The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:07:45

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BM 3 & BM 4 (JILID 2)

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Pengajaran Bahasa Melayu

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Abdullah Hassan. (1996). Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Ayip. (20165). Penulisan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Cerdik

Publications Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2016). Rubrik Penskoran.

Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Selangor:
Karisma Production Sdn. Bhd

Rosinah Edinin. (2011), Penyelidikan Tindakan, Kaedah dan Penulisan. Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009), Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford
Fajar.

Zulkarnain Zulkfli. (2012). Penguasaan Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu Satu Kaedah
Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat dan Berbahasa Kalangan Murid-Murid
Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Rasa.

241

TEKNIK PSP BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT TUNGGAL DENGAN PELUASAN

SUBJEK DAN PREDIKAT

QISTINA ATHIFFAH BINTI AHMAD SABRI
Caroline @ Lorena David
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,
Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan bagi menguji penggunaan inovasi PSP (Peluasan
Subjek dan Predikat) melalui kemahiran menulis yang telah dibangunkan terhadap
murid-murid tahun lima. Teknik PSP yang menggunakan rumus SiKemBa dan SiBaK
diketengahkan bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penghasilan ayat
yang kurang gramatis. Inovasi ini dibangunkan bagi membantu murid
memperluaskan ayat menggunakan kaedah dan teknik yang betul supaya mereka
dapat memahami konsep peluasan subjek dan predikat dengan tepat. Pengkaji
memilih Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai model dalam melaksanakan
kajian ini. Peserta kajian seramai lima orang murid yang melibatkan tiga orang
perempuan dan dua orang lelaki. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur, soal selidik dan ujian pra dan pos sebagai kaedah pengumpulan data.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini bersifat kaedah gabungan
kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan kaedah tringulasi. Hasil pencapaian
murid dalam dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua mereka mengalami
peningkatan yang memuaskan berbanding pencapaian sebelumnya selepas
mengaplikasikan teknik PSP dengan rumus SiKemBa dan SiBaK. Hasil kajian
menunjukkan respon yang positif dan perlu ditambahbaik pada masa akan datang.
Hasil inovasi serta persepsi maklum balas ini boleh diguna pakai oleh penyelidik dan
diharap dapat dikongsi bersama untuk menghasilkan murid yang berkualiti.
Kata Kunci : Kemahiran menulis, Tahun 5, Teknik PSP, rumus SiKemBa dan
SiBaK

242

PENGENALAN

Aspek tatabahasa merupakan aspek yang penting dalam pembelajaran bahasa
Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu dikuasai dan
diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari subjek bahasa Melayu. Ringkasnya,
ilmu tatabahasa perlu dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat membantu mereka
meningkatkan kemahiran dari segi pembinaan ayat bagi tujuan penulisan dan juga
sebagai penutur bahasa Melayu yang baik. Oleh yang demikian, kajian tindakan telah
dihasilkan bertujuan untuk mengubah amalan murid supaya memahami dan
menguasai sistem tatabahasa Melayu. Amalan ini juga dapat membantu murid dalam
penghasilan bahasa tulisan dan pertuturan yang gramatis.

Kajian ini dilaksanakan kepada lima orang murid tahun lima di sebuah
sekolah di daerah Tuaran. Sebelum kajian ini dilakukan, tinjauan telah dibuat
menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan latihan dan aktiviti
yang diberikan oleh pengkaji kepada murid tahun lima tersebut. Kemudian, sesi
temubual juga dilakukan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu yang lain bagi
mendalami lebih lanjut asbab murid tidak dapat menguasai tajuk yang telah
difokuskan.

Secara keseluruhannya, majoriti murid-murid yang bersekolah di sekolah ini
adalah berbangsa Melayu dan hanya beberapa peratus sahaja berbangsa india dan
lain-lain. Murid-murid di sekolah ini sudah lazim bertutur dalam dialek negeri masing-
masing yang merupakan bahasa komunikasi utama di sekolah mahupun di rumah.
Namun begitu, permasalahan yang dihadapi dimana murid murid berbangsa India
kurang mahir bertutur, menulis dan membaca bahasa Melayu dengan baik. Hal ini
merupakan masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar
yang dialami oleh murid. Namun, kebolehan beberapa orang murid yang mampu
membaca dengan baik dapat mewujudkan situasi yang membina.

Tambahan pula, dasawarsa ini sistem pendidikan telah dijalankan secara
atas talian dan tidak dapat dijalankan secara bersemuka akibat wabak pandemik
Covid-19 yang melanda seantero dunia. Hal yang demikian telah membantutkan
pembelajaran secara bersemuka dimana mengajar secara terus lebih memberi
impak yang positif kepada murid kerana murid dapat bertanyakan soalan secara
terus kepada guru jika kurang memahami tajuk berikut. Dengan berlakunya sesi
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), guru menghadapi kesukaran untuk
memberi penerangan yang jelas dan efektif kepada murid-murid kerana guru tidak
mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling murid-murid.

243

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini bermula apabila pengkaji memulakan pengajaran di kelas tahun 5.
Terdapat lima orang murid dari kelas Tahun 5 ini mempunyai masalah penguasaan
pembinaan ayat gramatis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian ini bermasalah dalam pembinaan ayat tunggal yang
mengalami proses peluasan subjek dan predikat. Murid-murid ini boleh dikategorikan
sebagai murid berpotensi kerana kesemua mereka dapat membaca dengan lancar.
Namun, pembinaan ayat yang kurang gramatis telah menyukarkan guru untuk
mengajar murid ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, penggunaan teknik PSP yang
dicipta oleh pengkaji dapat meningkatkan kefahaman murid dalam pembinaan ayat
gramatis dengan peluasan subjek dan predikat dengan betul. Murid juga dapat
menjalankan aktiviti secara hands on menggunakan teknik PSP dan memudahkan
murid untuk membina ayat gramatis.

Kajian ini membantu pengkaji membuat penambahbaikan ke atas amalan
pedagogi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyelidikan
tindakan merupakan satu bentuk penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru, untuk
guru dan tentang guru (Noriati, Boon dan Wong, 2010). Pengkaji mengenal pasti
bahawa murid-murid pada masa kini lebih berminat dengan aktiviti-aktiviti yang
mempunyai penerapan unsur Seni Dalam Pendidikan kerana murid-murid pada
peringkat umur ini mudah berasa bosan dengan pembelajaran secara chalk and talk
sahaja. Kenyataan ini disokong oleh Shuell (1996), iaitu pengintergrasian seni visual
dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu pengajaran konstruktivitis yang
mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar, pengalaman
pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar dan guru, lebih bekerja dengan
bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik. Hal yang demikian dapat menarik
minat dan perhatian murid dalam pembelajaran murid Tahun 5.

Teknik ini bukan sahaja boleh digunakan dalam sesi pengajaran ayat bagi
murid Tahun 5, malah boleh juga digunakan kepada murid tahun lain. Pengkaji dapat
menggunakan teknik ini bagi membina ayat gramatis yang ditambah dengan unsur
peluasan subjek dan predikat dengan betul. Tambahan pula, teknik ini menggunakan
unsur warna yang dapat menarik minat murid dan mudah untuk difahami murid
dengan bimbingan pengkaji. Hal ini kerana penggunaan warna terbukti dapat
memainkan peranan penting dalam merangsang emosi yang berlainan dan menarik
perhatian murid (Chang, Xu dan Watt, 2018).

Masalah tidak menguasai pembinaan ayat yang gramatis yang dihadapi oleh
murid perlu diambil tindakan kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang
sangat penting untuk dikuasai. Perkara ini kerana terdapat bahagian membina ayat
di dalam kertas peperiksaan murid tahap dua. Tambahan pula, proses membina ayat
ini akan dibawa ke peringkat sekolah menengah dan institusi pendidikan. Oleh itu,
penggunaan teknik PSP ini dapat membantu murid untuk membina ayat yang
gramatis dengan baik dari peringkat awal.

244

Namun, penggunaan teknik PSP ini perlulah dipersembahkan dengan jelas
agar ianya dapat membantu murid untuk mengetahui perkara yang perlu ada dalam
struktur pembinaan ayat berikut. Misalnya, pengkaji menyatakan apa yang murid
boleh gunakan di dalam peluasan subjek dan predikat dengan jelas melalui teknik
PSP. Hal ini kerana melalui kajian Lilies Suriyati Azemi (2012) telah menyatakan
bahawa murid-murid hanya mampu membina ayat tunggal sahaja dan tidak mampu
mengembangkan ayat. Ianya berpunca daripada kegagalan murid untuk mengetahui
apa yang diperlukan dalam struktur pembinaan ayat tunggal yang gramatis.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Membina ayat yang gramatis dan menepati ciri-ciri penulisan bahasa
Melayu dengan betul.

ii. Meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal dengan
peluasan subjek dan predikat berpandukan gambar menggunakan teknik
PSP.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kajian ini, berikut
merupakan soalan kajian yang akan digunakan untuk membina instrumen kajian:

a) Apakah cara murid dapat membina ayat yang gramatis dan menepati ciri-
ciri penulisan bahasa Melayu dengan betul?

b) Apakah cara murid menguasai kemahiran membina ayat tunggal dengan
peluasan subjek dan predikat berpandukan gambar menggunakan teknik
PSP?

KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN

Langkah Perkara
Tinjauan awal
Membuat pemerhatian prestasi murid di
Merancang dalam kelas.

Merujuk kepada guru Bahasa Melayu Tahun
5 Syamas untuk membincangkan masalah
murid.

Meminta kebenaran daripada pihak sekolah
untuk membuat kajian tindakan dan
menjadikan murid Tahun 5 sebagai peserta
kajian.

Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan
masalah

Membuat refleksi pengajaran lalu

Melaksanakan Ujian Pra

Merancang objektif dan soalan kajian

Menetapkan sasaran kajian

Membuat tinjauan literatur untuk memahami
isu kajian dengan lebih terperinci

Membina instrumen kajian yang sesuai
dengan objektif yang ingin dicapai

Merancang pelan tindakan yang akan
dilaksanakan

245

Bertindak dan memerhati Memperkenalkan Teknik PSP kepada murid
Mereflek
Membuat pemerhatian sepanjang
penggunaan Teknik PSP dilaksanakan

Melaksanakan Ujian Pos kepada murid
sebagai penilaian terakhir

Merekod dan menganalisis dapatan kajian

Melengkapkan instrumen pemerhatian dan
soal selidik terhadap murid

LANGKAH TINDAKAN

FASA 1 : PENGENALAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Pada peringkat awal, pengkaji telah memperkenalkan konsep subjek dan predikat
kepada murid. Hal ini bertujuan agar pengkaji dapat melihat tahap kefahaman murid
tentang konsep subjek dan predikat ini kerana ianya merupakan asas bagi membina
ayat tunggal yang mengalami peluasan subjek dan predikat dengan lengkap.

FASA 2 : PENGENALAN TEKNIK PSP

Pengkaji telah memperkenalkan teknik PSP kepada peserta kajian bertujuan bagi
memudahkan mereka untuk mengetahui cara membina dan mengaplikasikan teknik
PSP ke dalam penulisan ayat gramatis. Kemudian, pengkaji memberikan contoh
teknik PSP serta penerangan yang lengkap tentang konsep penggunaan teknik
berikut.

FASA 3 : LATIHAN PEMBINAAN AYAT MENGGUNAKAN TEKNIK PSP

Kemudian, pengkaji memberikan latihan membina ayat yang lengkap berpandukan
gambar kepada murid. Murid dikehendaki untuk membina ayat menurut gambar yang
dibeirkan mengikut turutan yang betul secara satu persatu agar dapat mengetahui
struktur pembinaan ayat yang gramatis dengan betul. Perkara berikut bertujuan bagi
mengukuhkan pemahaman konsep tentang bagaimana untuk membina ayat yang
mengalami peluasan subjek dan predikat dengan tepat. Pengkaji telah menekankan
konsep membina ayat dengan rumus siapa + kembang + buat apa (Sikemba) bagi
peluasan subjek dan siapa + buat apa + kembang (Sibak) bagi peluasan predikat.
Unsur yang sama kemudiannya digugurkan dan ayat dari peluasan subjek dan
peluasan predikat digabungkan hingga menjadi satu ayat yang lengkap.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta kajian
terhadap kemahiran membina ayat secara gramatis dan menambahbaik amalan
pengajaran guru dalam pembinaan ayat yang mengalami peluasan subjek dan
predikat. Hasil dapatan kajian ini akan dipaparkan mengikut soalan kajian.

246

Analisis Data Pemerhatian Berstruktur

Min 3.5
3
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
2.5 1 1.6 1 1.4 1.8
2 2.6 3 2.6 2.8 2.8

1.5
1

0.5
0

Sebelum
Selepas

Sebelum Selepas

Rajah 1: Graf Keputusan Pemerhatian

Graf berikut menunjukkan perbandingan min melalui pemerhatian berstruktur
yang dijalankan sebelum dan selepas teknik PSP diperkenalkan kepada peserta
kajian. Sebelum teknik PSP diperkenalkan kepada murid, pengkaji mendapati
bahawa kemahiran membina ayat secara gramatis berada pada tahap yang kurang
memuaskan dan pada peringkat sederhana mengikut Skala Likert. Min setiap item
berada dalam lingkungan purata <2.00 ke bawah. Setelah teknik PSP
diperkenalkan kepada peserta kajian, pemerhatian berstruktur dijalankan lagi oleh
pengkaji dan mendapati bahawa terdapat peningkatan min berbanding pemerhatian
sebelumnya dan murid menghasilkan ayat yang baik semasa dalam pembinaan ayat
gramatis berdasarkan gambar.

Rajah 1 (a) menunjukkan hasil analisis lima item bagi mengukur tahap
kefahaman murid terhadap teknik PSP yang dijalankan ke atas lima orang murid
tahun lima. Daripada analisis data gambaran bagi item pertama, didapati bahawa
terdapat peningkatan sebanyak 1.6 bagi item pertama iaitu murid memahami
penggunaan teknik PSP melalui pembinaan ayat berpandukan gambar. Hal ini
kerana murid tidak mengetahui teknik tersebut dan struktur pembinaan ayat gramatis.
Item yang kedua pula iaitu murid dapat menyatakan watak dan aktiviti yang terdapat
dalam gambar dengan betul mengalami peningkatan sebanyak 1.4 . Hal ini kerana
murid lebih mudah untuk mengeluarkan watak dan perbuatan yang dilakukan
berdasarkan gambar yang diberikan dengan panduan daripada teknik tersebut. Item
ketiga turut mengalami peningkatan yang ketara sebanyak 1.6 iaitu daripada
1.0 kepada 2.6 melalui soalan murid dapat membina ayat mengikut elemen-
elemen teknik PSP. Item ini mengalami peningkatan yang memberangsangkan
kerana murid dapat membina ayat menggunakan elemen-elemen yang terdapat

247

dalam teknik ini dengan mudah. Item yang keempat dianalisis melalui soalan murid
dapat membina ayat dengan lengkap dan betul berpandukan gambar dan item ini
turut mengalami peningkatan sebanyak 1.4 . Item yang terakhir mempunyai

pertambahan daripada 1.8 kepada 2.8 dimana peningkatan sebanyak

1.0 daripada pemerhatian sebelumnya.

Analisis Data Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian

Jadual 1: Perbandingan Markah Ujian Diagnostik dan Pencapaian

Murid Ujian Gred Jenis Gred Peningkatan
Diagnostik Markah
Ujian (100%)
(100%) Pencapaian

(100%)

M1 60 C 70 B 10
M2 40 D 60 C 20
M3 40 D 80 A 40
M4 40 D 80 A 40
M5 50 C 90 A 40

Perbandingan Ujian Diagnostik dan Ujian
Pencapaian

Murid M5
M4
M3 20 40 60 80 100
M2 Ujian Pencapaian Ujian Diagnostik
M1

0

Rajah 2: Perbandingan Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian

Berdasarkan Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji, didapati bahawa berlaku peningkatan yang baik bagi
setiap murid. Hal ini kerana walaupun terdapat peningkatan yang sedikit, namun
masih juga berlaku peningkatan dalam kedua-dua ujian ini. Hal ini telah membuktikan
bahawa penggunaan teknik PSP telah membantu murid untuk membina ayat tunggal
secara gramatis berdasarkan gambar yang telah diberikan. Bagi M1, sebanyak 10%

248

peningkatan markah telah berlaku dimana murid ini telah memperoleh 60% pada
Ujian Diagnostik dan 70% pada Ujian Pencapaian. Murid ini juga telah menukarkan
status grednya kepada C menjadi B. M2 pula menunjukkan peningkatan sebanyak
20% daripada 40% dan menyandang gred D kepada 60% gred C. Manakala bagi M3
dan M4, kedua orang murid ini telah menunjukkan peningkatan yang baik dimana
sebanyak 40% peningkatan dari gred D ke A. Hal ini kerana pengkaji telah membuat
bimbingan secara terus kepada murid bagi memahami konsep teknik PSP dengan
baik. M5 telah menunjukkan prestasi yang baik iaitu sebanyak 40% peningkatan telah
dicatatkan daripada 50% gred C kepada 90% gred A.

Analisis Data Soal Selidik

Peratusan Dapatan Soal Selidik

Peratus 120
100
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
80 100 100
60 100 100
40
20

0

Ya

Axis Title

Ya

Rajah 3: Graf Peratusan Dapatan Soal Selidik

Graf tersebut menunjukkan graf bar peratusan setiap item yang terdapat
dalam borang soal selidik yang telah dijalankan terhadap lima orang murid tahun
lima. Secara keseluruhannya, kelima-lima item telah menunjukkan peratusan yang
baik iaitu mencapai 100% Ya. Borang soal selidik ini mewakili penilaian penerimaan
murid terhadap teknik PSP dalam kemahiran membina ayat secara gramatis
berdasarkan gambar. Justeru, dapatan hasil daripada soal selidik ini menunjukkan
penerimaan positif murid terhadap teknik PSP yang telah diperkenalkan oleh
pengkaji dan memberi kesan yang memberangsangkan terhadap peningkatan
kemahiran pembinaan ayat tunggal yang gramatis.

249

Analisis Data Ujian Pra dan Pos

Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pos

BIL. MURID UJIAN PRA UJIAN POS PENINGKATAN
(%) (%) (%)
1. M1
2. M2 70 90 20
3. M3 40 80 40
4. M4 50 60 10
5. M5 50 90 40
50 90 40

Perbandingan Ujian Pra dan Pos

Peratus 100
90
80 M2 M3 M4 M5
70 Murid
60
50
40
30
20
10
0
M1

UJIAN PRA UJIAN POS

Rajah 4: Perbandingan Ujian Pra dan Pos

Berdasarkan Ujian Pra dan Pos yang telah dilaksanakan oleh pengkaji,
didapati bahawa berlaku peningkatan yang baik bagi setiap murid. Hal ini kerana
walaupun terdapat peningkatan yang sedikit, namun masih juga berlaku peningkatan
dalam kedua-dua ujian ini. Hal ini telah membuktikan bahawa penggunaan teknik
PSP telah membantu murid untuk membina ayat tunggal secara gramatis
berdasarkan gambar yang telah diberikan. Bagi M1, sebanyak 20% peningkatan
markah telah berlaku dimana murid ini telah memperoleh 70% pada Ujian Pra dan
90% pada Ujian Pos. Murid ini juga telah menukarkan status grednya kepada B
menjadi A. M2 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 40% daripada 40% dan
menyandang gred D kepada 80% gred A. Manakala bagi M3 pula, murid ini telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 50% kepada 60% tetapi masih mengekalkan
gred C. Walaupun begitu, murid tetap mengalami peningkatan sebanyak 10%
walaupun masih berada pada gred yang sama. M4 dan M5 pula masing-masing telah

250

menunjukkan prestasi yang baik iaitu sebanyak 40% peningkatan telah dicatatkan
daripada 50% gred C kepada 90% gred A.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Pengkaji berasa bangga dan bersyukur kerana telah melaksanakan kajian dengan
jayanya. Walaupun terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang mendatang,
namun kepentingan ilmu yang telah diperolehi lebih bermakna berbanding beribu
halangan yang mendatang. Pengkaji juga telah mempelajari cara penyelesaian yang
bermakna terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah.
Kajian memerlukan kesabaran yang tinggi disamping memerlukan komitmen dan
tanggungjawab penuh bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan dapat
memberikan impak yang positif serta mencapai objektif kajian yang telah disasarkan.

Berdasarkan dapatan kajian terhadap kelima-lima orang murid ini, jelaslah
bahawa penggunaan teknik PSP dalam kemahiran membina ayat gramatis dalam
kalngan murid tahun 5 telah membuktikan keberkesanannya. Murid telah
menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang memberangsangkan malah murid
berasa seronok kerana dapat membina ayat dengan teknik yang sangat membantu
dan mudah. Pengkaji juga turut berasa yakin dalam pelaksanaan kajian ini terutama
sekali dalam pelaksanaan langkah tindakan menggunakan teknik latihan secara
berperingkat. Tuntasnya, pemilihan penggunaan teknik PSP ini telah membantu
murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat berpandukan
gambar bukanlah sesuatu idea yang sia-sia. Malah ianya menjadi pilihan dan teknik
yang sangat tepat serta mudah terhadap peserta kajian.

Setiap hal yang dilakukan pasti mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri. kekuatan dan kelemahan ini sering menjadi isu dan pertikaian dalam
pelaksanaan apa jua percubaan dalam merealisasikan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak kekuatan berbanding
kelemahan di dalam kajian ini setelah mengalami penambahbaikan bersama pihak
tertentu. Pengkaji telah meneliti beberapa perkara yang perlu ditambahbaik setelah
pelaksanaan teknik PSP ini dilaksanakan.

251

RUJUKAN
Ahmad Shubki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapha. (2011). Murid Dan Alam Belajar. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons.
Che Zanariah Che Hasan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksana Pengajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. 67-87
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan Malaysia: Pusat Pembangunan Akademik.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya, Malaysia:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Melayu (KKSR): Panduan Guru Bahasa Malaysia (Sekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kemmis & Mc Taggart (1983). The action research reader. Victoria: Deakin University.
Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: perancangan dan

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

252

PENGGUNAAN TEKNIK BAKIT DALAM KEMAHIRAN
MEMBACA BAHASA MELAYU MURID TAHUN 3

Sharon Stephen
Zainab binti Hashim
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,

Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum di sekolah, terdapat murid yang
masih tidak dapat membaca dengan lancar dan jelas. Hal ini dikatakan demikian
kerana terdapat beberapa orang murid yang masih perlukan bimbingan untuk
membaca. Perkara ini dilihat apabila murid yang tidak fasih membaca kelihatan
kurang bersemangat dan pasif ketika pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan kepada kemahiran membaca. Kesan daripada masalah ini, pengkaji
menggunakan teknik BaKit yang membawa singkatan kepada teknik Baca Kit
dalam pembelajaran murid. Teknik ini menggunakan alat perakam suara yang
dimainkan semula dan kad pembelajaran yang dijadikan sebagai bahan untuk
membantu meningkatkan pembacaan murid. Kajian ini menggunakan model
Kemmis & McTaggart di mana ianya bermula dari tinjauan awal, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati dan merefleks. Diharapkan
agar objektif kajian dapat dicapai di mana murid meningkat dalam kemahiran
membaca terutamanya dalam mengenal suku kata dan perkataan yang
merupakan asas dalam pembacaan. Data dikumpul dengan menggunakan
pemerhatian kemudian skala yang ditetapkan iaitu skala 1 (lemah), skala 2
(sederhana) dan skala 3 (baik). Hasil daripada penggunaan teknik BaKit dan
pengumpulan data ini, dapat dilihat sejauh mana keberkesanannya terhadap
pembacaan murid.

253

1.0 PENGENALAN
Matapelajaran Bahasa Melayu merangkumi lima kemahiran yang perlu
dikuasai iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran
mendengar dan bertutur, tatabahasa dan seni bahasa. Setiap kemahiran ini
harus dikuasai untuk memantapkan bahasa murid dari segi pembacaan,
penulisan, pendengaran dan pertuturan mereka. Pada tahun 2021, satu
berita tergempar telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk
Dr Mohd Radzi Md JIdin di mana Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dimansuhkan sepenuhnya yang menyebabkan pentaksiran bilik darjah
dijalankan berasaskan sekolah. Justeru itu, murid akan diuji melalui
pentaksiran seperti kuiz, kerja projek, ujian bulanan atau peperiksaan
peringkat sekolah.
Hasil daripada pemansuhan ini, murid ditaksir oleh guru dalam
semua mata pelajaran yang dipelajari. Guru perlu menguji tahap kebolehan
murid dalam setiap kemahiran yang terkandung dalam mata pelajaran
masing-masing. Dalam matapelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menguji
murid melalui aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung atau latihan yang diberikan kepada murid untuk dijawab secara
kendiri. Melalui situasi pembelajaran kini, guru bukan sahaja perlu mengajar
memberi ilmu bahkan membimbing murid untuk mendapatkan dalam
pembelajaran mereka. Selaras dengan pendapat Ashley & Trisha (2013)
yang menyatakan bahawa guru sekolah rendah merupakan orang yang
berperanan penting untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di sekola

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan pengalaman mengajar, pengkaji melihat banyak kelemahan dari
segi pengajaran yang perlu diperbaiki. Hal ini kerana mengajar itu bukanlah
semudah yang dijangka sebelum menjalani praktikum. Selain menyediakan
aktiviti dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH), pengkaji juga perlu
melayan karenah murid yang pelbagai. Misalnya, ada yang bergaduh sehingga
menangis, bertanya tidak berkaitan dengan pengajaran, hilang fokus di dalam
kelas dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan masa banyak terbuang dan
pengajaran tidak berjalan seperti yang dirancang. Pengkaji mulai sedar bahawa
pengawalan kelas perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar.

Seterusnya, pengkaji sedar bahawa murid yang tidak fasih membaca
perlukan bimbingan. Semasa menjalankan pengajaran secara bersemuka,
pengkaji dapat membimbing murid walaupun mempunyai kekangan masa
namun apabila pengajaran dijalankan secara atas talian, pengkaji sukar untuk
membimbing murid kerana tidak semua murid mempunyai gadjet sendiri dan
memerlukan gadjet ibu bapa atau penjaga untuk belajar. Kekangan seperti ini
menyebabkan pengkaji harus menunggu murid menghantar tugasan terlebih
dahulu kemudian membimbing mereka secara personal melalui soalan-soalan
yang mereka tidak dapat jawab dengan betul. Perkara ini sememangnya tidak
dapat dihalang dan pengkaji perlu akur serta memahami situasi murid dan juga
ibu bapa serta penjaga.

254

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
1. Murid semakin fasih dalam membaca walaupun tidak lancar sepenuhnya.
2. Teknik BaKit dapat bantu meningkatkan kemahiran membaca murid.
3. Murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan betul.
3.2 SOALAN KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada beberapa soalan seperti yang berikut,
1. Adakah murid semakin fasih membaca setelah menggunakan teknik BaKit?
2. Adakah teknik BaKit dapat bantu meningkatkan kemahiran membaca murid?
3. Adakah murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan betul?

4.0 METODOLOGI

4.1 PEMERHATIAN

Terdapat dua jenis pemerhatian dalam kajian iaitu pemerhatian turut serta
dan pemerhatian tanpa turut serta. Dalam kajian ini, pengkaji memilih
pemerhatiab tanpa turut serta bagi memastikan pengkaji dapat fokus
sepenuhnya untuk melihat keberkesanan teknik BaKit dalam pembelajaran
murid. Selain itu, menganalisis data peningkatan murid dalam kemahiran
membaca sekali gus memperbaiki teknik dalam pengajaran seterusnya.

4.2 BORANG SKALA

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan skala untuk melihat data tahap
pembacaan murid. Skala yang digunakan adalah 1 hingga 5 merujuk kepada
kelancaran dan kejelasan murid membaca sama ada dari segi suku kata,
perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya kepada perenggan. Pengkaji
mengambil data ini melalui ujian pra dan ujian pos bagi melihat
perkembangan murid semasa dan selepas ujian dijalankan. Dengan ini,
pengkaji akan dapat menilai tahap pembacaan murid yang telah disediakan
sesuai dengan perkembangan bacaan murid.

255

Jadual 5 SKALA
BIL PERKARA 123

1 Kelancaran
Murid dapat membaca dengan fasih dan lancar,

2 Jelas

Murid dapat membaca dengan jelas dan mudah
difahami.

3 Sebutan
Sebutan bacaan murid jelas dan betul.

4 Ejaan

Murid dapat mengeja dan membunyikan suku kata
dengan betul.

SKALA PENCAPAIAN
1 Lemah
2 Sederhana
3 Baik

4.3 KUANTITATIF

Menurut John W. Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis
penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji,
bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang
boleh dikuantitatifkan kepada peserta. Berdasarkan instrument skala yang telah
disediakan, pengkaji mulai menilai murid dan merujuk skala ini untuk menentukan
tahap pembacaan murid. Setelah menilai, pengkaji melihat terdapat beberapa orang
murid yang perlu diberikan perhatian dan bimbingan bagi memastikan mereka
mempunyai peningkatan dalam kemahiran membaca. Tahap kemahiran murid boleh
dilihat pada carta yang telah disediakan selepas ujian pra.

256

5.0 DAPATAN KAJIAN

Melalui tinjauan awal murid, pengkaji menggunakan borang skala untuk
melihat tahap pembacaan murid di dalam kelas. Tahap pembacaan ini diambil kira
dari segi kelancaran, kejelasan, sebutan dan ejaan murid. Murid diminta untuk
membaca petikan daripada buku

mengetahui tahap murid membaca sama ada masih lemah, sederhana atau baik.
Selepas tinjauan ini, pengkaji akan melihat keperluan murid melalui bimbingan atau
tugasan-tugasan tertentu seperti latih tubi, penggayaan dan sebagainya berdasarkan
tahap pembacaan murid. Justeru itu, pengkaji menganalisis ujian pra murid dari
pelbagai aspek.

5.1 PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

BAIK 1 23 4 5
SEDERHANA LEMAH
SEDERHANA BAIK
LEMAH 1 1 4
0 4

UJIAN POS
UJIAN PRA

Rajah 9 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Melalui penilitian dan pemerhatian pengkaji, dapat dikatakan bahawa murid lebih
berminat untuk menggunakan bahan maujud apabila berada di sekolah. Tidak dapat
dinafikan sekiranya murid yang lahir pada generasi kini telah terdedah dengan dunia
teknologi namun pendedahan murid kepada bahan maujud perlu diutamakan agar
murid dapat peka terhadap sensori tangan, penglihatan dan pendengaran mereka.

257

Selaras dengan pendapat Nik Mohd Rahimi dan Kamarulzaman (2008),
pendengaran dan penglihatan adalah sumber mekanisme utama kemasukan
maklumat kepada murid. Pernyataan ini menunjukkan bahawa selain daripada
mendengar, murid perlu melihat untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui
pembacaan. Hal ini kerana melalui pembacaan, seseorang individu itu akan dapat
menerima maklumat dengan lebih jelas dan menjadi lebih berpengetahuan selain
daripada hanya mendengar sahaja. Oleh itu, murid perlu meningkatkan pembacaan
mereka agar dapat menimba ilmu serta pengetahuan daripada pelbagai maklumat.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati terhadap kajian yang dijalankan.
Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian ini, teknik BaKit menunjukkan
hasil yang positif dalam pembacaan murid. Walaupun murid tidak dapat lancar
membaca dalam masa yang singkat, peningkatan yang ditunjukkan sudah
mencukupi untuk membuktikan bahawa teknik BaKit mampu meningkatkan
kemahiran membaca murid. Tambahan pula, ianya juga membuktikan bahawa
teknik BaKit dapat digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
pembelajaran murid pada masa akan datang. Teknik ini turut menyerlahkan
kreativiti dan inovasi pengkaji dalam membina alat serta bahan yang berkesan
dalam pembacaan murid. Perkara seperti ini memberi kepuasan terhadap usaha
yang dicurahkan oleh pengkaji terutamanya dari segi masa, wang dan tenaga.
Justeru itu, peningkatan pada data yang telah dianalisis membuktikan terdapat
keberkesanan teknik BaKit terhadap kemahiran membaca murid.

6.1 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1. Menambah alat perakam suara dan
kad bacaan agar setiap murid dapat
menggunakannya tanpa perlu menunggu
masa yang lama.

2. Menjadikan teknik BaKit sebagai salah
satu teknik dalam kemahiran membaca
Bahasa Melayu.

3. Menggunakan bahan yang lebih kukuh
untuk alat perakam suara agar tahan lebih
lama.

4. Memberi peluang kepada murid untuk
berlatih sendiri tanpa perlu bimbingan
agar murid dapat berdikari.

5. Menyediakan tempat simpan alat
perakam suara dan kad bacaan yang
lebih menarik.

258

Rajah 10 Senarai Cadangan Tindakan Susulan
6.2 IMPLIKASI
Kekuatan yang dikenal pasti oleh pengkaji dalam kajian ini ialah dapat melihat
keberkesanan teknik BaKit dalam kemahiran membaca murid. Pengkaji berpendapat
bahawa peningkatan yang ditunjukkan oleh murid dalam pembacaan mereka
menunjukkan satu perkara yang positif untuk kajian ini. Ianya juga salah satu objektif
yang berjaya dicapai di mana teknik BaKit dapat membantu meningkatkan kemahiran
membaca murid. Seterusnya, alat perakam suara dan kad bacaan dapat menarik
perhatian murid kerana penggunaannya yang seakan-akan seperti telefon pintar.
Perkara ini menyebabkan murid teruja untuk mencuba dan menggunakan teknik
BaKit dalam kemahiran membaca mereka. Selain itu, teknik BaKit sesuai digunakan
oleh murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya kemahiran membaca.
Hal ini dikatakan demikian kerana merujuk pada data dan graf yang telah dibina,
murid menunjukkan peningkatan yang bermakna teknik BaKit sesuai digunakan
dalam kemahiran membaca murid.

Kelemahan yang didapati oleh pengkaji dalam kajian ini ialah murid terpaksa
menunggu giliran untuk menggunakan teknik BaKit. Perkara ini disebabkan oleh alat
perakam suara dan kad bacaan yang disediakan hanya dua set sahaja. Kesannya,
murid lain terpaksa menunggu dan telah melihat proses atau cara bagaimana teknik
BaKit dijalankan dengan hanya meniru cara rakan membaca. Ianya menyebabkan
pengkaji sukar untuk menilai tahap pembacaan murid sama ada dari diri mereka
sendiri atau dari rakan yang lain. Seterusnya, bahan yang digunakan untuk alat
perakam suara tidak kukuh menyebabkan alat mulai kelihatan rapuh. Perkara ini
menjejaskan kualiti teknik BaKit yang menjadi satu keterujaan murid. Oleh itu,
pengkaji terpaksa perbaiki alat perakam suara semasa murid menjalankan intervensi.

259

7.0 RUJUKAN
Amir Hussin Baharuddin. (1989). Kaedah Kuantitatif. Dewan Bahasa dan

Pustaka: Selangor Darul Ehsan.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar: Selangor Darul
Ehsan.

Chua Yan Piaw. (2006). Buku 1 Kaedah Penyeldikan. McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd: Selangor.

Tuan Jah Tuah Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Penerbitan Multimedia: Selangor Darul Ehsan.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Herald Printers Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi

Tiga. Dicapai pada 1 Mac 2022 daripada

https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-
jurnal/penyelidikan/kajian/1376-manualkajian/file

Nurul Shahira bte Salim. (2013). Amalan Pembacaan Berkesan dalam
Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dicapai pada 1 Mac 2022 daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/42953942.pdf

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang

& Adlina Ab Halim. (2018). Peranan Guru sebagai Agen Sosialisasi dalam
Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Dicapai pada 3 Mac 2022
daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf

Mansor Embong. (2017). Bab 1 Pemerolehan Bahasa. Dicapai pada 3 Mac
2021 daripada
https://www.academia.edu/39095377/Bab1_Pemerolehan_Bahasa

260

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS KATA

NAMA BERIMBUHAN PEN- MELALUI PETA KAEDAH

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Siti Nor Fazira Binti Suud
Simon bin Gihol

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,

Sabah

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman dalam
penulisan kata terbitan dengan imbuhan peN-. Permasalahan ini berlaku pada murid
tahun 4 Marikh dan dapat dikesan semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di salah sebuah sekolah di daerah Betong, Sarawak untuk praktikum
fasa 2. Kesukaran murid untuk menulis kata terbitan yang mempunyai imbuhan
awalan peN- telah dikenal pasti semasa pengkaji melaksanakan ujian lisan atau
soalan kuiz kepada murid-murid mengenai pengimbuhan kata dengan awalan peN-.
Kajian ini melibatkan seramai 15 orang responden. Hasil pemerhatian ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid kelihatan gagal menulis kata
nama terbitan berimbuhan peN- yang tepat bagi merujuk penanda orang atau benda.
Dapatan kajian menunjukkan prestasi responden dapat ditingkatkan dengan
penggunaan Peta Kaedah G.U.K Selain itu, penggunaan Peta Kaedah G.U.K juga
menggalakkan responden menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- yang tepat.
Perbezaan julat markah setiap responden yang terlibat bagi ujian pra dan ujian pos
membuktikan penggunaan Peta Kaedah G.U.K masih relevan untuk membantu
responden menguasai penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN- walaupun
dilihat sedikit konvensional.

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dijadikan sebagai garis panduan dan
rujukan perdana para pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Para
guru perlu menyedari hakikat bahawasanya tugas dan tanggungjawab mereka
tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan pembentukan modal insan
yang perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam pendidikan negara, kurikulum
Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
komunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat (Bahagian
Perkembangan Kurikulum, 2013).

261

Seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025 (PPPM) yang komited ingin meningkatkan pencapaian setiap murid dan kualiti
pendidikan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) distrukturkan kepada
pendekatan modular. Unit-unit kecil yang terkandung dalam KSSR terdiri daripada
beberapa modul termasuklah Modul Tatabahasa (Zaini, 2013).

Standard Kandungan Aspek Tatabahasa digubal bertujuan untuk
menentukan keupayaan murid menguasai asas kemahiran berbahasa dengan
penggunaan nahu yang betul dan tepat. Dalam hal ini, guru dilihat berperanan
penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini
secara penggabungjalinan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan,
membaca atau menulis. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa wajar diajarkan dengan berfokus dan terancang. Kemahiran menulis
adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid. Terdapat
sebilangan murid sekolah rendah yang masih lemah dalam menguasai kemahiran
berbahasa, terutamanya kemahiran menulis (Kamarudin Husin dan Siti Hajar, 1997).
Penguasaan kemahiran menulis amat penting dan perlu diberikan penekanan sama
ada melalui perancangan pengajaran sistematik (Yahya Othman, 2005).

Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai
oleh murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid
melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan (Farhan,
2013). Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek
tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum
dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas dan salah satu
daripadanya ialah aspek pengimbuhan kata. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan
menjalankan satu penyelidikan tindakan untuk meningkatkan penguasaan menulis
kata nama yang menerima imbuhan peN- dalam kalangan murid.

FOKUS KAJIAN

Kebanyakan penahu Melayu menghuraikan imbuhan peN- bahasa Melayu

dan beberapa lagi orang penahu bersetuju mengatakan imbuhan ini selalunya
merujuk kepada agen dan alat. Ada juga penahu yang memberikan makna peN-
sebagai penderita, kelaziman dan penanda abstrak. Dalam hal ini, makna yang
diberikan pada imbuhan peN- agak luas yang kadang kala bertindih dan secara tidak
langsung boleh menimbulkan kekeliruan dan kesilapan dalam penulisan (Hashimah
dan Harith. 2009).

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan
tatabahasa dalam kalangan murid tahun 4 Marikh di Sekolah Kebangsaan Kampung
Hulu Tuie, Betong Sarawak. Dalam penyelidikan ini, didapati banyak kajian dilakukan
terhadap permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid,
khususnya dari aspek tatabahasa seperti penulisan huruf besar pada awal ayat,
penulisan tanda baca yang sesuai pada tempatnya, penulisan ayat yang menepati
sistem tatabahasa dan sebagainya. Namun demikian, kajian ini memfokuskan
tentang masalah penulisan imbuhan peN- pada kata nama. Menurut Jeniri (2005),
Bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai.

262

Dalam pembelajaran bahasa, Corder (1973) dalam Baidura dan Jamilah
(2012) telah mengkategorikan 4 kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, iaitu
pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak
tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau
bagaimanapun, menurut Corder lagi, kategori-kategori tersebut belum mencukupi
untuk menjelaskan kesalahan seterusnya beliau menyertakan kesalahan bagi
peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon.

Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Baidura dan Jamilah (2012) turut
menyentuh mengenai kesalahan penggunaan imbuhan dalam kalangan pelajar asing
di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Setiap kesilapan dan kesalahan
penggunaan imbuhan telah dikenal pasti dengan Analisis Kesalahan Tatabahasa
menerusi penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Ahmad
Shahril (1996) menyimpulkan bahawa pelajar yang kurang melakukan latihan aspek-
aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian yang lemah dalam aspek-aspek
tersebut.
OBEJKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan penguasaan murid menulis kata nama berimbuhan peN-
melalui kaedah GUK.

2. Meningkatkan mutu pengajaran guru melalui kaedah GUK ketika
melaksanakan pengajaran sistem bahasa.

Soalan Kajian
Soalan kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Adakah kaedah GUK dapat membantu meningkatkan penguasaan murid
tahun dalam penulisan kata nama berimbuhan peN-?

2. Adakah kaedah GUK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru?

263

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

mengenal perancangan
pasti aspek

amalan

refleksi tindakan /
implementasi

melihat
kesan
tindakan

Rajah 1 Model 'GUK' yang Disesuaikan dengan Model Penyelidikan Tindakan Kurt
Lewin (1946)

Berdasarkan kerangka model in yang mengandungi lima peringkat iaitu
peringkat perancangan, tindakan, melihat kesan tindakan, refleksi dan mengenal
pasti aspek amalan. Pengkaji telah menjadikan model ini sebagai panduan dalam
menjalankan kajian.

Merujuk kepada model di atas, semasa sesi pengajaran tersebut
berlangsung, pengkaji mendapati responden tidak menggunakan imbuhan peN-
dengan betul. Aktiviti penulisan dan mengambil imlak kata berimbuhan awalan peN-
menjadi kayu ukur pengkaji untuk melaksanakan kajian mengenai aspek ini ekoran
kesulitan dan kesilapan yang dilakukan oleh responden semasa melaksanakan
aktiviti ini. Bagi mengukuhkan lagi dapatan pemerhatian dan semakan hasil kerja
responden, pengkaji juga menyediakan set ujian yang mengandungi 20 soalan
struktur.

Hasil dapatan yang diperoleh menerusi alat-alat kajian seperti soal selidik,
pemerhatian dan ujian jelas menyimpulkan bahawa responden belum benar-benar
faham penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN-. Impaknya, responden tidak
dapat memberikan jawapan yang tepat. Selepas mengenal pasti masalah responden,
pengkaji telah merangka perancangan yang rapi demi memastikan kejituan fokus
kajian ini. Pengkaji telah menyediakan satu teknik khusus yang dikenali sebagai
Jadual Pemenggalan G.U.K bagi mengukuhkan lagi kefahaman serta membantu
responden menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- dengan tepat mengikut
rumus yang telah dicipta.

264

Seterusnya, pengkaji mengambil keputusan untuk mengimplimentasikan
teknik ini agar dapat dilaksanakan dalam tempoh tindakan selanjutnya. Melalui jadual
perancangan yang disusun, pengkaji meramalkan teknik ini boleh dilaksanakan
sepanjang tempoh 8 minggu dengan memberikan pendedahan kepada responden
tentang tatacara menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- berdasarkan Jadual
Pemenggalan G.U.K Hal ini bermakna, pengkaji perlu memastikan secara
keseluruhan amalan pembelajaran responden meningkat dari semasa ke semasa
dalam tempoh tersebut.

Beberapa siri tindakan telah dijalankan pada setiap minggu. Ujian pra telah
dilaksanakan pada minggu kedua praktikum dijalankan dengan memberikan set ujian
bertulis yang mempunyai 20 soalan. Ujian pos pula dilaksanakan pada minggu
terakhir selepas 7 minggu responden didedahkan dengan kaedah Jadual
Pemenggalan G.U.K ini.

Selain membuat pelan tindakan untuk menambah baik amalan
pembelajaran, pengkaji juga merancang kaedah pengumpulan data bagi menjawab
soalan kajian yang lebih awal ditetapkan sebelum ini. Tiga kaedah pengumpulan data
dikenal pasti berupaya membantu pengkaji membuat penilian secara terperinci
terhadap keberkesanan tindakan yang dilakukan. Kaedah-kaedah yang diguna pakai
ialah ujian pos, temu bual dan soal selidik. Ketiga-tiga kaedah yang dipilih ini penting
dilaksanakan bagi memastikan soalan kajian dijawab secara analitikal dan empirikal.

Berpandukan perancangan kajian yang telah ditetapkan, konsep asas
penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN- diterangkan kepada responden
dengan mengambil kira jenis-jenis imbuhan dalam kelompok imbuhan peN- dan
konsep pengguguran, pengekalan dan perubahan abjad selepas menerima imbuhan.
Setelah memberikan gambaran awal ini, pengkaji memperkenalkan Jadual
Pemenggalan G.U.K dengan memberikan penekanan kepada penulisan kata nama
terbitan berimbuhan peN- yang memfokuskan penanda orang atau benda.

Pengkaji memperuntukkan tempoh selama tiga minggu untuk memberikan
kefahaman kepada responden tentang penggunaan Jadual Pemenggalan G.U.K ini.
Bagi menguji keberkesanannya, pengkaji telah menjalankan satu ujian pos khusus
untuk melihat perkembangan responden. Ujian tersebut mempunyai 20 soalan
bertulis yang beraneka kata akar.

Peringkat seterusnya dalam model kajian ini ialah melihat kesan tindakan
yang telah dilaksanakan. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengumpulkan data yang
membolehkan pengkaji menilai keberkesanan tindakan yang dilaksanakan. Data-
data ujian dianalisis dan perbandingan telah dibuat berdasarkan keputusan ujian pra
dan ujian pos responden menerusi analisis dokumen. Dapatan kajian diplotkan ke
dalam bentuk graf perbandingan dan jadual untuk melihat perkembangan responden.
Bagi data soal selidik yang diagihkan selepas ujian pos dilaksanakan, data
dikumpulakan dan dianalisis sebelum membuat ketetapan. Demikian juga dengan
kaedah pemerhatian.

265

Hasil daripada dapatan yang diperoleh, pengkaji menemui kegagalan kerana
responden masih tidak dapat menguasai penulisan kata nama terbitan berimbuhan
peN- dengan betul. Masih terdapat beberapa responden yang berada dalam
kelompok lemah dan sangat lemah selepas intervensi Jadual Pemenggalan G.U.K
ini diterapkan. Skor dan gred yang diperoleh tidak berubah seperti yang ditunjukkan
semasa ujian pra dilaksanakan. Beberapa kesilapan mudah, kekeliruan menggugur,
mengubah dan mengekalkan abjad dan pemilihan imbuhan yang tidak tepat antara
faktor yang menyumbang kepada kegagalan ini.

Peringkat seterusnya ialah merefleks. Pada peringkat ini, pengkaji membuat
refleksi perkara yang telah dicapai sepanjang penyelidikan tindakan dijalankan.
Setelah keputusan diperoleh dan dianalisis, pengkaji menilai prestasi responden
berdasarkan sebelum dan selepas penggunaan Jadual Pemenggalan G.U.K
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, pengkaji mendapati skor dan markah yang
ditunjukkan oleh responden masih tidak memuaskan dan tidak mencapai peratusan
yang dikehendaki. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengambil keputusan untuk
meneruskan kajian ini ke gelung seterusnya yang telah dirangka.

Merujuk kepada kegagalan mencapai peratusan yang dikehendaki, pengkaji
telah merombak dan mengubah suai kaedah yang dilihat antara penyumbang utama
kepada kegagalan penyelidikan ini. Pengkaji menyimpulkan bahawa responden
menghadapi kesukaran menggunakan kaedah ini untuk menulis kata nama terbitan
berimbuhan peN- dengan betul kerana tidak memahami konsep yang dibawa oleh
pengkaji. Sebagai penyelidik, pengkaji mengambil keputusan untuk merombak
secara keseluruhan kaedah Jadual Pemenggalan G.U.K ini dengan mencari kaedah
yang lebih mudah, ringkas dan sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Setelah menemui kegagalan dalam penyelidikan, pengkaji telah membina
sebuah kerangka konsep yang berbentuk peta pemikiran jenis peta alir yang
disesuaikan daripada rajah i-Think. Kerangka ini digazetkan sebagai Peta Kaedah
G.U.K yang mengimplimentasikan kaedah gugur, ubah dan kekal dalam penulisan
kata nama terbitan berimbuhan peN- dalam bahasa Melayu.

Rombakan dan pengubahsuaian kaedah awal yang digunakan dahulu mengambil
kira beberapa elemen, antaranya memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam kalangan responden, tahap pencapaian responden, kegagalan mencapai
peratusan yang dikehendaki penyelidik dan kesukaran responden memahami
konsep pengguguran, perubahan dan pengekalan abjad pada sesuatu kata.

DAPATAN KAJIAN

Bagi melihat keberkesanan Jadual Pemenggalan G.U.K yang telah didedahkan
kepada responden, perbandingan ujian pra dan ujian pos boleh dibuat. Tujuan utama
perbandingan ini dilakukan adalah untuk melihat perubahan amalan pembelajaran
responden sekali gus menjawab soalan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini.
Berikut merupakan graf perbandingan bagi kedua-dua ujian.

266

Perbandingan Markah Ujian Pra
dan Ujian Pos

8 3 4 3 6
2 3 2 5
6 Gred B Gred C
Gred D Gred E
4
2 11

0
Gred A

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 2 Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan graf perbandingan di atas, berlaku peningkatan pencapaian
responden untuk skor gred B dan gred C. Jumlah responden yang memperoleh gred
A tidak berubah seperti ujian pra yang lalu. Manakala, jumlah responden yang
berjaya memperoleh gred B meningkat daripada 2 orang kepada 3 orang. Begitu juga
skor gred C, bilangan responden yang memperoleh gred C ini meningkat daripada 3
kepada 5 orang. Bilangan responden yang menduduki kategori gred D dan gred E
dilihat sedikit menurun berbanding jumlah awal pada ujian pra yang lalu dan ia
merupakan penambahbaikan. Namun demikian, perkara ini dilihat masih berada
pada tahap yang kurang memberangsangkan kerana masih terdapat responden
yang memperoleh gred pencapaian lemah.

5465 6750 6570 7760 19020 45 5580
4302 1220 22
3149 105 1225 1285 108 4306

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 3: Graf Perbandingan Markah Individu

Berdasarkan rajah di atas, hampir kesemua responden mengalami
perubahan pencapaian dalam penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN-.
Beberapa orang responden yang berada dalam kelompok yang baik pada ujian pra,
dilihat mengalami kemerosotan pada ujian pos yang dijalankan. Seorang responden
yang dikategorikan sebagai cemerlang pada ujian pra yang lalu, mengalami
penurunan markah namun tidak mempengaruhi gred pencapaiannya iaitu R6.

267

Perhatikan juga markah yang diperoleh responden R10. Walaupun
responden ini berada dalam kelompok kategori sederhana, tetapi pencapaiannya
dalam ujian telah meningkat sebanyak 23% dari segi skor markah. Keadaan ini
menjelaskan bahawa responden mula dapat mengenal pasti jenis-jenis imbuhan
yang dikelompokkan dalam imbuhan peN- mengikut konteks pengimbuhan yang
betul.

Walaupun demikian, perbandingan markah yang dicapai oleh responden-
responden melihatkan berlakunya jurang perbezaan antara responden yang
dikatakan berjaya dan responden yang masih berada pada tahap yang lemah.
Penyelidik berpendapat, beberapa penambahbaikan serta rombakan perlu dilakukan
pada pendekatan dan kaedah yang digunakan bagi memastikan pola pemarkahan
responden ini dapat diperbaiki dari segi peratusannya.
Analisis Dapatan Kajian Gelungan Kedua

Setelah penambahbaikan dibuat pada kaedah pengajaran penulisan kata nama
terbitan berimbuhan peN- menerusi rombakan pada rajah penulisan, hasil dapatan
yang diperoleh dilihat cukup memberangsangkan jika dibandingkan dengan dapatan-
dapatan sebelum ini. Pola pencapaian responden berubah hampir 100% kerana
responden dilihat sudah mampu menulis kata nama terbitan berimbuhan peN-
dengan tepat mengikut konteks penggunaannya. Hal ini dapat dibuktikan pada
analisis hasil data pada ujian pos gelungan kedua. Ujian pos gelungan kedua masih
menggunakan soalan yang sama seperti ujian pos sebelumnya.

Dapatan yang diperoleh ini adalah daripada proses rawatan semula
menerusi pemberian latih tubi berdasarkan intervensi Peta Kaedah G.U.K yang telah
diperkenalkan. Jika sebelum ini, responden hanya didedahkan kaedah penulisan
kata nama terbitan berimbuhan peN- menerusi kaedah penjadualan atau
pemenggalan suku kata. Darjah kesukaran yang ketara, iaitu kekeliruan responden
untuk mengenal pasti proses pengguguran, perubahan dan pengekalan abjad
pertama setiap kata akar menyebabkan dapatan data yang awal boleh
diklasifikasikan sebagai kurang berjaya. Berikut disertakan perbandingan skor ujian
pra dan ujian pos untuk gelungan kedua.

PERBANDINGAN MARKAH INDIVIDU
BAGI UJIAN PRA, UJIAN POS DAN
UJIAN POS GELUNGAN KE-2

150

100 88 967502 85 977006 643420 190240 70 62 68 61 855008 77
50 5465 6570 2102 1394 4252 2185 4306
0 42 55 48
105 1252 108

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pos Gelungan ke-2

Rajah 4: Graf Perbandingan Markah Individu Gelungan Kedua

268

Secara keseluruhannya, peningkatan prestasi bagi keseluruhan responden
untuk menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- dilihat berlaku selepas
menggunakan Peta Kaedah G.U.K yang telah dibuat penambahbaikan dan
pengubahsuaian. Perbezaan julat markah setiap responden yang terlibat bagi ujian
pra dan ujian pos membuktikan penggunaan Peta Kaedah G.U.K masih relevan
untuk membantu responden menguasai penulisan kata nama terbitan berimbuhan
peN- walaupun dilihat sedikit konvensional.

Analisis Soal Selidik

Soal selidik yang dijalankan melibatkan lima (5) item bertumpu. Setiap item akan
ditandakan empat (4) pilihan skala pengukuran iaitu Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju
dan Sangat Setuju. Bagi memenuhi keperluan penganalisisan data kuantitatif,
keempat-empat skala tersebut diberikan nilai skor masing-masing. Daripada analisis
yang dilakukan, pengkaji telah membuat beberapa penilaian dan keputusan bagi
menentukan kesinambungan hasil dapatan dengan kedua-dua persoalan kajian yang
telah dinyatakan sebelum ini. Berikut merupakan analisis soal selidik yang telah
dihasilkan. Bagi meninjau kekerapan taburan dan nilai min terhadap sesuatu item
dengan lebih jelas, telitilah jadual di bawah:

Jadual 4

Pengagihan Skor Soal Selidik

B Item Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat Kekerapan
setuju jumlah skor,
il setuju (3) (1)
3x2=6 1x3=3 (10) min
1. Saya boleh (1) 3/15x100 1/15x10 10x4=4 1+6+3+40
=20% 0 0 =50
menulis kata 1 x 1 = 1 =7% 10/15x1 50/15
(2) 00 =3.33
nama terbitan 1/15 x 2x2=4 (3) =67%
2/15x100 3x3=6 1+4+6+36
berimbuhan 100 =13% 3/15x10 (9) =47
0 9x4=36 47/15
peN- dengan = 7% =20% 9/15x10 =3.13
0
menggunaka =60%

n peta

kaedah

G.U.K.

2. Saya sudah (1)

dapat 1x1=1

membezakan 1/15x100

jenis imbuhan =7%

kata nama

terbitan

berimbuhan

peN- dengan

tepat.

269

3. Saya boleh (0) (2) (4) (9) 0+4+12+36
menjawab 0x1=0 2x2=4 4x3=12 9x4=36 = 52
soalan- 0/15x100 2/15x100 4/15x10 9/15x10 52/15
soalan kata =0% =13% 0 0 =3.47
nama terbitan =27% =60%
berimbuhan (1) (5) 1+10+12+20
peN- dengan 1x1=1 5x2=10 (4) (5) =43
tepat. 1/15x100 5/15x100 4x3=12 5x4=20 43/15
=7% =33% 4/15x10 5/15x10 =2.87
4. Saya mampu 0 0
mengajar (0) (2) =27% =33% 0+4+6+40
rakan-rakan 0x1=0 2x2=4 = 50
tentang kata 0/15x100 2/15x100 (3) (10) 50/15
nama terbitan =0% =13% 3x3=6 10x4=4 =3.33
berimbuhan 3/15x10 0
peN- dengan 1+1+0+1 6+4+4+10+ 0 10/15x1 3+28+39+
peta kaedah +0 4 =20% 00 172
G.U.K. =3 =67% = 242
= 28 3+6+12
5. Saya +12+6 40+36+ Min
menggunaka = 39 36 Keseluruhan
n kata nama 3.33+3.13+
terbitan +20+40 2.47+2.87+
berimbuhan = 172 3.33 = 15.13
peN- dengan 15.13/5
betul dalam = 3.03
ayat.

Jumlah

Merujuk kepada jadual di atas, dapatlah difahami bahawa terdapat tiga aspek yang
perlu diberikan perhatian bagi menganalisis skor soal selidik. Aspek peratusan
kekerapan, jumlah skor dan nilai min penting untuk dihitung supaya data berikut
dapat menjadi bukti kepada penghujahan deskriptif selanjutnya.

Seperti yang telah diketahui sebelum ini, jenis skala pengukuran seperti
skala likert meletakkan nilai skor tertentu bagi setiap skala. Misalnya, dalam kajian
ini nilai skor bagi Tidak Setuju = 1, Tidak Pasti = 2, Setuju = 3 dan Sangat Setuju =
4. Daripada nilai skor inilah jumlah skor dan nilai min dihitung (rujuk Jadual 8). Hasil
perkiraan membuktikan jumlah skor tertinggi amat mempengaruhi nilai min. Bagi item
1, nilai min yang direkodkan ialah 3.33. Item 2 pula mempunyai nilai min sebanyak
3.13, item 3 merekodkan 3.47, item 4 dengan nilai min 2.87 sementara nilai min bagi
item 5 ialah 3.33.

270

Jika dilihat kepada nilai min yang telah dinyatakan, item 3 mencatatkan nilai
min yang tertinggi berbanding item-item lain. Hasil dapatan ini disokong dengan bukti
jumlah skor bagi item 3 sebanyak 52. Jumlah ini merupakan jumlah skor tertinggi
berbanding item 1 = 50, item 2 = 47, item 4 = 43 dan item 5 = 50. Hal ini berlaku
kerana item 3 turut mencatatkan peratusan kekerapan terbesar bagi skala tertinggi
iaitu skala Sangat Setuju yang mewakili nilai skor 4. Nilai skor tersebut didarabkan
dengan kekerapan untuk mendapatkan jumlah skor. Sebanyak 9 responden yang
telah menandakan ruangan Sangat Setuju bagi item 3. Situasi ini menggambarkan
responden benar-benar memahami konsep penulisan kata nama terbitan
berimbuhan peN- selepas mengaplikasikan Peta Kaedah G.U.K, seterusnya dapat
menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- dengan tepat dalam penulisan
sesebuah ayat atau menjawab soalan berbentuk ragam tatabahasa.

Apabila dianalisis item yang memiliki nilai min paling rendah iaitu item 4,
jelaslah bahawa hasil perkiraan itu diperoleh disebabkan peratusan kekerapan pada
skala Tidak Pasti dilihat memberikan kesan kepada peratusan skala lain. Skala Tidak
Pasti yang ditandakan oleh responden ini menyamai skala Sangat Setuju yang
ditandakan sebanyak 5 tanda. Selain itu, skala Setuju merekodkan kekerapan
sebanyak 4 tanda. Item 3 mengumpul jumlah skor sebanyak 43. Dapatan ini
memberikan gambaran bahawa responden tidak boleh mengajar rakan mereka
tentang nama terbitan berimbuhan peN- kerana ia merupakan pengetahuan baru
bagi mereka dan memerlukan lebih kerap latih tubi.

Secara keseluruhannya, jumlah skor soal selidik amat mempengaruhi
penilaian terhadap kutipan data. Jumlah ini dipengaruhi oleh kekerapan pada skala
tertinggi yang mewakili nilai skor paling tinggi dalam skala likert. Selain itu, jumlah
skor juga mempengaruhi nilai min bagi setiap item. Hipotesis yang boleh dibuat ialah
semakin tinggi jumlah skor, semakin tinggi nilai min. Dalam hal ini, nilai min yang
tinggi memberikan makna darjah positif sesuatu keputusan kajian berdasarkan
kenyataan item yang telah ditetapkan.

Kesimpulan daripada dapatan soal selidik ini, ternyatalah prestasi responden
dapat ditingkatkan dengan penggunaan Peta Kaedah G.U.K Selain itu, penggunaan
Peta Kaedah G.U.K juga menggalakkan responden menulis kata nama terbitan
berimbuhan peN- yang tepat.

REFLEKSI

Pengkaji mereflek kembali pelaksanaan kitaran kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Pengkaji memberi penekanan kepada dua aspek utama iaitu kekuatan dan
kelemahan.

Kekuatan
Salah satu kekuatan utama yang dikenal pasti menerusi kajian pengkaji adalah
penggunaan kaedah G.U.K itu sendiri sebagai intervensi. Keberkesanan kaedah in
dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam menggunakan
imbuhan terbitan kata nama peN- dengan betull menjadi tunjang kepada kejayaan
kajian pengkaji. Masalah tidak memahami cara untuk menggunakan imbuhan kata
nama peN- dapat dikurangkan. Kumpulan sasaran dilihat berupaya menulis semua

271

kata terbitan dengan imbuhan yang betul setelah pengkaji member penerangan
mengenai cara menggunakan peta kaedah Guk.

Di samping itu, peta kaedah GUK juga dapat membantu responden
meningkatkan perbendaharaan kata baru. Secara tidak langsung, responden
digalakkan untuk berfikir mengenai kata terbitan serta maksud bagi kata akar yang
ditambah imbuhan tersebut. Pengkaji juga turut merasa sangat bersemangat untuk
menjalankan sesi intervensi bersama responden kerana sikap responden yang
mudah mengikut arahan pengkaji ketika melaksanakan proses intervensi ini.
Semangat ini datangnya daripada kepuasaan melihat prestasi pembelajaran
responden yang semakin meningkat. Malah responden turut memberikan kerjasama
kepada pengkaji ketika mengajar melalui kesediaannya untuk menjalani intervensi.
Hal in dibuktikan apabila pengkaji masuk ke kelas, responden kelihatan sudah
bersedia untuk belajar tanpa sebarang rungutan. Malah responden sudah tahu
bahawa setiap kali pengkaji masuk ke kelas, mereka tahu akan belajar menggunakan
peta kaedah GUK untuk membina kata terbitan.

Kelemahan
Kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji ialah murid tidak memahami konsep
pengimbuhan sesuatu kata terbitan. Maka, sukar untuk murid mengimbuhkan kata
dasar tanpa pengetahuan konsep sebenar. Murid juga tidak menghafal imbuhan
yang terdapat dalam imbuhan peN- iaitu pe-, pem- pen- dan peng-. Antara
kelemahan yang ketara juga ialah murid terlalu bergantung dengan guru. Murid akan
bertanya kepada guru tentang jawapan yang telah ditulis sama ada betul atau salah.
Ada juga segelintir murid yang hanya menunggu jawapan daripada guru. Namun,
setelah diperkenalkan dengan peta kaedah GUK, kelemahan-kelemahan ini dapat
diatasi secara berperingkat.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan aspek kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji, penekanan
terhadap pengguguran, penambahan atau pengekalan pada kata terbitan setelah
ditambah imbuhan peN- perlu dititik beratkan bagi memastikan penguasaan yang
sepenuhnya terhadap kemahiran menulis dan menggunakan imbuhan pada terbitan
kata nama. Permainan berunsurkan kad perkataan boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan aspek kosa kata murid. Cadangan permainan yang boleh
dilaksanakan ialah permainan mengkategorikan kad perkataan yang mempunyai kad
ejaan imbuhan yang betul. Dalam melaksanakan permainan ini, murid perlu
mengkategorikan kad ejaan imbuhan yang betul dan kad ejaan yang salah masukkan
ke dalam kotak yang disediakan. Jumlah bagi kad yang betul dikategorikan akan
dikira sebagai markah dan penentu pemenang.

Pada kajian yang seterusnya, pengkaji juga bercadang untuk
mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam Kalangan
kumpulan sasaran. Menurut Mohd Hilmi Hamzah & Juliana Emilia Dourado (2010),
penggunaan permainan bahasa member kesan positif terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa. Pengkaji harus merancang dan menjalankan
permainan bahasa yang bersesuaian dengan tahap penguasaan banasa mereka.

272

Melalui permainan bahasa, murid-murid dapat menguasai tatabahasa sambil
bermain. Ini membolehkan mereka menumpukan perhatian yang lebih lama dalam
pembalajaran tatabahasa. Sekiranya tatabahasa mereka meningkat, maka mereka
boleh mengimbuhankan sesuatu perkataan dengan betul dengan menggunakan
Peta Kaedah G.U.K

Di samping itu, pengkaji mencadangkan penggunaan kamus multimedia
elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
perbendaharaan kata dalam kalangan kumpulan sasaran. Kamus ini memaparkan
makna bagi sesuatu perkataan yang dikehendaki oleh murid dengan menggunakan
pelbagai media sokongan sebagai tambahan penerangan yang diberikan menerusi
penggunaan teks Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), menerangkan bahawa
penggunaan media seperti audio. video, grafik dan animasi boleh menyebabkan
penerangan mengenai sesuatu perkataan dilakukan dengan lebih berkesan.
Pengkaji harus menggalakan kumpuan sasaran menggunakan kamus ini semasa
pelaksanaan aktiviti. Melalui kamus ini, mereka dapat meningkatkan kefahaman
tentang sesuatu perkataan, memperluaskan kata dan mengetahui ejaan yang tepat
bagi sesuatu perkataan.

Cadangan kajian tindakan pengkaji yang seterusnya adalah melihat
kemahiran. Murid menulis imbuhan pada terbitan kata nama dalam subjek Bahasa
Melayu menggunakan Peta Kedah G.U.K. Kajian yang dirancangkan in merupakan
kesinambungan terhadap kajian sebelum ini yang melihat peningkatan murid dalam
membina dan menulis semua kata dasar menjadi kata terbitan yang betul
berdasarkan imbuhan yang difokuskan iaitu imbuhan peN-. Pengkaji ingin melihat
kesan penggunaan Peta Kedah G.U.K untuk kajian yang seterusnya. Pengkaji boleh
menambah beberapa kotak pada Peta Kedah G.U.K untuk meningkatkan kemahiran
menulis kata terbitan dengan imbuhan yang betul. Kotak baru tersebut boleh diisi
dengan contoh ayat bagi perkataan yang telah ditambah imbuhan.

273

RUJUKAN

A. Chellamal Bagavathy. (2005). Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa

Bahasa Melayu Melalui Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA.

Halaman 50 - 58. Permainan Bahasa.

Abdullah Yusof. (2010). HBMI3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.

Abdul Aziz Abdul Talib (1993), Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh.

Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala

Lumpur

Ali Mahmood Dr. et al. (2007). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Andrew, W. (1980). Games for

Language Learning. England: Cambridge University Press.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Kota Kinabalu (2008), Jurnal. Issn
1675-624X Kamarudin Hj. Fussin (1998), Pedagogi Bahasa Perkaedahan.

Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan.
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan Malaysia: Pusat Pembangunan Akademik.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya, Malaysia:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat
PerkembanganKurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

Khairuddin Mohamad (2014). Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor:
Penerbitan MultiMedia University

Lee, W.R. (1979). Language Teaching Games and Contests. Oxford: Oxford
Press.

McNiff, Jean & Jack Whitehead. (2002). Action Reserch: Principles and Practise (2nd
ed.). London, New York: Routledge / Falmer.

Mok Soon Sang. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor:

Nik Safiah Karim et.al. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rosinah Edinin (PhD) (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin PhD (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Harizon.

274

MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PEMERI

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Sri Yanti Binti Kamal
Noor Salawati binti Abu Bakar
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,

Sabah
[email protected]

ABSTRAK

kalangan murid Tahun 3. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami
kekeliruan dalam penggunaa

sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Peserta
kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 3 iaitu tiga orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan. Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Kurt
Lewin (1946) dalam merancang tindakan sepanjang intervensi dijalankan. Pengkaji
telah menggunakan tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian bertulis
(pra dan pos), pemerhatian dan soal selidik. Intervensi telah dijalankan bagi
meningkatkan tahap penguasaan peserta kajian dalam memahami dan
membezakan pen
didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara khususnya
dalam ujian pos serta peningkatan aspek pemerhatian dan soal selidik yang
dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa ba
membantu dan menarik minat peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan

Kata Kunci:

275

PENGENALAN

Dalam pengajaran bahasa Melayu, setiap guru atau bakal guru perlu memikirkan
cara dan kaedah yang lebih menarik agar murid-murid mudah memahami serta
berminat untuk mempelajari tatabahasa tanpa sebarang tekanan. Menurut Zamri
Mahamod (2010), seringkali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran abad ke-21. Bagi pembelajaran
bahasa Melayu, aspek tatabahasa harus dikuasai penggunaannya tanpa kesilapan
dan kesalahan yang boleh mengubah maksud sesuatu perkataan atau frasa. Oleh
hal yang demikian, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terkini
mengutamakan aspek tatabahasa agar diajar sekali seminggu iaitu setiap hari
Jumaat mengikut sukatan dalam Rancangan PengajaranTahunan (RPT) yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya bagi
murid-murid sekolah rendah. Pengetahuan yang lebih meluas dalam bidang
tatabahasa bahasa Melayu, penting dalam sistem pendidikan Malaysia bermula
dari sekolah rendah, menengah dan seterusnya di peringkat institut dan universiti.

Oleh hal yang demikian, penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman murid Tahun 3 dalam menguasai penggunaan kata pemeri

injauan awal

yang mereka rasakan remeh ini. Oleh itu, konsep pengamalan pengajaran terutama
dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan perlu diaplikasi. Hal ini kajian
penyelidikan perlu dijalankan sehingga cara penyelesaian diperoleh dan ditemukan.
Menurut Rosinah Edinin (2015), sekiranya masalah telah dikenal pasti, tindakan
penyelesaian perlu diambil bagi mengatasi masalah seterusnya agar dapat
menambah baik mutu pendidikan negara.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi matapelajaran
bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh pengkaji semasa menjalankan latihan
praktikum di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, masalah yang dihadapi murid
ialah kekeliruan dalam men
Kekeliruan yang seringkali terjadi dalam pembinaan ayat yang melibatkan kata

rja ataupun permulaan ayat (Nor
Suhaila Che Pa, Mohd Syamril Akhmar Che Kasim, Nazifah Hamidun, Mohd Hasri,
2017).

Dalam bidang pembelajaran, kesalahan penggunaan kata pemeri acap kali
digunakan secara tidak tepat disebabkan kekeliruan dan kurang didedahkan kepada
penggunaan secara terarah. Proses pembelajaran bahasa tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan atau kesalahan. Hal ini jelas dinyatakan oleh Corder (1981)
bahawa semua orang sama ada secara sengaja atau tidak akan melakukan
kesalahan bahasa. Sebagai tambahan kepada faktor kekeliruan bahasa yang
disebutkan itu, Zaharani Ahmad (2007) pula menyatakan bahawa kekeliruan dalam
pengggunaan bahasa berpunca daripada percanggahan antara nahu pegangan

276

yang bersifat preskriptif yang diajarkan di sekolah dengan nahu praktis yang
diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan penutur sendiri.

Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mengambil keputusan untuk

dihadapi oleh peserta kajian kerana lebih mudah difahami dan dingati. Bukan itu
sahaja, dengan menggunakan bahan bantu ini mereka hanya perlu memahami

pengkaji agar bahan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya objektif kajian dilaksanakan bertujuan untuk:

i. Meningkatkan penguasaan kata

ii.

KAJIAN LITERATUR
Menelusuri kajian lepas bidang morfologi juga, mendapati banyak kekeliruan yang

Jamilah Rosly (2003) mengkaji kesalahan penggunaaan kata pemeri dalam
yang menyalahi struktur ayat

Penggunaan ini ternyata menyalahi hukum penggunaan kata pemeri yang betul.
Abdullah Jumain Abu Samah (2010) berpendapat bahawa penggunaan kata pemeri

seseorang penulis yang lain. Beliau membuat generalisasi yang diasaskan data-
data. Generalisasi beliau terdapat persamaan dengan Nik Safiah Karim et.al (2014),
iaitu sekiranya bahagian predikat terdiri daripada kata kerja atau frasa kerja dan kata
adjektif atau frasa adjektif, maka bahagian predikat tidak boleh didahului dengan kata

-tiap ayat berkenaan masih gramatis
dan di samping itu tidak juga menjejaskan kandungan semantik ayat-ayat berkenaan.

Manakala menurut Idris Aman (2008), pula menganalisis data korpus UKM-

di dalam korpus. Analisis beliau juga menda

unsur nahuan yang sangat berguna dalam penghasilan perenggan. Berdasarkan

kajian lepas yang diteliti tersebut dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak

kajian yang dilakukan oleh para pengkaji bahasa berkaitan aspek kesalahan

penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek kata

-duanya berfungsi sebagai kata pemeri,

tetapi banyak kekeliruan yang timbul ketika menggunakannya. Terdapat pengguna

bahasa yan dalam bahasa Inggeris bagi

the English copula am, is are, was and were are not
Kekeliruan yang seringkali terjadi dalam

277

kata kerja ataupun permulaan ayat.
KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model Penyeldidikan Tindakan
Kurt Lewin (1946). Hal ini kerana langkah penyelesaian yang dikemukakan dalam
model ini bersesuaian dengan masalah yang difokuskan dalam kajian ini. Menurut
Rosinah Edinin (2015), Kurt Lewin merupakan pengasas kepada penyelIdikan
tindakan dan menerangkan bahawa kajian tindakan melibatkan satu lingkaran kitaran
yang terdiri daripada 4 peringkat seperti yang terdapat pada Jadual 1.

Jadual 1: Prosedur Penyelidikan Tindakan

Peringkat Model Prosedur Penyelidikan Tindakan
Kurt Lewin (1946)
Perancangan yang sistematik dilaksanakan berdasarkan
Perancangan pengamalan refleksi. Perancangan ini diharapkan dapat
memberikan impak positif dan dapat mengatasi masalah
Tindakan yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Pemerhatian
peserta kajian. Sesi intervensi akan dilaksanakan kepada
Refleksi setiap peserta kajian. Kemudian, setiap intervensi diikuti
objektif pencapaian bagi menilai tahap penguasaan
peserta kajian dalam mengatasi masalah yang dihadapi.
Berdasarkan instrumen yang dipilih, iaitu ujian bertulis,
pemerhatian dan soal selidik, pencapaian serta tahap
penguasaan murid dapat dinilai. Hal ini, penilaian akan
membantu pengkaji bagi mengambil langkah seterusnya.
Refleksi keseluruhan dilaksanakan erangkumi
pencapaian setiap perancangan yang dijalankan.
Keputusan akhir yang diperoleh akan menentukan
intervensi yang dilaksanakan berhasil atau melangkah ke
lingkaran kedua.

INTERVENSI
Pengkaji telah melaksanakan intervensi secara berperingkat untuk mengatasi

kepada peserta kajian. Kemudian, setiap intervensi akan diikuti objektif pencapaian
bagi menilai tahap penguasaan peserta kajian dalam mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka. Berdasarkan instrumen yang dipilih, iaitu ujian pra dan pos,
pemerhatian dan soal selidik, pencapaian penguasaan murid dapa diniliai. Hal ini
kerana penilaian membantu pengkaji bagi mengambil tindakan selanjutnya.

278

Jadual 2: Peringkat Intervensi Bahan Bantu "Peri Permeri"

Peringkat Kandungan
Intervensi
Pertama kepada peserta kajian. Kemudian, peserta kajian mengelaskan
perkataan atau frasa yang diberi sama ada kata nama, adjektif
Kedua atau kata sendi nama.
Peserta kajian perlu mengimlak yang dibacakan guru dan perlu

Ketiga Latih tubi diberikan dan peserta kajian perlu mengisi tempat
Keempat kosong dengan jawapan yang betul berdasarkan ayat

Latihan akan diberikan dan peserta kajian perlu menandakan
(/) pada ayat yang menggunakan kata pemeri yang betul dan

Contoh Lelaki yang suka menderma itu ____________
Ayat: penduduk di kampung saya.

Langka
h1

279

Langka
h2

Langka
h3

Rajah 1: Langkah Pengaplikasian Bahan Bantu "Peri Pemeri"
Pengkaji menggunakan beberapa instrumen iaitu melalui pemerhatian, ujian bertulis
dan soal selidik bagi menjawab objektif kajian yang telah dikemukakan dalam
melaksanakan kajian ini. Bagi instrumen pemerhatian, pemerhatian berstruktur
dijalankan kepada peserta kajian iaitu sebelum dan semasa proses penggunaan
bilik darjah. Pemerhatian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sama ada
murid dalam mempelajari topik kata pemeri. Berdasarkan etika penyelidikan, data-
data yang dikutip daripada pemerhatian, ujian bertulis dan soal selidik kemudiaannya
dianalisis dengan cara yang bersesuaian mengikut instrumen yang telah digunakan
(Izham Shafie, 2008). Proses analisis data adalah bertujuan untuk menyunting data
penting dan tidak penting. Dapatan kajian iaitu data kuantitatif dalam jadual dan graf
digunakan untuk menganalisis data.

280

Jadual 3: Instrumen dan Cara Menganalisis Data

Kaedah Pengumpulan Instrumen Cara Menganalisis
Data Data
Senarai semak
Pemerhatian Ujian Pra dan Ujian Pos Statistik Deskriptif
Ujian bertulis Borang maklum balas
Peratus & Min
Soal Selidik
Frekuensi
DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian melalui instrumen yang pemerhatian, ujian pra dan pos serta soal selidik,
pengkaji mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan bagi menjawab kedua-
dua objektif kajian. Dalam konteks ini, hasil dapatan kajian telah menunjukkan

meningkatkan tahap penguasaan berkaitan dengan

Analisis Data Pemerhatian Berstruktur

Jadual 4: Jumlah Peningkatan Aspek Tingkah Laku

Jumlah P1 Peserta Kajian 5
P5 P2 P3 P4 3
Semasa Aplikasi Bahan Bantu Pemeri 2
Sebelum Aplikasi Bahan Bantu Pemeri 5 555
Jumlah Peningkatan Kekerapan 3 211
2 344

Peningkatan Aspek Tingkah Laku

6

Tingkah Laku 5

42 2

3
3 44

2
33

12
11

0

P1 P2 P3 P4 P5

Sebelum Semasa

Rajah 2: Graf Peningkatan Tingkah Laku Terhadap Peserta
Kajian Sebelum dan Semasa Aplikasi Bahan Bantu "Peri
Pemeri"

281

Berdasarkan graf pada Rajah 3, menunjukkan, peserta kajian yang mengalami
perubahan dalam aspek tingkah laku ialah P3 dan P4 iaitu sebanyak 4 aspek yang
telah berubah ke a
diaplikasikan. Sebelum itu, hanya 1 aspek positif sahaja yang ditunjukkan.

melibatkan peserta kajian, P2 menjadikan kesemua aspek positif ditunjukkan melalui
tingkah laku yang ditunjukkan. Kemudian diikuti oleh peningkatan peserta kajian P1
dan P5 pula pada kadar yang sama iaitu sebanyak 2 aspek semasa bahan bantu

ya 3 sahaja aspek yang
menunjukkan tingkah laku yang positif.

Dalam konteks ini, semua peserta kajian dapat memberikan tindak balas
yang baik untuk menunjukkan peningkatan tingkah laku positif dengan aktiviti
pembelajaran kata pemeri terutamanya dengan m

diaplikasikan bagi menarik minat murid dalam menguasai kata permeri dalam aspek

diaplikasikan untuk menarik minat peserta kajian.
Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 5: Hasil Pencapaian Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian

Peserta Ujian Pra Ujian Pos Peratus
Kajian Peningkatan
Bil. Peratus Bil. Peratus
1 Betul Betul 75%
2 25% 100% 67%
3 3/12 33% 12 100% 75%
4 4/12 25% 12 100% 84%
5 16% 100% 75%
3/12 25% 12 100%
2/12 12
3/12 12

Min 3 25% 12 100%
Mod
Median 3 25% 12 100%

3 25% 12 100%

282

Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan
Ujian Pos Peserta Kajian

150

100 100 100 100 100
100

50 25 33 25 16 25
P5
0 P2 P3 P4
P1 Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 3: Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Daripada graf di atas juga menunjukkan terdapat peningkatan prestasi peserta kajian
dalam memahami kata pemeri setelah intervensi menggunakan bahan

menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 84%, diikuti oleh P1, P3
dan P5 masing-masing iaitu peningkatan sebanyak 75% dan yang terakhir daripada
P2 iaitu peningkatan sebanyak 67%. Hal ini membuktikan bahawa melalui bahan

dengan lebih mudah kerana mereka dapat belajar sambil mengaplikasikannya.
Bukan itu sahaja, pengkaji juga telah menganalisis min bagi hasil pencapaian

keputusan ujian pra dan ujian pos peserta kajian. Menurut Izham Shafie (2008), min
merupakan purata data-data atau skor-skor yang diperoleh daripada kajian yang
dijalankan. Pengkaji telah melaksanakan perbandingan min markah untuk melihat
peningkatan daripada ujian pra kepada ujian pos. Nilai min bagi ujian pra ialah 25%
manakalan nilai min bagi ujian pos pula ialah 100%. Hal ini menunjukkan peningkatan

kepada peserta kajian. Malah, berdasarkan graf di atas, hasil pencapaian ujian pra
dan ujian pos peserta kajian juga telah menunjukkan peningkatan yang cukup ketara.

penguasaan dan daya ingatan murid untuk memahami sesuatu konsep
pembelajaran.

Analisis Data Soal Selidik

Item Soalan Frekuensi Skala Likert
12 3 4
1. 00 0 5
meningkatkan penguasaan topik kata
pemeri? 00 1 4

2.
digunakan dalam menjawab soalan?

283

3. diaplikasikan 00 1 4
dengan mudah? 00 0 5
00 1 4
4.
kerana berwarna-warni?

5.

6. Adakah anda berpuas hati menggunakan 00 0 5

Peratus Skala Likert 0% 0% 10% 90%

PERATUSAN SKALA LIKERT

Sangat Bersetuju Bersetuju

10%

90%

Rajah 4: Carta Pai Peratusan Skala Likert
Secara keseluruhannya, berdasarkan data yang diperoleh pada Rajah 5, peratusan
bagi skala likert bagi skala tidak bersetuju adalah 0% manakala bagi skala bersetuju
adalah 10% dan bagi skala sangat bersetuju adalah sebanyak 90%. Bukan itu
sahaja, pada bahagian komen atau cadangan terdapat peserta kajian yang

pemeri bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan murid memahami
perbezaan penggunaan dan dapat menarik minat peserta kajian supaya melibatkan
diri secara aktif dalam sesi pengajaran yang dijalankan. Oleh hal yang demikian,
kedua-dua objektif kajian yang telah ditetapkan berjaya dibuktikan hasil daripada
maklum balas yang diperoleh daripada kaedah soal selidik ini.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya dilaksanakan mengikut ketetapan yang
telah diancang seterusnya telah menjawab kedua-dua objektif kajian yang telah
dinyatakan. Objektif pertama kajian terjawab berdasarkan instrumen ujian pra dan
ujian pos yang dijalankan. Kesemua peserta kajian pada awalnya berada di tahap

284

dalam aspek tatabahasa. Namun, selepas pengkaji melaksanakan intervensi
kesemua respoden

ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan melalui ujian pra dan pos yang telah
dijalankan yang menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Apa yang dapat
dirumuskan dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu penggunaan bahan

sebuah sekolah berdekatan dengan pekan Tuaran ini adalah berjaya. Oleh itu, dapat
disimpulkan dalam kajian ini bahawa penggunaan bahan bantu mengajar seperti

lebih efektif malah menggalakkkan penglibatan murid secara aktif dalam mengikuti
sesi pembelajaran yang dijalankan.

Objektif kajian kedua pula terjawab melalui instrumen soal selidik dan
pemerhatian yang dijalankan. Pada asalnya, minat murid dalam mempelajari topik
kata pemeri adalah rendah dan hal ini berkemungkinan disebabkan mereka
beranggapan bahawa topik kata pemeri ini tidak penting dan tidak menarik. Namun

pemeri selepas

memberikan perhatian dan juga menyatakan mereka berpuas hati sewaktu sesi
pengajaran. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik adalah mereka menunjukkan
peningkatan yang ketara dalam topik yang diajar. Ini selaras dengan dengan konsep
bahan bantu mengajar yang mana murid dapat belajar dalam suasana yang seronok,
aktif dan seterusnya meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran.

digunakan, keyakinan peserta kajian dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan
sama ada berbentuk ujian ataupun lisan lebih baik dari sebelumnya. Peserta kajian
menunjukkan keyakinan dalam menjawab soalan yang diberikan. Hal ini
menunjukkan mereka lebih memahami dan menguasai topik yang diajar iaitu
berkaiitan pengunaan kata pemeri dan seterusnya bersemangat untuk
menyempurnakan tugasan yang diberikan. Ini dapat dibuktikan melalui analisis data
keseluruhan pada instrumen soal selidik dalam kajian ini yang mana kesemua
peserta kajian memberikan respons 100% bers
membantu peserta kajian dalam memahami dan mengaplikasi konsep kata pemeri.
Bukan itu sahaja, berdasarkan soal selidik selepas intervensi dijalankan juga
menyatakan bahawa mereka seronok dengan pembelajaran menggunakan BBM
seperti ini dan menginginkan pembelajaran begini dalam pembelajaran seterusnya
kerana ianya berkesan.

285

RUJUKAN
Corder, S. P. (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford University Press: Oxford.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Hassan Ahmad, (2004) Bahasa Melayu dan Minda Melayu : suatu tinjauan kritis. Jurnal Melayu,

1 . pp. 19-51.
Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, Vol.2.
Nazifah Hamidun, and Nor Suhaila Che Pa, and Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim, and Mohd

Hasri Ahmad Shukeri, (2017) Workplace communication technology focusing on
implementing accurate language in emails. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of
Communication, 33 (4). pp. 218-233.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2014).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noralidin, N. (2017). Pembinaan model pengajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan
teori konstruktivisme. Tanjong Malim.
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad (pnyt.). (2007). Aspek nahu praktis bahasa Melayu. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Strategi
pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang. Bangi: Penerbitan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

286


Click to View FlipBook Version