The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:03:35

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BAHASA MELAYU 1

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Bahasa Melayu,Pengajaran Bahasa Melayu

lebih matang dan gramatis. Tuntasnya, Munsyi Cilik telah berjaya membantu
murid meningkatkan penguasaan kosa kata dan kemahiran menulis ayat bahasa
Melayu tanpa mencampuradukkan bahasa pertuturan harian atau kosa kata
yang salah.

Perbandingan Data Pemerhatian Sebelum dan Selepas
Intervensi

6

4

2

0 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Item 1

Pemerhatian Sebelum Intervensi Pemerhatian Selepas Intervensi Column1

Rajah 2: Graf Perbandingan Data Pemerhatian Sebelum dan Selepas
Intervensi.

Analisis Data Dokumen

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji turut menggunakan analisis data dokumen
sebagai salah satu kaedah pengumpulan data. Pengkaji telah menganalisis
latihan peserta kajian yang telah diberikan semasa intervensi Munsyi Cilik
dijalankan. Tujuan adanya latihan-latihan ini adalah bagi memudahkan pengkaji
menilai tahap perkembangan peserta kajian dalam kajian ini. Dalam kajian
tindakan ini, sebanyak tiga latihan yang diberikan semasa kajian dilaksanakan
manakala latih tubi pula sebanyak satu soalan sebagai latihan pengukuhan.

Rajah 3 : hasil kerja intervensi peserta kajian
Secara keseluruhannya, analisis dokumen sangat membantu pengkaji dalam
mengumpul data dan membuat perbandingan perkembangan peserta kajian.
Maklumat yang diperoleh juga bersifat telus dan tiada sebarang penipuan. Hal
ini kerana, dokumen-dokumen tersebut diperoleh terus daripada peserta kajian.
Setelah menganalisis dokumen yang telah diberikan semasa intervensi
dijalankan pengkaji mendapati peserta kajian telah menunjukkan peningkatan
yang positif. Peningkatan yang ditunjukkan membuktikan bahawa peserta kajian

240

telah menguasai kosa kata bahasa Melayu dan mampu untuk menghasilkan
penulisan ayat dengan menggunakan perkataan bahasa Melayu baku yang
betul dan ejaan yang tepat. Sehubungan itu, bagi mengukuhkan data analisis
dokumen ini pengkaji telah menyediakan satu latihan kepada peserta kajian.

Analisis Data Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian pra dalam bentuk membina ayat berdasarkan
gambar. Ujian pra dijalankan bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid
dalam penulisan ayat bahasa Melayu sebelum intervensi dijalankan terhadap
peserta kajian. Pengkaji menyemak kertas ujian pra berdasarkan rubrik
penskoran yang telah ditetapkan sebagai garis panduan dalam pemarkahan
ujian pra.
Jadual 5 Jadual Rubrik Penskoran

Penskoran Kriteria
Cemerlang
9-10 Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati
bahan grafik/ tugasan.
Baik Setiap ayat ada peluasan subjek/ peluasan
7-8 predikat.
Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas
Memuaskan dan sesuai dengan bahan grafik/tugasan.
4-6 Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Pencapaian Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati
Tahap bahan grafik/ tugasan.
Minimun Setiap ayat ada peluasan subjek/ peluasan
1-3 predikat.
Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas
dan sesuai dengan bahan grafik/tugasan.
Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda
baca tetapi tidak menjejaskan ayat.

Penggunaan ayat tunggal/kurang gramatis tetapi
sesuai dengan bahan grafik/ tugasan.
Penggunaan kata/kosa kata yang terhad tetapi
masih sesuai dengan bahan grafik/ tugasan.
Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda
baca.

Ayat masih sesuai / ayat tidak sesuai/ tidak
berkaitan dengan bahan grafik/ tugasan.
Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda
baca.

Sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia (2017)

Berdasarkan perbandingan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan
terhadap peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
penulisan ayat bahasa Melayu. Semasa ujian pra dijalankan, purata markah
yang diperolehi oleh peserta kajian adalah sekitar 4 hingga 5 markah sahaja.
Dimana mengikut rubrik penskoran, peserta hanya berada di tahap

241

memuaskan manakala selepas ujian pos dijalankan pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian telah mencapai tahap cemerlang dimana markah yang
diperoleh adalah sekitar 9 sehingga 10 markah. Hal ini menunjukkan bahawa
peserta kajian mempunyai peningkatan antara 4 hingga 5 markah.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

15

10 Ujian Pra
Ujian Pos
5

0
ABC D E

Rajah 3 : Graf perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan graf di atas, tidak dapat dinafikan lagi bahawa empat daripada
peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dengan mencatat
markah yang tinggi iaitu 8 dan ke atas. Hanya peserta kajian D sahaja yang
menunjukkan peningkatan sebanyak 4% berbanding markah ujian pra yang
dilaksanakan pada awal kajian. Sehubungan itu, jelas bahawa peserta telah
mencapai tahap penguasaan yang cemerlang. Peningkatan ini membuktikan
keberkesanan Munsyi Cilik dalam membantu peserta kajian menguasai kosa
kata bahasa Melayu sekaligus meningkatkan kemahiran menghasilkan
penulisan ayat bahasa Melayu.

REFLEKSI

Melalui kajian tindakan ini, pengkaji diberi ruang dan peluang untuk
menghasilkan satu inovasi yang berbentuk maujud yang bersesuaian dengan
kemampuan dan tahap kecerdasan murid. Pelaksanaan intervensi terhadap
kelima-lima peserta kajian juga berjalan dengan lancar mengikut perancangan
yang dirancang sebelum memulakan kajian tindakan ini. Sepanjang proses
pelaksanaan kajian ini sama ada sebelum, semasa atau selepas, pengkaji telah
mempelajari banyak ilmu pengetahuan baharu dan merasaikan pengalaman
sebenar dalam menghadapi isu yang terdapat dalam sistem pendidikan yang
terdapat di Malaysia. Pengalaman yang berharga ini akan digunakan sebagai
panduan untuk meningkatkan mutu kualiti pengkaji sebagai seorang guru
Bahasa Malaysia. Bagi aspek kekuatan, Munsyi Cilik yang dihasilkan oleh
pengkaji dengan saiz yang sederhana dapat memudahkan peserta untuk
sentiasa membawa Munsyi Cilik dan juga mampu menarik peserta kajian untuk
menggunakan bahan tersebut dengan adanya penggunaan warna-warni. Bagi
aspek kelemahan yang dapat dikesan oleh pengkaji ialah memerlukan usaha
daripada peserta kajian. Bahan ini dihasilkan untuk membantu peserta kajian
menambah kosa kata yang baharu supaya dapat menghasilkan penulisan ayat
yang lebih gramatis. Oleh itu, peserta kajian perlu mengingati kosa kata yang
terdapat dalam Munsyi Cilik tersebut. Namun begitu, Pengkaji telah berjaya
menyelesaikan kajian tindakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Walaupun terdapat beberapa kekangan semasa menjalankan kajian tindakan

242

ini, pengkaji tetap mempunyai ketabahan yang tinggi untuk meneruskan kajian
ini dan berusaha untuk menyelesaikan kekangan yang timbul secara rasional.
Secara kesimpulannya, berdasarkan keseluruhan pengkaji dapat merumuskan
bahawa peserta kajian telah menunjukkan perkembangan yang sangat ketara
apabila dapat menguasai kemahiran menulis ayat lengkap yang gramatis
dengan baik.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang positif
dalam menghasilkan penulisan ayat bahasa Melayu setelah intervensi Munsyi
Cilik dilaksanakan. Hal ini membuktikan bahawa, penggunaan Munsyi Cilik
dapat membantu pengkaji menyelesaikan isu penguasaan kosa kata bahasa
Melayu dalam kalangan murid Tahun 5. Oleh itu, pengkaji meneruskan kajian
dalam aspek meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan
menggunakan Munsyi Cilik. Penghasilan Munsyi Cilik adalah untuk menambah
penbendaharaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5.
Oleh itu, pengkaji telah menggunakan bahan tersebut untuk mengetahui
keberkesanaan Munsyi Cilik terhadap peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga
mencadangkan penggunaan Munsyi Cilik bermula pada Tahun 1 lagi supaya
isu berkaitan kekurangan kosa kata dapat di atas dengan cepat. Hal ini kerana,
isu ini bukan isu yang boleh dipandang rendah kerana dapat memberi
pengaruh negatif terhadap keputusan dan pencapaian dalam pelbagai aspek.
Hal ini bertentangan dengan matlamat Pendidikan Malaysia yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh itu, isu seperti
ini perlu di atasi dari awal bagi mengelakkan murid mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran menulis.

RUJUKAN

Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5.
Kuala Lumpur : Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Musti-Rao, S., Hawkins, R.O. & Barkley, E.A. (2009). Effect of repeated reading on the
oral reading fluency of urban fourth-grade students: implication for practice.
Cincinnati: Heldref Publications.

Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Freemind
Horizons Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Rosman Muhamad Amin. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Penanda
Wacana Yang Betul Dalam Penulisan Ayat Bahasa Melayu. Pulau Pinang :
Institut Pendidikan Guru

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Aniza Abu Samah. (2008). Jurnal Akademik: Maktab Perguruan Sarawak Miri.
Linah Summase. (2009). Belajar sambil Bermain. 94
Zaharim Tawang.(2010). Teori Perkembangan Kanak-kanak: Implikasi Terhadap
Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

243

TEKNIK TAPAK KIRI 5-P DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENULIS KARANGAN JENIS FAKTA DALAM KALANGAN MURID

TAHUN 5

Putri Nurshafiqah Binti Abd Halim
PISMP Bahasa Melayu-2 (SK) Ambilan Jun 2018

[email protected]

Abstrak

Kemahiran menulis adadalah kemahiran bahasa tertinggi yang perlu dikuasai
oleh individu yang mengamalkan atau mempelajari bahasa Melayu, khususnya
murid di peringkat sekolah rendah. Rangka yang disusun dalam KSSR yang
telah digubal menunutut murid untuk menguasai kemhairan menulis iaitu
karangan yang memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dalam mengolah isi
menjadi ayat yang koheran dan kohesi mengikut tajuk yang diberikan.
Keupayaan murid dalam mengorganisasi idea dan menyusun ayat serta
perenggan dalam karangan menjadi isu utama dalam kajian ini. Hal ini menuntut
para pendidik bahasa Melayu untuk meneroka pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik baru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru guru
pelatih telah menghasilkan Teknik Tapak Kiri 5P yang menekankan kepentingan
penggunaan grafik yang membina kemahiran berfikir yang tinggi dalam
kalangan murid khususnya penulisan karangan jenis fakta. Kajian tindakan ini
bertujuan meningkatkan kemahiran murid membina karangan jenis fakta
menggunakan teknik ini. Model yang digunakan ialah model Kurt Lewin (1948)
dan data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif dan menggunakan ujian pra
dan pos daripada dua orang peserta kajian yang dikenapasti lemah dalam
kemahiran ini. Bagi mengukur keberkesanan teknik ini, analisis dokumen dan
pemerhatian digunakan bagi meninjau permasalahan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan murid dapat membina draf dan sekaligus karangan yang baik
selepas diajar menggunakan teknik ini. Ini membuktikan Teknik Tapak Kiri 5P
berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis
fakta.

Kata kunci: teknik, karangan jenis fakta, kemahiran menulis, grafik

PENGENALAN

Kajian Tindakan terhadap isu kemahiran menulis karangan jenis fakta dengan
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P akan dilaksanakan oleh guru pelatih
khususnya bagi murid-murid tahun 5 dalam subjek Bahasa Melayu. Dalam
kemahiran bahasa Bahasa Melayu, kemahiran menulis adalah kemahiran yang
paling sukar dikuasai khususnya dalam aspek penyediaan dan pengolahan isi
karangan. (Nurul Aisyah, Zamri, & Nor Azwa Hanum, 2016). Aspek tersebut jelas
sekali memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dalam membentuk kerangka
karangan yang baik. Murid perlu menggunakan aspek kognitif, iaitu kemampuan
berfikir untuk menjanakan idea dan menterjemahkannya menjadi tulisan (Abdul

244

Rasid, Shamsudin, Azhar dan Juanes 2016, Nik Safiah 2004). Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu (BM) Sekolah Rendah (2018: 35)
menetapkan bahawa antara kemahiran menulis yang perlu dikuasai oleh murid
Tahun Lima ialah membina kerangka dan menulis karangan berbentuk naratif
dan imaginatif, menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheran,
menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif, mengedit dan memurnikan
hasil penulisan, dan menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan sastera
menggunakan bahasa yang betul. Namun,dapatan kajian mendapati bahawa
penguasaan murid tahun lima terhadap kemahiran menulis karangan jenis fakta
masih lemah. Melihat kepada pernyataan di atas, satu kajian tindakan tentang
pelaksanaan Teknik Tapak Kiri 5-P dalam meningkatkan kemahiran menulis
karangan jenis fakta bagi murid tahun 5 dilaksanakan berdasarkan kajian lalu.
Misalnya Aziziee dan Wan Muna Ruzanna (2018) serta Rubiaton dan Jamaludin
(2018) menyatakan bahawa pendekatan grafik untuk membantu murid
menjanakan idea dengan lebih semasa menulis karangan boleh dijadikan
indikator untuk menghasilkan impak PdP penulisan karangan yang baik.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pada praktikum fasa 2 yang lalu, pengkaji telah menjalankan praktikum di
Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran Pengkaji dilantik sementara sebagai
guru Bahasa Melayu bagi dua kelas tahun lima di sekolah tersebut iaitu kelas 5
Jujur dan 5 Intelek. Pengkaji sentiasa merujuk kepada Rancangan Pengajaran
Tahunan yang telah disediakan untuk memastikan Rancangan Pengajaran
Harian dapat disediakan dengan baik untuk memastikan murid dapat mencapai
objektif pengajaran bagi setiap kemahiran yang diajar. Namun begitu senario ini
telah dikenalpasti apabila pengkaji mula melihat refleksi pengajaran dan
pembelajaran dalam sesi pengajaran pada minggu ke-5, iaitu pada 6 Ogos 2021
dibawah kemahiran menulis iaitu standard kandungan 3.3; menghasilkan
penulisan dan standard pembelajaran 3.3.1; mendraf dan menghasilkan
penulisan berformat dan tidak berformat.

PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan yang timbul seperti ketidakupayaan murid menyusun,
mengorganisasi idea, membuat kesimpulan dan menetapkan jumlah ayat dalam
satu perenggan boleh diselesaikan melalui aplikasi penggunaan grafik. Hal ini
juga bertepatan dengan keupayaan alat berfikir seperti peta konsep setelah
kajian mendapati bahawa pencapaian penulisan karangan seperti karangan
fakta murid dapat ditingkatkan dengan penggunaan grafik yang menepati
konsep peta pemikiran. Anthony Aloysius dan Yahya (2017) turut menyatakan
bahawa PdP penulisan karangan di sekolah banyak menggunakan peta
pemikiran selaras dengan tujuan penerapan KBAT itu sendiri. Kajian Mohd Zikri
Ihsan et al., (2020) dan Jumaliah dan Zamri (2014) juga menunjukkan bahawa
pencapaian kemahiran menulis murid turut meningakat melalui pengaplikasian
grafik sebagai alat berfikir dan mengorganisasi idea. Hal ini dapat dikuatkan lagi
dengan bahan yang sedia ada dalam buku teks iaitu bentuk draf karangan yang
boleh dilihat oleh murid sebagai rujukan bagi mencapai objektif yang tidak cukup
memberansangkan sedangkan pengaplikasian seni dalam pendidikan

245

sepatutnya dititikberatkan dalam memastikan murid dapat meningkatkan
pemahaman dalam satui proses berfikir, apatah lagi dalam kemahiran menulis
yang memerlukan murid berfikir di samping menghasilkan ayat yang gramatis.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan dalam
kemahiran menulis karangan fakta bagi murid tahun 5 terutamanya dalam
mengorganisasi isi karangan serta susunan perenggan secara sistematik
dengan menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.
Objektif Khusus

i. meningkatkan kefahaman murid dalam penulisan karangan fakta
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.

ii. membantu murid mengorganisasi idea dalam karangan fakta serta
menetapkan jumlah ayat dan perenggan menggunakan Teknik Tapak Kiri
5P.
iii. meningkatkan penguasaan murid dalam menghasilkan sebuah karangan

fakta yang baik menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.
Soalan Kajian

i. Adakah murid dapat memahami konsep penulisan karangan fakta
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P?

ii. Adakah murid dapat mengorganisasi idea dalam aktiviti menulis draf
karangan serta menetapkan jumlah ayat dalam satu perenggan
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P?

iii. Adakah murid dapat menghasilkan sebuah karangan fakta yang baik
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan murid tahun 5 daripada SK Nongkolud, Tuaran dimana
pengkaji telah berpraktikum selama 3 bulan di sekolah tersebut. Dalam tempoh
3 bulan praktikum, pengkaji telah mengenalpasti dua orang peserta kajian yang
agak lemah dalam sesi PdP iaitu seorang peserta lelaki dan seorang peserta
perempuan. Kedua-dua orang peserta ini adalah daripada dua kelas yang diajar
oleh pengkaji iaitu 5 Jujur dan 5 Intelek.

PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan model kajian
tindakan Kemmis dan Mc Taggart. Model ini digunakan sebgai satu panduan
untuk menyelidik isu yang dikenalpasti semasa awal sebelum kajian dijalankan

Prosedur dan Langkah-Langkah Tindakan

246

Mereflek Tinjauan awal
akan dilakukan

Pengkaji membuat refleksi melalui
melalui sesi pengajaran pengumpulan
dan pembelajaran (PdP) data untuk
mengesahkan
yang dilaksanakan dengan isu sebenar.
menilai kekuatan dan Fokus masalah
kelemahan PdP. Murid akan
dikenalpasti
tidak tahu mengorganisasi menjadi
idea dan isi karangan

melalui tajuk karangan keperihatinan.

yang diberi untuk membina

draf dan sekaligus Merancang
karangan.
Memerhati
Pengkaji merancang

Pengkaji membuat tindakan/intervensi untuk mengatasi
pemerhatian dan analisis terhadap masalah yang telah difokuskan iaitu
keberkesanan tindakan yang dibuat kemahiran menulis karangan fakta
kemudian mengenalpasti intervensi
yang boleh dilakukan seterusnya. melalui Teknik Tapak 5P yang
diperkenalkan.

Bertindak

Pengkaji melaksanakan tindakan
bagi mengatasi masalah peserta
kajian iaitu murid yang dipilih yang
berfokus kepada keupayaan mereka

membina draf dan karangan.

Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model Kajian Kemmis dan McTaggart

Prosedur Cara Mengumpul Data

Instrumen Kajian

Pengkaji telah menggunakan empat instrumen dalam kajian ini iaitu
pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Keempat-empat
instrumen ini digunakan bagi mengukur minat, pemahaman dan penguasaan
kedua-dua peserta kajian dalam bidang yang dikaji iaitu kemahiran menulis
karangan fakta dan draf karangan.

Pemerhatian

Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian pemahaman
murid terhadap kemahiran menulis karangan fakta melalui hasil kerja murid
sebelum menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P dan selepas menggunakan
Teknik Tapak Kiri 5P. Pada peringkat pemerhatian terhadap pemahaman

247

murid, pengkaji mendapati beberapa perbezaan sebelum dan selepas
penggunaan Teknik Tapak Kiri 5P dalam penghasilan karangan.

1234

Pemarkahan Sangat tidak Tidak Memahami Sangat
memahami memahami Menguasai memahami

Sangat tidak Tidak Sangat
mengasai menguasai menguasai

Tajuk Karangan Teknik Tapak Pemahaman Penguasaan
Kiri 5P

Kebaikan / 1 3

Telefon Pintar

x2 4

Jadual Keseluruhan pemerhatian

Analisis Dokumen

Pada peringkat analisis data melalui kaedah analisis dokumen, kedua-dua
peserta dinilai dan dianalisis. Pemarkahan yang diberikan adalah berpandukan
rubrik pemarkahan karangan tidak berformat bagi Bahasa Melayu Tahap 2.
Ujian Pra dan Ujian Pos yang digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini
disediakan berdasarkan perbincangan bersama guru Bahasa Melayu Tahun 5
dan juga berpandukan rujukan buku. Tarikh yang tertentu dipilih untuk
melaksanakan Ujian Pra. Tujuan ujian tersebut untuk meninjau kelemahan
murid. Setelah disemak hasil jawapan murid, guru telah dapat mengesan tahap
kebolehan murid menjawab karangan fakta. Ujian Pos pula dilaksanakan
selepas empat tempoh pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi Teknik
Tapak Kiri 5P. Ujian Pos dibuat bagi menilai keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran penulisan karangan fakta menggunakan Teknik Tapak Kiri
5P. Pemarkahan untuk kedua-dua ujian dilakukan secara holistik. Ini bermakna
hasil jawapan murid dinilai secara keseluruhan.

Analisis Markah Ujian Pra

248

Peserta kajian Jantina Skor (%) Tahap
P1 Lelaki 50 Memuaskan
P2 Perempuan 35 Lemah

Min Skor Responden : _______________

: 50+35
2

: 42.5

Min skor ujian yang telah dijalankan tersebut ialah 42.5. Berdasarkan jadual
Penentu Tahap Pencapaian, min skor ini masih berada tahap lemah. Ini
bermaksud setiap peserta kajian masih di tahap rendah dalam menjawab soalan
membina karangan berdasarkan draf. Pengkaji juga begitu optimis bahawa
kedua peserta kajian berpotensi untuk mencapai skor yang lebih baik serta
berpotensi untuk mencapai tahap cemerlang berdasarkan kepada hasil analisis
Ujian Pra yang dijalankan. Berdasarkan hasil dapatan ini, pengkaji ingin melihat
keberkesanan penggunaan Teknik Tapak Kiri 5P iaitu percambahan fikiran
dalam mempertingkatkan mutu pencapaian pelajar-pelajar Tahun 5 dalam
bidang penulisan iaitu karangan berbentuk fakta.

Analisis Markah Ujian Pos

Peserta Kajian Jantina Skor (%) Tahap
Baik
P1 Lelaki 75 Baik

P2 perempuan 65

Min Skor Responden : _______________

: 75+65
2

: 70

Min skor Ujian Pos pula ialah 70. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
sebanyak 27.5 berbanding dengan min skor Ujian Pra. Berdasarkan jadual

249

Penentu Tahap Pencapaian, min skor ini berada di tahap baik. Ini bermakna
kedua peserta kajian telah dapat meningkatkan diri serta meletakkan diri mereka
di tahap yang baik dalam menjawab soalan membina karangan berdasarkan
draf karangan.

Hasil analisis dari Ujian Pra juga memberikan gambaran kepada
pengkaji bahawa kedua peserta kajian sebenarnya mampu untuk mencapai skor
yang lebih baik lagi sekiranya mereka terus diberi lebih rangsangan kerana ia
boleh menambahkan minat dan kesungguhan mereka terhadap subjek Bahasa
Melayu khususnya melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dan berkesan. Pengkaji juga begitu optimis bahawa kedua peserta
amat berpotensi untuk mencapai skor yang lebih tinggi dan mencapai tahap
cemerlang berdasarkan kepada hasil analisis Ujian Pos telah yang dijalankan.

DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tindakan terhadap isu atau
masalah yang telah dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan praktikum di
SK Nongkolud, Tuaran selama 3 bulan. Masalah yang dikaji iaitu penulisan
karangan fakta murid tahun 5 khususnya kelas 5 Jujur dan 5 Intelek adalah
dikenalpasti ketika pengkaji menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) bersama murid kelas tersebut. Kemudian 2 orang peserta kajian telah
dipilih sebagai data kepada kajian yang dijalankan oleh pengkaji sama ada
berkesan atau tidak. Pengkaji kemudian membuat refleksi kekuatan dan
kelemahan sesi PdP yang dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji mendapati bahawa
beberapa masalah dikenalpasti dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
yang berfokus kepada kemahiran menulis.

Dalam sesi PdP, pasti ada kekurangan yang dikenalpasti kerana tidak
semua pengajaran akan 100% mencapai objektif pada setiap sesi. Setiap aktiviti
menulis pasti tidak dapat disempurnakan dalam masa yang singkat jika tidak
dijalankan secara sistematik. Flower dan Hayes (1981), menyatakan bahawa
semasa aktiviti menulis, penulis-penulis akan merancang (prapenulisan),
menyemak serta menulis semula. Smith (1982), juga menyatakan bahawa
prapenulisan, penulisan dan penulisan semula merupakan proses seiringan.
Penulis akan menulis pelbagai draf dan akan menyemak karangan mereka
secara seiringan. Proses yang panjang ini sememangnya memakan masa yang
bukan singkat dalam satu aktiviti menulis. Daripada kajian-kajian lalu ini,
pengkaji menyedari betapa penting penggunaan draf dalam penulisan karangan
fakta apatah lagi peserta kajian adalah dalam kalangan murid tahun 5 yang baru
sahaja mula mengembangkan kemahiran bahasa kepada kemahiran bahasa
tertinggi iaitu menulis.

REFLEKSI
Melihat kepada refleksi sepanjang kajian, pengkaji melihat dahulu bagaimana
proses pengumpulan data awal dijalankan. Semasa tempoh berpraktikum,
pengkaji banyak memerhati bagaimana kajian tindakan dijalankan oleh pendidik
yang lain sama ada guru yang sudah dilantik atau melihat kepada mereka yang
baru menamatkan pengajian dalam Institut Pendidikan Guru Kent, Tuaran
sendiri. Perkara yang cukup memberi kesan adalah bagaimana pengkaji mula
mempelajari cara kajian tindakan dilakukan dalam menyelesaikan satu isu.

250

Penyelidikan yang mendalam terhadap isu memerlukan pelbagai sumber
termasuklah panduan daripada pensyarah pembimbing ketika kajian dijalankan.
Selain itu, pengkaji juga telah melihat isu kemahiran menulis karangan dalam
kalangan murid tahun 5 secara mendalam dengan meningkatkan pembacaan
literatur terhadap jurnal dan artikel yang pernah dijalankan oleh pengkaji
sebelum ini. Antara kajian yang selari dengan yang dijalankan oleh pengkaji
sebagai dukungan kepada isu yang dikenalpastti adalah keupayaan
penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan
fakta tahun 5. Walaupun kajian yang dijalankan adalah berupa kajian kes, sedikit
sebanyak pembacaan terhadap hasil kajian adalah sesuatu yang dapat
mendokong hasil dapatan kajian

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berfokus kepada Teknik Tapak Kiri 5P pula, guru yang menggunakan teknik
perlu membuat penerangan dengan jelas terhadap manual penggunaan teknik,
bukan hanya sekadar meminta murid menyenaraikan isi melalui grafik tapak
tangan sahaja. Sebaiknya murid perlu didedahkan dahulu dengan pembinaan
draf karangan sehingga mereka mahir mengekstrak isi yang disenaraikan dalam
draf tapak tangan sehingga boleh menghasilkan satu karangan yang lengkap.
Latihan demi latihan yang dibuat pastinya akan memantapkan lagi keupayaan
murid dalam membina karangan yang baik. Akhir sekali, guru perlu
menitikberatkan penggunaan teknik, kaedah dan pendekatan yang sesuai dan
pelbagai dalam setiap sesi PdP yang dijalankan kerana PdP yang pelbagai inilah
yang lebih berkesan dalam membantu mengasah potensi murid dalam
menguasi setiap pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian
Melayu I. Petaling Jaya: Longman.

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Malaysia
di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis
Master.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Anna Trosborg. (1995). Interlanguage Pragmatics: Requests, Complaints, and
Apologies. Walter de Gruyter.

Arbak Othman. (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus Dewan (edisi ketiga). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for
today and tomorrow [Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan
kemudian hari]. Massachussets: Allyn and Bacon.

Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th
ed.) [Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)]. New
York: CBS College Publishing.

251

Gan, SL (1992). Integrated Curriculum and Experative Learning in Malaysia

Multiracial Classrooms. Paper presented at The reaseach trumen wold

conference on Education (Cairo, 22-24 Mac 1992).

Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning cooperative learning via

cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education

on cooperative learning. Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.

Kamaruddin Tahir (2005). Kesan Strategi Koperatif Dalam Meningkatkan Tahap

Pemahaman di Kalangan Pelajar Tingkatan 1. Universiti Malaya: Tesis

Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan Pelajaran Sekolah

Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nelson W. Francis (1965). The English Language, an Introduction. W.W, Norton

and Company Inc.

Raminah Hj. Sabran (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran Menulis: Pengalaman Penulis.

Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu.

Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Samsuri. (1972). Bahasa dan Ilmubahasa dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Samsuri. (1978). Analisa Bahasa: Memahami Bahasa Secara Ilmiah. Jakarta:

Erlangga.

Schunk, D. H. (1991). Learning theories: An Educational Perspective [Teori

Pembelajaran: Suatu Perspektif Pendidikan]. New York: Macmillan

Publishing Co.

Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Diperoleh September 12, 2005, daripada

http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22. htm

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur:

Heinemann Asia.

Teuku Iskandar. (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yaxley, B.G. (1991). . London:

Falmer Press

252

TEKNIK SPBTS: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT
TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Shazanani Affrena Binti Syahrulamir, Dr Caroline @ Lorena David
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pengajian Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran asas dalam bahasa
Melayu yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
meningkat penguasaan murid tahun tiga dalam kemahiran membina ayat
tunggal dengan menggunakan teknik SPBTS. Teknik SPBTS merupakan
akronim yang merujuk kepada siapa, perbuatan, bagaimana, tempat, dan
sebab. Kesemua elemen ini digunakan bagi membantu murid untuk membina
ayat tunggal dengan mudah. Enam murid tahun tiga dari sebuah Sekolah
Kebangsaan telah diambil sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Semua murid
ini mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza dan telah menguasai
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pengkaji telah mengambil
model Kemmis dan McTaggart (1983) untuk diaplikasikan dalam kajian ini.
Model merupakan salah satu daripada model yang sering digunakan dalam
kajian tindakan di mana ia telah memperkenalkan empat langkah kitaran iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah pengumpulan dan
analisis yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui pendekatan kuantitatif dan
kualitatif. Kedua-dua pendekatan ini dilaksanakan dengan pemerhatian melalui
senarai semak, analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian jelas
menunjukkan bahawa kemahiran membina ayat tunggal bagi peserta kajian
telah meningkat melalui analisis data yang dilakukan. Kesimpulannya, teknik
SPBTS yang diaplikasikan dapat meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal dalam kalangan murid tahun tiga.

Kata Kunci: Kemahiran menulis, Tahun 3, Ayat tunggal, Teknik SPBTS

PENGENALAN

Kemahiran berbahasa merupakan salah satu isu yang sering timbul
dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pendidikan. Isu ini penting apabila
ia melibatkan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran murid dengan
guru yang berlaku sejak dahulu lagi. Walaupun kini bidang pendidikan telah
mengalami perubahan ke arah yang lebih moden dengan kemajuan teknologi
terkini, namun isu ini masih tidak dapat dibendung dengan sepenuhnya. Salah
satu isu yang sering timbul berkaitan dengan kemahiran berbahasa ialah
masalah penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Kemahiran
menulis amat penting untuk dikuasai oleh murid sejak peringkat sekolah rendah
lagi. Hal ini kerana kegagalan dalam menguasai kemahiran ini dapat

253

mengakibatkan murid tersebut lemah dalam aspek yang lain terutamanya
kemahiran berbahasa dan juga akan menjejaskan prestasi pencapaian murid
tersebut. Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam
bahasa Melayu. Murid berhadapan dengan masalah untuk menginterpretasikan
idea yang ada dalam bentuk bertulis. Walau bagaimana pun murid dapat
menguasai kemahiran menulis dengan menggunakan lambang-lambang
dengan betul. Keupayaan membina ayat mengikut struktur binaan ayat yang
betul merupakan satu kemahiran yang perlu diperhalusi dan perlu dikaji semula
bagaimana kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid. Bagi peringkat rendah,
kemahiran membina ayat ini dapat dikesan melalui penulisan murid dalam
membina ayat berdasarkan gambar atau grafik serta menulis pelbagai jenis
karangan. Namun begitu, kemahiran membina ayat ini dapat dilatih kepada
murid dengan menggunakan pelbagai kaedah yang betul.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian bagi kajian ini ialah kemahiran menulis iaitu membina ayat tunggal
dengan betul. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas dalam kemahiran
berbahasa terutamanya bagi murid yang berada di tahap yang rendah. Kajian
tindakan ini berfokuskan kepada pengaplikasian teknik SPBTS dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tinggal dengan betul
dalam kalangan murid tahun 3. Pengaplikasian teknik SPBTS sebagai satu
tindakan untuk menyelesaikan masalah murid dalam pembinaan ayat tunggal
dengan betul merupakan idea yang tercetus oleh pengkaji. Teknik SPBTS
merupakan satu inovasi yang dijangka dapat meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap kemahiran menulis terutamanya dalam pembinaan
ayat tunggal dengan betul. Hal ini kerana, pengkaji dapat mengenal pasti
pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 di mana murid kurang
memahami konsep asas dalam pembinaan ayat tunggal. Hal ini terbukti apabila
terdapat beberapa murid mempunyai masalah untuk menulis ayat tunggal
dengan susunan yang betul serta penggunaan tanda baca yang kurang tepat
semasa membina ayat tunggal.

Kajian ini dilihat dapat membantu pengkaji dalam membuat
penambahbaikan ke atas amalan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Noriati, Boon dan Wong (2010), penyelidikan tindakan
adalah satu bentuk penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru, untuk guru dan
tentang guru. Permasalahan ini dapat dilihat lebih ketara apabila melihat kepada
lembaran-lembaran dan penulisan yang dibuat oleh murid. Hal ini dapat dilihat
apabila semakan latihan dijalankan oleh pengkaji bagi mengumpul maklumat.
Pengkaji telah mendapati bahawa murid banyak melakukan kesalahan semasa
membuat latihan yang diberikan. Ia telah membuktikan bahawa murid belum
dapat membina ayat tunggal dengan betul.

A.Rahman (2012) menyatakan penggunaan bahasa pasar banyak
terdapat dalam pembinaan ayat selain penggunaan imbuhan, kata sendi, dan

254

kata adjektif tidak digunakan sebaik-baiknya dalam pembinaan ayat. Namun
begitu, hasil daripada kajian A. Rahman et al. (2012) menggunakan teknik
SALAK dalam proses pengajaran membina ayat menunjukkan kesan yang cepat
dan efektif. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
dalam membina ayat. Hasil analisis dokumen menunjukkan teknik SALAK
berjaya membantu murid memahami cara membina ayat.

Objektif Kajian:

1. Membantu murid tahun tiga dalam pembinaan ayat tunggal
menggunakan teknik SPBTS dengan betul.

2. Meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid
tahun 3 dengan pengaplikasian teknik SPBTS.

Soalan Kajian

1. Apakah teknik SPBTS dapat membantu murid tahun tiga dalam
pembinaan ayat tunggal dengan betul?

2. Apakah pengaplikasian teknik SPBTS dapat meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal dalam kalangan murid tahun tiga?

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Model yang akan diaplikasikan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini
adalah berpandukan kepada Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart
(1988).

Jadual 1

Perincian Langkah Tindakan

Langkah Perkara
Tinjauan awal
- Membuat pemerhatian prestasi dan tingkah laku
Merancang murid.
Tindakan
- Melaksanakan Ujian Pra.
- Membuat refleksi pengajaran lalu.
- Mengenal pasti masalah murid.
- Merujuk guru bahasa Melayu berkaitan isu murid.

- Merujuk kajian lampau untuk memahami isu
kajian

- Menetapkan objektif, soalan dan peserta kajian.
- Membina instrumen kajian yang bersesuaian

dengan objektif kajian.
- Merangka pelan pelaksanaan langkah tindakan

yang akan dijalankan.

- Memperkenalkan teknik SPBTS sebagai bahan
bantu belajar kepada murid.

- Memberikan pendedahan kepada murid
mengenai teknik SPBTS.

255

Pemerhatian - Membuat pemerhatian sepanjang pendedahan
Refleksi teknik SPBTS dilaksanakan.

- Pelaksanaan Ujian Pos sebagai penilaian
terakhir.

- Melengkapkan instrumen pemerhatian dan temu
bual.

- Merekod data hasil pemerhatian, ujian dan temu
bual.

- Menganalisis dapatan kajian yang diperolehi.

- Merumuskan dan membuat refleksi terhadap
dapatan kajian.

- Mencadangkan tindakan susulan untuk kajian
seterusnya.

LANGKAH TINDAKAN TEKNIK SPBTS

Peringkat Pertama: Pengenalan Teknik SPBTS

Teknik SPBTS diperkenalkan kepada enam murid terlibat di dalam kajian
ini. Hal ini bertujuan sebagai pendedahan awal kepada murid mengenai
teknik ini. Teknik ini merupakan hasil inovasi pengkaji setelah mengetahui
isu yang dihadapi oleh murid. Tambahan lagi, enam murid tersebut pada
awalnya tidak pernah mempelajari teknik lain bagi menguasai kemahiran
menulis ayat tunggal. Oleh itu, pada peringkat ini pengkaji telah
memberikan enam murid tersebut satu bahan bantu belajar yang dibina
menggunakan bahan maujud. Hal ini bagi membantu murid tersebut untuk
lebih memahami dan seronok dalam menguasai kemahiran ini selain
dijadikan sebagai panduan.

Peringkat Kedua: Latihan Pembinaan Ayat Menggunakan Teknik
SPBTS dengan Bantuan Bahan Bantu Belajar

Pada peringkat ni, murid akan didedahkan dengan cara untuk
mengaplikasikan teknik SPBTS ke dalam penulisan ayat tunggal. Pengkaji
menggunakan pendekatan yang mudah dengan memberikan sebuah
gambar sebagai rujukan murid untuk menulis ayat tunggal. Semua murid
diberikan bahan bantu belajar yang dibina berdasarkan teknik SPBTS.
Murid akan ditayangkan gambar oleh pengkaji dan membina lima ayat
tunggal berdasarkan watak yang terdapat dalam gambar dengan
menggunakan bahan bantu belajar yang telah dibekalkan dengan
bimbingan pengkaji.

Peringkat Ketiga: Latihan Pembinaan Ayat Menggunakan Teknik
SPBTS dengan Tanpa Bantuan Bahan Bantu Belajar

Pada peringkat ni, murid akan diberikan satu keping kertas yang
mengandungi gambar dan terdapat jadual teknik SPBTS di bawahnya. Hal

256

ini bagi memudahkan murid untuk mengingati teknik tersebut dan cara
penggunaannya dalam pembinaan ayat tunggal. Berdasarkan gambar
tersebut murid perlu menulis lima ayat tunggal bagi watak yang terdapat di
dalam gambar dengan mengaplikasikan teknik SPBTS. Pengkaji hanya
akan berperanan sebagai fasilitator sahaja dan melihat murid
menggunakan teknik tersebut tanpa bimbingan pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Perbandingan Kekerapan Kesilapan Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 2

Perbandingan Kekerapan Kesilapan Peserta Kajian Dalam Ujian Pos

Jenis Kekerapan Kadar Perubahan
Kesilapan Ujian Pra Ujian Pos

JK 1 7 0 -7

JK 2 23 12 -11

JK 3 6 2 -4

Jadual 2 memperlihatkan perubahan kekerapan kesilapan yang begitu ketara
antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Semua kesilapan yang dilakukan oleh peserta
kajian telah berkurang setelah langkah tindakan dilaksanakan dengan
pengaplikasian teknik SPBTS diperkenalkan. Hal ini terbukti dengan melihat
kepada nilai negatif bagi kadar perubahan antara Ujian Pra dan Ujian Pos.
Kesalahan JK 1 menunjukkan penurunan sebanyak tujuh kepada sifar
kesalahan yang dilakukan semasa Ujian Pos. Kesalahan JK 2 pula
menunjukkan perubahan yang sangat baik daripada 23 kesalahan yang
dilakukan dalam Ujian Pra kepada 12 kesalahan yang diulangi kesilapannya
dalam Ujian Pos. Akhir sekali, JK 3 juga menurun daripada enam kepada dua
kesalahan dalam jenis kesilapan tesebut. Kesimpulannya, semua kesalahan
yang dilakukan oleh peserta kajian semasa Ujian Pra menunjukkan penurunan
selepas pelaksanaan langkah tindakan dengan teknik SPBTS yang
diperkenalkan.

257

Analisis Perbandingan Dapatan Pemerhatian (Ya)
Jadual 3 Jadual Perbandingan Peratus Pemerhatian Kekerapan Ya

Berdasarkan jadual di atas, kesemua item bagi kedua-dua aspek
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Item pertama dalam

dengan
bilangan murid selepas langkah tindakan menjadi 100%. Hal ini kerana, murid
telah mendapat pendedahan mengenai teknik SPBTS. Seterusnya, item kedua

ran menulis ayat tunggal dalam susunan yang
terdapat peningkatan, namun terdapat murid yang masih lemah dalam
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal. Item ketiga juga pula tidak
mencapai 100% selepas langkah tindakan dilaksanakan tetapi ia tetap

keseluruhannya, kesemua item dalam aspek penglibatan murid telah mencapai
peratusan yang disasarkan oleh pengkaji.

Seterusnya ialah analisis pemerhatian dari aspek tingkah laku murid di
mana kedua-
melibatkan diri dengan pendedahan teknik
memperlihatkan peningkatan yang amat ketara iaitu dari 0% ke 100% selepas
langkah tindakan dijalankan. Ia merupakan peratusan peningkatan yang
tertinggi dalam pelaksanaan pemerhatian ini. Kesimpulannya, pengaplikasian
teknik SPBTS telah berjaya membantu murid dalam kemahiran menulis ayat
tunggal dengan betul dan mudah.

258

Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan
Pos Peserta Kajian

100%

50%

0% M2 M3 M4 M5 M6
M1 Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 1 Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos peserta kajian

Rajah 1, menunjukkan bahawa semua prestasi murid meningkat setelah
langkah tindakan dilaksanakan. Hal ini terbukti dan dapat dilihat melalui
perubahan gred yang terdapat pada rajah di atas. Peningkatan positif yang
berlaku dalam ujian selepas pengaplikasian teknik SPBTS ini telah
membuktikan bahawa teknik SPBTS dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam menguasai ayat tunggal. Peningkatan dalam peratusan ini telah
menunjukkan bahawa pengaplikasian teknik SPBTS dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal.

Analisis Kekerapan Jawapan Temu Bual Mengikut Kod Tema

Jumlah Kekerapan Jawapan Temu Bual
Mengikut Kod Tema

20

10

0
T1 T2 T3

Rajah 2 Graf jumlah kekerapan jawapan temu bual peserta kajian mengikut kod
tema

Melalui hasil temubual ini, semua peserta kajian mengatakan mereka tertarik
dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pengkaji
semasa menggunakan teknik SPBTS dalam menyelesaikan masalah membina
ayat tunggal. Berdasarkan Rajah 2 setiap jawapan temu bual peserta kajian juga

259

menunjukkan beberapa persamaan iaitu berminat, seronok, suka dengan
penggunaan bahan teknik SPBTS disamping dapat memberikan motivasi
kepada mereka. Jumlah kekerapan jawapan temu bual mengikut kod tema yang
paling tinggi ialah peserta kajian berasa minat ketika menggunakan teknik
SPBTS dalam pembinaan ayat tunggal yang secara tidak langsung akan
memberi motivasi kepada mereka untuk melibatkan diri secara aktif di dalam
kelas serta meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran menulis.

RUMUSAN/REFLEKSI

Kemahiran berbahasa merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh semua murid terutamanya pada peringkat rendah. Antara kemahiran
berbahasa yang perlu diberi perhatian dan dianggap penting ialah kemahiran
menulis. Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran asas pada
peringkat tertinggi dalam kemahiran selepas dua kemahiran asas iaitu
kemahiran lisan dan membaca. Oleh itu, kemahiran menulis ini perlu dikuasai
oleh setiap murid. Hal ini merupakan pangkal bagi kemahiran menulis murid
dalam menyampaikan sesuatu maklumat berbentuk penulisan.

Pengaplikasian teknik SBPTS ternyata memberikan kesan pada murid
dalam membantu mereka menguasai pembinaan ayat tunggal dengan mudah.
Hal ini dapat dilihat melalui hasil dapatan kajian yang telah dianalisis oleh
pengkaji. Peserta kajian bukan sahaja dapat menunjukkan peningkatan
daripada prestasi penulisan malah daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh peserta kajian adalah di
luar jangkaan pengkaji. Pengkaji tidak menyangka setelah menggunakan teknik
SPBTS ini, peserta kajian berupaya untuk membina ayat tunggal dengan mudah
berbanding sebelumnya walaupun masih memerlukan bimbingan daripada
pengkaji. Hal ini menunjukkan mereka sudah semakin mahir dan berkeyakinan
tinggi dalam menguasai kemahiran menulis ayat tunggal.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pengkaji akan mengekalkan dan mengaplikasikan teknik SPBTS dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang kerana kaedah ini
merupakan salah satu alternatif untuk meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal dalam kalangan murid dengan mudah. Kajian ini juga perlu dilaksanakan
di sekolah dari masa ke masa supaya dapat membantu murid yang lemah dalam
pembinaan ayat tunggal dengan mudah. Selain itu, pengkaji juga mengharapkan
bahawa tempoh kajian pada masa hadapan lebih panjang dari tempoh kajian
pada kali ini. Hal inin adalah bagi memboleh pengkaji untuk mendapat data
dengan lebih terperinci dan membuat pemerhatian dengan lebih lama. Perkara
ini juga turut mempengaruhi keberkesanan teknik yang diaplikasikan.

Seterusnya, pengkaji akan melibatkan lebih ramai murid untuk dikaji
bagi melihat keberkesanan pengaplikasian teknik SPBTS dalam membantu
murid bagi meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal dengan mudah.
Perkara ini dicadang bagi membolehkan pengkaji mendapatkan dapatan kajian

260

yang lebih tepat. Jika melibatkan penglibatan murid yang lebih ramai maka data
kuantitatif seperti sisihan piawai dapat diukur dengan lebih tepat dan jelas.
Sisihan piawai merupakan ukuran kebolehan yang biasa digunakan untuk
memberi gambaran yang lebih lengkap tentang pencapaian calon-calon dalam
satu ujian (Mok Soon Sang, 2010)

Cadangan seterusnya, pengkaji perlu membuat penambahbaikkan
bahan bantu belajar bagi teknik SPBTS yang dibina. Hal ini supaya bahan bantu
belajar tersebut lebih mesra pengguna, boleh digunakan dalam jangka masa
yang lama dan fleksibel. Selain itu, pengkaji juga haruslah memberikan motivasi
kepada murid kerana kebanyakan murid kurang aktif semasa pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat dilihat melalui pemerhatian yang
dilaksanakan oleh pengkaji bahawa murid berusaha untuk melibatkan diri dalam
mempelajari kemahiran menulis ayat tunggal kerana pada sebelumnya murid
hanya mempelajari kemahiran tersebut dengan kaedah pengajaran tradisional.
Dengan adanya motivasi daripada pengkaji, murid dapat memfokuskan diri di
dalam kelas dimana ia telah mengubah persepsi murid tersebut terhadap
kemahiran yang dipelajari. Perkara ini juga disokong dengan pandangan Crow
Mok Soon Sang (2001) yang mengatakan motivasi sebagai satu desakan yang
dijadikan yang menjadikan mengubah sikap, minat atau kegiatannya.

RUJUKAN

Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 3.
Kuala Lumpur:

Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Chua, Y.P. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan.
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan Malaysia: Pusat Pembangunan Akademik.

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Cua Lay Nee. 2018. Penyelidikan dalam Pendidikan.
Oxford Fajar. Selangor.

Kamarudin Ayip. (2015). Penulisan Bahasa Malaysia Kuala Lumpur: Cerdik Publications
Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya,
Malaysia: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemmis & Mc Taggart (1983). The action research reader. Victoria: Deakin University.

261

Khairuddin Mohamad ( 2014 ). Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor:
Penerbitan MultiMedia

Mohd. Dahalan. (1992). Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar peserta-peserta
KPK dalam pengajaran dan pembelajaran: Satu tinjauan. Jurnal Guru, 4.

Mok Soon Sang. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Selangor:

Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Zahratul Nadirah Ibrahim (2012). Kesan Rumus 'WAT Dalam Membantu Murid
Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu Koleksi Artikel

Rosinah Edinin (PhD) (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan Kuala
Lumpur Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Samsiah Ismail & Norhayati Shahman. (2004). Meningkatkan Kemahiran Membina dan
Menulis Ayat berdasarkan Gamnbar bagi Pelajar Tahun 3. Jurnal kajians
Tindakan Guru, 44(4): 189-198

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford
Fajar. Ting Len Siong (PhD), Ahmad Sabry Bin Othman (PhD) & Ting Hun Yong
(2013).

Ting. L. S., Ahmad Sabry Othman & Ting, H. Y. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.

262

Pembaris HbKnkN Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Dalam Ayat
Dan Noktah Dalam Kalangan Murid Tahun 5

Siti Aiisah binti Morjadi
PISMP Bahasa Melayu SK (2)
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan
noktah dengan menggunakan Pembaris HbKnkN dalam kalangan murid Tahun
5 di sekolah rendah daerah Tuaran, Sabah. Kajian berbentuk kuantitatif iaitu
kajian tindakan telah dijalankan ke atas seorang murid perempuan berbangsa
Kadazan. Data dikumpulkan dengan menggunakan empat instrumen iaitu
pemerhatian, analisis dokumen dan ujian (pra dan pos). Bagi mengukur sejauh
manakah penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah dapat
ditingkatkan, ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan tahap
penguasaan murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam ujian pos
selepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya, penggunaan Pembaris HbKnkN
dapat membantu meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda
noktah dalam penulisan bahasa Melayu.

Kata kunci: Huruf besar, Tanda noktah, Pembaris HbKnkN

PENGENALAN
Pengkaji merupakan seorang guru pelatih dari unit PISMP bahasa Melayu SK
(2) yang sedang menuntut pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Tuaran, Sabah. Dalam tempoh pengajian selama 5 tahun, pengkaji telah
menjalani praktikum sebanyak dua fasa iaitu masing-masing selama tiga bulan.
Walaupun, kes Covid-19 yang masih tidak reda ketika pengkaji menjalani
praktikum amat memberi kesan kepada pelaksanaan praktikum, tetapi pengkaji
tetap bersyukur kerana berkesempatan menghabiskan praktikum ini dengan
baik.

Mengimbas kembali sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang
telah lepas, pengkaji telah mendapati bahawa masalah yang timbul dalam
penulisan bahasa Melayu ialah peserta kajian ini sering kali menggunakan huruf
kecil pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan tidak menggunakan
tanda noktah pada akhir ayat. Dari sini, pengkaji telah menyemak buku latihan
PK dan melihat masalah ini sememangnya dialami oleh PK. Setelah diteliti,
punca kepada masalah ini adalah disebabkan kecuaian PK semasa menulis.
Tambahan lagi, bagi kata nama khas pula, PK didapati kurang faham dan tidak
tahu akan ejaan yang sebenar serta tidak dapat membezakan kata nama khas
yang terdapat dalam ayat.

Jadi, sebagai langkah awal dalam PdPC, pengkaji telah memberi
peringatan secara berulang-ulang kali dengan menekankan ketiga-tiga aspek ini

263

dalam penulisan. Namun demikian, kesilapan ini tetap berlaku. Menurut Hassan,
Che Zanariah Che dan Fadzilah Abd Rahman (2021), kemahiran menulis adalah
sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran.
Oleh hal demikian, penggunaan huruf besar yang betul dan tanda noktah juga
termasuk dalam kemahiran menulis. Justeru itu, pengkaji mengambil keputusan
untuk membantu PK dalam menggunakan huruf besar dalam ayat dan tanda
noktah dengan betul. Hal ini begitu kerana jika tidak diambil sebarang tindakan
terhadap permasalahan ini akan menampakkan kecacatan hasil penulisan PK
secara berterusan. Jelaslah, bahawa pengkaji telah merancang pelan tindakan
yang sesuai untuk membantu PK.

FOKUS KAJIAN
Kebolehtadbiran pembaris HbKnkN adalah alat yang mampu membantu
menyelesaikan tiga masalah utama dalam penulisan iaitu menulis huruf besar
pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan tanda noktah pada akhir
ayat. Hal ini adalah bagi memastikan masalah penulisan dalam bahasa Melayu
dapat diselesaikan tidak kira pada ayat tunggal, ayat majmuk mahupun dalam
karangan. Dengan menggunakan alat ini, murid secara terus boleh
memperbetulkan kesalahan yang terdapat dalam ayat yang ditulis.

Aspek kepentingan dalam fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan
penggunaan huruf besar dalam ayat pada permulaan ayat, pangkal kata nama
khas dan tanda noktah pada akhir ayat dengan menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM). Pengkaji memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan
fungsinya untuk membantu menyelesaikan masalah ini agar hasil penulisan
murid menjadi lebih baik. Tambahan lagi, menurut Jamian, Abdul Rasid, dan
Hasmah Ismail (2016), penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Berdasarkan
kelebihan BBM Pembaris HbKnkN ini, pengkaji berpendapat bahawa
penggunaannya akan dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
penulisan dengan lebih berkesan.

Aspek kebolehgunaan bagi kajian ini amat dititiberatkan kerana kualiti
kajian turut bergantung kepada aspek ini. Oleh hal demikian, pengkaji
memasukkan beberapa elemen yang penting iaitu dengan menggunakan bahan
maujud bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda
noktah. Penggunaan bahan maujud ini menitikberatkan pemilihan elemen warna
dan visual yang sesuai dan berkesan bagi membantu masalah PK.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti yang berikut;

i. Meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat pada permulaan
ayat, pangkal kata nama khas dan tanda noktah menggunakan
pembaris HbKnkN terhadap PK

Soalan kajian adalah seperti yang berikut;
i. Adakah Pembaris HbKnkN dapat membantu PK meningkatkan
penggunaan huruf besar dalam ayat pada permulaan ayat, pangkal kata
nama khas dan tanda noktah?

264

PESERTA KAJIAN

Dalam penyelidikan tindakan ini, PK merupakan murid perempuan yang
berbangsa Kadazan. PK seorang murid yang kurang bercakap di dalam kelas
namun aktif apabila diiminta untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC). Selain itu, PK dikategorikan pada tahap sederhana
dalam aspek akademik. Dalam kemahiran membaca dan menulis, PK boleh
membaca dengan lancar dan boleh membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan baik. Walau bagaimanapun, PK dikenal pasti mempunyai
masalah utama berkaitan penggunaan huruf kecil pada permulaan ayat, pangkal
kata nama khas dan tidak menggunakan tanda noktah pada akhir ayat.
Jelasnya, PK dilihat agak cuai dalam mengaplikasikan ketiga-tiga aspek ini
dalam penulisannya.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam penyelidikan kajian yang dijalankan, pengkaji menggunakan Model

Kemmis & Mc Taggart (1988) yang berasaskan Model Lewin. Terdapar empat

langkah penting yang telah digariskan dalam model ini iaitu mereflek,

merancang, bertindak dan memerhati. Justeru itu, pengkaji memilih model ini

adalah kerana bersesuaian dengan masalah yang difokuskan dalam kajian ini.

Berikut dalam Jadual 1 menunjukkan satu perancangan pelaksanaan tindakan

berpandukan model.

Jadual 1: Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Peringkat Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Mereflek Membuat refleksi tentang masalah yang timbul

dalam PdPC.

Kenal pasti masalah.

Merancang Mengumpul data dan dapatan awal.
Merancang pelan tindakan.

Bertindak Perkenalkan Pembaris HbKnkN.
Terangkan cara penggunaan Pembaris HbKnkN.
Menjalankan intervensi.
Memberikan latihan-latihan.
Mengumpul data.

Memerhati Menilai tahap pencapaian melalui ujian pos,
analisis dokumen dan soal selidik

Membuat penambahbaikan (jika perlu)

Langkah-langkah Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji telah melaksanakan pelan tindakan bermula dengan data awal yang
telah diperolehi. Pada tindakan satu, pengkaji telah menjalankan ujian pra untuk
melihat sejauh mana masalah penggunaan huruf kecil pada permulaan ayat,
pangkal kata nama khas dan tanda noktah berlaku terhadap PK. Seterusnya,

265

pada tindakan dua, pengkaji memperkenalkan penggunaan BBM Pembaris
HbKnkN dengan menjelaskan cara penggunaannya bagi mengesan dan
memperbetulkan kesilapan penggunaan huruf kecil bagi permulaan ayat,
pangkal kata nama khas serta membantu meningkatkan kepekaan PK
menggunakan tanda noktah pada akhir ayat.

Pada tindakan ketiga, pengkaji memberikan tiga aktiviti intervensi
dengan menggunakan Pembaris HbKnkN untuk membantu PK dalam
penggunaan huruf kecil dalam ayat yang sepatutnya ditulis dengan huruf besar
dengan berpusatkan murid dan dengan bimbingan pengkaji. Kemudian pada
tindakan keempat, pengkaji memberikan dua latihan yang meminta PK menulis
ayat tanpa menggunakan Pembaris HbKnkN sebagai aktiviti pengukuhan dalam
penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah pada akhir ayat. Akhir
sekali, pada tindakan kelima, PK menjalani ujian pos untuk melihat sama ada
berlaku perubahan dan peningkatan dalam penguasaan huruf besar dalam ayat
dan tanda noktah. Rajah 1 dibawah menunjukkan BBM Pembaris HbKnkN yang
diaplikasikan terhadap PK.

Rajah 1: Pembaris HbKnkN

Kaedah Mengumpul Data
Beberapa kaedah atau pendekatan pengumpulan data, kesahan dapatan
penyelidikan akan diperoleh untuk mengatasi kelemahan dan bias sekiranya
satu kaedah atau pendekatan sahaja yang digunakan. (Khairuddin Mohamad,
Ibrahim Yusof, Zaridah Ramli, 2014). Menurut, Justeru itu, pengkaji telah
menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian (pra dan pos).
Dalam hal ini, pengkaji telah membuat pemerhatian dengan menggunakan
borang senarai semak terhadap PK sebelum dan selepas intervensi dijalankan
Selain itu, pengkaji menyemak buku latihan PK dan telah mengesan kesilapan
penggunaan kecil pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan tanda
noktah tidak diletakkan pada akhir ayat. Lantaran itu, intervensi dan latihan yang
diberikan untuk melihat tahap penguasaan PK meningkat secara berperingkat.
Akhir sekali, ujian dilaksanakan untuk melihat keberkesanan penggunaan
Pembaris HbKnkN dalam membantu PK.

266

Kaedah Menganalisis Data
Pengkaji menggunakan analisis kandungan terhadap intevensi yang diberikan
kepada PK untuk menilai tahap penguasaannya terhadap penggunaan huruf
besar dalam ayat dan tanda noktah. Selain itu, analisis data juga digunakan
dengan menggunakan hasil penulisan PK untuk melihat sama ada peningkatan
berlaku semasa menggunakan Pembaris HbKnkN. Bukan itu sahaja, pengkaji
juga menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan peratus. Data yang
telah dianalisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah bagi
menunjukkan perbezaan setiapnya.

Kaedah Menyemak Data
Triangulasi diperlukan kerana setiap teknik memiliki keunggulan dan
kelemahannya sendiri (Jasmi, Kamarul Azmi, 2012). Jadi, triangulasi ini
sebenarnya satu kombinasi yang boleh meningkatkan kepercayaan dan
kesahan data dalam melaksanakan penyelidikan kualitatif. Oleh hal demikian,
pengkaji menggunakan triangulasi sumber dengan meminta pandangan
daripada rakan praktikum pengkaji untuk melihat dan membincangkan
kesalahan penggunaan huruf kecil dalam ayat pada permulaan ayat, pangkal
kata nama khas dan tanda noktah dalam buku latihan PK. Berikut dalam Rajah
2 merupakan contoh hasil penulisan dalam buku latihan PK.

Rajah 2: Contoh Hasil Penulisan PK

DAPATAN KAJIAN

Semasa melakukan tindakan, pengkaji telah menggunakan salah satu
instrumen iaitu ujian dalam bentuk menulis (Ujian Pra dan Ujian Pos) sebagai
satu kaedah menilai keberkesanan penggunaan Pembaris HbKnkN dalam

membantu meningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat,
pangkal kata nama khas dan tanda noktah.

Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos PK

Jadual 2: Perbandingan Markah Ujia Pra dan Ujian Pos PK

Peserta Kajian Markah Ujian Markah Ujian Perbezaan
markah
Pra Pos
7
PK 3 / 10 10 / 10

267

Markah 12

10

8

6

4

2

0
PK

Peserta Kajian

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 3: Carta Bar Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Jadual 2 di atas, PK memperoleh tiga markah daripada sepuluh
pada ujian pra yang telah dijalankan. Meneliti ayat yang dibina oleh PK, terdapat
tiga daripada lima ayat mendapat satu markah sementara dua daripadanya lagi
kosong markah. Ringkasnya pada hasil ujian pra ini, PK telah melakukan banyak
kesalahan bagi penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah. Namun,
pada hasil ujian pos, PK memperoleh sepuluh daripada sepuluh markah iaitu
tahap pencapaian yang cemerlang. Dalam kelima-lima ayat yang telah dibina,
PK tidak lagi melakukan kesalahan bagi penggunaan huruf besar dalam ayat
dan tanda noktah dalam ayat. Kemudian, berdasarkan Rajah 3 pula
membuktikan bahawa hasil daripada kedua-dua ujian pra dan ujian pos telah
menunjukkan berlaku perbezaan yang ketara terhadap pencapaian PK dalam
penggunaan huruf besar dalam ayat pada permulaan ayat, pangkal kata nama
khas dan tanda noktah pada akhir ayat. Kesimpulannya, penggunaan Pembaris
HbKnkN dalam intervensi dan latihan yang dijalankan selepas ujian pra
mempunyai keberkesanan dalam membantu PK menggunakan huruf besar
dalam ayat dan tanda noktah dengan betul.

REFLEKSI
Berdasarkan kajian yang telah pengkaji laksanakan, boleh disimpulkan bahawa
penggunaan Pembaris HbKnkN mempunyai keberkesanan yang memuaskan
kerana mampu meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda
noktah dalam terhadap PK. Perkara ini jelas dibuktikan melalui dapatan kajian
yang dianalisis dalam ujian pra dan ujian pos. Dari sini, pengkaji dapat melihat
perubahan secara berperingkat terhadap PK bermula daripada hanya mendapat
tiga markah daripada sepuluh telah berjaya meningkatkan pencapaiannya
sehingga mendapat markah penuh pada ujia pos. PK juga dilihat lebih berhati-
hati semasa menulis dengan menggunakan huruf besar yang betul pada
permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan lebih memberi perhatian terhadap
penggunaan tanda noktah pada akhir ayat. PK juga dilihat berasa seronok dan
teruja apabila menggunakan Pembaris HbKnkN semasa menulis jawapan pada
lembaran intervensi dan latihan.

268

Hal ini jelas membuktikan bahawa Pembaris HbKnkN adalah satu alat
yang boleh mambantu meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan
tanda noktah terhadap PK. Selain itu, pelaksanaan kajian tindakan ini telah
membuktikan bahawa setiap kesalahan murid dalam penulisan dapat diatasi
sekiranya murid diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan melalui
bimbingan yang berterusan dengan teknik, cara atau kaedah yang bersesuaian.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini memberi rasa syukur dan berpuas hati
kepada pengkaji kerana PK dapat menunjukkan pencapaian yang amat
memuaskan dalam menggunakan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah
dengan betul.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Dalam usaha mengembangkan penyelidikan tindakan ini pada peringkat
seterusnya, pengkaji bercadang untuk meneruskan kajian dalam penggunaan

Hal ini demikian, kerana PK mengalami masalah cara menentukan cara
penulisan yang betul bagi penggunaan huruf-huruf ini. Bagi membantu PK
dalam menulis huruf-huruf ini, pengkaji boleh menggunakan kaedah ansur maju
dalam meningkatkan penggunaan huruf besar tersebut. Kaedah ansur maju
merupakan satu kaedah secara peringkat demi peringkat yang boleh digunakan
untuk melatih menulis dengan betul dan boleh membantu PK mengingat cara
penulisan bentuk hurufnya. Dengan tindakan susulan ini akan dapat menambah
baik amalan pegagogi pengkaji. Hal ini demikian kerana sebagai pendidik,
pegagogi merupakan satu asas yang diperlukan untuk memberikan kualiti dalam
PdPC agar mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Menurut Rusdin,
Norazlin Mohd dan Siti Rahaimah Ali (2019), guru perlulah memiliki kompetensi
yang tinggi dalam merancang dan melaksanakan PdP yang dapat memenuhi
keperluan pendidikan abad ke-21 menerusi amalan pegagogi yang berkesan.
Jelaslah bahawa pengkaji sememangnya perlu membuat penambahbaikan
yang berterusan dalam pegagogi pengajarannya.

RUJUKAN

Hassan, C. Z. C., & Rahman, F. A. (2021). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67-87.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan
Kualitatitif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri, 1(2012), 28-29.
Jamian, A. R., & Ismail, H. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2),
49-63.
Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2014). Penyelidikan Dalam
Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rusdin, N. M., & Ali, S. R. (2019, November). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. In Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management (Vol. 23, No. 1, pp. 87-105).

269

KAEDAH BURGER AYAT PDOT MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT GRAMATIS DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT

Oleh

SITI KHADIJAH ABANG

PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk meningkatkan
kemahiran membina ayat gramatis menggunakan kaedah Burger Ayat PDOT.
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilakukan, terdapat segelintir murid
sekolah rendah masih mempunyai masalah dalam membina ayat walaupun
berada di tahap dua. Hal ini menyebabkan pengkaji meneruskan kajian dalam
kemahiran menulis ini memandangkan kemahiran ini merupakan salah satu
aspek yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Berdasarkan masalah-masalah tersebut, teknik membina ayat berkonsepkan
penghasilan sebiji burger telah dicipta. Konsep ini dibina berdasarkan kepada
prinsip penghasilan sebiji burger disertakan dengan elemen tertentu yang
menjadi inti untuk membina ayat secara mudah. Kajian ini melibatkan empat
peserta kajian yang terdiri daripada empat peserta. Pengumpulan data ini
dilakukan melalui kaedah pemerhatian, ujian dan analisis dokumen.
Berdasarkan dapatan kajian, teknik Burger Ayat PDOT telah berjaya membantu
perserta kajian meningkatkan kemahiran dalam membina ayat. Justeru, murid-
murid didapati dapat menulis ayat yang dengan lebih baik daripada sebelumnya.
Secara keseluruhan, pengkaji telah memperbaiki amalan dalam pengajaran
kemahiran menulis ayat mudah.

Kata Kunci: membina ayat, kaedah burger ayat PDOT, intervensi

PENGENALAN

Menulis merupakan satu kemahiran yang membolehkan seseorang individu
meluahkan atau mengeluarkan idea, perasaan dan pengalaman melalui tulisan.
Dalam konsep, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul. Hal ini bermakna, kemahiran
menulis merupakan salah satu aspek yang penting dalam bahasa Melayu.

Sungguhpun begitu, terdapat segelintir murid yang masih mengalami
masalah untuk menulis idea yang difikirkan (Sam Mukhtar Chaniago et al.,
2011). Hal ini telah menjadikan mereka kurang berminat untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya hilang tumpuan semasa guru

270

mengajar (Abdul Rashid Jamain, 2011) hanya disebabkan berasa bosan di
dalam kelas.

Isu ini diketengahkan kerana berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan,
pengkaji mendapati bahawa terdapat murid yang tidak boleh menulis ayat
dengan baik sedangkan bacaan dari segi lisan yang telah dijalankan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurang mempunyai kesalahan. Oleh
itu, satu kaedah telah digunakan iaitu kaedah Burger Ayat PDOT. Pelaksanaan
kajian ini secara tidak langsung memperbaiki amalan pengkaji dalam
pengajaran kemahiran menulis ayat bahasa Melayu.

FOKUS KAJIAN

Fokus utama dalam kajian ini ialah berkaitan dengan aspek membina ayat.
Sekiranya perkara ini tidak diatasi dari awal, tidak mustahil akan memberikan
impak yang besar terhadap anak didik di negara kita. Justeru, kemahiran
membina ayat ini juga sangat penting kerana menjadi asas kepada kemahiran
menulis dalam bidang kebahasaan. Tambahan pula, kemahiran menulis ini
merupakan salah satu aspek yang akan diuji dalam peperiksaan yang
sememangnya menjadi kayu ukur tahap kemahiran murid-murid. Oleh hal
demikian, kajian ini memberi fokus kepada penguasaan pembinaan ayat tunggal
berpandukan teknik yang dihasilkan oleh pengkaji dalam kalangan murid Tahun
Empat melalui teknik Burger Ayat PDOT.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Secara umumnya, penyelidikan ini dilakukan bertujuan bagi meningkatkan
kemahiran membina ayat gramatis dalam kalangan murid tahun empat yang
mempunyai masalah dalam membina ayat menggunakan konsep Burger Ayat
PDOT. Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan agar murid dapat mencapai
objektif tersebut.

Objektif Kajian
Meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid menggunakan
kaedah Burger Ayat PDOT.
Soalan Kajian
Bagaimanakah kaedah menggunakan kaedah Burger Ayat PDOT dapat
membantu meningkatkan kemahiran membina ayat.

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian yang dipilih ialah murid tahun empat daripada sekolah sekitar
Pekan Tenghilan yang terdiri daripada murid tahun empat. Tahap penguasaan
peserta kajian ialah sederhana dan mempunyai penguasaan lemah dalam
kemahiran membina ayat.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

271

Merancang Tindakan Pemerhatian Refleksi

Model Kurt Lewin (1948)

Pengkaji telah memilih model Kurt Lewin sebagai panduan utama pengkaji.
Dalam model ini, pengkaji akan melaksanakan empat peringkat utama dalam
melaksanakan kajian tindakan. Antara proses yang terlibat ialah merancang,
tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pada peringkat pertama, pengkaji telah
mengenalpasti masalah peserta kajian melalui latihan-latihan yang telah
dilakukan oleh peserta kajian. Melalui latihan tersebut, pengkaji telah
merancang satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut iaitu menggunkan
kaedah Burger Ayat PDOT. Bagi memastikan masalah tersebut benar berlaku
satu ujian pra telah dilakukan.

Melalui dapatan data yang diperolehi, pengkaji menganalisis setiap
peserta kajian dan telah menjalankan dua sesi intervensi. Bagi mengukuhkan
lagi kemahiran tersebut, latihan pengukuhan diberikan setelah selesai sesi
intervensi tersebut. Pemerhatian dijalankan sama ada langkah yang
dilaksanakan tersebut dapat memenuhi objektif yang disasarkan. Oleh itu, tiga
kaedah yang digunakan bagi mengukur setiap pencapaian yang dilakukan oleh
peserta kajian. Akhir sekali, sesi refleksi dijalankan bagi melakukan
penambahbaikan untuk kaedah yang telah dilakukan. Terdapat beberapa
tindakan susulan dicadangkan bagi meningkatkan lagi kaedah ini.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini mengandungi keputusan yang diperoleh daripada data-data yang
telah dianalisis melalui tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian,
pemerhatian dan analisis dokumen.

Ujian

Perbezaan Markah Peserta Kajian Ujian Pra dan Pos
100%

50%

0% PK B PK C PK D
PK A PRA POS

Rajah 1 Perbezaan Markah Peserta Kajian Ujian Pra dan Pos

272

Dalam bahagian analisis data ujian, pengkaji membincangkan berkaitan dengan
markah dan perbezaan markah bagi ujian pra dan pos. Ujian ini dianalisis untuk
mendapatkan data mengenai tahap kemahiran membina ayat gramatis peserta
kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan analisis yang
telah dilakukan, jelas menunjukkan peningkatan ketara bagi markah keempat-
empat peserta kajian semakin meningkat. Rata-rata peserta kajian memperoleh
markah dalam lingkungan 80%-90% yang menunjukkan peningkatan sebanyak
3%-5% untuk setiap peserta kajian. Melalui data-data yang diperolehi daripada
ujian pra dan ujian pos, ini menunjukkan bahawa setiap peserta kajian
mempunyai peningkatan yang ketara dalam kemahiran membina ayat gramatis
dengan penggunaan intervensi kaedah Burger Ayat PDOT. Justeru, keempat-
empat peserta telah memberikan respon yang baik dan berjaya menguasai
kemahiran membina ayat. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa, penggunaan
kaedah Burger Ayat PDOT dapat membantu peserta kajian meningkatkan
kemahiran membina ayat gramatis dalam kemahiran menulis bahasa Melayu.

Analisis Dokumen

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Gambar 1 Peserta kajian sebelum dan selepas sesi intervensi

Analisis Dokumen merupakan satu bentuk penelitian kualitatif yang dilakukan
oleh pengkaji di mana pengkaji akan menganalisis data yang terdapat pada
dokumen yangdiperlukan untuk menilai data yang ada. Secara amnya, analisis
dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada
analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi
yang dicetak, disiarkan atau digambarkan (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).

Berdasarkan ujian pra dan pos berlaku perbezaan ketara antara setiap
daripada markah ujian tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa, peserta kajian
sudah mula menguasai kemahiran membina ayat melalui kaedah Burger Ayat
PDOT. Secara tidak langsung, ini menjadikan peserta kajian semakin
bersemangat untuk mengikuti sesi PdP bahasa Melayu. Justeru itu, sekiranya
diteliti dalam ujia pra tersebut, banyak berlaku kesalahan dalam bahasa Melayu
termasuklah kesahan ejaan dan tatabahasa. Namun demikian, selepas
intervensi dilakukan peserta kajian semakin berhati-hati dalam menjawab soalan

273

yang diberikan oleh pengkaji. Ini bermakna, peserta kajian semakin tertarik
untuk mempelajari bahasa Melayu.

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan. Penyelidikan tersebut hendaklah dilakukan secara
saintifik iaitu tepat, sistematik dan berobjektif (Malek Muhammad Said, 2007).
Hal ini bermakna, pengkaji akan menjalankan peranan sebagai pemerhati yang
peka terhadap perubahan-perubahan tingkah laku peserta kajian bagi
mendapatkan data mentah yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah
melaksanakan kaedah pemerhatian terhadap empat orang peserta kajiannya
supaya dapat menyiasat dengan lebih mendalam masalah yang dikenalpasti
dan boleh memberikan maklumat yang lebih tepat dan diperlukan.

Pengkaji telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur
dan telah menyediakan satu set soalan. Soalan-soalan ini merangkumi tentang
minat, tahap tumpuan dan tahap penguasaan murid semasa pengajaran
kemahiran membina ayat. Berikut merupakan borang soal selidik yang telah
dianalisis.

PERBEZAAN TINGKAH LAKU SEBELUM DAN SELEPAS
INTERVENSI

6
4
2
0

Sebelum Selepas

Berdasarkan graf berikut, jelas menujukkan bahawa selepas sesi
intervensi dilakukan, perubahan tingkah laku yang ketara dalam diri peserta
kajian menjadi lebih positif. Justeru mereka juga semakin bersemangat untuk
mengikuti sesi PdP bahasa Melayu yang merupakan salah satu subjek
kegemaran mereka sekarang. Justeru, perubahan yang positif ini bukan sahaja
memberikan hubungan tingkah laku yang positif bahkan menjadikan sesi PdP
yang bermakna kerana peserta kajian semakin mahir dalam kemahiran
membina ayat dengan pengaplikasi kaedah Burger Ayat setelah intervensi
dijalankan.

274

REFLEKSI

Pengkaji mereflek kembali pelaksanaan kitaran kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Pengkaji memberi penekanan kepada dua aspek utama iaitu kekuatan
dan kelemahan yang terdapat dalam kajian yang telah dijalankan. Antara
kekuatan yang dapat dikenalpasti ialah penggunaan kaedah Burger Ayat PDOT
dalam mengatasi masalah membina ayat gramatis yang menjadi tunjang kepada
kejayaan pengkaji. Masalah tidak memahami cara untuk membina ayat dapat
dikurangkan dalam kalangan murid sekolah rendah. Justeru, peserta kajian
dilihat berupaya membina ayat setelah pengkaji memberi penerangan mengenai
cara menggunakan kaedah Burger Ayat PDOT. Selain meningkatkan kemahiran
membina ayat, penggunaan kaedah ini telah membetulkan struktur ayat yang
ditulis. Pengaplikasian kaedah Burger Ayat PDOT telah membimbing peserta
kajian menulis ayat dengan baik.

Kelemahan yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji ialah kaedah ini perlu
diperbaiki dari segi penghasilan ayat. Kaedah Burger Ayat PDOT ini kurang
bersesuaian digunakan untuk membina ayat majmuk kerana kaedah ini hanya
sesuai digunakan untuk ayat tunggal sahaja. Secara tidak langsung, ini akan
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid sekiranya mereka
menggunakan kaedah ini untuk membina ayat tunggal.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan aspek kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji, penekanan
terhadap kepelbagaian pembinaan ayat melalui kaedah ini perlu dikenalpasti.
Justeru, kaedah ini juga hendaklah boleh digunakan untuk membina pelbagai
jenis ayat agar memudahkan murid untuk menggunakannya. Pada kajian yang
seterusnya, pengkaji juga bercadang untuk mengaplikasikan permainan bahasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk
meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan peserta kajian.

Menurut Mohd. Hilmi Hamzah & Juliana Emilia Dourado (2010),
penggunaan permainan bahasa memberi kesan positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Pengkaji harus merancang dan
menjalankan permainan bahasa yang bersesuaian dengan tahap penguasaan
bahasa mereka supaya dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdP
disamping meningkatkan kefahaman dalam bidang bahasa Melayu. Secara
tidak langsung, ini membolehkan mereka menumpukan perhatian yang lebih
lama dalam mempelajari kemahiran menulis. Sekiranya tatabahasa mereka
meningkat, maka mereka boleh membina ayat gramatis dengan lebih baik.

RUJUKAN

Azman Wan Chik. (1993). Mengajar bahasa Melayu jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasir, Z. M., & Hamzah, Z. A. Z. (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, 134, 408-415.

275

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan

Kualitatitif dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri

Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 67-

77.

Juriah Long & Noor Ein Mohd. Noor. (1990). Alat dan bahan pengajaran

bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Education, L. Items where Subject is" L Education LB Theory and

practice of education LB1501 Primary Education.

Malaysia, P. P. P., & Laporan Prestasi, P. M. R. (2012). Kementerian

Pendidikan

Malaysia.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan (edisi

ke-2).

Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar

Sdn Bhd

276


Click to View FlipBook Version