The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idi_5581, 2016-01-23 06:00:30

RBT Thn 6

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)

MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)

MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 6

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

09 MAC 2015

Cetakan Pertama 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

KANDUNGAN

MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 1
3
1. 4. Penghasilan Projek
12
4.3 Mereka Bentuk Projek Bertema Berasaskan Bahan Bukan Logam,

Bahan Logam Dan Elektromekanikal.

4.3.1 Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti Polyvinyl

Chloride (PVC) dan perspeks.

4.3.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji

lengkung halus, scroll saw, pahat, pisau pemotong

perspeks, stapler gun dan hot glue gun.

4.3.3 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai

kokot dan glu panas (hot melt glue).

4.3.4 Mengenal pasti sistem asas elektromekanikal iaitu:

i. motor dan gear;

ii. motor, takal dan tali sawat; dan

iii. motor, gegancu dan rantai.

4.3.5 Mengenal pasti projek elektromekanikal yang hendak

dibina.

4.3.6 Membuat beberapa lakaran projek elektromekanikal.

4.3.7 Memilih lakaran terbaik projek elektromekanikal.

Projek A - Kren 21

Projek B - Kereta Matrix 61

Projek C - Roda Ferris 99

4.3.8 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan lakaran

projek elektromekanikal.

4.3.9 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

digunakan untuk membuat projek elektromekanikal.

Projek A - Kren 26

Projek B - Kereta Matrix 65

Projek C - Roda Ferris 106

iii

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

4.3.10 Memasang bahagian projek dan komponen

elektromekanikal.

Projek A - Kren 43

Projek B - Kereta Matrix 81

Projek C - Roda Ferris 117

4.3.11 Menguji kefungsian projek.

4.3.12 Membuat kemasan pada projek.

Projek A - Kren 55

Projek B - Kereta Matrix 92

Projek C - Roda Ferris 137

4.3.13 Membuat persembahan projek. 140

4.3.14 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN 145
2. 5. Teknologi Pertanian 147

5.2 Menanam Secara Hidroponik. 154
5.2.1 Pengenalan hidroponik. 159
5.2.2 Menyatakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk 167
menyemai biji benih seperti dulang semaian, biji benih, air, 172
benang atau span. 178
5.2.3 Menyemai biji benih dengan kaedah yang betul.
5.2.4 Menyediakan peralatan iaitu takung, raga tanaman dan
penutup takung.
5.2.5 Membancuh larutan nutrien dengan kadar yang betul.
5.2.6 Mengubah anak benih ke dalam raga tanaman mengikut
prosedur.
5.2.7 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman seperti mengacau
larutan nutrien dalam takung dan mengawal perosak.
5.2.8 Pengiraan kos bahan hidroponik.
5.2.9 Memungut hasil yang cukup matang berdasarkan umur
dan fizikal tanaman.
5.2.10 Merekod pendapatan hasil hidroponik.

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL 185
PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN 188

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

vi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KEMAHIRAN TEKNIKAL

TAHUN 6

Bahagian Pembangunan Kurikulum

0



Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek
MASA
STANDARD 60 minit ( 2 waktu )
KANDUNGAN
STANDARD 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
PEMBELAJARAN logam, bahan logam dan elektromekanikal.

OBJEKTIF 4.3.1 Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti Polivinil
PEMBELAJARAN Klorida (PVC) dan perspeks.

RINGKASAN 4.3.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti
gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang
KEMAHIRAN (scroll saw), pahat, pisau pemotong perspeks, pistol
pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue
ELEMEN MERENTAS gun).
KURIKULUM
4.3.3 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai
kokot dan rod perekat panas (hot melt glue).

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti polivinil

klorida (PVC) dan perspeks dengan betul.
2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji

tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll
saw), pahat,pisau pemotong perspeks, pistol pengokot
(stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun) dengan
betul.
3. Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai
kokot dan rod perekat panas (hot melt glue) dengan betul.
4. Menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.

Murid dapat menyatakan bahan yang digunakan,
nama dan fungsi alatan tangan serta memahami bahan pengikat
dan pencantum

1. Mengenalpasti bahan yang akan digunakan
2. Menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.
3. Membezakan penggunaan bahan, pengikat dan

pencantum.

1. Keusahawanan:
(EK4) - Pengetahuan tentang teknologi

2. Nilai murni - Bertanggungjawab, sistematik dan berhati-hati

3

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

BAHAN BANTU 1. Polivinil Klorida (PVC) dan perspeks.
MENGAJAR 2. Alatan tangan
3. Contoh pengikat dan pencantum

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru mempamerkan contoh projek atau gambar berkaitan dan
bersoal jawab mengenai beberapa bahan yang boleh
digunakan untuk membuat projek tersebut.

Langkah 1
Murid diperkenalkan bahan yang boleh digunakan untuk
membuat projek seperti Polivinil Klorida ( PVC ) dan
perspeks.( Lampiran 1)

Langkah 2
1. Murid diperkenalkan alatan tangan yang digunakan untuk

membina model seperti gergaji tangan, gergaji
lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat, pisau
pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol
perekat panas (hot glue gun) serta fungsinya. ( Lampiran 2)
2. Murid diperkenalkan bahan pengikat dan pencantum seperti
dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue).
(Lampiran 3)

Langkah 3
Murid belajar cara menggunakan alatan tangan pada bahan
mengikut kesesuaian dan cara menggunakan bahan
pengikat dan pencantum dengan bimbingan guru.

Penutup
1. Murid menjawab soalan dari lembaran kerja.
2. Murid membanding beza bahan pengikat dan pencantum

(KBAT).
3. Guru merumus pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN 1. Guru menyediakan soalan latihan.
PENGAJARAN DAN 2. Murid boleh menjawab secara lisan atau bertulis.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid telah mempelajari dan menggunakan alatan tangan pada
SEDIA ADA tahun 4 dan 5.

REFLEKSI

4

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 1

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan:

Guru boleh menggunakan bahan, alatan tangan dan bahan pengikat dan pencantum yang telah
dipelajari semasa di Tahun 4 dan Tahun 5.

Bahan Projek

Bil. Bahan Keterangan

1  Sejenis plastik keras dan tahan lasak.
 Lebih kukuh berbanding dengan kaca
 Boleh didapati dalam bentuk rod, kepingan,
tiub lutsinar dan pelbagai warna
 Ringan, kuat dan tahan lama
 Mudah dibersihkan, dipotong dan dibentuk
dengan haba
 Digunakan dengan meluas dalam
pembuatan papan tanda dan pembuatan
perabot

Perspeks

2
 Sejenis plastik yang keras dan kukuh.
 Ringan, tahan lama, mudah dipotong dan
dibentuk
 PVC jenis keras digunakan untuk membuat
barangan seperti paip air, penyambungan
paip dan sesalur pendawaian elektrik
 PVC jenis lembut digunakan untuk membuat
barang seperti permainan, botol dan penebat
wayar elektrik.

Polivinil Klorida (PVC)

5

Alatan Tangan Draf Modul Pengajaran
Bil. Alatan Tangan Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6
1
Lampiran 2

Nama dan Fungsi

Gergaji Tangan
 Memotong kayu secara lurus.

2 Gergaji Lengkung Halus
 Untuk memotong lengkung dalam dan luar
pada papan nipis atau perspeks.

3 Pisau Pemotong Perspeks
 Untuk memotong kepingan perspeks.

4 Pistol Pengokot (Stapler Gun)
 Untuk mencantum kepingan yang nipis dan
lembut seperti papan lapis dan bod lekap
(mounting board).
 Digunakan bersama dawai kokot.

5 Pistol Perekat Panas (Hot Glue Gun)
 Untuk mencairkan glu panas semasa
proses mencantum.

6

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

6 Pahat
 Untuk memahat, meraut dan meratakan
tanggam.

7 Gergaji Kerawang (Scroll Saw)
 Untuk memotong pelbagai bentuk pada
bahan seperti papan lapis, perspeks, MDF
dan plastik.

7

Bahan Pengikat Dan Pencantum Draf Modul Pengajaran
Bil. Bahan Pengikat dan Pencantum Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 3

Keterangan

1  Terdapat dalam pelbagai saiz mengikut
jenis pistol pengokot yang digunakan.

Dawai Kokot

2
 Digunakan bersama-sama dengan pistol
perekat panas.
 Menghasilkan penyambungan yang cepat
antara dua bahan yang sama atau
berlainan jenis

Rod Perekat Panas (Hot Melt Glue)

8

Nama : ______________________ Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Tarikh : _____________________

LEMBARAN KERJA
A. Namakan Bahan Yang Diberi Berdasarkan Gambar Di Bawah.

 Polivinil Klorida (PVC)  Aluminium
 Papan lapis  Perspeks

1. 2.

3. 4.

4

9

Nama : ______________________ Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Tarikh : _____________________

LEMBARAN KERJA: ALATAN TANGAN

Namakan Alatan Tangan Dan Padankan Fungsinya.

Alatan Tangan Nama Fungsi

1.  Untuk memahat, meraut dan
meratakan tanggam.

.
2.  Untuk mencairkan rod perekat

panas semasa proses mengglu.

3.  Untuk memotong lengkung
dalam dan luar pada kayu nipis
atau perspeks.

4.  Untuk mencantum kepingan
bahan yang nipis dan lembut
seperti papan lapis dan mounting
board.

5.  Untuk memotong kepingan
perspeks.

5

10

Nama : ______________________ Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Tarikh : _____________________

LEMBARAN KERJA
Padankan Bahan Pengikat Dan Pencantum Dengan Alatan Tangan Yang Betul.

1. .

2.
.

3. .

4. .

4

11

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
KANDUNGAN logam, bahan logam dan elektromekanikal.

STANDARD 4.3.4 Mengenal pasti sistem asas elektromekanikal iaitu:
PEMBELAJARAN i. motor dan gear;
ii. motor, takal dan tali sawat; dan
OBJEKTIF iii. motor, gegancu dan rantai.
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
RINGKASAN menyatakan sistem asas elektromekanikal iaitu:
i. motor dan gear;
ii. motor, takal dan tali sawat; dan
iii. motor, gegancu dan rantai.

Mengenalpasti tiga sistem asas elektromekanikal

KEMAHIRAN 1. Memilih sistem asas elektromekanikal.
2. Membanding beza sistem asas elektromekanikal.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK1 - Boleh mencipta sesuatu
- Berorientasikan masa depan (berimaginasi)

2. Kreativiti dan inovatif - Berfikiran kreatif dan kritis
- Boleh mereka cipta

3.TMK - Pencarian maklumat menerusi internet
4. Nilai murni - Bekerjasama, berdisiplin dan kebersihan

BAHAN BANTU 1. Komponen elektromekanikal
MENGAJAR 1. 2. Pengajaran berbantu komputer (PBK) - gambar-gambar
2. sistem asas elektromekanikal

(Contoh kit model elektromekanikal berkaitan)

12

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan kit model elektromekanikal seperti kren, lif
dan kereta kabel dengan memfokuskan kepada pergerakan
motor dan gear; motor, takal dan tali sawat serta motor gegancu
dan rantai.

Langkah 1
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru

mengedarkan komponen sistem asas elektromekanikal
kepada setiap kumpulan seperti
i. motor dan gear;
ii. motor, takal dan tali sawat; dan
iii. motor, gegancu dan rantai.

2. Murid diajar mengenai nama dan fungsi komponen seperti
(Lampiran 1)
i. motor dan gear;
ii. motor, takal dan tali sawat; dan
iii. motor, gegancu dan rantai.

3. Murid melengkapkan lembaran kerja mengenai nama dan
fungsi komponen sistem asas elektromekanikal yang
diedarkan oleh guru.

4. Murid melabelkan sistem asas elektromekanikal yang
terdapat pada gambar yang diedarkan.

5. Murid membuat pembentangan mengenai salah satu
sistem asas elektromekanikal.

Penutup
Murid dan guru membuat rumusan terhadap persembahan
setiap kumpulan.

PENILAIAN Guru menilai hasil kerja murid untuk pemarkahan.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid telah mempelajari sistem elektromekanikal kit model
SEDIA ADA semasa di tahun 5.

REFLEKSI

13

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 1
Motor dan Gear

Motor, Takal dan Tali Sawat

Motor, Gegancu dan Rantai
14

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 2

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan

Senarai Komponen Fungsi
Bil. Komponen  Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik.
1  Menaik dan menurunkan cangkuk kren.

Motor  Mesin ringkas yang menyambungkan tali sawat.
2

Takal

3
 Menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari takal
pemacu ke takal dipacu .

Tali Sawat

4  Mengurangkan dan menambah kelajuan serta
memindahkan tenaga putaran syaf pada sudut tertentu

Gear

5
 Menghubung dan memindahkan pergerakan gear pemacu
ke gear dipacu

Rantai

6
 Memindahkan kuasa pergerakan motor

Gegancu

15

Bil. Komponen Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Fungsi

7
 Membekalkan tenaga elektrik

Bateri
8  Memegang bateri.

Pemegang Bateri

9
 Mengalirkan arus.

Wayar

10  Menyambung dan memutuskan litar secara putaran
hadapan dan songsang.

Suis Dua Kutub Dua
Arah (Double Pole
Double Throw)

16

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Nama : ______________________ Tahun :____________

LEMBARAN KERJA

A. Kenal Pasti Bahan Pembinaan Projek Dan Fungsinya.

Bil. Nama Komponen Komponen Fungsi

1

2

3

4
5

17 5

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Nama : ______________________ Tarikh : _____________________

LEMBARAN KERJA
Namakan Sistem Asas Elektromekanikal Yang Digunakan Pada Gambar Di Bawah.

4

18

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROJEK A

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM



Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek – Kren

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
KANDUNGAN logam, bahan logam dan elektromekanikal.

STANDARD 4.3.5 Mengenal pasti projek elektromekanikal yang hendak
PEMBELAJARAN dibina.

4.3.6 Membuat beberapa lakaran projek elektromekanikal.
4.3.7 Memilih lakaran terbaik projek elektromekanikal.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti satu daripada tiga projek elektromekanikal.
2. Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran yang baik.
3. Memilih satu lakaran projek elektromekanikal yang terbaik.

RINGKASAN Murid akan dapat mengenalpasti, menghasilkan lakaran
penjanaan idea dan memilih lakaran projek elektromekanikal.

KEMAHIRAN Membuat lakaran

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK1 - Boleh mencipta sesuatu
- Berorientasikan masa depan (berimaginasi)
EK 4 - Boleh menggunakan teknologi untuk menghasilkan
projek elektromekanikal.

2. Kreativiti dan inovatif: - Berfikiran kreatif dan kritis
- Boleh mereka cipta

3. TMK: Pencarian maklumat menerusi internet
4. Nilai murni: Berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab

BAHAN BANTU 1. 1. Contoh lakaran
MENGAJAR 2. Pengajaran Berbantu Komputer
3. Bahan edaran

21

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru mempamerkan beberapa contoh gambar projek
elektromekanikal. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai
projek elektromekanikal yang dipamerkan.
Contoh soalan:
a) Di manakah kedudukan sistem elektromekanikal pada

kenderaan tersebut?

Langkah 1
Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran sedia ada bagi
projek elektromekanikal.

Langkah 2
1. Murid membentuk beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan berbincang untuk mengenal pasti projek
yang hendak dibina.
2. Murid membuat lakaran secara berkumpulan dengan
bimbingan guru. (KBAT)

Langkah 3
Murid membuat pemilihan lakaran terbaik sebagai projek
elektromekanikal yang hendak dibuat.

Penutup
Guru membuat rumusan terhadap topik pengajaran hari ini.

PENILAIAN Semua murid dapat membuat lakaran projek.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah membuat lakaran pada tahun 4 dan memahami
ADA sistem mekanikal semasa di tahun 5.

REFLEKSI

22

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lakaran Projek Elektromekanikal
Cetusan idea boleh dipersembahkan dalam bentuk lakaran. Pelbagai idea boleh
digambarkan dalam beberapa lakaran. Pemilihan lakaran yang sesuai mestilah
menepati ciri-ciri seperti yang berikut :
a. Kemampuan dari segi fizikal.
b. Pengetahuan sedia ada.
c. Bahan dan komponen yang sesuai, mudah diperolehi dan kos yang rendah.
d. Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah.
e. Mesra alam.
Berikut merupakan beberapa contoh lakaran projek elektromekanikal :

Lakaran 1

23

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lakaran 2

Lakaran 3
24

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lakaran 4
25

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek – Kren (RPH 1)

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
KANDUNGAN logam, bahan logam dan elektromekanikal.

STANDARD 4.3.8 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan lakaran
PEMBELAJARAN projek elektromekanikal.

4.3.9 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
digunakan untuk membuat projek elektromekanikal.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Menyediakan alatan dan bahan projek elektromekanikal

berdasarkan lakaran dengan betul.
2. Mengukur menanda dan memotong bahan projek dengan

tepat.

RINGKASAN Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti
mengukur, menanda dan memotong bahan projek dengan
bimbingan guru.

KEMAHIRAN 1. Mengenal pasti bahan projek dan alatan tangan.
2. Mengukur bahan projek dengan menggunakan pembaris

keluli.
3. Menanda bahan projek dengan menggunakan pensel tukang

kayu dan sesiku L.
4. Memotong bahan projek dengan alatan yang betul.

ELEMEN EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian
MERENTAS semasa
KURIKULUM
Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut
BAHAN kaedah yang lebih baik.
BANTUAN MENGAJAR
Nilai murni - berdisplin, jimat cermat dan mematuhi peraturan

1. Lakaran kerja
2. Bahan bukan logam- papan lapis dan kayu beroti
3. Alatan tangan – pensel tukang kayu, sesiku L, pembaris

keluli dan gergaji puting.

26

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN Murid diminta menjawab beberapa soalan yang berkaitan
DAN PEMBELAJARAN dengan pelajaran yang lalu.
a. Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari pada

pelajaran yang lepas?
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
pada hari ini.

Langkah 1
1. Murid diminta merujuk kepada lakaran projek

elektromekanikal yang telah dibuat.
2. Murid diberi penerangan mengenai tiang projek (bahagian A).
3. Murid menyediakan alatan dan bahan yang

diperlukan untuk membuat bahagian projek (bahagian A).

Langkah 2
1. Murid diajar cara menggunakan alatan untuk aktiviti

mengukur, menanda dan memotong.
2. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan

memotong berpandukan lakaran. (KBAT)
3. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan

memotong dengan bimbingan guru.

Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN Guru membuat penilaian hasil kerja dan memberi penghargaan
PENGAJARAN DAN pada murid.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid pernah melakukan aktiviti memotong dan menanda pada
SEDIA ADA MURID tahun 4.

REFLEKSI

27

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek Kren - Kren (RPH 2)
MASA
STANDARD 60 minit (2 waktu)
KANDUNGAN
STANDARD 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
PEMBELAJARAN logam, bahan logam dan elektromekanikal.

OBJEKTIF 4.3.8 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan lakaran
PEMBELAJARAN projek elektromekanikal.

RINGKASAN 4.3.9 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
digunakan untuk membuat projek elektromekanikal.
KEMAHIRAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan lakaran

projek elektromekanikal dengan betul.
2. Mengukur, menanda dan memotong bahan projek dengan

tepat.

Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong
bahan projek dengan bimbingan guru.

1. Mengukur bahan projek dengan menggunakan pembaris
keluli.

2. Menanda bahan projek dengan menggunakan pensel tukang
kayu dan sesiku L.

3. Memotong bahan projek dengan gergaji puting.

ELEMEN MERENTAS Keusahawanan:
KURIKULUM EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian

BAHAN BANTU semasa
MENGAJAR Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut

kaedah yang lebih baik.
Nilai murni - bekerjasama dan mematuhi arahan

1. Lakaran kerja
2. Bahan bukan logam - papan lapis dan kayu beroti
3. Alatan tangan - pensel tukang kayu, sesiku L, pembaris

keluli dan gergaji puting.

28

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan aktiviti
DAN PEMBELAJARAN yang telah dilakukan minggu lepas.

Langkah 1
Murid mendengar penerangan guru tentang
bahagian projek (bahagian B) yang akan dilakukan pada
hari ini.

Langkah 2
1. Murid mengambil bahan dan alatan yang diperlukan

untuk melakukan aktiviti mengukur, menanda dan
memotong bahagian tapak projek (bahagian B).
2. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong
berpandukan lakaran. (KBAT)
3. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong
dengan cara yang betul dengan bimbingan guru.

Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi
PENGAJARAN DAN penghargaan.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid sudah melakukan aktiviti memotong dan menanda pada
SEDIA ADA MURID tahun 4

REFLEKSI

29

TAJUK Draf Modul Pengajaran
MASA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6
STANDARD
KANDUNGAN 4.0 Penghasilan Projek Kren - Kren (RPH 3)
STANDARD
PEMBELAJARAN 60 minit (2 waktu)

OBJEKTIF 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
PEMBELAJARAN logam, bahan logam dan elektromekanikal.

RINGKASAN 4.3.8 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan lakaran
projek elektromekanikal.
KEMAHIRAN
4.3.9 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
ELEMEN digunakan untuk membuat projek elektromekanikal.
MERENTAS
KURIKULUM Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
mengukur, menanda dan memotong bahan projek dengan
BAHAN BANTU tepat.
MENGAJAR
Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong
bahan projek dengan bimbingan guru.

1. Mengukur bahan projek dengan menggunakan pembaris
keluli.

2. Menanda bahan projek dengan menggunakan pensel tukang
kayu dan sesiku L.

3. Memotong bahan projek dengan gergaji puting.

Keusahawanan:
EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian

semasa
Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut

kaedah yang lebih baik.
Nilai murni - berdisplin

1. Lakaran kerja
2. Bahan bukan logam - papan lapis dan kayu beroti
3. Alatan tangan - pensel tukang kayu, sesiku L, pembaris

keluli dan gergaji puting.

30

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan aktiviti
DAN PEMBELAJARAN yang telah dilakukan minggu lepas.

Langkah 1
Murid mendengar penerangan daripada guru tentang
bahagian lengan projek (bahagian C) yang akan dibuat pada
pada hari ini.

Langkah 2
1. Murid mengambil bahan dan alatan yang diperlukan

untuk melakukan aktiviti mengukur, menanda dan
memotong bahagian projek (bahagian C).
2. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong
berpandukan lakaran. (KBAT)
3. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda
dan memotong dengan bimbingan guru.

Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi
PENGAJARAN DAN penghargaan.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid pernah melakukan aktiviti memotong dan menanda pada
SEDIA ADA MURID tahun 4.

REFLEKSI

31

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Penyediaan Bahan dan Alatan
Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan untuk membuat projek kren:

Bil. Bahan Kuantiti

1  2 keping kayu beroti berukuran
300mm X 30mm X 10mm
( Bahagian A1 dan A2 )

 1 keping kayu beroti berukuran
350mm X 30mm X 10mm
( Bahagian A3 )

A3 A2 A1 A4  1 keping kayu beroti berukuran
33mm X 30mm X 10mm
( Bahagian A4 )

2  2 keping kayu beroti berukuran
200mm X 30mm X 10mm
( Bahagian B1 dan B2 )

B1 B2 B3 B4  2 keping kayu beroti berukuran
130mm X 30mm X 10mm
( Bahagian B3 dan B4 )

3  1 keping papan lapis berukuran
200mm X 150mm X 3mm
( Bahagian B5 )

B5

32

Bil. Bahan Draf Modul Pengajaran
4 Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

C1 C2 Kuantiti
 2 keping papan lapis berukuran
5
70mm X 70mm X 3mm
( Bahagian C1 dan C2 )

 Plat Pengikat motor

6  2 keping papan lapis berukuran
100mm X 30mm X 3mm
( Bahagian C3 dan C4 )

C3

C4

7  Cat sembur mengikut warna dipilih

33

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Bil. Bahan Kuantiti

8  Kertas las gred yang sesuai

9  1 unit Motor

10  3 unit takal
 1 unit tali sawat

11  1 unit LED

34

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Bil. Bahan Kuantiti

12  1 unit pemegang bateri

13  1 unit suis (DPDT)

14  Wayar lembar tunggal

15  Bongkah penyambung

35

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Berikut pula adalah senarai alatan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil. Nama Alatan Alatan

1 Gergaji puting

2 Tukul Warrington

3 Sesiku L

4 Gandin getah

36

Bil. Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
5 Gergaji rencong manual Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Alatan

6 Pisau boleh laras

7 Kikir parut
8 Kikir rata
9 Gerudi mudah alih

37

Bil. Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
10 Pembaris keluli Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Pistol Perekat Panas Alatan
11 (Hot glue gun)

12 Gerimit

13 Pelucut wayar

14 Pena ujian
38

Bil. Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
15 Pemutar skru Phillip Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Alatan

16 Playar muncung tirus

39

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Mengukur, Menanda dan Memotong

Setelah bahan dan alatan disediakan, langkah pertama untuk memulakan projek ini adalah
dengan membuat kerja mengukur, menanda dan memotong.

Berikut adalah langkah bagi kerja mengukur dan menanda.

1. Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuran
yang tepat. Ukuran kayu beroti adalah seperti berikut :

a. 2 batang kayu beroti bersaiz 30mm x 10mm dipotong sepanjang 300mm dan dilabel
dengan label A1 dan A2.

b. 1 batang kayu beroti bersaiz 30mm x 10mm dipotong sepanjang 350mm dan dilabel
dengan label A3.

c. 1 batang kayu beroti bersaiz 30mm x 10mm dipotong sepanjang 33mm dan dilabel
dengan label A4.

d. 2 batang kayu beroti bersaiz 30mm x 10mm dipotong sepanjang 200mm dan dilabel
dengan label B1 dan B2.

e. 2 batang kayu beroti bersaiz 30mm x 10mm dipotong sepanjang 130mm dan dilabel
dengan label B3 dan B4.

C

A Membuat ukuran menggunakan
B pembaris keluli.

Projek kren

Membuat penandaan Membuat garisan menggunakan sesiku L
40

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

2. Ukur dan tanda papan lapis 3mm. Ukuran papan lapis adalah seperti berikut :
a. 1 keping papan lapis bersaiz 200mm x 150mm x 3mm dilabelkan B5.
b. 2 keping papan lapis bersaiz 70mm x 70mm x 3mm dilabelkan C1 dan C2.
c. 2 keping papan lapis bersaiz 100mm x 30mm x 3mm dilabelkan C3 dan C3.

Membuat ukuran menggunakan Membuat penandaan
pembaris keluli.

Membuat garisan menggunakan sesiku L
41

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Berikut adalah langkah bagi kerja memotong.
1. Potong papan lapis menggunakan gergaji puting.

2. Potong kayu beroti dengan menggunakan gergaji rencong manual.

Gergaji rencong manual dilaraskan ke Kayu beroti dipotong mengikut
sudut 90° sudut yang telah dilaras.

42


Click to View FlipBook Version