The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-27 03:03:35

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2018 BAHASA MELAYU 1

Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan
petunjuk keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian.
Koleksi Artikel Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan
oleh para pelajar Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 2021 IPGK
Kent dengan bimbingan pensyarah jabatan.

Keywords: Bahasa Melayu,Pengajaran Bahasa Melayu

M1 telah menunjukkan peningkatan iaitu dari 5% kepada 80%. Bagi M2 pula, peningkatan
penguasaan membaca ayat mudah dapat dilihat daripada 30% meningkatkan kepada
85%. Hal ini dapat menunjukkan bahawa kedua-dua murid menunjukkan peningkatkan
yang amat baik dalam penguasaan membaca ayat mudah.

REFLEKSI

Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah
pandang sebut dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai iaitu Kad SuKaWarna yang
mempunyai perbezaan warna bagi setiap suku kata. Hal ini kerana, sebelum
melaksanakan intervensi, pengkaji mendapati murid hanya suka membaca secara
beramai-ramai sahaja. Apabila dipilih secara sukarela, murid yang sama sahaja akan
tampil berdiri untuk membaca. Walau bagaimana pun, selepas intervensi, kemahiran
membaca telah meningka

dianalisis yang menunjukkan peningkatan melalui markah ujian. Peningkatan markah
ujian tersebut menunjukkan setiap murid mengingati proses-proses yang dilakukan
bersama pengkaji bagi setiap perkataan atau topik yang difokuskan. Hal ini membuktikan
murid mengalami pemindahan pembelajaran positif kerana murid melakukan
pemindahan sebagai proses membaik pulih dan mengembangkan pengetahuan sedia
ada melalui situasi baharu yang dialaminya (Torrey & Shavlik, 2009). Peningkatan jumlah
markah telah membuktikan bahawa objektif terhadap penggunaan kaedah pandang
sebut dalam penguasaan kemahiran membaca yang disasarkan kepada murid telah
berjaya dicapai.

Kaedah pengajaran amat berperanan sebagai sumber kefahaman, minat
dan komitmen murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan salah
satu faktor penting dalam sesuatu pengajaran (Normazidah, 2012). Penguasaan
kemahiran membaca dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah pandang sebut
berbantukan Kad SuKaWarna kerana murid mula mengecam dan menghafal serta
menggabungkan bunyi dua, tiga atau empat lalu menyebutnya terus selapas intervensi
dijalankan. Tambahan pula, murid mula yakin untuk membatangkan setiap perkataan
dengan sebutan yang jelas dan baku. Oleh itu, peranan kaedah pengajaran begitu
penting sehingga dikatakan seorang guru yang tekun, mempunyai kelayakan akademik
dan pengetahuan yang cemerlang tidak menjamin kecemerlangan muridnya sekiranya
tidak disertakan dengan kaedah mengajar yang baik dan sistematik (Mohd Zaidi, 2005).

Implikasinya, kajian ini membantu kepada guru-guru dan sekolah dalam
menangani masalah pembacaan dalam kalangan murid sama ada di Tahap 1 atau Tahap
2 kerana boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi tindakan selanjutnya dalam
membandung masalah ini daripada terus berlanjutan.

140

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kesimpulannya, kemahiran membaca perlu diambil serius agar tidak memberikan kesan
buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Hal ini kerana, kemahiran
membaca merupakan asas yang perlu dikuasai oleh murid dalam setiap mata pelajaran
(Abdul Rasihd Jamian, 2018). Misalnya, ketinggalan dalam bidang akademik atau
pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran
yang lain. Ini menyebabkan murid kurang berminat untuk belajar malah ada yang terus
tidak suka ke sekolah. Akibatnya juga, daripada segi psikologi keadaan ini menyebabkan
murid berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca

Oleh yang demikian, bagi menambah baik lagi penyelidikan yang dilaksana
ini, terdapa beberapa cadangan yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah
mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses intervensi untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca. Menurut Sumiyati (2011), ketika bermain akan
berlaku pelbagai penerokaan, penemuan, penciptaan, perkembangan pemikiran,
perkembangan bahasa, perkembangan motor halus dan kasar, imaginasi dan kreativiti.
Oleh itu, pengkaji harus merancang dan menjalankan permainan bahasa yang sesuai
dengan tahap penguasaan mereka sebagai salah satu langkah intervensi yang
dijalankan bersama murid. Misalnya, menjalankan teka silang kata dengan meminta
murid mencari perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh pengkaji
menggunakan Kad SuKaWarna. Murid perlu menyebut gambar yang dilihat, kemudian
baru mencari perkataan di dalam teka silang kata tersebut. Permainan ini membantu
mereka untuk mengetahui cara menyebut suku kata dengan betul.

RUJUKAN

Chang, Bo., Xu, Renmei, & Watt, Tiffany. (2018). The Impact of Colors on Learning. Adult Education
Research Conference 2018, University of Victoria, Canda, June 7-10

Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II: Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, (Januari 2014, Bil. 2 Isu 1)

Yahaya et. Al. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk pismp dan dpli. Perak: Institut
Pendidikan Guru KPM, Kampus Ipoh.

Wendy M. Sleeth. (2009). The Use Of Colour To Increase Memorization. Department Of

Psychology. Jurnal Pendidikan, diperoleh daripada

http://clearinghouse.missouriwestern.edu/manuscripts/480.php

Torrey, L., & Shavlik, J. (2009). Transfer Learning. Machine Learning. 9(1913), 1-22

141

Jamian, A. R., & Baharom, N. N. (2018). Kesan Penggunaan Teknik KWLH Dalam Kemahiran
Membaca Kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Effect of the KLWH Technique in
Reading skills Among the Sudents of Chinese Primary School). Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 8(3), 48-56.

142

MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT MAJMUK GABUNGAN

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 DENGAN MENGGUNAKAN KATA

HUBUNG TeGaPoGa

Nurhasmi Binti Abd Rahman

Encik Tajip Bin Tassan

PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018

IPG Kampus Kent

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 3 dalam meningkatkan
penguasaan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan Teknik TeGaPoGa. Tinjauan
awal menunjukkan peserta kajian menghadapi masalah membina ayat majmuk
gabungan yang paling ketara iaitu pengulangan perkataan atau frasa yang sama tanpa
menggugurkan salah satu perkataan. Kajian ini membantu dalam menambah baik
amalan pengajaran pengkaji melalui pengaplikasian Teknik TeGaPoGa. Kajian ini
dijalankan ke atas lima orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah di kawasan Telipok
yang memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran bahasa Melayu dalam ujian pra
yang dijalankan. Pengkaji menjalankan kajian beorientasikan teori Kemmis dan Mc
Taggart (1988). Data dikumpulkan melalui pemerhatian, ujian penilaian iaitu ujian pra dan
pasca serta analisis dokumen. Analisis data dijalankan secara kualitatif. Penggunaan
Teknik TeGaPoGa dalam latihan membina ayat majmuk gabungan dengan kata hubung

intervensi yang dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi dalam kemahiran
membina ayat majmuk gabungan. Peserta kajian telah mengetahui cara membina ayat

tepat dengan menggunakan Teknik TeGaPoGa. Kesimpulannya, keputusan analisis
data-data yang telah dikumpul membuktikan bahawa penggunaan Teknik TeGaPoGa
dapat membantu meningkatkan penguasaan murid membina ayat majmuk gabungan

Kata Kunci : peserta kajian, kemahiran, Teknik TeGaPoGa, kata hubung, kualitatif

PENGENALAN

Kemahiran membina ayat dirangkumkan dalam kemahiran menulis. Kemahiran
menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid
kerana ia merupakan salah satu aspek yang penting dalam bahasa Melayu.
Menurut Robert Lado (1980 dalam Ahmad Khair Mohd Nor, 2003), menulis
bermaksud memberikan symbol grafik bagi melambangkan bahasa yang
difahami oleh seseorang itu supaya orang lain boleh membaca simbol grafik jika

143

mereka mengetahui bahasa dan symbol grafiknya. Oleh itu, penguasaan
terhadap kemahiran menulis ini perlu ditekankan semasa di sekolah rendah lagi.
Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran sekolah rendah telah digubal untuk
memantapkan lagi penguasaan kemahiran menulis semasa di sekolah rendah.

Kajian tindakan ini tertumpu kepada menghasilkan kemahiran menulis
mekanis di mana murid dikehendaki membina ayat dengan menggunakan kata
hubung untuk menghasilkan ayat majmuk. Pada peringkat awal sekolah (Tahun
1-Tahun 4) sebelum melangkah ke Tahun 6, murid sudah diberikan pendedahan
mengenai cara membina ayat tunggal dan ayat majmuk agar mereka mampu
menghasilkan sebuah karangan yang berformat dan tidak berformat. Kajian ini
dijalankan untuk mencari kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi
masalah pembinaan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung

teknik TeGaPoGa
diperkenalkan kepada murid Tahun 3 untuk memudahkan proses membina ayat
majmuk gabungan dengan menggunakan kata hu

FOKUS KAJIAN
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memfokuskan peserta kajian yang
mempunyai latar belakang yang jauh berbeza dari segi ekonomi, keluarga dan
pergaulan di dalam kelas. Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian adalah
tidak dapat membina ayat majmuk gabungan dengan tepat berdasarkan ayat dan
kata hubung yang diberikan. Masalah ini telah dikesan melalui semakan buku
latihan dan lembaran kerja yang diberikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Hal yang demikian, kajian dijalankan untuk
meningkatkan penguasaan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata
hubung yang diberikan. Berikut adalah merupakan sampel lembaran kerja
peserta kajian.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam membina ayat majmuk gabungan

144

Soalan Kajian

Adakah kemahiran peserta kajian dalam membina ayat majmuk gabungan
apat ditingkatkan melalui Teknik

TeGaPoGa ?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian merupakan murid Tahun 3 seramai lima orang di salah sebuah
sekolah di kawasan Kota Kinabalu. Responden kajian terdiri daripada tiga orang
murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kesemua responden tersebut
mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana. Responden kajian ini terdiri
daripada tiga orang murid yang berbangsa Dusun, seorang murid berbangsa
Bajau dan seorang murid lagi berbangsa Melayu. Responden kajian juga
merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dan
boleh dikategorikan dalam kalangan murid yang biasa. Tempoh pelaksanaan
kajian dijalankan adalah bermula selama tiga minggu. Untuk tujuan penyelidikan,
pengkaji telah diberi peruntukan masa 120 minit (2 jam) dalam seminggu selama
tiga minggu oleh guru mata pelajaran di sekolah tersebut.

Kumpulan telah dikenalpasti melalui tinjauan awal yang telah dijalankan
menerusi semakan lembaran kerja dan melihat ujian-ujian prestasi yang
terdahulu. Tiga daripada lima responden menghadapi masalah tidak dapat
membina ayat majmuk gabungan dengan betul berdasarkan gambar sementara
dua lagi responden menghadapi masalah seperti pengulangan perkataan atau
klausa yang sama dalam membina ayat majmuk gabungan menggunakan kata

pemeriksaan lembaran kerja responden dan ujian pra yang diberikan. Respoden
tersebut merupakan murid yang lemah dalam membina ayat majmuk gabungan

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Model Kajian Tindakan

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Adaptasi Model Stephen Kemmis dan
McTaggart (1998) dama Rosinah Edinin (2012) untuk menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Menurut Khairuddin Mohamad (2014), model ini diasaskan oleh
Stephen Kemmis yang bertugas sebagai Dekan School Of Education, Deakin
University, Australia pada tahun 1988. Model kajian tindakan ini sering digunakan
oleh pengamal pengkaji termasuklah pengkaji kajian ini kerana mudah untuk
difahami dan dikendalikan.

145

Rosinah Edinin (2012) menyatakan bahawa Model Stephen Kemmis dan
Mactaggart (1998) terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan,
pemerhatian dan refleksi. Model berkenaan dilaksanakan secara berulang-ulang

sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Perancangan
disemak dan dikemaskini agar dapat menghasilkan perancangan yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengkaji. Kebiasaannya,
model ini digunakan apabila masalah sebenar tidak diketahui lagi dan mengapa

masalah berkenaan berlaku dalam amalan.

Proses Pelaksanaan Kajian

Pengkaji menjalankan proses pelaksanaan berdasarkan kepada Model
Lingkaran Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988) seperti yang berikut :

Fasa Kajian Tindakan
Fasa Pertama
Membuat refleksi dan 1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
membuat tinjauan awal murid semasa sesi pengajaran kemahiran
membina ayat majmuk.
Fasa Kedua
Merancang 2. Memeriksa lembaran hasil kerja murid
daripada proses pembelajaran tentang ayat
Fasa Ketiga majmuk.
Bertindak
1. Meracang tindakan untuk menyelesaikan
Fasa Keempat masalah yang dihadapi oleh murid seperti
Memerhati kaedah intervensi yang ingin dilaksanakan.

2. Merancang objektif yang sesuai dengan
masalah yang dihadapi.

3. Menyediakan soalan kajian berdasarkan
objektif yang dibentuk.

4. Membuat instrument untuk mengumpul data
seperti ujian diagnostik dan ujian
pencapaian.

Menjalankan intervensi yang telah dirancang :
i. Menjalankan ujian pra.
ii. Menjalankan intervensi Peringkat I,
Peringkat II, Peringkat III, Peringkat IV
dan Peringkat V.
iii. Menjalankan ujian pasca.

1. Merekod hasil pemerhatian semasa ujian pra
dan ujian pasca.

2. Menganalisis data yang telah dikumpul untuk
menilai keberkesanan tindakan yang telah
dijalankan.

3. Membuat laporan berdasarkan dapatan
kajian yang diperoleh.

146

Setelah itu, pengkaji menjalankan intervensi yang merangkumi lima
intervensi yang berunsurkan ansur maju iairu dari tahap mudah ke tahap
sederhana dan kemudian tahap sukar. Jadual berikut merupakan peringkat

pelaksanaan intervensi pengkaji terhadap peserta kajian.

Peringkat Jenis Intervensi
Satu (I)
i. Memperkenalkan Teknik TeGaPoGa kepada
Dua (II) peserta kajian.

Tiga (III) ii. Peserta kajian membina ayat majmuk gabungan
dengan bimbingan.
Empat (IV)
Lima (V) i. Membina ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan Teknik TeGaPoGa dalam Jadual
Petak Berwarna (JPB) dengan kata hubung yang
diberikan.

i. Membina ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan Teknik TeGaPoGa dalam Jadual
Petak Tanpa Warna (JPTW) dengan kata hubung
yang diberikan.

i. Membina ayat majmuk gabungan dengan kata
hubung yang diberikan dengan bantuan garis
lurus tanpa Jadual Petak.

i. Membina ayat majmuk gabungan berdasarkan
gambar yang diberikan (Pengayaan).

Kaedah Pengumpulan Data

Kajian pengkaji memberi fokus kepada peserta kajian yang menghadapi masalah
dalam membina ayat majmuk. Dalam menjalankan kajian tindakan, pengkaji
menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan termasuklah pemerhatian, ujian penilaian
seperti ujian pra dan pasca serta analisis dokumen. Dapatan kajian ini
menyokong dan menjawab persoalan kajian yang telah dirangka.

DAPATAN KAJIAN
Soalan Kajian :
Adakah kemahiran Peserta Kajian dalam membina ayat majmuk gabungan

melalui Teknik TeGaPoGa?

147

120% Ujian Pra
100% Ujian Pasca

80% Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta
60% Kajian A Kajian B Kajian C Kajian D Kajian E
40%
20%

0%

Pengkaji menggunakan data ujian pra dan ujian pasca untuk menjawab
persoalan kajian ini. Markah ini diperoleh oleh Peserta kajian dalam intervensi
yang dijalankan menunjukkan keberkesanan penggunakan teknik TeGaPoGa
dalam membantu meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan

peningkatan dalam setiap intervensi yang memberangsangkan. Hasil dapatan
ujian pencapaian juga menunjukkan perbezaan markah yang diperoleh oleh
peserta kajian. Peserta Kajian B menunjukkan peningkatan sebanyak 80%, iaitu
20% markah pada Ujian Pra dan telah memperoleh 100% markah pada Ujian
Pasca. Manakala Peserta Kajian D dan Peserta Kajian E menunjukkan
penigkatan sebanyak 60%. Peserta Kajian A dan Peserta Kajian C menunjukkan
peningkatan sebanyak 100%, iaitu daripada 0% markah pada Ujian Pra dan telah
memperoleh 100% markah pada Ujian Pasca. Kedua-dua peserta kajian ini
mempunyai peratusan peningkatan tertinggi antara kelima-lima peserta kajian
dalam membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung
yang diberikan. Perkara ini semestinya memberi gambaran bahawa Peserta
Kajian kajian semakin mahir membina ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan Teknik TeGaPoGa.

Berdasarkan kepada hasil lembaran kerja peserta kajian, jelas
menunjukkan berlakunya perubahan dalam kemahiran membina ayat majmuk
gabungan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Semasa ujian pra
dilaksanakan, kesemua peserta kajian masih tidak dapat memahami prinsip
struktur binaan ayat majmuk yang betul dari aspek susunan subjek dan predikat.
Hal ini menyebabkan peserta kajian menulis perkataan yang sama secara
berulang dalam binaan ayat tersebut tanpa melakukan proses pengguguran
salah satu perkataan yang sama pada dua ayat tunggal yang diberikan. Namun,
selepas teknik TeGaPoGa diperkenalkan kepada peserta kajian, sedikit demi
sedikit telah menunjukkan perubahan terhadap keseua peserta kajian yang telah
mula mahir membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung

Melalui lembaran kerja tersebut, dapat dilihat dengan jelas perbezaan
yang ketara terhadap hasil kerja bagi setiap peserta kajian semasa ujian pra dan
ujian pasca dijalankan oleh pengkaji. Hal ini dapat dilihat melalui Peserta Kajian
A kerana pengkaji mendapati Peserta Kajian A menulis perkataan yang tidak

148

Situasi ini dilakukan oleh peserta kajian semasa
menjalani ujian pra. Namun, kesilapan tersebut tidak diulangi lagi selepas
mengaplikasikan teknik TeGaPoGa semasa membina ayat majmuk gabungan
pada ujian pasca yang dilakukan. Peserta Kajian A berjaya membina ayat

berdasarkan ayat tunggal yang diberikan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
tiada unsur pengulangan perkataan atau frasa yang sama dalam binaan ayat
majmuk yang dihasilkan oleh peserta kajian menggunakan ayat tunggal yang
diberikan.

Peserta Kajian B pula hanya menulis semula ayat tunggal yang diberikan
tanpa menggunakan kata hubung. Hal ini dapat dilihat melalui ujian pra iaitu
peserta kajian hanya sekadar menulis semula ayat tunggal yang diberikan tanpa
menggunakan kata hubung. Namun, semasa ujian pasca pula peserta kajian
tidak lagi menulis semula semua ayat tunggal yang diberikan tanpa kata hubung
selepas mengaplikasikan teknik TeGaPoGa dalam membina ayat majmuk
gabungan dengan menggun
yang sangat positif kepada peserta kajian itu sendiri selepas berjaya membina

TeGaPoGa. Begitu juga dengan dengan Peserta Kajian C yang mana frasa ditulis
secara berulang semasa membina ayat majmuk gabungan pada ujian pra.
Setelah mengaplikasikan teknik TeGaPoGa dalam membina ayat majmuk
gabungan dengan
membina ayat majmuk gabungan dengan betul pada ujian pra. Pengulangan
perkataan yang sama tidak berlaku lagi pada ujian pencapaian. Situasi ini
menunjukkan bahawa teknik TeGaPoGa dapat membantu peserta kajian dalam
membina ayat majmuk gabungan dengan betul.

Seterusnya, hasil kerja Peserta Kajian D telah membuktikan bahawa
peserta kajian ini mengaplikasikan teknik TeGaPoGA dengan baik semasa
menjawab ujian pasca. Pada ujian pra, peserta kajian ini menulis perkataan
secara berulang kali dalam ayat majmuk yang dihasilkan semasa ujian pra.
Namun setelah mengaplikasikan teknik SuGuBi pada ujian pencapaian, Peserta
Kajian tidak lagi melakukan pengulangan frasa yang sama dalam membina ayat

dengan Peserta Kajian E yang mana peserta kajian ini menulis perkataan secara
berulang pada ujian pra. Namun, pada ujian pencapaian peserta kajian ini
mengaplikasikan teknik TeGaPoGa dalam membina ayat majmuk gabungan.
Peserta kajian ini tidak lagi menulis perkataan yang berulang pada ujian
penilaian.

149

REFLEKSI

Berdasarkan kajian ini, pengaplikasian teknik TeGaPoGa dalam membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan

jelas menunjukkan hasil yang positif dan dapat dilihat melalui peningkatan yang
sangat ketara. Pelaksanaan teknik TeGaPoGa ini adalah berdasarkan
pelaksanaan latihan secara berperingkat dan telah banyak membantu
meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam membina ayat majmuk bagi
subjek Bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui ujian-ujian penilaian yang
dilakukan seperti ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen
seperti lembaran-lembaran kerja peserta kajian semasa intervensi dilaksanakan.
Melalui penyelidikan tindakan ini juga, pengkaji telah dapat menyelesaikan
masalah yang telah dikenalpasti dengan lebih sistematik.

Hasil analisis yang dijalankan, penggunaan teknik TeGaPoGa terbukti
dapat membantu murid membina ayat majmuk dengan lebih mudah dan betul.
Hal ini menunjukkan teknik TeGaPoGa yang digunakan dalam mebina ayat
majmuk ini memberi kesan yang baik terhadap perkembangan kemahiran
bahasa murid-murid. Selain itu, prestasi peserta kajian dalam kemahiran
membina ayat majmuk gabungan telah meningkat setelah intervensi dijalankan.
Walaupun pada ujian pra dapat dilihat peserta kajian sangat lemah dan tidak
menguasai kemahiran membina ayat majmuk gabungan.

Pelaksanaan kajian tindakan ini juga telah memberi kesedaran kepada
pengkaji bahawa setiap murid mempunyai peluang tersendiri untuk memperbaiki
kelemahan mereka sekiranya diberikan peluang dan bimbingan yang berterusan
serta kaedah rawatan yang sesuai. Pengkaji turut menyedari bahawa
pengaplikasian teknik TeGaPoGa dalam membina ayat majmuk dapat
membantu pengkaji meningkatkan kemahiran peserta kajian membina ayat
majmuk gabungan dengan lebih baik. Selain menghasilkan inovasi kaedah
pengajaran dalam topik ayat majmuk, pengkaji juga dapat melihat peserta kajian
berminat dengan penggunaan teknik TeGaPoGa semasa aktiviti membina ayat
majmuk. Oleh itu, pemilihan fokus kajian yang berkisar tentang kemahiran
membina ayat majmuk dalam kalangan murid Tahun Tiga ini sangat sesuai.

Hal ini menyebabkan peserta kajian dapat mengembangkan idea dalam
aspek penulisan yang selanjutnya pada masa yang akan datang. Pada pendapat
pengkaji, pengaplikasian teknik TeGaPoGa ini dapat menjawab semua
persoalan kajian pengkaji. Selain meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk. Pengkaji juga dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
pengkaji di sekolah. Oleh itu, pengkaji akan berusaha meneruskan penggunaan
teknik TeGaPoGa ini dalam pengajaran pengkaji kelak dan sentiasa membuat
penambahbaikan dalam teknik ini.

150

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam penyelidikan ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada peningkatan

kemahiran aras rendah. Pengkaji tidak menekankan struktur ayat yang gramatis
memandangan peserta kajian dalam kajian ini disediakan binaan ayat dan kata
hubung. Peserta kajian hanya perlu menggabungkan namun kemahiran ini telah
menjadi fokus kajian pengkaji. Hal ini disebabkan tinjauan awal yang dijalankan
pengkaji mendapati kesemua peserta kajian suka menulis perkataan yang sama
secara berulang dalam membina ayat majmuk dengan kata hubung yang
diberikan. Peserta kajian menjadikan dua ayat yang diberikan menjadi satu ayat
panjang iaitu menggabungkannya dengan kata hubung diberikan tanpa
menggugurkan salah satu perkataan yang sama pada salah satu ayat tersebut.
Lebih-

Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi peringkat kemahiran membina ayat
majmuk yang seterusnya. Salah satunya, teknik TeGaPoGa ini boleh
diaplikasikan pada kata hubung yang lain seperti lain, kerana, tetapi, atau, lalu
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pembinaan bahan bantu mengajar yang
maujud juga dapat dilaksanakan bagi memudahkan murid membina ayat majmuk
dengan menggunakan dua ayat tunggal yang diberikan. Pengaplikasian teknik
ini masih sama jika ayat tunggal dan kata hubung disediakan. Jika pada peringkat
yang lebih tinggi iaitu binaan ayat berpandukan gambar rajah tunggal sahaja,
teknik ini hanya boleh digunakan setelah murid dapat mengenalpasti ayat yang
ingin dibina. Kemudian, teknik TeGaPoGa ini digunakan bagi membantuk
mengelakkan pengulangan perkataan yang sama dalam membina ayat majmuk
sekiranya kemahiran berada pada aras yang tinggi.

Kajian selanjutnya juga mungkin boleh dijalankan dengan meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk yang betul dari segi penggunaan huruf besar,
tanda baca, kata hubung, kata kerja dan kosa kata yang sesuai. Selain itu,
tempoh pelaksanaan penyelidikan mungkin perlu dilanjutkan agar penggunaan
teknik TeGaPoGa ini menjadi satu rumus yang perlu diingat dan digunakan
dalam peperiksaan bagi murid-murid yang akan menghadapi ujian percubaan
sebelum memasuki alam sekolah menengah. Pada kitaran akan datang, pengkaji
akan cuba untuk menjadikan penggunaan teknik TeGaPoGa menjadi luas iaitu
semua kata hubung yang terdapat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamain. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu:
Masalahdalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa.

Abdul Rasid Jamain. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis
Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar: Kertas

151

kerja Universiti Pendidkan Sultan (Mei 2011).
Abdullah Hassan (2005). Lingusitik Am. Kuala Lumpur: PTS

Publications &Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa

Melayu.KualaLumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd. Nor. (2005). Menulis mebina ketrampilan berfikir.

PelitaBahasa, Julai 18 (7):12-14.
Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran

dalamLinguistik. Petaling Jaya: Sasbadi.

152

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 3
MENGGUNAKAN ABM IKUT RENTAKKKU BERSERTA CLASS DOJO

KHAIRIL ASYRAF BIN JAMAT

PISMP BAHASA MELAYU SK-2

IPG KAMPUS KENT, SABAH

EMEL: [email protected]

ABSTRAK

PdPR bukan lagi satu perkara baharu dalam situasi semasa dan telah wujud
disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan
pelbagai implikasi dan mengubah keadaan semasa khususnya sistem
pendidikan di dalam negara kita. Melihat kembali kepada pengalaman pengkaji
ketika menjalani praktikum fasa satu mendapati bahawa pelaksanaan PdPR
secara menyeluruh telah mempengaruhi penglibatan murid secara mendadak.
Masalah keterlibatan murid semasa kelas PdPR ini setelah diteliti oleh pengkaji
berpunca daripada tahap penguasaan membaca murid yang lemah. Kelemahan
dalam kemahiran membaca memberikan kesan kepada pencapaian murid dalam
semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, kajian tindakan ini memberikan fokus
kepada masalah membaca murid ketika sesi PdPR bahasa Melayu. Kajian ini
bertujuan untuk menunjukkan keberkesanan ABM Ikut Rentakku berserta
peneguhan positif berbentuk ganjaran menggunakan Class Dojo dalam
meningkatkan kemahiran membaca murid ketika sesi PdPR bahasa Melayu.
Model penyelidikan Kemmis & McTaggart (1988) telah digunakan dalam
melaksanakan kajian ini. Peserta kajian melibatkan tiga orang murid tahun tiga di
sebuah sekolah rendah di daerah Kuching, Sarawak. Pengkaji telah
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam mengukur peningkatan
pembacaan dan penglibatan murid. Dapatan kajian menunjukkan kesan yang
baik apabila terdapatnya peningkatan dalam pembacaan dan penglibatan murid
ketika sesi PdPR bahasa Melayu. Justeru, penggunaan ABM Ikut Rentakku
berserta peneguhan positif ini boleh diperluaskan untuk membantu meningkatkan
kemahiran membaca murid bagi subjek bahasa Melayu ketika sesi PdPR.

Kata kunci: PdPR, kemahiran membaca, peneguhan positif, ABM Ikut Rentakku,
Class Dojo

PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bukan lagi satu
perkara baharu dalam situasi semasa dan telah wujud disebabkan oleh pandemik
Covid-19. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai implikasi dan
mengubah keadaan semasa khususnya sistem pendidikan di dalam negara kita
(Mahad, Ugartini & Hamzah, 2021). Oleh itu, para guru perlu mempelbagaikan
strategi pengajaran yang digunakan. Guru-guru yang mempelbagaikan strategi
pengajaran dapat membantu murid-muridnya menguasai pelbagai ilmu bahasa
dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall 1989). Penggunaan strategi

153

pembelajaran yang bersesuaian dengan murid akan membantu murid menguasai
kemahiran membaca.

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas
pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi
memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada
pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran
yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan
komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta
berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada
gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman
membaca (Abdul Rasid, 2011).

Melihat kembali kepada pengalaman pengkaji ketika menjalani praktikum
fasa 1 mendapati bahawa pelaksanaan PdPR secara menyeluruh telah
mempengaruhi penglibatan murid secara mendadak. Masalah keterlibatan murid
semasa kelas PdPR ini setelah diteliti oleh pengkaji berpunca daripada tahap
penguasaan pembacaan murid yang lemah. Menurut Roslan Chin dan
Nurahimah Yusoff (2017) dalam penulisan mereka menyatakan bahawa
kemahiran membaca merentas semua mata pelajaran. Kelemahan dalam
kemahiran membaca memberi kesan kepada pencapaian rendah dalam semua
mata pelajaran di sekolah. Jadual 1 dan 2 menunjukkan bacaan murid yang
lemah yang telah dianalisis menggunakan simbol fonetik dan empat tingkat
intonasi.

Jadual 1

Pra Pembacaan Murid

Murid (M) Transkrip

M1 [Po.ko/] [bel.lin.jau] [ba.nya/] [ke.gu.na.an] [ke.pa.da] [ma.nu.sa].
[Buah], [daun] [dan] [pu.co/. a] [da.pat] [men.ja.di] [sam.ber]
[pen.da.pa.tan] [ke.pa.da] [pen.ta.ni]. [Buah] [bel.lin.jau]
[bia.san. a] [di.ja.di.kan] [ke.r .p k] [be.lin.jau]. [Ki.ni], [ke.r .p k]
[bel.lin.jau] [di.pe.ba.gai.kan] [ra.sa.na]. [A.da] [ra.sa] [pe.das]
[ma.nis] [dan] [ma.sin].

Jadual 2

Bacaan Murid Menggunakan Empat Tingkat Intonasi Pada Peringkat Pra Bacaan

Murid (M) Transkrip

154

M1 Pokok belinjau [2-3] banyak [4] kegunaan kepada manusia [2-4].
Buah, daun dan pucuknya [2-4] dapat menjadi sumber
pendapatan kepada petani [2-4]. Buah belinjau biasanya
dijadikan kerepek belinjau [2]. Kini [2-4], kerepek belinjau
dipelbagaikan rasanya [2-3]. Ada rasa pedas,[2-4] manis dan
masin [2-3].

Jadual 3

Keputusan Pra Bacaan Murid

DAPAT TIDAK
MENGUA
PERKARA SAI DAPAT CATATAN

MENGUASAI

1. Dapat memahami
maksud ayat yang /
dibaca.

2. Dapat /
membatangkan
perkataan yang
mengandungi
suku kata.

3. Dapat menyebut /
perkataan dengan
jelas dan tepat
ketika membaca.

4. Menggunakan

intonasi yang /

sesuai ketika

membaca.

5. Dapat membaca /
dengan lancar dan
tidak tersekat-
sekat.

Perkara ini akan mengganggu prestasi murid secara menyeluruh. Banyak kajian
yang pernah dijalankan telah membuktikan bahawa murid-murid yang
bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut
bermasalah dalam bidang akademik (Chatterji, 2006; Md. Daud, 2005). Hal ini
kerana pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan
yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek

155

pembelajaran murid (Tay Meng Huat, 2003). Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk
mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah keterlibatan dan
pembacaan murid ketika sesi PdPR Bahasa Melayu dijalankan. Diharapkan
dengan adanya tindakan yang akan dilakukan ini, kemahiran membaca murid
akan dapat ditingkatkan dengan baik.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini memberikan fokus kepada masalah membaca murid
ketika sesi PdPR dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan
kebolehtadbiran alat bantu mengajar (ABM) Ikut Rentakku dalam meningkatkan
kemahiran membaca murid ketika sesi PdPR yang akan dibantu oleh peneguhan
positif berbentuk ganjaran menggunakan Class Dojo.

Pemilihan isu membaca dilihat signifikan apabila pengkaji dihubungi oleh
salah seorang ibu kepada murid yang diajar pengkaji yang menyatakan bahawa:

anak saya? Anak saya sehingga sekarang masih tidak boleh membaca dengan
baik. Sebab tu kelas cikgu dia malu nak masuk sebab dia takut untuk melibatkan

Para ibu bapa dan penjaga yang lain apabila ditanya berkenaan isu keterlibatan
anak mereka semasa aktiviti membaca ketika sesi PdPR juga menyatakan
jawapan yang sama di mana rata-rata daripada anak-anak mereka menghadapi
masalah membaca menyebabkan anak mereka kurang melibatkan diri ketika sesi
PdPR dilaksanakan.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Meningkatkan kemahiran membaca murid menggunakan ABM Ikut
Rentakku.

Berdasarkan objektif kajian, maka satu persoalan kajian dibina seperti berikut:

i. Adakah ABM Ikut Rentakku membantu dalam meningkatkan
kemahiran membaca murid?

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih seorang murid tahun 3 dari sebuah sekolah
sekitar Kuching, Sarawak. Peserta kajian ini dipilih kerana mereka masih belum
menguasai kemahiran membaca di mana mereka belum boleh mencapai Tahap
Penguasaan minimum yang digariskan oleh KPM iaitu Tahap Penguasaan Tiga.
Maklumat berkenaan peserta kajian boleh dirujuk pada Jadual 4.

Jadual 4

Peserta Kajian

156

Murid Jantina Bangsa Umur Perwakilan
Murid 1 L Melayu 9 M1

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji menggunakan Model Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
sebagai panduan untuk melakukan tindakan. Model ini dipilih kerana model ini
amat bersesuaian dengan tindakan yang dilakukan oleh pengkaji. Setelah
menyediakan langkah yang bersesuaian, pengkaji akan menggunakan
pemerhatian menggunakan senarai semak pra dan pasca bacaan sebagai
medium mengumpul data.

Untuk menyelesaikan masalah yang timbul, pengkaji akan menggunakan
dua alat bantu. Alat bantu yang pertama merupakan Ikut Rentakku. Ikut Rentakku
merupakan sebuah templat khas yang direka menggunakan perisian PowerPoint
untuk melatih murid membaca. Terdapat tiga tahap yang perlu dilalui murid. Pada
tahap pertama, setiap perkataan akan diwarnakan mengikut suku kata. Setelah
menguasai tahap 1, murid akan pergi kepada tahap 2. Pada tahap ini, murid
dikehendaki untuk membaca ayat yang diberikan mengikut rentak yang telah
disediakan. Pada langkah ini juga, murid dikehendaki untuk menggunakan
intonasi bacaan yang betul. Setelah menguasai tahap 2, murid akan dibawa ke
tahap 3. Pada tahap ini, setiap suku kata tidak lagi diwarnakan. Perkara ini
dilakukan untuk membiasakan murid membaca teks yang tidak diasingkan suku
katanya menggunakan warna.

Semasa tindakan menggunakan ABM Ikut Rentakku dilaksanakan,
pengkaji akan menggunakan Class Dojo untuk meningkatkan motivasi murid dan
menggalakkan penglibatan murid. Class Dojo ialah sistem pengurusan tingkah
laku dalam talian yang bertujuan untuk memupuk tingkah laku pelajar dan budaya
bilik darjah yang positif. Murid memperoleh Dojo Point berdasarkan tingkah laku
bilik darjah mereka. Murid akan diberikan pemarkahan berdasarkan penglibatan
mereka sepanjang PdPR berlangsung. Perkara ini dilakukan untuk meningkatkan
motivasi dan penglibatan murid semasa belajar di samping mewujudkan
persaingan yang positif di antara mereka. Hal ini akan mendorong kepada
kewujudan suasana pembelajaran yang kondusif.

Kajian ini merupakan sebuah kajian yang menggunakan kaedah
pengumpulan data secara kualitatif. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012),
penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri dan data kualitatif
biasanya akan didapati di dalam bentuk temu bual, pemerhatian, dan soal selidik.
Oleh itu, kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan pemerhatian telah dipilih.
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara terus dalam menilai
peningkatan murid membaca. Untuk itu, pengkaji telah menyediakan sebuah
senarai semak yang dibina sendiri oleh pengkaji berpandukan Objektif Standard
Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 3 yang disediakan oleh KPM iaitu murid boleh
membaca petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta
memahaminya.

157

Pemerhatian ini akan dilakukan sepanjang berlangsungnya sesi PdPR
untuk aktiviti membaca. Pengkaji akan mengarahkan murid untuk melakukan pra
dan pasca bacaan dengan menggunakan ABM Ikut Rentakku dan dapatan
daripada pembacaan tersebut akan dianalisis. Pengkaji juga menggunakan
Class Dojo untuk menggalakkan penglibatan dan meningkatkan minat murid
untuk membaca.

Setelah data dikumpulkan, kaedah kualitatif akan digunakan untuk
menganalisis dapatan data yang diperoleh. Maklumat yang diperoleh daripada
dapatan itu pula akan disemak menggunakan triangulasi. Triangulasi ialah
kombinasi beragam sumber data, tenaga pengkaji, teori dan teknik metodologi
dalam suatu pengkajian atas gejala sosial (Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Kaedah
triangulasi boleh meningkatkan kredibiliti penemuan dan saranan yang dihasilkan
dalam sesuatu penyelidikan (Lincoln, 1995; Stake, 1995). Dalam kajian ini,
triangulasi data dan triangulasi dalam kaedah telah dipilih untuk digunakan.

DAPATAN KAJIAN

Peningkatan pembacaan murid dinilai oleh pengkaji berdasarkan pra dan
pasca bacaan menggunakan transkrip bacaan dan tingkat intonasi yang
dilakukan oleh murid. Dapatan pasca pembacaan ditunjukkan pada Jadual 5 dan
6. Jadual 7 menunjukkan peningkatan tersebut menggunakan senarai semak.

Jadual 5
Pasca Pembacaan Murid

Murid (M) Transkrip

M1 [Po.ko/] [be.lin.jau] [ba.nya/] [ke.gu.na.an] [ke.pa.da] [ma.nu.sia].
[Buah], [daun] [dan] [pu.cu/. a] [da.pat] [men.ja.di] [sum.ber]
[pen.da.pa.tan] [ke.pa.da] [pe.ta.ni]. [Buah] [be.lin.jau] [bia.sa. a]
[di.ja.di.kan] [ke.r .p k] [be.lin.jau]. [Ki.ni], [ke.r .p k] [be.lin.jau]
[di.pel.ba.gai.kan] [ra.sa. a]. [A.da] [ra.sa] [pe.das] [ma.nis] [dan]
[ma.sin].

Jadual 6
Bacaan Murid Menggunakan Empat Tingkat Intonasi Pada Peringkat Pasca
Bacaan

Murid (M) Transkrip

158

M1 Pokok belinjau [2-4] banyak kegunaan kepada manusia [2-3].
Buah, daun dan pucuknya [2-4] dapat menjadi sumber
pendapatan kepada petani [2-3]. Buah belinjau [2-4] biasanya
dijadikan kerepek belinjau [2-3]. Kini [2-4], kerepek belinjau
dipelbagaikan rasanya [2-3]. Ada rasa pedas,[2-4] manis dan
masin [2-3].

Jadual 7
Pasca Bacaan M1

PERKARA DAPAT TIDAK CATATAN
MENGU DAPAT
ASAI MENGU
ASAI

1. Dapat memahami

maksud ayat yang /

dibaca.

2. Dapat membatangkan

perkataan yang /
mengandungi suku

kata.

3. Dapat menyebut

perkataan dengan jelas /
dan tepat ketika

membaca.

4. Menggunakan intonasi

yang sesuai ketika /

membaca.

5. Dapat membaca

dengan lancar dan tidak /

tersekat-sekat.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan
senarai semak yang telah dibina, pengkaji mendapati terdapat peningkatan yang
signifikan yang ditunjukkan oleh peserta kajian selepas menggunakan ABM Ikut
Rentakku berserta Class Dojo. Data yang ditunjukkan pada pasca bacaan
menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan dari segi sebutan. Perkara ini
dibuktikan apabila M1 berjaya menyebut setiap suku kata dengan jelas mengikut
simbol fonetik bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga peningkatan dari segi
intonasi pembacaan oleh peserta kajian yang ditunjukkan menggunakan tingkat
intonasi. Peningkatan dari segi intonasi tersebut telah membantu untuk
meningkatkan lagi penguasaan dan kelancaran membaca murid.

159

Dapatan daripada pemerhatian ini telah berjaya membuktikan bahawa
terdapatnya peningkatan pembacaan yang dilakukan oleh murid. Hasil dapatan
ini telah menunjukkan bahawa persoalan kajian yang pertama telah dijawab di
mana ABM Ikut Rentakku yang disertakan dengan peneguhan positif
menggunakan Class Dojo dapat membantu dalam meningkatkan pembacaan
yang dilakukan oleh murid.

REFLEKSI

Setelah melaksanakan kajian serta membuktikan keberkesanan ABM
Ikut Rentakku berserta peneguhan positif berbentuk ganjaran menggunakan
Class Dojo, pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam
penguasaan pembacaan murid. Respons yang diterima daripada peserta kajian
juga berbentuk positif di mana rata-rata daripada mereka memberikan maklum
balas yang baik selepas menggunakan templat yang dihasilkan oleh pengkaji.
Hal ini kerana, ABM Ikut Rentakku berserta Class Dojo ini dihasilkan untuk
memenuhi kehendak dan minat murid semasa PdPR. Penggunaan perisian dan
templat multimedia ini akan dapat mendorong ke arah sesi PdPR yang lebih aktif
dan kondusif. Abdul Rasid Jamian (2011) menyatakan bahawa dalam era
multimedia ini adalah lebih penting bagi para guru untuk melihat kepada cara-
cara penggunaan multimedia. Hal ini bukan sahaja memberi pengetahuan yang
lebih kepada guru tetapi juga membantu menggerakkan minda murid-murid.
Keadaan ini akan mencetuskan idea baharu yang akan memberi pengetahuan
baharu kepada mereka.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian ini juga telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan ABM Ikut
Rentakku berserta Class Dojo membantu dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid. Namun demikian, pembuktian ini tidak bermaksud bahawa ini
merupakan penyelesaian yang konkrit. Oleh sebab itu, tindakan yang digunakan
dalam kajian ini hendaklah digunakan pada persekitaran sekolah dan latar
belakang murid yang berbeza dan diintegrasikan dengan kegunaan TMK yang
lagi baik. Perkara ini akan dapat membantu dalam mengembangkan lagi
kebolehgunaan dan kebolehtadbiran ABM ini. Kesimpulannya, diharapkan guru-
guru sekolah akan rendah mempelbagaikan bahan pengajaran terutama sekali
sewaktu PdPR agar kemahiran-kemahiran asas murid-murid seperti membaca,
menulis dan mendengar dan bertutur dapat ditingkatkan dengan baik.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 1 12. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/19/19

Chatterji, M. (2006). Reading achievement gaps, correlates, and moderators of early
reading achievement: Evidence from the early childhood longitudinal study
(ECLS) kindergarten to first grade sample. Journal of Educational Psychology,
98(3), 489 507.

Chin, Roslan & Mohd Yusoff, Nurahimah (2017). Penggunaan strategi pembelajaran
bahasa untuk menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan
khas. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning

160

(ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah,

Malaysia. http://www.seml.uum.edu.my/images/Proceedings/Proceedings.pdf

Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan

Kualitatitif. 1-15.

Lincoln, Y -93.

Mahad, I., Ugartini, M. & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap dan Motivasi Murid Sekolah

Rendah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang

Perintah Kawalan Pergerakan. Malay Language Education Journal, 11(1), 16-

28.

Md. Daud Taha. (2000). Bacaan mekanis dan hubungannya dengan kemahiran bertutur.

Bandar Seri Begawan: Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah.

Oxford, R. dan D. Crookall. 1989. Research on Six Situational Language Learning

Strategies: Methods, Findingsand Instructional Issues. Modern Language

Journal. 73(4): 404-419.

Stake, R. E. (1995). The art of case study research. Thousand Oaks, California: SAGE

Publication.

Tay Meng Huat. (2003). Satu tinjauan terhadap sikap dan masalah guru Bahasa Melayu

di sekolah rendah jenis kebangsaan

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS

161

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PENANDA WACANA

MANISAH BINTI MOHD ISA
PISMP BAHASA MELAYU 2 (SK) AMBILAN JUN 2018

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan penanda
wacana dalam karangan fakta murid Tahun Lima melalui Turutan PADDAK. Di
samping, membantu memudahkan murid mengingati penanda wacana yang
sesuai diaplikasikan dalam karangan fakta. Penyelidik memilih Model Kemmis &
McTaggart (1988) sebagai model dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan ini.
Peserta kajian terdiri daripada lapan orang murid Tahun Lima di salah sebuah
sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Penyelidik telah menjalankan
tinjauan awal terhadap peserta kajian dan mendapati bahawa peserta kajian
menghadapi masalah dalam menulis teks karangan yang mempunyai sifat
kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Bagi
mengatasi masalah ini, penyelidik telah mengetengahkan satu intervensi iaitu
penggunaan Turutan PADDAK dalam mengaplikasikan penanda wacana dalam
penulisan karangan fakta secara teknik ansur maju yang melibatkan latihan
berperingkat. Akronim PADDAK merupakan singkatan bagi enam penanda
wacana iaitu P (Pada masa ini), A (Antara), D (Di samping itu), D (Ditambah lagi),
A (Akhir sekali) dan K (Kesimpulannya). Penyelidikan ini menggunakan kaedah
pemerhatian berstruktur, ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan temu bual
sebagai instrumen pengumpulan data. Manakala, analisis data yang digunakan
oleh penyelidik adalah kaedah triangulasi. Hasil analisis data mendapati bahawa
terdapat peningkatan yang diperolehi selepas enam kali rawatan yang telah
dijalankan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan Turutan PADDAK
sangat berkesan dan dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan
penggunaan penanda wacana dalam karangan fakta Bahasa Melayu Tahun
Lima.

Kata Kunci : Penulisan, Karangan Fakta, Bahasa Melayu, Tahun Lima, Turutan
PADDAK

PENGENALAN
Kini, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, murid dilatih dengan pelbagai
jenis penulisan dan genrenya. Sehubungan itu, berdasarkan pengalaman
mengajar di sekolah praktikum yang lalu selama 12 minggu, penyelidik
mendapati bahawa kebanyakan isu yang wujud dalam proses PdP Bahasa
Melayu pada peringkat sekolah rendah adalah masalah dalam penulisan
karangan. Makanya, penyelidik telah melakukan tinjauan awal terhadap murid
Tahun Lima. Menerusi tinjauan awal tersebut, penyelidik melihat terdapat
beberapa isu pembelajaran Bahasa Melayu yang wujud. Antaranya, ramai murid

162

Tahun Lima mengalami masalah pembelajaran dalam menghasilkan karangan
yang kohesi dan koheren.

Aspek kohesi dan koheren dapat diwujudkan dengan penggunaan
penanda wacana. Hal ini kerana, penanda wacana merupakan kata perangkai
yang mewujudkan pertautan dan kesinambungan antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga terbentuknya teks yang kohesi dan koheren serta
bermakna. Di samping itu, berdasarkan kajian lalu, jelas terbukti bahawa
penggunaan penanda wacana yang merupakan kata atau frasa perangkai
membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan
maklumat atau gagasan menjadi lancar dan tidak melompat-lompat.

Dalam konteks kemahiran menulis, murid perlu menggunakan penanda
wacana untuk memulakan ayat bagi setiap perenggan untuk menghasilkan
penulisan karangan yang kohesi dan koheren. Misalnya, karangan fakta dalam
kertas Penulisan Bahasa Melayu pada bahagian C. Permasalahan timbul dalam
kalangan murid Tahun Lima apabila masih terdapat beberapa murid yang tidak
mampu dan tidak mahir menggunakan penanda wacana dalam penulisan
karangan jenis fakta. Justifikasi bagi mengatasi masalah ini, penyelidik akan
mencadangkan untuk menggunakan satu intervensi yang telah penyelidik
ubahsuai dan olah mengikut kesesuaian sebagai tindakan untuk mengatasi
masalah tajuk penyelidikan ini iaitu Turutan PADDAK, yang idea asalnya adalah
teknik ASDSA oleh Rosman Muhamad Amin pada tahun 2016.

PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan Turutan PADDAK dalam kajian ini adalah menjurus kepada
meningkatkan tahap ingatan dan penggunaan penanda wacana yang betul
dalam penulisan karangan jenis fakta supaya murid menghasilkan teks yang
mempunyai sifat kesepaduan, kesinambungan dan bermakna. Ini kerana tiada
penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan murid. Buktinya, hasil
ujian pra yang dilaksanakan, didapati bahawa isu tersebut sememangnya
merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh murid Tahun Lima. Penghasilan
Turutan PADDAK adalah selaras dengan tuntutan yang digariskan dalam
Standard Kandungan (SK) 3.3 menghasilkan penulisan dan khususnya pada
Standard Pembelajaran (SP) 3.3.1 mendraf dan menghasilkan penulisan
berformat dan tidak berformat seperti yang terdapat dalam DSKP BM Tahun 5.
Secara keseluruhannya, intervensi Turutan PADDAK adalah berdasarkan
dorongan oleh beberapa asas yang utuh sebagai usaha untuk membantu
memudahkan murid mengingati penanda wacana dalam menghasilkan penulisan
karangan fakta dengan baik. Intihanya, dengan bantuan Turutan PADDAK, murid
lebih mudah mengaplikasikan penanda wacana dalam penulisan karangan jenis
fakta.

SOALAN KAJIAN

Bagaimanakah murid dapat mengingati enam penanda wacana yang
betul dengan menggunakan Turutan PADDAK dalam penulisan
karangan jenis fakta?
KAJIAN LITERATUR

163

Penyelidik mendapati bahawa murid Tahun Lima sering menghadapi masalah
untuk menghubungkan setiap ayat dengan ayat atau perenggan dengan
perenggan semasa menulis karangan fakta. Khatijah Abdul Hamid (1997) juga
mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah masih tidak mampu untuk
menghasilkan sebuah karangan yang baik dari segi kesinambungan dan
kesepaduan antara ayat-ayat dan perenggan-perenggan. Kepaduan dalam teks
sesebuah karangan yang dihasilkan perlulah mempunyai kesatuan kerana
sesuatu teks merupakan contoh-contoh sebenar berkomunikasi dalam
menyampaikan bahasa (Johnstone, 2002). Sehubungan itu, penyelidik telah
memilih untuk menggunakan tiga instrumen bagi mengumpul data awal sebelum
proses pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu pemerhatian berstruktur, analisis
dokumen menerusi hasil kerja murid dan ujian pra.

Kesemua instrumen tersebut digunakan bertujuan untuk melihat sejauh
mana masalah kemahiran menulis karangan fakta yang kohesi dan koheran yang
dihadapi dalam kalangan murid Tahun Lima. Tambahan lagi, Hsieh & Shannon
(2007) menjelaskan analisis dokumen merupakan salah satu metod kajian selain
etnografi, teori beralas atau berlandas, fenomenologi dan kajian sejarah yang
digunakan untuk tujuan menganalisis data dokumen serta temu bual berbentuk
teks. Di samping itu, analisis data juga merupakan 22 salah satu teknik khusus
bagi kajian kualitatif (Creswell, 2009). Kaedah ini turut sesuai dikombinasi dengan
kaedah kualitatif yang lain iaitu berkait rapat dengan triangulasi.

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, penyelidik menjalankan enam
latihan berperingkat bagi melatih dan meningkatkan keupayaan mengingat
peserta kajian terhadap enam penanda wacana yang betul berdasarkan Turutan
PADDAK. Hal ini demikian kerana, kaedah bacaan berulang didapati
memberikan kesan terhadap kemahiran kefahaman dalam kalangan kanak-
kanak (Freeland, Skinner & Jackson, 2000
Sehubungan itu, bacaan berulang memerlukan kanak-kanak untuk membaca
semula petikan teks berulang kali untuk satu tempoh masa tertentu atau sehingga
kriteria kelancaran telah dipenuhi (Musti-Rao, Hawkins & Barkley, 2009; Reutzal
dan Cooter, 2005). Oleh itu, membaca secara berulang bukan sahaja membantu
kanak-kanak memperbaiki pencapaian pemahaman, malah dapat
mempertingkatkan kosa kata, dan pembacaan lisan.
METODOLOGI
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan dua kaedah pengumpulan data.
Kaedah yang digunakan sepanjang proses pelaksanaan kajian ini merupakan
kaedah triangulasi yang melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Tambahan
lagi, sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, penyelidik telah menggunakan
tiga instrumen untuk mengumpul dan menghurai data iaitu menerusi kaedah
pemerhatian berstruktur, analisis dokumen hasil kerja peserta kajian dan ujian
pra dan pasca. Kemudiannya, data-data yang diperoleh dianalisis dan dibuat
interpretasi sebelum membuat hasil dapatan dan rumusan berdasarkan kajian
yang dilaksanakan. Bagi data kuantitatif pula, penyelidik menghuraikan
berdasarkan beberapa instrumen yang telah dipilih. Pengumpulan data dan
analisis data secara kuantitatif dihuraikan menggunakan analisis statistik
deskriptif. Penyelidik menggunakan graf, penjadualan dan rajah sebagai salah
satu kaedah untuk menginterpretasi data yang dikumpul sepanjang kajian ini
dilaksanakan. Kajian ini melibatkan lapan orang peserta kajian yang terdiri
daripada tiga murid lelaki dan lima murid perempuan dari Tahun Lima. Peserta

164

kajian adalah daripada pelbagai tahap prestasi akademik iaitu baik dan
sederhana, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, semua
peserta kajian adalah murid aliran perdana dan berkebolehan untuk membaca
serta menulis.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Berdasarkan perancangan proses pelaksanaan tindakan yang berlandaskan
Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988), penyelidik telah
menyediakan perancangan melaksanakan tindakan bagi menyelesaikan isu
kajian dengan menggunakan Turutan PADDAK. Berikut merupakan huraian
tindakan yang dijalankan oleh penyelidik dalam kajian penyelidikan tindakan
yang telah dirancang.
Jadual 1

Ringkasan Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan

FASA MINGGU & TINDAKAN PELAKSANAAN

TARIKH

MEREFLEK Minggu 1 Temu bual Imbas kembali sesi PdP lalu.
Semak hasil penulisan murid.

Melaksanakan kolaborasi.

MERANCANG Minggu 2 Kolaborasi Membuat pemilihan isu kajian.
TINDAKAN Sediakan pemerhatian berstruktur

Tentukan objektif kajian dan

soalan kajian.

Merancang pelan tindakan.

MELAKSANA Minggu Analisis Mengumpul data awal.
Dokumen Membuat analisis dokumen.
TINDAKAN 35 Melaksanakan ujian pra.
Pemerhatian Menjalankan pemerhatian.

Temu bual Melaksanakan Intervensi.

Memperkenalkan Turutan

PADDAK

Melaksanakan ujian pasca.

Menjalankan pemerhatian.

Menjalankan temu bual.

MEMERHATI Minggu 6 Menganalisis dapatan data.

Menilai keberkesanan Turutan

PADDAK.

Mengenalpasti sama ada objektif

kajian tercapai atau tidak.

Cadangan tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, penyelidik melaksanakan enam intervensi iaitu latihan

berperingkat semasa sesi PdP terhadap peserta kajian selama tiga minggu,

bermula pada 23 Mac 2021 sehingga 16 April 2021.

Jadual 2
Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan

LANGKAH HURAIAN AKTIVITI PELAKSANAAN INTERVENSI
Pemerhatian Sebelum melaksanakan intervensi dan ujian pra.

165

MINGGU 3 Ujian Pra Pernyataan mengenai pengetahuan peserta kajian
Intervensi 1 tentang karangan fakta dan penggunaan penanda
MINGGU 4 wacana.
Intervensi 2 Mengesan tahap keupayaan peserta kajian.
MINGGU 5 Dijalankan terhadap murid Tahun Lima.
P Meminta peserta kajian mengenalpasti penanda
A wacana berdasarkan artikel yang diberi.
D Peserta kajian menyenaraikan penanda wacana yang
D telah dikenalpasti dan tandakan (/) perenggan yang
A menggunakan penanda wacana itu.
K Memperkenalkan Turutan PADDAK menggunakan
Intervensi 3 slaid PowerPoint.
Pemerhatian Peserta kajian melengkapkan Jadual Turutan
PADDAK dengan susunan yang betul.
Intervensi 4 Peserta kajian membulatkan perenggan yang
menggunakan penanda wacana tersebut.
Intervensi 5
Intervensi 6 Pada masa ini, (perenggan pendahuluan)
Antara (perenggan isi 1)
Ujian Pasca Di samping itu, (perenggan isi 2)
Pemerhatian
Ditambah lagi, (perenggan isi 3)
Akhir sekali, (perenggan isi 4)
Kesimpulannya, (perenggan penutup)

penanda wacana berdasarkan Turutan PADDAK.

Semasa melaksanakan intervensi.
Selepas mengetahui tentang Turutan PADDAK.
Peserta kajian melengkapkan jadual PADDAK dengan
susunan yang betul.
Peserta kajian membina ayat ringkas menggunakan
penanda wacana berdasarkan Turutan PADDAK.
Peserta kajian menulis karangan mengikut perenggan
menggunakan penanda wacana Turutan PADDAK.
Peserta kajian menulis pendahuluan, isi dan penutup
dalam karangan menggunakan penanda wacana
berdasarkan Turutan PADDAK tanpa jadual PADDAK.
Mengesan peningkatan peserta kajian dalam
menggunakan penanda wacana dalam penulisan
karangan fakta selepas intervensi dilaksanakan.

Selepas melaksanakan keenam-enam intervensi.
Selepas mengetahui tentang Turutan PADDAK.
Pernyataan mengenai pengetahuan peserta kajian
tentang karangan fakta dan penggunaan penanda
wacana selepas intervensi dilaksanakan.

166

Kaedah pengumpulan data sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini telah dijana
oleh penyelidik dan juga peserta kajian serta guru Bahasa Melayu di sekolah di
mana kajian dilaksanakan. Kaedah pengumpulan data terbahagi kepada dua
iaitu secara kualitatif dan kuantitatif (Bhasah Abu Bakar, 2007).

DAPATAN KAJIAN

Bagaimanakah murid dapat mengingati enam penanda wacana yang betul
dengan menggunakan Turutan PADDAK dalam penulisan karangan jenis fakta?

Instrumen yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data bagi
menjawab soalan kajian ini adalah menerusi analisis data intervensi iaitu enam
latihan berperingkat berlandaskan konsep soalan yang hampir sama bagi
meningkatkan keupayaan mengingat murid Tahun Lima terhadap enam penanda
wacana yang betul berdasarkan Turutan PADDAK. Hal ini demikian kerana,
kaedah bacaan berulang memerlukan kanak-kanak untuk membaca semula
petikan teks berulang kali untuk satu tempoh masa tertentu atau sehingga kriteria
kelancaran telah dipenuhi (Musti-Rao, Hawkins & Barkley, 2009; Reutzal dan
Cooter, 2005). Oleh itu, membaca secara berulang bukan sahaja membantu
kanak-kanak memperbaiki pencapaian pemahaman, malah dapat
mempertingkatkan kosa kata, dan pembacaan lisan. Sehubungan itu, apabila
murid berulang kali menyenaraikan enam penanda wacana berdasarkan Turutan
PADDAK semasa menjawab latihan yang diberi sebanyak enam kali, secara tidak
langsung kefahaman murid mengenai penanda wacana berdasarkan Turutan
PADDAK dapat ditingkatkan, sekali gus menyebabkan ingatan mereka terhadap
enam penanda wacana ini meningkat. Penggunaan Turutan PADDAK secara
berulang kali telah membantu murid Tahun Lima untuk mengingati enam
penanda wacana yang boleh diaplikasikan dalam penulisan karangan fakta.

a. Analisis Dokumen Intervensi (Latihan Berperingkat)

Pada peringkat awal pelaksanaan tindakan menerusi latihan berperingkat,
penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa peserta kajian yang masih tidak
dapat mengingati enam penanda wacana yang betul dengan menggunakan
Turutan PADDAK dalam penulisan karangan jenis fakta. Berikut merupakan hasil
kerja peserta kajian semasa minggu kedua pelaksanaan tindakan berdasarkan
intervensi ketiga.

167

Rajah 1 : Hasil Kerja PK2 dan PK3 Berdasarkan Intervensi 3

Rajah 1 menunjukkan bahawa dalam kalangan lapan orang peserta kajian,
terdapat dua orang peserta kajian yang masih mengalami masalah untuk
mengingati enam penanda wacana yang betul berdasarkan Turutan PADDAK.
Misalnya, berdasarkan hasil kerja PK2 seperti dalam Rajah, penyelidik
mendapati baha
pada awal ayat perenggan ketiga dan keempat. Hal ini membuktikan bahawa
PK2 masih tidak mahir menggunakan penanda wacana yang betul berdasarkan
Turutan PADDAK.

Manakala, berdasarkan hasil kerja PK3 pula, terdapat penggunaan kata
bilangan iaitu perkataan dan pada permulaan ayat bagi
perenggan ketiga serta keempat. Hal ini menunjukkan bahawa PK3 tidak
menggunakan penanda wacana yang telah diberikan berdasarkan Turutan
PADDAK dengan betul. Penyelidik mendapati, kesalahan ini berlaku berpunca
daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis karangan fakta dan
kurangnya kefahaman terhadap fungsi penanda wacana dalam karangan fakta.
Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana yang betul
adalah berkait rapat dengan kriteria penggunaan kosa kata yang luas dalam
karangan fakta. Sehubungan itu, penggunaan bahasa yang betul dan berkesan
dapat memantapkan hasil penulisan karangan fakta peserta kajian selain dapat
membuat perkaitan yang lebih tepat antara perenggan dengan perenggan.

Walau bagaimanapun, setelah lima pelaksanaan intervensi, berlaku
peningkatan terhadap keupayaan murid untuk mengingati enam penanda
wacana yang betul berdasarkan Turutan PADDAK. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan hasil kerja peserta kajian dalam intervensi terakhir iaitu intervensi
keenam.

168

66

Rajah 2 : Hasil Kerja PK2 dan PK3 Berdasarkan Intervensi 6

Berdasarkan analisis dokumen intervensi tersebut, penyelidik mendapati
bahawa berlaku peningkatan terhadap jumlah penggunaan penanda wacana
yang betul berdasarkan Turutan PADDAK dalam hasil kerja PK2 dan PK3 bagi
intervensi keenam. Sehubungan itu, kedua-dua peserta kajian dapat
mewujudkan kesinambungan dan pertautan antara satu perenggan dengan
perenggan lain menerusi penggunaan penanda wacana yang betul. Sekali gus,
membuktikan bahawa berlaku peningkatan terhadap keupayaan peserta kajian
untuk mengingati penanda wacana yang betul berdasarkan Turutan PADDAK.
Berikut merupakan analisis jumlah penggunaan penanda wacana yang betul
berdasarkan Turutan PADDAK bagi intervensi ketiga dan keenam.

Analisis Jumlah Penggunaan Penanda Wacana Yang
Betul Berdasarkan Turutan PADDAK bagi Intervensi 3 dan

6.

8Jumlah Penanda Wacana PK2 PK3
6 4 4
4 5 6
2
0

Intervensi 3
Intervensi 6

Rajah 3 : Analisis Jumlah Penggunaan Penanda Wacana Yang
Betul Berdasarkan Turutan PADDAK bagi Intervensi 4 dan 6

169

Rajah 3 di atas menunjukkan graf analisis jumlah penggunaan penanda
wacana yang betul berdasarkan Turutan PADDAK berdasarkan intervensi 3 dan
6. Berdasarkan Rajah 3, jelas menunjukkan berlaku peningkatan terhadap hasil
kerja peserta kajian dari aspek jumlah penggunaan penanda wacana yang betul
berdasarkan Turutan PADDAK. Justeru, melalui intervensi yang terakhir dapat
dilihat bahawa kedua-dua peserta kajian menggunakan enam penanda wacana
yang betul berdasarkan Turutan PADDAK. Tambahan lagi, semasa pelaksanaan
intervensi keenam ini, semua peserta kajian tidak merujuk apa-apa bahan
mengenai Turutan PADDAK.

a. Temu Bual Peserta Kajian

Penyelidik juga telah melaksanakan instrumen temu bual kepada semua peserta
kajian bagi mengukuhkan lagi jawapan bagi soalan pertama kajian, instrumen
temu bual ini dijalankan selepas sesi intervensi dilakukan. Temu bual ini
dilaksanakan secara berstruktur. Setelah membuat analisis jawapan temu bual,
penyelidik memperoleh pola jawapan yang wujud dalam kalangan peserta kajian.
Setiap respon telah dikodkan untuk memudahkan proses menganalisis data,

persamaan respon peserta kajian ditunjukkan dalam jadual berikut.

Jadual 3

Kod Analisis Temu Bual Peserta Kajian Bagi Soalan 1

Pola Tema Kod
Sangat membantu S1P1

Tidak membantu S1P2
Tidak pasti S1P3
Jadual 4

Analisis Temu Bual Peserta Kajian Bagi Soalan Kajian 1

Peserta Jawapan Soalan 1 Tema Kod
Kajian (Adakah penggunaan Turutan
Sangat membantu S1P1
PK1 PADDAK dapat membantu
memudahkan anda mengingati enam Membantu S1P1
PK2 Senang S1P1
PK3 penanda wacana?)
Sangat okay S1P1
PK4 Membantu cikgu Boleh suda S1P1
PK5 Saya rasa senang jak mau ingat penanda S1P1
PK6 Okay jak S1P1
PK7 wacana ni Membantu sangat S1P1
PK8 Sangat okay cikgu
Macam saya boleh suda ni cikgu Senang jak

Membantu sangat cikgu
PADDAK, senang jak mau ingat cikgu

170

Berdasarkan Jadual 4, didapati kesemua peserta kajian memberikan
respon mengikut pola 1 di mana mereka berpendapat bahawa penggunaan
Turutan PADDAK sangat membantu memudahkan mereka untuk mengingati
enam penanda wacana yang betul dan boleh diaplikasikan dalam penulisan
karangan fakta. Hal ini membuktikan bahawa intervensi berdasarkan Turutan
PADDAK mampu membantu peserta kajian meningkatkan tahap keupayaan
mereka untuk menggunakan enam penanda wacana bagi setiap permulaan
perenggan dalam karangan fakta dengan mudah. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa penggunaan Turutan PADDAK ini membuktikan soalan kajian 1
dapat dijawab sepenuhnya melalui kaedah temu bual dan diperkukuhkan lagi
melalui analisis dokumen serta pemerhatian berstruktur.

REFLEKSI

Menerusi kajian ini, objektif utama yang ingin dicapai adalah melihat sejauh mana
murid Tahun Lima dapat mengaplikasikan penanda wacana dalam karangan
fakta apabila mereka sudah mengingati penanda wacana yang betul dan sesuai
untuk digunakan dalam penulisan karangan fakta. Oleh itu, penyelidik telah
memperkenalkan Turutan PADDAK ini sebagai pemudah cara kepada
penyelesaian masalah yang timbul. Melalui pelaksanaan intervensi sebanyak
enam kali, semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang
memuaskan. Secara keseluruhannya, objektif utama dalam kajian ini dapat
dicapai sepenuhnya. Penggunaan Turutan PADDAK ini sememangnya
membantu peserta kajian khususnya dalam meningkatkan kemahiran menulis
karangan agar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Penyelidik menganggap
ini merupakan salah satu anjakan dan dorongan kepada penyelidik untuk
sentiasa mempersiapkan diri dalam menyelesaikan masalah pembelajaran murid
pada masa akan datang ketika sudah bergelar pendidik yang menjalankan
tanggungjawab dalam alam pendidikan yang sebenar di sekolah. Sehubungan
itu, harapan penyelidik lagi sebagai seorang penyelidik yang baru sahaja
melaksanakan kajian, agar kajian yang telah dilaksanakan ini akan dapat
memberi kesan bukan sahaja pada murid, malah terhadap aspek pengajaran dan
pembelajaran guru di sekolah.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Penggunaan Turutan PADDAK dilihat dapat membantu masalah peserta kajian
berkaitan dengan penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan
fakta. Ini adalah berdasarkan pencapaian positif dalam penyelidikan tindakan
yang telah dijalankan. Gelung pertama yang telah dijalankan adalah bertujuan
untuk membina pengetahuan asas berkaitan dengan penanda wacana pada
permulaan setiap perenggan sahaja. Walau bagaimanpun, masih terdapat
beberapa kelemahan yang dikenalpasti setelah kajian ini dilaksanakan. Justeru
itu, cadangan kajian seterusnya adalah untuk memberi penekanan kepada
jenis-jenis penanda wacana yang lain seperti penanda wacana untuk menghurai
isi dan memberikan contoh untuk diaplikasikan dalam karangan fakta. Hal ini
kerana, semasa intervensi dijalankan, kebanyakan peserta kajian tidak
menggunakan penanda wacana untuk mengaitkan isi dengan huraian dan contoh

171

dalam karangan fakta. Oleh itu, cadangan ini dapat menambahbaik lagi penulisan
karangan fakta peserta kajian.

RUJUKAN
Rosman Muhamad Amin. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Penanda

Wacana Yang Betul Dalam Penulisan Ayat Bahasa Melayu. Pulau Pinang : Institut
Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur : Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Khatijah Abdul Hamid. (1997). Analisis Kohesi dan Koheren dalam Karangan Bahasa
Melayu Pelajar Tingkatan Empat di Sebuah Sekolah Menengah. Tesis Ph.D.
Universiti Malaya
Johnstone, B. (2002). Discourse Analysis. Malden, MA: Blackwell Publishing.
Hsieh, H.F. & Shannon S.E. (2007). Three approaches to qualitative content analysis. Dlm.
Bryman, A. (pnyt.). Qualitative research 2 Volume IV, hlm. 110-124. London: Sage
Publications.
Creswell, J.W. (2009). Research design qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches. Ed. ke-3. Los Angeles: Sage
Freeland, J.T., Skinner, C.H. & Jackson, B. (2000). Measuring and increasing silent
reading comprehension rates: Empiracally validating a repeat reading intervention.
Psychology in the School Vol. 37 (5):
Musti-Rao, S., Hawkins, R.O. & Barkley, E.A. (2009). Effect of repeated reading on the
oral reading fluency of urban fourth-grade students: implication for practice.
Cincinnati: Heldref Publications.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zauhari Hussein. (2014). Meningkatkan Kemahiran Mengarang Murid Tahun 5. Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau.

172

TEKNIK GERAVISIO : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENULIS AYAT TUNGGAL SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI

RUMAH (PDPR)

Mohd Al-Qahhar bin Muhmad Nor
PISMP Bahasa Melayu (SK)-2 Ambilan Jun 2018

[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk melihat kesan pengaplikasian teknik GeraVisio dan
juga penggunaan BBB VidAniPen dalam meningkatkan penguasaan murid tahun
empat terhadap kemahiran menulis ayat tunggal yang gramatis khususnya
semasa PdPR. Kajian ini melibatkan tiga orang murid dari sebuah Sekolah
Kebangsaan (SK) di daerah Gemencheh, Negeri Sembilan dengan bersandarkan
kepada Model Kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Melalui analisis
dokumen dan juga pemerhatian yang dilaksanakan, teknik GeraVisio mampu
meningkatkan penguasaan murid dalam menulis ayat tunggal dengan
pembuktian melalui perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca murid yang
menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu min markah ujian pra (11) manakala
min markah ujian pasca (100) dengan peningkatan markah paling minimum ialah
83% dan peningkatan markah paling maksimum ialah 100%. Teknik GeraVisio
mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menulis ayat tunggal
semasa PdPR.

Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bahan bantu
belajar, bahan bantu mengajar, penggunaan media pelbagai dalam
pembelajaran, pembelajaran dalam talian

PENGENALAN

Era globalisasi kini telah banyak merubah landskap pembelajaran murid (Siti
Rahayah Ariffin, 2003). Melalui perspektif pendidikan pada era pandemik Covid-
19 kini, kualiti pendidikan amat difokuskan dalam mendepani pendidikan alaf
baharu yang penuh dengan cabaran siber yang terdapat di dalam ledakan
perubahan pendidikan. Pengkaji menjalankan kajian mengenai pengaplikasian
teknik GeraVisio dalam menghasilkan Video Animasi Pendidikan (BBB
VidAniPen) bagi membantu murid tahun empat menguasai kemahiran menulis
ayat tunggal yang gramatis semasa PdPR berlangsung. Pengkaji berharap agar
kajian ini mampu menyedarkan para pendidik bahawa teknik GeraVisio mampu
meningkatkan penguasaan murid dalam menulis ayat tunggal semasa PdPR.
Pengumpulan data awal menunjukkan bahawa kebiasaannya sesi PdPR yang
dijalankan hanya terbatas melalui pelantar Telegram sahaja sehingga
menimbulkan rasa bosan kepada murid untuk menulis ayat tunggal yang betul
secara dalam talian.

173

FOKUS KAJIAN

Perkara yang menjadi fokus kajian iaitu kelemahan murid tahun empat dalam
menulis ayat tunggal yang gramatis dalam subjek bahasa Melayu melalui sesi
PdPR. Kesalahan yang kerap dilakukan iaitu ayat tunggal yang ditulis tergantung
dan tidak gramatis. Murid kurang memberikan respons semasa sesi PdPR
dilaksanakan dengan menggunakan pelantar Telegram sehingga mengakibatkan
pembinaan ayat tunggal mereka tidak ditulis dengan struktur ayat yang betul.
Menurut Rizal Farista dan Ilham Ali M (2018), pembelajaran dapat didefinisikan
sebagai proses belajar yang memiliki aspek penting iaitu bagaimana murid
dapat aktif mempelajari bahan ilmiah secara media pelbagai yang disediakan
sehingga dapat mereka menguasai sesuatu bahan itu dengan baik. Pengkaji
telah mengaplikasikan teknik GeraVisio (Gerakan, Visual dan Audio) bagi
membantu murid-murid memahami kaedah menulis ayat tunggal yang gramatis
dengan lebih seronok. BBB VidAniPen (Video Animasi Pendidikan) pula
merupakan salah satu daripada Bahan Bantu Belajar (BBB) yang disediakan oleh
pengkaji bagi menyelesaikan masalah kemahiran menulis ini. Hal ini sangat
bersesuaian dengan kenyataan Baharom Mohamad (2009) yang menyatakan
bahawa murid-murid akan berminat untuk belajar sekiranya mereka berasa
seronok ketika berada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah tahap penguasaan murid
terhadap kemahiran menulis ayat tunggal setelah teknik GeraVisio dan BBB
VidAniPen diaplikasikan.

i. Objektif Kajian
Murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal
yang gramatis setelah teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen diaplikasikan
semasa sesi PdPR melalui pelantar Google Meet secara dalam talian.

ii. Soalan Kajian
Adakah pengaplikasian teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen dapat
meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal dalam kalangan murid tahun
empat semasa sesi PdPR secara dalam talian?

PESERTA KAJIAN
Tiga orang murid yang tahun empat yang mempunyai tahap pencapaian
akademik yang pelbagai. Murid-murid ini telah menguasai kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian tindakan ini mengaplikasikan Adaptasi Model Stephen Kemmis dan
McTaggart (1988) dalam Rosinah Edinin (2012). Model ini diterajui oleh Stephen
Kemmis yang merupakan Dekan School of Education, Deakin University,
Australia pada tahun 1988. Model ini mempunyai kitaran empat fasa iaitu (i)
Mereflek, (ii) Merancang, (iii) Bertindak dan juga (iv) Memerhati.

174

i. Mereflek
pengkaji telah mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh murid-murid semasa sesi PdPR melalui lembaran tugasan
yang telah diberikan sewaktu sesi bersemuka melalui pelantar Google
Meet. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid mengalami masalah
terhadap kemahiran menulis ayat tunggal yang gramatis. Rajah 5.0 (a)
menunjukkan antara hasil penulisan ayat tunggal murid yang tidak
gramatis.

Rajah 5.0 (a) Hasil Penulisan Ayat Tunggal Murid, M1
ii. Merancang
menyelesaikan masalah menulis ayat tunggal yang gramatis. Pengkaji
merancang objektif kajian yang sesuai, serta menyediakan soalan kajian
yang bertepatan dengan masalah yang dihadapi. Instrumen yang
bersesuaian seperti ujian pra dan ujian pasca dipilih bagi mendapatkan
data yang tepat.

iii. Bertindak
pengkaji mengaplikasikan teknik GeraVisio dan

menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) VidAniPen sebagai
menyelesaikan masalah murid menulis ayat tunggal yang tidak gramatis.
Pengkaji merekod pemerhatian semasa teknik diaplikasikan. Setelah
intervensi dilaksanakan, pengkaji melaksanakan temu bual dengan
murid, menjalankan ujian pra dan ujian pasca dan akhir sekali
menganalisis dokumen. Rajah 5.0 (b), (c) dan (d) menunjukkan

175

pengaplikasian teknik GeraVisio iaitu Gerakan, Visual dan juga Audio
semasa sesi PdPR.

RRaajajahh 55.02.(1b()aE) lEelmemenenGGeerarakkaannBBeerrddaasarkaann
PPeennggaapplliikkaassiiaann TTeekknnikikGGeeraraVVisisioio

Rajah 5.0 (c) Elemen Visual Berdasarkan
Pengaplikasian Teknik GeraVisio

176

Rajah 5.0 (d) Elemen Audio Berdasarkan
Pengaplikasian Teknik GeraVisio

iv. Memerhati
Pada fasa yang terakhir, pengkaji mengumpul semua instrumen yang
berjaya direkod untuk dianalisis ke dalam pelaporan. Pengkaji
menganalisis data yang telah dikumpul untuk menilai pencapaian murid
terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. Pelaporan kajian yang

DAPATAN KAJIAN
Instrumen yang digunakan bagi menganalisis dokumen iaitu analisis kualitatif,
ujian bertulis, pemerhatian dan juga temu bual. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa teknik GeraVisio dan pengaplikasian BBB VidAniPen
mampu meningkatkan penguasaan murid tahun empat terhadap kemahiran
menulis ayat tunggal yang gramatis.

i. Ujian Perbandingan (Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Perbandingan hasil pencapaian ujian pra dan ujian pasca murid ditunjukkan
melalui Rajah 6.0 (a). Dua orang murid iaitu M2 dan M3 telah menunjukkan
peningkatan sebanyak 83% manakala seorang murid iaitu M1 telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 100%. Perkara ini membuktikan

177

bahawa semua murid telah mengalami peningkatan dalam markah ujian
yang telah diberikan selepas pengkaji mengaplikasikan teknik GeraVisio dan
BBB VidAniPen semasa PdPR khususnya bagi topik pembinaan ayat
tunggal. Berdasarkan Jadual 6.0 (a), terdapat seorang murid yang
menunjukkan peningkatan peratus pencapaian pasca berbanding ujian pra
sebanyak 100% manakala dua orang murid lagi telah menunjukkan peratus
peningkatan sebanyak 83% dalam ujian pasca.

Perbandingan Hasil Pencapaian
Ujian Pra dan Ujian Pasca Murid

Peratus (%) 100
90
80 M2 M3
70 Murid
60
50
40
30
20
10
0
M1

Peratus Ujian Pra Peratus Ujian Pos

Rajah 6.0 (a) Graf Perbandingan Hasil Pencapaian Ujian Pra
dan Ujian Pasca Murid

Jadual 6.0 (a)

Rumusan Dapatan Kajian Teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen dalam
Membantu Murid Tahun Empat Meningkatkan Penguasaan Terhadap
Kemahiran Menulis Ayat Tunggal yang Gramatis Semasa PdPR

SOALAN KAJIAN RUMUSAN

Adakah pengaplikasian UJIAN PENCAPAIAN
(UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA)
teknik Geravisio dapat
meningkatkan

178

kemahiran menulis ayat Murid Peningkatan Pencapaian
tunggal semasa sesi Ujian Pasca Berbanding Ujian
PdPR (Dalam Talian) ?
Pra (%)

M1 100
M2 83
M3 83

ii. Pemerhatian

Pengkaji mengadaptasi kod aspek tingkah laku melalui kajian yang
dijalankan pada tahun 2019 oleh Sharon Wong Seng Yarn. Jadual 6.0 (b)
menunjukkan aspek tingkah laku yang telah diadaptasi melalui kajian Sharon
Wong Seng Yarn (2019).

Jadual 6.0 (b)

Aspek Tingkah Laku Menunjukkan Minat

Aspek Tingkah Laku Kod

Murid memberikan tumpuan ketika guru mengajar T1

Murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran T2

Murid berasa seronok ketika menggunakan BBB VidAniPen T3

Murid berasa yakin ketika menjawab soalan T4

Peningkatan yang jelas dapat dilihat melalui jumlah aspek yang terdapat
dalam Rajah 6.0 (b) yang menunjukkan murid M1 dan M3 mencapai
sebanyak empat aspek berminat melalui semua ciri aspek tingkah laku
walaupun sebelum ini murid M1 dan M3 hanya mempunyai satu sahaja
aspek tingkah laku sebelum teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen
diaplikasikan. Murid M2 pula menunjukkan peningkatan sebanyak empat
aspek tingkah laku yang menunjukkan berminat.

179

Peningkatan Tingkah Laku Menunjukkan Minat

6

Tingkah Laku Minat 5

4

34 4

24

1 0 1
1 M3
M2
0 Murid
M1

Sebelum Semasa

Rajah 6.0(b) Graf Peningkatan Aspek Tingkah Laku
yang Menunjukkan Minat

REFLEKSI

Kajian ini dijalankan bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh
Chahaya (2020) bahawa penutupan sekolah di Malaysia memberikan impak
negatif yang sangat besar terutamanya yang berkaitan dengan kebahasaan
dalam pendidikan. Hal ini menyokong tindakan pengkaji yang memperkenalkan
teknik GeraVisio yang merangkumi elemen gerakan, visual dan juga audio dalam
sesi PdPR bagi menyelesaikan masalah pendidikan yang berkaitan dengan
bahasa misalnya cara membina ayat tunggal yang gramatis melalui pelantar
Google Meet. Sri Ayu (2021) juga menyatakan bahawa sesi PdPR yang
dijalankan kelihatan hambar sekiranya guru tidak mengaplikasikan teknik yang
bersesuaian dengan topik yang diajar. Maka pengkaji membina intervensi yang
dinamakan sebagai teknik GeraVisio. Terdapat seorang murid telah
menunjukkan peningkatan peratus pencapaian ujian pasca berbanding ujian pra
sebanyak 100% manakala dua orang murid lagi menunjukkan peningkatan
peratus sebanyak 83% dalam ujian pasca. Kajian ini merungkai bahawa guru
yang profesional perlu sentiasa peka dan menambahbaik amalan pengajarannya
di dalam bilik darjah walaupun sesi PdP telah dirubah menjadi PdPR di kala
pandemik Covid-19 yang melanda negara.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji mendapati bahawa teknik GeraVisio ini sebenarnya mampu dijadikan
sebagai salah satu daripada teknik yang boleh diperluas sehingga ke

180

penggunaan subjek lain khususnya semasa PdPR. Bukan itu sahaja, pengkaji
mendapati bahawa teknik GeraVisio ini sebenarnya boleh dilaksanakan di
sekolah-sekolah sewaktu PdP yang biasa kerana teknik ini mampu menarik minat
murid untuk meneruskan pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan pendapat
Rizal Farista e tal (2018), penggunaan gerakan, visual dan juga audio yang
bersesuaian mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan lagi-lagi
sewaktu sesi pembelajaran. Konklusinya, pengkaji berharap agar kajian ini dapat
dijadikan panduan, idea dan juga transformasi yang padu kepada guru-guru
sekolah, khususnya guru bahasa Melayu untuk memperbaiki amalan pengajaran
dan pembelajaran, terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran menulis ayat
tunggal yang gramatis semasa sesi PdPR. Harapan yang sangat menggunung
agar kajian ini dijadikan sebagai sumber rujukan kepada mana-mana kajian lain
yang akan dijalankan pada masa yang akan datang.

RUJUKAN

Baharom Mohamad. (2009). Bagaimana Memotivasikan Pelajar : Teori, konsep dan

Kepentingannya. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah

Rendah Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 4: Bahagian
Pembangunan Kurikulum

Malaysia, K. P. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Putrajaya:

Bahagian Pengurusan Sekolah.

https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-pengajaran-dan-
pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file

Rizal Farista & Ilham Ali M. (2018). Pengembangan Video Pembelajaran.

Jurnal Faculty of Islamic Studies, School of Islamic Education

Rosinah Edinin (PhD). (2015). Penyelidikan Tindakan : Kaedah & Penulisan.

Selangor: Pelangi Professional Publisihing Sdn. Bhd.

Sharon Wong Seng Yarn. (2019). Meningkatkan Penguasaan Terhadap

Perkataan Sinonim Menggunakan Teknik Permainan Kad KPS Bagi Murid Tahun
Empat

Sri Ayu. (2021). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah

Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
(Special Issue),Vol. 9, 2020, 18-28.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Pengukuran dan

Penilaian Pendidikan. Bangi : Pusat Pembangunan Akademik. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

181

TEKNIK SIBATAPA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Norfaiz bin Nordin, Zainab binti Hashim
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5
dalam membina ayat majmuk menggunakan teknik SiBaTaPA. Teknik SiBaTaPA
iaitu (Siapa+Buat apa+ Tempat apa+Penerangan+Apa) mengetengahkan
formula khusus di dalam sebuah jadual dan mempunyai lima kolum yang
mengandungi soalan bertujuan untuk membantu murid mengembangkan idea
dengan lebih mudah semasa membina ayat. Kajian ini telah dilaksanakan di
sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Seramai 5 orang murid iaitu empat
orang lelaki dan seorang perempuan yang berbeza tahap pencapaian
akademiknya telah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal yang
dilakukan melalui Ujian Pra menunjukkan murid-murid tidak dapat membina ayat
majmuk dengan baik. Justeru satu tindakan yang berfokus untuk membantu
murid meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat majmuk dalam
Bahasa Melayu ini telah diambil iaitu dengan memperkenalkan teknik SiBaTaPA.
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model Kurt Lewin (1948) di mana kajian ini
melibatkan empat proses utama iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Bagi menilai keberkesanan teknik SiBaTaPA ini, pengkaji telah memilih
tiga kaedah pengumpulan data iaitu melalui ujian penilaian (Ujian Pra dan Pos),
analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan ujian Pos, semua peserta kajian
menunjukkan peningkatan dalam membina ayat majmuk dengan baik,
Kesimpulannya, teknik SiBaTaPA ini dapat membantu murid dalam
meningkatkan keupayaan mereka membina ayat majmuk.

Kata kunci: Teknik SiBaTaPA, formula khusus, kemahiran membina ayat,

PENGENALAN

Pada awal tahun 2021, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Kelas ini menggabungkan murid daripada
pelbagai tahap pencapaian iaitu lemah, sederhana dan cemerlang. Selama
sebulan pengkaji mengajar dan memerhatikan cara pembelajaran dan teknik
menjawab soalan yang dikemukakan. Akhirnya, pengkaji mendapati bahawa
murid tidak dapat membina ayat yang lengkap dan kurang menumpukan
perhatian semasa belajar serta agak pasif semasa bersoal jawab.

182

Berdasarkan latihan menulis ayat, pengkaji dapat mengenal pasti
beberapa orang murid yang masih belum dapat membina ayat majmuk yang
lengkap dan gramatis. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar
menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Pernyataan daripada kajian
A. Rahman et. al. (2012), pengunaan bahasa pasar juga selalu digunakan dalam
ayat penulisan murid.

Sepanjang sesi P&P yang telah dilaksanakan semasa menjalani
praktikum, pengkaji mendapati terdapat 60% murid Tahun 5 masih lemah dalam
kemahiran membina ayat. Kebanyakan murid tersebut tidak menunjukkan minat
semasa diarahkan untuk membina ayat yang terdapat dalam lembaran kerja yang
diberikan. Hal ini sangat membimbangkan memandangkan kemahiran membina
ayat merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam Bahasa Melayu. Di
samping itu, pengkaji juga mendapati murid sering mengambil masa yang lama
apabila diminta oleh guru untuk membina ayat.

Setelah pengkaji menganalisis lembaran kerja murid, pengkaji mendapati
terdapat murid yang sukar untuk mengembangkan idea semasa membina ayat
berdasarkan perkataan yang diberikan di pada lembaran kerja. Rajah berikut
menunjukkan contoh murid yang tidak dapat mengembangkan idea semasa
membina ayat:

Rajah 1 Contoh kesalahan murid yang tidak dapat mengembangkan idea

Selain itu, terdapat juga murid yang sering memulakan ayat
menggunakan kata kerja. Hal ini disebabkan oleh murid tidak memahami struktur
binaan ayat yang betul. Selain itu, murid juga dipengaruhi oleh bahasa
percakapan iaitu bahasa pasar dengan menggunakan bahasa tempatan semasa
membina ayat. Contoh permasalahan ini boleh didapati pada kajian Saiful Anwar
Mustaffa (2010). Rajah berikut merupakan contoh murid memulakan ayat dengan
kata kerja:

Rajah 2 Contoh kesalahan murid memulakan ayat dengan kata kerja

183

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi kajian, hampir 60% murid masih lemah dalam membina ayat

majmuk. Menurut Che Zanariah dan Fadzilah (2011), murid perlu menguasai

kemahiran menulis. Oleh itu, pengkaji telah memilih tenik SiBaTaPA bagi

membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi. Konsep jadual telah

digunakan dalam teknik ini iaitu dengan membahagikan struktur pembinaan ayat

kepada lima bahagian utama iaitu Siapa+Buat Apa+Tempat

Apa+Penerangan+Apa.

Kajian ini memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran
membina ayat majmuk. Walaupun murid menghadapi banyak masalah bahasa,
namun pengkaji hanya memfokuskan kajian ini terhadap masalah pembinaan
ayat majmuk ini kerana kemahiran membina ayat majmuk merupakan asas
penting kepada murid. Pengkaji akan menggunakan tenik SiBaTaPA untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk. Berikut
merupakan teknik SiBaTaPA yang akan digunakan sebagai intervensi:

Teknik SiBaTaPA

Si Ba Ta P A
Siapa? Buat Tempat Penerangan Apa?
apa? supaya
apa? untuk
kerana

Ayat:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Rajah 3 Teknik SiBaTaPA

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:

I. Mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk membina ayat majmuk dalam
kalangan murid Tahun 5.

Soalan Kajian:
I. Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat yang gramatis.

184

PESERTA KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian iaitu murid Tahun 5
yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.
Kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji telah dilaksanakan bertempat di
salah sebuah sekolah di daerah Tuaran. Kelas yang menjadi sasaran kajian ialah
murid tahun lima yang terdiri daripada 25 orang murid iaitu seramai 8 orang murid
lelaki dan 17 orang murid perempuan. Lima orang peserta kajian yang lemah
dalam membina ayat telah dikenal pasti dan dijadikan sebagai peserta kajian.

Jadual 1 Kod Perwakilan Peserta Kajian

Peserta Kajian Jantina Kod Perwakilan
Murid 1 L PK A
Murid 2 L PK B
Murid 3 L PK C
Murid 4 L PK D
Murid 5 P PK E

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Berdasarkan Model Kurt Lewin (1948), pengkaji telah merancang dan
membuat satu pelan pelaksanaan sepanjang kajian ini dilaksanakan seperti rajah
berikut:

Perancangan Tinjauan awal
Tindakan Merancang intervensi

Pemerhatian Pelaksanaan ujian pra
Refleksi Latihan 1, 2, 3, 4 dan 5
Pelaksanaan ujian pos

Mengumpul data
Menganalisis data

Refleksi selepas intervensi
Penambahbaikan

Rajah 4 Pelaksanaan tindakan berpandukan Model Kurt Lewin (1948)

185

Merancang merupakan langkah yang pertama dalam menjalankan
sesuatu kajian. Bagi melaksanakan kajian, pengkaji perlu perancangan yang
jelas dan teliti bagi mencapai objektif ditetapkan. Pengkaji mengumpulkan data
awal daripada Ujian Pra. Setelah mengenal pasti masalah murid-murid iaitu
membina ayat majmuk, maka masalah tersebut dijadikan fokus kajian. Sebagai
perancangan awal, pengkaji terus merancang untuk menyelesaikan isu ini. Maka
pengkaji telah mencipta teknik SiBaTaPA.

Pada fasa tindakan, pengkaji melaksanakan Ujian Pra bagi membuat
penilaian terhadap pencapaian murid. Ujian Pra ini mengandungi 12 soalan.
Setelah mendapat markah penilaian murid, pengkaji akan membahagikan murid
kepada beberapa kelompok tahap pencapaian. Seterusnya, pelaksanaan
intervensi dijalankan terhadap murid yang terpilih. Intervensi ini dibahagikan
kepada lima fasa iaitu lima peringkat latihan. Seterusnya, pengkaji akan
melaksanakan Ujian Pos.

Ujian Pra

Langkah 1

Memperkenalkan Teknik SiBaTaPA

Langkah 2

Latihan 1 (Jadual SiBaTaPA + gambar + frasa kerja)

Langkah 3

Latihan 2 (Jadual SiBaTaPA + gambar + frasa keterangan)

Langkah 4

Latihan 3 (Jadual SiBaTaPA + gambar)

Langkah 5

Latihan 4 (Gambar)

Langkah 6

Latihan 5 (Frasa kerja + kata hubung pancangan keterangan)

Langkah 7

Ujian Pos

Langkah 8

Rajah 5 Pelaksanaan intervensi teknik SiBaTaPA

Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengumpulkan data. Data-data
ini juga akan dianalisis untuk melihat peningkatan markah dan prestasi murid
sebagai bukti keberkesanan teknik SiBaTaPA dalam membantu murid membina
ayat majmuk. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen
penilaian kajian yang terdiri daripada Ujian Pra dan Pos, dan soal selidik.

Seterusnya, pada peringkat akhir, pengkaji akan membuat refleksi kajian
selepas menjalankan ujian dan intervensi. Hal ini kerana refleksi ini amat penting
dalam kajian tindakan bagi mengenal pasti dan menilai hasil dapatan kajian.
Melalui refleksi juga, pengkaji dapat mengenal pasti sama ada teknik SiBaTaPA
dapat diteruskan ataupun sebaliknya berdasarkan kepada keberkesanannya
dalam membantu murid membina ayat majmuk.

186

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, kualitatif dan
kaedah kajian tindakan. Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji
menggunakan tiga kaedah pengumpulan data ialah Ujian Pra dan Pos, analisis
dokumen dan soal selidik. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan bagi
mengaplikasikan kaedah triangulasi iaitu untuk tujuan meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan. Triangulasi adalah satu proses
yang sering kali digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang
dikumpulkan dalam pengkajian kualitatif (Nabilah, Rohaya, Ghaziah, Shireena
Basree & Norshidah, 2010).

CARA MENGANALISIS DATA

Bagi cara menganalisis data, penggaji menggunakan analisis kandungan dan
juga analisis deskriptif. Pertama, pengkaji menggunakan analisis kandungan
semasa menganalisis data yang dikumpul melalui data berbentuk dokumen iaitu
data berbentuk kualitatif. Analisis kandungan ialah pengkaji menjalankan Ujian
Pra untuk mengenal pasti tahap keupayaan peserta kajian dan mengetahui
sejauh mana tahap kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Murid
diberi Ujian Pra dan hasil daripada ujian yang telah mereka lakukan telah
pengkaji analisis.

Seterusnya, Ujian Pos dijalankan setelah keseluruhan aktiviti dan
intervensi dijalankan. Ujian Pos ini dijalankan bertujuan untuk menguji sejauh
mana tahap keberkesanan teknik yang dipilih. Ujian Pos mengandungi soalan
yang sama seperti Ujian Pra. Hasil daripada Ujian Pos yang dijalankan, pengkaji
menganalisis dapati skor markah yang diperolehi oleh peserta kajian meningkat
berbanding Ujian Pra dan latihan-latihan yang diberikan sebelumnya.

Akhir sekali, pengkaji turut menganalisis kandungan borang maklum
balas peserta kajian terhadap intervensi teknik SiBaTaPA. Analisis kandungan
borang maklum balas melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Sebelum data
dianalisis, borang maklum balas disemak terlebih dahulu untuk memastikan
setiap item dalam borang maklum balas telah dijawab oleh peserta kajian
berdasarkan arahan yang diberikan. Penganalisisan data dibuat dengan mengira
darjah persetujuan peserta kajian terhadap setiap item dalam borang maklum
balas.

Bagi cara yang kedua pula ialah analisis deskriptif. Bagi analisis
deskriptif, pengkaji menganalisis data peratusan markah peserta kajian bagi
Ujian Pos, Ujian Pra dan juga latihan. Markah peratusan ini dianalisis menjadi
purata markah keseluruhan. Hal ini bagi melihat peningkatan markah peserta
kajian dalam membina ayat majmuk menggunakan markah Ujian Pra dan Ujian

Pos. Selain itu, borang soal selidik. Menurut Rosinah Edinin (2015) menyatakan

bahawa skala likert digunakan untuk mengukur sikap pendapat dan persepsi
seseorang berkaitan sesuatu isu. Hal ini membolehkan pengkaji melihat
keseluruhan pendapat peserta kajian terhadap penggunaan dan kelebihan teknik
SiBaTaPA. Seterusnya, data-data tersebut dipersembahkan dalam bentuk carta
dan jadual.

187

DAPATAN KAJIAN

Bagi bab ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian seterusnya
menjawab soalan kajian.

Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat yang gramatis?

Bagi menjawab soalan kajian di atas, pengkaji menggunakan hasil
peningkatan markah peserta kajian dari Ujian Pra hingga ke Ujian Pos. Ujian Pra
dan Ujian Pos ini ini telah dianalisis dan keseluruhan peserta kajian menunjukkan
peningkatan markah yang sangat baik. Melalui dapatan markah peserta kajian
daripada Ujian Pra, pengkaji dapat mengenal pasti tiga tahap penguasaan murid
iaitu tahap minimum, kurang memuaskan dan juga memuaskan. Namun begitu,
tahap pencapaian markah bagi kelima-lima peserta kajian berubah dan
meningkat kepada cemerlang.

Jadual 2 Analisis Ujian Pra dan Pos Peserta Kajian

Peserta Markah Tahap Markah Peningkatan Tahap
Ujian Markah (%) Penguasaan
Kajian Ujian Penguasaan Pos
(%) 84 Cemerlang
Pra (%) 100
75
A 16 Tahap 100 67
Minimum 100 59
100 50
B 25 Kurang 100
C 33 Memuaskan 40
D 41 Memuaskan 100
E 50 60

Purata Ujian Pra (%)
Purata Ujian Pos (%)
Peningkatan Purata (%)

Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos, PK A telah meningkat daripada
tahap minimum hingga ke cemerlang. Manakala PK B dan C pula telah meningkat
daripada kurang memuaskan kepada cemerlang. Seterusnya, PK D dan PK E
juga telah meningkat pencapaiannya daripada memuaskan kepada cemerlang.
Oleh itu, hal ini dapat menunjukkan bahawa teknik SiBaTaPA sememangnya
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat dalam kalangan
murid Tahun 5. Hal ini juga dapat dibuktikan dengan analisis yang telah dilakukan
oleh pengkaji di mana purata markah peserta kajian pada Ujian Pra iaitu 40%
telah meningkat telah meningkat sebanyak 60% pada Ujian Pos. Kelima-lima
peserta kajian ini mencapai purata markah Ujian Pos sebanyak 100%. Kelima-
lima peserta kajian ini mendapat markah penuh dalam Ujian Pos dan mencapai
tahap pencapaian cemerlang. Jadual berikut merupakan analisis markah Ujian
Pra dan Pos:

188

Markah Peratus Peserta Kajian (%)

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
PK A PK B PK C PK D PK E

Latihan 1 91 91 91 100 100

Latihan 2 91 91 100 100 100

Latihan 3 100 100 83 100 100

Latihan 4 100 100 100 100 100

Latihan 5 100 100 100 100 100

Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Latihan 5

Rajah 6 Analisis markah latihan peserta kajian

Seterusnya, hasil dapatan dari analisis latihan peserta kajian
menunjukkan bahawa murid dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA dalam
mengembangkan idea untuk membina ayat yang gramatis. Buktinya, pada
latihan pertama, purata markah bagi kesemua peserta kajian ialah sebanyak
94.6% di mana tiga peserta kajian mendapat markah terendah 91% dan dua
peserta kajian yang lain memperoleh markah penuh 100%. Purata markah bagi
latihan kedua pula telah meningkat kepada 96.4% di mana hanya dua orang
sahaja peserta kajian yang mendapat markah terendah iaitu 91% manakala tiga
orang lagi mendapat markah penuh 100%. Seterusnya, purata markah bagi
latihan ketiga juga telah meningkat kepada 96.6% di mana hanya seorang
peserta kajian telah mendapat markah terendah iaitu 83%. Akhir sekali, pada
latihan keempat dan kelima pula, purata markah peserta kajian juga telah
meningkat dengan maksimum kepada 100%.

Selain itu, hasil dapatan analisis soal selidik daripada peserta kajian
menunjukkan bahawa intervensi teknik SiBaTaPA dapat mencapai objektif
kajian. Kebanyakan peserta sangat setuju dengan kelapan-lapan item yang
dinyatakan dalam soal selidik. Daripada item pertama hingga item kelapan, soal
selidik ini membuktikan bahawa intervensi teknik SiBaTaPA dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid Tahun 5. Peserta kajian
juga sangat bersetuju untuk mengaplikasikan teknik SiBaTaPA dalam latihan dan
ujian akan datang yang memerlukan mereka membina ayat. Di bawah
merupakan analisis secara terperinci:

189


Click to View FlipBook Version