The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:03:35

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BAHASA MELAYU 1

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Bahasa Melayu,Pengajaran Bahasa Melayu

Jadual 3 Analisis keseluruhan soal selidik peserta kajian

Kod Peserta Kajian Peratus Bilangan Peserta Kajian (%)

Item A B C D E Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat

Tidak Setuju Pasti (4) Setuju

Setuju (2) (3) (5)

(1)

S1 4 4 5 5 5 - - - 40 60
S2 4 5 5 5 5 - - - 20 80
S3 5 5 5 5 5 - - - - 100
P4 5 5 4` 5 3 - - 20 20 60
P5 4 5 5 4 5 - - - 40 60
S6 5 5 4 5 5 - - - 20 80
S7 5 5 5 4 4 - - - 40 60
S8 5 4 4 3 5 - - 20 40 40

REFLEKSI

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selepas pengkaji mengenal pasti
masalah murid tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran yang
tidak dapat membina ayat majmuk dengan gramatis. Hal ini merangkumi masalah
murid yang tidak dapat mengembangkan idea dan juga penggunaan struktur ayat
yang salah semasa membina ayat. Oleh itu, pengkaji telah mencipta teknik
SiBaTaPA bagi mengatasi masalah tersebut. Setelah kajian dijalankan untuk
menguji keberkesanan teknik SiBaTaPA kepada murid tahun 5, ternyata banyak
perubahan positif yang dapat diperhatikan terutama dari segi peningkatan
pencapaian murid. Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen bagi tujuan
pengumpulan dan penganalisian data iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos, analisis
dokumen dan soal selidik yang menjadi bukti bagi menjawab persoalan kajian
yang dijalankan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah melaksanakan intervensi, pengkaji telah menganalisis setiap
lembaran kerja dan latihan peserta kajian. Melalui analisis tersebut, pengkaji
mendapati murid tidak dapat menggunakan kata kerja dengan sepenuhnya.
Pengkaji bercadang untuk menambah lagi satu kolum berkaitan frasa sendi nama
sebagai keterangan kepada frasa kerja. Oleh itu, pengkaji mencadangkan
penggunaan unsur keterangan dalam frasa kerja. Unsur keterangan dalam frasa
kerja ini juga berfungsi sebagai frasa adverba. Dalam ayat susunan biasa, unsur
keterangan hadir sesudah kata kerja. Oleh itu, pengkaji mencadangkan untuk

kolum frasa kerja. Frasa sendi nama ini wujud sebagai unsur keterangan kepada
frasa kerja. Oleh itu, teknik SiBaTaPA boleh ditambah baik menjadi SiBaDaTaPA
iaitu Siapa?+Buat apa?+Dengan apa?+Tempat apa+Penerangan+Apa? bagi
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid Tahun 5.

190

Selain itu, pengkaji juga bercadang untuk meletakkan huruf besar pada
kolum pertama dan tanda baca (.) noktah pada kolum yang kelima iaitu kolum

tubi yang berterusan supaya tidak lupa untuk menggunakan tanda baca dengan
betul. Oleh itu, cadangan ini boleh ditambah pada teknik SiBaTaPA bagi
mengurangkan kesalahan penggunaan tanda baca semasa membina ayat dalam
kalangan murid Tahun 5. Rajah berikut merupakan cadangan penambahbaikan
terhadap teknik SiBaTaPA.

Teknik SiBaDaTaPA

Si Ba Da Ta P A Noktah
Siapa? Buat apa? Dengan apa? Tempat Penerangan Apa? (.)
(Huruf
besar) apa? supaya
untuk
kerana

Fahmi sedang dengan tekun di supaya mendapat .
belajar sekali biliknya anugerah
pelajar
terbaik.

Ibu sedang dengan di dapur untuk dihidangkan .
kepada
menggoreng menggunakan keluarga.

ayam kuali

kesayangannya

Hanimah memandu dengan berhati- di jalan kerana hujan lebat. .
kereta hati raya

Ayat:

___________________________________________________

__________________________________________________

Rajah 7 Cadangan Penambahbaikan

191

RUJUKAN

A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,

Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Membina ayat berdasarkan

grafik dengan Teknik Kertas kerja Seminar Antarabangsa Pedagogy of

Malay, Indonesia and Other Language (PMIOL) 2012. Anjuran Institut Pendidikan

Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia

Bandung, 14-15 Jun.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal pendidikan Bahasa
Melayu. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Nabilah Abdullah, Rohaya Abdul Wahab, Ghaziah Ghazali, Shireena Basree Abdul
Rahman & Norshidah Nordin (2010). Ciri-Ciri Penyelidikan Kualititatif. Dalam
Noraini Idiris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill

Rosinah Edinin. (2015). Pengkajian Tindakan: Kaedah & Penulisan. Bangi: Pelangi
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Dzulkifli & Mustafar. (2013). The influence of colour on memory performance: A review.
Malaysia Journal of Medical Sciences, 20(2), 3-9. Research Conference 2018,

University of Victoria, Canda, June 7-10.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Pengkajian Kualitatif.
Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Manual Kajian Tindakan: Edisi Ketiga.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Pengkajian Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Semakan Tahun 5. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia

192

KoDi: MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN /di/ SEBAGAI
KATA SENDI NAMA DAN IMBUHAN AWALAN MURID TAHUN EMPAT

Nur Amirah Syafiqah binti Rosli
PISMP Bahasa Melayu (SK) 2

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
penggunaan kata sendi nama /di/ dan imbuhan awalan /di/ menggunakan
intervensi KoDi. Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun 4 di salah sebuah
sekolah kebangsaan daerah Tuaran, Sabah. Tinjauan awal kajian menunjukkan
bahawa peserta kajian menghadapi kekeliruan untuk menulis /di/ secara dekat
atau jarak sama ada sebagai kata sendi nama atau imbuhan awalan dalam kata
kerja pasif. Oleh itu, intervensi KoDi diperkenalkan dan digunakan bagi
mengatasi kekeliruan yang berlaku dalam kalangan murid. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini lebih berfokus kepada perbandingan markah
pencapaian melalui ujian pra dan ujian pasca. Data daripada ujian murid
dianalisis secara kuantitatif kemudian dipindahkan ke dalam bentuk jadual dan
graf. Melalui graf tersebut, jelas menunjukkan peningkatan murid dalam
menggunakan atau menulis /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan.
Malahan, intervensi ini juga dapat mengatasi kekeliruan yang berlaku dalam
kalangan peserta kajian untuk menulis /di/ secara dekat atau jarak apabila
berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan. Kesimpulannya,
peningkatan ini membuktikan bahawa intervensi KoDi dapat membantu
meningkatkan penguasaan penggunaan kata sendi nama /di/ dan imbuhan
awalan /di/ dengan betul. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini dapat membantu
guru-guru meningkatkan penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama
dan imbuhan awalan dalam kalangan murid menggunakan intervensi KoDi.

Kata Kunci: kata sendi nama /di/, imbuhan awalan di-, intervensi KoDi

PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan zaman yang lebih canggih, bidang pendidikan
turut menerima impak daripada ledakan kemajuan masa kini. Lantaran itu, guru
merupakan agen pendidikan yang bertanggungjawab mendidik murid ke arah
pembinaan modal insan yang seimbang. Dalam pada itu, kepelbagaian daripada
aspek teknik dan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan efektif amat
diperlukan sebagai menyahut cabaran pembelajaran abad ke-21. Guru perlu
merancang sesi pengajaran yang bukan sahaja sistematik, tetapi harus
memastikan hasil pembelajaran dicapai oleh semua murid. Dengan itu, kejayaan
murid juga bergantung kepada strategi pengajaran yang digunakan oleh guru
bagi memastikan semua murid dapat memahami isi kandungan pembelajaran

193

yang disampaikan. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
merupakan salah satu inisiatif yang boleh diaplikasikan semasa sesi pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung.

Brown (1983) mendefinisikan bahan bantu mengajar (BBM) sebagai alat
pembelajaran yang digunakan untuk membantu guru menyampaikan pengajaran
di bilik darjah. Fungsinya adalah untuk memudahkan murid memahami isi
pelajaran yang disampaikan (Saifuddin & Muhammad Idham, 2017). BBM
merangkumi semua benda yang boleh dirasai melalui pancaindera seperti
melihat, mendengar, memegang dan sebagainya (Nur Syafiqah & Nurul Nazirah,
2018). BBM menjadi salah satu keperluan dalam bidang pendidikan kerana
bukan sekadar memudahkan para guru, tetapi untuk menarik minat murid
mengikut pengajaran yang disampaikan. Kedua-dua dapatan kajian Jasmi dan
rakan (2011) serta Ilias dan rakan (2013) menunjukkan bahawa penggunaan
BBM oleh guru mampu membuatkan murid lebih fokus kepada pengajaran
sewaktu PdPc berlangsung. Malahan, ingatan melalui imej dan visual yang
terdapat pada BBM juga merupakan kaedah berkesan untuk mengingati sesuatu
topik (Abdullah et.al 2015).

Dalam konteks kajian ini, pengkaji mengaplikasikan kaedah pengajaran
berasaskan bahan bantu mengajar sebagai satu inisiatif bagi membantu murid

singkatannya KoDi merupakan satu BBM yang dihasilkan bagi membantu murid
meningkatkan penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan
imbuhan awalan. Kata sendi merupakan perkataan yang hadir di hadapan frasa
nama dan mempunyai tugas atau fungsi berlainan. Bagi kata sendi nama /di/,
penggunaannya ialah di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Selain
itu, perkataan /di/ juga berfungsi sebagai imbuhan awalan yang ditulis secara
rapat dengan kata kerja pasif. Oleh itu, cara penulisan ialah berlainan supaya
fungsi penggunaan /di/ adalah tepat.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa PdPc bagi mata pelajaran
bahasa Melayu, didapati ramai murid yang sering keliru dalam penggunaan /di/
semasa membina ayat atau menjawab soalan tatabahasa. Kekeliruan yang
dimaksudkan ialah murid sukar untuk menulis atau membezakan /di/ sebagai
kata sendi nama dan imbuhan awalan dengan betul. Kekeliruan murid terhadap
perkara ini menyebabkan sesuatu ayat yang mempunyai kata /di/ ditulis dengan
cara yang tidak tepat. Pengkaji bertanya kepada murid tentang masalah yang
mereka hadapi dan murid mengatakan bahawa mereka sukar membezakan
penggunaan /di/ dengan betul semasa menulisnya sebagai kata sendi nama dan
imbuhan awalan.

Selain itu, terdapat juga murid yang mengatakan bahawa mereka
menulis secara suka hati tanpa berfikir cara penulisan /di/ yang betul. Rentetan
daripada masalah ini menyebabkan murid menyelesaikan tugasan secara sambil
lewa dan berasa tidak yakin untuk menulis /di/ sama ada perlu dijarakkan atau
didekatkan. Penguasaan kemahiran tatabahasa ini merupakan asas kemahiran
membina ayat yang sangat penting dalam kemahiran menulis. Apabila murid
tidak dapat menguasai kemahiran ini, ianya akan memberi kesan terhadap

194

kemahiran menulis yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah
menghasilkan satu intervensi berasaskan bahan bantu mengajar bagi
menyelesaikan masalah ini dalam kalangan murid yang lemah.

Walau bagaimanapun, semasa berada di Tahap 1 lagi, murid seharusnya
menguasai kemahiran menggunakan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan
awalan. Hal ini dapat dibuktikan dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Semakan 2017 Tahun 3, standard
pembelajaran 5.1.4 iaitu memahami dan menggunakan kata tugas mengikut
konteks dalam perkara (ii) kata sendi nama serta standard pembelajaran 5.2.1
iaitu memahami dan menggunakan kata mengikut konteks dalam perkara (ii) kata
berimbuhan awalan. Namun begitu, masih terdapat murid yang tidak menguasai
penggunaan /di/ dan sering membuat kesilapan meskipun sudah berada di
Tahun 4

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Meningkatkan penguasaan penggunaan kata sendi nama /di/ dan imbuhan
awalan /di/ dengan betul bagi murid Tahun 4 menggunakan KoDi.
Soalan Kajian

Apakah tahap penguasaan murid Tahun 4 terhadap penggunaan /di/ sebagai
kata sendi nama dan imbuhan awalan melalui KoDi?

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
sebuah sekolah daerah Tuaran. Pengkaji mendapati semua murid terdiri
daripada pelbagai pencapaian dan tahap penguasaan termasuklah lemah,
sederhana dan cemerlang berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan.
Perbezaan pencapaian ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor yang
mempengaruhinya. Melalui dapatan kajian Mohd Nor Hamin (2002), beberapa
faktor kelemahan dalam pencapaian pelajar adalah berpunca daripada minat
murid, ciri kreatif, peranan pihak pengurusan sekolah dan peranan ibu bapa.
Dalam pada itu, pengkaji mendapati seramai 5 orang murid mempunyai masalah
dalam menggunakan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan. 5 orang
murid ini dijadikan sebagai peserta kajian untuk membantu menyelesaikan
masalah yang berlaku dalam bahasa Melayu. Pengkaji mulai mengesan
berlakunya masalah kekeliruan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan
imbuhan awalan melalui analisis dokumen iaitu semakan yang dibuat dalam buku
latihan murid.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji menjalankan intervensi untuk membantu mengatasi kekeliruan dalam
menulis /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan. Langkah awal yang
dilaksanakan kepada peserta kajian ialah memperkenalkan intervensi KoDi.
Pengkaji menerangkan konsep KoDi yang merujuk kepada akronim Ko untuk

-. Kotak tersebut

195

akan menentukan sama ada perkataan yang ditulis dalam kotak itu perlu ditulis
secara dekat atau jarak. Pengkaji menggunakan akronim cantuman suku kata
perkataan supaya mudah diingati oleh peserta kajian. Bahagian yang
menunjukkan kata arah atau tempat mempunyai dua kotak manakala bahagian
yang menunjukkan kata kerja mengandungi satu kotak. Dua kotak bermaksud
perkataan itu dijarakkan, manakala satu kotak bermaksud perkataan ditulis
secara dekat. Hal ini bermaksud, setiap kotak mewakili satu perkataan sahaja.

Perancangan yang teliti dilakukan agar kajian dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan mencapai objektif serta memastikan setiap persoalan
kajian terjawab. Sebelum menjalankan ujian pra, pengkaji membuat persediaan
terlebih dahulu sebelum sesi PdPc berlangsung. Ujian pra dijalankan selama 20
minit dan didapati lima orang murid mengalami masalah untuk menentukan
penggunaan /di/ yang betul dalam ayat. Sejurus itu, pengkaji memperkenalkan
penggunaan KoDi kepada peserta kajian. Selepas melaksanakan beberapa
aktiviti menggunakan KoDi, BBM tersebut disingkirkan dan ujian pasca
dijalankan. Tujuannya supaya penilaian dapat dibuat untuk melihat
keberkesanan intervensi KoDi bagi membantu meningkatkan penguasaan
penggunaan kata sendi nama /di/ dan imbuhan awalan di- dalam kalangan
peserta kajian. Ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu struktur dan objektif.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji menganalisis data secara kualitatif melalui instrumen ujian, temu bual
dan soal selidik. Namun demikian, instrumen ujian bertulis digunakan oleh
pengkaji bagi menjawab per
penguasaan murid Tahun 4 terhadap penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama
dan imbuhan awalan melalui KoDi? Hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca
dianalisis untuk melihat perubahan atau peningkatan selepas peserta kajian
menerima intervensi daripada pengkaji. Markah ujian pra dan pasca dimasukkan
dalam bentuk jadual. Analisis dapatan ujian pra dan pasca dimuatkan dalam
jadual 1 menunjukkan peratus peningkatan melalui perbandingan peratusan
markah yang diperoleh peserta kajian sebelum dan selepas menjalani beberapa
intervensi.

Jadual 1:

Perbandingan Markah Ujian dan Peratus Peningkatan

Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pasca Peratus Peningkatan (%)
(%) (%)
M1 20 80 60
M2 20 90 70
M3 20 80 60
M4 40 100 60
M5 30 80 50

196

Melalui jadual 1, pengkaji dapat melihat secara terperinci markah ujian
pra dan pasca peserta kajian. Semasa ujian pra, rata-rata peserta kajian hanya
memperoleh 40% markah yang terdiri daripada 10 soalan. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa murid mengalami masalah untuk menentukan sama ada
penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan dalam ayat yang
diberikan tepat atau tidak. Namun begitu, selepas pelaksanaan intervensi KoDi,
kelima-lima peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian
pasca. Peningkatan yang paling minimum dapat dilihat menerusi ujian pra dan
pasca M5 iaitu sebanyak 50%.

Manakala M2 menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang apabila
berjaya memperoleh 90% semasa ujian pasca dengan peningkatan sebanyak
70%. Analisis tahap penguasaan terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta
kajian ditunjukkan dalam graf perbandingan markah bagi ujian pra dan pasca.
Berdasarkan graf tersebut, dapat dilihat bahawa semua peserta kajian berjaya
memperoleh peningkatan markah yang tinggi selepas sesi intervensi
dilaksanakan. Keputusan ini membuktikan bahawa intervensi KoDi dapat
meningkatkan tahap penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan
imbuhan awalan dalam kalangan murid Tahun 4. Hal ini sekali gus menjawab
persoalan kajian satu dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Graf Perbandingan Markah
Ujian Pra dan Ujian Pasca

100
90
80
70
60
50
40
3200
10
0
M1 M2 M3 M4 M5

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Rajah 1: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca

Jadual 2:
Analisis Markah Ujian Pasca

BAHAGIAN SOALAN M1 UJIAN PASCA M5
A / M2 M3 M4 /
1 / /
2 / /// X
3 ///
///

197

4 / /X/ /

5 /////

6 X/ / / /

7 X/X/ /

B 8 /////

9 /////

10 /X/ /X

Berdasarkan soalan 1 hingga 5, hanya dua orang peserta kajian yang
tidak mendapat markah penuh. Pada bahagian ini, murid diminta untuk
membulatkan kesalahan yang terdapat dalam ayat kemudian menyalin semula

Bagi soalan 6 hingga 10 yang melibatkan soalan objektif, M1 menunjukkan
kekerapan menggunakan /di/ secara tidak tepat iaitu sebanyak dua kesalahan.
Manakala M2, M3 dan M5 hanya membuat kesilapan pada satu soalan sahaja.
M4 memperoleh prestasi yang sangat baik dengan mendapat 100% markah
dalam ujian pasca. Walau bagaimanapun, semua peserta kajian memperoleh
keputusan yang cemerlang. Pengkaji telah merujuk senarai julat markah dan gred
bagi sekolah rendah (2016) bagi menentukan tahap pencapaian peserta kajian
berdasarkan markah ujian pasca yang diperoleh.

Jadual 3:

Julat Markah dan Gred Sekolah Rendah (2016)

Julat Markah Gred Catatan
80-100
65-79 A Cemerlang
50-64
40-49 B Baik
0-39
C Memuaskan

D Mencapai tahap minimum

E Belum mencapai tahap minimum

Sumber: KPM (2016) melalui laman sesawang

https://sapsnkra.moe.gov.my/dokumen/GRED.pdf

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan dengan menguji keberkesanan
KoDi dalam meningkatkan penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata sendi
nama dan imbuhan awalan. Keberkesanan penggunaan KoDi dapat dilihat
menerusi analisis perbandingan markah dalam ujian pra dan ujian pasca di mana
berlaku peningkatan markah murid selepas intervensi diperkenalkan. Selain itu,
melalui pelaksanaan kajian ini, pengkaji melihat impak positif yang diperoleh
sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada semua peserta kajian.
Pengkaji melihat secara jelas bahawa murid lebih seronok untuk menggunakan
intervensi KoDi dalam pengajaran meskipun intervensi yang dihasilkan bersifat
ringkas. Di samping itu, murid yang lemah juga berpeluang untuk melaksanakan
pembelajaran aktif apabila pengkaji memberikan bahan intervensi KoDi kepada

198

setiap murid. Hal ini dapat memberi galakan kepada murid untuk belajar dengan
bimbingan guru.

Dari konteks pembelajaran kendiri, pengkaji turut menyedari peri
pentingnya penerokaan bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik
agar dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan penguasaan murid. Bukan itu sahaja, pelaksanaan kajian ini turut
mendidik pengkaji menjadi seorang guru yang berpengetahuan dan
bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran pedagogi. Pelaksanaan kajian
ini telah mengajar pengkaji untuk menjadi lebih peka terhadap masalah yang
dihadapi oleh murid dalam PdPc. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,
tindakan yang proaktif amat diperlukan untuk mengenal pasti punca berlakunya
masalah dalam PdPc dan mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Hal ini penting agar semua murid dapat mencapai objektif pengajaran
sekali gus dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Selepas penganalisisan dibuat bagi kajian ini, didapati bahawa kajian ini berjaya
membuktikan penggunaan bahan bantu mengajar KoDi berkesan untuk
meningkatkan kemahiran penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan
awalan dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan
dengan membuat penambahbaikan terhadap penggunaan intervensi ini. Antara
cadangan untuk kajian lanjutan ialah untuk menggunakan medium Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan melalui platform atau aplikasi yang
sesuai. Hal ini demikian kerana teknologi multimedia menjanjikan potensi yang
besar dalam bidang pendidikan (Siti Zaharah dan rakan, 2018).

Selain itu, pengkaji bercadang untuk menerapkan elemen seni dalam
pendidikan seperti penggunaan pensel warna atau unsur nyanyian yang
berkaitan dengan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan
awalan. Guru boleh menggunakan lagu terkini yang sering kali dinyanyikan oleh
murid. Tujuannya supaya dapat meningkatkan keseronokan murid untuk belajar.
Hal ini penting bagi menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, pengkaji juga bercadang agar kajian dilaksanakan kepada
semua murid tahap 2. Dalam kajian ini, saya hanya melaksanakan kajian kepada
murid Tahun 4 sahaja. Maka, pengkaji mencadangkan agar pendedahan dapat
dibuat kepada semua murid tahap 2 kerana aspek tatabahasa berkaitan kata
sendi nama /di/ dan imbuhan awalan di- terkandung DSKP Tahun 4 hingga Tahun
6. Justeru itu, murid perlu mahir untuk menulis /di/ dengan betul. Sekiranya
masalah ini tidak dibendung, murid akan mengalami masalah dalam kemahiran
menulis kerana ianya termasuk dalam aspek kesalahan ejaan.

199

RUJUKAN
Brown J.W. (1983). Perceived Environmental Uncertainty And The Two-Step Flow

Process Of Scientific and Technical Communications in Research and
Development Laoratories. New York.
Saifuddin, M., & Muhammad Idham. (2017). Strategi belajar mengajar. Indonesia: Syiah
Kuala University Press.
Nur Syafiqah, I., & Nurul Nazirah, M. I. M. (2018). Keberkesanan penggunaan grafik
berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka
bentuk dan teknologi. Jurnal Sains Humanika, 10(3-3), 81-87.
Abdullah, M., Abdullah, A. H., & Rosman, A. S. (2015). Identifikasi peranan ibu bapa dalam
kelangsungan pendidikan tahfiz anak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan
2015 (IsPEN2015). pp. 151 162.
Mohd Nor Hanim (2002). Faktor-Faktor Kelemahan Pelajar dalam Mata Pelajaran Reka
Cipta di Empat Buah Sekolah Negeri Perak. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013). Faktor Dorongan dan Halangan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah
Bestari (Motivation Factors and Obstacles use of teaching aids by the Islamic
Education Teacher in Smart School) in 3rd. International Conference on Islamic
Education 2013 [ICIED2013]) at EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia on 6 - 7
April 2013, p. 943-953. ISBN: 978-96710160-4-6.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1),
2011. 59-74.
Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman, Nurul Nadhirah
Shahabudin. (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21. 5th
International Research Management & Innovation Conference, hlm 2-6. Palm
Garden Hotel, Putrajaya.

200

-

TAHUN EMPAT

Nur Hazirah Mohd Salleh & Chin Satt Fung
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

-
digubah daripada lagu kanak-kanak yang terkenal. Seramai tiga orang murid
telah terlibat sebagai peserta kajian. Sepanjang menjalankan kajian ini, kaedah
soal selidik menggunakan borang soal selidik, analisis dokumen berdasarkan
lembaran ujian pra dan ujian pos, dan pemerhatian melalui borang senarai semak
telah digunakan bagi mendapatkan data. Data yang diperoleh telah dianalisis
secara analitikal dan dihuraikan secara diskriptif dan perbandingan peratusan

-
dalam membantu mur
kajian menunjukkan respon murid selepas diperkenalkan dengan tindakan
menunjukkan peratusan yang tinggi pada skala likert 5 berbanding sebelum
tindakan. Berdasarkan analisis dokumen pula, 100% peserta kajian yang terlibat
mempunyai peningkatan dalam ujian pos berbanding ujian pra. Hasil
pemerhatian juga mendapati 100% peserta kajian berjaya menguasai imbuhan

sebelum t -

merupakan aplikasi teknik nyanyian terbukti berjaya membantu murid tahun

Kata kunci: murid tahun empat,
bahasa Melayu

PENDAHULUAN

Menurut DSKP, kemahiran menulis dalam kurikulum bahasa Melayu
menekankan penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas dan kemas. Oleh itu, guru perlu mengambil
tanggungjawab menjadi pemudahcara dalam pengajaran bahasa supaya murid
bukan sahaja dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik, bahkan

201

mencapai tahap penguasaan yang cemerlang dalam semua kemahiran bahasa
yang lain. Untuk pengumpulan data awal, penyelidik menggunakan kaedah
analisis dokumen yang diperoleh daripada lembaran kerja dalam buku latihan
bahasa Melayu murid-murid tahun empat. Berdasarkan pemerhatian terhadap
lembaran kerja murid-murid tersebut, penyelidik mengenal pasti bahawa terdapat
murid yang tidak dapat membuat perbezaan ejaan bagi kedua-
sama ada perlu ditulis rapat ataupun jarak dengan perkataan yang mengikuti
selepasnya.

Menurut Shukri (seperti petikan dalam Abdul Rasid Jamian et al. 2014),
guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran agar potensi murid dapat
diperkembang semaksimum mungkin. Menurut teori Howard Gardner (seperti
petikan dalam Siti Raihanni Selamat, 2019), manusia mempunyai lapan
kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, bakat atau kemahiran yang
wujud secara semulajadi. Oleh itu, teknik nyanyian telah dipilih oleh penyelidik

FOKUS KAJIAN

Murid tidak dapat memahami konsep dan membezakan ejaan bagi imbuhan
sama ada perlu ditulis rapat ataupun jarak

dengan perkataan yang mengikuti selepasnya. Kaedah penerangan telah
digunakan untuk mengajar murid, tetapi penyelidik mendapati bahawa kaedah
ini agak bosan dan kurang berkesan kepada murid. Kaedah penerangan juga
mengambil masa yang agak lama. Rentetan daripada isu ini, penyelidik
berhasrat untuk mengaplikasikan teknik nyanyian kepada murid bagi
menyelesaikan isu PdPc tersebut. Menurut Hamisan Salim (seperti petikan
dalam Mohamad Azam Samsudin et al., 2018), muzik dan nyanyian dapat
memupuk minat belajar, prestasi dan kesediaan belajar, membina
keseronokan mengikut mood dan keadaan, dan menambahbaik hasil kerja

serta daya ingatan kanak-kanak.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menulis pe

-
SOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah peserta kajian dapat menulis perkataan yang mempunyai
-

betul?
PESERTA KAJIAN

Penyelidikan ini melibatkan seramai tiga orang murid tahun empat yang terdiri
daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan dalam sebuah
kelas di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Setiawan, Perak.
Penyelidik memilih peserta kajian yang mempunyai masalah dalam membezakan

dipilih sebagai peserta kajian juga mempunyai pencapaian prestasi akademik

202

pada tahap sederhana dalam aspek tatabahasa berdasarkan rekod Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) pada bulan Julai yang lalu. Penyelidik terlibat secara langsung
bersama peserta kajian sepanjang proses pelaksanaan penyelidikan tindakan ini.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Terdapat empat fasa tindakan yang dilaksanakan oleh penyelidik sepanjang
proses penyelidikan dijalankan berdasarkan Model Kemmis dan Mc Taggart
(1988).

Jadual 1

Pelaksanaan Tindakan Mengikut Fasa

Fasa Tindakan

Refleksi Mereflek amalan pedagogi, dapatan temu bual bersama guru
Rancangan dan lembaran kerja murid
Tindakan
Merancang teknik nyanyian dan tindakan yang akan
dijalankan

Menjalankan soal selidik, ujian pra, ujian pos dan
pemerhatian senarai semak

Pemerhatian Analisis lembaran ujian, soal selidik dan senarai semak

Berdasarkan empat fasa pelaksanaan tindakan dalam Jadual 1,
penyelidik membuat refleksi dengan mengenal pasti permasalahan dan membuat
pengumpulan data awal pada minggu pertama penyelidikan. Tindakan mengenal
pasti masalah dan pengumpulan data awal ini adalah melibatkan sekolah
praktikum fasa dua penyelidik. Sekolah ini dipilih berdasarkan pengalaman
penyelidik mengenal pasti terdapat beberapa orang murid tahun empat yang

PdPc di sekolah ini. Rajah 1 merupakan analisis lembaran kerja murid untuk
beberapa siri latihan yang telah disemak.

Lembaran kerja murid latihan 1 Lembaran kerja murid latihan 2

203

Rajah 1, Lembaran kerja murid dalam beberapa siri latihan yang mengandungi
kesalaha

Pada minggu kedua, penyelidik merancang pelan tindakan.
Perancangan tindakan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah murid

memperkenalkan -

2 menunjukkan lirik lagu yang telah dihasilkan daripada gubahan lagu kanak-

Tanya sama - apa sebab rapat,
Nanti jawab - itu kata kerja,

Tanya sama - apa sebab pisah,
Nanti jawab - bukan kata kerja.

- nanti kata, dia kata sendi,
Sebab jumpa kata, arah, nama, dan tunjuk,

Lihat dalam ayat, mesti pandai beza,
Bila perlu rapat, bila perlu berpisah.

Rajah -

Pada minggu ketiga, proses pelaksanaan pelan tindakan dijalankan
terhadap peserta kajian. Pada minggu keempat sehingga minggu keenam,
penyelidik mula membuat pemerhatian dan menganalisis data-data yang
dikumpulkan. Hasil analisis data yang diperoleh telah dinyatakan di bahagian
dapatan kajian. Seterusnya proses terakhir adalah, menulis sebuah laporan

penyelidikan yang lengkap.

DAPATAN KAJIAN

Persoalan kajian yang ditetapkan dalam penyelidikan ini adalah mengenai
bagaimanakah peserta kajian dapat menulis perkataan yang mempunyai

-
Bagi menjawab persoalan ini, penyelidik telah menggunakan instrumen soal
selidik menggunakan borang soal selidik, analisis dokumen berdasarkan
lembaran ujian pra dan ujian pos dan pemerhatian menggunakan borang senarai
semak.

204

Jadual 2

Soal Selidik Sebelum dan Selepas Tindakan

Soalan 1 Skala (Sebelum Tindakan) 5
2 34
1. Saya tahu menulis 0 0
perkataan yang mempunyai (0%) 1 2 0 (0%)
imbuhan 'di' dan kata sendi 'di' (33%) (67%) (0%)
dengan betul.

Soalan 1 Skala (Selepas Tindakan) 5
2 34
1. Saya tahu menulis 0
perkataan yang mempunyai (0%) 0 0 0 3
imbuhan 'di' dan kata sendi 'di' (0%) (0%) (0%) (100%)
dengan betul.

Penyelidik telah menjalankan soal selidik tertutup untuk melihat
penguasaan peserta kajian sebelum dan selepas tindakan berkait persoalan
kajian kedua. Berdasarkan Jadual 2, 100% peserta kajian berada pada tahap
sederhana setuju dan ke bawah. Setelah penyelidik memperkenalkan Lagu

- enulis perkataan yang

tahap sangat setuju. Peningkatan keseluruhan peserta kajian adalah sebanyak
100% pada skala likert 5 berbanding sebelum peserta kajian diperkenalkan
dengan teknik nyanyian.

Bagi analisis dokumen, penyelidik telah menjalankan analisis terhadap
lembaran ujian pra dan ujian pos bagi setiap peserta kajian. Ini bagi melihat

Penyelidik telah menyediakan soalan ujian yang berfokus kepada menjawab
persoalan kajian di atas. Rajah 3 menunjukkan lembaran ujian pra dan ujian
pos peserta kajian.

Ujian Pra Ujian Pos

205

Rajah 3, Ujian pra dan ujian pos peserta kajian

Berdasarkan Rajah 3, penyelidik telah memberikan skor bagi ujian yang
dijawab oleh setiap peserta kajian. Keputusan keseluruhan ujian pra dan ujian
pos bagi setiap peserta kajian ditunjukkan dalam Rajah 4.

100

80

60
Ujian Pra

40 Ujian Pos
20

0
M1 M2 M3

Rajah 4, Keputusan keseluruhan ujian pra dan pos peserta kajian

Berdasarkan Rajah 4, setiap peserta kajian menunjukkan peningkatan
pada ujian pos. Ini kerana semasa peserta kajian menjalani ujian pra, peserta

nya Sama Di-
selepas peserta kajian menjawab ujian pra, penyelidik memperkenalkan teknik

-
masa persediaan untuk menjalani ujian pos. Berdasarkan Rajah 4, didapati
peningkatan skor ujian pos peserta kajian berbanding ujian pra telah meningkat

sebanyak 16% hingga 32%..

Dari segi kaedah pemerhatian, penyelidik telah menjalankan senarai
semak pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak. Setiap
peserta kajian diperhatikan sebelum dan selepas diperkenalkan tindakan
intervensi. Jadual 3 menunjukkan hasil senarai semak pemerhatian penyelidik ke

atas setiap peserta kajian bagi menjawab persoalan kajian.

Jadual 3

Senarai Semak Sebelum dan Selepas Tindakan Berkait Persoalan Kajian

Item Sebelum Selepas
Tindakan Tindakan

Ya Tidak Ya Tidak

Peserta kajian dapat menulis 0 3 3 0
perkataan yang mempunyai (0%) (100%) (100%) (0%)

206

dengan betul.

Berdasarkan Jadual 3, 100% peserta kajian tidak tahu membezakan

Kemudian sebanyak 100% peserta kajian telah tahu membezakan penggunaan

Sama Di- mereka. Pemerhatian ini adalah berdasarkan pemerhatian

skor markah ujian pra dan ujian pos yang diperoleh peserta kajian dan respon

peserta kajian semasa sesi PdPc bersama penyelidik. Peningkatan ini adalah

usan item 0% pada jawapan

Berdasarkan hasil dapatan soal selidik, analisis dokumen dan

pemerhatian di atas yang menunjukkan keputusan yang positif dan meningkat,

penyelidik menyimpulkan baha -

yang diperkenalkan sememangnya dapat menjawab persoalan kajian iaitu

bagaimana peserta kajian dapat menulis perkataan yang mempunyai imbuhan

-

REFLEKSI

Pengkaji telah mengenal pasti terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan
sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Menurut Boud et al. (1985), refleksi
adalah proses meneutralkan kembali segala perasaan negatif yang
menyelubungi pengalaman yang dilalui supaya satu perspektif baru dapat
dihasilkan daripada pengalaman tersebut sekaligus berjaya mengubah tingkah
laku dan tindakan seseorang. Antara kekuatan yang ditemui dalam penyelidikan
ini adalah berkenaan teknik yang diperkenalkan untuk membantu murid dalam

Sepanjang penyelidikan ini, penyelidik juga menemukan kelemahan
-

yang sukar diingati oleh murid walaupun ia adalah gubahan daripada lagu asal

-
untuk membantu murid menjawab ujian. Pada pandangan penyelidik, antara
langkah penambahbaikan yang boleh diambil ialah penyelidik melaksanakan
kaedah pengulangan pada peringkat awal semasa aktiviti membaca lirik lagu dan
menyanyi bersama murid. Setelah murid dapat mengingat lagu dengan lancar,
baru penyelidik melaksanakan ujian kepada murid. Menurut Azizah Zain (2010),
latihan membaca perkataan atau teks secara berulang-ulang akan menyebabkan
murid dapat mengecam serta mengingati perkataan dengan lancar.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Bagi cadangan tindakan susulan yang melibatkan jangka masa panjang,
penyelidik berhasrat melaksanakan kajian lanjutan dalam isu penggunaan

207

yang lebih besar. Ini bagi mendapatkan data kajian yang lebih besar dan maklum
balas keberhasilan teknik yang lebih banyak. Ini kerana menurut Kamarul Azmi
Jasmi (2012), semakin banyak data ditriangulasi dalam sebuah kajian kualitatif,

semakin tinggi ketepatan fakta dan kekuatan kesahan mutu data.

Selain itu, penyelidik akan membina satu bahan maujud seperti puzzle
di- -lain yang bersesuaian. Bahan ini digunakan untuk menyokong

Sebagai contoh, murid menyanyi sambil memandang guru menterjemahkan

maksud lirik lagu melalui puzzle di-

ia dapat membantu murid memahami konsep dengan lebih cepat dan mudah.

Menurut Kamarul Azmi Jasmi et al. (2011), penggunaan bahan bantu mengajar

(BBM) dapat menyatakan gambaran sebenar suatu teori yang dipelajari oleh

murid. Dengan ini, bbm seperti bahan maujud dapat mempercepat kefahaman

murid dalam sesuatu topik serta meningkatkan motivasi murid untuk belajar juga.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Nur Farah Athirah Khuzaini. (2014). Strategi

Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Dicapai daripada

https://www.researchgate.net/publication/308978936_Strategi_Pengajaran_dan

_Pembelajaran_Tatabahasa_Bahasa_Melayu

Siti Raihanni Selamat. (2019). Kajian Pengajaran: Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai

dalam Pengajaran Jenis-jenis Ayat. Dicapai daripada

https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/region

al-conferences/52-

kajian_pengajaran_penerapan_teori_kecerdasan_pelbagai_dalam_pengajaran

_jenis-jenis_ayat.pdf

Mohamad Azam Samsudin & Kamariah Abu Bakar. (2018). Kepentingan Muzik dan

Nyanyian dalam Pendidikan Prasekolah. Kertas dibentang pada International

Conference on Global Education, Seberang Prai.

Boud, D., Keogh, R., & Walker, D. (1985). Reflection: Turning experience into learning.

London: Kogan Page.

Azizah Zain. (2010, November). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan

Kelancaran dan Kefahaman dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Kertas

dibentang pada International Conference on Teacher Education, Bandung.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012, Mac). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan

Kualitatif. Kursus Penyelidikan Kualitatif. Dicapai daripada

https://www.researchgate.net/publication/293097563_Metodologi_Pengumpula

n_Data_dalam_Penyelidikan_Kualitatitif

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.

(2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru

Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic

and Arabic Education, 3(1), 59-74.

208

ANIMASI PEMANTUN TERHEBAT UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
SEBUTAN MELAFAZ PANTUN BAGI MURID TAHUN 3

Nur Shahirah Husna binti Saifuddin
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
sebutan melafaz pantun bagi murid Tahun 3 dengan menggunakan Animasi
Pemantun Terhebat. Kajian ini telah dilaksanakan di sekolah rendah sekitar
daerah Tuaran. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid Tahun 3 yang
lemah dalam kemahiran melafaz pantun dari aspek yang difokuskan iaitu
sebutan. Dapatan kajian dijalankan melalui ujian diagnostik, ujian pencapaian
dan soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan bahawa semua murid
menunjukkan peningkatan dengan dua orang murid telah mencapai tahap baik
dalam ujian pencapaian. Murid lebih bersemangat dalam mempelajari bidang
sastera kerana cara pencapaian lebih menarik dan berbeza dari kaedah biasa
yang hanya menggunakan penerangan. Keputusan ujian menunjukkan Animasi
Pemantun Terhebat ini berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran
sebutan muird melafaz pantun di samping menambah minat murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Animasi Pemantun Terhebat, murid Tahun 3, melafaz pantun

PENGENALAN

Kajian ini berfokuskan kepada pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah yang
sentiasa mengalami perubahan. Sukatan subjek Bahasa Melayu sekolah rendah
memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Menurut Ahmad
Kamal Abdullah (2011), maksud pantun secara umum ialah umpama, laksana,
seperti, membimbing, mendidik yang sama maksudnya dengan peribahasa.
Sebagai istilah, pantun bermaksud tersusun, teratur dalam susunan yang baik
dan indah.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan
kemahiran melafazkan pantun ini, satu bahan bantu mengajar telah dihasilkan
bagi membantu guru mengatasi masalah ini. Oleh itu, bahan bantu mengajar
Animasi Pemantun Terhebat diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran
melafazkan pantun dari aspek sebutan dengan betul bagi murid Tahun 3.
Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah bagi mendapatkan maklumat
yang berkaitan iaitu Ujian diagnostik dan pencapaian dan Soal Selidik. Ujian
diagnostik diadakan bagi mengenalpasti murid yang bermasalah dalam aspek
kemahiran membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Hal ini juga
bertujuan untuk memilih peserta kajian. Seramai 5 orang murid Tahun 3 telah
menjalankan ujian diagnostik. Setelah murid dinilai, seramai 2 orang murid yang
mendapat markah 40% dan ke bawah telah dipilih dan pengkaji akan

209

memperkenalkan bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ketika
murid membaca pantun.

FOKUS KAJIAN

Kemahiran berpantun terbahagi kepada beberapa aspek iaitu sebutan, intonasi,
nada dan gaya penyampaian, menurut Ahmad Akmal Abdullah (2011) dalam
bukunya 1000 Pantun Puitis Mencari Diri Mencari Erti beliau mengatakan
terdapat empat aspek utama melafazkan pantun iaitu sebutan, intonasi, nada dan
penyampaian. Walau bagaimanapun, tidak semua murid dapat menguasai
kemahiran melafazkan pantun pada awalnya. Namun, mereka dapat melafazkan
pantun dengan intonasi yang betul. Akan tetapi dari aspek sebutan dan gaya
sangat lemah. Hal ini disebabkan murid berkomunikasi menggunakan sebutan
dialek masyarakat setempat. Oleh yang demikian, sebutan murid semasa
melafazkan pantun kurang jelas. Pengkaji telah memilih dua orang murid yang
mengalami masalah dalam kemahiran melafazkan pantun. Masalah kemahiran
melafazkan pantun sekolah rendah ini perlu diatasi segera bagi membolehkan
murid- murid dapat berpantun dengan baik.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian:

Kajian terhadap penguasaan kemahiran melafaz pantun dijalankan adalah untuk:

1. Membantu murid meningkatkan kemahiran melafaz pantun dengan sebutan
yang betul menggunakan Animasi Pemantun Terhebat.

Soalan Kajian

1. Adakah kemahiran murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Animasi Pemantun Terhebat?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian ialah terdiri dalam kalangan murid Tahun 3 yang telah dipilih untuk
melaksanakan kajian. Murid- murid ini dipilih berdasarkan keputusan ujian
diagnostik melafazkan pantun empat kerat yang telah dijalankan oleh guru. Murid
yang dipilih ialah seramai dua orang daripada sebuah sekolah di daerah Tuaran
iaitu seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Model kajian tindakan yang saya gunakan dalam kajian tindakan saya ialah
model yang dicetuskan oleh Mc Taggart dan Stephen Kemmis. Model ini
melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Dalam kajian ini,
pengkaji hanya menggunakan satu kitaran sahaja kerana murid dapat
melafazkan pantun dengan sebutan yang betul apabila menggunakan Animasi
Pemantun Terhebat. Berikut merupakan penjelasan lebih lanjut bagi langkah-
langkah pelaksanaan tindakan yang dilaksankan oleh pengkaji.

210

FASA AKTIVITI
Ujian
Diagnostik Pengkaji meminta murid untuk melafazkan pantun
Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur
Ujian Pra semasa murid melafazkan pantun.

Pengkaji meminta murid melafazkan pantun.
Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur
semasa murid melafazkan pantun.

Intervensi 1 Pengkaji memperkenalkan Animasi Pemantun
Terhebat.
Intervensi 2
Intervensi 3 Pengkaji meminta murid melafazkan dua
Ujian Pos daripada enam pantun di dalam Animasi
DAPATAN KAJIAN Pemantun Terhebat.

Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur
semasa murid melafazkan pantun.

Pengkaji meminta murid melafazkan semua
pantun di dalam Animasi Pemantun Terhebat.

Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur
semasa murid melafazkan pantun.

Pengkaji menunjukkan slaid pantun yang
mempunyai perkataan yang berwarna.

Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur
semasa murid melafazkan pantun.

Pengkaji meminta murid melafazkan pantun.
Pengkaji membuat pemerhatian berstruktur
semasa murid melafazkan pantun.

Pengkaji meminta murid menjawab borang soal
selidik.

Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen
pengumpulan data melalui ujian diagnostik pada awalnya bagi memilih peserta
kajian dan telah memilih 2 daripada 5 orang. Seterusnya, pengkaji telah
melakukan ujian pra dan ujian pos bagi 2 orang murid yang telah terpilih
berdasarkan keputusan ujian diagnostik. Data kuantitif yang pengkaji jalankan ini
dianalisis dengan menggunakan peratus dan min. Pemilihan ini dibuat kerana
kaedah analisis jenis ini adalah lebih mudah untuk diintrepretasikan kepada
bentuk yang dinginkan. Ujian yang dijalankan kepada murid iaitu ujian pra dan
pos merupakan ujian yang sama dan peningkatan pencapaian dalam aspek
sebutan kemahiran melafazkan pantun akan lebih mudah untuk dinilai dan
dibandingkan. Kemudian, ujian pra dijalankan untuk melihat setakat mana
peningkatan kemahiran murid dalam aspek sebutan semasa melafazkan pantun.
Berikut merupakan hasil dapatan dan analisis bagi ujian pra tersebut:

Jadual 1

211

Hasil Analisis Markah dan Peratus Ujian Pra

Kod Murid Markah Markah (%)
30
M1 3/10 30

M2 3/10

Jadual 2
Hasil Peratus dan Gred Ujian Pra

Kod Murid Markah (%) Gred
E
M1 30 E

M2 30

Berdasarkan kepada Jadual 1 dan 2 di atas, hasil dapatan dan analisis
menunjukkan bahawa semua murid menunjukkan pencapaian pada tahap lemah
dan memuaskan di mana M1 dan M2 memperoleh markah 3 daripada 10
sekaligus mencapai gred E. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan intervensi
pertama iaitu memperkenalkan kepada murid bahan bantu mengajar Animasi
Pemantun Terhebat. Animasi ini mengingatkan kembali kepada murid
bagaimana cara untuk melafazkan pantun melalui aspek sebutan yang jelas dan
gaya. Ujian pencapaian yang telah pengkaji jalankan ini adalah instrumen yang
sangat penting dalam pengumpulan data. Hal ini kerana ujian tersebut
menentukan nilai keberkesanan intervensi yang telah pengkaji perkenalkan
kepada murid.

Jadual 3

Hasil Analisis Markah dan Peratus Ujian Pos

Kod Murid Markah Markah (%)

M1 7/10 70

M2 5/10 50

Jadual 4
Hasil Analisis Peratus dan Gred Ujian Pos

212

Kod Murid Markah % Gred
M1 70 B
M2 50 C

Berdasarkan kepada analisis data dalam jadual 3 dan 4 ini menjelaskan bahawa
semua murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam ujian
pos berbanding ujian pra sebelum ini. M1 memperoleh gred B iaitu baik dan M2
gred C. Data tersebut menunjukkan bahawa intervensi Animasi Pemantun
Terhebat telah membantu murid untuk meningkatkan kemahiran sebutan
melafazkan pantun dengan baik. Perubahan pencapaian yang ditunjukkan oleh
murid sangat baik jika dibandingkan dengan ujian pra iaitu para murid
menunjukkan kelemahan dalam sebutan perkataan semasa melafazkan pantun.
Bagi melihat dengan lebih jelas perbandingan antara markah yang diperoleh
semasa ujian pra dan ujian pos:

Jadual 5

Perbandingan Markah dan Peratus Ujian Pra dan Ujian Pos

Kod Murid Skor Markah Ujian Pra Skor Markah Ujian Pos
M1 Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
(_/10) (_/10)
30 70
3 7

M2 3 30 5 50

Jadual 6
Perbandingan Markah dan Gred Ujian Pra dan Ujian Pos

Kod Murid Ujian Pra Gred Ujian Pos Gred
M1 (%) E (%) B
C
30 70

M2 30 E 50

Berdasarkan perbandingan yang ditunjukkan melalui jadual 14 dan 15 di atas,
hasil dapatan mendapati bahawa murid menunjukkan pencapaian yang sangat
baik dan pengkaji dapat menyimpulkan kemahiran sebutan semasa melafazkan
pantun telah meningkat. Peningkatan ini ditunjukkan oleh murid yang pada
mulanya hanya memperoleh markah antara 30 peratus sahaja, namun selepas
pelaksanaan intervensi dan ujian pos diberikan, mereka mampu memperoleh
markah antara gred C dan gred B.

213

Sehubungan dengan itu, perkara ini menunjukkan bahawa intervensi
yang pengkaji berikan kepada murid telah berkesan sehingga mereka lebih yakin
menyebut perkataan tanpa perlu mengulang sebutan berkali- kali. Kemahiran
sebutan murid semasa melafazkan pantun bukan sahaja betul malah lebih jelas
semasa melafazkan pantun sekaligus meningkatkan keyakinan murid di hadapan
kelas apabila berhadapan dengan rakan- rakan. Peningkatan yang ditunjukkan
oleh murid semasa ujian pra dan ujian pos dijalankan dapat dilihat dengan jelas
melalui graf bar berikut:

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian
Pos

80

60

40

20

0 M2
M1

Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos

Rajah 1. Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Rajah 1 di atas semua murid menunjukkan peningkatan
yang memberangsangkan iaitu sekurang- kurangnya peningkatan mereka
sebanyak 20 peratus. Selain itu, peningkatan kepada 70 peratus oleh M1 yang
pada asalnya memperoleh hanya 30 peratus dalam ujian pra. Manakala M2
menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus dan 20 peratus masing- masing.

Secara ringkasnya, semua murid menunjukkan peningkatan dalam
penguasaan kemahiran sebutan walaupun pada awalnya mereka memperoleh
markah yang rendah, namun selepas menjalankan intervensi mereka
menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Hal ini jelas membuktikan bahawa
Animasi Pemantun Terhebat sangat membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran sebutan ketika melafazkan pantun. Murid yang asalnya lemah
menyebut beberapa perkataan boleh menyebut perkataan dengan betul dan
jelas.

Selain daripada melihat kepada perbandingan antara markah setiap
murid yang sememangnya menunjukkan peningkatan yang ketara, pengiraan
min bagi ujian pra dan ujian pos juga jelas dapat dilihat. Pengiraan min ini adalah
menunjukkan purata markah bagi keseluruhan murid semasa ujian pos dan ujian
pra. Peningkatan markah min untuk ujian pos dan ujian pra adalah seperti dalam
jadual berikut:

214

Jadual 7
Perbandingan Markah dan Min Ujian Pra dan Ujian Pos

Kod Murid Ujian Pra Ujian Pos
M1 (%) (%)

30 70

M2 30 50

Min 30 60

Berdasarkan Jadual 7, peningkatan yang dapat dilihat sangat ketara.
Peningkatan ini dapat dilihat sekiranya dibandingkan antara min pada ujian pra
iaitu sebanyak 30 peratus dan meningkat kepada 60 peratus semasa ujian pos
dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar Animasi Pemantun Terhebat telah berjaya meningkatkan pencapaian
dan peningkatan penguasaan kemahiran sebutan melafazkan pantun dalam
kalangan murid khasnya. Kesimpulannya, pengkaji merumuskan bahawa
penggunaan Animasi Pemantun Terhebat ini sememangnya akan memberikan
impak positif kepada murid untuk meningkatkan kemahiran sebutan dalam
melafazkan pantun sekaligus menjawab soalan kajian yang dan mencapai
objektif kajian.

Soal Selidik

Soal selidik yang telah pengkaji jalankan adalah untuk melihat keberkesanan
Animasi Pemantun Terhebat dalam kemahiran sebutan semasa melafazkan
pantun bagi murid Tahun 3. Setiap soalan yang diberikan adalah untuk
menunjukkan tahap kepuasan murid terhadap Animasi pemantun Terhebat yang
telah pengkaji gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid yang
mengisi borang soal selidik ini terdiri seramai dua orang murid Tahun 3.

Jadual 8

Borang Soal Selidik

Item Pernyataan Ya Tidak
1 1 1
2 Saya boleh melafazkan pantun dengan 1
sebutan yang betul bagi setiap rangkap. 1
3 0
4 Saya menyebut perkataan dengan betul 2 0
tanpa bantuan guru semasa melafazkan 2
pantun.

Animasi Pemantun Terhebat menggunakan
sebutan yang mudah difahami.

Animasi Pemantun Terhebat membantu saya
dari aspek sebutan ketika melafazkan pantun.

215

5 Animasi Pemantun Terhebat ialah bahan 2 0
bantu mengajar yang berkesan untuk
membantu saya melafazkan pantun.

Jadual 8 di atas merupakan jawapan murid terhadap borang soal selidik bagi
menguji tahap kepuasan mereka terhadap penggunaan Animasi Pemantun
Terhebat yang telah pengkaji gunakan sepanjang di dalam kelas. Terdapat lima
item soal selidik akan pengkaji huraikan bagi membuktikan keberkesanan
Animasi Pemantun Terhebat dalam aspek sebutan semasa melafazkan pantun
kepada setiap murid.

yang menunjukkan bahawa mereka boleh melafazkan pantun dengan sebutan
yang betul bagi setiap rangkap. Berdasarkan kepada analisis ini, pengkaji

menyebut perkataan dalam setiap rangkap pantun. Namun begitu, kesalahan
yang dibuat adalah di tahap yang minima berdasarkan ujian pos yang telah
dijalankan. Seterusnya, item kedua menunjukkan bahawa seorang murid telah

perkataan tanpa bantuan guru semasa melafazkan pantun setelah intervensi
dijalankan. Namu
bimbingan guru bagi beberapa perkataan yang agak sukar disebut. Item ketiga

bahawa murid memahami penggunaan Animasi Pemantun Terhebat kerana
bahasa dan perkataan yang digunakan mudah difahami oleh mereka.

Kemudian, item keempat mencatatkan seramai dua orang murid yang

baik akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Animasi
Pemantun Terhebat sedikit sebanyak membantu murid menyebut perkataan
dengan betul dan jelas semasa melafakan pantun di hadapan kelas dengan jelas
dan yakin. Manakala item kelima iaitu merupakan item secara keseluruhan
sekiranya Animasi Pemantun Terhebat ini membantu murid semasa melafazkan

membuktikan bahawa Animasi Pemantun Terhebat merupakan bahan bantu
mengajar yang sangat membantu dalam aspek sebutan murid semasa
melafazkan pantun. Kesimpulannya, pengkaji dapat menyatakan bahawa
Animasi Pemantun Terhebat merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang
sangat sesuai bagi membantu murid meningkatkan kemahiran sebutan semasa
melafazkan pantun.

REFLEKSI

Hasil dapatan dan analisis data berkaitan dengan intervensi yang pengkaji
jalankan ini jelas menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian pencapaian
yang dijalankan iaitu selepas peserta kajian diperkenalkan dengan bahan bantu
mengajar Animasi Pemantun Terhebat dan memberi gambaran kepada pengkaji
bahawa sebagai seorang guru adalah amat perlu untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang menarik dan berbeza daripada biasa iaitu secara

216

luar biasa supaya murid lebih bersemangat dan seronok untuk menerima ilmu
yang disampaikan.

Kesimpulannya, data yang dikumpul melalui ujian diagnostik dan ujian
pencapaian dan borang soal selidik dengan kaedah analisis yang digunakan iaitu
dengan kaedah analisis skor dan analisis deskriptif bagi data kuantitatif dan
dengan analisis kandungan bagi data kualitatif telah membuktikan keberkesanan
bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ini dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran sebutan melafaz pantun bagi murid Tahun 3.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini iaitu Animasi Pemantu Terhebat
merupakan salah satu cara dalam membantu menyelesaikan masalah yang
sering dihadapi oleh pengkaji serta guru Bahasa Melayu di dunia pendidikan ini.
Justeru itu, pada kajian yang akan datang pengkaji bercadang untuk membawa
dan terus menggunakan bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ini
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang selama ini hanya menggunakan
video dan penerangan semata- mata. Akhir sekali, pengkaji bercadang dan
berhasrat untuk meneruskan kajian ini sehingga ke peringkat lebih tinggi supaya
bahan bantu mengajar Animasi Pemantun Terhebat ini lebih tinggi nilainya
kepada sistem pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang sastera
iaitu pantun yang semakin dilupakan dek kerana perkembangan arus teknologi
begitu pantas dan maju.

RUJUKAN

Buku Ilmiah
Abdullah, A. K. (2011). 1000 Pantun Puisi. Selangor Darul Ehsan: Universiti Putra

Malaysia.
Edinin, R. (2014). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind

Horizon Sdn. Bhd.

Malaysia, K. P. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Selangor: Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent.

Piut, I. A. (2012). Antologi Tembusu Kent. Tuaran: Institut Pendidkan Guru Kampus Kent.

Shamsuddin, A. P. (2013). Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan Tindakan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jurnal, Tesis, Kertas Projek, Laporan, Kertas Kerja dan Latihan Ilmiah
Ali, A. F. (2015). Meningkatkan Kemahiran Mendeklamasi Sajak dalam Kalangan Murid

Tahun 4 Menggunakan Teknik PinSen. Kajian Tindakan Program Ijazah Sarjana
Muda, IPG kampus Kent.
Malaysia, K. P. (2016). Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Retrieved from Kementerian
Pendidikan Malaysia: sapsnkra.moe.gov.com
Man, S. H. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan
Selamanya. International Journal of The Malay World dan Civilization, 75-81.
Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sh'ari, Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2013). Persepsi
Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab.
Jurnal Teknologi, 25-29.

217

TEKNIK LAMPU SKAL MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENULIS AYAT TUNGGAL BAGI MURID TAHUN 5

NURHADIRAH BINTI ZOLKIPLI
PISMP BAHASA MELAYU SK (2) AMBILAN JUN 2018

[email protected]

ABSTRAK

Teknik Lampu SKAL diformulakan khusus berbentuk jadual rajah untuk
membantu murid Tahun Lima membina ayat tunggal dengan struktur ayat yang
baik. SKAL (Siapa+Kata Kerja+Alat+Lokasi) suatu akronim yang dicipta oleh
pengkaji sebagai formula untuk meningkatkan penguasan kemahiran menulis
ayat tunggal. Pengkaji mendapati terdapat sebahagian murid Tahun Lima di
sebuah sekolah di daerah Tuaran mempunyai masalah dalam kemahiran
membina ayat tunggal. Justeru itu, pengkaji telah mengambil data awal menerusi
peperiksaan pertengahan tahun yang berlangsung ketika pengkaji menjalankan
praktikum Fasa 1. Berdasarkan data awal yang dikutip, pengkaji mendapati
struktur binaan ayat tunggal yang dibina tidak lengkap dan kurang gramatis.
Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen untuk mengetahui tahap penguasaan murid Tahun Lima terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu terutama dalam bidang penulisan. Dapatan kajian
ini mendapati murid Tahun Lima dapat menguasai Teknik Lampu SKAL dalam
kemahiran membina ayat tunggal dengan baik.

Kata Kunci : Teknik Lampu SKAL (Siapa + Kata Kerja + Alat + Lokasi), kemahiran
membina ayat tunggal, Bahasa Melayu, Tahun Lima

PENGENALAN

Terdapat empat kemahiran bahasa yang perlu dikuasai murid antaranya
kemahiran menulis. Isu murid kurang mahir dalam menguasai kemahiran
membina ayat tunggal merunsingkan pengkaji. Keupayaan murid dalam
kemahiran menulis dapat dilihat berdasarkan penjanaan idea dalam pelbagai
penulisan. Menurut Che Zanariah dan Fadzilah (2011) seperti dalam jurnal Aman
Shah bin Syed Ali (2021), murid mestilah mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk mengeluarkan idea bagi menghasilkan penulisan yang
menarik, di samping aspek bahasa yang digunakan juga betul. Pengkaji
mendapati murid-murid Tahun Lima mempunyai masalah untuk membina ayat
tunggal. Kebanyakan ayat yang dibina tergantung, tidak gramatis dan tidak
menggunakan istilah yang sesuai dalam ayat.

Ketika pengkaji menjalani praktikum Fasa Satu di sebuah sekolah di
daerah Tuaran. Pengkaji mendapati seramai 5 orang murid tahun lima tidak boleh
membina ayat tunggal dengan baik. Hal ini kerana, murid-murid di dalam bilik
darjah tersebut tidak didedahkan dengan struktur asas untuk membina ayat
tunggal dengan betul. Selain itu, mereka menganggap Bahasa Melayu itu susah
dan rumit akibatnya murid-murid kurang berminat dalam pembelajaran Bahasa

untuk mempelajari Bahasa Melayu bukanlah suatu proses yang mudah

218

terutamanya kepada murid yang jarang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai
bahasa pertuturan harian.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini akan memfokuskan kepada kemahiran membina ayat tunggal dengan
betul menggunakan Teknik Lampu SKAL. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan dan prestasi kemahiran membina ayat tunggal bagi
murid Tahun Lima dalam bahagian penulisan Bahasa Melayu.

Hasil pemeriksaan penulisan terhadap lembaran kerja murid menunjukkan murid
tidak mahir dalam menguasai kemahiran membina ayat tunggal. Antara
kesalahan yang sering dilakukan oleh murid dalam membina ayat tunggal ialah :

a) Ayat yang tidak gramatis
b) Istilah yang kurang sesuai
c) Ayat yang tergantung dan tidak berkembang
d) Percampuran dengan bahasa dialek

Teknik Lampu SKAL ini relevan untuk diguna pakai dalam kajian tindakan
kerana teknik ini adalah bersifat jadual rajah yang mudah untuk difahami dan
diikuti oleh murid.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang pengkaji fokuskan adalah seperti berikut:

I. Menguasai penggunaan Teknik Lampu SKAL dalam kemahiran
membina ayat tunggal.

Soalan Kajian

Persoalan kajian dibina berpandukan kepada objektif yang dinyatakan oleh
pengkaji, berikut merupakan persoalan kajian:

i. Adakah Teknik Lampu SKAL dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membina ayat tunggal bagi murid Tahun Lima?

PESERTA KAJIAN

Penyelidikan kajian tindakan ini melibatkan seramai 5 orang murid yang terdiri
daripada murid Tahun Lima yang memiliki tahap penguasaan Bahasa Melayu
yang lemah di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Seramai 2 orang murid lelaki
dan 3 orang perempuan di dalam bilik darjah tersebut.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen bagi pengumpulan data.
Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji telah menemu bual kelima-lima orang
murid tahun lima yang terlibat. Pengkaji telah menggunakan borang senarai
semak individu untuk melihat sejauh mana minat murid yang terlibat dalam
pengetahuan mata pelajaran Bahasa Melayu. Tindakan kedua yang dilakukan
oleh pengkaji iaitu menggunakan instrumen pemerhatian. Instrumen pemerhatian

219

ini dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada minggu 1 sesi 1 dan minggu 3 sesi
7. Pengkaji dapat memperoleh data dengan kesahan yang tepat menerusi
tingkah laku murid pada awal kajian dilaksanakan.

Pengkaji juga menggunakan instrumen analisis dokumen untuk
mendapatkan data awal sebelum melaksanakan kajian. Bagi mendapatkan data
menggunakan analisis dokumen ini, pengkaji telah mengadakan tiga sesi iaitu
pada sesi 3, 4 dan 6 untuk melihat peningkatan terhadap penggunaan Teknik
Lampu SKAL ini dapat dikuasai oleh murid tahun 5 ketika membina ayat tunggal.
Menurut Rozie (2014), penggunaan teknik berbentuk jadual dapat membantu
murid membina ayat dengan baik kerana mudah difahami, diingati dan
digunakan. Tambahan pula, murid dapat melihat dengan jelas cara untuk
meluaskan predikat ayat tunggal melalui penggunaan Teknik Lampu SKAL
seperti yang terdapat dalam rajah berikut:

Rajah 2 : Jadual Teknik Lampu SKAL
Berdasarkan rajah 5 tersebut, Teknik Lampu SKAL diakronimkan iaitu S
merujuk kepada Siapa, K merujuk kepada kata kerja, A merujuk kepada alat dan
L merujuk kepada lokasi. Teknik Lampu SKAL ini berbentuk jadual iaitu murid
perlu menulis pada ruangan kotak yang disediakan untuk membina ayat tunggal.
Pengkaji telah menggunakan pendekatan teknik penyoalan untuk membantu
murid mengembangkan ayat tunggal dengan lebih mudah. Pengkaji
menggunakan imej lampu isyarat sebagai panduan untuk membina ayat tunggal.
DAPATAN KAJIAN
Dalam dapatan kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis
dokumen sebanyak tiga kali.
Hasil Jawapan Peserta Kajian

220

Rajah 3 : Jawapan Peserta Kajian

Jadual 1

Lembaran Teknik S KA L Ayat

kerja

Lembaran Siapa Kata Alat Lokasi

kerja 2 Kerja

Gambar 1 / // / /

Gambar 2 / // / /

Gambar 3 / // / /

Gambar 4 / // / /

Gambar 5 / // / /

Catatan 1. Peserta kajian dapat membina ayat tunggal dengan baik.

2. Kelima-lima ayat mempunyai kesalahan penjodoh bilangan.

3. Pengkaji mendapat peserta kajian dapat melengkapkan

akronim SKAL dengan baik dan betul.

Tindakan 1. Pengkaji meminta peserta kajian M03 untuk membuat lebih

susulan banyak bacaan tentang penggunaan penjodoh bilangan.

Petunjuk / - betul X tidak lengkap o tiada

Skor 8/10

Penganalisian Data Jawapan Peserta Kajian

Berdasarkan Jadual 1, pengkaji telah menganalisis data bagi hasil jawapan
peserta kajian. Walaupun, ayat tunggal yang dibina lengkap melalui penggunaan
Teknik Lampu SKAL, hasil jawapan peserta kajian masih perlu dimantapkan dan
gramatis untuk mendapatkan skor yang tinggi.

Jadual 2

Jumlah Skor Markah Bagi Peserta Kajian

KPS SM TP SM TP SM TP

(L1) (L2) (L3)

M01 3/10 Pencapaian 3/10 Pencapaian 7/10 Baik

Tahap Tahap

Minimum Minimum

M02 3/10 Pencapaian 2/10 Pencapaian 6/10 Memuaskan
Tahap Tahap

Minimum Minimum

M03 8/10 Baik 8/10 Baik 9/10 Cemerlang

M04 8/10 Baik 7/10 Baik 5/10 Memuaskan

M05 8/10 Baik 2/10 Pencapaian 6/10 Memuaskan
Tahap

Minimum

221

Berdasarkan Jadual 40, jumlah skor markah bagi kelima-lima peserta kajian
sepanjang tiga sesi latihan diberikan oleh pengkaji menunjukkan pencapaian
murid berada di tahap sederhana. Skor markah bagi setiap peserta kajian
menunjukkan sebilangan peserta kajian boleh menguasai Teknik Lampu SKAL
untuk membina ayat tunggal. Hal ini dapat menjawab persoalan kajian kedua iaitu

Teknik Lampu SKAL ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis
bagi murid-murid sekolah rendah terutama dalam pembinaan ayat tunggal.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Antara cadangan tindakan susulan yang dikemukakan oleh pengkaji ialah :

KIT BBM e-Modul
Bahasa
Melayu

Rajah 4 : Cadangan bagi tindakan susulan

Kit BBM
Pengkaji bercadang untuk membuat Kit BBM Teknik Lampu SKAL. Bahan Bantu
Mengajar ini dapat membantu pengkaji dan para guru untuk mengajar murid-
murid membina ayat tunggal dengan mudah berpandukan jadual rajah.
E-Modul Bahasa Melayu
E-Modul ini lebih bersifat mudah digunakan kerana terdapat contoh-contoh
latihan yang menggunakan Teknik Lampu SKAL. Objektif E-Modul ini bertujuan
untuk melatih dan mengasah kemahiran menulis dan membina ayat tunggal. E-
Modul ini juga disertakan dengan warna dan grafik yang menarik supaya murid-
murid seronok menggunakan E-Modul ini. Bukan itu sahaja, disebabkan E-Modul
ini bersifat e-book, maka guru-guru boleh mencetak dan membukukannya agar
boleh dijadikan sebagai lembaran kerja dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, Chua Lay Nee. 2018. Siri Pendidikan Guru
Penyelidikan dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Penggunaan TEKNIK SAP Dalam Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal
Muird Tahun Lima - PDF Free Download. (2013). Docplayer.info.

222

https://docplayer.info/126874000-Penggunaan-teknik-sap-dalam-meningkatkan-
kemahiran-membina-ayat-tunggal-murid-tahun-lima.html
Lalitha hariram. (2014). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal Dalam
Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui KAEDAH RAJAH TUKAR
GANTI (RTG). Academia.edu.
https://www.academia.edu/32638430/MENINGKATKAN_KEMAHIRAN_MEMBIN
A_AYAT_TUNGGAL_DALAM_KALANGAN_MURID_BERMASALAH_PEMBELA
JARAN_MELALUI_KAEDAH_RAJAH_TUKAR_GANTI_RTG_
Amir Asyraff Jamin. (2014). Penggunaan Teknik SELTITU Meningkatkan Kemahiran
Menulis Ayat Tunggal Murid Tahun Tiga. Academia.edu.
https://www.academia.edu/31361318/PENGGUNAAN_TEKNIK_SELTITU_MENI
NGKATKAN_KEMAHIRAN_MENULIS_AYAT_TUNGGAL_MURID_TAHUN_TIG
A
Haron, A., Pelajaran, K., Zamri, M., Kebangsaan, U., Mohamed, M., Embi, A., Malaysia,
U., Badusah, M., & Kebangsaan Malaysia, U. (2012).
MENJANA IDEA MEMBINA AYAT DENGAN CEPAT DAN EFEKTIF (SALAK).
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zahratulnadirah, O., & Ibrahim, B. (2009).
Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal. Bahasa Melayu. 56(27), 56 68. Ipg
Batu Lintang, Sarawak.

223

KAD IMBASAN BERGAMBAR MAMPU MEMBANTU PENINGKATAN
PENCAPAIAN MURID DALAM MENGINGAT SIMPULAN BAHASA
Oleh

NURUL HASANA BINTI ZAINAL ABIDIN
PISMP BAHASA MELAYU SK (2) AMBILAN JUN 2018

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini adalah mengenai peribahasa Melayu khususnya dalam lingkungan
simpulan bahasa yakni merupakan alat yang dapat menggambarkan imaginasi
puitis dengan aspek retorik bukan sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa
yang indah. Kajian ini dilakukan bertitik tolak daripada masalah simpulan bahasa
yang sudah mulai meluntur dalam masyarakat Malaysia, khususnya generasi
muda. Dengan itu, satu inovasi pembelajaran iaitu Kad Bergambar telah
diimplementasikan sebagai prakarsa untuk memudahkan murid dalam kalangan
sekolah rendah mengingat simpulan bahasa. Teori belajar sambil bermain juga
turut dilaksanakan bagi meningkatkan kadar keseronokan proses PdPc di
samping menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Objektif yang diketengahkan
dalam kajian ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan minat murid dalam
topik tersebut menggunakan prakarsa yang dicadangkan semasa proses PdPc.
4 orang murid yang berbeza demografi dan kemahiran diambil sebagai peserta
kajian. Kesemua peserta kajian mengalami peningkatan setelah melalui ujian
intervensi rentetan pelaksanaan kajian. Melalui kajian ini dapat dibuktikan
bahawa faktor pendekatan yang digunakan mempunyai perkaitan yang signifikan
dengan tahap penguasaan kemahiran tersebut.

Kata Kunci : simpulan bahasa, kad bergambar, bermain sambil belajar,
pengetahuan dan minat, faktor pendekatan

PENGENALAN

Konteks
Pengkaji merupakan guru pelatih opsyen bahasa Melayu telah menjalani
praktikum Fasa I di SK Selupoh dan praktikum fasa II di SK Putrajaya Presint

224

11(2) masing-masing selama tiga bulan. Pengkaji telah diamanahkan untuk
mengajar kelas Tahun 4 dan kelas Tahun 5 untuk subjek bahasa Melayu. Dan
telah mengambil dua orang daripada murid tahun 4 daripada SK Selupoh dan
dua orang murid di tahun 5 daripada SK Putrajaya. Keempat-empat daripada
mereka menunjukkan rasa kurang minat dalam pembelajaran mata pelajaran
berkaitan simpulan bahasa dan mempunyai kesukaran mengingati serta
memahami maksud simpulan bahasa yang mudah walaupun sudah berada di
tahap dua. Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah
mempunyai dua kali ganda impak dalam pencapaian murid. Justeru, adalah
menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru menyediakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang efektif bagi mengelakkan murid yang lemah daripada
ketinggalan dalam pembelajaran mereka serta memandang ringan akan topik
berkaitan simpulan bahasa.

Fokus Kajian

Kebanyakan murid menganggap topik simpulan bahasa merupakan topik
pelajaran yang susah dan mengelirukan menginjak kepada kurang diminati.
Mengikut cara tradisional, guru-guru hanya mengajar dan memberi ilmu
pengetahuan secara lisan serta hanya memberi latihan bertulis yang klise
sebagai pengukuhan. Murid-murid menjadi bosan akibat mendengar dan melihat
pada kandungan buku dan latih tubi sepanjang masa dan menyebabkan ingatan
jangka pendek. Oleh demikian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta
pemahaman mereka terhadap simpulan bahasa dan seterusnya memupuk minat
murid terhadap topik tersebut.

Dwyer (1970) menyatakan bahawa sebanyak 83% keberkesanan
tercapai apabila manusia belajar melalui deria penglihatan.seperti grafik, dapat
memberi kesan yang lebih efektif kepada murid untuk mengingati sesuatu dalam
jangka masa yang agak panjang. Jadi, kajian ini mengambil pemberatan untuk
menggunakan kad bergambar, mengambil kepada teori pembelajaran
Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) yang
menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pelbagai cara sama ada
melalui kata-kata, angka, gambar dan warna, nada suara, interaksi dengan orang
lain atau diri sendiri, alam dan mungkin melalui pengamatan tentang hakikat
sesuatu. Keterujaan murid dalam PdPc akan bertambah kerana model
pembelajaran tersebut akan dilaksanakan mengikut aktiviti belajar sambil
bermain. Menurut Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi
perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek. Memandangkan kad bergambar merupakan model inovasi berkualiti dan
dikesahkan tahap kefungsiannya, wajarlah diaplikasikan bagi meninjau
keberkesanannya dalam topik simpulan bahasa.

Objektif Kajian

225

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat
keberkesanan penggunaan kad imbasan bergambar dalam meningkatkan
kemahiran mengingat simpulan bahasa. Terdapat dua objektif yang ingin dicapai
menerusi kajian ini:

1. Meningkatkan pencapaian murid dalam simpulan bahasa menggunakan
kad bergambar.

2. Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan kad bergambar
sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan penguasaan
simpulan bahasa.

Persoalan Kajian

Daripada objektif yang diwujudkan maka persoalan kajian yang dikenal pasti
adalah:

a) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian murid sebelum dan
selepas penggunaan kad bergambar?

b) Apakah persepsi murid terhadap penggunaan kad bergambar dalam
proses PdPc simpulan bahasa?

TINJAUAN LITERATUR

Kajian ini dijalankan bagi menangani kemelut rentetan topik simpulan bahasa
terutamanya dalam kalangan orang muda yang kian mencanak daripada terus
membobrok. Mengikut statistik Nor Hashimah, Junaini (2010), hasil pencerapan
data menunjukkan bahawa penguasaan peribahasa dalam kalangan remaja
Melayu berhubung soalan yang dikemukakan juga rendah, iaitu 46.2% (390)
remaja Melayu berada pada tahap tidak memuaskan. Jadi, pengkaji mengambil
langkah untuk menginovasikan kaedah menggunakan kad bergambar beserta
aktiviti bermain sambil belajar untuk memastikan perjalanan PdPc berkesan dan
berkualiti. Ridzuan (2017) dan Wan Hanim (2015) yang mendapati bahawa
pembelajaran visual telah meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid
dalam topik pembelajaran.

Kajian turut mendapati penggunaan kad bergambar mendorong kepada
suasana PdP yang lebih menyeronokkan dan lebih berkesan. Rosnah Yunus
(2016) mendapati bahawa kad bergambar merupakan salah satu medium
berkesan dalam PdP Jawi dan membawa kepada peratusan sebanyak 83%
peningkatan pencapaian murid setelah proses PdPc dilaksanakan dengan metod
tersebut. Kajian lain juga oleh Hafizah dan Aliza (t.t) yang turut menggunakan
kad bergambar sebagai metod pengajaran ialah daripada yang
mengklasifikasikan penggunaan kad imbasan berjaya membantu kanak-kanak

226

Orang asli dalam mengenal dan mengecam abjad dan peningkatan ketara
berlaku selepas ujian pos dilaksanakan.

Kad bergambar juga telah dibuktikan berjaya melalui kajian daripada luar
negara dan kebanyakannya menjurus kepada keberkesanan pencapaian metod.
Melalui hasil kajian proses PdPc luar negara dari Indonesia oleh (Novi, Odo 2021)
yang menunjukkan keberhasilan penggunaan kad bergambar membantu
memudahkan guru dalam penyampaian bahan pembelajaran, pelajar juga lebih
bersemangat, teruja dan sangat gembira untuk belajar dan membuatkan mereka
berani untuk tampil maju di hadapan kelas. Keberkesanan kad bergambar juga
dapat diiktiraf melalui kajian yang dilakukan Jonathan, Nesa & Bradford (2012)
yang menyatakan pelajar yang menggunakan kad bergambar kebanyakannya
memperoleh markah tertinggi daripada murid yang tidak menggunakannya.
William (2019) dalam kajiannya, kad bergambar mampu meningkatkan
pembelajaran dan menyatakan malah pelajar perubatan turut menggunakan
metod ini sebagai kaedah mengulang kaji dan mengingat sesuatu perkara.
Jelaslah, prakarsa menggunakan kad bergambar sebagai kaedah pengajaran
memenifestasikan kebaikan menyeluruh sama ada kepada guru mahupun
pelajar tersebut.

Kaedah pelaksanaan bagi kajian ini adalah berdasarkan
pengimplementasian teori Kemmis & McTaggard (1988) yang berasaskan empat
peringkat iaitu merefleks ke atas isu simpulan bahasa yang menjadi
permasalahan utama kajian ini. Seterusnya, pengkaji merancang pelan
tindakan/intervensi yang melibatkan kad bergambar bagi mengatasi masalah
tersebut. Selanjutkan pengkaji akan bertindak mengatasi masalah yang menjadi
fokus dengan memperbanyak latihan dan mengimprovisasi kad bergambar
dengan aktiviti yang menarik dilakukan. Akhir sekali, pengkaji memerhati dengan
mengumpul serta menganalisis data untuk menilai sejauh mana keberkesanan
kad bergambar terhadap pencapaian peserta kajian.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam melaksanakan penyelidikan tindakan ini, kaedah yang digunakan
iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian diagnostik. Semasa mengumpul
data, catatan pemerhatian dibuat melalui nota lapangan sepanjang sebelum
penyelidikan tindakan. Catatan lapangan ini dibuat terhadap jenis tingkah laku
bukan lisan murid di dalam kelas sebelum penggunaan kad bergambar
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan sebelum dan
selepas dinyatakan melalui pemerhatian dan dicatat dalam bentuk jadual.

Borang soal selidik diedarkan sebelum pelaksanaan penyelidikan kajian.
Pengkaji telah mengira bilangan peserta yang memilih kriteria yang sama dalam
borang tersebut. Borang ini membolehkan pengkaji mengetahui minat,

227

kefahaman dan kesesuaian murid terhadap pembelajaran dan pengajaran topik
simpulan bahasa.

Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan satu kaedah
yang membolehkan seseorang penyelidik mendapat maklumat kajian secara
mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka berlangsung (face-to-face)
dengan peserta kajian. Sebanyak 3 soalan diberikan sebelum menggunakan kad
bergambar dan 4 soalan bagi menguji keberkesanan selepas menggunakan
metod tersebut.

Teknik seterusnya ialah lembaran kerja murid dalam bentuk intervensi.
Seperti ujian pos dan ujian pra, tiga tahap ujian intervensi bagi setiap aktiviti
berbeza akan diberikan kepada murid selepas pembelajaran menggunakan kad
bergambar. Kekerapan murid membuat kesalahan untuk ketiga-tiga lembaran
kerja akan dibandingkan.

Akhir sekali, bagi meningkatkan kredibiliti kajian penyelidikan yang
dibuat, ujian pasca dan ujian pra dipraktikkan. Ujian pra diberi kepada murid
selepas guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan
kad bergambar. Ujian pasca pula diberikan selepas pengajaran dan
pembelajaran simpulan bahasa dijalankan dengan menggunakan kad
bergambar. Markah yang diperoleh daripada kedua-dua ujian akan
dibandingkan.

REFLEKSI KAJIAN

Refleksi Dapatan

a) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian murid sebelum dan
selepas penggunaan kad bergambar?

Berdasarkan ketiga-tiga intervensi yang telah dijalankan dengan berlainan
aktiviti, peningkatan markah dalam ujian penulisan dilihat semakin
memberangsangkan di antara keempat-empat peserta kajian tersebut. Murid

Markah Intervensi Subjek Kajian

15

10

5

0 MURID B MURID C MURID D
MURID A

INTERVENSI 1 INTERVENSI 2 INTERVENSI 3

228

juga menunjukkan minat yang mendadak dalam topik simpulan bahasa.
Berdasarkan pemerhatian, subjek lebih bersemangat menjawab soalan
intervensi dengan kadar yang lebih cepat berbanding sebelum intervensi
dijalankan.

Rajah 1. Graf Keputusan Perbandingan Selepas Menjalani Intervensi

Keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan kemajuan dalam data
akhir ujian pra dan pasca yang dibuat sebelum dan selepas penggunaan kaedah
kad bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajah 2 menunjukkan
peningkatan berlaku dalam kadar mencanak selepas menggunakan kad
bergambar. Peserta kajian berjaya menjawab dengan mudah dalam mengingati,
menyatakan maksud dan juga membina ayat mudah berdasarkan simpulan
bahasa yang telah dipelajari.

Murid Keputusan Keputusan Peningkatan
Ujian Pra (%)
Ujian Pasca (%) Markah (%)

A 60% 100% 40%

B 80% 100% 20%

C 95% 100% 5%

D 10% 100% 90%

Rajah 2 Analisis Keputusan Pra dan Pasca Selepas Menggunakan Kad
Bergambar

b) Apakah persepsi murid terhadap penggunaan kad bergambar
dalam proses PdPc simpulan bahasa?

Berdasarkan pemerhatian iaitu berdasarkan nota lapangan yang telah dijalankan,
murid menunjukkan tingkah laku disruptif semasa mempelajari topik simpulan
bahasa berdasarkan kaedah tradisional.

229

Rajah 3 Nota Lapangan Pada 9 September 2021 Yang Mencatatkan Tingkah

Laku Peserta Kajian C Dan D Sebelum Intervensi.
Pemerhatian sebelum dan selepas direkod dalam bentuk perbandingan

jadual. Hasil dapatan mengalami perbezaan yang ketara antara murid A, B, C
dan D dalam kajian yang telah dilakukan. Jadual di bawah menunjukkan
perbezaan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan pengkaji sepanjang proses
intervensi.

Rajah 4 Perbandingan Murid Sebelum dan Selepas Menggunakan Kad
Bergambar
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, dapat dirumuskan
bahawa terdapat perbandingan yang jelas tentang pencapaian subjek sebelum
dan selepas mengikuti intervensi menggunakan kad bergambar dalam
menguasai pengetahuan simpulan bahasa. Hasil dapatan analisis dan
perbandingan terhadap ujian diagnostik, intervensi susulan, ujian pra dan pasca
menunjukkan perbezaan terhadap pencapaian subjek. Dapatan ini juga disokong
oleh temu bual yang dilakukan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Jelas
membuktikan kesan positif diterima oleh subjek setelah didedahkan dengan

230

teknik kad bergambar. Kajian juga dilakukan secara tertib iaitu dengan
mengumpul data awal dan akhir menggunakan temu bual dan borang soal selidik.

Melalui pelaksanaan kajian ini, pengkaji juga sedar bahawa seorang
pendidik perlulah mempunyai kemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis
dalam mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah serta mengambil
langkah yang proaktif bagi memastikan setiap masalah yang dihadapi mampu
dikendalikan dengan baik. Secara keseluruhannya, pengkaji berharap agar
usaha dalam meningkatkan taraf kualiti pendidikan di Malaysia boleh dilakukan.

Pengkaji haruslah sentiasa bersemangat waja dan sentiasa melengkapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam
dunia pendidikan.
Cadangan TindakanSecara keseluruhannya, kajian yang dilaksanakan ini
diharapkan agar dapat dijadikan rujukan kepada warga pendidik, ibu bapa atau
masyarakat luar yang ingin menggunakan kaedah ini untuk membantu murid
dalam mengurangkan tingkah laku disruptif serta meningkatkan motivasi untuk
belajar dan mengikuti sesi PdPc. Dalam masa yang sama, pengkaji turut
berharap agar kajian-kajian tentang motivasi murid seperti ini akan diteruskan
pada masa yang akan datang, sekaligus mendokong usaha meningkatkan kualiti
hidup murid serta pendidikan di negara kita. Sekiranya pengkaji ditempatkan di
sekolah kelak, pengkaji akan memantapkan lagi kaedah penggunaan kad
bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid sekolah.
Penkaji akan cuba menghasilkan inovasi yang lebih canggih di mana dapat
menarik minat semua murid. Pengkaji akan memvariasikan strategi pengajaran
untuk memastikan keberkesanan pembelajaran berlaku.

231

RUJUKAN
Caplan, F., & Caplan, T. (1973). The Power of Play. Garden City, NY: Anchor

Press1Doubleday

Dwyer, F., M. (1970). Exploratory Studies In The Effectiveness Of Visual Illustrations.
AV Communication Review, 18(3), 235-249.

Gardner, H. (1983). Frames Of Mind: A Theory Of Multiple Intelligencs. New York:
Basic Books.

Hafizah Ramlee & Aliza Alias. (t.t). Keberkesanan Penggunaan Kad Imbasan Dalam

Meningkatkan Penguasaan Mengenal Dan Mengecam Abjad Dalam Kalangan
Kanak-Kanak Prasekolah Orang Asli. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jonathan at al., (2012). The Use Of Flashcards In An
Introduction To Psychology Class. 39(3), 199-202. USA: University of Kentucky.

Hashimah et al., (2010) Sosiokognitif Pelajar Remaja Terhadap Bahasa Melayu. GEMA:
Online Journal of

Language Studies, 10 (3). pp. 67-87. ISSN 1675-8021

Novi Nuryani, Odo Fadloeli. (2021). The Utilization Of Flashcards In Teaching English
To Young Learners. Volume 4, No. 2, March 2021, p ISSN 2614-

Marzano, R. J. (with Marzano, J. S., & Pickering, D. J.,). (2003a). Classroom Management
That Works. Alexandria, VA: ASCD

Muhammad Ridzuan Idris. (2017). Kompetensi Guru Pelatih Di Sebuah Institut
Pendidikan Guru Dalam Melaksanakan Latihan Mengajar. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan 4(2): 39 55.

Rosnah Yunus. (2016). Keberkesanan Kad Imbasan Bergambar Dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaca Suku Kata Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Parit Jawa, Muar, Johor. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Wan Yahya. (2015). Persepsi Pelajar Cemerlang Biologi Terhadap Kepentingan
Penggunaan Visual Melalui Buku Teks dalam Pembelajaran Biologi. Master
thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

Cerbin, W. (2019). Research-Based Guidelines For Using Flashcards To Improve Your

Learning. https://takinglearningseriously.com/wp-

content/uploads/2019/11/Flashcard-Guidelines.pdf

232

PENGGUNAAN MUNSYI CILIK BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN
KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID TAHUN 5

Nurul Syuhada binti Zamri & Madlaim bin Ejib
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Melayu bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa pasar dalam
penulisan ayat bahasa Melayu yang lengkap bagi murid Tahun 5 menggunakan
kaedah Munsyi Cilik. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah yang
terdapat di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian ini melibatkan lima orang murid
yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki.
Cara pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji semasa melaksanakan
kajian ini ialah melalui tiga cara iaitu pemerhatian, pembahagian borang soal
selidik kepada responden dan ujian pra dan pos. Berdasarkan pemerhatian awal
yang diperolehi membolehkan pengkaji mencadangkan penggunaan Munsyi Cilik
sebagai salah satu cara bagi meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
kalangan murid sekaligus membantu murid membina ayat yang gramatis dengan
menggunakan perkataan bahasa Melayu dengan tepat. Hasil dapatan kajian
melalui ujian pra dan pos yang dijalankan menunjukkan kesan positif dimana
responden dapat meningkatkan penguasaan dalam penggunaan perkataan
bahasa Melayu yang tepat semasa membina ayat. Responden dapat membina
ayat gramatis dengan menggunakan perkataan yang bersesuai dengan maksud
yang ingin disampaikan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan Munsyi Cilik
dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu bagi murid Tahun 5.

Kata kunci: Munsyi Cilik ialah kamus poket yang mengandungi kosa kata bahasa
Melayu

PENGENALAN

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah yang tertakluk dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan menengah lepas. Akta
pendidikan 1996 menyatakan bahawa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang wajib dalam Sistem Pendidikan
Malaysia. Sehubungan itu, bahasa Melayu mula menjadi bahasa pengantar pada
peringkat sekolah. Zuraini Ramli, Anida binti Sarudin dan Husna Faredza
Mohamed Redzwan (2017) menyatakan bahawa kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di Malaysia telah
mencapai tahap yang membanggakan.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang terdiri daripada tiga gelombang iaitu gelombang pertama (20130-2015),

233

gelombang kedua (2016-2020) dan gelombang ketiga (2021-2025). Gelombang
pertama yang bermula dari tahun 2013 hingga 2015 memberi penekanan kepada
menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan
program. Hal ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyemak semula panduan sistem pendidikan iaitu Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Perubahan yang dilakukan ialah lebih tertumpu kepada tiga
kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Maka untuk melaksanakan hasrat ini, mata pelajaran
Bahasa Malaysia perlu diwajibkan di setiap sekolah dan dititikberatkan dari
pelbagai aspek bermula peringkat sekolah rendah. Dalam pembelajaran Bahasa
Melayu terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.
Kemahiran-kemahiran ini dapat dirujuk dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pembelajaran (DSKP). Salah satu kemahiran yang terdapat dalam Bahasa
Melayu yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini
amat penting dikuasai oleh mereka demi mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang. Kemahiran menulis juga merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan kemahiran bertutur. Keupayaan
menulis dengan tepat merupakan satu kemahiran yang menjadi asas utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Namun, terdapat beberapa isu pendidikan yang berkaitan dengan bahasa
Melayu yang melibatkan kemahiran menulis. Seperti yang sedia maklum,
Malaysia mempunyai rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan etnik yang
mempunyai bahasa atau loghat percakapan yang berbeza. Bahasa pertuturan
setiap etnik seakan sebati dengan diri masing-masing kerana telah digunakan
sejak kecil. Hal ini kerana, penggunaan bahasa baku kurang digunakan dalam
kehidupan harian berbanding dengan penggunaan bahasa pertuturan harian.
Oleh itu, isu yang menjadi pilihan untuk kajian pengkaji adalah berkaitan dengan
tahap penguasaan murid terhadap kosa kata bahasa Melayu. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan semasa menjalani praktikum selama tiga bulan,
pengkaji mendapati isu ini perlu di atasi agar murid dapat menghasilkan
penulisan ayat bahasa Melayu dengan tepat serta dapat memartabatkan bahasa
Melayu di mata dunia. Kemahiran menulis ini merujuk kepada keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis tertumpu kepada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping
tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Kegagalan murid untuk menggunakan perkataan yang betul dalam
penulisan ayat bahasa Melayu akan menyebabkan mereka kehilangan markah
dalam peperiksaan dan ujian kertas penulisan Bahasa Malaysia. Kesalahan
yang dilakukan ini perlu pandang serius supaya generasi akan datang masih
dapat mengaplikasikan bahasa Melayu baku dengan baik tanpa
mencampuradukkan bahasa dalam satu ayat. Kesan daripada kekeliruan murid
terhadap kosa kata bahasa Melayu boleh menyebabkan maksud yang ini
disampaikan tidak jelas dan berlaku salah faham dalam penyampaian ayat.
Setelah menyedari kewujudan isu ini, pengkaji telah mengambil keputusan
untuk melaksanakan kajian ini bagi meningkatkan tahap penguasaan murid

234

terhadap kosa kata bahasa Melayu bagi membantu murid menghasilkan
penulisan ayat yang betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

FOKUS KAJIAN
Semasa menjalani praktikum, pengkaji mendapati bahawa masih terdapat murid
tahun 5 yang tidak dapat menghasilkan ayat bahasa Melayu secara gramatis
menggunakan perkataan bahasa Melayu dengan tepat. Pengaruh bahasa
pertuturan harian menyebabkan murid tidak dapat membezakan perkataan
bahasa Melayu yang betul. Isu ini merupakan salah satu isu yang perlu
dititikberatkan kerana melibatkan kemahiran menulis. Kemahiran menulis
merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dari peringkat
sekolah lagi. Hal ini kerana, kemahiran menulis antara kemahiran yang terdapat
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang perlu dikuasai oleh
murid. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membuat satu keputusan untuk
memilih isu ini sebagai isu kajian tindakan. Kegagalan murid untuk menguasai
kemahiran menulis akan menyebabkan murid tidak dapat menepati piawaan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika isu ini
dipandang remeh dan tidak berusaha untuk mencari cara untuk mengatasinya
dengan segera, sudah pasti akan mempengaruhi keputusan murid dalam
penulisan dan pencapaian keseluruhan. Oleh itu, pengkaji telah merancang satu
intervensi bagi membantu menyelesaikan permasalahan ini. Pengkaji telah
menghasilkan satu bahan yang diberi nama Munsyi Cilik untuk membantu murid
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan
murid Tahun 5 tanpa dipengaruhi oleh bahasa pertuturan harian.

SOALAN KAJIAN

Adakah penggunaan Munsyi Cilik dapat membantu murid Tahun 5
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu tanpa dipengaruhi
oleh bahasa pertuturan harian

PESERTA KAJIAN

Fokus utama pengkaji ialah kepada murid-murid Tahun 5 yang mana
merupakan kelas yang diajar oleh pengkaji. Pengkaji telah menjalankan
pemerhatian awal terhadap murid Tahun 5 seramai 13 orang yang terdiri
daripada 6 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Peserta kajian ini
melibatkan 8 orang murid yang berbangsa Dusun dan beragama Kristian.
Manakala, yang selebihnya adalah terdiri daripada murid yang beragama Islam
dan berbangsa melayu.

235

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Model yang dipilih adalah Model Kurt Lewin (1946) yang dikenali sebagai Kurt
dalam melaksanakan kajian ini. Menurut Lewin

(1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral
of steps). Model Kurt Lewin terdiri daripada empat langkah utama yang

berbentuk satu lingkaran iaitu terdiri perancangan dan diikuti dengan bertindak,
memerhati dan mereflek. Berikut merupakan huraian tindakan yang dijalankan
oleh penyelidik dalam kajian penyelidikan tindakan yang telah dirancang.

Jadual 1
Ringkasan Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan

Peringkat Tindakan
Merancang
Pada peringkat merancang, pengkaji telah melakukan
Bertindak pemerhatian awal bagi mengesan masalah tahap penguasaan
peserta terhadap kosa kata bahasa Melayu. Selain itu,
Memerhati pengkaji juga telah melaksanakan analisis kertas ujian pra
Mereflek peserta bagi mengenal pasti masalah penggunaan kosa kata
yang salah semasa menghasilkan ayat bahasa Melayu. Data
yang terkumpul digunakan untuk merancang intervensi yang
bersesuai.

Hasil dapatan pengumpulan data awal pengkaji telah
menghasilkan satu bahan untuk membantu peserta mengatasi
masalah penggunaan kosa kata yang salah. Pengkaji
menggunakan Munsyi Cilik untuk membantu peserta
mengatasi masalah dalam menggunakan kosa kata yang
salah semasa menghasilkan penulisan ayat. Pengkaji
menerangkan dan mendemonstrasikan cara penggunaan
Munsyi Cilik kepada peserta kajian. Setelah itu, intervensi
berbentuk pelbagai jenis latih akan dijalankan.

Selepas pelaksanaan intervensi, pengkaji akan menjalankan
ujian pos untuk melihat perkembangan peserta dalam
menguasai kosa kata bahasa Melayu setelah menggunakan
Munsyi Cilik. Setelah itu, pengkaji akan menganalisis data
yang diperolehi untuk melihat keberkesanan penggunaan
Munsyi Cilik.

Setelah data ujian pos dikumpul dan dianalisis, pengkaji akan
melakukan satu refleksi bagi melihat keberkesanan
menggunakan Munsyi Cilik bagi mengatasi masalah
penggunaan kosa kata yang salah semasa menghasilkan
penulisan ayat bahasa Melayu. Dengan ini, pengkaji akan
melakukan penambahbaikan yang sesuai jika intervensi yang
telah dijalankan terhadap peserta menunjukkan kesan yang
tidak memuaskan.

236

Jadual 2

Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan

Langkah Tindakan Perkara

1 Ujian Pra Pada awal kajian, ujian pra telah dijalankan

kepada 13 orang murid.

2 Penggunaan Pengkaji telah melaksanakan penggunaan

Munsyi Cilik Munsyi Cilik kepada peserta kajian.

Pengkaji memperkenalkan dan menerangkan

cara penggunaan Munsyi Cilik.

Peserta kajian perlu menggunakan Munsyi

Cilik untuk mencatatkan kosa kata baharu

bagi menambah penguasaan mereka

terhadap kosa kata bahasa Melayu.

3 Intervensi 1 Peserta kajian dikehendaki mengenal pasti

maksud perkataan bahasa Melayu dengan

tepat dan menyusun ayat dengan lengkap

mengikut struktur ayat yang betul.

4 Intervensi 2 Peserta kajian dikehendaki membina ayat

lengkap menggunakan kosa kata yang tepat

berdasarkan gambar dan perkataan yang

diberikan.

5 Intervensi 3 Peserta kajian menjelaskan maksud

perkataan yang diberi dan membina ayat

berdasarkan perkataan yang diberi.

6 Latihan 1 Peserta kajian dikehendaki menulis ayat

berdasarkan gambar yang diberi tanpa

perkataan yang disediakan,

7 Ujian Pos Pengkaji menjalankan ujian pos kepada

kepada peserta kajian.

Kajian tindakan yang dijalankan mempunyai kerangka pelaksanaan agar
perjalanan kajian ini berjalan dengan lancar. Antara langkah tindakan yang telah
dilakukan oleh pengkaji terdiri daripada tujuh bahagian iaitu ujian pra,
penggunaan Munsyi Cilik, intervensi 1, intervensi 2, intervensi 3, latihan 1 dan
ujian pos. Langkah pertama, pengkaji telah mengenal pasti masalah
penggunaan kosa kata bahasa Melayu yang salah melalui ujian pra yang telah
dijalankan terhadap 13 orang murid. Setelah mengenal pasti masalah, pengkaji
telah merancang satu bahan bagi mengatasi masalah penggunaan kosa kata
bahasa Melayu yang salah. Bahan yang dihasilkan ialah Munsyi Cilik yang
merupakan sebuah buku yang mengandungi kosa kata bahasa Melayu.
Penggunaan Munsyi Cilik ini adalah untuk membantu peserta kajian
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan peserta
kajian.

Kaedah Mengumpul Data

Data ialah maklumat yang dikumpulkan untuk membantu memudahkan proses
membuat penilaian atau sesuatu keputusan. Data juga dikenali sebagai butiran

237

atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan berdasarkan
sesuatu tajuk atau topik yang ingin dibincangkan. Data yang terkumpul boleh
dijadikan instrumen terhadap sesuatu kajian. Pengkaji telah menggunakan tiga
kaedah semasa proses mengumpul data kajian ini bagi mencapai objektif kajian
yang telah ditetapkan. Antaranya ialah kaedah pemerhatian, kaedah analisis
dokumen dan kaedah ujian.

Cara Menganalisis Data

Perancangan yang rapi sebelum memulakan kajian adalah merupakan satu
keperluan yang perlu dititikberatkan oleh pengkaji. Persiapan yang mencukupi
akan membantu memudahkan pengkaji untuk melaksanakan intervensi,
mendapatkan data dan juga membuat analisis data yang diperoleh dengan.
Cara menganalisis data merupakan salah satu perkara yang penting dalam
sesebuah kajian. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan beberapa cara analisis
data bagi menjamin kelancaran kajian ini. Antaranya ialah menggunakan
kaedah pemerhatian, kaedah analisis dokumen dan kaedah ujian. Pengkaji telah
mengambil pendekatan analisis kandungan yang merupakan salah satu cara
untuk mendapatkan data sebagai bukti pelaksanaan kajian serta menjadi
rujukan semasa pelaksanaan kajian.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menilai sejauh mana tahap keberkesanan
Kaedah Munsyi Cilik yang digunakan sebagai intervensi dalam mengatasi
masalah pengaruh bahasa pertuturan harian dalam penulisan ayat bahasa
Melayu. Dalam bab ini, pengkaji telah merancang dan membuat pembahagian
analisis dapatan kajian kepada tiga bahagian iaitu analisis data pemerhatian,
analisis data dokumen dan analisis data ujian. Data yang diperolehi telah
dianalisis secara kualitatif. Data dianalisis bagi melihat peningkatan tahap
penguasaan murid terhadap kosa kata bahasa Melayu. Turutan analisis data
dalam menilai keberkesanan penggunaan kaedah Munsyi Cilik dalam penulisan
ayat Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

PEMERHATIAN PEMERHATIAN
AWAL

PEMERHATIAN
AKHIR

ANALISIS DATA ANALISIS SEBELUM
DOKUMEN INTERVENSI

SELEPAS
INTERVENSI

UJIAN UJIAN PRA
UJIAN POS

Rajah 1 : Turutan Analisis data yang digunakan oleh Pengkaji.

238

Analisis Data Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan data kajian. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian untuk
persoalan kajian berdasarkan objektif kajian yang pertama dan kedua iaitu
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan murid
Tahun 5 tanpa dipengaruhi oleh bahasa pertuturan harian dan mengaplikasikan
penggunaan Munsyi Cilik bagi membantu murid mengatasi masalah kekurangan
kosa kata bahasa Melayu dalam penghasilan ayat bahasa Melayu. Sehubungan
itu, pengkaji telah membuat pembahagian berkaitan pemerhatian kepada dua
bahagian iaitu pemerhatian awal dan pemerhatian kali kedua.

Jadual 3: Hasil Dapatan Pemerhatian Awal Peserta Kajian Sebelum Intervensi

Peserta Kajian

Item A B CDE

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1/ / / / /

2/ / / / /

3/ / / / /

4/ ////

5/ // //

Jadual 4 : Hasil Dapatan Pemerhatian Awal Peserta Kajian Selepas Intervensi

Item Peserta Kajian

ABCDE

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1/ / / / /

2/ / / / /

3/ / //

4/ / //

5/ / / / /

Berdasarkan analisis data pemerhatian yang dilaksanakan sebelum dan selepas
intervensi, pengkaji mendapati bahawa objektif pertama dan objektif kedua bagi
kajian ini iaitu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam
kalangan murid Tahun 5 tanpa dipengaruhi oleh bahasa pertuturan harian dan
mengaplikasikan penggunaan Munsyi Cilik bagi membantu murid mengatasi
masalah kekurangan kosa kata bahasa Melayu dalam penghasilan ayat bahasa
Melayu dapat dicapai. Munsyi Cilik yang digunakan dapat membantu murid
mengingati kosa kata bahasa Melayu yang betul sekaligus menambahkan kosa
kata baharu yang belum pernah diketahui oleh peserta kajian. Penguasaan kosa
kata yang luas membolehkan peserta kajian menghasilkan penulisan ayat yang

239


Click to View FlipBook Version