetahuan dalam diri berkaitan dengan teknologi pada masa kini...” (GP 2)

Dalam kajian Hazliza Hashim et al. (2016) menyatakan bahawa guru yang belum mahir atau
tidak mempunyai kemahiran mengendali sesuatu alat akan menyebabkan kelancaran
penyampaian isi pengajaran terganggu. Konklusinya, kurang menguasai TMK menjadi
cabaran kepada peserta kajian mewujudkan proses PdPR yang berkesan.

Tema 3 : Kurang penglibatan ibu bapa
Tema ketiga ialah penglibatan ibu bapa yang mempunyai sub tema kurang kerjasama.
Dalam kajian Ratna Setyowati Putri et al. (2020) menyatakan antara kesan pelaksanaan
pembelajaran dalam talian adalah ibu bapa yang bekerja tidak dapat membantu proses
pembelajaran anak mereka di rumah. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa ibu bapa
kurang memberi kerjasama ketika pelaksanaan PdPR.

“... ibu bapa tidak boleh memberikan fokus secara 100% kepada murid...” (GP 1)
“saya tidak mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada ibu bapa” (GP 3)
Konklusinya, tanpa kerjasama ibu bapa akan menyebabkan murid tidak mengikuti
pembelajaran yang disediakan oleh guru (Samsilah Roslan, 2020).

Tiga tema berkaitan persoalan kajian 3 iaitu;

Tema 1 : Kolaborasi bersama guru
Tema pertama ialah kolabosi bersama guru yang mempunyai sub tema kolaborasi tidak
formal. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian menjalankan
kolaborasi secara tidak formal bersama guru sekolah untuk meningkatkan keberkesanan
proses PdPR yang dijalankan..

“ Jadi saya banyak berbincang dan bertanya kepada guru-guru lama di sekolah...” (GP 1)
“... saya berkongsi idea serta bertanya pendapat guru-guru di sekolah...” (GP 3)

Konklusinya, perkongsian amalan pengajaran antara guru sekolah dan peserta kajian
membantu meningkatkan keberkesanan PdPR kepada murid berkeperluan khas masalah
pembelajaran

Tema 2 : Kolaborasi bersama ibu bapa
Tema kedua ialah kolaborasi bersama ibu bapa yang mempunyai sub tema kerjasama ibu
bapa. Dapatan temu bual mendapati peserta kajian bekerjasama dengan ibu bapa untuk
membuat penilaian terhadap murid. Dapatan analisis dokumen mendapati GP 3 telah
menyediakan senarai semak sebagai panduan kepada ibu bapa untuk membuat penilaian

“Ibu bapa banyak membantu membuat penilaian anak-anak di rumah...” (GP 2)
“... senarai semak ini perlu diisi oleh ibu bapa mengikut tahap penguasaan yang dikuasai
oleh murid-murid?” (GP 3)

67

Konklusinya, kolaborasi ini penting bagi menangani cabaran PdPR yang dihadapi oleh
peserta kajian. Menurut Friend & Cook (2013), kolaborasi mendatangkan banyak faedah
kepada guru, ibu bapa dan kanak-kanak.

Tema 3 : Pendekatan fleksibel
Tema ketiga ialah pendekatan fleksibel yang mempunyai sub tema bahan pengajaran.
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa semua peserta kajian telah menyediakan bahan
pengajaran yang mudah untuk diakses oleh murid berkeperluan khas masalah pembelajaran
seperti rakaman video, lembaran secara modul dan menyediakan tugasan secara dalam
talian bagi membantu murid yang mempunyai masalah untuk mencetak lembaran kerja. GP
2 turut memberikan tempoh masa yang lebih lama kepada murid untuk menyelesaikan
tugasan.

“Saya akan buat satu rakaman YT...” (GP 1)
“... saya merekod video menghasilkan buku cerita... “ (GP 2)
“... saya memberikan tempoh masa yang lebih lama...” (GP 2)

Konklusinya, pendekatan fleksibel membantu meningkatkan penglibatan murid dalam
proses PdPR.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulan

Kesemua peserta kajian menunjukkan kesungguhan, kegigihan secara kreatif untuk
merancang dan melaksanakan PdPR yang sangat baik dan berkesan seperti melaksanakan
strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan strategi belajar sambil bermain.
Ini menunjukkan terdapat guru pelatih yang boleh merancang dan melaksanakan PdP yang
baik walaupun tiada sebarang garis panduan dibekalkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Dalam kajian Ratna Setyowati Putri et al. (2020) menyatakan terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa, guru dan murid sepanjang pelaksanaan PdP secara
dalam talian. Cabaran PdPR yang dihadapi oleh peserta kajian ialah kurang penglibatan
murid, kurang penguasaan TMK dalam kalangan guru pelatih dan kurang kerjasama
daripada ibu bapa. Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi, peserta kajian telah menjalankan
kolaborasi bersama guru sekolah, kolaborasi bersama ibu bapa dan menggunakan
pendekatan pengajaran yang fleksibel.

Cadangan

Pengkaji mencadangkan agar guru pelatih mengikuti kursus kemahiran menggunakan
teknologi terkini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
PdPR. Seterusnya, penglibatan guru pelatih dalam menyertai bengkel sokongan seperti
perkongsian pintar bersama guru cemerlang berkaitan pelaksanaan PdPR turut membantu
mereka mewujudkan proses PdPR yang berkesan khususnya kepada murid berkeperluan
khas masalah pembelajaran.

Implikasi

Hasil dapatan kajian ini dapat memberi implikasi terhadap latihan guru, sekolah dan ibu
bapa. Implikasi kajian ini terhadap latihan guru ialah membantu guru pelatih merancang dan
menggunakan strategi yang berkesan dalam proses PdPR. Implikasi kajian ini terhadap

68

sekolah ialah membantu pihak sekolah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses
PdPR. Implikasi kajian ini terhadap ibu bapa ialah meningkatkan kerjasama ibu bapa dalam
proses PdPR. Menurut Smith et al. (2016), meningkatkan penglibatan ibu bapa diperlukan
untuk pembelajaran dalam talian terutamanya untuk kanak-kanak kurang upaya.

RUJUKAN

Abdull Shukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof dan Mohd Isha Awang.
(2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru
pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan
pelajar semasa praktikum. International Seminar on Generating Knowledge Through
Research, 599-608.

Friend, M., & Cook, L. (2013). Interactions: collaboration skills for school profesionals, 7th
Edition. Pearson.

Hazliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri dan Zarina Mustafa. (2016). Cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya FROG di bilik darjah.
Asia Pacific Journal of Educators and Education (31),115-129.
apjee.usm.my/APJEE_31_2016/APJEE%2031_Art%207(115-129).pdf

Jabatan Perdana Menteri. (2020, Mac 18). Kenyataan media MKN : perincian perintah
kawalan pergerakan. Laman Rasmi Jabatan Perdana Menteri Malaysia:
https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ratna Setyowati Putri, Agus Purwanto, Rudy Pramono, Masduki Asbari, Laksmi Mayesti
Wijayanti dan Choi Chi Hyun. (2020). Impact of the COVID-19 pandemic on online
home learning: an explorative study of primary schools in Indonesia. International
Jorunal of Advanced Science and Technology, 4809-4818.

Samsilah Roslan. (2020). PKP uji kerjasama ibu bapa, guru. BH Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/676871/pkp-uji-kerjasama-
ibu-bapa-guru

Smith, S. J., Burdette, P. J., Cheatham, G. A., & Harvey, S. P. (2016). Parental role and
support for online learning of students with disabilities: a paradigm shift. Journal of
Special Education Leadership, 2(29), 101-112.

69

PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
MURID MASALAH PEMBELAJARAN

Muhamad ikhwan bin mohd khusairi* & Mohd Yusoff bin Mohd Noor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan maujud
sebagai bahan bantu mengajar murid masalah pembelajaran. Kajian ini
merangkumi tiga aspek berdasarkan soalan kajian iaitu kefahaman guru yang
mengajar murid bermasalah pembelajaran terhadap bahan maujud, kelebihan
penggunaan bahan maujud dan cabaran dalam penyediaan bahan maujud untuk
sesi PdP. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan
kuantitatif untuk mengumpul data. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
ialah soal selidik yang melibatkan seramai 30 orang responden iaitu guru-guru
yang mengajar murid bermasalah pembelajaran dari dua buah sekolah
kebangsaan di sekitar daerah Cheras. Data dianalisis menggunakan sistem
Statistical Package for Social Science version 25 (SPSS). Dapatan kajian
mendapati guru-guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran
mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam penggunaan bahan maujud
sebagai BBM. Guru-guru juga berpendapat bahawa bahan maujud membantu
guru dalam sesi PdP di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa cabaran yang
dihadapi oleh guru-guru dalam menyediakan BBM seperti faktor masa dan juga
idea dalam penghasilan BBM. Semua pihak yang terlibat harus berganding bahu
dalam meningkatkan penggunaan bahan maujud sebagai BBM untuk digunakan
semasa sesi PdP.

Kata kunci: bahan bantu mengajar, bahan maujud, murid bermasalah
pembelajaran

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Melihat kepada saranan
kerajaan berkenaan pembelajaran abad ke-21, tidak dapat dinafikan guru turut memainkan
peranan yang penting iaitu sebagai pemimpin yang membimbing murid dalam menjalankan
aktiviti pembelajaran. Dalam konteks pendidikan khas khususnya bagi murid masalah
pembelajaran, guru turut diakui menggalas tanggungjawab yang besar dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan prestasi murid (Bahagian Pendidikan
Khas, 2013). Agung (2010) menyatakan kelemahan daya tumpuan murid bermasalah
pembelajaran adalah disebabkan perhatian yang mudah teralih daripada satu stimulus ke
stimulus lain. Kesukaran murid masalah pembelajaran dapat dikurangkan sekiranya guru
menggunakan kaedah serta bahan yang sesuai semasa Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) berlangsung. Salah satu kaedah PdP dalam bilik darjah ialah dengan menggunakan
bahan bantu mengajar iaitu bahan maujud. Oleh itu, guru yang menghasilkan pelbagai
bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik dapat menjana idea yang bernas
untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif dalam proses PdP di dalam bilik darjah (Noordin
& Zainal Abiden, 2010).

70

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran guru mengajar dengan mengamalkan strategi pengajaran yang berkesan akan
menentukan kejayaan proses pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, guru merupakan
golongan utama yang menyumbang kepada keterlibatan akademik murid di sekolah. Kajian
Ruhaida (2011) menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar bahan maujud dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran banyak membantu untuk meningkatkan dan mempercepatkan
lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang bakal
diajar.
Menurut (Zalizan dan Noraini, 2000), pengajaran dalam kelas pendidikan khas memerlukan
pengetahuan isi kandungan dan kepakaran pedagogi seperti pendekatan, kaedah, strategi
dan teknik perlu dititikberatkan serta penekanan perlu diberikan kepada penyediaan aktiviti-
aktiviti berasaskan keperluan secara individu mengikut tahap keupayaan murid. Oleh itu,
dapat dibuktikan bahawa bahan maujud amat penting untuk dijadikan sebagai BBM di dalam
bilik darjah.

Amalan pengajaran yang dirancang, disusun dan bersesuaian mengikut kemampuan
murid dengan sokongan bahan maujud mampu merangsang perkembangan potensi individu
ke tahap yang maksimum (Hamdi Ishak, 2012). Oleh itu, guru haruslah melakukan
penyediaan dan pemilihan BBM bahan maujud yang sesuai bagi memastikan keberkesanan
sesi PdP terhadap murid bermasalah pembelajaran selaras dengan isi pembelajaran.
Berdasarkan huraian di atas, pengkaji ingin melakukan penyelidikan tentang penggunaan
bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar murid masalah pembelajaran.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan bahan maujud sebagai bahan
bantu mengajar murid masalah. Seterusnya ialah mengenal pasti cabaran yang dihadapi
oleh guru untuk menyediakan bahan maujud dalam sesi PdP. Sehubungan itu, objektif
kajian bertujuan untuk:

1) Meninjau tahap pengetahuan guru yang mengajar murid masalah pembelajaran
tentang maklumat bahan maujud.

2) Mengenal pasti kelebihan penggunaan bahan maujud dalam PdP murid masalah
pembelajaran.

3) Mengenal pasti cabaran dalam menyediakan bahan maujud untuk PdP.
Kajian ini mempunyai tiga persoalan yang telah dibentuk iaitu:

1) Adakah guru yang mengajar murid masalah pembelajaran mengetahui tentang
maklumat bahan maujud?

2) Apakah kelebihan penggunaan bahan maujud dalam PdP murid masalah
pembelajaran?

3) Apakah cabaran dalam menyediakan bahan maujud untuk PdP?

METADOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan pengkaji menggunakan pendekatan
kuantitatif. Pengkaji menggunakan borang soal selidik yang berbentuk numerikal kerana
melibatkan populasi yang besar dan dapat memberikan penanda aras bagi menyelesaikan
masalah dalam kajian. Sampel kajian melibatkan guru yang mengajar murid bermasalah
pembelajaran di sekolah rendah di sekitar Cheras iaitu SK A dan SK B. Intrumen yang
digunakan dalam kajian menggunakan set borang soal selidik. Instrumen soal selidik

71

digunakan dalam bentuk Google Form yang diedarkan melalui atas talian kepada responden
melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengenai
demografi responden manakala Bahagian B terdiri tiga konstruk utama berdasarkan objektif
kajian. Responden kajian terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar murid bermasalah
pembelajaran di sekolah rendah di sekitar Cheras iaitu SK A dan SK B. Data akan dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif dengan aplikasi Statistical Packages for the Social
Science (SPSS).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian telah dikumpul melalui borang soal selidik yang telah diberi kepada 30 orang
responden melalui atas talian dan telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for the Social Science (SPSS). . Dapatan yang telah dianalisis disembahkan
melalui jadual mengikut tiga konstruk yang berbeza. Penilaian skor min tahap pencapaian
yang dipilih oleh penyelidik berdasarkan panduan yang telah dibuat oleh Kamaruddin Md
Amin (2010) adalah seperti berikut:

Aras Nilai Min Tahap
Sangat tidak setuju – tidak setuju 0.01 – 1.66 Rendah
1.67 – 3.33 Sederhana
Tidak pasti Tinggi
Setuju – sangat setuju 3.34 – 5.00

Hasil dapatan kajian menunjukkan purata min keseluruhan bagi konstruk pertama
iaitu meninjau tahap pengetahuan guru yang mengajar murid masalah pembelajaran tentang
maklumat bahan maujud berada pada tahap tinggi dengan mencapai sebanyak 4.27%. hal
ini bermakna tahap pengetahuan guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran
tentang maklumat bahan maujud adalah sangat baik. Para guru perlu mempunyai
pengetahuan dan maklumat yang meluas tentang bahan maujud sebagai bahan bantu
mengajar.

Nilai skor min keseluruhan bagi konstruk kedua iaitu mengenal pasti kelebihan
penggunaan bahan maujud dalam PdP murid masalah pembelajaran masih berada pada
tahap tinggi dengan nilai 4.43%. Hal ini bermakna terdapat banyak kelebihan dan manfaat
penggunaan bahan maujud dalam PdP murid bermasalah pembelajaran bagi konstruk
kedua dalam kajian ini. Penggunaan bahan maujud dalam sesi PdP memberikan kesan
yang positif dan efektif kepada guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran di
sekolah. Menurut Jamalludin (2013), penggunaan bahan maujud mempunyai nilai dan
kelebihan yang tersendiri kerana dapat mencipta sesi pengajaran yang menarik dan efektif.

Analisis dapatan soal selidik pada konstruk ketiga iaitu mengenal pasti cabaran
dalam menyediakan bahan maujud untuk PdP, nilai skor min keseluruhan mendapati
bahawa masih berada di tahap yang tinggi dengan mendapatkan sebanyak 3.41%.
Sehubungan dengan itu, dapatan kajian pada konstruk ini mendapati masih terdapat
pelbagai cabaran dan halangan guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran dalam
menyediakan bahan maujud untuk PdP untuk murid masalah pembelajaran. Menurut Mat
Som (2015) keupayaan dan kemampuan guru dalam menyediakan bahan pembelajaran
bahan maujud masih mempunyai cabaran-cabaran tugas yang tersendiri yang berkaitan
tentang kesediaan, amalan dan kekangan kewangan.

72

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Daripada kajian yang dijalankan, secara kesimpulan dapatan kajian menunjukkan guru yang
mengajar murid bermasalah pembelajaran mempunyai tahap pengetahuan yang meluas
tentang bahan maujud. Selain itu, guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran
menyedari terdapat faedah, manfaat dan kelebihan dalam penggunaan bahan maujud
sebagai BBM dalam sesi PdP kepada murid masalah pembelajaran. Guru yang mengajar
murid bermasalah pembelajaran juga menyedari bahawa terdapat beberapa cabaran utama
dalam penyediaan bahan maujud sebagai BBM untuk PdP bagi murid masalah
pembelajaran. Berdasarkan dapatan dan perbincangan kajian, beberapa cadangan
penambahbaikan boleh dilaksanakan seperti pihak sekolah perlu menyediakan bahan,
sumber dan peralatan yang mencukupi kepada guru-guru yang mengajar murid bermasalah
pembelajaran untuk menghasilkan bahan maujud supaya guru-guru tidak perlu
membelanjakan wang sendiri bagi menyediakan BBM. Hasilan daripada dapatan kajian ini
dapat memberi implikasi kepada guru-guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran
serta murid masalah pembelajaran.

RUJUKAN

Agung Budi Setyawan. (2010). Aspek Neurologis Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD). Dosen Fakultas Kedokteran Universitas Wijaya Kusuma Surabaya.

Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Laporan Tahunan 2013. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Hamdi Ishak. (2012). Amalan Pengajaran Guru Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

Pendidikan Khas. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamalludin. (2013). Pedadogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mat Som.H. (2015). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan Perbincangan.

Masalah Pendidikan Jilid 27. Universiti Malaya.
Noordin & Zainal Abiden. (2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Semasa

Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Ruhaida Hamdan. (2011). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Kelas

Pemulihan Khas. Universiti Utara Malaysia.
Zalizan Mohd Jelas dan Noraini Mohd Salleh (2000). Pendidikan Inklusif: Satu Perubahan

dalam Paradigma Pendidikan. Laporan Seminar Pendidikan Khas Peringkat
Kebangsaan 2000. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

73

PENGGUNAAN “E-KOVKIT‟ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA
DAN MENYEBUT PERKATAAN KVKV BAGI MURID MASALAH LEMBAM
TAHUN 2

Muhammad Amirol Bin Abdullah*& Mohd Yusoff Bin Md. Noor

ABSTRAK

Kemahiran membaca merupakan salah satu fokus dalam Tunjang Komunikasi
Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid masalah pembelajaran.
Menguasai kemahiran membaca bukan sekadar dapat membantu kanak-kanak
menguasai tunjang-tunjang lain dengan lebih baik, tetapi mampu juga
meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial dengan
lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan
menyebut suku kata perkataan KVKV bagi murid masalah lembam darjah 2
bagi sebuah sekolah di daerah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan
menggunakan Inovasi digital „E-KOVKIT‟. Kajian ini merupakan kajian kualitatif
yang mengaplikasikan Model Kurt Lewin dengan menggunakan kaedah kajian
tindakan. Pemilihan peserta kajian berdasarkan keputusan ujian diagnostik
yang telah dilaksanakan. Pengkaji mengumpul data melalui kaedah
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Instrumen seperti ujian dan
senarai semak merupakan sumber data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
inovasi digital “E-KOVKiT” memberi kesan positif dalam meningkatkan
kemahiran mengeja dan menyebut perkataan KVKV bagi peserta kajian.
Penggunaan inovasi digital “E-KOVKIT” ini dapat membantu barisan guru
dalam menyediakan satu sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang mudah
serta menyentuh keseluruhan fasa atau peringkat semasa penyampaian
mereka di dalam kelas. Hal ini selari dengan keperluan pendidikan masa kini
yang menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Kata kunci: Kemahiran mengeja, Bahasa Melayu, E-KOVKIT, Model Kurt Lewin,
Teknologi Maklumat dan Komunikas

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar dalam
Program Pendidikan Khas. Bagi Tahun 1 hingga 3 terdapat subjek Asas 3M
(Membaca,Menulis,Mengira) yang mempunyai komponen Bahasa Melayu yang perlu
dipelajari oleh Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Menurut Mahzan Arshad
(2008), kemahiran mengeja suku kata merupakan salah satu elemen penting bagi murid-
murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Malahan,
kemahiran mengeja suku kata Konsonan Vokal Konsanan Vokal (KVKV) merupakan asas
bagi setiap murid sama ada murid mengikuti pembelajaran di sekolah aliran perdana
mahupun di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebelum mempelajari kemahiran
membaca. . Menurut Nor Azan Mat Zin, Azizah Jaafar dan Wong Seng Yue (2009),
permainan digital dan teknologi interaktif dalam persekitaran pembelajaran multimedia boleh
memupuk pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik terutama di kalangan pelajar
muda. Menurut Kajian Yuthisdeeran A/L Maniam, Mages A/P Panjaman, Nurul Farhana
Jumaat dan Nor Fadila Amin (2018) telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi

74

realiti maya telah menyumbang kepada peningkatan kemahiran membatangkan suku kata
kv+kv di kalangan murid linus

FOKUS KAJIAN

Pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada kemahiran membaca iaitu mengeja dan menyebut
suku kata KVKV. Ini adalah kerana kemahiran membaca suku kata merupakan kemahiran
asas untuk murid menguasai kemahiran membaca. pengkaji akan memberi fokus kepada
dua orang murid masalah pembelajaran tahun 2 yang mempunyai masalah lembam untuk
menjalankan penyelidikan tindakan dengan menggunakan Inovasi digital “E-KOVKIT” untuk
meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV dalam kalangan murid masalah
lembam

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran mengeja dan menyebut suku kata perkataan KVKV dengan
menggunakan inovasi digital „E-KOVKIT‟ dalam kalangan murid Tahun 2 yang mempunyai
masalah lembam.

Objektif Khusus

Secara khusus, objektif kajian ini meliputi aspek :
1) Murid lembam dapat menguasai kemahiran mengeja suku kata perkataan KVKV
dengan menggunakan inovasi digital „E-KOVKIT‟.
2) Murid lembam berupaya mengeja sekurang-kurangnya dua perkataan suku kata
KVKV dengan betul dengan menggunakan inovasi digital „E-KOVKIT‟

Persoalan Kajian

Berikut merupakan soalan-soalan kajian yang ingin diselesaikan oleh pengkaji:
1) Adakah murid lembam berupaya mengeja sekurang-kurangnya dua daripada enam
perkataan KVKV dengan betul?
2) Apakah murid lembam dapat menguasai kemahiran mengeja suku kata perkataan
KVKV dengan menggunakan „E-KOVKIT‟?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid Tahun 2 masalah lembam di sebuah sekolah rendah
program PPKI di Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri daripada seorang perempuan dan
seorang lelaki. Peserta kajian lelaki dan peserta kajian perempuan adalah berbangsa
Melayu. Kedua-dua peserta kajian berumur 9 tahun. Peserta kajian ini dipilih melalui ujian
diagnostik

75

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Rajah 1
Langkah-langkah tindakan

Ujian Diagnostik

Ujian pra

Rawatan 1

Rawatan 2

Ujian Pos

Pengkaji telah menjalankan ujian pra sebelum rawatan diberikan kepada peserta kajian

pada minggu seterusnya. Ujian pra ini dilaksanakan untuk menguji tahap pencapaian

peserta kajian dalam kemahiran mengeja suku kata KVKV dengan menggunakan Inovasi
digital „E-KOVKIT‟.Pengkaji telah melaksanakan dua rawatan ke atas peserta kajian.

Rawatan diberikan untuk membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran mengeja dan
menyebut suku kata KVKV dengan menggunakan aplikasi „E-KOVKIT‟

Jadual 1
Pelaksanaan Intervensi

Tarikh Perkara
10 September 2020
15 Disember 2020 Pelaksanaan ujian diagnostik
Pelaksanaan ujian pra
16 Disember 2020
Rawatan 1
Menggunakan aplikasi „E-KOVKIT‟

24 Disember 2020 Pelaksanaan ujian pos

Setelah selesai keseluruhan rawatan, peserta kajian dikehendaki menjawab ujian pasca.
Ujian pasca ini dijalankan pada akhir rawatan bagi menilai keberkesanan tindakan yang
dijalankan. Set soalan ujian pasca adalah sama seperti set soalan ujian pra.

76

DAPATAN KAJIAN

Adakah murid lembam berupaya mengeja sekurang-kurangnya dua daripada enam
perkataan KVKV dengan betul?

Jadual 2
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Murid Markah Ujian Markah Ujian Perbezaan Markah Catatan

Pra % Pos % Ujian Pra dan Ujian

Pos (%)

Murid 3 27 100 + 73 Meningkat
Murid 5 33 100 + 67 Meningkat

Rajah 2
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

120

100 100
100

80

Markah 60

40 33
27

20

0 Murid 5
Murid 3

Murid

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 2 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca. Analisis data ujian
pra dan ujian pasca telah membuktikan bahawa penggunaan inovasi digital „E-KOVKIT‟
adalah berkesan dalam membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran mengeja
perkataan suku kata KVKV dan menjawab kepada persoalan pertama pengkaji. Di samping
itu, objektif kajian telah tercapai apabila penguasaan peserta kajian berada pada tahap
cemerlang pada ujian pasca iaitu 73% dan 67% bagi kedua-duanya.

Apakah murid lembam dapat menguasai kemahiran mengeja suku kata perkataan
KVKV dengan menggunakan „E-KOVKIT‟?

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian semasa melaksanakan kajian tindakan bagi
memperkukuhkan lagi hasil dapatan. Borang Senarai Semak Pemerhatian telah digunakan

77

bagi melaksanakan pemerhatian berstruktur dengan lebih sistematik. Berdasarkan analisis

bagi aspek minat, kedua-dua peserta kajian menunjukkan riak gembira dan seronok
semasa menggunakan Inovasi digital „E-KOVKIT‟. Secara ringkasnya, bagi menjawab
persoalan kedua dalam kajian ini, penggunaan Inovasi digital „E-KOVKIT‟ dapat

meningkatkan kemahiran mengeja dan menyebut suku kata perkataan KVKV bagi murid

lembam Tahun 2 melalui rawatan yang dilaksanakan

Jadual 3
Analisis Pemerhatian Semasa Rawatan

Bil Item Tingkah Laku Kekerapan
Murid 5

Murid 3

1 Mudah faham konsep pdpc / /
/ /
2 Menunjukkan riak gembira semasa / /
menggunakan aplikasi E-KOVKIT / /

3 Melibatkan diri secara aktif semasa - -
rawatan - -
4 4
4 Memberi respon sekiranya disoal
oleh guru

5 Tidur semasa rawatan dijalankan

6 Bermain semasa sesi rawatan
dijalankan

Jumlah Kekerapan

REFLEKSI

Dengan menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji memperoleh pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang baru proses pelaksanaan kajian tindakan ini juga dapat membantu
pengkaji untuk memperoleh sumber maklumat yang penting untuk memahami pengajaran
sendiri. Menurut Abdullah sani yahya (2005), kajian tindakan dapat menyediakan guru
sebagai pengkaji yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan
berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Justeru, kajian yang
dijalankan dapat memberikan kelebihan serta manfaat kepada pengkaji.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian lanjutan boleh dibuat dengan menghasilkan inovasi digital yang berfokuskan kepada
skop besar dan buka tertumpu kepada skop kecil sahaja. Contohnya, mempelbagaikan tajuk
kemahiran dalam inovasi tersebut bukan tertumpu kepada suku kata KVKV sahaja agar
dapat menigkatkan lagi penggunaannya secara optimum.Selain itu, pembelajaran koperatif
juga boleh dilaksanakan dalam menjalankan kajian tindakan ini. Pembelajaran koperatif

78

merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,
1990).
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus Disiplin Sekolah. PTS Publishing Sdn. Bhd
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Strategi perancangan dan

pelaksanaan / Mahzan Arshad. Utusan Publications.
Nor Azan Mat Zin, Azizah Jaafar, and S.Y.Wong, “Digital Game-based learning (DGBL)

Model and Development methodology for teaching history,” WSEAS Trans. Comput.,
vol. 8, no. 2, pp. 322–333, 2009.
Slavin, R.E (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Simon &
Schuster Inc.
Yuthisdeeran A/L Maniam, Mages A/P Panjaman, Nurul Farhana Jumaat, & Nor Fadila
Amin. (2018). Pendekatan Pembelajaran Melalui Bermain Untuk Meningkatkan
Kemahiran Murid Membatangkan Suku Kata Kv+Kv Menggunakan Teknologi Realiti
Maya. Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran, 1,302-
334. file:///C:/Users/ZX/Downloads/prosiding_inovasi_02.pdf

79

PERMAINAN IGE UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK
DALAM LINGKUNGAN 10 MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PEMBELAJARAN

Muhammad syabil bin saad* & Suzita Binti A.Baki

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran operasi tolak
dalam lingkungan 10 bagi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
dengan menggunakan Permainan IGE. Pengkaji mendapati kurangnya
perlaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang melibatkan kaedah
permainan digital. Oleh yang demikian kajian ini berfokuskan kepada
Permainan IGE untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan
10. Permainan IGE ini telah dilakukan oleh subjek kajian selama dua minggu.
Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pos, pemerhatian berstruktur melalui
senarai semak, dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa
ketiga-tiga subjek kajian menunjukkan peningkatan skor pada ujian pos
berbanding ujian pra setelah menjalani intervensi. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa Permainan IGE sangat berkesan meningkatkan
kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran.

Kata kunci: Kemahiran operasi tolak, murid masalah pembelajaran, permainan

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk kanak-kanak masalah
pembelajaran ini. Konsep pranombor, nombor awal, operasi nombor, pengukuran, masa dan
ruang merupakan komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik awal
di peringkat ini (Azlina Abdul Wahap, 2013). Menurut Menurut chua Tee Tee & Koh Boh
Boon (2011) murid berkeperluan khas ini berbeza daripada murid biasa dari segi mental
(kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi
interpersonal), dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Namun, berdasarkan
pengalaman sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), timbul permasalahan dalam
kalangan murid masalah pembelajaran apabila mereka tidak dapat menyelesaikan lembaran
kerja yang melibatkan operasi tolak. Hal ini lantas menatijahkan kepada penguasaan
kemahiran operasi tolak yang lemah dalam kalangan murid kerana kekeliruan dari segi
memahami konsep kemahiran operasi tolak.

Oleh sebab itu, pengkaji memperkenalkan Permainan IGE untuk membantu murid
masalah pembelajaran meningkatkan kemahiran operasi tolak. Permainan IGE ini
menerapkan teori Piaget yang di petik dari Rohani Bt. Abdullah (2015) menerangkan kanak-
kanak dalam peringkat operasi konkrit ini dapat berfikir dan berkomunikasi dengan
menggunakan perkataan atau simbol yang mewakili objek dan peristiwa di sekeliling mereka
pada peringkat operasi konkrit. Jadi pengkaji telah menggunakan bahan bantu mengajar
konkrit seperti “Permainan IGE” ciptaan sendiri untuk mengajar operasi tolak dalam
lingkungan sepuluh. Hal ini kerana Permainan IGE ini mempunyai pelbagai simbol-simbol

80

yang dapat menarik perhatian peserta kajian dan menghubungkaitkan dengan kehidupan
seharian peserta kajian.

Kajian ini juga dijalankan dalam dua kitaran sahaja berdasarkan model Lewin (1946)
menjelaskan bahawa proses kajian tindakan adalah proses yang berlaku dalam kitaran dan
kitaran itu mengandungi langkah-langkah perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi
berkenaan keputusan sesuatu tindakan itu. Penggunaan Permainan IGE yang bertindak
sebagai intervensi kepada murid masalah pembelajaran diharap berupaya untuk
meningkatkan kemahiran operasi tolak sekali gus meningkatkan rasa minat murid dalam
mata pelajaran Matematik.

Dapatan Awal

Dalam kajian ini melaksanakan tiga instrumen untuk mendapatkan dapatan awal iaitu ujian
diagnostik, pemerhatian melalui senarai semak dan temu bual. Hasil data dan maklumat
yang diperoleh daripada ujian diagnostik dianalisis oleh pengkaji untuk mengetahui berapa
ramai murid yang perlu dibantu melalui kaedah kajian tindakan ini iaitu penggunaan
Permainan IGE untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10. Selain
itu, berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan semasa pdpc dilaksanakan, pengkaji
mengenalpasti bahawa beberapa orang murid yang tidak aktif dalam melibatkan diri di
dalam kelas semasa subjek Matematik.

Akhir sekali, hasil daripada temu bual bersama guru kelas peserta kajian, pengkaji
mendapati peserta kajian mengalami masalah dalam subjek Matematik. Selain itu peserta
kajian juga berlatar belakang keluarga yang kurang stabil dalam sosio ekonominya. Oleh itu,
secara kesimpulannya ketiga-tiga instrument ini membuat pengkaji mengambil keputusan
untuk melaksanakan intervensi Permainan IGE terhadap tiga orang peserta kajian.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji memperkenalkan penggunaan Permainan IGE yang berupaya untuk meningkatkan
kemahiran operasi tolak dalam lingkungan sepuluh kerana menurut Ausuble, dalam Noriati
(2013), penyampaian pengajaran guru dibuat secara terancang bermula dengan
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara berperingkat-peringkat.
Oleh itu, murid-murid perlu memahami daripada asas kemahiran sesuatu operasi
matematik. Oleh itu, pengkaji memilih untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak asas
iaitu operasi tolak dalam lingkungan sepuluh. Dalam pembelajaran Matematik, kemahiran
operasi tolak antara komponen penting yang perlu dikuasai pada peringkat awal. Jika murid
tidak dapat menguasai kemahiran operasi tolak pastinya sukar bagi murid untuk
meneruskan dengan kemahiran matematik yang lain. Peserta kajian juga menunjukkan
kesukaran dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran operasi tolak kerana
tidak memahami konsep asas kemahiran operasi tolak.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk membantu peserta kajian dalam memahami konsep operasi tolak
dalam lingkungan sepuluh menggunakan “Permainan IGE” dan menambah baik amalan
pembelajaran dan pemudahcaraan pengkaji dalam bilik darjah.

81

Objektif Khusus

Kajian ini memastikan peserta kajian dapat:
1) Meningkatkan penguasaan konsep tolak dalam kalangan murid-murid masalah
pembelajaran dengan penggunaa Permainan IGE.
2) Meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan sepuluh dengan
menggunakan Permainan IGE.
3) Meningkatkan minat murid untuk mengikuti aktiviti semasa PdPc dengan
menggunakan Permainan IGE.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
1) Adakah penggunaan “Permainan IGE” dapat meningkatkan penguasaan konsep
operasi tolak?
2) Adakah penggunaa Permainan IGE boleh meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah operasi tolak dalam lingkungan 10?
3) Adakah penggunaan bahan bantu mengajar “Permainan IGE” dapat menarik minat
murid-murid mengikuti aktiviti pdpc?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan ke atas tiga murid masalah pembelajaran di salah sebuah sekolah
kebangsaan yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi. Murid dipilih sebagai
peserta kajian bagi melihat kesan sebelum dan selepas penggunaan Permainan IGE dalam
mata pelajaran Matematik.

Kajian ini melibatkan peserta kajian tiga orang murid (dua orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di sekolah tempat
pengkaji menjalankan praktikum fasa 2. Peserta kajian yang dipilih ialah Subjek A yang
berumur 11 tahun dan Subjek B yang berumur 10 tahun serta subjek C yang berumur 10
tahun. Subjek A ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu yang mengalami Autism.
Selain itu Subjek B merupakan seorang murid lelaki berbangsa India yang mempunyai
hyperaktif. Seterusnya subjek C merupakan seorang murid perempuan berbangsa Melayu
yang mengalami Autism.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Perlaksanaan Tindakan

Rajah 1
Perlaksanaan Tindakan Kajian

Pengkaji telah melaksanakan intervensi kepada kumpulan sasaran pada kitaran yang
pertama tetapi kumpulan sasaran tersebut tidak mencapai objektif kajian pengkaji seperti

82

yang diharapkan. Maka, pengkaji telah melaksanakan kitaran kedua dengan mengubahsuai
bahan intervensi supaya objektif kajian tercapai. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan
intervensi pada sesi pengajaran dan pemudahcaraan subjek Matematik untuk tempoh masa
selama 60 minit. Set induksi selama 5 minit akan dijalankan untuk memperkenalkan konsep
operasi tolak dengan menggunakan Permainan IGE. Permainan IGE ini mempunyai tiga
bahagian yang berlainan iaitu penerangan, contoh dan latih tubi. Di setiap bahagian tersebut
memainkan peranan penting untuk mengukuhkan kefahaman peserta kajian terhadap
konsep operasi tolak.

Kaedah Mengumpul Data Dan Menganalisis Data

Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data dan menganalisis data
sepanjang kajian dijalankan iaitu kaedah ujian (ujian pra dan ujian pos), pemerhatian
berstruktur serta analisis dokumen bagi mendapatkan data yang terperinci dan menyeluruh.
Pertama pengkaji menganalisis data yang dikumpul semasa ujian pra dan ujian pos ini
dengan menggunakan peratus. Peratus dikira berdasarkan jumlah bilangan jawapan yang
betul dalam kedua-dua bahagian ujian pra dan pos tersebut. Seterusnya jumlah bilangan
yang betul tersebut dibahagikan dengan jumlah soalan yang diberikan dalam kedua-dua
bahagian. Ia didarabkan dengan seratus untuk mendapatkan peratus markah keseluruhan
bagi ujian tersebut.

Selain itu, pengkaji menggunakan senarai semak sebagai alat pengumpulan data
yang kedua. Senarai semak ini digunakan semasa peserta kajian menjalankan intervensi
iaitu bermain Permainan IGE tersebut. Item yang dilihat oleh pengkaji ialah tindak balas
peserta kajian terhadap aktiviti dalam permainan tersebut. Akhir sekali, pemerhatian
berstruktur iaitu jadual senarai semak yang telah diisi oleh pengkaji dianalisis untuk dinilai
tahap pencapaian kumpulan sasaran mengenai kemahiran operasi tolak asas mereka
semasa intervensi.

DAPATAN KAJIAN

Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk rajah dan
jadual yang merangkumi ujian, pemerhatian berstruktur serta analisis dokumen terhadap
peserta kajian. Melalui perbincangan ini, kesemua persoalan kajian dapat dijawab.

Keputusan Ujian Pra Dan Pos

Jadual 2:
Pemarkahan akhir ujian pra dan ujian pos kumpulan sasaran.

Peserta kajian Kitaran 1 Kitaran 2

A Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
B
38% (lemah) 50% (lemah) 50% (lemah) 79% (baik)

42% (lemah) 54% (lemah) 54% (lemah 89%

(cemerlang

C 38% (lemah) 50% (lemah 50% (lemah 83%

(cemerlang

83

Keputusan Pemerhatian

Jadual 3
Senarai Semak Pemerhatian

Peserta Kajian Kitaran 1 Kitaran 2

A 2 5
B 3 6
C 2 6

Keputusan Analisis Dokumen

Jadual 4
Markah Lembaran Kerja Dan Latih Tubi Digital

Peserta kajian Kitaran 1 Kitaran 2

A Lembaran Latih tubi Lembaran Latih Tubi
B
C kerja digital kerja Digital

33 11 8

34 10 7

33 97

Secara kesimpulannya, pengkaji menggunakan dapatan kajian yang diperolehi melalui
kedua-dua kitaran, ia menunjukkan terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam
kemahiran operasi tolak terhadap peserta kajian. Dapatan ini disokong oleh ketiga-tiga
instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji iaitu instrumen ujian pra dan ujian pos,
pemerhatian melalui senarai semak, dan analisis dokumen. Keputusan kajian yang
diperolehi menunjukkan ketiga-tiga instrumen tersebut mencatatkan kesemua peserta kajian
mengalami peningkatan dalam kemahiran operasi tolak asas ini apabila pengkaji
menggunakan kaedah Permainan IGE dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan
pengkaji.

REFLEKSI

Berdasarkan kajian ini, Kemahiran operasi tolak asas peserta kajian dapat
ditingkatkan daripada hanya boleh menjawab dua hingga empat soalan sahaja kepada
boleh menjawab sehingga enam hingga lapan soalan operasi tolak. Pengkaji dapat kenal
pasti kekuatan yang terdapat pada intervensi yang digunakan. Permainan IGE yang dibuat
oleh pengkaji berjaya menarik minat peserta kajian. Peserta kajian menunjukkan tindak
balas yang baik terhadap alat intervensi yang pengkaji gunakan ini. Intervensi ini berjaya
meningkatkan kemahiran operasi tolak asas dalam lingkungan 10 peserta kajian.

Seterusnya, pengkaji berasa lega dan berpuas hati kajian ini berjalan dengan lancar
dan data yang dikumpulkan juga tidak menimbulkan masalah kepada pengkaji. Apa yang
paling menggembirakan pengkaji adalah peserta kajian dapat mengikut kaedah intervensi
yang diperkenalkan ini serta dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak asas dalam
lingkungan 10 setelah intervensi ini dilaksanakan kepada peserta kajian tersebut.

84

CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji mempunyai beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian yang seterusnya
supaya ia dapat menjadi kesinambungan kepada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
ini. Antaranya ialah menambah bilangan sesi intervensi yang dilakukan. Pada kajian ini,
pengkaji hanya melakukan satu sesi intervensi pada tiap-tiap kitaran. Kekangan masa
membuatkan pengkaji hanya melakukan dua sesi intervensi iaitu pada kedua-dua kitaran
yang dilaksanakan dan hal ini juga disebabkan oleh kekerapan peserta kajian tidak hadir ke
sekolah.

Selain itu, pengkaji turut mencadangkan supaya tindakan susulan dilakukan dalam
mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan mata pelajaran lain yang
dirasakan sesuai terutama dalam kemahiran mengenal.

Melalui penggunaan intervensi ini dalam pdpc mata pelajaran lain, ia dapat
meningkatkan prestasi keseluruhan akademik murid. Murid akan lebih menumpukan
perhatian dan memahami pdpc guru berbanding cara pengajaran guru yang dahulu di mana
kebiasaannya guru hanya menggunakan kaedah perancangan dan latih tubi sahaja kepada
murid. Diharapkan intervensi ini dapat digunapakai oleh pengkaji seterusnya untuk melihat
keberkesanan intervensi ini di dalam mata pelajaran lain selain kemahiran operasi tolak
dalam mata pelajaran Matematik.

RUJUKAN
Azlina Abdul Wahap. (2013). Konteks, Input, Proses Dan Hasil Penggunaan .
Chua Tee Tee, Koh Boh Boon. 2011. Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan

asas.
Kaedah Ilustrasi Komik Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Matapelajaran Matematik. Seminar Pendidikan Matematik dan Sains.
Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, 34-46
Noriati A. Rashid.B.P.(2013). Murid Dan Alam Belajar.
Rohani Abdullah.(2015). Perkembangan kanak-kanak penilaian secara portfolio.

85

CABARAN GURU BAHASA MELAYU MURID KETIDAKUPAYAAN
PENDENGARAN MELAKSANAKAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN

DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)

Samieha Naii‟ma Binti Shaimi* & Hajarul Bahti Binti zakaria (PhD)

ABSTRAK

Kaedah belajar sambil bermain menjadi satu kaedah yang diperakui kepentingan
dan keberkesanannya oleh tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan ahli
psikologi. Namun, sehingga kini terdapat guru yang masih mengabaikan
pelaksanaan kaedah belajar sambil bermain dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti cabaran Guru Bahasa Melayu (GBM) bagi murid ketidakupayaan
pendengaran melaksanakan kaedah belajar sambil bermain dalam PdPc. Reka
bentuk kajian ialah kajian kes berbentuk pengumpulan data secara kualitatif. Dua
orang GBM murid ketidakupayaan pendengaran di sebuah sekolah rendah telah
dipilih sebagai peserta kajian. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual
mendalam dan pemerhatian terhadap PdPc yang dijalankan. Manakala data
dianalisis menerusi proses penyaringan kod, penentuan kriteria dan pembinaan
tema. Tema bagi kajian ini terdiri daripada faktor murid yang melibatkan
keupayaan murid dan tingkah laku murid. Manakala faktor guru dapat dikenal
pasti dari aspek kemahiran guru dan tahap motivasi guru. Faktor bahan pula
merujuk kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan dan akhir sekali
faktor kekangan masa yang tidak mencukupi bagi melaksanakan kaedah ini
dalam PdPc. Implikasi kajian ini dapat memberi panduan kepada pelbagai pihak
terutamanya guru dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mendepani
cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan kaedah belajar sambil
bermain.

Kata kunci: Belajar sambil bermain, Guru Bahasa Melayu, murid
ketidakupayaan pendengaran

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Murid yang mengalami ketidakupayaan pendengaran sukar untuk memperolehi dan
menguasai sesebuah sistem bahasa disebabkan ketidakupayaan pada bahagian
pendengaran mereka. Oleh hal yang demikian, pendidikan yang efektif bagi murid
ketidakupayaan pendengaran di Malaysia adalah menjurus kepada keperluan untuk
meningkatkan kemahiran literasi membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu (Jamila K.A.
Mohamed Kutty et al.,2012).

Rentetan daripada itu, Guru Bahasa Melayu (GBM) yang mengajar murid
ketidakupayaan pendengaran mestilah kreatif dan berkemahiran dalam menentukan kaedah
pengajaran yang terbaik bagi membantu murid ketidakupayaan pendengaran menguasai
sistem bahasa dengan baik. Berdasarkan kajian lepas, kaedah belajar sambil bermain
menjadi salah satu kaedah yang terbukti keberkesanannya dalam meningkatkan
penguasaan bahasa kanak-kanak. Menurut kajian oleh Sharifah dan Aliza (2011),
pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui aktiviti bermain jelas dapat meningkatkan

86

kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak. Namun begitu, bagi menggunakan pendekatan
pembelajaran melalui bermain dalam proses PdPc memerlukan guru yang mempunyai
pemahaman yang baik tentang bagaimana murid-murid belajar. Hal ini kerana pendekatan
belajar sambil bermain perlu kepada perancangan yang rapi dan sistematik agar dapat
disesuaikan dengan murid di dalam bilik darjah. Justeru itu, kajian ini dilakukan melihat
cabaran yang dihadapi oleh GBM melaksanakan kaedah belajar sambil dalam PdPc murid
ketidakupayaan pendengaran.

Kajian ini bersandarkan teori motivasi dua faktor Herzberg (1959) yang
menyimpulkan bahawa terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kepuasan kerja
individu iaitu hygiene (ekstrinsik) dan motivator (instrinsik). Oleh sebab itu, penyelidik
menghubung kait antara faktor pendorong terhadap motivasi GBM menggunakan kaedah
belajar sambil bermain dengan cabaran GBM melaksanakan kaedah belajar sambil bermain
dalam PdPc.

PERNYATAAN MASALAH

Meskipun kaedah belajar sambil bermain terbukti dapat meningkatkan kemahiran bahasa
murid, namun GBM lebih selesa menggunakan kaedah terus dalam PdPc dan bertindak
mengabaikan pedagogi berasaskan bermain. Hal ini dibuktikan dalam kajian oleh Aliza Ali et
al. (2013), yang menunjukkan bahawa guru memberikan fokus kepada kandungan
bukannya keperluan murid dan terdapat segelintir guru yang mengatakan kesukaran
pelaksanaan kaedah belajar sambil bermain adalah disebabkan ketetapan standard
pembelajaran yang perlu dicapai.

Oleh sebab itu, perkara ini secara tidak langsung telah menyekat proses
pembelajaran murid melalui konsep penerokaan dan bermain dalam mengasah kemahiran
dan mengembangkan minat mereka. Lebih-lebih lagi kurikulum bagi murid pendidikan khas
ketidakupayaan pendengaran adalah setara dengan kurikulum kebangsaan. Malah, perkara
ini wajar dikaji terhadap GBM yang mengajar murid ketidakupayaan pendengaran kerana
proses PdPc dalam program pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran peringkat
sekolah rendah dan menengah dilaksanakan sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Maka, skop kajian ini hanya terbatas kepada GBM murid
ketidakupayaan pendengaran dalam melaksanakan kaedah belajar sambil bermain.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian:
1) Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh GBM murid ketidakupayaan
pendengaran dalam menggunakan kaedah belajar sambil bermain dalam PdPc.

Persoalan kajian:
1) Bagaimana cabaran yang dihadapi oleh GBM murid ketidakupayaan pendengaran
dalam menggunakan kaedah belajar sambil bermain dalam PdPc?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan kaedah kajian kes secara kualitatif. Pengkaji menggunakan
persampelan bertujuan dengan memilih dua orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu
yang mengajar murid ketidakupayaan pendengaran di sebuah Sekolah Kebangsaan dengan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang

87

digunakan dalam kajian kes ini ialah protokol temu bual separa berstruktur dan pemerhatian
bagi membolehkan penyelidik melaporkan dapatan secara menyeluruh. Kaedah temu bual
dianalisis dengan cara menghasilkan transkripsi daripada protokol temu bual dan mengenal
pasti tema yang terdapat dalam transkripsi. Kaedah pemerhatian pula dilaksanakan dengan
cara pengkaji membuat pemerhatian terhadap PdPc menggunakan borang senarai semak
sebanyak dua kali bagi setiap peserta kajian.

Borang senarai semak dianalisis dengan cara menyemak bilangan ( / ) dan (X) dan
kemudiannya membentuk tema berdasarkan aspek yang terdapat dalam borang senarai
semak. Kepelbagaian teknik pengumpulan data adalah satu cara penting untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Data-data yang diperolehi disemak
menggunakan triangulasi kaedah iaitu pengkaji mengumpul data menggunakan dua kaedah
pengumpulan data. Hal ini kerana, pengumpulan data secara tringulasi ini dapat
meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data kajian (Cresswell, 2014).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian yang diperolehi daripada kaedah temu bual dan pemerhatian melalui
protokol temu bual dan borang senarai semak dihuraikan mengikut persoalan kajian yang
telah dinyatakan dan dipersembahkan dalam Jadual 1.

Jadual 1
Tema, Sub tema dan Kod bagi kajian Kes

Bil Tema Sub Tema Kod
Faktor Murid
Tahap Kognitif FM/TKM
Faktor Guru Murid

Faktor Bahan Masalah Tingkah FM/MTL
Laku
Faktor Masa
Guru kurang FG/GKK
kreatif

Tahap Motivasi FG/TMG
Guru

BBM Kurang FB/BBMKM

Menarik

Sumber BBM FB/SBBMT
Terhad

Kekangan Masa FM/KM

Tema 1: Faktor murid

Tema pertama ialah faktor murid. Faktor murid merupakan faktor ekstrinsik berdasarkan
teori motivasi dua faktor Herzberg (1959). Terdapat dua sub tema iaitu tahap kognitif murid
dan masalah tingkah laku murid. Dapatan temu bual dan pemerhatian menunjukkan tahap
kognitif murid yang kurang memuaskan menjadi faktor kepada cabaran yang dihadapi oleh
peserta kajian dalam melaksanakan kaedah belajar sambil bermain.

88

“mengikut murid tu macam mana jugak, bukan semua murid yang dapat capai objektif yang
kita nak bila buat bermain” (FM/TKM -Guru B

Rumusannya, guru juga turut mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu yang
disampaikan oleh murid tersebut disebabkan keupayaan berbahasa isyarat murid yang
rendah (Nik Hassan Seman et al.,2016). Bagi sub tema masalah tingkah laku murid,
dapatan temu bual menunjukkan semua peserta kajian mengalami masalah mengawal
tingkah laku murid dalam melaksanakan kaedah belajar sambil bermain.
“... ada yang over excited la, ada yang pasif takut-takut jer dan bila yang excited ni mula la
bertindak luar jangkaan.” (FM/MTL-Guru A)

Dapatan ini disokong kajian oleh Abdull Sukor et.al (2016) yang mendapati bahawa
antara masalah yang berlaku oleh guru-guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan
murid adalah masalah pengawalan murid.

Tema 2: Faktor guru

Tema kedua ialah faktor guru. Faktor guru merupakan faktor intrinsik berdasarkan teori
motivasi dua faktor Herzberg (1959) dan mempunyai dua sub tema iaitu guru kurang kreatif
dan tahap motivasi guru. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan guru untuk kreatif
menjadi cabaran buat GBM dalam melaksanakan kaedah belajar sambil bermain bagi murid
ketidakupayaan pendengaran.

“Nak kena kreatif fikir aktiviti bermain yang sesuai dengan murid, yang sesuai dengan
pengajaran hari tu.” (FG/GKK-Guru A)

Rumusannya, tanpa kemahiran yang kreatif guru menganggap kaedah belajar sambil
bermain sebagai sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan dalam PdPc (Norazlin Mohd
Rusdin & Siti Rahaimah Ali,2019). Dapatan temu bual sub tema kedua pula menunjukkan
peserta kajian mengaitkan bebanan tugas guru dan kurang kemahiran dalam menggunakan
bahasa isyarat menjadi punca guru kekurangan motivasi untuk melaksanakan kaedah
belajar sambil bermain.

“... cikgu ni ada banyak tugas lain selain mengajar kan“ (FG/TMG-Guru A)

“...bila kemahiran isyarat tu takde, saya pun dah tak terfikir nak buat aktiviti bermain ke
apa” (FG/TMG-Guru B)
Dapatan ini disokong oleh kajian Hong dan Aziah Ismail (2015) yang menjelaskan

beban kerja merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan timbulnya perasaan
gelisah, marah, kekecewaan dan ketidakpuashatian dalam kalangan guru sehingga
menurunkan motivasi guru.

Tema 3: Faktor bahan

Tema ketiga pula ialah faktor bahan. Faktor bahan merupakan faktor ekstrinsik berdasarkan
teori motivasi dua faktor Herzberg (1959) dan mempunyai dua sub tema iaitu BBM kurang
menarik dan sumber BBM terhad. Dapatan temu bual dan pemerhatian bagi sub tema BBM
kurang menarik menunjukkan semua peserta kajian menghadapi cabaran dalam
menyediakan BBM yang menarik dan memenuhi keperluan murid ketidakupayaan
pendengaran.

“Cikgu pun nak kena fikir nak guna BBM apa yang menarik masa buat
bermain.”(FB/BBMKM-Guru A)

89

Rumusannya, guru bertanggungjawab menyediakan BBM yang menarik bagi
mengekalkan minat dan motivasi murid (V. Ravindran M. Veloo & Adenan Ayob,2020).
Dapatan bagi sub tema sumber BBM yang terhad pula menunjukkan peserta kajian
mengalami cabaran dalam memperolehi BBM yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti
bermain bagi murid ketidakupayaan pendengaran.

“... BBM susah nak cari yang dah lengkap ada panduan bahasa isyarat sekali” (FB/SBBMT-
Guru B)

Dapatan ini disokong oleh kajian Mohd Rizal Mohd Said & Muallimah Arshad (2010)
bahawa permasalahan berkaitan bahan pengajaran guru pendidikan khas ini timbul
disebabkan guru tidak mempunyai pendedahan yang cukup serta kurangnya bahan
pengajaran yang telah sedia ada oleh pihak lain.

Tema 4: Faktor masa

Tema keempat ialah faktor masa. Faktor masa merupakan faktor ekstrinsik berdasarkan
teori motivasi dua faktor Herzberg (1959) dan mempunyai satu sub tema iaitu kekangan
masa. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian menghadapi cabaran kekangan
masa untuk melaksanakan kaedah belajar sambil bermain. Kekangan masa berlaku
disebabkan aktiviti bermain yang mengambil masa yang lama dan guru juga perlu mengejar
masa untuk menghabiskan kandungan pengajaran yang terdapat dalam DSKP.

“... memang nak jalankan aktiviti bermain ni perlu masa lebih sebabnya bergantung pada
respon murid bermain macam mana.” (FM/KM-Guru A)

“Dari segi masa, kekangan tu akan ada bila masa tak sesuai. Contohnya, kita nak kejar
silibus.” (FM/KM-Guru B

Dapatan ini disokong oleh kajian Norazlin Mohd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali (2019)
tentang cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21, dapatan kajian menunjukkan
bahawa guru menghadapi kekangan masa yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk
melaksanakannya.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa selain daripada faktor guru, terdapat faktor-
faktor lain yang turut menghalang GBM untuk melaksanakan kaedah belajar sambil bermain.
Hal ini bertepatan dengan teori motivasi dua faktor Herzberg (1959) yang menyatakan
bahawa terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kepuasan kerja individu iaitu
hygiene (ekstrinsik) dan motivator (instrinsik). Berdasarkan kajian ini, terdapat empat faktor
utama atau tema kajian yang menjadi cabaran terhadap GBM dalam melaksanakan kaedah
belajar sambil bermain iaitu faktor guru sebagai faktor intrinsik dan faktor murid, bahan dan
masa sebagai faktor ekstrinsik. Setiap tema dihurai dan diperincikan kepada beberapa sub
tema dengan jelas dan disokong dengan kajian-kajian lalu.

Cadangan bagi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu cadangan umum dan cadangan
kajian lanjutan. Bagi cadangan secara umum, penyelidik mencadangkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak pentadbir sekolah dan GBM murid
ketidakupayaan pendengaran. Pihak KPM boleh membuat penambahbaikan kepada latihan
guru dalam perkhidmatan dengan penambahan khusus dan latihan jangka pendek dan
jangka panjang bagi meningkatkan profesionalisme guru. Manakala, pihak pentadbir pula
perlu sentiasa mengemas kini kemudahan BBM bagi murid khas mengikut keperluan murid

90

ketidakupayaan pendengaran yang terkini agar dapat membantu guru terus memberikan
pengajaran terbaik untuk murid-murid. Akhir sekali, GBM murid ketidakupayaan
pendengaran hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pedagogi terkini dan
kreatif dalam menyesuaikannya dengan murid-murid ketidakupayaan pendengaran dengan
menyertai pelbagai kursus, latihan dan merujuk kepada cadangan tokoh-tokoh pendidikan.

Seterusnya bagi cadangan kajian lanjutan pula, kajian ini diharapkan dapat
diperluaskan kepada negeri-negeri lain selain Putrajaya supaya dapat melihat perbezaan
dapatan antara negeri. Selain itu, penyelidik juga mencadangkan kajian akan datang
dijalankan temu bual dengan murid-murid dan guru-guru terpilih supaya dapat mencungkil
pandangan daripada kedua-dua belah pihak. Kajian ini juga diharap dapat dilanjutkan
melibatkan guru dan murid daripada sekolah menengah. Seterusnya, penyelidik
mencadangkan agar kaedah pengumpulan data ditambah menggunakan kaedah-kaedah
lain seperti analisis dokumen dan soal selidik.

Kajian ini memberi implikasi kepada beberapa pihak seperti pihak KPM, guru sekolah
dan murid ketidakupayaan pendengaran. Dapatan kajian ini dapat membantu KPM untuk
memantau kaedah pengajaran yang digunakan oleh GBM ketidakupayaan pendengaran di
sekolah-sekolah. Selain itu, kajian ini memberi kesan kepada guru dalam melahirkan GBM
murid ketidakupayaan pendengaran yang dapat mengenalpasti cabaran dalam
melaksanakan kaedah belajar sambil bermain dan dapat menghadapi cabaran-cabaran
tersebut dengan profesional. Seterusnya, kajian ini turut memberi implikasi terhadap murid
dalam menentukan kaedah pembelajaran yang terbaik dengan diri mereka.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof, & Mohd Isha Awang.

(2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru

pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan

pelajar semasa praktikum. Jurnal Pendidikan, 1(2), 599-608.

http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.531

Aliza Ali, Sharifah Nor Puteh & Zamri Mohamod. (2013). Isu dan kekangan melaksanakan

pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran bahasa bagi kanak-kanak

prasekolah. Jurnal Pendidikan.

https://www.researchgate.net/publication/327954425_Isu_dan_kekangan

melaksanakan_pendekatan_belajar_melalui_bermain_dalam_pengajaran_bahasa_ba

gi_kanak-kanak_prasekolah

Cresswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods

Approachs (4 th ed.). Sage Publications Ltd.

Herzberg, F., Mausner, B., & Snyderman, B. B. (1959). The motivation to work (2nd ed.).

https://books.google.com.my/books?id=KYhBB6kfSMC&printsec=frontcover&dq=herzb

erg+f.+(1959).+the+motivation+to+work

Hong, O. C., & Aziah Ismail. (2015). Sokongan pihak pengurusan sekolah terhadap tekanan

kerja guru di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina. Jurnal

Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 42-5

Jamila K.A. Mohamed Kutty, Mohd Hanafi & Rosadah. (2012). Pelaksanaan pengajaran

kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi murid prasekolah

bermasalah pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 111-127

http://journalarticle.ukm.my/4644/1/111127%2520Jamila%2520et%2520al.pdf

Mohd Rizal Mohd Said & Muallimah Arshad (2010). Masalah guru pendidikan khas program

integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah

Menengah, daerah Kota Tinggi, Johor. Universiti Teknologi Malaysia

http://eprints.utm.my/id/eprint/11011/

91


Click to View FlipBook Version