TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Perancangan Tindakan
Untuk fasa perancangan, pengkaji memerlukan tempoh selama dua hari sebelum
pelaksanaan tindakan dijalankan kepada peserta kajian. Tempoh ini adalah bertujuan
untuk menyusun langkah-langkah yang bersesuaian dengan masalah utama murid
dalam membina ayat tunggal dan menyediakan instrumen ujian pra dan ujian pos
yang berkaitan dengan objektif tindakan pengkaji. Menerusi instrumen yang
disediakan mestilah mengandungi nilai keesahan bagi membantu kajian tindakan
yang dijalankan kerana tujuan kesahan instrumen juga ialah bagi menjamin
keesahan item (instrumen) agar bersifat dapat dipertahankan kerana hasil kajiannya
tepat dan berguna (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).
Seterusnya dalam fasa tindakan, pengkaji melaksanakan langkah-langkah intervensi
menggunakan teknik RTG yang telah dirancang peringkat demi peringkat. Langkah
intervensi yang dirancang sangat penting kerana menurut Esah Sulaiman (2004),
perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru
mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat
difahami pelajar.
Untuk fasa pemerhatian, pengkaji melakukan pemerhatian terhadap rekod data hasil
ujian yang dijalankan. Tujuan fasa ini adalah untuk membuat analisis data
keberkesanan tindakan yang dijalankan. Fasa yang terakhir adalah pengkaji
membuat refleksi terhadap tindakan yang telah dijalankan sama ada memerlukan
penambahbaikan dalam langkah-langkah yang diambil untuk ke gelung yang
seterusnya. Berdasarkan Lucas dan Bernstein (2005), ciri guru yang berkesan
adalah membuat refleksi pada prestasi kelas mereka sendiri dalam usaha untuk
memperbaiki mutu pengajaran.
Pelaksanaan Kajian
Tindakan pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah melalui perancangan
tindakan yang sesuai dilaksanakan kepada murid yang mempunyai masalah
membina ayat tunggal yang dikenalpasti hasil daripada analisis data ujian pra yang
dijalankan selama 20 minit. Langkah intervensi yang pertama memerlukan murid
untuk memahami terlebih dahulu pengaplikasian teknik RTG ini dengan baik selain
melatih murid mengenalpasti penggunaan tiga elemen utama dalam pembinaan ayat
tunggal iaitu SiBuDi pada setiap bahagian dalam RTG tersebut. Langkah intervensi
kedua pula adalah untuk membantu murid membina ayat tunggal menggunakan
teknik RTG dengan bantuan daripada pengkaji. Langkah intervensi yang terakhir
adalah bertujuan untuk melatih dan membiasakan murid untuk membina ayat tunggal
menggunakan teknik RTG. Rajah 2 memaparkan RTG yang digunakan pada setiap
langkah intervensi dengan lebih jelas.
40
LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3
Siapa Buat Di Siapa Buat Di
Abang Apa Mana Apa Mana
membaca
Adam buku di
Kakak dalam
Siti berlari bilik
menggoreng di
ikan padang
menonton di
televisyen dapur
di
ruang
tamu
Rajah 2 : Teknik RTG setiap Intervensi
Kaedah Pengumpulan Data
Ujian pra dalam membina ayat tunggal ini dijalankan kepada murid sebelum langkah
intervensi menggunakan teknik RTG digunakan. Manakala, ujian pos dilakukan pada
akhir selepas langkah intervensi 3 dilaksanakan. Soalan bagi kedua-dua ujian ini
adalah sama bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian skor markah yang
diperoleh sebelum dan selepas langkah-langkah intervensi dijalankan. Soalan ini
mengandungi dua bahagian iaitu bahagian (a) dan bahagian (b). Item-item yang
terkandung dalam soalan ujian ini dipilih berdasarkan tujuan, kemahiran dan tahap
murid. Hal ini kerana menurut Mohd Najib (1997), pemilihan jenis-jenis item ujian oleh
guru hendaklah menepati tujuan ujian, isi kemahiran dan tahap kognitif yang hendak
diuji.
Pengkaji mengumpul setiap data bagi kedua-dua ujian ini dalam bentuk jadual dan
pencapaian setiap murid akan dipersembahkan dalam bentuk graf bar supaya lebih
jelas untuk membuat perbandingan markah ujian pada sebelum dan selepas langkah
intervensi teknik RTG dilaksanakan kepada murid-murid.
Kaedah Menganalisis Data
Markah keseluruhan untuk ujian pra dan ujian pos adalah 10 markah. Ukuran
pencapaian adalah berpandukan pemarkahan dan penskoran mengikut kriteria garis
panduan yang telah ditetapkan. Ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu, bahagian
(a) mengandungi dua gambar tunggal sebagai rangsangan kepada murid dan RTG
disediakan. Satu markah akan diberikan untuk setiap ayat tunggal dibina dengan
betul. Manakala, untuk bahagian (b), gambar tunggal diberikan kepada murid
sebagai rangsangan yang memerlukan murid untuk membina ayat tunggal dengan
betul. Dua markah akan diberikan untuk ayat tunggal yang lengkap dibina oleh murid.
41
Jadual 2 memaparkan kriteria penskoran yang digunakan oleh pengkaji bagi
menyemak ujian pra dan ujian pos yang dijalankan.
Jadual 2: Kriteria Penskoran Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil. Penskoran Ukuran Pencapaian (Kriteria)
1. Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya
Cemerlang lima hingga enam item ujian dengan membina
(5-6) ayat yang lengkap yang mengandungi Frasa
Nama dan Frasa Kerja.
2. Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya
Memuaskan tiga hingga empat item ujian dengan membina
(3-4) ayat yang lengkap yang mengandungi Frasa
Nama dan Frasa Kerja.
3. Pencapaian Tahap Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya
Minimum satu hingga dua item ujian dengan membina ayat
(0-2) yang lengkap yang mengandungi Frasa Nama
dan Frasa Kerja.
DAPATAN KAJIAN
Analisis data dilakukan bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang telah
ditetapkan oleh pengkaji iaitu adakah Teknik Rajah Tukar Ganti membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal.
Ujian Pra dan Ujian Pos
Peningkatan kemahiran dalam membina ayat tunggal terhadap murid dapat dilihat
melalui hasil ujian pra dan ujian pos dalam rajah dan jadual yang dipaparkan di
bawah:
Jadual 3: Hasil Ujian Pra dan Ujian Pos Murid
Bil. MURID PERATUS MARKAH PERATUS
UJIAN PRA (%) UJIAN POS (%)
PENINGKATAN
(%)
1. A 0 90 90
Penguasaan murid dalam membina ayat tunggal berdasarkan ujian pra yang telah
dilakukan menunjukkan tidak melebihi 50%. Murid A hanya mendapat peratusan skor
markah yang sangat rendah iaitu 0%. Walaubagaimanapun, setelah pengkaji
menjalankan langkah intervensi dengan pengaplikasian teknik RTG sebanyak tiga
kali terhadap murid, ujian pos yang dilakukan menunjukkan peningkatan yang amat
memberansangkan. Berdasarkan jadual 3, Murid A menunjukkan peningkatan yang
sangat cemerlang iaitu mencapai peratusan markah sebanyak 90%. Rajah 3 di
42
bawah menunjukkan data hasil ujian pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos
yang diterjemahkan dalam bentuk graf:
PENCAPAIAN UJIAN PRA & UJIAN POS
100
80
60
40
20
0
A
UJIAN PRA UJIAN POS Column1
Rajah 3: Analisis Data Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Perbandingan peningkatan antara pencapaian peratusan skor markah bagi murid
Adapat jelas dilihat melalui graf di atas. Berdasarkan analisis data ujian pra yang
telah dijalankan, murid ini kurang mempunyai kemahiran dalam membina ayat
tunggal dengan baik. Setelah beberapa langkah intervensi dijalankan oleh pengkaji
sebanyak tiga kali, data jelas menunjukkan bahawa kemahiran murid dalam
membina ayat tunggal semakin meningkat lantaran daripada hasil peningkatan skor
markah yang amat memberangsangkan.
Hasil Ujian Pra dan Pos Murid
Hasil Ujian Pra Murid A
Bahagian (a) Bahagian (b)
43
Pada bahagian (a), murid didapati tidak berupaya menggunakan RTG yang
disediakan untuk membantu murid dalam membina ayat tunggal. Murid hanya
menyalin semula tajuk yang dipaparkan. Untuk bahagian (b) pula, murid mampu
mengenalpasti perbuatan yang dilakukan berdasarkan gambar tunggal yang
diberi, namun murid tidak dapat membina sebuah ayat yang mengandungi FN dan
FK dengan betul selain penggunaan kosa kata yang tidak tepat.
Hasil Ujian Pos Murid A
Bahagian (a) Bahagian (b)
Hasil ujian pos murid menunjukkan bahawa murid semakin mahir dalam
membina ayat menggunakan teknik RTG. Melalui soalan pada bahagian (a), murid
dalam RTG yang disediakan dengan sempurna. Untuk soalan bahagian (b) pula,
murid berjaya membina ayat tunggal yang mengandungi tiga eleman utama dalam
pembinaan suatu ayat dengan betul dan tepat. Murid memperoleh markah penuh
untuk bahagian ini menjadikan markah keseluruhan yang dieroleh adalah 9
daripada 10 markah. Ayat-ayat yang dibina oleh murid turut mengandungi kata
ayat tersebut lebih gramatis dan lengkap.
Murid ini sudah mampu mengembangkan ayat dengan sangat baik.
REFLEKSI
Hasil daripada kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
terhadap murid tahun dua menggunakan teknik RTG jelas menghasilkan keputusan
yang sangat positif berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan. Murid yang
44
dipilih untuk menjalani setiap langkah intervensi untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal berpandukan gambar rangsangan telah memberikan
kerjasama yang penuh kepada pengkaji untuk menyempurnakan proses tersebut.
Segala kekuatan dan kelemahan pengkaji sebelum, semasa dan selepas pelaksanan
tindakan dijalankan dapat disedari secara tidak langsung oleh diri pengkaji sendiri.
Perkara ini dapat ditingkatkan lagi melalui usaha dan azam serta rasa tanggungjawab
yang tinggi sebagai seorang bakal pendidik yang perlu sedaya upaya memastikan
penguasaan kemahiran murid khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dapat dikuasai dengan baik.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Teknik RTG ini khas dibina bagi membantu meningkatkan kemahiran membina ayat
ni adalah sebagai panduan kepada murid-
murid untuk memudahkan mereka membina ayat yang lengkap.
Melalui teknik RTG ini, antara cadangan tindakan susulan yang boleh dijalankan
adalah diperkembangkan ke proses membina ayat yang lebih kompleks iaitu ayat
majmuk kerana pembinaan ayat bukanlah terhad kepada ayat tunggal sahaja. Malah,
murid mempunyai pilihan untuk membina ayat yang lebih panjang atau kompleks
agar suatu ayat yang dibina lebih gramatis sekali gus dapat meningkatkan
pemerolehan markah murid terutamanya dalam Penulisan Kertas 2 Bahagian A yang
memerlukan murid membina ayat secara lebih kreatif. Namun, elemen-elemen yang
digunakan dalam RTG mestilah bersesuaian dengan tahap murid yang ingin
dijadikan sebagai peserta kajian seperti menambah kolum elemen iaitu Kata Hubung
+ Huraian.
RUJUKAN
Jasmi, K. A. (2012). Kaedah Analisis Dokumen. Metodologi Pengumpulan Data dalam
Penyelidikan Kualitatitif, 11
Jasmi, K. A. (2012). Triangulasi Data. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif,
3.
Kamarul Azmin, A. H. (2007). Kriteria BBM. Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar, 64-
65.
Mahmud, A. (2015). Fungsi Ujian Penilaian. Penilaian Kurikulum Dalam Pengajaran dan
Pembenlajaran, 2.
Sulaiman, E. (2004). Perancangan Langkah Intervensi. Pemantapan Peranan Guru dan
Kaedah P&P, 322.
Yusoff, T. J. (2017). Pembentukan Kata dan Ayat. Keberkesanan Kaedah Pengajaran
Bersama Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan, 61.
45
Lucas, B. D. (2005). Teaching Psychology Step By Step Guide. London: Laurences Erlbaum
Associates.
Stephen Kemmis, R. M. (1988). The Action Researh Planner. Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Sang, M. S. (2009). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Karim, N. S. (2015). Kemahiran Menulis. In F. M. Nik Safiah Karim, Kamus Tatabahasa Dewan
(pp. 18-19). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
46
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 TERHADAP TANDA BACA
DALAM BACAAN MEKANIS MELALUI KAEDAH XPLUS
Oleh
Mohamad Amirul Syakir Bin Nor Mazlan
Noor Salawati Binti Abu Bakar
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
amirulsyakir5243@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kefahaman murid
terhadap tanda baca dalam bacaan mekanis menggunakan Kaedah Xplus. Kaedah
Xplus merupakan satu kaedah membaca secara berulang-ulang dengan lebih
intensif ataupun secara latih tubi tetapi dengan perancangan yang lebih tersusun dan
sistematik. Peserta kajian ini melibatkan lima orang murid tahun empat dari salah
sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Dalam tinjauan awal menunjukkan
responden menghadapi masalah dalam membaca secara mekanis kerana tidak
menguasai sistem tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Bagi mengatasi masalah
tersebut, fokus kajian menumpukan kepada peningkatan kefahaman murid dalam
penggunaan tanda bacaan dan dapat mengamalkannya dalam aktiviti bacaan
mekanis melalui Kaedah Xplus. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
berpandukan reka bentuk model Kurt Lewin (1948). Data dikumpul melalui
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa
semua responden menunjukkan perubahan positif dari segi tingkah laku dan bacaan
yang lancar. Penggunaan Kaedah Xplus ini telah meningkatkan pemahaman dan
tahap penguasaan responden dalam membaca dengan menggunakan sebutan dan
tanda baca yang betul serta intonasi yang sesuai. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan Kaedah Xplus ini telah membantu dalam mengatasi masalah
murid dalam bacaan mekanis dengan penggunaan tanda bacaan yang betul.
Kata Kunci: Kaedah Xplus, tanda baca, bacaan mekanis, Model Kurt Lewin (1948).
47
PENGENALAN
Mebaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke
arah memperoleh ilmu pengetahuan. Membaca juga dikaitkan dengan sistem tanda
baca yang memainkan peranan dalam intonasi bacaan dan seterusnya membantu
kepada keberkesanan penyampaian mesej oleh pembaca kepada pendengar.
Menurut Firman et. Al (2017), pembacaan yang baik perlu menggunakan tanda baca
yang sesuai dan betul pada tempatnya supaya informasi yang disampaikan mudah
difahami, bermakna dan kekeliruan pendengar dapat dihindari. Melalui pengalaman
pengkaji sendiri semasa menjalani praktikum, pengkaji mendapati masih ada murid
yang tidak dapat membaca secara mekanis dengan menggunakan intonasi yang
sesuai. Masalah ini dapat dikenalpasti apabila pengkaji menyuruh murid membaca
petikan yang terdapat dalam buku teks dan murid tidak dapat membaca petikan
tersebut dengan intonasi yang sesuai. Pengkaji mendapati masalah tersebut
berpunca daripada ketidakfahaman murid terhadap asas sistem tanda baca yang
betul. Oleh yang demikian, bagi membantu meningkatkan potensi diri setiap murid
seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, langkah yang yang
wajar perlulah diambil bagi mengatasi setiap masalah dan kelemahan yang wujud.
Jika perkara ini terus dibiarkan, matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan
itu tidak akan dapat dicapai. Tindakan ke atas permasalahan yang timbul perlu
diberikan perhatian kerana ia akan menyumbang dalam memartabatkan lagi mata
pelajaran Bahasa Melayu khususnya di semua sekolah.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah merupakan satu aspek yang berkaitan dengan
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran membaca dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Jadi, fokus kajian yang dijalankan adalah merujuk kepada membantu murid
meningkatkan kemahiran mereka membaca secara mekanis. Masalah utama yang
dihadapi oleh pengkaji adalah murid tidak dapat membaca dengan menggunakan
intonasi yang sesuai. Pengkaji menjalankan beberapa pemerhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam mengenalpasti masalah ini. Hasil pemerhatian
mendapati murid mengalami masalah dalam menyesuaikan nada bacaan dengan
elemen tanda baca. Pengkaji mendapati punca kepada permasalahan ini adalah
kerana murid tidak menguasai asas sistem tanda baca. Masalah yang berlarutan
akan menjejaskan penggunaan sistem bahasa dan kegramatisan bahasa yang
dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Oleh itu, bagi menangani masalah ini daripada
kajian untuk menarik minat dan perhatian mereka semasa semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Ee Ah Meng (1997), sekiranya
murid berasa seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami diingati
dengan lebih lama lagi.
48
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:
Meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti
tanda seru, tanda noktah, tanda koma, dan tanda soal dalam aktiviti bacaan
mekanis.
Soalan Kajian:
dapat meningkatkan kefahaman murid dalam
penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma, dan
tanda soal dalam aktiviti bacaan mekanis?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid tahun 4 iaitu dua orang murid
perempuan dan tiga orang murid lelaki yang bersekolah di salah sebuah sekolah
rendah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian berusia sepuluh tahun dan tidak
mempunyai sebarang masalah berkeperluan khas mempunyai taraf kesihatan yang
baik semasa kajian dijalankan.
Jadual 1
Maklumat subjek kajian.
KOD JANTINA UMUR BANGSA AGAMA
M1 Lelaki 10 Dusun Kristian
M2 Lelaki 10 Dusun Kristian
M3 Lelaki 10 Bajau Islam
M4 Perempuan 10 Dusun Kristian
M5 Perempuan 10 Bajau Islam
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian ini merupakan satu kajian yang menggunakan pendekatan kaedah kualitatif
dan tindakan yang dilakukan berpandukan kepada model kajian tindakan yang
dicadangkan oleh Kurt Lewin (1946).
49
PERANCANGAN TINDAKAN
Tinjauan awal. Memperkenalkan intervensi
Memastikan fokus kajian.
Mengenal pasti peserta Kaedah yang dirancang
kajian diaplikasikan ke atas murid.
Menemu bual dan memberikan
Pengumpulan data awal lembaran kerja kepada murid.
REFLEKSI PEMERHATIAN
Membuat refleksi kekuatan Mengutip data awal dan data
dan kelemahan. selepas tindakan dijalankan.
Membina cadangan Menganalisis senarai semak
penambahbaikan. pemerhatian dan nota
lapangan.
Menganalisis data temu bual
dan dokumen (instrumen
ujian).
Menganalisis tujuan kajian
yang djalankan.
Menganalisis keberkesanan
intervensi.
Rajah 1: Langkah-langkah yang diadaptasikan dalam Model Penyelidikan Tindakan
Kurt Lewin (1946)
50
Pelaksanaan Tindakan
Penyelidikan tindakan ini dijalankan semasa pengkaji menjalani praktikum fasa 1.
Tempoh pelaksanaan penyelidikan tindakan ini adalah selama sebulan dari 10 Mac
ingkat di
mana setiap aktiviti tersebut ada objektif tertentu yang perlu dicapai oleh murid.
Aktivti 1: Membaca ayat dengan tanda bacaan
intervensi berkenaan penggunaan tanda baca dalam aktiviti bacaan. Guru
mewarnakan setiap tanda baca dengan warna tertentu untuk memudahkan
pemahaman murid. Guru mengaplikasikan teknik latih tubi dan bimbingan berterusan
bagi membiasakan murid dengan amalan membaca yang betul.
Aktiviti 2: Permainan bahasa
menggunakan konsep permainan kotak beracun. Di dalam kotak beracun itu
mengandungi simbol-simbol tanda baca di mana murid perlu membina ayat
menggunakan simbol yang telah dicabut sekiranya kotak beracun itu terhenti di
depan murid yang telah terpilih. Aktiviti ini adalah sebagai pengukuhan kepada aktiviti
1 sebelum ini sekaligus menguji tahap kefahaman murid terhadap tanda baca di
dalam ayat.
Aktiviti 3: Bicara bahasa
bahasanya. Aktiviti seperti ini biasanya dijalankan kepada murid-murid yang pandai
dan agak mudah memahami konsep. Contoh aktiviti ini ialah bersajak, berpantun,
syair, pidato, bercerita dan sebagainya yang melibatkan kemahiran bahasa. Pada
langkah ini, murid akan diedarkan petikan cerita pendek yang mengandungi pelbagai
tanda bacaan dan mereka dikehendaki untuk membaca cerita pendek tersebut
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul serta sesuai.
Teknik Mengumpul Data
Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap tanda baca
dalam aktiviti bacaan mekanis ialah melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen.
51
Temu bual
Dalam temu bual, pengkaji telah memilih temu bual separa struktur demi memperoleh
maklumat lanjut dan pandangan daripada peserta. Contoh soalan temu bual yang
dikemukakan kepada pengkaji adalah seperti berikut.
Apakah kamu berasa seronok datang ke sekolah?
Mata Pelajaran apakah yang kamu paling minat?
Apakah hobi kamu?
Apakah kamu suka membaca pada waktu lapang?
Apakah kamu faham dengan penggunaan tanda bacaan dalam aktiviti
membaca?
Pernahkah kamu bercerita di hadapan kelas?
Analisis dokumen
Analisis dokumen yang pengkaji gunakan adalah melalui instrumen ujian yang dibina
oleh pengkaji. Peserta kajian akan diuji mengikut item-item yang telah digariskan dan
pengkaji merekodkan data sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Data yang
dikumpul ini adalah sumber jenis primer. Ia dapat menunjukkan tahap kefahaman
murid terhadap tanda baca dalam ayat dan petikan.
Cara Menganalisis Data
a) Temu bual
Semasa temu bual dijalankan, perbualan antara pengkaji dan responden
akan direkod menggunakan alat perakam audio bagi mengelakkan
berlakunya keciciran maklumat. Bagi menganalisis data temu bual, data
temu bual yang dirakam tadi akan ditranskripsikan dan dipersembahkan
dalam bentuk memerihalkan semula data yang diperoleh melalui transkripsi
temu bual.
b) Instrumen ujian yang dibangunkan oleh pengkaji diedarkan kepada murid
untuk dijawab sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Markah ujian yang
diperoleh responden dianalisis secara deskriptif dalam bentuk jadual untuk
mengetahui frekuensi yang diperolehi oleh murid kajian secara
keseluruhannya.
Teknik Menyemak Data
Pengkaji menggunakan triangulasi penyelidik dalam menyemak data untuk membina
keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data.
Pengkaji memilih triangulasi penyelidik iaitu meminta bantuan guru
pembimbing untuk bersama-sama melakukan pemerhatian dan menganalisis data
ujian yang telah diberikan kepada peserta kajian semasa proses pengumpulan data.
52
Pengkaji juga melakukan perbincangan bersama dengan rakan praktikum mengenai
kaedah analisis data yang telah dikumpul.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji menganalisis kandungan temu bual selepas tindakan dijalankan. Hasil
dapatan mendapati murid sudah memahami asas tanda baca dan fungsinyaa. Murid
juga tampak lebih bersemangat dan yakin untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Rajah 1: Temu bual selepas intervensi
Selepas selesai menjalankan intervensi ke atas peserta kajian, pengkaji telah
mengedarkan set ujian kepada murid. Terdapat 4 item atau jenis soalan yang perlu
murid selesaikan. Pengkaji mengambil kira markah berdasarkan jawapan yang betul
dan bacaan yang menepati kriteria yang telah ditetapkan. Daripada keputusan
markah itu, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian yang sebelum ini keliru antara
tanda koma dan noktah mempunyai perubahan keputusan yang positif. Mereka
sudah dapat membezakan dan meletakkan tanda koma dan noktah pada tempatnya.
Tidak cukup dengan itu, peserta kajian juga dapat membaca dengan sebutan yang
betul beserta dengan intonasi yang sesuai berdasarkan tanda baca dengan tepat.
Jadual 2
Perbandingan markah lembaran kerja sebelum intervensi dan selepas intervensi
Bil. Lembaran kerja Lembaran kerja Peratusan
(sebelum intervensi) (selepas intervensi) (%)
M1 2/10 (20%) 6/10 (60%) 40
M2 3/10 (30%) 7/10 (70%) 40
M3 5/10 (50%) 10/10 (100%) 50
53
M4 4/10 (40%) 10/10 (100%) 60
M5 5/10 (50%) 9/10 (90%) 40
Markah Sebelum Dan Selepas Intervensi
12
10
8
6
4
2
0 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
Murid 1
LK sebelum LK selepas
Rajah 3: Perbandingan markah lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi
Berdasarkan data yang telah dianalisis daripada instrumen analisis dokumen,
meningkatkan
kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda koma,
dan tanda soal dalam aktiviti bacaan mekanis. Hal ini kerana selepas ujian selepas
intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa semua peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang sangat progresif dan apa yang lebih baik adalah
terdapat dua daripada lima orang peserta kajian mendapat markah penuh dalam
ujian tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pemahaman dan penguasaan
murid terhadap tanda baca bertambah baik.
REFLEKSI
Sesi intervensi yang telah dilaksanakan melalui 'Kaedah XPlus' ini telah membantu
murid dalam meningkatkan penggunaan huruf besar, koma dan noktah, di samping
dapat mengingat fungsi dan penggunaannya dalam bacaan dan penulisan ayat
bahasa Melayu. Berdasarkan latihan-latihan dan bimbingan yang telah diberikan
sepanjang sesi intervensi, subjek kajian dapat meningkatkan tahap penguasaan
mereka. Ini bertepatan dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh Edward Lee
Thorndike, yang mana kajian beliau membuktikan bahawa pembelajaran merupakan
proses cuba jaya.
Setelah menjalankan kajian tindakan, saya mendapati kajian tindakan
merupakan kajian yang amat sesuai digunakan untuk menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran di samping dapat meneroka permasalahan yang
54
dihadapi oleh subjek kajian. Dengan menjalankan kajian tindakan juga, saya dapat
mengetahui amalan pengajaran yang paling sesuai digunakan untuk menarik minat
para subjek kajian apabila mempelajari sesuatu perkara.
Sebagai guru yang baik, kita haruslah peka dan sentiasa mencuba teknik
atau kaedah pengajaran yang baharu agar murid-murid tidak merasa bosan apabila
mempelajari sesuatu mata pelajaran. Di samping memupuk suasana pembelajaran
yang ceria dan harmonis, murid juga dapat mempelajari kemahiran bahasa dengan
menggunakan teknik yang pelbagai dan menyeronokkan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Salah satu cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan pengajaran dan
potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca secara
mekanis ialah dengan menyediakan lebih banyak instrumen yang berbentuk set ujian
diberikan kepada subjek kajian. Set ujian tersebut boleh dibina secara berperingkat
mengikut aras murid seperti dari tahap mudah ke tahap yang lebih mencabar.
Selain itu, kumpulan sasaran boleh diubah kepada skop yang lebih meluas
seperti murid-murid tahap 1. Selama ini, kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada
murid tahun 4 (tahap 2) dan pengkaji mendapati keputusannya amat
membanggakan. Justeru itu, pengkaji akan mencadangkan kepada guru-guru
-murid mereka
kerana pada pengkaji pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis
seharusnya diberi penekanan yamg serius seawal persekolahan lagi agar murid
dapat menguasainya secepat yang mungkin. Menurut Abbott (1997), beliau
mengatakan bahawa prestasi seseorang murid itu bermula sejak kanak-kanak lagi.
Oleh itu, apabila murid tidak dapat dapat menguasai kemahiran asas seperti
membaca dan menulis, maka sudah semestinya ia akan menyukarkan murid itu
untuk meningkat ke peringkat yang lebih tinggi.
RUJUKAN
Abbott, P. & Sapsford, R (Eds.) (1997) Research into Practice, Open University Press.
Akhtar Pardi (2015). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Hanipah Hussin. (2004). Learning to Be Reflective from Theory to Practices Malaysia
Experiences. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Muhammad Firhan, Muhammad Idham & Rosma Elly. (2017). Kemampuan murid
menggunakan tanda baca dalam bacaan mekanis di kelas IV SD Negeri 10 Banda
Aceh. Jurnal Ilmiah Pendidikan Guru Sekolah Dasar FKIP Unsyiah. 2(4), 20-26
55
Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Yahya Othman. (2005).
56
PELAKSANAAN TEKNIK JAGU DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID BERKAITAN KATA NAMA KHAS DALAM AYAT TAHUN 3
Muhammad Adam Muhaimin bin Zaidee
En. Tajip Bin Tassan
PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018
IPG Kampus Kent
adammuhaimin2@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh
murid untuk mempelajari kata nama khas. Kajian ini dijalankan berfokus kepada
penggunaan Teknik Jagu iaitu Jadual dan Lagu dalam usaha meningkatkan
penguasaan murid bagi penggunaan kata nama khas. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan dengan mengadaptasi
Model Kemmis & Mc Taggart. Instrumen yang digunakan termasuklah temu bual
tidak berstruktur, pemerhatian, ujian awal dan akhir serta analisis lembaran kerja.
Peserta Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid tahun tiga dari sebuah
sekolah di daerah Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Hasil dapatan kajian
menunjukkan penggunaan Teknik Jagu dapat meningkatkan kefahaman murid serta
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kata nama khas. Selain itu,
penggunaan teknik Jagu ini dapat dilihat perbezaan prestasi murid sebelum dan
selepas teknik ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
teknik Jagu ini juga boleh diaplikasikan dalam meningkatkan penguasan murid untuk
kata nama am. Penggunaan teknik Jagu ini disarankan untuk diaplikasikan ke dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi melatih murid dalam pengajaran
tatabahasa. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa
Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru dalam tatabahasa.
Kata Kunci : Kata Nama Khas, Tatabahasa, teknik, Jagu, kemahiran tatabahasa.
PENGENALAN
Dalam mempelajari Bahasa Melayu pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh murid-
murid. Salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah
kemahiran menulis dan kemahiran tatabahasa. Kemahiran ini amat penting dikuasai
oleh mereka demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Kemahiran tatabahasa juga merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis
merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.
57
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan
sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu
bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan
indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi,
tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis,
daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan
pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu,
dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan
pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan
atau penulisan yang dihasilkan.
Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu pada masa kini
tertumpu pada usaha menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Salah satu
kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran menggunakan
kata nama khas. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan mencacatkan mutu
penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan dan ujian.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian pengkaji ialah untuk mengatasi masalah murid lemah dalam kemahiran
tatabahasa iaitu dari aspek kata nama khas dalam kalangan murid tahun 3 di sebuah
sekolah di daerah Tuaran. Murid tersebut mempunyai kemahiran membaca dan
menulis yang baik namun mempunyai masalah besar dalam format kata nama. Murid
tidak menguasai kata nama am dan khas kerana bagi mereka hal ini merupakan
sesuatu yang rumit dan seakan-akan sama sehingga perlu banyak menghafal. Murid
juga sangat tidak berminat dalam mempelajari tatabahasa.
OBJEKTIF KAJIAN
Membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar pada kata nama
SOALAN KAJIAN
kata nama khas dalam ayat?
PESERTA KAJIAN
58
Peserta kajian yang dipilih adalah murid daripada sekolah di daerah Tuaran, Sabah.
Pengkaji telah memilih 5 orang murid yang terdirii daripada 2 orang murid lelaki dan
3 orang murid perempuan. Peserta kajian merupakan murid tahun 3 dan berumur 9
tahun. Peserta kajian yang dipilih terdiri daripada pelbagai bangsa. Peserta kajian
juga dipilih mempunyai pelbagai tahap prestasi akademik iaitu baik, sederhana dan
lemah. Pengkaji akan melaksanakan kajian berkenaan Bahasa Melayu kepada
peserta kajian.
Peserta kajian dipilih berdasarkan beberapa ciri tertentu yang dikehendaki
pengkaji. Antara ciri utama yang dikenalpasti adalah peserta kajian kebanyakannya
mempunyai masalah untuk membezakan kata nama khas. Biarpun beberapa kali
diterangkan oleh guru, mereka masih lagi tidak mampu untuk memahami kata nama
khas.Di samping itu, peserta kajian yang dipilih juga terdiri daripada murid yang
mempunyai masalah untuk belajar secara teori.
Akhir sekali, peserta kajian yang dipilih tidak mempunyai sebarang masalah
bekeperluan khas ataupun masalah kesihatan. Peserta kajian yang dipilih
mempunyai kesihatan yang baik semasa kajian ini dilaksanakan.
PELAKSANAAN KAJIAN
Berikut merupakan lirik lagu kata nama khas:
LIRIK LAGU KATA NAMA KHAS
Suriram ram,
Suriram ram ram,
Suriram yang manis.
Aduhai suriram sayang makin dipandang bertambah manis.
Kata nama am sifatnya umum.
Suriram
Ia dieja dengan huruf kecil
Suriram
Orang, sekolah, negeri, kucing, taman,
Bangsa, daerah dan juga nasi
Suriram ram,
Suriram ram ram,
Suriram yang manis.
59
Aduhai suriram sayang makin dipandang bertambah manis.
Suriram ram,
Suriram ram ram,
Suriram yang manis.
Aduhai suriram sayang makin dipandang bertambah manis.
Kata nama khas adalah khusus,
Suriram
Huruf pertama adalah besar,
Suriram,
Ahmad, Sekolah Rendah Gayang, Kelantan, Si Comel,
Taman Gayang, Melayu, Tuaran, Nasi Ayam Mail
Suriram ram,
Suriram ram ram,
Suriram yang manis.
Aduhai suriram sayang makin dipandang bertambah manis.
Kemudian daripada lagu tersebut, murid dikehendaki untuk menjadualkan lagu
tersebut seperti berikut.
am khas
sifat umum Khusus
huruf kecil Huruf pertama adalah besar
orang Ahmad
sekolah Sekolah Rendah Gayang
negeri Kelantan
60
kucing Si Comel
taman Taman Gayang
bangsa Melayu
daerah Tuaran
nasi Nasi Ayam Mail
Daripada jadual tersebut, murid dapat membandingkan kata nama am dan kata nama
khas.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah analisis lembaran kerja
sebagai intrumen utama. Pengkaji menganalisis lembaran kerja sebelum dan
selepas intervensi dilaksanakan serta hasil-hasil kerja peserta kajian semasa
melaksanakan pdp pada sebelum ini bertujuan mendapatkan maklumat dalam
menjalankan kajian ini. Pengkaji turut menggunakan kaedah ini untuk menganalisis
rekod serta profil peserta kajian. Selain itu, pengkaji jiga menggunakan soalan-soalan
dalam intervensi latihan dan intervensi pengayaan sebagai salah satu dokumen
peserta kajian.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Soalan Kajian
ntu murid meningkatkan
penguasaan penulisan kata nama khas dalam ayat?
Bagi menjawab soalan kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen ujian untuk
menganalisis data. Instrumen ujian telah dilakukan kepada semua perserta kajian
yang telah disenaraikan. Ujian pra dijalankan sebelum instrumen diperkenalkan bagi
melihat penguasaan penulisan huruf besar pada kata nama khas peserta kajian.
Berikut merupakan dapatan kajian bagi instrumen ujian.
6.1.3 Analisis Perbandingan Data Ujian Pra dan Data Ujian Pasca
61
Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca Kenaikan
Peratusan
PK 1 3/10 (30%) 9/10 (90%)
PK 2 2/10 (20%) 10/10 (100%) 60%
PK 3 3/10 (30%) 10/10 (100%)
PK 4 2/10 (20%) 80%
PK 5 2/10 (20%) 9/10 (90%)
8/10 (80%) 70%
70%
60%
Jadual 1: Perbandingan markah peserta kajian berdasarkan ujian pra dan ujian
pasca yang diedarkan.
Graf PerbandinganUjian Pra dan Ujian Pasca
12
10
8
6
4
2
0 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
PK 1 Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca
Rajah 1: Graf perbandingan markah peserta kajian berdasarkan ujian pra dan ujian
pasca yang diedarkan.
Berdasarkan jadual dan graf yang disediakan, terdapat penerangan tentang
perbandingan peratusan markah ujian Pra dan ujian Pasca bagi lima orang peserta
kajian yang telah dikaji. Bagi ujian Pra iaitu ujian yang dijalankan sebelum sesi
intervensi dilakukan, mencatatkan peratusan markah yang rendah iaitu antara 20%
sehingga 30% dalam kalangan peserta kajian.
Ujian Pasca pula telah dijalankan setelah sesi intervensi dilakukan terhadap
peserta kajian. Berdasarkan jadual dan graf di atas, hal ini menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan yang jelas dan ketara apabila peratusan markah ujian Pasca
62
peserta kajian meningkat berbanding sebelum sesi intervensi dilakukan. Peratusan
peningkatan markah bagi PK 1 ialah sebanyak 60%, PK 2 sebanyak 80%, PK 3
sebanyak 70%, PK 4 juga sebanyak 70% dan PK 5 sebanyak 60%. Peningkatan
peratusan markah ini membuktikan bahawa peserta kajian dapat menjawab dengan
baik sekali. Justeru itu, hal ini membuktikan bahawa sesi intervensi yang dijalankan
terbukti berkesan dan membantu meningkatkan peratusan markah peserta kajian.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan ujian ini telah menjawab kepada
persoalan kajian ini iaitu peningkatan penguasaan murid terhadap kata nama khas
dalam ayat. Pada awalnya murid mengalami masalah menggunakan huruf besar
pada kata nama khas dalam ayat, namun mereka telah menunjukkan satu
peningkatan yang sangat baik pada markah ujian pasca berbanding ujian pra.
Peningkatan peratusan markah murid setelah sesi intervensi dijalankan telah
membuktikan bahawa teknik
murid tahun 3 dalam aspek meningkatkan penguasaan murid dalam kata nama khas
pada ayat.
ANALISIS SOALAN BERDASARKAN DAPATAN INSTRUMEN UJIAN
Berdasarkan data yang telah dianalisis daripada instrumen ujian, pengkaji dapat lihat
huruf besar pada kata nama khas dalam ayat. . Hal ini kerana selepas ujian pasca
dijalankan pengkaji mendapati bahawa semua murid berjaya menjawab dengan betul
dan apa yang lebih baik adalah semua murid mendapat markah 7 dan ke atas
daripada 10. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa murid menguasai kata nama
penguasaan murid menulis huruf besar pada kata nama khas dalam ayat.
REFLEKSI
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemahiran menulis
iaitu berkenaan dengan menggunakan huruf besar pada kata nama khas dalam
kalangan murid tahun 3 sekolah rendah. Kajian ini telah menyedarkan pengkaji
bahawa setiap murid mempunyai peluang untuk membaiki diri mereka dari aspek
akademik sekiranya diberikan bimbingan dan teknik pengajaran yang bersesuaian
dengan aspek kognitif mereka. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa teknik
dapat membantu murid untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas serta
dapat menulis huruf besar pada kata nama khas dalam ayat. Murid juga berminat
Oleh itu, pemilihan fokus kajian yang berkisar tentang kemahiran penulisan huruf
besar pada kata nama khas dalam ayat dalam kalangan tahun tiga ini sangat sesuai.
63
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat cadangan ataupun
penambahbaikan yang boleh dilakukan agar kajian mengenai masalah pembelajaran
kemahiran menulis ini dapat diselesaikan dengan lebih berkesan lagi. Intervensi
dalam intervensi ini telah membanding bezakan antara kata nama am dan kata nama
khas. Akhir sekali ialah aspek tajuk kajian. Bagi kajian yang seterusnya, penyelidik
mencadangkan agar tajuk kajian yang difokuskan dalam kajian diperluaskan lagi.
Kaedah yang digunakan di dalam kajian bukan hanya terhad kepada murid lemah
sahaja, tetapi boleh digunakan kepada murid-murid di kelas perdana juga secara
berkesan. Perkara ini bagi memastikan pengkaji dapat menilai keberkesanan kaedah
yang digunakan bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
mana-mana mata pelajaran di sekolah rendah. Tambahan, penggunaan kaedah
bukan sahaja membantu pengkaji dalam menyampaikan isi pelajaran kepada peserta
kajian, tetapi juga membantu peserta kajian untuk lebih menguasai setiap kemahiran
dalam pemulihan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seterusnya mampu
meningkatkan prestasi akademik peserta kajian.
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am, Selangor : PTS Professional, PTS Media Group Sdn
Bhd
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam
Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan
Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri
Aman-Betong.
Abdul Rasid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008.
Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS Media Group
Sdn Bhd.
Camelya Loyanto Bronie. (2010). Mengatasi kelemahan penggunaan huruf besar di hadapan
ayat Bahasa Melayu murid Tahun 4 melalui imej visual. Koleksi Laporan Penyelidikan
Tindakan Tahun 2009 IPGKBL, 66-84.
Chow Fook Meng. (2011). Strategi Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzuki, S.C.(2005).Amalan Guru Yang Berkesan : Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di
Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
64
Najeemah Md. Yusof. (2006). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noraini Ombi. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid . (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin . (2015). Penyelidikan TIndakan : Kaedah & Penulisan . Selangor Darul Ehsan:
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sasson. (1930). Development of Hand Skills in the Child. Bethesda: MD: American
Occupational Therapy
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar
Nawawi.(2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1): 125-144.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) Pengajaran Tatabahasa Bahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid
Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna
65
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN PERENGGAN DALAM
PENULISAN KARANGAN NARATIF MURID TAHUN LIMA MENGGUNAKAN
PETA MINDA DIKEBAS ABI
Oleh
Muhammad Azrul Amin bin Abdul Rasid
En. Madlaim bin Ejib @ Etib
PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2018
IPG Kampus Kent
azrulamin098@gmail.com
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi
oleh murid untuk membuat rangka karangan naratif. Kajian ini dijalankan berfokus
kepada penggunaan Peta Minda DIKEBAS ABI iaitu hasil gabungan peta minda
dan kata tanya dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam membuat
rangka karangan naratif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan
kuantitatif dengan reka bentuk kajian tindakan dengan mengadaptasi Model
Kemmis & Mc Taggart. Instrumen yang digunakan termasuklah temu bual
berstruktur, pemerhatian,dan ujian awal dan akhir Peserta Kajian ini melibatkan
seramai lima orang murid tahun lima dari salah sebuah sekolah di daerah Tuaran,
Sabah sebagai peserta kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan
Peta Minda DIKEBAS ABI dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
membuat rangka karangan bagi karangan naratif sekaligus meningkatkan
prestasi murid dalam penulisan karangan. Selain itu, penggunaan Peta Minda
DIKEBAS ABI ini juga dapat membantu murid untuk mencari isi karangan
dengan lebih mudah. Penggunaan Peta Minda DIKEBAS ABI ini juga boleh
diaplikasikan dalam meningkatkan penguasaan murid untuk membuat rangka
karangan bagi karangan jenis lain. Signifikan kajian ini adalah dapat
dimanfaatkan oleh semua guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran guru dalam kemahiran menulis.
Kata Kunci :Karangan naratif, rangka karangan, peta minda DIKEBAS ABI,
kemahiran menulis
66
PENGENALAN
Konteks
Pengkaji merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran,
Sabah. Pengkaji merupakan salah seorang pelajar PISMP ambilan Jun 2018
Bahasa Melayu (BM) bagi Sekolah Kebangsaan (SK). Pada sesi praktikum fasa
satu, pengkaji telah ditempatkan di sebuah sekolah Kebangsaan di daerah
Tuaran,Sabah. Pengkaji menjalani praktikum selama tiga bulan. Pengkaji telah
diberi amanah untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kelas tahun 5.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji di sekolah tersebut, ramai murid
didapati tidak menguasai kemahiran menulis terutamanya dalam aspek membuat
rangka karangan. Murid di sekolah tersebut dilihat kurang mahir dalam membuat
karangan walaupun murid telah dibantu dengan beberapa perkataan dan gambar
sebagai bahan rangsangan yang diberi dalam buku teks. Walaupun guru telah
memberi contoh tentang isi karangan dan menggalakkan murid berbincang
antara satu sama lain bagi menghasilkan karangan, murid dilihat kurang berminat
untuk berbincang sebaliknya bergantung terus kepada bahan rangsangan yang
diberi. Hal ini menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak gramatis dan kurang
baik selain menjadikan jalan cerita yang ingin diceritakan dalam karangan tidak
menarik.
Kelas tahun 5 yang diajar oleh pengkaji terdiri daripada 30 orang murid
di mana kebanyakkannya berbangsa Bajau dan mempunyai latar belakang
keluarga yang berpendapatan rendah. Peserta kajian yang dipilih mempunyai
masalah pembelajaran pada tahap yang sederhana. Ketika di sekolah itu,
pengkaji telah menerima sokongan dan dorongan yang baik semasa
menjalankan kajian.
Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengkaji dapati bahawa
murid tidak dapat menghasilkan karangan naratif dengan baik walaupun telah
ditunjukkan contoh karangan dan gambar sebagai bahan rangsangan.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, hal ini disebabkan ketidakupayaan murid
untuk memikirkan idea bagi menulis isi dalam karangan seterusnya
menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak menarik. Menurut Rohaida Yusof
& Zamri Mahamod (2015), KBAT perlu diterapkan di dalam bilik darjah
termasuklah dalam PdP penulisan bahasa Melayu. Guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah
agar murid lebih berminat untuk belajar.
Masalah ini telah pengkaji kongsikan bersama guru pembimbing.
Menurut temu bual bersama beliau, beliau menyatakan masih terdapat beberapa
murid yang mempunyai masalah untuk menulis karangan. Beliau menyatakan
perlunya bimbingan yang berterusan dan sesuai bagi memastikan masalah ini
dapat diatasi. Melalui refleksi kendiri yang pengkaji lakukan berdasarkan
67
masalah tersebut, akhirnya idea untuk memperkenalkan Peta Monda DIKEBAS
ABI telah terhasil bagi membantu untuk mempertingkatkan penguasaan
penulisan karagan dalam kalangan peserta kajian.
Justeru, pengkaji bertekad untuk menjalankan kajian lanjut mengenai
intervensi Peta Minda DIKEBAS ABI dalam penulisan karangan naratif ini
terhadap murid.
FOKUS KAJIAN
Pelaksanaan Peta Minda DIKEBAS ABI merupakan satu tindakan untuk
menyelesaikan masalah murid dalam membuat rangka karangan naratif dengan
baik sebenarnya tercetus hasil pengalaman pengkaji sendiri sewaktu
melaksanakan sesi praktikum fasa pertama yang lalu. Hasil pemerhatian
pengkaji mendapati bahawa isu mengembangkan isi karangan ini merupakan
masalah yang biasa dihadapi oleh murid tahap 2.
Bukan itu sahaja, pengkaji mendapati guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu sebelum ini tidak menekankan kemahiran berfikir
dalam melatih murid membuat rangka karangan. Hal ini jelas dapat dilihat
berdasarkan kajian oleh Siti Zabidah (2006) yang melihat bahawa kemahiran
berfikir guru Bahasa Melayu masih berada di tahap penggunaan mekanikal dan
masih belum diserapkan secara terancang. A. Rahman, Jamaludin dan Zamri
(2015) menyatakan bahawa kebanyakan guru tidak menekankan kemahiran
berfikir kepada murid-murid dalam pengajarannya. Guru lebih kepada usaha
untuk mencapai objektif pengajarannya dan menghabiskan sukatan pelajaran.
Keadaan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kurangnya usaha murid
untuk berfikir ketika merangka karangan sebaliknya meningkatkan
kebergantungan kepada guru ketika menulis karangan.
Berdasarkan faktor murid tidak dapat menguasai kemahiran merangka
karangan dengan baik, maka pengkaji telah merancang untuk membantu murid
menerapkan kemahiran berfikir ketika membuat rangka karangan naratif.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
i. Meningkatkan kemahiran murid menulis karangan naratif menggunakan
Peta Minda DIKEBAS ABI.
Soalan Kajian
i. Adakah Peta Minda DIKEBAS ABI dapat meningkatkan kemahiran
murid menulis karangan naratif ?
68
PESERTA KAJIAN
Seramai lima orang peserta kajian terlibat dalam kajian ini iaitu tiga murid lelaki
dan dua murid perempuan. Secara amnya, usia peserta kajian adalah dalam
lingkungan sebelas tahun.
Peserta kajian yang dipilih berdasarkan dua ciri tertentu yang
dikehendaki oleh pengkaji. Antara ciri utama yang dikenalpasti adalah peserta
kajian kebanyakkannya mempunyai masalah membuat karangan naratif. Biarpun
telah diberi tunjuk ajar dan contoh karangan yang baik, mereka dilihat tidak
mampu menghasilkan karangan naratif yang berkualiti.
Akhir sekali, peserta kajian yang dipilih tidak mempunyai sebarang
masalah kesihatan yang kronik atau murid berkeperluan khas. Peserta kajian
yang dipilih mempunyai taraf kesihatan yang baik ketika kajian dijalankan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pelaksanaan Kajian
Kajian ini dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dan di luar waktu kelas yakni ketika waktu lapang pengkaji dan peserta
kajian. Bagi kajian ini, pengkaji memperuntukkan 2 waktu di mana 1 waktu (30
minit) digunakan untuk perbincangan dan penggunaan intervensi manakala 1
waktu (30 minit) untuk murid-murid membuat latihan penulisan. Sebelum
memulakan intervensi, pengkaji telah menguji tahap penulisan murid dalam
menulis karangan naratif menggunakan ujian pra. Apabila pencapaian murid
diketahui melalui ujian tersebut, pengkaji memperkenalkan intervensi Peta Minda
DIKEBAS ABI kepada mereka.
Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah PdP apabila
memperkanalkan intervensi kepada murid. Ketika set induksi, pengkaji
memulakan sesi PdP dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang
berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat mereka.
Seterusnya, pengkaji berbincang dengan murid mengenai penulisan
karangan naratif. Selepas itu, pengkaji menerangkan tentang penggunaan Peta
Minda DIKEBAS ABI (untuk PdP pertama kali menggunakan kaedah ini) di mana
penggunaan intervensi ini digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang
berkaitan dengan tajuk. Manakala kata tanya berfungsi sebagai panduan untuk
mengeluarkan isi dan memberikan contoh.
Langkah yang seterusnya, pengkaji memulakan perbincangan dengan
membincangkan perenggan pendahuluan. Pengkaji menjelaskan kepada murid-
murid bagi mengaitkan penggunaan kata tanya bagi memulakan sesebuah
karangan naratif.
Langkah yang sama dilakukan ketika mencari isi-isi penting dalam
perenggan kedua sehinggalah penutup karangan. Apabila murid memberi
69
jawapan dan respons yang tepat, pengkaji akan memberi pujian atau tepukan
kepada murid berkenaan. Untuk langkah terakhir, pengkaji telah meminta murid
membuat karangan berpandukan rangka karangan yang dibincangkan tadi.
Setelah beberapa siri intervensi dijalankan, pengkaji telah mengadakan
ujian pada hari terakhir intervensi dijalankan. Tujuan ujian ini diadakan bagi
mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan ke atas murid dalam penulisan
karangan naratif.
Teknik Mengumpul Data
a) Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dan pasca adalah kertas soalan yang sama. Ujian pra dijalankan
sebelum proses intervensi Peta Minda DIKEBAS ABI digunakan. Hal ini kerana
pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid berkaitan tajuk
yang telah diajar. Manakala, ujian pasca pula diberi selepas intervensi Peta
Minda DIKEBAS diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih bagi
melihat keberkesanan kaedah yang digunakan dan mengukur pencapaian murid
selepas rawatan.
Pengkaji meminta murid menulis sebuah karangan naratif yang
panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan dalam masa 30 minit.
Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam
peningkatan pengetahuan murid berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan
selepas tindakan dijalankan.
Teknik Menganalisis Data
a) Ujian Pra dan Pasca
Ujian digunakan untuk menilai hasil ujian pra dan ujian pasca yang dilakukan
terhadap murid kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis juga dalam bentuk
jadual untuk mengetahui jumlah atau frekuensi yang diperolehi oleh murid kajian
secara keseluruhannya. Data ujian pra dan ujian pasca akan dipersembahkan
melalui rajah dan jadual untuk melihat perbandingan markah dan peratus antara
sebelum dan selepas penggunaan intervensi Peta Minda DIKEBAS ABI.
Teknik Menyemak Data
Cohen & Manion (1994) dan Altritcher et al (1993) dalam Buku Prosiding
Penyelidikan Tindakan (2010), telah mencadangkan beberapa jenis triangulasi
dalam penyemakan data seperti triangulasi masa, triangulasi metod dan
triangulasi penyelidik. Ia amat penting untuk membezakan data yang diperoleh
70
salah atau boleh dipercayai. Bagi menyemak data, pengkaji telah memilih kaedah
triangulasi penyelidik untuk kajian yang saya jalankan.
Berdasarkan kepada kaedah triangulasi penyelidik, pengkaji telah
meminta bantuan guru pembimbing pengkaji untuk bersama-sama memeriksa
kertas ujian untuk proses pengumpulan data. Malah, pengkaji juga telah
melakukan perbincangan bersama rakan sekelas pengkaji yang menjalani
praktikum di sekolah lain mengenai kaedah analisis data yang telah dikumpul.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah mengumpul markah-markah daripada ujian pra dan pasca yang
telah diadakan seperti Jadual 1.
Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Kenaikan
Pasca Peratusan
PK 1 32 76 44
PK 2 20 60 40
PK 3 40 88 48
PK 4 20 56 36
PK 5 20 60 40
Jadual 1 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan analisis markah pada Jadual 1, berlakunya peningkatan prestasi
murid dalam mengarang karangan jika dibandingkan dengan prestasi
pencapaian ujian pra yang dilakukan sebelum intervensi. PK 3 menunjukkan
peningkatan prestasi yang paling tinggi iaitu mendapat markah 88 yang
merupakan kategori karangan yang cemerlang. Dua peserta kajian, PK 2 dan PK
5 pula mendapat kenaikan markah yang sama iaitu dari 20 markah semasa ujian
pra ke 60 markah semasa ujian pasca.. PK1 pula juga menunjukkan peningkatan
markah yang baik iaitu dari 32 markah dalam ujian pra ke 76 markah dalam ujian
pasca. PK 4 mencatat peningkatan yang paling sedikit di mana PK 4 mendapat
71
kenaikan markah dari 20 markah dalam ujian pra ke 56 markah dalam ujian
pasca.
REFLEKSI
Pada awal kajian, pengkaji mendapati murid sukar memberikan kerjasama dan
sebaliknya suka bersembang sesama rakan sendiri selain menjawab tidak tahu
apabila ditanyakan soalan. Setelah pengkaji melakukan teguran dan
melaksanakna intervensi beberapa kali, berlakunya perubahan positif daripada
murid di mana murid mampu memberi kerjasama ketika aktivitiperbincangan
dijalankan.
Pengkaji juga mendapati penggunaan konsep 5W1H yang diterapkan
dalam bentuk peta minda DIKEBAS ABI amatlah sesuai digunakan bagi
membantu murid mengembangkan perenggan untuk menulis karangan naratif.
Kaedah ini menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan
berbanding menggunakan kaedah yang lain berdasarkan peningkatan markah
ujian yang dilaksanakan.
Secara kesimpulannya, daripada kajian ini, pengkaji mendapati guru
perlu bijak mempelbagaikan teknik pengajaran yang mengaplikasikan kemahiran
berfikir bagi meningkatkan prestasi murid dalam menulis karangan.
RUJUKAN
A Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1), 53-60.
PISMP Januari 2007. (2010). Buku Prosiding Penyelidikan Tindakan 2010. Kota
Samarahan: IPTAR.
Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan bahasa Melayu murid Tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 5(2), 31-37.
Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif
dalam pengajaran karangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan pelajar
tingkatan IV. Disertasi Ph.D. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
72
PENGGUNAAN KIT "SKH" SECARA ANSUR MAJU
MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 3
Nazihatul Athirah Binti Azaman
Dr. Effendy Bin Yusuff
PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2018
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
naziathirah@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kekemasan tulisan bagi murid
tahun 3 secara ansur maju menggunakan KIT "SKH". KIT "SKH" adalah
singkatan daripada perkataan Susun Kotak Huruf. Tulisan memainkan peranan
yang amat penting dalam kehidupan khasnya kanak-kanak. Mereka perlu
didedahkan cara menulis yang betul agar tulisan mereka mampu difahami oleh
pembaca. Kajian tindakan yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu
murid tahun 3 menulis dengan lebih kemas dan teratur. Peserta kajian dalam
kajian tindakan ini terdiri daripada lima orang murid tahun 3 di salah sebuah
sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian mempunyai
masalah tulisan yang kurang kemas dan tidak teratur. Model Kurt Lewin (1948)
telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dikumpulkan melalui ujian (pra dan
pasca), analisis dokumen dan kaedah pemerhatian. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua peserta kajian berjaya memperbaiki tulisan mereka
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Hasil kajian telah mendapati bahawa
kaedah ansur maju menggunakan KIT "SKH" adalah berkesan dalam
meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun 3.
Kata Kunci : Kit SKH, menulis, ansur maju, tulisan
PENGENALAN
Kemahiran menulis, membaca, mengira dan menaakul merupakan asas yang
sangat penting untuk dikuasai oleh murid-murid. Tulisan yang tidak kemas
menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid. Selain itu, kanak-kanak juga
tidak dapat untuk membaca tulisan mereka sendiri jika ditulis dengan tidak
kemas. Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh murid-murid secara berperingkat
mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu bersedia dari
segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga
pergerakan jari bebas meneroka. Jika diajar berdikari lebih awal, kanak-kanak
73
akan lebih cepat memperoleh kemahiran manipulatif kerana mereka berpeluang
menggunakan tangan dan jari mereka untuk melalukan aktiviti. (Sharifah, Siti
Hazlifah, 2012). Oleh itu, peringkat awal murid-murid perlu ditekankan kemahiran
pratulis dan awal tulisan.
FOKUS KAJIAN
Semasa menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah St John (M), Tuaran
Sabah, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid Tahun 3 menghadapi
masalah dalam penulisan. Namun pengkaji memfokuskan masalah kekemasan
tulisan dari aspek kecondongan tulisan, jarak antara huruf, huruf yang
menyerupai huruf lain dan jarak antara perkataan. Setelah meneliti
permasalahan tersebut, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan masalah kekemasan tulisan murid ini berlaku. Menurut Levin
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan oleh murid. Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan
salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis (Norhadi
Sarponen, 2009). Menurut Sasson (1993) mendapati guru kurang memberi
penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat
tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan
ruang antara huruf dan perkataan. Pengkaji telah merancang satu Kit SKH secara
ansur maju bagi meningkatkan kekemasan tulisan murid Tahun Tiga yang
diinovasikan daripada dapatan kajian Chin Mei Yin et. al (2013). Kit Dorating
dapat membantu dalam meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid-murid
dalam tulisan rumi. Oleh itu, penggunaan kit telah diinovasikan oleh pengkaji ini
dikenali sebagai Kit Susun Kotak Huruf (SKH). Pengkaji menggunakan kaedah
ansur maju bagi membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid. Kaedah ini
dapat membantu murid memahami dan mengusai kemahiran menulis. Menurut
Juliana Lin Chu Chen (2009), murid berjaya menulis dengan kemas dan teratur
menggunakan kaedah ansur maju justeru melibatkan diri secara aktif semasa
kaedah ansur maju dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun 3 dengan menggunakan
Kit SKH secara ansur maju.
2. Menghuraikan cara murid menguasai kemahiran kekemasan tulisan
menggunakan Kit SKH secara ansur maju.
3.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah penggunaan Kit "SKH" secara ansur maju dapat meningkatkan
kekemasan tulisan dalam kalangan murid Tahun Tiga?
2. Bagaimanakah murid mengusai kemahiran kekemasan tulisan
menggunakan Kit SKH secara ansur maju?
3.
PESERTA KAJIAN
74
Kajian ini hanya melibatkan seorang peserta kajian sahaja iaitu Farid (bukan
nama sebenar) dari SK St John. (M) Tuaran. Dia merupakan seorang murid lelaki
Tahun 3. Farid adalah seorang murid cerdas dan aktif tetapi mempunyai masalah
dalam kekemasan tulisan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan 1 : Genggaman Tripod Dinamik dan Cara Duduk yang Betul
Pada intervensi yang pertama, pengkaji menjelaskan dan menerapkan cara
duduk dengan betul semasa menulis dan cara memegang pensel dengan betul
semasa menulis seperti dalam rajah 1. Pengkaji telah memperkenalkan murid
memegang pensel menggunakan genggaman tripod dinamik. Menurut Shneck
dan Henderson (1990), ahli terapi dan guru biasanya mencadangkan agar kanak-
kanak terutamanya mereka yang menghadapi masalah dalam tulisan tangan
menggunakan genggaman tripod dinamik.
Rajah 1: Genggaman Tripod Dinamik & Cara Duduk yang Betul
Tindakan 2 : Menyusun Pom-pom dan Menyambung Titik-Titik
Setelah itu, pengkaji memberikan bahan bantu mengajar dengan menerapkan
kemahiran pratulis seperti menyusun objek yang berwarna-warni mengikut corak
yang telah disediakan oleh pengkaji seperti dalam rajah 2. Menurut Faraha
(2006), warna merupakan elemen terdekat dengan kanak-kanak dalam membuat
pengecaman objek sekelilingnya dan kanak-kanak sangat tertarik dengan warna.
Justeru, kanak-kanak sering dikaitkan tertarik dengan variasi warna kerana
warna dapat mewujudkan suasana yang menyenangkan dan menimbulkan rasa
nyaman bagi kanak-kanak sehingga dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak
(Siti, 2004). Peserta juga akan menyambung titik-titik pada bahan bantu mengajar
tersebut seperti dalam rajah 2. Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak
meningkatkan tahap kawalan ke atas koordinasi tangan mereka kerana setiap
pergerakan tangan mereka akan mempengaruhi tulisan yang dibentuk. Nabilah
dan Mangaleswaran (2012) menyatakan keperluan perkembangan motor halus
yang melibatkan kemahiran motor halus penting di peringkat awal.
75
Rajah 2: Menyusun Objek Berwarna-Warni & Menyambung Titik-Titik
Tindakan 3 : Gel Huruf dan Kotak Huruf
Intervensi yang kedua pula, pengkaji memberikan gel huruf seperti dalam rajah
3 kepada peserta kajian untuk membentuk huruf-huruf pada gel huruf tersebut.
Aktiviti ini adalah untuk membentuk perkembangan motor halus kanak-kanak
justeru untuk mengaktifkan visual, auditori, kinestatik dan tekstil murid. Setelah
itu, pengkaji memberikan lembaran kerja menulis huruf A-Z menggunakan kotak
huruf yang telah disediakan seperti dalam rajah 3.
Rajah 3 : Gel huruf dan Kotak Huruf
Tindakan 4 : Kotak Huruf dan Lembaran Kerja Kotak Perkataan
Intervensi yang ketiga pula iaitu peserta menggunakan bahan bantu mengajar
Kotak Huruf untuk menulis perkataan yang mudah seperti dalam rajah 4. Kotak
huruf yang digunakan dapat dipadamkan semula oleh murid. Oleh itu, murid
dapat menggunakan kotak huruf tersebut dengan pelbagai perkataan yang lain.
Pengkaji telah mengubahsuai Lembaran Kerja Garis Tiga yang telah diinovasikan
oleh Meimon Binti Sanai (2009). Beliau telah menghasilkan lembaran kerja yang
mempunyai tiga garisan berkembar untuk memastikan tulisan murid menjadi
seragam dan selari ketinggian serta hurufnya. Tindakan ini mendatangkan kesan
positif kepada respoden untuk menulis dengan kemas berbanding sebelumnya.
Pengkaji mengubahsuaikan kaedah pengkaji lalu dan menghasilkan Kit SKH
secara ansur maju yang menggunakan kotak huruf untuk meningkatkan
kekemasan tulisan dalam kalangan murid Tahun Tiga. Setelah itu, peserta
menulis perkataan dalam lembaran kerja yang diberikan.
76
Rajah 4 : Kotak Huruf dan Lembaran Kerja Kotak Perkataan
Tindakan 5 : Kotak Huruf Ayat dan Tanpa Kotak Huruf
Setelah itu, intervensi yang keempat pula iaitu peserta kajian menulis ayat
menggunakan kotak huruf yang telah disediakan. Selepas itu, peserta kajian
menyalin semula ayat tanpa menggunakan kotak huruf seperti dalam rajah 5.
Setelah itu, pengkaji menjalankan ujian pasca kepada peserta kajian. Perkara ini
adalah untuk mengesan dan menguji keberkesanan penggunaan Kit SKH secara
ansur maju yang telah diperkenalkan dan memastikan pencapaian murid sama
ada meningkat atau tidak meningkat.
Rajah 5 : Kotak Huruf Ayat dan Tanpa Kotak Huruf
Kaedah Mengumpul Data
Kaedah Pengumpulan Intstrumen Menjawab Soalan
Data Kajian
Ujian Ujian Pra Pertama
Ujian Pasca
Analisis Dokumen Latihan Intervensi Kedua
Intervensi 1, 2,3
dan 4
Lembaran Kerja Pertama
Sebelum
Intervensi
Selepas Intervensi
Pemerhatian Borang Senarai Semak Kedua
Intervensi 2
Intervensi 4
Jadual 1 : Kaedah Pengumpulan Data
77
ANALISIS KAJIAN DAN DAPATAN KAJIAN
1. Apakah penggunaan Kit "SKH" secara ansur maju dapat meningkatkan
kekemasan tulisan dalam kalangan murid Tahun Tiga?
Ujian Pra dan Pasca
Berdasarkan dapatan kajian daripada ujian pra dan pasca yang dijalankan
terhadap peserta kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan gred iaitu
peningkatan gred C daripada gred B. Farid adalah berada pada tahap minimum
dalam kekemasan tulisan sebelum intervensi dilaksanakan. Namun demikian,
selepas penggunaan Kit SKH secara ansur maju, peserta mencapai tahap yang
baik dalam menulis dengan kemas dan teratur. Farid hanya melakukan beberapa
kesalahan pada ujian pasca iaitu menulis huruf "k" dan "e" terlalu dekat, menulis
huruf huruf "s" dan "g" dengan condong berbanding sebelum intervensi
dilaksanakan. Kesimpulannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa
penggunaan Kit "SKH" secara ansur maju yang digunakan dapat meningkatkan
kekemasan tulisan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga.
Sebelum Selepas
Rajah 1 : Ujian Pra dan Pasca
Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi
Kaedah pengumpulan data melalui analisis dokumen peserta kajian dapat
memberikan bukti yang releven terhadap masalah yang dikaji. Dalam kajian
meningkatkan kekemasan tulisan murid menggunakan Kit "SKH" secara ansur
maju, pengkaji telah menganalisis lembaran kerja Bahasa Melayu yang dibuat
oleh peserta kajian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Latihan-latihan
sebelum intervensi dan selepas intervensi dianalisis untuk melihat keberkesanan
penggunaan Kit "SKH" secar ansur maju dalam meningkatkan kekemasan tulisan
murid Tahun 3. Dapatan kajian daripada sebelum dan selepas intervensi yang
dijalankan terhadap peserta kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
daripada gred C kepada gred B. Farid tidak lagi melakukan kesalahan dari segi
jarak antara perkataan, jarak antara perkataan dan huruf menyerupai huruf lain
selepas intervensi dijalankan. Farid hanya melakukan kesalahan menulis huruf
"h" dengan condong.
78
Sebelum Selepas
Rajah 2 : Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi
2. Bagaimanakah murid mengusai kemahiran kekemasan tulisan
menggunakan Kit "SKH" secara ansur maju?
Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian iaitu borang senarai semak
bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Berdasarkan pemerhatian, peserta
kajian dapat meningkatkan kekemasan tulisan dengan menggunakan Kit "SKH"
secara ansur maju dalam kalangan murid Tahun Tiga melalui aktiviti-aktiviti
intervensi.
ANALISIS PEMERHATIAN INTERVENSI 2 DAN 4
PESERTA KAJIAN
Intervensi 2 Intervensi 4
55 55 5
1
44 4 4
2 2
Skala
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6
Rajah 1 : Analisis Pemerhatian Intervensi 2 dan Intervensi 4 Peserta Kajian
Rajah 1 menunjukkan graf perbandingan peratus kekerapan analisis
pemerhatian intervensi dua dan intervensi empat. Hasil dapatan menunjukkan
terdapat peningkatan tertinggi yang ketara. Setiap peserta kajian memberikan
peningkatan semasa pengkaji menjalankan aktiviti intervensi kajian terhadap
mereka. Berdasarkan analisis perbandingan yang dijalankan, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa peningkatkan peserta kajian berada di tahap yang
79
memberangsangkan. Jika dilihat pada data di atas, hasil data yang ditunjukkan
sebelum intervensi adalah sangat mengecewakan pengkaji kerana kemahiran
menulis peserta kajian berada pada tahap yang rendah. Namun, selepas aktiviti
intervensi dijalankan, dapatan data pemerhatian menunjukkan bahawa peserta
kajian telah mencatatkan peratusan kekerapan yang baik serta berada di tahap
memuaskan dan sangat memuaskan.
Secara keseluruhannya, aktiviti intervensi dapat meningkatkan
kekemasan tulisan dengan menggunakan Kit SKH secara ansur maju. Sebelum
intervensi dilaksanakan, peserta kajian melakukan pelbagai kesalahan seperti
kecondongan huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan dan huruf
menyerupai huruf lain. Walau bagaimanapun, selepas aktiviti intervensi Kit SKH
secara ansur maju diperkenalkan, terdapat banyak peningkatan yang berlaku
iaitu peserta kajian telah berjaya memperbaiki dan meningkatkan kekemasan
tulisan. Dengan memperkenalkan penggunaan kotak huruf dalam peringkat-
peringkat aktiviti intervensi, peserta kajian dapat menulis bentuk huruf dengan
baik tanpa kecondongan dan huruf menyerupai huruf lain. Penggunaan kotak
huruf dalam ayat juga membantu peserta kajian dalam melatih mereka
menjarakkan huruf antara huruf dengan betul dan menjarakkan perkataan pada
jarak yang betul dan seragam. Oleh itu, hasil perbandingan data pemerhatian
jelas menjawab soalan kajian kedua iaitu "Bagaimanakah murid menguasai
kemahiran kekemasan tulisan menggunakan Kit SKH secara ansur maju?".
Analisis Dokumen
Pengkaji mendapati bahawa hasil analisis dokumen pada setiap aktiviti intervensi
dapat melihat cara peserta kajian meningkatkan kekemasan tulisan dengan
menggunakan Kit "SKH" secara ansur maju.
Intervensi Hasil Kerja Penerangan
Peserta Kajian
1 Pada intervensi yang pertama, Farid
Menyusun (bukan nama sebenar) diperkenalkan
Pom-pom dengan cara duduk dengan betul dan
cara memegang pensel dengan betul
semasa menulis. Pengkaji telah
memperkenalkan genggaman tripod
dinamik kepada peserta kajian.
Selepas itu, peserta kajian
dikehendaki menyusun pom-pom
mengikut corak yang telah disediakan
oleh pengkaji. Berdasarkan hasil
kerja, peserta kajian dapat menyusun
pom-pom mengikut corak yang
disediakan dengan betul.
80
Menyambun Peserta kajian menyambung titik-titik
g Titik-titik pada lembaran kerja. Dalam
intervensi pertama yang diberikan ini
Gel Huruf merupakan aktiviti yang mudah
kerana peserta kajian hanya perlu
2 Kotak Huruf menyusun objek mengikut corak yang
telah disediakan dan menyambung
titik-titik yang disediakan pada
lembaran kerja. Peserta kajian dapat
menyambung titik-titik dengan betul
walaupun terdapat beberapa garisan
yang terkeluar.
Peserta kajian menulis huruf secara
bebas menggunakan gel huruf
dengan bimbingan pengkaji. Farid
dapat membentuk huruf B dengan
betul dengan bimbingan pengkaji.
Farid dapat menulis huruf dengan
baik dengan menggunakan kotak
huruf berbanding membentuk huruf
secara bebas. Namun begitu,
terdapat beberapa huruf yang ditulis
dengan tidak kemas. Contohnya,
Farid menulis huruf "P", "w", "x" dan
"y" dengan condong. Farid juga
melakukan kesalahan menulis huruf
yang menyerupai huruf lain seperti
huruf "d" seperti huruf "a" dan huruf
"z" menyerupai huruf "L" dalam kotak
huruf yang telah disediakan.
Farid sudah boleh menulis perkataan
pada kotak huruf yang disediakan
walaupun terdapat beberapa
kesalahan kecil seperti huruf
menyerupai huruf lain dan
81
Kotak Huruf kecondongan huruf. Farid menulis
Perkataan huruf "u" dengan condong. Selain itu,
3 Farid juga menulis huruf menyerupai
huruf lain seperti huruf "a"
menyerupai huruf "d" pada perkataan
lawan dan huruf "a" menyerupai
huruf "d" pada perkataan nanas.
Kotak Huruf Farid menulis ayat menggunakan
Ayat kotak huruf dengan betul walaupun
4
terdapat beberapa kesalahan seperti
Menulis huruf menyerupai huruf lain. Farid
tanpa Kotak
telah menulis huruf "u" menyerupai
Huruf huruf "a" pada perkataan itu. Setelah
itu, aktiviti peserta kajian diteruskan
dengan intervensi menulis ayat tanpa
menggunakan kotak huruf. Farid
diminta untuk menulis semula ayat
yang diberikan pada lembaran kerja
Farid boleh menulis semula ayat yang
diberikan pada lembaran kerja
dengan betul. Namun begitu, Farid
melakukan beberapa kesalahan
seperti kecondongan huruf. Farid
menulis huruf "r" dengan condong
pada perkataan "Amira". Farid juga
melakukan kesalahan menulis huruf
"g" dengan condong pada perkataan
"yang".
REFLEKSI
Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, dapat dirumuskan
bahawa terdapat perbandingan yang jelas tentang pencapaian peserta kajian
sebelum dan selepas intervensi dijalankan melalui kaedah ansur maju
menggunakan Kit "SKH" (Susun Kotak Huruf). Peserta kajian telah menunjukkan
prestasi dan peningkatan kerja yang positif. Ini jelas ditunjukkan pada hasil kerja
peserta kajian yang mana berupaya menulis dengan kemas dan teratur. Malah
hasil daripada perbandingan terhadap dokumen ujian pra dan ujian pasca
peserta kajian turut menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menyedari bahawa kaedah ansur
maju menggunakan Kit "SKH" yang digunakan ini membantu pengkaji dalam
82
membaiki dan meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian. Di samping itu,
pengkaji melihat sendiri bagaimana lembaran intervensi yang terdapat pada Kit
"SKH" yang pengkaji berikan kepada peserta kajian membantu dalam
menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur. Jika dilihat pada lembaran
intervensi, terdapat latihan menulis menggunakan kotak huruf membantu peserta
kajian menulis menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. Kaedah ansur maju
merupakan satu kaedah pengajaran yang menekankan cara-cara menguasai
kemahiran bermula dengan langkah yang paling asas sebelum beralih kepada
langkah yang lebih sukar arasnya adalah amat berkesan bagi mengurangkan
kesilapan menulis huruf. Malah pengkaji juga dapat melihat perubahan pada
sikap peserta kajian iaitu mereka menjadi lebih teliti semasa melaksanakan
aktiviti menulis dan berusaha untuk memperbaiki tulisan. Secara
keseluruhannya, Kit "SKH" secara ansur maju yang bersandar kepada teori
konstruktivisme iaitu membina daripada asas kepada yang sukar sebagai salah
satu elemen untuk mengukuhkan kajian ini bagi mengatasi masalah kekemasan
tulisan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan peningkatan ketara dalam
kekemasan tulisan setelah intervensi Kit "SKH" secara ansur maju dilaksanakan.
Hal ini membuktikan bahawa Kit "SKH" secara ansur maju telah berjaya
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kekemasan tulisan. Pengkaji juga
mencadangkan kajian seterusnya perlu mengubahsuai cara menggunakan Kit
"SKH" secara ansur maju supaya lebih difahami oleh peserta kajian. Contohnya,
pengkaji seterusnya menambah penggunaan warna pada kotak huruf supaya
dapat menarik minat murid agar lebih mudah memahami penggunaan Kit SKH
tersebut seperti dalam rajah 1. Menurut Chang, Xu & Watt (2018), penggunaan
warna telah terbukti memainkan peranan penting dalam merangsang emosi yang
berlainan dan menarik perhatian murid. Penggunaan warna dapat membantu
murid untuk meningkatkan kecekapan mereka. (Vetter, Ward, & Shapiro, 1995).
Rajah 1 : Kotak Ayat Berwarna
83
RUJUKAN
Mariayyee A/P Suppiah. (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk dalam Bahasa
Malaysia bagi Murid Tahun 1. Dimuat turun daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.my/2011/12/contohkajiantindakanmasal
Noraini Binti Ombi (2009), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 dalam
Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 215. Muat turun daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.
pdf
Nurzulaiha binti Zakaria. (2013). Keberksenan Kaedah Ansur Maju dalam Mengatasi
Masalah Menulis Huruf Kecil 'p', 's', 'k', 't' dan 'm' bagi Murid Tahun 2. Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan 2013 IPG Kampus Kent, 120 -133
Sasson R. (1983). Handwriting ; The way to teach it. Cheltenham : Stanley Thomas.
84
PENGGUNAAN KATA PEMERI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Nur Amira Atiqah Binti Mohd Sani
Dr. Caroline @ Lorena David
PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
nmiratiqah@gmail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata
dua orang murid yang dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik.Tinjauan
awal mendapati bahawa peserta kajian menghadapi masalah dalam
menggunakan kata pemeri ialah dan adalah. Peserta kajian keliru dengan
penggunaan dan kedudukan pemeri di dalam ayat dan menyebabkan mereka
tidak dapat menguasai penggunaan kata pemeri dengan baik. Oleh sebab itu,
peserta kajian bagi tajuk kata pemeri ini. Pengkaji menjalankan kajian ini
berdasarkan kepada Model Penyelidikan Stephen Kemmis dan Mac Taggart
(1988). Pengkaji juga telah menggunakan ujian pra dan ujian pos sebagai kaedah
pengumpulan data. Hasil dapatan kajian mendapati semua peserta kajian
merekodkan peningkatan pencapaian dalam kata pemeri selepas menggunakan
menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kemahiran menulis
mahupun kemahiran bertutur.
Kata kunci: kata pemeri, dua orang murid, tahun 5
PENGENALAN
Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
menegaskan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara yang
berdaulat. Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Rasmi Negara, Bahasa
Pentadbiran, Bahasa Perhubungan Umum dan juga Bahasa Pengantar serta
Bahasa Ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi awam.
Walaupun bahasa Melayu ini telah diwartakan dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia (1992) sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
85
sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, namun isu tentang
penguasaan bahasa Melayu ini tidak pernah berhenti (Kasdan & Kassim, 2015).
Apabila diperhatikan dalam kalangan masyarakat pada hari ini juga, penguasaan
bahasa Melayu masih lagi berada di tahap yang kurang memberangsangkan.
Kamil & Mohamad (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa masih terdapat
ramai masyarakat yang kurang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ia bukan
sahaja daripada komuniti Cina dan India, tetapi juga orang Melayu sendiri.
Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, masyarakat harus mahir
berbahasa Melayu kerana bahasa itu melambangkan identiti negara seseorang
individu. Maka, penekanan kepada penguasaan mata pelajaran bahasa Melayu
dalam semua aspek harus dikuasai sepenuhnya seawal di bangku sekolah lagi
terutamanya aspek tatabahasa. Ini kerana murid-murid seringkali mempunyai
masalah dalam menguasai tatabahasa dengan baik. Masalah ini telah didapati
oleh pengkaji sewaktu mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sebuah
sekolah di daerah Tuaran. Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya masalah ini
tidak ditekankan dan diperbetulkan, maka ia akan menjadi kebiasaan bagi
mereka. Terutamanya kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah
dalam ayat. Kesalahan yang dilakukan ini, sekiranya tidak diterangkan sejelas-
jelasnya dan didedahkan kepada murid, tentu sekali ia akan semakin meluas
penggunaannya. Menurut Fauzi Amir Gus (2010), masalah kekeliruan dan
kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah bukan sahaja wujud dalam
kalangan murid-murid di sekolah rendah malahan wujud dalam kalangan
golongan profesional.
Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengaplikasi satu teknik bagi
menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam membantu meningkatkan
penguasaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kalangan murid-
murid tahun 5. Kegagalan murid-murid menguasai aspek tatabahasa ini akan
mencacatkan mutu penulisan ayat murid-murid dalam membina karangan
(Sariyan, 2009). Pengkaji juga telah melaksanakan pengumpulan awal data
kajian bagi mengenalpasti sejauh mana masalah tersebut berlaku dalam
kalangan murid tahun 5. Melalui pengumpulan awal data iaitu analisis ujian pra
dan analisis dokumen, pengkaji telah mengenalpasti beberapa orang murid tahun
5 yang mempunyai masalah yang ketara dalam menguasai penggunaan kata
pemeri ialah dan adalah dalam ayat dengan betul. Oleh itu, pengkaji sangat
-murid menguasai penggunaan kata pemeri dalam
ayat dengan betul.
FOKUS KAJIAN
meningkatkan penguasaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam
kalangan murid tahun 5. Hal ini kerana murid tidak dapat menguasai penggunaan
86
kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat dengan betul dan kekeliruan sering kali
terjadi dalam pembinaan ayat yang melibatkan penggunaan kata pemeri iaitu
meletakkan adalah di tempat ialah, ialah di tempat adalah. Ini berpunca daripada
kurangnya penekanan terhadap penggunaan kata pemeri yang betul dan murid
beranggapan bahawa tiada kepentingan untuk menggunakannya. Pengkaji juga
berpendapat bahawa teknik pengajaran guru yang kurang sesuai juga
mempengaruhi kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang dijalankan.
Hasilnya, markah tatabahasa murid-murid akan ditolak sekiranya berlaku banyak
kesalahan tatabahasa dan memberi kesan yang berpanjangan terhadap lisan
n penguasaan penggunaan kata pemeri
dalam ayat.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Meningkatkan penguasaan penggunaan kata pemeri dengan menggunakan
Soalan Kajian meningkatkan penggunaan kata pemeri dalam
kalangan murid tahun 5?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan ke atas murid tahun 5 di salah sebuah sekolah
di sekitar daerah Tuaran. Namun, tidak semua murid terlibat dalam kajian ini di
mana pengkaji telah memilih dua orang peserta kajian yang betul-betul lemah
dalam menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat. Peserta
kajian yang dipilih ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid
perempuan. Peserta kajian dipilih berdasarkan kepada analisis dokumen iaitu
lembaran kerja dan juga ujian pra yang telah dijalankan. Hasil tinjauan awal
menunjukkan dua orang murid tersebut mempunyai kefahaman konsep,
pencapaian dan respon positif yang rendah terhadap penggunaan kata pemeri
ialah dan adalah.
Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian
Kumpulan Subjek Kajian Tahun 5
Bilangan Subjek Kajian 2 orang peserta kajian (PK A dan PK B)
87
Purata Umur 11 tahun
Jantina Seorang lelaki
Seorang perempuan
Tempat
Sekolah kebangsaan di daerah Tuaran
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian ini mengaplikasikan konsep penyelidikan tindakan mengikut
Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan McTaggart (1988) dalam Buku
Manual Kajian Tindakan (2008), menyatakan terdapat empat proses utama
dalam melaksanakan kajian tindakan (Rosinah Edinin, 2012). Antara proses
adalah seperti berikut:
i. Mereflek (reflect)
ii. Merancang (plan)
iii. Bertindak (action)
iv. Memerhati (observe)
MEREFLEK
(Membuat refleksi diri
untuk mengetahui
kekuatan dan
kelemahan diri)
MEMERHATI MERANCANG
(Mengumpul dan (Pengumpulan awal data
menganalisis data bagi
menilai keberkesanan bagi mengesahkan isu
ataupun masalah)
tindakan)
BERTINDAK
(Melaksanakan tindakan
bagi mengatasi masalah
yang menjadi fokus)
Rajah 1: Model Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988)
88
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk mengenlapsti
dalam membantu menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam
ayat. Data-data yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk graf dan
jadual peratus.
Jadual 2: Analisis Markah Ujian Pra
Peserta Kajian Jantina Markah Peratus (%)
A Lelaki 3/10 30
B Perempuan 3/10 30
PERATUSAN UJIAN PRA SEBELUM
45 PELAKSANAAN INTERVENSI
40
Peratusan % 35
30
25
20
15
10
5
0 Peserta Kajian B
Peserta Kajian A
Peserta Kajian Peratusan
Rajah 2: Graf Analisis Markah Ujian Pra
Dapatan kajian berdasarkan Rajah 2 menunjukkan bahawa sebelum
adalah dalam ayat bagi peserta kajian A hanya memperolehi sebanyak 30
peratus. Begitu juga dengan peserta kajian B yang memperolehi sebanyak 30
peratus. Kesemua peserta kajian berada pada tahap yang lemah.
Jadual 3: Analisis Markah Ujian Pos
Peserta Kajian Jantina Markah Peratus (%)
9/10 90
A Lelaki 10/10 100
B Perempuan
89