dan 100%. Semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang banyak dalam
enunjukkan
peningkatan yang sangat ketara berbanding peserta kajian yang lain iaitu sebanyak
80%. Peserta kajian 2 dan 3 telah mendapat 20% dan 10% pada ujian pra iaitu pada
tahap yang sangat lemah. Namun begitu, peserta kajian 2 dan 3 memperoleh markah
Melalui ujian pra dan pos yang telah dilaksanakan terhadap peserta kajian,
data-data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa setiap peserta kajian
mempunyai peningkatan yang banyak dalam kemahiran menggunakan kata pemeri
mencapai tahap penguasaan yang memberangsangkan iaitu baik dan sangat baik.
Berdasarkan daripada carta bar di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan markah antara ujian pra dan ujian pos. Pada ujian pra, semua peserta
kajian memperoleh markah kurang daripada 50% iaitu pada tahap yang sangat
me
ayat.
Ujian Pra Ujian Pos
Peserta Markah Peratus TP Markah Peratus TP Peratus
Kajian (%)
(%) Peningkatan
Markah (%)
Peserta 2/10 20 Sangat 10/10 100 Sangat 80
Kajian 1 Lemah Baik
Peserta 3/10 30 Sangat 9/10 90 Sangat 60
Kajian 2 Lemah Baik
Peserta 2/10 20 Sangat 9/10 90 Sangat 70
Kajian 3 Lemah Baik
Peserta 3/10 30 Lemah 10/10 100 Sangat 70
Kajian 4 Baik
Peserta 2/10 20 Sangat 9/10 90 Sangat 70
Kajian 5 Lemah Baik
141
Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian
Pos Kata Pemeri 'adalah'
100%
50%
0%
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 2 : Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Kata Pemeri
Analisis hasil dapatan Rajah 2 menunjukkan perbandingan markah ujian pra
peningkatan markah dalam ujian pos. Semua peserta kajian memperoleh markah
melebihi 90% iaitu masing-masing memperoleh markah 100%, 90%, 90%, 100% dan
90%. Semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang banyak dalam
kajian 1 menunjukkan
peningkatan yang sangat ketara berbanding peserta kajian yang lain iaitu sebanyak
80%. Peserta kajian 1 telah mendapat 20% dan 10% pada ujian pra iaitu pada tahap
yang sangat lemah. Namun begitu, peserta kajian 1 memperoleh markah sebanyak
Melalui ujian pra dan pos yang telah dilaksanakan terhadap peserta kajian,
data-data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa setiap peserta kajian
mempunyai peningkatan yang banyak dalam kemahiran menggunakan kata pemeri
mencapai tahap penguasaan yang memberangsangkan iaitu baik dan sangat baik.
Berdasarkan daripada graf di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
markah antara ujian pra dan ujian pos. Pada ujian pra, semua peserta kajian
memperoleh markah kurang daripada 50% iaitu pada tahap yang sangat lemah dan
kan
6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN
Pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan
dengan betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah
dalam penulisan karangan. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa
142
pencapaian peserta kajian adalah meningkat selepas tindakan diambil. Pengkaji
mendapati peserta kajian mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.
Jadual 3 : Peratus Lulus Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kata Pemeri
Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos
Lulus Bilangan Peratus Lulus Bilangan
Gagal - Peratus Lulus
Jumlah Peserta
- Peserta Kajian
5 100%
5 100%
--
5 100%
5 100%
Analisis hasil dapatan Rajah 3, didapati bahawa peserta kajian pada awalnya
Hal ini terbukti apabila tiada
peserta kajian yang lulus dalam menjawab ujian pra dan 100% peserta kajian gagal
dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pos, 100% peserta kajian lulus dalam ujian
tersebut. Hal ini bermaksud kesemua peserta kajian memperoleh markah yang lulus
telah dirancang dan dilaksanakan adalah sangat berkesan dalam meningkatkan
kalangan peserta kajian.
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkan bahawa peserta kajian lebih berminat
dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
peserta kajian boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan
karangan jika telah menguasai salah satu kemahiran tatabahasa iaitu penggunaan
perkembangan yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Hal ini demikian kerana dalam
mengalakkan peserta kajian mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan minat
serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan adalah bukan
sesuatu yang mudah.
Pengkaji telah mengguna
Pengkaji juga mencadangkan teknik ini dapat digunakan oleh pengajaran dan
pembelajaran oleh guru-guru Bahasa Melayu yang dibantu dengan aktivitiaktiviti
yang menarik dan menggunakan pelbagai media serta audio-visual yang menarik
dan berkesan. Melalui hasil dapatan kajian yang dijalankan, pengkaji berpendapat
bahawa kajian susulan boleh difikirkan dan dipertimbangkan dalam membentuk satu
perubahan atau mewujudkan penambahbaikan. Hal ini kerana setiap guru yang
menjalankan kajian tindakan yang akan meneruskan ke gelungan kedua, dapat
membantu dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik
darjah.
143
Rujukan
Abdullah Hasaan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Mengengah. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menegah. PTS.
Asmah Haji Omar. (2009) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan. Konsep Dan
Amalan Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Fauzi Amir Gus (2010). Kesalahan Bahasa dan Cara Mengatasinya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kaedah Dan Teknik Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hassan Ahmad. (2004). Bahasa Melayu dan Minda Melayu : suatu tinjauan kritis.
Jurnal Melayu, 1 . pp. 19-51
Jack C. Richards. (2014). Curiculum Development in Language Teaching.
Cambridge University Press.
Juriah Long, Raminah Sabran & Sofiah Hamid. (1989). Pengkaedahan Pengajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
144
TEKNIK sipaBaCK DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN
MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN JENIS FAKTA
BAGI MURID TAHUN LIMA
BRIAN ANAK PETER DABLIN
Caroline @ Lorena David
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,
Sabah
([email protected])
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan
teknik sipaBaCK dalam meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan
jenis fakta Bahasa Melayu bagi murid Tahun Lima. Seramai empat orang peserta
kajian daripada salah sebuah sekolah rendah di Tuaran, Sabah terlibat dalam kajian
ini. Tinjauan awal dilakukan sepanjang tempoh praktikum fasa satu di sekolah
menunjukkan murid-murid mempunyai idea dan isi sesuatu tajuk bagi setiap
perenggan pengenalan, isi dan penutup, namun idea tersebut tidak dijelaskan dan
dikupas dengan jelas selain tidak dapat menjana dan mengembangkan idea dalam
karangan cerita dengan baik. Pengkaji menjalankan kajian berpandukan kepada
Model Penyelidikan Kurt Lewin. Pengkaji juga menggunakan instrumen kajian seperti
ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal seilidik untuk memperoleh data. Dapatan
hasil kajian dianalisis secara deskriptif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian
menunjukkan penggunaan teknik sipaBaCK telah meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan jenis fakta Bahasa Melayu. Murid dapat menjana dan
mengembangkan idea dengan jelas semasa menghasilkan penulisan karangan isi
setelah intervensi dijalankan.
1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh
murid. Kenyataan tersebut bertepatan dengan pandangan Che Zanariah dan
Fadzilah dalam Yahya Othman (2018) yang menyatakan bahawa menghasilkan
penulisan merupakan proses yang kompleks dan perlu dilaksanakan mengikut tahap
secara sistematik. Penulisan karangan pula bermaksud cara teks dihasilkan dan cara
penulis mempersembahkan pemikirannya (Sulaiman Masri, 2006). Oleh itu, dalam
kajian ini pengkaji ingin meningkatkan penguasaan kemahiran menulis isi perenggan
karangan jenis fakta dalam kalangan murid Tahun Lima bertepatan dengan standard
kandungan dan standard pembelajaran dalam DSKP.
145
Pembelajaran kemahiran menulis menjadi mencabar kepada murid kerana
kemahiran tersebut melibatkan keupayaan meta kognisi. Pelbagai masalah berkaitan
penguasaan penulisan karangan terutamanya perenggan isi telah dinyatakan dalam
kajian-kajian lepas. Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati murid
menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila
kekurangan idea bahkan sikap tidak minat mengarang antara faktor besar
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan peserta kajian
mereka.
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran mengembangkan isi
karangan jenis fakta dari semasa ke semasa, pengkaji mengambil pendekatan
berbentuk intervensi dengan memperkenalkan teknik sipaBaCK yang melibatkan
pa-mengapa, Ba-Bagaimana, C-contoh dan K-kesimpulan. Bagi membantu murid
mengembangkan penguasaan dalam menghurai isi karangan jenis fakta, pengkaji
menerapkan teknik sipaBaCK dalam kalangan murid. Oleh itu, pengkaji cuba
mengaplikasikan teori konstruktivisme dimana bagi membantu murid membina
konsep atau pengetahuan baru, pengkaji perlu mengambil kira struktur kognitif yang
sedia ada pada murid. Apabila konsep baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang cara
menulis karangan perenggan isi dapat dibina. Hal ini bertepatan dengan pendapat
John Dewey tentang teori konstruktivisme yang mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina pengalaman baru secara berterusan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Penyelidik perlu memfokuskan kepada beberapa masalah yang dinyatakan.
Tuntasnya, penentuan fokus kajian perlu menitikberatkan perkara-perkara seperti
kekangan dan masalah yang memerlukan tindakan segera, bidang kajian berada
dalam ruang lingkup kuasa pengkaji untuk bertindak, amalan kajian boleh
diaplikasikan ke dalam bidang tugas guru, penyelesaian masalah hasil amalan kajian
memberi manfaat kepada murid, guru dan sekolah dan data dikutip dengan cepat
dan mudah hasil kerjasama dengan warga sekolah.
Berdasarkan pengalaman pengkaji dalam mengajar di kelas Tahun 5,
didapati majoriti daripada mereka masih lemah dalam penguasaan kemahiran
menulis karangan terutamanya dalam mengembangkan idea. Pengkaji telah
menjalankan kolaborasi dengan guru yang lebih berpengalaman rujukan serta
melakukan perbincangan secara terperinci bersama-sama dengan guru yang lebih
berpengalaman bagi memikirkan inisiatif bagi menyelesaikan masalah murid-murid.
Antara masalah yang dihadapi adalah tentang tahap penguasaan kosa kata. Melayu
yang terhad. Penggunaan bahasa ibunda memberi kesan yang jelas dalam penulisan
karangan. Murid tidak mampu membina ayat dan dan menjana idea semasa menulis
karangan disebabkan kesukaran untuk mencari perkataan yang lebih tepat dalam
bahasa Melayu.
146
Kedua, murid mengalami masalah dalam merangsang pemikiran untuk
befikir dan menjana idea semasa menulis isi karangan. Menulis karangan adalah
kemahiran berbahasa yang kompleks malah perlu sering diterapkan semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) (Abdul Rashid et al. 2016). Melalui pemerhatian
yang dilakukan, masalah yang dihadapi oleh murid termasuklah mengetahui isi bagi
setiap perenggan isi, namun apabila mereka ingin mengupas sesuatu isi, penulisan
huraian dan idea tidak disampaikan dengan jelas. Oleh itu, pengkaji telah
meningkatkan kemahiran menulis isi karangan jenis fakta dalam kalangan murid
Tahun 5. Pengkaji mengaplikasikan pendekatan proses dan teknik penyoalan
semasa menggunakan teknik sipaBaCK ini dimana setiap huruf daripada akronim
sipaBaCK membawa maksud yang memerlukan murid menjawab persoalan yang
ada pada setiap akronim untuk dijadikan panduan semasa menghuraikan isi
karangan jenis fakta.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Apabila kajian ini dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai objektif
berikut:
3.1.1 Objektif Umum
Mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik sipaBaCK dalam
meningkatkan kemahiran menulis isi karangan jenis fakta murid Tahun 5.
3.1.2 Objektif Khusus
Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan aspek huraian, contoh dan
kesan dalam penulisan.
Meningkatkan keupayaan menghuraikan isi karangan yang tepat
mengikut kehendak karangan.
3.2 SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persoalan-
persoalan berikut:
3.2.1 Adakah teknik sipaBaCK dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan jenis fakta Bahasa Melayu dalam kalangan murid-
murid Tahun 5?
3.2.2 Adakah penggunaan teknik sipaBaCK dapat meningkatkan minat murid
tahun 5 untuk menguasai kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta
Bahasa Melayu?
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Bagi memastikan kesahan data kajian, pengkaji menggunakan triangulasi sumber
data. kesahan adalah satu keperluan untuk memastikan keberkesanan kajian
kuantitatif (Cohen, Manion & Morrison, 2000). Oleh itu, pengkaji menggunakan
beberapa kaedah mengumpul data semasa melaksanakan intervensi kajian ini.
Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis, pemerhatian berbentuk nota lapangan
dan senarai semak serta soal selidik.
147
Ujian merupakan salah satu kaedah pengumpulan data. Ujian merupakan
salah satu alat kajian yang digunakan utuk menentukan pencapaian dan keupayaan
murid dalam pembelajarannya (Edinin, 2012). Ujian pra dan ujian pasca dijalankan
sepanjang pelaksanaan kajian ini. Pengkaji telah menyediakan tajuk ujian pra dan
ujian pasca yang sama untuk memudahkan analisis data terhadap peningkatan
peserta kajian dalam kemahiran mengembangkan idea semasa menghasilkan isi
karangan jenis fakta. Pelaksanaan ujian pra dilakukan ke atas peserta kajian pada
awal proses sebelum teknik sipaBaCK diperkenalkan kepada mereka. Manakala
ujian pasca pula dijalankan untuk mengukur tahap penguasaan dan peningkatan
yang dicapai oleh peserta kajian hasil daripada olahan seperti teknik sipaBaCK.
Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian sebagai instrumen bagi
mengumpul data. Pengkaji menggunakan dua jenis pemerhatian bagu mengumpul
data setelah intervensi dilakukan iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak
berstruktur. Bagi pemerhatian berstruktur, pengkaji menggunakan borang senarai
semak. Senarai semak ini membolehkan pengkaji memfokuskan dan merekodkan
peningkatan kebolehan peserta kajian dalam mengolah isi karangan jenis fakta.
Pengkaji juga menggunakan nota lapangan untuk membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku peserta kajian sewaktu fasa tindakan dijalankan.
Soal Selidik pula satu set item dalam bentuk tulisan. Melalui soal selidik,
pengkaji dapat memperolehi data-data daripada peserta kajian. Pengkaji telah
mengemukakan penyataan untuk mendapatkan data yang boleh diinterpretasikan
menjadi maklumat yang diperlukan semasa membuat analisis data. Dalam borang
soal selidik yang disediakan, pengkaji telah membina lima soalan yang menepati
kajian untuk meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta bagi
murid Tahun Lima. Pengkaji telah menggunakan tan
tanda tidak setuju seupaya peserta kajian dapat menandakan jawapan mereka
dengan mudah dalam ruangan yang telah disediakan.
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Dapatan Melalui Perbandingan Skor Markah Ujian Pra dan Pasca
Reka bentuk ujian pra dan ujian pasca menggunakan satu kumpulan eksperimen
untuk mengkaji kesan setelah mengkaji kesan olahan (teknik sipaBaCK). Sebelum
peserta kajian diberi olahan, cerapan dilakukan dengan menggunakan ujian pra bagi
menilai peserta kajian. Selepas olahan diberikan, cerapan dilakukan sekali lagi bagi
menentukan peningkatan peserta kajian dalam mengolah karangan isi menggunakan
ujian pasca. Pengkaji telah menjalankan satu ujian pra dan pasca dengan tajuk
mpat-empat peserta kajian. Pengkaji
telah membuat analisis ujian pra dan pasca berpandukan Rubrik Penskoran
Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang dibina berdasarkan
sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia (2016).
148
Jadual 5.1
Markah Ujian Pra dan Pasca
Peserta Markah Gred Markah Gred Perbezaaan Peratusan
Kajian Ujian Ujian Markah Kenaikan
Pra Pasca
(%)
( /25) ( /25)
A6D 21 A 15 60.0
14 56.0
B6D 20 B 12 48.0
13 52.0
C5 E 17 B
D3 E 16 B
Berdasarkan jadual di atas, rata-rata peserta kajian mendapat gred D dan E
dengan markah 3 hingga 6 sahaja. Namun setelah teknik sipaBaCK digunakan,
kesemua peserta kajian mendapat markah yang tinggi dan mendapat gred A dan B.
Jadual juga menunjukkan peningkatan markah sehingga 48% hingga 60%. Hasil
perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan keempat-empat peserta kajian
berjaya meningkatkan kemahiran mengolah huraian dan menyusun idea penulisan
menggunakan teknik sipaBaCK.
Peserta Kajian A
Peserta Kajian B
Peserta Kajian C
Peserta Kajian D
0Perband5ingan M10arkah U15jian Pra20dan 25
PascaUjian Pasca Ujian Pra
Rajah 5.1: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca
Hasil perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan keempat-empat
peserta kajian berjaya meningkatkan kemahiran mengolah huraian dan menyusun
149
idea penulisan menggunakan teknik sipaBaCK. Peningkatan skor markah bagi
semua peserta kajian juga meningkat sehingga 13 ke 15 markah perbezaan antara
ujian pra dan pasca. Perkara ini disebabkan penggunaan pemetaan minta dengan
persoalan yang ada pada teknik menyebabkan pemikiran murid lebih terarah dan
terancang mengikut fungsi yang digambarkan. Tindakan yang dilakukan oleh
pengkaji adalah mengubah kaedah PdP sedia ada di dalam kelas. Perubahan
kaedah pengajaran menggunakan teknik sipaBaCK telah berjaya meningkatkan
mutu olahan dan susunan idea murid.
5.2 Dapatan Melalui Pemerhatian
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah membuat
pemerhatian terhadap penulisan isi karangan jenis fakta peserta kajian dari segi
penghasilan dan pengembangan idea serta penyusunan ayat. Pengkaji telah
menyediakan satu borang pemerhatian yang meliputi kandungan-kandungan yang
ingin diperhatikan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Jadual 5.2.1
Analisis Borang Pemerhatian Peserta Kajian D Selepas Intervensi
Bil Perkara Ya Tidak
1 Dapat memberi isi utama pada isi karangan.
2 Dapat mengembangkan dan menghuraikan idea
dengan baik pada isi karangan.
3. Dapat membuat kesimpulan kecil dengan ayat yang
sesuai
4. Dapat menulis karangan perenggan isi dengan
susunan yang terancang dan kemas secara
keseluruhan
Rumusan:
6
4
2
0 Item 2 Item 4 Item 5
Item 1
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
Rajah 5.2: Perbandingan pemerhatian berstruktur mengikut item sebelum dan
selepas intervensi
Berdasarkan rajah dan jadual, pengkaji mendapati berbezaan terhadap
tahap penguasaan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Sebelum intervensi dijalankan, keempat-empat peserta kajian hanya mampu
150
mengenal pasti isi utama yang hendak ditulis pada setiap perenggan namun tidak
berupaya untuk mengolah isi karangan jenis fakta tersebut. Namun begitu, setelah
intervensi dijalankan, pengkaji mendapati kesemua peserta kajian dapat menguasai
pada tahap yang baik mengenai semua aspek dalam item borang pemerhatian yang
memperihalkan mengenai pengenalpastian isi utama serta menghuraikan isi tersebut
dengan baik berserta contoh dan kesimpulan.
5.2.1 Pemerhatian Nota Lapangan
Jadual 5.2.1
Catatan pemerhatian nota lapangan
Peserta Kajian Catatan Pemerhatian
(Murid)
A Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid A
dapat memahami dengan cepat cara
B penggunaannya.
Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid B
C berulang kali bertanya bagi setiap akronim dalam
teknik.
D Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid C
berkerut dan bingung kerana tidak faham cara
penggunaan teknik sipaBaCK.
Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid D
fokus dan tidak ingin diganggu kerana cuba
memahami betul-betul penggunaan teknik
sipaBaCK.
Berdasarkan daripada analisis catatan pemerhatian nota lapangan yang
dibuat pada jadual 6.2.1, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian menunjukkan
minat terhadap penggunaan teknik sipaBaCK untuk digunakan semasa
mengembangkan isi karangan jenis fakta. Ini dapat dilihat menerusi beberapa contoh
yang signifikan, Misalnya perlakuan Murid A dapat memahami dengan cepat teknik
yang diperkenalkan lalu memanfaatkannya untuk mengembangkan isi karangan
jenis fakta. Murid A dilihat menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menguasai
kemahiran menulis karangan dengan cemerlang. Perkara ini juga boleh dilihat pada
tindakan Murid B yang kerap bertanya untuk memahami teknik sipaBaCK. Namun,
perkara ini berbeza dengan tindakan Murid C yang berkerut dan tidak memahami
cara pengaplikasian teknik sipaBaCK. Walaupun begitu, Murid C akan cuba meminta
bantuan untuk menerangkan aspek yang terdapat dalam teknik tersebut. Setelah
intervensi selesai dijalankan, Minat terhadap kemahiran mengembangkan isi
karangan dapat dilihat pada tindakan Murid E yang fokus kerana tidak melayan
gangguan rakan-rakan lain semasa cuba memahami dan menggunakan teknik
sipaBaCK menunjukkan mereka memberikan perhatian yang penuh semasa
menulis.
5.3 Dapatan Melalui Soal Selidik
151
Pengkaji telah membuat analisis sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Jadual 5.3.1
Borang Soal Selidik
BIL PENYATAAN YA TIDAK
1 Saya suka mata pelajaran Bahasa Melayu.
2 Saya suka menulis karangan jenis fakta.
3 Saya dapat menulis huraian dengan baik.
4 Saya dapat memberikan contoh yang relevan.
5 Saya dapat merumuskan isi karangan.
Jadual 5.3.2
Dapatan Kekerapan dan Peratusan Soal Selidik Sebelum dan Selepas Intervensi
PENYATAA SEBELUM SELEPAS
N YA TIDAK YA TIDAK
f Peratusa f Peratusa f Peratusa f Peratusa
nnnn
(%) (%) (%) (%)
ITEM 1 2 50 2 50 4 100 0 00
ITEM 2 2 50 2 50 4 100 0 00
ITEM 3 1 25 3 75 4 100 0 00
ITEM 4 0 00 4 100 4 100 0 00
ITEM 5 0 00 4 100 4 100 0 00
Jadual 5.3.2 menunjukkan perbandingan peratusan hasil dapatan soal selidik
sebelum dan selepas intervensi. Terdapat peningkatan dari aspek minat dan
152
kemampuan peserta kajian dalam kemahiran menulis isi karangan jenis fakta.
Dapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 50% bagi item 1 dan item 2 daripada
50% ke 100% dengan kekerapan seramai 4 orang peserta kajian meminati mata
pelajaran Bahasa Melayu dan sudah mahir menulis karangan jenis fakta setelah
menggunakan teknik sipaBaCK. Manakala, peningkatan sebanyak 75% daripada
25% ke 100% pada item 3 membuktikan bahawa persoalan yang terdapat dalam
teknik sipaBaCK memudahkan peserta kajian untuk menghuraikan isi secara
keseluruhan bagi karangan jenis fakta. Bukan itu sahaja, Item 4 dan Item 5 pula
menunjukkan perubahan yang positif dengan peningkatan sebanyak 100%.
Berdasarkan hasil soal selidik, pengkaji mendapati teknik sipaBaCK telah memberi
idea kepada setiap peserta kajian mengenai perkara yang perlu ditulis dalam isi
karangan yang merangkumi aspek mengapa, bagaimana, contoh dan kesan bagi
menghuraikan isi utama.
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN
Penggunaan teknik sipaBaCK dalam kajian ini juga memberikan impak positif
terhadap peningkatan kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta dalam
kalangan peserta kajian yang terdiri daripada murid Tahun 5. Penghasilan teknik
menyelesaikan masalah peserta kajian yang lemah mencari idea untuk menulis isi
karangan. Sekaligus mengubah cara pengajaran guru menggunakan kaedah PAK21
dengan mengambil kira tahap kognitif murid. Suzana (2015) menyatakan bahawa
kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi
kenyataan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan
tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir murid.
Berdasarkan kajian tindakan ini, objektif kajian terbukti dapat dicapai
dengan baik melalui peningkatan prestasi peserta kajian. Penggunaan pelbagai
instrumen yang dipercayai sangat berkesan dalam mengenal pasti peningkatan
prestasi dan perubahan tingkah laku murid terhadap kemahiran menulis isi karangan
setelah dianalisis dengan terperinci. Persoalan kajian juga berjaya dijawap setelah
penggunaan pelbagai instrumen yang bukan sahaja untuk mengetahui data
peningkatan murid setelah intervensi dilakukan bahkan kepelbagaian instrumen
kajian turut membantu mengukuhkan kebolehpercayaan data. Setiap instrumen
dianalisis dengan terperinci. Di samping itu, pelaksanaan kajian tindakan ini juga
memperlihatkan pentingnya gaya pengajaran guru yang berbentuk konvensional
ditukar kepada pembelajaran abad ke-21 (PAK21). PAK21 merupakan proses
pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (KPM, 2016). Oleh
itu, pengkaji cuba memahami dan menjadikan asas PAK21 ini sebagai panduan
dalam menyediakan sebuah bahan mengajar iaitu teknik sipaBaCK yang khusus
dalam melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan teknik peta pemikiran
dan pemetaan kognitif.
Kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap peserta kajian bagi melihat
kelestarian kemahiran mereka. Pengkaji mendapati bahawa teknik sipaBaCK akan
berfungsi dengan lebih baik jika ditambah satu modul tambahan iaitu yang
153
memfokuskan kepada penulisan keseluruhan bahagian karangan, iaitu perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Melalui analisis keputusan
ujian pra yang dijalankan, didapati bahawa semua peserta kajian tidak dapat
mengembangkan idea daripada pengalaman sedia ada semasa menulis karangan
fakta. Namun demikian, selepas intervensi dijalankan selama seminggu, peserta
kajian berjaya menghuraikan perenggan isi. Oleh itu, penambahan modul ini dalam
teknik sipaBaCK dapat melatih murid untuk menghasilkan satu karangan penuh yang
lengkap dengan huraian dan contoh yang lengkap.
Cadangan seterusnya ialah pengkaji boleh memasukkan unsur Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam teknik sipaBaCK. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan untuk menambah gelung intervensi dengan menggunakan
pendekatan berbeza. Dengan itu, teknik ini dapat digunakan dengan menggunakan
TMK dalam bentuk bahan interaktif. Hal ini demikian dapat meningkatkan minat murid
untuk belajar mengenai kemahiran menulis. Murid cenderung lebih tertarik untuk
belajar menggunakan TMK ini kerana terdapat penghubungjalinan pelbagai unsur
seperti grafik, video dan animasi serta audio yang lebih menarik dan memudahkan
pemahaman murid. Pelbagai sumber bahan (grafik, video, audio) dapat
meningkatkan lagi pemerolehan bahan atau input terhadap murid sesuai dengan
kecerdasan pelbagai murid.
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian dengan penganalisisan data yang
terperinci jelas membuktikan bahawa penggunaan teknik sipaBaCK sangat berkesan
untuk membantu murid dalam mengembangkan isi karangan jenis fakta. Pencapaian
peserta kajian yang amat memberangsangkan menjelaskan lagi keberkesanan
intervensi yang dijalankan
154
RUJUKAN
Creswell. (2018). Research Design. Los Angeles: SAGE
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Menengah:
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Enam. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementertian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 -2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lewin, K. (1948). Resolving Social Conflicts: Selected Papers on Group Dynamics.
New York: Harper & Row.
Mohd Faeez, Kalthom Husain dan Murihah. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar
dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. Diakses pada 10
April 2022,daripadahttps://www.researchgate.net/publication/306034839_Sumber_Bah
an_Bantu_Mengajar_dalam_Kalangan_Guru_Pendidikan_Islam_Sekolah_Bestari
Noor Hidayu Mohd Rahim & yahya Othman. (2016). Keberkesanan Peta Bulatan Dan Peta
Air Dalam meningkatkan Penguasaan Menulis Karangan
Naratif Murid- murid Cina. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu: 66-77.
Rohaidah Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (i- Think)
Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun
6. Malay Language Education Journal MyLEJ 5(2): 2180-
4842.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons.
Rubiaton Ibrahim & Jamaludin Badusah. (2018) Diakses pada 10 April 2022, daripada
https://sted18.files.wordpress.com/2018/12/1-3-rubiaton-ibrahim- jamaludin-
badusah.pdf
155
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
MUHAMMAD IZZUDDIN ARIF BIN ROSLAN
Zainab binti Hashim
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,
Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini adalah mengenai penggunaan teknik Jadual ISBAMIP
dalam membantu murid tahun 5 untuk meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan. Peserta kajian tindakan terdiri daripada 4
pelajar, iaitu 1 lelaki dan 3 perempuan yang berbeza tahap pencapaian
akademik di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian
ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid mengembangkan isi
karangan dan juga mambantu murid mengaplikasikan teknik Jadual ISBAMIP
dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik. Kajian ini dilaksanakan
berdasarkan model penyelidikan Kurt Lewin (1948) yang melibatkan empat
peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Ujian
penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos), analisis dokumen, soal selidik dan
pemerhatian telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dalam
kajian ini. Oleh itu, data yang dikumpul melalui kaedah ini dianalisis bagi
membuktikan keberkesanan intervensi dalam menangani isu kajian. Dapatan
kajian jelas membuktikan teknik Jadual ISBAMIP dapat meningkatkan
kemahiran murid mengambangkan isi karangan dengan lebih baik. Oleh itu,
diharapkan kajian ini dapat membantu murid dan guru untuk meningkatkan
kemahiran mengembangkan isi karangan menggunakan teknik Jadual
ISBAMIP dalam kalangan murid tahun 5 dengan betul pada masa akan
datang.
Kata Kunci: Karangan
156
PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan yang sangat penting.
Pendidikan peringkat rendah ini adalah bertujun untuk melahirkan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan baik. Bersesuaian
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani. Bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari di peringkat sekolah.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran menulis ini hendaklah dikuasai oleh
murid-murid. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menyatakan
bahawa menguasai kemahiran menulis ini adalah penting dan dinyatakan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Kemahiran menulis adalah merujuk kepada kebolehan murid
mengolah buah fikiran melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan. Penulisa yang mantap adalah penulisan yang
mempunyai ayat yang gramatis, tanda baca dan ejan yang betul serta tulisan
yang kemas dan jelas.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan adalah merupakan satu aspek yang berkaitan
dengan kemahiran menulis yang terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu.
Kajian ini dijalankan adalah untuk menfokuskan kepada kemahiran
murid-murid mengolah dan mengembangkan idea semasa menulis
karangan. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid adalah kemahiran
menulis iaitu kemahiran mengarang karangan berbentuk fakta mahupun
bukan fakta.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Meningkatkan kemahiran mengolah dan mengembangkan idea untuk
menulis karangan bagi murid tahun 5 menggunakan jadual ISBAMIP.
ii. Meningkatkan penguasaan penggunaan jadual ISBAMIP dalam
kalangan murid tahun 5 untuk menghasilkan penulisan karangan.
SOALAN KAJIAN
157
i. Adakah jadual ISBAMIP dapat membantu murid tahun 5
meningkatkan kemahiran menulis karangan dan mengembangkan
idea?
ii. Adakah murid tahun 5 dapat menguasai teknik Jadual ISBAMIP untuk
mengembangkan idea dalam penulisan karangan?
PESERTA KAJIAN
Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai empat orang
murid daripada 19 murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah kebangsaan
daerah Tuaran. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada tiga orang murid
perempuan dan satu orang murid lelaki yang mempunyai tahap pencapaian
akademik yang berbeza.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji memilih Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) sebagai
panduan kepada penyelidikan yang dijalankan.
Perancangan Merancang tindakan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid
Merancang objektif yang sesuai dengan
masalah yang dihadapi.
Menyediakan soalan kajian berdasarkan
objektif.
Merancang pengumpulan data.
Tindakan Menjalankan ujian pra
Menjalankan intervensi jadual ISBAMIP yang
telah dirancang.
Menjalankan ujian pos
Pemerhatian Merekod hasil pemerhatian semasa ujian pra
dan ujian pos
Menganalisis data yang telah dikumpul.
Refleksi Melihat keberhasilan tindakan yang
dijalankan
Ulang tindakan jika perlu
158
Jadual 1: Langkah Pelaksanaan Tindakan
`KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Objektif Kajian Soalan Kajian Kaedah
Pengumpulan Data
i. Meningkatkan i. Adakah jadual - Ujian Pra dan
Ujian Pos
kemahiran mengolah dan ISBAMIP dapat
- Pemerhatian
mengembangkan idea untuk membantu murid tahun 5
- Ujian Pra dan
menulis karangan bagi meningkatkan kemahiran Ujian Pos
murid tahun 5 menggunakan menulis karangan dan - Analisis
Dokumen
jadual ISBAMIP. mengembangkan idea?
ii. Meningkatkan ii. Adakah murid
penguasaan penggunaan tahun 5 dapat menguasai
jadual ISBAMIP dalam teknik Jadual ISBAMIP
kalangan murid tahun 5 untuk mengembangkan
untuk menghasilkan idea dalam penulisan
penulisan karangan. karangan?
Jadual 2: Kaedah Pengumpulan Data
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra ini merupakan ujian yang diberikan kepada murid diawal kajian untuk
mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan juga tahap penguasaan murid. Hasil
ujian pra ini akan dijadikan sebagai kayu ukur kepada pengkaji untuk mengetahui
tahap kemampuan murid dalam kemahiran menulis dan mengarang.
Ujian pos pula merupakan ujian yang dilaksanakan selepas teknik atau
kaedah yang ingin dilaksanakan telah dipersembahkan. Soalan yang diajukan adalah
sama seperti soalan yang diajukan pada ujian pra. Ujian pos ini akan menampakkan
pencapaian murid.
159
Analisis Dokumen
Analisis dokumen ini dijalankan untuk menganalisis ujian pra dan ujian pos.
instrument ini dijalankan adal;ah bertujuan unutk menyokong dapatan kajian
dan juga persoalan kajian. Sebarang bentuk kesalahan mahupun
penambahbaikan akan dianalisis berdasarkan hasil kerja murid.
Pemerhatian
Pemerhatian yang dijalankan merupakan jenis pemerhatian tidak berstruktur
di mana pemerhatian akan dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Tujuan pemerhatian ini dijalankan adalah untuk
melihat kesediaan dan tahap minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
CARA MENGANALISIS DATA
Analisis Data Ujian
Pengkaji telah menjalankan ujian pra dalam bentuk lembaran kerja yang diberikan
kepada peserta kajian. Ujian pra mengkehendaki murid untuk menulis sebuah
karangan. Ujian pra ini dijalankan untuk menguji tahap kemahiran murid untuk
mengembangkan isi karangan. Pengkaji menyemak kertas ujian pra dan ujian pos
mengikut penetapan julat dan gred markah oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(2016).
Analisis Dokumen
Dalam melihat dan mengetahui permasalahan murid dalam kemahiran
mengembangkan isi karangan, pengkaji telah mengenal pasti permasalahan peserta
melalui kaedah analisis dokumen. Dalam melaksanakan kajian ini, analisis dokumen
dilakukan berpandukan daripada ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Pengkaji
telah menganalisis ujian pra dan ujian pos dan melihat beberapa kelemahan dan
masalah murid dalam mengembangkan isi karangan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
hasil ujian pra yang dijalankan. Pengkaji mendapati permasalahan yang timbul ketika
160
ujian pra yang saya jalankan. Berdasarkan analisis, karangan yang dihasilkan tidak
menepati rubrik penskoran yang telah diubahsuai berdasarkan sumber Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2016).
Borang Pemerhatian
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji telah membuat pemerhatian
terhadap pemerhatian peserta semasa melaksanakan ujian pra dan juga ujian pos
berdasarkan apa yang telah ditetapkan pada peserta. Terdapat lima item yang diajukan
dalam borang pemerhatian ini. Pemerhatian ini akan dinilai oleh pengkaji. Pengkaji
akan melakukan pemerhatian semasa peserta melaksanakan ujian pra dan ujian pos.
DAPATAN KAJIAN
Perbandingan Markah Ujian Pra dan
Ujian Pos
30 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4
20
10
0
Peserta 1
Ujian Pra Ujian Pos
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Graf 1: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Graf jelas menunjukkkan keempat-empat orang peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang ketaran dengan memperoleh markah yang
tinggi iaitu 17 dan ke atas. Dua orang peserta iaitu peserta 2 dan peserta 3
telah berjaya mendapat markah 20 manakala lagi dua peserta iaitu peserta 4
dan peserta 1 berjaya memperolehi 17 dan 18 markah. Ini membuktikan
bahawa peserta kajian telah mencapai tahap penguasaan yang sangat baik.
161
Markah Markah Perbezaan
Ujian Gred Ujian %
Peserta Pra % Gred Peratusan
Kajian Pos Markah
(%)
P1 8/25 32 D 18/25 72 B +40
P2 15/25 60 C 20/25 80 B +20
P3 13/25 52 C 20/25 80 B +28
P4 11/25 44 C 17/25 68 B +24
Jadual 3: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian
Jadual menunjukkan markah ujian pra, ujian pasca dan perbezaan markah
untuk peserta kajian ini. Secara keseluruhannya, keseluruhan peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang positif yang boleh diukur daripada ujian pra
dan ujian pos.
Analisis Dokumen Penambahbaikan
Bil. Kelemahan
1
2
162
3
Jadual 4: Kelemahan dan Penambahbaikan
Berdasarkan jadual dia atas, dapat dilihat kelemahan yang dihadapi oleh
peserta semasa menjalani ujian pra. Terdapat tiga kelemahan. Seterusnya
ialah penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh para peserta setelah
semasa menjalani ujian pos.
Analisis Pemerhatian Bilangan Bilangan
Peserta Peserta
Perkara Kajian Kajian
Sebelum Selepas
Dapat mengeluarkan idea yang baik Intervensi Intervensi
dan jelas pada isi karangan.
Dapat mengembangkan dan 2 3
menghuraikan idea dengan baik pada
isi karangan. -4
Dapat membina ayat yang baik pada - 3
setiap perenggan karangan.
Dapat memulakan perenggan yang 2 4
baru dengan baik. - 3
Dapat menulis karangan denghan
susunan yang baik dan kemas.
163
Jadual 5: Perbandingan Borang Pemerhatian Sebelum dan Selepas Ujian
Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian
Melalui data yang ditunjukkan dalam jadual di atas, saya dapat simpulkan
bahawa hampir semua peserta tidak dapat memenuhi kriteria yang
dikehendaki oleh borang pemerhatian. Setalah menjalani ujian pos pula,
hampir kesemua peserta dating mengeluarkan idea karangan dengan bagus.
REFLEKSI
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini merupakan satu inisiatif dalam
meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran bahasa Melayu.Kajian tindakan telah memberi peluang kepada
pengkaji untuk menghasilkan satu intervensi untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam
aspek kemahiran menulis iaitu menulis karangan. Intervensi yang telah
dihasilkan ini telah berjaya dilaksanakan terancang terhadap empat peserta
kajian. Melalui dapatan kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji, dapat
dibuktikan bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatkan yang ketara
apabila mengembangkan isi karangan. Dalam konteks ini, teknik Jadual
ISBAMIP telah berjaya membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan dalam kalangan murid tahun 5.
Bagi aspek kekuatan, teknik Jadual ISBAMIP yang dihasilkan oleh
pengkaji yang berwarna-warni dan menggunakan gambar yang menarik telah
berjaya menarik minat murid untuk mempelajari menulis karangan dengan
lebih baik dan menyeronokkan. Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail
(2013) dalam kajiannya menyatakan bahawa pembelajaran menyeronokkan
juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan warna
beserta dengan akronim dalam jadual yang disediakan dapat membantu
murid untuk memahami dan juga mengingati langkah yang perlu
diaplikasikan.
Teknik Jadual ISBAMIP ini amatlah berkesan dalam membantu
peserta kajian menguasai kemahiran mengembangkan isi karangan. Hal ini
dibuktikan dengan peningkatan penguasaan kemahiran menulis karangan
yang telah ditonjolkan oleh para peserta berdasarkan perbandingan markah
ujian pra dan pos, analisis dokumen seterusnya pemerhatian yang telah
dijalankan. Analisis dokumen terhadap ujian pra dan ujian pos yang diberikan
kepada peserta kajian juga menunjukkan peningkatan markah yang ketara
apabila peserta berjaya menguasai dan mengaplikasian teknik Jadual
ISBAMIP dalam menjawab ujian. Selain itu, berdasarkan pemerhatian yang
dijalankan. Pengkaji mendapati semua peserta menunjukkan peningkatan
yang sangat baik dalam melaksanakan penulisan karangan semasa ujian pra
dan pos dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang
dilaksanakan telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
164
mengolah dan mengembangkan idea untuk menulis karangan bagi murid
uasaan
penggunaan jadual ISBAMIP dalam kalangan murid tahun 5 untuk
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji mencadangkan untuk meneruskan kajian dengan menambahkan
unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu dengan mengadakan
satu penggabungan elemen audio dan juga visual supaya dapat boleh
menjadikan teknik ini lebih menarik, senang difahami dan diingati. Pengkaji
juga mencadangkan untuk melaksanakan teknik Jadual ISBAMIP ini kepada
peserta berlainan umur untuk kajian seterusnya. Kajian ini telah dijalankan
kepada peserta tahun 5. Pengkaji berharap dapat menjalankan kajian yang
telah ditambahbaik kepada peserta tahun 4 dan tahun 6.
165
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(2180-4842), 1-12. Muat turun daripada
http://journalarticle.ukm.my/2528/1/112_Jurnal_Pendidikan_Bahasa_Melayu.pdf
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2018). Bahasa Melayu (UPSR): Format Pentaksiran
mulai 2016. Shah Alam: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Harison Othman. Et.al. (2003). Penyelidikan Ke Arah Peningkatan Kemahiran Menyoal Dalam
Aktiviti Penulisan Karangan Bahasa Malaysia Dengan Menggunakan Kata Tanya
Bagi Kelas 2 Wawasan. Jurnal Bengkel Kajian Tindakan Tahun 2003, Kangar,
Perlis: Maktab Perguruan Perlis, ms 128-138
166
MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF BESAR DAN
TANDA NOKTAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
MENGGUNAKAN
TEKNIK ORIGAMI KEKUNA
NICKY BRADLEY TONY
Simon bin Gihol
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,
Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah
murid-murid yang sering melakukan kesalahan dalam memulakan binaan ayat
dengan huruf kecil. Kajian ini turut dijalankan untuk membantu murid-murid yang
sering tidak meletakkan tanda noktah pada penghujung binaan ayat mereka. Subjek
kajian ini terdiri daripada empat orang murid tahun 4 yang dikenalpasti sering
melakukan kesalahan menggunakan huruf kecil pada permulaan ayat dan tidak
menggunakan tanda noktah pada penghujung ayat. Data diperolehi melalui beberapa
instrumen kajian seperti ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian, borang soal
selidik dan analisis dokumen. Manakala, intervensi yang dilakukan ke atas murid-
murid tersebut adalah dengan menggunakan origami yang dinamakan sebagai
-murid dalam
binaan ayat. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan origami KeKuNa
sangat membantu keempat-empat murid tersebut dalam memperbaiki kesalahan
kebiasaan mereka iaitu menggunakan ayat kecil pada permulaan ayat dan tidak
menggunakan tanda noktah pada penghujung ayat. Secara umumnya, kajian ini
dapat memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan keseronokan sambil
belajar terhadap murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berlaku.
PENDAHULUAN
Penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai pembelajaran bahasa yang amat
penting dan juga dikategorikan dalam subjek wajib lulus semakin lama semakin
dianggap kurang penting sehingga disebut sebagai mata pelajaran yang tidak
menyeronokkan dalam kalangan murid di sekolah. Masalah yang berlaku sering kali
dikaitkan dengan teknik dan corak pengajaran guru yang masih berkonsepkan
tradisional dan tidak cukup dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlangsung dalam bilik
darjah. Menurut Awang Sariyan (2004), dalam buku Teras Pendidikan Bahasa
Melayu, beliau menyatakan bahawa penghayatan pendidik BM dalam hal yang
berkaitan dengan soal-soal konseptual pendidikan bahasa dan pendidikan BM masih
kurang memuaskan.
167
Subjek BM masih lagi dianggap sukar oleh sesetengah murid sama ada atas
kerumitan hukum-hukum dan konsep bahasa itu sendiri atau disebabkan oleh teknik
PdP
beberapa kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang murid iaitu
kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, seni
bahasa dan tatabahasa. Oleh yang demikian, penguasaan murid terhadap
kemahiran-kemahiran ini amat bergantung kepada keupayaan dan kreativiti guru
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping
berusaha dalam menyelesaikan apa pun masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid.
Namun demikian, penguasaan kemahiran-kemahiran dalam subjek BM
bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Dengan persediaan dan
pengetahuan yang mendalam terhadap strategi dan pendekatan yang sesuai dengan
minat murid, dapat dijadikan sebagai langkah yang paling bijak. Melalui pelaksanaan
kajian tindakan ini, pengkaji ingin mencuba sejauh mana pendekatan menggunakan
origami kekuna dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis dalam
kalangan murid yang menghadapi masalah dalam menggunakan huruf kecil pada
permulaan dan tidak meletakkan tanda noktah pada penghujung binaan ayat. Hal ini
kerana, kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang amat penting untuk
dikuasai dalam subjek BM. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2012) dalam buku
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, menulis merupakan satu proses untuk
menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan. Justeru,
guru pelatih berharap agar pelaksanaan kajian tindakan ini dapat membantu kelima-
lima murid yang telah dikenalpasti dalam mencapai kemahiran menulis yang lebih
baik.
SOROTAN KAJIAN
Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak hanya bergantung
kepada kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap
dan kepedulian murid terhadap bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang
paling penting. Misalnya, sikap positif atau negatif murid terhadap sesuatu
pembelajaran bahasa itu akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan kecekapan
berbahasa. Hal ini bertepatan dengan pandangan Mansoer Pateda (1990) yang
berpendapat bahawa sikap yang ditunjukkan oleh seseorang menunjukkan sejauh
mana minatnya terhadap sesuatu.
Pemilihan bahan yang sesuai amat penting kerana ianya merupakan faktor yang
mempengaruhi minat murid untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa
dan berinteraksi dengan lebih berkesan (Abdul Ghani, 1996). Justeru, penggunaan
medium pengajaran yang pelbagai dan menarik perlu diaplikasikan dalam
pengajaran guru agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah yang
aktif serta mampu melibatkan murid secara langsung. Hal ini disokong dalam
pernyataan Omardin (1999) yang menyatakan bahawa sumber dan bahan
pengajaran guru perlulah menarik, dapat mengekalkan dan mengembangkan minat
murid serta mampu menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Malah, guru
juga perlu memastikan bahawa diri mereka mampu menguasai teknologi maklumat
seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Hal ini demikian kerana,
dengan penggunaan media elektronik, grafik, pengisisan komputer dan sebagainya
168
juga dapat membentuk daya pemikiran kreatif serta memperkukuhkan persepsi
positif murid terhadap proses PdP yang dijalankan oleh guru BM.
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang sangat
penting untuk dikuasai oleh murid-murid khususnya di peringkat sekolah rendah
kerana penguasan yang baik pada kemahiran ini akan membantu murid itu sendiri
untuk menghasilkan penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman dengan menggunakan ayat yang gramatis, penggunaan tanda baca,
ejaan yang betul serta tulisan yang kemas.
Siti Saadiah binti Osman (2012) menyatakan bahawa kemahiran menulis amat
penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid. Maka, murid-murid tidak boleh
memandang remeh terhadap aspek-aspek yang terdapat dalam penulisan kerana
perkara ini boleh menganggu proses perkembangan murid dalam kemahiran
menulis. Isu seperti kegagalan tanda baca (huruf besar dan tanda noktah) perlu
diatasi dengan segera agar murid mampu menghasilkan penulisan karangan yang
lebih baik sekaligus mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan mereka kelak.
n Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 3 Mawar
Tubi Menggunakan Warna Dapat Meningkatkan Penulisan Huruf Besar Dalam
Kalangan Murid-
Masalah Penulisan Huruf Besar Melalui Teknik Latih tubi Menggunakan Warna
Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 3 Melalui Teknik Warna
telah menjadi sebahagian daripada rujukan pengkaji untuk membuat kajian
mengenai penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Hal ini demikian kerana, kajian
yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang telah menjalankan kajian ini dengan
menekankan dan menggunakan teknik warna untuk mengesan kesalahan
penggunaan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda noktah pada akhir ayat, telah
memberi idea serta gambaran kepada pengkaji untuk memasukkan elemen warna
ini dalam origami KeKuNa yang akan diterapkan semasa proses intervensi
dilaksanakan. Malah dengan warna yang ada, ianya dapat menarik perhatian murid
sekaligus memudahkan mereka untuk mengingat maklumat penting melalui warna
yang terdapat dalam origami KeKuNa ini.
Bukan itu sahaja, melalui rujukan dalam kajian yang dijalankan oleh Zaharin bin
ulisan Huruf
Dalam Penggunaan Tanda Baca Titik Noktah, Tanda Seru dan Koma Dengan
ggunaan Huruf Besar Di Awal Ayat Dan Kata Nama Khas
(2015) telah memberi idea dan ilmu pengetahuan baharu kepada pengkaji bahawa
kaedah ansur maju merupakan kaedah yang berkesan dalam menambahbaik
amalan pengajaran guru di dalam kelas. Beliau juga menekankan kepentingan
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sebagai bahan yang sememangnya
dapat meningkatkan kefahaman murid selain merangsang minat serta sikap murid
ke arah yang lebih positif. Oleh yang demikian, pengkaji akan menerapkan kaedah
ansur maju dalam proses intervensi yang akan dilaksanakan dalam kajian tindakan
169
ini sekaligus menitikberatkan penggunaan origami KeKuNa sebagai BBM yang
sudah tentunya dapat meningkatkan motivasi murid untuk meningkatkan kemahiran
menulis huruf besar dan tanda noktah.
Justeru, melalui kajian tindakan yang dilaksanakan ini, pengkaji menggunakan
origami KeKuNa sebagai medium untuk mempelbagaikan pengajaran dalam subjek
BM dengan memfokuskan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kelima-
lima murid yang sering melakukan kesalahan-kesalahan dalam kemahiran menulis.
Dengan pengetahuan sedia ada kelima-lima murid ini terhadap penggunaan origami
iaitu permainan yang cukup dikenali dan digemari pada peringkat umur kanak-kanak,
iainya akan lebih memudahkan mereka untuk mengaplikasikan penggunaan origami
KeKuNa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
METODOLOGI
Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang dikenali sebagai kaedah campuran
atau mixed method. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah yang menggabungkan
antara pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Namun demikian, pengkaji
lebih memfokuskan kepada pendekatan kualitatif berbanding pendekatan kuantitatif.
Pendekatan kualitatif merupakan kaedah penyelidikan yang mengkaji
kepada sesuatu fenomena dan situasi dalam konteks sebenar atau semula jadi.
Pendekatan ini juga menggunakan kaedah inkuiri yang bukan bersifat statistikal.
Misalnya, pengkaji akan mendapatkan kefahaman mendalam daripada subjek kajian
melalui sikap, emosi, kepercayaan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh subjek
kajian. Selain itu, kaedah penyiasatan untuk menjawab
kajian ke atas keempat-empat murid dalam meningkatkan penguasaan penggunaan
huruf besar dan tanda noktah, pengkaji telah menggunakan kaedah yang berbentuk
kualitatif seperti pemerhatian dan juga analisis dokumen.
Manakala, pendekatan kuantitif pula merupakan kaedah penyelidikan yang
dikaitkan dengan data berangka yang bersifat ketepatan. Data yang diambil dalam
pendekatan ini dianalisis dengan ujian statistik dan masalah kajian yang dinyatakan
dalam bentuk hipotesis (Chua, 2006). Pengkaji juga akan menggunakan borang soal
selidik untuk mendapatkan data mengenai sebelum dan selepas murid
menggunakan origami KeKuNa. Di samping itu, pengkaji menjalankan ujian pra dan
ujian pos dalam pendekatan kuantitatif untuk menilai dan melihat keberkesanan
penggunaan origami KeKuNa dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf
besar pada pangkal ayat dan tanda noktah pada penghujung ayat.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Dapatan Melalui Perbandingan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Kedua-dua ujian ini adalah sama iaitu pengkaji meminta murid untuk membuat
aktiviti menulis secara imlak berdasarkan petikan teks yang dibaca oleh guru.
Perbezaan pencapaian markah yang dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos
yang telah dilaksanakan, dapat menunjukkan kemajuan dan pencapaian keempat-
empat murid. Dengan perbezaan markah antara kedua-dua ujian ini, ianya dapat
memberi gambaran dan bukti keberkesanan proses intervensi yang dilaksanakan
bersama subjek kajian melalui penggunaan origami KeKuNa yang telah
diperkenalkan. Jadual 7.1.3 (a) menunjukkan perbandingan skor markah ujian pra
dan ujian pos subjek kajian.
170
Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan Skor
Skor Markah Skor Markah Markah
P1 1/8 8/8 7
P2 3/8 8/8 5
P3 1/8 8/8 7
P4 3/8 8/8 5
Jadual 7.1.3 (a): Perbandingan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan jadual 7.1.3 (a), jelas dilihat bahawa terdapat peserta kajian
yang mendapat markah di tahap minimum iaitu kurang daripada 3 markah semasa
ujian pra jika dibanding dengan ujian pos. Dalam ujian pos, keempat-empat peserta
kajian berjaya mendapat markah penuh iaitu di tahap cemerlang.
Perbezaan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Skor Markah 10
8
6 P2 P3 P4
4 Peserta
2
0
P1
UJIAN PRA UJIAN POS
Rajah 7.1.3 (b): Graf Perbandingan Skor Markah Peserta Kajian
Berdasarkan dapatan daripada ujian pra dan ujian pos yang dijalankan, P1
dan P3 mempunyai peningkatan skor markah tertinggi iaitu sebanyak 7 markah.
Manakala P2 dan P4 mempunyai peningkatan skor markah sebanyak 5 markah.
Secara keseluruhanya, keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dengan memperolehi markah penuh sekaligus berada di tahap
cemerlang pada ujian pos. Hal ini membuktikan bahawa, proses-proses intervensi
yang dilaksanakan menggunakan origami KeKuNa telah berjaya meningkatkan
penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda
noktah pada akhir ayat.
Dapatan Melalui Analisis Dokumen
Berdasarkan dua analisis dokumen yang dijalankan iaitu latihan semasa
intervensi dan latihan lembaran kerja, didapat bahawa peserta sememangnya
mampu menggunakan huruf besar dan tanda noktah pada binaan ayat mereka.
Namun demikian, pengkaji mendapati terdapat murid yang tidak dapat menulis
dengan jelas huruf-
171
dan mengetahui perbezaan antara huruf kecil dan huruf besar tersebut, namun atas
faktor cara menulis murid yang masih belum cukup diasah menyebabkan mereka
melakukan kesalahan ini sehingga mendapat markah yang rendah dalam aktiviti
penulisan. Malah ini juga menjadi peranan kepada pemeriksa kertas jawapan murid
untuk sentiasa teliti dalam memeriksa huruf-huruf yang ditulis oleh murid, kerana
terdapat murid yang telah meletakkan huruf besar yang betul namun dilihat salah
oleh pemeriksa kerana tulisan yang kurang jelas.
Bukan itu sahaja, pengkaji juga mendapati murid terkadang membuat
kesilapan sama terhadap penggunaan huruf besar dan tanda noktah semasa
membina ayat kerana ketiadaan origami KeKuNa. Justeru, pengkaji mencadangkan
agar setiap murid mempunyai origami KeKuNa ini dengan hasil tangan mereka
sendiri dan bimbingan daripada pengkaji. Ini sudah tentunya dapat meningkatkan lagi
motivasi murid untuk mengapikasikan origami KeKuNa serta memastikan mereka
tidak mengulangi kesilapan yang sama kerana masing-masing telah memiliki origami
KeKuNa yang dicipta sendiri. Tambahan pula, pengkaji perlu terus memastikan
peserta kajian yang terlibat terus diberikan latihan pengukuhan yang berterusan dan
beransur maju daripada binaan ayat yang mudah, karangan ringkas dan karangan
panjang. Hal ini akan membantu pengkaji untuk dapat menganalisis perkembangan
penguasaan peserta dan seterusnya memberi pendekatan yang relevan mengikut
permasalahan yang dihadapi oleh peserta.
Dapatan Melalui Pemerhatian
Berdasarkan hasil dapatan pemerhatian sebelum proses intervensi dijalankan,
pengkaji mendapati bahawa dua orang peserta menghadapi masalah dalam
menggunakan huruf besar kerana tidak menggunakan huruf besar semasa
memulakan ayat. Manakala dua lagi peserta kajian yang lain hanya mengulangi
kesilapan penggunaan huruf besar beberapa kali dan tidak konsisten. Selain itu,
keempat-empat peserta kajian sememangnya boleh menulis huruf kecil dengan betul
dan tepat kerana semua peserta kajian telah mengenali huruf-huruf kecil yang
terdapat dalam Bahasa Melayu. Di samping itu, pengkaji juga sukar menjangka
kelemahan keempat-empat peserta kajian dalam penggunaan tanda noktah dan
menulis ayat tanpa bimbingan guru. Hal ini kerana, penguasaan murid dalam
menggunakan tanda noktah adalah tidak konsisten dan pengkaji melihat terdapat
peserta yang berbincang semasa melakukan aktiviti binaan ayat. Pengkaji kurang
pasti sama ada, peserta berbincang mengenai penggunaan huruf besar dan tanda
noktah atau berbincang kerana tidak tahu cara membina ayat tanpa bimbingin guru
atau rakan murid.
Berdasarkan hasil dapatan pemerhatian selepas intervensi, pengkaji mendapati
bahawa semua peserta kajian berjaya berada di tahap yang cemerlang bagi semua
aspek yang diingini. Walaubagaimanapun, kebanyakan daripada peserta kajian lebih
sering membina ayat tunggal berbanding ayat majmuk. Peserta memerlukan
bimbingan daripada guru untuk membina ayat majmuk bagi memastikan penggunaan
kata hubung sesuai dengan kehendak tugasan. Namun secara keseluruhannya,
keempat-empat peserta berjaya menguasai penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat. Melalui pemerhatian selepas
intervensi, pengkaji juga mendapati penggunaan origami KeKuNa dan latihan secara
ansur maju sememangnya berkesan kerana berjaya merangsang motivasi dan
memudahkan peserta kajian untuk memahami serta menguasai penggunaan huruf
besar dan tanda noktah melalui warna dan simbol pada origami KeKuNa.
172
Dapatan Melalui Soal Selidik
Jadual 5.4
Perbandingan Hasil Dapatan Sebelum dan Selepas Intervensi
BIL ITEM KRITERIA
YA TIDAK
Sebelum Selepas Sebelum Selepas
f P(%) f P(%) f P(%) f P(%)
1 ITEM 1 2 50 4 100 2 50 0 0
2 ITEM 2 2 50 4 100 2 50 0 0
3 ITEM 3 1 25 4 100 3 75 0 0
4 ITEM 4 2 50 4 100 2 50 0 0
5 ITEM 5 2 50 4 100 2 50 0 0
f= Frekuensi P=Peratus
Perbandingan Soal Selidik Sebelum dan Selepas
Intervensi
150
PERATUS 100
50
0 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5
ITEM 1 ITEM
SEBELUM SELEPAS
Rajah 5.4: Graf Perbandingan Peratus Soal Selidik Sebelum dan Selepas Intervensi
Jadual dan graf di atas menunjukkan data-data hasil daripada soal selidik
yang dijalankan sebelum dan selepas proses intervensi dengan teknik menggunakan
origami KeKuNa dilaksanakan. Berdasarkan rajah 5.4, peningkatan sebanyak 50%
iaitu daripada 50% hingga 100% telah berjaya dicapai oleh peserta kajian dalam item
1, item 2, item 4 dan item 5. Selepas proses intervensi dilaksanakan, peserta kajian
telah menunjukkan minat dalam subjek Bahasa Melayu dan kemahiran menulis serta
dapat mencapai penguasaan yang cemerlang dalam penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat selepas diperkenalkan dengan
teknik menggunakan origami KeKuNa.
Manakala, peningkatan tertinggi yang telah dicapai oleh peserta kajian
adalah sebanyak 75% iaitu perubahan daripada 25% hingga 100% pada item ketiga
iaitu peserta kajian dapat membezakan huruf besar (A-Z) dan huruf kecil (a-z) yang
terdapat dalam Bahasa Melayu. Perkara ini amat penting dalam membantu peserta
kajian untuk menguasai penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dengan huruf
besar yang betul.
Berdasarkan analisis item-item di atas, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa teknik menggunakan origami KeKuNa sememangnya dapat meningkatkan
173
penguasaan penggunaan huruf besar dan tanda noktah dalam kemahiran menulis
murid. Hal ini demikian kerana, warna-warna, bentuk dan beberapa simbol yang ada
pada origami KeKuNa telah memudahkan murid untuk mengingati sesuatu maklumat
sekaligus meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan
adanya penglibatan murid secara penuh dalam menggunakan origami KeKuNa.
Justeru, analisis keseluruhan data melalui soal selidik ini dapat menjawab persoalan
kajian pertama dan kedua dalam kajian ini.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji melihat terdapat peningkatan
yang baik dalam kemahiran menulis peserta dengan menggunakan origami KeKuNa.
Hal ini membuktikan bahawa penggunaan origami KeKuNa dapat merangsang
pemikiran peserta untuk lebih aktif dalam memahami topik pelajaran. Oleh yang
demikian, pengkaji berpendapat bahawa fungsi origami KeKuNa ini boleh diubahsuai
mengikut objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Misalnya, pengkaji
mencadangkan kegunaan origami KeKuNa akan diubah suai bagi pencapaian isi
pelajaran yang lain seperti meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar bagi
kata nama khas dan penggunaan tanda baca yang lain seperti tanda koma, tanda
seru, tanda soal yang boleh dijadikan sebagai intervensi pada kajian yang akan
datang.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian akan datang
dilaksanakan dengan fokus kajian iaitu meningkatkan penguasaan murid dalam
kerana, penulisan huruf besar dan huruf kecil bagi kedua-dua huruf ini sering
menimbulkan permasalahan dalam penulisan murid yang menyebabkan mereka
boleh kehilangan markah. Oleh itu, pengkaji seterusnya boleh memperkenalkan
teknik yang dapat membantu murid yang menghadapi masalah sedemikian.
Akhir sekali, pengkaji berharap agar tempoh pelaksanaan penyelidikan ini
dapat dipanjangkan agar pengkaji dapat menjalankan kajian tindakan dengan
secukupnya tanpa terburu-buru. Malah, masa yang mencukupi akan membantu
pengkaji untuk memurnikan lagi bahan atau inovasi yang akan digunakan sebagai
proses intervensi yang akan dilaksanakan.
RUMUSAN
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji merumuskan
bahawa penguasaan peserta kajian dalam menggunakan huruf besar dan tanda
noktah dalam kemahiran menulis menunjukkan prestasi peningkatan yang ketara.
Hal ini dapat dibuktikan melalui perbandingan pencapaian peserta kajian semasa
ujian pra dan ujian pos yang menunjukkan perbezaan besar. Malah, melalui latihan-
latihan secara ansur maju semasa intervensi dilaksanakan, peserta kajian
menunjukkan perkembangan yang positif dan meningkat. Namun, peningkatan ini
tidak akan berlaku, sekiranya pengkaji tidak memperkenalkan origami KeKuNa
kepada peserta kajian. Hal ini demikian kerana, kegunaan origami KeKuNa amat
membantu peserta kajian dalam memahami dan menguasai penggunaan huruf besar
dan tanda noktah semasa aktiviti menulis.
Bukan itu sahaja, pengkaji juga amat berasa gembira dan terharu apabila
melihat peserta kajian yang sebelum ini tidak dapat menulis huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat mampu membuktikan bahawa
mereka boleh melaksanakannya dengan lebih baik dan penuh keyakinan tanpa
174
melihat pada jawapan rakan-rakan yang lain semasa ujian pos dilaksanakan. Malah,
ini dapat memberi suntikan motivasi kepada pengkaji bahawa sebagai pendidik, kita
perlulah sentiasa memberi peluang kepada murid-murid yang lemah dalam
menguasai topik pelajaran dan berusaha memberi pendekatan yang pelbagai serta
kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi murid.
Pendekatan yang pelbagai dapat dicontohi dengan origami KeKuNa yang
digunakan oleh pengkaji dalam membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan
dalam menggunakan huruf besar dan tanda noktah semasa menulis. Pengkaji
berasa terharu apabila peserta kajian begitu menunjukkan motivasi dan semangat
mahu mengikuti proses intervensi selepasa sahaja origami KeKuNa diperkenalkan
kepada mereka. Tambahan pula, peserta kajian dilihat begitu tertarik dengan bentuk,
simbol dan warna yang terdapat pada origmai KeKuNa di samping mudah
diaplikasikan dalam melatih peserta kajian untuk menguasai penggunaan huruf besar
dan tanda noktah dalam kemahiran menulis.
175
RUJUKAN
Buku
Abdul Ghani Abdullah et. al. (1996). Humor dalam Pengajaran. Selangor: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (2003). Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia:
Percetakan (M) Sdn. Bhd.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia. (2012). Kursus Orientasi KSSR JU
Kebangsaan- Kemahiran Menulis. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Bahagian Pendidikan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Choong. L. K. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor, Malaysia: U.G Press Sdn. Bhd.
Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong:
PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Lee Keok Cheong. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.Kuala Lumpur: Freemind Horizon.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2012). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jurnal
Abdul Momen Jitun. (2015). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi
Murid Tahun 3 Mawar Menggunakan Teknik Warna. Sabah Malaysia: Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent.
Helda Pilim. (2015). Meningkatkan Penguasaan Tanda Baca Koma dan Noktah Murid Dalam
Bacaan Melalui Teknik Lampu Isyarat. Sabah, Malaysia: Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent.
Rosna Tagong. (2012). Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 3
Melalui Teknik Warna. Sabah, Malaysia: Institut Pendidikan Guru Kampus
Kent.
Suriana Kadir. (2015). Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Di Awal Ayat Dan Kata
Nama Khas Murid Tahun Empat Menggunakan Kaedah Ansur Maju
BaGaSas. Sabah, Malaysia: Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
Web
Cara Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan. Diakses pada 24 Oktober 2020, dari
https://www.pascasiswazah.com/cara-menulis-cadangan-penyelidikan-2/
Contoh Kertas Cadangan Penyelidikan. Diakses pada 25 Oktober 2020, dari,
https://www.academia.edu/36190759/CONTOH_KERTAS_KERJA_CAD
NGA PENYELIDIKAN
Zaharin bin Liam. (2012). Kesan Kaedah Ansur Maju Dalam Membetulkan Tulisan
Huruf Besar dan Huruf Kecil Murid Tahun Empat. Diperoleh dari
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/20%20
ARTIKEL%20ZAHARIN.pdf
176
MENILAI KEBERKESANAN TEKNIK PEMBARIS ILMU
SAS-PREMBIBA UNTUK MEMPERLUASKAN AYAT
TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
NOR SHAZWANIEY BINTI MUSTAFFAR
Noor Salawati binti Abu Bakar
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,
Sabah
([email protected])
ABSTRAK
Abstrak kajian ini dihasilkan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik
Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA yang dibangunkan terhadap murid-murid sekolah
rendah. Kajian ini dihasilkan oleh kerana kelaziman murid dalam penghasilan ayat
yang pendek dan kurang gramatis. Ayat pula merupakan binaan lengkap susunan
perkataan yang memberi makna atau maksud dalam proses pertuturan atau
komunikasi. Setiap unsur atau perkataan dalam binaan ayat mempunyai pola-pola
yang mempunyai fungsinya tersendiri.Oleh sebab itu, teknik ini dibangunkan untuk
membantu murid memperluaskan ayat menggunakan teknik dan kaedah yang betul
serta memudahkan mereka untuk memahami konsep peluasan subjek dan predikat
dengan betul. Sehubungan dengan itu, seramai lima orang murid tahun lima dari
Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu telah terlibat dalam kajian ini
sebagai responden kerana mengalami kekeliruan untuk memahami tajuk peluasan
subjek dan predikat. Proses pengumpulan maklum balas instrumen soal selidik ini
dijana secara bersemuka semasa praktikum fasa dua dilaksanakan. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian bagi memperoleh data kajian iaitu
melalui analisis dokumen, soal selidik, senarai semak, ujian pra dan pos. Seramai
lima orang murid daripada negeri ini telah memberikan kerjasama dan maklum balas
serta terlibat sebagai peserta kajian. Data kajian yang diperoleh direkodkan secara
kualitatif berdasarkan cara penilaian yang dijalankan. Hasil kajian menunjukkan
respon yang positif daripada murid namun masih perlu ditambahbaik untuk masa
akan datang. Hasil teknik serta persepsi maklum balas ini boleh diguna pakai oleh
penyelidik dan diharap dapat dikongsi bersama untuk menghasilkan murid yang
berkualiti.
Kata kunci: ayat tunggal, peluasan subjek dan predikat, ujian pra dan pasca
177
PENGENALAN
Bidang sintaksis adalah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum cara perkataan disusun di dalam ayat. Unsur-unsur yang dikaji dalam
sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua
konstituen utama, iaitu frasa subjek dan predikat. Namun begitu, sesebuah ayat yang
dibina oleh frasa subjek dan predikat mestilah diperluaskan supaya ayat lebih
gramatis. Jika hanya satu jenis ayat sahaja digunakan, pembaca akan mudah
merasa jemu dan bahan bacaan menjadi tidak menarik terutamanya bagi ayat
tunggal.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi
satu klausa sahaja, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen
predikat. Sekiranya ayat tunggal ini dibina tanpa proses perluasan, ayat ini akan
menjadi ayat yang pendek dan tidak gramatis. Ayat yang mengandungi perluasan
ialah ayat terbitan yang mana berasal daripada ayat dasar. Proses perluasan
bermaksud satu proses perubahan makna perkataan dari yang lebih khusus kepada
yang lebih umum atau dari yang lebih sempit kepada yang lebih luas ayatnya. Proses
ini berlaku disebabkan oleh penambahan atau perluasan makna. Pada mulanya,
sesuatu ayat itu hanya mempunyai satu makna sahaja, namun apabila diperluaskan
ayat , ayat tersebut akan menjadi banyak makna yang dapat disampaikan. Namun
begitu, murid sering kali mempunyai masalah dalam proses perluasan ayat tunggal
ini sebagaimana menurut Lileas Suryani (2012), murid mampu membina ayat tunggal
sahaja dan tidak mampu mengembangkannya.
PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan proses PdP bagi matapelajaran bahasa Melayu yang telah disampaikan
oleh pengkaji semasa menjalankan praktikum di sebuah sekolah di Kuala Berang.
Pengkaji telah menghadapi masalah apabila murid tidak dapat menguasai kemahiran
perluasan ayat tunggal. Murid tidak dapat perluaskan ayat tunggal dengan betul dan
gramatis. Murid hanya menghasilkan ayat yang pendek dan terhad. Murid juga
banyak bergantung idea daripada bimbingan guru dan tidak menggunakan
kemahiran berfikir sehingga membuat ayat yang dibina menjadi pendek dan tidak
lengkap. Mereka menggunakan semula idea yang diberikan oleh guru semasa
mengajar tanpa mengeluarkan buah fikiran sendiri. Meskipun telah diberi teguran dan
peringatan, namun murid masih melakukan kesalahan yang sama.
OBJEKTIF KAJIAN
3.1.1 Membina ayat yang menepati konsep perluasan ayat tunggal
menggunakan Pembaris Ilmu SAS- PREMBIBA.
3.1.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat tunggal
menggunakan Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan Model Kajian Kurt Lewin (1946) sebagai
panduan untuk memastikan kajian ini dilaksanakan dengan betul dan tepat. Hal ini
kerana, menurut Kurt Lewin (1947), kajian tindakan merupakan salah satu bentuk
pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses pdpc
di sekolah.
178
Jadual 1 : Prosedur Penyelidikan Tindakan
Peringkat Model Prosedur Penyelidikan Tindakan
Kurt Lewin (1948)
Perancangan Perancangan yang tersusun mampu mengenal pasti
masalah murid dan menjayakan sesebuat kajian. Pengkaji
merancang membuat pemerhatian, soal selidik dan teknik
yang bersesuaian untuk mencari penyelesaian bagi
masalah yang muncul iaitu masalah perluasan dalam ayat
tunggal.
Tindakan Teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA diperkenalkan
kepada murid. Sebelum diperkenalkan, pengkaji kenalkan
subjek dan predikat terlebih dahulu. Terdapat empat
langkah tindakan yang dilaksanakan supaya dapat
memberi latih tubi kepada murid. Intervensi ini dilaksanakan
untuk menilai tahap penguasaan murid semasa
menggunakan pembaris ilmu dan tidak menggunakan
pembaris ilmu meskipun telah diperkenalkan teknik
Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
Pemerhatian Empat instrumen yang dilaksanakan iaitu ujian bertulis,
ujian lembaran kerja, pemerhatian dan soal selidik dinilai
untuk mengenal pasti keberkesanan teknik yang
digunakan. Tambahan pula, jikalau tidak berhasil, pengkaji
akan menggunakan teknik yang baharu untuk diaplikasikan
kepada murid supaya mereka mudah memahami konsep
perluasan dalam ayat tunggal.
Refleksi Refleksi keseluruhan dilaksanakan merangkumi
percapaian setiap perancangan, tindakan, dan pemerhatian
yang dijalankan. Keputusan ini yang mengesahkan sama
ada kajian ini dilaksanakan dengan berjaya atau tidak.
Langkah Tindakan Jadual 2 : Langkah Tindakan
Pertama
Kandungan
Kedua
Pengkaji mengedarkan dua kotak iaitu kotak subjek dan
Ketiga kotak predikat manakala murid perlu memilih satu kertas
Keempat daripada kedua-dua kotak tersebut. Murid perlu
menggolongkan kertas tersebut ke dalam golongan subjek
atau predikat. Apabila selesai, pengkaji menerangkan
kepada murid mengenai subjek dan predikat secara lebih
meluas dan mendalam.
Pengkaji menerangkan kepada murid penggunaan
Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA. Pengkaji
memperkenalkan pembaris melalui kata kunci dan warna
kotak kata kunci. Perkenalan kata kunci melalui singkatan
akronim dan warna bagi memudahkan murid mengingati
kata kunci tersebut. Pengkaji memperkenalkan teknik
Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA kepada murid.
Murid perlu membina lima ayat menggunakan pembaris
ilmu tersebut berdasarkan gambar rajah yang diberi.
Pengkaji mengedarkan kepada murid pembaris ilmu tanpa
179
kata kunci. Murid perlu mengisi kata kunci berdasarkan
warna dan nama pembaris ilmu tersebut. Pengkaji meminta
pengkaji membina lima perluasan ayat tunggal berdasarkan
gambar rajah tanpa menggunakan pembaris ilmu tersebut.
Pembaris ilmu merujuk teknik yang dibuat dalam bentuk pembaris dan diajar
dengan kata kunci yang dapat membantu murid mengembangkan idea mereka untuk
membina ayat tunggal. Dalam teknik ini, terdapat enam kata kunci yang boleh
digunakan oleh murid untuk mengembangkan ayat tunggal iaitu siapa, sifat, apa,
bagaimana, bila, dan mana. Perkataan SAS ini terdiri daripada singkatan sifat dan
siapa dalam perluasan subjek. Berikut merupakan makna daripada akronim
PREMBIBA iaitu :
AKRONIM Jadual 3 : Makna Akronim PREMBIBA
PRE MAKNA
M
BI Predikat
B
A Mana
S Bila
Bagaimana
Apa
Siapa
Pemilihan warna yang sesuai dapat membantu untuk merangsang minat dan
tumpuan seseorang murid di dalam kelas. Warna memudahkan murid untuk
mengingati sesuatu dengan mudah. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan warna-
warna yang berbeza berdasarkan perkataan awal kata kunci tersebut.
Mana
(Merah)
Bagaimana
(biru)
Bila
(biru)
Rajah 1 : Warna Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
180
Menurut Zakaria (2020), teknik menganalisis data adalah proses mencari data,
menyusun secara sistematik data dengan cara mengorganisasikan data ke dalam
kategori, unit-unit, melakukan sintesis, menyusun dalam pola, memilih mana yang
penting untuk dipelajari, dan membuat kesimpulan yang boleh diceritakan kepada
orang lain. Berdasarkan pendapat ahli ini, dapat disimpulkan bahawa cara
menganalisis data ialah proses dalam suatu penyelidikan yang dilakukan setelah
pengumpulan data, menganalisis, mengolah, mengorganisasi dan menyusun
kemudian membuat simpulan daripada hasil keseluruhan penyelidikan tersebut.
Jadual 4 : Cara Menganalisis Data
Kaedah Pengumpulan Instrumen Kajian Cara Menganalisis Data
Data
Ujian bertulis Ujian Pra dan Ujian Markah dan peratus
Pos
Analisis dokumen Langkah tindakan Markah dan peratus
ketiga dan keempat
Borang soal selidik Borang soal selidik Peratus
Pemerhatian Pemerhatian Peratus
berstruktur
ANALISIS DATA UJIAN PRA DAN POS
Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan
Ujian Pos
200 28 68 8 80 16 96 40 80 28 64
0 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
Murid 1
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 3 : Perbandingan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan hasil dapatan daripada ujian pra dan ujian pos, terdapat
perbandingan skor markah bagi kedua-dua ujian menunjukkan terdapat perbezaan
yang sangat ketara selepas murid menjalani tindakan yang ditadbirkan oleh pengkaji
iaitu teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA. Secara keseluruhan, terdapat
peningkatan terhadap prestasi murid dalam kemahiran perluasan ayat tunggal.
Melalui jadual 6.1.1.2 (a) dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat murid 1 yang
mempunyai peningkatan skor markah sebanyak 10 markah iaitu 40 peratus. Bagi
murid 2 pula, perbezaan markahnya sebanyak 18 markah iaitu 72 peratus manakala
markah murid 3 paling ketara perbezaan iaitu 20 markah sebanyak 80 peratus. Bagi
murid 4 dan 5 pula, perbezaan markah ujian pra dan pos mereka iaitu 10 dan 9
markah mewakili 40 peratus dan 36 peratus. Melalui ujian ini, data-data menunjukkan
semua murid telah menunjukkan kesungguhan dan peningkatan dalam penggunaan
pembinaan perluasan ayat tunggal dalam kalangan murid. Setiap murid mencapai
tahap yang baik dan cemerlang dalam ujian pos. Kesimpulannya, pengkaji
181
menyimpulkan bahawa Teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA yang digunakan
dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran perluasan ayat tunggal.
ANALISIS LEMBARAN KERJA
Perbandingan Peratusan Markah Tindakan 3 dan
tindakan 4
100 64 80 68 80 72 56 80 72 72 80
50 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
0
Murid 1
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 4: Graf perbandingan peratus markah tindakan 3 dan tindakan 4
Berdasarkan hasil dapatan kajian di atas, pengkaji mendapati bahawa
berlaku peningkatan dan penurunan markah murid dalam langkah tindakan ini. Hal
ini berkemungkinan berlaku disebabkan oleh dua orang murid masih gagal untuk
mengingati warna yang digunakan untuk ditulis pada pembaris ilmu. Kedua-dua
murid ini ialah murid tiga dan empat yang mana terdapat 16 dan lapan peratus
penurunan daripada langkah tindakan ketiga. Bagi murid satu, dua dan lima pula,
berlaku peningkatan daripada langkah tindakan ketiga dan keempat iaitu sebanyak
16, 12, dan lapan peratus. Peningkatan ini bermakna bahawa teknik Pembaris Ilmu
SAS-PREMBIBA yang digunakan oleh pengkaji mampu meningkatkan konsep
perluasan dalam ayat tunggal dalam kalangan murid. Dalam keempat-empat
intervensi yang dijalankan, percapaian murid amat memberangsangkan dan dapat
menguasai kemahiran perluasan ayat tunggal meskipun masih terdapat penurunan
yang sedikit.
182
ANALISIS PEMERHATIAN
ANALISIS PEMERHATIAN 1
150 100 100 100 100 100
100 0 00 0 00 0 00 0 00 000
60 S2 S3 S4 S5 S6
50 40
00
0
S1
1234
Rajah 5 : Graf Kekerapan Analisis Pemerhatian 1
Berdasarkan hasil dapatan daripada pemerhatian, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa murid yang dipilih bukan sahaja mempunyai masalah
mengenai topik ini malah mempunyai masalah dalam tingkah laku. Hal ini dapat
dibuktikan apabila murid dilihat kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.
Terdapat sebanyak 40 peratus murid tidak memuaskan dan 60 peratus murid
mencapai tahap memuaskan dalam memberi perhatian semasa guru mengajar.
Selain itu, semua murid iaitu 100 peratus murid mencapai tahap yang memuaskan
semasa mendengar dan mengikuti arahan guru semasa di dalam kelas. Bagi soalan
ketiga, keempat, dan kelima pula murid mencapai 100 peratus bagi tahap yang
memuaskan kerana murid kurang melibatkan diri, memberi kerjasama dan menjawab
atau mengajuk soalan kepada semasa guru mengajar.
ANALISIS PEMERHATIAN 2
150 0 0 0 0 0
S2 S3 S4 S5 S6
100
50 0
0
S1
1234
Rajah 6 : Graf Kekerapan Analisis Pemerhatian 2
Berdasarkan hasil dapatan daripada pemerhatian 2 pula, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa murid telah dapat menguasai topik perluasan serta
menunjukkan tingkah laku yang diingini oleh pengkaji kerana mereka lebih berminat
untuk belajar menggunakan bahan bantu mengajar. Hal ini dapat dibuktikan apabila
murid dilihat sangat memberi perhatian semasa guru mengajar. Terdapat sebanyak
60 peratus murid sangat memuaskan dan 40 peratus murid mencapai tahap baik
dalam memberi perhatian semasa guru mengajar. Selain itu, seramai 40 peratus
murid mencapai tahap yang memuaskan manakala 60 peratus lagi mencapai tahap
baik semasa mendengar dan mengikuti arahan guru semasa di dalam kelas.
183
Bagi soalan ketiga dan keempat pula murid mencapai 40 peratus bagi tahap
yang memuaskan dan 60 peratus bagi tahap baik kerana murid melibatkan diri, dan
memberi kerjasama semasa guru mengajar. Bagi soalan kelima pula, seramai 80
peratus murid menjawab soalan apabila ditanya dan mengajuk soalan kepada guru
apabila tidak memahami sesuatu perkara. Akhir sekali, murid sememangnya
mencapai tahap yang baik dalam penguasaan perluasan menggunakan Pembaris
Ilmu SAS-PREMBIBA.
ANALISIS SOAL SELIDIK
Analisis Perbandingan Borang Soal
M7 0 100
M6 0 100
M5 100
M4 0 80
100
M3 100
80
M2 0 100
M1 0
100
0 20 40 60 80 100 120
Soal Selidik 2 Soal selidik 1
Rajah 7 : Perbandingan Analisis Borang Soal Selidik 1 dan 2
Berdasarkan graf 7, pengkaji mendapati bahawa semua murid iaitu
sebanyak 100 peratus murid mempunyai masalah semasa membina ayat tunggal
menggunakan konsep perluasan pada borang soal selidik 1. Walau bagaimanapun,
100 peratus murid menjawab tidak pada soalan 1 iaitu tidak menghadapi masalah
pada borang soal selidik 2. Selain itu juga, seramai 100 orang murid memahami cara
memperluaskan subjek. Bagi perluasan predikat pula, perbezaan peratus borang
soal selidik 1 dan 2 sebanyak 20 peratus. Hal ini kerana, 80 peratus murid telah
memahami cara perluasan predikat namun cara perluasannya yang terhad.
Seterusnya, bagi soalan keempat iaitu sebanyak 100 peratus murid menyatakan
bahawa perluasan ini adalah sukar pada borang soal selidik 1. Namun, murid telah
memberitahu bahawa perluasan ini tidak sukar pada borang soal selidik 2.
Bagi menilai perlakuan murid pula, soalan kelima iaitu perbezaan 20 peratus
murid memberi perhatian semasa guru mengajar pada soal selidik 1 dan 2. Ini
menunjukkan bahawa murid sememangnya memberi perhatian semasa mengajar.
Bagi s
184
bagi borang soal selidik 1 iaitu pengajaran pengkaji yang tidak menarik dan
penerangan pengkaji yang tidak jelas. Namun, apabila pengkaji menggunakan bbm,
pengajaran pengkaji lebih menarik dan penerangannya lebih mudah difahami.
Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian ini, dapat disimpulkan bahawa persoalan
dan objektif telah dapat dicapai sebagaimana ditetapkan dalam objektif di atas iaitu
murid dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam membina ayat tunggal
perluasan menggunakan Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Daripada hasil dapatan kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa
penguasaan murid-murid dalam perluasan ayat tunggal menunjukkan peningkatan
yang ketara. Meskipun murid tidak memperolehi markah yang penuh, namun markah
yang diperolehi telah menunjukkan keberkesanan teknik Pembaris Ilmu SAS-
PREMBIBA. Hal ini demikian kerana terdapat bukti yang jelas berkaitan dengan
percapaian murid sebelum dan selepas teknik ini dilaksanakan. Bukti ini disokong
oleh dapatan data seperti ujian pra dan pos, analisis lembaran kerja, analisis
pemerhatian, dan juga borang soal selidik yang dijalankan terhadap lima orang
murid. Setelah tindakan dilaksanakan secara berperingkat, murid yang terlibat telah
menunjukkan peningkatan yang positif dalam menguasai konsep perluasan ayat
tunggal.
Teknik pembaris ini ditadbir kepada murid ini berjaya membantu dan
meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat tunggal yang mengaplikasikan
konsep perluasan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian dan hasil dapatan
borang soal selidik sebelum dan selepas langkah tindakan dilaksanakan. Kedua-dua
jenis pengumpulan data ini menunjukkan tahap penguasaan murid dalam membina
ayat tunggal yang mengaplikasikan konsep perluasan dengan betul. Walau
bagaimanapun, kajian ini masih perlu ditambahbaik dari segi semasa ke semasa.
Meskipun pengkaji melihat terdapat peningkatan yang baik terhadap murid dalam
perluasan ayat tunggal menggunakan teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
Namun, pengkaji mencadangkan kajian seterusnya dengan peneruskan lagi kajian
pada tahap perluasan ayat tunggal dan ayat majmuk. Selain itu, pengkaji
mencadangkan agar tempoh pelaksanaan kajian boleh dipanjangkan bagi memberi
masa yang secukupnya kepada murid supaya mereka dapat mempraktikkan teknik
yang diperkenalkan dengan berkesan.
Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan bagi menjalankan kajian ke atas
murid yang berlainan umur. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas murid tahun 5 yang
berumur 11 tahun. Pengkaji mencadangkan agar kajian yang sama dijalankan
terhadap peserta yang berbeza tahap kematangan atau aras umurnya di alam
persekolahan. Hal ini kerana, murid tahun 2 dan 3 juga telah mempelajari kemahiran
membina ayat yang mudah dan pendek. Kesimpulannya, pengkaji berharap agar
kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru bahasa yang lain untuk
memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam kemahiran
perluasan ayat tunggal. Pengkaji juga berharap kajian ini dapat dijadikan sumber
rujukan kepada mana-mana kajian lain yang akan datang.
185
RUJUKAN
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman & Razali Ayob. (2006).
Sintaksis, Volume 13 : Siri Linguistik Siri pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yussoff,
Sharifah Nor Pute & Jamaludin Badusah. (2012, Nove) Teknik SALAK dalam
Menjada Idea Membina Ayat dengan Cepat dan Efektif. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal -MyLEJ) : Vol. 2,
Bil,2 84-93.
Abdul Aziz Abdul Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors.
Bibi Herda Kim. (2015). Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 5 dalam Membina
Ayat Berdasarkan Gambar Menggunakan Teknik Tangga Ayat. Laporan
Penyelidikan Tindakan yang tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru, Kampus
Kent Tuaran.
Chow Fook Meng, Jaizah.M. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abdul Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 67-87
Hajar Noresah bt. Baharom. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani.(2012). Bahasa Melayu II Akademik. Selangor Darul
Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia.2018c. Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah 2018, Putrajaya : Lembaga Peperiksaan Malaysia
Lilies Suryanti Binti Azemi.(2012). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk
Dalam Kalangan Murid Tahun 3. Jurnal Pendidikan Guru BPG. KPM : Bil (3) /
5 September 2012, 1-24
186
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
TUNGGAL TAHUN 3 MENGGUNAKAN TEKNIK ROKET
KASif
Nur Amanina Binti Mohd Ramalan, Ismail Bin Ag Piut
Ismail bin Ag. Piut
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent,
Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal yang
lengkap dalam kalangan murid tahun 3 menggunakan teknik Roket KASif yang telah
dicetuskan sebagai alternatif pedagogi teknik untuk mereka. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 4 orang murid di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di
daerah Tuaran. Berdasarkan pemerhatian awal, saya mendapati bahawa beberapa
orang murid tidak menguasai kemahiran membina ayat dengan baik dan ayat yang
dibina kurang gramatis. Oleh itu, pengkaji telah mencetuskan teknik Roket KASif
berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948). Pengumpulan data
diambil melalui ujian pra dan pos, analisis dokumen, pemerhatian serta soal selidik
yang telah dibina. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa peserta kajian
mengalami peningkatan dalam membina ayat tunggal dengan gramatis
menggunakan kaedah Roket KASif. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian
kuantitaitf dan diterjemahkan dalam bentuk graf, carta pai dan sebagainya. Hasil
daripada kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat memberikan kesan yang efektif
bagi kemahiran membina ayat bagi subjek Bahasa Melayu.
Kata kunci : ayat tunggal, Roket
187
PENGENALAN
Pengajaran kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh setiap individu terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut (Siti
Hajar Abdul Aziz,2009) kemahiran merupakan kepandaian atau kecekapan individu
manakala berbahasa pula bererti menggunakan sesebuah bahasa tersebut. Secara
ringkasnya, Kemahiran berbahasa ialah sesuatu kebolehan individu dalam
menggunakan suatu bahasa. Kemahiran berbahasa mencakupi beberapa kemahiran
antaranya kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Komponen-
komponen ini amat penting untuk dikuasai agar setiap proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif dan berkesan terhadap sudut kognitif
murid. Ia bukan sahaja dapat dari segi pengetahuan murid malah dapat membantu
meningkatkan sudut interpersonal dan intrapersonal murid di dalam bilik darjah
mahupun di luar skop pembelajaran.
Namun lazimnya, di dalam sebuah komuniti bilik darjah sudah mesti terdapat
beberapa isu kemahiran berbahasa dalam kalangan murid seperti kemahiran menulis
ayat. Menurut Hazell Erdawaty, 2014 kemahiran menulis ialah keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Simbol
grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf
yang berkaitan dengan lambang bunyi semasa kita sedang bertutur. Kemahiran
menulis ini memerlukan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
PENYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini memfokuskan terhadap penguasaan kemahiran membina ayat
tunggal yang baik dan gramatis. Meskipun terdapat murid yang mempunyai masalah
lain seperti kesalahan ejaan, tulisan atau bahasa namun pengkaji menekankan
kepada aspek pembinaan ayat tunggal kerana ia merupakan suatu asas yang
penting dalam konteks bahasa Melayu sebelum mereka menguasai jenis ayat yang
lain seperti kata majmuk mahupun penulisan karangan. Terdapat beberapa orang
murid yang menjadi peserta kajian dalam kajian ini bersesuaian dengan tahap
kebolehan dan masalah yang mereka hadapi. Berikutan dengan isu yang dihadapi,
pengkaji telah menggunakan teknik Roket KASif sebagai kaedah dalam membantu
peningkatan pembinaan ayat tunggal murid tahun 3.
Kemahiran membina ayat merupakan perkara yang penting agar murid dapat
menyampaikan idea dan pendapat sendiri melalui kemahiran menulis menggunakan
ayat yang betul. Ini kerana, penulisan juga merupakan sebuah komunikasi yang
penting dalam interaksi kehidupan seharian. Hasil pemerhatian pengkaji dalam
latihan-latihan yang berkaitan dengan pembinaan ayat tunggal, terdapat murid yang
belum menguasai sepenuhnya dalam pembinaan ayat tunggal. Keadaan ini
menyebabkan penggunaan kosa kata, struktur ayat dan tatabahasa tidak teratur dan
sistematik.Teknik ini memfokuskan murid yang mempunyai isu dalam membina ayat
tunggal yang baik dan gramatis serta dapat memperbaiki serba sedikit dalam
peningkatan pembinaan ayat tunggal. Dapatan kajian menunjukkan, murid
mengalami masalah menyusun ayat yang sesuai, penggunaan kosa kata yang tidak
betul, atau kesalahan ejaan. Murid juga kurang pandai dalam memindahkan
maklumat di dalam gambar kepada bentuk ayat yang mudah dan difahami.
188
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi memurnikan kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif bagi kajian
ini :
i. Membantu murid tahun 3 dalam pembinaan ayat tunggal menggunakan teknik
Roket KASif.
ii. Teknik Roket KASif meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal murid
tahun 3 dengan betul dan gramatis dalam Bahasa Melayu.
PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah teknik Roket KASif dapat membantu murid tahun 3 pembinaan ayat
tunggal dalam kalangan murid tahun 3?
ii. Apakah teknik Roket KASif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat
murid tahun 3 dengan betul dan gramatis dalam Bahasa Melayu.
TINDAKAN
Jadual 1 : Perincian Tindakan yang Dijalankan
FASA PENERANGAN
PERANCANGAN
o Mengenal pasti isu yang dihadapi sepanjang
menjalani praktikum
o Selepas mengenal pasti masalah pengkaji
merancang kajiian tindakan dengan rapi
o Merancang kaedah dan teknik yang
bersesuaian dengan masalah murid (Teknik
Roket KASif)
o Merancang struktur soalan pengumpulan data
awal
TINDAKAN o Pengkaji menjalankan kajian.
o Melakukan pengumpulan data awal
- Penelitian lembaran kerja
- Pemerhatian
- Temu bual
o Melaksanakan ujian pra terhadap murid untuk
mengetahui sejauh mana penguasaan mereka
dalam kemahiran membina ayat tunggal.
o Menerangkan kepada murid konsep ayat
tunggal
o Pengkaji memperkenalkan dan melaksanakan
teknik Roket KASif.
o Memberikan latihan intervensi bagi mengenal
pasti penguasaan murid dalam membina ayat
tunggal menggunakan teknik Roket Kasif.
o Membuat pemerhatian pada tingkah laku dan
kefahaman murid pada teknik Roket KASif
189
PEMERHATIAN o Melaksanakan ujian pos
MEREFLEK o Melengkapkan instrumen soal selidik
o Mengumpul data melalui pemerhatian, ujian pra
dan pos, soal selidik
o Bertujuan melihat perubahan dan
keberkesanan teknik Roket KASif
o Menganalisis dapatan kajian yang dijalankan
o Membuat refleksi kendiri bagi menilai objektif
kajian yang telah dirancang
o Refleksi dibuat untuk melihat keberkesanan
teknik dapat meningkatkan penguasaan murid
dalam membina ayat
o Pengkaji membuat refleksi tentang kelebihan,
kelemahan dan penambahbaikan untuk teknik
Roket KASif pada masa akan datang
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 2: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos
Peserta Ujian Pra Peratus Ujian Pos Peratus Peningkatan
Kajian (%) (%) Markah (%)
PK1 6 9
PK2 5 60 8 90 30%
PK3 5 50 9 80 30%
PK4 2 50 7 90 40%
20 70 50%
10
9 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
8
7
6
5
4
3
2
1
0
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4
Ujian Pra Ujian Pos
190