The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:07:45

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BM 3 & BM 4 (JILID 2)

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Pengajaran Bahasa Melayu

Koleksi

ARTIKEL

PENYELIDIKAN
TINDAKAN

ii

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

Ó Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Hak Cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau diterbitkan ke dalam bentuk atau
dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta

rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

e ISBN: 978-967-0008-16-5

e ISBN 978-967-0008-16-5

9789670008165

Penerbit:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

89207 Tuaran Sabah

Dicetak oleh:

CP FORMS SDN BHD
Lot 5A, Lorong 2B, Jln 7,
Fasa 1, KKIP Timur, Jalan Norowot
88450 Kota Kinabalu Sabah
Tel: 088-498830/498831/498832

Fax: 088-498931

iii

SIDANG EDITOR

ARTIKEL JURNAL PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 2022

PENAUNG PANEL EDITOR

DR HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.K. DR EFFENDY BIN YUSUFF
PENGARAH ISMAIL BIN AG PIUT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT SIMON BIN GIHOL
DR CAROLINE @ LORENA DAVID
PENASIHAT ZAINAB BINTI HASHIM
CHIN SATT FUNG
DATIN DR ROSINAH BINTI EDININ MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
TIMBALAN PENGARAH NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TAJIP BIN TASSAN
RAZALI BIN MOHD SHUKOR
PENGERUSI
PEMBACA PRUF
DR EFFENDY BIN YUSUFF
KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU FAZLIN NAJWA DAYANA BINTI DARUS
INSTITU PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT NURUL SYUHADA BINTI ZAMRI
NURUL IZZAH BINTI MOHD FADZIL
DR SAIMIN GINSARI NURINA QISTINA BINTI ZANIL
KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN
INOVASI REKA BENTUK MUKA DEPAN 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
NORFAIZ BIN NORDIN
PENYELARAS
iv
DR SALINA ABDULLAH SANGGURO

KATA-KATA
ALUAN

PENGARAH
Institut Pendidikan Guru

Kampus Kent

SEUNTAI MADAH PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1
KENT;Kerana Engkau Nama Terbilang.

Pada kesempatan berharga ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan 2022 atas usaha dan komitmen yang tinggi
sehingga terhasilnya buku bernilai yang tentunya amat signifikan dengan status IPG Kampus Kent
sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Zon Sabah sejak penubuhannya pada 1951. Buku ini
bukan sahaja menjadi paparan pemikiran kritisdan kreatif pelajar dengan bimbingan pensyarah
dalam menampilkan citra apresiasi penyelidikan tindakan tetapi juga menjadi indikator
pembudayaan dokumentasi rujukan yang bermakna kepada sesiapa sahaja yang ingin melihat
pemikiran dan teknik penyelesaian pedagogi di dalam bilik darjah dalam kalangan warga Kent.
Melalui persembahan dan kandungan buku yang bersahaja ini, saya yakin kehendak keilmuan dan
nilai kajian yang ingin dimiliki dan dirasai oleh pembaca dan pengkaji dapat dipenuhi.

Justeru, penerbitan buku ini merupakan inisiatif yang besar untuk merealisasikan strategi
memantapkan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah berimpak tinggi terhadap
kecemerlangan upaya dan kualiti pendidikan, kreativiti dan inovasi warga pendidik IPGK Kent. Saya
juga percaya, buku ini akan menjadi pemangkin semangat motivasi kepada pendidik dan pengkaji
untuk menghasilkan lebih banyak kajian di bilik darjah serta kajian yang selaras dengan kepakaran
masing-masing.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 kerana berjaya merealisasikanpenyelidikan dengan
jayanya di IPG Kampus Kent. Saya berharap kandungan ilmu, pemikiran, pengalaman dan gaya
persembahan yang dikongsi melalui jurnal ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para
pelajar, pensyarah dan peminat ilmu dalam memperkasa tahap profesionalisme dan kualiti kendiri.
Semoga usaha murni ini mampu memartabatkan lagi produk keguruan secara umumnya dan
memberikan manfaat kepada para pendidik secara khususnya.

Sekian dan terima kasih,

DR.HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.K

V

PRAKATA

KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, dan
salam 1KENT;

Kerana Engkau Nama Terbilang.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 202 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan. Justeru, melalui garapan pelbagai
bentuk kajian dan teknik, kajian ini diharap dapat mengongsi dan
menyeberluaskan usaha memperkasakan amalan penyelidikan dalam kalangan
guru permulaan. Tegasnya, nilai insaniah dan ihsaniah dalam mendidik warga
Malaysia akan dilestarikan berdasarkan citra peribadi yang diselarikan dengan
sifat keikhsanan dan keinsanan mulia.

Kandungannya yang berbentuk manuskrip teks, jadual, paparan foto
dan inti siratan dirasakan mampu menjelaskan kandungan dan nilai maknawi
yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Menerusinya, pengkaji atau pihak akan
mudah untuk mendapat capaian kandungan dalam sajian kajian susulan secara
ekspresif, komprehensif dan mudah. Semua artikel kajian terpilih yang
dimuatkan dalam koleksi ini merupakan kajian asli para pelajar PISMP
Semester Akhir 2022 dengan bimbingan berterusan pensyarah. Pastinya setiap
kajian ini memberikan gambaran kepada pembaca tentang alir permikiran,
persoalan, teknik dan tindakan pragmatik yang sering menyelubungi rasa
keprihatinan dalam kalangan pengkaji terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagai penyelanggara, kami berharap koleksi ini dapat memberikan
suntikan jiwa dan semangat kepada pengkaji dan pembaca untuk menghayati
dan akhirnya menghasilkan kajian sendiri agar
rasa peduli dan kemahiran intrapersonal dalam kalangan mereka dapat
diperkukuhkan. Kami juga mengharapkan pengguna atau pembaca dapat
memanfaatkan koleksi ini semaksimun mungkin dan sebarang maklum balas
dalam bentuk komen, pendapat dan cadangan amatlah diharapkan demi
kecemerlangan profesionalisme warga dalam pendokumentasian karya bernilai
tambah.

Sekian Terima kasih

DR. EFFENDY BIN YUSUFF

vi

Kandungan

Bil. Tajuk Kertas Kerja/ Nama Penulis Muka
Surat
1. Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan
Gambar Dalam Kalangan Murid Tahun 5 1
Menggunakan Kaedah Wadah
8
Ahmad Fakhrul Amin Bin Rosly
Chin Satt Fung 16
2. Meningkatkan Kemahiran Kata Sendi Nama Daripada
Di Dalam Ayat Murid Tahun 4 Menggunakan Kit
AKRODA

Muhamad Firdaus Bin Yazit
Ismail Bin Ag. Piut
3. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membina Ayat
Majmuk Berdasarkan Bahan Rangsangan Dalam
Kalangan Murid Tahun 5 Menggunakan Teknik SiBAD-
SKUAD

Nor Fadzilah Binti Mohd Nokawi

Noor Salawati Binti Abu Bakar

4. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membina Ayat

Tunggal Menggunakan Teknik Jadual Tanya Dalam

Kalangan Murid Tahun Tiga 25

Nur Adila Mastura Binti Noraidil Razman
Tajip Bin Tassan

5.

Bagi Murid Tahun 4 36

Nur Anthasha binti Alias
Madlaim bin Ejib @ Etib

6. Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk
Berdasarkan Gambar Tunggal Menggunakan Teknik

48

Nur Syamimi Binti Takhaiyudin
Noor Salawati Binti Abu Bakar

vii

7. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis 55
Perenggan Secara Mekanis Menggunakan BiNet Bagi 67
Murid Tahun 2 75

Nuramirah Atifah Binti Amir
Dr. Caroline @ Lorena David
8. Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 2 Membina
Ayat Majmuk Gabungan Menggunakan Teknik
CaPoGa

Nurazillawatilazwa Atiqah Binti Morni
Zainab binti Hashim
9. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis
Dengan Jarak Dalam Ayat Menggunakan Alat PeJaMA
Bagi Murid Tahun 2

Nurina Qistina Binti Zanil
Simon Bin Gihol
10.

Jalur Berwarna 83
93
Nurul Farihah binti Ahmad Rosdi 101
Noor Salawati binti Abu Bakar 111
11. Meningkatkan Penguasaan Kata Adjektif Ukuran
Dalam Kalangan Murid Tahun Dua Menggunakan
Lagu KaAd Ukuran

Nurul Izzah binti Muhamad Khusaini
Ismail bin Ag Piut
12. Meningkatkan Keupayaan Membina Ayat Tunggal
Bagi Murid Tahun Lima Dengan Menggunakan Teknik
TULIJA

Nurul Syazwani Muhamad Yusof
Noor Salawati Abu Bakar
13. Meningkatkan Penguasaan Kata Sendi Nama Dari Dan
Daripada Dalam Kalangan Murid Tahun 4
Menggunakan Teknik MAT SABOH

Siti Mastura binti Mohd Ghazali
Tajib Bin Tassan

viii

14. Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Besar Dan 123
135
Teknik Duja

Siti Norraihan Binti Jislim
Madlaim Bin Etib @ Ejib
15.
Tahun Lima Menguasai Kemahiran Penggunaan Kata
Pemeri

Dr Effendy bin Yusoff 145
156
16. Teknik sipaBaCK Dalam Meningkatkan Kemahiran 167
Mengembangkan Isi Karangan Jenis Fakta Bagi Murid 177
Tahun Lima 187
198
Brian Anak Peter Dablin
Dr Caroline @ Lorena David

17. Meningkatkan Kemahiran Mengembangkan Isi
Karangan Menggunakan Teknik Jadual ISBAMIP
Dalam Kalangan Murid Tahun 5

Muhammad Izzuddin Arif bin Roslan
Pn. Zainab binti Hashim

18. Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Huruf Besar
dan Tanda Noktah Menggunakan Origami KeKuNa

Nicky Bradley Tony
En. Simon bin Gihol

19. Menilai Keberkesanan Teknik Pembaris Ilmu SAS-
PREMBIBA Untuk Memperluaskan Ayat Tunggal
Dalam Kalangan Murid Tahun Lima

Nor Shazwaniey binti Mustaffar
Pn. Hjh Noor Salawati binti Abu Bakar

20. Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal
Tahun 3 Menggunakan Teknik Roket KASif

Nur Amanina binti Mohd Ramalan

En. Ismail bin Ag Piut

21. Keberkesanan Teknik PWIHHCO Bagi

Mengembangkan Ayat Dalam Kemahiran Menulis

Karangan Murid Tahun 4

ix

Nur Athirah binti Che Teh 210
Pn. Hjh Noor Salawati binti Abu Bakar 221
231
22. 242
Penggunaan Huruf Besar Pada Kata Nama Khas Bagi 253
Murid Tahun 3 261

Nuralia Faadilaa binti Harfin
En. Tajip bin Tassan

23. Pengaplikasian Teknik Kembara PBBuJi Dalam
Meningkatkan Penguasaan Penjodoh Bilangan Buah
dan Biji Murid Tahun 3

Nurul Amierasyakira binti Amran
En. Madlaim bin Ejib

24. Penggunaan Teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap
Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan
Fakta Bagi Murid Tahun Lima

Nurul Izzah binti Mohd Fadzil
Dr. Effendy bin Yusoff

25. Teknik PSP Bagi Meningkatkan Kemahiran Membina
Ayat Tunggal Dengan Peluasan Subjek dan Predikat

Qistina Athiffah binti Ahmad Sabri
Dr. Caroline @ Lorena David

26. Penggunaan Teknik BAKIT Dalam Kemahiran
Membaca Bahasa Melayu Murid Tahun 3

Sharon Stephen
Pn. Zainab binti Hashim

27. Meningkatkan Penguasaan Menulis Kata Nama
Berimbuhan PEN- Melalui Peta Kaedah GUK Dalam
Kalangan Murid Tahun 4

Siti Nor Fazira binti Suud

En. Simon bin Gihol

28. Meningkatkan Penguasaan Kata Pemeri

Kalangan Murid Tahun 3 275

Sri Yanti binti Kamal
Pn. Hjh Noor Salawati binti Abu Bakar

x

Meningkatkan Kemahiran Mengembangkan Ayat Berdasarkan Gambar Dalam
Kalangan Murid Tahun 5 Menggunakan Kaedah WADAH

Ahmad Fakhrul Amin bin Rosly, Chin Satt Fung

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid pemulihan
menguasai kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dengan penggunaan
kaedah Watak, Aktiviti, Kata Sendi, Apa Huraian (WADAH). Kajian ini melibatkan lima
orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Isu yang dihadapi
ialah murid lemah dalam mengembangkan ayat dan membina ayat yang masih
tergantung. Reka bentuk kajian ini dilaksanakan berdasarkan model penyelidikan
Kurt Lewin dan Laidlaw (1992). Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah
pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pasca sebagai sampel kajian. Fokus bagi
kajian ini ialah menekankan penggunaan kaedah WADAH dalam membina ayat
berdasarkan gambar. Kesimpulannya, hasil kajian mendapati bahwa penggunaan
kaedah WADAH dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat
berdasarkan gambar dalam pengajaran bahasa Melayu.

Kata Kunci: membina ayat berdasarkan gambar, kaedah WADAH, mengembangkan
ayat, bahasa Melayu, model Kurt Lewin dan Laidlaw (1988)

1

PENGENALAN

Guru adalah merupakan peneroka pengetahuan yang professional. Justeru kajian
tindakan dijalankan adalah bertujuan untuk mengembangkan dan memantapkan lagi
kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang professional. Sebagai
seorang yang professional guru tidaklah semata - mata mengamalkan pengetahuan
sedia ada yang dikemukakan oleh orang lain sebaliknya berusaha untuk berupaya
merintis dan membuka jalan bagi menangani pelbagai masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian tindakan, guru sebagai penyelidik hendaklah mengkaji amalan
cara bekerja sendiri, membuat refleksi terhadap cara bekerja dan kaitannya dengan
keberkesanannya terhadap sei pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid
murid yang diajarnya. Amalan cara bekerja yang dimaksudkan ialah cara guru
berinteraksi dengan murid, latihan - latihan yang disediakan, gaya penyampaian,
soalan -soalan yang digunakan dan pelbagai aspek lain yang perlu diberi penekanan.
Guru perlu sentiasa sedar dan peka seterusnya menjalankan kajian atas kesedaran
bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran dalam kalangan
murid - murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) adalah
amat penting dalam kalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu
pengetahuan. Penguasaan kemahiran asas 3M sememangnya perlu dikuasai pada
peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid-murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis
penulisan kreatif dan bukan kreatif. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh KPM
bersama Jabatan Pendidikan Negeri dengan Pejabat Pendidikan Daerah bagi
merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan
Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan
Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROTIM).

FOKUS KAJIAN

Masalah yang diberi penekanan oleh pengkaji ialah tentang masalah pembinaan ayat
yang kurang memuaskan dalam kalangan murid Tahun 5. Pengkaji telah
memberikan dua jenis latihan membina ayat berdasarkan gambar. Dalam soalan
tersebut, murid dikehendaki untuk membina lima ayat berdasarkan gambar.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap ayat yang dibina, terdapat murid
yang masih tidak mahir dalam membina ayat yang gramatis. Daripada analisis
tersebut, pengkaji telah mendapat beberapa kesalahan seperti berikut:

a) Ayat yang tergantung dan tidak berkembang.
b) Kesalahan ejaan.
c) Istilah yang kurang sesuai.
d) Percampuran dengan bahasa dialek.
Walau bagaimanapun, pengkaji lebih menekankan terhadap proses
mengembangkan ayat. Kebanyakan murid tidak dapat mentafsir aktiviti yang
dilakukan oleh pelaku, tidak dapat mentafsir bahan rangsangan, tidak menerangkan
dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang dilakukan oleh pelaku serta tidak dapat
mengembangkan idea dalam membina ayat.

Melihat kepada kenyataan di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
kemahiran membina ayat merupakan salah satu kemahiran yang sememangnya
sukar untuk dikuasai oleh murid. Ketidakupayaan murid-murid dalam membina ayat
akan menyebabkan mereka tercicir dalam menguasai kemahiran membina ayat. Hal

2

ini perlu dititikberatkan kerana kemahiran membina ayat merupakan satu asas untuk
menulis sebuah karangan dan juga penguasaan bahasa murid-murid.

Walaupun kemahiran membina ayat sukar dikuasai oleh murid, namun ianya
akan mudah dipelajari sekiranya terdapat satu kaedah yang disusun secara

sistematik dan dapat dipersembahkan dengan lebih menarik kepada murid. Selain
itu, kaedah juga perlu menarik seiring dengan perkembangan teknologi pada masa

kini. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran membina ayat ialah tentang pemilihan kaedah pengajaran

yang menarik dan efektif.

W AD AH
(Watak) (Apa Huraian)
(Aktiviti) (Kata SenDi)
Watak yang Huraian yang
terdapat di dalam Aktiviti yang Kata sendi yang sesuai dengan

gambar. (Ali, dilakukan oleh disediakan kata sendi
seorang wania) (tempat dsb)
watak

(Menyusun,

makan)

Rajah 1: Jadual Elemen WADAH

OBJEKTIF KAJIAN

i. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat
berdasarkan gambar.

ii. Mengaplikasikan Kaedah WADAH untuk meningkatkan penguasaan
membina ayat berdasarkan gambar.

SOALAN KAJIAN

i. Adakah penggunaan Kaedah WADAH dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat berdasarkan
gambar?

ii. Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan Kaedah WADAH untuk
menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar?

PESERTA KAJIAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai lima orang
murid daripada 24 murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah kebangsaan daerah
Tuaran. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang
murid perempuan.

TINDAKAN

Berdasarkan rajah proses dan tindakan yang dijalankan, berikut merupakan
jadual mengenai tindakan yang dijalankan oleh pengkaji berpandukan Model
Kurt Lewin (1946) dalam penyelidikan tindakan yang dirancang.

3

Berikut ialah penelitian terhadap langkah-langkah yang diadaptasikan dalam Model
Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)

Langkah Perkara

Merancang Merancang objektif dan soalan kajian.
tindakan Menetapkan sasaran kajian.

Membina intervensi kajian yang sesuai dengan

objektif yang ingin dicapai.

Melaksanakan Menjalankan ujian diagnostik.
tindakan Memperkenalkan Kaedah WADAH kepada murid.

Melaksanakan Intervensi Latihan Pengukuhan

Berperingkat seperti yang telah dirancangkan.

Menjalankan Ujian Penilaian sebagai penilaian

terakhir.

Memerhati Mengisi instrumen senarai semak dan soal selidik.

Merekodkan data awal ujian diagnostik, soal selidik,

ujian penilaian dan data dokumen intervensi yang

dijalankan.

Menganalisis dapatan kajian.

Refleksi Merumus dan membuat refleksi kajian.

Cadangan kajian seterusnya.

Rajah 2: Langkah-langkah yang diadaptasikan dalam Model Penyelidikan Tindakan

Kurt Lewin (1946)

DAPATAN KAJIAN

Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Penilaian

Markah Ujian Diagnostik dan Ujian
Penilaian

Markah 20 59 6 10 5 8 79
10 6 10

0 M2 M3 M4 M5
M1
Murid

Ujian Diagnostik

Rajah 3: Graf Perbandingan markah peserta kajian berdasarkan ujian diagnostik
dan ujian penilaian yang diedarkan.

4

Berdasarkan graf, murid-murid menunjukkan peningkatan yang ketara dalam

ujian penilaian berbanding ujian diagnostik. M1 dan M3 menunjukkan

peningkatan sebanyak empat markah iaitu dari enam markah kepada markah penuh

iaitu 10. M2 dan M5 juga menunjukkan peningkatan kepada markah yang lebih baik

iaitu sembilan markah berbanding ujian diagnostik iaitu hanya lima dan tujuh

sahaja. M4 juga menunjukkan peningkatan iaitu dari lima markah kepada

lapan markah.

Berdasarkan analisis dan graf pencapaian ujian diagnostik daripada

kesemua lima orang murid, secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa
murid-murid ini masih belum menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan

gambar serta tahap penguasaan mereka dalam membina ayat masih berada pada
tahap yang memuaskan dan hanya seorang murid berada pada tahap baik.

Analisis dapatan pencapaian Ujian Penilaian dalam rajah menunjukkan
bahawa telah berlaku peningkatan dari segi gred bagi semua murid. Hal ini

menunjukkan bahawa kesemua murid telah berjaya menguasai kemahiran membina
ayat berdasarkan gambar. Graf ini juga telah membuktikan bahawa penguasaan

mereka dalam membina ayat berada pada tahap yang cemerlang.

Analisis Data Dokumen

Jadual 1

Item Analisis Data Dokumen

Skala Peratus
(%)
Bil Item
123

1 Murid dapat memahami 5 100%
penggunaan Kaedah 5 100%
WADAH melalui
pembinaan ayat 5 100%
berpandukan gambar. 14 80%

2 Murid dapat mengenal 14 80%
pasti watak, aktiviti, kata
sendi dan huraian yang
terdapat dalam ayat
melalui kaedah WADAH
dengan betul.

3 Murid dapat menggunakan
kata sendi dengan tepat.

4 Murid dapat membuat
huraian yang tepat
berdasarkan gambar dan
kata sendi yang diberikan.

5 Murid dapat membina ayat
mengikut elemen-elemen
WADAH.

Berdasarkan analisis data dokumen yang telah dijalankan, pengkaji dapat
merumuskan bahawa majoriti peserta kajian menunjukkan prestasi yang baik
sepanjang melaksanakan setiap intervensi yang dijalankan.

Analisis data dokumen dijalankan bagi menilai sejauh mana kefahaman dan
tahap peserta kajian dalam melaksanakan setiap Langkah intervensi. Oleh itu,

5

jelaslah bahawa Kaedah WADAH ini dapat meningkatkan penguasaan
mengembangkan ayat murid berdasarkan gambar.

Analisis Soal Selidik ITEM YA TIDAK Peratus
(%)
Jadual 2
Item borang soal selidik ///// 100
///// 100
BIL
///// 100
1 Saya memahami Kaedah WADAH yang
diajarkan di dalam kelas. ///// 100

2 Saya boleh membina ayat berdasarkan
gambar
menggunakan Kaedah WADAH dengan
betul.

3 Kaedah WADAH memudahkan saya
membina ayat berdasarkan gambar
dengan betul.

4 Saya suka menggunakan Kaedah
WADAH untuk membina ayat
berpandukan gambar.

Berdasarkan jadual, menunjukkan bahawa kekerapan setiap item yang
terdapat dalam intstrumen soal selidik yang dijalankan pengkaji menunjukkan
penilaian yang positif daripada murid. Pengguna menggunakan Skala Guttman iaitu
Ya dan TIdak untuk menilai beberapa persepsi murid bagi menggalakkan murid untuk
memberi maklum balas tegas terhadap Kaedah WADAH yang diperkenalkan
dalam kemahiran mengembangkan ayat berdasarkan gambar. Soal selidik ini
diberikan kepada murid selepas intervensi dijalankan. Chua (2006) menggalakkan
penggunaan skala Guttman untuk menyesuaikan soalan dengan kesediaan murid di
samping arahan yang jelas.

REFLEKSI DAN CADANGAN SUSULAN

Kajian tindakan yang dilaksanakan ini merupakan satu inisiatif dalam
meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
bahasa Melayu. Intervensi yang dihasilkan ini telah berjaya dilaksanakan secara
terancang terhadap lima orang murid dari sekolah di daerah Tuaran. Melalui
dapatan kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji,dapat dibuktikan bahawa murid
yang telibat dengan kajian ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam membina
ayat berdasarkan gambar. Dalam konteks ini, Kaedah WADAH yang diperkenalkan
oleh pengkaji telah berjaya membantu murid untuk meningkatkan penguasaan
membina ayat berdasarkan gambar.

Antara cadangan susulan yang boleh dilaksanakan daripada kajian ini ialah
pendigital semula bahan secara TMK dengan menggunakan aplikasi pendidikan di
atas talian seperti Quizziz dan Kahoot. Selain itu, Kaedah WADAH juga boleh
diterapkan unsur seni dalam pendidikan seperti lagu untuk menarik perhatian murid
semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

6

RUJUKAN
Dani, N. A. (1993). Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu

pelajar-pelajar Dusun (Doctoral dissertation, Universiti Pertanian Malaysia).
Dan Yusmini, T. S. A. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru.
Haron, A. R., Badusah, J., & Mahamod, Z. (2016). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Dalam Salak Didik Dengan Elemen Nyanyian Dan Elemen Pantun (Higher Order
Thinking Skills (HOTS) In Salak Didik Singing and Pantun Elements). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 53-60.
Haron, A. R., Mahamod, Z., Embi, M. A., Yusoff, N. M. R. N., Puteh, S. N., & Badusah, J.
(2016). Teknik'SALAK" dalam Menjana Idea Membina Ayat dengan Cepat dan
Efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 83-92.
Haruni, N. H., & Mohammadii, W. M. R. W. KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU BERTERASKAN KREATIVITI DALAM PEMBINAAN AYAT.
Hassan, C. Z. C., & Rahman, F. A. (2021). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67-
87.
Isa, S. N. M., Rahman, A. A., Azizan, K. F. K., & Jamali, H. N. (2016). Menulis ayat Arab melalui
teknik sinambungan visual-gambar. e-BANGI, 11, 195-203.
Jamian, A. R. (2021). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-
murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.
Jawan, H., & Mahamod, Z. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam
meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah
rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 67-77.

7

Meningkatkan Kemahiran Kata Sendi Nama Daripada di Dalam Ayat Murid
Tahun 4 Menggunakan Kit Akroda

Mohammad Firdaus Bin Yazit, Ismail Bin AG. Piut
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah kekeliruan kata sendi nama
bagi murid tahun 4 secara hafalan menggunakan KIT AKRODA. Penggunaan kata
yang betul amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak bagi menjadikan sesuatu
ayat itu baik.mereka perlu didedahkan cara menggunakan perkataan yang betul agar
ayat mereka lebih gramatis dan menarik untuk dibaca. Melalui aktiviti membaca juga
mampu meluaskan pengetahuan mereka dalam menguasai penggunaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan serta membolehkan mereka untuk membezakan
kata sendi nama dari dan daripada untuk digunakan dalam ayat dengan betul. Kajian
Tindakan yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 4 menguasai
penggunaan kata sendi nama daripada dengan betul. Peserta kajian dalam kajian ini
terdiri daripada lima orang murid tahun 4 di salah sebuah sekolah yang terletak di
daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian tersebut mempunyai masalah membezakan
penggunaan dari dan daripada di dalam ayat dengan baik dan betul. Instrumen yang
telah digunakan sepanjang penyelidikan ini adalah ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian, dan soal selidik. Hasil dapatan kajian data mendapati bahawa semua
peserta kajian berjaya menguasai kemahiran penggunaan kata sendi nama daripada
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Hasil kajian telah mendapati bahawa kaedah
hafalan menggunakan KIT AKRODA sangat berkesan dalam membantu murid
menambahbaik penguasaan mereka.

Kata Kunci : KIT AKRODA, kaedah hafalan, kata sendi nama, daripada

8

PENGENALAN
Saya telah mengenal pasti satu isu sepanjang ditugaskan mengajar bahasa Melayu
untuk murid tahun 4 di sekolah tersebut bagi memenuhi kehendak kajian

yang masih keliru. Hal ini menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam menguasai
kemahiran tatabahasa yang ada pada tahap mereka. Dalam bidang pengajaran
bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting yang mana
perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid untuk menguasai bahasa yang cekap.
Menurut Jacqueline (2008), tatabahasa perlu diajar kepada murid kerana dapat
membantu seseorang murid itu membentuk frasa atau ayat sendiri.

Selanjutnya, KIT AKRODA yang digunakan ini berdasarkan dengan akronim
yang telah diberikan oleh saya merangkumi akronim KSN bagi membantu murid lebih
mudah untuk mengingat penggunaan KSN dengan lebih betul dan tepat. Akronim
yang telah diringkaskan bagi memudahkan murid terdiri dengan akronim bagi

pula diberikan bagi menyatakan
keanggotaan, abstrak, benda, orang/organisasi, sumber, perbandingan/perbezaan,
perubahan (KABOSPP).

Penggunaan akronim dengan cara yang betul ini akan dapat membantu
murid untuk menghafal serta mengingat kata kunci yang penting dalam usaha untuk
membezakan penggunaan KSN dari dan daripada di hadapan FN dan KN.
Sekirangya isu penggunaan KSN ini tidak di atasi dengan baik maka murid-murid
akan terbiasa dengan kesalahan tatabahasa yang mereka lakukan sehingga di bawa
ke peringkat dewasa kelak. Berdasarkan analisis kekerapan kesalahan bagi setiap
jenis KSN, saya berpendapat pelajar masih tidak pasti tentang fungsi penggunaan
KSN dengan tepat. Kesalahan ini disebabkan faktor-faktor seperti ketidakpastian
aspek yang betul dan salah, kekeliruan dan kesalahan Ketika membuat tanggapan
yang akhirnya akan menyebabkan berlaku kesalahan penggunaan KSN yang tepat.

Seterusnya, jelaslah bahawa jika masalah ini berterusan, maka murid akan
menghadapi kesukaran untuk menguasai aspek-aspek tatabahasa yang dipelajari.
Impaknya, mereka tidak akan dapat menterjemahkan aspek tatabahasa yang
difahami dengan betul, sebaliknya aspek yang diterjemahkan lebih kepada bentuk-
bentuk kesalahan tatabahasa merangkumi pelbagai aspek morfologi dan sintaksis.
Justeru, kajian tindakan KSN yang dilakukan terhadap murid darjah tahun 4 ini dilihat
wajar dilaksanakan bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran kepada tenaga
pengajar dan murid akan pentingnya penggunaan KSN yang betul dalam konteks
penulisan. Malahan juga, kajian ini turut membantu para pengguna bahasa yang lain
dalam memperkembangkan kemahiran berbahasa, khususnya dari aspek
tatabahasa.

Akhir sekali, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul
data seperti ujian pra dan pasca, pemerhatian serta soal selidik. Saya juga telah
menerangkan secara jelas tentang cara mengumpul data untuk setiap peringkat yang
berbeza. Tujuan saya menggunakan kaedah pengumpulan data tersebut adalah
untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah mencukupi supaya dapat memberi
bukti dan sokongan yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

FOKUS KAJIAN
saya telah memperoleh satu isu yang dianggap perlu dikaji oleh saya bagi membantu
murid untuk menyelesaikan masalah yang wujud ini dan seterusnya menangani
masalah tersebut. Saya telah mengesan satu isu yang melibatkan murid tahun 4 di

dengan betul yang diusahakan oleh saya dilihat amatlah penting dalam membantu
seseorang murid itu untuk mendapatkan ayat yang lebih gramatis. Melalui KIT
AKRODA yang menggunakan akronim ini merupakan satu perkongsian ilmu yang
amat bermanfaat kepada murid sekolah itu sendiri di samping dapat dijadikan
sebagai salah satu kaedah dalam pedagogi mengajar murid-murid dengan lebih
berkesan di dalam kelas untuk mata pelajaran bahasa Melayu ini.

9

Selanjutnya, menurut Fairus & Fazlinda (2018), kaedah yang membantu
murid mengingat dengan lebih cepat dan mudah ialah kaedah mnemonik di mana di
dalam kaedah murid turut diperkenalkan dengan teknik akronim yang mana
menggunakan pangkal huruf untuk menghafal yang mana disebut sebagai akronim.
Teknik akronim ini dapat membantu peserta kajian untuk mengingat akronim-akronim
yang telah saya sediakan berkaitan dengan KSN daripada untuk digunakan di dalam
ayat. Melalui kaedah mnemonik, saya iaitu pengkaji telah memperkenalkan satu
kaedah hafalan menggunakan KIT AKRODA yang diadaptasikan berdasarkan
kaedah tersebut di mana di dalam KIT AKRODA ini diterapkan penggunaan teknik
akronim untuk digunakan oleh peserta kajian bagi menyelesaikan masalah yang
timbul ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap
penggunaan kata sendi nama daripada dengan menggunakan KIT AKRODA
manakala soalan kajian merujuk kepada Bagaimanakah tahap penguasaan murid
terhadap penggunaan kata sendi nama daripada dengan menggunakan KIT
AKRODA.

PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah sekitar daerah Tuaran, Sabah dengan
melibatkan 5 orang murid dari kelas Tahun 4 yang terdiri daripada 3 orang murid
lelaki dan 2 orang murid perempuan. 5 orang murid ini mempunyai prestasi akademik
yang sangat lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu berbanding dengan rakan-
rakan yang lain. Peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2020 menunjukkan 5 murid ini
mendapat pencapaian paling lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kriteria
peserta kajian yang dipilih adalah terdiri dalam kalangan murid yang mengalami
kekeliruan dalam membuat perbezaan dalam penggunaan Kata Sendi Nama dari dan
daripada di dalam ayat. Peserta kajian juga dipilih dari kalangan yang mempunyai
masalah dalam pembelajaran seperti tidak fokus, kurang faham, dan mempunyai
masalah dalam keluarga mereka.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pada intervensi 1, saya menjalankannya selepas saya merekodkan markah ujian pra
bagi kemahiran tatabahasa yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya
memperkenalkan kepada peserta kajian kaedah menghafal KIT AKRODA (Akronim
Daripada). Pada peringkat ini, peserta kajian dijelaskan tentang penggunaan kaedah
hafalan KIT AKRODA dan apakah yang perlu dilakukan oleh murid sepanjang
menjalankan intervensi yang dijalankan oleh saya.
Intervensi 2 pula dijalankan ke atas peserta kajian di mana mereka diajar untuk
mengenal pasti dan menghafal secara berulang-ulang berdasarkan empat peringkat
iaitu memahami, mengenal pasti, menyalin dan menjawab soalan dalam KIT
AKRODA yang disediakan. Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk membiasakan
dan melatih peserta kajian terhadap kata sendi nama daripada di dalam ayat. Dalam
intervensi ini juga peserta kajian dilatih untuk menulis ayat menggunakan kata sendi
nama daripada dengan tepat.

Pada peringkat intervensi yang terakhir iaitu intervensi 3, saya meminta
murid untuk menulis ayat yang mudah dalam lembaran kerja iaitu ujian pasca yang
diberikan. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih peserta kajian menulis ayat dengan
menggunakan Kata Sendi Nama daripada dengan betul dan tepat. Langkah yang
terakhir dalam kaedah hafalan KIT AKRODA yang saya laksanakan ialah meminta
peserta kajian menyalin semula ayat pendek dalam lembaran kerja yang disediakan.
Hasil daripada latihan ini, peserta kajian akan terbiasa dengan penggunaan Kata
Sendi Nama daripada dan seterusnya membantu murid mengguasainya.Seterusnya,
merujuk kepada kaedah mengumpul data pula, data bermaksud butiran atau

10

maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpul tentang sesuatu dan dapat
dijalankan untuk membuat kajian. Bagi kajian ini, saya menggunakan beberapa

instrumen untuk mengumpul data. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah
ujian, pemerhatian dan soal selidik manakala instrumen yang telah digunakan ialah

ujian pra dan pasca serta borang senarai semak.
Akhir sekali, proses menganalisis data dilaksanakan setelah pengumpulan

data dilaksanakan. Saya menganalisis data yang didapati daripada instrumen yang
dijalankan. Melalui analisis yang dilakukan, saya dapat menilai sejauh mana

keberkesanan penggunaan kaedah hafalan KIT AKRODA dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran Kata Sendi Nama daripada peserta kajian.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini bertujuan mengetahui bagaimanakah tahap penguasaan murid
terhadap penggunaan Kata Sendi Nama daripada. keputusan yang dikumpul
berdasarkan pelaksanaan instrumen senarai semak bagi mendapatkan data bagi
kaedah analisis iaitu ujian pra dan pasca terhadap peserta kajian yang mempunyai
masalah dalam kemahiran tatabahasa iaitu penggunaan Kata Sendi Nama daripada
di dalam ayat. Data yang diperoleh dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk
jadual dan graf yang lebih mudah untuk dilihat di samping graf perbandingan juga
dihasilkan bagi menunjukkan perbezaan tahap penguasaan murid sebelum dan
selepas intervensi dijalankan menggunakan KIT AKRODA tersebut.

Analisis Ujian Pra dan Pasca

Saya telah menganalisis dapatan data melalui markah ujian pra dan pasca peserta
kajian yang telah dilaksanakan. Markah ujian peserta kajian dianalisis bertujuan
untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah hafalan menggunakan KIT
AKRODA dalam meningkatkan penguasaan kemahiran KSN daripada peserta kajian.
Pemarkahan dan gred tahap peserta kajian ditentukan berdasarkan jadual
pemarkahan yang telah dibina.

MARKAH 10
8
6 234 5
4 PESERTA KAJIAN
2
0 Ujian pra Ujian pasca
1

Rajah 1 : Graf perbandingan markah peserta kajian berdasarkan ujian pra dan ujian
pasca yang diedarkan.

11

Analisis Pemerhatian

Kaedah ini dilakukan ketika ujian pra dan ujian pasca dijalankan bagi melihat tindak
balas peserta kajian terhadap ujian dan juga intervensi yang telah mereka

laksanakan. Hasil pemerhatian berstruktur dicatatkan di dalam senarai semak
pemerhatian yang telah dibina. Berikut merupakan analisis senarai semak

pemerhatian sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

BIL ITEM SKALA

SEBELUM SELEPAS

12 3 451234 5
///
1 Mengenal pasti Kata Sendi Nama // // / //
menggunakan KIT AKRODA

2 Mengenal pasti apa itu Kata Sendi /// / / /// //
/ ////
Nama secara akronim / ////
// ///
3 Adakah KIT AKRODA / // // / ////

menyeronokkan

4 KIT AKRODA membantu saya / // //

menulis dengan baik

5 Menggunakan Kata Sendi Nama / /// /

daripada secara kreatif

6 Membezakan Kata Sendi Nama dari / // //

dan daripada dengan KIT AKRODA

7 Menulis ayat gramatis dengan Kata // /// //// /
Sendi Nama daripada dengan kreatif

8 Seronok menghasilkan ayat // /// /// //
gramatis menggunakan KIT

AKRODA

Jadual 1 : Jadual hasil pemerhatian terhadap peserta kajian berdasarkan borang
pemerhatian

Berdasarkan analisis perbandingan yang dijalankan, saya dapat menyimpulkan
bahawa peningkatan peratus peserta kajian berada di tahap yang
memberangsangkan. Jika dilihat pada data di atas, hasil data yang ditunjukkan
sebelum intervensi dijalankan adalah kurang memuaskan saya kerana kemahiran
tatabahasa peserta kajian berada di tahap yang sangat rendah. Namun, selepas
intervensi dijalankan, dapatan data pemerhatian menunjukkan bahawa peserta
kajian telah mencatatkan peratusan kekerapan yang baik sert berada di tahap yang
memuaskan dan sangat memuaskan.

Analisis Soal Selidik

Soal selildik akan dianalisis secara kualitatif untuk menganalisis dapatan data
daripada hasil soal selidik menggunakan indikator minat yang sesuai. Data yang
diperoleh hasil daripada soal selidik ini akan dianalisis secara kualitatif bagi
mendapatkan nilai peratusan dan kekerapan respon yang diberikan oleh peserta
kajian mengikut item yang telah disediakan. Bagi soal selidik, saya telah mengira
skor jawapan peserta kajian untuk mengetahui dan menarik minat peserta kajian
terhadap kemahiran tatabahasa.

12

ITEM PENYATAAN YA TIDAK PERATUS (%)

YA TIDAK

1 Saya gembira belajar Kata Sendi 5 - 100 -
Nama daripada? 5
5 - 100 -
2 Saya seronok berada di dalam
kelas ini? 5 - 100 -
5
3 Saya bersemangat untuk belajar - 100 -
tentang Kata Sendi Nama 5 - 100 -
daripada?
5 - 100 -
4 Saya bersemangat untuk 5
menggunakan KIT AKRODA? - 100 -
- 100 -
5 Saya lebih senang belajar
menggunakan KIT AKRODA yang
diperkenalkan?

6 Saya rasa lebih tenang apabila
guru menggunakan pengajaran
yang menyeronokkan?

7 Saya boleh memberi perhatian
penuh semasa guru mengajar?

8 Saya rasa ingin belajar untuk lebih
menguasai kemahiran tatabahasa
iaitu Kata Sendi Nama daripada?

Jadual 1 : Jadual hasil soal selidik terhadap peserta kajian berdasarkan
borang soal selidik

PERATUS 120
100

80
60
40
20

0
12345678
ITEM

SEBELUM SELEPAS

Rajah 2 : Graf perbandingan markah peserta kajian berdasarkan borang soal selidik
yang diedarkan.

Berdasarkan analisis perbandingan yang dijalankan, saya dapat
menyimpulkan bahawa penilaian peningkatan peratus peserta kajian dinilai melalui

pada item yang terdapat di dalam borang soal selidik sebelum intervensi kajian
dijalankan ialah 42.5% dan min selepas intervensi dijalankan pula ialah sebanyak
100%. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan min sebanyak 57.5% selepas
intervensi kajian dijalankan.

13

REFLEKSI
Saya telah mencipta dan menghasilkan KIT AKRODA sebagai langkah untuk
menyelesaikan masalah kekeliruan yang timbul ini melalui kaedah hafalan
menggunakan KIT AKRODA di mana peserta kajian akan didedahkan dengan
penggunaan akronim-akronim mudah dan ringkas yang terdapat di dalam KIT
AKRODA untuk membantu peserta kajian menghafal dan mengenal pasti KSN
daripada yang betul dan tepat digunakan di dalam ayat yang dihasilkan. Saya telah
menjalankan ujian pra sebelum memperkenalkan intervensi ini kepada peserta kajian
dan selepas itu meminta peserta kajian untuk mengaplikasikan secara berulang kali
intervensi yang telah disediakan. Selepas sahaja intervensi telah diberikan beberapa
kali, ujian pasca telah diberikan semula kepada peserta kajian bagi melihat dan
menilai keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan.

Selain itu, untuk melihat keberkesanan intervensi yang dijalankan, saya telah
menggunakan beberapa instrumen ataupun kaedah pengumpulan data yang sesuai.
Antaranya ialah instrumen ujian, pemerhatian dan juga soal selidik. Bagi kaedah
instrumen ujian yang digunakan, saya telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca
bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Ujian pra telah dilaksanakan sebelum
intervensi dan ujian pasca dilaksanakan selepas intervensi dijalankan. Menurut
Noriati A. Rashid (2010), masalah pembelajaran ini akan menimbulkan lebih banyak
masalah pembelajaran yang lain dalam penulisan mereka apabila mereka ke
peringkat pengajian tinggi pada masa hadapan. Oleh itu, guru haruslah memainkan
peranan penting untuk menyelesaikan masalah ini sebelum merebak menjadi lebih
kritikal dan sebati dalam kalangan murid-murid.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

iaitu dari bagi memberikan gambaran perbandingan dalam penggunaan ayat dengan

ialah, adalah baik permasalahan dalam kemahiran tatabahasa ini dikaji pada
peningkatan yang lebih tinggi supaya dapat mengukur keberkesanannya ke atas
murid kajian yang pelbagai. Oleh tiu, kajian ini patu dijalankan dalam jangka masa
yang panjang. Kajian ini juga boleh dijalankan ke atas permasalahan yang lain dalam
pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk mengukur tahap implikasi
permasalahan tersebut dalam prestasi Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini akan
menjadi garis panduan bagi para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran
mereka kelak.

Akhir sekali ialah aspek tajuk kajian. Bagi kajian yang seterusnya, saya
mencadangkan agar tajuk kajian yang difokuskan dalam kajian diperluaskan lagi.
Kaedah yang digunakan boleh diperluas kepada murid lemah dan murid arus
perdana juga. Tambahan, penggunaan kaedah bukan sahaj membantu saya dalam
menyampaikan isi pelajaran kepada peserta kajian, tetapi juga membantu peserta
kajian untuk menguasai setiap kemahiran dalam Bahasa Melayu.

14

RUJUKAN
Asmah Omar. (2008), Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka
Akhiar Pardi. (2011). Penghantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan.

Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng. (2011). Konsep dan Amalan dalam Pengajaran Kajian Tindakan. Selangor

Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Christina Anak Rama. (2017). Analisis Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Kata Sendi Nama

dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan 1. Tesis Sarjana Muda yang
tidak diterbitkan. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ismail Ag Piut. (2013). Kaedah 5W1H : Penawar Keengganan Membaca(Reading Reluctance).
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013
M.B. Miles & A.M huberman. (1994). Qualitative Data Analysis Scond Edition. California :
SAGE Publications.
Noraziah Abdul Hamid. (1981) . Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya.
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan (Edisi 1). Selangor
Darul Ehsan : Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Bahasa Melayu II : Kemahiran Tatabahasa, Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Zaliza Mohamad Nasir. (2017) Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan
Karangan Pelajar. LSP International Journal. 4(1) : 23-35.

15

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membina Ayat Majmuk
Berdasarkan Bahan Rangsangan Dalam Kalangan Murid Tahun 5

Menggunakan Teknik SiBAD-SKUAD

Nor Fadzilah Binti Mohd Nokawi, Noor Salawati Binti Abu Bakar

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 5 yang lemah dalam
menguasai dan meningkatkan prestasi kemahiran membina ayat majmuk yang
mudah berdasarkan bahan rangsangan. Pengkaji menggunakan teknik SiBAD-
SKUAD sebagai rawatan terhadap permasalahan ini. Kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah yang terletak di daerah Gelugor, Pulau Pinang. Peserta kajian terdiri
daripada 5 orang murid Tahun 5 iaitu 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid
perempuan. Pengkaji menjalankan kajian berorientasikan Model Penyelidikan
Tindakan Kurt Lewin (1946). Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen bagi
mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pasca), analisis dokumen dan
pemerhatian. Intervensi telah dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan
peserta kajian dalam membina ayat majmuk yang mudah berdasarkan bahan
rangsangan. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian pasca. Hal ini membuktikan
teknik SiBAD-SKUAD berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan
penguasaan membina ayat majmuk mudah dalam kalangan murid Tahun 5.

Kata kunci: ayat majmuk, bahan rangsangan, teknik SiBAD-SKUAD

16

PENGENALAN
Kemahiran berbahasa merupakan isu yang amat signifikan dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sejak dahulu lagi. Kemahiran
didefinisikan sebagai kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala

ud menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu
bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Acap kali kita mendengar isu kemahiran
berbahasa sering diperbahaskan antaranya isu berkaitan masalah penguasaan
kemahiran menulis dalam kalangan murid. Abdul Rasid & Zulkifli (2008) (dalam Abdul
Rasid Jamian, 2011) menyatakan bahawa masalah menguasai kemahiran menulis
yang menyebabkan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran bahasa
Melayu adalah disebabkan ketidakcekapan mereka menguasainya.

Kemahiran menulis sering menjadi masalah utama khususnya bagi mata
pelajaran bahasa Melayu tidak kira walau peringkat rendah atau menengah.
Kemahiran menulis sewajarnya dikuasai oleh murid terutama sejak peringkat rendah
lagi agar kelemahan tersebut tidak memberikan impak yang berlarutan kepada aspek
lain seperti menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat, struktur ayat tidak
tersusun dan tanda baca tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Secara
tidak langsung, kegagalan murid dalam menguasai kemahiran menulis akan
menyebabkan kualiti pembelajaran menurun di samping memberikan kesan dalam
kehidupan seharian.

Kajian yang dijalankan ini lebih memberikan tumpuan kepada penguasaan
kemahiran menulis mekanis dalam kalangan murid-murid yang mana mereka
dikehendaki membina ayat majmuk berdasarkan bahan rangsangan iaitu gambar
tunggal dengan menggunakan beberapa pilihan kata hubung yang disediakan
melalui teknik jadual SiBAD-SKUAD. Teknik SiBAD-SKUAD ini lebih menekankan
penguasaan kemahiran membina ayat majmuk menggunakan lima pilihan kata
hubung iaitu {sambil, kerana, untuk, agar, dan} berbanding ayat tunggal bagi melatih
murid Tahun 5 membina ayat dalam konteks yang lebih meluas dan gramatis selaras
dengan tahap penguasaan cemerlang menurut standard prestasi kemahiran menulis
iaitu membina dan menulis ayat pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi
model teladan. Oleh itu, teknik SiBAD-SKUAD menjadi salah satu teknik yang
diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 5 untuk memudahkan proses membina
ayat majmuk dengan menggunakan jadual serta kata hubung yang telah disediakan.

17

FOKUS KAJIAN

Secara rasminya, topik membina ayat majmuk ini merupakan salah tajuk yang
terkandung dalam aspek tatabahasa Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu Tahun 5. Namun, pengkaji telah mengenal pasti masalah
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan bahan rangsangan menimbulkan
kekeliruan terhadap murid Tahun 5 semasa proses PdPc dijalankan. Ini membuktikan
bahawa terdapat segelintir murid Tahun 5 masih tidak dapat menguasai kemahiran
membina ayat majmuk yang telah dipelajari ketika berada di tahun sebelumnya.
Justeru, ujian pra diberikan kepada 5 orang peserta kajian Tahun 5. Antara kesilapan
yang sering dilakukan oleh murid termasuklah (a) murid membina ayat tunggal
berbanding ayat majmuk. (b) Susunan struktur ayat yang tidak tepat. (c) Ayat
tergantung dan tidak gramatis.

Menurut guru mata pelajaran bahasa Melayu kelas tersebut, antara punca
terjadinya kesilapan membina ayat dalam kalangan murid adalah disebabkan
kelemahan murid dalam mengingat kembali pengajaran yang diajar dan tergesa-
gesa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru, pengajaran secara latih tubi
dan berterusan dalam menyampaikan PdP amat sesuai dalam meningkatkan
kemahiran peserta kajian dalam membina ayat majmuk berdasarkan bahan
rangsangan iaitu gambar tunggal sejajar dengan penyataan Che Zanariah Che
Hassan et.al. (2011) yang menyatakan bahawa kaedah latih tubi merupakan satu
kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang diperoleh. Kaedah latih tubi ini dilaksanakan bertujuan untuk
mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran sekaligus menjamin
kekekalannya. Oleh itu, fokus kajian pengkaji adalah membantu murid-murid Tahun
5 memahami dan membina ayat majmuk mengikut konteks berdasarkan bahan
rangsangan yang diberikan dengan mengaplikasikan teknik SiBAD-SKUAD.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:

1. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 untuk membina ayat majmuk
mudah berdasarkan bahan rangsangan menggunakan teknik SiBAD-
SKUAD.

2. Mengaplikasikan teknik SiBAD-SKUAD dengan sepenuhnya mengikut
susunan dalam kalangan murid Tahun 5 untuk membina ayat majmuk mudah
berdasarkan bahan rangsangan.

SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini ialah:

1. Adakah teknik SiBAD-SKUAD dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
membina ayat majmuk mudah berdasarkan bahan rangsangan terhadap
murid Tahun 5?

2. Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBAD-SKUAD dengan
sepenuhnya mengikut susunan dalam penguasaan kemahiran membina
ayat majmuk mudah berdasarkan bahan rangsangan?

PESERTA KAJIAN

Salah sebuah sekolah rendah di daerah Gelugor, Pulau Pinang dijadikan sebagai
tempat kajian kerana pengkaji menjalani praktikum fasa kedua di sekolah ini selama
tiga bulan sebelum ini. Pengkaji telah memfokuskan kepada murid-murid kelas
Tahun 5. Pengkaji telah memilih 5 orang murid bagi kategori lemah dan sederhana
sebagai peserta kajian. Semua peserta kajian berbangsa Melayu dan umur mereka
ialah 11 tahun. Maklumat peserta kajian adalah seperti jadual di bawah:

18

Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian

Bilangan Peserta Jantina Prestasi Ciri Peribadi
Akademik
1 A Lelaki Sederhana Pasif
2 B Lelaki Aktif
3 C Lelaki Lemah Aktif
4 D Perempuan Cemerlang Aktif
5 E Perempuan Pasif
Lemah
Sederhana

Berdasarkan jadual di atas, terdapat 2 orang peserta yang

mempunyai prestasi akademik yang lemah dan sederhana manakala hanya
seorang peserta berprestasi cemerlang dalam akademiknya. Selain itu,
terdapat 3 orang peserta bersifat aktif dan 2 orang bersifat pasif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah
kajian tindakan. Babbie (2001) dan Neuman (2011) berpendapat bahawa
kaedah kajian tindakan yang digunakan dapat memberikan gambaran yang
tepat berkaitan nilai, dan impak sesuatu tindakan yang dibuat hasil daripada
penemuan masalah. Kaedah ini digunakan kerana dapat menerangkan
masalah sebelum dan selepas diambil tindakan yang merupakan satu situasi
seperti mana yang berlaku di dalam bilik darjah, mengambil data dalam satu
masa tertentu serta dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat
mengenai sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy & Omrod, 2001). Justeru itu,
kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan teknik SiBAD-
SKUAD untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk
berdasarkan bahan rangsangan dalam kalangan murid Tahun 5.

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur iaitu
memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan aktiviti yang
telah dikenal pasti. Instrumen yang digunakan untuk menganalisis
pemerhatian berstruktur ialah borang senarai semak pemerhatian
berstruktur. Terdapat lima item yang dikaji dan diperhatikan dengan

dilakukan.

Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah ujian penilaian. Menurut
Rosinah Edinin (2012), ujian merupakan salah satu alat kajian yang
digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam
pembelajarannya. Pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik dan ujian
pencapaian terhadap peserta kajian. Ujian diagnostik merupakan ujian
terawal yang dijalankan untuk mengukur tahap kemahiran peserta kajian
sebelum intervensi dijalankan bagi mengenal pasti golongan peserta kajian
yang berada pada kategori lemah dan sederhana. Ujian pencapaian pula
dilakukan bagi mengumpul data banding beza antara ujian diagnostik serta

19

Kaedah Pengumpulan Datamengenal pasti sama ada keputusan penguasaan peserta kajian meningkat
mahupun menurun.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah analisis dokumen jenis
lembaran kerja. Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengumpul segala
maklumat yang diperlukan sepanjang menjalankan kajian ini. Pengkaji telah
menggunakan latihan lembaran kerja intervensi sebanyak empat peringkat
sebagai salah satu dokumen peserta kajian.

Pemerhatian

Ujian

Analisis Dokumen

Rajah 1: Kaedah Pengumpulan Data
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
a) Ujian Pra dan Ujian Pasca
Selepas memperoleh markah para peserta kajian bagi ujian pra dan ujian
pasca, pengkaji telah membuat perbandingan markah bagi kedua-dua ujian
tersebut dalam bentuk jadual dan grafik. Perbandingan markah bagi ujian pra
dan ujian pasca telah menunjukkan perbezaan yang ketara selepas
intervensi teknik SiBAD-SKUAD dilaksanakan kepada para peserta kajian
sekaligus membuktikan keberkesanan pengaplikasian teknik sebelum dan
selepas digunakan. Secara keseluruhan, kelima-lima peserta kajian
mempunyai peningkatan dalam penguasaan kemahiran membina ayat
majmuk berdasarkan bahan rangsangan dengan menggunakan teknik
SiBAD-SKUAD. Hal ini boleh dilihat melalui jadual di bawah dengan jelas
bahawa kelima-lima peserta kajian telah mencapai markah 7 dan ke atas iaitu
pada tahap baik sehingga tahap cemerlang.

20

Jadual 2: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Markah Ujian Pra Markah Ujian Perbezaan Markah
Kajian (10%) Pasca (10%)
4 +5
A 2 9 +5
B 4 7 +5
C 5 9 +5
D 2 10 +5
E 7

Markah (%) Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian
Pasca

Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca

15
10

5
0

Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian
ABCDE
Peserta Kajian

Rajah 2: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan graf di atas, jelaslah bahawa kelima-lima peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan yang ketara dengan memperoleh markah yang
tinggi iaitu sekitar 7% pada tahap baik hingga 10% pada tahap cemerlang.
Hanya peserta B dan E yang mendapat markah 7%, manakala peserta A dan
C mendapat markah 9% dan peserta D pula mendapat markah penuh iaitu
10%. Hal ini jelaslah bahawa peserta kajian telah mencapai tahap
penguasaan yang baik dan cemerlang berbanding tahap minimum dan
kurang memuaskan semasa menjalani ujian pra.

b) Pemerhatian

Jadual 3: Perbandingan Data Setiap Item Sebelum dan Selepas
Intervensi

Item Kriteria

1 Ya Tidak
2 Sebelum
3 Selepas Sebelum Selepas
4 0
5 0 550
3
5 451
3
421

510

520

21

Perbandingan Data Pemerhatian "Ya"
Sebelum dan Selepas

Kekerapan 10 5 4 34 55 35
50 0 Item 4 Item 5
0 Item 3
Item 2 Item
Item 1

Pemerhatian Sebelum Intervensi Pemerhatian Selepas Intervensi

Rajah 3: Graf

Berdasarkan graf di atas, perubahan positif telah berlaku setelah intervensi
teknik SiBAD-SKUAD dilaksanakan kepada peserta kajian iaitu semua peserta kajian
berjaya menunjukkan peningkatan dalam menulis ayat majmuk dengan gramatis
(item 1) iaitu seramai lima orang peserta kajian menggunakan teknik SiBAD-SKUAD
selepas intervensi dijalankan berbanding data sebelum intervensi apabila didapati
tiada peserta kajian yang dapat menulis ayat majmuk yang gramatis dengan tepat. 4
orang peserta kajian pula berjaya menunjukkan peningkatan selepas intervensi
berbanding sebelum intervensi dijalankan iaitu keupayaan peserta kajian
menggunakan kosa kata yang sesuai dan meluas (item 2).

Semasa pemerhatian dijalankan sebelum intervensi, terdapat 3 orang
peserta dapat membina ayat menggunakan tanda baca yang betul (item 3) manakala
terdapat pertambahan seramai seorang peserta kajian yang berjaya meningkat
dalam item 3 menjadikan jumlah peserta kajian seramai 4 orang selepas intervensi
dijalankan. Semua peserta kajian juga dilihat tiada mempunyai sebarang masalah
dalam menggunakan kata hubung dengan tepat (item 4) sama ada sebelum
intervensi dan selepas intervensi iaitu kelima-lima peserta kajian dapat
menggunakan kata hubung dengan betul. Peningkatan turut berlaku apabila kelima-
lima peserta kajian berjaya membina 5 ayat yang sesuai berdasarkan gambar (item
5) selepas intervensi dijalankan berbanding data sebelum intervensi dijalankan iaitu
seramai 3 orang peserta kajian sahaja. Oleh itu, data pemerhatin yang ditunjukkan
di atas jelas membuktikan bahawa teknik SiBAD-SKUAD dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam kalangan Tahun 5 untuk membina ayat majmuk mudah
berdasarkan bahan rangsangan.

c) Analisis Dokumen

Setelah memperoleh markah para peserta kajian dalam menjalankan keempat-
empat peringkat intervensi, pengkaji telah membuat perbandingan markah bagi
kesemua intervensi dalam bentuk jadual. Perbandingan markah bagi kesemua
intervensi menunjukkan peningkatan yang baik dan ketara untuk menguji kefahaman
peserta kajian mengenai teknik SiBAD-SKUAD yang dipelajari. Secara keseluruhan,
kelima-lima peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam menjalani intervensi
teknik SiBAD-SKUAD. Berikut merupakan jadual markah bagi setiap intervensi yang
telah dijalankan kepada setiap peserta kajian.

22

Jadual 4: Perbandingan Markah Intervensi Setiap Peserta Kajian

Peserta Markah Markah Markah Markah
Kajian Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

A ( / 9%) ( / 5%) ( / 10%) ( / 10%)
B
C 9 5 10 10
D
E 9 5 10 10

9 5 10 9

9 5 10 9

9 5 9 9

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, hasil kajian ini membuktikan bahawa peserta kajian yang tidak
berjaya mencapai markah yang minimum dalam kemahiran membina ayat tidak
semestinya akan kekal berada pada tahap pencapaian yang sedemikian. Jika diasah
dengan teknik yang bersesuaian dan mudah difahami oleh mereka, maka secara
tidak langsung peningkatan juga dapat dilihat melalui perkembangan pembelajaran
mereka. Perkara ini jelas dibuktikan misalnya melalui teknik SiBAD-SKUAD yang
telah membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membina ayat majmuk mudah berdasarkan bahan rangsangan.

Sepanjang proses pelaksanaan kajian ini, pengkaji turut memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga tamsilnya amalan pengajaran
dan pembelajaran serta pelbagai teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan
tahap kognitif murid. Pengkaji juga telah membuat refleksi dan penilaian diri terhadap
pelaksanaan kajian ini berdasarkan amalan pedagogi yang betul sekaligus berusaha
untuk meningkatkan kualiti PdPc dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, pengkaji juga
dapat meningkatkan pengalaman daripada aspek mengajar kelak pada masa
hadapan apabila berada dalam situasi sebenar sebagai seorang warga pendidik.
Dengan pelaksanaan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa teknik SiBAD-SKUAD
mengandungi kekuatan dan kelemahan terhadap peserta kajian.

Seterusnya, pengkaji bercadang untuk menambahbaik teknik yang telah
dihasilkan dengan menghasilkan kit sebagai bahan konkrit berbentuk kad. Hal ini
secara tidak langsung membolehkan murid dapat mengaplikasikan teknik SiBAD-
SKUAD dengan kukuh kerana adanya bahan berbentuk kit berbanding jadual yang
diberikan dalam bentuk lembaran kerja. Malahan, pengkaji ingin memasukkan unsur
grafik dan jadual berwarna agar dapat menarik perhatian murid lebih lagi untuk
mengetahui cara mengaplikasikannya. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan
teknik SiBAD-SKUAD yang telah diubahsuai ini dilaksanakan terhadap peserta yang
berlainan umur bagi kajian yang akan datang misalnya murid yang berada pada
Tahap Satu iaitu murid Tahun 3. Hal ini kerana kemahiran membina ayat penting
dikuasai oleh murid dengan sepenuhnya sejak Tahap Satu supaya dapat
memudahkan mereka untuk belajar menghasilkan karangan ketika berada pada
Tahap Dua. Secara tidak langsung, kegagalan menguasai kemahiran membina ayat
yang gramatis dan tepat pada peringkat awal akan mengakibatkan mereka lebih
sukar dalam membetulkan penggunaan ayat yang dihasilkan dalam penulisan masa
kelak.

23

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3
(2180-4842), 49-63. Muat turun daripada file:///C:/Users/ASUS/Downloads/66-130-1-SM.pdf

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (2180-4842), 1-12. Muat turun daripada
http://journalarticle.ukm.my/2528/1/1 12_Jurnal_Pendidikan_Bahasa_Melayu.pdf

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Selangor Dahrul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: 2
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun

Semakan 2017

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2017). Rubrik Penskoran BM Penulisan. Dicapai daripada
https://www.slideshare.net/rebakasajaya/rubrik-penskoran- bm-penulisan

Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor Darul
Ehsan: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

24

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
TUNGGAL MENGGUNAKAN TEKNIK JADUAL TANYA DALAM

KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Nur Adila Mastura Binti Noraidil Razman, Tajip Bin Tassan

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membina ayat tunggal. Kajian
membantu murid membina ayat tunggal dengan lengkap. Isu yang dihadapi ialah
murid lemah menstruktur subjek dan predikat serta mentafsir idea dalam bentuk
tulisan. Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada model kajian tindakan
Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988). Data dikutip dalam bentuk kualitatif melalui
ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen dan pemerhatian yang dijalankan ke atas
lima orang murid tahun tiga di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah
sebagai sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada dua orang perempuan dan tiga
menunjukkan bahawa murid boleh membina ayat tunggal dengan lengkap dan
berkesan. Kajian ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat
tunggal dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: ayat tunggal, penyoalan, bahasa melayu, Jadual Tanya

25

PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard
Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia
(2018), terdapat empat kemahiran bahasa dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah
rendah, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.

Kemahiran menulis adalah asas kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.
Berdasarkan KPM (2018) kemahiran menulis mempunyai hubung kait dengan ilmu
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui oleh murid. Pada masa yang sama,
kemahiran menulis haruslah diberi penekanan terhadap beberapa aspek iaitu ayat
yang ditulis mestilah gramatis, penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul, serta
yang turut diberi penekanan adalah tulisan murid mestilah jelas dan kemas. Bukan
itu sahaja, menurut KPM (2018) murid turut digalakkan untuk menulis mengikut
kreativiti dalam penulisan yang berunsur pengetahuan atau imaginasi.

Kemahiran membina ayat tunggal dengan lengkap dan gramatis ini dapat
dilatih dengan menggunakan teknik pengajaran yang betul dan sesuai. Menurut Tee
Tza Kiong, Jailani bin Md Yunos, Baharom bin Mohamad, Widad Bt. Othman & Yee
Mei Heong (2010), pemilihan bahan pengajaran dengan teknik adalah salah satu
cara yang dapat menyelsaikan masalah dalam membina ayat. Kesimpulannya, teknik
yang berkesan haruslah dilaksanakan terhadap murid supaya dapat menambah baik
keadaan dan kesalahan yang dihadapi oleh murid. Dengan ini, murid dapat
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan lengkap menggunakan
teknik yang telah dirancang serta diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa pelaksanaan praktikum fasa
satu, sebilangan besar murid tahun tiga bagi kelas yang diajar agak lemah dalam
aktiviti membina ayat khususnya ayat tunggal. Meskipun dibantu bahan grafik seperti
gambar semasa latihan membina ayat, kebanyakan murid-murid ini hanya
menyatakan frasa kerja bagi setiap gambar tersebut. Hanya sebilangan kecil
daripada keseluruhan kelas yang mampu membina ayat tunggal yang lengkap
dengan subjek dan predikatnya.

Bagi menangani masalah ini, guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan
pelbagai jenis kaedah dan teknik pengajaran serta menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang pelbagai untuk membantu murid-murid mereka dalam
membina ayat. Penyelesaian alternatif yang difikirkan pengkaji ialah untuk membantu
murid mengembangkan dan menstrukturkan idea dengan lebih baik. Alternatif
tersebut ialah
merangsang pemikiran murid-murid ini. Dalam kajian ini, akan dilihat bagaimana
penggunaan kaedah penyoalan dapat meningkatkan kemahiran murid membina ayat
tunggal dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya murid Tahun Tiga.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji mendapati murid-murid Tahun Tiga mempunyai pelbagai kelemahan dalam
aspek tatabahasa. Namun begitu, pengkaji hanya memfokuskan kepada
permasalahan kemahiran membina ayat tunggal dengan lengkap. Hal ini kerana,
kemahiran membina ayat yang tidak lengkap akan menjejaskan pemarkahan dalam
ujian dan peperiksaan. Kesannya, pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan
akan menurun. Sebagai contoh, murid telah melakukan kesalahan membina ayat
iaitu tidak mengikut struktur binaan ayat, ayat yang dibina tidak mempunyai subjek
dan terdapat kekurangan unsur keterangan dalam ayat yang dibina. Kajian ini

26

dilaksanakan untuk memberi fokus kepada peningkatan penguasaan kemahiran
membina ayat tunggal dalam kalangan murid tahun tiga.

Meskipun banyak kelemahan yang telah dikesan oleh pengkaji semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun begitu,
pengkaji sedaya upaya ingin membantu mengatasi masalah murid supaya dapat
membina ayat tunggal yang lengkap. Hal ini kerana, kemahiran membina ayat
tunggal adalah antara masalah yang kritikal dalam kalangan murid tahun tiga
tersebut. Penggunaan ayat yang tidak lengkap atau gramatis akan membawa makna
yang berlainan kepada pembaca. Justeru, masalah ini mendorong pengkaji untuk
mencari suatu teknik bagi meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membina ayat tunggal. Pengkaji merancang menggunakan kaedah penyoalan untuk
membantu murid dalam penguasaan kemahiran membina ayat tunggal.

Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan membentuk
sikap positif murid selain meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membina ayat gramatis. Menurut Garder dalam Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail
Syed Mustapa (2011), beliau mengatakan bahawa ketidakserasian antara teknik
dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau
hilang minat terhadap sesuatu subjek dalam pengajaran dan pembelajara. Oleh itu,

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid iaitu kemahiran membina ayat tunggal.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk;

1. Menguasai kemahiran menulis ayat tunggal
2. Meningkatkan kemahiran menstruktur idea dalam binaan ayat tunggal

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut;

1. Apakah kesan penggunaan teknik Lagu Siapa dalam meningkatkan
kemahiran menulis ayat tunggal bagi murid Tahun Tiga?

2. Adakah murid-murid mengalami perkembangan dalam menstrukturkan
idea-idea mereka ke dalam bentuk binaan ayat tunggal dengan
penggunaan teknik Lagu Siapa?

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah menjalani kajian di sebuah sekolah kebangsaan daerah Tuaran.
Sekolah tersebut dijadikan tempat kajian kerana pengkaji telah menjalani praktikum
Fasa 1 di sekolah tersebut selama 3 bulan. Kebanyakan murid di sekolah tersebut
adalah terdiri daripada murid berbangsa Melayu dan Dusun. Sepanjang praktikum
dilaksanakan, pengkaji mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas Tahun 3.
Murid kelas tersebut terdiri daripada 38 orang murid. Pemilihan peserta kajian dibuat
berdasarkan kepada fokus kajian dan objektif kajian. Oleh itu, berdasarkan fokus dan
objektif kajian, pengkaji telah mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah
dalam kemahiran membina ayat tunggal iaitu terdapat 5 orang murid. Murid ini
dikategorikan sebagai kategori sederhana dan lemah dalam kemahiran menulis ayat
tunggal.

27

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan kepada lima orang peserta yang bertujuan untuk mengkaji
alam meningkatkan kemahiran membina ayat

peserta kajian dalam membina ayat tunggal menggunakan kaedah penyoalan.
Dalam satu kajian, pengumpulan data itu perlu dilakukan bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan dapatan kajian. Menurut Rosinah Edinin (2011),
beliau mengatakan bahawa pemilihan sesuatu kaedah pengumpulan data
bergantung kepada sesuatu isu atau fokus kajian yang hendak dikaji. Pengkaji telah
menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul data dalam mengkaji

membina ayat tunggal.

Pemerhatian Ujian Analisis
(Pra dan Dokumen
Pasca)

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen ujian pra dan pasca, analisis
dokumen dan pemerhatian sepanjang proses intervensi, analisis keputusan ujian
untuk mengumpul data bagi membuktikan masalah berkaitan dengan kelemahan
dalam membina ayat tunggal ini dapat ditangani.

DAPATAN KAJIAN

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang
peserta kajian adalah ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan pemerhatian. Data-
data yang diperoleh melalui kaedah pengumpulan telah dianalisis ke atasnya.
Pengkaji dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi
daripada peserta kajian dengan menganalisis data.

Sebelum pelaksanaan intervensi, pengkaji menjalankan ujian pra terlebih
dahulu. Ujian pra dijalankan dalam bentuk membina ayat berdasarkan bahan grafik
yang diberikan. Tujuan ujian pra juga adalah untuk mengesan tahap penguasaan
peserta kajian dalam kemahiran membina ayat gramatis. Pengkaji telah menetapkan
kriteria pemarkahan berdasarkan garis panduan memeriksa kertas penulisan
bahagian A membina ayat.

Berdasarkan kepada analisis penilaian yang dilakukan terhadap ujian pra,
pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu kemahiran
membina ayat tunggal dengan lengkap. Terdapat sebilangan peserta kajian membina
ayat tunggal dengan betul berpandukan grafik yang disediakan oleh pengkaji. Namun,
ayat yang dibina terlalu ringkas serta mempunyai ketiadaaan unsur keterangan di
bahagian belakang predikat ayat. Pengkaji juga mendapati bahawa peserta kajian
sering melakukan keasalahan dalam penggunaan kosa kata dalam membina ayat.
Kemudian, ujian pasca dilaksanakan setelah intervensi dijalankan. Ujian ini bertujuan
untuk melihat peningkatan peserta kajian dalam kemahiran membina ayat tunggal

ujian pra digunakan semula pada ujian pasca bagi mendapatkan ketekalan yang
tepat.

28

Perbandingan skor markah bagi kedua-dua ujian menunjukkan terdapat
perbezaan yang ketara selepas peserta kajian menjalani intervensi yang

, terdapat
peningkatan terhadap prestasi peserta kajian dalam kemahiran membina ayat

tunggal.

Jadual 1: Perbandingan Skor dan Peratus Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Perbezaan
Kajian Skor Markah
Skor Peratus Skor Peratus Peratus
Markah (%) Markah (%) (%)

A 3 30 8 80 5 50
B 4 40 9 90 5 50
C 3 30 9 90 6 60
D 3 30 8 80 5 50
E 4 40 9 90 5 50

PESERTAGDRAF PERBEZAAN MARKAH UJIAN PRA DA90N
UJIA4N0 PASCA

PESERTA D 30 80

PESERTA C 30 90

PESERTA B 40 90

PESERTA A 30 80 100
0 U2J0IAN PASC4A0 UJIAN60PRA 80

Rajah 1: Graf Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati
dan mengenal pasti tingkah laku peserta kajian sepanjang sesi inervensi dijalankan.
Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kemampuan
peserta kajian dalam membina ayat tunggal dengan lengkap dan berstruktur. Selain
itu ianya dapat memberikan gambaran tentang tahap keseronokan dan minat mereka

Pemerhatian ini juga perlu dijalankan kerana ciri-ciri kualitatif seperti daya ingatan
atau pengecaman murid tidak dapat diukur melalui ujian secara bertulis seperti Ujian
Pra atau Ujian Pasca. Bagi meningkatkan hasil pemerhatian, pengkaji turut meminta
kerjsama guru subjek Bahasa Melayu di sekolah untuk memerhatikan peserta kajian.
Pemerhatian dijalankan sepanjang sesi intervensi menggunakan borang senarai
semak. Pengkaji membuat pemerhatian daripada empat tema iaitu minat, tingkah
laku, penglibatan dan masalah disiplin. Terdapat dua aspek diperhatikan dalam
setiap tema itu. Data-data pemerhatian itu direkodkan dan dibuat perbandingan.

29

Jadual 2: Borang Senarai Semak Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku
30

PERBANDINGAN KEKERAPAN TINGKAH LAKU
SEBELUM & SELEPAS INTERVENSI

10

8

6

4

2

0

Minat Tingkah Penglibatan Masalah

Laku Pasif Disiplin

Sebelum Selepas
Rajah

2: Graf Perbandingan Kekerapan Tingkah laku Sebelum & Selepas Intervensi

Akhir sekali, analisis dokumen ialah sumber data kualitatif selaian daripada

pemerhatian dan soal sleidik yang dijalankan. Dokumen merangkumi segala bahan
bertulis, visual dan fizikal yang sedia ada ada dan relevan dengan kajian. Pengkaji

menganalisis lembaran kerja sebelum intervensi dijalankan dan latihan-latihan
intervensi bagi peserta kajian yang dihidangkan dan latihan-latihan intervensi bagi

peserta kajian yang difokuskan. Dokumen lembaran kerja yang dianalisis akan
dijadiakan bukti bahawa murid menghadapi masalah dalam kemahiran membina ayat

tunggal manakala dokumen latihan intervensi dijadikan bukti untuk mengesan

tunggal.

Jadual 3: Perbandingan Skor Markah Peringkat Intervensi

Peserta Skor Skor Skor Skor Skor
Kajian Markah Pra Markah Markah Markah Markah
Intervensi Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4
A
B 16 16 12 12 24
C 16 15 12 12 24
D 16 16 12 12 24
E 16 15 11 12 23
16 15 11 12 24

31

Jadual 4: Perbandingan Peratus Markah Peringkat Intervensi

Peserta Peratus Peratus Peratus Peratus Peratus
Kajian Markah Pra Markah Markah Markah Markah
Intervensi Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

A 100% 100% 100% 100% 100%

B 100% 94% 100% 100% 100%

C 100% 100% 100% 100% 100%

D 100% 94% 92% 100% 96%

E 100% 94% 92% 100% 100%

GRAF PERBANDINGAN SKOR MARKAH PERINGKAT PRA,
PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT

102 100 100 101000

101001001001000 100 101001000 101001001001000 100
100

98 96 94
94 92
96
94 92

94

92

90

88 PESERTA 2 PESERTA 3 PESERTA 4 PESERTA 5
PESERTA 1 Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

Pra Intervensi

Rajah 3: Graf Perbandingan Skor Markah Peringkat Intervensi

REFLEKSI

Sepanjang proses pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah memperoleh banyak ilmu
pengetahuan seperti amalan pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan yang
dilaksanakan merupakan satu cara yang berkesan untuk memperbaiki kualiti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, pengkaji juga
dapat meningkatkan pengalaman dari aspek cara pengajaran untuk rujukan masa
hadapan sekiranya berada dalam situasi yang sebenar. Pengkaji juga dapat menilai

dapat meningkatkan kenahiran membina ayat tungga dengan adanya pelaksanaan
intervensi secara berperingkat.

Melalui dapatan kajian yang dianalisis oleh pengkaji, dapatan ujian pra dan
ujian pasca serta pemerhatian menunjukkan peningkatan positif dalam kalangan
peserta kajian terhadap kemahiran membina ayat tunggal. Selepas intervensi
dijalankan, peserta kajian nampak lebih berkeyakinan dalam membina ayat tunggal
dengan lengkap dan tidak lagi berteka-teki ketika diminta membuat latihan. Walau

32

bagaimanapun, pengkaji tetap menghadapi kekangan sepanjang proses
pelaksanaan kajian iaitu terdapat kesulitan semasa pengkaji ingin mengumpil data
awal. Pengkaji membuat keputusan untuk ke sekolah yang berlainan semasa ingin
mengumpul data. Namun begitu, memandangkan latar belakang murid yang berbeza
berbanding sekolah yang pengkaji pernah menjalani praktikum maka pengkaji
terpaksa mengenal pasti semula murid-murid di sekolah tersebut bagi memastikan
mereka sesuai untuk menjadi peserta kajian. Oleh hal yang demikian, pengkaji
mengambil masa yang agak lama untuk melaksanakan intervensi secara
berperingkat ini. Meskipun pengkaji mengalami kekangan dalam proses pelaksanaan
kajian, pengkaji telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman dalam menjalankan
kajian ini.

Pengkaji telah mempelajari ilmu dalam mencari satu-satu penyelesaian bagi
membantu peserta kajian yang mengalami masalah dalam membina ayat tunggal
Pengkaji juga telah memperoleh ilmu dalam membina soalan Ujian, intervensi-
intervensi dan borang senarai semak pemerhatian berstruktur semasa kajian
dijalankan. Pengkaji juga belajar dalam menghasilkan graf dan jadual berdasarkan
data-data yang diperolehi, membuat analisis data dan penghasilan kajian
berdasarkan rujukan. Pengkaji juga dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
diri sendiri bagi meningkatkan kualiti sebagai seorang bakal guru. Pengkaji juga
memperoleh pengetahuan yang bermanfaat daripada penyelia penyelidikan dalam
pelaksanaan kajian ini kerana beliau telah banyak memberi bimbingan, sokongan
dan perkongsian ilmu dalam menyiapkan kajian ini.

Pengkaji turut sedar bahawa terdapat banyak lagi masalah yang dihadapi
oleh peserta kajian dalam pengajaran dan pembelajaran dan memerlukan tindakan
yang sesuai untuk menambah baik keadaan tersebut. Dengan ini, pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membina ayat tunggal perlu diteruskan bagi menjamin
prestasi murid dalam subjek Bahasa Melayu. Justeru, pengkaji perlu merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberikan tumpuan
kepada keperluan murid. Bukan itu sahaja, tanpa kerjasama daripada pihak sekolah
dan peserta kajian, pengkaji tidak dapat menjalankan kajian ini dengan sempurna.
Akhir sekali, kajian yang dijalankan iaitu meningkatkan kemahiran membina ayat
telah dikuasai oleh peserta kajian dengan berkesan.

33

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji melihat
terdapat peningkatan positif terhadap peserta kajian dalam kemahiran
mencadangkan kajian seterusnya dengan meneruskan lagi kajian pada
pembinaan ayat majmuk pula. Hal ini demikian kerana, ayat majmuk juga
memerlukan subjek, perbuatan, objek dan keterangan. Oleh itu, pengkaji
diubah suai dalam membantu murid membina ayat majmuk dengan berkesan.
dijalankan kepada peserta yang berlainan umur. Kajian ini telah dilaksanakan
ke atas murid Tahun 3. Pengkaji mencadangkan supaya kajian yang sama
dijalankan terhadap peserta yang berbeza umur di sekolah seperti murid
Tahun 2. Hal ini kerana, murid-murid ini telah mempelajari kemahiran
membina ayat yang mudah dan asas membina ayat perlu dikuasai dengan
baik sebelum meneruskan pembelajaran pada tahap 2 nanti. Dengan ini,
diharapkan bahawa mereka akan lebih menguasai kemahiran membina ayat
tunggal dengan berkesan.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar tempoh pelaksanaan
kajian boleh dipanjangkan bagi memberi masa yang secukupnya kepada
peserta kajian supaya mereka membiasakan diri dalam penggunaan teknik
penggunaan teknik ini dalam pelbagai aspek. Kesimpulannya, perkaji
berharap agar kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru lain untuk
memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam
kemahiran membin ayat tunggal.

34

RUJUKAN

Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizon

Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor Darul Ehsan:

Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Saiful Anwar Mustaffa. (2010). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal Dalam
Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Kaedah Rajah Tukar Ganti (RTG).
Diperoleh dari TINGKATKAN_KEMAHIRAN_MEMBINA_AYAT_TUNGGAL_

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2016). Garis Panduan Memeriksa Kertas 012 (panduan

Memberi Dan Menentukan Markah). Diperoleh dari

https://docslide.net/documents/garis-panduan- memeriksa-kertas-012-

panduan- nbsppdf-file1- pemeriksaan.html

Saiful. (2013). Penggunaan Bahasa yang Gramatis. Diperoleh dari
https://ww.slideshare.net/sayasaiful/azizi-tatabahasabahasa- yang-gramatis-md-

norliza

Syakil Zainal. (2010). Kemahiran Menulis. Diperoleh dari

https://www.academia.edu/28114708/BMM_3043_rev1b.doc

Nordin Tahir. (2014). Kemahiran Menulis. Diperoleh dari

https://www.amaljaya.com/guru/ppg/AeU/EEM%20413%20K emahiran%

35

Nur Anthasha binti Alias, Madlaim bin Ejib @ Etib
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
([email protected])

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam memahami

tidak memerlukan kos yang tinggi kerana menggunakan bahan kitar semula. Dalam
kajian kuantitatif dan kualitatif, data dikutip melalui pemerhatian dan ujian bertulis
serta analisis dokumen yang dijalankan ke atas 5 orang murid tahun 4 di sebuah
sekolah daerah Tuaran, Sabah sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan
kerana penggunaannya seakan-
mudah dan berkesan. Sebanyak 100% peserta kajian berjaya memperoleh skor yang
tinggi setelah mere
mampu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran kata sendi nama.
Kata kunci :

36

PENGENALAN
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) telah memuatkan senarai
kemahiran asas berbahasa meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),
kemahiran menulis dan kemahiran membaca, kemahiran tatabahasa dan kemahiran
seni bahasa. Kemahiran tatabahasa dianggap paling sukar untuk dikuasai oleh
murid-murid kerana tatabahasa merupakan asas kepada pembentukan kemahiran
yang lain. Kata sendi nama terkandungan dalam tatabahasa dibawah kata tugas.
Menurut Jacqueline (dalam Abdul Rasid Jamian dan Shamsudin Othman, Farah
Athirah Khuzaini, 2014), tatabahasa perlu diajar kepada murid kerana dapat
membantu seseorang murid membentuk frasa dan ayat sendiri. Sekiranya murid
tidak menguasai kemahiran tatabahasa, murid tidak dapat membina ayat yang betul
dan tepat serta gramatis.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mengimbas kembali pengajaran yang lepas, pengkaji telah melaksanakan aktiviti

gambar. Daripada aktiviti ini, pengkaji telah mengesan kesalahan penggunaan kata

menguji murid untuk mencari kesalahan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun,
pengkaji mendapati tiada murid yang dapat mengenal pasti kesalahan tersebut.

Melalui pemerhatian, sebahagian daripada murid tidak mengetahui serta

tunggal tersebut. Pengkaji mendapati murid tidak memahami konsep dan

menunjukkan murid-murid ini sangat lemah dalam menguasai konsep dan
penggunaan kata sendi nama tersebut. Kegagalan murid dalam kemahiran membina
ayat tunggal yang betul, tepat dan gramatis menggunakan kata sendi nama
merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru. Menurut Abdullah Hassan
(2002), penggunaan tatabahasa yang baik dapat membantu memudahkan
pembacaan. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menggunakan bahan

FOKUS KAJIAN

Masalah utama yang difokuskan adalah kekeliruan dalam penggunaan kata sendi
Tahun 4

semakan 2017, terdapat aspek kemahiran tatabahasa yang melibatkan kata tugas
iaitu kata sendi nama yang perlu dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

Jadual 1

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 semakan 2017

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN

5.1 Memahami dan 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas

menggunakan mengikut konteks; (ii) kata sendi nama

Masalah ini berlaku disebabkan oleh murid tidak dapat membezakan kata

kata sendi nama tersebut. Sekiranya kelemahan dalam kemahiran tatabahasa ini
tidak dapat diatasi, murid akan mengalami masalah khususnya menulis ayat atau

37

karangan yang gramatis. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan terhadap
masalah tersebut. Bahan bantu ini mampu menerangkan konsep, fungsi dan

Tinjauan Masalah
Bagi menyokong permasalahan, pemerhatian awal telah dijalankan ke atas 20 orang
murid. Hasil pemerhatian mendapati 5 orang murid sukar memahami penggunaan
hati mereka sahaja untuk memastikan ayat yang dibina sedap dituturkan.

Berdasarkan rajah di atas, terdapat kesalahan nyata yang dilakukan oleh
kajian 3 melakukan kesalahan kedua-dua kata s
tidak dapat memahami sepenuhnya penggunaan kata sendi nama iaitu kata sendi
mempunyai ruang.

38

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

tahun 4.

PERSOALAN KAJIAN

dap

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 yang bersekolah
di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tersebut sepanjang menjalani latihan
mengajar. Pengkaji mendapati bahawa terdapat 5 daripada jumlah murid di dalam

PELAKSANAAN KAJIAN
Prosedur pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan Model Kajian Kurt Lewin (1946).
Menurut Nizam Abdullah (2022), model ini terdiri daripada 4 fasa iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek.

39

Jadual 2

Proses Pelaksanaan Model Penyelidikan Kurt Lewin 1946

BIL. FASA KAJIAN TINDAKAN
1. Fasa 1 Merancang tindakan sistematik dan
Membuat perancangan sesuai untuk menyelesaikan masalah
kajian tindakan Merancang objektif yang sesuai
Menyediakan persoalan kajian
3. Fasa 2 berdasarkan objektif.
Melaksanakan tindakan Menentukan sasaran kajian.
yang dirancang Membuat instrumen untuk
mengumpul data melalui ujian pra
4. Fasa 3 dan ujian pos, pemerhatian serta
Membuat pemerhatian analisis dokumen.
tentang data yang telah Menjalankan ujian pra.
dikumpul dan dianalisis Melaksanakan intervensi iaitu bahan

5. Fasa 4 Menjalankan ujian pos.
Merefleks tindakan Merekod data hasil pemerhatian,
pelaksanaan kajian ujian pra dan ujian pos serta analisis
dokumen.
Menganalisis data hasil pemerhatian,
ujian pra dan ujian pos serta analisis
dokumen.
Menganalisis data bagi menilai
keberkesanan tindakan yang
dijalankan.
Membuat laporan berdasarkan hasil
dapatan yang diperolehi.
Mereflek kekuatan dan kelemahan
diri pengkaji
Mereflek untuk tujuan
penambahbaikan terhadap kajian

40


Click to View FlipBook Version