The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Artikel Pelajar PISMP ambilan 2017 JPK, IPGKIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitah, 2021-08-22 08:06:13

Buku Koleksi Penyelidikan Pendidikan Khas

Artikel Pelajar PISMP ambilan 2017 JPK, IPGKIK

Keywords: Penyelidikan Pendidikan Khas

Analisis Data Bahagian Kekerapan Penggunaan Internet
Jadual 3
Kekerapan Penggunaan Internet Berdasarkan Jam Penggunaan

Jam Penggunaan Intenet Kekerapan Peratusan (%)
(Sehari)
0 0
Kurang daripada 1 jam 00
TS HS S SS Min
Bi Pernyataan Item STS
l 2 2 10
4 (6.1% (6.1% (30.
Saya mahu memahirkan (12. 19 4.39
1 diri Dalam penggunaan 1%) ) ) 3%) (57.6%)

komputer. 3 3 12 7
(9.1 (9.1% (36.4 (21.
Saya selalu membuat %)
) %) 2%)
2 tugasan kerja kursus 4 7 3.30
dengan bantuan laman (12. (21.2%)
1%)
web ilmiah di Internet.
2
Saya suka berkongsi (6.1 5 11 9
%) (15.2 (33.3 (27.
3 pendapat mengenai 5 3.24
pelajaran dengan rakan 1 %) %) 3%) (15.2%)
(3.0
melalui Internet. %)

Internet menyebabkan

saya berminat dan rajin 8 15 4
(24.2 (45.5 (12.
4 menyiapkan tugasan 2 2.76
kerja kursus yang %) %) 1%) (6.1%)

diberikan oleh

pensyarah.

Penggunaan internet 3 14 9
(9.1% (42.4 (27.
5 membantu 3 3.06
meningkatkan prestasi ) %) 3%) (9.1%)

akademik saya. 3 99
(9.1% (27.3 (27.
Internet menambahkan
) %) 3%)
6 keyakinan saya dalam 11 3.79
penggunaan Bahasa 6 17 (33.3%) 4.12
(18.2 (51.
Inggeris. 10
%) 5%) (30.3%)
Internet membantu
7 Meluaskan pemahaman

dan pengetahuan saya.

8 Internet membantu saya 2 4 8 8 11 3.67
untuk menghantar dan (6.1 (12.1 (24.2 (24. (33.3%)
menerima tugasan di %) 2%)
antara kawan yang jauh. %) %)

Min keseluruhan 1 3.54
1 hingga 2 jam 32
33 3.0
3 hingga 4 jam 242 97.0
100
Melebihi 5 jam

Jumlah

Jadual 3 adalah untuk mengukur kekerapan penggunaan internet dalam kalangan
guru pelatih pendidikan khas melalui jam penggunaan. Kajian mendapati bilangan
responden yang mempunyai tahap kekerapan jam penggunaan internet melebihi 5 jam
adalah seramai 32 orang (97.0%). Manakala bilangan responden yang menggunakan
internet selama 3 hingga 4 jam adalah seramai seorang (3.0%). Kajian menunjukkan majoriti
guru pelatih menggunakan internet melebihi 5 jam sehari.

Analisis Data Bahagian Tujuan Melayari Internet
Pelajaran

Jadual 4
Analisis Peratusan Dan Min Bagi Tujuan Penggunaan Internet Dalam Aspek Pelajaran

Bil Pernyataan Item STS TS HS S SS Min

Saya mahu 2 2 10 19 4.39
1 memahirkan diri Dalam (6.1%) (6.1%) (30.3%) (57.6%)

penggunaan komputer.

Saya selalu membuat

2 tugasan kerja kursus 4 3 12 7 7 3.30
(9.1%) 3.24
dengan bantuan laman (12.1%) (36.4%) (21.2%) (21.2%) 2.76
3.06
web ilmiah di Internet. 3.79
4.12
Saya suka berkongsi 3.67
3.54
3 pendapat mengenai 3 5 11 9 5
pelajaran dengan (9.1%) (15.2%) (33.3%) (27.3%) (15.2%)

rakan melalui Internet.

Internet menyebabkan

saya berminat dan

4 rajin menyiapkan 4 8 15 4 2
tugasan kerja kursus (12.1%) (24.2%) (45.5%) (12.1%) (6.1%)

yang diberikan oleh

pensyarah.

Penggunaan internet

5 membantu 2 3 14 9 3
meningkatkan prestasi (6.1%)
(9.1%) (42.4%) (27.3%) (9.1%)

akademik saya.

Internet menambahkan

6 keyakinan saya dalam 1 3 9 9 11
penggunaan Bahasa (3.0%) (9.1%) (27.3%) (27.3%) (33.3%)

Inggeris.

Internet membantu

7 Meluaskan 6 17 10
pemahaman dan (18.2%) (51.5%) (30.3%)

pengetahuan saya. 2 4 8 8 11
(6.1%) (12.1%) (24.2%) (24.2%) (33.3%)
Internet membantu

saya untuk

8 menghantar dan
menerima tugasan di

antara kawan yang

jauh.

Min keseluruhan

243

Jadual 4 yang menunjukkan tujuan melayari internet dalam aspek pelajaran. Majoriti
responden iaitu 19 orang responden (57.6%) sangat bersetuju bahawa mereka melayari
internet adalah untuk memahirkan diri dalam penggunaan komputer (Jadual 4) dengan min
4.39 yang berada pada tahap tinggi. Seramai 10 orang (30.3%) menyuarakan mereka setuju
dan seramai 2 orang (6.1%) mengatakan hampir setuju pada item pertama dan 2 orang
(6.1%) menafikan item ini.

Min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.54 dan ianya berada pada tahap sederhana.
Ini bermakna guru pelatih pendidikan khas daripada opsyen masalah pembelajaran,
pendengaran dan penglihatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas melayari
internet bertujuan untuk pelajaran dan pendidikan adalah berada pada tahap sederhana.

Sosial

Jadual 5
Analisis Peratusan Dan Min Bagi Tujuan Penggunaan Internet Dalam Aspek Sosial

Bil Pernyataan STS TS HS S SS Min
Item

Saya

menggunakan 439 7 10

9 Internet untuk (12.1%) (9.1%) (27.3%) (21.2%) (30.3%) 3.48

mendapatkan

ramai kenalan.

Saya

mempunyai

akaun media

sosial sendiri

yang

membolehkan

10 saya 13 (39.4) 20 (60.6) 4.61
4.05
menceritakan

apa sahaja

sama ada

berkaitan diri

sendiri atau

orang lain.

Min

keseluruhan

Jadual 5 menunjukkan analisis responden mengikut peratusan dan min berhubung dengan
tujuan melayari Internet dalam aspek sosial. Min keseluruhan yang diperolehi adalah 4.05
dan ianya berada pada tahap tinggi. Ini bermakna guru pelatih pendidikan khas daripada
opsyen masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas melayari Internet dalam aspek sosial adalah berada pada tahap tinggi.
Min tertinggi dalam jadual ini adalah item ke-10 iaitu 4.61 yang berada pada tahap tinggi.
Item ini menyatakan bahawa responden mempunyai akaun media sosial sendiri yang
membolehkan mereka menceritakan apa sahaja sama ada berkaitan diri sendiri atau orang
lain. Seramai 33 orang responden (100%) bersetuju dengan item ini manakala tiada seorang
pun daripada responden yang menafikan item ini.

244

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

KESIMPULAN
Berdasarkan keputusan kajian yang dijalankan ke atas 33 orang guru pelatih, jelas

menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kadar penggunaan internet dan
tujuan sebenar penggunaan internet oleh guru pelatih daripada opsyen masalah
pembelajaran, pendengaran dan penglihatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, kekerapan penggunaan internet dalam kalangan guru
pelatih daripada opsyen masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas adalah tinggi iaitu 32 orang (97%) menggunakan
internet melebihi 5 jam sehari. Tujuan penggunaan internet dalam aspek pelajaran berada
pada tahap sederhana iaitu min keseluruhan sebanyak 3.54 manakala tujuan penggunaan
internet dalam aspek sosial pula berada pada tahap tinggi iaitu min keseluruhan sebanyak
4.05. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih menunjukkan minat yang tinggi untuk
menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran dan sosial.

IMPLIKASI

Penggunaan internet dan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan guru
pelatih kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan
hasil daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan
pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang
terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil
pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama para penyumbangnya.
Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi
aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. al, 2009).

CADANGAN

Hasil daripada kajian ini juga, dicadangkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) supaya melengkapkan kemudahan prasarana internet di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas bagi agar guru pelatih dan pensyarah mendapat faedah yang maksimum
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka bersesuaian dengan arus masa kini.
Menurut Harun et. al. (2012) penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan
kemahiran guru dan pelajar. Hal ini juga bersesuaian dengan situasi wabak pada masa kini
yang melanda dunia menyebabkan pembelajaran dilakukan secara atas talian.

Turut dicadangkan supaya para pensyarah diberikan pendedahan, latihan dan
kursus-kurus kemahiran penggunaan komputer dan internet secara optimum yang
berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia supaya para pensyarah sentiasa mendapat informasi
terkini dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan diikuti dengan pengaplikasian teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

245

RUJUKAN
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Mc Graw Hill Education.
Johari Hasan dan Raja Shahrina Raja Abdul Rashid (2012) dalam Journal Technical,

Vocational & Engineering Education, Volume 6 June 2012, Ms. 24
Nelson, J., Christopher, A., & Clif, M. (2009). TPACK and Web 2.0: Transformation of

Teaching and Learning. TechTrends, September/October 2009, 53(5), 80.
Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia).
Shahrizan Salian. (2010). Teknologi: Remaja guna laman web sosial pamer populariti diri.

Berita Harian Online. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Teknologi_Remaja
gunalamanwebsosialpamerpopularitidiri/Article/.
Harun, N. I., Mohd Ayub, A.F., & Ab.Rahman, F. (2012). Keberkesanan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, vol. 2, Bil.1, 31-42.

246

PERSEPSI GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS TERHADAP BIMBINGAN
GURU PEMBIMBING SEMASA MENJALANI PRAKTIKUM

Muhammad Ashraaf Bin Muslim* & Suzita Binti A. Baki

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru pelatih pendidikan khas
terhadap bimbingan guru pembimbing semasa menjalani praktikal. Sampel
kajian ini adalah 72 orang guru pelatih daripada pengkhususan Pendidikan
Khas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan
soal selidik yang mengandungi empat konstruk dan 24 item. Data yang
diperolehi telah dianalisis mengunakan perisisan Excel dan SPSS versi 26.0.
Dapatan kajian bagi objektif pertama iaitu aspek bimbingan yang sering diberi
penekanan oleh guru pembimbing ialah aspek perancangan PdP dengan
peratus sebanyak 60%. Bagi objektif kedua berkaitan dengan tahap kepuasan
guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing dalam aspek bimbingan
terhadap perancangan PdP pula berada pada aras tinggi iaitu dengan catatan
min 4.5. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa aspek bimbingan
terhadap pelaksanaan PdP juga berada pada aras tinggi dengan catatan nilai
min 4.4. Di samping itu, kajian menunjukkan aspek bimbingan terhadap
amalan refleksi berada pada aras tinggi dengan min 4.5. Implikasi kajian ini
dapat memberi maklum balas kepada pihak IPGKIK terhadap kualiti
bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih.

Kata Kunci: Guru pelatih, bimbingan, guru pembimbing, praktikum

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Amalan profesional praktikum merupakan satu proses yang membenarkan guru pelatih
untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran semasa pengajian di peringkat institut
pendidikan guru (IPG) di dalam bilik darjah. Guru pelatih akan mengaplikasikan segala ilmu
pedagogi dan amalan yang dipelajari untuk meningkatkan prestasi mereka di dalam bilik
darjah yang akan dinilai secara keseluruhan (Suhana, Fuad, Suziana, Elmi, & Faeez, 2016).

Semasa menjalani amalan profesional praktikum ini, guru pelatih akan berkolaboratif
dengan guru pembimbing dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Guru
pembimbing akan membuat bimbingan dan penyeliaan kepada guru pelatih sebelum,
semasa dan selepas sesi pengajaran. Guru pembimbing merupakan salah seorang penyelia
yang akan bersama-sama dengan guru pelatih sepanjang tempoh amalan profesional
praktikum

Semasa menjalani amalan profesional praktikum ini, guru pelatih akan berkolaboratif
dengan guru pembimbing dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Guru
pembimbing akan membuat bimbingan dan penyeliaan kepada guru pelatih sebelum,
semasa dan selepas sesi pengajaran. Guru pembimbing merupakan salah seorang penyelia
yang akan bersama-sama dengan guru pelatih sepanjang tempoh amalan profesional
praktikum. Tetapi ada segelintir guru pembimbing yang tidak memberikan bimbingan yang

247

sewajarnya mengikut aspek bimbingan yang digariskan dalam Borang Bimbingan Praktikum
(PR2).

PERNYATAAN MASALAH

Guru menjadi medan utama yang mampu dijadikan penggerak kepada usaha kerajaan
dalam melahirkan modal insan berkualiti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
2013 – 2025. Oleh yang demikian, guru pembimbing perlu berusaha untuk membentuk guru
pelatih yang kompeten dan berkualiti dengan menguasai aspek pedagogi pengajaran ketika
mereka menjalani amalan profesional praktikum di sekolah. Hasil kolaboratif antara
pensyarah pembimbing dengan guru pelatih ini menjadi salah satu titik penentu kejayaan
dan kemenjadian guru pelatih di sekolah.

Dapatan daripada unit praktikum mendapati bahawa, terdapat masalah yang telah
dihadapi oleh guru pelatih semasa menjalani praktikum di sekolah (Unit Praktikum IPG
Kampus Ilmu Khas). Masalah utama guru pelatih yang tiada pengalaman mengajar lebih
banyak menumpukan fokus pengajaran kepada isi kandungan mata pelajaran dan aspek
teknikal semasa mengajar.
Masalah utama guru pelatih yang tiada pengalaman mengajar lebih banyak menumpukan
fokus pengajaran kepada isi kandungan mata pelajaran dan aspek teknikal semasa
mengajar. Oleh yang demikian, pengajaran mereka kurang memberikan impak kepada
pembelajaran murid (Abdul Rasid, Nurul Nadiah, Shamsudin, 2015).

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah melaksanakan kajian ini untuk mendapatkan
maklumat secara menyeluruh dan mendalam berkenaan persepsi guru pelatih Pendidikan
Khas terhadap bimbingan guru pembimbing semasa menjalani praktikum. Pengkaji ini
meninjau aspek bimbingan yang sering diberi penekanan oleh guru pembimbing serta
meninjau tahap kepuasan guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing dalam
komponen perancangan PdP, pelaksanaan PdP dan amalan refleksi.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti aspek bimbingan yang sering diberi penekanan oleh guru
pembimbing terhadap guru pelatih.

2. Meninjau kepuasan guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing dalam
komponen perancangan PdP, pelaksanaan PdP dan amalan refleksi.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah aspek bimbingan yang sering diberi penekanan oleh guru pembimbing
terhadap guru pelatih ?

2. Apakah tahap kepuasan guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing dalam
komponen perancangan PdP, pelaksanaan PdP dan amalan refleksi ?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data
melalui soal selidik. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas
Ambilan Jun 2016 dan Ambilan Jun 2017. Peserta kajian terdiri daripada 72 orang guru
pelatih yang telah menjalani praktikum.

248

Instrumen “Persepsi Guru pelatih Pendidikan Khas Terhadap Bimbingan Guru
Pembimbing Semasa Menjalani Praktikum” yang telah digunakan untuk kajian ini telah
diadaptasi daripada instrumen kajian Syed Ismail Syed Mustafa (2013), yang bertajuk
“Amalan Bimbingan Pengajaran Pensyarah dan Guru Pembimbing Dalam Program
Mentoring Praktikum Serta Impaknya Terhadap Kualiti Guru Pelatih” yang telah ditadbir ke
atas guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Bagi mendapatkan kesahan soal selidik kajian ini, pengkaji telah merujuk pensyarah
penyelia iaitu Puan Suzita Binti A. Baki untuk meneliti setiap item. Pengkaji juga telah
mendapatkan pandangan pakar dalam bidang komunikasi iaitu Ketua Jabatan, Jabatan
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi iaitu Dr Syed Ismail Syed Mustapa mengenai item-
item dalam instrumen.

Soal selidik “Instrumen Amalan Bimbingan Pengajaran Pensyarah” telah
dibangunkan oleh Dr Syed Ismail Syed Mustapa (2013) dari IPGKIK. Pengkaji telah
memperolehi kebenaran untuk menggunakan soal selidik ini oleh Dr Syed Ismail Syed
Mustapa (Rujuk lampiran). Berdasarkan kajian beliau, kebolehpercayaan instrumen telah
mencatatkan nilai Cronbach‟s Alpha berada pada tahap 0.956. Ini bermakna kesemua item
dalam instrumen ini boleh digunakan oleh pengkaji untuk mengukur setiap konstruk yang
ingin dikaji oleh pengkaji.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

PERSOALAN KAJIAN 1: Apakah aspek bimbingan yang sering diberi penekanan oleh guru
pembimbing ?

Jadual 1

Aspek bimbingan yang sering diberi penekanan oleh guru pembimbing

Bil. Aspek bimbingan Peratus (%)

1. Perancangan PdP 60%

2. Pelaksanaan PdP 24%

3. Amalan Refleksi 3%

4. Penyediaan Portfolio 7%

5. Kokurikulum 2%

6. Etika dan sahsiah 4%

Berdasarkan Jadual 1, seramai 42 orang peserta kajian (60%) menjawab
perancangan PdP. Seramai 17 orang peserta kajian (24%) menjawab pelaksanaan PdP,
seramai tujuh orang peserta kajian (7%) menjawab penyediaan portfolio, tiga orang peserta
kajian (4%) menjawab etika dan sahsiah, dua orang peserta kajian menjawab amalan
refleksi dan seorang peserta kajian (2%) menjawab kokurikulum.

PERSOALAN KAJIAN 2: Apakah tahap kepuasan guru pelatih terhadap bimbingan guru
pembimbing terhadap komponen perancangan Pd, pelaksanaan PdP dan amalan refleksi ?

Jadual 3

Tahap kepuasan guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing terhadap komponen

perancangan PdP, pelaksanaan PdP dan amalan refleksi

Bil. Amalan bimbingan Min

1. Perancangan PdP 4.5

2. Pelaksanaan PdP 4.4

3. Amalan Refleksi 4.5

249

Berdasarkan Jadual 3, bahawa secara keseluruhannya aspek bimbingan terhadap
perancangan PdP berada pada aras tinggi iaitu dengan catatan min 4.5. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa aspek bimbingan terhadap pelaksanaan PdP juga berada pada
aras tinggi dengan catatan nilai min 4.4. Di samping itu, kajian menunjukkan aspek
bimbingan terhadap amalan refleksi berada pada aras tinggi dengan min 4.5. Dapatan kajian
daripada konstruk tersebut menunjukkan bahawa guru pelatih Pendidikan Khas IPGKIK
yang menjalani praktikum amat berpuas hati terhadap bimbingan yang diberikan oleh guru
pembimbing semasa menjalani praktikum.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Guru pelatih pendidikan khas Ambilan Jun 2016 dan Ambilan Jun 2017 merupakan pihak
pertama yang mendapat kesan daripada kajian yang dijalankan kerana mereka merupakan
peserta kajian yang utama. Kajian ini memberi implikasi positif terhadap kualiti guru pelatih
tanpa mengira latar belakang jantina dan pengkhususan. Oleh yang demikian, guru pelatih
perlu cekap dan mahir untuk menterjemahkan setiap aspek bimbingan tersebut bagi
memudahkan guru pelatih untuk mengaplikasikannya ke dalam konteks sebenar semasa
melaksanakan pengajaran. Secara umumnya, guru pelatih perlu memahami setiap aspek
bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing untuk membentuk kualiti guru pelatih
secara holistik.

Selain itu, guru pembimbing juga perlulah mengamalkan pendekatan bimbingan
pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kompetensi guru pelatih. Guru pembimbing juga
perlulah memberikan maklum balas bimbingan yang lebih jelas, telus dan terbuka demi
meningkatkan kualiti guru pelatih. Tambahan lagi, guru pembimbing dikehendaki untuk
menjadikan tugas memberikan bimbingan kepada guru pelatih ini sebagai salah satu tugas
hakiki yang harus dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Guru pembimbing seharusnya
mengatur serta menguruskan jadual bimbingan praktikum dengan lebih sistematik dan
terancang supaya guru pelatih dapat dibimbing secara berterusan sepanjang menjalani
praktikum.

Sebagai cadangan kajian untuk masa hadapan, pengkaji boleh meneroka lebih luas
berkaitan dengan program praktikum. Hal ini kerana, kajian ini dijalankan dalam skala yang
sederhana sahaja. Antara cadangan bagi kajian masa akan datang ialah seperti berikut :
Kajian seterusnya melibatkan semua kursus pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Cadangan seterusnya adalah untuk menjalankan kajian mengunakan kaedah mixed method
dan intergrasikan kaedah kaedah lain seperti temu bual, dan kajian kes agar mendapat
dapatan yang lebih konklusif dan tepat.

Kajian lain juga boleh dijalankan berdasarkan aspek-aspek yang lain seperti
hubungan antara bimbingan pensyarah penyelia dengan kualiti guru pelatih.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2015). Keupayaan Guru

Pelatih Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Semasa Latihan Mengajar dalam

Pembentukan Guru Novis.

Suhana Mohamed Lip, Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suziana Hanini Sulaiman,

Mohd Faeez Ilias. (2016). Kesan Latihan Mengajar terhadap Perubahan Sikap dari

Perspektif Guru Pelatih Diploma Perguruan.

Syed Ismail Syed Mustapa (2013). Amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru

pembimbing dalam program mentoring praktikum serta impaknya terhadap kualiti

guru pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38

250

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS DALAM MENGAJAR
SUBJEK BUKAN OPSYEN SEMASA PRAKTIKUM

Teh Ee Fang* & Suriani Binti Yusof

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan dengan tahap kesediaan guru pelatih Pendidikan Khas
dalam mengajar subjek bukan opsyen semasa praktikum. Aspek kesediaan
yang dikaji dalam kajian ini adalah dari aspek perancangan dan pelaksanaan
guru pelatih Pendidikan Khas dalam mengajar subjek bukan opsyen.
Sebanyak 38 orang siswa guru PISMP Pendidikan Khas ambilan Jun 2017
telah dipilih sebagai sampel untuk kajian ini dan 2 orang pensyarah
pembimbing turut menjadi responden temu bual dalam kajian ini. Instrumen
kajian ini telah diubahsuai daripada Borang PR2, iaitu Borang Bimbingan
Praktikum. Data kajian ini juga dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 20.0 for Windows bagi
mendapat nilai min dan nilai Cronbach Alpha. Dapatan kajian menunjukkan
tahap kesediaan 38 orang guru pelatih Pendidikan Khas IPG Kampus Ilmu
Khas, Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana dalam mengajar subjek
bukan opsyen semasa menjalani latihan mengajar. Namun, terdapat
beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan beberapa cadangan
penambahbaikan juga telah dikemukakan.

Kata Kunci : Kesediaan, Subjek Bukan Opsyen, Guru Pelatih

*emel : [email protected]

PENGENALAN

Guru pelatih memegang peranan yang penting dan strategik dalam pendidikan sebelum
menamatkan pengajian dan bergelar guru sebenar di sekolah. Guru pelatih juga merupakan
komponen yang paling berpengaruh terhadap pembentukan hasil pendidikan yang
berkualiti. Menurut Khairul Anwar, 2014, peningkatan kualiti pendidikan harus bermula dari
guru dan berakhir pada guru juga. Oleh itu, untuk menjalankan fungsi ini, kompetensi guru
dan guru pelatih dalam kedua-dua pedagogi dan profesional perlu dikuasai dan dimilik oleh
seseorang guru, khususnya guru pelatih. Oleh itu, guru pelatih diharapkan dapat berperanan
secara kompeten dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Kompeten ini membawa maksud
dengan kesediaan, kemampuan, dan kepakaran khusus dalam bidang keguruan. Jadinya,
kesediaan merupakan satu tahap yang mesti dicapai oleh seorang guru pelatih untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas dengan berkesan. Kesediaan juga merupakan
satu kaedah atau situasi yang wujud untuk meningkatkan peluang sesuatu untuk dijalankan
dengan baik (Siti Mardiziah, 2013).

PENYATAAN MASALAH

Di Institut Pendidikan Guru (IPG), siswa guru pengkhususan Pendidikan Khas hanya
mempunyai satu subjek elektif teras yang akan menjadi subjek opsyen semasa menjalankan
fasa latihan mengajar ataupun dikenali sebagai praktikum mereka. Namun, semasa
menjalankan sesi amalan praktikum, semua guru pelatih akan diberi sekurang-kurangnya

251

dua subjek untuk diajar bagi memenuhi kehendak fasa latihan mengajar ini. Oleh sebab itu,
tercetuslah masalah bahawa guru pelatih Pendidikan Khas perlu mengajar sekurang-
kurangnya satu subjek bukan opsyen semasa menjalankan amalan praktikum di sekolah.
Sehubungan itu, wujudnya beberapa cabaran dan kekangan yang terpaksa dihadapi oleh
guru pelatih Pendidikan Khas dalam mendepani hasrat PPPM melalui komponen latihan
mengajar kerana amalan praktikum ini mempunyai skop yang sangat luas untuk dinilai dari
sudut perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi, dan juga sikap
dan sahsiah guru pelatih. Keadaan ini selalu mempengaruhi mereka dan kadang kala
menjadikan seseorang guru pelatih tidak mempunyai kompetensi sepenuhnya dalam
melaksanakan tugas-tugas mereka (Hamid Ali et al, 2017).

Oleh yang demikian, guru pelatih yang mendapat subjek bukan opsyennya sudah
tentu timbul pelbagai isu yang merunsingkan mereka semasa menjalani latihan keguruan.
Antaranya adalah seperti isu tahap kesediaan dan pengetahuan pedagogi yang kurang
mahir (Roslan, 2014) dalam subjek yang diberi, minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran
mengajar yang kurang dilatih dan didedah (Baharin,2011). Oleh itu, untuk melihat tahap
kesediaan guru pelatih Pendidikan Khas dalam mengajar mata pelajaran bukan opsyen
semasa praktikum, satu kajian tinjauan perlu dilakukan terhadap tahap kesediaan guru
pelatih Pendidikan Khas yang mengajar subjek bukan opsyen pada sesi praktikum yang
telah dijalani dalam dua aspek utama yang mempengaruhi PdP secara langsung iaitu aspek
perancangan pengajaran dan aspek pelaksanaan pengajaran guru pelatih semasa
menjalani latihan mengajar.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat satu tinjauan untuk mengetahui tahap
kesediaan dari segi perancangan pengajaran dan pelaksanaan pengajaran guru pelatih
untuk mengajar subjek bukan opsyen semasa menjalani sesi praktikum mereka.

Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif yang ingin disasarkan iaitu :
1. Meninjau tentang tahap kesediaan perancangan pengajaran guru pelatih Pendidikan
Khas dalam mengajar mata pelajaran bukan opsyen semasa program praktikum.
2. Meninjau tentang tahap kesediaan pelaksanaan pengajaran guru pelatih Pendidikan
Khas dalam mengajar mata pelajaran bukan opsyen semasa program praktikum.

Berasaskan objektif kajian, pengkaji telah mengenal pasti beberapa soalan kajian yang perlu
dijawab dalam kajian ini :

1. Apakah tahap kesediaan perancangan pengajaran guru pelatih Pendidikan Khas
dalam mengajar mata pelajaran bukan opsyen semasa program praktikum ?

2. Apakah tahap kesediaan pelaksanaan pengajaran guru pelatih Pendidikan Khas
dalam mengajar mata pelajaran bukan opsyen semasa program praktikum ?

METODOLOGI

Kajian ini adalah penyelidikan jenis kajian tinjauan deskriptif yang berfokus kepada tahap
kesediaan siswa guru Pendidikan Khas dalam mengajar subjek bukan opsyen semasa
praktikum dari aspek perancangan dan pelaksanaan. Sampel bagi kajian ini terdiri
melibatkan 38 orang siswa guru tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
pengkhususan Pendidikan Khas iaitu siswa guru ambilan Jun 2017. Kaedah pengumpulan
data adalah secara soal selidik yang menggunakan skala 4 likert iaitu sangat tidak setuju,
tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Bagi meningkatkan kesahan dapatan kajian, teknik
triangulasi juga dilakukan dengan menjalankan sesi temu bual bersama pensyarah

252

pembimbing. Instrumen kajian ini terdiri daripada 33 item dan dibahagikan kepada dua
bahagian. Bahagian A ialah profil responden, dan Bahagian B berkenaan tahap kesediaan
perancangan guru serta tahap kesediaan pelaksanaan guru pelatih dalam subjek bukan
opsyen. Soal selidik ini adalah secara atas talian iaitu melalui aplikasi Google Forms.
Penganalisisan data kajian dilakukan menggunakan Statistical Package for the Social
Science (SPSS). Data dianalisis secara deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan min.
Tafsiran min yang digunakan adalah berdasarkan kepada Jadual 1 yang diadaptasi
daripada Asri Harun et.al, 2016.

Jadual 1
Panduan Interpretasi Skor Min Skala Likert 4 mata.

Skor Min Interpretasi
1.00 hingga 1.50 Tidak Bersedia
1.51 hingga 2.50 Rendah
2.51 hingga 3.50 Sederhana
3.51 hingga 4.00 Tinggi

Dapatan dan Perbincangan
Profil Responden

Jadual 2
Profil Demografi Responden Kajian

Demografi Kekerapan Peratusan

Bidang Pengkhususan 20 52.6%
Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pembelajaran) 13 34.2%
Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) 5 13.2 %
Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan)
Subjek Opsyen 18 47.7%
Bahasa Malaysia 9 23.7%
Pendidikan Moral 7 18.4%
Pendidikan Seni Visual dan Muzik 3 7.9%
Pendidikan Jasmani 1 2.6 %
Matematik
Subjek Bukan Opsyen 6 15.8%
Bahasa Malaysia 2 5.3%
Bahasa Inggeris 4 10.5%
Pendidikan Moral 19 50%
Pendidikan Seni Visual dan Muzik 10 26.3%
Sains 12 31.6%
Matematik 11 38.9%
Pendidikan Jasmani 2 5.3%
Pengurusan Diri 1 2.3%
Pendidikan Kesihatan 2 4.6%
Kemahiran Manipulatif 2 4.6%
Bahasa Isyarat Komunikatif

Kajian ini melibatkan seramai 38 orang responden iaitu guru pelatih tahun akhir
Pendidikan Khas ambilan Jun 2017. Seramai 23 responden (52.6%) adalah dari bidang
pengkhususan Pendidikan Khas ketidakupayaan pembelajaran, 13 responden dari bidang
pengkhususan Pendidikan Khas ketidakupayaan pendengaran dan 5 orang dari bidang
pengkhususan Pendidikan Khas ketidakupayaan penglihatan. Berdasarkan subjek opsyen
mereka, kebanyakan guru pelatih Pendidikan Khas adalah beropsyen Bahasa Malaysia iaitu

253

seramai 47.4%. manakala 23.7% guru pelatih adalah dari opsyen Pendidikan Moral. Bukan
itu sahaja, terdapat juga sebahagian guru pelatih yang beropsyen Pendidikan Seni Visual
dan Muzik, Pendidikan Jasmani dan juga opsyen Matematik. Analisis data daripada soal
selidik yang diagih, juga menunjukkan bahawa semua guru pelatih telah pernah mengajar
subjek bukan opsyen semasa praktikum. Antara subjek bukan opsyen yang paling banyak
diajar oleh guru pelatih semasa praktikum ialah Pendidikan Seni Visual dan Muzik, iaitu
sebanyak 50%. Bukan itu sahaja, subjek bukan opsyen seperti Pendidikan Jasmani,
Matematik dan Sains juga sering diajar oleh guru pelatih semasa menjalani praktikum
dengan peratusan antara 26% hingga 40%. Subjek-subjek lain seperti Bahasa Inggeris,
Pendidikan Moral, Kemahiran Manipulatif, Bahasa Isyarat Komunikatif juga merupakan
contoh-contoh subjek bukan opsyen yang pernah diajar oleh guru pelatih semasa praktikum.

Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek perancangan untuk subjek bukan opsyen

Jadual 3
Analisis Tahap Kesediaan Perancangan Guru Pelatih dalam mengajar subjek bukan opsyen
semasa praktikum.

Bil. Pernyataan Min Tahap
Perancangan Pengajaran 2.97 Sederhana
3.05 Sederhana
Saya dapat menghasilkan hasil pembelajaran yang
ditetapkan eksplisit, tepat, jelas dan spesifik. 3.29 Sederhana
Saya mampu menyediakan isi pelajaran yang amat 3.29 Sederhana
sesuai dengan hasil pembelajaran dan kurikulum subjek
dan jelas digambarkan dengan contoh dan rajah. 2.97 Sederhana
Saya dapat menggunakan pendekatan dan strategi P&P 3.21 Sederhana
yang amat sesuai dan menarik untuk subjek yang diajar.
Saya boleh memberi pertimbangan kepada unsur 3.32 Sederhana
bermain sambil belajar, pendekatan bersepadu, 3.16 Sederhana
berfokuskan murid dan mengambil kira kecerdasan
pelbagai dalam perancangan pengajaran saya. 3.24 Sederhana
Saya amat mahir dalam menggunakan kemahiran 3.13 Sederhana
pemudahcaraan dalam perancangan pengajaran saya.
Saya dapat memilih sumber yang amat sesuai, selamat 3.18 Sederhana
dan mencukupi serta dapat meningkatkan proses 3.16 Sederhana
pengajaran pembelajaran.
Sumber yang dipilih mempunyai pelbagai
penggunaannya.
Saya dapat melaksanakan rutin harian yang meliputi
pelbagai aktiviti yang kreatif dalam memupuk disiplin diri
dan patriotisme.
Saya dapat memilih nilai yang amat sesuai untuk
diterapkan melalui pelajaran yang disampaikan.
Saya dapat membuat pernyataan kemahiran berfikir
dengan jelas dan amat sesuai dengan tahap pencapaian
murid dan relevan dengan isi kandungan.
Saya boleh menyediakan langkah-langkah pengajaran
dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran berfikir.
Min Keseluruhan

Berdasarkan Jadual 3, didapati hasil dapatan min yang diperolehi bagi konstruk
kesediaan guru pelatih dari aspek perancangan bagi mengajar subjek bukan opsyen telah
menunjukkan semua item adalah berada di tahap kesediaan sederhana. Min keseluruhan
bagi konstruk kesediaan perancangan adalah sebanyak 3.16 iaitu pada tahap sederhana.

254

Dapat dilihat pada jadual 2, item 4 yang berkaitan dengan perancangan hasil pembelajaran
yang eksplisit, tepat, jelas dan spesifik serta item 8 yang berkaitan dengan kemahiran
pemudahcaraan dalam perancangan pengajaran telah mendapat skor min sederhana yang
paling rendah antara semua item iaitu 2.97. Hal ini menunjukkan bahawa responden kurang
bersedia dalam dua aspek tersebut. Sekadar pengetahuan sedia ada dan pendedahan guru
pelatih yang terhad berkaitan kandungan subjek bukan opsyen, tentu agak sukar untuk guru
pelatih mencapai hasil pembelajaran yang baik. Hal ini kerana hasil pembelajaran yang baik
memerlukan fokus dan merujuk juga kepada perspektif pelajar (Unit Penilaian dan Inovasi
Kurikulum, 2019). Hasil pembelajaran yang dihasilkan perlu lebih memfokuskan kepada
kompetensi pelajar yang boleh diukur pada akhir sesi pembelajaran (Jabatan Pengajian
Tinggi, 2016).

“ Memang nampak perbezaan antara tahap kesediaan guru pelatih dalam
merancang PdP untuk subjek opsyen dan subjek bukan opsyen. Bagi subjek opsyen,
biasanya mereka telah mendapat pendedahan semasa di IPG, dan mereka kurang
menerima pendedahan tentang subjek bukan opsyen mereka. ”

– Pensyarah Pembimbing 1
“Sebabnya, mereka yang tidak diberi pendedahan sebelum ini tentang subjek
tersebut, mereka hanya akan mengajar subjek tersebut dengan apa pengetahuan
yang mereka tahu sahaja.”

- Pensyarah Pembimbing 2

Pemudahcaraan merupakan salah satu unsur yang baru dalam pengajaran Abad ke-
21 ini. Untuk bertindak sebagai agen pemudahcaraan, guru perlu mengaplikasikan, pelbagai
teknik dan cara perlu dimasukkan dalam pengajaran yang dijalankan. Namun, semua subjek
mempunyai teknik dan cara penyampaian yang berbeza dan guru perlu mempunyai
kemahiran pemudahcaraan untuk membantu murid meningkatkan tahap berfikir. Dapatan
kajian ini telah menunjukkan bahawa guru-guru pelatih yang mengajar subjek bukan opsyen
mempunyai tahap kesediaan yang sederhana rendah untuk menggunakan kemahiran
pemudahcaraan dalam perancangan pengajaran mereka.

Namun begitu, item 6 yang menjelaskan tentang penggunaan pendekatan dan
strategi PdP yang sesuai dan menarik untuk subjek yang diajar serta item 7 yang berkaitan
dengan pertimbangan guru pelatih untuk masukkan pelbagai unsur dalam PdP telah
mendapat skor min yang paling tinggi iaitu 3.29 dalam konstruk perancangan pengajaran ini.
Hal ini menunjukkan bahawa responden adalah lebih bersedia dan yakin untuk
menggunakan pendekatan dan strategi PdP yang sesuai dan menarik dalam merancang
pengajaran serta banyak memberi pertimbangan kepada pelbagai unsur dalam
perancangan pengajaran mereka. Pendekatan dan strategi yang berkesan serta
mempelbagaikan unsur merupakan antara elemen yang penting dan sering diberi
pendedahan kepada guru pelatih melalui subjek-subjek teras yang dijalankan semasa di
IPG. Subjek teras ini adalah penting bagi memberi pendedahan dalam bidang asas
pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).

255

Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek pelaksanaan untuk subjek bukan opsyen

Jadual 3
Analisis Tahap Kesediaan Pelaksanaan Guru Pelatih dalam mengajar subjek bukan opsyen
semasa praktikum.

Bil. Pernyataan Min Tahap

Pelaksanaan Pengajaran

Saya berupaya untuk menarik tumpuan semua murid 3.26 Sederhana

dengan menggunakan aktiviti yang sangat kreatif dan

bermakna.

Saya berupaya untuk melaksanakan langkah-langkah 3.11 Sederhana

pengajaran secara teratur dan terkawal.

Saya berupaya untuk menguruskan aktiviti individu, 3.29 Sederhana

kumpulan dan kelas secara seimbang.

Saya berupaya untuk mewujudkan suasana 3.26 Sederhana

pembelajaran yang kondusif, selamat dan selesa.

Saya dapat mengelolakan murid dan memastikan 3.24 Sederhana

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa

gangguan disiplin.

Saya juga berupaya untuk melayan keperluan murid 3.13 Sederhana

yang berbeza dengan menggunakan pelbagai teknik

pemudahcaraan dengan berkesan.

Saya dapat melontarkan kualiti suara yang baik di 3.34 Sederhana

mana saya boleh mempelbagaikan nada dan intonasi.

Bahasa yang digunakan oleh saya amat bersesuaian 3.37 Sederhana

dengan laras bahasa murid.

Saya memaparkan tingkah laku bukan lisan yang 3.58 Tinggi

bersesuaian dalam menyampaikan mesej.

Saya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang 3.21 Sederhana

menyeronokkan, responsif dan semua murid dapat

terlibat sepenuhnya dengan aktiviti P&P.

Saya dapat mengekalkan minat belajar murid. 3.13 Sederhana

Saya berupaya untuk bertindak dengan segera dalam 3.24 Sederhana

mengurus kebajikan murid.

Saya berupaya untuk menyediakan satu suasana bilik 3.29 Sederhana

darjah yang selesa dan selamat.

Saya berupaya untuk mengawal penggunaan bahan 3.39 Sederhana

berbahaya dengan rapi.

Saya dapat menamatkan pelajaran dengan aktiviti 3.16 Sederhana

pengukuhan/penilaian/ refleksi dengan cara yang

berkesan.

Saya boleh mencapai semua hasil pembelajaran yang 3.05 Sederhana

disenaraikan melalui aktiviti pengajaran pembelajaran

yang disediakan.

Saya dapat menerapkan semua nilai murni seperti yang 3.18 Sederhana

dicatatkan dalam rancangan pengajaran saya.

Saya berupaya untuk menerapkan nilai yang amat 3.24 Sederhana

sesuai dengan kehidupan seharian murid.

Saya boleh merangsang pemikiran murid dengan 3.24 Sederhana

menggunakan aktiviti dan bahan pembelajaran yang

sesuai.

Min Keselurhan 3.25

256

Berdasarkan Jadual 7(ii), didapati bahawa skor min keseluruhan untuk konstruk
pelaksanaan pengajaran ialah 3.25, iaitu pada tahap sederhana juga. Hal ini menunjukkan
bahawa kesediaan responden dalam aspek pelaksanaan semasa mengajar subjek bukan
opsyen semasa praktikum adalah berada di tahap sederhana. Semua item dalam aspek ini
telah mendapat skor di antara 3.05 hingga 3.58.

Skor Min keseluruhan untuk konstruk pelaksanaan pengajaran adalah lebih tinggi
berbanding dengan konstruk perancangan pengajaran. Ini membawa maksud bahawa guru
pelatih mempunyai tahap kesediaan yang lebih tinggi dalam melaksanakan pengajaran
berbanding dengan perancangan pengajaran untuk subjek bukan opsyen.

Namun, dalam konstruk pelaksanaan pengajaran ini, dapat dilihat bahawa item ke-30
yang berkaitan dengan kesediaan guru pelatih dalam mencapai semua hasil pembelajaran
yang disenaraikan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah
paling rendah di antara semua item. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden paling
kurang bersedia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PdP yang disediakan untuk mencapai
hasil pembelajaran yang disenaraikan.

“Untuk pengajaran subjek opsyen mereka, biasanya mereka dapat menyampaikan
dengan baik namun untuk subjek bukan opsyen pula, biasanya mereka akan hilang
panduan dalam menjalankan PdP mereka.”

Pensyarah Pembimbing 2
Untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan, guru pelatih perlu mempunyai
kemahiran menyampai yang baik dan juga pemahaman terhadap kandungan subjek yang
baik bagi memastikan pengajaran yang dilakukan oleh mereka boleh mencapai hasil
pembelajaran. (Sulfemi dan Desi, 2019)
Untuk item ke-23 yang berkaitan memaparkan tingkah laku bukan lisan yang
bersesuaian dalam menyampaikan mesej merupakan satu-satunya skor yang mendapat
skor min tinggi. Ini telah menunjukkan bahawa responden adalah lebih bersedia dari segi
adab dan tingkah laku mereka tanpa mengira sewaktu mengajar subjek opsyen atau subjek
bukan opsyen. Tatakelakuan dan kod etika seorang guru mewakili imej, maruah, status,
akhlak dan keperibadian seseorang guru (Alis Puteh, 2016).

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Hasil dapatan kajian ini, telah dapat menjawab persoalan kajian tentang tahap kesediaan
guru pelatih iaitu secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dalam aspek
perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk subjek bukan
opsyen. Oleh itu, guru pelatih Pendidikan Khas perlu meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan ilmu yang diperlukan untuk memastikan diri sedia untuk menerima dan
mengajar apa-apa sahaja mata pelajaran yang diterima dan diberi oleh pihak sekolah.

Kajian ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepada semua guru pelatih agar
meningkatkan kesediaan mereka untuk mengajar subjek bukan opsyen. Selain itu, kajian ini
dapat memberi idea kepada pihak penyelia praktikum tentang cara dan teknik untuk
mempertingkatkan lagi prestasi guru pelatih semasa praktikum serta membantu pihak IPG
dan jabatan dalam melakukan penyelidikan berkaitan pendedahan ilmu pengetahuan,
pedagogi dan strategi untuk pelbagai subjek bagi guru Pendidikan Khas dalam PdP. Akhir
sekali, dengan hasil kajian ini, dapat meningkatkan mutu pendidikan dan kualiti guru pada
masa yang akan datang dengan mengubahsuai dan memodifikasikan struktur program
untuk meningkatkan tahap kesediaan guru pelatih semasa menjalankan praktikum sama
ada mengajar subjek opsyen atau subjek bukan opsyen.

257

RUJUKAN

Ab.Hamid Ali, Abdullah Yusoff, Muhammad Ridzuan Idris, & Abd. Aziz Zaki Razali. (2017).

Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Kompetensi Guru Pelatih di Sebuah Institut

Pendidikan Guru Dalam Melaksanakan Latihan Mengajar, 4(2), 39-

55. https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NzA3NzM

%3D

Alis Puteh. (2016). Etika Kerja dalam Profesion Perguruan di Malaysia : Cabaran dan

Harapan. https://www.researchgate.net/publication/310234342_Etika_Kerja_Dalam

_Profesion_Perguruan_di_Malaysia_Cabaran_Dan_Harapan

Baharin, A. (2011). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM dalam

Latihan Mengajar. UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

Jabatan Pengajian Tinggi. (2016). Garis Panduan Pembangunan Program Akademik

Universiti Awam (2nd ed.).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Akademik Sesi 2018/2019

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pusat Pembangunan

Akademik Institut Pendidikan Guru

Malaysia. https://ipgkpm.edu.my/download/bp_pismp_sesi_2017-18.pdf

Khairul Anwar Bin Abu Bakar. (2014). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Institut Pendidikan

Guru Dalam Latihan Mengajar. https://1library.net/document/q5w4gr3q-tahap-

kesediaan-pelatih-institut-pendidikan-guru-latihan-mengajar.html

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, & Kartini Abd Wahab. (2016). GEOGRAFIA OnlineTM

Malaysian Journal of Society and Space. Melahirkan warga yang berketerampilan

bahasa: Kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan komunikatif dalam

kalangan guru Bahasa Melayu, (9), 32-

45. http://journalarticle.ukm.my/10574/1/4x.geografia-jul16-zulkifley-

edam%20%281%29.pdf

Roslan Bin Abu Hassan. (2014). Kompetensi Guru bukan Opsyen yang mengajar

Kemahiran Teknikal di Kolej Vokasional Negeri

Pahang. https://core.ac.uk/download/42955446.pdf

Siti Mardziah Aziz. (2013). Kesediaan guru sekolah menengah agama terhaap penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Unit Penilaian dan Inovasi Kurikulum, Bahagian Kurikulum. (2019). Kompilasi Rujukan

Pembangunan Hasil Pembelajaran dan Taksonomi Pembelajaran. Jabatan

Pendidikan Politeknik dan Kolej

Komuniti. http://bpn.mypolycc.edu.my/bahan/Kompilasi%20Panduan%20Pembangu

nan%20Hasil%20Pembelajaran_versi_Disember2019%20(1).pdf

Wahyu Bagja Sulfemi, & Desi Yuliana. (2019). Penerapan model pembelajaran discovery

untuk meningkatkan hasil belajar siswa pada pembelajaran pendidikan

kewarganegaraan. Jurnal Rontal Keilmuan PKn, 5(1), 17-

30. http://dx.doi.org/10.29100/jr.v5i1.1021

258

TAHAP PENGETAHUAN SISWA GURU TERHADAP HAK-HAK PENDIDIKAN
SISWA GURU ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUT PENDIDIKAN

GURU

Muhammad Hakim Bin Azhari & Siti Muhibah Binti Hj. Nor

ABSTRAK

Semakin ramai golongan OKU diterima untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat lebih tinggi pada masa ini. Namun, kajian yang dilakukan lebih
bertumpu kepada siswa guru OKU yang menyambung pelajaran di pusat
pengajian tinggi dan tiada kajian yang menyentuh mengenai siswa guru OKU
di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini dijalankan untuk mengetahui
tahap pengetahuan siswa guru terhadap hak-hak pendidikan siswa guru OKU
di IPG. Tahap pengetahuan ini dinilai daripada aspek umum, kemudahan
serta insentif dalam pendidikan kepada siswa guru OKU. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Seramai 76 orang siswa guru di salah sebuah Institut
Pendidikan Guru ambilan Jun 2018 dipilih sebagai responden kajian. Siswa
guru yang terlibat adalah daripada Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan
Pendidikan Muzik serta Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Data
kuantitatif dianalisis secara statistik deskriptif dengan mengira kekerapan dan
peratusan setiap item menggunakan Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 26. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan
responden kajian terhadap hak-hak pendidikan siswa guru OKU dalam aspek
pengetahuan, kemudahan dan insentif berada pada tahap tinggi kerana
majoriti memilih jawapan yang betul dalam setiap konstruk. Implikasi kajian ini
memberi cadangan mengenai peranan beberapa pihak seperti siswa guru,
program latihan perguruan serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam membantu meningkatkan pengetahuan siswa guru terhadap hak-hak
siswa guru OKU di IPG.

Kata kunci: tahap pengetahuan, siswa guru kurang upaya, hak pendidikan

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Golongan OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mempunyai kesaksamaan
hak untuk menjalani kehidupan. Pendekatan berasaskan hak seperti pendidikan, wajar
digunakan bagi menjamin kepentingan OKU seperti yang digariskan di dalam Akta OKU
2008. Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian
Tinggi telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi
panduan kepada pihak IPT menyediakan perancangan strategik bagi mencapai matlamat
Pendidikan Inklusif. Garis panduan ini dapat mewujudkan persekitaran proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di IPT akan menjadi lebih kondusif kepada semua kategori
ketidakupayaan (KPM, 2019).

259

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Hazlin dan Safura (2017), terdapat pelbagai cabaran perlu ditempuh oleh pelajar
OKU hampir setiap IPT dalam aspek PdP dan aktiviti luar pembelajaran seperti persekitaran
fizikal IPT mesra OKU dan akses pembelajaran. Namun, tiada kajian dilakukan mengenai
siswa guru di IPG. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap
pengetahuan siswa guru di IPG tentang hak-hak siswa guru OKU dalam aspek pendidikan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan kaedah pengumpulan data
secara kuantitatif menerusi instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif.
Kajian ini ditadbir kepada 76 orang siswa guru PISMP Ambilan Jun 2018 yang belajar di
salah sebuah IPG.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan siswa guru mengenai aspek umum dalam
pendidikan yang diperuntukkan kepada siswa guru OKU.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan siswa guru mengenai aspek kemudahan
dalam pendidikan kepada siswa guru OKU.
3. Mengenal pasti tahap pengetahuan siswa guru mengenai aspek insentif
dalam pendidikan kepada siswa guru OKU.

Tiga persoalan kajian iaitu:
1. Apakah tahap pengetahuan siswa guru mengenai aspek umum dalam
pendidikan yang diperuntukkan kepada siswa guru OKU.
2. Apakah tahap pengetahuan siswa guru mengenai aspek kemudahan dalam
pendidikan kepada siswa guru OKU.
3. Apakah tahap pengetahuan siswa guru mengenai aspek insentif dalam
pendidikan kepada siswa guru OKU.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Teknik persampelan rawak mudah
melibatkan 85 orang siswa guru IPG yang terdiri daripada pengkhususan Pendidikan Khas,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Namun, hanya 76 orang yang memberi maklum
balas soal selidik untuk dianalisis.

Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang terdiri daripada empat
bahagian; Bahagian A adalah profil kajian manakala Bahagian B hingga D ialah
pengetahuan responden tentang hak siswa guru OKU dalam pendidikan yang terdiri
pelbagai aspek. Bahagian B meliputi aspek umum yang terdiri daripada sembilan item,
Bahagian C meliputi aspek pengetahuan sebanyak sembilan item dan bahagian D
merupakan aspek insentif sebanyak dua item.

Dalam aspek kesahan, pengkaji menggunakan kesahan dalaman instrumen kajian
dengan dinilai oleh pensyarah cemerlang Jabatan Pengajian Melayu IPGKIK dan pensyarah
akademik Jabatan Pendidikan Khas IPGKIK. Untuk mengesahkan kebolehpercayaan pula,
pengkaji menggunakan kaedah ketekalan dalaman iaitu mencari nilai Cronbach Alpha (α)
bagi setiap konstruk melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26
dan nilai alpha (α) secara keseluruhan bagi kajian ini ialah 0.904 iaitu tahap amat baik.

260

Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan mengedar borang soal selidik yang
dimuatnaik pada Google Form yang memerlukan responden memilih pilihan „ya‟, „tidak‟ dan
„tidak tahu‟ berdasarkan item soalan. Data kuantitatif ini dianalisis menggunakan kaedah

statistik deskriptif dengan aplikasi SPSS versi 26.0. Analisis deskriptif berfokus kepada

kekerapan dan peratus bagi setiap item dan fokus perbincangan adalah berdasarkan item

yang mempunyai peratusan tertinggi bagi jawapan yang kurang tepat.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil analisis Bahagian B iaitu „aspek umum dalam pendidikan‟ dapat dirujuk pada Jadual 1
di bawah. Berdasarkan Jadual 1, majoriti siswa guru mempunyai tahap pengetahuan yang
tinggi mengenai aspek umum dalam pendidikan yang diperuntukkan kepada siswa guru
OKU. Hanya tiga item mempunyai peratusan tidak tepat yang tinggi iaitu item 1, 3 dan 5.
Kenyataan item 1 adalah tidak tepat kerana akta OKU yang dilancarkan pada 2008
menyatakan bahawa OKU tidak boleh dikecualikan dari sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan mereka (Hasnah Toran et al., 2010). Bagi item 3 pula, kenyataan yang tepat
ialah siswa guru OKU yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPG tidak perlu bersaing dengan
pelajar tipikal kerana pelaksanaan Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dan
Dasar Sifar Penolakan (Zero Reject Policy) memastikan sistem sokongan pendidikan yang
berterusan dapat diberikan kepada pelajar OKU (KPM, 2019). Maklumat tepat bagi item 5
ialah siswa guru OKU mempunyai hak untuk mendapat masa tambahan semasa
peperiksaan. Menurut Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi Calon Berkeperluan Khas
mengatakan tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan (Lembaga Peperiksaan, n.d.)

Jadual 1
Aspek Umum Dalam Pendidikan

Bil. Item Ya Tidak Tidak
34 Tahu
1. Akta OKU 2008 menyatakan bahawa Orang 19 (44.7%) 23
(30.3%)
Kurang Upaya (OKU) dikecualikan daripada (25%) 6
(7.9%) 3
pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan (3.9%)
30
tinggi. (39.5%) 15
(19.7%)
2. Seseorang individu akan dikategorikan sebagai 67 9
(11.8%) 6
OKU sekiranya dia mempunyai kekurangan (88.2%) (7.9%)
18
jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau (23.7%) 15
(19.7%)
deria apabila berinteraksi dengan pelbagai

halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan

berkesan mereka dalam masyarakat.
3. Siswa guru OKU yang ingin melanjutkan pelajaran 31

ke Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu memenuhi (40.7%)

syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan

sama seperti siswa guru yang lain.

4. Adakah pihak IPG perlu membuat 61

pengubahsuaian dan pelarasan setiap aktiviti (80.3%)

yang dijalankan di IPG agar siswa guru OKU

dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti yang telah

disediakan.

5. Pensyarah mempunyai hak untuk membuat 43

keputusan sama ada masa tambahan perlu (56.6%)

diberikan ataupun tidak kepada siswa guru OKU

semasa mereka menduduki peperiksaan.

261

6. Format peperiksaan perlu diubahsuai agar ianya 63 9 4
(11.8%) (5.3%)
bersesuaian dengan keperluan siswa guru OKU. (82.9%) 2 21
(2.6%) (27.6%)
7. Sekiranya siswa guru OKU mempunyai kesukaran 53
2 6
untuk menulis, maka pensyarah perlu mengubah (69.7%) (2.6%) (7.9%)
format peperiksaan kepada ”oral test”.
4 8
8. Sekiranya siswa guru OKU memerlukan suasana 69 (5.3%) (10.5%)

yang sunyi dan tenang semasa menduduki (90.8%)

peperiksaan, maka pensyarah perlu

menempatkan siswa guru tersebut di bilik

berasingan dan diawasi oleh pengawas

peperiksaan.

9. Pensyarah perlu mengubahsuai strategi dan 64

kaedah penyampaian pengajaran mereka agar (84.2%)

dapat memberi manfaat kepada siswa guru OKU.

Hasil analisis Bahagian C iaitu „aspek kemudahan dalam pendidikan‟ dapat dirujuk
pada Jadual 2 di bawah. Berdasarkan Jadual 2, majoriti siswa guru mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi mengenai aspek kemudahan dalam pendidikan yang
diperuntukkan kepada siswa guru OKU. Hanya dua item mempunyai peratusan tidak tepat
yang tinggi iaitu item 2 dan 4. Kenyataan item 2 tidak tepat kerana pihak berkenaan
haruslah prihatin dan menyediakan keperluan golongan istimewa bersesuai dengan
ketidakupayaan mereka (Hazlin et al., 2016). Bagi item 4 pula, kenyataan tersebut tidak
tepat kerana faktor kewangan perlu dititikberatkan dalam pembinaan fasiliti OKU dengan
mengambil kira peruntukan yang diperoleh oleh pihak IPG. Menurut Wee et al., (2015)
kerajaan perlu memohon peruntukan dalam bajet untuk pembinaan fasiliti yang khusus
untuk golongan istimewa ini.

Jadual 2
Aspek Kemudahan Dalam Pendidikan

Bil. Item Ya Tidak Tidak
7 Tahu
1. Pihak IPG perlu menyediakan kemudahan yang 65 (9.2%) 4
(5.3%)
bersesuaian untuk siswa guru OKU meskipun (85.5%) 24
(31.6%) 16
siswa guru tersebut tidak membuat sebarang (21.1%)
1
permohonan. (1.3%) 8
9 (10.5%)
2. Pihak IPG perlu menyediakan kemudahan- 36 (11.8%)
14
kemudahan yang dimohon oleh siswa guru OKU, (47.4%) 8 (18.4%)
(10.5%)
walaupun ianya tidak sesuai dengan 15
ketidakupayaan yang dialami oleh mereka. 7 (19.7%)
(9.2%)
3. Lokasi kelas/kuliah perlu ditukar sekiranya siswa 67 6
(7.9%)
guru OKU mengalami masalah untuk (88.2%)

bergerak/akses ke kelas tersebut.

4. Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPG untuk 53

menyediakan kemudahan-kemudahan yang (69.7%)

dimohon oleh siswa guru OKU, walaupun ianya

akan mengakibatkan implikasi kewangan.

5. Pihak IPG berhak menolak segala permohonan 53

yang dibuat oleh siswa guru OKU sekiranya, (69.7%)

kemudahan tersebut tidak memberi impak kepada

ketidakupayaan yang dialami oleh mereka.

6. Pensyarah perlu menyediakan nota kuliah dalam 63

format yang sesuai dan bersifat mudah diakses (82.9%)
oleh siswa guru tersebut.

262

7. Pensyarah bebas menentukan sama ada mereka 51 12 13

perlu menyediakan kemudahan tambahan untuk (67.1%) (15.8%) (17.1%)

siswa guru OKU semasa di dalam kelas/kuliah.

8. Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPG untuk 60 5 11

menyediakan kemudahan seperti pembaca, (78.9%) (6.6%) (14.5%)

penterjemah dan peralatan sokongan untuk siswa

guru OKU semasa mereka menduduki

peperiksaan.

9. Pihak IPG perlu menyediakan kemudahan 64 3 9

asrama kepada siswa guru OKU sepanjang (84.2%) (3.9%) (11.8%)

tempoh latihan dan pembelajarannya di IPG.

Hasil analisis Bahagian D iaitu „aspek insentif dalam pendidikan‟ dapat dirujuk pada
Jadual 3 di bawah. Berdasarkan Jadual 3, untuk item 1 jawapan majoriti tidak tepat. Hal ini
kerana, siswa guru OKU turut menerima elaun khas seperti yang telah digariskan dalam
buku Kompilasi Dasar Operasi IPG bahawa pengurusan kewangan di semua IPG (Pusat
Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi IPGM, 2018).

Jadual 3
Aspek Insentif Dalam Pendidikan

Bil. Item Ya Tidak Tidak
Tahu
1. Adakah siswa guru OKU menerima elaun khas 37 22 17
(28.9%) (22.4%)
untuk menampung keperluan ketidakupayaannya. (48.7%) 6 20
(7.9%) (26.3%)
2. Siswa guru OKU layak membuat tuntutan kos 50

pengangkutan seperti kapal terbang, bas dan lain- (65.8%)

lain.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk kuantitatif ini dijalankan untuk mengetahui
tahap pengetahuan siswa guru terhadap hak siswa guru OKU di IPG. Instrumen soal selidik
telah diagihkan kepada 76 orang sampel. Sampel dikehendaki memilih jawapan bagi hak
siswa guru OKU dalam pendidikan yang terdiri aspek umum, pengetahuan dan insentif.

Cadangan bagi meningkatkan kualiti dan memberi gambaran yang lebih jelas untuk
kajian lanjutan ialah meluaskan saiz sampel dengan melibatkan siswa guru pelbagai
ambilan, staf sokongan, pensyarah serta pentadbir di IPG. Bagi pengumpulan data, kaedah
triangulasi sumber dicadangkan untuk meningkatkan kualiti data yang diperoleh. Faktor
yang mempengaruhi tahap pengetahuan terhadap hak pendidikan siswa guru juga
dipelbagaikan seperti mengambil kira aspek jantina dan jenis ketidakupayaan.

Kajian ini memberi implikasi kepada beberapa pihak seperti bidang ilmu, siswa guru,
latihan perguruan dan KPM. Dalam bidang ilmu, siswa guru dapat mempelajari subjek yang
mempunyai kaitan dengan murid berkeperluan khas. Selain itu, siswa guru juga dapat
melengkapkan ilmu berkaitan pendidikan khas dan sentiasa bersedia berkhidmat mengajar
murid berkeperluan khas. Manakala bagi latihan perguruan pula, ahli panel temu duga
pengambilan bakal guru digalakkan mengaju soalan kepada calon mengenai maklumat asas
Pendidikan Khas dan kesediaan mereka jika ditempatkan mengajar murid berkeperluan
khas selari dengan dasar Zero Reject Policy.

263

RUJUKAN
Hasnah Toran, Tajul Arifin, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Nur Hazwani

Hamzah. (2010). Pengetahuan dan sikap rakan sebaya terhadap pelajar kurang
upaya di sebuah IPTA di Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in
Higher Education, 2 (2), 22-34.
Hazlin Falina Rosli & Safura Ahmad Sabri. (2017). Halangan fasiliti pelajar orang kurang
upaya (oku) di institusi pengajian tinggi di Lembah Klang. International Journal for
Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, Vol. 2, (June) ISSN 0128-
309X
Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud & Maizatul Haizan Mahbob. (2016). Peranan
media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan orang kurang upaya di
Malaysia. Malaysian Journal of Communication, 32 (2), 471-488.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Garis panduan pelaksanaan dasar inklusif orang
kurang upaya di institusi pengajian tinggi Malaysia.
Lembaga Peperiksaan. (n.d.). Panduan pengurusan peperiksaan bagi calon bekeperluan
khas. Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia Lembaga Peperiksaan:
https://drive.google.com/file/d/0B83I5So5NDTCMGM2ZTBiYzctYWQyNy00M2JkLT
g1ZDktMWJiM2I0MjdiYWZl/view
Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi. (2018). Kompilasi dasar operasi Institut
Pendidikan Guru. Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Seow, T.W., Shalini Sanmargaraja, Mohd Nur Syufaat Jamiran, Zainal Zulhilmi Zainal Abidin
& Siti Aminah Mohd Sam. (2015). Kajian awal terhadap penyediaan fasiliti Orang
Kurang Upaya (OKU) di Taman Negara Negeri Johor : Kajian kes di Pulau Kukup,
Tanjung Piai, Gunung Ledang dan Endau-Rompin (PETA). Prosiding Seminar
Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu (pp. 441-446). Johor:
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM).

264

TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH PRAKTIKUM OPSYEN PENDIDIKAN
KHAS TERHADAP PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN

Farah Syakirah Binti Ahmad Fauzi* & Dr. Masitah Binti Taib (Phd)

ABSTRAK

Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak covid-19 telah
menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan arahan untuk
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian di
rumah. Arahan tersebut juga diguna pakai kepada semua guru pelatih
praktikum Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menjalani praktikum. PdP
secara dalam talian memberi cabaran yang besar kepada guru pelatih
khususnya opsyen Pendidikan Khas kerana faktor ciri-ciri Murid Berkeperluan
Khas (MBK) dan faktor ketiadaan pendedahan berkaitan PdP tersebut
semasa di kampus. Justeru itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan untuk
mengetahui tahap penguasaan 37 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan Jun 2017 opsyen Pendidikan Khas dalam
merancang dan melaksanakan PdP secara dalam talian. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik berskala Likert 5 sebagai instrumen kajian.
Data dianalisis secara statistik deskriptif iaitu nilai min. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penguasaaan guru pelatih dalam merancang PdP secara
dalam talian adalah tinggi dengan nilai min 4.15, manakala nilai min bagi
aspek melaksanakan PdP secara dalam talian pula adalah 3.97. Pendedahan
kepada kursus Teknologi dalam Pendidikan semasa di kampus, bimbingan
dari guru dan pensyarah pembimbing merupakan faktor-faktor yang
menyumbang kepada tahap penguasaan PdP yang tinggi. Implikasi kajian
ialah guru pelatih perlu sentiasa bersiap sedia dan kompeten dalam segenap
situasi luar jangka dalam mendidik MBK.

Kata kunci: Guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas, pengajaran
secara dalam talian, tahap penguasaan, perancangan,
pelaksanaan.

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Rentetan daripada penularan wabak covid-19, pembelajaran secara dalam talian merupakan
salah satu daripada pembelajaran alternatif agar murid tidak ketinggalan untuk mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mahizer Hamzah (2020), penularan covid-19
yang melanda seluruh dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan
pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah. Kekangan
guru dan murid untuk hadir ke sekolah bagi menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran
disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan
pemilihan pengajaran secara dalam talian ini dilakukan.

Pembelajaran secara dalam talian ini melibatkan murid di peringkat sekolah hingga
ke peringkat universiti. Murid Berkeperluan Khas (MBK) juga tidak terkecuali untuk turut
terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ini. Berdasarkan kepada

265

Manual Pengajaran dan Pembelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (2021), pelaksanaan pengajaran secara dalam talian ini boleh dilakukan apabila
terdapatnya capaian internet dengan menggunakan pelantar pembelajaran seperti Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), aplikasi seperti Google Meet serta
penggunaan e-permainan bagi tujuan pembelajaran. Guru-guru bebas untuk memilih
pelantar pembelajaran yang sesuai dengan pengajaran guru bagi memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di samping dapat menarik
minat murid untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian ini.

Maka, guru-guru pendidikan khas termasuklah guru pelatih praktikum perlu
menguasai pengajaran secara dalam talian ini supaya sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi lancar walaupun tidak dilaksanakan secara bersemuka, di samping memastikan
murid dapat menimba ilmu dengan sebaiknya.

PENYATAAN MASALAH

Pengalaman melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ini turut
dirasai oleh guru pelatih yang menjalani praktikum sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Hal
ini memberikan cabaran kepada guru pelatih yang menjalani praktikum terutama sekali bagi
guru pelatih opsyen Pendidikan Khas kerana mereka perlu bersikap lebih kreatif untuk
menyampaikan pengajaran serta membimbing secara dalam talian dengan berkesan
kepada MBK. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2016), guru pendidikan
khas perlulah memberikan bimbingan dan bantuan dengan sebaiknya kepada MBK agar
murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Kategori MBK yang pelbagai
seperti Sindrom Down, autisme, lewat perkembangan dan lain-lain lagi ditambah dengan
kepelbagaian tahap kognitif murid akan memberikan cabaran kepada guru pelatih praktikum
untuk melaksanakan pengajaran secara dalam talian. Hal ini kerana mereka perlu
memastikan pengajaran secara dalam talian yang disampaikan dapat mencakupi segenap
kategori dan berupaya untuk memahamkan MBK yang berbeza antara satu sama lain
sewaktu pengajaran secara dalam talian berlangsung.

Maka kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi mengetahui tahap penguasaan guru
pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas terhadap pengajaran secara dalam talian.
Penguasaan berkaitan pengajaran secara dalam talian ini dapat membantu guru pelatih
dalam sesi pengajaran bersama MBK sepanjang menjalani praktikum sewaktu tempoh
pelaksanaan PKP di seluruh Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas
dalam merancang pengajaran secara dalam talian.
2. Mengenal pasti tahap penguasaan guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas
semasa melaksanakan pengajaran secara dalam talian.

Persoalan kajian ini adalah:
1. Apakah tahap penguasaan guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas dalam
merancang pengajaran secara dalam talian?
2. Apakah tahap penguasaan guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas dalam
melaksanakan pengajaran secara dalam talian?

266

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan borang soal selidik berskala Likert 5
digunakan sebagai instrument kajian. Skala Likert 5 tersebut adalah Sangat Tidak Setuju
(STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS). Borang soal
selidik yang berbentuk Google Form ini terdiri daripada 4 Bahagian iaitu Bahagian A
mengandungi item berkaitan latar belakang responden, Bahagian B mengandungi item
berkaitan perancangan pengajaran secara dalam talian, Bahagian C mengandungi item
berkaitan pelaksanaan pengajaran secara dalam talian dan Bahagian D mengandungi item
berkaitan penilaian pengajaran secara dalam talian. Seramai 37 orang guru pelatih
praktikum opsyen Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah
melibatkan diri sebagai responden kajian. Data-data yang diperoleh daripada soal selidik ini
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan nilai min. Perisian
Microsoft Excel telah digunakan untuk menganalisis data tersebut. Interpretasi nilai min yang
dikemukakan oleh Muhammad Izzat Mailis et al. (2020) telah digunakan dalam kajian ini
iaitu nilai min 1.00 – 2.33 diinterpretasikan sebagai Rendah, nilai min 2.34 – 3.66
diinterpretasikan sebagai Sederhana dan nilai min 3.67 – 5.00 diinterpretasikan sebagai
Tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, min keseluruhan bagi aspek perancangan
pengajaran secara dalam adalah 4.15. Hal ini membuktikan bahawa guru pelatih praktikum
opsyen Pendidikan Khas di IPG tersebut mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam
aspek perancangan pengajaran secara dalam talian seperti pemilihan aplikasi dan bahan
bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran secara dalam talian mereka.

Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Kamarul Azmi
Jasmi et al. (2011) yang membuktikan bahawa pemilihan bahan bantu mengajar yang
sesuai dapat menarik minat pelajar serta dapat memastikan keberkesanan pembelajaran
berpusatkan pelajar. Maka, apabila guru pelatih menguasai kemahiran untuk memilih bahan
bantu mengajar yang sesuai dengan pengajaran secara dalam talian ini, pembelajaran akan
menjadi lebih interaktif serta menarik minat murid terutama sekali murid pendidikan khas
yang memerlukan rangsangan pelbagai deria ketika sesi pembelajaran mereka.

Selain itu, penentuan hasil pembelajaran dan penilaian yang sesuai untuk
pengajaran secara dalam talian turut dikuasai oleh responden. Dapatan kajian ini adalah
selari dengan kajian yang dilakukan oleh Boon Pong Ying et al. (2017) iaitu sesuatu sesi
pengajaran perlu mempunyai perkaitan antara hasil pembelajaran, strategi pengajaran serta
penilaian yang sesuai bagi memastikan pembelajaran yang berkesan ke atas murid. Maka,
hal ini turut dipraktikkan dalam pengajaran secara dalam talian. Apabila guru pelatih
praktikum opsyen Pendidikan Khas dapat menentukan hasil pembelajaran yang sesuai,
maka, guru pelatih praktikum akan memilih pendekatan dan penilaian yang terbaik untuk
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Hasil dapatan kajian bagi aspek
perancangan pengajaran secara dalam talian ini dirumuskan seperti dalam Jadual 1.

267

Jadual 1
Perancangan Pengajaran Secara dalam Talian

Bil Item Bilangan, f / Peratus (%) 5 Min Interpretasi
1234 (SS) 4.30 Tinggi
1 Saya dapat (STS) (TS) (TP) (S) 14
merancang (37.8) Tinggi
Rancangan 3 20
Pengajaran Harian (8.1) (54.1) Tinggi
bagi pengajaran Tinggi
secara dalam talian Tinggi
dengan baik. Tinggi

2 Saya dapat 7 19 11 4.11
menentukan hasil (18.9) (51.4) (29.7)
pembelajaran yang
sesuai untuk
pengajaran secara
dalam talian.

3 Saya dapat memilih 7 20 10 4.08
pendekatan yang (18.9) (54.1) (27.0)
sesuai bagi
pengajaran secara
dalam talian.

4 Saya dapat memilih 3 24 10 4.19
aplikasi atas talian (8.1) (64.9) (27.0)
yang sesuai dengan
pengajaran saya.

5 Saya dapat memilih 5 20 12 4.19
bahan bantu mengajar (13.5) (54.1) (32.4)
yang sesuai dengan
pengajaran secara
dalam talian.

6 Saya dapat 1 4 26 6 4.00
menentukan penilaian (2.7) (10.8) (70.3) (16.2)
yang sesuai ke atas
murid saya.

Min Keseluruhan 4.15 Tinggi

Analisis data bagi aspek pelaksanaan pengajaran secara dalam talian pula mempunyai nilai
min 3.97. 9 item mempunyai nilai min pada tahap yang tinggi dan hanya 1 sahaja item yang
mempunyai nilai min pada tahap sederhana iaitu item 5.

Antara item yang mempunyai nilai min tertinggi ialah item 3 dan item 4. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas dapat

268

menguasai penggunaan aplikasi dan bahan bantu mengajar secara dalam talian ketika sesi
pengajaran mereka. Dapatan kajian ini bersesuaian kajian Ani Omar (2016) yang
berpendapat bahawa penguasaan guru terhadap aplikasi teknologi seperti pembinaan blog,
animasi interaktif dan sebagainya bertujuan bukan sahaja memudah dan memantapkan lagi
kaedah pengajaran guru malah dapat membantu sesi pembelajaran tersebut menjadi lebih
berkesan dan menarik. Maka, jika guru pelatih praktikum dapat menguasai aspek ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik walaupun dilaksanakan secara
dalam talian.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih praktikum telah menjalani
proses ekuilibrasi apabila guru pelatih praktikum dapat menyesuaikan diri untuk merancang
dan melaksanakan pengajaran secara dalam talian ini. Hal ini adalah bertepatan dengan
teori yang menjadi sandaran dalam kajian ini iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget
(1952). Hal ini dapat dilihat apabila nilai min keseluruhan bagi kedua-dua aspek adalah pada
tahap yang tinggi. Perkara ini terjadi kerana guru pelatih praktikum telah Sebagai seorang
bakal guru, kemahiran untuk mengadaptasi dengan perubahan sistem pendidikan adalah
penting agar dapat mempersiapkan diri untuk mendepani cabaran dunia pendidikan pada
masa akan datang. Seterusnya, rumusan bagi aspek pelaksanaan pengajaran secara dalam
talian adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2
Pelaksanaan Pengajaran Secara dalam Talian

Bil Item Bilangan, f / Peratus (%) Min Interpretasi
1234 5
1 Saya dapat (STS) (TS) (TP) (S) (SS)
melaksanakan 8 3.97 Tinggi
pengajaran secara 1 7 21 (21.6)
dalam talian dengan (2.7) (18.9) (56.8)
baik.

2 Saya dapat 1 11 17 8 3.86 Tinggi
membimbing murid (2.7) (29.7) (45.9) (21.6)
dengan baik sewaktu
sesi pengajaran. 1 6 20 10 4.05 Tinggi
(2.7) (16.2) (54.1) (27.0)
3 Saya dapat
menggunakan aplikasi
pembelajaran secara
dalam talian dengan
baik.

4 Saya dapat 1 7 18 11 4.05 Tinggi
menggunakan bahan (2.7) (18.9) (48.6) (29.7)
bantu mengajar dengan
baik sewaktu sesi
pengajaran dan
pembelajaran.

5 Saya dapat 1 6 7 19 4 3.51 Sederhana

berkomunikasi dengan (2.7) (16.2) (18.9) (51.4) (10.8)

murid tanpa sebarang

masalah.

269

6 Saya dapat 1 1 4 22 9 4.00 Tinggi

menerapkan unsur nilai (2.7) (2.7) (10.8) (59.5) (24.3)

murni dalam

pengajaran.

7 Saya dapat mencapai 1 3 28 5 4.00 Tinggi
hasil pembelajaran (2.7) (8.1) (75.7) (13.5)
yang ditetapkan.

8 Saya dapat membuat 1 4 19 13 4.16 Tinggi
penilaian ke atas murid (2.7) (10.8) (51.4) (35.1)
saya sewaktu
pengajaran secara
dalam talian.

9 Saya dapat mengetahui 1 1 10 17 8 3.81 Tinggi
kelemahan murid ketika (2.7) (2.7) (27.0) (45.9) (21.6)
sesi pengajaran secara
dalam talian.

10 Saya dapat 1 26 10 4.24 Tinggi
memberikan maklum (2.7) (70.3) (27.0)
balas kepada murid
berkenaan tugasan
yang telah dihantar oleh
murid.

Min Keseluruhan 3.97 Tinggi

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini telah menjawab dua persoalan yang diutarakan iaitu “Apakah tahap penguasaan
guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas dalam merancang pengajaran secara dalam
talian?” dan “Apakah tahap penguasaan guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas
dalam melaksanakan pengajaran secara dalam talian?”. Hasil kajian ini mendapati nilai min
keseluruhan bagi kedua-dua aspek ini berada pada tahap tinggi kerana aspek perancangan
pengajaran secara dalam talian mempunyai nilai min 4.15 dan aspek pelaksanaan
pengajaran secara dalam talian mempunyai nilai min 3.97. Hal ini menunjukkan bahawa
guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas ini mempunyai tahap penguasaan yang
tinggi bagi aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran secara dalam talian.

Implikasi daripada kajian ini dapat digunakan oleh guru pelatih yang bakal menjalani
praktikum. Sebagai seorang guru pelatih yang kompeten, guru pelatih perlulah bersedia
sedia dan kompeten terhadap segala situasi luar jangka yang berlaku dalam mendidik MBK
sepanjang mereka berpraktikum ini. Maka, kajian ini dapat membantu dalam
mempersiapkan diri mereka untuk menjalani praktikum ini secara dalam talian. Selain itu,
kajian ini juga dapat membantu guru di sekolah untuk membimbing guru pelatih praktikum
dalam melaksanakan pengajaran secara dalam talian ini. Kementerian Pendidikan Malaysia
juga perlu memberikan pendedahan terutama sekali kepada guru pelatih dan guru baharu
berkaitan pengajaran secara dalam talian agar sistem pendidikan negara sentiasa relevan
walaupun berhadapan dengan situasi seperti penularan covid-19.

270

Sebagai cadangan kajian pada masa akan datang, skop kajian ini boleh diperluaskan
kepada guru pelatih praktikum opsyen Pendidikan Khas di IPG lain agar tahap penguasaan
guru pelatih praktikum di IPG terhadap pengajaran secara dalam talian dapat dilihat secara
menyeluruh.

RUJUKAN
Ani Omar. (2016). Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan

Melayu mempertingkatkan keyakinan dan keberhasilan guru semasa latihan
mengajar. Jurnal Pendidikan Bitara Universiti Pendidikan Sultan Idris, 9(1), 13-25.
http://www.myjurnal.my/public//browse-journal-view.php?id=355
Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual pengajaran dan pembelajaran di
rumah versi 2. https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-pengajaran-dan-
pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file
Khairul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Kertas
kerja dibentangkan dalam Persidangan Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1. https://
www.researchgate.net/publication/293097747_Kesahan_dan_Kebolehpercayaan_da
lam_Kajian_Kualitatif
Mahizer Hamzah. (2020, April 19). Sedia hadapi kelas maya sesuai normal baharu. Berita
Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2020/04/679003/sedia-
hadapi-kelas-maya sesuai-normal-baharu
Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini dan Nur Hafizaliyana binti Hassan. (2020).
Persepsi pelajar Kolej Universiti Islam Melaka terhadap pelaksanaan pembelajaran
secara atas talian dalam era pandemik covid-19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88-99.
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/768

271

PENGGUNAAN MEDIA INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN GURU PELATIH
PENDIDIKAN KHAS

Muhammad Anas Bin Hussain* & Datin Siti Muhibah Binti Haji Nor

ABSTRAK

Penggunaan media interaktif dalam pengajaran di sekolah dapat membantu
untuk memacu perkembangan murid dengan efektif. Kajian ini bertujuan untuk
meninjau tahap pengetahuan dan penggunaan media interaktif oleh guru
pelatih pendidikan khas semasa berpraktikum. Seramai 37 orang guru pelatih
Pendikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah
melengkapkan soal selidik ini. Data bagi kajian ini telah dikumpulkan melalui
soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru
pelatih pendidikan khas berada pada tahap yang tinggi yang menunjukkan
nilai min tinggi (Min = 4.6). Dapatan kajian bagi tahap penggunaan media
interaktif dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas berada pada tahap
tertinggi (Min = 4.42). Justeru, tahap pengetahuan dan penggunaan media
interaktif yang tinggi dalam kalangan guru pelatih dapat memastikan
keberkesanan PdPc di sekolah. Hasil kajian ini memberi impak yang positif
kepada murid dan meningkatkan minat dan motivasi untuk kekal fokus di
dalam kelas. Guru juga lebih mudah untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif di dalam kelas seterusnya dapat menjayakan
anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu
memanfaatkan ICT (Information and Communication Technology) bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sehubungan itu, tahap
pengetahuan dan penggunaan media interaktif yang tinggi dalam kalangan
diri guru pelatih Pendidikan khas amat penting untuk memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. Dicadangkan
agar para pengkaji lain dapat meneruskan kajian ini dengan menambah
bilangan responden kepada guru pendidikan khas yang sudah berkhidmat di
sekolah.

Kata kunci: media interaktif, pengetahuan, penggunaan media interaktif.

*emel: [email protected]

PENGENALAN

Murid berkeperluan khas (MBK) memerlukan pendidikan yang berkualiti. Pendidikan
berkualiti dapat dicapai melalui perubahan yang berpusatkan kepada penerimaan murid
khususnya dalam pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa pengajaran
berlangsung. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya untuk pengajaran
murid berkeperluan khas akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan
penggabungjalinan penggunaan media interaktif. Menurut Zamri Mahamod dan Mohamed
Amin (2008), media interaktif mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat
dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Hal ini kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik
suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan pembelajaran yang
menarik dan berkesan. Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan media interaktif
sebagai medium menguasai pembelajaran akan lebih fleksibel dan lebih bebas untuk

272

mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007), komputer membantu murid
untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan
berpusatkan murid.

PERNYATAAN MASALAH

Keberkesanan pengajaran guru pelatih dan penguasaan pelajaran murid berkeperluan khas
dipengaruhi oleh penggunaan media interaktif dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Namun, semasa pengkaji menjalani praktikum pada
semester lepas, ada guru pelatih pendidikan khas yang memberikan persepsi negatif
terhadap penggunaan media interaktif semasa menjalankan aktiviti PdPc. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti tahap penggunaan media interaktif dalam kalangan guru-
guru pelatih pendidikan khas semasa mengajar murid berkeperluan khas ini kerana
penggunaan media interaktif dalam kelas dapat meningkatkan fokus dan minat murid
semasa PdPc berlangsung (Siti Aminah & Fazlinda, 2014).

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:
Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru pelatih pendidikan khas terhadap media
interaktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid berkeperluan khas
semasa berpraktikum.

Untuk mengenalpasti tahap penggunaan media interaktif oleh guru-guru pelatih pendidikan
khas dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid berkeperluan khas
semasa menjalani praktikum.

Dua persoalan kajian iaitu:
1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru pelatih pendidikan khas untuk menggunakan
media interaktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid
berkeperluan khas?
2. Apakah tahap penggunaan media interaktif oleh guru-guru pendidikan khas dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid berkeperluan khas?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Teknik persampelan rawak mudah
melibatkan 40 orang guru pelatih semester 8 IPGKIK yang terdiri daripada pengkhususan
Pendidikan Khas yang telah mengikuti sesi praktikum pada semester 5 dan 7 dahulu.

Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian;
Bahagian A adalah maklumat demografi responden dan mempunyai 3 item. Manakala
Bahagian B; Tahap pengetahuan guru-guru pendidikan khas untuk menggunakan media
interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian C adalah; Tahap
penggunaan media interaktif oleh guru-guru pendidikan khas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahagian B dan C masing-masing terdiri daripada 10 item.

Dalam aspek kesahan, pengkaji menggunakan kesahan dalaman instrumen kajian
dengan dinilai oleh, pakar yang terdiri daripada pensyarah pembimbing. Untuk
mengesahkan kebolehpercayaan pula, pengkaji menggunakan kaedah ketekalan dalaman

273

iaitu mencari nilai Cronbach Alpha (α) bagi setiap konstruk melalui program Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26 dan nilai Cronbach Alpha.

Analisis deskriptif digunakan bagi mengumpul data berbentuk min, peratus dan
sisihan piawai. Bagi tujuan deskriptif, nilai peratus dan min digunakan merujuk kepada kajian
Kamarul Azmi Jasmi (2012). Interprestasi skor min bagi kajian ini telah menggunakan
sumber daripada Jamil Ahmad (2002) dan pemeringkatan skala skor min adalah Tahap
sangat rendah = Min (1.00-1.89), Tahap rendah= Min (1.90-2.69), Tahap sederhana = Min
(2.70-3.49), Tahap Tinggi = Min (3.50-4.29), dan Tahap Sangat Tinggi = Min (4.30-5.00).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian B merupakan soalan berkaitan tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan khas
untuk menggunakan media interaktif dalam PdPc. Berpandukan Jadual 4.3 di atas, dapatan
kajian menunjukkan frekuensi, peratus, min terhadap tahap pengetahuan guru pelatih
pendidikan khas untuk menggunakan media interaktif. Berdasarkan dapatan tersebut, nilai
min adalah paling tinggi pada item yang ketiga iaitu responden tahu bagaimana untuk
menjalankan aktiviti kuiz secara atas talian menggunakan laman web Kahoot dan Quizzz‟
yang memperoleh nilai min sebanyak 4.84. Manakala item yang menunjukkan nilai min yang
terendah ialah pada item soalan lapan iaitu berkenaan responden tahu untuk membuat
bahan pengajaran bergrafik yang menarik menggunakan perisian Canva dan mempunyai
nilai min sebanyak 4.35.

Hasil jumlah keseluruhan nilai min bagi 10 item tahap pengetahuan guru pelatih
pendidikan khas untuk menggunakan media interaktif dalam PdPc ialah sebanyak 4.60 dan
berada pada tahap yang tinggi. Nilai min bagi tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan
khas menggunakan media interaktif semasa PdPc boleh dirujuk pada jadual 4.3.

Jadual 1
Tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan khas untuk menggunakan media interaktif
dalam PdPc

Bil. Pernyataan – Perancangan Pengajaran Min Tahap

1. Saya boleh dan tahu menggunakan media interaktif langkah demi 4.41 Tinggi

langkah.

2. Saya tahu untuk melayari internet di komputer. 4.70 Tinggi

3. Saya tahu bagaimana untuk menjalankan aktiviti kuiz secara atas 4.84 Tinggi

talian menggunakan laman web „kahoot‟ dan „Quizziz‟

4. Saya tahu untuk mengunakan video di laman web „Youtube‟ 4.81 Tinggi

dalam PdPc saya.
5. Saya tahu untuk menggunakan „Powerpoint‟ dalam pengajaran 4.78 Tinggi

saya dengan baik.
6. Saya tahu untuk menghasilkan „Powerpoint‟ yang menarik untuk 3.21 Tinggi

PdPc saya. 4.57 Tinggi
7. Saya tahu untuk menggunakan „Words‟ untuk membuat bahan

pengajaran PdP.

8. Saya tahu untuk membuat bahan pengajaran bergrafik yang 4.65 Tinggi
menarik menggunakan perisian „Canva‟.

9. Saya tahu untuk mengelolakan aktiviti dalam kelas dengan 4.59 Tinggi

menggunakan media interaktif supaya PdPc menjadi lebih

menarik. 4.68 Tinggi
10. Saya tahu menggunakan bahan audio dari internet dalam PdPc

saya

274

Berdasarkan Jadual 4.4 di bawah, dapatan kajian menunjukkan frekuensi, peratus,
min terhadap tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan khas untuk menggunakan media
interaktif dalam PdPc. Berdasarkan dapatan tersebut, nilai min adalah paling tinggi pada
item yang pertama iaitu saya pernah menggunakan media interaktif dalam pengajaran saya
dan saya suka menggunakan media interaktif dalam pengajaran saya yang memperoleh
nilai min sebanyak 4.68. Manakala item yang menunjukkan nilai min yang terendah ialah
pada item kedua iaitu berkenaan saya hanya mahir menggunakan media interaktif
PowerPoint sahaja dalam pdp di kelas dan mempunyai nilai min sebanyak 3.19 dan berada
pada tahap sederhana. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Mahyuddin
dan Hasnisham (2011) menyatakan guru-guru hanya menggunakan perisian komputer
mengikut keperluan subjek yang diajar oleh mereka.

Hasil jumlah keseluruhan nilai min bagi 10 item tahap penggunaan guru pelatih
Pendidikan khas untuk menggunakan media interaktif dalam PdPc ialah sebanyak 4.42 dan
berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 2
Tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan khas untuk menggunakan media interaktif
dalam PdPc

Bil. Pernyataan Min Tahap

Perancangan Pengajaran

1. Saya pernah menggunakan media interaktif dalam 4.68 Tinggi

pengajaran saya.

2. Saya hanya mahir menggunakan media interaktif 3.19 Sederhana

PowerPoint sahaja dalam pdp di kelas.

3. Saya berasa selesa untuk mengajar murid berkeperluan 4.54 Tinggi

khas menggunakan media interaktif.

4. Saya suka menggunakan media interaktif dalam 4.68 Tinggi

pengajaran saya

5. Saya mahir menggunakan media interaktif dalam PdPc di 4.41 Tinggi

kelas.

6. Saya berminat menggunakan media interaktif dalam 4.62 Tinggi

pengajaran.

7. Saya berminat menggunakan media interaktif dalam 4.35 Tinggi

pengajaran di kelas, tetapi saya tidak mempunyai banyak

masa untuk menyediakan bahasa pengajaran.

8. Saya berminat untuk mempelajari lebih banyak 4.65 Tinggi

kemahiran menghasilkan media interaktif

9. Saya banyak menggunakan media interaktif berasaskan 4.54 Tinggi

grafik menarik dalam PdPc saya

10. Saya suka menggunakan video dan audio dari laman 4.57 Tinggi
web „Youtube‟ dan lain-lain dalam pengajaran saya.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Cadangan bagi meningkatkan kualiti dan memberi gambaran yang lebih jelas untuk kajian
lanjutan ialah memperluaskan liputan responden tidak hanya pada guru pelatih pendidikan
khas sahaja, malahan juga kepada guru pelatih pengkhususan lain. Selepas itu, liputan
reponden kajian ini juga boleh diperluaskan kepada guru pelatih di kampus lain. Cadangan
kedua ialah, kajian seterusnya dibuat kepada murid di sekolah. Dengan membuat tinjauan
kepada murid, kita akan dapat hasil dapatan kajian yang lebih telus dan jujur. Hal ini kerana,

275

mereka dapat menilai bagaimana guru mereka menjalankan aktiviti PdPc di kelas.
Cadangan seterusnya ialah, seterusnya disarankan untuk menggunakan kaedah temubual
(kualitatif) untuk menyokong hasil dapatan kajian dari soal selidik (kuantitatif) yang
dijalankan. Hal ini kerana, kaedah temubual dapat merungkai isu yang tiada dalam soalan
soal selidik. Hasilnya, pengkaji akan dapat menghasilkan kajian yang lebih terperinci dan
dapat menyelesaikan pelbagai isu yang berkaitan dengan kajian kita.

Kajian ini memberi implikasi kepada beberapa pihak seperti murid, guru dan negara.
Kajian ini akan menggalakkan guru pelatih menggunakan media interaktif secara efektif
dalam PdPc dan dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu isi pembelajaran.
Hal ini kerana media interaktif dapat menarik minat murid berkeperluan khas untuk kekal
fokus dalam PdPc. tahap penggunaan media interaktif yang tinggi dalam kalangan guru
pelatih juga akan dapat menjana pemikiran dan keseronokkan murid berkeperluan khas
semasa belajar. Hal ini kerana, guru pelatih dapat menarik minat murid bermasalah
pendengaran untuk fokus semasa PdPc. Seterusnya, media interaktif akan memudahkan
dan melancarkan guru pelatih pendidikan khas untuk menjalankan PdPc serta murid akan
dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Implikasi kajian ini kepada negara
ialah, kajian ini akan menjayakan anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) iaitu memanfaatkan ICT (Information and Communication Technology)
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pelbagai program boleh dirangka oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan penggunaan media
interaktif ini. Implikasi kepada negara yang seterusnya ialah, negara kita dapat melahirkan
lebih ramai masyarakat yang celik TMK tidak mengira di bandar mahupun diluar bandar.
Tahap pengetahuan dan penggunaan media interaktif yang baik dalam kalangan guru
pelatih akan menjadikan murid-murid di sekolah lebih mahir dalam menggunakan TMK ini
(Vespanathan, 2015)

Kajian tinjauan ini dapat memberikan maklumat dan gambaran yang jelas mengenai
kepentingan tahap pengetahuan dan penguasaan media interaktif dalam PdPc murid
berkeperluan khas. Seterusnya, hasil dapatan kajian ini dapat mempertingkatkan tahap
pengetahuan seseorang guru pelatih mengenai media interaktif dan juga tahap penggunaan
media interaktif untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan
dapat dipertingkatkan seterusnya dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang
cemerlang.

RUJUKAN

Doyle. M. (2007). Learning language through information technology. Educational

Technology, 30 (7).

Mahyuddin, H. (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru

Teknikal. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from UTM:

http://eprints.utm.my/id/eprint/11908/1/Penggunaan_Perisian_Multimedia_Dalam_Pe

ngajaran_Guru.pdf

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Analisis data dalam penyelidikan kualitatif. Kursus

Penyelidikan Kualitatif siri 3.

Rashidi Azizan. (2007). Pengajaran di dalam bilik darjah: Kaedah dan teknik. Masa

Enterprise.

Siti Aminah Sallehin, F. (2014). Penggunaan alat bahan bantu mengajar berasaskan

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah zon benut.

Scribbr Core.ac.uk: file:///C:/Users/User/Downloads/Documents/4814-

Article%20Text-18485-1-10-20190821.pdf

276

Vespanathan. (2015). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (tmk) dalam
kalangan guru-guru mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah luar bandar
negeri johor. Scribbr file:///C:/Users/User/Downloads/Documents/42956179.pdf

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi Malumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

277

CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG
UPAYA (OKU) DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Masitah binti Taib1 (Phd) & Alijah binti Ujang2 (PhD)

ABSTRAK

Tawaran kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani latihan
perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bertujuan memperkasakan
golongan tersebut dalam profesion perguruan. Kini bilangan guru pelatih OKU
di IPG semakin bertambah semenjak pengambilan secara laluan khas
diperkenalkan mulai Jun 2019. Menyedari tuntutan keperluan sokongan
khusus kepada guru pelatih OKU laluan khas, maka kajian ini dilaksanakan
untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan dengan mereka. Kajian
kes ini dilaksanakan di IPG kampus Ilmu Khas (IPGKIK,) melibatkan seramai
16 orang guru pelatih OKU laluan khas, dan pensyarah Program Pra Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Pengumpulan data kajian adalah secara
temu bual, soal selidik berbentuk soalan terbuka dan pemerhatian. Data
dianalisis secara kualitatif untuk menghasilkan tema-tema. Dapatan kajian
menunjukkan cabaran dan tekanan yang dialami oleh pensyarah adalah dari
aspek penyampaian pengajaran, bahan sokongan mengajar, dan guru pelatih
yang mengalami tekanan dalam pelajaran. Cabaran yang dihadapi oleh guru
pelatih pula adalah berkaitan kemudahan infrastruktur yang terhad dan
kurang selesa. Isu praktikum dan penempatan ke sekolah selepas tamat
pengajian sedang diperingkat perbincangan. Kajian ini memberi implikasi
kepada pelaksanaan Dasar Inklusif OKU di IPG.

Kata Kunci: Cabaran, Latihan Perguruan, Orang Kurang Upaya (OKU)

[email protected] & [email protected]

PENGENALAN

Tawaran kemasukan guru pelatih dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di Institut
Pendidikan Guru (IPG) bertujuan untuk memperkasa golongan tersebut dalam profesion
perguruan. Proses pengambilan calon guru pelatih OKU lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) ke IPG bagi mengikuti Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
adalah melalui laluan perdana. Kaedah ini sama seperti pengambilan calon guru dalam
kalangan murid aliran perdana lepasan SPM. Kelayakan calon berdasarkan syarat akademik
gred cemerlang dalam mana-mana lima mata pelajaran di peringkat SPM, sekurang-
kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Sejarah serta memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon. Kelayakan syarat
umum adalah wargenegara Malaysia, umur tidak melebihi 22 tahun pada sesi kemasukan
tahun yang dipohon, sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan
tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Bil.2/2017), boleh
mengurus diri, aktif dalam kokurikulum dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).

Guru pelatih OKU yang berjaya dalam permohonan kemasukan ke IPG telah melalui
beberapa ujian dan saringan seperti Ujian Kecedasan Calon Guru (UKCG), Ujian
Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temuduga Calon Guru (TCG). Mereka merupakan individu

278

yang telah dinilai berdasarkan minta, bakat dan potensi dalam bidang perguruan. Kesemua
guru pelatih OKU dan bukan OKU wajib mengikuti pengajian PPISMP selama 2 semester
terlebih dahulu dengan jaya sebelum meneruskan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan selama 8 semester.

Guru pelatih OKU yang berjaya diterima masuk ke IPG menjalani latihan perguruan
berdasarkan kurikulum, pentaksiran, dan aktiviti kokurikulum yang sama dengan guru pelatih
bukan OKU tanpa mengurangkan hak-hak OKU dan akses pembelajaran yang tidak terhad.
Mereka ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan atau Pendidikan Khas Masalah Pendengaran berdasarkan kategori
ketidakupayaan yang dialami. IPG kampus Ilmu Khas (IPGKIK) selaku kampus kebitaraan
bagi kedua-dua bidang tersebut telah melatih ramai guru-guru pelatih OKU di peringkat sijil,
diploma dan ijazah sarjana muda signifikan dengan kepakaran tenaga pengajar yang ada
dan kelengkapan bahan sokongan belajar semenjak tahun 1960an lagi.

Pendekatan belajar guru pelatih OKU bersama-sama dengan guru pelatih bukan
OKU dalam satu kelas yang sama atau persekitaran kampus yang sama dikenali sebagai
pendidikan inklusif. Pendidikan Inklusif memberi manfaat bukan sahaja kepada guru pelatih
OKU tetapi juga kepada guru pelatih bukan OKU khususnya dari aspek perhubungan sosial
yang positif (KPM 2018), aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai,
amalan nilai-nilai positif, penggunaan bahan pengajaran yang efektif, dan pengurangan
stigma pelabelan (Ramandeep Kaur Sidhu, 2017; Lipca, Khouri & Shecter-Lemer, 2019).

Stigma pelabelan berlaku kerana masyarakat kurang kesedaran dan kurang
pengetahuan tentang OKU (Hasnah Toran et al, 2010). Hal ini akhirnya membawa kepada
pengasingan dan peminggiran golongan OKU dalam masyarakat. (Ferlis Bullare @ Bahari,
Lineker ak Takom, Jasmine Adela Mutang, Laila Wati Madlan, Mohd Dahlan A. Malek, &
Rosnah Ismail, 2016). Tanggapan positif dan negatif masyarakat terhadap OKU dapat dilihat
melalui Teori Penerimaan-Penolakan Interpersonal (TPPI). TPPI merupakan teori
berasaskan bukti mengenai perkembangan hidup dan sosialisasi yang bermatlamat untuk
menjangka dan menerangkan sebab dan korelasi penerimaan dan penolakan interpersonal
seseorang (Rohner, 2004). Dimensi kemesraan dalam TPPI menumpukan pada tingkah laku
fizikal, verbal dan simbolik yang digunakan oleh individu untuk menyatakan keprihatinan
atau kurang peduli terhadap orang lain.

PENYATAAN MASALAH

Mulai tahun 2019, kemasukan guru pelatih OKU ke IPG boleh melalui laluan perdana atau
laluan khas. Bagi kemasukan laluan khas, guru pelatih OKU perlu mempunyai sekurang-
kurangnya gred kepujian dalam mana-mana enam mata pelajaran di peringkat SPM
termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta sekurang-kurangnya lulus mata
pelajaran Sejarah (Mohd Akmal Shafiq Tino Mohd Idham Daniel, 2019). Guru pelatih OKU
laluan khas boleh memilih bidang pengkhususan tertakluk kepada kelayakan syarat bidang
mengikut mata pelajaran yang dikuasai semasa SPM.

Jadual 1 menunjukkan maklumat guru pelatih OKU laluan khas yang telah mendaftar
di IPGKIK pada Julai 2019. Berdasarkan maklumat pada pada jadual 1, kajian ini mengenal
pasti terdapat pertambahan dari segi bilangan guru pelatih OKU, pertambahan kategori
ketidakupayaan, dan pertambahan bilangan bidang pengkhususan yang ditawarkan
berbanding bilangan guru pelatih OKU yang jauh lebih rendah pada tahun-tahun
sebelumnya.

279

Jadual 1: Jumlah
Maklumat guru pelatih OKU laluan khas PPISMP ambilan Jun 2019 (16 orang)

Bilangan guru pelatih OKU laluan khas yang mendaftar 9
7
Bilangan mengikut jantina Perempuan 10
Lelaki 3
Bilangan mengikut Pengajian Bahasa Melayu 2
pengkhususan TESL 1
Pendidikan Seni Visual
Bilangan mengikut kategori Pendidikan Islam 1
OKU i) Ketidakupayaan penglihatan : 8
1
a. Buta 2
b. Penglihatan Terhad 4
ii) Ketidakupayaan pendengaran
iii) Ketidakupayaan fizikal
iv) Masalah pembelajaran

Kelayakan syarat akademik, kepelbagaian kategori ketidakupayaan dan pemilihan
bidang pengkhususan bukan pendidikan khas merupakan faktor-faktor yang boleh memberi
cabaran dalam pembelajaran dan kehidupan guru pelatih OKU laluan khas di kampus.
Banyak kajian menunjukkan tenaga pengajar berhadapan cabaran dalam pengajaran dan
pembelajaran (pdp) OKU (Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar, 2018; Raja Nur
Fakhriah Raja Zainal Badri, & Aizan Sofia Amin, 2018; Isave, 2017). Kajian oleh Hashir
Ahammed (2018) mendapati guru berhadapan dengan cabaran menyediaan bahan
sokongan pengajaran dan struktur kurikulum, strategi pedagogi, limitasi masa, eskpektasi
ibu bapa, dan cabaran berkaitan diri murid seperti tingkah laku bermasalah, motivasi,
keyakinan diri, masalah emosi. Selain itu, terdapat pelbagai halangan dan cabaran lain
yang perlu ditempuh oleh pelajar OKU di hampir setiap institut pengajian tinggi dalam soal
pembelajaran dan aktiviti luar pembelajaran di sepanjang pengajian di IPT (Hazlin Falina
Rosli & Safura Ahmad Sabri, 2017). Antara halangan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar
OKU adalah halangan daripada segi persekitaran fizikal di kawasan IPT, proses kemasukan
di institut pengajian tinggi, akses pembelajaran, pergantungan kepada rakan (Hasnah Toran,
Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, & Norasuzaini Sujak, 2009), tahap
kesedaran yang rendah di kalangan pengurusan dalam menyediakan kemudahan mesra
OKU di IPT dan fasiliti OKU berada dalam tahap kekurangan dan perlu dibaiki (Hazlin Falina
Rosli & Safura Ahmad Sabri, 2017).

Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif melaksanakan kajian ini untuk meneroka
pengalaman guru pelatih OKU laluan khas menjalani latihan perguruan diperingkat pra
ijazah dan pensyarah yang turut terlibat mengajar mereka. Kajian ini diharap dapat
membantu mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan guru pelatih OKU laluan khas serta
kaedah mengatasi yang boleh membantu mereka menjalani latihan perguruan dengan baik
dan jaya.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman mencabar guru pelatih OKU laluan khas dan
pensyarah yang terlibat dengan dengan program PPISMP. Objektif kajian ini adalah untuk;

1. mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih OKU laluan khas
dan pensyarah.

2. mengenal pasti strategi mengatasi cabaran berkaitan guru pelatih OKU laluan khas
di IPG.

280

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian berikut;
1. Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih OKU laluan khas dan
pensyarah?
2. Bagaimana strategi mengatasi cabaran yang dihadapi berkaitan guru pelatih OKU
laluan khas di IPG?

METODOLOGI

Kajian kes ini berfokus kepada pengalaman 16 orang guru pelatih OKU laluan khas yang
telah mendaftar di IPGKIK bagi mengikuti program PPISMP pada Jun 2019. Kajian ini juga
melibatkan lima orang pensyarah yang mengajar guru pelatih OKU laluan khas yang dipilih
secara persampelan bertujuan. IPGKIK dipilih sebagai lokasi kajian kerana kampus tersebut
menerima kemasukan paling ramai guru pelatih OKU laluan khas mulai Jun 2019.

Kaedah pengumpulan data yang diguna dalam kajian ini adalah soal selidik
berbentuk soalan terbuka diberi kepada kesemua guru pelatih OKU laluan khas manakala
pemerhatian dilaksanakan kepada sebahagian daripada mereka. Kajian ini juga menemu
bual lima orang pensyarah berkaitan pengalaman mencabar mengajar guru pelatih OKU
laluan khas. Pengumpulan data secara tringulasi ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan
dan kesahan data kajian (Cresswell, 2014). Data dianalisis secara kualitatif iaitu mengekod,
mengkategori dan membina tema (Cresswell, 2014). Data dipersembahkan dalam bentuk
naratif.

DAPATAN KAJIAN

1. Cabaran dan Strategi Mengatasi dari Pengalaman Guru Pelatih OKU

Infrastruktur Terhad Dan Kurang Selesa
Tema ini merupakan dapatan kajian berkaitan cabaran guru pelatih OKU Laluan Khas di
IPGKIK. Tema ini dihasilkan berdasarkan pemerhatian di asrama dan soal selidik
berbentuk soalan terbuka oleh guru pelatih OKU laluan khas. Infrastruktur yang terhad dan
kurang selesa yang dikenal pasti adalah;

i) Ruang bilik asrama yang padat dan sempit. Kondisi itu berlaku kerana pertambahan
kemasukan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 yang ramai menyebabkan mereka
terpaksa tinggal tiga orang sebilik. Hal ini semestinya tidak selesa kerana kapastiti
sebenar bagi sebuah bilik adalah dua orang.

ii) Bekalan Air Sering Terputus. Situasi ini menyebabkan mereka kurang selesa tinggal
di asrama kerana kadang kala tidak dapat mengurus diri dengan sempurna sehingga
memberi kesan tidak selesa untuk belajar di dalam kelas.

281

iii) Pencapaian Internet Lemah. Pencapaian internet yang lemah di asrama telah
menyukarkan mereka untuk mencari sumber rujukan bagi menyempurnakan tugasan
akademik

iv) Risiko mobiliti. Ketiadaan laluan pejalan kaki yang khusus boleh memberi risiko
khususnya kepada guru pelatih OKU ketidakupayaan penglihatan semasa berjalan
ke tempat kuliah jika cuaca buruk dan bergerak secara sendirian.

Kajian ini mendapati cabaran yang dihdapai oleh guur pelatih OKU adalah
berorientasi kepada kemudahan dan infrastruktur kampus iaitu keselesaan bilik asrama,
kemudahan asas air, capaian internet dan laluan pejalan kaki. Kajian ini mendapati tiada
cara untuk mengatasi cabaran tinggal di asrama yang padat dan kurang selesa kerana ia
adalah ketetapan yang wajib dipatuhi oleh mereka. Bagi mengatasi masalah capaian
internet, mereka terpaksa mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa untuk membeli
talian internet sendiri. Mereka juga perlu berusaha mencari sumber air seperti surau atau
jabatan-jabatan akaedmik. Guru pelatih ketidakupayaan penglihatan terpaksa bergantung
kepada pertolongan rakan untuk mengatasi cabaran risiko mobiliti. Kajian ini mendapati
amalan bantu membantu dipraktikkan dalam kehidupan semua guru pelatih di IPGKIK.

2. Cabaran dan Strategi Mengatasi dari Pengalaman Pensyarah

Penyampaian Pelajaran Yang Mencabar
Tema ini adalah dapatan kajian berkaitan cabaran pensyarah yang mengajar guru pelatih
OKU laluan khas di IPGKIK berdasarkan temu bual seperti berikut;
P1 : “….SG OKU tidak boleh menumpukan perhatian untuk tempoh masa sederhana sekali
pun….” (TSL1054)

P2: “….Bagi yg buta hanya dpt dengar saja penjelasan secara lisan. Mrk tdk berpeluang
memahami kuliah dgn lebih mudah yg disampaikan secara lisan dan penerangan melalui
visual/rajah” (BMM1054)

P3: “…….Pelajar ADHD sukar memberikan tumpuan semasa sessi PdP, namun sering
dapat memberi idea yang bernas berkaitan content knowledge. Pelajar masaalah
penglihatan pula belajar seperti pelajar lain, namun salah seorang daripadanya tidak dapat
memandang skrin terlalu lama” (TSL1044)

P4: “....Mengambil masa yang lama untuk menyampaikan pengetahuan matematik”
(GSA1072)

P5 : “...OKU Rabun: mempastikan mereka nampak bahan yang digunakan untuk mengajar
dan bahan bacaan yang digunakan sesuai untuk mereka. Ketika PKP, mereka kurang dapat
mengikuti kerja atas talian yang ditunjukkan dan dibuat bersama-sama dengan pelajar
secara live. OKU ADHD: Tiada cabaran” (TSL1064)

Kajian ini mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pensyarah adalah dari aspek
pengajaran dan pembelajaran guru pelatih OKU. Pensyarah akan lebih terasa sangat
mencabar kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan Khas dan
pertama kali mengajar guru pelatih OKU laluan khas yang mempunyai latar belakang
pencapaian SPM kurang cemerlang. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, Jabatan
Pendidikan Khas IPGKIK mempunyai peranan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran
tentang pendidikan OKU kepada warga kampus.

282

Bahan Sokongan Mengajar Yang Khusus
Tema ini adalah dapatan kajian berkaitan cabaran pensyarah yang mengajar guru pelatih
OKU laluan khas di IPGKIK berdasarkan temu bual seperti berikut;
P1: “..........................bahan bacaan perlu ringkas dan mudah” (TSL1054)

P3 : “....Bahan sokongan adalah seperti pelajar lain. Untuk masalah penglihatan, bahan yg
lebih besar kadangkala digunakan, semua bahan sokongan perlu diberi lebih awal supaya
pelajar OKU dapat membaca” (TSL1044)
P5: “…Bagi yang masalah penglihatan, pelajar diberi rujukan kepada bahan audio sekiranya
ada” (TSL1064)
P4: “...Pencahayaan bilik yang kurang sesuai menyebabkan paparan pada skrin kurang
jelas, Bahan pdp ekstra perlu disediakan, misalnya jadual skor z digital atau enlarge,
interaksi bersemuka tambahan diperlukan,” (GSA1072)
P2: “...Mereka perlu dibantu oleh rakan-rakan kelas untuk memahamkan bahan yang
disediakan kerana bahan pdp bukan dalam bentuk braille” (BMM1054).

Selain berhadapan dengan cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran, sudah
tentu pensyarah juga berhadapan cabaran untuk menyediakan bahan sokongan mengajar
yang khusus mengikut kategori guru pelatih OKU. Kajian ini mengenal pasti strategi
perkongsian ilmu dan kemahiran melalui kursus atau bengkel kepada pensyarah dan warga
kampus berkaitan pendidikan OKU perlu dilakukan melalui program-program sinergi
peringkat jabatan atau peringkat institut.

Guru Pelatih Mengalami Tekanan
P1: “….. ADHD - ada mood, cara pemakaian yang tidak kemas. Kadang dia stress kerana
sukar untuk faham especially content yang abstrak, kalau dia banyak tanya tu maknanya
tidak faham. Kita kena terangkan guna word yang paling mudah la......” (TSL1054)
P3: “ ….ada seorang pelajar masalah penglihatan kadang-kadang tidak selesa kerana dia
kata rabunnya dah makin teruk” (TSL1044)

Dapatan kajian dimana pengalaman pensyarah berhadapan dengan guru pelatih
OKU lalu khas yang mengalami tekanan ini kerana kategori guru pelatih yang dipilih masuk
ke IPG adalah kurang sesuai. Guru pelatih kategori Attention Defisit Hyperactivity Disorder
(ADHD) dilihat kurang sesuai dipilih masuk dalam bidang perguruan kerana ciri
ketidakupayaan yang dialami iaitu hiperaktif, implusif dan tidak fokus. Tambahan lagi,
kemasukan mereka ke IPG adalah secara laluan khas dilihat memberi lebih cabaran bukan
sahaja kepada pensyarah tetapi kepada guru pelatih itu sendiri jika mereka sukar untuk
memahami pelajaran yang disampaikan. Selain daripada masalah tingkah laku negatif, guru
pelatih ADHD juga adalah juga mempunyai ciri ketidakupayaan pada metakognitif seperti
sukar untuk memahami yang abstrak. Jika mereka sukar untuk faham maka mereka akan
bertingkah laku negatif. Strategi untuk mengatasi cabaran mengajar guru pelatih ADHD
adalah pensyarah perlu menggunakan penerangan yang mudah, tidak menggunakan
penerangan yang panjang, menggunakan bantuan bahan sokongan mengajar dalam bentuk
visual. Pensyarah juga perlu mengaplikasi strategi pengurusan tingkah laku yang pelbagai
untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif. Bagi pelajar yang mengalami masalah
penglibatan yang semakin teruk, strategi yang boleh dilakukan adalah guru pelatih perlu
mempunyai kemahiran dalam braille dan membuat rajah timbul sebagai medium untuk
melaksanakan tugasan penulisan. Pensyarah boleh mendapat bantuan daripada Jabatan
Pendidikan Khas IPGKIK sebagai pakar rujuk masalah di hadapi berkaitan guru pelatih OKU
laluan khas.

Isu Praktikum dan Penempatan di Sekolah
Tema dapatan kajian ini dikenal pasti apabila beberapa orang pensyarah mengutarakannya
semasa sesi perkongsian ilmu dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas. Kedua-dua isu

283

yang dikenal pasti itu dijangka berlaku kerana guru pelatih OKU laluan khas bukan
pengkhususan dalam bidang Pendidikan Khas. Ciri-ciri ketidakupayaan yang alami boleh
menjadi isu jika mereka menjalani praktikum atau penempatan di sekolah aliran perdana.
Berikutan itu, beberapa sesi perbincangan telah dilalukan oleh pengurusan tertinggi IPGKIK
dengan pengurusan tertinggi Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Bahagian Pendidikan
Khas. Dapatan daripada perbincangan-perbincangan tersebut, seramai enam orang guru
pelatih OKU laluan khas kategori masalah penglihatan telah dibenarkan menukar bidang
pengkhususan kepada bidang pendidikan khas mulai semester satu program PISMP.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Dapatan kajian yang menunjukkan guru pelatih menghadapi cabaran berkaitan infrastruktur
dan fasiliti terhad serta kurang selesa merupakan dapatan yang sama juga dialami oleh
mahasiswa OKU institusi-institusi pengajian tinggi lain (Raja Nur Fakhriah Raja Zainal Badri
dan Aizan Sofia Amin, 2018).. Begitu juga cabaran pensyarah dari aspek pengajaran dan
pembelajaran, bahan sokongan mengajar, kurikulum, motivasi, tingkah laku juga dikenal
pasti dalam banyak kajian lain (Hashir Ahammed, 2018)

Sememangnya tidak dinafikan, memiliki ketidakupayaan jangka masa panjang dari
segi fizikal, mental, intektual atau pancaindera merupakan cabaran besar kepada golongan
Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani kehidupan. Tambahan lagi, stigma pelabelan
(Muhamad Nadhir Abdul Nasir & Rosila Bee Mohd Hussain, 2016), sikap negatif dan
diskriminasi yang masih wujud dalam kalangan masyarakat sehingga kini (Hasnah Toran,
Tajul Arifin Muhamad, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Nur Hazwani
Hamzah, 2010; Hazlin Falina, Wan Aminah Wan Mahmud, & Maizatul Haizan Mahbob,
2017). Stigma masyarakat terhadap OKU mempunyai kesan yang besar kepada OKU
sendiri dalam pelbagai aspek seperti kesejahteraan, harga diri, persepsi kendiri, identifikasi
kumpulan, motivasi, pekerjaan, dan interaksi sosial (Levin dan Van Laar, 2006).

Dapatan-dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa masyarakat masih kurang
prihatin terhadap kebajikan kepada golongan OKU khususnya dalam bidang pendidikan.
Kemasukan guru pelatih OKU secara laluan khas dengan syarat kelayakan akademik yang
rendah perlu dikaji semula. Sebagai komuniti IPG yang cakna dengan keperluan dan
kebajikan OKU, seharusnya infrastruktur, bidang pengkhususan, kebajikan siswa guru OKU
perlu diambil perhatian sebelum kemasukan mereka ke IPG. Kesediaan, pengetahuan dan
kemahiran pensyarah untuk mengajar guru pelatih tersebut juga perlu diperkukuhkan
supaya IPG lebih bersedia untuk melaksanakan Dasar Inklusif OKU di IPG kampus secara
berstruktur dan komprehensif. Tujuh perkara yang perlu diambil perhatian seperti yang
termaktub dalam Garis Panduan Dasar Inklusif OKU di IPT adalah i) menyediakan
insftrastruktur mesra OKU, ii) mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif bagi semua kategori ketidakupayaan, iii) mewujudkan persekitaran berasaskan
kasih sayang, hormat menghormati dan kegembiraan, iv) menyedikan persekitaran
kehidupan yang kondusif, v) mewujudkan budaya komuniti yang prihatin dan peduli OKU, vi)
memeastikan penglibatan OKU secara inklusif dalam semua aktiviti dalam dan luar kampus,
dan vii) menyediakan program pembangunan kerjaya OKU (KPM, 2019).

Pendekatan berasaskan hak atau right based dan juga perlindungan merupakan
jaminan kepada kepentingan dan kesejahteraan OKU. Justeru itu, beberapa dasar yang
berkaitan OKU diperkenalkan mulai tahun 2010. Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan
hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat (Jabatan
Kebajikan Masyakarat, 2020). Dasar OKU mengutamakan nilai hak kemanusiaan seperti

284

kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi memboleh mereka hidup berdikari.

RUJUKAN
Cresswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods

Approachs (4th ed.) Sage Publications Ltd.
Ferlis Bullare @ Bahari Lineker ak Takom Jasmine., Adela Mutang Laila Wati Madlan.,

Mohd Dahlan A. Malek., & Rosnah Ismail. (2016). Model Ketidakupayaan Sosial-
Perubatan Bagi Orang Kurang Upaya Di Malaysia. Southeast Asia Psychology
Journal Vol.4, (2016) 35-48.
Hashir Ahammed (2018). Challenges Faced By Teachers While Teaching Learners With
Learning Disability. https://www.researchgate.net/publication/325380717.
Hasnah Toran., Tajul Arifin Muhamad., Mohd Hanafi Mohd Yasin., Mohd Mokhtar Tahar; &
Nur Hazwani Hamzah. (2010). Pengetahuan dan Sikap Rakan Sebaya Terhdap
Pelajar Kurang Upaya di Sebuah IPTA di Malaysia. AJTLHE. 2 (2), 22-34.
Hasnah Toran., Mohd Hanafi Mohd Yasin., Mohd Mokhtar Tahar., & Norasuzaini Sujak.
(2009). Sokongan dan Halangan yang dihadapi Pelajar-Pelajar Kurang Upaya Di
Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. AJTLHE, Vol1, (2) : 18-29.
Hazlin Falina., Wan Aminah Wan Mahmud., & Maizatul Haizan Mahbob. (2017). Realiti
Penerimaan Masyarakat Terhadap Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia dari
Perspektif Media. Prosiding The International Conference On Media And
Communication pada 20 – 22 November 2017. Marriot Putrajaya, Malaysia e-ISBN
978-983-2795-39-1
Isave, M. (2017). Challenges Faced by Students and Teachers in Inclusive Classroom.
International Journal of Research Culture Society, 1(9) : 1-40.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2020). Prtal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
jkm.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru
(Pendidikan Inklusif). Bahagian Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif
Orang Kurang Upaya Di Institusi Pendidikan Tinggi. KPM.
Levin , S., & Van Laar, C. ( 2006). Stigma and Group Inequality: Social Psychological
Perspectives. Lawrwnce Erlbaum Associates.
Lipka, O., Khouri, M., & Shecter-Lerner, M. (2019). University faculty Attitudes And
Knowledge About Learning Disabilities. Higher Education Research & Development.
https://doi.org/10.1080/07294360.2019.1695750
Mohd Akmal Shafiq Tino., & Mohd Idham Daniel. (2019, 2 April). Longgar Syarat kemasukan
Pelajar Pendidikan Khas ke IPG: BPK. Sinar Harian. Retrieved from
http://www.sinarharian.com.my/article/21408/EDISI/Johor/. 5 April 2020.
Muhamad Nadhir Abdul Nasir; & Rosila Bee Mohd Hussain. (2016). Kancah Stigme Dalam
Kalangan Mahasiwa Kurang Upaya di Sebuah Universiti Malaysia. SARJANA. 31 (2),
71 -87.
Raja Nur Fakhriah Raja Zainal Badri., & Aizan Sofia Ami (2018). Isu dan Cabaran Pelajar
Kurang Upaya Penglihatan di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Psikologi Malaysia 32
(3) : 131-145.
Rohner, R. P. (2004). The parental "acceptance-rejection syndrome:" Universal correlates of
perceived rejection. American Psychologist, 59(8), 830-840.
Siti Fatimah Salleh., & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam
Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal. 1 (2), 243 – 263.

285

KOLEKSI

PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN KHAS

2021

Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas
Cheras, Kuala Lumpur

Telefon : 03-91318160
Faksimili : 03-91319393
Portal : http://www.ipgkik.moe.edu.my
Email :[email protected]


Click to View FlipBook Version