The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:03:35

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BAHASA MELAYU 1

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Bahasa Melayu,Pengajaran Bahasa Melayu

Koleksi

ARTIKEL

PENYELIDIKAN
TINDAKAN

ii

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

Ó Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Hak Cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau diterbitkan ke dalam bentuk atau
dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta

rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

e ISBN: 978-967-0008-10-3

e ISBN 978-967-0008-10-3

9789670008103

Penerbit:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

89207 Tuaran Sabah

Dicetak oleh:

CP FORMS SDN BHD
Lot 5A, Lorong 2B, Jln 7,
Fasa 1, KKIP Timur, Jalan Norowot
88450 Kota Kinabalu Sabah
Tel: 088-498830/498831/498832

Fax: 088-498931

iii

SIDANG EDITOR

ARTIKEL JURNAL PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 2022

PENAUNG PANEL EDITOR

DR HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.K. DR EFFENDY BIN YUSUFF
PENGARAH ISMAIL BIN AG PIUT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT SIMON BIN GIHOL
DR CAROLINE @ LORENA DAVID
PENASIHAT ZAINAB BINTI HASHIM
CHIN SATT FUNG
DATIN DR ROSINAH BINTI EDININ MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
TIMBALAN PENGARAH NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TAJIP BIN TASSAN
RAZALI BIN MOHD SHUKOR
PENGERUSI
PEMBACA PRUF
DR EFFENDY BIN YUSUFF
KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU FAZLIN NAJWA DAYANA BINTI DARUS
INSTITU PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT NURUL SYUHADA BINTI ZAMRI
NURUL IZZAH BINTI MOHD FADZIL
DR SAIMIN GINSARI NURINA QISTINA BINTI ZANIL
KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN
INOVASI REKA BENTUK MUKA DEPAN 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
NORFAIZ BIN NORDIN
PENYELARAS
iv
DR SALINA ABDULLAH SANGGURO

KATA-KATA
ALUAN

PENGARAH
Institut Pendidikan Guru

Kampus Kent

SEUNTAI MADAH PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1
KENT;Kerana Engkau Nama Terbilang.

Pada kesempatan berharga ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan 2022 atas usaha dan komitmen yang tinggi
sehingga terhasilnya buku bernilai yang tentunya amat signifikan dengan status IPG Kampus Kent
sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Zon Sabah sejak penubuhannya pada 1951. Buku ini
bukan sahaja menjadi paparan pemikiran kritisdan kreatif pelajar dengan bimbingan pensyarah
dalam menampilkan citra apresiasi penyelidikan tindakan tetapi juga menjadi indikator
pembudayaan dokumentasi rujukan yang bermakna kepada sesiapa sahaja yang ingin melihat
pemikiran dan teknik penyelesaian pedagogi di dalam bilik darjah dalam kalangan warga Kent.
Melalui persembahan dan kandungan buku yang bersahaja ini, saya yakin kehendak keilmuan dan
nilai kajian yang ingin dimiliki dan dirasai oleh pembaca dan pengkaji dapat dipenuhi.

Justeru, penerbitan buku ini merupakan inisiatif yang besar untuk merealisasikan strategi
memantapkan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah berimpak tinggi terhadap
kecemerlangan upaya dan kualiti pendidikan, kreativiti dan inovasi warga pendidik IPGK Kent. Saya
juga percaya, buku ini akan menjadi pemangkin semangat motivasi kepada pendidik dan pengkaji
untuk menghasilkan lebih banyak kajian di bilik darjah serta kajian yang selaras dengan kepakaran
masing-masing.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 kerana berjaya merealisasikanpenyelidikan dengan
jayanya di IPG Kampus Kent. Saya berharap kandungan ilmu, pemikiran, pengalaman dan gaya
persembahan yang dikongsi melalui jurnal ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para
pelajar, pensyarah dan peminat ilmu dalam memperkasa tahap profesionalisme dan kualiti kendiri.
Semoga usaha murni ini mampu memartabatkan lagi produk keguruan secara umumnya dan
memberikan manfaat kepada para pendidik secara khususnya.

Sekian dan terima kasih,

DR.HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.K

V

PRAKATA

KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, dan
salam 1KENT;

Kerana Engkau Nama Terbilang.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 202 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan. Justeru, melalui garapan pelbagai
bentuk kajian dan teknik, kajian ini diharap dapat mengongsi dan
menyeberluaskan usaha memperkasakan amalan penyelidikan dalam kalangan
guru permulaan. Tegasnya, nilai insaniah dan ihsaniah dalam mendidik warga
Malaysia akan dilestarikan berdasarkan citra peribadi yang diselarikan dengan
sifat keikhsanan dan keinsanan mulia.

Kandungannya yang berbentuk manuskrip teks, jadual, paparan foto
dan inti siratan dirasakan mampu menjelaskan kandungan dan nilai maknawi
yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Menerusinya, pengkaji atau pihak akan
mudah untuk mendapat capaian kandungan dalam sajian kajian susulan secara
ekspresif, komprehensif dan mudah. Semua artikel kajian terpilih yang
dimuatkan dalam koleksi ini merupakan kajian asli para pelajar PISMP
Semester Akhir 2022 dengan bimbingan berterusan pensyarah. Pastinya setiap
kajian ini memberikan gambaran kepada pembaca tentang alir permikiran,
persoalan, teknik dan tindakan pragmatik yang sering menyelubungi rasa
keprihatinan dalam kalangan pengkaji terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagai penyelanggara, kami berharap koleksi ini dapat memberikan
suntikan jiwa dan semangat kepada pengkaji dan pembaca untuk menghayati
dan akhirnya menghasilkan kajian sendiri agar
rasa peduli dan kemahiran intrapersonal dalam kalangan mereka dapat
diperkukuhkan. Kami juga mengharapkan pengguna atau pembaca dapat
memanfaatkan koleksi ini semaksimun mungkin dan sebarang maklum balas
dalam bentuk komen, pendapat dan cadangan amatlah diharapkan demi
kecemerlangan profesionalisme warga dalam pendokumentasian karya bernilai
tambah.

Sekian Terima kasih

DR. EFFENDY BIN YUSUFF

vi

Kandungan

Bil. Tajuk Kertas Kerja/ Nama Penulis Muka
Surat
1. MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT
MAJMUK DENGAN TEKNIK BUNGA KUSSY BAGI 1
MURID TAHUN 3
10
Ain Wardati Amran
Dr. Caroline@Lorena David
2. PENGGUNAAN KIUB OKOSK-TerMeDi DALAM
MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT
PASIF DIRI KETIGA MURID TAHUN LIMA

Alia Shazlyn Binti Mustafa
Dr Effendy bin Yusuff
3. MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGABUNGAN
AYAT TUNGGAL MENJADI AYAT MAJMUK

TAHUN 5 19

Amir Hakim Bin Ahmad Nawawi
En. Simon Bin Gihol

4. JALEKA: MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA

MURID TAHUN 4 26
37
Fatin Nur Athirah binti Mahdir 47
Puan Chin Satt Fung
5. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA
MENGGUNAKAN TEKNIK RAJAH TUKAR GANTI.

Fazlin Najwa Dayana binti Darus
En. Ismail Bin Ag. Piut
6. MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4
TERHADAP TANDA BACA DALAM BACAAN
MEKANIS MELALUI KAEDAH XPLUS

Mohamad Amirul Syakir Bin Nor Mazlan
Pn. Hjh Noor Salawati Binti Abu Bakar

vi

7. PELAKSANAAN TEKNIK JAGU DALAM

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

BERKAITAN KATA NAMA KHAS DALAM AYAT

TAHUN 3 57
66
Muhammad Adam Muhaimin bin Zaidee 73
Encik Tajip bin Tassan 85
94
8. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN 107
PERENGGAN DALAM PENULISAN KARANGAN
NARATIF MURID TAHUN LIMA MENGGUNAKAN
PETA MINDA DIKEBAS ABI

Muhammad Azrul Amin bin Abdul Rasid
En. Madlaim bin Ejib @ Etib

9. PENGGUNAAN KIT "SKH" SECARA ANSUR MAJU
MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN MURID
TAHUN 3

Nazihatul Athirah Binti Azaman
Dr. Effendy Bin Yusuff

10.
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN
KATA PEMERI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Nur Amira Atiqah Binti Mohd Sani
Dr. Caroline@Lorena David

11. MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KERJA
BERIMBUHAN AWALAN MEN- DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 3 MENGGUNAKAN ROPUHAN

Nur Ezzahtul Ain Binti Ruslee
Puan Zainab bin hashim

12. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
MAJMUK GABUNGAN DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 5 MENGGUNAKAN TEKNIK APARTMEN
AYMAGA (D-S-L)

Nuratirah Binti Razak
En. Simon Bin Gihol

vii

13. PENGGUNAAN TUSUNPAL UNTUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT

MAJMUK GABUNGAN BAGI MURID TAHUN 3 116
122
Nurul Aliya binti Mohd Sabri 134
Dr Effendy bin Yusuff 143
14. 153
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 162
HURUF BESAR DAN HURUF KECIL PADA AYAT 173
TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Nurul Najihah Binti Masri
En. Ismail Bin Ag. Piut

15. Kaedah Pandang Sebut Berbantukan Kad
SuKaWarna Meningkatkan Kemahiran Membaca

Nurul Syuhaida Binti Mohamad
Pn. Hjh Noor Salawati Binti Abu Bakar

16. MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT
MAJMUK GABUNGAN DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 3 DENGAN MENGGUNAKAN KATA HUBUNG

Nurhasmi Binti Abd Rahman
Encik Tajip Bin Tassan
17. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 3
Menggunakan ABM Ikut Rentakku Berserta Class
Dojo

Khairil Asyraf bin Jamat
Madlaim bin Ejib @ Etib
18. Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Penanda
Wacana Dalam Penulisan Karangan Tahun Lima
Dengan Menggunakan Turutan PADDAK

Manisah binti Mohd Isa
Dr. Effendy bin Yusuff
19. Teknik GeraVisio : Meningkatkan Penguasaan
Kemahiran Menulis Ayat Tunggal Semasa
Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR)

Mohd Al-Qahhar bin Muhmad Nor
Dr. Caroline @ Lorena David

viii

20. Teknik SIBATAPA Meningkatkan Kemahiran 182
Membina Ayat Majmuk Dalam Kalangan Murid Tahun 193
5 201
209
Norfaiz bin Nordin 218
Zainab binti Hashim 224
21. KoDi: Meningkatkan Penguasaan /di/ Sebagai Kata 233
Sendi Nama dan Imbuhan Awalan Murid Tahun 4

Nur Amirah Syafiqah binti Rosli
Simon bin Gihol

22. -
Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Imbuhan

Nur Hazirah binti Mohd Salleh
Chin Satt Fung
23. Animasi Pemantun Terhebat Untuk Meningkatkan
Kemahiran Sebutan dan Gaya Melafaz Pantun bagi
Murid Tahun 3

Nur Shahirah Husna binti Saifuddin
Ismail bin Ag Piut
24. Teknik Lampu SKAL Meningkatkan Penguasaan
Kemahiran Menulis Ayat Tunggal bagi Murid Tahun
5

Nurhadirah binti Zolkipli
Noor Salawati binti Abu Bakar
25. Kad Imbasan Bergambar Mampu Membantu
Peningkatan Dalam Mengingat Simpulan Bahasa

Nurul Hasana binti Zainal Abidin
Tajip bin Tassan

26. Penggunaan Munsyi Cilik bagi Meningkatkan
Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu Murid Tahun
5

Nurul Syuhada binti Zamri
Madlaim bin Ejib @ Etib

ix

27. TEKNIK TAPAK KIRI 5P : Meningkatkan Kemahiran 244
Menulis Karangan Fakta Dalam Kalangan Murid 253
Tahun 5 263
270
Putri Nurshafiqah binti Abd Halim
Dr. Effendy bin Yusuff
28. Pengaplikasian Teknik SPNTS Dalam Meningkatkan
Kemahiran Menulis Ayat Tunggal Murid Tahun 3

Shazanani Affrena Binti Syahrulamir
Dr. Caroline @ Lorena David

29. Pembaris HbKnkN Meningkatkan Penggunaan Huruf
Besar Dalam Ayat dan Noktah Dalam Kalangan
Murid Tahun 5

Siti Aiisah binti Morjadi
Zainab binti Hashim
30. Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Gramatis
Dalam Kalangan Murid Tahun Empat Menggunakan
Kaedah Burger Ayat PDOT

Siti Khadijah binti Abang
Simon Gihol

x

MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT MAJMUK DENGAN
TEKNIK BUNGA KUSSY BAGI MURID TAHUN 3

Ain Wardati Amran
Dr. Effendy bin Yusuff
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid lemah dalam
mempertingkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk dengan
mengaplikasikan teknik Bunga KUSSY. Teknik Bunga KUSSY ini disediakan dalam
bentuk bahan bantu mengajar (BBM) supaya mudah difahami dan dilihat oleh murid-
murid. Peserta kajian melibatkan 3 orang murid Tahun 3 Gigih dari sebuah sekolah

bunga yang diisi dengan kata hubung. BBM ini dibina berdasarkan Teori

Pembelajaran dan Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Kecerdasan Pelbagai
Gardner, khususnya kecerdasan visual. Data-data diambil dan dikumpulkan melalui
analisis dokumen. Dapatan kajian dibuat pada 3 orang murid Tahun 3 sebagai

peserta kajian yang lemah dalam membina ayat majmuk. Tinjauan awal mendapati
kebanyakan murid Tahun 3 masih tidak mahir dalam mengembangkan ayat tunggal

membantu 3 orang peserta kajian mengembangkan ayat dengan lebih baik dan

gramatis. Diharapkan teknik -murid lemah

dalam mengembangkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk selepas mengaplikasikan

teknik ini. Di samping itu, melalui teknik ini guru dapat melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokan dan memberi kesan positif

kepada murid. Pengkaji akan mengaplikasikan teknik ini kepada murid-murid yang

menghadapi masalah yang sama dalam mengembangkan ayat tunggal menjadi ayat

majmuk pada masa akan datang.

Kata Kunci: tahun 3, Ayat Majmuk

PENGENALAN

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara adalah sangat penting sebagai
bahasa ilmu. Jati diri orang Melayu dengan sikapnya yang optimistik mencerahkan
lagi penguasaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan, (Khuzaiton
Zakaria, 2021). Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menekankan lima kemahiran
iaitu mendengar dan bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa dan aspek
tatabahasa. Oleh itu, penguasaan kemahiran ini sangat penting sama ada dalam
bentuk lisan ataupun tulisan dan perlu dikuasai oleh murid-murid.

Pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa 1 di sebuah sekolah di daerah
Tuaran, Sabah pada tahun 2021. Pengkaji mengambil peluang untuk membuat

1

pemerhatian terhadap isu yang terdapat pada murid Tahun 3 tersebut. Dalam
pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji jalankan, melalui pemerhatian pengkaji
mendapati beberapa orang murid tidak mahir membina ayat majmuk dengan betul
dan gramatis. Pengkaji dapat mengesan kesalahan yang terdapat pada ayat majmuk
yang dibina. Setelah bersoal jawab dengan murid, pengkaji dapat mengumpul
beberapa maklumat di mana murid tidak tahu kesalahan ayat yang dibina, tidak pasti
penggunaan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk dan sebagainya.
Kegagalan menguasai ayat majmuk akan memberikan kesan terhadap karangan
yang akan dibuat kerana karangan yang dihasilkan tidak gramatis. Tindakan yang
diambil bagi menangani masalah tersebut yang adalah penggunaan teknik dalam
meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk dengan lebih mudah dan
gramatis.

membantu murid memahami dan membina ayat majmuk dengan mudah.
Penggunaan teknik ini diterjemahkan dalam bentuk maujud sebagai satu bahan
bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM ini dapat menarik minat murid dalam
pembelajaran dan memberi keseronokan ketika belajar. Kenyataan ini disokong oleh
Noorazman Abd Samad (t.t) dalam kajiannya menyatakan bahawa PdP yang
menggunakan BBM amat memberi kesan terhadap pembelajaran murid. Beliau juga
berpendapat bahawa pembelajaran dengan menggunakan BBM dapat
meningkatkan pencapaian dan kejayaan.

FOKUS KAJIAN

Pemerhatian dilakukan secara tidak langsung sepanjang sesi pengajaran yang
dijalankan dan pengkaji dapat mengesan masalah yang berlaku. Penguasaan ayat
majmuk dalam membuat ayat dan karangan merupakan kemahiran yang sangat
penting dan perlu dipertingkatkan. Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Tahun 3 semakan 2017, pada bahagian aspek kemahiran
tatabahasa yang melibatkan ayat majmuk yang perlu dicapai oleh murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Penguasaan ayat majmuk yang kurang
memberangsangkan adalah kerana murid tidak yakin untuk menyambungkan atau
mengembangkan ayat dengan kata hubung yang sesuai. Pendapat ini disokong
dalam kajian Mohd Kamarulzaman Ismail (t.t) yang menyatakan bahawa murid gagal
membentuk kata hubung yang betul dalam membina ayat.

Selain itu, murid juga tidak pasti bahawa kata hubung yang digunakan sesuai
dengan ayat yang ingin disambungkan. Kekeliruan ini membuatkan murid lebih
gemar membuat ayat tunggal sahaja berbanding membina ayat majmuk. Pada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, pengkaji menjalankan aktiviti
berkaitan pembinaan ayat majmuk. Berdasarkan pemerhatian daripada pengajaran
tersebut, didapati bahawa terdapat murid yang masih berada pada tahap yang lemah
dalam membina ayat majmuk walaupun merujuk kepada gambar yang diberikan.

2

Rajah 1.1 (i) dan 1.1 (ii): Contoh ayat yang dibina oleh murid. Walaupun
arahan yang diminta adalah membina ayat majmuk berdasarkan gambar.

Rajah 1.1 (iii): Contoh ayat majmuk yang dibina oleh murid tetapi salah
penggunaan kata hubung.

OBJEKTIF
i. Meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk dengan betul dan tepat

SOALAN KAJIAN
i.
membina ayat majmuk dengan betul dan tepat?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan murid Tahun 3 seramai 20 orang murid
yang bersekolah di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian
telah menjalani Ujian Diagnostik yang diberikan dan pengkaji telah mengesan tiga
daripada 20 orang murid yang bermasalah dalam membina ayat majmuk yang betul
dengan penggunaan kata hubung yang sesuai. Pengkaji juga telah membuat analisis
terhadap peserta kajian melalui buku latihan mereka dalam mata pelajaan Bahasa
Melayu dan didapati peserta kajian sangat lemah dalam pembinaan ayat majmuk.
Dari segi pencapaian, ketiga-tiga peserta kajian ini berada pada tahap di bawah
sederhana berdasarkan pemerhatian guru-guru lain.

3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN 1. Merancang teknik untuk
membantu mengatasi
1. Membuat refleksi terhadap Perancangan masalah membina ayat
dapatan kajian. majmuk.

2. Memberi cadangan 2. Menghasilkan bahan bantu
tindakan susulan mengajar iaitu Teknik

Refleksi 3. Langkah pelaksanaan
intervensi.

Tindakan

1. Melaksanakan kaedah Pemerhatian 1. Mengenalpasti pengetahuan
pengumpulan data. sedia ada peserta kajian melalui
latihan.
2. Menganalisis data yang
dikumpul. 2. Memperkenalkan teknik dan
melaksanakan intervensi.
3. Melihat proses penerimaan
dan pemahaman peserta 3. Membimbing peserta kajian
kajian dalam membina ayat membina ayat majmuk.
majmuk menggunakan
4. Peserta kajian membina ayat
majmuk tanpa bimbingan.

Rajah 2: Lingkaran Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin (1946)
Sumber: Rosinah Edinin (2015)

2

1 Ahmad sedang menuntun basikal

3 pergi ke sekolah.

Rajah 3:

4

1. Peserta kajian diminta membina ayat tunggal berdasarkan gambar dan kata
kunci pada bahagian ayat tunggl terlebih dahulu.

2. Kemudian, peserta kajian diminta memilih satu kata hubung pada kelopak bunga
untuk mengembangkan ayat dan tampal pada pelekat berwarna di bawah.

3. Kemudian, peserta kajian diminta menambah ayat atau mengembangkan ayat
pada bahagian ayat majmuk untuk melengkapkan ayat.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang dijalankan terhadap ketiga-tiga peserta kajian adalah latihan
membina ayat majmuk sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Melalui fasa
sebelum intervensi dijalankan, pengkaji ingin mengenal pasti kelemahan peserta
kajian dalam membina ayat majmuk. Melalui analisis dokumen, pengkaji dapat
mengesan masalah khusus yang dihadapi oleh peserta kajian untuk membina ayat
majmuk. Manakala fasa selepas intervensi dijalankan adalah untuk meningkatkan
penguasaan peserta kajian dalam kemahiran membina ayat majmuk dengan betul

eknik

peserta melihat kepada perubahan markah dan cara membina ayat majmuk sebelum
dan selepas intervensi dilakukan.

Jadual 1 :Analisis Senarai Semak Latihan Peserta Kajian

Bil. Item Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Senarai Peserta Kajian

PK(A) PK(B) PK(C) PK(A) PK(B) PK(C)

1. Latihan 1 111433

2. Latihan 2 211333

3. Latihan 3 110433

Perbandingan Tahap Penguasaan Peserta Kajian

Tahap Penguasaan 6 Selepas
Intervensi
4

2

0
Sebelum
Intervensi

Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3

Rajah 4: Perbandingan Tahap Penguasaan Peserta Kajian

5

Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat data yang telah dianalisis melalui
analisis dokumen iaitu latihan peserta kajian. Terdapat peningkatakan bagi setiap
peserta kajian pada sebelum selepas intervensi dijalankan. Sebelum intervensi
dijalankan, peserta kajian diberikan penerangan berkaitan ayat majmuk secara
tradisional dan sehala tanpa menggunakan alat BBM. Hasil daripada latihan tersebut,
pengkaji dapat mengesan kesalahan yang dilakukan oleh peserta kajian dalam
membina ayat majmuk.

Jadual 2: Dokumen Latihan Peserta A

Latihan Jawapan sebelum intervensi

1

2

3

Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat jawapan latihan bagi peserta kajian A
yang dilakukan sebelum intervensi dijalankan. Dalam jawapan latihan 1, Peserta A
telah melakukan kesalahan dari aspek ayat majmuk yang dibina kerana tidak
menggunakan kata hubung dan hanya membuat ayat tunggal serta susunan dan
penggunaan kosa kata yang salah. Bagi jawapan pada latihan 2 pula, peserta A
berjaya membina ayat majmuk tetapi terdapat kesalahan ejaan sahaja dan pada
jawapan latihan 3, peserta A tidak menggunakan kata hubung untuk melengkapkan
ayat majmuk yang dibina. Jika tidak menggunakan kata hubung, ayat yang dibina
tersebut dianggap salah dan tidak diberikan markah.

6

Intervensi 1

Analisis Dokumen Sebelum & Selepas Intervensi

Tahap Penguasaan 6 Peserta B Peserta C
4 Peserta Kajian
2
0

Peserta A

Tahap Penguasaan Sebelum Tahap Penguasaan Selepas

Rajah 4: Perbandingan Tahap Penguasaan Peserta Kajian Latihan 1

Selepas intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa terdapat
perubahan dan peningkatan penguasaan pada peserta kajian dalam membina ayat

n
dapat membina ayat majmuk di samping dapat mengembangkan ayat tunggal
menjadi ayat majmuk dengan baik berdasarkan beberapa kata kunci dan gambar
yang diberikan. Pengkaji telah membuat perbandingan jawapan dan ayat yang dibina
dan ditulis oleh perseta kajian melalui analisis dokumen dalam latihan tersebut.

Jadual 3 menunjukkan perubahan dan peningkatan pada peserta kajian
dalam membina ayat majmuk yang betul dan tepat selepas pelaksanaan intervensi

Jadual 3: Proses sebelum dan selepas intervensi

Peserta Hasil kerja peserta kajian

A
7

Jadual 4: Perbandingan Latihan Peserta A

Intervensi Jawapan Peserta Kajian

Sebelum

Selepas

Berdasarkan Jadual 4 dapat dilihat perbandingan jawapan peserta A di mana
pada jawapan latihan sebelum intervensi yang diberikan terdapat kesalahan
penggunaan kata hubung dalam membina ayat majmuk. Selepas intervensi
dijalankan peserta A dapat memilih kata hubung yang sesuai untuk membina ayat
majmuk berdasarkan gambar dengan betul.

8

REFLEKSI

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, terdapat beberapa perkara yang boleh
diambil kira sebagai refleksi kendiri terhadap diri pengkaji sendiri. Pertama sekali,

ampu
menghidupkan suasana di dalam kelas yang dahulunya kurang menarik dan tidak
menyeronokkan kerana pembelajaran secara sehala dan kurang pendedahan.
Apabila mengaplikasikannya, peserta kajian dapat mempelajari ayat majmuk dengan
lebih seronok dan mudah di samping merangsang minda mereka dengan kemahiran
berfikir.

Selain itu, apabila murid dapat menguasai pembinaan ayat majmuk secara
tidak langsung memberi murid kelebihan dalam membuat karangan dengan ayat
yang lebih gramatis kerana kemahiran membina ayat majmuk adalah asas bagi
penghasilan karangan yang bermutu dan gramatis.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

bentuk digital bersesuai dengan perubahan teknologi yang begitu canggih dan pesat.
Hal ini dikatakan kerana pada masa kini, murid lebih gemar dan terdedah dengan
teknologi yang semakin canggih selari dengan perubahan zaman milenia. Oleh itu,

lebih teruja dan mencuba serta mempelajari kemahiran membina ayat majmuk
berdasarkan permainan yang digunakan. Selain itu juga, pengkaji berharap agar
penggunaan teknik ini dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

RUJUKAN

Khuzaiton Zakaria. (2021). Perbualan Bahasa Melayu. Kelantan: Universiti
Malaysia Kelantan.

Mohd Kamarulzaman Ismail. (t.t). Kemahiran Penggunaan Kata Hubung
dalam Ayat bagi Jawapan Bahagian A, Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Noorazman Abd Samad. (t.t). Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

9

PENGGUNAAN KIUB OKOSK-TerMeDi DALAM MENINGKATKAN
PENGUASAAN MEMBINA AYAT PASIF DIRI KETIGA MURID TAHUN LIMA

Oleh

Alia Shazlyn Binti Mustafa

Puan Zainab Binti Hashim

Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat pasif diri ketiga
menggunakan Kiub OKOSK-TERMEDI kepada murid Tahun 5 yang mempunyai
masalah menukarkan ayat aktif diri ketiga kepada ayat pasif diri ketiga dengan betul.
Bahan ini mengintegrasikan beberapa asas yang utuh dalam penghasilannya
termasuklah aspek rumus, warna dan BBM yang maujud seterusnya dizahirkan pada
sebuah kiub yang dinamakan sebagai Kiub OKOSK-TerMeDi. Kajian ini dilaksanakan
di sebuah sekolah di daerah Tuaran dan memfokuskan kepada 3 orang murid. Hasil
daripada pelaksanaan penggunaan Kiub OKOSK-TerMeDi kepada ketiga-tiga murid
menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kemahiran menulis ayat pasif diri
ketiga. Perkara ini dapat dibuktikan melalui 3 instrumen utama yang telah saya
gunakan iaitu analisis dokumen, pemerhatian serta ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian ini, penggunaan Kiub OKOSK-TerMeDi
telah meningkatkan penguasaan murid untuk membina ayat pasif diri ketiga dengan
betul.

Kata Kunci: kiub OKOSK-TerMeDi, ayat pasif diri ketiga, murid tahun 5, kemahiran
menulis

PENGENALAN

Pengkaji merupakan pelajar tahun akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran. Pengkaji
merupakan pelajar daripada opsyen Bahasa Melayu dan telah menjalani praktikum
sebanyak 2 kali semasa berada di semester enam dan tujuh di sekolah sekitar daerah
Tuaran dan Kuala Selangor. Hasil daripada pengalaman praktikum selama lebih
kurang 6 bulan di kedua-dua buah sekolah, pengkaji dapat melihat banyak masalah
berkaitan dengan membina ayat pasif diri ketiga dalam kemahiran menulis. Melalui
pengalaman inilah, pengkaji sedar bahawa tajuk berkaitan dengan pembinaan ayat
pasif sering diabaikan oleh guru-guru di sekolah akibat daripada tajuknya yang tidak
termasuk dalam mana-mana item dalam peperiksaan dan ujian di sekolah. Oleh itu,

10

kebanyakan murid masih tidak mempunyai pengetahuan tentang ayat pasif dan cara
membina ayat pasif dengan betul.

Pengkaji telah melihat masalah ini sebagai satu inisiatif untuk membantu
murid yang mengalami masalah dalam membina ayat pasif diri ketiga dengan betul
dan berusaha untuk menghasilkan satu bahan yang sesuai bagi memudahkan murid
memahami konsep pembinaan ayat pasif diri ketiga dengan betul. Melalui
pemerhatian awal pengkaji terhadap jawapan yang ditulis oleh murid dalam soalan
latihan yang diberikan, salah satu faktor yang menyebabkan murid tidak dapat
membina ayat pasif diri ketiga dengan betul ialah disebabkan oleh murid tidak mahir
untuk membina ayat pasif diri ketiga atau menukarkan ayat aktif diri ketiga kepada
ayat pasif diri ketiga dengan betul. Hal ini menyebabkan murid tidak mempunyai
minat dan seringkali mengeluh apabila sebarang aktiviti pembelajaran berkaitan
dengan ayat pasif diri ketiga dijalankan. Berdasarkan ujian diagnostik yang telah
pengkaji lakukan, pengkaji juga mendapati bahawa ada di antara murid sukar untuk
membezakan peranan serta fungsi subjek dan objek semasa membina ayat pasif diri
ketiga. Masalah ini menyebabkan murid keliru untuk menentukan kedudukan subjek
dan objek semasa membina ayat pasif diri ketiga.

Sehubungan dengan masalah yang dihadapi ini, pengkaji telah
menghasilkan satu bahan yang dinamakan sebagai Kiub OKOSK-TerMeDi yang
mengintegrasikan teknik mnemonik yang memudahkan murid untuk mengingat
rumus dan peraturan dalam membina ayat pasif diri ketiga serta menggunakan
bahan yang bersifat konkrit untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat pasif diri
ketiga dengan betul dalam kalangan murid tahun 5. Melalui penggunaan Kiub
OKOSK-TerMeDi, pengkaji berharap kemahiran menulis ayat pasif diri ketiga dapat
ditingkatkan dalam kalangan murid tahun 5.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan
pembinaan ayat pasif diri ketiga. Ayat pasif diri ketiga merupakan salah satu daripada
ragam ayat yang perlu diketahui dan dipelajari oleh murid tahun 5 selaras dengan
kandungan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 5 dalam aspek
tatabahasa. Kajian ini juga memfokuskan kepada pembinaan ayat pasif diri ketiga
berikutan daripada kesukaran murid untuk membina ayat pasif diri ketiga akibat
daripada peraturan dan konsep ayat pasif yang dianggap kompleks buat murid.
Perubahan kedudukan subjek, objek serta peraturan lain yang perlu diambil kira
dalam membina ayat pasif diri ketiga telah menyebabkan murid sukar untuk membina
ayat pasif diri ketiga dengan betul. Masalah memahami struktur ayat pasif yang
merupakan salah satu huraian dalam ragam merupakan masalah yang kerap berlaku

11

dalam kalangan murid. Hal ini turut disokong oleh Wong Shia Ho (2011) yang
aan

ragam ayat terutamanya ayat aktif transitif dan ayat pasif yang melibatkan pelaku

Rajah 1: Kesalahan Tidak Menukar Bentuk Imbuhan
Kekeliruan dan masalah utama yang dihadapi dalam membina ayat pasif diri
ketiga seperti yang boleh dilihat melalui rajah 1 ialah berkaitan dengan penggunaan
imbuhan awalan me- pada kata kerja yang tidak ditukar kepada imbuhan awalan di-
. Hal ini menyebabkan ayat pasif diri ketiga yang dibina membawa maksud yang
salah dan tidak tepat. Penggunaan kata kerja haruslah ditukar kepada imbuhan di-
agar memenuhi ciri-ciri ayat pasif dengan betul

Rajah 2:
Rajah 2 menunjukkan kesalahan dalam hasil kerja murid yang mengabaikan kata

melibatkan imbuhan frasa kerja pasif ter- yang memerlukan kata sendi nama oleh
selepas kata kerja. Haryanti Cahyadi (2019) menjelaskan bahawa kata sendi nama
oleh dalam ayat pasif yang mengandungi imbuhan frasa kerja pasif ter- tidak boleh
digugurkan. Jika digugurkan, ayat pasif tersebut menjadi janggal dan berubah
makna. Berbeza dengan frasa kerja pasif di- di mana kata sendi nama oleh boleh
digunakan atau digugurkan secara pilihan.

Rajah 3: Kesalahan Tidak Mengubah Kedudukan Subjek dan Objek
Rajah di atas menunjukkan kesalahan murid semasa membina ayat pasif diri
ketiga iaitu tidak mengubah kedudukan subjek dan objek dalam ayat. Ayat pasif pada
dasarnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga, 2008). Hal ini kerana, kedudukan subjek dan objek yang
menentukan ragam ayat dalam sesebuah ayat sama ada ayat pasif atau ayat aktif.

12

Oleh sebab yang demikian, kedudukan subjek dan objek dalam sesebuah ayat perlu
dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dan kekeliruan makna.

Melalui masalah-masalah ini, pengkaji telah memilih isu berkaitan dengan
ayat pasif diri ketiga sebagai fokus kajian dalam kajian tindakan ini. Bagi mengatasi
masalah murid dalam membina ayat pasif diri ketiga, pengkaji telah menghasilkan
sebuah bahan yang mampu untuk mengelakkan kekeliruan dalam menentukan
kedudukan subjek dan objek dalam ayat, menukarkan imbuhan pada kata kerja serta
penggunaan kata sendi nama oleh semasa membina ayat pasif diri ketiga seperti
yang telah ditunjukkan dalam rajah 1, 2 dan 3 yang dinamakan sebagai Kiub OKOSK-
TerMeDi.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Berikut merupakan objektif kajian serta persoalan kajian yang telah dikemukakan
bagi kajian tindakan ini.

Objektif Khusus

i. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam membina ayat pasif diri ketiga
dengan betul menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi.

Soalan Kajian

i. Adakah prestasi murid tahun 5 dalam membina ayat pasif diri ketiga dapat
ditingkatkan menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan terhadap murid tahun 5 di sebuah sekolah di daerah

Tuaran dan peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah sebanyak tiga (3)
orang. Saya telah melaksanakan kajian ini terhadap sebuah kelas tahun 5 dengan

jumlah bilangan murid seramai 13 orang murid iaitu sembilan (9) orang murid
perempuan dan tujuh (4) orang murid lelaki. Ketiga-tiga peserta kajian ini mempunyai

latar belakang serta personaliti yang berbeza dan diklasifikasikan sebagai peserta
kajian A, peserta kajian B dan peserta kajian C dalam kajian ini.

Berdasarkan prestasi akademik ketiga-tiga peserta kajian ini, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian A dan B mempunyai prestasi akademik yang

lemah khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu manakala peserta kajian C
mempunyai prestasi akademik yang sederhana seperti jadual 1 di bawah:

Bil Peserta Kajian Jantina Tahap Prestasi

1 Peserta Kajian A Perempuan Lemah

2 Peserta Kajian B Perempuan Lemah

13

3 Peserta Kajian C Perempuan Sederhana

Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian

KAEDAH/METADOLOGI KAJIAN

Langkah-Langkah Tindakan

Pengkaji telah melaksanakan kajian ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu serta di luar waktu PdP iaitu pada masa lapang peserta-peserta
kajian. Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah bagi mendapatkan hasil
kajian yang dikehendaki. Langkah-langkah yang diambil ini adalah untuk membantu
peserta-peserta kajian membina ayat pasif diri ketiga dengan betul menggunakan
Kiub OKOSK-TerMeDi. Langkah-Langkah tindakan yang telah diambil oleh pengkaji
merangkumi sesi intervensi sebanyak 3 kali dan latihan sebanyak 2 kali seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 2

Langkah Tindakan Perkara

1 Ujian Pra Pengkaji menjalankan ujian pra kepada 13
orang murid Tahun 5.
2 Memperkenalkan
Kiub OKOSK- Pengkaji menerapkan Kiub OKOSK-
TerMeDi kepada 3 peserta kajian yang
TerMeDi mempunyai masalah membina ayat pasif
diri ketiga dengan betul.
3 Intervensi I
Pengkaji memperkenalkan Kiub OKOSK-
TerMeDi kepada peserta-peserta kajian.

Pengkaji menjelaskan konsep penggunaan
Kiub OKOSK-TerMeDi dalam ayat pasif
yang mengutamakan objek dalam ayat
serta perubahan bentuk imbuhan kata kerja
dalam ayat pasif.

Pengkaji mendemonstrasikan cara
menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi
kepada peserta-peserta kajian.

Pengkaji meminta murid memahami
konsep dan fungsi objek, subjek dan kata
kerja dalam ayat yang telah disediakan
pada Kiub OKOSK-TerMeDi.

Peserta kajian dikehendaki mengenalpasti
dan menggariskan subjek, objek dan kata

14

kerja dalam contoh-contoh ayat dengan
berpandukan Kiub OKOSK-TerMeDi.

4 Intervensi II Peserta kajian dikehendaki mengubah
bentuk imbuhan pada kata kerja kepada
bentuk kata kerja pasif menggunakan Kiub
OKOSK-TerMeDi.

Peserta kajian dikehendaki menulis
perkataan/frasa yang betul pada bahagian
objek, subjek, kata kerja dan keterangan

pada Kiub OKOSK-TerMeDi.

5 Intervensi III Peserta kajian dikehendaki membina ayat

pasif dengan betul menggunakan Kiub
OKOSK-TerMeDi.

6 Latihan I Peserta kajian dikehendaki mengenalpasti
dan menulis frasa yang sesuai pada
bahagian subjek, objek dan kata kerja tanpa
berpandukan Kiub OKOSK-TerMeDi.

7 Latihan II Peserta kajian dikehendaki untuk membina
ayat pasif diri ketiga menggunakan kata
kerja pasif dengan betul tanpa berpandukan
Kiub OKOSK-TerMeDi.

8 Ujian Pos Pengkaji menjalankan ujian pos kepada
peserta kajian.

Jadual 2: Langkah-Langkah Tindakan

Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dan ujian pos merupakan ujian yang dilaksanakan oleh pengkaji sebelum
dan selepas intervensi atau sebarang tindakan diberikan kepada peserta-peserta
kajian. Ujian pra akan diberikan kepada peserta-peserta kajian bagi melihat
pengetahuan dan kemampuan sebenar peserta kajian dalam membina ayat pasif diri
ketiga sebelum Kiub OKOSK-TerMeDi diperkenalkan manakala ujian pos diberikan
bagi melihat perubahan dan peningkatan peserta kajian dalam membina ayat pasif
diri ketiga. Markah daripada kedua-dua ujian pra dan ujian pos ini akan dianalisis
menggunakan skema pemarkahan dan diberikan Tahap Penguasaan (TP) seperti
yang terdapat dalam DSKP agar pengkaji dapat merumuskan keberkesanan Kiub
OKOSK-TerMeDi dalam membina ayat pasif diri ketiga dengan betul. Setiap
penyataan dalam TP yang dicadangkan dalam DSKP ditafsir secara generik dalam
mata pelajaran sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran secara holistik
tentang pencapaian peserta-peserta kajian. Oleh itu, pengkaji telah merujuk tafsiran

15

penyataan bagi setiap TP sebelum memberikan nilai TP pada ujian pra dan ujian pos
yang telah dibuat oleh peserta-peserta kajian.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Persoalan kajian: Adakah prestasi murid tahun 5 dalam membina ayat pasif
diri ketiga dapat ditingkatkan menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi?

Ujian Pra dan Ujian Pos

Melalui ujian pra dan pos yang dijalankan kepada peserta-peserta kajian, pengkaji
dapat melihat perbezaan yang ketara tentang prestasi peserta kajian dalam
membina ayat pasif diri ketiga dengan betul. Ujian pra yang dilaksanakan pada
tinjauan awal berperanan untuk membantu pengkaji mengetahui tahap penguasaan
peserta kajian dalam membina ayat pasif diri ketiga. Setelah intervensi dan
tindakan dilakukan menggunakan Kiub OKOSK-TerMeDi, pengkaji menjalankan
ujian pos kepada peserta kajian untuk melihat perubahan yang berlaku pada tahap
prestasi peserta kajian dalam membina ayat pasif diri ketiga.

Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos

Peserta Kajian Per 8 markah Peratus (%) Per 8 markah Peratus

( /8) ( /8) (%)

Peserta Kajian A 0 0 8 100

Peserta Kajian B 0 0 8 100

Peserta Kajian C 4 50 8 100

Jadual 3: Rumusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta-Peserta Kajian

Berdasarkan hasil daripada ujian pra yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa

Peserta Kajian A dan C mempunyai masalah dalam mengggunakan kata kerja pasif
dengan betul serta tidak menggunakan kata sendi nama oleh dalam ayat pasif diri

ketiga. Peserta kajian B pula tidak mengutamakan objek semasa membina ayat pasif
diri ketiga. Kesalahan idea dalam peluasan subjek dan predikat pada ayat pasif diri

ketiga yang dibina pada soalan 1 dan 4 menyebabkan peserta kajian C tidak layak
untuk mendapat sebarang markah. Namun, ayat pasif diri ketiga yang dibina pada

soalan 2 dan 3 layak diberikan 2 markah kerana menggunakan struktur ayat pasif
yang betul. Berbeza dengan peserta kajian A dan B di mana peserta kajian tidak

layak diberi sebarang markah akibat daripada kesalahan idea dalam peluasan subjek
dan predikat akibat daripada kesalahan penggunaan kata kerja pasif dan tidak

mengutamakan objek dalam ayat pasif.

16

Peratus Markah Keseluruhan Peserta Kajian Dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos

Peserta Kajian C

Peserta Kajian B

Peserta Kajian A

0 20 40 60 80 100 120

Ujian Pos Ujian Pra

Rajah 4: Peratus Markah Keseluruhan Peserta Kajian Dalam Ujian Pra dan Ujian
Pos

Graf pada rajah 4 menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dalam
kajian ini mengalami peningkatan prestasi dalam membina ayat pasif diri ketiga.
Peserta kajian A dan B pada mulanya tidak berupaya untuk membina ayat pasif diri
ketiga berikutan daripada kesalahan struktur binaan ayat pasif. Masalah-masalah ini
menyebabkan peserta kajian A dan B tidak memperolehi sebarang markah dalam
ujian pos. Berbeza dengan peserta kajian C yang berupaya untuk mendapat 4
markah atau 50% daripada keseluruhan soalan. Peningkatan sebanyak 50% pada
ujian pra juga menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian dalam membina ayat
pasif diri ketiga. Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil ujian pra dan ujian pos
ketiga-tiga peserta kajian ini, Kiub OKOSK-TerMeDi dapat meningkatkan prestasi
murid dalam membina ayat pasif diri ketiga dengan betul.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji berkaitan
dengan membina ayat pasif diri ketiga dalam kalangan murid Tahun 5 telah
membentuk perubahan yang positif. Peningkatan dalam pencapaian dan
penguasaan murid dalam membina ayat pasif diri ketiga boleh dilihat berdasarkan
graf dan jadual perbezaan markah semasa ujian pra dan ujian pos. Peningkatan
murid dalam kemahiran membina ayat pasif diri ketiga adalah melalui intervensi dan
bahan yang telah dibina oleh pengkaji iaitu Kiub OKOSK-TerMeDi. Hasil kerja yang
ditunjukkan oleh peserta kajian pada awalnya tidak memenuhi struktur ayat pasif
yang tepat akibat daripada masalah-masalah seperti tidak mengutamakan objek
dalam ayat, tidak menggunakan kata kerja pasif dan tidak menggunakan kata sendi
nama oleh dalam ayat. Namun, setelah beberapa tindakan dan intervensi
dilaksanakan, pencapaian peserta kajian telah meningkat secara mendadak.
Peningkatan tahap prestasi murid ini menunjukkan bahawa Kiub OKOSK-TerMeDi
berkesan dalam membantu murid untuk membina ayat pasif diri ketiga.

17

Cadangan tindakan susulan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam bab ini
adalah bertujuan untuk penambahbaikan sama ada buat pengkaji sendiri atau
pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang. Pengkaji mencadangkan agar kajian
tindakan ini dibuat melibatkan bilangan peserta kajian yang lebih ramai berbanding
bilangan peserta kajian yang telah pengkaji laksanakan dalam kajian tindakan ini.
Bilangan peserta kajian yang lebih besar boleh menyebabkan dapatan kajian
daripada ujian pra dan pos, pemerhatian serta intervensi yang dilaksanakan
mendapat gambaran yang lebih jelas dan lebih terarah di samping menunjukkan hasil
yang lebih efektif dan menyeluruh kepada penggunaan Kiub OKOSK-TerMedi dalam
kajian ini. Kiub OKOSK-TerMeDi yang telah dihasilkan juga dicadangkan
ditambahbaik ke dalam bentuk yang lebih kecil dan mudah untuk disimpan dan
digunakan berulang-ulang kali. Saiz yang lebih kecil dan fleksibel juga dapat
mengurangkan kos, menjimatkan tenaga dan masa pengkaji-pengkaji lain untuk
membinanya. Pemilihan bahan yang lebih sesuai dan kukuh juga perlu diambil kira
bagi membolehkan Kiub OKOSK-TerMeDi dapat digunakan dengan baik dalam
jangka masa yang lama.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum . (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5. 1-66.

Haryanti Cahyadi. (2019). Ragam Ayat Bahasa Melayu. Jenis Ayat Pasif, 55-79.
Kartini Abd. Wahab. (2018). Analisis Pembentukan Pasif Semu Bahasa Melayu dalam

Kerangka Generatif . Jurnal Melayu Bil. 17(2) , 277-298.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).

Pembahagian Ayat Pasif. Dalam Tatabahasa Dewan (hlm. 489). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Simon Achan. (2014, Jun 8). Kaedah Pemerhatian. Didapatkan dari Scribd:
https://www.scribd.com/document/228633112/Kaedah-Pemerhatian
Wong Shia Ho. (2011). Ragam Ayat Dalam Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Oleh Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2009. Jabatan Pengajian Melayu, 1-18.

18

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGABUNGAN AYAT TUNGGAL MENJADI

Amir Hakim Bin Ahmad Nawawi

En. Simon Bin Gihol

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018

IPG Kampus Kent

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 dalam meningkatkan
kemahiran memajmukan ayat tunggal dengan menggunakan Teknik SaPaHuSa.
Tinjauan awal menunjukkan responden kajian menghadapi masalah membina ayat
majmuk gabungan yang paling ketara iaitu pengulangan perkataan atau frasa yang
sama tanpa menggugurkan salah satu perkataan. Kajian ini membantu dalam
menambah baik amalan pengajaran pengkaji melalui pengaplikasian SaPaHuSa.
Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah di
daeah Tuaran yang memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran bahasa
Malaysia dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Pengkaji menjalankan kajian
berorientasikan teori Kemmis dan Mc Taggart (1988). Data dikumpulkan melalui
pemerhatian, ujian penilaian iaitu ujian diagnostik dan ujian pencapaian, dan analisis
dokumen. Analisis data dijalankan secara kuantitatif. Penggunaan SaPaHuSa dalam
latihan membina ayat m
berperingkat. Analisis hasil kerja peserta kajian dalam setiap intervensi yang
dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi dalam kemahiran membina ayat
majmuk gabungan. Peserta kajian telah mengetahui cara membina ayat majmuk

menggunakan teknik SaPaHuSa. Kesimpulannya, keputusan analisis data-data yang
telah dikumpul membuktikan bahawa penggunaan teknik SaPaHuSa dapat
membantu meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk gabungan dengan

PENGENALAN

Kajian yang dijalankan ini lebih memberikan tumpuan kepada penghasilan kemahiran
menulis mekanis murid-murid yang mana mereka dikehendaki membina ayat
majmuk dengan menggunakan ayat tunggal dan kata hubung yang diberikan. Pada
peringkat awal persekolahan iaitu Tahap 1, murid-murid terlebih dahulu telah
didedahkan dengan ayat tunggal dan ayat majmuk. Kemudian, murid-murid
diperkenalkan pula dengan kata hubung untuk menghasilkan ayat majmuk daripada

19

dua atau lebih ayat tunggal yang diberikan. Setiap kata hubung yang diperkenalkan
itu mempunyai fungsi masing-masing. Isi pembelajaran ini dapat membantu murid-
murid menghasilkan karangan berformat dan karangan tidak berformat apabila
mereka berada di alam persekolahan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun,
terdapat juga murid yang tidak dapat memajmukkan ayat tunggal yang telah
diberikan dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Oleh itu, kajian yang
dijalankan ini untuk mencari kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi
masalah pembinaan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung

diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 5 untuk memudahkan proses membina
ayat majmuk dengan menggunakan ayat tunggal yang diberikan dan kata hubung

Teknik SaPaHusa ini dibentuk berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti semasa
Praktikum Fasa Pertama yang telah dijalankan oleh pengkaji pada semester 6. Suku

perkataan salin. Maka, SaPaHuSa merujuk kepada gabungan empat langkah iaitu
aktiviti menyemak, merancang, Menyusun dan menggabungkan perkataan untuk
membentuk satu ayat majmuk yang lengkap. Namun demikian, telah berlaku
beberapa perubahan dari masa ke semasa dalam proses melaksanakan kajian ini
sepanjang fasa praktikum yang dijalani. Hal ini bagi memastikan semua murid yang
mengalami masaah keciciran dan ketinggalan dalam proses pembinaaan ayat
majmuk ini dapat dibantu dan diberi dorongan dengan baik. di samping akan dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam kemahhiran membina karangan yang
lengkap.

FOKUS KAJIAN
Dalam kajian tindakan yang akan dijalankan oleh pengkaji, pengkaji akan
memfokuskan murid yang mempunyai latar belakang yang tidak jauh berbeza dari
aspek ekonomi, keluarga dan pergaulan di dalam sebuah kelas Tahun 5. Masalah
yang dihadapi oleh murid kajian adalah tidak dapat memajmukkan dua ayat tunggal
dengan kata hubung yang diberikan dengan betul dan tepat. Masalah ini dikesan
melalui penyemakan buku latihan dan lembaran kerja yang diberikan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

OBJEKTIF KAJIAN
Mengaplikasikan teknik SaPaHuSa dalam membina ayat majmuk gabungan dengan

20

SOALAN KAJIAN
Bagaimanakah Peserta Kajian dapat mengaplikasikan teknik SaPaHuSa dalam

PESERTA KAJIAN

Peserta Kajian kajian merupakan murid Tahun 5 seramai enam orang di salah
sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta Kajian kajian terdiri daripada tiga
murid lelaki dan tiga murid perempuan. Kesemua Peserta Kajian tersebut
mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana. Peserta Kajian kajian terdiri
daripada tiga orang murid yang berbangsa Bajau, seorang murid berbangsa Melayu
dan seorang lagi berbangsa Dusun. Peserta Kajian kajian juga merupakan murid
yang mempunyai pencapaian akademik sederhana dan boleh dikategorikan dalam
murid yang biasa.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Adaptasi Model Stephen Kemmis dan
McTaggart (1998) dalam Rosinah Edinin (2012) untuk menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Menurut Khairuddin Mohamad (2014), model ini diasaskan oleh Stephen
Kemmis yang bertugas sebagai Dekan School Of Education, Deakin University,
Australia pada tahun 1988. Model kajian tindakan ini sering digunakan oleh pengamal
pengkaji termasuklah pengkaji kajian ini kerana mudah untuk difahami dan
dikendalikan.

pengkaji menjalankan intervensi yang merangkumi lima intervensi yang berunsurkan
ansur maju iaitu dari tahap mudah kepada tahap sederhana dan kemudian tahap
sukar. Jadual 5.1 (b) merupakan peringkat pelaksanaan intervensi pengkaji terhadap
Peserta Kajian.

Jadual 7 : Peringkat Pelaksanaan Intervensi

Peringkat Jenis Intervensi

Satu ( I ) i. Memperkenalkan Teknik SaPaHuSa kepada Peserta
Kajian.

ii. Peserta Kajian membina ayat majmuk gabungan secara
berkumpulan.

21

Dua ( II ) i. Membina ayat majmuk gabungan dengan
Tiga ( III ) menggunakan Teknik SaPaHuSa dalam Jadual Petak
Empat ( IV )
Lima ( V ) i. Membina ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan Teknik SaPaHuSa dalam Jadual Petak

i. Membina ayat majmuk gabungan dengan kata hubung
yang diberikan dengan bantuan garis lurus tanpa Jadual
Petak.

i. Membina ayat majmuk gabungan berdasarkan gambar
yang diberikan (Pengayaan)

Ujian pencapaian dilaksanakan setelah semua intervensi dijalankan bagi tujuan
kebolehpercayaan dan ketekalan data pengkaji. Kemudian, pengkaji merekodkan
data dengan memilih ujian penilaian yang terdiri daripada ujian diagnostik dan
pencapaian, analisis dokumen seperti lembaran kerja dan hasil kerja Peserta Kajian
semasa intervensi dan pemerhatian. Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
triangulasi data dan mengukuhkan lagi kajian tindakan yang pengkaji laksanakan.

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah anilisis dokumen
sebagai instrumen utama. Pengkaji menganalisis dokumen-dokumen yang terdiri
daripada lembaran-lembaran kerja Peserta Kajian semasa intervensi, rekod-rekod
prestasi Peserta Kajian dan sebagainya yang berkaitan dengan diri Peserta Kajian
untuk mendapatkan maklumat dalam menjalankan kajian ini. Pengkaji turut
menggunakan kaedah ini untuk menganalisis rekod dan profil Peserta Kajian iaitu
latar belakang keluarga Peserta Kajian. Selain itu, pengkaji juga menggunakan
soalan-soalan dalam intervensi latihan dan intervensi pengayaan sebagai salah satu
dokumen Peserta Kajian.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian diperoleh melalui kajian dan instrumen pengumpulan data yang telah
dilaksanakan termasuklah analisis dokumen seperti lembaran-lembaran kerja latih
tubi berperingkat (Peringkat I sehingga Peringkat IV), pemerhatian berstruktur dan
ujian-ujian penilaian seperti ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan perancangan dan
pelaksanaan intervensi yang dijalankan sepanjang kajian ini, dapat dinyatakan
bahawa teknik SaPaHuSa sangat berguna kepada Peserta Kajian. Hal ini
menunjukkan teknik SaPaHuSa dapat membantu Peserta Kajian kajian
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan betul dalam kata

-enam
Peserta Kajian dapat dilihat dalam ujian pencapaian yang dijalankan.

22

Bagaimanakah Peserta Kajian dapat mengaplikasikan teknik SaPaHuSa dalam

120 Markah Peserta Kajian Semasa Intervensi Peringkat I
- Peringkat IV

100
80
60
40
20
0
Responden Responden Responden Responden Responden Responden
AB cDE F
Peringkat I Peringkat II Peringkat III Peringkat IV Peringkat V

Rajah 7.2 : Analisis Markah Peserta Kajian Intervensi Peringkat 1 Peringkat IV

Rajah 7.2 meru[akan graf perbandingan markah Peserta Kajian dalam setiap
peringkat intervensi yang dijalankan. Berdasarkan analisis yang dikaji, dapat dilihat
dengan jelas bahawa terdapat perningkatan markah Peserta Kajian dalam setiap
intervensi yang dijalankan. Teknik SaPaHuSa diaplikasikan dalam kelas Bahasa
Melayu adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam membina ayat
ayat tunggal yang diberikan. Hasil daripada teknik SaPaHuSa yang diaplikasikan
dalam kelas, Peserta Kajian-Peserta Kajian tidak lagi melakukan kesilapan yang
biasa dilakukan iaitu menulis perkataan yang sama secara berulang kali pada satu

intervensi
bermula pada Peringkat Intervensi I hingga Peringkat Intervensi V, pengkaji
mendapati semua Peserta Kajian dapat mengaplikasikan dan menggunakan teknik
SaPaHuSa dengan baik dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul.

23

REFLEKSI

Berdasarkan kajian ini, pengaplikasian Teknik SaPaHuSa dalam membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan

Pelaksanaan Teknik SaPaHuSa ini adalah berdasarkan pelaksanaan latihan secara
berperingkat dan ini telah banyak membantu meningkatkan kemahiran Peserta
Kajian kajian membina ayat majmuk dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Hal ini
terbukti menerusi ujian-ujian penilaian yang dilakukan seperti ujian diagnostik dan
ujian pencapaian, pemerhatian, dan analisis dokumen seperti lembaran-lembaran
kerja Peserta Kajian semasa intervensi yang dilaksanakan. Melalui penyelidikan
tindakan ini juga, pengkaji telah dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenal
pasti dengan lebih sistematik.

Pelaksanaan kajian tindakan ini telah menyedarkan pengkaji bahawa setiap murid
mempunyai peluang yang sendiri untuk memperbaiki kelemahan mereka sekiranya
diberi bimbingan yang berterusan dan kaedah rawatan yang sesuai. Pengkaji turut
menyedari bahawa aplikasi SaPaHuSa dalam membina ayat majmuk membantu
pengkaji meningkatkan kemahiran Peserta Kajian membina ayat majmuk dengan
lebih baik. Selain menghasilkan inovasi kaedah pengajaran dalam topik ayat
majmuk, pengkaji juga dapat melihat Peserta Kajian berminat dengan penggunaan
SaPaHuSa semasa aktiviti membina ayat majmuk. Oleh itu, pemilihan fokus kajian
yang berkisar tentang kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid
Tahun Lima ini sangat sesuai.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam penyelidikan ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada peningkatan

murid Tahun Lima sahaja. Kemahiran tersebut masih berada pada kemahiran aras
rendah. Pengkaji tidak menekankan struktur ayat yang gramatis memandangkan
Peserta Kajian dalam kajian ini disediakan binaan ayat dan kata hubung Kajian
lanjutan boleh dijalankan bagi peringkat kemahiran membina ayat majmuk yang
seterusnya. Salah satunya, teknik SaPaHuSa ini boleh diaplikasikan pada kata
hubung yang lain seperti lain, kerana, tetapi dan seumpamanya. Pengaplikasian
teknik ini masih sama jika ayat tunggal dan kata hubung disediakan. Jika pada
peringkat yang lebih tinggi iaitu binaan ayat berpandukan gambar rajah tunggah
sahaja, teknik ini hanya boleh digunakan setelah murid dapat mengenal pasti ayat
yang ingin dibina. Kemudian, teknik SaPaHuSa ini digunakan bagi membantu
mengelakkan pengulangan perkataan yang sama dalam membina ayat majmuk
sekiranya kemahiran berada pada aras yang tinggi.

Kajian selanjutnya juga mungkin boleh dijalankan dengan meningkatkan kemahiran
membina ayat majmuk yang betul dari segi penggunaan huruf besar, tanda baca,
kata hubung, kata kerja dan kosa kata yang sesuai. Selain itu, tempoh pelaksanaan
penyelidikan mungkin perlu dilanjutkan agar penggunaan SaPaHuSa ini menjadi
rumus yang perlu diingat dan digunakan dalam peperiksaan bagi murid Tahun Lima
khususnya lebih-lebih lagi mereka menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah

24

(UPSR) pada tahun seterusnya. Pada kitaran akan datang, pengkaji akan cuba untuk
menjadikan penggunaan SaPaHuSa menjadi luas iaitu semua kata hubung yang
terdapat dalam mata pelajaran bahasa Malaysia.

RUJUKAN
A. Chellamal Bagavathy. (2005). Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek

Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa.
Prosiding Seminar Penyelidikan IPBA 2005. Di
http://www.web.apps.emoe.go.my/. Tarikh akses 25 Oktober 2012.
Abdul Aziz Abdul Talib. (1985). Menilai kemahiran Pelajar Menulis Karangan, Satu
Tinjauan Pemarkahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (dipertik
September.hlm.696-713)
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Chall, J.S (1974). Readability: An Appraisal Of Research And Application Epping,
Essex: Bowker Publishing Company.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzillah Abd Rahman. (2011). Pelaksanan Pengajran
Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Hlm. 67.
Kamarudin Hj Husin (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Karim. Farid M. Osman, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood
(2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nuraihan Mat Duad. (2000). Penggunaan Pemproses Kata dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 44 (4): 467-484.
Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors

25

Fatin Nur Athirah binti Mahdir
Puan Chin Satt Fung

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018
IPG Kampus Kent

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata sendi

teknik JaLeKa: Jadual Lekat Kata. Beberapa perkataan yang disediakan perlu
dilekatkan pada ruangan M.A.T & B.O.S untuk membanding beza kata sendi nama

peserta kajian di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran yang terdiri daripada
tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Tinjauan awal mendapati murid keliru
dan kurang dapat mengu
Oleh yang demikian, teknik JaLeKa digunakan sebagai langkah penyelesaian bagi
mengatasi masalah ini. Tiga instrumen digunakan bagi menganalisis dapatan kajian
iaitu ujian diagnostik dan ujian pencapaian, soal selidik serta pemerhatian
berstruktur. Berdasarkan analisis dapatan kajian, didapati bahawa peserta kajian
berjaya memperoleh peningkatan markah dalam ujian pencapaian berbanding ujian
diagnostik selepas intervensi dilaksanakan. Dapatan ini membuktikan bahawa
penggunaan teknik JaLeKa mampu meningkatkan penguasaan murid dalam

Kata Kunci: Kata Sendi Nama, JaLeKa, dari, daripada

PENGENALAN
Konteks

Pengkaji merupakan salah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent, Tuaran, Sabah dan seorang pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 dari unit
Bahasa Melayu 1 (BM 1) bagi Sekolah Kebangsaan (SK). Pada sesi praktikum fasa
satu, pengkaji telah ditempatkan di sebuah sekolah Kebangsaan di daerah Tuaran,
Sabah.

26

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di sekolah tersebut, didapati ramai
murid yang kurang menguasai tatabahasa terutamanya dalam penggunaan kata

tersebut masih keliru dengan proses penggunaannya dan menyebabkan mereka
sering kali memilih jawapan yang salah terutamanya dalam soalan pemahaman.
Biarpun pengkaji telah menerangkan dengan lebih teliti proses tersebut, murid masih
lagi sukar untuk memahami topik yang diajar dan seolah-olah tidak langsung
berminat untuk mempelajarnya. Hal ini kerana, kekeliruan dalam proses ini
menyukarkan pemahaman murid sekaligus menyebabkan mereka langsung tidak
berminat untuk belajar.

Kelas Tahun 4 yang diajar oleh pengkaji terdiri daripada 40 orang murid.
Murid di dalam kelas tersebut tidak mempunyai sebarang masalah berkeperluan
khas. Akan tetapi, peserta kajian mempunyai masalah dalam memberi perhatian
semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta kurang berminat belajar.
Keadaan ini mendorong kepada masalah pembelajaran pada tahap yang lemah.
Oleh itu, pengkaji tertarik untuk meneliti masalah penguasaan bahasa iaitu kata sendi

aspek tatabahasa merupakan salah satu aspek yang penting untuk diketengahkan
dalam proses PdP di sekolah.

Hal ini berikutan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang baru diperkenalkan di mana pengajaran tatabahasa diperuntukkan sekurang-
kurangnya satu hari dalam setiap minggu persekolahan. Menurut Tuan Jah dan
Faridah (2011), salah satu daripada empat fokus utama pembelajaran bahasa
Melayu sekolah rendah ialah murid dapat berkomunikasi secara berkesan dalam
perhubungan sosial. Oleh itu, aspek tatabahasa memerlukan perhatian yang lebih
dalam membendung masalah murid yang menghadapi kesukaran untuk
berkomunikasi secara berkesan kerana ayat yang dipertuturkan tanpa kata sendi
nama yang tepat akan lari daripada hukum dan peraturan tatabahasa.

Fokus Kajian

Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan kepada permasalahan kata sendi nama

kerana mengalami kekeliruan apabila membina ayat yang mengandungi kata sendi
. Murid tidak dapat membezakan sama ada ingin menggunakan

tumpuan dan fokus apabila PdP berlangusng. Maka, pengkaji telah merancang untuk
membantu murid mengatasi masalah kekeliruan dalam penggunaan kata sendi nama
yang betul serta ingin menarik minat murid untuk memberikan sepenuh perhatian
semasa belajar.

27

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat
keberkesanan penggunaan JaLeKa dalam meningkatkan penguasaan kata sendi

dicapai menerusi kajian ini iaitu
i.
ayat dengan menggunakan teknik JaLeKa bagi murid Tahun 4.
ii.

Tahun 4.
Persoalan Kajian

Daripada objektif yang diwujudkan maka persoalan kajian yang dikenal
pasti adalah berkaitan:

i. Adakah penggunaan teknik JaLeKa dapat meningkatkan

bagi murid Tahun 4?
ii. Adakah teknik JaLeKa dapat meningkatkan minat murid untuk

murid Tahun 4?

KAJIAN LITERATUR

Bagi menyokong kajian yang dikaji, pengkaji telah mencari hujah-hujah
tokoh sebelum menjalankan kajian dengan lebih lanjut. Hujah ini yang dikenali
sebagai tinjauan literatur atau kajian literatur ini boleh digunakan sebagai rujukan
untuk kajian lanjut. Rujukan tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan
pendedahan mengenai pelbagai jenis masalah pembelajaran murid di dalam kelas.
Dengan pendedahan itu, pengkaji dapat mengesan beberapa masalah pembelajaran
murid mengikut kelas kemahiran dengan betul. Oleh itu, pengkaji dapat mengambil
langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah yang timbul.

Penyelidikan ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap keberkesaan
penggunaan JaLeKa yang dicipta untuk membantu meningkatkan penguasaan

beberapa kajian lepas yang membuktikan bahawa masalah penguasaan kata sendi
nama dalam kalangan murid di dalam kelas dapat dibendung sekiranya teknik dan
kaedah yang betul digunakan semasa proses pembelajaran dijalankan.

28

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KPM 2003), setiap murid mempunyai masalah yang berbeza antara satu sama lain.
Hal ini kerana setiap murid mempunyai pengalaman, tingkah laku, bakat, kebolehan
dan persekitaran yang berbeza. Mungkin ada di antara mereka mempunyai masalah
kemahiran menulis kerana mereka tidak mempunyai kebolehan untuk menulis
dengan baik. Hal ini menyebabkan kekeliruan huruf yang akan timbul sewaktu
mereka cuba menulis. Namun, masalah ini boleh dibendung jika guru mengambil
langkah yang berkesan agar murid akan menjadi lebih seronok untuk belajar. Oleh
itu, pengkaji perlulah menyediakan aktiviti yang menyeronokkan supaya murid
tertarik dan seronok untuk belajar. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa teknik

Antaranya Kaedah J-Mono, teknik nyanyian, Program
Daripadaku Kepadamu dan sebagainya. Namun, pengkaji memutuskan untuk
merujuk kepada kajian Nur Ramadhilfitri bin Ishak (2014) dalam kajiannya yang

dengan menggunakan jadual MATO. Walaubagaimanapun, saya turut menambah

beberapa fung Oleh itu,

saya menggunakan JaLeKa: Jadual Lekat Kata bagi meningkatkan penguasaan

jadual tersebut boleh ditampal dan mempunyai pelbagai warna untuk digunakan
semasa aktiviti pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga instrumen pengumpulan
data iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan soal selidik.Bagi mengesan
sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan awal murid dalam penggunaan kata

oleh pengkaji pada sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Markah murid akan
dianalisis dan dipamerkan dalam bentuk jadual dan graf.

Selain itu, pemerhatian secara langsung turut dilakukan agar pengkaji
dapat mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap
perubahan- perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas
terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan,
perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu
proses PdP. Soalan pemerhatian yang dibina adalah berkaitan dengan keadaan
sekeliling murid agar data yang diperoleh adalah sesuai dengan pemerhatian yang
dilaksanakan oleh pengkaji. Borang pemerhatian yang digunakan adalah borang
pemerhatian jenis tertutup. Manakala bagi soal selidik, pengkaji telah memilih untuk
menggunakan soal selidik berbentuk skala likert untuk mengenal pasti kualiti kerja
murid. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik mengikut skala yang berbeza.
Menurut Mohd Majid Konting (2004), kaedah pengumpulan data yang sesuai

29

digunakan untuk mengumpul dapatan kajian adalah salah satunya adalah
menggunakan borang soal selidik.

REFLEKSI KAJIAN

Dapatan 1 teknik JaLeKa dapat meningkatkan
a) Adakah penggunaan
penguasaan
bagi murid Tahun 4?

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Markah (%) 200 92 100 92 83
92 17 25 25 33

100 25 M2 M3 M4 M5
Peserta Kajian (murid)
0
M1

Pra Pasca

Rajah 1. Perbandingan Markah Peserta Kajian Berdasarkan Ujian Pra Dan
Ujian Pencapaian.

Peserta Kajian Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Kenaikan Peratusan (%)

M1 25 92 67

M2 17 92 75

M3 25 100 92

M4 25 92 67

M5 33 83 50

Jadual 1. Perbandingan Markah Peserta Kajian Berdasarkan Ujian Pra
Dan Ujian Pasca

Berdasarkan jadual dan graf di atas telah menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan yang jelas dan ketara apabila peratusan markah ujian pasca peserta
kajian meningkat dengan jayanya berbanding sebelum sesi intervensi dilaksanakan.
Peratusan peningkatan markah bagi M1 dan M4 adalah sama iaitu sebanyak 67%,
M2 sebanyak 75%, M3 sebanyak 92% dan M5 sebanyak 50%. Peningkatan
peratusan markah ini membuktikan bahawa peserta kajian dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan baik sekali setelah JaLeKa diperkenalkan. Justeru itu, hal ini

30

membuktikan bahawa sesi intervensi yang dijalankan bersama terbukti berkesan dan
membantu meningkatkan peratusan markah peserta kajian.

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa penggunaan JaLeKa mampu
meningkatkan penguasaan peserta kajian

dijalankan, pengkaji mendapati bahawa semua peserta kajian berjaya menjawab
hampir semua soalan dengan betul dan apa yang lebih baik adalah semua peserta
kajian mendapat markah pada tahap yang baik dan cemerlang. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa penguasaan peserta kajian dalam aspek kata sendi nama

JaLeKa dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 dalam penggunaan kata
Selain itu, pemerhatian telah dijalankan

pada sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan, Berikut merupakan data yang
telah dianalisis dan seterusnya dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf.

Skala Tahap Catatan

Tidak 1 Lemah

Ya 2 Baik

Jadual 2. Skala Pencapaian Peserta Kajian.

Item Tahap Sebelum (%) Selepas (%) Peningkatan
1 2 40 100 (%)

60

2 2 60 100 40

3 2 20 100 80

4 2 40 100 60

4 2 20 100 80

Jadual 3. Analisis Tahap Pencapaian Peserta Kajian Bagi Sebelum dan
Selepas Intervensi.

31

Analisis Pemerhatian

Kekerapan (%) 150 100 100 100 100 100
100 40 60 20 40 20

50 234 5
Intervensi (Tahap 2)
0

1

Sebelum Selepas

Rajah 2. Carta Bar Analisis Pemerhatian Sebelum dan Selepas Intervensi.

Setelah menganalisis pemerhatian bagi sebelum dan selepas intervensi
pengkaji menetapkan kriteria Ya sebagai Tahap 2 (Baik). Berdasarkan rajah berikut,
pengkaji mendapati bahawa pengaplikasian teknik JaLeKa dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam k
item 3 dan item 5, jelas sekali berlaku peningkatan dalam kalangan peserta kajian
iaitu sebanyak 80%. Mengikut pada item, 100% peserta kajian memperolehi

intervensi dilaksanakan. Keadaan ini membuktikan bahawa kesemua peserta kajian
berjaya melepasi proses intervensi dengan baik. Hal ini kerana selepas pengkaji
memperkenalkan teknik JaLeKa, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian
memberikan reaksi yang positif berbanding pemerhatian pengkaji terhadap borang
pemerhatian sebelum teknik JaLeKa diaplikasikan. Semua soalan di dalam borang
pemerhatian dipenuhkan dengan jawapan oleh pengkaji. Oleh itu jelaslah bahawa
teknik JaLeKa ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kata sendi nama

Dapatan 2
a) Adakah teknik JaLeKa dapat meningkatkan minat murid untuk menguasai
4?

Seterusnya, soal selidik turut juga dilaksanakan pada sebelum dan selepas
intervensi dilaksanakan, Berikut merupakan data yang telah dianalisis dan
seterusnya dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf.

Skala Tahap Catatan
Tidak Setuju 1 Lemah

32

Setuju 2 Sederhana

Sangat Setuju 3 Baik

Jadual 4. Skala Pencapaian Peserta Kajian.

Item Tahap Sebelum (%) Selepas (%) Peningkatan
1 3 100 100 (%)

0

2 3 60 80 20

3 3 20 80 60

4 3 20 100 80

5 3 40 100 60

Jadual 5. Analisis Tahap Pencapaian Peserta Kajian Bagi Sebelum dan
Selepas Intervensi.

Analisis Soal Selidik

Peratus (%) 150 100 100 100
80 80
100 60
40
50 20 20

0 Selepas
Sebelum

Intervensi

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

Rajah 3. Carta Bar Analisis Soal Selidik Sebelum dan Selepas
Intervensi.

Berdasarkan data yang telah dianalisis daripada instrument soal selidik, pengkaji
dapat lihat bahawa penggunaan teknik JaLeKa dapat menambah baik amalan
pedagogi guru di dalam kelas dengan lebih baik dan cekap. Pedagogi bermaksud
pendekatan PdP yang digunakan oleh guru untuk mengajar muridnya. Hal ini kerana
selepas pengkaji memperkenalkan teknik JaLeKa, peserta kajian jelas menunjukkan
respon yang positif terhadap borang soal selidik yang diberikan. Setelah
menganalisis borang soal selidik bagi sebelum dan selepas intervensi, pengkaji
menetapkan kriteria Sangat Setuju sebagai Tahap 3 (Baik). peningkatan ketara boleh
dilihat pada item 3 dan item 4. Hal ini demikian kerana masing-masing mencapai
kenaikan peratus yang mendadak berbanding item lain iaitu sebanyak 60% dan 80%

33

masing-masing. Peningkatan ini sememangnya dipengaruhi oleh intervensi yang
telah dijalankan bersama. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa pengaplikasian

teknik JaLeKa semasa PdP jelas sekali berjaya meningkatkan penguasaan murid

REFLEKSI KENDIRI

Intervensi yang dihasilkan dalam kajian ini membantu peserta kajian

meningkatkan penguasaan dalam kata sendi nama dan dengan baik

di samping meningkatkan tahap kognitif peserta kajian dalam melibatkan diri bagi

setiap langkah intervensi yang dilaksanakan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi,

jelas bahawa teknik JaLeKa ini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah

yang dihadapi. Latihan yang dijalankan tururt membantu para peserta kajian kata

mencapai objektif kajian yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya didapati bahawa pendekatan PdP secara
konvesional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnya apabila
murid melibatkan diri semasa aktiviti dijalankan. Menurut Turner dan Patrick (2004),
penglibatan murid boleh ditingkatkan sekiranya guru memberikan sokongan
terhadap perkembangan tabiat positif murid. Guru boleh mengawal persekitaran
pembelajaran dengan mengaplikasikan amalan yang dapat melibatkan murid untuk
menghubungkan pengetahuan sedia ada yang mereka miliki dengan pengetahuan
baharu seperti amalan pembelajaran aktif.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah memperolehi hasil dapatan kajian, pengkaji berpendapat bahawa
kajian ini perlu dipertingkatkan kegunaannya untuk kepentingan pendidikan.
Intervensi teknik JaLeKa adalah sesuai digunakan untuk meningkatkan fokus murid
semasa PdP. Bukan itu sahaja,teknik ini juga dapat menarik minat murid untuk
belajar melalui konsep belajar sambil bermain. Pihak yang berkenaan seperti guru
boleh menambahbaik kualti bahan yang digunakan agar dapat dikomersialkan.
Kualiti yang tinggi dapat meyakinkan pengguna bahawa penggunaannya adalah
relevan.

Seterusnya, adalah baik permasalahan dalam kemahiran tatabahasa ini
dikaji pada peringkat yang lebih tinggi supaya dapat mengukur keberkesanannya
ke atas murid kajian yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini patut dijalankan dalam jangka
masa yang panjang dan lama. Masa mempengaruhi keputusan hasil kajian dan
faktor masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendapatkan
keputusan kajian. Pengkaji seharusnya menjalankan kajian dengan lebih lama agar
pengkaji lebih memahami dan mengenali peserta kajian di samping dapat
memerhatikan tindak balas peserta kajian. Kajian ini juga boleh dijalankan ke atas
permasalahan yang lain dalam pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk
mengukur tahap implikasi permasalahan tersebut dalam prestasi Bahasa Melayu.
Dapatan kajian ini akan menjadi garis panduan bagi para pendidik dalam
menjalankan sesi pengajaran mereka kelak. Akhir sekali, pengkaji mencadangkan
agar tajuk kajian yang difokuskan dalam kajian diperluaskan lebih lagi. Teknik yang

34

digunakan di dalam kajian bukan hanya terhad kepada murid lemah sahaja, tetapi
boleh digunakan secara berkesan kepada murid-murid di kelas perdana juga.
Perkara ini bagi memastikan pengkaji dapat menilai keberkesanan teknik yang
digunakan bagi membantu dalam proses PdP dalam mana-mana mata pelajaran di
sekolah rendah. Tambahan, penggunaan teknik ini bukan sahaja membantu
pengkaji dalam menyampaikan isi pelajaran kepada peserta kajian, tetapi juga
membantu peserta kajian untuk lebih menguasai setiap kemahiran dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi akademik
peserta kajian secara menyeluruh.

RUJUKAN

Azahari, N. A. (2013). Meningkatkan Kata Sendi Nama "dari" dan "daripada"
Murid Tahun Empat Menggunakan Kaedah J-Mono. IPG Kampus
Dato' Razali Ismail.

Aziz, S. H. (1996). Pengajaran Tatabahasa Bahasa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.

Bhd.

Chomsky, N. (2009). Noam Chomsky on Language and Cognition.
Muenchen: LINCOM Europa.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan dalam Pengajaran. Puchong: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Play's Potential In Early Literacy
Development. Creative Education, Vol. 9 No. 7.

Edinin, R. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Bangi: Pelangi
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Konting, M. M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

L. B. Resnick & W. W. Ford. (1981). Collaborative Action Research For
English Language Teachers. New York.

Mahmood, A. H. (1992). Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Meng, E. A. (1998). Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Nik Safiah Nik Abdul Karim & Norlidza Shamsuddin. (2008). Bahasa Malaysia.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nordin, A. B. (1995). Penilaian Afektif. Kajang: Masa
Enterprise. Salkind, N. (2006). Exploring Research (6th
Ed). New Jersey: Pearson.
Sekaran, U. (2003). Research Methods For Business. USA: John Wiley & Sons, Inc.

Shamsuddin, S. (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

35

Tuckman, B. W. & Waheed, M. A. (1981). Evaluating an Individual Science
Programme for Community College Students. Journal of Research in
Science Teaching, 18: 489- 95.

Turner, J. C & Patrick, H. (2004). Motivational Influence On Student
Participation In Classroom Learning Activities. Teachers College
Record, 106 (9), 1759-1785.

Zaharin, S. b. (2012). Program Daripadaku Kepadamu Meningkatkan
Penguasaan Kata Sendi Nama Murid Tahun Lima. Terengganu:
SK Kompleks Gong Badak.

Zakaria, N. R. (2014). Membezakan Penggunaan Kata Sendi Nama "Dari" dan
"Daripada" Murid Tahun 5 Arif Menggunakan Jadual Mato. IPG
Kampus Dato' Razali Ismail

36

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM
KALANGAN MURID TAHUN DUA MENGGUNAKAN TEKNIK RAJAH TUKAR

GANTI.

Fazlin Najwa Dayana binti Darus
En. Ismail Bin Ag. Piut

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018
IPG Kampus Kent

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran membina ayat merupakan antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid sejak Tahun Satu lagi. Lantaran itu, kajian penyelidikan tindakan ini dijalankan
bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam
kalangan murid Tahun Dua menggunakan teknik Rajah Tukar Ganti (RTG). Melalui
teknik ini, peserta kajian perlu membina ayat tunggal menggunakan RTG yang
disediakan. Seorang murid Tahun Dua dari sebuah Sekolah Kebangsaan
Tambalang, Sabah telah dipilih sebagai peserta kajian. Model Penyelidikan Kemmis
& McTaggart (1988) telah digunakan dalam kajian tindakan ini. Kaedah pengumpulan
data yang digunakan adalah melalui ujian pra dan ujian pos. Analisis data dilakukan
secara kualitatif. Berdasarkan analisis dapatan kajian yang dilakukan, peningkatan
dalam membina ayat tunggal yang memberangsangkan dapat dilihat terhadap
peserta kajian. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa
teknik RTG adalah berkesan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya.

Kata Kunci : membina ayat, seorang murid, RTG, memberangsangkan

PENGENALAN
Konteks
Pengkaji mendapat cetusan idea untuk melaksanakan penyelidikan kajian tindakan
ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri setelah berpeluang mengajar
murid Tahun Dua dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semasa menjalani praktikum
fasa satu di SK Bantayan, Sabah. Ketika mengajar, pengkaji mendapati rata-rata

37

murid Tahun Dua di sekolah ini mempunyai masalah dalam membina ayat dengan
baik.
Kemudian, pengkaji telah meneruskan kajian tindakan dalam membantu murid
membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua di sebuah sekolah iaitu SK
Tambalang Sabah di mana di sini turut terdapat masalah yang sama dalam membina
ayat dengan betul. Seramai dua orang murid telah dikenalpasti oleh pengkaji sebagai
peserta kajian. Murid-murid ini mempunyai masalah yang paling ketara dalam
membina ayat tunggal. Justeru, pengkaji telah mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk membantu murid ini meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal.

FOKUS KAJIAN
Isu Kajian
Antara kesalahan murid dalam membina ayat tunggal dikenalpasti oleh pengkaji
melalui hasil kerja murid adalah seperti yang dipaparkan dalam Rajah 1 di bawah.
Hasil kerja murid tersebut jelas menunjukkan kesalahan murid dalam membina ayat
melalui struktur tatabahasa dan golongan kata kerja.

Rajah 1: Hasil Kerja Murid
Walaupun pengkaji mendapati murid mampu membaca ayat-ayat mudah tanpa
bimbingan daripada guru, perkara ini perlu di pandang serius kerana kesalahan ini
berkaitan dengan struktur dan tatabahasa ayat. Hal ini sekali gus memberi kesan
terhadap kesalahan dari segi sintaksis iaitu tidak mengikut pola ayat dasar yang
betul. Murid didapati tidak tahu penggunaan pola ayat dasar yang betul dalam
membina ayat tunggal. Berdasarkan rujukan yang telah dibuat oleh pengkaji melalui
Kamus Tatabahasa Dewan edisi ketiga dalam bab 16 ceraian 16.6, konstituen subjek
sepatutnya diisi oleh FN, manakala konstituen predikat pula diisi oleh FK.
Oleh itu, fokus kajian yang dijalankan merupakan salah satu aspek yang berkaitan
dengan sistem tatabahasa yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Melalui catatan refleksi yang dilakukan terhadap P&P murid Tahun Dua,
pengkaji telah membuat satu rumusan bahawa aspek kemahiran yang perlu
difokuskan adalah membina ayat tunggal. Lantaran itu, pengkaji menggunakan teknik
Rajah Tukar Ganti (RTG) untuk membantu murid membina ayat tunggal. Fokus ini

38

adalah untuk menepati kriteria-kriteria seperti kebolehtadbirannya untuk mengatasi
masalah membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua dan
kebolehgunaannya dalam tugas harian guru. Berikut merupakan Rajah Tukar Ganti
yang digunakan oleh pengkaji kepada peserta kajian yang dipilih.

Rajah 2 : Teknik Rajah Tukar Ganti

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Teknik Rajah Tukar Ganti membantu meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal.
SOALAN KAJIAN
Adakah penggunaan teknik Rajah Tukar Ganti dapat membantu meningkatkan
kemahiran membina ayat tunggal?

PESERTA KAJIAN
Peserta kajian adalah terdiri daripada seorang murid lelaki Tahun dua, beragama
Islam dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambalang, Sabah. Murid ini dipilih
setelah analisis hasil kerja murid dilakukan pada peringkat awal. Pengkaji mendapati
bahawa murid ini mempunyai masalah dalam membina ayat tunggal dengan betul
iaitu kesalahan dalam struktur dan tatabahasa ayat dan kesalahan dari segi golongon
kata kerja.

39


Click to View FlipBook Version