The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:07:45

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BM 3 & BM 4 (JILID 2)

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Pengajaran Bahasa Melayu

Graf 1 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian

Hasil daripada analisis pengkaji terhadap data yang diperolehi melalui ujian pos dan
ujian pra, berlaku perubahan yang positif terhadap markah peserta kajian.
Berdasarkan jadual 6.6.1 (f) dan graf 6.6.1 (c) yang ditunjukkan telah berlaku
peningkatan selepas menggunakan teknik Roket KASif yang diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Berdasarkan analisis yang
telah dipamerkan, setiap peserta kajian mengalami peningkatan setelah tindakan
dijalankan. PK1 dan PK2 meningkat sebanyak 30% manakala PK3 meningkat
kepada 40%. Seterusnya PK4 juga menunjukkan peningkatan yang paling tinggi
dalam ujian pos iaitu peningkatan sebanyak 50%. Kesalahan murid hanya kesalahan
minor yang masih boleh diperbaiki pada masa akan datang. Melalui analisis ini, murid
dapat menguasai pembinaan predikat yang baik dan menampakkan bentuk ayat
yang gramatis.

Dapatan bagi Soal Selidik

Pengkaji juga menjalankan soal selidk terhadap peserta kajian selepas tindakan
Teknik Roket KASif ditadbirkan. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk
menilai sejauh mana minat, kefahaman dan keberkesanan teknik dalam membina
ayat tunggal berdasarkan intervensi-intervensi yang telah dijalankan. Borang soal
selidik ini mempunyai dua bahagian yang mencakupi minat, kefahaman dan
keberkesanan teknik Roket KASif terhadap peserta kajian membina ayat tunggal.

Jadual 3 : Dapatan Soal Selidik Selepas Tindakan

Bil Item Ya Tidak
PK1 PK2 PK3 PK4 PK1 PK2 PK3 PK4
1. Saya berminat
mengunakan Teknik ////
Roket KASif untuk
membina ayat tunggal. ////

2. Saya memahami cara ////
penggunaan Teknik
Roket KASif. ////

3. Saya dapat membina
ayat tunggal
menggunakan Teknik
Roket KASif.

4. Teknik Roket KASif
mudah diingati bagi
membina ayat tunggal.

191

Jadual 4 : Dapatan Soal Selidik Dalam Bentuk Peratus dan Kekerapan

Bil Item Soalan Kekerapan

Ya Tidak

f P% f P%

1. Saya berminat mengunakan Teknik 4 100 0 0

Roket KASif untuk membina ayat

tunggal.

2. Saya memahami cara penggunaan 4 100 0 0

Teknik Roket KASif.

3. Saya dapat membina ayat tunggal 4 100 0 0

menggunakan Teknik Roket KASif.

4. Teknik Roket KASif mudah diingati bagi 4 100 0 0

membina ayat tunggal.

Peratusan Soal Selidik

120 Item 2 Item 3 Item 4
100

80
60
40
20

0
Item 1

Ya Tidak

Graf 2: Peratusan Keseluruhan Soal Selidik

Berdasarkan Graf 2, menunjukkan hasil dapatan soal selidik yang dijalankan selepas
tindakan menggunakan peratus. Bagi item pertama, pengkaj menilai tahap minat
peserta kajian dalam menggunakan Teknik Roket KASif untuk membina ayat tunggal.
Sebanyak 100% peserta kajian menunjukkan minat mereka dalam menggunakan
teknik ini bagi membina ayat tunggal. Seterusnya, bagi item kedua, pengkaji
memfokuskan kepada kefahaman murid dalam menggunakan teknik Roket Kasif.
Pengkaji ingin melihat sejauh mana murid mampu menggunakan teknik ini setelah
diperkenalkan. Setelah dianalisis, semua peserta kajian bersetuju bahawa mereka
memahami cara penggunaan teknik Roket KASif dalam membina ayat tunggal.
Selain itu, bagi item ketiga, pengkaji melihat kepada kebolehan peserta kajian dalam
menggunakan Roket KASif untuk membina ayat tunggal. Semua peserta kajian
mencapai 100% dalam item ini. Akhir sekali, bagi item keempat peserta kajian juga
mencapai 100% iaitu Teknik Roket KASif ini mudah diingati bagi membina ayat
tunggal.

192

Dapatan Kajian Bagi Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2

Jadual 5: Perbandingan kekerapan analisis Pemerhatian 1 & Pemerhatian 2

Bil Kod Ya Tidak
Item
1212
1. M1
2. M2 f P% f P% f P% f P%
3. M3
4. M4 3 75 4 100 1 25 0 0
5. M5
6. M6 2 50 4 100 2 50 0 0

3 75 4 100 1 25 0 0

1 25 3 75 3 75 1 25

00 4 100 4 100 0 0

4 100 1 25 0 0 3 75

Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2

M6 20 40 60 80 100 120
M5 Pemerhatian 2 Pemerhatian 1
M4
M3
M2
M1

0

Graf 2: Peratusan Data Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2

Berikut merupakan perbandingan di antara pemerhatian 1 dan pemerhatian 2.
Berlaku peningkatan yang baik pada setiap item. Bagi M1 berlaku peningkatan iaitu
ia mencapai 100% pada Pemerhatian 2 di mana murid menunjukkan minat semasa
pengkaji mengajarkan ayat tunggal berbanding Pemerhatian 1 hanya mencapai 75%.
Seterusnya bagi M2 juga mencapai 100% di mana murid memberikan respon
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan namun dalam
Pemerhatian 1 peserta kajian mencapai 50%. Selain itu, dalam M3 murid mula
melibatkan diri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada Pemerhatian
2. Hal ini pada Pemerhatian 2, item M3 mencapai 100% berbanding 75% pada
Pemerhatian 1.

193

Bagi M4 pula, peserta kajian mencapai 75% pada Pemerhatian 2 dan 25%
pada Pemerhatian 1. Murid mula menunjukkan peningkatan iaitu murid dapat
menjawab soalan dengan yakin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di
samping itu, dalam item M5 murid dapat membina ayat tunggal menggunakan turutan
yang betul pada Pemerhatian 2 menyebabkan peserta kajian mencapai 100%
berbanding Pemerhatian 1 kesemua peserta kajian tidak dapat membina ayat
tunggal menggunakan turutan yang betul. Akhir sekali, murid hanya mencapai 25%
dalam kod item M6 iaitu mewakili seorang murid sahaja murid yang melakukan
kesalahan ejaan dan tanda baca pada pemerhatian 2. Secara keseluruhannya,
berlaku peningkatan terhadap setiap item setelah intervensi dijalankan.

Dapatan Kajian bagi Penelitian Lembaran Kerja

Penelitian lembaran kerja ini diberikan untuk Latihan intervensi setelah pengenalan
kepada Roket KASif kepada peserta kajian. Lembaran kerja ini dijalankan bagi
melihat keberkesanan teknik Roket KASif terhadap peserta kajian dalam pembinaan
ayat tunggal. Berikut merupakan dapatan dan analisis data yang diperolehi melalui
peserta kajian.

Jadual 6 : Dapatan Kajian Lembaran Kerja Setiap Peserta Kajian

Peserta Pemarkahan Peratus Tahap
Kajian Markah Markah (%)

19 90 Memuaskan

27 70 Memuaskan

39 90 Memuaskan

46 60 Minimum

Purata 4.5 45 %

10 PK 2 PK 3 PK4
8 Latihan Intervensi
6
4
2
0
PK1

194

Graf 3: Dapatan Kajian Lembaran Kerja Setiap Peserta Kajian

KESIMPULAN

Cetusan idea teknik Roket KASif ini dijalankan ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal bagi murid tahun 3. Secara
keseluruhannya,kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
kumpulan sasaran pengkaji. Hal ini dibuktikan menerusi hasil dapatan yang diperoleh
daripada empat instrumen pengumpulan data yang digunakan iaitu ujian,
pemerhatian, soal selidik dan penelitian lembaran kerja. Dapatan daripada Ujian Pos
telah menunjukkan peningkatan yang ketara setelah intervensi diberikan. Kemahiran
membina ayat dalam kalangan peserta kajian pengkaji telah meningkat daripada
tahap minimum ke tahap yang baik dan cemerlang.

Berdasarkan dapatan daripada kajian pengkaji, teknik Roket KASif dilihat
dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal murid tahun
3. Dapatan-dapatan ini juga dapat menjawab objektif dan persoalan kajian yang
dikemukakan pengkaji iaitu:

i. Apakah teknik Roket KASif dapat membantu murid tahun 3 pembinaan ayat tunggal
dalam kalangan murid tahun 3?

ii. Apakah teknik Roket KASif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat murid
tahun 3 dengan betul dan gramatis dalam Bahasa Melayu?

Persoalan pertama dibuktikan menerusi analisis data ujian, soal selidik dan
penelitian lembaran kerja yang telah dijalankan. Ia ditunjukkan menerusi peningkatan
tahap kemahiran membina ayat dan perubahan dari segi kefahaman kumpulan
peserta kajian manakala, persoalan kedua pula dibuktikan menerusi pemerhatian
dan ujian pra serta ujian pos yang telah dijalankan.

Namun kajian tindakan ini juga mempunyai kekuatan dan kelemahan.
Antaranya teknik Roket KASif ini sendiri merupakan sebuah intervensi.
Keberkesanan teknik ini dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
menjadi tunjang kepada kejayaan kajian pengkaji. Maka isu tidak dapat membina
ayat tunggal dengan gramatis dapat dikurangkan. Melalui teknik Roket KASif, peserta
kajian dilihat berupaya membina ayat tunggal dengan baik dan mampun
mengembangkan predikat setelah tindakan dijalankan. Selain meningkatkan
kemahiran membina ayat tunggal, penggunaan Roket KASif ini juga telah
membetulkan struktur ayat peserta kajian seperti pembetulan kosa kata, tatabahasa,
tanda baca dan sebagainya. Pengaplikasian Roket KASif ini telah membimbing
peserta kajian menulis ayat tunggal dengan baik dan gramatis.

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini juga, peserta kajian menunjukkan
minat terhadap teknik Roket KASif kerana ia merupakan sebuah perkara yang
baharu dan dapat membantu penguasan mereka dalam membina ayat tunggal.
Kajian ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengamalkan inovasi dan cakna
terhadap pembelajaran murid. Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan
Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin
terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau
bahan tertentu.

195

CADANGAN

Merujuk kepada kajian yang telah dilakukan, terdapat cadangan tindakan susulan
yang boleh dilakukan untuk penambahbaikkan teknik pada masa akan datang.
Teknik Roket KASif ini dilihat sebagai fleksibel bagi pembelajaran bahasa Melayu.
Teknik ini bukan sahaja terhad kepada murid tahun 3 namun boleh dikembangkan
dan diaplikasikan terhadap murid tahun lain seperti murid tahun 4 atau 5. Teknik ini
bersesuaian dengan tahap kognitif mereka dan memudahkan pembinaan ayat
tunggal yang baik dan lebih gramatis.

Selain itu, pengkaji boleh mengaplikasi teknik Roket KASif dalam mata
pelajaran yang berkaitan dengan bahasa. Memandangkan penggunaan teknik Roket
KASif dilihat berkesan dalam mengajar pembinaan ayat Bahasa Melayu, maka ia
juga sesuai untuk pembinaan ayat Bahasa Inggeris. Hal ini berikutan struktur ayat
Bahasa Inggeris yang hampir serupa dengan struktur ayat bahasa Melayu. Dengan
melakukan sedikit pengubahsuaian, teknik Roket KASif boleh digunakan bagi
matapelajaran bahasa Inggeris. Penambahbaikan ini dilihat berkemungkinan
membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Bahasa
Inggeris atau bahasa lain.

Akhir sekali, pengkaji membuat penambahbaikan terhadap bahan bantu
mengajar bagi teknik Roket KASif ini. Pengkaji boleh menukarkan teknik ini dari rajah
kepada bahan maujud. Ini kerana murid gemar akan bahan yang melibatkan deria
terutamanya deria sentuh dan lihat. Bahan maujud ini akan membantu minat murid
terhadap pembinaan ayat tunggal.

IMPLIKASI

Melalui penggunaan Teknik Roket KASif ini, murid-murid dapat meningkatkan
kefahaman yang baik dari segi pembinaan ayat. Murid-murid juga dapat
meningkatkan markah dalam ujian mereka dalam aktiviti membina ayat. Selain
itu,murid-murid ini juga dapat memberikan fokus yang baik ketika proses PdP sedang
berlangsung. Murid-murid dapat menyiapkan tugasan membina ayat dengan baik
dan gramatis. Guru lebih bersemangat untuk mengajar murid-murid ini dengan
menggunakan Teknik Roket KASif. Selain itu juga, penggunaan Teknik Roket KASif
ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan menggunakan
pelbagai teknik dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan dan kelemahan
murid membina ayat tunggal yang baik dan gramatis.

196

RUJUKAN

Azman Wan Chik. (1993).Mengajar bahasa Melayu jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan
Bahasa dan PustakaChoon Lean Keow. (2008).

Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 3. Kuala Lumpur:

Boston: Aliyn and Bacon.Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi.
(2008).Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Haron
Khamis. (1993).

Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011).Kajian tindakan: Konsep & amalan dalam
pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Christy Jr Tan, Norlatifah Binti Othman., & Syazwan Abd. Jalani. (2010).Kaedah kontekstual
menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada 3 Mac
2014 daripadahttp://www.scribd.com/doc/31095640/Kaedah-Kontekstual-Bergambar
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992).

Chua, Y.P. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan Malaysia: Pusat Pembangunan Akademik.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus

Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Or-
ganized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin
Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

197

Keberkesanan Teknik PWIHHCO Bagi Mengembangkan
Ayat Dalam Kemahiran Menulis Karangan Murid Tahun

4

Nur Athirah Binti Che Teh
Noor Salawati binti Abu Bakar

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,

Sabah
([email protected])

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 menguasai penulisan karangan
bagi subjek Bahasa Melayu. Murid Tahun 4 baru sahaja melangkah masuk ke tahap
dua dan bakal didedahkan dengan karangan penulisan yang panjangnya 80 hingga
120 patah perkataan. Tiga orang murid telah dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji
mendapati murid-murid ini kurang mampu mengembangkan ayat karangan menjadi
sebuah ayat yang lengkap. Kelemahan ketara yang dapat dilihat adalah pembinaan
karangan yang pendek dan terlalu ringkas sekaligus menjadikan ayat itu tidak
gramatis. Model yang digunakan bagi kajian ini adalah Model Kemmis & McTaggart.
Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO dalam
kemahiran penulisan karangan. Seterusya, mengembangkan tiga isi utama dalam
penulisan karangan dengan menggunakan teknik PWIHHCO. Kepentingan bagi
kajian ini adalah pengkaji merasakan masalah ini perlu diatasi awal sebagai
persediaan murid bagi kemahiran penulisan karangan. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini adalah pemerhatian, ujian pra dan pos, senarai semak dan soal
selidik. Hasil daripada kajian tindakan ini, pengkaji mendapati teknik yang
diaplikasikan berkesan kepada murid-murid. Hal ini kerana murid dapat menulis
karangan dengan baik, idea yang menarik dan karangan yang panjang.

PENGENALAN

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang
disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun
menjadi ayat. (Mansor Embong, 2018) Menulis merujuk kepada keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan
kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Bidang penulisan merupakan salah
satu kemahiran yang paling tinggi dan agak sukar dikuasai oleh murid. Penulisan
karangan mempunyai markah yang paling banyak di dalam kertas penulisan 2 dan
boleh menjejaskan markah sekiranya tidak dapat menulis dengan baik.

198

Nik Safiah Karim (2004) dan Abdul Shukor Shaari (2001) mengatakan
bahawa proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk
dikuasai berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan ramai
murid tidak mahir dalam menulis. Assrudi Musa (2010) menyatakan bahawa untuk
menghasilkan karangan bahagian C dengan baik, kemahiran mengulas maklumat
daripada bahan ransangan perlu ada. Dalam penulisan karangan pula terdapat
pelbagai jenis penulisan dan genre yang boleh dihasilkan. Untuk kajian ini, pengkaji
mengfokuskan kepada penulisan berfakta. Kegagalan menguasai kemahiran asas
seperti menulis pada peringkat awal boleh menjejaskan pembelajaran murid hingga
ke sekolah menengah. Menulis adalah satu proses yang kompleks dalam meluahkan
perkataan melalui genggaman pensel.

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid
mengembangkan ayat dalam karangan mereka dengan memperluaskan ayat
sekaligus untuk mengelakkan murid daripada ketiadaan idea. Kajian ini hanya
menggunakan jadual di mana ia lebih memudahkan murid untuk membinanya dalam
masa yang singkat. Sedikit sebanyak murid mempunyai idea untuk menulis karangan
dengan baik. Jadual yang diberikan juga menggalakkan kemahiran berfikir murid.
Murid hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan berdasarkan tajuk yang
diperoleh. Mereka dapat menambahkan idea dengan kunci-kunci yang diberikan.

FOKUS KAJIAN

Sekolah sememangnya menerapkan budaya berfikir di kalangan murid. Pada era ini,
murid malas menggunakan kemahiran berfikir mereka dan hanya menginginkan
jawapan daripada guru dan kawan-kawan. Sifat seperti ini akan membuat mereka
menjadi pasif, tidak inovatif dan statik di tempat yang sama.

Fokus kajian ini adalah untuk mengembangkan ayat dalam penulisan
karangan dalam kalangan murid Tahun 4. Berdasarkan pemenerhatian pengkaji,
murid lazimnya berasa bosan jika diberi tugasan berkaitan penulisan. Hal ini kerana
mereka ketiadaan idea dan tidak mahu berfikir. Isu ini bukan sahaja berlaku di
peringkat sekolah rendah malah ia juga berlaku di peringkat sekolah menengah.
Sedangkan penulisan karangan adalah penting sebagai satu kaedah untuk
meluahkan idea, pendapat, pandangan dan sebagainya, malahan ia turut digunakan
semasa di universiti kelak.

Semasa murid menyiapkan tugasan, pengkaji mendapati mereka banyak
meniru rakan mereka, menulis secara ala kadar dan terburu-buru ingin menyiapkan
tugasan. Pengkaji berpendapat murid ini tiada panduan untuk dijadikan rujukan
dalam penulisan karangan mereka. Adapun murid-murid ini hanya menyalin kembali
isi-isi penting dan menjadikan ayat itu tidak lengkap. Bukan itu sahaja, karangan yang
dihasilkan juga tidak mengikut format dan tiada perenggan. Ini tidak termasuk tulisan
yang tidak jelas seperti cakar ayam.

Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan satu inovasi yang dikenali teknik PWIHHCO
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan dengan kaedah
terancang dan sistematik. Teknik PWIHHCO merupakan salah satu alat bantu yang
dapat membantu menyelesaikan masalah murid dalam membina ayat karangan

199

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO dalam kemahiran penulisan
karangan.

2. Mengembangkan tiga isi utama dalam penulisan karangan dengan
menggunakan teknik PWIHHCO.

SOALAN KAJIAN

i. Apakah cara untuk mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO dalam
kemahiran penulisan karangan?

ii. Bagaimana cara untuk mengembangkan tiga isi utama dalam penulisan
karangan dengan menggunakan teknik PWIHHCO?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan tiga orang daripada 24 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah
daerah Tuaran, Sabah. Tiga orang murid ini terdiri daripada murid lelaki. Peserta
kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian dan hasil kerja yang dilakukan di dalam
bilik darjah. Mereka ini berada dalam golongan baik, sederhana dan lemah dalam
bahagian C penulisan karangan Bahasa Melayu. Peserta kajian ini juga daripada
bangsa dan agama yang sama iaitu Melayu dan beragama Islam.

TINDAKAN

PROSES PERANCANGAN TINDAKAN/AKTIVITI

Fasa pertama Menghasilkan satu inovasi bagi mengatasi
(Merancang)
masalah dalam penulisan karangan.
1 minggu
Merancang objektif dan soalan kajian
Fasa Kedua
(Bertindak) Mensasarkan peserta kajian

1 minggu Pengumpulan data awal dengan

Fasa Ketiga menggunakan beberapa instrumen kajian :
(Memerhati)
Pemerhatian (Senarai semak)
2 minggu
Semak latihan

Temu bual

Pengkaji juga menemubual murid-murid dan

guru Bahasa Melayu mengenai masalah

mereka

Memberi penyelesaian dengan

memperkenalkan teknik PWIHHCO

Ujian Pra Bahasa Melayu telah pun dilakukan

di dalam bilik darjah itu

Mengumpul data melalui instrumen kajian

Pengkaji membuat pemerhatian fasa tindakan
dengan memberi ujian kepada murid.

1. Menyediakan panduan karangan kepada
murid

200

Fasa Keempat 2. Menjelaskan tentang Teknik PWIHHCO.
(Mereflek) 3. Melaksanakan ujian pra dan pos.
Mengumpul maklumat, merekod dan
1 minggu
menganalisis data
Membuat dapatan kajian

Menilai keberkesanan penggunaan teknik PWIHHCO
dalam kalangan murid dengan menggunakan senarai
semak dan soal selidik. Selain itu, menambahbaik
kekurangan yang ada pada teknik tersebut.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajan ini, pengkaji memilih pendekatan deskriptif untuk menganalisis data-
data yang dikumpulkan. Kesemua aktiviti yang telah dirancang telah berjalan dengan
lancar. Peningkatan positif dapat dilihat pada hasil penulisan karangan murid.
Kesemua murid berjaya mencapai objek kajian yang dikehendaki sekaligus
menjawab kesemua persoalan kajian. Melalui teknik PWIHHCO yang diperkenalkan,
ia dapat mencetuskan idea dan membantu meningkatkan perkembangan ayat murid.

Hasil dapatan Objektif Kajian 1 : Mengenal pasti keberkesanan Teknik
PWIHHCO dalam kemahiran penulisan karangan

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap penulisan karangan setelah
menggunakan Teknik PWIHHCO. Objektif ini berjaya dicapai apabila teknik ini
berjaya dikuasai oleh murid. Pemerhatian telah dilakukan menggunakan senarai
semak yang telah disediakan. Jadual Perbandingan kekerapan senarai semak
pemerhatian :

KEKERAPAN

BIL ITEM SEBELUM SELEPAS

f % P% f P%

1 Menulis pendahuluan 3 100% 3 100%

2 Mempunyai lima perenggan termasuk 0 0 3 100%
pendahuluan dan penutup 0 3 100%

3 Mempunyai penerangan dalam setiap isi 0
utama

201

4 Jumlah patah perkataan karangan 0 0 3 100%
melebihi 80 patah perkataan 0 0 3 100%

5 Menulis penutup

Jadual di atas menunjukkan perbandingan kekerapan senarai semak pemerhatian
ujian pra dan pos yang dilaksanakan oleh murid. Pengkaji menilai murid dari aspek
karangan mereka iaitu pendahuluan, isi, penutup dan lain-lain. Melalui data berikut,
semasa ujian pra, ketiga-tiga orang murid hanya memenuhi item yang pertama iaitu
menulis pendahuluan. Manakala item kedua hingga kelima tidak dipenuhi. Untuk
ujian pos pula, ketiga-tiga orang murid berjaya memenuhi kriteria yang dikehendaki.
Hal ini bermakna karangan yang dilakukan sempurna.

Perbezaaan Senarai Semak Ujian Pra dan
120 Pos

100

80

60

40

20

0

S1 S2 S3 S4 S5

UJIAN PRA UJIAN POS

Graf Perbezaan Senarai Semak Ujian Pra Dan Pos

Graf di atas menunjukkan perbandingan melalui senarai semak ujian pra dan
ujian pos. Warna kuning adalah ujian pra manakala hijau adalah ujian pos. Di dalam
graf tersebut, jelas dapat dilihat perkembangan sebelum dan selepas dilakukan
tindakan. Ujian pra hanya dijawab pada soalan satu sahaja. Ujian pos pula dapat
disenarai dengan baik untuk semua soalan.

Jadual Analisis Soal Selidik

202

SKALA

BIL PERNYATAAN 12 3 4 MIN PERSEPSI
5

1 Saya boleh sebutkan - - 33.33% 66.66% 4.7 POSITIF
maksud PWIHHCO - (1) (2) POSITIF
dengan baik. POSITIF
POSITIF
Saya dapat membina - 100% 5
2 tiga perenggan ayat - - - (3) POSITIF

dengan betul

Saya dapat 100%
(3)
3 mengembangkan isi - - - - 5

utama dengan baik.

Teknik PWIHHCO ini

4 memudahkan saya - - - - 100% 5
(3)
untuk membina

karangan

Teknik PWIHHCO

yang diperkenalkan 100%
(3)
5 menjadikan saya lebih - - - - 5

berminat untuk

mengarang.

Dalam konteks kajian ini, soalan-soalan bagi borang soal selidik dibina bagi
mengukur keberkesanan teknik PWIHHCO. Soal selidik ini terdiri daripada lima item
berdasarkan Skala Likert. Skala Likert adalah sejenis skala psikometrik yang kerap
digunakan dalam soal selidik. Pada skala likert, murid perlu menilai tahap yang
mereka bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Soal selidik yang menggunakan
Skala Likert biasanya berpandukan format seperti Sangat Tidak Setuju, Tidak
Bersetuju, Tidak Pasti, Setuju Dan Sangat Bersetuju. Berdasarkan data di atas,
seorang murid atau 33.33 peratus yang menjawab setuju dan dua orang murid atau
66.66 peratus menjawab sangat setuju bagi soalan pertama. Hasil ini menunjukkan
majoriti sangat setuju bahawa mereka dapat menyebut maksud PWIHHCO. Bagi
soalan dua hingga lima, semua murid menjawab sangat setuju pada pernyataan yang
diberikan. Untuk kesahan dapatan kajian ini, nilai skor yang diperolehi akan
dijumlahkan dan dipuratakan. Seterusnya, ia akan menghasilkan min dan
diinterpretasikan.

203

ANALISIS SOAL SELIDIK

120 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
100

80
60
40
20

0
Soalan 1

Sangat tidak setuju tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju

Graf Analisis Soal Selidik

Berdasarkan graf analisis di atas, kesemua murid sangat setuju dengan
teknik PWIHHCO yang diperkenalkan. Namun begitu, terdapat murid yang setuju

yang tidak dapat menguasai

akronim nama teknik dengan betul.

Melalui instrumen seperti senarai semak dan soal selidik ini, ia dapat
menjawab objektif 1 iaitu untuk mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO
dalam kemahiran penulisan karangan. Analisis menunjukkan teknik ini memberi
impak yang positif kepada penulisan karangan murid dan meningkatkan lagi gaya
penulisannya.

Hasil Dapatan Kajian Objektif 2 : Bagaimana cara untuk mengembangkan tiga
isi utama dalam penulisan karangan dengan menggunakan teknik PWIHHCO?

Perkembangan isi utama dapat dilihat semasa murid menyiapkan ujan pra dan pos.
Peningkatan pada penulisan mereka jelas kelihatan dengan melihat kepada skor
markah yang diperoleh. Jadual di bawah menunjukkan Analisis Ujian Pra bagi ketiga-
tiga peserta kajian :

Murid Markah ujian pra Peratus % Gred Kriteria

A 13 52 C Memuaskan

B 16 64 B Baik
C5
20 E Pencapaian tahap
minimum

204

Ujian pra tersebut menunjukkan markah bagi peserta kajian iaitu murid A
mendapat markah 13, murid B markah 16 dan murid C markah 5. Peratus kenaikan pula
adalah 52%, 64%, dan 20%. Ketiga-tiga mereka daripada gred yang berbeza iaitu C, B
dan E. Hal ini menjadikan murid tersebut itu berada dalam kategori yang berlainan iaitu
baik, sederhana dan lemah.

Selepas pengaplikasian teknik tersebut, analisis bagi ujian pos juga telah
dilakukan. Jadual Analisis Ujian Pos :

Murid Markah Ujian Pos Peratus % Gred Kriteria

A 19 76 B Baik

B 20 80 B Baik

C 18 72 B Baik

Murid A memperoleh markah 19, murid B 20 manakala murid C 18.
Kesemuanya berlaku peningkatan dengan memperoleh peratusan kenaikan 76, 80
dan 72. Mereka juga mendapat gred B iaitu Baik. Jadual ini jelas menunjukkan
peningkatan pada ujian pos berbanding ujian pra.

Jadual Perbandingan markah ujian pra dan pos :

Markah Ujian Markah Markah Perbezaan Peratus
Pra Penuh Ujian Pos Markah Kenaikan

Murid Markah 100 Markah 100% (%)
%

A 13 52% 25 19 76% 6 24%

B 16 64% 25 20 80% 4 16%

C 5 20% 25 18 72% 13 52%

205

Murid A mendapat markah 13 daripada 25 semasa ujian pra. Setelah

melaksanakan teknik tersebut, murid A mendapat markah 19. Berlaku peningkatan

peratus markah sebanyak 24% dan perubahan gred dari C kepada B. Selain itu,

murid B pula sememangnya mempunyai potensi dalam menulis karangan

berbanding dengan murid yang lain. Pelaksanaan teknik ini membolehkan murid

mendapat markah yang lebih tinggi iaitu 20. Sememangnya tidak banyak markah

yang naik namun begitu terdapat peningkatan selepas penggunaannya. Peratus

kenaikannya adalah 16%. Murid C pula adalah yang paling lemah dalam

penulisan karangan dengan memperoleh markah ujian pos hanya lima. Namun, ia

menunjukkan peningkatan yang begitu baik dengan memperoleh markah 18 dan

mendapat gred dari E kepada B.

Perbezaaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

100

80

60

40

20

0

A UJIAN PRBA UJICAN POS

Graf Perbezaaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Graf di atas menunjukkan perbandingan ujian pra dan pos bagi penulisan
karangan murid. Kesemua responden berada pada tahap yang berbeza iaitu lemah
dan sederhana. Murid A dalam golongan yang sederhana dengan permulaan ujian
pra dengan 52%. Manakala murid B lebih maju daripada murid B dan CBanyak
perbezaan markah yang diperoleh oleh murid A, B dan C. Data yang diperoleh
melalui kaedah pengumpulan dan instrumen yang digunakan perlu dianalisis dan
dibuat pentafsiran ke atasnya. Bukti-bukti daripada responden akan direkodkan
berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan.

Objektif kajian yang kedua juga dapat dicapai dengan melihat kepada
analisis ujian pra dan pos yang dihasilkan. Ketiga-tiga peserta kajian berjaya
mengembangkan tiga isi utama dalam penulisan karangan dengan menggunakan
teknik PWIHHCO dengan betul.

206

REFLEKSI

Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan, pengkaji yakin bahawa teknik
PWIHHCO yang diaplikasikan sangat membantu pembelajaran murid. Meskipun
peserta kajian dilihat sedikit, namun pengkaji lebih mementingkan kualiti berbanding
kuantiti. Apabila peserta kajian sedikit, pengkaji dapat mengfokuskan dengan lebih
mendalam keberkesanan teknik tersebut. Selain itu, Bahan Bantu Mengajar yang
dihasilkan sudah baik namun lebih menarik jika diubahsuai dengan lebih cantik.
Bahkan peserta kajian dapat memperkukuhkan lagi ingatan mengenai akronim
PWIHHCO. Hal ini sesuai dengan matlamat pengkaji yang menginginkan mereka
memahami teknik yang diperkenalkan.

Semasa ujian pos dilakukan, mereka berasa seronok kerana dapat menulis
dengan lebih cepat. Walhal sebelum ini, mereka agak lambat untuk mencari isi
penting bagi tajuk karangan. Pada awalnya, murid kurang mengerti pembahagian
teknik. Namun setelah membuat isi yang pertama, mereka mula memahami apa yang
perlu dilakukan. Jikalau sebelum ini mereka menoleh kiri dan kanan bagi mencari
jawapan rakan, tetapi kali ini mereka dengan penuh keyakinan dan khusyuk menulis
jawapan tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja, malahan mereka turut bertanding siapa
yang paling cepat menyiapkan karangan.

Pengkaji berasa gembira kerana setelah sebulan menghasilkan kajian ini,
murid dapat memperkembangkan ayat dalam karangan dengan baik. Ayat karangan
yang sebelum ini kurang daripada 50 patah perkataan menjadi lebih panjang
sehingga hampir 100 patah perkataan dan pembinaan ayat juga gramatis. Walaupun
ayat tersebut tidak sehebat ayat murid yang cemerlang, peningkatan yang
ditunjukkan pada penulisan memberi suatu impak yang baik kepada pengkaji. Masih
ada yang tidak dapat memperluaskan kosa kata

Penulisan kajian tindakan ini memberi satu peluang kepada pengkaji untuk
memajukan diri dalam bidang pendidikan terutama menyelesaikan permasalahan
yang timbul dalam Bahasa Melayu. Amalan penyelidikan ini dapat meningkatkan
profesionalisme seorang pendidik dalam menyelesaikan konflik dala pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif bagi mengenalpasti
punca murid tahun 4 tidak dapat menguasai kemahiran penulisan karangan. Kajian
ini hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan pengajaran dan
pembelajaran. Tindakan susulan yang akan dilakukan adalah memperkenalkan
teknik PWIHHCO dengan lebih meluas di sekolah. Pengkaji merasakan teknik ini
mudah untuk dilaksanakan oleh guru serta tidak memerlukan kos perbelanjaan yang
banyak.

Seterusnya, pengkaji juga akan melaksanakan penambahbaikan bagi
menyesuaikan dengan pembelajaran murid. Seiring dengan perubahan
pembelajaran semasa, guru perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam
menyediakan alat bantu mengajar. Lanjutan itu, jumlah kajian perlu lebih banyak dan
menggunakan pelbagai kognitif yang berbeza untuk mendapatkan dapatan lebih

207

menyeluruh. Dengan ramainya peserta kajian, ia akan mengukuhkan lagi kesahan
keberkesanan teknik yang diperkenalkan.

Tempoh pelaksanaan kajian yang lebih lama amat digalakkan untuk
memperoleh impak yang lebih memuaskan. Untuk kajian tindakan ini, pengkaji telah
melaksanakan kajian dalam masa sebulan. Bahan Bantu Mengajar juga akan
disediakan dengan lebih kreatif dan inovatif supaya dapat dimanfaatkan oleh murid.
Kajian sebegini amat digalakkan penyertaan oleh guru bagi membantu amalan
pengajaran guru tersebut.

PENUTUP
Kesimpulannya, melalui kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji mendapati
bahawa teknik PWIHHCO dapat difahami dengan baik oleh murid dan membantu
mempertingkatkan penguasaan kemahiran menulis mereka. Penyelidikan tindakan
ini merupakan satu proses yang telah dapat membuka minda dan dimensi baharu
dalam diri sebagai individu yang menceburi profesion perguruan. Melalui
penyelidikan tindakan, pengkaji dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih
sistematik dan terancang. Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, murid
mampu membina ayat dengan lengkap, mengembangkan setiap ayat menjadi lebih
panjang serta membina lima perenggan bagi penulisan karangan. Jelaslah bahawa
teknik ini boleh digunakan di sekolah untuk penguasaan penulisan karangan murid.

208

RUJUKAN

Abdul Rasid et.al (2016) & Nik Safiah (2004). Masalah penulisan karangan Bahasa Melayu
dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Universiti Kebangsaan
Malaysia : Kuala Lumpur

Abdul Shukor Shaari. (2001). Penulisan Karangan Beberapa Proses yang Harus Dilalui oleh
Pelajar. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa. 11(5), 24-27.

Amran bin Mat Ariffin. (2016) Tinjauan Literatur. Universiti Kebangsaan Malaysia : Kuala
Lumpur

Assrudi Musa. (2010). Meningkatkan Kemahiran Mengarang Berkaitan Dengan Nilai-Nilai
Murni Murid Tahun Empat Melalui Kaedah Pelan Maklumat. (Penyelidikan Tindakan
Bahasa Melayu IPGM KBL yang tidak diterbitkan). IPGM KBL, Malaysia

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam
pengajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Dr. Kamarul Azmi Jasmi. (2018). METODOLOGI PENGUMPULAN DATA DALAM
PENYELIDIKAN KUALITATITIF. Fakulti Tamadun Islam : Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur :
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Lee Keok Cheong et al. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar Sdn Bhd

Mansor Embong. (2018). Bab 9 Pengajaran Kemahiran Menulis. Dicapai pada 21 Mac 2022
pada Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mohmood.
(2004). Tatabahasa Dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohaida Yusop, and Zamri Mahamod, (2015) Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 5 (2). pp. 31-37. ISSN 2180-
4842

209

KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA
KATA NAMA KHAS BAGI MURID TAHUN 3

NURALIA FAADILAA BINTI HARFIN
Tajip bin Tassan

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

([email protected])

ABSTRAK

murid-murid perlu menggunakan warna yang berbeza dalam menulis kata nama khas
yang telah dikenal pasti dalam sesebuah ayat itu. Penyelidikan tindakan ini dijalankan
bertujuan untuk melihat peningkatan kemahiran penulisan huruf besar pada kata

tatabahasa dalam penulisan Bahasa Melayu. Seramai 5 orang sampel terlibat dalam
kajian ini yang terdiri daripada murid tahun 3 di salah sebuah sekolah dalam daerah
Tamparuli, Sabah. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah melalui ujian pra,
ujian pasca dan pemerhatian. Dapatan hasil kajian dianalisis secara deskriptif dan
kuantitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan dalam
kemahiran penulisan huruf besar pada kata nama khas yang ketara dan nyata pada
ke semua sampel murid Tahun 3 ini. Keputusan kajian menunjukkan
ini berkesan dan dapat membantu murid-murid dalam masalah pembelajaran iaitu
penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas.

Kata Kunci : WAKUT, Aspek Tatabahasa, Huruf Besar, Tahun 3

PENGENALAN

Kemahiran menulis amat menitikberatkan dari aspek tatabahasa khususnya
penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), huruf besar ialah huruf yang digunakan untuk menulis pada permulaan
perkataan misalnya pada pemulaan ayat, nama orang atau tempat. Pendefinisian ini
bertepatan dengan konsep tatabahasa dari aspek morfologi khususnya dalam
golongan kata, kata nama khas yang mewajibkan perkataan yang tergolong dalam
kata nama khas hendaklah mempunyai penggunaan huruf besar pada pangkalnya
seperti nama orang dan tempat. Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1996) menyatakan bahawa
tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan
bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Oleh kerana itu, jika seseorang
menggunakan kata nama khas dalam ayat haruslah ia mempunyai penggunaan huruf
besar pada pangkalnya agar hukum tatabahasa yang digunakan adalah benar.

210

Penulisan kata nama khas menggunakan huruf kecil adalah bercanggah dari
peraturan sebenar yang menyebabkan penulisan itu mempunyai kesalahan.
Penggunaan penulisan huruf kecil pada kata nama khas sering dilihat pada
pembinaan ayat mudah dalam golongan murid tahap 1. Biarpun murid telah
diperkenalkan dengan konsep kata nama khas dan telah mendapatkan pengukuhan
namun isu ini masih timbul dalam sesetengah murid. Hal ini berlaku akibat kealpaan
dan sikap lupa bahawa kata nama khas sepatutnya di tulis dalam penulisan huruf
besar. Justeru, kajian ini dibuat dengan bertujuan untuk membantu dalam
meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas dalam
matapelajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya perubahan yang positif dalam
penulisan kata nama khas, murid boleh membina ayat yang mengandungi
penggunaan tatabahasa yang betul.

PENYATAAN MASALAH

Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah bersandarkan kepada permasalahan yang
dihadapi oleh murid Tahun 3 di salah satu sekolah dalam daerah Tamparuli. Masalah
yang dihadapi oleh murid adalah penulisan kata nama khas yang salah iaitu
menggunakan penulisan huruf kecil. Perkara ini dapat dikenal pasti selepas
beberapa kali sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh pengkaji di mana
kelemahan murid amat ketara semasa pembinaan ayat yang mengandungi
penggunaan kata nama khas. Biarpun telah diberikan teguran dan peringatan,
namun murid masih melakukan kesalahan yang sama. Antara inisiatif awal yang

pengkaji telah menggunakan teknik latih tubi yang biasa bagi membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Namun begitu hanya beberapa dari
sebilangan murid tersebut yang berjaya menyelesaikan masalah mereka. Keputusan
yang diperoleh hasil dari teknik ini juga adalah tidak kekal. Atas dasar ini, pengkaji
telah mengemukakan teknik yang perlu didedahkan kepada murid agar ia dapat
membantu murid untuk lebih peka dengan penulisan penggunaan huruf besar pada
kata nama khas.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

Apakah murid boleh mengenal pasti perkataan yang memerlukan
penulisan huruf besar dengan betul?

huruf besar pada kata nama khas dengan betul ?

dalam penulisan huruf besar pada kata nama khas dengan betul ?

KAJIAN LITERATURE

Beberapa orang penyelidik telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan
kemahiran menulis secara spesifiknya kepada penggunaan huruf besar ini. Di antara
kajian lepas yang berkaitan tentang kajian tindakan ini adalah kajian yang telah
dijalankan oleh Aleimmah binti Ali (2018) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Rambai iaitu Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dan Noktah bagi
Murid 1 Kenanga (Intervensi) Menggunakan Teknik Pen Warna (Merah). Kajian yang
dilakukan ialah bertujuan untuk membantu murid-murid lemah tahun 1 khususnya

211

seramai 24 orang murid dalam meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar

yang memfokuskan pada permulaan ayat, dalam ayat dan selepas tanda noktah.

Murid diminta untuk menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan

pen warna yang berbeza selepas berjaya mengecam penggunaan huruf besar yang

diperlukan. Hasil daripada kajian tersebut, murid-murid menunjukkan perkembangan

yang aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran

semakin menyeronokkan.

Seterusnya hasil penyelidikan dari Mustapha dan Said (2015) dalam kajian

yang Penggunaan huruf besar dalam ayat dan kata nama khas melalui

dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan murid tahun lima dalam

penggunaan huruf besar pada ayat dan kata nama khas. Teknik PENA yang

bermaksud pensel dan warna adalah teknik yang mempunyai pengaruh dari warna

dan teori kecerdasan pelbagai agar ia membolehkan murid untuk menjadi lebih

berminat dalam mengingat, memahamai dan menaakul huruf serta menulisanya

dengan mudah.

Teknik yang digunakan bagi menyelesaikan satu-satu masalah seharusnya

mempunyai penerapan konsep Teori Kecerdasan Pelbagai. Menurut Gardner (1983)
dalam Ikhsan dan Rohizani (2010), kecerdasan seseorang membolehkan ia
menyelesaikan sesuatu masalah atau mencipta sesuatu produk baharu dalam satu
atau lebih budaya. Terdapat sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dalam diri
seseorang individu itu dan salah satunya ialah visual-
memfokuskan kepada kecerdasan visual-ruang yang apabila adanya penggunaan
warna yang berbeza, ia boleh membantu dalam menghubungkaitkan pemikiran murid
untuk lebih peka terutamanya dalam menulis kata nama khas menggunakan huruf
besar. Tambahan pula, berdasarkan pengalaman pengkaji, sampel murid lebih
gemar akan penggunaan bahan yang berwarna agar timbulnya suasana
pembelajaran yang lebih ceria.

Melalui pemerhatian pengkaji juga, sampel murid ini memerlukan
pengulangan yang lebih kerap agar sesuatu pembelajaran yang diperoleh tidak
dilupa begitu sahaja. Oleh kerana itu, teori Pelaziman Operan juga dijadikan sebagai
panduan dalam penggunaan teknik ini. Dalam pembelajaran, teori ini mementingkan
pembelajaran cuba jaya dan hukum yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan (Ahmad Johari, 2009). Pelaksanaan
teknik ini memfokuskan kepada hukum latihan iaitu sekiranya ada banyak latihan,
maka semakin kukuh perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Begitu jugalah
dengan penulisan kata nama khas ini menggunakan huruf besar dengan betul.

METODOLOGI
Kajian yang dilaksanakan adalah menggunakan metod analisis data deskriptif dan
kuantitatif. Kerlinger (1986) dalam Mashithoh Ismail (2013) menyatakan bahawa
kajian penganalisisan data deskriptif ini mempunyai dua tujuan utama yang salah
satunya ialah untuk mencari soalan berkenaan soalan-soalan kajian yang diutarakan.
Bagi mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan di dalam
kajian ini, kaedah deskriptif telah dilakukan bagi menganalisis data yang
diperoleh.Selain daripada itu, kajian ini juga berbentuk kuantitatif yang mana
pungutan dan analisis data akan diambil daripada maklumat dan jawapan yang
sampel berikan. Daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca, pengkaji akan
membuat banding beza antara data tersebut serta menganalisis data yang diperoleh
dari pengumpulan data melalui pemerhatian. Terdapat tiga elemen penting di sini

212

iaitu alat kajian, responden dan prosedur dalam mengetahui sama ada teknik

dalam penulisan huruf besar pada kata nama khas.

Kajian tindakan ini telah melibatkan seramai lima orang murid yang kurang
menguasai kemahiran penulisan khususnya penggunaan huruf besar pada kata
nama khas. Ke semua responden ataupun kumpulan sasaran ini adalah daripada
murid Tahun 3 di sebuah sekolah di daerah Tamparuli. Kumpulan murid ini diambil
berdasarkan keputusan hasil tugasan yang dihantar dan disemak oleh pengkaji.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji melalui sesi pembelajaran yang telah dilalui,
murid-murid ini mempunyai kemahiran yang baik dalam pembinaan ayat namun
masih ada lagi kesalahan tatabahasa yang boleh dikesan pada ayat mereka.
Personaliti murid juga boleh dikawal dan baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku biarpun ia dilaksanakan secara atas talian. Justeru itu, faktor-
faktor persekitaran kelas tidak mempengaruhi faktor timbulnya masalah murid ini.
Kurangnya penguasaan terhadap huruf besar pada kata nama khas yang dihadapi
oleh murid-murid telah menjadikan mereka sebagai sampel kajian untuk pengkaji.

Pelaksanaan kajian ini adalah bersandarkan kepada model kajian yang
direka bentuk oleh Kurl Lewin iaitu Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946).
Berdasarkan penyataan Adelman (2006), model kajian ini menggunakan lingkaran
langkah-langkah yang terbahagi kepada empat peringkat seperti yang terdapat pada
jadual di bawah.

Jadual 1 : Prosedur Penyelidikan Tindakan

Peringkat Model Prosedur Penyelidikan Tindakan
Kurt Lewin (1946)
Proses perancangan hendaklah bersifat komprehensif dan
Merancang holistik agar tindakan yang hendak dijalankan adalah
bersesuaian dengan masalah yang ingin diatasi. Pengkaji
Bertindak merancang tindakan yang boleh digunakan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Pengkaji perlu
Menilai merancang dari aspek kaedah intervensi, objektif, soalan
kajian serta penghasilan intrumen pengumpulan data yang
sesuai bagi mendapatkan data yang boleh menjawab soalan
kajian yang direka.

diperkenalkan kepada kumpulan sasaran mrngikut langkah
pelaksanaan yang telah disusun atur. Hal ini bagi
mengetahui kesan penggunaan teknik ini kepada
permasalahan kumpulan sasaran.
Proses mengutip dan penganalisisan data yang diperoleh

Mereflek masalah yang dihadapi murid (Objektif khusus tercapai
ataupun tidak). Instrumen yang digunakan adalah seperti
ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian.

Peringkat yang mana melibatkan pengkaji membuat refleksi
kendiri ataupun mengingat kembali pengalaman yang
dihadapi dengan berfikir, bermuhasabah diri dan menilai

213

segala kekuatan dan kelemahan sepanjang pelaksanaan
kajian ini.

Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji telah menjalankan intervensi mengikut langkah-langkah yang telah disusun

penulisan huruf besar pada kata nama khas bagi kumpulan sasaran. Perkataan

beberapa langkah aktiviti yang berbeza melibatkan penggunaan beberapa bahan
bantu mengajar. Berikut merupakan jadual yang menerangkan pelaksanaan tindakan
menggunakan teknik ini.

Jadual 2 : Langkah Pelaksanaan

Langkah Kandungan
Intervensi
Pertama Permulaan bagi pelaksanaan intervensi ini adalah pengkaji akan
memberikan penerangan secara lisan kepada murid berkenaan
Kedua bahan maujud yang digunakan dalam intervensi ini. Penerangan
yang diberikan adalah merangkumi cara untuk murid menulis huruf
besar pada kata nama khas yang diperlukan Langkah ini seterusnya
akan disusuli dengan sesi soal jawab antara pengkaji dengan
kumpulan murid secara individu.
Cara penggunaan t
pengkaji kepada murid. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar

Ketiga meningkatkan kefahaman murid mengenai kata nama khas yang
Keempat memerlukan penulisan huruf besar pada pangkal perkataan. Murid
diberikan beberapa contoh kata nama khas mengikut kategorinya.
Hal ini bagi mendedahkan lagi contoh kata nama khas dengan lebih
luas kepda murid. Murid perlu mengumpulkannya mengikut kotak
warna yang disediakan.

Murid yang berjaya menguasai contoh kata nama khas yang
berbeza mengikut jenis seterusnya perlu menulis perkataan tersebut
pada lembaran yang diberikan. Bagi huruf pertama (huruf besar)
perkataan tersebut, murid hendaklah menggunakan warna hitam.
Murid memilih
kegemaran meraka bagi menulis huruf-huruf lain (huruf kecil) pada
perkataan itu.

Contoh-contoh kata nama khas yang dikategorikan sebentar tadi
ditulis semula sebanyak dua kali pada lembaran lain agar murid
mendapatkan peneguhan yang secukupnya. Aktiviti terakhir, murid
secara berkumpulan harus menulis perkataan kata nama khas yang
disebut oleh pengkaji menggunakan huruf besar dengan betul.

214

Langkah Pengaplikasian Bahan Bantu Penerangan

1. Murid diberikan beberapa
contoh kata nama khas
mengikut kategorinya.

2. Murid hendaklah menyusun
dan mengumpulkan setiap
contoh kata nama khas
mengikut kotak warna yang
berbeza.

3. Hal ini bagi mendedahkan lagi
contoh kata nama khas
dengan lebih luas kepada
murid.

1. Bagi huruf pertama (huruf
besar) perkataan tersebut,
murid hendaklah menulis
menggunakan warna hitam.

2. Murid memilih warna lain di

mejadi kegemaran meraka
bagi menulis huruf-huruf lain
(huruf kecil) pada perkataan
itu.
3. Hal ini bagi mengukuhkan
pemahaman dan penguasaan
murid untuk menulis
menggunakan kata nama
khas menggunakan huruf
besar.
4. Murid perlulah mengulang
semula penulisan perkataan
tersebut agar wujudnya unsur
pengulangan yang boleh
merangsang pemikiran murid
untuk mudah mengingat
sesuautu perkara khususnya
cara untuk menulis perkataan
kata nama khas yang
mengandungi huruf besar
pada pangkalnya.

Kaedah Pengumpulan Data
Terdapat tiga intrumen untuk pengumpulan data yang digunakan iaitu ujian pra, ujian
pasca dan pemerhatian. Daripada ketiga-tiga instrumen ini, pengkaji akan mengambil
data yang diperoleh untuk dianalisis. Pengkaji akan menkaji data yang dikumpul

215

dengan menggunakan statistik deskriptif dan kuantatif. Penggunaan statistik
deskriptif dan kuantatif adalah bertujuan untuk menetapkan min dan kekerapan hasil
daripada data yang ada untuk memberikan gambaran perbandingan di antara ujian
pra dan ujian pasca yang telah dijalankan serta pemerhatian yang dilakukan.
Pengumpulan data melalui ujian pra dan pasca dilaksanakan bagi menjawab kepada
persoalan kajian 1 dan 2. Pengkaji membuat analisis hasil dapatan data melalui
markah dan min semasa ujian pra dan ujian pasca seterusnya melakukan
perbandingan antara keduanya bagi melihat berlakunya peningkatan mahupun
penurunan markah murid selepas pelaksanaan intervensi menggunakan teknik

Bagi pengumpulan data melalui pemerhatian pula, Mok (2010) menyatakan
bahawa pemerhatian merupakan proses utama dalam kajian untuk memberi peluang
kepada pengkaji bagi mengumpulkan data dalam realiti daripada situasi buatan atau
alam semula jadi. Maksudnya di sini, pemerhatian ini adalah proses yang mana
pengkaji mengutip data semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian
tindakan ini, pengkaji akan menggunakan pemerhatian bagi melihat perubahan
dalam penulisan kumpulan murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
Pengkaji menggunakan senarai semak untuk merekod dan mendokumentasikan
data dari proses pemerhatian.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan Kajian Persoalan 1 & 2
Untuk menjawab kepada persoalan pertama dan kedua, perbezaan antara hasil data
dari ujian pra dengan ujian pasca telah dianalisis. Berikut merupakan jadual yang
menunjukkan perbezaan markah dan nilai min di antara kedua-dua ujian ini.

Jadual 3 : Analisis Dapatan Perbezaan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Sampel Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan
S1 9/20 19/20 10
S2 11/20 19/20 8
S3 7/20 20/20 13
S4 1/20 20/20 19
S5 7/10 18/20 11
Min 7 19.2 12.2

Jawapan kepada persoalan ini dapat dilihat melalui jadual yang diberi.
Sebagai permulaan, ujian pra yang telah diedarkan dan dilaksanakan kepada
kumpulan murid membawa kepada hasil dapatan yang kurang memberangsangkan.
Hanya seorang sahaja yang berjaya mendapatkan markah lebih dari setengah
markah keseluruhan manakala murid-murid lain memperoleh markah rendah
daripada 10. Ke semua item yang disediakan kepada murid adalah merujuk kepada
kemahiran dalam mengesan kata nama khas pada ayat dan seterusnya menulis
semula ayat yang dinyatakan dengan betul iaitu kata nama khas perlu ditulis
menggunakan huruf besar pada pangkalnya.

Berdasarkan pada data yang diperoleh, pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa dalam kumpulan murid ini hanya menyalin semula ayat tersebut tanpa
melakukan perubahan iaitu mengubah kata nama khas kepada penulisan yang

216

mengandungi penggunaan huruf besar pada pangkalnya. Perkara ini terjadi
disebabkan dua faktor iaitu pertama berkemungkinan murid terlalu mengikut arahan
yang diberikan tanpa berfikir terlebih dahulu dan kurangnya pengetahuan murid
dalam mengecam kata nama khas. Hal ini juga berkait rapat dengan kurangnya
kepekaan dalam penulisan Bahasa Melayu. Justeru itu, kumpulan murid ini menyalin
ke semua ayat dengan mengabaikan penggunaan huruf besar yang diperlukan.

Setelah selesai sahaja sesi pembelajaran yang melibatkan penggunaan

mengenal pasti kata nama khas seterusnya menulisnya menggunakan huruf besar
dengan betul meningkat. Ia dapat dibuktikan melalui peningkatan markah dan nilai
min dalam ujian pasca yang diambil oleh murid-murid. Pengkaji yakin salah satu
faktor peningkatan ini terjadi adalah disebabkan o
yang dijalankan. Bagi memahami lagi perbezaan ini, berikut merupakan graf markah
ujian pra dan pasca kumpulan murid.

25 S2 S3 S4 S5
20 Ujian Pra Ujian Pasca
15
10

5
0

S1

Rajah 1 : Graf Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jika diperhatikan, seorang murid telah menunjukkan perkembangan yang
mendadak dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Daripada murid ini hanya
mendapat 1 markah, selepas menjalani sesi intervensi, markahnya telah meningkat
kepada 20 markah dengan perbezaannya sebanyak 19 markah. Jika melihat markah
sampel murid yang lain juga menunjukkan peningkatan yang sangat positif dengan
perbezaan markah yang sangat ketara antara ujian pra dan ujian pasca. Berbanding
dengan ujian pra, murid telah boleh mengesan kata nama khas yang seterusnya
membolehkan kumpulan murid menulis perkataan tersebut menggunakan huruf
besar dengan betul pada ujian pasca selepas sesi intervensi dijalankan. Keputusan

dalam mengurangkan masalah murid untuk menulis perkataan menggunakan huruf
besar terutamanya pada kata nama khas.

Ketika kumpulan murid ini menjalani intervensi, murid-murid menunjukkan
sikap yang positif sepanjang sesi itu dilaksanakan. Murid-murid melibatkan diri
dengan aktif dan berasa semangat kerana teknik ini juga melibatkan aktiviti kerja
kumpulan yang menyeronokkan serta adanya penggunaan bahan bantu mengajar
yang menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengkaji dapat membuat kesimpulan

i pembelajaran,

217

kumpulan murid telah berjaya dalam meningkatkan pemahaman murid dalam
mengenal pasti dan menulis kata nama khas menggunakan huruf besar.

Dapatan Kajian Persoalan 3
Jadual 4 : Perbandingan Kekerapan Skor Sebelum dan Selepas Intervensi

Sebelum Selepas

Kod Item Kekerapan Skor Kekerapan Skor
Item 1
1 2 345 1 2 3 4 5
1 2 110 0 0 0 2 3

Item 2 0 0 140 0 0 0 1 4

Item 3 3 1 010 0 0 0 3 2

Item 4 3 2 000 0 0 0 3 2

Apabila dianalisis jadual yang terdapat di atas, taburan kekerapan skor sebelum
intervensi dilakukan adalah lebih tersebar iaitu terdapat sampel murid yang
memperoleh skor dari rendah bernilai 1 sehingga pada tahap tinggi iaitu 4. Namun
tiada sampel murid yang berjaya memperoleh skor nilai 5. Selepas sesi intervensi

pada skor nilai yang tinggi seperti 4 dan 5. Di sini dapat dirumuskan bahawa dari
pemerhatian pengkaji, murid telah menepati aspek item yang ingin dicapai bagi
menjawab persoalan kajian khususnya persoalan ketiga.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Hasil daripada dapatan kajian yang telah diperoleh dan dianalisis, penguasaan
kemahiran penulisan huruf besar pada kata nama khas untuk murid tahun 3 ini
menunjukkan hasil yang memuaskan. Pencapaian ini adalah disebabkan oleh

sekali. Ke semua sampel murid telah berjaya mengurangkan kesalahan tatabahasa
mereka terutamanya pada aspek penulisan huruf besar pada kata nama khas dalam
sesuatu ayat. Penyataan ini boleh disokong melalui hasil pemerhatian yang dilakukan

boleh memberikan ruang dan contoh yang lebih banyak dalam memahami kata nama
khas yang seterusnya boleh membantu murid mendapatkan peneguhan yang
secukupnya. Secara rumusannya, ke semua persoalan kajian yang dinyatakan dapat
dijawab berdasarkan hasil data yang telah dianalisis. Kumpulan murid kini telah boleh
menguasai penggunaan huruf besar pada kata nama khas dengan betul melalui

sekaligus dapat membantu pengkaji mencapai objektif yang dikehendaki oleh

218

kemahiran penggunaan huruf besar pada kata nama khas untuk para sampel murid
yang menjadi kumpulan sasaran.

Teknik yang dicadangkan oleh pengkaji pada awalnya hanya tertumpu
kepada permasalahan murid yang menghadapi kesusahan dalam menulis kata nama
khas dengan menggunakan huruf besar. Oleh itu, jika ada ruang dan peluang pada
masa hadapan, pengkaji boleh mengubahsuai lagi teknik ini dalam membantu murid
yang mempunyai masalah penulisan huruf besar dari aspek pada permulaan ayat
pula. Walaubagainama pun, penambahbaikan terhadap kajian ini juga sangat
diperlukan agar ia boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran di
dalam bilik darjah. Selain itu, sebagai idea untuk cadangan lanjutan pengkaji
bercadang untuk penggunaan t
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris juga. Hal ini demikian
kerana dalam perbendaharaan kata Bahasa Inggeris juga terdapat penggunaan
huruf besar pada kata nama khas (proper noun).Bagi menambah baik lagi kajian ini,
pengkaji bercadang untuk menggabungkan pelaksanaan teknik ini dengan
pemberian ganjaran sebagai pengiktirafan kepada kejayaan sampel yang berjaya
dalam menguasai kemahiran penulisan huruf besar pada kata nama khas. Dengan
ini, sampel murid akan berasa lebih gembira dan bersemangat dalam mengikuti sesi
pengajaran Bahasa Melayu yang seterusnya. Diharapkan juga contoh kata nama
tersebut boleh dibentuk seperti buku penulisan murid bagi menyesuaikan murid
dengan saiz tulisan biasa.

219

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4., tahun

2010.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (perkataan). Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Aleimmah binti Ali. (2008). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dan Noktah

bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) menggunakan teknik pen warna (merah) .Latihan
Ilmiah. SMK Sungai Rambai.
Mustapha, Raikhan and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Penggunaan huruf besar dalam ayat
dan kata nama khas melalui teknik PENA. In: Graduate Research in Education
(GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti
Putra Malaysia. (pp. 329-337).
Othman, I., & Yaakub, R. (2010). APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM
PELAKSANAAN KURIKULUM. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik
dan Pendidikan, 25.
Sihes, A. J., & Razab, W. N. W. (2009). Teori Pembelajaran.
Ismail, M. (2013). Kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja dikalangan warga kerja
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA-FASS Final Project
(Psychology).
Adelman, C. (2006). Kurt Lewin and the Origins of Action Research. Educational Action
Research, 1:1, 7- 24,DOI:10.1080/0965079930010102.

220

PENGAPLIKASIAN TEKNIK KEMBARA PBBuJi DALAM

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENJODOH

NURUL AMIERASYAKIRA BINTI AMRAN
Madlaim bin Ejib

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,

Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pengaplikasian teknik
permainan bahasa yang berasaskan gamifikasi iaitu Kembara PBBuJi dapat
meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa penjodoh bilangan dalam kalangan
murid tahun 3 di sebuah sekolah di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Kajian ini
dijalankan kerana masalah tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid
tahun 3 berada pada tahap yang kurang memuaskan terutamanya dalam
penggunaan penjodoh bilangan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah
kaedah kualitatif di mana data bagi kajian ini dikutip menerusi ujian pra dan pos,
pemerhatian dan temu bual. Ujian pra dan pos dibuat adalah untuk mengukuhkan
lagi data kualitatif yang lain. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid tahun
tiga yang menunjukkan tindak balas yang pasif dan tahap penguasaan yang lemah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil kajian
menunjukkan bahawa teknik yang digunakan ini sememangnya dapat menarik minat
murid untuk terlibat secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaran malah tahap
penguasaan murid dalam topik penjodoh bilangan ini juga meningkat. Hal ini
sekaligus membuktikan bahawa teknik permainan bahasa yang berasaskan
gamifikasi ini dapat membantu murid tahun tiga dalam meningkatkan tahap
penguasaan penjodoh bilangan mereka.

1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah menjalani praktikum fasa satu di sebuah sekolah sekitar Daerah
Tuaran manakala praktikum fasa dua pula di sebuah sekolah sekitar daerah Kuala
Terengganu. Kedua-dua praktikum ini mengambil masa selama tiga bulan.
Sepanjang sesi praktikum satu, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata
pelajaran bahasa Melayu tahun enam. Ianya satu tanggungjawab yang berat kepada
pengkaji memandangkan murid tahun enam akan menghadapi peperiksaan besar
kelak. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjadi lebih penting dan pengkaji
juga tidak boleh mengambil mudah kaedah-kaedah yang digunakan. Pada praktikum
fasa dua pula, pengkaji perlu mengajar murid-murid tahun tiga. Ianya menjadi satu

221

cabaran baharu buat pengkaji apabila penguasaan bahasa Melayu murid begitu
lemah kerana adanya pengaruh loghat.

Kedua-dua fasa praktikum yang dilalui ini telah memberikan gambaran
kepada pengkaji mengenai masalah-masalah yang kerap berlaku dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah tidak kiralah pada tahap satu ataupun tahap dua. Salah
satu masalah yang telah pengkaji kenal pasti adalah kesalahan tatabahasa. Terdapat
pelbagai cabang tatabahasa yang belum dikuasai oleh murid seperti kata adjektif,
kata kerja, kata pemeri, penjodoh bilangan dan sebagainya. Masalah kesalahan
tatabahasa ini tidak terdapat dalam kalangan murid-murid tahap satu sahaja bahkan
ia turut berlaku dalam kalangan murid-murid tahap dua walaupun ianya tidak
terlampau ketara.

Aspek tatabahasa yang dapat pengkaji sentuh ketika melaksanakan
praktikum tidaklah banyak. Hal ini kerana masanya yang terhad dan sukatan
pelajaran bahasa Melayu yang banyak. Sungguhpun begitu, pengkaji telah berjaya
mengesan beberapa masalah dan kekeliruan yang berlaku khususnya dalam topik
penjodoh bilangan. Kekeliruan ini tidak hanya dilihat pada murid-murid tahun tiga
malah murid-murid tahun enam turut mempunyai masalah yang sama. Tinjauan awal
pengkaji mendapati terdapat ramai murid yang menggunakan penjodoh bilangan

pa aku baru

Pada mulanya, pengkaji menjangkakan murid telah faham isi kandungan
topik ini. Hal ini kerana mereka pernah mempelajari topik ini dengan guru bahasa
Melayu mereka sebelum pengkaji memulakan sesi praktikum. Namun, pengkaji
mendapati bahawa pada minggu pertama pengajaran tentang penjodoh bilangan ini,
30% daripada murid tahun tiga masih kurang memahami berkenaan tajuk yang diajar
ini. Pengkaji dapat mengesan murid yang lemah dalam topik ini apabila mereka tidak
dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Pengkaji menggunakan
kaedah perbincangan dalam kelas ketika itu kerana topik ini merupakan topik
ulangan berdasarkan pernyataan-pernyataan murid.

Setelah pengkaji mengesan masalah yang timbul, pengkaji terus menukar
kaedah pengajaran kepada penerangan bagi membantu murid mengingati kembali
perkara yang telah dipelajari. Kaedah penerangan ini turut disertakan slaid
powerpoint bagi menjadikan aktiviti PdP lebih menarik. Pengkaji juga menyelitkan
sesi soal jawab bagi memastikan tumpuan murid kekal berada dalam kelas. Pada
penghujung kelas, pengkaji memberikan soalan latih tubi kepada murid untuk menilai
sejauh mana keberkesanan kelas pada hari tersebut. Hasil daripada penilaian itu,
pengkaji dapat melihat penambahbaikan yang telah berlaku namun terdapat
segelintir murid yang tetap keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan ini
khususnya penjodoh bilangan buah dan biji kerana penggunaannya yang hampir
sama.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Murid-murid di sekolah sering mengalami kekeliruan dalam menggunakan penjodoh
bilangan ini. Kadangkala mereka membina ayat dan meletakkan kata penjodoh
bilangan sesuka hati mereka sahaja walhal penggunaannnya adalah salah sama
sekali. Bagi mereka, kata penjodoh bilangan ini berfungsi sebagai penyedap ayat
yang bertujuan untuk menjadikan ayat lebih menarik. Mereka juga berpendapat
bahawa mereka boleh sahaja menggunakan apa jua penjodoh bilangan untuk mana-
mana kata nama yang dirasakan sesuai. Murid-murid yang menjadi peserta kajian

222

mempunyai masalah dalam menguasai penjodoh bilangan kerana mereka telah
terbiasa dengan loghat Terengganu. Dalam perbualan seharian, mereka banyak
menggunakan loghat berbanding kosa kata bahasa Melayu yang betul. Hal ini telah
menyebabkan mereka menjadi keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan yang
betul terutamanya penjodoh bilangan buah dan biji. Oleh itu, penyelidikan atau kajian

dalam mengurangkan kekeliruan yang dihadapi oleh murid-murid bagi topik penjodoh
bilangan buah dan biji.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Tujuan penyelidikan/kajian ini adalah untuk:

1. Mengurangkan kekeliruan murid terhadap topik penjodoh bilangan buah dan
2. biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi.
3.2 Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik penjodoh bilangan
buah dan biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi.
Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Adakah penggunaan teknik PBBuJi dapat meningkatkan tahap
ii. penguasaan murid terhadap topik penjodoh bilangan buah dan biji?
4.0 Adakah penggunaan teknik PBBuJi dapat mengurangkan kekeliruan
terhadap penjodoh bilangan buah dan biji?
METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian kualitatif ialah kajian ke atas
sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta
mendalam. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak
menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan
induktif untuk menjana teori (Z. Zainudin). Kajian kualitatif adalah reka bentuk kajian

pada awal tahun 2000 (Wolcott 2009), namun Robson (2011) mendapati kajian
mengguna pendekatan kualitatif dikesan mula mendapat tempat dan digemari oleh
para pengkaji mulai tahun 1990-an lagi (Mokmin Basri, 2012).

Kajian kualitatif adalah sebagai reka bentuk kajian anjal kerana reka bentuk
kajian kualitatif tidak menetapkan secara khusus apa dan bagaimana kajian hendak
dijalankan pada awal kajian (Trochim 2006). Dalam kajian kualitatif ini, penyelidik
perlu memilih saiz sampel yang kecil, oleh itu pengkaji telah memilih enam orang
murid sahaja dalam kajian ini. Instrumen bagi kajian kualitiatif terbahagi kepada tiga
iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengkaji telah menggunakan
dua daripada tiga instrumen tersebut iaitu pemerhatian dan temu bual. Isu berkaitan
kesahan kajian kualitatif sering dibahas oleh para sarjana (Mokmin Basri, 2012). Hal
ini kerana kajian kualitiatif cenderung untuk terdedah kepada ralat seperti temu bual
yang berlebihan, berat sebelah atau jawapan tidak tepat (Patton, 2002). Justeru, bagi
meningkatkan kredbiliti kajian, pengkaji telah mengaplikasikan teknik triangulasi yang
sememangnya diterima sebagai cara mengesah kajian kualitatif. Triangulasi boleh

223

difahami sebagai kaedah integrasi yang berbeza bagi mendapatkan lebih daripada
satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif akan lebih meyakinkan (Ashid Ali).

5.0 LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN

Langkah 1:

Pengkaji mengedarkan lembaran soalan berkenaan penjodoh bilangan buah dan biji
yang sama kepada keenam-enam murid. Murid perlu menjawab soalan itu
berdasarkan pengetahuan mereka. Masa yang diberikan adalah selama 15 minit
kerana soalan yang diberikan terkandung 11 soalan sahaja. Setelah selesai, pengkaji
mengutip lembaran kerja murid untuk disemak. Langkah ini dilaksanakan pada
minggu pertama pelaksanaan kajian ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan data
awal tentang tahap kefahaman murid terhadap topik penjodoh bilangan buah dan biji.

Langkah 2:

Pada minggu seterusnya, pengkaji membuka komputer riba dan memaparkan
gamifikasi Kembara PBBuJi kepada murid-murid. Kesemua murid menunjukkan
minat terhadap paparan pengkaji. Pengkaji menerangkan tentang aktiviti Kembara
PBBuJi kepada murid. Pengkaji memanggil seorang demi seorang murid untuk

ngkaji hanya
memberikan arahan tentang cara bermain dan tahap yang perlu dimainkan manakala
murid sendiri yang perlu berusaha untuk menjayakan permainan dengan menjawab
soalan berkaitan Penjodoh Bilangan Buah dan Biji dengan betul. Pengkaji turut
bertindak sebagai pembimbing sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Langkah 3:

Setelah aktiviti individu, pengkaji menunjukkan paparan skrin kepada semua murid.
Pengkaji memulakan permainan pada tahap 2 pula dan murid-murid perlu
menyelesaikannya secara berkumpulan. Tetikus diberikan kepada murid mengikut
giliran yang ditetapkan oleh pengkaji agar tidak berlaku perebutan. Jika murid tidak
dapat menjawab soalan dengan betul, maka pengkaji akan meminta rakan mereka
yang lain untuk sama-sama membantu. Teknik perbincangan turut diselitkan dalam
aktiviti ini.

Langkah 4:

Pengkaji mengedarkan set soalan pos yang mengandungi soalan yang sama seperti
soalan pada awal pembelajaran. Keputusan soalan pra dan pos adalah untuk
mengukuhkan lagi kajian tindakan ini. Ketika ini juga, pengkaji telah memasuki
langkah ketiga dalam Model Lewin iaitu memerhati. Hasil pemerhatian itu akan
menentukan sama ada aktiviti yang berasaskan gamifikasi itu berjaya meningkatkan
tahap kefahaman murid ataupun tidak. Hasil pemerhatian juga akan dicatat oleh
pengkaji secara kasar dan menyeluruh. Sebelum bersurai, pengkaji mengambil
kesempatan untuk menemu bual murid-murid tentang teknik PBBuJi yang digunakan
oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan borang temu bual berstruktur yang
berpandukan skala Gutmann yang bertujuan untuk mendapat pilihan murid daripada

224

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Objektif 1: Mengurangkan kekeliruan murid terhadap topik penjodoh
bilangan buah dan biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi

Objektif pertama bagi kajian tindakan ini ialah mengurangkan kekeliruan murid
terhadap topik penjodoh bilangan buah dan biji menggunakan teknik Kembara
PBBuJi. Murid-murid tidak dapat menguasai topik ini dengan baik kerana timbulnya
kekeliruan yang dihadapi oleh mereka terhadap topik penjodoh bilangan buah dan
biji. Jadi, untuk mengurangkan kekeliruan, pengkaji telah melaksanakan satu langkah
tindakan dan inovasi yang mampu membantu murid dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Pencapaian objektif pertama ini diukur menerusi ujian pra dan pos
dan temu bual secara berstruktur.

5.1.1 Analisis Perbandingan Pencapaian Antara Ujian Pra Dan Pos

Perbandingan antara markah peratusan ujian pra dan pos turut dibuat dalam bentuk
jadual dan graf oleh pengkaji. Hal ini adalah untuk melihat peningkatan yang berlaku
dengan jelas. Rujuk jadual di bawah untuk melihat hasil dapatan.

Jadual 13: Analisis Perbandingan Pencapaian Antara Ujian Pra dan Pos

BIL PESERTA KAJIAN UJIAN UJIAN PENINGKATAN
PRA POS (%)
1. MA (%) (%)
2. MB 73
3. MC 27 100 64
4. MD 36 100 64
5. ME 36 100 73
6. MF 27 100 82
18 100 55
45 100

Graf Bar Perbandingan Markah Ujian Pra
dan Pos

100

50

0 MB MC MD ME MF
MA Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 9: Graf Bar Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos

225

Graf di atas menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan pos bagi
setiap murid. Terdapat peningkatan yang ketara dapat dilihat pada setiap murid.
Kedua-dua ujian dijalankan pada masa yang berbeza dan jarak antara kedua-dua
masa itu juga lama membuatkan data yang dikutip ini menjadi lebih sahih. ME
menunjukkan peningkatan yang tertinggi kerana pada ujian pra, murid itu amatlah
lemah dalam penguasaan topik penjodoh bilangan buah dan biji ini. Selepas melalui
langkah tindakan yang dilaksanakan, murid itu dapat menguasai topik ini dengan
baik. MF pula merupakan murid yang menunjukkan peningkatan yang sedikit kerana
markah ujian pranya sudah tinggi. Murid ini mempunyai pengetahuan tentang

soalan yang diberikan.

Kesimpulannya, ujian pra dan pos ini telah menunjukkan bahawa murid telah
berjaya mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh mereka ketika mempelajari topik
penjodoh bilangan buah dan biji. Mereka dapat menjawab soalan dengan betul dan
tepat tanpa melihat jawapan rakan-rakannya yang lain. Mereka juga dapat
menyiapkan set soalan pos dalam jangka masa yang lebih pendek berbanding ujian
pra kerana mereka sudah mengetahui dan mengingati penjodoh bilangan buah dan
biji dengan betul. Hal ini turut meyakinkan pengkaji bahawa kekeliruan murid dalam
topik ini semakin berkurang dan ianya sekaligus membuatkan objektif kajian tindakan
yang pertama tercapai dengan jayanya.

5.1.2 Analisis Keseluruhan Temu Bual Berstruktur

Pengkaji telah menyediakan satu kod bagi setiap tema yang ingin difokuskan. Bagi
instrumen temu bual ini, pengkaji berfokus kepada tiga tema iaitu minat, motivasi dan
kelebihan.

Jadual 14: Kod Temu Bual

Tema Kod Huraian

Minat T1

Motivasi T2 Menyatakan pernyataan yang memotivasikan dan
mendorong.

Kelebihan T3

Perbandingan Kekerapan Kod Tema
Mengikut Item

10 6 6 6 0 2 44423 22243
0 T2 T3
T1

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

226

Rajah 10: Graf Perbandingan Kekerapan Kod Tema Mengikut Item
Hasil temu bual mendapati bahawa keenam-enam murid amat berminat
dengan
minat mereka terhadap sesi pembelajaran menjadi lebih tinggi selepas pengkaji
melaksanakan teknik ini. Rata-rata jawapan yang diberikan oleh murid adalah
berkaitan dengan kod T1 iaitu tema

kelebihan iaitu kod T2 dan kod T3.
Kod T2 iaitu motivasi juga disebut dalam kesemua item namun jumlah

kekerapannya berbeza mengikut item itu. Antara ayat yang berkaitan motivasi yang

murid merasa termotivasi untuk belajar kerana pengkaji menggunakan teknik yang
berasaskan gamifikasi. Mereka yang pada awalnya tidak aktif di dalam kelas menjadi
lebih aktif selepas melihat aktiviti yang pengkaji jalankan. Selain itu, mereka juga
mengatakan bahawa rasa ingin menang turut mempengaruhi mereka untuk
mengingati penjodoh bilangan dengan betul. Ia amat mendorong mereka untuk
memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas. Dengan perasaan itu juga,
mereka berjaya mengatasi kekeliruan yang dihadapi sebelum ini.

Akhir sekali ialah kod T3 iaitu kelebihan di mana murid menyatakan

diutarakan, murid pasti menyentuh perihal kelebihan teknik ini misalnya

sememangnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kesimpulannya, melalui
temu bual ini, pengkaji dapat melihat bahawa objektif pertama tercapai dengan
jayanya. Murid sendiri memberitahu yang mereka tidak lagi keliru selepas
menggunakan teknik ini.

5.2 Objektif 2: Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik penjodoh
bilangan buah dan biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi
Objektif kedua yang ingin dicapai adalah berkaitan dengan tahap penguasaan murid
terhadap topik penjodoh bilangan buah dan biji. Pengkaji menggunakan teknik

Objektif kedua diukur melalui pemerhatian berstruktur.

5.2.1 Analisis Keseluruhan Pemerhatian Berstruktur
Pemerhatian dilakukan sepanjang langkah tindakan dilaksanakan. Bagi aspek
kefahaman, pengkaji membuat pemerhatian sebelum dan selepas murid melakukan
ujian. Pemerhatian bagi aspek penglibatan murid pula dilaksanakan sepanjang kelas
berlangsung di mana pengkaji memerhati tingkah laku murid.

227

Aspek Penglibatan Murid (Sebelum dan Semasa)

150 100 83 100
100 17 83
17 Item 3 Item 4
100 Item 2
50

50

0
Item 1

Sebelum Semasa

Rajah 11: Graf Bar Aspek Penglibatan Murid (Sebelum dan Semasa)

Penglibatan murid pada sebelum dan semasa dapat dilihat meningkat
menjadi 100% kecuali pada item ketiga di mana satu orang murid tidak dapat
memberikan respon dengan baik. Murid itu tidak memenuhi kriteria pada item ketiga
ini kerana sikapnya yang amat malu berbanding murid-murid lain yang mula berani
setelah menguasai topik penjodoh bilangan buah dan biji ini. Mereka menjadi pasif
di dalam kelas kerana mereka tidak memahami sesuatu topik itu dan setelah mereka
memahami tajuk itu, mereka menjadi lebih aktif serta mahu menjawab soalan-soalan
yang diberikan oleh pengkaji. Hal ini juga menjadi faktor utama kenapa pengkaji
melaksanakan pemerhatian bagi aspek penglibatan murid ini.

Aspek Kefahaman Murid (Sebelum dan
Selepas)

150 100
100

100

50 0
0 Item 2

0
Item 1

Sebelum Selepas

Rajah 12: Graf Bar Aspek Kefahaman Murid (Sebelum dan Selepas)

Graf di atas menunjukkan tahap pencapaian murid sebelum dan selepas

tahap yang sangat rendah kerana mereka belum menguasai topik ini dengan baik.
Kesemua murid mendapat 0% pada peringkat sebelum dan meningkat serta
mencapai 100% dalam menguasai topik penjodoh bilangan selepas melaksanakan
langkah tindakan. Tuntasnya, tahap pencapaian murid amat memberangsangkan
dan memuaskan hati. Kesimpulannya, objektif kedua tercapai dengan jayanya
kerana peningkatan murid dapat dilihat dengan jelas dari aspek kefahaman.

228

6.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian yang dijalankan ini telah membantu pengkaji dalam memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Pengkaji turut dapat merumuskan bahawa

meningkatkan tahap penguasaan penjodoh bilangan buah dan biji dalam kalangan
subjek kajian tindakan ini. Selain itu, pengkaji turut berjaya menarik minat murid untuk
terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran bahasa Melayu. Malah murid-murid juga
berasa gembira semasa melakukan aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji.

Kajian tindakan merupakan satu perkara baharu bagi pengkaji. Di samping
mendapat pengalaman baharu, pengkaji turut dapat mengetahui dan mempelajari
cara mengumpul, menganalisis dan menyemak data. Hasil kajian juga telah
menyedarkan pengkaji bahawa tugas guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi
guru juga bertindak sebagai penyelesai masalah yang dihadapi oleh murid tidak
kiralah masalah itu kecil ataupun besar. Masalah itu pula mestilah diselesaikan
mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu melalui pelaksanaan kajian tindakan.

Aspek tatabahasa merupakan aspek yang amat penting dalam mata
pelajaran bahasa Melayu. Pengkaji menyedari perihal ini, oleh itu pengkaji sangat
menitikberatkan pembelajaran tentang aspek tatabahasa khususnya penjodoh
bilangan. Walaupun topik penjodoh bilangan ini tampak remeh, ia tetap
mempengaruhi pembinaan ayat yang gramatis. Justeru, pengkaji mencipta inovasi

digunakan dalam PdP untuk mengatasi masalah penguasaan penjodoh bilangan
buah dan biji murid-murid tahun tiga.

pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan dalam kajian seterusnya adalah
seperti di bawah:

i.
dalam pengajaran topik-topik yang lain.

ii. Mempelbagaikan teknik pengajaran bagi menggalakkan pembelajaran
aktif dan menyeronokkan murid.

Pengkaji menginginkan pembelajaran yang menarik dan seronok, jadi pengkaji

digunakan dalam pengajaran topik-topik bahasa Melayu yang lain seperti kata
adjektif, kata nama, kata kerja, penanda wacana dan sebagainya. Selain itu, pengkaji
juga akan sentiasa memperbaharui teknik yang digunakan supaya murid-murid tidak
berasa bosan dan jemu untuk belajar. Pembelajaran aktif amat ditekankan dalam
kelas yang diajar oleh pengkaji.

Hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan, pengkaji mendapati
bahawa terdapat perubahan prestasi murid terhadap pelajaran yang bersifat positif
dari aspek amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengkaji amat
mengharapkan agar hasil dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan sekaligus
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan
seronok. Pengkaji juga berharap bahawa teknik ini dapat digunakan oleh guru-guru
lain di sekolah kerana perubahan yang ketara dapat dilihat setelah pengkaji
menggunakan teknik ini di dalam kelas.

229

RUJUKAN

Lebar, O. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori Dan Amalan. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Dr. Muhammad Yaumin et.al. (2016). Action Research: Teori, Model & Aplikasi. Jakarta:
Prenadamedia Group.

Mokmin Basri. (2012). Kaedah Kajian. Diambil daripada

https://www.researchgate.net/publication/283479198

Z. Zainuddin. (t.t). Metodologi Kajian Kualitatif. Diambil daripada
https://www.academia.edu/12922669

Ashid Ali. (t.t). Triangulasi. Diambil daripada
https://www.academia.edu/9181305/TRIANGULASI

Aiisy Afifah. (2018). Model Kurt Lewin. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/penyelidikan-tindakan-model-kurt-lewin

230

PENGGUNAAN TEKNIK (TaDTaAT + WIsHuP + CaRap)
DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN FAKTA BAGI MURID TAHUN LIMA

Nurul Izzah binti Mohd Fadzil
Effendy bin Yusoff

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,

Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan kemahiran menulis
dalam penulisan karangan jenis fakta menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP +
CaRap bagi murid Tahun 5. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah
teknik yang diperkenalkan dapat membantu murid dalam menghasilkan karangan
yang baik. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 di sebuah
sekolah di daerah Kangar, Perlis. Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji mendapati
peserta kajian mempunyai masalah kurang kemahiran dalam mengembangkan isi
karangan. Oleh itu, pengkaji menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap
sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Pelaksanaan kajian ini berpandukan
kepada Model Kurt Lewin (1948) untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan
sepanjang pengkaji melaksanakan kajian ini. Pengkaji mengumpul data awal melalui
tiga cara iaitu pemerhatian, ujian dan temu bual. Bagi pengumpulan data akhir,
pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, ujian dan soal selidik. Kaedah
gabungan diaplikasikan oleh pengkaji untuk menganalisis data kualitatif dan
kuantitatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik TaDTaAt +
WIsHuP + CaRap ini dapat membantu murid untuk mengembangkan isi dalam
penulisan karangan jenis fakta kepada peserta kajian. Kesan kajian ini terhadap
tahap penguasaan kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta dapat
digunakan oleh guru untuk membantu murid.
Kata Kunci: Kemahiran Menulis, Tahun 5, teknik mnemonik, TaDTaAt + WIsHuP +

CaRap

231

PENGENALAN

Pendidikan rasmi memerlukan aktiviti menulis untuk menyampaikan idea,
maklumat serta perasaan. Oleh itu, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran
yang wajib dikuasai oleh semua lapisan pelajar. Baik murid-murid sekolah rendah
mahupun pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) harus menguasai
kemahiran ini. Menurut Withrow (1987), dipetik daripada Abdul Jalil Othman (2005),
menyatakan bahawa setiap pelajar wajib disedarkan bahawa kemahiran menulis
adalah kemahiran tertinggi yang perlu dicapai dalam pembelajaran bahasa. Walau
bagaimanapun, terdapat isu dalam kemahiran menulis iaitu penguasaan kemahiran
menulis karangan dalam kalangan murid. Isu ini bukan sahaja dialami oleh murid-
murid di peringkat sekolah rendah malah pelajar di sekolah menengah juga
mengalami masalah ini. Sehubungan itu, kemahiran menulis diberi penekanan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah.

Penulisan karangan ini menjadi perhatian ramai guru di sekolah kerana
masih ada lagi murid-murid yang kurang berkemampuan untuk menjana idea bagi
mendapatkan penulisan yang baik. Ramai murid hanya mengolah isi karangan yang
agak sama atau hanya mengulang tajuk yang terdapat dalam soalan yang diberikan.
Pendapat ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Nadzrah, Norsimah
dan Nor Hashimah (2011), mereka mendapati bahawa masalah utama murid dalam
penulisan karangan ialah pelajar tidak dapat menghasilkan idea yang matang selaras
dengan usia. Hal ini amat membimbangkan guru-guru kerana markah murid akan
terjejas secara keseluruhannya kerana markah karangan yang diperolehi sekaligus
dapat membantu murid untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Pengajaran kemahiran mengarang disyorkan supaya dapat memberikan
tumpuan yang lebih kepada proses yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan
kepada hasil karangan semata-mata. Dalam pengajaran mengarang, proses
mengarang yang melibatkan penggunaan strategi dan teknik perlu diambil berat oleh
setiap guru. Hal ini menunjukkan kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran guru
dengan bentuk proses mengarang dalam kalangan pelajar. Oleh itu, bagi
meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta ini, pengkaji telah
mengambil satu inisiatif untuk memudahkan murid menghuraikan isi karangan
dengan lebih tepat dan gramatis.

PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji merupakan seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran,
Sabah. Pengkaji telah menjalani praktikum fasa dua di salah sebuah sekolah yang
terletak di Daerah Kangar, Perlis. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar di
kelas 5 Arif yang terdiri daripada 23 orang murid. Berdasarkan pemerhatian
sepanjang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
pengkaji mendapati hanya empat orang murid berada pada aras sederhana semasa
menulis karangan fakta. Kelemahan penulisan karangan fakta yang dihasilkan oleh
peserta kajian antaranya ialah:

232

I. Murid tidak dapat membina pendahuluan karangan yang baik.
II. Murid hanya dapat menulis 1 atau 2 isi utama dalam penulisan

karangan.
III. Murid tidak dapat mengembangkan isi utama menjadi satu

perenggan yang lengkap.

Objektif Kajian

1) Meningkatkan kemahiran murid mengembangkan isi-isi utama dalam
karangan fakta menggunakan teknik TaDTaAT + WIsHuP + CaRap.
2) Meningkatkan kebolehan murid menyusun ayat semasa
menghasilkan karangan jenis fakta dengan menggunakan teknik
TaDTaAT + WIsHuP + CaRap.
Soalan Kajian

1) Adakah teknik TaDTaAT + WIsHuP + CaRap membantu
meningkatkan kemahiran murid mengembangkan isi-isi utama dalam
karangan fakta?
2) Adakah teknik TaDTaAT + WIsHuP + CaRap dapat meningkatkan
kebolehan murid menyusun ayat semasa menghasilkan karangan jenis
fakta.

KAJIAN LITERATUR

Sepanjang pelaksanaan kajian untuk meningkatkan kemahiran mengembangkan
idea dalam karangan jenis fakta bagi murid tahun lima, pengkaji telah mmbuat
tinjauan kajian lepas berkaitan isu karangan yang timbul. Abdullah (1996) ada
menyatakan bahawa penulisan karangan adalah satu komponen yang sangat
penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat ini. Penulisan karangan
melibatkan ketepatan memberikan takrifan tajuk, persembahan isi atau buah fikiran,
penggunaan bahasa yang tepat serta gramatis, pengolahan, penyampaian dan
kemampuan membuat pemerengganan. Melalui kenyataan yang diberikan oleh
Abdullah, penulisan karangan ini merupakan satu komponen penting dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Aspek persembahan isi juga merupakan aspek utama
semasa menghasilkan sekolah karangan yang baik.

Zulkifley (2005) menyatakan dalam kajiannya bahawa secara umumnya,
tahap pencapaian murid masih lagi tidak memuaskan. Abd. Aziz (2000) adan
menyatakan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan
Malaysia melaporkan kelemahan murid dalam karangan biasanya tertumpu kepada
masalah aspek ini iaitu teknik mengarang dan bahasa. Berdasarkan kajian Nawi
(2006) menyatakan murid-murid didapati menyatakan isi yang sama atau hampir
sama berulang-ulang dan bahagian pendahuluan yang meleret-leret. Mahzan Arshad
(2008) menyatakan bahawa pengajaran ini sememangnya mendapat pandangan
negatif kerana guru dan pelajar merasakan bahawa aktiviti menulis adalah aktiviti
yang amat berat untuk dilaksanakan. Namun, semakin lama buku itu dibaca, semakin
banyak ilmu yang diturunkan kepada guru-guru Bahasa Melayu khususnya dalam
membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik.

233

Kajian yang dijalankan oleh Marohanini dan Zulkifli (1997) mendapati penumpuan
guru diberikan kepada hasil karangan daripada proses mengarang itu sendiri. Maka
beliau mencadangkan agar bentuk pengajaran lebih menekankan aspek input isi
daripada strategi mengarang.

Seterusnya, kelemahan murid dalam penulisan yang dibincangkan oleh
Rohaida dan Zamri (2015) dalam kajian mereka ialah murid tidak dapat melahirkan
idea yang bernas seterusnya menjadikan olahan idea dalam karangan kurang
menarik. Isu yang sama turut dibincangkan oleh Rozita, Latifah dan Fadzilah (2017),
Abdul Rasid, Nurul Nadiah dan Shamsudin (2016) serta Hasnah (2016) dalam kajian
mereka yang berfokus kepada penulisan karangan khususnya di sekolah rendah.
Rumusan daripada dapatan kajian mereka adalah, penguasaan murid dalam
penulisan karangan masih lemah dan tidak dapat menghasilkan karangan yang baik
walaupun mempelajari aspek penulisan karangan dalam tempoh yang lama.

Secara kesimpulannya, kaedah dan teknik yang digunakan oleh pengkaji
terdahulu untuk mengajar kemahiran mengembangkan isi karangan menunjukkan
peningkatan yang positif dan ketara. Hal ini jelas membuktikan teknik dan kaedah ini
membolehkan murid mempelajari sesuatu dengan mudah dan cepat.

METODOLOGI

Model Kurt Lewin (1948) merupakan reka bentuk kajian oleh pelopor Action
Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. Rekan Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin ini
telah diwujudkan pada tahun 1940-
Research Spiral yang mana model ini menunjukkan penambahbaikan yang
berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Lewin ada
menyarankan bahawa untuk memahami dan mengubah amalan-amalan sosial
tertentu, ahli-ahli sains sosial perlu melibatkan pengamal daripada dunia sosial
sebenar dalam semua fasa inkuiri (McKernan, 1991).

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan adaptasi model kajian Kurt
Lewin (1948). Model Kurt Lewin (1948) memperlihatkan suatu kitaran langkah. Model
ini menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri daripada empat peringkat iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Pengkaji telah mengaplikasikan
Model Kurt Lewin (1948) dalam kajian ini untuk meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan jenis fakta menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP
+ CaRap bagi murid tahun 5 Arif.

MERANCANG

Berdasarkan kepada lingkaran tindakan model Kurt Lewin (1948), pengkaji telah
membuat perancangan tindakan. Pada peringkat pertama iaitu perancangan perlu
dilaksanakan dengan teratur agar dapat mencapai objektif kajian. Oleh itu, pengkaji
telah memahami dan mengenal pasti masalah peserta kajian terlebih dahulu. Setelah
mengenal pasti masalah peserta kajian dalam penghasilan karangan jenis fakta,
pengkaji telah membuat pengumpulan data awal. Pengkaji telah mengumpul data
awal melalui beberapa alat pengumpulan, iaitu melalui borang pemerhatian, borang
soal selidik, ujian dan hasil kerja peserta kajian. Setelah itu, pengkaji mula
merancang kaedah yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah peserta
kajian iaitu menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap.

234

BERTINDAK

Setelah merancang tindakan yang dilaksanakan, maka pengkaji mula bertindak
mengikut perancangan awal. Pengkaji telah mengumpul data melalui ujian, soal
selidik dan analisis dokumen peserta kajian. Bagi kaedah ujian, data dikumpul
menggunakan instrumen ujian bertulis dan borang pemerhatian manakala bagi
kaedah analisis dokumen, data dikumpul menggunakan instrumen hasil kerja peserta
kajian. Pelaksanaan ujian pra dan pos bertujuan untuk menilai tahap penguasaan
peserta kajian dalam mengembangkan idea semasa menghasilkan karangan jenis
fakta dan keberkesanan kaedah yang digunakan melalui ujian bertulis. Bagi
meningkatkan kesahan dan kepercayaan terhadap analisis dokumen melalui hasil
kerja peserta kajian.

Setelah membuat analisis pengumpulan data, pengkaji memperkenalkan

untuk membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis

ini ialah peserta kajian dapat menjana idea atau pengalaman sedia ada
menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap iaitu bagi bahagian pendahuluan
murid diperkenalkan dengan teknik TaDTaAt iaitu Ta merujuk kepada tajuk yang
perlu ditulis di bahagian tengah kertas, kemudian D yang merujuk kepada definisi
bagi tajuk yang diberikan, Ta seterusnya merujuk kepada kata tanya yang perlu
dikeluarkan untuk mengembangkan perenggan pendahuluan dan At merujuk kepada
ayat topik iaitu kehendaki soalan yang telah diberikan.

Tujuan pengkaji menggunakan diri saya adalah untuk memudahkan peserta
kajian mengingat cara menulis karangan hanya menggunakan diri mereka.
Contohnya, pada bahagian kepada murid perlu menulis tajuk karangan, kemudian
pergi kepada bahagian badan murid menulis perenggan pendahuluan, bahagian jari,
murid perlu menulis isi karangan dan pada bahagian kaki murid perlu menulis
penutup karangan tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu peserta
kajian mencungkil dan mengembangkan idea mereka semasa menulis karangan
jenis fakta. Setelah menjelaskan penggunaan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap,
pengkaji membimbing peserta kajian menghasilkan karangan jenis fakta dengan
menggunakan teknik tersebut.

MEMERHATI

kan teknik TaDTaAt + WIsHuP +
CaRap, pengkaji telah menjalankan ujian pos kepada peserta kajian. Semasa
peserta kajian menghasilkan karangan jenis fakta, pengkaji membuat pemerhatian
mengikut aspek-aspek yang ingin dititikberatkan dalam borang pemerhatian yang
telah disediakan. Selain itu, pemerhatian juga dibuat sepanjang masa setelah teknik
TaDTaAt + WIsHuP + CaRap diaplikasikan kepada peserta kajian dalam penulisan
karangan jenis fakta.

235

MEREFLEK

Akhir sekali, pengkaji membuat penilaian dan refleksi tentang keberkesanan
penggunaan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap terhadap peningkatan kemahiran
mengembangkan idea dalam penulisan karangan jenis fakta kepada peserta kajian.
Pada peringkat ini, pengkaji membuat refleksi semasa melaksanakan tindakan iaitu
refleksi semasa tindakan intervensi. Refleksi juga dibuat mengenai kekuatan dan
kelemahan kaedah yang digunakan serta cara penambahbaikannya. Pengkaji juga
membuat keputusan sama ada ingin meneruskan gelungan kajian tindakan agar
dapat memperbaiki situasi yang ada atau sebaliknya.

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Rosinah Edinin (2012) menyatakan bahawa penyelidikan tindakan bermula dengan
penghasilan idea umum, iaitu masalah atau isu yang akan dijelaskan dan dikenal
pasti punca masalah berkenaan. Perancangan berkenaan dilaksanakan dan
menentukan hasil yang diperoleh selepas diberikan intervensi.

Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti dapatan, refleksi dibuat
untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang
baik atau sebaliknya. Sekiranya tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang
sebaliknya, perancangan masalah memerlukan penambahbaikan. Menurut Rosinah
Edinin (2012) Model Kurt Lewin biasanya digunakan apabila masalah diketahui dan
memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat dilaksanakan.

Langkah Tindakan yang Dijalankan

Langkah 1 Pengkaji memperkenalkan bahan bantu mengajar kepada peserta

CaRap.

Langkah 2 Pengkaji memperkenalkan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap
kepada peserta kajian.

Langkah 3

Pengkaji meminta peserta kajian membina satu perenggan
pendahuluan karangan jenis fakta menggunakan teknik TaDTaAt.

Langkah 4 Pengkaji menerangkan teknik WIsHuP bagi membimbing peserta
kajian membina perenggan isi.

Langkah 5 Pengkaji membimbing peserta kajian membina bahagian penutup
karangan jenis fakta menggunakan teknik CaRap. Peserta kajian
diminta untuk membina ayat menggunakan teknik tersebut.

Langkah 6 Peserta kajian menghasilkan satu karangan jenis fakta dengan
menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap.

236

DAPATAN KAJIAN
ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Murid Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan Markah

Markah Peratus Markah Peratus Markah Peratus

A 8/25 32 20/25 80 12 48

B 9/25 36 19/25 76 10 40

C 10/25 40 22/25 88 12 48

D 5/25 20 18/25 72 13 52

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian
Pos

100

50

0 Murid B Murid C Murid D
Murid A

Ujian Pra Ujian Pos

Berdasarkan graf tersebut juga, pengkaji dapat melihat tahap penguasaan peserta
kajian yang menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian pos. Tidak ada lagi
peserta kajian yang berada pada tahap kurang memuaskan dan tahap pencapaian
minimum. Keempat-empat peserta kajian berada pada tahap cemerlang dan baik
iaitu gred A dan gred B sahaja. Peningkatan tahap pencapaian peserta kajian
selepas ujian pos dilaksanakan menunjukkan bahawa penggunaan teknik TaDTaAt
+ WIsHuP + CaRap ini berkesan dalam membantu peserta kajian mengembangkan
idea karangan jenis fakta.

237

ANALISIS SOAL SELIDIK

KOD YA TIDAK
SEBELUM
S1 f P% SELEPAS SEBELUM SELEPAS
S2 3 75 f P%
S3 2 50 4 100 f P% f P%
S4 1 25 4 100
S5 00 4 100 1 25 0 0
00 4 100
4 100 2 50 0 0

3 75 0 0

4 100 0 0

4 100 0 0

ANALISIS PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS
TINDAKAN

S5 20 40 60 80 100 120
S4 SEL SEB
S3
S2
S1

0

Berdasarkan graf analisis perbandingan sebelum dan selepas tindakan
dilaksanakan, pengkaji dapat melihat peningkatan prestasi peserta kajian kearah
yang lebih baik. Walaupun pada mulanya, ada seorang peserta kajian yang tidak
meminati subjek Bahasa Melayu, namun selepas teknik TaDTaAt + WIsHuP +
CaRap peserta kajian tersebut berminat dengan subjek Bahasa Melayu. Dari segi
kemahiran mengembangkan isi karangan semua peserta kajian dapat menguasai
dengan baik namun ada peserta kajian yang tidak menguasai sepenuhnya. Namun,
masih ada peningkatan prestasi yang ditunjukkan selepas langkah tindakan
dilaksanakan.

238

ANALISIS BORANG PEMERHATIAN

KOD YA TIDAK

Q1 SEBELUM SELEPAS SEBELUM SELEPAS
Q2
Q3 f P% f P% f P% f P%
Q4
Q5 3 75 4 100 1 25 0 0
Q6
Q7 2 50 4 100 2 50 0 0

1 25 4 100 3 75 0 0

0 0 4 100 4 100 0 0

0 0 4 100 4 100 0 0

0 0 4 100 4 100 0 0

0 0 3 75 4 100 1 25

ANALISIS PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS
TINDAKAN

Q7 20 40 60 80 100 120
Q5 SELEPAS SEBELUM
Q3
Q1

0

Merujuk kepada graf di atas, peserta kajian menunjukkan tahap prestasi yang baik
walaupun berbanding sebelum melaksanakan langkah tindakan. Daripada 4 orang
peserta kajian hanya seorang murid sahaja yang masih lemah untuk menulis
karangan dengan susunan yang terancang dan kemas secara keseluruhan. Peserta
kajian lain dapat mengikut teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap yang diperkenalkan
oleh pengkaji.

239

REFLEKSI DAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Melalui dapatan kajian yang diperoleh sepanjang melaksanakan kajian ini, pengkaji
mendapati secara keseluruhannya objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya.
Peningkatan prestasi peserta kajian dapat diukur melalui hasil dapatan tindakan dan
ujian-ujian yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian dapat menggunakan teknik yang diperkenalkan
dengan baik. Peningkatan peserta kajian daripada tidak dapat mengembangkan isi
karangan, tidak dapat memenuhi kehendaki soalan sehinggalah peserta kajian tahu
mengembangkan isi karangan dengan baik dan memenuhi kehendak soalan.
Walaupun isu ini tidak seratus peratus dapat diatasi namun timbulnya perbezaan
pencapaian peserta kajian yang dapat dilihat berdasarkan perbezaan markah yang
meningkat daripada ujian diagnostik.

Teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap dapat meningkatkan kemahiran murid
untuk mengembangkan isi karangan dengan baik. teknik ini membantu peserta kajian
menulis pendahuluan dengan teratur, mengembangkan isi setiap karangan dengan
baik, menulis karangan yang mempunyai koheren dan kohensi serta menulis penutup
sesuai dengan kehendak soalan.

Teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap ini merupakan satu bentuk inovasi yang
dicadangkan oleh pengkaji. Sebelum ini, kaedah pengajaran penulisan karangan
sering dijelaskan seperti biasa tanpa menggunakan apa-apa singkatan atau akronim
yang memudahkan murid-murid untuk mengingat cara menulis. Sebagai contoh, guru
hanya memberitahu murid untuk meletakkan penanda wacana, isi utama, huraian
atau contoh isi yang diberikan. Namun, kaedah pengajaran seperti itu tidak berkesan
kerana murid-murid tidak dapat mengingat dengan baik cara untuk mengembangkan
isi karangan.

Justeru, teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap ini merupakan inovasi yang
mempunyai ciri-ciri penambahbaikan dan disesuaikan dengan isu yang timbul dalam
kalangan peserta kajian. Antara ciri-ciri penambahbaikan teknik ini ialah
mengaplikasikan kaedah mneomonik mengikut kesesuaian pada pendahuluan, isi
karangan dan penutup supaya peserta kajian dapat mengingat cara
mengembangkan isi karangan. Teknik ini juga sekaligus membantu murid untuk
membina karangan yang mempunyai koheren dan kohensi yang baik. teknik ini
sering diaplikasikan dalam setiap latihan menulis karangan jenis fakta yang
dilaksanakan oleh pengkaji.

Keseluruhannya, walaupun jangka masa kajian ini agak terhad, namun
pengkaji beroleh hasil yang positif sepanjang kajian ini dilaksanakan. Pengkaji dapat
melihat perubahan yang dapat diukur melalui peningkatan kemahiran
mengembangkan isi karangan jenis fakta dalam kalangan murid tahun lima. Peserta
kajian menunjukkan perubahan yang positif daripada tidak tahu mengembangkan isi
karangan kepada tahu untuk mengembangkan isi karangan dengan lebih baik dan
memenuhi jumlah perkataan yang ditetapkan. Kajian ini telah memberikan motivasi
instrinsik dan ekstrinsik yang positif dan mendalam kepada pengkaji agar terus
mengaplikasikan teknik ini dan membuat penambahbaikan dalam kajian seterusnya
atau pada pengajaran dan pembelajaran apabila bergelar guru kelak.

240


Click to View FlipBook Version