Intervensi
Intervensi dilakukan bagi menangani masalah kekeliruan penggunaan kata sendi
. Pengkaji
kata sendi nama tersebut dengan cara yang mudah dan berkesan.
Peserta kajian memilih bola Jika perkataan tersebut mempunyai ruang,
perkataan yang disediakan peserta kajian akan memasukkan bola
perkataan di dalam bekas
Hasil akhir bahan bantu Jika perkataan tersebut mempunyai tidak
oleh peserta kajian ruang, peserta kajian akan melekatkan
bola perkataan di tepi bekas
41
METODOLOGI KAJIAN
Menurut Chow, F. M. dan Jaizah Mahamud (2011), mengikut etika penyelidikan,
data-data yang dikutip perlu dianalisis dengan cara yang bersesuaian mengikut
instrumen yang telah digunakan. Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan
data seperti rajah di bawah.
Analisis Ujian Pra
Dokumen dan Ujian
Pos
Pemerhatian
Rajah 7 :
Metodologi Kajian
Pengkaji melaksanakan ujian pra sebelum intervensi diikuti ujian pos setelah
intervensi yang dirancang berjaya diimplimentasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ujian pos dan ujian pra ini bertujuan untuk melihat perkembangan
kemahiran tat
Selain itu, pengkaji melakukan pemerhatian tingkah laku peserta kajian
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemerhatian yang dijalankan bertujuan untuk
penguasaan
sebaliknya.
Untuk analisis dokumen, pengkaji menggunakan lembaran kerja iaitu latih
tubi yang telah disediakan berfokus kepada intervensi yang dijalankan. Menurut
Hamidah Ibrahim (2014), tahap penguasaan kemahiran dan kelemahan murid dalam
Bahasa Melayu boleh dikesan melalui kaedah analisis hasil kerja murid. Hasil
daripada semakan latih tubi ini, pengkaji akan mengetahui perkembangan peserta
kajian bermula daripada penglibatan mereka dengan kajian ini sehingga selesai
dinilai oleh pengkaji.
42
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian melalui ujian pra dan ujian pos akan memberi tumpuan kepada
soalan kajian yang pertama. Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah
menganalisis data ujian pra dan pos menggunakan peratus dan min.
Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan
Peratus (%)Ujian Pos Peserta Kajian
120 100 100
100
100 88
80
60
40 25 13 0
13
20 P4 P5
0 P2 P3
Peserta Kajian Ujian Pra
0
P1
Rajah 8 : Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan jadual, menunjukkan bahawa bilangan items soalan yang
berjaya dijawab oleh peserta kajian menerusi ujian pra dan pos. Menerusi item
ra, P1 dan P5 memperoleh markah sebanyak 0% kerana semua
jawapan yang diberikan adalah salah. P2 dan P4 pula memperoleh markah sebanyak
13% dengan 1 sahaja jawapan yang betul manakala P3 memperoleh markah
sebanyak 25% dengan 2 jawapan yang betul semasa ujian pra dijalankan.
Walau bagaimanapun, peningkatan peratusan tetap berlaku dalam ujian pos
peserta kajian iaitu P2, P3 dan P4 berjaya memperoleh markah sebanyak 100%
manakala P1 dan P5 memperoleh markah sebanyak 88%. Nilai min bagi ujian pra
ialah 10 manakala nilai min bagi ujian pos pula ialah 95. Kedua-dua min ini
digunakan oleh peserta kajian. Hasil pencapaian ujian pra dan ujian pos peserta
kajian telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
43
Kekerapan Graf Peningkatan Tingkah Laku
Tingkah Laku Penggunaan Bahan Bantu 'BeDaDi'
65 55 5 5 5
5
0
4 P5
3 22
21
1 1
0 P2 P3 P4
P1
Peserta Kajian
Sebelum Selepas
Graf 9 : Graf Peningkatan Tingkah Laku Penggunaan Bahan Bantu
'BeDaDi
Dapatan kajian ini juga diperolehi daripada pemerhatian yang menjawab
soalan kajian yang pertama. Berdasarkan graf, menunjukkan bahawa peserta kajian
yang mengalami perubahan besar dalam aspek tingkah laku ialah P5 iaitu sebanyak
5 aspek yang
ditunjukkan oleh P5. Selain itu, peningkatan peserta kajian P1 dan P4 pada kadar
yang sama iaitu sebanyak 4 aspek
pengkaji. Sebelum bahan tersebut digunakan, hanya 1 aspek sahaja yang
menunjukkan tingkah laku positif.
Akhir sekali, tingkah laku peserta kajian, P2 dan P3 juga meningkat pada
kadar yang sama
diperkenalkan. Sebelum bahan tersebut diperkenalkan, hanya 2 aspek tingkah laku
positif yang ditunjukkan P2 dan P3. Bertitik tolak daripada hasil pemerhatian tersebut,
peserta kajian mampu memberikan tindak balas yang baik untuk menunjukkan
peningkatan tingkah laku positif dengan aktiviti pembelajaran kata sendi nama
Seterusnya, dapatan kajian juga diperoleh daripada analisis dokumen untuk
menjawab persoalan kajian yang kedua.
44
Jadual 3
Dapatan Hasil Analisis Dokumen
Latih tubi Kekerapan Kesalahan Peserta Kajian
P1 P2 P3 P4 P5
1 11 0 0 2
2 00 0 0 0
3 00 0 0 1
Jumlah 1 1 0 0 3
kekerapan
Berdasarkan jadual, menunjukkan hasil dapatan kajian analisis dokumen
berkaitan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh peserta kajian. Terdapat
kesalahan bagi soalan 1 dan 2 pada latih tubi 1 yang diberikan kepada peserta kajian
sebelum pengk
pertama intervensi sudah ditunjukkan kepada peserta kajian. Terdapat kesalahan
sebanyak 1 items soalan bagi peserta kajian P1 dan P2 manakala sebanyak 3 items
digunakan, peserta kajian sudah tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk
menjawab latih tubi 2. Namun, ketika menjawab latih tubi tanpa bahan bantu
Rumusannya, sebahagian besar peserta kajian mula menguasai penggunaan kata
REFLEKSI KAJIAN
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan
telah menjawab kedua-dua soalan kajian. Hasil daripada analisis dapatan kajian
melalui instrumen pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan analisis dokumen
menunjukkan keberkesanan
laku positif terhadap aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu. Menerusi pemerhatian
yang dilakukan, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan tingkah laku
Shamsudin, Amran Bakar & Norida Berhan (2018), bahan maujud adalah bahan
konkrit yang dapat disentuh dan dipegang mampu merangsang tingkah laku positif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian, terdapat banyak ilmu pengetahuan
dan pengalaman serta pengajaran yang diperoleh dalam menyediakan diri menjadi
seorang pendidik yang berkualiti dan kompeten. Pelbagai kekangan bermula
daripada mengenal pasti permasalahan kajian sehinggalah proses pelaksanaan
kajian. Pelbagai idea dicurahkan untuk menghasilkan bahan intervensi yang
berkesan untuk mengatasi masalah yang wujud. Oleh itu, pengkaji mulai sedar untuk
menentukannya dengan lebih awal demi melancarkan proses pelaksanaan kajian.
45
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
berjaya dilaksanakan sehingga mencapai objektif kajian. Walau bagaimana pun,
yang digunakan. Pengkaji boleh memperbagaikan lagi perkataan tersebut dengan
contoh-contoh perkataan lain. Tam
digunakan ketika permainan bahasa Melayu iaitu jawapan yang betul akan mendapat
mata atau skor berupa bintang. Hadiah akan diberikan kepada peserta kajian yang
memperoleh bintang yang paling banyak.
Seirin
dihasilkan melalui aplikasi interaktif. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh
Classpoint dan sebagainya. Kemudahan teknologi ini akan menarik minat murid
kajian ini, pengkaji tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Kesibukan ketika
persediaan mengajar menyebabkan pengkaji tidak mempunyai tempoh masa yang
lama untuk melaksanakan kajian ini. Jadi, cadangan tindakan yang seterusnya
adalah menambah tempoh pelaksanaan kajian supaya dapat dilaksanakan dengan
baik.
Kesimpulannya, pengkaji berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan
panduan kepada warga pendidik supaya sentiasa membaiki amalan pengajaran dan
betul dalam kalangan murid tahun 4 diharapkan agar diselesaikan terutama dalam
penulisan. Menurut Normaliza Abdul Rahim (2019), menyatakan bahawa
penyelidikan tindakan memberi satu peluang untuk memperbaiki diri seorang guru
dan meningkatkan prestasi murid. Oleh itu, penyelidikan kajian tindakan sangat
penting dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
IMPLIKASI KAJIAN
Kesan daripada pelaksanaan kajian tindakan ini, peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dalam ujian pencapaian dan tingkah laku positif ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semua peserta kajian telah menguasai
penyelidikan yang dilakukan mampu membaiki amalan pengajaran guru ke arah yang
lebih baik di samping meningkatkan penguasaan mata pelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan murid. Oleh itu, guru mampu melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti hasil daripada penambaikan amalan pedagogi dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan.
46
BIBLIOGRAFI
Abdul Rasid Jamian dan Shamsudin Othman & Farah Athirah Khuzaini. (2014).
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu.
Dicapai pada 16 Mac 2022, daripada
https://www.researchgate.net/publication/308978936_Strategi_Pengajaran_dan_Pembelajar
an_Tatabahasa_Bahasa_Melayu
Abdullah Hassan. (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu : Morfologi dan Sintaksis untuk Guru
dan Pelajar. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan Dalam
Pengajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, Amran Bakar & Norida Berhan. (2018).
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad ke-13. Petaling Jaya :
Sasbadi Sdn. Bhd.
Hamidah Ibrahim. (2014). Analisis Dokumen Penyelidikan Tindakan. Dicapai
pada 11 Mac 2022, daripada
https://www.slideshare.net/hamidahibrahim77/analisis-dokumen
penyelidikan-pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikukum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa
Melayu Semakan 2017 Tahun 4. (t.t & t.p). Dicapai pada 11 Mac 2022, daripada
https://www.sistemguruonline.my/2019/02/dskp-kssr-semakan-
2017-tahun-4-bahasa- melayu-sk.html
Nizam Abdullah. (2022). Model Kurt Lewin. Dicapai pada 2 Mac 2022, daripada
https://www.academia.edu/8348276/47504805_model_Kajian_Tindakan
Normaliza Abdul Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang : Penerbit Universiti
Putra Malaysia.
47
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK BERDASARKAN
TAHUN 4
Nur Syamimi Binti Takhaiyudin, Noor Salawati Binti Abu Bakar
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina
ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal menggunakan teknik SAOKK terhadap
murid Tahun 4. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah
Tuaran, Sabah. Kajian tindakan ini menggunakan model penyelidikan tindakan Kurt
Lewin (1948). Melalui tinjauan awal, pengkaji mendapati daripada jumlah 10 orang
murid, terhadap 5 orang murid yang Tahun 4 yang lemah dalam perluasan ayat
khususnya ayat majmuk. Justeru fokus kajian ini menekankan penggunaan teknik
jadual SAOKK dalam membina ayat majmuk yang gramatis. Kajian ini telah
menggunakan tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan
ujian pos), analisis dokumen dan pemerhatian. Intervensi telah dijalankan bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk. Berdasarkan dapatan
kajian, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara
daripada lemah kepada baik dalam ujian pos. Hal ini membuktikan bahawa SAOKK
berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk berdasarkan gambar tunggal.
Kata kunci : ayat majmuk, gambar tunggal, teknik SAOKK
48
PENGENALAN
Kajian tindakan ini lebih menumpukan kepada masalah kemahiran menulis mekanis
di mana murid perlu menulis ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal. Kemahiran
menulis dirangkumkan dalam kemahiran membina ayat yang perlu dikuasai oleh
semua murid kerana ia merupakan salah satu aspek penting dalam Bahasa Melayu.
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid
perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini
memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan
jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Kemahiran menulis melihat kepada
keupayaan murid itu sendiri dalam menulis perkataan dan ayat serta bijak dalam
memberi idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Penguasaan kemahiran
menulis dalam kalangan murid akan melengkapkan diri mereka dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi.
Kajian ini dijalankan berdasarkan permasalahan murid dalam pembinaan
ayat majmuk jika bantuan seperti kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan.
Amalan memberikan pelajar perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun
demikian, amalan ini tidak digalakkan untuk murid kerana dapat mematikan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bahkan juga tidak dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat dalam penulisan, khasnya membina ayat tentang satu
topik. Kajian tindakan adalah amat sesuai bagi penyelidik yang ingin mengenal pasti
kelemahan dalam amalan pendidikan mereka. Apabila kelemahan dapat dikenal
pasti terlebih awal ke atas masalah yang dihadapi maka dapatlah diambil tindakan
segera. Ini adalah penting untuk merujuk masalah dalam konteks kajian tindakan
sebagai peluang penambahbaikan. Pengkaji telah menyedari tentang kewujudan
masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji mengambil keputusan untuk
menjalankan satu kajian untuk meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal yang menjadi satu masalah terhadap murid dalam
mengeluarkan idea.
FOKUS KAJIAN
Pelaksanaan teknik SAOKK sebagai tindakan untuk menyelesai masalah murid
dalam membina ayat majmuk tercetus hasil pengalaman pengkaji sendiri seaktu
melaksanakan sesi praktikum fasa dua yang lalu. Perkara ini didorong setelah
pengkaji melaksanakan ujian pra terhadap peserta kajian. Hasil ujian pra yang
dilaksanakan,didapati bahawa isu membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal sememangnya merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh murid tahun 4.
Penghasilan teknik SAOKK dilihat signifikan kerana teknik ini dihasilkan dengan
memfokuskan keseluruhan kriteria penting yang diperlukan bagi memastikan
masalah membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dapat diselesaikan. Hal
ini selaras dengan tuntutan yang digariskan dalam Standard Kandungan (SK) 5.3
Memahami dan membina ayat mengikut konteks dan khususnya pada Standard
Pembelajaran (SP) 5.3.1 Memahami dan membina pelbagai ayat tunggal dan ayat
majmuk mengikut konteks seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4.
Pengkaji memastikan bahawa teknik SAOKK yang dihasilkan ini dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal dengan baik. Teknik SAOKK secara mudahnya merupakan jadual yang
dihasilkan dengan memperkenalkan rumus yang mudah dan sistematik. Rumus ini
adalah berbentuk jadual dan menggunakan akronim bagi setiap kotak dalam jadual
bagi mengenali penggunaan teknik tersebut. Pengintergrasian konsep rumus
49
sebagai tindakan diambil kerana rumus merupakan salah satu pendekatan yang
boleh memberikan impak positif kepada sesebuah pembelajaran di dalam kelas.
Zahratul Ibrahim (2012) membuktikan bahawa rumus yang digunakan bagi masalah
dalam sesi PdPc beliau dapat diselesaikan. Dalam konteks masalah ini, rumus efektif
bagi membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dihasilkan dalam bentuk
jadual.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
i. Objektif Kajian
Objektif kajian tindakan ini dijalankan adalah :
3.1.1 Aktiviti-aktiviti intervensi meningkatkan kemahiran membina
ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dalam kalangan
murid Tahun 4 menggunakan Teknik SAOKK.
3.1.2 Mengenal pasti sama ada penggunaan Teknik SAOKK
dapat meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal dalam kalangan murid Tahun
4.
ii. Soalan Kajian
Kajian ini dibuat untuk menjawab soalan seperti :
3.2.1 Adakah aktiviti-aktiviti intervensi dapat meningkatkan
3.2.2
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal dalam kalangan murid Tahun 4 menggunakan
Teknik SAOKK?
Adakah penggunaan Teknik SAOKK dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal dalam kalangan murid Tahun 4?
PESERTA KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih 5 orang sebagai peserta kajian yang telah
dikenalpasti melalui pencapaian dalam lembaran kerja. Namun, pengkaji mendapati
bahawa 5 orang peserta ini mempunyai masalah dalam membina ayat majmuk.
Maklumat peserta kajian adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian
Bilangan Peserta Prestasi Akademik
1 A Lemah
2 B Lemah
3 C
4 D Sederhana
5 E Lemah
Sederhana
50
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji menggunakan beberapa kedah dalam kajian ini selepas intervensi
dilaksanakan. Antara kaedah yang digunakan iaah kaedah pemerhatian, kaedah
ujian pos dan keadah analisis dokumen.
Jadual 2 : Kaedah Pengumpulan Data
Soalan Kajian Cara Mengumpul Data
Bagaimanakah murid menguasai kemahiran a) Pemerhatian
b) Analisis lembaran kerja
membina ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal menggunakan teknik SAOKK?
Adakah penggunaan teknik SAOKK dapat a) Ujian pra dan pasca
meningkatkan mutu pengajaran pengkaji b) Analisis lemabaran kerja
dalam mengatasi masalah pembinaan ayat
majmuk?
Jadual 2 menunjukkan kaedah pengumpulan data dilakukan terhadap kajian ini.
Proses pengumpulan data dijalankan menggunakan instrument kajian iaitu
pemerhatian, ujian pra dan pos serta analisis dokumen. Data-data daripada
instrumen itu akan dikumpul, direkod dan membuat perbandingan di antara data
sebelum intervensi dan selepas intervensi. Perbandingan data-data akhir ini akan
menjelaskan sama ada teknik SAOKK yang dihasilkan oleh pengkaji berkesan dalam
peningkatan kemahiran membina ayat majmuk. Kaedah data dikumpulkan bagi
setiap instrumen yang digunakan adalah seperti berikut :
i. Pemerhatian
Pengkaji memerhati peserta kajian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pemerhatian, pengkaji akan mendapat maklumat
secara terus daripada peserta kajian dengan melihat kepada tahap
penguasaan kemahiran membina ayat majmuk melalui lembaran kerja dan
tugasan yang diberikan.
ii. Analisis Lembaran Kerja
Pengumpulan data melalui analisis lembaran kerja dapat memberikan
maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Pengkaji
mengumpul latihan intervensi peserta kajian selepas intervensi untuk menilai
penguasaan murid terhadap kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan
gambar tunggal.
iii. Ujian
Pengkaji menjalankan ujian pos kepada peserta kajian selepas intervensi
dijalankan. Ujian pos dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap
penguasaan peserta kajian dalam menguasai kemahiran membina ayat
majmuk berdasarkan gambar tunggal selepas menngaplikasikan teknik
SAOKK. Ujian pos dijalankan selama 3 minggu selepas intervensi
dilksanakan. Kertas soalan akan diedarkan kepada peserta kajian dan
mereka diminta untuk menjawab soalan dalam tempoh 30 minit. Soalan ujian
pos merupakan soalan yang sama dengan ujian pra.
51
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
i. Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Selepas mendapat markah peserta-peserta kajian bagi ujian pra dan ujian pos,
pengkaji telah membuat perbandingan markah bagi kedua-dua ujian tersebut dalam
bentuk jadual dan grafik. Perbandingan markah bagi ujian pra dan ujian pos telah
menunjukkan perbezaan yang ketara selepas intervensi dilaksanakan kepada
peserta kajian sekaligus membuktikan keberkesanan intervensi sebelum dan selepas
digunakan.. Hal ini boleh dilihat melalui jadual di bawah dengan jelas bahawa kelima-
lima peserta kajian telah mencapai markah 8 dan ke atas.
Jadual 3 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Peserta Kajian Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos Perbezaan
(10%) (10%) Markah
A 0 `10 10
B 1 10 9
C 0 8 8
D 2 10 8
E 6 10 4
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
12
10
Markah (%) 8
6
4 Ujian Pra
Ujian Pos
2
0 Peserta Peserta Peserta Peserta
Peserta Kajian B Kajian C Kajian D Kajian E
Kajian A
Peserta Kajian
Rajah 1 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Melalui ujian pra dan ujian pos yang dijalanlan terhadap peserta kajian, data-data
telah menunjukkan bahawa setiap peserta kajian mempunyai peningkatan yang
banuyak dalam membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal dengan
intervensi teknik SAOKK. Setiap peserta kajian juga mencapai tahap penguasaan
yang cemerlang dalam ujian pos. Secara kesimpulan, intervensi teknik SAOKK yang
digunakan dapat membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan dalam
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal.
52
ii. Analisis Data Pemerhatian
Rajah 2: Graf Peratusan Dapatan Pemerhatian
Berdasarkan graf pada rajah 2 menunjukkan, item yang digunakan oleh pengkaji
dalam pemerhatian terdiri daripada empat item. Pada item 1, dapat dilihat seramai 5
orang peserta kajian telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti menggunakan
teknik SAOKK sebanyak 100% berdasarkan pemerhatian pengkaji. Malah pada item
2 juga sebanyak 100% ditanda ya pada pemerhatian pengkaji selepas menjalankan
intervensi ketiga. Bagi item 3, sebanyak 20% sahaja yang ditanda ya manakala
selebihnya 60% ditanda tidak kerana pada hasil intervensi ketiga terdapat peserta
kajian yang melakukan kesalahan dalam menggunakan kata hubung yang sesuai
bagi membina ayat majmuk yang betul. Seterusnya bagi item terakhir, sebanyak
100% ditanda ya bagi setiap peserta kajian dalam membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal.
KESIMPULAN CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian tindakan yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal menggunakan teknik
SAOKK dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, teknik ini dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan kumpulan sasaran pengkaji.
Penyataan ini adalah berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincang
secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa teknik SAOKK
berkesan dalam meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan
gambar tunggal dengan baik. Peserta kajian yang menjalani proses intervensi
menggunakan teknik SAOKK menampakkan peningkatan markah ujian yang lebih
ketara berbending sebelum menerima intervensi.
Bukan itu sahaja, pengkaji berharap boleh mengintegrasikan kaedah ini
dengan teknik nyanyian. Gabungan teknik ini dilihat dapat menambahkan lagi minat
murid untuk belajar bersesuaian dengan pendapat Mohd Bahri (2015) di dalam
kajiannya menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P adalah sangat efektif.
Menurut kajian yang dijalankan beliau, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian
dalam P&P boleh membantu murid mengingat pengalaman pembelajaran yang
dilalui di samping dapat menggalakkan penglibatan aktif dalam P&P. Irama dan
melodi yang digunakan dalam lagu, sajak dan rap dapat menguatkan memori
terhadap fakta dan isi pelajaran.
53
RUJUKAN
Zahratul Ibrahim (2009). Membina
Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Sarawak : Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang.
Mohd Bahri (2015). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Pada Pangkal Ayat
dan Tanda Titik Pada Akhir Ayat Melalui Kaedah Betik Dalam Kalangan Murid Tahun
5. Johor: Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zalizan Mohd Jelas. (Pnyt.). (2009). Pendidikan Kanak-Kanak Bekeperluan Khas : Konsep dan
Amalan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriati A. Rashid et.al (2016). Murid dan Pembelajaran. Petaling Jaya : Oxford Fajar Sdn Bhd.
54
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Perenggan Secara Mekanis
Menggunakan BiNet Bagi Murid Tahun 2
Nuramirah Atifah Binti Amir, Dr. Caroline @ Lorena David
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam bahasa
Melayu. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji murid yang lemah dalam menulis perenggan secara
mekanis. Seramai 3 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun 2
terlibat dalam kajian ini. Mereka didapati tidak dapat menulis format perenggan
dengan cara yang betul dan tidak mahir memisahkan pemerengganan dengan
betul tanpa bimbingan guru. Mereka cenderung menulis perenggan sama seperti
menulis ayat. Selain itu, peserta kajian juga tidak mahir menggunakan ruang dan
baris bagi menulis perenggan pada buku tulis dengan betul. Buku tulis yang
digunakan tidak berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran menulis
perenggan secara mekanis. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan penciptaan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bingkai Magnet (BiNet) bagi mengatasi masalah
kemahiran menulis perenggan dalam karangan secara mekanis dengan betul.
BiNet berfungsi sebagai bimbingan dan panduan untuk murid menulis perenggan
secara mekanis dengan betul. Maka, berbantukan BBM BiNet, pemerengganan
dalam karangan dapat dihasilkan dengan tepat oleh peserta kajian.
Kata Kunci: Menulis perenggan secara mekanis, BBM BiNet, ruang dan baris,
pemerengganan dalam karangan
55
PENGENALAN
Pendidikan abad ke-21 menuntut guru untuk sentiasa berkompetensi tinggi dan
profesional dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan transformasi dalam sistem pendidikan negara bagi mendokong hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mencapai pendidikan yang bersifat
holistik dengan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada
tahun 2011. Menurut KPM (2014), KSSR merupakan suatu usaha untuk menyusun
semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, kompetensi dan penerapan nilai-nilai sejagat
yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa menghadapi cabaran abad-21.
Oleh itu, KPM menyatakan KSSR disokong dengan semakan dan penambaikan
penggubalan Dokumen Standard Kokurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam
bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard ini merupakan pernyataan yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai
oleh murid di sekolah rendah (KPM, 2014).
Namun begitu, apabila negara dilanda wabak pandemik COVID-19 bermula
tahun 2019, sektor pendidikan negara terganggu dari aspek keselarasan
pelaksanaan pengajaran. Menurut Mahathir Yahaya, Wardatul Hayat Adnan (2021),
virus COVID-19 yang membawa kepada pandemik bukan sahaja memberi kesan
terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi, malahan sektor pendidikan. Rentetan
daripada penutupan sekolah akibat pandemik telah menyebabkan murid ketinggalan
dalam beberapa kemahiran asas bahasa dalam bahasa Melayu. Antaranya adalah
murid didapati lemah dalam menguasai kemahiran asas menulis perenggan dalam
karangan secara mekanis. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengesan apakah
masalah menulis perenggan secara mekanis bagi murid tahun 2 dan fokus terhadap
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perenggan secara mekanis.
Tegasnya, kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid menulis perenggan secara
mekanis dengan betul menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bingkai Magnet
(BiNet).
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Jadual 1: DSKP Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Tahun 2
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.1 Asas menulis
3.1.1 Menulis secara mekanis;
(i) perkataan
(ii) ayat
(iii) perenggan
(iv) petikan
Berdasarkan DSKP 3.1 Standard Pembelajaran Asas Menulis dan Standard
Pembelajaran 3.1.1 Menulis secara mekanis (iii) perenggan. pengkaji telah
mengenalpasti kelemahan yang berlaku ke atas murid terhadap kemahiran menulis
perenggan secara mekanis. Pengkaji melaksanakan sesi PdP kemahiran menulis
karangan dan mengesan beberapa masalah serta isu penulisan iaitu murid tahun 2
tidak dapat memahami konsep perenggan dengan tepat. Murid menulis tidak
mengikut format penulisan perenggan dan cenderung menulis perenggan dalam
bentuk ayat demi ayat pada setiap baris seperti latihan membina ayat tunggal
sedangkan penulisan perenggan yang betul adalah dengan menggabungkan ayat-
ayat sehingga membentuk satu perenggan. Murid juga menulis perenggan dengan
jarak terlalu jauh dari garisan tepi buku tulis. Murid juga didapati tidak menyambung
ayat-ayat menjadi satu perenggan. Hal ini menunjukkan bahawa murid tahun 2 telah
56
terbiasa dengan menulis ayat semasa berada pada tahun satu dan belum memahami
konsep menulis perenggan dalam karangan secara mekanis dengan betul.
Jadual 2: Masalah menulis perenggan yang dikenal pasti
Bil Masalah yang dikenal pasti.
1 Murid menulis perenggan seperti latihan membina ayat tunggal.
2 Murid tidak melakukan penjarakan pada permulaan perenggan.
3 Murid menulis tidak memenuhi ruang pada baris.
4 Murid tidak menyambung ayat seterusnya dalam satu perenggan.
5 Murid menulis karangan berperenggan di tengah buku tulis.
Sebelum pengkaji melonjak ke satu aras yang lebih tinggi, pengkaji harus
merenung kembali kekuatan asas menulis murid agar murid dapat belajar secara
berperingkat di samping mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengkaji
memikirkan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut seperti mengaplikasikan
penggunaan BBM untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis
perenggan dalam karangan khususnya pada peringkat asas menulis. Menurut
pandangan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2017), kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Oleh itu,
penggunaan bahan bantu yang maujud dan berwarna-warni dapat meningkatkan
bukan sahaja penumpuan dan minat murid dalam pembelajaran tetapi juga dapat
melatih intelek serta tahap kognitif murid untuk berfikir. Bahan bantu mengajar
membantu murid untuk jelas dan faham dengan pengajaran guru selaras dengan
pendapat Charles Muling Libau & Ying-Leh Ling (2020) yang menyatakan bahawa
BBM diperlukan untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Maka, dalam kajian ini,
BBM BiNet dicipta bagi meningkatkan penguasaan murid menulis perenggan secara
mekanis dengan betul dan kemas.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis
perenggan dalam karangan secara mekanis dengan format yang betul di samping
mempamerkan tulisan yang kemas dan jelas. Kajian tindakan ini berfokus kepada
penggunaan bahan bantu mengajar BiNet bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis perenggan secara mekanis dengan cara yang betul, kemas
dan tersusun. Menurut Yuznaili Saleh (2016) menulis secara mekanis ialah
kemahiran menulis peringkat awal dan lebih mudah daripada kemahiran menu lis
mentalis misalnya peserta kajian diminta untuk menulis semula ayat yang mereka
lihat atau baca. Maka, kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran
menulis perenggan secara mekanis melalui teknik salin semula. BBM BiNet
membantu peserta kajian untuk menulis perenggan dengan betul, kemas dan
tersusun.
TINJAUAN LITERATUR
Amaan Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Azlan Mis (2021), dalam kajiannya yang
akan penekanan kepada format karangan yang betul
dan tepat sangat penting untuk memastikan karangan yang dihasilkan oleh murid
ada mengikut format karangan yang sebenar. Aspek teknikal penulisan karangan
mempengaruhi penguasaan murid dalam menulis karangan. Jika teknikal penulisan
karangan tidak dikuasai, murid tidak akan dapat menulis pendahuluan dengan baik,
menjelaskan tajuk karangan dengan baik, tidak dapat menghubungkan pendahuluan
57
dengan isi karangan. Begitu juga dengan pendapat yang diutarakan oleh Kong,
Yahya dan Zamri (2017) dalam Amaan Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Azlan Mis
(2021), murid masih gagal menguasai kemahiran asas menulis dan menyebabkan
mereka tidak dapat menyiapkan sesuatu latihan penulisan karangan dengan baik.
Norhayati, Che Hat (2011), menyatakan seseorang guru yang sedang
mengajar mungkin mengucapkan antara 100 hingga 200 perkataan dalam masa satu
minit. Persoalannya, sebanyak manakah perkataan-perkataan yang diucapkan dapat
diserap dan difahami oleh pelajar? Hal ini bergantung penuh kepada kemampuan
murid mendengar dan menyerap apa yang didengar. Tuntasnya, BBM dapat
membantu meningkatkan tumpuan pembelajaran murid berbanding konsep
mengajar menjelaskan secara teori berulang kali. Selaras dengan pandangan Lee
Sze Ing (2016) aktiviti hands-on secara langsung dengan bahan menjadikan fikiran
murid-murid berkembang dengan baik serta dapat belajar dengan baik melalui
pengalaman dan persekitaran mereka. Pernyataan ini disokong oleh Salleh (2007)
dalam Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim (2018) menyatakan bahawa
pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada pendekatan pengajaran yang lebih interaktif
dan berbeza dengan kaedah tradisional yang hanya berpusatkan pada guru semata-
mata. Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah dan Rahman (2011) turut
menjelaskan kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan
menjadi sesi mencabar ketika PdP penulisan dijalankan.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti masalah menulis perenggan secara mekanis dalam
karangan bagi murid tahun 2.
2. Meningkatkan penguasaan murid menulis perenggan secara mekanis
dengan betul dan kemas menggunakan bahan bantu mengajar BiNet.
Soalan Kajian
1. Apakah masalah menulis perenggan secara mekanis dalam karangan bagi
murid tahun 2?
2. Adakah bahan bantu mengajar BiNet membantu meningkatkan
penguasaan murid menulis perenggan secara mekanis dengan betul dan
kemas?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan tiga orang murid yang terdiri daripada dua orang murid
sederhana dan seorang murid lemah yang menghadapi masalah pembelajaran
dalam kemahiran penulisan perenggan. Mereka terdiri daripada tiga orang
perempuan. Ketiga-tiga murid ini didapati mempunyai tahap kognitif yang baik dan
mampu memproses maklumat seiring dengan perkembangan kemajuan murid
perdana yang lain. Berdasarkan analisis kerja murid, pengkaji mendapati bahawa
ketiga-tiga peserta kajian menghadapi masalah dalam menulis perenggan secara
mekanis dengan betul. Pengkaji turut melaksanakan pemerhatian awal terhadap
murid bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran menulis
perenggan secara mekanis.
58
TINDAKAN
Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988) yang
menggunakan langkah empat kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Rajah 1 menunjukkan fasa-fasa dan
kitaran bagi Model Kemmis dan McTaggart.
Perancangan Perancangan
Tindakan
Gelung 1 Pemerhatian Tindakan Gelung 2
Cycle 1 Pemerhatian Cycle 2
Refleksi Refleksi
Rajah 1: Model Kemmis & McTaggart (1988)
Pada peringkat perancangan, pengkaji meninjau masalah pembelajaran.
Pengkaji merancang tindakan intervensi dengan menggunakan BBM BiNet. Pengkaji
memperkenalkan penggunaan BiNet kepada peserta kajian. Pengkaji merancang
pelaksanaan intervensi selama dua kali kelas PdP kemahiran menulis. Peserta kajian
perlu diberi pengukuhan secara latih tubi dan pengukuhan tentang konsep menulis
perenggan dengan menggunakan BiNet dengan berkesan. Pengkaji mencipta BBM
yang dinamakan BiNet hasil pengakroniman daripada perkataan Bingkai Magnet.
Bingkai merujuk kepada bentuk magnet yang berbingkai sebagai panduan murid
menulis pemerengganan dengan betul dan magnet merujuk kepada alat yang
mempunyai daya menarik logam-logam lain dan bersifat melekat. Magnet dipilih
sebagai bahan utama BBM kerana sifat melekat seperti permainan berupaya menjadi
menjadi daya penarik minat murid untuk belajar menulis perenggan. Pengkaji juga
merancang untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos. Data kedua-dua ujian ini akan
dianalisis dan dibuat perbandingan bagi menentukan tahap peningkatan penguasaan
peserta kajian dalam menulis perenggan secara mekanis sekaligus menjawab
persoalan kedua kajian.
Bagi pelaksanaan tindakan, pengkaji akan mengumpul data dan
menetapkan kaedah mengumpul data yang sesuai dengan kajian ini. Kaedah yang
dipilih ialah pemerhatian, ujian pra dan pos serta analisis dokumen. Pengkaji
menggunakan instrumen borang senarai semak pemerhatian. Setelah itu, pengkaji
juga akan menganalis dokumen melalui semakan buku tulis. Seterusnya, pengkaji
melaksanakan ujian pra dan pos terhadap peserta kajian yang akan mengambil
bahagian. Tindakan mengumpul data adalah untuk menentukan tahap penguasaan
tindakan setelah mengaplikasi kaedah yang dirancang.
59
KAEDAH KAJIAN Kaedah Mengumpul
Jadual 3: Kaedah Mengumpul Data Data
Soalan Kajian i) Pemerhatian
1. Apakah masalah menulis perenggan secara
mekanis bagi murid tahun 2?
2. Adakah bahan bantu mengajar BiNet i) Pemerhatian
membantu meningkatkan penguasaan
murid menulis perenggan secara mekanis ii) Analisis
dengan betul dan kemas? Dokumen
iii) Ujian Pra &
Ujian Pos
DAPATAN KAJIAN
Holistiknya, pengkaji mendapati bahawa ketiga-tiga peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan yang memuaskan dalam kemahiran menulis perenggan
secara mekanis. Peningkatan penguasaan menulis perenggan secara mekanis
dijelaskan dalam intrumen pemerhatian sebelum, semasa menggunakan BBM
BiNet, selepas intervensi, analisis dokumen serta ujian pra dan pos. Hasil data
analisis menunjukkan peserta kajian dapat menulis perenggan secara mekanis
dengan betul setelah menjalani intervensi yang dijalankan. Penampilan
pemerengganan yang dipersembahkan lebih teratur, jelas dan kemas
Dapatan Persoalan Kajian 1
perenggan secara mekanis. Peserta kajian didapati tidak menguasai kemahiran
menulis perenggan secara mekanis sebagaimana item 1 hingga 7 yang
engenal
pasti masalah menulis perenggan secara mekanis dalam karangan bagi murid tahun
Dapatan pemerhatian objektif kajian 1 seperti dalam jadual 4 dipindahkan
dalam bentuk rajah graf garis untuk dilihat perbandingan yang lebih jelas.
Jadual 4: Dapatan pemerhatian objektif kajian 1
Kemahiran menulis perenggan secara mekanis
Bil Soalan Bilangan PK sebelum
intervensi (%)
Ya Tidak
1 Menulis pemerenggan dengan betul. 34 66
34 66
2 Murid menulis dengan penjarakan mula perenggan
dengan betul. 0 100
3 Murid dapat menulis pemerengganan dengan jarak 0 100
yang betul antara kiri dan kanan buku tulis. 34 66
34 66
4 Murid menulis memenuhi ruang dalam satu baris. 0 100
5 Murid menulis antara perenggan selang satu baris.
6 Murid menulis dengan kesinambungan ayat.
7 Murid menunjukkan minat dalam penulisan
perenggan.
60
Dapatan pemerhatian objektif kajian 1
120 100 100 100
66 66 66
100
80 66
60 34 34 34
34
40
20 0 0 0
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7
Ya Tidak
Rajah 2: Graf dapatan pemerhatian objektif 1
masalah menulis perenggan secara
graf berwarna jingga menunjukkan peratusan tidak menguasai kemahiran menulis
perenggan secara mekanis adalah lebih tinggi berbanding garisan graf berwarna
menguasai kemahiran menulis perenggan secara mekanis sekaligus membuktikan
wujud masalah menulis perenggan secara mekanis dalam kalangan murid tahun 2.
Masalah menulis perenggan merujuk kepada item 1 hingga 7 borang pemerhatian
senarai semak sebelum intervensi jadual 3.
Dapatan Persoalan Kajian 2
Objektif kajian
secara mekanis dengan betul dan kemas menggunakan bahan bantu mengajar
BBM BiNet untuk melihat keberkesanan dan peningkatan murid menulis
perenggan semasa menggunakan BBM BiNet. Dapatan kajian sebagaimana
dalam jadual 5 menunjukkan peserta kajian menunjukkan peningkatan
penguasaan menulis perenggan secara mekanis dengan betul dan kemas
menggunakan bahan bantu mengajar BiNet. Ini kerana, keseluruhan item dalam
jadual pemerhatian dapat dicapai oleh peserta kajian.
61
Jadual 5: Dapatan pemerhatian objektif kajian 2
Kemahiran menulis perenggan secara mekanis semasa intervensi
Bil Jawapan
Soalan Ya Tidak
(%) (%)
1 Murid tertarik dengan BBM BiNet dan menunjukkan 100 0
keterujaan untuk menggunakan BBM BiNet.
2 Murid tahu menggunakan BiNet berdasarkan arahan guru. 100 0
3 Murid menggunakan kon bermagnet untuk menulis 100 0
penjarakkan mula perenggan dengan betul.
4 Murid menulis memenuhi ruang BiNet. 100 0
5 Murid tahu memindahkan BiNet mengikut kesesuaian baris 100 0
perenggan pada lembaran bergaris dengan betul.
6 Murid menulis keseluruhan karangan dengan penampilan 100 0
pemerenggan yang betul.
Dapatan ujian pra dan ujian pos akan dipersembahkan dalam bentuk
peratusan. Jadual 6 menunjukkan dapatan skor peratusan dan peratus kenaikan
ujian pos. Berikut merupakan rajah peningkatan peratusan hasil ujian pra dan ujian
pos peserta kajian. Rajah 3 menunjukkan peningkatan 100% yang positif bagi
ujian pos.
Jadual 6: Dapatan skor peratusan ujian pra dan ujian pos
Peserta Markah Ujian Pra Markah Ujian Peratus Kenaikan
Pos
Kajian (%)
(%)
1 60 100 40%
2 52 100 48%
3 32 100 68%
Peratus markah ujian pra dan pos
100 100 100
100 60 52 Ujian pos
32 Ujian pra
50
PK 2 PK 3
0 Ujian pra Ujian pos
PK 1
Rajah 3: Skor peratus ujian pra dan ujian pos
62
Dapatan data analisis dokumen pula dinilai dari aspek kekerapan melakukan
kesalahan sebelum dan selepas intervensi. Dapatan menunjukkan, kekerapan
peserta kajian melakukan kesalahan menulis perenggan sebelum intervensi
mengikut kod Jenis Kesalahan (JK 1,2,3,4) dalam jadual 7. Dapatan kekerapan
melakukan kesalahan sebelum intervensi menunjukkan kesalahan yang dilakukan
adalah tinggi kekerapannya. Jadual 7 menunjukkan kekerapan peserta kajian
melakukan kesalahan selepas intervensi telah berkurangan. Ini bermakna, objektif
Meningkatkan penguasaan murid menulis perenggan secara mekanis
sepenuhnya oleh peserta kajian 1,2 dan 3.
Jadual 7: Jenis kod kesalahan
Kod Jenis Kesalahan
JK 1
JK 2 Penjarakan di awal perenggan.
JK 3 - Tiada jarak bagi setiap permulaan perenggan.
JK 4 Penggunaan ruang.
- Menulis tidak memenuhi ruang satu baris.
Penggunaan baris.
- Tiada penampilan pemerenggan.
- Tidak selang satu baris bagi setiap perengan.
Kesinambungan dan tautan ayat.
- Tidak menyambung ayat demi ayat berbentuk perenggan.
- Menulis seperti membina ayat tunggal.
Jadual 8: Dapatan Kekerapan Kesalahan
Kod Kekerapan kesalahan Kekerapan kesalahan
JK 1 sebelum intervensi selepas intervensi
JK 2
JK 3 PK 1 PK 2 PK 3 PK 1 PK 2 PK 3
JK 4
Jumlah 00 3 00 0
18 2 2 00 0
06 6 00 0
00 6 00 0
18 8 15 00 0
Keseluruhannya, data-data yang diperoleh melalui kaedah pengumpulan
dan instrumen yang digunakan telah dianalisis dan dibuat pentakfsiran ke atasnya.
Dengan menganalisis data, pengkaji dapat mempersembahkan dapatan kajian
dan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti kajian yang diperoleh daripada data
mentah peserta kajian 1,2,3. Dalam kajian ini pengkaji juga telah membuat analisis
yang teliti terhadap data yang diperoleh sekaligus menjawab kedua-dua persoalan
kajian dengan jelas.
63
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI
Penggunaan BBM Binet ternyata berkesan dan bertepatan dengan pandangan
Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati, Adnan Jusoh (2021), penggunaan BBM sangat
penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan secara
berkesan. Di samping itu, penggunaan BBM Binet turut menyumbang kepada
peningkatan penguasaan masalah yang dijalankan. Hasil dapatan kajian
membuktikan bahawa murid telah belajar menulis pemerengganan dengan betul
dalam penghasilan sesebuah karangan. BBM BiNet dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis perenggan secara mekanis bagi murid yang
lemah menulis karangan berperenggan. Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian
tindakan yang dijalankan, peserta kajian telah menunjukkan minat yang mendalam
untuk menggunakan BiNet yang diperkenalkan pada mereka. Peserta kajian
kelihatan teruja dan mempamerkan sifat ingin tahu kepada kegunaan BBM BiNet
apatah lagi apabila pengkaji menunjukkan papan BiNet kepada mereka. Intervensi
menggunakan BiNet menyediakan peserta kajian dengan pengalaman
menggunakan bahan maujud dan aktiviti hands-on iaitu belajar sambil bermain
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tertarik dengan
hiasan BiNet yang bewarna-warni. Murid juga diberi peluang memilih BiNet yang
mereka suka. Teknik permainan pada BiNet juga menambah minat murid iaitu
magnet yang melekat serta tajuk BiNet yang boleh lekat secara mudah alih.
Peserta kajian diberi peluang bermain dengan menggerakkan bingkai magnet
pada tempat yang betul untuk menulis perenggan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Diperkemb Menamba
ang ke h bilangan
peringkat peserta
lebih tinggi
Menambah kajian
Menambah
unsur
permainan baik
ketahanan
bahan
Rajah 4: Cadangan Tindakan Susulan
Pada masa akan datang, pengkaji boleh membuat penambahbaikan pada
BBM Bingkai Magnet (BiNet) agar boleh digunakan ke peringkat yang lebih tinggi.
BiNet boleh ditambahbaik untuk kegunaan murid tahun 4 dan 5 sebagai permulaan
menulis karangan secara mentalis yang memerlukan murid melahirkan idea bagi
isi, huraian dan contoh yang mantap. Sebagai contoh, setiap ruang baris pada
BiNet boleh dimanfaatkan dengan cara membahagikan baris-baris BiNet kepada
baris huraian contoh, dan baris huraian isi. Ruang baris Binet pertama merupakan
huraian isi manakala ruang baris BiNet kedua merupakan huraian contoh dalam
karangan. Hal ini dapat membantu kepada pengembangan idea dan proses
membina sebuah perenggan yang penuh dengan isi.
Malah, pengkaji juga ingin menambahbaik dari segi kualiti BBM Binet
dengan menggunakan bahan magnet yang lebih melekat. Bahan-bahan juga
64
dapat ditambahbaik dengan bahan yang lebih tahan lasak dan tahan lama. Di
samping itu, bahan yang digunakan berkos rendah dan mudah untuk dicari. Selain
itu, pengkaji juga ingin memperbanyakkan aktiviti permainan serta memasukkan
unsur nyanyian bagi langkah-langkah intervensi dijalankan. Unsur nyanyian akan
menambahkan lagi kegembiraan semasa menulis, mudah mengingat dan
menimbulkan motivasi semasa menulis. Malahan itu, unsur permainan juga boleh
ditambah seperti bahan yang boleh bergerak-gerak atau bergerak dengan sendiri
menggunakan teknologi robotik pada BBM bagi menaikkan minat dan motivasi
murid.
Cadangan berikutnya adalah dengan menggunakan bilangan murid yang
lebih besar untuk dikaji bagi melihat keberkesanan penggunaan BBM BiNet dalam
membantu murid lemah menulis karangan berperenggan. Hal ini suapaya kajian
yang diperolehi akan lebih tepat dan sukar untuk disangkal mana-mana pihak. Jika
lebih ramai peserta kajian dalam lingkungan 20 hingga 30 orang, maka data-data
kualitatif seperti tingkah laku dan minat murid menulis perenggan akan lebih tepat,
jelas dan dipercayai. Sehubungan dengan itu, pengkaji berharap agar kajian
tindakan ini tidak akan berhenti setakat ini malah akan ditambahbaik dan
diteruskan pada masa akan datang.
65
RUJUKAN
Amaan Shah Syed Ali, Zamri Mahamod, Mohammed Azlan Mis. (2021). Analisis
Keperluan Pembangunan Modul Penulisan Karangan Bahasa Melayu
Untuk Murid Bukan Penutur Natif Di Sekolah Rendah. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Ke-7 2021. 589-602
Charles Muling Libau & Ying-Leh Ling (2020). Peranan Bahan Bantu Mengajar dan
Persekitaran Maklum Balas dalam Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Pelajar.
Conference: National Research Innovation Conference (NRICon 2020) At: Kuching,
Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 2. https://bukuteksdigital.my/dskp-bahasa-
melayu-tahun-2/
Lee Sze Ing (2016). Kesan Penggunaan Aktiviti Hands-On Terhadap Minat dan
Pencapaian Murid Tahun Tiga dalam Tajuk Penyerapan Air. Kajian Tindakan
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2017/SN/LEE%20SZE%20I
NG/ARTIKEL%20LEE%20SZE%20ING.pdf
Mahathir Yahaya, Wardatul Hayat Adnan (2021). Cabaran Pelajar melalui Kaedah
Pembelajaran Atas Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia
Journal of Media and Information Warfare. Volume 14 11-20 eISSN 1985-
563X
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017).
Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norhayati, Che Hat (2011), Keberkesanan animasi dalam pembelajaran
bahasa Arab / Norhayati binti Che Hat. Masters thesis, Universiti Malaya
http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/3415
Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati, Adnan Jusoh (2021). Penggunaan
pada Abad ke- Jurnal Perspektif (2021) Jil. 13 Bil.1 (1-13) ISSN 1985-
4896X/eISSN 2462-2435
Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu
Mengajar Berasaskan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah
Menengah Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners.
Yuznaili Saleh (2016). Pembangunan Ujian Diagnostik Kemahiran Menulis Mekanis Bahasa
Melayu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Bahasa Melayu).
https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/917_917.pdf
66
Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 2 Membina Ayat Majmuk Gabungan
Menggunakan Teknik CaPoGa
Nurazillawatilazwa Atiqah Binti Morni, Zainab binti Hashim
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk
merupakan langkah - langkah penggunaan teknik ini dengan
berbantukan alat. Terdapat tiga orang peserta kajian yang terdiri daripada murid
Tahun 2 yang terlibat dalam kajian tindakan ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
berdasarkan ujian diagnostik untuk memilih peserta kajian. Hasil tinjauan awal
mendapati peserta kajian tidak menguasai konsep pengguguran subjek yang sama
menurut Teori Transformasi Generatif dalam ayat tunggal untuk membentuk ayat
majmuk. Kajian ini dijalankan menggunakan analisis gabungan (mixed method) iaitu
kajian yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini juga dilaksanakan
dengan berpandukan reka bentuk model Kurt Lewin (1948). Teknik CaPoGa telah
dihasilkan dan dijelmakan dalam bentuk alat bantu iaitu Beluncas CaPoGa.
Pengumpulan data terhasil daripada ujian awal dan akhir serta borang senarai semak.
Dapatan kajian memperlihatkan semua peserta kajian yang dipilih menunjukkan
peningkatan dan penguasaan. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa teknik
CaPoGa dapat membantu murid meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk
dengan betul mengikut konteks.
Kata Kunci : Teknik CaPoGa, ayat majmuk gabungan, pengguguran subjek, Teori
Transformasi Generatif, analisis gabungan, Model Kurt Lewin (1948)
67
PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap
murid. Dengan kemahiran ini, murid dapat menjelmakan apa yang difahami atau apa
yang terdapat dalam fikiran mereka dalam bentuk tulisan. Standard Kandungan
dalam Modul Aspek Tatabahasa digubal bertujuan untuk menentukan keupayaan
murid menguasai asas kemahiran berbahasa dengan penggunaan nahu yang betul
dan tepat. Melihat kepada kepentingan Aspek Tatabahasa ini, guru berperanan
melaksanakan standard pembelajaran Aspek Tatabahasa ini secara
penggabungjalinan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca atau menulis. Guru wajar melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa secara berfokus, terancang dan sistematik sesuai dengan
tujuan modul ini digubal dan mempengaruhi kemahiran berbahasa murid
terutamanya dalam kemahiran menulis.
Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai
cakupan ilmu yang luas dan salah satu daripadanya ialah pembinaan ayat majmuk
mengikut konteks. Mengikut Transformasi Generatif, ayat diterbitkan melalui tiga
proses iaitu proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.
Proses pengguguran merupakan proses transformasi yang berlaku pada struktur
ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur - unsur tertentu daripada binaan ayat
tindakan penyelesaian yang terbaik agar memberi kesan yang positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan merupakan aspek yang berkaitan dengan sistem tatabahasa
yang terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu ayat majmuk. Masalah
utama yang dihadapi pengkaji ialah murid tidak dapat menggabungkan atau
memajmukkan dua ayat tunggal dengan betul. Pengkaji menfokuskan kajian kepada
permasalahan pemajmukan ayat tunggal kerana pengkaji mendapati kajian tindakan
ini boleh diurus ketika sesi pembelajaran berlangsung tanpa mengganggu murid lain
yang tidak terlibat. Mokhtar Rais (2006) menyebut bahawa ayat majmuk sangat
penting untuk dikuasai oleh seseorang jika ingin menjadi penutur yang baik. Ini
membuktikan bahawa kajian yang dijalankan membawa kepentingannya yang
tersendiri. Masalah ini menunjukkan murid tidak menguasai konsep pengguguran
frasa nama sebagai subjek dan unsur berturutan yang sama dengan betul. Perkara
seperti ini menjadi satu kelemahan yang mempengaruhi prestasi murid. Berbalik
kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah diulas, guru perlu
sedar bahawa murid perlu dilatih untuk mengembangkan idea membina ayat majmuk
daripada ayat tunggal.
OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
i) Meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 membina ayat majmuk
gabungan menggunakan teknik CaPoGa
ii) Meningkatkan minat murid Tahun 2 membina ayat majmuk gabungan
dengan menggunakan teknik CaPoGa
68
SOALAN KAJIAN
i) Adakah teknik CaPoGa dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 2
membina ayat majmuk gabungan mengikut konteks?
ii) Adakah murid Tahun 2 dapat meningkatkan minat mereka dalam membina
ayat majmuk gabungan menggunakan Teknik CaPoGa?
PESERTA KAJIAN
Pengkaji memilih tiga peserta kajian daripada murid Tahun 2 di sekolah kebangsaan
sekitar Tuaran, Sabah untuk terlibat dalam kajian ini. Rata rata peserta ini
mempunyai masalah menggabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk dengan
betul di samping kurang responsif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji mengesan dan memilih peserta kajian melalui ujian diagnostik yang
dijalankan serentak kepada semua murid. Setelah selesai sesi penyemakan hasil
kerja murid, pengkaji mengesan beberapa orang murid yang agak ketinggalan
dengan rakan rakan yang lain dalam membina ayat majmuk gabungan daripada
dua ayat tunggal.
METODOLOGI KAJIAN
a) Ujian Awal Dan Ujian Akhir
Ujian awal telah diberikan kepada murid sebelum teknik CaPoGa diaplikasikan untuk
meningkatkan penguasaan murid membina ayat majmuk gabungan. Ujian ini terdiri
daripada 10 soalan yang merangkumi 10 set ayat tunggal. Hasil daripada ujian
tersebut, pengkaji melakukan analisis lembaran kerja untuk mengesan masalah
dengan lebih terperinci selepas ujian diagnostik yang dilakukan sebagai
pengumpulan data awal. Ketiga - tiga murid akan dipilih sebagai peserta kajian untuk
mengaplikasikan teknik CaPoGa. Ujian akhir ini pula akan diberikan setelah pengkaji
menjalankan tindakan berbantukan Set CaPoGa. Keputusan dan perbandingan skor
murid sebelum dan selepas tindakan akan diinterpretasikan menggunakan peratusan
carta pai, graf bar dan jadual min markah.
b) Analisis Lembaran Kerja
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang
relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang
paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada
dan sukar untuk dimanipulasi. Analisis lembaran kerja akan digunakan untuk
mengumpul data dalam pelaporan kajian tindakan ini.
c) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah digunakan ialah kaedah pemerhatian berstruktur.
Menurut Ting Len Siong (2013), kaedah pemerhatian merupakan kaedah paling anjal.
Hal ini kerana seseorang pengkaji dapat menjalankan kajian tanpa sebarang soalan
atau kayu ukur. Dalam kaedah ini, pengkaji telah melakukan pemerhatian kepada
perubahan tingkah laku peserta yang menjurus kepada aspek minat dalam membina
ayat majmuk gabungan. Pengkaji berpendapat bahawa kaedah ini sesuai digunakan
dalam penyelidikan kerana pengkaji boleh menetapkan sendiri aspek dan kriteria
pemerhatian yang berfokus kepada minat murid. Pengkaji telah mengumpul data
melalui interpretasi data senarai semak yang disediakan oleh pengkaji.
69
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
a) Adakah teknik CaPoGa dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 2
membina ayat majmuk gabungan mengikut konteks?
Markah Ujian Awal dan Akhir
PK3
PK2
PK1
0% 20% 40% 60% 80% 100%
Ujian Akhir Ujian Awal
Rajah 1 Perbandingan Markah Ujian Awal dan Akhir
PK 1 telah memperolehi markah sebanyak 70 peratus dalam ujian awal. Dalam ujian
akhir pula, PK 1 telah memperoleh markah sebanyak 100 peratus yang menjadikan
peningkatan yang diperolehi oleh PK 1 sebanyak 30 peratus. PK 2 memperolehi
markah sebanyak 70 peratus dalam ujian awal kemudian diikuti dengan markah
sebanyak 90 peratus dalam ujian akhir. Ini menjadikan PK 2 meningkat sebanyak 20
peratus. PK 3 pula memperolehi markah sebanyak 70 peratus dalam ujian awal. PK
3 mengalami peningkatan sebanyak 30 peratus dalam ujian akhir yang membawa
markah sebanyak 100 peratus. Min peratusan markah ujian awal iaiah 70 peratus
manakala min markah ujian akhir ialah 96.67 peratus. Maka peningkatan markah
yang berlaku ialah 26.67 peratus.
Perbandingan Skor Setiap Fasa Tindakan
100%
80%
60%
40%
20%
0%
Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3
Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3
Rajah 2 Perbandingan Skor Setiap Fasa Tindakan
70
Pengkaji menjalankan tiga fasa tindakan ke atas peserta kajian. PK 1 memperoleh
markah sebanyak 90 peratus dalam tindakan fasa 1. Tindakan fasa 2 menunjukkan
PK 1 memperolehi markah sebanyak 100 peratus yang membawa peningkatan
sebanyak 10 peratus. PK 1 juga memperoleh markah 100 peratus dalam tindakan
fasa 3 yang menunjukkan usaha PK 1 mengekalkan prestasi peningkatannya. PK 2
memperolehi markah sebanyak 100 peratus dalam ujian tindakan fasa 1. PK 2 juga
memperolehi markah 100 peratus dalam tindakan fasa 2 dan fasa 3. PK 3
memperolehi markah sebanyak 70 peratus dalam tindakan fasa 1 kemudian diikuti
dengan 90 peratus markah dalam tindakan fasa 2. Ini menjadikan peningkatan PK 3
sebanyak 20 peratus. PK 3 juga mengalami peningkatan sebanyak 10 peratus dalam
fasa tindakan 3 yang menjadikan markahnya sebanyak 100 peratus.
Min peratusan markah tindakan fasa 1 ialah sebanyak 86.67 peratus. Min
peratusan markah tindakan fasa 2 pula sebanyak 96.67 yang membawa peningkatan
sebanyak 10 peratus dari fasa tindakan sebelum. Min bagi peratusan markah
tindakan fasa 3 ialah sebanyak 100 peratus. Min pada fasa tindakan 3 ini telah
meningkat sebanyak 3.33 peratus. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan
bahawa peserta kajian telah menjalani proses tindakan menggunakan teknik
CaPoGa untuk meningkatkan penguasaan mereka membina ayat majmuk gabungan.
b) Dapatan Analisis Data Pemerhatian Berstruktur
2) Adakah murid Tahun 2 dapat meningkatkan minat mereka dalam membina ayat
majmuk gabungan menggunakan Teknik CaPoGa?
Hasil Pemerhatian Minat PK Sebelum Tindakan
3
2
1
0 MMG BAS BBM AAM
AML
Amat Lemah Lemah Baik Amat Baik
Rajah 3 Pemerhatian Kekerapan PK Sebelum Tindakan
Rajah 3 menunjukkan hasil pemerhatian sebelum tindakan dijalankan ke atas ketiga
tiga peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa kesemua peserta kebanyakannya berada pada tahap lemah
untuk minat membina ayat majmuk gabungan. Bagi item 1 iaitu perasaan suka murid
membina ayat majmuk gabungan yang lengkap, seorang peserta kajian berada pada
tahap amat lemah iaitu murid kurang gemar membina ayat majmuk yang lengkap.
Dua daripada peserta kajian berada tahap lemah bagi item ini iaitu dengan
justifikasinya murid gemar membina ayat majmuk namun tidak lengkap. Item 2
menunjukkan ketiga tiga peserta kajian berada pada tahap lemah iaitu PK
menunjukkan mimik muka kebosanan apabila menyiapkan tugasan membina ayat
majmuk. Item 3 juga menunjukkan PK berada pada tahap lemah iaitu ketiga tiga
peserta kajian menyiapkan tugasan membina ayat majmuk secara sambil lewa.
Perkara ini sangat dipengaruhi oleh minat murid membina ayat majmuk gabungan.
71
Item 4 pula menunjukkan seorang peserta kajian berada tahap amat lemah iaitu PK
tidak berminat menggunakan bahan bantu guru manakala dua orang lagi berada
tahap lemah PK menggunakan bahan bantu mengajar guru namun tidak secara
keseluruhan. Bagi item 5, dua orang PK berada tahap amat lemah. Dua orang PK
merupakan murid yang pasif dan tidak responsif sepanjang aktiviti membina ayat
majmuk. Seorang PK pula berada tahap lemah iaitu pasif sepanjang aktiviti membina
ayat majmuk.
Hasil Pemerhatian Minat PK Selepas Tindakan
3
2
1
0 MMG BAS BBM AAM
AML
Amat Lemah Lemah Baik Amat Baik
Rajah 4 Pemerhatian Kekerapan PK Selepas Tindakan
Rajah 4 menunjukkan hasil pemerhatian setelah tindakan dijalankan ke atas ketiga
tiga peserta kajian. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kesemua peserta kajian
mengalami peningkatan yang positif ke arah mendorong minat mereka untuk
membina ayat majmuk gabungan. Setelah tindakan dijalankan pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa kesemua peserta kebanyakannya berada pada tahap baik
dan amat baik untuk minat membina ayat majmuk gabungan. Namun masih terdapat
beberapa kelakuan murid yang perlu diatasi iaitu sikap pemalu murid terhadap guru
dan rakan rakan.
72
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Pengkaji menyedari bahawa seseorang guru perlu kreatif dan berfikiran terbuka
dalam membina satu rancangan pengajaran yang berkesan dan bermakna. Radziah
(2014) menyatakan guru perlu dilatih menjadi pemikir serta berupaya menyelesaikan
masalah. Terdapat beberapa cadangan yang didatangkan oleh pengkaji untuk masa
akan datang. Berdasarkan hasil kerja tiga orang peserta kajian, pengkaji mendapati
tulisan mereka agak tidak kemas sehingga menimbulkan beberapa kesalahan tanda
baca iaitu penggunaan huruf besar dan noktah. Walaupun struktur ayat majmuk yang
dibina mengikuti sepenuhnya teknik yang ditekankan oleh pengkaji, namun berlaku
penolakan markah kerana tidak memenuhi kriteria pemarkahan berdasarkan rubrik.
Oleh itu, pengkaji boleh menambah baik penggunaan teknik CaPoGa dengan
menambah kepada penekanan sistem ejaan iaitu dari segi tanda baca.
Pengkaji juga boleh menambah baik pelaksanaan fasa tindakan kepada
murid bermula dengan fasa tindakan mudah kepada tindakan sukar. Aras kesukaran
juga boleh ditingkatkan bagi menguji keberkesanan teknik dengan lebih terperinci
dan mendapatkan perbezaan pencapaian yang ketara. Perkara ini bertepatan
dengan Teori Perkembangan Kogntif Jean Piaget yang mana menegaskan bahawa
pembelajaran kanak-kanak seharusnya bermula daripada kemahiran yang mudah
kepada yang sukar (Wong Kiet Wah et al, 2013)
Pengkaji boleh menambah peserta kajian lebih daripada tiga orang peserta
bagi mendapatkan hasil kebolehpercayaan yang tinggi dalam kutipan data mentah
sekaligus meningkatkan kesahan dapatan kajian. Selain itu, teknik yang
diperkenalkan juga boleh diperkenalkan dengan murid Tahap 2 bagi menguji
keberkesanan dan kesesuaian teknik bagi setiap peringkat umur murid. Jika diberi
peluang, pengkaji ingin mendigitalkan teknik CaPoGa menggunakan perisian yang
boleh diakses oleh murid seiring dengan kemajuan teknologi dalam pendidikan.
73
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa :
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Mokhtar Rais. (2006). Mengajar Kata Hubung. Dicapai daripada https://kipdf.com/mengajar-
kata-hubung-mokhtar-bin-rais_5ac802431723ddb53bcbe6f4
Radziah Abd Aziz. (2014). Sikap Guru Novis Terhadap Program Pembangunan Staf Di
Sekolah. Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan
Ting Len Siong. (2013). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Freemind Horizons
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad & Maridah Hj Alias. (2013). Perkembangan Kanak
Kanak. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
74
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Dengan Jarak
Dalam Ayat Menggunakan Alat PeJaMA Bagi Murid Tahun 2
Nurina Qistina Binti Zanil, Simon Bin Gihol
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis dengan menjarakkan
perkataan demi perkataan dalam ayat bagi murid tahun 2 dengan menggunakan alat
PeJaMA. Tujuan dan objektif ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan dan meningkatkan kemahiran menulis dengan penjarakan antara
perkataan demi perkataan dalam ayat menggunakan alat PeJaMA bagi tahun 2.
Peserta kajian melibatkan seramai empat orang murid tahun dua dari sebuah sekolah
di daerah Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Kajian ini menggunakan Model
Kajian Tindakan Kurt Lewin (1948). Pengkaji menggunakan dua instrumen bagi
mengumpul data kajian iaitu pemerhatian dan ujian (ujian pra dan ujian pasca).
Tindakan telah dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam
menulis dengan menjarakkan perkataan dalam ayat . Hasil dapatan kajian didapati
bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan terutamanya dalam ujian pasca
serta peningkatan aspek pemerhatian. Selain itu, alat PeJaMA membuktikan
keberkesanan alat PeJaMA sebelum dan selepas diaplikasikan dalam pengajaran
dan pengajaran. Penggunaan alat PeJaMA ini disarankan untuk peserta kajian yang
menghadapi masalah menulis dengan jarak dan kemas dalam ayat dalam
pengajaran bahasa. Hal ini membuktikan bahawa alat PeJaMA berjaya mengatasi
masalah peserta kajian dalam menulis tanpa penjarakan antara perkataan dalam
ayat.
Kata kunci: kemahiran menulis, tahun 2, alat PeJaMA, tindakan, menulis dengan
penjarakan
75
PENGENALAN
Modul kemahiran menulis berfokuskan kemahiran menulis. Menurut Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (2017), kemahiran menulis merujuk keupayaan
murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
Kemahiran menulis merupakan aspek utama yang perlu dikuasai oleh seseorang
individu. Di dalam kemahiran menulis juga diberi penekanan pada penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
Penggunaan ayat yang gramatis perlu dikuasai tetapi aspek yang lain juga perlu
dikuasai seperti ejaan dan kekemasan dalam tulisan murid.
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh murid-murid secara berperingkat
mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu bersedia dari segi
kemahiran motor halus iaitu kemahiran otot-otot jari dan juga pergerakan jari bebas
meneroka, jika diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperoleh kemahiran
manipulatif kerana berpeluang menggunakan tangan dan jari untuk melakukan
pelbagai aktiviti seperti makan, bermain dan memakai pakaian (Sharifah, Siti Hazlifah,
2012). Oleh itu, peringkat awal murid-murid perlu ditekankan kemahiran menulis
yang asas antaranya menulis secara mekanis.
Kemahiran menulis secara mekanis merangkumi aspek kekemasan supaya
individu dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti
asas seperti latihan menulis, menyalin ayat dan pengalaman asas perlu dikuasai
murid. Aktiviti-aktiviti menulis secara mekanis perlu ditekankan supaya murid lebih
menguasai kemahiran menulis seperti menunjukkan cara memegang pensel,
menunjukkan cara menulis perkataan, mengawasi tulisan murid tentang bentuk, jarak,
kekemasan dan melatih menulis cantik dan kemas. Oleh itu, dalam kajian ini
berfokuskan kepada aspek kemahiran menulis secara mekanis.
Menurut Abdullah Yusof (2017) bahawa masalah menulis merupakan satu
isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid
sekolah. Oleh itu, melalui tinjauan awal yang menjadi punca kepada pengkaji untuk
menjalankan kajian ini, pengkaji akan menghasilkan satu BBM untuk peserta
kajiannya.
FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, fokus kajian yang ingin dikaji adalah berikut:
i. Mengatasi masalah ketiadaan jarak antara perkataan dan meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis dengan menjarakkan perkataan demi
perkataan dengan betul menggunakan Pembaris Jarak Mudah Alih (PeJaMA)
bagi murid tahun 2.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji bertujuan untuk melihat sama ada alat
PeJaMA yang diperkenalkan oleh pengkaji dapat membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis dalam menjarakkan perkataan demi perkataan
dalam ayat bagi murid tahun 2.
Dalam kajian ini objektif yang ingin dicapai adalah berikut:
i. Meningkatkan kemahiran menulis dengan penjarakan antara perkataan demi
perkataan dalam ayat menggunakan alat PeJaMA bagi murid tahun 2.
76
ii. Menilai tahap keberkesanan alat PeJaMA dalam mengatasi masalah menulis
tanpa jarak antara perkataan dalam ayat bagi murid tahun 2.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian.
Soalan kajian adalah seperti yang berikut:
i. Adakah alat PeJaMA dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan
penjarakan antara perkataan dalam ayat bagi murid tahun 2?
ii. Adakah alat PeJaMA berkesan dalam mengatasi masalah menulis tanpa
jarak antara perkataan dalam ayat bagi murid tahun 2?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang dipilih adalah murid daripada Sekolah Kebangsaan X di daerah
Tuaran, Sabah. Pengkaji telah memilih empat orang murid tahun 2 dari kelas 2
Gemilang. Peserta kajian juga dipilih mempuyai pelbagai tahap prestasi akademik
iaitu lemah dan sederhana. Pengkaji akan melaksanakan kajian berkenaan Bahasa
Melayu berdasarkan tajuk dipilih kepada peserta kajian.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan dua instrumen untuk mengumpul data antaranya melalui
pemerhatian berstruktur dan ujian. Cara mengumpul maklumat perlulah dipilih
dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif yang telah dinyatakan (Majid
Konting, 2000). Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur iaitu
pemerhatian yang dilaksanakan secara bersemuka menggunakan borang senarai
semak. Hasil pemerhatian dapat dilihat ketika pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Aspek yang diperhatikan dikenal pasti terlebih
dahulu. Pengkaji akan memerhati, mendengar dan menanda pada senarai semak
yang telah disenaraikan. Pemerhatian ini berlangsung semasa proses tindakan
dilaksanakan kepada peserta kajian. Data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat
perbandingna bagi setiap item yang diperhatikan oleh pengkaji.
Seterusnya, pengkaji melaksanakan ujian pra dan ujian pasca terhadap
peserta kajian untuk melihat sejauh mana penguasaan mereka dalam penguasaan
menulis dengan penjarakan antara perkataan dalam ayat Bahasa Melayu. Kedua-
dua ujian tersebut mempunyai set soalan yang sama. Ujian pra dilaksanakan untuk
mengukur pencapaian murid tentang sesuatu penguasaan sebelum tindakan
dijalankan. Kemudian, ujian pasca pula akan dijalankan terhadap peserta kajian bagi
mendapatkan data tentang perubahan pada aspek tulisan secara mekanis selepas
penggunaan alat PeJaMA. Ujian pasca ini bertujuan untuk menilai pencapaian
peserta kajian selepas melalui tindakan.
77
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Analisis Pemerhatian
KEKERAPAN 'YA' SEBELUM DAN SELEPAS
TINDAKAN
4
3
2
1
0 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5
ITEM 1
Ya (Sebelum) Ya (Selepas)
Rajah 1
Kekerapan 'Ya' Peserta Kajian
5
4
3
2
1
0 PK 2 PK 3 PK 4
PK 1
Ya (Sebelum) Ya (Selepas)
Rajah 2 Analisis Senarai Semak Kekerapan Ya Peserta Kajian
Rajah 1 merupakan analisis pemerhatian berstruktur yang dilakukan oleh
pengkaji sepanjang langkah tindakan dijalankan. Merujuk rajah tersebut, dapat
dinyatakan bahawa keempat-empat peserta kajian melakukan aktiviti pada Item 1
pada setiap langkah yang dijalankan. Item 1 kesemuanya dapat dilakukan oleh
semua peserta kajian pada kesemua langkah tindakan. Item 1 adalah peserta kajian
minat dalam lembaran diberi pengkaji. Item 2 pula adalah murid dapat memegang
pensel dengan betul untuk menulis. Manakala Item 3 pula adalah peserta kajian
dapat menulis tanpa mempunyai kesalahan ejaan. Kesemua Item 4 dan Item 5 dapat
dilaksanakan oleh peserta kajian dengan peningkatan yang baik melalui penggunaan
penjarakan pada frasa dan ayat. Ini membuktikan bahawa alat PeJaMA
meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam menulis secara mekanis dengan
menggunakan penjarakan dalam ayat.
Berdasarkan graf pada Rajah 1, menunjukkan bahawa peserta yang
mengalami perubahan besar dalam aspek pemerhatian pengkaji ialah PK 2. Sebelum
itu, hanya 3 aspek positif sahaja ditunjukkan. Seterusnya, peningkatan peserta kajian
PK 1, PK 2 dan PK 4 pula pada kadar yang sama iaitu sebanyak 3 aspek yang
78
menunjukkan tingkah laku yang positif selepas alat PeJaMA diperkenal. Sebelum itu,
hanya 1 aspek yang menunjukkan tingkah laku yang positif. Akhir sekali, diikuti
dengan PK 2 dengan peningkatan 2 aspek selepas alat PeJaMA diperkenalkan dan
menjadikan kesemua aspek positif ditunjukkan melalui tingkah laku.
Dalam konteks ini, semua peserta kajian dapat memberikan tindak balas
yang baik dan positif untuk peningkatan tingkah laku positif dengan aktiviti
pembelajaran menulis secara mekanis terutama menggunakan alat bantu PeJaMA.
Oleh itu, berdasarkan kesemua aspek tingkah laku yang diperhatikan, pengkaji telah
meningkatkan kemahiran menulis dengan penjarakan antara perkataan dalam ayat
berdasarkan pemerhatian pengkaji.
Analisis Ujian Pra dan Pasca
Jadual 2: Perbandingan markah peserta kajian berdasarkan ujian pra dan
ujian pasca yang diedarkan.
Bil. Peserta Ujian Pra Ujian Pasca Peratus
Peningkatan
Kajian Bilangan Peratus Bilangan Peratus
(PK) Jarak (%) Jarak (%) (%)
Betul Betul
1. PK 1 7/18 38.88% 100% 18/18 61.12%
2. PK 2 10/18 55.55% 100% 18/18 44.45%
3. PK 3 6/18 33.33% 100% 18/18 66.67%
4. PK 4 5/18 27.77% 100% 18/18 72.23%
79
PERBANDINGAN PERATUS UJIAN PRA DAN
UJIAN PASCA
120
100 PK 4,
100%
80 PK 2, PK 3,
100%
PK 1, 100%
60 100%
40
20 PK 1, PK 2, PK 3, PK 4,
38.88% 55.55% 33.33% 27.77%
0 PK 2 PK 3 PK 4
PK 1 Ujian Pasca
Ujian Pra
Rajah 2 Perbandingan Peratus Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan bahawa perbandingan markah peserta
kajian sebelum dan selepas tindakan menerusi ujian pra dan ujian pasca. Menerusi
item dalam ujian pra, PK 4 telah memperoleh markah paling rendah sebanyak 27.77%
sahaja dengan 5 jawapan yang betul. Manakala PK 1 memperoleh markah sebanyak
38.88% diikuti dengan PK 3 sebanyak yang hanya memperoleh 33.33% sahaja
jawapan yang betul iaitu hanya 6 penjarakan digunakan dalam kelima-lima ayat
ditulis. Walaubagaimanapun, pada ujian pasca, kesemua peserta kajian berjaya
menulis ayat dengan penjarakan antara perkataan dalam ayat dengan betul.
Di samping itu, berdasarkan Rajah 2, hasil pencapaian ujian pra dan ujian
pasca peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang cukup ketara. Hal ini
dibuktikan melalui peningkatan yang paling besar ditunjukkan oleh peserta kajian PK
4 iaitu sebanyak 72.23% hasil daripada ujian pra dan ujian pasca manakala PK 3
pula menunjukkan peningkatan sebanyak 66.67% hasil daripada ujian pra dan ujian
pasca.. Bagi peserta kajian, PK 1 juga menunjukkan peningkatan yang baik iaitu
sebanyak 61.12% dan PK 2 pula memperoleh peningkatan sebanyak 44.45%
berdasarkan markah ujian pasca setelah alat PeJaMA diperkenalkan oleh pengkaji.
Secara rumusnya, dapatan kajian melalui ujian pra dan ujian pasca adalah seperti
dalam Jadual 3.
80
Jadual 3 Hasil Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Persoalan Kajian:
Adakah alat PeJaMA berkesan dalam mengatasi masalah menulis tanpa
jarak antara perkataan dalam ayat bagi murid tahun 2
HASIL DAPATAN
Peserta Kajian Peningkatan Pencapaian Berdasarkan Ujian Pasca
daripada Ujian Pra (%)
PK 1 61.12%
PK 2 44.45%
PK 3 66.67%
PK 4 72.23%
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan bahan bantu mengajar melalui alat
Pembaris Jarak Mudah Alih (PeJaMA) untuk dijadikan tindakan kepada penyelesaian
masalah. Alat PeJaMA dihasilkan mengandungi pembaris jarak yang boleh dialih
mengikut kesesuaian pengguna atau peserta kajian.
Setiap penyelidikan tindakan yang baik mempunyai kitaran seterusnya untuk
memperbaiki kelemahan yang didapati dan menambahbaik kajian ini. Berdasarkan
latihan-latihan yang dilakukan oleh empat orang murid tersebut, pengkaji mendapati
mereka selalu menulis ayat pada buku latihan atau lembaran kerja tanpa
menggunakan jarak antara perkataan menyebabkan jarak perkataan-perkataan
menjadi dekat dan bersambung dalam satu ayat. Tambahan lagi, pengkaji juga
mendapati peserta kajian tidak dapat menulis secara mekanis iaitu tulisan yang
kemas dengan menggunakan bentuk huruf yang konsisten selain daripada masalah
tulisan tanpa jarak antara perkataan.
Kesilapan sedemikian telah menyebabkan ayat yang ditulis kelihatan tidak
kemas dan menyebabkan pengkaji menjadi sukar untuk membaca jawapan peserta
kajian. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian menunjukkan peserta kajian telah
berjaya menguasai kemahiran menulis secara mekanis berdasarkan pemerhatian
dan ujian pasca selepas pelaksanaan tindakan di samping menilai tahap
keberkesanan alat PeJaMA. Oleh itu, pengkaji boleh menambah baik alat PeJaMA
ini dengan menghasilkan alat bantu yang mempunyai jangka masa lama yang boleh
digunapakai berulang kali oleh individu lain apabila menghadapi masalah yang sama.
Alat PeJaMA juga boleh dijadikan fungsi untuk memudahkan guru
menyemak hasil kerja murid setelah peserta kajian menguasai kemahiran menulis
secara mekanis. Guru akan lebih mudah mengatasi masalah yang sama sekiranya
murid lain menghadapi masalah dengan alat bantu yang dihasilkan. Bahkan, murid
akan lebih mudah menulis dengan penggunaan jarak apabila mengaplikasikan alat
PeJaMA dan murid sendiri mampu membuat penilaian kendiri terhadap tulisan
mereka. Oleh itu, pengkaji boleh menggunakan alat PeJaMA di sekolah tempat
pengkaji mengajar kelak dengan pelbagai penambahbaikan berdasarkan situasi
pembelajaran murid-murid di sekolah tersebut.
81
RUJUKAN
Abdul Hassil. (2019). Inovasi Menghasilkan Tulisan Cantik. Dimuat turun daripada
https://www.pressreader.com/malaysia/utusanborneosabah/ 20170303
/281840053452892
Abdullah bin Yusof. (2017). Pengenalan kepada Pendidikan Khas. Open University
Malaysia: Unitem
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. 2017. Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu Tahun 2. Dimuat turun daripada https://bukuteksdigital.my/dskp-
bahasa-melayu-tahun-2/
Jamila K.A. Mohamed Kutty, Mohd Hanafi & Rosadah. (2012). Pelaksanaan Pengajaran
Kemahiran Membaca dan Menulis dalam Bahasa Melayu bagi Murid Tahun 2. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 2 (2). 111-127.
Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2014). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong
Malin: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sharifah Saad, Siti Hazlifah Hilaluddin. (2012). Penggunaan Buku Garis Empat dengan
Kaedah Line and Space Secara Bimbingan Individu Bagi Meningkatkan Kekemasan
Tulisan Murid Tahap 1. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, 3(5).
Suradi Salim. (1987). Tinjauan Sikap dan Tabiat Belajar Sekolah-Sekolah Rendah
Negeri Sembilan. Jurnal Pendidikan. 11: 77-90.
Tse, L. F. L, Siu, A. M. H & Tsang, C. W. P. (2019). Assessment of Early Handwriting Skill in
Elementary School using a Chinese nama Writing test. Reading and writing, 32
(2), 265-284. Dimuat turun daripada a
https://link.springer.com/article/10.1007/s11145-018-986-6
82
MURID TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK JALUR BERWARNA
Nurul Farihah binti Ahmad Rosdi, Noor Salawati binti Abu Bakar
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
menggunakan kaedah Jalur Berwarna. Kaedah Jalur Berwarna merupakan
penggunaan empat garisan yang berlainan warna dalam membantu murid menulis
huruf kecil bertangkai di atas garisan dengan betul. Kajian ini dilakukan ke atas empat
orang murid Tahun 2 di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Melalui
kaedah ini, murid-murid diberikan beberapa siri intervensi agar murid dapat menulis
dalam kajian ini melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan analisis lembaran
kerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid yang selama ini menulis
dengan betul iaitu ekor huruf ditulis melebihi sempadan garisan. Sehubungan dengan
itu, tulisan murid-murid juga kelihatan lebih kemas. Oleh yang demikian dapat
dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah Jalur Berwarna.
Kata kunci:
83
PENGENALAN
Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi
dan aplikasi bahasa yang melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis, kemahiran seni bahasa dan tatabahasa. Secara
umumnya, murid pada tahap 1 perlu menguasai kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Kemahiran menulis yang diajar pada tahap 1 merangkumi
aktiviti pratulisan, menulis secara mekanis, membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat yang mudah. Penguasaan menulis amat penting dalam usaha menjadikan
murid yang berketrampilan dalam berbahasa sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang harmonis dari segi jasmani, intelek,
emosi dan rohani serta kemahiran sosialnya. Bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis, satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
ialah penulisan huruf yang betul.
FOKUS KAJIAN
ya ditulis melepasi garisan ditulis di atas
garisan pula boleh menyebabkan kesalahan tanda baca kerana telah menyerupai
ngah ayat contohnya,
menggangu kekemasan penulisan dan boleh menyebabkan pemotongan markah
dalam ujian. Biarpun pemotongan markah itu mungkin sedikit, tetapi tetap
mempengaruhi markah bagi kertas ujian yang diduduki. Menurut Yahya Othman
(2005) tulisan yang tidak kemas menyumbang kepada pemotongan markah murid-
murid dalam peperiksaan. Justeru, penguasaan kemahiran menulis perlu diambil
berat dan dipandang serius.
Selain itu, terdapat murid yang gagal menulis huruf-huruf tersebut dengan
teknik yang betul seperti mula menulis huruf daripada bawah ke atas. Hal ini kerana
kurangnya bimbingan dan penekanan daripada guru tentang teknik menulis huruf-
huruf kecil dengan betul dari peringkat awal. Masalah ini dikenal pasti semasa sesi
penyemakan hasil kerja murid selepas sesi pembelajaran dan pemudahcaraan di
dalam kelas. Pengkaji mendapati salah satu faktor berlakunya masalah ini adalah
disebabkan oleh kurangnya latihan menulis. Seterusnya, murid tidak peka dengan
-huruf ini
ditulis diatas garisan yang disediakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini, diharapkan akan mencapai objektif berikut:
1. Meningkatkan kemahiran menuli
teknik Jalur Berwarna.
2.
menggunakan teknik Jalur Berwarna.
84
SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah:
1.
ditingkatkan menggunakan teknik Jalur Berwarna bagi murid Tahun 2?
2.
ditingkatkan menggunakan teknik Jalur Berwarna bagi murid Tahun 2?
METODOLOGI KAJIAN
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Bagi
kajian ini, ujian dijalankan secara bertulis. Setiap ujian mengandungi 12 soalan yang
sama dan diberikan kepada peserta kajian sebelum dan selepas tindakan intervensi
dijalankan. Bentuk soalan adalah menyalin semula perkataan yang mengandungi
kan untuk melihat sejauh mana tahap
menjalani sesi intervensi. Pada peringkat akhir, ujian pos dilaksanakan untuk melihat
sejauh mana kemampuan Jalur Berwarna dalam meningkatkan penguasaan peserta
-dua ujian ini
rta kajian.
Pengkaji juga merujuk kepada kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan bagi
Jadual 1: Kriteria pemarkahan ujian pra dan ujian pos
Peratus Tahap Interpretasi
(%) penguasaan Sangat menguasai kemahiran menulis huruf
90-100 Cemerlang
70-89 Baik
50-69 Memuaskan Masih menguasai kemahiran menulis huruf kecil
30-49 Mencapai tahap Kurang menguasai kemahiran menulis huruf
minimum Lemah dalam menguasai kemahiran menulis
0-29
Tidak mencapai
tahap minimum
Analisis Lembaran Kerja
Dokumen merupakan sumber sedia ada yang dapat membantu dalam sesuatu
penyelidikan. Dokumen ialah apa-apa juga bahan bertulis yang mengandungi
maklumat yang hendak dikaji. Pengumpulan data melalui hasil kerja adalah
digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibina oleh pengkaji.
Dokumen yang dianalisis adalah dalam bentuk hasil kerja iaitu hasil penulisan murid.
Analisis lembaran kerja yang pengkaji gunakan adalah berbentuk lembaran kerja
intervensi dan lembaran ujian pra dan pos. Pengkaji perlu menganalisis lembaran
kerja intervensi dan lembaran ujian pra dan pos pada permulaan pelaksanaan
tindakan sehingga ke peringkat akhir pelaksanaan tindakan.
85
Pemerhatian
Dalam kajian ini, pemerhatian tidak turut serta dibuat iaitu pengkaji bertindak sebagai
pemerhati. Pemerhatian dilakukan bagi melihat perubahan tingkah laku bagi aspek
minat dalam kalangan peserta kajian sebelum dan setelah intervensi dijalankan.
Senarai semak pemerhatian yang mengandungi 5 item disediakan bagi
memudahkan pengkaji mendapatkan data pemerhatian. Senarai semak
membolehkan penyelidik memfokus dan merekodkan tingkah laku yang dikehendaki
sahaja. Item-item dalam senarai semak dibuat berpandukan kajian yang telah
dilaksanakan oleh Nancy & Zamri Mahamod (2017) bertajuk Sikap, Minat dan
Motivasi Murid Melanau dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua.
DAPATAN KAJIAN
Hasil Dapatan Ujian Pra & Ujian Pos
Jadual 2: Hasil dapatan ujian pra & ujian pos
Peserta Ujian Pra Ujian Pos Peratus
kajian peningkatan
Markah (%) Markah (%)
PK1 (12 markah) 0 (12 markah) 100 (%)
PK2
PK3 0 12 100
PK4
0 0 12 100 100
2 17 12 100 83
2 17 11 92 75
Rajah 1: Perbandingan markah ujian pra ujian pos
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian
Pos
100
50
0
PK1 PK2 PK3 PK4
Ujian Pra Ujian Pos
Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan hasil dapatan dan perbandingan markah para
peserta kajian bagi ujian pra dan ujian pos. Bagi ujian pra, peserta kajian 1
memperoleh 0% markah manakala ujian pos pula peserta kajian 1 telah berjaya
memperoleh 100% markah. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 100%
dalam ujian pos bagi peserta kajian 1. Oleh itu, tahap penguasaan kemahiran menulis
tahap minimum dengan 0% markah bagi ujian pra menjadi cemerlang dengan 100%
markah bagi ujian pos. Seterusnya, peserta kajian 2 memperoleh 0% markah dalam
ujian pra dan 100% markah dalam ujian pos. Peserta kajian 2 juga berjaya
meningkatkan markah sebanyak 100% dalam ujian pos berbanding ujian pra. Ini
86
kajian 2 juga meningkat daripada tidak mencapai tahap minimum dengan 0% markah
bagi ujian pra menjadi cemerlang dengan 100% markah bagi ujian pos.
Peserta kajian 3 pula telah mendapat 17% markah bagi ujian pra manakala
100% bagi ujian pos. Oleh yang demikian, peratus peningkatan yang berlaku adalah
sebanyak 83% sekali gus menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran
kajian 3 telah meningkat daripada tidak
mencapai tahap minimum dengan 17% markah bagi ujian pra meningkat cemerlang
dengan 100% markah bagi ujian pos. Akhir sekali, peserta kajian 4 telah mendapat
17% bagi ujian pra manakala 92% bagi ujian pos. Peratus peningkatan antara ujian
pra dan ujian pos adalah sebanyak 75%. Tahap penguasaan kemahiran menulis
mencapai tahap minimum dengan 17% markah bagi ujian pra menjadi cemerlang
dengan 92% markah bagi ujian pos.
Rumusannya, perbezaan peratus markah bagi kedua-dua ujian tersebut
menunjukkan berlaku peningkatan yang signifikan terhadap kemahiran menulis huruf
erta kajian.
Hasil Dapatan Analisis Lembaran Kerja
Tindakan Keke PK2 PK3 PK4
PK1 0 0 0
Tindakan siri 2 0 0 0
Tindakan siri 3 0 0 0 0
Tindakan siri 4 0 0 0 1
Tindakan siri 5 0 1 0 0
Tindakan siri 6 0 0 1 1
Tindakan siri 7 1
0 1 / 67 1 / 67 2 / 67
Jumlah 1 / 67
intervensi mengikut siri. Berdasarkan jadual, peserta kajian 1 telah membuat
kekerapan ke
Oleh itu, kekerap
menyebabkan kekerapan kesalahan penulisan huruf kecil
hanyalah sebanyak 1 kali sahaja. Akhir sekali, peserta kajian 4 membuat 2 kesalahan
jian 4 adalah 2 daripada
Rumusannya, semua peserta kajian tidak melakukan banyak kesalahan
menggunakan teknik dengan baik sekaligus meningkatkan kemahiran menulis huruf
87
Jadual 4: Kekerapan kesilapan menulis huruf
Tindakan PK1 PK2 PK3 PK4
0 0 0 0
Tindakan siri 2 0 0 0 0
Tindakan siri 3 0 0 0 0
Tindakan siri 4 0 0 1 0
Tindakan siri 5 0 0 1 0
Tindakan siri 6 0 0 0 0
Tindakan siri 7
0 / 92 0 / 92 2 / 92 0 /92
Jumlah
intervensi mengikut siri. Berdasarkan jadual, peserta kajian 1 tidak membuat
kesalahan penu
kesalahan penulisan h
bagi
peserta kajian 3 hanyalah sebanyak 2 kali sahaja. Akhir sekali, peserta kajian 4
Rumusannya, semua peserta kajian tidak melakukan banyak kesalahan
menggunakan teknik dengan baik sekaligus meningkatkan kemahiran menulis huruf
teknik Jalur Berwarna
88
Tindakan PK1 PK2 PK3 PK4
0 0 0 0
Tindakan siri 2 0 0 0 0
Tindakan siri 3 0 0 0 0
Tindakan siri 4 0 0 0 0
Tindakan siri 5 0 0 0 0
Tindakan siri 6 0 0 0 0
Tindakan siri 7
0 / 69 0 / 69 0 / 69 0 / 69
Jumlah
intervensi mengikut siri. Berdasarkan jadual, peserta kajian 1 tidak membuat
kesalahan p
kesalahan penulisa
peserta kajian 3 adalah 0. Akhir sekali, peserta kajian 4 juga tidak membuat sebarang
kesalahan penu
Rumusannya, semua peserta kajian tidak melakukan kesalahan penulisan
Berwarna bagi semua peserta kajian.
pos
Peserta Kekerapan Kekerapan Kekerapan Jumlah Jumlah
kajian kesalahan kesalahan kesalahan kekerapan kekerapan
kesalahan kesalahan
PK1 huruf p huruf g huruf y huruf ujian huruf ujian
PK2 Pra Pos Pra Pos Pra Pos
PK3 pra pos
PK4 40 40 40
40 40 40 12 0
40 30 30
41 40 20 12 0
10 0
10 1
89
kesalahan
an kesalahan
kesalahan
bagi ujian pra adalah 12, manakala bagi ujian pos pula adalah 0.
Seterus
dalam ujian pos.
nakala bagi ujian pos adalah 1.
ujian pos lebih rendah berbanding ujian pra bagi setiap peserta kajian. Hasil dapatan
tindakan bersiri dijalankan ke atas peserta kajian.
Hasil Dapatan Pemerhatian
Jadual 6: Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas tindakan
Sebelum Selepas
Bil Item PK1 PK2 PK3 PK4 PK1 PK2 PK3 PK4
1 Murid memberi XXXX / / / /
tumpuan terhadap
aktiviti menulis.
2 Murid menunjukkan / X X X / / / /
minat dan
bersungguh untuk
membuat aktiviti
menulis.
3 Murid menyiapkan XXXX / / / /
latihan dengan cepat
dan betul.
4 Murid menunjukkan X X X X / / / /
reaksi gembira dapat
menulis dengan
betul.
5. Murid cuba XXXX / / / /
mengurangkan
kesalahan penulisan
huruf.
Jumlah kekerapan 10005555
90