The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:03:35

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BAHASA MELAYU 1

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Bahasa Melayu,Pengajaran Bahasa Melayu

PERATUSAN UJIAN POS SELEPAS

102 PELAKSANAAN INTERVENSI

100

Peratusan % 98

96

94

92

90

88

86

84 Peserta Kajian 2
Peserta Kajian A

Peserta Kajian Peratusan

Rajah 3: Graf Analisis Markah Ujian Pos

Namun, selepas intervensi kesemua responden menunjukkan perubahan yang

positif yang mana peserta kajian A berjaya memperolehi sebanyak 90 peratus
manakala peserta kajian B memperolehi 100 peratus.

Jadual 4: Data Keseluruhan Ujian Pra dan Ujian Pos

Peserta Kajian Jantina Peratusan Peratusan Peningkatan
Ujian Pra Ujian Pos Peratusan
A Lelaki
B Lelaki 30 90 60
30 100 60

PERATUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

120

Peratusan %100

80

60

40

20

0

Peserta Kajian A Peserta Kajian B

Peserta Kajian Peratusan Ujian Pra
Peratusan Ujian Pos

Rajah 4: Graf Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

90

Peratusan %Hasil dapatan kajian ujian pra dan ujian pos, jelas menunjukkan bahawa peserta
kajian B berjaya mencapai penguasaan penggunaan kata pemeri ialah dan
adalah sehingga 100 peratus dengan peningkatan sebanyak 70 peratus.
Manakala peserta kajian B hanya mencapai 90 peratus dengan peningkatan
sebanyak 60 peratus.

PERBANDINGAN PURATA MARKAH BAGI
100 UJIAN PRA DAN UJIA9N5 POS

90
80
70
60
50
40

30
30
20
10

0
Ujian Pra

Rajah 5: Perbandingan Purata Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
Hasil dapatan kajian berdasarkan rajah 5 telah mendapati bahawa purata markah
bagi ujian pra iaitu 30 peratus telah meningkat kepada 95 peratus. Peningkatan
yang berlaku sebanyak 65 peratus ini memperlihatkan kemampuan peserta
kajian dalam menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah melalui teknik

REFLEKSI
Daripada hasil dapatan kajian tindakan, pengkaji telah mendapati

mengatasi masalah penguasaan penggunaan kata pemeri. Berdasarkan kepada
analisis sebelum pelaksanaan intervensi, pengkaji telah mendapati bahawa
peserta kajian berada pada tahap yang sangat rendah dalam aspek penggunaan

91

peningkatan dalam menguasai penggunaan kata pemeri. Hal ini dibuktikan
melalui ujian akhir yang dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, dapatan kajian yang pengkaji perolehi telah mengubah
persepsi pengkaji mengenai penggunaan bahan bantu mengajar. Bahan bantu
mengajar memainkan peranan penting semasa mengajar agar isi pengajaran
dapat disampaikan dengan lebih baik dan berkesan. Perkara ini disokong oleh
Lambri & Mahamood (2019) yang menyatakan pemilihan ABM/BBM yang sesuai
amat mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran terutama pembelajaran berpusatkan murid. Namun begitu,

pengkaji harus menjadi perancang yang teliti untuk merancang aktiviti dan
menghasilkan bahan bagi melaksanakan proses pembelajaran.

Walau bagaimanapun, meski terdapat beberapa cabaran yang perlu
dihadapi oleh pengkaji bagi menyelesaikan masalah ini, pengkaji tetap
bersemangat untuk mengubah teknik pengajaran yang lama kepada pengajaran
yang lebih praktikal serta keinginan untuk menambah baik kualiti pengajaran

membantu menyelesaikan masalah semua murid dalam menguasai penggunaan
kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, pengkaji
mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa
akan datang untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata pemeri ialah
dan adalah dalam ayat. Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan beberapa
orang murid tahun 5 sahaja selepas pengkaji menilai lembaran kerja murid.
Pengkaji seterusnya boleh melubatkan keseluruhan murid kelas tahun 5 supaya

itu sahaja, pengaplikasian teknik ini juga boleh digunakan bukan sahaja pada
murid tahun 5 malah pada murid tahun yang berbeza.

Kajian ini hanya berfokuskan kepada jenis kata pemeri ialah dan adalah
dengan menentukan kepada ayat yang mempunyai kata nama, kata adjektif dan
kata sendi nama. Oleh yang demikian, kajian ini boleh diteruskan dengan
menambahbaik teknik dengan memudahkan murid untuk menentukan frasa
nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama yang berkedudukan di belakang kata
pemeri ialah dan adalah. Ini kerana murid tidak dapat menentukan frasa tersebut
sekiranya terdapat kata nama dan kata sendi nama dalam satu ayat yang sama.
Tambahan lagi, pengkaji seterusnya boleh mengkreatifkan lagi bahan bantu

-murid untuk
menggunakannya. Hal ini kerana, pengkaji hanya memfokuskan kepada

92

penguasaan penggunaan kata pemeri dan tidak mengambil kira faktor luaran

RUJUKAN
Buku Manual Kajian Tindakan. (2008). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

Berhad
Gus, F. A. (2010, February). Kesalahan Bahasa dan Cara Mengatasinya. Bahasa dan

Masyarakat Dewan Bahasa, pp. 32-35.
Kemmis dan Mc Taggart. (1988). Action Research Planner. Gealong Victoria: Deakin

University Publisher
Kasdan, J., Pa, N. S. C., & Kassim, M. S. A. C. (2015). Penguasaan Bahasa Melayu

Penjawat Awam: Kajian Kes di Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal
Linguistik, 19(2).
Kamil, I. M. M., & Mohamad, M. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam
usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(2),
181-191.
Kamus Tatabahasa Dewan. Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Lambri, A., & Mahamood, Z. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran
Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar.
International Journal of Education, 4(33), 78-94.
Leong Mei Ling. (2020). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Pemeri dengan
Menggunakan Teknik NaSA dalam Kalangan Murid Tahun 4. Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan (Kaedah dan Penulisan). Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Sariyan, A. (2009). Bagaimanakah tatabahasa dapat diajar dengan berkesan. Kertas kerja
yang dibentangkan dalam Bengkel Pengajaran Tatabahasa, Fakulti Bahasa,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 19

93

MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KERJA BERIMBUHAN
AWALAN MEN- DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
MENGGUNAKAN ROPUHAN

Nur Ezzahtul Ain Binti Ruslee

Zainab Binti Hashim

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018

IPG Kampus Kent

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata kerja
berimbuhan awalan meN dalam kalangan murid Tahun 3 dengan
menggunakan RoPuhan (Roda Pusing Imbuhan). Kajian ini berbentuk kajian
tindakan yang menggunakan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin
(1948). Kajian ini telah dijalankan terhadap 5 orang murid Tahun 3 di sebuah
sekolah kebangsaan dalam daerah Tuaran yang didapati menghadapi
masalah dalam menggunakan imbuhan awalan meN- yang betul terhadap
kata dasar untuk menghasilkan kata kerja terbitan yang betul. Justeru, bagi
membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap kefahaman
menggunakan imbuhan awalan meN- yang betul serta membantu guru
dalam mengajar murid, fokus kajian ini memberi penekanan terhadap
penggunaan RoPuhan dalam menghasilkan kata kerja terbitan
menggunakan imbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul. Data dikumpul
melalui ujian diagnostik, pemerhatian, analisis dokumen, serta ujian pra dan
ujian pasca. Data yang diperoleh juga dianalisis secara kualitatif.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kajian ini menunjukkan
berkesanan RoPuhan tersebut dalam peningkatan tahap penguasaan
pengunaan imbuhan awalan meN- dalam pembentukan kata kerja terbitan
terhadap kumpulan sasaran dalam pembelajaran bahasa Melayu.

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu menghadapi banyak cabaran terutamanya dari segi
penggunaan tatabahasa yang betul. Bukan sahaja dalam sistem pendidikan
di Malaysia, malah dalam kehidupan sehari-harian.Sejajar dengan
perkembangan semasa, penggunaan bahasa lain yang diserap dan diguna
terus secara langsung malah secara tidak langsung telah merosakkan sistem
tatabahasa Melayu. Dalam kajian tindakan ini, tajuk yang dikaji ialah
"Meningkatkan Penguasaan Kata Kerja Berimbuhan Awalan meN- Dalam

94

Kalangan Murid Tahun 3 Menggunakan RoPuhan'. RoPuhan ini ialah
akronim kepada Roda Pusing Imbuhan. Kajian ini merupakan satu penelitian
terhadap subjek Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 3 sekolah rendah
yang menghadapi masalah dalam menguasai kata berimbuhan awalan meN-
bagi kata kerja.

Pengkaji telah menjalani program Praktikum Fasa Satu sebagai guru
pelatih di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran selama 12 minggu. Selama
tiga bulan di sekolah tersebut, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman
baru yang telah pengkaji perolehi terutamanya proses PdP. Sepanjang
praktikum berlangsung, pengkaji mendapati pelbagai masalah yang telah
berlaku semasa proses PdP dijalankan dimana pengkaji dapat mengenal
pasti bahawa terdapat beberapa murid Tahun 3 yang diajar oleh pengkaji
tidak dapat menguasai penggunaan kata imbuhan awalan bagi kata kerja
mahupun kata dasar walaupun tatabahasa ini berulang-ulang dalam sukatan
pelajaran dan dilaksanakan secara berulang-ulang dalam proses PdP bagi
mata pelajaran bahasa Malaysia.

Murid menghadapi masalah dalam menyenaraikan kata imbuhan
daripada petikan yang dibaca, murid tidak dapat menulis perkataan kata
kerja yang melibatkan imbuhan awalan meN- dengan betul dan murid juga
menghadapi kesukaran dalam menentukan kata dasar yang betul selepas
imbuhan awalan meN- diimbuhkan pada kata kerja. Contohnya, Setelah
meneliti masalah ini, pengkaji merasakan masalah utama yang perlu diberi
perhatian ialah meningkatkan pengetahuan kata kerja berimbuhan meN-
murid. Hal ini kerana, kegagalan menguasai aspek ini perlu ditangani dengan
lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka
menjejakkan kaki ke kelas Tahun 4 kelak.

2.0 FOKUS KAJIAN

Melalui pengalaman praktikum untuk Fasa I yang lepas, pengkaji mendapati
ada antara murid yng diajar menguasai penggunaan imbuhan awalan meN-
pada tahap yang rendah dan sederhana semasa mempelajari kemahiran
menulis dan modul DSKP Tatabahasa bagi subjek Bahasa Melayu.

Rajah 1: Contoh Kesalahan Umum (Penukaran Kata Dasar)

Rajah 1 menunjukkan contoh hasil lembaran kerja Peserta A yang
menunjukkan contoh kesalahan umum iaitu tidak menukar kata dasar yang

95

huruf pertama sesuatu kata dasar ialah p t, s dan k yang akan berubah
menjadi sengau contohnya, kata dasar

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh Peserta A, pengkaji telah
melaksanakan beberapa langkah yang dapat membantu peserta kajian ini.
Hal in tidak boleh dipandang enteng lebih-lebih lagi saya memikul tugas
sebagai seorang guru. Seseorang guru harus prihatin akan masalah dan
keadaan muridnya. Mengikut Fuller (1969) seperti dinyatakan dalam Roselan

yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh
guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya. Oleh yang demikian, pengkaji
prihatin akan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian.

Dalam pada itu, penggunaan tatabahasa yang betul perlu
dititikberatkan kerana .enggunaan tatabahasa yang tidak betul
menyebabkan murid tidak dapat membina ayat dengan baik dan sukar untuk
difahami bik dari segi lisan mahupun tulisan. Hal ini kerana, penggunaan
tatabahasa yang betul dapat menentukan makna dan maksud tertentu, maka
ternyata ada manfaatnya. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan
pemotongan markah. Biarpun pemotongan markah itu mungkin sedikit, tetapi
akan mempengaruhi markah dalam kertas yang diduduki. Jika amalan ini
tidak dibetulkan, ia akan menjadi rutin yang akan dibawa hingga ke dewasa
kelak.

Maka dengan fokus dan isu yang dipertengahkan ini, pengkaji
mengharapkan supaya penggunaan alat bantu mengajar RoPuhan ini dapat
membantu meningkatkan penguasaan penggunaan kata berimbuhan
awalan meN- bagi kata kerja dan kata dassar yang tepat dan betul mengikut
konteks yang hendak disampaikan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid
Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan meN- dalam menghasilkan
kata kerja terbitan dengan betul menggunakan bahan bantu mengajar
RoPuhan dan meningkatkan penguasaan penggunaan kata kerja
berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul mengikut konteks.

4.0 SOALAN KAJIAN

Kajian ini dibuat untuk menjawab soalan seperti berikut.

1. Adakah bahan bantu mengajar RoPuhan dapat meningkatkan
penguasaan murid Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan
meN- dalam menghasilkan kata kerja terbitan dengan betul?

2. Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan penggunaan kata kerja
berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul mengikut konteks?

96

5.0 PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada peserta kajian Tahun 3 di sebuah
sekolah di daerah Tuaran iaitu di tempat pengkaji telah menjalani praktikum
fasa pertama di sana dengan mengambil seramai lima (5) orang peserta
kajian sahaja iaitu empat orang perempuan dan seorang pelajar lelaki
dimana terdapat dua peserta berada pada tahap yang rendah berbanding
tiga orng peserta kajian. Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan,
kelima-lima peserta kajian ini disasarkan kerana tidak dapat mengenal pasti
dan kurang berpengetahuan serta penguasaan tentang penggunaan kata
imbuhan awalan meN- dalam kata kerja dengan betul. Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kata kerja berimbuhan awalan
meN- dalam kalangan murid Tahun 3 menggunakan RoPuhan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kurt
Lewin (1948) yang mempunyai empat fasa iaitu perancangan, tindakan,
pemerhatian dan refleksi.

Perancangan Tindakan

Pada awal perancangan kajian, pengkaji telah mengesan isu dan masalah
yang dihadapi oleh murid melalui sesi PdP lalu. Data yang dikumpul
berbentuk soalan diagnostik, soal selidik dan analisis dokumen. Seterusnya,
pengkaji merancang melaksanakan tindakan mengikut konsep kaedah ansur
maju untuk intervensi yang akan dilakukan. Kaedah ansur maju turut
digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005). Menurutnya, kaedah ansur maju
merupakan satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu kemahiran itu
bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih
sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya.

Pelaksanaan Kajian

Kajian ini dilaksanakan dalam masa dua minggu dan dijalankan pda waktu
selepas sesi persekolahan supaya pengkaji dapat memberikan sepenuh
tumpuan kepada peserta kajian yang menghadapi masalah dalam membina
kata kerja berimbuhan awalan meN- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pengkaji telah menyediakan ujian pra yang bertujuan untuk menganalisis
dan memberikan fokus kepada kesalahan murid dimana peserta kajian
diminta untuk memadankan kata dasar yang bermula dengan huruf yang
berbeza dengan imbuhan awalan meN- untuk menghasilkan kata kerja
terbitan yang betul.

97

Intervensi pertama iaitu memberi peserta kajian pengetahuan asas
tentang kata berimbuhan awalan meN- menggunakan RoPuhan dibimbing
oleh pengkaji dimana pengkaji meminta murid untuk memadankan kata
berimbuhan awalan meN- dengan kata dasar dengan betul. Peserta kajian
satu perlu memadankan kata imbuhan awalan /mem+/ dan memerlukannya

Peserta kajian diminta untuk membina ayat secara lisan berdasarkan kata
kerja terbitan tersebut secara lisan dengan bimbingan pengkaji untuk melihat
cara penggunaan kata berimbuhan murid pad konteks tertentu.

Tujuan penggunaan RoPuhan ini adalah untuk membiasakan
peserta kajian mengenal pasti huruf pertama kata dasar yang betul dalam
membina kata kerja terbitan yang tepat dan betul. Dalam pada itu,
penggunakan RoPuhan ini dapat mewujudkan proses pembelajaran yang
seronok. Intervensi ini dilaksanakan bagi membantu pengkaji untuk memberi
kefahaman pada penggunaan RoPuhan yang digunakan sepanjang
intervensi dilaksanakan.

Rajah 2: Contoh Intervensi Pertama dan Contoh Soalan Intervensi Pertama

Bagi intervensi kedua pula, peserta kajian perlu menggariskan kata kerja
berimbuhan awalan meN- yang betul dalam sesuatu ayat dan membulatkan
kata berimbuhan yang sesuai dengan kata dasar yang berlainan huruf
pertama. Peserta kajian akan mengaplikasi RoPuhan dalam aktiviti mereka
namun aktiviti ini dilakukan dengan RoPuhan tanpa bantuan pengkaji kerana
peserta kajian dianggap mahir dalam menggunakan RoPuhan dan pengkaji
bertindak sebagai fasilitator sahaja.

Selepas itu, bagi intervensi ketiga, peserta kajian perlu mengenal
pasti dan menyenaraikan kata kerja dengan berimbuhan awalan meN- dalam
ayat. Aktiviti ini dilakukan tanpa menggunakan RoPuhan mahupun bantuan
pengkaji. Intervensi kedua dan ketiga ini dilakukan untuk menunjukkan
penggunaan kata berimbuhan yang betul mengikut konteks ayat dan melihat
sejauh mana peserta dapat mengesan kata berimbuhan dalam sesuatu
petikan seterusnya.

Bagi intervensi keempat, iaitu intervensi terakhir, peserta kajian
diminta untuk membina kata kerja berimbuhan awalan seterusnya membina

98

ayat tanpa bantuan guru dan RoPuhan kemudian guru seterusnya peserta
kajian diberi borang soal selidik untuk pengkaji mereflek kajian tindakan yang
telah dilakukan. Akhir sekali, peserta kajian diberi ujian Pasca untuk pengkaji
membuat pemerhatian.

Cara Pengumpulan Data

Pengkaji membuat pengumpulan data melalui ujian pra dan pasca, borang
senarai semak pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Pemerhatian
dilakukan sebelum dan sepanjang aktiviti dilakukan. Soal selidik pula
diberikan kepada murid setiap kali sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Bagi analisis dokumen, pengkaji menganalisis hasil lembaran
intervensi untuk mendapatkan data yang lebih jelas.

Cara Menganalisis Data

Pengkaji menganalisis borang senarai semak pemerhatian dan borang soal
selidik menggunakan kekerapan skala item. Ujian pra dan ujian pasca
dianalisis menggunakan data perbandingan. Kesemua intervensi dianalisis
dengan teliti dari aspek tatabahasa.

7.0 DAPATAN KAJIAN

1. Adakah bahan bantu mengajar RoPuhan dapat meningkatkan
penguasaan murid Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan
meN- dalam menghasilkan kata kerja terbitan dengan betul?

2. Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan penggunaan kata
kerja berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul mengikut
konteks?

Pengkaji menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca,
borang soal selidik dan pemerhatian. bagi menjawab persoalan kajian
pertama. Manakala untuk menjawab soalan kedua, pengkaji menggunakan
dua instrumen. Namun begitu, pengkaji menggunakan data yang sama bagi
soalan kedua iaitu dengan dapatan borang soal selidik. Instrumen kedua
pula merupakan Analisis Dokumen (Intervensi). Pengkaji akan
membincangkan dapatan kajian dengan menggunakan contoh hasil kerja
Peserta A sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan dijalankan.

Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

99

Jadual 1: Analisis Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan
Kajian Markah (Ujian
Markah Peratus Markah Peratus Pasca Ujian
(10) (%) (10) (%)
Pra)

Peserta A 4 40 9 90 5

Jadual 1 merupakan analisis dapatan ujian pra dan ujian pasca yang
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah peserta kajian. Pada
Ujian Pra, Peserta A hanya mendapat 40% namun setelah melaksanakan
intervensi, Peserta A menunjukkan peningkatan sebanyak 90% dalam Ujian
Pasca. Peningkatkan sebanyak 50% telah membuktikan bahawa
penggunaan alat bantu belajar RoPuhan dapat meningkatkan penguasaan
murid Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan meN- dalam
menghasilkan kata kerja terbitan dengan betul.

Hasil dapatan Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dalam bentuk item-item soalan untuk
mendapatkan data dan maklumat mengenai persepsi subjek kajian terhadap
isu atau masalah yang ingin dikaji. Soal selidik ini diberi kepada peserta
kajian sebelum dan selepas intervensi dilakukan.

Jadual 2: Borang Soal Selidik

100

Bil. Item Soalan Sebelum Selepas
Intervensi Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

1 Adakah anda mengenali kata berimbuhan / / /
awalan meN-? /
/ /
2 Saya dapat menyenaraikan sekurang- /
kurangnya tiga kata kerja berimbuhan /
awalan meN- dengan betul . /

3 Adakah penggunaan kata berimbuhan /
awalan meN- yang betul dapat meningkatkan
kemahiran anda dalam membina ayat?

4 Anda dapat melengkapkan ayat
menggunakan kata kerja berimbuhan awalan
meN- dengan baik.

5 Adakah anda dapat mengenal pasti kata
berimbuhan awalan meN- dalam petikan?

Jadual 2 menunjukkan maklum balas Peserta A sebelum dan selepas

item soalan 2, 3 dan 4. Namun, selepas intervensi dijalankan, Peserta A

mencapai objektif kajian iaitu RoPuhan dapat membantu meningkatkan
penguasaan murid Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan meN-
dalam menghasilkan kata kerja terbitan dengan betul. Dalam pada itu, kajian
ini juga berjaya meningkatkan penguasaan penggunaan kata kerja
berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul mengikut konteks. Hal ini
kerana selepas intervensi, Peserta A menjawab Ya bagi item soalan 3 dan
4.

101

Hasil dapatan Pemerhatian

Borang senarai semak adalah pemerhatian pengkaji terhadap peserta kajian
sepanjang aktiviti berlangsung. la bertujuan untuk melihat perubahan tingkah
laku yang mencerminkan minat murid apabila menjalani proses PdP
menggunakan bahan bantu mengajar RoPuhan yang disediakan. Aspek-
aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada empat tema utama
seperti berikut:

Jadual 3: Borang Kekerapan Tingkah Laku Peserta A

Tema Kekerapan Tingkah Laku Peserta Kajian
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

Minat / / //

Tingkah Laku /
Pasif

Penglibatan / / //

Masalah Disiplin /

Peserta A menunjukkan respon bagi tingkah laku pasif dan masalah bagi
intervensi 1. Namun yang demikian, Peserta A menunjukkan minat dan
penglibatan sepanjang Intervensi 2 hingga Intervensi 4 manakala tingkah
laku dan masalah pula adalah sifar. Penggunaan RoPuhan telah
menimbulkan keseronokan dan minat yang mendalam kepada murid
disamping dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian terhadap
penggunaan kata berimbuhan awalan meN- untuk kata kerja terbitan yang
tepat dan betul mengikut konteks. Intervensi yang dilakukan dan bahan yang
digunakan lebih menarik jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran
konvensional.

Hasil Dapatan Intervensi

Pengkaji telah melaksanakan empat intervensi bermula dari langkah yang
paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya
sehinggalah mereka dapat menguasainya.

102

Jadual 4: Perbandingan Markah Dan Peratusan Markah Bagi Setiap
Intervensi 1,2,3 Dan 4

Berdasarkan rajah 8 dan jadual 4, berikut menunjukkan perbandingan
markah dan peratusan markah bagi setiap intervensi 1,2,3 dan 4. Analisis
yang didapati ialah dimana setiap intervensi menunjukkan keputusan yang
positif dan cemerlang dalam penguasaan murid Tahun 3 terhadap
penggunaan imbuhan awalan meN- dalam menghasilkan kata kerja terbitan
dengan betul. Analisis data ini membuktikan Peserta A dapat menguasai
pengunaan kata berimbuhan awalan meN- dengan betul dalam membentuk
kata kerja terbitan. Dalam pada itu, melalui hasil dapatan intervensi 2,
Intervensi 3 dan Intervensi 4, menunjukkan Peserta A dapat menguasai kata
kerja berimbuhan awalan meN- pada tahap yang cemerlang. penguasaan
penggunaan kata kerja berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul
mengikut konteks. Kata berimbuhan yang digunakan untuk melengkapkan
ayat, menyenarai kata beimbuhan melalui petikan serta membina kata
berimbuhan seterusnya membina ayat membuktikan tahap penguasaan
Peserta A yang cemerlang.

8.0 REFLEKSI

Refleksi dan Penilaian Tindakan

Sepanjang pengkaji menjalankan kajiannya, pengkaji mendapati terdapat
kelemahan dan kekuatan yang telah dihadapi. Setiap penyelidikan yang
dilakukan tidak dapat lari daripada kelemahan-kelemahan tertentu. Pengkaji
mendapati satu kelemahan dimana pengkaji terlalu menumpukan perhatian
kepada murid yang terlalu lemah semasa sesi PdP sehinggakan murid pada
tahap sederhana dan tahap yang cemerlang kurang diberi perhatian. Maka,
untuk mengatasi permasalahan ini, pengkaji boleh menjalankan ujian
diagnostik bagi setiap tajuk baharu bagi mengesan kekurangan dan tahap
penguasaan seseorang murid dengan lebih seterusnya guru dapat
membahagikan perhatian, masa dan teknik mengajar kepada murid-murid
mengikut tahap masing-masing sebelum mengajar topik baharu dan supaya
murid pada tahap rendah tidak ketinggalansemasa sesi PdP berlangsung.
Kajian yang telah dijalankan ini telah memberi kesan yang positif dan
memotivasikan pengkaji dalam meneruskan kajiannya. Setiap peserta kajian

103

dalam penyelidikan ini menunjukkan peningkatan yang ketara pada setiap
aktiviti yang dijalankan. Sebagai seorang penyelidik yang telus dan
bertanggungjawab, serta sebagai seorang guru yang berdedikasi, pengkaji
menyedari akan kepentingan dalam meningkatkan kualiti pengajaran,
perancangan tindakan, teknik pengajaran dan sebagainya dengan
menitikberatkan tahap penguasaan dan kemahiran murid dalam
menjalankan sesuatu PdP. Oleh yang demikian diharapkan pengkaji dapat
menjalankan penyelidikan yang lebih baik dari ini yang akan dilaksanakan
pada masa akan datang.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Menurut Creswell (2005), kajian tindakan biasanya digunakan untuk
menyelesaikan masalah sosial atau fenomena salam jangka masa yang
singkat. Jenis reka bentuk kajian juga dapat memberikan kesan yang besar
kepada kajian yang ingin dijalankan. Reka bentuk pengkaji gunakan dala
kajiannya merupakan kajian tindakan. Menurut Chua (2006), tujuan
melakukan kajian tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan
bagi meningkatkan kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan
masalah agar keberkesanan amalan dapat dibaiki. Dapat disimpulkan
bahawa kajian yang telah dilakukan ini dapat membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru dan mengatasi masalah pembelajaran dalam
menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek. Dalam pada itu, kajian yang
dijalankan ini juga dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid serta
membantu murid mencapai tahap yang cemerlang. Maka, dengan bukti-bukti
terhadap kajian untuk Meningkatkan Penguasaan Kata Kerja Berimbuhan
Awalan meN- Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Menggunakan RoPuhan ini
menjadi bukti bagi mencapai objektif kajian dan menjawab soalan kajian.

9.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan tindakan susulan dilaksanakan di dalam kajian adalah sebagai
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa yang akan
datang atau untuk dijadikan rujukan bagi pengkaji yang lain. Tindakan
susulan ini perlu dilaksanakan agar proses pengukuhan pengetahuan murid
sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu,
diharapkan tindakan susulan ini juga akan dapat membantu para guru untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

Pengkaji telah mencadangkan untuk membuat penambahbaikan
terhadap alat bantu mengajar RoPuhan iaitu dengan menitikberatkan
kekemasan RoPuhan supaya penggunaanya lebih mudah untuk digunakan
oleh peserta kajian. Contohnya, pengkaji menambahkan garis pada setiap
huruf pertama supaya murid dapat melihat contoh huruf bagi kata
berimbuhan awalan meN- tertentu dengan lebih jelas.

104

Dalam pada itu, contoh perkataan juga boleh diselitkan pada setiap huruf
pertama. Contohnya, huruf
dengan lebih konkrit contoh-contoh perkataan yang telah diimbuhkan. Terutamanya huruf
pertama p t, s dan k yang akan berubah menjadi sengau contohnya, kata dasar yang

Seterusnya, pengkaji mencadangkan untuk menggunakan bahan yang dapat
menyokong kekukuhan alat bantu mengajar RoPuhan iaitu dengan menggunakan kertas
A4 yang lebih keras. Hal ini kerana, penggunaan kertas A4 biasa menjadikan alat bahan
bantu RoPuhan ini mudah rosak dan tidak dapat diguna pakai untuk masa PdP yang
akan datang.

Akhir sekali, pengkaji mengharapkan supaya penggunaan alat bantu mengajar
RoPuhan ini dapat digunakan bukan sahaja kepada murid Tahun 3 malah secara
menyeluruh iaitu kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Hal ini kerana, tajuk kata
berimbuhan dan penggunaan kata imbuhan awalan bagi kata kerja mahupun kata dasar
akan sentiasa berulang-ulang dalam sukatan pelajaran. Tambahan pula, ia dilaksanakan
secara berulang-ulang dalam proses PdP bagi mata pelajaran bahasa Malaysia untuk
setiap murid sekolah rendah.

RUJUKAN

Awang Sariyan. (2005). Tuntutan bahasa : asas pegangan pelajar. Pearson Malaysia. Cherry, K.
(2006, June 25). Kurt Lewin Is the Father of Modern Social Psychology. Verywell Mind;
Verywellmind. https://www.verywellmind.com/kurt-lewin-

biography-1890-1947-2795540

Chik, A. W. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1 : Perkaedahan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2021). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dbp.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Fook Meng Chow, & Jaizah Mahmud. (2011a). Kajian tindakan konsep & amalan dalam
pengajaran. Puchong, Selangor Penerbitan Multimedia.

Fook Meng Chow, & Jaizah Mahmud. (2011b). Kajian tindakan konsep & amalan dalam
pengajaran. Puchong, Selangor Penerbitan Multimedia.

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences: New Horizons. Basicbooks.

Ghafar, A. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Penerbit Utm Press. Hamidah
Ibrahim. (2014, December 18). Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan. Slide Share.

https://www.slideshare.net/hamidahibrahim77/analisis-

dokumen-penyelidikan-pendidikan

Hassan, A. (1974). The morphology of Malay. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

105

Jaafar, S., & Haron, R. (2016). Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar- pelajar Universiti
Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu, 15(197-209).
Kamarudin Hj. Husin, Aziz, A., & Arb'ie Sujud. (1997). Pengajian Melayu 1 : ilmu bahasa dan
kecekapan berbahasa. Kumpulan Budiman.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA.
Kementerian Pelajaran Malaysia. https://www.moe.gov.my/muat- turun/penerbitan-dan-
jurnal/penyelidikan/kajian/1376-manualkajian/file
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). DSKP BM KSSR TAHUN 3 - Flip eBook Pages 1-50 |
AnyFlip. Anyflip.com. https://anyflip.com/cflpx/sopi/basic
Lean Keow Choong. (2008). Falsafah dan pendidikan di Malaysia : untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia (Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun). Kumpulan Budiman.
Okiong, D. (2013). Meningkatkan Kemahiran Menulis Imbuhan Awalan Me- Dalam Membentuk
Kata Kerja Terbitan Dengan Kaedah Rumus Sengau. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
Penyelidikan, D. (2004). Manual kajian tindakan. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rashid, N. A., Pong Ying Boon, & Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. Oxford Fajar.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan : kaedah dan penulisan. Freemind Horizons.
Safiah Karim, Nik, Farid Mohd Onn, Hashim Bin Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed
Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus, & Onn, F. M. (2016). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Soon Sang Mok. (2002). Psikologi pendidikan : untuk Kursus Diploma Perguruan semester 2.
Kumpulan Budiman.
Sze Chong Ong. (2019). Guru cemerlang. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Tambelia, M.
(2012). Meningkatkan Pengetahuan Kata Kerja Berimbuhan Men- Menggunakan Kamus Pelajar
Bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent.
Tiong Houng Ching. (2005). Membaiki tulisan pelajar tingkatan peralihan dengan kaedah ansur
maju. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005, 84-95.
Zulkifley Hamid, Ramli Salleh, Rahim Aman, & Universiti Kebangsaan Malaysia. (2015). Linguistik
Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

106

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN TEKNIK APARTMEN AYMAGA (D-

S-L)

Nuratirah Binti Razak,
Encik Simon Bin Gihol
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 meningkatkan kemahiran

menggunakan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L). Tinjauan awal menunjukkan peserta
kajian menghadapi masalah membina ayat majmuk gabungan yang paling ketara iaitu
pengulangan perkataan atau frasa yang sama tanpa menggugurkan salah satu
perkataan perkataan atau frasa tersebut. Peserta kajian juga dilihat mempunyai masalah
untuk menyusun struktur ayat majmuk dengan betul dan tepat. Kajian ini membantu
dalam menambah baik amalan pengajaran pengkaji melalui pengaplikasian teknik
Apartmen AYMAGA (D-S-L). Kajian ini telah dijalankan ke atas tiga orang murid Tahun 5
di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran yang memperoleh markah terendah dalam
Ujian Pra yang dijalankan. Pengkaji menjalankan kajian tindakan ini berorientasikan teori
Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Dalam kajian ini, data akan dikumpulkan
melalui ujian pra dan pos, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data pula akan
dijalankan secara kualitatif dan dijelaskan secara naratif. Penggunaan teknik Apartmen
AYMAGA (D-S-L) dalam latihan membina ayat majmuk gabungan menggunakan kata

pelaksanaan kajian menggunakan kaedah latih tubi dan pengaplikasian prinsip hukum
latihan.

Kata Kunci : Ayat majmuk gabungan, latih tubi, prinsip hukum latihan, teori
Kemmis & McTaggart (1988)

PENGENALAN
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita Malaysia seperti
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) di bawah

107

perkara 152 (1) mengikut peruntukan undang-undang oleh Parlimen. Termeterainya
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, membolehkan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik serta berbeza budaya, agama, bahasa cuba
disatukan melalui satu bahasa iaitu Bahasa Melayu (Talinah dan Norazlina, 2010). Oleh
itu, bersesuaian dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada
semua peringkat persekolahan, maka semua murid hendaklah menguasai bahasa ini
dengan cara meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca
dan menulis seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu. Hal ini demikian
untuk membolehkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dalam
Bahasa Melayu sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa
perhubungan utama, bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa pencerminanan akal budi
rakyat (Kamarudin, 1994).

Namun begitu, walaupun Bahasa Melayu ini telah lama digunakan sebagai
bahasa pengantar dalam pendidikan di Malaysia, murid-murid masih tidak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu dengan baik. Menurut Nor Hashimah,
Junaini dan Mustaffa (2013), penguasaan Bahasa Melayu, sama ada dalam peperiksaan
atau komunikasi sosial, memperlihatkan banyak kelemahan dan kecelaruan, walaupun
negara telah lama mencapai kemerdekaan dan Bahasa Melayu telah lama dinobatkan
sebagai bahasa rasmi. Menyedari hakikat bahawa tahap penguasaan Bahasa Melayu
terutamanya dalam aspek pembinaan ayat ini masih berterusan, maka kajian ini
dilakukan dengan memberikan fokus kepada kemahiran membina ayat dalam kalangan
murid Tahun 5.

PERNYATAAN MASALAH

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran wajib dan syarat
lulus bagi peperiksaan awam di Malaysia seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, didapati bahawa masih
terdapat kelemahan dalam kalangan murid, terutamanya berkaitan dengan aspek
tatabahasa itu sendiri. Kelemahan murid dalam menguasai kemahiran dalam Bahasa
Melayu telah mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian yang lebih terperinci,
terutamanya perkara yang berkaitan dengan aspek tatabahasa dan sintaksis. Contohnya,
Abdul Hamid (1990), telah menjalankan kajian terhadap pelajar sekolah menengah dan
hasil kajiannya menunjukkan bahawa mereka melakukan kesalahan penggunaan
Bahasa Melayu melalui kesalahan imbuhan, frasa, klausa dan ayat. Dapatan ini turut
disokong oleh kajian yang dibuat oleh Md. Daud (1992) yang mendapati bahawa
kesalahan ayat yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan ialah jenis ayat tidak
betul susunannya (33.1 peratus), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8 peratus) dan
ayat yang berbelit-belit (17.3).

Walaupun banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan penguasaan Bahasa
Melayu dalam kalangan murid namun kajian tersebut lebih bersifat umum kepada
kemahiran berbahasa dan penguasaan tatabahasa tetapi tidak menjurus atau berfokus
kepada kemahiran membina ayat majmuk gabungan secara khusus. Oleh itu, kelemahan
murid dalam membina ayat majmuk gabungan ini telah mendorong pengkaji untuk terus
mencari teknik dan kaedah yang boleh digunakan dan membantu murid menguasai
kemahiran ini. Melalui penyelidikan ini, pengkaji berharap agar dapat melihat peningkatan
tahap pencapaian murid dalam membina ayat majmuk gabungan ini.

108

SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengemukakan satu objektif utama, iaitu:

1. Meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan mengikut struktur ayat
yang betul menggunakan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L).

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penguasaan ayat bahasa Melayu dalam
kalangan murid, terutamanya dari aspek ayat majmuk gabungan bahasa Melayu.
Persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian ini ialah:

1) Adalah murid dapat meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan
mengikut struktur ayat yang betul menggunakan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-
L) ?

METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), metadologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Oleh itu, metadologi kajian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian,
instrumen kajian dan prosedur ataupun proses menganalisis data bagi menjawab
persoalan kajian yang telah dikemukakan. Metadologi menerangkan cara sesuatu
masalah yang terjadi dan sebab sesuatu teknik dan kaedah tertentu digunakan. Kajian
tindakan yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif. Kajian tindakan merupakan satu
kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Ini kerana, setiap guru perlu mengenalpasti
setiap masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Lebar, 2011).
Masalah yang dikenalpasti memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik agar
memberi kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini
saya telah menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos untuk mengumpul dan
menganalisis data. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan
dan menjawab persoalan kajian dalam kajian tindakan ini.

Kajian tindakan ini dijalankan kepada tiga orang peserta kajian yang telah
dikenalpasti melalui ujian diagnostik yang telah dilakukan. Pemilihan peserta kajian ini
adalah berdasarkan kepada tahap penguasaan mereka terhadap isu yang dikaji. Oleh
itu, pengkaji menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos untuk menilai dan
mengukur peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Ujian Pra akan diberikan
sebelum sesi intervensi dimulakan. Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Menurut Cronbach (1970),
ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menghuraikannya dengan bantuan skala nombor atau sistem
yang berkategori. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji memberikan Ujian Pra berupa set
soalan yang mengandungi 6 soalan yang dilengkapi dengan panduan ayat tunggal dan
kata hubung. Ujian Pos pula akan dilakukan selepas pelaksanaan intervensi. Ujian Pos
ini dilakukan untuk melihat tahap peningkatan peserta kajian dalam membina ayat
majmuk gabungan. Soalan yang diberikan adalah setara ataupun sama dengan soalan
Ujian Pra untuk menilai tahap ingatan peserta kajian bagi teknik yang diperkenalkan.

Data yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian Pos akan dianalisis
berdasarkan kepada skema pemarkahan analitik. Menurut Rosinah Edinin (2011), skema

109

pemarkahan analitik dilakukan bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan
sesuatu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peratusan (%). Secara

keseluruhan, markah peserta kajian akan dijumlahkan mengikut skor bilangan ayat yang
diperoleh. Skor tersebut akan dijadikan peratus menggunakan formula bagi

memudahkan analisis data dilakukan. Peratusan markah yang diperolehi pada peringkat
awal dan akhir kajian ini akan menunjukkan pencapaian peserta kajian. Selepas analisis

data dilakukan, hasil dapatan tersebut akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat
perbandingan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos. Seterusnya, peratus markah tersebut

diskalakan untuk mengkategorikan pencapaian peserta kajian. Enam tahap
keberkesanan diberikan menggunakan skor pemarkahan analitik berdasarkan peratusan

yang diperoleh oleh setiap peserta kajian. Dengan ini, keberkesanan intervensi yang
dijalankan oleh pengkaji untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk

gabungan dapat dilihat dengan jelas.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos ini digunakan untuk mengukur dan menjawab
persoalan kajian yang telah dibina. Ujian Pra ini dijalankan sebelum intervensi dilakukan
dan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan dan kemahiran sedia
ada peserta kajian mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pos pula akan dijalankan
selepas sesi intervensi untuk menilai keberkesanan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L)
yang telah dilaksanakan dalam membantu peserta kajian dalam membina ayat majmuk
gabungan. Hasil daripada analisis membuktikan sama ada teknik yang diperkenalkan ini
berkesan dengan melihat kepada sama ada berlakunya peningkatan markah selepas
intervensi dilakukan.

Dalam ujian pra dan ujian pos ini, semua peserta kajian akan diberikan akan

diberikan enam soalan yang sama. Soalan yang disediakan ialah soalan jenis berpandu.
Pengkaji telah menyediakan panduan dengan memberikan dua ayat tunggal dan kata

hubung yang akan digunakan. Peserta kajian hanya perlu menggabungkan ayat tersebut
dan menyusunnya dengan menggunakan struktur ayat yang betul. Jawapan hendaklah

ditulis dalam ruangan yang telah disediakan dengan betul, tepat dan lengkap.

Jadual 1: Perbezaan markah dan peratus peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pos.

Peserta Ujian Pra Markah ( /100) Ujian Pos Markah ( /100)

kajian ( /6) ( /6)

Peserta A 1 17 % 4 67 %

Peserta B 2 33 % 5 83 %

Peserta C 0 0% 3 50 %

Jadual 2: Markah dan peratus peserta kajian A

Peserta A Bilangan Ayat yang Betul ( /6) Markah (%)
Jenis Ujian 1/6 17%
Ujian Pra 4/6 67%
Ujian Pos

Peserta A dalam kajian ini menunjukkan tahap penguasaan yang minimum
berdasarkan kepada data ujian pra yang telah dilaksanakan iaitu peserta hanya dapat
menjawab satu daripada enam soalan ujian yang diberikan dengan peratusan markah

110

sebanyak 17 peratus. Namun, selepas pelaksanaan intervensi, berlaku peningkatan yang
ketara kepada tahap kemahiran membina ayat majmuk gabungan peserta ini, iaitu dapat

menjawab empat daripada enam soalan ujian pos yang diberikan dengan peratusan
markah sebanyak 67 peratus. Tahap penguasaan peserta A juga berubah daripada tahap

penguasaan yang minimun kepada tahap penguasaan yang baik berdasarkan kepada
peratusan markah yang diperoleh. Hal ini demikian jelas menunjukkan keberkesanan

teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) dalam membantu peserta membina ayat majmuk
dengan struktur ayat yang betul.

Jadual 3: Markah dan peratus peserta kajian B

Peserta B Bilangan Ayat yang Betul ( /6) Markah (%)
Jenis Ujian 2/6 33%
Ujian Pra 5/6 83%
Ujian Pos

Peserta B dalam kajian ini merupakan antara peserta yang menunjukkan
peningkatan yang paling tinggi antara ketiga-tiga peserta. Semasa pelaksanaan ujian pra,

peserta B ini hanya dapat menjawab dua daripada enam soalan ujian yang diberikan
dengan peratusan markah sebanyak 33 peratus yang menunjukkan bahawa peserta ini

juga berada pada tahap penguasaan yang minimum terhadap kemahiran membina ayat
majmuk gabungan ini. Namun, selepas pelaksanaan intervensi, peserta kajian B ini

sudah mampu menjawab lima daripada enam soalan ujian Pos yang diberikan dengan
peratusan markah yang tertinggi sebanyak 83 peratus. Peningkatan ini menunjukkan

bahawa peserta kajian B ini sudah dapat mencapai tahap penguasaan cemerlang dalam
kemahiran membina ayat majmuk gabungan.

Jadual 4: Markah dan peratus peserta kajian C

Peserta C Bilangan Ayat yang Betul ( /6) Markah (%)
Jenis Ujian 0/6 0%
Ujian Pra 3/6 50%
Ujian Pos

Peserta kajian yang terakhir ialah peserta kajian C yang menunjukkan tahap
penguasaan yang sangat minimum berdasarkan kepada jumlah peratusan markah yang

diperoleh. Hasil ujian pra yang telah dilaksanakan, menunjukkan peserta kajian C masih
tidak dapat membina ayat majmuk gabungan walaupun telah diberikan panduan. Namun,

selepas pelaksanaan intervensi, peserta kajian C dilihat sudah dapat membina ayat
majmuk gabungan dengan struktur ayat yang betul. Peserta C sudah dapat menjawab

tiga daripada enam soalan ujian pos yang diberikan dengan peratusan markah yang turut
meningkat kepada 50 peratus. Peningkatan peratusan markah ini menunjukkan tahap

penguasaan peserta kajian berada di tahap yang memuaskan. Oleh itu, terbuktilah
bahawa teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini dapat membantu peserta C membina ayat

majmuk gabungan dengan struktur ayat yang betul.

Rajah 1: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos peserta kajian

111

Bilangan Ayat Yang Betul Mengikut Peserta

6

5

4

3

2

1

0 Peserta B Peserta C
Peserta A

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah diatas menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
yang telah dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Jika dilihat melalui
rajah diatas, kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam membina ayat
majmuk gabungan dengan markah tertinggi diperolehi oleh peserta B dengan markah
sebanyak 83 peratus dengan bilangan ayat majmuk gabungan yang dibina dengan betul
iaitu 5/6 soalan. Manakala markah terendah pula diperolehi oleh peserta C dengan
markah sebanyak 50 peratus dengan bilangan ayat majmuk gabungan yang dibina
dengan betul iaitu 3/6 soalan.

Rajah 2: Perbandingan peratus markah Ujian Pra dan Ujian Pos peserta kajian

112

Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra
dan Ujian Pos

140

120

100

80

60

40

20

0 Peserta B Peserta C
Peserta A

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah diatas pula menunjukkan perbandingan peratus markah ujian pra dan ujian

pos bagi ketiga-tiga peserta kajian ini. Data diatas jelas menunjukkan berlakunya
peningkatan terhadap kesemua peratus markah bagi ujian pos yang diberikan sebelum

ini. Perbandingan menunjukkan perubahan peratus markah peserta kajian sebelum dan
selepas intervensi dilakukan. Selepas data ujian pra diperolehi, rata-rata peserta

menunjukkan mereka sememangnya mempunyai masalah dalam membina ayat majmuk
gabungan dengan struktur ayat yang betul. Ini terbukti apabila peratus markah bagi

ketiga-ketiga peserta kajian berada pada tahap belum mencapai tahap minimum. Namun,
selepas pelaksanaan intervensi, peratus markah bagi ketiga-tiga peserta kajian berubah

iaitu peserta A berada pada tahap penguasaan yang baik, peserta B berada pada tahap
penguasaan yang cemerlang dan peserta C juga berada pada tahap penguasaan yang

memuaskan. Melihat kepada peningkatan ini, dapatlah disimpulkan bahawa teknik
Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini dapat membantu peserta kajian dalam membina ayat

majmuk gabungan dengan struktur ayat yang betul.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dalam penyelidikan ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada meningkatkan kemahiran

Tahun 5 sahaja. Kemahiran tersebut masih berada pada kemahiran aras rendah.
Pengkaji tidak ditekankan dengan binaan ayat yang gramatis memandangkan peserta
kajian ini disediakan binaan ayat dan kata hubung. Peserta kajian hanya perlu
menggabungkan ayat majmuk namun kemahiran ini telah menjadi fokus utama kajian
pengkaji. Hal ini disebabkan tinjauan awal masalah yang dijalankan oleh pengkaji
mendapati kesemua peserta kajian suka menulis perkataan yang sama secara berulang
dalam membina ayat majmuk dengan kata hubung yang diberikan. Peserta kajian
menjadikan dua ayat yang diberikan menjadi satu ayat panjang iaitu menggabungkannya

113

dengan kata hubung yang diberikan tanpa menggugurkan salah satu perkataan yang
sama. Lebih-

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, berlaku peningkatan yang ditunjukkan
oleh peserta kajian. Namun begitu, pengkaji melihat peserta kajian juga kerap melakukan
kesilapan semasa menulis ayat majmuk gabungan menggunakan teknik Apartmen
AYMAGA (D-S-L) ini. Pengkaji mendapati kesilapan ini berlaku kerana masalah
tingkahlaku seperti sikap sambil lewa peserta kajian. Menurut Lahey (2009), tingkah
laku merupakan kajian saintifik yang berkaitan dengan proses mental dan perbuatan
seseorang. Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang
bentuk tingkah laku pelajar yang boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohd Fadli et al. 2016). Oleh itu,
sebagai tindakan susulan terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ini,
pengkaji perlu mengingatkan peserta kajian agar sentiasa peka dan berhati-hati semasa
menulis ayat majmuk gabungan agar kesilapan dapat dikurangkan.

Dalam konteks teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini pula, tindakan susulan
yang boleh dilakukan untuk mengubah reka bentuknya agar boleh diaplikasikan untuk

selanjutnya juga mungkin boleh digunakan dengan meningkatkan kemahiran membina
ayat majmuk gabungan dengan betul dari segi penggunaan huruf besar, tanda baca, kata
hubung, kata kerja dan kosa kata yang sesuai. Pada masa yang akan datang, pengkaji
boleh mencuba untuk menjadikan penggunaan teknik ini secara meluas dan meliputi
semua jenis kata hubung yang terdapat dalam skop pelajaran Bahasa Melayu. Sebagai
seorang guru baharu juga saya akan terus untuk menjalankan kajian tindakan untuk
mempertingkatkan profesion saya.

RUJUKAN

Cronbach L.J. (1970). Essentials of Psychological Testing. New York: Harper & Row.

Abdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar-pelajar.
Dewan Bahasa, April 1990.

Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (1994). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Panduan
guru bahasa Malaysia (Sekolah Kebangsaan) Tahun 5. Kuala Lumpur: Bahagian
Pembangunan Kurikulum. .

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Tahun 5 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam penyelidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

114

Md. Daud Taha. (1992). Masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di
tingkatan menengah atas di negara Brunei Darussalam. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan dan Mustaffa Omar. (2013). Sikap, Persepsi dan
Persekitaran Remaja Borneo terhadap Bahasa Melayu. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin
(ed.). Penguasaan Bahasa Melayu Remaja Sabah dan Sarawak. Hlm 42-65. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosinah Edinin . (2012). Penyelidikan Tindakan ( Kaedah dan Penulisan). Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Talinah Jeman dan Norazlina Kiram (2010). "Pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Pembina
Negara Bangsa" dlm. Bahasa dan Budaya Melayu dalam Konteks Negara Bangsa.
Kumpulan Kertas Kerja Seminar Pengajaran Bahasa Melayu ke-3, Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

115

PENGGUNAAN TUSUNPAL UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN BAGI MURID TAHUN 3

Nurul Aliya binti Mohd Sabri
Dr Effendy bin Yusuff

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk
gabungan yang betul dengan menggunakan TUSUNPAL. TUSUNPAL ialah bahan yang
mana murid perlu tulis ayat (TU), kemudian susun (SUN) dan seterusnya menampal
(PAL) ayat majmuk yang lengkap di ruang yang disediakan. Langkah-langkah bahan ini
digunakan bagi membantu murid membina ayat majmuk gabungan dengan kata hubung
yang betul sekaligus menjadi pemudah cara kepada murid untuk membina ayat dengan
struktur ayat yang betul. Berdasarkan tinjauan masalah semasa pengajaran yang lalu,
pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid Tahun 3 yang tidak dapat
membina ayat majmuk gabungan dengan betul. Seramai tiga orang peserta kajian dari
sebuah sekolah di daerah Tuaran telah dipilih untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan
untuk mengukur kajian ini antaranya termasuklah pemerhatian secara berstruktur, temu
bual, dan juga ujian penilaian pencapaian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa
penggunaan TUSUNPAL berkesan untuk mengatasi masalah membina ayat majmuk
gabungan dengan kata hubung dan struktur ayat yang betul Justeru, pengkaji yakin
bahawa bahan TUSUNPAL dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan betul.

Kata Kunci : TUSUNPAL, ayat majmuk gabungan, kata hubung

PENGENALAN

Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai cabang dan kemahiran bahasa dan antara
cabang terpenting ialah aspek tatabahasa. Tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis (Siti Hajar Abdul
Aziz, 1996). Bagi membentuk dan menyusun ayat yang gramatis, seseorang perlu
mempunyai pengetahuan dan belajar tatabahasa. Dengan kata lain, tatabahasa ialah
rentetan ucapan, pengelompokan serta pembahagian unsur-unsur ucapan mengikut
fungsinya. Setiap perkataan dalam ayat mempunyai fungsi tatabahasa tersendiri.

Dalam subjek bahasa Melayu di sekolah, murid perlu menguasai aspek-aspek
tatabahasa sebagai salah satu kemahiran yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan
pengalaman pengkaji ketika berpraktikum di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Aspek
tatabahasa merupakan cabang penting dalam mempelajari bahasa Melayu. Ini kerana
ilmu bahasa Melayu dapat memahirkan murid dalam penulisan dan pertuturan bahasa
Melayu yang baik. Penggunaan perkataan dan ayat dalam Bahasa Melayu amat luas dan

116

kadangkala berlaku kesalahan penggunaan ayat disebabkan menjadi kebiasaan dalam
pertuturan atau bahasa pasar. Kajian ini khas dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat majmuk gabungan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
murid Tahun 3 sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Tuaran.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji sebagai seorang guru perlu melaksanakan penambahbaikan dalam PdP bagi
membantu murid kerana menurut Hariatul Hafidzah, Mohd Nazri Abdul Rahman dan
Muhammad Azhar (2021), seorang guru perlu bertindak dalam mengorganisasikan
pengajaran mereka dengan baik agar objektif pengajaran tercapai dan menepati DSKP.
Justeru, pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini bagi melihat keberkesanan
penggunaan TUSUNPAL dalam pengajaran ayat majmuk dan kata hubung. TUSUNPAL
ini akan digunakan untuk menangani masalah peserta kajian membina ayat majmuk
gabungan dengan struktur ayat dan kata hubung yang betul. Pengkaji menjalankan satu
kajian tindakan terhadap masalah yang dialami oleh peserta kajian bagi menyelesaikan
masalah tersebut.

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model Kurt Lewin 1946. Kajian ini
dikukuhkan melalui pengumpulan data-data yang digunakan sebagai bahan bukti. Dua
kaedah pengumpulan data awal dijalankan bagi mengenal pasti masalah murid iaitu
temubual dan analisis dokumen. Bagi memastikan masalah dan peserta kajian dipilih
dengan betul, pengkaji turut menemu bual pelajar dan guru Bahasa Melayu mereka
sebelum ini. Guru Bahasa Melayu berkongsi tentang murid yang lebih banyak
menggunakan ayat tunggal apabila membina petikan. Pengkaji juga menganalisis
dokumen iaitu latihan yang telah disiapkan oleh murid dalam buku latihan ketika
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lalu. Berdasarkan hasil jawapan peserta kajian
tersebut, pengkaji telah mendapati ketiga-tiga peserta kajian mengalami beberapa
masalah dalam membina ayat majmuk. Peserta kajian tidak memahami kehendak soalan
dan tidak dapat menjawab dengan tepat.. Pengkaji menganalisis hasil lembaran kerja
peserta kajian bagi mencari kelemahan peserta kajian dan juga mencari kaedah bagi
menyelesaikan masalah peserta kajian.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
Berikut ialah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu :

1. Membantu murid membina ayat majmuk yang lengkap dan tepat menggunakan
kata hubung yang betul selepas menggunakan TUSUNPAL.

2. Meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran membina ayat majmuk gabungan
apabila menggunakan TUSUNPAL.

Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

1. Bagaimanakah penggunaan TUSUNPAL dapat membantu murid membina ayat
majmuk yang lengkap dan tepat menggunakan kata hubung yang betul.

2. Sejauh manakah prestasi murid dalam kemahiran membina ayat majmuk
gabungan dapat meningkat dengan menggunakan TUSUNPAL?

117

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan murid Tahun 3 seramai tiga orang di sebuah sekolah dalam daerah
Tuaran. Murid tersebut merupakan dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.
Peserta kajian mempunyai pencapaian akademik yang lemah namun masih dapat
mengikuti kelas biasa dan bukannya pemulihan. Pencapaian akademik tersebut juga
mungkin kerana faktor tidak dapat menyertai PdPR atas beberapa alasan seperti tiada
kemudahan internet atau gadjet.

METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji perlu mengumpul data daripada dokumen-dokumen hasil kerja murid untuk
dianalisis. Data yang dikumpul perlulah relevan kepada isu dan juga masalah yang

hendak dikaji dan analisis dokumen salah satu daripadanya (Bahagian Penerangan dan
Tindakan Dasar Pendidikan, 2008). Antara dokumen yang dapat digunakan oleh pengkaji

ialah lembaran kerja dan juga ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji telah menggunakan
analisis dokumen untuk mengenal pasti kelemahan murid pada peringkat awal.

Seterusnya, pengkaji dapat melihat perkembangan kemahiran membina ayat majmuk
gabungan semasa ujian pra dan ujian pasca dan sesi intervensi.

Lembaran kerja diperoleh dari intervensi yang telah dijalankan semasa langkah
tindakan manakala kertas ujian ketika pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca kemudian

disemak oleh pengkaji. Pengkaji merujuk kriteria pemarkahan ketika menyemak
lembaran kerja dan ujian yang dijawab oleh peserta kajian. Peserta kajian akan

menjawab lima soalan selama 20 minit tanpa berbincang dan bantuan guru bagi ujian pra
dan ujian pasca. Perbandingan skor murid sebelum dan selepas tindakan diberikan

dibuat dalam peratusan.

Jadual 1 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pasca

A 2/10 9/10

B 4.5/10 10/10

C 0/10 5/10

118

Rajah 2 : Ujian Pra Murid B

Murid tidak dapat menjawab ujian pra dengan tepat dan tidak memahami
kehendak soalan. Namun selepas menggunakan TUSUNPAL, murid telah memperoleh
markah yang baik dalam ujian pasca. Murid dapat menjawab soalan dengan betul tanpa
bantuan guru dan juga rakan.

Rajah 3 : Ujian Pasca Murid B
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

119

Dapatan kajian ini akan digunakan bagi menjawab persoalan Sejauh manakah prestasi
murid dalam kemahiran membina ayat majmuk gabungan dapat meningkat dengan
menggunakan TUSUNPAL? Pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca bagi
mendapatkan data tentang pengetahuan sebelum dan selepas langkah intervensi
dilaksanakan kepada peserta kajian.

Rajah 3 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Rajah 3 menunjukkan jumlah markah ujian pra dan ujian pasca setiap peserta
kajian. Berdasarkan rajah, markah Peserta Kajian A meningkat sebanyak 70%, dari 20%
pada ujian pra kemudian memperoleh 90% pada ujian pasca. Peserta Kajian B pula
terdapat peningkatan markah sebanyak 55% dari 45% meningkat kepada 100% semasa
ujian pasca. Peserta Kajian C turut menunjukkan peningkatan markah dari ujian pra ke
ujian pasca. Peserta Kajian C pada mulanya tidak dapat menjawab langsung soalan
ketika ujian pra dan memperoleh 0%, selepas menjalani intervensi dan menggunakan
TUSUNPAL, Peserta Kajian C menunjukkan peningkatan signifikan kepada 50%.
Walaupun Peserta Kajian C tidak mencapai tahap cemerlang, namun peningkatan
markah Peserta Kajian C dan juga peserta kajian lain menunjukkan prestasi murid dalam
kemahiran membina ayat majmuk gabungan dapat meningkat dengan menggunakan
TUSUNPAL.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan hasil dapatan kajian, kemahiran membina ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung dan struktur ayat yang betul peserta kajian bagi murid Tahun
3 dapat ditingkatkan dengan menggunakan TUSUNPAL. Peningkatan pencapaian
peserta kajian dalam ujian pasca selepas ujian pos menunjukkan peningkatan yang
ketara. Berlakunya perubahan yang positif dari segi minat dan daya usaha. Perubahan
ini penting untuk menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Peserta
kajian dapat membina ayat majmuk daripada susunan perkataan ini kerana perkataan-
perkataan serta gambar yang diberi dapat menjadi stimulus untuk merangsang mereka
mengeluarkan idea (Abdul Aziz Abdul Talib, 2000).

Bagi menambah baik bahan, pengkaji berpendapat bahawa bahan ini boleh
ditukar bahannya agar lebih jimat kos. Bagi menambah baik bahan, pengkaji berpendapat

120

pelekat yang digunakan boleh ditukar dengan kad atau kertas yang murid boleh tulis lalu
dapat dipadam. Pengkaji tidak perlu membeli dan menggunakan pelekat dengan kadar
yang banyak. Pengkaji dapat menjimatkan kos dalam mengurangkan penggunaan
pelekat ini. Selain itu, pelaksanaannya juga dapat divariasikan agar tidak membosankan
murid. Bahan ini memerlukan daya kreativiti dalam mempelbagaikan corak pengajaran
ketika menggunakannya. Pengkaji boleh merancang satu permainan bahasa yang dapat
digunakan sebagai salah satu intervensi tambahan dalam langkah pelaksanaan.

Melalui penggunaan TUSUNPAL ini, murid-murid dapat meningkatkan
kefahaman yang baik dari segi pembinaan ayat majmuk. Murid-murid juga dapat
meningkatkan kemahiran dan prestasi mereka dalam aktiviti membina ayat ini. Murid-
murid dapat menyiapkan tugasan membina ayat dengan lebih pantas. TUSUNPAL ini
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan menggunakan
pelbagai teknik dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan dan kelemahan
murid membina ayat majmuk.

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman, & Muhammad Azhar Zailaini.
(2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran Bahasa Arab Berasaskan
Keperluan Pembelajaran Murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Putrajaya: KPM.
Kurt Lewin. (1946). Action Research Model.
Mokhtar Rais . (2006). Mengajar Kata Hubung . Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sharifah Nor Puteh, Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan

Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik. Utusan.

121

MENGGUNAKAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL PADA AYAT TUNGGAL
DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Nurul Najihah Binti Masri

En. Ismail Bin Ag. Piut

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018

IPG Kampus Kent

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Teknik Petak BiKu bagi
meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal
dalam kalangan murid Tahun Lima. Peserta kajian ini terdiri daripada Malik (bukan nama
sebenar) yang mempunyai masalah dalam menulis huruf besar dan huruf kecil pada
penulisan Bahasa Melayu. Malik adalah murid tahun lima di salah sebuah sekolah di
kawasan Tuaran, Sabah. Model kajian yang digunakan adalah model kajian Kurt Lewin.
Data dikumpul melalui ujian (pra dan pasca), analisis dokumen, analisis ujian kemajuan
setiap intervensi, analisis latihan pengukuhan dan pemerhatian. Latihan dijalankan
selepas intervensi untuk mengukuhkan lagi tahap penguasaan kemahiran menggunakan
huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dalam kalangan peserta kajian. Keputusan
kajian ini menunjukkan bahawa Teknik Petak BiKu adalah berkesan untuk membantu
murid dalam meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil semasa
menulis ayat tunggal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Penggunaan Petak BiKu, ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen, analisis
ujian kemajuan setiap intervensi, analisis latihan pengukuhan, pemerhatian

PENGENALAN

Konteks

Saya merupakan seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pengajian Melayu)
selama empat tahun dan sekarang berada pada akhir tahun pengajian. Pratikum pertama
berjaya saya sempurnakan di SK ST.James Tenghilan (nama samaran) yang terletak di
sekitar Tuaran. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 yang mempunyai
bilangan murid seramai 32 orang.

Saya telah mengenal pasti seorang murid yang mengalami masalah paling kritikal dalam
masalah penulisan Bahasa Melayu. Murid tersebut saya namakan Malik (nama samaran)
dalam kajian ini. Justeru itu, saya telah mengambil langkah melaksanakan bimbingan
individu dalam meningkatkan kemahiran saya sebagai seorang guru dan pada masa
yang sama membantu Malik mengurangkan masalah yang dihadapinya.

122

FOKUS KAJIAN

Melalui pengalaman praktikum untuk Fasa I yang lepas, saya mendapati ada antara
murid saya yang mengalami masalah menulis iaitu mencampuradukkan huruf besar dan
huruf kecil semasa menulis penulisan Bahasa Melayu. Melalui latihan dan ujian
pengesanan awal, saya mendapati Malik (nama samaran) sering melakukan kesalahan
tanda baca semasa menulis, iaitu kesalahan mencampuradukan huruf besar dan huruf
kecil. Rajah 1 menunjukkan contoh lembaran kerja Malik.

Mencampuradukkan huruf besar dan
huruf kecil semasa menulis

Rajah 1. Contoh hasil lembaran kerja

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh Malik, saya melaksanakan beberapa langkah
yang difikirkan sesuai dan perlu dijalankan. Saya melaksanakan kajian ini kerana bagi
saya, kesalahan seperti ini tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi saya memikul
tugas sebagai seorang guru. Seseorang guru harus prihatin akan masalah dan keadaan
muridnya. Mengikut Fuller (1969) (seperti dinyatakan dalam Roselan Bin Baki, 2003),

sesuatu yang dianggap sebagai masalah
atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya.
Saya prihatin akan masalah yang dihadapi oleh Malik.

Kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dikategorikan sebagai kesalahan
ejaan dan menyebabkan pemotongan markah. Biarpun pemotongan markah itu mungkin
sedikit, tetapi akan mempengaruhi markah dalam kertas yang diduduki. Selain itu, jika
amalan ini tidak dibetulkan, Malik akan terbawa-bawa cara penulisan ini bila dia di
sekolah menengah dan akan memberikan masalah kepadanya dan guru sekolah
menengah untuk membaiki kesalahan ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

i. Aktiviti-aktiviti intervensi meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan huruf
kecil pada ayat tunggal dengan menggunakan Teknik Petak BiKu.

ii. Mengenal pasti sama ada penggunaan Teknik Petak BiKu dapat meningkatkan
kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dalam
kalangan murid Tahun Lima.

Soalan Kajian

i. Adakah aktiviti intervensi murid Tahun Lima dapat meningkatkan kemahiran
menulis huruf besar dan huruf kecil dalam ayat dengan menggunakan Teknik
Petak BiKu?

ii. Adakah penggunaan Teknik Petak BiKu dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dalam kalangan
murid Tahun Lima?

123

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih Malik sebagai peserta kajian yang berusia dalam lingkungan
sebelas tahun dan proses perlaksanaan kajian ini mengambil kira masalah murid dalam
menulis huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan Bahasa Melayu. Pemilihan Malik
berdasarkan instrumen pengumpulan data iaitu analisis soalan diagnostik dan analisis
dokumen lembaran kerja murid.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Perancangan Tindakan

Idea menggunakan teknik warna saya peroleh ketika membaca kajian lepas berkaitan
dengan penyelidikan Adilah Binti Che Ismail (2009) dan juga Nora Wahid (2012). Mereka
telah menggunakan teknik warna untuk memastikan murid dapat membezakan
penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat Bahasa Melayu.

Saya merancang untuk menghasilkan petak warna biru dan kuning untuk lima orang
murid yang menjadi peserta kajian saya dan lembaran ini digunakan semasa P&P. Saya
mengaplikasikan penggunaan warna sebagai teknik dalam siri tindakan yang dijalankan.
Penggunaan warna amat sesuai bagi menarik minat dan pengekalkan tahap ingatan
kognitif murid terhadap sesuatu konsep (Wendy M.Sleeth, 2009). Melvina Chung &
Hannah Fam (2018) menjelaskan bahawa penggunaan warna yang menyerlah seperti
biru dan kuning mampu memberi kesan yang mendalam kepada daya ingatan murid
untuk lebih menghayati sesuatu perkara.

Pelaksanaan Tindakan

Intervensi pertama dalam kajian ini ialah peserta kajian akan diperkenalkan dengan huruf
besar dan huruf kecil secara serentak. Dalam aktiviti ini, saya akan menyebut beberapa
huruf manakala peserta kajian diminta menulis huruf-huruf tersebut mengikut warna
petak yang betul dimana petak warna biru mewakili huruf besar dan petak warna kuning
mewakili huruf kecil. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memudahkan peserta
kajian dapat membezakan bentuk huruf besar dan huruf kecil secara serentak terutama

biru dan kuning yang saya hasilkan untuk digunakan dalam tindakan saya.

Rajah 2. Lembaran kerja petak biru dan kuning

Intervensi seterusnya adalah peserta kajian diperkenalkan dengan Teknik Petak BiKu
untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada ayat
tunggal. Pada peringkat ini, peserta kajian perlu menampal petak biru atau kuning pada
huruf besar dan huruf kecil yang salah penggunaannnya pada ayat tunggal tersebut.
Kemudian, peserta kajian perlu menulis semula huruf besar dan huruf kecil yang betul

124

pada ayat tunggal itu. Rasional tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk
memudahkan peserta kajian mengingat dan menjadikan mereka lebih peka tentang
penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal. Rajah 3 berikut menunjukkan
satu contoh intervensi pada peringkat ini.

Rajah 3. Contoh intervensi pada peringkat kedua
Intervensi ketiga, peserta kajian akan mengaplikasikan Petak BiKu untuk menulis sebuah
ayat tunggal melalui lembaran kerja. Saya mengagihkan lembaran kerja yang
mengandungi Petak BiKu dan peserta kajian perlu menyalin ayat tunggal semula dalam
Petak BiKu dengan menggunakan huruf besar dan huruf kecil mengikut kesesuaian
warna biru dan kuning yang telah ditetapkan. Rajah berikut menunjukkan satu contoh
lembaran kerja Malik pada peringkat ini. Rasional aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk
memastikan peserta kajian dapat membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil
apabila menulis sesebuah ayat. Selain itu, aktivti ini dapat memberi kesedaran kepada
murid bahawa penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat Bahasa
Melayu amat penting untuk dikuasai supaya tidak berlakunya tolakan markah dalam
penulisan Bahasa Melayu. Rajah 4 berikut menunjukkan satu contoh aktiviti yang
dilaksanakan oleh Malik pada peringkat ini.

Rajah 4.Lembaran kerja intervensi ketiga
Peserta kajian akan menjalani intervensi susulan dimana peserta kajian diminta untuk
menulis semula ayat tunggal yang diberi tanpa menggunakan Petak BiKu. Melalui aktiviti

125

ini, saya dapat lihat bahawa peserta kajian dapat menulis huruf besar dan huruf kecil
dalam penulisan ayat dengan betul berbanding sebelum tindakan penyelidikan ini

dilaksanakan. Malik sudah dapat membezakan penggunaan saiz huruf besar dan huruf
ayat

Bahasa Melayu. Rajah 5 berikut merupakan contoh hasil intervensi susulan oleh Malik.

Rajah 5. Lembaran kerja intervensi susulan

Jadual 1.

Penggunaan Teknik Petak BiKu

Bil. Tarikh Aktiviti Intervensi
1. 30 Julai 2021
2. 31 Julai 2021 Latihan menulis huruf besar dan kecil

3. 1 Ogos 2021 Latihan mengenal pasti kesalahan
penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
4. 2 Ogos 2021 ayat tunggal.

5. 3 Ogos 2021 Latihan mengenal pasti kesalahan
6. 4 Ogos 2021 penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
7. 5 Ogos 2021 ayat tunggal.
8. 6 Ogos 2021
9. 7 Ogos 2021 Latihan mengenal pasti kesalahan
10. 8 Ogos 2021 penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
Cara Mengumpul Data ayat tunggal.

Latihan menulis ayat tunggal dengan
menggunakan Petak BiKu.

Latihan menulis ayat tunggal dengan
menggunakan Petak BiKu

Latihan menulis ayat tunggal dengan
menggunakan Petak BiKu

Latihan menulis ayat tunggal dengan
menggunakan Petak BiKu

Latihan menulis ayat tunggal tanpa Petak BiKu.

Latihan menulis ayat tunggal tanpa Petak BiKu.

Saya telah menggunakan teknik ujian (ujian pra dan ujian pasca), borang senarai semak
pemerhatian, dan analisis dokumen. Kemudian, saya mengambil data daripada ujian

126

kemajuan semasa intervensi Petak BiKu dijalankan untuk membantu mereka menambah
baik tulisan mereka. Akhir sekali, saya membuat semakan terhadap latihan pengukuhan
Malik semasa P&P untuk memastikan dia dapat menguasai kemahiran menggunakan
huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dengan betul.
Cara Menganalisis Data
Setiap data yang dikumpul telah saya analisis. Saya menganalisis borang senarai semak
pemerhatian menggunakan kekerapan skala item. Kemudian, saya juga menganalisis
data perbandingan ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, saya juga menggunakan teknik
analisis ujian kemajuan intervensi untuk menganalisis kesalahan yang dilakukan oleh
peserta kajian semasa mereka membuat latihan. Tahap penguasaan diberikan kepada
setiap hasil intervensi murid dan dicatat dalam keputusan ujian kemajuan bagi setiap
intervensi.
Cara Menyemak Data
Penyemakan data penting dilakukan untuk melihat kesalahan data yang dikumpul. Saya
menyemak data dengan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi sumber.
Melalui triangulasi kaedah, saya mempelbagaikan kaedah mengumpul data untuk
peserta kajian yang sama. Melalui triangulasi sumber pula, saya mendapat maklumat
daripada sumber yang berlainan untuk menentukan Tahap penguasaan hasil kerja
peserta kajian saya.

DAPATAN KAJIAN
Adakah aktiviti intervensi terhadap Malik dapat meningkatkan kemahiran
menulis huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dengan
menggunakan Teknik Petak BiKu?
Dua instrumen yang telah saya laksanakan bagi menjawab persoalan kajian ini semasa
bersama Malik iaitu masing-masing pada minggu kedua hingga minggu keempat
perlaksanaan tindakan ini dijalankan terhadap Malik dalam meningkatkan kemahiran
menulis huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dengan menggunakan Teknik
Petak BiKu.
Hasil Dapatan Ujian Bertulis Pra dan Pasca
Rajah 6
Perbandingan hasil dapatan Ujian Bertulis Pra dan Ujian Pasca

127

Rajah 6. Hasil dapatan Ujian Bertulis Pra Rajah 6. Hasil dapatan Ujian Bertulis Pasca

Jadual 2

Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Markah
Kajian (Ujian Pasca Ujian
Markah Peratus Markah Peratus
Malik (10) (%) (10) (%) Pra)
2 20
9 90 8

Analisis dapatan ujian pasca yang dimuat turun pada jadual 3 menunjukkan bahawa

terdapat peningkatan markah peserta kajian. Pada Ujian Pra, Malik hanya mendapat 20%
namun setelah melaksanakan intervensi Malik telah mendapat 90% dalam Ujian Pasca.

Malik menunjukkan peningkatkan sebanyak 70% selepas intervensi iaitu 20% kepada
90%. Peningkatan ini telah membuktikan bahawa penggunaan alat Petak BiKu ini dapat

meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil yang betul pada ayat
tunggal.

Hasil Dapatan Ujian Kemajuan bagi Setiap Intervensi

Dua intervensi yang telah saya laksanakan semasa bersama Malik iaitu intervensi
pertama meliputi peringkat pertama, peringkat kedua dan peringkat ketiga manakala
intervensi kedua meliputi peringkat susulan. Rajah 7 menunjukkan hasil dapatan ujian

kemajuan bagi setiap intervensi yang dijawab oleh Malik.

Intervensi Pertama Peringkat Intervensi Pertama Peringkat Kedua
Pertama

128

Intervensi Pertama Peringkat Ketiga Intervensi Pertama Peringkat Susulan

Rajah 7. Hasil ujian kemajuan bagi setiap intervensi

Jadual 3

Perbandingan keputusan ujian kemajuan bagi setiap intervensi

Pesert Skor Markah Skor Markah Skor Markah Skor Markah
a Peringkat Peringkat Kedua Peringkat Ketiga Peringkat

Kajian Pertama bagi bagi Intervensi bagi Intervensi Susulan bagi
Intervensi Pertama Pertama Intervensi Kedua

Pertama

Malik Marka Peratu Marka Peratu Marka Peratu Marka Peratu
h s h s h s h s

(10) (%) (16) (%) (20) (%) (10) (%)

7 70 14 77 19 95 10 100

Berdasarkan rajah 7 dan jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan ujian kemajuan
bagi setiap intervensi iaitu peringkat pertama, peringkat kedua, peringkat ketiga dan
peringkat susulan. Analisis dapatan markah ujian kemajuan setiap intervensi
menunjukkan keputusan yang positif dalam penguasaan kemahiran menggunakan huruf

129

besar dan huruf kecil pada ayat tunggal oleh Malik. Hasil daripada aktiviti intervensi Petak
BiKu bagi peringkat pertama, peringkat kedua dan peringkat ketiga telah membuktikan
berlaku peningkatan skor markah Malik dalam latihan susulan walaupun tanpa
menggunakan Petak BiKu. Berdasarkan keputusan ini, Malik dapat menguasai Teknik
Petak BiKu untuk meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil
semasa menulis ayat tunggal dalam Bahasa Melayu.

Hasil Dapatan Analisis Latihan Pengukuhan Selepas Intervensi

Rajah 8

Hasil latihan pengukuhan yang dijawab oleh Malik

Berdasarkan lembaran kerja Malik, Malik tidak lagi melakukan kesalahan dalam

kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal. Daripada empat
ayat, Malik telah menggunakan huruf besar dengan betul pada awal ayat dan huruf kecil

pada pertengahan ayat dalam empat ayat yang ditulis. Ini membuktikan bahawa aktiviti
intervensi dengan menggunakan Teknik Petak BiKu telah berjaya membantu Malik dalam

penguasaan meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan
betul pada sesebuah ayat yang ditulis dalam latihan pengukuhan.

Adakah penggunaan Teknik Petak BiKu dapat meningkatkan kemahiran

menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dalam
kalangan murid Tahun Lima?

Hasil Dapatan Pemerhatian Senarai Semak

Jadual 4

Item senarai semak pemerhatian selepas intervensi terhadap Malik

Bil Item Pemerhatian

Tidak Setuju Tidak Pasti
Setuju

130

1. Teknik Petak BiKu dapat /
membezakan huruf besar /
dengan huruf kecil. /
/
2. Teknik Petak BiKu dapat
menulis huruf besar /

dengan betul

3. Teknik Petak BiKu dapat
menulis huruf kecil

dengan betul.

4. Teknik Petak BiKu dapat

menggunakan huruf

besar dan huruf kecil

pada ayat tunggal.

5. Teknik Petak BiKu dapat

menggunakan huruf

besar dan huruf kecil

pada ayat tunggal tanpa

bimbingan guru.

(Sumber : Cindy Chen Sin Yee (2020) Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Huruf
Besar Pada Permulaan Ayat dalam Kalangan Murid Tahun Empat dengan Teknik KKB)

Jadual 4 menunjukkan bahawa bagi item 1 menunjukkan bahawa Malik dapat

membezakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul melalui penggunaan Teknik Petak
BiKu. Bagi item 2 dan item 3 pula, Malik telah dapat menulis huruf besar dan huruf kecil

dengan betul. Kemudian, bagi item 4 pula, melalui penggunaan Teknik Petak BiKu ini
dapat meningatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat

tunggal dengan betul terhadap lembaran kerja yang ditulis oleh Malik. Item 5 pula jelas
menunjukkan bahawa Malik dapat menggunakan huruf besar dan huruf kecil yang betul

pada ayat tunggal tanpa bimbingan guru dengan betul dan tepat.

Kesimpulannya, hasil daripada borang senarai semak pemerhatian terhadap

keberkesanan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal ini jelas
menunjukkan keputusan yang positif terhadap peningkatan penguasaan menggunakan
huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal terhadap Malik. Instrumen ini dapat
disokong melalui instrumen hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca, ujian kemajuan bagi

setiap intervensi dan analisis latihan pengukuhan yang telah dilaksanakan oleh Malik.

REFLEKSI

Refleksi dan Penilaian Tindakan

Jadual 5.

Kekuatan dan kelemahan penyelidikan tindakan saya

Kekuatan Kelemahan

131

Teknik berkesan terhadap Terlalu banyak masa

peserta kajian. diperuntukkan kepada Malik

Dapat bina hubungan baik semasa berada dalam kelas

dengan sekolah. sehingga murid-murid lain

Merapatkan hubungan berasa hairan dengan perkara

dengan peserta kajian. ini.

Mudah dijalankan kerana Kurangnya pengalaman dalam

kebanyakan masa yang menyediakan penyelidikan

digunakan adalah semasa tindakan menyebabkan

berada dalam kelas. kesukaran bagi saya

menghasilkan kertas cadangan

sehingga ke peringkat pelaporan

penyelidikan tindakan ini.

Cadangan Penambahbaikan

Melakukan perubahan pada gaya pelaksanaan penyelidikan di dalam
kelas dengan lebih mengamalkan penyelidikan tindakan secara senyap.

Membuat rujukan dengan pensyarah dan membuat banyak bacaan
dalam buku-buku ilmiah mengenai kemahiran menulis dan pembelajaran
bestari.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian lanjutan dicadangkan untuk mengubah suai alat intervensi Teknik Petak BiKu
supaya lebih udah difahami oleh peserta kajian. Contohnya, pengkaji perlu meletakkan
garisan pada petak kuning yang mewakili huruf kecil supaya murid dapat memastikan
perbezaan huruf besar dan huruf keci selari pada garisan tersebut.

Selain itu, kajian seterusnya perlu memfokuskan kepada beberapa kesalahan huruf besar
-

huruf tersebut sering kali menimbulkan masalah kepada peserta kajian dalam
menentukan cara menulis huruf besar dan huruf kecil apabila dalam sesebuah ayat
terutamanya bagi murid yang lemah dalam kemahiran menulis huruf-huruf tersebut
dengan menggunakan intervensi yang berkesan.

Akhir sekali, cadangan seterusnya ialah pengkaji mengharapkan supaya penggunaan
Petak BiKu digunakan secara menyeluruh kepada semua Tahap1 dan Tahap 2 kerana
teknik ini amat sesuai digunakan mengikut tahap kefahaman murid bagi meningkatkan
kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan Bahasa Melayu.

RUJUKAN
Geranting Anak Lugat. (2009). Susahnya menulis. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 165-171.
Juliana Ling Chu Chen. (2009). Membaiki tulisan murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa

Cina dengan kaedah ansur maju. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 146-156.

132

Noraini Binti Ombi. (2009) Kajian kes ke atas kekemasan tulisan murid Tahun 2 dalam kelas
pemulihan khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 215-227.
Tiong Houng Ching. (2005). Membaiki tulisan pelajar tingkatan peralihan dengan kaedah ansur

maju. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005, 84-95.
Tengku Sarina & Yusmina. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru.

Selangor Darul Ehsan: PTS Professional Publishing.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang Darul Makmur. PTS

Professinal Publishing Sdn. Bhd
Adilah binti Che Ismail. (2011). Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar, Koma dan Noktah Murid

5 Elit Menggunakan Teknik Lampu Isyarat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan

Aleimmah binti Ali. (2008). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dan Noktah
bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) menggunakan teknik penwarna (merah). Latihan
Ilmiah. SMK Sungai Rambai.

Cindy Chen Sin Yee. (2020). Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Huruf Besar Pada
Permulaan Ayat Dalam Kalangan Murid Tahun Empat Dengan Teknik KKB.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu SJKC Ambilan Jun 2016
IPG Kampus Kent, 144.
Melvina Chung & Hannah Fam Lee. (2018). Keberkesanan Penggunaan Teknik Warna dalam

Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu Tahun Dua. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan IPG Kampus Tun Abdul Razak, 374.
Nora Wahid. (2012). Meningkatkan Penguasaan Kaedah Huruf Berwarna Dalam Meningkatkan
Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun Tiga. Latihan Ilmiah. Sekolah
Kebangsaan Maktab Perguran Kuala Terengganu.

133

Kaedah Pandang Sebut Berbantukan Kad SuKaWarna

Meningkatkan Kemahiran Membaca

Nurul Syuhaida Binti Mohamad

Pn. Hjh Noor Salawati Binti Abu Bakar

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018

[email protected]

ABSTRAK

Penyesuaian kaedah pembelajaran dapat membantu murid yang mengalami pelbagai
masalah di dalam bilik darjah. Penggunaan kaedah yang baik dapat membantu
menguasai kemahiran membaca untuk perkembangan sikap yang positif dalam mata
pelajaran yang diajar. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan
penggunaan kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna dalam meningkatkan
kemahiran membaca. Model Kurt Lewin telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini.
Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid yang dipilih melalui pemerhatian dan
analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian
serta temu bual. Hasil analisis data mendapati bahawa kelima-lima peserta kajian
menunjukkan peningkatkan markah yang ketara dalam ujian pos berbanding ujian pra.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pandang sebut
berbantukan Kad SuKaWarna berkesan dalam meningkatkan kemahiran membaca.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, Pandang Sebut, kemahiran membaca, kad imbasan

PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, penekanan proses membaca diberi perhatian,
terutamanya melalui penetapan kemahiran bahasa yang terkandung dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa sama ada di peringkat rendah mahupun menengah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Memandangkan kepentingan kemahiran
membaca terhadap pencapaian akademik, maka adalah penting untuk memberi program
intervensi awal untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid. Oleh
itu, pendidik perlu merancang kaedah yang sesuai dalam proses PdP yang boleh
membantu meningkatkan kemahiran membaca. Yahaya et.al (2012), menyatakan
bahawa murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran memerlukan kaedah
pengajaran yang dapat menggalakkan proses interaksi. Penyesuaian kaedah
pembelajaran dapat membantu murid yang mengalami pelbagai masalah di dalam bilik
darjah. Menerusi perkembangan pendidikan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menjadikan bahan bantu mengajar sebagai komponen penting dalam PdP setiap

134

sekolah (KPM, 2012). Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan kaedah yang dipilih boleh mempengaruhi keberkesanan pengajarannya.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk minat sebagai pendorong
kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran (Noor Erma et.al., 2014).
Sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlulah menarik minat,
mempunyai kreativiti yang mantap serta dapat mengekalkan dan mengembangkan minat
murid terhadap sesuatu mata pelajaran serta menjadikan proses PdP lebih menarik dan
berkesan.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang pratikum yang lepas, ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu berlangsung, dapat diperhatikan kebanyakan murid-murid Tahun 2 dapat

membaca secara beramai-ramai. Namun demikian, ketika saya meminta
murid untuk membaca secara bersendirian, terdapat beberapa orang murid yang
mempunyai masalah bacaan dari segi sebutan dan kelancaran. Contohnya, ketika
membaca murid meninggalkan suku kata dan huruf di hadapan serta di belakang
sehingga menjejaskan makna sesuatu perkataan.

Selain itu, pengkaji mendapati apabila menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) selaras dengan pedagogi PdP tidaklah menarik sepenuh perhatian
murid untuk kekal fokus dan aktif di dalam bilik darjah ketika itu. Hal ini kerana, mereka
hanya melihat tanpa melakukan sebarang pergerakan sehingga mereka berasa bosan.

Melalui refleksi kendiri yang pengkaji lakukan berdasarkan masalah tersebut, akhirnya
idea untuk mengaplikasikan kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna telah
dipilih bagi membantu untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Pengkaji memilih kaedah yang menarik sebegini, ia bertujuan membantu
murid lebih mudah faham dan ingat cara membaca dengan betul. Penggabungan
daripada kaedah dan bahan telah menggalakkan murid menggunakan pelbagai jenis
bahan secara aktif dalam meningkatkan kefahaman berkenaan sesuatu pembelajaran.

Justeru, pengkaji bertekad untuk menjalankan kajian mengenai kaedah pandang sebut
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca terhadap murid.

Pengumpulan Data Awal

Pengkaji menggunakan pemerhatian dan analisis dokumen untuk mendapatkan data
awal iaitu mengenal pasti murid yang lemah dalam bacaan. Daripada analisis yang
dilakukan daripada pemerhatian, terdapat murid yang masih menghadapi masalah
kemahiran membaca kerana tidak dapat membaca dengan sebutan yang jelas dan baku
serta membaca dengan tersekat-sekat. Mereka juga kurang menunjukkan sikap yang
positif sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Melalui analisis dokumen iaitu buku latihan, keputusan ujian serta rekod prestasi murid,
pengakji mendapati tahap pencapaian akademik murid adalah hapir sama terutamanya
bagi mata pelajaran Bahas Melayu.

135

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan tentang kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna yang
dilaksaakan oleh pengkaji adalah tertumpu kepada dua orang murid Tahun 2 sahaja.
Kaedah ini hanya tertumpu kepada kemahiran membaca namun, kemahiran menulis
masih diterapkan dalam aktiviti.

Ini disebabkan melalui pemerhatian beberapa minggu sebelum ini terutamanya ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kelemahan murid amat ketara ketika
membaca ayat mudah telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang
dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan.

Kemahiran membaca yang dilaksanakan oleh pengkaji sebelum ini hanya menggunakan
kaedah penerangan secara biasa sahaja dan bacaan secara mekanis tanpa mengaitkan
mana-mana kaedah dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Jadi, pengkaji mendapati
respon dan penglibatan murid terhadap kemahiran membaca adalah kurang aktif kerana
mereka berasa bosan dan susah.

Oleh itu, untuk menangani masalah ini daripada menjadi lebih kritikal, pengkaji telah
mengaplikasikan kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna kepada murid
untuk menarik minat mereka. Menurut Ee Ah Meng (1997), sekiranya murid berasa
seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan diingati dengan lebih
lama. Kaedah ini adanya unsur penggabungjalinan iaitu kemahiran membaca dan
kemahiran menulis yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna kepada murid. Tambahan pula, perkataan yang terdapat pada Kad
SuKaWarna dibezakan dengan warna hitam dan merah pada setiap suku kata.
Penggunaan warna amat sesuai bagi menarik minat dan pengekalan tahap ingatan
kognitif murid terhadap sesuatu konsep, perkara atau peristiwa (Wenndy M. Sleeth, 2009,
Chen, Xu & Wattt, 2018). Melvin Chung & Hannah Fam (2018) menjelaskan bahawa
penggunaan warna yang menyerlah seperti warna merah mampu memberi kesan yang
mendalam kepada daya ingatan murid untuk lebih menghayati sesuatu perkara.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Meningkatkan kemahiran membaca ayat mudah dengan menggunakan kaedah pandang
sebut berbantukan Kad SuKaWarna.

Soalan Kajian

Apakah kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna dapat meningkatkan
kemahiran membaca ayat mudah?

136

PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tampulan. Murid
yang dipilih ini terdiri daripada 2 orang iaitu 1 orang murid lelaki dan 1 orang murid
perempuan yang lemah penguasaan dalam kemahiran membaca.

Jadual 1

Ciri Peribadi Murid

Murid Ciri Peribadi
M1
Merupakan seorang murid yang peramah. Lebih suka
M2 duduk di barisan hadapan. Menumpukan perhatian
semasa guru sedang mengajar. Namun, tahap penguasan
pembacaan adalah lemah dan memerlukan bimbingan.
Seorang murid yang pendiam dan pemalu. Suka duduk di
barisan belakang dan tidak bercampur dengan murid yang
lain. Tidak suka melibatkan diri apabila diminta membaca
secara sukarela. Penguasaan pembacaan pada tahap
yang lemah.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Reka Bentuk

Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kajian tindakan. Kajian
tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan Model Kurt Lewin yang mana menunjukkan
penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran menganai apa yang telah dikaji.

137

Tinjauan awal Ujian Pra dan Pos
masalah murid Temu bual
Merancang kajian Pemerhatian

Merancang Tindakan

Merefleksi Pemerhatian

Membuat refleksi Mengumpul data
Membuat Menganalisis data
rumusan
Membuat kitaran
Kedua (Sekiranya
ada)

Rajah 1 Kitaran Kajian Tindakan (Kurt Lewin 1946)

Instrumen

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data sepanjang kajian dijalankan ialah
melalui ujian pra dan ujian pasca.

Analisis Data

Data-data telah dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif dan dipersembahkan
dalam bentuk graf dan jadual peratusan.

Menyemak Data

Pengkaji menggunakan skema pemarkahan analitik sebagai skala pemarkahan dan gred
pemarkahan sekolah rendah KSSR bagi setiap ujian yang dilakukan.

138

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenal pasti adakah
penggunaan kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna dapat meningkatkan
kemahiran membaca ayat mudah. Data dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual
peratusan.

Skor Markah Latihan Membaca Ayat Mudah

18
16
14
12
10

8
6
4
2
0

M1 M2
Murid

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 2 Analisis Dapatan Latihan Membaca Ayat Mudah

Jadual 2

Analisis Peratus Peningkatan Pencapaian Murid dalam Membaca Ayat Mudah

BIL. MURID PERATUS MARKAH PERATUS
UJIAN PRA UJIAN PASCA PENINGKATAN (%)
1. M1 (%) (%)
2, M2 5 80 75
30 85 55

Berdasarkan Rajah 2 adalah skor markah bacaan ayat mudah yang dikuasai oleh murid.
Skor markah bacaan ayat mudah yang dikuasai semasa ujian pra mewakili skor markah
bacaan ayat mudah yang dikuasai sebelum intervensi dijalankan, manakala skor markah
bacaan ayat mudah yang dikuasai semasa ujian pasca mewakili skor markah bacaan
ayat mudah yang dikuasai selepas intervensi.

Berdasarkan Jadual 2, terdapat peningkatan dalam penguasaan membaca ayat mudah
dalam kalangan murid. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan peratusan bagi setiap murid.

139


Click to View FlipBook Version